The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU (EDISI DIGITAL)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Noorhaswari Ismail, 2024-05-07 00:40:44

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU (EDISI DIGITAL)

Keywords: BM

293 12.2 BUAH NAGA (HALAMAN 148 – 149) KEMAHIRAN MEMBACA S.P: 2.2.3 Membaca dan memahami serta membuat ulasan keseluruhan maksud sesuatu bahan grafik. AKTIVITI 1 Murid dipilih secara rawak dan membaca bahan yang terdapat pada halaman 148 dan 149. Murid menggunakan teknik bacaan SQ4R. Teknik Bacaan SQ4R Contoh aktiviti Survey/ Meninjau • Guru meninjau pengetahuan sedia ada murid tentang tajuk yang ingin dipelajari. Question/ Menyoal • Guru menggunakan teknik menyoal di dalam kelas (secara rawak). Reading/ Membaca • Murid membaca bahan pada halaman 148 dan 149. Record/ Mencatat • Murid mencatat maklumat tambahan yang diberikan oleh guru tentang tajuk yang dipelajari. Recite/ Menyatakan kembali • Murid menyatakan kembali pengetahuan mereka tentang tajuk yang dipelajari. Reflect/ Membuat refleksi • Murid membuat refleksi.


294 AKTIVITI 2 Berdasarkan bahan pada halaman 148 dan 149, jawab soalan yang berikut: 1. Apakah yang diperlukan untuk menanam buah naga? [3 markah] 2. Bagaimanakah buah naga boleh mengurangkan berat badan? [3 markah] 3. Pada pendapat anda, wajarkah ladang buah naga diperluas ke seluruh negara? Mengapa? [4 markah] CONTOH JAWAPAN 1. Keperluan untuk menanam buah naga... - sinaran matahari tujuh jam sehari - suhu 20°C hingga 30°C - jenis tanah berpasir yang kaya dengan bahan organik - taburan hujan 500 mm hingga 1,500 mm - ph tanah 6 hingga 7 2. Buah naga boleh mengurangkan berat badan kerana... - banyak serat - kurang karbohidrat, gula dan lemak 3. Pada pendapat saya, ladang buah naga wajar diperluas ke seluruh negara kerana… - mendapat permintaan yang tinggi di dalam negara dan pasaran antarabangsa - sangat sesuai dengan iklim panas yang terik di negara kita - masih ada tanah terbiar di negara ini - mendatangkan pulangan yang lumayan kepada pengusaha - merancakkan ekonomi negara


295 AKTIVITI 3 Murid menulis ulasan. SET 1 Lihat bahan grafik di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat dalam bahan grafik tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan CONTOH JAWAPAN Buah naga ialah buah yang enak dan berkhasiat. Terdapat pelbagai jenis buah naga antaranya buah naga putih, merah, hitam dan kuning. Keperluan untuk menanam buah naga ialah sinaran matahari selama tujuh jam sehari, suhu antara 20°C hingga 30°C, jenis tanah berpasir yang kaya dengan bahan organik, taburan hujan antara 500 mm hingga 1,500 mm dan ph tanah antara 6 hingga 7. Buah naga kaya dengan vitamin C, B1, B2 dan B3. Kesimpulannya, penanaman ladang buah naga perlu diperluas ke seluruh negara kerana mendapat permintaan yang tinggi sama ada di dalam negara atau di pasaran global. (95 Patah Perkataan)


296 SET 2 Lihat bahan grafik di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat dalam bahan grafik tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan CONTOH JAWAPAN Bahan grafik menunjukkan khasiat buah naga. Buah naga mengandungi vitamin C untuk keperluan harian. Selain itu, buah naga juga mengandungi pelbagai jenis vitamin lain seperti vitamin B1, B2 dan B3. Dengan itu, kita tidak perlu mengambil suplemen tambahan untuk kesihatan diri. Seterusnya, buah naga juga membantu mengelakkan diri daripada terkena penyakit. Hal ini akan menjadikan badan sentiasa sihat dan bertenaga. Buah naga juga boleh dijadikan pelbagai produk lain seperti produk makanan, kosmetik, penjagaan kulit dan sebagainya. Kesimpulannya, kerajaan harus mempromosikan buah naga sebagai makanan yang menyihatkan untuk rakyat Malaysia. (89 Patah Perkataan)


297 SET 3 Lihat bahan grafik di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat dalam bahan grafik tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan CONTOH JAWAPAN Banyak manfaat buah naga kepada manusia. Buah naga dapat menguatkan tulang. Buah naga juga dapat menyihatkan mata kerana mengandungi karotena. Seterusnya, buah naga dapat mengawal kadar glukos dan sesuai untuk penghidap penyakit diabetes mellitus atau kencing manis. Di samping itu, buah naga juga mampu membantu merendahkan kolesterol dan tekanan darah seseorang. Selain itu, buah ini turut membantu menguatkan daya ingatan seseorang selain dapat menyihatkan gigi. Akhir sekali, buah ajaib ini dapat menyihatkan kulit kerana kaya dengan vitamin C. Kesimpulannya, buah seribu guna ini wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya agar pelbagai jenis penyakit dapat dicegah. (92 Patah Perkataan)


298 12.3 RIZOM-RIZOM BERJASA (HALAMAN 150 – 151) S.P: 3.6.2 menulis dan mengadaptasi sesuatu bahan grafik kepada prosa menggunakan ayat yang menarik dan gramatis. AKTIVITI 1 Berdasarkan jalur komik, hasilkan cerpen dengan menggunakan ayat yang menarik dan gramatis.


299 CONTOH CERPEN “Saya ialah tumbuhan yang terkenal. Saya banyak ditanam di belakang rumah atau di dalam pasu. Saya menyebabkan warna masakan menjadi lebih menarik sekiranya manusia menggunakan saya. Itulah keistimewaan saya sebagai Kunyit”, kata Kunyit sambil mendabik dada. “Saya pun terkenal juga. Manusia selalu menggunakan saya dalam masakan. Jika saya dimakan, sistem pencernaan manusia mudah berlaku,” sampuk Halia dengan bangganya. “Jangan lupakan saya, Halia. Saya juga seperti awak. Saya juga memudahkan pencernaan jika dimakan oleh manusia. Tidak sedap rendang jika tidak menggunakan saya,” Lengkuas berkata dengan nada yang gembira. “Sebenarnya, kita semua berguna kepada manusia,” kata Lengkuas lagi sambil tersenyum. Manakala, Kunyit dan Halia mengangguk-anggukkan kepala.


300 “Benar sekali kata-kata Lengkuas itu. Kita semua berguna kepada manusia. Walaupun tidak terkenal, saya boleh menambahkan selera makan. Saya merawat kembung perut juga,” tambah Temulawak sambil tersenyum lebar. Kunyit dan Halia ketawa berdekah-dekah sambil berkata, “Kami bergurau saja. Keadaan ini menunjukkan bahawa manusia sangat memerlukan kita kerana kita banyak ditanam. Hampir setiap rumah ada sahaja yang menanam kita di dalam pasu.” “Saya pun bergurau sahaja,” kata Halia kepada rakan-rakannya. “Memang hebat awak, Lengkuas. Awak ada banyak lagi kelebihan. Manusia sering menggunakan awak untuk mengubati sakit sendi, demam, dan radang paru-paru,” kata Halia. Lengkuas berkata kepada Halia, “Awak pun tiada kurangnya. Awak boleh memulihkan masalah mabuk laut dan mabuk dalam perjalanan. Awak juga boleh mencegah demam dan selesema. Untuk mengelakkan kesejukan, awak boleh dimakan oleh manusia. Hebat sungguh awak,” kata Lengkuas kepada Halia. “Ada-ada saja awak, Kunyit. Saya bukannya tidak tahu awak boleh merawat luka dan terseliuh. Manusia mencampurkan awak dengan perahan limau yang kemudian dilumurkan pada bahagian tubuh yang luka atau terseliuh,” Temulawak pun berkata kepada Kunyit. “Kepada Temulawak jangan kita lupa,” Kunyit bersuara. “Temulawak boleh mengurangkan kolesterol dalam tubuh badan manusia. Makan Temulawak juga baik untuk kesihatan hati, jantung, dan buah pinggang. “Bersungguh-sungguh awak memuji saya, Lengkuas,” kata Halia. “Benar, Temulawak,” tambah Kunyit lagi. “Kita semua berguna kepada manusia. Kita berharap semoga manusia menanam kita dengan lebih banyak untuk kegunaan mereka.


