The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU (EDISI DIGITAL)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Noorhaswari Ismail, 2024-05-07 00:40:44

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU (EDISI DIGITAL)

Keywords: BM

243 10.2 MALAYSIA BOLEH! (HALAMAN 120-121) KEMAHIRAN MEMBACA (ASPEK SENI BAHASA) S.P: 2.4.1 Membaca dan memahami serta mengemukakan pendapat yang rasional tentang pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen. 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi karya prosa dengan menyatakan respons peribadi terhadap kekuatan dan kelemahan sesuatu karya. AKTIVITI 1 Murid membaca dan memahami bahan. Kemudian, murid mengemukakan pendapat yang rasional tentang maklumat yang diperoleh daripada bahan. CONTOH JAWAPAN BAHAN 1 – MALAYSIA BOLEH! FANTASI ANAND (HALAMAN 120) KELEBIHAN PRODUK BUATAN MALAYSIA Idea Utama (Daripada Bahan) Pendapat Kilang-kilang di Malaysia mempunyai teknologi yang canggih juga untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Pada pendapat saya, kilang-kilang di Malaysia mempunyai mesin berteknologi canggih dan pakar reka bentuk yang mampu menghasilkan produk yang berkualiti dengan rekaan moden setanding dengan produk antarabangsa atau berjenama luar negara. Produk yang dihasilkan juga murah. Pada pendapat saya, produk buatan tempatan lebih murah harganya kerana tidak memerlukan kos yang tinggi seperti penggunaan material yang murah dan tidak dikenakan cukai import.


244 Kilang yang dilengkapi teknologi yang canggih ini mampu menghasilkan produk buatan sendiri yang berkualiti. Pada pendapat saya, kilang tempatan mampu menghasilkan produk setanding dengan produk berjenama antarabangsa seperti kasut berjenama Voltra. BAHAN 2 - ANAK TEMPATAN PENCIPTA MESIN (HALAMAN 121) ZULKIFLI BIN HARON - MACGYVER MALAYSIA Idea Utama (Daripada Bahan) Pendapat Anak tempatan mampu mencipta peralatan yang berteknologi supaya dapat dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Pada pendapat saya, anak Malaysia mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan rakyat negara lain. Beliau telah menghasilkan begitu banyak peralatan berteknologi tinggi yang amat bermanfaat kepada golongan pengguna. Pada pendapat saya, peralatan berteknologi tinggi amat bermanfaat kepada golongan pengguna kerana mampu menjimatkan tenaga, masa dan wang. Beliau telah mencipta kenderaan seperti trem, motor hibrid, hidrofoil, dan lain-lain lagi. Pada pendapat saya, kenderaan seperti trem boleh dimanfaatkan dalam sektor pelancongan. Motor hibrid merujuk kepada motor yang tidak bergantung kepada kuasa bateri atau petrol semata-mata tetapi menggunakan lebih daripada satu sumber tenaga untuk menggerakkan kenderaan seperti tenaga elektrik. Hidrofoil boleh dikomersialkan serta boleh digunakan untuk aktiviti rekreasi. Perbadanan Putrajaya telah memberikan penghargaan kepada beliau dengan menggunakan trem beliau yang berteknologi tinggi. Pada pendapat saya, penghargaan perlu diberikan kepada anak tempatan yang berjaya menghasilkan sesuatu supaya dapat menggalakkan lebih ramai lagi anak tempatan membuat ciptaan baharu. Dalam bidang Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) pula, sumbangan beliau amat bermakna kerana telah menghasilkan pelbagai mesin. Mesin ini dapat membantu Pada pendapat saya, sumbangan beliau sangat membantu pengusaha PKS terutamanya bagi pengusaha baru yang kekurangan modal.


245 pengusaha PKS untuk mengeluarkan produk mereka pada skala yang lebih besar, sekali gus merancakkan perniagaan mereka. AKTIVITI 2 Berdasarkan cerpen, murid menyatakan respons peribadi terhadap kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti. CONTOH JAWAPAN Kandungan, Nilai, Gaya Bahasa, Mesej (KaNiGaMe) KEKUATAN Dari segi kandungan cerpen, penulis mengetengahkan isu keutamaan memilih produk buatan tempatan kerana Malaysia mempunyai teknologi yang canggih untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan murah. Dari segi nilai, penulis menekankan nilai semangat cinta akan negara. Contohnya watak Soon Keat dan Zarif digambarkan sangat berbangga dengan produk-produk buatan Malaysia. Gaya bahasa – penulis menggunakan gaya bahasa yang sesuai untuk melahirkan perasaan ingin tahu yang lebih mendalam kepada pembaca. Mesei – karya yang dihasilkan oleh penulis dapat mendidik generasi muda supaya memilih produk tempatan berbanding produk luar negara. KELEMAHAN Terlalu banyak imaginasi. Nama watak Tudia dan Maidah agak janggal dan kurang sesuai.


246 10.3 SINAR BAHARU HIDUPMU (HALAMAN 122 – 123) KEMAHIRAN MENULIS S.P 3.4.5 Menulis sesuatu penulisan dengan wacana yang lengkap serta menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif. AKTIVITI 1 Round Table Murid meneliti bahan yang dipaparkan untuk mendapatkan maklumat. Berdasarkan maklumat tersebut, murid membuat kerangka penulisan berkaitan Manfaat Sains dan Teknologi Dalam Bidang Perubatan. CONTOH KERANGKA PENULISAN KUMPULAN IDEA UTAMA KUMPULAN 1 Pendahuluan: - sains dan teknologi amat bermanfaat kepada manusia - memberikan harapan baharu kepada para pesakit. - apakah kepentingan sains dan teknologi dalam bidang perubatan? KUMPULAN 2 Isi 1: - dapat mendiagnosis penyakit dengan ketepatan yang tinggi - mencegah lebih baik daripada mengubati. - mesin ekokardiografi membantu para doktor melakukan pemeriksaan jantung para pesakit - mesin ini dapat mendiagnosis keadaan jantung pesakit dengan berkesannya KUMPULAN 3 Isi 2: - dapat membantu pesakit meningkatkan kualiti penglihatan tanpa cermin mata - pesakit dapat dirawat dengan pantasnya - ReLEx SMILE yang menggunakan laser dapat membantu pesakit yang mempunyai masalah rabun dan silau - dapat membantu penglihatan pesakit tanpa cermin mata


247 KUMPULAN 4 Isi 3: - membantu mendapatkan susunan gigi yang betul dan teratur bagi membantu fungsi pengunyahan - pakar menggunakan pendakap gigi untuk membetulkan gigitan dan susun atur gigi supaya menjadi lebih rapi. - rawatan prostodontik seperti korona (crown) dan jambatan (bridge) serta implan pergigian pula membantu menggantikan gigi yang hilang atau rosak - mengembalikan senyuman dan keceriaan semula. KUMPULAN 5 Penutup: - sains dan teknologi dalam bidang perubatan telah banyak memberi manfaat kepada manusia - mengurangkan kadar kematian dan dapat menyelamatkan nyawa - kerajaan harus memastikan sains dan teknologi dalam bidang perubatan di negara ini tidak ketinggalan agar rakyat mendapat manfaatnya AKTIVITI 2 4 Stray 1 Stay Murid menyalin kerangka penulisan yang telah dihasilkan oleh kumpulan lain. AKTIVITI 3 Murid menghasilkan penulisan dengan wacana yang lengkap dan kreatif.


248 10.4 PERTANDINGAN INOVASI (HALAMAN 124-125) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR S.P 1.7.2 Berunding untuk membuat pertimbangan tentang sesuatu pilihan secara rasional menggunakan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun. AKTIVITI 1 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Murid meneliti bahan yang dipaparkan untuk mendapatkan maklumat tentang pertandingan inovasi. AKTIVITI 2 Berundinglah secara santun untuk membuat pertimbangan tentang sesuatu pilihan dan berikan rasional pilihan anda. CONTOH JAWAPAN Kumpulan 1 Murid 1: Saya rasa elok jika kita memilih kategori teknologi maklumat dan komunikasi dalam pertandingan ini. Murid 2: Saya setuju kerana semua ahli kumpulan kita mahir dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Murid 3: Saya juga setuju dengan cadangan awak. Kalau kita ada masalah dan perlukan bantuan, kita boleh minta bantuan abang saya. Dia pelajar jurusan teknologi maklumat dan komunikasi. Murid 4: Wah, menariknya! Nampaknya kita ada harapan untuk menang dalam pertandingan ini.


