The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KHAIRIZAH BINTI ABDUL RAHMAN KPM-Guru, 2023-11-02 00:31:03

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BM TING.4

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BM T4

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM350 ii. Burger dimakan oleh semua lapisan masyarakat. Burger dimakan oleh semua lapisan umur tanpa mengira kaum. iii. Keuntungan berganda. Menjual burger mendatangkan keuntungan yang besar kepada penjual. Penjual mendapatkeuntungan sekali ganda atau satu setengah ganda daripada hasil jualan sebiji burger. iii. Kerugian yang minimum. Jika jualan tidak habis dijual, roti, daging burger, dan sayur boleh disimpan untuk dijual keesokanharinya. iv. Harga burger berpatutan dan mampu dibeli oleh semua orang. Burger bukanlah makanan yang mewah dan mahal tetapi mampu dibeli oleh semua orang. 3. Cara hidup moden merupakan penyumbang utama kerosakan alam sekitar. Bahaskan. Alam sekitar ialah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraankehidupan.Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semula jadi di muka bumi ini. Allahtelahmencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikantempat tinggalmanusia, gunung-gunung sebagai pasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanandanubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupandi lautan.Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan.Namun, di sebalik memberi keselesaan kepada manusia, alam sekitar banyak terjejasterukakibatcara hidup moden manusia masa kini. Kerakusan manusia membangunkan kawasan hutan untuk pembangunan menyebabkanberlakunya kerosakan alam sekitar. Hal ini boleh menyebabkan cuaca panas dankeringyangdisebabkan oleh kenaikan suhu. Orang ramai juga tidak boleh melakukan aktiviti luar danberiadahkerana terdapat gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidakselesa.Disamping itu, aktivti riadah tidak boleh dijalankan dalam keadaan udara tercemar danakanmengganggu tahap kesihatan kita. Tegasnya, pembangunan menyebabkan kerosakanalamsekitar. Seterusnya kerosakan alam sekitar juga berlaku akibat pengunaan gas klorofluorokarbon(CFC) yang mengandungi klorin secara berleluasa. Hal ini boleh menyebabkanberlakunyapenipisan ozon sekaligus merosakan alam sekitar. Sebagai contoh, masyarakat yangmengamalkan gaya hidup moden masa kini menggunakan pendingin hawa secaratidakterkawal.Ekoran daripada hal ini menyebabkan pemanasan global berlaku sehinggakan aisdi Antartikamenjadi cair dan menyebabkan kenaikan paras air laut. Oleh hal yang demikianmenyebabkanekosistem hidupan terjejas. Tuntasnya, penggunaan CFC secara berleluasa untuk menikmati gayahidup moden boleh menyebabkan kerosakan alam sekitar.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM351 Penggunaan kenderaan tidak terkawal juga penyumbang kepada kerosakanalamsekitar.Sebagai contoh, mereka yang mengamalkan gaya hidup moden bebas menggunakanpelbagaikenderaan untuk kegunaan mereka. Pelepasan gas beracun seperti karbon dioksidadansulfurdioksida oleh kenderaan tersebut memberikan kesan negatif kepada alamsekitar. Keadaaninimenyebabkan pencemaran udara, pencemaran bunyi dan pencemaran bau terhasil. Melihat darisudut gas karbon dioksida, menyebabkan peningkatan suhu bumi kerana gas tersebut menjadisatu perisai yang memerangkap suhu daripada keluar ke atmosfera. Gas sulfur dioksidapulamenyebabkan hujan asid berlaku. Hal ini amat membimbangkan semua pihak keranahujanasidini boleh menyebabkan kesulitan kepada kita malah kepada alam sekitar. Tegasnya, kerosakanalam sekitar boleh terjadi disebabkan penggunaan kenderaan secara tidak terkawal untukmenikmati gaya hidup moden. Daripada kenyataan di atas jelaslah bahawa alam sekitar amat penting kepadamanusiadanhaiwan. Harapan agar pihak berkuasa menguat kuasakan undang-undang supayatidakberlakukerosakan alam sekitar walaupun manusia kini mengamalkan gaya hidup moden. Marilahkitabersama-sama berganding bahu bagai aur dengan tebing memupuk kesedaran masyarakat bagimeningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai pentingnyaalamsekitar.Kesimpulannya, gaya hidup moden dan penjagaan alam sekitar wajar diseimbangkanagarkehidupan masyarakat lebih ceria dan generasi masa hadapan dapat menikmatinya.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM352 PENILAIAN 5 (HALAMAN 228 - 232) Soalan 1 Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada era ini memangkin kecemerlanganmurid.Tulis pendapat anda tentang manfaat teknologi ini dalam kalangan murid. Bil Manfaat Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Kalangan Murid Kesan 1 Meningkatkan kefahaman murid terhadap pelajaran. Guru dapat mempelbagaikan kaedah PdPc dan tidak mengajar dengan menggunakan teknik kuliah. Penggunaan ICT membolehkan guru menerangkan sesuatu topik dengan lebih mendalam. Sebagai contohnya,penggunaan Powerpoint menjadikan murid lebih memahami topik yang diajar oleh guru. Murid lebih memahami topik yangdiajarolehguru. Murid mempunyai keyakinan terhadapilmuyang disampaikan oleh guru. 2 Membuka ruang untuk pembelajaran kendiri. TMK juga menyediakan murid dengan koleksi soalan peperiksaan untuk membantu mereka menguasai tajuk yang dipelajari. Pembelajaran secara dalam talian melalui guru pakar, tutor dan guru cemerlang mata pelajaran yang mengadakan webminar, kelas terbuka dalam talian dan bengkel. Murid dapat membuat latihankendiri untukmemantapkan pemahamanmerekaterhadap topik-topik tertentu. Murid mendapat soalan peperiksaandenganmudah dan memperoleh kecemerlangandalam peperiksaan. 3 Memudahkan proses mengakses maklumat. Dengan adanya peranti elektronik dan capaian Internet yang mantap, maklumat dapat dicari hanya di hujung jari dengan mengakses kepada laman pencarian maklumat seperti Google, Yahoo, Safari dan Firefox. Murid dapat mencari pelbagai maklumatyang berguna untuk memantapkanilmupengetahuan mereka. 4 Menjadikan proses pembelajaran lebih seronok. Penggunaan TMK amat sesuai untuk dijadikan sebagai alat yang boleh membantu guru-guru dalam proses PdPc, kerana alat- Murid menjadi lebih aktif danmemberikantumpuan ketika belajar. Murid sentiasa menerokai pelbagai cabangilmu yang berkaitan denganTMKbagi


