MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM200 YAKIN, PASTI BOLEH! (HALAMAN 152 - 153) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalambidangpendidikan dan kerjaya dengan yakin. AKTIVITI 1 - Kenal pasti maklumat yang terdapat dalam bahan. AUTOMOTIF Kursus yang melibatkan kerja-kerja latihan menyelenggara, merombak rawat dan membaikpulihkenderaan yang melibatkan beberapa sistem seperti sistem enjin, sistemautoelektrik, sistempenghantaran, sistem brek, sistem penyaman udara kereta, sistem gantungan dan sistemstering.BIOTEKNOLOGI Kursus yang memberikan pendedahan kepada teknologi berasaskan biologi untuk peningkatankualiti dan daya tahan hasil bagi industri agrikultur. Kerja dan amalan yang bersandarkanteknikdimakmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi seperti penggabunganasiddeoksiribonukleik (DNA) atau proses berasaskan pengkulturan tisu.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM201 SENI BINA LANDSKAP Murid akan didedahkan kepada kaedah dan teknik penanaman landskap, pemilihantumbuhanyang sesuai serta cara-cara untuk menyelenggara tanaman tersebut. Di samping itu, muridakanmempelajari cara-cara menggunakan peralatan yang sesuai dan cara-cara untukmembuatlakaran. ELEKTRONIK Kursus yang memberikan penekanan dalam aspek mentafsir dan mengenal pasti simbol,komponen dan lukisan skematik, memahami, menguji dan mengira litar, prinsipkejuruteraanelektronik, pemasangan dan penyelenggaraan sistem audio dan video, digital, elektronikkuasa,sistem kawalan, sistem komunikasi dan industri robotik. SENI REKA FESYEN Kursus ini menyediakan murid kepada aspek klasifikasi, jenis dan alatan jahitan sertafabrikdantekstil, memberikan pendedahan tentang aliran bagi pakaian yang berkualiti sertabersesuaiandengan tema dan kegunaan pasaran tempatan dan antarabangsa mengikut fesyen terkini. BAKERI DAN PASTRI Kursus ini menawarkan murid program-program yang berkaitan dengan penghasilandanpenyediaan roti, kek dan manisan, Coklat, pastri, pencuci mulut, donut, pau, piza, membuat danmenghasilkan resipi baharu serta pengurusan kos dan perniagaan dalambidang ini. PEMPROSESAN MAKANAN Kursus akan dijalankan secara hands-on (amali) untuk memastikan murid benar-benar mahirdarisegi teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersil dan menepati standardGMP(AmalanPengilangan Yang Baik). Di samping itu, murid akan didedahkan dengan kaedahmenjalankanperniagaan yang profesional terutama dalam aspek keusahawanan, pengurusankewangan,pengurusan pemasaran dan penyediaan Rancangan Perniagaan. AGROINDUSTRI TANAMAN Kursus ini menyediakan murid kepada penyediaan, penanaman dan penjagaantanaman,mengawal kerosakan tanaman, penyelenggaraan infrastruktur ladang, jenteradanfertigasi(kaedah pemberian baja melalui sistem pengairan titis) serta aktiviti lain yang berkaitandenganindustri tanaman dan juga merangkumi aspek penuaian hasil dan pemasaran. ELEKTRIK Kursus yang menyediakan murid kepada sistem kuasa, arus terus (direct current @DC) danarusulang alik (alternating current @ AC), penyelenggaraan, pemasangan dan menguji elektrikdomestik dan industri, kawalan motor, penyelenggaraan kejuruteraan, melukis dan mentafsirsertamemahami akta elektrikal dan peraturan pemasangan yang ditetapkan. KOSMETOLOGI Kursus ini mendedahkan murid kepada penjagaan dan rawatan wajah dan anggotabadan,penggayaan rambut, seni mekap/solekan, refleksologi serta amalan kesihatan dankebersihan,pengurusan dan pengoperasian salon/kedai gunting rambut. SISTEM KOMPUTER Kursus ini menyediakan murid kepada aspek asas perniagaan, penyelenggaraan, pengoperasiandan konfigurasi sistem komputer serta rangkaian dan penyimpanan data di sampingpengurusandan integrasi sistem maklumat. PEMASARAN Kursus ini memberikan penekanan kepada murid dalam mengenal pasti kaedah, strategi kajian,promosi dan pengurusan untuk mengetengahkan produk kepada pasaran bagi meningkatkanhasiljualan syarikat.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM202 PENGURUSAN PERNIAGAAN Kursus yang dirangka khas untuk menyediakan murid kepada bidang pemasaran, perakaunan,operasi, komunikasi, keselamatan pekerja, keusahawanan dan etika serta protokol perniagaan. PELANCONGAN Kursus ini menyediakan murid untuk menghadapi industri pelancongan ini dari aspekpengurusanacara, pengoperasian agensi pelancongan, peningkatan dan penguasaan dalambahasaasingserta kemahiran dalam pemasaran dan jualan. PEMBINAAN Kursus ini memperkenalkan murid kepada asas pembinaan sesuatu. Murid akandidedahkankepada bahan-bahan binaan, cara-cara asas pembinaan, asas lukisan pelan, keselamatanindustri, asas kejuruteraan elektrik dan elektronik serta pengurusan industri. PERAKAUNAN Kursus ini menawarkan murid untuk memahami pengurusan kewangan syarikat sepertipenyediaan buku kira-kira, akaun peruncitan, untung dan rugi, imbangan duga sertamembuatanalisis tentang prestasi syarikat KIMPALAN Kursus yang menyediakan murid kepada kimpalan mengikut aras Piawaian British(BS)ataumengikut Piawaian Persatuan Kimpalan Amerika (AWS), proses dan teknik, pengelasanbahanlogam dan teknik, tatacara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, lukisankejuruteraan,fabrikasi, pemasangan kimpal paku dan kimpal arka logam berperisai. Muridjugaakandidedahkan kepada automasi komputer. KULINARI Kursus ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan dapur, penyediaanmakanandan restoran, penyediaan pencuci mulut, masakan Timur dan Barat, kuih tempatan, roti, pastri danmanisan, seni makanan, penyediaan makanan halal dan pengurusan makanan. PENDIDIKAN KANAK-KANAK Kursus ini memberikan pendedahan kepada murid dalam aspek perkhidmatan penyediaanpusatpenjagaan kanak-kanak dari peringkat bayi sehingga peringkat sekolah rendah. Pengurusanpembelajaran, perkembangan tumbesaran, penyediaan makanan, keselamatan tempat tinggal danpengurusan aset kewangan serta operasi. PEMESINAN INDUSTRI Kursus ini menawarkan pendedahan kepada amalan bengkel pemesinan industri, lukisanteknikaldan geometri, reka bentuk pembuatan terbantu komputer, mengenal pasti jenis, senarai alatandanpengoperasian mesin industri. HORTIKULTUR Dalam kursus ini, murid akan didedahkan kepada pengetahuan berkaitan dengan penjagaandanpenanaman buah, tumbuhan hiasan dan sayuran. Murid juga akan menjaga tumbuhandanmenjualnya jika tanaman tersebut telah mencapai tahap kematangan yang sesuai. INSURANS Kursus ini menawarkan cara untuk mengenal pasti jenis, prinsip, fungsi, tatacara, ‘underwriting’,proses, perundangan dan pengurusan sistem insurans dan etika serta salahlakudalamperniagaan insurans. REKA BENTUK DAN GRAFIK Kursus ini akan mendedahkan murid kepada aplikasi dan perisian Desktop Publishing, grafik,pengiklanan, pencetakan, label, konsep pembungkusan yang sesuai untuk media cetak.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM203 AKTIVITI 2 - Hasilkan simulasi temu duga antara majikan dengan pencari pekerjaan, iaitubekaspelajar kolej vokasional. Encik Amir (Majikan) Sila duduk, Cik ialah Selina Martha ya? Selina (Pencari pekerjaan/ bekas pelajar kolej vokasional) Ya, Tuan, saya bernama Selina Martha. Saya berumur 25 tahun padatahunini.Saya berminat untuk memohon jawatan pembantu cef di hotel yangterkemukaini. Encik Amir Boleh ceritakan serba sedikit tentang latar belakang dan juga latar pendidikanCik Selina? Selina Saya merupakan anak tunggal dalam keluarga saya Tuan. Sayamerupakanbekas pelajar Kolej Vokasional Kuching ataupun lebih dikenali sebagai SekolahTeknik Batu Lintang. Pengkhususan saya adalah dalambidangSeni Kulinari.Bahkan di peringkat diploma pun saya mengambil bidang yang samaiaitubidangseni kulinari Encik Amir Apakah yang telah Cik Selina pelajari dalam bidang ini? Selina Kursus ini telah mendedahkan saya kepada operasi dan penyelenggaraandapur,penyediaan makanan dan restoran, penyediaan pencuci mulut, masakanTimurdan Barat, kuih tempatan, roti, pastri dan manisan, seni makanan, penyediaanmakanan halal dan pengurusan makanan. Encik Amir Mengapakah Cik Selina meminati bidang ini? Selina Saya meminati bidang ini kerana beberapa sebab Tuan. Pertama, keranasayasuka makan. Saya tahu mungkin ini akan kedengaran agak janggal tetapi sayapercaya sikap ini serba sedikit akan menyumbang ke arah sifat kitauntukmempelajari cara masakan yang baharu lantaran sikap sukamakandanmencuba pelbagai makanan. Selain itu, saya suka mencipta resipi, memasakdan mencuba makanan yang baharu. Bagi saya, ini amat mencabar keranakitaperlu bersifat positif apabila mencuba sesuatu yang baharu bahkankitajugaperlu tabah apabila mencipta resipi yang baharu kerana bukan semuaresipi ataumasakan akan menjadi seperti yang kita inginkan. Encik Amir Mengapakah Cik Selina ingin memohon jawatan ini? Selina Saya ingin memohon jawatan ini kerana saya percaya saya mampumenjadiseorang cef yang berjaya. Kemahiran yang saya miliki iaitu keupayaanuntukmencipta sesuatu resipi atau masakan yang baharu sama ada masakanjenisBarat ataupun Timur pasti akan menarik minat para pelanggan atauklienhotel inimemandangkan hotel ini ialah sebuah hotel bertaraf antarabangsadanmenerimapelbagai tetamu dari seantero dunia. Bukan setakat itu sahaja, sayajuga
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM204 merupakan seorang yang teliti dan saya yakin sifat tersebut akanmenyumbangke arah cara saya memasak dan ketelitian saya untuk menghasilkanmasakanyang bukan sahaja sedap bahkan juga kelihatan cantik dan menarikdipandangmata. Encik Amir Kalau berdasarkan sijil yang dilampirkan ini, banyak juga ya pencapaianCikSelina semasa berada di bangku sekolah. Selina Ya Tuan. Saya telah program mencipta resipi beberapa kali semasadi bangkusekolah. Selain itu, saya juga pernah terlibat dalam pertandingan memasakyangdianjurkan oleh stesen televisyen tempatan. Pada masa tersebut walaupunsayahanya mampu merangkul gelaran naib johan, saya tetap berasagembiradanbersyukur kerana pertandingan tersebut disertai hampir 1000 orangpesertadariseluruh negeri Sarawak. Encik Amir Betul, satu pencapaian yang amat membanggakan sebenarnya. Ok, CikSelina..dari sudut pencapaian akademik dan juga pencapaian dalambidangkulinari ini, saya rasa sememangnya kebolehan dan ciri-ciri yangadapadaCiktersebut memang amat diperlukan oleh hotel ini. Namun segalaprosestemuduga dan pengambilan harus melibatkan keputusan dan persetujuandaripadasemua pihak atasan dalam hotel ini. Terima kasih Cik Selinakeranasudimenghadiri temu duga pada hari ini dan saya pasti kita akan berhubunglagi. Selina Terima kasih ya Tuan kerana sudi memberikan peluang temu dugaini kepadasaya. Encik Amir Terima kasih kembali. AKTIVITI 3 - Jelaskan bagaimana kemahiran insaniah dapat meningkatkan kebolehpasarandirianda dalam bidang kemahiran yang anda pilih. (Sumber: https://ppki.usim.edu.my/7-kemahiran-insaniah-ki/.)
