MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM150 AKTIVITI 3 - Bincangkan persamaan dan perbezaan majlis perkahwinan Melayutradisionaldengan majlis perkahwinan moden. 1. Persamaan Perkahwinan Melayu Tradsional dan Perkahwinan Moden i) Mempunyai atur cara yang sama seperti jamuan makan dan majlis persandinganii) Memerlukan masa dan perancangan yang rapi sebelum dan semasa majlis perkahwinaniii) Mengandungi unsur hiburan kepada tetamu seperti bersilat, berbalas pantun, rebanadankaraoke. iv) Menyediakan buah tangan kepada tetamu yang hadir 2. Perbezaan Perkahwinan Melayu Tradsional dan Perkahwinan Moden Aspek Berbeza Tradisional ModenLokasi Diadakan di rumah ibu bapa pengantin Diadakan di dewan, hotel dantempat yang eksklusif Masa Diadakan dalam masa yang lama sekurang-kurang tiga hari Perjalanan masa majlis terhadpagi hingga petang Jemputan Ramai terdiri daripada keluarga sanak saudara dan orang kampung Terhad kerana ruang majlishanya mengikut kapasiti tempat Urusan Majlis Diuruskan oleh keluarga dan sanak saudara serta orang kampung melalui amalan gotong-royong Diuruskan oleh perancangperkahwinan dengan bayaranyang mahal Pakaian Pengantin Pengantin memakai busana pakaian raja sehari Pengantin memakai pelbagai busana pakaian budayalainseperti tuksedo, pakaianorangIndia, Cina dan Korea. Pakaian tetamu Bebas asal mengikut kesesuaian Mengikut tema pengantin
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM151 PEMULIHAN - YANG LAMA JANGAN DILUPA (HALAMAN 114) AKTIVITI 1 - Susun maklumat yang diberikan untuk menulis perenggan kesimpulan. Kemudian,tulis perenggan tersebut selengkapnya. Mengapakah kuih warisan perlu dipelihara? Kesimpulan Kuih warisan mempunyai keunikan dan nilai estetika yang tersendiri Cadangan Kuih warisan diperkenalkan kepada generasi kini dengan pelbagai cara. Ancaman Generasi akan datang tidak mengenali dan menghargai kuih warisan. Huraian Menganggap kuih warisan sebagai sesuatu yang tidak bernilai. Harapan Kuih warisan masih dinikmati oleh masyarakat sampai bila-bila Kesimpulannya, kuih warisan mempunyai keunikan dan nilai estetika yang tersendiri. Olehyangdemikian, kuih warisan harus diperkenalkan kepada generasi kini dengan pelbagai cara. Kitabimbang sekiranya generasi akan datang tidak mengenali dan menghargai kuih warisan. Mungkinada antara mereka menganggap kuih warisan sebagai sesuatu yang tidak bernilai. Olehitu,harapan kita biarlah kuih warisan masih dinikmati oleh masyarakat sampai bila-bila.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM152 TEMA 9 - SAYANGI MALAYSIAKUBUKAN SEBARANG SENIMAN (HALAMAN 116 - 117) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.5.2 Mendengar dan menilai keseluruhan soalan serta memberikan responsyangbetulsecara berhemah dan bertatasusila. AKTIVITI 1 - Teliti bahan kemudian dengar dan nilai soalan dengan menggunakanborangyangdiberikan. Borang penilaian soalan: Soalan tertutup No. Soalan Ya Tidak1. Pernahkah anda membaca buku yang membangkitkan semangat patriotisme? 2. Adakah pengkarya seni menyampaikan mesej kepada masyarakat melalui karya seni mereka? 3. Adakah kartun dan filem termasuk dalam jenis karya seni? AKTIVITI 2 - Berikan respons terhadap soalan secara berhemah dan bertatasusila. Soalan terbuka: Jawab soalan berikut menggunakan ayat yang gramatis. 1. Perhatikan lukisan mural di Sekolah Menengah kebangsaan Seksyen 16, Shah Alam, Selangoryang terdapat dalam buku teks halaman 116. Nyatakan pandangan anda tentang mural ini. 2. Hayati lukisan karya Ahmad Syukri bin Muhammad seperti yang terdapat padahalaman116,kemudian nyatakan tafsiran anda tentang lukisan ini. 3. Berdasarkan kartun karya Hana pada halaman 117, nyatakan nilai patriotisme yangterkandungdalam kartun ini. 4. Baca dan hayati lirik lagu Pesan Pak Dollah melalui kod QR pada halaman 117 kemudianjawabsoalan-soalan berikut: i) Huraikan maksud rangkap pertama lagu ini. ii) Apakah yang dimaksudkan oleh penulis tentang baris “ras dan warnabukanhakmembeda”? iii) Pada pendapat anda apakah kepentingan-kepentingan memeliharaperpaduankaum di negara ini? iv) Generasi alaf baharu semakin obses dengan media sosial. Pada pendapat anda,bagaimanakah anda menggunakan media sosial sebagai platformuntukmemupuknilai patriotisme dalam kalangan generasi muda?
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM153 v) Sejak akhir-akhir ini terdapat segelintir pihak yang gemar memainkansentimenperkauman dan agama untuk memecahbelahkan perpaduan kaum. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang sewajarnyadiambil olehpelbagai pihak untuk mengatasi masalah ini daripada terus mengancamkeamanannegara? vi) Pandemik Covid-19 yang melanda negara kita telah menyedarkanbanyakpihaktentang pentingnya kesepakatan semua pihak dalam usaha mengekangpenularanwabak ini. Sebagai warganegara prihatin, apakah sumbangan anda untuk membantunegaramenghentikan wabak ini? Cadangan Jawapan: 1. Pandangan saya tentang mural ini: Lukisan potret Tunku Abdul Rahman dan Jalur Gemilangpadamuralmembangkitkan semangat untuk kita menghargai kemerdekaan negarayangkitakecapi pada hari ini hasil pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu. Bangunan-bangunan pada mural seperti KLCC menggambarkan mercukejayaanMalaysia yang mencipta pelbagai kejayaan sejak mencapai kemerdekaan. 2. Tafsiran saya tentang lukisan karya Ahmad Syukri bin Muhammad: Gambaran potret lelaki bersongkok mewakili bangsa Melayu, wanitaberpakaiancheongsam mewakili bangsa Cina dan tiga individu dalamlukisanyangsedangberbual mesra melambangkan keharmonian masyarakat majmuk negaraini. 3. Nilai patriotisme yang terkandung dalam kartun karya Hana: Perbualan dalam lakaran kartun menunjukkan nilai patriotisme yangditunjukkanmelalui perbualan sebuah keluarga. Contohnya mereka menyatakankeprihatinanterhadap penyalahgunaan bahasa kebangsaan, iaitu penggunaanbahasarojakyang digunakan dalam drama televisyen negara ini. 4. Baca dan hayati lirik lagu Pesan Pak Dollah melalui kod QR pada halaman117kemudianjawab soalan-soalan berikut: (i) Huraikan maksud rangkap pertama lagu ini. Maksud rangkap pertama lirik lagu ini ialah tanah air kita Malaysiadibinadandimajukan sedikit demi sedikit oleh tokoh-tokoh cendekiawan dan masyarakat yangmempunyai minda kelas pertama. Masyarakat juga mengukuhkanperpaduandengan mengelakkan prasangka sesama kaum
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM154 (ii) Apakah yang dimaksudkan oleh penulis tentang baris “ras dan warnabukanhakmembeda”? Maksudnya ialah bangsa atau kaum serta warna kulit bukanlah untukdibeza-bezakan atau didiskriminasikan oleh sesiapa sahaja kerana kita semuamempunyaihak yang sama sebagai warganegara. (iii) Pada pendapat anda apakah kepentingan-kepentingan memeliharaperpaduankaum di negara ini? - dapat melahirkan negara yang maju dan setaraf dengan negara-negaramajuyang lain - dapat mengelakkan permusuhan dan persengketaan antara kaumseperti yangpernah terjadi pada 13 Mei 1969 - mampu melahirkan negara yang mapan dari semua aspek sosial, politikdanekonomi. - dapat mencapat Transformasi Nasional 2050 seperti aspirasi negarakita. - mampu mengelakkan negara kita daripada dijajah oleh kuasa asingsekali lagi. - memupuk keharmonian dan kesejahteraan masyarakat negaraini dalammenempuh apa-apa jua rintangan. (iv) Generasi alaf baharu semakin obses dengan media sosial. Pada pendapat andabagaimanakan anda menggunakan media sosial sebagai platformuntukmemupuknilai patriotisme dalam kalangan generasi muda? - saya akan menggunakan media sosial seperti Twitter dan Instagramuntukmenyebarkan nilai-nilai integriti dan patriotisme melalui gambar-gambarkeharmonian kaum negara ini - saya akan menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan secaradalamtalianseperti pertandingan pidato, pantun atau deklamasi sajak yangbertemakankemerdekaan. - saya akan menyatakan bantahan terhadap individu yang tidak bertanggungjawabmenyebarkan berita palsu tentang negara kita dengan melaporkan akaunmerekakepada pihak berkuasa. - saya akan mempamerkan keindahan dan keunikan adat resammasyarakatMalaysia sama ada melalui pakaian tradisional,makanan tradisional mahupunperayaan-perayaan pelbagai kaum.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM155 (v) Sejak akhir-akhir ini terdapat segelintir pihak yang gemar memainkansentimenperkauman dan agama untuk memecahbelahkan perpaduan kaum. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang sewajarnyadiambil olehpelbagai pihak untuk mengatasi masalah ini daripada terus mengancamkeamanannegara? - pihak kerajaan harus mewujudkan akta khas untuk mendakwapihakyangmelakukan onar mencemarkan imej negara - pihak berkuasa harus mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajarankepada pihak yang sewenang-wenangnya cuba memecahkan perpaduankaum. - masyarakat harus bekerjasama untuk melaporkan kepada pihakberkuasasekiranya terdapat pihak yang cuba memainkan api perkauman di negaraini. (vi) Pandemik Covid-19 yang melanda negara kita telah menyedarkanbanyakpihaktentang pentingnya kesepakatan semua pihak dalam usaha mengekangpenularanwabak ini. Sebagai warganegara prihatin,apakah sumbangan anda untuk membantunegaramenghentikan wabak ini? - saya akan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan seperti yangtelahditetapkan - saya akan cuba menjaga diri sendiri dan keluarga untuk mengelakkankebolehjangkitan virus dengan duduk di rumah sekiranya tiada urusansepertislogan “kita jaga kita” - saya akan menasihati rakan-rakan melalui media sosial dengan menguar-uarkankepentingan menjaga kebersihan serta mengambil vaksin - saya akan mendaftar dalam MySejahtera untuk mengemas kini maklumat darimasa ke masa. AKTIVITI 3 - Rancang satu projek karya seni yang bertemakan patriotisme dan pamerkannyadidalam kelas. 1. Murid boleh berbincang untuk mengadakan sudut pameran karya seni bertemakanpatriotisme.2. Murid melukis poster bertemakan patriotisme, menulis kata-kata semangat atausloganbertemakan patriotisme. 3. Murid mencipta puisi, cerpen dan esei bertemakan patriotisme. 4. Murid membina diorama bertemakan patriotisme. 5. Semua hasil ciptaan dipamerkan sebagai projek karya seni.