MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM250 5. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah membuat kajian batimetri pada2001 menggunakan kaedah “side scan sonar” dengan kedalaman yang diperolehialah14meter di bahagian dasar tasik. 6. Air tasik ini ialah air tawar dengan kandungan alkali yang tinggi. 7. Pelan pemuliharaan sistematik telah dilakukan di Pulau Dayang Bunting olehLADAiaituagensi yang menguruskan hal ehwal pembangunan Langkawi. 8. Kajian saintifik berkaitan Langkawi Geopark turut dilakukan secara berkala danpenerbitanturut dibuat oleh LESTARI dengan dibantu pelbagai agensi lain. 9. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan dan dibangunkan secaralestari untukkeselesaan pengunjung yang berupa wakaf, tempat solat, bilik air, pelantar terapung,kedaicenderahati, laluan jalan kaki yang selamat untuk mendaki ke tasik, laluan jalankaki terapungdi atas tasik dan jambatan, kemudahan rekreasi untuk kayuhan basikal air danjugakemudahan terapi percuma iaitu “natural spa”. 10. Tasik Dayang Bunting ialah tempat yang harus dikunjungi sekiranya andainginlebihmemahami Geoforest Park. (Sumber : Bahagian Geopark dan Konservasi, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA))
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM251 TEMA 14 - SIHAT DAN BERSIH PILIHANKUIKRAR ANDA, HARAPAN MEREKA (HALAMAN 190 - 191) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.8.1 Merumus isu semasa dengan kritis dan bernas secara jelas menggunakanayat yangbetul dan gramatis. AKTIVITI 1 - Teliti dan jelaskan isu yang terkandung dalam bahan. Bahan 1 - Fakta dan Prosedur Pendermaan Organ dan Tisu di Malaysia. 1. Setiap individu berpotensi untuk menjadi penderma organ dan tisu termasuklahpesakit yangmati otak. 2. Sebelum menderma, individu berkenaan akan dirujuk ke Pusat Sumber TransplanNasionaluntuk dibuat penilaian sama ada individu tersebut sesuai untuk menjadi penderma atautidak. 3. Sekiranya individu tersebut berpotensi, sesi kaunseling dengan ahli keluarga pendermaakandijalankan. 4. Keizinan secara bertulis diperlukan daripada keluarga. 5. Pendermaan organ dan tisu yang terdiri daripada kes bunuh diri, kemalangan dankesbunuh,keizinan daripada majistret dan polis perlu diperoleh. 6. Pasukan dari Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang dan Institut Jantung Negaradigerakkanke lokasi hospital melalui jalan udara atau darat. 7. Proses pembedahan untuk mendapatkan organ dan tisu daripada penderma dijalankandenganpenuh hormat dan bertatasusila. 8. Akhir sekali, organ yang didermakan tersebut akan dipindahkan kepada penerimadi pusattransplantasi. Bahan 2 - Statistik Pendermaan Organ antara Tahun 2008 - 2015 1. Statistik pendermaan organ antara tahun 2008 – 2015 merangkumi PendermaOrgandanPengikrar Penderma Organ. 2. Sumber daripada Pusat Sumber Transplan Nasional Malaysia menunjukkanberlakupeningkatan secara berterusan dari tahun 2008 – 2015. 3. Pada tahun 2008, jumlah penderma ialah 26 orang dan terus meningkat menjadi 71orangpadatahun 2015 3. Pengikrar Penderma Organ pada tahun 2008 seramai 12,242 orang dan angkanyaterusbertambah menjadi 46,650 orang pada tahun 2015.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM252 Bahan 3 - Isu Pendermaan Organ 1. Pendermaan organ tidak menjejaskan rupa dan tubuh mayat. Pengebumian bolehdijalankanseperti biasa. 2. Proses pengambilan organ dan tisu untuk transplan hanya dilakukan dengan kebenaranbertuliswaris. 3. Agama Islam mengharuskan pendermaan organ dan tisu setelah seseorang meninggal duniamanakala agama lain juga membenarkannya. 4. Penderma yang masih hidup hanya boleh mendermakan sebahagian daripadahatinyaatausalah satu buah pinggangnya. AKTIVITI 2 - Rumuskan isu tersebut dengan jelasnya, kritisnya, dan bernasnya menggunakanayatyang gramatis. Rumusan membincangkan prosedur, statistik dan isu pendermaan organ di Malaysia. Prosedur pendermaan organ bagi pesakit yang mati otak, dirujuk kepada Pusat SumberTransplan Nasional. Penilaian dibuat sama ada penderma sesuai untuk pendermaanorgandantisu. Selain itu, sesi kaunseling dengan ahli keluarga penderma dijalankan. Keizinandaripadamajistret dan polis diperoleh bagi kes pendermaan organ yang melibatkan kes kemalangan, bunuhdiri dan kes bunuh. Statistik penderma organ meningkat daripada 26 orang pada 2005kepada71orang pada 2018. Manakala, statistik pengikrar penderma organ juga meningkat menjadi 46650pada 2018. Pendermaan organ tidak akan mencacatkan mayat. Selain itu, kerisauanwarismembenarkan pengambilan organ dapat diatasi. Malahan pendermaan organ merupakantuntutanagama.Kesimpulannya, isu pendermaan organ dan tisu harus disebarkan agar penerimaorgandapat menjalani hidup yang sempurna. (120 patahperkataan)AKTIVITI 3 - Hasilkan iklan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentinganpendermaanorgan dan tisu.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM253 MITOS PERUBATAN (HALAMAN 192 -193) KEMAHIRAN MEMBACA SP : 2.3.5 Membaca dan mengulas pandangan penulis secara rasional. AKTIVITI 1 - Baca teks dengan telitinya. Kemudian, ulas pandangan penulis. Ulasan : 1 Doktor memaklumkan kepada Hasnun bin Rizwan bahawa perubatan moden masihtidakdapatmembuktikan bahawa tabiat kerap mandi malam boleh menyebabkan paru-paruberair. Hal inidikatakan demikian kerana, paru-paru berair sebenarnya disebabkan oleh kegagalanjantung,jangkitan tuberkulosis, atau masalah paru-paru. Ulasan : 2 Doktor memaklumkan kepada saudara Ashokkumar a/l Perumal, bahawa tindakanmengambil airtulang belakang adalah selamat kerana prosedur dilakukan oleh pegawai perubatanyangterlatih.Doktor juga memaklumkan bahawa pengambilan air tulang belakang sangat pentinguntukmemberikan maklumat tertentu tentang pesakit yang melibatkan penyakit saraf. Ulasan : 3 Doktor menjelaskan kepada Puan Hajah Rashidah binti Baharom bahawa makanantambahantidak boleh menggantikan ubat. Doktor juga menasihati Puan Hajah Rashidah supayaberhati-hatisemasa membeli produk makanan tambahan kerana kebanyakan makanan tambahantidakdiujisecara menyeluruh akan keselamatannya. Ulasan : 4 Doktor menjelaskan kepada Jaklin Juanis Konsoi bahawa parasetamol hanya kekal di dalambadan selama beberapa jam sahaja dan diurai oleh hati, sebelum disingkirkan melalui air kencing.Oleh itu, kita tidak perlu risau untuk mengambil parasetamol sebagai ubat untuk mengurangkankesakitan seperti sakit kepala, sakit gigi, serta menurunkan suhu badan. ASPEK TATABAHASA SP: 5.3.3 Mengenal pasti dan menggunakan ayat tunggal susunan biasa, susunansongsangdanayat majmuk dengan betul mengikut konteks. AKTIVITI 2 - Kenal pasti ayat tunggal susunan biasa, ayat tunggal susunan songsangdanayatmajmuk yang terdapat dalam petikan Jawapan rujuk buku teks halaman 241 dan 242
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM254 AKTIVITI 3 - Tulis soalan kepada pakar perubatan. Soalan tersebut mestilah mengandungi ayattunggal susunan biasa, ayat tunggal susunan songsang dan ayat majmuk SOALAN 1 Doktor, Saya wanita berumur 23 tahun dan mendapati rambut saya ada rambut keriting padahal rambutsebenar saya lurus. Ada yang mengatakan rambut itu dipanggil rambut gatal. Bolehsayatahuapapunca dan cara menyelesaikan masalah rambut tersebut? SOALAN 2 Doktor, Saya wanita berumur 26 tahun, saya kerap mengalami mata berpinar. Penglihatansayaakanterganggu dan tidak selesa kemudian kepala saya akan sakit. Sangat risau saya akanhal ini. SOALAN 3 Doktor, Saya wanita 20-an. Saya mengalami masalah sukar mendapatkam tidur yang lena. Sayakeletihan.Setiap malam apabila bersendirian saya akan rasa sedih dan merasakan sayamanusiatakberguna untuk sesiapa. Saya perasan berat badan saya menurun. Saya tidak berminat melakukanlagi perkara yang dahulunya sangat saya suka. Mood saya senang berubah. Kerapmenjadiseorang yang pemarah walaupun hal kecil. Apabila ada peluang saya lebih suka menyendiri. Sayapernah melarikan diri dan mencederakan diri saya sendiri. Apa yang patut saya buat?Sayabuntu.Setiap kali saya jadi begini saya akan fikir untuk bunuh diri oleh sebab saya fikir orangsekelilingsaya lebih bahagia tanpa saya. Saya perlukan penjelasan. Terima kasih doktor. SOALAN 4 Doktor, Saya mengalami masalah kekurangan vitamin B akibat diet ekstrim yang saya amalkan. Namun,saya sudah berhenti mengamalkan diet itu dan cuba mengamalkan pemakanan yangsihat. Sayajuga mengambil vitamin B kompleks dalam dos yang kecil dan minimum. Berapa lamakahmasayang diperlukan untuk bebas daripada kesan kekurangan vitamin B ini? Berapakahdosyangdisyorkan bagi pesakit yang kekurangan vitamin B ini?
