The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU (EDISI DIGITAL)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Noorhaswari Ismail, 2024-05-07 00:40:44

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU (EDISI DIGITAL)

Keywords: BM

143 6.5 SIKAP TERPUJI (HALAMAN 76-77) KEMAHIRAN MENULIS S.P: 3.4.3 Menulis perenggan isi dengan bahasa yang gramatis secara kritis dan kreatif. AKTIVITI 1: Murid membaca bahan pada halaman 76-77 untuk mendapatkan idea membuat perenggan isi karangan. AKTIVITI 2: Berdasarkan contoh perenggan isi pada muka surat 76, murid diterangkan tentang teknik IMBaKUP untuk membuat isi perenggan. PERENGGAN ISI - TEKNIK IMBAKUP I (Isi): Ayat berdasarkan isi utama/idea utama M (Mengapa?): Ayat huraian untuk menerangkan sebab isi dikatakan begitu. Ba (Bagaimana?): Ayat untuk menerangkan cara melakukan atau menjayakan perkara yang ditulis dalam isi atau contoh melaksanakan perkara itu. K (Kesan): Kesan daripada ayat bagaimana, atau kesan jika melakukan contoh tersebut U (Ungkapan Menarik): Masukkan ungkapan menarik/ peribahasa P (Penegasan): Ayat penegas / penyimpul bagi isi / idea utama Contoh perenggan isi pada halaman 77 yang dipecahkan mengikut Teknik IMBaKUP. Isi Sikap amanah menyebabkan kita mendapat kepercayaan daripada orang ramai. Mengapa Hal ini dikatakan demikian kerana orang yang amanah sentiasa mengotakan perkara-perkara yang telah dijanjikan. Mereka tidak bercakap kosong atau memberikan harapan palsu kepada orang lain sewenang-wenangnya. Bagaimana Sebagai contohnya, seorang rakan yang amanah akan melaksanakan tugas yang dijanjikannya dengan sebaik yang mungkin dan tidak menimbulkan masalah kepada rakan-rakan di sekelilingnya.


144 Kesan Hal ini menyebabkan dia diterima oleh rakan-rakannya dengan baik. Ungkapan Menarik Perkara ini bersesuaian dengan peribahasa kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada talinya, Ayat Penyimpul Oleh yang demikian, jelaslah bahawa sikap amanah dalam diri menyebabkan kita mendapat kepercayaan daripada orang ramai. AKTIVITI 3: Murid diminta untuk membentuk lima kumpulan. Setiap kumpulan diminta menghasilkan perenggan isi mengikut Teknik IMBaKUP. Jawapan Isi 1: Disenangi dan didampingi oleh semua pihak Isi Sikap amanah akan menyebabkan kita disenangi dan didampingi oleh semua pihak. Mengapa Hal ini dikatakan demikian kerana bersikap amanah mencerminkan peribadi diri kita untuk mendapat kepercayaan orang lain. Bagaimana Sebagai contohnya, jika ahli koperasi diamanahkan memegang sejumlah wang, dia perlu menyimpan wang tersebut dan menyerahkan kepada guru koperasi dengan jumlah yang secukupnya. Kesan Kesannya, guru-guru dan rakan-rakan akan mempercayai dan senang untuk bekerjasama dalam sesuatu tugasan. Ungkapan Menarik Hal ini tidak menjadikan kita seperti melukut di tepi gantang. Ayat Penyimpul Jelaslah bahawa, sikap amanah akan menyebabkan kita disenangi oleh rakan-rakan sehingga perhubungan kita dengan rakan-rakan menjadi akrab Isi 2: Dapat meningkatkan jati diri Isi Sikap amanah dapat meningkatkan jadi diri Mengapa Hal ini dikatakan demikian kerana amanah adalah antara sifat jati diri yang amat asas dan perlu ada dalam diri manusia. Bagaimana Sebagai contoh guru memberikan arahan supaya menyiapkan tugasan yang diberi dalam tempoh masa tertentu dan murid berjaya


145 mengikut arahan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Begitu juga dengan tugasan-tugasan lain di sekolah. Kesan Senario ini akan membentuk murid yang menepati masa, berdisiplin, di samping mendengar arahan dengan baik dalam menyelesaikan sesuatu tugasan atau kerja sekolah. Ungkapan Menarik Nilai-nilai murni ini diterapkan dalam diri murid sejak awal lagi seperti peribahasa sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Ayat Penyimpul Jelaslah bahawa, sikap amanah akan meningkatkan jati diri dengan nilai akhlak baik dan budi pekerti yang mulia untuk disemat dalam diri supaya digunakan apabila menjelang dewasa nanti. Isi 3: Mengelakkan diri daripada perlakuan negatif seperti rasuah Isi Dalam pada itu, sikap amanah dapat mengelakkan diri daripada perlakuan negatif seperti rasuah. Mengapa Hal ini dikatakan demikian kerana generasi muda yang dididik agar membenci gejala rasuah ini akan lebih bersikap telus, jujur dan amanah ketika menjalankan tugas mereka apabila dewasa kelak. Bagaimana Sebagai contoh pendedahan awal mengenai gejala rasuah ini boleh diterapkan dalam sukatan pelajaran di sekolah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, dan subjek berkaitan. Kesan Impaknya jika pendidikan tentang amanah diterapkan dari awal lagi, maka seseorang akan menjauhi rasuah atau tumbuk rusuk dalam hidupnya. Ungkapan Menarik -Tumbuk rusuk, -Oleh itu, amalan sikap amanah selari dengan peribahasa yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Ayat Penyimpul Jelaslah bahawa, sikap amanah akan dapat membendung seseorang daripada perlakuan negatif seperti rasuah.


146 Isi 4: Dipandang mulia oleh segenap lapisan masyarakat Isi Seterusnya sikap amanah akan menyebabkan kita dipandang mulia oleh segenap lapisan masyarakat Mengapa Hal ini dikatakan demikian kerana bersama ahli masyarakat juga adalah sebahagian dari keperluan hidup kita. Bagaimana Sebagai contoh, pemimpin masjid yang bersifat amanah boleh menguruskan kariah masjid dan wang derma masjid dengan adilnya. Kesan Kesannya, masyarakat akan hidup lebih sejahtera dan mengenang jasa pemimpin tersebut. Ungkapan Menarik Situasi mengenang jasa pemimpin ini bertepatan dengan peribahasa harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Ayat Penyimpul Tegasnya, jika mengamalkan sikap amanah, segenap lapisan masyarakat akan memandang tinggi dan mulia kepada kita. Isi 5: Dapat menjalani kehidupan yang diberkati Tuhan Isi Selanjutnya melalui sikap amanah, kita akan mendapat kehidupan yang diberkati Tuhan. Mengapa Hal ini dikatakan demikian kerana sifat ini dianggap titik penentu atau garis pemisah tahap keimanan dan keagamaan seseorang insan. Bagaimana Sebagai contoh, seseorang yang bersifat amanah mengunakan wangnya dengan tujuan kebaikan. Kesan Kesannya, dirinya dan keluarganya akan menjalani kehidupan dengan lebih tenang, sihat dan gembira. Ungkapan Menarik Sudah terang lagi bersuluh, Ayat Penyimpul jika mengamalkan sikap amanah kehidupan kita akan di berkati oleh Tuhan


147 6.6 PENGUKUHAN: JOM KITA BERMAIN! (HALAMAN 78)


148


149 TEMA 7: PERSAUDARAAN TANPA SEMPADAN 7.1 HULURKAN TANGAN, RINGANKAN BEBAN! (HALAMAN 80-81) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR S.P: 1.4.1 Berbicara untuk menganalisis isu semasa yang didengar, ditonton atau dibaca dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. AKTIVITI 1 – Berdasarkan bahan yang diberikan, lengkapkan perbualan di bawah ini. Kemudian, lakonkan perbualan tersebut. Saya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia. (1) Rakyat Malaysia sanggup membantu sesiapa sahaja yang ditimpa kesusahan Memang benar. Sebagai contohnya, (2) setiap kali banjir besar melanda, banyak rakyat Malaysia yang tampil memberikan bantuan. Mereka menghulurkan sumbangan berupa wang ringgit dan tenaga. (3) Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat kita memiliki sifat perikemanusian yang tinggi. Mereka sanggup bersama-sama dalam susah dan senang tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa. (4) Tanpa sifat keperimanusian, bukan sahaja negara kita tetapi juga dunia akan menjadi huru hara.


