AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN NEGERI SEMBILAN NOTA RUJUKAN
CONTINUOUS TREATMENT
EDUCATION
(CTE) N9
DrHB/ AADKN9/2022 1
KANDUNGAN
RELAPSE TERAKHIR
UJIAN SARINGAN ASSIST
KEPULIHAN AWALAN
(EARLY RECOVERY)
PENCEGAHAN RELAPSE
(RELAPSE PREVENTION)
SOKONGAN SOSIAL
(SOCIAL SUPPORT)
TERAPI PASANGAN/KELUARGA
PERJUMPAAN 12-LANGKAH
(12 STEPS MEETING)
LDK - PSIKOSOSIAL
DrHB/ AADKN9/2022 2
MUTIARA KATA 3
Bismillahirrahmanirrahim
Puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah Azza Wajalla yang
memberi nikmat kehidupan kepada setiap mahkluk ciptaanNya. Selawat
dan Salam kepada Rasul Junjungan Nabi Muhammad SAW.
▪ Kompilasi nota rujukan Continuous Treatment Aducation
Rawatan & Pemulihan Dalam Komuniti merupakan
dokumentasi ilmu pengetahuan, kemahiran dan aplikasi
pegawai pemulihan AADK Negeri Sembilan dalam
mengendalikan program dan aktiviti Rawatan & Pemulihan
dalam tempoh 24bulan hingga 36 bulan. Selaras dengan
tempoh perintah mendapatkan Rawatan dan Pemulihan di
bawah seksyen 6(1)(b) Akta Penagih Dadah ( Rawatan &
Pemulihan) 1983.
▪ Tujuan Modul Aplikasi ini sebagai rujukan, garis panduan
dan penanda aras proses pengurusan dan pengendalian
Program Rawatan dan Pemulihan kepada klien.
▪ Kompilasi pengalaman dan kemahiran dalam
mengendalikan klien telah dilakukan “try and error”,
pengubahsuaian serta penambahbaikan yang dilakukan
secara kolektif sama ada melibatkan warga kerja mahupun
klien. Usaha-usaha ini akan berterusan sepanjang masa tanpa
had tempoh bagi memastikan keperluan kepulihan klien
sentiasa dipenuhi.
▪ Besarlah harapan agar Nota Rujukan CTE N9 ini dapat
memenuhi ekspektasi dan memenuhi harapan, dengan
penuh akauntabiliti dan integriti dalam penyampaian
perkhidmatan Rawatan & Pemulihan yang terbaik bagi
memastikan kepulihan klien keutamaan kami.
Terima kasih kepada semua, dalam melancarkan pelaksanaan
Program Rawatan dan Pemulihan di Negeri Sembilan.
Ikhlas daripada kami,
Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sembilan
2021/2022
DrHB/ AADKN9/2022
OBJEKTIF MODUL
PENGENALAN
AADK mengorak langkah melaksanakan anjakan
berganda terhadap pendekatan rawatan dan pemulihan
kepada lebih berstruktur dan sistematik, berkonsep
terbuka, prihatin, mesra, teraputik, multiprogram serta
mampu memenuhi keperluan kepulihan klien secara
komprehensif.
Pendekatan ini diterjemahkan secara holistik dengan
amalan-amalan psikososial sebagai inspirasi kepada
perkhidmatan yang lebih bersifat humanistik dan
teraputik terhadap kepulihan klien dan dirasai oleh klien
sendiri, keluarga dan masyarakat.
Penghasilan dokumentasi nota rujukan CTE ini
bertujuan membantu para pegawai pemulihan dalam
melaksanakan program Rawatan lebih berkesan
berdasarkan kepada pengalaman dan perkongsian ilmu
secara formal mahupun secara tidak formal.
Ia selaras dengan perubahan senario dadah semasa dan
profil klien. Khususnya dadah jenis Amphetamin Types
Stimulant (ATS) seperti syabu, pil kuda, ketamin dan
lain-lain jenis dadah. Paling membimbangkan ialah
pattern pengambilan dadah semua jenis dadah yang
dikenali sebagai polydrug atau cocktail drug kerana kesan
dan keparahannya sangat kronik.
DrHB/ AADKN9/2022 4
PSIKOSOSIAL
Program psikososial diberikan kepada klien bertujuan
untuk mengubah tingkahlaku penagihan, memberi
kemahiran mencegah relapse, pengetahuan berkaitan
kepulihan dan memberi keyakinan kepada klien agar
dapat kembali berfungsi seperti yang diharapkan.
Program pemulihan yang diberikan diatur secara
komprehensif berdasarkan treatment plan dan tempoh
rawatan berdasarkan penilaian yang telah dilakukan di
awal penyertaan dalam Rawatan & Pemulihan.
Nota CTE ini berpaksikan Cognative Behavioral Therapy
(CBT) serta adopt dan adapt dari awalnya daripada
Matrix Manual, membentuk Modul Cure & Care Sg
Besi (2012) Kemudian dinilai semula dan ditambahbaik
dari aspek pengisian dan pelaksanaan berdasarkan
kepada kajian ilmiah serta pelaksanaan yang berulang-
ulangkali oleh pegawai-pegawai pemulihan.
Input-input dan tatacara pelaksanaan modul ini
menjadi satu panduan kepada proses persediaan
pegawai-pegawai pemulihan dalam mengendalikan
sesi-sesi mengikut tempoh dan keperluaan kepulihan
klien.
DrHB/ AADKN9/2022 5
“Relapse Terakhir”
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
NEGERI SEMBILAN DrHB/ AADKN9/2022 6
PENAGIHAN DADAH 7
Penagihan dadah merupakan sindrom psikologi, mental
dan tingkah laku yang berkait rapat dengan
kebergantungan serta keinginan yang kuat untuk
menggunakan dadah (Baron & Lamb 2016).
Ramai pengkaji mengkaitkan dan mengkategorikan
penagihan dadah sebagai penyakit biopsikososial yang
melibatkan aspek biologikal, psikologikal dan
sosiologikal seseorang individu yang mengambil dadah
(Brooks & McHenry 2009; Fisher & Harrison 2013; Park,
Meltzer-Brody & Suzuki 2012). Kini difokus juga kepada
aspek spiritual yang telah dikenalpasti.
Penagihan dadah dimanifestasikan secara klinikal kepada
tingkah laku kompulsif khususnya cara mendapatkan
dan menggunakan dadah, menghadapi masalah gian
(craving) dan seterusnya terlibat dengan penagihan
berulang (relapse) selepas melalui sesuatu tempoh
kepulihan (abstinence) (Thomas 2010).
Understanding That Addiction Is A Disease Of
Relapse
Relapse is defined as a deterioration of a person’s state after
a temporary improvement. If an addiction skirts around the
harmful consequences, then there’s actually less of a
perceived problem or no problem at all. For example, if
someone else constantly picks up the broken pieces left by
substance abuse, consequently there will be less of a chance
for enlightenment or recovery.
DrHB/ AADKN9/2022
PENAGIHAN DADAH
Implikasi daripada proses yang berulang-ulang ini,
penagihan dadah dianggap sebagai penyakit kronik
berulang (chronic relapsing disorder) yang mempunyai ciri-
ciri yang boleh mengubah kognitif, motivasi dan emosi
(Verdejo et al. 2004; Scott, Dennis & Fros 2005; Fernandez
et al. 2010) individu yang terlibat.
Menurut Conyers (2009), penagihan dadah merupakan
satu penyakit:-
• Cuba menafikan (denial).
• Mengelak diri daripada mengalami emosi
negatif.
• Mengelak untuk berhadapan dengan realiti.
• Mengelak daripada berrtanggungjawab
terhadap kehidupan mereka.
Understanding That Addiction Is A
Disease Of Relapse
Addiction can be hard to understand for
an outsider and just as hard from the
perspective of a person with the
addiction. “Addiction is defined as a
chronic, relapsing brain disease that is
characterized by compulsive drug seeking
and use, despite harmful consequences. It
is considered a brain disease because
drugs change the brain; they change its
structure and how it work.” Addictions
can lead to further problems “resulting in
a failure to fulfill major role obligations
at work, school, or home” (NIDA).
