The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL KARAKTER MURID JOHOR SEKOLAH MENENGAH
Panduan perlaksanaan Modul KrMJ Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cJRamli, 2024-06-02 09:40:18

MODUL KARAKTER MURID JOHOR SEKOLAH MENENGAH

MODUL KARAKTER MURID JOHOR SEKOLAH MENENGAH
Panduan perlaksanaan Modul KrMJ Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

Keywords: KrMJ.Modul T1,KrMJ Modul T2,KrMJ Modul T3,KrMJ Modul T4,KrMJ Modul T5,KrMJ Terkini

Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 157 Aktiviti 3 : J-Khatam BIL PERNYATAAN RESPON 1 2 3 4 5 1. Saya dapat khatam Al-Quran di peringkat sekolah. 1 2 3 4 5 2. Saya dapat membaca al-Quran secara bersasar dengan baik. 1 2 3 4 5 Aktiviti 4 : J-Sopan BIL PERNYATAAN RESPON 1 2 3 4 5 1. Saya dapat menyebut ucapan bertatasusila dengan betul. 1 2 3 4 5 2. Saya dapat menunjukkan sikap menghormati kepada warga sekolah. 1 2 3 4 5


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 158 KARAKTER GAYA HIDUP SIHAT TINGKATAN DUA Aktiviti 1 : Tak Serupa Tapi Sama BIL PERNYATAAN RESPON 1 2 3 4 5 1. Saya dapat mengetahui kepelbagaian Bahasa di Johor. 1 2 3 4 5 2. Saya dapat meraikan keunikan dialek di Johor. 1 2 3 4 5 3. Saya dapat mempelajari dialek yang berlainan daripada kebiasaan. 1 2 3 4 5 4. Memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain. 1 2 3 4 5 Aktiviti 2 : Audit Sisa Pepejal BIL PERNYATAAN RESPON 1 2 3 4 5 1. Saya dapat meminimumkan penjanaan sisa pepejal yang dihasilkan oleh sekolah. 1 2 3 4 5 2. Saya dapat menerapkan nilai cintakan kebersihan dalam diri. 1 2 3 4 5


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 159 3. Saya dapat menggalakkan penyertaan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti 3R (Recycle, Reduce, Reuse) dan penjagaan kebersihan persekitaran di sekolah saya. 1 2 3 4 5 4. Saya meningkatkan kesedaran berkaitan amalan 3R dan penjagaan kebersihan persekitaran. 1 2 3 4 5 Aktiviti 3 : Kempen 3R BIL PERNYATAAN RESPON 1 2 3 4 5 1. Saya dapat menerapkan nilai cintakan kebersihan dalam diri. 1 2 3 4 5 2. Saya dapat meningkatkan kesedaran berkaitan amalan Reduce, Reuse, Recycle (3R) dan penjagaan kebersihan persekitaran. 1 2 3 4 5


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 160 Aktiviti 4 : Jurulatih Muda KrMJ BIL PERNYATAAN RESPON 1 2 3 4 5 1. Saya dapat mengetuai aktiviti senamrobik KrMJ sekolah. 1 2 3 4 5 2. Saya dapat menghasilkan gerakan yang kreatif mengikut komponen senamrobik. 1 2 3 4 5 3. Meningkatkan kecergasan fizikal. 1 2 3 4 5 Aktiviti 5 : J-Robik KrMJ BIL PERNYATAAN RESPON 1 2 3 4 5 1. Saya dapat menghasilkan video yang kreatif. 1 2 3 4 5 2. Saya dapat meningkatkan semangat kerjasama dalam ahli kelas masingmasing. 1 2 3 4 5


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor TINGKATAN Karakter Kepimpinan Karakter Adab dan Kerohanian Karakter Identiti Nasional Karakter Seni Budaya TIGA


