The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU (EDISI DIGITAL)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Noorhaswari Ismail, 2024-05-07 00:40:44

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU (EDISI DIGITAL)

Keywords: BM

93 Jawapan


94


95 TEMA 5: DIRGAHAYU NEGARAKU 5.1 SEMANGAT WAJA (HALAMAN 54-55) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR S.P:1.4.2 Berbicara untuk menganalisis isu semasa yang didengar, ditonton atau dibaca dalam situasi formal secara bertatasusila AKTIVITI 1: Imbas Kod QR dan murid diperdengarkan dengan rakaman audio yang mengandungi maklumat berdasarkan gambar yang diberikan. AKTIVITI 2: Murid menganalisis isu yang terkandung dalam maklumat tersebut dan menyatakan pendapat mereka tentang maklumat tersebut secara bertatasusila berpandukan soalan guru. Contoh soalan guru 1. Siapakah sebenarnya Azzrulkhan Hasrullah bin Matsah atau lebih dikenali sebagai Adam? 2. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh Adam? 3. Bagaimanakah keadaan fizikal diri Adam? 4. Adakah kekurangan yang ada pada diri Adam menyukarkan beliau untuk melakukan aktiviti tersebut? Berikan ulasan. 5. Mengapakah Adam melibatkan diri dalam aktiviti tersebut? 6. Apakah persamaan yang dimiliki oleh Mohd Sukur bin Ibrahim, Lee Thiam Wah dan Ruzimi bin Mohamed? 7. Bagaimanakah keadaan fizikal diri mereka? 8. Adakah kekurangan diri mereka menghalang diri mereka untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya? Berikan ulasan anda. 9. Pada pandangan anda, apakah faktor-faktor yang membolehkan mereka berjaya dalam hidup masing-masing? 10. Huraikan pengajaran yang boleh anda perolehi daripada ketiga-tiga tokoh Orang Kurang Upaya ini?


96 Contoh respons murid 1. Azzrulkhan Hasrullah bin Matsah atau Adam merupakan anak keempat dalam keluarga dan merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berasal dari Kuching, Sarawak. 2. Adam aktif mendaki bukit dan gunung serta sedang giat menjalani persediaan untuk mendaki Gunung Everest. 3. Adam mempunyai kekurangan keupayaan fizikal iaitu beliau menghidap penyakit polio. 4. Kekurangan diri Adam tidak menghalangnya melakukan aktiviti tersebut kerana buktinya, dia berjaya mendaki lebih 30 buah bukit dan gunung di negara ini termasuk Gunung Kinabalu dengan menggunakan kekuatan dua-dua tangan serta merangkak untuk mencapai ke puncak bukit dan gunung yang didakinya. 5. Adam melibatkan diri dalam aktiviti mendaki bukit dan gunung untuk kepuasan diri dan sebagai dorongan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang lain. 6. Mohd Sukur bin Ibrahim, Lee Thiam Wah dan Ruzimi bin Mohamed merupakan tokoh OKU yang berjaya dalam kehidupan masing-masing. 7. Mohd Sukur bin Ibrahim dilahirkan tanpa tangan dan kaki. Lee Thiam Wah lumpuh dan berkerusi roda sejak kecil kerana penyakit polio manakala Ruzimi bin Mohamed dihahirkan tanpa sepasang kaki dan tangan kiri. 8. Kekurangan diri mereka tidak menghalang diri mereka untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya. Buktinya, Mohd Sukur bin Ibrahim dan Ruzimi bin Mohamed mempunyai ijazah dari IPTA. Mereka bertiga juga mempunyai perniagaan masing-masing. 9. Pada pandangan saya, mereka berjaya dalam hidup masing-masing kerana sikap tidak berputus asa untuk berjaya. 10. Pengajaran yang boleh diperoleh ialah kita hendaklah berusaha hingga berjaya dan janganlah kita cepat berputus asa dalam hidup. AKTIVITI 3: Murid melaksanakan aktiviti bicarawara tentang isu tersebut secara bertatasusila (temu bual). Murid menemu bual salah seorang tokoh OKU yang terdapat dalam bahan secara main peranan. CONTOH TRANSKRIP TEMU BUAL Firdaus telah berpeluang berjumpa dengan tokoh Orang Kurang Upaya (OKU) terkenal iaitu Encik Mohd Sukur bin Ibrahim. Beliau telah menemu bual tokoh OKU tersebut. Temu bual berikut ialah hasil bicarawara tersebut selengkapnya.


97 Firdaus Encik Sukur Firdaus Encik Sukur Firdaus Encik Sukur Firdaus Encik Sukur Firdaus Encik Sukur : : : : : : : : : : Assalamualaikum dan selamat petang En Mohd Sukur. Apa khabar, Encik Sukur? Waalaikumussalam dan selamat petang. Khabar baik. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian encik meluangkan masa bersama-sama saya untuk sesi temu bual pada hari ini. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Encik Sukur kerana telah memenangi Anugerah OKU Cemerlang Kebangsaan (Keusahawanan) pada tahun 2014. Terima kasih, Saudara Firdaus. Saya mengucapkan syukur ke hadrat Tuhan atas kejayaan ini. Semoga lebih banyak kejayaan yang akan saya capai selepas ini. Sebelum saya bertanya dengan lebih lanjut, bolehkan Encik Sukur ceritakan latar belakang diri Encik Sukur? Saya dilahirkan tanpa tangan dan kaki tetapi keadaan itu tidak menghalang saya untuk terus memperoleh kejayaan. Buktinya saya berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Bagaimanakah pencapaian Encik Sukur setakat ini dalam bidang kerjaya? Saya telah menjalankan perniagaan membekal dan memasang permaidani sejak tahun 2010. Apakah cabaran yang pernah dihadapi oleh Encik Sukur sepanjang terlibat dalam perniagaan ini? Saya pernah gagal sebanyak tiga kali dalam perniagaan kerana kelemahan pengurusan kewangan dan terikut-ikut dengan gaya hidup mewah.


98 Firdaus Encik Sukur Firdaus Encik Sukur Firdaus Encik Sukur : : : : : : Apakah pencapaian lain Encik Sukur selain dalam bidang perniagaan ini? Selain melibatkan diri dalam bidang perniagaan, saya juga menjadi penceramah motivasi dan penasihat dalam bidang kewangan. Akhir sekali, apakah pesanan Encik Sukur kepada orang ramai di luar sana? Kejayaan hanya akan datang jika kita bekerja keras untuk mencapainya. Jangan jadikan kekurangan yang ada pada diri kita sebagai halangan untuk kita berjaya. Usaha tangga kejayaan. Teruskan berusaha untuk kejayaan pada masa akan datang dan jangan cepat berputus asa dalam hidup. Terima kasih, Encik Sukur atas temu bual pada hari ini. Saya berdoa agar Encik Sukur terus memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan Encik Sukur. Terima kasih kembali. AKTIVITI 4: Murid diminta membuat carian tambahan dan menyenaraikan beberapa tokoh Orang Kurang Upaya yang lain pula dan keistimewaan masing-masing