DrHB/ AADKN9/2022 8
PENAGIHAN DADAH
Matlamat utama dalam memberikan rawatan dan
pemulihan kepada penagih dadah ialah apabila
mereka berupaya berhenti daripada tabiat penagihan
seterusnya kembali berfungsi dan menjadi individu
yang produktif kepada diri sendiri, keluarga, tempat
kerja dan masyarakat.
Kajian mendapati, PROGRAM Rawatan dan
Pemulihan dadah merupakan faktor penting untuk
kepulihan seseorang klien.
Maka dalam proses kepulihan, sokongan sosial juga
amat penting dalam menyokong dan meningkatkan
motivasi klien bagi meneruskan program Rawatan &
Pemulihan
Pengguna
Penyalahguna
Penagih
Keluarga/ co-dependent Masyarakat
DrHB/ AADKN9/2022
9
DrHB/ AADKN9/2022 10
PENGENALAN RELAPSE
Komponen dalam pencegahan relapse berdasarkan
kepada punca relapse dan faktor mengurangkan
risiko relapse. Relapse ialah kembali menggunakan
dadah atau bahan dalam tempoh pulih selepas
menjalani rawatan & pemulihan.
Pakar pencegahan relapse percaya pencetus kepada
relapse bukan sahaja disebabkan ketagihan fizikal.
Mereka yang menggunakan dadah boleh terjebak
semula disebabkan oleh emosi negatif seperti
tekanan, keresahan, ketakutan, kemarahan, kecewa,
desakan sekeliling dan konflik dalaman. (Marlatt, &
Gordon, 1985, 2005).
Menurut G. Alan Marlatt
(2005), penagihan relapse akan
berlaku apabila individu
kembali kepada sikap dan
tingkah laku yang sama seperti
mana semasa mereka
menggunakan dadah dahulu,
selepas berhenti dalam tempoh
tertentu.
DrHB/ AADKN9/2022 11
TANDA-TANDA AWAL RELAPSE
▪ Relapse tidak bermakna anda telah gagal dalam
pemulihan.
▪ Tidak bermakna anda harus berputus asa sama sekali.
▪ Jadikan situasi ini sebagai pengalaman belajar dan
gunakannya sebagai apa yang tidak boleh dilakukan
sepanjang pemulihan anda.
▪ Walaupun kebanyakan orang melihat relapse sebagai
impulsif.
▪ Namun terdapat banyak tanda-tanda peringatan yang
memberi isyarat bahaya kemungkinan akan berlakunya
relapse.
▪ Berdasarkan kepada kajian, 40-60% individu yang
dalam kepulihan akan mengalami cabaran relapse
dalam kehidupannya sekurang-kurangnya SEKALI.
EMOSI
MENTAL
FIZIKAL
DrHB/ AADKN9/2022 12
3 PERINGKAT RELAPSE
Terdapat tiga peringkat iaitu Relapse Emosi,
Relapse Mental, dan Relapse Fizikal.
EMOSI Individu mengalami emosi negatif. Ketika
ini, tiada perasaan untuk mengambil
dadah.
MENTAL Individu mengalami emosi secara
berterusan. Ketika ini individu mula
berimiginasikan cara pengambilan
dadah dan mencari alas an untuk
mengambil dadah
FIZIKAL Individu mengalami emosi secara berterusan,
membina alasan dan telah mula mengambil
dadah ( Slip, Lapse dan seterusnya Relapse)
Berdasarkan kepada kajian, 40-60%
individu yang dalam kepulihan akan
mengalami cabaran relapse dalam
kehidupannya sekurang-kurangnya
SEKALI.
DrHB/ AADKN9/2022 13
PENCEGAHAN RELAPSE
DrHB/ AADKN9/2022 14
PERATURAN PERTAMA DALAM KEPULIHAN
(THE FIRST RULE OF RECOVERY)
PENGENALAN
▪ Seseorang individu tidak akan pulih dari
penagihan dadah dengan hanya berhenti
menggunakan dadah.
▪ Mereka pulih hanya dengan mencipta
kehidupan baru, Ia lebih mudah untuk
mengatasi daripada mengambil dadah.
▪ Jika mereka tidak mencipta kehidupan baru,
maka akhirnya semua faktor yang
membawa mereka kepada penagihan akan
mengejar mereka semula.
▪ Individu tidak perlu mengubah segala-
galanya dalam hidup.
▪ Tetapi ada beberapa perkara dan tingkah
laku yang boleh menimbulkan kesulitan
perlu diubah.
▪ Semakin individu cuba mengekalkan
kehidupan lama dalam pemulihan, semakin
kurang mereka akan melakukan perubahan.
DrHB/ AADKN9/2022 15
PERATURAN PERTAMA DALAM KEPULIHAN
(THE FIRST RULE OF RECOVERY)
ELAKKAN SITUASI BERISIKO TINGGI
Sesetengah situasi risiko tinggi yang biasa
digambarkan oleh akronim, HALT:
Anda mungkin lapar kerana anda
tidak makan dengan baik.
LAPAR Anda mungkin marah kerana anda
MARAH mempunyai hari yang sukar di
KESUNYIAN tempat kerja atau pulang dengan
sukar.
Anda mungkin merasa kesepian
kerana anda rasa terasing/ terpencil.
Anda tidak perlu bersendirian secara
fizikal untuk merasai kesunyian.
Anda letih. Kerana banyak yang
perlu anda lakukan melebihi tenaga
dan kemampuan anda.
KELETIHAN
Itulah sebabnya keinginan terkuat INDIVIDU untuk
menggunakan dadah, biasanya berlaku pada penghujung
hari ( petang/ malam/ tengah malam).
DrHB/ AADKN9/2022 16
TRIGGERS LUARAN
Triggers Luaran setiap orang adalah unik Bekas Pengedar Dadah (pusher)
▪ Beberapa pencetus termasuk orang dan hubungan.
▪ Bercakap dengan, atau menghabiskan masa dengan,
bekas pengedar dadah adalah cara yang pasti untuk
mencetuskan otak anda untuk mula berfikir tentang
penggunaan bahan anda.
▪ Mengelakkan hubungan toksik dalam pemulihan
adalah penting untuk mengelakkan relapse.
Rakan & Keluarga yang Menggunakan Dadah
▪ Menguruskan hubungan anda dalam pemulihan
adalah penting.
▪ Mengelakkan menghabiskan masa dengan, atau
berkomunikasi dengan, orang yang anda kenali yang
menggunakan dadah juga amat penting.
▪ Ini bukan sahaja boleh mencetuskan relapse tetapi juga
boleh mewujudkan tekanan rakan sebaya yang
negatif.
Kembali ke Lokasi Tempat Dadah
▪ Pencetus termasuk lokasi di mana dadah digunakan.
▪ Mengelakkan lokasi ini mungkin termasuk berpindah
dari kediaman anda buat sementara waktu atau
berpindah ke lokasi baharu.
▪ Bar dan kelab malam juga boleh menjadi pencetus
kepada triggers
Peralatan Dadah
▪ Peralatan dadah seperti jarum, bong atau barang lain
yang dikaitkan dengan penggunaan dadah.
▪ Menghapuskan pencetus ini mungkin melibatkan
pembersihan setiap bahagian peralatan dadah dari
rumah anda atau malah menyingkirkan barangan
harian yang pernah menjadi sebahagian daripada cara
penggunaan dadah.
DrHB/ AADKN9/2022 17
Setelah mengenalpasti pencetus luaran, relapse lebih
mudah dikawal.
▪ Elakkan pencetus luaran sebaik mungkin, dan singkirkan sebarang
item yang boleh membawa kepada pencetus.
▪ Mengelakkan pencetus luaran mungkin melibatkan menamatkan
beberapa persahabatan yang lalu.
