Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 292 keupayaan menimba ilmu daripada teks atau bahan yang dibaca itu tidak akan terjadi sekiranya seseorang pelajar itu tidak mempunyai strategi kemahiran membaca. Oleh yang demikian, murid-murid SJK(T) Batu Caves yang mendapat keputusan kurang cemerlang kerana tidak memberi perhatian terhadap kemahiran membaca di dalam kelas, malahan lebih berfokus kepada kemahiran membaca semasa peperiksaan. Selain itu, peranan guru juga memainkan peranan penting dalam menggalakkan muridmurid menggunakan kemahiran membaca di dalam kelas. Hasil daripada temu bual yang telah dijalankan pada 20 orang murid SJK(T) Batu Caves, pengkaji mendapati kepelbagaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan memberi kesan positif dalam diri murid-murid. Dapatan ini selari dengan Zamri (2014, 2015) yang menyatakan bahawa proses pembelajaran bahasa di dalam kelas dipengaruhi oleh galakkan positif yang diberikan daripada guru-guru bahasa Melayu. Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa murid yang mengamalkan strategi yang tinggi memperoleh pencapaian yang tinggi berbanding murid yang kurang mengamalkan strategi mendapat keputusan yang rendah. Dapatan kajian ini berbeza dengan pandangan Mohamad Yazid Mohamad (2017) yang menyatakan bahawa tidak ada hubung kait signifikan antara SPB dengan pencapaian akademik. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa murid lelaki dan murid perempuan mengamalkan strategi kemahiran membaca yang hampir sama dan tidak mempunyai perbezaan yang ketara. Dapatan ini bercanggah dengan kajian yang telah dijalankan oleh Zamri (2004), yang menyatakan terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dalam pengaplikasian strategi pembelajaran membaca. Percanggahan dapatan dalam kajian pengkaji disebabkan responden kajian ini terdiri daripada generasi abad 21, iaitu generasi yang memberi kepentingan kepada pendidikan. Oleh yang demikian, murid-murid yang mengamalkan strategi kemahiran membaca dan menunjukkan konsentrasi yang seimbang dalam pembelajaran dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik dan berkesan. Usaha yang berterusan dalam pembelajaran bahasa Melayu memberi kejayaan kepada mereka untuk mendalami bahasa Melayu dengan baik. Murid cemerlang bukan sahaja memberikan tumpuan di dalam kelas, tetapi mereka juga aktif dalam aktiviti di luar kelas untuk memantapkan pengetahuan mereka dalam bahasa Melayu. Strategi Kemahiran Membaca dalam kalangan Murid Lemah SJK(T) Jadual 2 Strategi Kemahiran Membaca Murid Lemah di dalam Kelas SKB di dalam kelas Murid Lemah T S S TS 1. Saya membaca ayat/petikan BM dengan jelas/kuat. 1 6 1 4 2. Saya membaca setiap perenggan dalam petikan. 1 5 1 5 3. Saya membaca petikan berulang kali. 1 4 1 6 4. Saya membaca pelbagai buku Bahasa Melayu. 1 5 1 4 5. Saya membaca teks/petikan BM dengan nada/intonasi yang menarik. 1 9 1 1
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 293 Rajah 2. Strategi Kemahiran Membaca Murid Lemah Di Dalam Kelas Rajah 2 menunjukkan strategi kemahiran membaca murid lemah di dalam kelas. Pengkaji mendapati bahawa strategi kemahiran membaca di dalam kelas kurang berkesan dalam kalangan murid lemah. Hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukan oleh pengkaji, murid lemah kurang berminat untuk membaca bahasa Melayu. Hal ini dapat dilihat dalam strategi kelima, iaitu “membaca teks/petikan BM dengan nada/intonasi yang menarik” mencapai peratus tidak setuju yang sangat tinggi, iaitu sebanyak 63%. Ditambah pula dengan murid lemah yang memilih skala sangat tidak setuju terdiri daripada 37%. Dapatan melalui temu bual yang telah dijalankan dalam kalangan murid lemah, pengkaji mendapati bahawa murid lemah yang memperoleh keputusan yang kurang memuaskan dalam bahasa Melayu kurang peka atau menitik beratkan kepentingan pada intonasi mahupun nada semasa membaca. Hal ini kerana, murid lemah kurang berminat untuk membaca. Dapatan ini disokong oleh strategi kesepuluh, iaitu “memberikan tumpuan ketika guru membaca teks/petikan BM”, yang merangkumi 60% tidak setuju dan 40% sangat tidak setuju. Strategi memberikan tumpuan ketika rakan membaca teks/petikan BM juga menunjukkan sebanyak 53% menyatakan tidak setuju, manakala skala sangat tidak setuju ialah 47%. Selain itu, skala sangat tidak setuju membawa maksud murid-murid langsung tidak mengaplikasi strategi ini dalam proses pembelajaran mereka. Skala sangat tidak setuju dapat dilihat pada strategi ketiga, iaitu “membaca petikan berulang kali”. Sebanyak 53% daripada 30 orang menyatakan sangat tidak setuju, manakala 47% murid menyatakan tidak setuju. Strategi ini merupakan satu teknik yang amat membantu dalam proses untuk memahami kandungan 0% 20% 40% 60% 80% 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Tidak Setuju 53% 50% 47% 52% 63% 47% 57% 47% 53% 60% Sangat Tidak Setuju 47% 50% 53% 48% 37% 53% 43% 53% 47% 40% Strategi Kemahiran Membaca Murid Lemah di dalam Kelas Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju 6. Saya mengambil bahagian dalam aktiviti membaca semasa pembelajaran BM. 1 4 ` 16 7. Saya meminta guru untuk membetulkan kesalahan saya semasa membaca teks/petikan BM. 1 7 1 3 8. Saya meminta rakan sekelas membetulkan kesalahan saya ketika membaca teks/petikan. 1 4 1 6 9. Saya memberikan tumpuan ketika rakan membaca teks/petikan BM. 1 6 1 4 10. Saya memberikan tumpuan ketika guru membaca teks/petikan BM. 1 8 1 2
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 294 teks/petikan dengan jelas. Namun, murid-murid lemah didapati tidak mengamalkan amalan membaca teks/petikan berulang kali supaya mereka dapat memahami kandungan dengan jelas dan dapat membantu mereka menjawab soalan dengan betul. Hasil daripada temu bual bersama-sama cikgu bahasa Melayu juga didapati bahawa murid-murid kurang berminat untuk membaca, apatah lagi membaca sesuatu teks/petikan berulang kali. Tambahan pula, guru-guru tersebut juga menyatakan bahawa murid-murid lemah kurang mengambil bahagian dalam aktiviti di dalam kelas. Hal ini dibuktikan dengan skala sangat tidak setuju yang ditunjukkan pada strategi “mengambil bahagian dalam aktiviti membaca semasa pembelajaran BM”. Skala sangat tidak setuju menunjukkan sebanyak 53% dan skala tidak setuju menunjukkan 47%. Di samping itu, strategi kelapan, iaitu “meminta rakan sekelas membetulkan kesalahan saya ketika membaca teks/petikan” juga menunjukkan peratus sebanyak 53% sangat tidak setuju dan skala tidak setuju sebanyak 47%. Pengkaji mendapati bahawa murid-murid lemah kurang memberi inisiatif terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Hal ini dibuktikan melalui kajian Zamri Mahamod (2015), iaitu murid lemah kurang mengamal strategi pembelajaran bahasa. Menurutnya lagi, murid-murid lemah juga kurang mengaplikasi teknik membaca yang efektif sepertimana yang ditunjuk ajar oleh guru-guru. Meneliti akan penggunaan strategi kemahiran membaca di dalam kelas dalam kalangan murid cemerlang dan murid lemah, didapati bahawa murid cemerlang banyak menggunakan strategi kemahiran membaca berbanding murid lemah. Hasil dapatan sama dengan kajian yang telah dijalankan oleh Zamri Mahamod (2006). Di samping itu, peranan guru juga amat penting dalam membantu murid-murid meningkatkan kemahiran membaca bahasa Melayu. Pengajaran dan pembelajaran yang menarik mampu menarik minat murid dan mengubah sikap pembelajaran terhadap mata pelajaran yang diajari. Hal ini dapat dilihat dalam kajian ini, iaitu murid-murid lemah kurang mengambil insiatif dalam strategi memberikan tumpuan ketika guru membaca petikan/teks bahasa Melayu. Dapatan ini selari dengan kajian Jerie dan Zamri (2011), sikap dan motivasi yang tinggi mampu mempengaruhi cara murid Iban mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Tambahan pula, peranan guru amat penting dalam membentuk sikap yang positif untuk mempelajari bahasa Melayu. Hal ini disokong oleh dapatan yang diperoleh melalui temu bual dalam kalangan guru bahasa Melayu yang berpengalaman, menyatakan bahawa guru harus mempraktikkan kaedah yang berkesan dalam PdPc supaya murid-murid tertarik. Selain itu, Zamri Mahamod (2014, 2015) berpendapat bahawa tenaga pengajar bahasa Melayu harus selalu memberi peneguhan positif dalam diri murid-murid semasa proses pembelajaran bahasa di dalam kelas. Tuntasnya, pengkaji mendapati bahawa strategi kemahiran membaca di dalam kelas merupakan aspek yang penting dalam menguasai bahasa Melayu di samping kemahiran menulis dan bertutur. Kebolehan meliputi kemahiran memperoleh, memproses, dan menggunakan maklumat daripada pelbagai sumber lalu mentafsirnya, sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan. Oleh yang demikian, strategi kemahiran membaca di dalam kelas amat penting untuk memperkukuhkan asas pembacaan bahasa Melayu. Jadual 4 Strategi Kemahiran Membaca Murid Lemah di luar Kelas SKB di luar kelas Murid Lemah S S S T S S TS 11. Saya membaca pelbagai bahan bacaan BM. - - 1 7 1 3 12. Saya membaca sari kata cerita BM ketika menonton televisyen. - - 1 9 1 1
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 295 13. Saya mengambil bahagian dalam pertandingan BM di luar sekolah. - - 0 3 0 14. Saya menghadiri kelas tuisyen BM. - 2 1 7 2 15. Saya meminta guru tuisyen untuk membetulkan cara saya membaca BM. - - 0 3 0 16. Saya meminjam buku pelajaran/cerita BM dari perpustakaan sekolah. - 2 2 1 ` 7 17. Saya meminjam buku daripada rakan untuk membaca. - - 9 2 1 8. Saya membaca buku/nota BM pada masa lapang. - - 0 3 0 19. Saya meminta ibu bapa membeli bahan bacaan BM untuk saya. - - 1 3 1 7 20. Saya meminta ibu bapa membaiki/menyemak cara saya membaca sesuatu bahan bacaan BM. - - 1 8 1 2 Rajah 4. Strategi Kemahiran Membaca Murid Lemah di luar Kelas Rajah 4 menunjukkan strategi kemahiran membaca di luar kelas dalam kalangan murid lemah. Strategi kemahiran membaca di luar kelas didapati kurang mendapat sambutan daripada muridmurid lemah. Strategi yang mencapai skala setuju yang tinggi dalam kalangan murid lemah ialah item yang keempat belas, iaitu strategi “menghadiri kelas tuisyen BM”. Sebanyak 21 orang murid lemah daripada jumlah 30 menyatakan mereka menghadiri kelas tambahan bahasa Melayu. Skala ini merangkumi 70%. Skala tidak setuju dan sangat tidak setuju masing-masing terdiri daripada 23% dan 7% daripada keseluruhan murid tidak menghadiri kelas tambahan di luar sekolah. Hasil daripada nota lapangan dan temu bual bersama-sama murid lemah, pengkaji mendapati murid-murid lemah menghadiri kelas tambahan kerana dipaksa oleh ibu bapa mereka. Manakala terdapat beberapa murid lemah yang memang menghadiri kelas tambahan untuk menguasai bahasa Melayu, namun mereka gagal berbuat sedemikian kerana mereka tidak berani untuk bertanya pada guru tuisyen sekiranya tidak memahami kandungan yang diajar. Jelasnya di sini perasaan takut menghalang mereka dalam proses pembelajaran kemahiran membaca. 0% 50% 100% 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Setuju 0% 0% 0% 70% 0% 7% 0% 0% 0% 0% Tidak Setuju 57% 63% 0% 23% 0% 70% 30% 0% 43% 60% Sangat Tidak Setuju 43% 37% 100% 7% 100% 23% 70% 100% 57% 40% Strategi Kemahiran Membaca Murid Lemah di luar Kelas Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 296 Selain itu, skala setuju juga dapat dilihat pada item keenam belas, iaitu “meminjam buku pelajaran/cerita BM dari perpustakaan sekolah”. Hanya 7% daripada jumlah keseluruhan menyatakan setuju untuk meminjam buku pelajaran/cerita bahasa Melayu dari perpustakaan sekolah, manakala sebanyak 70% memilih tidak setuju dan 23% memilih sangat tidak setuju. Namun, setelah diteliti dengan jelas daripada guru-guru sekolah, semua murid diwajibkan untuk meminjam satu buku cerita bahasa Melayu dari perpustakaan sekolah. Malangnya sekali, murid-murid tidak menunjukkan insiatif untuk membaca buku yang dipinjam malah ia cuma sekadar untuk mematuhi peraturan sekolah. Malah terdapat juga segelintir daripada mereka langsung tidak meminjam buku dari perpustakaan sekolah. Skala sangat setuju yang menunjukkan peratus yang tertinggi dalam kalangan murid lemah dalam proses menguasai kemahiran membaca di luar kelas. Terdapat tiga item yang mencapai 100% dalam strategi ini. Antara item tersebut ialah item ketiga belas, kelima belas, dan juga kelapan belas, iaitu “mengambil bahagian dalam pertandingan BM di luar sekolah”, “meminta guru tuisyen untuk membetulkan cara saya membaca BM”, dan “membaca buku/nota BM pada masa lapang”. Hasil dari pemerhatian pengkaji, murid-murid lemah kurang berani untuk menyuarakan pendapat sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Maka, murid-murid kurang berkeyakinan untuk mendapatkan bantuan daripada guru kelas tambahan dalam proses membaca terutamanya di hadapan rakan sekelas. Seterusnya, murid-murid lemah juga tidak berminat langsung dalam pertandingan bahasa Melayu yang dianjur oleh pihak-pihak lain. Daripada dapatan nota lapangan, muridmurid menyatakan bahawa mereka tidak berminat dan tidak suka untuk mengambil bahagian dalam acara bahasa Melayu kerana mereka kurang mahir dan juga kurang galakkan daripada orang sekeliling terutamanya ibu bapa. Seterusnya, dari aspek membaca buku bahasa Melayu pada masa lapang juga dinyatakan oleh murid-murid lemah bahawa mereka lebih gemar untuk membuat aktiviti luar seperti bermain bersama-sama rakan, menonton televisyen, dan juga bermain permainan komputer. Hal ini menunjukkan murid-murid tidak meluangkan masa khas untuk mempelajari bahasa Melayu selain daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Di samping skala tidak setuju dalam strategi ini dapat dilihat pada item kesebelas, dua belas, dan juga yang kedua puluh, iaitu “membaca pelbagai bahan bacaan BM”, “membaca sari kata cerita BM ketika menonton televisyen”, dan “meminta ibu bapa membaiki/menyemak cara saya membaca sesuatu bahan bacaan BM”. Peratus item ini terdiri daripada 57% tidak setuju untuk item kesebelas, 63% tidak setuju untuk item kedua belas, dan 60% tidak setuju untuk item yang kedua puluh. Jadual 5 Strategi Kemahiran Membaca Murid Lemah semasa Peperiksaan SKB semasa Peperiksaan Murid Lemah S TS STS 21. Saya membaca nota latihan/buku latihan BM berulang kali sebelum peperiksaan. 3 17 0 22. Saya membeli buku latihan BM untuk membuat latih tubi sebelum peperiksaan. 8 22 0 23. Saya membuat latihan soalan BM tahun-tahun lepas. - 13 17 24. Saya mencari soalan BM di Internet sebagai latihan sebelum peperiksaan. - 0 30 25. Saya membaca perengan demi perengan ketika menjawab soalan peperiksaan BM. 10 20 0 26. Saya menggariskan isi-isi penting sebelum menjawab soalan BM ketika peperiksaan. - 21 `9
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 297 27. Saya membaca setiap soalan BM dengan teliti sebelum menjawabnya semasa peperiksaan. 3 21 6 28. Saya membaca arahan soalan BM sebelum menjawab soalan ketika peperiksaan. 9 21 0 29. Saya membaca dan menjawab soalan BM yang mudah dahulu ketika peperiksaan 9 11 10 30. Saya membaca keseluruhan petikan sebelum menjawab soalan peperiksaan. - 16 14 Rajah 5. Strategi Kemahiran Membaca Murid Lemah semasa Peperiksaan Rajah 5 ialah strategi kemahiran membaca semasa peperiksaan dalam kalangan murid lemah. Strategi yang tidak diamalkan dalam kalangan murid lemah ialah item 23 dan 24. Skala sangat tidak setuju mendahului skala tidak setuju. Peratus yang ditunjukkan pada strategi 24 adalah sebanyak 100% daripada jumlah keseluruhan murid lemah menyatakan tidak mengamalkan strategi semasa menghadapi peperiksaan. Item 24 ialah strategi “mencari soalan BM di internet sebagai latihan sebelum peperiksaan”. Murid-murid didapati langsung tidak berminat untuk membuat latihan menggunakan laman sesawang. Dapatan ini dikukuhkan oleh para guru bahawa golongan lemah ini sukar untuk menyempurnakan latihan yang diberikan oleh guru bahasa Melayu di sekolah. Dapatan ini turut disokong oleh Ooi Chwee Hwa & S. Vijayaletchumy (2017), murid-murid menghadapi kesukaran untuk menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru kerana mereka tidak memahami kandungan dan tidak suka menggunakan kamus untuk menyemak perkataan yang kurang difahami. Seterusnya, skala sangat tidak setuju dapat dilihat pada item 23, iaitu “membuat latihan soalan BM tahun-tahun lepas”. Peratus yang dicapai adalah sebanyak 57% sangat tidak setuju dan 43% tidak setuju. Keseluruhannya menunjukkan murid-murid tidak mengamalkan kedua-dua strategi ini semasa peperiksaan. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa murid lemah yang mengamalkan strategi kemahiran membaca semasa peperiksaan. Keadaan ini dapat dilihat pada item 21, 22, 25, 27, 28, dan 29. Skala tidak setuju menonjol pada kesemua item ini, namun pengkaji mendapati bahawa beberapa murid lemah masih terbuka hati untuk menguasai bahasa Melayu. Sebanyak 85% menyatakan tidak setuju pada item “ membaca nota latiahn/buku latihan BM berulang kali sebelum peperiksaan” dan 15% daripada 30 orang murid lemah menyatakan mereka mengamalkan strategi ini. Selain itu, strategi ke-22, iaitu “membeli buku latihan BM untuk membuat latih tubi sebelum peperiksaan” mencapai skala tidak setuju sebanyak 73%, manakala 27% yang merangkumi 8 orang murid menyatakan setuju. Strategi semasa menghadapi 0% 100% 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 Setuju 15% 27% 0% 0% 33% 0% 10% 30% 30% 0% Tidak Setuju 85% 73% 43% 0% 67% 70% 70% 70% 37% 53% Sangat Tidak Setuju 0% 0% 57% 100% 0% 30% 20% 0% 33% 47% Strategi Kemahiran Membaca Murid Lemah semasa Peperiksaan Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 298 peperiksaan juga kurang mendapat galakkan daripada para murid lemah. Hal ini dapat dilihat pada strategi ke-25, iaitu “membaca perenggan demi perenggan ketika menjawab soalan peperiksaan BM”, yang terdiri daripada 67% tidak setuju dan 33% setuju. Seterusnya, 10% murid lemah menyatakan setuju pada item 27, iaitu “membaca setiap soalan BM dengan teliti sebelum menjawabnya semasa peperiksaan”, manakala 70% menyatakan tidak setuju dan 20% sangat tidak setuju. Strategi “membaca arahan soalan BM sebelum menjawab soalan ketika peperiksaan” menunjukkan 30% orang murid setuju dan 70% orang murid lemah tidak setuju dengan strategi ini. Pengkaji juga mendapati murid-murid kurang menggunakan teknik berkesan semasa peperiksaan. Hal ini dapat dilihat pada item 29, iaitu “membaca dan menjawab soalan BM yang mudah dahulu ketika peperiksaan” menunjukkan pencapaian peratus sebanyak 30% orang setuju, 37% tidak setuju, dan 33% sangat tidak setuju. Murid-murid lemah secara keseluruhannya tidak mempunyai teknik menjawab peperiksaan yang berkesan. Mereka juga tidak mengamalkan strategi kemahiran membaca sebelum menghadapi peperiksaan sebagai satu langkah persediaan menghadapi peperiksaan. Selain itu, semasa peperiksaan pula, murid-murid lemah kurang meneliti soalan dan juga arahan dengan jelas supaya membantu mereka memnajawab soalan peperiksaan dengan betul. Hal ini membuktikan murid lemah kurang kemahiran membaca semasa peperiksaan. Dapatan kajian menunjukkan keputusan yang sama dengan kajian Zamri Mahamod (2015), iaitu kurangnya pengamalan strategi semasa peperiksaan, murid-murid akan menghadapi kesukaran untuk memahami maksud dan kehendak soalan, malah sukar untuk menjawab soalan ketika peperiksaan. Faktor Yang Mempengaruhi Strategi Kemahiran Membaca Faktor Jantina Jadual 6 Pengaruh Jantina dalam Kemahiran Membaca Jantina Lelaki Perempuan Murid Cemerlang 18 32 Murid Lemah 11 19 Rajah 6. Pengaruh Jantina dalam Kemahiran Membaca Murid Cemerlang Murid Lemah Lelaki 36% 37% Perempuan 63% 63% 0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% Pengaruh Jantina dalam Kemahiran Membaca Lelaki Perempuan