99 Contoh jawapan murid 1. Prof Dr Ismail Salleh • Beliau merupakan seorang yang cacat penglihatan sejak dilahirkan. • Walaupun dilahirkan buta, beliau berjaya menjadi Senator Pakar Ekonomi OKU pertama di Malaysia. • Beliau merupakan pensyarah (Naib Kaunselor) di Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintec (IUCTT). • Nama beliau tercatat di Guinness Book of Record sebagai orang cacat penglihatan pertama yang memperoleh ijazah kedoktoran. • Beliau juga menjadi Pengerusi East Asia, International Council for the Education of the People With Visual Impairment (ICEVI). 2. Tuah Atan • Beliau dilahirkan tanpa kedua-dua kaki (dari paras lutut) dan cacat tangan kiri (dari paras siku) • Beliau merupakan seorang peguam dan mempunyai dua firma guamannya sendiri. • Beliau juga merupakan seorang pakar motivasi. • Beliau merupakan bekas graduan Universiti Malaya dalam bidang undangundang dan telah berjaya menggubal akta OKU di Malaysia bagi memartabat dan memperkasakan golongan yang senasib dengannya. 3. Zhariff Affandi • Beliau dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan. • Beliau telah menerima Anugerah Belia Perdana 2011 dan merupakan pemilik Syarikat The Zhariff initiative (TZI) Sdn. Bhd. yang memupuk dan membangunkan nilai-nilai sosial untuk agensi korporat, kerajaan, institusi akademik dan pertubuhan lain. • Beliau berkelulusan luar negara iaitu Perkembangan Psikologi dari Universiti Graffith, Australia dan Sarjana Muda Sastera dalam jurusan Sosiologi • Beliau membuka syarikat sendiri setelah beberapa kali gagal dalam menempatkan diri bekerja di syarikat tempatan.


100 5.2 BERKIBAR MEGAH (HALAMAN 56 – 57) KEMAHIRAN MEMBACA S.P 2.2.3 Membaca dan memahami serta membuat ulasan keseluruhan maksud sesuatu bahan grafik ASPEK SENI BAHASA S.P 4.3.2 Menghasilkan puisi berdasarkan bahan rangsangan yang sesuai menggunakan bahasa yang indah dan menarik AKTIVITI 1 – Murid membaca dan meneliti bahan infografik diberikan dalam buku teks secara mentalis untuk memahami maklumat dalam dalam bahan grafik tersebut dan menjawab soalan yang diberikan.


101 Bacaan Mentalis Bacaan mentalis ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan mentalis lebih pantas daripada bacaan mekanis kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan mekanis seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan mentalis. Bacaan mentalis ini dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan mekanis. Tujuan (a) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri. (b) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang dibacanya, (c) Untuk melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas. (d) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan. (e) Dapat menggunakan kemahiran membaca mentalis untuk hiburan Aktiviti bacaan mentalis (a) Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman. (b) Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkat-peringkat daripada bahan-bahan yang sedikit dan senang kepada bahan-bahan yang banyak dan susah. (c) Guru memberi dan menentukan bahan bacaan. Semasa pelajaran dijalankan guru membantu dan memandu murid-murid yang lemah. (d) Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkai kata yang susah


102 Soalan (i) Berapa kalikah bendera negara kita dipinda? Mengapakan pindaan itu berlaku? Jawapan: Bendera negara kita dipinda sebanyak dua kali. Pindaan kali pertama berlaku pada 22 dan 23 Februari 1950 apabila mesyuarat Majlis Raja-Raja memperkenankan beberapa pindaan yang dilakukan terhadap rekaan bendera. Pindaan kali kedua pula berlaku apabila rekaan bendera diubah suai seiring dengan penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia. Soalan (ii) Sudah berapa lamakah bendera Malaysia berkibar megah di negara kita? Jawapan: Bendera Malaysia sudah 60 tahun berkibar megah di negara kita iaitu bermula pada 16 September 1963 sempena pembentukan Malaysia AKTIVITI 2: Murid diminta menyatakan semula sejarah Jalur Gemilang berdasarkan maklumat dalam bahan infografik tersebut. Contoh jawapan murid 1. Pada bulan Mei 1948, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan. 2. Pada 15 November 1949 hanya tiga reka bentuk yang berjaya dipilih ke peringkat akhir dan ciptaan Encik Mohamed bin Hamzah (arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor) telah dipilih sebagai pemenang. 3. Reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan iaitu bulan sabit dan bintang yang pada asalnya berwarna putih digantikan dengan warna kuning bagi melambangkan warna diraja. 4. Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. 5. Pada 26 Mei 1950, buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. 6. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dan berkibar secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor seiring dengan berkumandangnya lagu Negaraku yang buat kali pertama diperdengarkan kepada umum.


103 7. Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang sebelum ini berjumlah 11 jalur melintang berwarna merah dan putih telah bertambah jalurnya kepada 14 jalur sebaik sahaja kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. 8. Pada malam 31 Ogos 1997 sempena sambutan 40 tahun kemerdekaan negara, Tun Dr. Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah mengumumkan nama baharu bagi bendera Malaysia iaitu sebagai Jalur Gemilang. 9. Nama Jalur Gemilang diilhamkan oleh Md Rebuan @ Md Redzuan bin Tumin. AKTIVITI 3: Murid membuat ulasan keseluruhan tentang Jalur Gemilang berdasarkan bahan infografik Contoh jawapan: Setiap elemen pada reka bentuk bendera Malaysia mempunyai maksud tersendiri. Perkataan jalur menggambarkan bendera yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Lambang jalur pada bendera menggambarkan hala tuju yang sama dan arah yang sama oleh rakyat negara ini dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara. Gemilang bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara Malaysia serta kegigihan dan kesanggupan rakyat Malaysia untuk menaikkan imej negara. Warna biru pada bendera Malaysia menggambarkan perpaduan rakyat berbilang. Seterusnya, warna merah menunjukkan keberanian dan kesediaan dalam mengharungi segala jenis cabaran. Warna putih melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat manakala, warna kuning pula melambangkan warna diraja. Akhir sekali, lambang bulan dan bintang menggambarkan agama Islam sebagai agama persekutuan negara. (100 patah perkataan) AKTIVITI 4: Murid menghasilkan puisi bertemakan ‘Jalur Gemilang’ berdasarkan bahan infografik menggunakan bahasa yang indah dan menarik.


104 Contoh puisi moden (sajak) Martabat Sehelai Jalur Gemilang Aneka jalur luas terbentang, Merah, putih, biru dan kuning, Melambai-lambai megah di persada dunia, Itulah gerangan bendera jalur gemilang, Yang menjunjung martabat negara Malaysia, Disebalik jalur gemilang terselit pahlawan-pahlawan negara, Yang sanggup bergadai nyawa demi negara tercinta, Disebalik jalur gemilang terpalit seribu memori hitam, Yang menjadikan dinihari lebih berpohon sentosa, Disebalik jalur gemilang ternoda anak-anak bangsa, Yang menanggung sengsara angkara pengkhianat bangsa, Ayuh kerahkan kudratmu menjulang jalur gemilang, Setinggi menara impian bangsa Malaysia, Ayuh gamatkan mantera seruan kebangkitan, Ke arah penyatuan bangsa yang berbunga seroja, Setiap langkah hayunan kaki anak bangsa, Pastikan ia tersemat jutaan harga diri Malaysia, Sajak Jalur Gemilang Putih lambang kesucian hati warga merdeka Kuning raja berdaulat penuh hikmah Biru mendukung perpaduan sejagat Merah menyala darah keberanian bangsa Gagahmu merentasi pelusuk dunia Identiti ibu pertiwi dikibar dan dijulang Megah dirimu di lautan dan di ruang angkasa Negara tercinta di pentas dunia Gilang gemilang menjadi kebanggaan


105 Kesopanan kesantunan mewarnai jalur gemilang, Di bawah satu payung 14 buah negeri, Merah lambang nan gagah berani, Putih lambang negara Malaysia nan suci, Kuning berseri menjunjung daulat sang raja Melayu, Biru tua bagai pancaran perpaduan bangsa Malaysia, Di sehelai kain yang mencorakkan warna Malaysia, Lembut lidahku mengungkapkan kalimat merdeka, Tanpa mengenal noktah yang tiada berpenghujung, Ku genggam jalur keemasan ini sepenuh jiwa, Di sehelai kain yang mencorakkan warna Malaysia, Beraneka warna menggamit perasaan syahdu, Yang tenggelam dalam gelora lautan perasaan, Kerna ku mencintai ibu pertiwi melebihi nyawa sendiri. Contoh puisi tradisional (syair) Jalur Gemilang Dengan bangga madah ceritera, Jalur Gemilang wajah negara, bangsa bermegah kibar bendera, tidak mengira apa acara. Ceritera dicoret tidak panjang, cuma kisahnya Jalur Gemilang, justeru Malaysia cemerlang, bernota bawah kibaran gilang. Berjalur ranggi warna berseri, putih merah setara selari, jumlahnya tanda ujud negeri, moleklah dikira dengan jari.


