The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Isu dan Cabaran dalam Pendidikan_Strategi dan Inovasi (13 Mac)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK BUKU MAYA PSS KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG, 2023-01-13 11:08:49

Isu dan Cabaran dalam Pendidikan_Strategi dan Inovasi (13 Mac)

Isu dan Cabaran dalam Pendidikan_Strategi dan Inovasi (13 Mac)

Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 42 Rajah 1. Lukisan ahli keluarga kanak-kanak Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak dapat menyampaikan sesuatu maksud dan mempunyai nilainya yang tersendiri. Menerusi lukisan, kanak-kanak lebih bebas dan selesa meluahkan, meluahkan dan menceritakan tentang diri dan persekitaran diri mereka. Melalui penerokaan terhadap persekitaran, akan memberikan kesan positif terhadap jalan cerita yang terkandung dalam lukisan mereka. Lukisan juga sangat berkait rapat dengan perkembangan kognitif kerana kanak-kanak menggabungkan pengalaman yang lalu, pengetahuan dan pemerhatian untuk diterjemahkan dalam lukisan (Brooks, 2009). Rajah 1 lukisan ahli keluarga yang dilukis oleh kanak-kanak prasekolah. Kanak-kanak menggunakan kognitif dalam penghasilan imej figura ahli keluarga yang terdiri daripada imej lelaki dan perempuan. Lukisan Bertema Keluarga Saya Lukisan merupakan gambaran imej sesuatu objek yang lebih jelas. Lukisan bertema dalam kajian ini merujuk kepada lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak prasekolah berdasarkan tema yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, lukisan kanak-kanak tidak boleh di bandingkan dengan lukisan artis, atau orang dewasa. Hal ini kerana, kanak-kanak merupakan artis dalam dunia mereka, dan kanak-kanak mampu melukis berdasarkan apa yang mereka tahu. Imej figura dapat memberikan gambaran tentang kognitf diri kanak-kanak. Ini seperti yang dinyatakan dalam tulisan Patricia A. Chappell dan Jean A. Steitz (1993). Imej figura yang terdapat dalam lukisan keluarga saya, dijadikan subjek utama dalam kajian ini. Rajah 2 menggambarkan sebuah keluarga yang mempunyai hubungan rapat digambarkan pada imej figura saling berpegangan tangan dan mempunyai nilai kasih sayang antara sama lain. Kanakkanak ini sedaya upaya merealisasikan lukisan ahli keluarga mereka dengan memberi gambaran imej lelaki dan perempuan.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 43 Rajah 2. Lukisan imej figura ahli keluarga saya Perkembangan Kognitif Pada asasnya, kognitif merujuk kepada proses dalaman minda, seperti penyelesaian masalah, ingatan, memproses melalui perbandingan dan pemilihan. Ini turut dinyatakan oleh Jill Englebright Fox dan Robert Schirrmacher (2015), dalam penulisan beliau bahawa kognitif termasuk pemikiran, penyelesaikan masalah, penemuan baharu, keinginan untuk tahu, membuat pertimbangan dan pengetahuan. Semasa proses penghasilan lukisan, kanak-kanak akan melalui beberapa proses iaitu membuat penilaian diri, berusaha dan mengenal pasti perubahan yang berlaku (Jill Englebright Fox, 2016). Oleh kerana itu, lukisan kanak-kanak akan memberi impak kepada perkembangan kognitif seseorang. Menurut Omatseye, Bridget O. J, Emeriewen dan Kingsley O (2013), lukisan membantu memperkembangkan sosio, emosi dan kognitif dalam diri kanak-kanak. Rajah 3. Lukisan ahli keluarga kanak-kanak prasekolah Kupayaan untuk menggambarkan idea, konsep dan hubungan secara tidak langsung dapat membantu mendorong kanak-kanak ke tahap pemikiran yang lebih tinggi (Brooks, 2009). Kanak-kanak lebih gemar dan selesa berinteraksi melalui lukisan untuk menterjemahkan pengalaman dan pengetahuan mereka. Hanya kanak-kanak yang mampu mentafsir makna disebalik lukisan yang mereka hasilkan. Oleh kerana itu, setiap hasil lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak akan diceritakan kembali kepada guru, ibu bapa dan golongan dewasa. Hal ini bertujuan untuk memperjelaskan penceritaan disebalik lukisan yang telah dihasilkan. Rajah 3 gambaran lukisan ahli keluarga yang digambarkan oleh kanak-kanak yang membawa maksud


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 44 bilangan ahli keluarga. Menerusi lukisan ini juga, kanak-kanak menyelesaikan masalah menggunakan kognitif, dengan memberi gambaran menunjukkan ahli keluarga yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Persoalan Kajian Kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan kajian yang berikut: 1. Adakah melalui lukisan bertema akan memberikan kesan terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak? 2. Bagaimanakah lukisan bertema menghasilkan impak terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak? Metodologi Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif, iaitu kajian kes. Kajian kes adalah penyelidikan yang menyelidik fenomena dalam konteks kehidupan sebenar (Yin, 2008). Manakala definisi kajian kes yang takrifkan oleh Sharan B. Merriam (2009) kajian kes merupakan kajian yang dijalankan dengan lebih mendalam dan memberi gambaran kepada analisis yang dibatasi oleh sistem. Kajian ini melibatkan seramai 10 kanak-kanak prasekolah yang telah dikenalpasti dalam kelompok kanak-kanak sederhana. Instrument analisis dokumen iaitu lukisan bertema digunakan untuk menilai perkembangan kognitif kanak-kanak. Analisis dokumen lukisan bertema ‘ahli keluarga saya’ digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini bagi melihat keberkesanan lukisan terhadap perkembangan kognitif kanakkanak. Dalam kajian ini, penyelidik mengamati dan menilai dokumen lakaran kanak-kanak berdasarkan beberapa unsur asas yang terdapat dalam lukisan, iaitu garisan, rupa, jalinan, imej figura dan komposisi.yang dihasilkan dihubung kaitkan dengan perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak. Melalui imej-imej yang dihasilkan dalam lakaran bertema ini, secara tidak langsung dapat menggambarkan perkembangan kognitif seorang kanak-kanak. Dapatan Kajian Hasil daripada kajian yang dilakukan terhadap lukisan bertema kanak-kanak prasekolah, didapati bahawa wujud keberkesanan hasil lukisan bertema terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak secara umumnya mempunyai pengetahuan tentang ahli keluarga mereka, dan ianya dapat digambarkan pada lukisan. Cara kanak-kanak aplikasi imej figura pada lukisan menggambarkan berlakunya perkembangan kognitif dalam diri kanak-kanak. Jadual 1 menunjukkan bahawa aspek-aspek yang dikaji dalam lukisan bertema kanak-kanak prasekolah. Menerusi kajian terhadap aspek ini dalam lukisan, jelas menunjukkan wujudnya perkembangan kognitif dalam diri kanak-kanak. Jadual 1 Analisis item-item yang terkandung dalam lukisan bertema kanak-kanak prasekolah Lukisan Imej Figura Rupa Garisan Komposisi Keseimbangan Lelaki Perempuan 1 / / / / / x 2 / / / / / x 3 / / / / / / 4 / / / / / / 5 x / / / / x


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 45 6 / / / / / / 7 x / / / / / 8 / / / / / x 9 / / / / / / 10 / / / / / / Berdasarkan pengamatan dan penilaian terhadap lukisan bertema yang dihasilkan oleh kanakkanak prasekolah pelbagai imej figura yang terhasil. Ini adalah hasil pengamatan kanakkanakterhadap ahli keluarga mereka dan direalisasikan ke dalam lukisan. Kanak-kanak telah melel/ui perkembangan kognitif mereka dan telah menghasilkan lukisan yang baik. Jika dilihat pada lukisan yang terdapat dalam kajian ini, pelbagai rupa imej figura yang terhasil dan setiap imej tidak sama antara satu dengan yang lain. Hal ini adalah kerana, perkembangan kognitif diri kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain. Namun begitu, setiap kanak-kanak memiliki perkembangan kognitf mereka yang tersendiri. Rajah 4. Lukisan ahli keluarga dua lelaki dan dua perempuan Seterusnya, kanak-kanak menyelesaikan permasalahan hasil pengetahuan yang mereka miliki. Kanak-kanak membuat penilaian menerusi kognitif dengan mengaplikasi gambaran dalam lukisan. Lukisan ahli keluarga direalisasikan berdasarkan bilangan ahli keluarga, jantina yang terdapat dalam ahli keluarga, saiz imej figura ahli keluarga, keakraban atau kasih saying sesama ahli keluarga. Ini menunjukkan bahawa, perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku menerusi penghasilan lukisan bertema. Rajah 4, lukisan yang digambarkan oleh kanak-kanak dengan menggunakan kognitif pemikiran dan penyelesaian masalah dalam menghasilkan imej figura perempuan bertudung.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 46 Rajah 5. Lukisan ahli keluarga yang ceria Penelitian dan penilaian yang dibuat terhadap rajah 5, menunjukkan kanak-kanak ini mampu menonjolkan imej figura ahli keluarga dengan jelas dan berkesan. Selain daripada itu, imej sampingan iaitu kaca mata ibu juga ditonjolkan untuk memperjelaskan identiti imej figura. Kualiti lukisan yang dihasilkan sangat baik bagi kanak-kanak di tahap prasekolah. Lukisan ini merangkumi kesemua aspek yang dikaji oleh penyelidik iaitu aspek imej figura lelaki dan perempuan yang jelas nampak perbezaan. Aspek-aspek lain iaitu rupa, komposisi, garisan dan keseimbangan. Makna tersirat disebalik lukisan ini juga, terselit emosi kanak-kanak yang ceria dan bahagia bersama ibu dan bapa. Rajah 6. Lukisan imej figura ahli keluarga Lukisan yang dihasilkan menunjukkan bahawa kanak-kanak ini memiliki perkembangan kognitif yang tinggi. Lukisan yang terkandung dalam rajah 6 menggambarkan imej figura ahli keluarga lelaki dan perempuan. Keberkesanan lukisan ini terhadap perkembangan kognitif kerana kanak-kanak menggunakan minda bagi menyelesaikan masalah untuk menonjolkan imej lelaki dan perempuan. Seterusnya, kanak-kanak ini menggunakan kognitif pengetahuan dengan meletakkan rupa tudung pada imej perempuan dan songkok pada imej lelaki. Berdasarkan penilaian penyelidik, lukisan bertema ini mempunyai kesemua aspekaspek kajian iaitu garisan, rupa, imej, keseimbangan dan komposisi. Kesimpulan


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 47 Secara kesimpulannya, hasil daripada kajian yang dijalankan jelas menunjukkan keberkesanan lukisan bertema yang dipilih terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak prasekolah. Menurut Omatseye, Bridget O. J, Emeriewen, & Kingsley O (2013), lukisan awal membantu membangunkan emosi dan kognitif diri kanak-kanak serta dapat membina kemahiran motor yang baik. Ini jelas dapat dilihat berdasarkan lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak prasekolah. Kanak-kanak mampu menghasilkan lukisan, dengan memberi gambaran yang lebih terperinci terhadap imej setiap ahli keluarga. Berdasarkan kajian ini, wujud perkembangan kognitif dalam diri kanak-kanak semasa dalam proses menghasilkan lukisan bertema. Kanak-kanak bukan sahaja menghasilkan lukisan, tetapi kanak-kanak mempersembahkan hubungan kekeluargaan dalam lukisan tersebut. Malahan, kanak-kanak turut menceritakan perihal keluarga mereka seperti yang tergambar pada lukisan yang dihasilkan. Rajah 8. Lukisan pensel ahli keluarga kanak-kanak Aktiviti melukis meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan kanak-kanak. Keyakinan diri kanak-kanak harus dipupuk dan dibina, supaya kanak-kanak mampu meneroka dengan lebih jauh sesuatu yang mereka gemari. Berdasarkan rajah 8, menunjukkan bahawa kanak menghasilkan lukisan imej figura ahli keluarga dengan penuh keyakinan. Gamabaran yang ditonjolkan, tidak akan sama dengan lukisan seorang dewasa, kerana lukisan kanak-kanak adalah unik dan tersendiri dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Perkembangan kognitif memberikan impak yang besar terhadap masa hadapan seseorang kanak-kanak. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak bukan sahaja dapat meluahkan ekspresi diri, kreativiti, meneroka malah kanak-kanak juga dapat mengembangkan kognitif diri mereka. Ini selaras dengan Lowenfeld dalam Susan Wright (2010) yang menyatakan bahawa penghasilan karya terutama lukisan hasil kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza. Rujukan Jill Englebright Fox. (2016). The SAGE Encyclopedia of Contemporary Early Childhood Education. Los Angeles. Jill Englebright Fox., & Robert Schirrmacher. (2015). Art & Creative Development for Young Children. University of Houston-Victoria. Lowenfeld, V. & Brittain, W.L. (1975). Creative and mental growth. New York: Macmillan Co. Margaret Brooks. (2009). Drawing, Visualisation and Young Children’s Exploration of “Big Ideas”. School of Education, University of New England, NSW, Australia. Omatseye., Bridget O. J., Emeriewen., & Kingsley O. (2013). Every Picture Tells a Story: Stages of Art Development in Children. An International Journal of Arts and Humanities Bahir Dar, Ethiopia Vol. 2 (3), S/No 7, July, 2013: 36-52


