The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL KARAKTER MURID JOHOR SEKOLAH MENENGAH
Panduan perlaksanaan Modul KrMJ Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cJRamli, 2024-06-02 09:40:18

MODUL KARAKTER MURID JOHOR SEKOLAH MENENGAH

MODUL KARAKTER MURID JOHOR SEKOLAH MENENGAH
Panduan perlaksanaan Modul KrMJ Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

Keywords: KrMJ.Modul T1,KrMJ Modul T2,KrMJ Modul T3,KrMJ Modul T4,KrMJ Modul T5,KrMJ Terkini

I 1 9 Jabatan Pendidikan Negeri Johor Isi Kandungan I Prakata II Kata Alu-aluan : ▪ Menteri Besar Johor III ▪ Pengerusi Jawatankuasa dan Penerangan Negeri Johor IV ▪ Pengarah Pendidikan Negeri Jabatan Pendidikan Negeri Johor V Sejarah Kesultanan Johor VI Pengenalan Modul VII Strategi Pelaksanaan Modul VIII TINGKATAN 1 KEPIMPINAN Aktiviti 1 – Hebatnya Pemimpin Aktiviti 2 – Mudahnya Berucap PATRIOTIK Aktiviti 1 – Lagu Bangsa Johor Aktiviti 2 – Asal Usul


Isi Kandungan Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor II 46 65 99 Aktiviti 3 – Kenali DYMM Sultan Johor dan DYMM Permaisuri Johor KETERAMPILAN DIRI Aktiviti 1 – Bajuku Bangsaku Aktiviti 2 – Bajuku Imejku Aktiviti 3 – Rambut KrMJ SOAL SELIDIK AKTIVITI TINGKATAN 2 KEPIMPINAN Aktivti 1 – Ceritaku Ceritamu Aktiviti 2 – Inventori Tret Personaliti (ITP) ADAB DAN KEROHANIAN Aktiviti 1 – Gaya Bersalam Aktiviti 2 – Doa Perhimpunan Aktiviti 3 – J-Khatam Aktiviti 4 – J-Sopan


Isi Kandungan Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor III 65 161 168 173 GAYA HIDUP SIHAT Aktiviti 1 – Tak Serupa Tapi Sama Aktiviti 2 – Audit Sisa Pepejal Aktiviti 3 – Kempen 3R Aktiviti 4 – Jurulatih Muda KrMJ Aktiviti 5 – J-Robik KrMJ SOAL SELIDIK AKTIVITI TINGKATAN 3 KEPIMPINAN Aktiviti 1 – Hi-5 Aktiviti 2 – Bicara Pemimpin ADAB DAN KEROHANIAN Aktiviti 1 – Haiya ‘Alas Solah IDENTITI NASIONAL Aktiviti 1 – Jambatan Persahabatan Aktiviti 2 – Bengkel Kebudayaan


Isi Kandungan Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor IV 186 226 237 SENI BUDAYA Aktiviti 1 – Memori Indah Aktiviti 2 – Inilah Johor Aktiviti 3 – J-Fesyen Aktiviti 4 – Ghazal Johor Aktiviti 5 – Jawi Exchange Aktiviti 6 – Sedapnya… Aktiviti 7 – Nasi Ambeng SOAL SELIDIK AKTIVITI TINGKATAN 4 KEPIMPINAN Aktiviti 1 – Impian Inovasiku Aktiviti 2 – Perhimpunan Mingguan ADAB DAN KEROHANIAN Aktiviti 1 – Imam Remaja Johor


Isi Kandungan Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor V KETERAMPILAN BERBAHASA Perintis Warisan Aktiviti 1 – Bercerita Santai Aktiviti 2 – J-Pidato Bicarawara Jauhar Aktiviti 1 – Warisan Tarian Zapin Aktiviti 2 – Saya Wartawan Johor Aktiviti 3 – Debat KrMJ TEKNOLOGI Aktiviti 1 – Expresi Seleraku Aktiviti 2 – Busana Warisan Aktiviti 3 – Let’s Code Robotic Aktiviti 4 – KrMJ AI Aktiviti 5 – J-Digital Aktiviti 6 – J-Influencer Aktiviti 7 – Gendang 24 Musim SOAL SELIDIK AKTIVITI 242 272


Isi Kandungan Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor VI TINGKATAN 5 KEPIMPINAN Aktiviti 1 – Rasionalkan Aku PATRIOTIK Aktiviti 1 – Kesultanan Melayu Johor Aktiviti 2 – Jata dan Bendera Johor SUKARELAWAN Aktiviti 1 – We Care, We Share SOAL SELIDIK AKTIVITI Penutup Komentar Rujukan Senarai Penulis 312 318 343


Prakata Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor VII PRAKATA Modul ini merupakan satu garis panduan kepada sekolah rendah untuk melaksanakan aktiviti Karakter Murid Johor (KrMJ). Modul ini merupakan inisiatif Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) ke arah memperkasa karakter murid yang mempunyai identiti terserlah, sahsiah terpuji, disanjung, dipandang tinggi dan dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa. Modul ini memberi fokus kepada 10 Karakter Murid Johor iaitu : 1. Patriotik 2. Keterampilan Diri 3. Adab dan Kerohanian 4. Gaya Hidup Sihat 5. Kepimpinan 6. Keterampilan Berbahasa 7. Teknologi 8. Identiti Nasional 9. Seni Budaya 10. Sukarelawan Aktiviti yang terkandung di dalam modul ini menyokong amalan bangsa Johor yang kaya dengan peradaban dan persuratannya yang tersendiri. Dalam memastikan keberkesanan modul, penulis turut menyediakan penilaian aktiviti bagi mengukur tahap kefahaman murid bagi setiap aktiviti.


