MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM50 ASPEK TATABAHASA SP: 5.1.3 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata ganda dan akronimdenganbetulmengikut konteks. AKTIVITI 2 - Kenal pasti dan bina ayat menggunakan akronim yang terdapat dalampetikan. KATA AKRONIM 1. Cantuman bahagian-bahagian tertentu daripada serangkaian perkataan. 2. Cantuman boleh terdiri daripada: - Huruf-huruf daripada rangkaian kata - Suku-suku kata daripada rangkaian kata - Bahagian-bahagian daripada perkataan 3. Ada empat jenis KATA AKRONIM, iaitu; i) Cantuman huruf awal perkataan-perkataan Contoh: ABIM- ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA USIM-UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA UNITAR- UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK (cantuman huruf awal mesti membentuk sebutan baharu tetapi masih mendukung maknayangsama) ii) Cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan Contoh: Perhilitan – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara MAWAR - Majlis Wanita Johor iii) Cantuman suku kata awal perkataan Contoh: tadika – taman didikan kanak-kanak cerpen – cerita pendek komsas – komponen sastera iv)Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalamperkataanyangmengikuti. Contoh: jentolak – jentera tolak jalurah - jalan lurah purata - pukul rata Akronim yang terdapat dalam petikan 1. Cantuman huruf dan suku kata perkataan a) Yayasan Anak Watan Malaysia (Yawam) b) Persatuan Mahasiswa Muda (Permam) 2. Cantuman huruf awal perkataan a) Universiti Awam (UA)
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM51 b) Universiti Swasta (US) c) Pusat Latihan Kemahiran Awam (PLKA) d) RadioTelevisyen Malaysia (RTM) e) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) f) Hospital Kuala Lumpur (HKL) 3. Cantuman suku kata awal perkataan a) Berita Nasional Malaysia (Bernama) b) Cerita pendek (Cerpen) 4. Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian perkataan yang mengikutnyaa) Senamrobik b) Jenama AKTIVITI 3 - Kenal pasti kerjaya berdasarkan potensi diri anda. Panduan tentang kerjaya yang sesuai dengan potensi diri. Rujuk pautan di bawah: http://memilihkerjaya.blogspot.com/2012/03/jenis-jenis-kerjaya.html https://ms.chalized.com/jenis-jenis-kerjaya-yang-disenaraikan-oleh-industri-kerja-dan-gaji/http://ilhamkerjaya123.blogspot.com/p/jenis-kerjaya.html
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM52 TEMA 4 - MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAHSEMERAH ROZEL (HALAMAN 44 - 45) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.3.1 Mendengar, menyebut semula dan menyusun fakta serta hujah daripada pelbagai situasidengan betul, tepat dan bermakna. AKTIVITI 1 - Dengar dan sebut semula fakta serta hujah berdasarkan bahan. Siaran radio Rancangan Peladang Jaya iaitu temu bual juruhebah radio DJ Ahlia bersamadenganEncik Arbain bin Awang, Pegawai Fama berkaitan dengan tanaman rozel. Antara fakta penting hasil daripada temu bual ialah tanaman rozel. 1. Nama saintifik bagi rozel ialah Hibiscus sabdariffa L. 2. Tanah yang sesuai untuk tanaman rozel ialah tanah jenis bris dan liat sertamempunyaisaliran yang baik. 3. Benih rozel haruslah disemai di dulang semaian terlebih dahulu sebelumdipindahkankebatas. 4. Masa semaian lebih kurang 10 hingga 14 hari. 5. Rozel memerlukan masa antara 85 hingga 100 hari untuk dituai hasilnya. 6. Tanaman rozel hanya diproses di Pusat Pemprosesan Makanan FAMAdanbeberapakilang milik swasta. 7. Selepas dituai petani akan memisahkan kelopak rozel yang berwarna merahataudikenalisebagai kaliks daripada bijinya. Kaliks akan dikumpulkan dan dijual dalambentuksegarkepada pihak FAMA. 8. Petani boleh mendapatkan biji benih rozel di pejabat pertanian daerah sahajakeranauntukmenjamin kualiti biji rozel. 9. Jika ada sesiapa yang berminat untuk menanam rozel, mereka hendaklah merujukpejabatpertanian daerah yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat serta panduantetapipetani perlu memastikan jenis tanah yang hendak diusahakan dengan tanamanrozel. 10. Untuk masa hadapan, para petani digalakkan untuk menceburkan diri dalampernanamanrozel kerana tanaman ini mempunyai potensi yang sangat besar untuk pasarantempatandan antarabangsa. 11. Rozel juga berpotensi untuk industri makanan dan minuman malahan untukindustryfarmaseutikal dan perubatan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM53 AKTIVITI 2 - Susun fakta dan hujah daripada pelbagai situasi. Contoh teks ucapan: (daripada temu bual kepada teks ucapan) Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Telebih dahulu saya ingin mengucapkanterimakasihkepada penduduk Kampung Rengit, Johor Baharu kerana sudi mengundang saya untukberkongsiinfo berkenaan dengan tanaman rozel. Sebelum saya meneruskan ucapan saya, terlebihdahulusaya memperkenalkan diri. Saya ialah Encik Arbain bin Awang, Pegawai FAMAdaerahini. Tuan-tuan dan puan-puan, Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan maklumat yang pentingkepadamasyarakat tentang tanaman rozel atau nama saintifiknya ialah Hibiscus sabdariffaL. Untukmakluman hadirin dan hadirat sekelian, tanah yang sesuai untuk tanaman rozel ialahtanahjenisbris dan liat serta mempunyai saliran yang baik. Benih rozel haruslah disemai di dulangsemaianterlebih dahulu sebelum dipindahkan ke batas. Masa semaian lebih kurang 10 hingga14hari. Hadirin yang dirahmati Allah, Bilakah tanaman ini dapat dituai? Hal ini mungkin akan menimbulkan persoalandalammindasaudara-saudari sekalian. Rozel memerlukan masa antara 85 hingga 100 hari untuk dituai hasilnya.Bukannya lama sangat, lebih kurang tiga bulan. Tanaman rozel hanya diprosesdi PusatPemprosesan Makanan FAMA dan beberapa kilang milik swasta. Selepas dituai petani akanmemisahkan kelopak rozel yang berwarna merah atau dikenali sebagai kaliks daripadabijinya.Kaliks akan dikumpulkan dan dijual dalam bentuk segar kepada pihak FAMA. Petani bolehmendapatkan biji benih rozel di Pejabat Pertanian Daerah sahaja untuk menjamin kualiti biji rozel.Hadirin sekalian, Jika ada sesiapa yang berminat untuk menanam rozel, mereka hendaklah merujuki PejabatPertanian Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat serta panduantetapi petaniperlu memastikan jenis tanah yang hendak diusahakan dengan tanaman rozel. Sebelum saya mengakhiri ucapan pada hari ini saya amat berharap agar parapetani dikampung ini memasang hasrat untuk menceburkan diri dalam pernanaman rozel keranatanamanini mempunyai potensi yang sangat besar untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepadapendudukkampung serta masyarakat di sini lantaran sudi mengundang saya untuk berkongsi info-infopenting tentang tanaman yang unik ciptaan Allah SWT ini. Sekian, terima kasih.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM54 Rakaman 2: muka surat 45: Isi-isi penting dialog antara Dania dengan Razin berkenaan dengan siaran televisyententangtanaman rozel: 1. Nama saintifik bagi rozel ialah Hibiscus sabdariffa L. 2. Spesies rozel sama dengan bunga raya. Rozel juga dipanggil asampaya, asamkundangdan asam susur. 3. Kelopak rozel yang dipanggil kaliks boleh diproses menjadi cordial, jem, the herbadanjus.4. Kaliks juga boleh dijadikan halwa dan kudap-kudapan yang enak. 5. Rozel cantik akan dijadikan tanaman hiasan. 6. Selain kaliks, daun yang muda boleh dijadikan ulam dan bahan untuk memasak asampedas.7. Batang pokok rozel boleh dikeringkan untuk dijadikan gentian tali yang kuat. 8. Ekstrak bii rozel untuk dibuat kosmetik. 9. Dalam bidang inovasi farmaseutikal, biji rozel dibuat gincu. 10. Prospek tanaman rozel amat tinggi mendapat permintaan tempatan dan antarabangsa.Misalnya kaliks segar dibungkus secara pek dingin beku untuk dieksport. AKTIVITI 3 - Buat pembentangan tentang rozel dalam bentuk multimedia. 1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. 2. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan bahan pembentangan dalambentuk multimedia. 3. Bahan yang dihasilkan dinilai sebagai aktiviti lisan untuk Pentaksiran Bilik Darjah.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM55 TERBAIK DARI KOLAM (HALAMAN 46 - 47) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat denganbetuldaripada pelbagai bahan primer. AKTIVITI 1 - Baca, kenal pasti, dan jelaskan maklumat tersurat dan tersirat berdasarkanbahan. Maksud Tersurat Maksud Tersirat 1 Udang ialah sumber Omega-3 yang kaya dengan protein namun kurang kandungan lemak dan kalori. 1 Udang merupakan sumber makananyang menyihatkan. 2 Udang harimau atau nama saintifiknya Penaeus monodon merupakan spesis udang yang semakin banyak diternak di Malaysia. 2 Udang harimau boleh menjadi sumberrezeki kepada penternak. 3 Udang harimau memerlukan sumber air payau masin sebagai habitat. 3 Lokasi kolammestilah sesuai denganhabitat udang harimau. 4 Parameter indeks kualiti air akan ditentukan seminggu sekali untuk memastikan keadaan fizikal air kolam sesuai untuk tumbesaran udang. 4 Udang memerlukan penjagaanyangteliti agar membesar denganelok. 5 Keadaan fizikal kolam perlu dipastikan tidak mengandungi plankton. 5 Penjagaan kebersihan kolamsangatpenting untuk penternakanikan. 6 Ancaman utama bagi hidupan akuatik ini ialah penyakit yang berpunca daripada benih dan kawalan air. 6 Penternak harus memastikankeselamatan udang yangditernakterjamin. 7 Penternak perlu memastikan makanan yang mencukupi diberikan kepada udang. 7 Pemberian makanan yangbetul sangatpenting bagi menghasilkantumbesaranudang yang baik. 8 Pekerja kolam akan memastikan nutrien yang mencukupi agar udang yang diternak sihat. 8 Penternak harus mempunyai ilmuyangmencukupi untuk penternakanudang.9 Kolam udang dilengkapkan dengan teknologi kincir air. 9 Pemilihan teknologi yangmodendanbersesuaian penting untukpenternakanudang. 10 Udang harimau bukan sahaja dipasarkan untuk keperluan tempatan malahan untuk dieksport ke luar negara. 10 Penternakan udang membawapulanganyang baik kepada masyarakat.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM56 AKTIVITI 2 - Bincangkan potensi penternakan udang harimau pada masa hadapan. 1. Di Malaysia akhir-akhir ini, usaha menternak udang harimau sedang berkembangpesatdengan semakin bertambahnya penglibatan dari pihak swasta, agensi kerajaandanjugaorang perseorangan. 