The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KHAIRIZAH BINTI ABDUL RAHMAN KPM-Guru, 2023-11-02 00:31:03

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BM TING.4

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BM T4

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM300 AKTIVITI 2 - Hasilkan anekdot tentang kepemimpinan dan minta rakan anda mengulaskekuatandan kelemahan anekdot tersebut. Cikgu Zainal masuk ke kelas 5 Cemerlang dengan tergesa-gesa. Setelah semuamuridmengucapkan selamat sejahtera. Cikgu Zainal memanggil Kelvin selaku ketua tingkatankelastersebut. “Kelvin, berapa orang murid yang hadir hari ini?” ”Saya nak masukkandalame-Kehadiran”. Tanpa bertangguh Kelvin mengira semua murid yang hadir di kelas itu. “Semuayanghadir 25 orang cikgu. “Eeeeiii...tapi yang tak hadir dua orang sahaja dan sepatutnyaada26orangoleh sebab semua murid ada 28 orang, kata Cikgu Zainal. “Sambil menggaru-garukepalanyaKelvin mengira semula murid yang hadir tetapi masih mendapat jumlah yang samaiaitu25kesemuanya. Akhirnya Cikgu Zainal sendiri yang mengira jumlah murid di kelas itudanjugamendapat 25 orang. Tiba-tiba dia memandang Kelvin, “Awak dah kira diri awak Kelvin?” Kelvinmenggeleng-gelengkan kepalanya. Cikgu Zainal ketawa diikuti dengan Kelvin danmurid-muridyang lain. KEKUATAN 1. Hubungan yang akrab antara watak iaitu antara murid dengan guru dapat dilihat melalui watakCikgu Zainal dengan murid-muridnya. 2. Nilai tanggungjawab yang digarap melalui watak Kelvin iaitu sebagai ketua yangakur denganarahan gurunya. KELEMAHAN 1. Unsur lelucon yang sangat bersahaja mungkin menyebabkan pembaca kurang terhibur. 2. Perbuatan mentertawakan orang lain merupakan sikap yang tidak seharusnya dilakukankeranaperkara itu boleh mengaibkan orang tersebut.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM301 MUAFAKAT SERANTAU (HALAMAN 226 - 227) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks. AKTIVITI 1 - Baca dan analisis kesalahan bahasa dalam bahan berkenaan SEAMEO. Kemudian,betulkan kesalahan tersebut. SEAMEO Apa itu SEAMEO? Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) adalah (ialah) sebuah organisasi di(-)antara kerajaan negara-negara serantau yang ditubuhkan pada tahun 1965. Negara-negaraserantau yang dimaksudkan adalah (ialah) negara-negara Asia Tenggara. Objektif penubuhanialah (adalah) untuk menggalakkan kerjasama serantau dalam pendidikan, sains danbudayadirantau ini. Sebagai sebuah organisasi yang memupuk keupayaan manusia dan menerokapotensirakyat sepenuhnya, SEAMEO berusaha untuk mencapai lagi ( - ) aspirasi pembangunanpenduduk dalam rantau ini. SEAMEO bertungkus-lumus untuk menjadikan kehidupanrakyatdirantau ini lebih berkualiti dalam pelbagai aspek kehidupan. Apakah yang menarik tentang SEAMEO? SEAMEO mempunyai 26 institusi khusus yang menjalani (menjalankan) programlatihandanpenyelidikan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, sains, dan budaya. Salahsebuah(satu)institusi di bawah SEAMEO ialah Pusat Serantau Pendidikan Sains dan Matematik(SEAMEORECSAM). Pusat serantau ini beroperasi di Pulau Pinang dan menjalankan pelbagai aktiviti bagimemajukan (meningkatkan) pendidikan Sains dan Matematik di (dalam) kalangan negara-negara(negara) anggota SEAMEO. Bagaimanakah SEAMEO ditadbir? Badan pembuat dasar tertinggi organisasi ini ialah Majlis SEAMEO yang terdiri daripada11orangmenteri pendidikan di negara-negara Asia Tenggara. Sekretariat SEAMEOterletak di Bangkok,Thailand. Menurut Piagam SEAMEO, SEAMEO mempunyai tiga kategori keahlian. (iaitu)AhliNegara, Ahli Bersekutu dan Ahli Gabungan. Pada masa kini (ini), SEAMEO terdiri daripada 11 orang Ahli Negara, lapan(orang)AhliBersekutu dan tiga (orang) Ahli Gabungan. Badan yang bertanggungjawab menghasilkan(menggubal) dasar tertinggi organisasi ialah Majlis SEAMEO, yang terdiri dari (daripada) menteri-menteri pendidikan bagi (di) negara-negara Asia Tenggara.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM302 AKTIVITI 2 - Analisis rencana untuk menentukan kejituan idea dan kesalahan bahasadalamrencana tersebut. SEAMEO RECSAM: Impak terhadap Dunia Pendidikan Oleh: Jasmin binti Kamarul Dalam ledakan ilmu pengetahuan tanpa sempadan dalam (pada) era ini, semuapihakmestisentiasa cakna kepada perubahan dan bersedia untuk mendalami ilmu. Jika kitatidakcaknaterhadap perubahan ini, kita akan ketinggalan di ( - ) dalam arus perkembangan duniasainsdanteknologi. Hal ini dikatakan demikian oleh ( - ) kerana saban hari pelbagai teori, penemuandanciptaan yang canggih dicipta (oleh) manusia di ( - ) seantero dunia. SEAMEO RECSAM yang berpusat di Pulau Pinang telah melaksanakan pelbagai program.Program yang dianjurkan oleh SEAMEO RECSAM ini tidak terhad kepada murid-muridtetapimelibatkan golongan pendidik, termasuk ibu dan ( - ) bapa. SEAMEO RECSAM telah ditubuhkan pada (tahun) 1967. Misi penubuhan pertubuhaniniadalah untuk mempromosi (-kan) dan meningkatkan Pendidikan Sains dan Matematikdi (dalam)kalangan ahli negara-negara (ahli negara) SEAMEO. Setelah mendapat mandat ini, SEAMEORECSAM berusaha melaksanakan mandat dan kini telah berjaya menarik perhatianpelbagai pihaktermasuk para pendidik lain-lain negara (negara-negara lain) di dalamdan di luar rantauAsiaTenggara. Keadaan ini mencerminkan kualiti inovasi pendidikan yang dilaksanakanolehpusatserantau ini. Pusat serantau ini aktif dalam melaksanakan pelbagai programdi ( - ) sepanjangtahun.Semua aktiviti yang dijalankan ini telah berjaya menarik penyertaan pelbagai pihak, termasukibubapa. Oleh(sebab) itu, objektif asasnya tetap sama, iaitu meningkatkan pendidikanSainsdanMatematik para pelajar. Antara aktiviti yang dijalankan ialah bengkel, persidangan, lawatanpenandaarasan (penanda aras), pertandingan, dan lain-lain lagi. Kejayaan program yang dilaksanakan oleh pihak SEAMEO RECSAMini terbukti bila(apabila) sekumpulan saintis muda tanah air berjaya mengharumkan nama negara. Merekamerangkul kemenangan dalam pertandingan yang diadakan dalam Kongres SerantauMencariSaintis Muda SEAMEO kali ke-11 (SSYS 2018). Begitu juga dengan programSEAMEOScienceOlympiad 2019 telah berjaya menarik minat pelajar untuk menjadi saintis. TeruskanusahaandaSEAMEO RECSAM. Kepakaran anda ditagih (diperlukan) oleh negara demi untuk(demi/untuk)melahirkan anak watan bervisi tinggi.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM303 AKTIVITI 3 - Terokai maklumat tentang pusat serantau lain yang beroperasi di bawahSEAMEO.Bentangkan hasil dapatan anda kepada rakan-rakan. Terdapat beberapa institusi serantau dan antarabangsa yang memainkan peranan masing-masingdalam usaha memberikan sumbangan kewangan ataupun tenaga dan nasihat yangmembawaperkembangan dan kemajuan pendidikan untuk negara-negara di rantau Asia-Pasifik.Antarainstitusi ini ialah SEAMEO, UNESCO Bank Dunia, Sekretariat Komanwel dan Pertubuhannegara-negara Islam Antarabangsa (OIC). SEAMEO SEAMEO ialah Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara yang ditubuhkan padaNovember1965 di Bangkok Thailand. Pada masa itu negara-negara yang menyertai SEAMEOialahThailand,Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura, Laos dan Vietnam. Tujuan pembentukanSEAMEOadalah untuk mewujudkan kerjasama antara negara anggota untuk perkembangankemajuandalam bidang Pendidikan, Sains dan Kebudayaan di negara-negara Asia Tenggara. SekretariatSEAMEO diketuai oleh seorang pengarah dan beberapa kakitangan profesional yangdilantikdarinegara-negara anggota. Sesungguhnya kebanyakan projek atau aktiviti SEAMEOdilaksanakanmelalui tujuh pusat atau projek wilayahnya yang ditempatkan di negara-negara ahli. Pusat atauprojek wilayah ini ialah RECSAM, RELC, INNOTECH, BIOTROP, SEARCA, SPAFAdanTROPMED. RECSAM (Regional Centre For Education In Science And Mathematics) RECSAM ialah Pusat Wilayah untuk Pendidikan Sains dan Matematik yang ditubuhkandi PulauPinang. Antara fungsi RECSAM adalah untuk membawa pembaharuan untuk perkembangankurikulum tempatan dalam bidang Sains dan Matematik, menyebar maklumat pendidikanSainsdan Matematik kepada negara-negara ahli, menganjurkan kursus inovatif dalampengajaranSainsdan Matematik serta menjadi pusat sumber perkhidmatan rundingan berkaitan projekataukajiandalam pendidikan Sains atau Matematik bagi negara-negara ahli SEAMEO. RELC (Regional Language Centre) RELC ialah Pusat Bahasa Wilayah yang bertempat di Singapura. Antara fungsi RELCadalahuntuk mengendalikan kursus-kursus bahasa, khasnya bahasa Inggeris untuk pendidik-pendidikAsia Tenggara. Selain itu, RELC juga menjalankan penyelidikan tentang kaedah pengajarandanpembelajaran bahasa. INNOTECH (regional centre for educational innovation and technology) INNOTECH ialah Pusat Wilayah untuk inovasi dan teknologi pendidikan. Pusat ini ditubuhkandanterletak di Manila, Filipina. Antara fungsi pusat ini ialah: a) Mengenal pasti dan mencari pendekatan inovatif yang sesuai untuk menyelesaikanmasalahpendidikan Asia Tenggara.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM304 b) Melatih kakitangan melalui bengkel dan kursus. BIOTROP (regional centre for tropical biology) BIOTROP ialah Pusat Wilayah untuk Biologi Tropikal yang ditubuhkan di Bogor, Indonesia. Antaratujuan dan fungsi pusat ini adalah untuk memberikan latihan dan panduan untuk kaedahyangberkaitan dengan bidang penyelidikan. Pusat ini juga melaksanakan programpenyelidikanyangberkaitan dengan masalah biologi topika di Asia Teggara. Dasar Luar Negara memberikan banyak manfaat kepada perkembangan pembangunannegaradari pelbagai aspek. Bermula dari aspek pembangunan, perindustrian, sains danteknologi,perubatan dan semestinya sistem pendidikan. Malaysia juga merupakan negara anggotabeberapapertubuhan besar dunia yang membolehkan Malaysia mendapat pelbagai keistimewaandi matadunia. Antaranya ialah, Malaysia sebagai anggota KOMANWEL, PBB, OIC, dan tidakterkecualiNAM. PERTUBUHAN KOMANWEL Komanwel ialah sebuah organisasi yang terdiri dari negara Britain bersama dengantanahbekasjajahannya yang telah mencapai kemerdekaan. Komanwel ditubuhkan pada 1953. Tujuanutamapenubuhan Komanwel adalah mewujudkan semangat dan usaha kerjasama antaraahli dalambidang pendidikan, kebajikan sosial, perkhidmatan, perdagangan, komunikasi, perindustrian,pertanian, institusi kewangan dan pentadbiran. Kerjasama dan bantuan dalam bidang pendidikan merupakan aktiviti utama Sekretariat Komanwel.Antara faedah yang diperoleh oleh Malaysia sebagai anggota Komanwel yang melibatkanbidangpendidikan ialah : •Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan•Mengadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi •Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan •Menawarkan biasiswa kepada pelajar dari negara OIC yang belajar di Universiti IslamAntarabangsa Malaysia (UIAM) •Memberikan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan menyertai Pertubuhan Menteri-MenteriPelajaran ASEAN (SEAMEO) •Membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang •Mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakanfestivalkebudayaan dan kesenian •Bersama-sama menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM305 PENUBUHAN PROGRAM BERKEMBAR ANTARA INSTITUSI PENDIDIKANDI MALAYSIADANDI LUAR NEGARA Selain itu, Malaysia juga menjalankan program-program berkembar antarauniversititempatan dengan universiti luar negara untuk menaiktarafkan bidang pendidikandi Malaysia.Contohnya Program Berkembar Praperkhidmatan B.Ed(TESL) yang akan dijalankanantaraInstitutPendidikan Guru Malaysia (IPGM) dengan universiti luar negara. Terdapat sembilanuniversiti luarnegara yang terlibat antaranya ialah, Canterbury Christ Church University, University Of Auckland,University Of Warwick, University of Portsmouth, dan Victoria University Of Wellington. Terdapat sepuluh buah IPGM yang terlibat dalam menjayakan programtersebut,antaranya ialah, Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa, Institut PerguruanPersekutuanPulau Pinang, Institut Perguruan Ipoh Perak, Institut Perguruan Ilmu Khas, Institut PerguruanKotaBharu dan Institut Perguruan Darul Aman. Antara faedah program berkembar ini ialahpemindahanteknologi dan kepakaran daripada aspek kurikulum, penilaian, jaminan kualiti, sertaakreditasidapat diteruskan dan diaplikasikan ke tahap maksimum. Pelajar-pelajar yang terlibat boleh membuat penilaian dan perbandinganantarasistempendidikan serta mempelajari teknik pengajaran dan pembelajaran terkini dengan lebihberkesandi negara universiti yang mengambil bahagian. IPGM juga akan mendapat pengiktirafandaripadauniversiti luar negara bagi melaksanakan program latihan guru secara kerjasama sesuai denganmatlamat pengantarabangsaan IPGM. PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR Antara program lain yang dijalankan ialah program pertukaran pelajar antara pelajar dalamnegaradengan pelajar dari luar negara. Program Pertukaran Pelajar ini mempunyai banyak faedahyangboleh didapati sama ada Malaysia atau negara lain yang terlibat. Para pelajar dapat bertukarpengalaman dan idea-idea baharu untuk kebaikan negara mereka. Ideologi yangbebasdarinegara-negara Barat mampu mendidik generasi muda untuk memerdekakan mindanyadanberfikirlebih luas untuk berbicara dan mengungkapkan pendapat. Pelajar akan lebih berinisiatif danpekaterhadap isu-isu di sekelilingnya. Teknologi yang berkembang di luar negara dapat dibawakeMalaysia oleh sumber-sumber manusia yang terpelajar. Program ini juga mengajar generasi muda untuk pandai berfikir dan lebih dinamikdalammenyesuaikan diri. Selain itu, pelajar Malaysia yang belajar di luar negara dapat mempromosikanpelbagai budaya di Malaysia. Masyarakat dari negara yang terlibat akan berasatertarikuntukmengenali budaya di negara kita. Budaya dan adat ialah salah satu kelebihan negaraini. Negara-negara mempunyai kemajuan teknologi tanpa limitasi tetapi mereka tidak mempunyai budayaseperti tarian khas atau makanan khas negaranya yang menunjukkan identiti bangsa. Merekatidak mempunyai adat yang dapat mengawal kehidupan kita. Sebab itulah, merekaakantertarikuntuk menyelami budaya Malaysia dan dapat meningkatkan aset negara melalui industripelancongan. Pelajar cemerlang yang memiliki pegangan agama Islamyang baikjugadapatmembuktikan bahawa Islam ialah agama yang bertamadun dan mulia. Pelajar dari Malaysiadapat


