SESI PENCEGAHAN RELAPSE
17 Menjaga Diri Klien mempelajari kepentingan keyakinan diri
18 Trigger Emosi dalam kepulihan dan meneroka aspek dalam
kehidupan mereka yang memerlukan
perubahan
Klien mempelajari bahawa emosi boleh
bertindak sebagai trigger dan membincangkan
kaedah yang akan membantu mereka
mengelak dari emosi yang merbahaya.
19 Penyakit Klien belajar bahawa menghidapi penyakit
boleh menjadi trigger dan membincangkan
cara mengekalkan kepulihan semasa sakit.
20 Mengenali Klien mempelajari kesan tekanan kepada
Tekanan kepulihan. Klien belajar cara mengenali
tekanan dan cara mengatasinya.
21 Justifikasi relapse II Klien belajar bahawa mendekati relapse (cotoh,
menguji kejayaan kepulihan mereka) adalah
merbahaya. Klien meneroka strategi untuk
elak justifikasi relapse
22 Mengurangkan Klien diingatkan bahawa stress boleh
stress menjejaskan kepulihan mereka dan
membincangkan strategi bagi mengurangkan
tekanan
23 Menguruskan Klien belajar bahawa kemarahan boleh
Kemarahan menjadi trigger. Klien membincangkan cara
mengenalpasti kemarahan dan tanda
pengumpulan kemarahan
24 Penerimaan Klien mempelajari bahawa menerima
kecelaruan penggunaan dadah yang dialami
bukanlah satu tanda kelemahan. Klien
meneroka kekuatan yang boleh menjadi
sokongan
DrHB/ AADKN9/2022 151
SESI PENCEGAHAN RELAPSE
25 Mencari Rakan Klien belajar bahawa rakan yang abstinen
Baru dapat menyokong kepulihan mereka.
Klien membincangkan tentang orang yang
boleh menjadi rakan yang boleh memberi
sokongan dan cara untuk berjumpa
dengan mereka.
Memperbaiki Klien belajar kepentingan membetulkan
26 Perhubungan kesalahan dan bincang cara untuk
menghadapi mereka yang tidak mahu
memaafkannya.
27 Doa Klien mempelajari untuk mengenalpasti
perkara yang boleh diubah dan perkara
yang tidak boleh diubah. Klien
membincangkan perkara di dalam
kehidupan mereka yang akan berubah.
28 Tingkahlaku Klien mempelajari apa itu tingkahlaku
Kompulsif kompulsif dan bagaimana ia boleh
menjejaskan kepulihan. Klien
membincangkan cara mengenalpasti dan
menghapuskan tingkahlaku kompulsif.
29 Bertindak Klien belajar mengenalpasti respon emosi
Terhadap mereka, terutama tanda kemurungan.
Perasaan dan Klien meneroka strategi bagi mengatasi
Kemurungan kemurungan
30 12-Langkah dan Klien mempelajari bagaimana 12-Langkah
Program Sokong dan Program Sokong bantu membantu
Bantu kepulihan. Klien meneroka pelbagai
program 12-Langkah dan sokong bantu
yang ada.
DrHB/ AADKN9/2022 152
SESI PENCEGAHAN RELAPSE
31 Melihat Ke Klien mempelajari bahawa kebosanan boleh
Hadapan: menjadi trigger. Klien membincangkan cara
Menguruskan mengubahkan kebiasaan dalam kepulihan.
Masa Jatuh
32 Sehari Klien belajar mengelak dari merasa kecewa
Selangkah dengan masa lepas dan meneroka cara untuk
fokus pada masa sekarang.
Sesi Elektif Melihat Klien mempelajari bahawa membentuk satu
A Semula Status corak biasa melihat semula diri akan
Klien membantu menyokong dalam kepulihan.
Klien membincangkan perkara yang perlu
dipertingkatkan.
Sesi Elektif Percutian dan Klien mempelajari bahawa percutian
B Kepulihan membawa risiko kepada kepulihan dan
membincangkan cara untuk mengurangkan
tekanan tambahan yang wujud kerana
perayaan/ percutian
Sesi Elektif Aktiviti Klien belajar bagaimana hobi dan keinginan
C Rekreasi baru akan dapat membantu kepulihan. Klien
membincangkan hobi lama yang boleh
dilakukan kembali atau aktiviti baru yang
mereka ingin cuba.
DrHB/ AADKN9/2022 153
PENCEGAHAN RELAPSE
MATLAMAT KELOMPOK PENCEGAHAN
RELAPSE
▪ Membolehkan klien berinteraksi dengan orang
lain dalam kepulihan.
▪ Mengingatkan klien kepada permasalahan dalam
kepulihan dan tanda-tanda relapse.
▪ Membantu klien klien berjaga-jaga sesuatu yang
bahayakan recovery
▪ Memberikan klien strategi dan kaedah yang
boleh digunakan bagi mengekalkan kepulihan.
▪ Membenarkan ahli kelompok mendapat kebaikan
dari pengalaman kepulihan yang panjang oleh co-
leader.
▪ Membolehkan klien mendapat kebaikan dari
penglibatan kelompok dalam jangka panjang.
DrHB/ AADKN9/2022 154
SESI RELAPSE
FORMAT SESI
10 minit pertama sesi, Pegawai
Pemulihan membentangkan
topik yang spesifik.
Pembentangan 30 minit seterusnya, Pegawai
Topik & Pemulihan membuka topik
tersebut untuk perbincangan
Perbincangan dalam kelompok
(45 minit)
5minit yang terakhir, Pegawai
Pemulihan akan merumus topik
dan isu penting yang berkaitan.
DrHB/ AADKN9/2022 155
DRY DRUNK
SEJARAH SITUASI RECOVERY
▪ 12Step Program ▪ Masih menghadapi APA TUGAS DAN
Alcoholics masalah penagihan
Anonymous. TANGGUNGJAWAB
▪ Masalah dengan
▪ R.J. Solberg defined keluarga/significant KITA SEBAGAI
the term in his others.
1970 book, The Dry PEGAWAI
Drunk Syndrome. ▪ Mengamalkan
amalan yang tidak PEMULIHAN
sihat .
▪
▪ Mereka mungkin telah berhenti mengambil tanda-tanda DRY
dadah. DRUNK
▪ Kebencian
▪ Belum lagi menangani emosi yang ▪ Kemarahan dan
membawa kepada dadah.
negatif
▪ Sindrom ini biasa berlaku dalam kalangan ▪ Kemurungan,
mereka yang berhenti sendiri.
kegelisahan, dan
▪ Tidak mempunyai pasukan sokongan ketakutan untuk
profesional untuk memandu mereka relapse
melalui perubahan yang sukar dalam hidup ▪ Cemburu dengan
mereka. mereka yang masih
menagih.
▪ Mereka yang menjalani rawatan profesional ▪ Obsesi
kurang bercenderungan menghadapi ▪ Menggantikan
masalah ini. tingkahlaku
penagihan.
DrHB/ AADKN9/2022 156
ALKOHOL
MATLAMAT SESI
▪ Membantu klien memahami bahawa alkohol adalah satu dadah jika
penggunaannya boleh menjejaskan kepulihan.
▪ Membantu klien mengenalpasti keadaan yang paling
berkemungkinan untuk minum.
▪ Membantu klien merancang situasi yang boleh kekal abstinen.
PEMBENTANGAN TOPIK
1. Memahami kesan alkohol terhadap otak
• Alkohol akan menyerang bahagian waras dan penaakulan otak,
terutamanya individu yang minum, tidak dapat untuk menilai
kesan alkohol kepada pemabuk dan faedah berhenti.
• Meminum alkohol juga menyekat tingkah laku individu.
• Sesetengah klien perlu memberitahu fakta bahawa mereka perlu
menggunakan alkohol kerana ingin kedudukannya rasa selesa pada
situasi sosial.
• Klien mungkin sudah biasa dengan pengambilan alkohol dalam
kehidupan
harian mereka.
2. Berhati-hati terhadap trigger luaran dan dalaman
▪ Penggunaan alkohol merupakan satu perkara biasa yang
berleluasa kepada mereka yang mengambil dadah.
▪ Klien yang cuba untuk berhenti menggunakan alkohol
menghadapi kesukaran.
▪ Trigger luaran klien adalah semasa pengambilan alkohol yang
dianggap sebagai kebiasaan terutamanya di majlis sosial dan
perayaan.
DrHB/ AADKN9/2022 157
KEBOSANAN
Semua orang bosan dari semasa ke • Pemulihan melibatkan pelbagai
semasa. Apabila kehidupan sehari- cara, seperti membina semula
hari nampak membosankan dan seluruh kehidupan, dan ada masa
kurang bersemangat, kurangnya ketika anda tidak tahu apa yang
motivasi atau inspirasi kreatif harus dilakukan dan menjadi
mungkin menjadi alasan. Mungkin bosan. Itu tidak mengapa. Malah,
ada sebab perubatan, seperti ia adalah satu tanda yang baik
diagnosis mendasari kemurungan bahawa anda sudah bersedia
yang mungkin menyumbang untuk mengambil langkah-
kepada gangguan dalam kegiatan langkah membina semula
sehari-hari. kehidupan anda. Berikut adalah
beberapa petua taktik untuk
Bagi orang yang sedang dalam mengatasi kebosanan dalam cara
kepulihan, dinamik yang sama yang membina dan gaya hidup
juga boleh menjadi sumber sihat ketika anda ingin membina
kebosanan atau mungkin dan membentuk kehidupan baru
penyebab lain yang unik untuk anda:
penyembuhan dari gangguan
penggunaan dadah Sebagai • Menyertai kelas yang anda
contoh, sedangkan dalam perlukan.
ketagihan aktif seseorang mungkin
telah terbiasa mendapatkan “high," • Buat jadual harian.
dalam ketenangan (selepas detoks • Bersiar-siar atau bercuti.
dan rawatan) bahawa pengalaman • Tuliskan hobi yang mungkin
euforia yang kuat dan segera,
euforia yang disebabkan oleh anda minati
dadah tidak lagi dirasai. Hasilnya • Baca buku.
boleh menjadi fenomena yang • Rancang makanan dan
dikenali sebagai "anhedonia," yang
tidak biasa dalam pemulihan. menyediakannya.
Anhedonia adalah keadaan • Sertai aktiviti riadah dan sukan
psikologi yang dicirikan oleh
ketidakupayaan untuk atau kemasyarakatan.
memperoleh keseronokan dari • Menghadiri mesyuarat/
perbuatan yang biasanya
menyenangkan. perjumpaan atau meneruskan
langkah anda untuk
mengekalkan kepulihan.
Terdapat banyak cara yang sihat untuk
mengatasi kebosanan, dan kadang-
kadang ia boleh membawa kepada
penyelesaian jangka panjang. Fikirkan
secara mantap bahawa kebosanan
merupakan komponen pemulihan dan
memerlukan tahap kesabaran yang
tinggi.
DrHB/ AADKN9/2022 158
KEBOSANAN
MATLAMAT SESI
▪ Membantu klien memahami bahawa kebosanan boleh membawa
risiko kepada kepulihan
▪ Membantu klien memahami bahawa situasi tersebut akan lebih
baik mengikut masa
▪ Membantu klien mengenalpasti aktiviti baru dan teknik yang
boleh membantu mengatasi kebosanan
PEMBENTANGAN TOPIK
1. Memahami risiko yang dibawa oleh kebosanan
▪ Kebosanan merupakan tanda awal kepada relapse.
