LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2022 KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA
SIDANG PENGARANG ISSN: 2735-0797 Cetakan Pertama, 2023 Hak Cipta Terpelihara Kementerian Dalam Negeri Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Kementerian Dalam Negeri. c PENAUNG: Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi KETUA EDITOR: Za'aba bin Hj Abu Bakar EDITOR: Normaizatulakmal binti Tujad Mohd Fatiazee bin Ab Aziz PENOLONG EDITOR: Adeli bin Hussin Mohamad Khusaini bin Abdul Manan Nurhamizah binti Othman Zubaidi bin Mohd Razat Umi Nur Qurotul Aini binti Mohd Shafawi PENYELARAS/URUS SETIA: Norzarina binti Sanip Salfizan Endi bin Salim Adly Aqeim bin Mohd Hazizi PENYUMBANG INPUT KANDUNGAN: Setiausaha Bahagian KDN Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi Wakil-wakil Bahagian, Jabatan dan Agensi JURUFOTO: Muhammad Azeem bin Sarip Shariena Raiha binti Selamat Asni bin Hamzah ILUSTRATOR: Umar Faruq bin Ahmad Muhammad Khairul Ariffin bin Azis EDARAN/PUBLISITI: Unit Komunikasi Korporat PEREKA GRAFIK DAN CETAKAN: Pewaris Gemilang Sdn. Bhd. LAPORAN TAHUNAN 2022 1
KANDUNGAN Perutusan Teraju Utama Pengurusan Tertinggi 04 08 09 Pengurusan Tertinggi Bahagian Pengurusan Tertinggi Jabatan Dan Agensi Sorotan Lensa KDN 10 14 16 Maklumat Korporat Sektor Ketua Setiausaha Visi, Misi Dan Teras Utama Objektif Fungsi dan Peranan Piagam Pelanggan Carta Organisasi Pasukan Petugas Khas Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional Bahagian Penasihat Undang-Undang Bahagian Audit Dalam Unit Integriti Urus Setia Suruhanjaya Pasukan Polis Unit Komunikasi Korporat 24 32 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2
Polis Diraja Malaysia Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Jabatan Imigresen Malaysia Jabatan Penjara Malaysia Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Pendaftaran Negara Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Eastern Sabah Security Command Jabatan Sukarelawan Malaysia Sektor Pengurusan Bahagian Khidmat Pengurusan dan Aset Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Bahagian Akaun Bahagian Perolehan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Bahagian Pembangunan Bahagian Kewangan 194 Jabatan Dan Agensi 252 Sektor Keselamatan Bahagian Keselamatan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA Urus Setia Lembaga Pencegahan Jenayah dan Keganasan Pejabat Penapisan Filem Urus Setia Lembaga Parol 80 Sektor Dasar Dan Kawalan Bahagian Antarabangsa Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran Bahagian Hal Ehwal Imigresen Bahagian Perancangan Strategik Institut Keselamatan Awam Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan 136 LAPORAN TAHUNAN 2022 3
MENTERI DALAM NEGERI PERUTUSAN Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan berkat kurnia-Nya, Laporan Tahunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2022 telah berjaya diterbitkan. Semoga Laporan Tahunan KDN 2022 ini akan dapat menjadi sumber rujukan yang penting kepada hala tuju Kementerian Dalam Negeri pada masa akan datang. Tahniah dan syabas kepada seluruh warga KDN di atas pencapaian cemerlang yang diperolehi oleh KDN sepanjang tahun 2022. Secara keseluruhannya, pencapaian KDN dinilai berdasarkan kepada 24 KPI yang ditetapkan dan sehingga 31 Disember 2022, skor KPI KDN adalah sebanyak 92 peratus. Saya yakin pencapaian ini adalah hasil usaha serta komitmen cemerlang yang telah diberikan oleh seluruh warga KDN termasuk jabatan dan agensi KDN. Pada tahun 2022 juga, KDN telah menyumbang kepada pendapatan negara sebanyak RM5.12 bilion melalui kutipan hasil JIM. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 46 peratus berbanding 2021. Sumbangan terbesar adalah hasil dari kutipan levi pekerja asing sebanyak RM3.34 bilion dan permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) sebanyak RM449 juta. Pelaksanaan projek rintis Pasukan Rela Sempadan bagi memperkasakan kawalan sempadan dengan kolaborasi PGA, PDRM dan RELA amat membanggakan. Inisiatif ini dilaksanakan dengan mengoptimumkan sumber sedia dalam kalangan anggota RELA dan mengurangkan pertambahan perjawatan PDRM. Projek rintis ini dlaksanakan di lima lokasi di Negeri Kelantan, Perak, Selangor dan Sabah. Tahun lalu juga, KDN melalui PDRM telah berjaya memperluaskan fungsi enam pos kawalan PGA sebagai balai polis bagi kemudahan penduduk setempat. Kawalan keselamatan kawasan maritim terutamanya di pantai timur Negeri Sabah terus diberikan perhatian melalui peranan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), sebanyak 1.4 juta pemeriksaan di bawah Op Sanggah di Kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) telah berjaya dilaksanakan dan hasilnya keyakinan dan rasa selamat dalam kalangan penduduk setempat ditingkatkan. Hasil kawalan dan penguatkuasaan ini juga telah berjaya mengekalkan sifar insiden penculikan sejak Februari 2020 sehingga Disember 2022. Terdapat banyak lagi kejayaan yang telah dicapai hasil usaha sebelum ini dan ini hanyalah sebahagian sahaja daripada pencapaian cemerlang KDN sepanjang tahun 2022. Saya sangat menghargainya dan ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih di atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh seluruh warga KDN dan agensi-agensi di atas kejayaan yang dicapai sepanjang tahun 2022. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam usaha menerbitkan Laporan Tahunan KDN 2022. Semoga penerbitan Laporan Tahunan KDN 2022 ini dapat memberi gambaran jelas tentang KDN dan panduan kepada seluruh warga KDN untuk meneruskan tradisi kecemerlangan KDN pada masa akan datang Sekian, Wassalam. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 4
YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail Menteri Dalam Negeri YB Datuk Seri Saifuddin YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail Nasution b n Ismail Menteri Dalam Ne Menter Dalam Negeri LAPORAN TAHUNAN 2022 5