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM156 IDENTITIKU (HALAMAN 118 - 119) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.3.3. Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul. AKTIVITI 1 - Baca bahan dengan telitinya. Kemudian, buat kesimpulan tentangevolusi kadpengenalan. Kesimpulannya, evolusi kad pengenalan ini telah membuktikan bahawa negarakitasentiasamenitikberatkan teknologi moden agar rakyatnya sentiasa berada dalamkeadaanyangselamat.Hal ini dikatakan sedemikian kerana, golongan penjenayah siber akan sentiasamengambilpeluang untuk membuat kad pengenalan palsu bagi pelbagai tujuan terutamanyadalamaktivitijenayah. Pada masa yang sama jua, pendekatan teknologi dalam penciptaan kad pengenalaniniakan memudahkan rakyat Malaysia untuk melakukan pelbagai aktiviti dalamkehidupandenganmudah, selamat dan pantas. Sikap dan keprihatinan rakyat menjadi tonggak utamaagarpenggunaan kad pengenalan ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik danselamat.Sesungguhnya, kad pengenalan ini merupakan identiti rakyat sesebuah negara sekaligusmenjadiperisai kepada kewarganegaraan seseorang yang menjadi lambang kepada kedaulatansesebuahnegara. ASPEK TATABAHASA SP: 5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul mengikut konteks.AKTIVITI 2 - Kategorikan kata hubung yang terdapat dalam bahan. Kemudian, tulis dialogdenganmengunakan kata hubung tersebut. KATA HUBUNG GABUNGAN KATA HUBUNG PANCANGANserta kerana (pancangan keterangan) tetapi untuk (pancangan komplemen) dan yang (pancangan relatif) Dialog: Salihin Najihah, bolehkah awak terangkan kepada saya tentang pembelajarandigital? Najihah Boleh, tetapi saya nak tahu daripada awak setakat mana kefahamanawak tentang pembelajaran digital ini dan awak pernah menyertainya?Salihin Ok. Saya hanya memahami pembelajaran digital itu ialah belajar melalui alat peranti elektronik untuk berinteraksi dengan guru serta rakan-rakan. Saya tidak pernah menyertai pembelajaran digital kerana tiada talianInternet di rumah saya.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM157 Najihah Oh, begitu rupanya! Pembelajaran digital ini akan menggunakan pelbagai aplikasi yang terdapat dalam sistem teknologi kita. Guru akan menggunakanaplikasi ini untuk memudahkan proses pembelajaran kita agar lebihmenarikdan mudah kita fahami memandangkan kita semua tidak boleh bersemuka. AKTIVITI 3 - Gambarkan penggunaan kad pengenalan pada masa akan datangdanceritakanramalan tersebut. Mungkin beberapa tahun akan datang, kad pengenalan kita bukan lagi dalambentukfizikal tetapidalam bentuk digital. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila dalambentukdigital, kadpengenalan diri atau identiti kita akan lebih selamat dan terjamin. Bentuk digital ini ialahmelaluimickrocip yang akan diletakkan dalam badan kita sama ada di tangan atau melalui gerakanretinamata. Apabila berada dalam tubuh kita melalui sistem ini, mikrocip ini akan dapat berfungsi padabila-bila masa terutama melibatkan urusan yang menggunakan kad pengenalan. Denganpendekatan ini, sistem yang membabitkan urusan perbankan, perkhidmatan kaunter, aplikasidalam talian dan urusan yang berkaitan akan lebih mudah dan selamat.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM158 AMALAN HIDUP BERMASYARAKAT (HALAMAN 120 - 121) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.4.5 Menulis untuk menghasilkan karangan dengan wacana yang lengkap, bahasayanggramatis dan ungkapan yang menarik. AKTIVITI 1 - Analisis bahan dan sediakan rangka karangan yang mengandungi ungkapanmenarikdan urutan isi yang lengkap. AKTIVITI 2 - Tulis karangan lengkap berdasarkan rangka yang telah disediakan. Cadangan Jawapan Aktiviti 1 dan 2 (Untuk Karangan Lengkap) KERANGKA KARANGAN BIL PERENGGAN HURAIAN 1. Pendahuluan - kejiranan didefinisikan sebagai hubungan erat dalamkalangan masyarakat yang hidup berbaik-baik, bertolakansur, tolong-menolong dan bekerjasama denganjirantetangga. - jiran ialah orang yang tinggal berdekatan denganrumahkita. Masyarakat yang mengamalkan sikap kejiranandapatmewujudkan suasana harmoni dan aman keranahidupberjiran membawa bahagia. - hubungan kejiranan bagaikan isi dengan kuku, umpamadakwat dan dapat mencetuskan toleransi dan keharmonianhidup. - pelbagai aktiviti boleh dijalankan untuk mengeratkanhubungan kejiranan pada alaf baharu 2. Isi 1 Komuniti Beriadah - aktiviti beriadah merupakan aktiviti yang dapat memupukhubungan antara jiran - boleh dijalankan pada hujung minggu di setiapkawasankejiranan. - contoh aktiviti beriadah ialah senamrobik, berjoging. - beriadah dapat menyihatkan tubuh badansertamencerdaskan minda kerana badan yang sihat akanmenghasilkan otak yang cerdas - penganjuran aktiviti riadah di sesuatu kejirananmampumemupuk semangat saling bekerjasama antarajirantetangga
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM159 3. Isi 2 Bimbingan Tambahan - bimbingan tambahan kepada anak-anak yangbakal menduduki peperiksaan juga merupakan aktiviti yangdapatmengukuhkan hubungan kejiranan pada alaf baharuini - boleh dijalankan dua kali seminggu oleh merekayangpakardalam subjek tertentu - tamsilnya, kelas bimbingan secara percuma untukmatapelajaran yang kritikal seperti Bahasa InggerisdanMatematik dapat membantu anak-anak di kawasankejiranan. - bimbingan tambahan tersebut mampu mengurangkanbeban ibu bapa yang kurang berkemampuanuntukmenghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyenberbayarkerana adat pulau limburan pasang 4 Isi 3 Sambutan Perayaan Rumah Terbuka - mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasasesuatusambutan perayaan merupakan sebahagianaktiviti kejiranan alaf baharu yang perlu diberi perhatianolehmasyarakat di Malaysia - dapat membentuk ikatan silaturahimdan memperkukuhsemangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. - melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanyakankhabar dan bercerita tentang pengalaman masing-masingdengan lebih dekat. - melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalammasyarakat berpeluang untuk berkumpul danberbincangsambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuanrumah. - sebagai contoh, semasa perayaan Hari RayaAidilfitri,Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dansebagainyamajlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikanacaratahunan. Maka, dengan adanya pengimplimentasianprogram seperti “Rumah Terbuka Kebangsaan” bagi setiapsambutan perayaan, rakyat dapat diterapkan dengannilai hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antarasatusama lain ibarat kata bidalan, “serumpun seperti serai,seikat seperti sirih”. - majlis rumah terbuka mampu mengeratkanhubungankejiranan dan memupuk semangat kejiranandalamkalangan masyarakat alaf baharu.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM160 5 Isi 4 Penyebaran Maklumat Berguna - penyebaran maklumat berguna merupakan aktiviti atauamalan kejiranan alaf baharu seiringdenganperkembangan dunia dan teknologi - maklumat berguna dapat disebarkan kepada masyarakatdalam kejiranan dengan pantas kerana semuanyahanyadihujung jari. - penggunaan aplikasi “WhatsApp, Facebook, Telegram,Instagram merupakan aplikasi yang palingpopularmenyampaikan maklumat kepada ahli masyarakat dalamkejiranan yang sama - jika berlaku sesuatu musibah yang menimpa ahli kejirananseperti kehilangan ahli keluarga, penyebaranmaklumattersebut akan membantu untuk mengesan kehilangantersebut. - aktiviti berfaedah yang akan dianjurkan padahujungminggu juga mudah diketahui oleh semuapendudukdengan lebih pantas - akan menyemai benih sikap tolong-menolong danprihatinantara satu sama lain - penyebaran maklumat yang berguna akan mewujudkanmasyarakat jiran alaf baharu yang amanbakkatacendekiawan hidup berjiran membawa bahagia 6 Penutup - secara intihanya, sudah terang lagi bersuluh, kejirananalafbaharu pada masa kini menjadi amalanhidupbermasyarakat di Malaysia yang signifikan - amalan yang murni ini menjadikan negara kita unikdi matanegara lain dan semakin dikenali di seluruh dunia. - oleh itu, rakyat Malaysia perlu bangkit daripadakealpaantentang amalan hidup bermasyarakat. - rakyat Malaysia tidak seharusnya bersikapevatif danbernafsi-nafsi bagi enau dalam belukar, melepaskanpucukmasing-masing malah perlu berganding bahu ibarat beratsama dipikul, ringan sama dijinjing dalamusahamenjayakan budaya kejiranan alaf baharu.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM161 ASPEK SENI BAHASA SP: 4.4.1 Mempersembahkan sketsa dalam bentuk multimedia secara kreatif dan menarik. AKTIVITI 3 - Persembahkan sketsa tentang kejiranan dalam bentuk multimedia secarakreatif.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM162 AKTIVITI 4 - Rancang satu aktiviti untuk mengeratkan hubungan kejiranan dan bentangkannya.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM163 MENU MALAYSIA DI SERATA DUNIA (HALAMAN 122 - 123) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.6.1 Menyampaikan maklumat yang betul dan tepat dalam bentuk pembentangansertaperbahasan dengan jelas dan intonasi yang sesuai secara bertatasusila. AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, buat pembentangan tentang dua buah restoran Malaysiadi luarnegara. Cadangan aktiviti pembentangan : 1. Guru boleh membahagikan murid kepada beberapa kumpulan atau memilih beberapamuridsecara berpasangan untuk membentangkan isi-isi penting dalam memperkenalkanduabuahrestoran Malaysia di luar negara seperti yang terdapat dalam bahan. 2. Guru boleh memberikan tugasan pembentangan ini mengikut kreativiti murid melalui duapilihanmedium sama ada pembentangan secara manual (menggunakan kertas mahjung) ataupenggunaan teknologi komputer (power point, video). Contoh isi pembentangan seperti berikut : ***rujuk bahan dalam buku teks Restoran My Rasa, Perth Kafe Rasa Malaysia, LondonLatar Belakang - Pengasas: Encik Jamal bin Kamaludin. - Pengasas: Puan Noor Azlina binti Zainal Abidin. - Beroperasi sejak bulan Disember 2015 di Manning, Perth, Western Australia. - Beroperasi mulai tahun 2011. Keunikan dan Tarikan - Menu : sate, nasi lemak, mi rebus Johor, apam balik Johor, kopi Johor, dan cendol. - Menu : sate, nasi lemak, roti jala, asamlaksa Pulau Pinang, martabak daging, roti canai, dan kuih muih. - Menjadi destinasi tumpuan pelancong dan pemimpin dari Malaysia serta lokasi penggambaran beberapa produksi drama dari Malaysia. - Menjadi lokasi penggambaran beberapaproduksi drama dari Malaysia.