106 Merah garang semangat perjuangan, putih suci lambang ketulusan, tulus diri hindar keangkuhan, warga negara penuh santunan. Bak langit dan laut membiru, polesan warna cantik bersatu, tanda bersama meraup restu, daripada Allah yang Satu. Kuning diraja amat dibangga, payung mahkota daulat menjaga, usir musibah tidak terduga, rakyat jelata berlindung lega Jalur gemilang indah berkibar menanti saat hati berdebar, Hari Kebangsaan hebah khabar, sambut meriah bersatu sabar. Bendera kita menyatu hasrat. berpadu azam penuh semangat, watan bertuah mengongsi nikmat, menjaga utuh kemas terpahat. Jalur Gemilang indah dicipta berkibar megah di hati kita, taat setia berserta cinta, kekal di hati warga jelata.


107 Contoh pantun: Jalur Kita Memberi makan burung kenari, Burung kenari kepaknya biru, Jalur Gemilang nama diberi, Berkibar megah di awan biru. Mendongak ke langit melihat helang, Melihat helang bersama si dia, Biru mewarnai Jalur Gemilang, Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Makan nasi di atas talam, Jangan ditinggalkan sayur sawi, Kehormatan dipertahan amanah digenggam, Demi kedaulatan ibu pertiwi.


108 5.3 NEGARAKU TERCINTA (HALAMAN 58-59) KEMAHIRAN MENULIS SP:3.4.5 Menulis sesuatu penulisan dengan wacana yang lengkap serta menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif AKTIVITI 1: Murid meneliti bahan dan menentukan jenis penulisan karangan yang boleh dihasilkan daripada bahan tersebut. Jawapan: Surat Kiriman Tidak Rasmi AKTIVITI 2: Murid diminta membuat kerangka penulisan karangan surat kiriman tidak rasmi dan cari maklumat tambahan. Rangka Karangan Pendahuluan - Alamat penulis - Tarikh surat ditulis - Kata penghadapan Isi 1: Ucapan terima kasih atas kiriman surat tempoh hari – menyatakan khabar diri dan keluarga – berasa bangga kerana ingin mengetahui citra negara ini – cuba memenuhi permintaan rakan. Isi 2: - Bunga raya – diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 – warna bunga raya – maksud lima kelopak bunga Isi 3: - Perdana Menteri Malaysia yang pertama – Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj – tokoh kemerdekaan tanah air. Hari Kemerdekaan Malaysia 31 Ogos 1957. - Jata Negara – maksud lambang – Tugu Negara – maksud


109 Isi 4: - Lagu Negaraku – menjadi lagu kebangsaan – majlis rasmi - bangunan parlimenbangunan Sultan Abdul Samad Penutup - Diharap catatan ini dapat memenuhi kehendak rakan- mengalu-alukan kedatangan rakan ke Malaysia – harapan berjumpa lagi – terima kasih AKTIVITI 3: Murid menulis karangan lengkap. No.237, Taman Melawati, Jalan Haji Tengah, 32400 Teluk Intan, Perak. 25 Oktober 2023. Menemui sahabatku, Ruzaimah Rahmat yang berada di Medan, Indonesia. Semoga sihat sejahtera hendaknya, di samping keluarga yang tersayang. Bagi diri saya di sini sihat walafiat sahaja. Cuma pada masa ini, saya agak sibuk dengan persiapan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun yang akan dijalankan pada minggu hadapan. Saudari, surat saudari tempoh hari, selamat saya terima. Terima kasih saya ucapkan. Untuk pengetahuan saudari, saya dan keluarga di sini kini berada dalam keadaan sihat dan selamat. Bersyukurlah kerana saudari dan keluarga juga demikian. Semoga kesihatan dan kesejahteraan kita akan berkekalan hendaknya. Setelah membaca kandungan surat saudari yang bertarikh 20 Oktober 2023 yang lalu, saya berasa bangga kerana saudari ingin mengetahui keistimewaan negara ini. Saya akan cuba memenuhi permintaan saudari melalui surat ini. Saudari, Untuk pengetahuan saudari, negara Malaysia mempunyai bunga kebangsaan yang diberi nama bunga raya. Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencari satu bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Selepas perbincangan yang begitu mendalam pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Lima kelopaknya


110 melambangkan lima Rukun Negara Malaysia, dan warna merah kelima-lima kelopaknya melambangkan keberanian, perpaduan dan kepesatan pembangunan rakyat Malaysia. Seterusnya, untuk pengetahuan saudari, Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Beliau merupakan tokoh kemerdekaan dan digelar sebagai Bapa Kemerdekaan. Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos1957. Di samping itu, Malaysia juga mempunya jata negara yang mempunyai maksud, ciri, dan nilai sesebuah negara. Negara yang menggunakan jata negara telah menggabungkan ciri yang ada oleh sesebuah negara itu. Maksud bintang pecah empat belas menandakan 13 buah negeri yang terdapat di Malaysia. Manakala bintang bersama-sama anak bulan itu bermaksud agama Islam adalah agama rasmi di Malaysia. Selain itu, Malaysia juga mempunyai lagu kebangsaan yang diberi nama Lagu Negaraku. Lagu kebangsaan merupakan lambang kebesaran sesebuah negara selain daripada bendera. Ia juga melambangkan identiti dan jati diri sesebuah negara tersebut. Sebagai rakyat Malaysia, kami wajar menghayati sejarah serta maksud di sebalik lagu Negaraku yang kami nyanyikan sejak di bangku sekolah. Akhir sekali, Malaysia mempunyai banyak bangunan bersejarah salah satunya ialah Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di hadapan Dataran Merdeka adalah mercu tanda bagi bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa bangunan ini mula dibina 1894. Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Saudari, Demikianlah serba ringkas catatan tentang citra negara di Malaysia. Turut disertakan dalam surat ini ialah beberapa keping gambar berkenaan untuk tatapan saudari dan kenangan dari saya. Diharap perkara yang saya perkatakan melalui surat ini dapat memenuhi kehendak saudari seperti yang dinyatakan dalam surat saudari tempoh hari. Saya dengan besar hati mengalu-alukan kedatangan saudari ke negara ini pada bila-bila masa. Sekian sahaja untuk kali ini, sehingga berjumpa lagi. Sambutlah salam persahabatan daripada saya di Malaysia. Terima kasih Sahabatmu,Ain RUJUKAN: https://ecentral.my/lagu-negaraku/, https://ecentral.my/bunga-raya-kebangsaan-malaysia/ https://rolkl.jwp.gov.my/ms/posts/bangunan-sultan-abdul-samad


