Sejarah Kesatuan Sekerja Tanah Melayu Sehingga Merdeka
pulau Singapura diasingkan sebagai jajahan mahkota British
dan menjanjikan hak kerakyatan kepada semua penduduk,
terutama kaum bukan Melayu. Cadangan ini kepada orang
Melayu akan melucutkan kedudukan mereka selaku penduduk
asal, sementara imigran yang asalnya buruh di Tanah Melayu
akan begitu ramai mendapat kerakyatan Tanah Melayu secara
automatik. Selain itu, kuasa Raja-Raja Melayu ke atas negeri-
negeri masing-masing juga akan turut hilang.
Sebelum Perang Dunia Kedua meletus, terdapat ordinan
berkenaan kesatuan sekerja iaitu Trade Union Ordinance 1940
yang telah diusulkan untuk diubah dan ditambah baik. Namun,
pelaksanaannya ditangguhkan dan hanya dapat diperkenalkan
sehingga pada 1 Julai 1946, barulah ia kembali diperkenalkan
(Gamba, 1962). Jawatan Penasihat Kesatuan Sekerja atau
Trade Union Adviser (TUA) telah diwujudkan dengan John A.
Brazier sebagai penasihat. Beliau sebelum ini ialah pemandu
kereta api dan pernah berkhidmat di beberapa jabatan sebelum
ditempatkan ke Jabatan Penasihat Kesatuan Sekerja. Dalam
masa yang sama, pihak British juga mewujudkan berapa
jabatan lain untuk memantau pekerja, seperti Jabatan Tenaga
Buruh dan Jabatan Pendaftar Kesatuan Sekerja.
Brazier memainkan peranan untuk menggalakkan
pembentukan, perkembangan dan pembangunan kesatuan
sekerja yang didengari, bertanggungjawab dan bebas daripada
pengaruh komunis yang sebelumnya dikuasai oleh GLU di
Tanah Melayu. Menurut Gamba, Brazier diminta untuk
mencairkan pengaruh GLU apabila dia kembali ke Tanah
Melayu setelah perang tamat. Beliau amat membenci pengaruh
komunis dan amat berkesan dalam melaksana tugasan dengan
memperkenalkan kesatuan sekerja kolar putih dengan kuasa
menuntut hak yang amat kecil. Walaupun usaha beliau kurang
berjaya pada peringkat awal, namun ia memberikan kesan
baik kepada kerajaan dengan kurangnya kumpulan pekerja
yang terpengaruh dengan idea keganasan ala ketenteraan yang
dikuasai oleh PMGLU.
25
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
Peraturan untuk Pendaftaran Kesatuan
Pelaksanan Ordinan Kesatuan Sekerja telah menjadi titik tolak
penting kepada pekerja-pekerja di Tanah Melayu. Selain dapat
mengawal kegiatan pekerja, kesan positif bagi British ialah
keamanan Tanah Melayu dapat dipulihkan semula. Dalam masa
yang sama, pengaruh fahaman komunis masih lagi berkembang
dalam masyarakat dan pekerja yang didominasi oleh PMGLU.
Ordinan ini menghendaki seorang Pendaftar Kesatuan Sekerja
(RTU) yang benar-benar dapat menjaga dan mengawal kesatuan
sekerja. Pendaftar diberikan kuasa penuh untuk menerima dan
menolak permohonan untuk menubuhkan kesatuan sekerja.
Pendaftar boleh menolak mana-mana permohonan jika pada
pandangan Pandaftar ia tidak selari matlamat dan tujuannya
ditubuhkan. Pendaftar juga dilindungi oleh undang-undang
untuk memastikan semua kewangan kesatuan adalah untuk
tujuan kesatuan sekerja sahaja.
Ordinan Kesatuan Sekerja menghalang pekerja awam, dengan
hanya membenarkan mereka menyertai kesatuan yang khusus
untuk pekerjaan mereka sahaja. Ia juga menghendaki dua pertiga
ahli jawatankuasa kesatuan adalah berkaitan dengan industri
pekerjaan mereka. Satu kempen pendaftar kesatuan sekerja telah
dilancarkan pada September 1946 untuk memastikan semua
terlaksana dengan baik (Bahari, 1989). Pada mulanya PMGLU
menolak syarat-syarat yang dikenakan, namun mereka akhirnya
akur dengan syarat-syarat yang ditetapkan berdasarkan bidang,
dan industri. Lanjutan itu, pada 1946 PMGLU telah ditukarkan
kepada Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU) dan
ia adalah berasaskan negeri atau cawangan yang membentuk
Federations of Trade Unions (FTUs). Berdasarkan Stenson
(1970), pertukaran PMGLU kepada PMFTU ialah langkah
langkah untuk mendapatkan pengiktirafan oleh majikan dan
kerajaan atas kepentingan pekerja.
Semasa proses pendaftaran kesatuan sekerja, Pendaftar, RTU
juga menghendaki semua syarat dipatuhi jika tidak kesatuan
26
Sejarah Kesatuan Sekerja Tanah Melayu Sehingga Merdeka
itu akan didenda. Seterusnya, wang kesatuan tidak dibenarkan
untuk tujuan politik dan untuk melancarkan mogok simpati.
Pada Oktober 1946 kerajaan juga mengarahkan semua kesatuan
gabungan di peringkat persekutuan, termasuk PMFTU untuk
berdaftar atau memohon pengecualian dan seterusnya juga
untuk pertubuhan kecil yang lain. Seterusnya, pada November
1946, RTU mengisytiharkan bahawa semua FTU di peringkat
negeri dibubarkan dan semua aset mereka dirampas dan hanya
akan dipulangkan apabila PMFTU telah didaftarkan. Tujuan
arahan RTU ini ialah usaha untuk melemahkan PMFTU dan
menghapuskan sokongan kepada PMFTU terhadap pemimpin
mereka.
Jadual 1.5 Jumlah Ahli PMFTU di Seluruh Tanah Melayu
Berdasarkan Negeri dan Kaum
Negeri Cina India Melayu Jumlah
Kedah 8,838 12,734 185 21,757
Pulau Pinang 12,176 8,071 253 20,500
Perak 19,268 21,244 370 40,882
Selangor 15,590 13,471 550 29,611
Negeri 10,900 8,337 39 19,276
Sembilan 8,193 2,624 684 11,501
Melaka
Johor 26,132 9,796 1,211 37,139
Pahang Timur 3,022 450 - 3,472
Pahang Barat 4,812 1,426 - 6,288
Terengganu 2,332 23 155 2,510
Kelantan 767 18 384 1,160
Jumlah Besar 112,030 76,194 3,831 194,056
Sumber: Trade Unionism in Malaya, Department of Labour, Malayan Union, 1947
Walaupun FTU menentang atas tindakan pihak kerajaan
terhadap PMFTU, FTU masih berusaha mendaftar sehingga
Mac 1947. Akan tetapi, tiada jawapan daripada pejabat RTU
27
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
sehingga hujung tahun 1947. Jadual 1.5 menunjukkan jumlah
ahli PMFTU mengikut negeri dan bangsa. Pada Januari 1947,
terdapat sebanyak 194,056 orang ahli PMFTU di seluruh
Tanah Melayu, dengan Perak terbanyak iaitu 40,882 orang
dan diikuti Johor 37,139 orang. Hal ini menunjukkan betapa
kuatnya pengaruh PMFTU dalam kalangan buruh, terutama
imigran Cina dan India. Keadaan ini amat membimbangkan
pihak British.
Keadaan Kesatuan Sekerja Menjelang Darurat (1946 –
1947)
Gabungan pihak kerajaan dan majikan dalam menentang
kesatuan sekerja telah memuncak pada tahun 1947. Mogok
diteruskan dan dalam masa yang sama tindakan polis juga
meningkat, contohnya seperti yang berlaku di Kedah pada awal
1947. Polis bertindak meleraikan mogok dan mesyuarat pekerja
estet yang menyebabkan kecederaan dan pekerja dipenjara serta
ada yang terbunuh (Morgan, 1977). Tindakan mengganggu
pemimpin dan aktivis PMFTU, mengenakan tindakan disiplin,
memberhentikan kerja oleh pihak pengurusan majikan dengan
bantuan pihak polis, menjadi perkara biasa pada masa itu.
Dengan pelbagai halangan ini, menyebabkan aktiviti kesatuan
di estet-estet menjadi amat sukar. Dari segi perundangan
juga, kesatuan dihalang dan disekat. Hal ini dibuktikan oleh
Penghakiman Willan pada Oktober 1947 yang mana pekerja
yang ponteng kerja (sebab mogok) telah memecah kontrak
dengan majikan dan secara sah majikan boleh memecatnya.
Dengan keadaan politik tanah air yang sedang memuncak
dengan kontroversi berkenaan penubuhan Malayan Union,
kerajaan telah mengambil langkah untuk mengharamkan
PMFTU dan rangkaiannya.
Pada tahun 1946, orang Melayu melancarkan bantahan
besar-besaran terhadap cadangan Malayan Union (Idrus,
28
Sejarah Kesatuan Sekerja Tanah Melayu Sehingga Merdeka
2001). Keadaan hanya reda apabila ia dibatalkan, dan British
membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada 1948. Oleh
itu, memberikan peluang kepada kerajaan untuk menekan
PMFTU. Sementara itu, PMFTU juga meneruskan kempen-
kempen kepada semua ahli, orang umum dan orang politik.
Dilaporkan hampir 300 gerakan mogok melibatkan 696,036
hari per pekerja kerugian telah dicatatkan (Gamba, 1962).
Rusuhan pekerja diteruskan sehingga 1948, di mana kerajaan
juga berhati-hati dalam tindakan mereka. Polis dan tentera
digerakkan untuk mengawal dan menjaga para majikan dan
menangkap pemimpin kesatuan. Mogok dan rusuhan meningkat
pada April dan Mei 1947. Hal ini menyebabkan pihak kerajaan
memperkenalkan tiga cadangan pindaan Ordinan Kesatuan
Sekerja melalui Federal Legislative Council (FLC) pada 31 Mei
1947. Pindaan pertama adalah dengan membenarkan hanya
seorang yang telah bekerja sekurang-kurang tiga tahun dalam
industri yang berkenaan dibenarkan memegang jawatan dalam
kesatuan. Pindaan kedua adalah dengan melarang mana-mana
orang yang telah disabitkan atas kesalahan jenayah dilarang
memegang jawatan kesatuan. Pindaan ketiga melarang
gabungan kesatuan sekerja daripada industri dan pekerjaan
lain. Tidak dibenarkan membuat gabungan kesatuan sekerja
yang besar dan ramai ahlinya. Dengan pindaan ini, maka
PMFTU dan FTU adalah menjadi tidak sah.
Sejurus cadangan pindaan tersebut dibuat, juga berlaku tragedi
pembunuhan tiga orang peladang Eropah di Perak pada Jun
1948, FTU secara rasminya ditolak pendaftaran dan sekali
gus menjadi pertubuhan yang tidak sah. PKM dan PMFTU
telah diharamkan. Semua yang terlibat dengan aktiviti yang
mengancam keselatan negara ditangkap dan ditahan. Kerajaan
buat kali pertama mengisytiharkan darurat di Perak dan Johor
pada 16 Jun dan seluruh negara pada 12 Julai 1948 untuk
melawan pengaruh komunis di Tanah Melayu.
Undang-undang Darurat telah memberikan kerajaan kuasa
untuk mengembalikan dan memulihkan semula keamanan
29
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
negara seperti sebelumnya. Gabenor negeri-negeri diberikan
kuasa perundangan yang bersesuaian. Undang-Undang
Darurat memberikan polis kuasa untuk menyerbu, memeriksa
serta menahan mana-mana perjumpaan atau perhimpunan
yang melebihi lima orang. Mogok adalah tidak sah jika tidak
mendapat notis bertulis daripada majikan dalam masa 14
hari dan perlu ditandatangani oleh tujuh orang daripada
mana-mana kumpulan yang berkepentingan. Usaha-usaha
ini menyebabkan para pekerja mendapat pelbagai ugutan,
termasuk diberhentikan kerja jika bersimpati dengan kesatuan.
Pekerja menjadi takut, tidak pasti dan lemah semangat untuk
menyertai mogok dan rusuhan untuk menuntut hak-hak
mereka.
Ekoran adanya Undang-undang Darurat 1948, maka telah
tercatat dalam sejarah berakhirnya kesatuan sekerja yang
berhaluan kiri yang mempunyai unsur militan. Penggantungan
dilakukan terhadap mana-mana kesatuan atau aktivis jika
terdapat hubungan dengan PMFTU atau mana-mana individu
yang terlibat aktiviti keganasan dan perancangan jahat
untuk mengganggu ketenteraman awam. Dengan ini, ramai
pekerja yang diberhentikan dan dihantar pulang ke negara
asal, terutama negara China. Dengan tindakan ini, aktiviti
rusuhan dan mogok telah dapat dikurangkan dan kerugian
pihak majikan dan kerajaan kesan mogok dan rusuhan pekerja
dapat dikurangkan. Bilangan kesatuan sekerja yang aktif juga
berkurangan akibat Undang-Undang Darurat ini.
