The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL KARAKTER MURID JOHOR SEKOLAH MENENGAH
Panduan perlaksanaan Modul KrMJ Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cJRamli, 2024-06-02 09:40:18

MODUL KARAKTER MURID JOHOR SEKOLAH MENENGAH

MODUL KARAKTER MURID JOHOR SEKOLAH MENENGAH
Panduan perlaksanaan Modul KrMJ Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

Keywords: KrMJ.Modul T1,KrMJ Modul T2,KrMJ Modul T3,KrMJ Modul T4,KrMJ Modul T5,KrMJ Terkini

Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 9 KARAKTER PATRIOTIK SEKOLAH MENENGAH TINGKATAN SATU


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 10 KARAKTER PATRIOTIK : PERPADUAN PENGENALAN Dewasa ini, pelbagai jenis irama lagu yang dicipta oleh sesebuah negara ataupun bangsa untuk menonjolkan identiti dan menimbulkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat mereka. Menurut Kamus Dewan (2005), 'patriot' bererti orang yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan negara atau pembela negara. Istilah patriotisme pula dikatakan berasal daripada beberapa bahasa asing seperti Bahasa Latin (patriota) dan Bahasa Perancis (patriote) manakala semangat patriotisme ialah semangat cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk tanah air. Oleh itu, kebanyakan lagu yang diwujudkan oleh sesebuah negara bertujuan untuk menimbulkan semangat patriotik. Di samping itu, terdapat unsur-unsur tema budaya, gambaran kawasan setempat, peluasan jajahan dan nilai-nilai perpaduan di bawah pucuk pimpinan. Begitu juga dengan Negeri Johor yang tidak ketinggalan dengan kesantunan budaya dan semangat patriotik Bangsa Johor. Nilai-nilai ini dapat dilihat dan diaplikasi melalui lirik dan irama di dalam sesebuah lagu. Lagu-lagu Melayu asli lama yang diiringi dengan irama keroncong, ghazal dan zapin menyampaikan unsurunsur berbentuk nasihat, menggambarkan keadaan peluasan kuasa kerajaan Johor dan terkandung unsur-unsur mendidik anak-


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 11 anak. Alunan irama lagunya lebih berbentuk lembut dan gaya penyampaian lebih sopan. Rentak lagu pada zaman sekarang lebih menarik berbanding lagu dahulu. Tujuannya untuk menaikkan lagi semangat kecintaan terhadap negeri Johor selaras dengan perkembangan generasi alaf baru. Antara lagu yang mendapat perhatian masa kini ialah lagu Ale Ale Ale Luaskan Kuasamu Johor. Sultan dan Permaisuri Johor


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 12 AKTIVITI 1 TEMA Perpaduan AKTIVITI Lagu Bangsa Johor MASA 60 minit BAHAN 1. Speaker 2. Laptop 3. Kertas A4 4. Lirik Lagu ‘Bangsa Johor’ https://www.youtube.com/watch?v= Gon3dh07uVY KAEDAH PENYAMPAIAN Latihan Dinamika Kumpulan (LDK) TUJUAN Melalui aktiviti ini murid dapat : 1. Mendengar dan menghayati lagu. 2. Memahami lirik lagu. 3. Menghafal dan mengulangi semula. LANGKAH 1. Fasilitator membentuk kumpulan besar dalam bulatan 2. Lagu dimainkan supaya semua ahli dalam kumpulan dapat mendengar lagu. 3. Ahli diminta menulis semula dan menghafal lirik lagu 4. Setiap ahli dalam kumpulan menyebut rangkap lagu tanpa


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 13 melihat catatan secara bergilir-gilir mengikut arah lawan jam. 5. Fasililator membuat rumusan : ● Menimbulkan semangat patriotik. FALSAFAH Johor Tetap Jadi Johor NILAI-NILAI MURNI 1. Menghargai 2. Kasih sayang 3. Kerjasama PENILAIAN KEBERHASILAN Murid dapat memahami,menghayati dan menghafal lirik Lagu Bangsa Johor dengan baik. LAMPIRAN Lirik Lagu Bangsa Johor


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 14 Lampiran 1 : Lirik lagu Bangsa Johor LAGU BANGSA JOHOR Allah Peliharakan Sultan ‘Nugerahkan Dia Segala Kehormatan Sihat Dan Ria Kekal Dan Makmur Luaskan Kuasa Naungkan Kami Rakyat Dipimpini Berzaman Lagi Dengan Merdeka Bersatu Hati Allah Berkati Johor Allah Selamatkan Sultan Ciptaan : Kapten Hj. Mohamed Said bin Hj. Sulaiman (1876-1955) URL Link : https://www.youtube.com/watch?v=Gon3dh07uVY


