The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KHAIRIZAH BINTI ABDUL RAHMAN KPM-Guru, 2023-11-02 00:31:03

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BM TING.4

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BM T4

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM100 Perenggan Jenis Suasana Alangkah seronoknya apabila kita mendapat pengalaman baharu yang belumpernahkitarasaidan nikmati sebelum ini. Pengalaman bergayut dan merentasi hutan hijau yang tebal, pengalamanditembak dengan lastik gergasi, meniti di atas jambatan gantung yang tinggi dansayupmatamemandang, menjadi kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Kita akanmendapatpengalaman yang berbeza di setiap tempat yang kita kunjungi atau lawati. Setiaporangmempunyai cita rasa yang tidak sama dan tempat yang menjadi pilihan juga berlainan. Adayangmendambakan ketenangan di pulau-pulau yang cantik, ada yang ingin menghuni bilik-bilikmewahdi hotel terkemuka, dan tidak kurang juga yang meminati tempat-tempat pelanconganyangmenawarkan aktiviti lasak dan ekstrem. Kini, semakin banyak tempat pelanconganyangmemberikan kelainan kepada pengunjung untuk merasai sendiri detik-detik cemasdanmendebarkan melalui aktiviti yang disediakan. Terowong Bawah Tanah Tempat Tahanan Diseksa oleh Tentera JepunUMGAWA Zipline Eco Adventure, Langkawi


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM101 Pendahuluan Jenis Peribahasa Peribahasa Melayu tak kenal maka tak cinta, selalunya dikaitkan dengan sesuatuperkarayangkita belum tahu mengenainya. Apabila kita mengetahui, barulah kita menyukainya. Begitujugalahdengan peribahasa jauh perjalanan luas pandangan yang membawa maksud banyakmerantau,banyaklah pengalaman. Sesuatu perkara yang kita alami itulah yang akanmemberikanpengalaman kepada kita kerana datangnya pengalaman bukan daripada mengetahui tetapimengalami dan merasainya sendiri. Bagi mereka yang mencari kelainan dan mahumencabardiri,tempat-tempat pelancongan yang menawarkan aktiviti yang unik dan luar biasa tentunyamenjadipilihan utama seperti Umgawa Zipline di Langkawi, Pantai Cermin atau Sky Mirror di Selangor,Skytrex Adventure Shah Alam, Perkampungan Budaya Mah Meri di Pulau Carey danbanyaklagi.Sky Mirror, Selangor Skytrex Adventure Shah AlamSkytrex Adventure Shah Alam


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM102 Perkampungan Budaya Mah Meri, Pulau Carey, Selangor


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM103 PELANCONG HIJAU (HALAMAN 78 - 79) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.4.2 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara melalui ceramah, syarahandanforum dengan yakin secara bertatasusila AKTIVITI 1 - Berdasarkan maklumat dalam bahan, sampaikan pendapat anda denganyakinnyasecara bertatasusila dalam bentuk syarahan. Cadangan Jawapan Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, barisan gurupenolongkanan, guru kanan mata pelajaran, guru-guru cemerlang, guru-guru, rakan-rakandanhadirinsekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada pagi ini, saya akan menyampaikansyarahan bertajuk “Pelancong Hijau”. Hadirin yang dihormati, Sektor pelancongan merupakan sektor penting dalam memajukan sesebuahnegara. Kini,pelancongan hijau yang menyebarkan mesej melestarikan alam sekitar semakin mendapat tempatdi seluruh dunia. Pelancongan yang berkonsepkan ‘Hijau’ memberi peluang kepadapelancongtempatan dan luar negara menerokai landskap semula jadi sesebuah negara untukmenikmatiudara bersih , melihat kepelbagaian hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan. Sebagai pelancong, kitamemiliki tanggungjawab dalam penjagaan alam sekitar apabila sedang bercuti ataumelancongsama ada di Malaysia atau di luar negara. Para pelancong yang mementingkan soal penjagaanalam sekitar digelar sebagai green tourist atau ‘pelancong hijau’ dalamistilahpelancongan.Oleh itu, marilah sama-sama kita telusuri ciri-ciri pelancong hijau. Hadirin dan hadirat sekalian, Para pelancong memerlukan tempat penginapan untuk berehat dan tidur semasaperjalanan mereka. Oleh itu, ciri pertama pelancong hijau ialah mereka akan memilihpenginapanyang berkonsepkan hotel hijau sebagai destinasi penginapan. Hal ini demikian keranamerekamengambil berat tentang isu alam semula jadi dan menghargai alam semula jadi yangsecaratidaklangsung telah mendorong mereka untuk memilih penginapan berkonsep hijau. Olehitu, merekaakan berasa lebih selesa menginap di hotel atau tempat penginapan yang mesraalamdenganmengadaptasi pelbagai program penghijauan dan melaksanakan usaha yangmenyokongpemeliharaan alam sekitar di samping memberikan perkhidamtan yang berkualiti. Sebagai contoh,mereka akan mencari maklumat dan latar belakang lokasi tempat penginapan sebelummembuatkeputusan sama ada sesuai untuk mereka. Reka bentuk , cara beroperasi dan penyelenggaraanyang berkonsepkan hijau mampu memberikan keselesaan kepada para tetamu untukmerehatkanminda dan menikmati cuti bersama-sama insan tersayang. Jelaslah, pelancong hijaupasti memilihtempat penginapan yang berkonsepkan “hijau” semasa bercuti.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM104 Pelancong hijau juga menitikberatkan kebersihan dan keindahan alamsekitar . Merekasentiasa menghormati tempat-tempat yang dilawati dengan tidak melakukansebarangpencemaran alam. Mereka tidak membuang dan membakar sampah merata-rata. Merekaakanmengurangkan penghasilan sampah dengan cara membawa atau membeli peralatanmesraalamseperti botol air terpakai, beg beli-belah dan penyedut minuman. Malah mereka akanmengambiltahu, menyokong dan menyertai kegiatan setempat yang berkaitan dengan pelestarianalamsekitar, contohnya gotong-royong atau aktiviti yang dianjurkan oleh Trash Hero. Pelanconghijautidak merosakkan atau tidak membuat vandalisme sesuka hati di tempat yang dikunjungi sepertimenconteng, merosakkan habitat flora dan fauna. Mereka sentiasa menjaga perhubunganbaikdengan masyarakat atau komuniti setempat dengan tidak membuat sebarang kekecohandankekacauan. Hadirin yang dihormati, Pada zaman ini, kenderaan bermotor ialah keperluan utama semasa aktiviti melancong.Oleh itu, pencemaran udara juga merupakan salah satu cabaran sektor pelanconganpadamasadepan. Pembakaran bahan api fosil daripada kenderaan bermotor menghasilkangaskarbonmonoksida, karbon dioksida serta hidrokarbon yang telah menyumbang kepadapencemaranudara. Oleh itu, pelancong hijau akan memilih untuk berjalan kaki, menggunakanbasikal ataupengangkutan awam sepanjang percutian agar dapat mengurangkan masalah pencemaranalamsekitar. Tambahan pula, mereka suka berjalan kaki semasa melancong kerana merekaberpeluangmenikmati suasana perjalanan dengan lebih dekat dan mesra, di samping berjalankaki jugaternyata membuatkan pelancong lebih sihat dan segar semasa percutian mereka. Perkhidmatansewaan basikal di sekitar hotel dan tempat-tempat pelancongan juga memudahkanpelanconghijau untuk melawat sesuatu tempat. Hadirin yang dihormati, Ada banyak lagi ciri-ciri pelancong hijau. Namun, disebabkan masa mencemburi kita,hanya setakat ini sahaja syarahan daripada saya, Saya berharap agar syarahanini dapatmembuka mata pelbagai pihak tentang tanggungjawab kita dalam mengambil berat tentangalamsemula jadi dan menghargai alam semula jadi semasa kita melakukan aktiviti melancongdemimemastikan kelestarian alam semula jadi. Akhir kata, marilah sama-sama mengamalkanamalango green dengan kaedah 3R iaitu ‘reduce, reuse, recycle’ dalam sektor pelancongan. Nakseribudaya, tak nak seribu dalih, segala perubahan bermula daripada diri sendiri! Sekian, terima kasih.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM105 AKTIVITI 2 - Cari maklumat tambahan tentang pertubuhan yang menyokonggerakanekopelancongan. (Cadangan : Aktiviti kumpulan – cari maklumat dan membentangkan hasil) Cadangan Jawapan 1. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Sejarah Asalnya, jabatan ini bernama Jabatan Mergastua. Pada 5 April 1972 namanya telah ditukar kepada nama sekarang, JabatanPerlindunganHidupan Liar dan Taman Negara. Visi Menerajui konservasi hidupan liar untuk kesejahteraan rakyat. Misi Komited dalam konservasi hidupan liar dan habitatnya untuk generasi akan datang. Kejayaan Yang Dicapai Pada tahun 1955, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar dan Burung diluluskanolehMajlisPerundangan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 4.5.1972, Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76 telah diwartakan. Semenjakitunama "Jabatan Mergastua" telah ditukarkan kepada Jabatan PerlindunganHidupanLiardan Taman Negara atau ringkasnya PERHILITAN. Melalui akta itu, perlindunganterhadaphidupan liar di negara ini telah menempuh satu lagi era baru di mana Hidupanliarmuladiberi perhatian yang sewajarnya. (Sumber : Lawan Web Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan TamanNegara)2. Persatuan Pencinta Alam Malaysia Sejarah Pertubuhan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Inggeris: Malaysian Nature Society; MNS) adalahsatubadanbukan kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan bagi pencinta alamsekitar di Malaysia.Persatuan ini telah ditubuhkan sebagai Persatuan Pencinta Alam Malaya (Malayan NatureSociety)pada tahun 1940. MNS merupakan sebuah badan dan persatuan alamsekitar yangdipercayaitertua di Malaysia, Asia dan salah satu tertua di dunia. MNS berpusat di Bukit Persekutuandi Kuala Lumpur. MNS aktif dalam mengetengahkan isu-isu berkaitan alam sekitar khususnya di Malaysia. Dalammasa yang sama, badan ini menguruskan beberapa pusat kajian alamsekitar yangterkenal diMalaysia seperti Taman Alam Kuala Selangor, Pusat Pendidikan Persekitaran MNS-BOHdan