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM255 AKTIVITI 4 - Dengan merujuk pelbagai bahan, jelaskan perbandingan antara perubatanalternatifdengan perubatan moden. Perubatan Alternatif Perubatan ModenRawatan dibuat di premis selain klinik dan hospital. Rawatan dilakukan di klinik atauhospital kerajaan atau swasta. Matlamat perubatan alternatif menyembuhkan penyakit, mencegah daripada berlakunya penyakit, dan menambah baik tahap kesihatan atau sekurang-kurangnya mengekalkan kesihatan yang sedia ada. Matlamat perubatan moden menyembuhkanpenyakit, mencegah daripada berlakunyapenyakit, dan menambah baiktahapkesihatan atau sekurang-kurangnyamengekalkan kesihatan yang sediaadaPerubatan alternatif menganggap bahawa penyakit ialah akibat ketidakseimbangan antara diri dan persekitaran, yang kebanyakannya disebabkan oleh gaya hidup. Perubatan moden menganggapbahawapenyakit disebabkan oleh agenseperti bakteria dan virus yang berasal dari luartubuh, oleh kecederaan dan jugaprosesdegenerasi. Individu dirawat secara menyeluruh dan fungsi badan dilihat sebagai suatu gabungan yang harmonis dan seimbang antara jasad, akal dan roh. Rawatan juga menekankan tanggungjawab individu dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Penyakit biasanya dirawat melalui ubat-ubatan dan pembedahan. Kejayaan perubatan alternatif merawat pesakit kronik sehingga sembuh sukar diterima dan masih dianggap sebagai kebetulan kerana tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Selain itu, ubat-ubatan yang digunakan juga diragui keselamatannya. Perubatan moden masih gagal merawatdengan sempurna beberapa jenispenyakit,khususnya penyakit-penyakit kronik.Perubatan moden hanya berjayamerawatgejala penyakit, tetapi bukan puncapenyakit.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM256 VEKTOR PEMBAWA PENYAKIT (HALAMAN 194 - 195) KEMAHIRAN MENULIS SP: Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks. AKTIVITI 1 - Analisis perenggan teks di bawah ini, sama ada mempunyai kejituan ideaatautidak.Berikan alasan. Aktiviti : 1. Guru dan pelajar berbincang tentang syarat kejituan idea dalam penulisan (Info Bestari ms195)2. Murid secara berkumpulan diminta membincangkan kejituan idea pada satu perengganyangdipilih (forum ms 194). Pelajar diminta menggarisi idea utama bagi setiap perenggan. 3. Murid membetulkan dan menulis semula teks tersebut sekiranya idea perenggantersebut tidakjitu. 4. Murid membandingkan jawapan mereka dengan jawapan kumpulan lain. 5. Murid dalam kumpulan membincangkan kerangka perenggan isi yang mempunyai ideayangjitutentang aspek kebersihan yang sering diabaikan oleh masyarakat. (pengukuhan) AKTIVITI 2 - Bagi perenggan yang ideanya tidak jitu, betulkan dan tulis teks tersebut semula,Kemudian, bandingkan jawapan anda dengan jawapan rakan anda. Contoh Jawapan Aktiviti 2 Tan Mei Jia Kesatuan perenggan: - Menjurus satu idea sahaja iaitu tentang leptospirosis (pengenalan) - Pengenalan / pendahuluan yang memadai kepanjangannya. Kepaduan: - Maklumat teratur dan tidak melompat-lompat. Perkembangan: - Perkembangan lengkap dan memadai. - Namun contoh cara penyebaran leptospirosis kurang lengkap, sepatutnya terdapat vektor lain seperti anjing, babi dan lembu. Kalaiwani Kesatuan perenggan: - Menjurus satu idea iaitu tentang punca leptospirosis berlaku. Kepaduan: - Maklumat teratur dan tidak melompat-lompat. - Bermula dengan idea utama iaitu punca, contoh haiwan , carapenyebaran dan cara manusia dijangkiti. Perkembangan: - Perenggan yang lengkap dengan idea utama dan huraiannya.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM257 Haji Alias Kesatuan perenggan: - Dua idea iaitu simptom dan kesan , tetapi masih berkaitandanbolehdigabungkan perbincangannya. Kepaduan: - Ayat pertama dan kedua tentang cara rawatan secara umum. Sepatutnya diletakkan pada akhir perenggan sebagai rumusanperenggan, atau buat perenggan baru. Perkembangan: - Idea pokok dan huraian yang lengkap. Contoh Jawapan Aktiviti 3 (pembetulan pada perenggan): Tan Mei Jia Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Leptospira yang disebarkanolehtikusdan haiwan lain seperti anjing, babi dan lembu melalui air atautanahdanmenjangkiti manusia melalui kulit, mata, hidung atau makanan. (penambahanfakta) Haji Alias Ayat pertama dan kedua letak pada akhir ayat sebagai rumusan perenggan. AKTIVITI 3 - Huraikan aspek kebersihan yang sering diabaikan oleh masyarakat. Contoh Jawapan Aktiviti 5 : Aspek kebersihan yang sering diabaikan oleh masyarakat danlangkah mengatasinya. (pengukuhan) – fokus tentang kejituan idea Ayat topik Kebersihan tandas dan bilik air di rumah Mengapa Sikap mementingkan diri sendiri dan mengharapkan orang lain membersihkannya. Bagaimana Setiap ahli keluarga mesti mempunyai kesedaran untuk memastikantandassentiasa bersih. Contoh - Bersihkan tandas sekurang-kurangnya menjirus air setelahdigunakan. - Membersihkan tandas dengan memberus lantai, dinding danmangkuk tandas dengan bahan pencuci antibakteria seminggusekali. - Secara individua atau gotong-royong / bergilir-gilir. ( peribahasa bagai aur dengan tebing) Kesan Tandas menjadi bersih, berbau harum , selesa digunakan dan tiadajangkitan kuman Rumusan Ahli keluarga berperanan penting bagi memastikan kebersihan tandasdanbilik air di rumah.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM258 Aspek kebersihan lain: 1. Kebersihan diri sendiri 2. Kebersihan kawasan luar rumah 3. Kebersihan dapur rumah 4. Kebersihan penyediaan makanan 5. Kebersihan kawasan taman rekreasi / permainan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM259 DEBU-DEBU DI UDARA (HALAMAN 196 - 197) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.5.1 Mengenal pasti jenis, kesesuaian soalan dan kesesuaian masa untuk mengemukakansoalan terhadap individu atau kelompok secara bertatasusila. AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, bina dan senaraikan soalan yang sesuai dari segi jenisdansituasi. Kemudian, jalankan sesi soal jawab. Contoh sesi soal jawab situasi 1 Cuaca yang kering dan berdebu menyebabkan Fariz menghidapi demam, batuk danselesema.Fariz telah pergi ke pusat kesihatan untuk menerima rawatan. Semasa menungguuntukmengambil ubat, seorang mak cik telah mendekati Fariz dan menanyakan beberapasoalan. Mak cik Assalamulaikum nak. Boleh mak cik tahu nama anak ni? Fariz Waalaikumussalam. Nama saya Fariz. (menjawab sambil terbatuk-batuk) Mak cik Mak cik lihat Fariz kurang sihat. Bagaimanakah keadaan kesihatan Faris sebenarnya? Fariz Ya, mak cik. Saya bukan sahaja batuk dan selesema, tetapi saya juga demam. Mak cik Cuaca sekarang panas, kering dan berdebu. Adakah keadaancuacayangmenyebabkan Fariz berasa kurang sihat? Faiz Benar, mak cik. Cuaca sekarang kering dan berdebu. Saya alah dengandebu. Mak cik Fariz, minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk mengekalkanhidrasi badan. Selain dapat mengelakkan kekeringan pada hidung dantekak, Farisjuga hendaklah menjauhi tempat yang sesak dengan orang ramai terutamamerekayang batuk dan bersin. Faiz Baiklah. Terima kasih atas nasihat mak cik. Contoh sesi soal jawab situasi 2 Rumah Syafiqah banyak habuk kerana masih dalam proses pengubahsuaian. OlehsebabSyafiqah menghidap penyakit asma, dia alah terhadap habuk. Dia mengalami sesaknafasdanbatuk-batuk. Oleh itu, dia tidak hadir ke sekolah selama dua hari. Rakan-rakantelahdatangmenziarahinya. Rakan 1 Bagaimanakah keadaan awak pada hari ini Syafiqah? Syafiqah Penyakit asma saya semakin sembuh. Bagaimanapun, doktor memintasayauntuk berehat di rumah sehingga esok. Rakan 2 Boleh saya tahu, apakah yang menyebabkan awak mendapat penyakit asma?Syafiqah Rumah saya dalam proses pengubahsuaian. Habuk dan debu berterbangandi
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM260 seluruh penjuru rumah saya. Saya alah terhadap habuk dan debu. Rakan 3 Selain berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan, apakahtindakanlainShafiqah menjaga diri daripada terkena penyakit asma lagi? Syafiqah Tindakan pertama yang saya lakukan ialah saya tinggal bersamadenganneneksaya di rumahnya ini sehinggalah proses pengubahsuaian rumahsayasiap. Selain itu, saya juga mengamalkan terapi pernafasan yang saya perolehmaklumat ini melalui aplikasi Youtube. Terapi ini apabila dilakukansecararutin,dikatakan dapat membantu meningkatkan fungsi paru-paru untuk menampungdan menyerap oksigen, serta turut mencegah penyakit asma datangmenyerang. Rakan-rakan Semoga awak cepat sembuh, Syafiqah. Syafiqah Terima kasih. ASPEK SENI BAHASA SP: 4.4.2 Mempersembahkan syair dan pantun dengan nada dan intonasi yang sesuai melaluipelbagai media secara kreatif. AKTIVITI 2 - Persembahkan pantun dengan nada dan intonasi yang sesuai melalui pelbagai mediasecara kreatif. 1. Murid mempersembahkan pantun Bahaya Habuk secara kreatif melalui pelbagai mediasepertiTik Tok, video, rakaman audio, dan sebagainya. AKTIVITI 3 - Bagaimanakah cara anda membasmi habuk di rumah? Buktikancaratersebutberkesan. 