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM306 belajar sekali gus berdakwah di negara Barat tempat pertukaran pelajarnya. Hal ini akanmembuktikan kepada negara-necara Barat yang memandang rendah terhadap IslambahawaumatIslam ialah insan yang baik dan terpelajar. Oleh sebab itulah, pelajar Malaysia yangmengikutiProgram Pertukaran Pelajar. dapat mengharumkan kembali nama Islamkerana jati diri pelajaryang baik akan merefleksikan agama, bangsa dan negaranya. Kepentingan lain daripada program ini ialah menciptakan insan muda yangterpelajardalam bidang teknologi. Selain itu, aspek kepandaian ini juga meliputi aspirasi generasi mudayang tidak pupus, rasa cinta akan tanah air dan kemampuan untuk percaya diri dantidakmudahdiperalat. Program Pertukaran Pelajar mampu menciptakan insan muda yang sempurnadalamsegala bidang untuk memenuhi azam negara. Individu yang pernah merasakan hidupdi negaraorang akan lebih dewasa dan mandiri dalam mengharungi cabaran hidup. Pelajar yangkembali kenegaranya setelah mengikuti program pertukaran pelajar ialah modal baharu bagi negarauntukmencapai matlamat kemajuannya. seperti kata peribahasa, hujan emas di negeri orang, hujanbatudi negeri sendiri, baik juga negeri sendiri. Setiap pelajar itu akan kembali ke negaranyadanmemperjuangkan nasib negara ke arah yang lebih baik.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM307 PENILAIAN 1 (HALAMAN 38 - 42) Soalan 1 Teliti bahan di bawah dan huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pekerja cemerlangdenganmenggunakan ayat yang gramatis. Ciri-ciri pekerja cemerlang: 1. kerja berpasukan- kebiasaan dalam kerja untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, kitaperlubekerja secara berpasukan - kerja secara individu tidak dapat kesan sebaik seperti kerjaberpasukan. Ahli pasukan yang baik akan memastikan suatu kerja yang dilakukandapatdihasilkan dengan cepat, cekap dan bermutu. Namun begitu ahli pasukan yang baik memerlukanseorang pemimpin yang baik dan boleh menguruskan ahli pasukannya dengan baik. 2. keterampilan berkomunikasi - komunikasi amat penting dalam kehidupan terutamasemasabekerja. Perkara ini juga akan dilihat oleh penemuduga sama ada pekerja yangbakal diambillancar dalam perbualan, petah untuk bercakap, kemahiran mendengar dan mahir dalampenulisan.Sekiranya kita lemah dalam berbahasa dengan fasih dan baik ini akan menyebabkankomunikasikita kurang berkesan dalam apa jua yang kita lakukan. Namun begitu sekiranyakitafasihberbahasa dalam bahasa asing juga merupakan markah tambahan untuk kita menjadi seorangpekerja yang cemerlang. Di samping kita tidak mudah ditipu oleh bangsa lain dalamberkomunikasi.3. berdisiplin - masa amat penting tidak kira semasa sekolah atau di alampekerjaan- disiplindalam pengurusan masa amat penting jika ingin menjadi pekerja cemerlang - seseorangyangteratur membolehkan kita melakukan lebih banyak perkara dalam satu masa. Penemudugaamatmenitikberatkan ciri ini untuk memilih seorang pekerja - kerana mempunyai kaitandenganrasapercaya, hormat dan keyakinan diri - secara tidak langsung apabila kita berdisiplindalampengurusan masa - kita juga dapat menunaikan janji dengan orang lain dan diri sendiri. 4. bijak menyelesaikan masalah - jika menemukan kesulitan ketika melaksanakan tugas, perkarayang perlu dilakukan ialah berusaha mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan masalahitudantidak mudah berpatah hati dan mengaku kalah sebelum menyelesaikannya - untukmencapaitahap kecemerlangan, seorang pekerja itu perlu mengamalkan semangat cekal dantabahdalamapa-apa jua cabaran - tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. 5. mahir menggunakan teknologi terkini - teknologi kini sentiasa berubah-ubah mengikut peredaranzaman - sebagai seorang pekerja yang cemerlang kita perlu mengikuti teknologi terkini. Ini keranadengan penggunaan teknologi kita dapat melakukan suatu pekerjaan dengan lebihmudah-negara akan mundur sekira rakyatnya tidak mengambil berat pasal teknologi - lebihbaiksekiranyakita menjadi pereka teknologi dan bukan mengharapkan teknologi yang sedia ada sahaja.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM308 Soalan 2 Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis karangan dengan menggunakan ayat yanggramatis.1. Sukan lasak seperti kembara, mendaki gunung, berkayak, dan lumba basikal dapat membentukindividu yang mempunyai ketahanan diri dan berani menghadapi cabaran. Ulas pernyataan tersebut. Remaja sekarang memang tahan lasak. Mereka lebih gemar menceburi aktiviti yanglasakdan mencabar. Oleh itu, sekiranya kelasakan mereka tidak dijuruskan ke arahaktiviti yangberfaedah, maka mereka akan melibatkan diri dalam pelbagai gejala negatif yangtidakmenguntungkan sesiapa pun. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, maka sukanlasaksepertikembara, mendaki gunung, berkayak, dan lumba basikal banyak dianjurkan oleh pelbagai pihakdan sambutannya amat menggalakkan. Oleh itu, aktiviti ini perlu diperluas di peringkat sekolahdengan harapan dapat membentuk individu yang mempunyai ketahanan diri danberanimenghadapi cabaran. Hal ini telah ditegaskan oleh Menteri Belia dan Sukan, supayabeliadiMalaysia menceburi bidang sukan lasak sama ada semasa mereka masih bersekolahatauselepas berhenti sekolah. Malah, Kementerian Belia dan Sukan menyediakanpelbagaikemudahan kepada belia untuk menceburi bidang sukan ini. Dengan itu, saya bersetujudenganpandangan supaya sukan lasak perlu diperkenalkan di peringkat sekolah. Salah satu faedah memperkenalkan sukan lasak seperti kembara, mendaki gunung,berkayak, dan lumba basikal di peringkat sekolah ialah kita dapat membentuk individuyangmempunyai ketahanan diri dan berani menghadapi cabaran. Hal ini dikatakan demikiankeranasehingga sekarang remaja dan belia kita tidak mempunyai ketahanan diri dantidaktahanmenghadapi cabaran apabila berada di dunia luar. Dengan itu, kebanyakan merekaterlibatdengan penyalahgunaan dadah dan ditempatkan di pusat serenti. Oleh itu, mulai tahun2004,Program Latihan Khidmat Negara diperkenalkan dan pelajar lepasan SPMdiwajibkanmenyertaiprogram ini secara berperingkat-peringkat. Dalam fasa pertama, mereka didedahkandenganaktiviti luar yang memerlukan tenaga fizikal untuk membentuk mereka menjadi warganegarayangberketahanan tinggi dan sanggup mengharungi cabaran kelak. Oleh itu, saya mencadangkansukan lasak perlu diperkenalkan di sekolah sebagai usaha untuk membina ketahanandiri danberdaya juang. Selain itu, sekiranya sukan ini diperkenalkan di peringkat sekolah, maka kitamenyediakanatlet dalam bidang sukan lasak yang boleh mewakili negara ini diperingkat antarabangsakelak.Hal ini demikian kerana bidang sukan ini perlu diperkenalkan di peringkat awal lagi ataudiperingkat sekolah seperti kata peribahasa melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Untukberjayadalam pelbagai sukan lasak, bukanlah satu usaha mudah yang dapat dilatih dalammasasetahundua sahaja, tetapi mengambil masa yang lama. Jadi, sekiranya sukan lasak ini diperkenalkandiperingkat sekolah, maka pelajar yang berminat dalam bidang ini dapat mengasahbakat merekamelalui latihan yang terbimbing semasa di bangku sekolah. Oleh itu, apabila merekameninggalkan


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM309 sekolah, mereka masih boleh meneruskan latihan intensif agar boleh mewakili negaradalamacarayang dipilih mereka. Buktinya ialah buat pertama kali Malaysia menampilkan barisantigapelumbamuda untuk menggalas cabaran dalam dua acara lebuh raya Kejohanan Berbasikal Asia(ACC)ke-24 di Bandar Raya Yokaichi di Jepun pada 9 – 16 April 2004. Mereka ialah Sayuti Mohd. Zahitdan Jasmin Ruslan, iaiti pelumba Projek Gemilang 2006 dan Wam Mohd. Najmee WanMohamad,iaitu pelumba muda dari Kuaka Lumpur. Penghantaran itu ialah sebahagian dariapdarancanganjangka panjang untuk menggilap pelumba muda bagi memikul lebih banyak tugasbesardiperingkat antarabangsa pada masa akan datang. Oleh itu, sukan lasak perlu diperkenalkandiperingkat sekolah supaya kita mencungkil bakat muda untuk digilap dan disinarkan untukmewakilinegara kelak. Sukan lasak seperti berenang merentasi sungai atau laut wajar diperkenalkandi peringkatsekolah. Buktinya ialah seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Salman Ali Shariat Abdul Halimmencipta rekod sukan renang negara apabila berjaya menyeberangi Sungai Dindingsejauhsatukilometer pada 30 Mac 2004. Salman adalah antara 31 orang peserta yang kebanyakannyaorangdewasa yang berjaya menamatkan renangan dalam program cabaran merentasi Sungai Dinding2004 anjuran Universiti Teknologi Mara (UITM) Cawangan Perak. Perenang berbakat ituturutditemani oleh dua orang kakaknya, Zahara Mansourah berumur 11 tahun dan ZaharaMa’saunahberusia 12 tahun. Sekiranya kanak-kanak berusia enam tahun dapat melibatkan diri dalamsukanlasak seperti ini, maka tidak mustahil jikalau pelajar didedahkan dengan sukanlasakapabilamereka berada di bangku sekolah. Hal ini dapat dilihat dengan kemampuanDatukMalikmerenangi Selat Inggeris dan beliau menjadi orang Asia yang pertama berjaya berbuat demikian.Oleh itu, sukan dan permainan yang sudah diperkenalkan diteruskan, tetapi sukanlasaksepertikembara, berenang di laut, dan mendaki gunung diperkenalkan di sekolah. Denganberbuatdemikian, maka pada suatu masa kelak, mereka akan sanggup melakukan aktiviti yangmencabardemi menaikkan nama Malaysia di persada dunia. Akhirnya, dengan menceburi sukan lasak, maka para remaja dan pelajar dapat dijauhkandaripada terbabit dalam kegiatan negatif seperti buli, lepak, dan gengsterisme. Pelajar sekarangtidak berminat dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, dan olahraga yangdiadakandisekolah kerana aktiviti ini tidak mencabar minda dan fizikal mereka. Mereka mahumelakukanaktiviti yang lebih lasak dan mencabar supaya mereka dapat memperagakan diri dankebolehanmereka di khalayak ramai. Bermain bola sepak, bola jaring, dan sepak takrawdianggapolehmereka tidak sesuai lagi pada zaman ini. Oleh itu, terdapat ramai remaja yangmenceburipermainan boling, memanah, lumba motosikal dan sebagainya di luar waktu persekolahan.Apabila menyentuh hal ini, maka Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. MohamadKhir Toyoketika berucap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung PersatuanIbuBapadanGuru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Kapar mengatakanbahawagurumasih ingin pelajar bermain bola dan olahraga, tetapi pelajar pada hari ini lebih berminat kepadasukan ekstrem atau sukan lasak yang tiada di sekolah. Beliau berkata, ”dikatakansukanini


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM310 melahirkan generasi tidak sopan sedangkan jika ada di sekolah, maka sukan ini dapat memenuhikehendak mereka dan sekali gus membolehkan mereka mengisi masa lapang dengankegiatanyang diminati dan menjauhkan mereka daripada terbabit dengan aktiviti lain yang tidaksihat.”Jadi,usaha untuk memperkenalkan sukan lasak di sekolah perlu dimulakan dari sekarang. Tuntasnya, sukan ekstrem atau sukan lasak yang digemari oleh pelajar dantidakmembahayakan diri mereka wajar diperkenalkan di sekolah kerana kita mahu generasi mudakitamembabitkan diri dalam bidang sukan ini. Malah, sukan lasak perlu dipertandingkandi peringkatdaerah dan kebangsaaan supaya kita dapat mengenal pasti bakat generasi muda danmengasahbakat itu. Dengan itu, kita mempunyai barisan pelapis untuk mewakili negara dalampelbagaisukan lasak di peringkat antarabangsa. Akhirnya, saya menegaskan bahawa sukanlasakperludiperkenalkan di peringkat sekolah kerana peribahasa mengatakan melentur buluh, biarlahdarirebungnya. Sumber: https://ohkarangan.blogspot.com/2017/10/contoh-karangan-spm-sukan-lasak.html2. Kebanyakan remaja mempunyai impian untuk menceburi dunia kerjaya yang dapat menjaminmasa hadapan mereka. Huraikan persediaan untuk memenuhi kerjaya impian anda. Setiap individu mempunyai cita-cita tersendiri yang menjadi impian untuk dicapai suatuketikananti. Kita sedia maklum bahawa setiap peringkat dalam kehidupan seseorang individuberkaitrapat dengan keperluan dan kematangan masing-masing dalam menghadapi sesuatusituasi ataukonflik. Misalnya peringkat kanak-kanak dan remaja dikaitkan dengan alampersekolahanmanakala peringkat dewasa lebih cenderung kepada alam pekerjaan yang padadasarnyamenentukan taraf hidup seseorang individu sama ada mampu menampung keperluandiri,keluarga, dan sebagainya dalam menjalani kehidupan yang semakin mencabar. Persoalannya,apakah persiapan-persiapan yang wajar dilakukan untuk menghadapi alampekerjaan?Justeru,bagi merungkai persoalan ini, saya akan menerangkan secara teliti dan terperinci tentangpersediaan-persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi alam pekerjaan. Antara persiapan untuk menghadapi alam pekerjaan adalah berkaitan dengankelayakanakademik yang sesuai dengan pengkhususan pekerjaan. Hal ini kerana, jika seseorangindividuingin menceburkan diri dalam sesuatu bidang pekerjaan sudah tentu pihak majikanakanmenelitikemahiran atau kebolehan yang setaraf dengan sektor atau jabatan yang dapat dijawat melaluikelayakan akademiknya. Sebagai contoh, individu yang mempunyai kelayakan akademikdalambidang perubatan kebiasaannya akan menceburkan diri dalam bidang sama atauberkaitandengan pengkhususan kemahiran seperti ahli farmasi, doktor pakar, jururawat, pakar bedahdansebagainya. Kesannya, seseorang individu dapat menumpukan perhatian ketika di bangkusekolahterhadap bidang yang berkaitan dengan pengkhususan pekerjaan yang sesuai dengancita-citanyaagar dapat mengelakkan pengangguran akibat tidak memenuhi kriteria yang sepatutnyaada