VIII Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Secara keseluruhannya, pendidikan karakter melalui program KrMJ oleh JPNJ sejajar dengan matlamat pendidikan holistik dan teras pendidikan kebangsaan untuk mencapai Karamah Insaniah. Hal ini seiring dengan Falsafah Pendidikan Malaysia dalam mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Program KrMJ yang telah digarap melalui kolaboratif pelbagai pihak diharapkan dapat menyediakan modal insan cemerlang dan seimbang bagi merealisasikan harapan Maju Johor menjelang 2030.


IX Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Sebait Kata Seuntai Bicara MENTERI BESAR JOHOR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Pendidikan merupakan medium paling utama untuk mewujudkan modal insan yang mampu menyumbang kepakaran untuk pembangunan negara. Pada masa yang sama, pendidikan juga sangat penting untuk memanusiakan manusia tanpa meminggirkan jati diri dan kebudayaan sebagai warganegara Malaysia secara amnya dan rakyat Negeri Johor secara khususnya. Oleh itu, inisiatif Jabatan Pendidikan Negeri Johor melaksanakan Modul Karakter Murid Johor (KrMJ) merupakan usaha yang signifikan untuk


X Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor melahirkan generasi muda yang berbudaya Johor walau di mana mereka berada. Ledakan arus teknologi komunikasi yang merancakkan perkembangan dunia globalisasi telah menyaksikan penularan budaya dari luar yang bersifat urban. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan anak-anak Johor tidak ralit dengan fenomena tersebut, usaha Jabatan Pendidikan Negeri Johor merangka Modul KrMJ merupakan usaha yang wajar dipuji. Hal ini dikatakan demikian kerana murid-murid akan dibimbing secara holisitik oleh pendidik di sekolah dengan garis panduan yang tekal. Lantaran itu, peradaban Negeri Johor yang terkenal oleh keluhuran pekertinya dapat disemai secara langsung dan tidak langsung melalui pembudayaan KrMJ seterusnya mewujudkan Bangsa Johor yang sejati dan berhemah tinggi. Akhir kalam, pembinaan Modul KrMJ diharapkan dapat diaplikasikan secara menyeluruh selaras dengan aspirasi murid Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Oleh itu, seluruh warga pendidik perlu bergerak sederap sehaluan dalam usaha menyemarakkan peradaban Negeri Johor melalui pengaplikasian modul ini.


XI Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Sekian, terima kasih. …………………………………………… (YAB DATO’ ONN HAFIZ BIN GHAZI)


XII Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Seulas Rasa Seindah Bahasa PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN DAN PENERANGAN, NEGERI JOHOR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. “Jika aku diberikan sepuluh orang muda, nescaya aku dapat menggegarkan dunia”. Retorik yang penuh puitis ini menjadi satu manifestasi dalam usaha membangunkan golongan belia dan generasi muda. Hal ini jelas menunjukkan bahawa anak-anak kita merupakan tulang belakang atau nadi kepada negara dalam meletakkan kita sebaris dengan negara-negara maju persis mutiara


XIII Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor kata duduk sehamparan, tegak sepermatang pada masa akan datang. Belakangan ini, kita telah menyaksikan kerencaman persaingan ekonomi global dan kita perlu lebih cakna terhadap pembangunan pendidikan di peringkat global. Pada masa yang sama, kita mahu nilai-nilai murni dan budaya Bangsa Johor turut dikendong bersama-sama dalam mengharungi perkembangan dunia semasa. Bagi merealisasikan hasrat ini, murid-murid perlu dibimbing dari semasa ke semasa dan diterapkan dengan pelbagai nilai sebagai bangsa Johor yang kaya dengan peradaban dan budi pekerti. Pembinaan Modul Karakter Murid Johor (KrMJ) adalah sangat signifikan dan dapat dijadikan rujukan oleh semua lapisan masyarakat. Sehubungan dengan itu, naskah Modul KrMJ wajar dijadikan panduan untuk menyemai budaya bangsa Johor yang cemerlang dalam kalangan generasi muda. Tambahan pula, penggunaan modul yang lengkap dengan aktiviti dapat membimbing murid-murid ke arah penghayatan nilainilai bangsa Johor yang sebenar tanpa mengenal bangsa, etnik dan agama. Bukan itu sahaja, tidak keterlaluan dikatakan jika muridmurid Johor akan menjadi duta kecil bagi mempromosikan Negeri Johor di dalam mahupun di luar negara.


