Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 305 3. Saya dapat meningkatkan pengetahuan tentang tradisi, adat istiadat dan budaya bangsa Johor 1 2 3 4 5 Aktiviti 2 : J-Pidato BIL PERNYATAAN RESPON 1 2 3 4 5 1. Saya dapat memupuk jati diri dan perpaduan dengan menggunakan Bahasa Melayu. 1 2 3 4 5 2. Saya dapat membina keyakinan untuk berucap di hadapan khalayak ramai. 1 2 3 4 5 3. Saya dapat melontarkan idea yang bernas, kritis berdasarkan hujah dan fakta yang realistik. 1 2 3 4 5 4. Saya mempunyai daya saing positif. 1 2 3 4 5 5. Saya dapat meningkatkan kualiti kemahiran komunikasi dan berbahasa. 1 2 3 4 5
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 306 KARAKTER KETERAMPILAN BAHASA MURID (BICARAWARA JAUHAR) TINGKATAN EMPAT Aktiviti 1 : Warisan Tarian Zapin BIL PERNYATAAN RESPON 1 2 3 4 5 1. Saya dapat berinteraksi dan bertukar idea tentang jenis-jenis tarian zapin Johor secara langsung. 1 2 3 4 5 2. Saya dapat meningkatkan kefahaman dan keberanian dalam mengikut gerak tari asas tarian zapin. 1 2 3 4 5 3. Saya dapat memperkayakan pengetahuan murid tentang tradisi dan warisan tarian zapin. 1 2 3 4 5 Aktiviti 2 : Saya Wartawan Johor BIL PERNYATAAN RESPON 1 2 3 4 5 1. Saya dapat memperkasakan kemahiran komunikasi dan bahasa. 1 2 3 4 5 2. Saya dapat menanamkan nilai kerjasama dan tanggungjawab. 1 2 3 4 5
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 307 3. Saya dapat mengembangkan sikap kepemimpinan 1 2 3 4 5 Aktiviti 3 : Debat KrMJ BIL PERNYATAAN RESPON 1 2 3 4 5 1. Saya dapat merangsang pemikiran kritis. 1 2 3 4 5 2. Saya berupaya melontarkan idea yang bernas berdasarkan hujah dan fakta yang tepat dan sahih. 1 2 3 4 5 3. Saya mampu berdaya saing secara positif 1 2 3 4 5 4. Saya dapat membina keyakinan diri untuk berucap di hadapan khalayak ramai. 1 2 3 4 5 5. Saya meningkatkan kualiti kemahiran berkomunikasi. 1 2 3 4 5
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 308 KARAKTER TEKNOLOGI TINGKATAN EMPAT Aktiviti 1 : Ekspresi Seleraku BIL PERNYATAAN RESPON 1 2 3 4 5 1. Saya dapat menggunakan kemahiran peranti digital dalam menghasilkan video klip berbentuk ilmiah. 1 2 3 4 5 2. Saya dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan berkaitan makanan tradisi. 1 2 3 4 5 3. Saya dapat meningkatkan daya kreativiti melalui kemahiran digital. 1 2 3 4 5 Aktiviti 2 : Busana Warisan BIL PERNYATAAN RESPON 1 2 3 4 5 1. Saya dapat menggunakan kemahiran peranti digital dalam menghasilkan video klip berbentuk ilmiah. 1 2 3 4 5 2. Saya dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan berkaitan pakaian tradisional. 1 2 3 4 5 3. Saya dapat meningkatkan daya kreativiti melalui kemahiran digital. 1 2 3 4 5
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 309 Aktiviti 3 : Let’s Code Robotic BIL PERNYATAAN RESPON 1 2 3 4 5 1. Saya dapat membentuk pemikiran inovatif. 1 2 3 4 5 2. Saya dapat membentuk keyakinan diri untuk bercakap secara spontan. 1 2 3 4 5 3. Saya dapat menyelesaikan masalah secara kreatif dan kritis. 1 2 3 4 5 Aktiviti 4 : KrMJ AI BIL PERNYATAAN RESPON 1 2 3 4 5 1. Saya dapat mengenali konsep dan manfaat artificial intelligence dalam konteks program Karakter Murid Johor (KrMJ). 1 2 3 4 5 2. Saya dapat menggunakan aplikasi KrMJ AI untuk mendapatkan maklumat berkaitan KrMJ. 1 2 3 4 5 3. Saya dapat mempelajari cara penggunaan aplikasi KrMJ AI sebagai alat bantu untuk pelaksanaan aktiviti KrMJ di sekolah. 1 2 3 4 5
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 310 Aktiviti 5 : J-Digital BIL PERNYATAAN RESPON 1 2 3 4 5 1. Saya dapat menguji dan memperkukuh pemahaman tentang elemen KrMJ. 1 2 3 4 5 2. Saya dapat memperkembang kebolehan berfikir secara kritis 1 2 3 4 5 3. Saya dapat meningkatkan kemahiran digital dan literasi maklumat 1 2 3 4 5 Aktiviti 6 : J-Influencer BIL PERNYATAAN RESPON 1 2 3 4 5 1. Saya dapat menghasilkan kandungan digital/video yang kreatif untuk mempromosi program KrMJ. 1 2 3 4 5 2. Saya dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman terhadap nilai dan amalan KrMJ. 1 2 3 4 5 3. Saya mendapat pendedahan tentang teknik asas penyuntingan video 1 2 3 4 5
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 311 Aktiviti 7 : Gendang 24 Musim BIL PERNYATAAN RESPON 1 2 3 4 5 1. Saya dapat mengetahui Seni Gendang 24 Musim Johor serta signifikannya dalam warisan budaya Johor. 1 2 3 4 5 2. Saya dapat meningkatkan kemahiran teknologi pembinaan laman sesawang. 1 2 3 4 5 3. Saya menghargai dan memelihara warisan budaya Johor. 1 2 3 4 5