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 48 Patricia A. Chappell., & Jean A. Steitz. (1993). Young Childrens’s Human Figura Drawing And Cognitive Development. Memphis State Universip. Robert K. Yin. (2008). Qualitative Research from Start to Finish.The Guildford Press, New York. Sharan B. Merriam. (2009). Qualitative Research a Guide to Design and Implementation. San Francisco, USA: Jossey-Bass Publisher. Suppiah Nachiappan. (2018). Panduan Pendidikan Awal Kanak-kanak Teori, Model, Kaedah dan Aktiviti ke Arah Perkembangan Kognisi. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Susan Wright. (2010). Understanding Creativity in Early Childhood. SAGE Los Angeles.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 49 PENGGUNAAN SOCIAL STORY COVID-19 DALAM MENGURANGKAN TINGKAH LAKU DISRUPTIF KANAK-KANAK AUTISME Dayang Dayana Abg Abd Nasir Abstrak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 28 hari yang dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid-19 di Malaysia telah memberikan impak yang besar kepada pelbagai lapisan masyarakat. PKP yang dilaksanakan ini sekaligus merubah rutin harian kanak-kanak Autisme yang menyebabkan mereka menunjukkan tingkah laku disruptif. Oleh itu, kertas ini mencadangkan penggunaan Social Story sebagai salah satu intervensi bagi mengurangkan tingkah laku disruptif kanak-kanak Autisme di rumah selama tempoh PKP dikuatkuasakan. Kata Kunci: Autisme, Tingkah Laku Disruptif, Social Story, Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan Pengenalan Covid-19 merupakan satu strain baru dari keluarga Coronavirus yang berjangkit dari individu ke individu melalui titisan penafasan atau sentuhan (KKM, 2020). Pesakit yang positif Covid19 menunjukkan gejala-gejala seperti demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas (KKM, 2020). Berikutan bilangan kes positif Covid-19 yang semakin membimbangkan, kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang di buat dibawah Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 (BERNAMA, 2020). Tempoh pelaksanaan PKP pada awalnya bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 iaitu selama 14 hari kemudian dilanjutkan kepada 14 April 2020 iaitu tambahan sebanyak 14 hari yang menjadikan jumlah hari dalam tempoh PKP ialah 28 hari. Pelaksanaan PKP meliputi larangan menyeluruh pergerakan atau perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Oleh itu, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit, atau kedai serbaneka. Selain itu, semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat juga ditangguh. Di samping itu, semua institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta, institut latihan kemahiran, taska, sekolah, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah, dan pra-universiti juga perlu ditutup. Arahan penutupan juga merangkumi semua premis kerajaan dan juga swasta, kecuali perkhidmatan penting negara (essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan. Justeru, hanya pekerja dan wakil keluarga dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi urusan pekerjaan, urusan penting, dan membeli barangan keperluan harian. Pelaksanaan PKP ini memberi kesan kepada pelbagai pihak, termasuklah kanak-kanak Autisme. Autisme merupakan sejenis kecelaruan fungsi urat saraf otak atau di dalam istilah perubatan disebut kecelaruan neurologikal (neurological disorder) yang menyebabkan impak negatif kepada perkembangan otak (DSM, 2013). Urat saraf otak kanak-kanak yang mengalami Autisme tidak berfungsi seperti urat saraf otak kanak-kanak normal. Fungsi urat saraf otak mereka yang bercelaru menyebabkan input yang masuk ke dalam otak mereka diproses dengan cara yang berbeza (Hasnah, 2017). Keadaan ini yang menjelaskan tentang perkembangan yang berbeza antara individu Autisme dan individu lain, terutamanya dari segi tingkah laku, komunikasi, dan sosial.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 50 Kajian terkini mendapati 1 daripada 160 kanak-kanak di dunia mengalami autisme (WHO, 2019). Manakala, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi Malaysia 2016 menganggarkan bahawa 1.875 daripada 1000 orang kanak-kanak berumur 18 bulan hingga 3 tahun, pada tahun 2016 telah menerima diagnosis autisme, berbanding 1.6 daripada 1000, pada tahun 2005 (Aminah & Noor, 2019). Pakar dari seluruh dunia menggunakan Diagnositic & Statistical Manual (DSM 5.0) (2013) yang diterbitkan oleh American Psychological Association (APA) sebagai panduan untuk membuat diagnosis Autisme. Ciri-ciri Autisme yang disenarai dalam Manual Diagnostic & Statistical Manual (DSM 5.0) (2013) ialah, (1) tidak atau kurang mampu dari segi kemahiran komunikasi sosial dan interaksi sosial dalam pelbagai konteks, dan (2) mempunyai tingkah laku, minat dan aktiviti yang terhad dan berulang ulang. Kanak-kanak autisme biasanya rigid, mempunyai kesukaran untuk beradaptasi dengan perubahan, dan hampir tidak mempunyai fleksibiliti. Oleh itu, bagi kanak-kanak autisme, rutin seharian dilihat sebagai situasi yang menenangkan kerana tiada kejutan, tiada peristiwa rawak dan semuanya berjalan seperti yang dijangka. Maka, apabila berlaku perubahan pada rutin harian seperti tidak boleh pergi ke sekolah atau keluar rumah atau berjalan-jalan di taman atau ke kedai yang disebabkan oleh PKP, kanak-kanak autisme akan menunjukkan tingkah laku disruptif. Tingkah laku merupakan perbuatan yang dilakukan oleh pelaku sebagai tindak balas terhadap sesuatu rangsangan. Tingkah laku yang ditunjukkan ini boleh berlaku dalam keadaan positif mahupun negatif. Tingkah laku negatif dapat dibahagikan kepada tiga iaitu, tingkah laku mengganggu atau disruptif, tingkah laku merosakkan atau distruktif, dan tingkah laku bergantung (Mohd Ridzuan & Rosadah, 2019; Thilakavathy, Mohd Hanafi & Khairul Farhah, 2019; Siti Suraya Hanim, Mohd Hanafi & Mohd Mokhtar, 2016; Yasmin, 2013). Tingkah laku disruptif dapat ditakrifkan sebagai apa jua tingkah laku yang berlaku yang mengganggu kehidupan seharian atau bersifat tidak selamat dari segi psikologi mahupun fizikal, contohnya menjerit, menghentak kepala, menggoyangkan pintu, menumbuk pintu, atau mengetuk pintu secara melampau. Namun begitu, tingkah laku disruptif ini boleh dikawal menggunakan pelbagai kaedah intervensi yang bersesuaian antaranya dengan penggunaan Social Story. Social story diasaskan oleh Carol Gray dan merupakan salah satu Intervensi Berasaskan Cerita (Story Based Intervention / Social Narratives) yang paling terkenal yang digunakan oleh individu autisme tanpa mengira peringkt umur, di seluruh dunia (Hasnah, 2017). Intervensi ini menggunakan cerita yang boleh disediakan sendiri oleh ibu bapa untuk mengajar anak Autisme untuk menangani apa-apa situasi mencabar. Ciri – ciri social story ialah, (1) cerita ditulis khusus dari perspektif anak untuk menerangkan apakah tingkah laku yang bersesuaian dengan sesuatu situasi, contohnya situasi sekarang ialah Perintah Kawalan Pergerakan yang bertujuan untuk mengurangkan penularan Covid-19, (2) cerita ditulis dengan bahasa yang ringkas dan ayat yang pendek supaya mudah difahami oleh kanak-kanak, dan (3) cerita disarankan mengandungi gambar-gambar yang dapat membantu kefahaman kanak-kanak, serta dapat menarik perhatiannya. Kaedah penggunaan social story ialah, baca cerita yang telah disediakan seeloknya bersama-sama dengan atau kepada anak beberapa hari sebelum kejadian, kemudian bincang isi-isi penting untuk meningkatkan kefahaman anak, dan ulang isi-isi penting di dalam cerita semasa hari kejadian sebagai ingatan kepada anak. Social story merupakan intervensi yang terbukti berkesan untuk meningkatkan kawalan diri dan mengurangkan tingkah laku negatif. Malah, kaedah ini bukan sahaja untuk anak-anak yang sudah mampu membaca, tetapi ia juga berkesan digunakan dengan anak-anak yang yang sudah mampu memahami cerita yang dibacakan kepada mereka anak (Hasnah, 2017; Siti Suraya Hanim, Mohd Hanafi & Mohd Mokhtar, 2016).


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 51 Social story tersenarai dalam kajian mengenai intervensi-intervensi yang berkesan untuk kanak-kanak autisme yang terkandung dalam Laporan National Autism Center, A.S. 2015 (dalam Buku Findings and Conclusions: National Standard Project, Phase 2) dan dalam Laporan National Professional Development Center (NPDC)1 , A.S. (dalam Buku EvidenceBased Practices for Children, Youth and Young Adults with Autism Spectrum Disorder 2014) (Hasnah, 2017). Penggunaan Social Story Jadual 1 Penggunaan Social Story secara umum. NAMA / TAHUN PENGGUNAAN SOCIAL STORIES DIAGNOSIS / UMUR KEPUTUSAN O’Connor & Hayes, 2019 Mengurangkan tingkah laku mencabar di dalam kelas. Autisme, kanak-kanak sekolah rendah Berkurang Kurt & Kutlu, 2019 Mengajar kemahiran mengelak penculikan. Autisme, 4-12 tahun Menguasai Bicakci & Gul, 2019 Mengajar kemahiran melintas jalan. Autisme, 7-9 tahun Mild Intellectual Disability, 7-9 tahun Menguasai Khantreejitranon, 2019 Mengurangkan masalah kemahiran sosial di dalam kelas: Jalan keliling kelas, buat bunyi bising, tidak kongsi mainan dengan rakan-rakan, tunjuk emosi berlebihan / rosakkan barang jika tidak puas hati, tidak sabar, tidak letak mainan di tempat asal selepas main, ambil barang orang lain tanpa kebenaran, tidak tahu sapa orang lain, peluk orang sesuka hati. Autisme, kanak-kanak prasekolah Berkurang Almutlaq & Martella, 2019 Mengajar kemahiran sosial - memberi pujian. Autisme, kanak-kanak sekolah rendah Menguasai Zhou, Wong & McGrath, 2019 Mengajar kemahiran menggosok gigi. Autisme, kanak-kanak prasekolah Menguasai Jadual 1 menunjukkan penggunaan social story secara umum yang disediakan berdasarkan hasil analisis tinjauan literatur terkini (tahun 2019-2020) yang diperolehi daripada hasil carian di Scopus dan Web of Science. Jadual di atas menunjukkan social story digunakan bagi mengajar kemahiran seperti mengelak penculikan, melintas jalan, memberi pujian, dan menggosok gigi, serta bagi mengurangkan tingkah laku mencabar dan masalah kemahiran sosial di dalam kelas seperti berjalan di sekeliling kelas, membuat bunyi bising, tidak berkongsi permainan dengan rakan-rakan, menunjukkan emosi berlebihan, merosakkan barang jika tidak berpuas hati, tidak sabar, tidak meletakkan mainan di tempat asal selepas bermain, ambil barang orang lain tanpa kebenaran, tidak tahu menyapa orang lain, dan memeluk orang sesuka hati. Hasil daripada kajian-kajian ini mendapati kanak-kanak autisme menguasai kemahirankemahiran yang diajar kepada mereka, serta tingkah laku mencabar dan masalah kemahiran sosial semakin berkurangan (O’Connor & Hayes, 2019; Kurt & Kutlu, 2019; Bicakci & Gul, 2019, Khantreejitranon, 2019; Almutlaq & Martella, 2019; Zhou, Wong & McGrath, 2019). 1. Penggunaan Social Story Covid-19 dalam mengurangkan tingkah laku disruptif kanakkanak Autisme. 1 The National Profesional Development Center (NPDC) adalah sebuah pusat penyelidikan di University of North Carolina, Amerika Syarikat, yang menjalankan penyelidikan mengenai latihan guru dan ahli terapi yang memberikan perkhidmatan kepada anak-anak autisme.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 52 Rajah 1. Kerangka konsep penggunaan Social Story Covid-19 dalam mengurangkan tingkah laku disruptif kanak-kanak Autisme Rajah 1 menunjukkan kerangka konsep penggunaan social story Covid-19 dalam mengurangkan tingkah laku disruptif kanak-kanak autisme. Kerangka konsep ini disediakan berpandukan situasi semasa iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac 2020 sehingga 14 April 2020, yang menyebabkan perubahan pada rutin harian kanak-kanak autisme seperti tidak dapat keluar rumah atau berjalan-jalan di taman atau ke kedai atau tidak dapat pergi sekolah, sehingga ada kanak-kanak autisme menunjukkan tingkah laku disruptif, contohnya menjerit-jerit, menggoyangkan atau menumbuk pintu. Oleh itu, kertas ini mencadangkan penggunaan social story bagi mengurangkan tingkah disruptif tersebut, memandangkan social story tersenarai sebagai intervensi yang berkesan dalam membantu mengurangkan tingkah laku negatif kanak-kanak autisme. Social story Covid-19 digunakan untuk menerangkan mengenai Covid-19 dan PKP supaya kanak-kanak autisme ini memahami situasi semasa yang berlaku yang telah menyebabkan rutin harian mereka berubah. Rajah 2 dibawah menunjukkan contoh social story Covid-19. Diharapkan agar penggunaan Social Story Covid-19 dapat membantu mengurangkan tingkah laku disruptif kanak-kanak autisme di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan daripada 18 Mac 2020 sehingga 14 April 2020.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 53 Rajah 2. Contoh Social Story Covid-19 Kesimpulan Social story merupakan salah satu intervensi yang telah banyak disebut oleh ramai ibu bapa di seluruh dunia bagi membantu kanak-kanak Autisme dalam pelbagai aspek kehidupan. Kajian mengenai kejayaan hasil penggunaan social story dan saranan penggunaan social story banyak direkodkan dalam artikel-artikel yang telah diterbitkan. Justeru, penggunaan Social Story Covid-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia yang telah diterangkan dalam kertas ini telah menambah konteks penggunaan social story bagi mengurangkan tingkah laku disruptif kanak-kanak Autisme. Penghargaan Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang berkongsi Social Story Covid-19 di media sosial yang telah membantu ramai ibu bapa penjaga. Sekalung penghargaan juga diucapkan untuk anda semua kerana usaha anda telah memberi ilham kepada saya dalam menyiapkan bab ini. Rujukan Almutlaq, H. & Martella, R. C. (2019). Teaching elementary-aged students with autism spectrum disorder to give compliments using a social story delivered through an iPad application. International Journal of Special Education. 33(2), 482-492. Aminah Bee Mohd Kassim & Noor Hassline Mohamed. (2019). The global prevalence and diagnosis of Autism Spectrum Disorder (ASD) among young children. Southeast Asia Psychology Journal. 7, 26-45. Autismspeaks.org 26 April 2018. CDC increases estimate of autism’s prevalence by 15 percent, to 1 in 59 children. BERNAMA. (2020). https://www.facebook.com/bernamaofficial/ Bicakci, M., & Gul, S. O. (2019). Effect of peer delivered social stories on the crossing skills of primary school students with developmental disabilities. Egitim ve Bilim. 44(199), 257-278. Diagnostic criteria for Autism Spectrum Disorder (2013). Diagnostic Statistical Manual of Mental Disorders 5th ed. Washington, DC. Hasnah, T. (2017). Autisme Panduan Ibu Bapa. Kuala Lumpur: Penerbitan Ryadh.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 54 Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020). www.moh.gov.my Khantreejitranon, A. (2019). Using a social story intervention to decrease inappropriate behavior of preschool children with autism. Kasetsart Journal of Social Sciences. 39(1), 90-97. Kurt, O., & Kutlu, M. (2019). Effectiveness of Social Stories in Teaching Abduction-Prevention Skills to Children with Autism. Journal of Autism and Developmental Disorders. 49(9), 3807-3818. Mohd Ridzuan, B., & Rosadah, M. (2019). Kawalan tingkah laku tantrum murid autism melalui Terapi Ruqyah. International Conference on Global Education VII “Humanising Technology For IR. 4.0”. 433-440. O’Connor, K. M., & Hayes, B. (2019). A real-world application of Social Stories as an intervention for children with communication and behaviour difficulties. Emotional and Behavioural Difficulties. 24(4), 323-338. Siti Suraya Hanim, Mohd Hanafi Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Tahar. (2016). Penggunaan "social story" terhadap tingkah laku mengganggu murid autisma. Seminar Modifikasi Tingkah Laku Murid Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) Peringkat Negeri Johor. JPN Negeri Johor. Thilakavathy, P., Mohd Hanafi, M. Y., & Khairul Farhah, K. (2019). Mengurangkan tingkah laku distruptif iaitu menggigit kuku bagi murid bermasalah Pendengaran. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) ke-6 2019. 1067-1076. World Health Organization. (2019). https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/autism-spectrumdisorders Yasmin, H. (2013). Terapi Dalam Pendidikan Khas. Ampang, Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd. Zhou, N., Wong, H. M., & McGrath, C. (2019). Efficacy of Social Story Intervention in Training Toothbrushing Skills Among Special-Care Children With and Without Autism. Autism Research.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 55 TAHAP PEMIKIRAN INVENTIF: SATU TINJAUAN AWAL DALAM KALANGAN PELAJAR LUAR BANDAR Harizah ‘Aliah Bambang Azhari dan Lilia Halim Abstrak Pemikiran Inventif telah disenaraikan sebagai salah satu kemahiran yang sangat diperlukan untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Kemahiran ini adalah pencetus kepada budaya inovasi dan rekacipta yang sedang diusahakan oleh kerajaan Malaysia untuk mengurangkan isu kemiskinan khususnya di kawasan luar bandar. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemikiran inventif dalam kalangan pelajar luar bandar. Kajian ini menggunakan rekabentuk tinjauan yang menggunakan set ujian yang diadaptasi daripada Model Pemikiran Inventif Sistematik. Seramai 30 orang pelajar luar bandar Tingkatan 4 Aliran Sains telah dipilih menggunakan persampelan rawak mudah di sekitar daerah Seremban, Negeri Sembilan. Kajian ini amat bermakna untuk menilai kemampuan pelajar berfikir secara inventif. Hasil kajian, mendapati tahap pemikiran inventif dalam kalangan pelajar luar bandar berada di tahap sederhana rendah. Tindakan seterusnya adalah dengan memperhebatkan daya pemikiran inventif pelajar luar bandar di dalam bilik darjah. Justeru, pihak yang terlibat dalam perkembangan pelajar perlu memantau, merancang strategi dan meneruskan program intervensi untuk meningkatkan pemikiran inventif khususnya di luar bandar. Kata Kunci: Pemikiran Inventif, Luar Bandar, Kemahiran Abad Ke-21 Pengenalan Abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke satu fasa yang sangat berevolusi dengan kebanjiran teknologi dan ilmu pengetahuan sehingga menuntut manusia untuk mempunyai pelbagai kemahiran dan cara berfikir yang mantap. Salah satu kemahiran yang telah disenaraikan sebagai keperluan asas dalam abad ke-21 ialah kemahiran berfikir secara inventif (Kementerian Pendidikan Malaysia 2013; Kiong et al. 2018; NCREL dan Metiri Group 2003; Noorul Jannah Azaman dan Nor Aishah Buang 2019). Pemikiran inventif merupakan satu keupayaan untuk menemukan dan menyelesaikan masalah kreativiti dengan berkesan (Genrich Altshuller, 1990). Penerapan pemikiran inventif di peringkat sekolah merupakan satu usaha wajib yang perlu dilakukan kerana berfikir merupakan kemahiran yang perlu diasah, bukan satu proses semula jadi. Kemiskinan adalah masalah global yang serius dan membawa kepada banyak isu sosial seperti tidak mempunyai peluang pekerjaan serta kekurangan dari aspek kesihatan, pendidikan dan lain-lain. Malah, kemiskinan merupakan salah satu cabaran utama dalam abad ke-21 (Kennedy 2000; Martin 2006). Laporan yang didapati melalui Data Asas Malaysia menunjukkan terdapat perbezaan di antara kadar kemiskinan penduduk bandar dan luar bandar pada tahun 1970 hingga 2014 (KPLB 2015b). Pada tahun 2014, perbezaan tersebut mencecah 1.3% pada kadar kemiskinan dan 44% perbezaan pendapatan bulanan penduduk bandar dengan luar bandar. Untuk mengurangkan isu ini, kerajaan Malaysia telah membentuk pelbagai dasar luar bandar di mana sokongan kewangan, latihan, dan bantuan infrastruktur untuk menggalakkan budaya inovasi dan rekacipta. Usaha ini bertujuan untuk memacu pertumbuhan ekonomi luar bandar dan sekali gus membuka peluang penduduk luar bandar untuk menikmati pendapatan yang mampan (KPLB 2015a). Ironinya, anjakan yang telah kerajaan laksanakan untuk membendung isu ini ternyata kurang berhasil. Sorotan Khas Pembangunan Keusahawanan 2016 yang melaporkan budaya


