Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi i
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi ii ISU DAN CABARAN DALAM PENDIDIKAN : STRATEGI DAN INOVASI disunting oleh Nurul Fadly Habidin Tuan Waheda Tuan Chik Sharon Yong Yee Ong Ummu Aiman Muhamad Nursyazwani Mohd Fuzi Penerbit Kaizentrenovation Sdn Bhd Tanjung Malim 2020
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi iii Cetakan Pertama Julai 2020 Hakcipta © 2020 Nurul Fadly Habidin, Sharon Yong Yee Ong, Tuan Waheda Tuan Chik, Ummu Aiman Muhamad & Nursyazwani Mohd Fuzi Penerbit : Kaizentrenovation Sdn Bhd (1167478-D) Alamat : No A10-1 & A10-2, Gemilang Avenue, Jalan Pulai 1, Proton City, 35900 Tg Malim, Perak Emel : [email protected] Laman Web : https://kaizentrenovationpublishing.com Facebook : Kaizentrenovation Bookstore Tel : 017-5716705 Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan menyalin mana-mana bahagian ebook, ilustrasi dan isi kandungan ebook ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekali pun sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit dan penulis. eISBN 978-967-17718-4-6
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi iv ISI KANDUNGAN Prakata Muka Surat PERANAN SISTEM RANCANGAN PENGAJARAN STRATEGIK (SLPS) DALAM MENGHASILKAN PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN YANG PRAKTIKAL Nurul Fadly Habidin, Sharon Yong Yee Ong, Tuan Waheda Tuan Chik, Ummu Aiman Muhamad dan Nursyazwani Mohd Fuzi 1 AMALAN GURU PENDIDIKAN ISLAM BERDASARKAN KONSEP MUADDIB DI NEGERI JOHOR Abdul Hakim Ramli dan Azmil Hashim 4 KAJIAN KUALITATIF TERHADAP PENGAJARAN PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK DI SEKOLAH MENENGAH. Azimah Md Dahlan, Kim Teng Siang dan Abdul Razak Othman 14 GEO-EDUCATION: PERANCANGAN PENDIDIKAN MERENTASI KURIKULUM Mohd Faiz Mohd Yaakob, Aliff Nawi dan Mat Rahimi Yusof 28 STRATEGI AUGMENTED REALITY (AR) UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN PEMBELAJARAN DALAM KURSUS UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN Mohd Faiz Mohd Yaakob, Aliff Nawi, Mat Rahimi Yusof dan Marini Kasim 33 KEBERKESANAN LUKISAN BERTEMA TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK PRASEKOLAH Rofidah Musa, Muhamad Firdaus Ramli, Zainuddin Abindinhazir dan Norkhaizatul Erma Mohd Khairuddin 41 PENGGUNAAN SOCIAL STORY COVID-19 DALAM MENGURANGKAN TINGKAH LAKU DISRUPTIF KANAK-KANAK AUTISME Dayang Dayana Abg Abd Nasir 49 TAHAP PEMIKIRAN INVENTIF: SATU TINJAUAN AWAL DALAM KALANGAN PELAJAR LUAR BANDAR Harizah ‘Aliah Bambang Azhari dan Lilia Halim 55 ANALISIS UJIAN-T PENERIMAAN PELAJAR IPT TERHADAP BLENDED LEARNING Ernie Suzana binti Mahsum dan Dicky Wiwittan Toto Ngadiman 65
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi v HUBUNGAN DI ANTARA SOKONGAN INSTITUSI DAN FAKTOR SOSIAL DALAM MOTIVASI UNTUK BELAJAR BAHASA INGGERIS Ramdan Ali, Apidah Amin dan Dicky Wiwittan Toto Ngadiman 72 PENGARUH SIKAP DAN DORONGAN SOSIAL TERHADAP NIAT UNTUK MENGHADIRIPROGRAM KEROHANIAN DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SABAH Ramdan Ali, Apidah Amin dan Dicky Wiwittan Toto Ngadiman 78 KEBERKESANAN 2F BOARD TERHADAP PENGUASAAN SIFIR DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 Rofidah Binti Abdul Wahab dan Roslinda Binti Rosli 85 STRATEGI DAN GAYA PEMBELAJARAN MURID LUAR BANDAR DALAM KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA INGGERIS Faridah Mahadi dan Mohd Razimi Husin 100 KESAN FROG VLE KE ATAS PENCAPAIAN DAN MOTIVASI PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Nor Zanira Abd Manan, Hafizul Fahri Hanafi dan Wong Kung Teck 110 STRATEGI PEMBELAJARAN FIZIK DAN FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMILIHAN DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT Nur Fazrin Mohd Shahril dan Lilia Halim 118 POLA PENCAPAIAN HAFAZAN MURID TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA) NEGERI JOHOR Siti Nurjanah binti Mastor Mustafa, Siti Aisyah binti Johan dan Ajmain bin Safar 128 PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI MELALUI AKTIVITI KAD RANGSANGAN MINDA KE ATAS PENGUASAAN KARANGAN MURID Nor Samsiyah M. Horsi, Siti Suraiyah M. Horsi dan Ikhsan Othman PENERAPAN INOVASI DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU KE ATAS PERKEMBANGAN PEMIKIRAN KRITIS MURID Nor Samsiyah M. Horsi, Siti Suraiyah M. Horsi dan Ikhsan Othman 136 140 HUBUNGAN ANTARA TAHAP KEMAHIRAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL DENGANPENCAPAIAN FIZIK Mohd Azmil Bin Md Johar dan Lilia Halim 144 TELEFON PINTAR DALAM MENGINTEGRASIKAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PERSEDIAAN MENDEPANI CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 Amirah Wahidah Adnan, Norasyikin Osman dan Roselizam Daud 158
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi vi PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK BERAYAT MENGGUNAKAN KAEDAH MODEL BAR DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA DI TUARAN, SABAH Aspawati Binti Haji Basri, Mohd Zaki Bin Ishak dan Mohamad Ibni Bin Rusdam 161 PENGAJARAN PENJARIAN REKODER TERHADAP GURU PENDIDIKAN MUZIK BUKAN OPSYEN DI DAERAH KANOWIT Janin Anak Janting dan Mahayuddin Bin Abdul Rahim 167 ASPEK EFIKASI KENDIRI GURU BAHASA ARAB DALAM PENGAJARAN NAHU KURIKULUM BERSEPADU DINI Farihah Hussain, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff dan Maimun Aqsa Lubis 172 APLIKASI PENEGUHAN POSITIF DAN PENEGUHAN NEGATIF DALAM PEMBELAJARAN (PdPc) SOLAT FARDU SEKOLAH MENENGAH Siti Fauziah Mohd Amin, Sabariah Sharif dan Mad Nor Madjapuni 179 PENILAIAN KEBERKESANAN MODUL MENERUSI BENGKEL LATIHAN PENINGKATAN EFIKASI KENDIRI MENGAJAR BAHASA INGGERIS Nur Nazuha Beevi Abdul Aziz 186 KEBERKESANAN AKTIVITI PERGERAKAN FIZIKAL BERIRAMA DI KALANGAN MURID LUAR BANDAR Nancy William dan Andrew Jeremy 198 MENGENAL PASTI KEPERLUAN PEMBINAAN MODEL PENGAJARAN KREATIF SAINS AWAL BERTERASKAN RANGSANGAN KREATIVITI GURU PRASEKOLAH Noazima Wahab, Zaharah Osman dan Azli Ariffin 201 KERTAS KONSEP ASAS KEJAYAAN PELAJAR LUAR BANDAR Gurumoorthy A/L Poobalan 207 TRANSFORMASI PENDIDIKAN TAHAP 1 : PEPERIKSAAN KE PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD), KESAN TERHADAP AUTONOMI GURU Anniliza Binti Mohd Isa, Al-Amin Bin Mydin, Abdul Ghani Kanesan Bin Abdullah dan Wan Fadhlurrahman W. Md. Rasidi 218 KEBERKESANAN KIT INOVASI DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN IMBUHAN MURID SJKT N.Siva Perumal dan Vijayaletchumy Subramaniam 232 KERANGKA KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM PENDIDIKAN ALAF BARU Norazlin Mohd Rusdin, Siti Rahaimah Ali dan Md Nasir Masran 251
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi vii KREATIVITI DALAM PEMBELAJARAN ABAD KE-21 Norazlin Mohd Rusdin, Siti Rahaimah Ali, Md Nasir Masran 260 PEMBELAJARAN KATA NAMA TERBITAN DALAM KALANGAN MURID Pavitira Nagaraju dan Vijayaletchumy Subramaniam 268 KEPELBAGAIAN STRATEGI KEMAHIRAN MEMBACA DALAM KALANGAN MURID SJK(T) Usha Nagasundram dan Vijayaletchumy Subramaniam 287 PENINGKATAN KEMAHIRAN TENDANGAN LERET DALAM BOLA SEPAK MELALUI KAEDAH TGfU Muhammad Zaim Azhar dan Norlena Salamuddin 304 PEMBANGUNAN MEDIA PEMBELAJARAN STRUKTUR DATA BERASASKAN WEB Noor Fadzilah Ab Rahman dan Muhammad Eizlan Edi Remi 318 APLIKASI TEKNIK FUZZY DELPHI TERHADAP REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN SISTEM PENARAFAN BINTANG Vijayaletchumy Subramaniam, Che Ibrahim bin Salleh dan Sivaneswary Sivarathnam 325 ANALISIS KEPERLUAN TERHADAP PEMBINAAN MODEL PELAKSANAAN KURIKULUM KEMBARA GALERI DIGITAL PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN SEKOLAH RENDAH Nik Hazira Ghazali, Saedah Siraj dan Syed Kamaruzaman Syed Ali 353 ANALISIS T-TEST KECENDERUNGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK Heather Valarie Benilus dan Dicky Wiwittan Toto Ngadiman 365
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi viii PRAKATA Artikel dalam ebook ini disumbangkan oleh penyelidik-penyelidik yang telah menjalankan penyelidikan berkaitan Amalan Terbaik Dalam Penambahbaikan Sistem Pendidikan: Pengajaran dan Penyelidikan. 40 artikel berkaitan dengan isu-isu yang merangkumi bidang penyelidikan: peranan sistem rancangan pengajaran strategik (SLPS) dalam menghasilkan penulisan rancangan pengajaran yang praktikal, amalan guru pendidikan Islam berdasarkan konsep muaddib di negeri Johor, kajian kualitatif terhadap pengajaran penyelesaian masalah matematik di sekolah menengah, geo-education: perancangan pendidikan merentasi kurikulum, strategi augmented reality (AR) untuk meningkatkan kefahaman pembelajaran dalam kursus undang-undang pendidikan, keberkesanan lukisan bertema terhadap perkembangan kognitif kanakkanak prasekolah, penggunaan social story covid-19 dalam mengurangkan tingkah laku disruptif kanak-kanak autism, tahap pemikiran inventif: satu tinjauan awal dalam kalangan pelajar luar bandar, analisis ujian-t penerimaan pelajar ipt terhadap blended learning, hubungan di antara sokongan institusi dan faktor sosial dalam motivasi untuk belajar bahasa inggeris, pengaruh sikap dan dorongan sosial terhadap niat untuk menghadiri program kerohanian dalam kalangan pelajar politeknik Sabah, keberkesanan 2f board terhadap penguasaan sifir dalam kalangan murid tahun 5, strategi dan gaya pembelajaran murid luar bandar dalam kemahiran bertutur bahasa inggeris, kesan frog VLE ke atas pencapaian dan motivasi pelajar bagi mata pelajaran pendidikan islam, strategi pembelajaran fizik dan faktor-faktor mempengaruhi pemilihan di kalangan pelajar tingkatan empat, pola pencapaian hafazan murid tahfiz model ulul albab (TMUA) negeri Johor, penerapan inovasi dalam pengajaran bahasa melayu ke atas perkembangan pemikiran kritis murid, penerapan kemahiran komunikasi melalui aktiviti kad rangsangan minda ke atas penguasaan karangan murid, hubungan antara tahap kemahiran pemikiran komputasional dengan pencapaian fizik, telefon pintar dalam mengintegrasikan teknologi pendidikan islam sebagai persediaan mendepani cabaran revolusi industri 4.0, penyelesaian masalah matematik berayat menggunakan kaedah model bar dalam kalangan murid tahun lima di Tuaran, Sabah, pengajaran penjarian rekoder terhadap guru pendidikan muzik bukan opsyen di daerah Kanowit, aspek efikasi kendiri guru bahasa arab dalam pengajaran nahu kurikulum bersepadu dini, aplikasi peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam pembelajaran (PdPc) solat fardu sekolah menengah, penilaian keberkesanan modul menerusi bengkel latihan peningkatan efikasi kendiri mengajar bahasa Inggeris, keberkesanan aktiviti pergerakan fizikal berirama di kalangan murid luar bandar, mengenal pasti keperluan pembinaan model pengajaran kreatif sains awal berteraskan rangsangan kreativiti guru prasekolah, kertas konsep asas kejayaan pelajar luar bandar, transformasi pendidikan tahap 1 : peperiksaan ke pentaksiran bilik darjah (pbd), kesan terhadap autonomi guru, keberkesanan kit inovasi dalam meningkatkan penguasaan imbuhan murid SJKT, kerangka kemahiran komunikasi dalam pendidikan alaf baru, kreativiti dalam pembelajaran abad ke-21, pembelajaran kata nama
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi ix terbitan dalam kalangan murid, kepelbagaian strategi kemahiran membaca dalam kalangan murid SJK(T), peningkatan kemahiran tendangan leret dalam bola sepak melalui kaedah TGfU, pembangunan media pembelajaran struktur data berasaskan web, aplikasi teknik fuzzy delphi terhadap reka bentuk dan pembangunan sistem penarafan bintang, analisis keperluan terhadap pembinaan model pelaksanaan kurikulum kembara galeri digital pendidikan jasmani dan kesihatan sekolah rendah, analisis t-Test kecenderungan menggunakan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar politeknik. Penyusunan artikel dalam "Isu dan Cabaran dalam Pendidikan: Strategi dan Inovasi" dapat menyumbang kepada literatur berkenaan sistem pendidikan. Dari Penyunting
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 1 PERANAN SISTEM RANCANGAN PENGAJARAN STRATEGIK (SLPS) DALAM MENGHASILKAN PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN YANG PRAKTIKAL Nurul Fadly Habidin, Sharon Yong Yee Ong, Tuan Waheda Tuan Chik, Ummu Aiman Muhamad dan Nursyazwani Mohd Fuzi Abstrak Kajian ini adalah berkenaan cadangan dan mengembangkan alat untuk Sistem Rancangan Pelajaran Strategik (SLPS) untuk membantu guru-guru di Malaysia membuat penulisan rancangan pelajaran yang mudah, sederhana dan praktikal. Kajian ini menunjukkan pentingnya alat dalam membantu merancang sumber dan menghasilkan rancangan pelajaran kerana sebilangan besar pengendali ini kurang berpengetahuan dalam menghasilkan rancangan pelajaran. Untuk kaedah, pada peringkat awal, elemen utama akan dikenal pasti dan digunakan untuk mengembangkan sistem SLPS. Pada tahap kedua, adalah berkenaan perkembangan sistem SLPS untuk membantu pengguna menyusun rancangan pelajaran yang lengkap. Sistem SLPS ini akan dikembangkan menggunakan perisian Adobe Dreamweaver, SQL dan Web Based. Kata Kunci: Sistem Rancangan Pengajaran Strategik,(SLPS), Rancangan Pengajaran, Praktikal Objektif Kajian Kajian ini adalah berdasarkan objektif yang berikut: 1. Mengenalpasti elemen yang terdapat dalam sistem rancangan pengajaran strategik untuk membimbing guru-guru menyediakan rancangan pengajaran. 2. Membangunkan sistem SLPS untuk membantu para guru dalam penyediaan Rancangan pengajaran. Soalan Kajian Soalan Kajian ini adalah seperti yang berikut: 1. Apakah unsur-unsur yang terdapat dalam sistem SLPS dalam membantu para guru menyediakan rancangan pengajaran harian. 2. Bagaimana langkah membangunkan sistem SLPS untuk membantu guru-guru menyediakan rancangan pengajaran harian Kajian Literatur Konsep perancangan telah diterapkan oleh manusia dan sebahagian besarnya telah dikembangkan dalam peperangan untuk mengatasi musuh sejak 500 SM (Bracker, 1980). Bracker (1980) menjelaskan bahawa perancangan strategik dalam konteks perang bermaksud merancang kemusnahan musuh melalui penggunaan sumber dengan cara yang berkesan. Sun Tze telah menyedari pentingnya reka bentuk ini dan telah menulis dalam buku "The art of war in 500 B.C". Buku ini mengajar tentang kepentingan dan kegunaan sumber seperti tanah, air, api dan angin dalam pertempuran. Sumber-sumber ini telah disusun dan dirancang secara strategik untuk mengatasi musuh dalam pertempuran. Oleh itu, rancangan pelajaran adalah penting untuk mengatasi cabaran pengajaran.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 2 Penyelidikan yang lalu telah menunjukkan bahawa perancangan pelajaran memberikan beban yang besar kepada guru dan menyebabkan beban kerja yang berlebihan di antara mereka (Saad & Dawson, 2018). Di Malaysia, guru yang terlalu sibuk dengan pekerjaan bukanlah permasalahan yang baru malah golongan pendidik telah menghabiskan banyak masa untuk merancang pelajaran untuk disesuaikan dengan cabaran pengajaran, seperti profil pelajar, ketersediaan alat pengajaran dan kemudahan yang terdapat di sekolah. Isu beban kerja guru dibangkitkan oleh Persatuan Kebangsaan Profesion Perguruan Malaysia (NUTP) pada bulan Mac 2010 (Mohd Dom, 2010). Sebelum ini, Kementerian Pendidikan pada tahun 2005 mengakui bahwa beban kerja guru telah meningkat, karena mereka harus menangani fail dan catatan dan menulis laporan selain mengajar (Unit Komunikasi Korporat, 2010). Banyak cadangan telah dibuat untuk membantu para guru dalam menangani penyediaan rancangan pelajaran. Antara cadangannya ialah menggunakan sistem untuk meluangkan masa mereka dalam menyediakan rancangan pelajaran. Perancangan pelajaran yang baik adalah penting dalam pendekatan pengajaran yang sistematik (Saad & Dawson, 2018). Rancangan pelajaran digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pusat pemeriksaan untuk memastikan pengalaman pembelajaran yang terancang, panduan mengajar semasa pelajaran dan sebagai rujukan untuk pengajar lain yang mungkin perlu mengajar pelajaran dalam masa yang singkat, catatan yang mudah mengenai teknik perancangan instruktur dan kaedah pengajaran. Kajian yang sama menunjukkan bahawa hasil yang dianalisis dari tinjauan menunjukkan bahawa 96 peratus daripada 25 orang responden mempunyai sikap positif terhadap sistem berasaskan web untuk pembinaan rancangan pelajaran dan berharap dapat menggunakannya. Oleh itu, dalam hal ini penyelidik mencadangkan untuk mengembangkan sistem rancangan pengajaran yang dapat membantu guru dalam menyiapkan rancangan pengajaran. Kaedah Kajian Kajian ini mencadangkan elemen rancangan pelajaran untuk membantu guru menyiapkan rancangan pelajaran dan mengembangkan Sistem Rancangan Pengajaran Strategik (SLPS) untuk membuat rancangan perniagaan. Pada peringkat awal, elemen penting akan dikenal pasti dan digunakan untuk mengembangkan sistem SLPS. Pada tahap kedua, adalah mengembangkan sistem SLPS untuk membantu pengguna menyusun rancangan pelajaran yang lengkap. Sistem SLPS ini akan dikembangkan menggunakan perisian Adobe Dreamweaver, SQL dan Web Based. Sistem SLPS akan diperkenalkan melalui bengkel. Peserta bengkel rancangan pengajaran ini akan menjadi sampel kajian ini. Sampel kajian ini diharapkan dapat melibatkan 100 orang guru di Malaysia. Fokus pada tahap ketiga adalah menguji sistem SLPS. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik. Semua respons responden dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 21.0. Analisis deskriptif akan digunakan untuk mendapatkan hasil kajian. Kesimpulan dan Signifikan Kajian Kajian ini memberikan beberapa kepentingan kepada industri pendidikan, yang merupakan bentuk informasi tambahan kepada pemerintah, agensi sokongan dan guru di industri untuk memberikan pendedahan mengenai alternatif rancangan pelajaran. Kajian ini juga memberi kepentingan dalam membantu guru menyiapkan rancangan pelajaran, terutama untuk membantu guru meringankan beban mereka dalam menyiapkan rancangan pelajaran kerana menyiapkan kelas itu sendiri adalah proses yang rumit. Oleh itu, kajian akan membangunkan Sistem Rancangan Pelajaran Strategik (SLPS) untuk memudahkan guru menyediakan rancangan pengajaran. Sistem SLPS menjadikannya mudah untuk teratur dan mengurangkan masa persiapan kelas. Guru dapat merancang pelajaran, sejajar dengan kumpulan kurikulum