1. Kerap membersihkan rumah agar habuk tidak melekat pada dinding dan peralatanrumah.2. Gunakan peralatan moden di pasaran seperti alat pembersih udara dan pengionudaraagar udara di dalam rumah menjadi lebih bersih. 3. Menggilap perabot menggunakan cecair khas secara berkala.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM261 MARAH, JANGAN ENGKAU MARAH (HALAMAN 198 - 199) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.5.2 Mengolah maklumat daripada pelbagai bahan dalam bentuk grafik yangsesuai danmenarik. AKTIVITI 1 - Baca teks dan senaraikan maklumat yang terkandung dalamteks tersebut. Murid membaca teks dan menyenaraikan maklumat menggunakan Borang CHATT: a. Faktor-faktor berasa marah i. Faktor luaran yang merangkumi lingkungan sosial dan alam sekitar. ii. Faktor dalaman yang berkaitan dengan sikap. b. Kesan-kesan berasa marah i. Kadar denyutan jantung dan tekanan darah meningkat. ii. Tahap hormon tenaga, adrenalina dan noradrenalina bertambah. iii. Bertindak agresif terhadap orang yang dimarahi. iv. Perhubungan silaturahim terjejas. v. Menghasilkan ketegangan fizikal serta psikologi seseorang. vi. Cenderung untuk mengeluarkan kata-kata kesat. c. Cara-cara mengurus kemarahan i. Kembali ke posisi normal. ii. Mendiamkan diri. iii. Bertenang. iv. Mengambil masa untuk memberikan maklum balas. v. Membasuh muka atau mandi. vi. Mengambil masa yang secukupnya sebelum menjawab sebarang respons. vii. Berjumpa dengan kaunselor. AKTIVITI 2- Olah maklumat tersebut dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik. Murid boleh menggunakan aplikasi Canva yang berikut: i. Infografik ii. ‘Comic Strip’ iii. ‘Animated Social Media’ iv. ‘Graphic Organizer’ v. Video vi. ‘Presentations’
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM262 AKTIVITI 3 - Cadangkan cara lain untuk menenangkan diri dan kongsikannya denganrakan. 1. Murid boleh melaksanakan aktiviti ini menggunakan bahan grafik dalamAktiviti 2. 2. Cadangan cara lain untuk menenangkan diri : i. Mendengar muzik kegemaran ii. Menyanyikan lagu kegemaran iii. Menjerit sekuat hati iv. Melakukan solat sunat v. Beristighfar vi. Minum minuman sejuk
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM263 PEMULIHAN - WAJAH DAMBAAN HATI (HALAMAN 200) Analisis kejituan idea teks di bawah ini dan betulkannya. Aktiviti: 1. Murid membaca petikan Cara Menjaga Kebersihan Kulit (muka surat 200) dangurubersoaljawab dengan murid untuk mencungkil pengetahuan sedia ada murid tentang topikyangakandibincangkan. 2. Murid diarahkan membentuk 4 kumpulan dan setiap kumpulan diarahkan membuat analisisteks dengan menggunakan teknik bacaan ACID. 3. Murid menganalisis kejituan idea yang terdapat dalam petikan dan menyusun ideadenganlebihtepat dan terarah. 4. Murid akan menyusun fakta sebenar dalam bentuk teks rumusan dan mempersembahkanmaklumat berdasarkan bahan bacaan yang betul serta membuat keputusan yang bernas.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM264 Contoh kejituan teks yang telah disusun mengikut keutamaan idea Perenggan 2 (Idea tentang keperluan mandi untuk kesihatan kulit) Remaja hendaklah selalu mandi untuk menjaga kebersihan kulit. Tambahanpularemajamudah berpeluh. Sabun tidak memudaratkan kulit tetapi jika digunakan berlebihanbolehmenyebabkan kulit menjadi kering. Bagi yang berkulit sensitif, elakkan menggunakansabunyangmempunyai wangian dan pewarna kerana boleh menyebabkan radang kulit. Kulit jugamudahmenjadi kering jika kita kerap mandi menggunakan air panas. Pakaian bersihperludisalinmengikut keperluan sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari untuk menjagakebersihankulit. Perenggan 3 (Menjurus kepada kepentingan pelembap untuk kesihatan kulit) Pelembap juga membantu mengekalkan kelembapan kulit. Minyak bayi bolehdigunakanuntuk disapu pada kulit yang kering. Remaja yang kulitnya berminyak pulatidakperlumenggunakan sebarang pelembap. Untuk menjaga muka berminyak, bahan penyegar perludigunakan untuk menutup liang roma. Penggunaannya boleh menyebabkankulit kurangberminyak. Di sekitar kelopak mata pula, bahan pelembap perlu disapu untuk mengurangkankeradangan kulit mata yang sensitif dan nipis. Perenggan 4 (Urutan idea yang betul) Kulit berjerawat ialah masalah yang dihadapi oleh kebanyakan remaja. Jerawat ialahliangroma tersumbat dan dijangkiti kuman. Hal ini dikatakan demikian kerana, solekan berminyakbolehmerangsang pembiakan bakteria pada muka serta membuatkan liang roma tersumbat. Justeru,remaja yang menghadapi masalah jerawat perlu memilih produk penjagaan kulit yangbebasminyak. Oleh itu, jangan sesekali memicit jerawat kerana boleh menyebabkan jangkitankumandan meninggalkan parut.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM265 PENGAYAAN - CEGAH SEBELUM PARAH (HALAMAN 201) AKTIVITI 1 : Baca kenyataan akhbar di bawah dengan telitinya. Kemudian, olah maklumat yangterkandung dalam kenyataan akhbar tersebut dalam bentuk grafik. Jenis-jenis Penyakit, Gejala dan Kesan Akibat Gigitan Nyamuk AedesPenyakit Sebaran Nyamuk Aedes Gejala/Simptom Penyakit Kesan Penyakit Denggi - demam panas - pening - sakit di belakang bebola mata - sakit otot dan sendi - loya dan muntah - ruam a) Demamdenggi biasab) Demamdenggi berdarah. - boleh membawa maut - mudah lebam- pendarahan di bawahkulit, hidung dan gusi - pendarahan pada seluruhbadan Cikungunya - pening - demam - keletihan - loya dan muntah - sakit otot dan sendi - ruam - sakit sendi berterusanselama beberapa bulanatautahun. - boleh membawa maut Zika - sakit di belakang bebola mata - muntah - cirit-birit - sakit pada bahagian perut - gejala jangkitan zikaberlakusecara sederhana ataukritikal - gejala hilang sendiri tanpasebarang rawatan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM266 Demam Denggi, Zika dan Chikungunya di Malaysia AKTIVITI 2 - Ulas isu dan jelaskan langkah pencegahannya. Isu Berbangkit 1. Kematian akibat penyakit bawaan nyamuk semakin meningkat setiap tahun. 2. Kesedaran masyarakat tentang kesan buruk penyakit bawaan nyamuk masih rendah. Langkah-langkah Pencegahan Penyakit Bawaan Nyamuk 1. Melakukan gotong-royong di peringkat taman perumahan dan peringkat kebangsaanmelalui Kempen Perangi Aedes. 2. Melakukan semburan fogging pada waktu petang untuk membunuh nyamuk Aedes dewasayang membawa virus penyakit. 3. Memastikan bekas-bekas makanan yang boleh menakung air untuk pembiakan nyamukAedesditanam atau dibakar. 4. Kerajaan mengenakan denda terhadap pemilik kediaman yang didapati mempunyai tempatpembiakan nyamuk Aedes. 5. Gunakan serbuk Abate dalam tangki air atau bekas tadahan air untuk mengelakkannyamukmembiak di takungan air.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM267 6. Tutup pintu dan tingkap sekerap mungkin terutamanya pada waktu senja dan subuhataupasang jaring penghalang serangga untuk mengelakkan nyamuk Aedes masuk kedalamrumah. 7. Elakkan diri daripada berada di luar rumah pada waktu senja dan subuh keranapadawaktuitunyamuk Aedes keluar mencari mangsa. 8. Gunakan semburan serangga pembunuh nyamuk atau ubat lingkaran nyamuk elektrikdi dalamrumah.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM268 TEMA 15 - ANGIN PERUBAHAN MEMBADAI BAHASA ALAM (HALAMAN 204 - 205) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.8.2 Mengulas karya dengan menyatakan kekuatan dan kelemahan secara jelas, bernasdankritis menggunakan ayat yang betul dan gramatis. AKTIVITI 1 - Hayati karya. Kemudian, ulas kekuatan dan kelemahan karya secarajelas, bernasdan kritis menggunakan ayat yang betul dan gramatis. KEKUATAN KARYA 1. Dari sudut tema Fungsi atau kepentingan tumbuh-tumbuhan/daun - Kumpulan tumbuhan membentuk susunan yangseimbang, kelihatan cantik jika terselit bunga-bungaanpada pokok tersebut. - Menyegarkan mata, menenangkan fikiran yang berserabut - Menjadi penahan ketika ribut atau taufan - Penawar bagi pelbagai penyakit - Mengekalkan udara segar - Mereput menjadi baja 2. Mesej Mesej yang jelas iaitu: 1. Mengajak pembaca menghargai alam sekitar khususnyatumbuh-tumbuhan. 2. Memberi kesedaran kepada pembaca tentang kepentingandan fungsi tumbuh-tumbuhan terhadap alamdan kehidupan. 3. Menjadikan daun sebagai satu teladan, nampak seperti tiadaapa-apa tetapi jika diperhalusi banyak faedah/manfaatnya. 4. Biarlah kita menjadi seperti daun yang memberikanmanfaat kepada orang lain tanpa disedari. 3. Gaya bahasa 1. Mesej mudah difahami kerana pemilihan diksi dan penyusunan kata-kata indah menggunakan perkataanyangmudah tetapi membawa pengertian yang mendalam. Contoh : formasi yang harmonis - susunan yang seimbang, pawana - angin, perungkai nyeri - penawar sakit 2. Unsur pengulangan - Anafora
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM269 Contoh: Tumbuh Tumbuh Hijau Hijau - Pengulangan baris ayat Contoh: Aku ingin menjadi seperti daun (diulangpadasetiap rangkap) 3. Penggunaan istilah sains Contoh: fotosintesis, klorofil, stoma bertepatan dengantajuk“daun” 4. Penulis 1. Bijak mengaplikasi alam sekitar dalam menghasilkankarya memandangkan isu alam sekitar satu isu yangpentingdan perlu diberikan perhatian. 2. Boleh memberikan idea kepada mereka yang baharumulahendak menulis - mengambil benda daripada persekitarandengan melihat ciri-cirinya. KELEMAHAN KARYA 1. Bentuk/Ciri-ciri 1. Sajak ini agak panjang untuk dijadikan bahan pembelajaranmurid. 2. Bagi murid yang lemah, mereka masih bermasalah untukmemahami maksud sajak ini dan masih perlu bimbingandaripada guru. AKTIVITI 2 - Cari maklumat yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Kemudian ciptasajak. Maklumat tentang sains dan teknologi