Sebaliknya, Undang-undang Darurat tidak memberikan kesan
pada TUA dan Pendaftar Kesatuan Sekerja (RTU) kerana
mereka bertanggungjawab dan berkecuali. Banyak pertubuhan
dan kesatuan sekerja telah dibubarkan oleh pendaftar RTU yang
disebabkan oleh pindaan pada Ordinan Kesatuan Sekerja 1947
dan Undang-undang Darurat. Dengan pindaan ini juga, banyak
juga kesatuan sekerja ditubuhkan kembali dengan mengikuti
syarat-syarat yang ditetapkan. Jadual 1.6 menunjukan bilangan
kesatuan sekerja yang berdaftar dengan RTU mengikut negeri
30
Sejarah Kesatuan Sekerja Tanah Melayu Sehingga Merdeka
yang melibatkan pihak majikan dan pekerja. Terdapat 267
kesatuan daripada pihak pekerja dengan keahlian melebihi
170,000 orang berbanding dengan 16 kesatuan majikan
dengan 4,149 orang. Selain itu juga, kesatuan sekerja dalam
kerajaan juga didaftar seperti dalam Jadual 1.7. Pihak British
membuat laporan rasmi pada tahun 1948 melalui Jabatan
Buruh. Perkara ini jelas membuktikan bahawa pihak British
berusaha bersungguh-sungguh untuk membanteras fahaman
berhaluan kiri dan meminta semua pertubuhan didaftarkan
semula dengan syarat-syarat yang baharu.
Jadual 1.6 Bilangan Kesatuan Sekerja untuk Pekerja dan Majikan
Mengikut Negeri
Negeri Majikan Keahlian Pekerja Keahlian
Selangor 4 1,954 59 62,916
Perak 3 366 55 25,440
Kedah 1 197 18 7.070
Perlis - - 1 862
Negeri 1 1 10 13,606
Sembilan
Pahang 1 113 10 9,584
Pulau Pinang 5 1,351 51 21,320
Johor 1 110 42 25,116
Melaka 1 17 7,575
Kelantan - 58 3 1,125
Terengganu - - 1
- 155
Jumlah 16 4,149 267 174,797
Sumber: TRADE UNIONISM IN MALAYA, Supplement to Report Dated September
1947, Labour Department, Malayan Union, Januari 1948
31
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
Jadual 1.7 Bilangan Kesatuan Sekerja dalam Kerajaan Mengikut
Negeri
Negeri Kesatuan Keahlian Kesatuan Sekerja
Sekerja Kerajaan Kerjaan Sedang
Berdaftar
menunggu
Selangor 14 9,082 pendaftaran
Perak 9 2,826
4
1
Pulau 4 3,553 2
Pinang
Pahang 1 441 1
Johor 7 2,065 1
Melaka 2 780 1
Jumlah 40 19,096 10
Sumber: TRADE UNIONISM IN MALAYA, Supplement to Report Dated
September 1947, Labour Department, Malayan Union, January 1948
Kesatuan Sekerja Bukan Militan dan Darurat Tanah
Melayu (1948)
Seperti yang ditunjukkan pada awalnya, satu langkah penting
pentadbiran penjajah untuk mengekang pengaruh komunis
adalah dengan melantik Brazier sebagai Penasihat Kesatuan
Sekerja, TUA. Tugasnya ialah memecahkan PMFTU yang
dipengaruhi oleh fahaman komunis dan menggalakkan
kesatuan sekerja yang baharu yang lebih bertanggungjawab
dan bebas daripada fahaman-fahaman yang berhaluan kiri.
Pada tahun 1947, banyak kesatuan sekerja baharu didaftarkan
yang merangkumi pekerja pejabat, penoreh getah, pekerja
ladang-ladang, pekerja kilang, mekanik, pekerja kereta api,
dan pekerja-pekerja kerajaan sendiri. Hal ini jelas dapat
digambarkan melalui Jadual 1.8 yang telah dikeluarkan oleh
pihak British. Pengaruh PMFTU telah berkurang kepada
30 peratus berbanding dengan sebelum peraturan baharu
diperkenalkan.
32
Sejarah Kesatuan Sekerja Tanah Melayu Sehingga Merdeka
Sokongan dan galakan diberikan untuk mendaftarkan kesatuan
yang baharu adalah salah satu usaha untuk menjadikan para
pemimpin yang sederhana sifatnya dan kesatuan sekerja yang
dapat berbincang dengan pihak pihak yang berkepentingan.
Selain itu juga, para pemimpin kesatuan sekerja juga dilantik
ke jawatan-jawatan penting dalam kerajaan dalam usaha
melibatkan mereka dengan penubuhan kerajaan yang
merdeka. Sebagai contoh, para pemimpin kesatuan yang boleh
berbahasa Inggeris dan tiada kaitan dengan PMFTU seperti
V. M. M Nenon (Kesatuan Pekerja Estet) dan M. P. Rajagopal
(Pan-Malayan Railway Worker’s Union) dilantik sebagai Majlis
Penasihat Kesatuan Sekerja Malaya (Malayan Union Advisory
Council). Selain itu juga, P. P Narayanan (Negeri Sembilan
Indian Labour Union), Osman Siru (Penang Postal Uniformed
Staff’s Union), Khong Soo Chin (Selangor Clerical And
Administrative Staff Union) and M. P Rajagopal telah dilantik
sebagai Lembaga Penasihat Pekerja (Labour Advisory Board)
pada tahun 1947 (Trade Union Registry AR, 1947).
Dalam bidang perundangan negara (Federal Legislative Council
– FLC), pihak penjajah juga telah melantik P.P. Narayanan,
M. P. Rajagopal, Mohd Yusoff Bin Mohd. Noor (Penang
Municipal Services Union), Nasaruddin Bin A. Rais, Khoo
Khoon Huat (Perak Hydro Employee’s Union) dan Lee Woon
Mun pada tahun 1948 (Bahari, 1989). Bagi pihak kerajaan,
pelantikan ini amat penting untuk menunjukkan bahawa
sokongan dan pengiktirafan kepada pemimpin kesatuan yang
bertanggungjawab dan bebas. Dengan adanya pengiktirafan ini,
serta kedudukan yang istimewa serta tersohor, para pemimpin
dapat merasai keseronokan menjadi pemimpin pekerja yang
sederhana dan mendapat balasan yang baik daripada pihak
kerajaan dan majikan. Syarat yang difahami ialah mereka perlu
menyokong usaha kerajaan menghilangkan pengaruh komunis
dalam kesatuan sekerja. Dengan adanya kerjasama yang baik
ini, maka satu usaha untuk menggabungkan semua kesatuan
sekerja ini telah dimulakan. Hal ini yang akhirnya melahirkan
33
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
Malayan Trade Union Congress (MTUC) bagi memenuhi
hasrat dan inspirasi kerajaan pada masa itu.
Walau bagaimanapun, kebanyakan kesatuan baharu adalah
bersaiz kecil, terpisah dan agak lemah serta terhad kuasa
berunding dengan majikan. Dalam keadaan negara sedang
dalam perintah darurat, perwakilan kesatuan negeri negeri juga
menjadi lemah dan menjadi sederhana. Semua gerakan yang
berkaitan untuk memohon lebih daripada majikan terpaksa
difikir berulang kali, kerana keadaan dan pemimpin mereka
terpaksa menurut peraturan kerajaan dan arahan majikan untuk
tidak terlibat dalam gerakan yang berbahaya. Selain itu juga,
semua kesatuan dan pekerja telah dipantau oleh pihak polis dan
pihak keselamatan negara. Polis juga mendapat maklumat yang
berharga daripada para pemimpin kesatuan yang baharu yang
menjadi mata dan telinga pihak kerajaan sepertimana yang
diharapkan. Matlamatnya adalah untuk melemahkan pengaruh
komunis dan keganasan mereka sepanjang perintah Darurat.
Oleh sebab pemimpin kesatuan baharu yang ditubuh ini
kebanyakan tidak mempunyai stuktur organisasi yang baik,
maka kesatuan baharu ini kurang efektif dan kurang diterima
serta kurang mendapat sokongan para pekerja. Keadaan
ini juga diharapkan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk
mengawal keadaan negara. Dengan keadaan para pemimpin
kesatuan baharu kurang mendapat sokongan daripada pekerja,
ini menyebabkan pemimpin ini tidak dapat menjalankan
fungsinya dengan baik dan seperti yang diharapkan. Mereka
juga dianggap sebagai orang kerajaan. Bagi mengelakkan
keadaan ini berlaku berterusan, pemimpin kesatuan yang sah
telah bertindakan untuk mendapatkan pengiktirafan yang
sewajarnya. Dengan itu, mereka telah mencadangkan satu
kesatuan pekerja yang besar dengan nama MTUC.
34
Jadual 1.8 Bilangan Kesatuan Sekerja Mengikut Negeri dan Kecenderungannya
Negeri Di Kawal oleh F.T.U Bebas Diragui Jumlah
Selangor Bil. Ahli Bil. Ahli Bil. Ahli Bil. Ahli
Perak Kesatuan Kesatuan Kesatuan Kesatuan
17,498 10,269 35,467 63,234
20 11,859 18 5,738 21 7,487 59 25,064
10 16 29 53
Kedah 6 2,617 2 296 9 4,143 17 7,056
Perlis - - - - 1 862 1 862
Sejarah Kesatuan Sekerja Tanah Melayu Sehingga Merdeka
35 4
Negeri Sembilan 7 12,483 2 328 3 723 9 13,534
Pulau Pinang 2,141 11 7,348 33 11,809 51 21,298
Pahang 4 7,218 2 653 4 1,600 10 9,471
Johor 22 20,470 10 2,251 12 2,742 44 25,463
Melaka 9 5,648 3 1,023 5 849 17 7,520
Kelantan - - - - 3 1,125 3 1,125
Terengganu - - 1 150 - - 1 150
Jumlah 82 79,934 65 28,056 120 66,807 267 174,797
Jumlah Kesatuan
Dikawal oleh FTU : 267 Keahlian: 174,797 Bebas : 24.8 % : 16.1%
: 30.7 % : 46.7% Diragui : 45.0% : 38.2%
Sumber: TRADE UNIONISM IN MALAYA, Supplement to Report Dated September 1947, Labour Department, Malayan Union, January 1948
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
Kewujudan MTUC dan CUEPACS
Persidangan pertama bagi membincangkan tentang
pembentukan sebuah kesatuan pusat telah dilaksanakan pada
27-28 Februari 1949 dengan hasil inisiatif Penasihat TUA
dan beberapa buah jabatan kerajaan. Lebih150 perwakilan
daripada separuh kesatuan yang berdaftar telah hadir daripada
164 kesatuan sekerja berdaftar. Ucaptama telah disampaikan
pemimpin pro-British yang terdiri daripada Onn Jaafar, Tan
Cheng Lock dan R. Ramani yang mewakili kaum masing-
masing. Konferens ini telah menubuhkan suatu jawatankuasa
kerja bagi merangka langkah ke hadapan untuk menggabungkan
kesatuan kesatuan di bawah satu bumbung. Dengan ini, adalah
diharapkan suara pekerja akan menjadi lebih kuat dan dapat
berunding dengan lebih baik dengan majikan dan kerajaan.
Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk merancang suatu
gerakan yang mewakili kesatuan sekerja dan pekerja seluruh
negara. Jawatankuasa kerja ini yang terdiri daripada K. C.
Chia (Pengerusi), V. M. N. Menon (Setiausaha), Pritam Singh,
A. G. G. Alwis, Mohd Nasir bin Budin, P. P Narayanan, M. P.
Rajagopal dan A. Ujagar Singh (Bahari,1989).
Setahun setelah itu, satu lagi persidangan telah dianjurkan bagi
menjayakan majlis pengisytiharan penubuhan bentuk baharu
kesatuan sekerja pada 25-26 Mac 1950 di Kuala Lumpur.