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM205 Kemahiran Insaniah Mesti (KIM) Kemahiran yang wajib dimiliki oleh setiap murid. Jika kemahiran ini tidak wujud, muriddianggap sebagai tidak kompeten dalam elemen berkaitan. Kemahiran Insaniah (KI) [Nilai tambah] Dianggap sebagai kemahiran yang memberikan nilai tambah kepada murid. Jikakemahiraninidimiliki oleh murid di samping KIM, beliau dianggap sebagai kompeten cemerlang. ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH Kemahiran Komunikasi Kemahiran Keterangan BidangKIM Kebolehan menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis. 1 - 21 KIM Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberikan maklum balas. 1 - 21 KIM Kebolehan untuk membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar 1 - 21 Kebolehan untuk menggunakan teknologi dalam pembentangan 2, 4, 9, 10, 12 Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan. 5, 13, 14, 15, 20, 23Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang berlainan budaya. 5, 9, 11, 13, 14, 15, 20, 23Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi secara perseorangan. 1 - 21 Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan. Semua kecuali 15, 20dan23 Pemikiran Kritis & Kemahiran Menyelesaikan Masalah Kemahiran Keterangan BidangKIM Kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat penilaian yang berjustifikasi 1 - 21 KIM Kebolehan untuk mengembangkan dan membaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan 1 - 21 KIM Kebolehan untuk mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif. 1 - 21 Kebolehan untuk berfikir melangkaui batas 1 - 21 Kebolehan untuk membuat keputusan yang berdasarkan bukti yang kukuh 1 - 21 Kebolehan untuk bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan 5, 9, 13, 15, 20, 23Kebolehan memahami dan menyesuaikan diri kepada budaya komuniti dan persekitaran kerja yang baru 1 – 21 Kemahiran Kerja Berpasukan Kemahiran Keterangan BidangKIM Kebolehan untuk membina hubungan yang baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama 1 – 21 KIM Kebolehan untuk memahami dan mengambil 1 – 21
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM206 peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan KIM Kebolehan untuk mengenal dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain 1 – 21 Kebolehan untuk memberikan sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan 13, 14, 23 Bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan 13, 14 Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat Kemahiran Keterangan BidangKIM Kebolehan untuk mencari dan menguruskan maklumat yang releven daripada pelbagai sumber 1 - 21 KIM Kebolehan untuk menerima idea baru dan berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi 1 - 21 Kebolehan untuk mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan ilmu 1 - 21 Kemahiran Keusahawanan Kemahiran Keterangan BidangKIM Kebolehan untuk mengenal pasti peluang perniagaan 1 - 21 Kebolehan untuk merangka perancangan perniagaan 5, 6, 7, 8, 9, 11, 13, 14, 23Kebolehan untuk membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan 1, 3, 5, 6, 9, 11, 13, 19, 22, 23Kebolehan untuk bekerja sendiri 5, 6, 12, 17, 19, 23Moral dan Etika Profesional Kemahiran Keterangan BidangKIM Kebolehan untuk memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan sosiobudaya dalam amalan profesional 1 - 21 Kebolehan untuk menganalisis dan membuat keputusan dalam penyelesaian masalah berkaitan etika 7, 8, 11, 16, 17, 19, 20, 23Kebolehan untuk mengamalkan sikap beretika disamping mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat Kemahiran Keterangan BidangKIM Pengetahuan tentang teori asas kepimpinan 1 - 21 KIM Kebolehan untuk memimpin projek 1 - 21 Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan 3, 5, 6, 13, 19, Kebolehan untuk menyelia anggota pasukan 1, 3, 5, 6, 7, 10, 12, 13, 14, 15,16, 19, 22 Pada hakikatnya, semua kemahiran adalah penting Semakin banyak kemahiran yang dimiliki, semakin tinggi nilai tambah dan kebolehpasaran seseorang individu tersebut. Yang tertera di atas sekadar rujukan Berdasarkan maklumat yang tertera di atas, diharap murid dapat menghuraikan secara lanjut tentang kepentingan dan kaitan antara setiap kemahiran dengan kebolehpasaran dan bidang kerja yang dipilih oleh mereka.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM207 SIMPAN, LABUR, DAN UNTUNG! (HALAMAN 154 - 155) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyenuntukmeningkatkan penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang. AKTIVITI 1 - Baca dan hayati bahan. Pilih kosa kata khusus berdasarkan bidangdanjelaskanmaksudnya dengan merujuk kamus. 1. Murid dikehendaki membaca dan menghayati bahan bukan fiksyen tentang Kenali SSPN-i danbahan fiksyen bertajuk Terima kasih, ayah! pada muka surat 154-155. 2. Murid diminta memilih sekurang-kurangnya lima kosa kata khusus berdasarkanbidangberkaitan tajuk. 3. Murid dikehendaki mencari maksud perkataan tersebut dengan merujuk Kamus DewanatauKamus Pelajar. SENARAI KOSA KATA BIDANG SIMPANAN DAN PELABURANBil Kosa Kata Khusus Maksud 1 simpanan sesuatu yg disimpan (wang, barang makanan, dll): wang~wangygdisimpan 2 pembiayaan perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai 3 deposit 1. simpanan wang di bank atau institusi yg serupa; ~ tetapsimpananwang yg tertentu lamanya (atau utk jangka masa yg ditetapkan) dgnmendapat bayaran faedah; 2. wang yg disimpan di bank atau institusi yg serupa 4 pendeposit penyimpan wang di bank 5 pelaburan 1. jumlah wang (modal dsb) yg dilaburkan dlmsesuatu usahaniagadsb, penanaman modal; 2. sesuatu yg dibeli dsb dgn harapan akan mendapat keuntunganygberlipat ganda, penanaman modal: pembelian tanah merupakansuatubentuk ~ yg menguntungkan 6 akaun simpanan wang di bank dsb: membuka ~ di bank (mula) menyimpanwang di bank. 7 minimum (bilangan, banyak, dll) yg terkecil atau sedikit sekali 8 taksiran hasil daripada menaksir, anggaran, nilaian: belanja ataukerajat (cukai) yang diluluskan oleh undang-undang negeri ialahcuma2%drpd ~ harta proses atau cara pegawai Lembaga Hasil DalamNegeri ataupihakberkuasa tempatan menentukan jumlah cukai yg kena dibayar oleh
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM208 individu atau pemilik rumah, sama ada sbg cukai pendapatanataukadaran 9 dividen bahagian keuntungan yang dibayar kepada pemegang sahamdalamsesuatu syarikat; ~ bonus dividen tambahan yang berupasahamatautunai kepada dividen yang telah diisytiharkan sebelumnya; ~sahamdividen yang diterima oleh pemegang sahamyang berupatambahansaham (bukan dalam bentuk tunai) 10 kompetitif bersifat persaingan, cenderung atau suka bersaing 11 tabungan tempat menabungkan wang, wang yg disimpan 12 takaful insurans yang didasarkan pada atau yang mengikut asas-asasdanhukum-hukum agama Islam. 13 skim rancangan yg sistematik ttg sesuatu utk mencapai tujuanatausasaran; usaha atau tindakan supaya sesuatu rancangantercapai KOSA KATA TERIMA KASIH, AYAH Bil Kosa Kata Khusus Maksud 1 teruja timbul minat (keinginan dsb) yg kuat terhadap sesuatu, naiksemangat, terangsang 2 terkontang-kanting terbiar seorang diri tanpa haluan, bimbingan dsb 3 terkubur hilang, hapus, lenyap 4 modal wang atau harta benda yg dipergunakan sbg pangkal ataupokokutk berniaga 5 azimat sesuatu yg dianggap mempunyai sakti dan dpt melindungi pemakainya drpd bahaya; tangkal 6 hancur berkecai pecah menjadi kecil-kecil (berserpihan, berkecai-kecai), remuk7 aspirasi hidup keinginan yg kuat (utk mencapai, mengadakan, dll sesuatu), cita-cita 8 bergolok bergadai berikhtiar mendapatkan wang dgn bergadai; ®gadai 9 penyembuh kekesalan (sesuatu) yg menyembuhkan perihal (perasaan) kesal, kekecewaan, kesebalan, kejengkelan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM209 ASPEK TATABAHASA SP: 5.3.1 Mengenal pasti dan menggunakan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif danfrasasendinama dengan betul mengikut konteks. AKTIVITI 2 - Kenal pasti frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi namadalambahan.Kemudian, tulis perenggan dengan menggunakan semua frasa tersebut. 1. Murid diminta menyenaraikan lima contoh bagi frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif danfrasasendi nama dengan betul daripada petikan tersebut. 2. Murid diminta menulis perenggan ayat dengan menggunakan sekurang-kurangnyaduacontohbagi setiap frasa tersebut bertemakan pelaburan atau simpanan. (Rujuk buku teks muka surat 234) Frasa Nama Frasa Kerja Frasa Sendi Nama Frasa Adjektif skim simpanan pembiayaan pengajian tujuan pelaburan para pelajar pusat pengajian tinggi awam pelepasan taksiran cukai pendapatan perlindungan takaful simpanan wang tabungan wang akaun ini warganegara Malaysia anak jagaan mereka penjaga mereka penutupan akaun peluang lain perasaan kesal keinginannya pelbagai bidang kerjaya macam-macam bidang ilmu impiannya belanjanya penyembuh kekesalannya rumahnya direka khas melantik PTPTN menguruskan deposit memohon pinjaman pendidikan membiayai pengajian mempunyai akaun SSPN-i ditetapkan oleh PTPTN memperoleh pelbagai keistimewaan memiliki simpanan dijamin oleh kerajaan mempunyai kadar dividen boleh dibuka diberikan pilihan membuka akaun individu menjadi penerima manfaat membaca mesej perbualannya mendapat keputusan peperiksaan melihat Ganesh melanjutkan pelajaran dengan simpanan minimum ke atas pendeposit di seluruh Malaysia oleh ibu bapa pada bila-bila masa di kaunter di universiti ke kolej di dada dari dapur ke tingkat atas sungguhmudah hebat sungguh sedih sangat begitu teruja hancur berkecai amat gembira