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 56 dan inovasi di kalangan rakyat Malaysia berada di tahap yang membimbangkan iaitu peratusan tertinggi adalah pada tahun 2009 (Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia 2016). Di samping itu, amalan pemikiran inventif di dalam bilik kelihatan kurang memberansangkan (Norhaslinda Abdul Samad & Kamisah Osman 2017; Salmiza Saleh, Azila Muhammad dan Syed Mohamad Syed Abdullah 2020). Antara punca yang menjadi penghalang kepada pemingkatan kreativiti di kalangan pelajar termasuk tekanan rakan sebaya, sistem pendidikan dan tingkah laku guru di bilik darjah (Mohamad Mohsin & Nasruddin Yunus, 2008). Oleh itu, satu usaha lain perlu dilakukan untuk mencetuskan budaya inovasi dan reka cipta seperti mengasah kemahiran berfikir secara inventif sejak di bangku sekolah. Kajian-kajian lepas berkaitan pemikiran inventif menunjukkan hasil yang tidak konsisten. Tahap pemikiran inventif di kalangan pelajar Malaysia berada di tahap yang rendah (Norhaslinda Abdul Samad & Kamisah Osman 2017), sederhana (Noorul Jannah Azaman & Nor Aishah Buang 2019) dan tinggi (Azizah Mat Ali, 2015; Mazliza Mohtar et al., 2018). Data khusus berkaitan pemikiran inventif di luar bandar masih belum diterokai. Selain itu, didapati terdapat jurang instrument pada kajian-kajian lepas. Kebanyakan kajian yang mengukur tahap pemikiran inventif berdasarkan persepsi sahaja (Aliamat Omar Ali, 2014; Jamali, Rahman, dan Azizan, 2015; Masyuniza Yunos, 2015; Nur Erwani Rozi, 2019). Berdasarkan jurang ini, satu kajian perlu dilakukan untuk mengukur tahap pemikiran inventif melalui cara berfikir pula. Tahap pemikiran inventif pelajar luar bandar perlu diselidik supaya dapat memberi gambaran sebagai arah tuju untuk meningkatkan kualiti pengajaran sesuai dengan tuntutan semasa. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pemikiran inventif dalam kalangan pelajar luar bandar. Persoalan kajian yang ingin diselesaikan ialah “Apakah tahap pemikiran inventif di kalangan pelajar luar bandar?” Kajian Literatur Pemikiran inventif Pemikiran inventif didefinisikan sebagai keupayaan untuk menyelesaikan masalah secara kreatif, berkesan dan berstrategi supaya bilangan proses trials and errors dapat dikurangkan. Proses penyelesaian masalah ini melibatkan kedua-dua pemikiran convergen dan divergen (Sokol et al. 2008). NCREL dan Metiri Group (2003) telah memperkenalkan Dimensi Pemikiran Inventif yang mempunyai mempunyai enam elemen iaitu penyesuaian diri dan pengurusan kesukaran, regulasi kendiri, sifat ingin tahu, kreativiti, keberanian mengambil risiko dan kemahiran berfikir aras tinggi. Penyesuaian diri dan pengurusan kesukaran merupakan keupayaan seseorang untuk mengubah tindakannya supaya lebih sesuai dengan persekitaran semasa atau persekitaran di masa hadapan. Dalam pada masa yang sama, seseorang juga berupaya untuk mengendalikan pelbagai tugasan serta bijak ketika menghadapi kekangan seperti kekangan masa, sumber, sistem dan sebagainya (NCREL dan Metiri Group, 2003). Regulasi kendiri membolehkan seseorang membangunkan kebebasan intelektual, pengawalan diri dan pengurusan diri. Regulasi kendiri merupakan salah satu aspek yang kritikal untuk beradaptasi dengan landskap kerja abad ke-21 kerana seseorang mampu menadaptasikan diri dengan kerjaya baru dan persekitaran hidup yang berubah-ubah (Istirahayu, Yusuf & Mayasari, 2016; Johnston, 2017). Rasa ingin tahu adalah keinginan untuk mengetahui yang menjurus ke arah penyiasatan. Tahap rasa ingin tahu yang tinggi sentiasa dikaitkan dengan kesediaan untuk berusaha dan dengan motivasi dalam aktiviti penerokaan (Lehwald, 1991). Kreativiti adalah tindakan menjadikan idea-idea baru dan idea-idea imajinatif menjadi kenyataan menggunakan kemahiran kognitif dan evolusi (Malindžák & Buša, 2017). Keberanian mengambil risiko berlaku apabila seseorang telah jelas mengenal pasti risiko yang terlibat dan merancang untuk memaksimumkan peluang sambil meminimumkan risiko yang bakal dihadapi (Arora & Kumari, 2015; Willick et al., 2017). Aras pendidikan KBAT di


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 57 Malaysia adalah berdasarkan empat aras tertinggi dalam Taksonomi Bloom Semakan Anderson iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta (KPM 2014). Pembelajaran KBAT mendorong pelajar membuat penyelidikan dan penerokaan dalam menyelesaikan aktiviti yang mencabar minda beraras tinggi. Menurut Genrich Altshuller (1990) pula, tahap pemikiran inventif seseorang bergantung kepada beberapa kemahiran berfikir yang digabungkan iaitu kemahiran berfikir pengurangan, percambahan, pembahagian, penggabungan tugas dan ketergantungan. Kemahiran berfikir pengurangan dilakukan dengan mengeluarkan komponen penting dari satu produk. Sebagai contoh, membangunkan sebuah sistem yang dipanggil Nemlock, untuk satu aplikasi di telefon pintar dicipta untuk membuka pintu rumah supaya pengguna tidak memerlukan kunci, cip, atau sebarang peralatan yang lain. Kemahiran berfikir percambahan pula berlaku dengan menambah produk komponen yang sama dengan komponen yang sedia ada ke dalam satu produk. Kemudian, komponen tambahan harus diubah mengikut beberapa parameter. Misalnya, sebuah pemasa dapur mempunyai tiga pemasa di skrin. Setiap pemasa berfungsi secara bebas membolehkan penggunanya memasak tiga jenis masakan pada waktu yang sama. Kemahiran berfikir pembahagian pula dilakukan dengan membahagikan produk atau komponennya. Kemudian bahagian yang dibahagikan disusun semula untuk membentuk satu atau beberapa produk yang baru. Kemahiran berfikir penggabungan tugas menetapkan fungsi baru atau tambahan kepada produk sedia ada. Contohnya, masyarakat Arab menggunakan unta untuk beberapa fungsi yang berbeza iaitu pengangkutan manusia, susu, tempat berteduh dan membakar najis unta untuk dijadikan baja. Kemahiran berfikir ketergantungan diaplikasikan dengan mewujudkan atau membubarkan elemen atau pembolehubah dalam sesuatu produk. Sebagai contoh, isu pembeli yang tidak dapat menemui pakaian sesuai dengan jenis badan mereka dapat deselesaikan dengan membuat inovasi terhadap patung mannequin yang boleh berubah saiz. Pemikiran Inventif Sistematik (SIT) Rajah 1. Pemikiran Inventif Sistematik (SIT) Pemikiran Inventif Sistematik (SIT) telah dibangunkan di Israel pada tahun 1990-an. SIT ialah satu kaedah menganalisis produk atau perkhidmatan sedia ada untuk membina produk atau perkhidmatan baru yang lebih bermanfaat. SIT memanfaatkan ternik pemikiran manusia bagi mencetuskan idea-idea yang berinovasi. Menurut Boyd (2014), kebanyakan produk inovasi


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 58 terhasil apabila seseorang bekerja di dalam dunia yang biasa dialaminya, menghasilkan penyelesaian yang tidak bersandar dengan masalah yang khusus, dan menggunakan teknik berfikir iaitu pengurangan, percambahan, pembahagian, penggabungan tugas dan ketergantungan. Kaedah SIT melibatkan dua bidang kreativiti utama iaitu penemuan masalah dan dan penyelesaian masalah. Ketika aktiviti penyelesaian masalah, SIT menggunakan lima corak pemikiran yang dicadangkan oleh Genrich Altshuller (1990). Metodologi Reka bentuk Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk tinjauan. Reka bentuk kajian tinjauan dipilih kerana kaedah penyelidikan jenis ini adalah yang paling sesuai untuk menggambarkan dah menghuraikan keadaan atau fenomena tentang sesuatu populasi (Radin & Yasin 2018; Sern et al. 2013). Secara spesifik, reka bentuk tinjauan yang terlibat ialah tinjauan rentas silang di mana penyelidik mengumpul data hanya sekali daripada satu sampel. Oleh itu, dapatan kajian ini dapat menggambarkan situasi semasa berkaitan pemikiran inventif di kalangan pelajar luar bandar. Sampel Populasi kajian ini ialah pelajar sekolah menengah harian luar bandar di Negeri Sembilan. Pelajar dari sekolah harian luar bandar dipilih kerana lazimnya pelajar-pelajar tersebut juga tinggal di kawasan sekitar luar bandar. Hal ini supaya pemilihan sampel kajian adalah selari dengan kepentingan kajian iaitu untuk membasmi kemiskinan penduduk luar bandar melalui pemikiran inventif. Sampel kajian adalah terdiri daripada 30 orang pelajar Tingkatan 4 Aliran Sains. Aspek umur responden perlu dijadikan pembolehubah malar kerana terdapat hubungan antara umur dengan tahap kreativiti (Dikici, Özdemir & Clark 2018; Stroebe 2016). Oleh itu, kajian telah menetapkan pelajar berusia 16 tahun dipilih sebagai responden kajian. Penentuan saiz sampel pula dibuat berdasarkan reka bentuk analisis kajian iaitu analisis korelasi iaitu 30 dan ke atas (Ghazali Darussalam, 2016). Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah menengah harian luar bandar di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Faktor pemilihan lokasi adalah berdasarkan daerah Seremban mempunyai sekolah harian terbanyak di Negeri Sembilan. Selain itu, faktor lokaliti juga diambil kira untuk akses ke lokasi kajian bagi memudahkan urusan pengkaji memperoleh data kajian. Instrumen Penyelidik telah mengadaptasi Ujian Masalah dan Penyelesaian (P&S) yang telah dibina oleh Barak dan Albert (2017). Corak pemikiran inventif yang terdapat dalam SIT telah dijadikan panduan untuk membentuk P&S. Proses pembentukan ujian P&S ini melibatkan dua kumpulan pakar. Ahli kumpulan pertama ialah mereka yang pakar dalam SIT manakala yang kedua merupakan pakar dalam pengajaran bahasa (Barak & Albert 2017). Dalam kajian ini, soalan daripada ujian P&S yang asal telah dialih Bahasa kepada Bahasa Melayu dan diubahsuai mengikut keadaan persekitaran di Malaysia. Ujian untuk menilai tahap pemikiran inventif pelajar luar bandar ini mengandungi dua item soalan terbuka seperti dalam Rajah 2. Jawapan responden dianalisis melalui dua aspek iaitu bilangan masalah yang disenaraikan dan bilangan penyelesaian yang dicadangkan sama ada berbentuk inventif, konvensional atau tidak logik. Set ujian ini diberikan kepada pelajar dalam tempoh 20 minit. Pelajar diminta untuk memberikan butiran peribadi dan menjawab ujian terbuka mengikut masa yang ditetapkan. Sebelum ujian dimulakan, pengkaji akan memberikan penerangan ringkas tentang tujuan ujian


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 59 dijalankan dan meminta pelajar untuk merahsiakan jawapan mereka kepada pelajar yang lain sehingga tamat sesi ujian. Gambar 1 Gambar 1 menunjukkan sebuah cerek air. Item 1: Senaraikan seberapa banyak masalah atau bahaya yang mungkin terjadi apabila menggunakan cerek air. Item 2: Cadangkan seberapa banyak penyelesaian yang boleh dilakukan untuk setiap masalah yang anda senaraikan di Item 1. Berikan sebab untuk setiap cadangan anda. Rajah 2. Instrumen kajian Penilaian Strategi pemarkahan adalah berdasarkan rubrik pemarkahan daripada P&S dalam Jadual 1 (Barak dan Mesika 2007) dalam Jadual 1. Bilangan masalah yang releven menentukan markah keseluruhan pada Item 1. Contohnya, sekiranya responden berjaya menyenaraikan 20 masalah, namun hanya 15 daripadanya adalah releven maka markah responen bagi Item 1 ialah 15 markah. Pemarkahan pada Item 2 pula dinilai mengikut tiga ketegori iaitu penyelesaian inventif (I), penyelesaian konvensional (K) dan penyelesaian tidak releven (TR). Hanya bilangan penyelesaian masalah kategori I sahaja diberikan markah iaitu 1 markah setiap satu jawapan. Sebagai contoh, jika responden memberikan 20 penyelesaian masalah iaitu 3 penyelesaian inventif, 10 penyelesaian konservatif dan 7 penyelesaian tidak releven, maka markah keseluruhan untuk Item 2 ialah 3. Jadual 1 Strategi pemarkahan P&S Item Penerangan Markah 1 Bilangan masalah yang releven 1 markah untuk setiap jawapan yang releven. 2 Jenis penyelesaian masalah 1 markah untuk setiap jawapan berbentuk inventif. Contohnya, setiap cadangan yang mempunyai elemen pengurangan, percambahan, pembahagian, penggabungan