2. Pada masa sekarang, tidak ramai pengusaha udang di negara ini sedangkanpermintaanyang diterima melebihi pengeluaran. Terdapat banyak tempahan dari luar negarasepertidari Korea Selatan, Jepun, Taiwan China dan Vietnam dengan jumlah eksport antara20dan 40 kontena sebulan. 3. Antara faktor yang menggalakkan penternakan udang harimau ialah: i) Terdapatnya banyak kawasan yang berpotensi untuk ternakan serta iklimyangsesuaiyang membolehkan ternakan dijalankan sepanjang tahun kerana udang harimaucepatmembesar sehinggakan 2-3 pusingan ternakan dapat dijalankan dalamsetahun. ii) Permintaan yang tinggi. iii) Jaminan harga pasaran yang baik di dalam negeri mahupun di luar negara. Contoh:Pada masa ini harga pasaran bagi udang yang bersaiz dalamlingkungan25-35ekor/kgialah di antara RM 20 – RM 30/kg. iv) Penglibatan pihak kerajaan dan swasta dalam membangunkan ternakanudangharimau seperti LKIM. v) Penggunaan teknologi tinggi dalam ternakan. 4. Faktor khidmat sokongan kerajaan yang lengkap seperti latihan, insentif dan pinjaman. Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, kerajaan memandangseriuskecukupan bekalan makanan dan penjanaan pendapatan tambahan untuksemuarakyat Malaysia. Oleh yang demikian pihak kerajaan telah memeprkenalkanbanyakprogram pertanian termasuklah penternakan udang bagi menangani isu kekurangantanah bagi pertanian. Penternakan udang juga Ialah peluang kepada rakyat Malaysiamenceburi bidang pertanian dengan menggunakan ruang sedia ada bagi pengeluaranmakanan dan menjana pendapatan tambahan yang selaras dengan hasrat kerajaanMalaysia menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi. Artikel penuh: https://www.sinarharian.com.my/article/90843/BERITA/Nasional/Kerajaan-galak-projek-akuakultur © 2018 Hakcipta Terpelihara KumpulanKarangkraf5. Ciri-ciri biologi yang sesuai seperti cepat membesar, boleh hidup antara kemasinan0-40ppt, tahan lasak dan induk yang banyak terdapat di perairan tempatan bagi bekalanbenih.6. Kaedah ternakan secara intensif adalah satu perniagaan yang memberi pulanganyanglumayan tetapi berisiko tinggi kerana ternakan ini memerlukan kawalan danpengurusan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM57 yang berpengalaman luas. Banyak pengurusan kolam gagal kerana tiadadankurangberpengalaman awal dalam industri ini. Masalah ini biasanya berkaitan denganpengurusanair yang tidak baik berpunca dari kelemahan pengurusan, reka bentuk kolam, aspekteknikal,hatchery dan sistem kolam pembesaran tersebut. AKTIVITI 3 - Terokai maklumat tentang jenis-jenis udang yang lain. JENIS-JENIS UDANG Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa ini, udang air masindanairtawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternakdi Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport. Layari laman sesawang berikut: http://udanggaloh.blogspot.com/2011/03/jenis-jenis- udang.html
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM58 REALISASIKAN IMPIAN (HALAMAN 48 - 49) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.1.2 Membaca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai. AKTIVITI 1 - Baca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai. Membaca skrip drama Arnab, Si Pencuri Hati (rakaman murid membaca skrip drama Arnab, Si Pencuri Hati dengan intonasi yangbetul dannada yang sesuai.) ASPEK TATABAHASA SP: 5.2.1 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata nama dengan betul mengikut konteks.AKTIVITI 2 - Kenal pasti golongan kata nama dan bina ayat dalam bentuk dialog. JAWAPAN BERPANDUKAN SKRIP DRAMA ARNAB SI PENCURI HATI KATA NAMA KHAS KATA NAMA AM KATAGANTI NAMAHidup-manusia Adora Luqman Nuyah Cikgu Zaki Cikgu Mashita Hidup-manusia murid-murid ahli Kata ganti namadiri orang kita awak saya Hidup -bukan manusia Netherland Dwarf Holland Lop New Zealand White California Hidup -bukan manusia kambing arnab arnab pedaging arnab hiasan arnab bulu Kata ganti namadiri tanya apakah bagaimanakahTak hidup -bukan manusia Projek Ternakan dalam Taman Kelab Pertanian Tak hidup -institusi 1. sekolah 2. stor 3. perabot lama Kata ganti namadiri tunjuk itu ini Tak hidup -bukan institusi sangkar wakaf Tak hidup -bukan institusi abstrak berbilang iklan projek kertas cadangan rayuan keputusan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM59 Ayat dalam bentuk dialog Dalam kelas 5 Beta , Cikgu Zaki guru mata pelajaran Sains 5 Beta telah mengumumkanPertandingan Inovasi Taman Sains dan Herba sekolah sempena Bulan Sains Kebangsaan. Cikgu Zaki Sempena Bulan Sains Kebangsaan,pihak Panitia Sains telah menganjurkanPertandingan Inovasi Taman Sains dan Herba. Iklan tentang pertandinganini akan diedarkan ke setiap kelas. Luqman Cikgu,siapakah yang layak masuk pertandingan itu? Cikgu Zaki Semua ahli Kelab Pertanian, Kelab Sains layak masuk pertandingantermasukmurid-murid yang bukan ahli kelab. Adora Kalau macam itu,saya bolehlah masuk cikgu sebab saya bukan ahli KelabPertanian dan Kelab Sains. Cikgu Zaki Boleh ,awak layak untuk masuk pertandingan itu. Nuyah Cikgu,apakah syarat-syarat pertandingan itu? Cikgu Zaki Syarat utama ialah kamu perlu menyediakan kertas cadangan tentangprojekTaman Sains dan Herba ini. Kemudian kertas cadangan itu perlu dihantar kepadacikgu untuk penilaian sebelum projek Taman Sains dan Herba itu dimulakan. Luqman Adora dan Nuyah, marilah kita bergabung sebagai satu pasukan untukpertandingan ini. Adora dan Nuyah Baiklah kami setuju untuk bergabung sebagai satu pasukan. Cikgu Zaki Bagus, cikgu kagum dengan semangat kamu semua untuk menyertai pertandingan ini. Kamu boleh gunakan peralatan yang ada di stor danbengkel sekolah. **Huruf berwarna merah - Kata nama daripada bahan . AKTIVITI 3 - Lakonkan skrip drama. Murid menjalankan aktiviti lakonan berdasarkan skrip drama Arnab, Si Pencuri Hati.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM60 SERIKANDI BERJASA! (HALAMAN 50 - 51) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.2.1 Mendengar dan memberikan respons dengan mengutamakan aspek kejelasan, nada,dan kefasihan dengan betul. AKTIVITI 1 - Dengar dan berikan respons dengan mengutamakan aspek kejelasan, nada, dankefasihan dengan betulnya. 1. Imbas kod QR untuk mendengar rakaman audio tentang Wanita Berjiwa Perkasa. 2. Jawab soalan-soalan yang berikut: i) Bilakah tarikh lahir Puan Hajah Zaiton binti Hj Mohd Yusuf? - 11 Mei 1955 ii) Di manakah Puan Hajah Zaiton memulakan kerjaya pertamanya? - Kementerian Pendidikan Malaysia iii) Bilakah Puan Hajah Zaiton bersara awal? - 2009 iv) Apakah projek utama yang diusahakan oleh Puan Hajah Zaiton ? - Projek Industri Asas Tani (IAT) v) Apakah projek perladangan yang diusahakan Puan Hajah Zaiton? - Tanaman kelapa sawit, menternak lembu dan kambing, menternak lebah kelulut. vi) Apakah tujuan kerjasama Puan Hajah Zaiton dengan MOSTI danUPMdalammengekstrak daun gelam? - Menghasilkan minyak untuk merawat penyakit saraf. vii) Apakah anugerah yang telah dimenangi oleh Puan Hajah Zaiton? - Anugerah Tokoh Peladang Wanita Kebangsaan 2017. ASPEK SENI BAHASA SP: 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tradisional denganmenyatakanrespons peribadi yang sesuai terhadap karya. AKTIVITI 2 - Dendangkan gurindam secara kreatif dan jelaskan maksud setiap rangkap. 1. Murid diperdengarkan dengan lagu Gurindam Jiwa. Murid diminta menyanyikanGurindamHati Waja menggunakan irama Gurindam Jiwa. - Pautan You Tube lagu Gurindam Jiwa: https://www.youtube.com/watch?v=mLemNMgYcGY
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM61 2. Maksud Gurindam Hati Waja Gurindam Hati Waja Jika teguh azam dan cita, Yang dibuat menjadi nyata. Maksud : Seandainya kita mempunyai impian yang ingin dicapai, harus berusahakerasuntuk menjadikannya kenyataan. Jika kau asah potensi diri, Yang diusahakan pasti menjadi. Maksud : Kita harus kenal pasti potensi yang ada pada diri masing-masingdanterusmemperbaikinya dan pasti segala yang diusahakan berjaya dilaksanakan. Jika ilmu penuh di dada, Idea terbaik sentiasa ada. Maksud : Kita mempunyai ilmu yang betul dalam setiap perkara yang ingin diceburi supayaidea yang terjana nanti merupakan yang terbaik dan akan terus ada untuk perkaratersebut.Jika semangat tersemat di dada, Hasil kaudapat berlipat ganda. Maksud : Kita harus mempunyai semangat yang kuat dalam perkara yang dilakukanagarmendapat hasil yang terbaik dalam pekerjaan tersebut. Jika tabah juga semangat, Tidak rugi menumpah keringat. Maksud : Kita harus sentiasa cekal dan penuh bersemangat melakukan sesuatupekerjaansupaya tidak membuat perkara yang sia-sia. Kita perlu merancang denganpenuhtelitiperkara yang dilakukan. Jika bekerja utamakan muafakat, Semua usaha membawa berkat. Maksud : Sesuatu pekerjaan yang dibuat mestilah dilakukan secara bekerjasamaantarasatu sama lain supaya mendapat hasil yang diinginkan dengan jayanya. Jika idea sungguh kreatif, Kelak kaudapat pelbagai insentif. Maksud : Kita harus sentiasa mempunyai idea yang baharu dan bolehmenghasilkaninovasi supaya mendapat pelbagai manfaat daripadanya. Jika hidup selalu berbakti, Namamu harum tersemat di hati. Maksud : Orang yang hidupnya sentiasa menaburkan bakti kepada orangramai denganpenuh ikhlas agar sentiasa dingati oleh orang sepanjang masa.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM62 AKTIVITI 3 - Cipta gurindam tentang sumbangan peladang dan persembahkannya. 1. Murid-murid diterangkan tentang bentuk gurindam. 2. Murid-murid diminta mencipta sekurang-kurangnya dua rangkap gurindamtentangsumbangan peladang berdasarkan kata kunci yang diberi. 3. Antara cadangan kata kunci untuk pembinaan gurindam ialah: Kumpulan 1 - Kata Kunci : CEKAL Kumpulan 2 - Kata Kunci : GIGIH Kumpulan 3 - Kata Kunci : BERANI Kumpulan 4 - Kata Kunci : TEKUN Kumpulan 5 - Kata Kunci : BERTANGGUNGJAWAB Contoh gurindam yang dihasilkan dengan kata kunci : TEGUH Sekiranya kau berpendirian teguh, Kelak kejayaan milikmu yang utuh.