▪ Menyedari bahawa persahabatan ini berbahaya kepada anda dan
pastikan untuk memutuskan persahabatan sepenuhnya;
pengakhiran separuh jalan kepada persahabatan yang buruk akan
lebih kecil kemungkinannya untuk berjaya.
Setiap orang mempunyai triggers dalaman dan luaran yang
berbeza, tetapi dengan mengenali beberapa pencetus biasa klien
akan lebih bersedia untuk mengelakkan atau menangani trigger
mereka.
NOTA:
DrHB/ AADKN9/2022 18
PERATURAN PERTAMA DALAM KEPULIHAN
(THE FIRST RULE OF RECOVERY)
ELAKKAN SITUASI BERISIKO TINGGI
▪ Juga lazimnya di panggil PPT:
ORANG (Orang yang bersama-sama anda
mengggunakan dadah atau yang orang
yang berkaitan, Orang yang
mempunyai konflik dengan anda, dan
orang yang menyebabkan anda mahu
menggunakan dadah. Orang yang
menggalakkan anda menggunakan
sama ada secara langsung atau tidak
langsung.
(Tempat di mana anda menggunakan
atau di mana anda mendapatkan
dadah)
TEMPAT
Peralatan/ perkakas/paraphernalia
yang berkaitan dengan pengambilan
dadah anda (Perkara yang
mengingatkan anda tentang
penggunaan anda.)
PERALATAN/ Pencetus yang datang daripada
PERKAKAS/ persekitaran, termasuk benda, orang
PARAPHERNALIA atau tempat yang berkaitan dengan
mereka.
DrHB/ AADKN9/2022 19
TRIGGERS DALAMAN
EMOSI NEGATIF 20
▪ Emosi negatif, seperti rasa bersalah dan malu dalam
pemulihan, boleh membawa kepada peningkatan risiko
relapse.
▪ Penggunaan dadah boleh memberikan beberapa tahap
keselesaan dan ketenangan yang membolehkan mereka
melarikan diri daripada emosi ini.
▪ Perlu membangunkan strategi daya tindak baharu.
KETAKUTAN ATAU KEBIMBANGAN
▪ Ketakutan dan kebimbangan boleh menyebabkan
peningkatan tekanan.
▪ Tekanan dalam pemulihan adalah perkara biasa, kerana
perubahan fizikal dan emosi yang berlaku.
▪ Kebimbangan dalam awal kepulihan adalah perkara
biasa,tetapi Peningkatan tekanan boleh menyebabkan
keinginan menggunakan semula dadah.
▪ Mencari cara baru untuk mengatasi ketakutan atau
kebimbangan adalah penting semasa pemulihan.
▪ Bantuan profesional semasa pemulihan sangat diperlukan.
KELETIHAN ATAU MASALAH TIDUR
▪ Semasa pemulihan, insomnia adalah kesan biasa dirasai.
▪ Keletihan bukan sahaja boleh menjadi pencetus dalaman
untuk berulang, tetapi juga boleh menjadikannya lebih sukar
untuk menahan keinginan mengambil dadah.
▪ Jika anda menghadapi masalah tidur.Amalkan tidur yang
teratur dan mendapatkkan rawatan doktor jika perlu.
KEBOSANAN
▪ Terdapat hubungan yang kuat antara kebosanan dan relapse.
▪ Klien perlu mencari kerja, menjadi sukarelawan atau
mulakan hobi baharu bagi mengisi masa lapang.
▪ Mengelakkan kebosanan semasa pemulihan adalah sangat
penting.
DrHB/ AADKN9/2022
TRIGGERs DALAMAN
Triggers Dalaman:
▪ Pencetus yang datang dari dalam.
▪ Biasanya berkaitan emosi atau proses pemikiran klien
▪ Apabila pencetus ini dikenal pasti, klien boleh
berusaha untuk mengelakkannya.
▪ Pencetus ini juga berkemungkinan besar berlaku
secara tidak sedar.
▪ Penting untuk dikenalpasti dan dielakkan.
Pencetus ini boleh menjadi lebih sukar untuk dielakkan,
kerana ia sering berada di bawah sedar. Berjaya
menangani pencetus ini memerlukan kefahaman jenis
pencetus yang perlu dikenalpasti dan menyedari emosi
dan pemikiran klien.
NOTA:
DrHB/ AADKN9/2022 21
PENCEGAHAN RELAPSE
Dalam menjayakan pencegahan relapse ianya melibatkan
proses pembelajaran menggunakan skill baru sebagai
contoh perubahan sikap, kepercayaan dan nilai yang akan
menyokong kepulihan. Pencegahan relapse bermula dengan
langkah pertama iaitu perancangan masa depan.
Langkah pertama untuk menjayakan kepulihan dengan proses
pemusatan diri. Untuk memahami apa yang dimaksudkan,
pernyataan di bawah dibaca dengan kuat.
▪ Saya bertekad untuk menjaga diri sendiri.
▪ Keutamaan saya dengan sedaya upaya memastikan
kesihatan mental dan fizikal dalam keadaan terbaik.
▪ Menjalani kehidupan dengan penuh integriti dan
mengambil berat kepada mereka yang menyayangi
saya.
▪ Saya mahu semua diatas kerana saya mahu semua
orang tahu apabila saya telah meninggal dunia saya
pernah menghargai kehidupan dan orang yang saya
sayang. Saya bangga dengan diri saya sendiri.
▪ Ramai yang telah berjaya menjalani rawatan komuniti
mengalami relapse dalam proses kepulihan. Isu dan
masalah yang penting adalah memastikan samada
klien akan meneruskan proses kepulihan selepas
menghadapi relapse.
▪ Pegawai pemulihan harus menekankan kepada klien
bahawa relapse bukan petunjuk kepada kegagalan tetapi
ia adalah satu petunjuk yang menunjukkan rancangan
rawatan perlu dikaji semula.
DrHB/ AADKN9/2022 22
MODEL PENCEGAHAN RELAPSE
NOTA: 23
DrHB/ AADKN9/2022
PERATURAN PERTAMA DALAM
KEPULIHAN
(THE FIRST RULE OF RECOVERY)
Bagaimana Cara Mengelak Situasi Berisiko
Tinggi?
Sudah tentu, kebanyakan individu tidak boleh selalu
mengelak situasi ini. Tetapi jika mereka menyedarinya,
mereka boleh mengelak keinginan yang sedikit daripada
menjadi lebih teruk.
▪ Berhati-hati dengan diri sendiri. Makan makanan yang
sihat pada waktu tengah hari supaya tidak lapar pada
penghujung hari.
▪ Sertai group 12 Langkah supaya mereka tidak terasing.
▪ Mengetahui cara berehat untuk mengurangkan
keletihan diri. Mengamalkan tabiat tidur yang lebih baik
supaya kurang letih.
▪ Elakkan berdamping dengan rakan-rakan penagihan.
▪ Elakkan daripada pergi ke tempat penagihan
khususnya ‘port’.
▪ Elakkan peralatan-peralatan dadah yang pernah
digunakan.
NOTA:
DrHB/ AADKN9/2022 24
PERATURAN PERTAMA DALAM
KEPULIHAN
(THE FIRST RULE OF RECOVERY)
▪ Pemulihan bukanlah satu perubahan besar yang perlu
dilakukan.
▪ Namun, ia merupakan perubahan-perubahan kecil
perlu individu lakukan dengan banyak.
▪ Mengelakkan situasi berisiko tinggi ini membantu
mereka mencipta kehidupan baru. Ia lebih mudah
bagi mereka mengelak menggunakan dadah.
▪ Minta Klien senaraikan situasi berisiko tinggi mereka.
▪ Perlu diingat ketagihan adalah licik.
▪ Kadang-kadang mereka tidak dapat melihat situasi
berisiko tinggi mereka, sehinggalah mereka berada di
tengah-tengah dan menghadapinya.