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM106 rancangan-rancangan pembelajaran di Rimba Ilmu di Universiti Malaya dan di Institut PenyelidikanPerhutanan Malaysia (FRIM). Kejayaan Yang Dicapai Badan alam sekitar ini telah berjaya memujuk pihak berkuasa untuk mewujudkan TamanNegaraEndau-Rompin. Usaha untuk menggazetkan kawasan tersebut tercetus apabila MNSmelakukansatu ekspedisi saintifik ke Endau dan Rompin pada tahun 1985 dan 1986. (Sumber : Wikipedia)3. Pertubuhan Sahabat Alam Sekitar Malaysia (SAS) - ditubuhkan pada tahun 2011. Visi- Membantu usaha kerajaan membina minda dan penghayatan setiap warganegaraMalaysiadan semua manusia memainkan peranan proaktif bagi memastikan muka bumi tempat tinggalsemua habitat. Misi- Mencurahkan khidmat bakti dan pendidikan kepada orang ramai untuk pemuliharaandankeselamatan alam sekitar dengan semangat kecintaan dan kewajipan yang kental. Matlamat & Fungsi 1. Menubuhkan muzium mini alam sekitar di setiap negeri untuk menghimpun dan mempamerkanbahan-bahan yang mesra alam yang melibatkan penyelidikan, pembangunan sertaperkembangan Teknologi Hijau. 2. Melancarkan majalah iklan (ECOBIZ) . 3. RAKAN KORPORAT (Partnership) akan diberikan kepada syarikat-syarikat yang memberikansumbangan dana kepada SAS. SAS akan memberi sokongan, bantuan dan kerjasamadengansyarikat yang menjadi rakan koporat (Partnership) dalam aktiviti yang melibatkan alamsekitar.4. ‘My Squad SAS’ atau sukarelawan ditubuhkan untuk semua peringkat iaitu golongankanak-kanak, pelajar, remaja, orang dewasa dan juga warga emas serta warganegara asingyangdifikirkan layak bagi melaksanakan aktiviti murni dan secara sukarela. 5. Mempromosi Penggunaan Produk Biodegradable bahan mudah urai boleh mengantikanpenggunaan plastik dan Polypropylene (PP) yang merupakan barangan yang tidak bolehdilupuskan dan mencemarkan sumber alam sekitar pihak. 6. Bekerjasama dengan badan-badan korporat, badan-badan pertubuhan bukan kerajaan(NGO)dalam negara dan luar negara yang mempunyai projek kemasyarakatan dan tanggungjawabsosial korporat atau yang prihatin terhadap alam sekitar. 7. Menjalankan program di luar negara yang melibatkan negara Asia dan negara Komanwel dalam misi ‘Save Environment’.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM107 8. Menggalakkan penggunaan tenaga solar sebagai usaha penjimatan dalampenggunankadarpenjimatan elektrik secara tidak langsung dapat mengelakkan gas rumah hijau yangmenghasilkan bahan api fosil. (Sumber : Wikipedia)4. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) adalah antara institusi yangterkemukadalam penyelidikan perhutanan tropika di dunia. - Ditubuhkan pada 1929, FRIM yang dahulunya dikenali sebagai Institut PenyelidikanPerhutanan menjadi sebuah badan berkanun sepenuhnya dengan ditadbir olehLembagaPenyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB) di bawahKementerianPerusahaan Utama pada 1985. - Institut ini terletak di kawasan seluas 545 hektar bersebelahan dengan HutanSimpanBukitLagong di Kepong. Fungsi - Merancang dan melaksanakan penyelidikan bagi pembangunan sektor perhutanandanpemuliharaan sumber hutan. - Memperoleh dan menyebarkan maklumat hasil penyelidikan bagi meningkatkan pengurusanhutan dan penggunaan hasil hutan. - Mengadakan hubungan kerjasama penyelidikan dan pembangunan perhutanan denganbadan-badan dalam dan luar Malaysia. Kejayaan Yang Dicapai - FRIM yang diterajui oleh Dr Khali Aziz Hamzah sebagai Ketua Pengarah semenjak2020telahdianugerahkan pensijilan MS ISO 9001:2008 mulai 2010. Pada 2017, pensijilanMSISO9001:2008 FRIM telah berjaya dinaik taraf kepada MS ISO 9001:2015. FRIMtelahdiwartakansebagai Tapak Warisan Semula Jadi Negara pada 10 Februari 2009 di bawahAktaWarisanKebangsaan 2005, dan diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah aktayangsamapada 10 Mei 2012. Kini, FRIM sedang menuju ke arah pengiktirafan sebagai TapakWarisanDunia UNESCO. Pencalonan FRIM telah diterima semasa persidangan JawatankuasaWarisan Dunia (World Heritage Committee) ke-41 di Krakow, Poland pada 7 Julai 2017. (Sumber : https://www.frim.gov.my/ms)


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM108 POS KUALA MU (HALAMAN 80 - 81) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat denganbetuldaripada pelbagai bahan primer. AKTIVITI 1 - Baca, kenal pasti, dan jelaskan maklumat tersurat dan tersirat daripadabahan. Nyatakan maklumat yang tersurat dan tersirat di Calet Kampung Gapeh, Calet DusunKualaMu,dan Calet Kampung Bersah seperti dalam petikan. Bil Maklumat Tersurat Maklumat Tersirat 1 Mempunyai unit calet, tandas, ruangan barbeku, wakaf, balai adat, peralatan memasak dan tapak perkhemahan. Suasana rumah desa yanglengkapdankondusif. 2 Aktiviti yang ditawarkan ialah lawatan ke taman herba/lokasi bunga pakma balai kraft tangan, memancing, menjelajah/ merentas/ mendadaki gunung/hutan/air terjun, dan menyaksikan aktiviti kebudayaan oleh penduduk tempatan. Aktiviti riadah dan reakreasi yangmenarikdan menyegarkan. 3 Kemudahan yang disediakan seperti pakej makan tengah hari, minum petang, dan makan malam menu kampung. Menu yang lazat dan berbeza, memudahkanpengunjung. 4 Lokasi calet di dalam dusun/ di kawasan perkampungan/ berhampiran dengan jalan utama. Merasai suasana kampungyangamandamai dan jauh dari hiruk-pikuk kota. AKTIVITI 2 - Laksanakan kajian lapangan untuk mengenal pasti kegiatan pelanconganyangmenarik di tempat anda. Kemudian, cadangkan usaha-usaha untuk mempromosikannya. Cadangan Aktiviti: Secara berkumpulan buat kajian lapangan untuk mengenal pasti kegiatan pelanconganyangterdapat di petempatan anda. Semua dapatan hendaklah dilaporkan di dalamborangyangtelahdisediakan.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM109 Contoh Jawapan dan Borang Kajian Lapangan PEMULIHAN - KOMIK PERIBAHASA (HALAMAN 82) Lengkapkan peribahasa yang sesuai berdasarkan konteks dalam komik. 1. Lain padang lain belalang, lain dahulu lain sekarang 2. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata 3. Kera mendapat bunga 4. Bapa borek, anak rintik 5. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya BORANG KAJIAN LAPANGAN Senarai Ahli Kumpulan : 1. Khairul Hafizi 2. Ammer Hanif 3. Amirah Shahidah 4. Nurul Aqilah Hanani Laporan Kajian Nama Tempat: Desa Tanjung Gelam, Kuala Perlis, Perlis Tarikh : 23.07.2021 Senarai Aktiviti Yang Menarik Untuk Pelancongan : 1. Memancing di sawah padi 2. Berbasikal sepanjang jalan ke pantai/ di kawasan batas sawah 3. Jualan pelbagai makanan laut dan makanan tempatan 4. Melihat matahari terbenam 5. Kembara desa / kehidupan malam di desa Cadangan Usaha Mempromosikannya: 1. Promosi melalui laman sosial 2. Menyediakan pamplet/ risalah/ brosur/ papan tanda 3. Iklan melalui radio 4. Menggunakan khidmat ketua kampung/ kariah surau 5. Kelab pelancongan sekolah / pelancongan koperasi


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM110 PENGUKUHAN - SAMBIL MENYELAM MINUM AIR (HALAMAN 83) Berdasarkan bahan, bina perenggan pendahuluan yang telah anda pelajari. Pelancongan pendidikan merupakan satu daripada cabang industri pelancongan yangkianpopulardi Malaysia. Konsep melancong sambil belajar ini sesuai bagi mereka yang mendambakanpengalaman baharu sambil menimba ilmu. eDU-PARK , Universiti Putra Malaysiamerupakantapak pelancongan pendidikan yang menepati tema “Bermain, Belajar, dan Bertenaga”. Konseppembelajaran yang kondusif berserta panduan oleh pakar yang berpengalamandanterlatihmenjadi ciri utama destinasi pelancongan pendidikan ini. Tapak pelancongan ini mempunyailandskap hijau dan ladang yang luas saujana mata memandang. Tapak ini menempatkantaman,ladang dan muzium amat sesuai sebagai sumber maklumat. eDU-PARKmenyediakanpengalaman pembelajaran untuk semua peringkat usia yang memberikan peluangkepadapelancong mempelajari proses menjalankan penyelidikan. Oleh hal yang demikian, marilahkitamenerokai keistimewaan eDU-PARK sebagai destinasi pelancongan pendidikan yangpopular.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM111 PENGAYAAN - MASA UNTUK BERLIBUR (HALAMAN 84) Berdasarkan bahan, sampaikan syarahan dengan yakinnya dan bertatasusila. Faedah Melancong Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru-guru, danrakan-rakansekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada kali ini ialah“FaedahMelancong”. Hadirin sekalian, Melancong ialah melawat negeri atau negara yang jauh dari tempat tinggal diri samaadabertujuan untuk berehat, menenangkan minda dan merekan tekanan. Ada yang melancongsecaraindividu dan ada juga yang melancong bersama-sama keluarga atau rakan. Sudahpasti aktivitiseperti ini dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Dasawarsa ini, aktiviti melancongsudah menjadi semakin popular di seantero dunia. Namun begitu, masih ramai yangmenganggapmelancong hanyalah sesuatu yang membuang masa dan wang semata-mata untukberseronok.Mereka tidak sedar akan faedah yang pelbagai dalam aktiviti pelancongan. Pelanconganibaratserampang dua mata kerana bukan sahaja menghiburkan malah mempunyai pelbagai manfaatyang banyak membantu dan mematangkan individu. Antara faedah melancong ialah menambahkan ilmu pengetahuan. Seseorangyangmelancong dapat belajar daripada pengalaman dan pemerhatian. Secara tidak langsung, aktivitimelancong dapat meluaskan horizon pemikiran bak peribahasa jauh berjalan luas pandangan. Halini dapat dibuktikan oleh seseorang yang bakal mempelajari sejarah yang wujuddi sebalikbangunan dan tapak menarik di wilayah luar. Sebagai contoh, Kota A-Famosa di Melakayangdidirikan oleh Belanda semasa zaman penjajahan mereka. Di luar negara pula, terdapat bangunanseperti Tembok Berlin; sebuah tembok untuk memisahkan Jerman barat dan Jermantimur semasaPerang Dunia Kedua. Pengalaman yang diperoleh secara terus ini akan kekal dalammemorimereka. Kesimpulannya, ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui aktiviti melancongSelain itu, pelancong juga boleh mengetahui budaya dan adat manusia dari seluruhduniadengan cara memerhati kegiatan serta marhaen negara luar. Contohnya, pelawat keJepunakanmelihat budaya Jepun yang mementingkan kesopanan dan menepati masa. Denganilmupengetahuan yang luas mengenai sejarah dan budaya, seseorang itu akan menjadi lebihmatangdan berfikiran terbuka kerana terdedah dengan sesuatu yang asing daripada kehidupanbiasanya.Bak kata yang terkenal, timbalah ilmu sehingga ke negara China. Hadirin sekalian, Seterusnya, aktiviti pelancongan menambahkan pengalaman. Seperti yang dihujahdi atas,melancong dapat mengajar kita mengenai budaya dan sejarah sesebuah wilayah. Budayasesebuah tempat tidak tertumpu pada perilaku rakyatnya sahaja. Budaya negara jugamerangkumipakaian, tarian dan makanan tradisional. Contohnya, tarian tradisional di negara Malaysiaialah


