Biodata
Fadillah Ismail
Beliau telah memulakan kerjaya sebagai pensyarah sambilan
di Fakulti Pengurusan, UTM. Kemudian pada 2016, beliau
mula berkhidmat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM) sebagai pensyarah di Fakulti Pengurusan Teknologi
dan Perniagaan (FPTP). Beliau telah dilantik sebagai Ketua
Jabatan Kesukarelawanan di Pusat Pengajian Umum dan
Kokurikulum (PPUK) pada 2019 dan merupakan Felo
Penyelidik di Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan
Wilayah (TRANSFORM). Beliau aktif dalam bidang
penyelidikan dan perundingan di dalam dan luar universiti
serta bergiat aktif dalam penghasilan dan penerbitan buku-
buku ilmiah dan bacaan umum. Bidang kepakaran beliau ialah
integriti dan tadbir urus, pembangunan dan transformasi sosial,
pembinaan indeks, penilaian latihan serta pembangunan dan
kesukarelawanan.
Farahwahida Mohd Yusof
Farahwahida Mohd Yusof ialah Profesor di Akademi Tamadun
Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) dan Pengarah Centre of Research
Fiqh Science and Technology (CFiRST) UTM . Beliau
berkelulusan Ph.D dalam bidang Akidah dan Pemikiran Islam
dari Universiti Malaya. Beliau aktif dalam penulisan dan
penerbitan dengan menghasilkan beberapa buah buku terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka serta Penerbit UTM Press. Beliau
juga terlibat dalam penyelidikan dan perundingan di peringkat
kebangsaan, negeri serta antarabangsa.
325
Biodata
Hapriza Ashari
Beliau ialah bekas pensyarah undang-undang di Azman
Hashim International Business School (AHIBS), Universiti
Teknologi Malaysia (UTM). Berkelulusan Ph.D dalam bidang
Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Bidang pengkhususan beliau ialah undang-undang pekerjaan
dan hubungan industri. Beliau adalah penulis buku Undang-
undang Pekerjaan: Huraian Dan Panduan Terhadap Akta Kerja 1955
yang diterbitkan oleh Penerbit UTM Press.
Hasnor Faiz bin Mohammad Salleh
Beliau telah berkhidmat di Kementerian Sumber Manusia
(KSM) sejak 2001. Beliau berpendidikan Ijazah Sarjana
Muda Sastera (Pengajian Asia Tenggara) dari Universiti
Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (Psikologi
Industri dan Organisasi) dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau telah bertugas di Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung
Malaysia selama 15 tahun dan berpengalaman dalam aktiviti
penguatkuasaan Akta Kerja 1955 dan program perkhidmatan
pekerjaan. Mula berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Kesatuan
Sekerja (JHEKS) pada 2016 dan sekarang menjawat sebagai
Pengarah Kesatuan Sekerja Negeri Johor. Beliau aktif memberi
ceramah dalam program yang dianjurkan oleh Jabatan/
Kementerian dan telah menghadiri seminar/bengkel/latihan
di dalam dan luar negara, termasuklah yang dianjurkan oleh
International Labour Organization (ILO)
Kamal Ab Hamid
Beliau Profesor Madya di Pusat Pengajian Pengurusan
Perniagaan, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia
(UUM). Bidang kepakaran beliau ialah Pengurusan Sumber
Manusia merangkumi Pengurusan Industri. Berpengalaman
326
Biodata
selama 35 tahun bertugas dalam sektor kerajaan seperti Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian
Sumber Manusia (KSM) sebelum bertukar kerjaya dalam
bidang akademik. Di UUM, beliau ialah ahli akademik yang
aktif menghasilkan beberapa laporan penyelidikan, artikel dan
tajuk dalam buku.
Kassim Thukiman
Profesor di Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti
Teknologi Malaysia (UTM). Beliau ialah Ahli Penasihat Jumaah
Majlis DiRaja Johor dan Ahli Pemikir Kementerian Perpaduan
Negara. Bidang kepakaran beliau ialah sejarah, sains politik
dan pembangunan sumber manusia. Beliau banyak terlibat
dengan aktiviti penyelidikan dan perundingan yang berkaitan
dengan sejarah, politik, kepimpinan, dan dasar kerajaan. Beliau
juga sering dirujuk sebagai pakar sejarah Johor dan seringkali
diundang sebagai ahli panel dalam pelbagai forum dan aktiviti
sama ada dalam bidang akademik dan kemasyarakatan.
Mohd Azhar Abd Hamid
Profesor Madya di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau ialah Ketua
Kumpulan Penyelidikan Kenegaraan dan Kesejahteraan Sosial
UTM. Bidang kepakaran beliau antaranya adalah dalam
pembelajaran dewasa, kreativiti dan inovasi, serta kenegaraan.