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM164 AKTIVITI 2 - Pada pendapat anda, sejauh manakah makanan dapat menonjolkan jati diri?Apakah maksud jati diri? - sifat atau ciri yang unik dan istimewa (dr segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yangmenjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dsb, identiti :- (KamusDewan Edisi Keempat) Cadangan Jawapan : ***mestilah bersesuaian dan munasabah 1. Mencerminkan identiti sesuatu bangsa dan negara terutamanya melalui makananwarisanyang semakin terpinggir dek arus pemodenan. 2. Melambangkan keunikan sesuatu budaya dan bangsa. 3. Mewarisi makanan tradisional secara turun-temurun oleh nenek moyang masyarakat majmukdi Malaysia. 4. Menggalakkan penyatuan bangsa dan mengeratkan ikatan perpaduan di Malaysia. 5. Menghargai keenakan pelbagai makanan setiap kaum. 6. Simbol keistimewaan yang unik dikongsi bersama oleh pelbagai kaumdi Malaysia. AKTIVITI 3 - Bina blog untuk mempromosikan makanan tradisional. Cadangan Aktiviti: - Lima langkah mudah untuk membina blog menggunakan aplikasi Blogspot atau Blogger secarapercuma. - Anda boleh menonton https://www.youtube.com/watch?v=Y1cp-Y_0Xi4untuklebihmemahami langkah tersebut. 1. Pastikan mempunyai e-mel terlebih dahulu (akaun gmail). 2. Buka laman sesawang www.blogger.com 3. Daftar masuk akaun bagi permulaan 4. Isikan kesemua maklumat yang diperlukan dalam laman Blogger / Blogspot tersebut dan pilih tapak blog yang sesuai dan menarik minat anda. 5. Apabila blog anda sudah tersedia, boleh mulakan menulis blog berkaitanpengisianmakanan tradisional Malaysia untuk dipromosi ke seluruh negara.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM165 MISI KEMANUSIAAN (HALAMAN 124 - 125) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks. AKTIVITI 1 - Analisis kesalahan bahasa dalam teks di bawah dan betulkannnya. YAYASAN SALAM (m/s 124 ) Bil Kesalahan Bahasa Pembetulan Kenali SALAM 1 menanamkan lagi semangat menanamkan semangat lagi 2 di kalangan masyarakat dalam kalangan masyarakat 3 pelbagi jenis program-program pelbagai jenis program4 sumbangan dari badan korporat sumbangan daripada badan korporat 5 luar negara di luar negara 6 Tsunami tsunami 7 menghulur bantuan kemanusiaan menghulurkan bantuan kemanusiaan8 pada mangsa perang kepada mangsa peperangan 9 kembali di pangkal kembali pada pangkal 10 bimbingan pada ibu tunggal bimbingan kepada ibu tunggal Misi SALAM 1 menganggap berkhidmat sebagai menganggap perkhidmatan sebagai 2 amat bermakna berkesan amat bermakna dan berkesan 3 Justeru itu Oleh itu 4 kemahiran di antara sukarelawan kemahiran antara sukarelawan 5 boleh dapat mewujudkan dapat mewujudkan 6 saling bantu-membantu saling membantu/bantu-membantu7 saling sayang-menyayangi saling menyayangi/sayang-menyayangi 8 18 tahun di atas 18 tahun ke atas 9 dialukan dialu-alukan Rumah Perlindungan SALAM 1 dua buah rumah-rumah perlindungan dua buah rumah perlindungan 2 jagaan pusat kanak-kanak jalanan pusat jagaan kanak-kanak jalananBANTUAN RAKYAT SARAWAK KEPADA MANGSA BANJIR (m/s 125) Bil Kesalahan Bahasa Pembetulan Perenggan kedua 1 berkata yang berkata bahawa 2 di dalam bentuk pakaian dalam bentuk pakaian 3 di berapa daerah di Semenanjung di beberapa daerah di SemenanjungPerenggan ketiga 1 daripada Sarawak dari Sarawak
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM166 Perenggan keempat 1 dari beberapa bahagian di negeri ini daripada beberapa bahagian di negeri ini 2 paling lewat sekali pada paling lewat pada Perenggan kelima 1 memohon bantuan menerbangkan memohon bantuan untuk menerbangkanPerenggan keenam 1 di antara paling banyak antara paling banyak 2 daripada Sarawak dari Sarawak Perenggan ketujuh 1 mengalukan mengalu-alukan Perenggan kelapan 1 di atas kerjasama atas kerjasama Aktiviti 2 - Terokai maklumat tentang badan kebajikan yang lain dan buat buku skrapberkaitandengan badan tersebut. Cadangan : Aktiviti Kumpulan Berikut merupakan beberapa contoh badan kebajikan yang ada di Malayisa. Gurubolehmemberikan contoh lain ikut kesesuaian. 1. Yayasan Amal Malaysia https://www.amalmalaysia.org.my/ 2. Majlis Kanser Nasional (MAKNA) https://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Kanser_Nasional 3. St John Ambulance Malaysia https://sjam.org.my/ 4. Pertubuhan Kebajikan Islam Malayisa (Perkim) https://www.perkim.net.my/latar-belakang/ 5. Bulan Sabit Merah Malaysia http://bsmm2014.blogspot.com/
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM167 PEMULIHAN - SEBUTIR PERMATA BUDAYA (HALAMAN 126) AKTIVITI 1 - Betulkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat yang bercetak merahdalamteks di bawah ini. NO AYAT 1. Jelita dan anggun dengan penampilan baju kurung pesak Johor pada kebanyakanmasa. Di mata kebanyakkan orang, beliau ialah wanita yang sempurna. Di mata – Pada mata kebanyakkan -> kebanyakan 2. Pemilik nama Sharifah Azah binti Mohamed Alsagoff tidak hanya tokohyangdisegani dalam bidang budayawan namun sejarah panjang hidupnyamemberi impak luar biasa dalam bidang kewartawanan negara kita. tidak -> bukan memberi – memberikan 3. Wanita yang lebih dikenali dengan Azah Aziz ini telah menghembuskannafasterakhir pada 9 Julai 2012 ketika berusia 84 tahun. dengan -> dengan nama 4. Negara kita kehilangan wanita selama ini begitu teguh mempertahan nilai budayaagar tidak ditelan zaman. mempertahan -> mempertahankan 5. Menelusuri jejak hidupnya, Azah ternyata tidak lahir dalam calang keluarga. tidak lahir – lahir calang keluarga – keluarga yang bukan calang-calang 6. Azah bergelar anak yatim semasa kehilangan ayahnya ketika beliau berusiaduatahun di Singapura. semasa – selepas 7. Daripada detik itulah, Azizah sememangnya orang yang paling memberikanimpakdalam kehidupan Azah. Daripada - Dari | (kerana detik bermaksud saat) 8. Selepas bergelar setia usaha kepada Ketua Pengarang New Strait Times, TanSri Leslie Hoffman pada tahun 1957, Azah kemudian ditawarkan menjadi wartawan. setia usaha – setiausaha 9. Sejak 12 tahun di Berita Harian, Azah Aziz kemudian menerima pelawaanbertugasdi Utusan Melayu sebagai Pengarang Rencana. Sejak - Setelah bertugas – untuk bertugas
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM168 PENGUKUHAN - AMALAN HIDUP BERMASYARAKAT (HALAMAN127) Berdasarkan bahan, tulis karangan lengkap dengan menggunakan bahasa yanggramatisdanungkapan yang menarik. KERANGKA KARANGAN Pendahuluan Gunakan pantun yang tertera ( ms 127) Kaitkan dengan situasi semasa tentang amalan tersebut. Kehendak soalan Kepentingan amalan berbudi bahasa. Isi 1 Individu – menjadi insan yang dihormati. Mengapa Apakah sebab pentingnya menjadi insan yang dihormati?Bagaimana Nyatakan cara yang perlu dilakukan supaya seseorangitudihormati. Contoh Berikan contoh yang sesuai. Kesan Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya. Ungkapan Harimau mati meninggalkan belang, manusiamati meninggalkan nama. Isi 2 Masyarakat - mewujudkan perpaduan kaum. Mengapa Apakah sebab pentingnya mewujudkan perpaduan?Bagaimana Nyatakan cara yang perlu dilakukan supaya masyarakatmengamalkan perpaduan. Contoh Berikan contoh yang sesuai. Kesan Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya. Ungkapan Bulat air kerana pembetung, bulat manusia keranamuafakat.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM169 Isi 3 Pelancong – berasa seronok melancong di sini. Mengapa Apakah sebab pelancong berasa seronok melancongdi sini?Bagaimana Nyatakan cara yang perlu dilakukan supayapelancongberasa seronok melancong di sini. Contoh Berikan contoh yang sesuai. Kesan Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya. Ungkapan Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Isi 4 Pemimpin – mudah didampingi rakyat Mengapa Apakah sebab pentingnya pemimpin itu mudahdidampingi rakyat? Bagaimana Nyatakan cara yang perlu dilakukan supaya pemimpinitudihormati dan mudah didampingi oleh rakyat. Contoh Berikan contoh yang sesuai. Kesan Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya. Ungkapan Ular menyusur akar tak akan hilang bisanya. Penutup Apakah kesimpulan tentang kepentingan amalan tersebut. Penegas Tegaskan tindakan yang perlu dilakukan. Harapan Terangkan harapan daripada tindakan yang bakal dijalankan.Seruan Mengajak semua pihak cakna dengan amalan berkenaanUngkapan Seikat bak sireh, serumpun bak serai,