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 15 KARAKTER PATRIOTIK : PATRIOTISME PENGENALAN Negeri Johor terkenal dengan kesantunan budaya dan semangat patriotik Bangsa johor. Sebagai Bangsa Johor yang cintakan Negeri Johor, pastinya tinggi sifat perpaduan dan muafakatnya. Sudah tentu mengenali Negeri Johor secara total perlu dalam kalangan Bangsa Johor. Negeri Johor bukan sahaja berkisahkah tentang bendera negeri semata-mata bahkan panji-panji bagi setiap daerah juga megah berkibaran. Terdapat sepuluh buah daerah dalam Negeri Johor iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian, Kulai, Batu Pahat, Kluang, Tangkak, Muar, Segamat dan Mersing. Sebagai negeri yang berdaulat, Bangsa Johor kini di bawah pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah Al Mutawakkil Alallahi Shah.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 16 AKTIVITI 2 TEMA Patriotisme AKTIVITI Asal Usul MASA 60 minit SASARAN Tingkatan Satu BAHAN 1. Kertas label nama daerah di Johor. 2. Bendera daerah di negeri Johor. 3. Peta daerah di negeri Johor. Sumber : https://indraputra.ai/johor/ 4. Teks nama asal usul daerah di negeri Johor. Sumber : https://mediadigitaljohor.gov.my/en/asalusul-nama-daerah-di-johor/ 5. Komputer riba. 6. Kad manila dan marker pen. KAEDAH PENYAMPAIAN Latihan dalam kumpulan (LDK) TUJUAN Melalui aktiviti ini murid dapat : 1. Meneroka maklumat tentang bendera dan asal usul nama daerah di negeri Johor.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 17 2. Memupuk kefahaman dan menghargai budaya masing-masing. LANGKAHLANGKAH 1. Guru menerangkan tujuan aktiviti pada hari ini. 2. Guru mengedarkan kertas label nama daerah secara rawak kepada murid. 3. Guru memastikan setiap murid menerima satu nama daerah sahaja. 4. Guru meminta murid bergerak dan membentuk kumpulan berdasarkan nama daerah yang diperolehi. 5. Guru memaparkan bendera daerah di negeri Johor (Lampiran 2). 6. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai nama bendera daerah di negeri Johor. 7. Guru memaparkan jawapan yang betul (Lampiran 3). 8. Guru memaparkan peta daerah di negeri Johor (Lampiran 4). 9. Murid dipilih dari setiap kumpulan untuk melabelkan daerah dalam peta berkenaan.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 18 10. Guru memberikan jawapan yang betul (Lampiran 5). 11. Murid diberikan petikan asal usul daerah mengikut kumpulan nama daerah. Murid membina info grafik / peta konsep tentang daerah yang diwakili dengan meliputi info: asal usul nama daerah, tempat / bangunan bersejarah dan tokoh terkenal. 12. Murid dalam kumpulan mencari bahan tambahan bagi menyokong peta konsep yang dihasilkan. 13. Murid membentangkan hasil peta konsep yang dihasilkan. 14. Murid membuat refleksi. 15. Guru membuat rumusan. FALSAFAH Tak Kenal Maka Tak Cinta NILAI MURNI 1. Patriotik 2. Kreativiti 3. Kerjasama 4. Prihatin PENILAIAN KEBERHASILAN 1. Murid dapat mengenal pasti sekurangkurangnya lima bendera daerah di negeri Johor.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 19 2. Murid dapat menyatakan maklumat berdasarkan asal usul nama daerah di negeri Johor. LAMPIRAN 1. Lampiran 1 : Kad label nama daerah. 2. Lampiran 2 : Bendera daerah di negeri Johor. 3. Lampiran 3 : Jawapan bendera daerah di negeri Johor. 4. Lampiran 4 : Peta daerah di negeri Johor. 5. Lampiran 5 : Jawapan peta daerah di negeri Johor. 6. Lampiran 6 : Petikan asal usul Negeri Johor.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 20 Lampiran 1 : Kad Label Nama Daerah Johor Bahru Batu Pahat Kulai Muar Mersing Kota Tinggi Tangkak Kluang Segamat Pontian


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 21 Lampiran 2 : Bendera Daerah Di Negeri Johor


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 22 Lampiran 3 : Jawapan Bendera Daerah Di Negeri Johor


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 23 Lampiran 4 : Peta Daerah di Negeri Johor


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 24 Lampiran 5 : Jawapan Peta Daerah di Negeri Johor