▪ Kebosanan merupakan trigger kepada kebanyakan klien: apabila
mereka merasa bosan mereka akan mula mengambil dadah.
▪ Kebosanan dan risiko relapse yang dibawa bersama tidak akan
hilang kecuali klien mengambil tindakan.
2. Memahami sebab kebosanan
▪ Kebosanan mungkin berlaku disebabkan oleh perubahan cara
hidup dari cara hidup bergantung pada dadah kepada cara hidup
abstinen.
▪ Otak masih dalam proses menyesuaikan dengan keadaan tiada
dadah.
▪ Sementara otak sembuh sepenuhnya, klien akan merasa bosan.
▪ Ia adalah penting untuk klien mengetahui bahawa, semasa tubuh
dan minda Mereka menyesuaikan untuk kepulihan, kebosanan
akan menjadi satu isu yang kurang penting.
3. Menghadapi Kebosanan
▪ Memulakan hobi baru atau memulakan kembali minat yang telah 159
▪ terbengkalai adalah satu cara yang baik untuk mengatasi
kebosanan.
▪ Beberapa klien boleh menjadualkan sesuatu yang mereka boleh
nampak pada masa akan datang.
▪ Memulakan persahabatan baru dengan individu yang telah bebas
dari dadah melalui pertemuan melalui 12-Langkah atau Kelompok
Sokong Bantu.
DrHB/ AADKN9/2022
KEBOSANAN
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT)
▪ Meminta klien memberitahu sama ada mereka menghadapi
masalah dengan kebosanan. Bilakah kali pertama mereka
menyedarinya?
▪ Tanya apakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh klien
bagi mengatasi kebosanan.
▪ Meminta Co-leader yang sedang dalam kepulihan berkongsi
pengalaman mereka tentang kebosanan.
▪ Menanyakan klien apakah aktiviti yang mereka boleh rancang
dan turut serta bagi mengatasi kebosanan.
▪ Mengingatkan klien bahawa walaupun struktur adalah penting
dalam kepulihan, kadang kala kebosanan adalah kesan dari
kehidupan yang terlalu rutin. Individu yang tersangkut dengan
kebosanan akan menyebabkan relapse.
PERBINCANGAN TERBUKA (5 MINIT)
▪ Lima minit sebelum mengakhiri sesi perbincangan terbuka ini,
pegawai pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi
pengalaman mereka dalam melakukan tugasan yang diberikan
pada sesi lepas.
TUGASAN
▪ Minta klien menyimpan rekod tentang keadaan emosi mereka,
sentiasa peka kepada tanda kebosanan.
DrHB/ AADKN9/2022 160
MENGELAK HANYUTAN RELAPSE
MATLAMAT SESI
▪ Membantu klien faham aliran proses relapse.
▪ Membantu klien mengenal pasti perkara dalam hidup mereka
yang dapat membantu kepulihannya.
▪ Membantu klien mengenalpasti perkara yang perlu dielakkan
dan ancaman terjebaknya ke dalam aliran relapse.
PEMBENTANGAN TOPIK (30 MINIT)
1. Bagaimana hanyutan relapse boleh membawa kepada relapse.
▪ Hanyutan relapse merupakan proses di mana individu hanyut
daripada kepulihan.
▪ Sungguhpun relapse mungkin seperti satu kejadian mengejut-satu
gangguan yang tidak dapat diramalkan dalam kepulihan.
▪ Relapse jarang sekali terjadi tanpa tanda-tanda amaran. Klien perlu
berwaspada dengan tanda-tanda relapse.
2. Memahami kepentingan garisan tambatan
▪ Individu yang berjaya dalam kepulihan akan mencari pelbagai
cara untuk kekal abstinen.
▪ Untuk kekal dalam kepulihan, klien perlu menyertai aktiviti-
aktiviti tertentu atau menghindari orang atau situasi tertentu.
Manakala untuk kekal abstinen, klien perlu mengenalpasti
tingkah laku yang menyokong kepulihan dan memastikan
mereka adalah teratur.
▪ Tingkahlaku yang menyokong kepulihan ini merupakan garisan
tambatan bagi individu dalam kepulihan. Ini mengekalkan klien
dalam kepulihan dan memberi amaran apabila tanda-tanda
amaran relapse.
▪ Klien perlu untuk menyemak proses kepulihan mereka dan
mengenal pasti garisan tambatan mereka. Dengan demikian klien
dapat memantau perkara-perkara yang menambat kepulihan
mereka.
DrHB/ AADKN9/2022 161
MENGELAKKAN HANYUTAN RELAPSE
3. Kawalan Garisan Tambatan 162
▪ Untuk memantau garisan tambatan mereka, klien perlu untuk
mengenalpasti dan menyenaraikan secara spesifik.
▪ Klien harus mengelak menyenaraikan sikap atau perkara yang
tidak boleh dinyatakan kuantitinya sebagai garisan tambatan.
Walaupun perasaan optimis boleh membantu klien mengekalkan
abstinen, ia tidak mudah dipantau.
▪ Matlamatnya adalah supaya klien menyenaraikan aktiviti atau
tingkah laku yang nyata. Senarai yang terperinci dan konkrit
membolehkan klien mengenalpasti sama ada tanda-tanda sebagai
garisan tambatan mereka adalah selamat.
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT)
▪ Minta klien berkongsi aktiviti-aktiviti, tingkah laku, dan individu
yang dikenalpasti sebagai garisan tambatan.
▪ Mempunyai klien menjelaskan bagaimana satu garisan tambatan
mereka dapat membantu mereka abstinen dan kekal dalam
kepulihan
▪ Minta Co-leader dalam kepulihan berkongsi pengalamanya
mengenai garisan tambatan mereka. Adakah mereka sama selama
ini? Atau co-leader telah menambahkan garisan tambatan yang
baru apabila terdapat kemajuan dalam kepulihan mereka?
▪ Minta klien berkongsi aktiviti-aktiviti, tingkah laku, dan individu
yang mereka mesti elakkan jika mereka ingin kekalkan kepulihan
mereka .
▪ Tanya klien berapa kerapkah mereka menyemak garisan tambatan
mereka. Adalah disyorkan perkara ini disemak secara mingguan.
▪ Kaji semula dengan klien langkah-langkah boleh mereka ambil
jika mereka menyedari bahawa lebih daripada dua garisan
tambatan mereka telah hilang dan mereka telah hanyut ke arah
relapse.
PERBINCANGAN TERBUKA (5 MINIT)
Lima minit sebelum mengakhiri sesi perbincangan terbuka ini,
pegawai pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman
mereka untuk menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan
dan berkongsi perkara yang berkesan bersama kelompok
DrHB/ AADKN9/2022
PEKERJAAN DAN KEPULIHAN
MATLAMAT SESI
▪ Membantu klien memahami bagaimana kehidupan kerja mereka
boleh menjejaskan kepulihan mereka.
▪ Membantu klien menyemak penyelesaian bagi masalah-masalah
yang berkaitan dengan pekerjaan yang boleh menjejaskan
kepulihan mereka.
PEMBENTANGAN TOPIK (10 MINIT)
1. Memahami konflik-konflik di antara Pekerjaan dan Kepulihan
▪ Ramai klien mengalami konflik di antara isu pekerjaan dan
kepulihan.
▪ Beberapa konflik mungkin sukar untuk diatasi; ia adalah penting
untuk mengakui konflik yang wujud dan berusaha untuk
menyelesaikannya.
2. Mencari keseimbangan di antara Pekerjaan dan kepulihan
▪ Oleh kerana rawatan perlu wujud bersama dengan pekerjaan,
klien perlu berusaha untuk mengurangkan komitmen terhadap
kerja mereka untuk memasukkan segala aktiviti-aktiviti dan
kehendak kepulihan.
▪ Untuk mendapatkan keseimbangan ini, klien perlu memohon agar
jadual kerja mereka diselaraskan dengan program rawatan dan
pemulihan.
▪ Klien yang mempunyai pekerjaan yang menyumbang kepada
masalah penggunaan dadah akan menghadapi keadaan dilema.
▪ Pengangguran mungkin adalah lebih baik jika kerja itu
mempunyai risiko untuk relapse.
▪ Bagaimanapun, tanpa struktur dan pendapatan daripada kerja,
klien mungkin mempunyai kesulitan untuk memberi komitmen
kepada kepulihan.
DrHB/ AADKN9/2022 163
PEKERJAAN DAN KEPULIHAN
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT)
▪ Meminta klien berkongsi, yang mana situasi kerja yang paling sesuai
bagi mereka. Adakah situasi-situasi lain yang tidak disenaraikan
pada helaian tersebut?
▪ Bertanya apakah perubahan yang klien telah buat bagi mencari masa
ke arah kepulihan.
▪ Meminta Co-leader berkongsi pengalamannya dalam mengimbangi
kerja dan kepulihan. Membenarkan klien untuk membahaskan pro
dan kontra meninggalkan satu pekerjaan yang menyekatan
kepulihan.
▪ Tanya klien sama ada mereka pernah bekerja dengan majikan lebih
mudah untuk mereka menyertai aktiviti-aktiviti kepulihan.
PERBINCANGAN TERBUKA (5 MINIT)
Lima minit sebelum mengakhiri sesi perbincangan terbuka ini, pegawai
pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman mereka
untuk menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan
berkongsi perkara yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022 164
RASA BERSALAH DAN MALU
MATLAMAT SESI
▪ Membantu klien fahami perbezaan di antara rasa bersalah dan
malu.
▪ Membantu klien belajar strategi-strategi untuk mengendalikan
rasa bersalah dan malu.
PEMBENTANGAN TOPIK (10 MINIT) 165
1. Membezakan rasa bersalah dengan malu
▪ Rasa bersalah merujuk kepada perasaan buruk tentang satu
perkara yang telah dibuat atau gagal dilakukan.
▪ Perasaan merujuk kepada rasa bersalah atau kurang selesa
mengenai diri – mempercayai bahawa dirinya ada kecacatan
atau tidak bernilai.
▪ Rasa bersalah dan malu sering menjadi sebahagian dari
tindakbalas untuk penyalahgunaan dadah.
▪ Rasa bersalah boleh merupakan satu tindak balas yang berguna
dalam kepulihan, memberi isyarat kepada klien bahawa mereka
telah membuat sesuatu yang berlawanan dengan sistem nilai
mereka.
▪ Rasa bersalah dapat mendorong klien untuk mencari kemaafan
dan membetulkan kesalahan sewaktu menagih.
2. Menghadapi rasa bersalah dan malu
▪ Memberi tumpuan atas perasaan negatif boleh menyebabkan
klien untuk mengalih kepada penggunaan dadah.
▪ Untuk kekal abstinen, klien perlu menjadi bijak dan berusaha
bersungguh-sungguh, dan sebahagian dari bijak dan berusaha
bersungguh-sungguh adalah memahami perasaan diri mereka.
Apakah yang menyebabkan mereka rasa bersalah? Apakah yang
telah menyumbang kepada perasaan mereka ini? Klien mungkin
perlukan masa untuk memikirkan ini.
