Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 142 sikap merupakan nilai kepercayaan yang mempengaruhi cara individu bertindak balas pada sesuatu perkara. Tindak balas yang positif ataupun negatif pada objek sosial dipengaruhi oleh sikap. Pembelajaran menggunakan KBAT berjaya mengubah sikap murid yang tidak berminat kepada meminati KOMSAS. Oleh itu, KBAT amat penting di dalam bilik darjah untuk meningkatkan minat murid untuk belajar. Dapatan kajian daripada Noor Shakirah (2012) dan Mohd Affandi et al. (2015) membuktikan proses menyelesaikan masalah melibatkan langkah mengenal pasti masalah terlebih dahulu. Hal ini disebabkan setelah sesuatu masalah itu dikenal pasti punca dan faktor berlaku barulah proses menyelesaikan masalah dapat dilakukan. Justeru guru yang dapat mengenal pasti masalah murid perlu mencari indikator yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang wujud. Perkara ini penting kerana kebolehan murid berfikir bukan sahaja memberi kesan ke atas pencapaian mereka dalam pelajaran seterusnya sebagai persediaan apabila menempuh alam kerjaya kelak. Metodologi Dalam kajian ini, sampel telah dipilih dari tiga buah sekolah menengah di Daaerah Manjung sewaktu pengajaran Bahasa Melayu dijalankan. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menggalakkan guru menghasilkan inovasi dalam pengajaran mereka. Selain itu pengajaran ini juga dapat menarik minat murid untuk mengikuti PdP selain meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini juga untuk menerapkan kemahiran pemikiran kritis murid. Penyelidik telah menghantar rancangan pengajaran dan inovasi yang dihasilkan untuk digunakan dalam pengajaran. Seramai 75 orang responden digunakan dalam kajian ini untuk dilakukan pemerhatian dan analisis dokumen. Manakala sembilan orang murid dan tiga orang guru digunakan untuk temu bual. Hasil kajian menunjukkan pentingnya inovasi dalam pengajaran agar selari dengan PPPM 2013-2025. Kesimpulan Kajian ini penting bagi membantu guru menyediakan pengajaran yang dapat menerapkan pemikiran kritis dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah. Perkara ini penting kerana guru bahasa Melayu kurang pendedahan yang cukup bagi menerapkan sesuatu kemahiran dalam pengajaran mereka. Selain itu, seseorang guru perlu mengetahui pentingnya inovasi diterapkan dalam pengajaran bahasa Melayu bagi perkembangan pemikiran kritis murid dapat difahami sepenuhnya. Melalui kajian ini diharap, inovasi yang dihasilkan dapat membantu guru menerapkan pemikiran kritis dengan lebih baik. Selanjutnya kurikulum di Malaysia dapat seiring dengan negara maju di dunia. Rujukan Abdul Rahim, H. (2007). Pengajian kurikulum (Edisi 3). Cheras, Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia. Ariffin, S. R., Abd Majid, R., Haron, Z., Idris, R., Aalias, A., Samsuri, S., Hassan, B., & Abdul Hamid, N. A. (2010). Kemahiran Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah Pelajar-Pelajar Sains di Malaysia. Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Arniza, M. & Zamri, M. (2018). Kemahiran bernilai tambah: Teori dan Amali. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. De Bono, E. (2002). Saya betul anda salah: Dari pemikiran kreatif ke zaman pembaharuan yang baru. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga lepas Sekolah Menengah). Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2006). Modul pembangunan kemahiran insaniah (soft skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Serdang, Malaysia: Universiti Putra Malaysia.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 143 Mohd Affandi H, Amiruddin M. H., Che Hassan, Y., & Zainudin, F. L. (2015) Knowledge, attitude and awareness towards research practice among malaysian premier polytechnics academics. Journal of Technical Education and Training7(2), 1-11. Mtega, W. P., Bernard, R., Msungu, A., & Sanare, R. (2012). Using Mobile Phones for Teaching and Learning Purposes in Higher Learning Institutions: the Case of Sokoine University of Agriculture in Tanzania. Paper presented at the 5thUbuntuNet Alliance Annual Conference, Dar es salaam, Tanzania. Nasyimah, I. (2016). Pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pembelajaran Komsas Bahasa Melayu. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Noor Shakirah, M. A. (2012) Kemahiran Generik Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor. (Tesis Sarjana).Universiti Tun Huseein Onn Malaysia.Northous. (2007). Sidek Mohd Noah (2007). Kesahan dan kebolehpercayaan alat ukuran vocational preference inventory oleh John L. Holland. Jurnal PERKAMA, 13,59-73 Zulkifley, H. & Mohd Asyraf. (2014). Membina kemahiran berfikir secara kritis dan holistik dalam kalangan pelajar menggunakan Modul Edward De Bono. e-BANGI: Journal of Social Sciences and Humanities. 9(2), 001-013.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 144 HUBUNGAN ANTARA TAHAP KEMAHIRAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL DENGAN PENCAPAIAN FIZIK Mohd Azmil Bin Md Johar dan Lilia Halim Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti impak Kemahiran Pemikiran Komputasional terhadap pencapaian Fizik melalui daya penyelesaian masalah dan literasi maklumat dalam kalangan pelajar sains. Responden kajian ini terdiri daripada 200 orang murid daripada Maktab Rendah Sains Mara Perak. Tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi murid dalam pembelajaran tersebut telah dijalankan dengan menganalisa keputusan peperiksaan akhir tahun subjek Fizik, temu bual dan Ujian Pra. Berdasarkan analisa tersebut mendapati murid belum menguasai Kemahiran Pemikiran Komputasional bagi menyelesaikan masalah yang kompleks. Bagi menangani masalah penguasaan Kemahiran Pemikiran Komputasional dalam kalangan pelajar beberapa teknik telah diterapkan seperti pengecaman corak, teknik leraian, pengitlakan dan peniskalaan. Ujian Post yang dijalankan untuk mengukur keberkesanan Kemahiran Pemikiran Komputasional tarhadap pencapaian Fizik pelajar telah berjaya meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan literasi maklumat ketika menjawab soalan. Ini dibuktikan oleh peningkatan purata skor pencapaian pelajar daripada 5.15 kepada 9.0 (Skor Penuh 10). Penguasaan Kemahiran Pemkiran Komputasional ini diharap dapat menambah daya berfikir pelajar untuk lebih kreatif dan kritis dalam era digital masa kini. Pendahuluan Kemahiran Pemikiran Komputasional adalah kebolehan untuk menyelesaikan masalah kompleks secara kreatif dan kritis yang dihadapi setiap hari (Wing, 2006). Selaras dengan kemajuan digital ekonomi di peringkat global yang menekankan 4th Industry Revolution (4IR), di mana system pendidikan di abad ke-21 juga berubah ke arah melahirkan generasi yang mempunyai keupayaan kognitif yang tinggi bagi meningkatkan fikrah sains dalam diri pelajar. Hal ini penting, menurut Morelli et al., (2011) perkembangan sains dan teknologi telah menimbulkan pelbagai masalah yang kompleks yang memerlukan Kemahiran Berfikir Secara Komputasional untuk mengatasi isu ini. Kurikulum Fizik adalah subjek sains yang penuh dengan teori dan konsep mengenai hukum alam, pelajar perlu bertindak dan berfikir seperti seorang penyelidik agar proses meneroka, menaganalisa data, sintesis dan penilaian maklumat dapat dilaksanakan mengikut kemahiran sainstifik yang betul. Kajian daripada Bunyamin (2016) menunjukkan pengajaran dan pembelajaran Fizik yang dilaksanakan menyebabkan pelajar berfikir secara tersirat (implicit), pelajar tidak boleh membuat perkaitan maklumat atau konsep daripada satu topik kepada satu topik lain. Namun begitu, ada segelintir pelajar berjaya menerapkan gaya pengajaran dan pembelajaran secara tersurat (explicit), di mana pelajar dapat melakukan kemahiran berfikir aras tinggi dengan hubungkait teori dan konsep daripada pelbagai topik Fizik. Bagi menggalakkan pelajar lebih berfikir secara tersurat pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu menerapkan Kemahiran Berfikir Secara Komputasional kepada warga pendidik seterusnya kepada pelajar sekolah kerana Pemikiran Komputasional merangkumi teknik leraian, pengecaman corak, pengitlakan dan peniskalaan agar dapat meningkatkan aktiviti kognitif para pelajar ketika menyelesaikan masalah.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 145 Sekiranya Kemahiran Pemikiran Komputasional berjaya diaplikasikan oleh pelajar tidak mustahil negara Malaysia dapat mewujudkan generasi yang memiliki minda kelas pertama, daripada analisa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2018 nilai Gred Purata Nasional (GPN) bagi pelajar sains telah merosot daripada 5.05 pada tahun 2017 turun kepada 5.00 pada tahun 2018. Penurunan nilai GPN ini agak membimbangkan kerana ilmu sains dan teknologi di peringkat global bergerak dengan pantas, kita harus bertindak segera untuk bersaing dengan negara-negara lain agar tidak ketinggalan kebelakang. Oleh itu, penerapan Kemahiran Pemikiran Komputasional merupakan solusi terbaik untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek sains terutama Fizik seterusnya dapat merapatkan jurang taraf pendidikan Malaysia dengan negara-negara maju yang lain. Ini telah dibuktikan melalui kajian Barr et al, (2011) pemikiran komputasional dapat mengasah keupayaan pelajar dalam penyusunan data, analisis dan abstraksi data bagi meningkatkan daya penyelesaian masalah. Atas keperluan inilah pengkaji ingin melihat kesan daripada pengaplikasian Kemahiran Pemikiran Komputasional ini dapat memupuk fikrah sains dalam diri pelajar iaitu gaya berfikir secara sainstifik dan mewujudkan individu yang mempunyai nilai murni untuk mengaplikasikan ilmu sains untuk kesejahteraan masyarakat. Kajian Literatur Kebolehan kognitif pada masa kini merupakan satu keperluan atau kemahiran asas seperti mengira, membaca dan menulis, pelajar sains merupakan golongan penting untuk menguasai kemahiran pemikiran komputasional ini kerana dapat membantu pelajar untuk berfikir sepetimana sebuah komputer berfungi untuk memproses data dan maklumat mengikut algoritma, penaakulan, dan sintesis (Wing, 2010). Kajian yang telah dilakukan oleh Grover et al, (2013) penerapan kemahiran pemikiran komputasional amat penting dalam membina idea atau informasi yang baru kerana merangkumi proses-proses seperti algoritma, penaakulan dan komponen berfikir yang lain. Pengaplikasian kemahiran pemikiran komputasional dalam pendidikan sains telah dilaksanakan pada kajian lepas, di mana perkembangan teknologi dan sains yang sangat pesat memerlukan pelajar turut meningkatkan daya pemikiran mereka seiring dengan pemodenan teknologi masa kini. Galakan strategi pembelajaran melalui STEM di peringkat global telah memberi satu impak bagaimana cara terbaik untuk mengintergrasikan keempat-empat elemen dalam STEM. Hal ini telah menyebabkan pengkaji Allan et al, (2010) telah memfokuskan kemahiran pemikiran komputasional untuk membina satu aktiviti kejuruteraan yang merangkumi Sains, Matematik dan Teknologi. Manakala kajian lepas daripada A. T Korucu et al., 2017 telah melakukan penyiasatan bagi mengukur tahap pemikiran komputasional dalam kalangan pelajar berdasarkan jantina dan pembelajaran dengan menggunakan internet dan telefon pintar, daripada dapatan beliau perbezaan jantina tidak mempengaruhi tahap pemikiran komputasional tetapi jumlah jam penggunaan teknologi dan melayari internet telah meningkatkan kemahiran berfikir secara komputasional dalam kalangan pelajar. Hal ini turut disokong oleh Yadav et al., 2011 hasil daripada penerokaan ineternet pelajar akan memperolehi banyak maklumat dan informasi oleh itu pelajar perlu menerapkan beberapa teknik dalam pemikiran komputasional seperti pengecaman corak dan leraian untuk mendapatkan maklumat dan data yang penting manakala yang tidak perlu akan disaring atau dibuang. Disamping itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui ‘initial coding’ dan ‘final coding’ dengan menggunakan computer bagi menghasilkan roller coaster seperti yang telah dilaksanakan oleh David Weintrop dan rakan-rakan pada 2015 telah menunjukkan pelajar yang cenderung dengan teknologi dapat mendedahkan diri mereka dengan masalah kompleks. Daripada masalah utama yang timbul, pelajar perlu meleraikan isu yang besar kepada
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 146 komponen-komponen kecil secara tidak langsung dapat memfokuskan jalan penyelesaian daripada bawah terlebih dahulu. Kemahiran Pemikiran Komputasional terdiri daripada empat teknik berfikir yang penting iaitu teknik leraian (decomposition), pengecaman corak (pattern recognition), peniskalaan (abstraction) dan generalisation (pengitlakan). Berikut adalah huraian setiap teknik: i.Teknik Leraian (Decomposition) Teknik leraian (decomposition) adalah proses yang berlaku apabila masalah yang dihadapi terlalu sukar dan kompleks untuk diselesaikan sekaligus, namun masalah tersebut dapat diselesaikan dengan efektif melalui pecahan-pecahan masalah yang kecil terlebih dahulu (Lars Bollen, 2018). Melalui teknik leraian ini masalah yang besar mampu diurus dan diselesaikan dengan mudah terutama ketika melakukan tugasan secara berkumpulan. Pelajar boleh memberi pandangan, pendapat, pengalaman dan kemahiran masing-masing bagi meleraikan masalah yang dihadapi kepada beberapa komponen. Oleh itu, teknik leraian ini adalah pendekatan yang baik untuk menggalakkan aktiviti penerokaan dan penyiasatan di dalam kelas. Kajian Selby (2012) menyatakan penguasaan dan pemahaman yang mendalam terhadap teknik leraian adalah satu keperluan sebelum pelajar menguasai kemahiran berfikir yang lain. ii. Teknik Peniskalaan (Abstraction) Kemahiran peniskalaan (abstraction) adalah konsep asas bagi proses pengaturcaraan secara umum dan pengaturcaraan berorientasikan projek. Menurut Hu (2011) kemahiran peniskalaan (abstraction) adalah menyediakan langkah demi langkah dengan memfokuskan maklumat yang perlu sahaja, manakala maklumat yang tidak berkaitan di buang. Teknik peniskalaan ini sering digunakan dalam pengajaran sains komputer kerana dapat mengurangkan kerumitan reka bentuk sistem perisian yang kompleks. Sehubungan dengan itu, teknik peniskalaan ini harus dititiberatkan kerana dalam bidang sains, terutama kurikulum fizik yang mempunyai konsep dan teori yang sukar difahami. Teknik peniskalaan dapat membantu pelajar lebih cekap untuk membuat tapisan terhadap maklumatmaklumat yang diperolehi. Teknik ini merupakan salah satu teknik yang penting untuk mengaplikasikan kemahiran pemikiran komputasuional dalam kurikulum di sekolah. Ini turut disokong oleh Wing (2006) bahawa teknik peniskalaan ini merupakan elemen penting dalam kemahiran pemikiran komputasional bagi merumuskan penyelesaian terbaik dalam pelbagai masalah. iii. Teknik Pengecaman corak (Pattern Recognition) Teknik pengecaman corak adalah kaedah mengklasifikasikan maklumat mengikut kategori tertentu. Menurut kajian Sergio dan Theodoridis (2003) teknik pengecaman corak adalah kemahiran saintifik yang diperlukan dalam penyelesaian masalah dengan cara pengasingan data mengikut corak dan kelas masalah yang sama. Pelajar perlu menggunakan kebolehan mereka untuk menganalisis informasi, mengenal pasti corak dan hubungkait maklumat untuk menyelessaikan masalah. Teknik ini juga dapat membantu pelajar menghasilkan idea yang baru daripada masalah-masalah berlainan atau bahagian kecil dalam masalah yang sama. Pencapaian pelajar dalam subjek Fizik akan diukur dengan kebolehan pelajar mengabungkan teknik-teknik dalam kemahiran berfikir secara komputasional untuk menjadikan satu proses daya penyelesaian masalah yang terbaik. Faktor utama dalam proses ini adalah memahami masalah secara terperinci, memilih informasi yang tepat dan mencapai strategi penyelesaian Venville et al,. (2015). Dua ciri penting telah di senaraikan oleh Mohd Nasuha (1999) di mana ciri pemikiran kritis dalam penyelesaian masalah memerlukan dua komponen ini.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 147 iv. Teknik Pengitlakan (Generalization) Maksud pengitlakan ialah keupayaan untuk memindahkan kemahiran atau konsep yang dipelajari dalam satu konteks dan menerapkannya kepada masalah dalam konteks yang berbeza. Teknik addalah satu cara untuk menyelesaikan isu yang baru dihadapi dengan cepat berdasarkan penyelesaian dan pengalaman terhadap isu yang lama. Kajian Cszimadia et al., (2015) algoritma atau pengaturcaraan sesuatu perkara boleh disesuaikan dengan masalah yang masalah yang berlainan tapi mempunyai struktur penyelesaian masalah yang sama. Penerapan kemahiran pengitlakan dalam kurikulum sains tidak memerlukan strategi pengajaran dan pembelajaran yang baru. Namun begitu, perlaksanaan yang terbaik adalah menguji mengikut tempoh masa yang sesuai apabila topik dan teori sesuatu isu dalam subjek sains mempunyai komposisi yang sama. Kemahiran Penyelesaian Masalah Reaktif Sifat reaktif membolehkan pelajar untuk sentiasa peka dengan isu yang berlaku pada sekeliling mereka serta diikuti dengan tindak balas yang betul terhadap isu tersebut. Sifat reaktif ini boleh ditunjukkan dengan tingkah laku seperti membuat ulasan, komen dan kritikan terhadap masalah tersebut. Kemahiran berfikir yang diperlukan untuk ciri ini adalah peniskalaan (abstraction) dengan menyusun langkah demi langkah dengan menggunakan informasi yang perlu sahaja manakala informasi yang tidak diperlukan akan diasingkan. Selain itu, tenik leraian (decomposition) juga diperlukan untuk memecahkan struktur masalah yang kompleks kepada komponen yang lebih mudah untuk dianalisa. Menilai Penilaian terhadap sesuatu perkara juga penting untuk kita mendapat pandangan daripada pelbagai sudut positif dan negatif. Perkara ini penting kerana pelajar perlu mendapatkan maklumat yang berkualiti dengan mempunyai asas, fakta dan data daripada tahap pengetahuan serta pengalaman pelajar tersebut. Hal ini turut disokong oleh pengkaji Selby et al, (2013) dengan menyatakan daya menyelesaikan masalah yang terbaik adalah kebolehan individu untuk mengukur kebolehpercayaan informasi dan data yang berkaitan untuk merumuskan masalah dengan kaedah penyelesaian yang munasabah. Pelajar memerlukan teknik berfikir seperti pengecaman corak (pattern recognition) untuk mengklasifikasi stiap maklumat dalam kategori yang tepat, manakala teknik pengitlakan (generalisation) juga penting untuk pelajar membuat hubungkait daripada pengetahuan baru dengan dengan pengetahuan lama dan pengalaman agar idea baru dapat dibina sepada dengan masalah yang dihadapi. Rumusan Langkah-langkah penyelesaian masalah ini memerlukan kemahiran berfikir yang efisien untuk menghadapi masalah yang kompleks, pengkaji Wing (2006) telah menyatakan bahawa kemahiran pemikiran komputasional boleh dianggap sebagai perkara asas dalam menyelesaikan pelbagai perkara yang dihadapi setiap hari. Cadangan untuk menerapkan kemahiran pemikiran komputasional dalam kurikulum telah diperkasakan oleh Hu (2011) dengan mengaplikasikan teknik-teknik yang penting seperti pengecaman corak, leraian, pengitlakan dan peniskalaan, di mana teknik-teknik ini perlu digabungkan untuk menjadikan satu pemprosesan maklumat dan data yang lebih sistematik. Oleh itu kemahiran pemikiran komputasional ini merupakan satu penerapan yang sangat berkesan kepada pelajar terutama pada abad ke-21 kini. Pemikiran komputasional telah meningkatkan daya kognitif individu dalam membuat sesuatu penerokaan dan analisis. Seterusnya, kemahiran pemikiran komputasional dapat membantu mepembangunan modal insan dalam membentuk individu
