Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 107 AKTIVITI 2 TEMA Doa AKTIVITI Doa Perhimpunan MASA 40 Minit BAHAN 1. Teks Doa 2. Video 3. Ilustrasi Tatacara Berdoa KAEDAH PENYAMPAIAN 1. Simulasi 2. Tayangan video https://www.youtube.com/channel/UC4 3yRHGWHakJrPTzPqIDjtg TUJUAN Melalui aktiviti ini murid dapat : 1. Memimpin bacaan doa mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. 2. Memupuk nilai hormat-menghormati sesama kaum. 3. Menerapkan nilai murni dan kasih sayang. LANGKAHLANGKAH Simulasi 1. Fasilitator melatih murid memimpin bacaan teks doa perhimpunan rasmi sekolah Negeri Johor. 2. Seorang wakil murid akan memimpin bacaan doa dan diikuti oleh murid lain. Tayangan video
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 108 1. Fasilitator menerangkan tatacara spesifikasi bacaan doa seperti berikut : i. Kedudukan tangan semasa berdoa adalah dengan menadah tangan di paras dada. Cara ini hanya untuk murid Islam sahaja. ii. Bagi murid bukan Islam, mereka hanya perlu berdiri tegak seperti bertafakur sambil menundukkan kepala. Kedua-dua tangan berada di bawah dalam keadaan bersilang di mana tangan kanan berada di atas tangan kiri. Fasilitator membuat rumusan : ● Kepercayaan kepada Tuhan dengan cara berdoa dapat melahirkan akhlak murid Johor yang terpuji. ● Doa sebagai salah satu cara melahirkan rasa syukur, ikhlas dan reda dalam menjalani kehidupan seharian. FALSAFAH Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. NILAI MURNI 1. Kepercayaan kepada Tuhan 2. Keikhlasan diri
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 109 3. Kesyukuran dan keredaan PENILAIAN KEBERHASILAN Murid boleh memimpin bacaan doa mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan LAMPIRAN 1. Lampiran 1 : Teks Doa 2. Lampiran 2 : Ilustrasi Tatacara Berdoa
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 110 Lampiran 1 : Teks Doa DOA PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH NEGERI JOHOR DOA PENDIDIKAN NEGERI JOHOR Dengan kemuliaan nama-namamu, dengan keagungan sifatsifatmu, dengan keluasan rahmat dan ihsanmu, di perhimpunan /majlis ini kami memohon taufik dan hidayahMu. Jadikanlah kami hambahambaMu yang sentiasa bersyukur di atas limpahan nikmat kurniaanMu. Anugerahkan kepada kami kesihatan yang sempurna, akal yang cerdas, hati yang terang, daya ingatan yang kuat untuk
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 111 menerima ilmu pengetahuan serta bimbingan para guru yang kami kasihi. Berikan kekuatan dan ketabahan kepada kami dalam melaksanakan tugas dan menimba ilmu pengetahuan, himpunkanlah kami dalam kalangan mereka yang cemerlang dan gemilang di dunia dan akhirat. Bantulah kami untuk menjadi insan mulia yang baik akhlak dan budi pekertinya. Bukakanlah kepada kami segala pintu hikmahMu, dan kurniakanlah kepada kami akan rahmatMu. Ampunkanlah segala dosa karni, dosa kedua ibu bapa kamil kasihanilah kedua-duanya sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kecil. Juga ampunkanlah dosa guruguru yang mendidik kami dan umat Islam seluruhnya. Anugerahkan apalah kiranya riayah dan inayah, perlindungan dan penjagaan, keafiatan dan kesihatan, taufik dan hidayahMu yang berpanjangan lagi berterusan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan İbrahim İbni Almarhum Sultan Iskandar, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan İdris Shah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail İbni Sultan İbrahim, Pemangku Sultan Johor, Yang
