JUSTIFIKASI RELAPSE II
▪ Namun, kaedah pengukur yang penting dalam kepulihan adalah kekal
abstinen. Keadaan yang menggerakan klien ke arah penggunaan dadah
dan menjauhkan diri dari keadaan abstinen merupakan idea yang tidak
baik. Semangat klien mungkin akan luntur, tetapi apa yang boleh bantu
klien kekalkan kepulihan mereka ialah mempunyai perancangan yang
bijak untuk kekal abstinen.
3. Melawan Justifikasi Relapse
▪ Justifikasi relapse ada di mana-mana sahaja. Klien akan memikirkan
banyak alasan untuk mengambil semula dadah. Tidak kira betapa
pandai lien cuba memberi sebab untuk mengguna semula dadah,
justifikasi relapse akan membawa klien ke arah penagihan semula.
▪ Satu cara untuk melawan justifikasi relapse dan kemudian
mengakibatkan relapse ialah dengan mempunyai jangkaan terhadap
situasi relapse dan merancang respons mereka terhadap situasi relapse
tersebut. Setiap klien perlu mengenali justifikasi relapse tersendiri yang
akan mengarahkan pemikiran mereka ke arah relapse.
▪ Ada orang mungkin tidak akan terpengaruh untuk keluar bersama
kawan lama atau menggunakan dadah semasa perayaan. Ada yang
mengguji kekuatan dalaman mereka dengan mengambil sedikit dadah
atau minum arak semasa menonton acara sukan. Klien perlu bersikap
jujur mengenai kelemahan mereka dan merangka respon yang spesifik
dan jelas terhadap justifikasi relapse tertentu.
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT)
Pegawai Pemulihan memastikan bahawa setiap klien berpeluang untuk
mengambil bahagian dalam perbincangan yang diadakan.
• Sesi ini merupakan sambungan dari Sesi Pencegahan relapse.
• Jika perlu, kembali kepada penjelasan Sesi 16 dan mengulangi apa itu
justifikasi relapse.
• Tanya klien sama ada pernah masuk ke peringkat kepulihan
Honeymoon. Adakah mereka rasa masalah penagihan mereka berada di
dalam kawalan mereka sekarang? Apakah bahayanya apabila berada
dalam keadaan ini?
PERBINCANGAN TERBUKA (5 MINIT)
Lima minit sebelum mengakhiri sesi perbincangan terbuka ini, Pegawai
Pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman untuk
menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan berkongsi perkara
yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022 201
MENGURANGKAN STRESS
MATLAMAT SESI
▪ Bantu klien memahami bahawa stress boleh memberi kesan negatif
kepada kepulihan.
▪ Bantu klien mengenalpasti aspek-aspek kehidupan harian yang
menyebabkan mereka rasa tertekan.
▪ Bantu klien mengenalpasti strategi untuk mengurangkan stress.,
PEMBENTANGAN TOPIK (15 MINIT)
1.Memahami bahaya yang dihasilkan oleh terkumpulnya stress harian.
▪ Klien yang menyertai rawatan juga mempunyai stress tambahan
dalam kehidupan mereka. Di samping, stress untuk memberhentikan
penggunaan dadah, klien perlu mengelolakan permintaan rawatan
terhadap masa, keluarga dan emosi mereka.
▪ Adalah perlu untuk berhadapan dengan punca-punca stress ini, klien
kurang memberi perhatian terhadap tekanan harian yang terkumpul
dalam kehidupan mereka.
▪ Sesi pencegahan relapse yang lepas telah mengajar klien bagaimana
mengenalpasti tanda-tanda stress.
▪ Adalah penting untuk klien berwaspada terhadap tanda–tanda stress
agar mereka dapat mengelakkan terkumpulnya stress yang akan
menjejaskan kepulihan mereka. Tenaga yang sepatutnya digunakan
untuk kepulihan akan digunakan untuk menangani stress.
2. Menfokuskan kepada tanda-tanda stress.
▪ Klien patut digalakkan untuk membuat pemeriksaan terperinci
terhadap kehidupan mereka, memberi perhatian kepada tanda-tanda
dan punca stress dengan menyemak setiap aspek hidup mereka (cth:
keluarga, kerja dan kawan).
▪ Mengurangkan tekanan adalah sangat penting dalam kepulihan.
Apabila klien mengalami stress , mereka perlu mencari jalan untuk
merelakskan diri. Biasanya, aktiviti fizikal membantu dalam
mengurangkan stress. Sebagai contoh, aktiviti stretching, tarik nafas
dalam-dalam, senaman serta berjalan seperti biasa dengan tenang
dapat menangani stress.
• Klien perlu meneroka pelbagai pilihan untuk mengurangkan stress,
mengesan mana satu yang berkesan bagi mereka dan kemudian
gunakan intervensi tersebut apabila mengalami stress.
DrHB/ AADKN9/2022 202
MENGURANGKAN STRESS
3. Membuat Perubahan Kepada Kehidupan Harian Untuk Mengurangkan stress.
Strategi umum yang dapat digunakan oleh klien dalam mengurangkan stress
dalam kehidupan mereka.
▪ Kesederhanaan - Satu strategi yang berguna ialah melakukan sesuatu secara
kesederhanaan; keseimbangan adalah penting kepada kehidupan yang sihat dan
bahagia; terutamanya ketika dalam kepulihan. Klien perlu memastikan bahawa
mereka tidak akan mengalami perubahan yang besar dalam tenaga fizikal
contohnya terlau banyak tidur atau tidak cukup tidur, makan terlalu banyak
atau makan terlalu sedikit, terlalu banyak bersenam atau tiada senaman
langsung atau mengambil caffeine/ gula secara berlebihan.
▪ Pengurusan - Strategi yang kedua yang mungkin berguna kepada klien ialah
mempunyai perancangan awal dan membahagikan matlamat kepada langkah-
langkah yang kecil yang dapat diambil langkah demi langkah. Latihan ini dapat
membantu klien untuk mengawal kehidupan mereka. Apabila kehidupan
berada di luar kawalan tekanan akan wujud.
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT)
Pegawai Pemulihan memastikan bahawa setiap klien berpeluang untuk mengambil
bahagian dalam perbincangan yang diadakan.
▪ Tanya klien bagaimana mereka tahu bila mereka sedang mengalami situasi
yang tertekan. Bagaimana tekanan dijelmakan secara fizikal? Secara emosi?
Tanya klien apa kesan jangka panjang stress yang mereka ketahui dalam
hidup mereka.
▪ Tanya klien mengenai teknik yang mereka gunakan untuk merelakskan diri
apabila berada dalami situasi tertekan. Teknik apakah berkesan bagi mereka?
Tanya klien bagaimana mereka berusaha untuk meminimumkan stress yang
muncul dalam hidup mereka. Pernahkah mereka mengaplikasikan prinsip
kesederhanaan dan pengurusan ?
▪ Minta co-leader berkongsi pengalaman beliau dalam menghadapi dan
meminimumkan stress dalam kehidupan.
▪ Tanya klien samada mereka mempunyai tabiat mengimbaskan balik tentang
kehidupan mereka. Ia mungkin melalui meditasi, doa, menulis diari atau fikir
sejenak sebelum masuk ke tidur. Namun adalah penting untuk klien untuk
fikir mengenai hidup mereka dan menghadapi dengan tenang tentang
perkara-perkara yang menimbulkan stress.
PERBINCANGAN TERBUKA (5 MINIT)
Lima minit sebelum mengakhiri Sesi perbincangan terbuka ini, Pegawai Pemulihan
perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman untuk menggalakan klien
berusaha untuk ke arah kepulihan dan berkongsi perkara yang berkesan bersama
kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022 203
MENGURUS KEMARAHAN
MATLAMAT SESI
▪ Bantu klien memahami bahawa kemarahan boleh memberi kesan
negatif kepada kepulihan.
▪ Bantu klien mengenalpasti aspek-aspek kehidupan harian yang
menyebabkan mereka rasa tertekan.
▪ Bantu klien mengenalpasti strategi untuk mengurangkan kemarahan
PEMBENTANGAN TOPIK (15 MINIT)
1.Memahami Bahaya Yang Dihasilkan oleh Terkumpulnya emosi
kemarahan.
▪ Klien yang menyertai rawatan juga mempunyai tekanan tambahan
dalam kehidupan mereka. Di samping tekanan untuk
memberhentikan penggunaan dadah, klien perlu mengelolakan
permintaan rawatan terhadap masa, keluarga dan emosi mereka.
▪ Adalah perlu untuk berhadapan dengan punca-punca emosi marah
ini. Sesi Pencegahan Relapse yang lepas telah mengajar klien
bagaimana mengenalpasti tanda-tanda emosi marah.
▪ Adalah penting untuk klien berwaspada terhadap tanda–tanda
marah agar emosi marah mereka dapat mengelakkan terkumpulnya
yang akan menjejaskan kepulihan mereka. Tenaga yang sepatutnya
digunakan untuk kepulihan akan digunakan untuk menangani
tekanan.
2.Menfokuskan Kepada Tanda-Tanda Kemarahan
• Klien patut digalakkan untuk membuat pemeriksaan terperinci
terhadap kehidupan mereka, memberi perhatian kepada tanda-tanda
dan punca kemarahan dengan menyemak setiap aspek hidup
mereka.
• Mengurangkan kemarahan adalah sangat penting dalam kepulihan.
Apabila klien mengalami emosi ini, mereka perlu mencari jalan
untuk merelakskan diri. Biasanya, aktiviti fizikal membantu dalam
mengurangkan kemarahan.
• Klien perlu meneroka pelbagai pilihan untuk mengurangkan emosi
marah, mengesan mana satu yang berkesan bagi mereka dan
kemudian gunakan intervensi tersebut apabila mengalami emosi
kemarahan.
204
MENGURUS KEMARAHAN
3. Meneroka Cara Untuk Memahami Dan Menguruskan Kemarahan
Langkah-langkah berikut dapat membantu klien agar lebih memahami
dan menguruskan kemarahan mereka dengan lebih berkesan:
▪ Bersikap jujur pada diri anda Mengaku bila anda sedang mengalami
perasaan marah
▪ Mempunyai kesedaran bagaimana kemarahan anda muncul. Sensasi
fizikal dan pola tingkahlaku akan membantu anda untuk mengenali
bila anda berasa marah
▪ Fikirkan bagaimana kemarahan mempengaruhi orang lain. Mempunyai
kesedaran tentang kesan kemarahan terhadap orang yang anda sayangi
akan memberi dorongan kepada anda untuk meminimakan kesannya
terhadap kehidupan anda.
▪ Mengenalpasti dan mengimplemen strategi untuk menangani
kemarahan. Terus menggunakan strategi yang berkesan dan mencari
strategi baru yang berguna.
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT)
Pegawai Pemulihan memastikan bahawa setiap klien berpeluang untuk
mengambil bahagian dalam perbincangan yang diadakan.
▪ Minta klien bincangkan tentang waktu mereka rasa diri mereka telah
dijadikan mangsa. Bagaimana mereka membebaskan diri daripada
putaran kemarahan dan fikirkan menjadi mangsa kepada orang lain?
▪ Minta klien bincangkan tentang tanda-tanda fizikal dan tingkahlaku
yang memberitahu mereka bahawa mereka sedang mengalami
persaraan marah. Kenapa perlu sedar akan kewujudan perasaan
marah?
▪ Tanya klien kebaikan untuk meluahkan pemikiran mereka apabila
mereka berasa marah dibandingkan sekiranya mereka memendamkan
perasaan mereka. Apakah keburukan meluahkan pemikiran mereka?
▪ Tanya klien apakah maksud pasif-agresif. Apakah tingkahlaku yang
ditunjukkan kepada respon ini? Kenapa ini merupakan cara yang
kurang sihat untuk menguruskan kemarahan?