▪ Klien perlu memberi masa kepada diri mereka sendiri untuk
menguruskan diri dan tingkah laku mereka. Selain dari
memperbaiki diri, berkongsi mengenai perasaan bersalah dan
malu juga mungkin dapat membantu klien.
DrHB/ AADKN9/2022
RASA BERSALAH DAN MALU
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT)
▪ Minta klien berkongsi perkara yang telah mereka lakukan atau
telah diabaikan dan mereka rasa bersalah terhadapnya.
▪ Ingatkan klien bahawa membuat kesalahan adalah boleh
diterima; mereka tidak boleh ubah perkara yang telah mereka
lakukan pada masa lampau.
▪ Bertanya sama ada mereka mampu memaafkan mereka sendiri
terhadap kesalahan-kesalahan masa lampau.
▪ Minta klien bincangkan perbezaan antara memaafkan mereka
sendiri dengan hanya membiarkannya sahaja
▪ Minta Co-leader berkongsi pengalamannya dalam mengatasi
perasaan bersalah.
▪ Minta klien bincangkan bagaimana mereka boleh mengatasi
perasaan bersalah dan malu. Apakah tingkah laku positif yang
boleh mereka lakukan untuk membantu proses ini?
▪ Minta Co-leader bincangkan bagaimana kelompok sokong bantu
telah membantunya dalam menangani perasaan bersalah dan
malu.
PERBINCANGAN TERBUKA (5 MINIT)
Lima minit sebelum mengakhiri Sesi perbincangan terbuka ini,
kaunselor perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman mereka
untuk menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan
berkongsi perkara yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022 166
RASA BERSALAH & MALU
PENGENALAN
Definisi Rasa Bersalah & Malu
▪ Rasa bersalah merujuk kepada perasaan buruk tentang satu
perkara yang telah dibuat atau gagal dilakukan.
▪ Perasaan merujuk kepada rasa bersalah atau kurang selesa
mengenai diri iaitu mempercayai bahawa dirinya ada kecacatan
atau tidak bernilai.
▪ Rasa bersalah dan malu sering menjadi sebahagian dari tindakbalas
untuk penyalahgunaan dadah.
▪ Rasa bersalah boleh merupakan satu tindakbalas yang berguna
dalam kepulihan, memberi isyarat kepada klien bahawa mereka
telah membuat sesuatu yang berlawanan dengan system nilai
mereka.
▪ Rasa bersalah dapat mendorong klien untuk mencari kemaafan dan
membetulkan kesalahan sewaktu menagih.
▪ Klien perlu memberi masa kepada diri mereka untuk mengurus
diri dan tingkahlaku mereka. Selain dari memperbaiki diri,
berkongsi mengenai perasaan bersalah dan malu juga mungkin
dapat membantu klien.
MATLAMAT SESI
▪ Membantu klien fahami perbezaan diantara rasa bersalah dan
malu.
▪ Membantu klien belajar strategi-strategi untuk mengendalikan rasa
bersalah dan malu.
PERBINCANGAN TAJUK
▪ Kepentingan rasa bersalah & malu dalam membentuk semula
tingkahlaku, khususnya menjadi drug addict.
▪ Mengenalpasti peristiwa (event) yang menyebabkan klien
mengalami rasa bersalah.
▪ Mengenalpasti coping skill yang diperolehi sebagai strategi jangka
pendek & jangka panjang
▪ Memberi contoh-contoh yang berkaitan dengan tajuk &
hubungannya dengan kepulihan.
RUMUSAN
▪ Klien memahami dan tahu hubung rasa bersalah dengan
kepulihan.
DrHB/ AADKN9/2022 167
KEKAL SIBUK
MATLAMAT SESI
▪ Bantu klien memahami pentingnya menjadualkan aktiviti-aktiviti.
▪ Bantu klien memahami bagaimana masa lapang bertindak
menjadi trigger untuk mengambil dadah.
▪ Bantu klien belajar dan berkongsi strategi bagi menjadualkan
aktiviti dan kekal sibuk.
PEMBENTANGAN TOPIK (10 MINIT)
▪ Memahami pentingnya untuk menjadualkan dan menstrukturkan
ke arah kepulihan.
▪ Kebanyakan klien dalam Sesi ini telah diperkenalkan kepada
amalan membuat jadual dalam kelompok kemahiran kepulihan
awalan.
▪ Struktur yang disediakan oleh penjadualan adalah begitu penting
untuk kepulihan dan perlu buat ulasan jelas.
▪ Klien diingatkan bahawa ramai orang yang menyalahgunakan
dadah banyak menghabiskan masa mereka untuk memperolehi,
menggunakan, dan pulih dari dadah.
▪ Klien akan rasa kehilangan atau kekosongan jika tanpa aktiviti-
aktiviti ini untuk menstrukturkan masa mereka.
▪ Apabila klien membuat jadual mereka, perhatian khusus
sepatutnya ditumpukan pada hujung minggu dan pada waktu
klien mudah terjebak kepada penggunaan dadah.
2. Memahami bahawa masa lapang boleh menyebabkan triggers
▪ Oleh kerana klien telah biasa dengan penggunaan dadah, minda
mereka tergerak ke arah kembali menggunakan dadah jika mereka
mempunyai masa lapang.
▪ Bersendirian juga boleh menjadi satu trigger untuk klien, proses
pemikiran–ketagihan–menggunakan semula.
▪ Oleh kerana itu, adalah penting untuk klien menjadualkan
aktiviti-aktiviti abstinen dan pastikan aktiviti-aktiviti ini
melibatkan orang lain yang telah amalkan kehidupan abstinen
atau mereka yang komited terhadap kepulihan klien.
DrHB/ AADKN9/2022 168
KEKAL SIBUK
3. Melibatkan Aktiviti dan Orang Baru
▪ Menjadualkan aktiviti dan kekal sibuk adalah cara untuk mengisi
masa klien di tempat tinggal baru tanpa menggunakan dadah.
▪ Terdapat klien yang hanya berminat untuk meneruskan hobi atau
aktiviti lama; ada pula perlu peningkatan minat yang dihasilkan
dari aktiviti dan kenalan baru.
▪ Meskipun tumpuan mereka adalah kepada kepulihan, klien
adalah digalakkan untuk memikirkan bahawa tempoh kepulihan
adalah masa untuk mencuba sesuatu yang telah mereka
tangguhkan.
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT) 169
▪ Minta klien fikirkan tentang bagaimana masa dan satu fikiran
kosong boleh bertindak sebagai trigger.
▪ Tanya sama ada klien ada keinginan untuk menggunakan dadah
apabila mereka mempunyai masa lapang yang terlalu banyak.
▪ Minta Co-leader berkongsi strategi-strategi untuk kekal sibuk agar
boleh terus kekal dalam kepulihan
▪ Tanya klien sama ada mereka biasanya menggunakan dadah
dalam berkelompok atau bersendirian. Bincangkan tentang
bahayanya bersendirian khasnya untuk mereka yang suka
mengasingkan diri.
▪ Tanya klien apakah aktiviti yang telah membantu mereka kekal
sibuk dan terus abstinen sejak mereka berhenti dari menggunakan
dadah.
▪ Dapatkan cadangan-cadangan daripada klien mengenai hobi atau
aktiviti yang mereka ingin ceburi yang mana mereka rasa akan
dapat membantu mereka kekal abstinen.
▪ Tanya klien sama ada mereka telah berkawan dengan orang yang
baru mereka temui melalui perjumpaan sokong membantu.
Apakah aktiviti yang telah mereka adakan di luar perjumpaan
itu?
PERBINCANGAN TERBUKA (5 MINIT)
Lima minit sebelum mengakhiri sesi perbincangan terbuka ini, Pegawai
Pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman untuk
menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan berkongsi
perkara yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022
MOTIVASI UNTUK PULIH
PENGENALAN
▪ Mendefinisikan motivasi dalam kepulihan
▪ Mengingatkan tentang penilaian SOC (The Stage of Change)
▪ Semakin banyak yang kita tahu makin jelas apa yang kita akan
lakukan.
▪ kepentingan motivasi dalam kepulihan
MATLAMAT SESI
▪ Bantu klien memahami bahawa motivasi yang mengerakkan mereka
untuk mendapat rawatan boleh berubah dalam proses kepulihan.
▪ Bantu klien mengiktiraf motivasi baru dan strategi bagi kekal
abstinen
▪ Bantu klien mengenalpasti faedah-faedah yang diperolehi daripada
kepulihan.
PERBINCANGAN TAJUK
▪ Halangan motivasi.
▪ Mengenalpasti masa/ tempoh/ keadaan/ orang yang boleh
membantu atau menyokong motivasi.
▪ Kekangan peraturan / jadual yang ketat mengurangkan motivasi
perlu memahami peraturan & jadual dibuat/ disusun untuk
menstrukturkan semula kehidupan.
▪ Motivasi daripada keluarga/ signifikasi other.
▪ Kesihatan/elemen-elemen dalam kepulihan.
DrHB/ AADKN9/2022 170
MATLAMAT SESI
▪ Bantu klien memahami bahawa motivasi yang mengerakkan
mereka untuk mendapat rawatan boleh berubah dalam proses
kepulihan.
▪ Bantu klien mengiktiraf motivasi baru dan strategi bagi kekal
abstinen.
▪ Bantu klien mengenalpasti faedah-faedah yang diperolehi daripada
kepulihan.
PEMBENTANGAN TOPIK(10 MINIT)
1. Memahami bahawa alasan untuk kekal dalam rawatan akan berubah
dari semasa ke semasa:-
▪ Klien mengetahui bahawa mereka mesti mempunyai semangat
yang tinggi semasa dalam kepulihan yang penting ialah motivasi
klien terus kekal dalam kepulihan pada setiap hari.
▪ Pegawai Pemulihan perlu mengingatkan klien bahawa walaupun
kepulihan adalah matlamat sepanjang hayat, mereka hanya boleh
mencapainya sejam demi sejam dan sehari demi sehari.
▪ Klien mungkin mendapati bahawa tujuan mereka kekal abstinen
boleh berubah mengikut masa.
2. Menggunakan Strategi baru sambil meningkatkan motivasi
▪ Klien mungkin memilih untuk menjalani rawatan kerana mereka
bimbang akan masa depan mereka sekiranya mereka tidak berhenti
menggunakan dadah.
▪ Klien akan menyedari bahawa sekiranya mereka ingin kekal
abstinen, motivasi awalan mereka untuk berhenti menggunakan
dadah dan alkohol akan berubah menjadi keinginan dalaman
untuk memulakan kehidupan baru.
3. Menyedari faedah abstinen
▪ Apabila klien dapat menghayati faedah untuk abstinen, akan
memberi dorongan yang kuat kepada mereka untuk kekal dalam
kepulihan.
▪ Klien dapat mengatasi masalah yang berkaitan dengan keluarga,
kawan dan pekerjaan akibat dari tabiat penagihan dahulu.
▪ Klien tidak lagi berasa malu, bersalah atau mempunyai harga diri
yang rendah; sebaliknya mereka dapat merasa bangga kerana
mereka masih abstinen.
DrHB/ AADKN9/2022 171
MOTIVASI UNTUK PULIH
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT)
▪ Minta klien berkongsi perkara-perkara boleh memberi motivasi
kepada mereka untuk memulakan rawatan.
▪ Motivasi yang manakah paling kuat?
▪ Minta klien membincangkan tujuan mereka menyertai rawatan.