150 AKTIVITI 2 - Berdasarkan bahan, jelaskan sumbangan yang boleh anda berikan kepada orang lain. AKTIVITI 3 – Lengkapkan perbualan antara dua orang sukarelawan tentang proses sebelum, semasa dan selepas bantuan diberikan kepada golongan yang memerlukan. Kemudian, praktis perbualan ini dengan rakan anda. Pelajar A Hai, _____________Terima kasih kerana sudi menyertai misi kami dalam membantu mangsa-mangsa banjir di negeri pantai timur. Memandangkan kamu baru sahaja menyertai kami, saya akan menceritakan proses sumbangan kemanusiaan yang bakal kita lakukan nanti dari awal hingga akhir. SUMBANGAN YANG BOLEH DIBERIKAN KEPADA ORANG LAIN WANG RINGGIT TENAGA IDEA PERKHIDMATAN MAKANAN BARANGAN


151 Pelajar B Hai, _________ Saya juga berbesar hati kerana dapat bersama-sama menjadi sukarelawan dalam organisasi terkemuka ini. Saya memang berhasrat untuk golongan yang memerlukan kerana bak kata peribahasa, " berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Baiklah, saya akan pasang telinga dengan penerangan kamu itu. Pelajar A Pada peringkat awal, ______________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________. Pelajar B Oh, begitu! Baiklah, apakah yang patut kita lakukan semasa berada di tempat kejadian? Pelajar A Semasa berada di tempat kejadian,____________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ Pelajar B Oh, begitu! Apakah yang akan berlaku selepas mangsa-mangsa banjir selamat berpindah semula ke kediaman mereka? Pelajar A Selepas itu, ______________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________


152 Contoh jawapan: Pelajar A Hai, _____________Terima kasih kerana sudi menyertai misi kami dalam membantu mangsa-mangsa banjir di negeri pantai timur. Memandangkan kamu baru sahaja menyertai kami, saya akan menceritakan proses sumbangan kemanusiaan yang bakal kita lakukan nanti dari awal hingga akhir. Pelajar B Hai, _________ Saya juga berbesar hati kerana dapat bersama-sama menjadi sukarelawan dalam organisasi terkemuka ini. Saya memang berhasrat untuk golongan yang memerlukan kerana bak kata peribahasa, " berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Baiklah, saya akan pasang telinga dengan penerangan kamu itu. Pelajar A Pada peringkat awal, para sukarelawan akan bermesyuarat untuk samasama membincangkan perkara yang dapat dilakukan. Kemudian, kita akan mula mendapatkan sumbangan melalui kutipan derma daripada individuindividu yang prihatin, misalnya menerusi penganjuran majlis makan malam amal dan jualan barangan terpakai. Pelajar B Oh, begitu! Baiklah, apakah yang patut kita lakukan semasa berada di tempat kejadian? Pelajar A Semasa berada di tempat kejadian, kita ditugaskan untuk mengagihkan sumbangan kepada para mangsa. Selain itu, kita juga boleh memberikan bantuan psikologi seperti mendengar luahan mangsa yang sedang kemurungan. Di samping itu, kita juga berperanan membantu doktor untuk merawat mangsa-mangsa yang mengalami masalah kesihatan. Setelah itu, sebaik sahaja banjir diumumkan surut, kita akan membantu mangsa berpindah semula ke kediaman mereka. Pelajar B Oh, begitu! Apakah yang akan berlaku selepas mangsa-mangsa banjir selamat berpindah semula ke kediaman mereka? Pelajar A Selepas itu, kita akan pulang ke ibu pejabat dan berbincang tentang tujuan penambahbaikan untuk masa akan datang. Kita juga akan dianugerahkan sijil penghargaan daripada organisasi sebagai tanda terima kasih.


153 7.2 DI BAWAH SATU BUMBUNG (HALAMAN 82-83) KEMAHIRAN MEMBACA S.P: 2.2.2 Membaca dan menganalisis maklumat daripada pelbagai bentuk panduan dengan memberikan respons peribadi yang sesuai. AKTIVITI 1- Murid diterangkan Teknik bacaan KWLH. Teknik Bacaan KLWH Maksud KLWH K Know Perkara yang sudah diketahui sebelum membaca W What Perkara yang hendak diketahui sebelum membaca L Learned Perkara yang dipelajari selepas membaca H How Cara untuk mendapatkan maklumat tambahan yang ingin diketahui (melalui bacaan seterusnya) AKTIVITI 2– Baca bahan dan kenal pasti maklumat (Rujuk teks halaman 82 &83). K (Yang Diketahui) W (Ingin Diketahui) L (Dipelajari) H (Bagaimana) 1.Victoria Institution menempatkan murid pelbagai kaum. 2. Asrama Victoria terletak di Kuala Lumpur 1.Cara-cara untuk memasuki asrama Victoria Instituition. 2. Kebitaraan atau program yang ditawarkan. 3. Peluang pekerjaan selepas menamatkan pengajian 1. Asrama Victoria menempatkan murid pelbagai kaum di dalam sebuah asrama. 2.Murid-murid tinggal dan belajar bersama-sama untuk memahami budaya antara satu sama lain. 3. Kriteria kemasukan ialah warganegara Malaysia, terbuka kepada semua kaum, berasal daripada keluarga berpendapatan sederhana atau rendah dan tidak terikat dengan sebarang projek lain seperti projek sukan atau kelas aliran agama 1. Rujuk Internet 2. Laman web Asrama Victoria Instituition 3.Buku / majalah


154 AKTIVITI 3- Berbincang untuk mendapatkan faedah asrama yang menempatkan murid pelbagai kaum dari sudut perpaduan. Faedah asrama yang menempatkan murid pelbagai kaum


155 Jawapan: Faedah asrama yang menempatkan murid pelbagai kaum menjayakan aktiviti bersama-sama gotong-royong menjayakan sesuatu majlis bergaul dengan rakan-rakan pelbagai kaum hubungan yang erat dengan rakan pelabagai kaum murid-murid tinggal dan belajar bersama-sama memahami budaya antara satu sama lain


156 AKTIVITI 4: Pembentangan faedah asrama - Murid secara berkumpulan membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas. ASPEK TATABAHASA S.P: 5.2.1 Memahami dan menggunakan pelbagai kata ganda dalam ayat mengikut konteks dengan betul. AKTIVITI 1 Murid diterangkan dengan jenis-jenis kata ganda. Guru memberikan nota kata ganda. Kata ganda ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar. Proses pengulangan ini sama ada melibatkan seluruh kata dasar yang disebut penggandaan penuh, atau melibatkan sebahagian kata dasar sahaja yang disebut penggandaan separa. KATA GANDA • Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagianbahagian yang tertentu. • Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Dewan Edisi Bahasa (Nik Safiah Karim) Kata Ganda ialah bentuk yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar tersebut diulang secara seluruh/pada bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. • Penggandaan terbahagi kepada empat iaitu : ▪ Kata ganda seluruh ▪ Kata ganda separa ▪ Kata ganda berentak/berima ▪ Kata ganda berimbuhan KATA GANDA SELURUH/PENUH • Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk. • Contoh kata ganda seluruh iaitu: KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF Buku-buku Pusing-pusing Cantik-cantik Murid-murid Geleng-geleng Panjang-panjang Meja-meja Gelak-gelak Merah-merah


157 • Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata. Kata ganda ada yang bermaksud jamak, tunggal, atau kedua-duanya. PENGANDAAN MAKNA JAMAK MAKNA TUNGGAL Api-api Banyaknya api Sejenis serangga Kuda-kuda Banyaknya kuda Kayu penyangga Anak-anak Banyaknya anak mainan KATA GANDA SEPARA • Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya. Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf e. Contoh: KATA DASAR KATA GANDA KATA GANDA SEPARA Layang Layang-layang Lelayang Kuda Kuda-kuda Kekuda Tupai Tupai-tupai Tetupai Siku Siku-siku Sesiku Bola Bola-bola Bebola Jari Jari-jari Jejari Langit Langit-langit Lelangit • Namun begitu, terdapat juga pembentukan istilah baru dalam kata ganda separa ini seperti pepejal, cecair, tetuang dan sesendi. KATA GANDA BERIMA/BERENTAK • Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut. • Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata ganda ini terbahagi kepada tiga, iaitu: JENIS KATA GANDA CONTOH CONTOH AYAT Persamaan bunyi di hujung Kuih-muih, lauk-pauk Kuih-muih itu terhidang di atas meja


158 Persamaan bunyi di pangkal Batu-batan, bukitbukau Aktiviti gotong-royong akan diadakan esok Persesuaian bunyi keseluruhan Kusut-masai, simpang-siur Rambutnya kusut-masai kerana ditiup angin. KATA GANDA BERIMBUHAN • Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada awalan, apitan, sisipan, atau akhiran. Contoh: IMBUHAN CONTOH KATA GANDA BERIMBUHAN Awalan Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu, melompat-lompat Apitan Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-tidaknya Sisipan Tulang-temulang, turun-temurun, gilap-gemilap Akhiran Wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan AKTIVITI 2: Murid diminta mengenal pasti kata ganda yang terdapat dalam bahan halaman 82-83 dan menyenaraikan kata ganda di dalam ruangan yang disediakan. Jawapan: Kata Ganda Seluruh Kata Ganda Separa Kata Ganda Berentak Kata Ganda Berimbuhan sihat-sihat rakan-rakan murid-murid lelaki gotong-royong corat-coret bantu-membantu bersama-sama AKTIVITI 3: Murid diminta membina ayat berdasarkan kata ganda yang disenaraikan. JAWAPAN: 1. Penghuni rumah kebajikan itu sihat-sihat kerana mereka mendapat makanan yang berkhasiat dan gemar melakukan aktiviti riadah. 2. Murid lelaki itu memberi fokus kepada pengajaran gurunya bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.


