MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM1 NO. KANDUNGAN MUKASURAT1. DAFTAR ISI 12. PRAKATA 33. SENARAI NAMA PENGGUBAL MODUL 44. KITALAH JUARA (2-3) 65. MENAWAN SAMUDERA (4-5) 86. JUTAWAN SUKAN (6-7) 137. LAUTAN API KURENANGI! (8-9) 178. TANGAN YANG MENGGONCANG DUNIA (10-11) 209. BACAAN LUAS: MENYUSURI PULAU IMPIAN (12-13) 2210. NUTRIEN UNTUK MINDA (16-17) 2411. BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA (18-19) 2712. EVOLUSI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (20-21) 3013. MALAYSIA MEMBACA (22-23) 3314. MEMBAWA DUNIA KE BILIK DARJAH (24-25) 3615. KERJAYA DI AWAN BIRU (28-29) 3916. SAKSI SENYAP RUNGKAI MISTERI (30-31) 4217. DARI TITIK KE TITIK (32-33) 4518. MENJULANG POTENSI DIRI (34-35) 4719. HARAPAN SETINGGI GUNUNG (36-37) 4920. SEMERAH ROZEL (44-45) 5221. TERBAIK DARI KOLAM (46-47) 5522. REALISASIKAN IMPIAN (48-49) 5823. SERIKANDI BERJASA! (50 - 51) 6024. SINAR BAHARU PENTERNAK JAYA (52-53) 6325. PEMULIHAN, PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN (54-56) 6726. RUMAH PASANG SIAP (58-59) 6927. KHAZANAH HUTAN BAKAU (60-61) 7128. KEK ANEKA RONA (62-63) 7429. MENGHADAPI RINTANGAN (64-65) 7630. MAJU DALAM INDUSTRI MUTAKHIR (66-67) 8031. PEMULIHAN DAN PENGAYAAN (68-69) 8332. MALAYSIA SYURGA MAKANAN (72-73) 8733. TAHAN MENGHIJAU(74-75) 9034. WARISAN DUNIA (76-77) 9335. PELANCONG HIJAU (78-79) 10336. POS KUALA MU (80 - 81) 10837. PEMULIHAN, PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN (82 - 84) 10938. MUAFAKAT KORPORAT (86-87) 11439. JEBAK DIGITAL (88-89) 11640. GERUH-GERAH BADAN AIR (90-91) 11941. GEMA BELANTARA (92-93) 12242. TENTANG BULAN (94-95) 12643. RUMAH PUSAKA SUTAN MENGATAS (102-103) 13044. DARAH SATERIA (104-105) 13645. SEJARAH MENDEWASAKAN KITA (106 -107) 14046. TEKSTIL WARISAN (108-109) 14147. TERCATAT DALAM SEJARAH (110 - 111)) 14648. BACAAN LUAS (112-113) 14949. PEMULIHAN (114) 15150. BUKAN SEBARANG SENIMAN (116-117) 152
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM2 NO. KANDUNGAN MUKASURAT51. IDENTITIKU (118-119) 15652. AMALAN HIDUP BERMASYARAKAT (120-121) 15853. MENU MALAYSIA DI SERATA DUNIA (122-123) 16354. MISI KEMANUSIAAN (124-125) 16555. PEMULIHAN, PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN (126-128) 16756. TUKANG TULIS (130-131) 17457. SASTERAWAN DARI UTARA (132-133) 17858. BAHASA MURNI, WAJAH PERIBADI (134-135) 18159. SASTERA UNTUK MASYARAKAT (136-137) 18460. PENCINTA BAHASA (138-139) 18961. BELANJAWAN DINAMIK (146-147) 19162. MENDUNG BERALIH JUA (148-149) 19563. TUNAIKAN TANGGUNGJAWABMU (150-151) 19764. YAKIN, PASTI BOLEH! (152-153) 20065. SIMPAN, LABUR, DAN UNTUNG (154-155) 20766. PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN (156-157) 21267. EKSPRESI DIRI (160-161) 21768. ASIMILASI SENI (162-163) 22069. INDAHNYA TERAPEUTIK (164-165) 22270. DARI DAPUR BONDA (166 - 167) 22471. HUTAN KECILKU (168-169) 22772. PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN (170-171) 23073. LUBUK AKAL, TEPIAN ILMU (174-175) 23574. PATAH DAGU, BERTONGKAT PARUH (176-177) 23775. KUASA GRAVITI (178-179) 24076. PANORAMA DIORAMA (180-181) 24577. PULAU 11 GELARAN (182-183) 24878. IKRAR ANDA, HARAPAN MEREKA (190-191) 25179. MITOS PERUBATAN (192-193) 25380. VEKTOR PEMBAWA PENYAKIT (194-195) 25681. DEBU-DEBU DI UDARA (196-197) 25982. MARAH, JANGAN ENGKAU MARAH (198-199) 26183. PEMULIHAN DAN PENGAYAAN (200-201) 26384. BAHASA ALAM (204-205) 26885. FUTURIS (206-207) 27286. HARGA TEKNOLOGI (208-209) 27587. MAKAN SAINS, TIDUR SAINS (210-211) 28188. INOVASI 5G (212-213) 28389. BACAAN LUAS (214-215) 28590. BELIA POSITIF, TERSERLAH WIBAWA (218-219) 28891. MARI MENGUNDI (220-221) 29292. PEMIMPIN BERKESAN, PENCETUS KEJAYAAN (222-223) 29493. KECINDAN PEMIMPIN (224-225) 29894. MUAFAKAT SERANTAU (226-227) 30195. PENILAIAN 1 (38 - 42) 30796. PENILAIAN 2 (96 - 100) 32097. PENILAIAN 3 (140 - 144) 33198. PENILAIAN 4 (184 - 188) 33899. PENILAIAN 5 (228 - 232) 352
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM3 PRAKATA Puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana atas limpahan rahmat dan kurnia-Nya, modul inidapat dihasilkan. Secara peribadi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada cikguBadrol Hishambin Ibrahim selaku pentadbir utama grup BM SPM kerana memberikan kepercayaan sepenuhnyakepadasaya dalam usaha menyelaraskan pembinaan modul ini. Saya menyedari bahawa terlaksananyatugasmenyiapkan modul ini hasil daripada bantuan dan sumbangan ahli-ahli dalamTelegramGuruBMSPM.Kumpulan yang diwujudkan ini merupakan medan untuk guru-guru berkongsi ilmu, pengalamandanbahanPengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Dengan bantuan teknologi media sosial Telegramini, kerjasamasecara maya dalam penghasilan modul Bahasa Melayu dapat dilaksanakan. Penggubalanmodul inimerupakan satu usaha murni kumpulan Telegram Guru BMSPM bukan sahaja untuk manfaat ahli-ahlikumpulan malahan untuk faedah semua guru Bahasa Melayu di tanah air kita ini. Antaraobjektifpenyediaan Modul Sokongan Buku Teks Tingkatan 4 adalah seperti berikut: 1. Membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan guru dan murid. 2. Menyediakan bahan sokongan PdPc yang sistematik berdasarkan buku teks. 3. Membina item pengujian yang sesuai berdasarkan konstruk pentaksiran dan penilaian. 4. Menyemarakkan perkongsian pintar sesama ahli grup. Penubuhan kumpulan Telegram Guru BMSPM ini mempunyai matlamat untuk saling membantudanmeringankan tanggungjawab mendidik anak-anak murid. Guru-guru dalam kumpulan ini tidaklokekilmudan membantu dari segi pengalaman dan kepakaran mereka. Banyak bahan yang dikongsi yangmemberikan kebaikan kepada semua guru Bahasa Melayu. Saya mewakili para pentadbir kumpulanTelegram Guru BMSPM menyeru agar ahli-ahli sudi untuk meluangkan masa, bersama-samamemerahpemikiran dan tenaga dalam usaha untuk membuat modul-modul bagi menyokong pengajarandanpembelajaran Bahasa Melayu khasnya bagi tingkatan 4 dan 5. Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi menggantikan KurikulumBersepaduSekolah Menengah (KBSM) telah banyak membawa perubahan dari segi format pentaksiran. Selainitu,kehadiran pandemik Covid-19 juga merupakan satu cabaran kepada para pendidik untuk melaksanakanPengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR). Oleh sebab itu, pendekatan dan penambahbaikanperludilaksanakan sama ada dalam pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka atau dalamtalianagarmemenuhi keperluan kurikulum dan juga suasana baharu. Dalam mengendalikan penghasilan modul ini, sokongan daripada guru-guru yang bersama dalamkumpulanini amat dihargai. Mereka memberikan komitmen walaupun dalam kesibukan kerjaya di tempat bertugasmasing-masing. Modul yang anda tatap sekarang ialah Modul Sokongan Buku Teks Bahasa MelayuKSSMTingkatan 4. Insya-Allah, selepas ini akan menyusul Modul Soalan Berformat SPMberdasarkantemaBukuTeks Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4. Saya sangat memahami bahawa modul yang telah dihasilkan ini tidaklah sempurna. Oleh sebabitu, sayaamat mengalu-alukan teguran dan kritikan membina. Sila kemukakan sebarang teguranandamelaluiTelegram menerusi nama pengguna @rose_6631. Sebarang idea untuk pembinaan modul bagi memenuhikeperluan guru-guru Bahasa Melayu tingkatan 4 dan 5 amat dihargai. Semoga sumbangan kami yangsedikitini memberikan manfaat kepada guru-guru dan murid-murid. Akhir kata, sekali lagi saya inginmerakamkanucapan syabas dan tahniah kepada para penggubal Modul Sokongan Buku Teks Bahasa MelayuKSSMTingkatan 4 ini. Roosezah binti Sabri Pentadbir Telegram Guru BMSPM SMK Sungai Manik 36000 Teluk Intan, Perak.