The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU (EDISI DIGITAL)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Noorhaswari Ismail, 2024-05-07 00:40:44

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU (EDISI DIGITAL)

Keywords: BM

193 b) Contoh soalan dibina: • Siapakah yang menulis surat dari Seoul dan menghasilkan seni khat Jawi? • Mengapakah surat yang diterima oleh “aku” sangat mengagumkannya? • Apakah isi kandungan surat kiriman Pak Cik Abror? • Dari manakah Pak Cik Abror menulis suratnya? • Bilakah orang Melayu mula menggunakan tulisan Jawi? • Bagaimanakah langkah untuk mempopularkan tulisan Jawi? Langkah 3: READ-MEMBACA a) Guru memilih murid secara rawak untuk membaca jurnal dan rencana secara kuat. b) Murid membaca dan mengenal pasti jawapan. Langkah 4: RECORD-MENCATAT a) Murid diminta mencatat jawapan untuk soalan yang dibina. Langkah 5: RECITE-MENYATAKAN KEMBALI a) Beberapa murid dipilih secara rawak untuk menyatakan semula soalan dan jawapan yang dikenal pasti dalam teks. Langkah 6: REFLECT: REFLEKSI b) Murid diminta membuat refleksi terhadap bahan bacaan tadi sekurang-kurangnya dalam 10 perkataan. c) Contoh refleksi murid: • Penggunaan tulisan Jawi perlu dikekalkan kerana tulisan Jawi merupakan warisan nenek moyang kita. • Tulisan Jawi perlu dimartabatkan oleh generasi kini agar tidak hilang ditelan zaman. • Tuisan Jawi perlu dipelihara agar generasi masa hadapan masih mengenalinya.


194 AKTIVITI 3 - Murid diminta membuat ringkasan bertajuk Langkah yang Diambil untuk Mempopularkan Tulisan Jawi. Berdasarkan bahan, tulis ringkasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Contoh jawapan ringkasan: Langkah yang diambil untuk mempopularkan tulisan Jawi ialah tulisan Jawi telah diiktiraf sebagai warisan khazanah negara. Selain itu, program Jawi, al -Quran, Fardhu Ain (jQAF) telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan penerbitan buku panduan cara mudah untuk mempelajari tulisan Jawi. Dalam pada itu, bengkel dan pameran tentang tulisan Jawi perlu diadakan untuk menarik minat golongan muda. Pihak berkuasa tempatan juga boleh menggunakan tulisan Jawi pada papan tanda jalan dan sebagainya Di sekolah, murid-murid didedahkan dengan seni khat atau kaligrafi Jawi melalui mata pelajaran pendidikan Seni Visual. Pihak sekolah menganjurkan pertandingan seni khat Jawi untuk menarik minat mereka kepada bidang kesenian. Seni khat Jawi boleh digunakan pada kulit buku, logo syarikat, dan barangan cenderamata. (100 patah perkataan)


195 8.3 KARYA SASTERA JENDELA DUNIA (HALAMAN 98-99) KEMAHIRAN MENULIS S.P 3.4.4 Menulis perenggan penutup penulisan yang lengkap serta menepati tema menggunakan ayat yang gramatis. AKTIVITI 1 – Murid diminta membaca teks pada halaman 98-99. AKTIVITI 2 – Murid diminta membuat justifikasi pada teks Faedah Membaca Karya Sastera. Faedah Membaca Karya Sastera Kebelakangan ini, masyarakat semakin meminggirkan karya sastera. Remaja tidak mengendahkan karya sastera tetapi sebaliknya begitu asyik dengan pelbagai gajet. Karya sastera yang terdapat di pusat sumber sekolah dan kedai buku sepatutnya menjadi bahan bacaan remaja. Mereka sewajarnya menyedari bahawa banyak faedah yang diperoleh dengan membaca karya sastera. Justifikasi: Penulis membuat pendahuluan dengan menerangkan isu semasa berkaitan karya sastera yang dipinggirkan kerana remaja lebih mengutamakan gajet. Seiring dengan perkembangan teknologi, remaja kini terdedah dengan telefon pintar di tangan masing-masing. Ibu bapa juga menyediakan kemudahan seperti tablet dan komputer sehingga menyebabkan remaja lalai dan tidak gemar membaca karya sastera seperti cerpen, novel dan sajak. Karya sastera boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca. Hal ini dikatakan demikian kerana pengarang sering menerapkan unsur pengajaran dalam karya mereka. Dengan membaca karya-karya seperti ini, kita dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak. Justifikasi: Isi pertama menerangkan faedah membaca karya sastera dapat menimbulkan kesedaran kerana karya sastera mengandungi pengajaran dan nilai murni seperti kasih sayang, semangat patriotik dan keinsafan yang boleh menyedarkan pembacanya. Selain itu, remaja boleh memperluas kosa kata dan memperbaik penggunaan bahasa dengan membaca karya sastera. Mereka akan menemukan pelbagai perkataan baharu dan ayat-ayat yang menarik daripada karya yang dibaca. Dengan cara ini, mereka dapat


196 menghasilkan karangan yang lebih baik. Selain itu, mereka juga berupaya untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan apabila membaca karya sastera. Justifikasi: Isi kedua menerangkan faedah membaca karya sastera dapat menambahkan kosa kata dan memperbaik penggunaan bahasa kerana penulis menggunakan ayat yang gramatis dan indah. Penulis memasukkan peribahasa dan gaya bahasa bagi menghidupkan cerita. Kosa kata yang baru dijumpai ini boleh digunakan dalam pertuturan harian dan menulis karangan. Pelbagai ilmu pengetahuan juga boleh ditemukan melalui karya sastera. Dengan memilih karya sastera yang bermutu, pelbagai maklumat dapat diperoleh. Sebagai contoh, pembaca mendapat maklumat tentang tempat-tempat baharu yang digambarkan dalam karya sastera. Oleh hal yang demikian, remaja tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Justifikasi: Isi ketiga menerangkan faedah membaca karya sastera dapat menambahkan ilmu pengetahuan kerana penulis memasukkan maklumat-maklumat yang realistik/benar supaya pembaca seolah-olah berada di dalam situasi yang digambarkan. Sebagai contoh, dalam novel Hempasan Ombak, penulis meletakkan Kawasan-kawasan di negeri Terengganu sebagai latar tempat supaya pembaca dapat mengaitkan negeri Terengganu pusat menghasilkan batik di Malaysia. Membaca karya sastera merupakan suatu cara untuk mengisi masa senggang. Amalan ini lebih baik daripada menghabiskan masa terlalu lama dengan media sosial. Tambahan pula, remaja memerlukan tumpuan dan masa yang panjang untuk menghayati karya sastera. Oleh itu, remaja yang mendekati karya sastera terhindar daripada gejala negatif kerana masanya telah terisi dengan amalan membaca. Justifikasi: Isi keempat menerangkan faedah membaca karya sastera dapat mengisi masa terluang dengan berfaedah. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila membaca karya sastera, pembaca dapat merehatkan minda mereka daripada masalah-masalah serta tidak keluar untuk melakukan pergaulan bebas. AKTIVITI 3 – Berdasarkan justifikasi yang telah dibuat, murid dijelaskan bahawa dengan membaca karya sastera,seseorang akan mendapat banyak faedah. Kemudian, murid diminta membuat kesimpulan.