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 112 Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor, Duli Yang Arnat Mulia Tunku Iskandar İbni Tunku İsmail Raja Muda Johor, Paduka putera-putera dan puteri, kerabat-kerabat diRaja serta rakyat sekalian. Pelihara dan lindungi apalah kiranya akan rakyat negeri dan negara ini, semoga sentiasa berada di dalam keadaan selamat dan sejahtera, aman dan makmur, hidup sentosa dan bahagia, serta menjalin muhibbah dan bersatu padu dalam menghadapi segala ujian dan cabaran, kepadamu jualah ya Allah, doa kami mohon diperkenan dan diterima.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 113 Lampiran 2 : Ilustrasi Tatacara Berdoa TATACARA BERDOA BAGI YANG BERAGAMA ISLAM DENGAN MENADAH TANGAN PARAS DADA
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 114 TATACARA DOA MURID BUKAN ISLAM
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 115 AKTIVITI 3 TEMA Kerohanian AKTIVITI J - Khatam MASA 30 minit SASARAN Murid Tingkatan 2 yang masih belum khatam al-Quran BAHAN 1. Al-Quran 2. Buku Iqra’ 3. Kad Target Khatam (Kad TkJ) KAEDAH PENYAMPAIAN Bersemuka TUJUAN Melalui aktiviti ini murid dapat : 1. Khatam Al-Quran di peringkat sekolah. 2. Membaca al-Quran secara bersasar dengan baik. LANGKAHLANGKAH 1. Guru menerangkan tujuan aktiviti pada hari ini. 2. Guru mengenalpasti kelompok bacaan Al-Quran atau Iqra’ murid. 3. Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan mengikut kelompok bacaan Al-
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 116 Quran bersama guru atau Guru Muda (murid turus) masing-masing. 4. Murid menggunakan kad Target Khatam (TkJ) untuk menentukan sasaran khatam Al-Quran. 5. Guru menggalakkan murid untuk membaca Al-Quran mengikut sasaran bacaan harian. 6. Murid yang masih Iqra’ membaca Iqra’ bersama Modul Inovasi Iqra’ KLAQ, KPM. 7. Murid memperdengarkan bacaan kepada guru atau Guru Muda. 8. Guru atau Guru Muda merekod bacaan murid. 9. Murid membuat refleksi aktiviti. 10.Guru membuat rumusan. FALSAFAH Istiqamah Mengaji, Khatam Itu Pasti. NILAI MURNI 1. Iltizam yang tinggi 2. Tekun 3. Istiqamah PENILAIAN KEBERHASILAN 1. Murid dapat membaca Al-Quran secara bersasar.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 117 2. Murid dapat memperbaiki bacaan AlQuran dari semasa ke semasa. 3. Murid dapat khatam dalam tempoh yang ditetapkan. LAMPIRAN 1. Lampiran 1 : Lampiran Cadangan Khatam Bersasar. 2. Lampiran 2 : Kod QR Kad Target Khatam (Kad TkJ) dan Modul Inovasi Iqra’.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 118 Lampiran 1 : Lampiran Cadangan Khatam Bersasar Murid yang berpotensi untuk khatam Al-Quran boleh menentukan sasaran bacaan harian mereka berdasarkan muka surat yang ditetapkan. Melalui kaedah ini, murid dapat membaca Al-Quran dengan lebih berfokus dan bersasar. (Jumlah muka surat Al-Quran = 604 muka surat) PAKEJ HIJJAZ Sasaran bacaan : 1 hari = 4 muka surat PAKEJ NAHAWAND Sasaran bacaan : 1 hari = 3 muka surat PAKEJ BAIYATI Sasaran bacaan : 1 hari = 1 muka surat
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 119 Lampiran 2 : Kod QR Kad Target Khatam (Kad TkJ) dan Modul Inovasi Iqra’. Kod QR Kad Target Khatam (Kad TkJ) Kod QR Modul Inovasi Iqra’