159 3. Rakan-rakan Ahmad datang menziarahinya yang sedang mendapat rawatan di hospital akibat demam denggi. 4. Murid-murid sekolah itu diingatkan agar meningkatkan disiplin mereka demi menjaga nama baik sekolah. 5. Semua penduduk taman perumahan itu hadir dalam aktiviti gotong-royong yang diadakan pada pagi tadi. 6. Sikap bantu-membantu harus diamalkan oleh rakyat Malaysia demi memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat. 7. Pemimpin itu menulis corat-coret kehidupannya menjadi pemimpin masyarakat selama lebih tiga dekad untuk tatapan generasi muda. 8. Penduduk taman perumahan itu bersama-sama membersihkan kawasan perumahan mereka.


160 7.3 MISI KEMANUSIAAN SEJAGAT (HALAMAN 84-85) KEMAHIRAN MENULIS S.P 3.4.3 Menulis perenggan isi dengan bahasa yang gramatis secara kritis dan kreatif AKTIVITI 1- Murid meneliti gambar dan mengenal pasti isi berdasarkan bahan yang diberikan. Langkah 1: Murid menyenaraikan empat (4) jenis bentuk bantuan yang diberikan oleh Malaysia kepada negara-negara yang ditimpa bencana (halaman 84). (LISAN) JENIS BENTUK BANTUAN Bantuan Kesihatan Bantuan Pendidikan Bantuan Kemanusiaan Bantuan Makanan


161 When (bila) hal ini berkenaan dengan waktu kejadian berlangsung. HOW WHY How (bagaimana) Bagaimana peristiwa itu terjadi, perlu diceritakan sebagai penggambaran singkat agar pembaca memahami konteks informasi yang disampaikan. Langkah 2: Murid menyenaraikan tiga (3) pertubuhan kemanusiaan Malaysia untuk membantu negara-negara yang terlibat dengan konflik peperangan atau bencana alam. (halaman 85) (SECARA LISAN) AKTIVITI 2 – Murid berbincang untuk mengembangkan isi dengan menggunakan teknik 5W1H. Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia Mercy Malaysia Aman Palestin SMART 5 W WHAT 1 H What (apa) apa yang sedang terjadi, peristiwa atau kejadian apa yang ingin dituliskan, diberitakan. WHO Who (siapa) siapa pelaku kejadian, siapa sahaja yang terlibat di dalam peristiwa itu. WHERE Where (di mana) di mana peristiwa itu terjadi. WHEN Why (mengapa) latar belakang, penyebab atau pemicu terjadinya sesuatu perkara.


162 Langkah 1: Murid melengkapkan jadual di bawah dengan menggunakan teknik 5W1H. (halaman 84-85) Misi Kemanusiaan Sejagat Isi 1: Bentuk Bantuan Kemanusiaan What (apa) Bantuan kemanusiaan Who (siapa) Pertubuhan SMART ➢ Menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ➢ Terdiri daripada 20 orang anggota SMART, dua orang doktor (Angkatan Tentera Malaysia), dan lima orang anggota (Persatuan Bulan Sabit Merah) When (bila) Ditubuhkan pada tahun 1995 di bawah Majlis Keselamatan Negara Why (mengapa) Tujuan penubuhan adalah untuk melaksanakan tugas mencari dan menyelamat mangsa dalam sesuatu kejadian bencana yang memerlukan bantuan kepakaran, kemahiran, peralatan serta kelengkapan dengan cekap dan efisien. How (bagaimana) ➢ Sumber dana daripada kerajaan. ➢ Kejayaannya adalah menghantar pasukan ke negara yang dilanda bencana alam di Turki, India, Indonesia, Pakistan, Nepal, dan Jepun. ➢ Mendapat pengiktirafan sebagai pasukan Heavy Urban Search and Rescue Team pada 3 Jun 2016 daripada International Search and Rescue Advisory Group (INSARAG) Where (di mana) ➢ Gempa bumi Nepal, 2015 Isi 2: Bentuk Bantuan Makanan What (apa) Bantuan makanan Who (siapa) Pertubuhan Aman Palestin ➢ Terdiri daripada lima orang sukarelawan daripada sukarelawan daripada Muslim Volunteer Malaysia dan Malaysia Life Line For Syria. When (bila) Ditubuhkan pada tahun 2004 Why (mengapa) Tujuan penubuhan adalah untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan selain melibatkan diri dalam projek-projek kebajikan dan kemanusiaan khusus untuk rakyat Palestin dan Syria.


163 How (bagaimana) ➢ Sumber dana ialah hasil kutipan daripada orang ramai, institusi kerajaan, dan syarikat-syarikat korporat. ➢ Kejayaannya ialah membina sekolah, memberikan tajaan kepada anak-anak yatim dan keluarga miskin Palestin, menjayakan projek pertanian sara diri di Nablus dan menyalurkan sumbangan di kem-kem pelarian Lubnan, Syria, dan Turki. Where (di mana) Peperangan di Syria, 2017 Isi 3: Bentuk Bantuan Kesihatan What (apa) Bantuan Kesihatan Who (siapa) Pertubuhan Mercy Malaysia ➢ Operasi dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan. ➢ Dikendalikan oleh 58 orang kakitangan, termasuk 22 orang doktor. When (bila) Ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Tan Sri Dato Dr. Jemilah binto Mahmood. Why (mengapa) Tujuan penubuhan adalah untuk memberikan bantuan perubatan, pembangunan kesihatan yang lestari dan program pembangunan pengurangan risiko bencana. How (bagaimana) ➢ Membina hospital medan untuk pelarian Rohingya. ➢ Memberikan rawatan dan pembedahan. ➢ Kejayaannya ialah menghantar bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada lebih daripada 30 buah negara di seluruh dunia termasuklah Kosovo, Indonesia, Sri Lanka, Afganistan, Bangladesh, Nepal, Iraq, Syria, Palestin, Filipina, dan banyak lagi. Where (di mana) Hospital Medan di Cox’s Bazar, Bangladesh, 2017


164 Isi 4: Bentuk Bantuan Pendidikan What (apa) Bantuan pendidikan Who (siapa) Pertubuhan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. When (bila) - Why (mengapa) Tujuan penubuhan adalah menyediakan pendidikan yang lebih selesa kepada murid di Kemboja How (bagaimana) ➢ Membina Sekolah Agama Darul Iman di Kemboja ➢ Kos pembinaan USD 30 000.00 Where (di mana) Sekolah Agama di Kemboja, 2018 AKTIVITI 3 – Murid menulis isi-isi dalam perenggan yang lengkap. Langkah 1: Murid diminta mengisi ruangan kosong dalam perenggan isi yang disediakan dengan merujuk kepada jadual dalam aktiviti 2. Contoh Karangan Semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia tidak terbatas di dalam negaran malahan turut melangkau negara-negara lain. Atas semangat perpaduan dan persaudaraan, Malaysia senantiasa membantu negara-negara lain, terutamanya dari segi bantuan kemanusiaan sekiranya berlaku sebarang bencana. Antara bentuk bantuan kemanusiaan yang diberikan oleh negara Malaysia ialah bantuan kemanusiaan (apa). Pertubuhan yang bergerak pada peringkat antarabangsa untuk membantu negara-negara yang terlibat dengan konflik peperangan atau bencana alam dalam bentuk bantuan kemanusiaan ialah Pertubuhan SMART. Pertubuhan SMART telah menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang terdiri daripada 20 orang anggota SMART, dua orang doktor dari Angkatan Tentera Malaysia dan lima orang anggota Persatuan Bulan Sabit Merah. (siapa). Pertubuhan SMART telah ditubuhkan pada tahun 1995 di bawah Majlis Keselamatan Negara (bila). Tujuan penubuhan SMART adalah untuk melaksanakan tugas mencari dan menyelamat mangsa dalam sesuatu kejadian bencana yang memerlukan bantuan kepakaran, kemahiran, peralatan serta kelengkapan dengan cekap dan efisien (mengapa). Bentuk bantuan kemanusiaan diperoleh daripada sumber dana daripada kerajaan. Pertubuhan SMART menghantar pasukan ke negara yang dilanda bencana alam di Turki, India, Indonesia, Pakistan, Nepal, dan Jepun dan telah mendapat pengiktirafan sebagai pasukan Heavy Urban Search and Rescue Team pada 3 Jun 2016 daripada International Search and Rescue Advisory Group (INSARAG) (bagaimana).