KETUA SETIAUSAHA PERUTUSAN Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT Kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah berjaya menerbitkan Buku Laporan Tahunan KDN 2022. Pelbagai kejayaan dan kecemerlangan telah dilakar oleh KDN sepanjang tahun 2022. Saban tahun, KDN sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan termasuk melibatkan jabatan dan agensi di bawahnya. Ini terbukti apabila agensi-agensi di bawahnya turut memperolehi pelbagai anugerah di peringkat global atau nasional pada tahun 2022. Antaranya ialah Pasport Antarabangsa Malaysia (PMA) berada di kedudukan ke-9 pada tahun 2022 daripada kedudukan ke-15 tahun 2021 di dalam Global Passport Power Rank, Anugerah Keselamatan Siber Malaysia 2022 kepada Jabatan Imigresen Malaysia - Kategori Cyber Security Project of the Year bagi inisiatif Biometric Platform for Identity Management in Electronic Automated Gates dan Lifetime Achievement for Contribution to the Sustainable Development of Craft Sector and Social Inclusion di 5th International Craft Award 2022, di New Delhi, India kepada Jabatan Penjara Malaysia. Sebagai peneraju dalam aspek keselamatan dan ketenteraman awam, KDN sentiasa memastikan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan berintegriti berlandaskan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Dalam mencapai visi dan misi KDN, usaha secara kolektif amat dititikberatkan dalam budaya kerja KDN dan hasilnya pelbagai kejayaan telah kita capai pada tahun 2022. Saya amat berharap prestasi cemerlang ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan serta KDN terus bergerak sebagai satu pasukan yang kukuh dan komited dalam melaksanakan fungsi dan peranan kita. Di kesempatan ini saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga KDN yang telah sama-sama menyumbang khidmat bakti dan memberi komitmen yang tinggi sepanjang tahun 2022. Syabas dan tahniah kepada semua atas segala pencapaian dan kejayaan yang telah diperolehi sepanjang tahun 2022. Diharapkan agar pencapaian dan kecemerlangan KDN yang tercatat dalam Buku Laporan Tahunan KDN 2022 ini akan menjadi panduan dan rujukan semua pihak yang berkepentingan pada masa akan datang. Sekian, Wassalam. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 6
Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri LAPORAN TAHUNAN 2022 7
MENTERI SAIFUDDIN NASUTION DALAM NEGERI DATUK SERI BIN ISMAIL MENTERI DR. SHAMSUL ANUAR DALAM NEGERI TIMBALAN DATUK SERI BIN NASARAH MBALAN TERAJU UTAMA KEMENTERIAN DALAM NEGERI 8
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (DASAR DAN KAWALAN) TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (KESELAMATAN) TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PENGURUSAN) DATO’ SRI WAN AHMAD DAHLAN BIN HAJI ABDUL AZIZ DATUK MOHAMAD FAUZI BIN MD ISA DATO’ HAJI ABDUL HALIM BIN HAJI ABDUL RAHMAN DATO’ MOHD SAYUTHI BIN BAKAR PENGURUSAN TERTINGGI LAPORAN TAHUNAN 2022 9
Setiausaha Bahagian Setiausaha Bahagian ABDUL RAZAK BIN HAMZAH Unit Integriti PENGURUSAN TERTINGGI SEKTOR KETUA SETIAU SAHA TAN SRI BORHAN BIN DOLAH Pasukan Nukleus Single Border Agency Ketua Projek RUSLAN BIN ATAN Pasukan Petugas Khas Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional Ketua Pejabat SAIFULRIJAL BIN AZHARI Pejabat Penasihat Undang-undang Penasihat Undang-undang NIKRUL TARMIZI BIN AWALLUDIN Bahagian Audit Dalam Ketua Audit ABDUL RAZAK HAMZAH DATO’ MOHD ZULFIKAR BIN AHMAD Urus Setia Suruhanjaya Pasukan Polis Setiausaha Bahagian SHARULMIZAN BIN RAHMAT Unit Komunikasi Korporat KEMENTERIAN DALAM NEGERI 10
Setiausaha Bahagian Setiausaha Bahagian Setiausaha Bahagian PENGURUSAN TERTINGGI Setiausaha Bahag YUSNIZA BINTI YUSUF Pejabat Penapisan Filem SITI JALILAH BINTI ABD MANAP Urus Setia Lembaga Parol SEKTOR KESELAMATAN ZULKIFLI BIN ABIDIN Bahagian Keselamatan Setiausaha Bahagian NIK YUSAIMI BIN YUSSOF Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Setiausaha Bahagian DATUK MUSA BIN SULAIMAN Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA Setiausaha Bahagian MOHD KHAIRUL BIN ZAMALLUDIN Urus Setia Lembaga Pencegahan Jenayah dan Keganasan LAPORAN TAHUNAN 2022 11
LOKMAN EFFENDI BIN RAMLI @ ZAKARIA Institut Keselamatan Awam BADRUL HISHAM BIN ALIAS Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan SEKTOR DA SAR DAN KAWALAN DR. ABDUL GAPAR BIN ABU BAKAR Bahagian Antarabangsa Setiausaha Bahagian SYUHAIDA BINTI ABDUL WAHAB ZEN Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran Setiausaha Bahagian W. HUSBI BIN W. MOHD Bahagian Hal Ehwal Imigresen Setiausaha Bahagian AINAH BINTI MOHD SOON Bahagian Perancangan Strategik Setiausaha Bahagian PENGURUSAN TERTINGGI Ketua Eksekutif Setiausaha Bahagian KEMENTERIAN DALAM NEGERI 12
SEKTOR PENGURUSA N SHOBAH BINTI JAMIL Bahagian Khidmat Pengurusan dan Aset Setiausaha Bahagian WAN SAIFULIKHMAL BIN WAN ABDUL RAHMAN Bahagian Kewangan Setiausaha Bahagian MOHD NORZAM BIN MUSTAPA Bahagian Pembangunan Setiausaha Bahagian HAJI YAACOB BIN HAJI YUSOF Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Setiausaha Bahagian PENGURUSAN TERTINGGI YM. RAJA NORLIDAH BINTI RAJA ISMAIL Bahagian Akaun Ketua Akauntan DATO' AHMAD FIRDAUS BIN BAHARUDDIN Bahagian Perolehan Setiausaha Bahagian NIK NORAINI BINTI NIK YA Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Setiausaha Bahagian LAPORAN TAHUNAN 2022 13
SUTEKNO BIN AHMAD BELON Agensi Antidadah Kebangsaan Ketua Pengarah JABATAN DAN AGENSI IG TAN SRI ACRYL SANI BIN HAJI ABDULLAH SANI Polis Diraja Malaysia Ketua Polis Negara DATO’ MOHD ZUBIL BIN MAT SOM Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia DATO’ SRI KHAIRUL DZAIMEE BIN DAUD Jabatan Imigresen Malaysia Ketua Pengarah DATO’ HAJI NORDIN BIN HAJI MUHAMAD Jabatan Penjara Malaysia Komisioner Jeneral Penjara PENGURUSAN TERTINGGI KEMENTERIAN DALAM NEGERI 14
PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN DAN AGENSI DATO’ RUSLIN BIN JUSOH Jabatan Pendaftaran Negara Ketua Pengarah HAJI MOHD NAWARDI BIN SAAD Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Ketua Pengarah DCP DATUK HAJI HAMZAH BIN HAJI AHMAD Eastern Sabah Security Command Komander DATUK YAHYA BIN SULAIMAN Jabatan Sukarelawan Malaysia Ketua Pengarah LAPORAN TAHUNAN 2022 15
2 22 SOROTAN LENSA KEMENTERIAN DALAM NEGERI JANUARI Program MEKAR Prihatin Pasca Banjir Bersama YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri di Taman Sri Nanding, Hulu Langat. Majlis Pelancaran Pusat MM2H oleh YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri hadir di Jabatan Imigresen Malaysia. Lawatan Kerja YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri ke Galeri Darurat Bukit Kepong, Muar, Johor dan Sub-Markas Taktikal (SUBTAK) PULAPOL Segamat yang terkesan akibat banjir. Lawatan Kerja YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri I ke Jeti Jesselton Point, Kota Kinabalu, Sabah. Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2020/2021 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Sayuthi bin Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri di Dewan Gemilang, Putrajaya. 7 JANUARI 2022 21 JANUARI 2022 14 JANUARI 2022 24 JANUARI 2022 27 JANUARI 2022 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 16