111 5.4 KERANAMU MALAYSIA (HALAMAN 60-61) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP:1.6.1 Menjana idea dan menyampaikan pidato dengan betul, jelas, dan intonasi yang sesuai menggunakan ayat yang gramatis. AKTIVITI 1: Murid mendengar lagu Tanah Pusaka Warisan Bangsa (set induksi) AKTIVITI 2: Murid diterangkan dengan maksud pidato dan format pidato pada halaman 60. AKTIVITI 3: Murid menonton rakaman pidato untuk mendapatkan gambaran tentang aspek penyampaiannya. atau video pidato di Youtube: https://youtu.be/hS2RK1D-kq0


112 AKTIVITI 3: Berdasarkan bahan, murid menghasilkan pidato bertemakan patriotisme secara berkumpulan dengan melengkapkan jadual di bawah. Sambil murid melengkapkan tugasan, guru juga boleh memaparkan video pidato supaya murid dapat menjana idea. Berbincang dengan ahli kumpulan untuk melengkapkan pidato di bawah. Pembuka kata Selamat sejahtera saya ucapkan kepada saudara pengerusi majlis, para hakim yang bijaksana, Tuan Pengetua, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan. Berdirinya saya di pentas yang ceria ini adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk “………………………………………………………………..……………………………………… …………………………………………………………………………...…”. Takrifan tajuk Sebelum mengupas tajuk pidato ini, saya terlebih dahulu akan menjelaskan maksudperkataan yang menjadi tunjang pidato saya. 'Patriotisme' bermaksud ………………………………………………………..……………………………………………… …………………………………… “Remaja' pula merujuk kepada ……………………………………………............................................................................. Remaja yang patriotik bersedia dan sanggup berkorban untuk mempertahankan tanah air. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk menyemarakkan semangat ini dalam kalangan remaja. Ucapan hormat • Hadirin yang dihormati, • Hadirin sekalian, • Hadirin yang dimuliakan, Isi pidato: pihak ibu bapa/pihak sekolah • Ayat topik: • Ayat huraian: • Ayat contoh: • Ayat penegasan:


113 Isi pidato: pihak media massa • Ayat topik: • Ayat huraian: • Ayat contoh: • Ayat penegasan: Isi pidato: pihak badan bukan kerajaan • Ayat topik: • Ayat huraian: • Ayat contoh: • Ayat penegasan: Penutup Rumuskan: Kesimpulannya banyak …………………………………………………. Cadangan: Semua pihak perlulah berganding bahu bagi menjayakan/menangani………………………… Harapan: Semoga………………………………….. Contoh jawapan: Pembuka kata Selamat sejahtera saya ucapkan kepada saudara pengerusi majlis, para hakim yang bijaksana, Tuan Pengetua, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan. Berdirinya saya di pentas yang ceria ini adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk “Menyemarakkan Patriotisme dalam Kalangan Remaja”/Langkah-langkah Meningkatkan Semangat Patriotisme dalam Kalangan Remaja. Takrifan tajuk Sebelum mengupas tajuk pidato ini, saya terlebih dahulu akan menjelaskan maksud perkataan yang menjadi tunjang pidato saya. bermaksud perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. 'Remaja' pula merujuk kepada individu yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 25 tahun. Remaja yang patriotik bersedia dan sanggup berkorban untuk mempertahankan tanah air. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk menyemarakkan semangat ini dalam kalangan remaja. Ucapan hormat • Hadirin yang dihormati, • Hadirin sekalian, • Hadirin yang dimuliakan,


114 Isi pidato: pihak ibu bapa/pihak sekolah • Ayat topik: Pihak sekolah perlu memupuk semangat patriotisme • Ayat huraian: Hal ini dikatakan demikian kerana, sekolah tempat menyalurkan ilmu dan nilai positif kepada murid • Ayat contoh: murid-murid perlu disedarkan tentang perjuangan tokoh-tokoh terdahulu dalam memerdekakan tanah air yang tercinta ini • Ayat penegasan: perasaan cinta akan negara akan tertanam dalam jiwa mereka Ungkapan menarik: melentur buluh biarlah dari rebungnya Isi pidato: pihak media massa • Ayat topik: media massa berperanan menyemarakkan patriotisme. • Ayat huraian: radio dan televisyen menyiarkan lagu-lagu • patriotik untuk menyemarakkan patriotisme dalam kalangan masyarakat. • Ayat contoh: Filem-filem yang bertemakan perjuangan seperti Bukit Kepong dan Leftenan Adnan juga boleh disiarkan • Ayat penegasan: kasih sayang terhadap negara dapat dipupuk melalui saluran media massa ini. • Ungkapan menarik: tak kenal, maka tak cinta Isi pidato: pihak badan bukan kerajaan • Ayat topik: Badan-badan bukan kerajaan juga boleh memainkan peranan dalam meningkatkan semangat patriotisme • Ayat huraian: Badan-badan ini boleh merancang aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum di bandar dan di luar bandar. • Ayat contoh: mereka boleh menganjurkan forum tentang patriotisme. tokoh-tokoh akademik dipanggil untuk memperkatakan kepentingan patriotisme • Ayat penegasan: Badan bukan kerajaan juga berperanan dalam meneyemarakkan patriotisme Penutup • Rumuskan: Kesimpulannya banyak usaha untuk memupuk semangat patriotisme perlu digerakkan • dengan lebih giat. • Cadangan: Semua pihak perlulah berganding bahu bagi menjayakan semangat patriotime dalam kalangan remaja. • Harapan: Semoga semangat patriotisme terus subur dalam kalangan masyarakat.


115 AKTIVITI 4: Murid menyampaikan pidato dengan betul, jelas, dan intonasi yang sesuai. AKTIVITI 5: Murid-murid lain menilai pidato yang disampaikan dengan menggunakan borang yang disediakan.


116 5.5 KISAH TELADAN (HALAMAN 62-63) KEMAHIRAN MEMBACA S.P: 2.3.1 Membaca dan mengulas maklumat daripada pelbagai teks dengan betul dan tepat. ASPEK TATABAHASA S.P 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata tugas dalam ayat mengikut konteks. AKTIVITI 1: 1. Baca petikan cerita dengan telitinya dan jelaskan perwatakan yang ditunjukkan oleh watak yang berikut: (i) Aswad (ii) Fazli (iii) Pak Belalang (iv) Juragan Cerita: Dodol Kesedaran Watak Perwatakan Aswad Fazli


117 Cerita: Pak Belalang Watak Perwatakan Pak Belalang Juragan Contoh jawapan: Baca petikan cerita yang terdapat pada halaman 62 dan 63 dengan teliti, kemudian jelaskan perwatakan yang ditunjukkan oleh watak-watak. Cerita: Dodol Kesedaran Watak Perwatakan Aswad 1. Gigih menjual dodol 2. Tidak mengeluh dan sentiasa tersenyum walaupun dodolnya tidak laku 3. Tidak jemu mencuba menjual dodolnya 4. Seorang yang taat pada agama 5. Mendermakan wang pemberian Fazli kepada tabung masjid 6. Berpegang pada pesan ibunya supaya tidak meminta sedekah Fazli 1. Seorang yang pemurah 2. Taat kepada agama 3. Suka bersedekah


118 Cerita: Pak Belalang Watak Perwatakan Pak Belalang 1. Berjanji perkara yang tidak diketahuinya 2. Menggunakan akal fikiran untuk mendapatkan 3. jawapan kepada masalahnya 4. Mengintip perbualan Juragan dengan isterinya Juragan 1. Gemar bertaruh 2. Tidak boleh menyimpan rahsia AKTIVITI 2: 1. Guru mengimbas kod QR dan memaparkan nota berkaitan kata hubung. Kata Hubung 1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat. 2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu: (a) kata hubung gabungan, (b) kata hubung pancangan, (c) kata hubung berpasangan. 3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut: Kata Hubung Gabungan / Pancangan Contoh Ayat Contoh agar Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera. apabila Mukanya pucat apabila disoal. atau Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana. bahawa Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar. dan Leela dan Siu Lan berjiran.


