The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Isu dan Cabaran dalam Pendidikan_Strategi dan Inovasi (13 Mac)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK BUKU MAYA PSS KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG, 2023-01-13 11:08:49

Isu dan Cabaran dalam Pendidikan_Strategi dan Inovasi (13 Mac)

Isu dan Cabaran dalam Pendidikan_Strategi dan Inovasi (13 Mac)

Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 92 Rajah 4. Perbandingan Ujian Pra dengan Ujian Pos Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan graf diatas ialah murid E dan murid H menunjukkan kesan yang positif setelah mempraktikkan 2F Board. Pengkaji sedikit berpuashati dengan skor ujian pos memandangkan 16 minggu dan ditambah dengan program sekolah. Murid-murid mempraktikan dengan bersungguh-sungguh 2F Board, ini menunjukkan pembelajaran menggunakan 2F Board yang menitikberatkan teknik lihat, sentuh dan baca dapat meningkatkan prestasi murid-murid. Pengkaji akan terus melaksanakan lingkaran kedua dan seterusnya pada masa akan datang sehingga semua murid mampu mempraktikkan 2F Board dengan baik dan berjaya menguasai konsep asas pendaraban iaitu penambahan berulang. Perbincangan Huraian Inovasi SEJARAH 2F BOARD 2F ( Fastener, Functional ) ialah gabungan paper fastener iaitu hanya fastener diambil. Functional pula membawa maksud berfungsi. Hasilnya paper fastener yang mampu berfungsi bukan sahaja sebagai pengemas kertas dalam fail tetapi mampu meluaskan pasaran dalam bidang pendidikan. Fastener atau fast adalah laju. Sesungguhnya nama yang diperolehi semoga mampu membuatkan murid-murid minat dalam bidang matematik. Hasil idea ini diperolehi apabila melihat longgokan paper fastener yang tidak digunakan setelah guru-guru tidak perlu menyimpan eviden murid selama 6 tahun dan penggunaan fail biasa bertukar kepada fail putih yang tidak perlu menggunakan paper fastener lagi. 0 20 40 60 80 100 120 A B C D E F G H Skor Murid Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian pra Ujian pos


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 93 Pada permulaan pengkaji menggunakan paper fastener sebagai penyangkut kad kehadiran kelas. Setelah itu digunakan dalam topik nilai tempat dalam subjek matematik. 2F Board sebenarnya boleh disangkut menggunakan penyangkut baju tetapi apabila dicuba banyak kali tidak mampu mencapai objektif pengkaji kerana penyangkut baju tidak dapat berdiri terpaksa disangkut ditepi tingkap dan akan membahayakan murid-murid. Pengkaji telah menukarkan dari penyangkut baju ke kotak yang mempunyai corak cantik dan diperolehi secara percuma. Menurut Lasiun, M.(2016) visualisasi dapat membantu meningkatkan prestasi murid-murid dalam subjek matematik. Setelah dicuba menggunakan kotak lama barulah paper fastener nampak kukuh. Maka terhasillah 2F Board. Kos untuk membina 2F Board terlalu minimum kerana barang yang diguna adalah barang yang kita akan buang dan senang diperolehi. Kos membeli paper fastener sebenarnya tertumpu pada warna, bagi menarik minat murid melihat. Jika tidak, kos akan berkurangan. BAHAN -BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN 2F BOARD - Paper fastener (10 batang) - Kotak lama (digunting dan diambil sebahagian sahaja) - Kalendar lama (nombor digunakan sebagai kad nombor) - Fail lama ( sebagai pelapik kad nombor untuk tahan lasak) - Beg kertas ( hanya tali diambil ) - Gam cair - Gunting - Pisau CARA-CARA MENGGUNAKAN 2F BOARD Langkah 1 - Pilih sifir yang ingin dibaca melalui kad nombor Langkah 2 - Contoh sifir dua dipilih tukar kad nombor


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 94 Langkah 3 - Masukkan pengunci paper fastener sebanyak dua-dua disetiap paper fastener yang ada Langkah 4 - Rapatkan paper fastener dengan pengunci tersebut


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 95 Langkah 5 - Gerakkan jari ke arah pengunci paper fastener sambil membaca 1 X 2 = 2 dan seterusnya ( teknik lihat, sentuh, baca) KEISTIMEWAAN 2F BOARD - Mesra pengguna diubahsuai atau naik taraf dengan menambah manik pada kad nombor untuk kemudahan murid kelainan upaya (OKU) penglihatan. Seolah-olah tulisan Braille - - Mengenal nilai tempat Manik menunjukkan angka dua dalam tulisan Braille Murid hanya perlu meletakkan kad nombor untuk mengenal nilai tempat


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 96 - Pola nombor - Ringan dan mudah dibawa ke mana-mana Saiz yang mudah disimpan Pola nombor menunjukkan susunan menaik tambah 100


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 97 - Fleksibel pengunci paper fastener tidak jatuh walau dikedudukan berdiri berbanding abakus - Paper fastener sebagai bahan utama yang tahan lasak , kalis air, warna tidak luntur dan selamat digunakan. Jadual 2 Kos Untuk Menghasilkan 2f BIL BAHAN HARGA 1 Paper fastener 10 X 0.07 = 0.70 2 Gam cair 0.50


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 98 3 Pengunci paper fastener (tambahan) 0.30 4 Kalendar lama 0.00 5 Kotak lama 0.00 6 Beg kertas lama 0.00 7 Fail lama 0.00 JUMLAH RM 1.50 Implikasi Keseluruhannya inovasi ini mampu memberi faedah kepada 1. Pihak sekolah 2. Guru-guru 3. Murid-murid Mengurangkan penggunaan peruntukkan wang panitia sekolah. Inovasi yang dicipta memberi impak yang tinggi dan berkualiti untuk sekolah. Terutama sumbangan terhadap panitia matematik sendiri iaitu mampu menjimatkan penggunaan wang panitia dan boleh digunakan untuk membeli bahan bantu mengajar yang lain. Setiap tahun wang yang diperuntukkan tidak mampu menampung keperluan bahan asas untuk pembinaan bahan bantu mengajar untuk guru-guru apatah membeli bahan bantu mengajar yang sangat tinggi harganya dipasaran. Dengan penggunaan 2F Board mampu meliputi separuh dari tajuktajuk matematik sekolah rendah. Memudahkan kerja guru-guru Setiap guru menginginkan yang terbaik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran didalam kelas, namun begitu masa yang ada tidak mampu untuk guru-guru menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai. Penggunaan 2F Board mampu membantu guru dengan hanya menukarkan tajuk pada papan dan kit-kit yang sesuai dan terus ia boleh digunakan untuk tajuk seterusnya. Contoh Nombor Bulat, pengenalan pola nombor kemudian tertib susunan nombor samada susunan menaik atau menurun, seterusnya pembundaran. Jika bahan bantu mengajar biasa, memerlukan guru menyediakan tiga bahan mengikut tajuk tetapi dengan 2F Board hanya satu papan dan penukaran kit diperlukan. Jimat masa dan kos. Masa yang ada membolehkan guru menyediakan soalan-soalan kuiz, latih tubi atau menyemak kerja murid. Prestasi murid meningkat Penggunaan 2F Board mendorong belajar secara berdua dan berkumpulan. Ini menggalakkan komunikasi yang berkesan diantara murid-murid. Penggunaan 2F Board mampu merangsang pergerakan lokomotor tangan ketika menggunakannya. Mampu mendidik murid belajar secara sendiri dan berkumpulan. Meningkatkan prestasi matematik kerana murid-murid faham konsep asas matematik. Murid-murid didorong untuk menguasai sifir secara kaedah yang berlainan


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 99 dari sebelum ini yang mana teknik hafalan biasa yang bosan dan tidak dapat menjurus ke arah pemahaman konsep asas sifir iaitu tambah berulang. Apabila tidak faham konsep, murid-murid akan jadi lemah dalam mengaplikasi sifir contohnya tidak dapat membezakan 4 X 5 dengan 5 X 4 iaitu kumpulan dan baris sebahagian dari konsep asas pendaraban. Cadangan Kajian Seterusnya Keseluruhannya, kajian ini memberikan hasil yang sangat memberangsangkan apabila kesemua sampel menunjukkan peningkatan skor dalam ujian pos mereka. 2F Board yang direka ini amat bernilai dari kegunaannya iaitu banyak fungsi tetapi kos yang efektif serta bahan yang digunakan memang tidak diperlukan lagi. Cadangan untuk kajian seterusnya ialah pengkaji ingin mengubah kumpulan sasaran kepada kumpulan yang lebih muda supaya masalah tidak berjaya menguasai sifir dapat dibendung dari awal lagi tidak hanya pada usia 11 tahun. Seterusnya menaik taraf 2F Board kepada mesra orang kelainan upaya (OKU) penglihatan. Tulisan Braille boleh dibuat menggunakan manik-manik supaya 2F Board yang pengkaji cipta dapat digunakan oleh sesiapa saja yang ingin meningkatkan prestasi subjek Matematik disekolah masing-masing. Selain itu klip fastener dapat membantu guru-guru menyediakan bahan bantu mengajar dengan pantas kerana fungsinya mampu menerangkan kemahiran operasi asas, pola nombor dan sebagainya untuk memantapkan kefahaman muridmurid. Rujukan Azizi Ahmad (2014). Pentaksiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Abramovich, S. (2007). Uncovering hidden mathematics of the multiplication table using spreadsheets. Spreadsheets in Education 2(2), 158–176. Retrieved from papers://3a07567f-5013-4eec-86cda5ef539fd065/Paper/p235 Abu Bakar, Z. & Mat Jalil, M. R. (2011). Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor. NATICOME 2008 CONFERENCE PROCEEDINGS. Ahmad, R. (2019). Keberkesanan Penggunaan Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 2. Journal of Science and Mathematics 53(9), 1689–1699. doi:10.1017/CBO9781107415324.004 Chinnappan, M. (2005). Prospective teacher’s representation of multiplication. 28th Conference of the Mathematics Education Research Group of Australasia, 249–256. Lasiun, M. (2016). Keberkesanan Kaedah Visualisasi: Meningkatkan Keupayaan Menyelesaikan Masalah Matematik Berayat. Proceedings of the ICECRS 1(1), 687–698. doi:10.21070/picecrs.v1i1.542 Mohd Uzi, D. (2012). Cabaran Penerapan Nilai Matematik Dalam Pengajaran Matematik Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia 2(1). Mohd. Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Edisi Ke-5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Mohd. Uzi Dollah (2006). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Melalui Penyelesaian Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Ng, S. H. (2016). Persepsi Guru Matematik Terhadap Penggunaan Bahan Media Dalam Pengajaran Matematik. Jurnal Pendidikan Matematik. Noraini Idris (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Mc Graw-Hill Education( Malaysia) Sdn. Bhd. Ringkai, J. anak. (2005). Mempelbagaikan Pendekatan Untuk Membantu Murid-Murid Tahun 5 Menguasai Sifir Darab 1 Hingga 10 89–97. Retrieved from https://www.google.com/search?as_q=kajian+tindakan+sekolah+rendah&as_epq=&as_oq=&as_eq=&as_ nlo=&as_nhi=&lr=&cr=&as_qdr=all&as_sitesearch=&as_occt=any&safe=images&tbs=&as_filetype=pdf &as_rights= Shanty, N. O. & Wijaya, S. (2012). Rectangular array model supporting students’ spatial structuring in learning multiplication. Journal on Mathematics Education 3(2), 175–186. doi:10.22342/jme.3.2.603.175-186 Suzana Anwar. (2015). Perlakuan Metakognitif Murid Tahun Lima Dalam Penyelesaian Masalah Matematik. Universiti Pendidikan Idris.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 100 STRATEGI DAN GAYA PEMBELAJARAN MURID LUAR BANDAR DALAM KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA INGGERIS Faridah Mahadi dan Mohd Razimi Husin Abstrak Modal Insan yang berketerampilan tinggi dari pelbagai aspek merupakan satu keperluan bagi Malaysia dalam mencapai ikon negara maju tidak lama lagi. Salah satu aspek yang dititik beratkan adalah keupayaan dalam kemahiran berkomunikasi selain dari bahasa ibunda. Pendedahan yang terhad dalam mempraktikkan strategi dan gaya pembelajaran yang sesuai menjadikan kemahiran bertutur (Bahasa Inggeris) sesuatu yang ‘asing’ dalam kalangan murid luar bandar. Aplikasi strategi dan gaya pembelajaran yang tepat mampu meningkatkan keupayaan murid luar bandar untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan penuh keyakinan. Kata Kunci: Kemahiran Bertutur, Bahasa Inggeris Strategi Pembelajaran, Gaya Pembelajaran Pengenalan Kepentingan Bahasa Inggeris tidak dapat dinafikan. Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan bagi menaik taraf penggunaan Bahasa Inggeris dalam arus sistem pendidikan di Malaysia. Pengajaran dan pembelajaran di dalam Bahasa Inggeris mula didedahkan kepada kanak-kanak Malaysia ketika mereka di prasekolah lagi. Mereka mula mendengar, bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris seawal 5-6 tahun. Seterusnya ketika melangkah ke alam sekolah rendah apabila berumur 7-12 tahun, Bahasa Inggeris dijadikan subjek wajib dalam Kurikulum Kebangsaan. Pelbagai transformasi dalam Pendidikan Bahasa Inggeris di Malaysia. Fungsi dan status Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua selepas Bahasa Melayu telah termaktub di dalam Ordinan Pelajaran sejak tahun 1957 (Akta Pelajaran, 1961). Di Malaysia, Bahasa Inggeris merupakan salah satu subjek yang wajib dipelajari di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah. Murid mula didedahkan dengan kemahirankemahiran Bahasa Inggeris seawal usia 5-6 tahun ketika mereka melangkah masuk ke Pra Sekolah atau di tadika. Pelaksanaan Program Pengajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mula dilaksanakan pada tahun 2002. Namun atas beberapa faktor pelaksanaan program tersebut terpaksa dihentikan pada tanggal 8 Julai 2009. Antara faktor yang menyebabkan program PPSMI terpaksa dihentikan adalah kerana wujudnya jurang tinggi antara pencapaian antara pelajar bandar dan pelajar dari luar bandar dan kemenjadian murid dalam menguasai Bahasa Inggeris tidak meningkat (Rozita Ahmad, 2012). Tidak terhenti setakat itu, bagi menggantikan PPSMI satu program baru telah dilaksanakan secara berperingkat mulai 2010 iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu; Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Program ini telah memberi penekanan yang sama rata di antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam aspek penggunaanya di dalam mahupun di luar bilik darjah. Namun dalam proses menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan, kurikulum baharu telah dilaksanakan pada tahun 2011, dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum baharu ini membawa pelbagai perubahan positif dalam meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris sekolah rendah. Pada tahun 2017, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melakukan semakan semula ke atas KSSR. Beberapa penambahbaikan dilakukan. Sebagai contoh; kemahiran listening and speaking dahulunya diletakkan dalam satu kemahiran


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 101 yang sama. Tetapi semakan KSSR 2017 ini telah mengasingkan kemahiran tersebut menjadi dua kemahiran yang berbeza (listening and speaking). Penekanan diberi dalam penguasaan bertutur kerana terdapat banyak kajian yang mendapati murid-murid yang mencapai keputusan yang cemerlang dalam Bahasa Inggeris tapi tidak mampu bertutur dengan baik dalam bahasa tersebut (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000). Kemahiran bertutur yang baik dapat memberi merit kepada pelajar dalam menguasai bidang kerjaya pada masa hadapan. Bertutur merupakan satu medium komunikasi yang komplek kerana ia melibatkan proses aturan mental yang seraca lansung menggerakan medium pertuturan bagi bunyi bahasa yang bermakna. Menurut Lumettu dan Runtuwene (2018) serta Gani, Dian dan Rizaldy (2015), kemahiran bertutur merupakan kemahiran utama yang perlu dipelajari sebelum pelajar boleh menguasai kemahiran membaca dan menulis. Kini terdapat lebih banyak kajian yang cenderung mengenalpasti punca pelajar mendapat markah yang rendah bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan-peperiksaan awam. Kajian tersebut lebih tertumpu kepada cara bagaimana meningkatkan kemahiran membaca dan menulis semata-mata. Sedangkan dalam menguasai kemahiran bahasa, setiap kemahiran saling berkait antara satu sama lain. Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025) telah menggariskan kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selepas Bahasa Melayu. Menerusi pelan tersebut, kemahirankemahiran asas dalam Bahasa Inggeris diberi penekanan. Masa yang diperuntukkan untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris juga telah ditambah. Semua perubahan-perubahan ini selaras dengan perkembangan kurikulum. Sebelum ini kurikulum Bahasa Inggeris berteraskan KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 juga ada menekankan kepentingan pengajaran dlam Bahasa Inggeris iaitu pada anjakan ke-2. Pada anjakan tersebut termaktub bahawa pendidikan di Malaysia perlu “memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris”. Pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris wajar dipertingkatkan mengikut keperluan global. Bahasa Inggeris dan Kemahiran Bertutur Kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam sukatan pelajaran Bahasa Inggeris meliputi kemahiran utama mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Pelbagai perkembangan yang berlaku dalam kurikulum Bahasa Inggeris. Terkini mulai tahun 2017 Kementerian Pelajaran Malayasia menerapkan model The Common European Framework of Reference for Language ( CEFR) dalam sukatan kurikulum Bahasa Inggeris. CEFR diperkenalkan dalam sistem pendidikan Malaysia atas dasar untuk mewujudkan satu standard yang seragam bagi menilai kebolehan seseorang dalam menguasai Bahasa Inggeris. Skala yang terdapat di dalam penilaian CEFR dibangunkan khusus untuk mengambarkan kecekapan dan penguasaan terhadap Bahasa Inggeris (rujuk Rajah 1.1). Kurikulum terbaharu ini masih menekankan kemahiran-kemahiran yang sama cuma penekanan diberi dalam kemahiran bertutur. Sebelum ini kemahiran bertutur diajar bersama dengan kemahiran mendengar. Namun pendekatan baharu ini positif memberi peluang murid untuk lebih fokus kepada kemahiran bertutur secara mendalam.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 102 Rajah 1.1. Tahap Penguasaan, Diadaptasi dari Model The Common European Framework of Reference for Language (CEFR) Model penguasaan bahasa menurut CEFR (rujuk Rajah 1.1), terbahagi kepada 3 tahap utama iaitu pengguna asas, pengguna pertengahan dan pengguna mahir. Menurut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Inggeris Tahun 1 (semakan 2017), murid sekolah rendah diharapkan agar mencapai tahap sebagai pengguna asas di akhir pembelajaran mereka di sekolah rendah. Pengguna asas terbahagi kepada dua tahap iaitu A1 dan A2 (rujuk Jadual 1.1 ). A1 memberi takrifan bahawa murid tersebut mampu untuk memahami dan menggunakan Bahasa Inggeris secara asas iaitu perkataan demi perkataan. Mereka juga mampu bagi memperkenalkan diri mereka dengan menggunakan perbendaharaan kata yang terhad. Manakala bagi tahap A2, murid mampu untuk memahami maksud dalam susunan ayat. Mereka juga berupaya untuk berkomunikasi dengan bahasa yang mudah serta berupaya meluahkan pendapat dalam Bahasa Inggeris (Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Tahun 1, 2017) Jadual 1 Target Pencapaian Murid Sekolah Rendah dalam Bahasa Inggeris, Target Pencapaian Murid (Sekolah Kebangsaan) Tahun1 Tahun2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Menuju A1 A1 (Rendah) A1 (Pertengahan) A1 (Tinggi) A2 (Rendah) A2 (Pertengahan) Sumber: Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Tahun 1, Semakan 2017 Murid sekolah rendah lebih selesa bertutur dalam Bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris. Menurut kajian oleh Siti Hamim Stapa (2007), murid tidak fasih bertutur dalam Pengguna Asas Pengguna Pertengahan Pengguna Mahir A1 A2 B1 B2 C1 C2