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM170 PENGAYAAN - TIADA RINTANGAN DAPAT MENGHALANG (HALAMAN128) AKTIVITI 1 - Terokai pelbagai maklumat tentang orang kurang upaya yang berjayadalamhidupmereka. Berdasarkan pelbagai bahan yang anda baca, buat satu kesimpulan. 1. Profesor Datuk Dr. Ismail bin Md Salleh Ismail dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 September 1947. Sebagai seoranganakyangdibesarkan dalam keadaan serba kekurangan, keazaman dan kecekalan beliauuntukberjayamenjadi aspirasi ramai anggota masyarakat, terutama golongan kurang upaya. Beliauantaraorang yang layak disifatkan sebagai 'Towering Malays'. Mendapatkan Sarjana MudaEkonomi danSains Politik dari Universiti New York pada 1973 sebelum menyambung pengajiankeperingkatSarjana dan doktor falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi di Universiti Illinois, AmerikaSyarikatpada 1974 dan 1977. Pernah memegang pelbagai jawatan dalam bidang akademik termasuklahsebagai Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech (IUCTT) danPresidenPersatuan Kebangsaan Kolej Swasta Bumiputera. Dalam bidang ekonomi, beliaudiamanahkansebagai Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS), TimbalanPengarah Eksekutif Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Ekonomi, Pusat PerniagaanMalaysiaserta Ahli Majlis Perunding Ekonomi Negara II (MAPEN II) - Jawatankuasa Kerja bagi PenyusunanSemula Masyarakat. Pada 18 Disember 2007, Dr Ismail terus melakar sejarah apabiladilantiksebagai Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) pertama. Apa pun, setiapyanghidupmemang sudah dijanjikan dengan sebuah kematian. Pada 27 Ogos baru lalu pakar ekonomi itumeninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura. Ismail keChinakeranamenghadiri satu mesyuarat mengenai urusan universitinya, International UniversityCollegeofTechnology Twintech.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM171 2. Zy Kher Lee Zy Kher Lee, 12, dilahirkan dengan tangan kiri yang sempurna, separuh tangankanan, tidakmempunyai kaki kanan dan kaki kiri yang cacat dengan hanya tiga jari kaki. Diayangpadamulanya takut dengan air, tidak menyangka aktiviti itu berjaya membuatkannya jatuhcintapadasukan renang sekali gus bercita-cita menjadi atlet paralimpik untuk mewakili negarapadaSukanParalimpik 2020. “Berenang menjadikan saya rasa diri saya normal. Saya suka berenang. Padamulanya saya takut dengan air, walaupun agak sukar pada awalnya tetapi tidak lamakemudiansaya mula belajar berenang dengan bapa saya dan jurulatih, saya jatuh cintapadasukanini,” katanya kepada BERNAMA di sini. 3. Tengku Arman Harris bin Tengku Ismail Golongan orang kurang upaya (OKU) kini bukan sahaja mampu menonjolkan kejayaanmerekasebagai penjawat awam malahan dalam bidang keusahawanan. Golongan ini dilihat begitugigihserta memiliki kesabaran yang tinggi apabila menceburi satu-satu bidang, seolah-olahkecacatanbukan penghalang untuk mengecapi kejayaan. Bagi Tengku Arman Harris Tengku Ismail, 36, yangcacat pendengaran, kegigihan dan ketabahannya menjadikan beliau antara usahawanOKUyangberjaya dalam perusahaan membuat batik sutera di Terengganu. Menceritakanpengalamansebelum menceburi perusahan berkenaan sejak 10 tahun lepas, beliau mula bekerjasebagaipengimpal di sebuah bengkel kenderaan di Kuala Lumpur pada 1990 selepas menamatkanpersekolahan di Sekolah Menengah Pendidikan Khas di Pulau Pinang dan SekolahMenengahVokasional di Shah Alam, Selangor. Setahun selepas bekerja di ibu kota, beliau yangmerupakananak sulung daripada enam beradik terpaksa pulang ke Terengganu untuk mengambilalihtugassebagai ketua keluarga selepas kematian bapanya, yang terkorban dalamnahas jalanraya. 4. Haziqah Nurulhuda binti Harun Enam tahun lalu, gadis manis ini pernah putus asa dan tertekan selepas disahkanlumpuhakibatdemam panas hingga hilang semangat untuk meneruskan hidup. Namun, kini HaziqahNurul HudaHarun, 22, yang lumpuh daripada paras pinggang ke bawah sejak 2012, mamputersenyumkerana beliau bukan saja bangkit dari zaman kekecewaannya, malah mampu berbanggakeranaberupaya berdikari menerusi perniagaan kuih bulan yang diusahakannya. Malah, berkat usahadankesungguhannya, membolehkan perniagaan itu bertambah maju dan kuih bulan yangdihasilkanbukan setakat menerima tempahan tempatan, malah menembusi pasaran luar negaratermasukQatar, Abu Dhabi, Russia, Australia, Kuwait, Korea Selatan, Thailand dan Singapura. Ketikaditemui di kilangnya yang dinamakan Victory Yaya dekat Kampung Bukit Kuang, di sini, gadisyangmesra disapa dengan panggilan nama Yaya ini, rancak bercerita mengenai perancangannyapadatahun ini termasuk mahu membuka francais kuih bulan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM172 5. Razilawali bin A.Wahab Terpilih mewakili skuad bola sepak Malaysia Deaf Tigers (MDT) di pentas antarabangsahadiahpaling bernilai buat Razilawali A Wahab, insan istimewa yang mengalami masalahpendengaransejak lahir. Lebih membanggakan apabila insan berusia 34 tahun itu mengetuai skuadberkenaanmelayakkan diri ke Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Orang Pekak 2020 di KoreaSelataniaituyang pertama bagi pasukan dari negara ini. Razilawali berkata, mereka berjaya layakkePialaDunia selepas menduduki tangga keenam pada saingan Kejohanan Bola Sepak OrangPekakAsiaPasifik di Changwon, Korea Selatan tahun lalu. 6. Suresh a/l Selvathamby Hidup sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), ditinggalkan bapa ketika masih kecil danmenjalanihidup yang sukar menjadi penyebab S.Suresh mencapai gelaran juara dunia acarasukanyangdiceburinya sejak tujuh tahun lalu. Pemilik nama itu juga berdepan kecacatan kekal padausiamuda dan hidupnya yang penuh dengan ranjau berduri sama sekali tidak mematahkansemangatkental atlet para memanah negara ini untuk mencipta nama di pentas dunia biar puniabukansesuatu yang mudah. Mengimbas kembali perjalanan hidup Suresh, percaya atautidak, bukansemua orang boleh bertahan dan bersabar menembuhi kesusahan hidup. Jika mental tidakkuat,pastinya Suresh tidak berada di tempat sekarang. Malahan, kejayaan merangkul pingat emaspada Kejohanan Memanah Para Dunia 2019 di Hertogenbosch, Belanda, Ahad lalumembuktikanatlet 25 tahun ini berjiwa kental. AKTIVITI 2 - Dengan menggunakan persembahan multimedia, susun dan bentangkanmaklumatyang anda peroleh kepada kelas. 1. Murid boleh mengimbas kod QR di bawah untuk melihat slaid tentang Insan IstimewaYangBerjaya dan mendengar lagu Fikirkan Boleh. PERSEMBAHAN POWER POINT LAGU FIKIRKAN BOLEH
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM173 INSAN ISTIMEWA YANG BERJAYA
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM174 TEMA 10 - BAHASA BUGAR, SASTERAKEKARTUKANG TULIS (HALAMAN 130 - 131) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalambidangpendidikan dan kerjaya dengan yakin. AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, bincangkan soalan-soalan yang mungkin ditanyadalamsesipemilihan penulis skrip drama. 1. Murid secara individu diminta meneliti ketiga-tiga bahan (Iklan ms 130 , Infografik ms131danPetikan Tahukah Anda? ms 131) 2. Murid secara berkumpulan 4 orang diminta membincangkan soalan-soalan temudugayangboleh dibina berdasarkan bahan. 3. Murid menulis skrip / dialog sesi temuduga yang terdiri daripada 3 panel penemudugadanseorang calon. **Nota: Contoh Jawapan Aktiviti 1 : [ lihat contoh skrip temuduga pada muka surat 35] AKTIVITI 2 - Jalankan simulasi bersoal jawab dalam sesi pemilihan penulis skrip drama. Setiap kumpulan murid membuat simulasi temu duga dengan skrip yang dihasilkan (PBD1.5.3)Asrul Sani : Assalamualaikum dan selamat sejahtera tuan-tuan. Panel A : Waalaikumsalam saudara, selamat datang ke sesi temu duga pencarian PenulisSkripPenerbitan Suria Kencana. Sila duduk. Asrul Sani : Terima kasih tuan-tuan kerana memberikan peluang untuk saya mengetengahkanbakatdan karya saya pada hari ini. Panel B : Baiklah saudara, bolehkah saudara memperkenalkan serba sedikit latar belakangsaudara? Asrul Sani : Terima kasih. Saya Asrul Sani bin Abdullah berasal dari Kulim, Kedah. Sayamendapatpendidikan awal di SK Labu Besar, Kulim dan kemudian ke SMK SultanBadlishah.Selepas tamat tingkatan 6 saya melanjutkan pelajaran dalam bidang Komunikasi MassadiUniversiti Teknologi Mara di Shah Alam. Panel C : Wah saudara mempunyai ijazah dalam bidang Komunikasi Massa, tentulahsaudaramempunyai banyak pengalaman dalam bidang drama dan penulisan skrip ini!
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM175 Asrul Sani : Terima kasih. Sebenarnya saya sudah berjinak-jinak dalam bidang pementasandramasewaktu di bangku sekolah kerana menyertai Kelab Kebudayaan dan KesenianSekolahdan Kelab Penulis Muda Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya dan rakan-rakanpernahmenyertai pertandingan drama di peringkat Daerah Kulim dan kemudian mewakili daerahke peringkat negeri. Melalui Kelab Penulis Muda DBP pula, saya turut sertadalambeberapa siri bengkel penulisan yang mencambahkan minat saya dalambidangini. Itulahsebabnya saya memilih jurusan Komunikasi Massa di peringkat Ijazah. Di universiti jugasaya aktif dalam aktiviti-aktiviti pementasan drama di fakulti. Panel A : Baiklah saudara, bolehkah saudara jelaskan mengapakah saudara memilihbidangpenulisan skrip drama dan bukannya novel atau cerpen? Asrul Sani : Sebenarnya semua bentuk penulisan karya sastera ada kelebihan tersendiri. Namunbegitu saya memilih genre drama kerana keseluruhan skrip drama digerakkanolehdialog.Mesej dan pemikiran pengarang disampaikan melalui dialog watak-watakyangberinteraksi dalam drama. Skrip drama yang baik akan dapat memberikan gambaranyangjelas tentang pemikiran pengarang melalui unsur-unsur dramatik dalamdialog. Manakaladalam novel dan cerpen pengarang boleh menjelaskan situasi, konflik danperwatakansecara rinci bukan hanya dalam bentuk dialog watak malah secara pemerian. Panel B : Saya tertarik dengan penerangan saudara tentang perbezaan genre-genretersebut.Sebelum saudara menulis sesebuah skrip, apakah persediaan-persediaanyangbiasasaudara lakukan? Asrul Sani : Ya, lazimnya sebelum menulis sesebuah skrip saya akan menetapkantemadankemudian membuat kajian tentang isu berkenaan. Saya suka memerhati tabiatmasyarakat, oleh itu saya akan turun padang bergaul dengan pelbagai lapisanmasyarakat. Saya juga akan membaca penulisan-penulisan seperti novel dancerpenolehpenulis-penulis terkenal serta artikel-artikel di dalam akhbar ataupun majalah. Panel C : Baiklah, bolehkah saudara jelaskan kelebihan-kelebihan skrip drama anda kepadakami?Asrul Sani : Skrip drama saya pada kali ini berjudul ‘Menggenggam Impian’ mengetengahkanisudanmesej yang menarik tentang kehidupan anak gelandangan yang bercita-citatinggi. Dramaini juga mempunyai dialog-dialog yang mampu menyentuh emosi penonton, malahjalanceritanya amat menarik dan tidak seperti drama biasa sebaliknya mempunyai banyakunsur kejutan. Drama ini juga tidak berfokus kepada satu watak sahajasebaliknyaterdapat pelbagai watak dengan pelbagai karakter. Panel A : Terima kasih saudara Asrul. Saudara sangat berbakat, kami akan meneliti skripdramasaudara itu nanti, dan kami akan menghubungi saudara jika saudara terpilih sebagai salahseorang penulis skrip Suria Kencana nanti. Asrul Sani : Terima kasih dan selamat sejahtera tuan-tuan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM176 AKTIVITI 3 - Gambarkan keistimewaan drama televisyen yang menjadi kegemaranandadalambentuk infografik. Contoh: 1. Murid boleh menggambarkan keistimewaan drama Ayahanda dalam bentuk infografik. Sinopsis Drama Ayahanda Mengisahkan tentang Haji Abdullah (Jalil Hamid), seorang Tok Imam, jurunikah danmengajarkankitab di surau yang berusia lebih daripada 100 tahun. Surau itu kemudian dibina semulasetelahdilanda ribut yang hampir meragut nyawa Haji dan isterinya, Hajah Noriah (FauziahAhmadDaud)ketika itu. Haji Abdullah dilihat sebagai seorang imam tua yang degil dan mahu mempertahankansemua jawatannya di masjid kampungnya. Walaupun Haji Abdullah sudah tidak diterimaolehmasyarakat kerana kaedah pengajaran dan kitabnya yang dianggap lapuk tetapi beliautetapmelunaskan tanggungjawabnya. Hanya Hajah Noriah yang masih setia dan sentiasamemberikansokongan padu kepada suaminya. Di kampung, seorang imam baharu telah dilantikiaituUstazHamidi, 20-an dan lulusan Al-Azhar, Mesir. Jemaah pun semakin ramai di masjid. Haji Abdullahtercabar dan tetap mahu menjadi imam. Haji Abdullah dan Hajah Noriah mempunyai empat orang anak iaitu Halimah(Noorkhiriah),Ramli (Shahz Jaszle), Ahmad (Hairi Safwan) dan Aziz (Fikry Ibrahim). Halimah, anaksulungyangtinggal di belakang rumah Haji sering diharapkan oleh adik-beradiknya untuk menjagaibubapamereka. Halimah juga terpaksa bersabar dengan perangai suaminya, Mat Diah (Sobri Anuar)yangterlalu taksub dengan pertandingan suara burung. Ramli, anak kedua Haji Abdullahpulasibukberulang-alik menghantar Piah (Nurmiziana Rosli), isterinya ke kampung asalnya keranaemaknyasakit. Manakala, Ahmad, anak ketiga yang mahu menambah pendapatan dengan mengusahakankebun sayur di kaki bukit. Isteri Ahmad, Hasnah, telah meninggal dunia bersama anakketiganyasemasa bersalin. Hajah Noriah dan Halimah sentiasa cuba mencarikan jodoh baharuuntukAhmad
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM177 tetapi Ahmad belum bersedia. Aziz, anak bongsu Haji Abdullah bekerja sebagai juruteknikdisebuah kilang dan minat penulisan. Isterinya, Mazni (Rita Nadira) lebih mementingkankesenangan diri dan mula mengambil kesempatan atas kesibukan suaminya yang mahumenjagaorang tuanya, anak mereka dan juga menyiapkan penulisannya. Haji Abdullah mahukan sokongan anak-anaknya untuk dia meneruskan tanggungjawabnyasebagai imam, namun semua anaknya tidak berpihak kepadanya membuatkanHaji Abdullahterasa hati. Aziz yang menjadi harapan Haji Abdullah juga menentang hasrat ayahnyalebih-lebihlagi hubungan mereka pernah terpalit dengan sejarah lampau yang merenggangkanhubunganmereka berdua. Sikap degil dan ego Hj Abdullah menyebabkan dirinya dilanda sepi dantiadasiapa yang peduli. Terleraikah kesepian hati seorang ayah dan dapatkan anak-anaknyamemahaminya? Dapatkah anak-anak Haji Abdullah menebus kelemahan merekayangsudahmengabaikan hati seorang ayah? Mengertikah mereka tentang pengorbanan seorangayah?2. Murid juga boleh menonton ulasan dan sinopsis drama Ayahanda melalui You Tubehttps://www.youtube.com/watch?v=6V_FAA0ANkY
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM178 SASTERAWAN DARI UTARA (HALAMAN 132 - 133) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul. AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, catatkan kelebihan karya Azizi bin Abdullah. BIL KARYA KELEBIHAN 1. Novel Seorang Tua di Kaki Gunung - Meraih tempat kedua dalamSayembaraHadiahNovel GAPENA – Yayasan Sabah II (1981) - Memenangi hadiah novel berunsurkan IslamanjuranYayasan Pendidikan Islam. 2. Novel Ayahanda - Bahasa yang digunakan mudah difahami walaupunterdapat dialek Kedah - Ciri-ciri peribadi kebapaan dan keanakanyangditimbulkan dalam novel ini mengundangpelbagai perasaan dalam jiwa pembaca - Watak-watak yang ditonjolkan dalamnovel ini merupakan watak sebenar yang hidup dalamalamrealiti. 3. Novel Harga Sebuah Maruah - Memenangi tempat kedua SayembaraMengarangNovel Sempena Perayaan Jubli Emas DewanBahasadan Pustaka. AKTIVITI 2 - Buat kesimpulan tentang hasil karya Azizi bin Abdullah. Karya Azizi bin Abdullah lebih ke arah tema kekeluargaan. Kesemua watak yangterdapatdalam ketiga-tiga novel tersebut ialah watak warga tua iaitu watak bapa dan ibu. Novel-noveltersebut mengisahkan kehidupan, sumbangan dan pengorbanan warga tua dalamsesebuahkeluarga. Watak-watak tersebut juga berpendirian teguh dan mempunyai prinsiphidupyangtersendiri. Mereka tidak mahu mengalah kepada sesiapapun dan ingin menjaga maruahdiri Contohnya, dalam novel Seorang Tua di Kaki Gunung, lelaki tua yang dikenali sebagaiTukya mempertahankan corak kehidupan tradisi dan kehidupan hariannya yangamat rapatdengan alam semula jadi di Gunung Bongsu. Beliau yang berprinsip hidup berdikari, mahumembuktikan masih memiliki tenaga kepada anak dan cucunya. Tukya ingin menebangpokokcengal batu agar dapat membina rumah baharu tanpa bantuan orang lain. ManakaladalamnovelAyahanda, jalan ceritanya lebih kepada kehidupan seorang bapa yang sengsara dandilandasepisetelah kehilangan isterinya. Dalam novel Harga Sebuah Maruah pula memaparkankisahCah,seorang ibu tua yang berpendirian teguh tidak mahu tanah sawah peninggalan arwahsuaminyajatuh ke tangan pihak kerajaan untuk tujuan pembangunan. Cah mempertahankantanahsawah
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM179 kerana tanah sawah itu melambangkan maruah dan harga diri seorang pesawah danmerupakansumber rezeki mereka. . AKTIVITI 3 - Tulis sinopsis sebuah novel yang pernah anda baca. Novel Kabus Di Perbukitan (Mohamad Kholid Hamzah) Novel ini memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorangtenteradanSalmah,yang mempunyai sepasang anak kembar Faridah dan Rahayu. ApabilaKamarudinditugaskan sebagai Pegawai Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwindenganHamidah. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat KedutaanMalaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya perpisahan pasangan kembar tersebut.Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-samanya, manakala FaridahdijagaolehSalmah. Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang sama-sama belajar di FakultiEkologi Manusia, UPM. Faridah menjadi Sukarelawan PDK Suria. Rahayu telahdikejarkankeHospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pengsan di perpustakaan. Rahayudisahkanmenghidap kanser. Faridah pula membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser. Sebelumpulang Faridah pergi ke Raub untuk mengisi minyak van dan membeli beberapa keperluanuntukperjalanan pulang pada pukul 2 petang nanti. Akibat terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalamvan,Faridah gagal mengawal pergerakan van, dan melanggar tembok pengadang jalanlalumenjunamke dalam gaung. Faridah dan Iqbal tidak dapat dikesan oleh pasukan penyelamat. Setelahduaminggu usaha menyelamat gagal, operasi menyelamat dihentikan. Namun, bapanya, Kamarudindan rakannya, Buyung berusaha meredah hutan mencari Faridah dan Iqbal. Merekadijumpai diperkampungan orang Asli di Sungai Dua. Faridah dimasukkan ke hospital yangsamadenganRahayu dalam keadaan koma. Rahayu melawat Faridah dan dia menghembuskan nafasnyayangterakhir di sisi Faridah. Selepas kematian Rahayu dan tamat pengajian di universiti, Azrulberhasrat menjadi penternak kambing yang berjaya, sebagaimana yang dicita-citakanolehRahayusemasa mereka sama-sama belajar. Setelah sihat, Faridah berkahwin dengan Pegawai KebajikanMasyarakat bernama Ghazali. Tidak lama kemudian Salmah, ibu kepada FaridahdanRahayumeninggal dunia kerana terlalu rindu akan Rahayu. Selepas itu, Ghazali pula meninggal duniaakibat kemalangan. Kemudian Faridah ditawarkan mengikuti kursus Community ServicesforDisable People di New Zealand selama enam bulan. Di situlah dia berkahwin denganSolehJohnsons dan dia terus menetap di sana. Mereka mendapat sepasang anak kembar, iaituMelinadan Anne. Melina berkenalan dengan Jabbar al – Anbia atau dikenali sebagai “Benny”. Secaratidak sengaja, Anne pula bertemu dengan Zain yang membantunya semasa keretanyarosak.Akhirnya Melina berkahwin dengan Benny di Masjid al-Noor, Christchurch. MerekaberpindahkeMalaysia kerana Benny ditugaskan menerajui operasi minyak di situ. MerekamenetapdiTerengganu. Di Malaysia, Benny berkawan baik dengan Mohamed Attar dan Mehmoodyangcenderung mencapai sesuatu matlamat berhubung dengan Islam secara kekerasan. Muhamed
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM180 Attar telah ditangkap oleh pihak berkuasa Interpol kerana disyaki terlibat denganaktivitipengganas. Benny yang bimbang akan keselamatan dirinya telah melarikan diri keDubai denganbantuan keluarganya. Faridah dan Soleh pulang ke Malaysia untuk berbincangtentangperkahwinan Anne dan Zain. Mereka menginap di Cameron Highlands. Di situlahFaridahmengetahui bahawa Zain ialah anak lelaki bekas teman lelaki adiknya, arwah Rahayu. Majlisperkahwinan mereka berlangsung dengan meriah. Akhirnya, Melina yang sedangsaratmengandung ke Dubai bersama-sama dengan ayahnya, Soleh untuk berjumpa denganBenny.Melina dan Benny menetap di Dubai. Anne dan Zain pula mengambil alih syarikat penternakankeluarga Johnson di New Zealand. Datuk Azrul dan Soleh Johnsons membuka perniagaankotej diCameron Highlands.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM181 BAHASA MURNI, WAJAH PERIBADI (HALAMAN 134 - 135) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penandawacanayangsesuai. AKTIVITI 1 - Teliti dan olah bahan yang diberikan untuk menghasilkan karangan yanglengkap. Bahasa Pakaian Budaya Kita sering mendengar ungkapan seperti bahasa jiwa bangsa, bahasaialahpakaianbudaya, dan bahasa yang sopan mengangkat tamadun bangsa. Walau bagaimanapun, hal iniberbeza dalam kehidupan seharian terutamanya penggunaan bahasa di luar mediasosial dandalam media sosial. Dalam kalangan kita, ada yang berpura-pura baik dalammediasosial, adayang bahasa kasarnya berubah dalam media sosial dan ada yang tutur katanya sopandi mana-mana sahaja. Justeru, bagaimanakah penggunaan bahasa yang sepatutnya ? Penggunaan bahasa yang sepatutnya dalam kehidupan ialah menggunakanbahasayangsopan baik di luar media sosial ataupun dalam media sosial. Penggunaan bahasayangsopantidak akan menyakitkan dan mengaibkan perasaan mana-mana pihak. Misalnya, menggunakantutur kata yang sopan, menggunakan kata sapaan mengikut usia dan pangkat, menggunakannada dan intonasi yang mesra dan lain-lain. Kesannya, kita dapat mengeratkanhubungansilaturahim dan pergaduhan sesama netizen dapat dielakkan. Jelaslah, menggunakanbahasayang sopan baik di luar media sosial atau dalam media sosial ialah cara penggunaanbahasayangsepatutnya dalam kehidupan seharian. Selain itu, menggunakan bahasa dengan betul ialah penggunaan bahasa yangsepatutnya.Kita perlu menggunakan bahasa yang tidak melanggar peraturan tatabahasadantidakmenggunakan perkataan atau ejaan yang tidak wujud dalam kamus sesuka hati. Buktinya,perkataan “ tidak cukup tidur” dieja “ x cukup tido” , ejaan ungkapan Inggeris yangdimelayukanseperti “gaiss” dan sebagainya. Kesan penggunaan bahasa sebegini akan merosakkanbahasasekali gus merendahkan martabat diri penutur bahasa Melayu. Sudah terang lagi bersuluh,menggunakan bahasa dengan betul ialah penggunaan bahasa yang sepatutnya dalamkehidupan.Tuntasnya,langkah pragmatik harus dilaksanakan bagi memastikankitasemuamenggunakan bahasa dengan baik. Penggunaan bahasa yang baik bukan sahajaharusdiaplikasikan di luar media sosial malah, dalam media sosia oleh pelbagai pihak. Hal ini sudahpastinya akan memberikan seribu satu kebaikan kepada kita.