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 25 Lampiran 6 : Petikan Asal-usul Negeri Johor BENDERA DAN ASAL USUL NAMA DAERAH DI JOHOR Budaya masyarakat Melayu dahulu menamakan sesuatu tempat berdasarkan nama tumbuhan, haiwan, objek, peristiwa dan nama tokoh. Johor memiliki sepuluh daerah dan asal-usul nama daerah itu adalah berbeza. JOHOR BAHRU Berasal dari peristiwa penyerahan pemerintahan Johor kecuali Kesang oleh Sultan Ali kepada Temenggung Ibrahim pada 10 Mac 1855. Temenggung Ibrahim bercita-cita untuk membuat satu pusat pentadbiran yang kuat dan hebat bagi menggantikan pusat pentadbiran sedia ada di Teluk Belanga, Singapura. Baginda yang diiringi pembesar-pembesar berusaha mencari kawasan yang sesuai untuk dijadikan bandar dan pusat pentadbiran. Baginda memudiki Kuala Sungai Segget lalu mendarat di Bukit Tanjung Puteri. Di situlah baginda mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai Bandar Iskandar Puteri. Pada 1 Januari 1866, nama bandar ini ditukar kepada Johor Bahru oleh Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja. Ia bersempena dengan kewujudan Kerajaan Johor Lama yang terletak di sepanjang Sungai Johor. Oleh sebab itu, ia diberikan nama Johor Bahru.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 25 KOTA TINGGI Berasal daripada nama kota yang dibina di kawasan tinggi di tebing Sungai Johor. Pembinaan kota tersebut bertujuan untuk menangkis serangan Portugis dan Acheh yang berusaha untuk melenyapkan Kesultanan Melayu pada abad ke -16 dan 17. Mengikut sejarah, terdapat tujuh buah kota pertahanan atau pusat pemerintahan Sultan-sultan Johor yang terletak di sepanjang persisiran Sungai Johor iaitu Kota Kara (1528), Kota Sayong (1536), Kota Batu, Johor Lama (1540), Kota Seluyut (1564), Kota Batu Sawar (1587), Kota Tauhid (1623) dan Kota Panchor (1699). PONTIAN Dahulunya dikenali sebagai Kukup. Nama Pontian muncul apabila lanun-lanun menjadikan kuala sungai di kawasan tersebut sebagai ‘tempat perhentian’ yang kemudiannya disebut secara ringkas oleh masyarakat menjadi Pontian. Pontian bukan sahaja menjadi kawasan perhentian lanun-lanun malah turut menjadi tempat persinggahan dan perhentian perahu-perahu nelayan serta tongkang-tongkang dari Sumatera sejak dahulu lagi. KULAI Berasal daripada perkataan Tengku Lai yang dipanggil oleh masyarakat tempatan pada ketika itu. Ia membawa maksud


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 26 ‘Tengku datang’ sama ada untuk mengutip cukai mahupun berburu. Menurut catatan sejarah lain, nama Kulai adalah daripada panggilan ‘Gu Lai’ yang bermaksud kedatangan kura-kura. Apabila tiba musim hujan, kedua-dua tebing Sungai Kulai akan dilanda banjir. Akibatnya, berpuluh-puluh ekor kura-kura akan muncul di tebing dan bergerak menghala ke pekan. Kemunculan luar biasa kura-kura inilah yang menyebabkan masyarakat Cina Hainan memanggil tempat ini sebagai Gu Lai. Bukti ini boleh dilihat pada catatan sebuah batu yang dipahat dalam bahasa Cina di Stesen Keretapi Kulai. Disebabkan kesukaran untuk menulis perkataan Gu Lai dalam bahasa Cina, maka namanya telah ditukar kepada Kulai dan terus kekal sehingga ke hari ini. BATU PAHAT Menurut Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang, nama Batu Pahat diambil bersempena dengan kisah tentera Siam yang diketuai Panglima Awi Di Chu memahat batu untuk mencari air minuman di Pantai Minyak Beku. Pahatan itu menghasilkan takungan air. Tentera Siam ketika itu sedang dalam persediaan untuk menyerang Melaka pada tahun 1456. Dikatakan sejak itu ramai pelayar singgah di takungan air tersebut sehingga ia diberi nama Perigi Batu Pahat. Menurut Hikayat Abdullah pula, nama Batu Pahat adalah berkaitan dengan kegiatan Portugis yang memahat bongkah-bongkah batu untuk mendirikan Kota A Famosa di Melaka pada abad ke-14.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 27 KLUANG Pada asalnya adalah berdasarkan spesies kelawar besar yang hidup dan terbang pada waktu malam untuk mencari makanan. Ia dikenali sebagai Keluang atau Malayan Flying Fox. Ada sebuah cerita mengisahkan bahawa terdapat banyak binatang yang menyerang kebun buah-buahan sehingga memanggil dukun untuk menghalaunya. Daripada nama haiwan tersebut akhirnya muncul nama daerah Kluang. TANGKAK Berasal daripada perkataan ‘tang merangkak’ yang bermaksud perbuatan ‘datang merangkak’. Ia dilakukan oleh seorang peneroka iaitu Long Mahmud bersama tujuh saudaranya yang naik ke tebing Sungai Tangkak menuju Bukit Tambak. Oleh sebab itu, ia disebut sebagai Tangkak. MUAR Berasal daripada perkataan ‘muara’, sebuah sungai yang bersejarah di kawasan itu iaitu Sungai Muar. Pendapat lain mengatakan bahawa Muar itu diambil daripada perkataan ‘muara’. Dalam bahasa Sunda bermaksud ‘kuala sungai yang luas’. Pada zaman dahulu, terdapat ramai pedagang dari Sumatera datang ke pantai barat Semenanjung Tanah Melayu. Mereka datang ke kuala


