DANPerkIeSmUba-nIgSaUn
Kesatuan Sekerja
DI MALAYSIA
DANPerkIeSmUba-nIgSaUn
Kesatuan Sekerja
DI MALAYSIA
EDITOR
Durrishah Idrus
Zulkifli Khair
Abd Rahman Tamuri
KEMENTERIAN
SUMBER MANUSIA
2022
Edisi Pertama 2022
© Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber Manusia & Persatuan
Kakitangan Akademik Universiti Teknologi Malaysia 2022
Hak cipta terpelihara. Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan cara apa jua sama ada
dengan cara elektronik, fotokopi, mekanik, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber Manusia & Persatuan
Kakitangan Akademik Universiti Teknologi Malaysia. Perundingan tertakluk kepada
perkiraan royalti atau honorarium.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Durrishah Idrus
PERKEMBANGAN DAN ISU-ISU KESATUAN SEKERJA DI MALAYSIA
/ EDITOR DURRISHAH IDRUS, ZULKIFLI KHAIR, ABD RAHMAN TAMURI,
ISBN 978-967-26037-2-6
1.Labor unions--Malaysia.
2.Labor movement--Malaysia.
3.Employees--Malaysia.
4.Labor unions--Religious aspects—Malaysia.
5.Government publications--Malaysia.
I. Durrishah Idrus. II. Zulkifli Khair.
III. Abd Rahman Tamuri.
331.8809595
Editor: DURRISHAH IDRUS, ZULKIFLI KHAIR, & ABD RAHMAN TAMURI
Editor Penyelaras: YOSMAN MOHD BAIN
Pereka Kulit/Cover Designer dan Diatur huruf oleh / Typeset by
HAFIZAH MOHAMAD AHYAH
Johor Bahru, JOHOR
Diterbitkan bersama di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber Manusia
dan
Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi Malaysia
dan
Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi,
Fakulti Sosial Sains dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia,
Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by
FIRDAUS PRINTING SDN. BHD
NO. 28, Jalan PBS 14/4, Taman Perindustrian Bukit Serdang,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
Tel/Fax : 03 8940 5595
KANDUNGAN
Kata Aluan Menteri Sumber Manusia xi
Kata Aluan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia
(Operasi) xiii
Kata Pengantar Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja xv
Prakata xvii
Bab 1 Sejarah Kesatuan Sekerja Tanah Melayu 1
Sehingga Merdeka
Pendahuluan 3
Bermulanya Ekonomi Komersial British dan Lahirnya
Masyarakat Berbilang-bilang Kaum 5
Organisasi Awal Pekerja-pekerja di Tanah Melayu 14
Pertubuhan-pertubuhan Pekerja Menjelang
Perang Dunia Kedua 16
Dasar Penjajah terhadap Kesatuan Sekerja 18
Dasar Penjajahan terhadap Pekerja Semasa
Penaklukan Jepun (1942 – 1945) 19
Gerakan Buruh selepas Perang Dunia Kedua
(1945 – 1948) 22
Peraturan untuk Pendaftaran Kesatuan 26
Keadaan Kesatuan Sekerja Menjelang
Darurat (1946 – 1947) 28
Kesatuan Sekerja Bukan Militan dan
Darurat Tanah Melayu (1948) 32
Kandungan
Kewujudan MTUC dan CUEPACS 36
Beberapa Penelitian Utama tentang Dasar British
dalam Mengawal Gerakan Kesatuan Sekerja 38
Kesimpulan 42
Rujukan 43
Bab 2 Dasar-dasar Kerajaan dan Hubungannya
dengan Kesatuan Sekerja 47
Pendahuluan 49
Dasar-dasar Pembangunan Utama di Malaysia 51
Ekonomi, Ekonomi, Ekonomi 56
Dasar Kerajaan yang Konsisten terhadap
Kesatuan Sekerja 60
Akta-akta Utama dalam Menjaga Hubungan
Perusahaan Malaysia 63
Sistem Tripartite Kerajaan, Majikan dan Pekerja Malaysia 66
Kerajaan Majikan Terbesar dan CUEPACS 66
Hubungan Pahit-Manis Kerajaan Malaysia dengan
MTUC 67
Kesatuan Majikan Selaku Pendesak 69
Kesimpulan 70
Rujukan 71
Bab 3 Cabaran-cabaran Kesatuan Sekerja Sektor
Awam dan Swasta di Malaysia 77
Kerajaan, Tadbir Urus dan Perundangan 79
Bilangan Kesatuan Sekerja dan Keanggotaan dalam
Kesatuan Sekerja 85
Perundingan Kolektif dan Perbincangan Dua Hala 89
CUEPACS dan MTUC 90
Kesatuan Kebangsaan atau Kesatuan Dalaman 92
Kesatuan Majikan (MEF) 95
Pembangunan Sumber Manusia 98
Kepimpinan dalam Kesatuan Sekerja 100
Cabaran Semasa Malaysia 104
Kesimpulan 108
Rujukan 109
vi
Kandungan
Bab 4 Cabaran dan Kes-kes dalam Proses
Pengiktirafan Kesatuan Sekerja di Malaysia 117
Hak Berpersatuan Kesatuan Sekerja Menurut
Perlembagaan Persekutuan 119
Cabaran-cabaran Proses Pengiktirafan
Kesatuan Sekerja di Malaysia 120
Isu Kelayakan dalam Proses Pengiktirafan
Kesatuan Sekerja 124
Kapasiti Pekerja dalam Proses Undi Sulit 134
Proses Pengiktirafan Kesatuan Sekerja Menurut Akta
Perhubungan Perusahaan (Pindaan) 2020:
Dimensi Baharu 140
Kesimpulan 141
Rujukan 143
Bab 5 Perkembangan Aliran Pemikiran dalam
Kesatuan Sekerja dan Pengaruhnya
Terhadap Malaysia 147
Pendahuluan 149
Ideologi dan Aliran Pemikiran 150
Pengaruh Aliran Pemikiran dan Kesatuan Sekerja 154
Aliran Pemikiran Feudalisme 155
Aliran Pemikiran Kapitalisme 161
Neo-liberalisme 164
Kelemahan Sistem Ekonomi Liberal 166
Aliran Pemikiran Sosialisme-Marxisme-Komunisme 167
Pekerja dan Pembangunan Negara 183
Pekerja Asing di Malaysia 185
Pengaruh Politik 188
Kesimpulan 191
Rujukan 193
Bab 6 Pemilihan Pegawai dan Kemudahan dalam
Pengurusan Kesatuan Sekerja di Malaysia 197
Pendahuluan 199
Metodologi Kajian 202
vii
Kandungan
Standard dan Amalan Global berkaitan
Pemilihan Pegawai dan Fasiliti dalam Pengurusan
Kesatuan Sekerja 204
Pemilihan Pegawai dan Kemudahan dalam
Pengurusan Kesatuan Sekerja 209
Pengurusan Mesyuarat Kesatuan Sekerja 210
Pemilihan Pegawai Kesatuan Sekerja 213
Tanggungjawab Pegawai Kesatuan 215
Latar Belakang Responden Kajian 218
Latar Belakang Kesatuan Sekerja 219
Mesyuarat dan Pemilihan Pegawai Kesatuan Sekerja 220
Pemilihan Pegawai Kesatuan Sekerja 222
Kemudahan kepada Pegawai Kesatuan 224
Akses kepada Pekerja 224
Akses kepada Pihak Pengurusan dan Maklumat 225
Kemudahan dan Peralatan kepada Kesatuan 228
Pungutan Yuran Keahlian 229
Kemudahan Cuti dan Pelepasan 230
Peluang Menghadiri Latihan 231
Rujukan 237
Bab 7 Pekerja, Majikan dan Kesatuan Sekerja
Menurut Perspektif Islam 239
Pendahuluan 241
Bekerja sebagai Satu Ibadah 242
Prinsip Asas Buat Pekerja dan Majikan 249
Kesatuan Sekerja 255
Kesimpulan 265
Rujukan 266
Bab 8 Kesatuan Sekerja Malaysia Menghadapi
Pandemik COVID-19 269
Pendahuluan 271
Pekerja 273
Senario Ringkas Kesatuan Sekerja Dahulu dan Kini 276
viii
Kandungan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 281
Dasar Baharu Pelantikan Sektor Awam 282
Masa Depan Pergerakan Kesatuan Sekerja 285
Kesimpulan 288
Rujukan 288
Bab 9 Masa Depan Kesatuan Sekerja di Malaysia 291
Malaysia Hari Ini 293
Isu-isu dan Cabaran Utama yang Dihadapi
Pekerja Malaysia 294
Peranan Kerajaan Malaysia 298
Peranan MOSTI 301
Peranan Kementerian Sumber Manusia (KSM) 305
Kementerian Pelajaran dan Kementerian
Pengajian Tinggi 306
Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 307
Kesatuan Sekerja atau Pembangunan Sumber Manusia 311
Hubungan Tripartite Negara, Majikan dan Pekerja
yang Baharu 313
Kesimpulan 313
Rujukan 315
Indeks 317
Biodata 323
ix
Prakata
KATA
ALUAN
MENTERI
SUMBER
MANUSIA
YB Datuk Seri M. Saravanan
x
KatParAalkuaatna
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Prihatin.
Barisan majikan dan pekerja serta seluruh keluarga
Malaysia yang dikasihi.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat Jabatan Hal Ehwal
Kesatuan Sekerja serta para penulis dan editor buku
Perkembangan dan Isu-isu Kesatuan Sekerja di Malaysia. Buku ini
biarpun membicarakan kesatuan sekerja secara khusus, namun
hakikatnya tetap relevan dalam konteks membangun dan
menguruskan sumber manusia secara lebih berkesan.
Pembangunan sumber manusia terus teguh menjadi agenda
penting dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
sebagaimana termaktub dalam dasar-dasar pembangunan
sebelumnya. Kesatuan sekerja pula menjadi agen perubahan
penting dalam pembangunan negara jika dilihat pada kerangka
‘tripartite’ antara pihak kerajaan, majikan dan pekerja.
Pihak kerajaan tetap prihatin dengan puluhan ribu kes
kehilangan pekerjaan dalam kalangan rakyat Malaysia akibat
pandemik COVID-19. Sejak awal tahun 2021 hingga kini, sudah
lebih 50 ribu peluang pekerjaan berjaya diwujudkan menerusi
Portal Penempatan HRDF (HPC), di samping penganjuran
pelbagai program reskilling dan upskilling khusus buat mereka
yang hilang pekerjaan.