119 hingga Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam. Jika Saya berpayung jika hujan. Jikalau Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan. kecuali Semua murid Nadir kecuali Gopal. kerana Aini menangis kerana terlalu sedih. lalu Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon. manakala Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor. sambil Zalifah bernyanyi sambil menari. serta Zahid serta abangnya menonton wayang. semenjak Saya berkawan dengannya semenjak kecil. sementara Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat. sungguhpun Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari. supaya Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai. walaupun Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU. tetapi Badannya besar tetapi penakut. Kata Hubung Berpasangan Contoh Ayat Contoh Baik - mahupun Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu. Baik- baik Baik Daud baik adiknya samasama pintar. bukan sahaja malah Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah. entah entah Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak. Jangan – pun Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada. Kian – kian Kian lama kian banyak orang yang ke sana. Sama ada – ataupun Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah. sedangkan...inikan pula Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut. semakin...semakin Encik Husin semakin kaya semakin pemurah. sungguhpun...tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari. walaupun...namun Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.


120 2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar Dan hingga lalu ketika Dengan yang tetapi jika Kerana serta kalau kemudian demikian walhal walau agar atau demi supaya 3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan. semasa sementara seharusnya andaikata semoga seketika sebaliknya sedangkan setelah sesungguhnya walaupun itupun sewaktu seandainya meskipun sekalipun mudah-mudahan moga-moga jikalau bagaimanapun padahal 1. menggabungkan dua ayat Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinag. 2. Menggabungkan dua rangkai kata Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut. 3. Menggabungkan ayat-ayat Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita. 2. Guru meminta murid menyenaraikan kata hubung yang terdapat dalam bahan. Kemudian, bina ayat dengan menggunakan kata hubung tersebut. Bil. Kata Hubung Contoh ayat 1. setelah Mereka berehat sebentar setelah bekerja sehari suntuk. 2. yang Kasut yang berwarna hitam menjadi pilihan saya. 3. walaupun Aizat meneruskan perniagaan walaupun laluannya sukar. 4. lalu Halim memasang bendera pada tiang lalu mengibarkannya. 5. sambil Kami bersenam sambil menghirup udara segar. 6. atau Awak suka bermain hoki atau bola sepak? 7. tetapi Cuaca semalam sejuk tetapi cuaca pada hari ini panas.


121 3. Bandingkan dan bezakan dua daripada watak di atas dengan menggunakan kata hubung. CONTOH JAWAPAN: 1. Fazli penjual dodol tetapi Pak Belalang ahli nujum. 2. Fazli dan Pak Belalang berusaha untuk mencapai sasaran. 3. Fazli dan Pak Belalang tidak berputus asa walaupun menghadapi rintangan. 4. Fazli dan Pak Belalang tidak mengalah justeru mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. 5. Fazli mencari rezeki untuk keluarganya manakala Pak Belalang hendak mempertahankan negaranya. 8. untuk Bukan mudah untuk para pejuang tanah air mencapai kemerdekaan. 9. kerana Banyak perajurit yang terkorban kerana mempertahankan tanah air. 10. agar Encik Ratnam berharap agar usahanya menternak kambing akan membuahkan kejayaan. 11. apabila Faizal hanya berdiam diri apabila dinasihati oleh ibu bapanya. 12. bahawa Mereka sedar bahawa untuk mencapai kejayaan bukannya mudah. 13 supaya Hanis mengunci jam loceng supaya dia boleh bangun awal. 14. jikalau Saya akan bertanya kepada cikgu jikalau saya tidak faham. 15. dan Kamilia dan Sarojini bersahabat baik sejak kecil lagi. 16. seraya Hani menyapa saya seraya tersenyum.


122 5.6 PENGUKUHAN: MEMORI MERDEKA (HALAMAN 64) AKTIVITI Lengkapkan teks dengan kata hubung yang sesuai. Jawapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan terletak di Banda Hilir, Melaka. Lokasinya berhampiran dengan tempat bersejarah, iaitu A Famosa dan replika Istana Kesultanan Melaka. Bangunan memorial yang dibina pada tahun 1911 ini pada asalnya dikenali sebagai Kelab Melaka. Bangunan ini dipilih kerana terletak di hadapan Padang Banda Hilir, iaitu tempat Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengisytiharkan tarikh kemerdekaan negara sekembalinya dari London. Peristiwa pada 20 Februari 1956 itu menandakan bahawa negara kita semakin hampir untuk menikmati kemerdekaan. Memorial ini ditubuhkan untuk memperingati detik-detik perjuangan ke arah mencapai kemerdekaan. Memorial ini telah dibuka dengan rasminya oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan. Pembukaannya dilakukan ketika negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-28 pada 31 Ogos 1985. Bangunan ini menempatkan bahan pameran merangkumi zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Bahan-bahan pameran di sini berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan. Antaranya termasuklah dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, dan minit-minit mesyuarat. Bahan-bahan pameran ini mampu membawa pengunjung mengimbau zaman penjajahan walaupun pengunjung tidak berada pada zaman tersebut. Secara tidak langsung, para pengunjung dapat menghayati pengorbanan para pejuang yang memerdekakan tanah air daripada penjajahan. Pameran ini boleh membangkitkan perasaan cinta akan negara sekiranya pengunjung benar-benar menghayatinya. Pengunjung akan sedar bahawa penjajah telah mengeksploitasi ekonomi negara ini dengan rakusnya. Pelawat yang hidup pada zaman tersebut mungkin akan menitiskan air mata jika berkunjung ke sini. Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan menjadi bangunan warisan yang sentiasa menjadi tumpuan pelawat. Mereka datang kerana ingin mengetahui perjuangan para pejuang dalam usaha membebaskan negara daripada penjajahan dengan lebih dekat. Bahan-bahan


123 pameran di sini menjadi khazanah perjuangan bangsa untuk tatapan generasi kini dan akan datang. PENGAYAAN: PEJUANG TANAH AIR (HALAMAN 65) AKTIVITI Teliti bahan dan tulis karangan yang bertajuk “Cara-cara Mengenang Jasa Pejuang Tanah Air.” Panjangnya karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Contoh Karangan Pejuang negara sememangnya telah harum namanya di persada negara. Pejuang negara ini merupakan golongan yang hidup dengan prinsip biar putih tulang, jangan putih mata dalam perjuangan mempertahankan bangsa dan negara. Segala pengorbanan dan perjuangan mereka haruslah kita kenang buat selama-lamanya. Oleh itu, semua pihak haruslah mengenang jasa pejuang negara. Apakah cara-cara untuk mengenang jasa pejuang tanah air? Cara pertama ialah pihak kerajaan meraikan Hari Pahlawan yang disambut pada 31 Julai setiap tahun. Ini merupakan usaha untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka demi ibu pertiwi. Hari Pahlawan ini perlulah disambut dengan upacara khas di Parlimen dan di Tugu Negara. Seterusnya, Perdana Menteri akan mewakili kerajaan untuk menyampaikan ucapan tentang pengorbanan pejuang tanah air. Oleh itu, rakyat mestilah memperingati jasa pejuang tanah air dengan cara menyambut Hari Pahlawan. Seterusnya, jasa pejuang tanah air juga wajar direkodkan dalam bentuk teks dan dokumen. Teks dan dokumen ini perlu dipamerkan di dalam Muzium Negara supaya dapat ditatap dan dibaca oleh rakyat pascamerdeka. Masyarakat pada masa ini boleh menghayati dan memahami pengorbanan pejuang negara yang berjuang melawan pihak penjajah yang menindas datuk nenek kita. Jasa pejuang-pejuang tanah air seperti Rentap dan Mat Kilau perlulah dihayati dan dikenang bagi memastikan rakyat tidak mengulangi sejarah hitam negara. Filem untuk mengenang tokoh pejuang tanah air perlulah dibuat dengan lebih banyak agar masyarakat lebih cakna tentang tokoh pejuang negara. Selain itu, generasi yang akan datang perlu melihat nama pejuang negara di manamana sahaja. Bagi memperingati jasa pejuang negara ini pihak berkuasa perlulah mengukir nama indah mereka pada bangunan, sekolah dan jalan. Hal ini bertujuan membalas jasa