197 Murid diterangkan teknik membuat kesimpulan menggunakan teknik KeCaHa. Kesimpulan (Ke) Murid menulis ayat kesimpulan berdasarkan kehendak soalan Cadangan (Ca) Murid menulis ayat cadangan menggunakan kata bantu “hendaklah”, “mestilah”, “haruslah”. Harapan (Ha) Murid menulis ayat menggunakan frasa “berharap agar”, ‘berdoa semoga’’, “mudah-mudahan” Contoh PENUTUP/KESIMPULAN Ayat kesimpulan (Ke) Kesimpulannya, terdapat banyak faedah membaca karya sastera kepada masyarakat. . Ayat Cadangan (Ca) Oleh itu, masyarakat haruslah sentiasa membaca karya sastera supaya dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri. Ayat harapan (Ha) Harapannya, kita berdoa agar lebih ramai masyarakat terbuka minda untuk membaca karya sastera yang memberikan 1001 kebaikan dalam kehidupan seharian.


198 8.4 BERJUANG DENGAN PENA (HALAMAN 100-101) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR DAN SENI BAHASA S.P 1.5.1 Bersoal jawab untuk mencambahkan idea secara kritis dan bertatasusila. SP 4.4.3 Mempersembahkan karya prosa dan puisi secara kreatif dalam pelbagai aktiviti berbahasa. AKTIVITI 1: Murid diminta membaca rajah tentang penulis secara senyap. AKTIVITI 2: Murid diminta untuk melakukan aktiviti soal jawab tentang kerjaya dan sumbangan penulis berdsarkan bahan. Nina: Rezza, boleh kamu bantu saya? Saya ingin mendapatkan maklumat tentang tokoh penulis untuk saya masukkan dalam majalah sekolah. Rezza: Tentu saja boleh Nina. Saya ada maklumat tentang Tan Sri Abdul Samad bin Ismail, seorang tokoh penulis yang terkenal. Nina: Wah, betulkah ni?! Rezza: Iya. A. Samad Ismail dilahirkan pada 18 April 1924 di Geylang, Singapura. Beliau memulakan kerjayanya sebagai pemberita dan penterjemah untuk akhbar Utusan Melayu ada tahun 1940. Kemudian, pada tahun 1944, beliau mula mengarang di akhbar Berita Malai. Pada tahun 1946, beliau menjadi Penolong Pengarang di akhbar Utusan Melayu. Beliau meneruskan khidmatnya sebagai pengarang di Berita Harian pada tahun 1959 dan kemudiannya berkhidmat di The News Straits Time pada tahun 1974. Beliau meninggal dunia pada tahun 2008. Nina: Adakah beliau pernah menerima sebarang anugerah untuk khidmat baktinya? Rezza: Tentu saja ada. Pada 1976 beliau menerima anugerah Hadiah Pejuang Sastera, pada tahu 1987 beliau menerima Anugerah Kehormat Doktor Falsafah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga menerima anugerah Tokoh Wartawan Negara pada tahun yang sama. Bagi mengenang jasanya, beliau dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri kepada dirinya. Pada tahun 1994, beliau menerima anugerah Ramon Magsaysay. Nina: Terima kasih atas info itu. Saya percaya pasti banyak sumbangan beliau kepada negara sehingga diberikan banyak anugerah. Rezza: Sudah tentu Nina. Antara sumbangan A. Samad Ismail ialah menjadi salah seorang pengasas Angkatan Sasterawan (ASAS 50), mengasaskan Hadiah Kajai, iaitu hadiah tertinggi dunia kewartawanan Malaysia, melahirkan beberapa tokoh


199 besar hasil bimbingannya dan memperjuangkan bahasa Melayu melalui karyanya. Nina: Terima kasih, Rezza. Kita kehilangan seorang permata dalam dunia bahasa Melayu. Namun, peribahasa Melayu ada menyebut yang patah tumbuh yang hilang berganti. Semoga jasa perjuangannya tidak disia-siakan. Kita berdoa agar lebih ramai pejuang bahasa Melayu mengikut jejak langkah beliau. AKTIVITI 3: Murid melakonkan situasi yang terdapat dalam buku teks muka surat 101 menggunakan Teknik Pantomim. Info tambahan: Pantomim ialah drama yang dipersembahkan dengan menggunakan gerakgeri sahaja dan biasanya diiringi muzik dan dilakonkan oleh kumpulan pelakon. Mula Mengenal Akhbar Watak Tukang Cerita: Seorang perempuan atau lelaki membacakan skrip cerita Pak Hamid: Lelaki berusia 40-an, berpakaian kemas dan menjinjit beg kulit A. Samad Ismail kecil/Saya Seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 10-12 tahun. Ibu Seorang wanita berusia lewat 30-an Muzik latar belakang: Lagu Melayu klasik instrumental Tukang Cerita Pak Hamid keluar dari rumah pada jam lapan pagi untuk mengajar orang Inggeris di YMCA dan pulang ke rumah pada waktu tengah hari. Selepas makan, dia baring di kerusi panjang di anjung rumah. Selalunya akhbar Malaya Tribune terletak di meja besar berdekatan dengan kerusi panjangnya. Beliau seorang yang agak gagah. Setiap pagi, apabila turun dari rumah, dia berjalan di lorong menuju ke jalan besar untuk menaiki bas, pakaiannya seperti seorang kerani besar dengan seluar panjang flannel yang dibelinya di Robinson atau di Whiteaways, tali lehernya tegang dan bersepatu Barret.