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM210 menawarkan bidang pelajaran teringat kata- kata telah muncul mempunyai pasaran kerja Contoh perenggan ayat: Ibu bapa perlu bijak merancang pendidikan anak jagaan mereka (FN) denganmembukaakaun individu (FK) bagi anak tersebut. Simpanan wang (FN) tersebut membolehkananak-anakmelanjutkan pelajaran (FK) di universiti (FSN) atau di kolej (FSN) dengan sungguh mudah(FA). Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa telah menyimpan wang (FK) dari awal sebagai duit belanja untuk memenuhi keinginan anaknya. Anak pasti amat gembira (FA) dan begituteruja(FA)jika dapat menceburi bidang (FK) yang menjadi impiannya.(FN) BAHAN TAMBAHAN (PETIKAN AKHBAR) Pendeposit SSPN-i terima manfaat RM24,922.42 Siti Hasliza Yusof - April 15, 2021 @ 6:27pm [email protected] KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyerahkanmanfaat perlindungan takaful kepada pendeposit SSPN-i, Yazirruddin Md Som, yangmengalamikeilatan kekal menyeluruh akibat darah tinggi sejak Jun 2017. Yazirruddin, 60, yang sebelum itu bekerja sebagai Pegawai Audit DalamialahpendepositSSPN-i dan membuka akaun untuk dua orang anaknya, masing-masing pada Disember 2011danOktober 2015. PTPTN dalam kenyataan media, berkata ketika disahkan mengalami keilatankekalmenyeluruh, Yazirruddin mempunyai simpanan SSPN-i yang melayakkan beliaumenerimamanfaat perlindungan takaful bersamaan jumlah simpanan iaitu RM24,922.42. "Inilah keistimewaan SSPN-i yang memberikan perlindungan takaful percumasecaraRinggit ke Ringgit kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan keatassekiranyaberlaku kematian/ilat kekal menyeluruh kepada mereka. "Selain itu, khairat kematian berjumlah RM2,000 juga diberikan sekiranya berlakukematianatas pendeposit dan RM500 atas kematian penerima manfaat iaitu anak," katanya. Terdahulu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, mengunjungi danmenyempurnakan penyerahan manfaat perlindungan takaful kepada Yazirruddin di kediamannyadi Kampung Jalan Kebun, Shah Alam. Menurut kenyataan media itu, sememangnya nilai manfaat berkenaantidakdapatmengembalikan kesihatan seorang bapa tetapi ia dapat membantu meringankan bebankewanganbagi menampung kelangsungan hidup Yazirruddin sekeluarga.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM211 "Beliau membuat pilihan yang tepat dengan menyimpan di dalamSSPN-i bagi memastikanmasa depan keluarganya terus terjamin," katanya. SSPN-i turut menawarkan keistimewaan lain kepada pendeposit termasukpelepasantaksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, dividen yangkompetitif,geran sepadan serta patuh syariah dan dijamin oleh Kerajaan. Sehingga Februari 2021, sebanyak4.86 juta akaun SSPN dibuka dengan deposit berjumlah RM8.28 bilion. AKTIVITI 3 - Kenal pasti maklumat tentang bentuk-bentuk pelaburan yang dijaminolehpihakkerajaan dan kongsikan maklumat tersebut dengan rakan anda. LATIHAN ASPEK TATABAHASA 1. Nyatakan jenis frasa bagi rangkai kata di bawah Rangkai kata Frasa 1. memberikan perlindungan Frasa kerja 2. deviden kompetitif Frasa nama 3. pendeposit SSPN-i Frasa nama 4. dengan deposit Frasa sendi nama 5. meringankan beban kewangan Frasa kerja 6. di dalam SSPN-i Frasa sendi nama 7. menampung kelangsungan hidup Frasa kerja 8. kepada mereka Frasa nama 9. penerima manfaat Frasa nama 10. di seluruh dunia Frasa sendi nama
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM212 PENGUKUHAN - TAK TAKUT RUGI? (HALAMAN 156) AKTIVITI 1 - Berdasarkan petikan, apakah kebaikan perniagaan dalam talian ? Berdasarkan petikan, kebaikan perniagaan dalam talian ialah setiap orang tidak kiradari mana-mana negeri boleh membeli barang di mana-mana sahaja. Selain itu, orang mudabolehmenjadiahli perniagaan dalam talian. AKTIVITI 2 - Terokai maklumat tentang bentuk- bentuk penipuan lain yang pernahberlakuterhadap pihak-pihak yang terlibat dalam perniagaan maya ini. Terangkan maklumat tersebutkepada rakan anda. Bentuk-bentuk penipuan lain yang pernah berlaku terhadap pihak-pihak yang terlibat dalamperniagaan maya ini ialah penipuan di media sosial dan laman web seperti Facebook, Instagram,mudah.my dan sebagainya. Hal ini kerana syarat longgar kepada penjual danpembeli yangmengiklankan menerusi laman web dan media sosial. Masalah ini wujud kerana maklumat latarbelakang mereka sukar dikesan kerana penjual secara peribadi atau individuhanyamengemukakan alamat e-mel serta nombor telefon sahaja ketika mendaftar sebelummenawarkanbarangan atau perkhidmatan. Aktiviti ini membabitkan penjualan barangan baharudanterpakai.Alamat e-mel dan nombor telefon terbabit kemudian ditamatkan perkhidmatan olehsuspeksebaikmemperoleh bayaran selepas menipu beberapa mangsa. AKTIVITI 3 - Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan andatertipuapabilamelibatkan diri dalam perniagaan dalam talian ? Pada pendapat saya, cara untuk mengelakkan kita tertipu apabila melibatkandiri dalamperniagaan dalam talian ialah jangan tamak dan rambang mata tetapi berfikir secararasional.Selain itu seseorang itu perlu elakkan perasaan gelojoh dan perlu banyak bersabar. Pembeli jugaperlu membuat kaji selidik tentang penjual. Jika anda berurusan dengan penjual baruperlubuatcod sahaja.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM213 PENGAYAAN - MANFAAT CUKAI (HALAMAN 157) AKTIVITI 1 - Menghasilkan wacana yang lengkap dengan laras bahasa yang gramatis dansesuai serta penggunaan ungkapan yang menarik. Tulis karangan tentang “Kepentingan Cukai kepada Negara” dengan menggunakan wacanayanglengkap, bahasa yang gramatis dan ungkapan yang menarik. KARANGAN LENGKAP Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuahnegaramemperoleh hasil atau pendapatan. Hasil daripada cukai ini digunakan oleh kerajaanuntukmentadbir, mengurus negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan negara. KementerianKewangan menyasarkan kutipan cukai langsung Lembaga Hasil DalamNegeri (LHDN) bagi 2021mencecah RM143.9 bilion. Dalam masa yang sama, Menteri Kewangan, Tengku DatukSeri ZafrulTengku Abdul Aziz memberitahu, unjuran kutipan cukai tahun ini adalah sebanyak RM127bilion.Beliau berkata, agenda kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negaratidakakandapat direalisasikan sekiranya tiada sumber kewangan mencukupi.Secara ringkasnya, cukai ialahkunci kepada pentadbiran negara yang berkesan dan kita tidak akan dapat lari darinya. Di negarakita, hampir 70% daripada hasil negara datangnya dari hasil cukai. Cukai ini bolehdikelaskankepada cukai langsung dan cukai tak langsung. Skop perbincangan pada kali ini ialahapakahkepentingan cukai kepada negara? Satu daripada kepentingan kutipan cukai oleh kerajaan ialah dapat mengurangkanbebansara hidup rakyat di negara ini. Kos sara hidup merujuk kepada sejumlah kosyangperluditanggung oleh seseorang atau keluarga bagi memenuhi keperluan asas seperti tempat tinggal,pakaian, makanan dan minuman demi kelangsungan dan keperluan hidup. Peningkatankossarahidup adalah disebabkan oleh kenaikan pelbagai harga barang terutama sekali barang-barangkeperluan.Bagaimanakah kerajaan membantu mengurangkan peningkatan sara hiduprakyat ini?Jawapannya, cukai yang diperoleh dapat diberikan kepada golongan yang tidak berkemampuan.Melalui Belanjawan 2021, pelbagai jenis bantuan, subsidi dan insentif yangbernilaikeseluruhannya RM28 bilion telah disediakan oleh kerajaan terutamanya bagi menangani bebankos sara hidup dan memelihara kebajikan golongan rentan.Contohnya, Bantuan PrihatinRakyat(BPR), merupakan bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada golongan B40 danM40untukmeringankan beban mereka. Bantuan Prihatin Rakyat menyaksikan bakal memanfaatkan8.1jutaorang, dengan peruntukan RM6.5 bilion. Sumber cukai juga digunakan untuk meringankanbebansara hidup rakyat melalui bantuan subsidi ke atas barangan keperluan seperti minyakdanbahanmakanan asas .Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia merupakan satunya-satunyanegarayang mengawal harga barangan dengan memberi subsidi bagi mengurangkan bebanditanggungrakyat . Bukan itu sahaja malah bagi tahun 2021, Menteri Kewangan menyatakankerajaanmenyediakan hampir RM28 bilion khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif, antaranyabantuan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM214 pengangkutan dan kebajikan serta subsidi bagi mengawal kenaikan harga barangandanperkhidmatan. Dengan ini kehidupan rakyat terpelihara dengan adanya pengutipancukai keranakerajaan dapat mengurangkan beban sara hidup rakyat. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata matlamat utamakutipan cukai oleh pihak kerajaan adalah bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat negaraini.Agenda kerajaan yang utama dalam membelanjakan kutipan hasil cukai negaraadalahuntukmensejahterakan rakyat . Pelbagai peruntukan disediakan oleh pihak kerajaan dalammemastikankesejahteraan rakyat dapat dipertingkatkan terutama bagi golongan sasaran. Malah, belanjawan2021 dilihat sangat mesra Orang Kurang Upaya (OKU), warga tua, pesakit kritikal, wanitadankanak-kanak dari keluarga miskin. Kenaikan pelbagai peruntukan diberikan kepadagolonganiniagar dapat membantu meringankan beban mereka dalam meneruskan kelangsungankehidupanseharian. Sebagai contoh, kadar bantuan OKU tidak berupaya bekerja dinaikkan daripadaRM250kepada RM300, kadar bantuan warga emas dan bantuan penjagaan OKUdan pesakit kronikterlantar dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 serta kadar elaun pekerja OKUdinaikkandaripada RM400 kepada RM450. Dengan ini secara tidak langsung yang kayamembantugolongan yang memerlukan melalui kutipan cukai bak kata peribahasa Melayu condongdiumpit,lemah dianduh. Selain itu, kerajaan juga komited bagi menawarkan peluang pekerjaan danmeningkatkanpelaburan di negara ini melalui kutipan cukai bagi menjamin kesejahteraan hiduprakyat . Bagimengurangkan kadar pengangguran, kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM3.7billionuntuk mewujudkan 500 ribu peluang pekerjaan baharu melalui skim JanaKerja dan50ribukerjaberstatus kontrak melalui inisiatif MySTEP. Pembentukan Majlis Pekerjaan Negarayangdipengerusikan oleh Yang Amat Behormat Perdana Menteri akan menyelaras penyediaanpekerjaan, meningkatkan kemahiran dan latihan (reskilling and upskilling) kepadatenagaburuhterutama di dalam sektor pertanian dan industri baharu seperti industri berasaskan teknologi tinggi.Semua pembayar cukai disarankan untuk memahami kepentingan pungutan hasil ituterhadapkerajaan kerana hasil kutipan cukai mampu membangunkan ekonomi negaraseterusnyamewujudkan peluang pekerjaan. Banyak peluang perkerjaan akan terhasil daripadapeningkatanjumlah pelaburan yang masuk ke dalam negara kerana adanya rangsangankadar cukaipendapatan syarikat yang rendah. Seterusnya, rakyat akan memperoleh manfaat dalambentuknilai wang serta peningkatan taraf hidup yang lebih selesa melalui pelbagai bentuk pembangunanyang bakal dilaksanakan oleh kerajaan seperti penyediaan infrastruktur kemasyarakatanyanglengkap. Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri DatukSeriMohamed Azmin Ali berkata kerajaan akan memperkenalkan dasar pelaburan negarabaharuuntuk menarik lebih ramai pelabur berkualiti tinggi ketika negara menuju kearahnegaraberpendapatan tinggi. Jelaslah usaha pihak kerajaan mewujudkan 500 ribu peluangpekerjaanbaharu ibarat di mana ada gula, di situ ada semut merupakan salah satu kepentingancukaikepada negara.