301 ASPEK TATABAHASA S.P: 5.5.1 Membina dan menukar struktur ayat dengan betul dan tepat mengikut konteks. AKTIVITI 1 Murid membaca nota. NOTA MENUKARKAN SUSUNAN AYAT Ayat susunan biasa ialah ayat yang subjeknya terletak pada bahagian hadapan yang diikuti oleh bahagian predikat selepasnya. Contoh: Mereka bermain bola sepak pada waktu petang. Subjek Predikat Mereka bermain bola sepak pada waktu petang. Ayat susunan songsang pula ialah ayat yang mempunyai susunan yang berlawanan dengan ayat susunan biasa. Ayat susunan songsang ialah ayat yang mendahulukan predikat yang diikuti oleh subjek selepasnya. Contoh: Bermain bola sepak pada waktu petang mereka. Predikat Subjek Bermain bola sepak pada waktu petang. mereka. Ayat susunan songsang juga boleh terbentuk apabila sebahagian daripada predikat, iaitu keterangan dikedepankan. Ayat songsang seperti ini dikenal sebagai ayat songsang sebahagian predikat.


302 Contoh: Pada waktu petang mereka bermain bola sepak. Keterangan Subjek Predikat Pada waktu petang mereka bermain bola sepak. ATAU Contoh: Bermain bola sepak mereka pada waktu petang. Predikat Subjek Keterangan Bermain bola sepak mereka pada waktu petang. AKTIVITI 2 Murid menyenaraikan lima ayat susunan biasa dan lima ayat susunan songsang yang terdapat dalam jalur komik. Selepas itu, murid menukar susunan ayat tersebut. JAWAPAN Bil. Ayat Susunan Biasa Ayat Susunan Songsang 1. Saya tumbuhan yang terkenal. Tumbuhan yang terkenal saya. 2. Saya banyak ditanam di belakang rumah atau di dalam pasu. Di belakang rumah atau di dalam pasu, saya banyak ditanam. 3. Manusia menggunakan saya dalam masakan juga. Dalam masakan juga, manusia menggunakan saya. 4. Jangan lupakan saya, Halia. Saya jangan lupakan, Halia. 5. Saya juga memudahkan pencernaan jika dimakan. Jika dimakan, saya juga memudahkan pencernaan. 6. Kita semua berguna kepada manusia. Kepada manusia kita semua berguna. 7. Saya merawat kembung perut juga. Merawat kembung perut juga saya. 8. Saya dan Halia bergurau saja. Bergurau sahaja saya dan halia. 9. Keadaan ini menunjukkan bahawa manusia sangat memerlukan kita. Menunjukkan bahawa manusia sangat memerlukan kita, keadaan ini. 10. Ya, kami bergurau saja. Ya, bergurau saja kami. 11. Manusia menggunakan awak untuk mengubati sakit sendi, demam, dan radang paru-paru. Untuk mengubati sakit sendi, demam, dan radang paru-paru manusia menggunakan awak. 12. Awak pun tiada kurangnya, Halia. Tiada kurangnya awak pun, Halia.


303 13. Awak boleh memulihkan masalah mabuk laut dan mabuk dalam perjalanan. Boleh memulihkan masalah mabuk laut dan mabuk dalam perjalanan awak. 14. Awak juga boleh mencegah demam dan selesema. Boleh mencegah demam dan selesema juga awak. 15. Dia boleh mengurangkan kolesterol dalam tubuh badan manusia. Boleh mengurangkan kolesterol dia dalam tubuh badan manusia. 16. Makan Temulawak baik untuk kesihatan hati, jantung, dan buah pinggang. Baik untuk kesihatan hati, jantung dan buah pinggang makan Temulawak. 17. Manusia mencampurkan awak dengan perahan limau yang kemudian dilumurkan pada bahagian tubuh yang luka atau terseliuh. Dengan perahan limau manusia mencampurkan awak dan kemudian dilumurkan pada bahagian tubuh yang luka atau terseliuh. 18. Kita semua berguna kepada manusia. Berguna kepada manusia kita semua. 19. Kita berharap semoga manusia menanam kita dengan lebih banyak untuk kegunaan mereka. Semoga manusia menanam kita dengan lebih banyak untuk kegunaan mereka kita berharap. Bil. Ayat Susunan Songsang Ayat Susunan Biasa 1. Menjadi menarik warna masakan yang menggunakan saya. Warna masakan yang menggunakan saya menjadi menarik. 2. Walaupun tidak terkenal, saya boleh menambahkan selera makan. Saya boleh menambahkan selera makan walaupun tidak terkenal. 3. Memang hebat awak, Lengkuas. Awak memang hebat, Lengkuas. 4. Jika saya dimakan, pencernaan mudah berlaku. Pencernaan mudah berlaku jika saya dimakan. 5. Untuk mengelakkan kesejukan, awak boleh dimakan oleh manusia. Awak boleh dimakan oleh manusia untuk mengelakkan kesejukan. 6. Hebat sungguh awak. Awak hebat sungguh. 7. Bersungguh-sungguh awak memuji saya, Lengkuas. Awak memuji saya bersungguhsungguh, Lengkuas. 8. Kepada Temulawak, jangan kita lupa. Jangan kita lupa kepada Temulawak. 9. Ada-ada saja awak, Kunyit. Awak ada-ada saja, Kunyit. 10. Tidak sedap rendang, jika tidak menggunakan saya. Rendang tidak sedap jika tidak menggunakan saya. 11. Benar sekali kata-kata Lengkuas itu. Kata-kata Lengkuas itu benar sekali.


304 12.4 USAHAWAN TANI (M/S 152-153) S.P: 1.8.1 Mengkritik secara membina tentang sesuatu isu kemasyarakatan dengan kritis dan jelas menggunakan ayat yang gramatis. AKTIVTI 1 Berdasarkan bahan, murid menyatakan isu usahawan tani dan memberikan pandangan tentang isu tersebut dengan kritis. CADANGAN AKTIVITI 1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 2. Murid membaca bahan yang terdapat pada halaman 152-153. 3. Dalam kumpulan, murid memberikan sumbang saran tentang isu yang terdapat dalam bahan. 4. Murid membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas. ISU DAN PANDANGAN 1. Isu – Pak Cik Hadri berminat dalam bidang tanaman hiasan. Pandangan – Sesuatu perkara yang dilakukan secara berterusan boleh menimbulkan minat dalam diri individu. Kerajinan membantu ibu bapa boleh memupuk minat dalam sesuatu pekerjaan yang dilakukan (tanaman hiasan). 2. Isu – Harga jualan tanaman hiasan yang berpatutan. Pandangan – Harga produk yang murah membolehkan semua golongan masyarakat mampu membeli produk tersebut. 3. Isu – Pak Cik Hadri mempunyai pelbagai kebolehan iaitu menjual tanaman hiasan dan menyediakan perkhidmatan membuat landskap. Pandangan – Apabila kita mempunyai pelbagai kebolehan, kita boleh menggunakannya sebagai cara untuk menambah pendapatan.


305 4. Isu – Penduduk tidak berminat dengan tanaman hiasan menyebabkan Pak Cik Hadri turun ke kampung-kampung membuat demonstrasi pembinaan landskap. Pandangan – Kegigihan dalam melakukan sesuatu perkara dengan merancang strategi yang berkesan mampu mendatangkan hasil. ASPEK SENI BAHASA S.P: 4.2.1 Menggunakan kiasan dan peribahasa dengan betul mengikut konteks AKTIVITI 1 Murid menyenaraikan kiasan dan peribahasa yang terdapat dalam dialog pada halaman 152. JAWAPAN KIASAN Bil. Kiasan Maksud 1. Bersikap malas seperti keldai Perilaku atau sifat bagi seseorang yang gemar malas untuk melakukan sesuatu perkara. 2. Mahal seperti permata Tinggi harganya atau sesuatu yang mahal. 3. Cerdik seperti kancil Dikhususkan untuk kepintaran atau kecerdikan seseorang atas sesuatu perkara yang dilakukannya. PERIBAHASA Bil. Kiasan Maksud 1. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi Baik buruk ibu bapa sedikit sebanyak turun kepada anaknya. 2. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan Jika mempunyai cita-cita seseorang akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya. 3. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya Sesuatu kejayaan tidak akan dicapai tanpa usaha. 4. Hangat-hangat tahi ayam Tidak kuat kemahuan atau pendirian/Tidak bersungguh-sungguh.