FEBRUARI MAC Anugerah Kecemerlangan Kementerian Dalam Negeri 2021 yang disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri di Putrajaya. Sekitar lawatan YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri ke Persidangan Defence Service Asia (DSA 2022) & National Security Asia (NATSEC 2022) Edisi Ke-17 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat ke Pameran dan Persidangan Defence Service Asia (DSA 2022) & National Security Asia (NATSEC 2022) Edisi Ke-17 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur. Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Ke-17 yang disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri yang berlangsung di Perairan Maritim Selangor. Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah (JWKPWAS-INDUK) Bilangan 1 Tahun 2022 yang dipengerusikan bersama oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri dan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah. 21 MAC 2022 29 MAC 2022 28 MAC 2022 15 FEBRUARI 2022 10 FEBRUARI 2022 LAPORAN TAHUNAN 2022 17
APRIL Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Imigresen Malaysia 2021 yang disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri I di Auditorium Blok D8, Kementerian Dalam Negeri. Majlis Penyerahan Surat Keputusan Kewarganegaraan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri di Dewan Gemilang. Lawatan Kerja YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri ke kilang pembuatan pasport antarabangsa Malaysia di DataSonic Corporation Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor. 20 APRIL 2022 29 APRIL 2022 1 APRIL 2022 MEI Sesi kunjungan hormat oleh TYT Charles Hay, Pesuruhjaya Tinggi British Ke Malaysia ke atas YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Hajg berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Pameran Tenun Pahang Diraja sempena London Craft Week yang berlangsung dari 9 hingga 15 Mei 2022 di bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, London, United Kingdom. 10 MEI 2022 9 MEI 2022 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 18
MEI JUN YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah menyertai lawatan Product Delivery Inspection (PDI) ke Portals Paper Ltd, sebuah syarikat pengilangan kertas keselamatan. Lawatan Kerja YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri ke Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Terengganu. Majlis Pelancaran Perkhidmatan Mobile Recovery Treatment di bawah Program Rawatan dan Pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (MRT AADK) yang disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri di Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia. 10 MEI 2022 5 JUN 2022 20 MEI 2022 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfiri Kementerian Dalam Negeri yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 18 MEI 2022 Majlis Perbarisan Tamat Latihan & Penyampaian Sijil Kursus Timbalan Penguasa dan Inspektor Penjara Siri 1 Tahun 2020 & Siri 1 Tahun 2022 yang disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri I di Padang Kawad, Maktab Penjara Malaysia. 23 JUN 2022 LAPORAN TAHUNAN 2022 19
JULAI OGOS YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri menyertai Op Bantu Baling bagi mengkoordinasi segala bentuk bantuan dan operasi menyelamat mangsa tragedi banjir di Baling, Kedah. YBhg. Dato’ Mohd Sayuthi bin Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) melakukan lawatan kerja rasmi dengan melawat projek perumahan PDRM di Balai Polis Inanam, Sabah. 8 JULAI 2022 16 JULAI 2022 Penganjuran dan Sesi Town Hall Program Kita Demi Negara bagi Zon Utara yang disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri di Dewan Astaka, Batu Kurau, Perak. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri menyempurnakan Persidangan Penerbangan Menentang Pemerdagangan Orang (AATIP-C) dan pelancaran Kempen Kesedaran FLY-HT. Majlis Perasmian Penutupan Mesyuarat Ketua-ketua Institusi Jabatan Penjara Malaysia Bil 2/2022 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri. 23 JULAI 2022 3 OGOS 2022 30 OGOS 2022 Majlis Menandatangani Perjanjian Penswastaan bagi Pembangunan Semula Balai Polis Tun H.S. Lee, Balai Polis Trafik Jalan Bandar Kuala Lumpur dan Perumahan Polis Diraja Malaysia serta Kemudahan Sokongan Berkaitan oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri bersama Syarikat Tanah dan Harta Sdn. Bhd. dan PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd. di Menara PNB. 29 JULAI 2022 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 20
SEPTEMBER YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebagai Ketua Delegasi Malaysia mewakili Ketua AMMTC Malaysia menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) 2022 Ke-16. YBhg. Dato’ Mohd Sayuthi bin Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dalam Sesi temubual rancangan Selamat Pagi Malaysia, Radio Televisyen Malaysia. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri telah menghoskan Reception in Honour of Arab Ambassadors di Kuala Lumpur yang dihadiri oleh 17 orang Duta Besar dan Chargé D’Affaires yang merupakan ahli kepada Arab Ambassadors Council Kuala Lumpur. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Majlis Santapan Beradat Jabatan Imigresen Malaysia di Kuala Lumpur. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri menghadiri program Perbincangan Meja Bulat : Rukun Negara Asas Keselamatan Negara bersama Felo Perdana dan wakil NGO. 21 SEPTEMBER 2022 22 SEPTEMBER 2022 28 SEPTEMBER 2022 9 SEPTEMBER 2022 24 SEPTEMBER 2022 LAPORAN TAHUNAN 2022 21
OKTOBER NOVEMBER Majlis Perasmian Program 3P (Penempatan, Pekerjaan dan Pendapatan) bagi penghuni warga asing di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Mantin, Negeri Sembilan yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Majlis Perbarisan Tamat Latihan PegawaiPegawai Kadet Imigresen Gred KP41 dan Gred KP29 yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj mencemar duli hadir ke majlis Anugerah Kreatif Jabatan Penjara Malaysia. YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri I menyertai Program Bakti RELA bersama RELA Kuala Krau, Temerloh Pahang. Majlis perasmian Mesyuarat ASEAN Senior Officials Meeting on Drug Matters (ASOD) Ke-43 yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. 19 OKTOBER 2022 18 NOVEMBER 2022 30 OKTOBER 2022 23 OKTOBER 2022 1 NOVEMBER 2022 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 22