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 161 KARAKTER KEPIMPINAN SEKOLAH MENENGAH TINGKATAN TIGA


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 162 KARAKTER KEPIMPINAN PENGENALAN Jabatan Pendidikan Negeri Johor sentiasa menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 bagi menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. Antara fokus PPPM adalah berkaitan dengan enam (6) aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Kemahiran memimpin mempunyai kesinambungan yang tepat dengan agenda pelaksanaan Karakter Murid Johor (KrMJ). Melalui aktiviti kepimpinan pada modul ini, diharapkan agar bakat kepimpinan secara tidak langsung dapat diterapkan dalam diri setiap murid Johor. Kepimpinan tidak lahir secara fitrah, tetapi perlu diasah secara berterusan. Modul Amalan Kepimpinan KrMJ ini digarap untuk memastikan semua murid Johor menjadi pelapis pemimpin Johor yang bersifat Global Players serta meneruskan legasi kepimpinan Johor yang berbudi, berbakti dan berakhlak mulia dalam melahirkan identiti Bangsa Johor.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 163 AKTIVITI 1 TEMA Pengurusan Emosi AKTIVITI Hi-5 MASA 40 minit SASARAN Tingkatan Tiga BAHAN 1. Kertas A4 2. Pen KAEDAH PENYAMPAIAN 1. Penerangan 2. Pembentangan TUJUAN Melalui aktiviti ini murid dapat : 1. Mengenal pasti perasaan marah yang ada dalam diri mereka. 2. Mengenal pasti cara yang sesuai untuk meredakan rasa marah. LANGKAHLANGKAH 1. Guru menerangkan tujuan aktiviti pada hari ini. 2. Guru membahagikan murid kepada 2 orang setiap kumpulan. 3. Setiap ahli diberikan 2 helai kertas.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 164 4. Guru mengarah setiap ahli menekap tapak tangan kiri di atas kertas yang disediakan. 5. Setiap murid diminta menulis pada setiap jari tersebut lima punca yang boleh mencetuskan kemarahan. 6. Setiap murid perlu berbincang di dalam kumpulan (punca yang boleh menyebabkan mereka marah) dan memberi pandangan. 7. Guru memanggil beberapa murid yang sukarela untuk membentangkan lima punca yang boleh mencetuskan kemarahan.Seterusnya, setiap murid dimin 8. ta menekap tapak tangan kanan pula di atas kertas lain. 9. Murid diminta menulis lima cara yang boleh meredakan kemarahan mereka. 10. Setiap murid diminta berbincang di dalam kumpulan dan memberikan pendapat masing-masing. 11. Guru memantau perbincangan murid dalam kumpulan. 12. Murid membuat refleksi. 13. Guru membuat rumusan.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 165 FALSAFAH 1. Pentingnya sifat sabar dalam diri seseorang. 2. Setiap individu mampu mengawal rasa marah. NILAI MURNI 1. Bersyukur 2. Berfikiran positif PENILAIAN KEBERHASILAN Murid dapat menyenaraikan lima punca marah dan lima cara mengatasinya. LAMPIRAN Tiada Sumber : MODUL PS KEBANGSAAN


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 166 AKTIVITI 2 TEMA Komunikasi AKTIVITI Bicara Pemimpin MASA 40 minit SASARAN Tingkatan Tiga BAHAN 1. Marker Pen 2. kertas mahjong / sebak KAEDAH PENYAMPAIAN Latihan Dalam Kumpulan (LDK) TUJUAN Melalui aktiviti ini murid dapat : 1. Murid dapat mengetahui cara pertuturan yang berkesan. 2. Murid dapat mengutarakan pendapat sebagai seorang pemimpin. LANGKAHLANGKAH 1. Guru menerangkan tujuan aktiviti pada hari ini. 2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 3. Setiap kumpulan diberi marker pen dan kertas mahjong. 4. Setiap kumpulan diberi satu tajuk untuk berbincang. Contoh tajuk :


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 167 i. Keistimewaan menjadi murid Johor ii. Tips menjadi murid cemerlang iii. Kelebihan mempunyai ramai rakan iv. Cara membalas jasa ibu bapa v. (tajuk boleh juga berkaitan isu semasa). 5. Murid dikehendaki berbincang berkaitan tajuk. 6. Setiap kumpulan diminta membuat pembentangan di mana setiap ahli kumpulan wajib melibatkan diri. 7. Murid membuat refleksi. 8. Guru membuat rumusan. FALSAFAH Akal akar berpulus tak patah (Orang yang pintar tidak mudah kalah dalam berhujah). NILAI MURNI 1. Keberanian 2. Kerjasama 3. Kebebasan bersuara PENILAIAN KEBERHASILAN Murid dapat menyenaraikan sekurangkurangnya 4 isi berdasarkan tajuk yang diberikan. LAMPIRAN Tiada Sumber: MODUL KEPIMPINAN STUDENT LEADERS BOARD NEGERI JOHOR