Peranan majikan dalam usaha saringan COVID-19, vaksinisasi
dan kepatuhan kepada SOP yang ketat di tempat kerja pula
amat dihargai. Hal ini penting bagi mengelakkan kluster tempat
kerja atau kluster kilang daripada berulang. Atas tujuan itu,
sinergi dengan pihak majikan dan pekerja perlu dipertingkat
terutama sewaktu menghadapi cabaran getir begini.
Sekali lagi diucapkan tahniah atas kemunculan buku ini. Moga
kerjasama antara pihak kementerian dengan ahli akademik
akan dapat diteruskan demi kebaikan bersama.
Sekian, terima kasih.
xi
Prakata
KATA
ALUAN
TIMBALAN
KETUA
SETIAUSAHA
KEMENTERIAN
SUMBER
MANUSIA
(OPERASI)
YBhg. Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar
xii
KatParAalkuaatna
Bismillahirrahmaanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam
Sejahtera.
Seluruh keluarga Malaysia yang dikasihi. Alhamdulillah,
pertama sekali dirakamkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT
yang telah memungkinkan penerbitan buku Perkembangan dan
Isu-isu Kesatuan Sekerja di Malaysia. Ini antara lain memberikan
gambaran kesungguhan dan kematangan kita dalam mengisi
kemerdekaan selepas 64 tahun merdeka, khususnya menerusi
wahana kesatuan sekerja.
Sejak sebelum merdeka, kesatuan pekerja telah memainkan
peranan yang penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi.
Beberapa fasa telah dilalui: era British, masa Jepun, hinggalah
merdeka dan kini. Ternyata kesatuan sekerja beserta kolaborasi
dengan pihak kerajaan telah memberikan impak besar kepada
dunia kerjaya, juga kepada aspek pembangunan kerjaya.
Kewujudan dasar pembangunan yang mapan beserta perubahan
lanskap dunia kerjaya pertanian kepada perindustrian dan
perindustrian teknologi tinggi telah menyebabkan kesatuan
sekerja mengalami siri perkembangan yang semakin matang.
Sebagaimana di negara maju, negara bukan sekadar perlukan
tenaga kerja yang kompeten bahkan perlukan juga kesatuan
sekerja yang teguh.
Tahniah diucapkan sekali lagi buat semua pihak yang telah
menjayakan penerbitan buku ini, terutama buat Jabatan
Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS). Usaha penerbitan
sedemikian penting dan wajar diteruskan pada masa hadapan.
Buku ini dilihat agak komprehensif dengan rakaman sejarah
kesatuan sekerja, aliran pemikiran, perspektif Islam hinggalah
kepada saat mendepani cabaran pandemik COVID-19.
xiii
Prakata
KATA
PENGANTAR
KETUA
PENGARAH
JABATAN
HAL EHWAL
KESATUAN
SEKERJA
En. Kamal Pardi
xiv
Kata PePngraaknatatar
Bismillahirrahmaanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam
Sejahtera.
Setinggi-tinggi syukur kepada Allah SWT atas kejayaan
menerbitkan buku ini. Juga setinggi-tinggi penghargaan buat
pihak Kementerian Sumber Manusia atas sokongan dan
dokongan yang diberikan bagi memungkinkan naskah berjudul
Perkembangan dan Isu-isu Kesatuan Sekerja di Malaysia ini dapat
dilahir dan dizahirkan.
Seramai 18 orang penulis daripada empat buah universiti
dan daripada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS)
sendiri telah terlibat dalam projek ini. Universiti yang terlibat
ialah UTM, UNIMAS, UUM dan UTHM. Ucapan tahniah
yang khusus buat pasukan penulis yang diketuai oleh Prof.
Dr. Durrishah Idrus merangkap Ketua Editor, pakar bidang
kesatuan sekerja dan pembangunan sumber manusia.
Tidak ketinggalan, ucapan tahniah dan terima kasih buat
Persatuan Kakitangan Akademik UTM atas inisiatif dan
kesanggupan untuk menerima cabaran dalam penerbitannya.
Tidak salah dikatakan setakat ini, inilah buku paling
komprehensif yang dihasilkan di negara ini tetang kesatuan
sekerja, malah penuh warna-warni hasil penulisan daripada
pelbagai sudut pemikiran dan perspektif.
Ia mengandungi sorotan dokumentasi sejarah dan kes-kes
berkaitan kesatuan sekerja serta sorotan aliran pemikiran,
cabaran, dan dasar-dasar kerajaan yang berkenaan. Juga wujud
artikel berasaskan penyelidikan empirikal dengan data yang
segar berkenaan pengurusan kesatuan sekerja. Wacana kesatuan
sekerja darpada pespektif Islam juga suatu yang baharu beserta
penulisan sekitar isu dan cabaran dalam mendepani pandemik
COVID-19.
Sekian, terima kasih.
xv
Prakata
PRAKATA
KETUA
EDITOR
Prof. Dr. Durrishah Idrus
xvi
Prakata
Sebelum buku ini, sudah terdapat beberapa penulisan yang
memberi tumpuan khusus kepada kesatuan sekerja di Malaysia,
seperti beberapa karya yang terdahulu; Trade Unions and the
State in Peninsular Malaysia (Jomo dan Todd, 1994), The
Origins of Trade Unionism in Malaya (Gamba, 1962) dan lebih
awal lagi; Trade Unionism in Malaya (Josey, 1958). Buku-buku
sejarah yang mengupas tentang sejarah awal Tanah Melayu juga
telah memberi gambaran meluas tentang sejarah permulaan
masyarakat berbilang-bilang kaum di Tanah Melayu, apabila
bermulanya ekonomi kapitalis milik penjajah di negara ini.
Pelbagai pandangan telah diberi, dari pelbagai sudut pula,
dan sejarah Tanah Melayu banyak juga ditulis oleh pentadbir
British yang mungkin dipengaruhi oleh pengalaman mereka
selaku pentadbir kolonial di sebuah negeri yang asing daripada
mereka. Penulisan tentang kesatuan sekerja di Malaysia sering
membuat analisis terhadap kedudukan kesatuan sekerja
sebelum merdeka daripada British dan selepas merdeka pada
31 Ogos 1957.
Buku ini ialah sebuah karya yang menampilkan hampir
keseluruhan aspek-aspek penting tentang perkembangan
kesatuan sekerja di Malaysia sehingga ke hari ini. Kupasan buku
ini mencakupi tajuk-tajuk penting kesatuan sekerja, daripada
sejarahnya sebelum merdeka daripada British, Tanah Melayu
yang merdeka, dasar-dasar utama pembangunan Malaysia
yang mempunyai kaitan dengan kesatuan sekerja Malaysia,
sehingga cabaran dan kedudukan kesatuan sekerja hari ini.
Apa-apa yang telah dilakukan ialah memberikan gambaran
yang lengkap, tentang kedudukan, peranan, permasalahan,
serta perbandingan antara kesatuan sekerja sektor awam
dengan swasta. Turut dikupas dalam buku ini kes-kes utama isu
pengiktirafan kesatuan sekerja, hak dan tanggungjawab pegawai
kesatuan sekerja, dan perkembangan aliran pemikiran dalam
kesatuan sekerja Malaysia. Satu analisis tentang bagaimana
kesatuan sekerja mendepani isu-isu semasa di Malaysia turut
dibuat, kerana sewaktu kajian dan penulisan ini dilakukan,
pandemik COVID-19 masih menjadi cabaran besar yang
menjadi fokus utama kerajaan.
xvii
Prakata
Menjelang 2022, genap 65 tahun Malaysia merdeka daripada
kolonialisasi British. Ini merupakan satu jangka waktu yang amat
baik untuk meneliti semula perkembangan kedudukan pekerja
di Malaysia, melalui peranan kesatuan sekerja di kedua-dua
sektor awam dan swasta di negara ini. Bagaimanakah kesatuan
sekerja dapat memastikan kebajikan dan kesejahteraan pekerja?
Menariknya, Malaysia telah menghadapi satu kejutan politik
apabila pada 2018, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah
menerajui Malaysia selama 60 tahun telah tewas dalam Pilihan
Raya Umum ke-14, dan gabungan Pakatan Harapan (PH)
telah membentuk kerajaan. Namun setelah 22 bulan, Pakatan
Harapan pula goyah dan dengan restu Duli Yang Maha Mulia
Yang di-pertuan Agong Malaysia, PH digantikan pula oleh
Perikatan Nasional (PN), satu lagi gabungan parti-parti politik
yang menubuhkan kerajaan dengan majoriti yang tipis. Paling
menariknya, PN juga telah digantikan oleh kerajaan yang
dipanggil Kerajaan Prihatin, yang mempunyai slogan Keluarga
Malaysia, dengan Perdana Menteri yang baharu.
Keadaan pertukaran kerajaan yang kerap dalam satu jangka
waktu yang singkat memberi impak kepada pergerakan kesatuan
sekerja di Malaysia, kerana dalam masa yang sama Malaysia
seperti banyak negara lain turut berhadapan cabaran-cabaran
Revolusi Industri 4.0 dengan perubahan dunia teknologi
begitu drastik, seterusnya mencabar kebolehpasaran modal
insan, kehilangan pekerjaan-pekerjaan konvensional, yang
menimbulkan keresahan kepada rakyat Malaysia, khususnya
golongan muda lepasan institut pengajian tinggi, dan pekerja
sektor swasta.
Oleh itu, penelitian-penelitian dalam lapan bab buku ini amat
relevan, kerana ia mencakupi tajuk-tajuk yang penting, dengan
Bab 1 meneliti sejarah pergerakan buruh sehingga tertubuhnya
kesatuan sekerja semasa penjajahan British, juga semasa
pendudukan Jepun yang singkat, sehinggalah menjelang
merdeka pada tahun 1957. Bab 2 meneliti dasar-dasar
pembangunan Malaysia dan hubungannya dengan Kesatuan
xviii
Prakata
Sekerja dan hubungan tripartite antara kerajaan, majikan, dan
pekerja yang diwakili kesatuan sekerja. Bab ini mengupas
bagaimana dasar-dasar pembangunan negara ini membentuk
hala tuju dan senario semasa kesatuan sekerja di Malaysia.