XIV Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Sebagai konklusinya, adalah menjadi harapan agar penggunaan modul ini dapat disebarluaskan kepada semua pihak terutama murid-murid di negeri Johor. Sekian, terima kasih. ……………………………………. (YB TUAN AZNAN BIN TAMIN)


XV Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Seindah Bahasa Secangkir Bicara PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Karakter Murid Johor (KrMJ) merupakan inisiatif dan Show Case Jabatan Pendidikan Negeri Johor dalam usaha melahirkan muridmurid Johor yang memiliki karakter yang terserlah, disanjung, dipandang tinggi dan dikenali. KrMJ melangkah ke tahap yang lebih membanggakan dengan penghasilan Modul KrMJ komprehensif untuk memperkasa 10 karakter murid Johor. Program KrMJ membangunkan gaya kepimpinan murid Johor yang berkualiti, mempunyai sahsiah terpuji, menjalin perpaduan dan memupuk kesedaran dalam


XVI Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor kalangan murid Johor agar memahami sejarah dan menghargai seni budaya tempatan. Umum mengetahui bahawa Negeri Johor kaya dengan khazanah dan warisan sejarah, tradisi budaya, bahasa dan persuratan. Hari ini kita berbangga menjadi bangsa Johor yang dikenali di seluruh negara sebagai negeri yang berkemajuan dan mampu mempertahankan jati diri bangsa serta warisan budaya secara berterusan. Dengan strategi membangunkan potensi, menyerlah keperibadian dan kepimpinan murid Johor, KrMJ akan terus disemarakkan bagi memenuhi hasrat dan harapan Falsafah Pendidikan Negara seiring hasrat Maju Johor menjelang 2030. Sekian, terima kasih. ….…………………………………….. (HAJI MOHD HANAFI BIN SAMAD)


XVII Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor SEJARAH KESULTANAN JOHOR Sekilas Sejarah Kesultanan Johor Negeri Johor Darul Ta’zim adalah negeri yang masih mendaulatkan institusi Diraja. Institusi Diraja Johor mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri dari sudut sejarahnya sejak awal penubuhan Johor. Ini menjadikan institusi Diraja Johor sangat berbeza dengan negeri-negeri di seluruh Malaysia dan mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Sebagai rakyat Johor khususnya, kita perlu peka dan mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi untuk mendalami dan menghargai sejarah asal usul Kesultanan Johor. Segmen ini akan menerangkan secara ringkas kronologi tampuk pemerintahan Kesultanan Johor yang melalui tiga tampuk pemerintahan berbeza sejak awal penubuhannya. Semoga penerangan ringkas ini dapat menyuntik perasaan cinta akan nilai sejarah negeri tempat kita berteduh. Kesultanan Johor pada 1528 sehingga 1699 Dinasti Kesultanan Johor bermula pada tahun 1528 yang dinaungi oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564) dari keturunan Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan ini bertapak di Johor Lama. Sultan dibantu oleh Majlis Orang Kaya yang terdiri daripada Bendahara, Temenggong, Laksamana, Syahbandar dan Seri Bija Diraja.


XVIII Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Seterusnya, Pekan Tua merupakan permulaan bagi pemerintahan Johor. Kota Kara adalah sebuah kubu pertahanan yang dibina oleh baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II di tepi Sungai Johor. Pada tahun 1535, Johor telah diserang oleh Portugis. Dek kerana tidak dapat bertahan, Sultan serta pengikut baginda berpindah ke Pekan Tua dan membina kediaman di tempat bernama Sayong. Seterusnya, pemerintahan Johor telah diwariskan kepada Sultan Muzaffar Shah II bermula pada (1564-1570). Dari Johor Lama, Sultan Muzaffar Syah serta orang-orang besar baginda bersemayam di Bukit Seluyut. Sejak itu, Seluyut mula didiami ramai orang dan menjadi pusat pemerintahan kerajaan Johor. Pemerintahan Johor seterusnya di warisi oleh Sultan Abdul Jalil Shah I (1570-1571). Namun begitu, pemerintahan Johor beralih pula di Batu Sawar pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah II (1571- 1597). Bandar ini didiami ramai orang dan menjadi kediaman raja serta pembesar. Pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Ri’ayat Shah III (1597-1615), takhta pemerintahan dan pentadbiran negeri telah diserahkan kepada Sultan Abdullah Ma’ayat Shah (1615-1623) dan Tun Sri Lanang. Ini menyebabkan terjadinya peralihan pusat pemerintahan Johor. Pada tahun 1618 baginda bersemayam di


XIX Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pulau Lingga. Sejak itu, Lingga pula menjadi pusat pemerintahan dan aktiviti perdagangan menjadi hasil utama bagi Kerajaan Johor. Baginda telah menjalinkan hubungan perniagaan dengan Melaka (Portugis) serta mengenakan bayaran cukai bagi kapal-kapal pedagang yang melalui perairan Johor. Setelah kemangkatan Sultan Abdullah Ma’ayat Shah, Sultan Abdul Jalil Shah III (1623-1677) telah dilantik sebagai Sultan. Pada tahun 1641, kapal Diraja dari Lingga telah berlabuh di Makam Tauhid dan menjadikannya sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Johor yang baru. Setelah itu, kerajaan Johor diwarisi oleh Sultan Ibrahim Shah I (1677-1685). Pada tahun 1678, Sultan Ibrahim menjadikan Riau sebagai pusat pemerintahan Johor yang baharu. Orang-orang Belanda mula mengadakan hubungan perniagaan dengan Pulau Riau. Setelah kemangkatan Sultan Ibrahim Shah I pada tahun 1685, Raja Mahmud Shah telah dilantik menjadi Sultan JohorPahang (1685-1699). Pada tahun 1688, Sultan Mahmud telah bersemayam di Kota Tinggi. Namun begitu, pemerintahan kesultanan Melayu Melaka berakhir di Tahun 1699, setelah kemangkatan Sultan Mahmud. Oleh kerana Sultan Mahmud Shah tidak mempunyai waris, pentadbiran Johor telah berganti kepada pemerintahan Bendahara.


