Keinginan kepada dadah yang ada dalam diri perlu diurusbaik untuk
mengurangkan faktor-faktor yang membawa kepada relapse. Individu
yang meninggalkan penggunaan dadah mempunyai kesedaran dan
keyakinan diri kemampuan mengurus apabila berdepan dengan situasi
berisiko tinggi. Ianya memerlukan teknik menguruskan situasi (coping
skills) untuk berjaya.
• Jangkaan menggunakan dadah atau tidak menggunakan. Jika anda
menjangkakan akan menggunakan, ianya akan berlaku. Jika tidak,
ianya tidak berlaku.
▪ Tahap motivasi menentukan kepulihan dan target yang ingin
dicapai.
▪ Motivasi yang tinggi, merendahkan risiko relapse.
• Daya tindak seperti kemahiran menguruskan masalah dan konflik.
• Kemahiran menguruskan emosi negatif seperti kemarahan,
kesedihan, tekanan dan lain-lain.
• Tahap keyakinan diri dan menguruskan situasi berisiko dan masalah
hidup.
• Jangkaan menggunakan atau tidak menggunakan.
• Teknik daya tindak. Pengetahuan dan skill menguruskan emosi
negatif seperti kemarahan, keresahan dan tekanan.
SITUASI BERISIKO TINGGI DALAM RELAPSE
▪ Kajian menunjukkan situasi berisiko tinggi adalah aktiviti dan
tempat dimana terdapat banyak cues untuk menggunakan dadah
atau bahan.
▪ Situasi berisiko tinggi berbeza bagi setiap individu dan perlu
dikenalpasti dan dielakkan. Jika situasi tidak dapat dielak, individu
perlu tahu cara untuk mengelakkannya. Apa yang berisiko tinggi
kepada individu tersebut, mungkin tidak kepada yang lain. (Marlatt,
& Donovan, 2005).
▪ Langkah pertama: mengenalpasti situasi-situasi yang berisiko tinggi.
Perhatian serius amatlah penting dalam mengendalikan situasi
tersebut dan sedar perubahan, perasaan dan fikiran. Ia membantu
individu mengesan tanda awal dalam keadaan segera (Marlatt, &
Donovan, 2005).
Cue Craving
Keinginan yang kuat
Reaksi yang memberi isyarat kepada terhadap sesuatu.
individu untuk bertingkahlaku yang
membawa kepada craving.
DrHB/ AADKN9/2022 51
CUES (LEMBARAN KERJA 3)
Senarai dan terangkan situasi-situasi berisiko tinggi kepada anda
dan sebab mengapa anda menyenaraikan situasi ini sebagai situasi
berisiko tinggi.
Situasi Berisiko Tinggi Punca-Punca
CUES (Lembaran Kerja 4)
Dari senarai di bawah, tandakan cue anda:-
Bekas menyimpan peralatan dadah. 52
Pakaian yang selalu digunakan ke port.
Jenis perkakas/peralatan dadah kesukaan anda.
Tempat isitmewa yang anda selalu berada semasa dalam
penagihan.
Lagu yang anda selalu dengar semasa dalam penagihan.
Orang yang membekalkan dadah kepada anda.
Lain-lain. Nyatakan
DrHB/ AADKN9/2022
KESAN PENAGIHAN DADAH
KESAN TERHADAP MASALAH
PSIKOPATOLOGI
KESAN PENAGIHAN Hasil kajian menunjukkan bahawa
BERULANG kadar kelaziman psikopatologi dalam
KESIHATAN kalangan penagih dadah adalah
Menjejaskan tahap tinggi (Campton et al., 2003; Verthein
et al., 2005; Kandel & Johnson 1999).
kesihatan klien itu sendiri, Kajian yang dijalankan oleh Roseliza
keluarga dan masyarakat.
Kerosakkan yang kekal Murni et al. (2005) mendapati
bahawa penagih dadah menghadapi
pada bahagian otak dan masalah psikopatalogi pada tahap
termasuk jangkitan
pelbagai penyakit seperti yang serius, malah melebihi tahap
psikopatalogi yang dialami oleh
HIV/AIDS, hepatitis B dan pesakit psikiatrik. Masalah
C, sexually transmitted
infection (STI), gangguan kecelaruan psikologi atau
psikopatalogi terutamanya
mental (psychosis), kemurungan dan kebimbangan
psikopatalogi dan
sebagainya. banyak dihadapi oleh penagih dadah
(Kosten & Rounsaville 1986; Nunes et
al., 1994; Augustin & Kraus 2004).
Manakala Galanter dan Kleber (2008) berpendapat bahawa
pembangunan rawatan dan pemulihan perlu meliputi corak
pemikiran dan tingkah laku penggunaan dadah, pro dan kontra
penggunaan dadah, implementasi strategi daya tindak semasa gian
(craving), memahami kesan membuat keputusan-keputusan kecil dan
merancang usaha untuk mengatasi situasi berisiko yang tidak
dijangka.
DrHB/ AADKN9/2022 53
CUES : APAKAH CUES DAN BAGAIMANA
MENGURUSKANNYA
▪ Reaksi yang memberi isyarat kepada individu untuk
bertingkahlaku membawa kepada craving. Sebagai contoh bau
daripada kedai makan akan membawa kepada rasa lapar dan
isyarat untuk mendapatkan makanan.
▪ Bunyi yang kuat secara tiba-tiba akan memberi tanda kepada
individu bahawa ada ancaman.
▪ Bau, penglihatan, bunyi, benda dan tempat adalah cues untuk
menggunakan dadah atau bahan.
▪ Tanda individu mula menggunakan dadah atau bahan dapat
dikenalpasti dari cara individu bertindakbalas terhadap cues.
▪ Cues membawa kepada craving. Keinginan yang kuat terhadap
sesuatu.
▪ Craving pada kebiasaannya menerangkan perasaan untuk
menggunakan dadah.
▪ Craving akan menjadi lebih kuat daripada cara berfikir,
persekitaran, dan peristiwa tertentu sebagai contoh : ketagihan
kepada rokok akan menjadi lebih kuat apabila individu memasuki
kelab yang mereka biasa merokok.
▪ Mengurangkan cues dan craving dengan memberi komitmen. Kajian
menunjukkan perasaan ingin menggunakan dadah akan
meningkatkan craving.
Cues Craving slip
lapse
relapse
DrHB/ AADKN9/2022 54
MENGURUS CRAVING
Myth The most commonly belief by people
A person with the who are addicted is they have little
experience of addiction, or no control over their behaviours
lacks control over their and urges.
actions.
▪ Craving ialah keinginan untuk menggunakan dadah dan bahan.
▪ Urge ialah perasaan dalaman, tekanan secara tidak langsung yang
memaksa tindakan menggunakan dadah.
▪ Craving berkaitan dengan kemahuan dan dorongan
menggunakannya.
▪ Perasaan craving itu adalah keinginan untuk gian dan perasaan ingin
keluar dari ketidakselesaan.
▪ Urge ialah perasaan sebenar dari dalam dan tekanan ke arah craving.
▪ Urge ialah niat mendorong kepada tingkahlaku tertentu.
▪ Urge boleh bermula dengan perasaan tidak senang sebagai contoh
kemarahan, kekecewaan atau keresahan akibat daripada peristiwa
yang tidak menyenangkan.
▪ Apabila rasa urge diturutkan, individu akan menggunakannya.
Apabila individu menggunakan dadah, craving akan berkurangan
dan perasaan kecewa, marah dan keresahan akan reda seketika
(Beck, Wright, Newman, & Liese, 1993).
▪ Kembali menggunakan dadah dan gaya hidup penagihan akan
kembali. Ia bukan sesuatu yang dimahukan.
▪ Diantara craving dan urge sentiasa ada peluang untuk bertindak.
▪ Tempoh masa diantara craving dan urge adalah peluang yang baik
untuk melengahkan penggunaan dadah atau bahan.
▪ Tempoh melenggah masa ini adalah waktu terbaik individu
menggunakan peluang dan kebijaksaan mereka. Teknik coping skill
yang betul amat penting.
▪ Melengahkan masa diantara craving dan urge adalah teknik berkesan
dalam mengurangkan keinginan.
▪ Lebih lama keinginan itu tidak dilayan semakin rendah perasaan
craving.
▪ Sesetengah orang keliru diantara urge dan need. Sebagai contoh
individu merasakan perlu mengambil alkohol jika tidak kehidupan
normal tidak dapat dijalani.
DrHB/ AADKN9/2022 55
KEPERCAYAAN DALAM PENAGIHAN
Kepercayaan menggunakan dadah berkait rapat dengan kemampuan
hidup secara normal adalah salah dan tidak realistik. Salah faham ini
mempengaruhi urge.
Kepercayaan membentuk tanggapan, permulaan kepada Urge.
Kepercayaan membentuk tanggapan diri sama ada boleh atau tidak
boleh.
Kajian mengesahkan ramai individu yang terlibat dengan penagihan
mempunyai kepercayaan yang salah dan membawa risiko mereka
untuk relapse semula (Beck, Wright, Newman, & Liese, 1993).
▪ Perasaan tidak selesa berlebih-lebihan
▪ Rendah motivasi dalam mengawal tingkahlaku
▪ Rendah kawalan refleks
▪ Suka kepada keseronokan dan kurang teknik mengawal
kebosanan
▪ Rendah keupayaan mengawal kekecewaan
▪ Kurang mahir mencari keseronokan tanpa menggunakan dadah
SALAH TANGGAPAN
Salah tanggap memainkan peranan yang besar dalam urge dan
keputusan menggunakan dadah.
▪ Membuang salah tanggap ini akan membantu individu mengurus
craving.
▪ Salah tanggap meningkatkan craving.
▪ Ramai individu kembali menggunakan dadah kerana salah
tanggap ini.
▪ Kerap menyalahkan orang lain punca mereka menggunakan
dadah merupakan salah tanggapan., contoh: Saya menggunakan
dadah supaya dapat bertenang, bersosialisasi dengan yakin dan
rasa diterima oleh orang lain.