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 103 Bahasa Inggeris adalah murid dari luar bandar yang mana pendedahan terhadap Bahasa Inggeris sangat terhad. Menurut Zamri (2015), pelajar dapat meluahkan perasaan dan fikiran dengan lebih berkesan jika mereka mampu menguasai kemahiran bertutur dengan baik. Dalam aspek pembelajaran bahasa, seorang murid yang dapat menguasai kemahiran bertutur akan cenderung menguasai kemahiran bahasa yang lain seperti membaca dan menulis. Bertutur merupakan kemahiran asas dalam kemahiran berbahasa. Jika dilihat dari turutan perkembangan bahasa bayi/kanak-kanak akan mula mendengar dan seterusnya bertutur sebelum mereka menguasai kemahiran lain ( Zamri Ahmad & Ibtisham Abdullah, 2014). Murid Luar Bandar dan Bahasa Inggeris Di Malaysia kita masih memerlukan pendedahan khusus untuk membantu murid-murid ini mengenali cara yang betul untuk belajar. Mereka juga tidak sedar bahawa wujud strategi dan gaya belajar yang boleh menjadi pemangkin dalam proses pembelajaran mereka. Menurut Baharin Abu, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq Syed Mansor dan Haliza Jaafar (2007) jumlah pelajar yang telah didedahkan dengan kemahiran dan cara belajar seawal persekolahan adalah terlalu minimum. Mereka tidak mempunyai idea bagaimana seharusnya mereka belajar atau cara apa yang membuatkan mereka selesa untuk belajar. Kebanyakan dari mereka juga berasal dari keluarga yang mempunyai status sosioekonomi yang rendah. Kajian tersebut disokong oleh kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) yang mana sebahagian besar murid gagal menguasai Bahasa Inggeris dengan baik khususnya murid Melayu luar bandar. Kajian oleh Noor Azlan Ahmad Zanzali dan Norhasnida Mohamad (2007) mendapati bahawa, penggunaan Bahasa Inggeris bagi murid-murid luar bandar hanya terhad di dalam sekolah sahaja. Pengunaannya amat minimum ditambah dengan tiada cara belajar yang tepat membuatkan kecekapan bertutur murid sekolah rendah luar bandar berada pada tahap yang rendah (Yazan Abdel Aziz Semreen & Muhamad Kamarul Kabilan Abdullah, 2014). Sukatan pelajaran yang disediakan adalah sama antara murid bandar dan luar bandar namun yang membezakan mereka adalah pendedahan yang mereka terima di luar bilik darjah. Murid yang bersekolah di luar bandar sering dilihat ketinggalan dalam pencapaian pelajaran. Isu utama yang timbul mengenai murid luar bandar adalah dikaitkan dengan kurang kemudahan jika dibandingkan dengan murid di kawasan pinggir bandar dan di bandar (Zakaria Kasa & Amir Hassan Dawi, 2010). Pelbagai faktor yang terlibat dalam menyumbang kepada pencapaian murid luar bandar agak lemah jika dibanding dengan rakan-rakan mereka di bandar. Faktor utama ialah kemiskinan. Kebanyakan ibubapa di kawasan luar bandar mencari sumber rezeki untuk meneruskan kelangsungan hidup. Makan, tempat tinggal dan pakaian menjadi objektif utama sumber pencarian mereka. Ibubapa di luar bandar juga kurang memberi penekanan tentang pelajaran kepada anak-anak mereka. Mereka mengharap 100% pendidikan di sekolah. Tiada istilah kelas tambahan berbayar dan buku-buku kerja tambahan untuk mereka. Murid-murid juga kurang bermotivasi untuk belajar kerana tiada sokongan dari pihak keluarga khususnya dari pihak ibu bapa (Zalika Adam, Faridah Kassim & Mohd Johdi Salleh , 2009). Kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan semua murid seawal Prasekolah hingga ke tingkatan 5 untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Tidak terkecuali murid-murid dari luar bandar. Mereka juga harus mengikuti kurikulum Bahasa Inggeris yang sama dengan murid-murid di bandar dengan kemudahan dan gaya hidup yang amat berbeza. Ini sedikit sebanyak menyumbang ke arah kemerosotan kecekapan mereka di dalam Bahasa Inggeris.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 104 Strategi dan Gaya Pembelajaran Belajar merupakan satu aktiviti kognitif yang sangat komplek. Ia memerlukan pelbagai garapan dari pelbagai sudut. Salah satu aspek dalam proses belajar ialah strategi dan cara murid itu belajar. Jika seseorang murid itu tidak dapat mengikut cara gurunya mengajar maka, gurunya haruslah mengikut cara muridnya belajar. Menjadi persoalannya adakah murid-murid sedar tentang wujudnya strategi atau cara untuk belajar ? Pengaruh gaya dan strategi pembelajaran boleh memberi impak yang besar bagi membantu murid bagi menguasai pertuturan dalam bahasa kedua. Kedua faktor ini berupaya membantu murid dalam mempelajari Bahasa Kedua. Setiap murid mempunyai strategi dan gaya pembelajaran yang tersendiri tanpa mereka sedari. Ehrman dan Oxford (1990) telah menjelaskan strategi pembelajaran bahasa sebagai perbuatan yang dilakukan oleh pelajar untuk memudahkan proses menerima, menyimpan, mengingati dan seterusnya menggunakan semula data yang telah diterima. Sebagai salah seorang pelopor dalam bidang Strategi Pembelajaran Bahasa (Oxford, 1990) menyatakan bahawa murid perlu menguasai strategi pembelajaran bahasa bagi memastikan kelangsungan pembelajaran bahasa mencapai objektif yang diingini. Mauricio (2015) mentakrifkan strategi pembelajaran bahasa sebagai satu langkah yang dipraktik oleh pelajar yang menjadikan proses pembelajaran bahasa sesuatu yang lebih mudah, lebih menyeronokkan dan lebih efektif. Menurut Wenden dan Oxford (2002), strategi pembelajaran bahasa terbukti dapat meningkatkan penguasaan bahasa. Strategi pembelajaran bahasa berupaya meningkatkan penguasaan bahasa kedua dari sudut meningkatkan kecekapan bertutur, membuka peluang bagi proses pembelajaran kendiri, melibatkan proses selain proses kognitif serta melibatkan proses pembelajaran secara langsung dan tidak langsung. Konsep strategi pembelajaran bahasa mula dikaji dengan meluas semenjak 30 tahun yang lalu (Linamalini & Kamarul Shukri, 2009). Beberapa dapatan kajian lepas membuktikan bahawa strategi pembelajaran bahasa memberi impak yang positif ke atas prestasi pencapaian bahasa pelajar (Kamarul Shukri & Mohamed Amin, 2009; Oxford & Burry-Stock, 1995; Oxford, 2001). Strategi yang khusus untuk pembelajaran bahasa dilihat sebagai faktor penting dalam melestarikan kejayaan murid dalam bidang bahasa. Model Strategi Pembelajaran Pelbagai konsep strategi pembelajaran wujud dari hasil kajian-kajian lampau . Para pengkaji tampil dengan persepsi yang berbeza dalam menerangkan konsep strategi pembelajaran masing-masing. Selaras dengan perkembangan kajian yang semakin fokus membincangkan konsep-konsep tersebut, pelbagai dapatan baru yang diperolehi berkenaan strategi pembelajaran. Kajian-kajian tersebut telah mewujudkan konsep dan klasifikasi domain strategi yang berbeza (Norazan, 2004). Namun begitu, menurut Kamarul Shukri, Mohamed Amin, Nik Mohd Rahimi dan Zamri (2009) konsep strategi yang popular adalah strategi memori, kognitif, tampungan, metakognitif, sosial, afektif, formal, fungsian dan sebagainya. Walaupun pengkajipengkaji tampil dengan pelbagai perspektif namun kebanyakkan klasifikasi konsep ini terletak dalam kategori yang sama tanpa menjejaskan terma utama. Di antara model-model yang sering menjadi panduan kepada para pengkaji strategi pembelajaran bahasa ialah Model Strategi Pembelajaran Bahasa Rubin (1987), Model Strategi Pembelajaran Bahasa Bialystok (1978), Model Pembelajaran Bahasa Oxford (1990) dan Model Strategi Pembelajaran Bahasa Mohamed Amin (1996, 2000). Model Pembelajaran Bahasa Rubin menekankan bahawa strategi langsung memberi kesan kepada perkembangan bahasa yang terbentuk sekaligus mempengaruhi proses pembelajaran bahasa secara langsung. Strategi tidak langsung pula melibatkan proses pembelajaran yang dimanfaatkan daripada pengalaman pelajar itu sendiri (Kamarul Shukri &


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 105 Mohamed Amin , 2010). Proses pembelajaran bahasa memerlukan gandingan antara strategi langsung dan strategi tidak langsung bagi menghasilkan pencapaian bahasa yang baik kepada pelajar. Bialystok (1978) menzahirkan strategi beliau kepada dua bahagian utama iaitu; strategi formal dan strategi fungsian. Strategi formal menjurus kepada proses pembelajaran yang melibatkan aktiviti pemantauan dan latihan bahasa secara formal. Manakala strategi fungsian membabitkan aktiviti membuat inferens dan membuat latihan fungsian. Latihan fungsian merupakan strategi bahasa yang digunakan dalam komunikasi. Oxford (1990), menerusi kajian-kajiannya lampau beliau telah berjaya menghasilkan satu model strategi pembelajaran bahasa yang lebih menyeluruh. Model strategi pembelajaran yang dihasilkan oleh beliau berupaya menghubung kaitkan empat kemahiran bahasa; mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Model Strategi Pembelajaran Bahasa Oxford dibahagikan kepada dua kategori utama ; strategi langsung dan strategi tidak langsung. Strategi langsung dibahagikan kepada strategi memori, kognitif dan tampungan. Manakala, strategi tidak langsung merangkumi strategi metokognitif, afektif dan sosial (Oxford, 1990) . Rajah 1.2 menjelaskan pembahagian kategorikategori yang terdapat dalam Model Strategi Pembelajaran Bahasa Oxford dalam bentuk grafik. Jadual 2 Model Strategi Pembelajaran Bahasa Oxford Model Strategi Pembelajaran Bahasa Oxford Strategi Langsung Strategi Tidak Langsung Memori Kognitif Tampungan Metakognitif Afektif Sosial Sumber : Kamarul Shukri & Mohamed Amin (2010) diadaptasi daripada Oxford (1990) Jadual 1.3 dan 1.4 menerangkan dengan lebih jelas berkenaan strategi langsung dan strategi tidak langsung yang dinyatakan di atas. Jadual 3 Strategi Langsung bagi Model Strategi Pembelajaran Oxford Strategi Langsung Sub-strategi Memori - Mencipta hubungan mental - Menggunakan imej dan bunyi - Mengulangkaji dengan baik - Menggunakan tindakan/perbuatan Kognitif - Berlatih - Menerima dan menghantar mesej - Menganalisis dan menaakul - Mencipta struktur untuk input dan output Tampungan - Meneka secara bijak - Mengatasi keterbatasan dalam penulisan & pertuturan Sumber : Kamarul Shukri & Mohamed Amin (2010) diadaptasi daripada Oxford (1990)