▪ Tanya klien apakah strategi untuk menangani kemarahan yang
didapati berkesan bagi mereka pada masa lampau. Apakah strategi
baru yang mungkin berguna?
PERBINCANGAN TERBUKA (30 MINIT)
Lima minit sebelum mengakhiri Sesi perbincangan terbuka ini, Pegawai
Pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman untuk
menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan berkongsi perkara
yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022 205
MENCARI KAWAN BARU
MATLAMAT SESI
• Bantu klien memahami perlunya mempunyai kawan yang abstinen dan yang
dapat memberi sokongan.
• Bantu klien mengenalpasti samada orang yang ditemui merupakan kawan
yang sesuai atau tidak.
• Bantu klien menerokai tempat dan cara baru untuk menemui orang untuk
dijadikan kawan .
PEMBENTANGAN TOPIK (15 MINIT)
1. Memahami Pentingnya Peranan Kawan Semasa Dalam Kepulihan
• Kadang-kadang apabila klien menerima rawatan, jangkaan mereka ialah
untuk berhenti penggunaan dadah tetapi masih berkawan dengan orang yang
menagih. Klien yang benar-benar ingin meninggalkan dadah masakini perlu
mencari kawan baru yang boleh memberi sokongan kepada kepulihan
mereka.
• Perhubungan dengan kawan dapat membentuk individu. Mempunyai
kawan yang komited terhadap kepulihan dan mereka yang mempunyai
kehidupan yang seimbang dan sempurna akan memberi kesan yang positif
pada klien, khasnya mereka yang baru dalam keadaan abstinen dan
kepulihan.
• Bagi klien yang sedang dalam kepulihan, kawan berperanan sebagai sumber
kekuatan dan sokongan. Namun klien boleh bergantung kepada kawan
untuk aktiviti berseronok yang merupakan bahagian penting dalam
kepulihan.
2. Kesedaran Bahawa Tingkahlaku Perlu Diubah Untuk Mendapatkan Kawan
Baru
• Asas persahabatan ialah mempunyai minat yang sama. Persahabatan
kebanyakan klien yang menyertai rawatan adalah berasaskan penggunaan
dadah. Kemahiran bersosial dalam mencari kawan baru atau mendapatkan
kawan baru agak kekurangan.
• Keyakinan dan kebolehan klien dalam mencari kawan baru akan meningkat
selari dengan kemajuan kepulihan klien. Pegawai Pemulihan perlu memberi
peringatan kepada klien bahawa persahabatan adalah dua-hala.
• Di samping mendapat sokongan daripada kawan, klien dapat memperolehi
faedah daripada menjadi rakan baik kepada mereka yang berada dalam
kepulihan atau orang yang baru mereka temui.
3. Meneroka Tempat dan Cara Baru Untuk Menemui Orang Lain dan Berkawan
Dengan Mereka..
DrHB/ AADKN9/2022 206
MENCARI KAWAN BARU
▪ Pegawai Pemulihan perlu memberi dorongan kepada klien untuk
menghadiri Perjumpaan 12-Langkah Sokong bantu dan program yang
berorientasi kerohanian; berkawan dengan mereka yang abstinen dan
cari seorang penaja. Klien juga digalakkan terus mempunyai hobi atau
melakukan aktiviti yang dapat menghasilkan minat baru.
▪ Menghadiri kelas, menyertai kelab atau gim, menjadi sukarelawan
adalah antara cara yang baik untuk mendapat persahabataan yang
bermakna. Pegawai Pemulihan perlu memberi peringatan kepada klien
agar jangan campuradukan persahabatan personal dengan perniagaan
dalam kelompok mereka terutamanya pada peringkat awal kepulihan
mereka.
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT)
Pegawai Pemulihan memastikan bahawa setiap klien berpeluang untuk
mengambil bahagian dalam perbincangan yang diadakan.
▪ Tanya klien samada mereka mempunyai kawan dari kalangan klien
yang dikenali sebelum rawatan yang akan dijadikan kawan rapat.
Kualiti apakah yang ada pada kawan tersebut?Tanya klien jika mereka
masih bersama dengan kawan yang menggunakan dadah,
bagaimanakahnya mempengaruhi hidup mereka?
▪ Tanya klien sama ada mereka pernah berhubung dengan kawan
sepenagihan dahulu. Apakah yang mereka bincang apabila berjumpa?
Pernah klien bermasam muka dengan kawan tersebut? Adakah
persahabatan tersebut dikekalkan?
▪ Minta Co-leader berkongsi pengalaman beliau tentang persahabatan
beliau semasa transisi penggunaan sehingga ke waktu kepulihan.
Adakah persahabatan tersebut berkekalan? Tanya klien bagaimana
mereka menemui dan berkawan semasa mereka menagih dadah.
Adakah mereka akan menemui dan berkawan dengan orang yang tidak
menagih dengan cara yang sama?
▪ Minta klien senaraikan kualiti seorang kawan yang baik. Apakah
peranan yang dimainkan oleh kenalan dalam kehidupan klien?
Adakah ini berbeza dengan peranan yang dimainkan oleh seorang
kawan? Minta klien bincangkan cara-cara mendapatkan kawan baru.
▪ PERBINCANGAN TERBUKA (5 MINIT)
Lima minit sebelum mengakhiri Sesi perbincangan terbuka ini, pegawai
pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman untuk
menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan berkongsi
perkara yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022 207
MEMPERBAIKI HUBUNGAN
MATLAMAT SESI
▪ Bantu klien memahami perlunya memperbaiki hubungan dengan cara
membuat penebusan/perubahan.
▪ Bantu klien memahami bahawa membuat penebusan adalah lebih
daripada berhenti pengambilan dadah.
▪ Bantu klien membuat persediaan untuk menghadapi orang yang
enggan memaafkan klien.
PEMBENTANGAN TOPIK (10 MINIT)
1. Mengakui tingkahlaku lampau yang perlu diperbaiki
▪ Seperti yang telah dibincangkan pada sesi pencegahan relapse, klien
mesti mengakui pada diri mereka bahawa mereka mempunyai
kecelaruan akibat dari penagihan dan ini telah mengawal hidup
mereka.
▪ Satu lagi aspek lain berkaitan kepulihan ialah pengakuan bahawa
mereka telah melukai hati orang yang rapat dengan mereka akibat
dari penyalahgunaan dadah. Selain dari pengakuan secara jujur
mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadap orang lain, klien
perlu membina semula perhubungan yang retak akibat dari
penyalahangunaan dadah.
▪ Klien yang menghadirii Perjumpaan 12-Langkah mungkin biasa
dengan proses pengakuan bahawa penebusan perlu dibuat; proses ini
merupakan langkah kelapan dalam 12-Langkah.
2. Meneroka Cara Untuk Membuat Penebusan dan Membaiki Hubungan.
▪ Berhenti dari penggunaan dadah, menerima rawatan dan kekal
abstinen bukan satu perkara yang mudah. Sebilangan klien mungkin
menganggap bahawa dengan melakukan perkara tersebut sudah
mencukupi untuk membaiki perhubungan retak yang telah mereka
lakukan. Sebenarnya dengan ini saja adalah tidak mencukupi.
▪ Klien perlu berkomunikasi dengan orang yang mereka telah lukai dan
mengakui kesalahan dan kesulitan yang mereka timbulkan dan
jelaskan bahawa mereka telah menerima rawatan dan sedang dalam
proses kepulihan.
▪ Bagi sesetengah orang, kesungguhan klien untuk bertanggungjawab
ke atas kesalahan yang mereka telah lakukan adalah mencukupi
untuk memperbaiki hubungan mereka. Ada juga yang tidak begitu
cepat dan mudah untuk memaafkan.
▪ Klien mungkin perlu tunjukkan lebih usaha dengan orang-orang
begini.
DrHB/ AADKN9/2022 208
MEMPERBAIKI HUBUNGAN
3. Memaafkan Diri dan Orang Lain.
• Kerosakan/keretakan hubungan akibat dari kecelaruan penggunaan
dadah bukan sehala. Kawan dan orang kesayangan pernah lakukan
perkara yang menyakitkan hati mereka yang menyalahgunakan dadah.
• Klien sepatutnya mempunyai persediaan untuk memaafkan orang yang
pernah lukai hati mereka walaupun orang tersebut tidak mahu
mengakui kesalahan dan memohon maaf. Klien perlu berusaha untuk
bebaskan kemarahan dan kebencian. Kepahitan merupakan emosi
yang bahaya dan boleh bertindak sebagai trigger relapse. Untuk
melupakan kepahitan, klien perlu memaafkan diri mereka atas
kesalahan lampau.
• Mereka tidak boleh mengubah masa lampau; apabila mereka menerima
rawatan, membuat penebusan dan bertekad tidak mengulangi
kesalahan yang sama lagi, klien telah melakukan segala-galanya untuk
menghadapi kesalahan masa lampau.
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT)
Pegawai Pemulihan memastikan bahawa setiap klien berpeluang untuk
mengambil bahagian dalam perbincangan yang diadakan.
▪ Tanya klien keperluan mereka untuk membuat penebusan.
▪ Minta klien bincangkan perbezaan meminta maaf dan membuat
penebusan.
▪ Tanya klien bagaimana mereka merancang untuk mengendalikan
situasi di mana seseorang itu masih berasa marah dan enggan
memaafkan mereka.
▪ Minta co-leader berkongsi pengalaman beliau apabila berhadapan
dengan orang untuk membuat penebusan. Bagaimanakah co-leader
menangani orang yang enggan memaafkan dan menerima beliau?
▪ Tanya klien bagaimana mereka membuat persediaan untuk membuat
penebusan. Selain daripada meminta maaf, apakah yang boleh mereka
lakukan untuk membaiki hubungan?
PERBINCANGAN TERBUKA (30 MINIT)
Lima minit sebelum mengakhiri Sesi perbincangan terbuka ini,Pegawai
Pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman mereka
untuk menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan
berkongsi perkara yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022 209
DOA
MATLAMAT SESI
• Bantu klien memahami pentingnya untuk membezakan perkara yang
boleh diubah dan yang tidak boleh diubah.
• Bantu klien memahami bahawa Doa bukannya sesuatu yang berkait
dengan keagamaan dan boleh digunakan dalam banyak situasi.
• Bantu klien mengenalpasti perkara yang mereka boleh ubah
PEMBENTANGAN TOPIK (10 MINIT)
1. Membezakan Perkara Yang Boleh Diubah Dengan Yang Tidak Boleh
Diubah
▪ Membuat perbezaan antara apa yang boleh diubah dengan yang tidak
boleh diubah merupakan kemahiran yang kritikal bagi klien dalam
kepulihan. Kalau klien tidak dapat membezakan ini, mereka akan
mengalami kekecewaan, kemarahan dan tekanan. Ini memudahkan
mereka ke arah relapse.
▪ Kekal abstinen dan mempunyai kemajuan dalam kepulihan
memerlukan perhatian sepenuh klien; klien tidak ada masa atau tenaga
untuk memikirkan perkara-perkara yang mana mereka tiada kawalan.
Pegawai Pemulihan patut menyedarkan klien tentang keadaan yang
spesifik dan minta klien bincang dan menilai samada mereka boleh
mengubah situasi tersebut dan bagaimana mereka patut memberi
respon. Contohnya:-
▪ Klien terperangkap dalam kesesakan lalulintas dan lambat hadir
temujanji.
▪ Dadah yang diperlukan oleh klien, kehabisan stok.
▪ Bos menegur klien kerana lambat lambat masuk kerja.
▪ Pasangan klien masih tidak mempercayai klien, walaupun klien
telah pulih beberapa bulan.
2. Memahami Makna Ketenangan Dalam Konteks Kepulihan
• Doa telah dipopularkan oleh Alcoholics Anonymous (AA) 12-Langkah
yang digunakan untuk mereka dalam kepulihan.