Dalam Bab 3 pula, kemajuan dan cabaran-cabaran utama yang
dihadapi oleh kesatuan sekerja dikupas, khususnya CUEPACS
bagi sektor awam, dan wakil kesatuan sekerja sektor swasta,
MTUC dikupas secara mendalam. Buat pertama kali dalam
Bab 4 buku ini terdapat kupasan kes-kes utama pengiktirafan
kesatuan sekerja, yang belum pernah lagi dibincangkan secara
khusus dalam buku-buku lain tentang kesatuan sekerja di
Malaysia. Termasuk juga dalam Bab 5, terdapat penelitian
tentang hak-hak dan tanggungjawab pegawai-pegawai
kesatuan sekerja yang hanya disentuh sambil lalu sahaja oleh
penulis-penulis tentang kesatuan sekerja Malaysia. Malah,
perbandingan dengan pegawai kesatuan sekerja beberapa
negara lain turut dibuat.
Buat pertama kali juga, Bab 6 mengupas tentang perkembangan
aliran pemikiran dalam kesatuan sekerja dan dalam Bab 7, fokus
membincangkan tentang peranan kesatuan sekerja daripada
perspektif Islam. Bab 8, sesuai dengan cabaran semasa,
memberi tumpuan kepada cabaran semasa alam pekerjaan, dan
bagaimana kesatuan sekerja memainkan peranannya dalam isu
ini. Buku ini menyarankan bahawa peranan kesatuan sekerja
di Malaysia adalah amat besar, dan setiap satu era pergerakan
kesatuan sekerja di Malaysia amat berkait rapat dengan suasana
politik atau pentadbiran semasa, ekonomi dan persekitaran
sosial negara berbilang-bilang kaum ini.
Walau bagaimanapun, peranan dan impak kesatuan sekerja
di Malaysia tidak boleh dilihat dalam hanya konteksnya yang
begitu sahaja. Sebagai contoh, jika hanya melihat kepada
keanggotaan pekerja yang dilindungi oleh kesatuan sekerja,
mungkin ada yang memandang remeh terhadap pengaruh dan
kesan kesatuan sekerja terhadap golongan pekerja di negara
ini. Di sini ingin ditegaskan, impak kesatuan sekerja bukan
hanya sekadar melihat daripada jumlah pekerja yang menjadi
xix
Prakata
ahli kesatuan sekerja. Impak peranan kesatuan sekerja di
Malaysia jauh lebih besar dan bermakna dalam konteks sebuah
negara sedang membangun, yang keluar dari kepompong
kolonialisasi yang lama, untuk menjadi sebuah negara yang
pesat membangun dan maju dalam pelbagai segi.
Setelah merdeka, kesatuan sekerja Malaysia memainkan
peranan dalam ruang lingkup dasar-dasar pembangunan
negara, terutama dasar-dasar pembangunan ekonomi yang
utama. Setelah merdeka, Tun Abd. Razak, Perdana Menteri
Malaysia Kedua, melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB),
iaitu dasar yang panjang mencakupi 20 tahun (1971-1990). Ia
rentetan peristiwa berdarah pertelingkahan kaum, terutama
antara kaum Melayu dengan Cina, yang mendorong kerajaan
melakukan beberapa perubahan dasar yang drastik untuk
mengawal keamanan dan seterusnya memastikan kemajuan
Malaysia. DEB mempunyai matlamat serampang dua mata:
yang pertama mengurangkan dan akhirnya membasmi
kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah
peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia,
tanpa mengira kaum. Matlamat DEB yang kedua: untuk
mempercepatkan proses penyusunan semula ekonomi Malaysia,
agar ketidak seimbangan ekonomi rakyat dapat dikurangkan,
seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi
ekonomi. Kerajaan berpandangan warisan dasar pecah dan
perintah penjajah British telah menyebabkan jurang kemiskinan
antara kaum begitu besar dan ketara sehingga mengakibatkan
rusuhan 13 Mei 1969 tersebut.
Selepas DEB berakhir pada 1990, Tun Dr. Mahathir,
selaku Perdana Menteri ke-empat melancarkan pula Dasar
Pembangunan Nasional (1991-2000). DPN ini mempunyai
matlamat yang hampir sama dengan DEB, apatah lagi matlamat
DEB, walaupun terdapat kejayaan-kejayaan, tetap tidak
memuaskan pemimpin-pemimpin Malaysia. DPN bertujuan
untuk memperkukuhkan kestabilan negara daripada aspek
ekonomi, sosial dan politik melalui pembangunan bandar dan
luar bandar. Kedua, Malaysia bertekad menjadi Negara Maju
xx
Prakata
dan tetap mengukuhkan keadilan sosial, nilai etika, moral,
kualiti hidup rakyat dan mengamalkan prinsip pentadbiran
yang adil serta ekonomi yang baik. Selepas DPN, Tun telah
melancarkan Dasar Wawasan Negara (2001-2010).
Dasar Wawasan Negara (DWN) menggabungkan teras kritikal
dasar pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru
dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utama
mencapai perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan
tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan
pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama.
DWN juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020
yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi
negara maju sepenuhnya menjelang 2020.
Secara khususnya, DWN merupakan gabungan semua usaha
pembangunan yang lepas dengan tujuan mewujudkan bangsa
Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur yang dapat
hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang
saksama. Bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh negara
untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya mengikut
acuan sendiri, penekanan juga akan diberi kepada membina
negara yang berdaya tahan dan berdaya saing serta masyarakat
yang bersatu padu dan saksama untuk memastikan perpaduan
dan kestabilan sosial.
Malaysia telah berusaha menjadikan negara ini sebuah negara
maju, dengan Wawasan 2020 yang dipertegaskan semasa
pentadbiran Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri,
namun cita-cita ini berkecai kerana cabaran sosio ekonomi dan
sosio politik yang tidak berjaya diatasi sepenuhnya, walaupun
Malaysia tetap salah sebuah negara ekonomi terbuka dunia.
Menurut World Bank, nisbah purata perdagangan dengan
KDNK Malaysia melepasi 130 peratus sejak 2010 (World Bank).
Keterbukaan terhadap perdagangan dan pelaburan inilah yang
membuka begitu banyak peluang pekerjaan, dan pertumbuhan
pendapatan. Sebanyak 40 peratus peluang kerja di Malaysia
dikaitkan dengan aktiviti eksport. Selepas krisis ekonomi 1997-
xxi
Prakata
1998, Malaysia tetap menunjukkan peningkatan positif ekonomi
dengan purata pertumbuhan ekonomi 5.4 peratus sejak 2010,
dan amat berharap berlakunya transisi daripada ekonomi
pendapatan sederhana tinggi kepada ekonomi berpendapatan
tinggi pada 2024.
Semasa zaman pentadbiran Najib Tun Razak, Perdana Menteri
Malaysia Ke-enam, beliau mengumumkan Model Baru
Ekonomi (MBE), pada 2010. Usaha ini bertujuan meletakkan
semula Malaysia dalam kalangan negara yang lebih kompetitif,
dan jika boleh tetap menjadi Negara Maju seperti diharapkan,
pada tahun 2020. Terdapat dua fasa dengan Fasa 1 bermula
30 Mac 2010, dan Fasa 2 dimulakan selepas pembentangan
Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10). Secara ringkas, MBE
ingin memfokuskan kepada produktiviti pekerja, membantu
mereka meningkatkan pendapatan dengan menjadi lebih
kreatif dan inovatif. Oleh sebab sektor ekonomi Malaysia tidak
cukup besar, Malaysia perlu membuka ruang ekonominya
dengan lebih luas lagi.
Perlembagaan Malaysia, undang-undang tertinggi Malaysia,
dibina atas sejarah yang berlangsung yang difahami oleh
penjajah semasa ingin memberikan taraf merdeka kepada
negara ini. Pentadbir British mensyaratkan kaum Melayu, Cina
dan India mestilah mampu menunjukkan kerjasama untuk
membangunkan Tanah Melayu yang merdeka. Permintaan
ini dikeluarkan terhadap pemimpin-pemimpin parti gabungan
yang baru tertubuh di Tanah Melayu, dan bagi pihak kaum
Melayu yang diakui British sebagai peribumi Tanah Melayu
– golongan itu hanya diwakili oleh segelintir mereka yang
berpendidikan Inggeris, dan diketuai oleh seorang bangsawan.
Walau bagaimanapun, Parti Perikatan, iaitu gabungan parti
yang mewakili kaum Melayu, Cina dan India; UMNO, MCA
dan MIC telah berjaya menunjukkan solidariti, sementara
Tunku Abd. Rahman selaku pemimpin Tanah Melayu
sewaktu perbincangan untuk kemerdekaan dilakukan, berjaya
xxii
Prakata
memasukkan beberapa klausa dalam Perlembagaan Malaysia,
yang walaupun dikritik beberapa pihak sehingga ke hari ini,
tetap sah terpakai dan tidak boleh tercabar oleh sesiapa pun.
Artikel-artikel dalam perlembagaan yang sering dicabar ialah
tentang kedudukan istimewa kaum Bumiputera (asalnya kaum
Melayu Semenanjung sahaja), kerana semasa 1957, Sabah
dan Sarawak belum bersama-sama merdeka. Mereka hanya
bersama dalam Malaysia pada 1963, dan klausa bumiputera
kemudiannya meliputi penduduk pribumi Sabah dan Sarawak),
agama Islam sebagai agama rasmi, dan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan.
Walau apa pun sudut pandangan dan teori yang dipakai untuk
memahami kedudukan, cabaran, peranan serta masa depan
kesatuan sekerja di Malaysia, persoalan tentang matlamat
Malaysia dan pendekatan yang difikirkan paling sesuai oleh
kerajaan Malaysia untuk mencapai sebuah negara maju
mengikut acuan sendiri tidak boleh diketepikan oleh mana-
mana pengkaji tentang Malaysia. Dalam erti kata mudah,
peranan negara sebagai penggerak utama kemajuan dan
pembangunan Malaysia, dari bermula merdeka dengan dasar-
dasar pembangunan ekonomi negara perlu menjadi landasan
kajian. Setiap satu dasar yang telah digubal dan dilaksanakan
walaupun dikritik sebagai kurang berjaya sentiasa menekankan
matlamat akhir dasar itu adalah untuk negara Malaysia sebagai
sebuah negara bangsa, dengan rakyatnya bersatu padu, hidup
aman dan harmonis selaku bangsa Malaysia.