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 28 yang terbuka luas lantas menamakan Sungai Muara. Bagi memudahkan sebutan Sungai Muara, mereka menyebut ‘Muar’ sahaja. SEGAMAT Berasal dari peristiwa Bendahara Paduka Tuan Tepok Bersama para pengikutnya yang telah berundur ke Johor setelah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis, Bendahara dan para pengikutnya telah berhenti berehat di suatu lubuk sungai dan meminum air sungai tersebut. Setelah meminumnya, beliau berkata “segar amat badanku ini!” dan seterusnya menamakan sungai tersebut sebagai Segar Amat. Namun, lama-kelamaan sebutannya berubah menjadi Segamat yang akhirnya digunakan untuk menjadi nama sebuah daerah sehingga kini. MERSING Diambil namanya bersempena dengan nama pokok Mersinga atau Mesinga. Pokok ini mempunyai nama saintifiknya iaitu Carallia Brachiata. Ia seakan sama dengan pokok Merpuing yang banyak tumbuh di kawasan pantai laut. Pokok Mersinga ini unik kerana apabila ditiup angin daripada Laut China Selatan, ia akan menghasilkan bunyi yang gemersik.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 29 AKTIVITI 3 TEMA Patriotisme AKTIVITI Kenali DYMM Sultan Johor dan DYMM Permaisuri Johor MASA 60 minit SASARAN Murid Tingkatan Satu BAHAN Petikan Salasilah DYMM Sultan Johor dan DYMM Permaisuri Johor Sumber : https://www.johor.gov.my/kerajaan/kesultana n-johor KAEDAH PENYAMPAIAN Latihan dalam kumpulan (LDK) TUJUAN Melalui aktiviti ini murid dapat : Meneroka salasilah tentang DYMM Sultan Johor dan DYMM Permaisuri Johor. LANGKAHLANGKAH 1. Guru menerangkan tujuan aktiviti pada hari ini. 2. Guru memaparkan gambar DYMM Sultan Johor dan DYMM Permaisuri Johor (lampiran 1).


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 30 3. Guru menyampaikan maklumat tentang DYMM Sultan Johor dan DYMM Permaisuri Johor (lampiran 2). 4. Guru meminta setiap kumpulan melengkapkan : (i) Salasilah DYMM Sultan Ibrahim dan DYMM Raja Zarith Sofiah (Lampiran 3) (ii) Banding Beza Maklumat DYMM Sultan Ibrahim dan DYMM Raja Zarith Sofiah (Lampiran 4) 5. Guru meminta wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan. 6. Murid membuat refleksi aktiviti. 7. Guru membuat rumusan. FALSAFAH Tak Kenal Maka Tak Cinta NILAI MURNI 1. Patriotik 2. Kerjasama 3. Prihatin PENILAIAN KEBERHASILAN Murid dapat melengkapkan salasilah dan maklumat tentang DYMM Sultan Ibrahim dan DYMM Raja Zarith Sofiah.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 31 LAMPIRAN 1. Lampiran 1 : Gambar DYMM Sultan Ibrahim dan DYMM Raja Zarith Sofiah. 2. Lampiran 2 : Salasilah DYMM Sultan Ibrahim dan DYMM Raja Zarith Sofiah. 3. Lampiran 3 : Lembaran Salasilah DYMM Sultan Ibrahim dan DYMM Raja Zarith Sofiah. 4. Lampiran 4 : Borang Biodata DYMM Sultan Ibrahim dan DYMM Raja Zarith Sofiah.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 32 Lampiran 1 : Gambar DYMM Sultan Ibrahim dan DYMM Raja Zarith Sofiah.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 33 Lampiran 2 : Salasilah DYMM Sultan Ibrahim dan DYMM Raja Zarith Sofiah. DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR D.K (JOHOR), D.K (PERAK), D.K (KELANTAN), D.K. (PERLIS), D.K (SELANGOR), D.K (NEGERI SEMBILAN), D.K (TERENGGANU), D.K.M.B. (BRUNEI), S.P.M.J, S.S.I.J, S.P.M.T, S.M.N, S.P.M.K, S.P.M.P, P.I.S SULTAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA’ZIM Diputerakan pada 22 November 1958 Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim dididik dan diasuh untuk menjadi seorang Raja yang cerdik, berpengetahuan, berwibawa dan berdaulat. Tuanku mengikuti jejak langkah kesultanan sebelum baginda dengan melibat diri dalam aktiviti ketenteraan, pengurusan dan pentadbiran yang dijadikan asas untuk membina semangat juang, disiplin, kepimpinan dan perwatakan. Kepimpinan Tuanku terserlah apabila setelah tamat persekolahan Tuanku dilantik sebagai platun komander ketika menjalani latihan ketenteraan di Pusat Latihan Tentera Darat di Kota Tinggi. Kemudiannya di atas jemputan khas Tuanku mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan untuk pegawai muda di Fort Benning, Georgia USA. Selain dari itu Tuanku juga