• Doa mempunyai kaitan dengan keagamaan. Doa menghasilkan
ketenangan dalaman bagi kebanyakan orang, tetapi ketenangan yang
berfaedah dalam kepulihan boleh dicapai melalui cara lain seperti
bertafakul atau menulis jurnal.
▪ Klien ini boleh menganggap doa adalah satu puisi atau kata–kata
bijaksana. Pegawai Pemulihan perlu memberi dorongan kepada klien
untuk menerima apa yang mereka dapati berfaedah dan meninggalkan
yang lain. Klien patut menerima kata–kata bijaksana walaupun ia
bukannya dalam bentuk yang disukai mereka.
DrHB/ AADKN9/2022 210
DOA
3. Mengenalpasti Perkara Yang Perlukan Perubahan Untuk mencapai
ketenangan dalaman (seperti disedut dalam Doa Kletenangan) memerlukan
kebolehan untuk mengabaikan perkara.
yang klien tidak berupaya berubah serta komitmen untuk berusaha
mengubahkan perkara yang boleh diubah.
• Aspek penting dalam kehidupan klien adalah perkara-perkara yang
boleh memberi sokongan kepada kepulihan mereka. Hubungan
dengan kawan dan keluarga merupakan sumber kekuatan semasa
dalam kepulihan.
• Biasanya, hubungan boleh diubah dan perlu diperbaiki. Pegawai
Pemulihan patut bantu klien mengenalpasti perkara-perkara lain dalam
kehidupan mereka yang boleh diubah untuk kepentingan kepulihan
klien.
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT)
Pegawai Pemulihan memastikan bahawa setiap klien berpeluang untuk
mengambil bahagian dalam perbincangan yang diadakan.
▪ Minta klien bincangkan maksud ayat tersebut mengikut kefahaman
mereka.
▪ Fokus ‘doa’ ini adalah pada ketenangan, tetapi keberanian dan
kebijaksanaan juga disebut dalam ‘doa’ ini. Tanya klien bagaimana
keberanian dan kebijaksanaan dijadikan sebahagian daripada kepulihan.
Bagaimanakah keberanian dan kebijaksanaan menyumbang kepada
ketenangan.
▪ Tanya klien samada mereka rasa terganggu dengan fakta bahawa,
mengikut ‘doa’ tersebut, Tuhan mengurniakan ketenangan. Bolehkah klien
yang tiada kepercayaan menghayati ‘doa’ tersebut?
▪ Minta Co-leader bincangkan pemahaman beliau tentang Doa. Pernahkah
Co-leader menghadapi kesukaran dalam aspek keagamaan ‘doa tersebut?
Adakah idea terdapat satu kuasa yang lebih tinggi memberi keselesaan
dan membantu mereka?
▪ Minta klien bincangkan tentang perkara dalam hidup mereka yang tidak
boleh diubah. Bagaimanakah mereka mengenalpasti perkara tersebut?
▪ Tanya klien apakah perkara dalam hidup mereka yang patut diubah.
Apakah langkah yang mereka ambil untuk melaksanakan perubahan
tersebut?
PERBINCANGAN TERBUKA (5 MINIT)
Lima minit sebelum mengakhiri Sesi perbincangan terbuka ini, Pegawai
Pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman untuk
menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan berkongsi perkara
yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022 211
TINGKAHLAKU KOMPULSIF
MATLAMAT SESI
• Bantu klien memahami apa itu tingkahlaku kompulsif dan
bagaimana tingkahlaku kompulsif, selain daripada penyalahgunaan
dadah, boleh memberi kesan negatif terhadap kepulihan.
• Bantu klien memahami bahayanya sindrom perlanggaran abstinens
(Abstinen violation syndrome)
• Bantu klien mengenali dan menghapuskan tingkahlaku kompulsif
PEMBENTANGAN TOPIK (10 MINIT)
1.Memastikan Kehidupan Berada Dalam Kawalan Dengan Menghapuskan
Tingkahlaku Kompulsif
▪ Pegawai Pemulihan perlu jelaskan tingkahlaku kompulsif sebagai
tindakan tidak rasional dan memusnahkan yang diambil oleh orang
sebagai tindakbalas terhadap impuls yang tidak bertanggungjawab.
▪ Apabila klien menggunakan perangsang dan kebergantungan pada
dadah tersebut, penggunaan ini pada asalnya untuk keseronokan
(semasa berparti atau bersama kawan) kemudian menukar kepada
penggunaan kompulsif. Apabila klien berada di tahap abstinen
dalam kepulihan, mereka mungkin menggantikan penggunaan
kompulsif perangsang dengan tingkahlaku kompulsif yang lain.
▪ Tanda–tanda keterlaluan ini termasuk melakukan perkara berikut
dengan melampau: makan, merokok, minum soda dan kopi yang
berkafein, mengambil gula- gula, bersenam, bekerja dan juga
lancapan onani, berjudi, membelanja dan menyalahgunakan dadah
selain dari perangsang.
▪ Adalah sangat penting untuk menghapuskan tingkahlaku ini dari
kehidupan mereka. Apabila sebahagian dari aspek tertentu dalam
kehidupan mereka di luar kawalan, klien mudah jatuh balik dan
hilang kawalan dalam penggunaan perangsang.
▪ Segelintir klien perlu rawatan dalam skop tingkahlaku kompulsif
(seperti kecelaruan memakan, ketagihan berjudi) selain daripada
rawatan untuk penyalahgunaan dadah. Kaunselor perlu peka dan
mengetahui klien mana perlukan bantuan dan rujukkan mereka
untuk rawatan tambahan tersebut.
DrHB/ AADKN9/2022 212
TINGKAHLAKU KOMPULSIF
2. Memahami Bagaimana Sindrom Perlanggaran Abstinens Boleh
Tergelincir Dari Kepulihan.
• Klien berasa mereka sedang melalui jalan yang sempit waktu mereka
bila berada dalam kepulihan. Bagi sebilangan klien, apabila segala-
galanya dalam kepulihan berjalan seperti dirancangkan, mereka rasa
mereka berada dalam keadaan selamat.
• Namun sekiranya satu kesilapan (walaupun kecil) berlaku, mereka
berasa mereka telah terkeluar dari perjalanan kepulihan. Pola
pemikiran ini dipanggil sindrom perlanggaran abstinens (abstinent
violation syndrome). Ini adalah bahaya. Mengikut logik ini, satu
kesilapan kecil adalah disamakan gengan penggunaan semula.
Seorang klien yang ponteng Sesi berenang mungkin akan diakhiri
dengan relapse kerana pada pemikiran beliau, kepulihannya telah
dimusnahkan.
▪ Klien perlu memahami bahawa tiada kepulihan berjalan dengan
“lancar”; melakukan satu kesilapan tidak bermakna bahawa semua
telah hilang dan wajib kembali semula kepada penggunaan dadah.
3. Mengimbangi Perubahan Cara Hidup Dengan Kepulihan Yang Sihat
dan Berjaya.
• Klien mempunyai pendekatan yang berbeza untuk capai matlamat
dan menghapuskan tingkahlaku kompulsif dalam kehidupan
mereka. Sesetengah orang dapati adalah lebih mudah melakukan
perubahan dengan cepat sekaligus.
• Mereka rasa mereka berada dalam keadaan yang menyukarkan, oleh
itu lebih baik menguruskan tingkahlaku kompulsif mereka dengan
segera. Ada orang yang perlu melalui perubahan secara beransur-
ansur, satu atau dua perubahan dalam satu-satu kali. Bagi mereka
untuk menghapuskan kesemua tingkahlaku kompulsif dengan segera
adalah terlalu berat.
• Klien perlu berusaha mencapai matlamat menghapuskan tingkahlaku
kompulsif mereka dalam keadaan selesa yang membenarkan mereka
mengimbangi kehidupan dan kepulihan mereka.
DrHB/ AADKN9/2022 213
TINGKAHLAKU KOMPULSIF
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT)
Pegawai Pemulihan memastikan bahawa setiap klien beRPeluang untuk
mengambil bahagian dalam perbincangan yang diadakan.
▪ Pastikan klien memahami apa itu bertindak secara kompulsif dan apa itu
tingkahlaku kompulsif
▪ Minta klien bincangkan tingkahlaku kompulsif mereka. Pernahkah
klien bertingkahlaku kompulsif semasa mereka abstinen?
▪ Tanya klien apakah langkah-langkah yang mereka ambil untuk
menghapuskan tingkahlaku kompulsif. Setakat manakah kejayaan
mereka? Pendekatan apakah yang mereka gunakan? Adakah mereka
mengendalikan kesemua tingkahlaku sekali gus atau satu atau dua
perkara dalam satu ketika?
▪ Minta Co-leader bincangkan pengalaman beliau terhadap sindrom
perlanggaran abstinens.
▪ Kesilapan pada perkara kecil yang berlaku semasa dalam kepulihan.
Minta klien bincangkan mengenai sikap mereka terhadap kesilapan kecil.
Memberi dorongan kepada klien untuk betulkan kesilapan mereka. Jika
pendekatan mereka tehadap kepulihan adalah terlalu rigid, mereka akan
bertindak secara berlebihan dan relapse disebabkan oleh masalah yang
kecil.
▪ Minta klien bincangkan mengenai teknik RP yang mereka telah pelajari.
Jika klien masih baru dalam kepulihan, pastikan mereka faham perkara-
perkara yang perlu diketahui untuk mengelak trigger, mempraktikkan
pemikiran ‘berhenti seketika’ dan praktikkan perancangan.
PERBINCANGAN TERBUKA (5 MINIT)
Lima minit sebelum mengakhiri Sesi perbincangan terbuka ini, Pegawai
Pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman untuk
menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan berkongsi
perkara yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022 214
MENANGANI PERASAAN DAN KEMURUNGAN
MATLAMAT SESI dan
▪ Bantu klien kenali dan fahami respon emosional mereka .
▪ Bantu klien kenali tanda–tanda kemurangan.
▪ Bantu klien terokai strategi untuk menangani perasaan
kemurangan.
PEMBENTANGAN TOPIK (10 MINIT)
1.Memahami Corak Emosi Dalam Kepulihan
▪ Adalah penting untuk seseorang dalam kepulihan mengenali dan
memahami respons emosi mereka. Oleh kerana telah biasa dengan
mengalami emosi yang menyebabkan ketidakselesaan (cth: malu,
kemarahan dan kesedihan) sebilangan klien menjadi tidak jujur tentang
perasaan mereka pada diri mereka sendiri.
▪ Apabila klien dapat menyebut perasaan mereka dengan betul, klien
akan dapat menghadapi perasaan yang membara dalam diri mereka
yang mengakibatkan masalah. Walaupun klien mengalami pengalaman
negatif atau yang menyakitkan, adalah penting klien mengakui
perasaan tersebut.
▪ Pegawai Pemulihan patut memperingatkan klien bahawa mempunyai
perasaan tersebut bukan sesuatu yang salah; klien masih boleh pilih
untuk tidak bertindak berdasarkan emosi yang menghantui mereka.
▪ Klien juga dapat memahami perasaan mereka secara lebih mendalam
melalui cara mereka bertindak terhadap situasi dan bukannya terhadap
orang. Adakah klien lebih memahami perasaan mereka sendiri
daripada orang lain? Adakah situasi tertentu selalu menyebabkan klien
mengalami kemurungan? Adakah orang tertentu selalu menyebabkan
klien marah?
2.Memahami Pentingnya Mengenalpasti Dan Menghadapi Kemurangan
▪ Orang yang dalam kepulihan kerap mengalami kemurungan. Bagi
sebilangan klien, ini merupakan sebahagian daripada proses kepulihan.
Mereka mengalami kemurungan sebaik saja berada pada tahap
abstinen atau beberapa bulan setelah memasuki kepulihan (tempoh ini
dikenali sebagai the Wall).