▪ Salah tanggapan akan semakin merebak dari semasa ke semasa. 56
▪ Salah tanggapan pada awalnya digunakan sebagai mekanisma
bela diri akhirnya membawa kepada emosi negatif yang lebih
besar. Sebagai contoh saya menggunakan dadah apabila kesepian,
kemarahan, risau , tidak gembira, marah dan tekanan.
▪ Salah tanggap ini akan meningkat sebagai alasan untuk
menggunakan dadah.
DrHB/ AADKN9/2022
▪ Kesedihan dan tekanan akan dirasai selepas menggunakan dadah.
▪ Salah tanggapan akan menyatakan menggunakan dadah-dadah ini
akan membuat individu berasa tenang.
▪ Perasaan menggunakan dadah untuk menghilangkan tekanan,
keresahan dan kesedihan serta tekanan hidup, akan membuat
individu percaya bahawa mereka tidak dapat berfungsi secara
normal tanpa menggunakan dadah.
▪ Kebiasaan salah tanggap dalam penagihan merupakan
ketidakmampuan mengawal urge dan tingkahlaku.
▪ Mereka mempercayai bahawa craving adalah tarikan yang sukar
ditolak.
▪ Malangnya salah tanggap ini akan membawa kepada tanggapan
bahawa relapse pasti berlaku secara berterusan.
▪ Mereka merasakan hilang kawalan dan merasa dirinya gagal.
▪ Kepercayaan ini akan meningkatkan stress dan rasa ingin
menggunakan dadah.
Apabila individu craving akan membawa kepada penggunaan dadah.
▪ Individu boleh mengenalpasti keadaan sekeliling yang membawa
kepada urge.
▪ Individu boleh membuat perancangan, contoh saya mengenalpasti
lorong tempat saya menggunakan dadah sebagai urge dan di
dalam poket saya ada sedikit wang.
▪ Individu dalam keadaan sedemikian akan merasa lapar atau
mahukan sesuatu.
▪ Dengan cara mengalihkan perhatian individu sebenarnya
mengawal urge yang dihadapi.
▪ Ini merupakan langkah pertama menghentikan penggunaan.
NOTA:
DrHB/ AADKN9/2022 57
CRAVING (Lembaran Kerja 1)
Senaraikan sebab-sebab utama mengapa anda tidak lagi
mahu menggunakan dadah.
SEBAB
1.
2.
3.
4.
5.
6.
DrHB/ AADKN9/2022 58
CRAVING BOLEH DIKAWAL DENGAN MENGAWAL
FIKIRAN
1. Individu boleh menghentikan craving. Individu perlu menghentikan
fikiran bahawa tiada masalah dengan last call dan mula mengubah cara
berfikir, contoh saya bersenam apabila rasa sedih daripada saya
menggunakan dadah apabila sedih.
2. Teknik coping skill ini mengambil masa untuk dimahirkan. Ia
memerlukan individu untuk belajar dan mempraktis cara berfikir yang
baru. Ia memerlukan individu mengambil tindakan yan betul dari cues
dan mereka yang berisiko. Terdapat dua cara untuk meningkatkan
kawalan diri:-
▪ Mengenalpasti situasi yang merangsang craving dan cara
menguruskannya dengan segera.
▪ Mempertingkatkan pemikiran rasional dalam mengurangkan dan
melawan rasa ingin menggunakan dan justifikasi menggunakan
dadah atau bahan.
MEMBANGUNKAN PELAN MENGURUS CRAVING
1. Ambil masa dan kenalpasti helah bela diri yang biasa digunakan dalam
penagihan. Alasan-alasan ini boleh digunakan sebagai persediaan
apabila berhadapan dengan perasaan ingin menggunakan dadah atau
bahan semula. Berikut senarai helah bela diri yang biasa digunakan
untuk relapse.
▪ Saya pernah berhenti menggunakan dadah sekali dan saya yakin
saya boleh berbuat demikian sekali lagi.
▪ Last call tidak akan menjejaskan kepulihan saya. Saya masih muda
dan kuat. Saya masih selamat dalam beberapa tahun lagi.
▪ Saya melalui hari-hari yang memenatkan dan saya layak untuk
menikmatinya
▪ Jika saya menggunakan alkohol sekali sekala, ia dapat mengelakkan
saya daripada menggunakan dadah.
▪ Saya boleh mengawal penggunaan semua jenis dadah kecuali heroin.
Selagi saya tidak menggunakan heroin, saya boleh mengawal diri
saya.
▪ Tiada siapa tahu, saya hanya minum alcohol diwaktu siang dan
menggunakan dadah di malam hari.
Rasional
Rasional ialah menggunakan teknik rasional bagi menggantikan
pemikiran yang bahaya. Rasional termasuk fikiran dan tingkahlaku
yang positif.
DrHB/ AADKN9/2022 59
2. Dapatkan sokongan sosial yang boleh Dapatkan Buku
membantu. Gunakan teknik role play diantara kecil (pocket book).
pengguna dadah dan pembekal dadah. Role
play secara lisan teknik mengatakan tidak Catatkan lima sebab
kepada dadah tersebut. kenapa anda tidak
mahu
3. Praktis lebih kerap sehingga rasa selesa. menggunakan
Individu tidak perlu memberi alasan kepada dadah dan di
mengatakan tidak. Perkara ini akan menjadi simpan di dalam
kebiasaan apabila kerap dibuat. poket. Sebagai
▪ Tidak, saya tidak lagi menggunakan dadah. contoh saya tidak
▪ Tidak, bukan untuk hari ini. mahu mati kerana
▪ Saya tidak berminat pergi ke bar sebaliknya dadah, saya tidak
mahu kehilangan
saya hendak menonton wayang. isteri dan anak-
anak, saya ingin
Apabila seseorang menawarkan dadah atau berjaya dalam
bahan, gunakan teknik menolak dan segera hidup dan lain-lain.
beredar dari tempat dan situasi tersebut. Apabila individu
mula merasai
4. Teknik ini perlu dipelajari dan dipraktis. craving, keluarkan
Perkara ini tidak mudah dilakukan tetapi
perlu diingat, kehidupan anda dalam tangan buku poket ini. Baca
anda, dan hanya anda boleh menentukannya. dengan kuat dan
Jangan risau menyakiti hati perasaan orang terus melakukakan
lain atau memikirkan apa yang mereka fikir aktiviti yang aktif
tentang anda. Ia bukanlah hanya mengenai supaya pemikiran
mengambil hati orang lain. Ia berkaitan ini dihentikan.
dengan hidup anda. Sebagai contoh
daripada berjalan
5. Bila imej kendiri yang positif dan cara kepada berlari,
hidup yang seimbang. Cara hidup yang daripada sedih
seimbang bermaksud: senaman berkala, kepada ketawa atau
pemakanan seimbang, tidur yang berkualiti menyanyi. Lakukan
dan perhubungan yang sihat. apa sahaja yang
dapat mencantas
6. Kurangkan fikiran dan tingkahlaku negatif pemikiran tersebut.
dengan mempraktiskan berfikir sebelum Buku poket ini
bertindak dan menggunakan teknik-teknik sentiasa berada
coping skill yang baru dalam menguruskan dekat dengan anda.
kekecewaan, keresahan, kemarahan, tekanan
dan kesedihan. 60
DrHB/ AADKN9/2022
7. Sentiasa peka kepada perasaan dan craving. Cuba untuk tidak
bertindakbalas. Craving akan sentiasa ada, tetapi pemikiran tidak
dilanjutkan dan dihentikan segera. Cara terbaik mengurus craving,
ialah dengan bersenam, meditasi dan berjalan-jalan apabila craving
dirasai. Mempelajari cara menguruskan emosi negatif.
Mengenalpasti masa paling kerap berlaku.
Craving Semakin Lemah Jika Individu Tidak Bertindakbalas
Dengan Urge Untuk Guna
▪ Dengan melengah-lengahkan masa adalah teknik paling
berkesan. Craving akan sentiasa berkurangan dan pudar.
Badan dan otak akan mula serasi dengan teknik ini.
▪ Mengambil tindakan dengan mengurangkan ransangan
kepada cues akan merendahkan perasaan craving. Segera
beredar jika ada rakan-rakan yang bercerita keseronokan
menggunakan dadah.
▪ Dari hari ke hari craving akan berkurangan dan lemah. Selagi
individu boleh menguruskan emosi negatif dengan
meningkatkan coping skill craving akan berada dalam tahap
terkawal.
TEKNIK YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK
MENGURUSKAN CRAVING
Kurangkan rasa craving dengan menggunakan teknik coping skill
yang mudah. Matlamat utama adalah untuk mengalihkan
perhatian dan apa yang difikirkan. Walaupun ia kelihatan
mudah, kajian menunjukkan teknik tersebut mampu
mengurangkan craving yang kuat
1. Teknik Gangguan
Fokus perhatian kepada keadaan sekeliling. Lebih tinggi fokus
tersebut semakin kurang perasaan craving. Bercakap dengan
seseorang amat membantu. Beredar dari kawasan yang tidak
selesa juga perlu. Individu boleh pergi ke perpustakaan, melawat
kawan dan membuat kerja rumah. Mengalih perhatian daripada
craving dengan menggunakan teknik ini dilihat berjaya.
DrHB/ AADKN9/2022 61
2. Menggunakan Cue Card
Semasa di awal kepulihan tahap gian adalah tinggi dan individu
tidak mampu berfikir secara rasional. Menulis coping skill di atas
kertas dapat membantu pada fasa ini. Perkara yang boleh ditulis :-
• Saya akan berasa waras apabila tidak menggunakan dadah
• Banyak perkara hebat dalam hidup ini yang saya mahu lakukan
tanpa menggunakan dadah.
• Tanpa menggunakan dadah, fizikal saya nampak lebih menarik.
• Saya mahu keluar dari situasi sekarang.