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM215 Cukai juga digunakan oleh kerajaan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi negaraterutamanya semasa kelembapan ekonomi dengan menyuntik dana kewangan ke dalamekonominegara. Bukan itu sahaja, cukai juga dapat mempercepatkan proses pertumbuhan ekonomi negara.Dasar fiskal akan terus memberi penekanan kepada pertumbuhan ekonomi yangmampan,peningkatan hasil dan perbelanjaan berhemat. Menurut Laporan Tinjauan Fiskal danAnggaranHasil Kerajaan Persekutuan 2020, kerajaan akan meneruskan pembaharuan institusi fiskalterutamanya insiatif pembaharuan cukai untuk menambah baik pentadbiran cukai, mengukuhkanpengauditan dan penyiasatan serta mengecilkan jurang cukai.Dalampada itu, mengulasberhubung aspek percukaian yang dibentangkan pada Belanjawan 2021 baru-baruini, TengkuZafrul berkata, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai insentif cukai kepada sektor berimpaktinggi yang dijangka menarik pelaburan.Kerajaan akan memberikan tumpuan untukmenarikpelaburan berteknologi dan nilai tambah tinggi dengan nilai peruntukan sebanyak RM1billion.Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM). Turut diperkenalkan Dana Teknologi Tinggisebanyak RM500 juta bagi menyokong pertumbuhan syarikat berteknologi tinggi danberinovasiselaras dengan matlamat Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. Sektorinidijangkakan menjadi sektor utama negara pada masa depan. Dasar yang dijalankanolehpihakkerajaan ini merupakan salah satu kepentingan cukai kepada negara. Seterusnya, cukai juga dapat melaksanakan projek pembangunan negara. Hal ini demikiankerana kemajuan negara dapat dipertingkatkan dan menjadikan negara berdiri setandingdengannegara maju yang lain. Contoh negara maju yang dapat dicontohi ialah negara Jepun. Projek-projek tersebut termasuk Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura(HSR), yangdijangka melibatkan perbelanjaan berjumlah RM68 bilion, Laluan Transit Aliran Massa3atauMRT3 (RM45 bilion), Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (RM18 bilion), PintasanKeretaApiSerendah-Pelabuhan Klang (RM8.3 bilion), Sistem Transit Aliran Johor Baru-Singapura(RTS)(RM3.16 bilion) dan Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo (RM600 juta) Perbelanjaan pembangunan,yang digunakan untuk hal-hal seperti pembinaan hospital dan sekolah, meningkat sebanyakRM13.18 billion. Peruntukan yang besar dalam melaksanakan projek pembangunannegarajelasmenunjukkan kepentingan cukai kepada negara. Hasil daripada kutipan cukai ini digunakan oleh kerajaan untuk mentadbir danmengurusnegara dan juga bagi digunakan untuk perbelanjaan pembangunan. Cukai yangdikutipdibelanjakan oleh kerajaan bagi tujuan keselamatan negara dan rakyat, pembangunanfizikal daninfrastruktur seperti jalan raya, hospital, sekolah serta pembangunan ekonomi dansosial sepertiperkhidmatan kesihatan, pendidikan, kebajikan rakyat dan banyak lagi. Oleh itu kitaperlufahamhasil cukai yang diperoleh kerajaan melalui kutipan terhadap rakyat, kemudiannyaakandapatdimanfaatkan dan dinikmati kembali oleh kita sebagai rakyat. Cukai adalah suatu yangtidakbolehdipisahkan daripada kehidupan kita, pentadbiran negara dan ekonomi. Malah, jika kitamelihat isucukai ini dengan lebih mendalam, kita akan dapat melihat bahawa orang yang mendapat manfaatdaripada cukai yang dikutip kerajaan ialah diri kita sendiri. Secara ringkasnya, cukai ialahkunci
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM216 kepada pentadbiran negara yang berkesan. Belanjawan 2021 kita dapat menyaksikancukai yangdikutip sebahagian besar dipulangkan kepada rakyat menerusi pembangunan dari segi sosial danekonomi. Cuba kita bayangkan di manakah kita sekarang, jika rakyat mengabaikan tanggungjawabini? Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/03/794678/malaysia-akan-perkenal-dasar-pelaburan-baharu https://www.hmetro.com.my/bisnes/2019/10/506173/kutipan-hasil-cukai-cecah-rm1899-bilionhttps://belanjawan2021.treasury.gov.my/pdf/hasil/2021/tinjauan-fiskal-2021.pdf
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM217 TEMA 12 - ASLI DAN KONTEMPORARI EKSPRESI DIRI (HALAMAN 160 - 161) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.7.1 Berbincang dengan mengemukakan idea yang bernas dan rasional tentangsesuatuperkara secara bertatasusila. AKTIVITI 1 - Analisis bahan. Kemudian, kemukakan idea yang bernas dan rasional dalamperbincangan secara bertatasusila. Seni Jalanan: Mural dan Grafiti Rasional lukisan mural diadakan ialah: 1. Lukisan dapat menarik perhatian pengunjung dan memperlihatkan persekitaranyangmeriah dan ceria dengan karya-karya grafiti di dinding-dinding bangunan. 2. Selain itu, lukisan mural juga memberikan peluang kepada bakat-bakat mudauntukmengaspirasikan bakat dengan berkarya. 3. Mural membantu meningkatkan kualiti visual di sesuatu kawasan. Dindingyangmembosankan akan diberikan kehidupan atau pandangan baharu denganpenambahanseni mural atau 3D. 4. Seni lukisan jalanan mural dan grafiti ini juga boleh dikatakan sebagai suatuartifak. Hal inikerana sesuatu hasil seni tersebut mempunyai makna atau pengisian tentangsesuatuwatak, pandangan, nilai moral, budaya dan sebagainya. AKTIVITI 2 - Berbincanglah dengan guru dan rakan anda tentang idea lukisanmural 3D.Kemudian, laksanakan projek melukis mural 3D di sekolah. Contoh lukisan mural 3D
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM218 Antara perkara yang boleh dibincangkan dengan guru dan rakan tentang idea lukisanmural 3Dialah: 1. Menentukan objektif projek, iaitu untuk: - menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik dan indah. - memberikan pendedahan dan menanamkan keyakinan kepada pelajar untuk melaksanakansesuatu projek - memberikan peluang kepada pelajar untuk merancang dan melaksanakan aktiviti di sekolah. - menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab pelajar dalamprojekyangdilaksanakan. - memberikan pengalaman baharu kepada pelajar dalam pengurusan keceriaan sekolah. 2. Mengenal pasti tempat atau ruang untuk lukisan mural 3D - guru dan pelajar berbincanguntukmendapatkan lokasi yang sesuai bagi lukisan mural 3D tersebut. 3. Membersihkan segala dinding untuk lukisan mural 3D dan menyediakan draf mural yangbakaldilukis. 4. Mengukur saiz dinding untuk melukis mural dan menyediakan perkakasan untukmengecatseperti tali, pita ukur dan kapur, cat pelaka dan berus. 5. Saya dan rakan-rakan akan mewarnakan mural secara berperingkat. Bahan bacaan tambahan: Berikut ialah senarai teknik lukisan luaran untuk mural: 1 - Lukiskan dinding menggunakan projektor Projektor ialah salah satu teknik paling mudah untuk melukis dinding mural. Apa yangandaperlulakukan ialah memilih reka bentuk atau gambar yang anda mahu sebagai mural anda. Kemudian,anda perlu mendapatkan garis hitam dan putih itu, bersama-sama dengan versi warna. Kemudian,dapatkan beberapa kertas ketelusan (yang boleh didapati di tempat pembekalanpejabat)dangunakan versi hitam dan putih untuk membuat ketelusan. Anda boleh melakukan ini denganmesinsalinan. Kemudian dapatkan projektor overhead dan project imej ke dinding yangandamahumural diletakkan. Laraskan imej dengan saiz yang anda mahu mural dan kemudianjejaknyakedinding dengan menggunakan pensel. 2 - Lukisan dinding dengan grid Pilih gambar yang anda mahu menjadi mural. Gunakan alat pengukur dan bahagikangambarkesegi empat sama saiz. Kemudian, letakkan jumlah yang sama pada dataran bersaiz yangsamakedinding anda. Pastikan dataran adalah dataran yang sama dengan gambar yang lebihkecil yanganda buat. Langkah seterusnya adalah untuk menarik imej ke dataran menggunakangambar
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM219 pertama sebagai rujukan. Kemudian, berhati-hati memadamkan kotak-kotak dari dindingdankemudian cat gambar anda. 3 - Lukisan dinding mural dengan cat oleh nombor Ramai orang memilih untuk membeli cat dibuat dengan kit nombor yang direka untukmembuatdinding mural. Anda boleh mencari banyak corak dan gambar yang berbeza seperti ini. Ambilgambar dari kit dan gantungkannya di dinding anda yang anda mahukan mural itu. Jejaknyadidinding dengan pensel dan kemudian ambil gambar. Jika anda berpuas hati dengangambaryangdilukis, maka sudah tiba masanya untuk melukisnya seperti yang anda mahu melihatnya. 4 - Membuat mural dengan bebas tangan Lukis imej atau reka bentuk pilihan anda di dinding menggunakan pensel. Pastikanjelasdanmudah dilihat. Kemudian, cat dinding dengan warna pilihan anda sesuai denganjenisdinding.Merancang dan melukis dinding mural boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkandankreatifuntuk berkongsi dengan keluarga anda. Setelah selesai, anda akan mempunyai sekepingseniyang unik yang akan diingati seumur hidup. Rujukan: Cara membuat mural - https://www.imural.id/blog/cara-membuat-mural/ Kreativiti guru hiasi sekolah dengan mural 3D -https://www.youtube.com/watch?v=X__BCGhRhYc
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM220 ASIMILASI SENI (HALAMAN 162 - 163) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.3.4 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional. AKTIVITI 1 - Baca dan kenal pasti masalah dalam kedua-dua bahan. Kemudian, berbincanglahdengan rakan anda untuk menyelesaikan masalah secara rasional. Bahan 1 - Caklempong Bahan 2 - Kumpulan Caklempong SM Sains Tuanku Munawir (Saser) Masalah Penyelesaian MasalahBahan 1 Cara menarik minat generasi muda untuk mempelajari dan menghayati muzik caklempong. Mainkan lagu-lagu terkini yangsesuaidengan jiwa generasi muda. Cabaran untuk menarik masyarakat berbilang kaum menerima muzik caklempong sebagai muzik warisan bangsa milik semua. Menggunakan muzik caklempongdalammajlis rasmi sama ada padaperingkatkebangsaan, institusi dan komuniti. Contoh:majlis konvokesyen. Bahan 2 Kesukaran mendapatkan murid yang mahir atau mempunyai kemahiran asas caklempong. Menjalankan latihan intensif bagi muridyangberminat dan mengadakankursusataubengkel melatih kemahiranasascaklempong. Kekangan waktu untuk latihan. Menyediakan jadual pada hujungminggu.Kekangan kewangan kerana kos membaiki alat muzik dan kos tenaga pengajar agak tinggi. Memohon dana daripada pihakyangberautoritii dalam seni dan budaya. AKTIVITI 2 - Berbincanglah dengan ahli kumpulan anda untuk merancang satuprojekyangberkaitan dengan caklempong. 1. Murid berbincang tentang satu projek yang berkaitan dengan caklempong. 2. Murid mencari maklumat daripada laman sesawang, buku, jurnal dan sebagainya. 3. Murid menonton video persembahan caklempong di saluran You Tube. 4. Murid menyenaraikan pilihan lagu yang sesuai untuk dimainkan. Bahan bacaan: Cak Lempong merupakan alat muzik tradisional yang berasal Minangkabau yang tergolongdalamkeluarga gong yang berukuran kecil. Ia diperbuat daripada gangsa dan menggunakanteknikacuan. Perkataan Cak Lempong juga digunakan untuk menerangkankan jenis ensemblenya. Cak