200 Pak Hamid Pak Hamid berpakaian kemas sedang berjalan hendak pergi kerja membawa beg jinjit kulit. Tukang Cerita Setelah pulang dari sekolah, saya akan berdiri di anjung rumah menunggu Pak Hamid pulang pada waktu tengah hari. Sekiranya saya melihat dia berjalan di lorong di hadapan rumah saya sambil mengepit naskhah Malaya Tribune, hati saya berasa lapang. Saya akan menunggu hingga kira-kira jam tiga petang kerana waktu itulah Pak Hamid tidur di kerusi panjangnya dan waktu itulah juga akhbar Malaya Tribune yang dibelinya tercampak di atas meja berhampiran dengan kerusinya. Ibu saya selalu berpesan agar saya tidak pergi ke rumah jiran pada waktu makan tengah hari. “Nanti orang kata kau mengendeng,” kata ibu. Saya/A. Samad Ismail kecil A. Samad Ismail berdiri menunggu Pak Hamid pulang kerja. Pak Hamid Pak Hamid berjalan dan menuju ke kerusi panjang untuk tidur dan mencampakkan akhbar. Ibu Ibu membuat gaya tangan melarang anak pergi ke rumah orang. Tukang Cerita Jadi, kira-kira jam tiga petang, saya akan turun dari rumah menjenguk Pak Hamid dari bawah tangga rumahnya untuk memastikan dia sedang tidur dan memastikan naskhah Malaya Tribune tersadai di atas mejanya. Kemudian, baru saya memberanikan diri masuk ke rumahnya atau saya ke dapur rumahnya terlebih dahulu, mencari anak lelakinya yang sebaya dengan saya untuk berbual seketika sebelum menjenguk ke tengah rumah untuk melihat sama ada Pak Hamid sedang tidur atau tidak. Agaknya Pak Hamid tahu saya selalu membaca akhbarnya ketika dia sedang tidur di kerusi panjang. Kadangkadang, dia tidak tidur melainkan berehat sahaja di kerusi panjangnya. Apabila melihat saya menjenguk-jenguk di tangga, Pak Hamid akan memanggil saya. Saya/A. Samad Ismail kecil A. Samad. Ismail membuat gaya mengintai-intai rumah orang dan berjalan bejingkit-jingkit. Saya menjenguk-jenguk ke arah Pak Hamid yang sedang tidur di kerusinya.


201 Pak Hamid Pak Hamid bercakap sesuatu kepada A. Samad Ismail sambil masih baring di kerusi panjang dan menunjukkan akhbar di atas meja. Tukang Cerita “Mel... kau nak baca surat khabar? Itu surat khabar tu... di atas meja... bacalah," katanya. Walaupun berjiran dan hubungan kami seperti keluarga tetapi saya masih berasa segan terhadapnya. Pak Hamid lebih muda daripada ayah tetapi mereka telah lama berkenalan. Pak Hamid mengambil berat tentang masa depan saya. Beliau salah seorang yang mendorong saya supaya bekerja di Utusan Melayu. Saya/A. Samad Ismail kecil A. Samad Ismail membaca akhbar dengan gembiranya.


202 8.5 MENGASAH BAKAT (HALAMAN 102-103) KEMAHIRAN MENULIS DAN ASPEK TATABAHASA S.P 3.4.3 Menulis perenggan isi dengan bahasa yang gramatis secara kritis dan kreatif. AKTIVITI 1: Imbas Kod QR. Murid mendengar dan menonton video. AKTIVITI 2: Murid menganalisis maklumat berdasarkan bahan pada muda surat 102 dan 103 dengan melengkapkan peta i-think berikut: CIRI-CIRI AHLI BICARA BERIRAMA FAEDAH MENYERTAI BICARA BERIRAMA


203 Contoh jawapan: AKTIVITI 3: Berdasarkan bahan pada aktiviti 2, murid secara berkumpulan membina perenggan isi karangan dengan bahasa yang gramatis secara kritis dan kreatif menggunakan Teknik ToHuCoKeP atau teknik lain yang bersesuaian. TEKNIK PENGEMBANGAN ISI KARANGAN (TEKNIK ToHuCOKeP) AYAT 1 (To) AYAT TOPIK (gabungkan soalan dan isi pertama) AYAT 2 (Hu) AYAT HURAIAN (mengapa/sebab) AYAT 3 (Co) AYAT CONTOH AYAT 4 (Ke) AYAT KESAN AYAT 5 (P) AYAT PENEGASAN FAEDAH MENYERTAI BICARA BERIRAMA Menguasai penggunaan bahasa Melayu baku dan indah. Mengamalkan semangat kerjasama dan berkumpulan Menyerlahkan bakat dan kreativiti CIRI-CIRI AHLI BICARA BERIRAMA Berani dan yakin Boleh menyanyi Boleh berlakon Bersuara lantang


204 Faedah menyertai bicara berirama: AYAT 1 (To) Pada hemat saya, faedah menyertai pertandingan bicara berirama yang paling utama ialah murid dapat mengamalkan semangat kerjasama dan berkumpulan. AYAT 2 (Hu) Hal ini dikatakan demikian kerana murid-murid yang terlibat dengan pasukan bicara berirama akan diterapkan dengan nilai kerjasama dan semangat berpasukan dalam diri murid. AYAT 3 (Co) Sebagai contoh, murid akan bekerjasama semasa menjalankan latihan. Murid juga perlu bekerjasama dalam memastikan suara mereka harmoni semasa membuat persembahan bicara berirama. AYAT 4 (Ke) Sebagai impaknya, nilai kerjasama dan berpasukan dalam diri murid dapat diterapkan dengan mudah. AYAT 5 (P) Jelaslah bahawa pertandingan bicara berirama menjadikan murid mengamalkan semangat kerjasama dan semangat berkumpulan. AYAT 1 (To) Selain itu, murid dapat menguasai penggunaan bahasa Melayu baku dan indah juga merupakan satu daripada faedah menyertai bicara berirama. AYAT 2 (Hu) Hal ini dikatakan demikian kerana skrip bicara berirama yang dihasilkan menggunakan bahasa yang gramatis dan mempunyai unsur bahasa yang indah seperti puisi dan peribahasa. AYAT 3 (Co) Sebagai tamsilnya, murid-murid dilatih menggunakan sebutan baku dan menghafal frasa-frasa dalam skrip. AYAT 4 (Ke) Sebagai kesannya, penggunaan bahasa Melayu murid menjadi lebih baik terutamanya dalam penulisan karangan dan komunikasi. AYAT 5 (P) Tegasnya pertandingan bicara berirama menjadikan murid menguasai penggunaan bahasa Melayu baku dan indah. AYAT 1 (To) Satu lagi faedah bicara berirama ialah dapat menyerlahkan bakat dan kreativiti murid. AYAT 2 (Hu) Hal ini dikatakan demikian kerana bicara berirama memerlukan murid melontarkan suara dengan beraninya. Selain itu, murid-murid juga boleh menyumbangkan idea bagi menjadikan persembahan mereka lebih menarik.