Kesatuan Sekerja di Malaysia perlu membuat pilihan sama ada
bersaing dengan kerajaan yang sedang mengukuhkan modal
insan atau menjadi rakan kongsi yang bijak. Dalam semua dasar
pembangunan kerajaan didapati isu pembangunan modal insan
diberi keutamaan. Ia akhirnya mencakupi semua aspek dan
melibatkan hampir semua kementerian, iaitu jentera kerajaan
yang diamanahkan untuk melaksanakan semua dasar tadi.
xxiii
Prakata
Bagi Malaysia pada hari ini, pembangunan modal insan
merupakan faktor kritikal bagi menjana dan mengekalkan
pertumbuhan ekonomi negara. Ketersediaan tenaga kerja
berkemahiran tinggi adalah penting untuk menyokong
peralihan semua sektor ekonomi ke arah aktiviti berintensifkan
pengetahuan, teknologi dan inovasi. Untuk menjadikan ini
satu realiti, terdapat empat pendekatan yang kerajaan lakukan,
iaitu menambah baik kecekapan pasaran buruh, melakukan
transformasi TVET, memperkukuhkan pembelajaran sepanjang
hayat untuk meningkatkan kemahiran serta meningkatkan lagi
kualiti pendidikan Malaysia.
Buku ini ternyata cuba mencakupi perkembangan dan isu-isu
utama yang berkaitan kesatuan sekerja di Malaysia, sehingga
cabaran semasa yang dihadapi hari ini. Ternyatalah penekanan
Malaysia pada hari ini ialah membangunkan modal insan agar
mampu memacu kemajuan Malaysia yang lestari. Sungguhpun
demikian peranan kesatuan sekerja, sekiranya berjaya
dimantapkan, tetap akan kekal sebagai satu mekanisme penting
dalam menjaga dan memastikan kebajikan dan kesejahteraan
pekerja-pekerja Malaysia.
xxiv
BAB
SATU
SEJARAH
KESATUAN
SEKERJA
TANAH MELAYU
SEHINGGA
MERDEKA
Durrishah Idrus
Abd Rahman Tamuri
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
KANDUNGAN BAB
Bab ini memperkatakan sejarah
awal pergerakan kesatuan sekerja di
Malaysia sebelum merdeka daripada
penjajah British pada tahun 1957.
Bab dimulai dengan pengenalan
sosioekonomi kaum-kaum di Tanah
Melayu, kemunculan penduduk
berbilang-bilang kaum yang ketara,
dan dasar penjajah terhadap pekerja
serta organisasi-organisasi awal yang
memperjuangkan hak-hak pekerja. Bab
ini juga menerangkan keadaan pekerja
di Tanah Melayu sebelum, semasa dan
selepas Perang Dunia Kedua termasuk
semasa Penjajahan Tentera Jepun dan
selepas penjajah British datang semula
selepas perang tamat. Pekerja-pekerja
yang terlibat dengan gerakan Parti
Komunis Malaya, dan pertubuhan
yang menyokong ideologi komunis
juga dibincangkan, seterusnya kesan-
kesan dasar baharu kerajaan untuk
mengekang fahaman komunis terhadap
pekerja turut diteliti. Bab ini juga
mengusulkan bahawa golongan pekerja
turut berperanan dalam menyumbang
ke arah kemerdekaan Tanah Melayu
daripada penjajah British.
2
Sejarah Kesatuan Sekerja Tanah Melayu Sehingga Merdeka
Pendahuluan
Adalah penting untuk memahami kegiatan, perkembangan
dan isu-isu yang berkaitan kesatuan sekerja Malaysia hari
ini dengan meneliti bagaimana masyarakat Malaysia telah
terbentuk oleh sejarahnya yang menarik itu. Idrus (2001)
menyatakan dalam kajian beliau, pertimbangan-pertimbangan
terhadap faktor kestabilan ekonomi dan perpaduan kaum
di Malaysia sering dijadikan asas dasar-dasar pembangunan
Malaysia (dalam kajian beliau, istilah the state, atau negara,
secara meluasnya digunakan sebagai merujuk kepada kerajaan
yang memerintah). Hasil kajian ini masih tidak dipertikai
sehingga ke hari ini. Sejarah gerakan buruh dan kesatuan
sekerja di Tanah Melayu, yang secara giat mulai tampak pada
suku akhir abad ke-19, yang memperlihatkan peranan kerajaan
penjajah yang dominan, bersesuaian dengan keadaan semasa
ekonomi dan sosial negeri-negeri bawah jajahan British waktu
itu. Penjajahan British membawa perubahan struktural kepada
masyarakat Tanah Melayu mewujudkan sistem birokrasi barat
yang kekal, masyarakat berbilang-bilang kaum yang ketara,
konsep buruh yang mendapat upah, dual economy, serta dasar dan
pecah perintah yang membawa impak besar dan berpanjangan
bagi Malaysia yang merdeka (Idrus, 2001).
Namun, apa-apa yang tidak begitu diketahui umum ialah hakikat
bahawa pergerakan buruh, dan asal usul kesatuan sekerja di
Tanah Melayu sebenarnya telah pun bermula lebih awal dari
tahun 1874 lagi dalam kalangan kelas pekerja Melayu, cuma
masyarakat Melayu mempunyai sistem sosial berbeza daripada
pendatang di mana mereka hidup di bawah sistem pentadbiran
beraja, merujuk kepada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
(NMB) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB),
dan mereka dikelilingi pembesar-pembesar yang sebahagian
mereka lebih berkuasa daripada Raja. Kelas pekerja Melayu
pada waktu ini juga kecil sahaja jumlahnya, dan kemudiannya
kegiatan mereka dalam perlombongan bijih timah diambil alih
oleh buruh Cina yang dibawa masuk beramai-ramai ke Tanah
3
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
Melayu oleh British (Morgan, 1977; Jomo dan Todd, 1994; Lim,
1977, Idrus 2001). Hal itu mungkin menyebabkan tidak terdapat
banyak ulasan dibuat terhadap peranan awal golongan pekerja
dalam kalangan orang Melayu, apatah lagi masyarakat Melayu
berada dalam lingkungan sistem sosial yang berbeza dengan
golongan buruh yang dibawa masuk secara beramai-ramai oleh
British untuk tujuan ekonomi komersial mereka. Sungguhpun
banyak ditulis tentang penentangan orang Melayu terhadap
penjajahan British, khususnya oleh kalangan pembesar Melayu,
yang berkaitan bantahan mereka terhadap dasar-dasar dan
perubahan-perubahan yang dibawa British ke Tanah Melayu,
termasuk isu-isu berkaitan tanah, cukai dan seumpamanya,
yang turut berkait dengan sistem upah, atau pendapatan,
gerakan-gerakan ini tidak pula digolongkan sebagai gerakan
awal buruh. Lihat antaranya tulisan oleh Ghazali (1984) dan
Abdullah (1984) (dalam Khoo Kim (ed.), 1984), malah tulisan
Khoo (1984) sendiri tentang negeri-negeri Melayu Pantai Barat
1850-1873.
Selain itu, tulisan oleh Ali (2018) dan Kennedy (2007) turut
menekankan tentang sistem sosial orang Melayu yang tertakluk
pada sistem raja dan pembesar-pembesar pada waktu ekonomi
komersial ini semakin giat.
Tidak memeranjatkan apabila penjajah British memperkenalkan
ekonomi komersial secara besar-besaran, terutama dalam
pengeluaran bijih timah dan getah, gerakan buruh dan kesatuan
sekerja kemudiannya lebih didominasi oleh golongan buruh
Cina dan India yang telah dibawa masuk secara beramai-ramai
pada akhir abad ke-19. Kehadiran buruh dari negara China,
dan negara India, dan kemudiannya buruh dari Tanah Jawa,
Indonesia, ke Tanah Melayu, bagi bekerja di ladang-ladang
dan lombong-lombong khususnya, serta penglibatan awal
mereka, khususnya buruh Cina, dalam pembukaan bandar-
bandar baharu, serta pusat kegiatan ekonomi memungkinkan
dominasi ini. Secara perbandingan, penglibatan orang Melayu
dalam ekonomi komersial agak terkemudian, atas beberapa
4
Sejarah Kesatuan Sekerja Tanah Melayu Sehingga Merdeka
faktor yang dibincangkan dalam bab ini seterusnya. Golongan
pekerja Cina terutamanya, kemudian dipengaruhi oleh gerakan
komunis antarabangsa, yang akhirnya melahirkan Parti
Komunis Malaya (PKM) pada 1930.
Penjajah British yang telah memperkenalkan dasar, ordinan,
undang-undang dan peraturan yang sesuai dengan keperluan
ekonomi mereka di Tanah Melayu untuk menentang gerakan
komunis. Pada Perang Dunia Kedua yang memberi impak
langsung kepada Tanah Melayu pada 1942 menyaksikan Jepun
sebagai satu kuasa penjajah baharu rantau ini, berjaya menakluk
Tanah Melayu dengan mudah, memberhentikan sebentar dasar
dan kegiatan ekonomi British, menekan penduduk dengan
pemerintahan kuku besi, tetapi dikatakan telah menyemarakkan
semangat nasionalisme dan antiimperialisme dalam kalangan
orang Melayu dan juga golongan pekerja imigran di Tanah
Melayu.
Namun, tiga tahun selepas pentadbiran Jepun, British kembali
dengan British Military Administration (BMA), dan menegaskan
semula dasar- dasar ekonomi mereka, sehingga isu penubuhan
Malayan Union meledak pada 1946, yang ditentang hebat
oleh orang Melayu, dan tertubuhnya Persekutuan Tanah
Melayu 1948. Tanah Melayu mengalami gelombang gerakan-
gerakan nasionalisme ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan
India, khususnya ke arah menegaskan kedudukan masing-
masing pada mata British. Semua peristiwa yang dialami oleh
penduduk Tanah Melayu ini mempunyai kesan langsung dan
tidak langsung terhadap kegiatan buruh, dan kegiatan kesatuan-
kesatuan sekerja di negara ini.