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 3 dan mengakses dengan mudah menggunakan internet. Rancangan pelajaran yang dibuat dalam sistem SLPS boleh digunakan semula dan dijadualkan semula untuk pelajaran yang membantu guru meningkatkan kandungan daripada membuat semula. Prinsip sekolah juga dapat memantau rancangan pelajaran secara dalam talian. Oleh itu, masa yang dihabiskan untuk menulis rancangan pelajaran dapat dikurangkan, dan lebih banyak masa dapat dihabiskan untuk persiapan kelas. Rujukan Ahmad, S. (2010). Hubungan antara orientasi keusahawanan, gaya kepimpinan, dan persekitaran luaran dengan prestasi perniagaan: Satu kajian empirikal mengenai Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia. Tesis PhD, Universiti Utara Malaysia. Barringer, B. R. (2009). Preparing effective business plan: An entrepreneurial approach. Pearson International Edition, Upper Saddle River, New Jersey. Bracker, J. (1980). The historical development of the strategic management concept. Academy of Management Review, 5(2), 219-224. Ciaburri, M., Napolitano, M., & Bravo, E. (2017). Business planning in biobanking: How to implement a tool for sustainability. Biopreservation and biobanking, 15(1), 46-56. Dollinger, M. J. (2003). Entrepreneurship: Strategies and Resources. 3rd Ed. Upper Saddle River, New Jersey: Prentice Hall. Fayol, H. (1949). General and Industrial Management. London: Sir Isaac Pitman and Sons, Ltd. Finch, B. (2016). How to write a business plan. 5th ed. US: Kogan Page Publishers. Habidin, N. F., Soter, M. S. A., Zainudin, M. Z., Roslan, M. H., Norazlan, A. N. I., & Aualudin, M. F. (2014). Applikasi Pelan Rancangan Perniagaan BEPA. Tanjong Malim, Perak: Pusat pembangunan keusahawanan UPSI. Hashim, N., Othman, N., & Buang, N. (2009). Konsep Kesediaan Keusahawanan Berdasarkan Kajian Kes Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1), 187 – 203. Ishak, S., Omar, A. R. C., & Ahmad, A. (2012). Tales of the Survivors: The Bumiputera Entrepreneurs’ Experience. Asian Social Science, 8(3), 25. Kalkan, A., & Bozkurt, Ö. Ç. (2013). The choice and use of strategic planning tools and techniques in Turkish SMEs according to attitudes of executives. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 99, 1016-1025. Madrid-Guijarro, A., Auken, H. V., & Garcia, D. (2007). An analysis of factors impacting performance of Spanish manufacturing firms. Journal of Small Business and Entrepreneurship, 20(4), 369-386. McKeever, M. (2016). How to write a business plan. 13th ed. Berkeley, CA: Nolo. Nouri, B. A., & Soltani, M. (2017). Analyzing the Use of Strategic Management Tools and Techniques between Iranian Firms. Academy of Strategic Management Journal, 16(1), 1-18. Olokundun, M. A., Ibidunni, A. S., Peter, F., Amaihian, A. B., & Ogbari, M. (2017). Entrepreneurship Educator's Competence On University Students'commitment To Learning And Business Plan Writing. Academy of Strategic Management Journal, 16(2), 1-10. Saad, R. M., Ghani, A. H. A., dan Ahmad, S. (2014). Impak mempraktikkan rancangan perniagaan strategik ke atas prestasi perniagaan PKS di Malaysia dan pengaruh persekitaran luaran dinamik. Journal of Human Development and Communication, 3, 163-186. Scarborough, M. N. (2012). Effective small business management: An entrepreneurial approach. International edition (tenth edition). New Jersey. Pearson Education. Veskaisri, K., Chan, P., & Pollard, D. (2007). Relationship between Strategic Planning and SME Success: Empirical Evidence from Thailand. In Proceedings of the 9th International DSI and the 12th APDSI Joint Meeting. Bracker, J. (1980). The historical development of the strategic management concept. Academy of Management Review, 5(2), 219-224. Saad, A., & Dawson, C. (2018). Requirement elicitation techniques for an improved case based lesson planning system. Journal of Systems and Information Technology, 20(1), 19-32. Mohd Dom, A. (2010). Isu Beban Tugas guru, Media Statement, PutraJaya, 20 October 2010. Corporate Communication Unit (2010). Malaysian ministry of education, Ministry Plans to Ease Teachers Workload, 20 June, Retrieve from http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=focus&file=/2010/6/20/focus/6492140
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 4 AMALAN GURU PENDIDIKAN ISLAM BERDASARKAN KONSEP MUADDIB DI NEGERI JOHOR Abdul Hakim Ramli dan Azmil Hashim Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan Guru Pendidikan Islam (GPI) Sekolah Rendah berdasarkan konsep muaddib dan serta perbezaan amalan muaddib berdasarkan latar belakang demografi GPI. Reka bentuk kajian adalah kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan dalam mengumpul data melibatkan 137 orang GPI. Kajian ini melibatkan 25 buah Sekolah Kebangsaan di Negeri Johor. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif menggunakan min, sisihan piawai dan peratus manakala analisis inferen, mengunakan ujian T, Ujian ANOVA sehala dan Ujian post-hoc Scheffe. Dapatan kajian mencatatkan tahap interpretatasi amalan konsep muaddib berada pada tahap tinggi. Aspek perbezaan amalan berdasarkan demografi GPI pada umur, status perkahwinan, pengkhususan bidang pengajian dan pengalaman mengajar menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dan hal ini menunjukkan bahawa demografi guru memberi kesan kepada amalan muaddib. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah, institusi-institusi pendidikan yang lain dalam menyusun dan merangka program yang bersesuaian dengan amalan GPI serta dapat membantu guru dalam merancang pengajaran pendidikan Islam yang lebih berkesan bagi meningkatkan tahap amalan konsep muaddib. Kata Kunci : Konsep Muaddib, Amalan Guru, Adab Guru, Akhlak Murid, Pembentukkan Murid Pengenalan Secara etimologi mu’addib merupakan bentukan dari kata ‘addaba yang berarti memberi adab, mendidik. Adab dalam kehidupan sehari-hari sering diartikan tata krama, sopan santun, akhlak, budi pekerti. Anak beradab biasanya difahami sebagai anak yang sopan yang mempunyai tingkah laku yang terpuji. Manakala guru dipanggil sebagai Muaddib, ia boleh diterjemahkan sebagai pembentuk adab dalam kehidupan harian. Maka guru bukan sahaja mengasuh kepada didikan dan akhlak mulia malah seharusnya turut mempamerkan ciri-ciri seorang Muaddib dari aspek pakaian, tutur kata, disiplin masa dan sebagainya. Dalam Al-Quran Allah swt berfirman : ََّّللَ ۡ ٓۡل ِخ َر َو َذ َك َر ٱ ٱ َ يَۡوم ۡ ََّّللَ َوٱل ٱ ْ َمن َكا َن يَۡر ُجوا ِّ ل َح َسنَةٞ ۡس َوةٌ ُ ََّّللِ أ قَۡد َكا َن لَ ُكۡم فِي َر ُسو ِل ٱ َّ ل َكثِيٗرا Maksud : sesungguh pada (diri) Rasulullah itu terdapat teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan banyak mengingati Allah (Surah al-ahzab 33 : 21) Allah swt mengutuskan Rasulullah sebagai agen pembentukkan akhlak manusia, manusia mempelajari akhlak melalui kelakuan Rasulullah saw. Begitu juga seorang guru adalah agen pendidikan yang berkesan terhadap murid (Muhammad Uthman el-Muhammady, 1991 dlm. Ahmad Mohd. Salleh, 1997). Oleh demikian sahsiah guru amat penting dalam menentukan penerimaan murid dalam pembelajaran mereka. Ini kerana didikan berlandaskan adab daripada guru yang beradab merupakan proses pendidikan yang unggul. Mohd Aderi Che Noh & Rohani Ahmad Tarmizi (2009) menegaskan seorang guru Muslim mesti mempunyai personaliti dan komitmen kepada Islam di samping contoh yang baik kepada pelajarnya agar boleh menjadi
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 5 ikutan tanpa sebarang keraguan. Maka, kajian ini bertujuan untuk melihat apakah tahap amalan guru Pendidikan Islam dan adakah wujud konsep muaddib ini dalam amalan pengajaran mereka memandangkan tanggungjawab berat yang digalas oleh GPI untuk membina modal insan dalam kalangan generasi akan datang. Selain daripada itu, sahsiah GPI yang tinggi membantu GPI untuk menghayati Falasafah Pendidikan Kebangsaan dan Falasafah Pendidikan Islam agar hasrat melahirkan generasi yang seimbang dapat dipenuhi. Ini bermakna GPI merupakan penentu halatuju Pendidikan Islam kerana GPI akan memberi kesan yang mendalam dalam sistem Pendidikan, jika guru yang mengajar bukannya guru yang mempunyai sahsiah yang boleh dicontohi, maka kesannya apa disampaikan tidak akan mampu direalisasikan oleh pelajar dilapangan. Penyataan Masalah Guru adalah role model kepada murid sehingga ia boleh menjadi perwatakan baharu kepada murid-murid dan antara yang menjadi penekanan atau contoh terbaik guru adalah guru Pendidikan Islam, kerana mereka bukan sahaja membawa perwatakan guru bahkan mereka membawa perwatakan agama. Dalam hadis Rasulullah sw bersabda; ْۡلَ ْخََل ِق َ َصالِ َح ا ِّمم تَ ُت ِۡلُ ْ ِعث َما بُ ِنَّ إ Maksudnya :“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang baik.” (HR. malik,) Hadis ini menunjukkan antara tujuan utama Rasulullah saw diutuskan adalah menyempurnakan akhlak dan Rasulullah adalah guru agung buat umat Islam, setiap perbuatan dan perkataan Rasulullah mesti dicontohi oleh umatnya. Oleh demikian antara tugas utama guru adalah membina pelajar dari segi akhlak di samping intelek supaya menjadi manusia yang baik dan bertanggungjawab (al-Ghazali, 2005). Kegagalan pendidikan sering dikaitkan dengan wujudnya permasalahan akhlak di kalangan murid sama ada berbentuk akhlak luaran mahu pun melibatkan hubungan dengan Allah sekalipun kedua-duanya bukan faktor penyebab yang utama. Dalam soal berkaitan, Ab. Halim Tamuri dan Khadijah Abdul Razak (2003, ms. 69) mengatakan: Tidak dapat dinafikan lagi masalah keruntuhan akidah dan sosial seperti gejala murtad, keruntuhan akhlak, zina, rogol serta kegagalan remaja Islam untuk melaksanakan tuntutan asas sebagai seorang Islam telah menimbulkan pelbagai pandangan dan persepsi di kalangan masyarakat terhadap Pendidikan Islam amnya dan guru-guru Pendidikan Islam khasnya. Sesuai dengan persepsi dalam petikan di atas, kajian-kajian terkini oleh Ab Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaluddin, Zamri Abdul Rahim, dan Khadijah Abdul Razak (2004), Ahmad Mohd Salleh (1997), Airi Abu Bakar (2003), Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), dan Zahariah Aiyub (2005) telah mendedahkan ketidakupayaan sesetengah guru Pendidikan Islam dalam membentuk diri mereka selaku pembimbing dan role model kepada pelajar. Implikasi daripada kajian-kajian tersebut menunjukkan guru Pendidikan Islam perlu menghayati peranan mereka yang sebenar sewaktu mendidik supaya para pelajar mereka menjadi generasi yang berakhlak mulia. Apatah lagi, guru mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam pembentukan diri pelajar (Ab Halim Tamuri et al.,2004; Abdul Raof Dalip, 1998; Rosnani Hashim, 1996). Pada asasnya, kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai kesan besar kepada pembentukan diri pelajar. Oleh yang demikian, untuk domain mu’addib kajian ini akan memfokuskan kepada sebagai pendidik akhlak pelajar iaitu mempamerkan sifat yang terpuji, menjadi contoh teladan kepada pelajar,
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 6 bersifat zuhud (Abdullah Nasih ‘Ulwan 2002) dan menjaga maruah diri dari sudut percakapan, perbuatan dan cara berpakaian (Muhammad Uthman El-Muhammadi 1991). Kamarul Azmi dan Ab. Halim (2007) menjelaskan bahawa para guru sangat disanjung dan diharapkan kerana mereka bukan sahaja berilmu semata-mata, tetapi juga mestilah mempunyai personaliti dan komitmen kepada Islam dan menunjukkan contoh yang baik kepada para murid, yang mana para murid boleh mengikuti guru mereka tanpa rasa ragu-ragu. Malah, guru yang tidak mempunyai sifat taqwa (piousness) tidak akan dapat menunjukkan atau memberikan contoh yang baik. Justeru, aspek pendekatan dan cara pengajaran guru pendidikan Islam juga perlu disesuaikan dengan perkembangan semasa dan terkini. Ini bertepatan dengan pandangan alGhazali (2005) bahawa proses ta’dib melibatkan pendidikan daripada dua aspek penting iaitu aspek fizikal dan rohani yang merangkumi percakapan dan niat bagi menghasilkan akhlak yang baik. Manakala Abdullah Ishak (1995) mengatakan bahawa perwatakan tersebut boleh dipupuk melalui sifat-sifat spriritual seperti ikhlas, jujur, sabar, kasih sayang, warak dan taqwa bahkan menerusi sifat-sifat fizikal seperti tutur kata, tingkah laku, kebersihan diri, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain. Oleh demikian guru pendidikan Islam perlu memiliki sifat-sifat keperibadian yang unggul, ketokohan dan perwatakan yang baik untuk memastikan keberkesanan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan supaya mereka boleh dicontohi dan dihormati. Tambahan pula, tingkah laku dan sikap guru sentiasa diperhatikan dan dinilai oleh pelajar-pelajar bukan sahaja semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah atau di dalam sekolah malah juga ketika di luar kawasan sekolah kerana ianya melambangkan personaliti mereka. Oleh kerana tujuan utama pendidikan ialah pembentukan akhlak dan rohani, maka keperluan bagi seseorang guru untuk memiliki personaliti atau sahsiah yang unggul merupakan satu kemestian dan syarat sebelum berkhidmat di sekolah-sekolah. Bagi mencapai personaliti yang unggul, guru perlu berdedikasi terhadap tugasnya, bersedia menerima tahap moral yang dipandang tinggi oleh masyarakat dan mestilah seorang yang berbudi dan bertaqwa. Personaliti yang unggul membolehkan guru mempengaruhi pelajarnya ke arah kebaikan dan seterusnya menjadi pemimpin yang dihormati oleh pelajar dan masyarakat. Metodologi Kajian Kajian ini merupakan satu kajian kuantitatif yang mengkaji tentang tahap amalan konsep Muaddib dan perbezaan amalan konsep Muaddib berdasarkan demografi GPI. Kajian ini melibatkan 137 orang responden yang ditentukan berdasarkan perkiraan oleh Krejcie dan Morgan (1970). Sempel kajian dipilih secara rawak berstrata dan berkelompok daripada 25 sekolah negeri Johor. Daerah yang terlibat Muar, Ledang, Batu Pahat, Pontian, Kulai jaya, Johor Bharu, Kota Tinggi, dan Pasir gudang. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini berbentuk soal selidik. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif menggunakan min, sisihan piawai dan peratus manakala analisis inferens menggunakan ujian t, ujian ANOVA dan Ujian Post hoc Scheffe.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 7 Hasil Dapatan Analisis Deskriptif Amalan guru Muaddib Jadual 1.1 Amalan guru Muaddib Kod Item Item Kekerapan & Peratus (N=137) Min SP Tahap STS TS KS S SS D1 Mempunyai akhlak yang patut dicontohi 0 (0.0) 0 (0.0) 8 (5.8) 96 (70.1) 33 (24.1) 4.18 0.51 Tinggi D2 Memastikan murid saya faham dan mengamalkan keperibadian mulia 0 (0.0) 0 (0.0) 5 (3.6) 86 (62.8) 46 (33.6) 4.29 0.53 Tinggi D3 Tidak jemu menegur murid yang bermasalah 0 (0.0) 0 (0.0) 7 (5.1) 75 (54.7) 55 (40.1) 4.35 0.57 Tinggi D4 Sentiasa mengamalkan akhlak yang mulia 0 (0.0) 0 (0.0) 4 (2.9) 87 (63.5) 46 (33.6) 4.30 0.52 Tinggi D5 Mampu mengatasi murid bermasalah 0 (0.0) 3 (2.2) 18 (13.1) 96 (70.1) 20 (14.6) 3.97 0.60 Sederh ana tinggi D6 Mampu menahan kemarahan saya sekiranya berdepan dengan murid bermasalah 0 (0.0) 5 (3.6) 17 (12.4) 97 (70.8) 18 (13.1) 3.93 0.63 Sederh ana Tinggi D7 Memberi amaran sebelum menghukum mereka yang bersalah 0 (0.0) 0 (0.0) 11 (8.0) 86 (62.8) 40 (29.2) 4.21 0.57 Tinggi D8 Memberi keterangan kesalahan sebelum menjatuhkan hukuman 0 (0.0) 0 (0.0) 8 (5.8) 86 (62.8) 43 (31.4) 4.25 0.55 Tinggi D9 Berlaku adil kepada semua murid 0 (0.0) 0 (0.0) 4 (2.9) 91 (66.4) 42 (30.7) 4.27 0.51 Tinggi D10 Menghukum murid untuk mendidik dan bukan mendenda 0 (0.0) 0 (0.0) 5 (3.6) 82 (59.9) 50 (36.5) 4.32 0.54 Tinggi