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor TINGKATAN Karakter Kepimpinan Karakter Patriotik Karakter Sukarelawan LIMA
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 312 KARAKTER KEPIMPINAN SEKOLAH MENENGAH TINGKATAN LIMA
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 313 KARAKTER KEPIMPINAN PENGENALAN Jabatan Pendidikan Negeri Johor sentiasa menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 bagi menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. Antara fokus PPPM adalah berkaitan dengan enam (6) aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Kemahiran memimpin mempunyai kesinambungan yang tepat dengan agenda pelaksanaan Karakter Murid Johor (KrMJ). Melalui aktiviti kepimpinan dalam modul ini, diharapkan agar bakat kepimpinan secara tidak langsung dapat diterapkan dalam diri setiap murid Johor. Kepimpinan tidak lahir secara fitrah, tetapi perlu diasah secara berterusan. Modul Amalan Kepimpinan KrMJ ini digarap untuk memastikan semua murid Johor menjadi pelapis pemimpin Johor yang bersifat Global Players serta meneruskan legasi kepimpinan Johor yang berbudi, berbakti dan berakhlak mulia dalam melahirkan identiti Bangsa Johor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 314 AKTIVITI 1 TEMA Pemikiran Kreatif dan Kritis AKTIVITI Rasionalkan Aku MASA 40 minit SASARAN Murid Tingkatan Lima BAHAN 1. Kad manila 2. Kertas warna 3. Marker pen 4. Pensel warna 5. Kad situasi KAEDAH PENYAMPAIAN 1. Sumbang saran 2. Pembentangan TUJUAN Melalui aktiviti ini murid dapat: 1. Menjana pemikiran kreatif. 2. Meningkatkan tahap keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang lain. 3. Meningkatkan pengetahuan berkaitan isu semasa. LANGKAHLANGKAH 1. Guru menerangkan tujuan aktiviti pada hari ini.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 315 2. Guru mengedarkan kad situasi penyelesaian masalah dengan meminta murid untuk membuat perbincangan dan pembentangan. 3. Seorang wakil kumpulan diminta mengambil dan membaca kad situasi. 3. Setiap kumpulan diminta berbincang dan membuat pembentangan berkaitan situasi tersebut. 4. Murid diminta merancang program berkaitan sahsiah berdasarkan perbincangan kumpulan di atas. 5. Setiap kumpulan membuat pembentangan. 6. Murid membuat refleksi aktiviti. 7. Guru membuat rumusan. FALSAFAH Fikir Itu Pelita Hati (daya berfikir seseorang mampu menjadi penerang hidup). NILAI MURNI 1. Hormat-menghormati 2. Toleransi
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 316 PENILAIAN KEBERHASILAN Murid dapat menyenaraikan sekurangkurangnya empat isi berdasarkan tajuk yang diberikan. LAMPIRAN Lampiran 1: Contoh Kad Situasi Sumber : MODUL KEPIMPINAN STUDENT LEADERS BOARD NEGERI JOHOR
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 317 Lampiran 1: Contoh Kad Situasi Contoh Kad Situasi * Situasi juga boleh ditukar kepada bentuk permainan yang bersesuaian mengikut kreativiti guru. MURID JOHOR YANG MENJADI PILIHAN ANDA. PILIH SATU SAHAJA CERDIK DAN MUDAH MARAH BERKETRAMPILAN DAN PERLUKAN BIMBINGAN BERFIKIRAN POSITIF DAN AGRESIF MEMPUNYAI IDEA YANG BERNAS DAN BIJAK MEMBERI ARAHAN BOLEH DIBIMBING, BERDISIPLIN DAN PEMALU BERIKAN SEBAB. SEBUAH RUMAH TERBAKAR DAN DI DALAMNYA ADA TIGA ORANG YANG PERLU DISELAMATKAN. DI DALAM RUMAH TERSEBUT ADA NENEK YANG HARTAWAN, PROFESOR DAN KANAK-KANAK GENIUS. SEBAGAI ORANG AWAM YANG MELIHAT SITUASI ITU, SIAPAKAH ORANG YANG ANDA INGIN SELAMATKAN? PILIH SEORANG DAN BERIKAN SEBAB.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 318 KARAKTER PATRIOTIK SEKOLAH MENENGAH TINGKATAN LIMA
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 319 KARAKTER PATRIOTIK PENGENALAN Pada tahun 1528, Sultan Alauddin Riayat Shah daripada keturunan Kesultanan Melayu Melaka telah membuka Johor dan bertapak di Johor Lama. Dinasti ini memerintah Johor sehingga tahun 1699 iaitu tarikh kemangkatan Sultan Mahmood yang dikatakan dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bintan). Sultan Mahmood tidak mempunyai waris yang sah dan oleh itu pengurusan dan pentadbiran Johor berpindah kepada Dinasti Bendahara iaitu menteri-menteri yang membantu Dinasti Kesultanan Melaka. Oleh sebab peperangan dan bagi mengekalkan kuasa perdagangan, ibu negeri