3. Teknik Bayangan
Fokus dan bayangkan sesuatu diluar diri anda. Mulakan dengan
menyatakan tidak. Pegang tangan ke atas dan bayangkan anda
sedang berlari. Bayangkan diri anda kuat dan berkuasa. Bayangkan
anda berjaya dengan pekerjaan yang dilakukan atau anda sedang
ketawa bersama anak-anak. Bayangkan imej positif anda pada masa
anda telah pulih.
4. Mencatat Perasaan
Bawa bersama buku nota dan tulis perasaan dan fikiran negatif pada
masa tersebut. Baca dan katakan kepada diri sendiri dan perlu
bertenang dan perasaan negatif ini akan berlalu seketika.
5. Teknik Relaksasi
Teknik relaksasi boleh membantu individu dalam keresahan dan
craving. Relaksasi meningkatkan perasaan gembira, mengurangkan
tekanan dan menguranglkan craving. Antara teknik ini ialah :-
▪ Menarik nafas
▪ Meditasi
▪ Mendengar muzik
▪ Melihat pemandangan menenangkan
▪ Yoga
▪ Menikmati keindahan alam
▪ Menonton video menenangkan
6. Penjadualan Aktiviti
▪ Sentiasa memenuhkan jadual dengan aktiviti yang padat pada hari
kebiasaan menggunakan dadah. Sentiasa komited dengan jadual
yang telah dirancang.
DrHB/ AADKN9/2022 62
▪ Komitmen ini penting dalam mengelak rasa craving berbanding
menghentikan fikiran dan perasaan. Ianya dapat dilakukan
dengan memastikan :-
▪ Memastikan sepasang kasut sukan berada di tempat kerja.
▪ Menyertai program sukan ditempat tinggal secara teratur dan
berkala.
▪ Senaraikan senarai cerita yang ingin ditonton di pawagam
pada minggu tersebut.
▪ Memastikan nombor telefon rakan yang boleh membantu
sentiasa ada.
7. Kebosanan Adalah Keinginan Kepada Keinginan
Apabila individu dalam keadaan bosan, mereka merasa
mahukan sesuatu tetapi tidak mampu menjelaskannya. Setiap
orang mempunyai kebolehan mengisi masa lapang tersebut.
Tempoh semasa dalam penagihan bukan sahaja merampas
kehidupan individu malah merampas masa, wang, kepintaran
dan cinta. Anda bebas mencari aktiviti yang menyeronokkan
untuk mengisi kebosanan (Chopra, 1997). Aktiviti bagi mengisi
masa lapang tidak terhad, antaranya:-
▪ Berkhemah
▪ Memancing
▪ Bermain layang-layang
▪ Bermain papan luncur
▪ Menari
▪ Berkebun
▪ Melukis
8. Motivasi Untuk Membuat Perubahan Yang Diperlukan
Motivasi bukanlah karakter personaliti, keperluan untuk berubah
dan kesediaan untuk membuat perubahan. Motivasi boleh
berubah dari satu situasi ke situasi yang lain. Individu itu sendiri
boleh mempengaruhi motivasi diri. Motivasi adalah sebagai
salah satu teknik mengurangkan rasa ingin menggunakan dadah
dan bahan.
▪ Langkah pertama - menyenaraikan semua alasan untuk
menggunakan dadah dan alasan tidak menggunakan dadah.
DrHB/ AADKN9/2022 63
COPING SKILLS BAGI MENCEGAH RELAPSE
1. Jika individu membangunkan coping skills yang positif dan 64
mengaplikasikan strategi yang dipelajari bagi mencapai matlamat
kehidupan yang lebih baik, peluang untuk berjaya lebih tinggi. Individu
kadangkala berhadapan dengan lapse, dan menangani lapse dengan cepat
bagi mengelak relapse. Kajian menunjukkan perubahan dan pengekalan
gaya hidup yang sihat dapat mengurangkan risiko relapse (Marlatt, &
Donovan, 2005).
2. Bagi mencapai kualiti hidup yang seimbang, individu perlu
mengurangkan tekanan harian dan meningkatkan keseronokan
menjalani kehidupan yang baru. Dengan ini, individu dapat merasakan
perubahan hidup semasa penagihan dengan kehidupan baru yang lebih
seimbang. Kemampuan menjalani hidup yang baru mengurangkan
risiko untuk relapse.
Antara kemahiran/ skill yang perlu diketahui dalam mengelak relapse
ialah:-
• Kemahiran pemikiran rasional
• Kemahiran komunikasi
• Kemahiran kecergasan fizikal
• Kemahiran pengurusan masa
• Kemahiran relaksasi
3. Individu yang mempunyai kepelbagaian skill dan
menggunakannya, berisiko rendah untuk relapse. Emosi negative seperti
marah, tekanan, keresahan, konflik dalaman dan tekanan social
merupakan situasi berisiko tinggi untuk relapse (Marlatt, & Donovan,
2005).
4. Belajar mengenali, menyedari dan mengurus marah, tekanan dan
keresahan memerlukan individu menggunakan pengetahuan. Coping
skills perlu sesuai dengan keadaan individu. Lebih banyak teknik coping
skills dikenalpasti, lebih rendah peluang untuk relapse. Teknik coping
skills ditambah dengan motivasi diri akan membuahkan hasil yang lebih
baik lagi. Lebih bermotivasi untuk membuat perubahan, lebih banyak
perubahan yang ingin dicuba dan lebih banyak teknik coping skills
diperoleh (Marlatt, & Donovan, 2005).
Balance
Stability created by working at rational thoughts and helpful actions to
counter negative life events. Life events can include feelings, places, people or
a course of action taken.
DrHB/ AADKN9/2022
MENGURUS KEMARAHAN
1. Perasaan marah adalah semulajadi. Kemarahan adalah perasaan yang 65
timbul akibat dari perisitiwa yang dialami, layanan yang diterima
tidak adil atau kasar atau percanggahan pendapat.
2. Kemarahan timbul sebagai tindakbalas dari rasa tidak puas hati.
Tanda-tanda kemarahan dapat dilihat daripada muka yang merah,
degupan jantung yang kuat, berpeluh dan tertekan.
3. Tingkahlaku yang dapat dilihat dari perasaan marah adalah seperti
bersuara tinggi, mengenggam penumbuk dan lain-lain. Kemarahan
boleh terjadi disebabkan oleh mempertahankan kepentingan diri atau
melindungi prinsip. Kemarahan biasanya dapat dilihat dari individu
yang tertekan dan berada dalam keadaan resah (Schiraldi, & Hallmark
Kerr, 2002).
4. Purata setiap orang dewasa akan berasa marah satu kali setiap hari
dan berasa sakit hati sekurang-kurangnya tiga kali sehari (Schiraldi, &
Hallmark Kerr, 2002). Berdasarkan purata ini, kemarahan yang tidak
dikawal boleh membawa kepada relapse. Oleh yang demikian, dapat
dilihat kepentingan menguruskan kemarahan.
5. Individu dalam keadaan marah perlu berbincang isu tersebut dengan
mereka yang dipercayai.
Pengurusan Tekanan
Tekanan berkait rapat dengan isu kesihatan mental. 25% wanita dan 10%
lelaki berhadapan dengan masalah tekanan. Tekanan terjadi akibat
daripada ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak. Penggunaan
alkohol, dadah dan bahan boleh menyumbang kepada
ketidakseimbangan ini. Faktor-faktor yang mendorong kepada tekanan
adalah seperti berikut:-
▪ Menggunakan dan withdrawal dalam penggunaan dadah.
▪ Sejarah ahli keluarga menghadapai tekanan atau terlibat dengan
penagihan.
▪ Sejarah keluarga yang bermasalah & Penceraian.
▪ Stress yang kronik : hilang pekerjaan, sakit.
▪ Tahap keyakinan diri yang rendah.
▪ Tiada ahli keluarga atau rakan yang rapat.
▪ Tidak berkahwin.
▪ Peristiwa silam; keganasan atau serangan.
▪ Umur muda, dari peringkat 18 – 24 tahun.
DrHB/ AADKN9/2022
COPING SKILLS (Lembaran Kerja 1)
Anda boleh cuba mengenalpasti tahap tekanan yang anda alami
melalui simptom-simptom ini. Tandakan.
Rasa keletihan dan terlalu penat.
Jiwa terasa kosong.
Hilang keseronokan melakukan aktiviti-aktiviti biasa dibuat
termasuk seks.
Sukar untuk tidur dan tidak lena.
Perubahan selera makan dan berat badan.
Ingatan kuat kepada kematian dan bunuh diri.
Putus harapan.
Rasa tidak berguna, rasa bersalah dan rasa terperangkap.
Kerap lupa dan sukar menumpu perhatian.
Kerap rasa pening dan sakit perut.
Cognitive
Concious intellectual acitivity such as thinking,
resoning and remembering
DrHB/ AADKN9/2022 66
▪ Cognitive Behaviour Therapy (Skill Pemikiran Rasional) sangat 67
berkesan dalam mengandalikan tekanan. Kajian menyatakan
pengambilan vitamin B6 semasa dalam kepulihan dapat membantu
melawan tekanan.
▪ Senaman berkala dikatakan efektif dalam menurunkan tekanan.
Relaksasi, aktiviti sosial, tidur yang berkualiti serta pemakanan yang
sihat juga turut membantu. Banyak cara untuk menguruskan tekanan,
maka tiada alasan untuk tidak mendapatkan rawatan (Medina, 1998).
Menguruskan Kebimbangan
▪ Respons kepada bahaya adalah tindakan refleks semulajadi manusia.
Mereka yang mengalami masalah anxiety ini akan mengalami ketakutan
yang berlebihan. Ketakutan mereka amat teruk. 12% dari populasi
dunia mengalami masalah anxiety (Frances, & First, 1998). Masalah
anxiety termasuk panic disorder, obsessive compulsive disorder dan post-
traumatic stress disorder.
Panic Disorder
▪ Simptoms adalah seperti degupan jantung yang kuat, berpeluh dan
kesukaran bernafas, pening dan sangat ketakutan. Ia seperti
memerlukan udara tetapi tidak mampu bernafas (Frances, & First, 1998).