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 8 D11 Mampu mewujudkan suasana solehah disekolah 0 (0.0) 3 (2.2) 11 (8.0) 104 (75.9) 19 (13.9) 4.01 0.55 Tinggi Keseluruhan 4.19 0.41 Tinggi Jadual 1.1 menunjukkan bahawa amalan muaddib, berada pada tahap interprestasi tinggi dengan min keseluruhan ialah 4.19 (sp.=0.41). Hanya dua item di skor sederhana tinggi iaitu item D5 “Saya mampu mengatasi murid bermasalah” (min=3.97, sp.=0.60) dan D6 “saya mampu memahan kemarahan saya sekiranya berdepan dengan murid bermasalah”, skor min adalah (3.93 dan SP 0.63) . Ini menunjukkan, keseluruhan responden menunjukkan akhlak yang baik dihadapan murid dan melayani mereka dengan baik. Bagi item, (Saya mempunyai akhlak yang patut dicontohi), skor min adalah 4.18 dan SP 0.51. Peratusan bagi menjawab setuju sebanyak 70.1% dengan kekerapan responden 96 responden. Manakala yang menjawab sangat setuju sebanyak 24.1% dengan kekerapan 33 responden, seterusnya yang menjawab kurang setuju sebanyak 5.8% dengan kekerapan 8 responden. Hal ini menunjukkan bahawa akhlak yang mulia diperlukan dalam diri GPI untuk dicontohi oleh murid. Bagi item, (Saya memastikan murid saya faham dan mengamalkan keperibadian mulia) skor min adalah 4.29 dan SP 0.53. Peratusan bagi menjawab setuju sebanyak 63.8% dengan kekerapan responden 86 responden. Manakala yang menjawab sangat setuju sebanyak 33.6 % dengan kekerapan 46 responden, seterusnya yang menjawab kurang setuju sebanyak 3.6% dengan kekerapan 5 responden. Hal ini menunjukkan bahawa GPI perlu memastikan murid faham dan mengamalkan keperibadian mulia. Bagi item, (Saya tidak jemu menegur murid yang bermasalah) skor min adalah 4.35 dan SP 0.57. Peratusan bagi menjawab setuju sebanyak 54.7% dengan kekerapan responden 75 responden. Manakala yang menjawab sangat setuju sebanyak 40.1% dengan kekerapan 55 responden, seterusnya yang menjawab kurang setuju sebanyak 5.1% dengan kekerapan 7 responden. Hal ini menunjukkan bahawa GPI perlu mempunyai jiwa yang kental supaya tidak jemu menegur murid yang bermasalah. Bagi item, (Saya sentiasa mengamalkan akhlak yang mulia) skor min adalah 4.30 dan SP 0.52. Peratusan bagi menjawab setuju sebanyak 63.5% dengan kekerapan responden 87 responden. Manakala yang menjawab sangat setuju sebanyak 33.6% dengan kekerapan 46 responden, seterusnya yang menjawab kurang setuju sebanyak 2.9% dengan kekerapan 4 responden. Hal ini menunjukkan bahawa GPI perlu mengamalkan akhlak yang mulia. Bagi item, (saya mampu mengatasi murid bermasalah), skor min adalah 3.97 dan SP 0.60. Peratusan bagi menjawab setuju sebanyak 70.1% dengan kekerapan responden 96 responden. Manakala yang menjawab sangat setuju sebanyak 14.6% dengan kekerapan 20 responden, seterusnya yang menjawab kurang setuju sebanyak 13.1% dengan kekerapan 18 responden dan yang menjawab tidak setuju sebanyak 2.2% dengan kekerapan 3 responden. Hal ini menunjukkan bahawa, amalan kemahiran mengatasi murid bermasalah penting bagi GPI, namun terdapat GPI yang masih belum menguasai kemahiran ini, ini berkemungkinan disebebkan keadaan sosial masa kini. Bagi item, (saya mampu memahan kemarahan saya sekiranya berdepan dengan murid bermasalah), skor min adalah 3.93 dan SP 0.63. Peratusan bagi menjawab setuju sebanyak 70.8% dengan kekerapan responden 97 responden. Manakala yang menjawab sangat setuju sebanyak 13.1% dengan kekerapan 18 responden, seterusnya yang menjawab kurang setuju
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 9 sebanyak 12.4% dengan kekerapan 17 responden dan yang menjawab tidak setuju sebanyak 3.6% dengan kekerapan 5 responden. Hal ini menunjukkan bahawa, amalan memahan kemarahan penting bagi GPI, namun terdapat GPI yang masih belum mampu memahan kemarahan ketika berdepan dengan murid bermasalah. Bagi item, (Saya memberi amaran sebelum menghukum mereka yang bersalah) skor min adalah 4.21 dan SP 0.52. Peratusan bagi menjawab setuju sebanyak 62.8% dengan kekerapan responden 86 responden. Manakala yang menjawab sangat setuju sebanyak 29.2% dengan kekerapan 40 responden, seterusnya yang menjawab kurang setuju sebanyak 8% dengan kekerapan 11 responden. Hal ini menunjukkan bahawa GPI perlu mengamalkan memberi amaran sebelum menghukum adalah suatu perkara yang penting. Bagi item, (Saya memberi keterangan kesalahan sebelum menjatuhkan hukuman) skor min adalah 4.25 dan SP 0.55. Peratusan bagi menjawab setuju sebanyak 62.8% dengan kekerapan responden 86 responden. Manakala yang menjawab sangat setuju sebanyak 31.4% dengan kekerapan 43 responden, seterusnya yang menjawab kurang setuju sebanyak 5.8% dengan kekerapan 8 responden. Keterangan sebelum menjatuhkan hukuman merupakan perkara yang penting kerana ia akan mengambarkan GPI tidak usul periksa sebelum jatuhkan hukuman sekiranya perkara terserbut tidak berlaku. Bagi item, (Saya berlaku adil kepada semua murid) skor min adalah 4.27 dan SP 0.51. Peratusan bagi menjawab setuju sebanyak 62.8% dengan kekerapan responden 86 responden. Manakala yang menjawab sangat setuju sebanyak 31.4% dengan kekerapan 43 responden, seterusnya yang menjawab kurang setuju sebanyak 5.8% dengan kekerapan 8 responden. Hal ini menunjukkan bahawa GPI perlu memberi keterangan yang jelas tentang kesalahan mereka lakukan sebelum menjatuhkan hukuman supaya mereka mengetahui kesalahan mereka dan boleh menerima hukuman tersebut dengan redha. Analisis Perbezaan Jadual 2.1 ANOVA Sehala Perbezaan amalan konsep Muaddib Guru Pendidikan Islam berdasarkan umur JKD DK MKD F Sig.P MUADDIB Antara kumpulan 1.461 2 0.730 4.387 0.014* Dalam kumpulan 22.305 134 0.166 Jumlah 23.766 136 *Signifikan pada aras p<0.05 Hasil analisis varian sehala seperti dalam jadual 4.15 di atas menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (P=0.032, p<0.05) bagi amalan muaddib (P=0.014, p<0.05).
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 10 Jadual 2.2 Ujian Post-hoc Scheffe Perbezaan amalan konsep Muaddib Guru Pendidikan Islam berdasarkan umur Hasil ujian post Hoc Scheffe di atas menunjukkan terdapat hubungan signifikan GPI yang berumur 41-60 berbanding kumpulan yang lain. Ini bermaksud kumpulan umur 41-60 lebih mengamalkan konsep ini berbanding kumpulan yang lain. Jadual 2.3 Ujian-t perbezaan skor min amalan Konsep 5 Mim dalam sahsiah Guru Pendidikan Islam berdasarkan Status Perkahwinan Pemboleh ubah Status N Min Sp. Nilai t Nilai p Muaddib Berkawin Bujang 22 115 4.28 4.17 0.55 0.38 1.06 0.83 0.012* *Signifikan pada aras p<0.05 Hasil analisis inferensi seperti dalam jadual 4.17 di atas menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (P=0.012, p<0.05) bagi ciri-ciri sifat guru muaddib antara guru sudah berkawin (min=4.28, sp=0.55) dengan guru masih bujang (min=4.17, sp=0.38). Ini menunjukkan, guru sudah berkawin lebih mengamalkan ciri-ciri sifat muaddib berbanding guru yang masih bujang. Jadual 2.4 ANOVA Sehala Perbezaan Amalan Konsep 5 Mim Dalam Sahsiah Guru Pendidikan Islam Berdasarkan Pengkhususan Bidang Pengajian JKD DK MKD F Sig.P MUADDI B Antara kumpulan 1.775 3 .592 3.579 .016 Dalam kumpulan 21.990 133 .165 Jumlah 23.766 136 *Signifikan pada aras p<0.05 Varian (I) UMUR (J) UMUR Perbezaan N Min Min (I-J) Std. Error Sig. MUADDI B Jumlah 38 4.12 25-30 31-40 -0.02 0.08 0.961 41-60 -0.26 0.09 0.033* 69 4.14 31-40 25-30 0.02 0.08 0.961 41-60 -0.24 0.08 0.029* 30 4.38 41-60 25-30 0.26 0.09 0.032* 137 4.19 31-40 0.24 0.08 0.029*
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 11 Jadual 2.5 Ujian Post-hoc Scheffe Perbezaan amalan konsep Muaddib Guru Pendidikan Islam berdasarkan Pengkhususan Bidang Pengajian Dependent Variable N Min (I) Pengkhususan (J) Pengkhususan (I-J) Std. Error Sig. Muaddib Jumlah 35 4.32 Syariah Usulluddin -.02626 .11794 .997 Pendidikan Islam .21584 .08597 .103 Lain-Lain .24463 .11063 .185 18 4.35 Usulluddin Syariah .02626 .11794 .997 Pendidikan Islam .24210 .10887 .181 Lain-Lain .27089 .12923 .227 62 4.11 Pendidikan Islam Syariah -.21584 .08597 .103 Usulluddin -.24210 .10887 .181 Lain-Lain .02879 .10091 .994 22 4.08 Lain-Lain Syariah -.24463 .11063 .185 Usulluddin -.27089 .12923 .227 137 4.19 Pendidikan Islam -.02879 .10091 .994 Jadual diatas menunjukkan Jadual 2.6 ANOVA Sehala amalan konsep konsep Muaddib guru pendidikan Islam mengikut pengalaman mengajar Sum of Squares df Mean Square F Sig. MUADDI B Antara kumpulan 1.677 4 .419 2.505 .045 Dalam kumpulan 22.089 132 .167 Jumlah 23.766 136 * Signifikan pada aras p<0.05 Dependent Variable N Min (I) PENGALAMAN (J) PENGALAMAN Mean Difference (IJ) Std. Error Sig. MUADDIB 63 4.11 1-5 6-10 -.03257 .08473 .997 11-15 -.18932 .11753 .629 16-20 -.37114 .13925 .137 20 KEATAS -.19841 .12885 .668 37 4.15 6-10 1-5 .03257 .08473 .997 11-15 -.15676 .12521 .814 16-20 -.33857 .14580 .256
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 12 Hasil dari ujian Post Hoc scheffe diatas menunjukkan tidak terdapat hubungan signifikan antara kumpulan responden. Rumusan Dapatan kajian ini menunjukkan keseluruhannya min pada tahap tinggi kecuali dua item iaitu “Mampu menahan kemarahan saya sekiranya berdepan dengan murid bermasalah”(3.93) dan “Mampu mengatasi murid bermasalah”(3.97), kedua-dua item ini merupakan antara item terpenting dalam amalan mua’ddib untuk menunjukkan akhlak terbaik untuk pelajar, ini sesuai dengan sabda Rasullullah yang menyuruh kita menahan kemarahan dan menerima pelajar kita seadanya. Pelajar bermasalah berpunca dari beberapa faktor, antaranya kurang kefahaman agama, didikan ibu bapa dan pengaruh rakan sebaya. Kemarahan bukan cara terbaik untuk mengatasi masalah pelajar, GPI seharusnya memahami situasi pelajar tersebut dan bantu mengatasi masalah mereka. Islam adalah agama mendidik akhlak manusia oleh itu GPI harus bersedia menghadapi murid yang bermasalah tambahan pula, murid sekolah rendah masih peringkat awal pendidikan yang memerlukan didikan kasih sayang. Menurut kajian yang dilakukan oleh Ab. Halim Tamuri (2004) melalui temubual pelajar membuktikan bahawa terdapat beberapa aspek negatif yang masih wujud pada segelintir guru pendidikan Islam antaranya sifat terlalu garang, suka memarahi pelajar tanpa usul periksa, suka menghina atau mengutuk pelajar, tidak memberi jawapan bila ditanya oleh pelajar dan ego dengan diri sendiri. Namun dari hasil kajian ini, menunjukkan ada perubahan dari segi amalan GPI, ini mungkin kerana perubahan sistem pendidikan Negara yang menerapkan program JQAF, program ini sedikit memberi impak guru dan murid. Manakala Hasil dapatan analisis perbezaan menunjukkan umur (p=0.014, p< 0.05) status perkahwinan (p=0.012, p< 0.05), pengkhususan bidang pengajian (p=0.016, p< 0.05) dan pengalaman mengajar (p=0.045, p< 0.05) mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap amalan muaddib. Ini bermakna terdapat hubungan positif yang signifikan antara tahap amalan dengan demografi GPI dan hal ini menunjukkan bahawa demografi guru memberi kesan kepada amalan muaddib. Oleh demikian, pihak pentadbiran sekolah harus memandang serius tentang demografi GPI sebelum menyerahkan tugasan, terutama yang berkaitan dengan komunikasi antara murid dan guru seperti guru kelas dan guru displin, supaya tidak ada isu guru tidak memampu mengawal murid sehingga menimbulkan perkara yang tidak diingini. Selain itu dari hasil kajian ini, dapat dirumuskan bahawa pengalaman mengajar merupakan Jumlah 20 KEATAS -.16585 .13590 .828 15 4.30 11-15 1-5 .18932 .11753 .629 6-10 .15676 .12521 .814 16-20 -.18182 .16700 .880 20 KEATAS -.00909 .15843 1.000 10 4.49 16-20 1-5 .37114 .13925 .137 6-10 .33857 .14580 .256 11-15 .18182 .16700 .880 20 KEATAS .17273 .17515 .913 12 4.31 20 KEATAS 1-5 .19841 .12885 .668 6-10 .16585 .13590 .828 11-15 .00909 .15843 1.000 137 4.19 16-20 -.17273 .17515 .913
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 13 suatu faktor utama dalam pembentukkan amalan muaddib GPI, oleh itu pihak KPM harus menggunakan tenaga pengajar yang berpengalaman ini sebagai pengerak dalam program pendidikan guru. Implikasi Kajian Secara keseluruhan, kajian ini memberikan sumbangan yang penting dengan terhasilnya satu hasil kajian menunjukkan tahap amalan GPI berdasarkan konsep muaddib. Hasil ini telah rincikan bahawa terdapat perbezaan signifikan terhadap demografi guru. Justeru itu, kajian ini memberi sumbangan dalam mengenal pasti tahap amalan GPI dan juga dapat menyumbang dalam program Pendidikan Guru. Selain itu, kajian ini juga membantu pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Daerah ataupun Negeri dalam mengatasi masalah seperti pemilihan mentor untuk guru muda dan salah laku murid kerana dengan kajian ini pihak terbabit boleh memilih guru yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Rujukan Al-Quran Abdullah Nasih Ulwan. (2002), Pendidikan Anak-anak Dalam Islam. Syed Ahmad Semait (terj.) Singapura; Pustaka Nasional Pte.Ltd. Abdullah Ishak, (1995). Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Nasih Ulwan. (2002), Pendidikan Anak-anak Dalam Islam. Syed Ahmad Semait (terj.) Singapura; Pustaka Nasional Pte.Ltd. Abdullah Ishak, (1995). Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Raof Dalip .( 1998). Teknik pengajaran dan pembelajaran agama Islam di sekolah menengah. Bangi ; Universiti Kebangsaan Malaysia. Ab Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaluddin, Zamri Abdul Rahim & Khadijah Abd Razak. (2004). Keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar. Laporan Penyelidikan. Bangi ; Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (2005). Ihya’ ‘Ulum al-Din. Tahqiq: Muhammad Sa’id Muhammad. Qahirah: Dar al-Bayan al-‘Arabi. Airi Abu Bakar (2003). Sikap pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam : satu kaji di sekolah-sekolah Alor Gajah Melaka. Kertas Projek Sarjana Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia yang tidak diterbitkan. Ahmad Mohd. Salleh. (2004), Pendidikan Islam. Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Shah Alam; Oxford Fajar Sdn. Bhd. Krejcic, R.V & Morgan, D.W. (1970). Determining sample saiz for research activities, education and psychogical measurement, 30: 608-619. Kamarul Azmi Jasmi & Ab Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007), Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum Program j-QAF. Putrajaya; Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Ahmad Mohd. Salleh. (2004), Pendidikan Islam. Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Shah Alam; Oxford Fajar Sdn. Bhd. Muhammad ‘Uthman el-Muhammady. (1987). “Islam, Peribadi, Tarbiah dan Institusi” Kota Bharu ; Majlis Agama Islam Kelantan. Mohd Aderi Che Noh & Rohani Ahmad Tarmizi. (2009). Persepsi pelajar terhadap amalan pengajaran tilawah alQuran. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1): 93-109. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Malik, al-Muwatta, Kitab Husn al-Khuluq, Bab Ma Ja‟a f i Husni al-Akhlaq, no. 8, h. 479, Beirut Rosnani Hashim. (1996), Educational Dualism in Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Zahariah Aiyub (2005). Faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pelajar terhadap pembelajaran Pendidikan Islam. Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Universiti Malay yang tidak diterbitkan.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 14 KAJIAN KUALITATIF TERHADAP PENGAJARAN PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK DI SEKOLAH MENENGAH Azimah Md Dahlan, Kim Teng Siang dan Abdul Razak Othman Abstrak Pendidikan matematik di Malaysia penting kepada semua lapisan peringkat umur dan ia memberi impak terhadap guru. Namun faktor, kepercayaan dan niat guru matematik sekolah menengah di Malaysia kurang dikaji secara kualitatif terutamanya dalam pengajaran penyelesaian masalah matematik (PMM). Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti konsep guru tentang pengajaran PMM selaras dengan kurikulum matematik di Malaysia, mengenalpasti faktor motivasi dan halangan yang menentukan niat, mengenalpasti faktorfaktor merangsang niat dan mengenalpasti sejauh mana pengalaman matematik guru menentukan niat mengajar PMM. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berbentuk temubual semi struktur berdasarkan instrumen Prince Hamidu (2015) kepada dua orang guru yang mengajar matematik sekolah menengah. Analisis data kualitatif adalah menggunakan perisian Nvivo 8 selepas ditranskripkan temubual bagi meneroka tema melalui proses coding. Dapatan kajian menemui beberapa tema seperti konsep dan strategi guru tentang pengajaran PMM, faktor motivasi dan halangan, faktor merangsang niat pengajaran PMM dan pengalaman matematik guru dalam konteks pandangan tentang ciri-ciri matematik dan juga pengajaran dan pembelajaran matematik. Beberapa cadangan diberikan bagi memantapkan lagi pengajaran PMM di peringkat sekolah menengah. Kata Kunci: Pengajaran Penyelesaian Masalah Matematik, Guru, Konsep, Motivasi Dan Halangan Pengenalan Banyak faktor pelajar dan pedagogi berkaitan dengan pendidikan matematik dikaji beberapa dekad ini. Namun faktor-faktor guru di Malaysia kurang dikaji dalam peringkat antarabangsa terutamanya dalam pengajaran penyelesaian masalah matematik sekolah menengah. Penyelesaian masalah matematik (PMM) merupakan salah satu bahagian terpenting dalam bidang matematik di sekolah menengah selepas pengiraan. Bahagian ini ada kaitan dengan pengaplikasian dan penalaran bagi setiap topik matematik. Ia juga boleh dikaitkan dengan halhal kehidupan sebenar. Pengaplikasian dan penalaran ini merupakan suatu bahagian yang mendapat skor rendah bagi kebanyakan para pelajar (KPM, 2013). Guru-guru pula digesa memberi tumpuan kepada pengajaran penyelesaian masalah bagi meningkatkan lagi minat dan pencapaian para pelajar dalam bahagian ini. Namun faktor, kepercayaan dan niat guru kurang dikaji sebenarnya pada pelaksanaan pengajaran PMM ini berbanding dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Sedangkan sebagaimana yang sedia maklum para guru merupakan nadi penggerak kejayaan para pelajar. Faktor, kepercayaan dan niat telah lama dibuat kajian di negara lain tetapi ia kurang dilaksanakan di negara ini terutamanya dalam pendidikan matematik sekolah menengah. Kajian terbaru Eu, Leong Kwang (2017) menyatakan bahawa kepercayaan guru tidak selari dengan praktis guru menarik perhatian pengkaji untuk melaksanakan kajian lanjut. Guru merupakan seorang insan yang mempunyai emosi, fikiran dan tingkah laku zahir. Faktor, kepercayaan dan niat guru dalam pengajaran penyelesaian masalah matematik sekolah menengah di negara ini masih kurang dikaji di negara ini secara kualitatif. Perkara ini menjadi tanda tanya sejauh mana tahap sebenar para guru dalam faktor, kepercayaan dan niat sepanjang
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 15 menjalankan tugas dan mendidik para pelajar di sekolah-sekolah menengah. Justeru kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian seperti berikut, 1. Sejauh mana konsep guru tentang pengajaran PMM. 2. Apakah faktor motivasi dan halangan yang menentukan niat untuk mengajar PMM. 3. Sejauh mana faktor-faktor motivasi dan halangan menerangkan niat untuk mengajar PMM. 4. Sejauh mana pengalaman lepas guru menentukan kepercayaan dan niat mengajar PMM. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti konsep guru tentang pengajaran PMM selaras dengan kurikulum matematik di Malaysia, mengenalpasti faktor yang menjadi motivasi dan halangan yang menentukan niat untuk mengajar PMM, mengenalpasti faktor-faktor yang merangsang niat untuk mengajar PMM dan mengenalpasti sejauh mana pengalaman matematik guru menentukan niat mengajar PMM. Sorotan Literatur Penyelesaian masalah matematik merupakan elemen terpenting dalam pendidikan. Penyelesaian masalah adalah proses mental yang melibatkan penemuan analisis dan mengatasi masalah untuk mencari penyelesaian untuk masalah yang sukar atau isu yang kompleks (Sujiono, Y. N. et. al., 2014). Matlamat utama pengajaran dan pembelajaran matematik adalah memperkembangkan potensi keupayaan menyelesaikan pelbagai masalah matematik yang kompleks (Idris, N., 2005). Manakala Sang, M. S. (1996) menjelaskan penyelesaian masalah merupakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, masalah bukan mekanis, teka-teki, kuiz atau penggunaaan kemahiran matematik dalam situasi yang sebenar. Kajian yang ditemui dalam database web of science iaitu kumpulan jurnal antarabangsa berimpak tinggi tentang penyelidikan penyelesaian masalah matematik adalah sebanyak 3,394 buah sejak tahun 1972 hingga 2019 di peringkat dunia. Namun kajian seumpamanya yang pernah dilaksanakan di Malaysia hanya sebanyak 39 buah sahaja bermula dari tahun 2005 hingga awal 2020. Ini menunjukkan kajian penyelesaian masalah matematik masih baharu dan masih kurang dijalankan di negara ini. Di antara senarai kajian yang menumpukan hanya kepada faktor guru adalah seperti berikut: Penulis Tajuk kajian Sumber Sia, C.J.L., Lim, C.S., Chew, C.M., Kor, L.K. (2019) Expert-Based Cognitive Model and StudentBased Cognitive Model in the Learning of "Time": Match or Mismatch? International Journal of Science and Mathematics Education Yong, S.T., Gates, P., Chan, A.T.Y., (2019) Similarities and Differences in Learning of Metacognitive Skills: Computer Games Versus Mathematics Education International journal of game-based learning Khalid, M., Saad, S., Kamalludeen, R., Ismail, N.H., (2018) Teaching Islamic values through problem solving in mathematics: a case study Al-Shajarah Yong, S. T., Gates, P., Chan, A.T.Y., (2018) A Gaming Perspective on Mathematics Education International journal of information and communication technology education Rosli, R., Capraro, M.M., Goldsby, D.; Gonzalez, Middle-Grade Preservice Teachers' Mathematical Problem Solving and Problem Posing Mathematical problem posing: from research to effective practice
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 16 E.G.Y, Onwuegbuzie, A.J., Capraro, R.M. (2015) Khalid, M.S., Sutoyo, E., Mungad Sari, E.N., Herawan, T (2014) Teaching and Learning Using Computers: How Should We Tread on Its' Changing Technology? International journal of emerging technologies in learning Hanya terdapat enam buah kajian yang berkisarkan kepada faktor guru matematik tentang pengajaran penyelesaian masalah matematik iaitu Sia, C.J.L., Lim, C.S., Chew, C.M., Kor, L.K. (2019), Yong, S.T., Gates, P., Chan, A.T.Y., (2019), Khalid, M., et. al., (2018), Yong, S. T., Gates, P., Chan, A.T.Y., (2018), Rosli, R., et. al., (2015) dan Khalid, M.S., et. al., (2014). Kajian Sia, C.J.L., Lim, C.S., Chew, C.M., Kor, L.K. (2019) ini adalah kajian kualitatif tentang Expert-Based Cognitive Model dan Student-Based Cognitive Model dalam pembelajaran topik “Masa”. Expert-Based Cognitive Model adalah dihasilkan oleh para guru manakala Student-Based Cognitive Model dijanakan berdasarkan para pelajar. Kajian ini meneroka struktur-struktur dalam Expert-Based Cognitive Model yang bersesuaian dengan Student-Based Cognitive Model para pelajar dalam pembelajaran topik Masa melalui kaedah kualitatif. Tiga struktur dalam Expert-Based Cognitive Model sahaja yang bersesuaian dengan Student-Based Cognitive Model. Walau bagaimanapun skor 50% dan ke bawah menunjukkan keputusan yang tidak memuaskan dalam Expert-Based Cognitive Model. Dapatan kajian mencadangkan agar membina Model Kognitif yang bersesuaian dengan para pelajar yang lemah dalam mempelajari topik Masa. Yong, S.T., Gates, P., Chan, A.T.Y., (2019) melaksanakan kajian kuantitatif dan kualitatif berkaitan dengan potensi penggunaan kemahiran metakognitif dalam Computer Games dengan Pendidikan Matematik. Kajian ini melibatkan para guru dan para pelajar di sekolah menengah. Tiada perkaitan langsung di antara dua konteks pembelajaran tersebut. Sementara dapatan secara kualitatif pula membicarakan tentang permainan komputer membolehkan para pelajar mempelajari beberapa perkara iaitu pelbagai tugasan, navigasi darat, kerja berpasukan, pendekatan bottom-up dalam penyelesaian masalah dan kemahiran konsentrasi. Manakala pendidikan matematik pula difahamkan menyediakan tugasan tunggal seperti penyelesaian masalah langkah demi langkah, menggunakan perwakilan grafik, melibatkan pembelajaran kolaboratif, mengikut pendekatan top-down dalam penyelesaian masalah dan berkebolehan menggunakan pelbagai kaedah sensori untuk menambahbaik pembelajaran. Kajian Khalid, M., et. al., (2018) melibatkan murid tahun empat dan guru matematik sekolah rendah secara kuantitatif dan kualitatif dalam memperkembangkan nilai-nilai Islam melalui aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah bersiri dan pengajaran matematik. Dapatan kajian adalah untuk menjawab persoalan kajian tentang perubahan pencapaian dan sikap murid-murid dalam kedua-dua topik matematik yang diajar dan dalam penalaran moral. Hasil yang diterima menunjukkan pencapaian meningkat tetapi tidak signifikan dalam matematik dan penambahbaikan dalam penalaran moral berdasarkan beberapa jawapan bertulis muridmurid tentang soalan moral. Data pemerhatian juga mempamerkan peningkatan secara ansuran pada tingkahlaku murid-murid dalam kelas dari segi sikap antara mereka dan terhadap tugasan diberikan. Kepercayaan terhadap nilai yang diperolehi melalui pembelajaran merentasi kurikulum, dibina merupakan satu faktor penting dalam membangunkan masyarakat yang penyayang dan bertamadun.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 17 Kajian Yong, S. T., Gates, P., Chan, A.T.Y., (2018) tentang sejauh mana beberapa dimensi motivasi boleh diintegrasikan dalam pendidikan matematik iaitu motivasi cabaran, kawalan, kerumitan dan kolaborasi. Ia melibatkan pemahaman para guru dan pelajar terhadap amalan pengajaran dan kesukaran pembelajaran penyelesaian masalah matematik. Hasil kajian kualitatif mendapati bahawa pendidikan matematik dibina berdasarkan pendekatan drill-andpractice dengan teknik penyelesaian masalah Polya seperti berasaskan peperiksaan, penghafalan dan penggunaan strategi tertentu. Pendekatan ini telah gagal memotivasikan para pelajar untuk belajar (afektif) dan gagal untuk memperkembangkan pemahaman dan kreativiti (kognitif/metakognitif). Sementara pendapat tentang gaming, masalah matematik perlu mencabar dan kompleks dan para pelajar perlu diberi mandat untuk melaksanakan sesuatu perancangan. Seterusnya kolaborasi perlu digalakkan untuk pembelajaran reflektif. Rosli, R., et. al., (2015) kajian kualitatif ini berkaitan dengan guru sandaran yang perlu menyelesaikan tugasan dan mencipta masalah berdasarkan perwakilan diberikan selain daripada menyempurnakan tugasan dengan cara berlawanan. Hasil daripada respon bertulis, pendapat dan pengalaman mencipta masalah dikumpulkan bagi memahami amalan mereka. Dapatan kajian menyatakan bahawa guru sandaran lancar dalam menyelesaikan tugasan aritmetik yang ringkas tetapi sukar untuk membuat generalisasi dan mentafsir numerasi dalam bentuk algebra. Selain itu, mereka berkebolehan untuk menghasilkan beberapa masalah asas dan munasabah dan mengambil kira aspek penting penyelesaian masalah matematik semasa menjana tugasan baharu. Khalid, M.S., et. al., (2014) melaksanakan kajian kualitatif tentang pengalaman guru senior semasa pembinaan perisian CDiCL yang menggunakan prinsip ADDIE. Seterusnya mengaplikasikan penggunaan perisian tersebut kepada pelajar di Politeknik semasa pembelajaran. Dapatan menunjukkan pelajar yang didedahkan dengan perisian tersebut mencapai perbezaan skor 6 poin sementara pelajar yang melalui pembelajaran kolaboratif mencapai perbezaan markah 2 poin. Namun dalam data kualitatif menunjukkan ramai pelajar gagal untuk memahami matematik melalui perisian kerana berbahasa Inggeris dan masalah tingkah laku di kalangan para pelajar. Manakala beberapa ketua dalam kumpulan pembelajaran kolaboratif mengalami kelemahan soft skill semasa memberi pemahaman rakan-rakan yang kurang mahir dan merasa kebimbangan semasa penyampaian penyelesaian masalah matematik. Kajian ini menghasilkan rangka kerja / rubrik berkesan untuk guru-guru dalam menguruskan pembelajaran matematik berasaskan komputer kepada kumpulan pelbagai kebolehan. Kesimpulannya pelajar lebih baik jika pembelajaran dibina berasaskan kognitif, kolaboratif dan prinsip pendidikan teknikal. Sebahagian kajian yang telah dijalankan dari tahun 2014 hingga 2019 adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif terhadap guru matematik dan para pelajar iaitu Sia, C.J.L., Lim, C.S., Chew, C.M., Kor, L.K. (2019, Yong, S. T., Gates, P., Chan, A.T.Y., (2018) Rosli, R., Capraro, M.M., Goldsby, D.; Gonzalez, E.G.Y, Onwuegbuzie, A.J., Capraro, R.M. (2015) dan kajian berbentuk kualitatif sepenuhnya seperti Sia, C.J.L., Lim, C.S., Chew, C.M., Kor, L.K. (2019), Yong, S. T., Gates, P., Chan, A.T.Y., (2018), Rosli, R., Capraro, M.M., Goldsby, D.; Gonzalez, E.G.Y, Onwuegbuzie, A.J., Capraro, R.M. (2015). Tumpuan kajian tersebut lebih kepada penghasilan model pembelajaran berasasakan kognitif guru dan disesuaikan dengan aras kognitif para pelajar (Sia, C.J.L., Lim, C.S., Chew, C.M., Kor, L.K., 2019), membanding beza potensi pembelajaran dan kemahiran yang diperolehi oleh para pelajar daripada permainan komputer (Computer Games) dan pendidikan matematik yang begitu berbeza berdasarkan pemerhatian guru sahaja (Yong, S.T., Gates, P., Chan, A.T.Y., 2019). Manakala fokus kajian Khalid, M., et. al., (2018) mengaitkan pemerhatian dan ulasan guru hasil daripada perkembangan nilai-nilai Islam yang muncul di kalangan para pelajar semasa aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah dan pengajaran matematik dilaksanakan serta kajian Yong, S. T., Gates,