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 60 tugas dan ketergantungan mendapat 2 markah. Tiada markah untuk setiap jawapan konvesional atau tidak releven. Analisis Data Setelah pengiraan markah selesai, markah setiap elemen dikategorikan mengikut skor berdasarkan formula dalam Jadual 2. Item 1 mewakili elemen penemuan masalah, manakala Item 2 adalah berkaitan pemikiran inventif. Formula dan jadual ini telah diubahsuai daripada daripada Nur Erwani Rozi (2019). Jadual 2 Kaedah pengiraan julat markah dan skor elemen Julat markah Skor 0 0 0.01 hingga a 1 (0.01 + a) hingga 2a 2 (0.01 + 2a) hingga 3a 3 (0.01 + 3a) hingga 4a 4 > (0.01 + 4a) 5 ℎ = ℎ ℎ = ℎ , 5 Seterusnya skor bagi elemen penemuan masalah dan penyelesaian inventif akan menentukan nilai min pemikiran inventif. Tahap pemikiran inventif kemudiannya ditentukan berdasarkan perbandingan antara min skor dengan interpretasi dalam Jadual 3. Berdasarkan Jadual 3, pemikiran inventif dan kreativiti saintifik dibahagikan kepada empat tahap iaitu rendah (1.00 hingga 2.00), sederhana rendah (2.01 hingga 3.00), sederhana tinggi (3.01 hingga 4.00) dan tinggi (4.01 hingga 5.00). Jadual Error! No text of specified style in document. Interpretasi tahap pemikiran inventif dan kreativiti saintifik (Nunnally and Bernstein 1994) Min Interpretasi 1.00 hingga 2.00 Rendah 2.01 hingga 3.00 Sederhana rendah 3.01 hingga 4.00 Sederhana tinggi 4.01 hingga 5.00 Tinggi = ℎ + 2 Kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen kajian P&S telah diterjemah kepada Bahasa Melayu, maka kesahan dari pakar bahasa perlu dilakukan. Soalan P&S yang asal dan soalan P&S yang telah diterjemah diberikan kepada seorang guru Bahasa Melayu yang berpengalaman mengajar selama 15 tahun. Hasil


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 61 daripada maklum balas guru tersebut, terdapat item yang perlu diperbaiki dari segi struktur bahasa. Nilai kebolehpercayaan intrumen ditentukan berdasarkan pemarkahan yang diberikan oleh dua orang pemeriksa menggunakan kaedah interrater-reliability. Kaedah yang digunakan adalah dengan menentukan kolerasi antara dua pemeriksa jawapan. Pemeriksa pertama ialah pengkaji sendiri. Pemeriksa kedua pula merupakan seorang guru fizik berpengalaman selama 25 tahun dan pernah menjadi pemeriksa kertas untuk Pentaksiran Tingkatan 3 subjek Sains. Bagi menilai kekuata hubungan, pengkaji merujuk interpretasi yang dicadangkan oleh Cohen (1988) (Meier, Brudney & Bohte 2015). Hasil daripada pengiraan korelasi didapati bahawa persetujuan antara dua pemeriksa adalah tinggi iaitu elemen penemuan masalah (r=0.913), elemen penyelesaian masalah (r=0.848) dan tahap pemikiran inventif (r=0.905). Dapatan dan Perbincangan Tahap pemikiran inventif pelajar luar bandar dinilai berdasarkan dua elemen SIT iaitu penemuan masalah dan penyelesaian masalah. Jadual 4 menunjukkan hasil analisis bagi setiap elemen SIT yang telah dijalankan terhadap 30 orang pelajar di luar bandar. Berdasarkan Jadual 4, purata skor bagi elemen penemuan masalah dalam kalangan pelajar luar bandar berada pada tahap yang sederhana rendah (min=2.80; s.p =1.400). Seterusnya, elemen penyelesaian masalah (min=1.43; s.p=1.278) berada di tahap rendah. Secara keseluruhan, tahap pemikiran inventif pelajar luar bandar berada di tahap sederhana rendah (min=2.17; s.p=1.140) sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 5. Jadual 4 Min dan sisihan piawai untuk elemen dalam pemikiran inventif pelajar luar bandar Elemen pemikiran inventif N Min Sisihan Piawai Interpretasi min Penemuan masalah 30 2.80 1.400 Sederhana rendah Penyelesaian masalah 30 1.43 1.278 Rendah Jadual 5 Min dan sisihan piawai tahap pemikiran inventif pelajar luar bandar N Min Sisihan Piawai Interpretasi min Pemikiran inventif 30 2.17 1.140 Sederhana rendah Dapatan ini menjelaskan bahawa kekurangan idea merupakan penyebab pelajar tidak dapat menjawab ujian P&S dengan baik. Kebanyakan pelajar hanya mampu memberikan kurang daripada 5 jawapan yang releven dalam masa 20 minit. Markah yang tertiggi antara pelajar adalah 9 markah. Ini bermaksud, pelajar yang mendapat markah paling tinggi pun memerlukan masa sekurang-kurangnya 2 minit untuk mencari idea yang bersesuaian. Terdapat juga beberapa jawapan pelajar yang seakan sama dengan jawapan pelajar yang lain. Pelajar tidak cenderung memikirkan solusi yang belum biasa dilakukan oleh orang-orang lain. Berdasarkan kajian Dikici et al. 2018 dan Stroebe 2016, terdapat hubungan antara kreativiti dengan umur seseorang. Oleh itu, pelajar seharusnya sudah mempunyai tahap


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 62 pemikiran inventif yang tinggi untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Pengkaji berpendapat bahawa tahap pemikiran inventif yang rendah mempunyai hubungan dengan budaya inovasi yang kurang di kalangan masyarakat kini. Dapatan ini selari dengan laporan daripada Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (2016) yang menyatakan bahawa budaya dan inovasi di kalangan rakyat Malaysia berada di tahap yang rendah. Pengkaji juga berpendapat bahawa kekurangan amalan pemikiran inventif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Norhaslinda Abdul Samad and Kamisah Osman 2017; Salmiza Saleh et al. 2020) telah menjadi punca kepada tahap pemikiran inventif pelajar luar bandar yang sederhana rendah. Pendapat ini berdasarkan beberapa kajian lepas yang membuktikan bahawa sekiranya guru-guru berusaha untuk mengintegrasikan kemahiran pemikiran inventif di dalam kelas, tahap pemikiran inventif pelajar mampu ditingkatkan (Aliamat Omar Ali 2014; Azizah Mat Ali 2015; Barak dan Albert 2017). Kesimpulan Hasil kajian telah memberikan gambaran semasa tentang pemikiran inventif di kalangan pelajar luar bandar. Dapatan daripada kajian ini membuktikan bahawa pemikiran inventif di kalangan pelajar luar bandar adalah di tahap yang sederhana rendah. Oleh itu, dapatan kajian diharapkan dapat meningkatkan motivasi guru untuk memperhebatkan daya pemikiran inventif pelajar luar bandar melalui aktiviti yang berkesan di dalam bilik darjah. Pengkaji percaya bahawa dapatan kajian ini akan memberi manfaat kepada KPM untuk menambah baik kurikulum yang menekankan kemahiran pemikiran inventif agar Malaysia mempunyai generasi muda yang berkualiti tinggi, bersedia untuk menempuh cabaran dan mampu meningkatkan kualiti hidup. Pengkaji juga berharap bahawa kajian ini dapat mewujudkan kerjasama diantara KPLB dan KPM untuk meningkatkan budaya inovasi dan rekacipta dalam masyarakat luar bandar dengan mengasah cara berfikir secara inventif sejak di peringkat sekolah. Usaha yang gigih dan berterusan dijangka dapat mengurangkan isu kemiskinan di kawasan luar bandar. Kajian ini merupakan tinjauan awal iaitu kesemua data yang dianalisis adalah berdasarkan dapatan kajian rintis. Oleh itu, responden kajian adalah terbatas. Apa yang boleh dilakukan pada masa depan ialah dengan meluaskan lagi sampel kajian. Selain itu, pembolehubah lain seperti kreativiti saintifik, pengetahuan sains atau sifat ingin tahu dapat diperkenalkan untuk dikaji hubungannya dengan pemikiran inventif. Kajian tersebut akan dapat memperkembangkan lagi usaha untuk meningkatkan tahap pemikiran inventif melalui aspek-aspek yang lain secara tidak langsung. Penghargaan Pengarang ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia atas bantuan dan kesempatan yang diberikan untuk menjayakan penerbitan artikel ini. Rujukan Aliamat Omar Ali. (2014). Pemerkasaan Pemikiran Inventif Di Negara Brunei Darussalam : Satu Percubaan Awal Pengajaran Dan Pembelajarannya Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Pp. 416–25 in Procedia - Social and Behavioral Sciences. 134. Elsevier B.V. Arora, Muskaan, and Santha Kumari. (2015). Risk Taking in Financial Decisions as a Function of Age, Gender: Mediating Role of Loss Aversion and Regret. International Journal of Applied Psychology 5(4), 83–89. Barak, Moshe, and David Albert. (2017). Fostering Systematic Inventive Thinking ( SIT ) and Self- Regulated Learning ( SRL ) in Problem-Solving and Troubleshooting Processes among Engineering Experts in Industry. Australasian Journal of Technology Education 1–14. Barak, Moshe, and Pnina Mesika. (2007). Teaching Methods for Inventive Problem-Solving in Junior High School. Thinking Skills and Creativity 2(1):19–29.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 63 Boyd, Drew. (2014). Inside the Box : A Proven System of Creativity for Breakthrough Results. Simon & Schuster; Reprint edition (June 10, 2014). Dikici, Ayhan, Gökhan Özdemir, and Douglas B. Clark. (2018). The Relationship Between Demographic Variables and Scientific Creativity: Mediating and Moderating Roles of Scientific Process Skills. Research in Science Education 1–25. Ghazali Darussalam. (2016). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan: Amalan Dan Analisis Kajian. University of Malaya Press. Istirahayu, Iip, Syamsu Yusuf, and Dian Mayasari. (2016). Increase the Ability of Self-Direction through Spiritual Counselling. Pp. 18–21 in GlobalIlluminators. Vol. 3. Jamali, Hairun Najuwah, Awatif Abd Rahman, and Ku Farahiyah Ku Azizan. (2015). “Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Arab Di USIM , UNISZA Dan Pusat Asasi UIAM. THE E-JOURNAL OF SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH 2(1):1–14. Johnston, Nancy. (2017). “Navigating Continuous Change: A Focus on Self-Direction & Skills & Knowledge Transfer. International Perspectives on Education and Society 32:19–23. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pembelajaran Abad Ke-21 PAK21. Kennedy, Paul. (2000). “Global Challenges at the Beginning of the Twenty-First Century. Journal AED - Adult Education and Development 1(1). Kiong, Tee Tze, Shanty Saien, Jailani Md Yunos, Yee Mei Heong, Mimi Mohaffyza Mohamad1, Mohamed Nor Azhari Azman, and Zaliza Hanapi. (2018). Teori Penyelesaian Masalah Inventif (TRIZ) Bagi Mata Pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi. KPLB. 2015a. Dasar Pembangunan Luar Bandar. Kementerian Pembangunan Luar Bandar. KPLB. 2015b. Data Asas Malaysia. Vol. 2020. KPM. 2014. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Aplikasi Di Sekolah 2014. Kementerian Pendidikan Malaysia. Malindžák, Dušan, and Michal Buša. (2017). LEVELS OF KNOWLEDGE , CREATIVITY , HEURISTICS AND LOGISTICS. TRANSPORT & LOGISTICS: The International Journal Article 17(42):21–27. Martin, James. (2006). The Meaning of the 21st Century: A Vital Blueprint for Ensuring Our Future. 4th ed. Riverhead Books (US). Masyuniza Yunos. (2015). Hubungan Sikan Dan Persepsi Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Dengan Kemahiran Abad Ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu - JPBM 5(2):22–30. Mazliza Mohtar, Yee Siew Kuan, Ong Sy Ing, and Mariati Mokhtar. (2018). Tahap Pemikiran Inventif Pelajar Pintar Dan Berbakat Dalam Subjek Fizik. Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) 2(7),1–8. Meier, Kenneth J., Jeffrey L. Brudney, and John Bohte. (2015). Applied Statistics for Public and Nonprofit Administration. CENGAGE Learning. Mohamad Mohsin, and Nasruddin Yunus. (2008). HALANGAN-HALANGAN KEPADA USAHA MEMUPUK KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR. Pp. 89–96 in Prosiding Seminar Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial. NCREL, and Metiri Group. (2003). EnGauge 21st Century Skills: Literacy in the Digital Age. Noorul Jannah Azaman, and Nor Aishah Buang. (2019). Tahap Kemahiran Abad Ke 21 Pelajar Dalam Matapelajaran Perniagaan Berdasarkan Lokasi Sekolah Dan Jantina. Pp. 851–58 in International Conference on Global Education VII “Humanising Technology For IR. 4.0.” Norhaslinda Abdul Samad, and Kamisah Osman. (2017). EkSTEMiT Learning Module and Inculcation of Inventive Thinking. K-12 STEM Education 3(4):259–66. Nunnally, Jum C., and Ira H. Bernstein. (1994). Psychometric Theory. 3rd ed. McGRAW-HILL, INC. Nur Erwani Rozi. (2019). Hubungan Antara Kreativiti Umum, Pengetahuan Konsep Fizik Dan Pemikiran Inventif Dengan Kreativiti Saintifik Dalam Kalangan Guru Fizik. Universiti Kebangsaan Malaysia. Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia. (2016). Special Highlights Entrepreneurship Development. Radin, Mistirine, and M. Al-Muz-zammil Yasin. (2018). Perlaksanaan Pendidikan Adad Ke-21 Di Malaysia: Satu Tinjauan Awal. Sains Humanika 10(3–2):1–6. Salmiza Saleh, Azila Muhammad, and Syed Mohamad Syed Abdullah. (2020). STEM Project-Based Approach In Enhancing Conceptual Understanding And Inventive Thinking Skills Among Secondary Salmiza Saleh , 2 Azila Muhammad & 3 Syed Mohamad Syed Abdullah School of Educational Studies , Universiti Sains Malaysia , 11800 Gelugor , Pul. Journal of Nusantara Studies 2020 5(1):234–54. Sern, Lai Chee, Noormawati Kamarudin, Rashidah Lip, and Noridah Hasnan. (2013). Tahap Penggunaan Pembelajaran Maya Dalam Kalangan Guru Reke Bentuk Teknologi: Satu Tinjauan Di Sekolah Rendah Luar Bandar. MyJurnal Malaysia 2(1),1–8. Sokol, Alexander, David Oget, Michel Sonntag, and Nikolai Khomenko. (2008). The Development of Inventive


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 64 Thinking Skills in the Upper Secondary Language Classroom. Thinking Skills and Creativity 3(1),34–46. Stroebe, Wolfgang. (2016). Age and Scientific Creativity. The Encyclopedia of Adulthood and Aging 1–4. Willick, Stuart E., Graham Wagner, Don Ericson, George Josten, Masaru Teramoto, and Jeremy Davis. (2017). Helmet Use and Risk-Taking Behavior Among Skiers and Snowboarders. Clinical Journal of Sport Medicine : Official Journal of the Canadian Academy of Sport Medicine 29(4),329–35.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 65 ANALISIS UJIAN-T PENERIMAAN PELAJAR IPT TERHADAP BLENDED LEARNING Ernie Suzana binti Mahsum dan Dicky Wiwittan Toto Ngadiman Abstrak Seiring dengan kemajuan teknologi dalam pelbagai bidang, teknologi dalam pembelajaran turut berkembang dari masa ke masa. Kemajuan teknologi di perlukan untuk kekal relevan dengan sistem pendidikan. Salah satu contoh adalah yang melibatkan pencampuran arahan synchronous dan asynchronous menggunakan media elektronik dalam dunia baru pendidikan. Kini, pendekatan pembelajaran teradun (blended learning) yang diperkenalkan dapat menggabungkan pengajaran secara traditional dan moden dalam pelbagai bidang. Disebabkan Pendekatan blended learning masih lagi baru dalam sistem pendidikan dan masih memerlukan masa untuk mahir. Kajian perlu dijalankan ke atas pelajar untuk melihat tahap penerimaan pelajar terhadap aplikasi ini. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk menentukan sama ada penerimaan pelajar terhadap platform CIDOS mempunyai perbezaan yang signifikan atau tidak berdasarkan jantina, jabatan, tahun pengajian dan kediaman pelajar. Kajian ini menggunakan borang soal selidik dan data dianalisis dengan Ujian-t. Hasil analisis kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina, jabatan, tahun pengajian dan kediaman pelajar. Kajian ini dapat membantu pihak pengurusan Politeknik untuk menambah baik sistem ini bagi memastikan penerimaan dalam kalangan pelajar. Kata Kunci: Penerimaan, Blended Learning & CIDOS Pendahuluan Era pendidikan pada masa kini memerlukan perubahan dan kemajuan teknologi seiring dengan perkembangan dalam bidang lain seperti perubatan, kejuruteraan, seni bina dan lain-lain. Banyak kaedah-kaedah telah dicuba bagi membantu pelajar untuk lebih aktif dan terlibat dalam pembelajaran mereka. Terdapat juga kajian-kajian dijalankan untuk melihat tahap penerimaan pelajar terhadap kaedah-kaedah lain seperti berasaskan internet, permainan online dan lain-lain lagi. Antara faktor yang mempengaruhi penerimaan pembelajaran secara interaktif atau online adalah jangkaan mudah guna sesuatu aplikasi. Menurut Abykanova et al. (2016), pembelajaran interaktif adalah berfaedah kerana ia membantu mewujudkan suasana mesra di kalangan para peserta dan bersambung dengan satu sama lain, membantu meningkatkan pendirian diri dan keyakinan diri pelajar, mengajar para pelajar untuk bekerja bersama, membolehkan para pelajar untuk mengatasi rasa takut halangan bahasa, memastikan semua orang terlibat dalam aktiviti, membantu pelajar yang berpendapatan rendah, dan peserta dapat menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang aktif dan berterusan (Klarin, 2000). Kajian yang dijalankan oleh Yusoff, Mahpol & Saad (2019) terhadap penggunaan kahoot! dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mendapati jangkaan kebergunaan aplikasi Kahoot! mempengaruhi niat untuk menggunakan aplikasi tersebut dalam pembelajaran bahasa Arab di UiTM Cawangan Kelantan. Faktor yang mempengaruhi penerimaan sesuatu aplikasi adalah berbeza mengikut negeri dan institusi disebabkan pelbagai faktor seperti capaian internet, persepsi, sikap dan lainlain lagi. Seperti yang dilaporkan dalam laporan Daily Express bertarikh 27 Ogos 2019, kerajaan negeri mencadangkan supaya perkhidmatan Internet di negeri ini harus ditambah baik untuk memastikan penyampaian maklumat lebih menyeluruh (Ricardo Unto, 2019). Walau bagaimanapun, pendekatan pembelajaran yang lain juga perlu dikaji semula dan dipertimbangkan untuk melengkapkan pembelajaran pelajar dan juga untuk memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru kajian ini dijalankan untuk melihat