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 106 Model Strategi Pembelajaran Bahasa oleh Oxford telah mengasingkan antara memori dan kognitif. Pekara ini disangkal oleh McIntyre (1994), beliau berpendapat bahawa strategi memori dan kognitif adalah sesuatu yang sukar untuk diterjemahkan. Namun Oxford (1990) dan Lan (2005) menyatakan bahawa kedua-dua strategi tersebut bertindak dengan kapasiti yang berbeza. Strategi memori menumpukan kepada proses menghafal dan mengingati. Manakala strategi kognitif lebih menjurus kepada cara bahasa itu dipraktikkan. Jadual 4 Strategi Tidak Langsung bagi Model Strategi Pembelajaran Oxford Sumber : Kamarul Shukri dan Mohamed Amin (2010) diadaptasi daripada Oxford (1990) Model Gaya Pembelajaran Gaya pembelajaran pula merupakan cara atau stail murid belajar. Setiap murid mempunyai cara belajar yang tersendiri yang berbeza. Ia berbeza seperti mana berbezanya cap ibu jari mereka (Gremli, 1996). Setiap murid mempunyai cara belajar yang tersendiri dan ianya memudahkan proses pembelajaran yang mereka lalui. Terdapat pelbagai cara belajar dan yang pasti tiada cara pembelajaran yang betul atau salah. Dunn dan Dunn (1981) menyatakan bahawa sebahagian individu dapat belajar dengan amat berkesan dalam keadaan yang tertentu seperti sejuk, senyap dan teratur. Ada pula individu lain hanya boleh belajar dengan adanya muzik. Semua bergantung pada keselesaan dan kesesuaian pelajar. Kecekapan murid dalam mendalami sesuatu kemahiran yang dipelajari bergantung bagaimana gaya atau cara murid tersebut belajar. Terdapat pelbagai gaya pembelajaran yang telah diperkenalkan oleh ilmuan-ilmuan psikologi. Menurut Sharifah Fakriah (2009) Gaya Pembelajaran membawa definisi satu kumpulan atau kelompok pemikiran yang melibatkan proses kognitif, emosi, pengaruh alam sekitar serta pengalaman yang telah dialami oleh seseorang individu. Curry (1987) menterjemahkan gaya pembelajaran menerusi “Model Bawang Merah” (The Onion Model). Menurut model ini, gaya pembelajaran mempunyai lapisan-lapisan yang berbeza. Lapisan tersebut dibahagikan kepada lapisan pertama iaitu lapisan model sahsiah yang mana merujuk gaya pembelajaran mengikut keperibadian pelajar. Kecenderungan untuk bergantung kepada keperibadian pelajar sama ada ekstrovet atau introvet. Model ini membahagikan cara seseorang pelajar menerima dan memproses maklumat yang diterima sama ada selesa untuk memahami maklumat secara keseluruhan atau memahami maklumat secara berperingkat. Jadual 1.5 menunjukkan pecahan Gaya Pembelajaran mengikut lapisan “Model Bawang Merah” Strategi Tidak Langsung Sub-strategi Metakognitif - Memusatkan pembelajaran - Mengatur dan merancang pembelajaran - Menilai pembelajaran Afektif - Mengurangkan kekhuatiran - Memberi galakan kepada diri sendiri - Mengetahui keadaan emosi Sosial - Bertanya soalan - Berkerjasama dengan orang lain - Empati kepada orang lain.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 107 Jadual 5 Model Bawang Merah Model Keperibadian Myres-Biggs Type Indicator Witkin Model Pemprosesan Maklumat Felder Kolb Model Interaksi Sosial Reichman dan Grasha Perry Belenky Model Medium Pembelajaran yang Diminati Canfield Dunn dan Dunn VAK Sumber : Diadaptasi dari Curry, 1987 Kajian ini memilih Model Medium Pembelajaran yang diminati yang memberi tumpuan kepada pendekatan gaya pembelajaran yang dipelopori oleh Rita Dunn dan Kenneth Dunn pada tahun 1978. Gaya Pembelajaran menurut Dunn dan Dunn, merupakan satu cara bagaimana setiap individu mula untuk memberi tumpuan, memproses serta mengekalkan sesuatu ilmu yang baru serta ilmu yang sukar. Menerusi pemahaman tersebut mereka mewujudkan satu model gaya pembelajaran yang dikenali sebagai Model Dunn dan Dunn. Model ini didasari dengan lima unsur utama iaitu Persekitaran, Emosi, Sosiologi, Fizikal dan Psikologi. Setiap tunjang ini mempunyai ransangan yang berbeza bagi menerangkan tentang kecenderungan murid untuk belajar dengan lebih selesa. Rajah 1.2 menunjukkan pengelasan unsur yang terdapat dalam Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn. Rajah 1. Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn, Diadaptasi dari Dunn dan Dunn, 1978 Model ini menjadi kayu ukur kajian ini bagi melihat sejauh mana gaya pembelajaran dapat membantu murid-murid luar bandar bagi meningkatkan kecekapan dalam bertutur dalam Bahasa Inggeris. Gaya pembelajaran merupakan titik permulaan bagi individu berinteraksi dengan maklumat. Guru boleh mengajar pelbagai teknik pengajaran namun ia harus digabungkan dengan mengetahui gaya pembelajaran yang sesuai dengan pelajar. Menurut McCarty (1999), Persekitaran Emosi Fizikal Psikologi Sosial Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 108 salah satu faktor penentu kejayaan pelajar ialah guru perlu “mengenali” pelajarnya terlebih dahulu. Berdasarkan maklumat tersebut guru boleh merangka teknik-teknik yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran pelajar. Penggerak atau pendorong menjadi keutamaan dalam memastikan strategi dan gaya pembelajaran itu berkesan bagi setiap individu. Menurut Mohd Razimi (2016), dalam aktiviti pembelajaran, motivasi sangat diperlukan kerana ianya menjadi daya penggerak kepada pelajar bagi menimbulkan minat. Beliau juga berpendapat, motivasi dapat memberi arah tujuan kepada sesuatu aktiviti pembelajaran sehingga objektif pembelajaran yang diharapkan mampu dicapai. Motivasi merupakan suatu kuasa yang menggerakkan seseorang melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat atau kejayaan (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2002). Dapatan kajian oleh Zamri, Kamiliah dan Wan Muna Ruzanna (2016) mendapati bahawa setiap pelajar perlu mengenal pasti strategi dan gaya pembelajaran yang sesuai bagi mereka dalam menjamin keberkesanan proses pembelajaran. Proses pembelajaran yang menjadi lebih mudah dan menarik apabila proses tersebut dilakukan mengikut kecenderung murid. Kesimpulan Murid-murid luar bandar dibesarkan dalam komuniti dalam 100% menggunakan Bahasa Melayu dengan dialek tempatan dalam kehidupan sosial mereka. Kajian akan dijalankan bagi melihat sejauhmana pendekatan motivasi di dalam strategi dan gaya pembelajaran dapat membantu murid sekolah kebangsaan luar bandar dalam menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa kedua. Rujukan Adam, Z., Kassim, F., & Salleh, M. J. (2009). Memperkasakan pendidikan luar bandar. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009. Kota Kinabalu, Sabah: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, Universiti Malaysia Sabah. Ahmad, R., Majid, N., Mamat, N. J. Z., Rambely, A. S ,Muda, N., Jaaman S. H., Mohd Suradi.N.R, Ismail W.R, Ahmad Shahabuddin. F, Mohd Nazar.R, Humaida Banu Samsudin, H.B, Wan Zin,W.Z , Zahari, M Mahmood ,N. (2012). Transformation of Language in Teaching and Learning Policy. Procedia – Social and Behavioral Sciences. 59. 685–691. 10.1016/j.sbspro.2012.09.331. Ahmad, Z. & Abdullah, I .(2014). Metode Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berdasarkan Empat Kemahiran. Prosiding Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab. Fakulti Pengajian Islam,UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA Baharin , A., Othman, M., Syed Mohd Shafeq, S., & Haliza, J. (2007). Kepelbagaian gaya pembelajaran dan kemahiran belajar Pelajar Universiti di Fakulti Pendidikan, UTM Johor. Bialystok, E. (1985). The compatibility of teaching and learning strategies. Applied Linguistics, 6, 255-262. Curry, L. (1990). A critique of the research design on learning styles. Educational Leadership, 48(2), 50- 52. Dunn , R., & Dunn, K. (1980). What is your childs learning style? The Newsletter of Parenting. Dunn, R. (1990). Understanding the Dunn and Dunn learning styles model and the need for individual diagnosis and prescription. Journal of Reading, Writing, and Learning Disabilities International, 6(3), 223-247. Dunn, R. (2000). Learning styles: Theory, research, and practice. National Forum of Applied Educational Research Journal, 13. Dunn, R., & Dunn, K. J. (1978). Teaching students through their individual learning styles: A practical approach. Reston, VA: Pearson College Div. Husin, M. R., Jusoh, A. J., & Shukor, A. A. (2010). Gaya pembelajaran dan persekitaran yang mempengaruhi murid sukar belajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan j-Qaf: Satu kajian rintis. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 3, 98-110. Lumettu, A & Runtuwene, T. (2018). Developing the Students’ English Speaking Ability Through Impromptu Speaking Method.. Journal of Physics: Conference Series. 953. 012035. 10.1088/1742 6596/953/1/012035.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 109 Mahamod, Z., Ghani, K. A., & Mohammad, W. M. (2016). Penggunaan strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina berdasarkan sikap dan kemahiran bahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(1), 38-51. Mohamad, N., & Ahmad Zanzali, N. (2010). Keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah luar bandar. 1-14. Gani, Sofyan & Fajrina, Dian & Hanifa, Rizaldy. (2015). Students' Learning Strategies for Developing Speaking Ability. Studies in English Language and Education. 2. 17-30. Kaur, M., & Embi, M. A. (2011). The relationship between language learning strategies and gender among primary school students. Theory and Practice in Language Studies, 1(10), 1432-1436 Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Kajian tahap penguasan bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah menengah bantuan kerajaan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Stapa, S. H., Bakar, N. A., & Latiff, R. A. (2007). Literasi penulisan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar luar bandar; Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran. Journal of Social Sciences and Humanities, 2. Yazan Abdel Aziz , S. W., & Muhamad Kamarul, K. (2010). An evaluation of jordanian efl teachers' in-service training courses teaching techniques effectiveness. Journal of English Language Teaching, 3(4), 18-27.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 110 KESAN FROG VLE KE ATAS PENCAPAIAN DAN MOTIVASI PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Nor Zanira Abd Manan, Hafizul Fahri Hanaf dan Wong Kung Teck Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam yang menggunakan kaedah Frog VLE dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar yang mengikuti kaedah tersebut. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kuasi eksperimen dan melibatkan 71 orang pelajar Tingkatan 4 dari SMK Setia Alam sebagai sampel. Sampel yang terlibat dipilih secara bertujuan mengikut kelas sedia ada di sekolah dan akan dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan akan diajar menggunakan kaedah Frog VLE dalam pembelajaran selama empat minggu, manakala kumpulan kawalan akan menggunakan kaedah konvensional. Kedua-dua kumpulan kajian akan diberikan ujian pra dan ujian pasca, manakala Inventori Motivasi Belajar hanya akan diberikan kepada kumpulan rawatan untuk melihat tahap motivasi mereka selepas empat minggu sesi rawatan. Data-data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan analisis independent t-test dan deskriptif, serta menggunakan SPSS versi 23. Kata Kunci: Frog VLE, motivasi, Pendidikan Islam, PdPc Pengenalan Sistem pendidikan di negara kita pada hari ini telah melalui transformasi radikal yang selari dengan falsafah pendidikan Malaysia yang mengakibatkan penstrukturan semula kurikulum yang sedia ada. Perubahan yang pesat ini merupakan impak penglobalisian di dalam bidang teknologi maklumat serta telah mewujudkan pelbagai aplikasi yang boleh digunakan dalam pelbagai bidang yang lain. Rosfazila et al., (2017) dalam penulisannya turut menyatakan bahawa persekitaran di dalam bidang teknologi maklumat turut berubah jika dibandingkan dengan kemunculannya, serta aplikasinya boleh bertukar mengikut keperluan pengguna. Rentetan daripada perubahan teknologi yang kian pesat, kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah diperkenalkan di Malaysia sejak beberapa tahun dahulu dan mendapat respon yang positif dalam kalangan guru-guru. Malah ia turut diimplemenkan di dalam bilik darjah sebagai bahan bantu mengajar (BBM). Menurut Lee Bih ni (2013), guru menggunakan teknologi untuk menyokong pembelajaran di sekolah sama ada dari segi bidang bahasa, kemanusiaan, sains dan disiplin. Dapatan kajian Siti Hajar dan Suguneswary (2016), turut menyokong bahawa penggunaan ICT di sekolah dapat meringankan kerja-kerja pengajaran dan pembelajaran serta dapat menjadi tarikan kepada anak muridnya Di dalam bidang pendidikan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bukanlah merupakan suatu perkara asing lagi, malah ia merupakan medium utama yang telah digunakan sebagai alat bantuan mengajar para guru. Menurut Mohd Noorhadi & Zurinah (2017), penggunaan ICT di dalam bilik darjah akan dapat mendorong minat pelajar serta dapat menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan. Beliau juga berpendapat bahawa penggunaan media sosial seperti facebook, e-learning, M-learning, youtube, laman web online dan lain-lain media sosial dalam proses PdPc adalah penting seiring dengan perkembangan dunia pendidikan yang semakin moden pada masa kini. Pengaplikasian ICT dalam bilik darjah juga membolehkan pelajar belajar dengan cara mereka sendiri mengikut ciri, keperluan atau minat mereka (Herlina et al., 2018).


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 111 Transformasi ini telah mengubah anjakan paradigma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Negara, khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan serta melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Malahan di dalam Tranformasi Pendidikan Malaysia (2015-2025), kerajaan menyarankan sebanyak 50% Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia akan mula dapat mengakses pembelajaran di atas talian sekolah-sekolah menengah tinggi di Amerika. Transformasi ini sangat diperlukan bagi menambah dan mengembangkan lagi ilmu para siswazah di negara ini. Pernyataan Masalah Keputusan SPM pada tahun 2018 yang lalu mendapati terdapat seramai 13 orang pelajar telah gagal bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Manakala pada tahun 2019 jumlahnya semakin bertambah kepada 24 orang pelajar. Mengapakah perkara ini terjadi sedangkan sepatutnya semua pelajar memperolehi sekurang-kurangnya gred D dan ke atas. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan kurangnya motivasi di kalangan pelajar serta ia menunjukkan bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam juga perlu diberi penekanan, terutamanya sewaktu sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc) bagi meningkatkan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam di SMK Setia Alam masih lagi menggunakan kaedah chalk and talk di dalam sesi PdPc mereka. Menurut Wei Chooi Yi et al., (2017), mereka masih lagi terlalu terikat dengan penggunaan buku teks sebagai sumber utama rujukan mereka. Jika dilihat daripada faktor umur, rata-rata guru yang mengajar adalah sekitar 30an ke 50an dan tidaklah terlalu tua untuk mereka menggunakan kaedah lain, terutamanya peralatan bersumberkan internet sebagai bahan bantu mengajar mereka. Guruguru terlalu terikat dengan amalan kepercayaan dan pengetahuan yang ada pada mereka berbanding menggunakan sumber lain untuk bahan bantu mengajar mereka (Arniza Mokhtar dan Zamri Mahamod, 2018 ; Siti Zaleha 2015). Kerajaan Malaysia sendiri telah melabur jutaan ringgit dalam usaha membekalkan kemudahan internet sebagai kemudahan para guru, namun ianya tidak digunakan sepenuhnya oleh guru-guru. Menurut Nor Zaira et al., (2016) pada tahun 2012, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan Frog VLE sebagai kemudahan bagi warga sekolah. Namun ianya tidak mendapat sambutan sepenuhnya oleh guru-guru di seluruh Malaysia. Keadaan ini berlaku kerana guru lebih suka dengan kaedah pengajaran konvensional dan beranggapan bahawa penggunaan bahan yang lain akan mengganggu usaha untuk menghabiskan sukatan pelajaran untuk tujuan peperiksaan (Arniza Mokhtar dan Zamri Mahamod, 2018 ; Yahya & Roselan 2012). Penggunaan kaedah konvensional bukanlah sesuatu yg buruk dalam bidang pendidikan, tetapi sekiranya para guru tidak berusaha untuk memperbaiki corak pengajarannya, dikhuatiri ianya akan memberi kesan negatif kepada proses pembelajaran pelajar. Ini adalah kerana pelajar hari ini sudah dibiasakan dengan penggunaan teknologi yang dilengkapi dengan elemen multimedia sejak kecil lagi. Menurut Normah Husin (2017), pengajaran secara konvensional akan mengundang kebosanan di kalangan para pelajar, malah ia juga akan menyebakan kekurangan sumber rujukan kerana hanya mengharapkan nota daripada pihak guru. Kaedah pembelajaran yang tidak sesuai juga akan menjadikan pelajar pasif serta akan menurunkan motivasi pelajar untuk belajar (Rian Vebrianto & Kamisah Osman, 2012).


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 112 Objektif Kajian Terdapat dua objektif yang ingin dilihat dalam kajian terhadap penggunaan Frog VLE iaitu: a) Melihat keberkesanan penggunaan Frog VLE terhadap prestasi pelajar melalui ujian pra dan pasca. b) Melihat tahap motivasi pelajar terhadap Frog VLE yang digunakan sebagai medium pembelajaran. Kajian Literatur Frog VLE Frog VLE merupakan suatu aplikasi pembelajaran maya yang disediakan oleh KPM melalui kerjasama dengan syarikat YTL Communications Sdn. Bhd bagi menjalan projek 1Bestari. Projek ini bertujuan menggantikan dan menambah baik rangkaian ICT di sekolah-sekolah. Ia juga berperanan untuk menyediakan pembelajaran maya (Virtual Learning Environment) serta melibatkan sebanyak 10,000 buah sekolah, yang bertujuan untuk merapatkan jurang internet antara pelajar kawasan bandar dengan luar bandar. Kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit bagi melaksanakan konsep pembelajaran maya melalui aplikasi Frog VLE, dan pelbagai prasarana telah disediakan bagi menjayakan konsep pembelajaran tersebut (Hasliza Hashim et al., 2016). Aplikasi Frog VLE merupakan platform pembelajaran yang digunakan berasaskan pengkomputeran awan (cloud), yang mana ia membolehkan pentadbir sekolah, guru-guru, serta para pelajar menggunakannya di dalam PdPc mereka, serta boleh berhubung antara satu sama lain. Noralizawati Abdullah et al., (2016) menyatakan bahawa Frog VLE bagaikan sebuah bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, yang mana ia membolehkan guru-guru mengajar, menjalankan ujian dan menyemak latihan secara online, ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru serta pentadbir secara online serta membolehkan pihak sekolah memaparkan takwim perjalanan sekolah mereka. Di samping menyediakan kemudahan tersebut, Frog VLE turut menyediakan widget-widget lain yang membenarkan para guru memuat naik audio dan video yang boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) di dalam kelas. Terdapat beberapa kajian telah dijalankan terhadap pelaksanaan virtual learning, antaranya ialah kajian oleh Sumarni dan Zamri (2018), mendapati tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar tersebut berada di tahap yang tinggi terhadap penggunaan Frog VLE dalam proses PdPc mereka. Penggunaan pembelajaran maya tersebut juga dapat menarik minat pelajar-pelajar tersebut terhadap Bahasa Melayu. Seperti yang kita sedia maklum, Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada mata pelajaran yang dipinggirkan kerana beranggapan ianya mudah. Namun penggunaan Frog VLE ini telah mengubah persepsi pelajar dan berusaha untuk lebih fokus kerana ia berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan, sejajar dengan teori konstruktivisme. Menurut Zurina dan Sanitah (2014), teori konstruktivisme ini melihat proses pembelajaran sebagai aktiviti pembinaan mental yang dicantumkan dengan maklumat baru, atau lebih jelasnya teori ini menekankan kepada penglibatan murid dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Kajian oleh Saiful et al., (2014) terhadap 275 orang pelajar di daerah Marang pula mendapati bahawa usaha memainkan peranan penting dalam mempengaruhi seseorang untuk menggunakan pembelajaran maya, kerana mereka akan berusaha untuk mempelajari cara penggunaannya. Manakala peranan rakan sebaya atau yang rapat memainkan peranan untuk mempengaruhi mereka untuk menerima corak pembelajaran maya ini. Siaw dan Agata, (2015) pula menjalankan kajian terhadap 32 orang pensyarah IPG Sarawak bagi melihat faktor yang mempengaruhi penggunaan Frog VLE dalam kalangan mereka mendapati para pensyarah tersebut bersetuju dalam penggunaan Frog VLE. Menurut mereka ia memudahkan untuk


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 113 menyiapkan kerja-kerja mereka dan boleh menghubungi seseorang apabila mengalami sebarang masalah. Malahan mereka juga bersetuju bahawa penggunaan Frog VLE dapat membantu mereka dalam sesi pengajaran serta membolehkan mereka memperolehi lebih banyak kaedah pengajaran. Dalam usaha menggunakan Frog VLE ini sebagai bahan bantu mengajar, para pengajar juga perlu mempunyai personaliti yang menarik dan perlu berusaha menggalakkan pelajar menggunakannya. Malah guru tersebut juga perlu mahir dalam penggunaannya, kerana menurut Shahfiezul dan Fariza (2017), guru yang mudah menguasai Frog VLE akan dapat menyampaikan kandungan pelajaran dengan cepat dan sistematik, serta secara tidak langsung dapat meningkatkan profesionalisma seorang guru. Sungguhpun terdapat banyak kelebihan yang boleh diperolehi dalam penggunaan Frog VLE, pihak KPM telahpun menamatkan langganan penggunaannya untuk sekolah-sekolah pada Julai 2019 yang lalu. Namun begitu aplikasi Frog VLE masih boleh digunakan secara percuma oleh sekolah-sekolah diseluruh Malaysia, termasuk sekolah-sekolah yang menjadi Sekolah Angkat di bawah naungan FrogAsia. Motivasi Motivasi merupakan suatu perkataan yang tidak asing lagi di dalam bidang pendidikan selain perkataan prestasi dan pencapaian. Menurut Ayuni Mohamad Bakari & Rohadah Kamaruddin (2016), motivasi ditakrifkan sebagai dorongan dalam mewujudkan sesuatu tindakan serta bertujuan untuk mengekalkan niat bagi mencapai sesuatu matlamat yang diingini. Motivasi di dalam kajian ini merujuk kepada beberapa faktor yang dapat mempengaruhi para pelajar dalam meminati mata pelajaran Pendidikan Islam serta dapat meningkatkan prestasi mereka terhadap pencapaian peperiksaan mereka terutamanya di dalam SPM nanti. Ia juga dianggap sebagai tenaga kepada seseorang untuk melaksanakan sesuatu perkara (Siti Suprihatin, 2015). Motivasi boleh dibahagikan kepada Intrinsik dan Ekstrinsik (Elly Manizar, 2015). Sesetengah pelajar boleh memperolehi nilai motivasi yang tinggi di dalam diri mereka melalui persekitaran mereka seperti melihat kejayaan orang-orang disekeliling mereka, maka mereka berusaha gigih untuk mencapai keputusan yang cemerlang di dalam semua mata pelajaran merupakan contoh kepada motivasi instrinsik. Motivasi intrinsik wujud daripada faktor iaitu; bertanggungjawab, menghargai, pekerjaan itu sendiri serta pengembangan dan kemajuan (Fakhrian et al., 2015). Berbeza pula dengan motivasi ekstrinsik, yang mana sesetengah pelajar itu perlu didorong agar mereka turut mempunyai motivasi untuk turut berjaya. Antara faktor yang mempengaruhi motivasi ini ialah ganjaran serta hubungan dengan penyelia (Fakhrian et al., 2015). Menurut Abdul Hakim et al., (2015) pula, matlamat dan usaha yang membawa kepada motivasi merupakan elemen yang penting dalam menetukan kejayaan seseorang pelajar. Guru merupakan penggerak utama dalam meningkatkan motivasi seseorang pelajar selain daripada memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu mata pelajaran. Guru perlu membuat sesuatu perubahan di dalam kaedah pengajaran mereka. Sebagai mana pendapat Doni dan Siti (2014), guru perlu menerapkan elemen inovasi di dalam medium pengajaran menggunakan e-Learning kerana ia mampu meningkatkan motivasi para pelajar dan guru perlu lebih kreatif. Siti Suprihatin (2015) turut berpendapat bahawa seseorang guru itu perlu mengoptimumkan unsur-unsur yang dinamik dalam pengajaran mereka untuk membangkitkan keinginan belajar seseorang pelajar itu. Selain itu, guru harus merangsang dan memberikan dorongan kepada para pelajar untuk menaikkan semangat belajar mereka (Lusi Susanti, 2015). Rentetan daripada itu, bagi memupuk motivasi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam ini pengkaji memilih untuk mengaplikasikan Frog VLE sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Muhammad Sabiq dan Megat Aman (2018) turut bersetuju