306 5. Belakang parang lagi diasah nescaya tajam Jika berusaha dengan gigih pasti akan berjaya. 6. Bertali arus Banyak sekali tidak putus-putus (orang lalu-lalang). 7. Jejak langkah Perbuatan atau amalan orang yang terdahulu. AKTIVITI 2 Murid membina ayat dengan menggunakan kiasan dan peribahasa tersebut. 1. Husni mengikut perangai ibunya yang suka berkebun, bak kata peribahasa ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. 2. Amir berjaya menakluk puncak Gunung Kinabalu kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. 3. Chin Chin belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh supaya cita-citanya untuk menjadi doktor tercapai kerana dia tahu jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. 4. Ali bersikap hangat-hangat tahi ayam selepas seminggu dia menjalani latihan bola sepak. 5. Adi yang kurang cerdik itu akhirnya lulus juga dalam peperiksaan setelah diajar dengan gigih oleh gurunya bak kata peribahasa belakang parang lagi diasah nescaya tajam. 6. Pada musim perayaan, kenderaan bertali arus menggunakan jalan raya ini. 7. Ahmad mengikut jejak langkah ayahnya menjadi seorang bomba. 8. Amirah sering dimarahi oleh ibunya kerana bersikap malas seperti kerbau. 9. Alia terpaksa melupakan hasratnya untuk membeli kereta kerana harganya mahal seperti permata. 10. Syami cerdik seperti kancil kerana dia berjaya memujuk rakannya untuk membeli barang jualannya.


307 12.5 REZEKI DARI LAUT (HALAMAN 154 -155) KEMAHIRAN MENULIS S.P: 3.7.1 Mengedit dan menyunting ayat dalam pelbagai teks tanpa mengubah maksud asal. AKTIVITI 1 Murid membaca bahan pada halaman 154 menggunakan Teknik Bacaan Imbasan. NOTA Teknik Bacaan Imbasan: Kemahiran membaca yang digunakan oleh seseorang yang ingin mendapatkan maklumat yang lebih mendalam. Tujuan: - Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai sesuatu tajuk. - Untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan. - Untuk mengenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan. Cara-cara: - Membaca keseluruhan teks secara mendalam. - Membaca keseluruhan teks sambil mencatat kesalahan bahasa dalam petikan. * Mengedit bermaksud membetulkan kesalahan ejaan, tanda baca, dan tatabahasa sesebuah karangan. * Menyunting bermaksud menulis atau menyusun karangan tersebut semula.


308 AKTIVITI 2 Murid mengenal pasti kesalahan tatabahasa dan ayat yang terdapat dalam petikan pada halaman 154 - 155. BAHAN 1 BAHAN 2


309 AKTIVITI 3 Murid mengedit kesalahan tatabahasa dan ayat yang terdapat dalam petikan tersebut. BAHAN 1 Bi l Kesalahan Bahasa Pembetulan Sebab Kesalahan 1. berwarna dengan berwarna Kata kerja 2. berbagai pelbagai/berbagai-bagai Kata bilangan 3. daripada bulan Jun hingga ke Disember dari bulan Jun hingga Disember Kata sendi nama 4. merasa berasa Kata adjektif 5. mencarikan mencari Imbuhan kata kerja 6. mengkorek mengorek Imbuhan kata kerja 7. menemukan menemui Imbuhan kata kerja 8. dalam di dalam Kata sendi nama 9. diperoleh oleh kita diperoleh Kata sendi nama 10.tersangat enak sekali tersangat enak/enak sekali Kata penguat 11.setengah sesetengah Kata bilangan 12.lain-lain bahan bahan-bahan lain Hukum D-M 13.dari daripada Kata sendi nama 14.paling jarang sekali paling jarang/jarang sekali Kata penguat


310 BAHAN 2 Bil. Kesalahan Bahasa Pembetulan Sebab Kesalahan 1. Di tengah laut Di tengah-tengah laut Kata ganda 2. memasangkan memasang Imbuhan kata kerja 3. yang bahawa Kata hubung 4. di pada Kata sendi nama 5. di dalam dalam Kata sendi nama 6. pada daripada Kata sendi nama 7. berhari berhari-hari Kata ganda 8. walau pun walaupun Kata sendi nama 9. meletak meletakkan Imbuhan kata kerja 10. di ke Kata sendi nama 11. dimasak oleh aku aku masak Ayat aktif 12. mereka makan dimakan oleh mereka Ayat Pasif 13. tersangat lazat sekali sangat lazat/lazat sekali Kata penguat 14. yang akan akan Kata hubung 15. ke laut ke dalam laut Kata sendi nama 16. berapa beberapa Kata bilangan 17. sangat besar-besar sangat besar/besar-besar Kata penguat 18. tangkapan hasil hasil tangkapan Hukum D-M


311 AKTIVITI 4 Murid menyunting petikan tanpa mengubah maksud asal. BAHAN 1 Remis ialah sejenis moluska bercangkerang yang boleh didapati di persisiran pantai. Bentuk remis seakan-akan lala tetapi saiznya lebih kecil. Kulit remis berwarna hitam, putih dan coklat. Pada kulit remis, terdapat berbagaibagai/pelbagai corak yang unik. Tambahan pula, terdapat juga remis yang tidak mempunyai sebarang corak. Hidupan laut ini boleh diperoleh dengan banyak dari bulan Jun hingga Disember pada setiap tahun. Pada musim cuti sekolah, ibu bapa gemar membawa anak-anak ke pantai untuk mencari remis.Anak-anak berasa seronok mencari remis bersama ibu bapa. Kerja mencari remis tidaklah begitu sukar.Kita hanya perlu mengorek pasir yang tidak begitu dalam. Kita boleh menemui remis yang hidup di dalam pasir. Walau bagaimanapun, masa yang diambil untuk mencari remis agak lama. Jumlah remis yang diperoleh juga tidak terlalu banyak tetapi memadai untuk santapan sekeluarga. Sebelum dimasak, remis perlu dicuci sehingga bersih dan seelokeloknya remis direndam semalaman untuk membuang pasir. Walaupun kecil, isinya manis serta boleh dimasak dengan pelbagai cara. Remis tersangat enak/sangat enak sekali dimasak lemak atau tumis berlada. Sesetengah orang lebih suka merebusnya sahaja tanpa meletakkan bahan-bahan lain untuk menikmati rasanya yang manis dan segar. Remis kurang dikenali walaupun berasal daripada keluarga siput seperti kupang, tiram, kepah dan kerang. Para peniaga juga paling jarang/jarang sekali menjual remis di pasar.


312 BAHAN 2 Mak Limah mencari remis di pantai sementara menanti kepulangan suaminya,Pak Budin. Dia ditemani oleh anak perempuannya yang bernama Seri. Di tengah-tengah laut, sudah berhari-hari Pak Budin memasang pukat namun tiada seekor ikan pun yang dia dapat. Dia telah berasa penat dan mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Pak Budin menarik pukatnya perlahanlahan. Dia mendapati bahawa seekor ikan kecil tersangkut pada pukat itu. “Ah, nampaknya rezeki keluargaku hanya seekor ikan yang kecil,' kata Pak Budin dalam hati. Dia mengeluarkan ikan itu daripada pukat. Tiba-tiba, ikan itu berkata, “Tolong, tolong lepaskan aku, manusia. Aku hanya seekor ikan yang kecil. Tidak cukup untuk hidanganmu sekeluarga" “Aku tidak akan melepaskanmu. Sudah berhari-hari anak dan isteriku hanya makan remis. Baru hari ini aku mendapat ikan walaupun kecil,” kata Pak Budin. “Tolong lepaskan aku. Aku berjanji jika engkau lepaskan aku, engkau akan mendapat ganjaran yang besar.” Ikan itu merayu kepada Pak Budin. Pak Budin mengambil sebuah balang dan mengisi air laut ke dalamnya. Dia meletakkan ikan itu ke dalam balang tersebut. “Baiklah. Aku akan melepaskan engkau jika benar aku mendapat ganjaran. Seandainya aku tidak mendapat apa-apa ganjaran, engkau akan aku masak," kata Pak Budin. Mak Limah dan Seri berduka cita kerana Pak Budin tidak membawa sebarang tangkapan. Ikan kecil di dalam balang itu pula tidak boleh dimakan oleh mereka. Namun demikian, pada malam itu, jiran mereka menghantar setalam juadah yang sangat lazat /lazat sekali. “Juadah ini mungkin ganjaran yang dimaksudkan oleh ikan di dalam balang itu," kata Pak Budin kepada Mak Limah. “Jikalau ikan itu membawa tuah, lebih baik kita menyimpan dan memeliharanya,” kata Mak Limah pula. “Tidak. Aku telah berjanji akan melepaskannya jika aku mendapat ganjaran,” balas Pak Budin. Pada keesokan harinya, Pak Budin melepaskan ikan itu ke dalam laut.Tidak beberapa lama selepas itu, dia melihat pukatnya bergerak-gerak. Apabila dia menarik pukat itu, kelihatan ikan-ikan yang sangat besar/besar-besar. Mulai hari itu, Pak Budin selalu mendapat hasil tangkapan yang lumayan. Hidupnya juga tidak susah lagi.