205 AYAT 3 (Co) Sebagai contohnya, murid-murid memberikan idea untuk membuat gaya tangan dan memek muka. Murid juga menyumbangkan idea untuk pakaian seragam semasa persembahan mereka. AYAT 4 (Ke) Sebagai kesannya, mereka akan menjadi lebih berani dan kreatif dalam kehidupan sebenar. AYAT 5 (P) Tegasnya pertandingan bicara berirama dapat menyerlahkan bakat dan kreativiti murid. ASPEK TATABAHASA S.P 5.3.1 Memahami dan menggunakan pelbagai kata terbitan dalam ayat mengikut konteks dengan betul. AKTIVITI 1: Guru memaparkan video nota Kata Terbitan menerusi aplikasi Youtube https://youtu.be/scCcmAWLgn8?features=shared AKTIVITI 2: Berdasarkan bahan pada halaman 102 dan 103, secara berkumpulan murid dikehendaki untuk mengenal pasti dan mengkategorikan kata terbitan yang terdapat dalam bahan tersebut. Awalan Apitan Akhiran


206 AKTIVITI 3: Murid dikehendaki untuk membina ayat menggunakan kata terbitan yang dikenal pasti. No Kata terbitan Ayat 1. 2. 3. 4. 5. Jawapan: Awalan Apitan Akhiran berminat pelbagai persatuan diperlbagaikan hadiri berirama berbagai-bagai menyertai melalui nantikan bermula berkumpulan pencarian pertandingan serlahkan mencari terbuka mempunyai menguasai paduan berikut selama ketentuan penggunaan seruan menyanyi setiap pendaftaran mengamalkan laungan berlakon terdiri penerangan menyerlahkan gandingan bersuara termasuk keputusan peralihan sasaran terpilih ditiru kehadiran penyertaan tingkatan bersurai dijiplak kebolehan digalakkan kumpulan membentuk membaca pengenalan dihadkan karangan mengikut merujuk persembahan disediakan pakaian dikawal sebarang berkumpulan dibenarkan sokongan seorang menyentuh dipersembahkan bersesuaian rakaman peserta dihantar kesepaduan diletakkan susunan bertindak penganjur keseragaman pembukaan hubungi sebagai sebelum melibatkan melebihi alatan secara memakai disatukan digunakan tersebut seragam ditonjolkan penutupan


207 No Kata terbitan Ayat 1. berlakon Amani suka berlakon watak antagonis. 2. mengikut Murid dikehendaki beratur mengikut kelas masing-maisng. 3. memakai Setiap orang perlu memakai topeng muka semasa jerebu. 4. seorang Amalina merupakan seorang murid yang pandai di dalam kelas. 5. keputusan Keputusan peperiksaan sekolah menunjukkan peningkatan yang mendadak.


208 8.6 PENGAYAAN: EKSPLORASI BAHASA (HALAMAN 104)


209


210 TEMA 9: INDAH SENI, ENDAH BUDAYA 9.1 LAT TA LI LAT THAM PLOM (HALAMAN 106 - 107) ASPEK TATABAHASA S.P: 5.4.1 Memahami dan menggunakan pelbagai frasa dalam ayat mengikut konteks. AKTIVITI 1 Murid dan guru bersoal jawab tentang Permainan Tradisional Warisan Kita dan Sepak Manggis. AKTIVITI 2 Murid diterangkan tentang “frasa”. FRASA - Frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai konstituen dalam binaan ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan. - Frasa tiada subjek dan predikat. - Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat. Jenis-Jenis Frasa: 1. Frasa Nama 2. Frasa Kerja 3. Frasa Adjektif 4. Frasa Sendi Nama


211 Frasa Nama Frasa nama ialah panggilan yang digunakan untuk manusia, haiwan, benda dan unsur abstrak, baik dalam bilangan tunggal atau jamak, jantan atau betina. Ia mungkin terdiri daripada satu patah perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan. Frasa nama (FN) boleh dikenal pasti melalui ciri khususnya iaitu ia boleh didahului oleh kata bilangan dan penjodoh bilangan. Contoh FN yang didahului oleh kata bilangan dan penjodoh bilangan: a. Seorang pelajar. b. Tiga ekor kucing. c. Sepuluh buah rumah. d. Sebuah rumah. Frasa Kerja Frasa kerja ialah perkataan atau sederetan perkataan yang digunakan untuk menggambarkan perbuatan, sama ada melibatkan pergerakan atau tidak, oleh manusia, haiwan, benda dan unsur abstrak. Frasa kerja (FK) boleh dikenal pasti melalui ciri khususnya iaitu ia boleh didahului oleh kata bantu (aspek dan ragam). Contoh FK yang didahului oleh kata bantu: a. akan tidur b. sedang menonton televisyen c. hendak makan d. suka membaca


212 Frasa Adjektif Frasa adjektif berfungsi sebagai predikat ayat. Fungsinya yang lain adalah sebagai penerang frasa kerja dan penerang frasa nama. Contoh: a. pandai. b. sangat pandai. Boleh didahului/diikuti oleh kata/imbuhan penguat. Contoh: a. Sangat pandai b. Paling pandai c. Terpandai d. Sungguh pandai e. Pandai sungguh f. Indah nian g. Pandai sekali Frasa Sendi Nama Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu termasuklah di, ke, dari, pada, kepada, untuk, akan, bagi, hingga, oleh, dengan, tentang, sampai, dan sebagainya. Frasa sendi nama juga boleh didahului oleh kata bantu. Frasa sendi nama boleh hadir sebagai predikat dalam pola ayat dasar bahasa Melayu dan juga sebagai unsur keterangan dalam ayat-ayat lain. Contoh: a. di dalam laci b. di bawah pokok c. dari Kuala Lumpur d. daripada bahan sintetik


213 AKTIVITI 3 Murid menganalisis frasa yang terdapat dalam bahan pada halaman 106-107 dan menyenaraikan frasa tersebut dalam bentuk Peta i-Think iaitu peta pokok.


214 CONTOH JAWAPAN Bahan 1 – Permainan Tradisional Warisan Kita FRASA NAMA FRASA KERJA FRASA ADJEKTIF FRASA SENDI NAMA - Ceper - Gusti Tangan - Galah Panjang - Tating Lawi - Kercang - Sepak Manggis - Tibow - Wan Tu Zum - Cabut Lidi - Lambung Duit Syiling - Lat Ta Li Lat Tham Plom - Usaha pemeliharaan - Peranan kerajaan - Peranan pihak swasta - Peranan masyarakat - Peranan ibu bapa - Pelbagai bangsa dan suku kaum - Kanak-kanak atau orang dewasa - Lelaki mahupun Perempuan - Kepentingan - Punca pengabaian - memulakan permainan - dimainkan sejak zaman dahulu - memanfaatkan masa senggang - mempererat silaturahim - menajamkan fikiran - melestarikan warisan - menjanakan sumber ekonomi melalui pelancongan budaya - pengenalan sukan moden - kesibukan dan kesuntukan masa - kesan perkembangan teknologi maklumat - sukar untuk membuat atau mendapatkan peralatan - ketiadaan kawasan lapang - - di dalam rumah - di kawasan lapang - dalam majlis keramaian - pada masa lapang -


215 Bahan 2 – Sepak Manggis FRASA NAMA FRASA KERJA FRASA ADJEKTIF FRASA SENDI NAMA - Sepak manggis - ialah sejenis permainan tradisional - Permainan yang unik ini - Pemain - Pemain yang berjaya menyepak bola sepak raga sehingga mengenai sasaran - Pemenang - Sepak manggis ini - menggunakan bola sepak raga dan dimainkan oleh semua golongan tanpa mengira jantina dan usia. - mesti mempunyai kemahiran untuk menyepak bola sepak raga ke arah bekas yang digantung tinggi. - akan dikira sebagai pemenang. - akan mendapat wang atau barangbarang yang diletakkan di dalam bekas tersebut. - dimainkan dalam majlis keramaian seperti kenduri kahwin, tamu besar, atau ketika menyambut kedatangan orang kenamaan. - mampu menjanakan pendapatan bagi negeri Sabah setelah menjadi - yang penting - kembali popular - yang unik lagi menarik. - di dalam rumah - di kawasan lapang - dalam majlis keramaian - pada masa lapang