Persidangan ini dihadiri oleh 174 perwakilan yang mewakili
111 kesatuan sekerja daripada 168 kesatuan sekerja yang
berdaftar pada masa itu. Sekali lagi, tiga pemimpin utama
setiap etnik telah memberikan ucapan iaitu Onn Jaafar, Tan
Cheng Lock dan R. Ramani. Pada ketika itu, M. P. Rajagopal
telah mempengerusi majlis berkenaan mencadangkan agar
laporan dan cadangan pada persidangan yang lepas diterus
dan dijayakan. Cadangannya ialah dengan menubuhkan
sebuah Malayan Trade Union Council (MTUC) dan pemilihan
ahli jawatankuasa pusat dipilih dengan segera. Jawatankuasa
ini terdiri daripada Presiden, Naib Presiden, Setiausaha,
Bendahari, dua orang auditor dan tiga orang pemegang
36
Sejarah Kesatuan Sekerja Tanah Melayu Sehingga Merdeka
amanah, serta sembilan ahli yang mewakili kumpulan kesatuan
masing-masing, iaitu: 1. Kesatuan Estet (2 orang), 2. Kesatuan
Pelombongan (2 orang), 3. Kesatuan Pekerja Kerajaan (2
orang), 4. Kesatuan kerana (1 orang), 5. Lain-lain kesatuan (2
orang). Dengan pemilihan dan gabungan kesatuan-kesatuan,
persidangan ini telah melantik ahli jawatankuasa pusat yang
pertama daripada individu yang sangat berpengaruh iaitu P.
P. Narayanan (Presiden), M. P. Rajagopal, V. M. N. Menon,
Ujagar Singh, Juhn Emmanuel dan Tan Tuan Buan.
TUA memainkan peranan sangat penting dalam mewujudkan,
mengerakkan dan memberikan galakan untuk menubuhkan
MTUC. Brazier pencen pada 1955 setelah berjaya menubuhkan
MTUC bagi menggantikan peranan PMFTU dan berjaya
menghapuskan pengaruh komunis dalam kesatuan sekerja.
MTUC, perlu dipertegaskan, bukanlah sebuah kesatuan sekerja,
tetapi sebagai badan induk yang menaungi kesatuan-kesatuan
sekerja yang lain, tertubuh pada 1951 di bawah Ordinan
Sosial 1949. Selepas tertubuhnya MTUC, tiada lagi gabungan
kesatuan sekerja sebesar dan seumpamanya ditubuhkan.
Sementara itu, Congress of Unions of Employees in Public and
Civil Sevices Malaysia (CUEPACS) pula telah ditubuhkan pada
1957, setelah beberapa pemimpin kesatuan sekerja sektor awam
berpakat menubuhkan satu badan kebangsaan iaitu Majlis
Kakitangan Kebangsaan (Government Services Staff Council), yang
berjaya menggabungkan 40 badan kesatuan sekerja sektor awam.
Matlamat penubuhan ialah menggalakkan kerjasama antara
kesatuan, dalam memperjuangkan kepentingan dan kebajikan
pekerja-pekerja yang mendapat gaji bulanan. Asalnya, Majlis ini
mempunyai lapan kesatuan, namun apabila usaha penubuhan
CUEPACS dimulakan pada 1955, terdapat 48 buah kesatuan
sekerja sektor awam bernaung di bawahnya. Pada 23 Oktober
1957, CUEPACS berjaya didaftarkan sebagai kesatuan sekerja.
Dengan penubuhan rasmi selaku kesatuan sekerja, kesemua
kesatuan sekerja sektor awam mempunyai satu kesatuan sekerja
induk dan boleh membawa semua isu pekerja sektor awam
37
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
kepada majikan, iaitu kerajaan. Pada peringkat awal, kesatuan
sekerja sektor awam masih mempunyai keistimewaan kuasa
perundingan sepertimana dinikmati pekerja sektor swasta, iaitu
selama wujudnya National Whitley Council (Idrus, 2001).
Beberapa Penelitian Utama tentang Dasar British
dalam Mengawal Gerakan Kesatuan Sekerja
Beberapa perkara menunjukkan kesungguhan penjajah British
dalam mengawal kegiatan kesatuan sekerja di Tanah Melayu.
Kesungguhan ini didorong oleh beberapa faktor yang bukanlah
terlalu sukar untuk difahami. Pertama ialah fokus mereka
terhadap kedudukan mereka dan tugas dan tanggungjawab
mereka selaku pentadbir penjajah di Tanah Melayu. Dasar-
dasar ekonomi yang diamalkan telah melahirkan Tanah Melayu
yang mempunyai penduduk berbilang-bilang kaum, yang
berada pada keadaan ekonomi yang berbeza-beza. Sesuatu
yang pasti ialah British mengiktiraf kedudukan Raja-Raja
Melayu walaupun kedudukan Raja-Raja Melayu terjejas oleh
kehadiran mereka. Dalam pentadbiran di Tanah Melayu, sering
surat-menyurat titah di-Raja digunakan untuk menyampaikan
dasar-dasar mereka kepada rakyat. Kepada masyarakat Melayu
khususnya, surat dari istana adalah perintah raja yang wajib
dipatuhi.
Selain itu, memang terdapat tekanan yang serius terhadap
pemimpin-pemimpin gerakan kesatuan sekerja yang cenderung
atau dianggap militan. Sekurang-kurangnya dua orang
pemimpin kesatuan sekerja dibunuh kerana tuduhan terhadap
mereka sebagai tokoh kesatuan sekerja yang membahayakan
keselamatan dan ketenteraman awam. Sudah pasti kematian
kedua-dua tokoh kesatuan sekerja iaitu S. A. Ganapathy pada
4 Mei 1949, dan pengganti beliau yang ditembak mati, sehari
sebelum beliau dihukum gantung dan N. Veerasenan, diselar
oleh mereka yang menganggap kedua mereka selaku pejuang
golongan pekerja.
38
Sejarah Kesatuan Sekerja Tanah Melayu Sehingga Merdeka
N. Veerasenan, seorang tokoh muda yang mempunyai
kedudukan tinggi dalam kesatuan sekerja antarabangsa,
memperjuangkan sekurang-kurangnya empat perkara, iaitu
peningkatan gaji harian, pengurangan hari kerja daripada tujuh
hari kepada enam hari sahaja seminggu, pelaksanaan kerja
lapan jam sehari dan kemudahan air minuman, perumahan
dan kebersihan untuk pekerja-pekerja.
Seperti S. A. Ganapathy, N. Veerasenan terlibat aktif dalam
PMFTU, selain menjadi Setiausaha Agung Kesatuan Buruh
Pelabuhan di Singapura, Presiden Jawatankuasa Tetap
Singapore General Labour Union, dan Naib Presiden
Singapore Federation of Trade Unions (SFTU). Kebanyakan
penulis menyebut tentang tokoh-tokoh kesatuan sekerja ini
dengan nada yang simpatetik, apatah lagi keghairahan mereka
terhadap memperjuangkan pekerja, pembebasan daripada
penjajahan dan kemerdekaan terserlah.
Namun, ada satu fakta yang jarang disebut tetapi tercatat
dalam perjuangan PKM, iaitu parti yang mempunyai pengaruh
langsung yang kuat dengan kegiatan kesatuan sekerja waktu ini.
Hal ini adalah seperti yang terkandung dalam resolusi PKM,
yang terpengaruh dengan Comintern, pada 1931, yang menyebut
dua perkara yang menyebabkan PKM tidak mendapat
sambutan orang Melayu, selain menentang penjajahan
British, menghapuskan aristokrasi feudal dan menubuhkan
Republik Soviet Tanah Melayu (Hamzah; 1973; Hanrahan,
1974). Hakikat ini pasti tidak menarik minat golongan Melayu
berhaluan kanan, malah mungkin telah menakutkan mereka.
Seperti yang telah diperjelaskan, aktivis Melayu berhaluan
kiri turut bekerja sama dengan parti dan kesatuan sekerja ini,
sebahagian mereka Melayu dari Indonesia. Peranan golongan
berhaluan kiri Melayu, seperti KMM dalam politik Tanah
Melayu banyak ditulis, dan tidak disangkal mereka turut
bekerjasama dengan perjuangan kesatuan sekerja, namun lebih
kepada mendapatkan pengaruh kedudukan politik di Tanah
Melayu (Sani, 2011).
39
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
Dengan adanya undang-undang dan peraturan baharu,
terdapat lebih kecenderungan untuk mengekang pergerakan
pekerja dalam menuntut hak-hak mereka daripada majikan dan
kerajaan. Namun walaupun demikian, terdapat pertambahan
pendaftaran kesatuan sekerja yang semakin rancak. Golongan
pekerja telah lebih arif dan faham akan hak-hak mereka dan
mereka menuntutnya kepada majikan-majikan dan seterusnya
memberikan tekanan kepada pihak kerajaan. Jadual 1.9
menunjukkan bilangan pekerja yang terlibat dengan mogok
dan kerugian waktu-bekerja mengikut tahun untuk tahun
1948 dan 1957. Pada ketika ini, banyak kesatuan sekerja telah
didaftarkan di seluruh Tanah Melayu, sekali gus bilangan
mogok dan tuntutan juga meningkat dengan mendadak.
Kerugian daripada aspek masa-bekerja dan bilangan pekerja
yang terlibat juga bertambah dan mencatatkan yang tertinggi
pada tahun 1956 dengan melibatkan 48,677 orang perkara
dan kerugian waktu-bekerja 562,125 hari/pekerja. Hal ini jelas
merugikan industri dan kerajaan tetapi hak-hak pekerja masih
tidak terbela sepenuhnya.
Jadual 1.9 Mogok – Bilangan Pekerja Terlibat dan Kerugian
Waktu-Bekerja, 1948 – 1957
Tahun Pekerja Terlibat Kerugian-waktu berkerja
1948 34,037 370,464
1949 2,292 5,390
1950 4,925 37,067
1951 7,454 41,365
1952 12,801 44,489
1953 7,524 38,957
1954 10,011 50, 831
1955 15,386 79,931
1956 48,677 562,125
1957 14,067 218,962
Sumber: Kementerian Buruh, Laporan Tahunan 1948-1957 (Azizan, 1985)
40
Sejarah Kesatuan Sekerja Tanah Melayu Sehingga Merdeka
Daripada aspek penyertaan kaum-kaum utama di Tanah
Melayu dalam kesatuan sekerja, memperlihat perubahan yang
amat baik dan tampak berkesan. Penglibatan kaum Melayu
telah meningkat dengan banyak daripada 13 peratus pada tahun
1949 dan 20.5 peratus pada tahun 1957. Namun, kesatuan
sekerja yang baharu ini banyak didominasi oleh kaum India
dengan 58 peratus daripada 222,073 orang yang terlibat dengan
kesatuan sekerja pada masa itu. Perkara ini jelas ditunjukkan
dalam Jadual 1.10. Dengan pertambahan ramai kaum Melayu
dalam kesatuan-kesataun sekerja, telah mengubah landskap
demografi dan politik kesatuan sekerja secara umum. Orang
Melayu dikatakan lebih mudah berunding dan bertolak ansur
dalam sesetengah aspek dan telah menjadi ejen penyatuan
dalam sesebuah kesatuan sekerja. Penglibatan ini juga seimbang
dengan tekanan majikan dan kerajaan agar fahaman-fahaman
berhaluan kiri tidak berkembang biak dalam kesatuan sekerja
seperti sebelumnya.
Jadual 1.10 Peratus Keahlian Kesatuan Sekerja Mengikut Kaum
1949 – 1957
Tahun India Cina Malayu Lain- Jumlah keahlian
lain kesatuan
1949 58% 24% 13% 5% 41,305
1950 58 26 12 54,579
1951 72 14 11 4 108,254
1952 69 15 13 3 127,846
1953 72 12 14 3 109,557
1954 65 15 18 2 113,470
1955 62 16 20 2 145,749
1956 62 16 21 2 232,174
1957 58 21 20.5 1 222,073
0.5
Sumber: Pendaftar Kesatuan Sekerja, Laporan Tahunan 1948-1957 (Azizan, 1985)
41
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
Kesimpulan
Kesimpulannya, kesatuan sekerja di Tanah Melayu yang wujud
sejak zaman pemerintahan British hingga merdeka pada 1957
pada awalnya didominasi oleh buruh imigran Cina, telah pun
berfungsi sebagai pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak
pekerja dalam pelbagai perkara khasnya berkaitan dengan
kebajikan pekerja. Pada ketika itu, akta ataupun undang-
undang yang berkaitan dengan kesatuan sekerja belum lagi
diperketatkan yang membenarkan kemasukan mana-mana
pihak dalam kesatuan sekerja lebih-lebih lagi semasa zaman
penguasaan PKM. Pihak komunis yang mahu menghapuskan
pemerintahan British di Tanah Melayu pada ketika telah
menggunakan kesatuan sekerja sebagai alat untuk menentang
British. Ahli-ahli komunis berjaya menyusup masuk ke dalam
kesatuan sekerja dan mempengaruhi pekerja-pekerja untuk
menuntut hak mereka dan menentang majikan atau pihak
yang tidak berlaku adil kepada pekerja. Walau bagaimanapun,
kejayaan ini tidak berpanjangan kerana akhirnya British
berjaya melemahkan kegiatan kesatuan sekerja yang militan,
dan menggantikannya dengan kesatuan sekerja yang lebih
bersesuaian dengan keperluan mereka di Tanah Melayu.