Bermulanya Ekonomi Komersial British dan Lahirnya
Masyarakat Berbilang-bilang Kaum
British merancakkan kegiatan ekonomi komersial besar-
besaran di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 (Jomo dan
5
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
Todd, 1994). Walau bagaimanapun seperti disebut pada awal
bab ini sebenarnya telah pun ada kegiatan ekonomi komersial
yang menggunakan buruh Cina yang bekerja di lombong-
lombong milik orang-orang besar jajahan pada awal abad ke-
19 itu (Khoo, 1984; Lim, 1976). Namun, pentadbiran British
berjaya meningkatkan aktiviti ekonomi komersial, khususnya
berpusat pada dua komoditi utama, iaitu bijih timah dan
getah, dan membawa masuk buruh asing yang ramai untuk
menjayakan dasar ekonomi ini. Dengan dasar kemasukan
buruh asing khusus dari China dan India ini, Tanah Melayu
sama ada disedari atau tidak oleh penduduk asal, mewujudkan
masyarakat berbilang-bilang kaum yang realitinya duduk secara
berasingan, bersesuaian dengan kegiatan ekonomi mereka yang
berbeza antara satu sama lain.
Secara beransur-ansur, lombong-lombong bijih timah yang
pada awalnya diusahakan oleh orang besar Melayu itu beralih
tangan ke pedagang Cina, terutama pada akhir abad ke-19.
Di pihak British pula, dengan penggunaan jentera-jentera
serta saiz kawasan lombong yang besar, lebih ramailah pekerja
diperlukan, dan oleh itu buruh dari negara China dibawa masuk
untuk menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan bijih timah.
Sementara perladangan getah yang telah mula diperkenalkan
pada lewat abad ke-19 di Tanah Melayu setelah kemerosotan
harga gambir, gula dan kopi semakin berpotensi menjadi satu
lagi sumber pendapatan British. Ekoran pembukaan ladang-
ladang getah yang baharu dan luas, maka keperluan juga
meningkat untuk mempunyai tenaga kerja yang mencukupi
untuk tujuan ini. Oleh itu, lebih ramai buruh dari India dibawa
masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja di estet-estet getah bagi
memenuhi permintaan getah di pasaran dunia.
Di manakah majoriti orang Melayu semasa berlaku perubahan
ekonomi yang pesat di Tanah Melayu pada masa ini? Seperti
disebut pada awal bab ini, sistem dan struktur sosial orang
Melayu pada masa ini berada dalam keadaan hubungan
feudal-peasant lagi (Lim, 1977). Negeri-negeri di Tanah Melayu
6
Sejarah Kesatuan Sekerja Tanah Melayu Sehingga Merdeka
mempunyai sistem Raja-Raja Melayu dan pembesar-pembesar
Melayu, sementara majoriti rakyat kebanyakan merupakan
petani sara diri. Kehidupan orang Melayu dan sistem
sosioekonomi mereka, keadaan buruh Cina dan India di Tanah
Melayu dan juga di Singapura pada abad ke-19 telah banyak
ditulis (Winstedt, 1947; Wilkinson, 1971; Blythe, 1969). Pada
peringkat awal kegiatan ekonomi komersial British di Tanah
Melayu, kerja untuk untuk mendapatkan upah bukanlah satu
kebiasaan kepada orang Melayu yang mempunyai kampung
halaman sendiri, yang kebanyakannya hidup dikelilingi
beberapa kelompok keluarga mereka yang lain (Khoo, 1984;
Lim, 1976; Lim, 1977; Wilkinson 1971; Winstedt, 1947). Jika
sebelum abad ke-19, dikatakan orang Melayu ialah pelombong
bijih timah, namun pada pertengahan abad ke-19, dikatakan ini
lebih kepada kegiatan sambilan kerana mereka lebih berfokus
pada pertanian.
Oleh itu, pada zaman penjajahan British pada pertengahan
abad ke-19 itu tidak banyak orang Melayu bekerja dalam sektor
perladangan getah dan perlombongan timah. Kehidupan orang
Melayu berlandaskan kehidupan sara diri, kebanyakannya
di kampung-kampung di luar kawasan ekonomi komersial.
Kegiatan ekonomi sara diri mereka ini adalah yang diwarisi
secara turun-temurun daripada nenek moyang mereka. Mereka
menanam padi sebagai sumber makanan ruji, menangkap ikan
di sungai dan laut, serta kerja seharian dengan skala kecil-
kecilan (Winstedt, 1947). Mereka dikatakan sukar untuk bekerja
dengan tauke-tauke lombong yang majoriti ialah kaum imigran
Cina serta berorientasikan keuntungan. Secara perbandingan,
kehidupan di kampung adalah lebih bebas, tidak terikat dengan
satu sistem kerja yang mempunyai waktu bekerja, walaupun ini
bermakna mereka tidak mempunyai pendapatan yang tetap.
Dalam pada itu, walaupun tidak terdapat penulisan rasmi telah
diwujudkan dasar pecah dan perintah oleh penjajah British,
keadaan dan realiti menunjukkan dasar ini memang berlaku
secara jelas. Dasar tidak rasmi ini sememangnya memburukkan
7
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
keadaan kurangnya penglibatan orang Melayu dalam aktiviti
ekonomi komersil ini yang menguntungkan itu. Menerusi dasar
pecah dan perintah ini, pihak penjajah British sebenarnya
mengekalkan kedudukan demografi orang Melayu dengan
aktiviti asal mereka. Kebanyakan orang Melayu menanam padi
di kampung-kampung, jika pun ada jual beli, ia adalah kecil,
dan dijual kepada kaum imigran yang bekerja sebagai buruh
di ladang-ladang dan lombong-lombong, sementara Melayu
di pesisiran pantai ialah nelayan (Winstedt, 1947). Bukanlah
langsung tiada minat orang Melayu terhadap ekonomi komersial,
seperti penanaman getah, tetapi bolehlah dikatakan mereka
tidak begitu digalakkan untuk terlibat secara serius, dan tidak
diharap langsung menjadi tonggak kepada ekonomi komersial di
Tanah Melayu. Menurut Idrus (1995), orang Melayu yang cuba
untuk menukar kegiatan utama mereka daripada penanaman
padi kepada getah di Negeri Sembilan (Negeri Sembilan adalah
salah sebuah NMB), usaha ini dihalang oleh pembesar Melayu
sendiri, iaitu pentadbir yang dilantik British, yang menerima
arahan daripada pentadbiran British. Secara langsung atau
tidak langsung, perkara ini berlarutan dan menjadi pendekatan
ekonomi British, juga membantu menyenangkan lagi untuk
mereka mengekalkan kekuasaan di Tanah Melayu.
British memberi fokus membawa masuk buruh asing yang
murah dan mudah untuk mendapatkan keuntungan berganda
atas pelaburan mereka, pada mulanya menerusi sistem buruh
indentured. Buruh indentured ini merujuk kepada satu sistem
membawa buruh India dan Cina ke negara-negara koloni
British di seluruh dunia untuk tujuan bekerja secara kontrak,
yang bilamana habis kontrak selama lima tahun, mereka
boleh pulang ke negara asal. Walau bagaimanapun, sistem
ini dihapuskan pada 1911 bagi kaum India, dan pada 1914
bagi buruh Cina (Jomo dan Todd, 1994). Sebab dihapuskan
bukanlah sangat kerana kesedaran sistem ini menekan pekerja,
dan kekejaman majikan yang memperlakukan mereka dengan
kejam, tetapi kerana sistem ini dibantah oleh nasionalis India,
dan juga merugikan British. Peranan besar British dalam
8
Sejarah Kesatuan Sekerja Tanah Melayu Sehingga Merdeka
isu membawa buruh India ke koloni-koloni mereka seperti
tergambar dalam Jadual 1.1.
Jadual 1.1 Jumlah Buruh India Mengikut Jantina yang Datang ke
Tanah Melayu dari Tahun 1908 sehingga 1916
Tahun Lelaki Wanita Nisbah Wanita
bagi 100 Lelaki
1908 22,538 4,759
1909 21,684 4,398 21.1
1910 51,133 11,737 20.3
1911 67,977 16,412 22.9
1912 63,410 16,428 24.1
1913 72,013 19,223 25.9
1914 29,480 7,425 26.7
1915 44,179 10,702 25.2
1916 55,566 16,525 24.2
29.8
Sumber: N. E. Marjoeribanks dan Marakkayar, Report on Indian Labour Emigranting
to Ceylon and Malaya, Madras: Superitendent Government Press, 1917
hlm. 42.
Dasar pecah dan perintah pihak British menyebabkan amat
kurang interaksi antara kaum Melayu, China dan India.
Masing-masing dengan urusan kehidupan mereka dan keluarga,
meneruskan hidup berasingan dalam semua segi. Kebanyakan
orang Melayu kekal di kampung-kampung, orang Cina hidup
di sekitar lombong-lombong dan bandar, manakala orang
India di estet-estet kepunyaan penjajah atau pelabur di Tanah
Melayu. Hasil kekayaan Tanah Melayu ketika itu dibawa balik
ke negara mereka tanpa halangan dan tentangan. Keadaan ini
berterusan dan akhirnya sumber tenaga kerja atau buruh utama
dari China dan India telah menjadi dominan di Tanah Melayu.
Peminggiran masyarakat Melayu terus berlaku, dengan mereka
kekal penduduk asal yang menetap dikampung-kampung,
secara umumnya terpisah dari perkembangan ekonomi moden
yang semakin pesat di Tanah Melayu. Statistik hasil atau
9
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
pendapatan British di Tanah Melayu daripada getah dan bijih
timah, selama 43 tahun boleh dilihat dalam Jadual 1.2.