124 pejuang tanah air yang telah banyak berjasa. Contohnya seperti Jalan Dol Said di Melaka dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Seri Maharaja Lela. Ini merupakan platform terbaik untuk mengingati jasa pejuang tanah air agar rakyat menjadi bangsa yang tahu menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Kesimpulannya, semua pihak perlulah menghargai jasa pejuang tanah air dan tidak mengabaikan pengorbanan dan titisan darah yang ikhlas daripada mereka kepada negara. Selain itu, usaha ini dapat memberikan suri teladan yang baik kepada bangsa dan negara kerana negara memerlukan banyak pejuang untuk mempertahankan nama baik negara dan kemerdekaan negara. Kesan daripada semangat patriotik mereka, kita dapat hidup dengan aman damai. Sebagai rakyat, kita mestilah memainkan peranan penting untuk menghargai jasa pejuang tanah air.


125


126 TEMA 6: INTEGRITI TINGGI, SAHSIAH TERPUJI 6.1 FIKIR DAHULU SEBELUM BUAT (HALAMAN 68-69) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP 1.4.1 Berbicara untuk menganalisis isu semasa yang didengar, ditonton atau dibaca dalam situasi yang tidak formal secara bertatasusila. AKTIVITI 1 1. Guru mengimbas QR Code 2. Murid menonton dan meneliti maklumat yang terdapat dalam bahan (video). 3. Murid juga diminta membaca maklumat yang terdapat dalam bahan halaman 68-69. 4. Murid diminta untuk menulis maklumat yang telah didengar, ditonton, atau dibaca. 5. Murid membincangkan cara untuk mengelakkan penyebaran maklumat palsu secara berkumpulan. 6. Murid membuat pembentangan kumpulan. CARA UNTUK MENGELAKKAN PENYEBARAN MAKLUMAT PALSU: • Kenal pasti sumber • Kenal pasti kesahihan maklumat • Kaji impak maklumat • Tindakan ke atas maklumat • Maklumat diperolehi daripada sumber yang boleh dipercayai • Maklumat adalah benar dan tepat • Maklumat memberikan pengajaran dan teladan serta tidak mengaibkan • Sebarkan jika memberikan manfaat • Hapuskan jika mendatangkan mudarat


127 ASPEK SENI BAHASA S.P 4.4.1 Mempersembahkan karya prosa dalam bentuk ilustrasi menggunakan pelbagai media secara kreatif CADANGAN 1


128 CADANGAN 2: AKTIVITI 1 – Murid menyenaraikan pesanan Bendahara Paduka Raja kepada Sultan Mahmud Syah yang terdapat dalam petikan. Bincangkan tindakan dan akibat bagi setiap pesanan yang diperolehi. Cadangan Jawapan: Sumber : 1. Gambar Sultan Mahmud Syah : https://tahutuai.com/daulat-derhaka/ 2. Gambar Bendahara Paduka Raja : https://pdfcoffee.com/qdownload/folio-sejarah-tahun4-pdf-free.html PESANAN PESANAN


129 TAJUK: INTEGRITI MAJU SEIRING WAKTU (HALAMAN 70-71) KEMAHIRAN MEMBACA 2.3.1: Membaca dan mengulas maklumat daripada pelbagai teks dengan betul dan tepat. Bahan: Petikan di dalam buku teks halaman 70-71 yang bertajuk ‘Menjunjung Visi Negara’. AKTIVITI 1 Murid membaca petikan dengan menggunakan teknik imbasan untuk mengenal pasti istilah tertentu. AKTIVITI 2: Sampul Pintar • Seorang murid akan memilih satu sampul yang mengandungi satu maksud istilah. • Murid lain perlu meneka istilah yang terdapat dalam petikan berdasarkan maksud tersebut. • Sekiranya tekaan murid tersebut salah, murid tersebut perlu menyebut nama rakan mereka untuk membantunya. Langkah ini akan berterusan sehingga ada murid yang berjaya memberikan jawapan yang betul. ISTILAH MAKSUD Integriti Kejujuran Organisasi Pertubuhan Penggerak Faktor (unsur, individu dan lain-lain) yang menggerakkan Penyelaras Koordinator Pemantau Orang atau pihak yang memantau Beretika Berakhlak, bermoral Rasuah Pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap) Penyelewengan Penyimpangan Institusi Badan atau organisasi yang ditubuhkan untuk tujuan tertentu Visi Wawasan Misi Matlamat, tujuan


130 Aktiviti 3: Membuat ulasan petikan 1. Murid perlu menyenaraikan isi tersurat yang terdapat dalam petikan. 2. Murid menulis ulasan dengan menggunakan acuan di bawah. Panduan untuk menulis ulasan: Pendahuluan P1 (Jenis bahan) _____________ menunjukkan (Tajuk) _____________________________ _______________________________________________________________________. Isi (Su = Isi Tersurat / Si = Isi Tersirat) Su 1 (Ayat Topik) Aktiviti yang dijalankan INTEGRITI ialah _______________________________.


131 Contoh ulasan: Rajah tersebut menunjukkan aktiviti yang telah dijalankan oleh Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI). Aktiviti yang dijalankan INTEGRITI ialah melaksanakan Jerayawara INTEGRITI ke seluruh negara. Hal ini bertujuan untuk memupuk masyarakat tentang pentingnya integriti. Selain itu, INTEGRITI juga mengadakan Dialog Integriti ASEAN bagi berkongsi ilmu, pengalaman, dan amalan-amalan integriti yang terbaik di negara masing-masing. Di samping itu, bagi mengekang rasuah, penyelewengan, ketidakcekapan, salah guna kuasa dan penipuan, INTEGRITI juga boleh berusaha sama dengan pelbagai pihak seperti badan bukan kerajaan dan badan kerajaan untuk memperkasakan amalan integriti dalam diri individu. Kesimpulannya, usaha memantapkan amalan integriti perlu dimantapkan agar masyarakat hidup dalam suasana positif. (100 patah perkataan) Si 1 (Contoh/Cara/Implikasi/Sebab) Tujuannya, _______________________________________________________________________ _________________________________. Su 2 (Ayat Topik) Selain itu, __________________________________________________. Si 2 (Contoh/Cara/Implikasi/Sebab) Contohnya, _______________________________________________________________________ _________________________________. Su 3 (Ayat Topik) Akhir sekali, ________________________________________________. Si 3 (Contoh/Cara/Implikasi/Sebab) Hal ini dikatakan demikian kerana, _______________________________________________________________________ ______________. Penutup K1 Kesimpulannya, (Kesan/Harapan) _______________________________________________________________________ ___________________________________________. (______ patah perkataan)