▪ Tanya klien samada apa yang memberi motivasi kepada mereka
sekarang adalah sama seperti dengan apa yang mendorong
mereka semasa memulakan rawatan.
PERBINCANGAN TERBUKA (5 MINIT)
▪ Lima minit sebelum mengakhiri sesi perbincangan terbuka ini,
pegawai pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi
pengalaman untuk menggalakan klien berusaha ke arah kepulihan
dan berkongsi perkara yang berkesan bersama kelompok.
▪ Secara keseluruhannya penghuni bermotivasi & memberi
penumpuan dalam perkongsian dan pembelajaran. Maka semua
pegawai pemulihan / staff perlu menyediakan suasana yang
kondusif dan teraputik.
DrHB/ AADKN9/2022 172
KEJUJURAN
MATLAMAT SESI
▪ Bantu klien memahami bahawa kebergantungan kepada dadah dan
kejujuran adalah dua perkara yang berbeza
▪ Bantu klien menerima hakikat bahawa kejujuran bukan satu perkara
yang mudah.
▪ Bantu klien memahami bahawa kejujuran yang berterusan adalah
perlu untuk kepulihan.
PEMBENTANGAN TOPIK (10 MINIT)
1. Kefahaman bahawa kebergantungan kepada dadah adalah bukan
berdasarkan realiti tetapi kebenaran.
▪ Kebergantungan terhadap dadah menggambarkan seperti ingin
melarikan diri daripada realiti kehidupan serta kewajipan dan
enggan menerima akibatnya.
▪ Mereka yang menyalahgunakan dadah sentiasa terpaksa berbohong
dan memberi alasan.
▪ Untuk berjaya dalam kepulihan, seseorang itu perlu mengingatkan
diri tentang kejujuran dan komitmen untuk bertingkahlaku secara
jujur apabila berinteraksi dengan orang lain.
2. Kefahaman bahawa kesukaran yang timbul akibat dari kejujuran
▪ Kebiasaannya adalah sukar bagi klien mengaku secara tentang
penagihan mereka.
▪ Klien mungkin berasa malu untuk mendedahkan tingkahlaku
mereka.
▪ Kelompok pencegahan relapse adalah tempat yang sesuai bagi klien
untuk memberitahu kebenaran. Jadi ini merupakan tempat di mana
mereka boleh mendapat latihan bagaimana untuk memberi respons
kepada kawan dan ahli keluarga.
3. Memahamkan bahawa kepulihan tidak dapat dicapai dengan
jayanya tanpa kejujuran:-
▪ Jika klien memilih untuk mendapatkan rawatan tanpa benar-benar
jujur, mereka tidak mempunyai komitmen yang sepenuhnya ke arah
kepulihan.
▪ Sikap tidak berterus-terang dan kurang jujur, klien tersebut telah
menolak penglibatan sepenuhnya ke arah kepulihan.
DrHB/ AADKN9/2022 173
KEJUJURAN
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT)
▪ Minta klien memberi penilaian secara jujur tentang keadaan
ketidakjujuran mereka semasa mereka menggunakan dadah.
Menggalakkan mereka untuk mengimbas semula dan
membincangkan bagaimana mereka menipu orang lain atau
membuatkan mereka percaya sesuatu yang tidak benar.
▪ Bincangkan batasan-batasan bagi menyatakan sesuatu yang
benar. Apakah perkara yang klien pasti mereka bertingkahlaku
jujur? Adakah terdapat situasi yang sesuai untuk menjadi tidak
benar-benar jujur?
▪ Minta klien berfikir tentang kesan bercakap benar kepada kawan
dan ahli keluarga. Adakah ini akan menyusahkan mereka?
▪ Meminta Co-leader untuk membincang tentang pengalamannya
bercakap benar kepada kawan dan ahli keluarga.
▪ Tanya sama ada klien mengalami kesukaran untuk bercakap
benar dalam kelompok.
▪ Minta klien nyatakan masalah yang mereka hadapi. Apakah
pengalaman positif yang telah hasil daripada bersikap jujur.
PERBINCANGAN TERBUKA (5 MINIT)
Lima minit sebelum mengakhiri sesi perbincangan terbuka ini,
pegawai pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman
untuk menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan
berkongsi perkara yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022 174
ABSTINEN SEPENUHNYA
MATLAMAT SESI
▪ Bantu klien memahami bahawa mereka perlu berhenti
menggunakan alkohol dan semua jenis dadah.
▪ bantu klien memahami bahawa penggunaan dadah berpanjangan
akan membantutkan/ menghalang kemahiran membuat keputusan
dan kepulihan mereka.
PEMBENTANGAN TOPIK (10 MINIT)
1. Memahami kaitan antara penggunaan alkohol dan dadah lain
dengan relapse.
▪ Penggunaan dadah akan membinasakan kehidupan. Individu
dan perkara (seperti keluarga, kawan, pekerjaan) yang menjadi
keutamaan sebelum menagih akan diabaikan apabila mula
menagih.
▪ Untuk mengimbangkan semula kehidupan, klien perlu
memikirkan dan bertindak dengan jelas. Berhenti dari
penggunaan dadah merupakan proses yang penting.
▪ Ada yang beranggapan bahawa penggunaan alkohol atau
marijuana boleh membantu mereka menghadapi tekanan hasil
dari memberhentikan penggunaan dadah.
▪ Klien perlu diberi diingatkan bahawa sebarang penggunaan
dadah akan menjejaskan kepulihan.
▪ Walau bagaimanapun, pegawai pemulihan perlu menjelaskan
bahawa klien perlu mengambil ubat-ubatan yang diberikan untuk
merawat penyakit atau penyakit mental yang kronik.
2. Kefahaman bahawa adalah sukar untuk mempelajari bagaimana
menghadapi keadaan tanpa dadah sekiranya klien menggantikannya
dengan alkohol atau dadah gantian lain
▪ Walaupun klien tidak menggunakan dadah semasa rawatan,
penggunaan alkohol atau dadah gantian lain boleh mengurangkan
komitmen penuh ke arah kepulihan.
▪ Relapse kepada dadah ATS adalah 8 kali ganda bagi penggunaan
alkohol dan 3 kali ganda bagi penggunaan marijuana. (Rawson et
al. 1995).
DrHB/ AADKN9/2022 175
ABSTINEN SEPENUHNYA
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT)
▪ Pegawai Pemulihan memastikan bahawa setiap klien berpeluang
untuk mengambil bahagian dalam perbincangan yang diadakan.
▪ Tanya sama ada klien telah mencari justifikasi untuk minum
alkohol sehingga mabuk. Apakah justifikasi tersebut?
▪ Tanya samada ada terdapat klien yang menghagai logiknya
memberhentikan penggunaan semua jenis dadah. Apa yang
mengubah fikiran mereka?
▪ Meminta Co-leader bincangkan pengalamannya berkenaan dengan
polisi “tiada penggunaan dadah”
▪ Minta klien memikirkan perubahan yang mereka telah buat atau
akan buat dalam hidup mereka dalam usaha menghapuskan
penggunaan alkohol dan marijuana.
▪ Minta klien yang telah berhentikan semua penggunaan dadah
untuk berkongsi dengan kelompok, sebab-sebab kenapa abstinen
sepenuhnya merupakan satu idea yang baik.
PERBINCANGAN TERBUKA ( 5 MINIT)
Lima minit sebelum mengakhiri sesi perbincangan terbuka ini, pegawai
pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman mereka
untuk menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan
berkongsi perkara yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022 176
SEKS DAN KEPULIHAN
MATLAMAT SESI
▪ Bantu klien memahami perbezaan di antara seks tanpa
perkahwinan dan seks impulsif.
▪ Bantu klien memahami bahawa seks impulsif boleh merupakan
satu bentuk kebergantungan dan boleh membawa kepada relapse.
▪ Bantu klien menghargai pentingnya mempunyai hubungan yang
stabil.
PEMBENTANGAN TOPIK (10 MINIT)
1. Memahami apa yang membezakan seks intim dan seks impulsif.
▪ Pegawai pemulihan perlu mengambil pendekatan yang serius
terhadap topik ini dan mewujukan suasana yang serius semasa
perbincangan.
▪ Seks intim merupakan tindakan yang prihatin yang berlaku dalam
konteks suatu perhubungan. Ini merupakan sebahagian daripada
perasaan antara kedua-dua pihak terhadap satu sama lain. Seks
impulsif adalah merupakan tindakan yang berunsurkan
pentingkan diri sendiri yang digunakan oleh pasangan seks untuk
mencapai ‘high’. Perasaan pasangan tidak penting. Seks impulsif
juga tidak semestinya melibatkan orang lain, onani juga merupakan
seks impulsif.
▪ Pegawai pemulihan perlu memastikan semua klien faham bahawa
mereka menghadapi risiko yang tinggi untuk dijangkiti penyakit
HIV / AIDS dan juga jangkitan penyakit kelamin sekiranya
menjalankan seks impulsif dan tiada buat perlindungan.
2. Memahami Bagaimana Seks impulsif Boleh Bertindak Sebagai Trigger 177
Kepada Penggunaan Dadah.
• Bagi sebilangan klien, seks impulsif boleh dikaitkan dengan
penggunaan dadah sebelum mereka menyertai rawatan. Mereka
biasanya mengadakan perhubungan seks sebelum menggunakan
dadah.
• Ada klien yang beralih kepada seks untuk mencapai ‘high’ selepas
mereka telah berhenti menggunakan dadah. Dalam kedua-dua kes
ini, seks impulsif merupakan trigger kepada penggunaan dadah
dan boleh membawa kepada relapse.
• Klien juga boleh menjadi kebergantungan kepada seks impulsif
sama seperti mereka kebergantungan kepada dadah.
DrHB/ AADKN9/2022
SEKS DAN KEPULIHAN
3. Memahami Bagaimana Hubungan Intim dan Stabil Boleh
Menyokong Ke Arah Kepulihan.
• Komponen hubungan yang stabil juga penting untuk menjayakan
kepulihan. Klien yang mempunyai perhubungan berdasarkan
kepercayaan, kejujuran dan ada sokongan akan merasa lebih
mudah untuk mengambil bahagian dalam aktiviti kepulihan,
memberi sokongan kepada ahli lain dan sesi kelompok serta
bersikap jujur terhadap hidup mereka.
• ungan yang stabil termasuk seks intim dapat bantu dalam
memberi sokongan dalam kepulihan.
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT)
Pegawai Pemulihan memastikan bahawa setiap klien berpeluang
untuk mengambil bahagian dalam perbincangan yang diadakan.
▪ Semasa perbincangan, pastikan kelompok memberi perhatian
kepada kepentingan isu ke arah kepulihan
▪ Pastikan klien faham perbezaan di antara seks impulsif dan seks
tampa perkahwinan
▪ Sekiranya klien tiada hubungan/pasangan, bantu mereka
kenalpasti sama ada mereka perlu hidup membujang supaya
dapat memberi sokongan kepada kepulihan mereka. Bagi
sebilangan klien, seks dan Dadah ATS adalah saling berkaitan dan
sebarang perasaan yang memerangsangkan boleh menjadi trigger.
Apabila dalam keadaan abstinen, kaitan antara rangsangan dan
penggunaan perangsang adalah pudar.