Jangka masa sejak penubuhan kesatuan sekerja hingga merdeka
menunjukkan kesatuan sekerja secara sistematiknya telah
berjaya dilemahkan dengan pelbagai dasar, undang-undang
dan peraturan oleh pemerintah British. Walau bagaimanapun,
secara tidak langsung gerakan kesatuan sekerja tetap
mendorong perasaan ingin bebas daripada penjajahan British
dalam kalangan pekerja, dan juga pejuang nasionalisme dalam
kalangan masyarakat Melayu yang dikatakan berhaluan kiri
ketika ini. Cuma, boleh dirumuskan, secara perlahan-lahan,
aktiviti kesatuan sekerja yang militan dan agresif berjaya
dipisahkan daripada kehidupan masyarakat umum semasa
zaman British, dan ini pada banyak keadaan kemudiannya
diteruskan oleh pemerintah selepas Tanah Melayu merdeka.
42
Sejarah Kesatuan Sekerja Tanah Melayu Sehingga Merdeka
Rujukan
Abdullah, A. N. (1984). Melayu dan Tanah: Tumpuan Khusus kepada
Tanah Simpanan Melayu. Petaling Jaya: Media Intelek.
Ali, S. H. (2018). A People’s History of Malaysia. Petaling Jaya:
SIRD.
Bahari, A. (1989). “Malaysian Trades Union Congress, 1949-
81; A Study of a National Labour Centre”, Ph.D Thesis,
University of Warwick.
Blythe, W. (1969). The Impact of the Chinese Secret Societies in Malaya:
Historical Study. London: Oxford University Press.
Chin, Y. F. (1984). “Chinese Female Immigration to Malaya
in the 19th and 20th Centuries”, dlm. HISTORIA. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.
Gamba (1962). The Origins of Trade Unionism in Malaya: A Study
Colonial Unrest. Singapura: Eastern University Press.
Ghazali, A. Z. (1984). “Kebangkitan Trengganu 1928”, dlm.
HISTORIA. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Great Britain. War Office, Title Railways of Malaya, Call Number
MAP G8031.P3 1943, Created/Published[London]: published by
War Office, 1943
Hamzah, R (1973). “Parti Komunis Malaya: Penubuhan,
Peranan dan Implikasinya” dlm. JEBAT. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Hanrahan, G. Z. (1974). The Communist Struggle in Malaya. https://
en.wikipedia.org/wiki/Indian_indenture_system https://sosialis.
net/2019/05/04/memperingati-g-a-ganapathy-pejuang-pekerja-
yang-ditakuti-penjajah/
Idrus, D. (1995). “Tanah dan Pertanian Orang Melayu Negeri
Sembilan, 1900-1940”. Master Thesis. University of
Malaya.
43
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
Idrus, D. (2001). “An Examination of the Contending Factors
Shaping the Role of the State in Malaysian Industrial
Relations”, Ph.D Thesis, University of Stirling.
Jomo, K. S. and Todd, P. (1994). Trade Unions and the State in
Peninsular Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Kennedy, J (2007). History of Malaya. Kuala Lumpur: S. Abdul
Majeed.
Khoo K. K. (1984). Negeri-negeri Melayu Pantai Barat 1850-1873:
Kesan Perkembangan Dagang terhadap Politik Melayu. Petaling
Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Khoo K. K. (eds.). (1984). Sejarah Masyarakat Melayu Moden.
Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia.
Li, D. J. (1982). British Malaya: An Economi Analysis. Kuala
Lumpur: INSAN.
Lim, T. G. (1976). Origins of a Colonial Economy. P. Pinang:
Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Lim, T. G. (1977). Peasants and Their Agricultural Economy
in Colonial Malaya: 1874-1941. Kuala Lumpur: Oxford
University Press.
Mfm M 2645-2648-Papers of Frederick W. Dalley (as filmed by
the AJCP) [microform]: [M2645-2648] 1920-1959./Series
DDA 14/File 5/Item (a)/
Morgan (1977). “The Rise and Fall of Malayan Trade Unionism,
1945-50”, dalam M. Caldwell dan Mohamed Amin (eds.),
Malaya: The Making of a New Colony. London Spokesman, ms.
150-198.
Sani, R.A (2011). Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu: Satu
Analisis Berkenaan Kesatuan Melayu Muda. Petaling Jaya: SIRD.
Survey of immigration/labour requirements- https://nla.gov.au/nla.obj-
1150491235/view
Stenson, M.R. (1970). Industrial Conflict in Malaya. Kuala Lumpur:
Oxford University Press.
44
Sejarah Kesatuan Sekerja Tanah Melayu Sehingga Merdeka
Vlieland, C.A. (1932). “British Malaya: A Report on the 1931
Census and on Certain Problems of Vital Statistics”.
London.
TRADE UNIONISM IN MALAYA, Supplement to Report Dated
September 1947, Labour Department, Malayan Union,
January 1948
Trade Unionism in Malaya, Department of Labour, Malayan
Union, 1947
Wilkinson, R.J.(eds.). (1971). Papers on Malay Subjects. Kuala
Lumpur: Oxford University Press.
Winstedt, R (1947). The Malays: A Cultural History. London:
Routledge & Kegan Paul Ltd.
45
BAB
DUA
DASAR-DASAR
KERAJAAN DAN
HUBUNGANNYA
DENGAN
KESATUAN
SEKERJA
Durrishah Idrus
Zulkifli Khair
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
KANDUNGAN BAB
Bab ini secara umumnya membicarakan
hubungan antara dasar-dasar kerajaan
dengan kesatuan sekerja. Tidak dapat
disangkal, penggubalan dasar-dasar
utama pembangunan negara Malaysia
amat berkait rapat dengan pertumbuhan
ekonomi, dan sering juga dikaitkan
dengan kepentingan negara. Dasar-
dasar pembangunan negara berfokus
pada meningkatkan pendapatan negara
dan mengurangkan jurang pendapatan
dalam kalangan rakyat. Atas tujuan
itu, kerajaan dilihat sentiasa cuba
menyelaraskan peranan kesatuan
sekerja agar tidak bertentangan dengan
aspirasi tersebut. Dasar kerajaan
Malaysia terhadap kesatuan sekerja
boleh dilihat menerusi undang-undang
dan peraturan yang dibentuk, serta
juga ucapan pemimpinnya. Peranan
kesatuan sekerja turut boleh diteliti
melalui sistem tripartite-nya, peranan
CUEPACS, MTUC serta kesatuan
majikan yang dilihat semakin ke depan
selaku kumpulan pendesak.
48
Dasar-dasar Kerajaan dan Hubungannya dengan Kesatuan Sekerja
Pendahuluan
Negara Malaysia, yang terdiri daripada Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak ialah sebuah negara demokratik yang pesat
membangun, mempunyai penduduk berbilang-bilang kaum
yang jumlahnya 32.7 juta pada 2021 (https://www.mycensus.gov.
my). Malaysia mempunyai sistem Raja Berperlembagaan mirip
negara Britain, iaitu pentadbiran yang diketuai oleh seorang
Perdana Menteri dan barisan kabinet beliau (Faruqi, 2008),
pasukan keselamatan negara yang setia (Harding, 1996), dan
bercita-cita menjadi negara maju yang asalnya ingin dicapai
pada tahun 2020 (Abd Hamid, 1995). Walaupun hasrat ini tidak
menjadi kenyataan pada tahun tersebut, Malaysia tetap fokus
untuk menjadi negara maju, dengan meningkatkan taraf hidup
rakyat, setanding negara-negara maju dunia. Pertubuhan Buruh
Antarabangsa (International Labour Organisation) menyokong
Agenda Pembangunan Lestari 2030 Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) dan menggariskan pencapaian matlamat
pertumbuhan ekonomi yang lestari dan pekerjaan yang wajar
(decent work) untuk semua pekerja di seluruh dunia (https://sdgs.
un.org/goals dan https://www.ilo.org/global/topics/decent-work/lang-
-en/index.htm). Bersesuaian dengan ini, didapati dalam dokumen
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030), iaitu dasar
pembangunan utama Malaysia pada hari ini ialah menyediakan
taraf hidup yang wajar (decent standard of living) kepada semua
rakyat Malaysia.
Dasar pembangunan utama Malaysia yang terkini ini
didefinisikan sebagai;
..iltizam untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara yang terus membangun secara mapan seiring
dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama
dan inklusif pada semua peringkat kumpulan
pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan.
Iltizam ini akan diteruskan ke arah mengukuhkan
kestabilan politik dan meningkatkan kemakmuran
49
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
negara serta memastikan rakyat bersatu padu tanpa
prasangka dengan meraikan kepelbagaian bangsa
dan budaya sebagai asas penyatuan negara bangsa.
(WKB 2030, 2019)
Objektif-objektif yang digariskan dalam WKB2030 melibatkan
beberapa perkara utama. Ia berhasrat untuk menstruktur semula
ekonomi ke arah yang lebih progresif, dengan berpaksikan ilmu
yang bernilai tinggi, yang melibatkan penyertaan masyarakat
yang menyeluruh di semua peringkat. Seterusnya, WKB
diharap akan menangani jurang ekonomi antara kumpulan
pendapatan dan etnik, dan ini masih berkait dengan fokus
dasar-dasar pembangunan Malaysia sebelum ini. WKB juga
akan menumpukan kepada pembangunan wilayah dan rantaian
bekalan untuk membela dan meningkatkan keupayaan rakyat
supaya tiada yang ketinggalan. Dasar terbaharu ini ingin tetap
menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu, makmur
dan bermaruah, seterusnya muncul sebagai paksi ekonomi
Asia. Jelaslah, seperti tercatat dalam dasar-dasar pembangunan
sebelum ini, WKB masih menyebut tentang Malaysia yang
mempunyai kepelbagaian masyarakat berbilang-bilang kaum,
perlu menjadi sebuah negara maju mengikut acuannya sendiri.
Apabila diperhalusi, matlamat WKB2030 ini tidak terlalu
berbeza dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru, 1971-1990
(DEB), Dasar Pembangunan Nasional, 1991-2000 (DPN),
Dasar Wawasan Negara, 2001-2010 (DWN), dan Model Baru
Ekonomi, 2011-2020 (MBE). Terdapat dua penekanan yang
konsisten yang menjadi inti pati dasar-dasar pembangunan
utama negara ini, iaitu Malaysia yang ekonominya mampan,
dan rakyatnya bersatu padu. Dua perkara ini sering diulang-
ulang oleh para pemimpin negara, iaitu ekonomi Malaysia
yang kukuh akan dapat dikongsi oleh rakyat Malaysia yang
berbilang-bilang kaum secara saksama, dan akan menjamin
Malaysia yang aman dan maju jaya. Oleh itu, kerajaan
Malaysia sejak merdeka pada 1957, tetap bertegas dalam
50
Dasar-dasar Kerajaan dan Hubungannya dengan Kesatuan Sekerja
meneruskan dasar-dasar pembangunan yang dikritik oleh
pemerhati dalam dan luar negara sebagai afirmatif (affirmative
action). Bermula dengan DEB pada 1971, Malaysia tidak sunyi
daripada mendapat kritikan pengkaji dan pemerhati dari dalam
mahupun luar negara sehingga ke hari ini (Harding, 1996;
Jomo dan Wee, 2014; Kua Kia Soong, 2001; Kua Kia Siong,
2020; Gomez, 1999). Terdapat juga pengkaji yang memberi
pandangan yang menyokong dan mempertahankan dasar-dasar
pembangunan Malaysia berdasarkan sejarah Tanah Melayu
dan Malaysia, yang tercatat dalam Perlembagaan Malaysia
(Mohd Rizal & Shamrahayu, 2015; Abd Manaf Haji Ahmad,
2009). Sungguhpun sering terdapat pandangan yang agak
bertentangan, antara yang menyokong dan menentang dasar-
dasar pembangunan kerajaan Malaysia yang afirmatif sifatnya
itu, terdapat juga pemikir yang bersifat neutral, dan mengambil
pendekatan praktikal bagaimana untuk menjayakan ekonomi
Malaysia, dan mencapai kemajuan untuk seluruh masyarakat
Malaysia (Lin See Yan, 2015).
Dasar-dasar Pembangunan Utama di Malaysia
Dasar-dasar pembangunan utama Malaysia seperti DEB, DPN,
DWN, MBE dan WKB menjadi teras kepada dasar-dasar lain
yang menjadi penyokong kepada dasar-dasar utama tadi.