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 114 bahawa penggunaan Frog VLE dapat membantu para guru dalam memperbaiki pedagogi mereka serta membantu menaikkan motivasi di kalangan pelajar. Seorang guru tidak boleh mengabaikan perkembangan zaman ini yang melibatkan kecanggihan dalam penggunaan ICT (Pusvyta Sari, 2015). Malah menurut Wong dan Kamisah (2018), selain menunjukkan motivasi yang tinggi, ia juga dapat memupuk gaya pembelajaran yang aktif di kalangan pelajar. Teori Konstruktisme Teori ini telah diasaskan oleh beberapa ahli falsafah seperti John Dewey, Lev Vygotsky, Jerome Bruner, Jean Piaget serta Howard Gardner dan ianya berdasarkan kepada penyelidikan dan pengalaman (Muhammad Sabiq dan Megat, 2018). Berdasarkan teori ini, pelajar akan membina ilmu pengetahuan mereka melalui pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terkini yang berkaitan. Menurut Azura (2014), pelajar akan membina ilmu pengetahun dengan melibatkan diri secara aktif dengan membandingkan makluamt baru dengan maklumat sedia ada bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Menjana maklumat adalah lebih penting berbanding dengan hanta menerima sesuatu maklumat sahaja (Adenan, 2015). Melalui kaedah Frog VLE yang diterapkan di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, setiap pelajar akan mengalami corak pembelajaran yang berlainan daripada kebiasaannya. Mereka akan meneroka dunia pembelajaran mereka sendiri dan guru lebih kepada peranan sebagai fasilitator. Pelajar-pelajar akan dapat memperolehi pengetahuan yang baru dan lebih luas berbanding hanya berpandukan buku teks dan maklumat yang disampaikan oleh guru. Pengetahuan seseorang itu juga tidak boleh dipindahkan kepada pemikiran seseorang yang lain kerana setiap insan itu akan membentuk pengetahuan mereka menggunakan pengalaman yang dipilih (Syahida, 2015). Selain itu, teori ini juga dapat menggalakkan para pelajar untuk bergerak sendiri dalam usaha mencari maklumat dan menyelesaikan sebarang permasalahan. Metodologi Kajian keberkesanan ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen dengan menggunakan reka bentuk faktorial ujian pra dan ujian pos dan ianya dipilih kerana dapat menjadikan penyelidikan sangat unik kerana boleh menghasilkan hubungan sebab dan akibat. Kaedah ini digunakan untuk menguji sesuatu idea bagi mengenal pasti sama ada terdapat kesan terhadap sesuatu pencapaian bagi pemboleh ubah bersandar (Anthony Aloysius Akup, 2017). Kaedah kuasi eksperimen ini juga dipilih kerana responden dalam kajian ini tidak dapat dibahagikan secara rawak kerana terdapat kekangan daripada pengurusan jadual yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Reka bentuk ini juga selalu digunakan apabila melibatkan kajian tentang keberkesanan sesuatu kaedah pengajaran, modul atau program dalam pelbagai situasi yang tidak dapat menggunakan reka bentuk eksperimen tulen seperti situasi di sekolah (Jupri Bin Bacotang, 2014). Responden dan Prosedur Kajian Responden dalam kajian ini terdiri daripada pelajar tingkatan 4 daripada SMK Setia Alam. Ia terdiri daripada dua kelas yang berbeza, iaitu kelas 4 Ibnu Sina dan 4 Galileo. Kedua-dua kelas ini akan menjalani ujian pra sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran selama empat minggu. Kumpulan rawatan akan menggunakan kaedah Frog VLE manakala kumpulan kawalan akan menggunakan kaedah konvensional. Selesai menjalani sesi pembelajaran selama empat minggu, kedua-kedua kumpulan akan menjalani ujian pasca yang merupakan soalan Penilaian Mac yang telah digubal oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam di sekolah tersebut bersama dengan penilaian Inventori Motivasi Belajar. Tujuan penilaian motivasi tersebut adalah untuk melihat sama ada terdapat perbezaan motivasi terhadap mata pelajaran pendidikan Islam bagi kedua-dua kumpulan


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 115 selepas rawatan dijalankan. Reka bentuk yang digunakan di dalam kajian ini ialah berbentuk Nonequivalent control group of pretest/post-test design (Jadual 1). Jadual 1 Reka bentuk kajian Kumpulan Ujian Pra Kaedah Ujian Pasca Penilaian Motivasi Kumpulan Kawalan √ Kaedah Konvensional √ - Kumpulan Rawatan √ Kaedah Frog VLE √ √ Jangkaan Dapatan Melalui kajian yang dijalankan, penyelidik berharap agar kaedah yang digunakan sewaktu PdPc di dalam kelas Pendidikan Islam dapat memberi peningkatan ke atas prestasi dan motivasi pelajar. Selain itu, diharapkan kaedah ini dapat membantu menarik minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam dan sekaligus meningkatkan gred purata mata pelajaran ini sewaktu peperiksaan SPM kelak. Sehubungan dengan itu juga, diharapkan para guru terus dapat menggunakan kemudahan seperti aplikasi Frog VLE ini sebagai alternatif untuk mengajar selain daripada kaedah chalk and talk yang selalu digunakan sebelum ini. Bagi mengubah persepsi pelajar terhadap mata pelajaran ini serta meningkat motivasi belajar mereka, guru juga perlu memainkan peranan utama terlebih dahulu untuk mengubah corak pengajaran. Terdapat pelbagai kaedah terkini yang boleh digunakan dalam pengajaran dengan mengaplikasikan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi atau penggunaan multimedia. Mohd Noorhadi & Zurinah (2017), berpendapat bahawa para pelajar perlu didedahkan dengan penggunaan ICT agar ianya dapat meningkatkan kemahiran untuk mendapatkan maklumat serta pengetahuan mereka dalam PdPc, sama ada di dalam atau diluar bilik darjah. Guru-guru perlu menggunakan amalan pengajaran yang lebih berkesan untuk merangsang kemahiran berfikir dalam pengajaran harian (Rohaida Yusop, 2015). Rujukan Abd Rahman, R, et al. (2017). Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kehidupan Insan: Integrasi Konsep Dualiti (Konvensional Dan Islam) Dalam Silibus Kursus Pengantar It. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 4 (1). Abdullah, A., Sulaiman, Ab., Wan Abdullah, W., & Zakaria, H. (2014). Faktor-faktor Yang mempengaruhi Motivasi Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 10, 104– 121. Abdullah, N., Noh, M. N., & Nik, Y, N, A. (2014). Aplikasi Persekitaran Pengajaran Maya ( Frog Vle ) Dalam Kalangan Guru Sains. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 3(2), 63–76. Aloysius, A., & Othman, Y. (2017), Keberkesanan Peta Pemikiran Dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Esei Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 6. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7 (1), 44-55. Ayob, A. (2015). Pengadaptasian proses konstruktivisme dalam pengajaran penulisan karangan fakta berasaskan bahan multimedia: Kajian persepsi guru Bahasa Melayu sekolah menengah. Local Governments for Sustainability (Iclei). Bacotang, J. (2014). Pelaksanaan Kajian Kuasi-Eksperimen Untuk Mengenal pasti tahap Kemahiran Literasi Awal anak-Kanak Taska. International Language Conference (ILC). Baru, S, A., Abdullah, L., Ali, A., & Yusoff, H. (2014). Pemodelan Penerimaan Pelajar Terhadap Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE). Journal of Business and Social Development, 2(2), 36-47. Catur, H., Rohmad, A., Jannati, M., Ayu Z., & Hajar, K.(2018). Penggunaan Information and Communication Technologies Dalam Pembelajaran Jenjang SMP di Yogyakarta. Jurnal Kajian Ilmiah Universitas Bhayangkara Jakarta Raya, 18 (2), 146 -154.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 116 Halili, S. H. & Suguneswary. (2016). Penerimaan Guru Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Berasaskan Model TAM Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Tamil. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 4(2), 31-41. Hamid, Z. & Mohd. Yusof, S. (2014). Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Frog VLE Bagi Matapelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Rendah. Proceeding of First International Education Post Graduate Seminar. Hasliza Hashim, Siti Munira Mohd Nasri, & Zarina Mustafa. (2016). Cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya frog di bilik darjah. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 31, 115–129. Husin, N., Norul ‘Azmi, N, Z., Mat Daud, M. (2017). Pembelajaran Kolaboratif Melalui Aplikasi Telefin Pintar Dalam Pembelajaran Nahu. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi. 4(1), 43-63. Ibrahim, D. S., & Suardiman, S. P. (2014). Pengaruh Penggunaan E-Learning Terhadap Motivasi dan Prestasi Belajar Matematika Siswa SD Negeri Tahunan Yogyakarta. Jurnal Prima Edukasia, 2(1), 66-79. Lapammu, S. & Mahamod, Z. (2018) Tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar tingkatan 4 terhadap penggunaan pembelajaran persekitaran maya VLE Frog dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1). 53-62. Lee, B.N.,( 2013). ICT dan Pengajaran-Pembelajaran Sejarah Di Sekolah. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi . Manizar, E. (2015). Peran guru sebagai motivator dalam belajar. Tadrib: Jurnal Pendidikan Agama Islam, 1(2), 173–187. Maulana, F. H., Hamid, D, Mayoan, Y. (2015). Pengaruh Motivasi Intrinsik, Motivasi Ekstrinsik dan Komitmen Organisasi terhadap Kinerja Karyawan Pada Bank BTN Kantor Cabang Malang. Jurnal Administrasi Bisnis S1 Universitas Brawijaya, 22(1). 1-8. Mohammad Bakari, A., & Kamaruddin, R. (2016). Faktor Ekstralinguistik : Motivasi dalam Pembelajaran Bahasa Kedua dalam Kalangan Pelajar Asing di 5 Universiti di Malaysia. International Journal of The Malay Wold and Civilisation, 4(2), 83–92. Mohd Noor, M. S., & Megat Zakaria, M. A. Z. (2018). Motivation, Attitude and Performance Review among Primary Pupils through Virtual Learning Environment, International Journal of Engineering & Technology, 2(2013), 7–13. Mohd Nor, A., & Sharif, S. (2014). Penggunaan Bahan Visual di Kalangan Guru Teknikal. Jurnal Pemikir Pendidikan, 5, 79–98. Mohd. Yusof, M. N, & Tahir, Z. (2017). Kepentingan Penggunaan Media Sosial Teknologi Maklumat Dalam pendidikan IPTA. Journal of Sains Sosial and Humanitie, 12(3), 1-10. Mokhtar, A. & Mahamod, Z. (2018). Jenis-jenis Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu Berdasarkan Tajuk Pengajaran Guru Bahasa Melayu Berdasarkan Tajuk Pengajaran, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1), 22-32. Razali, N. Z., Bahador, Z. & Mohd Kasri, S. (2017) Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan VLE FROG dalam kalangan guru di Sekolah Menengah. Proceedings of the ICECRS. Sari, P. (2015). Memotivasikan Belajar Dengan Menggunakan E-Learning. Jurnal Ummul Qura, 6(2), 20–35. Shahaimi, S., & Khalid, F. (2017). Persepsi Guru Terhadap Ciri-Ciri Inovasi VLE Frog Di Sekolah D WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Negeri Selangor. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017). Siaw, N, H. & Umbit, A, F.( 2015). A pilot study on factors affecting the use of Frog virtual learning environment. Jurnal Penyelidikan IPG KBL, 12, 1-17. Siong, W. W., & Osman, K. (2018). Pembelajaran Berasaskan Permainan dalam Pendidikan Stem dan Penguasaan Kemahiran Abad Ke-21. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities, 3, 121-135. Suprihatin, S. (2015). Upaya Guru Dalam Meningkatkan Motivasi Belajar Siswa. Jurnal Program Studi Pendidikan Ekonomi, 3(1), 73-82. Susanti, L. (2015). Pemberian Motivasi Belajar Kepada Peserta Didik Sebagai Bentuk Aplikasi Dari Teori-Teori Belajar. Jurnal Pendidikan Pancasila Kewarganegaraan dan Hukum, 10(2), 71–83. Vebrianto, R & Osman, K. (2012). Keberkesanan Penggunaan Pelbagai Media Pengajaran dalam Meningkatkan Kemahiran Proses Sains dalam Kalangan Pelajar, Jurnal Pendidikan Malaysia, 37(1), 1-11. Yi, W. C., Yin, K. Y., & Zakariya, Z. (2017). Anjakan Pembelajaran Konvensional Kepada Pembelajaran Aktif: Impak Terhadap Masa Pembelajaran Pelajar. International Journal of Education, Psychology and Counselling, 2(5), 177-191. Yusop, R. & Mahamod, Z. (2015), Keberkesanan Peta Pemikiran (I-Think) Dalam Pencapaian Penulisan Bahasa Melayu Murid Tahun 6. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5 (2), 31-37