249 Kumpulan 2 Murid 1: Saya berpendapat bahawa kategori teknologi hijau dan kitar semula lebih menarik. Murid 2: Saya bersetuju dengan pendapat awak kerana kita boleh menggunakan bahanbahan kitar semula. Murid 3: Saya sokong cadangan awak kerana kita tidak memerlukan kos yang tinggi untuk menyertai pertandingan ini. Murid 4: Saya memang mengumpul barangan untuk dikitar semula di rumah. Jadi kita boleh gunakan barangan tersebut.


250 10.5 KREATIFKAN DIRIMU (HALAMAN 126-127) KEMAHIRAN MENULIS (ASPEK TATABAHASA) S.P 3.5.1. Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. 5.4.1 Memahami dan menggunakan pelbagai frasa dalam ayat mengikut konteks. AKTIVITI 1 Murid membaca petikan yang disediakan dengan telitinya. AKTIVITI 2 Murid menyusun maklumat tentang Cara-Cara untuk Membuat Lilin dengan Menggunakan Minyak Terpakai dalam bentuk carta alir. CONTOH JAWAPAN 1. Sediakan bahan-bahan. 2. Tuang sebanyak 100 mililiter minyak masak terpakai ke dalam tin susu. 3. Nyalakan api dapur dan letakkan periuk yang mengandungi air. 4. Pastikan air yang dimasak dalam periuk sudah mendidih. 5. Campurkan 10 gram pembeku minyak ke dalam minyak masak terpakai tersebut. 6. Letakkan tin susu yang berisi adunan tersebut ke dalam periuk. 7. Kacau adunan menggunakan lidi. 8. Titikkan beberapa titik minyak aroma ke dalam adunan tersebut. 9. Apabila adunan sebati, matikan api dapur. 10. Gunting tali untuk dibuat sumbu lilin. 11. Ikat dua batang lidi dengan menggunakan getah yang akan digunakan untuk menyepit sumbu lilin. 12. Letakkan lidi yang menyepit sumbu lilin terlebih dahulu. 13. Biarkan sumbu lilin tergantung di dalam bekas kaca. 14. Tuangkan adunan ke dalam bekas kaca. 15. Biarkan adunan mengeras sekitar satu jam. 16. Buka penyepit sumbu lilin.


251 CONTOH CARTA ALIR AKTIVITI 3 Murid menghasilkan ringkasan daripada maklumat yang diperoleh. Baca petikan dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara untuk membuat lilin. Panjang ringkasan anda hendaklah sekurangkurangnya 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud petikan. CONTOH RINGKASAN Cara-cara untuk membuat lilin adalah sediakan bahan-bahan. Kemudian, tuang 100 mililiter minyak masak ke dalam tin susu. Nyalakan api dapur dan letakkan periuk yang mengandungi air. Pastikan air sudah mendidih. Campurkan 10 gram pembeku minyak ke dalam minyak masak. Letakkan tin susu ke dalam periuk. Kacau adunan menggunakan lidi. Titikkan beberapa titik minyak aroma. Apabila adunan sebati, matikan api dapur. Gunting tali untuk dibuat sumbu lilin. Ikat dua batang lidi menggunakan getah untuk menyepit sumbu lilin. Letakkan lidi yang menyepit sumbu lilin. Biarkan sumbu lilin tergantung di dalam bekas kaca. Tuangkan adunan ke dalam bekas kaca. Biarkan adunan mengeras sekitar satu jam. Akhir sekali, buka penyepit sumbu lilin. (107 patah perkataan)


252 AKTIVITI 4 Murid mengenal pasti pelbagai frasa dan menyenaraikan frasa tersebut dalam bentuk Peta iThink iaitu peta pokok. (NOTA FRASA RUJUK TEMA 9 HALAMAN ...)


253 CONTOH JAWAPAN FRASA NAMA FRASA KERJA FRASA ADJEKTIF FRASA SENDI NAMA - keselamatan diri - minyak masak terpakai - pembeku minyak - tin susu - minyak aroma - sumbu lilin - penyepit sumbu lilin - warna krayon - kulit telur - bekas lilin - menggunakan lilin - menghasilkan lilin - menyediakan bahanbahan - nyalakan api dapur - letakkan periuk yang mengandungi air - menuangkan minyak masak terpakai - mengutamakan keselamatan diri - meletakkan tin susu - mengacau minyak masak - menggunakan lidi - mewangikan lilin - mengacau adunan - matikan api dapur - gunting tali - mengikat dua batang lidi - menggunakan getah - menyepit sumbu lilin - tuangkan adunan minyak - meletakkan lidi - mengupas kulit telur - menggunakan kulit telur - amat mudah - berwarna merah - unik sekali - ke dalam tin susu - pada masa yang sama - ke dalam minyak masak terpakai - ke dalam periuk - ke dalam adunan - ke dalam bekas kaca - di dalam bekas kaca - di dalam tin susu


254 AKTIVITI 5 Murid membina ayat mengikut konteks. CONTOH JAWAPAN Frasa Nama 1. Adik lebih suka menggunakan warna krayon ketika mewarna lukisannya. 2. Kulit telur boleh digunakan untuk membuat baja. Frasa Kerja 1. “Tolong matikan api dapur,” pinta ibu kepada kakak. 2. Kakak sedang membantu ibu mengupas kulit telur. Frasa Adjektif 1. Latihan matematik yang diberikan oleh Cikgu Mahadi kepada murid 1 Cekal amat mudah. 2. Yee Lee memetik sekuntum bunga mawar yang berwarna merah. Frasa Sendi Nama 1. Aina menanam pokok kaktus di dalam bekas kaca. 2. Alia memasukkan santan kelapa asli ke dalam periuk.


255 10.6 PENILAIAN (Halaman 128-130) A. Baca sajak di bawah ini dengan telitinya. Kemudian, jawab soalan-soalan yang dikemukakan. 1. Berdasarkan sajak, berikut ialah kegunaan bahasa, kecuali A. memperteguh wawasan B. menjajah suatu bangsa C. mengeratkan bangsa 2. Berdasarkan sajak, bahasa berupaya menyatukan manusia yang berbilang bangsa kerana bahasa berfungsi sebagai bahasa perpaduan.


256 3. Kenal pasti kata terbitan yang terdapat dalam bahan dan bina ayat. Bil. Kata terbitan Ayat 1. Berbahasa Walaupun Leong seorang murid berbangsa Cina, namun dia petah berbahasa Melayu. 2. Mengakrabkan Aktiviti beriadah pada hujung minggu merupakan salah satu aktiviti yang mampu mengakrabkan hubungan antara ahli keluarga. 3. Memperkukuh Program Intervensi Bahasa Melayu yang dianjurkan oleh pihak sekolah bertujuan untuk memperkukuh penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid. 4. Perpaduan Perpaduan merupakan kunci kepada keharmonian dan kemakmuran negara kita. 5. Memperteguh Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan diadakan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia. 6. Kehidupan Kehidupan Pak Samad sekeluarga menjadi lebih baik setelah anaknya, Syamsul bekerja sebagai seorang pegawai bank di Kuala Lumpur. 4. Berbincanglah dengan rakan untuk menganalisis isu semasa yang diperkatakan dalam bahan. Pelajar 1 : Apakah yang kamu faham tentang bahasa Melayu sebagai teras perpaduan rakyat? Pelajar 2 : Pada pendapat saya, Bahasa Melayu dianggap sebagai teras perpaduan rakyat kerana kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan. Pelbagai kaum di negara ini menggunakan bahasa ini sebagai bahasa pengantar untuk berkomunikasi. Hal ini demikian kerana bahasa ini mudah difahami oleh pelbagai kaum di Malaysia. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi, bahasa Melayu sehingga kini sangat berkesan dan berjaya menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Apakah pula pendapat kamu tentang peranan bahasa Melayu dalam memperteguhkan wawasan kehidupan?