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 120 AKTIVITI 4 TEMA Sahsiah Terpuji AKTIVITI J Sopan MASA 30 minit SASARAN Tingkatan 2 BAHAN Gambar / Model murid KAEDAH PENYAMPAIAN Bersemuka TUJUAN Melalui aktiviti ini murid dapat ; 1. Menyebut ucapan bertatasusila dengan betul. 2. Menunjukkan sikap menghormati guru dan warga sekolah. LANGKAHLANGKAH 1. Guru menerangkan tujuan aktiviti pada hari ini. 2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang kepentingan memberi salam kepada orang yang lebih dewasa sebagai salah satu ciri murid penyayang. 3. Guru menerangkan tentang tatacara berucap yang betul dan sopan.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 121 4. Guru memanggil murid untuk membuat demonstrasi ucapan bertatasusila yang betul dan salah berpandukan situasi. 5. Guru memberi peneguhan positif / cenderahati / markah kepada murid sebagai motivasi untuk membuat lebih baik. 6. Murid membuat refleksi aktiviti. 7. Guru membuat rumusan. FALSAFAH Adab Dulu, Baru Ilmu NILAI MURNI 1. Beradab 2. Disiplin PENILAIAN KEBERHASILAN 1. Murid dapat menunjukkan cara berkomunikasi dengan betul. 2. Murid menghormati orang lain. LAMPIRAN 1. Lampiran 1 : Lampiran Ucapan Bertatasusila 2. Lampiran 2 : Penilaian Aktiviti Ucapan Bertatasusila Sumber : Modul Kemenjadian Murid, muka surat 16, terbitan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 122 Lampiran 1 : Lampiran Ucapan J - Sopan CONTOH SITUASI CONTOH KOMUNIKASI Masuk Kelas 1. Assalamualaikum cikgu. 2. Selamat sejahtera cikgu. 3. Selamat pagi cikgu. Keluar Kelas 1. Terima kasih cikgu. 2. Maafkan kami cikgu. 3. Halalkan ilmu cikgu. 4. Doakan kami cikgu. 5. Kami sayang cikgu. 6. Minta izin keluar kelas, contoh ucapan seperti : a. Cikgu, izinkan saya pergi … b. Cikgu, izinkan saya keluar untuk berjumpa guru …
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 123 Lampiran 2 : Penilaian Aktiviti J – Sopan BIL PERKARA RESPON MURID 1. Nyatakan maksud ucapan bertatasusila mengikut pemahaman dan pengetahuan anda. 2. Nyatakan 2 kepentingn ucapan bertatasusila. 3. Nyatakan 2 tujuan memberi salam.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 124 KARAKTER GAYA HIDUP SIHAT SEKOLAH MENENGAH TINGKATAN DUA
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 125 AKTIVITI 1 TEMA Dialek AKTIVITI Tak Serupa Tapi Sama MASA 60 minit BAHAN Kertas mahjung, lampiran kad huruf, lampiran arahan. KAEDAH PENYAMPAIAN 1. Perbincangan (Brainstorming) 2. Latihan dalam kumpulan (LDK) TUJUAN Melalui aktiviti ini, murid akan dapat : 1. Mengetahui kepelbagaian bahasa di Johor. 2. Meraikan keunikan dialek di Johor. 3. Mempelajari dialek yang berlainan daripada kebiasaan. 4. Memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain. LANGKAHLANGKAH 1. Fasilitator meminta wakil setiap murid daripada pelbagai kaum untuk mengucapkan “Selamat Pagi. Apa khabar kamu?” dalam bahasa ibunda masing-masing. 2. Peneguhan diberikan kepada wakil murid. 3. Fasilitator menyatakan perkataan (Merajuk, Kecil, Masak Air, Almari, Selimut) dan meminta murid
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 126 menyebutnya dalam dialek negeri Johor sebagai pengenalan aktiviti. 4. Fasilitator membahagikan murid kepada enam kumpulan : ● Kumpulan 1 = Jawa ● Kumpulan 2 = Bugis ● Kumpulan 3 = Kantonis ● Kumpulan 4 = Hakka ● Kumpulan 5 = Malayalam ● Kumpulan 6 = Banjar 5. Setiap kumpulan perlu memperkenalkan kumpulan (nama kumpulan & keunikan kumpulan) menggunakan dialek yang telah ditetapkan mengikut kumpulan masing-masing. 6. Murid diberikan masa lima minit bagi sesi perbincangan dan dua minit bagi sesi memperkenalkan nama dan keunikan kumpulan mengikut kreativiti. 7. Seterusnya, ketua kumpulan diminta untuk mengambil Kad Arahan daripada fasilitator secara pengundian. 8. Arahan tersebut hendaklah difahami dan tugasan yang diberikan diselesaikan. 9. Fasilitator membuat rumusan :