DISEMBER YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri di upacara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara. Penyerahan Sumbangan Bantuan Kebajikan Banjir kepada Mangsa Banjir di Pusat Pemindahan Sementara di sekitar kawasan Kota Bahru oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri. YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri di upacara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara. Majlis Clock-In YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail sebagai Menteri Dalam Negeri di dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan yang di bawah pimpinan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia Ke-10. 3 DISEMBER 2022 22 DISEMBER 2022 10 DISEMBER 2022 6 DISEMBER 2022 LAPORAN TAHUNAN 2022 23
KEMENTERIAN DALAM NEGERI 24
LAPORAN TAHUNAN 2022 25 MAKLUMAT KORPORAT VISI, MISI & TERAS UTAMA OBJEKTIF FUNGSI DAN PERANAN PIAGAM PELANGGAN CARTA ORGANISASI
MAKLUMAT KORPORAT Malaysia Kekal Sebagai Sebuah Negara Yang Berdaulat dan Selamat Memastikan Keselamatan Dalam Negeri Terjamin dan Kesejahteraan Rakyat Terpelihara Integriti Sifat kejujuran, keutuhan, ketelusan serta kepatuhan kepada prinsip, nilai moral dan etika. Kualiti Memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan memenuhi matlamat serta standard yang ditetapkan. Inovasi Memberikan idea-idea yang bernas dalam meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang disampaikan. Profesionalisme Mempamerkan sifat, nilai dan kemahiran profesional yang sewarjarnya semasa menjalankan tugas rasmi. Esprit de Corps Memiliki perasaan kesetiaan dan semangat setia kawan dalam kalangan warga Kementerian. gai ang ga KEMENTERIAN DALAM NEGERI 26
OBJEKTIF Memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam sentiasa terjamin dan terpelihara melalui kemantapan tindakan penguatkuasaan undang-undang dan kecekapan pelaksanaan dasar-dasar bagi program-program yang berorientasikan perkhidmatan teras KDN. Pengukuran atau penilaian ini perlu berdasarkan indeks jenayah, penyalahgunaan dadah, penerbitan, filem, pertubuhan, kewarganegaraan dan pendatang asing tanpa izin (PATI). Memastikan rakyat melibatkan diri dalam program-program kesedaran dan pencegahan untuk meningkatkan tahap pengetahuan, kesedaran dan penglibatan orang awam tentang kepentingan keselamatan negara dan ketenteraman awam. Meningkatkan keberkesanan program-program rawatan dan pemulihan bagi penagihan dadah dan pesalah undang-undang. Tindakan-tindakan pencegahan juga dilaksanakan untuk mempastikan apa jua niat jahat, ancaman musuh dan kacau bilau dapat dibendung. Menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan berkualiti secara cekap dan berkesan kepada pelanggan yang melibatkan urusan-urusan penting seperti pendaftaran pengenalan diri, pasport, pendaftaran pertubuhan, penerbitan, mesin cetak, agensi persendirian, senjata api, filem dan teks Al-Quran. Menjalin kerjasama strategik dan perkongsian pintar dengan agensi-agensi Kerajaan yang lain dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) serta Badan-badan Antarabangsa yang terlibat untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman awam. Memantapkan hubungan kerjasama dan kolaborasi dalaman antara Bahagian-Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN. Memantapkan mekanisme pentadbiran, sistem pengurusan kewangan, pembangunan sumber manusia, penggunaan ICT, perolehan dan pembangunan infrastruktur dalam menyumbang kepada usaha KDN seiring dengan kemajuan teknologi, pertumbuhan sosioekonomi dan keperluan negara semasa serta pencapaian matlamat Pelan Strategik KDN (2021 – 2025). 1 2 3 4 5 6 7 LAPORAN TAHUNAN 2022 27
FUNGSI DAN PERANAN MEMULIH PESALAH DAN MELAKSANAKAN HUKUMAN MEMELIHARA KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM MENGURUS SUKARELAWAN MENGURUS HAL EHWAL PENDAFTARAN MEMBASMI PENGEDARAN DAN PENAGIHAN DADAH MENGURUS HAL EHWAL IMIGRESEN MENGURUS HAL EHWAL PERTUBUHAN MENGAWAL SEMPADAN NEGARA DAN MARITIM MENGAWAL SELIA BAHAN-BAHAN PENERBITAN DAN KAWALAN TEKS AL-QURAN MENGAWAL SELIA PENAPISAN FILEM DAN BAHAN PUBLISITI FILEM KEMENTERIAN DALAM NEGERI 28
Mengurus dan Mengeluarkan Keputusan Permit Penerbitan, Penapisan Filem dan Agensi Persendirian. Permohonan Baru Permit Penerbitan: Tempoh kelulusan dan tarikh dokumen permohonan lengkap diterima sehingga surat kelulusan dikeluarkan - 30 hari bekerja. Mengeluarkan keputusan tapisan filem sinematografi dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima (termasuk media). Memproses permohonan pembaharuan Lesen Agensi Persendirian sehingga keputusan dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh satu bulan daripada tarikh permohonan lengkap diterima. Memberikan jawapan maklum balas awal aduan awam dalam tempoh 15 hari bekerja. Mengeluarkan Akuan Penerimaan atau makluman kepada pemohon mengenai Permohonan Rayuan Permit Masuk dihantar dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima. Mengangkat kertas pertimbangan Permohonan Pengambilan Pelajar Antarabangsa oleh Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Pusat Bertauliah, Pusat Bahasa, Pusat Latihan, Pusat Kemahiran dan Sekolah Antarabangsa dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima. Mengeluarkan keputusan terhadap Permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia yang telah diputuskan oleh YB Menteri Dalam Negeri di bawah Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh 40 hari bekerja. Meningkatkan Penyampaian Perkhidmatan Pelanggan Memaklumkan Keputusan Permohonan Pekerja Asing, Permit Masuk, Pengambilan Pelajar Antarabangsa dan Kewarganegaraan. PIAGAM PELANGGAN LAPORAN TAHUNAN 2022 29