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 168 KARAKTER ADAB DAN KEROHANIAN SEKOLAH MENENGAH TINGKATAN TIGA


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 169 KARAKTER ADAB DAN KEROHANIAN PENGENALAN Adab berasal dari perkataan Arab iaitu أدب yang memberi maksud perilaku dan perbuatan kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun, kesusilaan, serta kemanusiaan. Sementara tafsiran skop dan perincian adab mungkin berbeza dalam kebudayaan yang berlainan, kesamaan yang terdapat dalam tafsiran-tafsiran ini ialah penilaian keperibadian seseorang melalui kepatuhannya terhadap beberapa konteks. Justeru seseorang itu menunjukkan adab dengan mempamerkan kelakuan dan bijak membuat pilihan yang betul. Secara amnya kerohanian merujuk kepada tahap kerohanian dan nilai-nilai yang dihayati secara meluas. Justeru itu diharap murid Johor dapat mempunyai adab, tatasusila dan pegangan yang penuh mengikut agama masing-masing


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 170 AKTIVITI 1 TEMA Adab dan Kerohanian AKTIVITI Haiya ‘Alas Solah MASA 15 minit - Cadangan : i. Sekolah satu sesi - selepas habis waktu PdP (sebelum pulang-mengikut kesuaian) ii. Sekolah dua sesi - masa rehat (mengikut kesesuaian) SASARAN Tingkatan Tiga BAHAN 1. Video tatacara solat berjemaah https://youtu.be/aiB4iL5Z1Os?si=Qy7BCZNCivQlf 8-9 KAEDAH PENYAMPAIAN 1. Simulasi 2. Pemerhatian TUJUAN Melalui aktiviti ini murid dapat : 1. Menunaikan kewajipan solat Fardhu Zohor atau Asar di sekolah 2. Menunaikan solat secara berjemaah. LANGKAHLANGKAH 1. Guru menerangkan tujuan aktiviti pada hari ini. 2. Guru bertanggungjawab menyelaraskan jadual waktu solat fardhu Zohor atau Asar.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 171 3. Guru menayangkan video tatacara solat berjemaah (rujuk link). 4. Pelaksanaan solat fardhu bersama imam remaja/ imam Junior yang dipilih daripada wakil murid. 5. Murid membuat refleksi. 6. Guru membuat rumusan. FALSAFAH Solat Tiang Agama NILAI MURNI 1. Kerjasama 2. Keyakinan diri 3. Berdisiplin PENILAIAN KEBERHASILAN 1. Murid dapat menunaikan solat secara berjemaah dengan betul. 2. Murid dapat memperbaiki bacaan dalam solat. 3. Murid mengetahui kedudukan imam dan makmum di dalam solat berjemaah. LAMPIRAN 1. Lampiran 1 : Link Video Tatacara Solat Berjemaah. 2. Lampiran 2 : Gambar Solat Berjemaah


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 172 Lampiran 1 : Video Tatacara Solat berjemaah https://youtu.be/aiB4iL5Z1Os?si=Qy7BCZNCivQlf8-9 Lampiran 2 : Gambar Solat Berjemaah Contoh Pelaksanaan Solat Berjemaah selepas sesi persekolahan