XX Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Kesultanan Johor di Bawah Pemerintahan Bendahara (1699- 1855) dan Temenggung (1855 – 1862) Sepanjang pemerintahan kesultanan Johor, Kepulauan Riau adalah destinasi terakhir yang dipilih sebagai ibu negeri Johor pada ketika itu. Pada tahun 1761, Sultan Mahmud III telah diangkat sebagai Sultan Johor Riau. Selepas itu, pengurusan dan pentadbiran Johor telah bertukar kepada pemerintahan Temenggung. Pemerintahan Temenggung bermula apabila Inggeris mengiktiraf Temenggung Abdul Rahman Ibni Temenggung Abdul Hamid sebagai Temenggung Johor-Singapura. Pada tahun 1819, Sultan Husain Shah telah diangkat sebagai Sultan JohorSingapura. Seterusnya pada tahun 1825 Temenggung Daeng yang merupakan anakanda kepada Temenggung Abdul Rahman telah diangkat sebagai Temenggung Johor setelah kemangkatan ayahandanya. Pada 10 Mac 1855 Sultan Ali Iskandar telah menyerahkan keseluruhan kerajaan dan negeri Johor kecuali jajahan Kesang kepada Temenggung Ibrahim. Pemerintahan bendahara tamat setelah kemangkatan Sultan Ali pada 20 Jun 1877. Bermula tahun 1855, Temenggung Daeng Ibrahim telah membuka Bandar Iskandar Puteri yang terletak di Tanjung Puteri.


XXI Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Kesultanan Johor Moden pada 1862 sehingga kini Pada 10 Mac 1855 British di Singapura dan Sultan Ali dari Johor telah menandatangani perjanjian kuasa memerintah Johor diberikan kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan Muar masih lagi di bawah pemerintahan sultan. Namun pada 1877, Muar kemudiannya telah diserahkan kepada Temenggung Ibrahim. Sultan Abu Bakar (1862-1895) Setelah itu, Temenggung Ibrahim kemudiannya digantikan oleh anakandanya, Sultan Abu Bakar pada tahun 1862. Sultan Abu Bakar adalah pemerintah yang bijaksana hingga sangat dihormati oleh pedagang dan British menggelar baginda sebagai Bapa Johor Moden. Baginda telah membangunkan kerajaan Johor dan membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau-Lingga. Baginda telah menukar nama Tanjung Puteri kepada Johor Bahru sebagai pusat pentadbiran kerajaan Johor. Pada tahun 1886, Sultan Abu Bakar telah dimahkotakan. Dalam istiadat itu, baginda menzahirkan Darjah Kerabat dan Darjah Mahkota Johor yang menjadikan Johor sebagai negeri pertama yang mempunyai istiadat sedemikian.


XXII Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Sultan Ibrahim (1895-1959) Sultan Ibrahim menaiki takhta pada 4 Jun 1895 setelah kemangkatan ayahandanya, Sultan Abu Bakar. Sultan Ibrahim mengekalkan kebebasan dan kedaulatan Johor. Pada tahun 1908, jalan kereta api merentasi Negeri Johor dapat disiapkan sementara Tambak Johor yang menghubungkan Johor Bahru - Singapura telah siap dibina pada tahun 1924. Baginda juga telah menjadi penaung kepada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor. Selain itu, pendidikan Agama Islam turut diperkukuh dengan pembinaan sekolah-sekolah agama dan masjid. Lagu ‘Bangsa Johor’ telah dijadikan sebagai lagu rasmi negeri dan dinyanyikan dalam setiap majlis rasmi dan perhimpunan di sekolah. Sultan Ismail (1959-1981) Sultan Ismail telah menggantikan ayahandanya pada tahun 1959 - 1981. Baginda telah dimahkotakan sebagai Sultan Johor di Istana Besar, Johor Bahru pada 10 Februari 1960. Negeri Johor berada dalam keadaan maju dan makmur semasa pemerintahan baginda. Baginda sangat memberi perhatian terhadap pembangunan Negeri Johor. Pembinaan Lapangan Terbang Senai yang mula beroperasi pada tahun 1971. Majlis Agama Islam juga ditubuhkan bertujuan memajukan lagi Agama Islam.


XXIII Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Sultan Iskandar (1981-2010) Sultan Iskandar telah mewarisi takhta setelah kemangkatan ayahandanya Sultan Ismail pada tahun 1981. Sultan Iskandar juga merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan bermula pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989. Baginda telah memerintah kerajaan Johor selama 29 tahun sehingga tahun 2010. Sepanjang pemerintahan baginda, kerajaan Johor juga menjalin hubungan erat dengan Singapura dan Brunei. Sultan Ibrahim (2010-kini) Setelah kemangkatan Sultan Iskandar, kerajaan Johor telah diwarisi oleh Sultan Ibrahim pada tahun 2010 sehingga kini. Ketika al marhum ayahandanya dilantik sebagai YDPA, Sultan Ibrahim telah menjadi pemangku sultan Johor pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989. Tuanku mengikuti jejak langkah kesultanan sebelum baginda dengan melibatkan diri dalam aktiviti ketenteraan, pengurusan dan pentadbiran yang dijadikan asas untuk membina semangat juang, disiplin, kepimpinan dan perwatakan. Setelah tamat persekolahan, baginda pernah dilantik sebagai platun komander ketika menjalani latihan ketenteraan di Pusat Latihan Tentera Darat di Kota Tinggi. Tuanku pernah berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Johor dan ditempatkan di beberapa jabatan dan sektor berbeza untuk mempelajari selok-belok pengurusan dan