▪ Keadaan fizikal semasa serangan ini berlaku ialah peningkatan degupan
jantung dan pernafasan. Rasa sakit perut, pening, kebas, sukar bernafas
dan kesukaran melihat (Frances, & First, 1998).
▪ Penggunaan dadan dan bahan boleh menyebabkan panic attack
disebabkan kesan langsung dari dadah itu sendiri. Dadah jenis
perangsang paling mudah dikesan mengalami panic attack. Panic attack
akan mulai hilang apabila pengambilan dadah jenis perangsang
dihentikan pengambilannya (Frances, & First, 1998). Pengambilan
dadah atau bahan bagi mengurangkan anxiety adalah seperti
menggunakan alkohol, pil tidur dan lain-lain pil penenang akan
mempercepatkan panic attack apabila penggunaan bahan tersebut
dihentikan secara tiba-tiba.
Menguruskan Tekanan Dalam Mencegah Relapse
▪ Mereka yang menggunakan dadah lebih cenderung untuk mengalami
tekanan berbanding mereka yang tidak menggunakannya. Tekanan
adalah sebagai pencetus utama relapse (Frances, Miller, & Mack, 2005).
▪ Setiap situasi yang menekankan mempunyai jalan penyelesaian. Pilih
yang dibuat samaada memulihkan keadaan atau meningkatkan lagi
tekanan. Pilihan yang betul, menenangkan individu dan membolehkan
individu membuat pilihan keputusan yang betul.
DrHB/ AADKN9/2022
CRAVING (Lembaran Kerja 2)
Senaraikan PERUBAHAN NEGATIF yang dialami oleh mental
(ingatan/emosi) dan fizikal (tubuh badan) semasa anda dalam
penagihan dadah atau bahan.
PERUBAHAN MENTAL PERUBAHAN FIZIKAL
(eg. gian, sukar tidur etc) (eg. Mendapat jangkitan penyakit
(eg. STD), turun berat badan etc)
Nota fasi:-
• Klien yang menggunakan dadah akan berhadapan dengan masalah
kesihatan mental dan fizikal.
• Justeru itu, senarai ini akan membantu klien menilai tahap
kesihatan mental dan fizikal mereka sendiri. Serta klien merasakan
perlu mendapatkan bantuan profesional bagi menanganinya.
DrHB/ AADKN9/2022 68
CRAVING (Lembaran Kerja 3)
Dalam mengatur pelan perancangan kepulihan anda, adalah penting
anda mengambil masa memikirkan aktiviti baru yang ingin anda cuba
dan aktiviti lama yang telah ditinggalkan dan ingin dilakukan semula
memandangkan anda telah pulih.
Sebelum membuat perancangan,kenalpasti perkara-perkara tersebut
dibawah.
1. Apakah kemudahan social yang terdapat di tempat tinggal anda?
2. Berapakah perbelanjaan yang diperlukan dalam melaksanakan
aktiviti baru yang ingin anda buat?
3. Apakah aktiviti atau lokasi yang perlu anda elak (walaupun aktiviti
sihat) tetapi mencetus cues kepada anda?
4. Siapakah orang yang anda boleh libatkan dalam aktiviti ini?
DrHB/ AADKN9/2022 69
MENGURANGKAN KONFLIK, MENINGKATKAN
KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN MENGURANGKAN
RELAPSE
KONFLIK ADALAH PUNCA KEPADA TEKANAN
▪ Konflik timbul akibat dari percanggahan pendapat dengan seseorang
dan marah apabila tidak dipersetujui. Konflik biasanya menghasilkan
rasa tidak selesa yang cuba dielakkan.
▪ Konflik dalaman kerap terjadi kesan dari pelanggaran komitmen atau
perjanjian. Penagihan akan menyebabkan kerapnya berlaku
pelanggaran janji, komitmen yang tidak ditunaikan dan tingkahlaku
yang buruk.
KONFLIK DAN RELAPSE
▪ Konflik yang tidak diselesaikan dengan baik, meningkatkan tekanan
dan emosi negatif seperti kemarahan, keresahan, ketakutan dan
tekanan yang amat berkait rapat dengan relapse.
▪ Mereka yang menggunakan dadah kerap terlibat dengan konflik,
kerana apabila menggunakan dadah atau bahan, sensitiviti mula
menurun, kepekaan kepada perkara yang berlaku disekeliling juga
berkurang dan individu menjadi seorang yang mementingkan diri
sendiri.
▪ Oleh yang demikian, individu perlu berlajar cara mengenali konflik
dan menyelesaikannya dengan cara positif.
KEMAHIRAN KOMUNIKASI SEBAGAI ALAT PENCEGAHAN
RELAPSE
▪ Anda telah berhenti menggunakan dadah atau bahan. Cara berfikir,
bertingkahlaku dan gaya hidup telah berubah.
▪ Komunikasi penting dalam menguruskan konflik. Individu perlu
berkomunikasi menunjukkan mereka telah berubah dan orang
sekeliling mengetahui individu itu sedang dalam kepulihan.
▪ Skill komunikasi meningkatkan keyakinan diri dalam menyelesaikan
masalah, memperbaiki hubungan dan mendapatkan keperluan tanpa
menggunakan dadah atau bahan.
DrHB/ AADKN9/2022 70
MENGURANGKAN KONFLIK, MENINGKATKAN
KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN MENGURANGKAN
RELAPSE
Kepentingan komunikasi yang berkesan ialah (Silberman, & Hansburg,
2000):
1. Individu itu akan dihargai apabila mereka juga menghargai orang
lain.
2. Didengari akan membuatkan individu merasakan dirinya penting.
Apabila sesuatu isu dijelaskan dengan baik individu tersebut akan
difahami. Pernyataan perlu jelas agar kelak fakta tidak dikelirukan.
Ia dapat mengurangkan salah faham dalam perhubungan dan dapat
mengelakkan konflik di masa hadapan.
3. Apabila individu berterus terang orang lain akan melihat individu
tersebut mempunyai keyakinan diri dan berani. Apabila bertukar-
tukar pandangan, pandangan akan lebih jelas. Semasa dalam proses
bertukar pandangan, individu dapat belajar tingkahlaku orang lain
iaitu samaada pandangan itu diterima atau tidak. Perhubungan ini
akan lebih bermakna.
4. Apabila individu mempengaruhi orang lain secara positif, ia akan
dihargai. Setiap orang boleh memberi nasihat tetapi keikhlasan
beradab dan ikhlas lebih diterima.
5. Apabila individu menyelesaikan konflik lebih efektif, mereka akan
lebih dipercayai. Jika berhadapan dengan masalah dan ditangani
secara berhemah dengan tidak menyakiti hati orang lain dan
berbuat musuh, individu tersebut akan menjadi inspirasi.
6. Apabila bekerjasama dalam kumpulan, individu dipandang tinggi
disebabkan oleh skill berkomunikasi yang baik.
Mistakenly, we sometimes think that motivation comes
first. It doesn’t. Action precedes motivation.
DrHB/ AADKN9/2022 71
PERHUBUNGAN DAN PENCEGAHAN
RELAPSE
SOKONGAN SOSIAL DAN RELAPSE 72
▪ Sokongan sosial tidak sama dengan kelompok sokong bantu.
Kelompok sokong bantu adalah perjumpaan yang diuruskan secara
berstruktur.
▪ Rangkaian sokongan sosial terdiri daripada rangkaian orang yang
meningkatkan rasa kepunyaan, harga diri dan berkaitan dengan
kesihatan mental dan fizikal. Mereka yang berada di dalam
sokongan sosial (MayoClinic.com, 2005).
▪ Bercakap dengan rakan-rakan yang tidak menggunakan dadah boleh
membantu meringankan beban individu.
▪ Rakan-rakan dan mereka yang tidak menggunakan dadah dan bahan
akan menyokong individu untuk bebas dari dadah atau bahan serta
menyokong individu dalam menguruskan stress dan tekanan.
▪ Mereka juga boleh membantu semasa individu dalam kepulihan.
Kadang kala mengetahui seseorang yang boleh mengambil berat
sudah cukup untuk menguruskan stress dan meneruskan
perancangan kepulihan.
▪ Sokongan sosial memainkan peranan yang penting dalam
pencegahan relapse.
▪ Sokongan sosial yang positif amat penting dalam mengurangkan
relapse dan mengelakkan individu kembali menggunakan dadah
(Marlatt & Donovan, 2005).
▪ Kemungkinan untuk relapse adalah tinggi jika kelompok sokongan
sosial terdiri daripada mereka yang menggunakan dadah atau bahan
dan mereka yang bermasalah.
▪ Dalam mengurangkan risiko relapse, individu perlu mendapatkan
mereka yang boleh menyokong keputusan untuk berhenti
menggunakan dadah atau bahan serta mengelakkan mereka yang
tidak menyokong kepulihan itu.
DrHB/ AADKN9/2022
PRINCIPLES OF EFFECTIVE TREATMENT
1. Addiction is a complex but treatable disease that affects brain
function and behavior.
2. No single treatment is appropriate for everyone.
3. Treatment needs to be readily available
4. Effective treatment attends to multiple needs of the individual,
not just his or her drug abuse
5. Remaining in treatment for an adequate period of time is critical.
6. Behavioral therapies-including individual, family, or group
counseling-are the most commonly used forms of drug abuse
treatment.
7. Medications are an important element of treatment for many
patients, especially when combined with counseling and other
behavioral therapies.
8. An individual's treatment and services plan must be assessed
continually and modified as necessary to ensure that it meets his
or her changing needs.
9. Many drug-addicted individuals also have other mental
disorders.
10. Medically assisted detoxification is only the first stage of
addiction treatment and by itself does little to change long-term
drug abuse.
11. Treatment does not need to be voluntary to be effective.
12. Drug use during treatment must be monitored continuously, as
lapses during treatment do occur.
13. Treatment programs should test patients for the presence of
HIV/AIDS, hepatitis B and C, tuberculosis, and other infectious
diseases as well as provide targeted risk-reduction counseling,
linking patients to treatment if necessary.