313 12.6 PENGUKUHAN: MESIN PELERAI JAGUNG (Halaman 156) AKTIVITI 1 Berdasarkan risalah, buat ulasan keseluruhan. CONTOH ULASAN Risalah menunjukkan kelebihan penggunaan mesin pelerai jagung. Mesin pelerai ini mengandungi tiga saiz mata pemotong yang mampu meleraikan sebanyak 360 hingga 600 tongkol jagung dalam masa satu jam. Dengan ini, para petani mampu menjimatkan masa. Selain itu, dengan penggunaan mesin ini, pengusaha hanya perlu menggunakan khidmat seorang pekerja sahaja. Hal ini secara tidak langsung mampu menjimatkan kos terutamanya kos bayaran kepada buruh. Di samping itu, mesin ini mampu menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi. Peningkatan produktiviti ini mampu membantu pengusaha untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi. Kesimpulannya, penggunaan mesin ini perlu diperhebat agar sektor pertanian di negara ini bertambah maju. (99 patah perkataan) AKTIVITI 2 Adaptasi risalah menjadi karangan dengan menggunakan ayat yang menarik dan gramatis. CONTOH KARANGAN Inovasi dalam bidang pertanian memberikan impak yang positif kepada rakyat dan negara. Terdapat pelbagai peralatan yang telah dicipta dan melalui proses inovasi untuk memudahkan para petani dalam menghasilkan produk yang lebih berkualiti. Persoalannya, apakah kepentingan inovasi dalam sektor pertanian? Tidak dapat dinafikan bahawa, inovasi dalam bidang pertanian mampu meningkatkan kadar kerja para petani. Hal ini dikatakan demikian kerana mesin yang digunakan mempunyai banyak kelebihan. Sebagai contohnya, mesin pelerai jagung mampu meleraikan 360 hingga 600 tongkol jagung dalam masa satu jam berbanding secara manual iaitu hanya 18 hingga 30 tongkol jagung. Sudah terang lagi bersuluh bahawa penggunaan inovasi dalam sektor pertanian mampu meningkatkan kadar kerja.


314 Selain itu, penggunaan inovasi dalam bidang pertanian juga mampu menjimatkan kos. Hal ini demikian kerana penggunaan mesin tidak memerlukan ramai pekerja. Sebagai contohnya, penggunaan mesin pelerai jagung hanya memerlukan seorang pekerja sahaja berbanding secara manual yang memerlukan lima orang pekerja. Oleh itu, pengusaha atau petani tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk membayar gaji pekerja. Seterusnya, penggunaan inovasi dalam bidang pertanian mampu meningkatkan produktiviti. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan mesin mampu memberikan hasil yang lebih banyak di samping kualiti produk yang lebih baik berbanding jika dilakukan secara manual. Sebagai contoh, dengan menggunakan mesin pelerai jagung, biji jagung yang dileraikan lebih banyak dan berkualiti. Hal ini akan meningkatkan permintaan terhadap produk tersebut. Kesimpulannya, penggunaan peralatan yang berinovasi mampu memberikan impak yang besar dalam bidang pertanian. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk menghasilkan produk pertanian yang mampu bersaing pada peringkat antarabangsa. Persaingan hebat ini secara tidak langsung akan menaikkan nama negara di persada dunia.


315 12.7 PENGAYAAN: DATUKKU PENTERNAK KERANG (Halaman 157) AKTIVITI 1 Edit teks surat kiriman tidak rasmi. 10, Kampung Masjid Batu, 34350 Kuala Kurau, Perak. 18 September 2023. Menemui sahabatku Chee Meng yang diingati selalu. Semuga saudara sekeluarga di dalam keadaan sihat dan sejahtera selalu. Saudara, Pada cuti penggal yang lalu, nenda saya telah membawa saya melawat tempat ternakan kerang di Kuala Kurau, Perak. Saya mempelajari pengetahuan baru tentang penternakan kerang melalui lawatan tersebut. Kini saya mengetahui yang kerang bukan sahaja hidup di laut justeru boleh diternak juga. Kawasan yang sesuai dijadikan tapak ternakan kerang adalah kawasan yang terlindung dari arus dan ombak laut. Keadaan dasar lautnya pula berlumpur halus dan lembut. Mestilah bebas daripada pencemaran. Nenda telah membawa saya mencari benih kerang. Benih tersebut terdapat di kawasan bakau hutan dan sungai muara yang berlumpur. Benih kerang dikutip dengan tangguk dawai, dulang kayu dan sekeping papan. Selepas dikutip, benih ini ditaburkan di tapak ternakan. Kerja menaburkan benih ini nenda dan para pekerjanya lakukan ketika air pasang. Akan diperiksa dari masa ke semasa benih kerang tersebut. Para pekerja memastikan benih kerang tidak diganggu oleh haiwan perosak. Antara musuh kerang termasuklah ikan pari dan beberapa jenis-jenis siput. Mereka juga memastikan kepadatan kerang di tapak ternakan sekata. Sekiranya tidak sekata, mereka akan mengubahsuai taburan kerang-kerang tersebut. Menurut nenda, kerang mencapai tahap matang untuk dijual setelah diternak selama 12 hingga 18 bulan. Nenda menjual kerang ini pada pemborong dan peruncit. Hasil yang nenda peroleh tersangat lumayan sekali. Setakat ini yang saya dapat coretkan dalam lembaran pada kali ini. Jika saudara berkesempatan, balas surat ini dan ceritakan pengalaman saudara pula. Sekian. Sahabatmu, Azrul Hanafi


316 JAWAPAN Bil Kesalahan Bahasa Pembetulan 1. Semuga Semoga 2. di dalam dalam 3. baru baharu 4. yang bahawa 5. adalah ialah 6. dari daripada 7. bakau hutan hutan bakau 8. sungai muara muara sungai 9. ditaburkan ditabur 10. menaburkan menabur 11. dari masa ke semasa dari masa ke masa/dari semasa ke semasa 12. beberapa jenis-jenis beberapa jenis 13. mengubahsuai mengubah suai 14. pada kepada 15. tersangat lumayan sekali sangat lumayan sekali


317 AKTIVITI 2 Sunting teks surat kiriman tidak rasmi. Kemudian, tulis surat tersebut semula. 10, Kampung Masjid Batu, 34350 Kuala Kurau, Perak. 18 September 2023. Menemui sahabatku Chee Meng yang diingati selalu. Semoga saudara sekeluarga dalam keadaan sihat dan sejahtera selalu. Saudara, Pada cuti penggal yang lalu, nenda saya telah membawa saya melawat tempat ternakan kerang di Kuala Kurau, Perak. Saya mempelajari pengetahuan baharu tentang penternakan kerang melalui lawatan tersebut. Kini saya mengetahui bahawa kerang bukan sahaja hidup di laut justeru boleh diternak juga. Kawasan yang sesuai dijadikan tapak ternakan kerang ialah kawasan yang terlindung daripada arus dan ombak laut. Keadaan dasar lautnya pula berlumpur halus dan lembut. Mestilah bebas daripada pencemaran. Nenda telah membawa saya mencari benih kerang. Benih tersebut terdapat di kawasan hutan bakau dan muara sungai yang berlumpur. Benih kerang dikutip dengan tangguk dawai, dulang kayu dan sekeping papan. Selepas dikutip, benih ini ditabur di tapak ternakan. Kerja menabur benih ini nenda dan para pekerjanya lakukan ketika air pasang. Akan diperiksa dari masa ke masa/dari semasa ke semasa benih kerang tersebut. Para pekerja memastikan benih kerang tidak diganggu oleh haiwan perosak. Antara musuh kerang termasuklah ikan pari dan beberapa jenis siput. Mereka juga memastikan kepadatan kerang di tapak ternakan sekata. Sekiranya tidak sekata, mereka akan mengubah suai taburan kerang-kerang tersebut. Menurut nenda, kerang mencapai tahap matang untuk dijual setelah diternak selama 12 hingga 18 bulan. Nenda menjual kerang ini kepada pemborong dan peruncit. Hasil yang nenda peroleh sangat lumayan sekali. Setakat ini yang saya dapat coretkan dalam lembaran pada kali ini. Jika saudara berkesempatan, balas surat ini dan ceritakan pengalaman saudara pula. Sekian. Sahabatmu, Azrul Hanafi


318 AKTIVITI 3 Senaraikan ayat susunan songsang yang terdapat dalam surat kiriman tidak rasmi. Kemudian, tukarkan ayat tersebut kepada ayat susunan biasa. Bil. Ayat Susunan Songsang Ayat Susunan Biasa 1 Kerja menabur benih ini nenda dan para pekerjanya lakukan ketika air pasang. Nenda dan para pekerjanya lakukan kerja menabur benih ini ketika air pasang. 2 Akan diperiksa dari masa ke masa / dari semasa ke semasa benih kerang tersebut. Benih kerang tersebut akan diperiksa dari masa ke masa/dari semasa ke semasa.