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM270 Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2020/12/769610/manfaat-sains-teknologiinovasi-makmurkan-negara CONTOH SAJAK Teknologi dan Kemodenan Teknologi, Dikau bergerak seiring dengan kemajuan globalisasi Kewujudanmu mewujudkan sentimen modenisasi Penggunaanmu mendatangkan perubahan Peralihan ke arah kemodenan sejagat Teknologi, Dikaulah cabang ilmu kepada pencarinya Penggunaanmu turut dikaitkan dengan sains Kemajuan ilmu sains menjadi mudah dengan teknologi Sains dan teknologi menjadi lambang kemajuan minda bangsa
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM271 Teknologi, Dikau perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya Kealpaan menggunakanmu mendatangkan kesan kepada pembangunan bangsa Kelekaan mempraktikkanmu mewujudkan kemusnahan negara Sema ada engkau membangun atau memusnahkan bergantung kepada niat engkau digunakan. Era Kemajuan Era ini Sains dan teknologi menuju kemajuan Pelbagai kaedah dicipta untuk manusia Untuk kemudahan dan kemakmuran Manusia diberi akal dan nyawa Supaya dapat mencipta Supaya dapat mengubah Kehidupan yang lebih sempurna Sains dan IT Melengkapi zaman Ada buruk ada baiknya Harus diingati harus diawasi Demi generasi yang bakal memegang dunia
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM272 FUTURIS (HALAMAN 206 - 207) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyenuntukmeningkatkan penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang. AKTIVITI 1 - Berdasarkan kedua-dua bahan, baca dan senaraikan kosa katayangsukarditemukan. Kemudian, cari maksud kosa kata tersebut. Kosa kata bidang sastera dan teknologi Bil Kosa kata sukar Maksud 1 menopang menyangga, menahan, menongkat 2 tertancap terpacak 3 kerlingan pandangan mata melirik, lirikan 4 terkedu terkesima, tercengang, termangu-mangu5 menjegilkan membeliakkan mata 6 lamunan fikiran yang bukan-bukan, angan-angan7 pemegang taruh pemegang amanah 8 teknologi hijau pembangunan dan aplikasi produk, peralatansertasistem untuk memelihara alamsekitar danalamsemula jadi dan meminimumkan atau mengurangkankesan negatif daripada aktiviti manusia. 9 tenaga solar teknologi untuk mendapatkan tenagabergunadaripada cahaya matahari 10 mengecas mengalirkan arus elektrik ke dalambateri yanglemahuntuk disimpan supaya bateri lebih kuat dantahanlebih lama 11 glamor daya tarikan yang menakjubkan 12 Internet benda (IoT) (IoT - Internet of Things) jaringan benda fizikal yang dilengkapi sensorataupenggerak, perisian dan teknologi lain yangbertujuanuntuk menyambungkan dan bertukar datadenganperanti lain atau sistem melalui Internet. 13 prototaip model pertama yang dibina bagi menghasilkansesuatu yang dapat dijadikan asas bagi menghasilkanmodel yang lebih baik 14 hentaman hasil (kesan, perbuatan dsb) melanggar dengankuat
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM273 ASPEK SENI BAHASA SP: 4.4.3 Mempersembahkan cerpen secara langsung dengan kreatif dan menarik. AKTIVITI 2- Persembahkan cerpen secara kreatif dan menarik. 1. Murid berbincang untuk mempersembahkan cerpen Pencipta Teknologi dalambentukinfografik yang menarik, rakaman video, persembahan multimedia dan sebagainya. 2. Murid mempersembahkan hasil tugasan kepada kelas. AKTIVITI 3 - Cipta cerpen yang bertemakan futuristik. CERPEN Cerpen ialah cerita berdasarkan fakta dicampur dengan imaginasi. Hal ini bermaksud, cerpenialahsatu gabungan yang tidak seimbang antara pengalaman (realiti/benar berlaku) denganrekaan(imaginasi) pengarang. Panjangnya cerpen adalah antara 5,000 hingga 20,000 patahperkataan.Makna dari segi istilah, cerpen itu ialah cerita pendek. Apa yang mesti ada dalam karya sastera seperti cerpen? Intelek iaitu ada sesuatu pemikiran yang tinggi dalam cerpen tersebut. Maknanyadalamkaryatersebut ada mesej yang mahu disampaikan kepada pembaca supaya bolehdirenungdandifikir oleh pembaca untuk dijadikan panduan, mendapatkan pengetahuan dan pengalaman. Pancaran emosi dalam cerpen tersebut sama ada gembira, sedih, sinis. Maknanyacerpentersebut memilih persoalan dan stail/gaya bahasa yang boleh dihayati denganbaikolehpembacanya dan dapat menimbulkan suatu fikiran khusus serta memberikankesanpengajaran dan hiburan. Peristiwa/persoalan dalam cerpen tersebut dituliskan dengan mata hati dan matafikiriaitudengan imaginasi yang mengandungi unsur-unsur pemikiran bukan angan-angan. Adamatlamat dalam penulisan cerpen ini dan biasanya hal-hal yang positif. Sesebuah cerpen ada teknik persembahannya iaitu cara olahannya, susunanperistiwanyadan diksi-diksi yang dipilihnya.Sumber: http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/111Cerita futuristik bercerita tentang masa depan. Cerpen ini ditulis pada masa ini, tetapi ceritanyamengisahkan perihal masa depan. Cerita fantasi seperti ini biasanya, penulis ingin mengetahui apa-apa yang terjadi pada masa depan dan mengangan-angankannya. 1. Murid boleh membaca contoh cerpen bertemakan futuristik di laman sesawang yangberikut: http://farhayusalim.blogspot.com/2013/12/cerpen-bertemakan-futuristik.html http://sitishas.blogspot.com/2013/12/cerpen-tema-futuristik-misi-pulang-ke.html http://hilmiunderage.blogspot.com/2013/12/cerpen-futuristik.html
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM274 2. Murid mencipta cerpen bertemakan futuristik secara kreatif dan menarik. 3. Sinopsis cerpen bertemakan futuristik. Cerpen Annyss Sophillea terdapat dalamantologi AnakLaut dan cerpen Hipertensi dalam antologi Sejadah Rindu.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM275 HARGA TEKNOLOGI (HALAMAN 208 - 209) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks. AKTIVITI 1 - Kenal pasti kesalahan bahasa dalam bahan. Kemudian, betulkan kesalahantersebut.Bahan : Antara Kepentingan dengan Ancaman BIL SALAH BETUL 1 Ini kerana Hal ini dikatakan demikian kerana2 pada masa kini pada masa ini / kini 3 diperolehi diperoleh 4 di kalangan dalamkalangan 5 sudut jarak Bahan 1 : Kegunaan Ketenteraan dan Keselamatan BIL SALAH BETUL 1 pengawasan pengawas 2 penandaan penanda 3 adalah ialah 4 di mana dron yang 5 merakamkan merakam6 mangsa musuh 7 setengah sesetengah 8 Malaysia juga, Malaysia, 9 diperkenal diperkenalkan 10 yang berkaitan dengan di bawah Bahan 2 : Props Penggambaran Filem BIL SALAH BETUL 1 sudut tinggi jarak jauh 2 dari daripada 3 prop-prop prop 4 sebuah sesebuah Bahan 3 : Servis Penghantaran Barang BIL SALAH BETUL 1 Di antara Antara 2 menggunakan dengan menggunakan3 adalah ialah 4 pengguna beli dibeli oleh pengguna5 yang dengan 6 pengguna-pengguna pengguna Petikan Berita 1 : PDRM Bakal Guna Teknologi Dron BIL SALAH BETUL 1 hujung tahun ini pada hujung tahun ini 2 perlaksanaan pelaksanaan 3 anggota-anggotanya anggotanya
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM276 4 digunakan antara lain untuk digunakan untuk 5 contohnya seperti contohnya / seperti 6 awam aman 7 sekitar di sekitar Petikan Berita 2 : UPM Perkenal Teknologi Pantau Tanaman Guna Dron BIL SALAH BETUL 1 memperkenal memperkenalkan 2 berpenghasilan keberhasilan 3 menggunakan dengan menggunakan4 pantauan pemantauan 5 200 petani 200 orang petani 6 di dalam dalam7 kepada pada Petikan Berita 3 : Guna Dron Cari Aedes BIL SALAH BETUL 1 usaha perangi usaha untuk memerangi 2 nyamuk-nyamuk nyamuk 3 ia dron 4 adalah ialah 5 tinggi berisiko AKTIVITI 2 - Analisis bahan untuk menentukan kejituan idea bahan tersebut. Menentukan kejituan idea dalam bahan Antara Kepentingan dan Ancaman Kesatuan perenggan: - Menjurus kepada satu idea sahaja iaitu pengenalan tentangdron.- Pengenalan/ pendahuluan yang memadai kepanjangannya. Kepaduan: - Maklumat teratur dan tidak melompat-lompat. Perkembangan: - Perkembangan lengkap dan memadai sebagai perengganpengenalan / pendahuluan. Kegunaan Ketenteraan dan Keselamatan Kesatuan perenggan: - Menjurus kepada satu idea iaitu tentang kegunaandrondalamaspek ketenteraan dan keselamatan. Kepaduan: - Maklumat teratur dan tidak melompat-lompat.