Johor berpindah sebanyak 20 kali di sepanjang Sungai Johor termasuk pada akhirnya di Kepulauan Riau. Pada tahun 1769 Sultan Mahmood lll diangkat sebagai Sultan Johor Riau. Baginda melantik Temenggong Abdul Hamid sebagai Temenggong Johor. Inggeris mengiktiraf Temenggong Abdul Rahman Ibni Temenggong Abdul Hamid sebagai Temenggong Johor Singapura. Perlantikan ini merupakan titik permulaan Dinasti Temenggong memerintah Johor. Inggeris seterusnya melantik Sultan Husain anakanda Sultan Mahmood sebagai Sultan Johor Singapura pada tahun 1819. Anakanda Temenggong Abdul Rahman iaitu Temenggong Daeng Ibrahim dilantik Temenggong Johor selepas kemangkatan ayahandanya
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 320 pada 1825. Perlantikan Baginda disahkan 14 tahun selepas kemangkatan ayahanda Baginda disebabkan keengganan Inggeris dan keraguan Sultan Husain. Pada 10 Mac 1855 Sultan Johor iaitu Sultan Ali Iskandar Shah telah menyerahkan keseluruhan kerajaan dan negeri Johor melainkan jajahan Kesang kepada Temenggong Ibrahim melalui satu perjanjian. Kemangkatan Sultan Ali pada 20 Jun 1877 menandakan tamat pemerintahan Dinasti bendahara. Setelah mempunyai ketuanan Johor, Temenggong Daeng Ibrahim membuka Bandar Iskandar Puteri di Tanjong Puteri pada tahun 1855. Bermula dari tarikh itu zahirlah pentadbiran kesultanan Johor moden diasaskan oleh Temenggong Daeng Ibrahim dan diperkasa serta diperkukuhkan oleh Sultan Abu Bakar. Sumber daripada https://kemahkotaan.johor.gov.my/pengenalan/sejarah-kesultanan-johor/
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 321 AKTIVITI 1 TEMA Kesultanan Melayu Johor AKTIVITI Kesultanan Melayu Johor MASA 60 minit SASARAN Tingkatan Lima BAHAN 1. Video Sejarah Kesultanan Johor https://www.youtube.com/watch?v=rrB CZSnjCgo 2. Video Asal Usul Kesultanan Di Johor Kerajaan Johor Riau Lingga https://www.youtube.com/watch?v=tkY zMhP4Cr0 3. Video Permulaan Pemerintahan Temenggong & Terpisahnya Lingga Riau-Johor Pahang https://www.youtube.com/watch?v=Z4i knEjLgog&t=20s KAEDAH PENYAMPAIAN 1. Penerangan 2. Tayangan Video TUJUAN Melalui aktiviti ini murid dapat:
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 322 1. Meningkatkan daya pemikiran kreatif dan kritis. 2. Meningkatkan semangat patriotik dan semangat cinta akan Johor. 3. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan guru dan murid. LANGKAHLANGKAH 1. Guru menerangkan tujuan aktiviti pada hari ini. 2. Guru bercerita mengenai Sejarah Kesultanan Johor. 3. Guru menayangkan video berkaitan Kesultanan Johor. 4. Murid mengadakan sesi perbincangan dan membentangkan 5 ciri-ciri patriotik yang wujud di dalam diri setiap pemerintah Johor yang dipilih. 5. Murid membuat refleksi. 6. Guru membuat rumusan. FALSAFAH Sejarah Menyatukan Bangsa 1. Patriotik 2. Hormat-menghormati
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 323 PENILAIAN KEBERHASILAN Murid dapat menerangkan sekurangkurangnya 5 ciri patriotik yang ada dalam diri pemerintah Negeri Johor yang dipilih. LAMPIRAN Lampiran 1: Nota Kerajaan Johor Dibawah Pemerintahan Dinasti Temenggong
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 324 Lampiran 1 : Nota Kerajaan Johor Dibawah Pemerintahan Dinasti Temenggong Temenggong Daeng Ibrahim Temenggung Daeng Ibrahim Daeng Ibrahim menggantikan ayahanda Baginda Temenggong Abdul Rahman yang telah mangkat pada 8 Disember 1825 sebagai Temenggong Johor. Dengan kebijaksanaan Baginda di samping mendapat kepercayaan penuh daripada Inggeris, pemerintahan Johor diserah kepada Temenggong Daeng Ibrahim daripada Sultan Ali melalui Persetiaan 10 Mac 1855. Dengan ini bermulalah Kesultanan Johor moden dibawah pemerintahan Dinasti Temenggong. Hasrat British yang ingin menjadikan Johor sebagai kawasan pedalaman yang banyak membantu pertumbuhan Singapura sebagai pusat perdagangan antarabangsa, telah membolehkan Temenggong Ibrahim menjadikan Johor sebagai