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM112 zapin oleh warga Sarawak dan tarian singa oleh bangsa Cina. Contoh pakaian pulaialahbajukebaya bagi bangsa Melayu, Cheongsam bagi bangsa Cina dan Sari bagi bangsaIndia.Pengalaman mempunyai impak yang besar terhadap kematangan dan kemampuanseseorangmembuat keputusan. Janganlah kita menjadi seperti katak di bawah temperung yangsangat cetekpengetahuan dan pengalamannya. Tambahan lagi, melancong juga berkemampuan untuk menghilangkan stres. Kini, masalahseperti stres dan kemurungan kian menjadi polemik yang berleluasa dalamkalanganbelia.Masalah ini ialah akibat tekanan dalam pembelajaran atau kerja yang melampauterutamanyapada era modenisasi kini yang mempunyai standard dan harapan yang tinggi untuk parapekerja.Oleh sebab itulah, mangsa stres wajar mencari jalan untuk menenangkan diri. Aktiviti melancongmerupakan herba yang sangat mujarab untuk mengubati stres seseorang. Hal ini dikatakandemikian kerana, melancong ke negara lain dapat menghiburkan seseorangsehinggadiamelupakan masalah yang menghantuinya selama ini. Kajian juga turut menunjukkankesanyangpositif kepada individu yang mengubah kawasan persekitarannya terutamanya di kawasanyangsakinah. Kita juga haruslah bersabar menghadapi masalah hidup kerana berakit-rakit kehuluberenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. Hadirin yang dihormati, Di samping itu, hubungan silaturahim antara ahli keluarga juga dapat dieratkanmelaluiaktiviti pelancongan. Pada zaman globalisasi ini, masalah tidak dihadapi oleh seorangindividusahaja, malah satu keluarga juga menerima tempias masalah tekanan ibu bapa atauadik-beradik.Oleh sebab itu, sudah menjadi kemestian untuk sesebuah keluarga mengeratkanhubungankekeluargaan ini menggunakan cara yang berkesan seperti melancong. Keluarga yangmelancongmesti meluangkan masa dan berseronok bersama lebih-lebih lagi jikalau ibu bapasentiasasibukberkerja atau anak yang tinggal berjauhan di asrama. Dengan meluangkan masa bersama, anak-anak akan merasai kasih sayang ibu bapa yang sepenuhnya dan meluahkan masalahyangdipendam. Sebagai hasilnya, ini akan mengelakkan kesalah fahaman antara satusamalaindanmelahirkan kulawarga bahagia. Setiap ahli keluarga wajib berhubung rapat keranaberat samadipikul, ringan sama dijinjing. Akhir sekali, aktiviti pelancangan mempunyai peranan yang signifikan dalammenjanaekonomi negara. Jika sektor pelancongan negara dimajukan, pelancong dari negaraluar akanberasa tertarik untuk berkunjung ke negara tersebut. Kunjungan ini bakal meningkatkanekonominegara kerana mereka akan membeli barangan dan cenderamata di negara itu. Pertukaranmatawang juga akan memajukan pertumbuhan ekonomi sekaligus meningkatkan taraf hiduprakyat.Negara tersebut akan lebih dikenali sementara pelancong akan mendapat pengalamanyangtidakakan dilupakan. Namun begitu, pelancong hendaklah ingat untuk mengikuti peraturandi negarayang dilawati kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Kesimpulannya, kita sepatutnya menggalakkan pelancongan dalammasyarakatkerana aktiviti ini mempunyai banyak faedah untuk diri dan negara. Pelancongandapat


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM113 menghiburkan diri, menambah ilmu pengetahuan dan mengeratkan hubungan Kendatipunbegitu,kita mestilah ingat melakukan pelancongan dengan tujuan yang mahmudah danbukanuntuksesuatu yang tidak bermoral. Sementelahan itu, kita juga mestilah tetap menghargai negarasendiri walau sehebat mana pun negara lain. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujanbatu di negara sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Sekian, terima kasih.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM114 TEMA 7 - DEMI KEDAMAIANMUAFAKAT KORPORAT (HALAMAN 86 - 87) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacanadengan betul dan bermakna. AKTIVITI 1 - Dengar dan analisis maklumat dalam bahan. Kemudian, jelaskan maklumat tersebut.1. Maklumat daripada bahan audio Sumber : Bahasa Melayu KSSMTingkatan4(ms258–259)PROGRAM KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) DI SEKOLAH bermula pada tahun 2015 kerjasama antara Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pendidikan diwujudkan ekoran kes kemalangan di sekolah meningkat tujuan untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah sehingga tahun 2018, 50 buah sekolah mengambil bahagian


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM115 sekolah selamat – bebas daripada masalah disiplin, jenayah dan kemudahannyaselamat antara aktiviti KKP – ceramah, jejak ancaman, kuiz, pertandingan melukis dansebgainya peranan sekolah – memupuk kesedaran warganya akan kepentingan keselamatandaankesihatan dalam pekerjaan amalan menjaga keselamatan dan kesihatan menjadi budaya sekolah murid boleh membantu pihak sekolah mengenal pasti ancaman dan risiko AKTIVITI 2 - Kenal pasti tanda-tanda ancaman atau bahaya yang ada di kawasanpersekitarandan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. TANDA ANCAMAN BAHAYA DI KAWASAN PERSEKITARAN DAN LANGKAHMENGATASINYA(Rujuk grafik ms 86 dan 87) TANDA ANCAMAN LANGKAH MENGATASI Dalam kelas: Kerusi dan meja yang rosak Cermin tingkap yang retak atau pecah Suis dan soket elektrik rosak Laporkan kepada guru kelas Meletak tanda amaran sementaraperalatan dibaiki Dalam makmal: Kebocoran bahan kimia Peralatan uji kaji rosak Pendawaian rosak Laporkan segera kepadapembantu makmal dan guru Sentiasa mengemas kini statusperalatan dan semua aspekdi makmal Dalam tandas: Lantai licin / berlumut Saluran paip rosak Maklumkan kepada pekerjapembersihan sekolah Laporkan segera kepadapengurusan sekolah Sekitar bangunan sekolah: Air bertakung di koridor Padang tidak rata / berbatu Dahan pokok yang sekah Binatang berbisa seperti tebuan, ular , lipan dsb Maklumkan kepada pengurusansekolah Mohon kerjasama JPAMuntukhapuskan binatang berbisa


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM116 JEJAK DIGITAL (HALAMAN 88 - 89) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.3.2 Membaca dan membanding beza maklumat daripada pelbagai bahan teks denganbetul.Aktiviti 1 - Baca, analisis, dan cari persamaan serta perbezaan maklumat dalambahan. Kemudian,catat maklumat dalam bentuk pengurusan grafik banding beza. JENAYAH DIGITAL: PENYALAHGUNAAN TELEFON BIMBIT CIRI-CIRI MANGSA CIRI-CIRI PENYANGAKSIBER- lemas dalam ayat cinta dan janji manis - menipu bulat-bulat - lurus, pendiam, pendek akal - berani menyamar sebagai pegawai polis, pegawai mahkamah,pegawai bank, pegawai kastam - berasa gundah -gulana, cemas, kebingungan, ketakutan - membawa khabar buruk keterlibatanmangsadalam masalah perundangan atau kewangan- benar-benar percaya tanpa berfikir panjang - licik dan petah berkata-kata - menawarkan bantuan untuk menyelesaikanmasalah dengan meminta bayaranKESAN-KESAN KEPADA MANGSA - sanggup berkorban wang ringgit dan harta benda - mendapat kenangan pahit seumur hidup LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PANGGILAN PALSU PENIPUAN KHIDMAT PESANANRINGKAS(SMS) - jangan panik, katakan anda tidak boleh bercakap panjang - jangan hubungi nombor melalui SMSuntukpengesahan - minta butiran pemanggil untuk kesahihan dan jika sahih, hubungi mereka untuk penjelasan lanjut - semak butiran SMS, jika terdapat kesalahan, abaikan - pergi ke pejabat jika perlu - hubungi penyedia perkhidmatan untukmenyekatSMS spam yang diterima. - jangan jawab panggilan daripada nombor luar negara - jangan memberikan maklumat peribadi - jangan muat turun apa-apa aplikasi jika diminta berbuat demikian - hubungi penyedia perkhidmatan telefon jika menerima panggilan berulang kali


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM117 ASPEK TATABAHASA SP: 5.2.3 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata adjektif dengan betul mengikutkonteks. AKTIVITI 2 - Kenal pasti kata adjektif dalam bahan. Kemudian, gunakannya semuladenganbetulnya mengikut konteks. JENIS KATA ADJEKTIF KATA ADJEKTIF Sifatan atau keadaan kuat, canggih, lurus, pendiam, baru, berani , nekad, licik, petah, palsu,sahih, lanjut, pelik, sulit Warna hitam Ukuran besar, pendek, panjang Bentuk bulat-bulat Waktu segera, singkat, lambat, panjang Jarak jauh Cara sering, mudah, ringkas, terang-terangan, sepandai-pandai, sewenang-wenangnya, bersungguh-sungguh Perasaan cinta, lemas, mempersonakan, ragu-ragu, gundah-gulana, lemas, panik,gawal, hasad Pancaindera manis, pahit Membina ayat daripada kata adjektif 1. Penjenayah siber mempunyai taktik yang licik untuk memperdayakan mangsamereka.2. Peristiwa hitam yang dialami oleh Suria membuatkan dirinya sentiasadilandakemurungan. 3. Kita haruslah berfikir panjang sebelum melibatkan diri dengan skimcepat kaya. 4. Anda dilarang untuk menyalin bulat-bulat teks atau ayat yang terpapar dalammana-manabahan cetak. 5. Kejayaan tidak akan dapat dicapai dalam masa yang singkat tanpa usaha yang berterusan. 6. Walaupun berada jauh di luar negara, Nadia tidak pernah lupa akan adat resamdanbudayaMelayu. 7. Kaum wanita sering menjadi mangsa penipuan cinta siber kerana mudah terpedayadenganjanji manis penyangak siber. 8. Bunyi deringan telefon tanpa henti membuatkan Shida berasa cemas keranatinggalberseorangan di rumah. 9. Setiap pengalaman pahit dan manis yang dilalui dalam hidup ini, menjadikandiri kitalebihmatang dalam meneruskan kehidupan. AKTIVITI 3 - Kenal pasti teknik yang digunakan oleh penjenayah digital untuk memerangkapmangsa dan bincangkannya. Sesawang gelap menjadi pilihan urusan urus niaga pasaran gelap disebabkan bersifat rahsiadanhanya boleh diakses individu tertentu. Motifnya menyembunyikan salah lakujenayahdanmengelak dihidu oleh pihak berkuasa. Kewujudan sesawang gelap juga menyumbangkepada