319


320 TEMA 13: PERINDUSTRIAN 13.1 HALAL MEMBAWA BERKAT (MS 160-161) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR S.P: 1.4.1 Berbicara untuk menganalisis isu semasa yang didengar, ditonton atau dibaca dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. AKTIVITI 1 Murid meneliti bahan dan membincangkan prospek industri hab halal di negara kita. Murid menganalisis tentang faedah-faedah hab halal kepada negara kita. FAEDAH-FAEDAH HAB HALAL KEPADA NEGARA KITA: 1. Peningkatan pendapatan negara 2. Pemindahan teknologi moden dan canggih 3. Kemasukan pelaburan luar 4. Peningkatan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan 5. Menjamin kesihatan pengguna produk makanan halal. 6. Menggalakkan kewujudan industri hiliran. 7. Membantu peniaga kecil dan sederhana (PKS) 8. Meningkatkan Penyelidikan & Pembangunan (R&D).


321 AKTIVITI 2 Murid menganalisis cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh negara kita untuk menjadi hab halal global. CABARAN-CABARAN YANG BAKAL DIHADAPI OLEH NEGARA KITA UNTUK MENJADI HAB HALAL GLOBAL: 1. Kekurangan modal (kurang pelabur yang berminat untuk melaburkan modal) 2. Pasaran yang kecil untuk memasarkan produk. 3. Mutu dan kualiti produk makanan halal yang rendah dan tidak tahan lama. 4. Persaingan dengan negara-negara yang banyak menghasilkan produk halal yang lebih berkualiti. 5. Kurang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) tentang cara mempelbagaikan produk halal. 6. Kurang tenaga mahir dalam bidang pemprosesan produk halal.


322 13.2 REVOLUSI DUNIA INDUSTRI (MS 162-163) KEMAHIRAN MEMBACA S.P: 5.5.1 Membina dan menukar struktur ayat dengan betul dan tepat mengikut konteks. AKTIVITI 1 Murid membaca dan meneliti bahan pada halaman 162-163. AKTIVITI 2 Murid diminta menyatakan isi tersirat dan tersurat yang terdapat dalam bahan grafik pada halaman 162-163. Isi tersurat Isi tersirat Industri 1.0 Mesin-mesin dicipta oleh manusia untuk meningkatkan produktiviti. Perubahan yang besar dalam bidang pengangkutan • Produktiviti dapat ditingkatkan. • Keretapi dan kenderaan yang menggunakan enjin wap digunakan pada masa ini menggantikan pengangkutan yang menggunakan tenaga haiwan. • Meningkatkan peluang pekerjaan. • Masyarakat sebelum itu bergantung kepada sektor pertanian sepenuhnya telah beralih kepada sektor Perindustrian. Industri 2.0 Bidang perindustrian mula berkembang dengan penemuan elektrik. Peralatan yang menggunakan elektik mula dicipta oleh manusia. Minyak dan gas turut digunakan oleh manusia pada zaman ini. • Pengeluaran produk secara besar-besaran • Wujud kilang-kilang pengeluaran. • Terhasil telefon, kapal terbang dan kenderaan yang berasaskan enjin. • Meningkatkan taraf hidup. • Meningkatkan kos upah pekerja.


323 Industri 3.0 Industri 3.0 dikenali sebagai era digital yang bermula pada pertengahan kurun ke-20. Kemunculan peralatan elektronik dan perkembangan bidang teknologi maklumat. Syarikat atau organisasi menggunakan data digital secara meluas. • Alat-alat elektronik dan digital seperti kamera, radio, televisyen dihasilkan. • Perkembangan teknologi Internet. • Kepakaran semakin berkembang. • Dunia tanpa sempadan. • Media komunikasi seperti akhbar, buku dan majalah ditransformasikan kepada penciptaan media telekomunikasi tanpa wayar. Industri 4.0 Situasi mesin akan berinteraksi dengan mesin. Sistem sensor digunakan secara meluas. Data dikemas kini oleh komputer secara automatik • Data daripada manusia digunakan supaya peralatan elektronik menjalankan fungsinya dengan lebih baik. • Lebih banyak penyimpanan data secara lebih sistematik. • Penciptaan alat-alat pintar seperti telefon pintar, televisyen pintar dan rumah pintar. • Teknologi robot menggantikan kerja-kerja yang dijalankan oleh manusia. • Mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja manusia. • Teknologi AI (Artificial Intelligence) yang dihasilkan akan memacu pengeluaran, perkhidmatan dan perniagaan yang berteknologi tinggi. • Kebergantungan pada kelajuan Internet. • Robot menggantikan peranan manusia. • Tenaga kerja berkemahiran rendah seperti operator pengeluaran akan terjejas kerana tenaga mereka tidak lagi diperlukan


324 AKTIVITI 3 Murid diminta membuat ulasan. CONTOH JAWAPAN Bidang perindustrian sentiasa mengalami revolusi. Pada era Industri 1.0, mesin-mesin dicipta oleh manusia menggunakan enjin stim. Hal ini telah memudahkan kerja-kerja manusia dan menyebabkan berlakunya perubahan yang besar dalam sistem pengangkutan. Seterusnya, Industri 2.0 berkembang dengan penemuan elektrik. Kesannya, wujud kilang-kilang pengeluaran dan pengeluaran produk secara besar-besaran dan penghasilan alat-alat seperti telefon, kapal terbang dan kenderaan yang berasaskan enjin. Industri 3.0 pula yang dikenali sebagai era digital berasaskan teknologi maklumat dan komputer. Hal ini telah menyebabkan wujudnya perniagaan-perniagan baharu dan peluang pekerjaan. Akhir sekali, Industri 4.0 merupakan era penggunaan mesin yang berinteraksi dengan mesin. Hal ini akan menyebabkan perubahan secara radikal berlaku contohnya teknologi robot yang menggantikan peranan manusia. ASPEK TATABAHASA S.P: 5.5.1 Membina dan menukar struktur ayat dengan betul dan tepat mengikut konteks. AKTIVITI 1 Murid membaca dan meneliti bahan pada halaman 162-163. AKTIVITI 2 Murid mengenal pasti penggunaan ayat aktif dan pasif yang terdapat dalam bahan. AYAT AKTIF Bil. Ayat Aktif 1. Mesin-mesin ini menggunakan enjin stim. 2. Era ini juga membawa perubahan besar kepada system pengangkutan. 3. Syarikat atau organisasi menggunakan data digital secara meluas. 4. Anda dapat membayangkan situasi mesin berinteraksi dengan mesin. 5. Sesetengah pihak mengistilahkan era ini sebagai era siber fizikal.


325 AYAT PASIF Bil. Ayat Pasif 1. Mesin-mesin dicipta oleh manusia untuk meningkatkan produktiviti. 2. Peralatan yang menggunakan elektrik mula dicipta oleh manusia. 3. Minyak dan gas turut digunakan oleh manusia pada zaman ini. 4. Sistem sensor digunakan oleh para pencipta secara meluas. 5. Data dikemas kini oleh komputer secara automatik. AKTIVITI 3 Murid membina ayat aktif. Kemudian, menukarkannya kepada ayat pasif. CONTOH Bil. Ayat Aktif Ayat Pasif 1. Saya yang menulis rencana itu. Rencana itu saya yang tulis. 2. Saya membaca majalah itu. Majalah itu saya baca. 3. Kami mengemas rak buku itu. Rak buku itu kami kemas. 4. Kami makan nasi. Nasi kami makan. 5. Adik minum susu. Susu diminum oleh adik. 6. Kita perlulah mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat ibu bapa perlulah kita dengar. 7. Kamu mesti menutup periuk ini. Periuk ini mesti kamu tutup. 8. Mereka membersihkan rumah itu. Rumah itu dibersihkan oleh mereka. 9. Emak memasak gulai. Gulai dimasak oleh emak. 10. Daud mengutip sampah. Sampah dikutip oleh Daud.