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM277 - Bermula dengan idea utama iaitu sejarah penggunaandron,perkembangan dron, masalah yang timbul dan caramengatasimasalah. Perkembangan: - Perenggan yang kurang sempurna kerana idea utamatentangkegunaan dron dalam aspek keselamatan ketenteraantidakdihuraikan. Props Penggambaran Filem Kesatuan perenggan: - Menjurus kepada satu idea iaitu kegunaan dron sebagai propspenggambaran filem. Kepaduan: - Ayat kedua tentang kepentingan dron sebagai propspenggambaran filem sepatutnya diletakkan sebagai ayat judul. - Ayat pertama dijadikan ayat huraian isi. Perkembangan: - Idea pokok dan huraian yang lengkap. Servis Penghantaran Barang Kesatuan perenggan: - Menjurus kepada satu idea iaitu kegunaan dron dalamservispenghantaran barang. Kepaduan: - Urutan idea yang teratur dan tidak melompat-lompat. Perkembangan: - Idea pokok dan huraian yang lengkap. PDRM Bakal Guna Teknologi Dron Kesatuan perenggan: - Menjurus kepada satu idea tentang hasrat PDRMuntukmenggunakan teknologi dron. Kepaduan: - Maklumat teratur dan tidak melompat-lompat. Perkembangan: - Idea pokok dan huraian yang lengkap. Guna Dron Cari Aedes Kesatuan perenggan: - Menjurus kepada satu idea tentang kegunaan dron untukmencariaedes. Kepaduan: - Ayat ketiga tentang kegunaan dron untuk mencari aedessepatutnya diletakkan sebagai ayat judul. - Ayat pertama dan kedua ialah ayat huraian. Perkembangan: - Idea pokok dan huraian yang lengkap. UPM Perkenal Kesatuan perenggan: - Menjurus kepada satu idea tentang kegunaan dronsebagaiteknologi pemantauan tanaman di UPM.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM278 Teknologi Pantau Tanaman Guna Dron Kepaduan: - Ayat ketiga sepatutnya diletakkan pada akhir penggansebagairumusan perenggan , atau buat perenggan baru. Perkembangan: - Idea pokok dan huraian yang lengkap. AKTIVITI 3 - Terokai maklumat tentang dron daripada pelbagai bahan dan analisis kejituanideadalam bahan tersebut. 1. Murid menerokai maklumat tentang dron daripada pelbagai bahan di laman sesawang. 2. Petikan bahan daripada akhbar https://www.utusan.com.my/gaya/2020/10/dron-ganti-tenaga-kerja-manusia/ 3. Analisis kejituan idea dalam petikan di bawah. Dron ganti tenaga kerja manusia BERDEPAN Revolusi Perindustrian (IR4.0), sektor pertanian juga perlu bergerak seiringdenganpenggunaan teknologi dalam bidang tersebut. Salah satunya adalah penggunaan dron atau pesawat tanpa pemandu (UAV) dalamindustripenanaman padi bagi menggantikan kaedah penyemburan racun serangga secara manual. Kaedah yang semakin popular itu bukan sahaja mampu mengurangkan kebergantungantenagakerja malah membantu petani menjimatkan kos dan masa. Namun, tidak semua termasuk dalam kalangan anak muda yang mahir denganpenggunaanteknologi itu yang memerlukan teknik yang betul mengendalikan dron khususnyadalambidangpertanian. Menyedari keperluan itu, Kolej Komuniti Arau dengan kerjasama Woegar AG(M) Sdn. Bhd.mengadakan kursus pengendalian dron bagi Agriculture Pilot Drone (APD) selamaempat haripada 11 hingga 14 September lalu. Seramai 23 peserta terdiri daripada pelajar kolej tersebut menyertai kursus yangmemberipendedahan kepada mereka mengenai kaedah mengendalikan dron, pemasangan, penggunaanSistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dan cara menerbangkan dron. Pengarah Urusan Woegar, Mohd. Shazwan Suban berkata, sepanjang tempoh kursustersebut,peserta menunjukkan komitmen yang cukup tinggi untuk belajar teknologi berkenaan. Malah katanya, dalam masa singkat sahaja, rata-rata peserta juga sudah boleh mengendalikandron termasuk daripada segi pemasangan dan penggunaan GPS. Kata Mohd. Shazwan, pihaknya memberi pendedahan dari semua aspek bermuladenganpengenalan mengenai teknologi dron dalam pertanian, cara pemasangan sehinggalahkerja-kerjamenerbangkan dron.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM279 “Melihat kepada kesungguhan peserta, mendorong kita menganjurkan kursus seperti ini dalamskala yang lebih besar lagi selepas ini iaitu mengumpul pelajar daripada kolej komuniti seluruhnegara menyertainya. “Penggunaan dron khususnya dalam bidang pertanian pada masa ini dilihat pentingbagimenyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda yang berminat dalamsektor pekerjaanberasaskan teknologi,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini. Sementara itu, Mohd. Shazwan berkata, pihaknya menyediakan perkhidmatan 30buahdron,lengkap dengan tenaga pengajar bagi membantu petani atau sesiapa sahajabelajarmengendalikan peranti tersebut. “Seperti semua sedia maklum IR4.0 bakal memberi kesan kepada sektor pertanian. Selarasdengan itu, pihak Woegar mengambil inisiatif untuk bergerak seiring dengan perkembanganrevolusi tersebut dengan menyediakan perkhidmatan dron untuk pertanian. “Selain perkhidmatan dron untuk tujuan penyemburan racun serangga ini, kita jugamembantumereka belajar menguasai penggunaannya. “Sudah tiba masanya teknologi ini (dron) diperluaskan dalam sektor pertanian keranaiabukansahaja lebih berkesan untuk tanaman malah menjimatkan masa dan kos. Setiapmusim, kitamemerlukan enam kali atau lebih proses menyembur racun ini,” katanya. Sementara itu, Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Arau, Surizan Romli berkata, kursustersebutmembantu memberi pendedahan kepada pelajar menguasai teknologi tersebut. “Diharap pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh sepanjang kursus tersebut,” katanya.Dalam pada itu, Kolej Komuniti Arau turut mengadakan kerjasama strategik bersamaWoegardanIkhwan Afifi Resources Agro Sdn. Bhd. bagi meningkatkan kebolehpasaranpelajar kolejberkenaan. Selain itu, enam peserta yang menyertai kursus tersebut turut telah ditawarkan pekerjaandenganWoegar sebagai pemandu atau pilot dron.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM280 Kelebihan dron » Mengurangkan penggunaan tenaga kerja, menjimatkan masa serta penggunaan input pertaniandalam jangka masa panjang. » Sebagai contoh, penggunaan dron untuk menyembur racun bagi keluasan satu hektar kawasantanaman padi hanya memerlukan masa sekitar 20 minit berbanding kaedah manual iaitulebihsejam bagi keluasan sama. » Bagi keluasan satu hektar kos penggunaan dron adalah antara RM60 hingga RM70berbandingmembayar upah tenaga kerja iaitu RM120 bagi keluasan sama dan memerlukan masayanglebihlama. Bahan Tambahan: https://www.jupem.gov.my/jupem18a/assets/uploads/images/contents/20200302103558-b22ca-2.-potensi-penggunaan-drone-di-malaysua-dari-perspektif-aktiviti-geospatial-dan-pengawasan-jupem-.pdf https://iluminasi.com/bm/5-cara-teknologi-dron-digunakan-bagi-faedah-kepada-manusia.html https://www.mywilayah.com/2019/11/faedah-dan-keburukan-dron.html
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM281 MAKAN SAINS, TIDUR SAINS (HALAMAN 210 - 211) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.7.1 Berbincang dengan mengemukakan idea yang bernas dan rasional tentangsesuatuperkara secara bertatasusila. AKTIVITI 1 - Dengan berdasarkan bahan, kemukakan idea yang bernas dan rasional tentangbahan secara bertatasusila. PERBINCANGAN BERKAITAN MANFAAT SAINS DALAM KEHIDUPAN MANUSIA: 1. Kemajuan dalam bidang sains dapat memudahkan komunikasi antara manusia. Contohnya,penciptaan pelbagai alatan komunikasi dan gajet seperti telefon pintar yang menjadi mediumperhubungan yang sangat penting dan berkesan antara manusia. 2. Kemajuan dan inovasi dalam bidang sains dan teknologi dapat menyumbangkepadaperkembangan industri kesihatan. Contohnya, para saintis dan pakar perubatantelahberjayamencipta vaksin Covid-19 yang akan memberikan manfaat kepada manusia di seluruhpelosokdunia. 4. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dapat meningkatkan martabat sektor pendidikannegara di mata dunia. Contohnya, negara kita telah dipandang tinggi dengan kejayaanDatukDoktor Sheikh Muzaffar yang telah mengharumkan nama negara apabila berjaya menjejakkankakike angksa lepas. Selepas kejayaan beliau itu, muncul lebih ramai pakar dalambidangsainsperubatan, bidang astronomi, bioteknologi, kejuruteraan, reka cipta dan sebagainyahasil daripadagalakan dan insentif daripada pihak kerajaan dalam bidang pendidikan. 4. Kemajuan dalam bidang sains dapat memudahkan pergerakan manusia denganpenciptaanpelbagai sistem pengangkutan awam yang moden, canggih dan laju seperti transit aliranringan(LRT), monorel, dan sebagainya. 5. Pelbagai penyelidikan dan inovasi (Research and Development) dalambidangsainsdapatmemulihara dan memelihara alam sekitar. Selain itu, kemajuan dalambidang bioteknologi danteknologi pemakanan juga dapat meningkatkan hasil pertanian dan agrikultur. 6. Sains juga dapat meningkatkan daya kreatif dan kreativiti manusia dengan pelbagai rekaciptaalatan dan keperluan yang dapat membantu memudahkan tugas dalamkehidupanseharianmanusia.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM282 AKTIVITI 2 - Berbincanglah dengan rakan anda tentang satu projek sains yang akandijalankan.1. Murid berbincang tentang projek sains yang akan dijalankan. 2. Murid boleh melayari laman-laman sesawang di bawah, untuk mendapatkan ideatentangprojeksains. 3. Layari: https://www.cikguhailmi.com/2020/03/30-eksperimen-sains-mudah-buat-di-rumah.html https://www.raihanjalaludin.com/2019/05/contoh-projek-aktiviti-mudah-sains.html