Jadual 1.2 Hasil Getah dan Bijih Timah Tanah Melayu
1895 – 1938 (43 tahun)
Tahun Hasil ($)
1895 8,481,007
1900 15,609,807
1905 23,964,593
1910 26,553,018
1915 40,774,984
1920 72,277,146
1925 86,564,279
1930 65,560,870
1935 62,364,264
1938 63,053,114
Sumber: Li Dun Jen, 1982
Jadual 1.3 Penduduk Melayu berbanding pendatang di Tanah
Melayu, 1931
Kerakyatan Jumlah Peratus
Eropah 17,768 0.4
0.4
Eurasian 16,043 37.5
7.2
Melayu 1,644,173 39.0
14.2
Lain-lain penduduk asal 317,848 1.3
Cina 1,709,392 100.0
India 624,009
Lain-lain bangsa 56,113
Jumlah 4,385,346
Sumber: Vieland, 1932
10
Sejarah Kesatuan Sekerja Tanah Melayu Sehingga Merdeka
Kebimbangan orang Melayu terhadap begitu ramai buruh
asing yang dibawa masuk ke Tanah Melayu bukanlah tidak
berasas, seperti diperlihatkan dalam Jadual 1.3. Pada 1931,
jumlah buruh Cina dan India ialah sebanyak 53.2 peratus,
berbanding dengan orang Melayu yang hanya sejumlah 37.5
peratus. Data menunjukkan penduduk asing yang dibawa
British, dipanggil orang Malaya, adalah lebih ramai daripada
penduduk asal Tanah Melayu (Sani, 2011). Beberapa isu sosial
juga berbangkit dengan kewujudan begitu ramai buruh asing
di Tanah Melayu dalam keadaan ketidakseimbangan gender,
antaranya (Chin, 1984). Hal ini juga kesan daripada pengaruh
para majikan yang meminta buruh baharu untuk mengerjakan
lombong-lombong yang baru dibuka berikutan permintaan
yang amat tinggi terhadap bijih timah, terutama bagi kegunaan
dalam industri makanan. Makanan dalam tin dan tong minyak
contohnya, ialah keperluan utama pada masa itu. Perladangan
getah juga telah berkembang dengan keperluan penghasilan
tayar kenderaan yang banyak. Oleh itu, buruh asing perlu
dilatih sesuai dengan keperluan pekerjaan mereka.
Selepas sistem indentured dibubarkan, buruh India telah
dibawa masuk ke Tanah Melayu dengan menggunakan sistem
kangani (Idrus, 2001; Jomo dan Todd, 1994). Sistem kangani
adalah serupa dengan sistem perhambaan yang dilindungi.
Perhambaan dan pelatihan kedua-duanya berjalan secara
serentak, dengan sistem kangani menjadi lebih popular pada
akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Di bawah sistem
kangani, pengambilan dan pengurusan diambil oleh orang yang
disebut kangani (daripada perkataan Tamil yang bermaksud
foreman), yang secara langsung merekrut imigran dari India,
terutamanya India Selatan di kawasan majoriti Tamil melalui
rangkaian rakan, keluarga dan orang lain, dengan orang yang
sama kemudian bertanggungjawab untuk pengawasan buruh
yang direkrut. Pemimpin kumpulan imigran ini mempunyai
kawalan yang besar terhadap urusan mereka dan secara
umumnya memaksa mereka berhutang, dan hutang ini dibayar
semula dengan memotong gaji mereka secara tidak sah. Dalam
11
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
kumpulan yang lebih kecil, mereka mungkin bekerja sebagai
buruh sendiri di samping tanggungjawab mereka yang lain
tetapi dalam kumpulan yang lebih besar, peranan mereka lebih
kepada organisasi, pengawasan dan berurusan dengan pemilik
tanah. Selari dengan perkembangan pesat ekonomi dunia,
maka permintaan terhadap dunia pekerjaan terus meningkat,
upah yang lebih baik dan ini menggalakkan mobiliti pekerja.
Dalam kes ini, pentadbiran penjajah British terus menerus
membawa masuk imigran dari negara China dan India ke
Tanah Melayu bagi memastikan keutuhan ekonomi mereka.
Keadaan ini amat jelas di NMB iaitu Perak, Selangor, Pahang
dan Negeri Sembilan, dengan Kuala Lumpur dijadikan pusat
pentadbiran penjajah British. British mengawal polisi ekonomi,
termasuk mengawal sumber-sumber tenaga buruh dan sekali
gus meningkatkan secara mendadak populasi imigran Cina dan
India di Tanah Melayu.
Zaman kemelesetan ekonomi dunia pada 1929 hingga 1933
telah memberikan kesan kepada polisi ini. Harga bijih timah
dan getah jatuh merudum dan beribu-ribu pekerja telah
diberhentikan, pekerja hidup dalam kesusahan dengan ekonomi
menjadi tidak menentu. Senario kekurangan pekerjaan, harga
barangan yang tidak menentu dan tidak mencukupi menjadikan
rakyat hidup dalam kesusahan dan keperitan, dan ini memaksa
penjajah British menukar polisi mereka. Mereka perlu segera
menghantar balik buruh imigran Cina dan India ke negara asal
mereka untuk mengelakkan kekacauan di Tanah Melayu. Hal
ini dibuktikan dengan pihak British memperkenalkan Ordinan
Sekatan Imigresen pada 1930. Ordinan Sekatan Imigresen
ini telah diwujudkan untuk mengatur kedatangan dan untuk
mengawasi pekerja, terutama dari China dengan menggunakan
sistem kuota. Kajian semula undang-undang dilakukan sebagai
langkah untuk meningkatkan kawalan dengan Aliens Ordinance
1932 berkuatkuasa pada 1 April 1933. Hal ini juga bertujuan
untuk menyekat pengaruh pemimpin-pemimpin komunis pada
masa itu.
12
Sejarah Kesatuan Sekerja Tanah Melayu Sehingga Merdeka
Dasar pengasingan pekerjaan yang berasaskan kaum serta
pengasingan fizikal terhadap tiga kaum Melayu, Cina dan India
ini boleh dikaitkan sebagai langkah penjajah untuk memudahkan
mereka terus-menerus berkuasa dan memudahkan lagi
pentadbiran mereka. Tujuan asal kaum imigran adalah bukan
selamanya akan tinggal di Tanah Melayu, mereka hanya mencari
kehidupan di negara ini. Keadaan pekerja Cina khususnya, yang
hanya perlu merujuk kepada pentadbir British, bukan kepada
sistem raja dan pembesar Melayu, sebagaimana orang Melayu,
melebarkan lagi pengasingan sosial antara penduduk Tanah
Melayu (Sani, 2011). Cinta dan harapan masih kuat untuk
pulang ke negara asal mereka. Mereka datang ke Tanah Melayu
untuk bekerja dan pulang setelah sampai masanya. Keadaan ini
menggalakkan masing-masing kaum berasa curiga antara satu
sama lain. Imigran Cina dan India juga tidaklah perlu kisah apa-
apa yang berlaku di Tanah Melayu, kecuali yang melibatkan
kepentingan mereka, sementara orang Melayu masih berada
dalam keadaan yang lama, seperti sebelum wujudnya ekonomi
komersial di negara ini. Secara perlahan-lahan, sudah pasti ini
mewujudkan juga perasaan iri hati dan saling tidak percaya
terhadap orang asing yang datang mencari rezeki tetapi dilayan
dengan lebih baik oleh penjajah British demi kepentingan
ekonomi dan perusahaan mereka. Hal ini sekali gus tidak
menggalakkan penduduk Tanah Melayu bersatu padu untuk
kebaikan mereka bersama kemudiannya di negara ini. Ini lebih-
lebih lagi apabila sudah ada dalam kalangan pekerja dari China
dan India sudah memikirkan untuk menetap di Tanah Melayu,
dan mulai menganggap diri mereka penduduk Tanah Melayu.
Jadual 1.4 menunjukkan statistik perbandingan populasi buruh-
buruh di Tanah Melayu pada 1937 dan 1947 yang dikeluarkan
oleh pihak British melalui melalui Survey of Immigration/Labour
Requirements (Dalley, 1947). Kaum Melayu amat ketinggalan
dalam sektor-sektor ladang dan lombong dan hanya bertambah
8000 orang dalam masa 10 tahun dari tahun 1938 sehingga
1947. Melalui kajian ini juga, pihak penjajah British telah
merangka polisi baharu untuk perancangan Malayan Union.
13
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
Jadual 1.4 Perbandingan Statistik Populasi Buruh di Tanah
Melayu pada 1938 dan 1947
(a) Pada 31 Disember 1938
Sektor India Cina Melayu Jawa Lain- Jumlah
lain
Ladang 214,323 57,897 15,230 8,699 1,221 297,370
Lombong 7,061 33,757 3,236 1,295 1,827 47,176
Kilang 3,281 6,015 10,446
Jabatan 33,070 5,617 823 105 222 48,608
Kerajaan 6,607 1,139 2,175
Jumlah 257,735 103,286 25,896 11,238 5,445 403,600
(b) Pada 30 September 1947
Sektor India Cina Melayu Jawa Lain- Jumlah
lain
Ladang 157,550 85,242 48,371 16,127
Lombong 4,669 18,386 5,318 169 88 307,378
Kilang 4,000 18,566 4,131 315 607 29,145
Jab. 32,183 5,035 19,281 186 27,198
Kerajaan 2,542 490 59,531
Jumlah 198,402 127,229 77,101 19,153 1,371 423,256
Sumber: Survey of immigration/labour requirements, 1947, Paper of Frederick W.
Dalley
Organisasi Awal Pekerja-pekerja di Tanah Melayu
Buruh Cina merupakan golongan buruh yang bergerak
lebih aktif dalam organisasi awal golongan pekerja di Tanah
Melayu. Pada awalnya ia berbentuk tidak formal dan tidak
berdaftar serta bersembunyi. Pakatan dan gabungan ini juga
berbentuk rahsia, dengan warisan budaya mereka yang dibawa
14
Sejarah Kesatuan Sekerja Tanah Melayu Sehingga Merdeka
dari negara asal mereka. Mereka bertindak mengawal selia
permintaan terhadap pekerja-pekerja, upah dan jam kerja,
kualiti pekerjaan dan kemahiran dan menguruskan latihan
untuk mewariskan kemahiran. Pertubuhan pekerja biasa adalah
berasing dan tidak bercampur dengan pertubuhan untuk para
majikan. Secara perbandingan, pakatan majikan lebih utama
peranannya berbanding dengan pakatan untuk pekerja.
Kongsi gelap merupakan pakatan yang amat penting bagi
pekerja Cina pada awal-awal perkembangan perburuhan
di Tanah Melayu. Pakatan kongsi gelap warisan dari negara
China ini dibawa dan dikembangkan ke Tanah Melayu. Tujuan
awalnya adalah untuk kepentingan urus niaga timah dan untuk
menjaga kebajikan ahli-ahli sahaja, namun telah bertukar kepada
pertandingan merebut kawasan. Dengan menyertai kongsi gelap
ini, ahli-ahli akan diberikan perlindungan yang sewajarnya
dengan imbalan perlu membayar wang perlindungan pada
setiap masa yang ditentukan. Setiap ahli kongsi gelap ini telah
ditentukan kawasan-kawasannya dan jumlah yang diperlukan
untuk mengawal, menjaga serta melindungi ahli-ahlinya. Ahli-
ahli yang gagal membayar wang tersebut akan dipaksa, diperas
dan diganggu sehingga mereka menurut sahaja kemahuan
kumpulan kongsi gelap ini.