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM4 NO. NAMA PARA PENGGUBAL MODUL TEMPAT BERTUGAS 1. AFSIAH BINTI ABDUL RACHMAN SMK KUHARA, TAWAU, SABAH 2. ARBAIYAH BINTI MOHD SAMSI SMA SHAMSUDDINIAH, TANGKAK, JOHOR 3. AZILAH BINTI AJIB SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM, KUALA KANGSAR, PERAK4. DANIEL TIEW TUTOR 5. DULIJAH BINTI JALINU SMK MERU, KLANG, SELANGOR 6. EVA SORNAM GUNASEGARAN SMK TENGKU AMPUAN JEMAAH, KLANG, SELANGOR7. FADZILAH BINTI SANDARI SMK DATO’ ABDUL RAHMAN ANDAK, SPG RENGGAM, JOHOR8. FAIZA RAHILA BINTI ISMAIL SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR 9. FAIZAH BINTI MOKHTAR SMK GOMBAK SETIA, SELANGOR 10. HARLIANA BINTI MOHD ARIFIN SMK AGAMA TUN AHMADSHAH, KOTA KINABALU, SABAH11. HASANAH BINTI SHAHIDAN SMK TAMAN PANGLIMA, ASSAM KUMBANG, TAIPING, PERAK12. HASLINDA BINTI ROSLE SMK BAYAN LEPAS, PULAU PINANG 13. HAYATI BINTI MOHAMED SMK DATO ABDUL RAHMAN YAAKUB, BOTA, PERAK 14. JOEY TAN BERSARA 15. KAREN LING ENG SMK LANANG, SIBU, SARAWAK 16. KHADIJAH BINTI AHMAD SM TAHFIZ AL-QURAN CHENDERAH, JASIN, MELAKA17. LATIFAH BINTI HJ. SANI SMK KUHARA, TAWAU, SABAH 18. LATIFAH BINTI TARKEP SMK AGAMA JOHOR BAHRU, JOHOR 19. LETCHUMY A/P SUBRAMANIAM SMK BANDAR PUTRA, SEGAMAT, JOHOR 20. LIAW KON YIN@NURISMAH LIAW SMK TAMAN RIA, TUARAN, SABAH 21. MARIAH BINTI ABDUL HAMID SMK SELAMA, KEDAH 22. MASJURAIQAIS BIN CHE SOH MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS, SANDAKAN, SABAH23. MASNI BINTI KARATE SMK ABU BAKAR AL-BAQIR, BAGAN SERAI, PERAK 24. MASTURA BINTI MAT HASSAN SMK (P) METHODIST, KUANTAN, PAHANG 25. MASZAIRIANI BINTI ZAINAL SM ARAB JAIM ASSYAKIRIN, SELANDAR, MELAKA 26. MAZNAH BINTI HASSAN SMK KUNAK JAYA, KUNAK, SABAH 27. MEGANATHAN LACHIMANAN SMK SUNGAI KARANGAN, KULIM, KEDAH 28. MOHAMAD YUSUF BIN OMAR KOLEJ VOKASIONAL TELUK INTAN, PERAK 29. MOHAMMAD FAIZAL BIN MAT YUSOFF SM WESLEY METHODIST, SENTUL, KUALA LUMPUR 30. MOHD FAHDELI BIN ISA SMT KUANTAN, KUANTAN, PAHANG 31. MOHD MAULANA BIN MASBOR SMK DATO’ IBRAHIM MAJID, SIMPANG RENGGAM, JOHOR32. MOHD RIFQI BIN ISMAIL SMK TUNKU ANUM TUNKU ABDUL RAHMAN, KEDAH33. MOHD SYAHMIRZA ABDULLAH SMK METHODIST, SIBU, SARAWAK 34. MOHD. ZUJIMAN BIN ABAS SMK HORLEY METHODIST, TELUK INTAN, PERAK 35. NAFIZAH BINTI ABD. WAHAB SMKA DATO’ HJ ABU HASSAN HJ SAIL, PEDAS, N.SEMBILAN36. NIK ANITA BINTI NIK AB. MAJID SMK PAYA RUMPUT, MELAKA 37. NIK SHARIFAH BINTI NIK MOHD YUSOFF SMK MAXWELL, KUALA LUMPUR 38. NOOR FARIDAH BINTI BERAHIM SMK BUKIT SENTOSA 2, RAWANG, SELANGOR 39. NOOR HUZAIMAH BINTI TAMIT SMKA SIBU, SIBU, SARAWAK 40. NOORAZIAH BINTI ABDULLAH SMK TAMAN EHSAN, KEPONG, SELANGOR 41. NOR HASLIZA BINTI HASSAN SMK TAMAN SELAYANG, SELANGOR 42. NOR SHAYAUMIL QHAIRIL EEMANN BIN MUHAMMAD NOR SMU (A) TARBIAH ISLAMIAH, KELANTAN 43. NORAINI BINTI ISMAIL SMK (P) SULTAN ABU BAKAR, MUAR, JOHOR 44. NORAZAH BINTI AHMAD @ WAHAB SMK MAHMUD, RAUB, PAHANG 45. NORLIZA BINTI HUSIN SMK PERIMBUN, CHERAS, SELANGOR 46. NORSHAHIRAH BINTI NOR AZMAN SHAH SMK SERI MULIA, KUALA LUMPUR 47. NORTABSHIAH BINTI KAMARUZZAMAN SMK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG, SELANGOR48. NORWAHIDA BINTI KANARI SMK TOK PERDANA, SITIAWAN, PERAK 49. NUR ZULAIKHA BINTI ABU BAKAR SMK SEMOP, DARO, SARAWAK 50. NURJANNAH BINTI YASUNI SMK SENTOSA, KAMPAR, PERAK 51. NURUL AINA BINTI ABU SOHOT SMK ABDUL RAHMAN TALIB, TELUK INTAN, PERAK 52. NURUL AKMAH BINTI ISMAIL MAKTAB TENTERA DIRAJA, KEM SUNGAI BESI, KL 53. NURUL ANIZA BINTI PAIMAN SMK PADUKA TUAN, SEGAMAT, JOHOR 54. RICHARD IGNACY SMK ALANG ISKANDAR, BAGAN SERAI, PERAK
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM5 55. ROHANI BINTI SARBINI SMK HAJAH LAILA TAIB, SAMARAHAN, SARAWAK 56. ROOSEZAH BINTI SABRI SMK SUNGAI MANIK, TELUK INTAN, PERAK 57. RUSLIDA BINTI ABDUL RAHMAN SMK TAMAN FOREST HEIGHTS, SEREMBAN, N.SEMBILAN58. RUZITA BINTI KIMIN SMK BANDAR BARU UDA, JOHOR BAHRU, JOHOR 59. SAHARUDDIN BIN ABDULLAH SMK SIJANGKANG JAYA, BANTING, SELANGOR 60. SALAWATI BINTI KEMAN SM TEKNIK, KUALA LUMPUR 61. SITI FAIRUS BINTI AHMAD SMK KELAPA SAWIT, KULAI, JOHOR 62. SITI FATIMAH BINTI HAMAT SMK PEDU, KUALA NERANG, KEDAH 63. SITI KHAINORLIZA BINTI MOHD NORDIN SAM BAGAN TERAP, SUNGAI BESAR, SELANGOR 64. SITI NORULYANI BINTI MD ZIM SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA, SELANGOR 65. SITI ROHANI BINTI MAT NOR SMK AGAMA KUALA LUMPUR 66. SITI SUHAILA BINTI IBRAHIM SMKA DATO’ HJ ABU HASSAN HJ SAIL, PEDAS, N.SEMBILAN67. SUHAINI BINTI YUSOFF SMK BUYONG ADIL, TAPAH, PERAK 68. SUHANARIYAH BINTI SUGIMAN SMK JUGRA, BANTING, SELANGOR 69. SULEHA BINTI ISNIN SMK TUN MAMAT, TANGKAK, JOHOR 70. SURIYATI BINTI AHMAD SMK TUNKU ABDUL RAHMAN, KUCHING, SARAWAK 71. SUSILAYATI BINTI EHWAN SMK PUTERI WILAYAH, KUALA LUMPUR 72. SUZANAH BINTI ALWI SMK MERU, KLANG, SELANGOR 73. TAN CHAI LONG ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN 74. TENGKU ZAINURIANI BINTI TENGKU PUTEH SMJK NAN HWA, SITIAWAN, PERAK 75. THOO KIM FAH SMK CHUNG HUA, MIRI, SARAWAK 76. TUAN JAMIL BIN TUAN MUHAMMAD SMK DATO’ AHMAD MAHER, KOTA BHARU, KELANTAN77. VOON TZE MING SMK PUJUT, MIRI, SARAWAK 78. WONG HIE LING SMK SEKSYEN 1 BANDAR KINRARA, SELANGOR 79. YII MEE HUA SMK BUKIT LIMA, SIBU, SARAWAK 80. ZAINON BINTI KHALID SMK TAMAN SERI RAMPAI, KUALA LUMPUR 81. ZALILAH BINTI MOHAMAD SMK SELAMA, KEDAH 82. ZAMZURITA @ ROSNI BINTI AB. RAHMAN SMK TAN SRI MOHAMED YAACOB, TANAH MERAH, KELANTAN83. ZARINA BINTI HUSSAIN SMT KUANTAN, KUANTAN, PAHANG 84. ZARINA BINTI TAJOL ARUS SMK BANDAR BARU PUTRA, IPOH, PERAK 85. ZUREE ZURAINEE BINTI ABD RAHIM SEKOLAH SERI SURIA, HULU LANGAT, SELANGOR 86. ZURIDA BINTI JAFFAR SM SRI KDU, PETALING JAYA, SELANGOR
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM6 TEMA 1 - MEREALISASIKAN IMPIANKITALAH JUARA! (HALAMAN 2 - 3) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan sebutanperkataan,rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan jelas dan betul. AKTIVITI 1 - Imbas QR code dan mendengar lagu pasukan sorak. Persembahkanmengikutkreativiti anda. 1. Imbas QR (halaman 2) dan dengar lagu pasukan sorak. 2. Kemudian sila jawab soalan-soalan di bawah ini. a) Anda telah mendengar lagu sorak Rumah Suria, Rumah Segara,RumahBuanadanRumah Purnama. Berdasarkan lagu tersebut, cari maksud peribahasa danrangkai kataberikut: i. Pantang kalah : Tidak mahu menyerah ii. Putih tulang jangan putih mata : Lebih baik mati daripada menanggungmaluiii. Usaha tangga jaya: Seseorang itu perlu berusaha dengan gigih untuk menempakejayaan iv. Bangkit semula: Bangun kembali v. Onak dan duri: Cabaran dan dugaan vi. Bak kesateria gagah berani: Seperti pahlawan yang perkasa vii. Bisa berlari di lautan berapi: Dapat mengharungi bahaya viii. Bagai aur dengan tebing: Saling bekerjasama ix. Jikalau takut dilambung ombak: Sekiranya takut akan risiko,jangan dekati bahayax. Diam seribu bahasa: Tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun xi. Bunga bangsa : Orang yang berjasa kepada negara AKTIVITI 2 - Kemukakan pendapat anda tentang pasukan sorak. Pasukan sorak atau cheerleading merupakan satu aktiviti fizikal dalamsatu kumpulanyangmelibatkan sorakan sambil melakukan gerakan agresif seperti lompatan, lambungan, tariandansebagainya. Kita biasanya akan melihat pasukan sorak ini menghiasi kejohanansukanbagimemberikan laungan semangat kepada para atlet yang bertanding. Jadi secara tidaklangsungperanan pasukan sorak tidak boleh dipandang sepi. Pada pendapat saya,kepentinganpasukansorak ialah :
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM7 a) memberikan semangat kepada atlet yang mewakili pasukan yang bertanding. b) meningkatkan semangat berpasukan dalam kalangan penyokong. c) mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penyokong. AKTIVITI 3 - Cipta sorakan untuk rumah sukan anda dan persembahkannya. Lirik lagu sorakan rumah sukan (ikut kreativiti) Tajuk : Saga Sang Wira (menggunakan muzik lagu Keluang Man) Saga .… Memang kamilah perwira Menjadi sang juara Dalam aneka acara Dengan kelajuan Langkah pergerakannya Menewaskan lawan Yang memberi cabaran Saga sang juara...