XXIV Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor pentadbiran negeri. Pada 23 Januari 2010, Tuanku Mahkota Tunku Ibrahim telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor setelah kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ibrahim mempunyai banyak keistimewaan dan pencapaian yang membanggakan. Baginda juga seorang Sultan yang berjiwa rakyat. Baginda sangat sinonim dengan program yang berteraskan kerja sosial dan mendekati rakyat jelata. Ketika menjadi Tuanku Mahkota Johor, baginda merupakan pengasas utama kepada acara jelajah bermotosikal iaitu Kembara Mahkota Johor. Kembara Mahkota pertama yang diadakan adalah pada 2 hingga 4 Julai 2001 yang merupakan penjelajahan tiga hari dua malam yang telah diiringi oleh 28 buah motosikal berkuasa tinggi. Kembara ini telah menyusuri setiap pelosok negeri merangkumi semua daerah di negeri Johor. Kembara Mahkota Johor telah dijadikan sebagai acara tahunan sekaligus menjalankan misi kebajikan bagi golongan yang kurang bernasib baik di setiap daerah. Tujuan kembara ini dijalankan adalah untuk mempromosikan industri pelancongan dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri Johor. Selain itu DYMM Sultan Ibrahim juga menunjukkan minat yang tinggi di dalam bidang sukan khususnya polo. Baginda pernah


XXV Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor menyertai kejohanan sehingga ke peringkat antarabangsa. Baginda turut terlibat dalam sukan tenis, luncur layar, menembak, memandu dan payung terjun. Tuanku telah mencipta sejarah apabila memperoleh lesen memandu kereta api kelas 26. Baginda juga telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai sultan pertama memandu kereta api secara rasmi. Secara keseluruhannya Kesultanan Johor mempunyai sejarah yang sangat unik. Sepanjang pemerintahan, Kesultanan Johor telah dinaungi oleh tiga dinasti utama bermula abad ke-16. Kesultanan Johor telah bermula daripada pemerintahan keturunan Kesultanan Melaka sejak 1528 hingga 1699 dan kemudiannya telah diambil alih oleh Bendahara. Pada tahun 1855, Dinasti Kesultanan Johor telah diambil oleh Dinasti Temenggung sehinggalah terbentuknya Kesultanan Johor Moden yang memerintah sehingga kini. Kronologi pemerintahan Kesultanan Johor Dinasti Kesultanan Melayu Melaka (Johor Lama) 1. Sultan Alaudin Ri’ayat Shah II (1528-1564) 2. Sultan Muzaffar Shah II (1564-1570) 3. Sultan Abdul Jalil Shah I (1570-1571) 4. Sultan Abdul Jalil Shah II (1571-1597) 5. Sultan Alaudin Ri’ayat Shah III (1597-1615) 6. Sultan Abdullah Ma’ayat Shah (1615-1623)


XXVI Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 7. Sultan Abdul Jalil Shah III (1623-1677) 8. Sultan Ibrahim Shah I (1677-1685) 9. Sultan Mahmud Shah (1685-1699) Dinasti Bendahara (Johor Lama-Riau-Singapura) 1. Sultan Abdul Jalil Ri’ayat Shah IV (1699-1718) 2. Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (1718-1722) 3. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1722-1760) 4. Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah (1760-1761) 5. Sultan Ahmad Ri’ayat Shah (1760-1761) 6. Sultan Mahmud Shah III (1761-1812) 7. Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (1812-1819) 8. Sultan Husain Shah (1819-1835) 9. Sultan Ali Iskandar Shah (1835-1855) Dinasti Temenggung (Singapura-Johor) 1. Temenggung Daing Ibrahim (1855-1862) 2. Sultan Abu Bakar (1862-1895) 3. Sultan Ibrahim (1895-1959) 4. Sultan Ismail (1959-1981) 5. Sultan Iskandar (1981-2010) 6. Sultan Ibrahim (2010-kini)


XXVII Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Gambar-gambar sejarah Kesultanan Johor Temenggung Daing Ibrahim Sultan Abu Bakar Sultan Ibrahim Sultan Ismail Sultan Iskandar Sultan Ibrahim


XXVIII Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor PENGENALAN MODUL KARAKTER MURID JOHOR (KrMJ) MATLAMAT Murid Johor mempunyai karakter yang terserlah, disanjung, dipandang tinggi dan dikenali. TUJUAN a. Melahirkan murid yang berimej dan beridentiti Johor. b. Membina murid Johor yang berkebolehan dan berperadaban tinggi. c. Membangunkan gaya kepimpinan murid Johor yang berkualiti. d. Menjalinkan kerjasama, perpaduan dan muafakat dalam kalangan murid Johor. e. Memupuk kesedaran murid Johor agar memahami sejarah dan menghargai seni budaya tempatan. SASARAN • Murid sekolah menengah di negeri Johor. CADANGAN AKTIVITI


XXIX Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor • Program KrMJ dilaksanakan di sekolah-sekolah mengikut beberapa fasa: Fasa 1 : Keseragaman kemeja-T KrMJ, budaya salam, amalan doa dan lagu patriotik Johor. 1. Keseragaman Kemeja-T - Pakaian kemeja-T yang direka khas ini boleh digunakan semasa aktiviti Pendidikan Jasmani, kokurikulum, program-program luar bilik darjah, pertandingan peringkat MSSD, MSSJ dan MSSM. - Keseragaman bergambar gaya bebas - Gaya Zapin Johor. 2. Budaya Salam a. Budaya bersalam dan mencium tangan guru hanya dipraktikkan kepada murid-murid Melayu sahaja. Muridmurid bukan Melayu hanya perlu menundukkan kepala sebagai tanda hormat. Adalah tidak menjadi halangan kepada murid-murid bukan Melayu untuk bersalam seperti amalan murid Melayu. b. Amalan pengucapan salam ‘Salam Maju Johor’ digalakkan dalam majlis-majlis tertentu yang dianjurkan oleh pihak sekolah.