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM311 apabila berkhidmat di bawah sesebuah agensi sama ada kerajaan mahupun swasta. Justeru,jelaslah bahawa kelayakan akademik amat penting bagi seseorang membuat persediaanmenempuh alam pekerjaan. Selain itu, seseorang individu juga hendaklah bersedia dari segi fizikal dan mental sebelummemasuki alam pekerjaan. Hal ini dikatakan demikian kerana, seseorang pekerjaseharusnyamempunyai fizikal dan mental yang kuat untuk membolehkan mereka menghadapi tekanankerjayang boleh memudaratkan bukan sahaja emosi malah kesihatan sekiranya tidak dapat ditanganidengan baik. Contohnya, sekiranya seseorang individu tidak biasa melaksanakan tugasan-tugasanyang berat dan menguji kesabaran secara tidak langsung dapat mengganggu emosi danfikiranyang bercelaru sehingga satu tahap boleh mengundang penyakit serius seperti tekanandarahtinggi, migrain, dan sebagainya. Impaknya, apabila individu itu berkhidmat dalampekerjaan, akanmenyukarnya untuk mengekalkan prestasi dan berkemungkinan besar boleh dipecat olehmajikan.Natijahnya, jelaslah bahawa seseorang individu perlulah bersedia dari segi mental danfizikalsebelum memasuki alam pekerjaan. Seterusnya, seseorang individu juga hendaklah mempertimbangkan prospekpekerjaanberkaitan bidang yang diceburi. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila seseorangindividumembuat pertimbangan awal berkaitan prospek pekerjaannya membolehkan kadar perbelanjaandan sumber pendapatan alternatif dapat ditentukan untuk mengelakkan pembaziranmasa, wang,dan tenaga. Contohnya, sebelum berkhidmat dalam sesebuah agensi, seseorang individuperlulahmenekankan faedah sampingan yang bakal diperoleh selain gaji pokok yang ditawarkansepertielaun tambahan, bonus, suasana tempat kerja, peluang kenaikan pangkat, jarak ketempat kerjadan sebagainya agar dapat menjamin kedudukan kewangan yang stabil. Impaknya, individudapatmenyeimbangkan kadar perbelanjaannya sesuai dengan pendapatan yang diperolehuntukmenjamin tabungan dan kejadian luar jangka ketika berkhidmat dalam sesebuah sektor pekerjaan.Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Tuntasnya, jelaslah bahawaprospekpekerjaan seseorang individu perlu dipertimbangkan sebelum menceburi alampekerjaan. Di samping itu, persediaan-persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi alampekerjaanialah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabilaseseorang itu mempunyai komunikasi yang baik dapat membantunya menyesuaikandiri dengansuasana tempat kerja melalui khidmat nasihat dan pergaulan yang baik sesamarakansekerjapada masa yang sama mengelakkan perasaan hasad dengki sesama rakan sekerja. Contohnya,individu yang pandai menjaga tutur kata dan adab sesama rakan akan mudahdigauli sertamendapat bimbingan khususnya ketika memasuki alam pekerjaan yang bukan sahajamelibatkankomunikasi sesama rakan sekerja dan majikan, malah para pelanggan, klien, pelaburdansebagainya bergantung kepada bidang masing-masing. Kesannya, kita dapat memperolehkepercayaan majikan serta pelanggan dalam memberi komitmen dalamtugasansecaraprofesional yang dapat dijadikan motivasi atau penggerak untuk berkhidmat dalamsektor yang


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM312 diceburi. Natijahnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa kemahiran berkomunikasi amat pentingsebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan. Sementelahan pula, persediaan-persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi alampekerjaan ialah bijak membahagikan masa. Hal ini demikian kerana seseorangyangdapatmembahagikan masa dengan baik dapat mengurangkan risiko menghadapi masalahtekananakibat prestasi kerja yang tidak selari dengan dengan kitaran biologi seseorang. Misalnya, jikaseseorang gagal membahagikan masa kerja dan masa tidur akan menyebabkanproduktivitinyamenurun berpunca daripada gejala kekurangan tidur semata mata untuk menyiapkantugasanyang tertangguh. Kesannya, seseorang itu akan sukar untuk melengkapi keperluanhidupyangsihat dari segi rohani, jasmani, emosi, dan sebagainya jika tidak membahagikanwaktudenganbaik kerana pepatah Arab pernah menyebut waktu bagaikan pedang, sekiranyakitatidakmemotongnya dia akan memotong kita. Justeru, jelaslah bahawa pengurusan masaamat pentingsebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan. Kesimpulannya, terdapat pelbagai persediaan yang boleh dilakukan untuk menghadapialam pekerjaan. Sehubungan dengan itu, semua pihak khususnya individuseharusnyaberganding bahu bagai aur dengan tebing dalam usaha bagi melahirkan generasi yangprofesionaldan syumul dalam pelbagai sektor pekerjaan. Oleh hal yang demikian, diharapkanpelbagaiprogram dan bengkel dapat terus dijalankan untuk memberikan pendedahan kepadaanak-anakmuda tentang pelbagai bidang pekerjaan untuk menjana taraf hidup dan pertumbuhanekonominegara. Sumber: http://hjmsaad.blogspot.com/2016/04/persiapan-menghadapi-alam-pekerjaan.html3. Pembelajaran secara maya telah diperkenalkan dan kian banyak dilaksanakan di sekolahdaninstitusi pengajian tinggi. Bincangkan kelebihan pembelajaran secara maya. Pendidikan maya telah menjadi semakin popular kini. Perkara ini selaras denganaruspembangunan industri teknologi maklumat yang semakin berkembang. Agenda ITKebangsaan(National IT Agenda, NITA) yang telah dilancarkan pada tahun 1996 menggariskanbeberapapanduan Malaysia boleh muncul sebagai sebuah negara maju. Salah satu agendaawal adalahmewujudkan pendidikan maya. Pendidikan ini telah diperluas dengan pengenalankonseppembelajaran sekolah bestari, e-learning, universiti terbuka dan Pembelajaran SepanjangHayat(PSH). Pepatah ada mengatakan zaman beralih, musim bertukar, sememangnyatidakdapatdinafikan lagi pendidikan konvensional kini telah bertukar wajah. Sistempendidikanmayatelahdiperkenalkan di negara kita atas usaha kerajaan untuk memartabatkan sistempendidikankitaagar bertaraf dunia. Sistem ini bertujuan untuk melonjakkan taraf pendidikan rakyat Malaysiaagarsetanding dengan sistem pendidikan di negara-negara maju dan juga untuk meningkatkansistempengajaran dan pembelajaran agar boleh diaplikasikan di seluruh dunia. Pendidikanmaya


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM313 bermaksud pendidikan yang dijalankan dalam talian yang memerlukan murid melihat skrin,mendengar serta memberikan respons. Baru-baru ini, kerajaan telah memperkenalkanpendidikanmaya di negara kita sejak bulan Mac tahun 2020 dalam usaha untuk meneruskanpembelajaransemasa pandemik Covid-19 yang amat meruncing. Namun begitu, ramai murid tidakmengetahuikebaikan pendidikan maya serta tidak menunjukkan minat terhadap pendidikanmaya. Hal inidikatakan demikian kerana tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, marilah kita mengetahui kelebihanpendidikan maya. Sebagai menyahut ledakan teknologi maklumat, sewajarnyalah kita meraikanpendidikanmaya sebagai salah wahana untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dengancepat danmudah. Pada zaman ledakan teknologi maklumat dan komunikasi, setiap individu bersainguntukmeningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan kerjaya masing-masing. Nabi Muhammads.a.wbersabda “tuntutlah ilmu walau di negara China sekalipun”. Walau sukar sekalipun, seseorangitudigalakkan mencari ilmu. Ilmu mampu meningkatkan martabat seseorang. Pada masaini, ilmumudah diperoleh melalui ruang siber. Ilmu yang merentasi dunia tanpa sempadanmemberibanyak kelebihan kepada kita. Hanya dengan mengetik papan kekunci berbantukanperkhidmatanjalur lebar, seseorang itu boleh menjelajah ilmu pengetahuan ke seluruh pelosok negaramelaluipendidikan maya atau virtual dengan cepat dan mudah. Hal ini dikatakan demikiankeranamaklumat berada di hujung jari. Pendidikan maya membolehkan kita menjelajahi pelbagai ilmupengetahuan di seluruh pelosok dunia. Sebagai contoh yang dapat dibuktikan bagi merungkaipersoalan ini ialah murid dapat melayari Internet untuk mencari maklumat denganmenggunakanenjin pencari seperti Google dan Yahoo serta laman-laman sesawang yang berkaitan. Natijahnya,murid tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung kerana dapat menambahkanilmupengetahuan dengan sangat mudah dan menyeronokkan. Berdasarkan maudukyangdibincangkan ini, jelaslah bahawa pendidikan maya membolehkan ilmu dapat disampaikandengan cepat dan mudah. Huraian beralih dan berfokus pula kepada perspektif murid boleh memanfaatkanpenggunaan e-buku melalui pendidikan maya. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaane-buku atau buku elektronik dapat memuatkan 300 naskhah buku dan mempunyai pelbagaiaplikasi. Antaranya termasuklah pemprosesan kata, hamparan data, senarai kandungan, kalendardan sebagainya. Pada waktu yang sama, e-buku menjadi suatu wahana pendekataninterpersonalantara guru dengan pelajar juga boleh dijadikan sebagai medium rujukan. Hal ini bukansekadarmudah digunakan tetapi juga menjimatkan kos. Sebagai contoh yang dapat dibuktikanialahmuridboleh menggunakannya melalui alat-alat peranti seperti telefon pintar, gajet dan komputerriba.Tambahan pula, kebanyakan e-buku juga percuma dan lebih murah berbandingbukufizikalkerana tiada pencetakan kertas yang dilakukan. Penggunaan buku elektronik ini dijangkadapatmengurangkan kos bagi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di sekolah pada jangkamasayangpanjang dan mampu menangani kepelbagaian masalah pelajar dalam bidang akademikdi dalam


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM314 sesebuah kelas. Berdasarkan prakarsa yang telah dibincangkan di atas, jelaslahbahawa, penggunaan e-buku atau buku elektronik dapat dimanfaatkan oleh semua murid. Mari kita capahkan lensa di bawah kata kunci yang ketiga iaitu pendidikanmayadapatmenjimatkan pelbagai kos kehidupan seperti penginapan dan perbelanjaan. Hal ini dikatakandemikian kerana segala urusan pembelajaran dapat dilakukan daripada keselesaanrumahsendiri.Sebagaimana yang kita sedia maklum, murid dapat menyertai kelas dalamtalianmenggunakanaplikasi seperti Google Meet, Cisco Webex Meeting dan Zoom. Para pelajar terutamadi peringkatpengajian tinggi tidak perlu lagi bersemuka dengan pensyarah. Tamsilnya, para pensyarahbolehmenggunakan kemudahan telesidang yang menggabungkan audio, video dangrafikdapatdilakukan di lokasi yang berbeza dengan peralatan canggih dan didengari ramai tanpamelibatkankos yang tinggi untuk para pelajar Program Pendidikan Jarak Jauh. Oleh hal yangdemikian,golongan seperti suri rumah dan pesara dapat terus melanjutkan pelajarantanpaperlumenghadirkan diri di institusi pendidikan. Hal ini secara tidak langsung dapat memanifestasikanslogan pendidikan sepanjang hayat yang amat digalakkan oleh kerajaan. Justifikasinya, tiadakeperluan untuk kita keluar dari rumah, maka tiada kos pengangkutan. Hal ini jelaslahbahawadengan adanya pendidikan maya, kita dapat menjimatkan pelbagai kos dalamkehidupan. Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, pengenalan Teknologi Maklumatdan Komunikasi (ICT) dalam sistem pendidikan maya secara tidak langsung dapat meningkatkanpenguasaan murid dalam bahasa Inggeris. Hal ini selaras dengan dasar penggunaanbahasaInggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah Malaysia. Dasar tersebutmenyasarkan pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik kerana ilmuduniabanyakdiperoleh dalam bahasa Inggeris. Pendedahan penggunaan bahasa Inggeris di peringkat sekolahrendah lagi boleh memberi banyak faedah kepada mereka. Pendidikan maya telahmenyuntiksemangat baru kepada pelajar untuk mendalami bahasa Inggeris. Penggunaan bahasaInggerisdalam pendidikan maya mampu mengayakan perbendaharaan dan kosa kata bahasaInggerispelajar. Seterusnya meningkatkan kemahiran dan penguasaan mereka dalambahasatersebut.Pelajar yang menguasai bahasa Inggeris dengan baik dapat bersaing di peringkat antarabangsa.Mereka juga akan menjadi pilihan utama majikan untuk mengambil mereka bekerja. Melaluiprakarsa yang dibincangkan dalam wacana ini, nyatalah bahawa dengan adanyasistempendidikan maya dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalamkalanganmurid. Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa banyak kelebihan yangdapat kitaperoleh daripada pendidikan maya. Murid-murid mestilah memanfaatkan pendidikanmayaagardapat menjadi golongan yang berilmu pengetahuan dan berminda kelas pertamasertadapatbersaing dengan murid di negara maju. Hal ini membolehkan masyarakat kita berdiri samatinggi,duduk sama rendah dan sudah tentunya dapat memajukan bidang pendidikannegara. Parapelajar akan lebih terdedah dengan dunia globalisasi sekiranya pendidikan mayadilaksanakansecara menyeluruh. Konsep pembelajaran sepanjang hayat menerusi pendidikan sedemikianpatutdimanfaatkan oleh semua bertunjangkan pepatah sebab mutiara sebiji, lautan dalamdiselami


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM315 orang. Selain itu pelbagai pihak tidak kira pihak swasta mahupun badan bukan kerajaaan(NGO)perlulah berganding bahu bersama dengan kerajaan untuk membangunkan sistempendidikandinegara kita mencapat pendidikan bertaraf dunia. Sumber: http://bahasamelayusmktamanmegahria.blogspot.com/2020/12/kelebihan-pendidikan-maya.htmlSoalan 3 Analisis infografik di bawah dengan telitinya. Kemudian, rumuskan maklumat tersurat dantersirattentang kadar kebolehpasaran graduan. Infografik memaparkan kadar kebolehpasaran graduan tahun 2018. Kadar kebolehpasarangraduan universiti tempatan sebanyak 80.2%, iaitu meningkat sebanyak 11%daripadatahun2017.Graduan lelaki didapati menunjukkan kebolehpasaran yang tinggi (82.3%) berbandingdengangraduan wanita (78.7%). Hal ini disebabkan majikan cenderung menggaji lelaki berdasarkankomitmen lebih tinggi untuk bekerja lebih masa. Bagi kadar kebolehpasaran merujukkepadagraduan berstatus pula, sebanyak 82.3% telah memperoleh pekerjaan, 15.7%berjayamelanjutkanpengajian, 4.6% sedang menunggu penempatan pekerjaan dan 1.3%memilih untuk meningkatkankemahiran. Selebihnya, hanya 19.8% orang graduan yang didapati masih belummendapatpekerjaan. Hal ini disebabkan para graduan mempunyai perancangan tersendiri untukmerencanakan masa depan masing-masing. Bagi yang masih belummendapat pekerjaanmungkin disebabkan halangan dari segi pilihan kerjaya atau masalah peribadi. GraduanTVET telah menunjukkan peningkatan kadar kebolehpasaran bagi tahun 2018, iaituKolej Komunitimenunjukkan kadar kebolehpasaran graduan tertinggi (96.6%) walaupun menurun 0.1%daripadatahun 2017. Seterusnya, disusuli dengan Politeknik (96.1%) yang meningkat 1.6%daripadatahun2017. Graduan Universiti Awam (79.3%) dan Universiti Swasta (75.4%) jugamenunjukkanpeningkatan daripada tahun 2017. Hal ini membuktikan bidang TVET memberikanpengetahuandan kemahiran yang dapat membantu pelajar untuk mencari pekerjaan, juga untuk bekerjasendiri.Soalan 4 Baca kedua-dua bahan dengan telitinya dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. 1. Berdasarkan petikan 1, apakah faedah sukan kepada remaja? dapat melahirkan remaja yang sihat dari segi fizikal dan mental dapat mengisi masa lapang dengan cara yang bermanfaat dapat mencungkil bakat remaja dapat memupuk perpaduan dalam kalangan remaja 2. Berdasarkan petikan 1, apakah yang dimaksudkan dengan minda yang cerdas? minda yang cerdas bermaksud akal fikiran yang sempurna