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 148 yang mempunyai nilai murni dalam membuat sesuatu keputusan agar memberi manfaat kepada masyarakat. Methodologi Reka bentuk Kajian Kajian ini merupakan kajian tindakan dan dijalankan bagi mengenalpasti tahap kemahiran pemikiran komputasional pelajar terhadap pencapaian Fizik. Pelajar yang dipilih adalah daripada aliran sains tulen tingkatan empat yang telah mempelajari topik Daya dan Tekanan di sekolah dan pusat tuisyen. Pelajar-pelajar ini akan dijadikan kumpulan kawalan untuk diterapkan kemahiran berfikir secara komputasional selama dua minggu. Kajian ini mempunyai dua persoalan kajian. 1) Adakah kemahiran pemikiran komputasional dapat meningkatkan daya penyelesaian masalah pelajar dalam Fizik dan 2) Adakah kemahiran pemikiran komputasional dapat meningkatkan tahap kefahaman dalam diri pelajar mengenai Fizik. Responden Kajian Penyelidik melakukan kajian ini disebuah pusat tuisyen di Bandar Baru Bangi kerana penyelidik mempunyai rakan pengajar untuk menjalankan kajian ini. Semua pelajar yang dipilih adalah daripada satu kelas yang sama yang mengambil subjek Fizik, jumlah keseluruhan pelajar tingkatan empat di pusat tuisyen tersebut adalah 60 orang. Manakala jumlah sampel yang dipilih adalah 15 orang pelajar, responden yang telah dipilih akan diterapkan dengan kemahiran pemikiran komputasional selama dua minggu kemudian proses penilaian akan dilaksanakan melalui ujian Pra dan ujian Pos. Instrument Kajian Data daripada kajian ini telah diambil dengan menggunakan soalan daripada Instrumen Kemahiran Pemikiran Kritikal Malaysia (Malaysian Critical Thinking Skills Instrument – MyCT). Soalan daripada instrument ini telah diubah suai dengan topik Daya dan Tekanan mengikut kaedah berfikir secara komputasional. Daripada proses tersebut penyelidik akan memperoleh data mengenai prestasi dan pencapaian pelajar dalam topik Daya dan Tekanan tingkatan empat. Melalui ujian ini pengkaji dapat membandingkan skor pelajar dalam menyelesaikan masalah dan tahap kefahaman pelajar sebelum dan selepas startegi kemahiran pemikiran komputasional diterapkan kepada pelajar. Selain itu, soal selidik juga digunakan untuk mengenalpasti tahap kemahiran berfikir sedia ada pelajar berkaitan teknik-teknik dalam pemikiran komputasional. Terdapat 20 soalan yang akan dibahagikan kepada 4 bahagian, pelajar perlu menjawab semua soalan. Prosedur Pengumpulan Data Soal Selidi Dalam kajian ini set soal selidik telah digunakan untuk mengukur pengetahuan sedia ada pelajar mengenai kemahiran pemikiran komputasional dalam kalangan pelajar. Soal selidik ini dirangka dan disediakan berasaskan kepada empat strategi berfikir iaitu: i. Teknik Leraian ii. Teknik pengecaman corak iii. Teknik pengitlakan iv. Teknik peniskalaan
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 149 Semua teknik di atas akan diterapkan kepada pelajar sebagai pendekatan dalam proses pengajaran dan pembealajaran bagi meningkatkan daya penyelesaian masalah dan tahap kefahaman pelajar ketika menyelesaikan masalah berkaitan Fizik. Ujian Kemahiran Pemikiran Komputasional Ujian ini terdiri daripada Ujian Pra yang akan diberi kepada pelajar sebelum penerapan kemahiran pemikiran komputasional, manakala Ujian Pos pula akan diberikan kepada pelajar selepas selesai proses pengajaran dan pembalajaran. Ujian ini mengandungi empat soalan subjektif berkaitan dengan topik Daya dan Tekanan, soalan-soalan ini untuk mengenalpasti kemampuan pelajar dari segi kemahiran konseptual, analisa dan sintesis maklumat. Prosedur Analisa Data Analisa statistic yang dijalankann adalah ujian korelasi dengan membuat perbandingan serta perbezaan tahap kemahiran pemikiran kompuatsional antara markah Ujian Pra dan Ujian Pos. Hal ini kerana, data yang diambil adalah bentuk kuantitatif yang diukur dengan nisbah dan sela bagi mengenalpasti daya penyelesaian masalah dan tahap literasi maklumat pelajar ketika menjawab soalan berkaitan topik daya dengan menggunakan teknik berfikir secara komputasional. Oleh itu, maklumat dan data tersebut adalah bentuk interval yang boleh diuji dengan kaedah pengujian struktur statistic parametric seperti ujian korelasi. Data yang dikumpul akan dianalisa dengan menggunakan SPSS, pemilihan perisian ini kerana menjimatkan masa dan tenaga. Selain itu juga analisa statistic bagi kajian kuantitatif mudah diperolehi seperti pengiraan median, frekuensi dan peratusan. Rumusan Metodologi kajian ini telah menerangkan rekabentuk kajian yang dijalankan, bilangan sampel, jenis instrument serta cara pengumpulan dan analisa data yang dilakukan. Penyelidik berharap kajian ini dapat memberi impak kepada system pendidikan mengenai keberkesanan kemahiran berfikir secara komputasional terhadap daya penyelesaian masalah dan literasi maklumat ketika menyelesaikan soalan Fizik, seterusnya dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek Fizik. Analisa Dan Dapatan Kajian Dapatan kajian daripada ujian Pra dan ujian Pos telah ditunjukkan pada Rajah 1. Pelajar yang telah diterapkan dengan kemahiran pemikiran komputasional telah menunjukkan peningkatan melalui perbandingan markah ujian tersebut. Hal ini dapat dilihat melalui segelintir pelajar telah berjaya mengaplikasikan teknik pemikiran komputasional ketika menyelesaikan masalah yang kompleks. Tinjauan Masalah Sepanjang proses pengumpulan data, penyelidik telah melaksanakan tinjauan melalui dua pendekatan: i.Soal selidik Penyelidik telah menyediakan borang soal selidik yang merangkumi 12 soalan dan telah diberikan kepada para pelajar untuk memberikan maklum balas terhadap kemahiran berfikir sedia ada pelajar dalam menyelesaikan masalah. Hasil daripada pemerhatian ini penyelidik dapat mengkaji, menilai dan membuat refleksi kendiri mengenai keupayaan serta pengetahuan pelajar mengenai startegi berfikir ketika menganalisa sesuatu maklumat.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 150 ii.Ujian Sebanyak empat soalan subjektif telah diberikan kepada pelajar bagi mengukur tahap kemahiran pemikiran komputasional pelajar dalam menyelesaikan masalah mengikut teknik-teknik pemikiran komputasional seperti teknik leraian, pengecaman corak, pengitlakan dan peniskalaan. Soalan ujian telah diambil daripada Instrumen Kemahiran pemikiran Kritikal Malaysia (Malaysian Critical Thinking Skills Instrument-MyCT) serta diubahsuai soalan tersebut dengan soalan Fizik bagi tajuk Daya dan Tekanan. Analisis Soal Selidik Responden
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 151 Jadual 1 menunjukkan nilai peratusan dan nilai kekerapan responden berkaitan dengan daya penyelesaian masalah pelajar ketika menjawab soalan Fizik sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Startegi berfikir yang efektif sangat penting kerana mempengaruhi cara pemikiran kreatif dan kritis pelajar ketika menganalisa maklumat dan data. Hasil dapatan soal selidik berikut responden masih berada pada tahap sederhana, Namun begitu daya penyelesaian masalah yang tinggi dalam kalangan pelajar adalah memecahkan masalah daripada bahagian besar kepada bahagian kecil dengan peratusan baik dan sangat baik mencapai 80%, manakala strategi penyelesaian masalah paling rendah ialah melakukan imbas kembali semasa menjawab soalandengan peratusan sangat lemah dan lemah mencapai 33.4%, hal ini menunjukkan masih ada segelintir pelajar yang masih lemah dalam beberapa kaedah dalam melakukan kemahiran berfikir secara komputasional. Secara tidak langsung pelajar tersebut juga tidak dapat melakukan hubungkait maklumat dengan baik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ujian Pra Ujian ini diberikan kepada pelajar sebelum proses penerapan kemahiran pemikiran komputasional dilaksanakan.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 152 Jadual 2 Keputusan Ujian Pra Menurut jadual 2 peratusan markah pelajar dalam menyelesaikan masalah menggunakan teknik-teknik pemikiran komputasional menunjukkan pelajar masih belum mencapai tahap yang memuaskan iaitu 80% keatas. peratusan tertinggi yang dicapai oleh pelajar B adalah 77%, jumlah markah ini menunjukkan masih ramai pelajar belum menguasai kemahiran pemikiran komputasional dalam membuat analisa dan rumusan. Seramai tiga orang pelajar mendapat peratusan bawah 50% dengan markah terendah ialah 48%, situasi ini agak membimbangkan kerana ada segelintir pelajar hanya menghafal fakta daripada membuat analisa maklumat. Ujian Pos Selepas selesaikan proses pengajaran dan pembelajaran selama dua minggu pelajar telah diberikan Ujia Pos, berikut merupakan keputusan ujian pelajar. Jadual 3
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 153 Keputusan Ujian Pos Jadual 3.0 menunjukkan terdapat peningkatan peratusan markah bagi tiga orang pelajar, di mana pelajar B, G dan J telah mencapai keputusan yang tinggi dengan 80% keatas. Markah tertinggi adalah daripada pelajar G dengan markah 86.7%, walaupun begitu masih terdapat juga pelajar yang masih mendapat markah yang rendah 40% iaitu pelajar H dan N. Secara keseluruhan menunjukkan pelajar masih berada pada tahap optimum, di mana majority pelajar hanya berada pada markah yang memuaskan. Ujian korelasi Ujian korelasi dilakukan terhadap setiap teknik pemikiran komputasional iaitu teknik leraian, pengecaman corak, pengitlakan dan peniskalaan. Ujian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti hubungan antara pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Analisa yang dijalankan adalah ujian korelasi pearson r kerana taburan data didapati adalah normal kepada semua pembolehubah. Pengkaji telah membuat empat ujian korelasi untuk membandingkan kemahiran penyelesaian masalah dengan teknik-teknik pemikiran komputasional. Dalam ujian ini nilai signifikan atau p 0.05 kebawah menunjukkan hubungan positif terhadap ujian korelasi, manakala nilai signifikan atau p keatas menunjukkan nilai negatif kepada hubungan ujian korelasi tersebut.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 154 Jadual 4 Ujian Korelasi Teknik Leraian Ujian Korelasi ini menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan di antara daya penyelesaian masalah pelajar dengan teknik leraian. Secara numerik, kita dapat lihat nilai korelasi pearson, r adalah 0.307 iaitu nilai positif manakala nilai p menunjukkan tidak terdapat signifikan di antara daya penyelesaian masalah pelajar dengan teknik leraian. Nilai signifikan lebih besar dari 0.05 (r=0.266, p > 0.05). Jadual 5 Ujian Korelasi Teknik Pengecaman Corak Dalam Ujian Korelasi ini hipotesis jelas terjawab dan boleh diterima bahawa terdapat hubungan yang positf signifikan. Nilai pekali pearson r adalah 0.525 dan nilai signifikan p adalah 0.045 iaitu bawah 0.05 (r=0.525, p < 0.05)). Ini menunjukkan teknik pengecaman corak antara kaedah pemikiran komputasional yang berkesan untuk meningkatkan daya penyelesaian masalah pelaja
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 155 Jadual 6 Ujian Korelasi Teknik Peniskalaan Dalam kajian ini menunjukkan hubungan yang negatif antara kemahiran penyelesaian masalah pelajar dengan teknik peniskalaan, di mana nilai signifikan adalah lebih besar iaitu 0.422 dan nilai korelasi pearson adalah 0.117 (r=0.422, p > 0.05). Hipotesis ini menyatakan tidak terdapat hubungan di antara kemahiran penyelesaian masalah dengan teknik peniskalaan pelajar. Jadual 7 Ujian Korelasi Teknik Pengitlakan Ujian korelasi ini juga menunjukkan tiada hubungan yang positif di antara kemahiran penyelesaian masalah pelajar dengan kemahiran pengitlakan. Di mana nilai signifikan adalah lebih besar iaitu 0.446 dan nilai korelasi pearson adalah 0.096 (r=0446, p > 0.05). hipotesis ini menyatakan tidak terdapat pertalian ataupun hubungan di antara daya penyelesaian masalah dengan kemahiran pemikiran komputasional pelajar.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 156 Perbincangan Analisa Data Keputusan kajian ini menunjukkan terdapat peningkatan dalam kemahiran pemikiran komputasional dalam kalangan pelajar ketika menjawab soalan Fizik. Walaupun begitu hasil dapatan menunjukkan markah keseluruhan ujian Pra dan ujian Pos masih berada pada tahap sederhana, di mana pelajar masih belum menguasai sepenuhnya strategi berfikir komputasional dalam menganalisa maklumat dan informasi mengenai ilmu Fizik. Seramai tiga orang pelajar telah menunjukkan perkembangan yang memberansangkan pada ujian Pra dengan mencapai markah 80% keatas, di mana markah tertinggi yang diperolehi adalah 86.7% jika dibandingkan dengan ujian Pos markah tertinggi hanya 77%. Ini membuktikan bahawa pelajar tersebut telah berjaya menguasai kemahiran literasi maklumat serta membuat hubungkait antara konsep Fizik bagi mencapai satu rumusan terbaik. Manakala ujian korelasi yang dilaksanakan menunjukkan 1 daripada 4 ujian korelasi terdapat hubungan positif iaitu dengan nilai p < 0.05, strategi berfikir yang sangat diperlukan dalam menyelesaikan masalah dan menganalisa maklumat adalah teknik pengecaman corak, teknik ini merupakan perkara asas dalam kemahiran pemikiran komputsaional. Pelajar memerlukan informasi yang sedia ada untuk membuat perbandingan dengan situasi yang baru dihadapi. Dalam hal ini, pengkaji telah memberikan dua gambar yang berlainan tetapi mempunyai isu yang sama, pelajar telah berjaya membuat hubungkait daripada kedua-dua gambar tersebut. Namun begitu, 3 ujian korelasi yang menunjukkan hubungan negatif dengan mempunyai nilai signifikan p > 0.05. Teknik yang mempunyai nilai signifikan yang tinggi ialah teknik leraian, pengitlakan dan peniskalaan. Pengkaji melihat bahawa bagi meningkatkan kemahiran pemikiran komputasional pelajar perlu didedahkan dengan maklumat yang banyak dan informasi yang tepat terutama dalam teori Fizik yang merangkumi pelbagai fakta dan hukum alam. Cadangan Kajian Selepas penerapan kemahiran pemikiran kompitasional pengkaji telah membuat perbandingan keputusan ujian Pra dan ujian Pos daripada pelajar, terdapat beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan agar pemikiran komputasional dapat dijadikan kemahiran asas dalam system pendidikan negara kita. Hal ini boleh dicapai sekiranya cadangan untuk menyusun semula topik dan silibus dalam subjek Fizik, pembelajaran secara koheran di antara topik dengan topik yang lain adalah penting supaya pelajar dapat membuat hubungkait pengetahuan dan fakta bagi menyelesaikan masalah yang kompleks. Disamping itu juga, gaya pembelajaran yang berteraskan projek reka bentuk juga akan memberi manfaat yang banyak kepada pelajar, kaedah ini dapat melatih pelajar untuk mengenalpasti masalah serta mengumpul data mengenai reka bentuk yang akan dibina. Secara tidak langsung pelajar dapat meningkatkan kemahiran sainstifik dan mengasah pemikiran pelajar untuk lebih kreatif dalam mencipta idea. Jika pelajar mengaplikasikan ilmu pengetahuan dengan teknik kemahiran pemikiran komputasional nescaya kebolehan dalam mencipta dan reka bentuk dapat ditingkatkan. Oleh itu, saya berharap cadangan saya dapat diimplementasikan dengan efisien bagi menimbulkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kalangan pelajar. Sebagai seorang bekas pelajar Sarjana Muda Sains Fizik, saya ingin mengubah persepsi para pelajar mengenai subjek Fizik. Di mana, konsep dan teori Fizik yang dipelajari mudah difahami sekiranya pelajar dapat menguasai kemahiran pemikiran komputasional dengan pelbagai teknik berfikir seiring dengan system pendidikan masa kini yang menekankan 4th Industry Revolution.