132 6.2 ASPEK SENI TATABAHASA (HALAMAN 70 - 71) S.P: 5.1.4: Memahami dan menggunakan kata kerja dalam ayat mengikut konteks. AKTIVITI 1: Murid ditayangkan video tentang kata kerja. https://youtu.be/iCQWrWaRTCE AKTIVITI 2: Aktiviti menghasilkan peta pokok – Murid mengenal pasti jenis kata kerja yang terdapat dalam petikan. Kata Kerja Transitif Kata Kerja Transitif Pasif Kata Kerja Tak Transitif mencapai melaksanakan merentas membantu mempunyai memainkan memartabatkan menetapkan menjadikan memiliki mengisytiharkan membangunkan mengadakan mendukung menggariskan meliputi mewakili memupuk memperkenalkan menerbitkan mengendalikan memperkasakan dilaksanakan dilancarkan ditubuhkan dibangunkan dijalankan bertindak bermoral beretika berintegriti berdaya berimpak berkaitan bersama berkongsi berdiri


133 AKTIVITI 3: Aktiviti kotak ilmu – Guru memutar roda yang mengandungi nama murid. 6 orang murid diminta mengambil soalan (kata kerja) yang terdapat dalam kotak ilmu dan dikehendaki untuk membina ayat berdasarkan kata kerja tersebut mengikut konteks. Contoh Jawapan Pihak INTEGRITI telah mencapai begitu banyak kemajuan ketika mengadakan pelbagai program. Program yang dilaksanakan oleh INTEGRITI telah merentas semua negeri. Program yang dijalankan oleh INTEGRITI telah membantu setiap negeri tersebut mempunyai rakyat yang berintegriti tinggi. Tegasnya, pihak INTEGRITI sentiasa bertindak untuk memupuk nilai integriti dalam kalangan masyarakat.


134 6.3 TUMBUK RUSUK (HALAMAN 72 -73) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.4.2 Menulis pelbagai jenis perenggan pendahuluan menggunakan bahasa yang menarik dan gramatis. AKTIVITI 1 – Murid membaca bahan pada halaman 72-73 untuk mendapatkan idea menghasilkan pelbagai jenis pendahuluan. Guru menerangkan jenis-jenis pendahuluan dalam karangan. AKTIVITI 2- Murid diterangkan oleh guru dengan acuan kerangka karangan membina pendahuluan. AT: Ayat Tema berdasarkan tema. AR: Ayat Rangsangan berdasarkan tema. AA: Ayat Arahan dikaitkan dengan arahan/kehendak soalan. Kerangka penulisan pendahuluan: Ayat Tema Belakangan ini, amalan rasuah telah menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat. Ayat Rangsangan Antara contoh amalan rasuah ialah rasuah untuk kenaikan pangkat, rasuah untuk menyiapkan tugasan dan rasuah untuk mendapatkan jawatan. Ayat Arahan Oleh itu, usaha-usaha membanteras amalan rasuah akan dibincangkan demi kepentingan bersama. AKTIVITI 3- Murid dibahagikan beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tugasan untuk berbincang bagi menghasilkan perenggan pendahuluan menggunakan Teknik Ayat Tema, Ayat Rangsangan dan Ayat Arahan (Kehendak) mengikut jenis-jenis pendahuluan.


135 Jawapan: KUMPULAN 1: PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN Apakah yang dimaksudkan dengan rasuah? Mengapakah seseorang mengamalkan perbuatan rasuah? Apakah kesan-kesan amalan rasuah kepada seseorang individu, masyarakat dan negara? Belakangan ini, amalan rasuah telah menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat. Antara contoh amalan rasuah ialah rasuah untuk kenaikan pangkat, rasuah untuk menyiapkan tugasan dan rasuah untuk mendapatkan jawatan. Oleh itu, usahausaha membanteras amalan rasuah akan dibincangkan demi kepentingan bersama. KUMPULAN 2-PENDAHULUAN JENIS PANDANGAN ISLAM Sabda Nabi SAW: “Allah melaknat pemberian rasuah dan penerimanya.” (Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah). Berdasarkan sabda ini amalan rasuah merupakan amalan yang hina yang perlu dihindar. Belakangan ini, amalan rasuah telah menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat. Antara contoh amalan rasuah ialah rasuah untuk kenaikan pangkat, rasuah untuk menyiapkan tugasan dan rasuah untuk mendapatkan jawatan. Oleh itu, usaha-usaha membanteras amalan rasuah akan dibincangkan demi kepentingan bersama. KUMPULAN 3-PENDAHULUAN JENIS DEFINISI Rasuah ialah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun, dan lain-lain. Belakangan ini, amalan rasuah telah menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, usaha-usaha membanteras amalan rasuah akan dibincangkan demi kepentingan bersama.


136 KUMPULAN 4: PENDAHULUAN JENIS PUISI Rasuah, tanpa iman yang teguh, ketamakan menggila, kaumuncul memusnahkan semuanya tanpa belas. Puisi ini amat bertepatan dalam membicarakan isu rasuah yang semakin menular dan berleluasa di negara kita hari ini. Antara contoh amalan rasuah ialah rasuah untuk kenaikan pangkat, rasuah untuk menyiapkan tugasan dan rasuah untuk mendapatkan jawatan. Oleh itu, usaha-usaha membanteras amalan rasuah akan dibincangkan demi kepentingan bersama. KUMPULAN 5: PENDAHULUAN JENIS SITUASI Mutakhir ini, jenayah rasuah masih berlaku walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mengatasinya. Nampaknya ketamakan manusia tidak pernah berubah walaupun zaman silih berganti. Antara contoh amalan rasuah ialah rasuah untuk kenaikan pangkat, rasuah untuk menyiapkan tugasan dan rasuah untuk mendapatkan jawatan. Usaha-usaha mengatasi amalan rasuah ini perlu dijalankan demi kesejahteraan negara. AKTIVITI 4: Murid-murid membentangkan hasil tugasan mereka menggunakan Teknik Gallery Walk.


137 6.4 IKRAR DILAUNGKAN, KASIH DIJUNJUNG (SAHABAT ATAU TUGAS?) (HALAMAN 74 -75 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR S.P: 1.6.1 Menjana idea dan menyampaikan pidato dengan betul, jelas, dan intonasi yang sesuai menggunakan ayat yang gramatis. AKTIVITI 1: Murid meneliti bahan dalam muka surat 74-75. AKTIVITI 2: Dua orang murid dipilih untuk mencari maksud “sahabat” dan “tugas” dalam Kamus Dewan dan menuliskan maksud dalam lembaran kerja. AKTIVITI 3: Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan berbincang tentang kepentingan sahabat dengan memberikan huraian contoh dan kesan yang bersesuaian. Satu kumpulan lagi berbincang tentang kepentingan menjalankan tugas dengan memberikan huraian contoh dan kesan yang bersesuaian. Murid diberikan masa 10 minit untuk berbincang dalam kumpulan mereka. TUGASAN PERBINCANGAN KUMPULAN 1 Maksud sahabat: ………………………………………………………………………………… Kepentingan Sahabat Contoh Kesan 1. Membantu kita menghadapi kesukaran Jika kita dibuli, sahabat boleh membuat aduan kepada guru disiplin. Kehidupan lebih tenang dan yakin untuk menghadapi kehidupan. 2. Tempat mencurahkan perasaan. 3. Bertindak sebagai pendorong. 4. Berkongsi ilmu dan pengalaman 5. Tidak dilanda kesunyian