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM283 INOVASI 5G (HALAMAN 212 - 213) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.3.4 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional. AKTIVITI 1 - Baca dan analisis bahan untuk mengenal pasti punca masalah. Kemudian,kemukakan cadangan penyelesaian secara rasional. “Teknologi 5G merupakan teknologi jaringan pantas yang mampu mencapai kelajuan20Gbps. danmembolehkan inovasi yang canggih seperti robotik, kereta swapandu, rangkaianpintar, bandarpintar dan pelbagai inovasi lain direalisasikan.” Punca masalah: Cabaran yang perlu dihadapi jika teknologi dan inovasi 5G diperluas. a. Penyalahgunaan media sosial dan Internet b. Isu kesihatan c. Isu keselamatan d. Pergaulan sosial semakin terbatas Cadangan penyelesaian masalah: a. Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berwajib. b. Pihak kerajaan mengadakan kempen bagi memberikan kesedaran mengenai fungsi danimplikasi 5G. c. Pihak media harus berperanan menyebarkan dan menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat. ASPEK TATABAHASA SP: 5.3.4 Mengenal pasti dan menggunakan ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, danayatseruan yang betul mengikut konteks. AKTIVITI 2 - Kenal pasti jenis-jenis ayat dalam bahan dan bina ayat berdasarkan jenis-jenisayattersebut mengikut konteks. (Jawapan disediakan pada muka surat 242 - 243) Bina Ayat Jenis Ayat Contoh Ayat Ayat Penyata 1. Perkembangan teknologi 5G di Malaysia mampu menjanalebihbanyakpeluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat. 2. Teknologi 5G mempunyai keupayaan untuk mengubah fungsi teknologimudah alih kepada masyarakat.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM284 Ayat Tanya 1. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh masyarakat setelahteknologi5G diperluas? 2. Teknologi 5G mampu mengubah gaya hidup masyarakat, bagaimana?Ayat Perintah 1. Jangan berlari di kawasan ini. 2. Ibu bapa, mohon pantau penggunaan peranti anak-anak anda. Ayat Seruan 1. Wah, perkembangan teknologi 5G mampu memudahkan kerja! 2. Syabas, inovasi 5G telah mempercepat proses pembangunanekosistemdigital di Malaysia! AKTIVITI 3 - Berdasarkan bahan, cipta bahagian kesudahan cerita menggunakanpelbagai jenisayat. Malah, kita semua harus berganding bahu untuk menghadapi pelbagai cabaranyangtimbulkesan ledakan inovasi 5G ini. Bagaimana segala cabaran 5G dapat diatasi jika kitasemuatidakbersatu? Cabaran seperti isu kesihatan, isu keselamatan, isu penyalahgunaan mediasosial danInternet serta isu pergaulan sosial yang semakin terbatas perlu ditangani secara bijakolehsemuapihak. Setiap keputusan dan tindakan harus dilakukan secara berhati-hati umpamamenarikrambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak agar tidak ada pihakyangsalingmenuding jari.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM285 BACAAN LUAS - BIODIESEL (HALAMAN 214 - 215) AKTIVITI 1 - Baca bahan dan senaraikan kosa kata yang ditemukan. Kemudian, cari maksudkosakata tersebut. Bil Perkataan Maksud 1 biobahan api Bahan bakar yang tenaganya berasal dari bahan tumbuhan. 2 alternatif Pilihan yang merupakan kemestian(keharusan); hanya ada satu – hanyaadasatu pilihan (jalan) sahaja. Satu pilihan antara dua kemungkinan3 bersubsidi Mendapat atau diberi subsidi: bas disediakan dengan tambang yang Mendapat subsidi; dijalankan ataudiurusdengan subsidi Subsidi – bantuan berupa wang ataukebendaan (biasanya daripada kerajaan) yang diberi kepada sesuatu pihak tertentu- Wang bantuan yang diberikan olehkerajaan kepada sesuatu perbadanan4 kualiti udara Peringkat kebaikan atau nilai sesuatu: tahapkecemerlangan (yang tertinggi): Keadaan di sekitar sesuatu tempat / hawa/ cuaca; buruk baik sesuatu Darjah kecemerlangan biasanya yangtinggi, mutu cuaca / hawa 5 pelepasan Perihal melepaskan, pembuangan, pemecatan, perbuatan atau hal melepaskan6 bahan bakar Sesuatu yang dibubuh ke dalamapi (seperti kayu, arang batu, minyak) untuk membakar Benda yang dipakai untuk membakar (dalamenjin dll) Barang-barang yang akan dinyalakan(seperti minyak tanah dsb) 7 depoh Gudang atau tempat menyimpan barang- barang Pusat latihan untuk rekrut dan pengganti
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM286 Pusat latihan atau pusat pengambilanorang-orang baru untuk polis atau tentera8 dilabelkan Dinamakan, dicapkan 9 diadun Digaul, menggaulkan sesuatu campuran10 penghasilan Perihal menghasilkan , pengeluaran, Pendapatan, perolehan Perbuatan menghasilkan; pengeluaranAKTIVITI 2 - Kenal pasti masalah yang dihadapi. Kemudian, cadangkan idea yangbernasdanrasional bagi mengatasi masalah tersebut. MASALAH - Kurang sambutan masyarakat terhadap penggunaan biodiesel sebagai bahanbakar.Mengadakan promosi secara besar-besar bagi menjelaskan faedah biodiesal Mengadakan kerjasama dengan Persatuan Pengeluar Automotif Jepun (JAMA) Mengadakan kajian penggunaan biodiesel sebagai bahan api kenderaan [MPOB - Lembaga Minyak Sawit Malaysia] CADANGAN MENINGKATKAN KADAR PENGGUNAAN BIODIESEL DALAM KALANGAN MASYARAKAT Pihak kerajaan mengadakan kempen kesedaran kebaikan penggunaan biodiesel
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM287 AKTIVITI 3 - Cadangkan usaha-usaha yang dapat dilakukan bagi memperluas penggunaanbiodiesel di Malaysia. Usaha-usaha yang dapat dilakukan bagi memperluas penggunaan biodiesel di Malaysia. 1. Kerajaan menggesa peserta industri, khususnya syarikat terbabit dalamsektor logistik,perladangan dan perkilangan menyokong usaha meningkatkan penggunaan minyak sawit secaradomestik melalui biodiesel B10. 2. Kerajaan mengadakan sesi rundingan bersama syarikat pengeluar kenderaan, persatuanindustri pembuatan dan syarikat petroleum. 3. Kerajaan juga telah melancarkan program kerjasama antara FGV dan LembagaMinyakSawitMalaysia (MPOB). 4. Kerajaan mengadakan kerjasama penyelidikan dengan Mercedes-Benz membabitkan36baskomersial menggunakan biodiesel sawit tulen (B100), B50 (adunan 50 peratus biodiesel sawitdengan diesel) dan B0 (diesel). 5. Komitmen syarikat petroleum, pemain dalam sektor automotif, pengeluar kenderaandanpengeluar peralatan asal (OEM) amat perlu.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM288 TEMA 16 - DIPIMPIN UNTUK MEMIMPINBELIA POSITIF, TERSERLAH WIBAWA (HALAMAN 218 - 219) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.8.1 Merumus isu semasa dengan kritis dan bernas secara jelas menggunakanayat yangbetul dan gramatis. AKTIVITI 1 - Teliti bahan yang diberikan dan buat rumusan secara kritis dengan ayat yangbetuldan gramatis. Bahan 1 :- Belia Harapan Negara Pembangunan Kendiri Belia haruslah bersedia melengkapkan diri denganpelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Contohnya, ilmuagama, sains dan matematik untuk menyumbangkepadapembangunan negara. Hubungan Sosial Belia perlu menjalin hubungan sosial yang baik semasabergaul dalam kalangan masyarakat majmukuntukmewujudkan suasana kehidupan bermasyarakat sentiasaharmoni. Identiti Belia wajar sentiasa mempunyai jati diri yang utuhdantidakmudah dipengaruhi oleh budaya asing dalamkehidupanmereka. Potensi Diri Belia perlu sentiasa meningkatkan potensi diri untukmampuberdaya saing. Kesihatan Belia semestinya mementingkan kesihatandenganmengamalkan budaya hidup yang sihat, menjauhi diri daripada terjebak dalam budaya negatif terutamapenyalahgunaan dadah. Pendidikan Belia perlu mementingkan pendidikan. Merekaperlumenuntut ilmu hingga ke peringkat yang lebih tinggi demi kemajuan negara. Kesejahteraan Ekonomi Belia perlu menceburi peluang pekerjaan untuk menjanapendapatan diri, keluarga dan menyumbang kepadaekonomi negara mengikut kelayakan taraf pendidikan mereka. Keselamatan Belia perlu mengutamakan keselamatan diri daripadaterdedah dengan pelbagai ancaman yang bolehmeragut nyawa seperti kemalangan di jalan raya.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM289 Sosialisasi Politik Belia perlu juga melibatkan diri dalamarena politiksecaramatang untuk kesejahteraan hidup dalamsebuahnegarayang merdeka. Penggunaan Media Belia perlu bijak dalam penggunaan media sama adamediacetak, elektronik mahu pun laman sembang sosial supayatidak terjebak dalam pornografi mahupun penyebaranberitapalsu. Waktu Senggang Belia perlu sentiasa menggunakan waktu senggang/ waktuterluang dengan aktiviti yang bermanfaat. Bebas Tingkah Laku Devian Belia perlu bebas daripada tingkah laku devian (seseorangyang perangainya menyimpang daripada normal) iaitutidakterlibat dengan aktiviti yang bertentangan dengannormamasyarakat dalam kehidupan mereka terutamayangmelanggar hukum agama seperti menukar jantina, seksrambang dan sumbang mahram. Bahan 2 :-Potensi Diri Kepimpinan Belia perlu mempunyai keupayaan memimpin, bijak membuat keputusan dan mengendalikan situasi yangsukar. Berdaya upaya Belia seharusnya mempunyai kebolehan dan keupayaandalam mendorong seseorang untuk sesuatu yang lebihbaik. Sensitiviti /Keprihatinan Belia juga mestilah mempunyai keprihatinan kepadanilai danbudaya masyarakat serta penjagaan alamsekitar. Keusahawanan Belia perlu menjadi kreatif dan inovatif dalammencari peluang dan ruang untuk memaksimumkan sumber yangada. Kreatif Belia seharusnya mempunyai kemampuan, kebolehanataukeupayaan untuk mencetuskan idea serta menghasilkansesuatu yang baharu dan asli. AKTIVITI 2 - Hujahkan pendapat anda tentang potensi diri belia untuk diteladani denganbernasnya. Pendapat saya tentang potensi diri belia untuk diteladani ialah belia perlu melengkapkandiridengan kemahiran yang diperlukan untuk memudahkan penyertaan mereka dalampembangunannusa bangsa serta menghadapi cabaran globalisasi. Kegigihan dalammembuat penyelidikandengan mengaplikasikan ilmu-ilmu yang pernah dipelajari perlu untuk menghasilkaninovasi agar