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 157 Kesimpulan Penerapan pemikiran komputasional khususnya dalam subjek Sains masih berada pada tahap awal bagi merealisasikan perkara ini terutama kepada generasi muda, pendekatan kemahiran berfikir secara kompuatsional ini memerlukan sokongan serta dorongan daripada pelbagai pihak agar cabaran ini tidak diletakkan sepenuhnya kepada warga pendidik. Struktur pendidikan yang kukuh perlu dibina dan disusun semula agar dapat terus bersaing di peringkat global. Walaupun begitu, tidak semua teknik kemahiran berfikir berkesan untuk meningkatkan tahap kognitif pelajar, hal ini kerana sesuatu teknik berfikir perlu digabungkan dengan pengetahuan dan kemahiran literasi makumat untuk meningkatkan kuantiti serta kualiti sesuatu maklumat. Jika perkara ini dapat bergerak seiring, nescaya kemahiran berfikir secara komputasional mampu dikuasai sepenuhnya oleh pelajar. Rujukan A.T Korucu, A.T Genctutk, & M. M Gundogdu (2017)., Examination of The Computational Thinking Skills of Students. Journal of Learning and Teaching in Digital Age, 2(1), 11-19. Allan, W., Coulter, B., Denner, J., Erickson, J., Lee, I., Malyn-Smith, J., & Martin, F. (2010). Computational Thinking for Youth. ITEST Small Working Group on Computational Thinking. Azizah Mat Ail. (2015). Analisis Penguasaan Kemahiran Penaakulan Saintifik, Kemahiran Proses Sains Dan Kemahiran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Jajahan Bachok, Kelantan. Disertasi Ijazah Sarjana. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bunyamin, M. A. H. (2015). Pendidikan STEM Bersepadu: Perspektif Global, Perkembangan Semasa di Malaysia, dan Langkah Ke Hadapan. Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor, 25(1), 1-6. Grover, S., & Pea, R. (2013, March). Using a discourse-intensive pedagogy and android's app inventor for introducing computational concepts to middle school students. In Proceeding of the 44th ACM technical symposium on Computer science education (pp. 723-728). ACM. Hu, C. (2011). Computational thinking: what it might mean and what we might do about it. In Proceedings of the 16th annual joint conference on Innovation and technology in computer science education (pp. 223 227). ACM. J. M Wing. 2008. Computational thinking and thinking about computing. PhilosophicalTransactions of the Royal Society A: Mathematical, Physical and Engineering Sciences 366, 1881 (Oct. 2008), 3717–3725. https://doi.org/10.1098/rsta.2008.0118 Morelli, R., De Lanerolle, T., Lake, P., Limardo, N., Tamotsu, E., & Uche, C. (2011). Can android app inventor bring computational thinking to k-12 In Proc. 42nd ACM technical symposium on Computer science education (SIGCSE'11) (pp. 1-6). Mohd Nashuha Jamidin dan rakan-rakan (1999). Kemahiran Berfikir Dan Belajar.Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. S. Grover and R. Pea. 2013. Computational Thinking in K-12: A Review of the State of the Field. Educational Researcher 42, 1 (Jan. 2013), 38–43. https: //doi.org/10.3102/0013189X12463051 Sergios Theodoridis, Konstantinos Koutroumbas, pattern recognitio, Pattern Recognition, Elsevier(USA)) ,1982 Selby, C., & Woollard, J. (2013). Computational thinking: the developing definition Webb, M., Davis, N., Katz, Y. J., Reynolds, N., & Syslo, M. M. (2015). Towards deeper understanding of the roles of CS/ Informatics in the curriculum. In A. Brodnik & C. Lewin (Eds.), IFIP TC3 Working Conference “A New Culture of Learning: Computing and next Generations.” Vilnius University, Lithuania. Retrieved from http://www.ifip2015.mii.vu.lt Yadav, A., Zhou, N., Mayfield, C., Hambrusch, S. & Korb, J. T., “Introducing Computational Thinking in Education Courses”, Proceedings of the 42nd ACM technical symposium on Computer Science Education 11, 465-470, March 9-12, 2011.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 158 TELEFON PINTAR DALAM MENGINTEGRASIKAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI PERSEDIAAN MENDEPANI CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 Amirah Wahidah Adnan, Norasyikin Osman dan Roselizam Daud Abstrak Telefon pintar menjadi salah satu alat yang semakin digemari dalam kalangan masyarakat untuk kegunaan harian. Dalam mengharungi cabaran globalisasi, penggunaan peranti mudah alih ini bukan sahaja sebagai alat perhubungan komunikasi, malah telah melangkaui pelbagai bidang termasuk pendidikan. Sistem pendidikan negara berhadapan dengan cabaran dari segi kaedah penyampaian ilmu yang melangkaui sempadan bagi mendepani cabaran revolusi industri 4.0. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka penggunaan telefon pintar untuk pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Durian Burong, Kuala Terengganu. Data diperolehi daripada 62 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun 3 yang mempelajari mata pelajaran pendidikan Islam. Implikasi kajian ini memberi pengetahuan asas dan hala tuju bagi penyelidik dan pengamal untuk sentiasa meningkatkan prestasi pengajaran di sekolah khususnya mata pelajaran pendidikan Islam. Kata Kunci: Telefon Pintar, Peranti,Revolusi Industri 4.0 Pengenalan Untuk memperkasakan teknologi dalam pendidikan, penggunaan peralatan teknologi seperti peranti mudah alih dalam kalangan guru dilihat sebagai salah satu inisiatif baik dalam proses penyampaian ilmu pengetahuan kepada pelajar khususnya dalam mendepani cabaran revolusi industri 4.0. Penggunaan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan Tablet menjadi satu fenomena yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Mereka menggunakan telefon pintar untuk melayari media social seperti facebook, Instagram, twiter, aplikasi whatsapp, telegram dan sebagainya. Kaedah pengajaran dan pembelajaran telah berubah kerana penggunaan yang drastik masyarakat terhadap telefon mudah alih dari pelbagai aspek. Statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM, 2018) mendapati bahawa sembilan daripada sepuluh orang atau 93.1 % pengguna menggunakan telefon pintar dan rekodkan sebanyak 61.8 % adalah bertujuan untuk pendidikan seperti perkongsian bahan pendidikan secara atas talian. Ini menunjukkan bahawa penggunaan telefon pintar semakin digemari oleh warga pendidikan yang terdiri daripada guru dan murid untuk berkolaberatif dalam pembelajaran. Laporan Pemantauan pendidikan Global oleh UNESCO (2019) menyatakan bahawa teknologi dapat meningkatkan pembelajaran secara maya dan semakin mendapat perhatian terutamanya dalam bidang pendidikan. Sistem pendidikan pada masa kini berdepan dengan cabaran revolusi industri 4.0. Fisk (2017) menyatakan bahawa revolusi industri 4.0 dalam pendidikan mempunyai sembilan aliran iaitu pembelajaran di mana sahaja tanpa mengira waktu, pembelajaran secara individual, kaedah penyampaian yang fleksibel, pembelajaran berasaskan projek, suasana pembelajaran sebenar, pembelajaran secara pementoran dan kolaboratif , pembelajaran secara menginterpretasi data, penilaian berdasarkan pencapaian masing-masing, menilai pandangan dan cadangan pelajar dalam memperkemaskan kurikulum dan guru sebagai pemudahcara.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 159 M-pembelajaran dipilih sebagai salah satu strategi untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan di mana sahaja samada guru mahupun pelajar. Dunia dikejutkan dengan penularan wabak COVID-19 dan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang terjejas dengan isu ini. Berdasarkan isu itu, sektor pendidikan boleh mengamalkan penggunaan telefon mudah alih untuk pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan penyampaian ilmu kepada murid kerana ia bersifat fleksibel dan boleh dilakukan di mana sahaja tanpa mengira tempat dan waktu . Untuk meningkatkan tahap kompetensi guru, kajian ini memberi tumpuan kepada pelaksanaan penggunaan telefon pintar bukan sahaja kepada warga guru dan pihak pentadbiran sekolah, malahan murid dan juga ibu bapa. Kajian Literatur Pendidikan merupakan salah satu aspek yang penting dalam membina masyarakat bertamadun. Kaedah pengajaran guru adalah salah satu bahagian yang harus dititik beratkan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Jika kita melihat guru pada satu ketika dahulu menggunakan kaedah tradisional seperti menggunakan buku di dalam kelas (Nawi & Isa Hamzah, 2013), namun kemunculan peranti mudah alih dan sistem jaringan internet membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan(Mardian Shah & Mashrom, 2019) Furió Ferri, Juan, Segui, & Vivó Hernando, (2015) menjalankan kajian terhadap pelajar berusia lingkungan 8 hingga 10 tahun mendapati bahawa walaupun tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan iPhone dengan pembelajaran di dalam kelas, namun permainan menggunakan iPhone lebih memuaskan daripada pembelajaran di dalam kelas. Ini menunjukkan bahawa penggunaan iPhone boleh memberi kesan dalam pengajaran di dalam kelas. Kajian Taleb, Ahmadi, & Musavi (2015) mnedapati guru berminat menggunakan teknologi mudah alih dalam pengajaran matematik kerana penggunaan teknologi bergerak membantu penyertaan murid dalam pembelajaran dan sekaligus meningkatkan motivasi guru dalam pengajaran. Pirker, Gütl, Weiner, & Garcia-Barrios, (2015) menyatakan bahawa penggunaan telefon mudah alih menjadi peralatan yang popular digunakan oleh pelajar sekaligus menunjukan bahawa perubahan pembelajaran secara tradisional kepada pembelajaran pembelajaran secara digital(Dias & Victor, 2017). Kajian Elfeky & Yakoub Masadeh (2016) yang menggunakan pendekatan quasieksperimental mendapati bahawa penggunaan m-pembelajaran memberi pengaruh besar terhadap pencapaian akademik dan kemahiran murid dalam perbincangan pembelajaran antara rakan mereka. Oleh itu, m-pembelajaran dapat meningkatkan motivasi bukan sahaja dalam kalangan guru, malahan murid juga semakin berminat terhadap pembelajaran mereka kerana bahan yang diberikan oleh guru berbentuk interaktif seperti pembelajaran melalui video youtube, gambar dan audio. Selain itu, penggunaan telefon pintar memudahkan proses pengajaran guru walau di mana mereka berada selagi ade jaringan internet. Ini dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat ke arah pengaplikasian teknologi dalam kehidupan. Metodologi Dalam kajian ini, Sekolah Kebangsaan Durian Burung, Kuala Terengganu dipilih sebagai populasi kajian. Terdapat seramai 60 orang pelajar tahun 3 yang terlibat dalam kajian Penyelidik telah menyediakan satu borang soal selidik yang mengandungi 10 item untuk dijawab oleh murid tahun 1. Soal selidik tersebut akan dijawab oleh murid secara atas talian
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 160 dengan menggunakan ‘google form’. Jawapan pelajar direkodkan dalam bentuk perisian excel dan akan dianalisis oleh penyelidik untuk mendapatkan mengenal pasti dapatan kajian yang diperoleh. Kesimpulan Kajian ini menawarkan beberapa implikasi dari segi pengetahuan dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pertama, kajian ini diperluaskan untuk menerokai prestasi penggunaan teknologi dalam kalangan guru bermula di sekolah rendah. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, penyelidikan ini memberi sumbangan untuk mengisi jurang sedia ada dalam penyelidikan mengenai motivasi guru dalam pengajaran mereka. Penghargaan Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia saya, Dr Norasyikin Osman kerana banyak membantu dan membimbing saya dalam menyediakan e-book ini. Tidak lupa juga kepada Dr. Nurul Fadly di atas bimbingan yang diberikan secara maya sepanjang saya menulis e-book ini. Rujukan Dias, L., & Victor, A. (2017). Teaching and Learning with Mobile Devices in the 21st Century Digital World: Benefits and Challenges. European Journal of Multidisciplinary Studies, 5(1), 339. https://doi.org/10.26417/ejms.v5i1.p339-344 Elfeky, A. I. M., & Yakoub Masadeh, T. S. (2016). The Effect of Mobile Learning on Students’ Achievement and Conversational Skills. International Journal of Higher Education, 5(3), 20–31. https://doi.org/10.5430/ijhe.v5n3p20 Fisk, P. (2017). Education 4.0 … the future of learning will be dramatically different, in school and throughout life. Retrieved from https://www.thegeniusworks.com/2017/01/future-education-young-everyone-taughttogether/ Furió Ferri, D., Juan, M., Segui, I., & Vivó Hernando, R. . (2015). Mobile learning vs . traditional classroom lessons : A comparative study . Journal of Computer Assisted Learning . 31 ( 3 ). Journal of Computer Assisted Learning, 31, 189–201. https://doi.org/10.1111/jcal.12071.The Malaysia, C. and M. C. (2018). Internet Users Survey 2018 | 1 1 Internet Users Survey 2018. Cyberjaya. Mardia Shah, O., & Mashrom, M. (2019). Kemahiran Komunikasi Penutur Asing : Aplikasi Pendekatan Telefon Pintar dan Internet Foreign Language Communication Skills : Smartphone and Internet Approach Applications. 35(4), 353–367. Nawi, A., & Isa Hamzah, M. (2013). Tahap Penerimaan Penggunaan Telefon Bimbit Sebagai M-Pembelajaran dalam Pendidikan Islam. Journal of Islamic and Arabic Education, 5(1), 1–10. Pirker, J., Gütl, C., Weiner, P., & Garcia-Barrios, V. M. (2015). Application domains for a location-based mobile application creator. International Journal of Interactive Mobile Technologies, 9(3), 52–57. https://doi.org/10.3991/ijim.v9i3.4470 Taleb, Z., Ahmadi, A., & Musavi, M. (2015). The Effect of M-learning on Mathematics Learning. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 171, 83–89. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2015.01.092 UNESCO. (2019). Global Education Monitoring Report 2019:Migration , displacement and education :
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 161 PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK BERAYAT MENGGUNAKAN KAEDAH MODEL BAR DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA DI TUARAN, SABAH Aspawati Binti Haji Basri, Mohd Zaki Bin Ishak dan Mohamad Ibni Bin Rusdam Abstrak Kemahiran menyelesaikan masalah matematik sangat dititikberatkan dan perlu diterap dalam diri murid-murid bagi memastikan keupayaan mereka mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan sebenar. Kaedah model bar pula merupakan strategi yang disyorkan dan dapat membantu meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah matematik berayat dalam kalangan murid-murid di sekolah rendah. Tujuan kajian ini ialah untuk meneroka kaedah model bar dalam menyelesaikan masalah matematik berayat dalam kalangan murid sekolah rendah di Tuaran, Sabah. Kajian ini dialankan berdasarkan dapatan keberkesanan penggunaan kaedah model bar dalam kajian-kajian lepas. Implikasi kajian ini diharap dapat membantu guru-guru dan seterusnya mendedahkan murid-murid kepada penggunaan kaedah model bar semasa proses pembelajaran dan pemudahcaraan matematik. Kata Kunci: Kaedah Model Bar, Penyelesaian Masalah Matematik Berayat Pengenalan Untuk memastikan kemahiran menyelesaikan masalah matematik berayat dalam kalangan murid-murid dapat diperkukuhkan, kaedah pembelajaran yang digunakan perlu mpertimbangkan jenis masalah matematik berayat yang terlibat dan strategi yang sesuai digunakan. Sebagai contoh, Boonen dan Jolles (2015) menyebutkan bahawa jenis masalah matematik berayat mempengaruhi keupayaan menyelesaikan masalah dalam kalangan muridmurid. Baldwin (2018) pula menegaskan bahawa murid-murid perlu didedahkan dengan strategi yang sesuai kerana terdapat pelbagai jenis masalah matematik yang perlu diselesaikan dengan cara yang berbeza, manakala Yap dan Siti Rahaimah (2018) menyatakan strategi penyelesaian tersebut memerlukan daya pemikiran yang kritis. Oleh itu, kaedah model bar merupakan strategi yang memenuhi kriteria yang diperlukan bagi memastikan pengetahuan yang diperolehi lebih berkesan dan bermakna. Kaedah model bar membantu murid-murid menyelesaikan masalah matematik berayat dan merupakan pembelajaran berasaskan skema. Kaedah ini tidak diterapkan sepenuhnya dalam kurikulum matematik di Malaysia. Kaedah model bar ini hanya didapati dalam buku teks matematik tahun 5 tajuk pecahan (Chan et. al., 2014), namun hanya dinyatakan sebagai rajah pecahan sahaja (Nor Ezah & Nurulwahidah, 2016). Asalnya, kaedah ini dibangunkan di Singapura sekitar tahun 1970an untuk mengatasi masalah murid yang tidak menguasai kemahiran asas numerasi dan tidak mampu menyelesaikan masalah berayat dengan baik (Ragu Ramasamy & Marzita, 2018). Di Malaysia, murid-murid didapati masih sukar memahami kehendak soalan semasa cuba menyelesaikan masalah matematik berayat (Norulbiah & Effandi, 2016). Chong dan Roslinda, (2017) juga menyatakan keupayaan menyelesaikan masalah matematik berayat dalam kalangan murid-murid juga lemah apabila mereka tidak dapat menentukan operasi yang tepat. Kaedah model bar dipilih sebagai strategi yang berkesan bagi mengatasi masalah ini. Gambar rajah skema yang digunakan dalam kaedah ini membantu murid-murid menyelesaikan masalah matematik dengan lebih baik. Kajian yang telah dijalankan di Malaysia (Yap & Siti Rahaimah, 2018; Ragu Ramasamy & Marzita, 2018; Nor Ezah & Nurulwahida, 2016) juga