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM353 alat ini dapat menarik minat murid-murid dalam proses PdPc dalam dan luar bilik darjah. Sementara itu, TMK juga dapat digunakan sebagai sumber pencarian maklumat bahan ilmiah di Internet dan aplikasi atas talian yang lain. Pengajaran yang disertakan dengan bahan bantu belajar yang sebegini dapat menarik minat murid- murid di dalam sesuatu bidang tertentu. menghasilkan tugasan yang cemerlang. Soalan 2 Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis karangan yang lengkap dengan menggunakanungkapan yang menarik dan bahasa yang gramatis. a. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi mempengaruhi pertambahanpenggunaanmedia sosial dalam kalangan remaja di negara ini. Pada pendapat anda,bagaimanakah golongan remaja dapat memanfaatkan media sosial?Cara golongan remaja boleh memanfaatkan media sosial: Berkongsi ilmu dengan orang lain Bertanya khabar dengan ahli keluarga Mencari peluang pekerjaan Mempromosikan barangan Menambahkan kenalan b. Saban hari kita dipaparkan dengan berita kemalangan jalan raya di surat khabar atausiaranberita. Kemalangan di jalan raya seperti tiada kesudahannya. Tulis rencana tentang penyelesaian terbaik bagi menangani masalah ini untuk disiarkandalammajalah sekolah anda. Format Rencana : Tajuk Rencana dan Penulis Rencana Penyelesaian terbaik untuk menangani masalah kemalangan jalan raya: Pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya Pengguna jalan raya memastikan kenderaan berfungsi dengan baik sebelummemulakanperjalanan. Kerajaan mengadakan Kempen Keselamatan Jalan Raya secara berterusan. Media massa dan media elektronik sentiasa menyiarkan maklumat tentang keselamatandijalan raya.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM354 c. Hubungan antara negara serantau patut disemarakkan kerana memberikan pelbagai manfaat.Bincangkan. Manfaat hubungan serantau: Menjamin hubungan politik negara Mudah memperoleh bantuan Dapat meningkatkan taraf pendidikan Pemindahan teknologi moden d. E-sukan mempunyai tarikan tersendiri dalam kalangan remaja. Namun begitu,adasegelintiribubapa kurang menggalakkan anak-anak menceburi sukan ini. Ulas pernyataan di atas. Kebaikan E-sukan kepada remaja: Pertandingan dalam talian Mobile Legends menjadi pilihan anak muda keranapermainaninidapat memberikan impak besar kepada mereka dengan berfikiran kritis, inovatif dankreatifketika mengendalikan permainan. Sumber pendapatan Memupuk semangat bekerjasama sesama ahli Dapat menghilangkan stres Mampu meningkatkan imej negara (pertandingan di peringkat antarabangsa) e. Golongan remaja kurang meminati bidang pertanian dan penternakan sedangkantenagapekerja dalam sektor ini amat diperlukan. Jelaskan langkah-langkah yang dapat diambil bagi mengatasi masalah ini. Langkah-langkah untuk menggalakkan golongan remaja meminati bidang pertaniandanpenternakan: Kerajaan menawarkan peluang pekerjaan yang luas dalam bidang pertanian danpenternakan. Ibu bapa melatih anak-anak sejak kecil agar meminati bidang pertanian dan penternakan. Sekolah mewujudkan kelab pertanian / subjek berkaitan pertanian. Kerajaan mengubah persepsi remaja tentang pertanian dan penternakan. Soalan 3 Fahami infografik di bawah. Kemudian, tulis pendapat anda tentang punca ketagihangajet dalamkalangan kanak-kanak dan cadangkan satu langkah untuk mengatasinya. Punca ketagihan gajet dalam kalangan kanak-kanak: Kemudahan Internet di rumah Harga gajet mampu milik