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 325 pusat pengeluaran lada hitam dan gambir melalui Sistem Kangchu Cina dan Sistem Buruh Kontrak Jawa. Tahun 1855 merupakan titik permulaan pemodenan Johor, Temenggong Ibrahim membuka Iskandar Puteri sebagai Pusat Pemerintahan Johor dengan mendirikan balai polis, mahkamah dan jabatan-jabatan lain secara berperingkat. Usaha untuk memajukan Johor bermula dengan mewujudkan keamanan dengan menghapuskan kegiatan lanun dan memajukan pelajaran anakanak Melayu. Temenggong Daeng Ibrahim mangkat pada 31 Januari 1862 dan dimakamkan di Makam Temenggong di Teluk Belanga, Singapura.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 326 Sultan Abu Bakar Sultan Abu Bakar Sultan Abu Bakar diputerakan pada 3 Februari 1833 apabila Temenggong Daeng Ibrahim mangkat pada 1862, Abu Bakar dilantik sebagai Dato’ Temenggong Sri Maharaja Johor, dan pada tahun 1868 dipendekkan kepada gelaran Maharaja sesuai dengan taraf Baginda di peringkat antarabangsa. Baginda berjaya mengukuhkan kedaulatan dan ketuanan Johor apabila secara rasmi Kesang diletakkan di bawah pemerintahan Baginda pada tahun 1877. Melalui Perjanjian Setia 1885, Maharaja Abu Bakar dan waris-waris Baginda yang menyusuli diiktiraf oleh Inggeris memakai gelaran Sultan Johor. Berikutan Perjanjian Setia, Baginda menubuhkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Terdahulu dari itu pada tahun 1866, Baginda menukarkan nama bandar Iskandar Puteri kepada Johor Bahru. Pada tahun 1871, Baginda mereka semula bendera Negeri Johor serta bendera peribadi raja.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 327 Bandar Johor Bahru dan Negeri Johor terus dimajukan, dan Dato’ Jaafar Muhammad dilantik sebagai Menteri Besar Johor pertama. Pelbagai Jabatan Kerajaan ditubuhkan seperti Jabatan Perbendaharaan, Polis, Penjara, Jabatan Tanah dan Ukur, Kerja Raya, Jabatan Laut, Johor Arsenal, Perubatan, Pos dan Pelajaran. Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar memasyhurkan UndangUndang Tubuh Kerajaan Johor yang merupakan Negeri Melayu pertama mengadakan undang-undang itu. Perladangan lada hitam dan gambir dimajukan dengan membawa masuk peladang Cina dan buruh Jawa. Pada tahun 1883 Jabatan Pelajaran ditubuhkan untuk memajukan pelajaran anak-anak Melayu Johor. Baginda telah dimahkotakan pada tahun 1886 dengan memakai mahkota yang Baginda sendiri ilhamkan. Dalam istiadat itu Baginda menzahirkan Darjah Kerabat dan Darjah Mahkota Johor. Mahkota dan darjah kebesaran itu menjadikan Johor negeri pertama berbuat demikian.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 328 Sultan Ibrahim Sultan Ibrahim Sultan Ibrahim diputerakan pada 17 September 1873 bersamaan 25 Rejab 1290 di Istana Bidadari Singapura. Sejak kecil Baginda telah diberi penuh asuhan dan pimpinan sebagai bakal raja. Ketika berusia 17 tahun, Baginda mula didedahkan dengan pengetahuan dunia luar oleh ayahanda Baginda Sultan Abu Bakar dan menitahkan Baginda berangkat ke Eropah pada Jun 1890. Sultan Ibrahim ditabalkan menjadi Sultan Johor pada 7 September 1895. Bagi meluaskan pengetahuannya sebagai pemerintah Johor, baginda berulang kali berangkat ke Eropah, Jepun, China dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1908 ketika pemerintahan Baginda, jalan kereta api merentasi Negeri Johor dapat disiapkan, sementara Tambak Johor yang menghubungkan Johor Bahru-Singapura, telah siap
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 329 dibina pada tahun 1924. Baginda Sultan Ibrahim sangat mengambil berat hal pendidikan dengan menitahkan pelajaran wajib kepada semua kanak-kanak melalui Enakmen Pelajaran Wajib 1902. Baginda Sultan juga sangat mengambil berat terhadap perkembangan Bahasa Melayu. Baginda telah berkenan menjadi penaung kepada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku DiRaja (P.B.M.P.B Di-Raja) Johor. Pendidikan Agama Islam dimajukan dengan membina sekolah agama dan masjid. Pada 2 Februari 1900, Masjid Abu Bakar dirasmikan pembukaannya. Lagu ‘Bangsa Johor’ dijadikan lagu rasmi negeri yang dinyanyikan dalam majlis rasmi dan di sekolah. Walaupun Baginda menerima tekanan Inggeris melantik D.G Campbell pada tahun 1910 sebagai Penasihat, Baginda menetapkan diberi gelaran Penasihat Am dan bukan ‘Resident Adviser‘ sebagaimana negeri-negeri lain, dan dipersyaratkan pegawai-pegawai melayu diberikan sama taraf dengan pegawai Inggeris, dan bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi kerajaan dengan penekanan kepada tulisan jawi. Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan yang menempatkan jabatan-jabatan kerajaan siap dibina pada tahun 1941. Pada 17 September 1955, telah diadakan sambutan Jubli Intan bagi memperingati 60 tahun Baginda memerintah Negeri Johor. Baginda mangkat di London pada hari Jumaat, 8 Mei 1959 dan dimakamkan di Makam DiRaja Mahmoodiah Johor Bahru.