▪ Mereka perlu belajar mengenalpasti situasi berisiko
tinggi mereka.
▪ Buat senarai situasi berisiko tinggi dan sentiasa
membawanya bersama.
▪ Rujuk senarai tersebut dengan pegawai pemulihan
atau seseorang dalam kepulihan supaya dapat
megenalpasti situasi-situasi yang mereka mungkin
terlepas.
▪ Buat semula senarai dan mereka perlu simpan dengan
baik.
▪ Kemungkinan senarai ini boleh menyelamatkan
mereka daripada terlibat semula dengan dadah atau
relapse.
NOTA:
DrHB/ AADKN9/2022 25
PERATURAN PERTAMA DALAM
KEPULIHAN
(THE FIRST RULE OF RECOVERY)
Ajar Diri Bersantai (Relaksasi)
▪ Terdapat hanya beberapa sebab mengapa orang
menggunakan dadah.
▪ Mereka menggunakan dadah bertujuan untuk melarikan diri,
berehat, dan memberi ganjaran kepada mereka.
▪ Dengan kata lain, orang menggunakan dadah untuk
melegakan ketegangan/ stress/ seronok.
▪ Peraturan pemulihan pertama adalah bahawa klien mesti
mengubah hidup mereka.
▪ Apa yang perlu anda ubah?
▪ Maka anda perlu mengubah cara anda melegakan ketegangan.
▪ Setiap orang perlu bersendirian, berehat, dan memberi
ganjaran kepada mereka.
▪ Tetapi penagih tidak tahu bagaimana melakukan perkara-
perkara itu tanpa menggunakannya.
▪ Sekiranya anda berhenti menggunakannya untuk beberapa
ketika, tetapi tidak belajar bagaimana untuk berehat,
ketegangan anda akan terbina sehingga boleh menyebabkan
anda bertindak mengambil dadah semula untuk mengelak atau
melarikan diri.
▪ Ketegangan dan ketidakupayaan untuk berehat adalah
penyebab utama kepada relapse.
NOTA:
DrHB/ AADKN9/2022 26
PERATURAN PERTAMA DALAM
KEPULIHAN
(THE FIRST RULE OF RECOVERY)
Ajar Diri Bersantai (Relaksasi)
▪ Kebanyakan daripada mereka telah mengenalpasti bahawa
relaksasi telah mengubah hidup mereka.
▪ Hanya ada satu sebab mengapa orang tidak berehat kerana
mereka fikir mereka terlalu sibuk untuk berehat.
▪ Ia berlaku seperti ini, "Saya tahu ia memang masuk akal, tetapi saya
mempunyai banyak perkara lain yang perlu saya lakukan."
▪ Relaksasi bukanlah sebahagian daripada pilihan pemulihan.
▪ Tetapi ia amat penting dalam pemulihan.
▪ Terdapat banyak cara untuk berehat.
▪ Ia terdiri daripada teknik mudah seperti berjalan kaki,
bersukan, melancong, beriadah dan lain-lain.
▪ Gunakan mana-mana teknik ini, atau mana-mana kombinasi.
▪ Tetapi lakukan sesuatu untuk berehat, melarikan diri, memberi
ganjaran kepada diri sendiri, dan cuba mematikan fikiran2
negatif dalam fikiran anda.
NOTA:
DrHB/ AADKN9/2022 27
MENCARI KEKUATAN DIRI
UNTUK MENGELAK RELAPSE
Mencari kekuatan diri merupakan masa
untuk membentuk perancangan dan tindakan
bagi mengekalkan kepulihan. Klien
memerlukan peneguhan diri yang kuat agar
kepulihan dapat diteruskan dengan
sempurna.
1 ▪ Keputusan untuk mengubah hidup
kepada kehidupan yang baru bukan
sahaja melibatkan aspek kebendaan
seperti kereta atau rumah walaupun ia
sebagai motivasi diri.
▪ Keputusan untuk mengubah hidup
ditentukan oleh nilai-nilai yang dipilih
untuk meneruskan kehidupan
Keputusan hendaklah jelas dan berfokus.
▪ Catatkan tiga peneguhan diri yang
boleh diambil agar tidak lagi relapse.
▪ Gaya penulisan adalah bebas sebagai
contoh :- Saya tidak mahu lagi terjaga
dalam keadaan khayal (high).
▪ Saya tidak mahu lagi ke penjara atau
2 mana-mana pusat pemulihan.
▪ Saya mahu membantu diri saya
sendiri dan orang lain.
▪ Saya mahu mengamalkan gaya hidup
sihat.
DrHB/ AADKN9/2022 28
MENCARI KEKUATAN DIRI
MENGELAK RELAPSE
Adakah inisiatif-inisiatif yang dinyatakan
mampu direalisasikan sepanjang hidup?
▪ Inisiatif untuk berhenti menggunakan dadah
tidak semestinya sama dengan matlamat
hidup.
3 ▪ Perubahan adalah pengalaman hidup yang
hebat dan perlu selari dengan inisiatif yang
dibuat.
▪ Maka ia boleh berubah dari masa ke semasa
mengikut masa, keadaan dan keperluan.
▪ Pemulihan memerlukan tindakan yang khusus dan
perubahan tingkah laku dalam pelbagai aspek
kehidupan.
▪ Sebelum mengakhiri rawatan anda, penting bagi
anda untuk membina matlamat dan rancangan
baru untuk kehidupan yang berbeza.
2 ▪ Panduan ini akan cuba membantu anda untuk
membina satu rancangan dan mengenal pasti
langkah-langkah yang diperlukan dan strategi-
strategi yang bersesuaian bagi mencapai
matlamat anda. Catatkan status kepulihan terkini
anda dan matlamat anda yang hendak anda capai
sebagai self agreement anda. Self agreement
merupakan perjanjian yang dibuat oleh anda
sendiri bagi mengelak relapse.
DrHB/ AADKN9/2022 29
KESEIMBANGAN KEHIDUPAN DALAM
MENGURANGKAN RISIKO RELAPSE
Bagaimana Klien mendefinisikan kehidupan seimbang? Kehidupan
yang seimbang mengambilkira 5 aspek:-
▪ Perhubungan
▪ Tempat kerja atau sekolah
▪ Tempat tinggal atau komuniti setempat
▪ Kesihatan mental dan fizikal
▪ Komunikasi
Aturan kehidupan yang seimbang penting sebagai strategi pencegahan
relapse.
PENETAPAN STRATEGI PERANCANGAN KEPULIHAN
1. Peningkatan kesihatan mental dan fizikal
▪ Melibatkan kesihatan fizikal, stamina dan kesihatan mental.
▪ Sasaran perlu dirancang untuk meningkatkan kemahiran (skill)
dalam menguatkan fizikal dan mental.
▪ Kesihatan fizikal dan mental adalah komponen penting dalam
membuat perancangan kepulihan kerana kepulihan dan
pencapaian kepulihan bergantung kepada aspek ini.
2. Mengurus Craving Dan Tanda-tanda Penggunaan Dadah.
Klien perlu merancang pelan tindakan (plan of action) dalam
menguruskan cues, urges, craving, tanda-tanda mula menggunakan
dadah dan tindakan pantas yang perlu diambil.
▪ Tindakan pantas yang diambil bagi mengurangkan ketagihan dan
mengurus tanda-tanda (cues). Klien perlu menulis perancangan
kepulihan yang boleh dibawa bersama. Menghadiri program
pemulihan juga dapat membantu melanjutkan tempoh kepulihan.
▪ Kepulihan dapat dicapai dari sistem sokongan sosial ahli keluarga
atau rakan-rakan yang tidak menggunakan dadah.
DrHB/ AADKN9/2022 30
KESEIMBANGAN KEHIDUPAN DALAM
MENGURANGKAN RISIKO RELAPSE
Bagaimana Klien mendefinisikan kehidupan yang
seimbang? Kehidupan yang seimbang mengambilkira 5
aspek:-
PERHUBUNGAN
KOMUNIKASI TEMPAT
KERJA/
SEKOLAH
5 ASPEK
KESIHATAN RUMAH/
MENTAL/ FIZIKAL KOMUNITI
Aturan kehidupan yang seimbang penting sebagai
strategi pencegahan relapse.