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM8 MENAWAN SAMUDERA (HALAMAN 4 - 5) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.1.1 Membaca teks syarahan dan pidato dengan sebutan dan intonasi yang betul, nadayangsesuai serta kepantasan yang wajar. AKTIVITI 1 - Baca syarahan dengan sebutan dan intonasi yang betul, nadayangsesuaiserta kepantasan yang wajar. (Rujuk petikan Kepentingan Sukan Air - ms 4 - 5). Uji dengan soalan pemahaman berdasarkan petikan syarahan Kepentingan Sukan Air. 1. Berdasarkan bahan karangan syarahan Kepentingan Sukan Air, berikan maksud“jangkahayat perenang” ( perenggan ke-3, baris 21). Maksud jangka hayat perenang ialah tempoh masa penyelam. 2. Merujuk bahan karangan, apakah kepentingan Sukan Air? - kekal sihat - memiliki berat badan yang ideal - memupuk nilai-nilai murni. 3. Kebanyakan sukan air memerlukan stamina, kecergasan fizikal, dan kecerdasanmentalsekali selain kemahiran khusus tentang sukan tersebut. Pada pendapat anda, apakah aspek yang perlu dititikberatkan apabila melibatkandiridalam sukan air? - kemahiran menggunakan peralatan sukan air - peserta perlu mematuhi arahan yang diberikan. - aspek keselamatan. 4. Pada suatu hari, anda terbaca satu iklan tentang penyertaan sukan air di peringkat sekolah.Sebagai seorang individu yang berjiwa sukan, bagaimanakah anda dapat menarikminatrakan-rakan dalam menyahut seruan untuk meningkatkan mutu sukan di sekolah?- sebagai seorang rakan, saya akan mendedahkan kepentingan sukan air kepadarakanrakan. - saya juga akan sentiasa memberi dorongan dan kata-kata semangat kepadarakanuntuk mencuba sukan air ini. - saya akan menghulurkan bantuan tunjuk ajar jika diperlukan oleh rakan-rakandalamlatihan sukan air ini. - saya akan bersikap positif / bersifat terbuka menyokong rakan saya jika terlibat dengansebarang aktiviti di sekolah.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM9 ASPEK TATABAHASA SP: 5.1.1 - Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal dan kata majmuk denganbetulmengikut konteks. AKTIVITI 2 - Kenal pasti bentuk kata tunggal dan kata majmuk. Kemudian menggunakanmengikutkonteks. (Rujuk ms 233 untuk senarai kata tunggal dan kata majmuk) (TATABAHASA DEWAN – halaman 61-68 Kata Tunggal, halaman 73-75 Kata Majmuk) 1. Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhanatautidakmengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal. 2. Dua jenis kata tunggal (i) kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata (ii) kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih 3. Terdapat kata tunggal yang tidak pernah menerima apa-apa imbuhan seperti itu, ini, situ, sananamun kebanyakan kata tunggal dalam bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluasdanmenjadi bentuk terbitan. KATA MAJMUK 1. Proses pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih danbentukyangterhasil membawa makna tertentu. 2. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknyatidakbolehmenerima sebarang penyisipan unsur lain. 3. Kata majmuk dipisahkan kepada tiga kelompok: (i) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas • gambar rajah, alat tulis, bandar raya, tengah hari, kapal terbang, terima kasih, merahmuda• termasuk gelaran – Perdana Menteri, Naib Canselor, Raja Muda, Setiausaha Politik (ii) Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus • hak milik, pita suara, darah panas, kemas kini, cari gali, reka bentuk, garis pusat, lut sinar (iii) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan iaitu simpulan bahasa • kaki ayam, anak emas, berat tangan, duit kopi, makan angin, pilih kasih, buta hati KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannnya sudah mantapbdandianggapsatuperkataan yang utuh walaupun bentuk kata tersebut mengandungi dua kata dasar. Perkataanitudieja satu perkataan. 1. antarabangsa (Apek) 9. pesuruhjaya (perempuan) 2. beritahu (bawa) 10. sukarela (suka) 3. bumiputera (bakul) 11. suruhanjaya (senyum) 4. jawatankuasa (jalan) 12. setiausaha (senyum) 5. kakitangan (kiri) 13. tanggungjawab (tak) 6. kerjasama (kanan) 14. tandatangan (tentu) 7. matahari (macam) 15. warganegara (waktu) 8. olahraga (orang)
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM10 CONTOH AYAT KATA TUNGGAL 1. Bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan mampu meringankan beban parapeniagakecilyang terkesan akibat pandemik COVID-19. 2. Ramai penonton bersorak dan memberikan tepukan gemuruh kepada para pesertaacaralaridalam guni yang semakin hampir ke garisan penamat. 3. Pergerakan badan dengan cara mendaki, memanjat dan menurun bukit merupakanaktivititerbaik bagi meningkatkan stamina badan serta merehatkan minda. 4. Seluruh rakyat Malaysia hendaklah mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini agar negaraakan segera bebas daripada ancaman virus berbahaya ini. CONTOH AYAT KATA MAJMUK 1. Pemilik resort itu menawarkan selam skuba sebagai aktiviti utama dalamtempohpercutiankepada setiap pelancong. 2. Pelanggan dinasihati menempah lebih awal kerana aktiviti luncur udara bergantungkepadacuaca semasa. 3. Ayah membina luncur air sepanjang satu kilometer di tanah peninggalan arwahnenek. 4. Sukan luncur jet menuntut pengguna untuk mengenakan jaket keselamatan. AKTIVITI 3 - Terokai maklumat lanjut tentang kepentingan sukan air kepadanegaradanpersembahkannya dalam bentuk syarahan. PENGENALAN SUKAN AIR Sebagaimana yang diketahui umum bahawa 75% kawasan dunia diliputi air. Padazamandahulu, penempatan manusia terletak di pinggir laut atau sungai. Hal ini disebabkanmanusiamemerlukan air untuk kegunaan harian dan bercucuk tanam. Kemudian, sungai danlaut dijadikanjalan perhubungan yang dikenali sebagai jalan air. Di negara kita, keadaan yang sama berlaku. Bandar-bandar yang awal kebanyakannyaterbina di pinggir laut atau di muara-muara sungai. Semua masyarakat di duniamenggunakanjalan air. Sejak zaman dahulu kala lagi jalan air telah menjadi jalan utama. Pengangkutanairmerupakan pengangkutan kedua terpenting selepas pengangkutan darat. Nenek moyangkitatelahmenggunakan jalan air ini untuk berhubung antara satu sama lain dengan menggunakanalatpengangkutan purba. Jalan air yang paling popular digunakan pada zaman dahuluialahsungai.Sungai-sungai ini berperanan menghubungkan kawasan hulu dan hilir. Orang Melayu pada zaman dahulu menggunakan rakit, perahu dan sampan. Merekaakanberdagang ke kawasan-kawasan lain menggunakan sampan dan rakit. Merekamenghilirkemuara-muara sungai yang besar. Orang Melayu zaman dahulu akan menjual baranganmerekakepada pedagang-pedagang di muara-muara sungai tersebut. Antara alat pengangkutanairyangdicipta oleh orang zaman dahulu ialah rakit. Rakit masih digunakan sehingga ke hari ini di daerah-daerah pedalaman. Seterusnya pengangkutan yang lebih sempurna daripada rakit ialahperahu.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM11 Perahu dibuat daripada kayu cengal. Kayu cengal diperoleh di kawasan hutan hujantropika.Dinegara ini terdapat perahu-perahu seperti Perahu Payang, Perahu Kolek, Kolek Gelibat, KolekKueh, Perahu Bedor, Perahu Dogol dan Perahu Jalaror. Sejak dahulu lagi manusia mengetahui airsebagai sumber pengangkutan yang paling mudah. Namum begitu, terdapat empat peringkat yangterpaksa dilalui sebelum penggunaan enjin diperluaskan. Antaranya: i) Mengikut aliran sungai. ii) Menggunakan tenaga. iii) Tiupan angin. iv) Enjin. KEPENTINGAN SUKAN AIR Dalam tempoh RMKe-9, pembangunan sukan diberikan perhatian. Pembangunansukanakanmenekankan kepada penambahbaikan institusi dan organisasi untuk meningkatkanprofesionalisme dan menggalakkan pencapaian yang lebih baik dalamsukan. Selainsukandidarat dan sukan bermotor, sukan air harus dititikberatkan. A. Memperkukuh jentera sukan negara dan keupayaan institusi persatuan sukanair untukmenggalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan air. Sektor swasta digalakkan untuk melengkapi usaha kerajaan dalammenyediakankemudahansukan dan rekreasi di kawasan yang akan dibangunkan untuk tujuan kediaman, komersil danperindustrian. Satu rancangan jangka panjang mengenai penyediaan danpengurusankemudahan sukan dan rekreasi oleh sektor awam dan swasta akan digubal. Di sampingitu,perkongsian dengan sektor swasta akan dipergiat bagi membantu usaha mengenal pastibakat muda serta menyedia peluang yang lebih kepada generasi muda menyertai aktivitisukan air. B. Membangunkan budaya kesukanan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui pelaksanaanpelbagai program sukan air. Pelbagai program sukan dan aktiviti rekreasi berkaitan sukan air akan dianjurkanuntukterusmeningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan. Sebagai sebahagianusahauntukmenggalakkan penyertaan yang lebih ramai dalam aktiviti sukan, beberapa kemudahansukansedia ada di peringkat negeri dan daerah akan dinaik taraf. C. Senjata baharu pelancongan Kebelakangan ini, kebanyakan belia menggilai sukan air yang lasak seperti meluncurair.Pelibatan mereka dalam pertandingan sukan air antarabangsa dapat menarikperhatiannegara luar. Nama negara kita akan harum sekiranya wakil sukan air negara kitamemperolehjohan. Secara tidak langsung, nama dan tempat menarik negara kita akan menjadi terkenaldan sektor pelancongan dibangunkan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM12 D. Menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat melalui sukan dan rekreasi. Program baharu yang berasaskan kekuatan dan ketahanan yang boleh menarikpenyertaanlebih ramai dalam kalangan belia akan diperkenal. Bagi mempromosi manfaat mengekalkangaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan orang ramai, lebih banyak programkesedaranseperti kempen, program pendidikan kecergasan dan kalistenik di tempat kerjadantamanawam akan diteruskan. Program gaya hidup aktif akan diteruskan bagi membolehkanbeliaterutamanya di peringkat akar umbi menyertai acara sukan. Di bawah programini, semuaaktiviti sukan termasuk sukan bermotor, sukan air dan sukan udara akan digalakkandengansokongan sektor korporat melalui penajaan mereka. Programdan aktiviti ini akanmenyumbang kepada pertumbuhan industri sukan. Sumber: http://sukanairhs20.blogspot.com/2012/04/dsasdh.html1. Murid diminta menyediakan teks syarahan berdasarkan maklumat yang diberikan. 2. Murid mempersembahkan syarahan dengan sebutan dan intonasi yang betul, nadayangsesuaiserta kepantasan yang wajar.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM13 JUTAWAN SUKAN (HALAMAN 6 - 7) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.1.1 Menulis untuk membina ayat dengan membezakan makna kata, istilah, maksudrangkaikata, dan ungkapan dengan betul mengikut konteks. AKTIVITI 1 - Analisis maklumat dalam bahan dan kenal pasti kata, istilah, rangkai kata, danungkapan dengan betulnya mengikut konteks. AKTIVITI 2 - Bina ayat bagi membezakan makna kata, istilah, rangkai kata dan ungkapandenganbetulnya mengikut konteks yang berbeza. 1. Kementerian Belia dan Sukan telah mengiktiraf e-sukan sebagai satu sukan yangkompetitifdiperingkat global. 2. Atlet sukan itu telah memenangi anugerah Olahragawan Terbaik pada tahun 2020. 3. Permainan video banyak disertai oleh para remaja untuk memenuhi masa lapangmereka. Bil Kata / Istilah / Rangkai kata Maksud 1 e-sukan sukan elektronik 2 atlet orang yang giat dalam lapangan sukan, ahli sukan3 permainan video permainan interaktif bagi komputer atau mesin permainanberkomputer yang memerlukan kemahiran, kecekapanbertindak dan strategi bermain. Pemain biasanyabermaindengan menggunakan peranti pemilih seperti kayubidik, bola jejak atau butang untuk mengawal objek paparangrafik. 4 peraturan pertandingan segala yang telah ditentukan dan mesti diturut dalamperlumbaan atau persaingan untuk mencapai kejayaan. 5 semangat kesukanan kemahuan untuk melakukan sesuatu dalamhal-hal yangberkaitan dengan sukan. 6 misi utama tugas khusus yang merupakan tanggungjawab yagpentingsekali bagi seseorang atau sesuatu kumpulan 7 peminat orang berminat terhadap sesuatu, penggemar 8 pendapatan yang lumayan hasil pencarian yang agak banyak 9 mengharumkan nama negara menyebabkan mendapat nama baik bagi kumpulanmasyarakat yang mendiami sesuatu kawasan 10 kriteria ukuran untuk menentukan nilai sesuatu sama adabaikatauburuk / ciri