NSO MAPO SYUHAIDA BINTI ABDUL WAHAB ZEN PTD UTAMA C HAL EHWAL IMIGRESEN W. HUSBI BIN W. MOHD PTD UTAMA C PERANCANGAN STRATEGIK AINAH BINTI MOHD SOON PTD UTAMA C INSTITUT KESELAMATAN AWAM LOKMAN EFFENDI BIN RAMLI @ ZAKARIA PTD/PKP UTAMA C RUSLAN BIN ATAN PTD UTAMA C PASUKAN PETUGAS KHAS PROJEK SISTEM IMIGRESEN BERSEPADU NASIONAL RUSLAN BIN ATAN PTD UTAMA C PASUKAN PETUGAS KHAS PROJEK SISTEM IMIGRESEN BERSEPADU NASIONAL PASUKAN NUKLEUS SINGLE BORDER AGENCY TAN SRI BORHAN BIN DOLAH JUSA A KDN CARTA ORGANISASI PTD TURUS III KETUA SETIAUSAHA DATO’ SRI WAN AHMAD DAHLAN BIN HAJI ABDUL AZIZ PUU UTAMA C PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG SAIFULRIJAL BIN AZHARI JAD UTAMA C AUDIT DALAM NIKRUL TARMIZI BIN AWALLUDIN UNIT INTEGRITI ABDUL RAZAK BIN HAMZAH PTD M54 (KUP PS P54) URUS SETIA SURUHANJAYA PASUKAN POLIS DATO’ MOHD ZULFIKAR BIN AHMAD PTD M54 UNIT KOMUNIKASI KORPORAT SHARULMIZAN BIN RAHMAT 54 (T) PTD UTAMA C PENDAFTARAN NEGARA DAN PERTUBUHAN BADRUL HISHAM BIN ALIAS HAL EHWAL IMIGRESEN PTD HUBUNGAN ANTARABANGSA DR. ABDUL GAPAR BIN ABU BAKAR PTD UTAMA C PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN NIK YUSAIMI BIN YUSSOF PTD UTAMA C PTD UTAMA C KEPENJARAAN, ANTIDADAH DAN RELA DATUK MUSA BIN SULAIMAN URUS SETIA LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH DAN KEGANASAN MOHD KHAIRUL BIN ZAMALLUDIN PTD M54 PEJABAT PENAPISAN FILEM YUSNIZA BINTI YUSUF PTD M54 URUS SETIA LEMBAGA PAROL SITI JALILAH BINTI ABD MANAP PTD M54 KESELAMATAN ZULKIFLI BIN ABIDIN PTD UTAMA B NSO MAPO SYUHAIDA BINTI ABDUL WAHAB ZEN PTD UTAMA C HUBUNGAN ANTARABANGSA DR. ABDUL GAPAR BIN ABU BAKAR PTD UTAMA C DATUK MOHAMAD FAUZI BIN MD ISA PTD UTAMA A (KUP UTAMA B) TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA ( DASAR DAN KAWALAN ) PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN NIK YUSAIMI BIN YUSSOF PTD UTAMA C KESELAMATAN ZULKIFLI BIN ABIDIN PTD UTAMA B DATO’ HAJI ABDUL HALIM BIN HAJI ABDUL RAHMAN PTD UTAMA A TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA ( KESELAMATAN ) CARTA ORGANISASI KDN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 30
TIMBALAN MENTERI DATUK SERI DR. SHAMSUL ANUAR BIN NASARAH TIMBALAN MENTERI MENTERI DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT YAACOB BIN YUSOF PTM KHAS C KEWANGAN WAN SAIFULIKHMAL BIN WAN ABDUL RAHMAN PTD UTAMA C PEROLEHAN DATO’ AHMAD FIRDAUS BIN BAHARUDDIN PTD UTAMA C PENGURUSAN SUMBER MANUSIA NIK NORAINI BINTI NIK YA PTD UTAMA C WAN SAIFULIKHMAL BIN PTD KEWANGAN PEMBANGUNAN MOHD NORZAM BIN MUSTAPA PTD UTAMA C PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT YAACOB BIN YUSOF PTM KHAS C KHIDMAT PENGURUSAN DAN ASET SHOBAH BINTI JAMIL PTD UTAMA C PEROLEHAN DATO’ AHMAD FIRDAUS BIN BAHARUDDIN PTD UTAMA C PENGURUSAN SUMBER MANUSIA AKAUN YM. RAJA NORLIDAH BINTI RAJA ISMAIL AKAUTAN UTAMA C AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA DATO’ MOHD ZUBIL BIN MAT SOM PPKM UTAMA A JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA DATO’ SRI KHAIRUL DZAIMEE BIN DAUD PTD UTAMA A JABATAN PENJARA MALAYSIA DATO’ HAJI NORDIN BIN HAJI MUHAMAD PENGUASA PENJARA UTAMA A AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN MOHD KHAIRUL BIN ZAMALLUDIN PAD/PKP/PTD UTAMA B JABATAN PENDAFTARAN NEGARA DATO’ RUSLIN BIN JUSOH PTD UTAMA B AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA DATO’ MOHD ZUBIL BIN PPKM POLIS DIRAJA MALAYSIA IG TAN SRI ACRYL SANI BIN HAJI ABDULLAH SANI PKP TURUS II JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA HAJI MOHD NAWARDI BIN SAAD PTD UTAMA C EASTERN SABAH SECURITY COMMAND DCP DATUK HAJI HAMZAH BIN HAJI AHMAD PKP UTAMA C JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA DATUK YAHYA BIN SULAIMAN PTD UTAMA C KHIDMAT PENGURUSAN DAN ASET SHOBAH BINTI JAMIL PTD UTAMA C DATO’ MOHD SAYUTHI BIN BAKAR PTD UTAMA B TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA ( PENGURUSAN ) LAPORAN TAHUNAN 2022 31
KEMENTERIAN DALAM NEGERI 32
LAPORAN TAHUNAN 2022 33 SEKTOR KETUA SETIAUSAHA PASUKAN PETUGAS KHAS PROJEK SISTEM IMIGRESEN BERSEPADU NASIONAL PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG BAHAGIAN AUDIT DALAM UNIT INTEGRITI URUS SETIA SURUHANJAYA PASUKAN POLIS UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
PEJABAT PASUKAN PETUGAS KHAS PROJEK SISTEM IMIGRESEN BERSEPADU NASIONAL Majlis Tandatangan Kontrak Dan Piagam Projek Khidmat Perundingan Mampu Bagi Projek NIISe Majlis tandatangan kontrak Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) dan Piagam Pelanggan MAMPU telah diadakan pada 30 Mac 2022 dalam Majlis Menandatangani MOU/ Kontrak di bawah program Defence Services Asia (DSA) & National Security Asia Exhibition and Conference (NATSEC) 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Proses tandatangan Kontrak Projek NIISe dan Piagam Projek Khidmat Perundingan MAMPU telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebagai wakil pihak Kerajaan dan Encik Shaiful Zahrin bin Subhan, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan syarikat IRIS Information Technology System Sdn. Bhd. sebagai wakil pasukan kontraktor Projek NIISe dan YBhg. Datuk Seri Dr. Yusof bin Ismail, Ketua Pengarah MAMPU bagi piagam pelanggan tersebut dengan disaksikan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri. YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha KDN dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan syarikat IRIS Information Technology System Sdn. Bhd., YBrs. Encik Shaiful Zahrin bin Subhan disaksikan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 34
Laporan Demo Peralatan NIISE Program Bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Sepanjang tahun 2022, sesi demonstrasi peralatan khas yang akan dibekalkan untuk Projek NIISe telah dilaksanakan dan dihadiri oleh PPK NIISe, Kontraktor NIISe, pembekal, JIM, IPM, dan IVV yang diselaraskan oleh PPK NIISe. Peralatan Khas yang terlibat adalah e-Gate pejalan kaki, e-Gate motosikal atau MBike, Kios Paspot, Kios iKad, Digital Landing Card Kios dan Vehicle Automated Clearance System (VACs). Objektif demonstrasi ini adalah untuk memberikan penerangan terperinci kepada pihak berkepentingan mengenai spesifikasi dan keperluan peralatan tersebut serta mendapatkan pengesahan daripada pihak Kerajaan untuk digunakan dalam projek NIISe. Hasil sesi demo didapati fungsi dan spesifikasi peralatan khas tersebut telah lengkap dan akan dimuktamadkan oleh Kerajaan untuk kegunaan modul utama projek NIISe. Program Sesi Libat Urus bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak berkaitan Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) telah diadakan pada 8 hingga 13 Mei 2022 bertujuan untuk mendapatkan pandangan Kerajaan Negeri Sarawak dalam pembangunan Projek NIISe. Dalam sesi libat urus tersebut, KDN diketuai oleh YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) bersama pegawai daripada PPK NIISe, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan pihak Kontraktor telah mendapatkan persetujuan prinsip daripada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dalam cadangan pendigitalan proses keimigresenan yang melibatkan Pihak Berkuasa Negeri Sarawak. Sesi demonstrasi e-Gate Pejalan Kaki pada 28 April 2022 di Pejabat NEC, Kuala Lumpur. Sesi demonstrasi e-Gate Motosikal (MBike) pada 25 Ogos 2022 di Pejabat PIC Technology, Puchong. LAPORAN TAHUNAN 2022 35