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM316 3. Bagaimanakah kejayaan ikon sukan negara dapat memotivasikan anda? mempunyai keberanian untuk bersaing dengan orang lain tanpa perasaan gentar mencontohi usaha serta ketabahan para atlet yang sanggup mengharungi pelbagai ujianuntuk mengecapi cita-cita mereka memotivasikan saya untuk mempamerkan kesungguhan dan semangat yangkuat untukberjaya memotivasikan saya agar menjalani latihan secara berdisiplin memotivasikan saya agar mengutamakan kepentingan negara lebih daripadakepentinganperibadi 4. Jelaskan dua impak kejayaan ikon sukan kepada negara. kejayaan ikon sukan mengharumkan nama negara dan seterusnya dapat meningkatkanekonomi negara apabila pelabur luar berminat untuk melabur di negara kita kejayaan ikon sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilangkaumapabila masyarakat berbilang kaum bersatu memberikan sokongan padu ketikaikonsukaninibertanding 5. Sejauh manakah aktiviti sukan pada peringkat sekolah berjaya melahirkan atlet padaperingkatkebangsaan dan antarabangsa? mencungkil bakat atlet yang berpotensi dalam acara sukan tertentu atlet yang berpotensi akan dipilih untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, negeri dankebangsaan jurulatih sekolah melatih atlet dengan penuh dedikasi untuk memastikan potensi merekadapatdiketengahkan 6. Berdasarkan kedua-dua teks, apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang sukan?Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan akan membawa pelbagai faedahkepadamasyarakat. Oleh itu, semua lapisan masyarakat amat digalakkan menyertai semuajenisaktivitisukan kerana bersukan dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu, berdayamajudanberdaya saing. Sukan juga mampu mengangkat martabat rakyat dan negaradi persadaantarabangsa agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negaramajuyanglain. Sesungguhnya, sukan berfaedah kepada individu, masyarakat dannegara.Tegasnya, kegiatan sukan wajar digalakkan kepada semua lapisan masyarakat.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM317 Soalan 5 a. Bina ayat dengan perkataan di bawah bagi menjelaskan maksudnya. Andatidakbolehmenambahkan imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau katanamakhas.i. suruhanjaya - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ialah sebuah badan berkanunyangmengawal selia syarikat-syarikat dan perniagaan-perniagaan. ii. antarabangsa - Suara Malaysia ialah sebuah stesen radio antarabangsa yang dikendalikanolehRadio Televisyen Malaysia. iii. mencampuradukkan - Sebagai pelajar yang ingin berjaya, seseorang itutidakharusmencampuradukkan antara pelajaran dengan masalah peribadi. iv. pengambilalihan - Proses pengambilalihan tanah-tanah terbiar untuk dimajukandaripadapenduduk kampung berjalan dengan lancar. v. gimrama - Pasukan gimrama dari negara Jerman menjadi tumpuan peminat sukanOlimpikberikutan pemakaian sut penuh ketika menyertai acara tersebut. vi. asbut - Asbut terbentuk apabila cahaya matahari dan udara panas bercampur denganbahancemar udara daripada industri dan kenderaan dalam keadaan tidak berangin. b. Baca atur cara di bawah dengan telitinya. Kenal pasti kata akronim yang terdapat dalambahandan kategorikan jenisnya. Cantuman huruf dan suku kata perkataan - Degram (Dewan Graha Munsyi) - Petronas (Petroleum Nasional Berhad) Cantuman bahagian awal perkataanpertama dengan bahagian perkataanyangmengikutinya - senamrobik - jenama Cantuman suku kata awal perkataan - Bernama (Berita Nasional Malaysia) - Perkom (Persatuan Kompang) - kugiran (kumpulan gitar rancak) - pawagam (panggung wayang gambar) - biber (bicara berirama) Cantuman huruf awal perkataan- KOBILANG - UniSZA - UPSI - UNITEN


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM318 Soalan 6 Berdasarkan foto susunan bilik darjah yang terdapat dalam bahan, pilih satu fotosusunanbilikdarjah yang anda gemari. Kemudian, berikan pendapat anda tentang susunan bilik darjahyanganda pilih. NOTA BILIK DARJAH YANG KONDUSIF Bilik darjah merupakan elemen yang penting bagi setiap murid kerana persekitaranpembelajaranyang kondusif dapat mempengaruhi cara murid dalam melibatkan diri dan mengambil bahagiandan suasana pembelajaran yang selesa mampu merangsang minat untuk terusbelajar. Disamping untuk mewujudkan murid yang aktif semasa sesi pembelajaran, sebuah bilikdarjahyangmempunyai kelengkapan dari segi teknologi yang canggih serta persekitaran yang baikmerupakanaspek yang perlu ada pada setiap bilik darjah. Pengurusan bilik darjah berkesanmampumeningkatkan pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, pengurusan sebuah bilik darjahharuslahdiutamakan bagi membentuk pelajar yang aktif dan positif. Ciri-ciri sebuah pengurusan bilik darjah yang kondusif ialah bilik darjah yangmenyediakankelengkapan penggunaan teknologi seperti telefon pintar, komputer riba, dan projekter supayapengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah akan berjalan dengan lancar. Penggunaanalatteknologi yang canggih ini bukan sahaja memudahkan pembelajaran malahpenyampaianmaklumat pengajaran akan lebih baik serta dapat menarik minat murid-murid. Sebagai contohnya,penggunaan telefon pintar agar murid dapat mencari maklumat dengan cepat semasasesipembelajaran di dalam kelas. Hal ini bukan hanya memudahkan murid malah gurujugadapatmeneruskan pembelajaran dengan lebih lancar semasa penganjaran di dalamkelastanpaperlumengambil masa yang lama dalam menyelesaikan sesuatu masalah semasa sesi pembelajaran.Selain itu, ruang pembelajaran yang kreatif diwujudkan untuk hasil usaha muriddilekatkanbagi menarik minat murid dan membuatkan hasil kerja mereka akan lebih bermakna. Hal inimembuatkan murid berasa lebih dihargai dan menunjukkan semangat yang positif ketikamasukkedalam bilik darjah, sebagai contohnya, sudut hasil kerja murid dibuat bagi menghargai setiapkerjayang dilakukan, serta sudut maklumat dan ruang santai turut disediakan, pada setiapsudut bilikdarjah juga diletakkan kriteria kejayaan pada setiap sudut, persekitaran bilik yangmempunyaisudut yang menarik dapat meningkatkan daya imaginasi dan menarik minat murid untukbelajar.Dari segi susunan fizikal bilik darjah dan kerusi murid disusun dengan kemas. Hal ini bagimemudahkan pergerakan guru dan juga murid. Seterusnya meja disusun secaraberkumpulanbagi pembelajaran yang berfokuskan kepada pengurusan kelompok. Dengan ini gurudapatmenumpuhkan perhatian kepada setiap murid dan mengenali tingkah laku mereka. Dalampadaitu,meja guru perlulah diletakkan di hadapan kelas bagi memudahkan murid untuk melihat gurudisamping dapat mengekalkan minat dan semangat murid. Justeru, murid juga dapat berkongsipendapat mengenai sesi pembelajaran yang berlangsung dan boleh meminta pendapat daripadarakan di sebelah mereka. Ruang bilik darjah juga mempengaruhi pergerakan setiapmurid. Hal inidikatakan demikian kerana ruang bilik darjah yang besar dan selesa memudahkanmuriduntuk


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM319 bergerak semasa aktiviti-aktviti dijalankan dan memberikan semangat kepada muridketikaprosespembelajaran berlangsung semasa di dalam kelas. Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah adalah sangat penting bagi meningkatkanprestasimurid. Dalam usaha untuk meningkatkan dan mempengaruhi tingkah laku murid, sebuahbilikdarjah yang dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi akan memudahkan guruketikasesipembelajaran dan pengajaran di dalam kelas berlangsung.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM320 PENILAIAN 2 (HALAMAN 96 - 100) Soalan 1 Anda dan tiga orang rakan berhasrat untuk menyertai ekspedisi mendaki gunungsemasacutipersekolahan yang akan bermula pada bulan hadapan. Rajah di bawah ialah catatanandatentangperkara-perkara penting yang perlu diambil kira semasa merancang ekspedisi tersebut bagimembantu anda membuat persediaan. Huraikan perkara-perkara penting tersebut. Ekspedisi Mendaki Gunung: Ramalan Kemungkinan 1. Keizinan keluarga dan pihak berkuasa keluarga perlu tahu lokasi atau keberadaan dan perjalanan perlu mendapatkan keizinan Jabatan Perhutanan iaitu permit supaya tidak berlakukejadianyang tidak diingini jika melanggar arahan boleh didakwa mengiku seksyen 32 Akta Perhutanan Negara1984kerana memasuki hutan tanpa kebenaran menghantar senarai nama ahli yang mendaki gunung ke balai polis berdekatan sebagai makluman dan memudahkan urusan pencarian jika sesat di dalam hutan 2. Kesihatan dan stamina mendaki, memanjat dan menuruni bukit atau gunung dapat meningkatkan staminadanmerehatkan minda membantu meningkatkan ketahanaan otot dan menguatkan bahagian kaki meningkatkan kapasiti kardivaskular dan stamina membentuk mental dan fikiran yang kuat dan sihat membuat persediaan sebelum mendaki dengan berjoging, berbasikal dan akativiti-aktiviti fizikal yang lain selama 20 minit setiap sesi 3. Peralatan yang diperlukan makanan kering kompas/ sistem GPS/ peta lampu suluh dan bateri pisau dan pemetik api kit pertolongan cemas wisel kain selimut stoking


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM321 4. Keselamatan di hutan berhati-hati sewaktu turun kerana kecederaan atau kemalangan biasanya mudah berlaku jangan berpecah dan sentiasa berada dalam kumpulan kawal tingkah laku - jangan terlalu gembira dan bersuka-suka tidak mengutip atau membawa pulang tumbuhan di hutan jika terserempak dengan haiwan liar, elak pertembungan secara berhadapan - sebaiknyaberundur perlahan-lahan jika hujan lebat, angin kuat, guruh atau petir, tangguh dan hentikan aktiviti dan perjalanan. Cari tempat berlindung dan elakkan berlindung berhampiran dengan pokok besar sertaperhatikanaras dan arus sungai kerana di kawasan hutan, kejadian kepala air atau kenaikanmendadakaras sungai mudah berlaku. sentiasa berhati-hati ketika melakukan aktiviti mendaki gunung kerana malang tidak berbauSoalan 2 Pilih satu daripada soalan di bawah. Kemudian, senaraikan isi-isi penting dalambentukrangkakarangan dan tulis karangan dengan menggunakan ayat yang gramatis serta menarik. 1. Di tepi rumah anda terdapat sebuah kawasan lapang. Anda bercadang untuk bercucuktanamdikawasan itu. Jelaskan tindakan-tindakan yang anda ambil bagi merealisasikan cadangan tersebut. Aktiviti bercucuk tanam di kawasan rumah merupakan hobi kepada kebanyakanorang.Sebenarnya aktiviti ini boleh membawa faedah yang banyak seperti kita tidak perlu membeli sayur-sayuran dari pasar raya. Selain itu kita juga dapat menikmati sayur-sayuran yangditanamdirumah yang tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatankita.Oleh itu, adalah digalakkan untuk melakukan penanaman sayuran di rumah. Tindakan-tindakan yang saya ambil untuk bercucuk tanam: 1. Cari tempat yang sesuai dan ruang untuk tanaman - sebaik-baiknya di kawasanlapangberdekatan rumah - jika tinggal di apartmen masih boleh bercucuk tanamdengancaratanamandalam pasu - aspek penyediaan tanah perlu diambil kira kerana tanah yang berbezamempunyaikeperluan penyiraman air yang berbeza - tidak perlu menjadi saintis tanah untuk mengetahui jenistanah. 2. Tentukan jenis dan apa yang perlu ditanam - menanam tanaman yang boleh dimakansudahtentu daripada jenis herba merupakan pilihan yang amat sesuai - pilih jenis-jenis herbayangtahanlasak dan kerap digunakan untuk masakan anda, sebelum anda mula kepada tanaman-tanamanyang lebih mencabar. Sebagai permulaan, pemilihan jenis tumbuhan ini amat pentingagarandatidak patah semangat untuk terus memiliki kebun anda sendiri di apartmen anda. Olehitucuba


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM322 tanam tumbuhan yang selalu digunakan dalam masakan. Antara tumbuh-tumbuhanyangpopulardalam masakan masyarakat Malaysia adalah seperti selasih, pandan, serai, daun ketumbar, daunsup, daun bawang, pudina dan lain-lain 3. Mengumpul peralatan berkebun - melakukan aktiviti berkebun mengharuskan kitauntukmemilikibeberapa alat berkebun yang asas, seperti gunting, botol semburan, penyodok kecil dansarungtangan. Peralatan ini dapat membantu semasa proses penjagaan tanaman, terutamanyadalamproses mencantas, menggembur dan menyiram. Peralatan-peralatan asas ini bolehdibeli di mana-mana pasar raya, nurseri dan mana-mana kedai peralatan pertukangan. 4. Tambah ilmu dari masa ke masa khususnya yang berkaitan dengan cucuk tanam- tidaksemestinya perlu memiliki “tangan sejuk, tangan hijau dan sebagainya” untuk berjaya- hanyaperlubersedia untuk belajar bagaimana untuk menjaga tanaman dan membiakkan tanaman- ilmudanpengalaman akan menjadikan tanaman terus hidup dan anda berkembangmajudalammenguruskan tanaman - akan mendapat kemahiran menggunakan peralatan, teknik semaiandanjuga pelbagai teknik lain serta ilmu tumbuhan yang ditanam - kesemuanya berbalikkepadakeperluan asas kepada tumbuhan iaitu memberikan cahaya, air dan medium(tanah ataulain-lain).2. Rakan anda bercadang untuk bercuti dengan keluarganya lalu meminta pandangananda. Tulis surat kepadanya untuk mencadangkan destinasi percutian yang sesuai danmenarikbagimereka seisi keluarga. Tulis surat tersebut selengkapnya. Menemui sahabatku Maria, yang kini sedang berada bersama keluarga di Bandung, Indonesia,semoga dalam kandungan sihat sejahtera hendaknya. Saudari,Apa khabar saudari sekeluarga di sana? Maafkan saya kerana agak lambat membalassurat saudari. Saya kini sibuk dengan persediaan menghadapi peperiksaan yang tidakbeberapalama lagi. Tampaknya saudari benar-benar berminat untuk mengetahui perihal destinasi percutianyang menarik di-Malaysia. Kalau sebelum ini saya pernah bercerita tentang TanahTinggiCameron, kali ini saya ingin bercerita tentang Pulau Langkawi pula. Pulau Langkawi terletak di negeri Kedah, iaitu sebuah negeri yang terletakdi utaraSemenanjung Malaysia. Pulau ini banyak keistimewaannya. Antaranya termasuklahpemandangan545, JalanBunga1, Taman BungaRaya,30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.30 September 2020