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM14 4. Peserta telah diberikan taklimat mengenai peraturan pertandingan satu jamsebelumpertandingan dimulakan. 5. Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para penyokong Johor melalui laguAle-AleMalaysia membuatkan suasana stadium itu meriah. 6. Misi utama saya adalah untuk mendapatkan kecemerlangan dalambidang akademikbagimencapai masa depan yang cerah. 7. Peminat Neelofa sangat teruja apabila artis kegemaran mereka itu berkahwin denganPURiz.8. Dalam suasana ekonomi yang sangat mencabar ini, kita perlu lebih berusaha dengangigihbagimeraih pendapatan yang lumayan. 9. Amalina Che Bakri telah mengharumkan nama negara kerana telah bergelar doktor pakarbedah pada usia yang sangat muda. 10. Antara kriteria yang perlu dipatuhi untuk memohon jawatan dalambidang ketenteraanialahmempunyai kecergasan fizikal yang baik. AKTIVITI 3 - Terokai maklumat lanjut tentang e-sukan dan tulis laporan. LAPORAN MENGENAI BIDANG e-SUKAN di MALAYSIABidang e-Sukan merupakan salah satu arena yang mendapat sambutan yanghangat danmeningkat dalam tempoh yang pendek sahaja. Melihat potensi dalam bidang e-Sukanyangdapatmenawarkan pertandingan kompetitif bertaraf antarabangsa yang mampu memberikanmanfaatkepada belia dan negara, Malaysia dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akanmembantudalam pembangunan e-Sukan di Malaysia. Permainan ini semakin digemari oleh pararemajadananak muda apatah lagi bidang ini mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan. Menurut menteri KBS, Pelan Strategik Pembangunan e-sukan telah mendapat suntikandana daripada kerajaan sebanyak RM20 Juta melalui Bajet 2020 yang berlangsungtidaklamadahulu. Beliau juga berharap dana ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkinuntuktujuanpembangunan e-Sukan di tanah air. Objektif utama KBS adalah melahirkan atlet dalamkalanganbelia yang profesional dan kompetitif di setiap peringkat dan bercadang untuk menganjurkansistem liga bagi e-sukan. Dengan usaha tersebut, mereka yakin dapat mencari atlet yangberdayasaing untuk membentuk pasukan baharu bagi mewakili Malaysia di pentas antarabangsa. Hala tuju e-sukan nampaknya boleh berkembang dengan baik dengan pelibatankerajaandalam pelan strategik lima tahun dari 2020-2025. Bidang e-Sukan tidak lagi asingdi Malaysiakerana pada tahun lepas, Malaysia diiktiraf dalam industri ini kerana berjaya menganjurkanpertandingan di peringkat global seperti Kuala Lumpur Major Dota 2, Mobile LegendsWorldChampionship 2019 dan World Esports Games (WESG). Sukan SEA 2019 dan SukanAsia2022
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM15 buat kali pertama akan mempertandingan acara e-sukan untuk pingat. Justeru, rakyat Malaysiatidak sabar untuk melihat prestasi atlet e-sukan tempatan untuk mengharumkan namanegaradiperingkat dunia kelak. Dalam permainan e-Sukan, para pemain selalunya akan dibayar apabilabermainpermainan video tersebut. Seterusnya, permainan DOTA ialah salah satu contoh permainansukanelektronik yang paling popular dan telah mencungkil ramai bakat dalamsukanini. Dengankemunculan versi terbaru, DOTA 2 merancakkan arena e-Sukan bukan sahaja di Malaysiamalahdi serata dunia terutama negara-negara yang menyambut baik sukan elektronik seperti AmerikaSyarikat dan China. Sukan elektronik sebenarnya telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysiadari hari kehari serta sokongan dari pelbagai pihak swasta dan kerajaan. Justeru, satu badan yangmemantausukan elektronik telah melancarkan e-Sport Malaysia atau ESM yang didaftarkan atassokonganFELDA sendiri serta ASUS Malaysia selaku jenama peralatan yang disyorkan padaDisember2014 dengan objektif untuk menaik taraf sukan e-Sukan di Malaysia. Oleh itu, visi menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub sukan bertaraf dunia, ESMtelahdidaftarkan oleh Suruhanjaya Sukan Malaysia. Tujuan utama ESMditubuhkanadalahuntukmemastikan sukan e-Sukan terus bertapak di Malaysia dengan dasar membentukstandarde-Sukan, melatih dan mendidik pemain, membantu meningkatkan taraf permainan, mendapatkanpengiktirafan antarabangsa dan menjaga kebajikan ahli. Melalui pengiktirafan ini, orang ramai akan lebih yakin untuk menceburi sukanelektroniktanpa risau akan masa depan kerjaya mereka dalam arena tersebut. Selain itu, sebuahsekolahdiNorway telah menawarkan kursus e-Sukan kepada para pelajarnya, membuktikan sukanelektronikmerupakan sebuah bidang yang berdaya saing dari sudut positif. Negara Malaysia perlu mencari jalan agar dapat memanfaatkan e-sukandemimeningkatkan mutu pendidikan negara. Terdapat lapan universiti di Malaysia yangmenawarkandan mempunyai kelab e-Sukan, antaranya ialah Uitm Shah Alam dan Universiti PutraMalaysia.Kesemua kelab e-sukan di institut pengajian tinggi ini mempunyai hubungan rasmi denganpersatuan Sukan Elektronik Malaysia, ESM. Sukan elektronik atau e-sport adalah seperti pisau, kalau disalah guna menjadi tidakbaik,tetapi kalau digunakan secara berhemah akan menjadi satu alatan untuk menambahilmu. Olehitu,kita perlu bijak untuk menilai dan harus memandang sisi positif lebih daripada sisi negatif dalambidang e-sukan ini. Seperti sedia maklum, sukan elektronik merupakan salah satuindustri yangbesar dengan pelbagai syarikat menyokongnya, di samping ramai pemain antarabangsamenjadikan e-sukan sebagai kerjaya serius. Akhir sekali, aspek-aspek penilaian bagi pemain sukan tradisional dan e-sport tidakbanyakperbezaannya. Aspek yang dinilai persamaannya adalah seperti kemahiran berkomunikasiberkumpulan, perancangan strategi dan juga taktik permainan. Seharusnya kita tidakperluraguragu akan sukan elektronik yang seakan tidak mendatangkan faedah langsung kepadaindustri lain
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM16 selain e-sukan itu sendiri. Hal ini disebabkan aplikasi yang terdapat di dalamsukanelektroniksebenarnya dapat diguna pakai dalam bidang lain seperti ketenteraan, penjelajahankawasanbaharu bahkan dalam sukan tradisional. Malah, e-sukan baik bagi pembangunanilmupengetahuan, teknologi dan kemahiran golongan belia. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh, ____ALI_____ ALI BIN ABDULLAH, Pelajar 4 Azam, SMK Paduka Tuan, Segamat, Johor. Sumber rujukan: https://bijaktech.com/2019/11/objektif-kementerian-belia-dan-sukan-melahirkan-atlet-e-sukan/ https://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_elektronik https://himpunanceritalawak.com/2017/09/18/apa-sebenarnya-maksud-e-sukan/
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM17 LAUTAN API KURENANGI (HALAMAN 8 - 9) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.1.2 Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran denganbetul. AKTIVITI 1 - Dengar, fahami, dan tuturkan bahan dalam pelbagai ujaran dengan betulnya. 1. Nyatakan definisi berenang. Definisi berenang ialah pergerakan di dalam air dari satu titik poin ke titik poin yanglaindenganmenggunakan pelbagai gaya untuk bergerak termasuk terapung di belakangbadansambilmenguiskan tangan. 2. Berikut ialah empat aspek keselamatan di air, kecuali : A. Papan tanda yang tiada B. Keadaan cuaca C. Keadaan arus yang deras D. Warna air yang keruh 3. Berikut merupakan aspek keselamatan yang perlu diambil kira setelah tiba di badanair, kecuali : A. Jangan terjun dahulu B. Lakukan pemerhatian dahulu C. Jangan berenang bersendirian D. Kenal pasti kedalaman air 4. Berikan lima perkara penting yang perlu diketahui sebelum belajar berenang. - Belajar cara-cara untuk masuk ke dalam air - Mengambil perhatian tentang aspek keselamatan di air - Bernafas dengan betul di dalam air - Mengetahui tatacara berjalan di dalam air - Belajar cara mengapungkan diri 5. Bagaimanakah cara bernafas yang betul di dalam air? Kaedah bernafas yang betul di dalam air ialah semasa berada di permukaan air, tariknafasdalam-dalam melalui mulut dan tahan. Manakala semasa di dalam air, lepaskan nafasyangadadi rongga dada melalui hidung atau mulut sedikit demi sedikit. Jangan tarik nafas melalui hidungseperti di darat. 6. Mengapakah kita perlu berjalan menyenget seperti ketam apabila di dalamair? Kita perlu berjalan menyenget seperti ketam untuk mengurangkan rintangan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM18 AKTIVITI 2 - Terokai maklumat lanjut dengan panduan asas berenang dan laporkansecaralisan.1. Pakaian asas. Bagi yang baru hendak belajar berenang, seeloknya dapatkanpakaianyangbersesuaian. Ada pakaian renang yang dijual di kedai-kedai sukan untuk digunakan. Memakaipakaian sesuai memudahkan kita untuk melakukan aktiviti renang. Selainitudapatkan goggles untuk berenang bagi memudahkan pemandangan kita di dalamair. 2. Lokasi sesuai. Jika ingin belajar berenang anda perlu dapatkan lokasi yangselamat.Seeloknya berenang di kolam renang yang memang khas untuk latihan. Ikut juga parasketinggiananda. Jika anda rendah, masuk ke kolam yang rendah. Jangan terus pergi ke kolamyangdalam.Pasti sukar untuk anda dan mungkin boleh tenggelam. Sekarang ni, terdapat banyakkawasankolam untuk orang awam dan anda perlu membayar beberapa ringgit sahaja untukmasukkekolam tersebut. 3. Dapatkan latihan pakar. Bagi yang langsung tidak tahu berenang seeloknya dapatkanlatihanoleh pakar. Mereka ada mengenakan sedikit bayaran. Jangan malu walaupun andatelahberumurdan yang lainnya ialah kanak-kanak. Hendak belajar kena buang perasan malu itu jauh-jauh. Darisegi bayaran, bergantung kepada tenaga pengajar itu. Anda boleh merujuk lamanwebataumereka yang pernah mengambil kelas renang tersebut. 4. Belajar buat bubble. Ini perkara asas yang perlu dilakukan sebelummelakukanrenanganbagiorang baharu. Anda kena belajar bernafas di dalam air. Kebiasaannya, ramai yangbernafasmenggunakan mulut tetapi jangan pula membuka mulut. Sebelum masuk ke dalamair, pastikananda telah mengambil oksigen dengan cukup. Menyelam dan keluarkan bubble secarasekataselama tiga kali. Untuk kali keempat, lepaskan bubble yang banyak dan cuba lepaskanbadananda. Jika berjaya, anda akan terasa seperti terapung. Kenapa? Hal ini kerana denganbubbletersebut membantu anda untuk terapung di air. 5. Melonggarkan tangan dan kaki. Ini perkara asas untuk kita terapung di air. Jikatubuhbadanberada dalam keadaan yang keras, sukar untuk terapung dan kita akan tenggelam. Untukterapung ini, kita perlu relaks dengan secukupnya. Jangan takut akan air dankawal bubbletersebut. Sambil itu boleh kayuh kaki dengan lembut dan lurus. Insya-Allah, denganlatihanyangkerap, ia boleh dilaksanakan. 6. Mengambil nafas. Selepas terapung anda juga perlu mengambil nafas ketika berenang. Hai inibagi memastikan anda dapat mengawal stamina dan dapat melakukan renangan yangjauh. Adajuga orang yang boleh berenang tetapi tidak mampu terapung, namun sukar bagi merekauntukberenang dalam jarak yang jauh. 7. Kayuhan kaki dan tangan. Anda perlu mengawal kayuhan kaki dan tangan agar sekata. Kalausebelah lebih, laluan anda akan terpesong dari haluannya.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM19 8. Pastikan anda sihat ketika berada di dalam air. Elakkan masuk ke dalamair ketikadalamkeadaan tidak sihat kerana boleh mengganggu pernafasan anda. 9. Jangan berenang dalam keadaan cuaca yang teruk. Kalau hujan dan guruh, teruslahkeluarwalaupun anda baru beberapa saat berada di dalam kolam. Nyawa lebih pentingdaripadaberenang. 10. Elakkan makan terlalu banyak sebelum berenang. Seperti juga aktiviti yanglain, makanyang banyak tidak elok ketika beriadah. Okay, itu serba sedikit mengenai perkara asas dalam renang yang perlu anda tahu. Video di bawah menunjukkan cara untuk melaksanakan aktiviti 2. https://www.youtube.com/watch?v=WaBliJL-DDY
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM20 TANGAN YANG MENGGONCANG DUNIA (HALAMAN 10 - 11) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.1.2 Membaca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai. AKTIVITI 1 - Baca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai. (Rujukteksskripdrama Bukan Halangan ms 10 - 11). ASPEK SENI BAHASA SP: 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional denganmenyatakanrespons peribadi yang sesuai terhadap karya. AKTIVITI 2 - Kemukakan pandangan peribadi anda yang bersesuaian dengan persoalanyangterdapat dalam drama tersebut. : 1. Baca petikan drama Bukan Halangan, kemudian jawab soalan-soalan di bawahini. i) Berikan maksud rangkai kata separuh jalan. [2 markah] - setengah laluan ii) Mengapakah Dahlia menolak untuk menyertai pertandingan tenis peringkat kebangsaan? [3 markah] - peperiksaan sudah dekat - tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran - takut gagal dalam pelajaran iii) Apakah yang menghairankan mama (Puan Ros) ? [3 markah] - Lia berubah 360 darjah - Lia pernah mengatakan bahawa banyak atlet wanita berjaya dalamsukandanpelajaran - Lia juga mengatakan di mana ada kemahuan di situ ada jalan iv) Andaikan anda rakan baik kepada Dahlia, bagaimanakah anda dapat membantunyadalam mengatasi masalah tersebut? [4 markah] - memberikan semangat dan sokongan supaya dia meneruskan cita-citanya- berjanji untuk belajar bersama-sama dan akan membuat salinan notasubjekyang dia tertinggal/ menubuhkan kumpulan belajar. - memujinya dengan mengatakan selama ini dia dapat menyeimbangkanantaraakademik dengan kokurikulum supaya dia tidak risau
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM21 Latihan Tambahan i) Berikan maksud peribahasa di bawah ini: a) Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun. - belum ada pengalaman/ belum ada pengalaman sudah hendak melawanorang yang lebih tua b) Di mana ada kemahuan di situ ada jalan - jika ada keinginan sudah pasti ada cara penyelesaiannya AKTIVITI 3 - Sambung skrip drama ini dan persembahkannya mengikut kreativiti anda. Cadangan Aktiviti: 1. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan. 2. Setiap kumpulan menyambung skrip drama mengikut kreativiti masing-masing. 3. Kemudian, mereka melakonkan drama berdasarkan skrip yang dicipta.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM22 BACAAN LUAS: MENYUSURI PULAU INSPIRASI (HALAMAN 12 - 13) AKTIVITI 1 - Kenal pasti lokasi tempat yang dinyatakan dalam bahan pada peta Tasmania. (Rujukpetikan ms 12 - 13 dan tandakan lokasi tersebut pada peta di bawah).