257 Pelajar 1 : Pada pendapat saya, bahasa Melayu dapat memperteguhkan wawasan kehidupan. Sebagai contoh, bahasa Melayu mampu membantu masyarakat dalam pemahaman tentang budaya tempatan. Bahasa Melayu mencerminkan budaya dan tradisi masyarakat Melayu dan Malaysia secara keseluruhan. Dengan memahami Bahasa Melayu, individu dapat memahami dengan lebih mendalam tentang budaya tempatan, nilai-nilai, dan adat istiadat yang membentuk cara hidup dan pemikiran masyarakat. Pelajar 2 : Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa bahasa Melayu juga berperanan penting dalam menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Bahasa ialah alat komunikasi utama yang digunakan untuk menyebarkan nilai-nilai, sejarah, budaya, dan identiti negara kepada generasi muda dan seluruh masyarakat. Pelajar 1 : Betul. Saya juga bersetuju dengan pendapat kamu tentang bahasa dapat menyemai semangat patriotisme. Sebagai contoh, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Malaysia. Hal ini membolehkan pelajar memahami dengan lebih mendalam nilai-nilai patriotisme yang diserap dalam pelajaran sejarah, pendidikan moral, dan mata pelajaran lain yang berkaitan dengan identiti negara. Pelajar 2 : Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Saya berharap bahasa Melayu ini akan terus gah di mata rakyat Malaysia terutamanya remaja. 5. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam sajak, hasilkan penulisan dengan wacana yang lengkap. Pada era globalisasi ini, bahasa kebangsaan kian dilupakan oleh masyarakat terutama remaja. Remaja pada masa ini lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan mereka berbanding bahasa Melayu. Persoalannya, apakah kepentingan bahasa Melayu? Antara kepentingan bahasa Melayu adalah mampu memupuk perpaduan kaum. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa Melayu mampu menyatukan kaum Melayu, Cina, India, dan sebagainya dengan satu bahasa. Rakyat Malaysia berkomunikasi sesama sendiri


258 dengan menggunakan satu bahasa iaitu bahasa Melayu. Oleh itu, bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang melambangkan bangsa Malaysia. Selain itu, bahasa Melayu juga melahirkan masyarakat yang berwawasan dalam kehidupan. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu menjadi akar dalam pembinaan jati diri seseorang individu. Sebagai contoh, individu yang menggunakan bahasa Melayu menunjukkan semangat patriotik yang ada dalam dirinya. Jelaslah bahawa semangat patriorik ini menjadi bukti seseorang individu itu mempunyai wawasan yang tinggi. Seterusnya, bahasa Melayu juga penting untuk menyemarakkan semangat cinta akan negara. Masyarakat berbilang kaum yang menggunakan satu bahasa untuk berkomunikasi secara tidak langsung mampu memupuk perasaan bangga dan cinta akan negara. Sebagai contoh, slogan "Malaysia Boleh" yang menggunakan bahasa kebangsaan telah berjaya membangkitkan semangat rakyat Malaysia untuk lebih mencintai negara. Kesimpulannya, terdapat pelbagai kepentingan bahasa Melayu kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, bahasa ini perlulah dimartabatkan agar tidak terus tenggelam ditelan zaman. Sesungguhnya bahasa kebangsaan merupakan maruah negara dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. 6. Persembahkan sajak tersebut secara kreatif.


259 B. Teliti tajuk keratan akhbar yang dipaparkan. Kemudian, jawab soalan-soalan di bawah. 1. Warisan budaya kebangsaan perlu dipelihara kerana warisan budaya kebangsaan mampu memperkasakan hubungan antara kaum dan menyatukan rakyat. 2. Berdasarkan tajuk keratan akhbar yang dipaparkan: i. Hasilkan kerangka karangan jenis pendapat tentang usaha mengetengahkan keunikan budaya di Malaysia pada peringkat antarabangsa. Pendahuluan - seni dan budaya negara kita mempunyai keunikan yang tersendiri - semakin dipandang sepi - apakah usaha yang harus dilakukan untuk mengetengahkan keunikan seni dan budaya ini terutamanya pada peringkat antarabangsa? Isi 1 - pihak kerajaan mengadakan festival seni dan budaya - diadakan di seluruh negara pada setiap hujung minggu


260 - contohnya persembahan tarian, lagu rakyat, muzik tradisional, permainan tradisional, teater, pameran dan gerai jualan produk, demonstrasi masakan - konsep silang budaya bagi acara-acara kebudayaan ini akan menyerlahkan budaya negara kita Isi 2 - badan bukan kerajaan perlu mengadakan bengkel asas seni tari - untuk memelihara warisan budaya negara kita - contohnya bengkel asas seni tarian zapin, joget dan inang. - akan memberi pendedahan tentang keunikan seni dan budaya negara ini kepada orang ramai termasuk pelancong Isi 3 - pihak swasta perlu mereka bentuk permainan tradisional dalam bentuk aplikasi mudah alih - generasi pada masa kini lebih berminat dengan aplikasi mudah alih terutamanya media social - contoh permainan tradisional yang boleh dibangunkan melalui aplikasi ini ialah congkak dan dam aji - tindakan proaktif ini boleh menarik minat generasi muda dari seluruh pelosok dunia. Penutup - semua pihak haruslah berganding bahu dalam usaha mengetengahkan keunikan seni dan budaya ini pada peringkat antarabangsa - peribahasa serumpun bagai serai, selubang bagai tebu - nama negara kita akan terkenal di seantero dunia ii. Berdasarkan kerangka karangan tersebut, tulis karangan. Seni dan budaya negara kita mempunyai keunikan yang tersendiri. Namun, seni dan budaya negara kita semakin dipandang sepi. Oleh itu, apakah usaha yang harus dilakukan untuk mengetengahkan keunikan seni dan budaya ini terutamanya pada peringkat antarabangsa? Usaha yang utama ialah pihak kerajaan perlu mengadakan festival seni dan budaya secara berkala. Festival ini perlu diadakan di seluruh negara pada setiap hujung minggu. Aktiviti yang boleh diadakan sebagai pengisian festival ini ialah persembahan tarian, lagu rakyat, muzik tradisional, pameran dan gerai jualan produk. Jelaslah bahawa festival seumpama ini akan menyerlahkan budaya negara kita. Seterusnya, badan bukan kerajaan perlu mengadakan bengkel asas seni tari. Bengkel ini perlu diadakan untuk memelihara warisan budaya negara kita. Sebagai