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM118 lahirnya penjenayah digital masa kini melalui aktiviti scammer, pengubahan wang haramdanlainlain aktiviti menyalahi undang-undang negara mahupun antarabangsa. Terdapat aktiviti pengedaran dadah secara dalam talian menerusi sesawanggelapdanaktiviti golongan ini sukar dibanteras kerana mereka menggunakan platformsulit khasbagimenjalankan aktiviti salah mereka. Berkemungkinan, platform digunakan sering berubahmengikutkeperluan dan keadaan semasa bagi mengelakkan aktiviti mereka bocor dandihidupihakberkuasa. Bagi memastikan selamat daripada digodam dan menjadi mangsa sindiket, kitamestilahsentiasa berwaspada dan berjaga-jaga dalam menjaga data peribadi bagi mengelakkandatasulitkhususnya berkaitan perbankan dan transaksi wang diceroboh. Jika tidak berhati-hati, dikhuatirikita berputih mata disebabkan tangan penjenayah digital yang menggunakankepakaranmerompak kita secara maya. Pihak berkuasa juga perlu mempertingkat tahap keselamatan negara sertamelatihpakarbaharu yang boleh menjadi 'polis digital' yang mempunyai kompetensi tinggi menghadapi jenayahdigital yang dijangka akan terus berkembang pesat. Jika pasaran ekonomi digital terusberkembang seperti disasarkan kerajaan menjelang 2030, perkembangan jenayahdigital jugadiyakini terus berkadar dengan perkembangan itu pada masa mendatang. Perkembanganini bolehterus mengancam negara sama ada pada peringkat domestik ataupun antarabangsa. Walaupun ada banyak hal berkaitan sesawang gelap secara mendasar bersifat negatif,terdapat juga perkara positif, terutama membabitkan urusan tertutup dan rahsiadalamurusanpengurusan seharian. Kesan ledakan ekonomi digital yang semakin berkembang dalamtempohpenularan COVID 19 ini, kita harus lebih peka berhadapan dengan sesawang gelapyangterusberkembang pesat. **Aktiviti Tambahan: Murid-murid berbincang tentang bahan grafik berkaitan denganPenipuanSiber.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM119 GERUH-GERAH BADAN AIR (HALAMAN 90 - 91) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.4.2 Menulis pelbagai jenis perenggan pendahuluan yang menepati tema menggunakanlarasbahasa yang sesuai dan gramatis. AKTIVITI 1 - Berdasarkan maklumat dalam bahan, tulis perenggan pendahuluan jenissuasana,persoalan, statistik, dan gabungan. ***Maksud geruh-gerah - berbagai-bagai kemalangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat) ***Maksud “badan air” - kumpulan air yang besarnya antara lain bergantung pada relief permukaanbumi, kesarangan batuan pembendungnya, curah hujan, suhu dan sebagainya, misalnyasungai,rawa, danau, laut, dan samudera; (takrifan bidang geologi) Pendahuluan Jenis Suasana Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa seolah-olah membelai kulit wajah. Lintuk liuk pohonkelapadengan dedaunan bergoyang kiri dan kanan bagaikan melambai menyambut kedatanganpelancong ke persisiran pantai nan indah. Cuaca cerah dengan langit yangkebiruanmenambahkan lagi keindahan panorama tepi pantai yang pasirnya halus menenggelamkankakiapabila dipijak. Desiran ombak menghempas pantai diselikan dengan bunyi suarakanak-kanakkeriangan bermain pasir, berlari-lari sambil menjerit kerana cuba mengelakkan kaki ditempiasihempasan ombak. Namun, geruh-gerah badan air harus diawasi oleh ibu bapa. Kedalamanpantai,kekuatan ombak malah kewujudan binatang berbahaya seperti obor-obor, kulit kerangandancengkerang yang tajam serta serangga akuatik yang mungkin menyebabkan alahanharusdiperhatikan sebelum kita mencari keseronokan membasahkan diri untuk melegakandiri daripadakepanasan terik mentari. Persoalannya di sini, apakah panduan keselamatan di badanairyangpatut diberikan perhatian oleh orang awam sebelum melakukan aktiviti air? Pendahuluan Jenis Persoalan Pernahkah anda melakukan aktiviti berkelah? Berkelah di tepi sungai bersamakeluargasememangnya merupakan aktiviti riadah yang amat menyeronokkan. Apatah lagi sungai tersebutmempunyai air terjun yang airnya jernih lagi menyejukkan. Segala tekanan akibat rutinkehidupanmampu hilang setelah badan mencecah permukaan air sungai. Namun, tahukahandabahawainsiden lemas sehingga meninggal dunia paling kerap berlaku di sungai dan tali air?Pernahkahanda terfikir, apakah faktor yang menyumbang kepada kejadian lemas? Adakah andamengambillangkah berjaga-jaga dengan memastikan geruh-gerah badan air sebelummelakukansebarangaktiviti di badan air? Tepuk dada tanya selera. Persoalan yang berlegar-legar di lubukmindaialah,apakah langkah-langkah yang perlu diambil sebelum melakukan aktiviti yang melibatkanbadanair?


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM120 Pendahuluan Jenis Statistik Setiap kali munculnya musim cuti sekolah, kita dapat melihat trend ibu bapa membawaanak-anakbercuti ke kawasan yang mempunyai air seperti pantai, air terjun atau jeramdanberkelahdisungai atau berhampiran tasik. Hal ini dikatakan demikian kerana percutian sebegini selalunyatidak menelan belanja yang besar. Malah, ibu bapa lazimnya menyediakan bekalanmakanansendiri untuk dimakan sewaktu berkelah. Menurut stastistik yang dikeluarkan oleh JabatanBombadan Penyelamat Malaysia (JBPM), jenis insiden lemas yang kerap berlaku ialah di pantai, sungaidan tali air, tasik dan lombong, air terjun dan jeram serta kawasan pembentungan. MenerusiOperasi Lemas yang dihadiri oleh JBPM pada tahun 2018, jumlah mangsa lemas yangmeninggaldunia tertinggi ialah di sungai dan tali air iaitu seramai 182 orang mangsa, diikuti dengan58orangmangsa lemas di pantai, 39 orang mangsa lemas di tasik dan lombong, 27 orang mangsalemasdiair terjun dan jeram dan mangsa lemas di pembentungan seramai 3 orang. Hal ini menjadikanjumlah mangsa lemas pada tahun tersebut seramai 309 orang daripada 380 kes yangdihadiri olehJBPM. Oleh itu, langkah yang pragmatik harus difikirkan bagi mengurangkan kejadianmati lemasdi badan air. Pendahuluan Jenis Gabungan Aktiviti sukan lasak semakin mendapat perhatian golongan muda mudi era modenisasi ini. Antarayang semakin mendapat perhatian ialah sukan lasak air. Hal ini amat bersesuaiankeranaumummengetahui bahawa dunia ini diliputi kawasan air sebanyak 75%. Tahukah anda jenis-jenissukanlasak yang melibatkan air? Sukan lasak air terdiri daripada luncur jet, kayak, sukan layar, luncurair,snorkeling atau menyelam, parasailing dan bananabot. Namun, sebelumseseorangmelibatkandiridalam aktiviti sukan lasak air ini, geruh-gerah badan air haruslah diambil kira. Hal ini bersesuaiandengan pesanan orang dahulu kala melalui peribahasa, air yang tenang jangan disangkatiadabuaya. Kalau tidak berada-ada, takkan tempua bersarang rendah, maka sebelumkitamenjadiobses dengan aktiviti sukan air perlulah kita awasi risiko-risiko yang bakal mengundangapabilaberada di badan air. Tidaklah nanti sudah terhantuk baru nak terngadah. Persoalanyangmenusukdi sudut minda ialah, apakah panduan keselamatan di badan air? AKTIVITI 2 - Terokai punca-punca yang menyebabkan berlakunya kemalangandi badanairdengan mengambil kira pelbagai faktor. Kemudian persembahkannya. Punca kemalangan di badan air: Tidak mengetahui kemampuan diri Kecuaian diri sendiri Tidak menyedari keadaan kesihatan diri seperti demam, mengantuk telalu lapar atauterlalukenyang Kurang pengetahuan tentang kemahiran berenang


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM121 Tidak melakukan tinjauan awal tentang risiko kawasan terlibat seperti keadaancuram, licin,arus deras, kepala air dan sebagainya Tidak mengenal pasti risiko yang bakal dihadapi sebelum melakukan aktiviti berkaitan Tidak memastikan tahap kedalaman air Tidak memeriksa persekitaran daripada objek berbahaya Tidak memeriksa kemungkinan kehadiran binatang berbahaya Tidak mempedulikan keadaan cuaca Tidak memakai peralatan keselamatan yang sesuai dengan aktiviti seperti jaket dantopikeselamatan Tidak memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang hendak dilakukan Tidak mematuhi cara melakukan aktiviti dan peraturan penggunaan alatan yangberkaitan Tiada pengawasan orang dewasa untuk kanak-kanak Sumber gambar : https://assets.hmetro.com.my/images/articles/lemas01.jpg_1497242870.jpg DEMONSTRASI MENYELAMAT: AnggotaJabatanBomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukandemonstrasi menyelamat mangsa lemasdalamsungai pada pelancaran KempenKesedaranKeselamatan Aktiviti Air Peringkat NegeriTerengganu 2018 di Pulau Warisan, KualaTerengganu. Sumber gambar :https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20180929/tr022-136cm.jpgImbas kod QR untuk paparan yang lebih jelas


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM122 GEMA BELANTARA (HALAMAN 92 - 93) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.4.2 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara melalui ceramah, syarahandanforum dengan yakin secara bertatasusila. AKTIVITI 1 - Baca bahan dan persembahkannya semula dalam bentuk forumdenganyakinnyasecara bertatasusila. TEKS FORUM Tajuk : Jelajah Hutan Pengerusi : Saudara Muhammad Alif Syakir bin Mohd Ali Panel 1 : Nur Auni Zaman binti Lokman Panel 2 : Anis Suraya binti Mohd Yusof Panel 3 : Siti Nor Ra binti Basri Pengerusi Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh. Wargadewan sekalian. Bertemu lagi kita di gelanggang ForumRemaja. Topikkitapadahari ini ialah Jelajah Hutan. Jangan ragu dan jangan risau kerana nampaknyawargadewan kita khususnya para jejaka tidak senang duduk melihat kejelitaantigaorangpanel kita pada hari ini. Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudariNur Auni Zaman binti Lokman, selamat datang saudari. Seterusnyaahli panelkedua ayu berbaju kurung, saudari Anis Suraya binti Mohamad Yusof, selamatdatang saudari dan di hujung sana nampak pemalu tapi bijak berkata-katasaudariSiti Nor Ra binti Basri, selamat datang juga buat saudari. Baiklah, sebelumsayamenyimpang lebih jauh, soalan saya pada panel pertama apakahyangdimaksudkan dengan jelajah hutan? Panel 1 Terima kasih kepada saudara pengerusi. Udara yang nyaman, pohonkehijauanyang merimbun dan mengagumkan, serta laluan hutan yang pelbagai cabaranmenjadikan aktiviti jelajah hutan begitu mengujakan. Namun peminat jelajahhutanperlu ingat bahawa hutan ada penghuninya. Kehadiran anda mungkintidakdialu-alukan. Berwaspadalah sentiasa. Oleh itu, kita perlu memahami maksudjelajahberdasarkan Wikipedia ialah perjalanan kembara (Jawi: كمبارا ڤرجالنن (iaitujenispelancongan khusus, yang melibatkan penerokaan atau perjalanan dengantahaprisiko tertentu (nyata atau yang dirasai), dan yang mungkin memerlukankemahirankhusus dan tenaga fizikal. Kembara mungkin merupakan kegiatan pelanconganyang meliputi kegiatan fizikal, pertukaran budaya, dan hubungan denganalam. [1] Pengerusi Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel pertamaadamenyatakan bahawa jelajah hutan merupakan aktiviti yang memerlukantenagafizikal dan persediaan yang mantap untuk meneroka hutan belantara. Bolehkah