Bermula dengan DEB, Malaysia terus membina rancangan-
rancangan pembangunan strategiknya, dengan matlamat-
matlamat yang seringnya tertulis dengan jelas. Dasar-dasar dan
Perancangan Strategik Malaysia ini terangkum dalam apa yang
disebut sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP),
yang merujuk kepada RRJP1; DEB (20 tahun), dan RRJP2: DPN
(10 tahun). Berserta dasar-dasar utama DEB, DPN, DWN, MBE
dan WKB ini, Malaysia mempunyai dasar-dasar yang lebih
spesifik, termasuklah dasar terhadap golongan pekerja yang
selalunya diberi takrifan yang lebih luas seperti “pembangunan
sumber manusia”, atau sekarang sering disebut sebagai “modal
insan”. Kementerian yang paling bertanggungjawab terhadap
51
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
hal ehwal kesatuan sekerja dan pekerja-pekerja di Malaysia
ialah Kementerian Sumber Manusia.
Dasar-dasar pembangunan utama Malaysia ini dipacu oleh
Rancangan Lima Tahun Malaysia, yang pada hari ini berada
dalam RMK-12 (2020-2025). Rancangan Lima Tahun ini telah
pun bermula sejak masih di bawah British lagi, iaitu setahun
sebelum Tanah Melayu merdeka (1956-1960). Harus diingat,
Tanah Melayu ketika ini telah pun berjaya mengadakan Pilihan
Raya Umum yang pertama pada 1955. Suasana Tanah Melayu
pada ketika itu lebih kepada usaha ke arah pencapaian merdeka
daripada British, dan menunjukkan keupayaan pemerintahan
sendiri, dengan menunjukkan kepada pentadbir British
ketiga-tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India dapat
bekerjasama. Matlamat Rancangan Malaya 1 adalah lebih
kepada pembangunan ekonomi dengan memajukan sektor luar
bandar dan mempelbagaikan sumber negara.
Pada 1961, Rancangan Malaya ke-2 bermula (1961-1965),
dengan matlamat utama yang hampir sama dengan matlamat
Rancangan Malaya 1, iaitu memajukan penduduk luar
bandar demi merapatkan jurang antara bandar dan luar
bandar. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
berharap dapat menaikkan taraf hidup penduduk luar
bandar, menggalakkan kepelbagaian tanaman pertanian, dan
mewujudkan perusahaan di luar bandar. Kemudahan sosial
untuk luar bandar juga dipertingkatkan, di samping kerajaan
cuba mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, dan
mengurangkan pergantungan terhadap makanan import. Pada
1956, kerajaan telah mewujudkan FELDA, iaitu Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land Development
Authority. Tujuan utama asalnya ialah membantu memindahkan
penduduk miskin ke kawasan penempatan tanah baharu, agar
mereka dapat membina hidup baharu yang lebih baik menerusi
perladangan, terutamanya kelapa sawit. Pada hari ini, FELDA
telah mengembangkan skop usahanya dengan mempelbagaikan
aktiviti dalam perniagaan dan pelaburan, yang turut menjadi
52
Dasar-dasar Kerajaan dan Hubungannya dengan Kesatuan Sekerja
perhatian dan kritikan umum juga (felda.gov.my/en). Sementara
pada 1965 pula, FAMA iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan atau Federal Agricultural Marketing Authority
pula ditubuhkan. Semasa inilah projek-projek FELDA
diperluaskan, dan usaha FAMA turut dipergiatkan untuk
membantu, terutamanya golongan berpendapatan rendah di
Malaysia (fama.gov.my/latar-belakang). Jelaslah, pada peringkat
awal kemerdekaan, fokus kerajaan amat bertumpu pada
merapatkan jurang kaya-miskin dan memberi bantuan yang
sesuai agar rakyat miskin mempunyai ruang untuk turut sama
mengembangkan ekonomi mereka.
Tiga tahun selepas tertubuhnya entiti Malaysia pada 1963, pada
1966 Malaysia memulakan Rancangan Lima Tahun Malaysia,
bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama (RMK-1)
(1966-1970). Jadual 2.1 menunjukkan keseluruhan Rancangan
Lima Tahun Malaysia, dengan Dasar Utama Malaysia dalam
kurungan (DEB, DPN, DWN, MBE dan WKB). Setakat ini
hanya ada dua RRJP, iaitu RRJP 1 (1971) dan RRJP 2 (1991),
dan nampaknya selepas itu kerajaan tidak lagi menyebut tentang
RRJP bagi Rancangan Malaysia seterusnya.
Jadual 2.1 Rancangan Lima Tahun Malaysia (1966-2025)
Rancangan Malaysia 1 1966-1970
Rancangan Malaysia 2 1971-1975 (DEB); (RRJP1)
Rancangan Malaysia 3 1976-1980
Rancangan Malaysia 4 1981-1985
Rancangan Malaysia 5 1986-1990
Rancangan Malaysia 6 1991-1995 (DPN); (RRJP2)
Rancangan Malaysia 7 1996-2000
Rancangan Malaysia 8 2001-2005 (DWN)
Rancangan Malaysia 9 2006-2010
Rancangan Malaysia 10 2011-2015 (MBE)
Rancangan Malaysia 11 2016-2020
Rancangan Malaysia 12 2021-2025 (WKB)
Sumber: Adaptasi penulis daripada pelbagai sumber
53
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
Semasa Rancangan Malaysia Pertama (RMK-1) berlaku
peristiwa berdarah perbalahan kaum, terutama antara orang
Melayu dan Cina pada bulan Mei 1969, selepas pilihan raya
1955, yang menyebabkan kerajaan Malaysia mengambil
langkah yang drastik dengan dasar afirmatif yang jelas. Kerajaan
telah memperkenalkan satu dasar pembangunan menyeluruh
yang diharapkan selepas 20 tahun akan dapat menunjukkan
pengurangan perbezaan ekonomi antara kaum di Malaysia.
Peristiwa yang dikenali sebagai 13 Mei 1969 itu menyebabkan
banyak nyawa terkorban, dan hubungan kaum menjadi amat
tegang, dengan perasaan tidak puas hati yang membara,
terutama antara kaum Melayu dan Cina. Oleh itu, atas desakan,
Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai Perdana
Menteri Malaysia yang pertama, diganti oleh timbalan beliau,
Tun Abd. Razak Hussein. Tun Razak menubuhkan Majlis
Gerakan Ekonomi Negara (MAGERAN), dan bermulalah satu
usaha pembentukan satu dasar pembangunan ekonomi negara
yang menyeluruh, yang diharap menjadi satu penyelesaian
kepada pertikaian ketidakpuasan hati rakyat pada waktu itu.
Tiga orang pengkaji yang terlibat secara langsung dengan
MAGERAN dan DEB telah menerbitkan sebuah buku yang
amat baik untuk diteliti oleh mereka yang berminat memahami
tentang satu dasar jangka panjang yang begitu memberi impak
kepada Malaysia hingga ke hari ini. Mereka ialah Just Faaland,
Jack Parkinson dan Rais B. Saniman yang menulis pada asalnya
dalam bahasa Inggeris, Growth and Ethnic Inequality: Malaysia’s
New Economic Policy, pada 1990, yang diterjemahkan ke dalam
bahasa Melayu pada 1991. Buku ini mengupas tentang DEB,
dan mengkaji secara mendalam kenapa dasar itu dibuat, dan
apakah harapan terhadap dasar struktural ini. Semasa DEB
berlangsung, terdapat empat Rancangan Lima Tahun Malaysia
berlangsung, iaitu RMK-2-RMK-5. Fokus Rancangan Lima
Tahun Malaysia sentiasa berpaksikan kekuatan ekonomi yang
perlu dipastikan untuk sebuah negara yang maju jaya, aman
dan bersatu sebagai satu bangsa Malaysia (Faaland, eds., 1990;
Comber, 1983; Tunku Abdul Rahman, 1987).
54
Dasar-dasar Kerajaan dan Hubungannya dengan Kesatuan Sekerja
Semasa DEB terdapat beberapa kesan utama terhadap
pembangunan dan gerakan kesatuan sekerja di Malaysia.
Antara yang jelas ialah kawalan terhadap penubuhan kesatuan
sekerja kebangsaan yang kuat, dan ruang yang ada diberikan
untuk menubuhkan kesatuan sekerja dalaman sahaja. Dasar
Pandang ke Timur yang dimulakan pada 1982 oleh Tun Dr.
Mahathir, menuntut pekerja Malaysia bekerja dengan penuh
setia, cekap dan menganggap majikan sebagai satu keluarga,
dan tidak menggalakkan pertikaian perusahaan secara terbuka.
Dasar ini sudah pun memasuki tahun ke-40 pelaksanaannya,
dan semasa kerajaan Pakatan Harapan menerajui Malaysia
selama 22 bulan dengan Tun Dr. Mahathir kembali selaku
Perdana Menteri Malaysia, dasar ini cuba dirancakkan semula.
Pada kemuncak pelaksanaannya, Dasar Pandang ke Timur
telah menyaksikan pelaburan besar kerajaan dalam pendidikan
tinggi dan latihan industri dua hala melibatkan dua negara,
Jepun dan Korea. Sungguhpun terdapat beberapa kelemahan,
dasar ini menampakkan kesungguhan Tun Dr. Mahathir selaku
Perdana Menteri untuk mengubah pandangan dan kepercayaan
umum, di mana daripada hanya berpaksi ke dunia Barat untuk
kemajuan dan kemodenan, dunia Timur, khususnya Jepun dan
Korea memiliki budaya, disiplin dan sikap terhadap kerja yang
jauh lebih baik dan sesuai.
Dalam masa yang sama, Malaysia mengorak langkah untuk
melaksanakan transformasi industri, dengan melabur dalam
industri berat. Terdapat tiga Dasar Perindustrian Negara
telah berlangsung di Malaysia (Industrial Master Plan – IMP)
bermula dengan IMP I (1986-1995), IMP II (1996-2005)
fasa ketiga; IMP III (2006-2020). Malaysia membelanjakan
peruntukan besar untuk projek-projek seperti kereta nasional
Proton Saga, dan perindustrian berat, demi melonjakkan nama
Malaysia agar beralih daripada negara pengimport kepada
negara pengeluar. Semua langkah ini, dengan pergantungan
terhadap pelabur langsung asing untuk membantu pembukaan
peluang pekerjaan yang luas, tidak mengizinkan suasana yang
menyebabkan pelabur lari dari Malaysia (Jomo dan Todd
55
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
1994; Ali, 1992; Idrus, 2001). Dalam erti kata lain, Malaysia
memerlukan suasana perhubungan perusahaan yang harmonis,
iaitu hubungan majikan-pekerja yang baik, yang sentiasa
menggalakkan kedatangan pelabur yang dalam masa sama
membuka peluang-peluang pekerjaan sebanyak-banyaknya
bagi penduduk tempatan (Idrus, 2001).
Sungguhpun DEB berakhir pada 1990, analisis terhadap
dasar-dasar utama pembangunan Malaysia seterusnya tetap
menunjukkan dua kepercayaan; pertama bahawa kaum
bumiputera masih ketinggalan dari sudut pencapaian ekonomi,
dan oleh itu, keadaan ini perlu diperbaiki menerusi dasar dan
perancangan strategik yang struktural, sehinggalah ia tercapai.
Seperkara lagi ialah tentang pentingnya perpaduan nasional,
yang dirasakan perlu bagi sebuah Malaysia yang maju dan
aman damai.
Ekonomi, Ekonomi, Ekonomi
Dengan meneliti setiap dasar utama Malaysia, jelaslah
penekanan terhadap kemajuan ekonomi dijadikan asas untuk
sebuah Malaysia yang progresif dan maju jaya.
Semasa RMK-2, peristiwa berdarah 13 Mei 1969 menyaksikan
dasar pembangunan ekonomi terbesar Malaysia, DEB
dilancarkan. Dasar ini merupakan formula jangka masa
panjang dalam menangani konflik dalam masyarakat, sekali
gus mendepani kesepaduan rakyat dalam negara. Pembasmian
miskin tegar dan pengurangan jurang pendapatan adalah
antara strategi ampuhnya. Dalam konteks sektor ekonomi,
sektor perindustrian yang menjadi semakin penting sementara
pertumbuhan sektor pertanian mengalami kemerosotan
(Mohd Nain & Bakri, 2018; Salih & Colyer, 2000). Seperti
DEB, DPN merupakan kesinambungan usaha mengurangkan
ketidakseimbangan ekonomi dalam konteks kaum dan wilayah,
menerusi penggubalan Rangka Rancangan Jangka Panjang
Kedua (RRJP 2) 1991-2000 (Pejabat Perdana Menteri, 1991).
56
Dasar-dasar Kerajaan dan Hubungannya dengan Kesatuan Sekerja
DWN cuba mewarnai Malaysia sewaktu memasuki abad ke-21
sambil meneruskan misi Wawasan 2020. Beberapa dasar baharu
muncul sewaktu fasa ini, termasuklah Rancangan Fizikal Negara
2005, Dasar Automotif Negara 2005, Dasar Bioteknologi
Negara 2005, Pelan Industri Perindustrian III 2006 dan Dasar
Teknologi Hijau 2009, dan konsep 1Malaysia 2009. Menurut
Buang dan Suryandari (2011), Dasar Pertanian Negara ke-3
(1998-2010) yang sezaman dengan DWN telah menempatkan
semula sektor pertanian sebagai enjin pertumbuhan ekonomi
negara, sekali gus mencerahkan semula prospek pembangunan
petani kecil Melayu.