NOTA:
DrHB/ AADKN9/2022 73
• Justeru menyedari hakikat bahawa masalah penagihan dadah amat
berkait rapat dengan program rawatan dan pemulihan. Maka
program rawatan dan pemulihan yang ditawarkan perlu menjadi
pemangkin untuk mencegah masalah penagihan berulang yang
menjadi cabaran utama dalam mengekalkan kepulihan.
• Justeru, terdapat banyak faktor penentu kepada kejayaan kepada
program rawatan dan pemulihan penagihan dadah seperti pemilihan
dan pelaksanaan modaliti, profil penagih dadah, tenaga pakar yang
terlibat dan tahap motivasi penagih untuk pulih (Mahmood et
al.1999).
• Terdapat pelbagai strategi dan pendekatan yang telah digunakan
dalam modifikasi tingkah laku penagihan kepada tingkah laku
normal dalam kalangan penagihan dadah (Parks et al. 2012; Jones
2013; Tkacz et al. 2013) namun hasilnya adalah berbentuk pelbagai.
Maka ini bersesuaian dengan prinsip rawatan dan pemulihan bahawa
adalah mustahil hanya satu sahaja modaliti yang bersesuaian untuk
semua dalam menangani permasalahan penagihan dadah.
▪ Program Rawatan dan pemulihan tersebut perlu selaras dan
bersesuaian dengan perubahan senario dadah semasa, profil klien dan
tahap kebergantungan dan keparahan akibat penagihan dadah serta
faktor-faktor lain khususnya sokongan sosial.
▪ Maka masalah penagihan dadah dianggap sebagai penyakit kronik
berbentuk biopsikososial yang memerlukan pendekatan rawatan dan
pemulihan yang berbentuk lebih berfokus, efektif dan holistik
mengikut kebergantungan dan keparahan seseorang individu
penagih.
▪ Kebanyakan dapatan kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar
program rawatan dan pemulihan yang berkesan dan terbaik di
peringkat global adalah berbeza-beza di antara satu sama lain
mengikut pengkhususan dalam klasifikasi jenis penagihan tertentu di
seluruh dunia.
DrHB/ AADKN9/2022 74
• Namun, terdapat tiga tahap cabaran utama yang perlu diberi
perhatian dalam merawat dan memulihkan mereka yang terlibat
dengan permasalahan dadah iaitu kepentingan motivasi untuk
berubah, perubahan tingkah laku untuk meninggalkan dadah dan
keinginan untuk mengekalkan kepulihan (Steven 2012). Pada tahap
ini, elemen-elemen seperti psikologi, perubatan dan kesihatan,
persekitaran dan sokongan sosial, spiritual dan kerohanian adalah
penting dan signifikan dalam proses kepulihan penagihan dadah.
• Program ini menggabungkan elemen-elemen penting dan lebih
holistik seperti perubatan, kesihatan mental dan psikososial yang lebih
berbentuk holistik, berstruktur, sistematik dan teraputik
(Kamarulzaman et al. 2016). Tujuan utama program ini untuk
memberikan pengetahuan dan kemahiran mencegah penagihan
berulang (relapse), kemahiran sosial dan kemahiran daya tindak
(coping skill) bagi menghadapi situasi berisiko tinggi dalam mencegah
berlakunya penagihan berulang (relapse) secara praktikal dan
berfokus. Di samping mengambil kira jenis dadah yang digunakan
dan tahap kebergantungan dan keparahan setiap individu dalam
permasalahan penagihan dadah (AADK 2012).
• Pendekatan ini bertepatan dengan pendapat Tims, Leukefield dan
Platt (2001) bahawa proses penagihan berulang adalah penting dan
perlu diberi fokus dalam bidang rawatan dan pemulihan dadah secara
efektif dan berkesan. Pencegahan penagihan berulang (relapse)
merupakan faktor kritikal dalam pemulihan penagihan dadah (NIDA
2009). Manakala kadar berulang yang berlaku kepada penagih
berulang (relapse) secara asasnya adalah menyerupai penyakit-
penyakit kronik yang lain seperti penyakit kencing manis, darah tinggi
dan lelah (asma).
• Malah menurut McLenan (2011), tahap kepulihan awalan merupakan
tempoh seseorang individu berada antara satu bulan hingga 11bulan,
manakala tahap kepulihan berada antara tempoh satu tahun hingga
lima tahun (pengekalan kepulihan) dan tahap kestabilan kepulihan
pula berada antara tempoh lima tahun ke atas. Sekiranya seseorang
individu mula berfikir ingin mengambil dadah semula dan tidak
menggunakan teknik atau kekurangan kemahiran menangani (coping
skill) bagi mencegah penagihan berulang daripada berlaku di
peringkat awalan,
• 75
DrHB/ AADKN9/2022
maka individu tersebut tidak akan mengambil tempoh masa yang
lama untuk terlibat semula dalam penagihan berulang. Jika situasi ini
berlaku adalah amat sukar untuk mencegahnya (Steven 2012).
Kebiasaannya situasi sebegini kerap berlaku dalam proses kepulihan
dan sering membawa kepada satu sindrom kitaran (revolving door
syndrome) iaitu proses kitaran seseorang individu menjalani rawatan
dan pemulihan dadah, kemudian kekal dalam kepulihan dan akhirnya
berlakunya penagihan berulang (relapse) dan proses kitaran ini berlaku
berulang-ulang kali (Dennis, Scott & Foss 2005).
PENGENALAN KEPADA PENCEGAHAN RELAPSE 76
Komponen dalam pencegahan relapse berdasarkan kepada punca
relapse dan faktor mengurangkan risiko relapse. Relapse ialah
kembali menggunakan dadah atau bahan dan tahap tempoh
penggunaan selepas pulih. Pakar di dalam pencegahan relapse
menyatakan pencetus kepada relapse bukan sahaja disebabkan
ketagihan fizikal. Mereka yang menggunakan dadah atau semua
jenis bahan boleh terjebak semula ke dalam relapse disebabkan oleh
tekanan, keresahan, ketakutan , kemarahan , kecewa, desakan
sekeliling dan konflik dalaman ( Marlatt, & Gordon, 1985,2005).
▪ Dalam menjayakan pencegahan relapse ianya melibatkan proses
pembelajaran menggunakan kemahiran-kemahiran baru sebagai
contoh perubahan sikap, kepercayaan dan nilai yang akan
menyokong kepulihan. Pencegahan relapse bermula dengan
langkah pertama iaitu perancangan masa depan.
▪ Langkah pertama untuk menjayakan kepulihan ialah pemusatan
diri. Untuk memahami apa yang dimaksudkan, pernyataan
dibawah dibaca dengan kuat.
Saya bertekad untuk menjaga diri sendiri.
▪ Keutamaan saya dengan sedaya upaya memastikan kesihatan
mental dan fizikal dalam keadaan terbaik.
▪ Menjalani kehidupan dengan penuh integriti dan mengambil berat
kepada mereka yang menyayangi saya.
▪ Saya mahu semua diatas kerana saya mahu semua orang tahu
apabila saya telah meninggal dunia saya pernah menghargai
kehidupan dan orang yang saya sayang. Saya bangga dengan diri
saya sendiri.
DrHB/ AADKN9/2022
KEKUATAN DIRI DALAM MENGELAK
RELAPSE
1. Mencari kekuatan diri dan masa membentuk perancangan dan
tindakan bagi mengekalkan kepulihan memerlukan peneguhan diri
yang kuat agar kepulihan dapat diteruskan dengan sempurna.
▪ Keputusan untuk mengubah hidup kepada kehidupan yang baru
bukan sahaja melibatkan aspek kebendaan seperti kereta atau
rumah walaupun sebagai motivasi diri.
▪ Keputusan untuk mengubah hidup ditentukan oleh nilai-nilai
yang dipilih meneruskan kehidupan.
2. Keputusan hendaklah jelas
▪ Catatkan tiga peneguhan diri yang boleh diambil agar tidak lagi
relapse.
▪ Gaya penulisan adalah bebas sebagai contoh saya tidak mahu lagi.
terjaga dalam keadaan khayal , saya tidak mahu lagi ke penjara.
Saya mahu membantu orang lain.
3. Adakah inisiatif yang dinyatakan mampu direalisasikan sepanjang
hidup? Inisiatif untuk berhenti menggunakan dadah tidak
semestinya sama dengan matlamat hidup. Perubahan adalah
pengalaman hidup yang hebat dan perlu selari dengan inisiatif
yang dibuat.
KESEIMBANGAN KEHIDUPAN DALAM
MENGURANGKAN RISIKO RELAPSE
Bagaimana anda mendefinisikan kehidupan yang seimbang?.
Kehidupan yang seimbang mengambilkira 5 aspek:-
• Perhubungan
• Tempat kerja atau sekolah
• Tempat tinggal atau komuniti setempat
• Kesihatan mental dan fizikal
• Komunikasi
Aturan kehidupan yang seimbang penting sebagai strategi
pencegahan relapse.
DrHB/ AADKN9/2022 77
PENETAPAN STRATEGI PERANCANGAN KEPULIHAN 78
ANTARA MENGUBAH HIDUP ANDA
1. Peningkatan kesihatan mental dan fizikal.
Melibatkan kesihatan fizikal dan stamina begitu juga kesihatan
mental. Target perlu dirancang untuk meningkatkan skill dalam
menguatkan fizikal dan mental. Kesihatan fizikal dan mental adalah
komponen penting dalam membuat perancangan kepulihan kerana
kepulihan dan pencapaian kepulihan bergantung kepada aspek ini.
2. Menguruskan craving dan tanda-tanda penggunaan.
Anda akan merancang pelan tindakan dalam menguruskan craving,
tanda-tanda mula menggunakan dadah dan tindakan pantas yang
perlu diambil.