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 162 mendapati kaedah ini berkesan dan membantu murid-murid memahami dan menentukan operasi yang sesuai semasa menyelesaikan masalah matematik berayat. Murid-murid perlu mengkategorikan masalah matematik berayat mengikut jenis, melukis atau membina gambar rajah skema berbentuk segi empat tepat dan seterusnya menentukan jalan penyelesaian yang terlibat (Mahoney, 2012). Oleh itu, dengan langkah-langkah yang ditekankan dalam kaedah model bar ini dapat membantu murid-murid memahami dan seterusnya menyelesaikan masalah matematik berayat dengan baik. Berdasarkan isu itu, penggunaan kaedah model bar perlu diaplikasikan supaya keupayaan menyelesaikan masalah matematik berayat dalam kalangan murid-murid dapat diperkukuhkan, seterusnya mempertingkatkan pencapaian dan prestasi matematik. Dalam konteks kajian ini, tumpuan dibuat berdasarkan kepentingan dan keperluan pelaksanaan kaedah model bar dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan penyelesaian masalah matematik berayat di sekolah rendah di daerah Tuaran, Sabah. Justifikasi Kajian Menggunakan Kaedah Model Bar Pencapaian Singapura dalam matematik di peringkat antarabangsa telah membuka mata pengkaji-pengkaji di Malaysia untuk mengkaji kaedah yang digunakan dalam kurikulum matematik khususnya yang diaplikasikan kepada murid-murid sekolah rendah di Singapura. Pengkaji-pengkaji menyedari bahawa kaedah model bar memainkan peranan penting dalam kurikulum matematik sekolah rendah di Singapura dari sejak mula diperkenalkan pada tahun 1980 hingga kini. Inovasi ini diperkenalkan bagi menangani masalah murid-murid yang masih tidak menguasai pengiraan asas serta kemahiran menyelesaikan masalah berayat dengan baik (Ragu Ramasamy & Marzita Puteh, 2018). Kajian di Malaysia mendapati kaedah model bar dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam penyelesaian masalah matematik berayat. Menurut Farizan (2014), selain dapat membantu murid-murid meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah, kaedah ini juga dapat menarik minat murid-murid menyelesaikan masalah matematik berayat. Dapatan ini disokong oleh Yap dan Siti Rahaimah (2018) serta Nor Ezah dan Nurulwahidah (2016). Dalam pelaksanaan kajian lepas tentang kaedah model bar ini, perincian dan dapatan kajian yang dibuat di Malaysia ditunjukkan seperti dalam Jadual 1. Jadual 1 Kajian kaedah model bar di Malaysia Pengkaji Farizan (2014) Nor Ezah dan Nurulwahidah (2016) Ragu dan Marzita (2017) Yap dan Siti Rahaimah (2018) Augustine dan Effandi (2020) Tujuan mengkaji keberkesanan kaedah Model Bar dalam membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran dalam menyelesaikan masalah matematik berayat mengenal pasti dan mengkaji proses pengajaran dan pembelajaran penyelesaian masalah matematik berayat menilai keberkesanan penggunaan kit model bar untuk memahami dan menjawab soalan KBAT dalam kalangan murid sekolah rendah. meninjau pelaksanaan pendekatan kaedah model bar dalam penyelesaian masalah berayat mengkaji penggunaan model bar dalam menyelesaikan masalah matematik berayat pecahan Peserta Kajian - tiga puluh orang murid tahun empat - pencapaian matematik berbeza - Enam orang murid tahun lima - Pencapaian matematik tahap sederhana. - tiga puluh lima orang murid tahun empat - tiga puluh lima orang murid tahun empat Lapan orang murid tahun enam
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 163 - Tiga orang guru - pencapaian matematik hampir sama Lokasi Kajian - Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) di daerah Johor Bahru - Sekolah Kebangsaan di daerah Kota Setar - SK Bukit Bandar raya, Kuala Lumpur - Sekolah Kebangsaan di daerah Seremban - Sekolah kebangsaan kategori pendalaman 1 di Sarawak Metodologi pendekatan reka bentuk eksperimen kajian tindakan - Kumpulan eksperimen menjalani sesi pembelajaran penyelesaian masalah matematik berayat menggunakan kaedah Model Bar manakala kumpulan kawalan diajar menggunakan pendekatan secara tradisional. - borang maklumat murid, soalan ujian penyelesaian masalah berayat iaitu soalan ujian pra dan soalan ujian pos serta rubrik skoran penyelesaian masalah matematik berayat. - Pendekatan kualitatif kajian kes - pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dan triangulasi. - Lima set Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dibina untuk pengajaran kaedah model bar. - Senarai semak pemerhatian oleh guru pemantau digunakan untuk melihat cara pengajaran kaedah model bar. - Lembaran kerja terbimbing digunakan untuk murid menyelesaikan soalan penyelesaian masalah matematik berayat yang diberi. - Pendekatan kualitatif kajian kuasieksperimen - Ujan pra dan ujian pos soalan KBAT, temu ramah, pemerhatian dalam kelas sebenar - Kumpulan eksperimen menjalani sesi pembelajaran penyelesaian masalah matematik berayat menggunakan kit model bar manakala kumpulan kawalan diajar menggunakan pendekatan konvensional. Kajian tindakan - model Kemmis & Mctaggart (1988) - menggunakan Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 untuk membandingkan pencapaian murid sebelum dan selepas diajar pendekatan model bar - Borang soal selidik juga digunakan untuk mengetahui perasaan dan tahap minat murid terhadap penggunaan kaedah model bar. - Pendekatan kuantitatif Kajian tindakan - Set ujian pra dan ujian pos Skop Kajian Tajuk nombor bulat. Operasi tambah dan tolak Empat langkah model Polya: memahami, merancang, melaksana dan menyemak Tajuk pecahan Operasi tambah, tolak, dan darab Soalan KBAT, Kit model bar - Operasi Tolak - Empat langkah kajian tindakan : mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. - Tajuk pecahan - Empat langkah model Polya: memahami, merancang, melaksana dan menyemak. Dapatan kajian - pendekatan kaedah Model Bar adalah lebih berkesan dalam membantu murid meningkatkan kemahiran mereka dalam menyelesaikan masalah matematik berayat - meningkatkan prestasi murid dalam kemahiran menyelesaikan masalah matematik berayat tajuk pecahan - kaedah model bar adalah lebih berkesan dalam menarik minat murid - perwakilan gambar bar menggunakan kit model bar berkesan dalam membantu murid meningkatkan kefahaman mereka semasa menyelesaikan soalan KBAT - 100% berjaya mencapai tahap minimum dalam Ujian Pasca 2. - Tahap minat murid terhadap kaedah model bar meningkat dari segi kefahaman dan aplikasi kaedah model bar Murid-murid menguasai masalah berayat pecahan
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 164 Dengan itu, kajian ini meneroka penyelesaian masalah matematik berayat berasaskan kaedah model bar dalam kalangan murid tahun lima di Tuaran, Sabah. Walaupun kajian terhadap kaedah model bar ini pernah dijalankan oleh Farizan (2014), Nur Ezah dan Nurul Wahidan (2018), Ragu dan Marzita (2017) dan terkini oleh Augustine dan Effandi (2020) tetapi lokasi dan peserta kajian tersebut terdiri dari murid-murid SJK (Cina) dan sekolah kebangsaan di semenanjung Malaysia dan Sarawak. Selain itu, pemilihan kaedah model bar ini juga dengan mengambil kira cadangan pengkaji terdahulu seperti Johari et al. (2014) mencadangkan strategi yang dapat merangsang pemikiran murid dan membantu pembelajaran, Shara Nor Raifana et al. (2016) mencadangkan menggunakan strategi yang dapat meningkatkan pemahaman setiap peringkat penyelesaian bagi pembelajaran dan pemudahcaraan yang berkesan dan Maslinah (2016) yang mengatakan pdpc penyelesaian masalah matematik yang menggunakan strategi visualisasi yang melibatkan kemahiran konseptual dan prosuder (Maslinah, 2016). Oleh itu, setiap kriteria yang dicadangkan ini bertepatan dengan kaedah model bar. Potensi Kajian Kaedah Model Bar Berdasarkan sorotan literatur, strategi pembelajaran berasaskan skema memerlukan muridmurid mengkategorikan masalah matematik berayat mengikut jenis, diikuti dengan melukis gambar rajah skema masalah berayat tersebut bagi menentukan strategi penyelesaian (Jitendra, 2011). Dengan menggunakan lukisan model, murid-murid perlu menentukan bentuk model yang sepadan dengan jenis masalah. Kemudian, murid-murid perlu melukis bentuk model yang bersesuaian dengan jenis masalah, seterusnya melabelkan maklumat yang terdapat dalam masalah yang diberikan (Yeap, 2010). Hal ini jelas menunjukkan bahawa kaedah model bar merupakan strategi pembelajaran berasaskan skema. Selain itu, fleksibiliti kaedah model bar yang meluas merupakan alasan yang kuat untuk melaksanakan kajian terhadap penggunaan kaedah model bar ini. Kaedah model bar merupakan satu sistem fleksibel yang dapat menggambarkan masalah seterusnya boleh memodelkan situasi dalam masalah tersebut menggunakan operasi aritmetik serta kuantiti yang munasabah (Mahoney, 2012). Kaedah ini mengajar murid-murid menggunakan bentuk asas yang sama iaitu bentuk segi empat tepat bagi mewakili operasi-operasi tersebut termasuk kuantiti yang munasabah dalam masalah berayat. Tambahan pula, murid-murid dibimbing untuk memodelkan beberapa konteks masalah yang berbeza seperti model sebahagiankeseluruhan dan model perbandingan. Jenis model ini diterjemahkan kepada pengkategorian skematik yang terdapat dalam pembelajaran berasaskan skema seperti dalam Jadual 2. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Kaedah Model bar merupakan strategi pembelajaran berasaskan skema yang merangkumi skop dan reka bentuk yang fleksible.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 165 Jadual 2 Memodelkan empat contoh masalah berayat dengan Kaedah model Bar Model Keseluruhan-Sebahagian – tambah Model Perbandingan – tolak Aimy membeli sebuah buku yang berharga RM32. Kemudian, dia membeli sebuah poster yang berharga RM15. Baki duitnya ialah RM4. Berapakah jumlah asal wang yang dimiliki oleh Aimy? Kilang Airis menghasilkan 12 500 biji guli. Kilang Arfiy pula menghasilkan 8 000 biji guli. Berapakah lebih guli yang dihasilkan oleh Kilang Airis berbanding Kilang Arfiy? Diubahsuai dari Mahoney (2012) Metodologi Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif kajian kes. Kajian dijalankan selama lapan minggu dan melibatkan lapan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan penyelesaian masalah matematik berayat menggunakan kaedah model bar. Pengumpulan data dilakukan berdasarkan pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Senarai semak pemerhatian digunakan untuk melihat aktiviti dan situasi yang berlaku sepanjang proses pembelajaran dan pemudahcaraan matematik. Data temu bual diperolehi daripada guru matematik dan murid-murid tahun lima yang terlibat dalam kajian ini. Data analisis pula diperolehi daripada jawapan ujian penyelesaian masalah matematik serta lembaran kerja murid. Langkah 1: Lukis model sebahagian/keseluruhan yang asas Guli kilang Airis Guli kilang Arfiy Wang Aimy Langkah 2: Keseluruhan dibahagikan kepada bahagianbahagian yang diberikan pada petikan. Labelkan. Wang Aimy RM32 RM15 RM4 Langkah 3: Letak simbol tanda soal, yang menunjukkan ketiga-tiga kuantiti perlu ditambah untuk mendapatkan jawapan Wang Aimy RM32 RM15 RM4 ? Langkah 1: Lukis model perbandingan yang asas Langkah 2: Guli kilang Airis diextended dengan menambah bar Guli kilang Airis Guli kilang Arfiy 12 500 8 000 Guli kilang Airis Guli kilang Arfiy 12 500 8 000 Langkah 3: Letak simbol tanda soal, bagi menunjukkan perbezaan di antara dua kuantiti sought
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 166 Rumusan Secara keseluruhannya, isu kesukaran menyelesaikan masalah matematik berayat dalam kalangan murid sekolah rendah merupakan antara isu yang sentiasa diperkatakan di peringkat pendidik, pihak sekolah dan peringkat kementerian. Oleh itu, justifikasi kajian yang dibincangkan menjadi asas penyiasatan dalam kajian ini. Bagi memenuhi justifikasi ini, reka bentuk kajian memberi tumpuan kepada murid-murid tahun lima di sekolah rendah yang tidak pernah didedahkan dengan kaedah model bar. Jenis masalah pula terdiri daripada penambahan dan penolakan nombor bulat termasuk penambahan dan penolakan wang, sukatan dan ukuran. Keperluan untuk memahami aspek-aspek penyelesaian masalah matematik berayat ini jelas, dan mandat bagi persoalan kajian mudah disokong melalui kajian dan teori. Rujukan Augustine, A. S, & Effandi, Z. (2020). Penggunaan model bar dalam kemahiran penyelesaian masalah pecahan tahun 6. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 113-124. Baldwin, C. 2019. Teachers’ Perceptions about Instructing Underachieving K-5 Students on Mathematical Word Problem-Solving. (PHD Theses) Walden University. Boonen, A. J., & Jolles, J. (2015). Second Grade Elementary School Students’ Differing Performance on Combine Change and Compare Word Problems. International Journal of School and Cognitive Psychology. Chan, Y. L., Rosli, M., & Gobi, K. (2014). Matematik Tahun 5 Sekolah Kebangsaan. Dalam Ainol Rafezah Alias & Roshasliza Sulaiman (ed.) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chong, S. H., & Roslinda, R. (2017). Penggunaan Kaedah Cubes Dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berayat Tahun 6. Dalam Simposium Pendidikan Diperibadikan: Perspektif Risalah An-Nur, pp. 42–56. Johari, S., Nor Hidayah, A. G., Nor Hasniza, I., & Abdul Halim, A. (2014). Penyelesaian Masalah Rutin Dan Bukan Rutin Dalam Pendidikan Matematik. Dalam Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik, pp. 11 13. Kaur, B. (2014). Mathematics Education in Singapore - An Insider’s Perspective. Journal on Mathematics Education, Volume 5(1), pp. 1–16. Kaur, B. (2018). The Why, What and How of the ‘Model’ Method: A Tool for Representing and Visualising Relationships When Solving Whole Number Arithmetic Word Problems. ZDM – Mathematics Education, 51(1), 151–168. Mahoney, K. (2012). Effects of Singapore’s Model Method on Elementary Student Problem Solving Performance: Single Case Research. (PHD Theses) Northeastern University. Maslinah, L. (2016). Keberkesanan Kaedah Visualisasi: Meningkatkan Keupayaan Menyelesaikan Masalah Matematik Berayat. Proceedings of the ICECRS, 1(1), 687 698. Mei, L. Y., & Li, S. V. (2014). Mathematical Problem Solving - The Bar Model. Singapore: Scholastic Education International Private Limited. Nor Ezah, A., & Nurulwahida, H. A. (2016). Persepsi Murid Tahun Lima Terhadap Penggunaan Kaedah Model Bar. Pusat Pengajian Pendidikan Dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia, 1, 287–304. Norazlin, M. R., & Mohd Uzi, D. (2018). Keupayaan Menyelesaikan Masalah Matematik Berayat Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah dalam Kalangan Murid Tahun 3 Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 8(2), 74–85. Norulbiah, N., & Effandi, Z. (2016). Keupayaan Pelajar Dalam Menjana Masalah, Menyelesaikan Masalah Matematik Dan Sikap Pelajar Terhadap Penyelesaian Masalah. Jurnal Pendidikan Matematik, 4(1), 1 16. Ragu, R., & Marzita, P. (2018). Bar model kit for hots question in mathematics teaching and learning activity. In Proceedings of International Conference on The Future of Education, 10–12. Shara, N. R., Noor Shah, S., & Mohd Uzi, D. (2016). Analisis jenis kesilapan melalui kaedah newman error dalam penyelesaian masalah berayat matematik dalam kalangan murid tahun 5. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 6(2), 109–119. Sharp, E. (2018). The Model Drawing Strategy: Fraction Word Problem Solving For Students With Learning Disabilities. (PHD Theses) Lehigh University. Yap, J. L., & Siti Rahaimah, A. (2018). Keberkesanan Pendekatan Model Bar dalam Penyelesaian Masalah Berayat Matematik Operasi Tolak Tahun Empat. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 8(2), 35–44.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 167 PENGAJARAN PENJARIAN REKODER TERHADAP GURU PENDIDIKAN MUZIK BUKAN OPSYEN DI DAERAH KANOWIT Janin Anak Janting dan Mahayuddin Abdul Rahim Abstrak Penyelidikan kualitatif ini bertujuan untuk membimbing 5 orang guru Pendidikan Muzik bukan opsyen dalam penjarian bermain rekoder di daerah Kanowit, Sarawak. Pengkaji akan mendapatkan khidmat seorang pakar pemain rekoder dalam merangka prosedur latihan penjarian yang akan dilaksanakan. Data akan diperolehi melalui pemerhatian, temu bual dan dokumentasi. Semua pemerhatian dan temu bual akan dirakam dengan izin semua pihak yang berkaitan. Data juga akan melalui proses analisis, pengekodan, tema dan akan ditranskripsikan kan ke dalam bentuk tulisan. Setiap transkripsi akan disahkan oleh subjek kajian sebelum dimuatkan dalam penyelidikan. Penyelidik berharap prosedur latihan penjarian rekoder yang dilaksanakan ini dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru bukan opsyen dalam pengajaran dan permainan rekoder terutamanya di daerah Kanowit, Sarawak. Kata Kunci: Penyelidikan Kualitatif, Pendidikan Muzik, Prosedur Penjarian Rekoder, Kanowit Pengenalan Kurikulum Pendidikan Muzik Tahap Dua merupakan program pembelajaran untuk tiga tahun persekolahan iaitu dari Tahun Empat hingga Tahun Enam di sekolah rendah. Kurikulum ini merupakan kesinambungan program pembelajaran Dunia Muzik Tahap Satu (Tahun Satu hingga Tahun Tiga). Kurikulum Pendidikan Muzik Tahap Dua memberi tumpuan kepada perkembangan kognitif dan kemahiran murid dalam bidang muzik. Murid diberi pelbagai peluang untuk meluahkan idea kreatif di samping meningkatkan apresiasi terhadap estetika muzik. Pada tahap ini juga, murid berpeluang untuk mempelajari pembacaan dan penulisan notasi muzik secara konvensional seterusnya mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran tersebut menerusi permainan alat muzik. Bagi mencapai tujuan yang dihasratkan, kurikulum ini dibina dengan memberi tumpuan kepada empat modul kurikulum iaitu Pengalaman Muzikal, Penghasilan Muzik, Apresiasi Muzik, dan Membaca dan Menulis Notasi Muzik. Permasalahan Kajian Dari segi penjarian semasa bermain rekoder, ternyata guru lemah dalam penjarian rekoder. Guru tidak menutup lubang pada rekoder dengan betul. Ini menyebabkan ton yang dihasilkan sumbang dan pic pada setiap not tidak kesampaian. Selain itu, guru juga didapati tidak mengamalkan postur bermain rekoder secara berdiri yang betul semasa bermain rekoder. Guru juga tidak mengajar berpandukan skor sebaliknya meniup rekoder berpandukan huruf (ABC) semasa meniup rekoder. Selain itu juga guru tidak menggunakan rekoder standard semasa mengajar bermain rekoder menyebabkan ton rekoder yang dihasilkan sumbang dan berbunyi bising. Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan untuk membantu guru muzik bukan opsyen dalam penjarian permainan rekoder.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 168 Objektif Khusus Kajian i. Melaksanakan prosedur latihan penjarian rekoder yang sesuai digunakan dalam membimbing guru bukan opsyen memperbaiki penjarian mereka dalam permainan rekoder. ii. Melihat sejauh manakah prosedur latihan penjarian rekoder dapat membimbing guruguru muzik bukan opsyen. Persoalan Kajian i. Bagaimanakah kaedah latihan penjarian dilaksanakan untuk membimbing guru bukan opsyen dalam permainan rekoder? ii. Sejauh manakah prosedur latihan penjarian rekoder dapat membantu guru bukan opsyen dalam mengaplikasikan strategi dalam permainan rekoder? Kepentingan Kajian Kajian ini diharapkan agar dapat membantu guru pendidikan muzik bukan opsyen di daerah Kanowit bermain rekoder dengan lebih yakin lagi. Selain itu, kajian ini juga dapat membantu penyelidik memantapkan lagi teknik bermain rekoder. Batasan Kajian Anderson dan Poolem (2011) menyatakan batasan, kekangan masa, wang dan jangka masa kajian boleh dikaitkan dengan semua penyiasatan. Subjek kajian terdiri daripada 5 orang guru pendidikan muzik bukan opsyen. Terdiri daripada 3 orang guru lelaki dan 2 orang guru perempuan yang berkhidmat di lima buah sekolah di daerah Kanowit. Ketiga-tiga buah sekolah ini mempunyai persamaan daripada segi populasi, subjek dan latar belakang: jumlah pelajar yang hampir sama dan tidak mempunyai bilik muzik yang khas. Kajian Literatur Menurut Zimmerman (2017), selama bertahun-tahun rekoder telah digunakan sebagai salah satu alat pengajaran di dalam kelas muzik. Pembelajaran muzik di sekolah boleh dianggap sebagai satu dimensi tambahan yang memberikan peluang kepada pelajar menikmati kejayaan secara individu. Selain itu, Pendidikan Muzik dapat membantu kita untuk lebih memahami sifat manusia dari aspek perhubungan antara manusia dengan manusia. American OrffSchulwerk Association (2017), menyatakan bahawa Persatuan Orff-Schulwerk Amerika (AOSA) melatih guru di seluruh dunia dengan menggunakan kaedah Orff-Schulwerk. Penggunaan rekoder sangat ditekankan dalam latihan. Dalam Standard Kurikulum Pendidikan Guru AOSA, ia menyebut latar belakang dan kisah bagaimana Carl Orff mula memasukkan rekod dalam pengajarannya. Walaupun guru muzik yang terlatih dalam pedagogi muzik, mereka harus berlatih bermain dan menggunakan rekoder dalam pengajaran mereka. Dari ini kita dapat melihat betapa sukarnya mengajar rekoder dengan cara yang betul kerana untuk mengajar rekoder memerlukan bakat dan kemahiran bermain alat muzik rekoder yang tinggi. Faulkner (2014) berpendapat bahawa guru muzik perlu meningkatkan kemahiran diri dari segi teori dan amali supaya mereka bukan hanya sekadar memahami sesuatu perkara dalam muzik malah dapat melakukan dan mengajarkannya secara amali. Kebanyakan guru muzik mendapati permainan rekoder adalah sangat mencabar kerana apabila ia dimainkan dengan cara yang tidak betul, ia akan menghasilkan bunyi yang sangat bising dan tidak menyenangkan. Menurut Faulkner lagi pengawalan udara perlu dipelajari dengan betul dengan melakukan latihan pernafasan yang pelbagai. Teknik pernafasan sangat penting bagi mengelakkan bunyi yang
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 169 tidak diingini, pelajar perlu belajar teknik pernafasan yang betul supaya mereka dapat mengawal dan membangunkan kemahiran motor halus yang mencukupi untuk mencapai teknik penjarian yang sesuai. Di samping mempelajari bagaimana memainkan instrumen tersebut, para guru dan pelajar turut diminta bermain rekoder menggunakan notasi standard. Menurut Rustyani (2009), kesukaran murid meniup not secara oktaf iaitu bermula dari not C rendah ke not C tinggi juga merupakan masalah dalam permainan rekoder. Murid menghadapi kesukaran dalam penjarian semasa meniup rekoder. Murid juga tidak akan dapat menghasilkan tiupan yang betul semasa bermain rekoder. Oleh itu, cara yang sesuai adalah dengan tidak membenarkan murid menghafal semasa bermain rekoder. Penjarian yang tidak ditutup dengan betul boleh menyebabkan sesuatu not itu menjadi flat atau syap. Wan Zaini dan Wan Ismail (2011) menyatakan bagi permainan rekoder secara ‘staccato’ sebutan tut adalah lebih sesuai untuk menghasilkan not pendek dan bunyikan ‘tu’ untuk not yang panjang. McDonald di dalam kajian Stewart (2016) menyatakan berdasarkan pengajaran mencadangkan bahawa not yang pertama diajar apabila bermain rekoder ialah not G, A, dan B dan not tersebut perlu diajar menggunakan pendekatan bunyi sebelum penglihatan di mana pelajar akan mengajuk guru dan belajar melodi mudah sebelum notasi diperkenalkan. Menurut Shih (2012), teknik penjarian dan artikulasi yang betul akan menghasilkan permainan rekoder yang baik. Penjarian yang tidak sempurna seperti penutupan lubang yang tidak rapat akan menjejaskan pic serta kualiti ton yang dipersembahkan dan menghasilkan pic yang sumbang. Selain itu, menurut Griffioen (1991), latihan penjarian yang sesuai yang dicadangkan adalah bermula not C' ke not D. Untuk meniup dengan tiupan yang baik not perlulah ditiup not C ke not C'. Menurut Nor Sohaila (2015), postur yang betul akan membantu pelajar memainkan rekoder dengan selesa. Pelajar perlu duduk atau berdiri tegak dan memegang rekoder 45 darjah dari badan mereka. Jari tangan kiri ditempatkan di lubang di pangkal dan jari tangan kanan di lubang di akhir rekoder. Rekoder seimbang apabila diletakkan pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan.Menurut American Recorder Society (2017), the lowers note that can be played through recorder is down C note and it is able to play more than two octaves pic (American Recorder Society, 2017). Untuk membantu guru bermain rekoder dengan baik, Griggs (2015) telah mencadangkan lima kaedah atau teknik aktiviti latihan yang boleh digunakan. Lima kaedah atau teknik adalah membuat latihan penjarian dan bermain rekoder setiap hari, main rekoder dalam tempo lambat dan memainkan lagu yang digunakan untuk didengar. Metodologi Reka bentuk kajian yang akan digunakan untuk kajian ini adalah Kualitatif. Reka bentuk penyelidikan ini akan lebih kepada Kajian Kes. Lichtman (2011), “Kajian kes adalah berdasarkan pemilihan jenis kes (biasa, contoh, luar biasa dan unik)” (hlm. 109). Verma dan Mallick (1999) menyatakan kajian kes adalah satu istilah payung untuk berbagai-bagai teknikteknik penyelidikan atau kaedah. Ia telah meluas digunakan dalam banyak disiplin. Ia bukan sekadar penerangan tentang individu, tetapi menerangkan peristiwa atau situasi. Dalam kajian ini, penyelidik akan membuat temu bual dan pemerhatian terhadap 5 orang subjek kajian. Menurut Yusof et al. (2015), kajian kualitatif atau pendekatan induktif ini dijalankan untuk memahami secara mendalam tentang sesuatu perkara itu begitu dan bagaimana persepsi peserta dalam konteks kajian. Pendekatan kualitatif biasanya menghasilkan banyak maklumat, informasi terperinci serta memperdalam pemahaman terhadap sesuatu kes atau situasi. Lebar (2014) juga menyatakan bahawa metodologi kualitatif adalah alat yang berkuasa untuk meningkatkan pemahaman kita tentang pengajaran dan pembelajaran. Prosedur latihan Penjarian 1: Latihan Penjarian Rekoder berpandukan skor bermula dari not C, D, E, F, G, A, B, C’ dan D’ secara menaik dan menurun berpandukan skor. Menurut pandangan Rahyubi
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 170 (2014), latihan penjarian rekoder akan menjadikan jari-jemari lentur dan refleks. Ening Juwita Meiyana, Ismunandar dan Asfar Muniir (2018) menyarankan agar “mempraktikkan tangga nada C Major dengan meniup rekoder soprano secara menaik satu oktaf dan menurun 1 oktaf” (hlm. 2). Prosedur Latihan Penjarian 2: Pengkaji akan mendemonstrasikan dan membimbing responden meniup rekoder dengan menggunakan not E, F, G, A, B, C dan D’. Pada masa yang sama juga, pengkaji akan memerhati dan membimbing semula responden dari segi postur, pernafasan, not, penjarian, artikulasi (legato, staccato, dinamik, tie dan slur) dan frasa yang dimainkan berdasarkan skor. Subjek akan diberikan lembaran skor sebagai latihan permainan rekoder di rumah. Prosedur Latihan Penjarian 3: Setelah itu, pengkaji akan membimbing subjek meniup rekoder dengan menggunakan not D, E, F, G, A, B, C’ dan D’. Pengkaji masih memerhati dan membimbing semula responden dalam postur, pernafasan, not, penjarian, artikulasi (legato, staccato, dinamik, tie dan slur) dan meniup rekoder secara frasa demi frasa berpandukan skor. Latihan Prosedur 4: Seterusnya pengkaji akan membimbing subjek meniup rekoder dengan menggunakan not C, D, E, F, G, A, B, C’, D’. Pengkaji masih memerhati dan membimbing subjek dalam postur, pernafasan, not, penjarian, artikulasi (legato, staccato, dinamik, tie dan slur) dan meniup rekoder secara frasa demi frasa berpandukan skor. Prosedur ke 5 adalah pemerhatian ke sekolah selama 3 kali bagi setiap subjek. Oleh itu subjek pengkaji adalah terdiri daripada tiga orang guru Pendidikan Muzik bukan opsyen di daerah Kanowit. Kelima-lima subjek kajian ini dipilih kerana setelah tinjauan awal dilakukan, pengkaji mendapati bahawa guru-guru ini mempunyai banyak masalah dalam pengajaran rekoder. Ketiga-tiga orang guru muzik bukan opsyen ini bertugas di tiga buah sekolah rendah terdiri daripada populasi penduduk yang sama kaum, latar belakang dan sosioekonomi yang sama. Lima buah sekolah ini dipilih kerana tempat penyelidik mengajar berdekatan dengan ketigatiga buah sekolah itu dan ini akan memudahkan penyelidik melakukan kajian. Pengkaji memilih lokasi tersebut juga kerana terdapat kemudahan elektrik dan ini memudahkan pengkaji menjalankan kajian sambil mengumpul data kajian. Selain itu, lokasi kelima-lima buah sekolah ini mudah dihubungi dan senang diakses. Bagi membentuk triangulasi data, pengkaji akan menggunakan tiga kaedah dalam penyelidikan ini iaitu pemerhatian, temu bual separa struktur dan sumber dokumentasi. Semua prosedur ini bertujuan mendapatkan data yang diperlukan dalam menjawab persoalan kajian penyelidikan ini. Kesimpulan Kajian ini menawarkan beberapa implikasi dari segi kemahiran yang boleh meningkatkan kualiti permainan rekoder bagi guru bukan opsyen terutamanya dari segi penjarian rekoder. Selain itu, kajian ini juga dapat meningkatkan keyakinan guru dalam mengajar permainan rekoder di samping menanamkan minat mereka dalam mengajar Pendidikan Muzik. Selain itu juga, kajian ini diharapkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan pengkaji dalam permainan rekoder berdasarkan teknik-teknik yang telah disarankan oleh pakar dari dalam dan luar negara. Penghargaan Syukur kepada Tuhan dengan izin Nya konsep ini berjaya disiapkan. Dalam usaha mengumpul maklumat dan bahan kajian, saya amat mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada Dr. Mahayuddin Bin Abdul Rahim kerana telah memberikan komitmen yang tinggi sepanjang saya menyiapkan kertas konsep kajian ini.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 171 Rujukan American Recorder Society. (2017). Recoder Fingering Charts. Retrieved April 7, 2017, from http://www.prescottworkshop.com/bar_finger_c.pdf Anderson, Jonathan; Poole, Milicent;. (2011). Penulisan Tugasan & Tesis Edisi Ke-4. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim. American Orff-Schulwerk Association. (2017, September). AOSA Teacher Education Curiculum Standard. Recorder Introduction. Faulkner, J. (2014). Teaching the Recorder in a 4th Grade Inclusion Setting. Los Angeles: Silver Lake College. Griggs, j. (2015). 5 Ways to improve your left hand. Retrieved April 7, 2017, from http://www.hearandplay.com/main/5-ways-to-improve-your-left-handNor Sohaila Abdul Hamid. (2015). Teknik bermain rekoder. Retrieved April 6, 2017, from http://sohailahakim.blogspot.my/2011/12/teknik-bermain-rekoder.html Zimmerman, K. S. (2017, Oktober 1). Potential Benefits of Teaching with Recorders: A Teachers' Perspective. 10. Lebar, O. (2014). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori Dan Metode. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris Licthman, M. (2011). Understanding and Evaluating Qualitative Educational Research. United Kingdom: SAGE Publication, Inc. Rahyubi, Heri, (2014). Teori-Teori Belajar dan Aplikasi Pembelajaran Motorik, Bandung: Nusa Media Rustyani, N. (2009). Pengajaran Rekoder. Pelaksanaan Pembelajaran Recorder, 5. Shih, Y. J. (2012). Teaching Jazz Improvisation To Middle High School Recorders Learners: A Begining Curiculum. Taiwan: Fu Jen Catholic University. Stewart, L. M. (2016). Traditional Learning, Cooperative Learning, And Recorder. Kansas: ProQuest LLC (2017). Yusof, Hamidah; Yunus, Jamal; Musa, Khalip;. (2015). Kaedah Penyelidikan Pengurusan Pendidikan. Tanjong Malim,Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Verma, Gajendra K.; Mallick, Kanka;. (1999). Researching Education:Perspectives and Techniques. London: Falmer Press
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 172 ASPEK EFIKASI KENDIRI GURU BAHASA ARAB DALAM PENGAJARAN NAHU KURIKULUM BERSEPADU DINI Farihah Hussain, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff dan Maimun Aqsa Lubis Abstrak Efikasi kendiri perlu ada dalam diri seseorang guru. Terdapat Empat aspek bagi mengukur efikasi kendiri guru dalam pengajaran nahu. Maksud efikasi Kendiri guru dalam kertas konsep ini ialah sifat keyakinan dan kemampuan guru terhadap dirinya sendiri dalam menyampaikan isi kandungan pengajaran nahu serta mampu merancang strategi pengajaran dengan lebih berkesan. Pengajaran nahu adalah bersifat teori dan amali. Empat aspek efikasi kendiri guru yang diukur ialah strategi pengajaran, penglibatan murid, pengurusan kelas dan bimbingan guru. Strategi pengajaran bermaksud segala perancangan yang disusun atur oleh guru yang melibatkan teknik dan kaedah yang akan digunakan semasa mengajar. Penglibatan murid ialah guru yakin bahawa dia berkemampuan melaksanakan aktiviti supaya murid terlibat secara aktif di dalam kelas. Pengurusan kelas ialah keyakinan guru dalam menyusun atur peralatan di dalam kelas supaya kelas menjadi kondusif. Bimbingan ialah keyakinan guru dalam memberi tunjuk ajar atas segala kesilapan dan kesalahan murid semasa membuat latihan nahu. Perbincangan dan pengetahuan dalam semua aspek ini merupakan nilai tambah bagi guru meningkatkan keyakinan guru dalam pengajaran nahu. Kata Kunci: Efikasi Kendiri Guru, Kurikulum Bersepadu Dini, Pengenalan Efikasi Kendiri Efikasi Kendiri merujuk kepada proses kognitif yang menjadi pemacu kepada tingkah laku individu. Menurut Bandura (1982, 1997, 2003) efikasi kendiri merupakan satu bentuk kepercayaan peribadi individu untuk mengawal pelbagai situasi yang berlaku dalam kehidupannya. Keupayaan mengawal situasi merujuk kepada kebolehan melaksanakan sesuatu tugasan dengan jayanya mengikut piawaian yang ditetapkan. Efikasi kendiri daripada perspektif Islam ialah kepercayaan dalam hati. Terminologi yang dirujuk bagi menjelaskan konsep kepercayaan dalam Islam, iaitu iman (al-Ghazali t.th.; Noornajihan Jaafar & Ab. Halim Tamuri 2012). Iman dari segi istilah seperti yang ditakrifkan oleh al-Ghazali (t.th.) ialah membenarkan sesuatu dengan hati, mengakuinya dengan lisan atau kata-kata dan mengamalkannya dengan perbuatan. Seseorang itu hanya mampu melakukan sesuatu perkara dengan jayanya sekiranya ia percaya dengan keupayaan diri sendiri (Ainon Mohd & Abdullah Hasan 2006). Begitulah sesuatu tindakan atau amalan yang dilakukan oleh seseorang, amalan itu sebenarnya berdasarkan kepercayaan seseorang tersebut terhadap keupayaan dirinya untuk melakukannya Menurut pandangan pengkaji kajian lepas, terdapat perbezaan efikasi kendiri daripada persepktif Islam dan Barat, hasil kajian mendapati efikasi kendiri itu sebenarnya bersifat umum, iaitu tidak hanya bersifat khusus kepada bidang tertentu dan bersifat kekal. Walaubagai mana pun konsep ini bertentangan dengan Barat. Barat melihat efikasi kendiri lebih bersifat khusus dan tidak kekal dalam semua situasi (Noornajihan Jaafar 2015). Hal ini kerana persepsi terhadap efikasi kendiri adalah subjektif dan spesifik pada aspek tertentu, sebagai contoh seseorang mungkin ragu-ragu dengan kebolehan bersosialisasi, namun yakin dengan kebolehannya dalam bidang akademik (Bandura 1977, 1997). Namun, pandangan lain menyatakan bahawa seseorang tidak boleh membandingkan efikasi dirinya dengan orang lain kerana efikasi kendiri ialah kepercayaan peribadi individu yang realistik untuk melakukan tugasan yang ditentukan (Marsh 2004).