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 299 Berdasarkan rajah 6, pengkaji mendapati murid lelaki dan murid perempuan dalam kalangan murid cemerlang dan murid lemah terdiri daripada peratusan yang hampir sama. Dalam kajian ini, faktor jantina dalam proses penguasaan pembelajaran bahasa Melayu melalui strategi kemahiran membaca tidak menunjukkan pengaruh yang ketara. Murid lelaki dalam kalangan murid cemerlang dan murid lemah menunjukkan yang sedikit berbanding dengan murid perempuan, iaitu murid lelaki cemerlang ialah sebanyak 36%, manakala murid lelaki lemah adalah sebanyak 37% daripada jumlah keseluruhan murid lemah. Sebaliknya, peratusan murid perempuan lemah juga mendahului murid lelaki lemah dalam kajian ini, iaitu sebanyak 63%. Hal ini menunjukkan jantina tidak mempengaruhi pengamalan strategi dalam proses penguasaan bahasa. Dapatan ini tidak selari dengan kajian Zamri (2004), iaitu murid lelaki mempunyai strategi yang lebih banyak berbanding murid perempuan dalam pembelajaran bahasa. Murid lelaki dan perempuan India menguasai bahasa bukan berdasarkan faktor jantina. Faktor Sikap Murid Jadual 7 Kepentingan Mempelajari Bahasa Melayu dalam kalangan Murid Cemerlang dan Murid Lemah Kepentingan BM Murid Cemerlang Murid Lemah Amat Penting 50 0 Penting 0 13 Tidak Penting 0 17 Rajah 7. Kepentingan Mempelajari Bahasa Melayu dalam kalangan Murid Cemerlang dan Murid Lemah Berdasarkan jadual 7, pengkaji mendapati kepentingan mempelajari bahasa Melayu masih tidak disedari oleh murid-murid India. Sebagai warganegara Malaysia, bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan setiap murid. Namun, murid lemah yang memperoleh keputusan D dalam ujian Bahasa Melayu berpendapat bahasa Melayu bukan satu mata pelajaran yang penting dalam kehidupan mereka. Hal ini dibuktikan melalui skala pemilihan mereka, iaitu sebanyak 57% daripada 30 orang murid lemah menyatakan bahasa Melayu tidak penting. Kesedaran mereka terhadap pembelajaran bahasa Melayu mempengaruhi murid-murid menguasai bahasa Melayu. Selain itu, pengaruh bahasa ibunda juga memberi kesan yang tinggi terhadap kesedaran ini. Penggunaan bahasa ibunda yang lebih banyak menyebabkan murid beranggapan bahawa mereka tidak perlu mahir bahasa Melayu Amat penting Penting Tidak penting Murid Cemerlang 100% 0% 0% Murid Lemah 0% 43% 57% 0% 20% 40% 60% 80% 100% 120% Kepentingan Mempelajari Bahasa Melayu dalam kalangan Murid Cemerlang dan Murid Lemah Murid Cemerlang Murid Lemah
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 300 yang tidak akan memberi sebarang manfaat dalam hidup mereka. Dapatan ini selari dengan kajian-kajian lepas, iaitu Sharala (2014), dan Zamri Mahamod, Kamiliah Ayu, Wan Muna Ruzanna (2016), dan Amirra Shazreena & Vijayaletchumy Subramaniam (2019). Minat Terhadap Bahasa Melayu Jadual 8 Minat Murid Cemerlang dan Murid Lemah terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Sikap Murid Cemerlang Murid Lemah Minat 50 12 Tidak Minat 0 18 Rajah 8. Minat Murid Cemerlang dan Murid Lemah terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Jadual 8 menunjukkan sikap murid cemerlang dan murid lemah terhadap pembelajaran bahasa Melayu yang merangkumi sama ada minat mahupun tidak berminat. Data kutipan melalui borang soal selidik menerangkan 100% daripada murid cemerlang bersikap positif terhadap pembelajaran bahasa Melayu, iaitu mereka berminat. Manakala murid lemah pula didapati kurang aktif dalam pembelajaran bahasa Melayu. 60% daripada 30 orang menyatakan mereka tidak berminat untuk mempelajari bahasa Melayu, sebaliknya 40% menyatakan berminat. Hasil daripada temu bual yang telah dijalankan, pengkaji mendapati murid lemah yang berminat terhadap pembelajaran bahasa Melayu adalah disebabkan mereka suka pada cikgu yang mengajar bahasa Melayu. Kebanyakan murid menyatakan bahawa guru bahasa Melayu mereka “cantik”, “baik”, “pandai”, “tidak suka marah”, dan “sentiasa pakai pakaian cantik”. Faktorfaktor ini menarik minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dilihat pada kenyataan murid lemah yang tidak berminat pula, mereka berpendapat guru bahasa Melayu “sentiasa memberi banyak kerja sekolah”, “suka marah kalau tak buat kerja sekolah”, dan “bosan”. Dapatan ini seiring dengan kajian Zamri Mahamod (2016), sikap dan motivasi amat penting dalam menggalakkan dan mencungkil minat murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Dapatan ini disokong oleh kajian Ooi Chwee Hwa & Vijayaletchumy Subramaniam (2017), minat mendalam terhadap bahasa kedua memainkan peranan penting dalam memastikan seseorang murid menguasai bahasa tersebut. Oleh yang demikian, murid yang bersikap negatif dan bermotivasi rendah kurang mengamalkan strategi pembelajaran bahasa 0% 20% 40% 60% 80% 100% 120% Murid Cemerlang Murid Lemah Minat Murid Cemerlang dan Murid lemah terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Minat Tidak Berminat
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 301 berbanding murid yang bersikap positif dan bermotivasi tinggi mempunyai strategi pembelajaran bahasa yang pelbagai. Faktor Sosioekonomi Ibu Bapa Jadual 9 Taraf Pendidikan Ibu Bapa Taraf Pendidikan Bilangan Peratus (%) Berpendidikan Tinggi 38 48 Berpendidikan SPM 42 53 Rajah 9. Taraf Pendidikan Ibu Bapa Jadual 9 menunjukkan taraf pendidikan ibu bapa murid-murid cemerlang dan lemah SJK(T) Batu Caves. Berdasarkan jadual, pengkaji dapat merumuskan bahawa ibu bapa yang berpendidikan terdiri daripada 48%, manakala ibu bapa yang kelulusan SPM menunjukkan 53%. Melihat peratusan pada jadual, ibu bapa yang berpendidikan tinggi dan kelulusan SPM menitikberatkan kepentingan pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan anak-anak. Kebanyakan ibu bapa murid dalam kajian ini bekerja sebagai pemandu lori, pengawal keselamatan, operator kilang, suri rumah, tukang jahit, pemandu teksi dan van, tukang sapu, dan juga pesara. Ibu bapa yang berpendidikan bekerja kerajaan jumlahnya tidak ramai, malah kebanyakannya bekerja sebagai kerani, doktor, pensyarah, staf syarikat sendirian berhad, jururawat, arkitek, guru besar, peguam, jurutera, dan pegawai perubatan. Namun, bilangan ibu bapa yang menduduki pekerjaan yang baik dan bergaji tinggi adalah rendah berbanding ibu bapa yang kurang berpendidikan. Kajian ini membuktikan dapatan yang sama dengan kajian Mohd Yazid (2017), iaitu taraf pendidikan ibu bapa bukan pengaruh utama terhadap strategi pembelajaran murid-murid. Dapatan ini tidak seiring dengan kajian Zamri (2004, 2016), iaitu ibu bapa yang berpendidikan tinggi mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap pembelajaran anak-anak. Sebaliknya ibu bapa yang kurang berpendidikan tidak akan menjadi contoh yang 48% 53% Taraf Pendidikan Ibu Bapa Berpendidikan Tinggi Berpendidikan SPM
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 302 baik kepada anak-anak dari aspek pembelajaran. Tambahan pula, kajian beliau juga menyatakan bahawa latar belakang keluarga amat penting dalam mempengaruhi motivasi dan sikap anak-anak dalam mempelajari bahasa kedua atau bahasa asing. Kesimpulan Kesimpulannya, murid-murid SJK(T) Batu Caves yang cemerlang dalam bahasa Melayu menunjukkan tahap motivasi yang tinggi dan sikap positif terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Murid cemerlang yang mengamalkan strategi kemahiran membaca yang paling banyak dan kerap menggunakannya dalam proses pembelajaran bahasa Melayu mendapat keputusan yang baik. Dapatan menunjukkan bahawa murid cemerlang juga mengaplikasi semua teknik yang dipelajari semasa menghadapi peperiksaan. Mereka mengambil insiatif untuk membuat ulang kaji daripada buku-buku latihan dan juga laman sesawang sebagai nota tambahan. Sebaliknya, kajian menunjukkan murid-murid lemah memberikan tumpuan untuk mempelajari bahasa Melayu hanya semasa peperiksaan dan menyebabkan mereka tidak dapat memperoleh keputusan yang baik. Hal ini kerana, mereka hanya berusaha pada saat-saat akhir, dan kurang mengambil insiatif untuk menguasai kemahiran membaca di dalam kelas serta di luar kelas. Rumusan daripada dapatan kajian ini memberikan input tambahan kepada para pendidik untuk membantu murid-murid lemah mendapatkan penjelasan yang teliti dan keputusan yang baik dalam bahasa Melayu, strategi kemahiran membaca harus dipraktikkan kerap kali sebagai latihan pengukuhan setelah mempelajari sesebuah topik. Pernyataan ini menepati kajian Noor Zuhidayah dan Siti Saniah (2016). Hal ini kerana, usaha murid lemah pada saat terakhir tidak akan membantu mereka meraih keputusan yang cemerlang. Seterusnya, faktor utama yang mempengaruhi penguasaan murid terhadap strategi kemahiran membaca ialah faktor sikap dan motivasi. Kajian menunjukkan sikap murid yang tidak suka mempelajari bahasa Melayu adalah disebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk memahami kandungan kerana mereka tidak diberi perhatian sejak kecil lagi untuk mahir dalam bahasa Melayu. Kemahiran membaca merupakan aspek yang sama penting dengan kemahiran mendengar dan juga kemahiran bertutur. Tambahan pula, kemahiran membaca yang rendah juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan murid-murid lemah kurang berkeyakinan untuk membaca dan menguasai bahasa Melayu. Hasil kajian ini juga memberikan kesedaran kepada ibu bapa untuk melatih anak-anak mereka menggunakan bahasa Melayu di rumah sejak kecil lagi terutamanya dalam aspek kemahiran membaca supaya dapat meningkatkan keyakinan muridmurid untuk membaca BM dengan lancar. Hasil kajian merumuskan bahawa murid-murid lemah harus mengamalkan strategi kemahiran membaca yang diaplikasi oleh murid-murid cemerlang dalam meningkatkan kemahiran diri terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Rujukan Amirra Shazreena Aminul Razin & Vijayaletchumy Subramaniam. (2019). Kesalahan Penggunaan Imbuhan Awalan dan Akhiran dalam kalangan Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Berdasarkan Teori Analisis Kesalahan Corder (1973). International Journal of the Malay World and Civilisation, 7(1), 3- 13. Awang Sariyan. (2011). Mencari Makna Diri Melayu. Renungan untuk Bangsaku Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chwee Hwa Ooi. (2018). Keberkesanan Modul dalam Meningkatkan Penguasaan Imbuhan meN dan peN dalam kalangan Murid SJKC. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Chew Fong Peng. (2016). Masalah Pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan Murid Cina Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 10-22. Jamila K. A. Mohamad Kutty, Mohd Hanafi bin Mohd Yasin & Rosadah Abd. Majid. 2012. Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Membaca dan Menulis dalam Bahasa Melayu bagi Murid Prasekolah Bermasalah Pendengaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2), 111-127.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 303 Manprit Kaur & Mohamad Amin. 2011. “Language Learning Strategies Employed by Primary School Students”. Dalam Mohamad Yazid Mohamad. Kekerapan Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cemerlang Etnik Cina. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu, 7(1), 85-92. Mohamad Yazid Mohamad. (2017). Kekerapan Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cemerlang Etnik Cina. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu, Vol. 7(1), 85-92. Nathesan. S. 2010. Pendekatan dan Teknik Pendidikan Bahasa Melayu Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nora’azian Nahar & Fadzilah Abd. Rahman. (2018). Tahap Penguasaan Kemahiran Bertutur Bahasa Melayu dalam kalangan Murid Bukan Penutur Natif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1), 74-83. Noor Zila Md. Yusuf. 2015. Bahasa Antara dalam Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Noor Zuhidayah Muhd Zulkifli & Siti Saniah Abu Bakar. (2016). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan Pelajar Jerman. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 4 (2). Ooi Chwee Hwa & Vijayaletchumy Subramaniam. 2017. Faktor Timbulnya Pengaruh Bahasa Pertama dalam Mempelajari Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua. Ulum Islamiyyah, Vol. 20: 35-45. Roshidah Hassan. (2017). Gaya dan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan Pelajar Perancis. Journal of Language Studies, 17(1), 125-146. Sharala et al. (2014). Penggunaan dan Kekerapan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan Pelajar Warganegara Asing. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(2), 25-35. Wan Dyarudin Wan Mustappa. 2017. Keberkesanan Teknik Membaca SQ3R dalam Pengajaran Kefahaman Membaca di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7( 1), 1-10. Whitehurst, G. J. & Lonigan, C. (2001). Emergent Literacy: Development from Prereaders to Read. Dalam Jamila K. A. Mohamad Kutty et al. Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Membaca dan Menulis dalam Bahasa Melayu bagi Murid Prasekolah Bermasalah Pendengaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2( 2), 111- 127. Zamri Mahamod.( 2006). Penggunaan Strategi Membaca dan Menulis oleh Pelajar Cemerlang dan Pelajar Lemah dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidkan Bahasa Melayu, 6(2), 328-362. Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Zamri Mahamod. (2015). Strategi Pembelajaran: Inventori Cara Belajar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zamri Mahamod, Jamaludin Badusah, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohamed Amin Embi dan Sharala Subramaniam. (2014). Penggunaan dan Kekerapan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Warganegara Asing. Jurnal Pendidikan bahasa Melayu 4: 25-35. Zamri Mahamod, Kamiliah Ayu Ab. Ghani dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2016). Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan Murid Cina berdasarkan Sikap dan Kemahiran Bahasa. Jurnal Pendidikan bahasa Melayu 6(1), 38-51. Zamri Mahamod, Kamilah Ayu Ab Ghani & Wan Muna Ruzanna. (2016). Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan Murid Cina berdasarkan Sikap dan kemahiran Bahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(1), 38-51.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 304 PENINGKATAN KEMAHIRAN TENDANGAN LERET DALAM BOLA SEPAK MELALUI KAEDAH TGFU Muhammad Zaim Azhar dan Norlena Salamuddin Abstrak Sukan bola sepak merupakan satu sukan di mana dua pasukan yang terdiri daripada 11 orang pemain bagi setiap pasukan. Sukan bola sepak mempunyai beberapa kemahiran atau teknik asas iaitu menghantar, menggelecek, dan menjaring. Sukan bola sepak mempunyai pelbagai teknik hantaran dan yang paling asas iaitu hantaran leret. Lantas, objektif kajian ini untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan teknik TGfU dalam meningkatkan kemahiran hantaran leret dalam permainan bola sepak, mengenalpasti teknik yang paling sesuai untuk melaksanakan kaedah TGfU berkaitan koordinasi dalam kemahiran tendangan leret menghantar dan menerima dan mengenalpasti hubungan antara penggunaan teknik TGfU dengan Kemahiran Asas Tendangan Leret. Terdapat 20 set soal selidik yang telah diedarkan kepada 20 orang di Sekolah Kebangsan Taman Sungai Besi Indah. Menerusi ujian Kolerasi Spearman, di dapati bahawa tiada hubungan antara penggunaan teknik TGfU dengan Kemahiran Asas Tendangan Leret. Melalui kajian ini, berlaku peningkatan terhadap perlakuan dan penguasaan murid terhadap kemahiran asas tendangan leret tetapi masih lagi ada kelemahan yang perlu diperbaiki dan bahagian yang paling ketara mempunyai kelemahan sewaktu melaksanakan kajian iaitu saya memerlukan masa yang lebih panjang untuk melakukan demonstrasi perlakuan. Hal ini kerana bagi memberi pemahaman yang jitu kepada murid dalam menyampaikan hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Dicadangkan penggunaan bahan multimedia dalam pengajaran supaya dapat membantu murid memahami prosedur perlakuan dengan lebih terperinci lagi. Dengan wujudnya kemajuan teknologi masa kini. Kata Kunci: Bola Sepak, TgFU, Sekolah, Sukan, Kemahiran Pengenalan Adalah menjadi harapan negara kita untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang hendak dicapai itu adalah meliputi kesemua aspek kehidupan secara seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan merupakan teras untuk mencapai kemajuan dalam sesebuah kelompok masyarakat tersebut dan pendidikan meliputi komponen kurikulum dan kokurikulum. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah merupakan sesuatu mata pelajaran yang penting untuk membawa kepada perkembangan fizikal, intelek, sosial dan sebagainya. (Teng Boon Tong, 2001) dalam bukunya yang bertajuk “Play In Chilhood” menyatakan bahawa murid – murid perlu memperoleh pengetahuan dan kemahiran agar mereka boleh mengamalkan gaya hidup yang cergas sebagai satu disiplin diri. Hal ini dapat dilihat melalui pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di mana guru menyampaikan sesi pengajaran yang berbentuk pengetahuan serta kemahiran dalam pelbagai permainan kepada murid dan seterusnya kelompok murid tersebut akan mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian mereka terutamanya apabila berada di rumah. (Wee Eng Ho, 2005) juga menyatakan bahawa melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani, murid akan diberi ruang untuk mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang telah diselaraskan mengikut komponen – komponen kecergasan serta kemahiran asas dalam sukan dan permainan di sekolah. Murid akan meneroka sendiri pelbagai