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM123 saudari panel kedua menerangkan persediaan yang perlu dibuat sebelummenyertaiprogram jelajah hutan? Panel 2 Terima kasih pengerusi majlis. Setiap peserta yang hendak menyertai aktiviti jelajahhutan hendaklah mempunyai persediaan yang rapi. Antara persediaanfizikal yangperlu dilaksanakan seperti latihan berjalan, berjoging, berbasikal, berlari dansenaman untuk menguatkan sistem kardiovaskular peserta. Secara amnyaapa-apasenaman atau pergerakan fizikal yang meningkatkan kadar degupanjantungselama lebih kurang 20 minit sehari mampu membantu. Semasaaktiviti pula,seseorang peserta perlu berfikiran positif dan sentiasa bersedia dari segi fizikal danmental untuk menghadapi sebarang situasi. Sekian sahaja daripada saya. Pengerusi Terima kasih diucapkan kepada panel kedua kita. Sekarang sudahteranglagibersuluh bahawa seseorang yang ingin menyertai aktiviti jelajahhutanperlumembuat persediaan yang rapi. Jika dua panel tadi telah menerangkanmaksuddanpersediaan dalam aktiviti jelajah hutan, saya ingin meminta panel ketigauntukmenghuraikan sikap yang perlu dielakkan semasa melakukan aktiviti jelajahhutan.Panel 3 Terima kasih saudara pengerusi. Seperti yang telah disebutkan oleh panel pertamabahawa peminat jelajah hutan perlu ingat bahawa hutan ada penghuninya. Olehitu,sebagai peserta aktiviti perlu mengelakkan sikap cuai, suka menunjuk-nunjuk,sombong, tidak bertanggungjawab, cakap besar, terlalu yakin, terlalutakut, panikdan terlalu seronok. Sekiranya peserta tidak menjaga tingkah laku, pelbagaikemungkinan akan berlaku seperti menjadi seram sejuk, gelabahdanbolehmenyebabkan peserta tidak menemukan jalan pulang, cuma berpusingdi laluanyang sama untuk beberapa jam.Selain itu, peserta juga perlumengelakkandaripada meniru mimik muka pelik untuk menakutkan kawan keranamakhlukyangberada di dalam hutan akan marah kerana kita seolah-olah memperli ataumengejek rupa mereka. Sehubungan dengan itu, marilah sama-samakitamenjagatingkah laku ketika berada di hutan. Pengerusi Terima kasih diucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dansudi menyuarakan pendapat masing-masing. Moga segala yang kitadapat padahari ini bukan sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Nampaknyamasaamat mencemburui kita .Sebelum berakhir, mari kita sama-sama menepuktanganuntuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangankitahari ini.Marilah sama-sama kita menghargai alam sekitar dengan aktiviti jelajahhutandengan persediaan yang rapi dan mempamerkan tingkah laku yangbaikdemikesejahteraan hutan kita.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM124 Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intailah kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Salam hormat, ceria-ceria selalu. Akhir kalam, wabillahitaufik walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. ASPEK SENI BAHASA SP: 4.3.1 Menghasilkan skrip drama secara berpandu dengan menggunakan gayabahasayangsesuai dan menarik. AKTIVITI 2 - Berdasarkan bahan, tulis skrip drama dengan menggunakan gayabahasayangsesuai dan menarik. SKRIP DRAMA Tajuk : Jom Jelajah Hutan Watak : Ahnaf (murid 1), Alif (murid 2) dan Shakir (murid 3) Babak 1 Ahnaf Kawan-kawan, mari kita pergi jelajah hutan. Alif Eh, seronok tu, apa pendapat awak, Shakir? Shakir Yalah, sudah lama kita tidak pergi jelajah hutan. Ahnaf Kita boleh melihat keindahan alam, flora dan faunanya. Alif Ya, betul. Shakir Kita perlu tahu sifat-sifat hidupan liar yang ada di hutan, contohnyaharimaubelang akan menyerang jika tercedera manakala gajah juga akan menyerangjikaterkejut dan akan naik minyak jika ada manusia yang berada di laluangajahdanberasa anak gajah terancam. Ahnaf Betul kata Shakir. Harimau kumbang pula akan sentiasa mengintai manusiadi kawasannya kerana ia berupaya memanjat pokok dan mempunyai naluri ingintahu yang kuat. Alif Ish, takut pula saya dengar. Tapi kita boleh pergi jelajah hutan denganpersediaanyang rapi. Kita perlu mengetahu elemen alam yang ada di hutan seperti bentukmuka bumi yang ada sungai, bukit bukau dan lereng cenuram. Shakir Betul kata kamu Alif. Selain itu, kita juga kena pastikan cuaca pada waktutersebutsama ada gelap, hujan, kabus atau ribut. Ahnaf Tak kurang juga, kita kena tahu bencana alam yang boleh berlaku di hutanseperti kepala air, tanah runtuh dan pokok tumbang.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM125 Alif Eh, dah panjang lebar perbincangan kita. Macam mana, jadi tak kita hendakjelajah hutan? Shakir Baiklah kawan-kawan, kita minta kebenaran dahulu daripada ibu bapaya. Alif Baiklah. Ahnaf Baiklah, jumpa lagi. AKTIVITI 3 - Anda dan rakan-rakan anda akan mengikuti programjelajah hutan. Sebagaipersediaan, cadangkan tiga jenis latihan yang diperlukan serta jelaskan sebab-sebabnya. TIGA JENIS LATIHAN SEBAGAI PERSEDIAAN JELAJAH HUTAN DAN SEBAB-SEBABNYA. BIL JENIS LATIHAN SEBAB 1 Latihan Fizikal Untuk menguatkan stamina dan kekuatan fizikal peserta. 2 Latihan Emosi Untuk menyediakan emosi yang baik dan bersemangat kepadapeserta menghadapi cabaran semasa jelajah hutan. 3 Latihan Komunikasi Supaya peserta dapat berkomunikasi dengan baik antarapesertadanalam sekeliling.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM126 TENTANG BULAN (HALAMAN 94 - 95) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.4.3 Menulis perenggan isi dengan huraian yang jelas dan kritis menggunakan bahasayanggramatis. AKTIVITI 1 - Analisis maklumat dalam bahan dan tulis perenggan isi dengan huraianyangjelasdan kritis menggunakan bahasa yang gramatis. Sejarah Awal Penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) : - Nama asal Cawangan Palang Merah British - Ditubuhkan pada bulan April 1948 di Borneo Utara (sekarang Sabah) - Ditukarkan nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSSM) pada tahun1975,dibawah Akta 162 Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975dankekal hingga sekarang. Tujuan Penubuhan : - Untuk mengendalikan dan menolong tugas di seluruh dunia ketika masaamanataupeperangan Misi Bantuan BSMM : - Dalam negara o Tanah runtuh Bukit Antarabangsa Ulu Klang, Selangor (2010) o Tanah runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Kajang, Selangor (2011) o Struktur Jejambat Pejalan Kali Runtuh, Eco City-Mid Valley (2016) - Luar negara o Taufan Haiyan, Leyte, Filipina, (2013) – bantuan kemanusiaan o Gempa bumi Kathmandu, Nepal (2015) – bantuan kemanusiaan, mencari danmenyelamat o Gempa bumi dan Tsunami Palu, Sulawesi, Indonesia (2018) –bantuankemanusiaan Bentuk Bantuan BSMM : - Bantuan selimut pada musim sejuk - Kerjasama dengan pasukan penyelamat yang lain - Misi bantuan di Pakistan untuk pembinaan petempatan sementara - Agihan bantuan makanan, pakaian dan perubatan - Pertolongan Cemas


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM127 Kenali Sukarelawan BSMM : - Encik John Lam Ah Kian – sukarelawan misi Pasukan Tindakan BencanaSerantau,BSMM - Pesara, 66 tahun - Timbalan Pengerusi, Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Sarawak - Contoh misi Pasukan Tindakan Bencana Serantau: o Banda Acheh, Sumatera, Indonesia (2004 - Tsunami) o Pulau Nias, Indonesia (2005 - Gempa Bumi) o Pakistan (2005 - Gempa Bumi) o Jogjakarta, Indonesia (2006 - Gempa Bumi) o Pulau Lombok, Indonesia (2018 - Gempa Bumi) - Berpendapat bahawa sukarelawan perlu komited, prihatin, penyayang,berkepemimpinan dan terlatih, sihat tubuh fizikal dan mental, serta emosi, tabah,mudah menyesuaikan diri dalam keadaan paling sukar. Misi Suci Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Pada era ledakan teknologi yang semakin canggih ini, terdapat banyak pancarobayangmenggamit perasaan di setiap pelosok dunia. Setiap kejadian dan peristiwa yangmengancamkeselamatan manusia masih berlaku sehingga kini. Sungguhpun begitu insan-insanmuliayangpenuh kasih sayang dan suka membantu masih wujud di bumi nyata ini. Sebagai penawar mujarabyang mampu meringankan beban dan mengelap air mata kesusahan masyarakat, banyakpertubuhan dan persatuan yang menjaga kebajikan rakyat diwujudkan. Antaranya ialahCawanganPalang Merah British atau dikenali sebagai Bulan Sabit Merah Malaysia. Cawangan Palang Merah British ditubuhkan pada bulan April 1948 di BorneoUtarakinidikenali sebagai Sabah. Kemudian telah bertukar nama kepada Bulan Sabit MerahMalaysia(BSMM) pada tahun 1975. BSMM ditubuhkan untuk mengendalikan dan menolongtugasdiseluruh dunia sama ada pada masa aman atau pun ketika peperangan. Pelbagai misi bantuandidalam negara dan di luar negara telah dijalankan oleh BSMM seperti bantuan kemanusiaanketikatanah runtuh Bukit Antarabangsa Ulu Klang, Selangor pada tahun 2010 dan ketika TaufanHaiyan,Leyte, Filipina pada tahun 2013. Situasi ini terbukti jelas bahawa benih-benih perikemanusiaanmasih subur disemai dan dijaga rapi tanpa mengira sempadan. Tambahan pula, bantuan BSMM dapat menghidupkan sinar harapan dalamkehidupanseseorang yang memerlukannya. Bentuk bantuan kemanusiaan seperti bantuanselimut padamusim sejuk, kerjasama dengan pasukan penyelamat yang lain, pembinaanpetempatansementara di Pakistan, agihan bantuan makanan, pakaian dan perubatan serta pertolongancemasdapat meringankan keperitan dan kesusahan rakyat umpama condong ditumpil, lemahdianduh.BSMM telah banyak berjasa di peringkat global mahupun di tanah air tercinta ini.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM128 Oleh itu, untuk meneruskan usaha murni ini semua sukarelawan perlu bersediadengannilai-nilai murni dan ilmu seperti sangat komited, prihatin, penyayang, berkepimpinandanterlatih.Kesihatan fizikal dan mental serta emosi, tabah dan mudah menyesuaikan diri dalamkeadaanpaling sukar juga merupakan aset terpenting untuk setiap sukarelawan. Terdapat ramai tokohkemanusiaan yang masih bersinar dan menyinari setiap kehidupan persis mutiaraharapanyangtidak ternilai harganya. Salah satu permata BSMM ialah En. John LamAh Kian, pesarayangberumur 66 tahun. Beliau menggalas tugas sebagai Timbalan Pengerusi BSMMNegeri Sarawakdan terlibat dalam pelbagai misi pasukan Tindakan Bencana Serantau. Akhirulkalam, jelaslah bahawa Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysiabergiat aktifterutamanya ketika berlaku bencana besar dan banyak bantuan kemanusiaan telahdihulurkanuntuk meringankan keperitan rakyat jelata kerana berat mata memandang berat lagi bahumemikul.Petugas sukarelawan juga sentiasa bersiap sedia, berkemahiran, berilmu dan sangat komitedsupaya dapat menyalurkan pertolongan dan sumbangan dengan cepat dan efisien. Olehitu,semua lapisan masyarakat perlulah berganding bahu dan sudi menjadi sukarelawansupayadapatmewujudkan suasana yang penuh belas kasihan dan kurnia di muka bumi ini. AKTIVITI 2 - Tulis pendapat tentang punca kurangnya penglibatan murid dalamkerjakhidmatmasyarakat dan cadangkan langkah mengatasinya. Punca kurangnya penglibatan murid dalam kerja khidmat masyarakat: 1. Bidang akademik lebih diutamakan daripada khidmat masyarakat 2. Murid terbeban dengan proses pendidikan dan wujud kekangan masa untuk terlibat dalamkerja khidmat masyarakat 3. Kurang kesedaran tentang kepentingan kerja khidmat masyarakat 4. Ibu bapa tidak menggalakkan murid terlibat dalam kerja khidmat masyarakat dankurang menjadi suri teladan kepada anak-anak 5. Murid telah dibiasakan dengan kehidupan individualistik, suka menyendiri dantidaksukabergaul dengan masyarakat setempat 6. Murid tidak berminat kerana beranggapan membuang masa dan tiada ganjaran7. Perkembangan dan pengaruh teknologi moden menghalang murid terlibat dalamkerja khidmat masyarakat 8. Sikap mementingkan diri sendiri dan mementingkan materialistik lebih daripadasifatperikemanusiaan 9. Pola petempatan masyarakat tidak membantu murid terlibat dalamkerja khidmat masyarakat 10. Budaya hedonisme yang keterlaluan menghalang murid terlibat dalamkerjakhidmatmasyarakat 11. Kurang didikan agama/ moral