Tindakan pantas yang diambil bagi mengurangkan ketagihan dan
menguruskan tanda-tanda (cues) akan membantu anda selamat dari
dadah dan bahan. Ianya diperbuat dengan menulis perancangan
kepulihan yang boleh dibawa bersama. Bagi sesetengah orang,
menghadiri program kepulihan dapat membantu melanjutkan
tempoh kepulihan. Manakala bagi yang lain, ianya mustahil untuk
dilaksanakan kerana faktor persekitaran tidak membantu. Sebagai
contoh, ahli keluarga yang turut menggunakan dadah dan
persekitaran tempat tinggal tidak bebas dadah. Namun begitu,
kepulihan dapat dicapai dari sistem sokongan sosial ahli keluarga
atau rakan-rakan yang tidak menggunakan dadah.
3. Teknik coping skill untuk mengurangkan stress dan emosi negatif.
Pencegahan relapse memerlukan teknik pembelajaran dan
mempraktik coping skill yang positif. Coping skill membantu
menguruskan ketagihan, stress, kemarahan , tekanan dan keresahan.
Setiap individu bboleh mengenalpasti emosi-emosi negatif ini dan
mempraktis teknik yang sesuai bagi dirinya. Penulisan coping skill
addalah penting dan digunakan apabila individu mengalami
tekanan dan menghadapi emosi negatif. Teknik coping skill yang
ditulis boleh dibaca segera.
4. Menetapkan limitasi dengan orang lain.
Skill dalam menetapkan dan mengukuhkan limitasi ini adalah
penting dalam pencegahan relapse. Tekanan sosial disekeliling
untuk menggunakan dadah merupakan faktor utama relapse.
DrHB/ AADKN9/2022
Mereka yang anda benarkan masuk dalam kehidupan anda akan 79
membawa bersama anda dua perkara iaitu menyokong kepulihan
anda atau menekan anda untuk menggunakan dadah atau bahan.
Bagi memastikan individu itu selamat, mereka perlu menetapkan dan
mematuhi perancangan limitasi yang telah dibuat.
5. Membangunkan kelompok sosial yang positif
Pencegahan relapse selalunya memerlukan anda berada bersama
supportive ring iaitu rakan-rakan, ahli keluarga atau pakar yang
menyokong kepulihan anda. Individu-individu ini akan memantau
anda dalam mencapai perancangan kepulihan dalam bentuk
sokongan, tunjuk ajar, persahabatan, dan memberi makna.
6. Membangunkan skill komunikasi
Pencegahan relapse memerlukan skill komunikasi yang efektif
dalam menguruskan konflik dalaman dan tekanan sosial untuk
menggunakan dadah. Skill ini juga dapat membantu mencapai
perancangan kepulihan dalam masa yang sama mengekalkan
kepulihan. Kemampuan anda berkomunikasi dengan baik
membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan keyakinan
diri dalam pekerjaan dan perhubungan sosial.
Skill komunikasi juga membantu meningkatkan kemampuan dalam
membangunkan perhubungan sosial yang positif. Skill komunikasi
yang baik akan meningkatkan kejayaan dalam mengekalkan
perhubungan yang positif bersama pasangan hidup.
Yang paling penting teknik ini amat membantu meningkatkan
kejayaan dalam mencegah relapse. Oleh yang demikian, skill
komunikasi sangat penting untuk dimasukkan dalam perancangan
anda.
7. Menetapkan pensturukturan yang positif dalam hidup.
Struktur yang positif dan pengurusan masa adalah teras kepada
mana-mana perancangan kepulihan yang berkesan. Kebosanan,
kesunyian , tiada pengisian dalam kehidupan dan kurangnya aktiviti
positif untuk menggantikan aktiviti dadah dan bahan membawa
kepada relapse. Pencegahan relapse memerlukan penstrukturan
kehidupan yang konkrit, jelas dan positif setiap hari. Ia perlu
dirancang awal dan rapi.
DrHB/ AADKN9/2022
PENAGIHAN DAN PENGARUH
TINGKAHLAKU
1. Penagihan mengubah cara berfikir
▪ Perlu diingat bahawa, tingkahlaku penagihan diperoleh dari
pengalaman yang dilalui. Mereka yang menggunakan dadah
mengetahui dari pengalaman hidup mereka bahawa penggunaan
dadah dan bahan tidak mendatangkan manfaat kepada fizikal
dan mental dan ketagihan memusnahkan hidup mereka. Cabaran
yang lebih besar adalah cabaran untuk berhenti menggunakan
dadah walaupun mengetahui kesan penagihan akan mengubah
diri, cara berfikir dan komunikasi kepada orang lain atau
masyarakat.
▪ Pemikiran yang negatif dan skill komunikasi yang rendah akan
meletakkan individu berisiko tinggi menggunakan dadah dan
relapse.
▪ Langkah kearah kepulihan adakalanya dirasakan mudah.
Individu mengetahui dirinya bermasalah dengan dadah segera
mendapatkan sokongan dari keluarga dan rakan serta hadir ke
program. Individu ini akan berjaya untuk berhenti menggunakan
dadah. Kefahaman mengenai teknik-teknik coping skill membantu
mengelak relapse. Realiti sebenar individu perlu membuat
perubahan kecil dan besar dalam menjayakan kepulihan. Selain
mengelak dari relapse berlaku perubahan cara berfikir dan
perubahan tingkahlaku juga mengambil masa.
▪ Kepulihan adalah langkah awal sepanjang hidup dan berterusan.
Mengetahui teknik-teknik coping skill yang baru dan
menguasainya membantu mencapai matlamat kepulihan.
2. Kepulihan mengambil masa untuk dipelajari
▪ Apabila tempoh kepulihan semakin panjang, individu akan
merasai perubahan fizikal dan mental yang positif. Kepulihan
akan meningkatkan semangat individu untuk belajar skill baru,
menguruskan masalah secara positif dan berusaha
mengurangkan masalah.
▪ Melalui modul ini anda akan dapat merasakan kebahagiaan,
kesihatan tubuh badan dan kesihatan emosi selagi tidak
menggunakan dadah. Ini benar walaupun anda tidak melakukan
perkara-perkara lain.
DrHB/ AADKN9/2022 80
▪ Apa yang penting kebarangkalian tidak menggunakan dadah dan
mengekalkan kepulihan meningkat, setiap kali teknik coping skill
baru dipelajari dan setiap kali ada kesungguhan untuk mencuba
skill baru dalam kehidupan seharian.
▪ Tiada sesiapa dalam kepulihan merancang kepulihan dengan
hanya berhenti mengambil dadah. Mereka juga ada impian lain
yang mahu dicapai sebagai contoh perhubungan yang lebh baik,
ketenangan minda dan mempunyai kereta atau rumah atau
mungkin impian itu hanyalah dengan berjalan kaki di jalan biasa
yang dilalui dan bertemu dengan mereka yang gembira dan sihat.
Walauapapun, perancangan kepulihan tidak hanya terhad kepada
berhenti menggunakan dadah.
▪ Kepulihan adalah seperti bernafas. Semua orang bernafas untuk
hidup tetapi bernafas bukanlah suatu perkara yang kita fikirkan
setiap hari walaupun ianya penting. Begitu juga dengan kepulihan.
Manusia mula akan mengambil berat tentang pernafasan apabila
menghadapi masalah pernafasan.
▪ Individu dalam kepulihan akan mengira setiap hari mereka pulih
tetapi meninggalkan kehidupan seharian yang sama pentingnya ini
bermakna klien hidup untuk pulih bukan pulih untuk hidup.
▪ Jika individu menetapkan kepulihan sahaja sebagai matlamat
hidup, individu ini akan berhadapan dengan kekecewaan,
kemarahan, tekanan, keresahan dan emosi negatif yang membawa
kepada lapse atau relapse. Matlamat sepatutnya lebih daripada itu.
3. Kekuatan ilmu dalam menangani relapse
▪ Penagihan boleh diakhiri dengan belajar coping skill yang
membantu menguruskan cues, craving, emosi negatif, konflik
dalaman dan tekanan sekeliling untuk menggunakan dadah.
▪ Kemahiran ini sebenarnya membantu individu menyeimbangkan
kehidupan yang baru. Untuk menjayakan individu perlu ilmu
yang berkualiti.
DrHB/ AADKN9/2022 81
MEMULAKAN LANGKAH
Semasa dalam proses kepulihan individu berada dalam keadaan 82
tekanan. Tekanan ini berlaku akibat daripada rutin menggunakan
dadah atau bahan secara harian. Walaupun menghadiri program
pemulihan atau kaunseling, emosi, mental, fizikal masih bergelut
kemahuan untuk menggunakan dadah. Perubahan ini amat
menekankan walaupun dengan tujuan positif.
Keadaan mendesak ini dirasai setiap hari terutama di awal minggu
dan bulan. Individu akan melalui gangguan seperti berikut (Kectham
& Pace, 2003):-
1. Pemikiran yang kabur, kesukaran dalam tumpuan dan masalah
ingatan akan berlaku
Penggunaan alkohol atau bahan akan mengubah keseimbangan
kimia dalam otak. Fungsi otak yang normal akan mengambil
masa.
2. Kesukaran mempelajari perkara-perkara baru.
Lebih banyak individu menggunakan dadah lebih tinggi risiko
ingatan yang lemah. Lebih banyak mengggunakan dadah dan
lebih lama tempoh penggunaan dadah, tempoh kepulihan turut
mengambil masa yang lama. Namun begitu, ini tidak bermakna
individu tidak boleh mempelajari perkara-perkara baru. Ianya
akan mengambil masa.
3. Sangat sensitif
Individu yang dalam penagihan akan berinteraksi lebih cepat dari
biasa sebagai contoh kesukaran memakai pakaian akan
menimbulkan perasaan marah. Ini terjadi akibat daripada kesan
kimia kepada otak. Kemarahan ini jika berlebihan akan membawa
kepada kesedihan. Ianya adalah normal dalam proses kepulihan.
4. Masalah tidur
Masalah tidur adalah isu utama bagi mereka yang withdrawal
atau yang menjalani proses pemulihan. Ini kerana corak tidur
bagi mereka yang menggunakan dadah berbeza bagi individu
yang normal. Semasa dalam penagihan individu akan mengalami
kesukaran untuk tidur dan tidur lena. Walaupun telah tidur
mereka kerap terjaga dan berasa resah. Teknik untuk
mengurangkan masalah tidur perlu dipelajari.