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 117 Zakaria, S, N. (2015). Kesan Pendekatan Konstruktivisme dan Pendekatan Tradisional Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(2), 12–21.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 118 STRATEGI PEMBELAJARAN FIZIK DAN FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMILIHAN DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT Nur Fazrin Mohd Shahril dan Lilia Halim Abstrak Strategi pembelajaran Fizik merupakan kaedah ataupun teknik yang diamalkan oleh para pelajar yang mengambil mata pelajaran Fizik dalam memahami dan mengulangkaji konsep Fizik yang telah dipelajari. Pemilihan strategi pembelajaran yang bersesuaian dengan pelajar dilihat penting kerana pemahaman pelajar terhadap sesuatu konsep bergantung pada cara mereka mengulangkaji mata pelajaran. Tambahan pula dengan persaingan global yang semakin sengit dengan kemunculan era Revolusi Industri 4.0, para pelajar perlu mahir dalam pemilihan strategi pembelajaran Fizik yang mampu mempersiapkan diri mereka untuk bersaing di peringkat global. Oleh kerana wujudnya kepelbagaian demografi dan latarbelakang dalam kalangan pelajar di Malaysia, jenis-jenis strategi pembelajaran Fizik yang digunakan oleh pelajar-pelajar ini juga dipengaruhi oleh beberapan faktor seperti peranan pelajar, peranan ibubapa, peranan rakan sebaya, peranan guru Fizik dan juga jantina pelajar. Kertas konsep ini akan membincangkan secara mendalam bagaimana faktor-faktor ini mempengaruhi pemilihan strategi pembelajaran Fizik pelajar. Hasil daripada perbincangan kertas konsep ini diharapkan akan mampu membantu para pengkaji dalam melakukan kajian untuk strategi pembelajaran Fizik serta guru-guru Fizik dalam menambahbaikan amalan mereka. Kata Kunci: Strategi Pembelajaran, Fizik, Faktor-Faktor. Pengenalan Setiap industri yang wujud di muka bumi ini mengalami perubahan di atas pengaruh fenomena globalisasi dan juga modenisasi. Perkara ini juga tidak terkecuali kepada industri pendidikan (Aslina et al., 2019; Xing & Marwala, 2017; Misra, 2012). Fenomena modenisasi yang sering kali disebut kini adalah Revolusi Industri 4.0, di mana ia didefinisikan sebagai pengintegrasian mesin canggih, robot, teknologi digital, serta artificial intelligence dalam kehidupan harian sebagai pemudah cara bagi manusia. Akan tetapi, seiring dengan kemajuan industri yang digerakkan oleh artificial intelligence serta teknologi serba canggih ini, kemahiran-kemahiran yang dikehendaki oleh pihak industri turut berubah (WEF, 2018; Xing & Marwala, 2017). Namun persoalannya adalah, adakah pelajar di Malaysia mempunyai kemahiran-kemahiran yang dikatakan ini? Berdasarkan laporan yang telah dikeluarkan oleh World Economic Forum (WEF), satu senarai perbandingan kemahiran-kemahiran yang dijangkakan akan mendapat permintaan tinggi oleh pihak industri pada tahun 2018 dan 2022 dapat diperhatikan, seperti yang dinyatakan pada Jadual 1.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 119 Jadual 1 Senarai kemahiran yang menjadi permintaan oleh pihak industri pada tahun 2018 dan 2022. Tahun 2018 Tahun 2022 Pemikiran analitik dan inovasi Pemikiran analitik dan inovasi Penyelesaian masalah kompleks Pembelajaran aktif dan strategi pembelajaran Pemikiran kritikal dan analisis Kreativiti, keaslian dan inisiatif Pembelajaran aktif dan strategi pembelajaran Rekabentuk teknologi dan pengaturcaraan Kreativiti, keaslian dan inisiatif Pemikiran kritikal dan analisis Ketumpuan kepada perincian dan kebolehpercayaan Penyelesaian masalah kompleks Kecerdasan emosi Kepimpinan dan pengaruh sosial Penyelesaian masalah, penaakulan dan pembentukan idea Kecerdasan emosi Kepimpinan dan pengaruh sosial Penyelesaian masalah, penaakulan dan pembentukan idea Penyelarasan dan pengurusan masa Analisis dan penilaian sistem Sumber: World Economic Forum (2018) Apabila merujuk pada Jadual 1, didapati kemahiran seperti pembelajaran aktif dan strategi pembelajaran, serta kemahiran kreativiti, keaslian dan inisiatif akan meningkat naik dari segi permintaan. Kemahiran yang ingin ditekankan bagi kertas akademik ini adalah kemahiran strategi pembelajaran. Istilah strategi pembelajaran bukanlah satu istilah yang asing dalam bidang kajian pendidikan ini (Gengle et al., 2017; Roshidah, 2017; Sokoloff, 2016; Chiou et al., 2013; Mohamad Azrien & Zamri, 2011; Karamustafaoglu, 2009; Zamri & N Suriya, 2007; Labudde et al., 2000), tetapi kajian strategi pembelajaran masih lagi tidak mencukupi bagi bidang ilmu Fizik di Malaysia. Hal ini kerana kajian bagi strategi pembelajaran seringkali tertumpu kepada kajian pembelajaran Bahasa (Roshidah, 2017; Mohamad Azrien & Zamri, 2011) dan jarang tertumpu kepada strategi pembelajaran untuk mata pelajaran sains, apatah lagi Fizik. Akan tetapi, untuk mencapai status negara yang berinovatif tinggi dan maju seperti yang telah dihasratkan dalam Wawasan 2020 (MOSTI, 2016), kajian terhadap strategi pembelajaran Fizik pelajar adalah perlu. Strategi pembelajaran adalah teknik ataupun pendekatan yang digunakan oleh seseorang dalam meningkatkan pemahaman dalam perkara yang dipelajari. Bagi aspek pendidikan Fizik, pengkaji bagi bidang ini bertanggungjawab untuk melihat bagaimana pelajar mempelajari Fizik (Chiou et al., 2013), terutamanya pada era modenisasi ini. Antara teori strategi pembelajaran yang terkenal adalah daripada Biggs (1988), di mana teori tersebut memperihalkan tentang tiga jenis pendekatan pembelajaran yang digunakan para pelajar. Tiga pendekatan ini adalah pendekatan secara permukaan (surface approach), pendekatan secara mendalam (deep approach), dan pendekatan untuk pencapaian (achieving approach). Pemilihan strategi pembelajaran yang bersesuaian adalah penting kerana ia memberi pengaruh terhadap hasil pembelajaran pelajar dari aspek pencapaian akademik dan juga pemahaman mereka (Chiou et al., 2013; Zamri & N Suriya, 2007; Neathery, 1992). Dan dalam pemilihan strategi pembelajaran ini, terdapat faktor-aktor yang mempengaruhinya.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 120 Pada permulaannya, pemilihan strategi pembelajaran ini berpandukan motif belajar sesorang dan pendekatan yang dilihat adalah bersesuaian dengan diri mereka (Biggs, 1988). Akan tetapi, terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi pemilihan tersebut, seperti peranan diri pelajar dan juga faktor persekitaran pembelajaran pelajar. Antara faktor-faktor yang didapati memberi pengaruh terhadap pemilihan strategi pembelajaran pelajar adalah minat dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran, jantina pelajar, tahap pendidikan ibubapa, tahap pendapatan ibubapa, serta pengaruh persekitaran pelajar (Glaze, 2018; Chiou et al., 2013; Karamustafaoglu, 2009; Zamri & N Suriya, 2007). Perspektif masyarakat terhadap pelajar lepasan sains ataupun pendidikan sains adalah terarah kepada pandangan negative. Hal ini disebabkan oleh pelajar-pelajar ini seringkali tidak mempunyai pemahaman yang mencukupi dan bertepatan dengan bidang yang diwakili mereka (Glaze, 2018), iaitu bidang Sains serta Fizik. Berdasarkan laporan analisis bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2017, 2018 dan 2019 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020; Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019) yang boleh dirujuk pada Jad. 2, terdapat beberapa perkara yang perlu disoroti. Jadual 2 Perbandingan keputusan SPM untuk mata pelajaran Fizik bagi tahun 2017, 2018, dan 2019. Tahun Peratusan calon Bil. Duduki GPMP Cemerlang A+, A, AKepujian B+, B, C+, C Lulus D, E Gagal G 2019 23.4 58.5 17.3 0.8 97,759 4.25 2018 22.5 60.3 16.6 0.6 102,189 4.27 2017 24.8 59.0 15.6 0.6 111,141 4.09 Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (2020) & Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Berdasarkan Jadual 2, meskipun berlaku peningkatan bagi bilangan pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang bagi mata pelajaran Fizik pada tahun 2019 berbanding tahun 2018, namun bilangan pelajar yang mendapat keputusan gagal turut meningkat. Tambahan pula, bilangan pelajar yang menduduki peperiksaan Fizik juga didapati semakin berkurangan jika dibandingkan dengan bilangan pelajar pada tahun 2017. Hal ini boleh dikaitkan dengan pemilihan strategi pembelajaran Fizik yang tidak bersesuaian dengan pelajar yang memberi pengaruh ke atas hasil pembelajaran, sikap dan minat terhadap Fizik (Teoh et al., 2014). Sehubungan dengan itu, kajian berkenaan strategi pembelajaran Fizik pelajar dilihat penting untuk dijalankan, terutamanya pada era yang dikelilingi oleh alat peranti canggih serta dunia yang tanpa sempadan ini. Kajian yang mampu untuk menjawab persoalan-persoalan seperti (1) ‘apakah strategi pembelajaran Fizik yang sering digunakan oleh para pelajar kini dalam meningkatkan pemahaman konsep Fizik?’; dan (2) ‘adakah faktor-faktor seperti peranan diri pelajara, peranan guru Fizik, dan peranan persekitaran pelajar mempengaruhi pemilihan strategi pembelajaran Fizik pelajar?’.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 121 Strategi Pembelajaran A. Strategi pembelajaran Strategi pembelajaran boleh didefinisikan secara umum sebagai teknik ataupun pendekatan yang diguna pakai oleh pelajar dalam meningkatkan pemahaman mereka terhadap sesuatu konsep yang dipelajari. Menurut Biggs (1988), pelajar menyesuaikan pendekatan pembelajaran mereka berdasarkan motif pembelajaran mereka serta teknik yang mereka selesa gunakan. Teoh et al. (2014) berpendapat bahawa strategi pembelajaran pelajar adalah bergantung kepada bagaimana pelajar memproses dan mengurus maklumat. Biggs (1988) membincangkan berkenaan tiga jenis pendekatan pembelajaran, iaitu pendekatan secara permukaan (surface approach), pendekatan secara mendalam (deep approach), dan juga pendekatan pencapaian (achieving approach). Berdasarkan kerangka matriks pendekatan pembelajaran (matrix framework of learning approaches) yang telah diperkenalkan oleh Leung et al. (2004), pemilihan strategi pembelajaran adalah berkait rapat dengan motif pembelajaran seseorang dan gabungan kedua aspek ini akan menentukan jenis pendekatan pembelajaran pelajar. Kerangka matriks ini boleh dirujuk pada Jad. 3. Jadual 3 Kerangka matriks pendekatan pembelajaran. Motif Permukaan (MPm) Motif Mendalam (MM) Motif Pencapaian (MPc) Strategi Permukaan (SPm) Pendekatan Permukaan (PPm) Pelajar tidak berkehendak untuk meluangkan masa pembelajarannya kerana tidak berminat pada mata pelajaran tersebut Pendekatan Tiada Galakan (PTG) Berminat pada mata pelajaran, namun persekitaran pembelajaran menyebabkan pelajar hilang minat Pendekatan Mengelak Kegagalan (PMKg) (Pencapai berkehendak rendah) Risau akan kegagalan. Gemar kepada tugasan yang mudah dan mempunyai kadar kejayaan tinggi untuk merasai efikasi kendiri Strategi Mendalam (SM) Pendekatan Galakan (PG) Tidak berminat pada mata pelajaran tetapi terdorong kerana persekitaran pembelajaran yang bagus Pendekatan Mendalam (PM) Berminat pada mata pelajaran, jadi pelajar berkehendak meluangkan masanya untuk membaca bahan yang berkaitan Pendekatan Mencapai Kejayaan (PMKj) (Pencapai berkehendak tinggi) Bersifat agresif dan mempunyai minda yang kuat untuk menang. Semakin sukar tugasan, semakin hebat kejayaan yang dicapai. Maka, faktor yang mampu memberi motivasi kepada pelajar adalah cabaran yang berdaya saing Strategi Pencapaian (SPc) Pendekatan Risau Kegagalan (PRK) Tidak mempunyai minat terhadap mata pelajaran tetapi risau mendapat pencapaian tidak bagus, maka pelajar berusaha keras Pendekatan Berusaha Keras (PBK) Berminat pada mata pelajaran dan pelajar adalah seorang yang berusaha keras Pendekatan Pencapaian (PPc) Mempunyai ciri-ciri pencapai berkehendak tinggi dan rendah, tetapi tidak mengambil kira apa jenis strategi pembelajaran yang digunakan kerana apa yang ingin dicapai pada akhirnya adalah markah yang tinggi Sumber: Leung et al. (2004)


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 122 Merujuk kepada Jad. 3, Leung et al. (2004) telah mengemukakan sembilan jenis pendekatan pembelajaran dan pendekatan pembelajaran ini mempunyai pendekatan yang negatif serta positif. Pendekatan yang ditulis dalam perkataan serong merupakan pendekatan pembelajaran yang negatif, iaitu pendekatan permukaan (PPm), pendekatan galakan (PG), pendekatan risau kegagalan (PRK), pendekatan tiada galakan (PTG) dan pendekatan mengelak kegagalan (PMKg). Manakala bagi pendekatan yang positif pula adalah pendekatan mendalam (PM), pendekatan berusaha keras (PBK), pendekatan mencapai kejayaan (PMKj) dan pendekatan pencapaian (PP). Pendekatan pembelajaran ini adalah hasil gabungan motif pembelajaran serta strategi pembelajaran yang diguna pelajar. Tambahan kepada pernyataan itu, kajian-kajian lepas ada melaporkan bahawa ia turut dipengaruhi oleh minat, keyakinan diri pelajar, persekitaran pembelajaran, peranan guru, matlamat pembelajaran, serta pengalaman pembelajaran lepas (Djudin, 2018; Teoh et al., 2014; Zamri & N Suriya, 2007). Kenyataan ini adalah seiring dengan kajian Leung et al. (2004), di mana beliau melaporkan bahawa minat dan persekitaran pembelajaran mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pemilihan strategi pembelajaran pelajar. Strategi pembelajaran juga mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian pelajar. Pelajar yang tidak berjaya dalam memilih strategi pembelajaran yang bersesuaian dikatakan akan memperolehi pencapaian yang kurang memberangsangkan serta pembelajaran yang dilalui mereka adalah secara pasif (Gengle et al., 2017). Hal ini turut berlaku kerana pelajar tersebut tidak mempunyai pengetahuan berkenaan strategi dan cara menggunakannya (Cetingoz & Ozkal, 2009). B. Strategi pembelajaran Fizik Bagi mata pelajaran Fizik yang bersifat abstrak, kompleks dan mempunyai pengenalan kepada simbol serta istilah baharu pada setiap topik (Djudin, 2018; Mohd Noor Badlishah et al., 2016; Ogunkola & Samuel, 2011), pelajar seharusnya menggunakan strategi pembelajaran mendalam ataupun pendekatan pembelajaran yang bersifat positif agar pemahaman konsep Fizik dapat diperolehi. Maka strategi pembelajaran Fizik merupakan satu perancangan yang menyatakan susunan tindakan yang perlu dilakukan serta garis panduan dan peraturan yang mampu membawa kepada membuat keputusan dalam penyelesaian masalah secara efektif (Gengle et al., 2017). Hasil kajian oleh Chiou et al. (2013) telah menunjukkan bahawa strategi pembelajaran Fizik seperti penghafalan, pengujian, pengiraan dan latihan adalah dikategorikan di bawah pendekatan secara permukaan. Manakala strategi pembelajaran seperti peningkatan pengetahuan, pengaplikasian, pemahaman, dan melihat dari sudut baharu dikategorikan sebagai pendekatan secara mendalam (Chiou et al., 2013). Glaze (2018) berpendapat bahawa pelajar yang mempelajari Sains seharusnya akan mengalami peningkatan dari aspek tahap literasi saintifik pelajar pada akhir sesi pembelajaran mereka. Maka strategi pembelajaran seperti menghafal, pengujian, melakukan pengujian dan pengiraan seharusnya kurang diamalkan oleh para pelajar kerana strategi-strategi ini adalah strategi pada tahap permukaan. Pelajar yang menggunakan strategi-strategi ini belajar secara pasif, menghafal konsep hanya untuk jangka masa pendek, tidak berminat untuk menerokai dengan lebih lanjut, dan menganggap pembelajaran Sains hanya merangkumi penyalinan nota dan menulisnya kembali (Teoh et al., 2014; Chiou et al., 2013). Tambahan pula, pelajar seringkali risau akan pencapaian yang tidak bagus dalam Fizik, maka mereka mengambil


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 123 langkah untuk menggunakan strategi pembelajaran permukaan agar mereka mampu mencapai markah yang baik (Djudin, 2018). Antara cadangan-cadangan strategi pembelajaran Fizik yang diketengahkan oleh kajian-kajian lepas adalah pembelajaran aktif, pembelajaran berpusatkan pelajar, pembelajaran berdasarkan masalah (penyelesaian masalah), pengajaran kooperatif (interaksi pelajar-pelajar), melakukan inkuiri, strategi induktif, penggunaan permainan dan simulasi, dan penggunaan bimbingan bantuan komputer (computer assisted instruction) (Glaze, 2018; Gengle et al., 2017; Chiou et al., 2013). Berdasarkan cadangan-cadangan ini, kebanyakannya adalah merujuk kepada strategi mendalam dan strategi pencapaian, di mana ia tertumpu kepada membina pengetahuan pelajar secara konstruktif dan mampu menarik minat pelajar dalam meningkatkan pemahaman konsep Fizik. Selain daripada itu, cadangan daripada kajian-kajian ini bersepadanan dengan strategi mendalam dan strategi pencapaian seperti yang telah dilaporkan oleh kajian-kajian lepas (Leung et al., 2004; Biggs, 1988). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Strategi Pembelajaran A. Peranan pelajar Setiap pelajar mempunyai personality dan karakter diri yang berbeza, maka semestinya strategi pembelajaran mereka juga akan berbeza. Antara faktor yang menjadi dorongan kepada kejayaan pelajar adalah sikap dan minatnya terhadap mata pelajaran tersebut (Djudin, 2018; Mohamad Johdi et al., 2012; Centigoz & Ozkul, 2009). Definisi untuk istilah sikap adalah suatu kecenderungan tentang tahap kesukaan seseorang terhadap sesuatu subjek secara konsisten (Mohd Noor Badlishah et al., 2016). Manakala minat pula adalah apabila pelajar tersebut menunjukkan tarikan terhadap apa yang dipelajari (Djudin, 2018). Jika seseorang pelajar mempunyai sikap yang positif dan minat yang tinggi terhadap mata pelajaran Fizik, maka pelajar tersebut akan menggunakan strategi pembelajaran yang positif dan efektif (Teoh et al., 2014; Zamri & N Suriya, 2007). Minat dan sikap pelajar ini terhadap Fizik boleh dikategorikan kepada tiga, iaitu (1) berminat pada topik ataupun konsep Fizik yang tertentu; (2) berminat pada konteks tertentu dalam sesuatu topik yang dipelajari; dan (3) berminat pada aktiviti handson tertentu yang melibatkan kedua topik serta konteks Fizik (Djudin, 2018). Pelajar yang memiliki minat yang tinggi terhadap mata pelajaran Fizik juga dikatakan akan meningkatkan usaha dalam mendalami ilmu pengetahuan dengan menerokai dan melakukan perkaitan di antara konsep Fizik yang dipelajari dengan pengalaman kehidupan harian mereka (Mohd Noor Badlishah et al., 2016). Jelas bahawa dengan memiliki sikap yang positif dan minat yang berpadanan terhadap Fizik, pelajar akan berusaha dalam mendalami ilmu Fizik dan seterusnya merancang strategi pembelajaran yang bersesuaian. Namun begitu, meskipun ianya adalah unggul untuk menganggap pelajar yang mempunyai minat akan mempunyai strategi pembelajaran yang paling berkesan, faktor-faktor seperti persekitaran pembelajaran pelajar dan strategi pengajaran serta galakan daripada guru Fizik turut memberi pengaruh kepada pemilihan strategi pembelajaran Fizik pelajar (Djudin, 2018; Glaze, 2018; Zamri & N Suriya, 2007). Pada era ini, di mana setiap bahan pembelajaran boleh di akses pada atas talian, pemilikan gajet canggih seperti telefon pintar dan tablet pintar dilihat sebagai satu keperluan untuk pelajar bagi memenuhi inkuiri dan rasa ingin tahu mereka. Para pelajar selalunya ditanggung oleh ibubapa mereka, daripada penyediaan keperluan harian sehingga keperluan persekolahan pelajar. Sehubungan dengan itu, aspek yang dilihat sebagai satu keperluan untuk


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 124 dikaji adalah hubungan di antara tahap pendapatan ibubapa dengan strategi pembelajaran anak mereka. Kajian oleh Mohamad Johdi et al. (2012) menyatakan bahawa kestabilan ekonomi ibubapa pelajar memberi pengaruh ke atas kesediaan keperluan persekolahan pelajar, di mana ia menjadi faktor yang mendorong kepada pelajar untuk bermotivasi dalam pembelajaran. Pelajar yang mempunyai latar belakang sosio ekonomi yang baik seringkali mempunyai pendidikan yang lebih baik berbanding pelajar yang bertentangan dengannya. Bagi pelajar yang mempunyai ibubapa berpendapatan rendah, mereka adalah lebih cenderung untuk tidak mempelajari ataupun menceburi bidang Sains dan Matematik (Considine & Zappala, 2002). Hal ini disebabkan oleh jumlah perbelanjaan yang telah dilakukan oleh ibubapa yang berpendapatan tinggi ini membuahkan hasil terhadap kejayaan anak-anak mereka (Mayer, 2010). Meskipun terdapat kajian yang melaporkan terdapat hubungan yang positif di antara tahap pendapatan ibubapa dan tahap akademik pelajar (Machebe et al., 2017), tetapi terdapat juga kajian yang melaporkan sebaliknya. Meskipun tahap pendapatan ibubapa seorang pelajar itu adalah rendah, tetapi tahap pendidikan ibubapa lebih memainkan peranan penting dalam pendidikan pelajar (Considine & Zappala, 2002). Sikap, tahap pengetahuan terhadap Fizik, dan kekerapan melibatkan diri dengan teknologi serta konsep Fizik dalam kehidupan harian ibubapa mempengaruhi tahap galakan dan jangkaan mereka kepada pencapaian Fizik anak mereka (Labudde et al., 2000). Kekurangan galakan dan sokongan daripada ibubapa menyebabkan pelajar mengurangkan usaha dalam pembelajaran, menghindari daripada menggunakan pendekatan pembelajaran yang berkesan serta tidak meminta bantuan akademik ketika memerlukannya (Turner et al., 2002). Berdasarkan hasil kajian oleh Considine & Zappala (2002) dan Rana et al. (2015), pelajar yang mempunyai latar belakang ibubapa berpendidikan tinggi ataupun mempunyai kelulusan akan mempunyai kemungkinan yang lebih baik berbanding pelajar yang mempunyai latar belakang ibubapa yang tidak berkelulusan. Maka boleh disimpulkan bahawa pelajar yang mempunyai latar belakang ekonomi yang stabil ataupun tinggi akan memiliki kelebihan dari aspek kemudahan fasiliti pembelajaran dan sokongan ekonomi daripada ibubapa mereka, akan tetapi faktor ini tidak menentukan secara tepat jika ia memberi pengaruh kepada pencapaian akademik pelajar. Begitu juga dengan pelajar yang mempunyai ibubapa berpendidikan ataupun berkelulusan, meskipun mereka tidak mempunyai kemampuan dalam penyediaan keperluan pembelajaran pelajar. Namun berdasarkan pengalaman pembelajaran lepas ibubapa, ia dapat memberi bimbingan pada strategi pembelajaran pelajar. B. Peranan guru Pelajar meluangkan separuh daripada hari mereka di sekolah, maka adalah tidak janggal jika guru memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan pelajar. Kajian-kajian lepas berkenaan strategi pembelajaran turut menunjukkan bahawa pengaruh guru terhadap strategi pembelajaran pelajar mempunyai hubungan yang signifikan (Gengle et al., 2017; Zamri & N Suriya, 2007). Perancangan sesi pengajaran oleh guru yang berdasarkan keperluan, anggapan awal, dan juga kesalah fahaman pelajar terhadap Sains ataupun Fizik mampu menghasilkan pelajar yang mempunyai asas konsep yang kukuh untuk masa hadapan mereka (Glaze, 2018). Guru berperanan untuk mempelbagaikan penggunaan pendekatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan ianya bertepatan dengan gaya dan strategi pembelajaran pelajar. Gengle et al. (2017) berpendapat bahawa apabila berlakunya penyebatian pendekatan