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 173 Dalam konteks kajian ini, efikasi kendiri guru ialah keyakinan guru terhadap dirinya sendiri dalam menyampaikan ilmu pengajaran nahu Kurikulum Bersepadu Dini Sekolah Agama Bantuan Kerajaan agar lebih memahami. Terdapat empat aspek efikasi kendiri guru yang dikaji dalam kajian ini bagi menentukan seseorang guru itu mempunyai efikasi kendiri, iaitu strategi pengajaran, penglibatan murid, pengurusan kelas dan bimbingan guru dalam pengajaran nahu. Efikasi kendiri guru diperlukan agar guru lebih yakin untuk menyampaikan ilmu dalam pengajaran nahu sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan mutu pengajaran nahu. Aspek Efikasi Kendiri Guru Dalam Pengajaran Nahu Kertas konsep ini memfokuskan tiga aspek efikasi kendiri guru berdasarkan model TschannenMoran et al. (1998) yang mengukur efikasi kendiri guru dengan menilai efikasi pengajaran personal merentas bidang tugas dalam konteks pengajaran tertentu. Rajah 1.1 menunjukkan tiga dimensi efikasi kendiri guru merentas bidang tugas yang telah diperkenalkan oleh Tschannen-Moran et al. (1998), iaitu (1) strategi pengajaran; (2) penglibatan murid dan (3) pengurusan kelas Rajah Error! No text of specified style in document.. Satu aspek tambahan (bimbingan) Dalam kajian ini, pengkaji telah menambah satu lagi aspek efikasi kendiri guru, iaitu bimbingan dalam pengajaran nahu yang telah diubahsuai daripada kajian lepas (Habibah Mat Rejab 2016; Noornajihan Jaafar 2015). Aspek bimbingan adalah penting dalam pengajaran nahu memandangkan pengajaran nahu adalah secara teori dan praktik. Bagi menambahkan kefahaman murid, aktiviti secara latihan latih tubi diperlukan dalam pengajaran nahu. Oleh itu, aspek bimbingan merupakan satu aspek yang perlu diutamakan. Perincian berkaitan aspek efikasi kendiri guru dalam pengajaran nahu adalah seperti berikut; Aspek pertama: Strategi Pengajaran Nahu Berikut adalah beberapa soalan berdasarkan persoalan yang dikemukan oleh Tschannen – Moran & Woolfolk Hoy (2001) tentang aspek efikasi kendiri guru. Persoalan pertama; perkataan strategi merujuk kamus Dewan edisi keempat ialah pendekatan atau rancangan yang utama yang dilaksanakan atau ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindaktindak peperangan (Kamus Dewan 2007). Dalam kontek kajian ini, strategi yang dimaksudkan ialah pendekatan atau teknik yang digunakan oleh guru semasa mengajar isi kandungan mata pelajaran nahu yang telah dirancang dan disusun. Semasa merancang strategi pengajaran Efikasi Guru Penglibatan Murid Strategi Pengajaran Pengurusan Kelas Bimbingan
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 174 (Rosni Samah 2012), seseorang guru seharusnya mempunyai pengetahuan pedagogi (Ainon Wazir 2016) dan mempunyai kepercayaan dalam diri untuk melaksanakan PdP. Guru dapat menggabungkan kaedah yang hendak digunakan serta mempelbagaikan aktiviti pengajaran. Hal ini menunjukkan bahawa guru yang mempunyai efikasi kendiri dapat memberi penerangan yang baik kepada murid dengan kaedah atau teknik yang pelbagai. Aspek strategi yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah kepelbagaian kaedah, pendekatan dan teknik yang digunakan oleh guru dalam pengajaran nahu. Pemilihan dan penetapan aspek strategi dalam kajian ini berdasarkan hasil jawapan peserta kajian semasa sesi temu bual. Huraian terperinci aspek strategi dalam pengajaran nahu dibincangkan dalam bab empat. Manakala aspek strategi bagi kajian lepas berbeza dengan kajian ini, sebagai contoh ada kajian lepas menyatakan strategi pengajaran ialah berkaitan pelbagai strategi dan pelbagai aktiviti (Mohamad Azrien Mohamed Adnan 2016) dan kajian lain pula ialah strtaegi pengajaran ialah pelbagai teknik, gabung pelbagai kemahiran, gabung kaedah dan terap nilai (Noornajihan Jaafar 2015). Hal ini bermaksud walaupun dimensi efikasi kendiri guru yang dikaji adalah sama tetapi berbeza dari segi huraian dan konsep. Sesungguhnya guru sentiasa menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, serta mencipta satu pengajaran yang berkesan bergantung kepada kepakaran dan kemampuan guru. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi merangsang murid belajar secara aktif, malahan juga mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati murid serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna (Linamalini Mat Nafi & Kamarul Shukri Mat Teh 2014; Mustari, Jasmi, Muhammad &Yahya 2012) proses PdP bahasa Arab lebih menarik, efektif dan menyeronokkan dengan penggunaan strategi pengajaran yang pelbagai. Aspek kedua: Penglibatan Murid Apakah penerangan alternatif yang dapat anda berikan apabila murid keliru? Berdasarkan persoalan yang dikemukakan oleh Tschannen Moran (2001), sejauh mana guru yang mempunyai efikasi kendiri guru memberi penerangan yang pelbagai berdasarkan kebolehan murid apabila terdapat murid yang keliru atau kurang memahami perkara yang dipelajari oleh murid. Hal ini dapat dikaitkan dengan gaya penyampaian guru tersebut. Oleh yang demikian, kajian ini meneroka gaya penyampaian guru dalam menarik minat murid dalam pengajaran nahu di samping aktiviti-aktiviti yang pelbagai. Perkataan penglibatan bermaksud perihal melibatkan diri dalam sesuatu hal (Kamus Dewan 2007). Dalam kajian ini penglibatan murid bermaksud sejauh mana guru yang mempunyai efikasi kendiri dapat menarik perhatian murid memberi perhatian dan aktif dalam melaksanakan aktiviti yang dilakukan oleh guru dalam pengajaran nahu. Guru dapat memberi semangat yang tinggi agar murid melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Selain itu, guru juga dapat merangsang kreativiti dalam pengajaran agar proses PdP menyeronokkan. Akhirnya guru dapat membuat rumusan pengajaran bagi setiap tajuk yang diajar serta dapat memberikan ganjaran kepada murid sama ada dalam bentuk lisan atau bukan lisan (hadiah). Aspek penglibatan murid dalam kajian ini bermaksud sejauh mana kemampuan dan keyakinan guru mempelbagikan aktiviti pengajaran ke arah PdP abad ke 21, mempelbagai kan bahan bantu pengajaran yang digunakan dan cara penyampaian guru di dalam kelas dalam pengajaran nahu. Manakala berdasarkan kajian lepas, aspek penglibatan murid adalah penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti PdP, bermotivasi untuk mengikuti sesi PdP, mampu menjawab soalan berkaitan mata pelajaran yang dipelajari dan, berupaya membuat rumusan terhadap pelajaran, mengambil berat terhadap pelajaran, melakukan refleksi diri berkaitan pelajaran yang diajar dan menyertai aktiviti (Noornajihan Jaafar 2015). Manakala kajian (Mohamad Azrien Mohamed Adnan 2016) mengaitkan penglibatan murid dengan kebolehan dapat
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 175 melakukan tugas dengan baik, memotivasikan, meningkatkan pemahaman murid yang gagal dan merangsang kreativiti. Aspek Ketiga: Pengurusan Kelas Pengurusan bermaksud perihal mengurus sesuatu (Kamus Dewan 2007). Dalam aspek ini, guru berkemampuan menenangkan murid yang berbuat bising di dalam kelas atau mengganggu rakan sekelas. Seterusnya guru mengambil tindakan terhadap tingkah laku yang tidak menyenangkan suasana pembelajaran (Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi, Parilah M. Shah, Wan Haslina Wah & Ahmed Thalal Hassan 2011) mengawal suasana pembelajaran dan tidak mengamalkan peneguhan negatif terhadap murid yang tidak menghantar latihan yang diberi. Guru juga perlu memastikan kemudahan kelas dilengkapi mengikut sukatan, mengurus kedudukan murid agar kelas kondusif dan memastikan murid memberi perhatian ketika PdP berjalan. Bagi aspek pengurusan kelas, kawalan guru amat penting dalam mencapai interaksi positif secara maksimum supaya kelas berada dalam keadaan yang berdisiplin dan mesra. Efikasi guru daripada aspek pengurusan kelas merangkumi mengurus kedudukan murid dalam bilik darjah, memastikan kemudahan bilik, memastikan murid memberi perhatian sepanjang sesi PdP, mengawal tingkah laku murid, mengambil tindakan, menguruskan disiplin, menenangkan murid, menyediakan kelas yang menyeronokkan, menyediakan aktiviti yang menarik dan memastikan tugasan dihantar tepat pada waktunya (Mohamad Azrien Mohamed Adnan 2016; Noornajihan Jaafar 2015). Kajian ini menghasilkan tema ciri-ciri guru yang mempunyai efikasi kendiri dalam menguruskan kelas, penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang akan dibincangkan dalam bab empat. Selain itu, peneguhan positif dan negatif digunakan sebagai cara untuk mengawal disiplin murid di dalam kelas. Peneguhan positif ialah guru memberi ganjaran, pujian, hadiah supaya murid mewujudkan tingkah laku membina dan dikaitkan dengan perasaan gembira, manakala peneguhan negatif ialah hukuman dan dendaan bagi mencegah sesuatu tingkah laku yang tidak diingini dan rangsangan yang menyakitkan (Boon Pong Ying & Ragbir Kaur 1998). Hal ini dikaitkan dengan kajian ini apabila guru yang mengajar nahu mengamalkan peneguhan positif dengan memberi ganjaran kepada murid yang dapat menjawap persoalan guru seperti membina jumlat al-fic liyah atau jumlat al-ismiyah daripada perkataan yang diberi oleh guru. Aspek Keempat : Bimbingan kesilapan nahu Bimbingan berdasarkan Kamus Dewan bermaksud perbuatan membimbing atau memberi petunjuk, memberi huraian, memberi penjelasan dan lain-lain (Kamus Dewan 2007). Aspek bimbingan diperlukan dalam kajian ini kerana pengajaran nahu adalah satu mata pelajaran yang diajar secara teori dan praktikal. Bimbingan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah bimbingan secara terus semasa pengajaran dan bimbingan di luar waktu pengajaran. Dalam kajian ini, konsep bimbingan guru dikaitkan dengan efikasi kendiri guru kerana guru memberi bimbingan terhadap kesilapan murid daripada aspek nahu ketika membina ayat dapat menggambarkan keyakinan dan keluasan pengetahuan guru dalam isi kandungan nahu .Berdasarkan kajian lepas, aspek bimbingan dalam pengajaran nahu diperlukan kerana tahap penguasaan murid dalam aspek nahu masih berada di tahap lemah, serta tidak boleh menulis ayat dengan betul (Habibah Mat Rejab 2016) dan murid masih kurang cekap menyambung ayat dan berada pada tahap sederhana (Rosni Samah 2012). Merujuk kajian ini, aspek bimbingan adalah salah satu aspek tambahan yang diubahsuai daripada kajian Noornajihan Jaafar (2015) dalam kajiannya memotivasikan murid yang pencapaian rendah atau lemah dalam Pendidikan Islam di luar waktu persekolahan dan pada waktu persekolahan, menggunakan laman sosial sebagai medium untuk membimbing akademik murid, merangka aktiviti bagi meningkatkan pencapaian sahsiah murid, menggunakan pendekatan keibubapaan
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 176 dalam membimbing sahsiah murid, bekerjasama dengan guru disiplin bagi membendung masalah sahsiah murid dan menggunakan laman sosial sebagai medium membimbing sahsiah murid. Konsep bimbingan merujuk kajian lepas juga ialah maklum balas lisan yang terbahagi kepada pengukuhan, bimbingan implisit dan bimbingan eksplisit (Habibah Mat Rejab 2016). Bimbingan implisit yang dimaksudkan dalam kajian beliau adalah untuk menyatakan cara penambahbaikan manakala bimbingan eksplisit ialah meminta murid membuat pembetulan. Dalam konteks kajian ini, konsep bimbingan bermaksud guru membimbing kesalahan dan kesilapan murid ketika melaksanakan aktiviti membina, menyusun, memilih ayat dalam pengajaran nahu (Farihah Hussain, Nik Mohd rahimi Nik Yusoff & Maimun Aqsa Lubis 2017). Berdasarkan kajian lepas menunjukkan keyakinan guru pelatih paling tinggi dalam item 5 (Sejauh manakah anda dapat memotivasikan murid lemah?) (min = 4.02, sp = .51), dalam aspek penglibatan murid, manakala mereka paling kurang yakin terhadap kebolehan berhadapan murid yang bermasalah (item 1 : Sejauh manakah anda dapat berhadapan dengan murid yang bermasalah?) (min = 3.60. sp = .64). Dapatan ini menunjukkan bahawa guru pelatih mempunyai efikasi kendiri guru dalam aspek penglibatan murid bagi murid yang lemah tetapi tidak yakin berhadapan dengan murid yang bermasalah (Ahmad Zamri Khairani 2016). Oleh yang demikian, guru yang mengajar di dalam kelas dianggap sebagai pembimbing kepada muridnya kerana guru mengaplikasi konsep bimbingan yang bermaksud suatu proses menolong individu untuk memahami (Kamarudin Husin 1994). Dalam proses PdP, murid akan menghadapi pelbagai masalah dan kesulitan, maka gurulah yang akan berperanan sebagai pembimbing bagi membetulkan kesilapan khususnya ketika melaksanakan latihan. Bimbingan yang diberikan oleh guru mempunyai beberapa tujuan tertentu. Antaranya; bimbingan menolong murid mempelajari, memahami pengalaman, nilai, sikap dan perlakuan yang sesuai dengan kehendak mereka, bimbingan adalah untuk mengetahui keperluan murid bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka, bimbingan menolong murid menyedari kekuatan dan kelemahan mereka. Dalam bimbingan, fokus atau tumpuan adalah untuk memperkukuh kekuatan mereka dan bimbingan menolong murid supaya berkemampuan membuat penyesuaian dan perubahan tingkah laku yang ada pada mereka. Guru berperanan bukan sahaja sebagai tenaga pengajar tetapi juga memberi tunjuk ajar, mengesan kekuatan dan kelemahan, memberi latihan yang mencukupi, membetulkan kesalahan dan kesilapan murid dengan serta merta dan memberi penghargaan kepada hasil karya yang baik. Di samping itu, guru perlu mengesan murid yang lemah dan menghadapi masalah. Mereka perlu diberi bimbingan dan perhatian. Bimbingan boleh diberikan secara individu atau secara kumpulan (Ghazali Darusalam & Sufean Hussin 2016; Kamarudin Husin 1994). Hal ini diakui dalam penulisan (Zanaton Hj Iksan 2016) tentang perkembangan kognitif murid memerlukan bimbingan daripada orang lain. Konsep scaffolding yang ditekankan oleh Vygotsky melalui Zon Perkembangan Proksimal (Zone of Proximal Development –ZPD). Scaffolding ialah bimbingan, sokongan dan bantuan melalui soalan lisan yang diberikan oleh guru. Berdasarkan tujuan di atas, kajian ini memanfaatkan bimbingan guru bagi membetulkan kembali kesilapan dan kesalahan murid ketika menghadapi kesulitan membina jumlah (ayat) dalam pengajaran nahu atau kesilapan murid membezakan antara jumlat alismiyah dan jumlat al- fic liyah. Selain itu, pembelajaran secara laman web i-Majrurat (Mohammad Najib Jaffar & Aiman Shaari 2016) sebenarnya ditubuhkan untuk menarik minat murid mempelajari bahasa Arab. Mempelajari bahasa Arab melalui laman web ini akan membuka minda murid bahawa mempelajari bahasa Arab itu sangat mudah dan menarik. Oleh yang demikian, kajian ini memerlukan aspek bimbingan dalam pengajaran nahu bagi membuktikan efikasi kendiri guru. Kajian ini juga melahirkan konsep bimbingan melalui
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 177 laman web, iaitu melalui program Frog VLE. Guru memberi tugasan kerja rumah melalui aplikasi tersebut. Murid akan memberi maklum balas ketika cuti kerana murid tinggal di asrama dan terdapat kekangan internet. Guru juga memberi bimbingan secara terus semasa mengajar. Perbincangan semua aspek efikasi kendiri guru dalam pengajaran nahu merupakan nilai tambah atau panduan bagi menjelaskan keyakinan dan kemampuan guru dalam pengajaran nahu supaya penyampaian isi kandungan guru menjadi lebih berkesan. Guru perlu mempelbagai teknik dan kaedah bagi menjadi murid aktif dalam melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti (active learning). Dalam konteks pengajaran, guru perlu merancang dan melaksanakan susunan perancangan bagi membaiki dan mempertingkatkan proses pengajaran (Yusup Hashim 1998) dan semua murid dapat menguasai perkara yang diajar oleh guru (Mok Soon Sang 1997). Kawalan dan pengurusan kelas juga menjelaskan keyakinan dan kemampuan guru mengendalikan kelas supaya pengajaran dapat dijalankan secara kondusif. Keyakinan guru jelas terbukti apabila guru mampu memberi bimbingan dan teguran kesilapan dan kesalahan murid ketika membuat latihan nahu. Kesimpulan Keyakinan dan kemampuan menguasai keempat-empat aspek yang dikaji dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran nahu lebih difahami kerana pengajaran nahu adalah bersifat teori dan amali. Guru bebas menggunakan mana-mana kaedah yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid kerana setiap kaedah mempunyai keistimewaan masing-masing. Begitu juga dengan amalan pengajaran guru bahasa Arab perlu dipertingkatkan sesuai dengan perubahan suasana, kebolehan murid dan menarik dalam pengajaran nahu. Efikasi kendiri ialah elemen penting yang perlu ada pada diri seseorang guru dan efikasi kendiri boleh dibentuk, ditambah, dibaja dan disuburkan melalui pelbagai cara. Antaranya ialah dengan menambahkan ilmu pengtahuan isi kandungan nahu dan kemahiran guru dalam ilmu pedagogi pengajaran nahu. Rujukan Ahmad Zamri Khairani. (2016). Mengukur Efikasi Pengajaran guru Pelatih Universiti Sains Malaysia. Asia Pacific of Educators and Education 31: 15–25. Ainon Mohd & Abdullah Hasan. (2006). Mendorong Diri Sendiri. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ainon Wazir. (2016). Pengetahuan Pedagogi Isi kandungan Guru Bahasa Arab Sekolah Rendah. UKM Bandura, A. 1977. Self efficacy: Towrd a Unifying Theory of Behavioral Change. Psychological Review 84(2): 191–215. Bandura, A. (1997). Self-Efficacy The Exercise of Control. New York: W.H Freeman and company. Boon Pong Ying & Ragbir Kaur. (1998). Pedagogi I (semester II). Shah Alam Selangor: Fajar bakti sdn bhd. Farihah Hussain, Nik Mohd rahimi Nik Yusoff & Maimun Aqsa Lubis. 2017. Bimbingan Akademik dan Sahsiah Efikasi Kendiri Guru Nahu Bahasa Arab Kurikulum Dini. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2017 (SEBAR 2017): Isu Dan Cabaran, hlm. 79. Kelantan: Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2016). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan. t.tp: Universiti Malaya. Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi, Parilah M. Shah, Wan Haslina Wah & Ahmed Thalal Hassan. 2011. Kepercayaan jangkaan keupayaan kendiri dalam kalangan pelajar kursus bahasa Arab. GEMA Online Journal of Language Studies 11(1): 81–96. Habibah Bnti Mat Rejab. (2016). Amalan Pentaksiran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Insya’ Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Universiti Malaya Habibah Mat Rejab. (2016). Amalan Pentaksiran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Insya’ Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Universiti Malaya Kamarudin Husin. (1994). Dinamika Sekolah Dan Bilik Darjah. Serdang Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 178 Kamus Dewan. (2007) .Cetakan ke. t.tp: Dewan Bahasa dan Pustaka. Linamalini Mat Nafi & Kamarul Shukri Mat Teh. 2014. Kepelbagaian Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Arab ( Spba ) Dalam Kalangan Pelajar IPT Kelantan. The Online Journal of Islamic Education 1–8. Marsh, C. j. (2004). Becoming a Teacher: Knowledge, Skills and Issues.third edit. Australia: Prentice Hall. Mohamad Azrien Mohamed Adnan. (2016). Examining Teachers’ Efficacy, comitment and Language Competency in Teaching Arabic Among AFL Teachers in Secondary Schools. tesis, Mohammad Najib Jaffar & Aiman Shaari. (2016). Penggunaan Laman Web i-Majrurat Sebagai Alat Bantu Mengajar Tatabahasa Arab. Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies 3(1): 1–8. Mok Soon Sang. (1997). Pedagogi 2 Pelaksanaan Pengajaran.Edisi pert. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Mustari, M.I., Jasmi, K.A., Muhammad, A. & Yahya, R. (2012). Model Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab. Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam [SEAPPI2012], hlm. 867–887. http://eprints.utm.my/40070/1/Cover %26 Paper.pdf Noornajihan Jaafar. (2015). Pengaruh Efikasi Kendiri dan Faktor Persekitaran Terhadap Kualiti Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan. Universiti Kebangsaan Malaysia Rosni Samah. (2012). Pembinaan ayat bahasa arab dalam kalangan lepasan sekolah menengah agama. GEMA Online Journal of Language Studies 12(2): 555–569. Yusup Hashim. (1998). Teknologi Pengajaran.pertama. Selangor: Fajar bakti sdn bhd. Zanaton Hj Iksan. (2016). Soalan Lisan Dalam Proses Pengajaran.cetakan pe. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 179 APLIKASI PENEGUHAN POSITIF DAN PENEGUHAN NEGATIF DALAM PEMBELAJARAN (PdPc) SOLAT FARDU SEKOLAH MENENGAH Siti Fauziah Mohd Amin, Sabariah Sharif dan Mad Nor Madjapuni Abstrak Peneguhan positif dan peneguhan negatif merupakan dua elemen penting dalam Teori Pelaziman Operan Skinner. Teori ini merupakan antara Teori Behaviorisme yang seringkali digunakan bagi meningkatkan motivasi dan minat murid dalam pembelajaran dan pemudahcara (PdPc). Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti penggunaan peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam pendidikan dan mencadangkan implementasi elemen ini dalam pembelajaran dan pemudahcara solat fardu tingkatan satu sekolah menengah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah analisis dokumen. Pencarian bahan-bahan ilmiah seperti artikel jurnal, kertas persidangan, tesis dalam bentuk digital dan bukan digital dilakukan dengan menggunakan kata kunci “peneguhan positif”, “peneguhan negatif” dan “Teori Pelaziman Operan Skinner”. Dapatan kajian menunjukkan implementasi peneguhan positif dan peneguhan negatif dapat dipelbagaikan dalam pembelajaran dan pemudahcara (PdPc) solat fardu tingkatan satu sekolah menengah. Kata Kunci: Peneguhan Positif, Peneguhan Negatif, Teori Pelaziman Operan Pengenalan Teori Pelaziman Operan Skinner merupakan teori yang dipelopori oleh Burrhus Frederic Skinner yang lebih dikenali sebagai BF Skinner pada tahun 1938 (McLeod, 2015). BF Skinner merupakan salah seorang psikologi Amerika yang terkenal (Smith, 1999). Menurut Bf Skinner, seseorang boleh mengawal tingkahlaku berdasarkan motivasi tersendiri dan kesan tingkahlaku sebelumnya berdasarkan ekperimen yang dilakukannya menggunakan Kotak Skinner. Beliau membahagikan tingkahlaku manusia kepada dua kategori, iaitu tingkahlaku responden bagi tingkahlaku hasil gerakbalas terhadap alam sekitar dan tingkahlaku operan bagi tingkahlaku hasil gerakbalas yang dihasilkan oleh diri sendiri. Tingkahlaku operan mengandungi dua elemen penting iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif (Sang, 2008; Zhou & Brown, 2017). Peneguhan positif merupakan rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkahlaku. Peneguhan ini berfungsi sebagai ganjaran yang menggalakkan individu mengulangi tingkahlaku tertentu (McLeod, 2015). Peneguhan positif dibahagikan kepada peneguhan yang diberikan secara berterusan dan peneguhan yang diberikan secara berkala (Sang, 2008; Zhou & Brown, 2017). Manakala, rangsangan yang dipindahkan atau dihapuskan bertujuan untuk menguatkan tingkahlaku positif dikenali sebagai peneguhan negatif dalam Teori Pelaziman Operan Skinner (Sang, 2008; Zhou & Brown, 2017). Peneguhan negatif ini berkaitan dengan memberi sesuatu yang tidak baik tetapi kesannya menghasilkan sesuatu yang baik (Khalim Zainal, 2008).