XXX Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 3. Amalan Doa a. Teks doa yang seragam disediakan untuk semua sekolah di Johor. b. Kedudukan tangan semasa berdoa adalah dengan menadah tangan. Cara ini hanya untuk murid Islam sahaja. c. Bagi murid bukan Islam, mereka hanya perlu berdiri tegak seperti bertafakur sambil menundukkan kepala. Keduadua tangan berada di bawah dengan bersilang. Tangan kanan berada di atas tangan kiri. 4. Lagu Patriotik Johor a. Lagu Bangsa Johor - dinyanyikan dalam acara-acara rasmi. b. Lagu Ale Ale Ale Luaskan Kuasa Mu - dinyanyikan dalam pertandingan seperti sukan dan lain-lain. Fasa 2 : Budaya kesantunan, memupuk budaya Johor dan gaya rambut kemas 1. Budaya Kesantunan a. Menghormati dan menyayangi orang yang lebih tua, guru dan rakan-rakan sebaya. b. Budaya melayan dan meraikan tetamu.


XXXI Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor c. Budaya memberi penghargaan kepada guru dan warga sekolah dengan ucapan ‘Terima kasih’. d. Budaya meraikan kejayaan rakan. e. Menonjolkan penampilan / keterampilan terpuji (pakaian yang kemas, tidak ketat, tidak mencolok mata, tingkah laku yang baik, perangai yang sopan dan lain-lain). 2. Memupuk Budaya Johor a. Memupuk nilai, tatasusila dan kesantunan dalam kalangan warga sekolah. b. Membudayakan aktiviti J-Robik dan muzik Johor seperti keroncong, ghazal, zapin, gendang 24 musim dan kabaddi atau lain-lain yang sesuai. c. Mengenali, menggalakkan dan mengamalkan seni budaya marhaban dan berzanji dalam Panitia Pendidikan Islam. d. Mengenali dan menghargai makanan tradisi Johor seperti laksa Johor, lontong, mi rebus, mee bandung, burasak, asam pedas, asam rebus dan lain-lain. e. Menggalakkan apresiasi tulisan Jawi. f. Menggalakkan pemakaian baju Melayu Teluk Belanga dan pakaian tradisi kaum lain.


XXXII Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 3. Gaya Rambut a. Ukuran guntingan rambut ialah tapak dua dan tiga atau kombinasi tapak tidak melebihi tapak lima dengan bahagian atas rambut tidak melebihi 8 cm panjang. b. Gaya rambut yang pendek dan fesyen yang tidak keterlaluan. c. ‘Qaza’ adalah tidak dibenarkan. d. Gaya rambut yang kemas mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Fasa 3 : Program Kepimpinan dan Program Kendalian Murid 1. PROGRAM KEPIMPINAN a. Sekolah menjalankan program-program berbentuk kepimpinan seperti kelab dan persatuan, unit-unit pemimpin murid dan lain-lain dengan tujuan memberi peluang kepada murid-murid untuk menjadi pemimpin. b. Mewujudkan Student Leaders Board (SLB) di peringkat sekolah dengan tujuan menyediakan mereka ke peringkat District Student Leaders Board (DSLB) & Johor Student Leaders Council (JSLC). c. Contoh program yang boleh dilaksanakan seperti: • Program Team Building. • Pembimbing Rakan Sebaya.


XXXIII Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor • Kursus Pembangunan Sahsiah. • Kem Bina Semangat. d. Pertandingan-pertandingan bagi meningkatkan keyakinan diri pelajar seperti pidato, perbahasan, pengucapan awam dan lain-lain. 2. PROGRAM KENDALIAN MURID 1. Murid dilatih untuk mengendalikan beberapa progam di sekolah seperti: • Perhimpunan sekolah. • Majlis Hari Guru. • Mengendalikan solat 5 waktu dan solat-solat sunat. • Menguruskan Hari Sukan sekolah – Kejohanan Olahraga. • Perkhemahan, lawatan dan lain-lain. • Guru hanya sebagai fasilitator sahaja. Fasa 4 : Program Keterampilan Dan Pembentukan Sahsiah Murid 1. PROGRAM KETERAMPILAN a. Perintis Warisan. Perintis Warisan merupakan aktiviti keterampilan berbahasa yang biasa dilaksanakan di sekolah


XXXIV Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor contohnya bercerita, bersyarah atau berpidato. Terdapat beberapa elemen yang membezakan Perintis Warisan dengan pengucapan awam yang lain. Antara elemen atau perkara yang mesti ada dalam pengucapan Perintis Warisan ialah ucapan salam, memperkenalkan nama dan sekolah, topik pengucapan, pantun atau peribahasa serta ucapan terima kasih. b. Bicarawara Jauhar. Bicarawara Jauhar merupakan salah satu aktiviti tambahan bagi memperkasakan kemahiran komunikasi dalam modul KrMJ. Ia mengetengahkan bakat komunikasi murid dengan orang lain iaitu dalam sesi soal jawab dan wawancara berkumpulan. Pelaksanaan aktiviti ini memberi peluang kepada murid-murid mengelolakan sesi bual bicara dalam bentuk forum (bersemuka) atau webinar (dalam talian). c. Teks Dwibahasa Pengacara Majlis. Penggunaan teks dwibahasa yang digunakan dalam perhimpunan rasmi sekolah secara tidak langsung telah memperkasakan Program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Pelaksanaan teks dwibahasa bukan bermaksud untuk mencampur-adukkan penggunaan bahasa tetapi