326 13.3 ERA BAHARU INDUSTRI SUKAN (HALAMAN 164-165) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.6.1 Menulis dan mengadaptasi sesuatu bahan prosa kepada pelbagai bentuk penulisan yang baharu, betul, sesuai dan menarik AKTIVITI 1 Murid dikehendaki meneliti bahan dan mengenal pasti maklumat yang terdapat pada halaman 164-165. AKTIVITI 2 Berdasarkan maklumat, murid menghasilkan bentuk penulisan baharu yang kreatif. CONTOH Mata Puan Suzana tidak berkelip-kelip melihat aksi lincah Asman dan adiknya, melompatlompat di atas trampolin besar di Flip Out. Sesekali Asman melompat-lompat tinggi dan melakukan aksi akrobatik seperti ahli gimnastik layaknya. Dayana cuba meniru aksi abangnya tetapi kurang menjadi. Dia kecewa namun kecewanya itu sebentar sahaja. Dia kembali melompat. Ketika Puan Suzana leka memerhatikan Asman dan adiknya, tiba-tiba kedengaran orang memberi salam kepadanya. Puan Hayati : Assalamualaikum. Puan Suzana : Waalaikumussalam. Puan Hayati : Sudah lama awak sampai di sini? Puan Suzana : Sudah hampir setengah jam saya berada di sini. Puan Hayati : Sekarang ini industri sukan juga mendatangkan keuntungan ya? Puan Suzana : Betul. Kesedaran untuk menjaga kesihatan semakin tinggi dalam kalangan masyarakat. Kemunculan pusat sukan dan riadah pula seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Puan Hayati : Benar kata awak. Minggu lepas saya membawa anak saya ke pusat sukan lasak di Shah Alam. Ramai sungguh anak muda dan kanak-kanak seusia anak-anak kita berkunjung ke sana. Nampaknya, aktiviti sukan lasak sungguh diminati ramai.


327 Puan Suzana : Tentu pengusaha pusat sukan ini berjaya mengaut keuntungan yang banyak. Puan Hayati : Keadaan ini sudah menjadi lumrah bagi orang yang berniaga. Yang penting ialah pelanggan-pelanggan mendapat manfaat daripada perniagaan ini. Kita pun tahu bahawa aktiviti sukan dapat menyihatkan badan. Suami saya dan rakan-rakan sekerjanya sejak beberapa bulan yang lalu mula berkunjung ke pusat gimnasium. Hendak mendapatkan bentuk badan yang ideal, katanya. Puan Suzana : Wah, suami dan anak-anak sudah bersukan! Bilalah giliran kita, ya? Puan Hayati : Kalau awak hendak bersenam, kita pergilah bersama-sama. Kita ajaklah kawan-kawan juga. Pusat gimnasium yang selalu dikunjungi oleh suami saya ada ruang khas untuk kaum wanita bersenam. Senaman aerobik dan zumba juga selalu diajarkan oleh jurulatih bertauliah di sana. Puan Suzana : Elok juga cadangan awak. Sesekali kita cubalah pula senaman tabata. Kata orang, senaman itu baik untuk meningkatkan kesihatan badan. Puan Hayati kelihatan teruja benar dengan cadangan rakannya itu. Kedua-dua teman rapat ini terus berbual sambil memerhatikan anak-anak mereka beraksi dengan seronoknya. Pengunjung pusat sukan ini pula datang dan pergi tidak berhenti-henti.


328 13.4 KECIL-KECIL CILI API (HALAMAN 166-167) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR S.P: 1.8.2 Mengulas dan menyatakan maklumat yang tersurat dan tersirat daripada sesuatu bahan audio visual dengan kritis menggunakan ayat yang gramatis. AKTIVITI 1 Guru mengimbas kod QR. Murid menonton bahan audio visual dan meneliti bahan pada halaman 166-167. AKTIVITI 2 Murid menganalisis dan mengulas maklumat tersurat dan tersirat yang diperoleh daripada bahan. CONTOH Bahan Audio Visual Percetakan dan Pembungkusan dalam Dunia Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bil. Maklumat Tersurat Maklumat Tersirat 1. Salah satu produk perniagaan PKS ialah percetakan dan pembungkusan Bidang percetakan dan pembungkusan mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna. 2. Produk-produk percetakan dan pembungkusan ialah kad jemputan perkahwinan, sijil, kepala surat, sampul, pelekat, brosur, katalog, poster, kotak Produk kad jemputan perkahwinan, beg kertas dan beg cenderamata mendapat permintaan yang tinggi untuk majlis perkhwinan.


329 bagi produk, beg kertas dan beg cenderamata. 3. Kreativiti pada rekaan kotak pembungkusan menunjukkan kualiti produk PKS setanding produk antarabangsa. Produk tempatan mampu bersaing secara sihat di peringkat antarabangsa. 4. Bidang percetakan dan pembungkusan mempunyai potensi amat baik untuk menjana pendapatan pengusaha PKS. Bidang ini mampu menaikkan taraf hidup para pengusaha PKS. 5. Perniagaan ini turut membuka peluang kepada orang ramai. Kadar pengangguran dapat dikurangkan. Bahan pada halaman 166-167 Jenis-jenis Produk PKS Bil. Maklumat Tersurat Maklumat Tersirat 1. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menyumbang kepada peningkatan pendapatan pengusaha dan negara. Peningkatan pendapatan pengusaha akan menguntungkan negara melalui bayaran cukai perniagaan yang dijelaskan oleh mereka. 2. Terdapat pelbagai jenis produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengusaha PKS antaranya industri pembungkusan dan percetakan, industri komponen automotif, industri berasaskan logam, industri pemprosesan makanan, industri berasaskan plastik, industri kimia dan industri komponen elektrik dan elektronik. Kepelbagaian produk PKS menguntungkan rakyat kerana produk tempatan lebih murah berbanding produk yang diimport dari luar negara. 3. Kaedah sejuk beku mampu mengatasi masalah jualan kuih-muih tidak habis dan kuih juga tidak rosak. Pembungkusan jenis vakum boleh menghalang pertumbuhan bakteria untuk mengekalkan ketahanan produk makanan.


330 4. Produk PKS mampu menembusi pasaran antarabangsa. Pelbagai strategi perlu dirangka oleh kerajaan untuk mempromosikan produk PKS hingga ke peringkat global. 5. Rumah kedai menjadi pusat perniagaan keluarga. Ruang yang luas membolehkan banyak produk dihasilkan. Pengusaha PKS perlu berfikir di luar kotak dan memanfaatkan segala ruang dan peluang yang ada di depan mata. 6. Wang tabungan yang sedikit digunakan sebaik mungkin sebagai modal. Modal yang tinggi diperlukan untuk memulakan atau mengembangkan sesuatu perniagaan. 7. Memasarkan produk dalam talian. Perniagaan atas talian lebih mudah, cepat, pantas dan menjimatkan masa. 8. Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) sangat prihatin dalam membantu usahawan. Semua bank perlu mencontohi Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) dalam usaha membantu para usahawan PKS. 9. Pinjaman dan khidmat nasihat yang diberikan membantu pengusaha PKS untuk melebarkan perusahaan. Pelbagai program boleh dijalankan untuk membimbing para usahawan dalam usaha melebarkan perusahaan PKS sehingga ke peringkat global.