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 66 melihat sama ada penerimaan pelajar terhadap platform CIDOS mempunyai perbezaan yang signifikan atau tidak berdasarkan jantina, jabatan, tahun pengajian dan kediaman pelajar. Hasil kajian akan membantu institusi untuk memberi kefahaman secara teknikal tentang blended kepada kumpulan-kumpulan pelajar tertentu. Sorotan Kajian Menurut Nursyazwani Zainul Abidin (2015), konsep Blended Learning muncul pada abad ke21 apabila konsep e-learning mula hilang kredibiliti (2007). Walaupun pada tahun 1990-an konsep e-learning adalah popular kerana fleksibiliti dan kelebihannya dan digunakan untuk menggantikan pembelajaran secara tradisional tetapi pelajar tidak bermotivasi dan pembelajaran e-learning tidak menyokong pembelajaran pelajar berikutan sistem tidak mesra dan sukar untuk digunakan dan pada masa itu pelajar tidak didedahkan dengan alat teknologi dan literasi komputer juga lemah (Caravan, 2007). Untuk mengatasi kelemahan e-learning dan pendekatan tradisional, pendidik mencari penyelesaian untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang dengan mengintegrasikan pendekatan tradisional yang bersemuka dengan teknologi. Teknologi pembelajaran berkembang dari masa ke masa, ia sering memerlukan paradigma baru untuk kekal relevan dengan sistem pendidikan (Ismail et al. 2014). Tahap pendidikan yang baik perlu mempertimbangkan keserasian penggunaan teknologi untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Satu contoh metodologi pembelajaran campuran adalah gabungan bahan berasaskan teknologi dan sesi bersemuka untuk menyajikan kandungan pembelajaran (Cowie & Nichols, 2010). Selari dengan perkembangan teknologi pendidkan, Institusi pendidikan tinggi khususnya Politeknik telah memperkenalkan Sistem Pengurusan Pembelajaran Sistem Maklumat Sistem Maklumat Curriculum (CIDOS LMS) untuk pendidik dan pelajar Politeknik Malaysia untuk memudahkan reka bentuk sistem pengajaran, memupuk makna pembelajaran dan mengoptimumkan konsistensi dalam penggunaannya (Saim, Talib & Zakaria, 2017). Kajian Ismail et al. (2017), mendapati penggunaan CIDOS, adalah sumber penting untuk memupuk konsistensi penggunaan di kalangan pelajar bidang kejuruteraan. Metodologi Kajian Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk tinjauan. Kajian ini di jalankan di salah satu Institusi Pengajian Tinggi di Sabah iaitu Politeknik Kota Kinabalu. Lokasi kajian ini adalah di kawasan Sepangar. Seramai 149 pelajar Politeknik terlibat dalam kajian ini. Kaedah pungutan data adalah menggunakan teknik pensampelan random. Instrumen yang digunakan untuk memungut data adalah borang soal selidik. Item-item kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Kajian ini menggunakan Perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) untuk menjalankan analisis deskriptif dan Ujian-t.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 67 Jadual 1 Item Kajian _________________________________________________________________________ Kecenderungan Menggunakan Platform Blended Learning 1. Saya berhasrat menggunakan CIDOS untuk pembelajaran saya 2. Saya berhasrat menggunakan CIDOS dengan kerap 3. Saya berhasrat menggunakan CIDOS untuk menyerahkan tugasan 4. Saya berhasrat menggunakan CIDOS untuk menyelaraskan dan bekerjasama dengan pensyarah dalam aktiviti pembelajaran. ___________________________________________________________________________ Hasil Kajian Demografi Jadual 2 Demografi Responden Item Kekerapan Peratus Jabatan Kejuruteraan Awam 14 9.4 Kejuruteraan Elektrik 9 6.0 Mekanikal 23 15.4 Perdagangan 98 65.8 Hospitaliti & Pelancongan 5 3.4 Semester 1 60 40.3 2 17 11.4 3 14 9.4 4 25 16.8 5 31 20.8 6 ke atas 2 1.3 Jantina Lelaki 64 43.0 Perempuan 85 57.0 Kediaman Asrama 127 85.2 Menyewa Di Luar 11 7.4 Tinggal Bersama Keluarga 11 7.4 Agama Bukan Islam 37 24.8 Islam 112 75.2


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 68 Ujian Kenormalan Data Jadual 3 Ujian kenormalan data Item N Mean Skewness Kurtosis C1 149 3.9262 -.302* -.634* C2 149 3.8188 -.473* -.174* C3 149 3.9530 -.600* -.112* C4 149 4.0201 -.340* -.712* MIN 149 3.9295 -.218* -.815* *nilai adalah berada pada tahap normal Berdasarkan kepada ujian kenormalan menggunakan nilai skewness dan kurtosis seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3, semua nilai adalah normal. Ujian-t a) Keputusan Ujian-t penerimaan pelajar IPT terhadap platform blended learning berdasarkan jantina Jadual 4 Ujian-t berdasarkan jantina Jantina N min sp t dk p Lelaki 64 3.9922 .90848 .777 147 .438 Perempuan 85 3.8824 .81063 Ujian-t sampel bebas adalah tidak signifikan (t(147)= .777, p > .05) secara statistik. Keputusan dalam Jadual 4 menunjukkan terdapat tidak perbezaan penerimaan terhadap platform blended learning (CIDOS) berdasarkan jantina. b) Keputusan Ujian-t penerimaan pelajar IPT terhadap platform blended learning berdasarkan semester Jadual 5 Ujian-t berdasarkan semester pengajian Status N min sp t dk p Junior 77 3.8442 .85170 -1.266 147 .207 Senior 72 4.0208 .85038 Ujian-t sampel bebas adalah tidak signifikan (t(147)= -1.266, p > .05) secara statistik. Keputusan dalam Jadual 5 menunjukkan tidak terdapat perbezaan penerimaan terhadap platform blended learning (CIDOS) berdasarkan semester.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 69 c) Keputusan Ujian-t penerimaan pelajar IPT terhadap platform blended learning berdasarkan jabatan Jadual 6 Ujian-t berdasarkan jabatan Jabatan N min sp t dk p Bukan Kejuruteraan 103 3.9660 .80291 .781 147 .436 Kejuruteraan 46 3.8478 .95957 Ujian-t sampel bebas adalah tidak signifikan (t(69.405)= .781, p > .05) secara statistik. Keputusan dalam Jadual 6 menunjukkan tidak terdapat perbezaan penerimaan terhadap platform blended learning (CIDOS) berdasarkan jabatan. d) Keputusan Ujian-t penerimaan pelajar IPT terhadap platform blended learning berdasarkan kediaman pelajar Jadual 7 Ujian-t berdasarkan kediaman pelajar Jantina N min sp t dk p Asrama 127 3.8976 .85004 -1.098 147 .274 Bukan asrama 22 4.1136 .86509 Ujian-t sampel bebas adalah tidak signifikan (t(147)= -1.098, p > .05) secara statistik. Keputusan dalam Jadual 7 menunjukkan tidak terdapat perbezaan penerimaan terhadap platform blended learning (CIDOS) kediaman pelajar. Perbincangan Dan Kesimpulan Hasil analisis kajian ini tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi semua pemboleh ubah. Dari sudut kajian yang dijalankan di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah, senario semasa menunjukkan bahawa dalam menggunakan platform CIDOS, jantina, semester, jabatan dan kediaman pelajar tidak memainkan peranan yang kuat. Oleh sebab menggunakan CIDOS memerlukan capaian internet yang baik dan memerlukan kefahaman untuk menggunakannya, platform CIDOS mungkin bukan menjadi pilihan pelajar kerana pelbagai faktor seperti sukar untuk mempelajari dan sebagainya, justeru tiada perbezaan yang wujud di antara mereka. Secara kesimpulannya, blended learning dapat membantu pensyarah dan pelajar untuk mempelbagaikan dan memperkemaskan lagi sistem pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan. Ini selari dengan pandangan Nursyazwani Zainul Abidin (2015) yang menyatakan bahawa setiap pendidik adalah bertanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang terbaik untuk pelajar mereka dalam mencapai matlamat pembelajaran dan matlamat. Pembelajaran Blended Learning dilihat sebagai salah satu persekitaran pembelajaran terbaik yang boleh dilaksanakan apabila kelebihannya dipertimbangkan. Oleh yang demikian setiap pihak khususnya institusi pengajian tinggi perlu lebih aktif memberi kesedaran dan bengkel-bengkel kepada pelajar tentang kepentingan, kelebihan dan penggunaannya agar pelajar tidak tercicir dalam kaedah yang dapat membantu pelajar itu sendiri.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 70 Rujukan Abykanova, B., Nugumanova, S., Yelezhanova, S., Kabylkhamit, Z., & Sabirova, Z. (2016). The Use of Interactive Learning Technology in Institutions of Higher Learning. International Journal of Environmental and Science Education, 11(18), 12528-12539. Cowie P. & M. Nichols. 2010. The clash of cultures: Hybrid learning course development as management of tension. Journal of Distance Education 24(1): 77–90. Ismail, N., Ali, W. W., Yunus, A. S. M., & Ayub, A. M. (2014). The effects of blended learning methods on educational achievement and the development of online material in a Curriculum Information Document Online System (CIDOS) for computer application courses. Malaysian Journal of Distance Education, 16(2), 59-82. Ismail, N., Ayub, A. F. M., Yunus, A. S. M., & Jalil, H. A. (2017). Utilising CIDOS LMS in Technical Higher Education: The Influence of Compatibility Roles on Consistency of Use. Advanced Science Letters, 23(8), 7783-7787. Klarin, M. V. (2000). Interaktivnoe obuchenie - instrument osvoeniya novogo opyta [Interactive learning: A tool for gaining new experience]. Pedagogy, 7, 12–19. Nursyazwani Zainul Abidin. (2015). Blended Learning dalam pembelajaran. Dimensi Koop. Bil. 46 Ricardo Unto. (2019). Perlu sambungan Internet lebih baik bagi Sabah. Published on: Tuesday, August 27, 2019. http://www.dailyexpress.com.my/news/139910/perlu-sambungan-internet-lebih-baik-bagi-sabah/ Saim, A. B., Talib, S. B., & Zakaria, R. B. (2017). Kajian terhadap kesedaran dan kesediaan pelajar jabatan kejuruteraan elektrik dalam penggunaan Cidos Di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Journal of Techno Social, 9(1). Yusoff, M. S. A., Mahpol, S., & Saad, M. L. M. (2019). Kesediaan Pelajar Terhadap Penggunaan Aplikasi Kahoot! Dalam Pembelajaran Bahasa Arab. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 2(2), 35-50. Lampiran. a) Keputusan Ujian-t berdasarkan jantina pelajar menggunakan SPSS b) Keputusan Ujian-t berdasarkan semester pelajar menggunakan SPSS


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 71 c) Keputusan Ujian-t berdasarkan jabatan pelajar menggunakan SPSS d) Keputusan Ujian-t berdasarkan kediaman pelajar menggunakan SPSS