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 330 Sultan Ismail Sultan Ismail Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim diputerakan pada 28 Oktober 1894 di Istana Semayam, Johor Bahru. Pada 7 September 1895, Baginda dilantik menjadi Tunku Mahkota Johor, dan dimasyhurkan pelantikannya sebagai Sultan Johor apabila Paduka Ayahandanya mangkat di London pada 8 Mei 1959. Baginda telah dimahkotakan pada 10 Februari 1960. Sultan Ismail mula menerima pendidikan Melayu dan Inggeris di Johor Bahru dan kemudian meneruskan pendidikan Baginda di England bersama dua orang adindanya dan Onn Jaafar pada tahun 1904. Pada tahun 1910 Baginda kembali ke Johor meneruskan pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada 1913, sekali lagi Baginda berangkat ke London untuk mempelajari tentang pentadbiran negeri.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 331 Semasa pemerintahan Baginda Sultan Ismail, Negeri Johor menjadi maju dan makmur. Sebelum ditabalkan menjadi sultan, Baginda telah beberapa kali dilantik menjadi Pemangku Raja dan berupaya melaksanakan pemerintahan dan tugas penting. Baginda telah merasmikan Kongres Melayu pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru yang membawa kepada penubuhan UMNO. Sultan Ismail telah menerima tabik hormat perarakan raksasa menyambut kemenangan Inggeris memerintah semula Tanah Melayu pada 8 Jun 1946 di Jalan Ibrahim, Johor Bahru, setelah Jepun menyerah kalah. Ketika menjadi Sultan, Baginda sentiasa memberi perhatian kepada pembangunan Negeri Johor, antaranya ialah Penubuhan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Projek Johor Barat, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) dan Pelabuhan Pasir Gudang. Lapangan Terbang di Senai, mula beroperasi pada tahun 1973. Bagi memajukan Agama Islam, Majlis Agama Islam juga ditubuhkan ketika pemerintahan Baginda. Baginda mangkat pada 10 Mei 1981 bersamaan 6 Rejab 1401H dan dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah Johor Bahru.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 332 Sultan Iskandar Sultan Iskandar Sultan Iskandar diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru dan pendidikan menengah di English College, Johor Bahru. Pada tahun 1952, Baginda berangkat ke Australia untuk melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School. Setelah tamat persekolahan menengah Baginda meneruskan pelajaran tinggi di Isle of Wight, United Kingdom. Pada Mei 1959 Baginda dilantik menjadi Tunku Mahkota Johor. Sultan Iskandar dimasyhurkan menjadi Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Pada 12 Disember 1981, Baginda dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Pada 9 Februari 1984 hingga 1989, Baginda dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong Malaysia kelapan. Dibawah pemerintahan Baginda,
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 333 Johor terus maju. Pelbagai pembangunan prasarana, perumahan, ekonomi, pelajaran dan agama berkembang dengan pesat. Pembangunan Wilayah Selatan Johor dikenali sebagai Iskandar Malaysia telah dirasmikan oleh Baginda. Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Johor dikenali sebagai Kota Iskandar di Nusajaya telah dirasmikan oleh Baginda pada 16 April 2009 bersamaan 20 Rabiul Akhir 1430 H. Baginda mangkat pada 22 Januari 2010 dan dimakamkan pada 23 Januari 2010 di Makam DiRaja Mahmoodiah, Johor Bahru.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 334 Sultan Ibrahim Sultan Ibrahim Sultan Ibrahim dilantik sebagai waris apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar menaiki takhta Kerajaan Johor dan dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981. Mulai 25 April 1984 hingga 25 April 1989, Baginda dilantik sebagai Pemangku Raja semasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong. Baginda memanfaatkan tempoh sebagai Pemangku Raja untuk menimba ilmu pengetahuan berkaitan urusan negeri serta berdamping dengan rakyat. Sultan Ibrahim dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar. Baginda mendirikan rumah tangga dengan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan dikurniakan lima orang putera dan seorang puteri.