216 produk pelancongan budaya, khususnya bagi suku kaum Bajau di Kota Belud dan di kawasan sekitarnya AKTIVITI 4 Murid membina ayat berdasarkan frasa yang terdapat dalam bahan pada halaman 106. CONTOH AYAT 1. Permainan tradisional dimainkan sejak zaman dahulu. 2. Peranan ibu bapa sangat penting dalam usaha memartabatkan permainan tradisional. 3. Permainan tradisional dapat mempererat silaturahim. 4. Permainan tradisional dapat menajamkan fikiran. KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR S.P: 1.6.1 Menjana idea dan menyampaikan pidato dengan betul, jelas, dan intonasi yang sesuai menggunakan ayat yang gramatis. AKTIVITI 1: Murid menjana idea melalui aktiviti sumbang saran untuk menambah dan mengembangkan maklumat. Murid melakukan aktiviti sumbang saran dan setiap daripada mereka menghuraikan dengan lebih lanjut idea tersebut kepada rakan-rakan lain dengan menggunakan frasa yang diperoleh daripada peta minda pada halaman 106.


217 AKTIVITI 2: Murid melakukan Pembelajaran Koperatif (Pembelajaran Terbeza) CONTOH SET 1: Murid dalam kumpulan berbincang tentang topik: Punca Pengabaian Permainan Tradisional Kumpulan 1 (murid cemerlang) Punca 1 Kumpulan 2 (murid sederhana) Punca 2 Kumpulan 3 (murid sederhana) Punca 3 Kumpulan 4 (lemah – pendahuluan pasang siap) Pendahuluan Kumpulan 5 (lemah – penutup pasang siap) Penutup


218 CONTOH SET 2: Murid dalam kumpulan berbincang tentang topik: Kepentingan Permainan Tradisional Kumpulan 1 (murid cemerlang) Kepentingan 1 Kumpulan 2 (murid sederhana) Kepentingan 2 Kumpulan 3 (murid sederhana) Kepentingan 3 Kumpulan 4 (lemah – pendahuluan pasang siap) Pendahuluan Kumpulan 5 (lemah – penutup pasang siap) Penutup CONTOH SET 3: Murid dalam kumpulan berbincang tentang topik: Usaha Memelihara Permainan Tradisional Kumpulan 1 (murid cemerlang) Usaha 1 Kumpulan 2 (murid sederhana) Usaha 2 Kumpulan 3 (murid sederhana) Usaha 3 Kumpulan 4 (lemah – pendahuluan pasang siap) Pendahuluan Kumpulan 5 (lemah – penutup pasang siap) Penutup CONTOH PIDATO Assalamualaikum WBT dan Salam Perpaduan. Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang sedang menjunjung mahkota keadilannya, penjaga masa yang setia dengan detak jamnya, para peserta yang saya kagumi serta hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian. Hadirin dan hadirat, Permainan tradisional telah dimainkan sejak zaman dahulu oleh pelbagai bangsa dan suku kaum. Mereka mengisi masa lapang dengan bermain permainan tradisional seperti ceper, gusti tangan, dan galah panjang bersama-sama dengan jiran tetangga. Oleh itu, izinkan saya untuk menjelaskan dengan lebih terperinci tentang wacana ilmiah kita pada hari ini yang bertajuk usaha pemeliharaan permainan tradisional.


219 Hadirin dan hadirat sekalian, Sebagai lontaran idea pertama, ibu bapa seharusnya menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian supaya peribahasa ketam menyuruh anaknya berjalan betul tidak akan berlaku. Sebagai contoh, ibu bapa perlu mengetahui bilangan guli yang diperlukan untuk bermain congkak supaya mereka dapat mengajar anak-anak bermain dengan cara yang betul. Jelaslah bahawa peranan ibu bapa akan menjadi penggalak supaya anak-anak meminati permainan tradisional. Hadirin sekalian, Lontaran idea yang kedua ialah peranan pihak kerajaan wajar mengadakan pesta permainan tradisional di peringkat negeri dan kebangsaan. Dalam konteks ini, pihak kerajaan boleh memperkenalkan program Cintai Permainan Tradisional agar rakyat dapat mempelajari permainan tradisional dengan lebih mendalam. Izharlah bahawa, pihak kerajaan mampu melestarikan permainan tradisional yang diwarisi secara turun-temurun. Hadirin warga dewan yang budiman, Pelbagai usaha yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah supaya pelajar lebih mengenali dan meminati permainan tradisional kerana tak kenal maka tak cinta. Pihak sekolah boleh menubuhkan kelab permainan tradisional dan menyediakan peralatan untuk kemudahan para pelajar. Secara tidak langsung, para pelajar akan lebih mendekatkan diri dengan permainan tradisional dan mengekalkan warisan bangsa dalam diri. agar warisan ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Hadirin yang saya hormati, Perbincangan ini telah meniti ke puncaknya, sebagai akhirul kalam peranan pelbagai pihak amat dominan dalam menanam minat anak-anak terhadap permainan tradisional. Semua usaha yang telah dihuraikan secara panjang lebar ini harus dilaksanakan secara konsisten dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Sewajarnya semua pihak melakukan anjakan paradigma bagi melahirkan generasi yang memartabatkan dan menghargai permainan tradisional di negara kita.


220 AKTIVITI 3: Murid mempersembahkan pidato tentang permainan tradisional dengan menggunakan frasa yang terdapat dalam bahan. Contoh Karangan Punca Pengabaian Terhadap Permainan Tradisional https://stpm-study.blogspot.com/2013/09/isi-budaya-tradisional.html Contoh Karangan Kepentingan Permainan Tradisional https://zaizak69.blogspot.com/2011/09/kepentingan-permainan-tradisional.html Contoh Karangan Langkah-Langkah Mempopularkan Permainan Tradisional https://www.ipendidikan.my/mempopularkan-permainan-tradisional.html


221 9.2 WARISAN GAMELAN (HALAMAN 108 - 109) KEMAHIRAN MEMBACA (ASPEK SENI BAHASA) S.P: 2.4.1 Membaca dan memahami serta mengemukakan pendapat yang rasional tentang pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen. 4.4.3 Mempersembahkan karya prosa dan puisi secara kreatif dalam pelbagai aktiviti berbahasa. AKTIVITI 1: Imbas kod QR yang terdapat pada halaman 108. http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=888 Murid-murid mendengar penerangan tentang Teknik Inkuiri Penemuan.