DrHB/ AADKN9/2022 31
KESEIMBANGAN KEHIDUPAN DALAM
MENGURANGKAN RISIKO RELAPSE
3. Coping skill mengurus stress dan emosi negatif
▪ Pencegahan relapse memerlukan teknik pembelajaran dan
mempraktik coping skill yang positif.
▪ Coping skill membantu menguruskan ketagihan, stress,
kemarahan, tekanan dan keresahan.
▪ Setiap individu boleh mengenalpasti emosi-emosi negatif ini dan
mempraktis teknik yang sesuai bagi dirinya.
▪ Penulisan coping skill adalah penting dan digunakan apabila
individu mengalami tekanan dan menghadapi emosi negatif.
▪ Teknik coping skill yang ditulis perlu dipraktik segera.
4. Menetapkan limitasi dengan orang lain
▪ Kemahiran (skill) dalam menetapkan dan mengukuhkan limitasi
ini adalah penting dalam pencegahan relapse.
▪ Tekanan sosial di sekeliling klien yang menyebabkan potensi
menggunakan dadah merupakan faktor utama relapse.
▪ Mereka yang bermakna dalam kehidupan klien akan aakan
bertindak sama ada menyokong kepulihan klien atau menekan
klien untuk menggunakan dadah.
▪ Bagi memastikan sesorang individu itu selamat, mereka perlu
menetapkan dan mematuhi perancangan limitasi yang telah
dibuat bagi mengekalkan kepulihannya.
DrHB/ AADKN9/2022 32
KESEIMBANGAN KEHIDUPAN DALAM
MENGURANGKAN RISIKO RELAPSE
5. Membangunkan kelompok sosial yang positif
▪ Pencegahan relapse selalunya memerlukan anda berada bersama
supportive ring iaitu rakan-rakan, ahli keluarga atau pakar yang
menyokong dan membantu kepulihan klien.
▪ Individu-individu ini akan memantau klien dalam mencapai
perancangan kepulihan dalam bentuk sokongan, tunjuk ajar,
persahabatan, dan memberi makna.
6. Membangunkan Kemahiran Komunikasi
▪ Pencegahan relapse memerlukan kemahiran komunikasi yang
efektif dalam menguruskan konflik dalaman dan tekanan sosial
untuk menggunakan dadah.
▪ Kemahiran ini juga dapat membantu mencapai perancangan
kepulihan dalam masa yang sama mengekalkan kepulihan.
▪ Kemampuan klien berkomunikasi dengan baik membantu
mengurangkan tekanan dan meningkatkan keyakinan diri dalam
pekerjaan dan perhubungan sosial.
▪ Kemahiran komunikasi juga membantu meningkatkan
kemampuan dalam membangunkan perhubungan sosial yang
positif.
▪ Kemahiran komunikasi yang baik akan meningkatkan kejayaan
dalam mengekalkan perhubungan yang positif bersama pasangan
hidup.
DrHB/ AADKN9/2022 33
KESEIMBANGAN KEHIDUPAN DALAM
MENGURANGKAN RISIKO RELAPSE
▪ Yang paling penting teknik ini amat membantu meningkatkan
kejayaan dalam mencegah relapse.
▪ Oleh yang demikian, kemahiran komunikasi sangat penting
untuk dimasukkan dalam perancangan klien.
7. Menetapkan Pensturukturan Positif Dalam Kehidupan
▪ Struktur positif dan pengurusan masa adalah teras kepada mana-
mana perancangan kepulihan yang berkesan.
▪ Kebosanan, kesunyian, tiada pengisian dalam kehidupan dan
kurangnya aktiviti positif untuk menggantikan aktiviti dadah
boleh membawa kepada relapse.
▪ Pencegahan relapse memerlukan penstrukturan kehidupan yang
konkrit, jelas dan positif setiap hari. Ia perlu dirancang dari awal
dengan perancangan yang rapi.
NOTA:
DrHB/ AADKN9/2022 34
PENAGIHAN & PENGARUH
TINGKAHLAKU
1. Penagihan Mengubah Cara Berfikir
▪ Perlu diingat bahawa, tingkahlaku penagihan diperolehi melalui
pengalaman yang mereka dilalui.
▪ Mereka mengetahui berdasarkan pengalaman hidup mereka,
penggunaan dadah tidak mendatangkan manfaat kepada fizikal dan
mental, malah penagihan memusnahkan kehidupan mereka.
▪ Cabaran yang lebih besar adalah cabaran untuk berhenti
menggunakan dadah walaupun mengetahui kesan penagihan akan
mengubah diri, cara berfikir dan komunikasi kepada orang lain atau
masyarakat.
▪ Pemikiran yang negatif dan kemahiran komunikasi yang rendah
akan meletakkan individu berisiko tinggi untuk menggunakan
dadah dan akhirnya relapse.
▪ Langkah ke arah kepulihan adakalanya dirasakan mudah.
▪ Setiap individu mengetahui dirinya bermasalah dengan dadah,
perlu segera mendapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan
serta hadir ke Program Rawatan dan Pemulihan.
▪ Individu ini akan berjaya untuk berhenti menggunakan dadah.
Kefahaman mengenai teknik-teknik coping skill membantu untuk
mengelak relapse.
▪ Realiti sebenar, seseorang individu perlu membuat perubahan kecil
dan besar dalam menjayakan kepulihan.
▪ Selain mengelak dari masalah relapse berlaku, perubahan cara
berfikir dan perubahan tingkahlaku juga mengambil masa
berdasarkan kepada kesungguhan dan situasi yang dihadapi oleh
individu dalam kehidupan mereka.
DrHB/ AADKN9/2022 35
Kepulihan adalah langkah awal sepanjang hayat dan berterusan.
Mengetahui teknik-teknik coping skill yang baru dan menguasainya
membantu mencapai matlamat kepulihan.
2. Kepulihan Mengambil Masa Untuk Dipelajari
▪ Apabila tempoh kepulihan semakin panjang, individu akan merasai
perubahan fizikal dan mental yang positif.
▪ Kepulihan akan meningkatkan semangat individu untuk belajar
kemahiran baru, menguruskan masalah secara positif dan berusaha
mengurangkan masalah.
• Melalui modul ini, klien akan dapat merasakan kebahagiaan,
kesihatan tubuh badan dan kesihatan emosi selagi anda tidak
mengambil dan menggunakan dadah.
• Ini adalah benar, walaupun anda tidak melakukan perkara-
perkara lain.
▪ Apa yang penting, kebarangkalian untuk tidak menggunakan dadah
dan mengekalkan kepulihan meningkat, setiap kali teknik coping
skill baru dipelajari dan setiap kali, anda ada kesungguhan untuk
mencuba kemahiran baru dalam kehidupan seharian.
▪ Tiada sesiapa dalam kepulihan merancang kepulihan dengan hanya
berhenti mengambil dadah.
• Mereka juga ada impian yang mahu dicapai sebagai contoh
memperbaiki perhubungan yang lebih baik, ketenangan minda
dan mempunyai kereta atau rumah atau mungkin impian itu
hanyalah dengan berjalan kaki di jalan-jalan biasa yang dilalui
dan bertemu dengan mereka yang menjalani kehidupan normal,
gembira dan sihat.
• Walau bagaimanapun, perancangan kepulihan tidak hanya
terhad setakat berhenti menggunakan dadah sahaja.
NOTA:
DrHB/ AADKN9/2022 36
▪ Kepulihan seperti kita bernafas. Semua orang bernafas untuk
hidup tetapi bernafas bukanlah suatu perkara yang kita fikirkan
setiap hari walaupun ianya penting. Begitu juga dengan
kepulihan.