▪ Kalau klien ini kekal bebas dan berada dalam kepulihan, simptom
kemurungan ini akan berkurangan. Namun bagi klien yang lain,
penggunaan perangsang telah mengkaburi simptom kecelaruan
kemurungan sebaik saja mereka pulih.
▪ Pegawai Pemulihan perlu peka terhadap simptom-simptom
kemurungan klien yang tidak menunjukkan kemajuan dan pastikan
klien ini menerima penilaian dan rawatan yang sesuai.
DrHB/ AADKN9/2022 215
MENANGANI PERASAAN DAN KEMURUNGAN
3.Menggunakan strategi bertindak untuk mengurus emosi dan kemurangan.
▪ Kebanyakan cara terbaik untuk menangani simptom kemurungan
adalah sama dengan strategi yang digunakan klien untuk mencegah
relapse. Ia amat penting untuk klien untuk mencari dan mendampingi
kawan dan keluarga yang boleh beri sokongan apabila mereka
mengalami kemurungan.
▪ Selain daripada itu klien boleh bincang dengan pegawai pemulihan.
Aktiviti di luar rumah dan berinteraksi dengan orang lain juga boleh
digunakan menangani kemurungan. Senaman membolehkan klien
kembali kepada pola makan dan tidur yang biasa. Senaman juga
membantu mengurangkan simptom kemurungan yang biasanya berlaku
semasa tempoh ”Wall”.
▪ Jika langkah-langkah ini tidak dapat hilangkan kemurungan klien,
pegawai pemulihan patut menilai sama ada klien mengalami
kemurungan klinikal dan perlu merujuk mendapatkan rawatan intensif.
Pegawai Pemulihan perlu mengadakan tindakan susulan.
PERBINCANGAN BERFOKUS (45 MINIT)
Setiap klien berpeluang untuk mengambil bahagian dalam perbincangan
yang diadakan.
▪ Tanya klien sama ada mereka jujur kepada diri sendiri mengenai
perasaan mereka. Adakah mereka berasa terdapat perasaan yang tidak
dapat dikawal?
▪ Mengalakkan klien untuk menerima emosi yang dialami oleh mereka.
Jika terdapat emosi yang tidak dapat dikawal, tanya klien kenapa
mereka berfikir begitu? Tanya klien sama ada mereka sedar akan pola
perasaan mereka. Adakah mereka rasa marah? Sedih? Perit? Jika ada,
apakah yang menyebabkan emosi tersebut.
▪ Minta Co–leader berkongsi pengalaman berkaitan kejadian kemurungan
semasa kepulihan. Adakah perasaan kemurungan tersebut hilang
selepas tempoh Wall.
▪ Tanya klien pernah atau tidak merasai kemurungan lampau yang tidak
dapat diselesaikan. Bagaimana untuk mengenalinya?Tanya klien sama
ada berasa murung sekarang. Apakah simptom yang mereka alami?
▪ Minta klien berkongsi strategi yang membantu mereka dalam
menangani masalah kemurungan
PERBINCANGAN TERBUKA (30 MINIT)
Lima minit sebelum mengakhiri Sesi perbincangan terbuka ini, pegawai
pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman untuk
menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan berkongsi perkara
yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022 216
PROGRAM 12-LANGKAH DAN
PROGRAM SOKONG BANTU
MATLAMAT SESI
▪ Bantu klien memahami bagaimana Program 12-Langkah dan Program
Sokong bantu dapat memberi sokongan kepada kepulihan
▪ Bantu klien sedari akan faedah yang boleh diperolehi daripada
program 12-Langkah dan Program Sokong bantu
▪ Bantu klien memahami Program 12-Langkah dan Program Sokong
bantu yang sediada
PEMBENTANGAN TOPIK (10 MINIT)
1. Memahami Asas Kelompok 12-Langkah ( cth; bentuk perjumpaan,
bagaimana mencari perjumpaan yang diadakan )
▪ Terdapat klien yang sudah kenali dan biasa dengan Kelompok AA dan
kelompok 12-Langkah yang lain. Pegawai Pemulihan perlu memberi
penjelasan kepada klien tentang penyertaan dalam Kelompok 12-
Langkah.
▪ Rawatan profesional penyalahgunaan dadah bersama penyertaan
dalam kelompok 12-Langkah merupakan intervensi untuk
kebergantungan dadah yang paling berkesan.
▪ Komponen ini sangat penting dalam kepulihan, klien perlu diberi
peluang untuk memahami dan berasa selesa dengan program 12-
Langkah. Berikut merupakan perkara yang penting dalam program 12-
Langkah:
▪ Format Perjumpaan. Perjumpaan diadakan sepanjang hari (siang dan
malam) dan biasanya mengambil masa satu jam.sebelum dan selepas
untuk bergaul-mesra. Pegawai Pemulihan perlu memberi klien satu
salinan perjumpaan tempatan beserta maklumat (No. Telefon atau
alamat) untuk dihubungi.
▪ Perjumpaan Penyertaan-Spesifik. Komuniti yang besar mempunyai
kelompok khas (cth; untuk doktor, peguam, ahli profesional lain;
mereka yang mempunyai kecelaruan mental; perjumpaan mengikut
jantina; perjumpaan berasaskan orientasi seksual peserta). Ada
komuniti yang mempunyai perjumpaan khas dalam kepulihan dari
penggunaan methamphetamine.
▪ Jenis perjumpaan. Isi kandungan perjumpaan tersebut mempunyai
fokus tertentu:
▪ Perjumpaan Berkongsi Pengalaman oleh seorang yang dalam
kepulihan menceritakan tentang sejarah penggunaan dadah dan
alkohol serta perjalanan kepulihannya.
DrHB/ AADKN9/2022 217
PROGRAM 12-LANGKAH DAN
PROGRAM SOKONG BANTU
▪ Topik perjumpaan yang spesifik seperti fellowship, kejujuran,
penerimaan and kesabaran. Semua ahli diberi peluang untuk bercakap
tetapi tiada paksaan.
▪ Perjumpaan 12 Langkah/12-Tradisi merupaan perjumpaan khas di
mana 12-Langkah dan 12-Tradisi dibincangkan.
▪ Perjumpaan Mengkaji Buku memberi fokus kepada halaman dalam
teks utama Kelompok 12-Langkah. (Untuk AA, ini adalah Big Book;
untuk Narcotics Anonymous {NA}, ini Basic Text). Perjumpaan
mengkaji buku adalah berfokus kepada pengalaman seseorang atau
topik yang ada berkaitan dengan kepulihan seseorang.
▪ Klien perlu menghadiri perjumpaan yang berbeza sehingga dapat
berjumpa kelompok yang mereka suka. Bukan semua aspek atau
perbincangan perjumpaan adalah berfaedah dan sesuai digunakan.
▪ Tetapi klien perlu berusaha mencari satu kelompok yang mereka boleh
menghadiri secara kerap dan cuba mempelajari sesuatu untuk
menguatkan kepulihan mereka setiap kali menghadiri perjumpaan
tersebut.
2. Memahami Sokongan Sosial & Emosi Yang Sedia ada Melalui Kehadiran
Dalam 12-Langkah
▪ Kelompok 12-Langkah terdiri dari ahli kelompok yang mempunyai
masalah yang sama. Mereka berusaha untuk membantu satu sama
lain.
▪ Proses kelompok tersebut akan memperingatkan klien bahawa mereka
tidak keseorangan dan menyediakan peluang kepada mereka untuk
berkawan dengan orang yang abstinen dan bina rangkaian jaringan
sokongan.
▪ Klien akan menerima bimbingan and galakan daripada orang yang
berada dalam kepulihan yang lebih berpengalaman daripada mereka.
3. Meneroka Alternatif Program 12- Langkah
▪ Program 12-Langkah seperti AA, dan NA adalah kelompok yang
mudah didapati tetapi mereka bukan sesuai untuk semua orang.
▪ Pegawai Pemulihan perlu tahu di mana terdapat Program 12-langkah
tempatan dan menyebarkan kepada klien sokongan kepulihan selain
daripada Program 12-Langkah seperti program sokong bantu. (Dalam
komuniti yang kecil, Perjumpaan 12-Langkah merupaka satu-satunya
pilihan klien).
▪ Kelompok yang tidak mengikuti prinsip 12-Langkah yang
menyediakan fellowship dan sokongan yang boleh membantu klien
dalam kepulihan.
DrHB/ AADKN9/2022 218
PROGRAM 12-LANGKAH DAN
PROGRAM SOKONG BANTU
PERBINCANGAN BERFOKUS (45 MINIT)
▪ Pegawai Pemulihan memastikan bahawa setiap klien berpeluang
untuk mengambil bahagian dalam perbincangan yang diadakan.
▪ Pastikan menghormati ahli kelompok yang enggan menghadiri
Perjumpaan 12-langkah; pastikan mereka tidak terasa dipaksa untuk
menghadiri perjumpaan tersebut.
▪ Tanya klien sama ada mereka pernah menyertai Kelompok 12-
Langkah atau mana mana kelompok yang dibincangkan diatas.
Minta klien yang pernah menyertai perjumpaan tersebut
menerangkan bagaimana kehadiran dalam perjumpaan tersebut
dapat membantu mereka.
• Tanya klien samada mereka pernah menyertai perjumpaan fokus
khas yang lain yang didapati boleh membantu mereka .
• Minta klien bincangkan mengenai dimensi kerohanian
perjumpaan 12-Langkah. Pernahkah mereka merasai keselesaan
dalam kuasa yang lebih tinggi?
• Tanya klien samada mereka rasa kurang selesa apabila sebutan
tentang ‘kuasa tinggi’ semasa dalam perjumpaan 12-Langkah.
Sekiranya ada bagaimana mereka mengendalikan
ketidaksetujuan mereka dan terus menghadiri perjumpaan
tersebut
• Tanya klien sama ada mereka pernah meryertai Perjumpaan
Sokong Bantu atau perjumpaan berorientasikan kerohanian. Jika
ada, minta klien terangkan pengalaman mereka.
PERBINCANGAN TERBUKA (5 MINIT)
Lima minit sebelum mengakhiri Sesi perbincangan terbuka ini, Pegawai
Pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman mereka
untuk menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan
berkongsi perkara yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022 219
PANDANG KE DEPAN: MENGURUS WAKTU BOSAN
MATLAMAT SESI
▪ Bantu klien menghargai bahayanya kebosanan sebagai trigger relapse.
▪ Bantu klien fahami faedah / kebaikan menguruskan ganjaran dan
waktu kebosanan.
▪ Bantu klien meneroka cara-cara untuk menguruskan kebosanan dalam
kepulihan.
PEMBENTANGAN TOPIK (10 MINIT)
1. Memahami bahawa kebosanan boleh menjadi trigger relapse.
▪ Biasanya klien akan merasa bosan, tidak senang duduk dan tidak
seranok dalam tempoh kepulihan. Kebosanan ini mungkin
disebabakan oleh pertambahan kimia yang merupakan sebahagian
daripada kepulihan otak. Ia juga mungkin merupakan fungsi struktur
rigid dalam kepulihan.
▪ Walaupun struktur kepulihan ini adalah perlu, kebosanan yang
dihasilkan boleh bertindak sebagai trigger relapse bagi kebanyakan
klien. Penggunaan dadah merupakan cara klien mengisi masa lapang
dan menceriakan kehidupan mereka.
▪ Di samping itu, klien yang bosan rasa kekurangan kuasa / kekuatan
mental untuk mengekalkan diri dalam kepulihan secara bijak. Klien
perlu melawan perasaan kebosanan agar dapat mengekalkan
kepulihan mereka dengan cara yang betul.
2. Memahami faedah membahagikan/memecahkan kepulihan kepada 220
bahagian masa yang boleh diuruskan.
▪ Satu cara bagi klien menghadapi/menangani rutin kepulihan adalah
dengan mengadakan merancangkan pemberian ganjaran kepada diri
mereka pada setiap dua minggu. Ganjaran ini tidak semestinya
berbentuk belian yang besar atau peristiwa yang besar.