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM355 Gajet menyediakan pelbagai bentuk permainan seperti Pub G, Dota, Mobile Legend. Langkah untuk mengatasi ketagihan gajet: Ibu bapa mengawal penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak. Soalan 4 Baca bahan dengan telitinya dan kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan. a. Apakah maksud difteria? Maksud difteria ialah jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan. b. Siapakah yang kerap dijangkiti penyakit difteria? Penyakit ini kerap menjangkiti kanak-kanak yang berumur di bawah 15 tahun dan belummendapatimunisasi. Selain itu, penyakit ini juga turut dikesan dalam kalangan orang dewasadi kawasanyang tidak mendapat imunisasi. c. Jelaskan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelakkanjangkitanpenyakit ini. Langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelakkan penyakit ini : Kita boleh mengambil suntikan pelalian. Mengambil vaksin lima serangkai ketika berusia dua bulan, tiga bulan, lima bulan, 18bulandan tujuh tahun. d. Apakah cadangan anda untuk membantu pencegahan penularan penyakit difteria? Ibu bapa memastikan anak-anak diberikan vaksin lima serangkai. Media massa / media elektronik menyebarkan maklumat berkaitan penyakit difteriakepadamasyarakat secara berterusan. KKM menyebarkan risalah berkaitan penyakit difteria kepada masyarakat. e. Sejauh manakah penularan penyakit berjangkit memberikan kesan negatif kepadapembangunan negara? Mereka yang terlibat mungkin tidak akan aktif, produktif dan asertif dari segi gunatenagapada masa depan. Kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan infrastrukturdaninfostruktur perubatan dan tenaga pakar.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM356 Soalan 5 Jawab soalan-soalan di bawah ini. a) Bina satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkanperbezaan maksudnya. i. menghiasi - menghiaskan Gambar-gambar yang indah menghiasi ruang tamunya. Dia menghiaskan gambar-gambar pemandangan yang indah di ruang tamunya. ii. membesar - membesarkan Setiap benda yang hidup pasti akan membesar. Pak Ali akan membesarkan rumahnya pada minggu hadapan. iii. menjauhi - menjauhkan Kita hendaklah menjauhi penyalahgunaan dadah. Remaja perlu menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang negatif. iv. peninju - petinju Kekuatan peninju Muhamad Ali dapat menumbangkan seekor anak gajah. Muhamad Ali merupakan seorang petinju yang terkenal, v. pedalaman - pendalaman Kawasan pedalaman di Sabah telah dilengkapi dengan kemudahan jalan raya. Proses pendalaman sungai itu mengambil masa selama sebulan. vi. penemuan – pertemuan Penyelidikan yang dijalankan oleh para saintis telah membawa kepada penemuanvaksinyang boleh melawan virus H1N1. Kuala Lumpur terletak di pertemuan Sungai Gombak dengan Sungai Kelang. b) Baca petikan di bawah dengan telitinya. Kemudian, kategorikan ayat dalampetikantersebutmengikut jenis ayat 1. Ayat seruan: i. Wahai,rakan-rakan sekalian! ii. Syabas,jika anda mengambil berat tentang kebersihan! 2. Ayat tanya: i. Adakah anda menjaga kebersihan tempat tinggal? ii. Apakah yang perlu anda lakukan terhadap bekas-bekas itu?