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM221 Lempong mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabaudi NegeriSembilan yang berasal dari Minangkabau atau Sumatera Barat, Indonesia. Kini kesenianmuzikCak Lempong telah bertapak di negeri-negeri lain dan diajar di sekolah-sekolah sertapusat-pusatpengajian tinggi. Cak Lempong biasanya dimainkan bersama iringan alat-alat muzik lain seperti SerulingBuluh, Salung, Rebana dan Gong bagi mengiringi Silat, Tarian Lilin, Randai dan TarianInai sertalagu-lagu bunyi-bunyian dan juga nyanyian. Untuk perarakan pengantin istilah'Pacik' seringdigunakan oleh masyarakat tempatan untuk menggambarkan kumpulannya. Dalampermainaninialat-alat Cak Lempong dipegang oleh pemain itu sendiri di mana setiap pemain akanmemegangdua buah Cak Lempong dan dimainkan secara meningkah untuk mencipta satu rangkapmelodipendek. Lazimnya dalam permainan 'Pacik' akan dianggotai oleh tiga orang pemain. Dalam situasi tertentu alat Cak Lempong boleh dijadikan sebagai alat pengganti ataupenggantikepada Canang seperti dalam persembahan Dikir Barat dan Wayang kulit Kelantan. Namundalamkeadaan sedemikian nama sifatnya hendaklah dijelaskan sebagai alat 'Canang'. lni berdasarkankepada kontekstual persembahannya yang amat berkait dengan tuntutan disiplin berkenaan. Dalam amalan persembahan masa kini (performance practice), kumpulan Cak Lempongtelahdibahagikan kepada tiga bahagian mengikut fungsinya, iaitu bahagian 'Gereteh" yangmemainkanmelodi, manakala 'Tingkah' dan 'Saua' akan memainkan rithme secara berhomofoni (inHomophony) sebagai unsur pelengkap kepada irama sesebuah lagu tersebut. Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Cak_Lempong**Murid boleh mendapatkan maklumat tentang caklempong di laman sesawang berikut: http://panitiamuziksmsah.blogspot.com/p/caklempong.html https://www.sanggarseni.my/caklempong
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM222 INDAHNYA TERAPEUTIK (HALAMAN 164 - 165) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.5.2 Mengolah maklumat daripada pelbagai bahan dalam bentuk grafik yangsesuai danmenarik. AKTIVITI 1 - Baca bahan dengan menggunakan teknik ACID. Kemudian, olah maklumat daripadabahan dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM223 AKTIVITI 2 - Cari maklumat tentang urutan tradisional kaum lain yang terdapat di negarakita dan persembahkan maklumat dalam bentuk grafik yang menarik.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM224 DARI DAPUR BONDA (HALAMAN 166 - 167) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penandawacanayangsesuai. AKTIVITI 1 - Analisis bahan. Kemudian, oleh bahan menggunakan ayat yanggramatisdanpenanda wacana yang sesuai. Bahan 1 Bahan 2 Pais Ikan Patin Tempoyak Hari ini saya akan memasak resipi tradisi masyarakat Melayu yang diberi nama paisikanpatintempoyak. Mula-mula kita lihat dahulu bahan-bahan yang diperlukan. Hidanganyangakandisediakan ini sesuai untuk dua hingga tiga orang. Bahan-bahan yang diperlukan untukmembuatpais ikan patin tempoyak ialah ikan patin saiz sederhana , tempoyak, 10 tangkai cili padi yangditumbuk hingga lumat bersama-sama kunyit hidup. Selain itu, kita juga memerlukansedikit garamdan gula sebagai penambah perisa. Akhir sekali, daun pisang yang dibersihkandandilayurterlebih dahulu. Seterusnya, kita lihat pula cara-cara menyediakan pais ikan patin tempoyak. Mula-mulagaulkan bahan yang telah ditumbuk dengan gula, garam, dan tempoyak. Kemudian, lumurkanbahan yang digaul pada ikan yang diletakkan di atas daun pisang lalu dibungkus. Selepasitu, ikanyang telah dibungkus dibakar sehingga naik bau. Kini, pais ikan patin tempoyak sediauntukAir tangan yang saya rindui sudahpastilahairtangan ibu saya. Masakan ibu yangseringmembuatkan saya menambah nasi sehinggadua pinggan ialah kambing berempahdankari ayam. Kedua-dua masakan berempahyangdimasak oleh ibu mempunyai aromayangwangi dan membuka selera. Rasarempahkarinya yang asli sesuai jugadimakanbersama roti. Selain itu, ibu jugamenyajikankerutuk ikan yang disumbat dengandengansambal cili kering. Rasanya yangpedasdanmanis amat membuka selera. Akhir sekali,hidangan sayuran masakan ibuyangsayasuka ialah capcai. Capcai ialah sayur campuryang dimasak dengan sos tiram.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM225 dihidangkan. Sebagai pelengkap selera, juadah pais ikan patin tempoyak dihidangkandenganurap pucuk paku. Hidangan ini enak dimakan dengan nasi putih yang panas. Selamat mencuba resipi tradisi nenek moyang kita. ASPEK SENI BAHASA SP: 4.4.1 Mempersembahkan sketsa dalam bentuk multimedia secara kreatif dan menarik. AKTIVITI 2 - Berdasarkan bahan, persembahkan sketsa dalam bentuk multimediasecarakreatifdan menarik. 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Setiap kumpulan berbincang untuk mempersembahkan satu sketsa berdasarkan bahan. 3. Setiap kumpulan digalakkan menggunakan kreativti untuk mempersembahkansketsadalambentuk multimedia. Imbas kod QR untuk paparan infografik yang lebih jelas. Air Tangan yang Dinanti
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM226 AKTIVITI 3 - Cipta resipi baharu dan persembahkannya dalam bentuk sketsa secarakreatif danmenarik. 1. Murid mencipta resipi baharu dan mempersembahkannya dalam bentuk sketsa. 2. Bentuk sketsa yang boleh dilakonkan ialah lakonan spontan, demonstrasi masakan, rakamanvideo masakan dan sebagainya. 3. Murid boleh melayari laman sesawang untuk mendapatkan contoh pelbagai videomasakan. Sumber: Dapur cikguRoose
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM227 HUTAN KECILKU (HALAMAN 168- 169) KEMAHIRAN MEDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.7.2 Berunding untuk menyelesaikan masalah secara kritis dan rasional menggunakanbahasa yang santun. AKTIVITI 1 - Kenal pasti masalah yang terdapat dalam bahan. Kemudian, berundingdenganahlikumpulan anda untuk menyelesaikan masalah secara kritis dan rasional menggunakanbahasayang santun. CONTOH : KUMPULAN 1 Rakan 1 Apa pandangan kawan-kawan tentang cadangan untuk projek penanamanpokokhiasan kita ? Rakan 2 Pada pandangan saya, lebih baik kita menggunakan bekas yang bertutup. Hal ini kerana, terdapat bekas pelbagai bentuk dan bekasnya juga menarik. Contohnya, kita boleh menggunakan botol berbentuk mentol lampu yang bertutup. Rakan 3 Betul tu. Pada pendapat saya, tumbuhan yang sesuai untuk ditanamdalambekasyang bertutup ialah konsep tumbuhan tropika. Walaupun penyediaannyaagaksukar,tetapi penjagaannya agak mudah. Hal ini kerana, kita tidak perlu menyiramnyadengan kerap dan penutup hanya perlu dibuka seminggu sekali. Lagipun, apabilakitamenggunakan bekas bertutup dapat mengelakkan daripada jangkitan kulat. Rakan 1 Saya bersetuju dengan cadangan dan pandangan daripada rakan-rakansemua. Semoga projek yang akan kita laksanakan akan memberikan manfaat kepadakitasemua. CONTOH : KUMPULAN 2 Rakan1 Apa pandangan kawan-kawan tentang cadangan untuk projek penanamanpokokhiasan kita ? Rakan 2 Pada pandangan saya, lebih baik kita menggunakan bekas yang terbuka. Hal ini kerana, tumbuhan terarium tidak memerlukan ruang yang luas. Tambahanpula, kitaboleh menggunakan bekas daripada bahan terbuang. Bekas tersebut amat sesuai untuk konsep taman mini hutan hujan tropika. Rakan 3 Betul tu. Pada pendapat saya, kita perlu meletakkan tumbuhan yang menyimpanairdan tumbuhan jenis berbunga tidak sesuai. Hal ini kerana, penyiraman tumbuhanini perlu kerap dilakukan bagi mengelakkan tumbuhan tersebut cepat mati. Rakan 1 Saya bersetuju dengan cadangan dan pandangan daripada rakan-rakansemua. Lagipun, cara penyediaannya agak mudah dan paling penting, terariumdapat menyegarkan udara bilik.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM228 ASPEK TATABAHASA SP: 5.3.2 Mengenal pasti dan menggunakan ayat dasar yang betul. AKTIVITI 2 - Kenal pasti pola ayat dasar dalam bahan. Kemudian, bina perenggandenganmenggunakan ayat dasar tersebut. 1. Ayat Dasar FN+FN Bil Subjek (FN) Predikat (FN) 1. Bekasnya pelbagai bentuk 2. Tumbuhan yang sesuai tumbuhan tropika. 3. Tumbuhan yang sesuai tumbuhan yang menyimpan air. 2. Ayat Dasar FN+FK Bil Subjek (FN) Predikat (FK) 1. Bekasnya bertutup. 2. Penutup perlu dibuka seminggu sekali 3. Bekas tertutup mengelakkan jangkitan kulat. 4. Terarium tidak memerlukan ruang yang luas. 5. Terarium menyegarkan udara bilik. 3. Ayat Dasar FN+FA Bil Subjek (FN) Predikat (FA) 1. Bentuk bekasnya menarik. 2. Penyediaannya agak sukar. 3. Penjagaannya agak mudah. 4. Penyiramannya tidak perlu kerap. 5. Terarium cantik. 6. Penyiramannya perlu kerap. 7. Tumbuhan berbunga tidak sesuai. 8. Kos pembuatannya rendah. 9. Penyediaannya mudah. 4. Ayat Dasar FN+FS Bil Subjek (FN) Predikat (FS) 1. Taman mini di dalam bekas lut sinar. 2. Bekasnya daripada bahan terbuang. Bina perenggan dengan menggunakan ayat dasar. Terarium dihasilkan dalam botol kaca. (FN+FK) Batu-batu kecil di dalambotol kaca. (FN+FS)Pokok kaktus tumbuhan hiasan. (FN+FN) Pokok kaktus boleh hidup tanpa air. (FN+FK) Pokokkaktus amat sesuai. (FN+FA) Tumbuhan kaktus amat senang dijaga. (FN+FA) Duri kaktustajam.(FN+FA) Duri kaktus senjata semula jadi. (FN+FN) Taman Mini di dalamrumah.(FN+FS)
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM229 AKTIVITI 3 - Berunding dalam kumpulan tentang cadangan pelaksanaan projekterarium.Kemudian, bentangkan cadangan tersebut untuk memilih cadangan yang terbaik. 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. 2. Murid berbincang dalam kumpulan tentang projek terarium yang akan dilaksanakan. 3. Kumpulan 1 akan melaksanakan projek terarium tertutup. 4. Kumpulan 2 akan melaksanakan projek terarium terbuka. Murid boleh merujuk laman sesawang tentang terarium di : https://jendela360.com/info/tutorial-cara-membuat-terrarium-untuk-segarkan-ruang-apartemen/ https://www.popmama.com/life/home-and-living/avissaharness/cara-membuat-terrarium
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM230 PENGUKUHAN - KRAF MALAYSIA (HALAMAN 170) Analisis bahan. Kemudian, kemukakan pendapat anda berserta huraian yang sesuai danrasionaltentang bahan secara bertatasusila. Cadangan Jawapan: 1. Untuk menganalisis bahan murid mesti mengetahui definisi kraf atau kraf tangan. "Kraf ialah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkandengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secarasendiri atautidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf". "Keluaran Kraf tangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai dayatarikankebudayaan atau tradisional dan hasil daripada sesuatu proses yang bergantungsemata-mataatau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walaubagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk batik pada atau di mana-manabahagiannya. 2. Murid dikehendaki menganalisis kraf tangan yang dihasilkan oleh rakyat Malaysiasebagai oleh-oleh atau cenderamata. 3. Murid juga boleh membahagikan kraf Malaysia kepada beberapa jenis untuk memudahkanmemberikan pendapat. 1. Kain Pua / Manik Pinakol Sabah 6. Batik / Kain batik 2. Tikar / Tikar buluh 7. Tudung saji 3. Songket 8. Anyaman beg 4. Manik 9. Labu sayung 5. Anyaman bakul 10. Tudung Duang Sabah