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 125 pengajaran dan pembelajaran, ia secara tidak langsung akan meningkatkan keberkesanan strategi untuk membaik pulihkan tahap akademik pelajar. Seringkali pelajar akan berasa bosan dan kurang berminat terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran Sains ataupun Fizik. Meskipun telah banyak kajian yang menyarankan pelbagai strategi pengajaran yang berkesan (Gengle et al., 2017), namun sesi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Fizik masih lagi dijalankan secara syarahan ataupun chalk-and-talk. Bagi mengelakkan situasi begini daripada berlaku, guru Fizik perlu menyesuaikan strategi pengajaran mereka agar pencapaian pelajar akan dipengaruhi secara positif (Turner et al., 2002). Haussler & Hoffman (2000) mencadangkan pemupukan minat pelajar terhadap Fizik boleh dilakukan melalui konteks yang terperinci: (1) untuk membina persaingan praktikal, Fizik dalam kenderaan; (2) Fizik sebagai perusahaan sosio-ekonomi; (3) untuk menambahbaik pengalaman secara emosi, Fizik sebagai kenderaan; (4) Fizik sebagai perusahaan saintifik yang mencabar intelek; dan (5) Fizik sebagai kenderaan untuk kualiti dunia pekerjaan. Guru yang berpengetahuan tinggi dalam Fizik pasti akan berkeyakinan dalam pengurusan bilik darjah dan sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru yang memiliki ciri-ciri ini menggunakan strategi pengajaran dan galakan motivasi yang berbeza jika dibandingkan dengan guru yang rendah tahap pengetahuan konsepnya (Turner et al., 2002). Selain daripada itu, kesan daripada guru yang melayan pelajar-pelajar berdasarkan tahap pencapaian akademik mereka turut mempengaruhi strategi pembelajaran yang diamal oleh pelajar (Hughes & Zhang, 2008). Pelajar yang mempunyai pencapaian rendah didiskriminasikan oleh guru dan menyebabkan pelajar-pelajar ini hilang minat pada mata pelajaran Fizik serta mengambil sikap sambal lewa dalam pembelajaran Fizik mereka. C. Peranan persekitaran pelajar Selain daripada peranan diri dan peranan guru Fizik, faktor persekitaran pelajar turut dilihat mempengaruhi pemilihan strategi pembelajaran Fizik. Djudin (2018) menyatakan persekitaran keluarga dan ketersediaan kemudahan pembelajaran serta infrastruktur yang mencukupi akan mempengaruhi minat dan sikap pelajar terhadap Fizik. Bagi persekitaran pembelajaran pelajar, perkara yang ingin disentuh bagi kertas konsep ini adalah dari aspek peranan rakan sebaya dalam kelas serta kesediaan infrastruktur dan fasiliti di sekolah. Kajian terhadap pengaruh rakan sebaya ke atas pelajar telah banyak dilakukan, terutamanya ke atas perkembangan seseorang pelajar dari aspek psikologi. Perkara ini secara tidak langsung akan memberikan kesan ke atas strategi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar. Pelajar yang dikelilingi rakan-rakan yang mempunyai minat dan sikap yang positif terhadap Fizik akan turut terpengaruh kerana berlakunya interaksi sosial di antara mereka (Hurst et al., 2013). Kajian Hughes & Zhang (2008) melaporkan bahawa pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi seringkali mempunyai interaksi yang baik dengan rakan sekelas yang lain serta melibatkan diri dengan baik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, perkongsian ilmu dan perbincangan berkumpulan di antara rakan sekelas merupakan salah satu strategi pembelajaran Fizik yang berkait dengan rakan sekelas. Terdapat pelbagai jenis sekolah di Malaysia, antara jenis sekolah tersebut adalah sekolah harian, sekolah berasrama penuh dan juga sekolah agama. Considine & Zappala (2002) berpendapat bahawa jenis sekolah yang dihadiri pelajar turut memberi pengaruh kepada pembelajaran pelajar, di mana pelajar sekolah swasta mempunyai kelebihan dari aspek fasiliti


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 126 sekolah, tahap jangkaan guru serta pencapaian akademik. Kemudahan perpustakaan yang mengandungi buku rujukan yang mencukupi serta makmal komputer yang mempunyai capaian internet dilaporkan mempunyai kesan yang positif terhadap pencapaian akademik pelajar (Irfan & Shabana, 2012). Kemudahan fasiliti pembelajaran dalam kelas dan juga kelengkapan instrumen dalam makmal Fizik turut mempengaruhi strategi pembelajaran pelajar bagi aspek ruang untuk pelajar melakukan inkuiri dan penemuan. Kesimpulan dan Cadangan Secara kesimpulannya, pemilihan strategi pembelajaran Fizik yang bersesuaian dengan pelajar adalah penting kerana ia mampu mempengaruhi pemahaman, pencapaian serta penglibatan pelajar dalam bidang Fizik selepas tamat persekolahan. Meskipun sikap dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Fizik dilihat sebagai satu faktor yang memainkan peranan penting dalam pemilihan strategi pembelajaran Fizik, akan tetapi faktor-faktor seperti peranan guru Fizik, persekitaran pembelajaran pelajar dan latarbelakang ekonomi keluarga turut mempunyai peranan tersendiri. Kajian untuk melihat trend amalan strategi pembelajaran Fizik pelajar pada masa kini adalah perlu agar data untuk trend ini dapat dilihat. Tambahan pula, terdapat keperluan untuk mengetengahkan dan memperkenalkan jenis-jenis strategi pembelajaran Fizik agar pelajar, guru Fizik dan ibubapa dapat menambah baikan amalan pembelajaran Fizik di Malaysia. Berdasarkan kerangka matriks pendekatan pembelajaran, pengkaji akan dapat mengkategorikan strategi pembelajaran pelajar mengikut kategori-kategori tersebut. Daripada hasil kajian seperti ini, satu set data tentang jenis strategi pembelajaran Fizik pelajar di Malaysia akan dapat dipersembahkan. Selain itu, penyelidikan berkaitan pendidikan Fizik perlu dilakukan dengan lebih giat oleh pihak berkenaan untuk menyatakan masalah dan kelemahan subjek Fizik hingga menyebabkan pelajar kurang faham mengenai teori dan konsep sehingga menimbulkan trauma pada diri pelajar.Oleh itu, cadangan yang ingin dikemukakan untuk kajian seterusnya adalah, (1) kajian tinjauan ke atas trend amalan strategi pembelajaran Fizik para pelajar; (2) kajian kualitatif terhadap pelajar cemerlang Fizik tentang apakah strategi pembelajaran Fizik yang diamalkannya; dan (3) kajian tinjauan ke atas faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan strategi pembelajaran Fizik yang pelajar amalkan. Rujukan Aslina Baharum, Lim, Y. W., Farashazillah Yahya, Nadia Hanin Naziah, Nor Azida Mohamed Nor, Ismassabah Ismail, & Noorsidi Aizuddin Mat Noor. (2019) Mobile learning application: flipped classroom. Indonesian Journal of Electrical Engineering and Computer Science, vol. 17(2), pp. 1084-1090. Biggs, J. (1988) Assesing student approaches to learning. Australian Psychologist, vol. 23(2), pp. 197-206. DOI: 10.1080/00050068808255604 Biggs, J., Kember, D., & Leung, D. Y. P. (2001) The revised two factor study process questionnaire: R-SPQ-2F. British Journal of Educational Psychology, vol. 71, pp. 133-149. Cetingoz, D. & Ozkal, N. (2009) Learning strategies used by unsuccessful students according to their attitudes towards social studies courses. Procedia Social and Behavioral Sciences, vol. 1, pp. 1905-1913. Considine, G. & Zappala, G. (2002) The influence of social and economic disadvantage in the academic performance of school students in Australia. Journal of Sociology, vol. 38(2), pp. 129-148. Djudin, T. (2018) How to cultivate students’ interest in physics: a challenge for senior high school teachers. Jurnal Pendidikan Sains, vol. 6(1) March 2018, pp. 16-22. Gengle, H. I., Abel, M. A., & Mohammed, B. K. (2017) Effective teaching and learning strategies in science and mathematics to improve students’ academic performance in Nigeria. British Journal of Education, Society & Behavioural Science, vol. 19(1), pp. 1-7.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 127 Haussler, P. & Hoffman, L. (2000) A curricular frame for physics education: development, comparison with students’ interests, and impact on students’ achievement and self-concept. Science Education, vol. 84(12), pp. 689-705. Hurst, B., Wallace, R., & Nixon, S. B. (2013) The impact of social interaction on student learning. Reading Horizons: A Journal of Literacy and Language Arts, vol. 52(4), pp. 375-398. Irfan Mushtaq & Shabana Nawaz Khan. (2012) Factors affecting students’ academic performance. Global Journal of Management and Business Research, vol. 12(9), pp. 17-22. Labudde, P., Herzog, W., Neuenschwander, M. P., Violi, E., & Gerber, C. (2000) Girls and physics: teaching and learning strategies tested by classroom interventions in grade 11. International Journal of Science Education, vol. 22(2), pp. 143-157. DOI: 10.1080/095006900289921 Leung, M. Y., Ng, S. T., & Li, Y. K. (2004) Evaluating the learning approaches of construction students in Hong Kong through a matrix framework. J Prof Issues Eng Educ Pract, vol 130(3), pp. 189-196. Machebe, C. H., Ezegbe, B. N., & Onuoha, J. (2017) The impact of parental level of income on students’ academic performance in high school in Japan. Universal Journal of Educational Research, vol. 5(9), pp. 1614-1620. Mayer, S. E. (2010) Revisiting an old question: how much does parental income affect child outcomes. ISBN 0- 478-25121-1 Misra, S. (2012) Implications of globalization on education. Romanian Journal for Multidimensional Education, Romania, vol. 4(2), pp. 69-82. Mohamad Azrien Mohamed Adnan & Zamri Ghazali (2011) Persepsi pelajar terhadap penggunaan strategi pembelajaran bahasa dan efikasi kendiri: kajian ke atas pelajar universiti di Semenanjung Malaysia. Sarjana, vol.26(1) Jun 2011, pp. 81-99. MOSTI (2016) Dasar Sains, Teknologi, Dan Inovasi Negara. Neathery, M. F. (1992) Relationship between science achievement and attitudes towards science and additional school subjects. Dissertation Abstract Internasional, vol. 52(12). Rana Muhammad Asad Khan, Nadeem Iqbal, & Saima Tasneem. (2015) The influence of parents educational level on secondary school students academic achievements in district Rajanpur. Journal of Education and Practice, vol. 6(16), pp. 76-79. Roshidah Hassan (2017) Gaya dan strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Perancis. GEMA Online Journal of Language Studies, vol. 17(1) February 2017, pp. 125-146. ISSN: 1675-8021 Sokoloff, S. R. (2016) Active learning strategies for introductory light and optics. The Physics Teacher, vol. 54, pp. 18-22. DOI: 10.1119/1.4937966 Teoh, H. C., Maria Chong Abdullah, Samsilah Roslan & Shaffe Mohd Daud. (2014) Assessing students approaches to learning using a matrix framework in a Malaysian public university. SpringerPlus 2014, vol. 3(54). Turner, J. C., Meyer, D. K., Anderman, E. M., Midgley, C., Gheen, M., Kang, Y. & Patrick, H. (2002) The classroom environment and students’ reports of avoidance strategies in mathematics: a multimethod study. Journal of Educational Psychology, vol. 94(1), pp. 88-106. Xing, B. & Marwala, T. (2017) Implications of the fourth industrial age for higher education. The Thinker, Issue 73(Third Quarter 2017). Available: https://ssrn.com/abstract=3225331 World Economic Forum. (2018) The Future of Jobs Report 2018. ISBN 978-1-944835-18-7.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 128 POLA PENCAPAIAN HAFAZAN MURID TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA) NEGERI JOHOR Siti Nurjanah Mastor Mustafa, Siti Aisyah Johan dan Ajmain Safar Abstrak Terkini, perkembangan sekolah tahfiz semakin pesat. Pelaksanaan Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) merupakan salah satu kesinambungan daripada usaha kerajaan dalam memperkembang dan memperluas sekolah-sekolah yang menyediakan pendidikan tahfiz kepada murid sekolah menengah. Program TMUA ini mula dilaksanakan pada tahun 2014 secara berperingkat di seluruh negara. Setelah enam tahun pelaksanaan program ini, terdapat beberapa permasalahan yang berbangkit antaranya tahap pencapaian hafazan murid kurang memuaskan. Hasil kajian mendapati tidak semua murid yang mengikuti program ini dapat menghabiskan hafazan sebanyak 30 juzu’ al-Quran dalam tempoh lima tahun pengajian seperti yang digariskan oleh KPM. Justeru, pengkaji ingin melihat pola pencapaian hafazan murid di negeri Johor. Artikel ini diharapkan dapat memberi pendedahan awal kepada pembaca berkaitan permasalahan yang berlaku dalam pelaksanaan TMUA agar permasalahan ini dapat diatasi dengan sebaiknya di masa akan datang. Kata Kunci: Tahfiz Model Ulul Albab, Pola, Pencapaian, Al-Quran Pendahuluan Pendidikan tahfiz al-Quran semakin berkembang dan meluas di serata dunia. Begitu juga di negara Malaysia. Pendidikan tahfiz al-Quran di Malaysia terus berkembang dengan pesat bermula daripada kedatangan Islam ke Tanah Melayu sehingga sekarang. Pendidikan al-Quran bermula dari rumah ke rumah, pondok atau madrasah, seterusnya semakin meluas di sekolahsekolah kerajaan. Sehingga kini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan satu kurikulum baru dalam sistem pendidikan negara yang menekankan aspek al-Quran. Kurikulum Kebangsaan tersebut adalah Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT). Pelaksanaan KBT pula merupakan kesinambungan daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan individu golongan professional, teknokrat dan usahawan hafiz yang mengamalkan ajaran Islam (mutadayyin) dan memiliki pelbagai kemahiran ilmu selaras dengan FPK. Selain itu, proses untuk mencapai objektif yang digariskan oleh KPM dalam pelaksanaan KBT juga lebih menyeluruh. Ia bukan sahaja tertumpu kepada proses hafazan semata, akan tetapi ia juga menekankan ilmu lain iaitu ilmu Maharat al-Quran. Melalui ilmu Maharat al-Quran, pelajar didedahkan dengan pelbagai ilmu kemahiran al-Quran yang merangkumi tilawah, tajwid, adab al-Quran, ilmu qiraat, amali qiraat dan juga rasm uthmani. Kesan daripada penyusunan ilmu ini, pelajar akan menguasai lebih banyak kemahiran yang ada sebagaimana di dalam al-Quran. Tambahan lagi, program KBT ini akan melalui fasa penilaian di mana para pelajar akan diuji tahap hafazan masing-masing. Penilaian ini akan dilakukan melalui peperiksaanpeperiksaan yang dijalankan sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu peperiksaan SPM. Kesimpulannya, KBT merupakan kurikulum baru yang diperkenalkan oleh KPM dan masih dalam proses penilaian. Justeru, ia membuka banyak ruang dan peluang kajian serta penyelidikan untuk para sarjana bagi menilai dan memperbaiki serta memperkemas pelaksanaan kurikulum ini agar dapat mencapai objektif yang telah digariskan.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 129 Pernyataan Masalah Pendidikan tahfiz al-Quran berkembang begitu pesat di Malaysia disebabkan permintaan masyarakat yang terlalu tinggi, di samping kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menghafaz al-Quran (Abd Rahman Abd Ghani & Hashim, 2018). Walaupun pelaksanaannya sudah masuk tahun ke-6 (bermula tahun 2014), namun masih terdapat isu dan cabaran yang perlu diatasi dan diperbaiki. Setelah meneliti objektif dan kepentingan pelaksanaan KBT, masih terdapat kelompongan dan kelemahan untuk mencapai objektif tersebut. Isu dan cabaran-cabaran yang ada secara tidak langsung telah mengganggu dalam proses untuk mencapai objektif yang telah digariskan (Zulhilmi, Khairi, & Isha, 2018). Justeru, cabaran dan permasalahan yang ada perlu diatasi dan diperbaiki bersama bagi merealisasikan harapan negara. Antara permasalahan yang akan difokuskan dalam kajian ini adalah terdapat sebilangan pelajar yang tidak dapat menghabiskan hafazan mengikut masa yang telah diperuntukkan (Mardhiah, 2017; Hafiz et. al., 2018; Jamalil, 2017; Hassan et. al., 2015). Justeru, satu kajian dilaksanakan bagi melihat pola pencapaian hafazan murid TMUA di negeri Johor. Persoalan Kajian 1. Apakah pola pencapaian hafazan murid TMUA di negeri Johor mengikut tingkatan? 2. Apakah pola pencapaian hafazan murid TMUA di negeri Johor? Objektif Kajian 1. Mengenalpasti pola pencapaian hafazan murid TMUA di negeri Johor mengikut tingkatan. 2. Mengenalpasti pola pencapaian hafazan murid TMUA di negeri Johor. Sorotan Kajian Hasrat KPM melalui pelaksanaan KBT adalah untuk melahirkan golongan profesional hafiz yang berdaya kepemimpinan mantap dan seimbang dapat memberi sumbangan besar kepada transformasi pendidikan negara. Pengurus dan pentadbir sekolah diharapkan dapat memahami objektif pelaksanaannya dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Kejayaan pelaksanaan KBT amat bergantung kepada komitmen yang tinggi dan usaha gigih semua pihak demi kebaikan dan kemanfaatan agama, bangsa dan negara. Antara perkara utama yang perlu diperhatikan adalah objektif KBT tersebut. Objektif bagi KBT yang diterangkan dalam Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015 adalah; 1) melahirkan modal insan yang menghafaz dan memahami 30 juzu’ al-Quran. 2) melahirkan modal insan yang boleh menjalinkan hubungan dengan Allah, sesama manusia dan dengan kejadian alam berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah; 3) melahirkan modal insan yang mahir dalam bidang keagamaan dan profesional berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah; dan 4) melahirkan modal insan yang berupaya memberi pandangan dalam menyelesaikan masalah, memaksimumkan keupayaan berfikir serta berfikiran kreatif dan inovatif. Selain itu, maklumat asas pelaksanaan kurikulum bersepadu tahfiz 2016 juga menerangkan kepentingan KBT kepada sekolah, masyarakat, bangsa, agama dan negara. Kepentingan tersebut adalah untuk menyediakan bakal ulama, cendekiawan Islam yang menghafaz al-Quran yang berkaliber dan bertaraf dunia. Untuk itu kurikulum ini digubal