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 335 Semangat juang dan kebolehan dalam aktiviti laut yang diwarisi dari keturunan Temenggong menjadikan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim amat gemar dengan sukan lasak. Semasa berusia lima tahun Baginda memandu bot laju dalam satu pertandingan bot. Tuanku berkebolehan dan bertauliah memandu kapal laut, kapal terbang jet dan helikopter dan merupakan Raja Melayu yang pertama yang mempunyai lesen memandu kereta api. Tuanku cekap menunggang kuda dan bermain sukan polo. Tuanku merupakan Raja Melayu yang menjelajah setiap pelusuk negeri pada setiap tahun untuk merapatkan diri dengan rakyat melalui Kembara Mahkota semenjak tahun 2001. Pada 31 Januari 2024, Baginda dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ketujuh belas. Sumber : Laman Web Rasmi Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor ( https://kemahkotaan.johor.gov.my/ )
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 336 AKTIVITI 2 TEMA Kebanggaan Negeri Johor AKTIVITI Jata dan Bendera Johor MASA 40 minit SASARAN Tingkatan 5 BAHAN 1. Nota tentang Jata dan Bendera Negeri Johor 2. Hadiah yang sesuai KAEDAH PENYAMPAIAN 1. Penerangan 2. Kuiz Spontan TUJUAN Melalui aktiviti ini murid dapat : 1. Meningkatkan pengetahuan berkaitan dengan jata dan bendera negeri Johor. 2. Meningkatkan semangat patriotik dan semangat cinta akan Johor. 3. Memupuk semangat bersaing dalam kalangan mereka. LANGKAHLANGKAH 1. Guru menerangkan tujuan aktiviti pada hari ini. 2. Guru menerangkan maksud rekaan jata dan bendera negeri Johor.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 337 3. Guru mengajukan kuiz spontan kepada semua murid berkenaan dengan jata dan bendera negeri Johor. 4. Murid menjawab soalan kuiz secara spontan. 5. Guru memberikan penghargaan kepada murid yang berjaya menjawab dengan betul. 6. Murid membuat refleksi. 7. Guru membuat rumusan. FALSAFAH Pentingnya Menghayati Kebanggaan Negeri Johor NILAI MURNI 1. Patriotik 2. Hormat-menghormati PENILAIAN KEBERHASILAN Murid dapat menjawab sekurangkurangnya 3 soalan spontan yang diajukan dengan betul. LAMPIRAN 1. Lampiran 1: Jata dan Bendera Negeri Johor. 2. Lampiran 2: Soalan Kuiz Spontan berkaitan Bendera Negeri Johor. 3. Lampiran 3: Soalan Kuiz Spontan berkaitan Jata Negeri Johor
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 338 Lampiran 1: Jata dan Bendera Negeri Johor Bendera Negeri Johor Warna putih pada anak bulan dan bintang menandakan Raja yang berdaulat. Simbol anak bulan dan bintang menunjukkan lambang Agama Islam yang menjadi agama rasmi negeri Johor. Bahagian bewarna merah melambangkan keberanian dan ketabahan hulubalang dan pengikut Sultan Abu Bakar yang bersama-sama menerokai dan memajukan Johor. Maksud warna biru tua (Navy Blue) yang dipadankan dari warna laut ialah kerajaan dan rakyat. Sumber: https://www.johor.gov.my/kerajaan/lambang-kerajaan/bendera-johor
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 339 Jata Negeri Johor Susun atur dan reka bentuk Jata Negeri Johor Darul Ta'zim telah direka oleh Leftenan Kolonel Haji Musa bin Yusof apabila diarahkan Sultan Sir Abu Bakar untuk mereka satu lambang untuk negeri itu dan beliau dikatakan mengambil inspirasi daripada jata negara United Kingdom. Jata negeri telah diubah beberapa kali dan yang terakhir pada Kemahktotaan Sultan Ibrahim pada tahun 2015. 1. Ketopong Ketopong (merujuk kepada mahkota) melambangkan kedaulatan di mana ia merujuk kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan yang memerintah negeri Johor. Bulan sabit dan bintang berbucu lima menghiasi mahkota itu dan ia diwarnai dengan warna kuning dan biru. Ramai yang tidak tahu, bahawa Johor merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang menggunakan mahkota setelah diinspirasikan daripada mahkota British.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 340 2. Perisai Perisai jata ini terdiri daripada garis rangka "Inggeris" berwarna putih dan di setiap sudut terdapat empat bintang kecil serta satu bintang besar dan bulan di tengah perisai. Kelima-lima bintang tersebut berbucu lima dan berwarna kuning (termasuk warna bulan). Bintang-bintang kecil membawa maksud empat jajahan besar yang asal bagi Johor iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau. Bulan sabit dan bintang besar pula sebagai tanda agama Islam sebagai agama rasmi negeri. 3. Penyokong Penyokong yang memegang perisai pada jata menampilkan dua ekor harimau yang pernah wujud di Johor iaitu Dengkis (sebelah kanan) dan Tepok (sebelah kiri). Harimau ini dikatakan masih ada di Johor. 4. Pangsa dan cogan kata Pangsa berwarna kuning yang berada di bahagian bawah perisai dan penyokong menggambarkan kepada tanaman gambir dan lada hitam iaitu dua jenis hasil pertanian utama bagi negeri ini. Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_dan_jata_Johor