Dasar MBE meletakkan negara maju berpendapatan utama
sebagai objektif utama. Hal ini cuba disokong dengan beberapa
polisi baharu seperti Rancangan Fizikal Negara II 2010, Dasar
Perumahan Negara 2011, Rancangan Fizikal Negara III
2016, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program
Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Ekonomi Utama
Negara (NKEA), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST), Pusat Transformasi Bandar
(UTC) dan BR1M, dan semuanya ini berteraskan gagasan
1Malaysia – “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.”
(Mohd Nain & Bakri, 2018).
WKB 2030 masih mempunyai banyak persamaan dengan
dasar-dasar sebelumnya. Hal ini dapat dilihat daripada
tiga tonggak utamanya iaitu Pembangunan Untuk Semua,
Menangani Jurang Kekayaan dan Pendapatan, serta Negara
Bersatu, Makmur dan Bermaruah. Ia disokong oleh tujuh teras
strategik iaitu Ekosistem Perniagaan dan Industri, Ekonomi
Pertumbuhan Ekonomi Utama, Modal Insan, Pasaran Buruh
dan Pampasan Pekerja, Kesejahteraan Sosial, Keterangkuman
Wilayah, serta Modal Sosial, manakala keberhasilan bumiputera
terangkum dalam semua teras strategik (Kementerian Hal
Ehwal Ekonomi, 2019).
57
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
Sektor perindustrian yang menjadi semakin penting sejak era
DEB dan selanjutnya diteruskan sewaktu era DPN, DWN, MBE
dan WKB pada hari ini telah mengubah landskap pekerjaan
dalam sektor ini. Lebih tepat lagi, ekonomi Malaysia mengalami
perubahan daripada ekonomi primer kepada ekonomi sekunder
dan kemudiannya beralih pula kepada ekonomi tertiari.
Dasar Pensyarikatan Malaysia yang dilancarkan pada 1983,
Dasar Penswastaan pada 1983 dan Pelan Induk Perindustrian
bermula 1986 antara lain telah memberikan momentum
yang penting kepada fenomena ekonomi tertiari seperti yang
berlaku pada hari ini. Momentum ini digandakan sewaktu
era DPN, antara lain menerusi Dasar Telekomunikasi Negara
1994 yang bergandingan dengan Koridor Raya Multimedia,
dan Pelan Induk Perindustrian II 1996. Sewaktu era DWN,
era milenia baharu, istilah k-ekonomi juga k-worker begitu
popular digunakan, manakala pembangunan modal insan
atau pembangunan sumber manusia semakin lebih berstruktur
dan dijadikan agenda utama nasional. Perlu ditegaskan di sini
semua dasar pembangunan yang menjadi pendokong kepada
dasar utama pembangunan Malaysia ini berlaku hampir
semuanya semasa pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
selaku Perdana Menteri Malaysia yang paling lama memerintah
(1981-2003).
Pembangunan sumber manusia di bawah label Pembangunan
Modal Insan diwartakan sebagai faktor kritikal bagi menjana
dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara, khususnya
menerusi tenaga kerja berkemahiran tinggi. Sewaktu era MBE,
empat bidang fokus telah diberi perhatian. Pertama, menambah
baik kecekapan pasaran buruh yang antara lain membabitkan
sistem upah dan produktiviti. Kedua, mentransformasi TVET
untuk memenuhi permintaan industri. Ketiga, memperkukuh
pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan kemahiran
dan keempat, menambah baik kualiti pendidikan untuk
meningkatkan hasil pelajar dan kecemerlangan institusi (Pejabat
Perdana Menteri, 2016).
58
Dasar-dasar Kerajaan dan Hubungannya dengan Kesatuan Sekerja
Semasa Tun Dr. Mahathir menerajui Malaysia, sikap beliau
terhadap peri pentingnya ekonomi Malaysia kekal kukuh dan
sering beliau tekankan pada setiap peluang dan ruang yang
beliau ada. Semasa berucap pada Perhimpunan Perpaduan
sempena Hari Pekerja 1991 beliau telah menegaskan tentang
beberapa perkara pokok. Pertama, ialah kegembiraan beliau
kerana buat kali pertama, perhimpunan golongan pekerja
melibatkan kerajaan, berbanding dengan sebelumnya
sambutan Hari Pekerja dibuat secara berasingan, seolah-olah
wujud permusuhan dan pertentangan antara kerajaan dengan
pekerja. Kedua, beliau menegaskan bahawa kerajaan Malaysia
yang merdeka amat menjaga golongan pekerja. Ketiga, beliau
menyebut tentang perlunya menjaga hak-hak majikan dan
pelabur juga agar ekonomi negara kekal baik, dan hubungan
industri dalam negara kekal harmonis. Keempat, beliau tidak
mahu kesatuan sekerja menjadi pihak pendesak semata-mata,
sebaliknya turut sama memastikan pekerja Malaysia produktif,
rajin, berdisiplin dan turut sama memastikan ekonomi negara
baik. Seterusnya kelima, beliau tidak mahu kesatuan sekerja
dipengaruhi oleh pihak luar, seperti semasa zaman penjajahan,
bilamana Tanah Melayu dipengaruhi pihak militan dan komunis
dengan pengaruh Karl Marx dan sosialis. Pada ketika ucapan
ini dibuat, beliau turut menyebut tentang kesatuan-kesatuan
sekerja negara maju yang cuba mempengaruhi pemimpin
kesatuan sekerja Malaysia (Jalaludin, 1991). Beliau menegaskan
kepada pemimpin kesatuan sekerja pentingnya untuk bersama-
sama kerajaan dan majikan mencapai Wawasan 2020, bahawa
negara Malaysia diiktiraf sebagai negara industri yang
maju. Perdana Menteri selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad
meneruskan dasar yang sama, iaitu penekanan terhadap
ekonomi mapan untuk memacu Malaysia kekal kompetetif, dan
mampu menyediakan kehidupan yang baik untuk semua rakyat
Malaysia.
Walaupun dasar-dasar pembangunan Malaysia tampak
komprehensif dan inklusif, namun kerajaan menerima kritikan
daripada pihak dalam dan luar negeri. Hal ini terutama apabila
59
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
fokus terhadap pencapaian ekonomi bermakna kawalan kepada
pergerakan pekerja yang lebih ketara dan agresif apabila pekerja
merasakan ada isu yang perlu diperjuang secara kolektif oleh
kesatuan sekerja. Kritikan dalaman selalunya oleh pemimpin-
pemimpin kesatuan sekerja, khususnya MTUC sendiri dan
NGO-NGO di Malaysia. Dari luar negara seringnya daripada
pihak ILO sendiri, yang tidak berpuas hati tentang keengganan
Malaysia meratifikasi beberapa konvensyen ILO, dan juga isu-
isu dengan migrasi dan kedudukan pekerja asing di Malaysia
(Kassim, 2012; Jomo dan Todd, 1994).
Dasar Kerajaan yang Konsisten terhadap Kesatuan
Sekerja
Menjelang kemerdekaan pada 1957, pemimpin Tanah Melayu
mengorak langkah untuk meningkatkan ekonomi negara.
Menghampiri merdeka, MTUC selaku wakil pekerja swasta
khususnya, telah turut terlibat dalam memberi saranan kepada
Suruhanjaya Reid, mengusulkan beberapa perkara berkaitan
isu-isu perburuhan dan mahukan kebebasan dalam berkesatuan,
serta agar kerajaan menubuhkan Public Services Commission
yang bebas daripada campur tangan politik, atau berat sebelah
berdasarkan kaum. Pada peringkat awal ambang kemerdekaan,
kerajaan yang baru tertubuh menjanjikan sokongan terhadap
MTUC.
Walau bagaimanapun seawal 1957, Perdana Menteri Tanah
Melayu merdeka yang pertama, dan Menteri Buruh dan
Kebajikan Awam berucap dan menegaskan pentingnya
kesatuan sekerja di negara ini yang “bertanggungjawab” dan
“kesatuan sekerja yang tulen”. Apa-apa yang dimaksudkan di
sini ialah kesatuan sekerja yang bebas daripada komunisme dan
ekstremis yang boleh mengganggu gerak kerja kerajaan. Malah
menerusi ucapan-ucapan Perdana Menteri, jelaslah kerajaan
mahukan sokongan penuh semua terhadap kerajaan, “jika
60
Dasar-dasar Kerajaan dan Hubungannya dengan Kesatuan Sekerja
benar-benar mereka setia kepada negara ini” (Idrus, 2001). Sejak
1957 lagi, Perdana Menteri sudah menegaskan peri pentingnya
bagi pelabur datang ke Tanah Melayu, dan masalah yang akan
muncul “sekiranya pekerja membuat masalah” (Josey, 1958).
Pada 1975, kerajaan Malaysia memperkenalkan Code of Conduct
for Industrial Harmony, sebuah dokumen terhasil daripada rasa
ketidakpuasan hati terhadap suasana hubungan industri di
Malaysia. Datuk Lee San Choon, Menteri Buruh dan Tenaga
Kerja berkata dalam mana-mana masyarakat pun wujud konflik
antara majikan dengan pekerja, apatah lagi dalam sebuah negara
demokrasi seperti Malaysia. Walau bagaimanapun, harapan
Malaysia ialah hubungan ini konstruktif. Oleh itu, dokumen
yang bersifat falsafah yang diharap menjadi landasan kepada
hubungan tripartite antara kerajaan, pekerja dan majikan ini telah
ditandatangani oleh tokoh-tokoh kesatuan sekerja Malaysia,
khususnya Dr. P. P. Narayanan, T. Narendran, termasuk Zainal
Rampak dari MTUC, dengan Tan Sri Senator Gan Teck Yow,
Tan Sri Senator S. O. K. Ubaidulla dan beberapa yang lain
mewakili Malayan Council of Employers Federation (MCEO).
Inti pati kod ini ialah prinsip-prinsip dan garis panduan yang
perlu diikuti oleh pekerja dan majikan di Malaysia untuk
sebuah hubungan perusahaan yang lebih harmonis. Kerajaan
berjaya mendapatkan komitmen kedua-dua pihak untuk
“berkorban” atau “berlebih kurang” pada keadaan-keadaan
yang memerlukan. Asas Rukun Negara dan kepentingan
masyarakat yang stabil diperingatkan kepada kedua-dua
belah pihak. Kedua-dua pihak dituntut untuk mencari kaedah
yang lebih baik dalam menyelesaikan sebarang pertikaian
perusahaan. Dalam erti kata lain, segala pertikaian diharap
diselesaikan meurut apa-apa yang terkandung dalam perjanjian
kolektif, dan sekiranya ini sukar dilakukan, maka perundingan,
konsiliasi dan arbitrasi perlu dilakukan sehabis daya. Semua
bentuk pertikaian terbuka seperti kekerasan, penganiayaan,
langkah mirip kepada mogok seperti go-slow dan sit-down turut
perlu dielakkan.
61
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
Di samping itu, pihak pengurusan dan pekerja perlu sentiasa
meningkatkan pengetahuan mereka tentang tanggungjawab
mereka terhadap satu sama lain. Majikan bagaimanapun tidak
boleh mengganggu hal ehwal kesatuan sekerja dan hak mereka
untuk berkesatuan. Mereka tidak boleh mendiskriminasi,
menghalang atau memaksa mana-mana pekerja yang membuat
kerja-kerja kesatuan yang sah, dan tidak sekali-kali menyalahkan-
gunakan autoriti mereka. Sementara di pihak kesatuan, mereka
mestilah tidak menyokong aktiviti negatif seperti cuai dalam
kerja, merosakkan harta benda, engkar perintah, dan campur
tangan dan mengganggu pengurusan dalam pentadbiran.
Satu yang pasti ialah sistem tripartite yang merupakan sistem
perundingan yang terbuka antara kerajaan, majikan dan pekerja
yang diwakili oleh kesatuan sekerja sektor awam dan swasta masih
wujud hingga ke hari ini. Dasar yang menggalakkan pertikaian
perusahaan diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan
antara majikan dengan pekerja juga kekal dipraktikkan hingga
ke hari ini. Akta-akta dan ordinan-ordinan yang menggariskan
hak, peraturan dan tindakan yang perlu berlaku, secara paling
minimum juga agak lengkap dan diguna pakai sehingga hari ini.
Beberapa pindaan terhadap akta-akta yang diwarisi ini berjaya
dilakukan, walaupun tidaklah pantas seperti yang diharapkan
oleh golongan pekerja dan juga majikan.