▪ Sebenarnya adalah lebih baik jika klien dapat memikirkan perkara
yang kecil yang mereka boleh nikmati tetapi dalam bentuk
perbelanjaan. Ganjaran ini sepatutnya merupakan perkara yang klien
harapkan dan boleh mengisi bahagian kepulihan yang membosankan.
▪ Ganjaran tersebut tidak boleh mengganggu kepulihan klien.
Contohnya meninggalkan kampung untuk beberapa hari bukanlah
satu idea yang baik dalam tempoh rawatan. Klien boleh fikirkan
ganjaran tersebut sebagai tambahan daripada menandakan aktiviti
kemajuan dari Sesi Kemahiran Kepulihan Awalan.
▪ Kandungan tersebut merupakan latihan untuk memecahkan
kebosanan dalam kepulihan kepada tempoh masa yang kecil yang
dihargai dengan ganjaran.
DrHB/ AADKN9/2022
PANDANG KE DEPAN: MENGURUS WAKTU
BOSAN
▪ Meneroka cara memperkasakan kepulihan dengan merangcang
aktiviti dan menstrukturkan masa lampau.
▪ Selain daripada memberi ganjaran seperti berehat dan berseronok,
klien perlu mempunyai aktiviti yang melepaskan mereka dari rutin
kepulihan. Sebelum ini, klien melibatkan diri dalam penggunaan dadah
untuk merelakskan diri dari tekanan.
▪ Kini, klien dalam kepulihan perlu mencari cara baru untuk menangani
tekanan dalam hidup mereka. Aktiviti fizikal merupakan cara yang
baik untuk klien merehatkan diri dari tekanan. Melakukan aktiviti
seperti berjasmani ataupun bersenam boleh mengurangkan tahap
tekanan.
▪ Apabila klien bersenam, keyakinan kendiri meningkat dan ini
membantu mengurangkan simptom fizikal yang dihasilkan oleh
berhentinya penggunaan dadah.
▪ Senaman tidak semestinya vigorous tetapi ia mesti kerap; berjalan dan
berbasikal beberapa kali seminggu merupakan senaman yang bagus
semasa kepulihan. Aktiviti yang melibatkan penggunaan minda klien
juga penting.
▪ Memulakan hobi baru atau meneruskan minat yang lama merupakan
cara yang baik untuk mengatasi kebosanan. Klien mungkin bercadang
untuk menghadiri kelas, mempelajari sesuatu yang baru dapat
mengorientasikan klien di masa hadapan. Apabila klien melibatkan
diri dengan mempelajari sesuatu aktiviti baru, mereka mempunyai
komitmen untuk menyokong kepulihan mereka.
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT)
▪ Pegawai Pemulihan memastikan bahawa setiap klien berpeluang untuk
mengambil bahagian dalam perbincangan yang diadakan.
▪ Tanya klien sama ada mereka mengalami kebosanan atau gangguan
emosi. Apa yang menyebabkan perasaan ini?
▪ Tanya klien setakat mana kebosanan boleh memberi kesan kepada
kepulihan mereka. Apakah yang mereka lakukan untuk menangani
kebosanan harian?
▪ Tanya klien apakah aktiviti yang boleh digunakan sebagai ganjaran
untuk menangani rutin rawatan dan kepulihan.
▪ Tanya klien bagaimana mereka tahu sama ada mereka perlukan rehat.
Apakah tanda-tanda fizikal atau emosi yang memberi amaran bahawa
mereka perlukan rehat.
DrHB/ AADKN9/2022 221
PANDANG KE DEPAN: MENGURUS WAKTU
BOSAN
▪ Minta klien menerangkan hobi dan aktiviti yang mereka rasa boleh
merelakskan dan memuaskan hati mereka.
▪ Minta co-leader bincangkan pengalaman beliau menggunakan aktiviti
untuk menangani kebosanan. Apakah yang co-leader gunakan sebagai
gantian kepada penggunaan dadah.
▪ PERBINCANGAN TERBUKA (5 MINIT)
▪ Lima minit sebelum mengakhiri Sesi perbincangan terbuka ini, Pegawai
Pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman mereka
untuk menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan
berkongsi perkara yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022 222
SATU HARI PADA SATU MASA
(ONE DAY AT ONE TIME)
MATLAMAT SESI
▪ Bantu klien mengelakkan perasaan mengingati kembali masa lampau.
▪ Bantu klien fahami bahawa masa lampau tidak membentuk masa akan
datang
▪ Bantu klien meneroka strategi-strategi untuk memfokuskan masa kini,
PEMBENTANGAN TOPIK (10 MINIT)
1. Mengekalkan idea mengalah dan fatalistik mengenai masa lampau.
▪ Apabila klien memulakan rawatan, masa lampau mereka dikatakan
sebagai satu kegagalan. Mereka tidak boleh menggunakan sejarah
hidup yang lampau untuk meningkatkan keyakinan diri. Tidak banyak
pengalaman mereka yang boleh meyakinkan bahawa mereka boleh
berjaya dalam kepulihan.
▪ Apabila klien berada dalam kepulihan, proses membuangkan masalah
daripada masa lampu menyebabkan mereka rasa kekurangan nilai dan
tidak dapat menghadapi masa kini dan masa depan dengan optimistik.
▪ Perasaan negatif dan tanggapan masa depan yang gelap menambahkan
tekanan kepada hidup klien. Ini meningkatkan peluang klien ke arah
relapse. Pegawai Pemulihan perlu memujuk klien bahawa mereka
mempunyai kebolehan untuk memutuskan atau mengasingkan
tingkahlaku masa lampau. Pegawai Pemulihan boleh merujuk kepada
keputusan klien untuk menjadikan masa depan mereka berbeza
dengan masa lampau.
2. Memahami bahawa masa depan ditentukan oleh individu bukannya oleh
tingkahlaku masa lampau.
▪ Oleh kerana mereka telah gagal untuk kekal abstinen pada masa
lampau, klien beranggapan bahawa mereka akan gagal untuk berbuat
demikian atas pilihan sendiri. Seseorang klien yang telah berhenti
kemudian menagih semula tidak semestinya akan mengulangi perkara
yang sama.
▪ Klien yang memutuskan sendiri bahawa mereka mahu kekal abstinen
untuk berjaya kali ini, klien perlu mengambil pendekatan bijak ke arah
kepulihan. Pegawai Pemulihan perlu mengingatkan klien tentang
masa-masa di mana klien berjaya dalam keputusan mereka untuk
mengubah tingkahlaku mereka.
▪ Kebanyakan klien mungkin dapat mengenalpasti masa-masa dalam
hidup mereka,semasa mereka membuat keputusan untuk mengubah
tingkahlaku mereka dan meneruskan kehidupan mereka.
DrHB/ AADKN9/2022 223
SATU HARI PADA SATU MASA
(ONE DAY AT ONE TIME)
▪ Pegawai Pemulihan perlu sedar bahawa klien yang mendapatkan
rawatan mempunyai masalah psikologikal selain daripada masalah
penagihan. Masalah ini mungkin akibat dari trauma dalam kehidupan
mereka. Jika Pegawai Pemulihan dapat mengesan masalah psikologikal
yang serius, klien perlu dirujuk kepada professional.
3. Meneroka strategi untuk kekal dalam kepulihan dengan memberi fokus
pada masa kini.
▪ Ayat “one day at a time” berasal dari 12-Langkah dan berguna sebagai
peringatan kepada klien. Program 12-Langkah dan Kelompok Sokong
bantu mengajar klien cara baru untuk menstrukturkan pengalaman
mereka agar mereka lebih memberi fokus kepada realiti masa kini.
▪ Klien patut berusaha agar tidak memberi tumpuan kepada masa
lampau dan tidak begitu risau tentang masa depan.
▪ Klien dilatih oleh Pegawai Pemulihan tentang latihan dan pemikiran
yang dapat memberikan tumpuan mereka ke masa kini.
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT)
▪ Pegawai Pemulihan memastikan bahawa setiap klien berpeluang
untuk mengambil bahagian dalam perbincangan yang diadakan.
▪ Tanya klien sama ada mereka membenarkan ingatan masa lampau
mempengaruhi tingkahlaku semasa mereka. Apakah ingatan masa
lampau mereka?
▪ Tanya klien sama ada mereka memberi fokus kepada ingatan lampau
yang negatif. Apakah ingatan masa lampau yang positif yang perlu
klien ada?
▪ Tanya kien sama ada kebimbangan tentang masa depan mengganggu
mereka. Apakah kebimbangan tentang masa depan yang klien alami?
▪ Tanya klien sama ada mereka mengalami kesukaran untuk membuat
perubahan pada hidup mereka. Bolehkah mereka menunjukkan waktu
mereka membuat perubahan pada hidup mereka dan tidak akan
berubah fikiran mereka.
▪ Minta Co-leader berkongsi pengalaman dia dalam melepaskan
kebimbangan lampau dan ketakutan masa depan serta memberi fokus
kepada masa kini.
PERBINCANGAN TERBUKA (30 MINIT)
▪ Lima minit sebelum mengakhiri Sesi perbincangan terbuka ini, Pegawai
Pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman mereka
untuk menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan
berkongsi perkara yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022 224
MELIHAT SEMULA STATUS KLIEN
MATLAMAT SESI
▪ Bantu klien mengimbas semula isu-isu yang terlibat dalam
kepulihan mereka.
▪ Bantu klien membina satu pola melihat semula kendiri (self review)
PEMBENTANGAN TOPIK (15 MINIT)
1. Memahami bahawa kepulihan merupakan satu proses yang dinamik
yang mesti diteruskan secara aktif.
▪ Kepulihan merupakan satu proses yang rumit. Bahagian-bahagian
yang paling penting dalam kepulihan ialah kekal abstinen, namun
terdapat lagi perkara lain dalam kepulihan.
▪ Sambil klien melalui rawatan; adalah penting bagi mereka
mengetahui bahawa apabila struktur sesi hari telah tamat, mereka
perlu menguruskan proses kepulihan mereka yang rumit dengan
sendiri.
▪ Dari permulaan intervensi, klien telah didorong untuk menghadiri
Sesi Perjumpaan 12-Langkah atau Kelompok Sokong Bantu. Apabila
mereka tamat rawatan, semua klien sepatutnya telah menghadiri
perjumpaan tersebut dan memperolehi kebaikan daripada struktur
dan sokongan yang disediakan oleh perjumpaan tersebut.
▪ Klien mendapat sokongan daripada keluarga dan kawan mereka
yang menyertai program 12-Langkah. Klien perlu membuat pilihan
harian yang mempengaruhi kepulihan mereka dan memantau
kemajuan diri mereka dalam pelbagai aspek kepulihan. Rawatan
dan Pemulihan yang berjaya memerlukan klien melihat semula
segala spektrum yang terlibat dalam kepulihan secara kerap dan
berkala.
2. Menggunakan ahli kelompok untuk meneroka cara-cara untuk
memperbaiki kepulihan.
▪ Klien digalakkan untuk mendapatkan inspirasi dan cadangan 225
daripada ahli-ahli kelompok yang lain. Seseorang klien yang telah
berjaya dalam sesuatu aspek tertentu dalam kepulihan seharusnya
bercerita mengenai kejayaan beliau agar ahli lain dalam kelompok
mendapat dorongan dan boleh menggunakan strategi dan
pendekatan klien tersebut.
▪ Klien sepatutnya menganggap kelompok sebagai ‘think-tank’ bagi
idea dan pendekatan kepulihan, dan mengambil idea terbaik dan
mengapikasikan idea tersebut dalam hidup mereka.
DrHB/ AADKN9/2022
MELIHAT SEMULA STATUS KLIEN
PERBINCANGAN BERFOKUS (45 MINIT)
Pegawai Pemulihan memastikan bahawa setiap klien berpeluang untuk
mengambil bahagian dalam perbincangan yang diadakan.