▪ Minta klien bincangkan hubungan antara seks impulsif dan
penggunaan dadah dalam hidup mereka.
▪ Tanya apakah bentuk perhubungan yang memberi sokongan
kepada kepulihan mereka.
PERBINCANGAN TERBUKA (5 MINIT)
Lima minit sebelum mengakhiri sesi perbincangan terbuka ini, Pegawai
Pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman mereka
untuk menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan
berkongsi perkara yang berkesan bersama kelompok
DrHB/ AADKN9/2022 178
MENJANGKA DAN MENCEGAH RELAPSE
MATLAMAT SESI 179
▪ Bantu klien memahami apa itu relapse dan bagaimana ia terjadi.
▪ Bantu klien mengenali tanda-tanda relapse.
▪ Bantu klien menggariskan startegi untuk mengelakkan relapse.
PEMBENTANGAN TOPIK(10 MINIT)
1. Kefahaman untuk mengekalkan abstinen adalah berbeza dari
mengambil keputusan untuk berhenti menggunakan dadah.
• Keputusan untuk berhenti mengambil dadah dan mendapatkan
rawatan adalah penting. Tetapi apabila telah memutuskan untuk
berhenti, klien mesti berikhtiar setiap hari untuk tidak mengambil
semula.
• Klien perlu berhati-hati tentang tanda-tanda relapse. Menagih
merupakan tingkahlaku yang biasa dan selesa; jasad dan minda
klien sentiasa mahu kembali untuk mengambil semula.
• Oleh itu klien mesti tahu untuk menjangka dan mencegah relapse.
2. Belajar untuk mengenali Emosi dan Tingkahlaku Penagihan
• Berhati-hati terhadap relapse, bererti klien mesti membiasakan diri
dan sensitif kepada keadaan fisikal dan emosi mereka.
• Emosi yang dilalui (cthnya: kebosanan, keresahan, depresi) atau
simptom fizikal (cth: insomnia, sakit kepala) biasa merupakan
trigger dalam proses relapse. Klien juga akan mendapati bahawa
diri mereka kembali kepada tingkahlaku yang sama sewaktu
mereka menagih (cth: berbohong, mencuri, bertingkahlaku
keterlaluan).
• Tingkahlaku penagihan ini merupakan tanda-tanda amaran;
memberitahu klien bahawa relapse mungkin berlaku dan mereka
perlu melakukan sesuatu untuk mencegah relapse.
3.Merangka rancangan untuk mencegah relapse
▪ Klien perlu merancang bagaimana mereka akan bertindak apabila
berada dalam situasi berisiko untuk relapse.
▪ Intervensi bagi seseorang klien adalah berbeza dengan klien yang
lain.
▪ Klien perlu tahu apa yang berkesan bagi diri mereka dan bersedia
untuk bertindak mengikut rancangan apabila terdapat tanda awal
untuk relapse.
DrHB/ AADKN9/2022
MENJANGKA & MENCEGAH RELAPSE
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT)
Pegawai Pemulihan memastikan bahawa setiap klien berpeluang untuk
mengambil bahagian dalam perbincangan yang diadakan.
▪ Pastikan klien faham apa itu relapse dan menghargai pentingnya RP.
▪ Minta klien terangkan aktiviti yang mereka lakukan semasa
menagih. Ini merupakan tingkahlaku penagihan. Adakah
tingkahlaku ini menjelma kembali dalam hidup mereka?
▪ Minta Co-leader berikan contoh-contoh tingkahlaku penagihan dari
pengalamannya danberkongsi bagaimana emosi boleh menjelma
dan membawa ke arah relapse.
▪ Konsep Pemikiran Penagihan akan diberi perhatian, minta klien
bincangkan tentang justifikasi untuk bertingkahlaku yang mana
mungkin akan membawa kepada relapse.
▪ Tanya klien apakah petunjuk-petunjuk relapse mereka
▪ Minta klien berkongsi rancangan mereka untuk mengelak relapse.
Menggalakkan mereka menyatakan rancangan mereka dengan
spesifik.
PERBINCANGAN TERBUKA (5 MINIT)
Lima minit sebelum mengakhiri sesi perbincangan terbuka ini, pegawai
pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman mereka
untuk menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan
berkongsi perkara yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022 180
KEPERCAYAAN
MATLAMAT SESI 181
▪ Bantu klien memahami pentingnya kepercayaan dalam sesuatu
perhubungan.
▪ Bantu klien memahami perlunya membina semula kepercayaan
yang telah hilang.
▪ Membantu klien menangani prasangka orang lain terhadap
penggunaan semula klien
PEMBENTANGAN TOPIK(5 MINIT)
1. Memahami Penagihan dadah akan merosakkan kepercayaan dan
perhubungan
▪ Mereka yang menggunakan dadah biasanya tidak akan berterus
terang dengan orang yang kesayangan tentang penagihan mereka.
▪ Apabila aktiviti yang mereka lakukan diketahui, orang berkenaan
biasanya tidak percaya lagi pada mereka. Apabila kepercayaan telah
hilang, adalah agak sukar untuk dibina semula. Kepercayaan yang
wujud bertahun-tahun ini akan lesap dengan tindakan tersebut.
▪ Ia mengambil masa yang lama untuk meyakinkan mereka yang
telah hilang kepercayaan ini untuk mempercayai klien semula.
2. Menjalinkan semula kepercayaan dalam perhubungan
▪ Satu-satunya cara bagi klien menebus atau membina semula
kepercayaan dengan mereka yang klien telah berdosa adalah
dengan cara mengekalkan diri dalam abstinen dan memperbaiki
perhubungan mereka.
▪ Proses membina semula kepercayaan memerlukan masa dan
ketulusan dari klien. Klien tidak boleh beranggapan bahawa kawan
dan ahli keluarga akan mempercayai bahawa mereka akan kekal
abstinen.
3. Menangani Prasangka orang lain tentang penggunaan dadah klien
▪ Mengembalikan semula kepercayaan orang lain adalah satu proses
yang mengecewakan.
▪ Walau bagaimanapun, mereka patut faham bahawa kepercayaan ini
tidak boleh dibina mengikut jadual atau rentak diri mereka sahaja.
▪ Membina semula kepercayaan memerlukan masa walaupun kedua-
dua pihak telah menunjukkan komitmen. Klien perlu bersedia
untuk menangani kekecewaan terhadap prasangka bahawa mereka
masih menagih walaupun sebenarnya mereka telah berhenti
menggunakan dadah.
DrHB/ AADKN9/2022
KEPERCAYAAN
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT)
Pegawai Pemulihan memastikan bahawa setiap klien berpeluang untuk
mengambil bahagian dalam perbincangan yang diadakan.
▪ Minta klien berbincang tentang perhubungan yang mereka rosak
dan hilang kepercayaan terhadap mereka.
▪ Tanyakan klien samada mereka boleh berusaha untuk memperbaiki
perhubungan tersebut.
▪ Minta klien memainkan peranan sebagai orang yang mereka telah
kianati. Berikan galakan kepada klien untuk berempati sebagai
orang tersebut. Apakah perasaan klien apabila kepercayaan telah
dirampas daripada mereka?
▪ Minta Co-leader bincangkan perhubungannya yang telah
dimusnahkan kerana penagihan dadah dan bagaimana beliau
berusaha membina semula kepercayaan orang tersebut.
▪ Minta klien bincangkan bagaimana dengan memberi respon jika
orang kesayangan mengesyaki mereka walaupun mereka telah
berhenti dari menggunakan dadah dan sedang cuba sedaya upaya
untuk memperbaiki perhubungan yang retak itu.
▪ Tanya klien selain dari kekal abstinen, perkara yang mereka boleh
lakukan untuk membina semula kepercayaan orang kesayangan
mereka.
▪ Tanya klien bagaimana mereka akan respon jika perhubungan yang
telah retak itu atau kepercayaan yang hilang itu tidak dapat
diperbaiki atau dibina semula.
PERBINCANGAN TERBUKA (5 MINIT)
Lima minit sebelum mengakhiri sesi perbincangan terbuka ini, pegawai
pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman mereka
untuk menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan
berkongsi perkara yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022 182
JADI BIJAK , BUKAN KUAT
MATLAMAT SESI
▪ Bantu klien memahami bahawa kepulihan bukannya ujian kepada
semangat tetapi lebih kepada komitmen dan perancangan yang
bijak.
▪ Bantu klien memahami pentingnya mengelakkan trigger dan
situasi yang akan membawa kepada relapse.
▪ Bantu klien membuat penilaian terhadap keberkesanan
pendekatan ke arah kepulihan.
PEMBENTANGAN TOPIK (10 MINIT)
1. Kefahaman bahawa Kebergantungan kepada dadah adalah lebih kuat
daripada individu
▪ Apabila seseorang kekebergantungan kepada dadah, proses kimia
dalam badan menyebabkannya gian. Klien tidak dapat mengatasi
gian ini dengan hanya menguatkan semangat. Keinginan akan jadi
pudar apabila kekal lama dalam abstinen.
▪ Kebanyakan orang yang mendapat rawatan telah cuba untuk
berhenti dengan sendiri. Akan tetapi berhenti dari dadah bukan
saja mengambil keputusan untuk berhenti dan menahan diri. Ini
memerlukan kebijaksanaan klien dalam merangka rancangan
untuk kekal pada abstinen.
2. Memahami pentingnya mengelakkan trigger dan situasi berisiko
untuk kembali menagih.
▪ Walau betapa kuat keinginan klien untuk kekal abstinen,
kemahuan untuk abstinen saja tidak mencukupi. Orang yang
dapat berhenti mengguna dadah dan kekal abstinen dapat berbuat
demikian dengan kebijaksanaan diri mereka.
▪ Klien perlu menggunakan kemahiran Pencegahan relapse yang
mereka pelajari dalam sesi-sesi ini dan sesi Kemahiran Kepulihan
Awalan untuk memastikan mereka dapat mengelakkan trigger dan
situasi berisiko.
▪ Klien patut mengenalpasti dan menganalisis seperti (PPT) orang,
emosi, dan situasi yang boleh mengakibatkan mereka menagih
dadah, menyenaraikan trigger ini dan menguatkan komitmen
untuk mengelakkannya.
DrHB/ AADKN9/2022 183
JADI BIJAK , BUKAN KUAT
3. Menilai kesediaan klien mengelak relapse.
▪ Klien perlu mempunyai perancangan yang bijak tentang
pendekatan ke arah kepulihan mereka. Mengelakkan trigger dan
situasi relapse tidak memberi jaminan sepenuhnya ke arah
kepulihan tetapi perkara ini dapat bantu memberi sokongan
terhadap perubahan cara hidup untuk kekalkan kepulihan.
▪ Klien perlu memperolehi banyak kamahiran untuk mengelakkan
trigger dan mencegah relapse agar kepulihan mereka adalah
terjamin.
▪ Teknik-teknik yang klien pelajari dalam sesi-sesi Kemahiran
Kepulihan Awalan dan sebanyak kaedah yang boleh digunakan
sebagai kaedah untuk mengekalkan abstinent.
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT)
Pegawai Pemulihan memastikan bahawa setiap klien berpeluang
untuk mengambil bahagian dalam perbincangan yang diadakan.
▪ Tanya mereka tentang pernyataan Jadi Bijak Bukan Kuat
▪ Minta klien bincangkan perbezaan Kuat dan Bijak dalam
konteks kepulihan.