261 contohnya bengkel asas seni tarian zapin, joget dan inang. Sudah terbukti bahawa bengkel asas seni tarian seperti ini akan memberi pendedahan tentang keunikan seni dan budaya negara ini kepada orang ramai termasuk pelancong. Selain itu, pihak swasta perlu mereka bentuk permainan tradisional dalam bentuk aplikasi mudah alih. Hal ini dikatakan demikian kerana generasi pada masa kini lebih berminat dengan aplikasi mudah alih terutamanya media sosial. Contoh permainan tradisional yang boleh dibangunkan melalui aplikasi ini ialah congkak dan dam aji. Tindakan proaktif ini boleh menarik minat generasi muda dari seluruh pelosok dunia. Sudah terang lagi bersuluh, semua pihak haruslah berganding bahu dalam usaha mengetengahkan keunikan seni dan budaya ini pada peringkat antarabangsa. Bak kata peribahasa serumpun bagai serai, selubang bagai tebu. Dengan kerjasama yang ditunjukkan, nama negara kita akan terkenal di seantero dunia. iii. Baca karangan tersebut secara mekanis. 3. Lengkapkan penulisan di bawah ini dengan wacana yang betul dan binaan ayat yang terdiri daripada pelbagai frasa. Negara ini mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Kepelbagaian kaum ini telah mewujudkan keunikan seni dan budaya yang tersendiri. Persoalannya, apakah kepentingan kepelbagaian seni dan budaya kepada rakyat pelbagai kaum di negara ini? Kepelbagaian seni dan budaya mampu mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini. Hal ini dikatakan demikian kerana kepelbagaian ini tidak menghalang rakyat di negara ini untuk menerima dan menghormati kaum lain. Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan perpaduan yang seterusnya membawa kepada keharmonian dan keamanan negara. Selain itu, kepelbagaian ini juga akan mengukuhkan ekonomi negara. Hal ini demikian kerana keunikan Malaysia mampu menarik kedatangan pelancong asing untuk melancong ke Malaysia. Kemajuan sektor pelancongan ini secara tidak langsung akan mengukuhkan lagi ekonomi negara seterusnya mampu menarik lebih ramai pelabur asing untuk membuat pelaburan di Malaysia. Seterusnya, hal ini juga dapat melahirkan generasi baharu yang mengekalkan kepelbagaian budaya di Malaysia. Sikap saling menerima dan menghormati budaya kaum lain mampu meningkatkan kesedaran tentang konsep silang budaya. Generasi pewaris negara ini bukan sahaja mampu membantu mengekalkan budaya negara supaya tidak ditelan zaman malah dapat mewujudkan perpaduan antara kaum.


262 Kesimpulannya, terdapat pelbagai kepentingan kepelbagaian seni dan budaya kepada rakyat pelbagai kaum di negara ini. Oleh itu, isu ini perlulah dipandang serius oleh semua pihak bak kata peribahasa seikat bagai sirih, serumpun bagai serai. Dengan kerjasama semua pihak, negara kita akan sentiasa aman dan harmoni. C. Baca dan fahami petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang disediakan. Bakti Tidak Bersempadan Keprihatinan seorang anak muda tentang nasib Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman mendorongnya melakukan inovasi dalam penghasilan air bersih. Inovasi ini memudahkan penduduk kampung menjalani kehidupan. Ganesh Muren, seorang pelajar dari universiti tempatan, berjaya mencipta sistem penapisan air yang dipacu oleh tenaga suria. Inovasi ini dapat membantu penduduk di kawasan pedalaman menikmati bekalan air bersih. Ciptaan Ganesh ini menggunakan tenaga suria untuk menghidupkan pam. Pam ini digunakan untuk mempercepat pengeluaran air yang sudah melalui proses penapisan bertingkat. Tenaga suria yang berlebihan daripada aktiviti pengepaman air ini digunakan pula untuk penjanaan tenaga elektrik bagi generator. Penduduk kampung ini bergantung pada penggunaan generator bagi mendapatkan bekalan elektrik. Dengan adanya inovasi daripada Ganesh, generator di kampung tersebut dapat dihidupkan dengan menggunakan tenaga suria. Tindakan Ganesh ini amat baik dalam menyelesaikan masalah penduduk kampung. Tindakan Ganesh ini sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat Malaysia yang lain. Beliau berjaya memanfaatkan ilmu kejuruteraan yang dimilikinya, iaitu menghasilkan peralatan pembersihan air. Bukan itu sahaja, beliau juga memanfaatkan tenaga suria secara bijak demi kebaikan semua penduduk kampung. Usaha murni yang dijalankan oleh Ganesh sungguh membanggakan. Beliau menerima anugerah Here For Good, iaitu anugerah yang diberikan kepada pelajar yang mencetuskan perubahan sosial oleh rangkaian Laureate International Universities. Beliau menerima anugerah itu dalam suatu majlis di Chicago, Amerika Syarikat. Ganesh percaya bahawa kesungguhan, kreativiti, dan segala usaha baik yang berterusan pasti membuahkan hasil. Beliau berharap agar menjelang tahun 2018, usahanya yang berterusan ini dapat membantu lebih daripada 10 000 buah keluarga. (Sumber: https://www.bharian.com.my/node/178793)


263 1. Berikan maksud frasa dipacu oleh tenaga suria. Frasa dipacu oleh tenaga suria bermaksud dihidupkan oleh tenaga matahari. 2. Nyatakan dua kegunaan tenaga suria yang terdapat dalam petikan di atas. Dua kegunaan tenaga suria yang terdapat dalam petikan di atas ialah tenaga suria digunakan untuk menghidupkan pam dan menjana tenaga elektrik bagi generator. 3. Kenal pasti dua frasa kerja dan dua frasa nama yang terdapat dalam petikan di atas. Dua frasa kerja yang terdapat dalam petikan di atas ialah melakukan inovasi dalam penghasilan air bersih dan menggunakan tenaga suria. Manakala, dua frasa nama ialah Keprihatinan seorang anak muda dan Inovasi ini. 4. Pada pendapat anda, apakah yang mendorong Ganesh menghulurkan bantuan kepada penduduk Orang Asli? Pada pendapat saya, perkara yang mendorong Ganesh menghulurkan bantuan kepada penduduk Orang Asli ialah perasaan empati terhadap keadaan dan kesulitan yang dihadapi oleh penduduk Orang Asli dan keinginan untuk membantu dan memberikan sumbangan kepada orang yang memerlukan. Jawapan lain: • Kesedaran sosial. • Nilai-nilai murni yang ada dalam diri. • Kepuasan peribadi. • Pengalaman secara peribadi.


264 5. Berundinglah dengan rakan anda untuk memilih inovasi yang boleh membantu pihak lain. Contoh inovasi: Inovasi dalam capaian Internet di kawasan pedalaman. Inovasi ini dicipta untuk memudahkan masyarakat terutama para pelajar di kawasan pedalaman mendapatkan perkhidmatan Internet dengan lebih mudah dan kelajuan yang maksimum.


265


266 TEMA 11: ALAM ANUGERAH TERINDAH 11.1 TERIMA KASIH POKOK (HALAMAN 132 – 133) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR S.P: 1.5.1 Bersoal jawab untuk mencambahkan idea secara kritis dan bertatasusila. AKTIVITI 1 Murid melihat gambar Anugerah Pokok untuk Manusia pada halaman 132 dan 133 dan menyatakan maklumat yang terdapat dalam gambar. Mengindahkan pemandangan Menyatupadukan masyarakat Meningkatkan nilai hartanah Membekalkan dan menyerap oksigen Menampan bunyi bising Mengurangkan stres AKTIVITI 2 Dalam kumpulan, murid perlu menjawab soalan-soalan berikut; Soalan 1: Mengapakah manusia tidak menghargai pokok? Soalan 2: Mengapakah manusia memusnahkan pokok? Soalan 3: Nyatakan langkah-langkah untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan pokok? Soalan 4: Apakah perkaitan antara pokok dengan kehidupan yang sejahtera? (KBAT) Maklumat tambahan: Dipaparkan oleh guru untuk mencambah idea murid. Kepentingan Pokok dan Tumbuhan untuk Kehidupan Manusia ▷ Postposmo | Postposm


267 AKTIVITI 3 Secara berkumpulan, murid diminta menghasilkan sebuah video dokumentari tentang alam sekitar yang terdapat di tempat tinggal mereka. Contoh Video: Nature Cinematic | Video Sinematik Alam KEREN - YouTube AKTIVITI 4 Murid menonton video dokumentari yang dihasilkan. Kemudian, dengan menggunakan teknik pembelajaran PAK-21 iaitu Rally Robin murid membuat kritikan terhadap video dokumentari tersebut.