165 Sebagai contoh, bantuan kemanusiaan yang pernah disalurkan adalah semasa berlakunya gempa bumi di Nepal pada tahun 2015 (di mana). Selain itu, bentuk bantuan yang disalurkan kepada negara yang terlibat dengan konflik peperangan atau bencana alam ialah bantuan makanan (apa). Pertubuhan Aman Palestin merupakan salah satu pertubuhan yang bergerak pada peringkat antarabangsa untuk membantu negara-negara yang terlibat dalam konflik peperangan atau bencana alam. Pertubuhan Aman Palestin yang terlibat dalam misi bantuan makanan ini terdiri daripada lima orang sukarelawan daripada sukarelawan daripada Muslim Volunteer Malaysia dan Malaysia Life Line For Syria (siapa). Pertubuhan Aman Palestin telah ditubuhkan pada tahun 2004 (bila). Tujuan Pertubuhan Aman Palestin adalah untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan selain melibatkan diri dalam projek-projek kebajikan dan kemanusiaan khusus untuk rakyat Palestin dan Syria. (mengapa). Pertubuhan Aman Palestin menerima sumber dana hasil kutipan daripada orang ramai, institusi kerajaan, dan syarikat-syarikat korporat. Pertubuhan Aman Palestin telah memberi bantuan dengan membina sekolah, memberikan tajaan kepada anak-anak yatim dan keluarga miskin Palestin, menjayakan projek pertanian sara diri di Nablus dan menyalurkan sumbangan di kem-kem pelarian Lubnan, Syria, dan Turki (bagaimana). Misalnya, bantuan makanan pernah disalurkan semasa peperangan di Syria yang berlaku pada tahun 2017 (di mana). Seterusnya, bentuk bantuan kesihatan juga telah disalurkan kepada negara yang terlibat dengan konflik peperangan atau bencana alam (apa). Pertubuhan Mercy Malaysia Operasi dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan yang terdiri daripada 58 orang kakitangan, termasuk 22 orang doktor telah memberikan bantuan kesihatan kepada negara yang terlibat dalam konflik peperangan atau bencana alam (siapa). Pertubuhan Mercy Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Tan Sri Dato Dr. Jemilah binto Mahmood. (bila). Tujuan penubuhan Mercy Malaysia adalah untuk memberikan bantuan perubatan, pembangunan kesihatan yang lestari dan program pembangunan pengurangan risiko bencana. (mengapa). Pertubuhan Mercy Malaysia telah membina hospital medan untuk pelarian Rohingya dan memberikan rawatan dan pembedahan. Pertubuhan Mercy Malaysia juga telah menghantar bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada lebih daripada 30 buah negara di seluruh dunia termasuklah Kosovo, Indonesia, Sri Lanka, Afganistan, Bangladesh, Nepal, Iraq, Syria, Palestin, Filipina, dan banyak lagi (bagaimana). Misalnya, Pertubuhan Mercy Malaysia telah memberi bantuan kesihatan dengan membina Hospital Medan di Cox’s Bazar, Bangladesh, 2017 (di mana).


166 Akhir sekali, bentuk bantuan pendidikan juga telah disalurkan kepada negara yang terlibat dengan konflik peperangan atau bencana alam (apa). Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. merupakan agensi yang memberi bantuan berbentuk pendidikan (siapa). Tujuan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. menaja bantuan pendidikan ini adalah menyediakan pendidikan yang lebih selesa kepada murid di Kemboja (mengapa). Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. telah membina Sekolah Agama Darul Iman di Kemboja dengan kos pembinaan sebanyak USD 30 000.00 (bagaimana). Misalnya, Terengganu Incorporated Sdn. Bhd telah memberi bantuan pendidikan dengan membina Sekolah Agama di Kemboja pada tahun 2018 (di mana). Konklusinya, misi kemanusiaan sejagat merupakan salah satu program yang memberikan pelbagai bentuk bantuan kepada negara-negara yang memerlukan bagi memastikan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dipupuk melalui pelbagai pertubuhan peringkat antarabangsa.


167 7.4 KAMI MEMAHAMI DERITAMU! (HALAMAN 86-87) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR S P 1.7.2 Berunding untuk membuat pertimbangan tentang sesuatu pilihan secara rasional menggunakan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun. AKTIVITI 1- Murid menganalisis bahan di halam 86-87 untuk mendapatkan maklumat. AKTIVITI 2- Murid melengkapkan tugasan Langkah-langkah Rundingan Lawatan ke Wad Pediatrik di halaman 87. CONTOH JAWAPAN: LAWATAN KE WAD PEDIATRIK AKTIVITI 3- Murid membuat rundingan untuk membuat pertimbangan tentang maklumat tersebut dan memberikan rasional. Langkah 1: Secara berpasangan, murid diminta membina dialog berkaitan adab-adab melawat pesakit. (halaman 86) Kita digalakkan menziarahi pesakit untuk memberikan semangat kepada mereka. Namun demikian, kita perlulah mengetahui adab-adab menziarahi pesakit. RUNDINGAN LAWATAN KE WAD PEDIATRIK Merancang aktiviti Menyenaraikan etika lawatan Menulis surat kebenaran Menguruskan cenderamata dan buah tangan Menguruskan pengangkutan Menguruskan makanan


168 ADAB-ADAB MELAWAT PESAKIT Maria: Hai, Natasha! Kamu ada dengar berita tentang rakan kita, Natasha yang telah mengalami kemalangan jalan raya pada hari semalam? Zulaikha: Hai, Maria! Ya, saya ada mendengar berita tersebut daripada Cikgu Haira di dalam kelas kita pagi tadi. Bagaimanakah agaknya keadaan dia sekarang? Maria: Saya dengar keadaan dia tidak membimbangkan. Kakinya hanya mengalami bengkak akibat terseliuh kerana terjatuh semasa hendak mengelak daripada dilanggar motosikal. Saya bercadang untuk melawat dia malam nanti di hospital. Kamu hendak ikut bersama saya, Zulaikha? Zulaikha: Terima kasih kerana mengajak saya Maria. Melawat rakan kita pada waktu malam bukan masa yang sesuai. Bukankah Cikgu Haira telah memberitahu kita adab-adab menziarahi pesakit pada minggu lepas. Kamu sudah lupa Maria? Maria: Maafkan saya Zulaikha. Saya tidak hadir ke sekolah semasa Cikgu Haira menyentuh topik tersebut. Boleh kamu terangkan semula adab-adab menziarahi pesakit yang telah diberitahu oleh Cikgu Haira pada minggu lepas? Zulaikha: Boleh, Maria. Adab melawat pesakit antaranya ialah kita perlu melawat pesakit pada waktu yang dibenarkan. Selain itu, kita perlu melawat pesakit dalam jumlah yang tidak ramai supaya pesakit tidak rasa terganggu dengan kehadiran kita. Tak salah sekiranya pelawat yang datang dalam jumlah yang ramai tetapi perlu bergilir-gilir. Kita harus ingat bahawa pesakit perlu rehat yang cukup. Cikgu Haira juga ada memberitahu semasa melawat pesakit kita perlu berdiri hampir dengan kepala pesakit supaya mudah untuk kita berkomunikasi. Maria: Apa lagi yang Cikgu Haira beritahu Zulaikha? Tidak sabar saya hendak dengar lebih lanjut tentang adab-adab melawat pesakit. Bolehlah saya menambah pengetahuan tentang topik ini. Zulaikha: Banyak lagi Maria adab-adab menziarahi pesakit. Saya baru sahaja menerangkan tiga daripada sembilan adab. Adab seterusnya ialah kita digalakkan memberi kata-kata semangat kepada rakan kita yang sedang sakit. Malah, kita juga diminta untuk menjaga tutur kata daripada mengeluarkan kata-