▪ Minta klien menilai secara jujur kemajuan mereka khasnya dalam
aspek kepulihan seperti yang disenaraikan dalam edaran. Penilaian
kendiri ini patut dijadikan sebahagian daripada hidup klien kerana itu
akan membantu mereka kekal abstinen.
▪ Tanya klien sama ada mereka dapat mengesan pola respons mereka.
Adakah aspek-aspek kepulihan tertentu mudah bagi mereka?
Kenapa?
▪ Minta klien berikan fokus kepada bahagian yang mereka rasa paling
puas hati. Minta mereka berkongsi idea kenapa mereka boleh berjaya.
Menggalakkan setiap klien berkongsi sekurang-kurangnya satu
pengalaman serta pendekatan yang membawa kejayaan kepada
mereka.
▪ Tanya klien perkara yang mereka rasa tidak puas hati dan ingin
diperbaiki.
▪ Minta Co-leader ceritakan sebahagian idea dan cadangan daripada
orang lain dalam kepulihan dalam membantu kepulihannya.
PERBINCANGAN TERBUKA (30 MINIT)
▪ Lima minit sebelum mengakhiri Sesi perbincangan terbuka ini, Pegawai
Pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman untuk
menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan berkongsi
perkara yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022 226
HARI CUTI PERAYAAN DAN KEPULIHAN
MATLAMAT SESI
▪ Bantu klien faham tekanan tambahan cuti perayaan meningkatkan
risiko relapse.
▪ Bantu klien menilai tekanan cuti perayaan mereka dan mencari jalan
untuk menanganinya.
PEMBENTANGAN TOPIK (10 MINIT)
1. Memahami bahawa cuti perayaan merupakan risiko kepada inidividu
dalam kepulihan
▪ Pegawai Pemulihan patut memberi perhatian dalam Sesi ini sebelum
sesuatu cuti perayaan yang besar. Beberapa minggu sebelum dan
selepas Krismas dan Tahun Baru boleh dianggap sebagai masa yang
mengancam.
▪ Hari Buruh dan lain-lain cuti perayaan juga boleh meningkatkan
risiko ke arah relapse. Cuti perayaan biasanya diiringi dengan
peningkatan tekanan seperti jadual yang ketat, perjalanan dan
perbelanjaan yang meningkat.
▪ Tambahan pula, ramai orang mengalami perubahan emosi/perasaan
yang sangat tinggi semasa perayaan sama ada bergembira atau
murung. Dalam keadaan begini, disertai dengan peningkatan dalam
cetusan, klien didapati mudah relapse.
2. Memahami pentingnya mempunyai jadual dan rancangan untuk
mengelak trigger.
▪ Klien mengalami gangguan dalam rutin normal kepulihan semasa cuti
perayaan. Mereka mungkin berada jauh dari rumah atau keluarga,
mempunyai masa yang tidak berstruktur dan menghadapi kesukaran
untuk menghadiri perjumpaan.
▪ Apabila cuti perayaan menghampiri, klien perlu sedar tentang risiko
yang meningkat dan membuat perancangan yang boleh membantu
dalam mengelakkan trigger. Sekiranya klien lupa menjadualkan
aktiviti mereka, mereka perlu mengamalkan semula untuk
menjadualkan aktiviti mereka sebelum cuti perayaan.
▪ Sekiranya klien mengetahui mereka akan keluar untuk makan angin
dan bersiar-siar, mereka patut membuat persediaan untuk
meneruskan aktiviti bagi mengelakkan relapse.
DrHB/ AADKN9/2022 227
HARI CUTI PERAYAAN DAN KEPULIHAN
▪ Ini bermakna mereka perlu berusaha mencari perjumpaan 12-Langkah
di tempat di mana mereka akan lawati, menjadualkan panggilan
telefon kepada sponser mereka, memastikan mereka mendapat senaman
yang mencukupi, atau mengaturkan masa untuk bertafakul dan
menulis jurnal.
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT)
▪ Pegawai Pemulihan memastikan bahawa setiap klien berpeluang
untuk mengambil bahagian dalam perbincangan yang diadakan.
▪ Tanya klien sama ada cuti perayaan memberi tekanan kepada
mereka. Bagaimanakah cuti perayaan dapat beri kesan kepada
kepulihan mereka?
▪ Tanya klien sama ada mereka dapat kekal abstinen semasa cuti
perayaan seperti cuti Krismas dan Tahun Baru. Apakah punca
tekanan yang dihadapi semasa cuti perayaan.
▪ Sehari sebelum Tahun Baru merupakan masa yang mengancam bagi
individu yang dalam kepulihan. Individu akan berpesta, minum
alkohol dan membuat penilaian ke atas tahun lalu. Saat sebegini
memberi tekanan kepada individu yang berada dalam kepulihan.
Tanya klien bagaimana mereka merancang untuk menangani
tekanan yang meningkat sewaktu Tahun Baru ini.
▪ Tanya klien tentang risiko tertentu yang disebabkan oleh hari
perayaan.
▪ Minta Co-leader bincang mengenai pengalaman dia dalam
merancang dan menjadualkan aktiviti mereka agar dapat kekal
abstinen sewaktu hari cuti perayaan.
PERBINCANGAN TERBUKA (30 MINIT)
▪ Lima minit sebelum mengakhiri sesi perbincangan terbuka ini, Pegawai
Pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman mereka
untuk menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan
berkongsi perkara yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022 228
AKTIVITI-AKTIVITI REKREASI
MATLAMAT SESI
▪ Bantu klien memahami pentingnya memperkenalkan aktiviti baru dalam
hidup mereka.
▪ Bantu klien memahami bahawa aktiviti-aktiviti baru dan minat lama
mungkin tidak begitu seronok secara serta merta.
PEMBENTANGAN TOPIK (10 MINIT)
1. Memahami peranan aktiviti-aktiviti dan minat atau hobi dalam
kepulihan.
▪ Aktiviti dan hobi adalah penting dalam kepulihan atas beberapa
sebab. Sebarang minat yang kllien pelopori akan membantu
mengarahkan klien ke arah masa depan. Mempunyai hobi atau
melibatkan diri dalam aktiviti bermakna klien mengambil bahagian
dalam proses yang berpanjangan.
▪ Dengan ini, aktiviti yang dipilih oleh klien akan membantu klien
melibatkan diri semula dalam kehidupan mereka dan ini akan
memperkasakan komitmen mereka terhadap kepulihan. Senaman
fizikal dapat membantu jasad dan minda melupakan kesan
penggunaan dadah, meredakan stress, dan meningkatkan kendiri
klien.
▪ Menghadiri kelas, menyertai kelab dan membuat kerja sukarela
membantu klien bertemu dengan orang yang mempunyai minat yang
sama dan ini menambahkan minat dan aktiviti yang mengelakkan
klien dari memberi fokus kepada penggunaan dadah.
2. Mencari aktiviti yang memberansangkan memerlukan kesabaran.
▪ Apabila klien menyertai aktiviti lama atau melaksanakan aktiviti baru,
mereka perlu mempunyai persediaan bahawa aktiviti-aktiviti tersebut
tidak mendatangkan hasil dengan segera atau serta merta. Motivasi
yang mereka berikan pada permulaan sesuatu aktiviti adalah perlu
untuk meningkatkan kepulihan mereka.
▪ Apabila mereka telah melibatkan diri, klien akan merasa seronok
melakukan aktiviti tersebut. Pegawai Pemulihan perlu memberi
dorongan kepada klien untuk menganggap kepulihan sebagai satu
peluang yang baru.
DrHB/ AADKN9/2022 229
AKTIVITI-AKTIVITI REKREASI
▪ Oleh kerana mereka tidak lagi menghabiskan masa, tenaga dan wang
untuk penggunaan dadah, klien boleh menerokai dan memberi
perhatian kepada minat yang mereka telah tinggalkan atau yang
nampak tidak dapat dicapai sewaktu menagih.
PERBINCANGAN BERFOKUS (30 MINIT)
▪ Pegawai Pemulihan memastikan bahawa setiap klien berpeluang
untuk mengambil bahagian dalam perbincangan yang diadakan.
▪ Tanya klien apakah aktiviti yang mereka ingin diceburi pada masa
sekarang di mana mereka berada dalam keadaan abstinen dan dalam
kepulihan.
▪ Klien perlu diberi dorongan untuk berimaginasi dan menerangkan
pelbagai aktiviti, membantu satu sama lain memikirkan keseronokan
dan minat yang ingin diceburi. Perlu diingatkan bahawa persahabatan
personal sesama ahli dalam kelompok adalah tidak digalakkan.
Pegawai Pemulihan mungkin ingin melarang klien dari mengadakan
aktiviti dengan orang yang berada dalam abstinen bagi jangka waktu
yang kurang daripada mereka.
▪ Tanya klien mengenai masa lampau yang mereka sukai. Apakah
faedah yang mereka boleh perolehi daripada aktiviti tersebut?
Bagaimanakah aktiviti tersebut menambahkan nilai kehidupan klien?
▪ Tanya klien sama ada mereka telah mula bersenam sejak menerima
rawatan. Bagaimana ini memberi kesan kepada kepulihan mereka.
▪ Minta Co-leader bincangkan kebaikan senaman, minat dan hobi dalam
kepulihan dia. Bagaimanakah Co-leader menggunakan aktiviti tersebut
untuk membantu dia mengelak dari trigger dan mengelakkan relapse?
PERBINCANGAN TERBUKA (5 MINIT)
▪ Lima minit sebelum mengakhiri sesi perbincangan terbuka ini, Pegawai
Pemulihan perlu meminta klien untuk berkongsi pengalaman mereka
untuk menggalakan klien berusaha untuk ke arah kepulihan dan
berkongsi perkara yang berkesan bersama kelompok.
DrHB/ AADKN9/2022 230
KELOMPOK
SOKONGAN SOSIAL
(SOCIAL SUPPORT GROUP)
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN 231
NEGERI SEMBILAN
DrHB/ AADKN9/2022
KANDUNGAN
OBJEKTIF / TAJUK SESI
TUJUAN
SOKONGAN
SOSIAL
PENGISIAN RUMUSAN
MODUL
DrHB/ AADKN9/2022 232
MATLAMAT
KELOMPOK SOKONGAN SOSIAL
(KSS)
Menyediakan kelompok perbincangan yang
selamat bagi klien mempraktikkan semula
kemahiran bersosial dan kemahiran hidup
• Memberi peluang klien yang telah pulih
menjadi ”role model ” kepada klien baru
•
• Menggalakkan serta meluaskan sistem
sokongan.
• Memberi pendidikan agar klien mempunyai
kemahiran dalam menghadapi masalah sosial
yang dihadapi
DrHB/ AADKN9/2022 233
KELOMPOK SOKONGAN SOSIAL
• Kelompok KSS ialah sesi
perbincangan kelompok
• Setiap sesi akan Bantu klien belajar Fokus kepada isu-isu
berlangsung selama 45 dan belajar semula recovery yang dialami
minit
kemahiran oleh ahli-ahli
sosialisasi.
• Peserta kelompok
dihadkan seramai 10 orang
• Ia bertujuan bagi memberi TUJUAN
peluang kepada setiap KSS
klien mengambil bahagian
dalam setiap sesi yang
dijalankan.
• Klien yang pernah menjadi
’co-leader’ semasa
menyertai kelompok
Kemahiran Kepulihan
Awalan atau perjumpaan Ahli-ahli yang lebih
kelompok pencegahan Klien bersedia bina pengalaman bertindak
Relaps digalakkan menjadi gaya hidup bebas
fasilitator. sebagai role model.
dadah yang Dipimpin oleh
menyokong
kepulihannya kaunselor dan dibantu
oleh co-facilitator.