268 11.2 ANTARA MASDAR DENGAN PUTRAJAYA (HALAMAN 134 – 135) KEMAHIRAN MEMBACA S.P: 2.4.1 Membaca dan memahami serta mengemukakan pendapat yang rasional tentang pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen. AKTIVITI 1 Murid dipilih secara rawak untuk membaca petikan Putrajaya Berwawasan pada halaman 134-135 menggunakan teknik ACID. A AGREE (BERSETUJU) C CONFUSING (MENGELIRUKAN) I INTERESTING (MENARIK) D DISAGREE (TIDAK BERSETUJU) Murid dalam kumpulan menyatakan pendapat mereka sama ada bersetuju, mengelirukan, menarik dan tidak bersetuju tentang petikan yang dibaca. Teknik ACID Contoh ayat Agree/Bersetuju Janganlah kerana kelebihan yang ada di negara orang, kita lupa akan negara kita. Confusing/Mengelirukan Bandar ini berkonsepkan bandar dalam taman yang mengutamakan alam sekitar dan kehijauan. Interesting/Menarik Suasana menghijau dengan pelbagai taman yang mengelilingi tasik cukup mengujakannya. Disagree/Tidak Bersetuju Di bandar ini, segala-galanya ada.


269 AKTIVITI 2 Teknik pembelajaran PAK-21 iaitu Rally Table. (Murid bergilir-gilir memberikan respons dengan menulis pendapat masing-masing di atas kertas yang sama dan menggunakan pen yang sama) Murid mengemukakan pendapat mereka tentang kelebihan amalan teknologi hijau menggunakan ayat yang gramatis. CONTOH JAWAPAN: 1. Pada pendapat saya, amalan teknologi hijau akan mewujudkan pemandangan yang indah dan suasana yang selesa. 2. Pada pendapat saya, suasana menghijau dengan pelbagai taman yang mengelilingi tasik akan menceriakan pemandangan. 3. Pada pendapat saya, penggunaaan bas-bas elektrik tanpa pemandu dapat membantu mewujudkan bandar rendah karbon. 4. Pada pendapat saya, teknologi penuaian air hujan dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan. 5. Pada pendapat saya, amalan teknologi hijau akan menarik kedatangan pelancong. 6. Pada pendapat saya, amalan teknologi hijau akan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. 7. Pada pendapat saya, amalan teknologi hijau akan dapat mengurangkan pergantungan terhadap sumber asli. 8. Pada pendapat saya, amalan teknologi hijau akan dapat meningkatkan tahap kesihatan manusia dan persekitaran. 9. Pada pendapat saya, amalan teknologi hijau akan dapat mengelak ancaman bencana alam.


270 ASPEK TATABAHASA S.P: 5.5.1 Membina dan menukar struktur ayat dengan betul dan tepat mengikut konteks. AKTIVITI 1 Guru mengimbas kod QR dan menayangkan nota yang terdapat pada halaman 134. Murid diminta membaca nota ayat tunggal dan ayat majmuk yang dipaparkan. AKTIVITI 2 Murid membaca petikan pada halaman 134 dan 135. Murid mengenal pasti lima ayat tunggal dan lima ayat majmuk dalam bahan. Ayat Tunggal Ayat Majmuk Suhu dingin menyerkup tubuhnya. Udara sejuk, tiada pencemaran dan segalagalanya menggunakan sensor. Dia berasa cukup selesa. Kenderaan tanpa pemandu menggunakan kuasa elektrik dan bebas karbon. Kita perlu balik ke Malaysia, Alif. Itu Alif tahu ayah tetapi Alif sudah jatuh kasih akan bandar ini. Alif tidak mahu, ayah. Ayah percaya bahawa bandar hijau seperti Masdar ini juga ada di negara kita. Di bandar ini, segala-galanya ada. Suasana menghijau dengan pelbagai taman yang mengelilingi tasik cukup mengujakannya. Di situlah tempat tumpah darah kita. Alif tidak sangka ada bandar hijau di negara kita. Alif seronok tinggal di bandar ini? Bandar ini berkonsepkan bandar dalam taman yang mengutamakan alam sekitar dan kehijauan. Setiap taman in mempunyai daya tarikannya tersendiri Untuk menjayakan konsep ini, Putrajaya mewujudkan sembilan buah taman yang cantik,


271 antaranya ialah Taman Perdana dan Taman Wawasan. Untuk mencapai matlamat tersebut, bas-bas di bandar ini menggunakan Gas Asli untuk Kenderaan (NGV). Amalan tersebut dijalankan dengan dua skala, iaitu berskala besar dan berskala kecil. AKTIVITI 3 Murid membina lima ayat tunggal dan lima ayat majmuk. Kemudian, murid menukarkan struktur ayat-ayat tersebut. Cantumkan ayat-ayat tunggal di bawah menjadi ayat majmuk. 1. Kami mandi-manda di sungai itu. Kami masuk ke dalam khemah. ___________________________________________________________ 2. Kereta itu berwarna biru. Kereta itu kereta abang saya. ___________________________________________________________ 3. Ibu sedang memasak. Ibu menyanyi. ___________________________________________________________ 4. Pemuda itu ditahan. Pemuda itu disyaki terlibat dengan kes pengedaran dadah. ___________________________________________________________ 5. Pihak kerajaan amat yakin. Program Tahun Melawat Malaysia akan meningkatkan bilangan pelancong ke negara ini. ____________________________________________________________


272 JAWAPAN: 1. Kami masuk ke dalam khemah setelah mandi-manda di sungai itu. 2. Kereta yang berwarna biru itu kereta abang saya. 3. Ibu sedang memasak sambil menyanyi. 4. Pemuda itu ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes pengedaran dadah. 5. Pihak kerajaan amat yakin bahawa Program Tahun Melawat Malaysia akan meningkatkan bilangan pelancong ke negara ini.


273 11.3 TERBUANG MENJADI TERBILANG (HALAMAN 136-137) KEMAHIRAN MENULIS S.P: 3.5.1 Menulis dan Menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. AKTIVITI 1 Murid membaca kedua-dua bahan pada halaman 136-137 dengan menggunakan Teknik CHATT untuk mengenal pasti maklumat. C Circle (Bulatkan kata kunci) H Highlight (Serlah atau garisi idea penting) A Asterisk (Tandakan asterik * pada isi sampingan / sokongan) T Transfer (Pindahkan maklumat dalam borang CHATT T Teacher (Guru memberikan rumusan tentang rekod murid dalam borang CHATT Bahan 1


274 Bahan 2


275 AKTIVITI 2 Murid menyusun maklumat daripada bahan tersebut dengan melengkapkan Jadual CHATT. JADUAL CHATT Nama: Tarikh: Topik Definisi Terbuang Menjadi Terbilang Prosedur X-ray menghasilkan imej bahagianbahagian dalaman tubuh yang bertujuan untuk memeriksa bahagian-bahagian tubuh yang tertentu. Kata Kunci/Istilah (Circle) Imej/Lukisan (Definisi) Manfaat Filem X-ray Idea Utama (Serlahkan/Highlight) Idea Sampingan (Bintangkan/Asterisk) 1. Filem X-ray dapat di kitar semula menjadi bahan yang bermanfaat. 2. Filem X-ray dapat dijadikan kompang bagi menggantikan kompang tradisional. 3. Medium perak yang terdapat pada filem Xray dapat dijadikan zarah nano. 4. Bahan ini diaplikasikan dalam produk antibakteria. 5. Filem X-ray diproses menjadi hablur perak dan dijadikan jongkong perak. 6. Filem X-ray juga di kitar semula menjadi barangan perhiasan wanita. 7. Filem-filem X-ray juga dijadikan kraf tangan. 1. Filem-filem X-ray ini tidak lagi dapat digunakan untuk tujuan lain dan perlu dilupuskan dengan kaedah yang selamat. 2. Filem X-ray seharusnya dilupuskan dengan kaedah yang betul. 3. Setiap filem X-ray mengandungi plastik, perak, logam berat, dan bahan yang berbahaya. 4. Jika filem tersebut dibuang tanpa mematuhi prosedur yang betul, tindakan ini akan memudaratkan kesejahteraan manusia. 5. Filem X-ray amat sukar untuk terurai dengan sendirinya. 6. Barangan tersebut mahal harganya kerana hasil seninya yang unik dan kreatif.