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 34 menjalani latihan ‘airborne‘ dan ‘ranger‘ untuk pegawai infantri. Selepas berehat dua bulan, Tuanku meneruskan latihan ‘American Special Forces‘ dan ‘Pathfinder’ dimana Tuanku telah membuat 19 terjunan payung terjun, lapan darinya pada waktu malam. Tuanku dipilih dan ditauliahkan sayap dan dijadikan sebagai seorang komando. Tuanku juga ditauliahkan sebagai anggota pasukan SEAL (tentera laut dan darat). Selain itu Tuanku melakukan beberapa penerjunan di Bandung Indonesia sebelum ditauliahkan sebagai ahli kehormat Komando Pasukan Khusus (KOPASSUS) Indonesia. Sekembalinya ke Johor, Tuanku dilantik sebagai Timbalan Pegawai Pemerintah Askar Timbalan Setia Negeri. Dalam masa yang sama Tuanku menjalani latihan juruterbang helikopter dengan Tentera Udara Diraja Malaysia. Dengan kecekapan yang ditunjukkan Tuanku dibenarkan mengendalikan penerbangan helikopter perseorangan. Dengan kesungguhan dan ketabahan, Tuanku berjaya lulus satu kursus lebih awal dari peserta lain. Tuanku dikurniakan dan menerima sayap pada 26 April 1982 dari Sultan Iskandar dalam satu upacara perbarisan dalam mana Tuanku menjadi ketuanya. Tuanku juga menyertai selama tiga bulan latihan tentera laut di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia di Lumut, sekaligus melengkapkan Tuanku sebagai pegawai tentera darat, laut dan udara.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 35 Bagi mengimbangi latihan ketenteraan dan untuk menjadikan Raja yang berwibawa dan dihormati, Tuanku meneruskan pelajaran di Fletcher School of Law and Diplomacy di Boston, Massachusetts USA. Tuanku menyertai dan melengkapi dua kursus, ‘Southeast Asian Strategic Studies’ dan ‘International Laws of the Seas’. Tuanku berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Johor dan ditempatkan di antara lain di Pejabat Setiausaha Kerajaan, Pejabat Perbendaharaan, Pejabat Tanah, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Pertanian untuk mempelajari selok belok pengurusan dan pentadbiran negeri. Tunku Ibrahim dilantik sebagai Waris apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar menaiki takhta kerajaan Johor dan dimasyurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981. Mulai 25 April 1984 hingga 25 April 1989 Tunku Mahkota Tunku Ibrahim dilantik sebagai Pemangku Raja semasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar diangkat sebagai Yang DiPertuan Agong. Tuanku memanfaatkan tempoh sebagai Pemangku Raja untuk menimba ilmu pengetahuan berkaitan urusan negeri serta berdamping dengan rakyat. Tunku Mahkota Tunku Ibrahim dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar. Tuanku mendirikan rumah tangga dengan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan dikurniakan lima orang putera dan puteri, iaitu:


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 36 1. DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor 2. YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim 3. YAM Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor 4. YAM Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor 5. YAM Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor 6. YAM Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor DYMM Tuanku Sultan Ibrahim mempunyai banyak keistimewaan dan pencapaian yang membanggakan, selain keperibadian yang menawan hati rakyat. Sultan yang berjiwa rakyat ini cukup sinonim dengan Program Kembara Mahkota Johor, aktiviti yang berteraskan kerja sosial yang diilhamkan oleh DYMM Tuanku Sultan Ibrahim sejak 2001 ketika Tuanku menjadi ‘Tunku Mahkota Johor’. Program Kembara Mahkota Johor dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi dijadikan acara tahunan yang disertai YAB Menteri Besar dan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri, bagi melaksanakan pelbagai projek kebajikan sepanjang laluan konvoi disemua 10 daerah di negeri Johor. DYMM Tuanku Sultan Ibrahim juga turut membabitkan ahli keluarganya, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 37 Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan putera puteri Tuanku menyertai program mesra rakyat ini. Dalam Kembara Mahkota pertama yang diadakan pada 2 hingga 4 Julai 2001, penjelajahan tiga hari dua malam, diiringi oleh 28 buah motosikal berkuasa tinggi, menyusuri setiap pelosok negeri merangkumi lapan daerah di negeri Johor sejauh kira-kira 870 kilometer. Ekspedisi bermotosikal yang julung kali diadakan itu bertujuan mendekatkan istana dengan rakyat selain mempromosikan industri pelancongan. Lantaran keberkesananya, Tunku Mahkota ketika itu mengumumkan Kembara Mahkota Jelajah Johor, dijadikan acara tahunan dan meletakkan matlamat menjadikannya sebagai program amal bagi membantu golongan kurang bernasib baik. DYMM Sultan Ibrahim sangat berminat dalam bidang sukan, khususnya polo yang telah membawa baginda menyertai kejohanan sehingga ke peringkat antarabangsa. Turut menjadi kegemaran Tuanku ialah sukan tenis, luncur layar, menembak, memandu dan payung terjun. Tuanku juga telah mencipta sejarah memperolehi Lesen Memandu Kereta Api Kelas 26 setelah menyempurnakan acara pusingan lokomotif seberat 86 tan menggunakan alat ‘turn table’. Tuanku juga telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai Sultan pertama memandu kereta api secara rasmi. Majlis penyampaian lesen memandu kereta api ini disempurnakan oleh Dr. Aminuddin Adnan, Presiden Kereta Api Tanah Melayu Bhd (KTMB) pada 29 Jun 2010 di Stesen Kereta Api Gemas.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 38 Sifat-sifat kepimpinan, ketokohan dan keperibadian yang menawan hati rakyat ini telah menjadikan DYMM Tuanku seorang sultan yang amat disenangi dan disayangi oleh seluruh rakyat Negeri Johor.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 39 DULI YANG MAHA MULIA RAJA ZARITH SOFIAH BINTI ALMARHUM SULTAN IDRIS SHAH AL MUTAWAKKIL ALALLAHI SHAH DK. (Johor), SPMJ. (Johor), SPCM. (Perak) PERMAISURI JOHOR Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Al Mutawakkil Alallahi Shah diputerikan pada 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak. Tuanku ialah puteri kedua dan anakanda ketiga kepada pasangan diraja D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak Almarhum Paduka Seri Sultan Idris al-Mutawakkil Alallahi Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kadasallah dan D.Y.M.M. Raja Perempuan Perak, Almarhum Raja Perempuan Muzwin Binti Almarhum Raja Dato’ Sri Ariff Shah. DYMM Raja Zarith menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Datin Khadijah Kuala Kangsar hingga darjah enam. Seterusnya, Baginda meneruskan pendidikan menengahnya di Sekolah Jenis Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom Kuala Kangsar. September 1972, Tuanku telah melanjutkan pengajiannya di Cheltenham Ladies College di England hingga tamat Tingkatan Enam. DYMM Raja Zarith Sofiah telah meneruskan pengajiannya di Davies College, London pada tahun 1977. Pada tahun 1978, telah diterima masuk ke Somerville College, Universiti Oxford setelah