▪ Manusia mula akan mengambil berat tentang pernafasan apabila
menghadapi masalah pernafasan.
▪ Individu dalam kepulihan akan mengira setiap hari mereka
pulih tetapi meninggalkan kehidupan seharian juga sama
pentingnya.
▪ Klien selalu membina anggapan bahawa hidup untuk pulih
bukan pulih untuk hidup.
▪ Jika individu menetapkan kepulihan sahaja sebagai matlamat
hidup, individu ini akan berhadapan dengan kekecewaan,
kemarahan, tekanan, keresahan dan emosi negatif yang
membawa kepada lapse atau relapse.
▪ Matlamat sepatutnya lebih daripada itu.
3. Kekuatan Ilmu Dalam Menangani Relapse
• Penagihan boleh diakhiri dengan belajar coping skill yang
membantu menguruskan cues, urges, craving, emosi negatif,
konflik dalaman dan tekanan sekeliling untuk menggunakan
dadah.
• Skill ini sebenarnya membantu individu menyeimbangkan
kehidupan yang baru. Untuk menjayakan individu perlu ilmu
yang berkualiti.
NOTA:
DrHB/ AADKN9/2022 37
MEMULAKAN LANGKAH AWALAN DALAM
KEPULIHAN
▪ Semasa dalam proses kepulihan individu berada dalam keadaan
tekanan. Tekanan ini berlaku akibat daripada rutin
menggunakan dadah atau bahan secara harian.
▪ Klien masih masih bergelut kemahuan untuk menggunakan
dadah, walaupun menghadiri program pemulihan atau
kaunseling, klien mengalami tekanan emosi, mental, fizikal.
▪ Perubahan ini amat menekan walaupun untuk mencapai positif.
▪ Keadaan mendesak ini dirasai setiap hari terutama di awal
minggu dan bulan. Individu akan melalui gangguan seperti
berikut (Kectham & Pace, 2003):-
1. PEMIKIRAN YANG KABUR
▪ Kesukaran dalam tumpuan dan masalah ingatan akan
berlaku.
▪ Penggunaan dadah akan mengubah keseimbangan kimia
dalam otak.
▪ Otak akan mengambil masakembali berfungsi secara normal
2. KESUKARAN MEMPELAJARI PERKARA-PERKARA BARU
▪ Lebih banyak individu menggunakan dadah, lebih tinggi
risiko kepada daya ingatan yang lemah.
▪ Lebih banyak menggunakan dadah dan lebih lama tempoh
penggunaan dadah, maka tempoh kepulihan turut mengambil
masa yang lama.
▪ Namun begitu, ini tidak bermakna individu tidak boleh
mempelajari perkara-perkara baru. Ianya akan mengambil
masa.
NOTA:
DrHB/ AADKN9/2022 38
MEMULAKAN LANGKAH AWALAN
KEPULIHAN
3. SANGAT SENSITIF
▪ Individu yang dalam penagihan akan berinteraksi lebih cepat
dari biasa sebagai contoh kesukaran memakai pakaian akan
menimbulkan perasaan marah.
▪ Ini terjadi akibat daripada kesan kimia kepada otak. Kemarahan
ini jika berlebihan akan membawa kepada kesedihan.
▪ Ianya adalah normal dalam proses kepulihan.
4. MASALAH TIDUR
▪ Masalah tidur adalah isu utama bagi mereka yang mengalami
withdrawal atau mereka yang menjalani proses pemulihan.
▪ Corak tidur bagi mereka yang menggunakan dadah berbeza bagi
individu yang normal.
▪ Semasa dalam penagihan individu akan mengalami kesukaran
untuk tidur dan tidur lena.
▪ Dalam Kepulihan, tidur mereka kerap terjaga dan berasa resah.
Teknik untuk mengurangkan masalah tidur perlu dipelajari.
5. MASALAH KONDISI FIZIKAL
▪ Individu akan mengalami kesukaran untuk mengawal
keseimbangan penglihatan dan badan.
▪ Tindakan reflek akan menjadi perlahan. Tindakan ini menjadi
parah di awal kepulihan dan individu yang menagih.
▪ Semua simptom di atas akan membuat anda percaya bahawa
badan anda tidak lagi pulih.
▪ Pada hakikatnya pada individu itu sedang melalui proses
mengeluarkan sisa toksik daripada badan (detoksifikasi).
NOTA:
DrHB/ AADKN9/2022 39
KESAN PENGGUNAAN DADAH KEPADA
EMOSI NEGATIF
▪ Lapse bermaksud penggunaan dadah sekali dalam tempoh
kepulihan. Relapse bermaksud individu kembali menggunakan
dadah secara berterusan. Lapse tidak bermaksud terus jatuh
menggunakan dadah, individu pada tahap ini boleh kembali
bangun. Lapse atau relapse biasanya berlaku apabila individu
berhadapan dengan emosi negatif.
▪ Berdasarkan temuramah dengan mereka yang terlibat dengan
penagihan, mereka jatuh semula berpunca daripada emosi negatif.
Kemarahan, tekanan, kegelisahan, keresahan dan kesedihan yang
tidak dikawal akan meningkatkan keinginan untuk menggunakan
dadah.
▪ Mereka menggunakan dadah untuk meredakan perasaan tidak
senang dan emosi negatif (Marlatt & Gordes, 1985,2005).
Walaupun, telah berhenti menggunakan dadah, tanpa kawalan,
perasaan marah, kegelisahan, tekanan, keresahan dan tekanan akan
membawa individu tersebut kepada perasaan ingin menggunakan
dadah. Teknik coping skill yang positif boleh membantu mengurus
emosi negatif ini.
DARI MANA DATANGNYA EMOSI NEGATIF ?
▪ Emosi negatif tidak terjadi dengan tiba-tiba. Ianya berlaku dari
beberapa siri kejadian. Ada diantaranya pengalaman positif dan
adakalanya dari pengalaman negatif atau tiada kaitan langsung
dengan individu. Individu akan memproses peristiwa ini sebagai
ingatan dan perasaan yang dipendam (Burns, The Feeling Good
Handbook, 1999).
▪ Individu ini adakalanya memberikan persepsi negatif kepada
peristiwa yang dilihat. Perkara ini berlegar-legar di dalam minda.
Bergantung apa yang individu itu fikir atau rasa, akan dapat dilihat
dari tingkah laku dan emosi. Interprestasi yang salah akan
membawa kepada emosi marah atau sedih. Ini akan membawa
kepada emosi negatif.
DrHB/ AADKN9/2022 40
DARI MANA DATANGNYA EMOSI
NEGATIF
▪ Emosi kerap dikenalpasti sebagai tanda seseorang individu
menggunakan dadah untuk melegakan perasaan atau melupakan
ingatan itu.
▪ Emosi ini secara keseluruhan datang menerusi bagaimana individu
melihat dan menginterprestasi peristiwa tersebut.
▪ Emosi kerap dikenalpasti sebagai tanda seseorang individu
menggunakan dadah untuk melegakan perasaan atau melupakan
ingatan itu.
▪ Apabila menggunakan dadah, individu akan merasa gembira dan
berada dalam keadaan emosi yang positif. Perasaan ditentukan
oleh pemikiran. Ianya berlaku apabila seseorang individu
berhadapan dengan sesuatu peristiwa, individu akan
menginterprestasi dan berfikir tentang kejadian yang dialami. Dari
apa yang difikir sama ada negatif atau positif akan ditunjukkan
melalui perasaan.
NOTA:
DrHB/ AADKN9/2022 41
HENTIKAN SEGERA PEMIKIRAN NEGATIF
▪ Mula mengubah cara berfikir dan mengurus emosi dengan
mempelajari dan mengadaptasi teknik cognitive behaviour therapy.
▪ Teknik ini akan mengubah cara berfikir, cara merasai sesuatu
perasaan dan cara bertindak. Ia termasuk teknik menguruskan
emosi negatif semasa proses withdrawal dan kepulihan.