▪ Minta Co-leader bincangkan pengalaman beliau mengenai jadi
gagah dan bijak.
▪ Minta klien mengira IQ Kepulihan mereka.
▪ Melihat semula teknik yang ada pada senarai yang diberi.
Adakah klien memahami kepentingan teknik tersebut.
▪ Tanya klien apakah usaha mereka terhadap teknikteknik yang
mereka belum cuba.
PERBINCANGAN TERBUKA (5 MINIT)
Lima minit sebelum mengakhiri sesi perbincangan terbuka ini,
pegawai pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman
dan menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan
berkongsi perkara yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022 184
MENDEFINASIKAN KEROHANIAN
MATLAMAT SESI
▪ Bantu klien memahami perbezaan antara agama dan kerohanian.
▪ Bantu klien meneliti kepercayaan mereka agar mereka memahami
dengan lebih mendalam apa yang memberikan mereka
kebahagiaan
▪ Bantu klien sedar bahawa kejayaan dalam kepulihan dapat
diperteguhkan dengan unsur-unsur keagamaan.
PEMBENTANGAN TOPIK (10 MINIT)
1. Memahami Bahawa Kerohanian adalah Kepercayaan Kepada Tuhan
dan ketenangan
▪ Kerohanian adalah komponen yang penting dalam kepulihan. Ia
memainkan peranan yang penting dalam program 12-Langkah
dan sokong bantu.
▪ Ada yang mungkin beranggapan bahawa penagihan dadah
adalah masalah fizikal dan tidak boleh dibantu dengan berdoa
kepada Tuhan
▪ Penglibatan kerohanian sebagai aspek kepulihan bukan suatu
tanda kelemahan tetapi kerohanian klien sepatutnya dilihat
sebagai kekuatan yang mungkin telah lama mereka abaikan
sebelum ini.
2. Penilaian Makna Kerohanian Kepada Klien Individu
▪ Kerohanian boleh memberi kekuatan tetapi klien perlu
memahami makna kerohanian kepada mereka terlebih dahulu
dan bagaimana ia dapat mempengaruhi hidup mereka.
▪ Matlamat ialah supaya klien dapat mengenali punca di mana
mereka boleh mendapat kedamaian dan kekuatan dalaman - satu
ketenangan - yang menggantikan keinginan untuk penagihan
dadah.
DrHB/ AADKN9/2022 185
MENDEFINASIKAN KEROHANIAN
Menghubungkan Kerohanian dengan 12-Langkah atau Kelompok
Sokong bantu:
• Kerohanian merupakan asas kepada Program 12-Langkah dan
Sokong Bantu.
• Program 12-Langkah menyeru kepada Kuasa Tuhan dan
mengakhiri dengan Doa.
• Doa dianggap sebagai kata-kata yang boleh mencapai ketenangan
dalaman dan kaedah untuk mengadu kepada Tuhan.
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT)
Pegawai Pemulihan memastikan bahawa setiap klien berpeluang untuk
mengambil bahagian dalam perbincangan yang diadakan.
▪ Minta klien bincangkan definasi Kerohanian dan juga definasi
yang dicadangkan oleh klien.
▪ Minta Co-leader berkongsi tentang makna kerohanian yang
difahaminya. Bagaimanakah kerohanian memainkan peranan
dalam kepulihan Co-leader?
▪ Memberi dorongan kepada klien agar jujur dan menyeluruh dalam
memberi respons individu/personal.
▪ Klien yang menggunakan aspek kerohanian untuk membantu diri
mencapai ketenangan dalaman dan menyokong kepulihan mereka
patut diberi dorongan untuk berkongsi pengalaman mereka.
PERBINCANGAN TERBUKA (30 MINIT)
Lima minit sebelum mengakhiri Sesi perbincangan terbuka ini,
kaunselor perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman mereka
untuk menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan
berkongsi perkara yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022 186
MENGURUS KEHIDUPAN DAN
KEWANGAN
MATLAMAT SESI 187
▪ Bantu klien mengenalpasti perkara yang penting dan praktikal
dalam hidup mereka yang mereka abaikan selama ini.
▪ Bantu klien untuk memberi keutamaan kepada aspek – aspek
kehidupan mereka.
▪ Bantu klien membuat perancangan untuk menguruskan
kehidupan mereka.
▪ Bantu klien dalam memahami pentingnya langkah awalan dalam
kehidupan
PEMBENTANGAN TOPIK(10 MINIT)
1. Memahami Bagaimana Kebergantungan kepada Dadah Melahirkan
Sikap tidak bertanggungjawab
▪ Seseorang yang hanya Bergantung pada dadah menghabiskan
masa dan tenaga mereka dalam penggunaan dadah dan
memulihkan diri.
▪ Bagi mereka yang menyalahgunakan dadah, kehidupan mereka
dipenuhi dengan aktiviti yang berkaitan dengan dadah sahaja.
Mereka mengabaikan aktiviti harian yang normal yang penting
untuk kehidupan yang sihat dan selesa.
▪ Mereka perlu berhenti dari menfokuskan kepada penyalahgunaan
dadah dan memberi perhatian kepada aspek yang lain yang
membolehkan mereka mempunyai kehidupan yang cerah pada
masa hadapan.
2. Memahami Pentingnya Mengawal kehidupan Sekiranya Ingin
Berjaya Dalam Kepulihan
▪ Orang yang kebergantungan pada dadah menghabiskan masa dan
wang secara tidak bertanggungjawab.
▪ Apabila telah bertekad untuk berhenti penagihan, klien mesti
menggunakan masa dan wang dengan bijak kerana ini akan
menjamin kehidupan yang lebih berkualiti.
▪ Dengan bertanggungjawab ke atas tindakan mereka juga dapat
mengurangkan rasa bersalah dan rasa malu yang telah mereka
alami akibat dari penagihan mereka.
DrHB/ AADKN9/2022
MENGURUS KEHIDUPAN DAN
KEWANGAN
3. Memahami pentingnya menetapkan matlamat dalam Kehidupan 188
Seharian
▪ Kesedaran bahawa mereka telah banyak mengabaikan kehidupan
amat menakutkan klien.
▪ Menyakinkan mereka kebolehan dalam mengambil
tanggungjawab yang telah diabaikan selama ini.
▪ Klien perlu perlu menetapkan matlamat yang jelas dan keutamaan
kepada perkara yang ingin dicapai–menetapkan matlamat yang
boleh dicapai, capai matlamat tersebut dan seterusnya memberi
perhatian kepada matlamat lain.
4. Memahami Betapa Pentingnya Langkah Awal.
• Klien biasanya ingin mencapai terlalu banyak dalam tahap
kepulihan awalan. Pegawai Pemulihan perlu tekankan bahawa
mereka mesti menetapkan matlamat yang ringkas, mudah diurus
agar klien tidak begitu teruja dan menjejaskan kepulihan mereka.
FOKUS PERBINCANGAN( 30 MINIT )
Setiap klien berpeluang untuk mengambil bahagian dalam
perbincangan yang diadakan.
▪ Minta klien membincangkan cara gaya hidup mereka yang celaru
semasa penagihan
▪ Apakah perubahan yang mereka alami dan boleh dikawal semula.
▪ Tanya klien sama ada mereka masih bergelut dengan masalah
yang dihadapi harian. Nyatakan masalah tersebut?
▪ Minta klien kenalpasti masalah yang perlu diselesaikan dahulu.
▪ Minta Co-leader jelaskan bagaimana dia dapat mengawal aktiviti
harian semula.
▪ Tanya klien sama ada berlaku perubahan dalam pengurusan
kewangan mereka sekarang ini.
▪ Minta klien nyatakan rancangan untuk membuka akaun simpanan
dan membayar hutang
▪ Minta Co-leader untuk membincangkan cara bagaimana beliau
mendapat kawalan terhadap kewangannya
PERBINCANGAN TERBUKA (5 MINIT)
Lima minit sebelum mengakhiri Sesi perbincangan terbuka ini,
pegawai pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi dan
menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan berkongsi
perkara yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022
JUSTIFIKASI RELAPSE I
MATLAMAT SESI
▪ Bantu klien memahami apa maksud Justifikasi Relapse.
▪ Bantu klien mengenalpasti justifikasi yang mempengaruhi mereka.
▪ Bantu klien merancang pelan untuk mengkaunter Justifikasi
Relapse.
PEMBENTANGAN TOPIK(10 MINIT)
1. Memahami risiko yang diakibatkan oleh Justifikasi Relapse
▪ Justifikasi relapse memberi alasan kepada seseorang yang dalam
kepulihan menagih semula.
▪ Pemikiran ketagihan klien akan mendorongnya memikirkan
bahawa tidak apa untuk berseronok di parti atau kelab malam.
Klien tidak merancang untuk mengambil dadah tetapi
berkemungkinan untuk relapse adalah tinggi dengan mengunjungi
kelab tersebut.
2. Memahami Justifikasi Spesifik Dimana Klien Terperangkap
▪ Relapse boleh terjadi di mana–mana dan pada bila-bila masa sahaja.
▪ Pemikiran ketagihaan klien diawal kepulihan mungkin
mengabaikan tingkahlaku berbahaya. Ini berlaku pada tahap tanpa
disedari .
▪ Penggunaan dadah sebagai tindakbalas kepada sesuatu peristiwa
(cth:bergaduh dengan pasangan, kehilangan pekerjaan) adalah
merupakan satu proses automatik .
▪ Klien perlu memahami dan menjangka situasi di mana mereka
mudah menjadi mangsa Justifikasi Relapse.
▪ Sekiranya klien mempunyai pengetahuan tentang kelemahan diri
klien akan berupaya untuk memberhentikan proses automatik
yang membawa dirinya kepada peristiwa justifikasi dan seterusnya
akan relapse.
DrHB/ AADKN9/2022 189
JUSTIFIKASI RELAPSE I
3. Menghadapi Situasi Tertentu Yang mungkin mengakibatkan relapse 190
• Justifikasi Relapse sukar dielakkan. Klien masih mempunyai
keinginan fisiokologi terhadap dadah sekiranya pemikiran dan
jasad mereka belum dipulihkan sepenuhnya.
• Pemikiran ketagihan akan mendorong klien untuk memberi respon
kepada situasi yang berisiko. Walaupun justifikasi mempengaruhi
minda klien, mereka perlu menggunakan minda yang rasional
untuk melawan dengan justifikasi relapse dan memilih tingkahlaku
yang membawa kepada kepulihan.
• Pegawai pemulihan perlu mendorong klien untuk mengenali
justifikasi yang boleh memudaratkan mereka pada masa lampau
dan mencari respon yang selamat untuk situasi yang berisiko itu.
• Klien perlu merancang tindakan mereka. Dengan adanya
perancangan, klien tidak mudah terperangkap.
• Klien perlu senaraikan situasi relapse yang berpotensi untuk
berlaku dan merancang bagaimana untuk mengelakkan situasi
tersebut pada masa akan datang.
PERBINCANGAN BERFOKUS ( 30 MINIT )
Setiap klien berpeluang untuk mengambil bahagian dalam perbincangan
yang diadakan.
▪ Tanya klien pernah cuba berhenti penagihan dan kemudiannya
relapse. Bagaimana relapse terjadi? Adakah berlaku secara tiba-tiba?