276 7. Kebanyakan hasil kraf tangan ini mendapat sambutan kerana pembeli tertarik oleh nilai estetik produk tersebut. RUMUSAN GURU: ............................................................................................................................................ ............................................................................................................................................ AKTIVITI 3 Murid menulis ringkasan dengan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. Tulis ringkasan tentang manfaat filem X-ray berdasarkan kedua-dua bahan dengan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. Panjang ringkasan hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. JAWAPAN: Manfaat filem X-ray ialah filem X-ray dapat di kitar semula menjadi bahan yang bermanfaat. Filem X-ray juga dapat dijadikan kompang bagi menggantikan kompang tradisional. Manakala, medium perak yang terdapat pada filem X-ray dapat dijadikan zarah nano. Kemudian, bahan ini diaplikasikan dalam produk antibakteria. Selain itu, filem X-ray diproses menjadi hablur perak dan dijadikan jongkong perak. Di samping itu, filem X-ray juga di kitar semula menjadi barangan perhiasan wanita. Akhir sekali, filem-filem X-ray juga dijadikan kraf tangan. (76 patah perkataan)


277 11.4 MASIH ADAKAH HARAPAN? (HALAMAN 138-139) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR S.P: 1.8.1 Mengkritik secara membina tentang sesuatu isu kemasyarakatan dengan kritis dan jelas menggunakan ayat yang gramatis. AKTIVITI 1 Guru mengimbas kod QR untuk paparan video. Murid menonton paparan video tersebut. Sumber : Extinction of Sumatran Rhino in Malaysia - YouTube AKTIVITI 2 Murid membaca bahan pada halaman 138. AKTIVITI 3 Murid berbincang secara kritis tentang punca dan kesan kepupusan badak sumbu Sumatera berdasarkan video yang ditonton dan bahan yang dibaca. BADAK SUMBU SUMATERA Punca/Faktor Kepupusan Kesan Kepupusan • Kehilangan habitat akibat aktiviti pembalakan dan pembangunan. • Aktiviti pemburuan haram untuk mendapatkan tanduk, darah, dan anggota lain yang diperlukan untuk perubatan tradisional. • Proses penyebaran biji benih secara semula jadi terganggu kerana badak sumbu Sumatera merupakan penyebar biji benih. • Penghasilan baja organik daripada najis badak sumbu Sumatera berkurang menyebabkan proses penyuburan hutan di Malaysia terganggu.


278 AKTIVITI 4 Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan bahan pada halaman 138. a) Nyatakan ciri-ciri badak sumbu Sumatera? [3 markah] Ciri-ciri badak sumbu Sumatera: - mempunyai dua sumbu - suka bergerak bersendirian - suka berkubang b) Apakah faktor kepupusan badak sumbu Sumatera? [3 markah] Faktor kepupusan badak sumbu Sumatera... - kehilangan habitat akibat aktiviti pembalakan dan pembangunan - aktiviti pemburuan haram untuk mendapatkan tanduk, darah, dan anggota lain yang diperlukan untuk perubatan tradisional - jarak di antara sebuah hutan simpan dengan hutan simpan yang lain agak jauh hingga menyukarkan badak membiak - tahap kesuburan badak sumbu sumatera semakin menurun c) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan supaya badak Sumbu Sumatera tidak pupus? [4 markah] Pada pendapat saya, usaha-usaha yang perlu dilakukan supaya badak sumbu Sumatera tidak pupus ialah kerajaan perlu ... - memelihara dan memulihara spesies badak sumbu Sumatera - membina pusat perlindungan spesies haiwan terancam - mewujudkan pusat pembiakan badak sumbu Sumatera • Jarak di antara sebuah hutan simpan dengan hutan simpan yang lain agak jauh hingga menyukarkan badak membiak. • Tahap kesuburan badak sumbu Sumatera semakin menurun. • Keruntuhan ekosistem akan berlaku. • Menyebabkan kehilangan biodiversiti. • Menjejaskan kualiti udara, air dan sumber makanan.


279 - melaksanakan kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) bagi membantu usaha pembiakan spesies badak sumbu Sumatera - menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan hukuman penjara dan denda yang maksimum kepada pesalah yang menjadi punca kepupusan haiwan spesies terancam seperti badak sumbu Sumatera - membanteras aktiviti pemburuan haram - melaksanakan kempen kesedaran seperti Kempen Selamatkan Badak Sumbu Sumatera ASPEK SENI BAHASA S.P: 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi karya puisi dengan memberikan respons peribadi tentang maksud tersurat dan tersirat dalam sesuatu puisi. AKTIVITI 1 Murid mempersembahkan pantun pada halaman 139.


280 AKTIVITI 2 Murid menyatakan maksud tersurat dan tersirat dalam pantun tersebut. Rangkap Maksud Tersurat Maksud Tersirat Rangkap 1 Kalau hendak tuju ke seberang, Kala kelam cari kemangi; Populasi badak kian berkurang, Masih terancam walau dilindungi. Populasi badak kian berkurang dan masih terancam walaupun dilindungi. Penguatkuasaan undangundang hidupan liar di negara ini perlu diperkasakan untuk mengenakan hukuman lebih berat kepada pesalah. Rangkap 2 Kala kelam cari kemangi, Hujung tepian angin menderu; Masih terancam walau dilindungi, Tanpa ihsan kejam diburu. Badak diburu dengan kejam tanpa ihsan. Pemburu badak mesti dikenakan hukuman penjara dan denda yang maksimum agar populasi badak tidak pupus. Rangkap 3 Hujung tepian angin menderu, Lebat berbuah ranum bidara; Tanpa ihsan kejam diburu, Pelihara khazanah berharga negara. Badak perlu dipelihara kerana badak merupakan khazanah berharga negara. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti pemburuan haram atau kegiatan penjualan produk berasaskan haiwan terancam seperti badak boleh melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa. Rangkap 4 Lebat berbuah ranum bidara, Lalu dipetik raga diisi; Pelihara khazanah berharga negara, Spesies unik tatapan generasi. Badak merupakan spesies unik yang perlu dipelihara untuk tatapan generasi akan datang. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha memelihara badak kerana badak merupakan harta yang sangat bernilai untuk tatapan generasi akan datang. Rangkap 5 Lalu dipetik raga diisi, Makin luak buat rincisan; Spesies unik tatapan generasi, Terus dibiak elak kepupusan. Badak perlu terus dibiak untuk mengelakkan kepupusan. Kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) bagi membantu usaha pembiakan spesies badak sumbu Sumatera perlu diperluas.


281 11.5 FANTASTIK KERETA ELEKTRIK (HALAMAN 140 - 141) KEMAHIRAN MENULIS 3.6.1 Menulis dan mengadaptasi sesuatu bahan prosa kepada pelbagai bentuk penulisan yang baharu, betul, sesuai dan menarik. AKTIVITI 1 Murid membaca bahan pada halaman 140 dan 141 menggunakan teknik luncuran (skimming). NOTA: Luncuran (skimming) merupakan satu kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu maklumat atau bahan. Kemahiran membaca ini juga bermatlamat untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai suatu dokumen atau bahan. AKTIVITI 2 Murid dibahagikan kepada enam kumpulan. Setiap kumpulan menulis kerangka karangan yang bertajuk Manfaat Kereta Elektrik. ANALISIS BAHAN 1 (HALAMAN 110) TEMA Kereta elektrik TUGASAN SOALAN Manfaat FORMAT Rencana KERANGKA KARANGAN PERENGGAN HURAIAN PENDAHULUAN - kereta elektrik kereta hebat - di negara maju semakin popular - manfaat kereta elektrik berbanding dengan kereta biasa ISI 1 - kos penyelenggaraan rendah - tidak mempunyai ekzos, motor penghidup kereta, sistem suntikan minyak, radiator, dan tidak menggunakan minyak enjin - penyelenggaraan hanya melibatkan brek, tayar, suspensi, dan alat penyaman udara


282 - kos penjagaan boleh dijimatkan ISI 2 - harga elektrik lebih murah berbanding dengan harga bahan api - digerakkan oleh motor elektrik dengan menggunakan tenaga yang disimpan di dalam bateri - bateri dicas di rumah atau stesen minyak yang terpilih - harga bahan api juga berisiko mengalami kenaikan ISI 3 - mengurangkan risiko kemalangan - beban tambahan yang terdapat di bawah lantai kereta ini menjadikan pusat gravitinya lebih rendah dan mengurangkan risiko terbabas - kurang risiko kebakaran kerana tidak menggunakan minyak petrol sebagai bahan bakar - lebih selamat berbanding kereta biasa ISI 4 - bersifat mesra alam - tidak mengeluarkan karbon monoksida - lebih senyap dan cekap bagi menggerakkan kenderaan berbanding enjin pembakaran dalam - mengurangkan pencemaran udara - dapat menyelamatkan alam sekitar PENUTUP - banyak manfaat kereta elektrik - insentif untuk pemilik kereta elektrik seperti subsidi dan kredit cukai - meningkatkan lagi tahap penerimaan rakyat Malaysia untuk beralih kepada kenderaan berasaskan elektrik AKTIVITI 3 Murid menghasilkan penulisan yang menarik dan kreatif berdasarkan bahan.