DrHB/ AADKN9/2022
5. Masalah kondisi fizikal
▪ Individu akan mengalami kesukaran untuk mengawal
keseimbangan poenglihatan dan badan. Tindakan reflek akan
menjadi perlahan. Tindakan ini menjadi parah diawal kepulihan
dan individu yang ketagihan alkohol.
▪ Semua simptom di atas akan membuat anda percaya badan anda
tidak pulih. Pada hakikatnya pada individu itu sedang
mengeluarkan toksid kimia.
KESAN MENGGUNAKAN DADAH KE ATAS EMOSI
NEGATIF
▪ Lapse bermaksud penggunaan dadah sekali dalam tempoh
kepulihan. relapse bermaksud individu telah kembali menggunakan
dadah secara berterusan.
▪ Lapse tidak bermaksud terus jatuh menggunakan dadah, individu
pada tahap ini boleh kembali bangun. Lapse atau relapse biasanya
berlaku apabila individu sebelum ini berhadapan dengan emosi
yang negatif.
▪ Berdasarkan temuramah dengan mereka yang terlibat dengan
penagihan, punca mereka jatuh kembali berpunca daripada emosi
yang negatif. Kemarahan, tekanan, kegelisahan, keresahan dan
kesedihan yang tidak dikawal meningkatkan keinginan
menggunakan dadah. Mereka menggunakan dadah atau bahan
bertujuan untuk meredakan perasaan tidak senang dan emosi
negatif (Marlatt & Gordes, 1985,2005). Walaupun telah berhenti
menggunakan dadah atau bahan, individu berhadapan dengan
emosi negatif. Tanpa kawalan, perasaan marah, kegelisahan,
tekanan, keresahan dan tekanan akan membawa kepada perasaan
ingin menggunakan dadah. Teknik coping skill yang positif
membantu menguruskan emosi negatif ini.
Dari Mana Datangnya Emosi Negatif 83
Emosi negatif tidak terjadi dengan tiba-tiba, ianya berlaku dari
beberapa siri kejadian. Ada diantaranya pengalaman positif dan
adakalanya dari pengalaman negatif dan tiada kaitan langsung
dengan individu. Individu akan memproses peristiwa ini sebagai
ingatan dan perasaan yang dipendam (Burns, The Feeling Good
Handbook, 1999).
DrHB/ AADKN9/2022
▪ Individu ini adakalanya memberikan persepsi yang negatif atas
peristiwa yang dilihat. Perkara ini berlegar-legar di dalam minda.
Bergantung apa yang individu itu fikir atau rasa akan dapat dilihat dari
perbuatan dan emosi. Interprestasi yang salah akan membawa kepada
emosi marah atau sedih dan ini membawa kepada emosi negatif.
▪ Emosi kerap dikenalpasti sebagai tanda seseorang individu
menggunakan dadah atau bahan untuk melegakan perasaan atau
melupakan ingatan itu.
▪ Apabila menggunakan dadah atau bahan, individu akan merasa gembira
dan berada dalam keadaan emosi yang positif. Perasaan ditentukan oleh
pemikiran.
▪ Ianya berlaku apbila seseorang individu berhadapan dengan sesuatu
peristiwa, Individu akan menginterprestasi dan berfikir tentang kejadian
yang dialami. Dari apa yang difikir samada negatif atau positif akan
ditunjukkan melalui perasaan. Emosi ini secara keseluruhan bagaimana
individu melihat dan menginterprestasi peristiwa tersebut.
HENTIKAN SEGERA PEMIKIRAN NEGATIF
▪ Mula mengubah cara berfikir dan mengurus perasaan dengan
mempelajari dan mengadaptasi teknik Cognitive Behaviour Therapy.
Teknik ini akan mengubah cara berfikir, cara merasai sesuatu perasaan
dan cara bertindak. Ia termasuk teknik menguruskan emosi negatif
semasa withdrawal dan kepulihan. Emosi ini termasuk tekanan,
kegelisahan, keresahan dan kemarahan.
▪ Mereka yang terlibat dengan penagihan amat perlu mengenalpasti
tanda-tanda emosi negatif yang akan berlaku. Pemikiran negatif akan
membawa kepada perasaan yang teruk. Perasaan ini akan membawa
mereka bertingkahlaku negatif. Individu perlu bijak menangani cara
berfikir. Perasaan tidak gembira mudah menjebak individu kepada
emosi negatif yang turut membawa kepada tingkahlaku negatif (Burns,
The Feeling Good Handbook, 1999).
▪ Pendekatan kognitif adalah teknik baru untuk menangani emosi,
perasaan dan tingkahlaku yang negatif. Pendekatan kognitif mengajar
individu untuk berfikir secara rasional dan menyingkirkan fikiran
negatif dan perasaan salah faham. Perasaan salah faham selalunya
berbunyi seperti ini :-
• Saya rasa tidak berguna dan lebih baik saya terus menggunakan
dadah.
• Semua orang menggunakan dadah. Saya tiada bezanya.
DrHB/ AADKN9/2022 84
▪ Menggunakan dadah sekali lagi, saya akan berasa lega.
▪ Saya ada hak untuk berasa sedih atau marah.
▪ Saya tidak berasa gembira apabila tidak menggunakan dadah.
▪ Dadah dan bahan sering digunakan sebagai penyelesaian kepada emosi
negatif hasil daripada pemikiran yang salah.
KESAN DADAH DAN BAHAN KEPADA KESIHATAN MENTAL
▪ Apabila mula menggunakan dadah atau bahan atas apa jua tujuan,
dadah ini akan masuk ke dalam saluran darah ke otak dan menjejaskan
perasaan yang dialami. Oleh sebab itu individu yang menggunakan
dadah kerana mereka dapat merasai perasaan relaks, keseronokan,
keghairahan, mengurangkan rasa sakit dan kegembiraan. Sebagai contoh
heroin bertindakbalas kepada otak yang mencetuskan perasaan gembira
(dopamine). Dopamine ialah sejenis kimia dalam otak yang
menghasilkan perasaan gembira (Frances, & First, 1998).
▪ Penggunaan dadah dan bahan mempengaruhi otak tidak memberi kesan
positif tetapi lebih kepada kesan psikiatri. Keresahan, kegilaan,
ketakutan, halusinasi adalah disebabkan tanda-tanda awal withdrawal
akibat daripada dadah dan bahan. Bagi individu yang menggunakan
dadah jenis kokain dalam jangka masa yang panjang akan mengalami
kemurungan yang teruk. Kesan daripada penggunaan Amphetamine
boleh membawa kepada kegilaan. Ianya amat penting untuk mengetahui
kesan kepada fizikal dan tingkahlaku akibat penggunaan dadah dan
bahan kepada otak (Frances, & First, 1998).
▪ Individu yang menggunakan dadah perlu menilai semula kesihatan
mereka. Ia mengurangkan risiko kembali relapse.
KESAN PENGGUNAAN DADAH KEPADA KESIHATAN FIZIKAL
Penggunaan dadah dan alkohol akan memberikan kesan negatif kepada
fizikal. Kesan dadah dan alkohol akan memberikan kesan yang lebih teruk.
▪ Alkohol: alkohol adalah dadah paling bahaya dan paling bertoksid.
Alkohol menyumbang kepada kemalangan jalanraya, kemalangan
dirumah dan keganasan. Pengguna dadah jenis ini berbahaya kepada
ahli keluarganya. Penggunaan alkohol yang tinggi memberi kesan
kepada diet dan fizikal individu itu. Kesan penggunaan alkohol yang
tinggi memberi kesan kepada hati dan boleh membawa kematian.
DrHB/ AADKN9/2022 85
▪ Penggunaan alkohol merosakkan otak dan sistem psikomotor seperti 86
ingatan yang lemah, kemampuan menyelesaikan masalah lemah ,
kekeliruan, hilang ingatan, hilang keseimbangan badan,
ketidaksuburan, kebas kaki dan tangan serta buta.
▪ Kokain: masuk secara terus ke saluran darah dan meningkatkan
tekanan darah. Ia boleh menjadi punca kepada masalah jantung
seperti strok dan kematian tiba-tiba. Cara penggunaan sedut boleh
merosakkan saluran pernafasan (NIDA).
▪ Heroin : adalah contoh terbaik jenis dadah yang berbahaya
mengubah cara hidup individu. Cara penggunaan dadah torehan
dan suntikan menyebabkan kerosakan otak yang serius selain
jangkitan HIV dan hepatitis C.
▪ Penggunaan dadah sejenis ini pada jangkamasa yang lama
membawa kepada kerosakan gigi dan jangkitan gusi. (Rosenstein,
1975). Heroin mengurangkan keupayaan individu menghasilkan
antibodi secara semulajadi. Apabila penggunaan heroin
diberhentikan individu akan sensitif kepada kesakitan. Heroin akan
menghilangkan selera makan, menganggu kitaran haid, melemahkan
sistem imunisasi untuk melawan penyakit (Simpson, 1997).
▪ Gaya hidup penagihan: meningkatkan stress, mengurangkan kualiti
tidur, diet yang tidak sihat serta cara hidup yang salah. Gaya hidup
penagihan meningkatkan risiko kematian, penyakit jantung, diabetis,
darah tinggi, kanser usus, obesiti selain daripada tekanan dan
keresahan (NIDA).
▪ Risiko-risiko yang tersebut diatas adalah alasan baik untuk individu
berhenti menggunakan dadah, menukar cara hidup dan menfokus
kepada pelan pencegahan relapse.
SET MINDA DAN FIZIKAL UNTUK HIDUP SIHAT
▪ Cabaran utama yang dihadapi awal kepulihan adalah berhadapan
dengan perubahan kimia dalam otak dimana individu tidak lagi
menggunakan dadah.
▪ Fungsi dadah otak sebelum ini adalah memberi mesej rasa gembira.
Berhenti menggunakan dadah akan menyebabkan keresahan, rasa
tidak selesa, tekanan, masalah tidur dan ketagihan dadah dan bahan.