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 40 lulus peperiksaan Oxford dengan mendapat Ijazah Bachelor of Arts pada tahun 1983. DYMM Raja Zarith Sofiah telah berpeluang membuat lawatan ke beberapa negara bersama Paduka Ayahanda dan Bondanya. Antara negara-negara yang pernah dilawatinya bersama ialah Hong Kong, Taiwan, Jepun, Thailand, Iran, Itali dan England. Selain itu, Raja Zarith juga pernah menunaikan Umrah bersama Paduka Ayahanda dan Bonda serta keluarga pada tahun 1980 serta melawat Turki. DYMM Raja Zarith Sofiah juga seorang ahli bahasa, Baginda telah mempelajari beberapa bahasa termasuk bahasa Mandarin, bahasa Perancis dan bahasa Itali. Semasa belajar di Universiti Oxford, Baginda telah memilih bahasa Mandarin sebagai mata pelajaran ijazahnya. DYMM Raja Zarith Sofiah memiliki bakat seni lukis daripada ayahandanya. Lukisan-lukisan yang dihasilkan pernah beberapa kali menjadi hiasan buku-buku cenderamata. Sikapnya peramah dan berjiwa rakyat. Tuanku sentiasa menyedari serta menghargai segala pengorbanan anggota-anggota pasukan keselamatan yang mempertahankan kedaulatan Negara, lalu menjadikan Tuanku Raja Zarith Sofiah seorang permaisuri yang disenangi dan disanjungi, khasnya oleh warga Johor. Pada bulan Mac 1983, Paduka Ayahanda DYMM Sultan Perak telah berkenan menganugerahkan darjah kebesaran ‘Seri Paduka