▪ Minta klien bincangkan Justifikasi Relapse mereka rasa terancam?
▪ Minta Co-leader bincangkan pengalaman dia dalam menghadapi
Justifikasi Relapse, pada ketika relapse berlaku dan ketika
meramalkan potensi relapse mungkin berlaku dan dapat membantu
mereka mencegah relapse .
▪ Minta klien bincangkan peristiwa dan emosi negatif yang spesifik
yang mendorong mereka kembali mengambil dadah.
▪ Tanya klien sama ada emosi positif atau negatif yang boleh
mengancam kepulihan?
▪ Minta klien bincangkan Justifikasi Relapse spesifik yang dihasilkan
oleh pemikiran ketagihan mereka.
PERBINCANGAN TERBUKA (5 MINIT)
Lima minit sebelum mengakhiri Sesi perbincangan terbuka ini, pegawai
pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman mereka
dan menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan
berkongsi perkara yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022
MENJAGA DIRI SENDIRI
MATLAMAT SESI
▪ Bantu klien memahami pentingnya menjaga diri mereka sendiri.
▪ Bantu klien memahami pentingnya mempunyai penghargaan
kendiri semasa dalam kepulihan.
▪ Bantu klien mengenalpasti aspek kehidupan mereka yang perlu
diubah.
PEMBENTANGAN TOPIK(10 MINIT)
1. Memahami Cara Menjaga Diri Sendiri Boleh Bantu Kepulihan Klien
▪ Salah satu perkara yang klien boleh lakukan untuk membantu
kepulihan ialah dengan meningkatkan penghargaan kendiri
mereka.
▪ Penagihan Klien mungkin disebabkan penghargaan kendiri yang
rendah adalah kesan daripada penagihan dadah.
▪ Klien merasa kurang puas hati dan dan merasakan kehidupan
mereka kurang bermakna, ini akan menurunkan penghargaan
kendiri mereka dan seterusnya mengakibatkan penagihan
berterusan.
▪ Menjaga kesihatan dan kebersihan dapat membantu klien
menghargai dan menghormati diri mereka sendiri .
2. Memberi Keutamaan kepada Aspek kehidupan Yang Memerlukan
Perubahan
▪ Ada orang yang membuat banyak perubahan dalam kehidupan
mereka dan berjaya. Akan tetapi bagi kebanyakan orang,
perubahan diri yang besar perlu dilakukan satu demi satu dalam
sesuatu tempoh.
▪ Kebanyakan klien perlu memberi keutamaan kepada perubahan
mereka, mengutamakan mana yang penting terlebih dahulu.
Sebelum klien membuat sebarang perubahan , mereka sepatutnya
mengawal gaya hidup mereka.
▪ Sambil klien membuat penilaian terhadap kesihatan dan
kebersihan mereka, proses membangunkan penghargaan kendiri
akan berlaku.
DrHB/ AADKN9/2022 191
MENJAGA DIRI SENDIRI
▪ Selepas klien mendapatkan rawatan perubatan, mereka perlu 192
memberi tumpuan kepada pemakanan dan senaman. Bila klien
dapat mengawal diet dan ketahanan diri, mereka akan memberi
tumpuan kepada cara pemakaian dan kebersihan.
▪ Pegawai pemulihan perlu membantu klien untuk memahami
bahawa dengan menjaga kesihatan, menguruskan perbelanjaan,
memberi perhatian kepada kebersihan peribadi dan mengamalkan
tanggungjawab yang tinggi dalam kehidupan seharian mereka
merupakan sebahagian dari proses kepulihan.
▪ Klien perlu menghadapi aspek kehidupan satu persatu dengan
perlahan-lahan menuju ke arah kepulihan diri yang sempurna.
FOKUS PERBINCANGAN( 30 MINIT )
Pegawai Pemulihan memastikan bahawa setiap klien berpeluang untuk
mengambil bahagian dalam perbincangan yang diadakan.
▪ Pastikan klien memahami penghargaan kendiri yang boleh
menyokong ke arah kepulihan
▪ Tanya klien apakah perasaan mereka tentang keadaan
penghargaan kendiri sendiri sewaktu mereka sedang menagih
▪ Tanya klien sama ada mereka mempunyai sifat menghormati diri
pada masa sekarang di mana mereka sedang dalam rawatan dan
abstinen dari penggunaan dadah
▪ Minta co-leader bincangkan tentang perubahan pada penghargaan
kendirinya dari masa kekebergantungan kepada dadah sehingga
menerima rawatan dan kepulihan
▪ Minta klien kenalpasti dan membincangkan perkara dalam
kehidupan mereka yang memerlukan perhatian
▪ Minta klien merangka dan berkongsi dengan kelompok rancangan
untuk menghadapi perkara yang penting dalam hidupnya.
PERBINCANGAN TERBUKA (5 MINIT)
Lima minit sebelum mengakhiri sesi perbincangan terbuka ini, Pegawai
Pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman mereka
dan menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan
berkongsi perkara yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022
TRIGGERS EMOSI
MATLAMAT SESI 193
▪ Bantu klien memahami bagaimana emosi tertentu boleh
bertindak sebagai trigger untuk relapse.
▪ Bantu klien memeriksa dan memahami emosi mereka
▪ Bantu klien kaedah yang boleh menolong mereka dalam
mengelakkan emosi yang bertindak sebagai trigger .
PEMBENTANGAN TOPIK(10 MINIT)
1. Belajar Mengenali Trigger Emosi Yang Berbahaya
▪ Setiap klien mempunyai trigger emosi tersendiri yang unik.
▪ Perasaan yang mungkin terbawa kepada relapse bagi seseorang
klien adalah berbeza antara satu sama lain. Contohnya ada klien
yang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk relapse dalam
semasa dia berada dalam keadaan baik berbanding dengan
masanya menghadapi emosi negatif.
▪ Trigger emosi adalah berbahaya untuk kebanyakan klien seperti
kesunyian , kemarahan dan perasaan serba kekurangan. Jika
klien mempunyai perasaan tersebut , mereka perlu sedar
bahawa mereka berada pada tahap risiko yang lebih tinggi untuk
relapse.
▪ Apabila klien diasingkan (pada masa mereka tidak dapat
bersama kawan yang menagih, kawan lain dan ahli keluarga
masih belum mempercayai mereka, klien akan merasa
kesunyian.
▪ Perasaan marah pula timbul kerana terpaksa bertungkus lumus
untuk kekal abstinen. Klien mungkin berasa kekurangan apabila
tidak dapat berkeseronok bersama kawan yang ditinggalkan
kerana ingin kekal abstinen. Perasaan ini merupakan petanda
klien mudah terpengaruh ke arah relapse.
2. Memastikan emosi tertentu, jika terjelma, tidak terarah kepada
relapse.
▪ Seperti justifikasi relapse, terdapat emosi yang akan membawa
kepada penggunaan dadah secara automatik.
▪ Klien perlu memahami respon emosi mereka dan mengetahui
emosi mana yang akan membawa kepada risiko relapse.
▪ Objektif pemeriksaan emosi adalah agar klien dapat menangani
perasaan negatif tanpa mengakibatkan relapse. Dengan ini,
minda rasional klien dan bukannya emosi klien yang mengawal
tingkahlaku mereka.
DrHB/ AADKN9/2022
TRIGGERS EMOSI
3. Strategi untuk memahami emosi dan mengelakkan relapse:-
▪ Cara yang terbaik bagi klien untuk lebih memahami emosi mereka dan
bagaimana bertindakbalas terhadap emosi tersebut ialah dengan
menuliskan perasaan mereka.
▪ Ini merupakan penulisan berfokus; di mana klien perlu menulis emosi
atau isu secara spesifik. Proses penulisan adalah fleksibel dan mereka
boleh tulis apa yang difikirkan tanpa menghiraukan kepada nahu,
tatabahasa atau ejaan.
▪ Klien tidak perlu menulis panjang tetapi mereka perlu tulis secara
jujur dan fokus kepada perkara yang ingin didedahkan. Setelah
selesai, mereka perlu semak balik dan membaca apa yang telah
dituliskan, dan sentiasa membacanya secara berulang selepas
beberapa hari.
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT)
Setiap klien berpeluang untuk mengambil bahagian dalam perbincangan.
▪ Tanya klien emosi manakah yang mengancam mereka yang boleh
membawa kepada relapse.
▪ Minta klien mengingatkan semula emosi yang menyebabkan relapes.
▪ Tanya klien sama ada mereka pernah mengalami kesunyian,
kemarahan dan perasaan kekurangan sejak mereka menerima
rawatan.
▪ Tanya klien sama ada emosi pernah menjadi trigger untuknya. Jika
ada, bagaimanakah mereka bertindakbalas?
▪ Minta Co-leader berkongsi pengalaman bagaimana sedang mengalami
emosi yang dikatakan “bendera merah” (cth; kesunyian, kemarahan
dan perasaan kekurangan). Bagaimana kesedaran ini membantu Co-
leader mengelakkan relapse?
▪ Tanya klien sama ada mereka menulis mengenai masalah mereka.
▪ Tanya klien bagaimana proses ini dapat membantu mereka
▪ Minta Co-leader berkongsi pengalaman secara bertulis tentang masalah
emosi dan cara untuk mengelakkan relapse.
▪ Tanya klien tentang strategi lain yang pernah mereka gunakan untuk
memahami emosi dengan lebih mendalam.
PERBINCANGAN TERBUKA (5 MINIT) 194
Lima minit sebelum mengakhiri Sesi perbincangan terbuka ini, pegawai
pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman mereka
untuk menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan berkongsi
perkara yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022
KESIHATAN
MATLAMAT SESI
Bantu klien memahami bahawa jatuh sakit boleh menjadi trigger kepada
relapse
▪ Bantu klien memahami pentingnya mengamalkan tingkahlaku yang
sihat.
▪ Bantu klien memahami pentingnya bertanggungjawab dan komitmen
dalam kepulihan, walaupun dalam keadaan sakit.
PEMBENTANGAN TOPIK (10 MINIT)
1. Memahami bahawa tenaga dan fokus untuk kepulihan boleh disekat
ketika menghidapi penyakit..
▪ Penyakit boleh mengganggu proses kepulihan. Tidak hadir pada Sesi
rawatan dan tidak hadir perjumpaan sokong bantu boleh
menyebabkan klien hanyut ke arah relapse.
▪ Klien perlu sedar bahawa kesakitan menimbulkan risiko tinggi ke arah
relapse. Berpenyakit mengurangkan kekuatan fizikal dan mental klien
untuk kekalkan diri pada tahap abstinen.
2. Bertanggungjawab untuk mengelakkan kesakitan dan mengekalkan
kepulihan
▪ Klien patut menjaga kesihatan seperti mana mereka mengelakkan
trigger relapse. Usaha menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit adalah
merupakan matlamat yang penting dalam kepulihan khasnya pada
awal kepulihan.
▪ Menjaga kesihatan akan menolong kepulihan. Klien sepatutnya
mengamalkan tabiat tidur yang mencukupi, makan makanan
berkhasiat, bersenam setiap hari, dan meminimakan tekanan dalam
kehidupan mereka.
▪ Mereka perlu mengelakkan aktiviti yang boleh menyebabkan keletihan
atau menyebabkan mereka jatuh sakit (cth: terlalu penat bekerja,
pembedahan).