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM323 yang cantik. Hal ini dikatakan demikian kerana Pulau Langkawi dikelilingi oleh pantai yangberpasirbersih, air laut yang tenang, dan suasana yang nyaman. Kalau saudari berpeluangkePulauLangkawi dapatlah saudari menikmati keindahan yang saya maksudkan ini. Untuk pengetahuan saudari, Pulau Langkawi terkenal sebagai pulau legenda. LegendaMahsuri telah diceritakan secara turun-temurun daripada nenek moyang kami di sini. Secararingkasnya, Mahsuri ialah seorang perempuan yang cantik. Malangnya, beliautelahdijatuhihukuman bunuh akibat fitnah. Ketika hukuman dijalankan, darah putih mengalir daripadatubuhMahsuri. Beliau juga sempat mengenakan sumpahan iaitu Langkawi akan menjadi padangjarakpadang terkukur selama tujuh keturunannya. Selain itu terdapat banyak tempat yang berkaitan dengan legenda Mahsuri ini, iaituMakamMahsuri, dan padang Mat Sirat. Lebih banyak maklumat yang dapat saudari perolehmengenailegenda ini sekiranya saudari berkesempatan ke tempat-tempat ini. Selain itu, terdapat jugabeberapa tempat yang berkaitan dengan legenda dan mitos di sini seperti Tasik DayangBuntingdiPulau Dayang Bunting, Telaga Tujuh dan Beras Hangus. Sebenarnya banyak tempat menarik di Pulau Langkawi ini. Kalau ada kesempatan, akansaya ceritakan lagi tentang pulau ini. Saya juga akan cuba menghantar gambar-gambar yangberkaitan dengan pulau legenda ini. Setakat ini dulu yang dapat saya tulis buat saudari, Akhir kata, sambutlahsalammesradaripada saya 3. Sektor pertanian berpotensi untuk berkembang maju. Huraikan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk memajukan sektor ini. Sektor pertanian merupakan salah satu sektor yang penting yang mendapat tumpuandalam perdagangan dunia kerana sektor ini merupakan pembekal makanan dan sumber bahanmentah kepada penduduk di dunia. Di Malaysia, sektor pertanian amat penting danmenyumbanglima peratus kapada pendapatan kasar negara. Hal ini dapat membantu meningkatkanpendapatan negara dan secara tidak langsung dapat membantu ekonomi negarakita. Sektorpertanian di Malaysia berfungsi sebagai pembekal sumber makanan kepada seluruhpendudukdiMalaysia. Namun begitu kita masih lagi mengimport tenaga asing dalamsektor perladangandandi sektor lain. Ramai dalam kalangan masyarakat kita masih tidak peduli tentang sektor pertanianini, padahal sektor ini mempunyai potensi yang besar untuk di majukan. Masalah sektor ini belum dapat dimajukan ialah negara kita kekurangan tenagakerjamahirdan separa mahir. Hal ini dikatakan demikian kerana ramai ramai golongan mudaterutamagolongan mahasiswa dan mahasiswi tidak berminat untuk mempelajari dan menceburi bidangpertanian ini kerana mereka tidak mahu bersusah payah di bawah panas terik matahari danlebihYangbenar, Siti Saidah


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM324 mementingkan keselesaan diri sendiri serta berminat untuk makan gaji. Namun demikiangolonganini kurang meneroka untuk mengaplikasikan apa yang mereka pelajari itu dengan sektor pertanian.Sebagai contoh, pelajar yang mengambil jurusan sains boleh menggabungkan bidangsainsdanpertanian untuk menghasilkan satu bidang pertanian ynag lebih moden iaitubioteknologi.Golongan ini juga harus menyedari bahawa sekarang ini sektor pertanian didominasi olehgolongan tua dan ini menyebabkan produktiviti menjadi rendah. Dengan itu, golonganbeliayangmempunyai banyak kudrat harus membantu membangunkan sektor ini. Usaha yang dapat dilakukan untuk memajukan sektor pertanian ini bolehdilaksanakandengan bantuan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kementerianinibertanggungjawab sepenuhnya atas pertanian termasuk perikanan dan penternakan. Kementerianini juga memberikan peruntukan yang besar untuk membuat penyelidikan dalamsektor tertentu.Contohnya, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI). Mardiditubuhkan dengan matlamat memajukan dan menggiatkan teknologi bersesuaian yangbarudanyang berkait dalam industri pertanian di Malaysia. Teknologi ini bertujuan meningkatkanpenghasilan dan keberkesanan dengan memodenkan sektor pertanian selainmembantumeningkatkan pulangan petani. Selain Mardi, Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB)jugaberperanan membantu dalam sektor pertanian khususnya kelapa sawit. MPOBdipertanggungjawabkan untuk meneraju dan membangunkan industri sawit negara. Industri inimerupakan bahan eksport utama ke luar negara contohnya ke Amerika Syarikat. Hasildaripada penyelidikan ini juga, penemuan teknologi dan inovasi baru telah dikomersialkan.Contohnya penggunaan biojisim dan biodiesel, penjenteraan ladang serta kawalanseranggadanpenyakit. Oleh itu, bantu kementerian ini amat diperlukan. Seterusnya, strategi pemasaran untuk memperkenalkan jentera-jentera pertanian, bahanpertanian, baja organik serta benih-benih yang telah diinovasikan untuk menghasilkanpokokyangbervariasi contohnya orkid. Pameran Pertanian, Horikultur dan Agro PelanconganMalaysia2006 (MAHA 2006) merupakan pameran pertanian yang diadakan di Taman EkspoPertanianMalaysia (MAEPS), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia di (MARDI) SerdangSelangor. Lebih seratus jenis orkid dipamerkan pada pameran pertanian itu termasukduaspesishybrid orkid baru yang dilancarkan iaitu Dendrobium dan Ascorahnis . Spesis ini amat cantikdanmempunyai saiz bunga yang lebih besar serta mampu bertahan sehingga tiga bulan. Denganadanya pameran seperti ini Malaysia dapat menarik perhatian sektor pertanian luar negarauntukbersama-sama memajukan bidang pertanian. D samping itu, pameran ini dapat membantuhubungan dua hala Malaysia dengan negara lain untuk mengembangkan bidang yangberkaitandengan pertanian seperti perikanan dan penternakan. Pertanian hiliran juga boleh dilakukanuntukmemasarkan sesuatu produk yang lebih lama ke pasaran antarabangsa. Contohnya, buahpisangialah buah yang cepat busuk dan tidak tahan lama. Hal ini dapat diatasi denganmenghasilkanmakanan segera seperti kerepek pisang yang bukan sahaja mempunyai tempohpasaranynaglebih lama tetapi juga harga yang tinggi. Oleh itu, para petani yang sedia ada danyangbakal


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM325 menceburi bidang ini seharusnya mempunyai pengetahuan yang tinggi tentangstrategipemasaran yang berkasan. Teknologi moden untuk menggandakan hasil pengeluaran sesuatu produkbolehdilaksanakan dengan menggabungkan teknologi sains dan pertanian. Kaedah ini dipanggil sebagaibioteknologi. Bioteknologi menghasilkan manfaat ketara seperti pengurangan kos pengeluaran,peningkatan hasil pertanian, pengurangan penggunaan racun perosak dan racun herba. Pelbagaikaedah digunakan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan. Contohnya,kaedah pembiakbakaan yang sering digunakan dalam menghasilkan kelapa sawit yanglebihberkualiti. Kelapa sawit sepsis Tenera dihasilkan melalui pembiakbakaan dua sepsis kelapasawitiaitu sepsis dura dan pisifera. Manakala kawalan biologi juga dapat membantu meningkatkanhasilproduk. Kaedah ini sering digunakan di kawasan ladang kelapa sawit bagi mengawal kerosakanbuah oleh tikus. Mereka lazimnya menggunakan ular atau burung hantu untuk memakantikustersebut. Kaedah ini merupakan kaedah yang mesra alam dan tidak mencemarkanalamsekitarkerana tidak melibatkan bahan kimia dan hanya menggunakan sifat semula jadi haiwanynagberkenaan. Dengan itu, penggunaan teknologi moden amat diperlukan dalamduniayangkianberkembang. Usaha lain yang dapat dilakukan ialah bantuan kewangan dan perundingan. Pihakbankpertanian khususnya boleh memberikan pinjaman kepada para petani untuk memulakanprojekpertanian mereka. Pinjaman yang dibuat dapat membantu membeli jentera bagi menggantikantenaga manusia dan membeli benih yang lebih bermutu. Skim pinjaman yang berkadar faedahrendah perlu disediakan oleh bank, terutamanya Agrobank untuk pekebun kecil. Sebagai contoh,Agrobank telah menawarkan Modal Usahawan 1 Malaysia kepada petani kitauntukmengusahakan industri kecil dan sederhana (IKS) yang berasaskan pertanian. Bak katapepatah,ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras. Dengan adanya skimmikro, pekebunkecil dapat mengusahakan pertanian atau penternakan secara komersial dansaintifikdanberupaya menjalankan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Oleh itu, pihak bank amat membantudalam mengubah hidup para petani kita. Tuntasnya, kata orang tua-tua, genggam bara api biar sampai jadi arang. Semuapihakyang terlibat perlu menggembleng tenaga untuk memajukan sektor ini. Ibu bapa harusmemainkanperanan untuk memberikan pendedahan tentang kelebihan bidang pertanian kepadaanak-anaksejak mereka kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibubapajugaboleh menyemai sikap cinta akan pertanian dalam diri anak-anak dengan membawamerekakepameran pertanian seperti MAHA yang dijalankan setiap dua tahun untuk memdedahkananak-anak dalam dunia pertanian yang menguntungkan. Kita juga harus mengubahpersepsimasyarakat kita bahawa bidang pertanian ini amat menguntungkan dan bukannyamemenatkansahaja, bak kata pujangga Aminuddin Baki, ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan.Kiasan tersebut memberikan tamparan pedas bahawa apa-apa bidang sekalipunjika


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM326 tidak diusahakan dengan segala ikhtiar dan kebijaksanaan, kita tidak akan dapat mengubahhidupkita. Soalan 3 Analisis jadual di bawah tentang Statistik Kemasukan Pelancong ke Pulau Tioman, PahangbagiTahun 2017. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam jadual, tulis pendapat anda tentangkemasukanpelancong ke Pulau Tioman, Pahang bagi tahun 2017. Jadual memaparkan statistik kemasukan pelancong ke Pulau Tioman bagi tahun 2017. Seramai263,291 orang pelancong telah melancong ke Pulau Tioman sepanjang tahun 2017. Berdasarkanjumlah tersebut, bilangan pelancong dalam negara adalah yang paling tinggi, iaituseramai192,745 orang diikuti oleh pelancong antarabangsa seramai 45,304 orang dan pelancongdarinegara ASEAN seramai 25,242 orang. Pada pendapat saya, pelancong suka melancongkePulauTioman berdasarkan beberapa faktor. Tioman merupakan pulau kecil yang mempunyai terumbukarang dan lautan yang jernih menjadikannya tempat tumpuan penggemar aktiviti snorkeling.Ramai yang menjadikan Pulau Tioman sebagai destinasi percutian kerana suasananyayangcantik dan menenangkan. Sebagai sebuah pulau yang cantik, air laut yang jernihdandipenuhidengan terumbu karang serta ikan dan hidupan laut yang berwarna warni ini, tentunyatarikanutama Pulau Tioman ialah aktiviti menyelam dan snorkeling. Selain itu, pelancongjugabolehberkayak dan menikmati suasana pantai yang tenang. Bagi pengunjung yang berminat untukmendaki sambil merasai keindahan lautan, bolehlah mendaki Gunung Nenek Semukut ataujugadikenali sebagai Tanduk Naga kerana puncak gunung ini ialah batu granit yang berbentuksepertitanduk naga. Antara tarikan lain di Pulau Tioman ialah laluan berjalan kaki (trekking) samaadamelalui jalan pantai atau hutan. Pengunjung boleh memilih laluan berdasarkan keupayaanfizikalmasing-masing. Paling jauh aktiviti trekking ini ialah 5 km dan ada juga yang sekejapsahajalaluannnya. Seterusnya, keindahan flora dan fauna seperti pokok periuk kera, tongkat ali, danrafflesia juga merupakan tarikan di Pulau Tioman. Terdapat pusat pemeliharaan penyudi TurtleSanctuary, Kampung Juara yang menggalakkan pengunjung untuk menjadi sukarelawan.Pelancong boleh terlibat dalam aktiviti pengutipan telur penyu dan membawanyaketempatpenetasan. Chalet juga banyak di sekitar pulau ini dan harganya juga berpatutan. Kesimpulannya,Pulau Tioman amat sesuai bagi pelancong yang sentiasa sibuk dan ingin mencari tempat rehatbagi menenangkan fikiran sambil menikmati keindahan alam. Tegasnya, Pulau Tiomanini sebagaisatu tempat percutian yang pastinya tidak mengecewakan.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM327 Soalan 4 Baca kedua-dua petikan dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. 1. Bagaimanakah keadaan di kompleks polis Bukit Kepong pada pagi itu? kompleks polis Bukit Kepong masih terkawal pasukan Sarjan Jamil Mohd Shah masih kuat bertahan pasukan komunis masih gagal masuk ke kawasan kompleks polis 2. Apakah yang berlaku apabila tembakan mulai mereda? kedengaran suara dari corong pembesar suara yang memberikan arahan agar pasukanpolismenyerah 3. Apakah maksud rangkai kata menaikkan bulu roma? menaikkan bulu roma bermaksud menimbulkan ketakutan 4. Wajarkah Sarjan Jamil Mohd. Shah tetap bertahan walaupun mereka telah terkepung?Jelaskan pendapat anda. Wajar - mereka mempertahankan kompleks polis Bukit Kepong kerana keselamatanahlikeluarga dan anak isteri mereka di situ bergantung pada pertahanan anggota polis. Sarjan Jamil berpegang pada prinsip berjuang habis-habisan hingga titisandarahyangterakhir demi mempertahankan negara daripada komunis. 5. Apakah ciri-ciri pahlawan sejati yang terdapat dalam sajak? pahlawan sejati mempunyai semangat patriotik yang tinggi pahlawan sejati sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan tanah air 6. Pada pendapat anda, mengapakah penyajak mengatakan bahawa pahlawansejati dalamhatinya bernyanyi? kerana pahlawan sejati mempunyai semangat perjuangan yang tinggi 7. Pada pendapat anda, apakah persamaan yang terdapat dalam Petikan 1 dan Petikan2? persamaan tentang semangat perjuangan yang tinggi dan tidak menyerahkalahkepadamusuh pahlawan atau pejuang dalam kedua-dua bahan petikan sanggup berkorbannyawadantenaga bagi mempertahankan tanah air yang tercinta 8. Sekiranya musuh negara mengancam kita, apakah tindakan yang akan anda lakukan? memperkuat perpaduan antara masyarakat berbilang kaum mencari maklumat tentang musuh negara untuk mengenal pasti kekuatan dankelemahanmereka


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM328 mempertahankan kedaulatan negara Soalan 5 Jawab soalan-soalan di bawah ini. a. Bina ayat menggunakan perkataan di bawah bagi menjelaskan maksudnya. i. awur-awuran - Dia mengamuk secara awur-awuran setelah dimarahi oleh ibunya. ii. besar-besaran - Majlis perkahwinan Amelia dengan anak Datuk Mansor telah diadakansecarabesar-besaran kerana dia merupakan anak tunggal dalam keluarganya. iii. hiruk-pikuk - Keadaan kelas itu menjadi hiruk-pikuk apabila ketiadaan guru. iv. huru-hara - Perpaduan kaum yang terjalin erat dapat mengelakkan keadaanhuru-haradidalam negara. v. berlegar-legar - Helikopter itu berlegar-legar di udara sebelum mendarat di padangsekolahsaya. vi. berputar-putar - Gasing itu berputar-putar dengan ligat sebelum berlanggar dengangasinglain.b. Kenal pasti kesalahan penggunaan kata yang terdapat dalam ayat. Kemudian, betulkankesalahan tersebut. 1. Buah-buahan yang telah masak ranum itu jatuh bergelimpangan di atas tanah. bergelimpangan - bertaburan 2. Ibu memasukkan telur kuning ke dalam mangkuk lalu memukulnya hingga kembang. telur kuning - kuning telur 3. Penyakit aneh yang dideritai datuk memerlukan perhatian dan kajian doktor pakar. perhatian - pemeriksaan 4. Faiz menemukan barang kemas yang tidak ternilai harganya itu secara tidak sedar. sedar - sengaja 5. Adegan pihak polis kejar-mengejar perompak itu telah dirakam oleh orang ramai. kejar-mengejar - mengejar 6. Ibu menegur abang yang memakai pakaian compang-camping ke majlis kenduri. compang-camping - serbah-serbih