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 72 HUBUNGAN DI ANTARA SOKONGAN INSTITUSI DAN FAKTOR SOSIAL DALAM MOTIVASI UNTUK BELAJAR BAHASA INGGERIS Ramdan Ali, Apidah Amin dan Dicky Wiwittan Toto Ngadiman Abstrak Banyak kajian telah menunjukkan bahawa galakan institusi dan faktor persekitaran social memainkan peranan penting terhadap pembentukan motivasi seseorang pelajar. Galakan yang positif ditambah dengan dorongan sosial yang baik akan menghasilkan tingkah laku yang positif. Banyak kes-kes tidak bermoral dalam kalangan pelajar juga bermula daripada sikap institusi sendiri yang tidak memberi galakan dan sokongan dalam pembentukan keperibadian seseorang di samping faktor dorongan persekitaran yang menggalakkan penglibatan aktiviti tidak bermoral. Begitulah juga sebaliknya terhadap penglibatan seseorang terhadap aktiviti yang baik dan berfaedah bermula daripada galakan institusi dan sosial. Justeru itu kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan di antara galakan institusi dan faktor pengaruh sosial dalam motivasi untuk belajar bahasa Inggeris. Kajian ini menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan data. Seramai 149 pelajar Politeknik Sabah telah melibatkan diri dalam kajian ini. Hasil analisis kajian mendapati terdapat hubungan di antara galakan institusi dan faktor sosial dalam motivasi untuk belajar bahasa Inggeris dalam kalangan remaja IPTA di Sabah. Hasil dapatan ini menunjukkan perlunya dipergiatkan lagi kempen-kempen kesedaran untuk menggalakkan program-program bahasa Inggeris dalam kalangan remaja di IPTA. Kata Kunci: Sokongan Institusi, Faktor Sosial, Motivasi & Bahasa Inggeris Pendahuluan Bahasa Inggeris adalah sumber komunikasi penting pada masa kini. Walaupun setiap negara mempunyai bahasa tempatan atau kebangsaan masing-masing yang unik di seluruh negara namun, di era global hari ini, kepentingan bahasa Inggeris tidak boleh dinafikan dan diabaikan kerana Bahasa Inggeris adalah bahasa umum yang paling banyak di tutur di seluruh dunia. Untuk belajar bahasa Inggeris memerlukan amalan dan kesabaran yang berterusan. Pelajar yang tidak mempunyai kecenderungan dan kesungguhan untuk mempelajari bahasa Inggeris tidak mungkin akan mencapai penguasaan bahasa Inggeris yang baik. Kecenderungan seperti ini juga akan menghalang pelajar untuk belajar bahasa Inggeris. Menurut (Rajathurai Nishanthi, 2018) kebanyakan pelajar mempelajari Bahasa Inggeris hanya untuk menjawab peperiksaan, oleh itu, mereka tidak dapat menguasainya dengan baik dan mempunyai banyak kesilapan seperti tatabahasa. Terdapat banyak faktor yang akan memotivasikan pelajar untuk mempelajari bahasa Inggeris. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk menilai hubungan antara galakan organisasi dan faktor sosial dalam motivasi untuk belajar bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar bumiputera Sabah. Kajian ini sangat penting kepada pihak institusi pengajian tinggi untuk mengenal pasti peranan mereka dalam membantu pelajar menguasai bahasa ini. Pengetahuan bahasa Inggeris adalah sangat perlu dalam dunia moden. Banyak syarikat-syarikat telah menawarkan dan mengambil pekerja yang mempunyai penguasaan yang baik dalam atas bahasa Inggeris selain penilaian pencapaian akademik mereka.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 73 Sorotan Kajian Sokongan institusi Kajian oleh Muhammad Qasim et al., (2015) mendedahkan 71 bahawa kemahiran berbahasa Inggeris memberi keyakinan kepada seseorang untuk memimpin dan mengetuai orang bawahan dengan lebih baik. Oleh yang demikian perlunya kepada sokongan institusi dalam menggalakkan pelajarnya untuk mengusai bahasa tersebut. Menurut Gündüz (2014) salah alah satu elemen asas komitmen organisasi atau institusi ialah dengan memberi sokongan. Ia ditakrifkan sebagai sumbangan seseorang kepada organisasi dan pengiktirafan yang diperoleh daripada organisasi. Ia juga dianggap sebagai persepsi seseorang tentang institusi tersebut (Hellman et al. 2006). Seseorang memerlukan sokongan daripada organisasi di atas sumbangan pengetahuan dan kemahiran yang memberi manfaat kepada organisasi mereka. Rhoades dan Eisenberger (2002) menyatakan bahawa, selagi harapan seseorang dipenuhi dalam organisasi, mereka akan berusaha untuk memenuhi matlamat organisasi. Sokongan organisasi yang tinggi boleh membawa kepada keberkesanan dan produktiviti bagi mana-mana organisasi (Eisenberger et al 1997). Oleh yang demikian, institusi juga harus mempunyai kecekapan untuk mengendalikan sesebuah perkara dan berkemampuan untuk memahami pelbagai situasi. Institusi perlu lebih peka terhadap isu globalisasi yang memerlukan penguasaan bahasa pengantar dunia iaitu bahasa Inggeris (Mohd Hasimi Yaacob et al., 2018). Faktor Sosial Pengaruh sosial atau norma subjektif adalah persepsi atau anggapan seseorang tentang jangkaan orang lain tentang perilaku tertentu yang akan atau tidak akan dilakukan seseorang Huda et al. (2012). Oleh kerana persepsi ini bersifat subjektif, dimensi ini dirujuk sebagai norma subjektif. Sikap yang sama terhadap tingkah laku, norma subjektif juga dipengaruhi oleh kepercayaan. Kedua-duanya adalah berbeza. Sikap terhadap tingkah laku adalah fungsi kepercayaan terhadap tingkah laku (kepercayaan perilaku) yang akan dilakukan, sementara norma subjektif adalah fungsi kepercayaan seseorang yang dibentuk oleh orang lain dalam kehidupan seseorang (Hanno & Violette, 1996). Dipetik dalam kajian (Mohd Hasimi Yaacob et al., 2018), kebanyakan pelajar tidak mempunyai keyakinan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sewaktu sesi pembelajaran berlangsung (Aziz, 2005). Ini menyebabkan pelajar tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti bersoal jawab yang memerlukan mereka berbahasa Inggeris kerana malu diejek oleh rakan- rakan. Justeru, pelajar kembali ke zon selesa dengan menggunakan bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris dalam aktiviti harian mereka (Tarmizi, 2003). Tambahan kepada isu ini, pengaruh bahasa ibunda yang kuat dalam kalangan pelajar IPT awam yang majoritinya terdiri daripada bangsa Melayu. Justeru, penggunaan bahasa Inggeris terus dipinggirkan biarpun kepentingannya disedari (Kadir & Noor, 2015). Metodologi Kajian Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk tinjauan. Kajian ini di jalankan di salah satu Institusi Pengajian Tinggi di Sabah iaitu Politeknik Kota Kinabalu. Lokasi kajian ini adalah di kawasan Sepangar. Seramai 149 pelajar Politeknik terlibat dalam kajian ini. Kaedah pungutan data adalah menggunakan teknik pensampelan random. Instrumen yang digunakan untuk memungut data adalah borang soal selidik. Item-item yang dalam borang selidik terbahagi kepada 4 bahagian seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 iaitu a) demografi b) sokongan organisasi c) pengaruh sosial dan d) motivasi untuk belajar bahasa Inggeris. Kajian ini menggunakan Perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) untuk menjalankan analisis deskriptif, analisis kehilangan data, analisis data terpencil dan analisis regresi linear.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 74 Jadual 1 Item Kajian ___________________________________________________________________________ Sokongan Institusi 1. Pengurusan Politeknik memahami kepentingan bahasa Inggeris 2. Pengurusan atasan menyokong pembangunan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar 3. pensyarah sentiasa menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris. 4. Pembangunan bahasa Inggeris dimasukkan dalam perancangan dalam perancangan strategik. 5. Peruntukan belanjawan ke arah pembangunan bahasa Inggeris telah dipertimbangkan dengan baik oleh pihak pengurusan. 6. Secara keseluruhan, sokongan organisasi untuk pembangunan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar adalah baik. Pengaruh Sosial 7. Keluarga saya berfikir bahawa saya harus menggunakan bahasa Inggeris 8. Saudara saya fikir saya harus menggunakan bahasa Inggeris. 9. Rakan saya fikir saya harus menggunakan bahasa Inggeris 10. Orang yang saya rapat berfikir saya harus menggunakan bahasa Inggeris Motivasi Belajar Inggeris 11. Saya berhasrat untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan seharian 12. Niat saya adalah untuk bahasa Inggeris dan bukan menggunakan bahasa ibunda dalam kelas 13. Saya tidak akan menghentikan penggunaan bahasa Inggeris dalam kelas. ___________________________________________________________________________ Hasil Kajian Demografi Jadual 2 Demografi Responden Item Kekerapan Peratus Jabatan Kejuruteraan Awam 14 9.4 Kejuruteraan Elektrik 9 6.0 Mekanikal 23 15.4 Perdagangan 98 65.8 Hospitaliti & Pelancongan 5 3.4 Semester 1 60 40.3 2 17 11.4 3 14 9.4 4 25 16.8 5 31 20.8 6 ke atas 2 1.3


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 75 Jantina Lelaki 64 43.0 Perempuan 85 57.0 Kediaman Asrama 127 85.2 Menyewa Di Luar 11 7.4 Tinggal Bersama Keluarga 11 7.4 Agama Bukan Islam 37 24.8 Islam 112 75.2 Berdasar kepada Jadual 2, seramai 149 sampel daripada kalangan pelajar telah dikutip. Majoriti responden adalah daripada pelajar Jabatan Perdagangan yang bahagian dalam menjawab soal selidik yang telah diedarkan iaitu sebanyak 65.8 peratus, diikuti oleh Jabatan Mekanikal (15.4 peratus) dan Jabatan Awam (9.4 peratus). Sementara itu, pelajar daripada semester satu merupakan responden yang paling ramai, diikuti oleh semester 4 dan 5. Walaupun begitu masih ada pelajar daripada semester 6 ke atas yang meluangkan masa untuk menjawab soal selidik kajian ini iaitu seramai 2 orang. Berdasarkan kepada kategori jantina, bilangan responden daripada pelajar perempuan lebih tinggi berbanding pelajar lelaki iaitu 57 peratus. Kebanyakan responden adalah yang tinggal di asrama yang disediakan oleh pentadbiran iaitu sebanyak 85.2 peratus, dan selebih adalah pelajar yang menyewa di kawasan luar kamsis dan tinggal bersama dengan keluarga. Seterusnya adalah pelajar Muslim adalah yang paling ramai mengambil bahagian dalam menjawab soal selidik ini berbanding pelajar bukan Islam iaitu seramai 75.2 peratus. Analisis Regresi Linear Jadual 3 Hasil Analisis SPSS Model Unstandardized Coefficients Standardized Coefficients t Sig. Collinearity Statistics B Std. Error Beta Tolerance VIF 1 (Constant) .135 .236 .575 .566 S. INST .305 .086 .275 3.567 .000 .400 2.503 P. SOSIAL .607 .081 .575 7.456 .000 .400 2.503 a. Dependent Variable: MOTIVASI Analisis Regresi Linear merupakan kaedah yang selalu digunakan untuk menentukan hubungan sebab akibat antara pemboleh ubah bebas terhadap pemboleh ubah bersandar. Analisis ini juga digunakan untuk melihat sebesar mana saiz pengaruh pemboleh ubah terhadap pemboleh ubah yang lain. Hasil analisis (Jadual 3) menunjukkan pemboleh ubah sokongan institusi 0.000 < 0.05 dan dorongan sosial 0.00 < mempengaruhi secara signifikan terhadap motivasi untuk belajar bahasa Inggeris dalam kalangan remaja IPTA di Politeknik Sabah. Nilai adjusted R Square iaitu 0.653 menunjukkan dua pemboleh ubah kajian (iaitu sokongan institusi dan dorongan sosial) menerangkan pemboleh ubah bebas bersandar sebanyak 65.3 peratus,


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 76 manakala selebihnya iaitu sebanyak 34.7 peratus diterangkan oleh pemboleh ubah luar (yang tidak termasuk dalam kajian ini). Perbincangan Dan Kesimpulan Hasil kajian ini mempunyai implikasi praktikal bagi strategi pembelajaran bahasa Inggeris di Politeknik. Tidak dinafikan bahasa peranan institusi untuk menggalakkan pelajar mereka menguasai bahasa Inggeris. Galakan dan dorongan seperti kempen dan program-program galakan seperti pertandingan, kuiz, permainan dan lain-lain sangat berkesan untuk memberi motivasi untuk menguasai bahasa Inggeris. Semasa berada dalam institusi pengajian, pelajar mungkin tidak dapat merasakan kepentingan bahasa Inggeris, tetapi apabila mereka telah tamat pengajian, mereka yang lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris akan hilang keyakinan untuk memohon pekerjaan di syarikat-syarikat yang berprestij walaupun keputusan slip peperiksaan mereka adalah baik, berbanding dengan pelajar yang tidak cemerlang dalam akademik tetapi menguasai pertuturan bahasa Inggeris dengan baik. Justeru, antara langkah yang boleh diambil adalah institusi pengajian tinggi mengadakan kerjasama dengan syarikat-syarikat luar untuk sentiasa mengadakan “mock” temu duga supaya pelajar mengetahui pentingnya bahasa ini di alam pekerjaan. Selain itu, syarikat-syarikat yang menawarkan latihan industri kepada pelajar, menggalakkan pelajar bertutur bahasa Inggeris dalam syarikat mereka. Suasana persekitaran sosial juga mempengaruhi penguasaan bahasa Inggeris. Bergaul dengan rakan-rakan sosial yang selalu bertutur dalam bahasa akan mempengaruhi juga motivasi untuk belajar bahasa Inggeris. Pelajar akan hilang motivasi apabila mereka menganggap mereka akan diejek atau disindir apabila pertuturan mereka tidak betul. Pensyarah bahasa boleh membantu mengenal pasti kelemahan tertentu dan mempelbagaikan pendekatan pembelajaran pelajar mereka. Seperti yang dicadangkan oleh Mohamad Azrien dan Shukeri (2014), pensyarah atau guru sepatutnya melakukan yang terbaik untuk memperkenalkan dan melaksanakan strategi-strategi bagaimana untuk membentuk dan membangunkan konsep, cara membuat analogi, dan bagaimana untuk mengaplikasi kaedah-kaedah pengajaran bahasa seperti kaedah mnemonic, kaedah hafalan, kaedah eklektik dan sebagainya untuk membantu pelajar-pelajar mereka mengekalkan strategi pembelajaran mereka. Rujukan Aziz Nordin. (2005). Student’s Perception on Teaching Learning Mathematics in English. Buletin Fakulti Pendidikan UTM 14 (1), 39 - 47. Eisenberger R, Cummings J, Armeli S, Lynch, P. (1997). Perceived organizational support, discretionary treatment, and job satisfaction. Journal of Applied Psychology, 82(5), 812-820. Gündüz, Y. (2014). The effect of organizational support on organizational commitment. The Anthropologist, 18(3), 1041-1057. Hellman, C.M., Fuqua, D.R., Worley, J. (2006). A reliability generalization study on the survey of perceived organizational support: the effects of mean age and number of items on score reliability. Educational and Psychological Measurement, 66(4), 631-642. Mohamad Azrien Mohamed Adnan & Shukeri Mohamad. (2014). Hubungan Di Antara Strategi Pembelajaran Dan Motivasi Dalam Pembelajaran Bahasa Arab Dengan Menggunakan Pendekatan Model Persamaan Berstruktur. Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014. Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, Unisza Mohd Hasimi Yaacob, Mohd Helmi Ali & Nurhidayani Abd Wahab. (2018). Hubungan Penguasaan Bahasa Inggeris dengan Tahap Keberkesanan Kemahiran Insaniah Pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 20(1), 67-77 Kadir, K. A., & Noor, W. S. W. M. (2015). Students’ Awareness of the Importance of English Language Proficiency with Regard to Future Employment. World Review of Business Research 5(3): 259-272. Rajathurai Nishanthi. (2018). The importance of Learning English in Today World. International Journal of Trend in Scientific Research and Development (IJTSRD), 3(1), 871-874


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 77 Rhoades L, Eisenberger R 2002. Perceived organizational support: A review of the literature. Journal of Applied Psychology, 87(4): 698–714. Tarmizi Amran. (2003). Penguasaan Bahasa Inggeris di Kalangan Pelajar- Pelajar Tahun 4SPA, E dan J, Fakulti Pendidikan UTM: Kajian Tentang Status Penguasaan, Kebolehan Bertutur, Sikap, Motivasi dan Dorongan Ibu Bapa. Tesis Sarjana Muda: Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 78 PENGARUH SIKAP DAN DORONGAN SOSIAL TERHADAP NIAT UNTUK MENGHADIRI PROGRAM KEROHANIAN DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SABAH Ramdan Ali, Apidah Amin dan Dicky Wiwittan Toto Ngadiman . Abstrak Banyak kajian telah menunjukkan bahawa pengaruh sikap dan hubungan social memainkan peranan penting terhadap gelagat seseorang. Sikap yang positif ditambah dengan dorongan social yang baik akan menghasilkan tingkah laku yang positif. Banyak kes-kes jenayah juga disebabkan oleh pengaruh sikap diri sendiri terhadap perkara tersebut di samping factor dorongan persekitaran yang menggalakkan penglibatan jenayah. Begitulah juga sebaliknya terhadap penglibatan perkara yang berfaedah. Justeru itu kajian ini dijalankan untuk melihat pengaruh sikap dan dorongan sosial terhadap niat untuk menghadiri program kerohanian. Kajian ini menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan data. Seramai 149 pelajar Politeknik Sabah telah melibatkan diri dalam kajian ini. Hasil analisis kajian mendapati terdapat pengaruh sikap dan dorongan sosial terhadap niat untuk menghadiri program kerohanian dalam kalangan remaja IPTA di Sabah. Hasil dapatan ini menunjukkan perlunya dipergiatkan lagi kempen-kempen kesedaran untuk menggalakkan program-program berbentuk kerohanian dan moral dalam kalangan remaja di IPTA. Kata Kunci: Sikap, Dorongan Sosial, Niat & Program Kerohanian Pendahuluan Kegemilangan sesebuah tamadun tidak akan tercapai tanpa sokongan para belia yang bercirikan rabbani yang mempunyai akhlak yang kukuh dan padu (Bani Hidayat, 2012). Tujuan aktiviti atau program kerohanian dan moral adalah untuk menyokong dan memajukan penerokaan dan ekspresi kehidupan rohani, agama, tradisi-tradisi, nilai-nilai dan falsafah kehidupan dalam konteks pendidikan tinggi. Selain itu, program kerohanian dan moral bertujuan untuk menyediakan akses kepada kegiatan dan program yang membolehkan para pelajar untuk meneruskan pertumbuhan dan perkembangan rohani dan untuk memupuk suasana beragama di mana para pelajar kampus dibekalkan dengan aktiviti-aktiviti kerohanian dan moral secara berkala oleh pihak pentadbiran. Biasanya aktiviti kerohanian bagi pelajar Islam akan di adakan di Pusat Islam atau Masjid, manakala aktiviti moral bagi pelajar bukan Islam akan diadakan di dewan kuliah. Menurut Bani Hidayat (2012), masjid merupakan salah satu institusi yang berperanan sebagai tempat peribadatan dan pusat pengembangan ilmu pengetahuan. Masjid juga merupakan rumah ibadah bagi umat Islam untuk mengerjakan solat berjemaah di samping dapat mengukuhkan ukhuwah Islamiah sesama Islam. Masjid juga adalah merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang menawarkan pelbagai pengajian ilmu berkaitan Islam untuk setiap lapisan umur dan kedudukan dalam kalangan masyarakat Islam. Oleh itu, segala aktiviti anjuran masjid seharusnya mendapat perhatian dan sokongan dari segenap lapisan masyarakat terutamanya para belia. Namun, penglibatan pelajar di IPTA masih belum menggalakkan dan masih memerlukan sokongan dari semua pihak. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti punca yang signifikan terhadap kecenderungan pelajar untuk mengikuti program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pentadbiran. Dapatan kajian ini juga memberikan input yang berguna kepada pihak pengurusan, perancang polisi dan pendidik dalam meningkatkan lagi jumlah penyertaan masyarakat dalam program kerohanian dan moral kepada pelajar di IPTA. Pihak pengurusan dapat merancang aktiviti dan latihan