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 173 KARAKTER IDENTITI NASIONAL SEKOLAH MENENGAH TINGKATAN TIGA


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 174 KARAKTER IDENTITI NASIONAL PENGENALAN Identiti nasional merupakan Karektor Murid Johor yang merujuk kepada kepercayaan, nilai, adat resam, simbol, kesenian yang berkaitan ideologi dan sejarah yang dimiliki oleh sebuah negara dan menjadi ciri unik serta membezakan mereka dengan negara lain. Ia adalah menggambarkan keseluruhan aspek yang mencerminkan pengertian sebuah negara dan merupakan intipati daripada kebangsaan sesebuah negara itu. Dalam konteks Malaysia, kepelbagaian identiti nasional mencerminkan pengaruh dan sumbangan daripada pelbagai kaum dan budaya yang ada di negara ini iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Iban, dan lain-lain. Perpaduan bangsa Johor melambangkan muafakat itu berkat. Kepelbagaian kaum perlu diraikan dan disatukan dalam konsep bangsa Johor. Murid-murid perlu dipupuk supaya bertoleransi, berkasih sayang dan empati walaupun bergaul dengan kaum dan agama yang berbeza. Keharmonian yang disemai membantu sekolah dalam mengurus ekosistem pembelajaran dan pembentukan sahsiah yang terpuji.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 175 Perpaduan di sekolah boleh dilihat dari kepelbagaian kaum yang sihat dalam setiap aktiviti termasuk di dalam bilik darjah, aktiviti kokurikulum dan kesukarelawanan. Dengan pemahaman yang mendalam tentang kepelbagaian etnik dan keunikan budaya masing-masing, perpaduan bangsa di Johor dapat terus berkembang dan dikekalkan sebagai satu aset penting dalam pembangunan dan kemajuan negeri. Program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) adalah sebuah inisiatif yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan perpaduan dan integrasi sosial dalam kalangan murid dari pelbagai latar belakang etnik dan sosial. Program RIMUP menyediakan platform bagi murid untuk saling berinteraksi dan mengenali satu sama lain melalui pelbagai aktiviti yang dirancang. RIMUP bermatlamat untuk memperkukuhkan penghargaan terhadap kepelbagaian, memperkasa interaksi sosial dan komuniti, serta mengembangkan sikap hormat-menghormati antara murid. Program seperti ini penting dalam membangunkan sebuah negara yang harmonis dan bersatu padu.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 176 AKTIVITI 1 TEMA Persahabatan AKTIVITI Jambatan Persahabatan MASA 60 minit SASARAN Tingkatan Tiga BAHAN 1. Kad sahabat 2. Lembaran aktiviti persahabatan. 3. Kotak cadangan rakan sekelas. KAEDAH PENYAMPAIAN Latihan dalam kumpulan (LDK). TUJUAN Melalui aktiviti ini murid dapat : 1. Mengenali rakan sekelas mereka dengan lebih dekat. 2. Membina hubungan persahabatan yang lebih rapat. LANGKAHLANGKAH 1. Guru menerangkan tujuan aktiviti pada hari ini. 2. Guru meminta murid untuk duduk secara berpasangan dengan rakan sekelas mereka secara rawak.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 177 3. Guru menerangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan kepada murid. 4. Guru meminta murid melengkapkan lembaran aktiviti persahabatan dengan pasangan masing-masing. 5. Guru meminta murid berkongsi maklumat yang diperolehi tadi dalam kumpulan kecil. 6. Guru mengarahkan murid untuk menulis ucapan pada Kad Sahabat yang ditujukan kepada rakan sekelas mereka. 7. Murid memasukkan ucapan yang telah ditulis ke dalam "Kotak Jiwa". 8. Guru memilih murid secara rawak untuk mengambil satu kad ucapan di dalam kotak cadangan dan membacakannya di hadapan kelas. 9. Murid membuat refleksi aktiviti. 10.Guru membuat rumusan. FALSAFAH Setiap Sahabat Satu Persada NILAI MURNI 1. Keakraban 2. Hormat menghormati 3. Kesetiaan 4. Kejujuran 5. Kemurahan Hati


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 178 PENILAIAN KEBERHASILAN 1. Pemerhatian guru terhadap kebersamaan murid dalam mendapatkan maklumat rakan kelas mereka. 2. Pemerhatian guru terhadap kebolehan dan keyakinan murid dalam memberi pendapat. LAMPIRAN 1. Lampiran 1 : Lembaran Aktiviti Persahabatan. 2. Lampiran 2 : Kad Sahabat Sumber: https://t.me/KrMJ_bot


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 179 Lampiran 1 : Lembaran Aktiviti Persahabatan LEMBARAN AKTIVITI PERSAHABATAN Nama: Tarikh Lahir: Hobi : Makanan dan minuman kegemaran: Adik Beradik: Anak yang ke: Kaum : Tempat tinggal : Cita-cita : Benda yang disayangi :


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 180 Lampiran 2 : Kad Sahabat KAD SAHABAT Kepada: Ucapan:


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 181 AKTIVITI 2 TEMA Budaya Kita AKTIVITI Bengkel Kebudayaan MASA 120 Minit SASARAN Tingkatan Tiga BAHAN 1. Pakaian tradisional 2. Alat muzik tradisional 3. Bahan dekorasi 4. Makanan tradisional 5. Alatan permainan tradisional. 6. Bahan berkaitan dengan tarian tradisonal. KAEDAH PENYAMPAIAN 1. Kerja kumpulan 2. Persembahan TUJUAN Melalui aktiviti ini murid dapat : 1. Memahami kepelbagaian budaya di negeri Johor. 2. Meningkatkan semangat perpaduan antara murid pelbagai kaum. 3. Meningkatkan keyakinan murid membuat pembentangan.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 182 LANGKAHLANGKAH 1. Guru menerangkan tujuan aktiviti pada hari ini. 2. Murid dibahagikan dalam beberapa kumpulan untuk diberikan tugasan. 3. Murid membuat persediaan untuk persembahan berdasarkan tema makanan, tarian, permainan, alat muzik dan busana tradisional. 4. Murid dikehendaki menyelitkan unsur kepelbagaian etnik di negeri Johor dalam pembentangan mereka. 5. Murid membuat pembentangan projek di hadapan kelas. 6. Murid membuat refleksi aktiviti. 7. Guru membuat rumusan. FALSAFAH Budaya Kita Harmoni Bersama NILAI MURNI 1. Hormat-menghormati 2. Toleransi 3. Keprihatinan 4. Kreatif PENILAIAN KEBERHASILAN 1. Murid dapat menerangkan kepelbagaian budaya mengikut kumpulan masingmasing.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 183 2. Pemerhatian guru terhadap keyakinan murid membuat pembentangan. LAMPIRAN 1. Lampiran 1 : Senarai Budaya 2. Lampiran 2 : Soalan refleksi untuk murid.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 184 Lampiran 1 : Senarai Budaya 1. Tarian Tradisional - Zapin Johor - Tarian Kuda Kepang - Tarian Singa 2. Busana Tradisional - Baju Kurung Johor - Baju Melayu Teluk Belanga - Baju Cheongsam dan Samfoo - Sari dan Dothi 3. Permainan Tradisional - Sepak Raga - Konda Kondi - Chap Teh 4. Makanan Tradisional - Kuih Bulan - Asam Pedas Johor - Maruku 5. Alat Muzik - Erh-hu - Sitar - Gambus


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 185 Lampiran 2 : Soalan Refleksi Untuk Murid 1. Apa yang anda paling ingat tentang bengkel kebudayaan yang diikuti? 2. Bagaimana perasaan anda semasa mengambil bahagian dalam pembentangan? 3. Apakah pengetahuan baru yang anda pelajari semasa Bengkel Kebudayaan? 4. Apakah yang akan anda sampaikan kepada rakan-rakan tentang kebudayaan yang anda pelajari? 5. Bagaimana pengalaman ini mempengaruhi rasa hormat anda terhadap warisan budaya Johor?


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 186 KARAKTER SENI BUDAYA SEKOLAH MENENGAH TINGKATAN TIGA


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 187 KARAKTER SENI BUDAYA PENGENALAN Seni merupakan sebahagian daripada kebudayaan yang menekankan kepada persoalan nilai murni dalam kehidupan. Seni juga merupakan ekspresi jiwa yang halus dan indah yang lahir dari dalam jiwa manusia. Seni juga didorong oleh kecenderungan kepada keindahan. Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai aktiviti kesenian sebagai cerminan budaya masyarakat. Di Johor khususnya, kesenian masyarakat Johor sering kali dikaitkan dengan tarian dan pakaian yang melambangkan identiti negeri Johor. Budaya dan kesenian negeri Johor dikategorikan kepada beberapa aspek penting. Aspek-aspek tersebut perlu diterapkan dalam laman KrMJ ataupun galeri Sejarah. Motifnya adalah untuk mengangkat dan memartabatkan kesenian dan kebudayaan negeri Johor. Bukan itu sahaja, penekanan terhadap aspek ini juga dapat memupuk minat masyarakat khususnya golongan remaja untuk mencintai kesenian, kebudayaan dan warisan negeri Johor. Aktivitiaktiviti yang telah dicipta dan dipersembahkan melalui komposisikomposisi baharu dan relevan dengan pendekatan semasa. Ianya bertujuan untuk menggalakkan murid Johor merealisasikan keunikan seni budaya Johor.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 188 AKTIVITI 1 TEMA Kepelbagaian Bahasa AKTIVITI Memori Indah MASA 60 minit BAHAN Video : 1. Channel Youtube Didi & Friends - Lagu Kanak Kanak https://www.youtube.com/watch?v= vmM9iwVg5DQ 2. Channel Youtube Smart Kids https://youtu.be/pd7XcMIrg9o 3. Channel Youtube Kids TV Tamil https://youtu.be/rCHwnTbgk00 KAEDAH PENYAMPAIAN 1. Tayangan video 2. Persembahan kumpulan. TUJUAN Melalui aktiviti ini murid dapat : 1. Mengetahui bahasa kaum Melayu, Cina dan India melalui kesenian lagu zaman kanak-kanak. 2. Menonjolkan kreativiti murid. 3. Mencungkil bakat masing-masing. 4. Menghargai kenangan zaman kanakkanak. LANGKAHLANGKAH 1. Guru menerangkan tujuan aktiviti pada hari ini.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 189 2. Fasilitator menayangkan video kanakkanak bagi kaum Melayu, Cina, dan India. 3. Video diulangi dan murid diminta untuk menyanyikan lagu bersama-sama. 4. Setiap kumpulan diminta membuat persembahan mengikut kreativiti ahli kumpulan berlatarkan lagu kanak-kanak yang telah diundi. 5. Setiap kumpulan diberikan 10 minit untuk membincangkan tugasan yang diberikan. Masa persembahan adalah tiga minit. 6. Murid membuat refleksi. 7. Guru membuat rumusan. FALSAFAH Bahasa Warisan Bangsa NILAI MURNI 1. Bekerjasama 2. Muhibah 3. Saling membantu 4. Mengekalkan tradisi PENILAIAN KEBERHASILAN Murid dapat mengenalpasti sekurangkurangnya 2 bahasa asas bagi kaum di negeri Johor. LAMPIRAN 1. Lampiran 1 : Lirik lagu Burung Kakak Tua 2. Lampiran 2 : Lirik lagu Mandarin 3. Lampiran 3 : Lirik Lagu Bahasa Tamil