138 hidup. 6. Teman sepermainan TUGASAN PERBINCANGAN KUMPULAN 2 Maksud tugas: ………………………………………………………………………………… Kepentingan melaksanakan tugas Contoh Kesan 1. Mengekalkan kepercayaan semua pihak. Ketua kelas diamanahkan memegang duit derma untuk rakan yang rumahnya banjir, dan dia tidak membelanjakan duit derma itu untuk dirinya. Guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan akan percaya ketua kelas dapat memikul tanggungjawab 2. Mendapat rezeki yang berkat. 3. Tidak menyusahkan orang lain. 4. Menjauhkan diri daripada perbuatan khianat. 5. Disenangi oleh orang sekeliling. 6. Tidak menyeleweng


139 CONTOH JAWAPAN PERBINCANGAN: Maksud sahabat: kawan, teman, taulan yang bersahabat baik-baik antara satu sama lain. Kepentingan sahabat Contoh Kesan Membantu kita menghadapi kesukaran Ketua kelas diamanahkan memegang duit derma untuk rakan yang rumahnya banjir, dan dia tidak membelanjakan duit derma itu untuk dirinya. Guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan akan percaya ketua kelas dapat memikul tanggungjawab Tempat mencurahkan perasaan. Sahabat tempat mengadu masalah keluarga dan pelajaran. Mengelakkan tekanan perasaan. Bertindak sebagai pendorong. Mendorong untuk rajin belajar supaya mendapat keputusan yang baik. Kita mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Berkongsi ilmu dan pengalaman Sahabat mengajarkan mata pelajaran yang lemah dan mengajar resipi masakan. Seseorang dapat menambah ilmu, mahir dalam kemahiran menguruskan diri. Tidak dilanda kesunyian Hidup. Seseorang sahabat selalu menghubungi sahabat melalui media sosial. Kehidupan akan lebih ceria dan tidak membosankan. Teman sepermainan Berbasikal, memancing, berjalan-jalan, bermain di taman permainan, bermain permainan teknologi Hidup lebih gembira kerana sentiasa ditemani sahabat. Maksud tugas: kewajipan sesuatu kerja atau tanggungjawab yang mesti dilaksanakan atau sesuatu yang ditentukan untuk dikerjakan.


140 Kepentingan melaksanakan tugas Contoh Kesan 1. Mengekalkan kepercayaan semua pihak. Sebagai contoh, ketua tingkatan menyampaikan arahan guru untuk menyiapkan buku kerja. Guru akan percaya bahawa ketua tingkatan tersebut mampu menyampaikan arahan lain. Murid-murid akan percaya bahawa ketua tingkatan akan menjalankan tanggungjawab. 2. Mendapat rezeki yang berkat. Ahli koperasi yang amanah memegang wang hasil jualan Rezeki kesihatan, elaun dan gaji yang tidak haram, keluarga bahagia 3. Tidak menyusahkan orang lain. Pengawas pusat sumber merekod buku pinjaman, bukannya mengambil buku tanpa pengetahuan guru. Buku tidak hilang, tidak menyusahkan guru menanggung kos kehilangan buku. 4. Menjauhkan diri daripada perbuatan khianat. Pengawas sekolah tidak berkawan dengan rakan yang negatif Dirinya akan dipercayai oleh guru dan murid sekolah. 5. Disenangi oleh orang sekeliling. Pengawas sekolah yang adil dalam membuat aduan walaupun rakannya berkelakuan negatif. Murid lain akan menghormati dirinya kerana menjalankan tugas dengan baik. 6. Tidak menyeleweng Pengawas sekolah yang ditugaskan membuat pemeriksaan mengejut kepada rakan-rakannya. Dirinya berlaku adil kepada semua murid. Tidak menyembunyikan barang terlarang milik rakan. Masalah disiplin dapat dikawal. Tiada kes kecuriaan. Tiada kes kelakuan sumbang di sekolah. AKTIVITI 3: Lima orang wakil kumpulan diminta membuat pembentangan hasil perbincangan.


141 AKTIVITI 4: Empat orang murid dipilih secara rawak untuk menyampaikan pidato dengan nada, sebutan dan intonasi yang betul. CONTOH TEKS PIDATO Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera, yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang sentiasa peka waktunya, para peserta yang saya kagumi serta hadirin dan hadirat yang saya hormati. Hadirin dan hadirat yang dihormati Mari kita hayati definisi tajuk pidato saya yang bertajuk “Tugas Lebih Penting Daripada Sahabat” Menurut Kamus Dewan, tugas bermaksud kewajipan sesuatu kerja atau tanggungjawab yang mesti dilaksanakan atau sesuatu yang ditentukan untuk dikerjakan. Seterusnya, sahabat pula membawa maksud kawan, teman, taulan yang bersahabat baik antara satu sama lain. Hadirin yang dimuliakan, Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama, adalah baik jika kita menelusuri kepentingan seseorang sewajarnya menjalankan sesuatu tugas. Apabila seseorang insan memikul sesuatu tanggungjawab yang diberi oleh sesebuah pihak, maka sebaiknya tanggungjawab yang diamanahkan itu dipikul dengan baik. Hal ini dikatakan demikian kerana tanggungjawab yang dipikul oleh seseorang akan memberi kesan kepada banyak pihak. Sebagai contoh, seorang ketua kelas yang yang diamanahkan untuk menyampaikan arahan tugasan yang diberikan oleh guru kepada murid-murid di kelasnya. Jika ketua kelas tersebut tidak menyampaikan arahan tugasan dengan sebaiknya, maka dia tidak akan dipercayai oleh gurunya, malah rakan-rakan sekelasnya akan mengecam tindakannya. Dengan ini jelaslah bahawa tanguungjawab yang berjaya dilaksanakan dengan baik memberi kepentingan kepada seseorang untuk dipercayai oleh orang lain. Hadirin dan hadirat sekalian, Selain itu, sewaktu melaksanakan sesuatu tugasan kita akan disenangi oleh orang sekeliling dan mendapat rezeki yang berkat. Apabila seseorang menyiapkan tugasan, ini bererti dia telah menyelesaikan haknya terhadap sesuatu amanah yang dipertanggungjawabkan. Sebagai contoh, jika sesuatu isu melibatkan rakan yang rapat dan tugasan yang perlu diselesaikan berjaya diselesaikan dapat mempermudah urusan


142 berkenaan. Oleh yang demikian sikap menyiapkan tugasan ini akan menyebabkan seseorang itu disanjung tinggi. Jelaslah bahawa jika hak dan amanah yang dipertanggungjawabkan selesai memudahkan urusan dan disenangi oleh orang sekeliling di samping hubungan dengan sahabat juga berjaya dijaga dengan baik. Akhir sekali, kita dapat mengetahui terdapat kepentingan melaksanakan tugas yang diberi lebih penting daripada sahabat. Hal ini dikatakan demikian kerana walaupun sahabat orang yang penting dalam kehidupan kita namun, tugas merupakan amanah yang perlu diselesaikan mendahului hubungan persahabatan. Andai seseorang bersikap amanah terhadap tugasnya maka secara tidak langsung peribadi yang amanah itu juga terbawa dalam hubungannya dengan sahabatnya. Sebelum saya mengundur diri, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah kata atau tersilap bicara. Saya mengakhiri pidato saya ini dengan serangkap pantun: Cantik bunga nusa indah, Segar tumbuh di taman kota; Meskipun tugas itu berat dan gundah, Tetap indah persahabatan kita. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Click to View FlipBook Version