222


223 AKTIVITI 2: Murid membaca dan melaksanakan Teknik Inkuiri Penemuan untuk mencadangkan usahausaha yang sewajarnya dilakukan bagi mempopularkan seni gamelan. CONTOH JAWAPAN (HALAMAN 108) Ayat dalam petikan Usaha Aku menonton persembahan nendaku Ibu bapa atau ahli keluarga membawa anak-anak menonton persembahan Seni Gamelan. “Cucumu saling tak tumpah macam nendanya juga, meneruskan legasi.” Keluarga mengajar seni gamelan sejak kecil kepada anak-anak. Sepanjang 21 tahun penglibatan dalam seni tari gamelan, pelbagai negara dan kota ternama telah aku jelajahi termasuk Hong Kong, London, Paris, Amsterdam, Zurich, dan Milan. Pihak kerajaan bekerjasama dengan penggiat seni gamelan untuk mempopularkannya. Siapa sangka, kecintaan aku kepada seni ini dibayar dengan tiket lawatan ke luar negara! Kerajaan wajar memberikan ganjaran kepada penggiat seni gamelan seperti tiket lawatan ke luar negara. CONTOH JAWAPAN (HALAMAN 109) Ayat dalam petikan Usaha menumpang aura kejernihan hati pencinta seni warisan bonda. Ibu bapa memupuk minat dalam seni gamelan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Memasuki laman ini engkau dan aku tujuannya satu dibuai lembut gemalai gerak tari tiada jurang generasi atau bangsa rendah tinggi berkongsi pentas dan laman Penggiat seni gamelan boleh mengajak rakan sebaya untuk menyertai seni gamelan. AKTIVITI 3: Murid mempersembahkan sajak pada halaman 108 mengikut kreativiti kumpulan masingmasing.


224 9.3 PEMUGARAN SENI DAN BUDAYA (HALAMAN 110-111) KEMAHIRAN MENULIS S.P 3.4.5 Menulis sesuatu penulisan dengan wacana yang lengkap serta menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif. AKTIVITI 1 Murid menganalisis maklumat dalam bahan pada halaman 110-111. AKTIVITI 2 Murid menulis sebuah karangan yang lengkap, gramatis dan kreatif tentang seni dan budaya. ANALISIS BAHAN 1 (HALAMAN 110) TEMA Seni dan Budaya TUGASAN SOALAN Kepentingan Seni dan Budaya FORMAT Karangan fakta/perbincangan KERANGKA KARANGAN PERENGGAN HURAIAN PENDAHULUAN - Malaysia sebuah negara yang unik - mempunyai seni dan budaya - warisan seni dan budaya harus dikekalkan - ancaman kepupusan - apakah kepentingan seni dan budaya? ISI 1 - penjana ekonomi - salah satu tarikan pelancong - setiap negeri di Malaysia mempunyai persembahan seni dan budaya masing-masing - persembahan kebudayaan yang terkenal di Johor termasuklah tarian zapin, tarian kipas, dan kuda kepang - menyumbang pendapatan kepada rakyat dan negara ISI 2 - memupuk perpaduan dan keharmonian keluarga, masyarakat dan negara - negara terdiri daripada masyarakat majmuk - aktiviti dilakukan bersama - melahirkan masyarakat majmuk yang harmoni - serumpun bak serai, sesusun bak sirih


225 ISI 3 - sebagai aktiviti kecerdasan dan kecergasan - aktiviti riadah masyarakat - dilakukan bersama-sama - tarian, silat atau muzik - melahirkan rakyat yang sihat PENUTUP - seni dan budaya perlu dikekalkan - semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing - tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan ANALISIS BAHAN 2 (HALAMAN 111) TEMA Seni dan Budaya TUGASAN SOALAN Langkah-langkah Memartabatkan Seni dan Budaya FORMAT Karangan fakta/perbincangan KERANGKA KARANGAN PERENGGAN HURAIAN PENDAHULUAN - warisan seni dan budaya harus dikekalkan - mempunyai identiti tersendiri - menjadi ciri keistimewaan Malaysia ISI 1 - peranan pihak sekolah - menubuhkan kelab seni dan budaya supaya usaha-usaha lain dapat dilakukan melalui kelab tersebut. - mengadakan pameran seni dan budaya - tak kenal maka tak cinta - menjemput tetamu dari luar yang mahir dalam permainan tradisional untuk membimbing - generasi pewaris seni dan budaya ISI 2 - peranan pihak kerajaan - pemberian insentif kepada penggiat seni dan budaya negara - memberikan peluang supaya seni dan budaya ini terus wujud - mengadakan pesta kesenian dan kebudayaan peringkat antarabangsa - pertandingan lagu-lagu tradisional tempatan - memupuk minat masyarakat terhadap muzik tradisional ISI 3 - peranan pihak media - medium yang sentiasa menguar-uarkan sesuatu berita dengan cepat - membuka mata penonton melihat keistimewaan seni dan budaya tempatan - menyajikan filem, drama, sketsa malah iklan berkaitan dengan


226 seni dan budaya masyarakat kita di semua platform media massa. - menyemai minat masyarakat mengenai seni dan budaya PENUTUP - seni dan budaya perlu dikekalkan - semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing - kegagalan untuk mengekalkan kesenian dan kebudayaan tempatan boleh menyebabkan imej negara dan masyarakat itu sendiri akan musnah ditelan waktu.


227 9.4 ADIGURU KRAF (HALAMAN 112-113) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR S.P: 1.4.2 Berbicara untuk menganalisis isu semasa yang didengar, ditonton atau dibaca dalam situasi formal secara bertatasusila AKTIVITI 1 Murid diperdengarkan lagu “Cintai Kraf Malaysia”. https://www.youtube.com/watch?v=KCAhSZjeGRo AKTIVITI 2 Murid diberi pendedahan tentang senarai adiguru kraf di Malaysia. SENARAI ADIGURU KRAF DI MALAYSIA


228


229 AKTIVITI 3 Murid diminta membina beberapa kumpulan kecil. Wakil murid akan dipilih secara rawak untuk membaca teks dengan nada dan intonasi yang sesuai pada halaman 112 – 113. AKTIVITI 4 Murid diminta menganalisis dan mengenal pasti isu yang dikemukakan dalam bahan rangsangan menggunakan Teknik KWLH. TEKNIK KWLH Teknik ini memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada pelajar, tujuan pelajar membaca dan sumber lain pembelajaran. Teknik KWLH ialah kata singkatan perkataan Bahasa Inggeris yang memberi maksud: K (know) - Apa yang telah diketahui sebelum membaca W (what) - Apa yang ingin diketahui sebelum membaca L (learned) - Apa yang didapati selepas membaca H (how) - Bagaimana maklumat tambahan berkenaan tajuk boleh diperolehi