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 190 Lampiran 1 : Lirik Lagu Burung Kakak Tua (Video 1) Burung Kakak Tua Burung Kakak Tua Hinggap Di Jendela Pak Atan Sudah Tua Giginya Sudah Tiada Letchum (3 Kali) Ulala Burung Kakak Tua Burung Kakak Tua Hinggap Di Jendela Hormat Orang Tua Sayang Orang Muda Letchum (3 Kali) Ulala Burung Kakak Tua Burung Kakak Tua Hinggap Di Jendela Patuh Ibu Bapa Mereka Bahagia Letchum (3 Kali) Ulala (Ulang 3 Kali) Burung Kakak Tua


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 191 Lampiran 2 : Lirik lagu Mandarin (Video 2) Bahasa Mandarin Liǎng zhī lǎohǔ, liǎng zhī lǎohǔ, Pǎo de kuài, pǎo de kuài, Yī zhī méiyǒu yǎnjīng, yī zhī méiyǒu erduo, Zhēn qíguài! Zhēn qíguài! *Chóngfù 2 cì Maksud Dua ekor harimau, dua ekor harimau, Lari dengan laju, lari dengan laju, Seekor tiada mata, seekor tiada telinga, Sangat pelik! Sangat pelik! *ulang 2 kali Lampiran 3 : Lirik lagu Tamil (Video 3) Bahasa Tamil Odi vilaiyaadu papa Nee oointhirukka laagaathu papa Kuudi vilaiyadu papa Oru kulanthaiyai vaiyaathe papa Kaalai eluntha vudan padipu Pinbu kanivu kodukkum nalla paattu Maalai muluthum vilaiyaattu Endru valakkap padiuthikkollu papa Maksud Bermainlah, adik Jangan bersikap malas, adik Bermain bersama-sama, adik Jangan marah adik yang lebih kecil, adik Belajarlah setiap pagi, adik Bernyanyi- nyanyi untuk keseronokan Bermain-main setiap petang Jadikanlah ini amalan, hidup adik


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 192 AKTIVITI 2 TEMA Silang Budaya AKTIVITI Inilah Johor MASA 60 minit BAHAN Tiada KAEDAH PENYAMPAIAN 1. Perbincangan (Brainstorming) 2. Latihan dalam kumpulan (LDK) TUJUAN Melalui aktiviti ini, murid akan dapat : 1. Meningkatkan pengetahuan berkaitan dengan kepelbagaian perayaan yang ada di seluruh Malaysia terutamanya di Johor. 2. Pendedahan kepelbagaian etnik dan kebudayaan bagi setiap kaum. 3. Mempamerkan keunikan sesebuah etnik. LANGKAHLANGKAH 1. Fasilitator mengemukakan soalan berikut : i. Nyatakan beberapa perayaan utama di Malaysia. ii. Nyatakan secara ringkas perayaan berkenaan.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 193 2. Fasilitator mengetuai perbincangan berkenaan secara umum bersama semua murid. 3. Fasilitator membahagikan murid kepada enam kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum. 4. Fasilitator menetapkan tajuk perbincangan bagi setiap kumpulan iaitu keunikan kaum Melayu, Cina dan India. 5. Murid diberikan masa 10 minit bagi sesi perbincangan dan 5 minit bagi sesi pembentangan. Penyampaian pembentangan adalah bebas mengikut kreativiti kumpulan. 6. Murid membuat refleksi. 7. Guru membuat rumusan. FALSAFAH Kepelbagaian Dirai, Keunikan Disanjungi NILAI MURNI 1. Hormat-menghormati 2. Peramah 3. Menepati masa 4. Prihatin PENILAIAN KEBERHASILAN Murid dapat menyatakan sekurankurangnya 3 perayaan di Malaysia terutamanya di Johor. LAMPIRAN Tiada