Di samping itu, sesi lawatan kerja ke Pejabat Imigresen Sarawak, Kompleks ICQS Merapok, Kompleks ICQS Mengkalap dan Pos Kawalan Imigresen Ba’kelalan turut diadakan bagi mendapatkan gambaran sebenar keadaan infrastruktur fizikal di pejabat-pejabat berkenaan. Tinjauan ini membolehkan Pengurusan JIM mendapat input bagi melaksanakan perancangan bagi menambah baik atau menaik taraf keperluan infrastruktur, infostruktur dan sumber manusia sebelum Sistem NIISe dilaksanakan. YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak dalam Sesi Libat Urus bersama KDN di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak. YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) meninjau Projek Pembinaan Kompleks CIQ Ba’kelalan. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 36
YBrs. En. Ruslan bin Atan, Ketua PPK NIISe menyampaikan kata alu-aluan di Bengkel Strategik Pejabat Pasukan Petugas Khas NIISe. Bengkel Strategik Pejabat Pasukan Petugas Khas NIISe Bengkel Strategik Pejabat Pasukan Petugas Khas (PPK [NIISe]) telah diadakan pada 27 hingga 29 Mei 2022 di Port Dickson, Negeri Sembilan bertujuan untuk menyusun dan menetapkan visi, misi dan fungsi Pejabat PPK (NIISe) agar ianya selari dengan objektif penubuhannya sebagai pejabat pengurusan projek bagi Projek Sistem Imigresen Bersepadu (NIISe) untuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan PPK (NIISe) telah terlibat dalam bengkel ini bagi membangunkan Sasaran Kerja Utama (SKU) Pejabat PPK (NIISe) dengan penetapan Key Performance Indication (KPI) mengikut rujukan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Bengkel ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan meningkatkan motivasi dalam kalangan pegawai dan kakitangan PPK (NIISe). Penerapan aspek nilai-nilai murni dan semangat kerjasama bagi mempertingkatkan prestasi, kualiti dan produktiviti organisasi bagi memastikan matlamat yang direncanakan dapat direalisasikan. LAPORAN TAHUNAN 2022 37
Majlis Penyerahan Kontrak Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional Lawatan Kerja Ke Pejabat-Pejabat Imigresen Di Negeri Sabah Majlis Penyerahan Kontrak Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) telah diadakan pada 21 Jun 2022 di Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri. Majlis tersebut telah dihadiri kira-kira 320 orang jemputan dari pelbagai agensi luar dan dalaman KDN. Sistem NIISe yang memperkasakan perkhidmatan imigresen negara ini dijangka akan mula beroperasi menjelang tahun 2024. Susulan daripada Lawatan Kerja ke Pejabat Imigresen di Negeri Sarawak, PPK (NIISe) telah menyusun lawatan kerja yang lebih teratur dan berfokus ke pejabat-pejabat Imigresen di Negeri Sabah (Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan) pada 14 hingga 18 Ogos 2022 dengan tujuan yang sama iaitu untuk mendapatkan gambaran sebenar keadaan infrastruktur fizikal pejabat-pejabat tersebut. Selain itu, lawatan kerja ini telah dijadikan platform untuk berkongsi dengan warga JIM di lapangan mengenai perkembangan terkini bagi memupuk kesedaran berterusan mengenai Projek (NIISe). Delegasi seramai 23 orang pegawai yang diketuai oleh YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) terdiri daripada pegawai Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia (Ibu Pejabat), Jabatan Imigresen Negeri Sabah (Kota Kinabalu) dan pihak Kontraktor juga berkesempatan ke Pulau Sebatik pada 15 Ogos 2022 bagi meninjau keadaan sebenar sempadan Malaysia-Indonesia serta mengenal pasti lokasi strategik untuk dijadikan sebagai Pintu Masuk/ Keluar Malaysia dari/ ke Indonesia. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri menyempurnakan Majlis Penyerahan Kontrak Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) pada 21 Jun 2022 di Kuala Lumpur. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 38
YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) dalam lawatan kerja di Pejabat Imigresen Sandakan. Wakil Pasukan Independent Project Management (IPM), MIMOS Berhad menyampaikan taklimat kepada peserta. Delegasi di Batu Sempadan Indonesia-Malaysia. Bengkel Synergy To Success Bengkel Latihan Mastery in Moulding Organisational Synergy (Synergy to Success) telah diadakan pada 26 hingga 28 Ogos 2022 di Morib, Selangor bertujuan untuk melatih para peserta bagaimana menyelesaikan masalah secara sistematik berdasarkan maklumat yang ada secara kreatif, kritis dan inovatif. Selain itu para peserta didedahkan juga kepada kemahiran dan kaedah untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan metadologi tertentu secara profesional tanpa melibatkan emosi. Simulasi-simulasi permainan dan aktiviti yang dijalankan mirip kepada keadaan sebenar dan senario semasa dilihat sangat membantu untuk diadaptasi dalam pengurusan projek dan penyelesaian masalah yang dihadapi apabila berhadapan dengan masalah yang besar dan kompleks. Bengkel ini dianjurkan oleh Pasukan Independent Project Management (IPM), MIMOS Berhad yang merupakan rakan strategik pihak Kerajaan dalam pelaksanaan Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe). Seramai 55 orang peserta telah menghadiri bengkel tersebut yang terdiri daripada pegawai-pegawai Pasukan Petugas Khas (PPK), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Pasukan Teras Projek NIISe, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Bahagian Teknologi Maklumat dan Rekod (BTMR), JIM. LAPORAN TAHUNAN 2022 39
Bengkel Semakan Semula Panduan Kriteria Minimum Deliverables Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional Bengkel Semakan Semula Panduan Kriteria Minimum Penerimaan Deliverables (PKMPD) Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) yang telah diadakan pada 9 hingga 11 September 2022 di Melaka. Seramai 65 orang pegawai pelbagai agensi yang terdiri daripada Pasukan Petugas Khas NIISe KDN, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat KDN, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Kontraktor NIISe, Independent Project Management (IPM) dan Independent Project Verification and Validation (IV&V) telah terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Sebanyak 3,364 kriteria minimum telah berjaya dihasilkan dan dimuktamadkan semasa bengkel yang boleh dijadikan asas dalam penyediaan sebanyak 1,574 deliverables Kontraktor NIISe iaitu 970 kriteria minimum bagi billable deliverables dan 604 kriteria minimum bagi non-billable deliverables. Ucapan perasmian dan pembukaan bengkel oleh YBrs. En. Ruslan bin Atan, Ketua PPK NIISe, KDN. Taklimat pelaksanaan bengkel oleh Ketua Tower Pengurusan Projek Kerajaan. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 40