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM290 Malaysia mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negaralaindari segiR&D (Research anda Development). Belia bersiap siaga untuk menjaga keamanan negara. Golongan beliadigalakkanmenyertai pasukan keselamatan sama ada terlibat secara langsung menjadi anggotakeselamatanatau menjadi sukarelawan sahaja. Sekiranya para belia melibatkan diri secara aktif dalamaktivitiseumpama ini, mereka bukan sahaja menyumbang dalam menjaga kemerdekaannegaramalahmereka dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti menagihdadah, gengsterisme, vandalisme dan mencuri. Justeru, keselamatan negara akanterusterjaminkerana golongan belia sentiasa berada di barisan hadapan untuk mengelakkansejarahlamaberulang kembali bak kata peribahasa, "pisang tidak berbuah dua kali." Golongan belia juga perlu sentiasa memelihara semangat bersatu paduantarakaum. Mereka hendaklah menjalinkan hubungan baik antara kaum dengan mengamalkansikaptolak ansur dan saling menghormati antara satu sama lain. Belia juga harus bijakmenilaikebenaran berita yang diperoleh kerana dikhuatiri terdapat dakyah daripadaorangyangingin menangguk di air yang keruh untuk memecahbelahkan kaum di negara ini. Olehhal yangdemikian, perpaduan amat penting untuk dikekalkan oleh belia demi pembangunannegarayangberterusan dan rakyat hidup dengan tenang seperti air dalam terenang. Golongan belia merupakan pewaris kemerdekaan dan penerus kemajuannegarapadamasa hadapan. Mereka perlu memajukan diri, bersikap proaktif dan bersatu tenagadalammembangunkan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Tanggungjawabyang besar perlu dipikul oleh belia untuk menjadikan Wawasan 2020 yang diilhamkanolehmantanPerdana Menteri yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohammad suatu realiti. AKTIVITI 3 - Huraikan potensi diri anda yang mampu menjadi pemangkin pembangunanbelianegara.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM291 Potensi Diri Sumbangan kepada Negara1. Kepimpinan - menjadi pengawas, ketua darjah dan sebagainya - sejak di sekolah rendah lagi bakat dikesan oleh guru - sifat berani untuk memikul amanah 1. boleh memikul tanggungjawab yangdiamanahkan kerana sudah ada pengalaman 2. mempunyai karisma yang bolehmempengaruhi orang lain 3. berkeyakinan untuk menyelesaikanmasalah 2. Keusahawanan - minat berniaga sejak kecil - lahir dalam keluarga yang berniaga - nampak peluang untuk belajar mendapatkan wang saku melalui perniagaan dalam talian 1. merancakkan sektor ekonomi negaramelalui perniagaan yang dijalankan2. meningkatkan sumber pendapatanmasyarakat 3. memupuk sikap tidak hanya kerjamakangaji sebagai sumber pendapatan / menciptapeluang pekerjaan dan bukan menunggupeluang pekerjaan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM292 MARI MENGUNDI (HALAMAN 220 - 221) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyenuntukmeningkatkan penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang. AKTIVITI 1 - Baca bahan dengan telitinya dan senaraikan kosa kata baharu yangandapelajari.Kemudian, berikan makna perkataan tersebut dengan merujuk pelbagai sumber. Bil. Kosa kata Maksud 1 rapat umum perhimpunan besar orang ramai, berapat berhimpunan(dalamsidang) mengadakan rapat, bermesyuarat, bersidang 2 manifesto pengumuman tentang dasar (polisi, tujuan) sesuatu parti politik/pengisytiharan kepada orang ramai tentang dasar (tujuan, dll)sesuatu parti politik sebelum pilihan raya 3 peneraju orang atau pihak yang menerajui / mengetuai 4 tonggak - kayu yang panjang dan dipasang tegak (tiang telegraf), - tiang rumah (jambatan), - pangkal batang kayu yang masih tegak berdiri (tunggul), - asas, dasar, pokok (pegangan, kepercayaan) 5 penamaan - perbuatan (hal dsb) menamai atau menamakan - perihal pencalonan 6 pemilih pengundi 7 pembubaran perihal (tindakan dsb) membubarkan / menghentikan 8 barong SPR tempat menyemak senarai pengundi ASPEK SENI BAHASA SP: 4.4.3 Mempersembahkan cerpen secara langsung dengan kreatif dan menarik. AKTIVITI 2 - Persembahkan cerpen dengan menggunakan bahan multimedia seperti videodanaudio secara kreatif dan menarik. 1. Murid boleh menonton video berkaitan dengan cara mengundi sebagai panduanuntukmempersembahkan cerpen dalam bentuk bahan multimedia. 2. Pautan video: https://www.spr.gov.my/ms/pusat-media/galeri-video/jomkitaundi-bagaimana-mengundi https://youtu.be/clSfvtdima4
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM293 AKTIVITI 3 - Terokai pelbagai maklumat untuk mengetahui proses pilihan raya di Malaysiadenganlebih lanjut. Rujuk Portal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memperoleh maklumat lanjut berkaitandengan proses pilihan raya: https://www.spr.gov.my/ms/pilihan-raya/penjalanan-pilihan-raya/umumAktiviti Tambahan: Murid dikehendaki membaca halaman 220 dan menyatakan proses pilihan raya di Malaysiadalampeta alir.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM294 PEMIMPIN BERKESAN, PENCETUS KEJAYAAN (HALAMAN 222- 223) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penandawacanayangsesuai. AKTIVITI 1 - Analisis dan olah bahan untuk menghasilkan penulisan dengan menggunakanayatyang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. TUNKU ABDUL RAHMAN (YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni AlmarhumSultanAbdul Hamid Halim Shah) merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliautelahmengetuai delegasi perundingan untuk kemerdekaan ke London pada tahun1955. Dalampada itu, Tunku telah mengadakan perbincangan dengan Kerajaan BritishmengenaiKemerdekaan Tanah Melayu, yang terdiri daripada empat orang wakil Raja-rajaMelayudanempat orang wakil Parti Perikatan, sekali gus telah meyakinkan Kerajaan Britishsupayamenetapkan tarikh Kemerdekaan iaitu 31 Ogos 1957. Akhirnya, Tunku telah digelar sebagai‘Bapa Kemerdekaan’ dan ‘Bapa Malaysia’ atas jasa dan sumbangan yang telahdiberikankepada negara ini. TUN V.T. SAMBANTHAN (Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan) ialah PresidenKongresIndia Malaya (MIC) bermula pada Mei 1955. Seterusnya, Tun Sambanthan jugaturut samamenyertai delegasi perundingan untuk kemerdekaan di London pada tahun 1955. Jikadilihatkepada salah satu sumbangannya kepada negara ialah beliau telah menggalakkanperpaduan kaum dan kesejahteraan rakyat Malaysia melalui programyang dianjurkanketikabeliau menjadi Menteri Perpaduan pada tahun 1971 hingga 1974. Lain daripadaitu, TunSambanthan juga diterima oleh kepimpinan Melayu kerana beliau bersuaradengantidakbegitu lantang termasuk dalam bidang ekonomi dan lebih cenderung untuk menyuarakanmengenai hak mengenai budaya dan bahasa. TUN TAN CHENG LOCK. Tun Tan Cheng Lock dikenali sebagai pengasas danPresidenpertama Persatuan Cina Malaya (MCA). Umum mengetahui bahawa, beliaumerupakanseorang cendekiawan, ahli perniagaan, ahli politik dan seorang yang berpatriotikyangtelahmembantu masyarakat Cina memperoleh kewarganegaraan di Malaya. Bukanitusahaja,beliau merupakan tonggak utama menyokong kerjasama antara kaummelalui penubuhanParti Perikatan yang dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), MCAdan MIC. Kita mengetahui hakikat bahawa, Tun Tan Cheng Lock merupakanpemimpinyang disegani dan diterima oleh kaum lain di Tanah Melayu.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM295 ASPEK TATABAHASA SP: 5.3.4 Mengenal pasti dan menggunakan ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, danayatseruan yang betul mengikut konteks. AKTIVITI 2 - Kenal pasti jenis ayat yang terdapat dalam bahan dan hasilkan dialog. (Jawapan disediakan dalam muka surat 244) 1. Ayat Tanya: Adakah anda mempunyai pemimpin idaman? 2. Ayat Perintah: Tolonglah turun padang, berjumpa rakyat jelata seperti kami. 3. Ayat Perintah: Ambil tahu tentang keperluan kami. 4.Ayat Tanya: Bagaimanakah seorang pemimpin dapat memimpin organisasi denganberkesannya?5. Ayat Penyata: Pada pendapat saya, pemimpin yang memimpin organisasi denganberkesannyaperlu memiliki wawasan yang jelas untuk organisasinya. 6. Ayat seruan: Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pemimpin yang memiliki kriteriasepertiini! 7. Ayat Perintah: Berilah sokongan dan bimbingan agar kami dapat mengutipilmudanpengalaman sebagai persediaan pada masa hadapan. Contoh Dialog Ramli Adakah kalian mempunyai pemimpin idaman? Ah Chong dan Devi Ya, kami mempunyai pemimpin idaman yang sentiasa menolongdanturunpadang, berjumpa dengan rakyat jelata seperti kami ini. Ramli Apakah ciri-ciri pemimpin idaman kalian? Ah Chong Ciri-ciri pemimpin idaman saya ialah prihatin dan berjiwa rakyat. Devi Betul tu Ah Chong, dan sentiasa mengambil tahu tentang keperluankitasemua. Ramli Bagaimanakah seorang pemimpin dapat memimpin organisasi denganberkesannya? Devi Pada pendapat saya, pemimpin yang memimpin organisasi denganberkesannya perlu memiliki wawasan yang jelas untuk organisasinya. Ah Chong Saya ingin sangat-sangat mengucapkan tahniah dan syabaskepadapemimpin yang memiliki kriteria seperti ini! Ramli Betul tu! Saya pun ingin ucapkan tahniah kepada pemimpin yangberintegritiini. Devi Saya berharap agar pemimpin kita dapat memberikan sokongandanbimbingan agar kita dapat mengutip ilmu dan pengalamansebagaipersediaan pada masa hadapan untuk menjadi seorang pemimpin.