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM231 Masyarakat Malaysia kaya dengan seni ukir dan kraf tangan. Kebanyakan seni ukir ini bermotifkanalam semula jadi. Hasil seni ukir ini dapat kita lihat di rumah tradisional masyarakat Melayu,dikepala perahu dan di hulu keris. Bagi masyarakat Cina, seni ukiran berbentuk nagaakandiukirditokong. Masyarakat Cina juga amat popular dengan seni kaligrafi. Bagi masyarakat Indiapula,satu hasil seni yang paling unik ialah seni menghasilkan ‘kolam’. Kolamini dibuat daripadaberasyang berwarna-warni. Kolam ini akan dihias di hadapan pintu masuk rumah sempenasambutanDeepavali. Di Sabah dan Sarawak, hasil ukiran daripada tanah liat adalah paling popular. Ukiranberbentuk bunga atau burung akan dihasilkan pada pasu bunga atau pada tempayan. Hasil seni kraf tangan masyarakat Malaysia perlu dikekalkan kerana keunikannya. Antarahasil kraf tangan tersebut termasuklah tenunan, anyaman, barangan seramik danlukisanbatik.Anyaman biasanya dibuat daripada rotan, buluh, daun mengkuang dan daun nipah. Antarahasilanyaman termasuklah bakul, tikar, tudung saji dan sebagainya. Barang-barangseramikpuladibuat daripada tanah liat. Tanah liat ini akan dijadikan patung, pasu bunga atau tempayan. “Keluaran Kraf tangan” ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai dayatarikankebudayaan atau tradisional dan ialah hasil daripada sesuatu proses yang bergantungsemata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa keluaranbatik; dan“keluaran batik” ertinya apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya. Kraft tradisional perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi mudasupaya tetap kekal dan tidak mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti tenunan, anyaman,barangan seramik gasing, batik, songket dan perhiasaan diri mempunyai nilai estetikadankeistimewaan sendiri. Gambar di atas memaparkan hasil kraf tangan yang dapat dijadikanoleh-oleh jika berkunjung ke negeri Sarawak dan Sabah. Hasil kraf tangan tersebut mempunyaikeistimewaan yang tersendiri dan menjadi lambang kebudayaan masyarakat Borneo. Bahan berbentuk tekstil yang popular di Sarawak ialah pua kumbu, batik Sarawakdankainsongket. Kain pua kumbu amat penting dalam masyarakat Iban dan digunakan untukpelbagaiupacara seperti kelahiran, perkahwinan, pengebumian dan perubatan dan tidak ketinggalanjugaupacara bercucuk tanam. Pua kumbu juga dikenali sebagai selimut rohani. Coraknyamengandungi maksud dan tenaga. Tenunan pua kumbu dalam konteks tradisional amat besarmaknanya dalam menentukan kedudukan seseorang wanita. Tenunan unggul yanglainialahkainsongket. Kain songket ini ialah buatan tangan daripada benang emas danperakyangdigabungkan dengan benang kapas yang halus ataupun sutera. Fabriknya hampir serupadengan kain songket yang dihasilkan di Kelantan dan Indonesia. Kraf tangan berbentuk anyaman pula ialah tudung saji atau tudung duang yangmerupakanhasil kraf tangan masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah yang kebiasaannya dihasilkandaripadadaun serdang, daun kelapa, pandan, dan buluh. Terdapat juga tudung duang daripadadaunserdang yang disalut dengan kain baldu. Buluh yang dibentuk bulat akan dijadikankerangkatudung duang. Tudung Duang akan dicorakkan dan diwarnakan selepas dibentuk denganpilihan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM232 warna yang dikehendaki. Namun ada juga daun pandan atau mengkuang yang sudahdiprosesdibubuh pencelup dahulu sebelum dibentuk dan dianyam. Kegunaan tudung duangadalahuntukmenutup hidangan daripada dihinggapi lalat atau terkena habuk dan kotoran lain. Selain itu, barait juga hasil anyaman yang merupakan beg tradisional untukkaumKadazan Dusun dan Murut. Barait mempunyai pelbagai kegunaan terutamanya untuk mengangkatbarang-barang. Barait bolehlah juga dikatakan sebagai beg serba guna untuk kaumKadazanDusun dan Murut suatu ketika dulu. Barait diperbuat daripada kulit rotan khas yangtumbuhberhampiran dengan anak sungai. Rotan tersebut dihiris-hiris dalamsaiz yangdikehendakisebelum dianyam. Saiz barait ditentukan mengikut kepanjangan rotan yang dihiris, danjumlahrotan yang dihiris. Proses pembuatan barait mengambil masa lebih kurang tigahari hinggaseminggu. Proses pembuatannya bukanlah mudah dan hanya orang tertentusahajayangmempunyai kemahiran. Seterusnya, kraf tangan berbentuk seramik pula ialah labu sayong. Pembentukanlabubermula pada bahagian perut kemudian barulah diikuti bahagian lehernya. Tanahliat diulimemanjang supaya mudah digelung dalam bentuk bulat untuk dijadikan perut labu. Kerjaini dibuatsecara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat. Tujuannya adalah untuk membiarkanbahagianyang dibuat kering sebelum disambung dengan kerja yang baharu. Permukaannyaditekandariluar manakala bahagian dalamnya ditahan dengan menggunakan tangan. Pisau buluhdigunakanuntuk melicinkan permukaan tembikar dengan mengikis bahagian yang tidak rata. Labusayongbukan sahaja menjadi tempat untuk menyimpan air, bahkan turut berfungsi sebagai bahanpentingdalam upacara keagamaan, seni bina, bahan perhiasan dan juga cenderahati, malahanairyangdisimpan di dalam labu tersebut bukan sahaja segar untuk diminum, bahkan dapat dijadikanpenawar kepada beberapa penyakit contohnya demam panas. Kesimpulannya, kraf tangan tradisional merupakan warisan bangsa, pusakapeninggalannenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tangan tradisional kayadenganunsurbudaya jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, bentuk dan warnanya. Keunikandankehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian nilai estetiknya. Namunbegitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor masa menjadi ancaman terhadappenerusanhayat dan pelestariannya. Faktor-faktor tersebut menjadi antara penyebab kepadasemakinterhakisnya kepedulian, penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya keseniantradisi ini.Namun begitu, bagi peminat-peminat seni kraf tangan, hasil kraf ini melambangkansatukepuasandan kemewahan jika dapat memilikinya. Sesuatu yang eksklusif yang sukar untuk dirungkaikan.Justeru, sebagai rumpun Melayu kita perlu menjaga, memelihara dan menyayangi seni kraf tangantradisional kita seperti seni ukiran, seni tenunan, anyaman, pembuatan wau, gasingdanbatikyangtidak ada di negara-negara lain. Kraf tangan tradisional kita disanjung dan dipandangtinggi dimata dunia setaraf dengan kraf-kraf negara Barat. Seharusnya kita patut menanamkanrasacintaakan seni tradisional dalam kalangan generasi baharu agar seni ini tidak pupus. Bak katapepatah,tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM233 PENGAYAAN - DUTA REMAJA FILHARMONIK (HALAMAN 171) Berdasarkan bahan, hasilkan infografik tentang Tengku Ahmad Irfan secara kreatif. Cadangan Jawapan Peta Minda TENGKU AHMAD IRFAN BIN TENGKU AHMAD SHAHRIZAL TARIKH LAHIR TEMPAT LAHIR MINAT BAKAT LAGU CIPTAAN KEJAYAAN ANUGERAH 21 Mei 1998 Kuala Lumpur Seni Muzik Klasik Berumur 9 tahun menyertai MalaysiaPhilharmonic Norchestra (Mpo) Encounter ProgramKERAIAN ketika berusia 14 tahundan dimainkan okerstra NewYorkPhilharmonic VIVACITY pada tahun 2016. Membuat persembahan pianodanlagu ciptaan di Jerman Tempat Pertama pertandinganpianoAspen Music Festival 2013 Duta Remaja Malaysian PhilharmonicOrchestra (MPO) 2018 Kovner Fellowship Award dari Juilliard, New York American Society of Composers, Authors & Publishers (ASCAP) Charlotte Bergen Award 2012American Society of Composers, Authors & Publishers (ASCAP) Morton Gould Young Composer Award, 2012, 2014, 201 7
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM234 Baca di sini: https://www.remaja.my/kini-menuntut-di-juilliard-new-york-tengku-irfan-ajak-korang-dekati-muzik-klasikal/
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM235 TEMA 13 - SEGALANYA BERMULADI SINI LUBUK AKAL, TEPIAN ILMU ( HALAMAN 174 - 175) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.7.2 Berunding untuk menyelesaikan masalah secara kritis dan rasional menggunakanbahasa yang santun. AKTIVITI 1 - Fahami situasi dalam bahan. Kemudian, berundinglah untuk menyelesaikanmasalahsecara kritis dan rasional menggunakan bahasa yang santun. Aminah dan Syamimi telah berbincang untuk menghasilkan produk daripada bahanterbuang. Aminah Apakah produk yang akan kita hasil daripada bahan-bahan terbuang?Syamimi Sebenarnya, banyak produk yang diperbuat daripada bahan-bahan buangsepertibekas pensel, rak buku dan banyak lagi. Saya berpendapat, produkyangkitahasilkan nanti perlulah efektif penggunaannya. Aminah Saya setuju dengan pendapat awak. Saya cadangkan kita hasilkantempat buangsampah daripada botol-botol plastik minuman. Syamimi Idea yang baik kerana botol-botol plastik minuman amat mudah kitaperolehsertadikumpulkan, secara tidak langsung kita dapat mengatasi berlakunyamasalahpencemaran alam. Aminah Kita boleh gunakan produk yang kita hasilkan di dalamkelas kita nanti. Kitajugaboleh letakkan di rumah . Syamimi Di samping kita boleh mengamalkan budaya berjimat cermat juga terutamadalampandemik wabak Covid-19. AKTIVITI 2 - Pilih satu situasi dan hasilkan inovasi bagi menyelesaikan masalahdalamsituasitersebut. INOVASI YANG DIPILIH: TEMPAT BUANG SAMPAH Alat-alat: 1. Botol-botol plastik minuman 2. Kawat/ dawai 3. Alat pemotong kawat/dawai 4. Gam 5. Gunting dan pisau 6. Karton plastik
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM236 Cara-cara: 1. Cantumkan botol-botol mengikut saiz dan bentuk yang diinginkan. 2. Lubangkan hujung botol bahagian atas dan bawah pada kedua-keduasisi denganmenggunakan pisau atau gunting. 3. Masukkan dawai /kawat ke lubang masing-masing di bahagian atas dan bawah. 4. Bentukkan kumpulan botol agar melingkar. 5. Ikat hujung dawai /kawat dan potong lebihan dawai. 6. Buat dua set lingkaran botol dan cantumkan bahagian penutup dengan bahagianpenutup.7. Buat alas tong sampah dengan menggunakan karton plastik. Buat pola ikut bentuklingkaran botol tersebut selepas itu potong ikut pola tersebut. 8. Gam alas tersebut dan cantumkan dengan lingkaran botol tadi. Inovasi tempat buang sampah daripada botol plastik.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM237 PATAH DAGU BERTONGKAT PARUH (HALAMAN 176 - 177) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.3.5 Membaca dan mengulas pandangan penulis secara rasional. AKTIVITI 1 - Baca bahan. Kemudian, ulas pandangan penulis secara rasional. Andajugadikehendaki menerokai maklumat lanjut tentang bahan daripada pelbagai sumber. Mengulas pandangan penulis secara rasional. Penulis menyatakan bahawa burung botak upeh kini sukar didapati di habitat semulajadinyakerana diancam kepupusan. Habitat semula jadi burung botak upeh adalah di kawasanhutanpayabakau tetapi kini kita hanya dapat melihat spesies terancam ini di Zoo Negara danZooTaiping.Sehubungan dengan itu, pihak Perhilitan dan Zoo Negara telah menjalankan ProgramPelepasanSemula Burung Botak Upeh di Kuala Gula, Perak bagi meningkatkan populasi burungini di habitatsemula jadi. Antara faktor utama ancaman burung botak upeh ialah kehilangan dandegradasihabitat akibat aktiviti penebangan hutan yang menjadikan saiz hutan bakau semakinkecil. Selainitu, hakisan pantai berlumpur telah menyebabkan perubahan ekosistem. Hal ini menyebabkanburung botak upeh sukar mendapat sumber makanan. Faktor seterusnya ialah pemburuanharamdan kegiatan manusia yang menyebabkan sarang burung botak upeh ditinggalkanolehinduknya.Burung botak upeh juga dianggap sebagai ancaman kepada kolam-kolamakuakultur di KualaGula, Perak. Faktor ancaman burung botak upeh yang terakhir ialah pencemaran yangberlakudimuara Sungai Klang dan Selat Melaka, penggunaan racun serangga dan pembuangansisaindustri dan sisa kumbahan kolam akuakultur yang membawa perubahan kepada ekosistem. Murid boleh menerokai maklumat lanjut tentang burung botak upeh di laman sesawang: https://malay.wiki/content/Burung%20Botak%20Upeh/Laman_Utama.html https://www.ketsa.gov.my/ms-my/pustakamedia/Lists/Papar-Berita.aspx?ID=%20%20%20%2062