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM63 SINAR BAHARU PENTERNAK JAYA (HALAMAN 52 - 53) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.3.1 Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan mengikut situasi dankeperluan. AKTIVITI 1 - Dengan merujuk pelbagai bahan, lengkapkan maklumat tentang keperluanuntukmenjadi penternak yang berjaya. Maklumat keperluan untuk menjadi penternak yang berjaya: 1.Minat dan Bersikap Positif Kriteria penting sebelum anda memilih pertanian sebagai kerjaya anda. Contohnyakalauandatidak suka berpanas dan berlumpur tiba-tiba hendak menjadi petani mungkin agak sukar.. Begitujuga, sikap positif seperti kegigihan, kecekalan dan komitmen usahawan dapat memastikankelangsungan perniagaannya walaupun memperoleh pendapatan yang tidak seberapapadaperingkat awal perniagaan. Oleh itu, minat sahaja tidak mencukupi jika anda tidak kuat semangatmenanggung cabaran dan dugaan dunia perniagaan 2. Perancangan Teliti Perlu ada perancangan teliti meliputi aspek berikut: 2.1 Tanah Perkara asas yang perlu ada untuk menjadi petani. Sekiranya anda tiada tanah sendiri, andabolehsewa, pajak atau memohon tanah tol daripada pihak berkuasa. Besar kecil keluasanbergantungkepada projek yang ingin anda jalankan. 2.2 Modal Modal juga merupakan faktor penting yang perlu diambil kira. Modal sendiri, ataumeminjamdaripada saudara-mara ataupun daripada institusi perbankan. Lebih baik menggunakanmodaldaripada simpanan sendiri untuk memulakan perniagaan untuk mengurangkan tekananmembayarbalik pinjaman jika perniagaan kurang berjaya. Aliran untung rugi juga pentinguntukdipelajari untuk membuat pemilihan ternakan dengan betul, tepat, cepat dan hasil yanglumayan.2.3 Khidmat nasihat Bakal penternak perlulah mendapatkan maklumat tentang sesuatu projek penternakanyangdiminati melalui pelbagai sumber seperti Internet, menghadiri kursus-kursus yang dianjurkanpihakkerajaan atau swasta serta mendapatkan khidmat nasihat daripada usahawan yangtelahberjayadalam bidang mereka. Kalau anda ada wang yang banyak boleh pergi ke negara majudanbelajardi sana . Selain itu, perlu mempunyai jaringan hubungan dengan para usahawan laindalambidangyang sama supaya dapat bertukar-tukar pandangan dan idea.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM64 2.4. Peka terhadap teknologi Penternak berjaya tidak hanya semata-mata menggunakan kaedah konvensional. Penternakperlupeka terhadap pelbagai teknologi terkini yang dapat membantu meningkatkan hasil pernternakanmereka. 3. Mengkaji Pasaran Langkah penting dalam merancang strategi pemasaran ialah mengetahui danmemahamikeperluan dan kehendak pelanggan. Faktor tersebut usahawan akan berupayamerangkarancangan pemasaran yang berkesan dan mampu merangsang dan memenuhi keperluandankehendak pelanggan. Rancangan pemasaran yang baik mengandungi penjelasanmengenaipasaran sasaran, trend dan saiz pasaran, persaingan, syer pasaran, ramalan jualan, strategipemasaran dan belanjawan pemasaran. Agensi yang boleh membantu dalampemasaranberskala kecil dan besar ialah Lembaga Pemasaran Persekutuan Malaysia (FAMA). Selainitupasaran dalam talian menggunakan portal Agrobazaar.com.my contohnya, boleh dijadikanwadahuntuk mengembangkan pasaran anda. 4. Berdaya Saing Ciri di atas sangat penting untuk maju. Jika kita mudah berpuas hati dengan apa-apayangadatentu kita sukar untuk mengembangkan perniagaan kita. Pelbagai insentif telah ditawarkanolehkerajaan yang boleh direbut oleh para penternak bagi mengembangkan perniagaanmereka. AKTIVITI 2 - Berikan penilaian tentang kertas cadangan yang disediakan berdasarkanborangpenilaian.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM65 AKTIVITI 3 - Tulis kertas cadangan untuk satu projek penternakan yang ingin dilaksanakandisekolah. CONTOH MAKLUMAT UNTUK MEMBUAT KERTAS CADANGAN TAJUK: Kertas Cadangan Penternakan Ayam Daging/ Ayam Kampung/ Burung PuyuhLATAR BELAKANG/ RASIONAL: (Tulis dalam bentuk esei yang lengkap, dan gunakan penanda wacana yang sesuai untukmemulakan setiap ayat. Anda juga boleh menulis ayat anda sendiri) Isu semasa Akhir-akhir ini, permintaan terhadap bekalan ayamdaging/ ayamkampung / burung puyuh di Simpang Renggamsemakinmeningkat.Huraian 1/ Mengapa? (Hal ini demikian kerana…… Kebanyakan restoran, kedai makan dan warung menjadikanayamdaging/…/… sebagai menu utama untuk menarik kedatanganpelanggan. Contoh (Sebagai contoh..) Masakan yang menjadi pilihan pelanggan ialah ayamgorengberempah, ayam masak merah dan ayam rendang. Huraian 2 Masyarakat juga gemar memilih ayam /…/…sebagai hidanganhariandi rumah mereka. Kesan (Impaknya,/ Kesannya….) Bekalan ayam /…/.. yang cukup akan menjamin harga daging…..tidakmeningkat di pasaran, malah harga makanan yang dijual jugatidakmembebankan pengguna. Sebab memilih ternakan ayam/../.. Galakan kerajaan kepada golongan muda supaya menceburi bidangpenternakan dan keusahawanan antara faktor utama yangmendorongsaya untuk memulakan projek ternakan…….ini. Tambahan pula, kerajaan menawarkan pelbagai bantuankewangan,kursus dan bimbingan untuk mana-mana penternak yangbarumemulakan projek penternakan. Melalui projek ternakan ini, saya juga berpeluangmemberikansumbangan kepada masyarakat dengan menyediakanpeluangpekerjaan kepada penduduk setempat, khususnya golonganmuda. OBJEKTIF: Boleh tulis dalam bentuk poin / esei. Tulis tiga objektif. 1. Memenuhi permintaan pasaran terhadap daging….. 2. Menyumbang kepada sektor pengeluaran makanan terutamanya pengeluarandaging…. 3. Menyumbang kepada pendapatan hasil daripada pemasaran ternakan…. 4. Mengamalkan nilai keusahawanan ke arah menjadi usahawan tani.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM66 ANGGARAN BELANJAWAN: Contoh anggaran belanjawan untuk penternakan ayam daging Anak ayam (1500 ekor) Makanan pemula Makanan pembesar Ubatan Elektrik dan air Upah pekerja RM 15,000.00 RM 14,500 RM 32,800 RM 2,500 RM 500.00 RM 4,00.00 SASARAN PASARAN: Nyatakan tempat, lokasi untuk menjual daging….. (Tulis ayat yang lengkap) JANGKA MASA: Ternakan ayam: 75 hari Ternakan lain…cari maklumat dalam Google (Tulis ayat yang lengkap) Contoh Penulisan Kertas Cadangan Kertas Cadangan Penternakan Ayam Daging LATAR BELAKANG PROJEK Akhir-akhir ini, permintaan terhadap bekalan ayam daging di Simpang Renggamsemakin meningkat. Situasi ini berlaku disebabkan kebanyakan restoran, kedai makandan warung menjadikan ayam daging sebagai menu utama untuk menarik kedatanganpelanggan mereka. Masakan yang menjadi pilihan pelanggan adalah seperti ayamgorengberempah, ayam masak merah dan ayam rendang. Masyarakat juga gemar memilihayamsebagai hidangan harian di rumah mereka. Hal ini bermakna bekalan ayamyangcukupuntuk pengguna amat perlu bagi menjamin harga ayam supaya tidak meningkat di pasaran, malah harga makanan yang dijual juga tidak membebankan pengguna. Selainitu, galakan kerajaan kepada golongan muda supaya menceburi bidang penternakandankeusahawanan antara faktor utama yang mendorong saya untuk memulakanprojekternakan ayam daging ini. Tambahan pula, kerajaan menawarkan pelbagai bantuankewangan, kursus dan bimbingan kepada mana-mana penternak yang baru memulakanprojek penternakan. Melalui projek ternakan ini, saya juga berpeluang memberikansumbangan kepada masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan kepadapenduduk setempat, khususnya golongan muda.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM67 PEMULIHAN - TEKA SILANG TARSIA (HALAMAN 54) 1. Lengkapkan teka silang Tarsia di bawah dengan padanan jawapan yang tepat. JOM SUAI PADAN OBJEKTIF: 1. Memenuhi permintaan pasaran terhadap ayam daging. 2. Menyumbang kepada sektor pengeluaran makanan terutamanya pengeluaranayam daging. 3. Menyumbang kepada pendapatan hasil daripada pemasaran ternakan. 4. Mengamalkan nilai keusahawanan ke arah menjadi usahawan. ANGGARAN BELANJAWAN: Anak ayam (1500 ekor) Makanan pemula Makanan Pembesar Ubatan Elektrik dan Air Upah Pekerja RM 15,000.00 RM 14,500.00 RM 32,800.00 RM 2,500.00 RM 500.00 RM 400.00 SASARAN PASARAN: Tempat atau lokasi untuk memasarkan daging melalui pasar sari dan pasar minggumelalui FAMA. JANGKA MASA: Tempoh pelaksanaan penternakan ayam daging selama 75 hari daripada anakayamhingga ayam boleh disembelih dan dipasarkan. 1. Sarangnya menjadi minuman berkhasiat. Burung walit 2. Bertanduk cantik dagingnya enak Rusa 3. Durian berkulit lembut ? Durian belanda 4. Halwa daripada bunga ? Rozel 5. Buah sumber protein Jagung 6. Burung terbesar yang masih hidup Burung unta 7. Buah berbentuk bintang Belimbing besi 8. Cili Pedas 9. Burung yang diternak untuk daging dan telur Burung puyuh 10. Nama buah seperti haiwan Buah naga 11. Industri itik masin Itik penelur 12. Ada misai bukan kucing Ikan keli 13. Makanan bercengkerang hijau gelap Kupang 14. Limau masam untuk sambal belacan Limau kesturi 15. Ada apa di balik batu? Udang
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM68 PENGUKUHAN - JUADAH PENAMBAT SELERA (HALAMAN 55) 1. Nyatakan maklumat tersurat dan tersirat berdasarkan bahan. Bil Maklumat tersurat Maklumat tersirat 1. Rendam rumpai laut semalaman. Untuk memastikan rumpai laut bersihdanselamat dimakan. 2. Potong rumpai laut mengikut saiz yang digemari. Memudahkan rumpai laut untukdimakan.3. Tambahkan sedikit garam, gula dan perahan limau kasturi hingga cukup rasa. Dapat mengimbangi dan meneturalkankandungan asid di dalamcampuranbahan-bahan kerabu rumpai laut. 4. Biarkan selama 15 minit. Dapat memastikan campuranbahan- bahan membuat kerabu rumpai laut sebati.5. Hias dengan limau kasturi dan sedia dihidangkan. Untuk membangkitkan selerapenggemarkerabu rumpai laut. 2. Perbezaan kerabu rumpai laut dengan jenis-jenis kerabu yang lain. - Kerabu rumpai laut mempunyai asid amino yang tinggi yang dapat membantu imunmanusiauntuk melawan virus dan jangkitan. - Kerabu rumpai laut juga mengandungi antioksida yang tinggi dan membekalkansumber tenaga kepada manusia. - Penggunaan rumpai laut juga kaya dengan vitamin A, B dan C. PENGAYAAN - PETUA NENEK UNTUK SIHAT (HALAMAN 56) 1. Baca bahan dan kategorikan kata nama mengikut golongannya. 2. Bina ayat menggunakan kata nama mengikut konteks. Kata Nama Khas Kata Nama Am Kata Ganti NamaNoreen Nurul Hayati herba ubat nenek *dan sebagainya saya awak -nya ini 1. Noreen - Ibu kepada pelajar cemerlang itu bernama Noreen. 2. Nurul Hayati - Nurul Hayati tidak dapat hadir ke sekolah kerana menjaga ibunya yangsakit. 