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 180 Rajah 1. Tingkahlaku Operan Skinner Sumber: Sang, 2008 Objektif Kajian Kajian yang memfokuskanberkaitan implementasi peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam pembelajaran dan pemudacara solat fardu ini menetapkan dua objektif kajian seperti berikut: 1. Mengenal pasti pelaksanaan peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam bidang pendidikan. 2. Mencadangkan implementasi peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam pembelajaran dan pemudahcara solat fardu. Metodologi Kajian Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah analisis dokumen daripada bahanbahan bertulis berkaitan Teori Pelaziman Operan Skinner, peneguhan positif dan peneguhan negatif. Analisis daripada buku-buku rujukan, artikel, kertas persidangan dan tesis dilakukan bagi mengumpul maklumat berkaitan penggunaan peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam dunia pendidikan. Maklumat-maklumat ini seterusnya diterjemahkan ke dalam bentuk praktikal yang relevan digunakan dalam pembelajaran dan pemudahcara (PdPc) solat fardu. Penulisan metodologi untuk kajian ini dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu kaedah, persampelan dokumen untuk analisis kandungan, analisis data dan kawalan kualiti data. Kaedah Kaedah analisis kandungan digunakan bagi mendapatkan data untuk menjawab persoalanpersoalan kajian. Kaedah analisis kandungan merupakan antara kaedah yang digunakan secara meluas dalam bidang penyelidikan dalam pelbagai bidang (Bernad, Russell & Ryan, 2010; Ghazali Darusalam & Sufean Husin, 2018). Dokumen-dokumen yang dikenalpasti daripada penulisan bahan-bahan ilmiah terdahulu berkaitan persoalan kajian. Persampelan Dokumen Untuk Analisis Kandungan Pencarian data menggunakan bahan-bahan ilmiah yang terdiri daripada buku-buku rujukan, artikel, kertas persidangan dan tesis menggunakan kata kunci “peneguhan positif”, “peneguhan negatif” dan “Teori Pelaziman Operan” dilakukan melalui enjin carian Google, Malaysian Citation Index (MyCite), Google Scholar, Directory of Open Access Journals (DOAJ), Scopus, Springer, dan carian di perpustakaan. Sebanyak enam buku rujukan, tiga belas artikel, satu kertas persidangan dan satu tesis dianalisis berdasarkan tujuan kajian ini. Tingkah Laku Operan Peneguhan Positif Peneguhan Negatif
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 181 Analisis Data Proses penganalisaan data dilakukan secara analisis tersurat dan tersirat berpandukan kepada data yang diperolehi daripada bahan-bahan ilmiah terpilih (Bengtsson M., 2016; Grbich, 2013). Data kemudiannya dipersembahkan bersesuaian dengan persoalan dan objektif kajian yang telah ditetapkan. Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama, berkaitan penggunaan peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam pendidikan, data dibincangkan melalui pelaksanaan peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam pendidikan dalam kajian-kajian terdahulu. Manakala untuk menjawab persoalan kajian yang kedua, berkaitan cadangan implementasi peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam pembelajaran dan pemudahcara solat fardu, maklumat dimasukkan ke dalam jadual yang dibina berdasarkan sub tajuk solat fardu berpandukan DSKP dan Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan Satu. Kawalan Kualiti Data Bagi memastikan data kajian ini mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan semasa analisis kandungan dijalankan, pengkaji pertama berperanan sebagai primary coder, sementara pengkaji lain membuat semakan laporan secara rawak untuk memastikan kebolehpercayaan data diperolehi (Ghazali Darussalam & Sufean Husin, 2018). Dapatan Kajian Perbincangan berkaitan hasil kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian selari dengan objektif kajian yang telah ditetapkan. Perbincangan pertama berkaitan pelaksanaan peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam bidang pendidikan dan perbincangan kedua berkaitan implementasi peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam Modul Robot M-pembelajaran dan pemudahcara (PdPc) solat fardu. Pelaksanaan Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif dalam Bidang Pendidikan. Pelbagai bentuk peneguhan positif dan peneguhan negaif dapat dilakukan dalam bidang pendidikan. Pemberian peneguhan positif dapat dilakukan dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Dalam bentuk lisan, peneguhan postif dapat diberikan dengan memberi galakan (Nurul Azura Che Hashim, Mohd Hanafi Mohd Yasin, & Mohd Mokhtar Tahar,2016), pujian (Nurul Azura et al., 2016; Sang, 2008; Khalim Zainal, 2008; Fhatin Nurnaqibah Alyaa Mohd Noor, & Mohd Hanafi Mohd Yasin, 2016; Sajap.t.th) dan penghargaan (Sang, 2008). Manakala peneguhan positif dalam bentuk bukan lisan seperti pelukan (Nurul Azura et al., 2016), senyuman (Nurul Azura et al., 2016; Gordan, 2014), masa rehat (Khalim Zainal, 2008), hadiah (Sang, 2008; Khalim Zainal, 2008; RK Rusli & MA Kholik, 2013), ganjaran (McLeod, 2015), pemberian markah, duduk dekat dengan murid, meluangkan aktiviti bersama murid, memberi pilihan berbeza kepada murid dan memfokuskan kepada tingkahlaku positif mereka (Gordan & Krishanan, 2014). Pemberian peneguhan positif ini membuatkan murid merasa mereka dihargai dan diberi perhatian. Hal ini mengukuhkan keinginan murid untuk terus mengamalkan tingkahlaku positif dalam pembelajaran dan pemudahcara (PdPc) (Nurul Azura et al., 2016). Manakala, peneguhan negatif dapat dilakukan dengan melakukan time out iaitu murid diletakkan di suatu tempat yang berasingan dengan murid-murid lain (Fhatin Nurnaqibah Alyaa Mohd Noor, & Mohd Hanafi Mohd Yasin, 2016) dan penahanan terhadap murid yang tidak meyelesaikan tugasan yang diberikan. Peneguhan negatif yang diberikan secara konsisten terhadap murid yang sama berpotensi untuk menjadikan murid tersebut berubah. Sekiranya murid tadi telah berubah menjadi murid yang rajin, peneguhan positif relevan dilakukan terhadap murid tersebut (Khalim Zainal, 2008). Time Out dapat digantikan dengan pemberian kad penalti manakala penahanan dapat digantikan dengan pemberian tugasan dan masa tambahan bagi tujuan pengukuhan. Selain daripada dua bentuk peneguhan negatif tersebut,
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 182 implementasi peneguhan negatif dapat diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk pendekatan menggunakan lisan dan bukan lisan semasa aktiviti pembelajaran dan pemudahcara (PdPc). Implementasi Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif dalam Pembelajaran dan Pemudahcara Solat Fardu. Perbincangan berkaitan implementasi peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam pembelajaran solat fardu dibahagikan mengikut sub tajuk yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Islam Tingkatan Satu dan Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan Satu (KPM 2015; Rijaluddin Yahya, Nurafidah Abdullah, & Wan Ali Akbar Wan Muhammad, 2016) iaitu maksud solat fardu, syarat wajib dan syarat sah solat, perkara membatalkan solat, rukun solat, sunat solat, akibat meninggalkan solat, hikmah solat dan kelebihan solat dari sudut sains. Jadual 1 Implementasi Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif dalam pembelajaran dan pemudahcara (PdPc) Solat Fardu Aktiviti Aplikasi Peneguhan Positif Aplikasi Peneguhan Negatif Maksud Solat Fardu Pujian kepada murid yang dapat menerangkan maksud solat fardu dengan tepat. Tugasan peta bulatan maksud solat fardu kepada murid yang tidak dapat menerangkan maksud solat fardu. Syarat Wajib dan Syarat Sah Solat Pemberian “bintang” bagi murid yang berjaya meletakkan kad syarat wajib solat dan kad syarat sah solat fardu pada peta pemikiran (peta pokok) dengan tepat. Pemberian kad penalti bagi murid yang tidak menyelesaikan tugasan melengkapkan peta pemikiran berkaitan pengertian, dalil, syarat wajib dan syarat sah solat untuk tujuan pengukuhan. Perkara Membatalkan Solat Pemberian “bintang” kepada murid berjaya menjawab soalan dengan tepat semasa sesi muraja’a (ulangkaji). Kad anugerah bagi kumpulan yang berjaya menyelesaikan masalah berkaitan perkara membatalkan solat fardu dengan hukum dan alasan yang tepat. Kad anugerah bagi kumpulan yang memperlihatkan kerjasama yang baik. Tugasan bagi kumpulan yang tidak berjaya menyelesaikan masalah berkaitan perkara membatalkan solat fardu dengan hukum dan alasan yang tepat.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 183 Rukun Solat Pemberian ganjaran “bintang” bagi murid yang berjaya menjawab dengan tepat semasa sesi muraja’a. Pemberian “bintang” kepada lima murid terawal yang dapat menghafaz rukun qalbi (hati) dengan sebutan dan tajwid yang tepat. Pemberian kad anugerah bagi kumpulan yang berjaya mencantumkan rukun qauli (perkataan) dengan terjemahannya yang tepat dalam Bahasa Melayu dalam aktiviti “jigsaw reading”. Pemberian bintang kepada murid yang melakukan rukun fikli (perbuatan) dengan tepat. Galakan dan dorongan untuk sentiasa menjaga solat semasa berada di luar sekolah. Tugasan tasmik rukun qalbi (hati) bagi murid yang tidak berjaya menghafaz rukun qalbi (hati). Tugasan tasmik rukun qauli (perkataan) bagi murid yang tidak berjaya menghafaz rukun qauli (perkataan). Pemberian kad penalti bagi kumpulan yang tidak berjaya mencantumkan rukun qauli (perkataan) dengan terjemahan yang tepat dalam Bahasa Melayu dalam aktiviti “jigsaw reading”. Isyarat kepala dan tangan, teguran dan bimbingan bagi murid yang melakukan kesalahan amali rukun fikli (perbuatan). Sunat Solat Pemberian ganjaran “bintang” kepada murid yang berjaya menjawab soalan guru semasa sesi muraja’a (ulangkaji). Menaikkan semangat dan motivasi murid untuk mengulang hafazan sunat ab’ad khususnya bagi murid yang belum menguasai tahiyat akhir dan doa qunut. Pemberian bintang kepada murid yang berjaya menghafaz/melakukan sunat ab’ad dengan tepat. Pemberian “bintang” kepada murid berjaya menjawab soalan dengan tepat semasa sesi muraja’a (ulangkaji). Tugasan peta pemikiran buih berganda kepada murid yang tidak berjaya membezakan sunat ab’ad dan sunat hai’ah.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 184 Akibat Meninggalkan Solat Pemberian ganjaran “bintang” bagi murid yang berjaya menjawab dengan tepat semasa sesi muraja’a (ulangkaji) dan kepada murid yang menghasilkan lukisan mizan solat fardu dengan kemas. Tugasan tambahan berkaitan tarhib solat fardu. Hikmah Solat Pemberian ganjaran “bintang” bagi murid yang berjaya menjawab dengan tepat semasa sesi muraja’a (ulangkaji). Pemberian kad penalti bagi murid yang tidak menyelesaikan tugasan berkaitan hikmah solat fardu. Kelebihan Solat dari Sudut Sains Pemberian ganjaran “bintang” bagi murid yang berjaya menjawab dengan tepat semasa sesi muraja’a (ulangkaji). Pemberian kad anugerah bagi kumpulan yang menghasilkan kerja kumpulan terbaik berkaitan kelebihan solat fardu menurut sains. Pemberian tugasan kepada kumpulan yang tidak berhasil membentangkan hasil kerja kumpulan berkaitan kelebihan solat fardu menurut sains. Khusyuk dalam solat dan kepentingannya Galakan khusyuk solat fardu. Teguran, bimbingan dan nasihat. Berdasarkan jadual 1.1, peneguhan positif dapat diimplementasikan dalam pembelajaran dan pemudahcara (PdPc) solat fardu dengan pemberian bintang, pemberian kad anugerah, penghormatan dan pujian daripada guru. Manakala, penggunaan peneguhan negatif pula digunakan dengan pemberian kad penalti, teguran, nasihat, masa dan tugasan tambahan semasa proses pembelajaran dan pemudahcara berlangsung. Kesimpulan Secara keseluruhannya, peneguhan positif dan peneguhan negatif berpotensi untuk meningkatkan minat dan motivasi murid untuk terlibat aktif dalam pembelajaran dan pemudahcara (PdPc) samada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Aplikasi peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam pembelajaran dan pemudahcara solat fardu (PdPc) dapat di[pelbagaikan mengikut sub tajuk solat fardu. Penggunaan peneguhan positif dan peneguhan negatif ini bertujuan menjadikan pembelajaran dan pemudacara solat fardu (PdPc) menjadi lebih efektif untuk memotivasikan murid meningkatkan penguasaan teori dan amali solat fardu dengan lebih maksimum. Rujukan Bengtsson M. (2016). How to plan and perform a qualitative study using content analysis. NursingPlus Open, 2, 8–14. https://doi.org/10.1016/j.npls.2016.01.001
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 185 Bernad, Russell H & Ryan, Gery W (2010). Analyzing qualitative data sytematic approaches. Los Angeles: SAGE Publication Ltd. Fhatin Nurnaqibah Alyaa Mohd Noor, & Mohd Hanafi Mohd Yasin. (2016). Modifikasi tingkah laku murid menggunakan time-out dan kata pujian. (August). Retrivied from https://www.researchgate.net/publication/311116845 Fritze, T. (2019). B.F. Skinner’s Theory of Performance Excellence: A radical behavioral perspective (Vol. 2019). Tesis PhD. University of Denver. Ghazali Darusalam & Sufeyan Husin (2018). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Gordan, M.&Krishanan, I.A (2014). A review of B.F Skinner’s “Reinforcement Theory of Motivation.” International Journal of Research in Education Methodology, 5(3), 680–688. Grbich, C (2013). Qualitative Data Analysis. Los Angeles: SAGE Publication Ltd. Jamaliah Abdul Jalil, Mohd Isa Hamzah, & Maimun Aqsha Lubis. (2017). Tahap pengetahuan dan amalan fardu ain anak-anak mualaf Sekolah Menengah di Bahagian Sri Aman Sarawak. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J), 1(January), 107–123. Khalim Zainal. (2008). Memahami tingkah laku remaja bermasalah dari perspektif Teori Tingkah Laku, humanistik, psikoanalitik & tret personaliti. Jurnal Pengajian Umum, 9, 43–56. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Buku panduan dan rekod pencapaian penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2015). Pendidikan Islam dokumen standard kurikulum dan pentaksiran. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Mohd Zainal Abidin Che Mood, Mohd Aminuddin Ab. Rahaman, Nurul Huda Mohd Bisri, & Zaradi Sudin. (2012). Amalan solat fardhu di kalangan pelajar PISMP semester 3 ambilan januari 2012. McLeod. (2015). Skinner - Operant Conditioning. Retrivied from https://www.academia.edu/23759303/Skinner_- _Operant_Conditioning Nor Fauzani Jumodi, Nor Akmal Mohamad, & Noor Haslinda Zainoldin. (2014). Sejauhmana faktor penguasaan bacaan asas solat dalam mempengaruhi pengamalan solat di kalangan pelajar semester 1 Kolej Komuniti Kuantan. Nurul Azura Che Hashim, Mohd Hanafi Mohd Yasin, & Mohd Mokhtar Tahar. (2016). Mengubahsuai tingkahlaku makan meggunakan tangan kiri melalui teknik peneguhan sosial. Retrivied from https://www.researchgate.net/profile/Mohd_Yasin3/ publication/311105424_ Rijaluddin Yahya, Nurafidah Abdullah, & Wan Ali Akbar Wan Muhammad. (2016). Pendidikan Islam Tingkatan Satu (Muhammad Ridhuan Wahab & Z. N. M. Kaslan, Eds.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. RK Rusli, & MA Kholik. (2013). Teori belajar dalam psikologi pendidikan. Jurnal Sosial Humaniora, 4, 62–67. Retrivied from https://ojs.unida.ac.id/JSH/article/view/468/pdf Sajap Maswan. (t.th). Mengaplikasikan teori-teori pembelajaran di dalam mereka bentuk bahan pengajaran berasaskan ICT untuk Pendidikan Seni Visual. Retrivied from https://s3.amazonaws.com/academia.edu.documents/ Sang, M. S. (2008). Psikologi pendidikan. Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Skinner, B. F. (1950). The psychological review are Theories of Learning necessary? 57(4). Smith, L. M. (1999). B. F. Skinner (1904-1990). PROSPECTS: Quarterly Review of Comparative Education, XXIV(3), 1–9. Zhou, M., & Brown, D. (2017). Educational learning theories: 2nd Edition. In Education Open Textbooks. Retrieved from https://oer.galileo.usg.edu/education-textbooks/1