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM23 AKTIVITI 2 - Terokai tempat-tempat menarik lain di Tasmania dan persembahkannyamenggunakan peta tersebut. Rujukan tempat menarik di Tasmania: https://ms.topworldtraveling.com/articles/travel-guides/15-best-places-to-visit-in-tasmania-australia.html https://ms.tripnholidays.com/1782-tasmania-aus-tas-tas-ms
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM24 TEMA 2 – INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERANUTRIEN UNTUK MINDA (HALAMAN 16 - 17) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan sebutanperkataan,rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan jelas dan betul. AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, dengar dan kenal pasti perkataan yang berbezasebutan.Kemudian, ujarkan ayat yang menggunakan perkataan tersebut. (Imbas kod QRuntukmendengarbahan) AKTIVITI 2 - Kenal pasti rangkai kata, istilah dan ungkapan yang terdapat dalambahandangunakannya dalam perbualan. Petikan bahan yang diimbas Aku menyemak latihan bina ayat yang dibuat oleh murid-muridku. Aku capai satu lagi bukulatihandan terpandang nama di kulit buku…Muhammad Haikal bin Imran. Nama itu mengingatkanakutentang seseorang yang bernama Haikal juga. Peristiwa ini kekal dalam ingatanku. Aku melihat Haikal sendirian di bawah pohon rendang pada waktu rehat sedangkanrakanrakannya yang lain menikmati juadah di kantin. Rupa-rupanya, Haikal tidak membawaduitsakuatau bekalan makanan. Oleh sebab itu, setiap kali waktu rehat dia akan duduk di situmembacabuku. Selepas peristiwa itu, aku membawakan bekal untuk Haikal. Aku hanya membantusekadaryang termampu. Haikal pula pada waktu itu bagai yang disebut dalam peribahasa Melayu, “oranghaus diberi air, orang lapar diberi nasi”. Bantuan itu memang diperlukannya. SekarangHaikal telahbekerja. Dia menjadi Pegawai Dietetik di sebuah hospital kerajaan. Pada petang semalam, sedangaku menonton televisyen di ruang tamu sambil melipat kain pelekat, Haikal datang kerumahku.Haikal Kalaulah dahulu saya bena tak bena terhadap nasihat cikgu, tentu sayatidakakanberjaya seperti sekarang. Cikgu Haikal pun murid yang rajin dan mendengar kata. Nasihat cikgu tidak terbangdi anginlalu sahaja. Haikal tidak menganggap nasihat cikgu hanya menyemakfikiran. Eh,yang di tangan Haikal itu apa? Haikal Oh, ini pelekat tentang pemakanan sihat! Cikgu boleh berikan pelekat ini kepadamurid- murid. Pelekat ini boleh ditampal di mana-mana sebagai peringatantentangpemakanan sihat. Bukankah cikgu dahulu selalu mengingatkan saya agar menjagapemakanan? Cikgu Ha, ha, ha! Ya, cikgu masih ingat. Haikal Cikgu memang arif tentang pemakanan. Saya pula suka makan rendangdaging
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM25 tetapi cikgu larang saya makan banyak-banyak. Kata cikgu, pengambilanminyakyang banyak tidak baik untuk kesihatan. Cikgu Semua itu untuk kebaikan Haikal juga. Bukankah Haikal gemar bernyanyi duetdengan Farisha? Nanti rosak pula suara Haikal yang merdu itu. Haikal Ah, ada-ada saja cikgu ini! Cikgu Cikgu bergurau saja. Selain rendang, minuman yang ada kafein jugacikgumintaHaikal kurangkan. Minuman berkarbonat pula tidak dibenarkan samasekali.Masakan cikgu pula tidak mengandungi perasa tiruan atau monosodiumglutamat(MSG) langsung. Haikal Terima kasih cikgu kerana memberikan tuntun yang baik kepada saya. Jasacikguamat saya hargai. AKTIVITI 3 - Terokai perkataan-perkataan lain yang berbeza sebutan dan bina duaayat yangmenunjukkan perbezaan makna dengan perkataan tersebut. Bil Homograf (Perkataan yang ejaannya sama tetapi sebutannya berbeza) Homofon (Perkataan yang ejaannya berbezatetapisebutannya hampir sama) 1 Bela -menjaga/memelihara Contoh: Kambing itu saya bela sejak kecil lagi. -tuntut/membalas balik Contoh: Maruah keluarga akan saya bela demi membersihkan nama keluarga yang tercemar. Telur -benda yang mengandungi lembagaanakContoh: Alif membeli telur di kedai runcit pada petang semalam. Telor -tidak dapat mengucapkan kata-katadengansebutan yg betul Contoh: Apabila mendengar telor percakapan gadis itu, kami merasakandiabukanlah orang Melayu. 2 Perang -perkelahian (pertempuran dll) dgn menggunakan senjata antara negeri dengan negeri dll Contoh: Perang antara negara Amerika Syarikat dengan Iraq sudah tamat. -merah yang kehitam-hitaman (kekuning- kuningan) Contoh: Rambut budak perempuan itu berwarna perang. Gulungan -lipatan berbentuk bulat torak Contoh: Mak Timah menyimpan gulunganpermaidani itu di dalamstor. Golongan -kumpulan, kelompok Contoh: Golongan siswazah digalakkanmenambah ilmu kemahiran mereka.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM26 3 Reda - semakin beransur / berkurangan Contoh: Ayah berteduh di pondok durian sementara menanti hujan reda. - dengan rela hati / ikhlas Contoh: Walaupun sedih atas kehilangan suaminya, Aminah reda dengan qada dan qadar Ilahi. Tempoh - waktu , jangka masa Contoh: Pegawai itu hampir tamat tempohperkhidmatannya dengan kerajaan. Tempuh - harungi, lalui Contoh: Segala halangan berjayasayatempuh sepanjang aktiviti lasak itu.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM27 BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA (HALAMAN 18 - 19) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat denganbetuldaripada pelbagai bahan primer. AKTIVITI 1 - Baca bahan dengan telitinya. Kemudian, kenal pasti dan jelaskan maklumat yangterkandung dalam bahan tersebut. Komunikasi Lisan : Bahan 1 Soal jawab dengan Profesor Dr. Kyoko Funada. 2 buah universiti di Jepun yang menawarkan jurusan Bahasa Melayu iaitu ; Setsunan University di Osaka. Tokyo University of Foreign Studies di Tokyo. 20 universiti mengajarkan bahasa melayu sebagai bahasa asing. 10 buah sekolah mempunyai mata pelajaran Bahasa Melayu. Program bahasa Melayu bermula sejak tahun 1908 di Tokyo Gaikokoku-Go Gakko. Aspek bahasa yang dipelajari termasuklah tatabahasa, membaca, mendengar danberbicara. Aspek lain yang dipelajari berkaitan budaya, kesenian, sosial politik, ekonomi, antropologi dan geografi Malaysia. Aktiviti bahasa yang dijalankan seperti pertunjukan sandiwara dan pidato. Pelajar suka belajar bahasa Melayu kerana; Mereka ingin tahu tentang Malaysia. Kesan apabila mempelajari bahasa Melayu; Hubungan Jepun dan Malaysia menjadi lebih akrab. Pengetahuan tentang Malaysia dapat diperdalamkan. Memudahkan mereka mendapat rakan berbangsa Melayu Profesor Dr. Kyoko berharap ; Semoga institusi yang mengajarkan bahasa Melayu di Jepun akan bertambah. Makin ramai rakyat Jepun yang mempelajari bahasa Melayu untuk mempereratkanhubungan Malaysia dan Jepun. Bahan 2 Rencana : Bahasa Melayu Mekar di Bumi Uzbekistan. Penulis : Erkin Bekkulov Raimovich. Berasal dari Uzbekistan Sejarah Pendidikan - Tashkent State Institute of Oriental Studies (TSIOS).
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM28 Sarjana Muda tahun 2008 - 2013 Sarjana tahun 2013 - 2015. Sejarah Perkhidmatan. 2013 - Guru Bahasa Melayu di Uzbekistan State University of WorldLanguage. 2015 - Guru Bahasa Melayu di TSIOS. Sebab berminat dalam bahasa Melayu ; Bahasa Melayu mudah dipelajari berbanding bahasa asing lain. Terdapat persamaan antara bahasa Melayu dengan bahasa Uzbek dari segi katapinjaman bahasa Arab dan Parsi. Bahasa Melayu belum terkenal di rantau Asia Tengah berbanding bahasaCina, Korea dan Jepun. Pandangan tentang bahasa Melayu. Bahasa yang menarik - penggunaan kata kerja tidak berubah mengikut masa. Pelajar beliau berminat kerana terdapat persamaan bahasa Melayu denganbahasaUzbek seperti dunia, sabun dan alam. Sambutan pelajar Uzbek terhadap bahasa Melayu sangat menggalakkandanmerekasangat komited untuk bertutur dan menulis Harapan terhadap bahasa Melayu ; Pelajar dapat mendalami budaya, sastera dan sejarah Malaysia. Mengucapkan terima kasih kepada universiti di Malaysia kerana menghantar tenagapengajar untuk membantu pengajaran bahasa Melayu. AKTIVITI 2 - Berdasarkan bahan, huraikan pandangan anda tentang pengajaran bahasaMelayudiluar negara. Pengajaran bahasa Melayu semakin berkembang luas di luar negara. Ramai pelajar luar negara berminat dalam mempelajari bahasa Melayu. Bahasa Melayu mudah dikuasai dan dipelajari oleh pelbagai bangsa di dunia. Pelbagai aktiviti bahasa dapat dilaksanakan oleh pelajar asing seperti pentas sandiwaradanpidato. Pengajaran bahasa Melayu di luar negara turut dibantu oleh tenaga pengajar dari Malaysia. Bahasa Melayu mampu bersaing dengan bahasa-bahasa asing di luar negara. AKTIVITI 3 - Lakonkan aktiviti promosi untuk menggalakkan murid mempelajari bahasaasingdengan menggunakan bahasa yang menarik. Farrabi Salam keilmuan, Assalamualaikum sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hawa Salam keilmuan jua buatmu sahabat. “eotohke jineseyo” (apa khabar) Diana Salam keilmuan buat bro Farrabi. Apa khabar? Farrabi Alhamdulillah, Diana, Hawa. Saya sihat sejahtera.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM29 Diana Farrabi, lama tak nampak kamu. Farrabi Oh, ya ke! Rindu kat saya ya. Diana Ya, memang rindu. Rindu antara sahabat dengan sahabat. Tak lebih daripadaitu. Hawa Bagaimana dengan pengajian kamu? Farrabi Alhamdulillah, pengajian saya akan tamat dua bulan lagi. Buat masa ini sayaambilsubjek bahasa asing iaitu belajar bahasa Arab. Diana Bahasa Arab? Mengapa ambil bahasa Arab? Farrabi Mengapa terkejut Diana? Bahasa Arab ini sangat mudah dipelajari. Banyakperkataan dalam bahasa Arab terdapat dalam bahasa Melayu sebagai katapinjamanseperti solat, fatwa, halal,doa, ibadah dan sebagainya. Hawa belajar bahasaapa?Hawa Saya ambil subjek bahasa Korea sebagai subjek bahasa asing. Diana Dah berapa lama kamu belajar bahasa Korea? Hawa Dah tiga bulan. Seronok belajar bahasa Korea ni. Bila saya tengok ceritaKoreadalam televisyen, saya dapat faham jalan ceritanya. Saya tak perlu bacasarikatadi bawahnya. Farrabi Betul tu, saya pun dah faham maksud ayat Quran yang saya baca. Bolehlahbercakap Arab sikit-sikit. Hawa Ya, Farrabi. Seronok belajar bahasa asing ni. Diana, jomlah kita belajar bahasaasing. Diana Sangat mengujakan saya. Saya nak belajar bahasa Jepunlah. Saya berhasrat Untuk melancong ke sana. Saya kagum dengan budaya kerja dan adab orangJepun. Farrabi Hasrat yang baik tu Diana. Teruskan. Banyak kelas bahasa Jepun yang bolehkamu sertai. Nanti, saya dan Hawa boleh melancong ke Jepun dengan awak. Hawa Wah! Sedikit masa lagi kita dah dapat berbual dalam tiga bahasa. Kita bolehberkongsi ilmu untuk mendalami bahasa Arab, Korea dan Jepun. Diana Betul tu Hawa…belajar bahasa asing ini tidak merugikan kita malah menjadikankita lebih bernilai dan berpengetahuan. Farrabi Oklah, sahabat. Terima kasih sudi berdiskusi pagi ni. Kita jumpa lagi di lainmasa. Teruskan usaha mendalami bahasa asing ya. Hawa Baiklah, Farrabi. ”mannaso bangawo” (seronok jumpa kamu).