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 305 aktiviti yang direncanakan oleh guru mengikut topik – topik yang yang telah disediakan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) serta Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mata pelajaran Pendidikan Jasmani merangkumi pelbagai aktiviti yang menfokuskan kepada kecekapan fizikal dan bukannya ke atas aktiviti fizikal. (Capel, 2000) menyatakan bahawa Pendidikan Jasmani adalah sesuatu proses pembelajaran yang bertujuan untuk membangunkan pengetahuan tertentu murid, kemahiran dan kefahaman serta untuk menggalakkan kecekapan fizikal. Sejajar dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju untuk dekad ini dan untuk jangka masa yang panjang, mata pelajaran Pendidikan Jasmani juga berperanan dalam menyediakan kanak – kanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan topik – topik yang menyeluruh dan berkaitan dengan kehidupan seharian murid. Penyediaan skop – skop pengalaman melalui proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi dapat memberi impak dan dorongan kepada murid melalui kegiatan – kegiatan kognitif seperti penerokaan, proses berfikir, dan penyelesaian masalah. Bagi melaksanakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, guru perlu membuat pemerhatian dan menganalisis ciri–ciri murid atau mengenalpasti masalah – masalah murid sebelum memilih pendekatan dan strategi pembelajaran yang akan digunakan. Seterusnya guru harus meneliti dan menganalisis kurikulum dalam menyediakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat memberi manfaat kepada murid dengan berkesan. Seperti mana yang dinyatakan oleh (Wee Eng Ho, 2009) dalam edisi kedua bukunya yang berjudul ‘Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan’ menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang berkesan mempunyai pendekatan dan strategi pengajaran yang sesuai digunakan. Kecergasan fizikal dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani terbahagi kepada dua komponen iaitu berasaskan kesihatan dan berasaskan perlakuan motor. Kecergasan fizikal berasaskan kesihatan meliputi komponen kecergasan daya tahan kardiovaskular, kekuatan, daya tahan otot, kelembutan dan komposisi badan. Manakala kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor merangkumi ketangkasan, imbangan, koordinasi, kuasa, kelajuan dan masa tindak balas. Komponen – komponen kecergasan ini memberi pelbagai fungsi dalam meningkatkan tahap kecergasan murid melalui aktiviti fizikal dan perkara ini menjadi tugas guru dalam memainkan peranan sebagai tunjang kepada mereka dalam menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran dan membantu masalah pembelajaran yang dihadapi murid. Seterusnya guru harus bertindak kreatif dalam menyediakan pengajaran dan pembelajaran kepada murid dengan mengambil kira kaedah yang digunakan serta masalah pembelajaran yang dihadapi murid. Hal ini kerana setiap murid mempunyai kelebihan dan kelemahan dari pelbagai aspek jasmani, kognitif, dan afektif yang berbeza. Pendekatan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani tertumpu kepada nilai pendidikan yang dibina oleh guru dalam diri setiap individu terutamanya murid. Seterusnya mata pelajaran ini mendukung sebagai satu alat untuk mendorong kegiatan kognitif seperti penerokaan proses berfikir dan penyelesaian masalah sebagai contoh murid menggunakan akal fikirannya untuk menyelesaikan masalah dalam permainan yang disediakan oleh guru di samping meneroka kemahiran – kemahiran yang dipelajari melalui pergaulan sosial bersama rakan – rakan kelas yang lain. Sejajar dengan matlamat mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah rendah iaitu Pendidikan Jasmani bertujuan melahirkan murid yang aktif dan sihat serta berpengetahuan melalui proses bersepadu yang memberi tumpuan kepada kecergasan, kemahiran asas,
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 306 gimnastik dan sukan, pendidikan sukan, kesihatan diri, perasaan, kekeluargaan, pemakanan dan kesan penyalahgunaan bahan. Keseluruhan aspek ini merupakan satu dorongan dan bimbingan kepada murid untuk menjalani kehidupan seharian yang baik dan teratur. Guru yang baik dan prihatin seharusnya peka akan kebolehan dan kekurangan murid dengan cara meneliti setiap bahan dalam pembelajaran yang ingin disampaikan itu supaya pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan bermutu serta mencapai objektif yang diharapkan. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan yang dirancang dan dilaksanakan mestilah selaras dan tertakluk dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara di mana initipati utama iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Guru sebagai tunjang utama di sekolah seharusnya membimbing murid dengan menyediakan pengajaran dan pembelajaran serta persekitaran yang membantu ke arah pembangunan diri murid, malah nilai – nilai murni yang diterapkan kepada mereka sebagai contoh nilai kerjasama, tolerasi, dan saling hormat – menghormati dalam kelompok komuniti di sekolah. Dalam erti kata lain guru tersebut perlu menekankan gaya hidup sihat dan aktif yang merangkumi aspek – aspek penting sewaktu pelaksanaannya di sekolah iaitu penglibatan murid secara aktif dan selamat dan interaksi yang baik antara rakan. Usaha–usaha yang dilakukan ini ke arah melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Sukan bola sepak merupakan satu sukan di mana dua pasukan yang terdiri daripada 11 orang pemain bagi setiap pasukan menjaringkan gol ke dalam kawasan pihak lawan mengikut peraturan – peraturan yang telah ditetapkan. Sukan bola sepak mempunyai beberapa kemahiran atau teknik asas iaitu menghantar, menggelecek, dan menjaring. Sukan ini amat popular dan menyeronokkan di seluruh dunia kerana ianya juga memerlukan ketangkasan dan kecergasan yang tinggi daripada setiap pemain. Pemain yang berkualiti perlu memiliki teknik asas yang baik supaya pemain – pemain ini menjadi tunjang kepada pasukan mereka dalam mencapai kemenangan. Ianya termasuklah kelebihan – kelebihan yang dimiliki oleh seseorang pemain bola sepak itu antaranya iaitu kawalan, tendangan dan hantaran bola yang tepat melalui teknik perlakuan yang betul. Sukan bola sepak mempunyai pelbagai teknik hantaran dan yang paling asas iaitu hantaran leret. Kemahiran menghantar dan menerima dalam permainan bola sepak adalah sesuatu yang penting di mana ia tunjang kepada permainan bola sepak itu sendiri. Kemahiran ini juga berkait rapat dengan keupayaan psikomotor pelajar itu sendiri dimana kesusaian latihan amatlah penting dalam membimbing para pelajar untuk mahir dalam teknik menghantar dan menerima hantaran. Pada tahun 1982, Bunker & Thorpe telah memperkenalkan satu pendekatan yang komprehensif dalam meningkatkan kemahiran dalam bola sepak iaitu model ‘Teaching Games for Understanding’ (TGfU). Pendekatan TGfU merupakan pendekatan yang berfokuskan kepada pembelajaran dan pemahaman mengapa sesuatu teknik itu penting untuk dikuasai sebelum mereka kemudiannya belajar bagaimana mengaplikasikan teknik tersebut dalam permainan sebenar. Barrie (2008) juga menyatakan bahawa Bunker & Thorpe percaya pendekatan tradisional tidak berkesan kerana kemahiran yang dipelajari tidak diaplikasikan terus dalam permainan, (Vaughan Cruickshank & Karen Swabey, 2013). Hal ini jelas bahawa pendekatan yang berterusan akan membantu pelajar untuk bergerak ke arah pengajaran kendiri dan dapat mengaplikasikan kemahiran dalam permainan yang sebenar. Jadi pendekatan TGfU yang bervariasi dapat menarik minat dan membantu pelajar untuk belajar dengan seronok. Ee Ah Meng (1997) dalam Haliza Hamzah dan Joy N.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 307 Samuel (2009) mendapati, sekiranya pelajar berasa seronok ketika menjalankan aktiviti, perkara yang dialami akan dingati dengan lebih lama dan bertambah. Pengkaji berharap dengan penggunaan kaedah TGfU dalam kemahiran hantaran leret dapat memberikan kesan yang positif kepada kemahiran individu subjek kajian seterusnya menjadi contoh kepada kajian – kajian yang lain di masa hadapan. Kajian Literatur Di Malaysia, permainan menjadi tunjang utama dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Guru Pendidikan Jasmani di Malaysia boleh berperanan sebagai jurulatih dan ianya menjadi faktor utama dalam peningkatan mutu sukan negara. Jadi guru Pendidikan Jasmani perlu menghayati falsafah kejurulatihan dan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta berusaha meningkatkan prestasi sukan dan permainan murid, oleh Sanmuga Nathan A/L K. Jeganathan. (2007). Menurut Chow Fook Meng dan Jaizah Mahmud (2011) peranan pendidik ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dalam bidang kepakarannya melalui pelbagai pendekatan mengajar untuk pelajar membina pembelajaran secara berkesan. Salah satu aspek penting pengajaran berkesan seorang pendidik ialah penguasaan dalam teras pengetahuan mengajar. Berdasarkan pernyataan di atas, dalam proses untuk meningkatkan kemahiran dan kecergasan, pendidik perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran yang mana ia lebih bercorak ‘fun in learning’. Pendekatan tradisional mengikuti format pemanasan, pengembangan kemahiran, permainan yang diubah suai, dan kemudian permainan. Falsafah asas model ini adalah bahawa setelah kemahiran asas dikuasai, kemampuan untuk bermain permainan akan menjadi proses seperti osmatik, di mana pelajar atau pemain akan dapat bermain permainan dengan menerapkan kemahiran yang dipraktikkan dalam pelajaran dan meletakkannya ke dalam konteks permainan dengan cara yang bermakna. Prosedur penilaian cenderung berdasarkan kemahiran, mengukur kemampuan pelajar untuk melakukan kemahiran secara terpencil dan bukan berdasarkan kemampuan sebenar mereka bermain permainan. Pelajaran dalam model teknikal lebih berasaskan pengetahuan dan behavioris dan dalam bentuk monolog (Light, 2003) dengan pelajar diberitahu apa yang harus dilakukan dan bagaimana melakukannya semasa kemajuan permainan, dengan peraturan dan syarat orang dewasa (Hopper & Bell, 2001) sering bergantung pada pelajar memperoleh kemahiran dalam kemahiran asas (Light, 2003). Penyelidikan dan pemerhatian pendekatan ini mendedahkan masalah yang berkisar pada proses pedagogi yang digunakan dalam model, penglibatan pelajar, keyakinan diri dan kepercayaan pelajar, dan keseronokan pelajar dalam pelajaran pendidikan jasmani (Werner, Thorpe & Bunker 1996). Kajian lain menunjukkan bahawa pendekatan itu tidak dapat bertahan dan bahkan mengurangkan tahap motivasi pelajar, mempunyai kesan negatif terhadap keseluruhan tahap penyertaan dalam aktiviti fizikal, dapat mengurangkan makna dan kesesuaian subjek dan dapat mempengaruhi tahap aktiviti fizikal pelajar di sekolah menengah bertahun-tahun, terutamanya bagi mereka yang kurang mahir (Mandigo & Holt, 2000, Light, 2003). Ini nampaknya bertentangan dengan hasil intipati dari sukatan pelajaran Pembangunan Peribadi, Kesihatan dan Pendidikan Jasmani (PDHPE) NSW, yang mempunyai falsafah mengembangkan kemahiran untuk mendorong pelajar untuk terlibat dalam aktiviti fizikal untuk hidup melalui penyertaan dalam pelbagai cabaran dan konteks yang semakin menuntut (Board of Studies, 2003). Model TGfU menawarkan pendekatan alternatif untuk mengajar pendidikan jasmani. Banyak variasi model telah dikembangkan, termasuk 'Games Sense' (ASC, 1991, dipetik dalam Light, 2003), 'Play Practice' (Lauder 2001), 'The Games Concept' (Wright, Fry, McNeill et al., dipetik dalam Light, 2003) dan 'Playing for Life' (ASC 2005) dengan pengembangan pemain
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 308 berfikir (Webb & Thompson, 1998) tema pusat yang konsisten. Permainan atau sukan dibahagikan kepada empat kategori berdasarkan sifat dan elemen teras permainan. Rajah 1. TGfU Model (Di adaptasi daripada Werner, Thorpe & Bunker, 1996, p.29) Reeve (1996) berpendapat bahawa kaedah ini meningkatkan motivasi pembelajaran dengan syarat bahawa pengajar atau guru yang menerapkan kaedah inklusi dimana kemampuan untuk menyediakan persekitaran persaingan yang optimum untuk semua pelajar. Ini bermaksud bahawa persekitaran tahap kognitif kemahiran dalam keupayaan untuk melaksanakan tugas. Bredekamp (1992) menekankan bahawa objektif (TGFU) adalah untuk membina kemahiran untuk semua tahap kesukaran untuk disesuaikan dengan semua orang dari segi (umur, tahap kognitif, kemampuan). Menggunakan kaedah “inclusion” dalam proses pendidikan oleh guru akan membimbing semua orang untuk berjaya dalam melaksanakan tugas yang diberikan kepadanya. Malathi, Shabeshan dan Mohd (2011) mengkaji mengenai kesan penggunaan kaedah TGfU terhadap hasil pembelajaran murid dalam kemahiran permainan bola baling. Kajian ini menggunakan instrumen kuasi eksperimental untuk mendapatkan dapatan data dengan mewujudkan dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan prestasi dari segi kemahiran yang dikuasai oleh dua kumpulan tersebut iaitu kumpulan yang menggunakan kaedah TGfU menunjukkan hasil yang ketara antara kumpulan yang menjalankan kaedah pengajaran tradisional. Pengkaji menyarankan supaya latihan ini diperkembangkan kepada situasi yang pelbagai ataupun dalam sukan yang berlainan. Werner et al., (1996) mengembangkan model (TGFU) di mana kita melihat bahawa pelajar berada di tengah-tengah model ini dan pelajar itu sendiri mengembangkan kemahiran mereka mengikut kesesuaian mereka sendiri. Oleh itu, langkah pertama dikembangkan untuk memahami kursus dan ciri permainan. Langkah ketiga menyangkut aspek taktikal permainan, yang diaktifkan dengan melakukan tugas. Langkah keempat menyangkut kemampuan untuk membuat keputusan yang tepat dan mempertimbangkan hasil dari langkah-langkah sebelumnya (2, 3), diikuti dengan langkah di mana pergerakan dikecualikan untuk prestasi ditambah dengan tahap pemurnian untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dalam suatu yang diberikan tahap kemahiran hingga pencapaian seperti yang terkandung di peringkat akhir. 1. Permainan 5. Pelaksanaan Kemahiran 3. Kesedaran Taktikal 4. Membuat Keputusan yang Sesuai 2. Apresiasi 6. Prestasi Permainan Pelajar
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 309 Menurut Bunker dan Thorpe (1982) seperti yang dinyatakan dalam Vaughan dan Karen (2013) mereka mengasaskan TGfU kerana menyedari banyak murid telah tamat bersekolah tanpa mempunyai kemahiran untuk membuat keputusan dalam sesebuah permainan yang diceburi. Mereka berpendapat bahawa pendekatan tradisional dalam pengajaran Pendidikan Jasmani tidak berkesan. Pelajar yang tidak berjaya dalam menguasai sesuatu kemahiran merasakan mereka tidak dapat menyertai permainan dengan baik. Murid-murid selalunya hanya ingin bermain daripada memberikan fokus terhadap kemahiran. Kim, Paul dan Philip (2007) dalam kajian mereka menyatakan bahawa kumpulan yang mengaplikasikan kaedah TGfU lebih aktif dan seronok berbanding kumpulan kedua yang menggunakan kaedah pembelajaran teknik asas dalam permainan yang lebih berasa bosan dan kurang pergerakan dalam permainan. Apabila sesuatu kemahiran atau teknik itu tidak diaplikasikan terus ke dalam aktiviti atau permainan sebenar, maka apa yang dipelajari oleh murid tidak dapat diingati dengan baik. Oleh yang demikian, pengaplikasian teknik yang dipelajari oleh murid tidak dilakukan dalam sesuatu aktiviti atas sebab penguasaan yang tidak ditekankan dan murid tidak ingat apa yang telah dipelajari memandangkan apa yang telah diajar terhenti dalam aktiviti tersebut sahaja. Vaughan and Karen (2013) juga telah menyatakan bahawa pelajar dapat mengaplikasikan teknik perlakuan melalui pendekatan TGfU kerana melalui pendekatan ini mereka dapat menyedari kepentingan teknik perlakuan dalam keberkesanan sesuatu kemahiran. Ruan dan Stephanie (2010) dalam kajian mereka telah menyatakan bahawa kaedah TGfU ini sangat penting kepada pembelajaran Pendidikan Jasmani murid kerana ianya dapat memberi kesan yang ketara terhadap motivasi intrinsik murid berbanding pengajaran dan pembelajaran tradisional. Hal ini kerana dengan pengaplikasian kaedah TGfU ini murid didedahkan dengan situasi dalam sesuatu permainan di samping menguasai sesuatu kemahiran dalam permainan tersebut. Murid tidak lagi berasa bosan akan pengajaran pembelajaran yang hanya menekankan tentang sesuatu teknik atau kemahiran yang berulang – ulang tanpa mengaplikasikan kemahiran itu dalam permainan. Gregory, Paul dan Philip (2006) menyatakan pendedahan kaedah TGfU terhadap guru amat penting supaya murid turut mendapat peluang dalam menguasai sesuatu permainan serta terlibat dengan aktiviti Pendidikan Jasmani dengan lebih bermakna. Menurut Bunker dan Thorpe (1982) seperti yang dinyatakan dalam Vaughan dan Karen (2013) mereka mengasaskan TGfU kerana menyedari banyak murid telah tamat bersekolah tanpa mempunyai kemahiran untuk membuat keputusan dalam sesebuah permainan yang diceburi. Mereka berpendapat bahawa pendekatan tradisional dalam pengajaran Pendidikan Jasmani tidak berkesan. Pelajar yang tidak berjaya dalam menguasai sesuatu kemahiran merasakan mereka tidak dapat melibatkan diri dalam sesuatu permainan dengan baik. Murid-murid selalunya hanya ingin bermain daripada memberikan fokus terhadap kemahiran. Sanmuga, Ahmad dan Ong (2013) telah mengkaji tentang kesan penggunaan program TGfU terhadap pemain hoki yang mempunyai masalah dalam kemahiran kawalan bola. Pengkaji menjalankan kuasi eksperimental terhadap pemain – pemain hoki tersebut dan dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara dengan penggunaan kaedah TGfU. Pemain hoki didedahkan dengan ubahsuai permainan iaitu lima lawan lima dan di sini pemain – pemain hoki tersebut sentiasa didedahkan dengan situasi – situasi dalam permainan dan pengubahsuaian permainan ini mengambil kira pengubahsuaian peraturan dan peralatan. Hal ini mewujudkan keseronokan dalam permainan itu di samping pemain juga mendapat pengalaman dan pengetahuan tentang kemahiran – kemahiran yang perlu digunakan dalam sesuatu situasi tertentu dalam permainan.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 310 Metodologi Pengkaji telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dengan melibatkan kemahiran hantaran leret dalam sukan bola sepak bagi murid tahun 6. Fasa refleksi dalam kajian ini iaitu pengkaji mengesan masalah yang timbul dalam pengajaran tersebut apabila murid gagal melakukan kemahiran asas permainan bola sepak iaitu tendangan leret pada jarak lima meter dengan kemas dan baik. Seterusnya dalam fasa refleksi ini pengkaji menyediakan borang soal selidik untuk meneliti masalah yang dihadapi oleh murid. Di samping itu juga, pengkaji ingin melihat murid yang mempunyai masalah yang paling ketara dalam melakukan kemahiran tendangan leret. Sebelum merancang program pengajaran berasaskan kaedah TGfU, pengkaji memberi motivasi terlebih dahulu kepada murid supaya mereka berani untuk melakukan kemahiran tendangan leret. Menurut Skinner (1953), peneguhan positif dapat meningkatkan tingkah laku yang diingini. Pengkaji seterusnya menganalisis borang soal selidik tersebut dan seterusnya merancang program pengajaran yang menggunakan model TGfU. Borang soal selidik mengandungi bilangan bola yang berjaya dihantar melalui kemahiran tendangan leret. Pengkaji merancang program pengajaran dan menganalisis borang soal selidik yang merupakan fasa merancang iaitu fasa kedua selepas fasa refleksi. Pengkaji seterusnya menetapkan tempoh pelaksanaan intervensi, jumlah subjek kajian (murid) dan peralatan yang sesuai sebelum memulakan program pengajaran berunsurkan kaedah TGfU. Fasa ketiga iaitu fasa bertindak merupakan langkah bagi pengkaji menjalankan program pengajaran atau langkah intervesi terhadap subjek kajian atau murid yang dipilih. Perkara ini berkait rapat dengan objektif kajian iaitu membantu murid dalam meningkatkan kemahiran tendangan leret melalui kaedah TGfU semasa menghantar bola dan objektif kajian yang kedua iaitu mengubah amalan pengajaran guru melalui kaedah TGfU dalam meningkatkan koordinasi mata dan tangan semasa melakukan hantaran tendangan leret. Pengkaji menggunakan kelengkapan peralatan yang berunsurkan ansur maju seperti mengubah jarak hantaran bola serta penggunaan saiz bola yang berbeza untuk membantu meningkatkan koordinasi murid semasa melakukan kemahiran tendangan leret. Fasa memerhati iaitu fasa kedua terakhir merupakan peringkat untuk pengkaji memerhati kemahiran yang difokuskan dan pengkaji menggunakan borang senarai semak untuk melihat teknik perlakuan murid dengan lebih terperinci selepas mengaplikasikan kaedah TGfU dalam kemahiran hantaran leret. Pengkaji bukan sahaja membuat pemerhatian dalam fasa ini tetapi pengkaji juga menjalankan aktiviti penilaian dengan pelbagai ujian yang sesuai. Dalam fasa ini pengkaji melihat perubahan dan reaksi murid selepas mengaplikasikan kaedah TGfU seterusnya mengenalpasti kekangan yang dihadapi semasa kajian dijalankan. Fasa terakhir iaitu fasa mereflek merupakan fasa untuk pengkaji menganalisis senarai semak serta menjalankan sesi temu bual bagi melihat tindak balas yang disampaikan oleh murid. Pengkaji menganalis hasil dapatan daripada kemahiran yang telah dilakukan seterusnya pengkaji dapat melihat kekuatan dan kelemahan yang wujud hasil daripada data-data kajian tersebut. Jika data yang diperoleh menghasilkan keputusan positif, maka kaedah TGfU ini boleh menyumbang kepada peningkatan kemahiran asas murid melalui pengajaran. Dalam menjalankan kajian tindakan, saya menggunakan pemerhatian berstruktur sebagai kaedah pengumpulan data. Instrumen senarai semak digunakan sebagai alat untuk meninjau atau mengenalpasti penguasaan murid terhadap aspek – aspek dalam kemahiran asas tendangan leret dalam bola sepak sebelum menjalankan kajian. Pemerhatian dijalankan dengan menggunakan senarai semak melalui penggunaan skala likert (1, 2, 3, 4, 5). Skala 1 mewakili skor pencapaian “lemah”, skala dua mewakili skor pencapaian “memuaskan”, skala 3 mewakili skor pencapaian “sederhana”, skala 4 mewakili