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 130 berhasrat melahirkan agamawan yang menghafaz al-Quran ke arah mencapai keredhaan Allah. Kefahaman yang sahih dari kurikulum ini dapat menjadi asas kukuh mempertahankan kesucian agama Islam dari ajaran sesat dan menyeleweng supaya masyarakat dapat menghindar diri dari kumpulan songsang yang sering muncul dalam masyarakat serta menyediakan Negara Malaysia sebagai hub pendidikan agama Islam bertaraf dunia. Walaupun pelaksanaannya sudah masuk tahun ke-6 (bermula tahun 2014), namun masih terdapat isu dan cabaran yang perlu diatasi dan diperbaiki. Setelah meneliti objektif dan kepentingan pelaksanaan KBT, masih terdapat kelompongan dan kelemahan untuk mencapai objektif tersebut. Isu dan cabaran-cabaran yang ada secara tidak langsung telah mengganggu dalam proses untuk mencapai objektif yang telah digariskan. Justeru, cabaran dan permasalahan yang ada perlu diatasi dan diperbaiki bersama bagi merealisasikan harapan negara. Cabaran tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu cabaran dari sudut sistem, cabaran dari sudut guru atau tenaga pengajar dan cabaran dari sudut pelajar. Cabaran dari sudut sistem pelaksanaan kurikulum di sekolah adalah masa yang diperuntukkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran tidak mencukupi (Mardhiah, 2017; Jamalil et. al., 2017). Selain itu, pengagihan aktiviti yang tidak seimbang di sekolah juga menjadi cabaran kepada pelajar untuk menyusun masa dengan baik bagi mencukupkan target hafazan mereka. Hal ini menjadi semakin rumit apabila masa yang diperuntukkan bagi proses pdpc tahfiz semakin singkat apabila berada di tahap menengah atas (Mardhiah, 2017). Masa pdpc tahfiz semakin singkat di menengah atas kerana pertambahan mata pelajaran akademik yang perlu diambil bertambah di tingkatan empat dan lima. Manakala daripada sudut guru tahfiz, terdapat dalam kalangan guru yang masih lemah dalam penguasaan ilmu dan pdpc (Mardhiah, 2017; Jamalil, 2017; Zulhilmi et. al., 2018). Oleh itu, mereka mengajar mengikut pengalaman terdahulu dan antaranya agak membosankan kerana menggunakan cara pengajaran yang lama. Hal ini juga berpunca daripada tiada modul pengajaran tahfiz yang standard untuk digunapakai dalam proses pdpc. Seterusnya, cabaran daripada sudut pelajar pula adalah terdapat sebilangan pelajar yang tidak dapat menghabiskan hafazan mengikut masa yang telah diperuntukkan (Mardhiah, 2017; Hafiz et. al., 2018; Jamalil, 2017; Hassan et. al., 2015). Selain itu, penguasaan ilmu tajwid dari sudut teori dan amali juga kurang diberi perhatian oleh pelajar (Firdaus, 2017; Hafiz, 2018). Menurut Hafiz et. al. (2018) juga, para pelajar gagal menguasai hafazan dengan baik dan tidak dapat menulis ayat al-Quran yang mereka telah hafaz dengan baik tanpa melihat kepada mushaf. Selain itu, mereka juga lemah dalam membezakan ayat-ayat mutashabihat al-Lafzi yang terdapat dalam al-Quran. Mereka mudah terkeliru dan tertukar ayat sekiranya terdapat perkataan-perkataan mutashabihat (Hafiz et. al., 2018) dan salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menguasai ilmu nahu (Zahriah et. al, 2016). Dalam konteks penghafaz al-Quran, mereka bukan sahaja membaca al-Quran, malah berusaha untuk menyimpan al-Quran dalam ingatan mereka. Dengan memahami nahu, mereka boleh menghafaz dengan lebih cepat kerana memahami ayat al-Quran yang dibaca dengan mudah tanpa perlu merujuk terjemahan al-Quran (Zahriah et. al, 2016). Manakala Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) merupakan sebuah program yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di sekolah-sekolah menengah dan menggunakan kurikulum KBT. Pendekatan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) menampilkan tiga ciri khusus iaitu berasaskan pendekatan Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik (Arniyuzie, 2015) ini telah dijadikan sebagai panduan asas pembinaan kurikulum TMUA di Malaysia. Walaupun setiap satu elemen ini memberikan pengertian yang berbeza, namun ianya saling berkesinambungan antara satu sama lain (Salmiah Othman & Eshah, 2016). Qur’nik merujuk kepada kemampuan menghafaz 30 juzuk ayat suci Al-quran serta menjadikan Al-quran sebagai satu budaya hidup seharian. Ensiklopedik pula dilihat kepada


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 131 kebolehan menjadi pakar rujuk dalam pelbagai bidang ilmu dan bahasa. Manakala Ijtihadik pula adalah keupayaan menyumbang idea, membuat penyelesaian masalah, menginovasi dengan memaksimumkan hikmah akal fikiran yang dikurniakan Allah s.w.t sebaik mungkin (Rohaizan, Zulkifli dan Abdul Hakim, 2014). Ketiga–tiga konsep ini adalah bersesuaian dan selari dengan aspirasi yang ditetapkan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan, (PPPM (2015-2025) iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Dalam konteks kajian ini, TMUA memfokuskan kepada pendekatan Quranik iaitu merujuk kepada kemampuan menghafaz 30 juzuk ayat suci Al-quran dan merujuk kepada silibus hafazan pada setiap tingkatan selama setahun. Selama lima tahun pengajian di peringkat menengah, pelajar perlu menghafaz 30 juzu’ al-Quran. Berikut merupakan pembahagian juzu’ bagi setiap tingkatan selama lima tahun sesi persekolahan; Jadual 1 Pembahagian Juzu’ mengikut tingkatan Tingkatan Juzuk Jumlah Juzuk Satu 30, 1, 2,3,4,5 6 Dua 6,7,8,9,10,11,12 7 Tiga 13,14,15,16,17,18 6 Empat 19,20,21,22,23,24,25 7 Lima 26,27,28,29 4 Jumlah 30 Semasa di tingkatan satu, murid dikehendaki menghafaz sebanyak enam juzu’ yang dimulai dengan juzu’ 30. Kemudian diteruskan dengan juzu’ satu sehingga lima. Manakala sukatan hafazan bagi tingkatan dua adalah juzu’ enam hingga juzu’ 12 dan sukatan hafazan tingkatan tiga adalah daripada juzu’ 13 hingga juzu’ 18. Akan tetapi, konsep mata pelajaran hifz al-Quran ini berbeza dengan matapelajaran lain. Bagi matapelajaran lain, sukatan pelajaran itu harus dihabiskan oleh guru yang mengajar mengikut tempoh tertentu. Akan tetapi, bagi matapelajaran Hifz al-Quran, tanggungjawab menghafaz itu terletak pada pelajar itu sendiri. Seandainya pelejar tersebut gagal menghabiskan sukatan hafazan semasa di tingkatan satu, maka pelajar tersebut tidak boleh meneruskan hafazan bermula juzu’ enam di tingkatan dua. Pelajar tersebut perlu menyambung hafazan yang tertinggal semasa di tingkatan satu ke tingkatan dua. Sebagai contoh, pelajar A dapat menghafaz sehingga juzu’ tiga di tingkatan satu, apabila pelajar tersebut memasuki tingktan dua, hafazan akan bermula pada juzu’ empat (sambungan hafazan semasa di tingkatan satu) walaupun sepatutnya hafazan tersebut bermula pada juzu’ enam. Sebagai contoh lain, Pelajar B dapat menghabiskan sehingga juzu’ tujuh semasa berada di tingkatan satu, maka dia akan meneruskan juzu’ lapan di tingkatan dua walaupun sepatutnya bermula dengan juzu’ enam semasa di tingkatan dua. Oleh itu, tahap pencapaian hafazan pelajar adalah berbeza-beza mengikut individu. Ada yang tergolong dalam golongan yang cepat menghafaz dan ada juga yang lewat. Justeru, terdapat pelajar yang dapat menghabiskan sukatan hafazan mengikut tempoh waktu yang ditentukan dan ada juga pelajar yang tidak dapat menghabiskannya. Selain itu, terdapat juga pelajar yang dapat menghabiskan sukatan hafazan awal daripada tempoh yang ditetapkan. Implikasi daripada perbezaan keupayaan dan kemampuan pelajar dalam menghafaz ini


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 132 membentuk beberapa pola pencapaian hafazan. Pola (pattern) bermaksud cara biasa sesuatu itu berlaku, bergerak, berkembang atau disusun atur (Kamus Dewan Edisi Keempat,2005). Hal ini bermakna, pola mempunyai suatu system perkaitan yang jelas berdasarkan saling hubungan bahagian-bahagian tertentu seperti yang dikehendaki oleh penyelidik. Apabila sesuatu elemen atau tema kajian itu berulangan, maka elemen atau tema itu boleh diklasifikasikan sebagai elemen atau tema yang mempunyai hubungan tertentu atau pola-pola tertentu (Lee Keok Cheong, Zakri Abdullah & Chua Lay Nee, 2018) Metodologi Metodologi kajian merujuk kepada kaedah yang sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalahan kajian. Kaedah kualitatif telah digunakan dalam menjalankan kajian ini. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan metod analisis dokumen yang terdiri daripada tesis, buku, jurnal, artikel dan bahan yang berkaitan. Metod analisis dokumen ini ialah proses mengumpulkan segala maklumat berkaitan Tahfiz Model Ulul Albab di Malaysia. Antara bahan yang dirujuk bagi merealisasikan kajian ilmiah ini ialah tesis, jurnal, kertas kerja seminar dari persidangan, laporan dan bahan berkaitan dengan kajian. Semua bahan-bahan ini disaring ditaksir dan dianalisis menurut perspektif bidang hafazan al-Quran. Selain itu, pengkaji mendapatkan data hafazan terkumpul daripada Unit Data sekolah untuk dianalisis. Data tersebut dianalisis untuk melihat pola pencapaian hafazan pelajar serta tahap pencapaian hafazan pelajar. Bagi tujuan penganalisisan data, pengkaji menggunakan peratus bagi melihat pencapaian hafazan murid mengikut kategori. Seterusnya, kaedah analisis kandungan dan analisis deskritif diaplikasikan. Kaedah ini diambil supaya data-data yang dikumpul mengenai tajuk kajian dapat dibahagikan berdasarkan objektif kajian supaya kelihatan lebih tersusun. Oleh itu, kajian dapat dilakukan dengan lebih baik dan sistematik. Ini dapat mengelak daripada kecelaruan data dan seterusnya memudahkan proses menganalisis data secara lebih terperinci. Sampel dalam kajian ini memenuhi kriteria yang ditetapkan di mana mereka dipilih berdasarkan penglibatan mereka sebagai murid Tahfiz Model Ulul Albab yang berada di negeri Johor.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 133 Dapatan Pencapaian Murid Mengikut Tingkatan Dan Juzu’ Hafazan Perbincangan Dan Kesimpulan Berdasarkan dapatan yang diperolehi, data pencapaian hafazan murid menunjukkan bahawa objektif bagi pelaksanaan KBT iaitu pelajar dapat menghafaz 30 juzu’ al-Quran dalam tempoh lima tahun pengajian belum tercapai. Hasil dapatan adalah seperti berikut; Jadual 2 Pencapaian Keseluruhan Murid TMUA Negeri Johor Tahun 2019


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 134 Berdasarkan Jadual 1.1 di atas, terdapat lima kategori atau pola pencapaian murid yang dikenalpasti, iaitu; 1. Di luar sukatan 2. Di bawah sukatan 3. Menepati sukatan 4. Melepasi sukatan 5. Khatam hafazan Murid yang berada di luar sukatan hafazan merupakan murid tidak mencapai sukatan hafazan yang ditetapkan pada tahun semasa. Contohnya, sukatan hafazan bagi murid tingkatan tiga adalah daripada juzu’ 13 – 18. Namun begitu Murid A masih menghafaz di juzu’ 11, maka murid tersebut dikategorikan sebagai murid di luar sukatan hafazan. Seterusnya murid di bawah sukatan hafazan adalah murid berada dalam lingkungan sukatan hafazan pada tahun semasa. Sebagai contoh, sukatan hafazan bagi murid tingkatan tiga adalah daripada juzu’ 13 – 18. Tetapi Murid B masih menghafaz di juzu’ 16 di akhir tahun semasa. Sepatutnya murid tersebut sudah menghafaz sehingga juzu’ 18. Maka murid tersebut dikategorikan sebagai murid yang di bawah sukatan hafazan. Sebaliknya murid yang berada di hujung sukatan hafazan pada tahun semasa merupakan kategori yang menepati sukatan hafazan. Manakala murid yang melepasi sukatan hafazan adalah murid yang sudah menghafaz melebihi sukatan hafazan pada tahun semasa. Contohnya sukatan hafazan bagi murid tingkatan tiga adalah daripada juzu’ 13 – 18. Murid D sudah menghafaz di juzu’ 20 pada akhir tahun semasa. Maka murid tersebut dikategorikan sebagai murid yang melepasi sukatan hafazan. Seterusnya kategori yang terakhir adalalah murid yang sudah khatam iaitu murid yang telah menyempurnakan hafazan daripada juzu’ 1-30. Daripada data yang diperolehi di atas, terdapat pelajar yang mampu menghabiskan hafazan dalam tempoh dua tahun atau tiga tahun pengajian, ada juga yang mampu menghabiskan hafazan dalam tempoh empat hingga lima tahun pengajian. Selain itu, terdapat juga antara mereka yang tidak dapat menghabiskan hafazan dalam tempoh lima tahun pengajian sepertimana yang telah ditetapkan oleh KPM. Bagi murid yang tidak dapat menghabiskan sukatan hafazan mengikut ketetapan dalam tempoh setahun, mereka akan mengalami keciciran hafazan (Zulhilmi, Khairi, & Isha, 2019). Masalah ini akan berlarutan dan akan menjadi lebih teruk apabila murid tersebut tidak dapat menghabiskan sukatan hafazan semasa di tingkatan satu hingga tiga iaitu daripada juzu’ 30 hingga juzu’ 18. Mereka akan terus meninggalkan juzu’ yang berbaki dan meneruskan hafazan dengaan sukatan yang baharu iaitu bermula juzu’ 19 di tingkatan empat. Situasi ini akan mempengaruhi pencapaian hafazan pelajar di akhir tingkatan lima kerana mereka tidak dapat menghabiskan 30 juzu’ al-Quran. Masalah keciciran hafazan murid terkumpul dan bertambah dengan bertambahnya tahun pengajian akan menyebabkan mereka gagal menghabiskan sukatan hafazan sebanyak 30 juzu’ sepanjang pengajian mereka lima tahun di sekolah menengah. Penutup Keberhasilan dan kejayaan sesuatu program memerlukan kepada perancangan yang tersusun dan sistematik. Oleh itu, proses penambahbaikan perlu dilaksanakan bagi memastikan program TMUA dapat dilaksanakan dengan baik, lancar, Berjaya serta menepati matlamat dan objektif yang telah digariskan. Oleh yang demikian kertas ini telah menghuraikan serba sedikit berkaitan isu dan permasalahan yang timbul ke atas pelaksanaan TMUA disamping