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 127 ● Kepelbagaian dialek di Johor dapat memupuk semangat kekitaan. ● Rakyat Johor perlu bersatu padu walaupun menggunakan dialek yang berbeza. FALSAFAH Bahasa budaya bangsa NILAI MURNI 1. Toleransi 2. Hormat-menghormati 3. Tolong-menolong 4. Sopan santun PENILAIAN KEBERHASILAN Murid dapat mengetahui tiga daripada enam dialek yang diperkenalkan. LAMPIRAN 1. Lampiran 1 : Kad Arahan 2. Lampiran 2 : Kad Huruf
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 128 Lampiran 1 : Kad Arahan Nota Fasilitator (Definisi Tugasan) : Sila bentuk perkataan dialek Johor menggunakan huruf-huruf yang diberi dalam masa lima minit pada kertas mahjung yang disediakan mengikut kumpulan. Kumpulan yang berjaya membentuk perkataan terbanyak dikira pemenang.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 129 Lampiran 2 : Kad Huruf Nota Fasilitator : Kad Huruf ini hendaklah diperbanyak supaya boleh membentuk pelbagai perkataan mengikut bilangan murid yang terlibat. A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 130 KARAKTER GAYA HIDUP : PENDIDIKAN KELESTARIAN PENGENALAN Sekolah merupakan platfom penting untuk memperkenalkan konsep kelestarian kepada pelajar kerana ia membentuk asas untuk gaya hidup, tabiat dan nilai sepanjang hayat pada setiap murid. Pendidikan Kelestarian boleh dijelaskan sebagai usaha yang dijalankan bagi memenuhi keperluan kita hari ini tanpa mengorbankan kemampuan generasi masa depan untuk memenuhi keperluan mereka sendiri. Pendidikan Kelestarian menekankan kepentingan tindakan bertanggungjawab yang mengambil kira kesejahteraan masyarakat kini dan masa depan yang menyokong kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs). Paling utama, Pendidikan Kelestarian merangkumi pendekatan menyeluruh dalam menangani cabaran alam sekitar, sosial, dan ekonomi dengan cara yang menyokong kemakmuran jangka panjang dan yang melibatkan pelbagai amalan seperti mengurangkan pelepasan karbon untuk memerangi perubahan iklim, menjaga sumber semulajadi untuk memastikan ketersediaan mereka untuk generasi masa depan, dan mempromosikan kesamarataan sosial untuk mencipta masyarakat yang adil dan saksama untuk semua.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 131 Dengan memperkenalkan konsep-konsep ini seawal mungkin dan mengilustrasikannya dengan cara yang menarik dan relevan, kita boleh membantu kanak-kanak membangunkan pemahaman yang lebih mendalam tentang pendidikan kelestarian dan menginspirasi mereka untuk menjadi penjaga alam sekitar dan masyarakat yang bertanggungjawab. Melalui pendidikan dan kesedaran, kita boleh memberi kuasa kepada generasi akan datang untuk membuat keputusan yang berinformasi yang menyumbang kepada masa depan yang lebih lestari, saksama dan gaya hidup untuk semua.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 132 AKTIVITI 2 TEMA Sekolah Sifar Sisa AKTIVITI Audit Sisa Pepejal MASA 60 minit SASARAN Tingkatan Dua BAHAN 1. Tayangan video https://www.youtube.com/watch?v=ek T6tcxdVp4 2. Plastik sampah 3. Sarung tangan 4. Penyepit sampah 5. Alat penimbang KAEDAH PENYAMPAIAN 1. Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 2. Pembentangan TUJUAN Melalui aktiviti ini murid dapat : 1. Meminimumkan penjanaan sisa pepejal yang dihasilkan oleh sekolah. 2. Menerapkan nilai cintakan kebersihan dalam diri. 3. Menggalakkan penyertaan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti 3R (Recycle, Reduce, Reuse) dan