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 311 skor pencapaian “baik” dan akhir sekali skala 5 mewakili skor pencapaian “sangat baik”. Berikut merupakan jadual keputusan pemerhatian dan skala skor pencapaian yang dijalankan oleh penyelidik untuk mengenalpasti penguasaan murid terhadap kemahiran asas tendangan leret dalam bola sepak. Setelah selesai menjalankan pemerhatian awal dan pemerhatian akhir, instrumen temubual berstruktur digunakan untuk mengetahui aspek penguasaan murid semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sama ada ianya meningkat ataupun sebaliknya. Beberapa soalan temubual berstruktur telah ditetapkan berkaitan dengan aktiviti tendangan leret melalui penggunaan Kaedah Pembelajaran Masteri. Kesimpulannya, empat komponen dalam kitaran Kemmis dan Mctaggart ini merupakan langkah berperingkat yang dijalankan oleh pengkaji untuk membantu murid dalam meningkatkan kemahiran asas tendangan leret dalam sukan bola sepak melalui kaedah TGfU semasa melakukan aktiviti menghantar dan menerima dalam permainan bola sepak. Reka bentuk yang bersistematik ini turut menguji keberkesanan penggunaan kaedah TGfU dalam meningkatkan kemahiran hantaran dan menerima bola sepak dalam kalangan pemain dan memberi peluang kepada pengkaji untuk meneliti teknik dan langkah yang bersesuaian dalam mencapai hasil dapatan yang diharapkan seterusnya memberikan penambahbaikan terhadap kelemahan yang timbul dalam menjalankan kajian melalui kitaran komponen reka bentuk tersebut. Dapatan Kajian Kajian ini dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang melibatkan murid tahun 6 seramai 20 orang di Sekolah Kebangsan Taman Sungai Besi Indah. Dalam tajuk ini, pengkaji akan membentangkan analisis berkaitan data – data yang telah dikumpul dalam menguji keberkesanan penguasaan murid terhadap kemahiran tendangan leret. Data – data yang telah diperoleh daripada sampel tersebut dianalisis melalui data pemerhatian awal dan pemerhatian akhir serta temubual berstruktur dan akan diproses menggunakan Microsoft Excel dan SPSS Version 23 dari segi persembahan keputusan dan dapatan akhir kajian. Selain itu pengkaji juga menggunakan kaedah pemerhatian melalui instrumen senarai semak untuk mengenalpasti isu kajian yang ingin dikaji dengan lebih terperinci. Perbandingan Skor Awal dan Akhir Individu Jadual 1 menunjukkan skor pencapaian awal dan akhir individu terhadap kemahiran tendangan leret dalam permainan bola sepak. Murid 1 dan murid 18 masing–masing mencatatkan skor pencapaian 3 iaitu pencapaian “sederhana” sebelum sesi intervensi dijalankan dan pencapaian skor 5 dicatatkan selepas sesi intervensi melalui penggunaan kadah TGfU dalam kajian. Ini menunjukkan peningkatan yang baik apabila murid 1 dan murid 18 berjaya menguasai keseluruhan aspek kemahiran tendangan leret dalam permainan bola sepak. Merujuk kepada jadual di atas, murid 2 dan murid 4 mencatatkan skor pencapaian 2 iaitu pencapaian “memuaskan” sebelum penggunaan kaedah TGfU dijalankan dan seterusnya mencatatkan peningkatan yang baik iaitu murid 2 dan murid 4 masing – masing mencapai pencapaian skor 5 setelah melalui proses kaedah TGfU terhadap kemahiran tendangan leret. Pencapaian amat jelas diperhatikan melalui jadual di atas terhadap murid 3, murid 7, murid 11, murid 12, dan murid 15 di mana mereka mencatatkan pencapaian skor 1 pada awal sesi pemerhatian dijalankan dan seterusnya peningkatan dapat dilihat pada akhir pemerhatian apabila murid tersebut mencatatkan pencapaian skor 4 iaitu skor pencapaian “baik”. Ini disokong oleh graf bar di atas apabila berlaku perubahan bagi pencapaian skor 1 yang menunjukkan peratusan murid yang mencapai skor 1 sebelum sesi intervensi dijalankan menurun dengan ketara dan berlaku peningkatan yang baik terhadap penguasaan kemahiran
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 312 tendangan leret dalam kalangan mereka di mana kelima – lima orang murid tersebut berjaya menguasai empat aspek kemahiran berbanding keseluruhan aspek kemahiran tendangan leret melalui penggunaan kaedah TGfU. Jadual menjelaskan murid 5 dan murid 19 mencatatkan skor pencapaian yang sama iaitu pada skor pencapaian 2 semasa pemerhatian awal dijalankan dan kedua – dua murid ini mencatatkan skor pencapaian 4 iaitu pencapaian “baik” selepas sesi intervensi dijalankan. Hal ini berlaku peningkatan yang baik di mana mereka berjaya melakukan empat aspek kemahiran daripada keseluruhan aspek dalam kemahiran tendangan leret. Peningkatan amat jelas dibuktikan melalui graf di atas terhadap skor pencapaian 4 iaitu pencapaian “baik” apabila berlaku perubahan yang menunjukkan peratusan murid yang mendapat skor pencapaian 4 sebelum sesi intervensi dijalankan hanyalah 5% sahaja berbanding 45% orang daripada keseluruhan murid yang telah mencapai skor pencapaian 4. Murid 6 dan murid 13 masing – masing mencatatkan skor pencapaian 3 pada awal pemerhatian dijalankan iaitu sebelum penggunaan kaedah TGfU dalam kajian dan pencapaian berbeza dicatatkan pada pemerhatian akhir iaitu selepas sesi intervensi dijalankan di mana kedua – dua murid tersebut mencatatkan skor pencapaian 4. Graf menunjukkan penurunan peratusan murid yang mendapat skor pencapaian 3 selepas penggunaan kaedah TGfU dalam kajian iaitu hanya 5% murid sahaja yang mencatatkan skor pencapaian 3 selepas sesi intervensi dijalankan berbanding 20% orang murid yang mendapat skor pencapaian 3 sebelum pengaplikasian kaedah TGfU dilakukan terhadap kajian. Peningkatan yang ketara juga dapat dilihat melalui jadual tersebut di mana kedua – dua murid ini berjaya menguasai empat aspek kemahiran daripada keseluruhan aspek kemahiran tendangan leret dalam permainan bola sepak. Peningkatan dapat dilihat pada murid 8, murid 9, murid 16, dan murid 17 di mana murid - murid tersebut mencatatkan keputusan skor pencapaian 2 pada sesi pemerhatian akhir individu iaitu skor pencapaian “memuaskan”. Murid – murid tersebut hanya mencatatkan skor pencapaian 1 iaitu pencapaian “lemah” sebelum sesi intervensi dijalankan dan secara keseluruhannya berlaku sedikit peningkatan dalam kemahiran tendangan leret melalui penggunaan kaedah TGfU yang dilaksanakan terhadap kajian. Ini turut disokong oleh graf di atas di mana berlaku perubahan yang baik terhadap skor pencapaian 5 apabila peningkatan dapat dilihat selepas sesi intervensi dilaksanakan dan peratusan murid yang mencapai skor 5 iaitu sebanyak 30% ataupun seramai 6 orang murid. Jadual 1 Perbandingan Skor Awal dan Akhir Individu No. Nama Pelajar Min Skor Awal Min Skor Akhir 01 M1 3 5 02 M2 2 5 03 M3 1 4 04 M4 2 5 05 M5 2 4 06 M6 3 4 07 M7 1 4 08 M8 1 2 09 M9 1 2 10 M10 1 5
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 313 11 M11 1 4 12 M12 1 4 13 M13 3 4 14 M14 1 3 15 M15 1 4 16 M16 1 2 17 M17 1 2 18 M18 3 5 19 M19 2 4 20 M20 4 5 Penguasaan Murid Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Setelah selesai menjalankan pemerhatian awal dan pemerhatian akhir, instrumen temubual berstruktur telah digunakan untuk mengetahui aspek penguasaan murid semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sama ada ianya meningkat ataupun sebaliknya. Beberapa soalan temubual berstruktur telah ditetapkan berkaitan dengan aktiviti tendangan leret melalui penggunaan Kaedah Pembelajaran Masteri seperti jadual 2. Jadual 2 Taburan Dapatan Soalan – Soalan Temu Bual Bil. Perkara Ya (%) Tidak (%) 1. Adakah aktiviti kemahiran tendangan leret ini dapat membantu anda menguasai kemahiran yang disampaikan guru? 20 (100%) 2. Adakah anda dapat belajar dengan lebih mudah tentang kemahiran asas tendangan leret melalui kaedah pembelajaran (kaedah TGfU) yang digunakan oleh guru? 20 (100%) 3. Adakah aktiviti kemahiran tendangan leret ini lebih menarik berbanding aktiviti kemahiran tendangan leret secara tradisional (konvensional)? 20 (100%) 4. Adakah anda lebih bermotivasi untuk melakukan tendangan leret dengan baik melalui kaedah pembelajaran (kaedah TGfU) yang digunakan oleh guru? 20 (100%) 5. Adakah anda setuju dengan penggunaan kaedah pembelajaran (kaedah TGfU) untuk pembelajaran kemahiran lain dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani akan datang? 20 (100%) Jadual di atas menunjukkan taburan dapatan kajian bagi soalan – soalan temubual yang telah digunakan untuk mengetahui sejauh mana kaedah TGfU dapat meningkatkan aspek penguasaan murid terhadap kemahiran tendangan leret sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Sesi temubual ini telah dilaksanakan selepas selesai sesi
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 314 pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani melalui penggunaan kaedah TGfU yang telah dicadangkan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa kesemua murid bersetuju bahawa aktiviti tendangan leret melalui penggunaan kaedah TGfU lebih mudah untuk dikuasai serta lebih menarik berbanding aktiviti tendangan leret secara konvensional. Selain itu, dapatan temubual juga menunjukkan bahawa aktiviti tendangan leret melalui penggunaan kaedah TGfU ini dapat membantu mereka untuk memahami serta menguasai kemahiran tendangan leret yang disampaikan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Hubungan Antara Penggunaan Teknik TGfU Dengan Kemahiran Asas Tendangan Leret Jadual 3 Hubungan Antara Penggunaan Teknik Tgfu Dengan Kemahiran Asas Tendangan Leret PembolehUbah Penggunaan Teknik Tgfu Kemahiran Asas Tendangan Leret R 0.50 P 0.792 N 30 † p < 0.10; * p < 0.05; ** p < 0.01; *** p < 0.001 Jadual 3 menunjukkan tiada persamaan yang signifikan antara penggunaan kaedah TGfU dengan kemahiran asas tendangan leret kerana p-nilai ujian melebihi 0.05 yang 0.792. Hasilnya menunjukkan tiada hubungan antara penggunaan kaedah TGfU dengan kemahiran asas tendangan leret. Kolerasi antara kemahiran asas tendangan leret dengan penggunaan kaedah TGfU lebih ke arah positif. Dimana jika terdapat hubungan antara dua pemboleh ubah ini, ia akan meningkat secara selari iaitu jika pelajar mahir kemahiran asas tendangan leret maka pengunaan kaedah TGfU akan meningkat. Hubungan kolerasi antara dua pembolehubah ini mungkin dipengaruhi oleh faktor sampel yang sedikit. Kesimpulan Hasil daripada keseluruhan kajian, dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan kaedah TGfU dalam pengajaran kemahiran asas permainan bola sepak dapat meningkatkan tahap penguasaan murid khususnya dalam kemahiran tendangan leret. Saya telah membuat rumusan hasil daripada data – data yang telah dianalisis dan seterusnya merungkai persoalan – persoalan yang timbul sebelum kajian dilaksanakan. Antara soalan – soalan kajian ialah: Sejauh manakah kedah TGfU dapat membantu murid dalam meningkatkan penguasaan terhadap kemahiran tendangan leret dalam permainan bola sepak? Secara keseluruhannya, berlaku peningkatan yang ketara melalui hasil dapatan yang telah dijalankan setelah saya mengaplikasikan kaedah TGfU terhadap pengajaran kemahiran asas tendangan leret. Kesemua murid yang terlibat dalam kajian tindakan ini merupakan kelompok murid yang mempunyai pencapaian yang berbeza berdasarkan pemerhatian awal yang telah dijalankan pada minggu pertama. Setelah menggunakan kaedah TGfU terhadap pengajaran kemahiran asas tendangan, murid menunjukkan reaksi yang baik terhadap aktiviti yang telah dilaksanakan tersebut. Tambahan pula, murid juga menunjukkan peningkatan yang positif mengenai penguasaan teknik – teknik asas tendangan leret di mana kebanyakan murid menunjukkan peratus peningkatan yang tinggi semasa menjalankan pemerhatian akhir.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 315 Perkara ini menunjukkan bahawa kemahiran asas tendangan leret dapat ditingkatkan melalui penggunaan kaedah TGfU yang diaplikasikan dalam pengajaran. Melalui pengaplikasian kaedah ini, saya dapat melihat perkembangan dan perubahan murid melalui penilaian yang dijalankan sewaktu pengajaran Pendididikan Jasmani. Murid juga berasa lebih bermotivasi sewaktu melakukan aktiviti apabila perlakuan yang dinilai mendapat maklum balas melalui markah – markah yang telah dicatatkan. Hal ini selaras dengan kenyataan daripada (Liu & Chepyator – Thomson, 2009) yang menyatakan bahawa murid berasa sensitif terhadap maklum balas semula jadi dan sumber data terhadap kajian. Kaedah TGfU ini memberi ruang dan peluang kepada murid untuk menguasai sesuatu kemahiran khususnya kemahiran asas tendangan leret dalam permainan bola sepak. Ruang dan peluang yang dimaksudkan itu ialah langkah – langkah pelaksanaan yang terdapat dalam kaedah tersebut. Antaranya iaitu pelaksanan kemahiran, membuat keputusan, kepekaan taktikal, apresiasi permainan, bentuk permainan dan persembahan. Hal ini memberi ruang dan peluang kepada murid menguasai perlakuan kemahiran tendangan leret tersebut melalui beberapa proses yang telah ditetapkan. Semasa melaksanakan kajian ini, saya menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur melalui instrumen senarai semak dan juga pemerhatian awal dan akhir terhadap kemahiran asas tendangan leret. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kefahaman dan penguasaan murid dalam kemahiran tendangan leret setelah menjalani aktiviti melalui penggunaan kaedah TGfU. Adakah kedah TGfU sesuai diaplikasikan dalam pengajaran kemahiran tendangan leret dalam permainan bola sepak? Penggunaan kedah TGfU ternyata sesuai diaplikasikan dalam pengajaran kemahiran tendangan leret dalam permainan bola sepak. Perkara ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian tidak berstruktur yang telah dijalankan di mana murid jelas menunjukkan kesungguhan dalam melakukan aktiviti kemahiran asas tendangan leret yang dilaksanakan semasa pembelajaran kemahiran di padang. Bukti ini juga disokong oleh dapatan keseluruhan murid untuk instrumen temubual berstruktur yang menunjukkan keseluruhan daripada mereka mengakui bahawa kaedah pembelajaran ini lebih bermakna dan berkesan berbanding kaedah pembelajaran konvensional yang telah dijalankan sebelumnya. Di samping itu, dapatan keseluruhan daripada kajian ini juga telah membuktikan bahawa penggunaan kaedah TGfU dalam kajian ini telah membantu menambahbaik kaedah pengajaran konvensional khususnya dari segi pemeringkatan isi pelajaran dan penguasaan kemahiran oleh setiap murid. Melalui penggunaan kaedah ini, murid – murid dapat mempelajari setiap unit pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani dengan lebih terancang dan sistematik di samping mereka dapat menguasai topik pembelajaran tersebut dengan lebih berkesan sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Selain itu, kaedah ini juga memberi kelebihan kepada murid – murid yang sukar untuk menguasai sesuatu kemahiran di mana terdapat langkah ataupun proses untuk memberi ruang dan peluang kepada mereka dalam memperbaiki serta menguasai kemahiran tersebut. Melalui kaedah ini, murid dapat mengetahui tahap penguasaan mereka melalui proses penilaian yang dijalankan oleh guru. Secara keseluruhannya, peningkatan positif yang ditunjukkan dalam aspek penguasaan kemahiran tendangan leret dalam permainan bola sepak ini dengan penggunaan kedah TGfU merupakan satu daya usaha yang baik ke arah memurnikan lagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Usaha ini harus dilakukan secara berterusan agar murid – murid dapat menguasai aspek – aspek kemahiran lain seterusnya mengangkat semula martabat mata pelajaran ini yang sebelumnya tidak diberikan perhatian yang sewajarnya. Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani harus memikirkan pendekatan – pendekatan lain yang difikirkan sesuai untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dapat disediakan ataupun disampaikan dalam bentuk yang tersusun dan sistematik