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM238 ASPEK SENI BAHASA SP: 4.4.2 Mempersembahkan syair dan pantun dengan nada dan intonasi yang sesuai melaluipelbagai media secara kreatif. AKTIVITI 2 - Persembahkan syair dengan nada dan intonasi yang sesuai melalui pelbagai mediasecara kreatif. 1. Murid diminta menyampaikan syair dengan nada dan intonasi yang sesuai secarakreatif. 2. Murid mempersembahkan syair dalam bentuk rakaman video. 3. Aktiviti ini boleh dinilai sebagai PBD kemahiran mendengar dan bertutur. 4. Tonton video syair Burung Botak Upeh di sini:https://www.youtube.com/watch?v=M2HfCNtpVb0Imbas kod QR untuk mendengar Syair Burung Botak Upeh. AKTIVITI 3 - Kemukakan pendapat tentang usaha-usaha yang dijalankan untuk memeliharahaiwan yang terancam. Menguatkuasakan undang-undang Mengenakan hukuman yang berat kepada mereka yang membunuh,memburu dan menangkap haiwan yang terancam. Pihak berkuasa menjalankan pemantauan sekerap mungkin. Pihak berkuasa perlu menjalankan tugas dengan bertanggungjawab.(Akta Perlindungan Hidupan Liar, Akta Perhutanan Negara, HutanSimpan, Taman Negara Endau - Rompin)
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM239 Mengawal pemburuan haiwan terancam Supaya tidak kepupusan. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (PERHILITAN) melindungi haiwan terancam. Taman Negara dijadikan sebagai kawasan perlindunganhaiwanterancam Kawasan pemeliharaan Penanaman semula di kawasan yang ditebang. Kawasan pembalakan terpilih perlu meninggalkan beberapapokokbesar dan banyak pokok kecil. Pendidikan Mengelakkan penggunaan barangan dibuat daripada spesiesterancam. Kempen menentang pembalakan haram dan keterlaluan. Timbulkan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaandanpengekalan sumber asli. Penyelidikan dan pembangunan Kajian dan penyelidikan perlu dijalankan bagi meneruskanpembiakan haiwan. Pelbagai ubatan pelalian direka cipta. Aktiviti pembinaan dan pembangunan perlulah dirancanguntukmengelakkan gangguan kepada ekosistem.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM240 KUASA GRAVITI (HALAMAN 178 -179) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.5.2 Mengolah maklumat daripada pelbagai bahan dalam bentuk grafik yangsesuai danmenarik. AKTIVITI 1 - Analisis maklumat yang terdapat dalam bahan. Kemudian, olah maklumat dalambentuk grafik yang sesuai dan menarik. JAWAPAN PETA POKOK TELAGA TUJUH 1. Sejarah Pembukaan Dibuka kepada orang ramai pada tahun 1995 TELAGA TUJUH
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM241 Sejak tahun 1996, Lembaga Pembangunan Langkawi atau Langkawi Development Authority(LADA) membangunkan Sistem Agihan Air Aliran Graviti tanpa menggunakan kuasaelektrikbagikegunaan setempat. 2. Keistimewaan - dikenali sebagai air terjun paling cantik di Langkawi, Kedah - mempunyai tujuh buah air terjun dengan tujuh buah telaga di tujuh ketinggian yangberbeza- mempunyai air yang jernih 3. Kepentingan - dijadikan sebagai destinasi pelancongan - sumber air bagi kegunaan setempat - menjimatkan kos - mesra alam AKTIVITI 2 - Terokai maklumat tentang teknologi hijau dan persembahkan maklumat tersebutdalam bentuk yang kreatif. Tugasan: 1. Guru membahagikan murid-murid kepada lima hingga enam kumpulan. 2. Setiap kumpulan diberikan petikan tentang teknologi hijau yang berlainan. Dalam kumpulan, murid-murid membaca petikan , kemudian mempersembahkanmaklumattersebut dalam pelbagai jenis peta minda. Petikan 1 - Konsep Teknologi Hijau Teknologi hijau ialah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan sertasistemuntukmemulihara alam sekitar dan sumber semula jadi, dan meminimumkan kesan negatif daripadaaktiviti manusia.Teknologi hijau merujuk produk, peralatan atau sistemyang memenuhi kriteriaseperti meminimumkan degradasi kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan gasrumahhijauyang rendah atau sifar, selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat danlebihbaik untuk semua hidupan, menjimatkan tenaga dan sumber asli dan menggalakkansumberyangboleh diperbaharui. Teknologi hijau ialah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alamberbandingdenganteknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumberseperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatuproduk. DasarTeknologi Hijau Negara (DTHN) dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib RazakpadaJulai2009 dan menekankan aspek pemacuan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunanmapan.Teknologi hjau adalah berasaskan empat tunggak iaitu tenaga, alamsekitar, ekonomi dansosial. Dari aspek tenaga, teknologi hijau mencari kaedah untuk mengurangkanpenggunaantenaga dan pada masa sama mempromosikan kecekapan guna tenaga. Dari aspek alamsekitar,kesan kepada alam sekitar dapat diminimumkan dan dipelihara. Dari aspek ekonomi, teknologi
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM242 hijau meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi. Dari segi sosialpula, kualiti hidup rakyat dapat dipertingkat. Pemanasan global terjadi melalui dua mekanisme penting iaitu melalui kesanrumahhijaudan juga penipisan lapisan ozon. Walaupun terdapat punca semula jadi, tetapi aktiviti manusialebih banyak menyumbang terhadap kedua-dua mekanisme di atas. Kesan rumahhijaubanyakdisumbangkan oleh gas karbon dioksida. Lantaran itu penekanan terhadap 'teknologi hijau' ialah alternatif tepat dalammenanganimasalah kesan rumah hijau ini selaras dengan agenda utama kerajaan seluruh duniapadamasakini yang memberi keutamaan kepada isu alam sekitar khususnya fenomena perubahancuaca. Petikan 2 - Langkah-langkah Kerajaan Memajukan Teknologi Hijau Usaha ini juga sejajar dengan keputusan kerajaan mewujudkan dana berjumlahRM1.5bilion dalam memajukan pembekalan dan penggunaan teknologi hijau. Melalui danaini, syarikatpengeluar dan pengguna teknologi hijau dapat membuat pinjaman untuk membiayai aktiviti yangmenyokong pertumbuhan industri teknologi hijau. Pinjaman maksimumuntuk syarikat pengeluarsehingga RM50 juta dan syarikat pengguna sehingga RM10 juta membuktikan bahawakerajaanbenar-benar komited memajukan industri ini. Beberapa langkah diambil memperkukuh struktur pelaksanaan dan pembangunanteknologi hijau serta mengantarabangsakan potensi penggunaannya. Misalnya, dalamBajet 2010kerajaan menstrukturkan Pusat Tenaga Malaysia menjadi Pusat Teknologi Hijau Negara. Pusatinibertanggungjawab sepenuhnya dalam menyediakan pelan tindakan pembangunanteknologi hijaudan berperanan sebagai agensi yang menetapkan piawaian dan mempromosi teknologi hijau. Selain itu, dana juga diperlukan bagi menyediakan bantuan kewangan daninsentif untukmenggalakkan pelajar di institusi pengajian tinggi memilih bidang pengajian yang berkaitandenganteknologi hijau. Kejayaan DTHN turut dipengaruhi ketelusan dan kecekapan pentadbirandanpengurusan pelaksanaan. Sehubungan itu, strategi membabitkan langkah memperkukuhrangkakerja pada peringkat institusi seperti kementerian, agensi, sektor swasta, danpihakyangberkepentingan. Untuk menjayakan strategi ini, kerajaan menubuhkan Majlis Teknologi Hijau yangbertujuanmemastikan penyelarasan pada peringkat tertinggi bagi mengimplementasikan dasar yangcekap.Majlis ini dipengerusikan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri secarabergilir-gilir.Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pula memainkan peranan utama menyelarasdanmempermudah peranan semua pihak berkepentingan demi kejayaan pelaksanaan teknologi hijau.Petikan 3 - Manfaat Teknologi Hijau Umumnya, teknologi hijau memfokuskan kepada empat kebaikan. Dari aspektenaga,teknologi hijau diharapkan dapat membantu mencari ketidakbergantungantenagadanmempromosikan kecekapan tenaga negara. Teknologi hijau merangkumi sumber tenagaseperti
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM243 angin, air, solar, hibrid dan lain-lain yang bersumberkan alam semula jadi. Teknologi hijauterbuktilebih cekap kerana boleh menjana tenaga dalam pelbagai keadaan dengan kos murah, selamatdan mesra pengguna. Hal ini dapat dibuktikan melalui pengalaman dan amalan di negaramajuyang telah membangunkan industri ini sejak sekian lama. Selain itu, teknologi hijau dapat membantu memulihara dan meminimumkankesanburukkepada alam sekitar. Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskankualitihidup rakyat jika dibiarkan berterusan. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesannegatifterhadap alam sekitar adalah minimum. Maka teknologi hijau dapat meningkatkan danmelindungiekosistem dan kepelbagaian hidup, meningkatkan kualiti udara dan air, mengurangkanpembuangan bahan tercemar dan melindungi sumber semula jadi. Dari aspek ekonomi, teknologiini mampu meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi danmeningkatkan kualiti hidup untuk semua kehidupan manusia dan biodiversiti umumnya. Teknologi hijau mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negaradenganmembantu mengurangkan kos operasi, meningkatkan nilai aset dan keuntungan. Teknologi inijuga dapat meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja. Industri yang menggunakanataumembangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat menyediakan peluang pekerjaanuntukmasyarakat tempatan. Usahawan tempatan boleh juga meneroka peluang mengeksport produk'hijau' yang telah dihasilkan. Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar, khususnyadalam sektor tenaga boleh diperbaharui. Contohnya, industri solar photovoltaic telahdikenal pastisebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk Malaysia. Dari segi komuniti, teknologi hijaudapat meningkatkan kualiti udara, terma dan bunyi persekitaran. Contoh, penggunaankeretaenjinhibrid. Hal ini dapat meningkatkan keselesaan dan kesihatan penghuni bandar, mengurangkanmasalah infrastruktur tempatan dan meningkatkan kualiti hidup. Jawapan Petikan 1 - Konsep teknologi hijau 1. pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alamsekitardansumber semula jadi, 2. meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. 