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 18 P., Chan, A.T.Y., (2018) juga mengaitkan pemahaman dan ulasan guru terhadap sejauhmana dimensi motivasi boleh diintegrasikan ke dalam amalan pengajaran dan kesukaran pembelajaran penyelesaian masalah matematik. Kajian-kajian yang disebutkan masih berkisarkan penghasilan model pengajaran oleh guru, laporan terkini hasil pembelajaran menggunakan teknologi, perkembangan nilai-nilai yang muncul semasa aktiviti penyelesaian masalah matematik dan ulasan pemerhatian terhadap dimensi motivasi yang perlu diterapkan bagi menggalakkan pembelajaran PMM. Secara ringkas, kajian tersebut tidak menyentuh mendalam tentang faktor, kepercayaan dan niat guru sendiri terhadap pengajaran penyelesaian masalah matematik. Perkara ini penting diteroka semula bagi mendapatkan kepastian guru terhadap isu-isu kemerosotan pencapaian matematik di kalangan para pelajar yang berlaku sekarang ini. Walaupun kajian Rosli, R., et. al., (2015) dan Khalid, M.S., et. al., (2014) merupakan kajian kualitatif terhadap pengalaman para guru (sandaran dan guru berpengalaman) dalam menyelesaikan tugasan dan mencipta soalan masalah serta perisian CDiCL, ia masih tidak cukup untuk menjawab persoalan kegagalan yang timbul daripada para pelajar dalam pembelajaran matematik selain daripada kelemahan pemahaman dalam topik algebra, penggunaan Bahasa Inggeris dan masalah tingkah laku para pelajar. Justeru, kebanyakan kajian kurang menyentuh tentang faktor, kepercayaan dan niat guru itu sendiri yang mengajar matematik sekolah menengah. Faktor, kepercayaan dan niat guru adalah penting kerana guru seperti yang diketahui adalah nadi penggerak kejayaan pelajar. Faktor seperti sikap, efikasi kendiri dan kepuasan telah banyak dibincangkan dalam kajian-kajian sejak dahulu sehingga kini. Namun faktor kepercayaan dan niat guru agak kurang dikaji terutamanya dalam pengajaran penyelesaian masalah matematik. Rokeach (1968) memberi definisi kepercayaan adalah any simple proposition, conscious or unconscious, inferred from what a person says or does, capable of being preceded by the phrase I believe that” (p. 113). Sigel (1985) pula mendefinisi kepercayaan sebagai mental constructions of experience - often condensed and integrated into schemata or concepts yang dianggap benar dan memberi panduan kepada perilaku (disebut dalam Pajares, 1992, m.s. 310). Kepercayaan berdasarkan kepada an individual’s judgment of the truth or falsity of a proposition, dicipta melalui proses pembudayaan, sosial konstruksional, bersifat khusus dalam konteks serta memberi makna secara peribadi (Pajares, 1992). Kepercayaan dalam pendidikan seperti kepercayaan guru merujuk kepada konsep individu tentang kaedah pengajaran yang diingini dan tentang bagaimana murid-murid mahu belajar (Hermans, Tondeur, et al., 2008). Ernest (2004) juga menerangkan kepercayaan eksplisit guru seperti juga kepercayaan sedia ada mempunyai perkaitan dengan minda atau model pengajaran dan pembelajaran matematik sedia ada yang tertakluk kepada situasi sekolah dan diimplikasikan dalam pengajaran bilik darjah. Justeru kepercayaan wujud dalam dua bentuk iaitu secara tersirat dan tersurat (jelas) dalam tingkah laku seseorang individu. Kepercayaan tersebut diterima sebagai benar oleh individu dan menjadi panduan kepada pemikiran dan tingkah laku (Ramlan, M. 2017). Secara khusus, konsep kepercayaan yang tersenarai memberi gambaran bahawa kepercayaan adalah sesuatu makna yang diberi kepada fenomena yang diambil daripada pengalaman berbeza. Pengalaman ini memberi kesan logik (masuk akal) kepada individu dengan dunia sekitar dan seterusnya mencetuskan penerimaan informasi baru dengan kaedah tertentu. Sementara kepercayaan tentang pengajaran dan pembelajaran matematik (misalnya kepercayaan matematikal) merujuk kepada konsep sifat-sifat matematik, konsep pengajaran dan pembelajaran serta prinsip pendidikan yang dipegang teguh oleh guru-guru (Ernest, 1988). Nespor (1987) menerangkan pengajaran merupakan satu pekerjaan yang didasari oleh kepercayaan. Guru menemui konsep kepada amalan professional berdasarkan kepada pengalaman dan kepercayaan mereka tentang benar atau sebenarnya. Pemahaman dan prosesnya menjadi pendokong kepada guru-guru. Namun, pandangan yang diterima secara luas
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 19 adalah kepercayaan guru yang tersirat, bawah sedar dan mempunyai pendapat sendiri tentang murid-murid, bilik darjah dan situasi pembelajaran (Davis & Andrzejewski, 2009). Secara ringkas, penyelidik-penyelidik akan sukar untuk bertanya guru tentang kepercayaan mereka dan mempergunakan respons mereka sebagai asas untuk kritikan serta analisis, jika kepercayaan adalah dalam bentuk tersirat. Sebaliknya, perlu menjadikan kepercayaan guru dan teori-teori sejelasnya (tersurat), penting, kerana boleh dikaji sebaikbaiknya dan dapat membantu guru menjadi lebih kritis dengan kepercayaan dan amalan pengajaran masing-masing. Ini memerlukan pengetahuan tentang beberapa kepercayaan yang jelas (eksplisit) kepada guru untuk menjadikan kesan-kesan amalan sebenar guru-guru mampu dinilai dan ditentukan. Niat secara istilah adalah mengerjakan dan mengamalkan sesuatu disertai dengan pelaksanaannya. Ajzen (1991) mendefinisikan niat sebagai petunjuk cara usaha, kesungguhan seseorang individu untuk mencuba sesuatu, bagi memenuhi kehendak tingkah lakunya. Manakala Gibbons et. al, (1998) menyatakan bahawa intentions are deliberately formulated plans to achieve a particular goal or to undertake a particular action which involves a careful consideration of the goal or action and the anticipated consequences. Bagi kajian ini, niat bermaksud kesediaan atau kerelaan mensasarkan sesuatu perbuatan atau hasrat untuk melakukan sesuatu tindakan atau berhasrat melakukan sesuatu (iaitu pengajaran penyelesaian masalah matematik) serta diiringi dengan usaha dan perlakuan. Niat adalah petunjuk sejauh mana kuatnya seseorang rela mencuba dan sejauh mana usaha yang sedia dilaksanakan untuk bertindak (Bandura, 1997). Secara ringkas, niat menerajui perancangan untuk mencapai sesuatu matlamat yang melibatkan pertimbangan sebaik-baiknya sesuatu sasaran atau tindakan dan hasil yang diidamkan (Gibbons, Gerrard, Ouellette & Burzette, 1998). Triandis, (1980) pula menyatakan bahawa niat adalah arahan yang diberikan kepada diri sendiri untuk berkelakuan tertentu. Niat juga merupakan sebagai pertunjuk kepada kerelaan seseorang untuk menyampaikan suatu tindakan atau tingkah laku (Ajzen, 2011). Daripada perspektif ini, maksud niat dan kerelaan adalah sama secara konsep tetapi bertentangan bagi pendapat Gibbons, Gerrard, et al. (1998). Bagi beliau, kerelaan dijelaskan sebagai niat positif perilaku ke arah menerapkan suatu pengubahsuaian (Metselaar, 1997, m.s.42). Seseorang yang memperlihatkan niat yang begitu kuat untuk terlibat dalam tingkah laku sesuatu adalah cenderung untuk berjaya dalam melakukannya. Guru-guru yang menunjukkan kerelaan tinggi untuk memenuhi objektif pengajaran sebagaimana yang ditetapkan di dalam rancangan pengajaran, lebih cenderung untuk berjaya. Bukti sokongan secara empirikal untuk meramalkan kekuasaan niat ke atas tingkah laku terdapat di dalam literatur secara meluas. Satu pengkalan data yang mengandungi 185 kajian-kajian yang diterbitkan, terdapat laporan Armitage and Conner (2001) yang menyatakan satu meta-analisis ke atas 48 kajian adalah meliputi beberapa konteks tingkah laku dalam kajian kesihatan dan menjumpai min korelasi pelbagai antara niat dan tingkah laku adalah 0.47. Faktor kepercayaan penting bagi mengetahui sejauh mana persepsi guru terhadap sesuatu konsep matematik dan peranannya dalam penyelesaian masalah yang mempengaruhi pengalaman pembelajaran direkabentuk untuk para pelajar. Contohnya kepentingan simetri dalam penyelesaian masalah matematik sekolah menengah perlu disedari dan dipelajari secara meluas kegunaannya (Leikin R., Berman A., Zaslavsky O, 2000). Jika tidak, konsep simetri atau sesuatu konsep matematik yang lain kurang digunapakai bagi menyelesaikan masalah matematik yang wujud sehinggalah kekaburan konsep diperjelaskan dan kepercayaan bertambah mendalam. Selain itu faktor kepercayaan guru terhadap sesuatu konsep juga mempengaruhi penggunaan sumber bahan yang sedia ada. Jika guru kurang mempraktikkan kaedah yang diperolehi dalam sesuatu konsep maka kurang kepercayaan terhadap potensi sumber bahan atau formula tersebut bagi menyelesaikan masalah matematik yang diberi
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 20 (Rickard A., 1996). Banyak kajian lain berkaitan kepercayaan dengan faktor-faktor seperti sikap Zacharia, Z. (2003), motivasi dan norma subjektif (Prince Hamidu, 2015; (Dharmanegara, I. B. A., Sitiari, N. W., & Adelina, M. E., 2016) dan kawal tingkah laku (Ajzen, I., 2002) yang mempunyai kaitan sama dalam kajian ini. Kajian ini akan membicarakan tentang faktor-faktor, kepercayaan dan niat para guru matematik sekolah menengah terhadap pelaksanaan pengajaran penyelesaian masalah matematik di negara ini. Metodologi Responden terdiri daripada dua orang para guru matematik yang mengajar matematik sekolah menengah di sekitar Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang. Kaedah pemilihan responden adalah kaedah purposive sample digunakan kerana ia membolehkan penyelidik memilih sampel sekolah menengah secara rawak mengikut tujuan. Instrumen yang digunakan dalam fasa ini adalah temubual berstruktur diadaptasi daripada Prince Hamidu (2015) dan melalui pengesahan pakar. Data yang diperoleh daripada temubual responden secara kualitatif diproses di peringkat asas menggunakan perisian Nvivo 8. Dapatan Kajian Pertama Melalui coding yang diperolehi daripada data mentah dan menjawab persoalan kajian pertama iaitu sejauh mana konsep guru tentang pengajaran PMM, dua jenis tema yang muncul adalah konsep penyelesaian masalah matematik (PMM) dan strategi pengajaran PMM. Secara ringkas konsep PMM adalah ia berbentuk perkataan, rutin dan bukan rutin, merupakan penyelesaian tugasan yang berlapis, ia adalah pengaplikasian konsep dan kefahaman matematik, penyelesaiannya merupakan transformasi ayat masalah kepada simbol atau persamaan dan ia boleh mula dari soalan asas kepada aras yang lebih tinggi.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 21 Sementara bagi tema seterusnya iaitu strategi pengajaran PMM, terdapat coding yang utama diperolehi iaitu strategi perbanyakkan latihan, kaedah beritahu jawapan dahulu, strategi pendedahan soalan sahaja, strategi aktiviti berkumpulan meliputi persembahan berkumpulan, aktiviti individu, strategi komunikasi dua hala antara guru dan pelajar selain daripada membina minat dan kebolehan melalui latihan serta strategi tarik minat terhadap penyelesaian masalah di kalangan para pelajar perlu dilaksanakan terlebih dahulu kerana wujud pelbagai sumber dan bahan yang lebih menarik daripada PMM kini.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 22 Dapatan kajian kedua Dapatan kedua adalah bagi menjawab persoalan kajian kedua iaitu apakah faktor motivasi dan halangan yang menentukan niat untuk mengajar PMM. Tema yang diperolehi terdiri daripada faktor-faktor motivasi dan faktor-faktor halangan. Faktor-faktor motivasi datang dari sikap positif terhadap PMM, sokongan sosial dan norma peribadi. Di antara sikap positif adalah PMM dapat mewujudkan komunikasi dua hala, merangsang pemikiran kritikal, kaedah PMM dapat menggalakkan sikap positif dan kreativiti pelajar, ia juga dapat mengukuhkan pemahaman konsep matematik, PMM sebagai nadi matematik selain daripada peluang untuk mengajar mengikut slot. Manakala antara sokongan sosial (normatif) adalah datang daripada faktor-faktor pelajar itu sendiri, bantuan sokongan daripada unit lain seperti kaunseling dan pengetua yang ambil berat tentang guru dan juga subjek. Bagi norma peribadi datang daripada diri guru seperti kata-kata pujukan kepada pelajar, kelayakan guru dari segi pengetahuan dan kemahiran, faktor guru yang penyayang dan prihatin, pengajaran PMM merupakan tanggungjawab guru terhadap kurikulum dan sekolah selain daripada usaha guru yang melancarkan pengajaran PMM dan strategi motivasi dalam pengajaran PMM di bilik darjah.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 23 Tema seterusnya dalam dapatan kedua adalah faktor-faktor penghalang dalam pengajaran PMM seperti sikap negatif, pengetahuan peribadi kendiri dan halangan institusional. Sikap negatif yang tersurat adalah para pelajar lebih tertarik dengan gajet berbanding pembelajaran PMM, tanggapan matematik sekolah menengah lebih susah selain daripada kewujudan pelajar yang kurang kukuh konsep asas dan malas belajar serta kedapatan kurang sambutan terhadap cadangan bagi mengubah sistem pendidikan sekalang. Bagi pengetahuan peribadi kendiri terdiri daripada kurang enforcement, mengenalpasti minat pelajar dahulu menambah bebanan tugas guru, pengajaran PMM tidak mempunyai kaedah dan pendekatan yang sesuai, cabaran soalan PMM yang bukan rutin tiada kategori dan bukan semua individu boleh menjawab soalan PMM. Faktor halangan yang lain adalah halangan institusional seperti perhatian masyarakat hanya pada keputusan akhir pendidikan atau peperiksaan sahaja dan bukan kepada sejauh mana aras kemahiran PMM dicapai, pelaksanaan program sekolah padat (yang perlukan persediaan besar di antara para pelajar dan guru), kekurangan dalam sistem pendidikan seperti tempoh persekolahan sangat singkat, tempoh masa mengajar begitu terbatas, silibus matematik yang banyak dan perlu kepada kelas tambahan dan faktor halangan institusional adalah cuti tahunan dan perayaan yang dilihat. Dapatan ketiga Dapatan ini secara ringkas menjawab persoalan kajian iaitu sejauh mana faktor-faktor motivasi dan halangan menerangkan niat untuk mengajar PMM iaitu alokasi masa dan kaedah, sumber sedia ada dan latihan dan penggunaan bahasa. Alokasi masa dan kaedah termasuklah wujudnya kelas tambahan dan kelas ganti permudahkan pengajaran PMM, inspirasi sistem persekolahan luar negara memberi idea untuk membuat perubahan, kerjarumah memperkukuhkan kemahiran
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 24 para pelajar, komunikasi dapat membina hubungan dengan pelajar, strategi tarik minat pelajar sebelum pembelajaran dilaksanakan dengan pelbagai cara termasuk guru sampaikan cerita bagi menarik minat pelajar terhadap pengajaran PMM. Manakala sumber sedia ada termasuklah model yang mampu mevisualkan pengajaran terbaik, bahan pengajaran dan pendedahan, pengajaran bilik darjah tersusun, tajuk matematik yang difahami mendalam memudahkan PMM dan kemudahan asas seperti bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, latihan dan penggunaan bahasa juga membantu pengajaran PMM lebih berkesan seperti latihan pembangunan guru yang berkaitan, contoh yang ditunjukkan oleh guru dahulu atau pengalamannya dapat menjadi aspirasi pengajaran berkesan dan penggunaan bahasa seperti bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam kelas dapat membina pemahaman mendalam. Dapatan keempat Bagi menjawab persoalan kajian iaitu sejauh mana pengalaman lepas guru menentukan kepercayaan dan niat mengajar PMM, dua tema utama telah diperolehi iaitu pandangan tentang ciri-ciri matematik dan pandangan tentang ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran (PdP) matematik. Pandangan tentang ciri-ciri matematik adalah a) ia dimulakan dengan pengenalan kepada konsep matematik, b) matematik merupakan penerangan fakta, c) penyelesaian masalah merupakan sebahagian daripada matematik, d) pengiraan lebih banyak daripada PMM, e) PMM mengaplikasikan konsep matematik, f) matematik dimulakan dengan konsep asas kemudian kepada masalah rutin dan seterusnya kepada masalah bukan rutin. Manakala tema seterusnya iaitu pandangan tentang ciri-ciri PdP matematik seperti latihan pengiraan lebih banyak berbanding latihan PMM, sementara kaedah diagram, penyenaraian poin-poin dalam bentuk simbol, nombor dapat mevisualkan masalah, selain itu bahan sumber PdP, teknologi, model dan soalan-soalan penting, faktor guru juga main peranan. Jika dahulu, guru memperkenalkan formula dan memperkenalkan kaedah hafalan serta para