283 CONTOH KARANGAN JENIS RENCANA Manfaat Kereta Elektrik Oleh: Siti Aminah binti Abdullah Tidak dapat dinafikan bahawa kereta elektrik ialah kereta yang hebat. Pada masa kini, penggunaan kereta elektrik di negara maju semakin popular. Persoalannya, apakah manfaat kereta elektrik berbanding dengan kereta biasa? Antara kebaikan kenderaan elektrik ialah kos penyelenggaraannya yang lebih rendah. Hal ini dikatakan demikian kerana kenderaan ini tidak mempunyai ekzos, motor penghidup kereta, sistem suntikan minyak, radiator, dan tidak menggunakan minyak enjin. Penyelenggaraan kenderaan ini hanya melibatkan brek, tayar, suspensi, dan alat penyaman udara. Impaknya, kos penjagaan kereta jenis ini boleh dijimatkan. Selain itu, harga elektrik lebih murah berbanding dengan harga bahan api seperti petrol. Hal ini dikatakan demikian kerana kereta elektrik digerakkan oleh motor elektrik dengan menggunakan tenaga yang disimpan di dalam bateri. Bateri pula boleh dicas di rumah atau stesen minyak yang terpilih seperti Petronas. Tambahan pula, harga bahan api juga berisiko mengalami kenaikan. Jelaslah bahawa, penggunaan kereta elektrik lebih menjimatkan. Seterusnya, penggunaan kereta elektrik dapat mengurangkan kurang risiko kemalangan. Hal ini dikatakan demikian kerana beban tambahan yang terdapat di bawah lantai kereta ini menjadikan pusat gravitinya lebih rendah dan mengurangkan risiko terbabas. Kereta ini juga kurang risiko kebakaran kerana tidak menggunakan minyak petrol sebagai bahan bakar. Nampaknya, penggunaan kereta elektrik lebih selamat berbanding kereta biasa. Kereta elektrik juga lebih bersifat mesra alam. Hal ini dikatakan demikian kerana kereta ini tidak mengeluarkan asap yang membebaskan karbon monoksida. Kereta ini juga lebih senyap dan cekap menggerakkan kenderaan berbanding enjin kontemporari. Sudah terang lagi bersuluh, penggunaan kereta elektrik dapat mengurangkan pencemaran udara sekali gus dapat menyelamatkan alam sekitar. Kesimpulannya, sangat banyak manfaat penggunaan kereta elektrik. Oleh itu, kerajaan seharusnya menawarkan insentif untuk pemilik kereta elektrik seperti subsidi dan kredit cukai. Tindakan proaktif ini akan meningkatkan lagi tahap penerimaan rakyat Malaysia untuk beralih kepada kenderaan berasaskan elektrik.


284 11.6 PENGUKUHAN: KEMBALI KEPADA ALAM (Halaman 142) AKTIVITI 1 Baca petikan dengan telitinya dan kenal pasti isi-isi penting. Bahan Mesra Alam Kualiti dan produktiviti produk pertanian dapat ditingkatkan menerusi penggunaan racun makhluk perosak dan baja kimia. Walau bagaimanapun, usaha alternatif yang bersifat mesra alam perlu diberi keutamaan kerana dapat menjimatkan wang dan tidak mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan manusia. Bagi menggantikan penggunaan racun makhluk perosak, petani boleh menghasilkan racun organik daripada lada hitam dan bawang putih. Kedua-dua bahan ini dikisar dan dicampurkan dengan air panas. Selepas itu, bahan tersebut disembur pada tanaman yang diserang oleh makhluk perosak. Penggunaan racun organik seperti ini lebih efektif berbanding dengan penggunaan racun kimia. Masalah serangan serangga bagi tanaman sayur pula dapat diatasi melalui penggunaan jaring kalis serangga. Penggunaan jaring ini sangat berkesan pada tanaman kubis. Kaedah ini sangat popular dalam kalangan petani kerana kosnya yang rendah dan dapat mengurangkan kemasukan cahaya yang boleh merosakkan tanaman. Selain itu, bagi mengatasi masalah serangan tikus terhadap tanaman padi dan kelapa sawit, penggunaan burung hantu jelapang mampu menangani masalah ini. Burung hantu ini agak istimewa kerana mampu terbang dalam lingkungan 40 hektar dan mempunyai daya penglihatan yang tajam pada waktu malam. Seekor burung hantu boleh makan tiga ekor tikus pada waktu malam. Sementara itu, bagi meningkatkan kesuburan tanah, para petani tidak perlu menggunakan baja kimia. Mereka boleh menanam kekacang untuk membekalkan nitrogen kepada tanaman. Mereka juga boleh membuat baja kompos untuk menambahkan nutrisi tanaman sekali gus memperkaya bahan organik kepada tanah. Untuk menghasilkan baja kompos, petani hanya perlu menggunakan sisa makanan dan daun kering. (Sumber: https://news.usm.my/index. php/berita-mutakhir/3237 -usm-kaji-burung-hantu-agen-biologi-kawal-perosak-tikuskonservasidan-kekayaan-biodiversiti)


285 AKTIVITI 2 Tulis ringkasan karangan daripada petikan ini. Baca petikan dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang usaha alternatif yang bersifat mesra alam. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. JAWAPAN Sebagai satu usaha alternatif yang bersifat mesra alam bagi menggantikan penggunaan racun makhluk perosak, petani boleh menghasilkan racun organik daripada lada hitam dan bawang putih. Seterusnya, masalah serangan serangga bagi tanaman sayur pula dapat diatasi melalui penggunaan jaring kalis serangga. Di samping itu, bagi mengatasi masalah serangan tikus terhadap tanaman padi dan kelapa sawit, penggunaan burung hantu jelapang mampu menangani masalah ini. Manakala, bagi meningkatkan kesuburan tanah, para petani boleh menanam kekacang untuk membekalkan nitrogen kepada tanaman. Mereka juga boleh membuat baja kompos untuk menambahkan nutrisi tanaman sekali gus memperkaya bahan organik kepada tanah. (93 patah perkataan)


286 11.7 PENGAYAAN: SERLAHKAN BAKAT TERPENDAM, HASILKAN PUISI PADAM (Halaman 143) AKTIVITI 1 Imbas kod QR di bawah ini. Tonton video. AKTIVITI 2 Baca teks pada halaman 143. AKTIVITI 3 Hasilkan puisi padam daripada petikan di bawah ini. Kelestarian HCVF Hutan penting kepada manusia dan alam sekitar. Hutan merupakan habitat bagi hidupan liar, melindungi kawasan dan mengekalkan budaya sesuatu masyarakat. Semakin tinggi sumbangan sebuah hutan kepada manusia dan alam sekitar, maka semakin tinggilah indeks penilaiannya. Indeks penilaian hutan diukur berdasarkan kawasan Hutan Mempunyai Nilai Pemeliharaan yang Tinggi (HCVF). HCVF dikawal selia oleh Unit Pengurusan Hutan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Di Semenanjung Malaysia, pengkategorian kawasan HCVF berdasarkan beberapa kriteria, iaitu nilai kepelbagaian biologi, ekosistem, dan perkhidmatan alam semula jadi. Kawasan hutan yang mengandungi nilai kepelbagaian biologi ialah kawasan hutan yang mempunyai ciri-ciri penting terhadap fauna. Antara ciri tersebut ialah kewujudan kubang badak, jenut semula jadi, kawasan persinggahan burung hijrah, dan gua bagi habitat kelawar. Bagi kriteria ekosistem, hutan tersebut mestilah mempunyai ekosistem yang jarangjarang ditemukan di tempat lain. Selain itu, ekosistem tersebut mungkin berada dalam keadaan terancam atau bahaya. Maklumat tentang ekosistem ini diperoleh melalui kajian saintifik dan penulisan ilmiah yang diterbitkan oleh pihak yang berautoriti.