331 ASPEK SENI BAHASA S.P: 4.3.1 Menghasilkan cerpen secara terancang dengan menggunakan idea yang kreatif serta bahasa yang indah dan menarik. AKTIVITI 1 Murid membina kerangka cerpen secara terancang dengan mengambil kira aspek permulaan, perkembangan, klimaks, dan peleraian. CONTOH KERANGKA CERPEN Permulaan: - Pak Ahmad, pemilik kedai runcit di Desa Bakti - Menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan - Pelanggannya terdiri daripada orang kampung Perkembangan: - Pasar raya baharu dibuka - Ramai pelanggan Pak Ahmad beralih ke pasar raya baharu - Pak Ahmad berusaha mencari cara untuk tetap bersaing secara sihat meskipun modalnya terbatas - Dia berbincang dengan ahli keluarganya untuk meningkatkan daya tarikan kedai runcitnya - Anaknya memberi idea supaya diadakan perkhidmatan penghantaran, jualan penghabisan stok pada setiap hujung bulan dan membuka peluang kepada peniagapeniaga kecil di Desa Bakti untuk meletakkan hasil jualan mereka di kedainya - Perniagaannya menjadi tular di media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok Klimaks: - Jualan penghabisan stok ini menarik perhatian warga desa dan mencipta semangat komuniti yang lebih kuat - Kedai Pak Ahmad menjadi tempat bagi warga desa untuk berkumpul, berinteraksi, dan membeli produk-produk tempatan - Kedai Pak Ahmad semakin dikenali kerana keramahan dan layanannya yang baik kepada pelanggan


332 Peleraian: - Pasar raya masih ada - Ramai warga desa tetap memilih untuk berbelanja di kedai Pak Ahmad - sokongan terhadap usaha Pak Ahmad membantu peniaga kecil yang lain AKTIVITI 3 Murid menghasilkan cerpen secara terancang dengan menggunakan idea yang kreatif serta bahasa yang indah dan menarik. CONTOH CERPEN Pak Ahmad merupakan satu-satunya pemilik kedai runcit di Desa Bakti. Beliau menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di kampung itu. Pelanggan setianya terdiri daripada orang kampung yang sudah sekian lama menetap di situ. Namun, segala-galanya berubah sejak beberapa bulan yang lalu apabila sebuah pasar raya baharu dibuka di Desa Bakti. Ramai pelanggan Pak Ahmad mula beralih ke pasar raya baharu itu. Pak Ahmad terpaksa berusaha mencari cara untuk tetap bersaing secara sihat meskipun modalnya agak terbatas. Dia mula berbincang dengan ahli keluarganya untuk meningkatkan daya tarikan kedai runcitnya. Tanpa diduga, anaknya yang baru sahaja menamatkan pengajian di menara gading dalam jurusan pengurusan perniagaan memberi idea supaya diadakan perkhidmatan penghantaran, jualan penghabisan stok pada setiap hujung bulan dan membuka peluang kepada peniaga-peniaga kecil di Desa Bakti untuk meletakkan hasil jualan mereka di kedainya. Sejak hari itu, perniagaannya menjadi tular di media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok. Jualan penghabisan stok ini menarik perhatian warga desa dan mencipta semangat komuniti yang lebih kuat. Kedai Pak Ahmad menjadi tempat bagi warga desa untuk berkumpul, berinteraksi, dan membeli produk-produk tempatan. Kedai Pak Ahmad semakin dikenali kerana keramahan dan layanan yang baik kepada para pelanggan. Meski pun pasar raya baharu itu masih ada, namun, ramai warga desa tetap memilih untuk berbelanja di Kedai Runcit Pak Ahmad. Semua itu berlaku berkat sokongan terhadap usaha Pak Ahmad membantu peniaga-peniagan kecil yang lain di kampungnya.


333 13.5 DESA CEMERLANG INDUSTRI MAPAN (HALAMAN 168-169) KEMAHIRAN MENULIS S.P: 3.5.1 Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. AKTIVITI 1 Murid membaca petikan pada halaman 168-169. AKTIVITI 2 Murid mengenal pasti maklumat atau isi penting yang terdapat dalam bahan.


334 AKTIVITI 3 Murid menyusun maklumat yang terdapat dalam bahan. Keistimewaan inap desa Kampung Lonek CADANGAN ISI: 1. Kampung ini merupakan kampung tradisional yang masih mengekalkan adat perpatih dalam kehidupan mereka. 2. Kampung Lonek juga mempunyai tarikan kesenian, kebudayaan, dan warisan. 3. Pelancong yang mengunjungi kampung ini dan menyertai program inap desanya dapat menyaksikan persembahan bongai. 4. Tarikan alam semula jadi merupakan salah satu lagi keistimewaan inap desa Kampung Lonek. 5. Kampung ini dikelilingi sawah padi yang terbentang luas. 6. Kampung ini juga ditanam dengan pelbagai pokok buah-buahan.


335 7. Inap desa Kampung Lonek juga melaksanakan pelbagai projek yang menarik, termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). 8. Penduduk kampung ini terlibat dalam perusahaan penghasilan mi kuning dan juga projek penternakan lebah kelulut. AKTIVITI 3 Murid menulis ringkasan tentang keistimewaan inap desa Kampung Lonek. CONTOH JAWAPAN Keistimewaan inap desa Kampung Lonek antaranya kampung ini merupakan kampung tradisional yang masih mengekalkan adat perpatih dalam kehidupan mereka. Di samping itu, Kampung Lonek juga mempunyai tarikan kesenian, kebudayaan, dan warisan. Pelancong yang mengunjungi kampung ini dan menyertai program inap desanya dapat menyaksikan persembahan bongai. Seterusnya, tarikan alam semula jadi merupakan salah satu lagi keistimewaan inap desa Kampung Lonek. Kampung ini dikelilingi sawah padi yang terbentang luas. Kampung ini juga ditanam dengan pelbagai pokok buah-buahan. Inap desa Kampung Lonek juga melaksanakan pelbagai projek yang menarik termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Akhir sekali, penduduk kampung ini terlibat dalam perusahaan penghasilan mi kuning dan projek penternakan lebah kelulut. (107 patah perkataan)


336 13.6 PENILAIAN (Halaman 170-172) A. Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian buat tugasan yang berikutnya. Tanah Bencah Setiu memiliki keindahan ekosistem dan flora yang menghijau bersulamkan nuansa desa nan permai. Kehadiran pengunjung ke kawasan tersebut memberikan satu pengalaman yang mengujakan. Kawasan tanah lembap semula jadi terbesar di pantai timur Semenanjung itu menyajikan pelbagai panorama luar biasa. Tanah Bencah Setiu satu-satunya lokasi di Malaysia yang mempunyai sembilan ekosistem yang saling berhubung. Ekosistem tersebut ialah laut, pantai, lumpur, lagun, muara, sungai, pulau, hutan di sepanjang pantai, dan paya bakau dengan keluasan 23 000 hektar. Tanah Bencah Setiu telah menarik minat Tabung Hidupan Liar Sedunia Malaysia (WWF Malaysia) untuk melakukan kajian saintifik di situ. Kajian pertubuhan itu mendapati bahawa kawasan tersebut merupakan habitat yang paling sesuai untuk penyu dan tuntung sungai. Sebaik-baik sahaja menjejakkan kaki di Laguna Agro Resort yang terletak di Kampung Limau Nipis, Gong Batu Setiu, Syafa terpukau dengan keindahan di situ. Dia yang memang menggemari suasana desa akan meneroka keunikan Tanah Bencah Setiu itu. Khabarnya ada aktiviti mencari kepah, lokan, dan kerang yang disediakan oleh pihak penganjur. Sudah tentu peluang keemasan ini tidak akan dilepaskannya. Dia yang juga kaki pancing akan meneroka khazanah ikan yang terdapat di situ. Terdapat pelbagai jenis ikan di situ seperti siakap putih, siakap merah, dan kerapu. Wah, tentu seronok menikmati ikan bakar yang segar!


337 1. Tanah Bencah Setiu dianggap unik berbanding dengan destinasi pelancongan yang lain kerana: A. bersulamkan nuansa desa nan permai. B. merupakan tanah lembap semula jadi terbesar di pantai timur. C. mempunyai sembilan ekosistem yang saling berhubung. 2. Pada pendapat anda, mengapakah Tabung Hidupan Liar Sedunia Malaysia (WWF Malaysia) memilih Tanah Bencah Setiu sebagai tempat kajian mereka? Pada pendapat saya, Tabung Hidupan Liar Sedunia Malaysia (WWF Malaysia) memilih Tanah Bencah Setiu sebagai tempat kajian mereka kerana … - mempunyai potensi sebagai destinasi eko-pelancongan yang mampu menjana peluang ekonomi kepada penduduk setempat termasuk Industri Kecil dan Sederhana yang boleh menyumbang kepada pendapatan negeri - kaya dengan sumber mineral - beberapa tahun kebelakangan ini, perubahan dalam penggunaan dan pengurangan keluasan tanah serta kemusnahan habitat Tanah Bencah Setiu menunjukkan paras bahaya - Tanah Bencah Setiu mempunyai nilai ekonomi dan perlu dipelihara untuk generasi akan datang - ancaman terhadap kawasan itu didapati semakin meningkat dan boleh menjejaskan keupayaan tanah bencah untuk terus memberikan khidmat dan produk dari segi ekologi, sosial dan ekonomi. 3. Huraikan perwatakan Syafa berdasarkan petikan cerpen di atas. Berdasarkan petikan cerpen di atas, Syafa digambarkan sebagai seorang pencinta alam sekitar, aktif suka akan cabaran. Hal ini dikatakan demikian kerana dia menggemari suasana desa dan akan meneroka keunikan Tanah Bencah Setiu itu. Dia juga tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti mencari kepah, lokan, dan kerang yang disediakan oleh pihak penganjur. Dia yang juga kaki pancing dan akan meneroka khazanah ikan yang terdapat di situ. 4. Anda ditugaskan untuk mempromosikan Tanah Bencah Setiu kepada para pelancong. Hasilkan brosur yang menarik untuk tujuan tersebut.