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM182 ASPEK SENI BAHASA SP: 4.3.2 Menghasilkan seloka menggunakan idea yang kreatif serta bahasa yangindahdanbertatasusila. AKTIVITI 2 - Berdasarkan bahan, tulis seloka tentang penggunaan bahasa dalammediasosial. Antara Realiti dengan Media Sosial Andai sudi mendengar kata, Dengarkan pesan daku titipkan, Sopan santun dalam bicara, Supaya diri dapat kebaikan. Media sosial medan ukhuwah, Jangan dicemar bahasa kasar, Sekejap di atas sekejap di bawah, Kelak diri mendapat gusar. Sering didengar kata ‘kipidap’, Ejaan Inggeris nak dimelayukan, Bagaimana cara perlu kuhadap ? Bahasa Melayu nak dirosakkan. Kawal hati kawal diri, Takut dibaling dengan batu, Nafsu amarah kuasai diri, Habis dikecam pihak tertentu. Kalau tiada bicara yang baik, Lebih baik berdiam diri, Apa guna bicara tak baik? Kalau nanti merosak diri. AKTIVITI 3 - Tangkap skrin dan cetak penggunaan bahasa yang salah dalammediasosial.Kemudian, betulkan. Penggunaan bahasa yang salah dalam media sosial Penggunaan bahasa yang betul Mohon doa daripada kalian.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM183 Jangan berasa berat untuk bersedekah. Itulahpelaburan yang paling berbaloi dankekal lamaselepas kematian kita. Perempuan : Sayang, tambah nilaikansayangRM 5 boleh ? Alia, awak hendak beli makanan di kafekah?Saya hendak beli tetapi lambat sedikit. Nanti kita jumpa di kafe ye. Kalau tidak sempat jumpa tidak mengapalah. Kak Ainun: Mari kita turun makan. Pah: Marilah kawan-kawan, sayatunggudibawah ni. Nana 1: Saya tak bolehlah. Saya: Saya tunggu di kafe. Atiqah: Saya tunggu kamu semuadi kafeok. Daisy: Kafe sudah tutup.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM184 SASTERA UNTUK MASYARAKAT (HALAMAN 136 - 137) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.5.2 Mendengar dan menilai keseluruhan soalan serta memberikan responsyangbetulsecara berhemah dan bertatasusila. AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, dengar soalan dan nilai maksud keseluruhansoalan, sertaberikan respons yang sesuai. * Mengimbas kod QR muka surat 137 , mendengar soalan dan memberikan respons yangsesuai.1. Anda membaca karya sastera pada masa lapang? Ya. Saya suka membaca karya sastera pada masa lapang. 2. Apakah peranan sastera dalam masyarakat? Memaparkan realiti masyarakat dengan jujurnya Mengemukakan ilmu dan pemikiran bagi memajukan masyarakat Penulis menjadi wakil menyampaikan suara golongan yang tertindas tanpamengiralatarbelakang, keturunan, kaum, jantina, atau agama. Karya sastera boleh digunakan untuk memupuk semangat cinta akan negara,memupukperpaduan, dan menyerlahkan identiti bangsa Dapat melahirkan masyarakat yang mencintai keamanan, persekitaran, dan kemanusiaan. 3. Bagaimanakah cara untuk memupuk minat murid terhadap sastera? menganjurkan kursus penulisan karya sastera terutamanya dalamkalanganpelajarsekolah. Dengan ini, pelajar-pelajar akan dapat mengetahui apa yang dimaksudkandengankarya sastera dan juga mengetahui cara-cara untuk membaca karya sastera yangbaikdanbagus. Dengan adanya kursus seperti ini mereka akan dapat membaca karya sasteradenganmenggunakan daya kreatifiviti mereka yang asli dan mempunyai idea yangtersendiri.Contohnya menganjurkan Perkampungan Penulis Muda bagi pelajar sekolahdanjugamasyarakat. Ibu bapa juga perlu memberi dorongan yang kuat terhadap anak merekayangmeminati karya sastera. Bagaimana? Membenarkan anak mereka mengikuti programyangdianjurkan oleh kerajaan seperti,bengkel mengarang cerpen,puisi dan pelbagai karyasasterayang lain. mengadakan kempen membaca secara besar-besaran bagi memupuk minat membacadalam kalangan pelajar mahupun masyarakat. Justeru, untuk menghasilkansebuahkaryayang baik memupuk minat membaca dalam diri seseorang merupakan satu insentif yangbijak.Dengan wujudnya minat membaca, para pelajar mahupun masyarakat dapat memperolehperkataan yang baharu dan indah sebutannya untuk menghasilkan karya sasterayangbaik.Kempen seperti ini perlu dianjurkan dengan lebih kerap lagi, agar minat membacadanminat
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM185 terhadap karya sastera tidak akan hilang begitu sahaja. Melalui kempen seperti ini, parapelajar dan juga masyarakat akan dapat melihat pelbagai jenis karya sasterayangtelahdikarang oleh pengarang mahupun Sasterawan Negara. Contohnya, kempenini perludianjurkan sebulan sekali atau dua bulan sekali agar minat terhadap membaca danjugaminatterhadap karya sastera dapat dikembangkan dan diperluaskan dengan lebih pesat lagi. menerapkan minat membaca karya sastera semasa pembelajaran danpengajarandidalam bilik darjah. Sekiranya cara ini dijalankan, kemungkinan besar minat membacakaryasastera dapat ditanamkan dalam diri para pelajar dan juga guru-guru. Terdapat jugaguruyangtidak tahu apa itu karya sastera, Walaupun tugasnya sebagai seorang guru, belumpasti guruitu tahu apa yang dimaksudkan dengan karya sastera. Justeru,dengan menerapkanminatmembaca karya sastera semasa pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah, secaraautomatiknya para pelajar akan mengetahui serba sedikit tentang karya sastera. Pihaksekolah atau pihak yang berkenaan perlulah menitikberatkan perkara sebegini agar minatterhadap karya sastera tidak akan hilang daripada jiwa para pelajar mahupunguru-guru.Contohnya,menambahkan masa mata pelajaran Bahasa Melayu agar gurudapatmenerangkan dengan lebih terperinci, memberikan perhatian semasa guru mengajar. Gurujuga perlulah memberi komitmen yang terbaik sekiranya para pelajar bertanya soalantentangkarya sastera. Kementerian Pendidikan Malaysia perlulah mengadakan minggu sastera seperti mingguyang diadakan sekarang. Contohnya, Minggu Bahasa Melayu, Minggu BahasaInggerisdansebagainya. Dengan adanya minggu sastera ini, karya sastera tidak akan luput ditelanzamandan para pelajar dapat mengembangkan minat membaca karya sastera. Minggusasterainijuga dapat memupuk sikap suka membaca kepada para pelajar yang malas untukmembacakarya sastera. Melalui minggu sastera ini, pihak sekolah dapat mencungkil bakat-bakat baharuuntuk menghasilkan karya para pelajar, selain memupuk minat membaca karyasastera.Secara tidak langsung, minggu sastera ini dapat memberkani input yang positif terhadapusaha kerajaan untuk memupuk minat membaca karya sastera dalamkalanganparapelajar,guru-guru dan juga masyarakat. Dengan wujudnya minggu sastera di semuasekolahdiMalaysia, minat membaca karya sastera tidak akan hilang ditelan zaman. memperluas perpustakaan di sekolah dan memperbanyak buku tentangkaryasasteradi perpustakaan sekolah dan juga perpustakaan awam. Setiap sekolahmempunyaiperpustakaan sendiri, namun kadar kemasukan para pelajar sangat mengecewakan. Untukmemupuk minat membaca karya sastera dan juga minat membaca buku, kerajaandanjugapihak sekolah perlu menaiktarafkan perpustakaan di sekolah. Contohnya, sebuahperpustakaan perlu dilengkapi dengan pelbagai jenis buku dan juga karyasastera,menambahkan kemudahan asas yang diperlukan dan sebagainya.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM186 4. Mengapakah dikatakan bahawa sastera memainkan peranan penting dalammasyarakat? Karya sastera boleh digunakan untuk memupuk semangat cinta akan negara, memupukperpaduan, dan menyerlahkan identiti bangsa Dapat melahirkan masyarakat yang mencintai keamanan, persekitaran, dan kemanusiaan. Tulang belakang hampir semua disiplin ilmu Sastera ialah hiburan yang mewarnai kehidupan masyarakat 5. Bandingkan nilai sastera yang terdapat dalam muzik dengan filem. Nilai sastera dalam muzik - Menggunakan estetika puisi dalam lirik lagu - Elemen sastera dalam video muzik yang sarat dengan metafora,simbol dan peringatan - Ada naratif / cerita Nilai sastera dalamfilem- Diterjemahkan melalui teknik sinematografi - Permainan visual yang sinematik dijelmakan melalui penghayatan terhadap kualiti penulisan skrip - Melahirkan dialog bermutu 6. Bincangkan langkah-langkah untuk menggalakkan masyarakat membaca karya sastera?GOLONGAN KARYAWAN 1. Mereka perlu turun padang menjalankan kempen kepada golongan masyarakat sepertimengadakan ceramah, pameran, diskusi, jualan murah karya sastera. 2. Mereka perlu mendekati golongan pembaca untuk mengetahui citarasadankecenderungan serta minat agar karya yang dihasilkan itu menepati kehendak masyarakat.3. Mereka perlu meningkatkan kualiti karya yang dihasilkan sesuai dengan perkembangansemasa. 4. Mewujudkan persatuan karyawan yang bertanggungjawab menjaga kebajikanmereka. PIHAK KERAJAAN 1. Menguatkuasakan undang-undang hak cipta dengan lebih berkesan agar masalahcetakrompak serta kualiti karya sentiasa terjamin. 2. Mengecualikan cukai terhadap hasil karya agar harga sesebuah karya lebihmurahdanlebih kompetitif. 3. Mengurangkan harga kertas dan bahan-bahan percetakan. 4. Melancarkan kempen membaca dalam kalangan masyarakat. 5. Memperbanyak penubuhan perpustakaan awam terutamanya di luar bandar. 