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM329 7. Syarikat ternama itu berjaya kerana mengutamakan penghasilan dalamsetiap bidang. penghasilan - keuntungan 8. Adik amat gembira sekali kerana dihadiahkan rantai kunci yang berumbai-rumbai. dihadiahkan - dihadiahi 9. Saya suka hati terhadap kanak-kanak itu kerana keletahnya yang manja dan bersahaja. suka - jatuh 10. Kulitnya terasa amat perit sekali apabila terkena air kerana lukanya masihbelumpulihsepenuhnya. perit - pedih b. Bina ayat menggunakan peribahasa di bawah bagi menjelaskan maksudnya. 1. seperti telur di hujung tanduk Jawatan Amir di syarikat itu seperti telur di hujung tanduk apabila siswazah lepasanuniversitiluar negara itu mula bekerja di syarikat yang sama. 2. sambil menyelam minum air Ali membuat latihan Fizik sambil mendengar radio ibarat sambil menyelamminumair. Soalan 6 Pilih satu daripada tiga kad tugasan. Kemudian, buat persembahan sama adadalambentukceramah, syarahan, ataupun pembentangan. Kad Tugasan 1 Hidup ini penuh dengan cabaran. Jelaskan persediaan yang anda lakukan untuk menghadapicabaran tersebut. memiliki tubuh badan yang sihat mempunyai emosi yang stabil – bijak menangani tekanan hidup mempunyai keimanan yang mantap memperluas ilmu pengetahuan – memiliki minda kelas pertama memiliki kemahiran sosial yang luas (kemahiran bahasa / kemahiran kerjaberpasukan/ kemahiran TMK)


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM330 Kad Tugasan 2 Sektor pertanian berpotensi untuk dimajukan, namun kurang mendapat sambutan rakyat. Bincangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Kad Tugasan 3 Melancong akan menjadi suatu aktiviti yang amat menyeronokkan sekiranya dilaksanakansecarabijaksana. Huraikan ciri-ciri pelancong yang bijaksana. merangka perbelanjaan untuk melancong menggunakan khidmat pemandu pelancong membuat semakan di media sosial tentang lokasi tumpuan pelancong, tempahantiket dansebagainya menentukan masa yang sesuai untuk membuat tukaran wang jika ingin melancongkeluarnegara melakukan persediaan awal - mungkin mengalami kecederaan atau sakit ketikamelancong,oleh itu persediaan awal boleh membantu tanpa mengganggu percutian sentiasa dapatkan perlindungan - amalkan tabiat sihat semasa dan selepas percutianuntukmengekalkan kesejahteraan


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM331 PENILAIAN 3 (HALAMAN 140 - 144) Soalan 1 Lihat poster di bawah dengan telitinya. Huraikan pendapat anda tentang kebaikanmembelibarangan buatan Malaysia. Kebaikan membeli barangan buatan Malaysia 1. Menggalakkan pembangunan industri tempatan Apabila wujudnya banyak permintaan untuk barangan buatan Malaysia – negaraterpaksamenampung jumlah permintaan yang banyak – demi menampungnya – perlumenubuhkankilang, kedai dan sebagainya supaya dapat memenuhi permintaan yang semakinbanyak–secara tidak langsung mendorong pembangunan industri tempatan 2. Mengurangkan aliran keluar tukaran wang asing Pengguna terdiri daripada rakyat tempatan – membeli daripada penjual tempatanjuga–aliran wang hanya berada dalam kitaran yang sama 3. Menyemai semangat cinta akan negara Pembelian barangan tempatan – melambangkan semangat patriotik – membeli barangantempatan kerana kita menyokong produk dan orang sendiri 4. Menjimatkan perbelanjaan keluarga Barangan tempatan – harga yang lebih berpatutan berbanding dengan baranganimportyang lebih mahal (akibat kos pengangkutan dan cukai) – apabila membeli produktempat–menjimatkan perbelanjaan keluarga. Soalan 2 Anda bercadang untuk membuka syarikat penerbitan buku. Oleh itu, anda perlumembuatpenyelidikan tentang pasaran buku di Malaysia untuk memastikan kejayaan syarikat tersebut.Analisis kedua-dua infografik di bawah dengan telitinya. Kemudian, jelaskan ciri-ciri bukuyangakan anda terbitkan dengan memberikan alasan yang bernas. Buku yang akan saya terbitkan ialah buku akademik (ciri-ciri buku yang mengandungipengetahuan tentang sesuatu subjek/silibus – sama ada berbentuk buku kerja, bukurujukan, bukuuntuk latihan) Walaupun analisis menunjukkan bahawa buku akademi merupakan pilihan keduaterbanyak(14 peratus) berbanding dengan buku komik – tetap menjadi pilihan saya kerana…. Lebih bermakna dan bermanfaat – kerana menyampaikan ilmu kepada merekayangmemerlukannya Kurang berminat untuk menghasilkan buku yang bersifat santai (komik)


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM332 Kadang-kadang sesetengah komik – hasil kandungannya bercanggah dengannormamasyarakat dan budaya di negara kita – semua perkara ini harus dititikberatkankeranainimelambangkan ciri-ciri ketimuran – yang mementingkan adab dan sopan-santun Tambahan – buku akademik pada dewasa ini – juga boleh dibuat dalambentukkomik–contohnya buku-buku kajian KOMSAS (novel dan antologi) bagi murid tingkatan1sehinggatingkatan 5 – begitu juga dengan buku Sejarah Pasaran yang luas dan berterusan – silibus sesuatu pelajaran/subjek akankekal untukbeberapa tahun dan kadang-kadang untuk satu tempoh yang lama juga – bukutersebut bolehsentiasa dicetak secara berulang – kurang perluan untuk mengubah isi kandungannya Berbanding dengan komik – perlu sentiasa berubah dan sentiasa memikirkan jalanceritayangberbeza demi memenuhi cita rasa pembaca dan mengekalkan minat mereka Jumlah pengguna buku akademik di negara kita juga dikira banyak - 416,743 (wargapendidik)dan 4,987,401 (bilangan murid) daripada 10,220 buah sekolah di Malaysia(Sumber:https://www.moe.gov.my/en/statistik-menu/statistik-bilangan-sekolah-murid-guru, Julai, 2020)Soalan 3 Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis karangan yang lengkap. a. Permainan moden seperti permainan video, permainan elektronik, dan permainankomputersemakin diminati oleh generasi muda. Mereka semakin melupakan permainan tradisional yangtidak kurang hebatnya. Pada pendapat anda, apakah kelebihan permainan tradisional berbanding denganpermainanmoden? Jelaskan pendapat anda. Mengajar kita pelbagai nilai murni (nilai kesabaran, nilai kebijaksanaan –congkak, nilaibekerjasama – sepak takraw) Kebanggaan warisan budaya bangsa – dihasilkan oleh nenek moyang padazamandahuludan diwarisi sejak turun-temurun Aset pelancongan - mampu menjadi satu daya tarikan kepada para pelanconguntukmelawat ke negara kita. Mengisi masa lapang dengan berfaedah – bukan sahaja dapat mendekatkandiri denganbudaya warisan bangsa dan mendalami nilai estetika yang ada – tidak membuangmasauntuk melayan perkara lain seperti permainan dalam talian/permainan modenyangrataratanya kurang sesuai dengan budaya bangsa kita – kebanyakannya mempunyai unsuryang negatif (keganasan atau kelucahan)


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM333 b. Jiran sangat penting kerana mereka ialah sahabat kita dan orang yang akanmemberikanbantuan apabila kita menghadapi kesusahan. Bincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan semangat kejiranan. Isi 2 – boleh ditukar ganti dengan “menggalakkan aktiviti kemasyarakatanseperti aktivitigotong-royong, hari keluarga, aktivit sukan dan lain-lain” c. Anda ingin menyertai pertandingan menulis rencana tentang nilai-nilai murni yangterdapatdalam drama tempatan. Tulis rencana tersebut selengkapnya. Format: Rencana Nilai-nilai Murni dalam Drama Tempatan Oleh: Jason Chan 1. Memupuk nilai kekeluargaan Drama Opah Drama Korban Kasih Memaparkan pelbagai suka duka dalam keluarga yang terlibat 2. Memupuk nilai setia Drama Budak Tebing 3. Memupuk nilai patriotisme Drama Legasi 69 Komando 4. Memupuk nilai positif yang lain (kebertanggungjawaban, kerajinan…..)


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM334 Soalan 4 Baca kedua-dua teks dengan telitinya dan jawab soalan-soalan berikutnya. a. Apakah masalah yang dibincangkan oleh Cik Puan dan Eton? Masalah orang gaji yang tidak tahu menghidangkan makanan dengan betul danmemalukanmereka. b. Pada pandangan anda, wajarkah Cik Puan memecat orang gajinya? Berikan alasan. Tidak wajar. Seharusnya membimbing orang gaji tersebut dan bukan hanyamengambiltindakan drastik atas perkara yang tidak diketahuinya olehnya – mungkin selepaskesalahanberulang – tindakan memecat boleh dipertimbangkan c. Mengapakah Sultan Alau’d-Din Riayat Syah berasa masyghul? Kecurian yang leluasa di negeri baginda d. Berdasarkan teks prosa tradisional, apakah sikap yang ditunjukkan oleh Seri Maharaja?Berikan penjelasan. Kurang prihatin Kurang bertanggungjawab e. Pada pendapat anda, apakah ciri pemimpin yang baik? Jelaskan tiga ciri. Prihatin – akan sentiasa ingin mengambil tahu tentang perkara-perkara yang berlakukepadaanak buahnya/orang bawahannya Bertanggungjawab – bukan sekadar melepaskan semua perkara ke atas bahuorangbimbingan tetapi juga akan sentiasa berusaha untuk memastikan semua perkaradilaksanakandengan sempurna Bijak – kebijaksanaan dari sudut IQ dan EQ amat penting – tidak mahu hanyabijakdari segiakal tetapi tidak mempunyai sifat/emosi kemanusiaan dan empati kepada oranglain. f. Berdasarkan kedua-dua petikan, huraikan perbezaan tindakan Cik Puan dan SultanAlau’d-DinRiayat Syah dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Cik Puan Sultan Alau’d-Din Riayat Syah Menyelesaikan masalah dengan cara yang “mudah” tanpa memikirkan akibatnya – pecat orang gaji Berfikir dan merancang sebelumbertindak– tidak terus menyalahkan ataumemecatSeri Maharaja atas perkara yangberlaku Menyerahkan masalahnya kepada orang lain – menyuruh Eton segera mencari orang gaji yang baharu untuknya Turun ke padang sendiri – untukmelihatdan menghadapi situasi yangsebenar–supaya jelas dan tahu tentangperkarayang


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM335 sebenarnya berlaku Mempertahankan tindakan sendiri dengan mengatakan tidak ingin dianggap sebagai negara yang tidak layak merdeka dan masih dijajah – tetapi pada hakikatnya lebih menunjukkan sikapnya yang mementingkan air muka dan darjat/status Tidak memikirkan status dirinyasebagaisultan/raja – tetap turun ke padanguntukmenghadapi pencuri yang berleluasapadawaktu malam g. Berdasarkan kedua-dua petikan, apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentangkeadaanmasyarakat? Masyarakat tidak dapat mengelakkan diri daripada pelbagai masalah Masalah boleh wujud – dari dalaman (keluarga sendiri) ataupun luaran Soalan 5 Jawab soalan-soalan di bawah ini. a. Bina ayat dengan perkataan di bawah bagi menjelaskan maksudnya. i. sehingga - Dia keletihan kerana belajar dari pagi sehingga malam. ii. seandainya - “Tolong belikan saya sekilo beras seandainya kamu pergi kekedai,” pesankakak kepada adik Ali. iii. jikalau - “Jikalau kamu tidak menyiapkan latihan tersebut, kamu pasti akandidendaolehCikgu Fatimah,” kata Ali kepada Abu. iv. sementara - Dia bekerja sambilan sementara menunggu keputusan SPMnya. v. tatkala - Kita harus berusaha dengan rajinnya tatkala badan kita masih muda danbertenaga.vi. bahawa - Kami yakin bahawa perkara yang dikatakan olehnya adalah benar. b. Kenal pasti kesalahan penggunaan kata yang terdapat dalam ayat. Kemudian, betulkankesalahan tersebut. i. Mereka tidak mahu makanan yang mahal-mahal, tetapi mereka hanya memerlukanmakananyang berzat. tidak - bukan (kerana ada unsur pertentangan di belakang) ii. Wang yang terkumpul itu ialah untuk mangsa banjir di Pantai Timur Semenanjung. ialah - adalah


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM336 iii. Kehidupan di Malaysia benar damai kerana rakyatnya saling menghormati antarasatusamalain. benar damai - damai benar iv. Tuan Haji Ismail telah mendermakan sepertiga bahagian harta-hartanya kepadarumahanak-anak yatim dan badan kebajikan. harta-hartanya - hartanya v. Johari menanyakan ayahnya bilakah mereka akan bertolak ke Kuala Terengganuuntukmenghadiri majlis konvokesyen abangnya. menanyakan - menanyai / bertanya kepada bilakah (kata tanya) - tentang masa / waktu vii. Cikgu Kamil mengarahkan semua peserta perbarisan agar berdiri ke dalambulatandengansegera. semua peserta perbarisan - peserta perbarisan ke dalam - di dalam dengan segera - dengan segeranya (yang betul) tetapi dengan segera (kelaziman) viii. Mereka menanti dengan bersemangat dari detik ke sedetik, jam besar di bangunanSultanAbdul Samad berdenting pada malam 31 Ogos itu. detik ke sedetik - sedetik ke sedetik / detik ke detik viii. Pekerja kerajaan mahupun pekerja swasta mestilah menggunakan bahasa Melayuyangbakudalam segenap segi. mahupun - dan dalam - dari c. Gabungkan ayat-ayat dalam perenggan di bawah menjadi tiga ayat sahajadenganmengekalkan maksudnya. Sambutan hari kemerdekaan pada setiap tahun membawa makna. Makna tersebut besar kepadamasyarakat di negara ini. Kemeriahannya memberikan makna. Kita memiliki sebuahnegara.Negara itu berdaulat. Oleh itu, setiap warganegara Malaysia perlu menyambut hari kemerdekaan.Sambutan ini dapat menyemai rasa cinta akan negara dalam diri masing-masing. 1. Sambutan hari kemerdekaan pada setiap tahun membawa makna yang besar kepadamasyarakat di negara ini. 2. Kemeriahannya memberikan makna bahawa kita memiliki sebuah negara yang berdaulat. 3. Oleh itu, setiap warganegara Malaysia perlulah menyambut hari kemerdekaan keranasambutanini dapat menyemai rasa cinta akan negara dalam diri masing-masing.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM337 Soalan 6 Anda dan rakan menghadiri sesi temu duga pemilihan pekerja sebuah syarikat. Berdasarkanperanan dalam rajah di bawah, jawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh penemuduga. 1. Nyatakan latar belakang diri anda secara ringkas. 2. Nyatakan sebab anda berminat untuk memohon pekerjaan ini. 3. Jelaskan pengalaman anda dalam bidang pekerjaan yang dimohon. 4. Huraikan kelebihan diri anda dalam bidang pekerjaan yang dimohon. 5. Jelaskan pendapat anda tentang cara bekerja yang baik. 6. Jelaskan perancangan masa hadapan anda. ***Guru boleh melaksanakan simulasi temu duga di dalam kelas sebagai aktiviti pentaksirankemahiran mendengar dan bertutur.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM338 PENILAIAN 4 (HALAMAN184-188) Soalan 1 Berdasarkan maklumat dalam Jadual Harga Purata Item Terpilih di SemenanjungMalaysia, tulisulasan tentang langkah-langkah yang diambil untuk menjadi pengguna yang bijak. Langkah-langkah yang diambil untuk menjadi pengguna yang bijak ialah kita haruslahmerancangpembelian terlebih dahulu. Oleh itu, kita dapat mengetahui barang-barang yang diperlukandandapat menjimatkan masa ketika membeli barangan di pasar raya. Seterusnya, kitaperlulahmembanding harga dengan kualiti barangan yang hendak dibeli. Dengan ini, kitabolehmendapatkan barangan yang terbaik dan berkualiti sekali gus menjimatkan kos membeli baranganyang lain. Seterusnya, kita tidak boleh terpengaruh dengan kempen jualan murah yangterdapatdipasar raya. Hal ini boleh menghalang daripada berlakunya pembaziran wangsekali gusmembantutkan pembelian barangan keperluan yang lain. Kesimpulannya, penggunaharuslahbijakmembelanjakan wang mereka agar kehidupan mereka lebih teratur. (100 patahperkataan)Soalan 2 Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis karangan dengan menggunakanbahasayanggramatis dan ungkapan yang menarik. 1. Setiap kaum di negara kita mempunyai pakaian tradisional yang sewajarnya dipelihara. Jelaskan pendapat anda. Pendahuluan Berbicara tentang pakaian tradisional, tidak semua orang Melayu berbaju kurung ataubajuMelayu,kaum Cina tidak memakai cheongsam atau samfoo, kaum India pun tidak sentiasamemakai sariatau kurta, begitu juga kaum-kaum lain. Pakaian mereka seringkalinya berdasarkanmasadansituasi. Umpamanya ramai yang berpakaian kasual terutamanya kemeja-T serta berseluar jeansuntuk bersantai, keluar membeli-belah atau kegiatan harian, berpakaian kemas jikabekerjadipejabat manakala pakaian tradisional pula dipakai ketika menghadiri pelbagai majlis. Tidakdinafikan pemakaian pakaian tradisional telah semakin berkurangan, namun dalamkeadaantertentu, masyarakat berbilang kaum di negara ini masih memakai pakaian tradisional masing-masing terutama ketika menghadiri majlis kenduri, majlis-majlis rasmi atau kematian. Membelisekurang-kurangnya sepasang pakaian tradisional yang baharu bagaikan satu kemestianketikamenyambut perayaan-perayaan utama seperti Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baru Cina danDeepavali.Persoalannya, mengapakah pakaian tradisional setiap kaum di negara kita wajar dipelihara?