230 KNOW WHAT LEARNED HOW ✓ Keunikan Kraf tangan yang terdapat di Malaysia. ✓ Kepelbagaian kraf tangan yang terdapat di Malaysia seperti tembikar, wau, songket dan lain-lain. ✓ Kepentingan pengetahuan tentang Adiguru kraf Malaysia. ✓ Kepentingan memelihara dan memulihara seni kraf Malaysia. ✓ Langkah memupuk minat generasi muda untuk memelihara dan memulihara seni kemahiran bagi aneka kraf. ✓ Adiguru Kraf ialah suatu skim yang diperkenalkan pada tahun 1987 oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. ✓ Adiguru Kraf bertujuan untuk memelihara dan memulihara seni kemahiran bagi aneka kraf yang menjadi warisan bangsa. ✓ Adiguru Kraf terdiri daripada individu yang memiliki kemahiran yang tinggi dalam satusatu seni kraf. ✓ Adiguru Kraf mempelajari seni kraf daripada ahli keluarga masingmasing sejak kanak-kanak lagi. ✓ Antara usaha yang dilakukan oleh Adiguru Kraf adalah mengajar remaja, melatih ✓ Bacaan di Internet ✓ Buku teks Pendidikan Seni Visual


231 anak-anak muda dan mempromosikan seni warisan bangsa ke luar negara termasuk. AKTIVITI 5 Murid mempersembahkan pendapat tentang isu tersebut dalam situasi formal secara bertatasusila.


232 9.5 CITA RASA RAKYAT MALAYSIA (HALAMAN 114-115) KEMAHIRAN MEMBACA S.P: 2.2.2 Membaca dan menganalisis maklumat daripada pelbagai bentuk panduan dengan memberikan respons peribadi yang sesuai. AKTIVITI 1 Murid diminta melabel bahagian badan ikan.


233 AKTIVITI 2 Murid membaca bahan dengan menggunakan Teknik ACID. TEKNIK ACID Teknik ini menggalakkan pembaca membaca teks secara aktif. Interaksi dan fokus pembaca terhadap teks dikekalkan kerana pembaca perlu membuat pertimbangan tentang bentuk dan maklumat yang dibaca.


234 Langkah: ACID terdiri daripada dua bahagian: i) ACID ii) 3 tanda berasingan 1. Semasa membaca, tanda sama ada anda: A - Agree (Bersetuju) C - Confusing (Mengelirukan) I - Interesting (Menarik) D - Disagree (Tidak bersetuju) 2. Tandakan A/C/I/D di tepi halaman pada isi yang berkenaan. 3. Kemudian, tandakan bulat, bintang (*) atau garisan atau kurungan “(________)”. 4. Petunjuk pandangan pembaca seperti bersetuju dan lain-lain boleh dijadikan asas perbincangan. Ikan dan Rakyat Ikan dan makanan laut yang lain ialah makanan yang menjadi sumber protein yang penting kepada manusia.(A) Selain itu, ikan juga kaya dengan asid lemak Omega 3, khususnya ikan air masin. Oleh itu, pakar pemakanan mengesyorkan agar ikan dimakan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu.(D) Tahukah anda bahawa pengambilan makanan berasaskan ikan dan hidupan laut yang lain telah menjadi budaya rakyat di negara kita?(D) Hal ini dikatakan demikian kerana secara purata, rakyat Malaysia mengambil makanan laut sebanyak 58 kilogram seorang dalam tempoh setahun. Jumlah tersebut ialah dua kali ganda keperluan sumber makanan berasaskan hidupan marin per kapita sesebuah negara, iaitu sebanyak 20 kilogram.(I) *Oleh hal yang demikian, adalah sangat penting untuk kita memastikan bahawa sumber produk dari laut atau yang diternak secara komersial benar-benar berkualiti, segar, dan selamat. Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), pengeluaran penternakan ikan makan semakin meningkat namun dianggarkan sebanyak satu pertiga daripada ikan makan yang diternak telah mati akibat penyakit sebelum mencapai saiz pasaran.(C) Sehubungan dengan itu, semasa memilih ikan, A-Agree (Bersetuju) C-Confusing (Mengelirukan) I-Interesting (Menarik) D-Disagree (Tidak bersetuju)


235 pastikan kesegarannya dengan cara melihat mata ikan tersebut, sisiknya, dinding perutnya, keadaan dagingnya apabila ditekan, warna kulitnya, warna insangnya, dan baunya. (A) Jika kita membeli ikan untuk simpanan, segera simpan ikan tersebut di dalam peti sejuk beku agar tidak rosak. (A) (Sumber: Panduan Memilih Ikan Segar, 2012. Dewan Bahasa dan Pustaka) AKTIVITI 3 Murid mengenal pasti panduan yang terdapat dalam bahan.


236 AKTIVITI 4 Murid menjelaskan panduan yang dikenal pasti dengan berdasarkan pengalaman masingmasing. Soalan: Terdapat banyak cara untuk memilih ikan segar. Berdasarkan pengalaman anda, apakah caranya? (4 markah) CONTOH JAWAPAN Berdasarkan pengalaman saya, terdapat banyak cara untuk memilih ikan yang segar. Cara yang paling mudah untuk menentukan kesegaran ikan adalah dengan memastikan ikan mempunyai mata yang jernih dan cerah. Selain itu, matanya juga akan timbul dan menonjol. Manakala, ikan yang tidak segar pula mempunyai mata berwarna merah dan pudar. Matanya juga sudah tenggelam dan sembap. Selain itu, pilih ikan yang mempunyai insang berwarna merah terang dan pastikan insang basah tanpa mempunyai terlalu banyak lendir. Ikan yang tidak segar pula mempunyai insang yang berwarna kelabu atau coklat kehitaman. Insangnya juga sudah menjadi keras dan berlendir. Seterusnya, ikan yang segar mempunyai kulit luaran yang berkilat dan berwarna cerah berbanding dengan ikan tidak segar yang mempunyai kulit pucat. Manakala, sisik ikan segar juga kuat dan ikan tidak segar mempunyai sisik yang rapuh dan mudah tercabut. Tekan ikan pada bahagian perutnya untuk memastikan ikan segar atau tidak. Tekstur yang keras bermakna ikan masih segar tetapi jika lembik, maknanya ikan sudah lama. Elakkan daripada membeli ikan yang bahagian perutnya sudah pecah. Hal ini demikian kerana ikan yang kurang segar mempunyai kulit perut yang lembik. Di samping itu, kesegaran ikan boleh ditentukan melalui baunya. Walaupun agak hanyir, ikan yang segar masih mempunyai bau laut manakala ikan lama akan mempunyai bau busuk dan hanyir yang sangat kuat.


237 9.6 PENGUKUHAN: SIAP SIAGA (Halaman 116) Berdasarkan bahan, tulis karangan tentang seni mempertahankan diri. Panjangnya karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan.