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 135 menjelaskan pola pencapaian hafazan murid. Justeru, kajian perlu diteruskan bagi mengatasi masalah yang berlaku agar program ini menepati objektif pelaksanaannya. Rujukan Abd Rahman Abd Ghani, & Hashim, A. (2018). Persepsi Guru Tahfiz Al-Quran Terhadap Kemudahan Infrastruktur Institusi Tahfiz Persendirian Di Negeri Selangor. Jurnal Kemanusiaan, 16(1), 1–6. Arniyuzie Mohd Arshad. (2015). Ulasan Sistematik: Program Ulul Albab Dalam Sistem Pendidikan di Malaysia. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(4), 22-35. Hassan, N. C., Fakhruddin, F. M., Ayub, A. F. M., Mutalib, L. A., & Jaafar, W. M. W. (2015). Tahfiz Schools Entry Requirement And Characteristics Of Tahfiz Students. IJAEDU- International E-Journal Of Advances In Education, 1(3), 234–241. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Surat pekeliling ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia bilangan 1 tahun 2016: Pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab di sekolah menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. Lee Keok Cheong, Zakri Abdullah & Chua Lay Nee. (2018). Penyelidikan Dalam Pendidikan (Siri Pendidikan Guru). Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Mardhiah Binti Yahaya. (2017). Penilaian Program Tahfiz Ulul Albab Di Maktab Rendah Sains Mara. Tesis Sarjana; UPSI. Mohd Jamalil Ismail, Sabri Mohamad, Tengku Intan Zarina Tengku Puji, & Yusof, N. H. (2017). Strategi Kecemerlangan Institusi Pendidikan Tahfiz Al-Quran Di Malaysia : Satu Tinjauan Literatur. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 19(Julai), 55–65. Muhammad Hafiz Saleh, Zawawi Ismail, & Zaharah Hussin. (2018). Model Penilaian Program Tahfiz Al-Quran Di Nusantara Berdasarkan Model Penilaian Provus (Discrepancy Evaluation Model). Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1(2), 64–75. Muhd Zulhilmi Haron, Mohamad Khairi Haji Othman & Mohd Isha Awang. (2018). Pelaksanaan Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) Di Malaysia: Isu Dan Cabaran. 6th International Conference in Islamic Education: Rabbani Education 2018. 321-329 Muhd Zulhilmi Haron, Mohamad Khairi Haji Othman & Mohd Isha Awang. (2019). Keperluan Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (Tmua) Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. Practitioner Research Vol. 1, July, 2019, 289-316 Rohaizan Baru, Zulkifli A. Manaf, Abdul Hakim Abdullah, & Syed Mohamad Azmi Syed Ab. Rahman. (2014). Showcasing Educational System Using The Philosophy Of Ulul Albab. SwissJournal of Research in Business and Social Science, 1(1),1-10. Salmiah Othman, & Siti Eshah Mokshein. (2016). Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab. Kertas kerja dibentangkan pada Prosiding Pendidikan Islam di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Zahriah Hussin, Nik Farhan Mustapha, Che Radiah Mezah, Pabiyah Toklubok, & Normaliza Abd Rahim. (2016). Kepentingan Nahu Arab Dalam Menghafaz Al-Quran. Gema Online Journal Of Language Studies, 16(2), 95–110.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 136 PENERAPAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI MELALUI AKTIVITI KAD RANGSANGAN MINDA KE ATAS PENGUASAAN KARANGAN MURID Nor Samsiyah M. Horsi, Siti Suraiyah M. Horsi dan Ikhsan Othman Abstrak Kemahiran komunikasi merupakan elemen kemahiran insaniah yang perlu dikuasai murid bagi menyahut hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia 2013-2025. Penerapan kemahiran komunikasi penting bagi melihat kesan ke atas penguasaan karangan murid. Bagi memastikan aspek karangan ini dapat dikuasai murid, penyelidik telah membangunkan kad rangsangan minda dalam pengajaran bahasa Melayu murid. Tujuan kajian ini adalah untuk menerapkan kemahiran komunikasi melalui aktiviti kad rangsangan minda yang dijalankan di samping meningkatkan penguasaan aspek karangan murid. Data telah diperoleh daripada 75 orang murid yang diajar melalui aktiviti kad rangsangan minda. Seterusnya data yang diperoleh menerusi temu bual dianalisis menggunakan perisian NVivo manakala data menerusi pemerhatian dan analisis dokumen dianalisis untuk melihat kekerapan pembentukan tema serta corak tingkah laku murid. Implikasi kajian ini adalah untuk menerapkankan kemahiran komuniasi melalui aktiviti kad rangsangan minda bagi melihat penguasaan aspek karangan murid. Kata Kunci: Kemahiran Komunikasi, Kad Rangsangan Minda , Penguasaan Karangan Pengenalan Ornstein, Hunskin dan Francis (2009) mendefinisikan kurikulum adalah dasar atau perancangan untuk tindakan yang mengandungi dokumen bertulis bagi mencapai hasrat yang diinginkan. Kurikulum yang diguna pakai dalam sesuatu sistem pendidikan adalah bergantung kepada kejayaan pelaksanaannya. Bagi mencapai sistem pendidikan yang baik, kurikulum perlu berubah sifatnya dan sesuai dengan aliran zaman ini malah generasi masa hadapan. Berasaskan dasar dan laporan terdahulu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM, 2013-2025) telah dirangka bagi menghadapi cabaran abad ke-21 yang sangat besar pengaruhnya. Fokus pelan ini adalah cara membangunkan dan mengembangkan kurikulum, serta menambah baik sistem pendidikan secara berterusan. Selain itu, semua potensi yang ada pada murid perlu berlangsung secara komprehensif dan menyeluruh melibatkan pengisian dan pengembangan kurikulum dalam pendidikan. Menurut Sufean (2004) proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah di sekolahsekolah wajar berfokus ke arah pembelajaran yang menarik untuk pengembangan kurikulum. Perubahan ini perlu digerakkan oleh mereka yang berbakat khususnya pemimpin dan pekerja berpengetahuan, memiliki input lain, seperti tenaga kerja dan modal yang mencukupi. Malaysia perlu mempunyai sistem pendidikan yang berdaya saing demi melahirkan bakat yang kompetitif di peringkat antarabangsa. Hasrat Malaysia menjadi sebuah negara maju dari segi ekonomi, teknologi, dan pemodenan taraf hidup selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Penggunaan bahasa Melayu dalam penguasaan dan penyampaian ilmu oleh muridmurid dalam bidang sains, matematik, geografi, sejarah dan sebagainya adalah satu kemestian kerana bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang merentas kurikulum. Tanpa bahasa, apa-apa sahaja aktiviti yang melibatkan proses penguasaan dan penyebaran ilmu tidak mungkin dilaksanakan dengan berkesan dan bermakna. Sehubungan itu, bahasa Melayu bukan sahaja untuk komunikasi dan perpaduan malah bagi menyampaikan mata pelajaran lain (KPM, 2018).


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 137 Oleh itu, semua murid perlulah dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik agar hasrat negara untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang tercapai. Kurikulum Bahasa Melayu dibina bagi menyediakan murid yang dapat menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi melibatkan aspek tatabahasa dengan peraturan yang betul dan tepat (KPM, 2001). Murid perlu mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi tiga bidang penggunaan bahasa, iaitu bidang interpersonal, bidang maklumat, dan bidang estetik (KPM, 2001).Bidang maklumat misalnya memerlukan murid untuk boleh melahirkan idea disamping menulis dengan baik segala maklumat yang ada sama ada secara tertutup ataupun terbuka. Justeru murid perlu didedahkan dengan pengajaran yang membolehkan mereka dapat berkomunikasi dengan baik bagi melahirkan idea untuk menulis dengan gramatis. Pengajaran guru yang bertunjangkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan kelas abad ke-21 yang diuar-uarkankan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 2014 di Malaysia, iaitu selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu pada abad ke-21 ini memerlukan pengorbanan dan keprihatinan guru yang tidak sedikit sebagai guru bahasa Melayu yang berwibawa. Murid pada alaf baharu ini tidak gemar dikongkong pergerakan mereka di dalam kelas (Mohd Faizullah, 2014). Sehubungan itu, guru perlu mempunyai kaedah dan startegi untuk mengembangkan kurikulum yang disampaikan. Penguasaan dalam karangan penting kerana murid di peringkat menengah atas perlu menjawab soalan kertas satu iaitu menghasilkan penulisan karangan. Penulisan karangan menyumbang markah yang tinggi iaitu 130 markah bagi membolehkan murid lulus dengan cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Namun, masih ramai murid yang gagal menulis dengan baik berpunca daripada kurangnya pengetahuan untuk menghuraikan maklumat dengan jelas serta dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui maklumat yang cuba disampaikan murid (KPM, 2018). Murid perlu memiliki pengetahuan yang luas berkaitan tema-tema karangan sama ada melalui pengalaman, pemerhatian, dan pembacaan (KPM, 2018). Selain itu, murid yang baik dalam menulis perlu mahir mengarang dengan kreatif dan menggunakan ayat gramatis serta mempunyai idea-idea luas untuk menghuraikan karangan melalui kelancaran berbahasa (KPM, 2015). Ramai dalam kalangan murid yang boleh mengemukakan idea dengan baik bagi setiap tema karangan yang dikemukakan namun tidak dapat menghuraikan idea dengan jelas dan matang (Arniza & Zamri, 2018). Berdasarkan isu tersebut kad rangsangan minda yang dibangunkan cuba memberi peluang kepada murid untuk membiasakan diri berkomunikasi dan mengupas sesuatu isu melalui bahan bergambar sebagai rangsangan awal kepada murid sebelum menghuraikan idea mereka dalam mengarang. Kajian Literatur Dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu (2001), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) menetapkan untuk murid dapat menghasilkan pelbagai jenis penulisan tentang pelbagai pengetahuan berkaitan aktiviti harian dengan jelas, tepat dan gramatis. Sehubungan itu, murid perlu belajar dengan cara yang betul bagi meningkatkan pencapaian dalam penulisan. Perkara ini selari dengan pendapat Che Zanariah dan Fadzilah (2011), mengajar menggunakan kaedah yang betul dan berkesan menjadi faktor peningkatan pencapaian pelajar dalam penulisan. Murid yang kurang meminati mata pelajaran tersebut menyebabkan idea mereka tertutup untuk menulis dengan baik. Hal ini kerana menurut Izny Atikah (2012),


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 138 terdapat pelajar yang kurang berminat terhadap sesuatu isu menyebabkan pelajar itu mempunyai pemikiran tertutup terhadap isu tersebut. Faktor-faktor tertentu yang menyebabkan murid kurang mahir menulis dengan baik menyebabkan kad rangsangan minda ini digunakan dalam pengajaran semasa aktiviti komunikasi bagi meningkatkan penguasaan murid menulis. Hal ini kerana terdapat kajian yang menyatakan perlunya sesuatu inovasi bagi penguasaan sesuatu mata pelajaran. Para penyelidik menyatakan dengan penggunaan bahan visual, pelajar telah membuat satu proses pergerakan daripada satu simbol (visual) kepada satu simbol yang lain (penulisan). Perkara ini menyebabkan pemahaman baharu dan idea baharu ketika proses melihat bahan visual dan menulis karangan dilaksanakan oleh pelajar (Barbot dll, 2012). Metodologi Dalam kajian ini, sampel telah dipilih dari tiga buah sekolah yang mempunyai pencapaian bahasa Melayu hampir sama. Di samping itu, bagi mencapai objektif kajian penyelidik telah menjalankan penyelidikan terhadap murid-murid yang telah diajar menggunakan kad rangsangan minda. Selain itu, guru dan pemerhati yang terlibat dalam kajian ini telah diberi pendedahan berkaitan penggunaan kad rangsangan minda bagi dilaksanakan kepada murid. Terdapat 75 orang murid yang telah diajar untuk menerapkan kemahiran komunikasi melalui penggunaan kad rangsangan minda bagi melihat penguasaan mereka dalam mengarang. Penerapan kemahiran komunikasi melalui aktiviti kad rangsangan minda didapati telah dapat meningkatkan penguasaan murid dalam mengarang. Kesimpulan Kajian ini telah dapat menerapkan kemahiran komunikasi dalam diri murid melalui aktiviti kad rangsangan minda yang digunakan. Selain itu aktiviti yang menggunakan kad rangsangan minda juga dapat meningkatkan penguasaan dalam mengarang murid. Kajian ini juga menawarkan implikasi dari segi perlunya inovasi dalam pengajaran. Selain itu, kajian ini mempunyai hubungan dengan penerapan kemahiran komunikasi dalam pengajaran membantu dalam meningkatkan penguasaan murid untuk menulis karangan. Hal ini disebabkan, selain berkomunikasi murid dapat menterjemah maklumat dengan luas sebagai pengukuhan untuk menghuraikan idea mereka dalam menulis. Oleh itu, kajian ini sebagai panduan guru dalam menghasilkan aktiviti yang dapat merangsang murid untuk menghasilkan penulisan yang baik. Rujukan Arniza, M. & Zamri, M. (2018). Kemahiran bernilai tambah: Teori dan Amali. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Barbot, B., Randi, J., Tan, M., Levenson, C., Friedlaender, L. & Grigorenko, E. L. (2012). From perception to creative writing; A multi-method pilot study of viusal literacy instructional approach. Learning and Individual Differences. Diperoleh pada 3 September 2012 daripadahttp://dx.doi.org/10.1016/j.lindif.2012.09.003 Che Zanariah, C. H. & Fadzilah A. R. (2011). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1), 67-87. Izny Atikah, A. F. (2016). Masalah pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. http://www.slideshare.net/iznyatikah/5masalah [20 Februari 2016]. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga lepas Sekolah Menengah). Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. (2013-2025). Bahagian Pembangunan Kurikulum. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 139 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Kurikulum bersepadu sekolah menengah. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Mohd Faizullah, M. (2014). Penerapan kemahiran insaniah dalam konteks membina insan berkepimpinan di kalangan murid melalui aktiviti kokurikulum di Universiti. Batu Pahat: Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Ornstein, A. C., Hunkins, & Francis P. (2009). Curriculum: foundations, principles, and issues. United States, Pearson. Sufean, H. (2004). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 140 PENERAPAN INOVASI DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU KE ATAS PERKEMBANGAN PEMIKIRAN KRITIS MURID Nor Samsiyah M. Horsi, Siti Suraiyah M. Horsi dan Ikhsan Othman Abstrak Pemikiran kritis sangat penting untuk diterapkan oleh murid khususnya dalam mendepani era ke-21. Melalui pengajaran bahasa Melayu, pemikiran kritis perlu dimiliki murid bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan. Kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah tingkatan empat perlu ditambah baik dengan melakukan aktiviti yang menarik sepanjang pengajaran dijalankan. Hal ini bagi menarik minat murid untuk mengikuti PdP di samping memperoleh pencapaian yang baik dalam bahasa Melayu. Pemikiran kritis merupakan keupayaan murid berfikir di luar kotak di samping dapat mneyelesaikan masalah yang ada. Tujuan kajian ini adalah untuk menerapkan inovasi dalam pengajaran bahasa Melayu ke atas perkembangan pemikiran kritis murid sekolah menengah. Data diperoleh daripada 75 orang murid yang diajar menggunakan inovasi dalam pengajaran mereka. Implikasi kajian ini adalah untuk melihat perkembangan pemikiran kritis murid dalam pengajaran Bahasa Melayu melalui penerapan inovasi. Kata Kunci: Penerapan, Inovasi, Kemahiran Pemikiran Kritis Pengenalan De Bono (2002) melihat berfikir sebagai suatu proses yang kompleks dalam minda apabila seseorang meneroka pengalamannya secara terperinci untuk mencapai tujuan iaitu pemahaman, memberi sesuatu makna, menilai sesuatu, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Sidek (2007) berpendapat, seseorang yang berfikir secara serius dapat memastikan idea yang difikirkan relevan. Tahap pemikiran yang tertinggi dalam hidup manusia akan membawa mereka ke arah kebenaran. Seseorang akan dapat membezakan perkara betul dan salah, baik dan buruk, berfaedah dengan bermasalah, dapat memberi kebaikan dan mendatangkan kecelakaan melalui proses pemikiran yang kritikal (UPM, 2014). Oleh itu, asas kemampuan seseorang berfikir secara kritikal adalah melalui pengetahuan, maklumat, pembelajaran masa lalu, perbincangan dengan pihak lain, dan mengikut asas agama yang diakhiri dengan budi bicara seseorang. Budi bicara seseorang juga merupakan antara cara yang terbaik memandu manusia ke arah kebenaran. Mohd Affandi (2015) membuktikan bahawa untuk menyelesaikan masalah, seseorang itu perlu mengenal pasti masalah yang wujud terlebih dahulu. Hal ini kerana, kebolehan seseorang menyelesaikan masalah yang wujud akan meletakkan seseorang pada tahap yang tertinggi terhadap kemampuannya untuk berfikir dan menyelesaikan masalah yang wujud. Zulkifley dan Mohd Asyraf (2014) menyatakan kebanyakan daripada kita boleh dilatih untuk menjadi pemikir yang hebat menggunakan kaedah dan strategi yang berkesan kerana tidak ramai yang dilahirkan sebagai pemikir. Kemahiran berfikir kritis dan kreatif merupakan kemahiran insaniah. Kemahiran ini sangat penting diaplikasikan oleh murid dalam menyelesaikan sesuatu perkara agar dapat diterjemah dengan baik. Kebolehan murid berfikir secara kritis dan kreatif membolehkan murid berjaya melakukan sesuatu keputusan yang tepat untuk menghasilkan urusan yang sempurna (KSSM, 2018:10). Setiap manusia tidak akan terlepas untuk berhadapan dengan situasi yang memerlukan mereka berfikir bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Manusia kerap kali dilihat mengambil keputusan yang tergesa-gesa dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 141 tanpa cukup berfikir bahawa tindakannya betul atau salah. Namun, walau apapun keputusan yang diberikan, semua itu bergantung kepada keupayaan dan kemampuan seseorang dalam membuat keputusan. Keputusan yang tepat akan terhasil melalui maklumat yang tepat apabila pemikiran kritikal ini dapat menyelami masalah dan pendekatan yang berlaku, mengenal pasti masalah yang wujud secara tersurat dan tersirat, menyepadukan sebarang unsur masalah yang datang, dan memberi penilaian terhadap beberapa pilihan keputusan. Pemikiran di luar kotak juga merupakan pemikiran kritis apabila seseorang berupaya menilai dan memberi pertimbangan terhadap sesuatu maklumat lebih daripada tahap biasa (Arniza & Zamri, 2018). Menurut Cornell menerusi Critical Thinking Skills dalam Ariffin et. al (2010) menyatakan bahawa seseorang individu wajib diterapkan dengan kemahiran berfikir dan penyelesaikan masalah. Hal ini kerana melalui kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah menjadikan seseorang individu itu berupaya untuk mengambil tindakan yang jitu dan bertanggungjawab kepada masalah yang timbul. Kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat penilaian berjustifikasi merupakan kemahiran berfikir yang matang. Melalui inovasi yang dihasilkan misalnya, murid perlu berfikir dalam menghasilkan isi tersirat rumusan, mengemukakan jawapan bagi soalan berfikir dalam komsas, dan menjana idea mereka untuk berfikir dan menulis karangan (LPM, ). Berdasarkan isu tersebut, inovasi perlu dihasilkan bagi merangsang kebolehan murid untuk berfikir dan menyelesaikan masalah. Hal ini disebabkan tidak semua murid yang dilahirkan mempunyai kebolehan pemikiran kritis secara semua jadi, sebaliknya pemikiran kritis tersebut perlu dilatih sejak awal lagi. Justeru, guru tidak seharusnya menggunakan pengajaran sedia ada sebaliknya perlu menghasilkan inovasi bagi merangsang murid berfikir secara kritis. Oleh itu, inovasi perlu dihasilkan bagi menyahut hasrat Kementerian pendidikan Malaysia untuk melahirkan individu yang memiliki pemikiran kritis. Kajian Literatur Menerusi kajian yang dijalankan sebelum ini, pengkaji dapat membuktikan bahawa media sosial mampu menyebabkan murid hilang fokus terhadap pelajaran yang sedang diikuti. Melalui penggunaan alat dan juga bahan pengajaran didapati murid akan melalui sendiri pengalaman pembelajaran sewaktu proses PdP berlangsung di dalam kelas. Apabila menggunakan alat dan bahan sewaktu sesi PdP aspek pemikiran dan psikomotor murid akan difokuskan ke arah bahan bantu yang digunakan oleh guru. Justeru inovasi dalam pengajaran perlu dilakukan bagi menarik minat murid mengikuti PdP selanjutnya merangsang pemikiran kritis mereka. Mtega, Bernand, Msungu dan Sanare (2012) juga mendapati 51.3% murid menggunakan telefon pintar mereka ke arah yang tidak berfaedah terutamanya ketika sesi kuliah berlangsung. Walau bagaimanapun, dapatan ini bertentangan dengan kajian oleh Kibona dan Rugina (2015) apabila mendapati telefon pintar adalah medium yang berkesan untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mustaffa dan Ibrahim (2014), mendapati bahawa ketagihan murid terhadap media sosial menggunakan telefon pintar semakin menjadi-jadi. Mutakhir ini, media sosial boleh diakses tidak kira masa mahupun tempat. Oleh itu, guru perlu mengambil peluang mengalihkan ketagihan murid menggunakan telefon pintar daripada perkara yang sia-sia kepada penghasilan inovasi dalam pengajaran bagi meningkatkan penguasaan bahasa Melayu seterusnya meningkatkan pemikiran kritis murid. Nasyimah (2016), menjalankan kajian tentang sikap dan kesediaan murid sekolah menengah terhadap kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran komsas bahasa Melayu. Dapatan kajian ini juga mendapati sikap murid terhadap KBAT berada pada tahap yang tinggi dengan skor min keseluruhan 4.04 dan sisihan piawai 0.475. Azizi (2007) menyatakan bahawa


Click to View FlipBook Version