Berdasarkan bukti-bukti, kesatuan sekerja sektor awam lebih
bersedia dalam bertolak ansur dengan kerajaan (majikan
mereka), berbanding dengan kesatuan sekerja sektor swasta.
Berdasarkan bukti-bukti juga, semasa krisis ekonomi melanda
Malaysia, pekerja sektor awam kurang menghadapi risiko yang
berat, seperti pembuangan kerja, pemotongan upah, berbanding
dengan nasib pekerja sektor swasta. Namun, kesatuan sekerja
sektor swasta tetap mempamer hubungan yang baik dengan
kerajaan dalam beberapa kes pertikaian. Hal ini berkait juga
dengan personaliti pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja itu
sendiri, selain faktor-faktor lain.
62
Dasar-dasar Kerajaan dan Hubungannya dengan Kesatuan Sekerja
Dari awal lagi, dasar kerajaan terhadap kesatuan sekerja
adalah konsisten. Kerajaan Malaysia khususnya meneruskan
perundangan, dan dasar-dasar yang ditinggalkan kolonial
British. Harus diakui bahawa British telah meletakkan tanda
aras yang agak komprehensif dari sudut perundangan yang
mengandungi peraturan-peraturan asas yang perlu dipatuhi
majikan, dan menjadi asas dasar hubungan industri di Malaysia.
Antara akta yang utama yang menjaga hubungan dan hak
majikan pekerja ialah Akta Kerja 1955, Akta Kesatuan Sekerja
1959, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, dan bagi Sabah
dan Sarawak, Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak. Selain akta-
akta ini, terdapat beberapa lagi undang-undang diwujudkan
untuk memastikan sistem perhubungan perusahaan yang
harmonis di Malaysia, yang menjadi asas kepada ekonomi yang
progresif dan tanpa gangguan yang menyusahkan dasar- dasar
pembangunan Malaysia.
Akta-akta Utama dalam Menjaga Hubungan
Perusahaan Malaysia
Secara ringkas, Akta Kerja 1955, Akta Kesatuan Sekerja 1959,
Akta Hubungan Industri 1967, dan bagi Sabah dan Sarawak,
Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak merupakan undang-undang
utama yang menggariskan semua peraturan dan pendetailan
hak dan prerogatif majikan dan pekerja di Malaysia.
Akta Kerja 1955 meliputi peruntukan-peruntukan tentang
pekerja eksekutif, dan bukan eksekutif yang dilindungi di
bawahnya. Sungguhpun demikian, ia hanya terpakai di
Semenanjung Malaysia. Dalam akta ini, dan Akta Perhubungan
Perusahaan 1967, dinyatakan secara jelas definisi pekerja
iaitu seorang yang diambil bekerja di sektor swasta di bawah
satu kontrak perkhidmatan yang disebut kontrak pekerjaan.
Gaji bulanan pekerja adalah tidak melebihi RM1,500.00,
namun takrifan pekerja tetap terpakai jika beliau bergaji lebih
RM1,500.00, dengan syarat beliau bekerja sebagai buruh kasar,
63
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
atau penyelia kepada buruh kasar, juga sebagai pemandu, atau
mekanik kenderaan.
Akta ini satu perundangan yang amat penting kerana
menyediakan satu rangka kerja undang-undang yang
menyeluruh, meliputi soal pembayaran gaji pekerja, hari rehat,
cuti umum dan pemberhentian pekerja. Akta yang juga dikenali
sebagai Akta 265 ini telah dipinda sebanyak 11 kali, bertujuan
khas melindungi pekerja daripada eksploitasi majikan. Faedah-
faedah minimum terkandung secara terperinci, terpakai di
Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Akta Kesatuan Sekerja 1959, yang juga dikenali sebagai Akta
262 pula mengawal selia aktiviti kesatuan sekerja, dan perkara
yang berhubung dengan pertikaian kesatuan, penggunaan dan
pembekalan dana, penubuhan kesatuan sekerja, penubuhan
persekutuan kesatuan sekerja. Ia turut mengandungi kawalan
terhadap kuasa kesatuan sekerja, pegawai kesatuan sekerja, ahli
kesatuan sekerja dan pendaftar kesatuan sekerja.
Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang turut dikenali
sebagai Akta 177, bertujuan mengawal selia hubungan antara
majikan dengan pekerja dan kesatuan sekerja mereka. Antara
peruntukan yang terdapat dalam akta ini menghuraikan
proses tuntutan pengiktirafan dan skop perwakilan kesatuan
sekerja. Ia juga merangkumi peruntukan berkaitan kemudahan
perundingan kolektif yang berkesan antara kesatuan sekerja
dengan majikan, peruntukan tentang tindakan industri seperti
piket, mogok atau boikot. Seksyen 20 yang menyatakan tentang
tuntutan pengembalian pekerjaan adalah peruntukan yang
amat penting yang sering dirujuk oleh pekerja yang merasa diri
mereka teraniaya.
Baru-baru ini terdapat pindaan berjaya dilakukan terhadap
Akta Perhubungan Perusahaan. Pindaan ini dikatakan untuk
tujuan seperti berikut:
64
Dasar-dasar Kerajaan dan Hubungannya dengan Kesatuan Sekerja
i. meningkatkan dan memperluaskan perlindungan dan
kebajikan golongan pekerja di negara ini;
ii. untuk menambah baik sistem penyelesaian pertikaian
sedia ada bagi membolehkan pertikaian yang berlaku
diselesaikan dengan lebih berkesan dan pantas;
iii. untuk memastikan undang-undang perburuhan di
negara ini setara dengan standard antarabangsa yang
ditetapkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Pindaan ini telah pun berkuat kuasa pada 1 Januari
2021.
Antara pindaan yang membawa perubahan positif terus ialah
tiada lagi keperluan untuk kes dirujuk kepada Menteri Sumber
Manusia, kerana sekiranya runding damai tidak berjaya, kes
sudah boleh dirujuk terus ke Mahkamah Perusahaan.
Seterusnya, jika sebelum ini pekerja hanya boleh mewakili diri
sendiri, atau diwakili pegawai kesatuan sekerja sahaja, sekarang
pekerja dan majikan boleh melantik mana-mana individu,
kecuali peguam, untuk mewakili beliau dalam runding damai,
dengan syarat ada surat kebenaran pekerja dan dibenarkan
oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP). Pindaan ketiga,
kes mahkamah tetap boleh diteruskan walaupun pekerja yang
membuat aduan telah meninggal dunia. Selain itu, majikan
akan dikenakan penalti sekiranya lambat membayar pampasan,
dan kes Mahkamah Perusahaan boleh dibawa ke Mahkamah
Tinggi. Pindaan-pindaan ini semuanya memberi kebaikan yang
lebih terhadap golongan pekerja.
Sabah dan Sarawak pula masih terus menggunakan Ordinan
Buruh yang diwarisi daripada British. Walau bagaimanapun,
kerana terdapat beberapa peruntukannya yang agak lapuk,
beberapa pindaan telah juga dicadangkan dan dibuat.
65
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
Sistem Tripartite Kerajaan, Majikan dan Pekerja
Malaysia
Sistem perhubungan perusahaan ialah hubungan antara tiga
pelaku utama alam pekerjaan iaitu majikan, pekerja dan
kerajaan. Sistem tripartite ini dikatakan sistem terbaik dalam
memastikan hubungan di tempat kerja yang harmonis, yang
sentiasa dapat diselesaikan dengan baik menerusi perundingan
ketiga-tiga pihak ini (Dunlop, 1958; Jackson, 1994).
Kerajaan Malaysia mempunyai dan mengamalkan sistem ini
walaupun mungkin terdapat pengkritik yang mempertikaikan
keberkesanannya.
Menerusi beberapa majlis yang diwujudkan, sistem ini
mengekalkan konsultansi dengan persatuan dan kesatuan
majikan, serta dengan kesatuan sekerja sektor awam dan swasta.
Kerajaan Majikan Terbesar dan CUEPACS
Boleh dikatakan sentiasa wujud hubungan yang baik antara
kerajaan selaku majikan dengan CUEPACS dan ahli
gabungannya yang mewakili pekerja-pekerja sektor awam.
Tidak terdapat peristiwa yang benar-benar meletakkan kerajaan
dalam keadaan tertekan dan terdesak oleh tuntutan CUEPACS.
Jarang kedengaran CUEPACS menimbulkan sebarang tuntutan
yang menyebabkan kerajaan rasa tercabar. Banyak faktor
menyebabkan keadaan ini berlaku, dari permulaan penubuhan
CUEPACS, sehingga semasa Malaysia dilanda COVID-19
sekarang.
Semasa era Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana
Menteri, beliau sering menegaskan peri pentingnya kesatuan
sekerja yang menyokong kerajaan sepenuhnya. Seruan beliau
lebih ditekankan semasa Malaysia mengalami kemelesetan atau
krisis ekonomi. Ekonomi Malaysia menguncup dan bermasalah
pada awal 1980-an, 1997, dan 2008 dan terkini 2020. Sama ada
66
Dasar-dasar Kerajaan dan Hubungannya dengan Kesatuan Sekerja
masalah ekonomi ini disebabkan masalah domestik atau bersifat
regional atau global, CUEPACS sentiasa bersikap menyokong,
memihak kepada kerajaan, atau sekurang-kurangnya bersikap
memahami masalah atau krisis semasa kerajaan.
Pada awal 1980-an, pekerja sektor awam semuanya perlu
menandatangani Surat Aku Janji, satu dokumen menyatakan
kesetiaan dan memelihara nama baik tempat kerja dan
kerahsiaannya. Walaupun ini bukanlah asing, kerana di sektor
swasta juga profesionalisme dan kesetiaan dengan majikan
dituntut, namun ia sedikit berbeza di sektor awam. Pekerja
sektor awam secara umumnya tidak akan mengkritik kerajaan
secara keras, tidak akan menulis dan bercakap terbuka tentang
kelemahan kerajaan, dan sentiasa mencari jalan terbaik
menyelesaikan sesuatu isu.
Secara perbandingan dengan MTUC, CUEPACS sering
beralah dan pemimpinnya akan menyeru semua pekerja
bersabar ketika kerajaan menghadapi krisis ekonomi. Apabila
keadaan baik, tuntutan CUEPACS lebih berhemah, dan
seringnya kerajaan akan membalas tuntutan dengan ganjaran
yang dirasai semua penjawat awam.
Telah terbukti semasa krisis ekonomi, seperti keadaan semasa
tahun 2020 hingga 2021 bahawa Malaysia berhadapan
pandemik COVID-19, kedudukan penjawat awam lebih
terjamin, dan kerana majoriti penjawat awam memilih bersara
dengan berpencen, keadaan mereka tidaklah seburuk pekerja
sektor apabila bersara tanpa pencen.
Hubungan Pahit-Manis Kerajaan Malaysia dengan
MTUC
MTUC masih dianggap sebagai wakil suara pekerja Malaysia,
khususnya pekerja sektor swasta, yang merupakan kumpulan
pekerja terbanyak di Malaysia. Walau bagaimanapun,
67
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
terdapat sudut pandangan yang menyatakan MTUC tidak
mempunyai kuasa atau autoriti yang besar dan berkesan dalam
mempertahankan kepentingan pekerja. Terdapat beberapa
bukti yang mengukuhkan pandangan ini.
MTUC bukanlah sebuah kesatuan sekerja, sebaliknya sebuah
badan yang bernaungnya kesatuan-kesatuan sekerja, kerana ia
didaftarkan di bawah Akta Persatuan. MTUC juga dikatakan
lahir setelah semua kesatuan sekerja yang berpengaruh pada
1940-an berjaya dilemahkan oleh pemerintah British melalui
paksaan, undang-undang, tekanan, hukuman dan buang negeri.
Sehingga hari ini, jumlah pekerja yang berdaftar sebagai ahli
kesatuan sekerja tidak pun mencapai 10 peratus daripada
jumlah seluruh pekerja di Malaysia. MTUC tidak berjaya untuk
menghalang peruntukan-peruntukan undang-undang berkaitan
kesatuan sekerja di Malaysia yang menghalang kesatuan
sekerja kebangsaan, sebaliknya menggalakkan kesatuan sekerja
dalaman sahaja. Kesatuan sekerja diklasifikasikan menurut
bidang pekerjaan, jenis pekerjaan dan industri, dan ini berjaya
menjadikan kesatuan itu kecil dan kurang kuasa desakan yang
mewakili pekerja dalam jumlah yang jauh lebih besar. Tindakan
perusahaan seperti mogok dan piket sebagai menandakan
kekuatan kesatuan sekerja dalam menunjukkan sokongan
kepada isu-isu penindasan pekerja hampir tiada di Malaysia.