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 186 PENILAIAN KEBERKESANAN MODUL MENERUSI BENGKEL LATIHAN PENINGKATAN EFIKASI KENDIRI MENGAJAR BAHASA INGGERIS Nur Nazuha Beevi Abdul Aziz Abstrak Kajian ini bertujuan membincangkan mengenai pelaksanaan Bengkel Latihan Peningkatan Efikasi Mengajar Bahasa Inggeris (BLPMBI) dalam kalangan Guru Tabika KEMAS negeri Perak dengan menggunakan Modul Peningkatan Efikasi Mengajar Bahasa Inggeris Guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Modul PEMBI) sebagai suatu fasa untuk penilaian keberkesanan modul dalam pembangunan modul. BLPMBI dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen bagi menilai keberkesanan modul. Seramai 66 orang guru Tabika KEMAS telah dipilih untuk mengikuti bengkel dan telah dibahagikan kepada kumpulan rawatan seramai 33 orang dan kumpulan kawalan seramai 33 orang. Bengkel ini dijalankan selama enam minggu iaitu sebanyak 18 jam diperlukan untuk melengkapkan pengisian modul. BLPMBI dijalankan untuk mencapai dua objektif utama kajian iaitu (a) BLPMBI menggunakan modul dapat meningkatkan tahap efikasi kendiri guru mengajar Bahasa Inggeris dan (b) BLPMBI menggunakan modul dapat mengurangkan tahap kebimbangan guru mengajar Bahasa Inggeris. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data ujian pra dan ujian pos ialah Soal Selidik Tahap Efikasi Mengajar Bahasa Inggeris dan Soal Selidik Tahap Kebimbangan Mengajar Bahasa Inggeris. Data yang diperoleh menerusi soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package Social Sciences versi 23 bagi mencari perbezaan skor min. Dapatan kajian menunjukkan BLPMBI menggunakan Modul PEMBI telah berjaya meningkatkan tahap efikasi kendiri mengajar Bahasa Inggeris dan juga mengurangkan tahap kebimbangan mengajar Bahasa Inggeris dalam kalangan guru Tabika KEMAS. Kata Kunci: Modul PEMBI, Bengkel Latihan, Kuasi Eksperimen, Tahap Efikasi Kendiri Mengajar Bahasa Inggeris Dan Tahap Kebimbangan Mengajar Bahasa Inggeris. Pengenalan Modul Peningkatan Efikasi Mengajar Bahasa Inggeris Guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Modul PEMBI) dibangunkan oleh penyelidik menerusi kajian reka bentuk dan pembangunan (Richey & Klein, 2007) yang mempunyai tiga fasa iaitu fasa pertama : analisis keperluan, fasa kedua : reka bentuk dan pembangunan dan fasa ketiga : penilaian. Bagi fasa pertama penyelidik menggunakan Soal Selidik Analisis Keperluan dan temu bual terhadap guru Tabika KEMAS untuk mengenal pasti tahap keperluan pembangunan modul latihan ini. Bagi fasa kedua penyelidik mereka bentuk modul berdasarkan kepada dapatan analisis keperluan dan Teori Efikasi Kendiri Bandura iaitu teori utama dan beberapa teori dan model sampingan iaitu Model ARCS Keller dan Teori Pembelajaran Androgogi. Seterusnya draf modul yang lengkap melalui proses kesahan kandungan modul oleh sembilan orang panel pakar dan kebolehpercayaan modul melalui kajian rintis terhadap 30 orang guru Tadika Islam. Bagi fasa ketiga penyelidik perlu menilai keberkesanan modul menerusi pelaksanaan Bengkel Latihan Peningkatan Efikasi Mengajar Bahasa Inggeris yang dijalankan terhadap 66 orang guru Tabika KEMAS. Menurut kajian Norazlin Mohd Rusdin, Siti Rahaimah Ali dan Md Nasir Masran (2019), pelaksanaan bengkel latihan menggunakan modul dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru terhadap aspek yang dititikberatkan. Pelaksanaan bengkel latihan menggunakan Modul PEMBI
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 187 merujuk kepada pecahan sub modul dan aktiviti dalam modul seperti di dalam Jadual 1 di bawah; Jadual 1 Pecahan Kandungan dan Aktiviti Dalam Modul PEMBI Strategi Sub Strategi / Aktiviti Strategi 1 : Pengenalan MPEBI Aktiviti 1 : ‘Icebreaking’ Aktiviti 2 : Mengenali Teori Efikasi Kendiri Bandura Aktiviti 3 : Efikasi Kendiri Guru Strategi 2 : Pengetahuan dan Pencapaian Dalam Bahasa Inggeris Aktiviti 1 : Lihat Efikasi Orang Lain Aktiviti 2 : Pengetahuan Guru Aktiviti 3 : Pemikiran Reflektif Aktiviti 4 : Pembelajaran Kendiri Strategi 3 : Pemodelan Kendiri Dalam Pengajaran Pemodelan Kendiri Dalam Pengajaran Aktiviti 1 : Bimbingan Rakanku Aktiviti 2 : Mentorku Aktiviti 3 : Motivasiku Aktiviti 4 : Belajar Menerusi Pemerhatian Strategi 4 : Penilaian Kendiri Dalam Pengajaran Aktiviti 1 : Kritikan Video Aktiviti 2 : Jom Tulis Rancangan Pengajaran Aktiviti 3 : Jom Praktik Pengajaran Aktiviti 4 : Maklum Balas Bukannya Kegagalan Aktiviti 5 : Kelainan Dalam Mengajar Strategi 5 : Pembangunan Emosi Diri Aktiviti 1 : Perubahan Fisiologi dan Emosi Aktiviti 2 : Mengawal Tekanan Aktiviti 3 : Piramid Perubahan Tingkah Laku Aktiviti 4 : Positif Minda Dengan Bahasa Inggeris Strategi 6 : Penutup – Transformasi Diri Aktiviti 1 : Fikirkan Boleh Aktiviti 2 : Transformasi Minda Objektif Bengkel Latihan Objektif bagi Bengkel Latihan Peningkatan Efikasi Mengajar Bahasa Inggeris adalah; 1. Untuk membantu guru meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengetahuan dan pencapaian Bahasa Inggeris bagi meningkatkan tahap efikasi kendiri guru mengajar Bahasa Inggeris. 2. Untuk membantu guru meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pemodelan kendiri pengajaran Bahasa Inggeris bagi meningkatkan tahap efikasi kendiri guru mengajar Bahasa Inggeris. 3. Untuk membantu guru meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penilaian kendiri pengajaran Bahasa Inggeris bagi meningkatkan tahap efikasi kendiri guru mengajar Bahasa Inggeris. 4. Untuk membantu guru meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pembangunan emosi diri bagi meningkatkan tahap efikasi kendiri guru mengajar Bahasa Inggeris. 5. Untuk membantu guru mengubah sikap iaitu kognitif, afektif dan tingkah laku khususnya aspek psikologi dari segi efikasi kendiri mengajar Bahasa Inggeris dan kebimbangan mengajar Bahasa Inggeris.
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 188 Objektif Kajian Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti keberkesanan modul dalam; 1. Meningkatkan tahap efikasi kendiri guru pendidikan awal kanak-kanak mengajar Bahasa Inggeris. 2. Mengurangkan tahap kebimbangan guru pendidikan awal kanak-kanak mengajar Bahasa Inggeris. Metodologi Kajian Berikut merupakan proses pembangunan modul berdasarkan kajian reka bentuk dan pembangunan. Kajian ini hanya menekankan fasa penilaian untuk melihat proses pelaksanaan Bengkel Latihan Peningkatan Efikasi Mengajar Bahasa Inggeris bagi menilai keberkesanan modul menerusi kuasi eksperimen. Bengkel ini melibatkan seramai 66 orang guru Tabika KEMAS iaitu 33 orang guru dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan 33 orang guru dibahagikan kepada kumpulan kawalan. Pembahagian guru adalah berdasarkan skor min setara yang diperoleh menerusi analisis data Soal Selidik Analisis Keperluan bagi Fasa 1. Hanya kumpulan rawatan yang mengikuti bengkel latihan menggunakan Modul PEMBI. Walau bagaimana pun, kumpulan kawalan juga akan mengikuti bengkel menggunakan modul yang sama setelah tamat kajian dijalankan. Rajah 1 di bawah menunjukkan proses pembangunan Modul PEMBI mengikut fasa; Rajah 1. Proses pembangunan Modul Peningkatan Efikasi Mengajar Bahasa Inggeris Guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Nur Nazuha Beevi Abdul Aziz & Nordin Mamat, 2017; 2018) Bengkel Latihan Peningkatan Efikasi Mengajar Bahasa Inggeris (BLPMBI) dijalankan menurut prosedur pelasaksanaan bengkel seperti disarankan oleh Mohammad Aziz Shah (2018) & Jamaludin Ahmad (2012). Bengkel latihan dijalankan sebanyak enam sesi termasuk sesi perkenalan dan penamatan dengan setiap minggu satu sub modul / sub strategi. Tempoh masa keseluruhan BLPMBI adalah 18 jam dan setiap sub modul mempunyai jumlah masa yang berbeza iaitu bergantung pada aktiviti yang dijalankan. Bagi minggu pertama iaitu Strategi 1 : Pengenalan Modul PEMBI sebanyak 3 jam 30 minit diperlukan untuk menghabiskan tiga aktiviti. Minggu kedua iaitu Strategi 2 : Pengetahuan dan Pencapaian Dalam Bahasa Inggeris sebanyak 4 jam diperlukan untuk menghabiskan empat aktiviti. Minggu ketiga iaitu Strategi 3 : Pemodelan Kendiri Dalam Pengajaran sebanyak 4 jam diperlukan untuk menghabiskan empat aktiviti. Minggu keempat iaitu Strategi 4 : Penilaian Kendiri Dalam Pengajaran sebanyak 7 jam diperlukan untuk menghabiskan lima aktiviti. Minggu kelima iaitu Strategi 5 : Pembangunan Emosi Diri sebanyak 4 jam diperlukan untuk menghabiskan empat aktiviti dan minggu keenam Fasa 1 : Fasa Analisis Keperluan Fasa 2 : Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan Fasa 3 : Fasa Penilaian Pelaksanaan dan Penilaian Modul PEMBI menerusi Bengkel Latihan secara Kuasi Eksperimen
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 189 iaitu Strategi 6 : Penutup (Transformasi Diri) sebanyak 3 jam 30 minit diperlukan untuk menghabiskan dua aktiviti. Bengkel ini dikendalikan oleh dua orang fasilitator iaitu guru prasekolah merangkap jurulatih utama Bahasa Inggeris prasekolah yang telah diberikan latihan oleh penyelidik selama 18 jam untuk mengendalikan bengkel. Data dikutip sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan bengkel menggunakan modul ini. Ujian pra dijalankan sebelum penggunaan modul dan skor min direkodkan. Ujian pasca dijalankan selepas tamat penggunaan modul. Data daripada ujian pra dan ujian pasca adalah maklumat tahap efikasi kendiri mengajar Bahasa Inggeris dan tahap kebimbangan mengajar Bahasa Inggeris. Jadual 2 di bawah merupakan jadual pelaksanaan BLPMBI bagi memudahkan pengendalian bengkel oleh fasilitator dan juga guru sebagai peserta bengkel. Jadual 2 Jadual Pelaksanaan Bengkel Latihan Meningkatkan Efikasi Mengajar Bahasa Inggeris Minggu Pertama (Strategi 1 : Pengenalan Modul PEMBI) Masa Aktiviti Modul Objektif Aktiviti Bahan / Alatan 7.45 pagi Pendaftaran - Menentukan kehadiran peserta bengkel Senarai Nama Kehadiran Peserta 8.00-9.00 pagi (60 minit) Sesi menjawab soal selidik a) Soal Selidik Tahap Efikasi Mengajar Bahasa Inggeris dan Soal Selidik Tahap Kebimbangan Guru Mengajar Bahasa Inggeris (Ujian Pra) Soal Selidik Tahap Efikasi Mengajar Bahasa Inggeris dan Soal Selidik Tahap Kebimbangan Guru Mengajar Bahasa Inggeris 9.00 -9.30 pagi (30 minit) Aktiviti 1 : Icebreaking a) Berkenalan sesama ahli b) Meluahkan emosi masing-masing berkaitan pengajaran Bahasa Inggeris. c) Menyatakan kepentingan berfikiran positif. Belon, kertas, pen, pin. 9.30-10.45 pagi (45 minit) Aktiviti 2 : Mengenali Teori Efikasi Kendiri Bandura a) Mengetahui mengenai takrif efikasi kendiri. b) Mengenal pasti proses-proses dalam efikasi. c) Mengenal pasti sumber-sumber yang boleh mempengaruhi pembentukan efikasi kendiri individu. a)Alat tulis b) Kertas A4 c) Nota Efikasi d)Buku Aktiviti Kendiri Lampiran AK:S1:A2 e)Borang Refleksi 10.45-11.15 pagi (30 minit) Kudapan Pagi 11.15-12.00 tengah hari (45 minit) Aktiviti 3 : Efikasi Kendiri Guru a) Mengetahui maksud efikasi dalam pengajaran guru. b) Menyatakan isu-isu pelaksanaan pengajaran dalam Bahasa Inggeris. c) Menyatakan cara untuk menjadi a)Alat tulis b) Kertas A4 c) Nota Efikasi d)Buku Aktiviti Kendiri Lampiran AK:S1:A3
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 190 guru yang efektif dalam mengajar Bahasa Inggeris. e)Borang Refleksi Minggu Kedua (Strategi 2 : Pengetahuan dan Pencapaian Dalam Bahasa Inggeris) Masa Aktiviti Modul Objektif Aktiviti Bahan / Alatan 7.30 – 8.00 pagi (30 minit) Latihan Pengukuhan Efikasi a) Menambahkan input berkaitan efikasi. b) Mengenal pasti efikasi yang ada pada diri sendiri. 8.00-8.45 pagi (45 minit) Aktiviti 1 : Lihat Efikasi Orang Lain a) Mengetahui definisi efikasi pengajaran. b) Menjelaskan bahawa efikasi individu tidak statik tetapi boleh berubah-ubah. c) Mengenal pasti perkara / tugasan yang individu miliki tahap efikasi paling tinggi sehingga tahap efikasi yang paling rendah. a)Alat tulis b) Kertas A4 c) Nota Efikasi d)Buku Aktiviti Kendiri Lampiran AK:S2:A1 e)Borang Refleksi 8.45 -9.30 pagi (45 minit) Aktiviti 2 : Pengetahuan Guru a) Mengetahui definisi pengetahuan. b) Mengenal pasti jenis-jenis pengetahuan yang perlu guru kuasai. c) Menyatakan halangan-halangan yang perlu dilalui untuk menambahkan pengetahuan guru. a)Alat tulis b) Kertas Lukisan c) Nota Efikasi d)Buku Aktiviti Kendiri Lampiran AK:S2:A2 e)Borang Refleksi 9.30 -10.45 pagi (45 minit) Aktiviti 3 : Pemikiran Reflektif a) Mengetahui maksud pemikiran reflektif. b) Menyatakan fungsi otak dalam mempengaruhi tahap efikasi seseorang individu. c) Mengetahui bahawa pencapaian lepas boleh mempengaruhi tahap efikasi individu. a)Alat tulis b) Kertas A4 c) Nota Efikasi d)Buku Aktiviti Kendiri Lampiran AK:S2:A3 e)Borang Refleksi 10.45 – 11.15 pagi (30 minit) Kudapan Pagi 11.15-12.00 tengah hari (45 minit) Aktiviti 4 : Pembelajaran Kendiri a) Mengetahui definisi persekitaran pembelajaran kendiri. b) Mengetahui kepentingan pembelajaran kendiri. c) Menyatakan matlamat pembelajaran yang jelas untuk meningkatkan kualiti pengajaran diri. a)Alat tulis b) Kertas A4 c) Nota Efikasi d)Buku Aktiviti Kendiri Lampiran AK:S2:A4 e)Borang Refleksi Minggu Ketiga (Strategi 3 : Pemodelan Kendiri Dalam Pengajaran)
Isu dan Cabaran dalam Pendidikan : Strategi dan Inovasi 191 Masa Aktiviti Modul Objektif Aktiviti Bahan / Alatan 7.30 – 8.00 pagi (30 minit) Latihan Pengukuhan Efikasi a) Merakam satu video pengajaran Bahasa Inggeris. b) Menambahkan input berkaitan fonik dalam Bahasa Inggeris Video 8.00-8.45 pagi (45 minit) Aktiviti 1 : Bimbingan Rakanku a) Mengetahui maksud Bimbingan Rakanku. b) Menyatakan manfaat adanya Bimbingan Rakanku untuk meningkatkan efikasi dalam pengajaran. c) Menyatakan bagaimana cara untuk melaksanakan aktiviti Bimbingan Rakanku bagi meningkatkan kualiti pengajaran. a)Alat tulis b) Kertas A4 c) Nota Efikasi d)Buku Aktiviti Kendiri Lampiran AK:S3:A1 e)Borang Refleksi 8.45 -9.15 pagi (45 minit) Aktiviti 2 : Mentorku a) Mengetahui konsep mentor dalam pendidikan. b) Menyatakan peranan mentor dalam meningkatkan kualiti pengajaran. c) Menyatakan manfaat yang diperoleh jika mempunyai mentor bagi pengajaran Bahasa Inggeris. a)Alat tulis b) Kertas A4 c) Nota Efikasi d)Buku Aktiviti Kendiri Lampiran AK:S3:A2 e)Borang Refleksi 9.15 -10.00 pagi (45 minit) Aktiviti 3 : Motivasiku a) Mengenal pasti ciri-ciri kehebatan orang lain dalam pengajaran Bahasa Inggeris. b) Menyatakan kelebihan menjadi guru yang hebat dalam mengajar Bahasa Inggeris. c) Menyatakan kepentingan untuk meniru gaya pengajaran orang lain yang hebat untuk dijadikan panduan. a)Alat tulis b) Kertas A4 c) Nota Efikasi d)Buku Aktiviti Kendiri Lampiran AK:S3:A3 e) Gambar f)Borang Refleksi 10.00 – 10.30 pagi (30 minit) Kudapan Pagi 10.30-12.15 tengah hari (45 minit) Aktiviti 4 : Belajar Menerusi Pemerhatian a) Mengetahui maksud pembelajaran secara peniruan. b) Mengetahui teknik pembelajaran secara pemerhatian. c) Menyatakan kepentingan untuk membuat pemerhatian terhadap kaedah atau strategi pengajaran orang lain. a)Alat tulis b) Kertas A4 c) Nota Efikasi d)Buku Aktiviti Kendiri Lampiran AK:S3:A4 e)Borang Refleksi