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 341 Lampiran 2: Soalan Kuiz Spontan berkaitan Bendera Negeri Johor 1. Dimanakah kedudukan Bidang merah bendera pada bendera Negeri Johor? Jawapan: Tiga perlima daripada panjang bendera 2. Reka bentuk bulan sabit pada bendera Negeri Johor selari atau sejajar dengan bintang. Ya atau Tidak? Jawapan : Tidak 3. Warna apakah pada bendera Negeri Johor yang melambangkan raja yang memerintah? Jawapan: Warna Putih 4. Apakah maksud bahagian yang berwarna merah pada bendera Negeri Johor? Jawapan: Hulubalang yang mempertahankan negeri 5. Siapakah yang telah mereka bendera Negeri Johor? Jawapan: Sultan Sir Abu Bakar
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 342 Lampiran 3: Soalan Kuiz Spontan berkaitan Jata Negeri Johor 1. Siapakah yang mereka cipta Jata Negeri Johor? Jawapan: Leftenan Kolonel Haji Musa bin Yusof 2. Negara manakah yang menjadi inspirasi dalam mereka cipta Jata Negeri Johor? Jawapan : United Kingdom 3. Simbol apakah yang melambangkan kedaulatan pada Jata Negeri Johor? Jawapan: Ketopong atau Mahkota 4. Senaraikan empat jajahan besar negeri Johor? Jawapan: Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau 5. Nyatakan dua jenis hasil pertanian utama bagi negeri Johor? Jawapan: Gambir dan lada hitam
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 343 KARAKTER SUKARELAWAN SEKOLAH MENENGAH TINGKATAN LIMA
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 344 KARAKTER SUKARELAWAN PENGENALAN Sukarelawan bermaksud individu atau kumpulan terlibat kepada sebarang kegiatan altruistik (khidmat masyarakat) yang melibatkan pemberian perkhidmatan tanpa mengharapkan keuntungan dengan memberikan manfaat kepada individu, kumpulan atau organisasi lain. Sukarelawan merujuk kepada perlakuan aktiviti secara sukarela, tiada kontrak, tanggungjawab kekeluargaan atau persahabatan antara sukarelawan dengan golongan yang dibantu, dilaksanakan untuk manfaat orang lain, masyarakat secara keseluruhan atau organisasi tertentu, tidak dibayar dan dilaksanakan dalam konteks yang teratur (Cnaan et al.,1996; Dekker & Halman, 2003; Wilson, 2000; Alias & Balakrishnan, 2017). Penglibatan sukarelawan yang melibatkan murid-murid di semua sekolah negeri Johor merupakan titah daripada DYAM Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim agar Skuad Muda Southern Volunteers diperluaskan pada peringkat sekolah-sekolah negeri Johor. Penubuhan Skuad Muda Southern Volunteers ini bagi memperkasa semangat sukarelaan dalam kalangan murid-murid sekolah supaya menjadi rutin dalam kehidupan masing-masing. Di samping itu, penubuhan ini juga dapat melahirkan belia bangsa Johor yang beridentiti melalui pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan murid-murid yang berbilang bangsa.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 345 AKTIVITI 1 TEMA Khidmat Masyarakat AKTIVITI We Care We Share MASA 40 minit SASARAN Tingkatan 5 BAHAN 1. Tabung sumbangan 2. Barang sumbangan KAEDAH PENYAMPAIAN Aktiviti individu TUJUAN Melalui aktiviti ini murid dapat : 1. Menanamkan sikap penyayang dan bantu membantu antara satu sama lain. 2. Memperkasakan sikap kepedulian kepada orang lain. LANGKAHLANGKAH 1. Guru menerangkan tujuan aktiviti pada hari ini. 2. Guru membimbing murid menyediakan tabung sumbangan daripada barang terpakai.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 346 3. Tabung sumbangan yang disediakan diedarkan ketika perhimpunan kepada warga sekolah. 4. Hasil daripada sumbangan akan disalurkan kepada warga sekolah yang memerlukan seperti membeli alat tulis, stokin, buku tulis dan sebagainya. 5. Murid membuat refleksi aktiviti. 6. Guru membuat rumusan. FALSAFAH Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing NILAI MURNI Sukarela Kerjasama Kasih sayang PENILAIAN KEBERHASILAN Murid dapat mengumpul dana bagi membantu warga sekolah yang memerlukan. LAMPIRAN Lampiran 1 : Contoh Hebahan