3. herba -Pokok kaduk ialah herba yang paling mujarab untuk merawat sakit gigi. 4. ubat - Alif Aiman pergi ke farmasi itu untuk membeli ubat. 5. nenek - Manap dan keluarga telah pulang ke rumah nenek pada minggu lepas. 6. saya - “Tolong bawa beg saya ini ke bilik guru,” kata Cikgu Mansor Ramli kepadamuridnya. 7. awak - “Kenapa awak tidak hadir ke sekolah semalam ? ” tanya Cikgu Wahab kepadaDelisha.8. -nya - Ahmad dan rakan-rakannya telah pergi mandi-manda di air terjun itu pada minggulepas.9. Ini - Buku ini perlu dipulangkan kepada pemiliknya pada hari esok.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM69 TEMA 5 - MEMACU PRODUKTIVITI RUMAH PASANG SIAP (HALAMAN 58 - 59) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacanadengan betul dan bermakna. AKTIVITI 1 - Dengar dan analisis maklumat dalam kedua-dua bahan. 1. Imbas kod QR untuk mendengar maklumat tentang Sistem Binaan Berindustri. AKTIVITI 2 - Jelaskan maklumat tentang pembinaan pasang siap yang anda dengar kepadakelas.Maklumat tentang pembinaan pasang siap: i. Pelanggan berpuas hatii dengan rumah yang dibina dengan menggunakan SistemBinaanBerindustri ini. ii. Kos pembinaan dengan menggunakan sistem ini adalah lebih rendah berbandingdenganmenggunakan batu bata. iii. Pelanggan juga tidak perlu menunggu waktu yang lama untuk menghuni rumahidamankerana rumah boleh disiapkan dengan lebih cepat. iv. Struktur binaan lebih ringan dan kukuh. v. Saya juga tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk menyiapkan sesebuahrumahdengan menggunakkan sistem ini. vi. Rumah tidak mengalami keretakan dinding dan kebocoran atap. vii. Suasana di dalam rumah lebih senyap dan sejuk. viii. Rumah yang dibina dengan kaedah ini mempunyai daya tahan yang tinggi terhadapgempabumi. ix. Sistem Binaan Berindustri telah digunakan dengan meluasnya di negara-negaramaju. x. Sistem ini diperkenalkan di Malaysia bermula dengan projek perumahan Flat Pekeliling, KualaLumpur dan Flat Rifle Range Road (Jalan Padang Tembak), Pulau Pinang padatahun1996.xi. Sistem Binaan Berindustri diperkenalkan di negara ini adalah untuk meningkatkankualitibangunan dan kerja, mengurangkan penggunaan buruh asing di tapak projeksertamempercepat kerja pembinaan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM70 AKTIVITI 3 - Kumpulkan gambar binaan yang menggunakan SistemBinaan Berindustri danjelaskan keunikan binan tersebut. Sistem Binaan Berindustri mempunyai binaan yang berkualiti dan lebih ringan. Sistem ini menyebabkan rumahtidakmengalami keretakan dinding dankebocoranatap. Struktur binaan menggunakan sistem ini lebih ringan dan kukuh. Rumah yang dibina dengankaedahinimempunyai daya tahan yang tinggi terhadapgempa bumi dan suasana di dalamrumahlebihsenyap dan sejuk.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM71 KHAZANAH HUTAN BAKAU (HALAMAN 60- 61) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada pelbagai bahandenganbetul dan tepat. AKTIVITI 1 - Baca dan teliti bahan. Kemudian, nilai bentuk serta kandungan teks bahantersebutdengan betulnya dan tepatnya dengan menggunakan Borang Penilaian Kendiri. BORANG PENILAIAN KENDIRI Tandakan skala di bawah 1- Setuju 2- Tidak setuju BIL ITEM BAHAN A BAHAN B SKALA ALASAN1 2 1 2 1 Bentuk paparan menarik minat pembaca / / Bahan B ada gambar yangwarna- warni yang menarik untuk dibaca. 2 Memberikan lebih banyak maklumat / / Bahan A dihuraikan denganlebihjelas dan penuh dengan maklumat berbanding bahan B. 3 Lebih mudah difahami oleh pembaca / / Bahan B kerana petikan mempunyai isi penting sahajaberbanding bahan Apanjanglebar. 4 Susunan maklumat mudah dibaca / / Bahan B lebih tersusun keranamempunyai nombor padasetiapisi penting. 5 Memberikan ilmu baharu kepada pembaca / / Kedua-dua bahan memberikanilmuwalaupun bentuk teks berbeza.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM72 ASPEK TATABAHASA SP: 5.2.2 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata kerja dengan betul mengikut konteks.AKTIVITI 2 - Kategorikan kata kerja tak transitif yang terdapat dalamteks. Kemudian, binaperenggan dengan kata kerja tak transitif tersebut. KATA KERJA TAK TRANSITIF Subgolongan Ciri Jenis ContohKata Kerja Tak Transitif Tak berpelengkap -tidak memerlukan pelangkap Tak transitif tanpa pelengkap Rumah itu sudah roboh. Turunnya Union, Jalur Gemilangpula yang berkibar. Berpelengkap -memerlukan pelengkap Tak transitif berpelengkap Keadaan Halimbertambahparah. Air sungai beransur surut. Kata kerja Tak Transitif dalam teks: Kata kerja tak transitif berpelengkap Kata kerja tak transitif tanpapelengkapada menjadi mengikut memakan berbentuk bergantung terdapat mendapat berfungsi bermula terbakar masak keluar menegakmenyejukContoh perenggan: Penghasilan arang kayu bakar bermula daripada kayu bakau disusun di dalamdapurberbentuk iglu mengikut susunan secara menegak. Proses ini memerlukan ketelitiandalammenyusun kayu yang memakan masa yang agak lama. Selepas kayu bakar disusunsebahagiandaripada pintu dapur ditutup dengan batu bata yang ditampal dengan campuran pasir dantanah.Proses pembakaran kayu bermula dengan kayu bakar dibakar dengan “api besar” selama10hari.Seterusnya, kayu bakar perlu dibakar dengan “api kecil” yang memerlukan masa selama10hari.Setelah selesai, pintu dapur akan ditutup sepenuhnya selama 10 hari atau asap putihtidaklagikeluar dan dibiarkan menyejuk. Proses ini memerlukan kawalan bagi memastikan arangdi dalamrelau tidak terbakar hingga menjadi abu. Tukang dapur dapat mengetahui kayu bakar yangtelahmasak atau belum hanya dengan menghidu dan menyentuh asap yang keluar padahari-hariterakhir. Akhir sekali, bagi mendapat hasil yang dilakukan, kayu bakar yang telah menjadi arangdikeluarkan dari dapur. Tempoh pembakaran kayu bakar ada kemungkinan mengambil masayang lebih daripada 30 hari bergantung pada saiz kayu dan kelembapan persekitaran. Terdapatbanyak fungsi arang kayu bakar, arang kayu bakar bukan sahaja dijadikan bahanbakar,sebaliknya arang yang dihasilkan berfungsi untuk kegunaan industri pembuatan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM73 AKTIVITI 3 - Pada pendapat anda, adakah arang kayu bakau masih digunakan padamasaakandatang? Berikan alasan. Ya; 1) Terdapat permintaan sepanjang masa 2) Kos yang murah 3) Berkualiti tinggi 4) Banyak kelebihan berbanding arang jenis yang lain Tidak; 1) Pembuatan arang kayu bakau akan menyebabkan pokok kayu bakaumengalamikepupusan jika semakin kerap dan menyebabkan pokok kayu bakau banyak yangditebanguntuk dijadikan arang. 2) Proses membuat arang kayu bakar sanagt rumit dan mengambil masa yanglamaakanmenyebabkan masyarakat moden tidak mahu mengusahakannya. 3) Teknologi canggih akan dapat dihasilkan untuk menggantikan arang kayu bakau. 4) Terdapat juga pelbagai altenatif lain selain daripada kayu bakau cotohnya arangtempurungkelapa, arang serkam padi, briket arang dan arang batu. Lampiran : BORANG PENILAIAN KENDIRI Tandakan skala di bawah 1- Setuju 2- Tidak setuju BIL ITEM BAHAN A BAHAN B SKALA ALASAN1 2 1 2 1 Bentuk paparan menarik minat pembaca 2 Memberikan lebih banyak maklumat 3 Lebih mudah difahami oleh pembaca 4 Susunan maklumat mudah dibaca 5 Memberikan ilmu baharu kepada pembaca
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM74 KEK ANEKA RONA (HALAMAN 62 - 63) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.3.1 Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan mengikut situasi dankeperluan. AKTIVITI 1 : Berdasarkan bahan dan pelbagai bahan rujukan, lengkapkan maklumat tentangkeklapis Sarawak. Kek Lapis Sarawak Bil. Maklumat 1. Sejenis pemanis mulut yang istimewa di negari Sarawak. 2. Selalu dihidangkan dalam perayaan. 3. Menjadi hidangan dalam majlis hari lahir dan perkahwinan. 4. Dijadikan hantaran pertunangan atau hadiah buat insan istimewa. 5. Dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kek dengan lapisan biasa dan kek dengancorak,motif atau bentuk tertentu. 6. Mempunyai sekurang-kurangnya dua jenis warna. 7. Dibakar di dalam ketuhar. 8. Dilapisi jem atau bahan manis. 9. Motif dan coraknya unik serta digabungkan dengan keenakan rasa. 10. Teksturnya lembap tetapi pejal. AKTIVITI 2 - Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memajukan industri keklapisSarawak. Aspek Huraian dan Contoh Isi 1 – Pengusaha kek lapis sentiasa melakukan inovasi Huraian - Inovasi membantu mengembangkan pasaran kek lapis. - Proses inovasi memerlukan kreativiti para pengusaha untukmelakukanpembaharuan dari segi corak, rasa, tekstur, pembungkusan dan lain-lain. Contoh - Menggunakan bahan semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuranuntukmenghasilkan kek lapis. - Menjual kek lapis dengan pelbagai pembungkusan yang menarik, terutamanyasecara bermusim selaras dengan pelbagai sambutan perayaan. Kesan - Menarik minat pelanggan. - Pasaran kek lapis diperluas. - Jika ditambah dengan bantuan pelbagai platform penjualan, bolehdikembangkansehingga peringkat global.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM75 Isi 2 – Sokongan kerajaan Huraian - Sokongan daripada kerajaan merupakan suatu galakan kepada pengusahauntukberdaya maju - Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, sokongan kerajaanakanmenjadi suntikan motivasi kepada pengusaha dalam menghasilkansesuatuyangbaharu. Contoh - Badan kerajaan seperti MARDI menghasilkan mesin yang berfungsi untukmenggantikan tenaga kerja manusia bagi meningkatkan pengeluarankeklapisSarawak. - Bank seperti Bank SME menawarkan pinjaman yang berkadar faedahrendahkepada usahawan yang baru menceburi industri kek lapis. Kesan - Beban kewangan pengusaha akan dikurangkan. - Para pengusaha akan bermotivasi untuk menghasilkan pelbagai pembaharuan.- Produktiviti pengusaha kek lapis akan bertambah.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM76 MENGHADAPI RINTANGAN (HALAMAN 64 - 65) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.4.2 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara melalui ceramah, syarahandanforum dengan yakin secara bertatasusila. AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, sampaikan pendapat anda melalui ceramah tentangpeluangdalam industri yang berasaskan bidang teknikal dan vokasional. Salam sejahtera saya ucapkan kepada yang saya muliakan, tuan pengerusi majlis, parajemputandan hadirin yang dihormati sekalian. Tajuk ceramah yang akan saya sampaikan padahari ini ialahPeluang dalam Industri yang Berasaskan Bidang Teknik dan Vokasional. Tuan-tuan dan puan-puan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau singkatannya TVETialahprosespendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utamaterhadapamalan industri. Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional bertujuan untuk menghasilkantenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang tertentu. Pendidikan Teknik danVokasionalmerupakan salah satu cabang sistem pendidikan yang berlandaskan industri untuk melatihindividudalam kemahiran tertentu seperti bidang automatif, animasi dan hospitaliti. Oleh hal yangdemikian,peluang dalam industri berasaskan pendidikan teknik dan vokasional semakin terbukaluaskepadaanak muda yang berminat dan berkemahiran. Bidang TVET melengkapi setiap individu dengan ilmu pengetahuan bukansahajadalambidang akademik tetapi juga ilmu kemahiran teknikal dalam pengendalian sesuatu peralatan. Ilmukemahiran teknikal adalah seperti pertukangan, elektronik, pateri, automotif, amalanbengkelmesin, kimpalan dan fabrikasi logam. Tambahan pula, TVET ialah bidang pembelajaranyangbukan sahaja tertumpu kepada mereka yang cemerlang dalam akademik sahajatetapi jugakepada semua individu yang meminati bidang kemahiran teknikal. Oleh sebab itu, lepasanSijilPelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan yang kurang menyerlah dalampeperiksaanawam harus mengambil peluang dalam bidang TVET ini untuk melengkapkan diri denganilmukemahiran yang berguna sepanjang hayat kerana di mana ada kemahuan, di situ adajalan. Selain itu, Pendidikan Teknik dan Vokasional juga penting untuk menjanaindividuyangmempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang yang pelbagai. Kemahiranyangdapatdipelajari ialah pengetahuan tentang sistem pendawaian yang mana merupakansistemyangmembekalkan elektrik kepada sesuatu bangunan. Oleh hal yang demikian, individuyangmendaftar sebagai pelajar Kolej Vokasional atau alma mater yang menumpukan dalampengajianteknik dan vokasional akan memperoleh pengetahuan tentang aspek kemahiranteknikal jikadibandingkan dengan sekolah-sekolah biasa yang mempunyai skop kurikulumyangberbeza.Oleh hal yang demikian, tidak dapat dinafikan lagi bahawa Pendidikan Teknik danVokasionalmampu melahirkan individu yang berkemahiran tinggi serta kompeten.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM77 Tuan-tuan dan puan-puan, Seperti yang diketahui umum, negara kita memerlukan lebih ramai sumber tenagakerjauntuk memastikan pengeluaran produk-produk secara berterusan. Namun begitu, bilanganpekerjamahir adalah kurang dan tidak mencukupi. Anak muda sepatutnya berganding bahuuntukmenjadipekerja mahir dalam membantu ekonomi negara. Pelbagai pihak seperti pihak kerajaandanibubapa haruslah memainkan peranan dengan mendorong anak-anak remaja dalambidangTVETdemi memperbanyak produk pengeluaran Malaysia. Tuntasnya, kebolehupayaanbagi individuyang mengikuti kursus dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk memenuhi pasarannegaratidak dapat disangkal lagi. Pendidikan Teknik dan Vokasional mampu menjana individu yang berfikirankreatif, inovatifdan inventif. Dengan kemahiran teknikal yang diperoleh, individu ini sendiri mampumenciptaataumenambah baik produk yang sedia ada di pasaran. Umum mengetahui, bakat dalampenghasilanproduk ini telah diterapkan ke dalam jiwa anak-anak muda Malaysia sejak di bangkusekolahlagimelalui mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dan subjek Reka Bentuk danTeknologi.Dalam mata pelajaran ini, para pelajar diberi peluang untuk mengenali dan mengendali mesin-mesin yang terdapat di dalam bengkel dan seterusnya mencipta sesuatu seperti tabungdanrakbuku. Perkara ini akan menarik minat para pelajar untuk meneruskan pembelajarandalamPendidikan Teknik dan Vokasional. Tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh bahawaTVETmampumelahirkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi dan berinovasi. Sebagai penutup wacana, Pendidikan Teknik dan Vokasional berperanandalamusahamembangunkan sebuah negara lestari pada masa hadapan. Sebagai rakyat yang berhasrat untukmemajukan Malaysia agar menjadi sebuah negara mapan, janganlah kita melepaskanpeluanguntuk menjadi pekerja mahir dalam sektor perindustrian agar produk buatan Malaysiadiusahakan,dibungkus dan dijaga kualitinya oleh anak watan kita sendiri dan bukan lagi warga asing. Cukuplahsehingga hari ini kita mengharapkan kudrat mereka, kini tiba masanya kita berdiri di ataskakisendiri untuk mengorak langkah untuk melakukan perubahan yang besar buat negaradanbangsadengan memanfaatkan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Sekian, terima kasih. ASPEK SENI BAHASA SP: 4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya dengan betul mengikutkonteks. AKTIVITI 2 - Nyatakan lima peribahasa yang sesuai berdasarkan kandungan bahan. Kemudian,bina ayat dengan peribahasa tersebut. Peribahasa berdasarkan kandungan bahan: 1. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya - Sesuatu kejayaan tidak akandicapai tanpa usaha.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM78 Contoh Ayat : Chin Chin belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh supaya cita-citanyauntukmenjadi doktor tercapai kerana dia tahu kalau tidak dipecahkan ruyung, manakandapat sagunya. 2. Seperti mencurahkan air ke daun keladi - Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya)yangtidak dapat meresap ke dalam hati. Contoh Ayat : Nasihat ibu Mail supaya anaknya mengambil peluang dalambidangkemahiranhanya seperti mencurahkan air ke daun keladi kerana Mail tetap dengan sikap degilnya. 3. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan - Setiap keinginan yang ingin dimiliki akandiusahakansehingga berjaya. Contoh ayat - Sebagai seorang yang meminati bidang bakeri, Aida berusaha mengikuti kursuspembuatan roti dan pastri secara dalam talian bagi mengasah kemahirannya, keranabaginyadimana ada kemahuan, di situ ada jalan. 4. Alah bisa, tegal biasa - Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selaludibuat. Contoh Ayat : Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kowkeranasejakkecil lagi dia telah melakukannya. 5. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan - Tiap-tiap pekerjaanhendaklahdibuat sehingga selesai dan berjaya. Contoh Ayat - Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusanyangcemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. AKTIVITI 3 - Jika anda ingin menceburi industri yang berasaskan bidang teknikal danvokasional,apakah industri yang akan anda ceburi? Mengapa? Saya berminat untuk menceburi bidang kulinari. Saban hari Malaysia menyaksikanbidangkulinari semakin mudah mendapat pekerjaan kerana industri pelancongan, perhotelandanrestoran kian berkembang pesat bahkan permintaan terhadap bidang kerja cef jugasemakinmeningkat dari hari ke hari. Bidang ini ibarat pembuka selera bagi mereka yang inginberjinak-jinakdalam bidang masakan atau bagi mereka yang menyimpan cita-cita ingin menjadi seorangcefyang terkemuka suatu hari nanti. Siapa tidak kenal dengan Chef Gordon Ramsay. Pekerjaan atau kerjaya sebagai seorang cef sebenarnya membuka pelbagai peluangdalam industri restoran, perhotelan, kapal pesiaran dan juga resort. Selain itu, cef jugaberpeluangmeningkatkan kemahiran memasak, memiliki perniagaan berasaskan makanan ataupunprodukmasakan dan tenaga pengajar. Dengan kemahiran dan kebolehan yang ada membuatkankerjayasebagai seorang cef sangat dikagumi ramai terutama buat mereka yang berpeluangbertugasdihotel lima bintang yang terletak di lokasi percutian idaman ramai. Jika individu itubolehbekerjabawah tekanan, melakukan beberapa tugasan dalam satu-satu masa, bekerja sebagai sebahagian
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM79 daripada pasukan, bijak menggunakan kreativiti dan imaginasi untuk menghasilkanjuadahyangkelihatan menarik, bersabar dengan tugasan remeh seperti memotong sayur-sayurandanmemahami rantai pemakanan dengan baik, kerja cef pastinya bersesuaian denganindividuterbabit.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM80 MAJU DALAM INDUSTRI MUTAKHIR (HALAMAN 66 - 67) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.4.1 Menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi pentingsecaraterancang. AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, analisis dan senaraikan isi-isi penting karangantentangkepentingan industri 4.0. AKTIVITI 2 - Tulis kerangka karangan berdasarkan isi-isi penting yang telah anda senaraikan. CADANGAN KERANGKA KARANGAN - Kepentingan Industri 4.0 PENDAHULUAN AYAT TEMA revolusi industri 4.0 ditandai dengan kemunculan superkomputer,……………. AYAT KELOMPOK memungkinkan manusia lebih mengoptimumkan fungsi otak AYAT ISU robot bakal menjadi “kawan” AYAT RANGSANGAN hidup manusia akan dipermudah dengan bantuan robot AYAT ARAHAN menguruskan hal ehwal dan tugasan harian manusia IDEA 1 AYAT IDEA pesanan piza kita lakukan melalui telefon melalui kemajuan industri 4.0AYAT HURAIAN perkhidmatan dron sampai di depan pintu rumah AYAT CONTOH segala urusan rumah seperti mencuci baju, memberikan makanan…. AYAT HURAIAN hanya perlu dilakukan dengan menekan butang di telefon pintar AYAT PENEGASAN tidak perlu lagi bersusah payah untuk mengambil perkhidmatanpembantuIDEA 2 AYAT IDEA tidak perlu memandu kereta untuk ke pejabat AYAT HURAIAN segala urusan pemanduan akan dikawal AYAT CONTOH penggunaan satelit AYAT HURAIAN ke tempat yang ingin ditujui AYAT PENEGASAN selamat digunakan IDEA 3 AYAT IDEA revolusi industri 4.0 membentuk norma yang biasa pada masaakandatang AYAT HURAIAN berkembang dan berevolusi AYAT CONTOH segala urusan harian manusia akan dikongsi dengan robot yangdiciptaAYAT HURAIAN mengoptimumkan aplikasi navigasi seperti Waze dan GoogleMapsAYAT PENEGASAN membantu pemandu dengan memberikan arahan dan maklumat laluanPENUTUPAN AYAT KESIMPULAN revolusi industri 4.0 memerlukan semua pihak mengadaptasi kehidupanAYAT CADANGAN seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi AYAT HARAPAN sistem automasi lebih pintar dan Malaysia bergerak ke hadapanAYAT UNGKAPAN langkah proaktif perlu diambil seperti negara Jepun AYAT PENEGASAN telah mengorak langkah ke arah industri 5.0