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM30 EVOLUSI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (HALAMAN 20 - 21) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.2.1 Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditontondenganmemberikan justifikasi menggunakan ayat yang gramatis. AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, tulis ramalan tentang cara manusia menuntut ilmupadamasahadapan dengan memberikan justifikasi yang sesuai. Pendidikan merupakan elemen penting dalam pembangunan satu-satu negara. Justeru,pelbagai perubahan telah dibawa ke dalam lapangan ini bagi memastikan pendidikandapatdisampaikan seiring dengan perubahan zaman. Antara perubahan yang diramalkanakanberlakuadalah dari segi penggunaan buku teks fizikal yang bakal digantikan dengan bukuteksdigitalsepenuhnya. Pada masa akan datang, murid tidak lagi perlu membawa buku tekskesekolah,namun mereka hanya perlu membawa sebuah tablet sahaja yang mengandungi fail bukuteksdigital. Walaupun kini kita sudah memiliki buku teks digital, namun penggunaannyaterhadkeranamurid tidak mempunyai gajet untuk mengaksesnya ketika di sekolah dan kitamasihlagimenggunakan buku teks fizikal sepenuhnya. Seterusnya, dari segi bahan bantu mengajar yang digunakan dalamsesi PdPC. Padamasa dahulu hingga sekarang, kita masih lagi bergantung pada bahan maujudyangbersifatboneka (dummy) dalam memberikan peluang kepada murid merasai pengalamanseakan-akansebenar. Antaranya adalah seperti kerangka manusia, lapisan kulit manusia, buahpinggangdanbanyak lagi. Namun, dengan kecanggihan teknologi kini, bahan bantu mengajar maujudini bolehditerjemahkan ke dalam bentuk digital dan dipancarkan secara hologrambagi memberikanpengalaman realistik. Dengan cara ini, murid tidak lagi perlu bergerak ke sesuatutempat untukmerasai pengalaman sebenar. Hal ini sekali gus dapat menjimatkan masa dan kos sertamampumewujudkan keseronokan dalam pembelajaran. Selain itu, dengan adanya kemajuan teknologi yang serba canggih, tidak mustahil jikasatuhari nanti kita akan dapat melaksanakan pendidikan secara dalam talian sepenuhnya. Walaupunkini kita sudah mula menggunakan pelbagai platform untuk proses pengajaran danpembelajaran,namun masih terdapat banyak kelompangan yang perlu dititikberatkan. Malahan, kitasebenarnyabelum menggunakan teknologi sepenuhnya atas sebab-sebab tertentu seperti akses Internet yangterbatas. Sebagai contoh, sesi persekolahan masih lagi diteruskan secara bersemukawalaupunkini kita juga telah mengamalkan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Namunbegitu, sekiranya teknologi maklumat dan komunikasi kita diperkasakan sehinggaketahapmaksimum, tidak mustahil kuliah-kuliah pada peringkat universiti terutamanyaakandapatdilaksanakan sepenuhnya secara maya tanpa bersemuka.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM31 AKTIVITI 2 - Sampaikan pandangan peribadi anda berdasarkan bahan. Tuntutlah ilmu sehingga ke tembok besar China. Begitulah pepatah yangmenunjukkanbetapa pentingnya menuntut ilmu dalam kehidupan kita. Tanpa ilmu, sudah pasti akanwujudkelompangan dalam kehidupan kita. Ilmu pula boleh dituntut dengan pelbagai cara. Jikazamandahulu, tiada pilihan lain dalam menuntut ilmu. Seseorang yang hendak mempelajari sesuatuilmuharus mencari guru dan kemudiannya akan bertapa dalam tempoh masa yang lama. Seterusnya,mereka akan mengembara lagi dan berguru pula dengan guru lain untuk mempelajari sesuatuyang baharu. Namun, konteks pembelajaran kini mula berubah mengikut peredaranmasa. Orangramai yang hendak mempelajari sesuatu ilmu kini tidak lagi perlu mengembara beribu-ribubatujauhnya, tetapi cukup sekadar di hujung jari. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi telahbanyak membantu kita dalam menuntut ilmu. Melalui Internet, kita boleh mencari maklumat darisetiap pelosok negara. Malah hubungan komunikasi juga berlaku tanpa sempadan. Kini, kitabolehberbicara secara masa sebenar (real time)melalui aplikasi panggilan video danGooglemeets.Selain itu, untuk menghantar dokumen pula, kita tidak memerlukan dokumen secarafizikal, cukupsekadar menghantar secara maya melalui e-mel. AKTIVITI 3 - Terokai maklumat lanjut berkaitan dengan persekolahan alternatif di Malaysiadanbentangkan maklumat tersebut. Pendidikan alternatif merangkumi pelbagai pendekatan pedagogi yang berbeza dari pedagogi arusperdana. Rangka kerja undang-undang untuk pendidikan tersebut juga berbeza mengikut tempat.Pendekatan pedagogi alternatif mungkin termasuk struktur yang berbeza, seperti dalamkelasterbuka dan hubungan guru-pelajar yang berbeza. Dalam erti kata lain, persekolahanalternatifialah sekolah yang menyediakan pendidikan percuma yakni sekolah bersifat terbukadanaudiensialah individu yang tidak dapat bersekolah di sekolah kerajaan mahupun swasta atassebabtidakmemiliki dokumen pengenalan diri.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM32 Sekolah Alternatif Tawau Sekolah ini dibangunkan pada awal tahun 2019 di Kampung Batu 4 Pangkalan Tawauuntukanak-anak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri (undocumented) dengan kerjasamadaripadabeberapa organisasi seperti PERKALAS, Sekolah Jalanan Tawau (Kelas IKAT) dan TeamSalam. Sekolah Alternatif Semporna Sekolah ini dibangunkan dengan kerjasama Teach For The Needs (TFTN) Malaysia di sekitar tahun 2017. Pertengahan tahun 2018,sekolah alternatif Semporna dibangunkan secara serius di rumah kolektif Borneo Komrad Semporna dengan masa operasi Isnin hingga Jumaat. Objektif sekolah ini adalah untuk meminimakan golongan buta huruf di Kampung Bangau-bangau Semporna. Di samping aspek akademik, sekolah alternatif ini juga membangunkan projek- projek kesenian dan kemahiran. Sekolah Alternatif Rumah Pangi Dibangunkan sepenuhnya olehgerakanmahasiswa dari Kelab Sastera Mahasiswa(KARMA) dan Suara Mahasiwa Universiti Malaysia Sabah. Ditubuhkan sekitar tahun2016di Rumah Pangi Kampung Shahbandar, Tuaran,Sabah. Sekolah alternatif ini dijalankansetiaphujung minggu pada pukul 2 petanghingga5petang. Sasaran pelajar datang daripadaanak-anak tidak mempunyai dokumen(undocumented). Sekolah Alternatif di Malaysia
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM33 MALAYSIA MEMBACA (HALAMAN 22 - 23) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.1.2 Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran denganbetul. AKTIVITI 1 - Dengar bahan dengan telitinya dan huraikan impak pengiktirafan KualaLumpursebagai Kota Buku Dunia. Antara impak pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia ialah dapat meningkatkanamalan membaca dalam kalangan rakyat. Hal ini dikatakan demikian kerana sebagai ibunegaraMalaysia, tindakan mengiktiraf Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia pasti akanmendapattumpuan pelbagai pihak terutamanya negeri-negeri lain. Secara tidak langsung, negeri-negeri lainjuga akan mengikut jejak Kuala Lumpur lalu mengambil berat terhadap isu membacayangsebelum itu selalunya diabaikan. Dengan itu,taraf kehidupan masyarakat juga dapat ditingkatkandengan wujudnya masyarakat yang membaca. Selain itu, pengiktirafan ini akan memupuk minat kalangan remaja untuk membaca. Hal inidikatakan demikian kerana Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia danmempunyaipendidikan dan capaian teknologi yang lebih insklusif. Hal ini dapat menggalakkanlebihbanyakrakyat untuk terlibat dalam aktiviti membaca dan juga mudah mendatangkan impakkepadanegeri-negeri lain sebagai satu model untuk menggalakkan semua rakyat dalamMalaysiamembaca. Melalui program ini, kita juga dapat mewujudkan masyarakat yangberilmudanberpengetahuan. Di samping itu,masyarakat di Malaysia yang tidak berupaya untuk mendapat bahanbacaanyang lengkap, terutamanya murid di kawasan setinggan, golongan gelandangan,anakyatim,orangkurang upaya dan orang asli akan diberi tumpuan apabila Kuala Lumpur menjadi KotaBukuDunia.Usaha ini dapat menjadi kenyataan dengan adanya usaha meningkatkan capaiandigital dikawasan tertentu. Orang ramai akan berupaya mendapat informasi yang pentingdanmengikutiperkembangan dunia. Malahan polisi-polisi kerajaan kita akan dapat diikuti oleh mereka. Denganusaha ini, kita dapat melahirkan golongan berpengetahuan tinggi di Malaysia sertamenurunkankadar buta huruf di negara kita. Dengan itu, Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri samatinggi setanding dengan negara-negara dunia yang lain dalam pelbagai bidang. AKTIVITI 2 - Berbuallah dengan rakan anda tentang aktiviti-aktiviti yang diadakan semasaprogramKota Buku Dunia. Pada hari Sabtu yang lalu,saya telah menemui rakan saya Abu di taman.Kemudiankami punberbual-bual di sana. Berikut merupakan perbualan kami.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM34 Ali Apa khabar, Abu? Abu Khabar baik. Ali Adakah kamu pernah dengar program Kota Buku Dunia? Abu Ya, Ali. Saya pernah dengar program ini melalui media sosial keranaKualaLumpurtelah dinobatkan sebagai Kota Buku Dunia pada tahun 2020 oleh UNESCO. Ali Betul, Abu.Terdapat banyak aktiviti dan acara yang menarik diadakanbersempenadengan program ini. Abu Pada pendapat kamu,apakah aktiviti yang paling menarik? Ali Pada pendapat saya,kempen membaca kepada pengguna tren palingmenarik. Abu Mengapakah kempen tersebut menarik? Ali Hal ini dikatakan demikian kerana banyak penumpang hanya berkhayal ataumelayari Internet sahaja dalam perjalanan ke sesuatu destinasi.Jikakitamenggunakan masa tersebut dengan baik,pengetahuan kita akan bertambah. Abu Saya amat bersetuju dengan pendapat kamu.Kempen membaca kepadapenggunatren memang dapat mengubah cara hidup masyarakat.Saya percayabahawarakyat Malaysia akan dapat manfaat dengan menjadikan amalanmembacasebagai sebahagian daripada kehidupan pada masa depan. Ali Memang betul kata kamu, Abu. Pada pendapat kamu, apakah aktiviti lainyangmenarik? Abu Aktiviti lain yang menarik minat saya ialah Festival Sastera Kanak-kanak. Ali Apakah keistimewaan festival tersebut? Abu Dalam aktiviti ini,terdapat banyak buku sastera yang akan dipamerkan. Selainitu,banyak aktiviti sastera juga akan diadakan dan ini diharapkan dapat meningkatkanminat kanak- kanak terhadap pembacaan bahan sastera. Ali Adakah aktiviti lain yang menarik? Abu Satu lagi ialah usaha meningkatan perkhidmatan dan capaiandigital olehPerpustakaan Negara Malaysia untuk golongan OKU. Ali Apakah kepentingan program ini? Abu Ini merupakan satu usaha untuk membolehkan golongan kurang bernasibbaikmemperoleh ilmu dan memastikan mereka tidak diabaikan. Ali Ya, saya setuju dan menganggap usaha ini adalah murni. Abu Masih ada satu minggu aktiviti ini akan berlangsung.Kamu bolehpergi apabilamempunyai masa lapang. Ali Oh begitu.Saya tentu akan pergi ke pameran buku yang diadakan. Terimakasihkerana sudi berkongsi aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa ProgramKotaBukuDunia. Abu Sama-sama.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM35 AKTIVITI 3 - Cadangkan aktiviti galakan membaca yang boleh diadakan di sekolah anda. 1. Pihak sekolah boleh menganjurkan pertandingan menulis buletin mingguan untukparapelajardan memberikan ganjaran kepada mereka yang menang. Dengan ini, pelajar-pelajar bukansahajadapat memupuk amalan membaca dalam diri mereka malah dapat mewujudkansemangatkompetitif antara satu sama lain. 2. Pihak sekolah juga boleh mengadakan pameran buku yang terdiri daripada pelbagai jenisbahanbacaan kegemaran golongan muda zaman sekarang seperti komik dan novel ringkasagar dapatmenarik minat para pelajar untuk membaca. Hal ini dikatakan sangat penting keranapelajar-pelajar pada masa ini hanya mengutamakan ilmu pengetahuan yang terdapat dalambukuteks.Pameran ini dapat mendedahkan bahan bacaan yang pelbagai jenis kepada pelajar di sampingmembolehkan pelajar-pelajar untuk meluaskan horizon pemikiran mereka . 