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 79 kepada para pendidik untuk memberikan pendedahan secara sistematik kepada masyarakat berkaitan kepentingan pembelajaran bahasa Inggeris untuk tujuan agama Islam. Sekiranya ini dapat dilaksanakan, objektif untuk meningkatkan bilangan peserta program kerohanian akan dapat direalisasikan. Sorotan Kajian Pengaruh sikap terhadap niat Teori Ajzen (1988) menjelaskan bahawa niat atau kecenderungan boleh digunakan untuk meramalkan kekuatan seseorang untuk melakukan sesuatu perkara. Teori tersebut menyatakan bahawa niat seseorang ditentukan oleh dua perkara iaitu sikap dan pengaruh sosial (Fishbein dan Ajzen, 1975). Sebagai contoh kajian yang dijalankan oleh Huda et al. (2012) mendapati sikap mempunyai hubungan yang signifikan terhadap niat untuk membayar zakat. Eagly dan Chaiken (1993) berpendapat bahawa sikap adalah kecenderungan psikologi yang ditunjukkan dalam penilaian terhadap entiti-entiti tertentu sama ada cenderung untuk menyukai atau tidak. Kecenderungan psikologi sememangnya wujud dalam setiap individu dalam bentuk penilaian yang merangkumi semua jenis dan kategori penilaian, baik secara terang-terangan dan rahsia, atau dalam bentuk kognitif, afektif dan konatif. Shook dan Bratianu (2010) menyatakan bahawa sikap seseorang adalah berdasarkan kepada kepercayaan seseorang terhadap manfaat yang mungkin diperolehnya. Sekiranya seseorang merasakan perkara tersebut mungkin menguntungkan, semakin kuat niatnya untuk melakukan tingkah laku itu, dan sebaliknya apabila perkara tersebut dirasakan mungkin kurang menguntungkan, maka semakin lemah niatnya untuk melakukan tingkah laku itu. Pengaruh dorongan sosial terhadap niat Pengaruh sosial atau norma subjektif adalah persepsi atau anggapan seseorang tentang jangkaan orang lain tentang perilaku tertentu yang akan atau tidak akan dilakukan seseorang Huda et al. (2012). Oleh kerana persepsi ini bersifat subjektif, dimensi ini dirujuk sebagai norma subjektif. Sikap yang sama terhadap tingkah laku, norma subjektif juga dipengaruhi oleh kepercayaan. Kedua-duanya adalah berbeza. Sikap terhadap tingkah laku adalah fungsi kepercayaan terhadap tingkah laku (kepercayaan perilaku) yang akan dilakukan, sementara norma subjektif adalah fungsi kepercayaan seseorang yang dibentuk oleh orang lain dalam kehidupan seseorang (Hanno & Violette, 1996). Metodologi Kajian Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif berbentuk tinjauan. Lokasi kajian ini adalah di kawasan Sepangar di negeri Sabah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Seramai 149 pelajar Politeknik terlibat dalam kajian ini.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 80 Rajah 1. Lokasi Kajian Kaedah pungutan data adalah menggunakan teknik pensampelan random. Instrumen yang digunakan untuk memungut data adalah borang soal selidik. Item-item yang dalam borang selidik terbahagi kepada 4 bahagian iaitu a) demografi b) sikap terhadap program kerohanian c) pengaruh sosial terhadap program kerohanian dan d) niat untuk menghadiri program kerohanian. Kajian ini menggunakan Perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) untuk menjalankan analisis deskriptif, analisis kehilangan data, analisis data terpencil dan analisis regresi linear. Hasil Kajian Demografi Jadual 1 Demografi Responden Item Kekerapan Peratus Jabatan Kejuruteraan Awam 14 9.4 Kejuruteraan Elektrik 9 6.0 Mekanikal 23 15.4 Perdagangan 98 65.8 Hospitaliti & Pelancongan 5 3.4 Semester 1 60 40.3 2 17 11.4 3 14 9.4 4 25 16.8 5 31 20.8 6 ke atas 2 1.3 Jantina Lelaki 64 43.0 Perempuan 85 57.0


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 81 Kediaman Asrama 127 85.2 Menyewa Di Luar 11 7.4 Tinggal Bersama Keluarga 11 7.4 Agama Bukan Islam 37 24.8 Islam 112 75.2 Berdasar kepada Jadual 1, seramai 149 sampel daripada kalangan pelajar telah dikutip. Majoriti responden adalah daripada pelajar Jabatan Perdagangan yang bahagian dalam menjawab soal selidik yang telah diedarkan iaitu sebanyak 65.8 peratus, diikuti oleh Jabatan Mekanikal (15.4 peratus) dan Jabatan Awam (9.4 peratus). Sementara itu, pelajar daripada semester satu merupakan responden yang paling ramai, diikuti oleh semester 4 dan 5. Walaupun begitu masih ada pelajar daripada semester 6 ke atas yang meluangkan masa untuk menjawab soal selidik kajian ini iaitu seramai 2 orang. Berdasarkan kepada kategori jantina, bilangan responden daripada pelajar perempuan lebih tinggi berbanding pelajar lelaki iaitu 57 peratus. Kebanyakan responden adalah yang tinggal di asrama yang disediakan oleh pentadbiran iaitu sebanyak 85.2 peratus, dan selebih adalah pelajar yang menyewa di kawasan luar kamsis dan tinggal bersama dengan keluarga. Seterusnya adalah pelajar Muslim adalah yang paling ramai mengambil bahagian dalam menjawab soal selidik ini berbanding pelajar bukan Islam iaitu seramai 75.2 peratus. Missing data Sebelum melakukan analisis bagi data kajian sebenar, analisis data hilang perlu dilakukan terlebih dahulu (Tabachnik & Fidell, 2007 dalam Hainnur Aqma, 2019). Analisis data hilang secara manual yang menggunakan perisian SPSS versi 22.0 digunakan untuk menyemak data yang hilang dalam kajian. Keputusan analisis bagi data yang hilang dapat ditunjukkan melalui kaedah missing data imputation seperti yang terdapat dalam Rajah 2 menunjukkan tidak terdapat data yang hilang. Analisis Data Terpencil Diagnostik (Outliers) Analisis Data Terpencil Diagnostik (outliers) merupakan langkah awal analisis sebelum analisis. Outlier dapat diperhatikan apabila terdapat data-data yang terletak jarak yang tidak normal dari nilai-nilai lain dalam sampel rawak dari populasi. Dengan menggunakan teknik Zscore untuk mengesan data outlier, tiada data yang perlu dikeluarkan memandangkan nilai yang diterima adalah lebih kecil daripada -3.3 atau lebih besar daripada 3.3 untuk set data yang lebih besar (N> 50). Bagi ujian kenormalan data, Jadual 2 menunjukkan semua nilai adalah di bawah 3.3. Oleh itu, semua data adalah sesuai untuk analisis selanjutnya. Analisis Regresi Linear Analisis Regresi Linear merupakan kaedah yang selalu digunakan untuk menentukan hubungan sebab akibat antara pemboleh ubah bebas terhadap pemboleh ubah bersandar. Analisis ini juga digunakan untuk melihat sebesar mana saiz pengaruh pemboleh ubah terhadap pemboleh ubah yang lain. Hasil analisis (Jadual 4) menunjukkan pemboleh ubah sikap 0.023 < 0.05 dan dorongan sosial 0.000 < 0.05 mempengaruhi secara signifikan terhadap niat untuk menghadiri program kerohanian dalam kalangan remaja IPTA di Politeknik Sabah. Nilai adjusted R Square (lihat Jadual 3) iaitu 0.627 menunjukkan dua pemboleh ubah kajian (iaitu sikap dan dorongan sosial) menerangkan pemboleh ubah bebas bersandar sebanyak 62.7


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 82 peratus, manakala selebihnya iaitu sebanyak 37. 3 peratus diterangkan oleh pemboleh ubah luar (yang tidak termasuk dalam kajian ini). Perbincangan Dan Kesimpulan Tujuan kajian ini dijalankan untuk menekankan pengaruh sikap dan sosial terhadap niat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kerohanian. Hubungan antara pemboleh ubah sikap dan dorongan sosial atau norma subjektif mempunyai pengaruh yang sangat kuat terhadap niat gelagat seseorang. Hubungan ini telah diterangkan oleh teori Ajzen (1985). Hasil dapatan yang signifikan menerangkan bahawa sikap dan dorongan sosial kecenderungan untuk menghadiri program kerohanian dalam kalangan remaja IPTA di Politeknik Sabah. Sikap dan dorongan sosial yang positif akan membantu dalam meningkatkan kehadiran remaja ke program-program kerohanian atau moral. Oleh yang demikian, sikap positif perlu di pupuk terhadap program – program kerohanian kerana banyak yang beranggapan program-program tersebut tidak menghasilkan keuntungan fizikal. Begitu juga dengan dorongan sosial, pergaulan remaja dengan kumpulan-kumpulan sosial akan mempengaruhi tanggapan atau kecenderungan seseorang terhadap sesuatu perkara. Kepentingan menghadiri program-program tersebut telah diberi penekanan sejak di bangku sekolah lagi. Program-program kerohanian akan membantu remaja dalam membina jati diri yang kuat. Remaja IPTA hari ini adalah rakyat masa depan yang akan terlibat dalam agenda pembangunan remaja. Remaja yang mempunyai jati diri yang kuat mempunyai potensi serta bakat untuk membawa negara kepada pembangunan. Oleh itu, program kerohanian membatu pembangunan potensi remaja dalam menentukan kejayaan pembangunan rohani serta sosio-ekonomi negara. Salah satu objektif pembangunan remaja ialah memupuk potensi dan bakat belia dan memanfaatkan tenaga mereka untuk membolehkan mereka menyumbang secara berkesan kepada pembangunan negara. Justeru, penekanan perlu diberikan kepada aspek-aspek rohani pembangunan manusia seperti penerapan nilai moral dan etika yang tinggi di kalangan belia selaras dengan aspirasi negara membangunkan sebuah negara. Rujukan Ajzen, I. (1988). Attitude, Personality, and Behavior. Open University Press, Milton Keynes. Buckingham Ben-Gal, I. (2005). Outlier detection. In Data mining and knowledge discovery handbook (pp. 131-146). Springer, Boston, MA. Bani Hidayat Mohd Shafie, Nor Hayati Fatmi Talib, Ab. Halim Tamuri & Ahmad Tarmizi Talib. (2012). Masjid Menjana Pembentukan Belia Rabbani. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. hlm 127 – 142 Eagly, A. H., & Chaiken, S. (1993). The psychology of attitudes. Fort Worth: Harcourt Brace Jovanovich. Fishbein, M., & Ajzen, I. (1975). Belief, Attitude, Intention, and Behavior: An Introduction to Theory and Research. Reading, MA: Addison-Wesley. Hanno, D. M. and G. R. Violette. (1996). An analysis of moral and social influences on taxpayer behavior. Behavioral Research in Accounting (8 Supplement): 57-75 Huda, N., Rini, N., Mardoni, Y., & Putra, P. (2012). The analysis of attitudes, subjective norms, and behavioral control on muzakki's intention to pay zakah. International Journal of Business and Social Science, 3(22) Shook, C., & Bratianu, C. (2010). Entrepreneurial intent in a transitional economy: an application of the theory of planned behavior to Romanian students. International Entrepreneurship and Management Journal, 6, 231- 247 Tabachnik, B. G., & Fidell, S. L. (2007). Multivariate normality. Using multivariate statistics, 251.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 83 Rajah 2. Analisis data hilang Jadual 2 Ujian kenormalan data N Mean Skewness Kurtosis Statistic Statistic Statistic Std. Error Statistic Std. Error A1 149 4.5168 -1.364 .199 1.217 .395 A2 149 3.1141 -.161 .199 -1.384 .395 A3 149 4.1544 -.505 .199 -.882 .395 A4 149 3.1812 -.216 .199 -1.350 .395 B1 149 4.3221 -.622 .199 -1.027 .395 B2 149 4.2550 -.806 .199 .223 .395 B3 149 4.2685 -.508 .199 -1.167 .395 B4 149 4.2819 -.950 .199 .724 .395 C1 149 4.2416 -.625 .199 -.744 .395 C2 149 4.3289 -.740 .199 -.699 .395 C3 149 4.2550 -1.031 .199 .677 .395 Valid N (listwise) 149


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 84 Jadual 3: R Square Model R R Square Adjusted R Square Std. Error of the Estimate 1 .795 a .632 .627 .44758 a. Predictors: (Constant), MINB, MINA Jadual 4 Ujian Signifikan Model Unstandardized Coefficients Standardized Coefficients t Sig. B Std. Error Beta 1 (Constant) .571 .248 2.303 .023 MINA .119 .052 .124 2.290 .023 MINB .761 .056 .741 13.715 .000 a. Dependent Variable: MINC