169 kata yang boleh mengguris perasaan rakan kita. Kita perlu mendoakan yang baik-baik sahaja untuk pesakit tersebut. Kita juga digalakkan membawa buah tangan yang sesuai. Maria: Buah tangan? Zulaikha, boleh awak terangkan dengan lebih mendalam tentang buah tangan? Adakah kita boleh bawa apa-apa sahaja ketika kita ingin melawat pesakit? Zulaikha: Begini Maria. Sekiranya kita ingin membawa buah tangan seperti makanan, kita perlu memastikan makanan yang dibawa kepada pesakit sesuai dan boleh dimakan oleh pesakit. Selalunya, makanan yang dibawa oleh pelawat bukan dimakan oleh pesakit tetapi dimakan oleh orang lain. Keadaan ini boleh menyebabkan pesakit sedikit kecil hati kerana tidak boleh makan makanan tersebut. Maria: Oh, begitu rupanya. Zulaikha, ibu saya pernah memberitahu kepada saya jika hendak melawat orang yang sakit kita perlu melawat pesakit dalam jangka waktu yang singkat sahaja. Benarkah begitu Zulaikha? Zulaikha: Betul tu Maria. Kita perlu melawat pesakit dalam jangka waktu yang singkat kerana pesakit perlu banyak berehat untuk memastikan keadaan emosinya tidak terganggu. Tambahan pula, kita juga perlu meninggalkan pesakit sebentar jika pesakit sedang diberi rawatan oleh doktor. Kita perlu menghormati doktor yang sedang merawat pesakit dan kita tidak mengganggu tugasan yang mereka sedang lakukan kepada pesakit. Perkara yang penting juga ialah kita tidak mengambil gambar pesakit. Maria: Terima kasih Zulaikha atas maklumat tersebut. Sekarang ni baru saya faham adab-adab sekiranya ingin melawat pesakit dengan lebih jelas. Kalau begitu, esok saya akan pergi membeli sesuatu sebagai buah tangan sebelum melawat rakan kita di hospital nanti. Zulaikha: Sama-sama, Maria. Jangan lupa telefon saya sebelum kamu hendak pergi ke sana. Saya pun ingin pergi bersama awak. Maria: Baiklah, Zulaikha.


170 Langkah 2: Secara berkumpulan, murid diminta membuat rundingan tentang lawatan ke wad pediatrik. (halaman 87) Nota Tambahan: Rundingan adalah proses perbincangan antara dua pihak atau lebih pihak untuk mencapai kesepakatan atau persetujuan. Rundingan dapat digunakan dalam pelbagai situasi seperti dalam perniagaan, politik atau urusan kerja seharian. Rundingan dapat dilakukan secara formal atau tidak formal dan meliputi pelbagai topik seperti kontrak, perjanjian kerjasama, atau perniagaan. Cara Meningkatkan Kemahiran Berunding 1. Belajar tentang teknik berunding: Mempelajari teknik berunding yang berbeza, seperti teknik rundingan, teknik memujuk, dan teknik membuat kompromi dapat membantu anda untuk meningkatkan kemampuan berunding. 2. Mendengar: Belajar untuk mendengar dengan baik dan memahami pandangan orang lain adalah kunci untuk berunding yang baik. 3. Berfikir secara kritis: Belajar untuk berfikir secara kritis dan menilai situasi dengan objektif dapat membantu anda untuk membuat keputusan yang baik semasa berunding. 4. Belajar dari kesalahan: Belajar dari kesalahan yang Anda lakukan saat berunding dan mencari cara untuk mengatasi masalah itu di masa hadapan. 5. Baca dan belajar dari orang lain: Membaca merupakan kunci kepada sesebuah kejayaan. Banyakkan membaca buku atau artikel tentang Teknik rundingan dan memujuk. Ini dapat memberikan input yang lebih berguna yang dapat diaplikasi ketika sesi rundingan. Kemahiran berunding sangat penting dalam berbagai situasi dan urusan. Kemahiran berunding dapat membantu untuk mencapai persetujuan, situasi menang-menang bagi semua pihak yang terlibat, meningkatkan hubungan antara pihak-pihak yang berunding, dan membantu untuk mengatasi perselisihan yang mungkin muncul. Kemahiran berunding juga penting dalam situasi yang memerlukan perbincangan atau perundingan yang kritikal seperti dalam perniagaan, politik, diplomasi, atau dalam keluarga. Kemahiran berunding yang baik dapat membuat pihak-pihak yang berunding merasa lebih puas dengan hasil akhir dan dapat mengurangkan kemungkinan masalah yang bakal timbul di kemudian hari.


171 Bersempena dengan Minggu Penyayang Sekolah Menengah Kebangsaan Kejora, muridmurid Tingkatan Tiga Pintar telah merancang untuk melawat wad pediatrik di sebuah hospital. Mereka telah berunding tentang program tersebut. Rayyan: Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Terima kasih kepada rakanrakan yang telah hadir dalam perjumpaan kita pada petang ini. Pada hari ini, kita berjumpa dan berkumpul adalah untuk membuat satu rundingan berkaitan lawatan kita ke wad pediatrik yang akan diadakan pada bulan hadapan. Saya bercadang untuk membentuk beberapa kumpulan kecil yang akan menguruskan beberapa perkara sebelum, semasa dan selepas lawatan kita sana nanti. Adakah anda semua bersetuju dengan cadangan saya? Afiq: Ya, Rayyan. Kami bersetuju dengan cadangan kamu. Idea yang bijak. Pembentukan kumpulan kecil ini akan membantu urusan kita dan melancarkan proses lawatan kita ke sana nanti. Segala buah fikiran dan masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan lebih efisien dan cepat sekiranya pembetukan kumpulan kecil diwujudkan. Kami sedia menjalankan tugas yang kamu akan berikan kepada kami. Kamu merupakan ketua kelas kami. Kami tidak akan menolak segala cadangan kamu itu. Rayyan: Terima kasih atas sokongan kamu kepada saya. Baiklah, kita akan terus dengan perbincangan kita. Saya akan membuat pembahagian tugasan dan saya memerlukan beberapa kumpulan kecil. Kumpulan pertama akan mengurus dan menulis surat kebenaran lawatan. Kumpulan pertama ini saya serahkan kepada Afiq, Haiqal, Nadia, Lim Zhi Hui, dan Pavithira. Adakah kamu semua bersetuju? Nadia: Kami bersetuju, Rayyan. Memandangkan saya pernah mengurus dan menulis surat kebenaran semasa lawatan Kelab Kesenian dan Kebudayaan sebelum ini, saya akan cuba buat yang terbaik untuk lawatan kelas kita ke wad pediatrik. Saya akan bekerjasama bersama-sama dengan ahli yang lain dalam kumpulan saya. Rayyan: Terima kasih Nadia dan rakan-rakan dalam kumpulan pertama. Syukur sangat kerana Nadia mempunyai pengalaman dalam menguruskan semua ini. Saya harap semuanya berjalan lancar. Sekiranya mempunyai sebarang masalah, kamu boleh maklumkan kepada saya. Baiklah, seterusnya kumpulan kedua


172 yang akan merancang aktiviti sepanjang lawatan ke wad pediatrik adalah terdiri daripada Aminah, Aisyah, Damia, Thilagesh, dan Braven. Bagaimana Aminah, Aisyah, dan rakan-rakan yang lain? Adakah kamu semua bersetuju sekiranya saya meletakkan nama kamu berlima dalam kumpulan ini? Aminah: Kami bersetuju, Rayyan. Namun kami mempunyai beberapa soalan berkaitan tugasan ini. Kami sedia maklum bahawa wak pediatrik ini merupakan wad kanak-kanak. Aktiviti yang telah kami fikirkan sekarang ini adalah menyambut hari ulang tahun bagi kanak-kanak yang menyambut hari jadi mereka pada bulan ini. Sudah tentu mereka berasa seronok. Adakah sesuai juga sekiranya kami merancang untuk membuat aktiviti permainan di wad tersebut dengan melibatkan kanak-kanak berumur antara enam hingga dua belas tahun? Rayyan: Wah, sudah tentu kanak-kanak di wad tersebut sangat gembira sekiranya kita beramai-ramai menyambut hari ulang tahun kelahiran mereka di sana. Hebat idea kamu Aminah. Berkaitan dengan pertanyaan kamu itu, saya akan cuba dapatkan kepastian dan kebenaran daripada pihak wad pediatrik tentang cadangan kamu itu. Kita sama-sama berdoa semoga idea kumpulan kamu ini diterima baik oleh pihak wad nanti. Aminah: Terima kasih Rayyan kerana membantu kami dengan meminta kepastian daripada wad tersebut. Kami akan cuba fikirkan aktiviti lain yang bersesuaian dengan mereka. Rayyan: Terima kasih Aminah. Seterusnya, saya akan menyerahkan tugasan menyenaraikan etika lawatan kepada kumpulan ketiga iaitu Rabiatul, Ainin, Syaza, Lee Kwan Yu dan Arthana. Kita sedia maklum bahawa wad pediatrik merupakan wad khas untuk kanak-kanak. Seharusnya kita perlu mengikut etika yang dibenarkan oleh pihak hospital sekiranya kita ingin membuat lawatan ke sana. Saya cadangkan kumpulan ini mencari maklumat tentang etika lawatan ke wad pediatrik melalui laman sesawang. Kamu boleh menggunakan makmal komputer sekiranya ingin mancari maklumat tersebut. Setuju atau tidak Arthana dan rakan-rakan yang lain tentang cadangan saya ini? Arthana: Setuju, Rayyan. Cadangan yang baik. Kami akan menyenaraikan etika lawatan secepat yang mungkin.