Pada awalnya, kongsi-kongsi gelap ini dapat menjaga dan
menjalankan fungsi yang berkesan untuk masyarakat peniaga
dan pekerja pekerja. Namun, keadaan ini berubah dengan
wujudnya lebih banyak lagi kumpulan kongsi gelap. Kebanyakan
kongsi gelap ini diketuai oleh pemilik-pemilik lombong yang
kaya raya. Mereka menggunakan kongsi gelap untuk mengawal
kawasan lombong dan pekerja mereka. Akhirnya, mereka
sesama mereka berebut kawasan-kawasan lombong yang
baharu dan yang lama. Terdapat pergaduhan dan pembunuhan
sesama sendiri sehingga mewujudkan kekecohan dan kegusaran
kepada semua pihak. Hal ini juga memberikan kesan buruk
pada pasaran dan ekonomi, sekali gus membuat pemerintah
British berasa perlu untuk bertindak.
15
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
Berbanding dengan masyarakat Cina, masyarakat India agak
lewat dalam mewujudkan organisasi yang menjaga kepentingan
mereka. Ia hanya berlaku pada lewat 1930 dan bersifat
terpencil di ladang-ladang getah. Mereka telah bergerak secara
berkumpulan pada awal tahun 1920-an, tetapi berjaya dihalang
oleh majikan mereka dengan mengadakan pelbagai peraturan
dan akhirnya menyusahkan mereka.
Pertubuhan-pertubuhan Pekerja Menjelang Perang
Dunia Kedua
Permintaan bijih timah dan getah telah melonjakkan ekonomi
Tanah Melayu pada zaman penjajah. Pekerja mahir dan separa
mahir mendapat permintaan yang amat tinggi. Perkara ini
juga ialah kesan perkembangan sosiopolitik di negara China
dengan Revolusi Kebangsaan pada 1911 menjadikan pekerja
Cina lebih cakna dan sedar akan kepentingan mereka dalam
ekonomi. Hal ini menjadikan lebih ramai pekerja berpersatuan
yang selari dengan fahaman komunis. Selain itu, gerakan ini
adalah bermotifkan politik dan ala tentera, serta menjadikan
pentadbiran penjajah bimbang akan kepentingan mereka
sendiri dan ekonomi mereka. Jadi, British sengaja melambat-
lambat pendaftaran pertubuhan-pertubuhan pekerja ini.
Antara perkembangan penting pertubuhan pekerja adalah
dengan tertubuhnya Nanyang General Labour Union (GLU)
pada tahun 1920 oleh pihak komunis. Ditubuhkan di Singapura
pada tahun 1925, GLU telah mendapat pengaruh yang besar
dan berjaya melancarkan beberapa mogok antara tahun 1926
hingga 1928 oleh pekerja Cina. Mereka tidak kekal lama kerana
polis telah mengadakan serbuan dan menangkap semua yang
terlibat pada tahun 1928 hingga 1931. Dalam masa yang sama,
ada parti yang baru ditubuhkan untuk meneruskan ideologi
komunis di Tanah Melayu. Dengan wujudnya Malayan
Communist Party (MCP) atau PKM pada tahun 1930, ramai
pekerja Cina kelas bawahan dan pekerja kelas pertengahan
16
Sejarah Kesatuan Sekerja Tanah Melayu Sehingga Merdeka
tertarik dan menyertai parti ini. Mereka juga dikira berjaya untuk
memberikan kesedaran kepada pekerja dengan melancarkan
pelbagai gerakan mogok pada sekitar 1930-an.
Bagi pekerja-pekerja India yang berada di ladang-ladang, tiada
pertubuhan rasmi untuk memperjuangkan hak-hak mereka pada
awalnya. Namun, pada awal 1920, berlaku hubungan antara
pekerja India dengan pekerja Cina, terutama pekerja India yang
bukan dalam sektor perladangan, sementara perkembangan
politik di India sedikit sebanyak mempengaruhi pekerja-
pekerja di Tanah Melayu pada masa itu. Mereka beranggapan
dengan bergabung tenaga dan bersatu padu suara mereka
kuat dan akan didengari oleh pihak majikan dan pemerintah.
Antara pertubuhan awal daripada kalangan pekerja India ialah
Central Indian Association of Malaya (CIAM) pada 1936 dan
Klang District Indian Union yang menjadi wakil suara pekerja
ladang di Selangor. Mereka berjaya menjalankan mogok pada
tahun 1941 di ladang-ladang di Selangor. Mereka menuntut
bukan sahaja kenaikan upah dan kebajikan mereka, mereka
juga menentang terhadap layanan buruk kepada mereka dan
kebajikan keluarga mereka yang diabaikan.
Berita mogok ini telah tersebar luas ke ladang-ladang di Selangor
dan Negeri Sembilan dan memaksa penjajah British menghantar
tenteranya untuk mengawal keadaan dan mengisytiharkan
Darurat di Selangor pada 16 Mei 1941 berikutan keadaan
kucar-kacir yang tidak terkawal. Ramai yang cedera teruk dan
terdapat lima kematian dalam kalangan pekerja, menyebabkan
British mengambil tindakan menahan semua pemimpin dan
aktivis yang terlibat dan memenjarakan mereka.
Rajah 1.1 yang menunjukkan laluan keretapi yang diusahakan
pihak British untuk memudahkan mereka mengambil hasil
bumi di Tanah Melayu untuk dibawa keluar. Kawasan Kajang,
Rawang dan Klang merupakan kawasan ramai penduduk,
terutama daripada kalangan pekerja Cina dan India.
17
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
Berbanding dengan pekerja Cina dan India, pekerja Melayu
agak berbeza. Pekerja Melayu juga akhirnya ramai bekerja
dengan pemerintah British, dan mereka juga turut serta dalam
beberapa mogok yang dianjurkan, contohnya mogok di Kuari
Batu Arang Selangor dan Singapore Traction Company. Orang
Melayu mulai bergerak aktif dalam kegiatan kesatuan sekerja
tetapi bilangan mereka secara perbandingan adalah kecil.
Sumber: Great Britain. War Office, Title Railways of Malaya, Call Number MAP
G8031.P3 1943.
Rajah 1.1 Peta Laluan Keretapi pada Zaman British Melibatkan
Kawasan Kajang dan Rawang.
Dasar Penjajah terhadap Kesatuan Sekerja
Sikap pihak British terhadap gerakan buruh dan kesatuan
pekerja adalah sebagai entiti yang sah sehingga selepas
terjadinya Perang Dunia Kedua. Disamping itu, pihak penjajah
18
Sejarah Kesatuan Sekerja Tanah Melayu Sehingga Merdeka
British tidak dapat mengawal pertumbuhan kongsi gelap, dan
pelbagai lagi pertubuhan tidak rasmi. Mereka semua beroperasi
secara senyap-senyap bagi menjaga kepentingan dan kebajikan
ahli mereka. Pihak penjajah British juga menyedari perkara ini
dengan mengadakan Ordinan Pertubuhan (Societies Ordinance)
pada tahun 1895 (di Singapura 1889) bagi mengawal selia
pertubuhan yang berbentuk senyap-senyap, terutama kaum
Cina.
Seterusnya, penjajah British telah mengubah strategi dalam
mengawal selia pasaran pekerjaan bagi berhadapan dengan
Standard Perburuhan Antrarabangsa (ILO Convention) yang
telah ditandatangani oleh mereka. Namun, tekanan dan
desakan oleh Standard Perburuhan Antarabangsa terhadap
penjajah British telah mengubah beberapa polisi besar penjajah
British terhadap pekerja. Atas tujuan itu, Trade Unions Bill
dan Industrial Courts Bill telah diperkenalkan kepada badan
kehakiman pada kali pertama pada tahun 1939. Sementara,
Trade Dispute Ordinance diluluskan pada 1941. Seterusnya,
seorang Pendaftar Kesatuan Sekerja dilantik pada ketika
itu. Tujuannya hanyalah satu, untuk melemahkan gerakan
yang diusahakan pihak pekerja. Namun, tiada yang dapat
dilaksanakan kerana Perang Dunia Kedua telah meletus di
Tanah Melayu ekoran serangan oleh tentera Jepun. Seterusnya,
pentadbiran Tanah Melayu diambil alih oleh pihak tentera
Jepun.
Dasar Penjajahan terhadap Pekerja Semasa Penaklukan
Jepun (1942 – 1945)
Walaupun penaklukan tentera Jepun semasa Perang Dunia
Kedua cuma bertahan kurang daripada tiga tahun, tetapi ia telah
memberikan kesan yang amat besar kepada rakyat. Kebebasan
rakyat terbatas, mereka hidup dalam ketakutan, dan berlaku
kesempitan hidup yang teramat sangat. Mereka terpaksa makan
19
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
ubi kayu dan pucuk daun untuk terus hidup. Sebagai pekerja
imigran ke Tanah Melayu, orang Cina dan India amat terkesan
dengan penaklukan Jepun. Namun, mereka tetap bersatu
padu dan banyak organisasi daripada kalangan pekerja India,
persatuan pekerja Cina terus diperkasa menyebabkan keadaan
tegang dalam kalangan masyarakat pada masa itu.
Kesukaran hidup sewaktu penaklukan tentera Jepun
membuatkan perkembangan dan pergerakan kesatuan sekerja di
Tanah Melayu pada ketika itu agak mustahil. Hal ini disebabkan
pemerintahan ala tentera yang mengarah kepada ketakutan
rakyat kepada pemerintah adalah tujuan utama pemerintah
pada masa itu. Pihak tentera Jepun memperkenalkan sistem
buruh paksa. Dilaporkan lebih 10,000 pekerja, terutama pekerja
India telah dihantar ke Siam (Thailand) dan Burma (Mynmar)
untuk menjalankan projek laluan keretapi Siam-Burma. Projek
landasan kereta api ini juga dinamakan Landasan Keretapi
Maut kerana kebanyakan yang dipaksa pergi ke sana tidak
kembali semula ke pangkuan keluarga mereka.