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM339 Isi-isi penting 1. Untuk menunjukkan perpaduan kaum di Malaysia Pemakaian baju kebangsaan boleh dijadikan antara satu cara bagi menyuntiksemangatperpaduan kalangan rakyat Malaysia. Tidak kira Melayu, Cina, India atau masyarakat pelbagaietnik Sabah dan Sarawak, masing-masing mempunyai pakaian tradisional masing-masing.Sebagai contoh, cara paling mudah untuk saling menghargai pakaian tradisional adalahdenganmengenakan pakaian kaum lain. Hal ini demikian kerana untuk mencintai perlulahmengenalterlebih dahulu. Malahan, kita pasti teruja apabila melihat rakan yang berbangsa Indiamemakaibaju Melayu atau baju kurung yang bukan sahaja pakaian tradisional Melayu malahpakaiankebangsaan negara ini kerana keadaan ini memperlihatkan penerimaan kaumlainterhadapbudaya Melayu. Presiden Pakar Malayee Dr R. Nambiar berpendapat bahawa persefahaman,sikap saling bertolak-ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain dapat mengeratkanhubungan sekaligus mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yangpelbagai kaum.Tegasnya, memahami budaya, agama dan adat resam setiap kaumtermasuk di SabahdanSarawak amat penting bagi mengelak sebarang provokasi yang boleh memecah-belahkanrakyatdan menganggu-gugat keharmonian negara ini. 2. Pakaian tradisional semarakkan 1Malaysia Pakaian tradisional dapat menyerlahkan identiti kepelbagaian budaya dan kaum, justerumenyemarakkan semangat 1Malaysia dalam kalangan rakyat negara ini. Sebagai contoh, dalamsatu soal jawab, yang dipaparkan oleh satu media sosial, MYNEWSHUB.TV, majoriti respondenpernah memakai pakaian tradisional Melayu kerana pakaian tradisional Melayumerupakanlambang kebangsaan. Kemungkinan juga para responden memakainya untuk kemajlis-majlisrasmi tertentu atau sebagai pakaian harian seperti ke kelas ataupun ke tempat kerja. Selainitu,pakaian tradisional kaum lain juga boleh dipakai sebagai tanda menghormati budaya, tradisi dancara hidup kaum lain. Malahan, perbuatan sedemikian boleh memperkukuh persefahamanterhadapat masyarakat yang berbilang bangsa di negara ini. Pakaian tradisional jugatidaklagidianggap sebagai pakaian kaum tertentu tetapi turut dipakai oleh kaumlainselagi tidakmencemarkan atau salah di sisi agama. Tegasnya, kita sebagai rakyat Malaysiasewajarnyamempelihara pakaian tradisional kerana boleh menyemarakkan semangat 1Malaysiadalamkalangan rakyat Malaysia. 3. Pakaian tradisional dijadikan sebagai tarikan pelancong ke Malaysia. Pakaian tradisional mempunyai keunikan tersendiri mengikut kaum masing-masingyangbolehdipromosikan kepada pelancong yang datang ke Malaysia. Sebagai contoh, keunikanpakaiantradisional Melayu terhasil daripada reka bentuk pakaian itu sendiri. Elemen kesopananyangditonjolkan pada pakaian tradisional tersebut menjadikannya suatu pakaian yang unik. Tambahanpula, kelengkapan perhiasan setiap pakaian itu sendiri seperti butang baju, sampingdansongkokmenambahkan keunikan pakaian tradisional Melayu. Oleh itu, generasi akan datangtidakakan


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM340 mengetahui tentang pakaian tradisional sekiranya pakaian tradisional Melayu dilupakan. Malah,kita akan kehilangan warisan Melayu yang telah diperkenalkan sejak dari zaman dahulukalalagi.Dari sudut ekonomi pula, perkembangan atau kepopularan pakaian tradisional kepadapelancongdapat dijadikan sebagai salah satu punca pendapatan kepada negara. Hal ini secaratidaklangsung mengubah dan meningkatkan cara hidup masyarakat Malaysia apabilaekonomimeningkat. Tuntasnya, dengan mempromosikan pakaian tradisional kepada pelancong, dapatmempelihara warisan ini sekali gus memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Kesimpulan Daripada kenyataan di atas jelaslah bahawa pakaian tradisional seharusnya dikekalkanbagimengelakkan warisan budaya ini pupus ditelan zaman. Hal ini demikian keranabudayainimerupakan warisan daripada nenek moyang kita yang harus dijaga sebaik-baiknyaagar dapatdiwarisi oleh generasi akan datang bahkan boleh mendatangkan banyak kelebihandanmanfaatkepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkanperananpenting dalam menjaga dan menjadikan warisan budaya sebagai satu identiti kaum, negaradanmaruah bangsa. Kesimpulannya, pakaian tradisional setiap kaum di negara kita wajar dipeliharadan diambil kisah oleh masyarakat kini agar warisan budaya identiti kaumdapat diwarisi olehgenerasi akan datang. 2. Anda berhasrat untuk menyertai pertandingan syarahan bersempena dengan Hari Koperasi.Tajuk syarahan yang anda pilih ialah “Etika Berjual Beli”. Tulis teks syarahan anda selengkapnya. Kata alu-aluan Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil lagi menegakkankebenaran,guru-guru dan rakan-rakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuksyarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah “Etika Berjual Beli”. Hadirin yang dihormati, Maksud berjual beli ialah proses menjual dan membeli barangan antara peniagadanpembelimengikut syarat tertentu. Oleh itu, marilah sama-sama kita telusuri etika jual beli. Isi-isi penting. 1. Jujur ketika berurusan Di dalam satu hadis yang bermaksud, “Suatu ketika dia (Rifa’ah RA) keluar bersamaNabi ketempat sembahyang lalu Baginda ternampak orang ramai sedang berjual beli. Bagindabersabda:Wahai para peniaga! Mereka menyahut panggilan Nabi itu sambil menjenguk kearahBaginda.Nabi bersabda: Pada hari kiamat kelak para peniaga akan dibangkitkan sebagai orang-orangyangjahat kecuali orang yang takutkan Allah, berbuat baik dan jujur.” (Riwayat al-Tirmizi)


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM341 Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda: “Peniaga yang jujur dan amanah akanbersama-sama dengan para Nabi, siddiqin dan para syahid.” (Riwayat al-Tirmizi). Hal ini menunjukkan bahawa peniaga sering dikaitkan dengan perkataan ‘amanah’ ataujujur.Dalam hadis tersebut menyatakan bahawa penjual atau peniaga haruslah bersikapjujur dalamurusan jual beli kerana hal ini telah disarankan malah diwajibkan oleh agama. Dalamkontekssosial pula, masyarakat tidak akan suka dan akan menjauhi peniaga yang tidak jujur. Sebagaicontoh, apabila pembeli ditipu oleh peniaga, pembeli akan berasa marah atau kecewadengansikap peniaga dalam urusan jual beli sekali gus menyebabkan peniaga tidak lagi berurusandengan peniaga. Hal ini akan menyebabkan keuntungan yang diperoleh oleh peniagatidakberbaloi kerana untung kini tetapi rugi kelak apa lagi wang yang diperoleh tidak berkat dandarisumber yang haram. Malahan, masih ada sebahagian peniaga yang masih mengurusperniagaanmereka dengan cara menipu pada zaman ini. Oleh itu, kita hendaklah bersikap jujur ketikaberurusniaga dengan pelanggan. 2. Tidak bersumpah walaupun benar Rasulullah bersabda: “Sumpah akan melariskan barangan, tetapi menghapuskankeberkatan.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Berpandukan hadis di atas, Rasulullah menyatakan bahawa sumpah untuk melariskanbaranganbermaksud bersumpah dengan menggunakan nama Allah. Ada sebahagian peniagayangmelakukan perbuatan tersebut untuk meyakini pembeli bahawa barangan yang dijualnyaadalahasli dan tidak omong-omong sahaja. Berikutan dengan perilaku ini, agama Islammelarangumatnya bersumpah walaupun barangan itu tulen. Hal ini demikian kerana perbuatantersebutbukan sahaja tidak diberkati Allah malah boleh menimbulkan fitnah. Tegasnya, peniagaharuslahberniaga dengan titik peluh mereka sendiri dan tidak mengambil jalan singkat seperti bersumpahuntuk melariskan dan mengambil perhatian pembeli kerana perbuatan ini diharamkanolehIslam.3. Catatan dan saksi – digalakkan khususnya jika jual beli dilakukan dengan cara bertangguh. Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatuurusandengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, makahendaklahkamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu.” (Surah al-Baqarah: 282). Dalam firman Allah di atas menunjukkan bahawa peniaga haruslah mencatatkanhutangataupenangguhan bayaran pembeli dalam urusan jual beli. Saksi juga perlu bersama denganpembelidan penjual ketika peristiwa penangguhan bayaran. Hal ini demikian kerana dalamIslam, hutangialah satu amanah yang wajib dilangsaikan oleh umatnya. Menurut Islamhutangtersebut akandibawa ke akhirat kelak. Rasulullah ada bersabda : “Barang siapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang, maka pada hari Akhirat tidakadalagi urusan dinar dan dirham, yang ada hanyalah urusan berkaitan pahala kebaikandandosakemaksiatan” (Hadith riwayat Abu Daud: (3597).


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM342 Jelaslah di sini bahawa Islam amat mengambil berat tentang hutang. Oleh itu, pembeli haruslahmelaksanakan hutang yang ada terlebih dahulu. Lebih baik menjauhi dan meninggalkanperbuatansuka berhutang. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Kesimpulan Secara amnya, perniagaan merupakan aktiviti yang dituntut oleh agama Islam, Rasullahsendirimerupakan peniaga yang berjaya dalam perniagaan. Oleh itu, etika perniagaan perlulahditurutiberpandukan Syariah. Islam menuntut umatnya supaya sempurna dalamsegala aspekkehidupandan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan untuk menjaga dan melidungi individuindividu dari melanggar batas-batas yang telah ditentukan oleh syarak. Begitu jugadenganduniaperniagaan yang mempunyai etika perniagaan, yang harus difahami dan diamalkanolehsetiappeniaga. 3. Penduduk di seluruh dunia berkongsi alam sekitar yang sama. Huraikan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh negara-negara dunia untuk memeliharadanmemulihara alam sekitar. Alam sekitar ialah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengirabangsa,agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udaradanairseperti sungai dan laut. Namun demikian, mutakhir ini, arus modenisasi menderaskanlagipembangunan negara. Pelbagai projek sosioekonomi dijalankan dengan begitu rancaknamunsecara tidak sedar alam sekitar sudah terjejas. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)telahmenyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaranudara.Bilangan tersebut tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkanolehkemalangan kenderaan. Di Malaysia, kerajaan telah mengimplementasikan AktaKualiti AlamSekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan mencegah, menghapus, mengawalpencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling dan daripada pencemaranmeliputipencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut, namun pencemaran masih berlakusecaraberleluasa. Sebagai penduduk dunia yang bertanggungjawab, kita seharusnya mensyukuri nikmatpemberian Tuhan yang amat berharga ini. Persoalannya, apakah usaha-usaha yangdilaksanakanoleh negara-negara dunia untuk memelihara dan memulihara alam sekitar? Antara usaha yang boleh diambil oleh negara-negara dunia untuk memeliharadanmemulihara alam sekitar adalah menjalankan proses “Penghutanan Semula”. Penghutanansemula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesiespokokyangcepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelembapan suhu dapat dikekalkan danseterusnyamasalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan. Tabung HidupanLiar (WWF)menyatakan bahawa hutan yang terjejas teruk ialah hutan Amazon dan Cerrado di Brazil, hutanAmazon di Bolivia, Paraguay, Argentina begitu juga di Madagascar, Sumatera danBorneodiIndonesia dan di Malaysia akibat pembalakan. Sebagai contoh, di Malaysia, pelbagai jenispokok


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM343 seperti pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam oleh Jabatan PerhutananMalaysiadiBukit Tinggi, dan di Hutan Simpan Kemasul, di negeri Pahang dan Hutan SimpanPayaLaut,dinegeri Perak. Tegasnya, penghutanan semula wajar dilakukan oleh negara-negaraduniauntukmemelihara dan memulihara alam sekitar. Selain itu, negara-negara dunia mewajibkan para petani mereka mengamalkan“Penggunaan Baja Organik” untuk memlihara alam sekitar. Mereka digalakkan menggunakanbajaorganik atau baja asli daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayamserta sisa-sisatanamanuntuk menggantikan penggunaan baja kimia. Sebagai contoh, peladang lada hitamdi Sarawakmenggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja. Merekamenggunakan baja organik untuk menambahkan kesuburan tanah. Baja organik jugalebihmurah,tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar. Selain itu, penghasilankomposjugapenting dalam penyediaan tanaman di kawasan pertanian untuk mengurangkan pencemaranalamdengan menghidupkan kembali tanah yang sudah mati akibat penggunaan baja danracunkimia.Kaedah Kompos yang diterapkan adalah dengan menggunakan tinja kambingdanhabukkayu bagi menghasilkan baja mesra alam yang tidak mencemarkan alamsekitar seperti bajakimia.Tuntasnya, penggunaan baja organik wajar digunakan oleh semua petani dunia untukmemeliharadan memulihara alam sekitar. Usaha-usaha seterusnya yang boleh diambil oleh negara-negara dunia untukmemeliharadan memulihara alam sekitar adalah dengan mewajibkan petani-petani merekamenggunakan“kaedah Biologi” di ladang-ladang atau di kebun-kebun. Profesor Madya Dr. Hafidzi MohdNoordari Universiti Putra Malaysia menyatakan dalam surat khabar The Star, 16 Januari 2017, beliaumenjelaskan bahawa burung hantu merupakan satu bentuk kawalan biologi untuk tikusdi ladangkelapa sawit kerana burung hantu jantan boleh menangkap 10 ekor tikus untukdibawakesarangnya pada waktu malam. Contoh yang boleh diambil ialah, para peladang kelapasawitdiMalaysia dan di Indonesia telah menggunakan ular, burung helang untuk menangkaptikus, burung,dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit. Sungguhpun kedah biologi ini jarangdigunakanoleh peladang moden di seluruh dunia kerana mereka berpendapat bahawa kaedahini dianggapsudah ketinggalan zaman. Namun sebenarnya, kaedah biologi yang digunakanini dapatmengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang menyebabkanberlakunyapencemarkan alam sekitar. Jelaslah bahawa negara-negara dunia wajar mewajibkanpetani-petanimereka menggunakan kaedah biologi untuk memelihara dan memulihara alamsekitar. Usaha yang lain yang dilakukan oleh negara-negara dunia untuk memeliharadanmemulihara alam sekitar adalah mengadakan Hari Alam Sekitar. Setiap tahun, seluruhduniaakanmenyambut Hari Alam Sekitar setiap 5 Jun. Hari ini disambut untuk menyedarkanrakyat duniabahawa alam sekitar amat bermakna kepada mereka. Ini adalah disebabkan masalahpencemaranalam sekitar berpunca daripada tangan-tangan kotor individu yang tidak bertanggungjawabdalamkalangan masyarakat dunia bagai enau dalam belukar melepaskan ucuk masing-masing. Merekatiada kesedaran sivik dan sering memandang enteng tentang isu alamsekitar yangkini menjadi