YBrs. En. Ruslan bin Atan, Ketua PPK NIISe KDN dalam tinjauan di kaunter pintu masuk kenderaan Kompleks Sultan Abu Bakar. YBrs. En. Ruslan bin Atan, Ketua PPK NIISe KDN menyampaikan cenderahati kepada En. Khairul Nazran Abdul Rahman, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Singapura. Delegasi melihat demonstrasi mengenai Automated Passenger In-Car Clearance Systems (APICS) Trial di Old Woodlands Checkpoint. Lawatan Kerja Ke Pintu Masuk Malaysia- Singapura Ketua Pasukan Petugas Khas PPK (NIISe) telah mengetuai delegasi seramai 23 orang yang terdiri daripada pegawai PPK NIISe KDN, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan pihak kontraktor yang terlibat dalam pembangunan Projek (NIISe). Delegasi telah mengadakan Lawatan Kerja ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Woodlands Checkpoint dan Pejabat Atase Imigresen Malaysia, Singapura pada 18 hingga 20 Disember 2022 bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar keadaan infrastruktur dan infostruktur di pejabat-pejabat berkenaan. Delegasi juga berpeluang untuk mengadakan perbincangan dengan pihak Immigration and Checpoints Authority (ICA), Singapura di mana pihak ICA telah berkongsi mengenai pelan penambahbaikan yang sedang berlaku di Singapura terutamanya daripada segi kawalan pintu masuk. Selain itu, delegasi turut berkongsi status pelaksanaan Projek NIISe dengan Encik Khairul Nazran Abdul Rahman, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Singapura. Hasil perbincangan dengan pihak BSI dan KSAB boleh diambil kira oleh Pasukan Projek dalam pembangunan Projek (NIISe) memandangkan kedua-dua pintu masuk tersebut mencatatkan kadar transaksi trafik keluar dan masuk yang tertinggi di Malaysia. LAPORAN TAHUNAN 2022 41
PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG Perundangan Utama Pejabat Penasihat Undang-Undang (PUU) bertanggungjawab untuk mengawal selia dan memberikan khidmat nasihat perundangan Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN bagi isu yang melibatkan undang-undang di bawah bidang tanggungjawab. Pejabat PUU KDN juga bertanggungjawab dalam mengendalikan kes-kes Mahkamah yang melibatkan KDN termasuklah kes-kes sivil dan juga kes-kes permohonan Habeas Corpus serta terlibat dalam penyediaan dan semakan semua draf perjanjian dan instrumen perundangan antarabangsa dan juga antara agensi Kerajaan yang berkaitan. Pada tahun 2022, antara perundangan utama yang telah diselesaikan oleh Pejabat PUU KDN di pelbagai peringkat adalah seperti yang berikut: i. Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 [Akta 1644] telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada 19 Januari 2022 dan telah diwartakan pada 25 Januari 2022 serta telah berkuat kuasa pada 22 Februari 2022 [P.U. (B) 116/2022]. ii. Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2022 [Akta A1660] telah mendapat perkenan YDPA pada 31 Ogos 2022 dan telah diwartakan pada 5 September 2022 serta telah berkuat kuasa pada 30 September 2022 [P.U. (B) 461/2022]. iii. Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2022 [Akta 837] telah mendapat perkenan YDPA pada 24 Ogos 2022 dan telah diwartakan pada 1 September 2022 serta telah berkuat kuasa pada 16 November 2022 [P.U. (B) 558/2022]. iv. Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 [Akta 839] telah mendapat perkenan YDPA pada 8 Oktober 2022 dan telah diwartakan pada 18 Oktober 2022 serta telah berkuat kuasa pada 1 Julai 2023 [P.U. (B) 574/2022]. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 42
Perundangan Subsidiari KDN melalui Pejabat PUU bersama dengan Bahagian, Jabatan dan Agensi berkaitan juga telah mewartakan pelbagai perundangan subsidiari seperti Peraturan-Peraturan, Kaedah-Kaedah, Perintah dan Pemberitahuan yang dibuat di bawah Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155], Akta Fi 1959 [Akta 209], Akta Pasport 1966 [Akta 150], Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301], Akta Senjata 1960 [Akta 206], Akta Penjara 1995 [Akta 537], Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang yang Tidak Diingini 1969 [Akta 7], Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] dan beberapa Akta lain di bawah penyeliaan KDN. Pejabat PUU juga bersama dengan Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN sedang meneliti dan menjalankan kajian lanjut untuk membuat cadangan penambahbaikan dan pindaan kepada AktaAkta yang berikut: i. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [Akta 747]; ii. Akta Hasutan 1948 [Akta 15]; iii. Akta Pencegahan Jenayah 1959 [Akta 297]; iv. Akta Pencegahan Keganasan 2015 [Akta 769]; v. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301]; vi. Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 [Akta 164]; vii. Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283]; viii. Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 [Akta 7]; ix. Akta Agensi Persendirian 1971 [Akta 27]; x. Akta Penjara 1995 [Akta 537]; dan xi. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas)1985 [Akta 316]. Usul Pelanjutan Tempoh Kuat Kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [Akta 747] (Sunset Clause SOSMA) di Parlimen Usul pelanjutan tempoh berkuat kuasa selama lima tahun bermula dari 1 Ogos 2022 hingga 31 Julai 2027. Usul dibentangkan di Parlimen pada sesi Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 26 Julai 2022 dan diluluskan di Dewan Negara pada 27 Julai 2022. Usul pelanjutan tempoh kuat kuasa subseksyen 4(5) SOSMA ini dibuat berdasarkan subseksyen 4(11) SOSMA yang memperuntukkan keperluan untuk membuat semakan setiap 5 tahun bagi pelanjutan tempoh tahanan 28 hari bagi maksud siasatan di bawah subseksyen 4(5) SOSMA. LAPORAN TAHUNAN 2022 43