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM81 CADANGAN KERANGKA KARANGAN - Zaman Robot PENDAHULUAN AYAT TEMA robot hanya sekadar mesin pada zaman dahulu AYAT KELOMPOK robot dapat bertindak mengikut arahan yang disambungkan kepadasistemAYAT ISU membolehkannya berfungsi dengan robot lain dengan keupayaanInternetAYAT RANGSANGAN pengeluaran barangan dan perkhidmatan menjadi lebih cekapAYAT ARAHAN semua urusan dilakukan melalui Internet IDEA 1 AYAT IDEA penggunaan robot sebagai pengesan dalam pertanian AYAT HURAIAN mampu menentukan keadaan cuaca dan memaklumkan jumlahair AYAT CONTOH robot memaklumkan data kepada robot lain AYAT HURAIAN robot lain akan menghasilkan nutrien mengikut bacaan robot pengesantadiAYAT PENEGASAN menjadikan tanaman lebih terpelihara dan lebih hebat dilakukansetiapsaatIDEA 2 AYAT IDEA robot berupaya mempercepat proses rawatan dalambidang perubatanAYAT HURAIAN robot membantu manusia untuk menganalisis dan mendiagnosispenyakitAYAT CONTOH menganalisis dan mendiagnosis pertumbuhan kanser AYAT HURAIAN robot membantu doktor menjalankan operasi pembedahan tubuhmanusiaAYAT PENEGASAN bahagian tubuh manusia yang sensitif dan sukar dibedah dapat dilakukanIDEA 3 AYAT IDEA robot membawa kepentingan dalam bidang ketenteraan dan keselamatanAYAT HURAIAN bidang robotik membantu tentera mengesan bomdan periuk api AYAT CONTOH robot memainkan peranan penting sebagai ejen perisikan AYAT HURAIAN mengesan segala pergerakan yang dirancang oleh musuh AYAT PENEGASAN keselamatan negara lebih terjamin daripada pencerobohan PENUTUPAN AKTIVITI 3 - Bincangkan dan ceritakan kehidupan manusia yang sangat bergantungpadarobot.Robot merupakan sebuah mesin canggih yang mampu melakukan kerja-kerja yangdahulunyadibuat oleh manusia dengan kawalan komputer. Kecanggihan teknologi kini telahmemberikanpeluang robot banyak digunakan dalam bidang automobil, perubatan, pertaniandanlain-lain.Penggunaanya banyak di negara-negara maju seperti Jepun, China, Amerika Syarikat danlain-lain.Mengikut arus kemajuan teknologi, ramai orang tidak akan meneruskan kehidupandengansusahAYAT KESIMPULAN banyak lagi tugas manusia dapat dilakukan oleh robot dengan lebihefektif AYAT CADANGAN manusia boleh memanfaatkan penggunaan robot untuk pelbagai tujuanAYAT HARAPAN robot boleh mengambil alih tugas manusia sebagai pekerja kilang, pembantu AYAT UNGKAPAN manusia pada suatu masa nanti akan terlalu bergantung pada robot AYAT PENEGASAN robot akan berada di mana-mana sahaja untuk membantu manusia
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM82 seperti dahulu. Ciptaan robot kini bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Persoalannya, apakahkesan penggunaan robot dalam kehidupan manusia? Antaranya, robot dapat membantu manusia menjalankan kerja yang berisikotinggi.Sebagai contoh, robot humanoid yang merupakan peralatan elektronik di rumah dapat membantutugas suri rumah tangga untuk melaksanakan kerja seharian seperti membersihkankipasatautingkap yang tinggi. Selain itu, sebahagian peralatan robotik juga diubah suai khasnyauntukmengesan bahan-bahan radioaktif atau bahan-bahan kimia yang beracun. Penggunaanrobotdalam kerja seperti atas akan mengurangkan risiko yang dapat kehilangan nyawa kita. ‘Takkenalmaka tak cinta’. Oleh itu, robot membantu manusia untuk melakukan kerja yang hambar, kotordanberbahaya. Kebaikan yang seterusnya ialah robot dapat menjalankan tugas yang diberi dengancekapdan tepat. Hal ini dikatakan demikian kerana kita hanya memberi arahan kepadasistemrobot,sistem itu akan membuat kerjanya dengan menepati kehendak kita. Bukan itu sahaja, robot tidakakan bergantung kepada keadaan fizikal dan staminanya tetapi kurang kesilapankeranatelahdiprogramkan. Bergantung kriteria di atas, kita dapat mengetahui bahawa robot tidak akancuti dantidak akan sakit. Oleh itu, robot dapat meneruskan prosesnya sepanjang 24 jamsehari. Tegasnya,produktiviti sesebuah syarikat akan meningkat kerana kualiti hasilan dapat dikekalkandanbanyakdihasilkan. Tidak dapat dinafikan bahawa penggunan robot turut membawa kesan negatif dalamkehidupan manusia. Robot tidak berfungsi fleksibel seperti manusia. Hal ini dapat dilihatkankerana robot tidak mampu melakukan kerja-kerja selain yang telah diprogramkanpadasistemmereka. Sejiranya majikan ingin mengemaskinikan program lama kepad programyangbaharu,sudah pasti kos yang tinggi diperlukan. Robot juga tidak berfikir tentang sesuatu yangabstrakdankreatif seperti manusia. Justeru, robot tidak sesuai untuk menjalankan tugas yangberkaitandengan hubungan sesama manusia, perasaan, dan psikologi seperti peguam, kaunselor, danpegawai perhubungan awam. Penggunaan robot juga menyebabkan manusia tidak berinisiatif. Manusiayangterlalubergantung pada robot untuk melakukan pelbagai kerja akan mengakibatkan manusiamenjadipasif dan berat tulang, tiada inisiatif untuk berusaha. Di samping itu, robot akandibeli dandigunakan oleh banyak pengusaha untuk mengambil alih kerja manusia. Sehubungandenganitu,manusia akan kehilangan pekerjaan. Majikan lebih gemar memilih robot keranadapatmengurangkan kos buruh. Hal ini akan menyebabkan pengangguran kepada manusiaKesimpulannya, aplikasi robot tiada had. Penciptaannya dianggap pentingkeranafungsinya adalah untuk membantu dan menambahkan kesejahteraan dan keselesaanmanusia.Penggunaan robot memudahkan urusan seharian manusia dalam pelbagai bidang. Namundemikian, penggunaan robot haruslah dikawal agar dapat mengelakkan kesan negatif.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM83 PEMULIHAN - INDUSTRI KRAF TANGAN (HALAMAN 68) Lengkapkan kerangka karangan Usaha-usaha Memajukan Industri Kraf Tangan. Perenggan Bahagian Ayat Pendahuluan Isu Industri kraf tangan di Malaysia berpotensi untuk dimajukan. Kesan Kemajuan dalam industri ini memberikan pulangan yanglumayankepada rakyat. Contoh Kraf tangan seperti anyaman bakul, ukiran kayu, danhasil tenunanboleh menjadi punca pendapatan. Tugasan Oleh hal yang demikian, semua pihak haruslahmengimplementasikan usaha-usaha yang efektif lagi pragmatikuntukmemajukan industri kraf tangan. Persoalannya ialah apakah usaha-usaha yang haruslahdilaksanakanoleh semua pihak untuk memajukan industri kraf tangan?Perenggan Bahagian Ayat Isi 1 Isi Kerajaan mempromosikan kraf tangan Malaysia ke luar negara. Huraian isi Masyarakat luar masih belum mengenali kraf tangan negarakita. Contoh Mengadakan promosi secara besar-besaran melalui mediamassa–menganjurkan pameran kraf tangan di luar negara. Huraian Contoh (Kesan) Kraf tangan negara semakin dikenali oleh pelancong asing. Penegasan Kerajaan memainkan peranan penting dalam memajukanindustri kraftangan. Perenggan Bahagian Ayat Isi 2 Isi Pengusaha perlulah menghasilkan kraf tangan yang kreatif. Huraian isi Pembeli tertarik untuk membeli barangan yang terkini danmengikutperedaran zaman. Contoh Menghasilkan kraf tangan yang menarik dengan menggunakanbahan-bahan tempatan seperti cangkerang hidupan laut, buluh, danbuah kelapa. Huraian Contoh (Kesan) Pelbagai bentuk atau ciptaan kraf tangan yang menarik danunikdapat dihasilkan – dapat menarik lebih ramai peminat kraf tangan–meningkatkan pendapatan pengusaha kraf tangan. Penegasan Jelaslah bahawa kreativiti pengusaha dalam usaha menghasilkankraftangan yang kreatif - memberikan impak yang besar dalammemajukan industri kraf tangan di Malaysia.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM84 Perenggan Bahagian Ayat Isi 3 Isi Sokongan masyarakat terhadap kraf tangan ciptaan wargatempatan.Huraian isi Kita sewajarnya menghargai titik peluh dan kreativiti rakyat Malaysiadalam menghasilkan karya seni. Contoh memberikan sokongan yang berterusan kepada produkkraf tangantempatan seperti bakul buluh, labu sayong, batik, anyaman, tenunan– membeli kraf tangan tempatan sebagai hadiah untuk kawan-kawandi luar negara. Huraian Contoh (Kesan) Industri kraf tangan dapat dimajukan dan pendapatanpengusahatempatan dapat ditingkatkan – memberikan motivasi kepadapengusaha kraf tangan untuk lebih gigih menghasilkanprodukkraftangan yang berkualiti. Penegasan Sokongan yang tidak berbelah bahagi masyarakat terhadapprodukkraf tangan dapat memajukan industri kraf tangan di Malaysia. Perenggan Bahagian Ayat Isi 4 Isi Media massa memainkan peranan untuk memperkenalkankraftangan tempatan. Huraian isi Dapat menarik minat masyarakat terhadap seni kraf tangantempatan dan membantu usaha untuk meningkatkanpermintaanorang ramai terhadap barangan kraf tangan tempatan. Contoh Menyiarkan rancangan yang memperkenalkan kraf tangantempatanmelalui televisyen – mengadakan pertandingan kuizberkenaandengan kraf tangan melalui televsiyen – Menyiarkanartikel yangmenarik mengenai seni kraf tangan. Huraian Contoh (Kesan) Masyarakat dapat didedahkan dengan keunikan kraf tangan–menarik minat masyarakat untuk membeli produk kraf tangan-meningkatkan jualan kraf tangan tempatan. Penegasan Peranan media massa amat penting dalamusaha untukmemajukanindustri kraf tangan di Malaysia. Perenggan Bahagian Ayat Kesimpulan Kesimpulan Kraf tangan yang menjadi lambang kebudayaan dankesenianperlu dipertahankan. Cadangan Semua pihak perlu berganding bahu untuk memajukanindustrikraf tangan negara. Harapan agar industri kraf tangan ini terus maju seiringdengan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM85 pembangunan negara sekali gus menarik minat pelancong–melancong ke negara kita. Penegasan Ayuh, marilah kita bersama-sama menyokong barangankraftangan tempatan agar kesenian kraf tangan dapat dikekalkanselama-lamanya – tak lapuk dek hujan, tak lekang dekpanas.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM86 TEKA SILANG KATA (HALAMAN 69) Lengkapkan teka silang kata dengan perkataan yang tepat .Kemudian, bina ayat laindenganperkataan tersebut. Imbas kod QR untuk mendapatkan jawapan teka silang kata. Bina ayat lain dengan perkataan tersebut. 1. Harga minyak masak melambung naik kesan daripada kenaikan harga minyak dunia. 2. Semenjak anaknya meninggal dunia, Suraya sering melamun dan tidak menghiraukankeadaandirinya. 3. Kandungan buku tatabahasa itu tertumpu pada aspek pembentukan kata dalambahasaMelayu. 