287 Kriteria perkhidmatan alam semula jadi pula merujuk kawasan hutan yang memiliki perkara-perkara asas hutan alam semula jadi. Antaranya ialah aspek kawalan hakisan dan penghalang kebakaran. Kedua-dua perkara ini penting untuk melindungi hutan daripada mengalami kemusnahan. Kesimpulannya, hutan-hutan di Malaysia masih menampung kepelbagaian elemen yang memiliki nilai yang tersendiri. Oleh itu, kawasan ini perlu dipelihara dengan baiknya demi menjamin pengekalan hutan yang bernilai tinggi pada masa akan datang. (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Kosmik, Kelestarian HCVF, 2018, Dewan Bahasa dan Pustaka) Cara menghasilkan Puisi Padam: 1. Sediakan sebuah majalah atau akhbar. 2. Pilih artikel yang berkaitan dengan alam sekitar dan teknologi hijau. 3. Pilih perkataan dengan membuat bulatan atau kotak. 4. Mulakan dengan satu perkataan dahulu dan diikuti dengan beberapa perkataan lain. 5. Hubung kaitkan perkataan tersebut bagi membentuk sajak, seloka pendek, atau puisi yang lain. 6. Padamkan perkataan yang lain dengan menggunakan pen penanda. 7. Kini, anda telah menghasilkan sebuah puisi padam.


288 CONTOH Hutan, habitat bagi hidupan liar, melindungi kawasan, mengekalkan budaya sesuatu masyarakat. Hutan, nilai kepelbagaian biologi. Hutan, aspek kawalan hakisan, penghalang kebakaran, penting untuk melindungi hutan, daripada mengalami kemusnahan. Hutan, perlu dipelihara, demi menjamin pengekalan hutan, yang bernilai tinggi pada masa akan dating.


289


290 TEMA 12: TUAH DI BUMI PERMATA 12.1 TERBAIK DARI LADANG (HALAMAN 146 – 147) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR S.P: 1.4.2 Berbicara untuk menganalisis isu semasa yang didengar, ditonton atau dibaca dalam situasi formal secara bertatasusila. AKTIVITI 1 Guru mengimbas kod QR kod yang terdapat pada halaman 146. Murid menonton dan mendengar bahan yang dibaca dengan telitinya untuk menganalisis isu. AKTIVITI 2 Dalam kumpulan kecil, murid menganalisis isu yang ditonton dan dibaca pada halaman 146- 147. Murid berbicara tentang penternakan kerbau menggunakan teknik pembelajaran PAK21 iaitu Talking Chips. NOTA: Talking Chips. ▪ Setiap ahli dalam kumpulan meletakkan cip di tengah-tengah apabila ingin berbicara atau memberikan pendapat. ▪ Murid tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap ahli dalam kumpulan diberikan peluang untuk bercakap.


291 AKTIVITI 3 Berdasarkan bahan yang dianalisis, murid membuat persediaan untuk menjalankan sesi forum di dalam kelas. AKTIVITI 4 Murid menjalankan sesi forum di dalam kelas secara tertib dan bertatasusila. CONTOH FORUM Pengerusi : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada pagi ini kita berpeluang membincangkan isu yang sangat penting kepada rakyat dan negara. Izinkan saya memperkenalkan ahli-ahli panel yang diundang khas, iaitu di sebelah kiri saya ialah Saudara/Saudari ________________ dari _______________. Manakala, di sebelah kanan saya pula ialah Saudara/Saudari ________________ dari _______________. Akhir sekali, di hujung sana ialah Saudara/Saudari ________________ dari ________________. Tajuk forum pada pagi ini ialah "Penternakan Kerbau di Malaysia". Tanpa melengahkan masa, saya mempersilakan ahli panel pertama kita, iaitu Saudara/Saudari ________________ untuk memberi penerangan tentang kerbau. Panel 1 :Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih saudara/saudari pengerusi. Kerbau dikategorikan kepada dua kumpulan, iaitu kerbau sawah dan kerbau sungai. Persamaan kedua-dua jenis kerbau ini ialah tanduknya boleh dibuat kraf tangan, dagingnya boleh dimasak dan kulitnya boleh dibuat kompang. Pada zaman dahulu, kerbau sawah digunakan untuk membajak sawah dan menarik kenderaan. Manakala, kerbau sungai diternak untuk mendapatkan susu. Susunya pula boleh dibuat keju, dadih, dan diminum secara segar. Pengerusi : Terima kasih ahli panel yang pertama. Soalan seterusnya adalah untuk ahli panel yang kedua. Bolehkah saudara/saudari menjelaskan perkara berkaitan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3)? Panel 2 :Terima kasih saudara/saudari pengerusi. Sebenarnya, Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) menitikberatkan pengeluaran bahan makanan daripada sumber tempatan, termasuk pengeluaran daging kerbau. Namun begitu, disebabkan bekalan daging di Malaysia masih belum mencukupi, Malaysia turut mengimport daging kerbau dari India.


292 Pengerusi : Terima kasih ahli panel yang kedua. Adakah saudara/saudari ahli panel yang ketiga ingin menjelaskan dengan lebih lanjut dalam hal ini? Panel 3 : Baik saudara/saudari pengerusi. Bagi mengatasi masalah ini, satu memorandum persefahaman telah dimeterai untuk mengusahakan penternakan kerbau di Sabah. Memorandum itu ditandatangani oleh Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (IBKM) dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah (JPHPT) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Pengerusi :Seterusnya, boleh saudara/saudari ahli panel yang pertama jelaskan, apakah yang dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat? Panel 1 : IBKM bersama-sama dengan UPM dan JPHPT telah memulakan penyelidikan kerbau sawah. Penyelidikan ini merangkumi aspek pemakanan, pembiakbakaan, dan kesihatan. Panel 2 : Izinkan saya menambah saudara/saudari pengerusi. Kaji selidik akan dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan penternakan kerbau di Sabah. Kajian tentang penghasilan daging yang berkualiti tinggi akan turut dijalankan. Pengerusi : Terima kasih ahli panel yang pertama dan kedua. Bagaimanakah pula pendapat ahli panel yang ketiga? Panel 3 :Kajian akan dijalankan dengan menggunakan bahan-bahan tempatan sebagai makanan ternakan. Melalui projek ini, kita berharap agar 90 peratus daripada baka induk kerbau mempunyai ciri-ciri baka ternakan yang baik dan sesuai untuk pembiakbakaan. Pusat penyelidikan dan pembiakan kerbau sawah ini berpangkalan di Telupid. Pusat ini diiktiraf sebagai pusat ternakan kerbau sawah yang utama di Malaysia. Pengerusi : Terima kasih saudara/saudari ________________. Saya kira kita sudah berada pada penghujung forum. Sebagai rumusannya, saya kira penternakan kerbau di negara ini sangat penting dalam membekalkan keperluan daging kepada negara. Oleh itu, saya menyeru agar semua pihak berganding bahu menbantu kerajaan mengusahakan projek ini. Izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada ahliahli panel. Apakan daya masa tidak mengizinkan kita berbicara dengan lebih lanjut. Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version