Semakan Perjanjian Pandangan Undang-Undang KDN melalui Pejabat PUU KDN juga membuat semakan ke atas pelbagai draf dokumen kontrak seperti draf Kontrak Sewaan Bangunan, Draf Kontrak Pembekalan, Draf Kontrak Perkhidmatan, Draf Kontrak Perjanjian Penyewaan untuk memastikan dokumen-dokumen kontrak tersebut teratur dan lengkap sebelum ditandatangani oleh pihak Kerajaan dengan pihak Syarikat/Kontraktor. Semakan kepada Perjanjian atau Kontrak ini dibuat bertujuan memastikan dokumen Perjanjian teratur dan menjaga kepentingan KDN khususnya dan Kerajaan amnya sebelum Perjanjian tersebut ditandatangani oleh pihak Kerajaan dan pihak Syarikat. Jumlah semakan Perjanjian adalah seperti yang berikut: Pejabat PUU KDN juga bertanggungjawab dalam memberikan nasihat perundangan kepada KDN secara bertulis atau lisan. Jumlah pencapaian penyediaan pandangan perundangan yang telah diberikan pada tahun 2022 adalah seperti yang berikut: BULAN BILANGAN SEMAKAN Januari 91 Februari 62 Mac 107 April 105 Mei 76 Jun 116 Julai 70 Ogos 132 September 105 Oktober 121 November 116 Disember 78 JUMLAH 1,179 BULAN BILANGAN PANDANGAN PERUNDANGAN Januari 84 Februari 71 Mac 58 April 62 Mei 47 Jun 80 Julai 38 Ogos 62 September 73 Oktober 58 November 51 Disember 42 JUMLAH 726 Statistik Semakan Perjanjian dan Kontrak Bilangan Pandangan Perundangan KEMENTERIAN DALAM NEGERI 44
BULAN BILANGAN KES Januari 54 Februari 50 Mac 82 April 67 Mei 43 Jun 48 Julai 35 Ogos 45 September 54 Oktober 43 November 30 Disember 42 JUMLAH 593 Bilangan Kes Habeas Corpus YBrs. En. Saifulrijal bin Azahari, Penasihat UndangUndang, Pejabat Penasihat Undang-Undang dalam sesi penerangan kepada peserta Bengkel Isu Perundangan Bersama Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawahnya pada 4 November 2022. Pengendalian Kes Habeas Corpus Kursus Pemantapan Kompetensi Pejabat PUU KDN mengendalikan kes Habeas Corpus yang melibatkan penyediaan Afidavit, hujahan sehingga ke peringkat perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Pengendalian kes Mahkamah yang melibatkan undangundang di bawah KDN adalah seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas)1985 [Akta 316], Akta Pencegahan Jenayah 1959 [Akta 297], Akta Pencegahan Keganasan 2015 [Akta 769] dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)1983 [Akta 283]. Statistik kes Mahkamah pada tahun 2020 adalah seperti yang berikut: Pejabat PUU KDN telah melaksanakan Kursus Pemantapan Pengurusan Organisasi Pejabat Penasihat Undang-Undang, Kementerian Dalam Negeri, Pejabat pada 23 hingga 25 September di Port Dickson, Negeri Sembilan. Kursus tersebut membincangkan perkaraperkara berkenaan dengan pengurusan organisasi Pejabat PUU KDN. Selain itu, Pejabat PUU telah berjaya menganjurkan Bengkel Isu Perundangan Bersama Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN pada 4 November 2022 di Putrajaya. Bengkel tersebut berjaya membincangkan isu-isu perundangan yang berbangkit termasuklah isu perundangan terkini yang diputuskan di peringkat Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. LAPORAN TAHUNAN 2022 45
BAHAGIAN AUDIT DALAM Bahagian Audit Dalam (AD) telah melaksanakan pelbagai program audit bagi membantu Kementerian, Jabatan dan Agensi meningkatkan prestasi pengurusan kewangan, pengurusan program dan aktiviti serta membantu memberi nilai tambah terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan. Kewangan 111 71.15% Pelbagai 29 Pematuhan 7 18.59% 4.49% Prestasi 9 5.77% Pengurusan Kewangan (55) Arahan Pembayaran (16) Pemeriksaan Mengejut (33) Susulan Pengurusan Kewangan (7) Pengesahan Baki Akruan (25) Siasatan (4) Perolehan (2) Program/ Aktiviti (4) Aset (1) ICT (2) Projek (1) Program/ Aktiviti (3) Susulan Prestasi (3) Pencapaian Program Pengauditan 2022 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 46
Pengauditan Prestasi Pengauditan Prestasi merupakan penilaian bagi menentukan sama ada program dan aktiviti telah dirancang, dilaksanakan dan dipantau secara ekonomi, cekap dan berkesan serta mencapai objektif yang ditetapkan dengan mengguna pakai Standard Pengauditan International Organisation of Supreme Audit Institutions (INTOSAI). Pengauditan prestasi bertujuan meningkatkan akauntabiliti awam dan membantu ke arah tadbir urus yang baik. Aspek yang dikaji daripada peringkat perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian sesuatu program dan aktiviti. Setiap isu yang ditemukan akan dilaporkan dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit untuk diambil tindakan susulan. Pada tahun 2022, sebanyak enam Pengauditan Prestasi telah dilaksanakan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Penjara Malaysia (JPM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). BIL. JABATAN DAN AGENSI TAJUK 1. PDRM Pengauditan Terhadap Sistem Laporan Polis Bersepadu atau Integrated Police Reporting System (iPRS) 2. PDRM Pengauditan Terhadap Pengurusan Operasi Balai Polis 3. PDRM & JIM Pengauditan Terhadap Pengurusan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) 4. JPM Pengauditan Terhadap Pengurusan Penyelenggaraan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu (SKEB) 5. AADK Pengauditan Terhadap Projek Pemasangan Pagar Anticlimb Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Seluruh Negara 6. JPPM Pengauditan Terhadap Pengurusan Pendaftaran dan Penguatkuasaan Pertubuhan Pengauditan Prestasi Jabatan dan Agensi 2022 LAPORAN TAHUNAN 2022 47
Lawatan Tapak bagi Pengauditan Terhadap Projek Pemasangan Pagar Anticlimb di PUSPEN Jelebu, Negeri Sembilan pada 1 Jun 2022. Lawatan Tapak bagi Pengauditan Terhadap Projek Pemasangan Pagar Anticlimb di PUSPEN Seri Iskandar, Perak pada 8 Jun 2022. Pemeriksaan Dokumen bagi Pengauditan Terhadap Pengurusan Operasi Balai Polis di Pulau Tioman, Pahang pada 23 Jun 2022. Lawatan ke Penjara Kluang, Johor bagi Pengauditan Terhadap Pengurusan Penyelenggaraan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu (SKEB) pada 17 Julai 2022. Pengauditan Pengurusan Kewangan Pengauditan Pengurusan Kewangan dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan Risk Based Audit dan fokus utama kepada analisis kawalan dalaman yang diwujudkan bagi pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Sistem penarafan dilaksanakan sebagai satu usaha untuk meningkatkan motivasi Pusat Tanggungjawab (PTJ) agar memperbaiki, mempertingkatkan dan memperkasakan prestasi pengurusan kewangan masing-masing. Setiap pematuhan bagi lapan aspek kawalan utama akan diberikan markah iaitu kawalan pengurusan, bajet, terimaan, perolehan, perbelanjaan, amanah dan deposit, aset dan stor serta kenderaan. 25 45.45% 5 9.09% 2 3.64% 23 41.82% 5 Bintang 4 Bintang 3 Bintang 2 Bintang 1 Bintang Bilangan PTJ Prestasi Pengurusan Kewangan Bagi 55 PTJ Diaudit 2022 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 48