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 316 supaya murid mudah untuk mempelajari sesuatu perkara secara berperingkat dan sistematik. Dari segi nilai tambah pengetahuan guru pula, usaha haruslah digerakkan secara berterusan agar pengetahuan yang dimiliki sesuai dengan kehendak semasa di mana lebih banyak informasi semasa dapat disampaikan kepada murid. Perkara ini selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu satu proses pendidikan yang memanfaatkan aktiviti fizikal bagi menghasilkan perubahan yang holistik dalam diri individu sama ada dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Cadangan Kajian Lanjutan Hasil dapatan menunjukkan perkembangan dan peningkatan yang positif melalui penggunaan kedah TGfU terhadap kemahiran tendangan leret dalam bola sepak. Namun masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki pada masa akan datang khususnya dalam kajian seterusnya. Perkara ini penting dalam memastikan masalah yang dikenalpasti dapat ditangani dengan sepenuhnya selain memastikan saya sebagai bakal seorang guru akan dapat menghasilkan kajian yang lebih bermutu pada masa akan datang. Dalam kajian ini, antara masalah yang masih belum dapat diatasi sepenuhnya iaitu dari aspek tahap penguasaan yang masih berada pada tahap yang rendah dalam kemahiran yang difokuskan khususnya bagi murid perempuan. Jika dilihat, kajian ini dijalankan dalam tempoh jangka masa yang singkat iaitu selama tiga minggu sahaja. Tempoh tiga minggu tersebut adalah satu tempoh yang singkat untuk melihat kesan yang lebih utuh serta berkesinambungan. Saya mencadangkan agar tempoh kajian tindakan dilanjutkan untuk beberapa tempoh yang lebih lama supaya dapat melihat secara keseluruhan perkembangan murid dalam pelbagai aspek kemahiran. Melalui kajian ini, berlaku peningkatan terhadap perlakuan dan penguasaan murid terhadap kemahiran asas tendangan leret tetapi masih lagi ada kelemahan yang perlu diperbaiki dan bahagian yang paling ketara mempunyai kelemahan sewaktu melaksanakan kajian iaitu saya memerlukan masa yang lebih panjang untuk melakukan demonstrasi perlakuan. Hal ini kerana bagi memberi pemahaman yang jitu kepada murid dalam menyampaikan hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku, saya mencadangkan agar penggunaan bahan multimedia dalam pengajaran supaya dapat membantu murid memahami prosedur perlakuan dengan lebih terperinci lagi. Dengan wujudnya kemajuan teknologi masa kini, saya boleh menggunakan sesi tayangan video mengenai cara melaksanakan kemahiran tendangan leret yang betul. Melalui tayangan video tersebut, murid dapat melihat aspek –aspek kemahiran tendangan leret yang perlu diberi perhatian. Melalui penggunaan multimedia seperti tayangan video, murid dapat melihat sesuatu pergerakan yang begitu pantas dengan menggunakan teknik gerak perlahan yang membolehkan sesuatu pergerakan tersebut dapat dilihat dengan baik oleh murid. Kaedah TGfU amat sesuai dijalankan terhadap pengajaran kemahiran tendangan leret dalam bola sepak namun kelancaran pengajaran yang dilaksanakan tersebut dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya seperti tahap penguasaan murid dalam melakukan sesuatu kemahiran adalah berbeza dan sesetengah murid mengambil masa yang lama untuk menguasai sesuatu kemahiran. Saya mencadangkan supaya pengajaran kemahiran tendangan leret dijalankan dalam bentuk kaedah latihan berstesen. Tujuannya adalah untuk menjimatkan masa di samping murid dapat mengaplikasikan pelbagai kemahiran mengikut stesen yang ditetapkan. Selain itu, pengajaran kemahiran tendangan leret dapat dijalankan dengan cara menggabungkan beberapa kemahiran asas bola sepak yang lain bagi memantapkan lagi pemahaman dan penguasaan murid.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 317 Perkara ini dapat dirumuskan bahawa cadangan kajian lanjutan merupakan satu daya usaha yang penting bagi memastikan pengajaran Pendidikan Jasmani dapat disediakan dengan lebih tersusun dan sistematik serta mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan melakukan demonstrasi perlakuan. Hal ini kerana bagi memberi pemahaman yang jitu kepada murid dalam menyampaikan hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Penghargaan Pertama sekali, setinggi – tinggi pujian kepada Allah SWT, pencipta seluruh alam. Segala puji dan salam buat Nabi Muhammad SAW yang dikasihi, Rasullullah yang terakhir kepada umat manusia, kepada keluarga dan sahabatnya dan kita selaku umatnya sehingga ke akhir zaman. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Universiti Kebangsaan Malaysia kerana memberi saya peluang untuk belajar dan terima kasih juga dengan kemudahan sedia ada yang dimiliki yang membolehkan semua pelajar dapat belajar dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia tesis saya iaitu Prof. Dr. Norlena Bt Salamuddin, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia yang banyak memberikan tunjuk ajar dalam menjayakan karya saya sendiri di samping ilmu yang telah diberikan sebelum ini banyak membantu saya untuk lebih mahir dalam profesion Pengurusan Sukan. Akhirnya, saya harus mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga saya kerana memberikan saya sokongan dan dorongan berterusan selama bertahun-tahun saya belajar dan melalui proses penyelidikan dan penulisan tesis ini. Pencapaian ini tidak akan mungkin berlaku tanpa mereka. Terima kasih. Pengarang Muhammad Zaim Bin Azhar, Fakulti Pendidikan Univerisiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia, [email protected], No.24 Jalan LEP 4/22 Taman Lestari Putra Bandar Putra Permai, 43300, Selangor. Rujukan Ashraf Osman. (2013). The Impact of Movement Coordination Program on the Complex Skills among Soccer Beginners. Ovidius University Annals, DOAJ. 13 (1): pp 11-15. Choong Lean Keaw. (2011). Asas Penyelidikan Tindakan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. 2011. Konsep & Amalan Dalam Pengajaran. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Haliza Hamzah & Joy N. Samuel. (2009). Perkembangan Kanak - Kanak.Shah Alam: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Ileana Juravle. (2013). Importance of the Coordinative Abilities Development in Optimizing the Selection Process for the Elite Athletes.University of Suceava, Romania. Volume 13 – Special Issue. Katerina Spasovska & Orce Mitevski. 2012. Some Relation between Tests for Assessment Motor Coordination and Explosives Power Measures of Performance of Succsessful Gymnastic Element Front Handspring of the Vault. University of Skopje, Macedonia.DOAJ:796.418.012.2-057.97(497.711) Kevin Morgan & John Sproule & Kieran Kingston. 2005. Effects of Different Teaching Styles on the Teacher Behaviours That Influence Motivational Climate and Pupils Motivation in Physical Education. European Physical Education Review, 11 (3). Mohad Anizu Mohdnor & Ernie Suliana Md. Shariff. 2009. Prestasi Kemahiran Motor Halus Dan Motor Kasar Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran Menggunakan Instrumen Movement Assessment Battery for Children (MABC). Universiti Teknologi Malaysia. Ting Leong Siong, Ahmad sabry bin othaman & Ting Hun Yong. (2011). Penyelidikan Tindakan dalam Pendidikan. Shah Alam. Freemind Horizons Sdn. Bhd. Sanmuga Nathan A/L K. Jeganathan. (2007). Kesan Program Latihan Menggunakan Model Taktikal Dengan Stail Pengajaran Berbeza Terhadap Murid Pelbagai Tahap Kemahiran Permainan Hoki.Universiti Sains Malaysia.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 318 PEMBANGUNAN MEDIA PEMBELAJARAN STRUKTUR DATA BERASASKAN WEB Noor Fadzilah Ab Rahman dan Muhammad Eizlan Edi Remi Abstrak Penggunaan aplikasi dan teknologi dalam proses pembelajaran merupakan keperluan utama bagi subjek teras bidang sains komputer. Selaras dengan itu, tujuan kajian ini ialah membangun media pembelajaran berasaskan web bagi menyokong proses pembelajaran konsep dan kod algoritma struktur data. Pendekatan visual, animasi dan gabungan elemen multimedia digunakan untuk menerangkan konsep dan operasi dinamik kod algoritma menjadi lebih interaktif. Dengan berlandaskan model rekabentuk ADDIE, aplikasi pembelajaran web dibangunkan menggunakan framework PHP Laravel. Penilaian formatif dari aspek reka bentuk persembahan, reka bentuk antara muka dan kebolehcapaian dilakukan pada setiap fasa ADDIE bagi memenuhi keperluan pembelajaran dan objektif pembangunan. Hasil pembangunan media pembelajaran berasaskan web dijangka dapat menambahbaik kaedah pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan teknologi dalam pendidikan. Kata Kunci: Aplikasi Web, Pembelajaran, Struktur Data. Pengenalan Evolusi teknologi Internet dan komunikasi telah mendorong wujudnya inovasi media digital yang menyumbang kepada perubahan ketara dalam kaedah dan persekitaran pembelajaran. Sehubungan itu, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) telah berubah daripada kaedah konvensional kepada penggunaan media teknologi digital. Maka dengan itu, penggunaan teknologi digital dalam pendidikan telah menjadi keperluan asas dan penting dalam proses dan aktiviti pembelajaran. Penggunaan media teknologi, perisian atau alat bantu dalam proses pembelajaran dapat menyokong dan membantu mencapai objektif dan hasil pembelajaran. Pembelajaran menggunakan teknologi dan rangkaian komputer telah menjadi keperluan di kalangan generasi pelajar masa kini. Pelajar mudah mencapai dan mendapatkan maklumat serta bahan pembelajaran tanpa kekangan masa dan tempat melalui komputer peribadi, komputer riba atau telefon pintar. Hasil dapatan kajian oleh Rahman et al. (2017) mendapati penggunaan aplikasi teknologi web antara pilihan pelajar dalam sesi pembelajaran samada di dalam kelas mahupun di makmal. Struktur data adalah subjek teras pengaturcaraan yang penting dalam kebanyakan program Sains Komputer di peringkat universiti atau kolej. Namun begitu, ramai pelajar menghadapi kesukaran untuk mempelajari subjek teras ini yang terdiri daripada gabungan pengetahuan dan kemahiran (Bhagate & Nuli, 2016; Zingaro et al., 2018). Pelajar turut menghadapi masalah untuk memahami gabungan konsep abstrak dan pelaksanaan kod algoritma dalam aturcara (Ansari et al., 2014; Alzubaidi, 2016; Yang, 2018). Keadaan ini bertambah lebih rumit apabila pelajar merasakan tidak berminat dan tidak bermotivasi untuk mempelajari subjek teras ini (Liu et al., 2013). Maka dengan itu, permasalahan ini merupakan cabaran di kalangan pengajar untuk memindah dan menerangkan gabungan konsep abstrak dan pelaksanaan kod algoritma dengan lebih mudah dan praktikal dalam bahan pembelajaran. Menurut Olsson dan Mozelius (2015) kaedah visual sesuai digunakan untuk menerangkan konsep dan menggambarkan pergerakan
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 319 dinamik kod algoritma. Penerapan elemen multimedia dalam kandungan bahan pengajaran dan pembelajaran membantu dan mendorong pelajar lebih bermotivasi dan seronok dalam proses pembelajaran kendiri (Wan et al. 2018; Wibawa et al. 2018). Motivasi untuk melaksanakan kajian ini adalah merujuk kepada permasalahan menerangkan konsep dan algoritma struktur data dalam kaedah konvensional. Berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatian pengkaji terhadap pelajar yang mengambil subjek teras ini, didapati pelajar mempunyai pencapaian rendah dalam penilaian aspek pengetahuan konsep dan kemahiran membangunkan aturcara. Pelajar sukar memahami dan menguasai konsep struktur data sehingga menghadapi kesukaran untuk menulis kod aturcara. Salah satu punca permasalahan ini yang dikenalpasti adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang masih bersifat konvensional dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan lebih merujuk kepada buku teks dan nota modul. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menambahbaik kaedah penyampaian konsep dan algoritma struktur data dengan membangunkan media pembelajaran menggunakan teknologi web. Skop dan kandungan utama dalam media pembelajaran adalah berdasarkan kepada silibus subjek struktur data yang merangkumi konsep, operasi asas dan pelaksanaan algoritma dalam pengaturcaraan Java. Kajian Literatur Kajian oleh Patel (2014), melaporkan banyak kajian dengan pendekatan berbeza telah dijalankan bagi menangani masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari struktur data. Antara pendekatan yang digunakan adalah aplikasi pembelajaran, media teknologi dan gabungan teknik untuk menjadikan pembelajaran struktur data lebih menyeronokkan dan berkesan. Hasil tinjauan kajian ini mendapati kefungsian dan kegunaan antara faktor yang perlu dipertimbangkan dalam merancang sistem atau aplikasi pembelajaran. Selain itu, penglibatan dan interaksi pelajar juga diperlukan dalam proses pembelajaran. Oleh itu, banyak aplikasi pembelajaran menggunakan teknologi multimedia dalam bahan pembelajaran sebagai media kepada pelajar berinteraksi semasa sesi pembelajaran. Menurut Bhagate dan Nuli (2016) sebahagian besar konsep dan algoritma struktur data tidak dapat dijelaskan dengan kaedah pengajaran tradisional. Oleh itu, teknik inovatif diperlukan untuk menjelaskan konsep struktur data. Konsep struktur data dapat dijelaskan dengan bantuan kaedah pengajaran yang inovatif seperti dalam bentuk analogi, aktiviti, permainan dan percambahan fikiran. Elemen multimedia seperti animasi dan permainan boleh digunakan untuk menjelaskan konsep struktur data yang sukar dijelaskan dengan pendekatan tradisional. Budiman et al. (2018) telah mengkaji tentang pengaruh media pembelajaran mudah alih terhadap motivasi belajar pelajar. Kajian ini menggunakan teknik visual dan animasi untuk menyokong aktiviti pembelajaran konsep struktur data menjadi lebih menarik dan interaktif. Hasil kajian menggunakan tahap penerimaan dan penggunaan media pembelajaran di kalangan pelajar adalah baik dari aspek visual, kandungan bahan dan animasi. Manakala tahap motivasi pelajar adalah sangat tinggi dari segi galakan, tingkah laku dan rangsangan pelajar untuk mempelajari konsep struktur data. Oleh itu, daripada hasil kajian ini menunjukkan terdapat pengaruh signifikan media pembelajaran terhadap motivasi belajar pelajar. Menurut Ramli et al. (2018), konsep pembelajaran dan pengajaran yang berorientasikan kaedah visual adalah pendekatan yang digunakan bagi subjek yang melibatkan teknologi dan sains komputer. Hasil tinjauan kajian ini, pelajar dapat memahami konsep struktur data dengan mudah dan melihat secara visual bagaimana pelbagai operasi dilakukan pada struktur data ini. Didapati sebahagian besar pelajar amat berminat dengan kaedah pembelajaran secara visual
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 320 berbanding kaedah tradisional. Oleh itu penggunaan kaedah visual ini perlu diperluaskan dan diperkasakan di setiap institusi pendidikan tinggi. Kaedah dan persekitaran pembelajaran mempengaruhi dan memberi impak terhadap kefahaman dan pencapaian kemahiran pelajar. Pembelajaran interaktif merupakan kaedah pembelajaran yang dapat meningkatkan minat belajar (Bhatti et al. 2019). Satu kajian oleh Kumar dan Syed (2017), mendapati gabungan kaedah pembelajaran aktif dengan teknik visual berupaya meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis. Melalui pendekatan praktikal dan teknologi visual dalam menjelaskan kod algorima struktur data meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar. Kajian oleh Nathasya et al. (2019), mendapati sebilangan pelajar ttidak mengetahui bagaimana proses konsep struktur data dilaksanakan. Hasil tinjauan menunjukkan mengintegrasikan kaedah penerangan konsep abstrak dengan pendekatan praktikal dapat membantu pelajar memahami pelaksanaan struktur data Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian lepas, pengkaji mendapati beberapa perkara iaitu teknik penyampaian konsep seperti visual dan animasi, interaksi pelajar, platform dan aktiviti pembelajaran yang perlu dipertimbangkan dalam proses pembangunan media pembelajaran. Metodologi Terdapat pelbagai model yang boleh dgunakan dalam pembangunan suatu perisian atau aplikasi sebagai media pembelajaran. Merujuk kepada kajian oleh Muslimin (2016), kajian ini juga memilih model ADDIE sebagai metod kajian dan panduan bagi memastikan proses pembangunan media pembelajaran berasaskan web berjalan secara teratur dan terarah. Model ADDIE merupakan model yang sesuai digunakan untuk menghasilkan aplikasi bagi modul pembelajaran dan pengajaran (Halim, 2016). Tambahan pula, model ADDIE adalah antara model reka bentuk instruksi yang menjadi asas kepada model reka bentuk instruksi yang lain (Muslimin et al. 2016). Model ADDIE terdiri daripada lima fasa utama iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1. Rajah 1. Metod pembangunan berdasarkan model ADDIE Fasa 1 : Analisis Keperluan Fasa analisis keperluan merupakan fasa penting dalam proses pembangunan media pembelajaran. Fasa ini terdiri daripada dua analisis keperluan utama iaitu keperluan kandungan
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 321 pembelajaran dan pengguna. Keperluan kandungan media pembelajaran yang dikenalpasti adalah topik pembelajaran, objektif pembelajaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang bersesuaian, aktiviti pembelajaran dan bahan rujukan pembelajaran. Manakala keperluan pengguna adalah analisa kesediaan pengguna terhadap penggunaan teknologi web dalam proses pembelajaran. Pengkaji telah melaksanakan kajian tinjauan mengenai kesediaan penggunaan aplikasi visual dalam pembelajaran kendiri. Seramai 33 orang pelajar yang terlibat telah memberi respon dalam borang soal selidik yang diedarkan. Dapatan kajian tinjauan mendapati seramai 70% pelajar menggunakan aplikasi visual berasaskan web dalam aktiviti pembelajaran kendiri masing-masing. Fasa 2 : Reka Bentuk Fasa reka bentuk memberi tumpuan kepada penghasilan reka bentuk berdasarkan kepada hasil dapatan fasa analisis keperluan. Keperluan daripada hasil dapatan fasa analisis perlu diterapkan dalam media pembelajaran. Proses mereka bentuk media pembelajaran dilakukan berdasarkan kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran iaitu menentukan kandungan bahan dan aktiviti pembelajaran. Dalam fasa ini, pengkaji juga menentukan keperluan strategi dan perancangan aplikasi yang terdiri daripada struktur kandungan dan reka bentuk aplikasi. Struktur kandungan aplikasi merangkumi menu dan aliran proses atau navigasi. Manakala keperluan reka bentuk aplikasi adalah lakaran papan cerita bahan, kaedah penyampaian maklumat dan lakaran reka bentuk antara muka dan persembahan maklumat. Pemilihan elemen multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi turut diberi penekanan dalam fasa reka bentuk ini. Fasa 3 : Pembangunan Fasa pembangunan adalah fasa membangunkan prototaip aplikasi pembelajaran berdasarkan kepada maklumat fasa analisis dan fasa reka bentuk. Dalam fasa ini, pengkaji turut memilih dan menentukan keperluan perisian, perkakasan dan pelayan web. Pandangan dan input daripada pakar bidang dipertimbangkan dan diterapkan untuk menentukan kesahan aplikasi dibangunkan. Berdasarkan kepada keperluan reka bentuk, prototaip aplikasi dibangunkan mengikut perancangan yang terdiri daripada struktur kandungan dan reka bentuk aplikasi, papan cerita bahan, kaedah penyampaian maklumat dan reka bentuk antara muka persembahan maklumat. Fasa ini juga melibatkan proses penerapan elemen multimedia dalam membangunkan aplikasi menggunakan perisian pengaturcaraan web PHP, framework Laravel serta gabungan beberapa perisian multimedia. Fasa 4 : Pelaksanaan Fasa pelaksanaan adalah fasa kompilasi projek berdasarkan kepada perancangan reka bentuk dan keperluan elemen sebagai sebuah aplikasi pelayar web berasaskan Javascript, PHP dan HTML yang lengkap. Dalam fasa ini, proses pengujian dan penilaian prototaip menggunakan pelayan web dibuat untuk aspek kebolehgunaan dan kefungsian. Pengkaji telah membuat penilaian formatif prototaip melalui ujian alpha. Ujian alpha dilakukan oleh kumpulan pakar bagi menilai samada aplikasi yang dibangunkan memenuhi objektif dan keperluan pembangunan. Penilaian formatif dari perspektif multimedia dilakukan berdasarkan kepada kesesuaian penerapan elemen multimedia dalam reka bentuk persembahan, antara muka, visual, aksesibiliti, dan kebolehcapaian mengguna aplikasi. Dalam peringkat ini, pengubahsuaian dan penambahbaikan prototaip aplikasi kerap dilakukan dan disemak semula berdasarkan kepada keperluan dalam fasa analisis, reka bentuk dan pembangunan.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 322 Fasa 5 : Penilaian Fasa penilaian merupakan fasa terakhir dalam model ADDIE untuk mengukur keberkesanan dan kecekapan aplikasi. Penilaian dalam fasa ini boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif dilakukan pada setiap fasa ADDIE, sementara penilaian sumatif dilakukan apabila program atau produk instruksional lengkap siap. Dalam kajian ini, pengkaji hanya melakukan penilaian formatif secara berulang pada sepanjang proses reka bentuk, pembangunan dan pelaksanaan. Dapatan Kajian Dapatan kajian adalah penghasilan media pembelajaran berasaskan web berpandukan kepada perancangan struktur dan reka bentuk aplikasi yang dihasilkan seperti dalam Rajah 2. Rajah 2: Reka bentuk Aplikasi Pembelajaran Berdasarkan kepada keperluan pembangunan dan reka bentuk seperti dalam Rajah 2, hasil pembangunan boleh dilihat melalui Rajah 3 yang terdiri daripada tiga menu utama iaitu laman utama, topik pembelajaran dan maklumat aplikasi. Rajah 3 : Media pembelajaran web Rajah 4 : Topik pembelajaran Rajah 4 merupakan paparan antara muka topik pembelajaran yang terdiri daripada beberapa topik bagi subjek Struktur Data. Kandungan utama dalam media pembelajaran ini adalah berdasarkan kepada keperluan silibus yang merangkumi konsep, operasi asas dan pelaksanaan algoritma struktur data dalam pengaturcaraan Java. Rajah berikut adalah antara