173 Rayyan: Terima aksih Arthana dan rakan-rakan. Sekiranya ada sebarang masalah bolehlah maklumkan kepada saya. Kita sama-sama membantu antara satu sama lain. Seterusnya, kita akan bergerak ke tempat lawatan kita dengan menggunakan bas. Oleh itu, siapakah yang sudi menguruskan pengangkutan pergi dan balik pada hari lawatan tersebut? Daniel: Rayyan, boleh saya beri cadangan? Rayyan: Dipersilakan, Daniel. Daniel: Ayah saya mempunyai syarikat bas ekspress. Saya mencadangkan untuk menggunakan perkhidmatan bas ayah saya bagi lawatan kita pada kali ini. Saya akan berbincang dengan ayah saya. Dari segi kos pengangkutan, saya akan cuba dapatkan harga yang lebih murah. Saya harap cadangan saya dapat diterima baik oleh rakan-rakan yang lain. Rayyan: Wah, saya baru tahu kamu mempunyai perniagaan syarikat pengangkutan kamu sendiri! Alhamdulillah, terima kasih Daniel atas cadangan dan pertolongan kamu itu. Saya harap ayah kamu tidak keberatan dalam membantu kita dari segi pengangkutan. Daniel: Mudah-mudahan ayah saya tidak keberatan dalam hal ini. Terima kasih Rayyan atas doanya. Rayyan: Sama-sama, Daniel. Seterusnya, saya menyerahkan tugasan bahagian menguruskan makanan. Tugasan ini saya serahkan kepada kumpulan seterusnya, iaitu kumpulan Aimi, Najmi, Anieq, Kirana, dan Bella. Bagaimna kamu semua? Adakah kumpulan kamu dapat menguruskannya? Anieq: Kami rasa kami tiada masalah dalam menguruskan bahagian makanan. Kami akan cuba berbincang dengan pihak kantin sekolah. Kami harap kami dapat menyediakan makanan tiga kali sehari, iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang seperti kuih-muih. Rayyan: Cadangan yang baik Anieq. Saya bersetuju dengan cadangan kamu untuk menyediakan sarapan pagi, makan tengah hari, dan minum petang kepada rakan-rakan kita semasa lawatan itu nanti. Saya yakin rakan-rakan kita lain


174 akan berpuas hati dengan layanan kumpulan kamu kepada kami semua. Syabas! Akhir sekali, saya harap kumpulan seterusnya dapat menguruskan cenderamata dan buah tangan kepada pihak hospital bahagian wad pediatrik. Saya mohon kumpulan ini diuruskan oleh Nazirah, Fasha, Saridevi, Chai Huan, dan Aira. Nazirah: Terima kasih Rayyan kerana memberi kepercayaan kepada kumpulan kami dalam menguruskan bahagian cenderahati dan buah tangan untuk pihak wad pediatrik. Kami akan berbincang dengan ahli kumpulan kami untuk menyediakan cenderahati dan buah tangan yang sesuai. Kami akan maklumkan kepada Rayyan secepat yang mungkin. Rayyan: Terima kasih, Nazirah dan ahli kumpulan kamu yang lain. Saya harap rundingan kita pada hari ini dapat melancarkan perjalanan program kita untuk melawat wad pediatrik pada bulan depan. Saya percaya kamu semua dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan dengan baik. Baiklah, sampai di sini sahaja hasil rundingan kita pada hari ini. Terima kasih semua.


175 7.5 BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT (HALAMAN 88-89) KEMAHIRAN MEMBACA S.P 2.3.1 Membaca dan mengulas maklumat daripada pelbagai teks dengan betul dan tepat AKTIVITI 1 – Murid membaca maklumat. Langkah 1 - Murid diterangkan maksud peribahasa biduk lalu kiambang bertaut iaitu permusuhan antara dua pihak yang kemudiannya berbaik semula. Langkah 2- Murid diminta membaca petikan cerpen Kerana Seekor Arnab, Gurindam Hidup Berjiran dan Sajak Kota Mimpu secara senyap (mentalis). AKTIVITI 2- Murid mengulas maklumat daripada teks melalui permainan Siapa Cepat Dia Dapat. Langkah 1 - Murid dibahagikan kepada empat kumpulan untuk bermain permainan Siapa Cepat Dia Dapat. Langkah 2- Guru menerangkan cara permainan Siapa Cepat Dia Dapat. Permainan ini seperti kuiz secara individu tetapi markah diberikan kepada kumpulan. Sesiapa yang ingin menjawab perlu mengangkat lampu isyarat hijau. Individu yang aktif dapat menyumbang kepada markah kumpulan. Jadi setiap ahli kumpulan perlu aktif untuk menjawab soalan. Langkah 3 – Murid memainkan permainan Siapa Cepat Dia Dapat. Guru meminta seorang murid membaca tiga perenggan awal cerpen secara kuat. Murid yang mengangkat lampu isyarat hijau terlebih dahulu, perlu membaca petikan cerpen. 1 markah diberikan kepada kumpulan murid tersebut. Seterusnya, guru meminta seorang murid lagi untuk membaca perenggan lain sehingga selesai keseluruhan cerpen. Langkah 6- Guru memberikan soalan kepada murid untuk mengulas cerpen tersebut. Ahli kumpulan yang berjaya memberikan soalan akan diberikan 1 markah kepada kumpulan.


176 Soalan cerpen: i. Apakah prasangka Encik Adli kepada Encik Selva? ii. Apakah bukti-bukti Encik Adli menyayangi arnabnya Labun? iii. Apakah tindakan Encik Selva selepas mendapat tahu Encik Adli bermasam muka dengannya? iv. Nyatakan satu perwatakan Encik Adli berserta bukti atau contoh? Langkah 7: Guru mengulang aktiviti dengan meminta murid membaca gurindam dan sajak secara kuat serta memberikan markah kepada murid-murid tersebut. Guru juga memberikan soalan kepada murid-murid dalam Siapa Cepat Dia Dapat. Soalan gurindam: i. Berdasarkan gurindam, apakah kesan jika bermasam muka kepada jiran? ii. Berdasarkan gurindam, apakah kesan jika berprasangka kepada orang lain? iii. Berdasarkan gurindam, apakah kesan jika hidup bermusuhan? iv. Berdasarkan gurindam, apakah kebaikan jika kita mengeratkan hubungan? Soalan sajak: i. Berdasarkan sajak, apakah yang diimpikan oleh penyajak dalam sesebuah kota? ii. Berdasarkan sajak, apakah yang dirindukan oleh penyajak dalam sesebuah kota? ii. Mengapakah pentingnya kesantunan budi dalam hidup bermasyarakat? Langkah 8: Guru menjumlahkan markah setiap kumpulan dan memberi ganjaran. Jawapan: SOALAN JAWAPAN Apakah prasangka Encik Adli kepada Encik Selva? Encik Adli berprasangka Encik Selva yang membunuh Labun, Arnab kesayangannya. Buktinya, dia berkata “Dia itu sudah menjadi pembunuh! Awak bukannya tidak tahu betapa sayangnya saya kepada Labun.”


177 Apakah bukti-bukti Encik Adli menyayangi arnabnya Labun? Bukti-bukti Encik Adli menyayangi arnabnya Labun ialah Encik Adli ada mengatakan kepada isterinya “Awak bukannya tidak tahu betapa sayangnya saya kepada Labun.” Selain itu, Puan Latifah memberitahu Encik Selva “Sebenarnya, suami saya ini marah kerana arnab kesayangannya mati dilanggar. Sudah bertahun-tahun dia memelihara arnab itu.” Apakah tindakan Encik Selva selepas Encik Adli bermasam muka dengannya? Encik Selva terus berfikir tentang kesalahannya. Akhirnya, dia memberanikan diri untuk berjumpa dengan Encik Adli. Nyatakan satu perwatakan Encik Adli berserta bukti atau contoh? Encik Adli seorang yang penyayang terhadap haiwan. Dia amat sedih apabila arnab kesayangannya mati dilanggar kereta. Encik Adli seorang yang berprasangka. Dia menuduh Encik Selva yang melanggar arnabnya hingga menyebabkan kematian. Berdasarkan gurindam, apakah kesan jika bermasam muka kepada jiran? Kesan jika bermasam muka kepada jiran ialah fikiran akan bercelaru. Berdasarkan gurindam, apakah kesan jika terlebih berprasangka kepada orang lain? Kesan jika terlebih berprasangka kepada orang lain ialah akan menimbulkan dendam. Berdasarkan gurindam, apakah kesan jika hidup bermusuhan? Kesan jika hidup bermusuhan ialah akan menimbulkan bisikan syaitan untuk melakukan perkara negatif. Berdasarkan gurindam, apakah kebaikan jika kita mengeratkan hubungan? Kebaikan jika kita mengeratkan hubungan ialah kehidupan akan mendapat berkat. Berdasarkan sajak, apakah yang diimpikan oleh penyajak dalam sesebuah kota? Penyajak mengimpikan sebuah kota yang masyarakatnya hidup harmoni, mempunyai kesantunan budi dan masyarakatnya hidup berpandukan agama. Berdasarkan sajak, apakah yang dirindukan oleh penyajak dalam sesebuah kota? Penyajak merindukan sebuah kota yang mempunyai kehidupan kasih sayang antara manusia, haiwan, dan tumbuhan,