• Fasilitator ini akan diawasi
dan diselia oleh Pegawai
pemulihan
DrHB/ AADKN9/2022 234
SESI KELOMPOK SOKONGAN SOSIAL
▪ Klien mula menghadiri sesi Kelompok Sokongan Sosial setelah tamat
mengikuti sesi Kepulihan Awalan (Early Recovery) dan terus mengikuti
sesi ini dua minggu mengikut jadual yang ditetapkan atau mengiukut
keperluan kepulihan klien.
▪ Dalam sesi ini juga kelompok sokong bantu akan membantu klien
belajar atau mempelajari semula kemahiran sosial. Di samping itu,
klien mempelajari bagaimana untuk berhenti menggunakan dadah dan
cara-cara untuk mengelakkan relaps.
▪ Klien bersedia membina gaya hidup bebas dadah untuk menyokong
kepulihan diri klien. Pada sesi ini klien mempelajari proses sosialisasi
semula melalui ahli-ahli lain. Ahli-ahli yang lebih berpengalaman
bertindak sebagai role model dalam kelompok sokong bantu.
▪ Kelompok dipimpin oleh pegawai pemulihan (S19 dan ke atas) dan
kadang kala boleh dipecahkan kepada kumpulan perbincangan kecil
yang dipimpin oleh fasilitator, iaitu seorang pegawai pemulihan dan
dibantu oleh co-leader yang mempunyai komitmen yang cemerlang
dalam proses rawatan dan pemulihan. Klien yang dicadangkan adalah
klien yang berada dalam tempoh enam bulan dan ke atas.
Co-leader : klien yang mempunyai komitmen yang
cemerlang dalam proses rawatan dan pemulihan.
Bertindak sebagai role model serta berkongsi pengalaman
yang telah dilalui bagi membantu klien-klien sesi KSS
meneroka isu dan masalah yang sedang mereka lalui
dalam kehidupan harian. Di samping, co leader
berperanan sebagai mentor ( support group) dan rujukan,
khususnya selepas sesi berlangsung dan bila-bila masa
tertentu. Klien yang dicadangkan adalah klien yang
berada dalam tempoh enam bulan dan ke atas.
DrHB/ AADKN9/2022 235
KELOMPOK SOKONGAN SOSIAL
▪ Penerokaan emosi, fikiran dan
tingkahlaku dalam aspek sosial
klien. Perkongsian kemahiran
hidup bersosial yang normal dan
positif/ modifikasi tingkah laku
normal mengganti tingkah laku
penagihan.
▪ Melatih klien cara berkomunikasi,
berinteraksi dan berintegrasi secara
berkesan dengan orang lain.
DrHB/ AADKN9/2022 236
FORMAT SESI DAN PENDEKATAN
FOKUS UTAMA SESI
▪ Mendengar perkongisan klien, membantu mereka memberi
penjelasan tentang perkara yang ingin mereka sampaikan tetapi
tidak bercakap bagi pihak mereka atau menyediakan jawapan bagi
mereka.
▪ Menggalakkan ahli kelompok menerima dan menyokong satu sama
lain.
▪ Memberi fokus kepada ahli kelompok agar tidak besar diri dan
tidak menguasai perbincangan.
▪ Membenarkan klien keluar sedikit dari topik perbincangan
sekiranya perkongsian itu memberi manfaat kepada klien lain.
▪ Mengelakkan mempersoalkan tindakan klien atau motivasi mereka
semasa perkongsian.
▪ Kelompok KSS ialah sesi perbincangan kelompok.
▪ Setiap sesi akan berlangsung selama 45 minit.
▪ Peserta kelompok dihadkan seramai 10 orang.
▪ Ia bertujuan bagi memberi peluang kepada setiap klien
mengambil bahagian dalam setiap sesi yang dijalankan.
▪ Klien yang pernah menjadi ’Co-leader’ semasa menyertai
kelompok.
▪ Kemahiran Kepulihan Awalan atau perjumpaan kelompok
pencegahan relapse digalakkan menjadi fasilitator.
▪ Fasilitator ini akan diawasi dan diselia oleh pegawai
pemulihan.
DrHB/ AADKN9/2022 237
SESI KELOMPOK
FORMAT SESI
10 minit pertama sesi, Pegawai Pemulihan
membentangkan topik yang spesifik.
Pembentangan Topik & 30 minit seterusnya, Pegawai Pemulihan
Perbincangan membuka topik tersebut untuk perbincangan
(45 minit) dalam kelompok
5 minit yang terakhir, Pegawai Pemulihan akan
merumus topik dan isu penting yang berkaitan.
MATLAMAT ▪ Menyediakan kelompok perbincangan yang
selamat bagi klien mempraktikkan semula
kemahiran bersosial
▪ Memberi peluang klien yang telah pulih
menjadi ”role model ” kepada klien baru
▪ Menggalakkan serta meluaskan sistem
sokongan
▪ Memberi pendidikan agar klien mempunyai
kemahiran dalam menghadapi masalah
sosial yang dihadapi
DrHB/ AADKN9/2022 238
PERANAN PRS
▪ Mendengar apa yang klien cakap
▪ Membantu dan memberi penjelasan tentang perkara yang
mereka ingin sampai tetapi tidak bercakap bagi pihak klien
atau memberikan jawapan kepada mereka.
▪ Menggalakkan ahli kelompok menerima dan menyokong
satu sama lain.
▪ Memberi fokus dan tidak berlagak atau menguasai
perbincangan.
▪ Membenarkan klien keluar sedikit dari topik perbincangan
asal jika ia relaven dengan program dan keadaan semasa.
▪ Mengawal perbincangan terutama dalam sesi perkongsian
pengelaman supaya ia tidak menjadi trigger kepada
penagihan semula.
▪ Memastikan kelompok tidak dikuasai oleh Individu tertentu
terutama dalam perbincangan
▪ Memastikan kelompok tidak dikuasai oleh seorang atau dua
orang ahli kelompok supaya setiap ahli kelompok
berpeluang mengambil bahagian dalam perbincangan.
▪ Mengelak daripada membuat generalisasi
▪ Mengelak daripada menanya soalan ’kenapa’ kepada ahli
Kelompok seperti mempersoalkan tindakan atau motivasi
mereka.
DrHB/ AADKN9/2022 239
PERANAN PEGAWAI PEMULIHAN
▪ Memperkenalkan topik perbincangan pada sesi itu.
▪ Membawa perbincangan yang merangkumi topik
sesi dan isu-isu abstinen.
▪ Perbincangan masalah dialamli klien sementara
cuba membina cara hidup abstinen.
▪ Menyenaraikan topik-topik sesi khas serta soalan-
soalan yang berkaitan dan yang boleh digunakan
oleh Pegawai Pemulihan dan fasilitator dalam
menggalakkan perbincangan kelompok.
▪ Mengadakan kaunseling individu bagi klien yang
memerlukan.
DrHB/ AADKN9/2022 240
KELOMPOK SOKONGAN SOSIAL
SESI SOKONGAN SOSIAL
SESI TOPIK KANDUNGAN
1.
Penuaan Proses penuaan kesan positif kerana usia
2. Kemarahan semakin meningkat, kesan terhadap program
3. Co dependence pemulihan, program yang diikuti
Komitmen
4. Kemarahan dan cara menangani bagi
5. mengekalkan kepulihan
6. Konsep co-dependence, fungsi dalam
7. kepulihan,strategi dan teknik untuk
8. mengelakkan kebergantungan.
9.
Kepentingan Komitmen dalam kepulihan
10.
Kompulsif Tingkah laku kompulsif dan teknik-teknik
11. (compulsions) mengelak sindrom Pelanggaran Abstinan
12. Kawalan (abstinant violation syndrome).
Gian Menegalpasti tindakan yang boleh kawal/tidak
Kemurungan boleh dikawal,tindakan, peranan 12 Langkah
Emosi
Mengenal pasti gian,tendakan dan teknik serta
Ketakutan strategi untuk menangani gian
Persahabatan Mengenal pasti kemurungan ,teknik dan strategi
Keseronokan menangani kemurungan
Mengenal pasti Emosi yang memberi kesan
triggers,mempelajari untuk membezakan emosi
dan tingkahlaku, teknik dan strategi untuk
menangani emosi.
Mengenal pasti persaan takut semasa melalui
program pemulihan, strategi dan teknik
menangani ketakutan
Fungsi dan tujuan persahabatan dalam
kepulihan
Mengenal pasti aktiviti yang menyeronokkan
dalam mengekalkan kepulihan.
DrHB/ AADKN9/2022 241
SESI SOKONGAN SOSIAL
SESI TOPIK KANDUNGAN
13. Kesedihan Pengalaman kesedihan,trigger, cara-cara
menangani kesedihan, strategi dan teknik untuk
14. Perasaan Bersalah mengekalkan kepulihan.
15. Kegembiraan Mengenal pasti rasa bersalah, kesan-kesan,
16. Kejujuran strategi dan teknik mengekalkan kepulihan
Faktor-faktor, mengenal pasti kegembiraan
17. Keakraban dalam pemulihan, strategi dan teknik
18. Pengasingan menghadapi rasa tidak mengembira.
19. Kepentingan kejujuran dalam kepulihan,
20. meningkatkan kejujuran, kesan kejujuran,
21. strategi dan teknik untuk mengekalkan
22. kepulihan
23. Mengenal pasti keakraban dalam pemulihan,
strategi dan teknik dalam mengekalkan
24. kepulihan.
Mengenal pasti pengasingan punca kepada
triggers,penjadualan, strategi dan teknik untuk
mengekalkan kepulihan.
Justifikasi Mengenal pasti justifikasi yang membawa
kepada relapse, strategi dan teknik untuk
Topeng mengekalkan kepulihan.
Bebanan Cara-cara melindungi perasaan, strategi dan
Kesabaran teknik untuk mengekalkan kepulihan.
Fizikal
Punca-punca, kesan kepada kepulihan, strategi
Kepulihan dan teknik untuk mengekalkan kepulihan
Mengenal pasti faktor-faktor, strategi dan teknik
untuk mengekalkan kepulihan.
Kesan semasa kepulihan,kenal pasti aktiviti dan
senaman yang diamalkan, kepentingan menjaga
kesihatan, strategi dan teknik untuk
mengekalkan kepulihan.
Tahap motivasi semasa dalam pemulihan,
mengenal pasti siapa yang memberi dorongan
dan motivasi, strategi dan teknik untuk
mengekalkan kepulihan.
DrHB/ AADKN9/2022 242
SESI SOKONGAN SOSIAL
Sesi Topik Kandungan
25. Rejeksi Mengenal pasti rejeksi menyebabkan penyalahgunaan dadah,
strategi dan teknik untuk mengekalkan kepulihan.
26. Relaksasi
27. Peraturan Mengenal pasti aktiviti-aktiviti relaksasi, strategi dan
teknik untuk mengekalkan kepulihan.
28. Penjadualan Cara-cara mematuhi peraturan dalam pemulihan,
mengenal pasti peraturan-peraturan yang boleh
mengekalkan kepulihan.
Membina jadual dalam pemulihan, mengenal pasti
penjadualan yang boleh membantu kepulihan.
29. Sikap Kepentingan sikap mementingkan diri dalam
Mementingkan kepulihan, strategi dan teknik untuk mengekalkan
Diri kepulihan.
30. Seks Mengenal pasti seks sebagai triggers, punca-punca
relapse, strategi dan teknik untuk mengekalkan
kepulihan.
31. Kebijaksanaan Menangani situasi yang boleh membawa relapse,
strategi dan teknik untuk mengekalkan kepulihan.
32. Kerohanian Definisi kerohanian, kepentingan kerohanian, strategi
dan teknik untuk mengekalkan kepulihan.
33. Thought Teknik-teknik thought stopping boleh membantu
Stopping kepulihan.
34. Triggers Jenis-jenis triggers, strategi dan teknik untuk
mengekalkan kepulihan.