6. Menyediakan insentif menarik kepada golongan karyawan yang aktif menulis karyasastera.7. Mewujudkan kedai buku 1Malaysia yang menjual buku sastera dengan lebih murah. 8. Menubuhkan outlet karya sastera di semua pejabat kerajaan. 9. Menggalakkkan kakitangan awam membaca dan membeli karya sastera.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM187 10. Memperkenalkan skim potongan harga kepada golongan pekerja awam. GOLONGAN PELAJAR 1. Menggiatkan lagi Program Nilam dalam kalangan pelajar. 2. Mewajibkan subjek sastera kepada golongan pelajar tertentu. 3. Kempen kesedaran perlu dilaksanakan di peringkat sekolah. 4. Memperbanyak karya sastera di perpustakaan sekolah. 5. Menjadikan karya sastera sebagai bahan kajian kepada pelajar. 6. Menjadikan sesetengah karya sastera yang sesuai sebagai buku teks sekolah. GOLONGAN MASYARAKAT 1. Menjadikan hobi membaca karya sastera dalam kehidupan seharian. 2. Menjadi contoh teladan kepada golongan muda. 3. Menyediakan peruntukan khusus setiap bulan untuk membeli karya sastera. 4. Memberikan galakan kepada anak-anak supaya membaca karya sastera yangsesuai disamping minat lain. 5. Menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup. AKTIVITI 2 - Jalankan aktiviti berbalas pantun yang bertemakan kesusasteraan Melayu. *Rujuk kod QR muka surat 136 Karya untuk Semua – Persembahan Berbalas Pantun tentang Sastera untuk Masyarakat Pantun 1 - Alya Mudik ke muara untuk bertemu, Juadah dihidang berlaukkan kerang; Kalau sastera menambahkan ilmu, Mengapa tidak dipedulikan orang? Safarul: Dagangan luak bawa ke seberang, Leka berbual tidak tertahan; Sastera tidak dipedulikan orang, Media sosial jadi pilihan. Pantun 2 – Safarul Hutan belantara jangan diredah, Ketika cuaca tidak menentu; Karya sastera banyak faedah, Minat membaca karya bermutu? Alya: Puisi lama tidakkan lapuk, Teromba adat susunan terikat; Gemar membaca dapat dipupuk, Suburkan minat dalammasyarakat. Pantun 3 – Alya Tegak buaya badannya sintal, Terlanggar kapal luka kakinya; Kalau hanya menjadi bantal, Buku yang tebal apa gunanya? Safarul: Memakai capal tiga teruna, Singgah sebentar hujung tepian; Buku yang tebal masih berguna, Lelap sebentar sambung bacaan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM188 Pantun 4 – Safarul Duduk berkawan di pohon sena, Dengar ceritera sebuah hikayat; Jikalau tuan bijak laksana, Bagaimana sastera mendidik rakyat? Alya: Hamba bermadah dalamhikayat, Elok berperi hati terpesona; Sastera nan indah mendidik rakyat, Nilai murni tersisip makna.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM189 PENCINTA BAHASA (HALAMAN 138 - 139) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyenuntukmeningkatkan penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang. AKTIVITI 1 - Baca bahan dengan telitinya dan senaraikan kosa kata baharu yangandapelajari.Kemudian, berikan makna perkataan tersebut dengan merujuk kamus, ASPEK TATABAHASA SP: 5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul mengikut konteks.AKTIVITI 2 - Kategorikan kata prafrasa yang terdapat dalam bahan. Kemudian, tulisperengganpendek dengan menggunakan perkataan tersebut. Jumlah subjenis golongan ini ialah lapan, iaitu:- 1) kata bantu 2) kata penguat 3) kata penegas 4) kata nafi 5) kata pemeri 6) kata sendi nama 7) kata arah 8) kata bilangan ( Jawapan telah disediakan dalam buku teks hal. 237) Khazanah hutan yang ada di Kuala Sepetang, Perak ialah hutan paya bakau. Hutanamat pentinguntuk mengawal hakisan pantai dan menjadi habitat beberapa hidupan akuatik, Kayubakaudarihutan ini pula digunakan untuk menghasilkan arang. Kayu bakau kayu jenis bakau kurapdankayubakau minyak sesuai benar untuk dijadikan arang. Proses untuk menghasilkan arangkayubakauinibukan mudah. Proses ini memerlukan kepakaran tenaga kerja yang unik dan mencabar. Kosa kata baharu Maksud elegi lagu, puisi atau karya lain yang menyatakan kelebihan, rintihanterutamanya kepada orang yang telah mati melankolik berasa atau memperlihatkan perasaan sedih atau dukacitaplagiat mencedok kata-kata, idea daripada orang lain dan menggunakannya sebagai karyanya sendiri sentimental bersifat lembut atau romantis apresiasi penghargaan terhadap sumbangan dan jasa seseorangstanza rangkap sajak yang terdiri daripada beberapa baris ayat pengekodan perbuatan mengekodkan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM190 AKTIVITI 3 - Cari dan baca cerpen lain yang bertemakan bahasa dan sastera. Senaraikankosakata baharu daripada cerpen tersebut pula. “Sebenarnya, nenek moyang kamu berasal daripada keturunun manusia ketika munculnyaparadewa Yunani dulu. Dikatakan, mereka dah terkena sumpahan daripada dewa, laitu Zeus, Si DewaLangit. Apa yang aku tahu, kaum kamu itu mempunyai rasa iri hati yang tinggi. Hinggakanpadasuatu ketika, seorang wanita benama Leto sangat ghairahkan air. Entah kenapaleluhur kamuSanggup kocakan air kolam menggunakan kaki kerana tak mahu memberikan wanitaituminum.”Tak yang tersenyum sinis dar! tadi, tiba-tiba memek mukanya kelihatan berubah. Diaterusmemfokuskan bait-bait yang terpancul daripada mulut Tuan Presiden. “Kamu tahusiapakahperempuan yang bernama Leto itu?” tanya Tuan Presiden kepada Tak yang masthmenguncimulut lebarnya. … (baca sambungannya dalam Cerpen Katak yang Terpenjara … Tunas Cipta , Bil 04 2021) ** Murid boleh membaca sebarang cerpen yang bertemakan baahasa dan sastera untukaktiviti 3.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM191 TEMA 11 - EKONOMI DINAMIK, NEGARA BERWIBAWABELANJAWAN DINAMIK (HALAMAN 146 - 147) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.6.1 Menyampaikan maklumat yang betul dan tepat dalam bentuk pembentangansertaperbahasan dengan jelas dan intonasi yang sesuai secara bertatasusila. AKTIVITI 1 - Teliti maklumat yang terdapat dalam bahan. AKTIVITI 2 - Bahaskan maklumat tersebut dengan jelasnya menggunakan intonasi yangsesuaidan bertatasusila. 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan untuk membahaskan maklumat di atasdenganintonasi yang sesuai dan bertatasusila. 2. Murid boleh menonton sedutan video perbahasan belanjawan sektor pendidikanmelalui YouTube pada pautan https://www.youtube.com/watch?v=vVJ6CAu80sk
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM192 RM50.4 bilion diperuntukkan dalam Belanjawan 2021 untuk sektor pendidikanKementerian Pendidikan (KPM) menerima peruntukan berjumlah RM50.4 bilionatau15.6%daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkanolehMenteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz. Perkembangan ini menyaksikan KPMmenjadi kementeriankedua yang dianugerahkan peruntukan “gergasi” selepas sektor kesihatan awamuntukmemerangipenularan jangkitan Covid-19. Zafrul dalam ucapannya menegaskan keputusanitudibuatmemandangkan bidang pendidikan ialah satu pelaburan paling penting demi memastikankualitikehidupan yang lebih baik untuk generasi akan datang. Bagaimanapun, KPM mengalami pengurangan peruntukan sebanyak RM13.7bilionberbanding RM64.1 bilion yang diperuntukkan pada tahun sebelumnya. Ketika membentangkanbelanjawan tersebut, Zafrul menegaskan kerajaan akan memastikan murid daripadakeluargaberpendapatan rendah mendapat kandungan khasiat harian yang mencukupi. Atas sebabitu, padatahun depan kerajaan akan menambah baik Rancangan Makanan Tambahan (RMT) denganpenyediaan bekalan susu percuma pada setiap hari persekolahan berbanding duakali seminggu.Katanya, pengumuman tersebut menelan peruntukan sebanyak RM420 juta dansebahagianperolehan akan dikhaskan kepada syarikat pengeluar susu tempatan. Katanya, kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM725 juta bagi menaiktarafbangunan dan infrastruktur 50 buah sekolah-sekolah daif. Manakala bagi sekolahdi SabahdanSarawak, kerajaan akan melaksanakan 184 projek pembinaan dan pemasangan bekalanair telagatiub baru dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM120 juta. Sementara itu, kerajaanjugamemperuntukan sebanyak RM800 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan dantambahbaiksekolah kerajaan serta sekolah bantuan kerajaan. Katanya, peruntukan itu jugatermasuklahmembina dewan terbuka dan struktur berbumbung bagi memastikan tempat berhimpunmuridyanglebih selamat. Selain itu, katanya Putrajaya juga mengambil berat kebajikan para muridberkeperluankhas. Atas sebab itu, sebanyak RM45 juta disediakan untuk memperkasa sektor pendidikankhasdi sekolah-sekolah kerajaan. Dalam pada itu, Zafrul mengumumkan peruntukanbagi sektorpengajian tinggi sebanyak RM14.4 bilion kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Initermasuk RM50 juta yang disediakan untuk menjalankan projek baik pulih infrastrukturdanperalatan usang di universiti-universiti awam. “Bagi memastikan saling hubungan Internet di institutpengajian tinggi, RM50 juta untuk menaik taraf talian akses Malaysian Research&EducationNetwork atau MYREN kepada 500Mbps hingga 10Gbps,” katanya. Selain itu, katanya, bagimemastikan mahasiswa yang mendapat pinjaman PTPTN boleh mengikuti pembelajaransecaradalam talian, kerajaan akan bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untukmenyediakan RM100 juta pembiayaan Skim BSN MyRinggit-i COMSIS iaitu skimpinjamankomputer riba.Sumber: https://www.malaysianow.com/berita/2020/11/06/rm50-4-bilion-diperuntukkan-dalam-belanjawan-2021-untuk-sektor-pendidikan/
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM193 AKTIVITI 3 - Rancangkan agihan peruntukan yang wajar diberikan dalamsesuatusektor.Kemudian, bincangkan. Cadangan Jawapan : Jumlah : RM 60 bilion Aspek Peruntukan (RM) 1. Dana bantuan persekolahan 10 bilion 2.Pendidikan teknikal dan latihan vokasional 10 bilion 3. Biasiswa dan pinjaman pendidikan 10 bilion 4. Pemerkasaan aktiviti penyelidikan di institusi pendidikan tinggi 10 bilion 5. Naik taraf infrastruktur sekolah 20 bilion Idea Perbincangan : Bil Soalan Rasional 1. Mengapakah aspek naik taraf infrastruktur sekolah menerima peruntukan tertinggi? - Sekolah selesa danselamat merupakan hasrat KementerianPendidikan Malaysiauntukmeningkatkan kemenjadianmurid. - Infrastruktur fizikal akandapat membantu proses pembelajaranmurid di sekolah. - Infrastruktur interaktif seperti alat projektor, ‘smart board’ danrangkaian jalur lebar seperti ‘unifi’ amat diperlukan untuk membantuguru dalampenerapanamalanterbaik. - Persekitaran pembelajaranyangkondusif dapat diwujudkan. - Murid diberikan peluanguntukmembina ilmu pengetahuansendiri dengan menerokapelbagai alat bantu belajar. 2. Mengapakah aktiviti penyelidikan di institusi pengajian tinggi perlu diberikan peruntukan sebanyak RM10 bilion? - Penyelidikan perlu diberi penekanan kerana usahaini membantu kita mengenal pasti pelbagai masalah yangterdapat