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 323 muka kandungan topik yang memaparkan maklumat seperti objektif pembelajaran, nota pengajaran, aktiviti pembelajaran dan buku rujukan. Rajah 5. Objektif pembelajaran Rajah 6. Nota pengajaran Rajah 7. Video pengajaran Rajah 8. Aktiviti pembelajaran (Animasi pelaksanaan konsep) Kesimpulan Media pembelajaran berasaskan web bagi subjek Struktur Data dapat dibangun mengikut objektif dan skop kajian yang ditetapkan. Pembelajaran web dibangunkan bertujuan menyokong proses pembelajaran dan membantu memahami konsep dan kod algoritma secara visual dengan gabungan elemen multimedia. Pembangunan media pembelajaran web adalah berdasarkan kepada hasil analisis keperluan pengguna dalam proses pembelajaran. Hasil penilaian formatif mendapati media pembelajaran web yang dibangunkan perlu ditambahbaik dari aspek reka bentuk, isi kandungan dan elemen multimedia bagi memenuhi keperluan dan objektif pembelajaran. Kajian lanjut bagi penilaian sumatif akan dibuat terhadap kumpulan sasaran pengguna bagi memastikan keberkesanan dan kebolehgunaan media pembelajaran yang dihasilkan dalam menepati strategi dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Rujukan Bhagate, S. & Nuli, U. (2016). Innovative Methods for Teaching Data Structures and Algorithms. Journal of Engineering Education Transformations 0(0): 2–4. doi:10.16920/jeet/2016/v0i0/85703 Bhatti, S., Dewani, A., Maqbool, S. & Ali Memon, M. (2019). A Web based Approach for Teaching and Learning Programming Concepts at Middle School Level. International Journal of Modern Education and Computer Science 11(4): 46–53. doi:10.5815/ijmecs.2019.04.06 Budiman, E., Parassa, Y., Haerullah, H., Moeis, D., Soekarta, R. & Jamil, M. (2018). The Effect of Mobile Learning Media on Student Learning Motivation in Data Structure Courses. 2018 3rd International
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 324 Conference on Information Technology, Information System and Electrical Engineering (ICITISEE), hlm. 60–64. IEEE. doi:10.1109/ICITISEE.2018.8720963 Fouh, E., Akbar, M. & Shaffer, C. A. (2012). The Role of Visualization in Computer Science Education. Computers in the Schools 29(1–2): 95–117. doi:10.1080/07380569.2012.651422 Kumar, K. S. & Syed, K. (2017). Conceptualization of Data Structures Course using Visualization TechniquesA Case Study. Journal of Engineering Education Transformations 30(4). Liu, X., Wang, X. & Wang, R. (2013). Application of Blended Learning in Data Structures and Algorithms Course Teaching (Icetis): 1070–1074. doi:10.2991/icetis-13.2013.245 Muslimin, M. S., Nordin, N. M., Mansor, A. Z. & Awang, P. 2016. Keperluan Modul Mikroekonomi 157–163. Retrieved from http://journalarticle.ukm.my/7829/1/57.pdf Nathasya, R. A., Karnalim, O. & Ayub, M. (2019). Integrating program and algorithm visualisation for learning data structure implementation. Egyptian Informatics Journal 20(3): 193–204 doi:10.1016/j.eij.2019.05.001 Patel, S. (2014). A Literature Review on Tools for Learning Data Structures 1–7. Rahman, N. F. A., Kasbun, R., Nurkaliza, K., Aziz, S. A. & Mohamed, N. H. (2017). Penggunaan Aplikasi Visual Dalam Pembelajaran Konsep Dan Asas Pengaturcaraan. Proceedings of the National Pre University Seminar 2017, hlm. Vol. 53, 1689–1699. doi:10.1017/CBO9781107415324.004 Ramli, M., Basok, F., Salmizi, W. & Mahmood, W. (2018). Penggunaan Kaedah Visual dalam Kursus DFC3033 Struktur Data Penggunaan Kaedah Visual dalam Kursus DFC3033 Struktur Data (February). Wan, L.-Y., Zhou, H.-K. & Wan, J.-Q. (2018). Design and Implementation of Android-based Data Structure Mobile Learning Platform. 2018 International Conference on Education, Management and Social Science (Emss): 273–277. Wibawa, A. P., Dwiyanto, F. A., Widiyaningtiyas, T., Made Wirawan, I., Gunawan Iriyanto, W. S. & Ahmar, A. S. (2018). Utilization Visualgo.net as a Data Structure Learning Media based on CDIO. Journal of Physics: Conference Series 1028(1): 0–8. doi:10.1088/1742-6596/1028/1/012064
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 325 APLIKASI TEKNIK FUZZY DELPHI TERHADAP REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN SISTEM PENARAFAN BINTANG Vijayaletchumy Subramaniam, Che Ibrahim Salleh dan Sivaneswary Sivarathnam Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji reka bentuk Sistem Penarafan Bintang dalam penguasaan golongan kata Tahap 1 Bahasa Melayu di sekolah rendah. Objektif kajian ini adalah untuk mereka bentuk Sistem Penarafan Bintang berdasarkan pandangan pakar. Pendekatan yang digunakan untuk mengumpul data kajian adalah dengan menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan kepada 15 orang guru pakar bagi menjawab persoalan kajian. Segala data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi. Dapatan kajian menunjukkan kesemua item dan konstruk menepati syarat yakni nilai threshold (d) adalah kurang daripada 0.2 dan peratusan kesepakatan pakar adalah melebihi 75%. Kata Kunci: Reka Bentuk, Pembangunan, Pakar, Kesepakatan, Sistem Penarafan Bintang Pengenalan Selain menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, BM juga dimartabatkan sebagai bahasa utama dalam bidang pendidikan. Sebuah Jawatankuasa Pelajaran telah dibentuk pada September 1955 untuk menjadikan BM sebagai bahasa kebangsaan sambil mengekalkan bahasa dan budaya masyarakat lain melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, Laporan 1956 (Suthanthiradevi J.N.J Money, 2004). Dasar ini membolehkan anak-anak masyarakat yang berlainan bangsa bersatu bawah Sistem Pendidikan Kebangsaan. Masalah bahasa pengantar tidak penting asalkan anak-anak mempelajari isi kandungan kurikulum yang sama. Maka, sekolah Cina dan Tamil dikekalkan, dengan lebih daripada satu bahasa pengantar digunakan. Walau bagaimanapun, pengajaran BM diwajibkan di sekolah-sekolah tersebut. Tujuan penting dasar itu adalah untuk membina bangsa dengan menggunakan satu sukatan pelajaran yang sama kandungannya, maka rakyat akan bersatu menjadi identiti baharu. BM diajarkan di tahap satu dan tahap dua di semua sekolah kerajaan sama ada di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) mahupun Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Murid-murid SJKT dan SJKC menduduki peperiksaan UPSR terutamanya mata pelajaran BM yang tidak setaraf atau berbeza dengan kertas soalan BM di SK. Sekiranya murid-murid SJKT dan SJKC menduduki peperiksaan mata pelajaran BM dan mencapai keputusan yang kurang memuaskan, maka mereka perlu mengikuti Kelas Peralihan apabila melangkah kaki ke alam sekolah menengah. Kesukaran murid SJKT mempelajari bahasa kedua ini memang tidak dapat dinafikan. Bermula dari prasekolah hingga sekolah rendah, terbukti bahawa menguasai bahasa Melayu dengan sepenuhnya adalah sukar. Walaupun masa pengajaran untuk bahasa kedua adalah lebih daripada pengajaran subjek lain, namun tahap penguasaannya masih tidak memuaskan. Batik Anak Bidin (2011:15) menyatakan bahawa keputusan yang kurang baik dalam mata pelajaran BM boleh membawa kesan yang negatif kepada keseluruhan keputusan murid tersebut. Menurut beliau lagi, sekiranya murid diberi peluang untuk memilih stail pembelajaran yang digemari dalam pembelajaran BM, pengajaran akan menjadi lebih seronok. Hal ini kerana, stail pembelajaran itu merupakan faktor penentu kepada penguasaan bahasa tersebut. Antara kemungkinan masalah yang utama dalam penguasaan BM dalam kalangan murid bukan Melayu ialah BM
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 326 yang diajar terlalu formal dan tidak ada persamaan kegunaanya dengan bahasa yang dituturkan sehari-hari, iaitu bahasa ibunda. Terdapat pelbagai faktor yang menjadi penyebab kepada murid India untuk tidak dapat menguasai BM dengan baik (Mohin Ibrahim, 1987 dalam Abdul Hamid Mahmood (1999). Situasi ini akan memberikan kesan pada prestasi yang rendah dalam peperiksaan. Faktor kedua yang turut menyumbang kepada masalah ini ialah kekurangan guru BM dan bebanan guru, sukatan pelajaran, kaedah mengajar, tradisi menggunakan buku teks, ujian objektif, kelemahan ketatabahasaan bermula dari peringkat bawah, anggapan bahawa BM mudah, tiada contoh bahasa lisan baku, pengaruh media massa serta guru bukan opsyen BM. Peruntukan masa untuk mengajar BM di SJKT adalah selama 300 minit seminggu berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Pentaksiran PdP dijalankan secara berterusan untuk menilai perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran. Terdapat dua jenis pentaksiran, iaitu Pentaksiran Berasaskan Pusat (PBP) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PBP ialah pentaksiran yang dirancang, dibina dan dilapor oleh Lembaga Peperiksaan tetapi ditadbir, diperiksa dan direkod oleh sekolah. PBP dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran sumatif di hujung semester atau tahun. Pentaksiran yang dirancang, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru di sekolah melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar. PBS pula merujuk pentaksiran yang dijalankan oleh pihak sekolah dan dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif seiring dengan proses PdP dan pentaksiran sumatif di akhir unit pembelajaran, semester atau tahun. Pada masa dahulu, pelaporan pencapaian murid dilakukan oleh guru dengan cara merekod markah dan tulis laporan secara manual, tetapi pada masa kini, pelaporan dijalankan berdasarkan pentaksiran formatif, iaitu guru melapor pencapaian murid dalam sistem dan jana laporan. Peranan guru dalam pentaksiran sekolah adalah untuk memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh. Keputusan peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran BM pemahaman menunjukkan perbezaan pencapaian antara murid SK, SJKT dan SJKC. SJKT menunjukkan pencapaian yang sangat rendah dalam BM pemahaman berbanding SK dan SJKC. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof (2015), lima kertas peperiksaan menunjukkan penurunan prestasi berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), berbanding tahun 2014. Salah satu daripada lima mata pelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu (Pemahaman) di SJK. Hal ini menjadi satu petanda yang sangat ketara menunjukkan murid SJK belum menguasai BM mengikut kurikulum standard yang ditetapkan. Dalam konteks perbincangan di sini, pengkaji membincangkan aspek tatabahasa BM sahaja. Menurut Noor Zila binti Md. Yusuf (2015), pelajaran bertutur dan prinsip tatabahasa harus memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran untuk menguasai sesuatu bahasa baharu. Walaupun peruntukan masa bagi pengajaran BM mencukupi, tetapi keputusan peperiksaan masih menunjukkan pencapaian yang sangat lemah di SJKT. Hasil daripada pemerhatian, pengkaji mendapati bahawa apabila pencapaian murid lemah di darjah enam, guru yang mengajarkan BM dari darjah satu hingga darjah lima dipersalahkan. Pertuduhan ini sejajar dengan fakta bahawa guru-guru tersebut tidak memantapkan kemahiran tatabahasa murid yang lemah sebelum menjejak ke darjah enam. Fenomena ini secara langsung berterusan di SJKT dan pencapaian murid dalam BM semakin rendah. Laluan untuk memenuhi kemahiran murid menjadi tanda soal kebelakangan ini. Hasil daripada kajian rintis yang dijalankan didapati bahawa murid sangat lemah dalam kemahiran tatabahasa. Terdapat 15 aspek golongan kata yang diuji dalam UPSR. Persoalannya, adakah 15 golongan kata diajarkan oleh guru kepada murid selain daripada kandungan dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP)? Bagaimanakah murid akan menguasai tatabahasa sedangkan pengajaran tatabahasa hanya diajarkan secara tidak langsung? Di peringkat sekolah rendah, guru BM kurang
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 327 merancang pengajaran tatabahasa yang disepadukan dengan kemahiran asas berbahasa melalui ilmu yang menjadi isi pelajaran. Kajian-kajian lepas terhad kepada satu aspek yang dikaji seperti kajian Abdul Rasid bin Jamian (2002) memberikan maklumat tentang pemerolehan dan penguasaan sintaksis kanak-kanak khasnya di prasekolah, Aisyah Amin & Abdul Rasid Jamian (2013) telah mengkaji permasalahan kemahiran lisan prasekolah SJK (Tamil), kajian Noor Zila MD. Yusuf (2012) lebih menekankan aspek karangan, Vijayaletchumy Subramaniam (1998) telah mengkaji masalah penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak prasekolah, khususnya kata nama, Abdul Rasid Jamian (2011) juga telah membuat kajian untuk mengenal pasti permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu murid sekolah rendah di luar bandar, Noraniza Ikhwan (2006) membincangkan pemerolehan bahasa (perkembangan bahasa) kanak-kanak prasekolah dari aspek perbendaraan kata, Kajian Lay Hoon Ang & Che Radiah Mezah (2012) merangkumi disiplin psikolinguistik dan sosiolinguistik yang bertumpu kepada masalah penggunaan serta penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar etnik Cina di sekolah kebangsaan dan kajian Suthanthiradevi J.N.J Money (2004) tertumpu pada kesalahan bahasa dalam karangan murid Tamil yang mempelajari bahasa Melayu di sekolah menengah dan Abdul Rashid Daing Melebek (2010) mengkaji tahap penguasaan tatabahasa bahasa Melayu guru-guru yang sedang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 6 Atas. Hal ini memberikan lompang kepada pengkaji untuk mengenal pasti dan menganalisis penguasaan golongan kata bahasa Melayu tahap satu. Isu berkaitan masalah menguasai kemahiran tatabahasa masih lagi diperkatakan saban tahun. Masalah pembelajaran ini dikatakan berpunca daripada sistem automatic promotion yang digunakan dalam sistem persekolahan di Malaysia. Melalui sistem ini, murid yang masih belum menguasai kemahiran asas juga masih boleh naik darjah setiap tahun. Situasi ini menyebabkan murid tersebut terus ketinggalan kerana sukatan pembelajaran yang baharu pula digunakan dalam pembelajaran. Kemahiran asas tidak lagi diajar kepada murid kerana guru beranggapan bahawa mereka sudah pun menguasai kemahiran tersebut sebelum ini. Tambahan pula, guru menganalisis kemahiran tatabahasa murid berdasarkan latihan pengukuhan yang diberikan dalam kelas dan keputusan peperiksaan. Namun, kertas peperiksaan BM pemahaman merangkumi soalan pemahaman dan soalan tatabahasa. Adakah guru menganalisis soalan tatabahasa berasingan untuk mengetahui penguasaan murid? Sudah tentu tidak. Berdasarkan kajian rintis yang dilakukan di SJKT, didapati sebahagian murid tidak mengenal huruf. Fenomena yang berlaku di SJKT ialah murid darjah satu terus dihantar ke darjah dua berdasarkan ujian tanpa menilai sama ada mereka menguasai atau tidak menguasai kemahiran BM. Situasi ini menunjukkan bahawa tidak ada satu panduan analisis pencapaian prestasi kemahiran BM murid SJKT. Kajian berkaitan cara menganalisis penguasaan kemahiran murid kurang dilakukan. Kebanyakan kajian yang dilakukan adalah lebih kepada strategi atau langkah mengatasi masalah atau cara meningkatkan penguasaan BM dalam PdP seperti kajian Noor Zila bt Md. Yusuf (2015) berkaitan strategi pengajaran dan pembelajaran BM. Manakala kajian Suziyati bt Abdul Mad (2011) dan kajian Fathimah Binti Habib Rahman (2011) lebih menekankan penerapan elemen ganjaran dalam meningkatkan perkembangan perbendaharaan kata BM kanak-kanak. Selain itu, Muhammad Hafiz Bin Bakar (2009) telah menjalankan kajian keberkesanan kaedah permainan bahasa (KPB) dalam mempertingkatkan penguasaan kata kerja. Kajian Dyah Saraswati (2015) pula berkaitan kepentingan permainan papan dalam penguasaan tatabahasa. Hal ini memberikan lompang kepada pengkaji untuk menghasilkan sistem penarafan bintang sebagai panduan analisis kemahiran murid dalam BM, khususnya sistem tatabahasa.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 328 Tinjauan Literatur Kajian Penguasaan Bahasa Vijayaletchumy Subramaniam (1998) telah mengkaji masalah penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Populasi kajian ini ialah kanak-kanak yang belajar di tiga buah institusi prasekolah di Serdang, Selangor. Kajian ini mengaitkan masalah penguasaan bahasa Melayu dalam bidang psikolinguistik. Hasil kajian membuktikan kecekapan kanakkanak menguasai kata nama adalah berdasarkan kata yang selalu digunakan di rumah. Kanakkanak akan hanya menggunakan kata-kata yang mudah dan ketara hasil daripada pemerhatian mereka. Dalam proses pemerolehan ini, kanak-kanak selalu menggunakan strategi simplikasi (permudahan) bagi menggambarkan makna yang dikuasai oleh mereka. Kajian Abdul Rasid Bin Jamian (2002) memberikan maklumat tentang pemerolehan dan penguasaan sintaksis kanak-kanak khasnya di prasekolah. Sebanyak 48 kanak-kanak, iaitu 25 kanak-kanak di bandar dan 23 kanak-kanak di luar bandar di daerah Ampang, Selangor dijadikan sampel kajian ini. Jenis ayat yang dikaji dalam kajian ini ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah. Lantaran itu, tinjauan perbualan dan transkripsi digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan data bentuk ujaran ayat kanak-kanak prasekolah. Sehubungan itu, secara keseluruhan mereka berkebolehan menghasilkan jenis-jenis ayat bahasa Melayu terutamanya jenis ayat penyata, ayat tanya dan ayat seruan dengan mudah berbanding ayat perintah. Kesimpulannya, kajian Abdul Rasid Bin Jamian (2002) mendapati lokasi tempat tinggal, kedudukan taraf sosioekonomi keluarga dan pendedahan serta rangsangan merupakan agen yang mempengaruhi pemerolehan dan penguasaan sintaksis kanak-kanak prasekolah. Aisyah Amin & Abdul Rasid Jamian (2013) telah mengkaji tentang permasalahan kemahiran lisan prasekolah SJK (Tamil). Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah kemahiran lisan bahasa Melayu murid-murid prasekolah jenis kebangsaan Tamil berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Lisan Sekolah (PLBS), iaitu dari segi tatabahasa, sebutan intonasi dan nada, kefasihan dan makna, serta tatasusila. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi masalah kemahiran lisan murid-murid prasekolah SJK (Tamil) ini. Seramai lima orang murid prasekolah SJK (T) Saraswathy, Sungai Buloh, Selangor telah dipilih sebagai responden kajian. Hasil dapatan diperoleh menggunakan instrumen pemerhatian dan temu bual yang kemudian dianalisis secara deskriptif dan ditunjukkan dalam bentuk jadual dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa muridmurid mempunyai masalah dengan pola ayat yang mudah iaitu FN + FN. Responden ini menterjemahkan ayat dari bahasa Tamil ke dalam bahasa Melayu. Hal ini menyebabkan pola ayat tersebut tidak gramatis. Kesimpulannya, murid-murid ini tidak menguasai kemahiran membaca dengan sepenuhnya lagi terutamanya dari aspek sebutan, intonasi dan nada. Permasalahan ini timbul disebabkan oleh sebahagian daripada murid tersebut tidak mempunyai asas bahasa Melayu dan mempunyai sikap yang negatif terhadap corak pembelajaran bahasa Melayu. Kajian Noraniza Ikhwan (2006) membincangkan pemerolehan bahasa (perkembangan bahasa) kanak-kanak prasekolah dari aspek perbendaraan kata. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pencapaian kanak-kanak prasekolah dalam penguasaan bahasa dari aspek perbendaharaan kata. Kajian ini dijalankan di Taman Asuhan Kanak-kanak Raihan di Johor Bahru. Responden yang dipilih terdiri daripada kanak-kanak perempuan dan lelaki dalam lingkungan 4 hingga 5 tahun. Dapatan kajian menunjukkan kanak-kanak dapat menguasai perbendaharaan kata dengan baik. Abdul Rasid Jamian (2011) juga telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 329 di luar bandar. Responden kajian terdiri daripada 161 murid sekolah rendah tahun 4 dan 5 di luar bandar di Negeri Sembilan, Pahang dan Sarawak. Dapatan kajian dalam masalah kemahiran membaca menunjukkan bahawa murid-murid gagal memahami kandungan maklumat dalam teks yang dibaca dan tidak memahami maksud ayat yang dibaca. Manakala, dapatan kajian dalam masalah kemahiran menulis menunjukkan bahawa murid-murid tidak dapat membezakan huruf besar atau huruf kecil melalui pengecaman, di samping mengenali tanda baca. Kajian Lay Hoon Ang & Che Radiah Mezah (2012) merangkumi disiplin psikolinguistik dan sosiolinguistik yang berfokus kepada masalah penggunaan serta penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar etnik Cina di Sekolah Kebangsaan. Kajian ini meneliti jenis-jenis masalah yang dihadapi oleh mereka dalam penggunaan bahasa Melayu dan juga langkah-langkah pemulihan yang diambil. Tinjauan turut meliputi faktor-faktor ibu bapa Cina menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Kajian ini menggunakan borang soal selidik, temu ramah, dan pemerhatian di sekolah untuk memperoleh maklumat dan datadata yang diperlukan. Seramai 91 orang pelajar dari tiga buah sekolah di negeri Selangor Malaysia telah terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar Cina menghadapi masalah dalam aspek pemahaman, pertuturan, dan penulisan. Tahap penguasaan bahasa Melayu mereka adalah sederhana pada umumnya. Kajian Sharina Binti Halim (2010) berfokus kepada penguasaan tatabahasa BM dalam kalangan murid tahun empat. Kajian ini merupakan satu usaha untuk melihat sejauh mana penguasaan tatabahasa BM murid-murid tahun empat dalam pembelajaran BM di samping mengenal pasti kesalahan tatabahasa yang sering dilakukan oleh mereka dalam penulisan. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aktiviti yang boleh dijalankan bagi meningkatkan penguasaan tatabahasa BM. Sampel bagi kajian ini adalah seramai 20 orang murid tahun empat. Kajian menggunakan kaedah perpustakaan, modul soalan dan temu bual. Hasil kajian mendapati sebanyak 174 kesalahan tatabahasa BM dilakukan oleh 20 orang murid tahun empat, iaitu sebanyak 82 kesalahan dilakukan oleh murid lelaki dan 92 kesalahan dilakukan oleh murid perempuan. Terdapat 42 kesalahan bahasa BM yang dikenal pasti. Antaranya ialah kesalahan ejaan, imbuhan, kata sendi nama, penggunaan huruf besar dan kecil. Kajian Rohaza Binti Mohd Saad (2011) berkaitan kesilapan morfologi dalam penulisan bahasa Melayu pelajar bukan Melayu. Kajian ini memfokuskan kepada komponen morfologi, iaitu kelompok kata tugas, kata ganti nama dan imbuhan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat dalam karangan murid-murid bukan Melayu. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang murid tahun lima bukan Melayu di SK Pusat Bandar Puchong (2), Puchong, Selangor. Dapatan kajian diperoleh daripada hasil karangan muridmurid seramai 50 orang daripada tiga kelas berlainan tahap pembelajaran. Dapatan kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan bahawa murid-murid bukan penutur jati bahasa Melayu di sekolah kebangsaan kurang menguasai aspek morfologi terutama dalam kategori imbuhan, kata ganti nama, kata sendi nama dan kata hubung. Kajian Nor Azwahanum Binti Nor Shaid (2014) dijalankan dengan tujuan untuk menganalisis penggunaan kata turunan dalam kalangan pelajar Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai bahasa pertama). Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan pelajar terhadap penggunaan kata seruan, menjelaskan jenis kesilapan penggunaan yang kerap dilakukan oleh pelajar, serta menghuraikan punca berlakunya kesilapan penggunaan kata turunan dalam kalangan pelajar. Sebanyak 51 orang yang terdiri daripada pelajar tahun akhir dipilih sebagai sampel kajian. Data kajian dikumpul dengan menggunakan dua kaedah, iaitu borang soal selidik dan ujian khas tatabahasa BM berkaitan penggunaan kata turunan. Data yang diperoleh dimasukkan ke dalam program Excel dan keputusan dianalisis mengikut peratusan serta dihuraikan secara deskriptif. Dapatan kajian
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 330 ini mendapati bahawa penggunaan kata turunan (pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan) dalam kalangan pelajar berada pada tahap yang baik. Arulnathan (2013) telah menjalankan kajian berkaitan pembelajaran B2 dalam kalangan pelajar India. Kajian beliau bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis strategi pembelajaran serta strategi pemindahan bahasa dalam proses pembelajaran BM sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar India di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang berada di kawasan estet. Berdasarkan kajiannya, penguasaan BM dalam kalangan pelajar India masih kurang memberangsangkan. Analisis strategi pembelajaran dan strategi pemindahan bahasa yang merupakan dua strategi utama yang digunakan oleh pelajar India semasa mempelajari BM dalam situasi formal telah mendasari kajian beliau. Pengkaji menggunakan teori monitor yang diperkenalkan oleh Krashen (1982). Data yang diperoleh daripada proses pencungkilan menggunakan ujian diagnosis pula dianalisis menggunakan prosedur analisis kesilapan yang dipelopori S.Pit Corder. Analisis kajian menunjukkan bahawa kesilapan pelajar India yang berpunca daripada strategi pembelajaran ialah sebanyak 76.5 peratus dibandingkan 23.5 peratus kesilapan menonjolkan strategi pemindahan. Walaupun pemindahan bahasa merupakan strategi yang tidak dapat diabaikan langsung dalam proses pembelajaran BM dalam kalangan pelajar India, namun analisis kajian menunjukkan bahawa strategi pembelajaran menjadi punca utama kesilapan pelajar India semasa mempelajari BM. Nor Zaiton Hanafi, Nor Azura Mohd Salleh & Zamri Mahamod (2008) telah menjalankan kajian bertajuk “Analisis Kesalahan Bahasa dalam Penulisan Karangan Pelajar Cina ketika Belajar Bahasa Melayu”. Tujuan kajian tersebut adalah untuk mengenal pasti kesalahan sintaksis dan morfologi yang dilakukan oleh pelajar Cina SMK Datok Lokman dalam penulisan karangan. Kajian ini merupakan kajian kes yang dijalankan melalui analisis dokumen yang melibatkan 30 buah karangan pelajaran Cina. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar Cina kerap melakukan kesalahan sintaksis yang berkaitan ayat majmuk, iaitu sebanyak 34.1 peratus dan merupakan kesalahan paling tinggi. Manakala dari aspek morfologi pula, kesalahan penggunaan imbuhan paling kerap dilakukan oleh pelajar Cina, iaitu sebanyak 39.7% berbanding dengan kesalahan kata ganda, kata sendi nama dan kata hubung. Hal ini kerana, pelajar Cina masih terpengaruh dengan struktur ayat dalam bahasa Mandarin yang tidak mempunyai imbuhan. Norsimah Mat Awal, Nadrah Abu Bakar, dan Nor Hashimah Jalaluddin, (2012) dalam kertas kerja Jurnal Melayu telah membincangkan “Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua: pengungkapan idea dalam penulisan pelajar sekolah menengah di Malaysia”. Secara khususnya kertas kerja tersebut melihat penggunaan ungkapan menarik dalam penulisan pelajar. Ungkapan menarik yang dimaksudkan ialah penggunaan peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata hikmat, petikan hadis, kosa kata yang cantik maksud, maksud ayat Al-Quran dan lain-lain. Kajian telah dijalankan di lima kawasan, iaitu Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dan melibatkan lima belas buah sekolah (tiga sekolah di setiap kawasan). Dapatan umum kajian mendapati bahawa pencapaian para pelajar ini secara majoritinya adalah pada tahap sederhana dan lebih 20% dianggap lemah. Di samping itu, pencapaian pelajar dari luar bandar didapati lebih baik daripada pelajar bandar. Justeru, pengkaji membuat kesimpulan bahawa majoriti pelajar ini mempelajari BM sebagai B2 masih pada tahap penguasaan BM yang tidak memuaskan. Dengan yang demikian, usaha lebih gigih perlu dilakukan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam menguasai BM kerana bahasa ialah salah satu jambatan untuk mengikat hubungan yang baik antara pelbagai kaum di Malaysia. Abdul Rashid Daing Melebek (2010) dalam kertas kerja Jurnal Linguistik telah membincangkan “Penguasaan Tatabahasa Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Enam”. Penyelidikan ini dijalankan untuk mengetahui tahap penguasaan tatabahasa bahasa
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 331 Melayu guru-guru yang sedang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 6 Atas. Semua responden diminta mengisi borang soal selidik dan menjawab ujian tatabahasa bahasa Melayu dalam masa 90 minit. Data dalam soal selidik dan ujian tatabahasa ini dikumpulkan dan dianalisis. Penyelidikan ini mendapati bahawa semua responden menghadapi masalah dan masih keliru dalam semua aspek tatabahasa yang dikemukan dalam ujian. Aspek tatabahasa yang kesalahannya melebihi 50% ialah kata pemeri 82%, klausa 74%, predikat 58%, morfologi 53%, kata penguat 52%, golongan kata75% dan tanda baca 81%. Kesalahan aspek tatabahasa yang ketara oleh para guru ialah kata pemeri, klausa dan tanda baca, manakala aspek predikat, morfologi, dan kata penguat adalah pada sekitar 50% kesalahan. Para guru juga mempunyai masalah dalam aspek-aspek yang lain, cuma kurang ketara dan kesalahan bawah 50% ialah kata hubung, ayat majmuk, semantik, imbuhan, sintaksis, frasa, subjek, kata majmuk, kata ganda, dan ayat aktif. Hal ini memberi kesan kepada para pelajar terutamanya yang kurang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu STPM. Kajian Cara Peningkatan Penguasaan Bahasa Suziyati Binti Abdul Mad (2011) telah menjalankan kajian bertajuk “Kesan Elemen Ganjaran Terhadap Kanak-Kanak Dalam Perkembangan Perbendaharaan Kata Bahasa Melayu”. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis ganjaran yang paling efektif dalam meningkatkan perkembangan perbendaharaan kata BM kanak-kanak, menjelaskan respons kanak-kanak terhadap penerapan elemen ganjaran pelekat ketika sesi pembelajaran perbendaharaan kata BM, dan menghuraikan kesan tahap perkembangan perbendaharaan kata BM kanak-kanak selepas penerapan elemen ganjaran. Teori yang digunakan ialah teori pembelajaran operan yang dikemukakan oleh BF. Skinner (1957). Kajian kes telah dijalankan terhadap kanak-kanak seramai 30 orang di Makmal Perkembangan Kanak-kanak, (MPK) Fakulti Ekologi Manusia, (JPMPK), UPM, Serdang. Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual dalam melaksanakan kajian ini. Hasil kajian kemudiannya dianalisis berdasarkan kekerapan peratusan serta ujian –t min sampel bersandar. Ganjaran poin bintang seringkali digunakan oleh para pembimbing untuk menarik minat kanak-kanak dalam menambahbaikkan prestasi dalam penguasaan ilmu. Dalam hal ini, poin bintang yang diaplikasikan di MPK ialah poin bintang yang dibuat pada papan putih. Terdapat 10 poin bintang yang dilukis. Nama kanak-kanak yang berjaya menjawab soalan perbendaharaan kata BM yang didedahkan semasa sesi PdP akan dituliskan di atas bintang tersebut yang menandakan poin bintang itu ialah kepunyaan kanakkanak yang berjaya menjawab soalan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen ganjaran berjaya meningkatkan perkembangan perbendaharaan kata BM kanak-kanak. Fathimah Binti Habib Rahman (2011) telah menjalani kajian bertajuk “Faktor Ganjaran Dalam Pembelajaran Bahasa Murid-Murid Sekolah Rendah”. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menghuraikan faktor ganjaran dalam proses pembelajaran bahasa. Tumpuan diberikan terhadap ganjaran material yang banyak mempengaruhi murid-murid sekolah rendah. Sampel kajian yang digunakan terdiri daripada 32 orang murid kelas 6 Intan, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Serdang. Maklumat yang diperolehi dianalisis dalam bentuk deskriptif, jadual dan graf. Bagi mengenal pasti ganjaran yang sesuai mengikut pencapaian, penyelidik membuat saringan markah peperiksaan PKSR1 yang telah diadakan pada bulan Mac dan menghuraikan perolehan data soal selidik bagi soalan 4 bahagian C. Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan bahawa faktor ganjaran memang mempengaruhi pembelajaran bahasa dalam kalangan murid sekolah rendah. Ganjaran hendaklah dipelbagaikan mengikut pencapaian murid. Hal ini juga telah dibuktikan bahawa pemilihan ganjaran penting kerana ia memberikan kesan yang besar kepada individu yang menerimanya. Setiap ganjaran daripada guru berfungsi memperkukuh sikap dan tingkah laku sama ada yang baik mahupun yang buruk kepada murid yang menerima
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 332 ganjaran itu. Murid-murid lebih cenderung dengan pemberian ganjaran. Mereka lebih beryakinan diri apabila diberikan ganjaran atas usahanya. Faktor ganjaran dalam pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid India adalah sebagai pengiktirafan kepada murid dalam memajukan dirinya. Muhammad Hafiz Bin Bakar (2009) telah menjalankan kajian keberkesanan kaedah permainan bahasa (KPB) dalam mempertingkatkan penguasaan kata kerja al-mudari dalam kalangan pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah permainan bahasa (KPB) dalam meningkatkan prestasi pencapaian pelajar terhadap kata kerja al-mudari serta penguasaan mereka dalam melakukan pertukaran-pertukaran pola yang berkaitan dengan kata kerja al-mudari dalam subjek bahasa Arab. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap kebolehan belajar dalam kalangan pelajar adalah berbeza dan memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berbeza. Untuk tujuan itu, aspek metodologi yang digunakan dalam kajian ialah kajian eksperimen. Reka bentuk kajian ini menggunakan dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen yang terdiri daripada 25 orang pelajar yang diajar menggunakan KPB dan kumpulan kawalan yang juga terdiri daripada 25 orang pelajar yang diajar dengan cara biasa. Pelajar-pelajar tersebut merupakan pelajar tingkatan dua Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Hasil kajian mendapati penggunaan KPB seperti PB kotak beracun, kuiz bahasa dan telefon karat dalam P&P kata kerja al-mudari memberikan kesan terhadap bilangan peratusan pelajar yang lulus dan pengurangan bilangan pelajar yang gagal. Tahap penguasaan kumpulan eksperimen dalam melakukan pertukaran pola yang berkaitan kata kerja al-mudari adalah pada tahap baik berdasarkan peratus jumlah jawapan yang betul. Kajian Dyah Saraswati (2015) berkaitan kepentingan permainan papan dalam penguasaan tatabahasa. Permainan papan adalah sejenis permainan yang pelajar diberi beberapa perkataan dan mereka perlu menulis mengikut susunan yang betul dan membina ayat menggunakan perkataan pada kad. Permainan papan adalah salah satu teknik yang digunakan untuk meningkatkan keupayaan tatabahasa dengan membina ayat dalam kalangan pelajar. Kelebihan teknik ini ialah pelajar boleh menikmati dan terlibat secara aktif dalam pembelajaran tatabahasa. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa pelajar melalui permainan papan. Kajian ini menganalisis tatacara penggunaan permainan papan untuk meningkatkan penguasaan tatabahasa pelajar, sama ada penggunaan permainan papan boleh meningkatkan penguasaan tatabahasa pelajar, dan sejauh mana pelaksanaan penguasaan tatabahasa pelajar lapan gred di SMPN 1 Bergas 2015. Kajian ini telah dijalankan di SMPN 1 Bergas, Jl. Ngobo Karangjati, Bergas 50552. Tiga puluh tiga pelajar daripada lapan gred di SMPN 1 Bergas 2015 telah diarahkan melalui permainan papan untuk meningkatkan tatabahasa mereka. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah Classroom Action Research (CAR). Terdapat tiga kitaran dan setiap kitaran termasuk dua perjumpaan untuk memberikan pelajar lebih peluang untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang tatabahasa. Keputusan menunjukkan bahawa penguasaan tatabahasa pelajar meningkat dengan ketara. Keputusan T-pengiraan menunjukkan bahawa T-pengiraan kitaran I adalah 5, 1, kitaran II ialah 8, 3 dan kitaran III adalah 6, 5. Ini bermakna permainan papan boleh meningkatkan penguasaan tatabahasa pelajar. Kajian Yong Chyn Chye (2005) bertajuk permainan dan simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa dalam kalangan guru dan murid. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis data tentang minat, kebolehan dan pembelajaran murid-murid sekolah rendah terhadap permainan dan simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor keberkesanan permainan dan simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Subjek kajian ini terdiri daripada 5 orang guru bahasa dan 40 orang murid di Sekolah Rendah Kebangsaan Cina (2), Seri Kembangan. Kajian menggunakan kaedah soal selidik, temu bual, pemerhatian dan perpustakaan untuk