▪ Emosi ini termasuklah stress, tekanan, kegelisahan, keresahan dan
kemarahan dan kesedihan.
▪ Mereka yang terlibat dengan penagihan amat perlu mengenalpasti
tanda-tanda emosi negatif yang akan berlaku.
▪ Pemikiran negatif akan membawa kepada emosi yang teruk. Emosi
ini akan membawa mereka bertingkahlaku negatif. Individu perlu
bijak menangani cara berfikir.
▪ Emosi tidak gembira yang dialami oleh individu, mudah
menyebabkan mereka terjebak kepada emosi negatif yang turut
membawa kepada tingkahlaku negatif (Burns, The Feeling Good
Handbook, 1999).
▪ Pendekatan kognitif adalah teknik baru untuk menangani emosi,
perasaan dan tingkahlaku yang negatif.
▪ Pendekatan kognitif mengajar individu untuk berfikir secara
rasional dan menyingkirkan fikiran negatif dan perasaan salah
faham. Perasaan salah selalunya berbunyi seperti ini :-
• Saya rasa tidak berguna dan lebih baik, terus menggunakan dadah.
• Semua orang menggunakan dadah. Saya tiada bezanya.
• Menggunakan dadah sekali sahaja, saya akan berasa lega.
• Saya ada hak untuk berasa sedih atau marah.
• Saya tidak berasa gembira apabila tidak menggunakan dadah.
▪ Dadah sering digunakan sebagai penyelesaian kepada emosi negatif
hasil daripada pemikiran yang salah.
DrHB/ AADKN9/2022 42
KESAN DADAH DAN BAHAN KEPADA
KESIHATAN MENTAL
▪ Apabila mula menggunakan dadah atas apa jua tujuan, dadah ini
akan masuk ke dalam saluran darah ke otak dan menjejaskan
perasaan yang dialami.
▪ Oleh sebab itu individu yang menggunakan dadah kerana mereka
dapat merasai perasaan relaks, keseronokan, keghairahan,
mengurangkan rasa sakit dan kegembiraan. Sebagai contoh heroin
bertindakbalas kepada otak yang mencetuskan perasaan
seronok/gembira (dopamine). Dopamine ialah sejenis kimia dalam
otak yang menghasilkan perasaan gembira (Frances, & First, 1998).
▪ Penggunaan dadah dan bahan mempengaruhi otak tidak memberi
kesan positif tetapi lebih kepada kesan psikiatri.
▪ Keresahan, kegilaan, ketakutan, halusinasi adalah disebabkan
tanda-tanda awal withdrawal akibat daripada dadah.
▪ Bagi individu yang menggunakan dadah jenis ATS dalam jangka
masa yang panjang akan mengalami kerosakka otak yang teruk.
▪ Bukti kesan penggunaan dadah kepada kesihatan mental adalah
amat ketara.
▪ Kesan daripada penggunaan amphetamine boleh membawa
kepada kegilaan.
▪ Ianya amat penting untuk mengetahui kesan kepada fizikal dan
tingkahlaku akibat penggunaan dadah kepada otak (Frances, &
First, 1998). Keinginan dan keazaman seseorang individu untuk
pulih juga merupakan salah satu teknik coping skill.
PENINGKATAN PENGGUNAAN DADAH
▪ Menggunakan lebih banyak dadah akan meningkatkan
kemungkinan individu berhadapan dengan kesihatan mental
yang serius.
▪ Lebih banyak menggunakan dadah lebih teruk kesihatan mental.
DrHB/ AADKN9/2022 43
MASA UNTUK MEMULAKAN PERUBAHAN
Lebih lama individu menggunakan dadah, lebih besar peluang
untuk mereka menghadapi masalah kesihatan mental.
• Penggunaan dadah akan memparahkan lagi kesihatan
mental sedia ada Individu yang sedang mengalami tekanan,
keresahan dan masalah mental akan menghadapi kesukaran
untuk pulih apabila menggunakan dadah.
• Kaitan penggunaan dadah dengan masalah kesihatan
mental (Jiwani & Somers, 2004).
• Individu yang terlibat dengan penagihan dadah selalunya
berhadapan dengan masalah mental. Individu yang
mempunyai masalah mental berkecenderungan
menggunakan dadah kerana tiada coping skill.
• Tekanan dan keresahan adalah punca utama masalah
kesihatan mental apabila menggunakan dadah.
▪ Penggunan dadah dan bahan akan membawa kepada masalah
tekanan dan keresahan yang lebih parah. Tekanan dan keresahan
amat berkaitrapat dengan penggunaan dadah dan bahan. Oleh
yang demikian penggunaan dadah dan bahan amat memberi
kesan kepada emosi.
▪ Tekanan, keresahan dan penggunaan dadah dan bahan
membawa kepada perasaan dan pemikiran negatif. Individu yang
mengalami masalah ini sentiasa mengelak dan menyendiri kerana
mereka tidak suka dengan orang lain. Mereka merasakan amat
sukar berada dalam kelompok yang ramai kerana kesan
penggunaan dadah (Frances, & First, 1998).
▪ Individu yang menggunakan dadah perlu menilai semula
kesihatan mereka. Ia mengurangkan risiko kembali relapse.
DrHB/ AADKN9/2022 44
KESAN PENGGUNAAN DADAH TERHADAP
KESIHATAN FIZIKAL
Penggunaan dadah dan alkohol akan memberikan kesan negatif 45
kepada fizikal. Kesan dadah dan alkohol akan memberikan kesan yang
lebih teruk.
1. ALKOHOL
▪ Alkohol adalah bahan paling berbahaya dan paling bertoksik.
▪ Alkohol menyumbang kepada kemalangan jalan raya,
kemalangan di rumah dan keganasan.
▪ Penggunaan alkohol yang tinggi memberi kesan kepada diet dan
fizikal individu itu.
▪ Kesan penggunaan alkohol yang tinggi memberi kesan kepada
hati dan boleh membawa kematian.
▪ Penggunaan alkohol merosakkan otak dan sistem psikomotor
seperti ingatan yang lemah, kemampuan menyelesaikan masalah
lemah , kekeliruan, hilang ingatan, hilang keseimbangan badan,
ketidaksuburan, kebas kaki dan tangan serta buta.
2. ATS
▪ Masuk secara terus ke saluran darah dan meningkatkan tekanan
darah.
▪ Ia boleh menjadi punca kepada masalah jantung seperti strok dan
kematian secara tiba-tiba.
▪ Cara penggunaan sedutan (chase the dragon) boleh merosakkan
saluran pernafasan (NIDA).
3. HEROIN
▪ Jenis dadah yang berbahaya mengubah cara hidup individu.
▪ Cara penggunaan dadah menggunakan jarum suntikan
menyebabkan kerosakan otak yang serius selain jangkitan HIV
dan hepatitis C.
▪ Penggunaan dadah sejenis ini pada jangkamasa yang lama
membawa kepada kerosakan gigi dan jangkitan gusi. (Rosenstein,
1975).
▪ Heroin mengurangkan keupayaan individu menghasilkan
antibodi secara semulajadi.
▪ Apabila penggunaan heroin diberhentikan individu akan sensitif
kepada kesakitan.
▪ Heroin akan menghilangkan selera makan, menganggu kitaran
haid, melemahkan sistem imunisasi untuk melawan penyakit
(Simpson, 1997).
DrHB/ AADKN9/2022
4. GAYA HIDUP PENAGIHAN 46
▪ Meningkatkan stress, mengurangkan kualiti tidur, diet yang tidak
sihat serta cara hidup yang salah.
▪ Meningkatkan risiko kematian, penyakit jantung, diabetis, darah
tinggi, kanser usus, obesiti selain daripada tekanan dan keresahan
(NIDA).
Risiko-risiko tersebut adalah alasan baik untuk individu berhenti
menggunakan dadah, menukar cara hidup dan menfokuskan kepada
pelan perancangan pencegahan relapse.