338 CONTOH BROSUR


339 B. Teliti bahan di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang dikemukakan. Aku sedang leka membelek-belek gambar yang dirakam ketika keluargaku mengunjungi Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) pada tahun 2016. Aku masih teringat lagi betapa terujanya kami sebaik-baik tiba di tapak pameran. Pameran tersebut diadakan dari 1 hingga 11 Disember pada tahun tersebut. “Ayah cadang kita sekeluarga berlibur di sekitar ibu kota Kuala Lumpur dan negeri Selangor kali ini,” kata ayah, memberikan cadangan. "Kita lawati pameran pertanian," sambung ayah lagi. “Pameran pertanian?” soalku tercengang. Padaku, cuti sekolah kali ini tentu membosankan aku. Setibanya kami di tapak pameran yang terletak di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor, keadaan sungguh meriah. Begitu ramai pengunjung yang membanjiri pameran ini. Lebih menarik lagi, terdapat pelbagai aktiviti yang sungguh menyeronokkan dan sesuai disertai oleh pelbagai peringkat umur seperti seminar perniagaan pertanian, bazar agro, aktiviti agropelancongan, promosi agroproduk, persembahan kebudayaan, masakan tradisional, memanah, paintball, permainan air, dan pertunjukan haiwan peliharaan. Pelbagai jenis tanaman daripada baka yang terbaik turut dijual. Harga yang ditawarkan agak murah. Ayah amat meminati tanaman-tanaman tersebut. Ibu pula terhibur menyaksikan demonstrasi masakan dan pelbagai jenis masakan tradisional. Aku dan adik terleka melihat pameran haiwan peliharaan. “Seronok, bukan?” soal ayah pada hari itu. Aku mengangguk. Sesungguhnya aku tertewas. Andaianku meleset. Percutian ke Kuala Lumpur dan kunjungan ke MAHA 2016 di Serdang, Selangor, merupakan kenangan manis yang sukar dilupakan. Harapanku, kami akan mengunjungi MAHA lagi pada masa akan datang.


340 1. Nyatakan maksud istilah di bawah ini. a) agroproduk :Produk yang berkaitan dengan hasil pertanian. b) agropelancongan :Pelancongan yang berkaitan dengan pertanian. c) bazar agro :Kedai kecil atau gerai tempat menjual hasil pertanian. 2. Berdasarkan bahan, cadangkan beberapa aktiviti yang sesuai untuk disertai oleh ayah, ibu, dan penulis. Antara aktiviti yang sesuai untuk disertai oleh ayah, ibu, dan penulis adalah membeli-belah di bazar agro, menonton persembahan kebudayaan dan demonstrasi makanan tradisional. Mereka juga boleh menyertai aktiviti memanah dan paintball serta menonton pertunjukan haiwan peliharaan. 3. Pada pendapat anda, mengapakah penulis berfikiran bahawa percutian mereka pada tahun tersebut membosankannya? Pada pendapat saya, penulis berfikiran bahawa percutian mereka pada tahun tersebut membosankannya kerana penulis tidak menggemari bidang pertanian. Kunjungan ke Kuala Lumpur merupakan perkara biasa bagi penulis dan penulis ingin melancong ke negeri lain yang menawarkan pengamalan yang berbeza. 4. Berdasarkan petikan dan paparan infografik, bersoal jawab dengan rakan anda tentang penganjuran pameran ini pada masa akan datang. Saya : Pada pendapat anda, apakah kepentingan pameran seperti ini? Rakan : Pada pendapat saya, pameran seperti ini mampu meningkatkan ekonomi negara. Apakah pendapat awak? Saya : Saya juga bersetuju dengan pendapat awak. Ekonomi negara dapat ditingkatkan di samping dapat juga memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pertanian di Malaysia. Rakan : Saya berharap agar pada masa akan datang, pameran ini tidak diadakan di Selangor sahaja. Saya : Maksud awak? Rakan : Maksud saya, pameran ini boleh juga diadakan di negeri-negeri lain. Negeri lain juga boleh menjadi tuan rumah untuk pameran ini. Barulah semua lapisan masyarakat dapat merasai faedah dan keseronokannya. 5. Hasilkan satu penulisan untuk mengadaptasi cerpen di atas menjadi suatu bentuk penulisan lain yang menarik.


341 Pada cuti sekolah yang lalu, aku dan keluarga telah mengunjungi Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) yang diadakan di Serdang, Selangor. Pameran tersebut telah diadakan pada 1 hingga 11 Disember. Walaupun pada mulanya aku tidak begitu bersetuju dengan destinasi percutian pada kali ini, namun aku akur dengan rancangan ayah. Kami bertolak ke pameran tersebut pada jam 5 pagi kerana perjalanan yang jauh. Aku juga tidak tahu sebab ayah memilih pameran MAHA sebagai destinasi percutian pada kali ini. Mungkin kerana minat ayah terhadap pelbagai jenis tanaman. Sebaik sahaja tiba di destinasi pameran yang terletak di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor, aku begitu tekejut. Aku melihat begitu ramai orang yang hadir ke pameran tersebut. Melihat jumlah pengunjung yang begitu ramai, perasaan bosanku pada awalnya tadi telah berubah menjadi teruja. Aku juga melihat pelbagai khemah yang besar didirikan di tapak pameran tersebut. Tentu sahaja banyak aktiviti di setiap khemah tersebut. Benar sangkaanku. Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk pengunjung yang melawati pameran ini. Menurut ayah sebelum kami memasuki pameran tersebut, terdapat pelbagai aktiviti yang menarik di situ. Antaranya ialah seminar perniagaan pertanian, bazar agro, aktiviti agropelancongan, promosi agroproduk, persembahan kebudayaan, masakan tradisional, memanah, paintball, permainan air, dan pertunjukan haiwan peliharaan. Aku teruja untuk menyertai setiap aktiviti tersebut walaupun aku tahu pastinya aku tidak sempat untuk melakukan kesemua aktiviti tersebut. Aku bercadang untuk menyertai aktiviti memanah dan paintball kerana aku belum pernah melakukan aktiviti tersebut di mana-mana sebelum ini. Ayah pula aku lihat begitu tertarik dengan pelbagai jenis tanaman yang dijual di bazar agro. Minat terhadap tanaman telah menyebabkan ayah membeli hampir lima jenis pokok yang terdapat di gerai tersebut. Aku hanya tersenyum melihat ayah melayan hobinya. Tawaran harga yang agak murah juga menjadi punca ayah memborong tanaman lain seperti pokok bunga. Ibu pula terhibur menyaksikan demonstrasi pelbagai jenis masakan tradisional. Kata ibu, dia juga ingin mencuba resepi masakan tersebut apabila kami pulang ke rumah nanti. Dia jarang memasak masakan tradisional sebelum ini memandangkan kami lebih suka masakan moden. Aku dan adik pula melihat pameran haiwan peliharaan. Bukan itu sahaja, kami juga menonton pertunjukan haiwan peliharaan. Adik ketawa mengekek melihat aksi comel haiwanhaiwan peliharaan itu. Sebelum pulang, ayah membawa aku dan adik melakukan aktiviti paintball dan memanah. Aku tidak dapat menyembunyikan keterujaanku sebaik sahaja aku memegang busur panah tersebut. Aku berlagak seperti pemanah di acara sukan memanah walaupun aku tahu sasaran anak panahku pasti tidak akan mengenai sasaran. Mungkin kerana pertama kali mencuba, aku berasa seperti pemanah terkenal. Aku tersenyum apabila mengingat kembali kekalutanku melepaskan anak panah sebelum disuruh oleh pelatih.


342 Tepat jam 6 petang, kami bergerak meninggalkan pameran tersebut. Kami singgah di kedai makan sebelum pulang ke hotel untuk menyambung percutian kami yang selanjutnya. Percutian ke Kuala Lumpur dan kunjungan ke MAHA 2016 di Serdang, Selangor, merupakan kenangan manis yang sukar dilupakan. Harapanku, kami akan mengunjungi MAHA lagi pada masa akan datang.


Click to View FlipBook Version