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 41 Cura Si Manja Kini’ (S.P.C.M.) kepada Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah. Tuanku Zarith Sofiah mendirikan rumah tangga bersama DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang ketika itu Tunku Mahkota Johor. Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar pada 22 September 1982. Manakala Majlis Persandingan berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Perak pada 12 September 1983 dan Majlis Persandingan di Johor Bahru pada 19-20 September 1983. Ketika melangsungkan perkahwinan, umur Baginda 23 tahun. Hasil perkahwinan itu, pasangan diraja ini dikurniakan 6 orang cahaya mata, 5 orang putera dan seorang puteri. Anakanda sulung Baginda, Tunku Ismail kini bergelar Tunku Mahkota Johor. Anakanda Baginda yang lain ialah Tunku Aminah, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar. Sepanjang berkahwin dengan DYMM Sultan Ibrahim, Baginda dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor Raja Zarith Sofiah. Setelah kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada Januari 2010, Tunku Mahkota telah dimashurkan sebagai Sultan Johor dengan gelaran DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, manakala Tuanku Zarith Sofiah memakai gelaran DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 42 Tuanku Zarith Sofiah merupakan Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selain Fellow Fakulti Pengajian Bahasa dan Linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Antara penglibatan Baginda dalam aktiviti kemasyarakatan ialah bertindak selaku Penaung Persatuan Cerebral Palsy Johor, Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia dan juga Penasihat DiRaja Bulan Sabit Merah Malaysia. Pada 28 November 2012, Baginda berkenan melancarkan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor. Yayasan ini ditubuhkan bertujuan untuk mengutip dana untuk mengadakan pelbagai program pelajaran. Yayasan ini juga bertujuan untuk menyebarkan cara pembelajaran secara Islam. Tuanku Zarith Sofiah banyak mengadakan forum dan kerjasama dengan pakar-pakar dari luar negera untuk membincangkan hala tuju pendidikan negara. Titah diraja yang pernah disampaikan oleh Tuanku adalah “Voices of Peace, Conscience and Reason (PCORE) Forum” pada tahun 2010 dan “Unity & Multiculturalism : Building A Future Together (PCORE) Forum” pada tahun 2013. DYMM Raja Zarith Sofiah juga telah menyampaikan titah diraja / ucaptama di majlis ‘3rd Sultan Qaboos Award for Voluntary Work’ pada 5 Disember 2013 di Muscat, Oman setelah berkenan menerima jemputan Kerajaan Oman menerusi Kementerian Pembangunan Sosial negara tersebut, selain dari sesi di Somerville College, University of Oxford, yang bertajuk “We Are Like You: What Malaysian Muslims Have In Common With Other Communities Around the World.” pada bulan Februari 2012. Tuanku juga telah berkenan untuk turut berangkat


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 43 ke Ditchley Roundtable Conference yang telah dianjurkan oleh Oxford Centre of Islamic Studies (OCIS) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada bulan Mei 2012. Sesungguhnya peranan Baginda dalam memantapkan sistem pembelajaran di Malaysia amatlah besar. Selain itu, Baginda juga aktif dalam bidang penulisan. Hasil tulisan Baginda termasuklah buku cerita kanak-kanak dan juga tulisan di ruangan akhbar harian berbahasa Inggeris ‘Mind Matters’. Buku ‘On Common Ground’ yang memuatkan seleksi 80 hasil tulisan Baginda di ruangan On Common Ground dan Mind Matters di akhbar New Straits Times dan The Sunday Star dari tahun 2002 ke tahun 2012 telah diterbitkan pada Oktober 2013.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 44 Lampiran 3 : Lembaran Salasilah DYMM Sultan Ibrahim dan DYMM Raja Zarith Sofiah. DYMM SULTAN JOHOR DYMM PERMAISURI JOHOR


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 45 Lampiran 4 : Borang Biodata DYMM Sultan Ibrahim dan DYMM Raja Zarith Sofiah. BIL MAKLUMAT DYMM SULTAN JOHOR DYMM PERMAISURI JOHOR 1 NAMA 2 NAMA AYAHANDA 3 NAMA BONDA 4 TARIKH KEPUTERAAN 5 TEMPAT KEPUTERAAN 6 SEJARAH PENDIDIKAN 7 PENGLIBATAN / HOBI 8 SUMBANGAN 9 GELARAN


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 46 KARAKTER KETRAMPILAN DIRI SEKOLAH MENENGAH TINGKATAN SATU


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 47 KETERAMPILAN DIRI: KEMEJA-T KrMJ PENGENALAN Keseragaman dalam pemakaian kemeja-T KrMJ dalam kalangan murid sekolah-sekolah negeri Johor dapat mendidik rasa kebersamaan mereka dalam setiap aktiviti yang dilakukan sama ada dalam atau luar sekolah. Selain itu, pemakaian kemeja-T KrMJ juga menjadi lambang jati diri murid negeri Johor sekiranya mereka menyertai pertandingan di luar negeri Johor. Warna kemeja-T KrMJ diinspirasikan daripada warna bendera negeri Johor. AKTIVITI 1 TEMA Personaliti AKTIVITI Bajuku Bangsaku MASA 60 minit SASARAN Murid Tingkatan satu BAHAN 1. Komputer Riba 2. Telefon Bimbit. KAEDAH PENYAMPAIAN Pertandingan