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 347 Lampiran 1 : Contoh Hebahan
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 348 BORANG PENILAIAN AKTIVITI KARAKTER MURID JOHOR SEKOLAH MENENGAH BERASASKAN LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI BAHAGIAN A : MAKLUMAT DIRI Arahan : Sila tandakan (√ ) dalam ruang jawapan yang disediakan bagi maklumat berkaitan diri anda. 7. Sekolah : __________________________________ 8. Jantina: a. Lelaki ( ) b. Perempuan ( ) 9. Tingkatan : _________________________________ ================================================== BAHAGIAN B : SOAL SELIDIK KEBOLEHPERCAYAAN AKTIVITI Arahan: 15. Borang penilaian ini mengandungi pernyataan bagi mengukur tahap kefahaman anda berkaitan langkah- langkah aktiviti Amalan Kepimpinan KrMJ yang telah anda ikuti.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 349 16. Jawapan yang dikehendaki hanya menunjukkan darjah persetujuan anda dan tiada jawapan yang BETUL atau SALAH. 17. Anda diharap menjawab setiap pernyataan dengan ikhlas dan jujur. 18. Anda dikehendaki menjawab secara spontan tanpa mengambil masa yang lama untuk berfikir akan jawapannya. 19. Jawapan yang diberikan adalah berdasarkan apa yang telah anda alami dan bukannya apa yang sepatutnya anda alami. 20. Masa maksimum yang diberikan ialah selama 40 minit. 21. Setelah anda mengikuti aktiviti tersebut, sila tentukan sejauh manakah darjah persetujuan anda bagi setiap pernyataan yang diberikan dengan menandakan (√) dalam ruangan jawapan yang telah disediakan berpanukan skala berikut: 1 - Sangat Tidak Setuju 2 - Tidak Setuju 3 - Kurang Setuju 4 - Setuju 5 - Sangat Setuju
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 350 KARAKTER KEPIMPINAN MURID TINGKATAN LIMA Aktiviti 1 : Rasionalkan Aku BIL PERNYATAAN RESPON 1 2 3 4 5 1. Saya boleh berpandangan jauh dalam membuat sesuatu keputusan. 1 2 3 4 5 2. Saya dapat meningkatkan tahap keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang lain. 1 2 3 4 5 3. Saya dapat meningkatkan tahap penguasaan ilmu berkaitan isu-isu semasa. 1 2 3 4 5 KARAKTER PATRIOTIK MURID TINGKATAN LIMA Aktiviti 1 : Kesultanan Melayu Johor BIL PERNYATAAN RESPON 1 2 3 4 5 1. Saya boleh meningkatkan daya pemikiran kreatif dan kritis 1 2 3 4 5 2. Saya dapat meningkatkan semangat patriotik dan semangat cinta akan Johor. 1 2 3 4 5 3. Saya dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan guru dan murid. 1 2 3 4 5
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 351 Aktiviti 2 : Jata dan Bendara Johor BIL PERNYATAAN RESPON 1 2 3 4 5 1. Saya boleh meningkatkan pengetahuan berkaitan dengan jata dan bendera negeri Johor. 1 2 3 4 5 2. Saya dapat meningkatkan semangat patriotik dan semangat cinta akan Negeri Johor. 1 2 3 4 5 3. Saya dapat memupuk semangat bersaing dalam kalangan mereka. 1 2 3 4 5 KARAKTER SUKARELAWAN MURID TINGKATAN LIMA Aktiviti 1 : We Care, We Share BIL PERNYATAAN RESPON 1 2 3 4 5 1. Saya boleh menanamkan sikap penyayang dan bantu membantu antara satu sama lain. 1 2 3 4 5 2. Saya dapat memperkasakan sikap kepedulian kepada orang lain 1 2 3 4 5
Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor Penutup Modul KrMJ
Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 352 Penutup Modul KrMJ PENUTUP Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa dan tenaga yang dianugerahkan-Nya, Modul Karakter Murid Johor (KrMJ) telah berjaya direalisasikan hasil daripada kolaboratif pelbagai pihak. Sepanjang pembinaan modul ini, banyak maklumat terutamanya tentang peradaban, Kesultanan Johor, warisan sejarah dan kebudayaan berjaya digali seterusnya disebar luaskan melalui penggunaan modul ini. Ucapan terima kasih didedikasikan kepada Cikgu Yazid bin Haji Md Said, mantan Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, JPN Johor dan kumpulan task force 2017 yang menjadi pelopor Modul KrMJ. Kini KrMJ melangkah jauh dengan memperkasa 10 karakter bagi melahirkan murid Johor yang cemerlang dan mampu menjadi modal insan berkualiti seiring dengan hasrat Maju Johor menjelang 2030. Seterusnya, jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor yang sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam usaha melahirkan bangsa Johor yang berhemah tinggi, berwatak, berkepimpinan, berketerampilan dan kaya dengan ilmu pengetahuan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Timbalan Pengarah, para