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM344 hidangan wajib dalam berita-berita yang dipaparkan dalam media massa arus perdana. Sebagaicontoh, sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya membuang sampahmeratarata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran. Walhal, jika direnungkan andai adaseratusorangindividu yang bersikap sedemikian sudah semestinya alam sekitar akan menjadi kotordandipenuhi dengan sampah-sarap. Perbuatan tidak bertanggungjawab seperti membuangsampahke dalam sungai dan longkang telah menyebabkan berlakunya pencemaran air sedangkanairmerupakan medium utama dalam melestarikan kelangsungan hidup. Selain itu, adaindividuyangmembuang puntung-puntung rokok dan melakukan pembakaran secara terbukasehinggamenyebabkan kebakaran yang serius lantas menyebabkan pencemaran udara. Tegasnya,mengadakan Hari Alam Sekitar merupakan usaha-usaha yang dilakukan oleh negara-negaradunia untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Daripada kenyataan di atas jelaslah bahawa pelbagai usaha telah dijalankanolehnegara-negara dunia untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Marilah kita sebagai pendudukdunia berganding bahu bagai aur dengan tebing bersama-sama menyahut usaha-usahamemelihara dan memulihara alam sekitar agar sentiasa terpelihara untuk tatapangenerasi akandatang. Harapan, minda penduduk di seluruh dunia berubah agar masalah pemanasanglobal,pencemaran sungai, pembalakan dan sebagainya akan dapat diatasi. Kesimpulannya, selagi kitasemua hidup di bumi dan di langit yang sama, kita hendaklah bersama-sama berusahauntukmembina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti, bersih, segar, dan cantik denganbermulamenghargai dan memulihara alam sekitar. Soalan 3 Fahami bahan grafik di bawah. Kemudian, cadangkan langkah-langkah mengatasi masalah-masalah pencemaran plastik berserta sebab langkah tersebut dijalankan. Langkah-langkah mengatasi masalah-masalah pencemaran plastik ialah kerajaanmengadakankempen 3R. Kempen ini amat signifikan kerana bahan-bahan buangan atau baranganterpakaiakan dibuang ke tempat yang sepatutnya sekaligus pencemaran dapat dikurangkan. Contohnya,sampah sarap dan bahan buangan yang ada di tempat pelupusan sampah bolehmenjejaskankesihatan dan keselamatan orang yang menetap di kawasan berhampirannya. Longgokansampahtersebut akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit dan berbahaya seperti nyamuk, tikus,ular dan lipas. Selain itu, kerajaan juga boleh menguatkuasakan undang-undang. Sebagai contoh,pihak berkuasa mengenakan denda atau hukuman berat terhadap pesalah yangmencemarkanalam sekitar. Selain itu, kerajaan juga boleh menetapkan penggunaan plastik padahari tertentuuntuk mengurangkan penggunaan plastik. Sebagai contoh, hari Sabtu dan Ahad bolehdijadikanhari tanpa plastik. Kesimpulannya, semua pihak perlu mengambil berat tentangpenggunaanplastik supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar pada masa akan datang.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM345 Soalan 4 Baca petikan dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. a. Nyatakan maksud keseluruhan pantun. Maksud keseluruhan pantun Pembawa Hajat ialah keinginan seseorang pemudamenjadikanseorang perempuan sebagai isterinya. Ketika upacara meminang, pihak lelaki telahmembawatepak sirih sebagai pengganti diri lelaki tersebut. b. Berikan maksud kosa kata yang bercetak tebal. i. kerudung - tudung kepala / penutup kepala iii. peminangnya - syarat-syarat ii. lirih - perlahan-lahan iv. kabullah - lulus / bersetuju c. Bagaimanakah Tun Mamad boleh berada di puncak Gunung Ledang? Tun Mamad boleh berada di puncak Gunung Ledang kerana dia telah dititahkanolehSultanMahmud Syah untuk meminang Puteri Gunung Ledang. d. Pada pendapat anda, mengapakah Puteri Gunung Ledang mengemukakan syarat kepadaSultan Mahmud Syah? Pada pendapat saya, Puteri Gunung Ledang mengemukakan syarat kepada SultanMahmudSyah kerana baginda hendak menolak pinangan Sultan Mahmud Syah secara halus keranatidakmahu sultan berkecil hati. Selain itu, Puteri Gunung Ledang hendak menguji sejauhmanakecintaan dan pengorbanan Sultan Mahmud syah terhadapnya. Seterusnya, Puteri GunungLedang hendak menyatakan secara halus bahawa martabatnya lebih tinggi daripadaSultanMahmud Syah. e. Dalam istiadat peminangan, pantun digunakan sebagai pembuka bicara. Dalamistiadatpeminangan juga, pihak wanita boleh mengemukakan syarat yang wajar dipenuhi olehpihaklelakiyang ingin meminangnya. Pada pendapat anda, adakah kedua-duanya masih boleh diteruskan pada zaman ini?Jelaskan alasan anda. Pada pendapat saya, pantun masih boleh digunakan sebagai pembuka bicara dalamistiadatpeminangan kerana berbalas pantun antara pihak lelaki dan pihak perempuanakanmenambahkan lagi keceriaan ketika majlis peminangan berlangsung. Selain itu, jikapantundigunakan selalu dalam istiadat peminangan, pantun tidak akan luput ditelan zaman. Dalamistiadat peminangan juga, pihak wanita boleh mengemukakan syarat yang wajar dipenuhi olehpihak lelaki yang ingin meminangnya agar perempuan tersebut tidak terasa tertipudanmenyesalsetelah dia berkahwin nanti. Sebagai contoh, calon suaminya tersebut mestilah mempunyai latar


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM346 belakang agama dan ekonomi yang kukuh agar dia mampu menyara perempuan tersebut setelahberkahwin. Soalan 5 Jawab semua soalan dalam bahagian ini. 1. Berdasarkan ayat-ayat di bawah: i. Kenal pasti dan gariskan bahagian subjek dan predikat. ii. Kenal pasti dan tulis pola ayat. a. Suara penyanyi itu amat merdu sekali. i. Subjek : Suara penyanyi itu Predikat : amat merdu sekali ii Pola ayat : Frasa Nama + Frasa Adjektif b. Puan Maria suka menjahit pakaian anak-anaknya sendiri. i. Subjek : Puan Maria Predikat : suka menjahit pakaian anak-anaknya sendiri ii Pola ayat : Frasa Nama + Frasa Adjektif c. Pemuda yang segak itu dari sebuah negeri di utara Semenanjung. i. Subjek : Pemuda yang segak itu Predikat : dari sebuah negeri di utara Semenanjung ii Pola ayat : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama d. Kanak-kanak yang sedang tertawa itu johan pertandingan syarahan alamsekitar. i. Subjek : Kanak-kanak yang sedang tertawa itu Predikat : johan pertandingan syarahan alam sekitar ii Pola ayat : Frasa Nama + Frasa Nama 2. Berdasarkan ayat-ayat di bawah: i. Tukar susunan ayat kepada susunan songsang. ii. Cerakinkan ayat kepada ayat-ayat tunggal. a. Kita hendaklah berjimat cermat dalam penggunaan air dan tenaga elektrik. Susunan songsang 1. Hendaklah berjimat cermat dalam penggunaan air dantenagaelektrik kita.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM347 2. Hendaklah kita berjimat cermat dalam penggunaan air dantenaga elektrik . 3. Dalam penggunaan air dan tenaga elektrik kita hendaklahberjimat cermat. Ayat tunggal 1. Kita hendaklah berjimat cermat dalam penggunaan air. 2. Kita hendaklah berjimat cermat dalam penggunaan elektrik. b. Pembakaran terbuka dilarang sama sekali agar jerebu tidak bertambah buruk. Susunan songsang 1. Dilarang sama sekali agar jerebu tidak bertambah burukpembakaran terbuka. 2. Dilarang sama sekali pembakaran terbuka agar jerebutidakbertambah buruk. 3. Agar jerebu tidak bertambah buruk pembakaran terbukadilarang sama sekali. Ayat tunggal 1. Pembakaran terbuka dilarang sama sekali. 2. Jerebu tidak bertambah buruk. c. Kilang itu menawarkan potongan harga bagi semua barangan kerana akan berpindahkekawasan lain tidak lama lagi. Susunan songsang 1. Menawarkan potongan harga bagi semua barangan keranaakan berpindah ke kawasan lain tidak lama lagi kilangitu. 2. Menawarkan potongan harga bagi semua barangan kilangitukerana akan berpindah ke kawasan lain tidak lama lagi. Ayat tunggal 1. Kilang itu menawarkan potongan harga bagi semua barangan. 2. Kilang itu akan berpindah ke kawasan lain tidak lamalagi. d. Sulaman manik dan labuci dapat dipelajari dengan mudahnya melalui video. Susunan songsang 1. Dapat dipelajari dengan mudahnya melalui video sulamanmanik dan labuci. 2. Dapat dipelajari dengan mudahnya sulaman manik danlabuci melalui video. Ayat tunggal 1. Sulaman manik dapat dipelajari dengan mudahnya melalui video.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM348 2. Sulaman labuci dapat dipelajari dengan mudahnya melalui video. e. Rebana sejenis alat muzik tradisional yang diperbuat daripada kulit kambing. Susunan songsang 1. Sejenis alat muzik tradisional yang diperbuat daripadakulit kambing rebana. Ayat tunggal 1. Rebana sejenis alat muzik tradisional. 2. Rebana diperbuat daripada kulit kambing. Soalan 6 Dalam kumpulan, pilih satu daripada kad tugasan di bawah dan buat persediaan secaraindividu. Kemudian, persembahkan tugasan dalam kumpulan. 1. Kesenian dan kebudayaan sesuatu kaum sudah tidak relevan lagi pada zamansainsdanteknologi ini. Bincangkan. Kesenian ialah sesuatu yang berkaitan keindahan atau kehalusan, manakala kebudayaanialahcarahidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir. Di Malaysia, rakyatnyaterdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Antara kaum yang terbesar di Malaysiaialahmasyarakat Melayu, India, dan Cina. Antara seni serta budaya yang terdapat dalammasyarakatMalaysia ialah: Orkestra Cina Orkestra Cina ialah sebuah persembahan yang terkenal dalam kalangan masyarakat CinadiMalaysia. Persembahan ini menggabungkan muzik elemen Cina dan Barat. Persembahaninimenggunakan instrumen tradisional Cina seperti Erhu, Pipa dan Dulsimer. Orkestraini jugamenggunakan gubahan lagu-lagu tradisional masyarakat Cina dan lagu rakyat Melayusertadiselitkan dengan muzik Barat secara kotemperari. Kolattam Tarian Kolattam merupakan salah satu seni persembahan tarian tradisional yang popular dalamkalangan masyarakat India. Kebiasaannya, tarian ini dipersembahkan oleh sekumpulankanak-kanak atau remaja. Perkataan Kolattam ialah gabungan dua patah perkataan Tamil iaitu‘kol’ yangmembawa maksud kayu pendek, manakala ‘attam’ bermaksud tarian. Jadi, perkataankolattammembawa maksud sebuah tarian kayu. Antara tiga instrumen utama yang digunakan ketika tarian ini dipersembahkan ialah Thavil, Pambaidan Urumi. Minimum penari yang mempersembahkan tarian kolattamialah seramai 4orang


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM349 manakala maksimumnya pula ialah seramai 20 orang penari. Tarian ini ditarikan secaraberpasang-pasangan. Kesemua penari lelaki dan perempuan memakai pakaian tradisi India. Kuda Kepang Kuda kepang merupakan salah satu tarian popular masyarakat Melayu. Kuda kepangatautarianberbentuk pahlawan berkuda berasal dari Jawa, Indonesia dan kemudian dibawa keSemenanjungTanah Melayu, di negeri Johor. Kebiasaannya, tarian kuda kepang ini terdiri daripada9orangpenaridiiringi dengan alunan gedang dan gong. Gedang dipalu mengikut irama, manakalagongpuladimainkan bagi menyedapkan bunyi muzik pengiring. Para penari biasanya akan mengenakan pakaian seragam dan kemudiannya menari mengikutrentak muzik dengan lenggokkan serta gerakkan patung kuda ke kiri dan ke kananseakan-akansedang menunggangnya. Cabaran paling getir yang kita hadapi kini ialah generasi muda lebih kenal permainanmodensertagajet-gajet canggih. Masa mereka banyak diisi dengan permainan video di internet berbandingmelibatkan diri dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan kaum mereka sendiri. Oleh itu, untuk menarik murid-murid supaya meminati kesenian dan kebudayaan kaumdi Malaysia,sekolah memainkan peranan penting dengan menubuhkan kelab kebudayaan dankesenian.Disekolah, murid sekolah dapat menonjolkan bakat mereka di samping membantu mengembangkanseni budaya dan warisan. Selain itu, sekolah juga membantu bagi melahirkanmuridyangberkebolehan, berdaya saing dalam mempertingkatkan pembangunan dan perkembanganmutuseni budaya dan warisan agar tak lapuk ditelan zaman. Kesimpulannya, kesenian dan kebudayaan sesuatu kaum itu masih relevan pada zamansainsdanteknologi masa kini. Nilai-nilai ini jika tinggalkan akan menjadi satu kerugian kepadagenerasi akandatang jika kesenian tradisi yang sudah lama bertahan diganti dengan nilai-nilai yangbelumtentusesuai dengan keperibadian bangsa di negara kita. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysiawajiblahterus memelihara serta menjaga seni, budaya dan warisan agar tidak terus hayut dibawaaruskemodenan. 2. Cadangkan satu jenis jualan untuk menambah dana persatuan berserta alasan bagi cadangantersebut. Setelah itu, berundinglah dengan ahli yang lain bagi memilih cadangan jualanyangterbaikdan yang paling menguntungkan. Jenis jualan untuk menambah dana persatuan ialah menjual burger. i. Burger makanan yang ringkas dan mudah disediakan. Penjual hanya perlu memanaskan roti yang telah dibelah dua, memanaskan dagingburgerdanmemotong sayur-sayuran seperti timun, tomato, salad, atau menyagat kubis. Untuk menyedapkanrasa burger, penjual perlu manambah mayonis dan sos cili di atas daging burger tersebut.


Click to View FlipBook Version