3. Pihak sekolah juga harus menitikberatkan Program Nilam. Para pelajar yang banyakmembacadalam program ini perlu diberi ganjaran di peringkat sekolah. Usaha ini akan memastikanProgramNilam ini akan mendapat sambutan positif daripada para pelajar.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM36 MEMBAWA DUNIA KE BILIK DARJAH (HALAMAN 24 - 25) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.1.1 Membaca teks syarahan dan pidato dengan sebutan dan intonasi yang betul, nadayangsesuai serta kepantasan yang wajar. AKTIVITI 1 - Baca teks pidato dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yangsesuai sertakepantasan yang wajar. (Rujuk teks pidato Bilik Darjah Masa Hadapan, ms 24 - 25) ASPEK TATABAHASA SP: 5.1.2 Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata terbitan dengan betul mengikut konteks.AKTIVITI 2 - Kenal pasti lima kata terbitan bagi setiap kategori bentuk yang terdapat dalampetikan.Kemudian bina ayat dengan kata terbitan tersebut. KATA TERBITAN 1. Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhaniaituprosesyang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. 2. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. 3. Imbuhan terdiri morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfembebasyangdapatmenerima imbuhan. 4. Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalamayat, harusdiimbuhkandengan kata dasar. 5. Imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu: (i) awalan, yang hadir sebelum kata dasar (ii) akhiran, yang hadir sesudah kata dasar (iii) apitan, yang hadir secara mengapit kata dasar (iv) sisipan, yang hadir di celahan kata dasar Kata Terbitan Awalan (i) berkesan - Langkah yang berkesan harus diambil untuk membendung masalahgejalasosial yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja terutamanya remajadi kawasan bandar. (ii) berkualiti - Barangan buatan Malaysia berkualiti tinggi menyebabkan baranganini dapatbersaing di peringkat global (iii) menganalisis - Pakar ekonomi menganalisis data tentang kesan pendemik COVID19terhadap sosioekonomi negara.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM37 (iv) pengerusi - Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Harmoni membentangkanaktiviti yang akan dijalankan di kawasan perumahan tersebut dalamMesyuarat AgungTahunan. (v) terdidik - Insan yang terdidik dengan sahsiah yang terpuji akan dapat mengharumkannama negara sekiranya mereka menjadi duta kelak. Kata Terbitan Akhiran (i) gambaran - Kanak-kanak mangsa culik itu memberikan gambaran yangjelaswajahpenculik yang menculiknya kepada pihak polis. (ii) hadapan - Ilmu dan kemahiran sangat penting kepada remaja pada masa hadapankeranatanpa kedua-duanya remaja tidak akan dapat bersaing di pasaran kerja. (iii) ucapkan - “Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada tuanrumahataslayanan mesra yang diberikan sepanjang kami berada di sini,” kata wakil pelancongdari Indonesia. (iv) pilihan - Kita seharusnya membuat pilihan jurusan yang tepat di universiti supayakitatidak menganggur setelah tamat pengajian. (v) budiman - Orang yang budiman akan sentiasa disanjung tinggi oleh masyarakat keranamereka mencerminkan masyarakat Malaysia yang berbudi pekerti tinggi. Kata Terbitan Apitan (i) berfikiran - Kita mestilah sentiasa berfikiran terbuka supaya kita tidak ketinggalandalamarus globalisasi ini. (ii) diharapkan - Program pertukaran pelajar ini diharapkan dapat menambahkanpengetahuan pelajar dan mengeratkan hubungan kedua-dua buah negara. (iii) melahirkan - Masyarakat Malaysia yang membaca dapat melahirkan masyarakat yangberfikiran terbuka dan maju seperti masyarakat di negara Jepun. (iv) mengalami - Mangsa peperangan di Bosnia mengalami trauma yang teruk sehinggaadayang mencuba untuk membunuh diri. (v) pengajaran - Pengajaran berbantukan telefon bimbit sangat membantumuridkeranamurid dapat mengakses maklumat dengan mudah.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM38 AKTIVITI 3 - Gambarkan suasana pembelajaran yang anda gemari. SUASANA PEMBELAJARAN Kemudahan Fizikal Guru Dilengkapi dengan kemudahan komputer Bertindak sebagai fasilitator Talian Internet yang laju Menggunakan pelbagai teknik pengajaranPA21Penggunaan komputer riba dan telefon pintar Memberikan dorongan /motivasi kepadmurid“Smart Board’” yang interaktif Mengemukakan teknik penyoalan yangmampumerangsang minda murid Pengajaran berpusatkan murid Pembelajaran secara interaktif denganmuriddinegeri atau negara lain
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM39 TEMA 3 - MEMETIK BINTANGKERJAYA DI AWAN BIRU (HALAMAN 28 - 29) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.2.1 Mendengar dan memberikan respons dengan mengutamakan aspek kejelasan, nada,dan kefasihan dengan betul. AKTIVITI 1 - Dengar dan berikan respons berdasarkan bahan dengan mengutamakanaspekkejelasan, nada, dan kefasihan yang betul. Aktiviti 1 Isi tempat kosong dengan jawaban yang sesuai. Bidang penerbangan menawarkan pelbagai kerjaya. Ada pekerjaan yang memerlukanseseorangtersebut bertugas di darat sahaja dan ada pula yang memerlukan seseorang individutersebutuntuk menjalankan tugasnya di udara. Kerjaya di udara ialah kerjaya seperti juruterbang,pramugara dan pramugari. Untuk memohon jawatan ini, seseorang individu tersebut haruslahmemiliki sekurang-kurangnya sijil kelulusan untuk peperiksaan SPM. Ada juga antaramerekayang menyandang jawatan ini mempunyai sijil diploma ataupun ijazah. Kerjaya ini bukansahajamemberikan pendapatan yang lumayan kepada seseorang individu malahan kerjayaini jugaturutmembolehkan mereka untuk menimba pengalaman baharu ketika bertugas danmembolehkanmereka melancong ke serata dunia. Keistimewaan inilah yang dikatakan seperti belayar sambilmemapan, merapat sambil belayar. Kerjaya di darat untuk bidang penerbangan pula melibatkan kerja-kerja seperti juruterapenyelenggaraan kapal terbang dan pegawai kawalan trafik udara. Seseorang individuyanginginmenjadi jurutera penyelenggaraan kapal terbang dalam bidang ini haruslah mengikuti beberapakursus terpilih yang diwajibkan oleh sesebuah syarikat penerbangan tersebut. Hal ini dikatakandemikian kerana kerana jurutera tersebut perlu menyelenggara kapal-kapal terbangyangmemerlukan kepakaran dan pengetahuan tertentu. Tugas seorang pegawai kawalantrafikudarapula ialah pegawai ini haruslah memastikan keselamatan trafik di ruang udara. Pegawai tersebutharuslah sentiasa berkomunikasi dengan juruterbang yang terlibat dalampenerbangan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM40 Aktiviti 2 - Pilih satu daripada laluan kerjaya dalam bidang industri penerbangandanberikanrespons anda. Pilihan kerjaya (sebab-sebab memilih sesuatu kerjaya tersebut) Juruterbang Pengawal Trafik Udara Jurutera PenyelenggaraanKapal Terbang Berasa bangga kerana bertanggungjawab atas keselamatan semua individu yang berada dalam kapal terbang tersebut Suka akan pekerjaan yang berkaitan dengan mesin khasnya yang berkaitan dengan sistem penerbangan Dapat menimba pengalaman baharu Dapat melancong ke pelbagai tempat Berpeluang untuk berinteraksi dengan pelbagai orang daripada pelbagai tempat dan latar belakang yang berbeza. Berasa bangga kerana bertanggungjawab atas keselamatan semua individu yang berada di udara Suka akan pekerjaan yang memerlukan ketelitian kerana harus mahir untuk membaca dan teliti dengan posisi setiap kapal terbang yang terlibat. Suka akan pekerjaan yang berdasarkan syif kerja supaya tidak terikat dengan satu tempoh kerja tertentu sahaja. Berasa banggakeranabertanggungjawabataskeselamatansemuaindividu yangberadadalamkapal terbangtersebut. Suka cabarankeranaperlumemahami setiapselok-belok dan fungsi sesuatualat yang terdapat dalamkapal terbang. Suka pekerjaanyangmelibatkan mesin Kurang berminat dalampekerjaan yangmelibatkaninteraksi denganmanusia.AKTIVITI 3 - Terokai maklumat kerjaya yang lain dalam bidang penerbangan. Pramugara/Pramugari Pegawai Daftar Masuk/Ejen Perkhidmatan Penumpang Marsyal Kapal Terbang Wajib menghadiri taklimat tentang jadual penerbangan untuk mengetahui keadaan cuaca, tempoh penerbangan, ketinggian pesawat di udara, persediaan makanan dan minuman serta memahami prosedur kecemasan sekiranya apa-apa Memastikan perkhidmatan yang terbaik untuk para penumpang Memastikan pendaftaran kemasukan para penumpang sejajar dengan prosedur dan peraturan sistem penerbangan. Memastikan semua Memastikan tiadasebaranggangguan di ruangataupunlaluan kapal terbang. Memberikan panduankepada juruterbangdalamproses untuk menghentikandan meletakkankapal terbang di tempat yangsepatutnya. Menerima maklumat
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM41 kecemasan berlaku Mengisi dokumen yang diperlukan Memberikan salam kepada para penumpang dengan ramah Mengawal penumpang dan memastikan penumpang berada dalam pesawat/penerbangan yang betul seiring dengan tiket/pas kemasukan mereka. Membantu penumpang mencari tempat duduk Menyiapkan dan menghidangkan makanan dan minuman kepada para penumpang mengikut jadual yang ditentukan. Menyediakan alat-alat yang diperlukan seperti troli makanan, bantal, tuala muka, tisu dan lain-lain. Memastikan pintu pesawat sentiasa ditutup dengan baik. Memastikan peralatan kecemasan seperti alat pemadam api, tong oksigen, pelampung dan semuanya peralatan yang lain berada dalam keadaan yang sempurna Memberikan arahan/taklimat yang betul dan jelas kepada para penumpang. bagasi yang diterima masuk sejajar dengan prosedur dan peraturan sistem penerbangan. Mampu mengawal prosedur pendaftaran masuk penumpang sama ada berdasarkan sistem komputer ataupun bersifat manual. Sentiasa bersedia untuk memberikan maklum balas daripada para penumpang kepada pihak atasan Bersedia untuk membantu para penumpang yang terdiri daripada golongan yang sudah berumur ataupun golongan OKU. Membuat laporan dengan segera sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangkakan semasa melakukan proses pendaftaran kemasukan untuk para penumpang. Mampu menjawab soalan para penumpang yang berkaitan dengan penerbangan dengan baiknya. Mampu membantu agen- agen pelancong yang lain dalam hal ehwal yang berkaitan dengan mana- mana jadual penerbangan. daripada pengawal trafikudara dan menyampaikanmaklumat tersebut kepadapihak pengurusanpenerbangantentangsetiap kapal terbangyangterbang keluar danmasukke dalamlapanganterbang. Memastikan pihakyangmelakukan tugasmenundakapal terbangmempunyai peralatan yangsesuai untuk penundaanseiringdengan jenis danjumlahberat kapal terbangyangperlu ditunda. Membuat pemeriksaanuntuk semuaalat tundayang digunakan. Memastikan tandaisyaratyang diberikankepadajuruterbang sejajar denganpiawai dan prosedur yangditetapkan. Mengawal seliaprosedurkapal terbangyanginginmendarat danberlepasdarilandasan. Memastikan segalaoperasiyang berkaitandi tapak/ruang/landasanuntukmendarat danberlepasdalamkeadaanselamat. Perkara yangmungkinakan menjejaskanpendaratan atauperlepasan kapal terbangharuslah dilaporkan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM42 SAKSI SENYAP RUNGKAI MISTERI (HALAMAN 30 - 31) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat denganbetuldaripada pelbagai bahan primer. AKTIVITI 1 - Baca bahan dan kenal pasti maklumat. (Rujuk teks Kanta Forensik, ms 30) a) TEKNIK BACAAN KWLH MAKSUD KWLH K Know Perkara yang sduah diketahui sebelum membaca W What Perkara yang hendak diketahui sebelum membaca L Learned Perkara yang dipelajari selepas membaca H How Cara untuk mendapat maklumat tambahan yang ingindiketahui (melalui bacaan seterusnya) b) TEKNIK BACAAN CHATT K (Yang Diketahui) W (Ingin Diketahui) L (Dipelajari) H(Bagaimana) 1. Forensik membantu PDRM menjalankan penyiasatan kes-kes jenayah. 2. Hasil laporan forensik ini digunakan untuk keperluan perundangan. 3. Bukti-bukti fizikal seperti kesan cap jari. 1. Cara memohon jawatan sebagai Pakar Forensik. 2. Jenis-jenis bidang forensik yang ada. 3. Peluang kerjaya dalam bidang ini. - kelayakan akademik - gaji - peluang kenaikan pangkat 1. Bahagian D10, Jabatan Siasatan Jenayah (Makmal Forensik) 2. Unit Siasatan Tempat Kejadian Jenayah atau Crime Scene Investigation (CSI) 3. Unit Siasatan Cap Jari 4. Unit Siasatan Audio/Video 5. Unit Siasatan Jenayah Komputer 7. Bukti-bukti fizikal seperti kesan tumpahan bahan kimia, dan sebarang dokumen yang berada di tempat kejadian 1. Rujuk Internet 2. Buku/majalahMaksud CHATT C Circle Bulatkan kata kunci H Highlight Serlahkan atau garisi idea penting A Asterisk(*) Tandakan (*) pada isi sampingan/sokongan T Transfer Pindahkan maklumat ke dalam borang CHATT T Teacher Guru memberikan rumusan tentang rekod murid di dalamborangCHATT