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 133 penjagaan kebersihan persekitaran. 4. Meningkatkan kesedaran berkaitan amalan 3R dan penjagaan kebersihan persekitaran. LANGKAHLANGKAH 1. Guru menerangkan tujuan aktiviti yang dijalankan pada hari ini. 2. Guru memberi penerangan berkaitan sisa pepejal dan pelaksanaan 3R (lampiran 1). 3. Guru dan murid mengadakan sesi soal jawab mengenai contoh sisa pepejal. 4. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan sekolah. 5. Guru memberi peralatan kebersihan seperti plastik sampah, sarung tangan dan penyepit sampah kepada setiap kumpulan. 6. Setiap kumpulan perlu membuat audit sisa pepejal tong sampah mengikut kawasan yang telah ditetapkan. 7. Setiap kumpulan perlu menyemak tong sampah dan jalankan audit secara pemerhatian (visual audit) ke dalam tong sampah bagi mengetahui komposisi sisa pepejal yang dibuang.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 134 8. Murid diminta untuk mengambil sisa tersebut dan melengkapkan Borang Pemerhatian Sisa Pepejal (lampiran 2). 9. Setiap kumpulan membentangkan laporan pemerhatian hasil audit sisa pepejal di sekolah. 10.Murid membuat refleksi aktiviti. 11.Guru membuat rumusan. FALSAFAH Kesedaran kelestarian melalui pendidikan. NILAI MURNI 1. Bertanggungjawab 2. Kebersihan persekitaran 3. Kerajinan 4. Kebersamaan PENILAIAN KEBERHASILAN 1. Murid boleh mengklasifikasikan bahan buangan mengikut kategori sisa pepejal. 2. Murid boleh melengkapkan Borang Pemerhatian Sisa Pepejal dengan tepat. LAMPIRAN 1. Lampiran 1 : Maklumat Sisa Pepejal 2. Lampiran 2 : Contoh Borang Pemerhatian Sisa Pepejal
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 135 Lampiran 1 : Maklumat Sisa Pepejal
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 136 Lampiran 2 : Contoh Borang Pemerhatian Sisa Pepejal
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 137 AKTIVITI 3 TEMA Sekolah Sifar Sisa AKTIVITI Kempen 3R MASA 60 minit SASARAN Tingkatan Dua BAHAN 1. Komputer Riba 2. Telefon Bimbit 3. Kertas A4 KAEDAH PENYAMPAIAN 1. Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 2. Pembentangan TUJUAN Melalui aktiviti ini murid dapat : 1. Menerapkan nilai cintakan kebersihan dalam diri. 2. Meningkatkan kesedaran berkaitan amalan Reduce, Reuse, Recycle (3R) dan penjagaan kebersihan persekitaran. LANGKAHLANGKAH 1. Guru menerangkan tujuan aktiviti yang dijalankan pada hari ini. 2. Guru menyusun murid mengikut kumpulan.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 138 3. Setiap kumpulan perlu berbincang dan menyediakan kempen berkaitan langkah yang perlu dijalankan bagi mengurangkan sisa pepejal yang terdapat di rumah dan sekolah. 4. Setiap kumpulan perlu merancang bagaimana kempen 3R boleh dilaksanakan berdasarkan pilihan berikut : i. Poster ii. Poster Digital iii. Infografik iv. Video Pendek ( Tik Tok, Reels, Facebook ) 5. Murid menyediakan draf bahan kempen secara berkumpulan. 6. Murid membentangkan draf bahan kempen 3R yang telah dibincangkan dalam kumpulan masing-masing. 7. Guru memperuntukkan masa tiga hari bagi murid menghantar karya kempen 3R. 8. Murid menghantar karya kempen 3R di platform yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 9. Murid membuat refleksi aktiviti.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 139 10.Guru membuat rumusan. FALSAFAH Kesedaran kelestarian melalui pendidikan NILAI MURNI 1. Bertanggungjawab 2. Kebersihan persekitaran 3. Kerajinan 4. Kebersamaan 5. Kreativiti PENILAIAN KEBERHASILAN Murid boleh berkempen mengenai kepentingan 3R LAMPIRAN Tiada