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 194 AKTIVITI 3 TEMA Budaya dan Kesenian Negeri Johor (Pakaian Tradisional Johor) AKTIVITI J-Fesyen MASA 120 minit BAHAN 1. Tayangan video https://www.youtube.com/watch?v=NmqX464 HH28 2. Ilustrasi busana tradisional Johor. KAEDAH PENYAMPAIAN 1. Tayangan video. 2. Pertandingan peragaan busana tradisional Johor. TUJUAN Melalui aktiviti ini, murid dapat : 1. Mengapresiasi kesenian pakaian tradisional Johor. 2. Meningkatkan pengetahuan tentang pakaian tradisional Johor. 3. Menggalakkan pemakaian busana tradisional Johor. LANGKAHLANGKAH 1. Guru menerangkan tujuan aktiviti pada hari ini. 2. Fasilitator menayangkan video busana tradisional Johor. 95


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 195 3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 4. Murid dikehendaki membuat rekaan pakaian tradisional Johor dengan menggunakan surat khabar lama. 5. Murid dikehendaki membentangkan cara-cara menghasilkan busana tradisional Johor. 6. Fasilitator menilai pembentangan dan hasil rekaan busana tradisional Johor. 7. Murid membuat refleksi 8. Murid membuat rumusan. FALSAFAH Pemupukan jati diri murid Johor melalui pemakaian busana tradisional Johor. NILAI MURNI 1. Bermuafakat 2. Beretika 3. Toleransi PENILAIAN KEBERHASILAN Murid dapat mengenali jenis-jenis pakaian tradisional negeri Johor. LAMPIRAN Lampiran 1 : Gambar Busana Tradisional Johor


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 196 Lampiran 1 : Gambar Busana Tradisional Johor Busana tradisional Johor Busana yang diperbuat daripada surat khabar


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 197 AKTIVITI 4 TEMA Budaya dan Kesenian Negeri Johor AKTIVITI Ghazal Johor MASA 60 minit BAHAN 1. Tayangan video https://www.youtube.com/watch?v=MITk16Nk _pw 2. Ilustrasi persembahan ghazal Johor KAEDAH PENYAMPAIAN 1. Tayangan video. 2. Ilustrasi persembahan ghazal Johor. 3. Persembahan kumpulan ghazal. TUJUAN Melalui aktiviti ini, murid dapat : 1. Mengenali irama ghazal. 2. Meningkatkan pengetahuan tentang sejarah ghazal negeri Johor. 3. Mengekalkan kebudayaan dan kesenian Johor dalam kalangan murid sekolah. LANGKAHLANGKAH 1. Guru menerangkan tujuan aktiviti pada hari ini. 2. Fasilitator menayangkan video persembahan ghazal dan menunjukkan ilustrasi persembahan ghazal. 3. Murid membuat refleksi. 4. Murid 5. Fasilitator membuat rumusan :


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 198 • Aktiviti ini dapat meningkatkan kecintaan terhadap irama ghazal Johor. FALSAFAH 1. Muzik ghazal sebagai medium perpaduan masyarakat Johor. 2. Muzik ghazal menanam sifat cinta akan kesenian muzik Johor. NILAI MURNI 1. Bermuafakat 2. Beretika 3. Toleransi 4. Bekerjasama 5. Semangat Patriotik PENILAIAN KEBERHASILAN Murid dapat menyatakan sekurankurangnya 3 perayaan di Malaysia terutamanya di Johor. LAMPIRAN 1. Lampiran 1 : Gambar Persembahan Ghazal Johor ❖ Sekolah yang tidak mempunyai kumpulan ghazal boleh menggunakan video muzik ghazal sebagai panduan. ❖ Sekolah yang mempunyai kumpulan ghazal boleh memainkan muzik ghazal semasa perhimpunan atau majlis-majlis rasmi sekolah.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 199 Lampiran 1 : Gambar Persembahan Ghazal Johor Persembahan Ghazal Johor