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM129 Cadangan langkah mengatasinya: 1. Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak untuk melibatkan diri secara aktif dalamkerjakhidmat dan perlu menjadi teladan kepada mereka 2. Pihak sekolah mengadakan program/ceramah/ kempen kesedaran tentangkepentingankhidmat masyarakat 3. Pihak sekolah menganjurkan program khidmat masyarakat di peringkat sekolah4. Murid dilibatkan dalam aktiviti komuniti melalui Badan Beruniform5. Markah PAJSK / penghargaan/ sijil diberikan kepada murid yang terlibat dalamkhidmatmasyarakat sebagai galakan 6. Guru menyelitkan kepentingan khidmat masyarakat dalam pengajaran 7. Mewujudkan pertubuhan bercorak kesukarelawanan di sekolah 8. Memberikan didikan agama / moral sejak kecil 9. Murid digalakkan membudayakan kegiatan kesukarelawanan di kawasansekolahdanperumahan 10. Media sosial mempromosikan aktiviti kemasyarakatan


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM130 TEMA 8 - DALAM LIPATAN KENANGANRUMAH PUSAKA SUTAN MANGATAS (HALAMAN 102 - 103) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.5.1 Mengenal pasti jenis, kesesuaian soalan dan kesesuaian masa untuk mengemukakansoalan terhadap individu atau kelompok secara bertatasusila. AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, dengar dan kenal pasti soalan dari segi jenis, kesesuaiansoalan,dan kesesuaian masa. Imbas kod QR untuk mendengar rakaman audio (ms 102 dan 103) 1. Rumah Pusaka Chow Kit - halaman 102 Andaikan anda akan menemu bual Puan Norma binti Manjawali. Dengar soalan berikut dengantelitinya dan kenal pasti soalan tersebut dari segi jenis, kesesuaian soalan, dan kesesuaianmasa.Soalan 1 Bilakah rumah ini dibina? Soalan 2 Nenek tinggal di sini sejak bila? Soalan 3 Apakah perasaan nenek tinggal di rumah ini? Soalan 4 Bagaimanakah nenek masih boleh tinggal di rumah ini sedangkan urbanisasi berkembangpesatdiKuala Lumpur? Soalan 5 Mengapakah rumah tradisional ini hendak dijual? Soalan 6 Banyak keuntungan diperoleh dengan menjual rumah ini?


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM131 2. Selamatkan Warisan Negara - halaman 103 Andaikan anda akan menemu bual para sukarelawan daripada Persatuan RumahPusakaChowKit. Dengar soalan berikut dengan telitinya dan kenal pasti soalan tersebut dari segi jenis,kesesuaian soalan, dan kesesuaian masa. Soalan 1 Mengapakah Persatuan Rumah Pusaka Chow Kit ditubuhkan? Soalan 2 Bagaimanakah segala rintangan untuk membina rumah ini semula diatasi? Soalan 3 Di manakah bahagian-bahagian rumah yang telah dibuka disimpan? Soalan 4 Semasa struktur rumah ini dibuka, apakah cara yang digunakan untuk memudahkannyadipasangsemula? Soalan 5 Kalian gembira dengan pembinaan semula rumah pusaka Chow Kit? Soalan 6 Adakah ahli-ahli persatuan ini popular setelah rumah ini dibina semula? Lengkapkan borang di bawah mengikut jenis soalan. Jenis soalan Soalan berdasarkan rakaman audio Soalan dengan kata tanya Soalan tanpa kata tanya


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM132 AKTIVITI 2 - Jalankan sesi temu bual dengan menggunakan soalan yang sesuai mengikut situasi.Azira telah menemu bual Encik Mahmud tentang bangunan bersejarah di Teluk Intan. Menara Condong ialah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Menaraini menjadimercu tanda bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini ialah rekabentuknyayang menyerupai Menara Pisa di Itali. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, menaraini masihberdiri kukuh dan agak senget dan tercondong sedikit. Azira Assalamualaikum Encik Mahmud. Saya, Azira binti Zainuddindari SMKSungai Mutiara. Saya ingin menemu bual Encik Mahmud tentangbangunanbersejarah di bandar Teluk Intan, iaitu Menara Jam Tinggi. En. Mahmud Waalaikumsalam. Khabar baik. Boleh sahaja. Apa yang awak ingintahutentang Menara Jam Tinggi atau Menara Condong Teluk Intan?Sayaakancuba membantu. Azira Bilakah Menara Jam Tinggi Teluk Intan dibina? En. Mahmud Menara Jam Tinggi ini dibina pada tahun 1885 oleh Leong ChoonCheongatau Ah Cheong yang merupakan seorang arkitek. Azira Bagaimanakah Ah Cheong mendapat idea untuk membina menaratersebut?En. Mahmud Beliau mendapat ilham membina menara dengan reka bentuk demikianberdasarkan bangunan pagoda di negara China. Azira Menara ini memang dibina condong? En. Mahmud Menara ini asalnya tidaklah condong sebagaimana sekarang. Setelah10tahun dibina, iaitu pada tahun 1895 telah berlaku banjir besar di TelukIntansehingga menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku dengan bebananairyang berat inilah dipercayai punca menara ini mula condong ke arahBarat. Azira Boleh tak Encik Mahmud ceritakan tentang kegunaan menara tersebut?En. Mahmud Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelumadanyatangki airdi Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi denganjambesar.Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikanpelancongyang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnyadihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dankerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Azira Benarkah menara ini juga pernah menjadi kubu pertahanan suatumasadahulu? En. Mahmud Pada zaman Jepun (1942-1945) bangunan Menara Jamini dijadikanmenarakawalan untuk meninjau kedatangan musuh. Azira Baiklah, Encik Mahmud. Terima kasih atas kerjasama encik membantusayamendapatkan informasi tentang Menara Condong Teluk Intan.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM133 En. Mahmud Sama-sama. Jangan lupa. Jika di Itali ada Menara Condong Pisa, di TelukIntan kita harus berbangga dengan Menara Condong Teluk Intan. AKTIVITI 3 - Kumpulkan gambar dan keterangan tentang bangunan warisan dan buat bukuskrap.Contoh bangunan warisan dan bersejarah di Malaysia 1. Kellie’s Castle, Batu Gajah, Perak Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah ini ialah bangunan bersejarah yangdibinaolehpeladang getah terkemuka dari Britain, William Kellie Smith pada 1910. Beliau telahmembelisebidang tanah seluas 960 ekar untuk dijadikan ladang getah dan tapak untuk membinarumah.Namun, pembinaan istana ini terpaksa dihentikan serta-merta kerana Kellie meninggal duniasecara mengejut pada tahun 1926. Walaupun tidak siap 100%, istana ini dikatakanmemilikibanyak ruang rahsia termasuklah terowong-terowong bawah tanah. Bangunan tigatingkatinidiilhamkan mengikut reka-bentuk istana Moghul di Agra, India dan jubin dindingnyadiimport dariItali. Batu-bata dilekat menggunakan bancuhan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gulamerahdan madu, tiada besi atau paku digunakan. 2. Bangunan Stadthuys, Melaka Mercu tanda yang berada di Bandar Hilir ini amat sinonim dengan Melaka. Binaanbersejarahiniialah bangunan kerajaan Belanda yang tertua di Asia Tenggara. Bangunan ini dibinapadatahun1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda. The Stadthuys menjadi titiktumpuanbeberapa kerajaan seperti Belanda, Portugis, Inggeris dan lain-lain selama lebih dari 300tahun.Pada tahun 1982, Stadthuys diubah menjadi muzium. Bangunan berwarna merahyangmenjadi


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM134 lokasi tumpuan di Melaka ini turut dipenuhi barisan beca yang penuh warna-warni danberbunga-bunga sekitar luar bangunan. 3. Istana Seri Menanti, Kuala Pilah Istana Seri Menanti di Kuala Pilah ini dibina pada 1902 dan mempunyai ciri-ciri seni binaMinangkabau yang unik. Warna hitam bangunan ini menjadikannya kelihatan tersergamindahdarijauh. Bangunan setinggi empat tingkat ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batangtiang seri yang panjangnya 67 kaki. Yang menariknya, istana indah ini telahdibinatanpamenggunakan sebarang paku besi. Mereka hanya menggunakan sambungankayuyangdinamakan pasak. Pada 14 Julai 1992, Istana Menanti telah diwartakan menjadi MuziumDirajadan telah menjadi tumpuan pelancongan untuk menyaksikan pameran koleksi keluargaDirajaNegeri Sembilan. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkanfungsi ruang-ruang tersebut. 4. Kota A Famosa, Melaka Kota A Famosa dibina pada tahun 1511 dan mercu tanda paling popular di Melaka. Mengikutsejarah ia didirikan oleh penjajah Portugis sebagai kubu pertahanan mereka di Melaka. Bangunanyang berusia lebih 500 tahun ini mempunyai pintu gerbang yang turut dikenali sebagai pintugerbang Santiago. Pintu gerbang ini merupakan struktur seni bina Eropah yang palingtuadanmasih kekal di Asia. Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir ini wajib dilawati jikaandabercutike Melaka kerana kota ini merupakan sebahagian daripada sejarah negara danmercutandapelancongan negeri berkenaan.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM135 5. Kubu Margherita, Sarawak Kubu berwarna putih yang terletak di Kuching, Sarawak ini telah siap dibina denganrekabentukistana lama Inggeris pada tahun 1879 oleh Sir Charles Brooke dan diberikan nama sempenanamaisterinya, Margaret Brooke. Kubu ini dibina untuk menjadi lambang kestabilankerajaandankekuatannya. Terletak di atas bukit, kubu ini menyajikan pemandangan yang luas kesemuaarahdi kawasan sekitarnya. Kubu ini merupakan monumen paling signifikan kepadabandarayaKuching dari sudut sejarah, reka bentuk dan pelancongan. - Murid diminta melayari laman sesawang berikut bagi mendapatkan maklumat tentangbangunanwarisan di Malaysia untuk menghasilkan buku skrap. - https://www.maisinggah.com/bangunan-bersejarah-di-malaysia/ - https://www.permohonan.my/senarai-bangunan-bersejarah-malaysia/ - https://www.sinarharian.com.my/article/69470/BISNES/Jom-terokai-monumen-bersejarah-di-negara-kita