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 140 KARAKTER GAYA HIDUP SIHAT : SENAMROBIK KrMJ PENGENALAN Senamrobik adalah bentuk senaman fizikal yang melibatkan gerakan-gerakan tubuh yang bersifat berulang-ulang, berirama, dan dilakukan secara berterusan untuk meningkatkan kecergasan jantung dan paru-paru (Thompson, 2021). Senamrobik secara amnya bertujuan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular, kekuatan otot, keanjalan, dan koordinasi. AKTIVITI 4 TEMA Kesihatan AKTIVITI Jurulatih Muda Senamrobik KrMJ MASA Sepanjang tahun SASARAN Tingkatan Dua BAHAN 1. Muzik Senamrobik KrMJ 2. Slaid 3. Komputer riba KAEDAH PENYAMPAIAN Latihan Dalam Kumpulan (LDK) TUJUAN Melalui aktiviti ini murid dapat :
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 141 1. Mengetuai aktiviti senamrobik KrMJ sekolah. 2. Menghasilkan gerakan yang kreatif mengikut komponen senamrobik. 3. Meningkatkan kecergasan fizikal. LANGKAHLANGKAH 1. Guru menerangkan tujuan aktiviti pada hari ini. 2. Guru melantik ketua dan penolong ketua bagi setiap kelas sebagai Jurulatih Muda senamrobik KrMJ. 3. Jurulatih Muda memilih 10 orang rakan untuk membantu pelaksanaan aktiviti. 4. Guru memberikan muzik dan video senamrobik kepada Jurulatih Muda (sumber:https://www.youtube.com/watch ?v=O9hDjRZ3YZc) 5. Jurulatih Muda berlatih gerakkan senamrobik KrMJ bersama kumpulannya. 6. Guru memperuntukkan masa tujuh hari untuk sesi latihan kepada Jurulatih Muda Senamrobik KrMJ. 7. Aktiviti Senamrobik KrMJ dilakukan 15 minit sebelum masuk ke kelas mengikut penggiliran iaitu satu bulan satu kelas
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 142 yang dikendalikan oleh Jurulatih Muda KrMJ. 8. Semua kelas akan dinilai mengikut rubrik pemarkahan dan kelas terbaik akan mengetuai Senamrobik KrMJ pada Kejohanan Olahraga Tahunan/ Hari Sukan Negara pada tahun tersebut. FALSAFAH One For All, All For One NILAI MURNI 1. Berdikari 2. Hormat-menghormati 3. Keberanian 4. Kerjasama PENILAIAN KEBERHASILAN Murid dapat melakukan pergerakan senamrobik KrMJ mengikut irama dan gerakan identiti Johor menepati item di dalam Rubrik Pemarkahan (lampiran 2). LAMPIRAN 1. Lampiran 1 : Komponen Senamrobik. 2. Lampiran 2 : Rubrik Pemarkahan Senamrobik KrMJ.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 143 Lampiran 1: Komponen Senamrobik Sumber : American College of Sports Medicine (2018) Lampiran 2 : Rubrik Pemarkahan BIL ITEM MARKAH 1 KESERAGAMAN (20 M) 2 KETEPATAN PERGERAKAN (20M) 2 PENGLIBATAN MURID (10 M) 3 KEPIMPINAN (10M) JUMLAH Nama Tingkatan: _______________________________ Ketua Tingkatan: ________________________________ Penolong Ketua Tingkatan: _______________________ LOGO SEKOLAH
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 144 AKTIVITI 5 TEMA Kreatif Bersama Tarian AKTIVITI J - Robik KrMJ MASA 1 hari SASARAN Tingkatan 2 BAHAN 1. Muzik Senamrobik KrMJ 2. Telefon bimbit 3. Tripod KAEDAH PENYAMPAIAN 1. Demonstrasi 2. Latihan 3. Pertandingan TUJUAN Melalui aktiviti ini murid dapat : 1. Menghasilkan video yang kreatif. 2. Meningkatkan semangat kerjasama dalam ahli kelas masing-masing. LANGKAHLANGKAH 1. Guru menerangkan Peraturan Am Pertandingan Video Pendek Senamrobik KrMJ (lampiran 1) dan kriteria pemarkahan (lampiran 2).