Selanjutnya, keadaan ini telah mendorong wujudnya pergerakan
penentangan secara terang-terangan oleh golongan pekerja
dan orang Melayu ketika itu. Kewujudan kerjasama antara
Malayan People’s Anti Japanese Union (MPAJU), unit bersenjata
Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) dan Gerakan
Pekerja ialah bukti penentangan mereka terhadap pentadbiran
tentera Jepun yang zalim serta ganas. Dasar pentadbiran Jepun
terhadap orang Cina adalah lebih buruk berbanding terhadap
orang Melayu dan India, kerana mereka telah diperlakukan
secara kurang kemanusiaan. Terdapat banyak peristiwa orang
lelaki dan anak-anak dibunuh tanpa periksa, kaum wanita pula
dirogol dan dibunuh. Akibat ketakutan terhadap kekejaman
Jepun, ramai yang lari ke hutan-hutan atau pedalaman untuk
menyelamatkan nyawa dan keluarga mereka.
Dasar pihak Jepun ini terhadap orang Melayu dan warga India
sedikit berbeza. Tentera Jepun bersikap berhati-hati dengan
20
Sejarah Kesatuan Sekerja Tanah Melayu Sehingga Merdeka
kesatuan dan pakatan orang Melayu. Sebagai contoh, Pembela
Tanah Ayer (PETA), iaitu kumpulan yang dianggap kiri dan
anti-British pada satu ketika dahulu telah diberikan beberapa
keistimewaan.
Sementara satu lagi persatuan orang Melayu, iaitu Kesatuan
Melayu Muda (KMM) dibenarkan untuk beroperasi pada
zaman penaklukan Jepun, walaupun diharamkan oleh British
sebelumnya. Mereka juga diberikan peruntukan dana tertentu
untuk menarik kecenderungan masyarakat Melayu kepada
Jepun. Tentera Jepun juga memberikan sokongan dan galakan
kepada warga India di Tanah Melayu untuk menyertai Indian
Independence League (IIL) dan Indian National Army (INA)
yang mana tujuan mereka adalah untuk menuntut kemerdekaan
negara asal mereka. Warga India amat senang dengan
perkembangan ini dan mereka menggunakan kesempatan ini
untuk memecahkan ikatan dengan majikan-majikan di ladang-
ladang serta mengerakkan pertubuhan yang lebih tersusun
seperti pekerja-pekerja Cina.
Layanan yang berbeza-beza terhadap kaum Melayu, Cina dan
India di Tanah Melayu semasa penaklukan Jepun menyebabkan
keharmonian masyarakat semakin tergugat selepas Jepun
menyerah diri. Hal ini menyebabkan beberapa keadaan huru-
hara dalam negara yang turut menjejaskan pasaran pekerjaan.
Kemusnahan selepas perang memberi kesan negatif kepada
Tanah Melayu yang berada dalam keadaan tanpa pemerintah
agak lama. British mengambil masa yang lama untuk kembali
ke Tanah Melayu setelah Jepun menyerah diri. Pengajaran
bagi sebahagian masyarakat di Tanah Melayu ketika itu ialah
kesedaran bahawa penjajah hanyalah penjajah dan tidak
bersedia mempertahankan koloni ketika dalam kesusahan.
Hal ini sedikit sebanyak mencetuskan perasaan untuk merdeka
daripada penjajahan. Dalam kalangan masyarakat pekerja
Cina dan India, juga terdapat kemunculan kesedaran bahawa
mereka juga ada peranan untuk menjaga tempat mereka
mencari rezeki di samping negara asal mereka.
21
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
Gerakan Buruh selepas Perang Dunia Kedua (1945 –
1948)
Sejurus sahaja selepas penaklukan Jepun dan perang tamat,
pelbagai perkara telah berlaku seiring di Tanah Melayu.
Pemisahan demografi kaum berdasarkan kegiatan ekonomi
antara Melayu, China dan India masih diteruskan malah
menjadi lebih buruk. Pada zaman British, pemisahan kaum
ini kerana dasar pecah dan perintah itu memudahkan mereka,
namun semasa penaklukan Jepun ia telah dimanipulasi untuk
kepentingan mereka pula, dan di sini, kelihatannya masyarakat
Cina lebih dizalimi. Sekembalinya pihak British selepas perang,
perkara ini terus berlaku dan berkembang dengan pantas, dan
menjadi salah satu punca gerakan kesatuan sekerja yang militan
yang didominasi oleh fahaman komunis yang berkembang
antara tahun 1945 sehingga 1948.
Badan-badan yang dahulu bertujuan untuk mengawal selia
pekerja telah diambil alih oleh mereka yang berkepentingan
dan berfahaman komunis iaitu Parti Komunis Malaysa (PKM),
General Labour Unions (GLU) atau Kesatuan Pekerja Am dan
Pan-Malayan General Labour Union (PMGLU). Seterusnya,
PMGLU berubah menjadi Pan-Malayan Federation of Trade
Unions (PMFTU). Pertubuhan ini amat berpengalaman dan
sebahagian ahlinya adalah daripada MPAJA dan MPAJU yang
wujud semasa Perang Dunia Kedua. PKM awalnya ialah parti
politik yang memainkan peranan setelah Jepun menyerah
kalah. Pada lewat 1945, lebih ramai menyertai GLU dengan
wujudnya GLU berasaskan daerah. Pekerja dalam industri,
pekerja perkhidmatan bas dan kereta api, pekerja ladang getah
dan pekerja lombong bijih timah telah melancarkan mogok
untuk meminta upah yang lebih baik, suasana kerja yang lebih
baik dan menuntut status sosial yang lebih baik juga.
PKM dan GLU terus-menerus mengancam ekonomi dan politik
dengan pelbagai mogok dan tuntutan kepada pihak pemerintah.
Mereka menyebarkan kempen kesedaran kepada para pekerja
22
Sejarah Kesatuan Sekerja Tanah Melayu Sehingga Merdeka
bawahan dan dapat dibuktikan dengan beberapa gerakan
mogok. Pada pertengahan Oktober 1945, satu demonstrasi
melibatkan pekerja bengkel kereta api Sentul dan pekerja
Kuari Batu Arang telah dilakukan, dan berita ini tersebar ke
seluruh negara. Tuntutan mereka adalah untuk meminta lebih
beras, lebih bebas bergerak untuk makanan dan pengecualian
bayaran air dan elektrik dan tuntutan menaikkan harga bijih
timah dan getah kerana permintaan yang tinggi.
PMGLU ditubuhkan pada Februari 1946 dengan objektif
perjuangan untuk meningkatkan kehidupan golongan pekerja,
merealisasikan pentadbiran yang demokratik di Tanah Melayu
serta menyokong gerakan kemerdekaan Tanah Melayu. Atas
dasar itu, PMGLU menjalankan kempen-kempen propaganda
untuk mendidik serta menjadi jaringan utama untuk
melancarkan mogok-mogok, membantu mangsa bagi pihak
pekerja dan melindungi mereka yang terlibat dengan mogok-
mogok daripada buruan pemerintah. Walau bagaimanapun,
PMGLU juga terlibat dengan politik yang mana usaha-
usaha PMGLU terarah kepada menarik minat pekerja India
di ladang-ladang dan perhubungan antara kaum yang baik.
Pada tahun 1946, telah tertubuh kesatuan sekerja untuk kaum
India di Negeri Sembilan, dengan nama Negeri Sembilan
Indian Labour yang diketuai oleh H.K. Choudhury dan P. P.
Narayanan. Dengan adanya PMGLU, sedikit sebanyak dapat
mengurangkan jurang pekerja antara kaum yang telah menjadi
polisi pecah dan perintah penjajah serta pengasingan pekerjaan
berasaskan kaum.
Perkembangan terkini dengan aktifnya PMGLU dalam
mendapatkan sokongan para pekerja, terutama pekerja India
dan Cina telah membuat pemerintah dan majikan bimbang.
PMGLU telah menunjukkan gabungan etnik yang berbeza dan
kesatuan politik menjadikannya lebih kuat dan lebih berjaya
dalam menuntut sesuatu. Antara faktor kejayaan tuntutan
pekerja pada masa itu ialah permintaan yang tinggi terhadap
23
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
hasil mahsul Tanah Melayu, terutama bijih timah dan getah oleh
negara-negara Barat dan kekurangan pekerja selepas perang.
Majikan dan pemerintah terpaksa memenuhi permintaan
pekerja untuk menuntut menaikkan kadar upah dan kehidupan
yang lebih baik untuk keluarga mereka. Dalam masa yang
sama gerakan ini juga berhadapan pelbagai rungutan daripada
pekerja yang secara umumnya hidup susah dan mengharapkan
suara mereka didengari.
Ekoran perkembangan yang menunjukkan trend gerakan
pekerja yang semakin berani dan kuat membuatkan pemerintah
British amat gusar dan tidak senang duduk. British amat
memerlukan hasil bijih timah dan getah dari Tanah Melayu.
Di pihak majikan pula, mereka menuntut dan menekan agar
pentadbiran British supaya mengambil tindakan terhadap
gerakan pekerja ini yang telah dipengaruhi oleh fahaman
komunis melalui PMGLU dan GLU. Lanjutan situsi itu, pihak
British dengan kerjasama majikan-majikan telah mengambil
tindakan mematahkan gerakan-gerakan mogok serta
menangkap pemimpin dan aktivis kesatuan pekerja. Sebagai
contoh, kira-kira 30,000 tawanan perang Jepun di Singapura
telah digunakan untuk mengganti pekerja-pekerja yang mogok
pada tahun 1946-47. Oleh itu, kekurangan pekerja akibat
mogok dapat diatasi dan pekerja yang mogok tiada pilihan
untuk terus mogok dan mereka terpaksa kembali untuk bekerja.
Pemerintah British telah juga mengambil langkah untuk cuba
membentuk keharmonian politik di Tanah Melayu dengan
pelbagai cara. Banyak gerakan dan kesatuan sekerja telah
diresapi oleh pengaruh komunis yang berhaluan kiri dan
bersenjata yang membimbangkan British. Oleh itu, mereka
mencadangkan pelembagaan dan reformasi politik Tanah
Melayu dengan nama Malayan Union.
Walau bagaimanapun, cubaan British ini telah ditentang
hebat oleh orang Melayu. Cadangan Malayan Union
bermakna memusatkan satu pentadbiran Tanah Melayu
dengan diperintah oleh seorang Gabenor British, manakala
24