XXXV Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor memperkaya kosa kata murid di sekolah. Namun begitu, susunan atur cara pelaksanaan teks dwibahasa pengacara majlis yang diselaraskan untuk diguna pakai oleh sekolah-sekolah dalam negeri Johor adalah bergantung kepada kesesuaian majlis di sekolah. d. Senamrobik KrMJ. Program Senamrobik KrMJ adalah satu inisiatif untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan membudayakan kecergasan dalam kalangan murid Johor di samping membentuk identiti bangsa Johor menerusi gerakan dan lagu yang dicipta khas mengikut kepelbagaian etnik di negeri Johor. e. Digital KrMJ. Digital KrMJ bertujuan mengetengahkan bakat dan kebolehupayaan murid dalam kemahiran literasi media, teknologi maklumat dan komunikasi. Selain itu, digital KrMJ dapat memberi pendedahan terhadap budaya, gaya hidup dan maklumat yang berkaitan. Digital KrMJ mengasah kemahiran murid melalui penggunaan aplikasi dan media interaktif serta berkongsi maklumat yang bermanfaat secara kreatif dan kritis.


XXXVI Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2. PROGRAM PEMBENTUKAN SAHSIAH a. Adab murid kepada guru. Setiap murid di sekolah perlu mempunyai adab yang baik terhadap guru. Guru mengajar, mendidik dan membimbing mereka. Sehubungan dengan itu, KrMJ memfokuskan 10 adab murid di dalam kelas dan 30 adab murid di kawasan sekolah untuk membina murid Johor yang beradab kepada gurunya. Justeru, bagi melahirkan murid yang berimej dan beridentiti Johor, penerapan nilai menghormati guru merupakan aspek yang penting bagi mengurangkan tingkah laku biadab di sekolah.. b. Adab KrMJ. Terdapat 10 amalan adab KrMJ yang boleh dijadikan pengukuran dalam sahsiah murid di sekolah. 10 amalan adab KrMJ ialah mengucapkan salam, menyapa, menyusun kasut, berbahasa, beratur, bantu membantu, hormat-menghormati, berterima kasih, menjaga kebersihan dan menggunakan peralatan serta kemudahan dengan cermat. Pembudayaan adab KrMJ ini mampu meningkatkan sahsiah terpuji murid di sekolah, mahupun di rumah dan ketika berada dalam masyarakat.


XXXVII Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Fasa 5 : 10 Karakter Murid Johor IMPAK • Membentuk karakter kepimpinan berkualiti dan holistik. HARAPAN • Jabatan Pendidikan Negeri Johor menaruh harapan agar murid Johor mempunyai karakter yang terserlah, disanjung, dipandang tinggi dan mudah dikenali.


XXXVIII Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor STRATEGI PELAKSANAAN KARAKTER MURID JOHOR (KrMJ) 1. Melakukan sesi libat urus dengan pengurusan tertinggi JPNJ, PPD dan sekolah. 2. Mengadakan taklimat tentang konsep, objektif dan kepentingan pelaksanaan modul kepada guru dan komuniti. 3. Merancang dan melaksanakan promosi dan publisiti mengenai KrMJ. 4. Bimbingan dan pemantauan berterusan daripada pihak pentadbir. 5. Penilaian implikasi pelaksanaan program mengikut keperluan. 6. Tindak susul dan cadangan penambahbaikan (jika perlu).


XXXIX Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Modul KrMJ ini juga boleh diaplikasikan dan dilaksanakan dalam semua program dan aktiviti di dalam atau di luar sekolah seperti : 1. Perhimpunan rasmi dan harian sekolah 2. Perhimpunan dan perjumpaan kokurikulum 3. Program pembangunan insan 4. Program kem dan aktiviti luar 5. Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) 6. Program 1Murid 1Sukan 7. Program NILAM 8. Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) 9. Program Bulan Kebangsaan 10.Kelas ganti 11.Program Budaya Al-Quran


XL Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor SUKATAN MODUL KrMJ Bahan-bahan yang terkandung di dalam Modul KrMJ ini boleh digunakan oleh guru mengikut kesesuaian masa dan perancangan sekolah. Walaupun terdapat pelbagai aktiviti bagi setiap karakter, penilaian lulus KrMJ bagi murid-murid untuk setiap tahun adalah berdasarkan kejayaan satu aktiviti sahaja. Kejayaan membentuk karakter murid adalah kejayaan semua pihak dalam melahirkan murid yang berwatak, berketerampilan, berkepimpinan dan berperibadi mulia.