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 145 2. Murid diminta untuk menghasilkan sebuah video pendek senamrobik KrMJ menggunakan muzik senamrobik. (sumber: https://www.youtube.com/watch?v=O9h DjRZ3YZc&t=158s) 3. Murid hendaklah memilih dan mempraktikkan satu SAHAJA bahagian senamrobik berdasarkan video tersebut: a) Pemanasan badan (warming up) b) Elemen Kaum India c) Elemen Kaum Melayu d) Elemen Kaum Cina e) Penyejukan badan (cooling down) 4. Murid juga boleh mengubah gerakan sendiri berdasarkan komponen senamrobik. 5. Setiap penyertaan perlulah melibatkan sekurang-kurangnya 3 orang murid dan tidak melebihi 10 orang murid. 6. Setiap penyertaan akan dinilai dengan menggunakan rubrik pemarkahan yang disediakan. 7. Setiap penyertaan hendaklah dihantar dengan memuat naik ke laman youtube.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 146 8. Penyertaan terbaik akan diberikan sijil penghargaan dan hadiah. FALSAFAH No Pain, No Gain NILAI MURNI 1. Berdikari 2. Kebebasan 3. Keberanian 4. Kerjasama PENILAIAN KEBERHASILAN 1. Murid dapat melakukan pergerakan senamrobik KrMJ mengikut irama dan gerakan identiti Johor. 2. Murid dapat menghasilkan video pendek tentang senamrobik KrMJ menepati kriteria pemarkahan seperti lampiran 2. LAMPIRAN 1. Lampiran 1 : Contoh Peraturan Am Pertandingan Video Pendek Senamrobik KrMJKriteria Penilaian. 2. Lampiran 2 : Kriteria Pemarkahan. 3. Lampiran 3 : Borang Pemarkahan.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 147 Lampiran 1 1. NAMA PERTANDINGAN Pertandingan Video Pendek Senamrobik KrMJ 2. Durasi Pertandingan 23 September 2024 – 5 Oktober 2024 3. Hadiah 1. Tempat Pertama : Hamper (RM50) & sijil 2. Tempat Kedua : Hamper (RM30) & sijil 3. Tempat Ketiga : Hamper (RM20) & sijil 4. Tempat Ke-4 hingga ke-10 : Sijil Penyertaan 4. Pengelola Peringkat Sekolah 5. Kelayakan a) Penyertaan peserta berasaskan sekolah. b) Murid warganegara Malaysia yang bersekolah sepenuh masa di sekolah kerajaan. c) Satu kelas boleh menghantar satu penyertaan sahaja dan terdiri daripada sekurang-kurangnya Tiga orang murid dan tidak melebihi 10 orang murid. d) Penyertaan peserta bagi pertandingan ini terdiri daripada murid Tingkatan Dua sahaja. Peraturan Am Pertandingan Video Pendek Senamrobik KrMJ
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 148 6. Penyerahan Video a) Video senamrobik boleh dimuat naik bermula 00:00:01 AM pada 3 Oktober 2024 sehingga 11:59:59 PM pada 5 Oktober 2024. b) Video senamrobik perlu dimuatnaik menerusi Youtube dan hendaklah ditetapkan visibility sebagai unlisted. c) Video penyertaan boleh dihantar SEKALI sahaja. d) Video ini perlu dirakam dari tempat yang lebih tinggi supaya semua peserta dapat dilihat dengan jelas di dalam rakaman video. e) Kamera video mesti diletakkan di satu tempat tetap dan tidak boleh digerakkan sepanjang tarian. f) Satu penyertaan hendaklah memilih satu SAHAJA bahagian berdasarkan video (https://www.youtube.com/watch?v=O9hDjRZ3YZc&t=1 58s) I. Bahagian yang boleh dipilih: II. Pemanasan badan (warming up) III. Elemen Kaum India IV. Elemen Kaum Melayu V. Elemen Kaum Cina VI. Penyejukan badan (cooling down) 7. Menarik Diri Pasukan yang telah mengesahkan persetujuan mengambil bahagian dalam pertandingan ini tidak dibenarkan menarik
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 149 diri. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada pasukan tersebut sekiranya melanggar peraturan. 8. Bantahan Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan diterima.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 150 Lampiran 2 : Kriteria Pemarkahan 1.Artistik 1.1 Komposisi (Kompleks dan Keaslian) i) Muzik – Menggunakan irama yang telah disediakan. ii) Pergerakan – Pergerakan mestilah mengikut beat. 1.2 Persembahan i) Kesenian – Koreografi dan gerakan yang menunjukkan keunikan identiti Johor dan kombinasi yang asli. ii) Tidak menggunakan sebarang peralatan. 2. Kesempurnaan Pelaksanaan i) Berupaya mempersembahkan keseluruhan rutin dengan pergerakan yang menunjukkan ketepatan sesuatu gerakan. ii) Ketepatan pergerakan. iii) Melakukan pergerakan dengan postur yang betul dalam keseluruhan rutin koreografi. iv) Mengawal seluruh pergerakan tanpa gangguan keseimbangan pada penderatan dan lompatan. 3. Unsur Kesukaran Peserta boleh membuat pilihan pergerakan dalam elemen kumpulan berikut:
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 151 3.1 Kumpulan A – Kekuatan Dinamik (Dynamic Strength) Contoh: Push up, Lunges, Sit Up 3.2 Kumpulan B – Kekuatan Statik (Static Strength) Contoh: Straddle Support, L-support 3.3 Kumpulan C – Lompatan (Jumps and Leaps) Contoh: Air Turn, Jumping Jack 3.4 Kumpulan D – Keseimbangan dan fleksibiliti Contoh: Side Split, Back Split, Front Balance 4.Keseragaman Semua peserta hendaklah bergerak dalam koreografi yang sama dengan mengikut beat dan muzik.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 152 Lampiran 3 : Borang Pemarkahan
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 153 BORANG PENILAIAN AKTIVITI KARAKTER MURID JOHOR SEKOLAH MENENGAH BERASASKAN LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI BAHAGIAN A : MAKLUMAT DIRI Arahan : Sila tandakan (√ ) dalam ruang jawapan yang disediakan bagi maklumat berkaitan diri anda. 1. Sekolah : __________________________________ 2. Jantina: Lelaki ( ) Perempuan ( ) 3. Tingkatan : _________________________________ ================================================== BAHAGIAN B : SOAL SELIDIK KEBOLEHPERCAYAAN AKTIVITI Arahan: 1. Borang penilaian ini mengandungi pernyataan bagi mengukur tahap kefahaman anda berkaitan langkahlangkah aktiviti Amalan Kepimpinan KrMJ yang telah anda ikuti.
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 154 2. Jawapan yang dikehendaki hanya menunjukkan darjah persetujuan anda dan tiada jawapan yang BETUL atau SALAH. 3. Anda diharap menjawab setiap pernyataan dengan ikhlas dan jujur. 4. Anda dikehendaki menjawab secara spontan tanpa mengambil masa yang lama untuk berfikir akan jawapannya. 5. Jawapan yang diberikan adalah berdasarkan apa yang telah anda alami dan bukannya apa yang sepatutnya anda alami. 6. Masa maksimum yang diberikan ialah selama 40 minit. 7. Setelah anda mengikuti aktiviti tersebut, sila tentukan sejauh manakah darjah persetujuan anda bagi setiap pernyataan yang diberikan dengan menandakan (√) dalam ruangan jawapan yang telah disediakan berpanukan skala berikut: 1. - Sangat Tidak Setuju 2. - Tidak Setuju 3. - Kurang Setuju 4. - Setuju 5. - Sangat Setuju
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 155 KARAKTER KEPIMPINAN MURID TINGKATAN DUA Aktiviti 1 : Ceritaku Ceritamu BIL PERNYATAAN RESPON 1 2 3 4 5 1. Saya dapat membina keyakinan diri untuk bercakap secara spontan di hadapan orang ramai. 1 2 3 4 5 2. Saya dapat menyampaikan maklumat secara kreatif bagi menarik perhatian orang lain. 1 2 3 4 5 3. Saya dapat memberi fokus terhadap setiap perkara yang dibincangkan. 1 2 3 4 5 4. Saya dapat membina pemikiran kritis terhadap sesuatu isu. 1 2 3 4 5 Aktiviti 2 : Inventori Tret Personaliti (ITP) BIL PERNYATAAN RESPON 1 2 3 4 5 1. Saya dapat mengenalpasti personaliti diri dengan lebih jelas 1 2 3 4 5 2. Saya berupaya membentuk personaliti yang seimbang. 1 2 3 4 5
Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 156 KARAKTER ADAB DAN KEROHANIAN TINGKATAN DUA Aktiviti 1 : Gaya Bersalam BIL PERNYATAAN RESPON 1 2 3 4 5 1. Saya dapat mengamalkan budaya kesantunan Johor 1 2 3 4 5 2. Saya dapat menonjolkan identiti Johor. 1 2 3 4 5 3. Saya dapat mengamalkan nilai hormatmenghormati dan kasih sayang sebagai amalan baik murid Johor. 1 2 3 4 5 Aktiviti 2 : Doa Perhimpunan BIL PERNYATAAN RESPON 1 2 3 4 5 1. Saya dapat memimpin bacaan doa pada waktu perhimpunan. 1 2 3 4 5 2. Saya dapat menunjukkan nilai hormatmenghormati sesama kaum. 1 2 3 4 5 3. Saya dapat menerapkan nilai murni dan kasih sayang sesama rakan. 1 2 3 4 5