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM357 3. Ayat perintah: i. Jangan biarkan air bertakung di dalam bekas-bekas yang tidak digunakan. (Ayat larangan)ii. Simpan dan susun bekas tersebut di tempat yang selamat. (Ayat permintaan) 4. Ayat penyata: i. Nyamuk Aedes membiak di tempat air bertakung. 5. Ayat majmuk pancangan keterangan harapan: i. Kebersihan amat penting agar ahli keluarga anda tidak dijangkiti penyakit. c) Cerakinkan ayat majmuk dalam petikan kepada ayat tunggal: i. Penggunaan baja organik telah membantu sektor pertanian. ii. Penggunaan baja organik dapat meningkatkan mutu tanaman. iii. Baja organik menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma baik. iv. Baja organik memastikan kesuburan tanah dalam jangka masa panjang. v. Kos pembelian baja juga dapat dijimatkan. vi. Baja organik menggunakan bahan buangan organik d) Baca ayat di bawah dengan telitinya dan kemudian nyatakan peribahasa ataukata-katahikmat yang sesuai dengan ayat tersebut: i. Hasri tidak mahu membeli kasut yang murah,sebaliknya diam ahu membeli kasut yangmahaltetapi dapat dipakai lebih lama. Alah membeli menang memakai ii. Ayah menggalakkan kami membaca pelbagai bahan bacaan untuk menambahkanilmupengetahuan. Membaca jambatan ilmu iii. “Semasa kami menentang pengganas komunis, kami telah berjuang bersungguh-sungguh,kami lebih rela terkorban daripada kalah dan malu,” kata Tuk Su. Biar putih tulang jangan putih mata iv. Ina menggunakan tutur kata yang sopan semasa berbual dengan rakan-rakannya.Diatidakmahu mereka terluka dengan kata-katanya yang mungkin menghiris hati danperasaanmereka. Budi bahasa amalan mulia


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM358 v. Walaupun dibesarkan dalam suasana bandar yang moden, Damia Hanna dan adik-beradiknyatidak melupakan adat resam keluarga mereka. Sebagai contoh, majlis perkahwinanabangDamia Hanna yang berlangsung pada minggu lepas masih mengekalkan tradisi masyarakatMinangkabau. Yang lama dikelek, yang baharu didukung vi. Pada awal tahun, Afiq Haiqal tidak dapat menjawab soalan-soalan Matematik Tambahanyangdiberikan oleh Cikgu Melinda. Walau bagaimanapun, Cikgu Melinda tidak berputusasadanmengajar Afiq Haikal tanpa mengenal erti putus asa. Akhirnya Afiq Haikal mendapatkeputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Matematik Tambahan. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam Usaha tangga kejayaan Soalan 6 Secara berkumpulan, simulasikan sesi pembentangan dan soal jawab berdasarkansatutajukdibawah. a. Cara menjaga kesihatan: S1 Mengapa kita perlu menjaga kesihatan? J - memastikan kita hidup dalam keadaan sihat dan bebas daripada penyakit. S2 Berikan cara-cara menjaga kesihatan? J - makan makanan yang seimbang (mengikut piramid makanan) - rehat yang mencukupi - tidur yang mencukupi - bersenam / beriadah - melakukan pemeriksaan doktor - mandi - memakai pakaian yang bersih - menjaga kebersihan, kuku, gigi dan rambut b. Ciri kenderaan pada masa hadapan: S1 Beri pandangan anda tentang ciri kenderaan pada masa hadapan? - menggunakan tenaga solar - pelepasan sifar. Semua kereta masa depan akan ada 0 (sifar) pelepasan danakanberfungsi menggunakan motor elektrik atau sistem hidrogen. - lebih ruang. Mereka tidak akan mempunyai mekanisme enjin pembakaran dalamanyangbesar. Pada masa akan datang, kereta akan menggunakan semua ruangini dalamrekabentuk dalaman, untuk kemudahan penumpang.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM359 - keselamatan maksimum. Sistem Pengangkutan Pintar akan dipasang padakeretamasa depan mempunyai kelebihan berikut: - mengekalkan jarak yang selamat dengan objek lain semasa merekabergerak. - berhenti automatik. - tempat letak kenderaan sendiri. c. Kepentingan Kursus Kepemimpinan Belia S1 Mengapakah Kursus Kepemimpinan Belia penting? J - Golongan belia merupakan pelapis pemimpin negara. - Mereka memperoleh ilmu untuk menjadi pemimpin yang baik - Persediaan untuk menjadi warganegara yang berguna.


Click to View FlipBook Version