Sepanjang 26 tahun berkhidmat di UTM, beliau telah
menghasilkan pelbagai genre penulisan seperti kertas polisi,
artikel jurnal dan penulisan popular. Beliau seorang yang aktif
dalam penulisan buku dan telah menghasilkan lebih 20 judul
buku.
327
Biodata
Rabeatul Husna Abdull Rahman
Beliau merupakan Pensyarah Kanan di Sekolah Pembangunan
Sumber Manusia dan Psikologi, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sejak
2007. Mendapat Ph.D dalam bidang Sains Sosial dan Polisi
daripada University of New South Wales, Australia. Beliau
aktif menjalankan penyelidikan, perundingan, dan penerbitan
dalam bidang Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia.
Shahrizal Badlishah
Beliau Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Pengurusan
Perniagaan, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia
(UUM). Bidang kepakaran beliau ialah Pembangunan
Sumber Manusia dan Pengurusan Sumber Manusia. Beliau
berpengalaman kerja selama 16 tahun sebagai pengurus
operasi dalam dua syarikat insurans. Sepanjang berkhidmat
dengan UUM sejak 2012, beliau ialah ahli akademik yang aktif
menghasilkan beberapa laporan penyelidikan, artikel, laporan
penyelidikan dan bab dalam buku.
Siti Fateha Dolhadi
Pensyarah di Program Hubungan Industri dan Pekerjaan, Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sarawak
(UNIMAS) Kota Samarahan, Sarawak. Bidang kepakaran
beliau antaranya adalah dalam bidang Hubungan Perusahaan
khusus berkenaan isu Penyelesaian Konflik di Tempat Kerja,
Kesatuan Sekerja dan juga Pengurusan Sumber Manusia.
Sepanjang berkhidmat selama tujuh tahun di UNIMAS, beliau
juga telah menjalankan beberapa penyelidikan, penulisan,
perundingan dan aktiviti kemasyarakatan di dalam dan luar
kampus.
328
Biodata
Siti Suraya Abd Razak
Pensyarah Kanan di Azman Hashim International Business
School (AHIBS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau
berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari
Universiti Multimedia, Sarjana Undang-Undang Perbandingan
dan Ph.D Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia. Beliau juga merupakan peguambela dan peguamcara
di Mahkamah Tinggi Malaya. Dalam aktiviti akademik, beliau
terlibat dalam penyelidikan dan penulisan mengenai undang-
undang perhubungan perusahaan dan undang-undang
pekerjaan.
Wan Ibrisam Fikry Wan Ismail
Beliau merupakan pensyarah kanan di Fakulti Alam Bina dan
Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau secara aktif
menjalankan pelbagai penyelidikan dalam bidang perancangan
luar bandar, pembangunan mampan, harta tanah wakaf, co-
housing rumah orang tua dan polisi tanah. Kajian terkini beliau
adalah tertumpu pada isu pembangunan perumahan co-housing
untuk orang-orang tua bagi menyediakan alternatif kepada
anak-anak bagi mengurangkan dosa mengelakkan penjagaan
orang tua mereka.
Wan Zaifolludean Wan Zakaria
Berkelulusan Izajah Sarjana Muda Pentadbiran Awam dari
Universiti Utara Malaysia dan mula berkhidmat dengan
Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada 16 Jun 1992.
Beliau telah berkhidmat selama 29 tahun dan berpengalaman
luas dalam bidang sumber manusia terutama undang-undang
buruh dan pergerakan kesatuan sekerja. Antara agensi di bawah
KSM yang pernah beliau curahkan khidmat ialah Jabatan
329
Biodata
Buruh Sungai Petani (1992-2000), Jabatan Hal Ehwal Kesatuan
Sekerja (2000-2013), Institut Maklumat dan Analisis Pasaran
Buruh (ILMIA) (2013-2017), Jabatan Hal Ehwal Kesatuan
Sekerja (2017-2021) dan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (2021
- sekarang).
Zulkifli Khair
Ahli akademik, penulis, perunding latihan dan aktivis
sosial. Beliau Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), AJK
Persatuan Kakitangan Akademik UTM serta Timbalan Ketua
Kumpulan Penyelidikan Kenegaraan dan Kesejahteraan Sosial
UTM. Beliau graduan UTM dan USM serta pemegang Sijil
Jurnalisme daripada Writers Bureau College of Journalism,
Manchester UK. Penulis lebih 10 buah buku ini merupakan
Pengerusi Hidayah Centre Foundation (Johor), Editor Jurnal
Kemanusiaan UTM, dan Jurulatih Bertauliah MonsoonSIM
(simulasi perniagaan yang diiktiraf SAP Jerman).
330