35. Kepercayaan Kepentingan kepercayaan, strategi dan teknik untuk
mengekalkan kepulihan.
36. Pekerjaan Mengenal pasti pekerjaan yang boleh mempengaruhi
kepulihan,risiko, strategi dan teknik untuk
mengekalkan kepulihan.
DrHB/ AADKN9/2022 243
PENUAAN
OBJEKTIF -
▪ Memberi pengetahuan kepada klien bahawa proses penuaan boleh
memainkan peranan dalam kepulihan dengan berlakunya perbuahan
fizikal, mental dan emosi.
▪ Membatu klien mengenalpasti risiko-risiko yang akan ditempuhi
sepanjang proses penuaan ini.
Bil Peristiwa Risiko
1 Fizikal Keadaan tubuh badan akan menjadi berubah
daripada kuat menjadi tidak kuat. Ini merupakan
fitrah bagi setiap yang hidup untuk merasai hari
tua.
2 Mental Apabila seseorang itu meningkat usia, biasanya
tahap fikiran akan matang dan sering
memikirkan sesuatu sama ada baik atau
sebaliknya.
3 Emosi Kebiasaannya, sering dikaitkan tentang perasaan
yang sensitive apabila usia meningkat. Jika tidak
ditangani dengan baik, perkara ini boleh
menyebabkan berlakunya relapse. Sebagai contoh
mudah terasa apabila menerima kutukan
daripada masyarakat sekeliling.
Bil Impak Yang Diharapkan
1 Klien berupaya menangani dan menyedari berkenaan proses penuaan
bukanlah menimbulkan sebarang isu, malah boleh membantu ketika
menghadapi masalah relapse. Ini kerana makin berusia seseorang itu,
makan makin stabil lah semua perkara dari sudut dalaman diri
seseorang itu. Cuma bagaimana dilakukan adalah perkara yang subjektif,
bergantung tahap seseorang itu berusaha ke arah kebaikan.
DrHB/ AADKN9/2022 244
PENUAAN
▪ Pembincangan Topik
▪ Apakah pandangan anda tentang proses penuaan?
▪ Apakah aspek negatif yang anda perhatikan?
▪ Apakah perkembangan positif yang boleh anda perolehi apabila
umur meningkat?
▪ Bagaimanakah proses penuaan mempengaruhi anda untuk kekal
abstinen dan kekal dalam kepulihan?
▪ Adakah ini kali pertama anda menyertai program Kepulihan?
▪ Jika bukan, adakah terdapat perbezaan dalam proses kepulihan yang
anda dapat perhatikan pada kali ini?
▪ Bila anda semakin tua, adakah penting bagi anda untuk mengikuti
perjumpaan 12 - Langkah atau Kelompok Sokong Bantu yang mana
ahli- ahli yang sebaya dengan anda?
▪ Semakin banyak masa yang anda telah berikan kepada kepulihan,
bagaimanakah anda boleh Mengekalkan kepulihan anda dengan
lebih bersemangat?
Proses Kenalpasti Aspek Kesan Proses
Penuaan Negatif & Positif Penuaan Dalam
Apabila Usia Kepulihan
Meningkat
Teknik & strategi bagi Kenalpasti Kepentingan
mengekalkan Kepulihan Perjumpaan 12 Langkah
(coping Skill)
Penutup
Secara keseluruhanya isu penuaan haruslah dianggap serius dan boleh
membantu dalam proses pemulihan. Cuma apa yang penting adalah
bagaimana klien itu mengimplimentasikannya dengan cara yang terbaik dan
tersendiri.
DrHB/ AADKN9/2022 245
KEMARAHAN
PENCETUS KEMARAHAN
Pada peringkat pertama adalah mengenalpasti situasi yang mencetus
kepada kemarahan dan keadaan yang boleh mencetuskannya.
1. Sebelum kemarahan tercetus, amat penting bagi individu tersebut
mengenalpasti pencetus awal kepada kemarahan. Tulis sejarah hidup
yang pernah dilalui melibatkan kemarahan yang tidak terkawal.
2. Kemudian, fikirkan situasi yang pernah dilalui yang mencetuskan
kemarahan yang diluar kawalan. Individu mungkin mengalami situasi
ini kerap dan mungkin kemarahan diluahkan luar kawalan atau
melampau. Tulis sejarah hidup yang lalu, dimana kemarahan itu tidak
boleh dikawal pada masa tersebut.
3. Melihat kepada sejarah hidup, fikirkan 5 situasi yang sering menjurus
kepada kemarahan luar kawalan. Inilah trigger individu yang sebenar.
Senarai dan terangkan setiap situasi tersebut secara terperinci.
4. Bilakah individu mengambil keputusan untuk tidak membiarkan
kemarahan mengawal hidup mereka? Bagaimanakah mereka
melakukannya? Sebagai contoh;
▪ Sesuatu yang buruk telah berlaku, dan saya sedar saya diluar
kawalan.
▪ Saya sudah bosan dn penat kerana tidak mampu mengawal
kemarahan.
▪ Seseorang memberitahu saya, kemarahan saya teruk.
▪ Saya fikir; jika saya tidak menghentikannya, sesuatu yang buruk
akan terjadi kepada saya.
▪ Saya fikir; jika saya menghentikannya, perkara yang baik akan
datang kepada saya.
▪ Saya mahu mendapatkan pertolongan.
5. Melihat kepada punca kepada kemarahan yang telah disenaraikan,
senaraikan 5 sebab mengapa individu ingin hidup tenang.
6. Apakah pengajaran yang diperoleh daripada sesi-sesi program diikuti
yang membincangkan pencetus kepada kemarahan?
DrHB/ AADKN9/2022 246
KEMARAHAN
KEMARAHAN PUNCA KEPADA RELAPSE
Tanda-tanda awal adalah penting dalam mengenalpasti punca kepada
relapse. Tanda awal yang biasa dapat dikesan ialah :-
1. Tidak Yakin Pada Diri Sendiri
Kurang yakin kemampuan diri sendiri dalam mengawal kemarahan. Ini
berlaku apabila individu berada dalam situasi yang semakin parah dan
tidak mampu mengawal emosi diri.
2. Mengelak dan Menafi Emosi
Tidak mampu untuk mengenalpasti dan memberitahu fikiran dan
perasaan yang dialami kepada orang lain. Ini berlaku apabila seseorang
tidak dapat mengawal perasaan dan apabila berhadapan dengan
masalah, tingkahlaku tidak dapat dikawal.
3. Tidak Mengakui
Apabila berhadap dengan masalah, individu mengambil sikap
mempertahankan diri (marah). Ini berlaku apabila individu sedar
mereka telah kembali kepada sikap pemarah yang lama tetapi tidak
mengakuinya.
4. Penafian
Melibatkan rasa tidak percaya kepada sesuatu perkara yang akan
menyebabkan rasa kesakitan dan tidak percaya. Individu ini akan
mengelak berjumpa dan ke tempat yang dirasai akan diselidik.
5. Krisis Diri
Individu merasakan tidak mampu untuk mengatur dan mengawal
kehidupan mereka. Mereka merasakan dalam menguruskan sesuatu
masalah, masalah lain akan turut timbul. Ia biasanya berlaku kepada
individu didalam pengawasan, parol atau dalam keadaan terlalu
tertekan.
6. Kaku
Individu merasakan mereka hidup sendirian dan tidak dapat bergaul
dengan orang lain. Mereka turut merasakan sukar menyelesaikan
masalah kehidupan mereka dan gemar bersendiri.
7. Perancangan Yang Gagal
Individu tidak lagi mematuhi perancangan kepulihan yang telah dibuat
dan merubah kehidupan. Ini berlaku kerana kurangnya displin atau
ketidakmampuan mengurus emosi secara positif.
DrHB/ AADKN9/2022 247
KEMARAHAN
8. Panas Baran
Ia berkaitan dengan cepat marah dan melenting walaupun masalah
yang kecil. Ia berlaku kepada individu yang kecewa kepada diri
mereka sendiri.
9. Tekanan
Simptom utama yang dapat dilihat dari tekanan ialah masalah sukar
tidur, diet pemakanan yang tidak terjaga, hilang minat melakukan
aktivit-aktiviti menyeronokkan yang biasa dibuat, kurang tenaga dan
kehidupan seharian tidak terurus.
10. Hilang Keupayaan Mengawal Tingkahlaku
Sikap tidak ambil endah , tidak menghadiri perjumpaan, menolak
bantuan orang lain dan tertinggal kerja dan temujanji. Individu
merasakan diri mereka tidak efektif kerana tidak mampu
menguruskan diri dan tidak mampu mengawal kemarahan juga
memberikan maksud yang sama.
11. Menolak Pertolongan
Menolak pertolongan dan bantuan dari mereka yang mengambil
berat.
12. Berada Dalam Kalangan Mereka Yang Menggunakan dadah dan
Individu Yang Panas Baran
Berada dalam situasi ini mendekatkan individu dengan relapse.
Program-program dalam pengawasan atau parol sepatutnya
mengampu mengawal individu berada dalam keadaan berisiko dan
individu patut bijak memilih individu yang boleh berada dekat
dengan mereka.
13. Penipuan
Individu sedar apa yang sedang berlaku namun menceritakan
sebaliknya kepada orang lain.
DrHB/ AADKN9/2022 248
KEMARAHAN
Taking Care of Yourself
Part of preventing a relapse is ensuring that you have a CONGRATULATIONS!!
balanced life. That means taking care of yourself and
meeting all of your physical and emotional needs so you You have completed
don’t lose control of your emotions and return to
unhealthy expressions of anger. the Relapse
1. Where will you live? Will all of your needs be met?
2. How do you take physical care of yourself? (cooking, Prevention Plan
working out, etc.) worksheet on Anger.
3. What do you do for relaxation?
4. Is there anything else you will do for yourself so you You should feel proud
will be comfortable and not lose control of your of your ability to think
anger?
about your life and
your commitment to
controlling your anger.
Nice job!
5. Did you develop any of these practices through your
programming? Did you l earn that you
needed or simply liked certain activities through
your programming?
PERBINCANGAN TOPIK
Apakah perasaan anda terhadap cara anda menangani kemarahan?
Apakah perasaan anda apabila anda dijadikan sasaran kemarahan?
Adakah kemarahan itu mencetuskan relapse bagi anda? Bagaimana ia
berlaku?
Apakah strategi atau tingkahlaku yang boleh membantu anda dalam
menangani kemarahan?
Bagaimanakah anda boleh mengelak untuk menjadi pasif-agresif
apabila seseorang memarahi anda?
DrHB/ AADKN9/2022 249
KEMARAHAN
MATLAMAT SESI PERMULAAN PERBINCANGAN TAJUK
SESI
▪ Klien faham ▪ Apakah perasaan anda
▪ Menerangk terhadap cara anda
berkaitan tajuk an menangani kemarahan?
peraturan-
sesi. peraturan
sesi.
▪ Kaitan dan ▪ Apakah perasaan anda
▪ Bertanyaka apabila anda dijadikan
kepentingan n khabar sasaran kemarahan?
klien.
dengan tajuk
▪ Isu-isu
sesi dengan mendesak ▪ Adakah kemarahan itu
klien yang mencetuskan relapse bagi
kepulihan. perlu anda? Bagaimana ia berlaku?
ditangani.
▪ Perkongsian
pengalaman ▪ Apakah strategi atau
tingkahlaku yang boleh
klien. membantu anda dalam
menangani kemarahan?
▪ Pembentukan
atau
penambahbaikan ▪ Bagaimanakah anda boleh
coping skill mengelak untuk menjadi
klien. pasif-agresif apabila
seseorang memarahi anda?
Cara Menangani Kenalpasti perasaan Kenalpasti
kemarahan apabila menjadi punca relapse
sasaran kemarahan
Mengelak pasif agresif Strategi / teknik
apabila dimarahi menangani
DrHB/ AADKN9/2022 kemarahan
250