178 masyarakatnya mempunyai kesihatan fizikal dan hati serta masyarakat yang memegang tradisi. Mengapakah pentingnya kesantunan budi dalam hidup bermasyarakat? Kepentingan kesantunan budi dalam hidup bermasyarakat supaya masyarakat hidup harmoni, bertolak ansur dan tidak bermusuhan. ASPEK SENI BAHASA S.P 4.4 2 Mempersembahkan puisi dalam pelbagai media secara kreatif. AKTIVITI 1: Murid diterangkan tentang salah satu puisi tradisional ialah gurindam. AKTIVITI 2: Murid diminta menonton video cara mendendangkan gurindam berdasarkan pautan Youtube di bawah. https://www.youtube.com/watch?v=HVZRAzHH6jI AKTIVITI 3: Seorang diminta mempersembahkan gurindam mengikut irama dalam video tersebut. AKTIVITI 4: Murid diterangkan dengan puisi moden iaitu sajak. AKTIVITI 5: Seorang murid diminta mendeklamasikan sajak dengan sebutan, intonasi dan nada yang betul. AKTIVITI 6: Murid diterangkan tentang Teknik Mestamu iaitu melagukan puisi. Langkah 1: Murid diminta memilih melodi kegemaran mereka yang bersesuaian dengan gurindam (contoh melodi: Kalau Rasa Gembira Tepuk Tangan) dan sajak (contoh melodi: Pisang Goreng Apa Sekarang)


179 CONTOH MESTAMU: MESTAMU GURINDAM HIDUP BERJIRAN MESTAMU SAJAK KOTA MIMPI https://www.youtube.com/watch?v=Zqr1Jut JnIQ https://www.youtube.com/watch?v=_c6IMtV Pos8 Langkah 2: Murid diminta mempersembahkan gurindam dan sajak menggunakan Teknik Mestamu secara berkumpulan.


180 7.6 PENILAIAN (HALAMAN 90-92) A. Teliti bahan di bawah dan jawab soalan yang disediakan.


181 1. Berdasarkan bahan, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Contoh ulasan RIMUP (Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan) diwujudkan untuk meningkatkan perpaduan murid pelbagai kaum melalui pelbagai aktiviti. Carta pai menunjukkan perbezaan penglibatan murid pelbagai kaum dalam permainan bola keranjang di sekolah Bitara Jaya sebelum dan selepas Program RIMUP. Sebelum program RIMUP, sebanyak 50% ahli terdiri daripada murid kaum Cina namun selepas program, penglibatan murid kaum Cina berkurang menjadi 36%. Penglibatan murid kaum Melayu dan India meningkat daripada 25% dan 20% kepada 34% dan 25%. Hal ini menunjukkan RIMUP berjaya mengubah persepsi murid untuk tertumpu dengan kaum mereka sahaja dan menggalakkan mereka untuk menyertai sukan dan permainan yang disertai kaum lain. Oleh hal yang demikian, sekolah dapat mewujudkan sikap kerjasama, dan suasana muhibah dalam kalangan murid. (100 patah perkataan) 2. Tulis karangan pidato yang bertajuk, “Kebaikan Program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP).” Contoh karangan pidato Selamat sejahtera dan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, guru-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian. Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk “Kebaikan Program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP).” Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah program yang dibangunkan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid sekolah pelbagai kaum melalui program-program yang dijalankan. Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai kebaikan RIMUP untuk membentuk nilai perpaduan terutamanya dalam kalangan murid. Antara kebaikan Program RIMUP ialah dapat menggalakkan murid-murid untuk bergaul dengan rakan berbeza kaum dengan lebih baik. Hal ini dikatakan demikian kerana muridmurid perlu memahami bahawa perbezaan kaum bukanlah halangan dalam menjalinkan hubungan persahabatan. Dengan ini, murid-murid tidak akan memilih kawan yang sama kaum sahaja dan bergaul tanpa ada perasaan diskriminasi perkauman. Sebagai contoh, muridmurid ditempatkan dalam satu kumpulan dengan murid yang berbeza kaum di dalam kelas.


182 Secara tidak langsung, murid-murid dapat berkomunikasi dan bersama-sama melibatkan diri melakukan aktiviti dengan rakan-rakan yang lain. Hadirin sekalian, Dalam usaha memupuk perpaduan dalam kalangan murid, kebaikan RIMUP untuk perpaduan boleh diperkukuh melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum yang melibatkan aktiviti persatuan dan pakaian beruniform seperti Pengakap, Pandu Puteri dan lain-lain, bersesuaian dengan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan. Dengan itu, melalui pendekatan aktiviti kokurikulum, murid berlainan kaum dapat bersama-sama mengeratkan hubungan melalui aktiviti sukan dan permainan dan badan beruniform. Murid-murid akan mengeratkan hubungan dan membentuk disiplin diri yang baik dalam melakukan aktiviti luar bilik darjah. Hubungan yang lebih erat akan terjalin dan murid akan memahami antara satu sama lain. Akhir sekali, Program RIMUP juga berkesan dalam membentuk sahsiah diri yang lebih baik bersama dengan rakan-rakan dan masyarakat pelbagai kaum. Hal ini dikatakan demikian kerana program ini berkesan untuk mendidik murid agar bukan sahaja beradab dengan rakanrakan tetapi juga dengan masyarakat yang berbeza kaum khususnya guru-guru di sekolah. Murid juga akan lebih sopan dalam menjaga perlakuan dan tutur kata dengan semasa berkomunikasi dengan pelajar yang berbeza kaum. Dengan ini, pelajar dapat menjaga adab dan membentuk sahsiah diri tidak kira situasi. Kesimpulannya, banyak kebaikan melalui Program RIMUP. Usaha berterusan wajar dilakukan untuk menjayakan program RIMUP ini kerana banyak manfaat yang diperoleh kepada murid-murid dan generasi kini. Pendedahan awal melalui pendidikan yang bersifat inklusif dan kolaboratif sangat penting untuk membangunkan negara tercinta yang terdiri dari masyarakat majmuk. Seterusnya, usaha-usaha pendidikan akan dapat membina jati diri generasi masa depan yang menghargai kepelbagaian dan dapat menggembleng kepelbagaian tersebut demi kepentingan agama, bangsa dan negara. 3. Berbicaralah tentang RIMUP dengan rakan anda.


183 Contoh perbualan: Alia: Aisyah, cuba awak lihat surat khabar ini. Ada perkataan RIMUP. Sebelum ini cikgu kita pernah memberitahu maksudnya di dalam kelas tetapi saya sudah lupa. Aisyah: Oh, RIMUP, untuk pengetahuan awak, RIMUP ialah Program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan. RIMUP telah dilaksanakan sejak tahun 1986 untuk meningkatkan perpaduan dan persefahaman antara murid pelbagai kaum di sekolah. Alia: Semasa saya membaca surat khabar tadi, terdapat tiga objektif RIMUP dijalankan iaitu menggalakkan penyertaan dalam kalangan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama-sama. Aisyah: Benar, pada masa yang sama RIMUP juga dapat mewujudkan sikap bekerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara terancang. Program ini juga dapat melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah Alia: Jika begitu, RIMUP sememangnya dapat menerapkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah terutamanya. Usaha yang begitu baik dan harus diteruskan dalam sistem pendidikan di sekolah


184 B. Baca teks di bawah dengan telitinya dan buat tugasan yang berikutnya. Jawapan 1. Apakah tindakan anda jika kebakaran berlaku? Pilih jawapan yang betul. I Menjerit untuk menyedarkan orang lain II Memeriksa alat penggera pengesan asap III Memadamkan api dengan alat pemadam api IV Mencari punca kebakaran dengan segeranya A I dan III C II dan III B I dan IV D II dan IV