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 48 TUJUAN Melalui aktiviti ini murid dapat : 1. Meningkatkan kemahiran menggunakan peranti dalam menghasilkan poster digital berinformasi. 2. Menyampaikan maklumat dengan berkesan berkaitan pemakaian kemeja-T KrMJ. 3. Meningkatkan daya kreativiti melalui kemahiran digital. LANGKAHLANGKAH 1. Guru menerangkan tujuan aktiviti pada hari ini. 2. Guru menerangkan syarat pertandingan poster digital kepada murid (lampiran 1). 4. Guru memperuntukkan masa selama 50 minit kepada murid untuk menghasilkan poster digital secara individu. 5. Murid menghantar hasil karya ke laman sesawang yang ditetapkan oleh guru. 6. Murid membuat refleksi aktiviti. 7. Guru membuat rumusan. FALSAFAH Menjana kreativiti melalui teknologi.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 49 NILAI MURNI 1. Kreativiti 2. Inovasi 3. Pengurusan masa PENILAIAN KEBERHASILAN Murid dapat menghasilkan poster digital baju KrMJ. LAMPIRAN Lampiran 1 : Syarat Pertandingan dan Kriteria Penilaian.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 50 Lampiran 1 : Syarat Pertandingan Dan Kriteria Penilaian. 1. Semua murid perlu mengambil bahagian secara individu. 2. Konsep poster adalah berdasarkan tema mempromosikan Kemeja-T KrMJ dan dihasilkan secara kreatif. 3. Kandungan maklumat di dalam poster yang dihasilkan mestilah sesuai dengan semua lapisan umur. 4. Murid boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dengan beradab. 5. Hasil karya hendaklah asli dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. 6. Murid perlu memuat naik poster di laman sesawang yang ditetapkan oleh guru mengikut tempoh masa yang diberikan.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 51 AKTIVITI 2 TEMA Personaliti AKTIVITI Bajuku imejku MASA 60 minit SASARAN Murid Tingkatan Satu BAHAN 1. Lembaran kerja (baju tidak berwarna) 2. Alatan mewarna KAEDAH PENYAMPAIAN 1. Latihan Dalam Kumpulan (LDK). 2. Pembentangan TUJUAN Melalui aktiviti ini murid dapat : 1. Kemahiran merancang dalam menghasilkan bentuk kemeja-T KrMJ. 2. Menyampaikan maklumat dengan berkesan berkaitan kemeja-T KrMJ. 3. Meningkatkan daya kreativiti melalui pelbagai kemahiran.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 52 LANGKAHLANGKAH 1. Guru menerangkan tujuan aktiviti pada hari ini. 2. Guru menyusun murid mengikut kumpulan. 3. Guru menerangkan tatacara menghasilkan baju kemeja-T KrMJ mengikut kreativiti murid. 4. Setiap kumpulan diberikan lembaran kerja (Lampiran 1). 5. Murid berbincang secara berkumpulan. 6. Murid menghasilkan baju kemeja-T KrMJ. 7. Murid membentang hasil karya. 8. Murid membuat refleksi aktiviti. 9. Guru membuat rumusan. FALSAFAH Sepakat Membawa Berkat. NILAI MURNI 1. Kreativiti 2. Menghormati 3. Kerjasama PENILAIAN KEBERHASILAN Murid dapat menghasilkan corak baju kemeja-T KrMJ yang kreatif. LAMPIRAN Lampiran 1 : Lembaran Kerja (Baju Tidak Berwarna).


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 53 Lampiran 1 : Lembaran Kerja (Baju Tidak Berwarna)


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 54


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 55 KETERAMPILAN DIRI : RAMBUT KrMJ PENGENALAN Rambut KrMJ (dahulu dikenali sebagai Rambut ala Johor) merupakan suatu usaha untuk meningkatkan disiplin dan keseragaman identiti murid melalui pemotongan rambut dalam kalangan murid Johor. Pemotongan rambut KrMJ tidak diwajibkan sebaliknya digalakkan kepada murid lelaki untuk memilih potongan gaya rambut yang pendek dan kemas. Dari aspek keterampilan, murid kelihatan lebih kemas dengan menggayakan rambut KrMJ. AKTIVITI 3 TEMA Personaliti AKTIVITI Rambut KrMJ MASA 30 minit SASARAN Tingkatan Satu BAHAN 1. Mesin gunting rambut. 2. Sijil penghargaan. KAEDAH PENYAMPAIAN Demonstrasi


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 56 TUJUAN Melalui aktiviti ini murid dapat : 1. Menggayakan rambut KrMJ sebagai identiti murid Johor. 2. Menjaga keterampilan sebagai murid Johor. 3. Mengetahui cara potongan rambut KrMJ terutamanya murid lelaki. LANGKAHLANGKAH 1. Guru menerangkan tujuan aktiviti pada hari ini. 2. Guru menjelaskan pada waktu ini pihak sekolah sedang melaksanakan kempen potongan rambut KrMJ. 3. Guru membuat demonstrasi kepada murid mengenai gaya potongan rambut KrMJ (tukang gunting rambut bertauliah). 4. Guru memaklumkan bahawa murid boleh membuat potongan rambut KrMJ di sekolah dengan mengemukakan surat kebenaran ibu bapa yang disediakan oleh pihak sekolah. 5. Murid yang memotong rambut KrMJ diberikan sijil penghargaan. 6. Murid membuat refleksi aktiviti.


Modul KrMJ Modul KrMJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor 57 7. Guru membuat rumusan. FALSAF AH Berani Untuk Berubah NILAI MURNI 1. Amalan Baik. 2. Berdisiplin. 3. Kekemasan diri. PENILAIAN KEBERHASILAN Pemerhatian guru terhadap gaya potongan rambut murid secara berterusan. LAMPIRAN Lampiran 1 : Panduan menggunting rambut KrMJ.


Click to View FlipBook Version