238 CONTOH KARANGAN Faedah-faedah Mempelajari Seni Mempertahankan Diri Aktiviti seni mempertahankan diri seperti silat, silambam, tae kwan do, wusyu dan sebagainya kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara kita. Hal ini dapat dibuktikan apabila semakin ramai masyarakat tanpa mengira umur dan jantina mula menyertai seni mempertahankan diri. Persoalannya, apakah faedah-faedah mempelajari seni mempertahankan diri? Pada pandangan saya, antara faedah mempelajari seni mempertahankan diri ialah kita dapat mempertahankan diri terutamanya apabila berada dapat situasi kecemasan. Hal ini dikatakan demikian kerana sejak kebelakangan ini, kes jenayah seperti kes ragut, gangguan seksual, dan sebagainya semakin menjadi-jadi. Senario ini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Maka, dengan mempelajari seni mempertahankan diri ini, kita akan dapat menyelamatkan diri. Selain itu, menyihatkan tubuh badan juga merupakan faedah mempelajari seni mempertahankan diri. Hal ini demikian kerana aktiviti ini merupakan senaman yang mampu mengeluarkan peluh. Secara tidak langsung, anggota badan mampu menyingkirkan toksin dan menjadikan tubuh badan kita lebih sihat dan cergas bak kata pepatah “badan sihat otak cerdas”. Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi bahawa mempelajari seni mempertahankan diri mampu menyihatkan tubuh badan. Seterusnya, faedah mempelajari seni mempertahankan diri juga ialah kita dapat mendisiplinkan diri. Apabila kita menyertai aktiviti ini, kita juga akan diterapkan nilai-nilai murni seperti mengikut arahan, menepati masa, bekerjasama dan sebagainya. Jika nilai-nilai ini diterapkan pada diri kita, maka kita tidak akan terlibat dengan gejala negatif dan menjadikan kita seorang yang lebih berdisiplin. Oleh itu, mempelajari seni mempertahankan diri akan menjadikan kita lebih berdisiplin. Kesimpulannya, terdapat pelbagai faedah mempelajari seni mempertahankan diri. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk mengembangkan seni mempertahankan diri supaya berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan sukan-sukan terkenal yang lain. Usaha yang proaktif mestilah digerakkan dari sekarang kerana perjalanan beribu batu, pasti bermula dengan langkah pertama.


239


240 TEMA 10: SAINS DAN TEKNOLOGI PEMACU KEMODENAN 10.1 HEBATNYA ROBOT! (HALAMAN 118-119) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR S.P: 1.4.2 Berbicara untuk menganalisis isu semasa yang didengar, ditonton atau dibaca dalam situasi formal secara bertatasusila. AKTIVITI 1 Murid menonton contoh video forum. https://youtu.be/vEHHoDpmK-M?si=bObMqIML_5YxDgKW AKTIVITI 2 Murid membaca bahan pada halaman 118 – 119. Murid mengenal pasti kegunaan robot dalam kehidupan manusia. CONTOH JAWAPAN Kegunaan robot dalam kehidupan manusia: • Industri berat (penghasilan kereta) • Sektor pertanian (memeriksa buah-buahan di ladang) • Memudahkan kerja-kerja rumah (pembersih vakum robotik) AKTIVITI 3 Murid menjalankan aktiviti forum: 1. Murid dibahagikan kepada kepada beberapa kumpulan. 2. Murid berbincang untuk menyampaikan forum tentang penggunaan robot dalam pelbagai aspek kehidupan manusia.


241 CONTOH TEKS FORUM Pengerusi : Selamat datang ke sesi forum pada pagi ini. Forum pada pagi ini bertajuk Penggunaan Robot dalam Kehidupan Manusia. Saya ingin memperkenalkan ahli forum pada pagi ini, iaitu panel pertama Dr. Rosidah Ahmad, Pensyarah Robotik UiTM Tapah. Ahli panel kedua ialah Cikgu Azlin binti Alias, Guru Cemerlang Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan ahli panel ketiga iaitu Encik Shafruddin Ali Hussin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Profesionalisme). : Kita mulakan dengan panel pertama, bolehkah Dr. jelaskan tentang penggunaan robot pada masa kini dalam kehidupan manusia? Panel 1 : Terima kasih tuan pengerusi. Robot ialah alat ciptaan manusia yang mengikut arahan manusia tanpa membuat keputusan sendiri. Penggunaannya banyak di negara-negara maju seperti Jepun, Sweden, Korea dan lain-lain. Penciptaannya membantu dalam kerja-kerja seharian manusia seperti dalam bidang perubatan, domestik, perindustrian dan ketenteraan. Robot dapat membantu manusia menjalankan kerja seharian. Sebagai contoh, robot humanoid yang merupakan peralatan elektik dan elektronik di rumah membantu tugas suri rumah tangga untuk melaksanakan kerja harian. Selain itu, sebahagian peralatan robotik juga diubah suai khasnya untuk membantu Orang Kurang Upaya dalam kehidupan seharian mereka seperti robot Asimo. Robot binatang seperti Aibo dicipta sebagai teman untuk bermain dengan manusia. Pengerusi : Seterusnya, kita beralih kepada panel kedua. Bolehkah cikgu jelaskan kepentingan robotik dalam bidang pendidikan. Panel 2 : Penggunaan robotik dalam bidang pendidikan semakin mendapat tempat di hati golongan muda khususnya murid sekolah yang mampu mengangkat teknologi itu sebagai salah satu elemen penting dalam pembangunan negara.Hal ini demikian kerana penggunaan teknologi berkenaan dilihat membawa banyak kepentingan dalam pelbagai bidang yang bukan sahaja membantu memudahkan sesuatu pekerjaan tetapi turut menjadikan proses pembelajaran lebih menarik. Dalam bidang pendidikan juga, pembelajaran menggunakan robotik membolehkan pelajar lebih memahami asas teknologi terkini selain memberikan kelebihan kepada mereka untuk menjadi pemimpin yang cemerlang pada masa depan.


242 Pengerusi :Baiklah, kita tanya pendapat panel ketiga pula. Pasukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berjaya muncul sebagai Juara Keseluruhan Pertandingan Antarabangsa World Robot Olympiad (WRO) 2023 yang berlangsung di Panama City, Panama. Bolehkah encik kongsikan pengalaman tersebut? Panel 3 : Terima kasih tuan pengerusi. Pasukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berjaya muncul Juara Keseluruhan Pertandingan Antarabangsa World Robot Olympiad (WRO) 2023 yang berlangsung di Panama City, Panama, bermula 7 hingga 9 November. Kejayaan ini ialah kejuaraan ke-11 daripada 19 kali penyertaan Malaysia dalam WRO dan kejuaraan diperoleh selepas pasukan negara berjaya meraih empat pingat emas dan dua pingat perak daripada keseluruhan tujuh kategori yang dipertandingkan. Pasukan Malaysia diwakili oleh 49 peserta dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah serta pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG). Malaysia turut menghantar pegawai KPM yang bertugas sebagai pengadil kejohanan dalam pertandingan yang disertai oleh 1,200 peserta dari 80 negara. Pengerusi : Sekian sahaja forum kita untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta, dan yang kurang elok itu datangnya daripada kekhilafan diri kami sendiri. Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version