185 2. Jawab soalan yang berikut: a) Adakah alat penggera pengesan asap sesuai dipasang di kaki lima bangunan? Berikan alasan anda. Jawapan: Alat penggera pengesan asap tidak sesuai dipasang di kaki lima bangunan kerana di kawasan tersebut tiada risiko berlakunya kebakaran. b) Mengapakah pemaju setiap projek perumahan baharu perlu diwajibkan memasang alat penggera pengesan asap? Jawapan: Pemaju setiap projek perumahan baharu perlu diwajibkan memasang alat penggera pengesan asap bagi mengelakkan lebih banyak kes kematian berlaku di kawasan perumahan. 3. Ringkaskan maklumat yang terkandung dalam bahan. Penggunaan alat penggera pengesan asap penting dalam memberikan maklumat yang cepat tentang tempat kebakaran. Lokasi pemasangan alat tersebut juga penting dan perlu diambil kira bagi memastikan risiko berlakunya kebakaran. Masyarakat perlu sedar kepentingan pemasangan alat ini bagi mengelakkan kes kematian akibat kebakaran. Jawapan C. Pilih jawapan yang betul untuk melengkapkan ayat. 1. Penduduk taman itu bimbang kerana banyak anjing liar yang (bertaburan/ bertempiaran/berkeliaran) di taman permainan. 2. Pengguna jalan raya hendaklah (mengakuri/mematuhi/mentaati) peraturan lalu lintas untuk mengelakkan berlakunya kemalangan. 3. Kami menghulurkan bantuan kerana simpati (pada/terhadap/tentang) nasib yang menimpa mangsa kebakaran itu. 4. Persembahan pakaian beragam bersempena dengan sambutan Bulan Patriotisme itu mendapat sambutan (daripada/dari/pada) murid-murid. 5. Rancanglah masa depan kita dengan telitinya (maka/apabila/agar) kita beroleh kejayaan yang membanggakan. 6. Salmi dan rakan-rakannya tetap meneruskan pendakian ke puncak Gunung Tahan (sehingga/walaupun/setelah) menghadapi pelbagai rintangan.


186 7. Perlawanan bola keranjang itu akan dibatalkan (andai kata/kerana/meskipun) keadaan cuaca tidak mengizinkan. 8. Sudah lama saya tidak pulang ke kampung, (entah-entah/lama-lama/kira-kira) dia sudah tidak tinggal di situ lagi. 9. Penduduk Kampung Muhibah bergotong-royong membina (bebalai/tetangga/lelangit) di rumah Tuan Haji Mustafa. 10. Encik Zamani (lalu-lalang/mundar-mandir/ulang-alik) di ruang tamu sambil berfikir tentang cara untuk menyelesaikan masalah syarikatnya. Jawapan D. Lengkapkan perenggan dengan perkataan yang sesuai. Bahasa merupakan suatu lambang jati diri yang utama. Bahasa (1) melambangkan bangsa, agama, budaya, dan negara. Penggunaan sesuatu bahasa menjadi identiti (2) bagi sesuatu masyarakat. Bahasa Melayu tidak (3) terkecuali dalam hal ini. Penggunaan bahasa Melayu jelas menggambarkan ketinggian martabatnya dalam kalangan masyarakat kita. Pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menunjukkan (4) bahawa bahasa Melayu amat penting sebagai bahasa perhubungan, bahasa ilmu, bahasa perundangan, dan sebagainya. Persoalannya, adakah kita telah menggunakan bahasa Melayu dengan betulnya? Bagaimanakah pula dengan penggunaan bahasa Melayu yang bercampur aduk dalam media (5) massa dan media elektronik? Atas alasan inilah, wujudnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bertanggungjawab (6) untuk mengembangkan dan memperkukuh penggunaan bahasa Melayu (7) dalam kalangan masyarakat. Usaha memperkasakan penggunaan bahasa Melayu yang dilaksanakan oleh DBP secara tidak langsung dapat (8) membentuk jati diri dalam setiap anggota masyarakat. Dalam arus kemodenan kini, penggunaan bahasa asing, terutamanya bahasa Inggeris, jelas membayangi bahasa kebangsaan kita. Walaupun begitu, jati diri yang kental tidak akan (9) mematahkan semangat rakyat Malaysia. Usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu (10) supaya menjadi bahasa global akan terus dipergiat.


187


188 TEMA 8: SUBUR BAHASA, MEKAR SASTERA 8.1 DIRGAHAYU BAHASAKU (HALAMAN 94-95) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR S.P 1.3.2 Mendengar dan menganalisis maklumat yang terdapat dalam pelbagai wacana serta memberikan respons yang betul, tepat dan bermakna. AKTIVITI 1: Murid diminta mendengar audio dan membaca petikan. AKTIVITI 2: Menganalisis maklumat yang terdapat dalam pelbagai wacana. Langkah 1: Murid diminta menyenaraikan langkah memartabatkan Bahasa Melayu dalam ketiga-tiga bahan. Langkah Memartabatkan Bahasa Melayu Berdasarkan audio, apakah pendapat orang ramai untuk memartabatkan Bahasa Melayu? Berdasarkan petikan temuramah Profesor Dato’ Dr. Teo Kok Seong, apakah langkah untuk memartabatkan Bahasa Melayu? Berdasarkan lagu, Bahasa Jiwa Bangsa, apakah langkah untu memartabatkan Bahasa Melayu? 1. 1. 1.


189 2. 3. 4. 2. 3. 4. 2. Jawapan: Berdasarkan audio, apakah pendapat orang ramai untuk memartabatkan Bahasa Melayu? Berdasarkan petikan temu ramah Profesor Dato’ Dr. Teo Kok Seong, apakah langkah untuk memartabatkan Bahasa Melayu? Berdasarkan lagu, Bahasa Jiwa Bangsa, apakah langkah untuk memartabatkan Bahasa Melayu? 1. Pihak sekolah/guru-guru boleh mengadakan pelbagai program kebahasaan untuk menggalakkan murid berbahasa dengan baiknya. 2. Pekerja asing berusaha mempelajari dan menggunakan bahasa Melayu dengan baiknya. 3. Rakyat Malaysia tidak sepatutnya menggunakan bahasa rojak dalam 1. Kita perlu berbangga dengan bahasa kebangsaan kita. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa ialah lambang negara. 2. Penggunaan bahasa Melayu yang bermutu digunakan seluas-luasnya. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu perlu senantiasa wujud dalam bentuk bestari dari pelbagai bidang, iaitu pendidikan, perniagaan, dan 1. Lagu tersebut mengajak rakyat menggunakanlah bahasa kebangsaan kita beramai-ramai. 2. Lagu tersebut mengajak rakyat membuktikan taat setia dengan satu bahasa.


190 perbualan atau berhubung dalam media sosial. 4. Kita sepatutnya menggunakan Bahasa Melayu tanpa ragu-ragu. 5. Bahasa kebangsaan ini mampu digunakan dalam apa-apa bidang dan sektor seperti kewangan, kesihatan, perundangan, dan sebagainya. 6. Kita tidak boleh meremehkan penggunaan bahasa kebangsaan ini dalam semua urusan. bidang-bidang lain. 3. Beliau menyambut baik kemudahan perkhidmatan seperti Khidmat Nasihat Bahasa yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang boleh dilayari melalui http://prpm.dbp.gov.my. AKTIVITI 3: Memberikan respons yang betul, tepat dan bermakna. Langkah 1: Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Langkah 2: Guru memberikan tugasan punca-punca penggunaan bahasa rojak dalam pertuturan seharian. Langkah 3: Murid berbincang dalam kumpulan. Langkah 4: Murid membuat pembentangan kumpulan.


191 Contoh jawapan murid: Punca-Punca Penggunaan Bahasa Rojak dalam Pertuturan Seharian 1. Seseorang yang menguasai beberapa bahasa. 2. Ibu bapa atau keluarga menggunakan beberapa bahasa di rumah. 3. Ibu bapa tidak mengajarkan bahasa Melayu dengan baiknya di rumah. 4. Seseorang yang mendapat Pendidikan di sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil (SJKC dan SJKT). 5. Pengaruh media massa yang kerap menggunakan bahasa rojak.


192 8.2 KENALI DAN HARGAI TULISAN JAWI KEMAHIRAN MEMBACA S.P 2.3.1 Membaca dan mengulas maklumat daripada pelbagai teks dengan betul dan tepat. AKTIVITI 1 – Murid diterangkan tentang langkah membaca dan mencari maklumat menggunakan teknik SQ4R. AKTIVITI 2- Murid membaca petikan di dalam buku teks menggunakan teknik SQ4R. Langkah 1: SURVEY-MENINJAU a) Murid diberikan masa dua minit untuk membuat tinjauan kedua-dua bahan dan membuat bacaan pantas (skimming). b) Murid disoal oleh guru tentang jenis penulisan kedua-dua bahan. Jawapan: jurnal dan rencana. c) Murid diminta menyatakan tema atau persamaan daripada kedua-dua bahan. Jawapan: tulisan Jawi. Langkah 2: QUESTION-MENYOAL a) Murid diberikan masa tujuh minit untuk membina soalan menggunakan kata tanya Siapa, Mengapa, Apa, Di mana, Bila, Bagaimana (5W1H). Jika murid lemah, guru boleh menyediakan soalan.


Click to View FlipBook Version