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 25 pelajar kembangkan kepada konsep dengan sendiri selain itu mereka begitu pentingkan disiplin para pelajar tetapi bukan sekarang yang guru perlu memulakan sebuah cerita dahulu kemudian terus kepada konsep dan kemahiran asas topik tertenttu, soalan rutin dan akhirnya pendedahan kepada soalan bukan rutin. Selalunya pengajaran PMM berlaku pada peringkat akhir yang memerlukan interaksi dua hala antara guru dengan pelajar. Faktor pelajar memainkan peranan penting bagi menjayakan aktiviti individu, aktiviti berkumpulan selain daripada memberi fokus kepada apa yang disampaikan oleh guru dan mesti menyiapkan latihan diberikan. Pelajar yang rajin berusaha merupakan potensi untuk berjaya. Ciri-ciri kurang sokongan terhadap pengajaran PMM adalah PMM dikatakan terlalu susah dan jarang ada kaedah tertentu malahan pelajar yang ada asas konsep yang kukuh baharulah diajar PMM. Selain itu para pelajar sekadar diberi pendedahan soalan PMM yang bukan rutin tanpa menunjukkan jalan penyelesian sahaja kerana bukan semua pelajar mampu mencapai jawapan bagi soalan sebegini. Jika pengalaman belajar dahulu tiada kaedah diberikan maka pengajaran PMM juga tiada menyediakan kaedah malah guru kurang jelas maksud sebenar PMM. Pengajaran PMM juga mengambil masa yang panjang bagi mencari kaedah sesuai, justeru tempoh masa yang sedia ada begitu singkat sehingga silibus matematik tidak akan habis jika diaplikasikan pengajaran PMM ini. Tambahan bebanan jika para pelajar tidak memberi kerjasama seperti yang dikehendaki. Perkara yang sama berlaku jika terdapat program sekolah yang padat dan memerlukan persediaan berlebihan akan mencuri masa PdP matematik. Akhir sekali sistem persekolahan dan sistem pendidikan negara masih tiada perubahan yang berlaku menyebabkan pengajaran PMM masih takuk lama.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 26 Rumusan Pengajaran penyelesaian masalah matematik dilihat penting selepas pengiraan dan pengaplikasian. Kajian di negara ini lebih menjurus kepada faktor pelajar dan kaedah pengajaran serta pembelajaran. Namun kajian yang menjurus kepada faktor guru kurang ditemui. Guru dipandang sebagai nadi penggerak kejayaan para pelajar kini perlu kepada kajian lanjut terhadap faktor-faktor berkaitan dengan guru. Faktor, kepercayaan dan niat guru dalam pengajaran merupakan satu tajuk terbaharu yang harus dikaji dan dikupas bagi menjawab persoalan yang timbul berkaitan dengan pengajaran penyelesaian masalah matematik. Kajian kualitatif ini telah meneroka konsep guru terhadap PMM dan pengajaran PMM, faktor-faktor motivasi dan halangan kepada pengajaran PMM, elemen-elemen yang memberangsangkan niat untuk mengajar PMM dan juga pengalaman belajar matematik dahulu berserta pengalaman mengajar PMM. Rujukan Ajzen, I. (1991). Theory of Planned Behaviour. Organizational Behaviour and Human decision process, 50, 179- 211. Ajzen, I. (2002). Perceived Behavioral Control, Self Efficacy, Locus of Control and the Theory of Planned Behaviour. Journal of Applied Social Psychology, 32, 665-683. Ajzen, I. (2011). The theory of planned behaviour: reactions and reflections. Psychology & Health, 26(9), 1113- 1127. Arma, P. H. (2015). Teaching Mathematical Problem Solving in Ghana: Teacher Beliefs, Intentions and Behaviour. Univeristy of Aberdeen. Armitage, c. J., & Conner, M. (2001). The teory of planned behaviour: Assessment of predictive validity and 'perceived control'. British Journal of Social Psychology, 38, 35-54. Bandura, A.,. (1997). Self-efficacy the Exercise of Control. New York: Freeman. Cai, J., & Nie. B. (2007). Problem solving in Chinese mathematics education: Research and practice. ZDM, 39(5- 6), 459-473. Cohen, L., Manion, L, & Morrison, K. (2011). Research methods in education. Routledge. Conner, M., & Armitage, C. J. (2001). Extending the theory of planned behavior: A review and avenues for further research. Journal of Applied Social Psychology, 28, 1429-1464. Davis, H. a., & Andrzejewski, C. E. (2009). Teacher Beliefs. In E. A. (Eds.), Psychology of classroom learning: an encyclopedia (PC:) (Vol. 2, pp. 909-915). New York: Macmillan Reference. Dharmanegara, I. B. A., Sitiari, N. W., & Adelina, M. E. (2016). The impact of organizational commitment, motivation and job satisfaction on civil servant job performance in State Plantation Denpasar. Journal of Business and Management, 18(2), 41-50. Ellerton N. F. (2013). Engaging pre-service middle-school teacher-education students in mathematical problem posing: development of an active learning framework. Educational Studies in Mathematics, 83(1), 87- 101. Ernest, P. (1988). The Impact of Belief on the Teaching of mathematics. In P. E. (Ed.), Mathematics Teaching. The State of the art (pp. 249-254). London: Falmer. Retrieved March 1st, 2013, from http://people.exeter.ac.uk/PErnest/impact.htm Ernest, P. (2004). What is the philosophy of mathematics education? Philosophy of Mathematics Education Journal, 18. Retrieved from http://people.exeter.ac.uk/PErnest/pome18/PhoM_%20for_ICME_04.htm Gibbons, F. X., Gerrard, M., Quellette, J. A., & Burzette, R. (1998). Cognitive antecedents to adolescent health risk: Discriminating between behavioural intention and behavioural willingness. Psychology and Health, 13(2), 319-339. Hermans, R., Tondeur, J., Van Braak, J., & Valcke, M. (2008). The impact of primary school teachers' educational beliefs on the classroom use of computers. Computers & Education, 51(4), 1499-1509. Idris, N. (2005). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Malaysia: Utusan Publications. Katz S., Stupel M. (2016). Enhancing elementary-school mathematics teachers' efficacy beliefs: a qualitative action research. International Journal of Mathematical Education in Science and Technology, 47(3), 421-439. Khalid, M., Saad, S., Kamalludeen, R., Ismail, N.H. (2018). Teaching Islamic values through problem solving in Mathematics: A case study. Al- Shajarah, 219-241.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 27 Khalid, M.S., Sutoyo, E, Mungad, Sari, E.N., Herawan, T. (2014). Teaching and Learning Using Computers: How should we tread on its' Changing Technology? (Vol. 9). International Journal of Emerging Technologies in Learning. doi:10.3991/ijet.v9i5.3943 Koichu B. (2019). Problem posing in the context of teaching for advanced problem solving. International Journal of Educational Research. doi:10.1016/j.ijer.2019.05.001 Kuzniak A., Parzysy B., Vivier L. (2013). Trajectory of a problem: A study in teacher training. Mathematics Enthusiast, 1(2019), 407-440. Leikin R., Bernam A., Zaslavsky O. (2000). Applications of symmetry to problem solving. International Journal of Mathematical Education in Science and Technology, 31(6), 799-809. doi:10.1080/00207390050203315 Metselaar, E. E. (1997). Assessing the willingness to change. Amsterdam: Free University. Nespor, J. (1987). The role of beliefs in the practice of teaching. Journal of curriculum studies, 19(4), 317-328. Nunokawa, K. (2005). Mathematical problem solving and learning mathematics: What we expect pupils to obtain. Journal of Mathematical Behaviour, 24, 325-340. Pajares, M. F. (1992). Teachers' belief and educational research: Cleaning up a messy construct. Review of Educational Research, 62(3), 307-332. Ramlan, M. (2017). Rekabentuk model integriti akademik berasaskan penghayatan rohani. Tesis kedoktoran. Malaysia: Universiti Malaya. Richardson, V. (1996). The role of attitudes and beliefs in learning to teach. In T. J. J. Sikula, Handbook of research on teacher education (2nd. ed., pp. 102-119). New York, Simon and Schuster Macmillan. Rickard A. (1996). Connections and Confusion: Teaching Perimeter and Area with a Problem-solving oriented unit. Journal of Mathematical Behaviour, 15, 303-327. Rokeach, M. (1968). Beliefs, attitudes, and values: A theory of organization and change. San Francisco: JosseyBass. Rosli, R., Capraro, M.M., Goldsby, D., Gonsalez, E.G.Y., Onwuegbuzie, A. J., Capraro, R.M. (2015). MiddleGrade Preservice Teachers' Mathematical Problem Solving and Problem Posing. In E. N. Singer F.M., Mathematical problem posing: from research to effective practice (pp. 333-354). Research in Mathematics Education-Series. Sang, M. S. (1996). Penyuburan Matematik untuk Diploma Perguruan Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Santos-Trigo M., Reyes-Rodrigues A. (2016). The use of digital technology in finding multiple paths to solve and extend an equilateral triangle task. International Journal of Mathematical Education in Science and Technology, 47(1), 58-81. Sia, C. J. L., Lim, C. S., Chew, C.M., Kor, L.K. (2019). Expert-Based Cognitive Model and Student-Based Cognitive Model in the Learning of "Time": Match or Mismatch? International Journal of Science and Mathematics Education(6), 1089-1107. Sigel, I. E. (1985). A conceptual analysis of beliefs, parental belief systems: the psychological consequences for children. (1), 345-371. Sujiono, Y. N., Zainal, O. R., Rosmala, R., Tampiomas, E. L. (2014). Metode pengembangan kognitif. 1-35. Retrieved from http://repository.ut.ac.id/468/1/PAUD4101-M1.pdf. Triandis. H. C. (1980). Values, attitudes and interpersonal behaviour'. Nebraska Symposium on Motivation, 1979. Lincoln, NE: University of Nebraska Press. Yong, S. T., Gates, P., chan, A. T. Y. (2019). Similiarities and Differences in Learning of Metacognitive Skills: Computer Games Versus Mathematics Education. International Journal of Game-Based Learning, 9(1), 1-14. doi:10.4018/IJGBL.2019010101 Yong, S.T., Gates, P., Chan, A.T. Y. (2018). A Gaming Perspective on Mathematics Education. International Journal of Information and Communiction Technology Education(4), 85-98. Zacharia, Z. (2003). Beliefs, attitudes and intentions of science teachers regarding the educational use of computer simulations and inquiry-based experiments in physics. Journal of Research in Science Teaching, 792- 823.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 28 GEO-EDUCATION: PERANCANGAN PENDIDIKAN MERENTASI KURIKULUM Mohd Faiz Mohd Yaakob, Aliff Nawi dan Mat Rahimi Yusof Abstrak Geo-Education merupakan pendidikan bumi yang menyedarkan kita sebagai manusia yang menghargai segala yang telah dikurniakan kepada kita. Justeru, mengekalkan kehidupan yang lestari penting sebagai amanah kepada kita untuk mengekalkan ekosistem sedia ada untuk generasi akan datang. Pencemaran alam menyebabkan kita semua terkesan dan perlu menyedari kepentingan menjaga alam. Geo-Education mempunyai agihan konstruksi kepada lima seperti; Primer; Ekosistem Alam; Isu Masalah; Gaya hidup Lestari, dan Merentas Kurikulum. Geo-Education sesuai dijadikan perancangan pendidikan yang mampu merentasi kurikulum semua subjek yang di ajar di sekolah. Kata Kunci: Kelestarian alam; Perancangan Pendidikan; Elemen Merentasi Kurikulum; Pendahuluan Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDGs) telah menjadi agenda global sejak diperkenalkan pada awal tahun 2016 dimana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation) menggariskan 17 matlamat yang perlu dicapai oleh semua negara bangsa menjelang 2030. Dikenali sebagai agenda tindakan untuk kemakmuran manusia, SDGs adalah kesinambungan daripada Matlamat Pembangunan Millennium (Millennium Development Goals- MDGs) dan merangkumi semua isu pembangunan lestari. Matlamat penting pembangunan lestari yang telah dipersetujui ialah tiada lagi kemiskinan dan kelaparan; kesihatan dan kesejahteraan; pendidikan berkualiti; kesamarataan gender; air bersih; tenaga bersih; kerja dan pertumbuhan ekonomi; kekentalan industri; mengurangkan ketaksamarataan; bandar lestari; kepenggunaan bertanggungjawab; pengurangan karbon; kehidupan di daratan dan lautan; governans adil dan keamanan; dan rakan kongsi mencapai matlamat kelestarian. Banyak inisiatif global telah dilancarkan sejak tahun 2016, penerapan dan sambutan oleh kebanyakan negara masih terbatas dan terdapat negara yang tidak mengambil sebarang tindakan ke arah mencapai objektif seperti yang digariskan (OECD Report, 2017). Walaupun matlamat ini adalah agenda majoriti masyarakat global, malangnya wujud sekumpulan kecil komuniti dunia yang hanya mementingkan agenda meraih kekayaan untuk diri dan keluarga, bersifat rakus terhadap alam sekitar, dan tidak menghormati masyarakat terbanyak yang sanggup mencorakkan kehidupan yang tidak lestari (Solomon, George-West & Alalibo, 2017; Widodo, 2016). Menurut Nilsson, Griggs & Visbeck (2016), ketiadaan platform rasmi untuk berkongsi pengetahuan yang berkaitan dengan matlamat SDGs juga menyukarkan keadaan. Untuk memastikan kejayaan agenda ini, gerakan berasaskan prinsip kesedaran akar umbi atau ‘buttom-up’ perlu dilaksanakan. Dalam konteks matlamat Pendidikan Berkualiti (SDG-4) pembangunan lestari perlu diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Penekanan dan penghayatan dalam pembangunan lestari dalam pendidikan perlu diberikan perhatian terutamanya dalam menangani isu-isu kelestarian selaras dengan SDG-4. Malahan, aspek pendidikan memainkan peranan yang utama dalam menangani kesemua matlamat SDG-4 (Keesstra et al. 2016). Keutamaan mengenai pembangunan lestari dalam pendidikan ini bukan sahaja perlu diberi penekanan kepada agensi kerajaan dan swasta, tetapi ianya perlu menyeluruh menjangkaui kepada masyarakat umum. Bahkan seharusnya didedahkan bermula di peringkat sekolah dan universiti.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 29 Pernyataan Masalah Walaupun kualiti pendidikan di Malaysia diiktiraf antara terbaik di dunia (World Economic Forum, 2017), namun terdapat masih banyak kekurangan seperti pemilihan ke sebahagian sekolah berasrama penuh, universiti, biasiswa dan pekerjaan bergantung kepada akademik semata-mata (Tee, et al. 2017), isu penggunaan bahasa kebangsaan sebagai medium pengajaran belum berkesudahan (Selvadurai et al. 2015), isu penempatan guru untuk mengajar ke sekolahsekolah (Rao & Rohana, 2011) dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa terdapat banyak aspek yang boleh dipertingkatkan dalam memantapkan lagi kualiti pendidikan di Malaysia. Begitu juga dengan penerapan pembangunan lestari dalam pendidikan, ianya masih diperingkat awal di Malaysia. Kajian oleh Hanifah Mahat et.,al (2014) mendapati bahawa pembangunan lestari dalam pendidikan masih belum mendapat perhatian sebahagian besar oleh pengkaji tempatan. Jika melihat kepada pembangunan lestari yang sedia ada sekali pun, penerapan pembangunan lestari masih belum jelas walaupun telah diimplementasikan secara formal menerusi sistem pendidikan peringkat rendah dan menengah di Malaysia pada tahun 2005 menerusi Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar di Malaysia (Jabatan Alam Sekitar et al., 2012). Selain itu, terdapat ramai peringkat pendidik yang masih keliru dengan konsep penerapan pembangunan lestari dalam pendidikan (Mohamad Saifudin, 2017; Husayni, 2017). Tambahan pula, tiada panduan yang spesifik dan bimbingan dari pihak profesional tentang penerapan pembangunan lestari menyukarkan lagi keadaan sehingga mereka mengabaikan dengan aspek kelestarian (Wooltorton, 2015). Kurangnya kesedaran tentang maklumat perlaksanaan pembangunan lestari dalam kehidupan para pelajar turut menjejaskan pencapaian matlamat SDGs (Wee, Ariffin, Ng, & Shabudin, 2017). Ini menunjukkan bahawa kekurangan panduan dan garis panduan menyukarkan para guru untuk mengimplemenkan penerapan pembangunan lestari dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Oleh yang demikian, pengkaji cuba membangunkan modul geo-education yang merentas kurikulum bagi panduan guru pelatih UUM semasa praktikum. Modul ini akan dibangunkan dengan elemen merentas kurikulum (EMK) yang dapat digunakan dalam kesemua mata pelajaran di sekolah. Modul ini akan mendedahkan guru pelatih pelbagai aspek seperti lokasi, bahasa, budaya, ekologi dan persekitaran manusia kepada guru pelatih. Modul ini turut memandu guru pelatih untuk mengintegrasikan kelestarian dalam setiap aspek kehidupan di kawasan persekitaran sekolah, melibatkan pentadbiran, proses pembelajaran, pengurusan bangunan, pengangkutan dari dan ke sekolah serta hubungan sekolah dengan komuniti. Tinjauan Literatur Pendidikan lestari menjadi satu keperluan pendidikan untuk kepentingan tempatan dan antarabangsa. Perkara ini menjadi serius dengan keselarasan oleh UNESCO, dengan erti kata Membina secara kreatif dan kreatif menangani cabaran global masa kini dan masa hadapan dan mewujudkan lebih banyak masyarakat yang mampan dan berdaya tahan (UNESCO, 2016). Secara khususnya, pendidikan lestari membolehkan pelajar dapat mengintegrasikan pertimbangan persekitaran dalam membuat sebarang keputusan secara lebih berhemah(Mukaddes & Agnello, 2009; SDC, 2009). Pendekatan Education Sustainable Development (ESD) dalam konteks pendidikan turut diterima pakai oleh badan dunia menerusi persidangan The World Conservation Union (IUCN) dengan konsep “education for sustainable living” pada akhir 1990 (Fien & Tilbury, 2002). Sehingga kini, badan dunia menerusi United Nation masih memberi tumpuan terhadap ESD dengan melancarkan United Nations Decade of Education for Sustainable Development (2005-2014) dengan penegasan kepada semua negara