Penyelesaian isu-isu pekerja sering diselesaikan menerusi
timbang tara, konsiliasi, perundingan langsung antara majikan-
pekerja yang diuruskan oleh Kementerian Sumber Manusia.
Pengurusan sumber manusia, satu cabang pengurusan yang
semakin diterima di seluruh dunia, telah dibenarkan menjadi
pengganti kesatuan sekerja dalam isu di tempat kerja.
Kesatuan sekerja seharusnya turut berubah pantas mengikut
tuntutan semasa. Ini pada mata kasar tidak kelihatan, sama
ada dari sudut kepimpinan dan perubahan teknologi yang
mendokong pantas dan berkesannya sesuatu pengaruh atau
tindakan. Jika diteliti website MTUC, secara perbandingan
dengan website MEF dan FMM, nyatalah kedua-dua badan
68
Dasar-dasar Kerajaan dan Hubungannya dengan Kesatuan Sekerja
MEF dan FMM jauh meninggalkan MTUC dengan website
yang dikemaskini.
Secara perbandingan MTUC dengan CUEPACS, ternyata
ahli CUEPACS berada pada kedudukan yang jauh lebih
baik. Walaupun tidak mempunyai hak perundingan kolektif,
hubungan baik CUEPACS dengan kerajaan terbukti, terutama
dalam tuntutan-tuntutan CUEPACS.
Usaha MTUC dalam beberapa tuntutan bukanlah langsung
tidak berhasil. Antaranya kejayaan mendapatkan kerajaan
bersetuju dengan Dasar Gaji Minimum yang telah diperjuangkan
sejak sekian lama (Idrus, 2001), akhirnya berjaya juga (http://
minimumwages.mohr.gov.my/index. php/ms/informasi-gaji-minimum/
m-dasar-gaji-minimum), walaupun mungkin tidak sepenuhnya
memuaskan hati pemimpin-pemimpin MTUC. Perdebatan
juga berlaku dalam isu pindaan terhadap Akta Kesatuan Sekerja
1959, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kerja 1955
sehingga menimbulkan polemik antara menteri Kementerian
Sumber Manusia dengan Setiausaha Agong MTUC, apabila
MTUC merasakan mereka dan MEF tidak dirujuk sebelum
pindaan dibawa ke Parlimen untuk diluluskan(https://www.
bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/615718/kulasegaran-
nafi-tak-rujuk-mtuc-pinda-akta-perburuhan).
Kerajaan juga tidak berpuas hati apabila dalam beberapa isu,
MTUC memilih untuk memanjangkan perkara ke PBB, atas
dakwaan kerajaan mengenepikan konvensyen ILO dalam
menghidupkan sistem tripartite.
Kesatuan Majikan Selaku Pendesak
Walaupun tidak banyak ditulis dan dikaji, kumpulan majikan
merupakan pasukan pendesak yang agak berjaya di Malaysia.
Dengan disokong dasar-dasar kerajaan yang proekonomi,
golongan majikan berada pada kedudukan lebih baik
69
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
berbanding dengan pekerja dan kesatuan sekerja. Kerajaan
memang percaya ekonomi penting dan sektor swasta memang
diharap menjadi tunjang ekonomi yang hebat dan progresif,
maka suara mereka ini sebenarnya amat penting dan sering
didengar.
Jika diteliti dengan lebih halus, suara Malaysian Employers
Federation (MEF) dan Federation of Malaysian Manufacturers
(FMM) didengar semasa perundingan-perundingan antara
ketiga-tiga pihak dalam isu-isu utama seperti isu gaji minimum.
Gaji minimum kebangsaan hanya dicapai pada 2013 walaupun
tuntutan terhadapnya telah berlaku begitu lama (Idrus, 2001;
Kementerian Sumber Manusia).
Kesimpulan
Dasar-dasar utama pembangunan di Malaysia ialah asas kepada
pendekatan kerajaan terhadap dasar-dasar yang lain. Sebagai
sebuah negara yang amat ingin tersenarai sebagai negara
maju, Malaysia telah mengaplikasikan dasar-dasar yang boleh
membawa tercapainya matlamat tersebut. Beberapa turning
points dalam sejarah Malaysia, seperti peristiwa 13 Mei 1969, dan
kemelesetan-kemelesetan ekonomi, menjadi sebab yang kuat
untuk kerajaan melaksanakan dasar-dasar pembangunan yang
sesuai yang memberi impak kepada pergerakan kesatuan sekerja
Malaysia. Kehadiran pengurusan sumber manusia sebagai satu
alternatif kepada kesatuan sekerja telah dialu-alukan, apatah
lagi Malaysia amat bergantung pada pelaburan langsung asing
untuk ekonomi yang rancak dan menguntungkan, yang turut
membuka lebih banyak peluang-peluang pekerjaan kepada
rakyat Malaysia.
Dalam senario keperluan Malaysia untuk berjalan seiring
dengan negara maju, namun dalam masa yang sama menjaga
kestabilan politik negara, dasar-dasar pembangunan jelas
menunjukkan kerajaan kadang kala terpaksa mengambil
70
Dasar-dasar Kerajaan dan Hubungannya dengan Kesatuan Sekerja
langkah yang kelihatan kepada masyarakat antarabangsa
yang inginkan kebebasan tanpa sempadan, sebagai
mengekang kebebasan kesatuan sekerja Malaysia. Dasar-dasar
perhubungan perusahaan, khususnya yang melibatkan majikan
dan pekerja di sektor swasta, jelas menunjukkan kerajaan
sentiasa memastikan kelancaran kegiatan ekonomi tidak
akan dijejaskan oleh tindakan-tindakan perusahaan seperti
mogok atau piket. Penubuhan kesatuan sekerja dalaman lebih
digalakkan apatah lagi dengan dasar perindustrian Malaysia,
dan ini memberi implikasi langsung terhadap gerakan pekerja,
dan diperlihatkan melalui undang-undang dan peraturan serta
praktisnya, sebagaimana telah dibincangkan.
Mungkin antara pencapaian penting dan utama usaha giat
kesatuan sekerja Malaysia ialah kesetujuan kerajaan terhadap
Dasar Gaji Minimum dan pindaan terkini terhadap Akta
Perhubungan Perusahaan 1967.
Dua perkara yang paling ketara dan dipertahankan hingga ke
hari ini ialah kepercayaan dan komitmen kerajaan terhadap
kemakmuran ekonomi rakyat, dan rakyat Malaysia yang tetap
bersatu padu. Walaupun terdapat begitu banyak kritikan dan
pandangan negatif terhadap pendekatan kerajaan Malaysia
ini, hingga ke hari ini kaedah ini masih terpakai, dan tidak
nampak akan segera berubah. Hal ini mungkin diteruskan,
sehingga Malaysia mencapai takrifan negara maju, dan indeks
kepuasan hati dan kegembiraan rakyat Malaysia pada tahap
yang memuaskan hati.
Rujukan
Abdul Rahman, T. (1986). Political Awakening. Petaling Jaya:
Pelanduk Publications.
Ali, A. (1992). Malaysia’s Industrialization Strategy: The Quest for
Technology. Singapura: Oxford University Press.
71
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
Aminuddin, M. (2014). Human Resource Management: Principles
and Practices. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Ang, L. (1996). Flexible Wage System: Concept and Implementation.
Petaling Jaya: Pelanduk Publications.
Asian Development Bank (1991). Industrialization in Rural
Malaysia: Lessons for Policy and Strategy from Selected States.
Manila: Asian Development Bank.
Bean, R. (1994). Comparative Industrial Relations: An Introduction to
Cross-National Perspectives. London: Routledge.
Buang, A. & Suryandari, R.Y. (2011). “Dasar Wawasan Negara
dan prospek pembangunan petani kecil Melayu”, dlm.
Geografia, 7(2), 55-64.
Comber, L. (1983). 13 May 1969: A Historical Survey of Sino-Malay
Relations. Petaling Jaya: Heinemann Educational Books
(Asia) Ltd.
Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia (1994). Kuala Lumpur:
INTAN.
Dasar-dasar Utama Kerajaan Malaysia (1990). Kuala Lumpur:
INTAN.
Embong, A. R. (eds.) (2007). Social Science and Malaysian National
Development. Bangi: Persatuan Sains Sosial Malaysia.
Faaland J., Parkinson, J. Rais Saniman (eds.) (1991). DEB:
Pertumbuhan dan Ketaksamarataan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Faruqi, S. S. (2008). Document of Destiny: The Constitution of the
Federation of Malaysia. Malaysia: Star Publications (Malaysia)
Berhad.
George, K. (2009). In Pursuit of Fair Play: Reminiscences of a
Malaysian Trade Unionist. Petaling Jaya: SIRD.
Ghosh B. N., Muhammad Syukri Salleh (eds.) (1999). Political
Economy of Development in Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan
Publications and Distributors Sdn. Bhd.
72
Dasar-dasar Kerajaan dan Hubungannya dengan Kesatuan Sekerja
Goh Chen Chuan (2003). Panduan kepada Akta Pekerjaan dan
Undang- Undang Buruh Malaysia: Untuk Majikan dan Pekerja.
Petaling Jaya: Leeds Publication.
Gomez, E.T., Stephens, R. (2003). The State, Economic Development
and Ethnic Co-Existence in Malaysia and New Zealand. Kuala
Lumpur: CEDER University Malaya.
Harding, A (1996). “Law, Government and the Constitution in
Malaysia” Malayan Law Journal.
Hilley, J (2001). Malaysia: Mahathirism, Hegemony and the New
Opposition. London: Zed Books.
Idrus, D. (2001). An Examination of the Contending Factors Shaping the
Role of The State in Malaysian Industrial Relations. UK: Stirling
University.
Jalaludin. J. (1991). Wawasan 2020: Aspek Politik dan Sosial. Kuala
Lumpur: Arena Ilmu.
Jomo K.S. and Gomez, E.T. (1999). Malaysia’s Political Economy:
Politics, Patronage and Profits. UK: Cambridge University Press.
Jomo K.S. and Todd, P (1994). Trade Unions and The State in
Peninsular Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Jomo, K,S. (eds.). (1998). Tigers in Trouble: Financial Governance,
Liberalisation and Crises in East Asia. London: Zed Books Ltd.
Jomo, K.S. and Wee, C.H. (2014). Malaysia @ 50: Economic
Development, Distribution and Disparities. Petaling Jaya: SIRDC.
Kassim, A. (2012). Dasar Pekerja Asing Malaysia: Perlunya Anjakan
Paradigma. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kua K.S. (2001). People Before Profits: The Rights of Malaysian
Communities for Development. Petaling Jaya: SIRD & SUARAM.
Lin See-Yan (2015). The Global Economy in Turbulent Times.
Singapura: John Wiley & Sons.
Malaysia Kita (1991). Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Kuala Lumpur.
73
Perkembangan dan Isu-Isu Kesatuan Sekerja di Malaysia
Model Baru Ekonomi untuk Malaysia Bahagian Akhir (2010). Majlis
Penasihat Ekonomi Negara (MPEN).
Mohamad, M. (2011). A Doctor in the House. Petaling Jaya: MPH
Group Publishing Sdn Bhd.
Mohamad, M. (1986). The Challenge. Petaling Jaya: Pelanduk
Publication.
Mohd Nain, A.S. & Bakri, N. (2018). “Pembangunan Ekonomi
di Malaysia” dlm. Dinamika Malaysia (ed. Ahmad Shukri
Mohd Nain, Fadilah Zaini, Hashim Fauzy Yaacob, Kassim
Thukiman & Mohd Azhar Abd Hamid). Sekudai: Fakulti
Pengurusan UTM.
Nankervis, A., Compton, R. & Baird, M. (2008). Human Resource
Management Strategies and Processes. Victoria: Thomson.
Pejabat Perdana Menteri b (1991). Perspektif Wawasan 2020.
Diakses daripada https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/
Dasar/22PERSPEKTIF_WAWASAN_2020.pdf pada 18 Jun
2021.
Pejabat Perdana Menteri (1991). Dasar Pembangunan Nasional.
Diakses daripada https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/
Dasar/08DASAR_PEMBANGUNAN_NASIONAL.pdf pada 18
Jun 2021.
Pejabat Perdana Menteri c (1991). Pembangunan Modal Insan.
Diakses daripada https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/
Dasar/ Pembangunan-Modal-Insan.pdf pada 18 Jun 2021.
Salih, T. & Colyer, D. (2000). “A Case Study of Structural
Transformation, Trades and Poverty in Malaysia’s
Socioeconomic Development, 1960-95.” dlm. International
Journal of Commerce and Management, 10(1), 24-47.
Stone, J.S. (2008). Human Resource Management. Australia: John
Wiley & Sons Ltd.
Wad, P. (2015). “Revitalizing the Malaysian Trade Union
Movement: The Case of the Electronic Industry”, dlm.
Journal of Industrial Relations.
74