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM136 DARAH SATERIA (HALAMAN 104 - 105) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.3.2 Membaca dan membanding beza maklumat daripada pelbagai bahan teks denganbetul.AKTIVITI 1 - Baca kedua-dua bahan pada halaman tersebut dengan menggunakanteknikQUACK.Kemudian banding dan bezakan kisah Fort Margherita dengan peristiwa SingapuraDilanggarTodak. TEKNIK BACAAN QUACK Q Question mark (Tanda soal) diletakkan pada perkataan, rangkai kata & idea yang kabur dan tidak difahami U Underline (Garis) menggarisi takrif A Asterisk (Asterik) meteltakkan tanda * pada maklumat atau ideayang penting atau menarik C Circle (Bulatkan) membulatkan fakta dan definisi panjang K Keyword (Kata kunci) meletakkan huruf besar K di sebelah katakunci (biasanya berhuruf condong) Langkah 1: Murid membaca bahan dengan teknik bacaan QUACK. Perkara Fort Margherita Singapura Dilanggar TodakTanda soal [?] Bebola bata, geramnya menggila,semakin rancak, memusnahkan perosak Banyak mati dilompati todak, berkotakan betis/batangpisang, berkancing ke sebelah, lekatlahjongornya, menanggungkanhaknya Garisi takrif Tanda dalam teks Tanda dalamteks Tanda * idea/maklumat penting Tanda dalam teks Tanda dalamteks Bulatkan fakta /isi penting Tanda dalam teks Tanda dalamteks K – tandakan kata kunci Tanda dalam teks Tanda dalamteks Langkah 2 - Murid membuat banding dan beza kisah Fort Margherita dengan peristiwaSingapuraDilanggar Todak. Persamaan / Perbezaan Fort Margherita (Suton) Singapura Dilanggar Todak(Paduka Seri Maharaja) Ciri –ciri pemimpin (Garisi takrif) i)Keyakinan tinggi ii)Mempersiapkan diri dengan ilmu iii)Bijak mengatur strategi iv)Berfikiran wajar i)Mencemar duli melihat situasi ii) Mempunyai rakyat taat membutatuli iii)Mudah dipengaruhi Faktor kejayaan i)Mempunyai pengetahuan tentang i) Menerima cadangan yangbaik


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM137 (Tandakan *) tempat musuh ii)Berpengalaman dalam perang iii)Cekap menggunakan senjata daripada seorang kanak-kanakii) Kerjasama rakyat jelataStrategi melawan musuh (Tandakan K) i)Mengatur serangan pada waktu malam ii)Kerjasama berpasukan ii)Mematuhi arahan ketua i)Bersenjatakan batangpisangiii)Mematuhi arahan SultanCabaran (Bulatkan) i)Kawasan cerun tinggi ii)Kekurangan peluru iii)Kehabisan bom tangan i)Kawasan tepi pantai ii)Serangan todak iii)Bersenjatakan betis –kurangberkesan iv)Para pembesar yangiri ASPEK TATABAHASA SP: 5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul mengikut konteks.AKTIVITI 2 - Kategorikan golongan kata tugas praklausa dan pascakata yang terdapat dalambahan. Kemudian, bina perenggan dengan kata-kata tersebut. Kata Tugas Praklausa dan Pascakata yang terdapat dalam bahan: KataTugas Praklausa Kata seru Kata perintah Kata pangkal ayat - Ayuh - Cis - Maka - Jangan - Nah - Hatta Kata tanya Kata pembenar - Siapakah - Ya - Apa - Benar Kata Tugas PrafrasaKata pembenda - cekapnya - mudahnya Kata penekan - sesungguhnya - setepat-tepatnya


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM138 Bina perenggan dengan kata-kata tersebut. Maka ada seorang orang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh TunPeraksedikit.Maka ia berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah kepadabentaraSeri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datangmenghadap.Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, "Orang ini, ya Tuan Tun Perak, mengadukanhalnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak. Mengapakahmaka demikian pekerti tuan hamba?” Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri Amertaberkata-kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya, “Tuan Seri Amerta, akantuanhamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu juatuanhambapeliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan. Akan pekerjaankami orangmemegang negeri di mana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar tempurung sekalipun, negerinamanya; baik juga kepada kami, maka kami kerjakan, kerana Yang Dipertuan tahuakanbaiknyajuga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli Yang Dipertuan hendakmencercahamba sebab orang itu, pecatlah hamba dahulu, maka cercakan hamba dengandia. Jikalauhamba belum dipecat, bagaimana hamba hendak dicerca?" Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Padahatibaginda, "Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi PerdanaMenteri."AKTIVITI 3 - Terokai maklumat yang berkaitan dengan penentangan terhadappenjajahdanceritakannya semula. Cadangan Aktiviti: 1. Murid mencari maklumat tentang peristiwa penentangan terhadap penjajah daripadabukusejarah, novel, drama, filem, dokumentari dan laman sesawang. 2. Murid menceritakan maklumat yang diperoleh di kelas sebagai aktiviti PBD. Contoh penentangan terhadap penjajah


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM139 Filem tentang penentangan terhadap penjajah Laman sesawang yang berkaitan: https://patriotikblog.wordpress.com/2017/09/25/tokoh-tokoh-perjuangan-tempatan-menentang-british/


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM140 SEJARAH MENDEWASAKAN KITA (HALAMAN 106 - 107) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.4.4 Menulis untuk membuat kesimpulan yang lengkap dan menepati temamenggunakanayat yang gramatis dan ungkapan yang menarik. AKTIVITI 1 - Teliti bahan dan tentukan jenis kesimpulan yang sesuai mengikut temadaripadabahan tersebut. Kemudian, tulis perenggan kesimpulan tersebut dengan menggunakanayat yanggramatis dan ungkapan yang menarik. Contoh 1 Kesimpulannya, mata pelajaran Sejarah terbukti mempunyai pelbagai kepentingan,terutamanya kepada para pelajar. Sejarah merupakan ilmu hidup yang memandu manusiauntukmenjalani kehidupan yang sempurna. Di sebalik setiap lembaran teks sejarah, terkandungpelbagai pedoman hidup dan pengajaran bagi memandu generasi muda hari ini. Subjekini harusdiberikan perhatian sewajarnya oleh para pendidik, ibu bapa, dan pelajar. Oleh hal yangdemikian,semua pihak perlulah berusaha mencapai matlamat mata pelajaran Sejarah demi kesejahteraandan keamanan negara. Contoh 2 Tuntasnya, kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah negara amat pentingdalampembentukan masyarakat yang sentiasa menghayati dan menghargai jasa-jasa pejuangtanahairyang berjuang untuk kebebasan kita pada hari ini. Jadi, pelajar terutamanya tidaksewajarnyamengeluh untuk mempelajari matapelajaran kerana di dalamnya terkandung 1001 iktibar, teladanserta pengajaran untuk pedoman hidup. AKTIVITI 2 - Apakah peristiwa penting yang tidak dapat dilupakan dalamhidupanda?Mengapakah anda menganggap peristiwa tersebut penting? Peristiwa yang tidak dapat dilupakan dalam hidup: - pemergian Ibu buat selama-lamanya - peristiwa ini penting kerana: - bermula saat pemergian ibu buat selama-lamanya itu, saya terpaksa berdikari untukmeneruskan hidup bersama ayah. - tidak ada lagi tempat untuk meluahkan perasaan. - kehilangan kasih sayang seorang ibu. - tidak ada lagi orang yang mengajar saya memasak. - tidak ada lagi orang yang menegur jika saya melakukan kesalahan denganpenuhkasihsayang.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM141 TEKSTIL WARISAN (HALAMAN 108 - 109) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.3.1 Mendengar, menyebut semula dan menyusun fakta serta hujah daripada pelbagai situasidengan betul, tepat dan bermakna. AKTIVITI 1 - Dengar dan sebut semula fakta serta hujah berdasarkan bahan. 1. Murid mendengar maklumat yang diperdengarkan melalui alat perakam. 2. Murid menyebut semula fakta serta hujah yang didengar berdasarkan bahan. 3. Murid berinteraksi dengan kawan-kawan secara berkumpulan tentang definisi kaintelepukdankelebihan kain telepuk kepada si pemakai serta proses membuat kain telepuk. 4. Murid menyusun fakta serta hujah dengan betul, tepat dan bermakna. Teks imbasan (Kod QR) Tekstil Warisan Telepuk merupakan karya seni menghiasi kain dengan serbuk berwarna emas yangamat uniksekali. Berdasarkan sastera lama, telepuk bermakna bunga atau lain-lain yang diperbuat daripadaemas. Seni ini banyak berkembang di negeri Pahang dan Johor suatu ketika dahulu. Telepukbiasanya menghiasi baju kurung labuh Riau, kain sarung dan kain ikat kepala. Penghasilankaintelepuk melalui beberapa proses iaitu proses menenun kain, membuat penerapukiranbunga,menggerus dan menelepuk. Kain untuk ditelepuk hendaklah daripada jenis kain yanghalusdanpadat tenunannya. Penerap atau acuan pula perlu diukir dengan motif-motif tradisional secaracermat. Proses menggerus pula menggunakan siput gerus bertujuan untuk menggilapdanmelicinkan kain. Proses menelepuk bermula dengan menyapukan sejenis gamyangdinamakangam Arab pada lengan. Kemudian penerap akan ditekap pada gam di lengan dan dipindahkankepermukaan kain. Selepas itu, serbuk emas dalam bentuk perada ditekap di ataskainuntukmeninggalkan kesan emas pada motif yang telah diukir. Hasil kraf tekstil ini amat unik keranamotifbagi setiap jenis kain berbeza. Bagi baju kurung, motif bunga pecah lapan membentukhiasanhatiberantai digunakan. Kain sarung pula dipenuhi lingkaran dan urutan motif bunga pecahenamdanlapan. Kain ikat kepala pula lebih berpusat kepada motif bunga cengkih pecah empat bahagiandalam dan kelopak disusun berantai serta mengarah ke dalam. Kain telepuk amat menarikketikadipakai kerana serbuk emas akan menampakkan kilauan pancaran cahayanya. Perkara-perkara yang boleh disebut semula oleh murid-murid selepas mendengar audio1. Definisi telepuk – merupakan karya seni menghiasi kain dengan serbuk berwarnaemasyangamat unik sekali. 2. Tempat berkembangnya seni telepuk – Pahang dan Johor. 3. Tiga bahagian baju dihiasi telepuk – baju kurung labuh Riau, kain sarung dan kainikat kepala.4. Proses menghasilkan kain telepuk – empat proses.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM142 5. Keistimewaan kain telepuk – menarik ketika dipakai kerana serbuk emas akan menampakkankilauan pancaran cahayanya. AKTIVITI 2 - Susun fakta dan hujah daripada pelbagai situasi. Cadangan penyusunan fakta dan hujah dalam pelbagai situasi BIL FAKTA HURAIAN HUJAH(PEMBINAANKARANGANFAKTA) 1 Definisi telepuk merupakan karya seni menghiasi kain dengan serbuk berwarna emas yang amat unik sekali PENDAHULUAN2 Sejarah perkembangan seni telepuk bermula di Pahang dan Johor PENDAHULUAN3 Proses menghasilkan kain telepuk proses menelepuk bermula dengan menyapukan sejenis gam yang dinamakan gam Arab pada lengan. Kemudian penerap akan ditekap pada gam di lengan dan dipindahkan ke permukaan kain. Selepas itu, serbuk emas dalam bentuk perada ditekap di atas kain untuk meninggalkan kesan emas pada motif yang telah diukir ISI 4 Keistimewaan kain telepuk menarik ketika dipakai kerana serbuk emas akan menampakkan kilauan pancaran cahayanya PENUTUPASPEK SENI BAHASA SP: 4.3.1 Menghasilkan skrip drama secara berpandu dengan menggunakan gayabahasayangsesuai dan menarik. AKTIVITI 3 - Hasilkan skrip drama tentang pengalaman menjalankan usaha untuk menghidupkantekstil warisan. Skrip drama: Pengalaman menjalankan usaha untuk menghidupkan tekstil warisan*Contoh Tekstil Warisan - Batik, songket, tenun Pahang Diraja, pua dan dastar TAJUK PENGALAMAN DI GALERI POHON BUDI DURASI 30 MINIT WATAK BUDIN