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 30 bahawa betapa pentingnya untuk mengintegrasikan prinsip, nilai, dan amalan-amalan pembangunan lestari ke dalam semua aspek pendidikan dan pembelajaran” (UNESCO, 2010). Terdapat isu-isu utama yang menyelebungi perkara ini seperti: Pendidikan pembangunan lestari (education for sustainable development, ESD) secara umumnya merupakan suatu proses untuk membangunkan keprihatinan, kemampuan, sikap dan nilai-nilai yang ada pada para pelajar . Proses ini membolehkan penglibatan mereka dalam pembangunan lestari lebih berkesan di peringkat tempatan, nasional dan antarabangsa serta membantu mereka untuk bekerja ke arah masa depan yang lebih lestari. Permasalahan yang timbul berkaitan alam sekitar perlu kepada penyelesaian melalui pendidikan. Ini kerana elemen pendidikan merupakan agen utama untuk mengubah masyarakat ke arah lebih baik dan menjadi wadah penting untuk mencapai pembangunan lestari (Doots et al., 2011; Fielding & Head, 2012; Foo, 2014; Hazura, 2009). Fien (2004) mendefinisikan pendidikan lestari sebagai paradigma pendidikan yang menggabungkan konteks sosial dan ekonomi dengan membangunkan kefahaman rakyat (Fein, 2004). Fien berpendapat, pendekatan yang komprehensif terhadap pendidikan lestari merentasi ekonomi, sosial dan politik. Pendidikan lestari sebagai kunci kepada masyarakat yang lebih mampan dan namun ia setiap hari memainkan peranan dalam menghasilkan semula sebuah masyarakat yang tidak mampan. Sekiranya ia memenuhi potensinya sebagai agen perubahan ke arah masyarakat yang lebih mampan memberi perhatian yang cukup kepada pendidikan sebagai subjek perubahan itu sendiri. Manakala, elemen merentas kurikulum (EMK) merupakan unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan.Pembangunan lestari dilihat sebagai satu gagasan pembangunan moden yang paling proaktif dan praktikal untuk menangani isu antara tuntutan pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar (Fien, 1997). Masyarakat dunia mula bimbang isu eksploitasi alam sekitar, pembangunan ekonomi dan kemerosotan kualiti hidup (Omar, 2005). Malahan aktiviti pembangunan dan pengabaian aspek alam sekitar turut mengancam masa depan generasi akan datang. Tidak dapat dinafikan bahawa keadaan ini amat serius dan memberi kesan ke atas kemandiran, kelestarian peradaban dan kemakmuran (Laily, 2009). Di Malaysia Pendidikan Alam Sekitar telah dilaksanakan secara formal menerusi kurikulum terancang sejak tahun 1983 (Kurikulum Baru Sekolah Rendah, KBSR) dan pada tahun 2012 menerusi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Berdasarkan aliran sejarah pelaksanaan elemen menerentasi kurikulum (UMK) menerusi pendidikan formal yang agak lama, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa Malaysia telah membentuk rakyat yang telah terdedah kepada unsur-unsur alam sekitar hasil dari pendidikan formal yang telah dijalankan. Namun realitinya, penerapan nilai alam sekitar tidak dilaksanakan sepenuhnya dalam pendidikan oleh guru dan tidak dapat diterima oleh kumpulan sasar iaitu murid (Mohmadisa dan M Suhaily , 2005; M Zohir dan Sharifah N., 2005). Seterusnya, dengan menghasilkan EMK yang baik, maka kaedah pengajaran akan dilaksanakan dengan cemerlang seterusnya menghasilkan modal insan dan akhirnya kepada gaya hidup yang lestari. Keseluruhan perkara ini digambarkan seperti Rajah 3. Justeru, pendidikan diperlukan untuk menghasilkan gaya hidup yang lestari. Pendidikan yang dimaksudkan merupakan modul yang mampu menjadi elemen merentasi kurikulum (EMK). Elemen ini telah berlaku di peringkat persekolahan, dan perlu diteruskan ke peringkat pengajian tinggi negara. Justeru, dengan penghasilan modul yang telah dikaji secara empirikal, terdapat keperluan untuk memberikan peluang penyelidikan kepada modul pendidikan lestari.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 31 Penghargaan Penulisan ini adalah sebahagian daripada hasil geran penyelidikan kod SO :14344, Graduate Development Research Grant RIMC UUM. Rujukan Doost HK, Sanusi Z, Fariddudin F, Jegatesan G (2011) Institutions of higher education and partnerships in education for sustainable development: Case study of the regional centre of expertise (RCE) Penang, Malaysia. Journal of Sustainable Development 4 (3), 108–117. Fielding KS, Head BW (2012) Determinants of young Australians’ environmental actions: The role of responsibility attributions, locus of control, knowledge and attitudes. Environmental Education Research 18 (2), 171–186. Fien J, Tilbury D (2002) The global challenge of sustainability. In: Tilbury D, Stevenson R, Fien J, Schreuder D (eds) Education and sustainability: Responding to the global challenge, pp.1-11. IUCN, Gland. Foo KY (2013) A vision on the role of environmental higher education contributing to the sustainable development in Malaysia. Journal of Cleaner Production 61, 6-12. Hanifah Mahat, Shaharuddin Ahmad, Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, Noraziah Ali. (2014) pendidikan Pembangunan Lestari - Hubungan kesedaran antara ibu bapa dengan pelajar Geografia.UKM Hazura AB (2009) Hubungan antara penghayatan agama, kepercayaan epistemologi serta pengetahuan alam sekitar pelajar muslim dengan sikap dan tingkah laku terhadap alam sekitar. (PhD Dissertasion). Universiti Sains Malaysia. Huckle J (2010) ESD and the current crisis of capitalism: teaching beyond green new deals. Journal of Education for Sustainable Development 4(1), 135–142. Husayni Idi Kwami, Abdul Halim Ismail, Adi Irfan CheAni,Halizah Omar & Maharam Mamat. (2017). Journal Of Engineering Science And Technology, Special Issue. 16(4):74 - 85 Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Pelajaran Malaysia, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) (2012) Asas pembentukan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar.(Ed.ke-3). Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya. Johannes Widodo. (2016). Towards Livable Future: Caring For Our Common Home. Prosiding Seminar Kota Layak Huni / Livable Space. https://www.event.lemlit.trisakti.ac.id/lslivas/article/viewFile/2552/2235. pp.17-21 Keesstra, S., Pereira, P., Novara, A., Brevik, E.C., Azorin-Molina, C., Parras-Alcántara, L., Jordán, A., Cerdà, A. (2016). Effects of soil management techniques on soil water erosion in apricot orchards. Science of the Total Environment 551-552, 357-366. DOI: http://doi.org/10.1016/j.scitotenv.2016.01.182. Klaus Schwab. (2017). The Global Competitiveness Report 2017–2018 http://www3.weforum.org/docs/GCR2017- 2018/05FullReport/TheGlobalCompetitivenessReport2017%E2%80%932018.pdf M Zohir, A. & Sharifah N, S. I. (2005). Kesediaan Guru Pelatih USM Dalam Menangani Isu Pembangunan Lestari. Seminar Kebangsaan JPPG,Education for Sustainable Development , Kuala Lumpur, ShangriLa,28–30 Ogos. Måns Nilsson, Dave Griggs& Martin Visbeck. (2016). Policy: Map the interactions between Sustainable Development Goals https://www.nature.com/news/policy-map-the-interactions-between-sustainabledevelopment-goals-1.20075 Mohamad Saifudin Mohamad Saleh. (2017). Media and Environmental Non-Governmental Organizations (ENGOs) Roles in Environmental Sustainability Communication in Malaysia. Discourse and Communication for Sustainable Education, 8(1): 90-101 Mohmadisa, H. & M Suhaily, Y., (2005). Pembangunan dan alam sekitar di Malaysia . Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mukaddes M, Agnello MF (2009) Sustainability/GREEN: Challenges and changes for educators and the engineering curriculum. American Society for Engineering Education (ASEE) Annual Conference and Exposition Proceedings 2009. Omar, O.. (2005). Education for Sustainable Development: The Roles of Universities as Regional Centre of Expertise. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Ong Puay Tee, Ong Puay Liu, Sivapalan Selvadurai, Ong Puay Hoon Puay Hoon, Marsitah Mohd Radzi (2017), Journal of Social Sciences & Humanities, 12(1): 075-089 Organisation for Economic Co-operation and Development Report. (2017). Measuring Distance To The Sdg Targets: An assessment of where OECD countries stand. http://www.oecd.org/sdd/OECD-MeasuringDistance-to-SDG-Targets.pdf
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 32 Rao, R. R., & Rohana, J. (2011). Teacher allocation and equity in Malaysian schools. International Journal of Institutions and Economies, 3(1), 103-112. Selvadurai, S., Ong, P.L., Radzi, M.M., Ong, P.H., Ong, P.T., & Saibeh, B. (2015). Debating education for nation building in Malaysia: National school persistence or vernacular school resistance? Malaysia Journal of Society and Space, 11(13), 14-23. Solomon, L., George-West, O. and Alalibo, I. K. (2017). Environmental Pollution in the Niger Delta and Consequential Challenges to Sustainable Development of the Region: the Role of an Individual. Researcher; 9(8):10-15. UNESCO (2010) Education for Sustainable Development. [cited12/5/2011]. Available from: http://www.unesco.org/education/desd. Unesco (2016). Education for people and planet: creating sustainable futures for all, Global education monitoring report, 2016. Wee M.I., Ariffin F.N., Ng T.F., Shabudin A.F.A. (2017) Awareness and Attitudes Towards Sustainable Development Amongst Higher Education Students in Penang, Malaysia. In: Leal Filho W., Azeiteiro U., Alves F., Molthan-Hill P. (eds) Handbook of Theory and Practice of Sustainable Development in Higher Education. World Sustainability Series. Springer, Cham Wooltorton, S., Wilkinson, A., Horwitz, P., Bahn, S., Redmond, J., & Dooley, J. (2015). Sustainability and action research in universities. International Journal of Sustainability in Higher Education, 16(4), 424–439. doi:10.1108/ijshe-09-2013-0111
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 33 STRATEGI AUGMENTED REALITY (AR) UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN PEMBELAJARAN DALAM KURSUS UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN Mohd Faiz Mohd Yaakob, Aliff Nawi, Mat Rahimi Yusof dan Marini Kasim Abstrak Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan siswazah pasca siswazah memerlukan tahap pengajaran yang lebih baik daripada pada peringkat sarjana dan diploma. Dalam proses membina pemahaman yang lebih baik di kalangan pelajar pascasiswazah, pensyarah perlu menyelidik kelemahan mengajar untuk meningkatkan kualiti pengajaran sepanjang masa. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan pemahaman kursus undang-undang pendidikan, di kalangan pelajar pascasiswazah, menggunakan Augmented Reality (AR). Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan tindakan dan penemuan menunjukkan bahawa pemahaman pelajar semakin baik. Hasil kajian ini dapat membantu perkembangan akademik dalam pendidikan dan mengesyorkan perbaikan kepada pembuat kebijakan pendidikan. Kajian ini menggunakan kajian kualitatif dengan reka bentuk penyelidikan tindakan dan proses menggunakan kitaran penyelidikan tindakan. Kata Kunci: Kajian Tindakan, Pengajaran dan Pembelajaran, Literasi Undang-undang, Augmented Realiti Pendahuluan Pengajaran dan pembelajaran melibatkan pasca siswazah memerlukan peningkatan tahap yang lebih baik daripada pengajaran di peringkat sarjana muda dan diploma. Dalam proses membina kefahaman yang baik kepada pelajar pasca siswazah, pensyarah perlu menyelidik kelemahan pengajaran untuk menambah baik kualiti pada masa akan datang. Subjek-subjek bidang pasca siswazah pula kritikal kerana memerlukan fakta yang mampu difahami dan diamalkan dengan baik. Aspek perundangan dalam pendidikan memerlukan kefahaman kepada kes-kes perundangan yang berlaku selaras dengan akta pendidikan. Dalam proses ini, pengajaran tradisional memerlukan suntikan elemen teknologi untuk mengukuhkan hasil pembelajaran. Sehubungan itu, augmented reality (AR) merupakan medium yang berupaya untuk membantu pengajaran masa kini. AR merupakan teknologi yang menyediakan elemen maya (Virtual Element) sebagai sokongan kepada realiti. AR mampu proses pembelajaran akses kepada suasana realiti yang tidak mampu diterangkan semasa pengajaran. Oleh itu, dengan aplikasi AR, pengajaran yang berkesan mampu ditingkatkan dan seterusnya memberikan nilai tambah kepada pensyarah. Penyelidik telah mengajar kursus perundangan pendidikan selama 2 semester dan mendapati situasi yang berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran seperti: i) Pelajar mempunyai kepelbagaian latar belakang ijazah sarjana muda. Kepelbagaian ini memerlukan pensyarah memahami bahawa pengetahuan sedia ada mereka sangat berbeza. Hal Ini kerana, Ijazah Sarjana Muda sebagai asas (foundation) mereka menunjukkan bidang-bidang yang berlainan. Walaubagaimanapun, mereka mempunyai persamaan sebagai guru terlatih yang menyambung pengajian di peringkat sarjana. Justeru, pensyarah perlu menyediakan kefahaman yang jitu kepada mereka agar pengorbanan mereka menyambung pengajian bermanfaat pada masa hadapan. Dengan sentiasa melakukan penambahbaikan kepada pengajaran,