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM194 dalam dunia pendidikan - Pelbagai cara penyelesaiansecara ilmiah dapat dikumpulkanmelalui penyeldikan. - Membantu meningkatkanpembelajaran muriddanpendekatan pengajaran guru
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM195 MENDUNG BERALIH JUA (HALAMAN 148 - 149) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.3.4 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional. AKTIVITI 1 - Baca dan kenal pasti masalah yang terdapat dalam bahan. Bahan 1: Dialog Usahawan Muda Guru meminta murid-murid dalam kumpulan yang dibentuk untuk menyambung dialogtersebut. Sambungan Dialog Usahawan Muda…Contoh: Syifa : Terima kasih, Anas. Anas : Apa masalah koperasi sekolah awak, bolehlah awak kongsi dengan saya?Manatahu saya boleh bantu awak. Syifa : Ramai rakan saya yang tidak suka membeli barang-barang di koperasi. Merekakata barang-barangnya mahal dan tidak bermutu. Anas : Oh, saya ada cadangan. Sebelum itu, bolehkah awak senaraikan aktiviti koperasisekolah awak? (Syifa menyenaraikan aktiviti-aktiviti koperasi sekolahnya dan menyerahkannya kepadaAnas)Anas : Sebenarnya, aktiviti-aktiviti ini kurang menarik dan sebab itu rakan-rakanandatidakberminat berbelanja di koperasi. Bahan 2 - Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru, Kuala Kangsar, Perak1. Masalah kepakaran tentang penternakan lebah kelulut. 2. Sumber makanan lebah kelulut. 3. Risiko ketika memungut madu lebah kelulut. Bahan 3 - Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor 1. Pemilihan dan penyediaan tapak kios. 2. Prosedur pelaksanaan projek 3. Pengetahuan tentang pengendalian kios. 4. Waktu operasi kios.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM196 AKTIVITI 2 - Berikan justifikasi penyelesaian masalah yang terdapat dalambahan. 1. Aktiviti seterusnya, murid bersama guru berbincang tentang cadangan langkah-langkahpenyelesaian masalah tersebut. AKTIVITI 3 - Kenal pasti masalah yang dihadapi oleh koperasi sekolah anda dancadangkanlangkah penyelesaian. 1. Murid-murid diminta mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh koperasi sekolahdanmemberikan cadangan langkah penyelesaiannya. 2. Aktiviti sumbang saran (Lisan) dijalankan, murid-murid diminta memberikan pendapat secaraspontan berkenaan dengan masalah-masalah yang dihadapi koperasi sekolah. Bil Masalah Cadangan langkah-langkah penyelesaian1 Masalah kepakaran tentang penternakan lebah kelulut. Menghubungi Jabatan Pertanian untuk mendapatkankhidmat nasihat dan bimbingan. 2 Sumber makanan lebah kelulut. Mendapatkan dana daripada JabatanPertanian,PIBG dan orang perseorangan. 3 Risiko ketika memungut madu lebah kelulut. Mengamalkan langkah keselamatandenganmemakai sarung tangan dan pakaian yangsesuai. 4 Pemilihan dan penyediaan tapak kios. Menentukan tapak yang strategik dan sesuai denganlokasi sekolah. 5 Prosedur pelaksanaan projek Menyediakan kertas kerja. 6 Pengetahuan tentang pengendalian kios. Menyertai kursus pengendalian koperasi secaradalam talian. 7 Waktu operasi kios. Menyediakan jadual bertugas koperasi yangterancang. Masalah Langkah Penyelesaian Harga barang mahal Kempen ‘free gift’ jika berbelanja jumlahtertentu. Baucar pembelian di koperasi sebagai hadiah pertandingan / majlis anugerahmurid. Barang tidak bermutu (tidak memenuhi selera remaja) Mencadangkan kepada pihak koperasi barang-barang terkini yang sesuai danbermutu.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM197 TUNAIKAN TANGGUNGJAWABMU (HALAMAN 150 - 151) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.4.5 Menulis untuk menghasilkan karangan dengan wacana yang lengkap, bahasayanggramatis dan ungkapan yang menarik. AKTIVITI 1 - Teliti maklumat yang dipaparkan. Hasilkan karangan dengan wacana yanglengkap.Cadangan jawapan (karangan jenis pendapat) Manfaat cukai kepada negara. Huraikan pendapat anda. Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuahnegaramemperoleh hasil atau pendapatan. Hasil daripada cukai ini digunakan oleh kerajaanuntukmentadbir dan mengurus sesebuah negara dan juga bagi digunakan untuk perbelanjaanpembangunan. Cukai yang dikutip dibelanjakan oleh kerajaan bagi tujuan keselamatannegaradanrakyat, pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalan raya, hospital, sekolahsertapembangunan ekonomi dan sosial seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, kebajikanrakyatdan banyak lagi. Oleh itu kita perlu faham yang hasil cukai yang diperoleh kerajaan melalui kutipanterhadap rakyat, kemudiannya akan dapat dimanfaatkan dan dinikmati kembali olehkitasebagairakyat. Cukai ialah suatu yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan kita, pentadbirannegaradan ekonomi. Malah, jika kita melihat isu cukai ini dengan lebih mendalam, kita akandapat melihatbahawa orang yang mendapat manfaat daripada cukai yang dikutip kerajaan ialah diri kitasendiri.Secara ringkasnya, cukai ialah kunci kepada pentadbiran negara yang berkesan. Namun, sebelumkita boleh menerima cukai dengan hati yang terbuka, seseorang itu perlulah fahambagaimanadankenapa cukai digunapakai di sesebuah negara. Antara tanggungjawab kerajaan yangmemerlukanpendapatan dari cukai ialah untuk membina sekolah sebagai tempat untuk mendidik kanak-kanak.Cuba kita bayangkan di manakah kita sekarang, jika kerajaan mengabaikantanggungjawab ini? Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan dana untuk menyediakaninfrastruktur asas seperti membina jalan yang menghubungkan kampung, pekandanbandardengan kawasan sekitarnya, dan membolehkan aktiviti perdagangan berlaku antarakawasan-kawasan tersebut. Dalam pada itu manfaat cukai adalah daripada anda untuk anda. Hal inidemikian kerana cukai menjadi dana kerajaan untuk menampung keselamatan rakyat dannegara.Kerajaan juga bertanggungjawab untuk membina ekonomi negara dengan membinakemudahanawam seperti pasar untuk memberi ruang kepada rakyat untuk berniaga danmenjalankankegiatan ekonomi mereka. Walau bagaimanapun, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk meringankanbeban rakyatnya untuk membayar cukai. Pelbagai cara yang digunakan seperti taksiransendiriborang D antaranya pelepasan cukai individu dan saudara tanggungan, rawatan untukibubapa,
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM198 kesihatan diri dan keluarga, individu kurang upaya, yuran pengajian, gaya hidupseperti buku,komputer, sukan dan Internet. Selain itu, Tabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-I),pendidikan untuk anak-anak, insurans nyawa dan insurans pendapatan. Kesemuapelepasancukai individu ini membolehkan rakyat merebut peluang pelepasan cukai yang telahditetapkanoleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Antara kesalahan berkenaan cukai yang biasa berlaku adalah seperti memberikanmaklumat yang kurang tepat tentang tanggungan cukai sendiri/orang lain. Berikut merupakanaktacukai pendapatan yang wajib dipatuhi oleh rakyat Malaysia. Mengikut Seksyen 114(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Tiada terjemahan rasmi), adalahsatukesalahan bagi seseorang untuk menasihati orang lain mengenai cukai JIKA ia mengakibatkancukaimereka “underdeclared” Jika disabitkan kesalahan, anda akan didenda RM200-RM20,000atauhukuman penjara hingga 3 tahun, atau kedua-duanya sekali. Seksyen 114 (1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 (sebahagian; tiada terjemahan rasmi) Mana-mana pihak yang menolong, menasihati apa apa yang berkenaan berkaitan penyediaanpenyata,dimana hasil cukai penyata kurang, melainkan jika dia dapat menyakinkan mahkamah bahawabantuanatau nasihat itu diberikan dengan berhati-hati, akan didapati bersalah…Selain itu, tidak mengembalikan borang pernyata cukai pendapatan juga ialahkesalahanberkenaan cukai yang biasa berlaku, tidak melaporkan pendapatan sebenar, sengajamengelakkan cukai /membantu orang lain mengelakkan cukai dan tidak menyimpandokumen-dokumen yang relevan dengan cukai pendapatan. Kesimpulannya, membayar cukai sudah tentu memberikan banyak kebaikankepadapembayar cukai itu sendiri. Pembayar cukai akan mendapat ketenangan jiwa kesandaripadaberkongsi rezeki dengan orang lain. Membayar cukai tidak akan dianggap sebagai bebansekiranya anda benar-benar memahami konsepnya. Bagaimana perasaan andaapabiladapatberkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan? Sebahagian besar daripada kitaakanberasagembira dan puas apabila melihat orang lain gembira menerima hadiah dan sumbangankita.Perasaan inilah yang sama dirasai apabila kita membayar cukai. Cukai yangdibayar akandigunakan oleh kerajaan untuk kepentingan semua rakyat Malaysia. ASPEK SENI BAHASA SP: 4.3.2 Menghasilkan seloka menggunakan idea yang kreatif serta bahasa yangindahdanbertatasusila. AKTIVITI 2 - Hasilkan seloka menggunakan idea yang kreatif serta bahasa yang indah.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM199 Seloka tentang cukai Cukai hasil tiba setiap tahun, Wajib dibayar individu tertentu, Jiwa merdeka cinta nan bangsa, Aman makmur negara jaya. Pura-pura lupa perkara biasa, Tidak istyhar pendapatan sendiri, Masih ada tidak membayar cukai, Walaupun caranya mudah sahaja. Cukai menjadi dana kerajaan, Daripada rakyat untuk rakyat, Cukai dirancang jiwa akan tenang, Rezeki berkat hidup selamat. Membayar cukai sangatlah mudah, Tiada alasan tidak tepati, Bayaran dibuat pelbagai saluran, Dihujung jari pemudah cara. Hak rakyat tidak dilupa, Rawatan ibu bapa tidak dikira, Individu saudara tanggungan, Insuran nyawa insuran pendidikan, Itulah menjadi pelepasan individu. AKTIVITI 3 - Reka risalah tentang cukai yang menarik dan kreatif untuk diedarkankepadarakanrakan anda.