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 85 KEBERKESANAN 2F BOARD TERHADAP PENGUASAAN SIFIR DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 Rofidah Binti Abdul Wahab dan Roslinda Binti Rosli Abstrak Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan 2F Board terhadap penguasaan sifir dalam subjek matematik dalam kalangan murid tahun 5 UKM SK Manjoi Satu, Ipoh, Perak. Sampel terdiri daripada 8 murid dari kelas 5 UKM, yang dipilih secara rawak. Kajian tindakan (action research) ini berasaskan Model Kajian Tindakan Model Kurt Lewin (1946 ). Tinjauan awal dan kajian telah dilaksanakan melalui soal selidik, temu bual, latihan di dalam kelas, catatan refleksi selepas pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pemerhatian ke atas setiap pelajar yang terlibat dalam kajian. Tempoh kajian ini adalah enam belas minggu di mana pelajar-pelajar belajar menggunakan 2F Board untuk menguasai Sifir 2 hingga 12 menggunakan teknik lihat, sentuh dan baca. Hasil kajian menunjukkan murid dapat menjawab soalan berkaitan sifir dalam masa kurang daripada 5 minit dengan ransangan 3 deria. Boleh dirumuskan bahawa 2F Board dapat mendorong pelajar memahami asas sifir dengan lebih jelas dan kukuh sehingga dapat menguasai sifir subjek matematik dalam masa yang singkat. Justeru itu 2F Board boleh diguna dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid menguasai sifir. Kata Kunci : 2F Board, Penguasaan Sifir, Subjek Matematik, Ransangan, Teknik Pengenalan Inovasi ini tercetus disebabkan kegusaran pengkaji tentang murid-murid yang sukar untuk menghafal dan menguasai sifir. Menurut Mohd Uzi (2012) penguasaan pengetahuan secara hafalan amat penting dalam pembelajaran. Pelbagai aktiviti termasuk menggunakan petak sifir, jari untuk sifir sembilan, petak sifir tujuh, jalan ringkas sifir lapan digunakan tetapi purata murid yang boleh menguasai sifir 2-12 setakat 10% dari jumlah murid kelas 5 UKM sekolah pengkaji. Ini dibuktikan dengan kemerosotan prestasi matematik pada peperiksaan akhir tahun 2018 iaitu hanya 43.5% berjaya memperolehi gred B dan C tiada A, selebihnya 56.5% adalah gred D dan E. Sifir ini bukan hanya digunakan sebagai kemahiran dalam pendaraban tetapi kemahiran seperti pecahan, wang, peratus, bahagi, pola nombor dan sebagainya. Secara ringkasnya sifir dan matematik seperti ‘ Aur dengan tebing’ saling bergantungan.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 86 Rajah 1 . Analisis Peperiksaan Akhir Tahun Peruntukkan masa peperiksaan yang diberi tidak mencukupi seandainya murid-murid masih belum menguasai sifir contohnya membina petak sifir, gunakan jari untuk sifir 9 sebelum menjawab soalan. Masa akan habis begitu sahaja untuk terkira-kira mendapatkan sifir, sementara soalan masih belum berjawab sepenuhnya. Teknik darab serong, teknik darab luas tidak akan berhasil walaupun teknik ini berjaya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran jika sifir sukar dikuasai dan dihafal. Pengalaman pengkaji sebagai guru selama 15 tahun dan pengalaman rakan-rakan menyebabkan tercetus idea inovasi yang mana nampak seperti cara lama tetapi sebenarnya tanpa asas yang kukuh murid sukar untuk mengingati pembelajaran yang diajar umpama ‘Tiang yang kukuh sebagai jaminan bangunan yang tegap berdiri’. Menurut Sabri Ahmad, Tengku Zawawi dan Aziz Omar (2006) inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting dalam subjek matematik. Kebolehan prestasi tinggi seseorang individu dalam bidang matematik adalah bergantung kepada kebolehan yang lebih rendah, iaitu dalam bentuk hierarki. Ramai pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah matematik atas sebab tidak kukuh asas iaitu tiada penguasaan konsep yang sebenar atau berlakunya tidak faham konsep. Kita harus sedar bahawa pemikiran murid-murid di peringkat awal lebih mudah untuk dibentuk berbanding pemikiran murid dewasa. Sebagai pendidik merangkap pengkaji, penekanan terhadap konsep kepada murid dari peringkat awal, supaya murid tersebut tidak akan mempunyai masalah untuk memahami konsep matematik yang seterusnya.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 87 Tinjauan Literatur Pada peringkat awal persekolahan, dalam subjek matematik penguasaan sifir merupakan satu cabang untuk murid-murid mesti kuasai samada melalui lisan atau tulisan supaya mampu menguasai kemahiran matematik yang diajar.Namun begitu sikap culas, atau tak acuh tersebut ramai murid yang tidak mampu menguasainya walaupun meningkat ke peringkat sekolah menengah. Berdasarkan Sukatan Pelajaran Matematik untuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) asas sifir merupakan salah satu kemahiran dari empat kemahiran asas iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Peringkat ini, murid sepatutnya menguasai kemahiran asas sifir sekurang-kurangnya sifir sembilan semasa berada di tahun tiga Fenomena masa kini terdapat murid yang mampu menguasai sifir tetapi tidak mampu mengaplikasinya dalam tajuk-tajuk yang diperlukan.Walaupun murid dapat menguasai kemahiran asas sifir ini, terdapat juga segelintir murid yang tidak tahu dan tidak dapat mengaplikasikan kemahiran asas sifir ini dalam keadaan lain seperti menggunakan sifir selain dari nombor bulat contohnya pendaraban wang, pecahan, perpuluhan dan sebagainya. Melalui inovasi ini, pengkaji berharap dapat mendalami dan menganalisis perkaitan antara kemahiran fakta asas sifir dengan tahap pencapaian matematik murid di sekolah rendah (Ahmad 2019). Pengetahuan dalam bidang matematik ini terbahagi kepada 5 jenis iaitu fakta, algoritma, konsep, hubungan antara konsep dan penyelesaian masalah. Seseorang murid itu apabila beralih ke satu kemahiran yang baru, perlu sebelum itu memahami dan menguasai kemahiran sedia ada kerana sukatan subjek matematik mempunyai konsep yang sangat berstruktur dan berhierarki. Kebolehan matematik yang lebih tinggi adalah bergantung kepada kebolehan yang lebih rendah, iaitu dalam bentuk hierarki dari mudah ke sukar. Kebanyakkan murid yang tidak dapat menyelesaikan masalah atas sebab tiada penguasaan konsep yang sebenar atau berlakunya kesalahfahaman konsep. Sebagai pendidik sewajarnya sedar bahawa pemikiran murid-murid di peringkat awal lebih mudah untuk dibentuk berbanding pemikiran murid dewasa. Jadi, apabila kita dapat menanam konsep kepada murid dari peringkat awal, maka murid tersebut tidak akan mempunyai masalah untuk konsep matematik yang seterusnya. Kajian Dalam Negara Pelbagai inovasi dalam memahirkan murid menguasai sifir telah diperkenalkan. Kajian terdahulu mengenai penggunaan jari untuk menghafal sifir amat pratikal. Sifir sembilan boleh ditunjukkan menggunakan jari. Ringkai (2005) menyatakan bahawa murid-murid memerlukan pelbagai teknik yang mudah dan ringkas untuk menguasai sifir. Bahan maujud perlu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana murid-murid sekolah rendah memerlukan sesuatu yang konkrit untuk memudahkan pemahaman murid. Kaedah petak sifir merupakan kaedah baru di dalam penghafalan sifir. Murid yang tidak nampak akan kaedah lain untuk menguasai fakta asas darab sudah mempunyai alternatif yang baru. Dengan pengetahuan tambah berulang yang sudah sedia ada kepada pelajar itu boleh dikembangkan kepada bentuk darab. Pelajar tidak lagi terikat dengan satu cara sahaja iaitu hafalan semata-mata (Abu Bakar & Mat Jalil, 2011; Ahmad, 2019). Pada artikel mengenai keberkesanan Magic Maths dalam penguasaan sifir subjek matematik bagi murid Tahun 2. Seawal usia 8 tahun, penguasaan sifir telah ditekankan. Kajian mendapati murid Tahun 2 dapat membina sifir 2 hingga sifir 5 dengan baik dan tahu cara menggunakannya. Murid juga hanya perlu menyebut nombor kecil (0-9) sahaja ketika membina sifir serta mengambil masa yang singkat sewaktu menyiapkan sifir. Kecenderungan minat murid-murid dalam menyelesaikan soalan berkaitan darab dan bahagi apabila mereka menguasai sifir dengan lancar dan yakin.


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 88 Kajian Luar Negara Hasil dari tinjauan literatur menunjukkan hafalan sifir merupakan satu kepentingan dalam konsep pendaraban dan menghafalnya juga menjadi satu masalah dunia. Di negara Indonesia, konsep pendaraban diajar seawal gred 2 disekolah rendah. Ia diajar selepas kemahiran penolakan dan penambahan diajar. Sewajarnya murid-murid mampu mengaplikasi konsep darab ini dalam kehidupan seharian. Tetapi masalah yang sama di seluruh negara ialah kesukaran menyelesaikan soalan pendaraban kerana tidak faham konsep asas darab yang sebenar (Shanty & Wijaya, 2012). Sama seperti di Malaysia, Indonesia juga mementingkan hafalan sifir bagi memantapkan kemahiran mendarab namun tidak tahu kegunaan sebenar hafalan tersebut. Untuk memantapkan pengahafalan sifir pelbagai inovasi baru digunakan bagi menarik minat murid untuk belajar dan menghafal sifir contohnya jadual pendaraban. Guru-guru baru yang keluar dari program pendidikan kebanyakkan menggunakan kaedah tradisional dalam pengajaran matematik. Guru-guru tersebut menggunakan jadual pendaraban yang dibina sendiri dan perlukan kos untuk menarik minat murid-murid menggunakannya tanpa memikirkan alternatif lain yang boleh menanam keseronokan apabila belajar kemahiran darab (Abramovich, 2007). Guru-guru perlu berani menggunakan teknik lain dalam menghasilkan kualiti pengajaran yang baik (Abramovich, 2007). Kewujudan dunia tanpa sempadan menyebabkan murid-murid kini lebih suka menghabiskan masa menggunakan telefon pintar dari menyiapkan kerja rumah secara manual atau menulis. Tulisan-tulisan yang tidak kemas kerana kurang pergerakan lokomotor. Pengalaman mengajar guru juga merupakan salah satu penyumbang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, bukan faktor usia tetapi pengalaman guru tersebut menghadapi anak murid yang bersilih ganti menyebabkan beliau bijak membaca situasi yang sesuai semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Chinnappan, 2005). Untuk menghadapi masalah tersebut kaedah menghafal sifir dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diperkenalkan (Abramovich, 2007). Kaedah tersebut dinamakan sebagai jadual pendaraban spreadsheet. Menggunakan komputer, mampu menarik minat murid-murid untuk belajar dan menghafal sifir. Kesimpulannya pelbagai inovasi dalam matematik diperkenalkan untuk melihat keberkesanan ke atas sampel itu sendiri iaitu murid-murid. Dari segi jadual pendaraban, ICT, gerakkan jari dan sebagainya semua adalah untuk memastikan murid-murid mendapat ilmu secara samarata. Yang lemah dibimbing, yang kuat diperkayakan lagi. Tiada istilah keciciran seandainya murid-murid tersebut berjaya menguasai inovasi yang digunakan. Fokus Kajian Pengkaji membandingkan petak sifir yang digunakan sekian lama di sekolah dan masih menjadi program wajib panitia Matematik untuk mendorong murid menguasai sifir. Petak sifir hanya mampu dikuasai sekiranya murid memang sudah menguasai pendaraban atau dengan kata mudah menguasai konsep penambahan berulang. Masalah yang timbul ialah murid tidak mampu menguasai kemahiran penambahan berulang. 2F Board direka untuk membantu muridmurid yang lemah. Persoalan Kajian a) Adakah 2F Board dapat membantu murid menghafal dengan baik? b) Adakah minat murid terhadap matematik dapat ditimbulkan melalui penggunaan 2F Board ?


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 89 c) Adakah 2F Board dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis? Objektif Kajian a) Murid dapat menghafal sifir dengan baik dan lancar. b) Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik. c) Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis. Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan 8 orang murid dari Kelas 5 UKM yang terdiri daripada 4 pelajar lelaki dan 4 pelajar perempuan. Murid-murid yang terlibat terdiri daripada cemerlang, sederhana dan lemah. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya sebarang bias dalam kajian ini. Metodologi Rajah 2. Kerangka Konseptual Kajian Reka bentuk kajian ialah tindakan yang memperlihatkan secara teliti dan terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan. Ia juga berfungsi sebagai panduan dalam penyelidik dalam proses mengumpul data, menganalisis dan membuat penilaian serta pentafsiran hasil daripada penyelidikan yang dijalankan. Proses untuk melaksanakan program cekap sifir dilaksanakan menggunakan petak sifir dan 2F Board. Sebelum pengkaji memperkenalkan 2F Board, ujian pra dilaksanakan untuk menguji ketangkasan menghafal sifir iaitu melalui soalan yang telah disediakan oleh pengkaji. Selepas meneliti keputusan ujian pra, pengkaji memperkenalkan 2F Board kepada murid-murid. Pada permulaan pengkaji membimbing murid dengan jumlah yang besar kemudian mengecilkan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan tunjuk cara dilaksanakan. Setelah 8 minggu dilatih, murid-murid berjaya menguasai konsep tambah berulang,dan konsep kumpulan sama, sehingga 8 orang dari jumlah keseluruhan diambil sebagai sampel. Selepas tamat tempoh 16 minggu, murid-murid diberikan satu ujian lagi yang dinamakan ujian pos. Ujian pos diberikan kepada murid bagi melihat kemajuan atau kelemahan selepas menjalankan penggunaan 2F Board. Soalan-soalan uijan pra dan ujian pos SAMPEL PELAJAR UJIAN POS PERBEZAAN HAFAL BIASA RANSANGAN DERIA PENGLIHATAN, SENTUH DAN BACA UJIAN PRA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PETAK SIFIR 2F BOARD


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 90 adalah selaras dengan objektif pengajaran maka ia disemak dengan terlebih dahulu oleh guru lain di sekolah sebelum diberikan kepada murid. Markah daripada ujian pra dan ujian pos dibandingkan untuk mencari peratus peningkatan dan perbezaan peningkatan di antara dua kaedah tersebut iaitu petak sifir berbanding dengan 2F Board . Rajah 3. Proses Kajian Tindakan Model Kurt Lewin Merancang Menurut Suzana Anwar (2015) menyatakan perancangan, menjelaskan keperluan tugasan, menyemak kemajuan, mengenal pasti kesilapan, menemui perkembangan baru adalah jenis perlakuan metakognitif yang mampu memberi hasil dapatan yang baik. Melalui pemerhatian, temubual, soal selidik dan hasil latihan murid, pengkaji telah mengesan masalah sukar menguasai sifir pendaraban adalah tidak menguasai konsep asas penambahan berulang. Aktiviti yang menarik yang mana setiap murid berupaya melihat, menyentuh dan baca adalah aktiviti yang berupaya mencapai objektif pembelajaran. Pengkaji menggunakan Ujian Pra dan Ujian Pos untuk menilai murid yang menjadi sasaran. Bertindak Petak sifir dijalankan penggunaannya sejak 2017 oleh panitia Matematik sekolah pengkaji. Setiap awal tahun murid-murid dibekalkan dengan petak sifir untuk dihafal. Menurut Azizi Ahmad (2014) ujian yang dilaksanakan dapat memberi refleksi terhadap apa yang ingin diuji. MERANCANG - Mengenalpasti masalah -Merancang aktiviti -Membuat senarai semak -Menentukan cara penilaian BERTINDAK - Melaksanakan penggunaan petak sifir -Melaksanakan ujian pra - Melaksanakan penguasaan sifir melalui 2F Board MEMERHATI --Melaksanakan ujian pos MEREFLEK -Menganalisis hasil dapatan - Jika tidak puas dengan hasil kajian melaksanakan kitaran kali kedua - Membuat perbincangan -Membuat kesimpulan -Mencadangkan kajian lanjut


Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 91 Pada 15.1.2019 pengkaji telah menjalankan ujian pra untuk menguji kecekapan sifir pendaraban murid-murid. Pada minggu berikut pengkaji memperkenalkan inovasi pengkaji kepada murid-murid. Inovasi yang mementingkan teknik lihat, sentuh dan baca. Reaksi murid menunjukkan keceriaan kerana inovasi yang direka sesuatu yang tidak pernah diperkenalkan. Inovasi ini dinamakan 2F ( Fastener, Functional ). Selama 16 minggu murid-murid mempraktikkan penggunaan 2F Board dalam kelas. Memerhati Setelah 16 minggu inovasi dijalankan kepada murid-murid, pengkaji telah membuat ujian pos kepada murid sasaran pengkaji, ini adalah untuk melihat keberkesanan inovasi yang dicipta. Mereflek Ujian Pra dijadikan titik tolak kepuasan hati pengkaji iaitu dengan membandingkan dengan hasil ujian Pos. Hasil daripada ujian Pos yang dilaksanakan menunjukkan peningkatan daripada ujian Pra yang dilaksanakana sebelum pengkaji memperkenalkan inovasi membantu meningkatkan kecekapan sifir tersebut. Soalan diubahsuai untuk mengenalpasti kualiti sebenar inovasi yang dihasilkan. Dapatan Kajian HASIL DAPATAN DARIPADA UJIAN PRA DAN UJIAN POS Jadual 1 Skor Ujian Pra Dan Ujian Pos BIL MURID JANTINA UJIAN PRA UJIAN POS 1 A P 55 85 2 B P 65 75 3 C L 60 70 4 D L 60 85 5 E L 40 90 6 F L 50 100 7 G P 65 90 8 H P 20 90 Min 51.875 85.625 Analisis menunjukkan terdapat perubahan skor murid antara ujian pra dengan ujian pos iaitu ujian pra sebelum 2F Board diperkenalkan dan ujian pos selepas 2F Board diperkenalkan selama 16 minggu. Walaupun baru menjangkau 16 minggu kesan positif dapat dilihat pada keputusan ujian pos. Perbezaan min skor ujian 33.75.


Click to View FlipBook Version