3. merujuk produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria seperti meminimumkandegradasi kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendahatausifar,selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat 4. menjimatkan tenaga dan sumber asli 5. menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui. Jawapan Petikan 2 - Langkah-langkah kerajaan untuk memajukan teknologi hijau1. kerajaan mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion dalam memajukan pembekalandanpenggunaan teknologi hijau. 2. dalam Bajet 2010 kerajaan menstrukturkan semula Pusat Tenaga Malaysia menjadi PusatTeknologi Hijau Negara.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM244 3. dana juga diperlukan bagi menyediakan bantuan kewangan dan insentif untuk menggalakkanpelajar di institusi pengajian tinggi memilih bidang pengajian yang berkaitan denganteknologihijau. 4. kerajaan menubuhkan Majlis Teknologi Hijau yang bertujuan memastikan penyelarasanpadaperingkat tertinggi bagi mengimplementasikan dasar yang cekap. 5. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pula memainkan peranan utamamenyelarasdan mempermudah peranan semua pihak berkepentingan demi kejayaanpelaksanaanteknologi hijau. Jawapan Petikan 3 - Manfaat teknologi hijau 1. dapat membantu mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikankecekapantenaga negara. 2. menjana tenaga dalam pelbagai keadaan dengan kos murah, selamat dan mesrapengguna.3. memulihara dan meminimumkan kesan buruk kepada alam sekitar. 4. meningkatkan pembangunan ekonomi negara 5. meningkatkan kualiti hidup untuk semua kehidupan manusia dan biodiversiti umumnya. 6. memacu pembangunan negara dengan membantu mengurangkan kosoperasi,meningkatkan nilai aset dan keuntungan. 7. menyediakan peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. 8. usahawan tempatan boleh juga meneroka peluang mengeksport produk 'hijau' 9. dapat meningkatkan kualiti udara, terma dan bunyi persekitaran.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM245 PANORAMA DIORAMA (HALAMAN 180 - 181) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.4.1 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara dalamperbualan santai secarabertatasusila. AKTIVITI 1 - Analisis bahan dan kemukakan pendapat anda dalamperbualansantai secarabertatasusila. Contoh perbualan santai Nabilah baru sahaja berkunjung ke Akuarium dan Muzium Marin Universiti MalaysiaSabah(AMUMS) bersama dengan keluarganya minggu lepas. Nabilah bertemu denganHartini diRestoran Keningau. Nabilah ingin berkongsi pengalamannya dengan Hartini. Nabilah Assalamulaikum Tini. Jom, kita minum. Hartini Waalaikumussalam. Boleh juga. Saya pun haus ni. (menjawab sambil tersenyum)Nabilah Awak pernah pergi ke Akuarium dan Muzium Marin Universiti Malaysia Sabah?Hartini Tak pernah Nabilah. Kenapa?. Nabilah Saya baru saja pergi ke sana bersama dengan keluarga saya minggu lepas. Seronok,saya rasa seperti berada di dalam laut. Di sana, awak dapat melihat pelbagai jenishidupan laut. Ada juga hidupan yang telah diawet dipamerkan. Hartini Betul ke? Menarik ni. Saya pun mau ajak keluarga saya ke sanalah. Nabilah Betul. Pergilah Tini. Selain dapat melihat hidupan marin yang indah danberwarna-warni awak boleh dapat idea macam mana nak hasilkan diodramauntukprojekBahasa Melayu kita. Hartini Baiklah. Terima kasih Nabilah. ASPEK TATABAHASA SP: 5.3.3 Mengenal pasti dan menggunakan ayat tunggal susunan biasa dan susunansongsang,dan ayat majmuk yang betul mengikut konteks. AKTIVITI 2 - Kenal pasti ayat tunggal susunan biasa dan susunan songsang sertaayat majmuk.Kemudian, gunakan ayat-ayat tersebut dalam perenggan mengikut konteks. Ayat Tunggal Susunan Biasa Bil. Subjek Predikat 1. Anda pernah menyaksikan diorama dasar laut? 2. AMUMS mempunyai pelbagai tarikan. 3. Pembinaan AMUMS ini untuk menginspirasikan pemuliharaan hidupanlaut.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM246 4. Ruangan atrium memaparkan diodrama menyelam di Taman PulauSipadan.5. Bayaran masuk akan dikenakan. 6. Hasil kutipan bayaran masuk tersebut adalah untuk pengurusan AMUMS. Ayat Tunggal Susunan Songsang 1. Melalui lawatan ke AMUMS ini, pembelajaran mengenal hidupan marinmenjadi lebihinteraktif. 2. Di seksyen pameran akuarium, para pelawat dapat bertemu muka denganpelbagaihidupan laut. 3. Di seksyen muzium pula, pelawat dapat menyaksikan spesimen hidupan marinyangtelahdiawet secara lebih dekat. Ayat Majmuk Ayat Majmuk Gabungan 1. Pemuliharaan ini dilakukan melalui pendidikan, penyelidikan, inovasi, danpenerokaan. 2. Hal ini secara tidak langsung mampu meningkatkan kesedarantentangkepentingan persekitaran marin dalam kehidupan manusia danmembenihkanrasa hormat serta perasaan sayang kita kepadanya. Ayat Majmuk Pancangan 1. Jika anda berhasrat untuk menyaksikannya, silalah berkunjungkeAkuariumdan Muzium Marin Universiti Malaysia Sabah (AMUMS). 2. Panorama di kompleks AMUMS yang terletak di Kawasan pinggir laut sungguhmengagumkan. 3. Digambarkan bahawa kompleks ini dimeriahkan oleh hidupan marinyangindahdan berwarna-warni. 4.Ruangan ini menimbulkan sensasi visual seperti berada di bawahdasarlautyang kaya dengan biodiversiti marin. 5.Bahan pendidikan seperti ini mampu membuka mata kita tentangperkaitanantara semua benda hidup dengan alam marin yang kini amat perludilindungi. Ayat Majmuk Campuran 1. Pembelajaran juga menjadi lebih menarik dan tiada nilai taranya, terutamanyaapabila kita berada dalam situasi persekitaran kehidupan marin yangsebenar. 3. Di sini, mereka dapat menyaksikan sifat-sifat unik karang hidup, kima, timunlaut, landak laut, udang, penyu, rumput laut, dan hidupan lainyangbegitumenghiburkan. AMUMS mempunyai pelbagai tarikan. Melalui lawatan ke AMUMS ini, pembelajaranmengenalhidupan marin menjadi lebih interaktif. Hal ini secara tidak langsung mampumeningkatkankesedaran tentang kepentingan persekitaran marin dalam kehidupan manusia danmembenihkan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM247 rasa hormat serta perasaan sayang kita kepadanya. Bahan pendidikan seperti ini mampumembuka mata kita tentang perkaitan antara semua benda hidup dengan alammarinyangkiniamat perlu dilindungi. Pembelajaran juga menjadi lebih menarik dan tiada nilai taranya,terutamanya apabila kita berada dalam situasi persekitaran kehidupan marin yang sebenar. AKTIVITI 3 - Cipta diorama bertemakan alam sekitar. 1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. 2. Setiap kumpulan dikehendaki mencipta diorama bertemakan alam sekitar. 3. Murid boleh melayari laman sesawang berikut untuk mendapatkan maklumat tentangdiorama:https://www.yayaazura.com/2021/07/diorama-alam-sekitar-psv-tahun-6.html http://kiliknote.blogspot.com/2014/06/membentuk-dan-membuat-binaan-diorama.html https://id.wikihow.com/Membuat-Diorama 4. Contoh diorama alam sekitar:
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM248 PULAU 11 GELARAN (HALAMAN 182 - 183) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukanfiksyenuntukmeningkatkan penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang. AKTIVITI 1 - Senaraikan kosa kata sukar dan cari maksud kosa kata tersebut. Kemudian, binaayat dengan menggunakan kosa kata tersebut. Definisi kosa kata: Keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa, perbendaharaan kata. Bil Kosa kata Maksud (Kamus Dewan Edisi Keempat) 1 dapatan - sesuatu yang didapati (diperoleh), perolehan. - sesuatu yang didapati atau diketemui (kajian/penyelidikan)penemuan. 2 rentetan - rangkaian , untaian - deretan, runtunan, siri - bunyi senapang dan lain-lain secara berturut-turut 3 penggemblengan - perihal (perbuatan,usaha) menggembleng - perihal atau perbuatan mempersatukan 4 membuahkan kejayaan - mendatangkan / menghasilkan / menerbitkan kemenangan/hasil 5 keunikan - perihal unik, sifat unik 6 panorama - pemandangan yang luas terbentang dan tidak terhalangatauterganggu. - tinjauan yang menyeluruh atau komprehensif terhadapsesuatu perkara. - gambaran yang luas tentang suatu siri peristiwayangsentiasaberubah-ubah. 7 perspektif - cara pelukisan (penggambaran) sesuatu benda danlain-lainpada permukaan yang rata sebagaimana yang kelihatandari sesuatu tempat pada mata seseorang. - pandangan (pentafsiran) yang wajar berkaitan dengansesuatudengan memperkirakan bahagian-bahagiannya dalamhubungan keseluruhannya. 8 landskap - pemandangan alam sesuatu kawasan yangmengandungiunsur-unsur seperti bukit bukau,sungai dan tumbuh-tumbuhanterutamanya pemandangan pedesaan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B MSPM249 - catan, lukisan, dan sebagainya yang menggambarkanpemandangan alam. - seni taman yang memaparkan ciri-ciri pemandanganalam. 1. dapatan - Nazreen sedang membentangkan hasil dapatan perbincangan kumpulannyadi hadapan kelas dengan penuh bersemangat. 2. rentetan - Selepas selesai membaca novel Jendela Menghadap Jalan, terdapat pelbagai rentetan peristiwa yang boleh dijadikan pengajaran. 3. penggemblengan - Kejayaan mendidik anak bangsa banyak bergantungpadapenggemblengan idea semua pihak dari peringkat akar umbi lagi. 4. membuahkan kejayaan - Jazli tidak menyangka berkat usahanya berbudi kepadatanahtelah membuahkan kejayaan sehingga mampu memiliki perniagaan sendiri. 5. keunikan - Budaya berniaga dalam kalangan wanita di Kelantan merupakankeunikanbudaya yang dimiliki oleh negara kita. 6. panorama - Matanya merenung tajam panorama pergunungan yang indah denganudarayangbersih dan suhu yang sejuk. 7. perspektif - Rancangan Al-Kuliah membincangkan isu vaksin Covid-19 dari perspektif agamaIslam. 8. landskap - Perdana Menteri mahu usaha mencantikkan landskap di sekeliling rumah, kampung,dan bandar menjadi budaya dan minat masyarakat Malaysia sebagai negara taman yangindah.AKTIVITI2 - Cipta risalah bagi satu georimba yang lain. KEISTIMEWAAN TAMAN GEORIMBA MARMAR DAYANGBUNTING1. Pulau Dayang Bunting terdiri daripada batu kapur Formasi Setul yang berusia “Ordovisi-Devo”iaitu 500 sehingga 400 juta tahun dan juga Formasi Chuping yang berusia “Perm” iaitukira-kira270 juta tahun. 2. Terdapat sebuah tasik air tawar di pulau ini yang berkeluasan 10 hektar danterletakdibahagian Barat Daya Pulau Dayang Bunting iaitu dari Formasi Chuping. 3. Bentuk tasik adalah membujur dengan ukuran panjang adalah 800 meter dan 350meter lebar.4. Tasik ini merupakan sebuah dolina iaitu runtuhan batu kapur yang dipisahkandenganlautanoleh dinding batu kapur yang berketebalan kurang daripada 10 meter sahaja.