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 34 pensyarah mampu mengesan kekurangan yang perlu ditambahbaik dan melakukan penambahbaikan berterusan. ii) Pengetahuan terhadap undang-undang pendidikan begitu terhad. Pengetahuan mengenai undang-undang pendidikan tidak diajar secara khusus semasa mereka menerima latihan di IPG sebelum menjadi guru terlatih. iii) Pelajar tidak dapat mengingati dasar, fakta dan peraturan yang menjadi kunci kepada kefahaman kursus ini. Terdapat akta, dasar dan peraturan yang mempunyai fakta yang perlu diingati oleh pelajar secara spesifik kerana kursus ini begitu kritikal dan perlu dipandang serius. Pernyataan Masalah Berdasarkan lanskap isu pengajaran dan pembelajaran, masalah yang jelas merupakan kefahaman guru dalam aspek undang-undang. Kefahaman guru-guru mengenai akta pendidikan 1996 dalam aspek perundangan begitu penting kerana mampu mengelakkan daripada guru tersebut disaman sivil akibat kecuaian dan tiada aspek kewajipan berjaga-jaga (duties of cares). Sehubungan dengan itu, walaupun banyak kajian mengkaji penggunaan AR dalam pendidikan, kajian yang melibatkan teknologi AR dengan perundangan pendidikan masih kurang dikaji. Ini merupakan lompang kajian yang perlu dipenuhi. Secara rumusan, kajian ini begitu signifikan kepada dunia akademik dan praktikal. Guru-guru tersebut bukan sahaja memahami perundangan pendidikan sebagai kursus universiti semata-mata, malah mampu diaplikasikan kepada kehidupan profesionalisme guru yang sebenar. Daripada satu sudut, pengkaji meneliti objektif pembelajaran kursus ini: i. Memahami praktikal undang-undang dan peraturan berdasarkan Akta Pendidikan 1996 ii. Membina kesedaran mengenai isu semasa mengenai liabiliti dan kecuaian guru. Setelah itu, penyelidik meneliti hasil pembelajaran yang memerlukan pelajar : i. Menganalisis peraturan pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996 ii. Menganalisis liabiliti dan kecuaian guru berdasarkan undang-undang dan peraturan. Sehubungan dengan itu, objektif pembelajaran dan hasil pembelajaran memerlukan kefahaman pelajar. Untuk meningkatkan kefahaman pelajar, aplikasi teknologi seperti AR dicadangkan sebagai strategi pembelajaran dalam kursusu undang-undang dalam pendidikan. Latar Belakang Kajian Kajian ini melibatkan guru dalam perkhidmatan yang sedang menyambung pengajian Msc. Pengurusan Pendidikan di UUM. Subjek aspek perundangan dalam pendidikan merupakan subjek khusus kepada mereka untuk menamatkan pengajian. Dalam subjek ini, hasil pembelajaran memerlukan pelajar: i. Menganalisa Akta Perundangan 1996 ii. Menganalisa peraturan perundangan di Malaysia Hasil pembelajaran ini merupakan asas kepada kefahaman kepada subjek ini. Justeru, para pelajar perlu mampu mencapai hasil pembelajaran ini dengan baik. Pemindahan Pembelajaran Setiap proses pengajaran dan pembelajaran perlu dinilai dengan baik agar berlaku pemindahan ilmu. Pemindahan ilmu mampu diukur dengan pentaksiran. Untuk memastikan pemindahan pembelajaran berlaku, pensyarah sebagai penyelidik perlu melakukan refleksi selepas pengajaran. Refleksi ini penting kepada pensyarah agar sentiasa berlaku penambahbaikan berterusan.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 35 Terdapat langkah-langkah yang dijalankan untuk memastikan berlaku pemindahan pembelajaran tersebut berjalan dengan baik. Berikut dinyatakan langkah-langkah tersebut a) Pensyarah meminta para pelajar muat turun aplikasi AR menerusi telefon masingmasing b) Para pelajar mengakses aplikasi AR dan menggunakan aplikasi AR terhadap nota pembelajaran akta pendidikan 1996 c) Para pelajar membuat aplikasi AR mereka sendiri dan upload kepada nota pembelajaran akta pendidikan 1996 Sorotan Literatur Merungkai kepada sejarah AR, konsep utama ini telah dibina lebih seratus tahun dahulu. Pada 1901, Baum telah menyatakan elektronik berkaitan dengan karektor manusia (Laine, 2018). Terdapat dua konsep utama (Velázquez & Méndez, 2018) menjelaskan AR iaitu: (i) Pada tahun 1994, Paul Milgram dan Fumio Kishino menerangkan skala berterusan yang berlaku dari persekitaran sebenar ke persekitaran maya, yang dikenali sebagai Kontekstual-Virtuality Continuum. Kawasan di antara dua ekstrem itu, di mana "Realiti Alam Sekitar" dan "Persekitaran Maya" bergabung, dipanggil "Realiti Campuran", seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Dalam skala ini, "Realiti Semula" dapat dibezakan sebagai yang menggabungkan maya unsur-unsur dalam persekitaran yang sebenar, sementara "Virtuality yang Dipertingkatkan" menggabungkan elemen-elemen sebenar dalam persekitaran maya. (ii) Pada sekitar 1997, Ronald Azuma memutuskan bahawa sistem AR perlu memenuhi tiga ciri asas: ia menggabungkan unsur-unsur sebenar dan maya, yang bersifat interaktif dalam masa nyata, dan ia didaftarkan dalam 3D. Rajah 1. (Milgram, 1995) Dunia pendidikan menyaksikan pelbagai sokongan teknologi yang dinamik dari semasa ke semasa. Salah satu teknologi seperti penggunaan AR mempunyai potensi untuk menggalakkan interaksi pengajaran (da Silva, Teixeira, Cavalcante, & Teichrieb, 2019). AR juga merupakan teknologi yang mempunyai kekuatan dan fleksibel; membawa daripada makmal kepada realiti yang berlaku; dan teknologi terkini(Grubert, Langlotz, Zollmann, & Regenbrecht, 2017; Sánchez-Acevedo, Sabino-Moxo, & Márquez-Domínguez, 2018; Sural, 2018). Disamping itu, dunia akademik menunjukkan peningkatan kajian mengenai AR dan kesannya kepada pendidikan (da Silva et al., 2019). Teknologi AR kini sering digunakan untuk merentasi disiplin dalam pendidikan rendah, menengah dan tinggi. Hal ini disebabkan teknologi ini berupaya untuk meningkatkan tahap
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 36 kejayaan akademik dan motivasi pelajarmempengaruhi kehadiran pelajar, pemindahan pengetahuan, pemerolehan kemahiran(Chris Lytridis, Avgoustos Tsinakos, 2018). Korelasi yang kuat membabitkan AR dengan pendidikan dapat dikaitkan dengan daripada buku yang sebenar (Real Book), kepada buku yang ditambah dengan elemen AR (Mixed-Reality Book), seterusnya buku AR yang tradisional (Traditional Augmented Book) dan akhirnya kepada buku VR (VR Book) (Velázquez & Méndez, 2018). Naratif perpindahan daripada fizikal kepada virtual ini dinyatakan seperti Rajah 2. Rajah 2. Virtuality-Reality Book Continuum (Velázquez & Méndez, 2018). Kelebihan Ar berbanding pengajaran tradisional dikaji dan didapati lebih memberikan pengalaman pembelajaran yang menghiburkan (Cai, Liu, Yang, & Liang, 2019). Sebenarnya, Pokemon Go telah memberikan promosi yang hebat kepada teknologi ini kepada masyarakat dunia (Laine, 2018). Lanjutan daripada itu, penggunaan AR semakin meluas terutama dalam aspek permainan dan dikembangkan dalam dunia pendidikan. Kajian sistematik menunjukkan link interaktif yang berfungsi dengan baik menggunakan teknologi AR. Penggunaan AR juga menarik para guru untuk menggunakannya. Kajian (Sural, 2018) menunjukkan para guru begitu teruja untuk dalam pembelajaran yang menggunakan AR. Gopalan telah menguji AR dalam subjek sains di sekolah di Malaysia. Chiang pula menguji AR berdasarkan mobile learning system untuk subjek sains di Taiwan. Ternyata dunia masakini begitu teruja untuk menguji AR dengan mata pelajaran di sekolah. Metodologi Kajian Metodologi kajian ini merupakan kualitatif dengan menggunakan kajian tindakan. Proses kajian tindakan ini menggunakan (Kemmis dan Mc Taggart, 1988). Proses ini sesuai dikatikan dengan setiap fasa kajian yang terbahagi kepada tiga. Kajian tindakan merupakan penyelidikan kendiri yang menyeluruh yang dilakukan penyelidik dalam situasi sosial untuk meningkatkan pendidikan sendiri, serta memberikan pemahaman mereka mengenai amalan-amalan terbaik. Ringkasan gegelung ini dapat diperhatikan dalam Rajah 3.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 37 Rajah 3.Gegelung kajian Fasa 1 Fasa ini, penyelidik bertindak kepada respon yang telah didapati daripada pentaksiran. Fasa ini, menggunakan reka bentuk soalan terbuka yang perlu dijawab oleh para pelajar. Perancangan(1) Setelah mendapatkan markah daripada pentaksiran, pengkaji melakukan perancangan rapi agar kefahaman pelajar dapat dipertingkatkan dan memperbaiki kelemahan pengajaran Tindakan (1) Tindakan seperti memasukkan elemen teknologi seperti AR dilakukan untuk meningkatkan kefahaman pelajar dan memperbaiki kelemahan pengajaran Pemerhatian (1) Pemerhatian melalui borang pemerhatian berjadual digunakan ketika ini untuk melihat kesediaan pelajar menggunakan AR Refleksi (1) Pengkaji melakukan refleksi pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan pentaksiran untuk melihat tahap kefahaman pelajar. Refleksi ini bergantung kepada pentaksiran yang dilakukan Fasa 2 Ketika di fasa ini, pemerhatian dijalankan berdasarkan borang pemerhatian dan jadual pemerhatian. Ketika ini para pelajar melaksanakan tugasa secara hands on dengan melakukan simulasi dan dirakam. Seterusnya simulasi mereka itu akan dijadikan kod AR dan dimasukkan dalam tugasan mereka.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 38 Penambahbaikan Perancangan (2) Pengkaji menggunakan strategi AR untuk meningkatkan kefahaman pelajar seterusnya memperbaiki kelemahan pengajaran Tindakan (2) Pengkaji menganalisis strategi yang digunakan melalui AR dan memperbaiki kelemahan pengajaran Pemerhatian (2) Pengkaji juga sekali lagi menggunakan borang pemerhatian untuk melihat strategi ini berjaya Refleksi (2) Pengkaji melakukan refleksi kedua untuk menganalisis kefahaman pelajar melalui markah daripada pentaksiran Fasa 3 Fasa terakhir ini berfokus kepada kesan penggunaan strategi AR kepada pelajar. Sekali lagi pentaksiran dilakukan dan untuk menganalisis markah pelajar yang akan dapati. Ketika fasa ini, soalan-soalan pentaksiran berbentuk lampu isyarat digunakan sekali lagi. Ketika fasa ini jugalah, sepatutnya, lampu isyarat pada fasa 1 yang berwarna merah akan bertukar kepada warna hijau. Refleksi (3) Pengkaji membuat refleksi terakhir untuk melihat keberkesanan daripada penggunaan AR dan strategi AR untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kursus. Dapatan dan Perbincangan Setiap dapatan terbahagi kepada setiap fasa penyelidikan Dapatan Setiap pelajar diberikan soalan yang menggunakan pentaksiran lampu isyarat. Dapatan daripada pentaksiran semasa fasa ini seperti berikut: Bil Id Pelajar Jantina Markah 1 R825211 Perempuan 45% 2 R825046 Lelaki 51% 3 R825239 Lelaki 72% 4 R825045 Perempuan 38% 5 R825044 Perempuan 73% 6 R825040 Perempuan 54% 7 R825047 Perempuan 70% 8 R825042 Perempuan 50% 9 R825057 Perempuan 70% Jumlah 58% Hasil daripada intervensi yang dilakukan, terdapat peningkatkan setiap pelajar seperti yang berikut:
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 39 Bil Id Pelajar Jantina Markah 1 R825211 Perempuan 96% 2 R825046 Lelaki 100% 3 R825239 Lelaki 98% 4 R825045 Perempuan 93% 5 R825044 Perempuan 91% 6 R825040 Perempuan 98% 7 R825047 Perempuan 98% 8 R825042 Perempuan 86% 9 R825057 Perempuan 91% Jumlah 94% Rumusan Secara rumusan, teknologi AR merupakan kehendak kepada pembelajaran kini. Penyelidikan penggunaan AR dan penilaian keberkesanannya terhadap pendidikan mampu memberikan impak kepada dunia akademik dan realiti pembelajaran. Justifikasinya, AR dalam database yang diindeks Wos merangkumi keseluruhan 10,155(Fombona, Pascual-Sevillano, & González-Videgaray, 2017). Teknologi ini semakin menular kepada negara kita dan menjadi salah satu teknologi yang popular (Awang, Shamsuddin, Ismail, Rawi, & Amin, 2019). Teknologi ini semakin digemari sehingga telah diadaptasi kepada golongan pelajar Linus. Dapatan kajian menunjukkan pelajar Linus menggemari kaedah ini dan mereka berupaya untuk menggunakannya pada masa akan datang (Awang et al., 2019). Penghargaan Penulisan ini adalah sebahagian daripada hasil geran penyelidikan kod SO :14510, Scholarship Of Teaching And Learning Research Grant, RIMC UUM. Rujukan Awang, K., Shamsuddin, S. N. W., Ismail, I., Rawi, N. A., & Amin, M. M. (2019). The usability analysis of using augmented reality for linus students. Indonesian Journal of Electrical Engineering and Computer Science, 13(1), 58–64. http://doi.org/10.11591/ijeecs.v13.i1.pp58-64 Azuma, R. A Survey of Augmented Reality. Presence Teleoper. Virtual Environ. 1997, 6, 335–385. Cai, S., Liu, E., Yang, Y., & Liang, J. C. (2019). Tablet-based AR technology: Impacts on students’ conceptions and approaches to learning mathematics according to their self-efficacy. British Journal of Educational Technology, 50(1), 248–263. http://doi.org/10.1111/bjet.12718 Chris Lytridis, Avgoustos Tsinakos, I. K. (2018). ARTutor—An Augmented Reality Platform for Interactive Distance Learning. Education Sciences, 8(1), 6. http://doi.org/10.3390/educsci8010006 da Silva, M. M. O., Teixeira, J. M. X. N., Cavalcante, P. S., & Teichrieb, V. (2019). Perspectives on how to evaluate augmented reality technology tools for education: a systematic review. Journal of the Brazilian Computer Society, 25(1). http://doi.org/10.1186/s13173-019-0084-8 Fombona, J., Pascual-Sevillano, M.-A., & González-Videgaray, M. (2017). M-learning y realidad aumentada : Revisión de literatura científica en el repositorio WoS / M-learning and Augmented Reality: A Review of the Scientific Literature on the WoS Repository. Comunicar, 25(52), 63–72. http://doi.org/10.3916/C52- 2017-06 Grubert, J., Langlotz, T., Zollmann, S., & Regenbrecht, H. (2017). Towards pervasive augmented reality: Contextawareness in augmented reality. IEEE Transactions on Visualization and Computer Graphics. http://doi.org/10.1109/TVCG.2016.2543720 Kemmis, Stephen and Robin McTaggart (eds.), 1988. The action research planner. Victoria, Australia: Deakin University Press. Laine, T. (2018). Mobile Educational Augmented Reality Games: A Systematic Literature Review and Two Case Studies. Computers, 7(1), 19. http://doi.org/10.3390/computers7010019
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 40 M. Billinghurst, A. Clark, and G. Lee, “A survey of AR,” Foundations and Trends in Human-Computer Interaction,vol. 8, pp. 73–272, 2015. Milgram, P.; Takemura, H.; Utsumi, A.; Kishino, F. Augmented Reality: A class of displays on the realityvirtuality continuum. Telemanipulator Telepresence Technol. 1995, 2351, 282–292. Sánchez-Acevedo, M. A., Sabino-Moxo, B. A., & Márquez-Domínguez, J. A. (2018). Mobile Augmented Reality. In Virtual and Augmented Reality. http://doi.org/10.4018/978-1-5225-5469-1.ch010 Sural, I. (2018). Mobile Augmented Reality Applications in Education. In Virtual and Augmented Reality. http://doi.org/10.4018/978-1-5225-5469-1.ch045 T. H. C. Chiang, S. J. H. Yang, and G. J. Hwang, “An AR-based mobile learning system to improve students’ learning achieve- ments and motivations in natural science inquiry activities,” Journal of Educational Technology and Society,vol.17,no.4,pp. 352–365, 2014 V.Gopalan,A.N.Zulkifli,andJ. A.A. Abubakar,“Astudy of students’ motivation using the AR science textbook,” AIP Conference Proceedings,vol.1761, no.1,pp. 27–35, 2016. Velázquez, F. del C., & Méndez, G. M. (2018). Augmented reality and mobile devices: A binominal methodological resource for inclusive education (SDG 4). an example in secondary education. Sustainability (Switzerland), 10(10). http://doi.org/10.3390/su10103446
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 41 KEBERKESANAN LUKISAN BERTEMA TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK PRASEKOLAH Rofidah Musa, Muhamad Firdaus Ramli, Zainuddin Abindinhazir dan Norkhaizatul Erma Mohd Khairuddin Abstrak Lukisan bertema, merupakan aktiviti seni yang sering diaplikasi didalam bilik darjah khususnya di prasekolah. Tema dibekalkan sebagai panduan untuk menjalankan aktiviti, dan memudahkan guru dan kanak-kanak supaya berfikiran lebih kreatif. Menerusi lukisan bertema, kanak-kanak dapat menggambarkan ekspresi diri mereka, kreativiti, pergaulan sosial, kecenderungan minat dan juga perkembangan kognitif dalam diri. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui keberkesanan lukisan bertema terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak prasekolah. Kognitif merupakan proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, melibatkan 10 murid prasekolah, di negeri Terengganu. Instrumen yang digunakan adalah analisis dokumen hasil lukisan kanak-kanak dan juga pemerhatian terhadap aktiviti melukis. Implikasi kajian ini terhadap guru, supaya dapat mempelbagaikan aktiviti seni lukisan terhadap pengajaran dan pembelajaran. Kata Kunci: Lukisan Bertema, Perkembangan Kognitif, Kanak-Kanak Prasekolah Theme of drawing is an art activity which always been applied in classrooms, particularly for pre-school. Theme is provided a reference to conduct activity. Facilitated teachers and students to think creatively. Through this, children can express themselves their creativity, social skills, interest and expand cognitive development. the purpose of this research is to figure out the effectiveness of theme drawing towards cognitive development of preschool children. Cognitive is a meant of process to interpret, learn and understand. This research is conducted via qualitative methodology, involving 10 preschool students in Terengganu. The instruments used are the children drawing analysis and observation of drawing activities. The impact of this research to teachers is eventually can diverse drawing art activities in teaching and learning. Key Word: Theme Drawing, Cognitive Development, Preschool Children Pengenalan Kanak-kanak merupakan aset yang penting terhadap pembangunan negara. Oleh kerana itu, pendidikan kanak-kanak prasekolah perlu dititikberatkan dan pendidikan yang berkualiti harus diterapkan. Pendidikan prasekolah dapat ditakrifkan sebagai persediaan diri kanak-kanak sebelum melangkah ke alam persekolah di peringkat sekolah rendah (Suppiah Nachiappan, 2018). Kebiasaannya, kanak-kanak pada peringkat prasekolah gemar menyampaikan mesej atau representasi pada lukisan. Ini kerana lukisan menjadi salah satu medium penting dalam konteks komunikasi.