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM296 AKTIVITI 3 - Hasilkan kajian tentang sumbangan tokoh pemimpin di tempat tinggal anda. Siti Khadijah: Wanita dan Ekonomi Berpisah TiadaJUMAAH NUWAIRAH BIN [email protected] PENGENALAN Datuk Seri Hajah Siti Khadijah binti Musa tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di daerahPasir Mas, Kelantan. Panggilan mesra ‘Kak Jah’ tidak kira peringkat umur, keturunanataubangsa,pasti akan mengenali beliau yang mempunyai rangkaian ekonomi di sekitar bandar Pasir Masini.Dengan memiliki nama ‘Khadijah dan Anak-Anak’, wanita ekonomi ini mampu memberikanratusanpeluang pekerjaan kepada anak-anak muda di daerah ini bagi meningkatkan taraf sosial keluarga.Dengan kudrat sebagai seorang wanita, Siti Khadijah mampu membina empayar perniagaannyadengan jayanya walaupun pelbagai badai yang melanda diri dan keluarganya. Hasil daripadaekonomi perniagaan yang menguntungkan ini, beliau telah menabur bakti menyemai budi kepadamasyarakat di negeri ini. Sememangnya, sudah tidak asing lagi buat masyarakat di sini apabilapelbagai inisiatif telah dilaksanakan demi membangunkan ummah. Prinsip hidupnya, rezeki perludikongsi telah menyebabkan ribuan kaum wanita mengikut jejak langkahnya untukmembantugolongan yang memerlukan. LATAR BELAKANG TOKOH Datuk Hajah Siti Khadijah Musa dilahirkan pada 28 Ogos 1946 di Kampung Kedai Repek, PasirMas, Kelantan. Ibunya bernama Saudah binti Yasa’ dan ayahnya bernama MusabinDaud. SitiKhadijah telah berkahwin dengan Muhammad Noor bin Ismail dan dikurniakan enamorangcahayamata, empat lelaki dan dua perempuan. Keenam-enam anak juga telah berjayadalambidangmasing-masing dan mempunyai kerjaya yang tetap. Beliau telah memulakan perniagaannyasejakberumur 18 tahun lagi, namun perniagaannya ketika itu dalam skala yang kecil. Setelahtamatbelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Siti Khadijah telah melebarkansayapperniagaannya dengan jumlah modal yang lebih besar. Pasang surut perniagaannyatidakmenjadipenghalang untuk menghalangnya daripada terus mengembangkan perniagaannya. Sehinggakini,pelbagai bidang perniagaan yang diceburinya telah membuahkan kejayaan yangberlipat kaliganda sehingga mampu membina empayar perniagaannya yang tersendiri. SUMBANGAN TOKOH Pelbagai sumbangan dan jasa telah ditabur oleh Datuk Seri Hajah Siti Khadijahini kepadamasyarakat. Antaranya ialah, pembinaan Dewan Sekolah, Sekolah Menengah Sri SetiaRepek,Masjid Siti Khadijah, Kompleks Bazar Siti Khadijah (khas untuk golongan wanita berniaga), DewanMasyarakat Siti Khadijah, Rumah Anak-Anak Yatim Siti Khadijah, Rumah Seri KasihSiti Khadijah(Rumah Warga Emas), Pusat Pembangunan Pendidikan al-Quran (Tahfiz) Ummi Siti Khadijah,
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM297 Gelanggang Futsal Siti Khadijah, Pusat Pembangunan Perkembangan dan KemahiranWanita/Ibu Tunggal Siti Khadijah dan Ladang Pertanian dan Penternakan Siti Khadijah. Denganpembinaan dan pembangunan sosial ini, telah memberikan ribuan peluang pekerjaankepadapenduduk setempat sekali gus merancakkan pembangunan sosial ekonomi masyarakat. Hasilkeuntungan perniagaannya diinfaqkan kepada ummah kerana beliau yakin danpercaya,sumbungan kecil ini dapat memberikan keselesaan dan manfaat kepada masyarakat di sampingmenjadi lubuk pahala kepada beliau sekeluarga. ANUGERAH DAN PENCAPAIAN Datuk Seri Hajah Siti Khadijah telah dikurniai Pingat Jasa Negara yang telah membawagelaran‘Datuk Seri’ oleh Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang DipertuanAgongdanbeberapa pingat persekutuan dan negeri. Beliau juga turut mendapat anugerah TokohUsahawanWanita pada tahun 2015 dan Tokoh Ibu Mithali tahun 2012. Dengan anugerah danpencapaianinitelah memberikan semangat kepada Datuk Seri Hajah Khadijah untuk terusmembantumasyarakat agar kehidupan mereka seperti insan yang lain. PENUTUP Sifat kepimpinan dan perkembangan perniagaan Datuk Seri Hajah Siti Khadijah Musaini dapatmenjadi motivasi kepada masyarakat terutamanya kepada golongan wanita. Hal ini dikatakandemikian kerana, golongan wanita sering berasa ditindas dan tidak mampu bersaingdengangolongan lelaki namun hakikat yang sebenarnya ialah usaha yang gigih merupakankunci utamakepada sesebuah kejayaan. Tanpa usaha, kejayaan pasti tidak akan berhasil keranakegigihanmerupakan landasan utama untuk seseorang mencapai kejayaan. Jantina bukan lagi penghalanguntuk berjaya tetapi komitmen dan jati diri yang kukuh akan memberikan pulanganyangterbaikdalam sesebuah kehidupan di dunia yang fana ini.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM298 KECINDAN PEMIMPIN (HALAMAN 224 - 225) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.8.2 Mengulas karya dengan menyatakan kekuatan dan kelemahan secara jelas, bernasdankritis menggunakan ayat yang betul dan gramatis. AKTIVITI 1 - Kenal pasti kekuatan dan kelemahan karya. Kemudian, sampaikan ulasandenganbahasa yang gramatis. Anekdot 1 KEKUATAN 1. Anekdot ini memenuhi ciri-ciri sebuah anekdot kerana terdapat unsur lelucon di dalamnyaiaituapabila watak Afiq anak bongsu Tuk Ketua memberikan satu sen kepada MuthusetelahMuthumengadu kepada Tuk Ketua tentang sawahnya yang tidak menjadi kerana serangansiputgondang selain anaknya di universiti yang memerlukan wang. 2. Kekuatan juga dapat kita lihat daripada pengajaran yang terdapat dalamanekdot ini iaitukitahendaklah sentiasa membantu orang yang dalam kesusahan. Hal ini dapat kita lihat padawatakTuk Nasmi seorang ketua yang baik kerana sedaya upaya cuba menyelesaikan pelbagai masalahanak-anak buahnya. 3. Selain itu, pengajaran lain yang dapat kita peroleh ialah kita seharusnya membantuoranglainsemampu yang boleh juga dapat kita lihat pada watak Afiq yang sedaya upaya inginmembantuMuthu walaupun hanya seorang kanak-kanak. KELEMAHAN 1. Anekdot yang terlalu ringkas. Pembaca belum sempat menghayati dan dibuai perjalananceritasudah sampai ke penyelesaiannya. Kepanjangan anekdot yang sesuai membuatkanpembacaberasa teruja dan puas. 2. Unsur saspens agak menarik namun pada masa ini duit syilling 1 sen sudah tiadadi pasaran.Agak tidak relevan terutama untuk pembaca remaja 3. Pengajaran kurang memberikan impak. Hanya mahu memberitahu kejujuran seorangkanak-kanak yang sememangnya memang begitu sifat mereka. Pengajaran seharusnya membekasdanterkena pada batang hidung pembaca atau pembaca mengiyakan bahawa pengajaranitujelasdanperlu diketengahkan. ANEKDOT 2 KEKUATAN 1. Kekuatan anekdot yang kedua ini adalah menepati ciri-ciri anekdot . Antaranya, mempunyaiunsur lelucon yang sangat menghiburkan melalui peristiwa ketika Zali memberitahuTukKetua
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM299 Nasmi bahawa Lebai Alang terbang yang difikirkan oleh Tuk Ketua Nasmi Lebai Alangbetul-betulterbang, rupanya Lebai Alang tersedar dari tidur lalu ambil wuduk dan terus bang keranadisangkatelah masuk waktu asar. 2. Terdapat juga pengajaran yang diterapkan daripada anekdot kedua ini iaitu sebagai ketuakitahendaklah sentiasa cuba menangani permasalahan anak-anak buah kita.Sebagai contohnyaTukKetua Nasmi sentiasa cuba melayani masalah anak-anak buahnya KELEMAHAN 1. Dari aspek pengajaran, kiasan yang diketengahkan kurang jelas . Hanya salah fahammasalahsebutan. Isu yang diutarakan kurang memberikan impak yang besar. ANEKDOT 3 KEKUATAN 1. Kekuatan dalam anekdot yang ketiga ini ialah unsur lelucon yang diketengahkanolehpengarang yang nampak bersahaja namun membawa maksud yang mendalam. Perkarainidigarap melalui watak Afiq apabila ayahnya Tok Ketua Nasmi menyemak kerja sekolahnyadandidapati bukunya itu kosong lantas ayahnya memarahi Afiq oleh sebab dia tidak membuat kerjasekolah yang diarahkan oleh guru, namun Afiq memaklumkan bahawa buku tersebut bukulatihanjawi dan bermula dari belakang. 2. Kekuatan lain yang terdapat dalam anekdot ini ialah unsur pengajaran yang diselitkanolehpenulis melalui watak Tok Nasmi. Walaupun beliau sibuk dengan tugasnya sebagai ketuakampung dan menguruskan masalah anak-anak buahnya, namun beliau tetapmelunaskantanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dengan makan malam bersama keluarganyadanmenyemak buku latihan anaknya. 3. Pengajaran lain ialah Tok Ketua Nasmi mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. KELEMAHAN 1. Dari aspek kepanjangan anekdot yang ketiga ini terlalu ringkas. Pembaca belumpuasuntukmengamati suasana yang diketengahkan. 2. Selain itu watak Afiq sebagai anak yang berusia 6 tahun, sudah pandai memperlekeh-lekehkanayahnya “Apalah ayah ini” sesuatu yang tidak seharusnya berlaku. Penulis seharusnyamemaparkan unsur-unsur yang lebih lembut dengan menunjukkan kata-kata yanglebihbersifatmenghormati orang yang lebih tua.