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM143 AH HONG VINTHIYA PUTRI LATAR TEMPAT BILIK SENI SEKOLAH LATAR MASA WAKTU PAGI BUDIN Selamat pagi rakan-rakan yang dikasihi. Apa khabar semua?AH HONG VINTHIYA PUTRI Selamat pagi, Budin. Kami semua sihat. Apa cerita pagi-pagi ni, Budin?Awak kelihatan sangat ceria. BUDIN Saya ingin berkongsi satu cerita tentang pengalaman saya semasasayaberada di Galeri Pohon Budi. Adakah awak semua mahu mendengar cerita saya? AH HONG Wah….. macam menarik je pengalaman yang awak ingin ceritakantu. Ceritalah Budin. BUDIN Baiklah. Untuk pengetahuan kawan-kawan , pada cuti sekolahbaru-baruini saya telah membantu abang saya yang terlibat dalammenjalankanusaha menghidupkan tekstil warisan di Galeri Pohon Budi. VINTHIYA Tekstil warisan? Apa tu? PUTRI Tekstil warisan ialah jenis-jenis kain yang dihasilkan masyarakat terdahuluserta perhiasan yang dipakai sebagai lambang kemegahan ataustatussosial contohnya batik, tenunan, songket, tekatan, sulaman danlain-lainlagi . VINTHIYA DAN AH HONG 0ooo… faham.. faham. Teruskan cerita awak Budin. BUDIN Pada mulanya abang saya meminta bantuan saya membuat kertaskerjaberkaitan bengkel ini selepas perbincangan teliti dilakukan. Antaraisi perbincangan kami ialah pengenalan berkaitan bengkel yang akandiadakan, objektif bengkel, jenis-jenis produk pameran, sasarandantarikhcadangan. AH HONG Sudah tentu banyak perkara yang harus difikirkan untuk membuat kertaskerja. Nampaknya bukan mudah hendak mengadakan bengkel ya, Budin.BUDIN Ya, betul tu. Abang saya menyemak kertas kerja yang telah sayasiapkanagar projek pameran galeri berjalan dengan lancar. VINTHIYA Selepas itu, apa yang perlu dilakukan? BUDIN Selepas saya menyiapkan kertas kerja tersebut, saya mengikut abangsaya ke Pasar Payang, Terengganu kerana di sana terdapat beberapapengusaha yang menjalankan perniagaan warisan tekstil. Selepasberbincang dengan pengusaha-pengusaha di sana, mereka bersetujuuntuk meminjamkan beberapa produk warisan tekstil milik merekauntukdijadikan bahan pameran. PUTRI Sudah tentu produk tekstil mereka cantik-cantik dan unik.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM144 BUDIN Betul tu, Putri. Saya sangat kagum dengan warisan tekstil kitayangtelahdiusahakan sejak zaman masyarakat tradisional seperti telepuk, sulamandan tekatan. AH HONG Sambunglah cerita awak lagi, Budin. BUDIN Oleh sebab tujuan abang saya mengadakan Galeri Pohon Budi adalahuntuk mengadakan pameran tekstil warisan dengan objektif untukmenghidupkan tekstil warisan, abang saya menghebahkan usahanyamelalui banner yang dipasang di jalan-jalan raya utama di sekitar tempat kami. Rasa seronok sangat semasa aktiviti menggantung banner. Tetapi sebelum itu, kami perlu meminta kebenaran daripada Majlis Perbandarandi tempat kami. AH HONG Seronoknya…. BUDIN Pada hari yang telah ditetapkan, ramai pengunjung yang datangkegaleri kami. Abang saya meletakkan produk-produk tekstil yang dipinjamkanoleh pengusaha teksil di Pasar Payang dalam bekas kaca yangcantikuntuk menjaga kualiti produk tersebut. VINTHIYA Ramaikah pengunjung yang datang pada hari tersebut? BUDIN Ya, sambutan yang diberikan sungguh luar biasa. Pengunjungyangdatang terdiri daripada pelbagai generasi iaitu murid-murid sekolah, pegawai-pegawai dari sektor kerajaan dan swasta serta orangawam. PUTRI Apakah yang berlaku di pameran tersebut? BUDI Pengunjung yang datang bertanya pelbagai soalan tentang produkyangdipamerkan. Abang saya dan rakannya sungguh sibuk menjawabpersoalan-persoalan daripada pengunjung antaranya alat yangdigunakanuntuk menghasilkan telepuk, sulaman dan tekatan. AH HONG Adakah peralatan yang digunakan untuk menghasilkan tekstil warisandipamerkan juga, Budin? BUDIN Ya, selain mempamerkan produk tekstil, abang saya juga telahdiperkenalkan oleh pengusaha warisan tekstil dengan orang-orangyangmasih menggunakan peralatan untuk menghasilkan kain telepuk, alat sulaman dan alat menenun tekat. PUTRI Sungguh menarik cerita awak Budin. Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dengan kami. AH HONG VINTHIYA Betul tu. Cerita awak memberikan banyak manfaat kepada kami. Terimakasih, Budin.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM145 AKTIVITI 4 - Rancang dan adakan pameran mini tentang tekstil warisan di bilik darjahanda. Tugasan AJK Huraian Tugas AJKPenyediaan kertas kerja Penyelaras Projek Kelulusan kertas kerja Pengurus Projek Mesyuarat 1 Semua AJK Pameran Semua AJK Penutup / Dokumentasi Semua AJK


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM146 TERCATAT DALAM SEJARAH (HALAMAN 110 - 111) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul. AKTIVITI 1 - Baca bahan dengan telitinya dan senaraikan maklumat yang terkandungdalambahan tersebut. Kemudian, buat kesimpulan. TEKNIK QUACK Q Question mark (Tanda soal) diletakkan pada perkataan, rangkai kata &ideayangkabur dan tidak difahami U Underline (Garis) menggarisi takrif A Asterisk (Asterik) meletakkan tanda * pada maklumat atau idea yang pentingataumenarik C Circle (Bulatkan) membulatkan fakta dan definisi panjang K Keyword (Kata kunci) meletakkan huruf besar K di sebelah kata kunci (biasanyaberhuruf condong) Contoh Penggunaan Teknik Bacaan QUACK


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM147 Contoh Kesimpulan Bagi mengakhiri diskusi pintar ini, dapat kita rumuskan bahawa bandar Taipingmerupakansalah sebuah bandar warisan di Malaysia yang telah tercatat dalam lakaran sejarahnegara. Sudahpastinya bandar Taiping perlu dijaga terutama dari segi kebersihan dan keamananbagi menjaminpengekalan bandar warisan. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan memainkan perananutamadalam melestarikan bandar warisan dengan memelihara dan memulihara khazanahini dari lapukdek zaman. Namun begitu, jika semua pihak tidak menjalankan obligasi masing-masing, makapengiktirafan bandar Taiping sebagai bandar ketiga terbaik dunia bagi kategori Anugerah100Destinasi Lestari Terbaik Dunia 2018 tidak mampu dikecapi semula pada masaakandatang.Justeru, biarlah matahari terus bersinar , biarlah pepohon terus menghijau dan biarlahMalaysiaterus gemilang dengan masyarakat yang bekerjasama dan berganding bahu bagai aur dengantebing dalam mengekalkan bandar Taping sebagai bandar warisan . Saya berharapagar semuapihak dapat bersama-sama mengekalkan bandar Taiping agar tetap unggul denganciri-cirisejarahnya walaupun arus kemodenan semakin berkembang pesat. Oleh itu, sayainginmenegaskan sekali lagi bahawa bandar Taiping merupakan Bandar Warisan yangperludijagademi memastikan nama Malaysia semakin dikenali di seantero dunia.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM148 AKTIVITI 2 - Tulis puisi tentang keistimewaan bandar tempat tinggal anda. Contoh Puisi Murid boleh diminta mencipta puisi tentang keistimewaan bandar tempat tinggal merekasecaraberkumpulan.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM149 BACAAN LUAS - ALA, EMAK KAHWINKAN AKU! (HALAMAN 112 -113) AKTIVITI 1 - Baca petikan dengan telitinya. Kemudian, nyatakan sikap yang ditunjukkanolehTahir.Sikap yang ditujukkan oleh Tahir ialah: 1. Seorang yang pandai mengambil hati. Sebagai contoh, Tahir menurut permintaan daripada ibu, bapa dan Maryammengenai persiapanperkahwinannya agar tidak melukakan hati mereka. 2. Seorang yang sukar dan buntu membuat keputusan Sebagai contoh, Tahir buntu untuk memberitahu Maryam mengenai rancangan ibunya. 3. Seorang yang cepat bertindak Sebagai contoh, Tahir cepat dan sempat menghubungi Pak Long Mat lebihawal keranadibimbangi merajuk jika lewat memberitahu berkenaan urusan masak-memasak 4. Seorang yang penyayang Sebagai contoh, Tahir tidak pernah menolak permintaan kekasihnya Maryam. 5 .Seorang yang bijak merancang Sebagai contoh, Tahir telah merencanakan majlis perkahwinannya selama lima tahun. AKTIVITI 2 - Jika anda menjadi Tahir, apakah keputusan yang anda akan ambil? Berikanalasananda. Sekiranya saya Tahir, keputusan yang saya akan ambil ialah: 1. Berterus terang mengenai rancangan yang dirancang oleh ibu saya dan Maryam. Alasannya ialah bagi mengelakkan perkara-perkara yang mendatangkan kemudaratanpadaharikejadian dan akan datang. 2. Membawa ibu dan Maryam berbincang secara bersemuka Alasannya ialah bagi memastikan kedua-duanya mendengar pendapat masing-masingdankemudiaannya mencari kata putus dalam persiapan perkahwinan. 3. Menggabungkan idea ibu dan Maryam Alasannya ialah bagi memastikan hati dan perasaan kedua-dua pihak dapat dijagakeranakedua-dua akan menjadi mentua dan menantu. 4. Mengadakan majlis perkahwinan dengan penuh kesederhanaan. Alasannya ialah kos perkahwinan yang dirancang sangat tinggi dan tidak perlu diadakansemuakerana ada aktiviti tidak menjejaskan majlis.


Click to View FlipBook Version