3.Mengekalkan kepulihan walaupun semasa jatuh sakit 195
▪ Setiap orang akan jatuh sakit pada suatu ketika, tidak kira betapa
pandainya klien menjaga kesihatan diri. Adalah penting bagi klien
untuk mengenal pasti lebih awal bila mereka jatuh sakit agar mereka
peka terhadap pemikiran dan perasaan yang boleh membawa kepada
relapse.
▪ Masa bersendirian sewaktu jatuh sakit boleh menjadi trigger bagi
sesetengah orang. Dalam keadaan sakit juga mudah dijadikan alasan
untuk relapse.
DrHB/ AADKN9/2022
KESIHATAN
▪ Klien berkemungkinan besar menggunakan dadah pada ketika sakit
kerana mereka fikir dadah boleh melegakan kesakitan mereka. Ini
berkemungkinan membawa mereka ke arah relapse.
▪ Tanpa tugasan dan tanggungjawab yang berstruktur, maka adalah
mudah bagi klien untuk mengetepikan komitmen mereka untuk
kekalkan abstinen.
▪ Kien perlu pastikan bahawa mereka mendapat rehat yang mencukupi
dan mengambil perhatian dari segi perubatan yang diperlukan.
▪ Jika klien mendapat rawatan perubatan, mereka perlu memberitahu
doktor bahawa mereka menjalani proses kepulihan agar pihak doktor
mengambil perhatian semasa mengeluarkan prediskripsi ubat-ubatan.
▪ Klien perlu berusaha untuk meminimakan tempoh masa sakit mereka.
Menjadi sihat semula akan membenarkan mereka kembali kepada
aktiviti kepulihan mereka.
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT)
Setiap klien berpeluang untuk mengambil bahagian dalam perbincangan
yang diadakan. Tanya sama ada terdapat klien yang jatuh sakit sejak
menerima rawatan. Adakah sukar untuk mengekalkan tahap abstinen semasa
sakit? Tanya klien apakah aktiviti kepulihan yang telah diabaikan oleh
mereka ketika jatuh sakit. Apakah kesannya terhadap kepulihan mereka?
▪ Minta Co-leader bincangkan pengalaman mereka semasa jatuh sakit pada
awal kepulihan. Bagaimana mengekalkan abstinen walaupun tenaga
mental dan fizikal beliau semakin berkurangan samasa sakit?
▪ Minta klien bincangkan pendekatan semasa untuk mengkekalkan
kesihatan pada keadaan yang baik. Adakah mereka sentiasa mengambil
makanan berkhasiat? Adakah mereka bersenam 3 atau 4 kali seminggu?
▪ Minta Co-leader bincangkan pentingnya pemakanan dan senaman dalam
proses kepulihannya.
▪ Minta klien rangkakan satu pelan untuk menghadapi penyakit. Adakah
mereka selalu jatuh sakit pada waktu tertentu.
▪ Mereka perlu membuat perancangan awal dan bersedia untuk masa
jatuh sakit. Apakah yang mereka boleh lakukan untuk memendekkan
masa jatuh sakit? Apakah yang perlu mereka lakukan agar memberi
fokus pada kepulihan, walaupun pada masa mereka rasa penat?
PERBINCANGAN TERBUKA (5 MINIT)
Lima minit sebelum mengakhiri Sesi perbincangan terbuka ini, pegawai
pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman mereka untuk
menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan berkongsi perkara
yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022 196
MENGENALPASTI STRESS
MATLAMAT SESI
▪ Bantu klien kenali tanda- tanda stress dalam hidup mereka
▪ Bantu klien fahami bahayanya stress terhadap proses kepulihan
▪ Bantu klien kenalpasti strategi untuk menangani stress
PEMBENTANGAN TOPIK (10 MINIT)
1.Mengenali Tanda–Tanda Stress
• Tanpa mempunyai kefahaman yang spesifik tentang stress, klien
mungkin menyamakan stress dengan kebingungan, kegelisahan,
kebimbangan, ketegangan dan lain–lain.
• Stress adalah keinginan yang tidak seimbang terhadap kehidupan
seseorang. Stress melambangkan kelebihan bebanan yang
menyebabkan ketidakseimbangan dalam kehidupan seseorang.
• Oleh kerana ramai orang mengadu mengalami stress dalam
kehidupan masa kini, klien mungkin beranggapan mereka tidak
dapat buat apa-apa terhadapnya. Namun, klien perlu mengenali
tanda–tanda stress dan mengurangkan kesan stress dalam hidup
mereka. Stress menyebabkan klien sukar memberi fokus kepada
kepulihan dan kekal pada abstinen.
• Adalah mudah bagi kebanyakan orang yang telah biasa dengan
tahap stress tertentu dan tidak sedari kewujudannya sehingga tanda
amaran fizikal yang menjelmakannya.
▪ Klien perlu peka terhadap beberapa tanda-tanda amaran :
• Mudah meradang
• Kesukaran berkomunikasi
• Gangguan tidur
• Sakit kepala
• Pertambahan atau peturunan berat badan
• Bergetar–getar atau sentakan otot
• Radang perut dan usus
• Keletihan berlarutan
• Masalah ingatan
• Kekeliruan atau kecelaruan
• Masalah membuat keputusan
• Kemurungan
• Penurunan dalam minat, perhatian atau semangat
DrHB/ AADKN9/2022 197
MENGENALPASTI STRESS
▪ Ini merupakan tanda-tanda amaran yang menunjukkan bahawa klien
tidak dapat menangani stress dalam kehidupan mereka. Semakin
tinggi tahap tekanan semakin sukar bagi klien memberi komitmen
dalam kepulihan.
2. Memahami stress merupakan petanda yang menunjukkan klien cuba
melakukan terlalu banyak perkara
▪ Apabila seseorang itu menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap
diri sendiri, tekanan akan muncul. Mereka yang dalam kepulihan
selalu inginkan kehidupan yang sempurna atau menebus semula
kesilapan yang dilakukan semasa menagih dadah.
▪ Mereka mengambil terlalu banyak tanggungjawab atau melakukan
banyak kerja dalam masa yang singkat. Ini akan memudaratkan
kepulihan mereka. Contohnya seorang pekerja yang selalu ponteng
kerja semasa menagih akan berusaha bekerja lebih masa untuk
menebus kesalahan dulu.
▪ Klien perlu diingatkan tentang pentingnya aspek keseimbangan
dalam kehidupan dan keutamaan perlu diberikan kepada keperluan
kepulihan. Sekiranya mereka terlalu sibuk dan mengalami stress
yang boleh memesongkan mereka daripada haluan kepulihan,
mereka perlu kurangkan sesetengah obligasi mereka.
3. Menghadapi atau menangani stress
• Membincangkan pelbagai cara untuk mengurangkan stress dalam
pelbagai aspek kehidupan mereka.
• Bersenam merupakan cara yang terbaik untuk mengurus stress.
Menjadualkan aktiviti dapat memberi kawalan terhadap kehidupan
klien. Berbincang dengan rakan dan mentor yang memberi sokongan
membantu dalam pengurusan stress.
• Berwaspada pada trigger dan berjaga-jaga terhadap relapse di samping
membantu klien mengekalkan kepulihan juga bantu klien memahami
diri mereka dengan lebih mendalam. Berhati-hati dalam mengurus
dan mengawal kehidupan merupakan kunci ke arah mengurangkan
stress.
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT)
Pegawai Pengarah memastikan bahawa setiap klien berpeluang untuk
mengambil bahagian dalam perbincangan yang diadakan.
DrHB/ AADKN9/2022 198
MENGENALPASTI STRESS
▪ Minta klien bincangkan bagaimana mereka tahu bahawa mereka
sedang mengalami stress dalam hidup mereka. Apakah perubahan
fizikal atau emosi yang mereka alami ?
▪ Kadang-kadang kita tidak sedar akan tanda-tanda stress yang
dapat dikesan oleh orang lain. Tanya klien sama ada mereka
nampak tanda-tanda stress pada ahli kelompok mereka.
▪ Tanya pendapat klien sama ada mereka bersetuju bahawa
terdapat tahap stress yang boleh diterima. Adakah terdapat stress
yang tidak dapat dielakkan dalam dunia kini?
▪ Minta co-leader berkongsi pengalaman beliau dalam mengenali
dan menangani stress semasa dalam kepulihan.
▪ Tanya klien bagaimana mereka menangani stress semasa mereka
sedang menagih.
▪ Tanya klien sama ada stress yang dihadapi sekarang (dalam
kepulihan) berbeza dengan dahulu (semasa menagih)
PERBINCANGAN TERBUKA (5 MINIT)
Lima minit sebelum mengakhiri sesi perbincangan terbuka ini, Pegawai
Pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman untuk
menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan berkongsi
perkara yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022 199
JUSTIFIKASI RELAPSE II
MATLAMAT SESI
▪ Bantu klien memahami bahawa proses justifikasi relapse akan
membawa kepada relapse.
▪ Bantu klien memahami bahawa mendakatkan diri dengan penggunaan
dadah bukan suatu idea yang baik.
▪ Bantu klien mengenalpasti strategi untuk mengelakkan justifikasi
relapse.
PEMBENTANGAN TOPIK (10 MINIT)
1. Mengenali bahawa terlalu yakin terhadap kekuatan personal adalah
berbahaya
▪ Biasanya selepas beberapa minggu abstinen klien mula fikir bahawa
kebergantungan mereka berada dalam keadaan terkawal. Ini dipanggil
Honeymoon – biasanya minggu ke3 hingga ke7 kepulihan (Klien yang
menyertai dalam Kemahiran Kepulihan Awalan Sesi ke-5 adalah biasa
dengan terma dan konsep ini.).
▪ Klien mula berasa diri mereka bertenaga dalam tempoh ini dan mula
berfikiran positif terhadap kepulihan mereka. Pendekatan optimistik
terhadap kepulihan adalah dialu-alukan, namun ia mungkin akan
menyebabkan klien berasa kebergantungan mereka telah
“disembuhkan”.
▪ Klien yang beranggapan bahawa penyalahahgunaan dadah mereka di
dalam kawalan adalah lebih mudah relapse. Mereka mungkin cuba
untuk menguji daya ketahanan kepulihan diri mereka dan meletakkan
diri mereka di tempat yang terdapat banyak dadah. Mereka mungkin
pergi ke kelab hiburan atau menghubungi semula kawan lama mereka.
Klien yang terlalu yakin juga mungkin akan cuba mengambil semula
bahan yang pernah ditagihnya dahulu, hanya untuk membuktikan
kepada diri mereka bahawa mereka dapat mengatasi masalah tersebut.
2. Peringatan bahawa dalam kepulihan menjadi bijak adalah sebahagian
daripada kekuatan diri.
▪ Walaupun memang benar bahawa untuk berhenti pengambilan dadah
dan terus kekal abstinen memerlukan kekuatan personal, klien tidak
boleh bergantung kepada kekuatan tersebut bagi semua situasi.
▪ Klien yang cuba menguji diri mereka seperti yang dibincangkan di atas,
hanya dengan bergantung kepada kekuatan diri mereka dan bukannya
kebijaksanaan mereka. Ada klien beranggapan bahawa mendekati
dadah dan tidak mengambil dadah tersebut akan menguji sejauh mana
kepulihan mereka.
DrHB/ AADKN9/2022 200