4. Mesin pengisar berkelajuan tinggi itu dapat mengisar kacang tanah hingga halus. 5. Setiap pelajar sudah pasti berhasrat untuk menjejakkan kaki ke menara gading. 6. Harga durian jatuh kerana tiada permintaan akbat pandemik Covid-19. 7. Tanaman padi tidak menjadi pada musim ini kerana serangan penyakit bena perang, 8. Sejak kecil, saya diajar supaya berjimat apabila berbelanja. 9. Semangat Amelia yang membara untuk menjadi seorang cef menyebabkannya memilihjurusankulinari. 10. Setiap kejadian yang berlaku dalam hidup seseorang harus dijadikan pengalamanyangamatbermakna untuk menempuh cabaran. 11. Semua murid diminta duduk mengikut jarak yang ditetapkan apabila makan di kantin. 12. Sektor perindustrian bergantung pada tenaga kerja mahir untuk memajukan ekonomi negara.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM87 TEMA 6 - DUNIA PELANCONGANMALAYSIA SYURGA MAKANAN (HALAMAN 72 - 73) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.4.1 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara dalamperbualan santai secarabertatasusila. AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, kemukakan pendapat anda dalamperbualansantai secarabertatasusila. Murid boleh mencari maklumat berkaitan dengan makanan istimewa yang ada di setiapdaerahdinegeri Kelantan dan Terengganu dengan berpandu pada contoh di bawah. Selepasitu, muridboleh membuat pembentangan di dalam kelas. CONTOH 1 JELI (Kelantan) Daerah Jeli merupakan kawasan yang terletak pintu masuk atau “gateway” ke negeri Kelantan dari sebelah Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Jeli menjadi tempat persinggahan yang sesuai bagi mereka yang dikatakan dalam perjalanan dari Pantai Timur ke Pantai Barat atau sebaliknya, melalui jalan raya Timur Barat. Di samping itu, daerah Jeli juga menjadi penghubung kepada kawasan Kelantan Selatan melalui jalan raya Jeli – Dabong. Oleh hal yang demikian, dari segi lokasinya Daerah Jeli bersempadan dengan Thailand di sebelah utara, jajahan Tanah Merah di sebelah timur, jajahan Kuala Krai dan Gua Musang di sebelah selatan dan negeri Perak di sebelah barat. Jeli merupakan sebuah kawasan yang strategik dan mempunyai daya maju untuk pembangunan secara teratur pada masa hadapan. Pekan Jeli merupakan bandar atau pekan utama di kawasan jajahan ini. Kawasan ini terletak kira-kira 98 kilometer dari bandar raya Kota Bharu melalui jalan raya Timur Barat. NASI KERABUKUALI GELEGAKMI UDANGGALAH
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM88 Keadaan muka bumi ialah 82% berbukit bukau, hutan rimba dan banyak alur serta sungai. Jajahan ini terletak antara 90 meter hingga 500 meter dari paras laut. Sungai-sungai utama ialah Sungai Pergau, Sungai Renyut, Sungai Suda dan Sungai Balah. Oleh sebab keadaan geografi Jeli bersempadan dengan banyak budaya, makanan di sini juga menerima pengaruh daripada Perak, Thailand, dan Terengganu. Hal ini menjadikan makanan di daerah Jeli sangat unik, tambahan pula udang galah yang segar juga banyak terdapat di sungai-sungai yang berdekatan dengan Jeli. Makanan di Jeli juga sangat esotik dan menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negara. Setiap pelancong yang mahu mencuba makanan yang unik rasanya dan mesra alam, Jeli ialah tempat yang sangat sesuai kerana harganya tidak mahal. Tidak hairanlah bahawa Jeli ialah destinasi pelancongan gastronomi di Kelantan. SAMBAL PIJATCONTOH 2 Cari gambar yang sesuai dengan makanan yang terdapat dalamjadual di bawah. Andadikehendaki mencetak gambar tersebut lalu menampalkannya dalam jadual di bawah. MARTABAK RAJA SOTONG SUMBAT KUIH BAULULAKSAM SATAR KUIH BUAH TANJUNG
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM89 AKTIVITI 2 - Lengkapkan itinerari pelancongan gastronomi bagi negeri-negeri lain di Malaysia. Cadangan aktiviti: 1. Murid boleh menerokai maklumat tentang pelancongan gastronomi di media sosial. 2. Murid boleh merujuk laman sesawang seperti berikut: https://saji.my/makananan-tradisional-perak/ https://www.maisinggah.com/tempat-makan-menarik-di-melaka/ https://www.tempatmenarik.my/tempat-makan-johor/ https://saji.my/20-tempat-makan-best-di-kedah/ 3. Guru boleh meminta murid menghasilkan buku skrap tentang pelancongan gastronomi. NASI DAGANG KEROPOK LEKOR SINGGANGMI CHAMPA LEMPENG NYIUR SOTONGCELUPLEMANG NASI KUKUS AYAM BEREMPAH NASI ULAM
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM90 TAHAN MENGHIJAU (HALAMAN 74 - 75) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada pelbagai bahandenganbetul dan tepat. AKTIVITI 1 - Baca bahan. Kemudian, nilai bentuk serta kandungan teks bahan tersebut denganbetulnya dan tepatnya dengan menggunakan Borang Penilaian Kendiri. 1. Bahan 1 : Petikan bertajuk Panggilan Tahan 2. Bahan 2 : Litar bukit Teresek BORANG PENILAIAN KENDIRI Tandakan skala di bawah 2- Setuju 2- Tidak setuju BIL ITEM BAHAN A BAHAN B SKALA ALASAN1 2 1 2 1 Maklumat yang dipaparkan mudah difahami pembaca / / Bahan B menggunakankonseppeta berbanding bahanA. 2 Maklumat membantu pembaca untuk mengenali destinasi pelancongan dengan cepat / / Bahan B memberi panduandestinasi pelancongandenganjelasberbanding bahan A. 3 Penggunaan ilustrasi yang menarik / / Bahan B kerana menggunakanilustrasi yang berwarnawarni 4 Maklumat memberikan pengetahuan yang baharu kepada pembaca / / Kedua-dua bahan berkaitandengandestinasi pelanconganGunungTahan.Pembaca dapat memperolehmaklumat tambahan berkaitandestinasi pelancongan. 5 Makumat diolah dengan tepat dan ringkas untuk memudahkan pelancong membuat pilihan destinasi pelancongan / Bahan B kerana maklumat yangdipaparkan jelas dan ringkasdengan menggunakankonseppeta.Maklumat dalambahanAdiolah dalambentuk ceritadanmengambil sedikit masauntukmemperoleh maklumat. 6 Pembaca dapat menambahkan pengetahuan tentang penggunaan peribahasa / / Bahan A menyelitkanbeberapaperibahasa dalampetikan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM91 ASPEK SENI BAHASA SP: 4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya dengan betul mengikut konteks. AKTIVITI 2 - Analisis penggunaan peribahasa dalam bahan. Kemudian, binaperengganberdasarkan peribahasa yang sesuai dan hubung kaitkan maksudnya dengan betulnyamengikutkonteks. Bina perenggan berdasarkan peribahasa. Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan tiga peribahasasahajayangsesuai berdasarkan situasi berikut. Puan Mahani tidak mahu mengangkat pakaiannya ketika hujan kerana menganggaphujantersebut hanya turun seketika sahaja. Ternyata telahan Puan Mahani tepat. Seketika, anaknyaArfah yang baharu menginjak usia 12 tahun memanggilnya untuk bertanyakan perihal soalanlatihan Matematik dengan bersungguh-sungguh. Panggilan anaknya itu membuatkanPuanMahanitersenyum kerana dia tahu anaknya bijak dalam penyelesaian Matematik sehinggakanmampumenyelesaikanan masalah Matematik peringkat menengah rendah. Anaknya hanyamahuPuanMahani mengesahkan sahaja jawapan. “Cepat benar masa berlalu,” luah Puan Mahani dalam hatinya. Dia agak bimbanguntukmelepaskan anaknya ke sekolah berasrama penuh pada tahun hadapan. Namun, jikadiatidakmelepaskan anaknya ke sekolah berasrama maka peluang mendapat pendidikan untukanaknyadinafikan. Dia wajar menanggung risiko tersebut seperti mana ibunya dahulu HajahFauziahyangmenghantar dia belajar ke asrama. Puan Mahani harus cermat dan berhati-hati dalammerancangmasa depan anaknya yang ketika ini berpontesi cemerlang pada masa akan datang. Bil Peribahasa Maksud 1 Hutan halau mentua Hujan sebentar sahaja 2 Kecil-kecil cili api Walaupun bertubuh kecil tetapi mempunyai sifatberani dalam sesuatu perkara 3 Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khususkepadaorang-orang tua sahaja 4 Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai Sekiranya takut kepada risiko, jangan dekati bahaya5 Takkan lari gunung dikejar Membuat sesuatu kerja biarlah dengancermat danberhati-hati
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM92 1. hujan halau menantu 2. kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa 3. kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai 4. tak kan lari gunung dikejar AKTIVITI 3 - Terokai maklumat tentang keistimewaan Gunung Tahan dan sediakanbrosuryangdapat dijadikan panduan oleh pelancong. Imbas kod QR untuk melihat Brosur Gunung Tahan yang penuh.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM93 WARISAN DUNIA (HALAMAN 76 - 77) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.4.2 Menulis pelbagai jenis perenggan pendahuluan yang menepati tema menggunakanlarasbahasa yang sesuai dan gramatis. AKTIVITI 1 - Analisis maklumat dalam bahan. Kemudian, tulis perenggan pendahuluanjenissejarah, suasana, dan peribahasa. 1. Murid secara individu diminta meneliti ketiga-tiga bahan [ Bahan 1 Petikan, Bahan2Infografik, Bahan 3 Infografik ] 2. Murid dalam kumpulan 4 - 5 orang diminta membincangkan tugasan yangdiberi untukmembina pendahuluan sama ada jenis suasana, sejarah atau peribahasaberdasarkanbahan. 3. Murid menulis pendahuluan yang ditugaskan hasil perbincangan . 4. Lembaran pendahuluan yang dibina oleh setiap kumpulan diedarkan secarabergilir kepadarakan-rakan kumpulan lain untuk mendapat respons dari segi kekuatan dan kelemahan. 5. Murid menulis semula ketiga-tiga jenis pendahuluan secara kendiri. Contoh Soalan dan Jawapan Aktiviti 1 : Tugasan 1 [KUMPULAN 1, 3, 5] : Teliti bahan petikan dan bahan grafik pada mukasurat 76–77.Kemudian tulis satu pendahuluan jenis sejarah tentang kepentingan aktiviti pelancongandalamnegara kepada masyarakat dan negara. Tugasan 2 [KUMPULAN 2,4,6] : Teliti bahan petikan dan bahan grafik pada mukasurat 76–77.Kemudian tulis satu pendahuluan jenis peribahasa tentang kepentingan aktiviti pelancongandalam negara kepada masyarakat dan negara. ANALISIS TIKF: Tema : Pelancongan dalam negara. Isu : Kepentingan pelancongan dalam negara kepada masyarakat dan negara. Kata Kunci : Kepentingan [ Kebaikan / Manfaat / Faedah ] Format : Pendapat / Fakta Tugasan 3 [KUMPULAN 7, 8, 9] : Teliti bahan petikan dan bahan grafik pada mukasurat 76–77.Kemudian tulis satu pendahuluan jenis suasana tentang pengalaman anda menjelajahi TamanNegara Gunung Mulu. ANALISIS TIKF: Tema : Pelancongan dalam negara. Isu : Menjelajah Taman Negara Mulu .