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 200 AKTIVITI 5 TEMA Budaya dan Kesenian Negeri Johor TAJUK Jawi Exchange MASA 90 minit BAHAN 1. Tayangan video https://www.youtube.com/watch?v=HzOl wvcc-k4 2. Kertas soalan dan jawapan 3. Pen / pensil KAEDAH PENYAMPAIAN 1. Tayangan video 2. Pertandingan menulis Jawi TUJUAN Melalui aktiviti ini, murid dapat : 1. Memupuk minat terhadap kesenian tulisan Jawi. 2. Meningkatkan penguasaan pembacaan dan penulisan Jawi. 3. Meningkatkan daya kreativiti melalui seni tulisan. LANGKAHLANGKAH 1. Guru menerangkan tujuan aktiviti pada hari ini. 2. Fasilitator mengedarkan kertas soalan berupa petikan ayat Rumi. 3. Murid diminta menukarkan soalan yang diberikan kepada tulisan Jawi.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 201 4. Murid membuat refleksi. 5. Guru membuat rumusan. FALSAFAH Tulisan Jawi mempunyai nilai estetika yang tinggi, menarik, unik dan klasik. NILAI MURNI 1. Bermuafakat 2. Bekerjasama 3. Semangat patriotik 4. Estetika. PENILAIAN KEBERHASILAN Murid boleh membaca tulisan jawi sekurang-kurangnya 3 baris. LAMPIRAN 1. Lampiran 1 : Panduan Pertandingan 2. Lampiran 2 : Contoh Soalan 3. Lampiran 3 : Borang Penilaian


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 202 Lampiran 1 : Panduan Pertandingan 1.0 Pemarkahan 1.1 Dibahagikan kepada tiga bahagian 1.1.1 Tulisan : 70 Markah 1.1.2 Persembahan : 20 Markah 1.1.3 Kekemasan : 10 Markah 2.0 Aspek penghakiman 2.1 Semua perkataan yang ditulis adalah betul dan mengikut teks soalan. 2.2 Ejaan mengikut ejaan Jawi berdasarkan daftar ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka. 3.0 Penentuan keputusan 3.1 Peserta yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai johan. 3.2 Peserta yang mendapat markah kedua tertinggi akan diisytihar sebagai naib johan dan seterusnya. 3.3 Pemarkahan merujuk kepada kesalahan seperti berikut : 3.3.1 Kesalahan ejaan dipotong satu markah 3.3.2 Huruf tidak lengkap 3.3.3 Tulisan Jawi tidak boleh dibaca 3.3.4 Plagiat tidak akan diadili penyertaannya 3.3.5 Tiada lambang yang sensitif dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 203 Lampiran 2 : Contoh Soalan 1) Tukarkan semula perkataan berikut kepada tulisan Jawi : (i) Berazam untuk berjaya (ii) Tunaikan amanah dan janji (iii) Kehormatan dan maruah (iv) Mengamalkan bacaan bertajwid 2) Tukarkan pernyataan di bawah kepada tulisan Jawi : (i) Setiap pegawai yang dilantik diberikan surat perintah daripada khalifah. (ii) Berfikir itu ialah anak kunci yang membuka cahaya hati. (iii) Allah mengurniakan akal kepada manusia kerana manusia makhluk istimewa. 3) Tukarkan perkataan berikut kepada tulisan Jawi. i) Insurans ii) Menghadiri iii) Mengiktiraf iv) Penyalahgunaan


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 204 Lampiran 3 : Borang Penilaian BORANG PENILAIAN PERTANDINGAN MENULIS JAWI BIL ASPEK YANG DINILAI MARKAH PENUH MARKAH 1 TULISAN 70 MARKAH 2 PERSEMBAHAN 20 MARKAH 3 KEKEMASAN 10 MARKAH JUMLAH 100 MARKAH


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 205 AKTIVITI 6 TEMA Makanan Tradisi Johor AKTIVITI Sedapnyaaa… MASA 120 minit SASARAN Tingkatan Tiga BAHAN 1. Bahan bercetak khas untuk aktiviti seperti gambar makanan tradisi johor. 2. Senarai makanan tradisi Johor https://downtownjb.my/en/article_details/ 41/makanan-tradisi-orang-johor KAEDAH PENYAMPAIAN 1. Jig Saw 2. Gallery Walk 3. Word Search. TUJUAN Melalui aktiviti ini, murid dapat: 1. Mengenali makanan tradisi masyarakat Johor. 2. Meningkatkan pengetahuan tentang makanan tradisi Johor 3. Memberi peluang kepada murid untuk mengalami dan menyertai aktiviti mengenali makanan tradisi Johor


Click to View FlipBook Version