Prakata Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor TINGKATAN Karakter Kepimpinan Karakter Patriotik Karakter Keterampilan Diri SATU


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 1 KARAKTER KEPIMPINAN SEKOLAH MENENGAH TINGKATAN SATU


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2 KARAKTER KEPIMPINAN PENGENALAN Jabatan Pendidikan Negeri Johor sentiasa menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 bagi menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. Antara fokus PPPM adalah berkaitan dengan enam (6) aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Kemahiran memimpin mempunyai kesinambungan yang tepat dengan agenda pelaksanaan Karakter Murid Johor (KrMJ). Melalui aktiviti kepimpinan pada modul ini, diharapkan agar bakat kepimpinan secara tidak langsung dapat diterapkan dalam diri setiap murid Johor. Kepimpinan tidak lahir secara fitrah, tetapi perlu diasah secara berterusan. Modul Amalan Kepimpinan KrMJ ini digarap untuk memastikan semua murid Johor menjadi pelapis pemimpin Johor yang bersifat Global Players serta meneruskan legasi kepimpinan Johor yang berbudi, berbakti dan berakhlak mulia dalam melahirkan identiti Bangsa Johor.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 3 AKTIVITI 1 TEMA Asas Kepimpinan AKTIVITI Hebatnya Pemimpin MASA 40 Minit SASARAN Tingkatan Satu BAHAN 1. Kertas mahjong / sebak 2. Marker Pen KAEDAH PENYAMPAIAN 1. Perbincangan dalam kumpulan (PDK). 2. Pembentangan. TUJUAN Melalui aktiviti ini murid dapat : 1. Meningkatkan pengetahuan ciri-ciri seorang pemimpin yang berkesan. 2. Menjadikan pemimpin Johor sebagai salah seorang idola yang boleh dicontohi. LANGKAHLANGKAH 1. Guru menerangkan tujuan aktiviti pada hari ini. 2. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 3. Setiap kumpulan diminta untuk


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 4 berbincang dan menyenaraikan ciriciri pemimpin yang berkesan dengan menggunakan Peta i-Think dalam tempoh 10 minit. 4. Murid kemudiannya dikehendaki menamakan seorang pemimpin Johor yang menjadi idola mereka. 5. Guru meminta setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan. 6. Murid membuat refleksi. 7. Guru membuat rumusan. FALSAFAH Kepimpinan melalui teladan. NILAI MURNI Semangat patriotik. PENILAIAN KEBERHASILAN Murid dapat menyenaraikan sekurangkurangnya 4 ciri pemimpin yang berkesan. LAMPIRAN Tiada Sumber : Modul Kepimpinan Student Leaders Board Negeri Johor


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 5 AKTIVITI 2 TEMA Pengucapan Awam AKTIVITI Mudahnya Berucap MASA 40 minit SASARAN Tingkatan Satu BAHAN Cabutan 10 Amalan Karakter Murid Johor KAEDAH PENYAMPAIAN Perbincangan dalam Kumpulan (PDK) TUJUAN Melalui aktiviti ini murid dapat : 1. Murid boleh menyampaikan ucapan secara spontan. 2. Murid dapat meningkatkan keyakinan diri untuk berucap dalam khalayak ramai. 3. Murid dapat mempraktikkan teknik ucapan yang mudah. LANGKAHLANGKAH 1. Guru menerangkan tujuan aktiviti pada hari ini. 2. Guru menerangkan teknik menyampaikan ucapan. 3. Guru menyediakan beberapa kad Amalan KrMJ. 4. Guru memberi panduan membina teks ucapan kepada semua murid. 5. Ketua kumpulan mencabut 1 kad


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 6 Amalan KrMJ. 6. Setiap kumpulan akan berbincang dan menyediakan teks ucapan berdasarkan Amalan KrMJ yang dipilih dalam tempoh 10 minit. 7. Guru meminta setiap kumpulan menyampaikan ucapan yang telah disediakan. 8. Murid membuat refleksi. 9. Guru membuat rumusan. FALSAFAH Belakang parang kalau diasah lagi kan tajam. NILAI MURNI 1. Yakin pada diri sendiri 2. Kerjasama PENILAIAN KEBERHASILAN Murid dapat menyampaikan ucapan mengikut panduan yang diberikan. LAMPIRAN 1. Lampiran 1 : Langkah-langkah membina teks ucapan. 2. Lampiran 2 : Kad Cabutan 10 Amalan Karakter Murid Johor


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 7 Lampiran 1 : Langkah-langkah membina teks ucapan 1. Teknik Ucapan ini membantu murid menyampaikan ucapan bermula dengan lima ayat sahaja. 2. Lima ayat asas Teknik Ucapan ialah : i. Assalamualaikum… ii. Pertama sekali saya… iii. Seperti sedia maklum… iv. Harapan saya… v. Terima kasih…dan maafkan saya… 3. Guru memberikan contoh situasi seperti ucapan di Jamuan Perpisahan. Contoh ucapan menggunakan Teknik Ucapan i. Assalamualaikum semua rakan. ii. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana menganjurkan jamuan perpisahan ini. iii. Seperti sedia maklum saya akan berpindah ke Perancis kerana mengikut bapa saya yang bekerja di sana. iv. Harapan saya kita boleh berhubung melalui emel. v. Terima kasih kerana berkawan baik dengan saya…dan maafkan saya jika… 4. Selepas semua murid berjaya melaksanakan modul ini, guru boleh meningkatkan tahap kesukaran kepada dua ayat atau lebih bagi setiap baris Teknik Ucapan. Sumber : Modul Kepimpinan Student Leaders Board Negeri Johor


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 8 Lampiran 2 : Kad Cabutan 10 Amalan Karakter Murid Johor Patriotik Teknologi Keterampilan diri Identiti Nasional Adab & Kerohanian Seni Budaya Gaya Hidup Sukarelawan Kepimpinan Keterampilan Berbahasa


Click to View FlipBook Version