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM43 RUMUSAN GURU __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________AKTIVITI 2 - Sejauh manakah kerjaya forensik dapat membantu menyelesaikan masalahjenayah?Kerjaya forensik dapat membantu menyelesaikan masalah jenayah : - Pakar forensik mengumpulkan bahan bukti untuk dianalisis oleh Bahagian D10, JabatanSiasatanJenayah (Makmal Forensik). - Hasil laporan forensik ini digunakan untuk keperluan perundangan. - Pakar forensik dari Unit Siasatan Tempat Kejadian Jenayah atau Crime Scene Investigation(CSI)mendapatkan bukti-bukti fizikal yang berkualiti dan relevan. IMEJ (DEFINISI) - aplikasi sains kepada perundangan KATA KUNCI /ISTILAH FORENSIK IDEA UTAMA Pakar forensik mengumpulkan bahan bukti untuk dianalisis. Apabila sesuatu kes jenayah dilaporkan, pakar forensik dari Unit Siasatan Tempat Kejadian Jenayah atau Crime Scene Investigation (CSI) mendapatkan bukti-bukti fizikal yang berkualiti dan relevan. DEFINISI /KATAKUNCI Forensik ialah aplikasi sains kepada perundangan. IDEA SAMPINGANHasil laporan forensik ini digunakanuntukkeperluan perundangan. Bukti-bukti fizikal seperti kesan capjari, kesantumpahan bahan kimia, dan sebarangdokumenyang berada di tempat kejadian akandinilai olehpasukan CSI.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM44 AKTIVITI 3 - Bagaimanakah kemajuan sains dapat membantu bidang forensik di negarakita?Kemajuan sains dapat membantu bidang forensik di negara kita dengan cara : - Jika kes jenayah yang melibatkan kesan cap jari, penyiasatan akan dikendalikanolehUnitSiasatan Cap Jari. - Unit Siasatan Audio/Video pula akan menjalankan pemeriksaan audio video seperti rakamankamera litar tertutup - Unit Siasatan Jenayah Komputer menganalisis bahan-bahan bukti seperti Unit PemprosesanPusat atau Central Processing Unit (CPU), telefon bimbit, kad sim, dan kad memori. - Teknologi yang canggih dan moden.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM45 DARI TITIK KE TITIK (HALAMAN 32 - 33) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.2.1 Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditontondenganmemberikan justifikasi menggunakan ayat yang gramatis. AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, tulis ramalan tentang kerjaya pada masa hadapan. Pada pendapat anda, bagaimanakah prospek kerjaya juruanimasi pada masa hadapan?Tulis pendapat anda dalam satu perenggan. Contoh Jawapan: Pada pendapat saya, prospek kerjaya juruanimasi pada masa hadapan mempunyai peluangyangcerah. Hal ini demikian kerana teknologi digital di negara kita sudah maju dan berkembangpesatseiring dengan kemajuan teknologi dunia. Bidang animasi menggunakan teknologi digital yangcanggih dengan perisian komputer berteknologi tinggi. Untuk menjadi seorangjuruanimasi,seseorang perlu mempunyai kemahiran teknikal dan mempunyai bakat artististik.Walaubagaimanapun, dengan kecanggihan perisian teknologi digital karakter animasi bolehdilukisdengan sempurna walaupun juruanimasi tiada kemahiran melukis. Jadi sesiapasahajabolehmenjadi juruanimasi sekiranya mereka berminat walaupun tidak mempunyai kemahiranmelukiskerana mereka boleh menggunakan bantuan perisian teknologi digital yang canggih. ASPEK SENI BAHASA SP: 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tadisional denganmenyatakanrespons peribadi yang sesuai terhadap karya AKTIVITI 2 - Deklamasikan sajak Sang Animator dan nyatakan maksudnya. Maksud Sajak Rangkap 1 - Penyajak menyatakan bahawa seorang yang terlibat dengan bidanganimasimempunyai kemahiran berkaitan perisian teknologi moden dan terkini. Rangkap 2 - Dengan menggunakan jari ( menekan papan kekunci) juruanimasi menghidupkanwatak-watak dan memberikan nyawa kepada setiap karakter agar nampak hidup dalamsesebuahfilem atau cerita. Rangkap 3 - Paparan cerita nampak hidup dengan menggunakan pelbagai warnadangerakanserta suara dan kesan bunyi yang boleh menyentuh perasaan dugabungkan denganpaparanaudio dan visual serta emosi sebagai pelenkap sesebuah cereka. Rangkap 4 - Seorang animator atau juruanimasi merupakan orang yang bertanggungjawabdibelakang tabir, Munculnya Anak-anak Sidek, Usop Sontorian, Bola Kampung, EjenAli, Keluang
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM46 Man, Kampung Boy, Boboiboy, Upin dan Ipin serta Omar dan Hana yang mewarnai alamriakanak-kanak yang menggamit ingatan para penonton pada alam kanak-kanak merekaadalahdihasilkan oleh juruanimasi. Rangkap 5 - Juruanimasilah orang yang bertanggungjawab menghidupkan karakter seseoranghero dan mengolah watak-watak tempatan sehingga mendapat tempat di persada dunia. Rangkap 6 - Melihat senyuman dan ketawa para penonton yang menyaksikan keletahanimasiyang penuh ceria menjadikan juruanimasi/animator gembira dan bahagia buat selamanya. AKTIVITI 3 - Hasilkan karikatur dan jelaskan keunikannya. 1. Murid menghasilkan karikatur sendiri dan menjelaskan keunikannya. - Cadangan aktiviti ini boleh dijadikan sebagai akvititi susulan murid membuat aktiviti dalam kumpulan kumpulan yang menghasilkan karikatur terbaik diberi hadiah Contoh karikatur
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM47 MENJULANG POTENSI DIRI (HALAMAN 34 - 35) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalambidangpendidikan dan kerjaya dengan yakin. AKTIVITI 1 - Bersoal jawab tentang keistimewaan diri yang perlu dimiliki untuk memohonprogrambudaya peringkat antarabangsa Keistimewaan diri: 1. Aktif dalam bidang kokurikulum Johan Pertandingan Tarian Zapin Peringkat Daerah Tokoh Kokurikulum Sekolah Kerap menyertai Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah/Daerah 2. Cemerlang dalam akademik Pencapaian Terbaik PT3 Peringkat Daerah 3. Bakat kepimpinan Pengawas sekolah Menjadi Tokoh Pemimpin Muda semasa Kem Kepimpinan Pengawas Peringkat Negeri Setiusaha Kelab Seni Budaya 4. Kemahiran Bahasa Boleh berbahasa Melayu, Inggeris dan Jepun Contoh soalan lain: Penemu duga : Boleh saudari nyatakan sebab saudari layak dipilih untuk mengikuti program ini? Nur Ain Sofea : Oh, saya rasa saya layak kerana saya bukan sahaja mahir dalambahasaMelayu dan bahasa Inggeris tetapi saya juga boleh berbahasaJepundengan baik. Saya telah mengikuti kelas bahasa antarabangsadi sekolahiaitu Bahasa Jepun. Perkara ini membolehkan saya berkomunikasidengan masyarakat di sana dengan mudah. Tambahanpula, sebagaipengawas saya telah biasa berhubung dan berkomunikasi denganrakanrakan dan guru. Jadi, saya rasa saya tiada masalah untuk menyesuaikandiri dan berbual dengan rakan-rakan di luar negara nanti. Penemu duga : Begitu menarik sekali. Bagaimana saudari akan menggunakankelebihanyang ada untuk memperkenalkan warisan budaya Malaysia?
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM48 Nur Ain Sofea : Pastinya saya akan mengambil peluang ini untuk memperkenalkanpelbagai tarian seperti zapin, muzik tradisional seperti rebanadanlain-lainlagi. Oleh sebab saya telah menjadi Johan Pertandingan ZapinPeringkatDaerah, maka saya lebih yakin untuk mempersembahkantarianini disana nanti. Tambahan pula, saya mahir bermain beberapaalatanmodendan tradisional. Jadi saya boleh gunakan kelebihanini untukmemperkenalkan alatan muzik negara kita. AKTIVITI 2 - Simulasikan gaya berpakaian, berjalan, dan duduk yang betul semasasesi temuduga dan nilaikan. NOTA TAMBAHAN: TIP TEMU DUGA APAKAH YANG PENEMU DUGA INGIN TAHU Panel penemu duga akan bertanyakan soalan seperti contoh di atas untuk mengetahui kemahiranspesifik dan kualiti yang membuat anda mempunyai kelebihan berbanding calon yanglain. Antara kelebihan yang ingin dilihat oleh panel penemu duga mengenai soalan yang ditanyaadalahseperti berikut: - Kekuatan dan kemahiran soft skill. - Keselesaan anda menjawab soalan peribadi. - Keyakinan diri. - Keserasian anda dengan organisasi budaya kerja. - Keupayaan anda berfikir dengan pantas memberi jawapan yang sepatutnya. - Penyediaan anda komunikasi ketika bekerja. - Mengenali anda di luar kerjaya, sikap dan pengalam di tempat kerja. CARA UNTUK MENJAWAB “APAKAH YANG MEMBUATKAN ANDA UNIK” Sebelum anda menjawab soalan yang ditanyakan, perkara yang perlu anda lakukanialah: 1. Anda perlu jelas dan memahami soalan yang diberikan. 2. Gunakan sedikit masa untuk dapatkan maklumat mengenai syarikat dan skop pekerjaanyangditawarkan. 3. Jika anda mengetahui maklumat syarikat dengan lebih banyak, akan menonjolkankeunikanperibadi dalam diri anda. 4. Apabila anda sudah mengetahui ciri-ciri syarikat, anda boleh menonjolkan diri andauntukmemberi sumbangan khidmat anda kepada syarikat. 5. Anda juga perlu memasukkan sifat, pengalaman dan minat anda dalamjawapanyangakandiberikan. TIP MEMBERIKAN JAWAPAN TERBAIK 1. Menyenaraikan kekuatan dan kelebihan diri anda. 2. Sentiasa berlaku jujur untuk menjawab soalan. 3. Menyenaraikan kemahiran yang diperlukan dalam deskripsi kerja. 4. Berkongsi jawapan yang tepat dan kukuh berdasarkan pengalaman kerja anda. 5. Yakin dan berani untuk menonjolkan diri anda. 6. Elakkan bercakap mengenai topik sensitif.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM49 HARAPAN SETINGGI GUNUNG (HALAMAN 36 - 37) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada pelbagai bahandenganbetul dan tepat. AKTIVITI 1 - Baca dan nilai bentuk serta kandungan teks. BORANG PENILAIAN KENDIRI (Tandakan skala di bawah) 1 - Setuju 2 - Tidak Setuju Ringkasan bahan: 1. Bahan 1 berbentuk iklan dan bahan 2 berbentuk teks. 2. Iklan yang dipaparkan berkaitandengan Karnival Kerjaya. 3. Karnival Kerjaya merupakan wadah terbaik yang menyediakan maklumat tentangduniakerjaya. 4. Mengunjungi karnival kerjaya yang berhampiran merupakan persiapan sebelummenceburidunia pekerjaan dan untuk mendapatkan maklumat pekerjaan. 5. Menerusi Program Bimbingan Tatacara Temu Duga dan Taklimat Industri pula, pengunjungmendapat beberapa tip untuk temu duga antaranya termasuklah penyediaanresume,kemahiran berkomunikasi, persembahan pitching dan etika berpakaian. 6. Bengkel dan taklimat semasa Kaunseling Kerjaya bersama panel penganjur membolehkanpara pengunjung mendapatkan panduan dan laithan temu duga sebagai persediaanuntuktemu duga sebenar. 7. Karnival kerjaya sangat memberikan manfaat kepada para pengunjung. 8. Oleh itu, para belia yang ingin berjaya dalam permohonan kerja mestilah berusahamenimbailmu dengan menghadiri karnival kerjaya. BIL ITEM BAHAN 1 BAHAN 2 ALASANSKALA 1 2 1 2 1 Bentuk paparan menarik minat pembaca 2 Memberikan lebih banyak maklumat 3 Lebih mudah difahami oleh pembaca 4 Susunan maklumat mudah dibaca 5 Memberikan ilmu baharu kepada pembaca