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 333 mendapatkan maklumat kajian ini. Simulasi pula terdiri daripada main peranan, psikodrama, sosiodrama dan improvisasi drama. Dapatan kajian mendapati bahawa permainan dan simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa merupakan kaedah pengajaran efektif untuk mendidik murid menguasai kemahiran berbahasa dan ketepatan dalam penyampaian. Amir bin Juhari dan Noor Zila binti Md. Yusuf (2012) telah menjalankan kajian ke atas 30 orang pelajar Iban yang mempelajari BM sebagai B2. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar PMIOL, Bandung Indonesia telah membincangkan “Kaedah berkesan dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua”. Kertas kerja tersebut membicarakan faktor pelajar lemah menulis karangan. Gangguan daripada bahasa ibunda dan kekurangan kosa kata dalam bahasa sasaran menyebabkan pelajar berkenaan gagal menulis karangan dengan baik. Kaedah IsSam yang dihasilkan sendiri oleh pengkaji diperkenalkan bertujuan meningkatkan kemahiran mencari dan mengolah isi karangan dalam kalangan pelajar B2. Bagi pelajar B2, mereka masih belum menguasai kemahiran mengolah isi karangan kerana beberapa faktor. Antaranya ialah kekurangan idea, tahap penguasaan bahasa yang sangat lemah, kosa kata yang terhad, dan tabiat membaca yang rendah. Satu kajian tindakan telah dilaksanakan untuk menguji keberkesanan Kaedah IsSam. Responden kajian terdiri daripada pelajar peribumi Sarawak yang mempelajari bahasa Melayu sebagai B2. Sepanjang kajian, pengkaji telah melaksanakan ujian pra, mengadakan 3 sesi pengajaran menggunakan Kaedah IsSam dan mengadakan ujian pos. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian pelajar lebih baik dalam ujian pos berbanding dengan ujian pra. Pengkaji juga menjalankan soal selidik menggunakan Instrumen Penilaian Keberkesanan Pengajaran Guru. Analisis dapatan kajian menunjukkan 100% responden bersetuju bahawa kaedah IsSam berjaya membantu mereka menyelesaikan masalah dalam penulisan karangan. Stail pembelajaran juga memainkan peranan dalam meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan murid. Sehubungan itu, Batik Anak Bidin (2011) telah menjalankan kajian berkaitan stail pembelajaran BM sebagai B2 dalam kalangan pelajar Iban di Sarawak. Pengkaji mengaplikasikan Model Pembelajaran Dunn & Dunn dalam meneliti stail pembelajaran BM sebagai B2 dalam kalangan pelajar peribumi Iban di Sarawak. Subjek kajian terdiri daripada 170 orang pelajar Tingkatan 4 daripada lima buah sekolah di Bahagian Betong di Sarawak yang menggunakan bahasa Iban sebagai bahasa ibunda atau B1. Dapatan kajian diperoleh menggunakan alat kajian, iaitu borang soal selidik dan analisis markah pelajar. Secara keseluruhannya, keputusan kajian pengkaji menunjukkan bahawa stail pembelajaran berasaskan elemen persekitaran paling diminati oleh pelajar Iban di Sarawak. Walau bagaimanapun, stail pembelajaran paling dominan yang diamalkan oleh pelajar ialah stail pembelajaran berasaskan elemen psikologi pembelajaran reflektif dan analitikal. Secara keseluruhannya, para pelajar lebih dominan menggunakan otak kanan berbanding dengan otak kiri dengan perbezaan yang tidak signifikan. Dengan ini, diperlihatkan bahawa Model Pembelajaran Dunn & Dunn (1992) telah berjaya diaplikasikan dalam meneliti stail pembelajaran BM sebagai B2 dalam kalangan pelajar peribumi Iban di Sarawak. Metodologi Kajian ini dijalankan untuk menentukan reka bentuk dan pembangunan Sistem Penarafan Bintang berasaskan DSKP dan buku teks SJK untuk murid SJKT.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 334 FASA 2: Fasa reka bentuk dan pembangunan Fasa kedua dalam kajian ini adalah untuk mereka bentuk dan membangunkan Sistem Penarafan Bintang berasaskan penguasaan golongan kata. Pengkaji telah mengkaji keperluan reka bentuk dan pembangunan Sistem Penarafan Bintang untuk murid SJKT berdasarkan carta alir reka bentuk dan pembangunan seperti rajah berikut: Mula Fasa Analisis Keperluan Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan Tujuan Menentukan reka bentuk dan pembangunan Sistem Penarafan Bintang yang sesuai berdasarkan pandangan pakar. Menentukan golongan kata yang sesuai digunakan dalam Sistem Penarafan Bintang yang terdapat dalam buku teks SJKT dari tahun 1 hingga tahun 6 Menentukan reka bentuk aktiviti golongan kata yang sesuai untuk murid SJKT mengikut pandangan pakar Pembangunan dan pemurnian Sistem Penarafan Bintang Dapatan Dapatan reka bentuk dan pembangunan Sistem Penarafan Bintang yang sesuai berdasarkan pandangan pakar. Senarai kandungan golongan kata yang terdapat dalam buku teks SJKT dari tahun 1 hingga tahun 6. Reka bentuk aktiviti pembahagian golongan kata mengikut pandangan pakar. Prototaip Sistem Penarafan Bintang berasaskan golongan kata untuk murid SJKT. Fasa Pelaksanaan dan Penilaian Tamat Rajah 1. Carta Alir Reka Bentuk dan Pembangunan Sistem Penarafan Bintang (Diadaptasi daripada Zanariah Binti Ahmad, 2017) Fasa ini bertujuan untuk mereka bentuk Sistem Penarafan Bintang berbantukan DSKP dan buku teks BM SJK untuk diaplikasikan oleh guru SJK. Kajian pada fasa ini terbahagi kepada dua bahagian utama, iaitu reka bentuk dan pembangunan Sistem Penarafan Bintang. Pada fasa reka bentuk, pengkaji menggunakan teknik Fuzzy Delphi yang berteraskan kepada pandangan dan cadangan pakar dalam bidang Bahasa Melayu serta mendapatkan kesepakatan pakar dalam mengenal pasti kedudukan setiap item dalam Sistem Penarafan Bintang. Kemudian, Sistem Penarafan Bintang yang dibangunkan akan dinilai kepenggunaannya. Kaedah Fuzzy Delphi sangat sesuai digunakan berpandukan sorotan literatur dan keberkesanannya dalam pembangunan sesuatu yang baharu. Fasa ini adalah untuk menjawab soalan kajian seperti berikut:
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 335 Responden fasa reka bentuk dan pembangunan dan kaedah persampelan Dalam fasa ini, pengkaji menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) yang dikenali sebagai judgement sampling kerana melibatkan pertimbangan individu untuk memilih sampel kajian berdasarkan pengetahuan pengkaji dan keperluan kajian. (Noraini, 2010). Bagi menilai Sistem Penarafan Bintang yang dibina, pengkaji menggunakan 12 orang pakar dalam bidang Bahasa Melayu bagi menilai kebolehgunaan sistem yang dibina. Menurut Booker dan Mc Namara (2004), pakar merupakan individu yang berkelayakan, berilmu dan mempunyai pengetahuan hasil daripada latihan, praktikal dan pengalaman yang mereka lalui. Pakar biasanya dikenal pasti berdasarkan kelayakan, latihan, pengalaman, keahlian profesional dan pengiktirafan rakan setara yang mereka peroleh (Nikolopoulus 2004; Perera, Drew & Johnson 2012). Menurut (Cantrill, Sibbald & Buetow (1996); Mullen (2003), pakar merupakan mana-mana individu yang mempunyai pengalaman, pengetahuan yang berkaitan dengan sesuatu topik atau bidang tertentu. Mereka juga diklasifikasikan sebagai pakar rujuk dalam sesuatu perkara yang memerlukan penelitian, pengesahan berdasarkan kemahiran yang dimilikinya (Sackman 1975). Dalam pemilihan pakar, Linstone (1978) menyatakan pengkaji terdahulu menggunakan jumlah sampel pakar sedikit mengikut kesesuaian jenis kajian yang dijalankan. Linstone (1978) dan Mullen (2003) berpendapat jumlah minimum sampel saiz dalam kajian Delphi memadai dengan 7 orang pakar. Selain itu, Cavalli-Sforza & Ortolano (1984) jumlah sampel yang ideal adalah antara 8 hingga 12 orang pakar. Sementara itu, Philip (2000) menyarankan jumlah sampel adalah antara 7 hingga 10 orang pakar. Namun demikian untuk kajian Delphi Policy jumlah sampel yang sesuai adalah antara 15 hingga 50 orang (Turoff, 1970). Hsu & Sandford (2007) menyatakan majoriti kajian yang menggunakan kaedah Delphi melibatkan antara 10 hingga 20 orang responden. Delbecq, Van de Ven & Gustafson (1975) menyarankan jumlah sampel yang sesuai dan bersifat seragam adalah antara 10 hingga 15 orang pakar. Begitu juga pendapat (Adler & Ziglio 1996; Clayton 1997) yang menyatakan jika sampel seragam maka jumlah yang sesuai adalah 10 hingga 15 orang sampel adalah mencukupi. Dalam hal ini, pengkaji akan memilih 15 orang pakar dalam fasa ini berdasarkan kepakaran tertentu untuk menilai sistem yang dibangunkan. Jadual 1 Kriteria Pakar yang dipilih dalam kajian menggunakan kaedah Fuzzy Delphi ___________________________________________________________________________ Jawatan Bidang kepakaran Pengalaman Bilangan Institusi ___________________________________________________________________________ Ketua Panitia Bahasa Melayu 5 - 10 tahun 1 SJKT 10 - 15 tahun 4 SJKT Guru Bahasa Melayu 5 - 10 tahun 2 SJKT 10 - 15 tahun 6 SJKT > 15 tahun 2 SJKT Pengkaji membentuk instrumen kajian berpandukan sorotan kajian, kajian rintis dan pengalaman seperti yang disarankan oleh Skulmowski, Hartman & Krahn (2007). Kajian ini menggunakan soal selidik penilaian pakar sebagai instrumen untuk mendapatkan data kuantitatif
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 336 berkenaan pandangan dan cadangan pakar dalam pembentukan Sistem Penarafan Bintang. Penggunaan soal selidik adalah bertujuan untuk memenuhi kriteria dan syarat penggunaan teknik Fuzzy Delphi yang melibatkan penggunaan formula matematik bagi mendapatkan kesepakatan pakar. Dalam konteks kajian ini, pengkaji menggunakan aras persetujuan skala Fuzzy 5 mata iaitu skala sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti setuju dan sangat setuju seperti dalam jadual berikut: Jadual 2 Skala Fuzzy 5 mata untuk pemboleh ubah linguistik Pemboleh ubah linguistik Skala Fuzzy 1 Sangat tidak setuju (0.0, 0.0, 0.2) 2 Tidak setuju (0.0, 0.2, 0.4) 3 Tidak pasti (0.0, 0.4, 0.6) 4 Setuju (0.4, 0.6, 0.8) 5 Sangat setuju (0.6, 0.8, 1.0) Sumber : Ramlan Mustapha & Ghazali Darusalam (2018) Soal selidik dibahagikan kepada lima bahagian. Bahagian pertama adalah maklumat peribadi pakar dan bahagian kedua hingga kelima adalah untuk menetapkan persetujuan pakar terhadap reka bentuk kandungan sistem, hasil penggunaan, reka bentuk aktiviti sistem dan penilaian yang sesuai untuk Sistem Penarafan Bintang. Bahagian-bahagian tersebut akan memperincikan pendapat dan cadangan pakar terhadap item-item yang dibentuk dalam setiap bahagian dan kesesuaiannya dalam mereka bentuk Sistem Penarafan Bintang. Dalam aspek hasil pembelajaran, para pakar mencadangkan item yang digunakan adalah berdasarkan hasil pembelajaran DSKP KSSR SJK. Pembentukan item dalam setiap bahagian soal selidik dibentuk berdasarkan sorotan kajian. Pengukur bagi setiap bahagian dikombinasikan untuk membentuk instrumen penyelidikan yang disusun seperti berikut: Jadual 3 Ringkasan Instrumen Kajian ___________________________________________________________________________ Bahagian Elemen Sumber rujukan Jumlah soalan ___________________________________________________________________________ A Maklumat Ramlan Bin Mustapha 4 demografi pakar (2017) B Kandungan sistem Aliza Ali & Zamri Mahamod 5 (2016) C Hasil penggunaan sistem Zanariah Binti Ahmad (2017) 5
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 337 D Reka bentuk aktiviti DSKP & buku teks SJK 5 sistem E Penilaian: Refleksi kendiri DSKP & buku teks SJK 5 Menurut Jusoh (2008), salah satu ciri untuk memenuhi aspek kesahan kandungan adalah melalui sorotan kajian. Soalan-soalan yang digunakan dalam kajian ini dikenal pasti melalui kajian-kajian lepas dan memenuhi kriteria kesahan kandungan. Menurut (Dimopoulus dan Pantis, 2003; Makki, Khalick dan BouJoude, 2003) sekurang-kurangnya tiga orang pakar dalam bidang berkaitan diperlukan bagi teknik ukur pakar. Oleh yang demikian, pengkaji mendapatkan pandangan empat orang pakar dalam bidang Bahasa Melayu untuk mengesahkan item-item soal selidik sebelum ditadbirkan kepada kumpulan pakar yang dipilih. Analisis dan Dapatan Data Fuzzy Delphi Di bawah penggunaan teknik Fuzzy Delphi, terdapat tujuh langkah yang perlu dipatuhi kerana kajian ini berbentuk emperikal. Turutan langkah yang wajar dipatuhi adalah seperti dalam jadual berikut: Jadual 4 Peringkat analisis dalam Fuzzy Delphi ___________________________________________________________________________ Langkah Keterangan _______________________________________________________________________ 1 * Menentukan pakar-pakar yang terlibat * Jumlah pakar dalam FDM ialah; i.10 - 15 pakar (Adler & Ziglo, 1996) ii.10 – 50 pakar (Jones & Twiss, 1978) 2 * Menentukan skala linguistik, berdasarkan triangular fuzzy number 3 *Semua data yang dijadualkan untuk memperoleh nilai purata (m1, m2, m3) 4 * Menentukan jarak di antara 2 nombor fuzzy bagi menentukan nilai threshold, d * Syarat: sekiranya d ≤ 0.2, bermaksud kesemua pakar mencapai konsensus. Jika sebaliknya pusingan kedua akan dilakukan. 5 * Menentukan kesepakatan kumpulan * Peratusan kesepakatan kumpulan mesti melebihi 75%, jika tidak pusingan kedua harus dilakukan. 6 * Menentukan Agregate Fuzzy Evaluation dengan cara menambah semua nombor Fuzzy 7 * Defuzzification process Sumber: Mohd Ridhuan Mohd Jamil et al. (2013) Langkah 1: Pemilihan pakar Dalam kajian ini, sejumlah 15 orang pakar dipilih berdasarkan justifikasi dan kesesuaian objektif kajian yang ditetapkan oleh pengkaji. Bilangan pakar itu dijemput untuk menentukan
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 338 keperluan dan keutamaan bagi kriteria penilaian item-item diukur dengan pemboleh ubah linguistik. Langkah 2: Penentuan pemboleh ubah linguistik berdasarkan Tringular Fuzzy Number Proses ini melibatkan proses penukaran semua pemboleh ubah linguistik ke dalam penomboran segi tiga fuzzy (triangular fuzzy numbers). Langkah ini juga melibatkan penukaran pemboleh ubah linguistik dengan penambahan nombor fuzzy. (Hsieh, Lu & Tzeng 2004; Chang, Hsu & Chang 2011). Triangular fuzzy numbers mewakili nilai m1, m2 dan m3 dan ditulis seperti ini (m1, m2, m3). Nilai m1 mewakili nilai minimum, nilai m2 mewakili nilai munasabah manakala nilai m3 mewakili nilai maksimum. Triangular fuzzy numbers digunakan untuk menghasilkan skala Fuzzy yang bertujuan untuk menterjemahkan pemboleh ubah linguistik kepada nombor Fuzzy. Bilangan tahap bagi skala Fuzzy adalah dalam bilangan ganjil dapat dijelaskan dalam Rajah 6. Rajah 6. Triangular Fuzzy Number (m1= nilai minimum, m2= nilai sederhana, m3= nilai maksimum) Langkah 3: Proses penentuan jarak bagi mengenal pasti nilai Threshold "d" Nilai threshold amat penting dalam proses mengenal pasti tingkat kesepakatan antara pakar (Thomaidis, Nikitakos & Dounias 2006). Menurut Chang et. al. (2011) jarak bagi setiap nombor fuzzy m=(m1, m2, m3) dan n=(n1, n2, n3) dikira dengan menggunakan rumus seperti berikut: Hal ini disokong oleh Chu & Hwang, 2008; Murry & Hammons (1995) dalam Nurul Rabihah Mat Noh, Siti Hajar Abd Razak, Norlidah Alias, Saedah Siraj, Mohd Ridhuan Mohd Jamil dan Zaharah Hussin (2013) yang menyatakan jarak antara dua nombor Fuzzy dikira dengan mengukur sisihan nilai purata antara pakar. Untuk mengukur kesepakatan kumpulan pakar, nilai threshold (d) yang terhasil mestilah lebih kecil atau sama dengan nilai 0.2 (Cheng & Lin 2002). Dalam konteks kajian ini, tiga titik perpuluhan digunakan. Maka setiap item yang mengandungi nilai threshold (d) yang tidak mencapai nilai 0.3 dan ke atas akan diterjemahkan sebagai diterima berdasarkan kesepakatan pakar. Langkah 4: Menentukan peratusan kesepakatan kumpulan
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 339 Peratusan kesepakatan kumpulan pakar adalah ≤ 66.7%. Syarat ini adalah bersandarkan pada pendekatan kaedah delphi tradisional, iaitu nilai peratusan ini ditentukan berdasarkan jumlah item yang mengandungi nilai threshold (d) yang tidak mencapai nilai 0.3 dan ke atas. Ini membawa maksud bahawa setiap item yang mempunyai nilai threshold (d) bersamaan atau kurang daripada 0.2 akan diterima dan ditukarkan kepada nilai peratusan berdasarkan kaedah delphi tradisional. Penggunaan 66.7% dipilih berdasarkan kepada bilangan pakar sepakat adalah sebanyak 2/3 daripada jumlah pakar (Chu & Hwang 2008; Murry & Hammons 1995). Langkah 5: Mengenal pasti tahap alpha agregat penilaian fuzzy. Mengenal pasti tahap alpha agregat penilaian fuzzy setelah kesepakatan pakar diperoleh dengan menambah nombor fuzzy bagi setiap item (Ridhuan, 2013). Pengiraan dan penentuan nilai fuzzy adalah dengan menggunakan rumus: Amax =(1)/4(m1+m2+m3). Langkah 6: Fasa proses difuzzication Penentuan nilai skor fuzzy (A) adalah bersandarkan kepada nilai α– cut iaitu 0.5. Sekiranya nilai skor fuzzy (A)adalah kurang daripada 0.5, maka item yang diukur adalah ditolak berdasarkan kesepakatan kumpulan pakar. Sekiranya nilainya sama dengan 0.5 dan ke atas, maka nilai tersebut diterima berdasarkan kesepakatan kumpulan pakar. Selanjutnya proses menentukan kedudukan dan keutamaan item boleh dilakukan kerana nilai skor fuzzy (A) paling tinggi dianggap berada pada kedudukan pertama. Penentuan nilai skor Fuzzy(A) ini adalah berdasarkan rumus berikut: A = (1/3)*(m1 + m2 + m3) Langkah 7: Proses penentuan kedudukan Proses penentuan kedudukan adalah dengan cara memilih nilai defuzzication berdasarkan kesepakatan pakar yang mempunyai nilai tertinggi ditentukan kedudukan yang paling utama. Dapatan Fasa Reka Bentuk Dan Pembangunan Maklumat latar belakang pakar. Fasa reka bentuk dan pembangunan ini dibina berpandukan 15 orang pakar yang dipilih secara spesifik berdasarkan kepakaran bidang yang tertentu. Jadual 2.3 menerangkan jantina responden, kaum, bidang kerja dan pengalaman kerja pakar yang terlibat.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 340 Jadual 5 Maklumat demografi pakar Perkara Maklumat demografi frekuensi Peratus Jantina Lelaki 6 40 Perempuan 9 60 Kaum Melayu 0 0 Cina 0 0 India 15 100 Bidang kerja Ketua Panitia 5 33 Guru bahasa 10 67 Pengalaman Kurang dari 5 tahun 0 0 5 - 10 tahun 3 20 10 - 15 tahun 10 67 15 tahun ke atas 2 13 N=15 Jadual 2.3 menjelaskan seramai 15 orang pakar terlibat dalam fasa reka bentuk dan pembangunan Sistem Penarafan Bintang. Jumlah pakar lelaki ialah sebanyak 6 orang, iaitu 40% sedangkan 9 orang, iaitu 60% pula ialah pakar perempuan. Rata-rata pakar yang terlibat dalam fasa ini ialah pakar berketurunan India. Seramai 5 orang pakar ialah ketua panitia (33%) dan selebihnya pula ialah guru Bahasa Melayu (67%). Sebahagian besar pakar mempunyai pengalaman yang luas, iaitu pakar yang mempunyai pengalaman melebihi 15 tahun adalah seramai 2 orang (13%), majoriti pakar yang mempunyai pengalaman antara 10 hingga 15 tahun ialah 10 orang (67%) manakala pakar yang mempunyai pengalaman antara 5 hingga 10 tahun ialah 3 orang (20%). Dapatan fasa reka bentuk dan pembangunan Sistem Penarafan Bintang: Kaedah Fuzzy Delphi Jadual 6 memaparkan elemen dan konstruk pertama iaitu kandungan Sistem Penarafan Bintang. Kesemua elemen ini dinilai oleh pakar berdasarkan kaedah Fuzzy Delphi. Jadual 6 Nilai threshold setiap elemen (D item), nilai threshold Konstruk (D konstruk) dan kedudukan elemen Kandungan Sistem Penarafan Bintang PAKAR Item 1 2 3 4 5 1 0.061 0.122 0.102 0.061 0.122 2 0.061 0.122 0.102 0.061 0.122
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 341 3 0.061 0.122 0.102 0.061 0.122 4 0.061 0.122 0.102 0.061 0.122 5 0.061 0.122 0.102 0.061 0.122 6 0.061 0.122 0.102 0.061 0.122 7 0.061 0.122 0.102 0.061 0.122 8 0.061 0.122 0.102 0.061 0.122 9 0.061 0.122 0.102 0.061 0.122 10 0.061 0.183 0.102 0.061 0.183 11 0.061 0.183 0.204 0.061 0.183 12 0.061 0.183 0.204 0.061 0.183 13 0.244 0.183 0.204 0.244 0.183 14 0.244 0.183 0.204 0.244 0.183 15 0.244 0.183 0.204 0.244 0.183 Nilai Threshold (d) setiap item 0.098 0.147 0.136 0.098 0.147 Nilai threshold (d) konstruk 0.125 Peratusan Kesepakatan Pakar (%) 100.0% 100.0% 100.0% 100.0% 100.0% Peratusan Keseluruhan Item d <0.2 100.0% Defuzzication ( Fuzzy Evaluation) Defuzzification (Average of Fuzzy response) 0.760 0.720 0.733 0.760 0.720 Kedudukan item (ranking) 1 4 3 1 4 Berpandukan jadual 6, nilai di konstruk keseluruhan kandungan sistem menunjukkan 0.126 (<0.2). Cheng dan Lin (2002) dan Chang, Hsu dan Chang (2011) berpendapat bahawa jikalau nilai purata threshold (d) diperoleh kurang daripada 0.2, maka item tersebut telah mencapai kesepakatan pakar. Dalam pada itu, peratusan keseluruhan kesepakatan pakar berada pada nilai 100% kesepakatan, iaitu melebihi (75%) dan telah memenuhi syarat kesepakatan pakar terhadap item tersebut. Menurut Chang, Hsu dan Chang (2011) peratus kesepakatan perlulah melebihi 75%. Selain itu, kesemua nilai defuzzication Alpha-Cut (average of fuzzy response) melebihi 0.5. Menurut Tang dan Wu, (2010) dan Bodjanova (2006) nilai alpha cut harus