Diet yang tidak seimbang menyukarkan badan kembali berfungsi
secara normal.
DrHB/ AADKN9/2022
KEMAHIRAN DAYA TINDAK (COPING SKILL)
Coping Skill/ Kemahiran Daya Tindak Kajian
menunjukkan
merupakan kemahiran yang penting dalam bahawa
kepulihan. Bagi mereka yang berjuang untuk kemahiran daya
pulih, amalan penggunaan dadah merupakan tindak
cara utama semasa mereka menghadapi merupakan
kesukaran hidup seperti tekanan, peramal yang
kebimbangan, kemurungan, trauma, Maka signifikan dengan
mereka beranggapan dadah membantu mereka. hasil rawatan
Kepulihan merupakan sesuatu yang yang diterima
menakutkan apabila mereka merasakan tiada (Litt, Kadden,
apa yang ingin mereka sandarkan apabila Cooney & Kabela
menghadapi kesukaran hidup. Oleh itu, 2003).
kepulihan yang berjaya amat bergantung
kepada kaedah baru bagi menangani masalah
lama. Berikut adalah beberapa cara yang lebih
sihat:-
Mendapatkan Rawatan dan Terapi
Tidak kira di mana anda berada dalam pemulihan anda, berjumpa
bercakap dengan ahli terapi/ pegawai pemulihan/kaunselor boleh
membantu anda. Setiap orang kadang-kadang menghadapi masalah
yang tidak dapat diselesaikan atau dilakukan secara sendirian. Sama
ada anda berhadapan dengan masalah stress disebabkan masalah
peribadi, keluarga,tempat kerja atau kesedihanakibat kehilangan dan
apa sahaja yang anda alami. Maka berjumpa dan mendapatkan
panduan pakar boleh membantu anda meneruskannya kepulihan anda.
Hubungan sosial (social connection) 87
Hubungan social merupakan salah satu coping skill yang baik. Sentiasa
menjaga hubungan yang sentiasa baik, ia membantu kerana anda
mempunyai orang yang boleh anda bersandar pada masa yang sukar. Ia
boleh terdiri daripada rakan, keluarga, atau ahli program 12 langkah
anda. Sesiapa yang menyokong pemulihan anda dan anda berasa
seperti anda boleh bercakap dan meluahkan apa yang anda rasa, maka
ia boleh menjadi sokongan moral yang berharga pada diri anda.
Bersosial dengan orang yang menyokong anda adalah cara yang kurang
penting untuk melegakan tekanan. Anda akan sering mencari orang
yang bersedia membantu dan anda boleh bergantung bagi
mengurangkan kebimbangan dan membuat anda berasa kurang
tertekan dalam tempoh kepulihan.
DrHB/ AADKN9/2022
COPING SKILL
Two important coping skills for recovery are the ability to
relax and manage stress, and the ability to change
negative thinking.
1. Senaman
▪ Senaman merupakan cara untuk meletakkan masalah anda dalam
perspektif. Masalah anda tidak pernah kelihatan buruk selepas berjalan
kaki, berlari, berenang, atau menaiki basikal. Senaman meningkatkan
mood dan melepaskan endorphin anda. Ia meningkatkan kepekatan dan
kawalan diri anda, yang bermaksud anda bukan sahaja merasa lebih
baik, tetapi anda sebenarnya lebih mampu menyelesaikan masalah anda.
2. Journaling
▪ Journaling adalah cara terbaik untuk menjelaskan pemikiran dan
emosi anda. Menulis tentang perasaan anda telah ditunjukkan
untuk mengurangkan tekanan anda yang berkaitan dengan masa
yang sukar. Ia memberikan anda kawalan terhadap perkara-
perkara yang berlaku kepada anda kerana anda boleh
memutuskan bagaimana untuk menafsirkannya. Menulis tentang
perasaan anda juga telah ditunjukkan untuk meningkatkan
kecerdasan emosi anda dan ingatan bekerja.
3. Meditasi
▪ Meditasi kesedaran khususnya adalah cara untuk berlatih dengan
pemikiran dan emosi yang tidak menyenangkan tanpa
mengelakkan mereka atau membiarkan mereka mengganggu
anda. Ini adalah bahagian penting dalam pembelajaran toleransi
kesusahan, atau mengetahui bahawa ia adalah ok untuk berasa
buruk kadang-kadang.
4. Relaksasi
▪ Tekanan cenderung untuk dikumpulkan sepanjang hari anda. Apabila
anda semakin tegang, perkara yang lebih kecil mula mengganggu anda.
Mengambil masa beberapa minit untuk berehat setiap seketika boleh
membantu menetapkan semula tahap tekanan anda supaya perkara
tidak dapat anda banyak. Mungkin semudah berjalan kaki di taman atau
mengambil sedikit nafas dalam.
▪ Jika anda bergelut dengan penggunaan bahan, Cara Pemulihan dapat
membantu. Kami menawarkan rawatan pesakit luar intensif serta
rawatan kediaman. Cara Pemulihan ialah kemudahan rawatan
kecanduan dadah dan alkohol yang utama di Salt Lake City, Utah. Misi
kami adalah untuk menyediakan rawatan penyalahgunaan zat yang
paling berkesan dan efektif kepada seberapa ramai orang yang
mungkin.
DrHB/ AADKN9/2022 88
ALCOHOL, SMOKING AND SUBSTANCE INVOLVEMENT SCREENING TEST UJIAN
(ASSIST ) SARINGAN
ASSIST
v3.1
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN 89
NEGERI SEMBILAN
DrHB/ AADKN9/2022
KANDUNGAN
RASIONAL ASSIST DALAM
RAWATAN & PEMULIHAN DADAH
MENTADBIR & PELAKSANAAN
ASSIST
KEPENTINGAN ASSIST DALAM
KEPULIHAN KLIEN
DrHB/ AADKN9/2022 90
RASIONAL ASSIST
▪ Dapat mengenalpasti sejarah dan tahap kebergantungan dan
keparahan terhadap substan yang diambil oleh seseorang
individu.
▪ Individu mengetahui dan sedar apa yang berlaku kepada diri
mereka melalui brief intervention: kesan dadah dan tanggungjawab
mereka terhadap kepulihan.
▪ Membantu Pegawai Pemulihan untuk membangunkan Pelan
Rawatan &Pemulihan Klien (PRPK) yang komprehensif.
▪ Pelaksanaan Program Rawatan & Pemulihan secara berfokus
berdasarkan kepada keperluan kepulihan klien.
MENTADBIR ASSIST
▪ Ditadbirkan secara bersemuka.
▪ Saringan selama 15 minit sahaja.
▪ Perlu memberi penerangan ringkas berkaitan pentadbiran ASSIST
kepada klien.
▪ Skor akan dikira bersama-sama dengan klien.
▪ Brief Intervation dengan menggunakan FRAMES.
PENTING: Menyediakan Menu Program: mengandungi kesan-kesan
substan dan program-program rawatan dan pemulihan mengikut tahap-
tahap kebergantungan dan keparahan klien terhadap klien.
DrHB/ AADKN9/2022 91
ALAT SARINGAN ASSIST
MULA
MENERIMA KLIEN BARU
MENJADUALKAN SESI
TIDAK KLIEN STABIL?
YA
MENJALANKAN SESI
MENGENALPASTI SKOR
BANGUNKAN PRPK
TAMAT 92
DrHB/ AADKN9/2022
ALAT SARINGAN ASSIST
DrHB/ AADKN9/2022 93
ALAT SARINGAN ASSIST
DrHB/ AADKN9/2022 94
ALAT SARINGAN ASSIST
DrHB/ AADKN9/2022 95
ALAT SARINGAN ASSIST
DrHB/ AADKN9/2022 96
CARA ▪ SKOR BAGI SETIAP SUBSTAN
PENGIRAAN S2 + S3 + S4 + S5 + S6 + S7
SKOR: ▪ SKOR BAGI SETIAP SUBSTAN
S1 & S8 – TIDAK PERLU DIKIRA
▪ SKOR BAGI TEMBAKAU
S1& S5 & S8 – TIDAK PERLU DIKIRA
Nota: Klien remaja yang meggunakan suntikan tidak perlu dikira skor
DrHB/ AADKN9/2022 97
SKOR ASSIST :TAHAP
PERGANTUNGAN DAN KEPARAHAN
TERHADAP SUBTAN
SUBSTAN JUMLAH RENDA SEDERHANA TINGGI
a. Tembakau
SKOR H
0-3 4-26 27+
b. Alkohol 0-10 11-26 27+
c. Ganja 0-3 4-26 27+
d. Kokain 0-3 4-26 27+
e. Amphetamin 0-3 4-26 27+
f. Inhalan 0-3 4-26 27+
g. Ubat Penenang 0-3 4-26 27+
h. Halusinogen 0-3 4-26 27+
i. Opiat 0-3 4-26 27+
j. lain-lain 0-3 4-26 27+
NOTA : DISYORKAN AGAR SESI INI DIBUAT SECARA 98
INDIVIDU AGAR IANYA BERFOKUS DISYORKAN AGAR
KLIEN BERSAMA-SAMA MENGIRA SKOR ASSIST
DrHB/ AADKN9/2022
TEKNIK
BRIEF INTERVENTION ( FRAMES )
DrHB/ AADKN9/2022 99
FEEDBACK ▪ Klien akan diberi
(MAKLUMBALAS) maklumbalas setiap
skor substan yang
diambil.
▪ Penting untuk
memastikan klien
mengetahui tahap
kebergantungan dan
keparahan terhadap
substan bagi
mengujudkan
kesedaran untuk pulih.
▪ Kad maklumbalas
PERLU disediakan
RESPONSIBILITY ▪ Perlu menimbulkan
(TANGGUNGJAWAB) tanggungjawab kepada
klien untuk membuat
perubahan.
▪ menerangkan risiko dan
kesan penggunaan
secara terperinci.
▪ Klien perlu komited
mengikuti program
rawatan dan pemulihan
yang disediakan.
DrHB/ AADKN9/2022 100