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM94 Kata Kunci : Pengalaman anda Format : Cerita Bahan 1 Bahan 2 Bahan 3
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM95 TUGASAN 1 : PENDAHULUAN JENIS SEJARAH Contoh 1 Industri pelancongan bukanlah industri yang asing di Malaysia. Bermuladenganpenubuhan Jabatan Pelancongan di bawah Kementerian Perdagangan DalamNegeri pada1959,sumbangan sektor pelancongan di negara ini terus diiktiraf dengan tertubuhnyaKementerianKebudayaan dan Pelancongan pada 1987. Hal ini sejajar dengan perkembangan pesat sektorinidan negara menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Kepelbagaian mukabumi, tempattempat bersejarah dan keunikan budaya masyarakat majmuk di Malaysia menjadi antaratarikanutama para pelancong. Pengiktirafan beberapa tempat di Malaysia oleh PertubuhanPendidikan,Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNESSCO) sebagai TapakWarisan Dunia seperti Taman Negara Gunung Mulu dan Taman Negara Kinabalu (2000), Bandarraya Bersejarah George Town dan Melaka (2008) serta Tapak Warisan Arkeologi LembahLenggong (2012) telah menyemarakkan perkembangan sektor ini. Namun amat menyedihkankerana kebanyakan rakyat Malaysia sejak dahulu memilih untuk melancong ke luar negaratanpamenyedari bahawa terdapat pelbagai kepentingan melancong dalam negara Hal ini sewajarnyadikupas sehingga ke akar umbi supaya kita dapat mencari jalan untuk mencelikkanmataseluruhrakyat Malaysia agar menyokong sektor pelancongan negara. Contoh 2 Taman Negara Mulu merupakan satu daripada tapak warisan dunia. TamanNegarainimempunyai tiga buah gunung iaitu Gunung Mulu, Gunung Api dan Gunung Benarat. GunungMulumerupakan gunung batu pasir setinggi kira-kira 2,377 meter dan mempunyai sejarahyangberusialebih daripada 1.5 juta tahun lamanya. Taman Negara ini juga mempunyai rangkaianguaterpanjang di dunia dengan empat buah gua utama iaitu Gua Rusa, Gua Lang, GuaJernihDanGua Angin. Kunjungan ke sini pastinya memukau setiap pelawat yang datang keranatamaninibukan sahaja sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan tetapi juga amat sesuai bagi merekayang menginginkan kegiatan lasak. TUGASAN 2 : PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA Contoh 1 Peribahasa `jauh perjalanan, luas pengalaman’ yang bermaksud semakinbanyakkitamerantau, maka semakin banyaklah perkara yang dapat kita pelajari amat sinonimdikaitkandengan aktiviti pelancongan. Melancong ke tempat orang pasti akan membukamindadanmencelikkan mata kita tentang kepelbagaian budaya masyarakat sesuatu tempat. Lazimnyaramaidalam kalangan rakyat Malaysia memilih untuk melancong ke luar negara denganalasaninginmenikmati kelainan iklim , suasana , dan cara hidup masyarakat di sana, malahadayangmemandang sebelah mata terhadap tempat-tempat pelancongan di dalamnegara. Stigmabahawa melancong di dalam negara hanya untuk masyarakat kelas kedua menyebabkanmerekatidak menyedari hakikat pesanan orang tua-tua bahawa hujan emas di negeri orang, hujanbatudi
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM96 negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri adalah benar. Oleh itu, sikap kurang prihatintentangkepentingan menyokong aktiviti pelancongan dalam negara ini perlu diubah demi kemajuansektorini. Contoh 2 Peribahasa jauh perjalanan, luas pengalaman membawa maksud jikakitabanyakmerantau banyaklah perkara yang dapat dilihat. Kita juga dapat menimba pengalamanbaharuditempat-tempat yang kita kunjungi tidak kiralah tempat itu jauh atau dekat, tentunyamemberisesuatu yang berharga kepada kita. Kita juga akan menghargai cenderamata yangdihadiahkankepada kita sebagai kenang-kenangan. Setiap orang mempunyai tempat idaman tersendiri untukdilawati dan dikunjungi. Ada yang suka akan bandar-bandar besar, ada yangsukaakanperkampungan kecil dan tidak kurang juga yang suka akan keindahan alam. Satu daripadatempatyang amat sesuai bagi mereka yang mendambakan ketenangan jiwa dan lari daripadakesibukankota ialah taman negara. TUGASAN 3 : PENDAHULUAN JENIS SUASANA Contoh 1 Mataku tertancap menikmati pemandangan hutan dara tropika yang malar hijau. Subhan,aku takjub dengan ciptaan Ilahi. Udara segar dari rimba kusedut dalam-dalam. Sungguhkataorang rendah gunung, tinggi harapan, impianku yang membuak-buak untuk menjelajahi TamanNegara Gunung Mulu yang diisytiharkan sebagai salah satu Tapak Warisan Duniapadatahun2000 bakal menjadi kenyataan hari ini. Taklimat yang diberi oleh Encik Rafiq pemandupelancongkami dan Encik Maulid , renjer yang akan bertanggungjawab menjaga dan menemani kamisepanjang di sini kudengar dengan teliti demi keselamatan. Sebenarnya banyak pilihantempatmenarik di negara ini sewaktu aku dan teman-teman membuat carian di Internet, namunkamisepakat memilih Taman Negara Gunung Mulu. Keluasannya yang hampir 53 ribu hektar dengan3500 spesies tumbuhan vaskular sangat menarik bagi pencinta alam seperti kami. Apatahlagi,kami dikhabarkan bahawa rangkaian Gua Rusa, Gua Lang , Gua Jernih dan Gua Anginyangbakalkami jelajahi merupakan rangkaian gua terpanjang di dunia dan Kamar Sarawak iaituruangbawahtanah terbesar di dunia ditemukan di sini. Aku pasti kami tidak tersalah memilihdestinasipenjelajahan ini ! Contoh 2 Sebut sahaja Gunung Mulu, sudah terbayang akan keindahan, kehijauan danketenanganyang bakal dinikmati apabila menjejakkan kaki ke tapak warisan dunia ini. Kedinginanhutandansuara penghuni rimba sahut-menyahut seolah-olah menyambut riang kunjungan kita. Kitajugaakan terpukau oleh jutaan kelawar dan burung layang-layang gua yang berterbanganmenujukehutan pada waktu senja. Sungguh memukau dan mendamaikan setiap mata yangmelihatnya.Gunung Mulu membangkitkan lagi keterujaan pengunjung kerana terdapatnya ruangbawahtanah
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM97 terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh buah kapal terbang Boeing747yangdikenali sebagai ‘Sarawak Chamber’, The Pinnacles yang merupakan contoh luluhawabatukapurtropika terbaik di dunia dan Gua Rusa yang mempunyai terowong terbesar di dunia. ASPEK TATABAHASA SP: 5.2.2 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata kerja dengan betul mengikut konteks.AKTIVITI 2: Kenal pasti kata kerja transitif yang terdapat dalam bahan. Kemudian, binaayatdengan menggunakan kata kerja tersebut mengikut konteks. Nota Kata Kerja Transitif 1. Murid mendengar dan mencatat penerangan guru tentang Kata Kerja Transitif. 2. Murid secara individu diminta meneliti ketiga-tiga bahan [ Bahan 1 Petikan, Bahan2Infografik, Bahan 3 Infografik ] 3. Murid secara berpasangan diminta mengenal pasti kata kerja transitif dalampetikandanmembina ayat sendiri.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM98 Kata Kerja Transitif yang terdapat dalam bahan a) Mencipta - Syarifuddin Azman telah berjaya mencipta nama selepas muncul juarasainganCEV Moto 3 Remaja Dunia di Litar Catalunya, Sepanyol kelmarin. b) Menghiasi - Lampu berwarna-warni yang menghiasi rumah Pak Abu telahmenerangihalaman sekitarnya. c) Merupakan - Uzair Zayyan merupakan pemain bola speak junior dari Perlis yangberjayaditerima masuk ke Akademi Bola Speak Cruzeiro Brazil-British International School Phuketbermula Ogos ini. d) Mempunyai - “Saya ingin mempunyai rumah dan kereta sendiri apabila dewasananti”,kata adik dengan penuh yakin. e) Melarikan - Sekumpulan perompak telah melarikan wang tunai dari sebuahbankterkemuka di bandar itu. f) Mendambakan - Sesetengah orang mendambakan kehidupan yangmewahdansanjungan daripada masyarakat. g) Menginginkan - “Sudah pasti saya menginginkan keputusan yang cemerlangdalampeperiksaan SPM nanti”, jelas Kamarul kepada bapanya. h) Menyokong - Semua guru menyokong penuh cadangan pengetua untuk mengadakanziarah cakna ke rumah pelajar yang tidak hadir kelas PDPR. i) Mengenal - Beberapa orang remaja yang nakal itu menyepak dan memijak kucing-kucingkelaparan tanpa mengenal belas kasihan. j) Menakjubkan - Kehebatan Laksamana Melaka menikam dan membunuh KertalaSari disebuah pasar sangat menakjubkan Ratu Melaka. k) Merentasi - Pasukan pendaki itu terpaksa merentasi onak dan duri setelahbeberapaharitersesat di dalam hutan. l) Dicipta - Sajak `Guru Oh Guru dicipta oleh Usman Awang. m) Diisytiharkan - Bandar raya George Town diisytiharkan sebagai Tapak WarisanDuniapada tahun 2008. n) Dikenali - Dia sangat dikenali dalam kalangan penduduk kerana keramahandanbudibahasanya yang baik.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM99 o) Diperkaya - Selain kandungan fruktosa dan glukosa yang tinggi , jus buah durianBelandadiperkaya dengan vitamin C serta serat. p) Dihiasi - Jalan-jalan di bandar itu sangat cantik pada waktu malamkeranadihiasi lampuneon yang berwarna-warni. q) Ditemukan - Dompet saya telah ditemukan oleh ibu di celah-celah buku di rak itu. **Nota : 1. perkataan merupakan dalam petikan berfungsi sebagai kata pemeri yang bolehbergantidengan kata pemeri `ialah’ 2. perkataan menakjubkan dalam frasa `Menginginkan pemandangan yangmenakjubkan’berfungsi sebagai kata adjektif bukan kata kerja transitif kerana bolehdigandingkandengan kata penguat [ cth: sangat menakjubkan] AKTIVITI 3 - Terokai tempat pelancongan yang menawarkan aktiviti yang unik dan luar biasa. Kemudian, persembahkannya dalam bentuk kreatif. Pendahuluan Jenis Sejarah Mengimbau kembali sejarah Perang Dunia Kedua, sudah pasti membangkitkan pelbagai peristiwapahit yang pernah menimpa sebahagian penduduk dunia terutama di negara yangdijajahdanterkesan dengan kemusnahan akibat perang. Menurut pengasas MuziumPerangJohari Shafie,kawasan muzium yang terletak di lereng bukit di Batu Maung adalah bekas kubupertahanantentera British ketika menakluki Tanah Melayu. Kubu ini dibina pada tahun 1930dansiapsepenuhnya sembilan tahun kemudian dengan menggunakan tenaga banduan yangakandihukummati dari negara-negara jajahan takluk British. Selain menjadi lokasi yang paling seramdi Asia,muzium perang ini juga mejadi tempat pelancongan paling berilmiah khususnya kepadagenerasimuda dalam memahami dan menghayati sejarah negara. Muzium Perang, Pulau Pinang Pintu Masuk ke Muzium Perang Kuarter Pegawai Pangkat Tinggi