SET MINDA DAN FIZIKAL UNTUK HIDUP SIHAT
Cabaran utama di awal kepulihan adalah berhadapan dengan
perubahan kimia dalam otak apabila individu tidak lagi menggunakan
dadah. Fungsi dadah kepada otak sebelum ini, memberi mesej rasa
gembira. Berhenti menggunakan dadah akan menyebabkan keresahan,
rasa tidak selesa, tekanan, masalah tidur dan ketagihan dadah. Diet
yang tidak seimbang menyukarkan badan kembali berfungsi secara
normal.
Fungsi badan yang normal, kembali apabila individu melaksanakan:
▪ Tidur yang cukup
▪ Diet yang seimbang
▪ Aktiviti fizikal berkala setiap hari
▪ Mengamalkan teknik relaksasi setiap hari
Individu boleh belajar menguruskan sistem apabila gaya hidup yang
baik dan diet seimbang diamalkan. Kesihatan fizikal dan emosi akan
mengambil masa dan bergantung kepada kesungguhan individu
mengamalkannya.
1. KEPENTINGAN TIDUR
Tidur adalah keperluan semulajadi secara harian. Ia sama penting
dengan makanan.
▪ Semasa tidur, tisu badan, otak, darah dan sel kulit akan
dipulihkan. Sistem imunisasi juga akan diperkuatkan.
▪ Purata tidur manusia adalah dari tujuh hingga lapan jam sehari.
▪ Ada yang memerlukan lebih dan ada yang memerlukan kurang.
▪ Ia bergantung kepada tahap kesihatan dan genetik individu.
▪ Apabila individu dalam kepulihan pada awalnya mereka
memerlukan tidur yang lebih.
DrHB/ AADKN9/2022
▪ Kurang tidur akan melemahkan tahap konsentrasi, penilaian dan
membuat keputusan.
▪ Individu ini berpotensi untuk merasa tertekan, kemurungan dan
sukar untuk mengingat.
▪ Kajian juga menyatakan tidur yang terlebih sama kesannya dengan
tidur yang kurang (Lavery, 1997).
▪ Apabila individu menggunakan dadah, kesukaran untuk tidur akan
berlaku.
▪ Inilah masa untuk mengembalikan tidur itu semula.
▪ Kesukaran untuk tidur bergantung kepada jenis dan tahap
penagihan tahap keparahan penagihan.
▪ Kurang tidur akan memberi kesan kepada pekerjaan, pemakanan,
jasmani dan komunikasi.
▪ Kepulihan individu bergantung kepada corak tidur kembali
normal.
▪ Semasa dalam kemulihan masalah utama tidur ialah: kekerapan
tidur, kerap terjaga sewaktu tidur, kesukaran untuk tidur, tidur
tidak kualiti dan tidak cukup tidur (Gordis, 1998).
2. PEMAKANAN DAN PENCEGAHAN RELAPSE
▪ Mereka yang terlibat penagihan dadah akan mengalami
kekurangan nutrisi. Untuk memulihkan badan, individu
memerlukan zat besi yang cukup. Pengambilan gula dan kafein
yang tinggi akan membawa lebih banyak masalah.
▪ Penting bagi mengambil tiga sajian makanan yang berkhasiat iaitu
pagi, tengahari, petang dan tidak berlebihan. Elakkan makanan
yang tinggi gula dan gantikan dengan buah-buahan serta
karbohidrat bagi mengekalkan kestabilan gula dalam darah.
▪ Pengambilan makanan yang berlebihan dan tinggi gula akan
mempengaruhi emosi. Otak memerlukan gula untuk menghasilkan
tenaga.
▪ Apabila gula di tempat yang rendah, individu akan berasa keliru,
pening, gementar, tertekan dan keinginan untuk mengambil
makanan yang tinggi gula. Pengambilan makanan yang tinggi gula,
akan menaikkan tahap gula dalah darah. (Ketcham, & Paste, 2003).
▪ Individu tersebut akan mula ketagihan gula dan ia membawa
kepada keinginan mengambil alkohol.
DrHB/ AADKN9/2022 47
3. SENAMAN DAN PENCEGAHAN RELAPSE
Senaman adalah salah satu teknik bagi kesihatan fizikal.
▪ Meningkatkan kesihatan fizikal dan tenaga
▪ Senaman sebagai kaedah melawan penyakit
▪ Senaman dapat memperbaiki bentuk badan, kekuatan fizikal dan
tenaga seks.
▪ Memperbaiki kesihatan emosi, keyakinan diri dan kesihatan mental.
▪ Senaman juga dapat memperbaiki tingkahlaku individu terhadap
orang lain.
▪ Senaman mampu untuk mengawal emosi, menguruskan marah dan
tekanan (National Center For Chronic Disease Prevention and Health
Promotion, 1996).
NOTA:
DrHB/ AADKN9/2022 48
MENGURUSKAN TANDA-TANDA
(CUES)
▪ Topik ini memperkenalkan strategi untuk mengurangkan ingatan
kepada dadah, menguruskan tanda-tanda (cues) dan menyediakan cara
bagi mengelakkan lapse dan relapse.
▪ Berdasarkan kajian dalam pencegahan relapse, telah ditemui bahawa
faktor-faktor berlakunya relapse bukan sahaja disebabkan oleh
ransangan badan yang menginginkan dadah, alkohol dan tembakau.
Maka, apakah lagi faktor yang membawa seseorang relapse selain
tindakbalas badan? Kemahuan adalah faktor pencetus dan
mempengaruhi sesuatu. Kemahuan dalam pencegahan relapse boleh
terjadi dari kemahuan diri atau cetusan dari tubuh badan (Marlatt, &
Donovan, 2005).
▪ Kemahuan ini boleh terjadi akibat daripada pelbagai faktor. Ianya boleh
terjadi akibat kemarahan yang tidak dikawal. Sebagai contoh, individu
yang pemarah lebih payah untuk bertenang dari individu biasa. Marah
sebagai pendorong yang membawa kepada kemahun.
▪ Kemarahan mencetuskan kemahuan yang terpendam. Contoh yang lain,
tekanan akan menyebabkan seseorang tidak mahu melakukan perkara
biasa yang dibuat contohnya bersenam. Tekanan ini dikategorikan
sebagai pematah semangat dan membawa ingatan kepada kemahuan
itu. Seseorang yang sedang resah, akan mengelakkan interaksi sosial
dan berkomunikasi dengan orang lain. Mereka lebih selesa keseorangan
dan memencilkan diri dari orang lain. Oleh yang demikian, keresahan
adalah pemutus kepada interaksi sosial.
▪ Kemahuan kepada dadah yang ada dalam diri perlu diurusbaik untuk
mengurangkan faktor-faktor relapse. Keyakinan diri adalah salah satu
daripadanya. Individu yang meninggalkan penggunaan dadah
mempunyai kesedaran dan keyakinan diri kemampuan mengurus
apabila berdepan dengan situasi berisiko tinggi. Keyakinan diri ini
bukan bermaksud menonjolkan keberanian semata-mata.
KEMAHUAN RELAPSE: Adalah faktor CUES
penyebab atau mempengaruhi relapse, An event, place, time, object
boleh dari kemahuan dalaman dan luaran. or person that signals
Akibat dari kurangnya skill bagi mengurus behaviour or emotion.
emosi dan fikiran
DrHB/ AADKN9/2022 49
CUES (Lembaran Kerja 1)
Senaraikan orang, tempat, masa/peristiwa atau benda-
benda yang mencetus ingatan anda kepada dadah.
BIL. JENIS TEMPAT NAMA MASA JENIS BENDA
ORANG
CUES (LEMBARAN KERJA 2)
Sebab-sebab keinginan menggunakan dadah.
Ingin meredakan dan menghilangkan emosi negatif (contoh rasa
resah, marah dan tekanan.
Kesusahan hidup.
Rasa rendah diri
Cabaran bergaul dengan mereka yang normal.
Nyatakan alasan anda:-
DrHB/ AADKN9/2022 50