The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Unit Pengurusan Korporat & Integriti, SUK Perlis, 2023-12-07 03:04:41

2022 - LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2022

67.24% 67.74% 70.52% 70.65% 71.35% 73.15% 73.83% 74.02% 74.31% 76.04% 76.85% 76.87% 77.25% 77.72% 78.32% 78.64% 79.48% 80.21% 81.21% 81.59% 82.94% 83.01% 83.35% 83.42% 83.46% 84.38% 84.60% 85.28% 86.07% 86.10% 86.12% 86.26% 86.39% 86.43% 86.53% 86.58% 87.18% 87.38% 88.00% 88.43% 88.49% 88.68% 88.92% 89.14% 90.20% 91.81% 92.49% 92.71% 93.60% 93.67% 95.32% 95.34% 95.46% 95.47% 95.93% IPD KINABATANGA N P E J. IMIGRESEN B AHAGIAN BINTU LU JPPM WP. KUALA LUMPUR AKADEMI LATIHAN RELA (P LRWU) IPD PENAMPAN G IPD SARATOK BN 12 PGA LIMBANG AADK NEGERI SEMBILAN IPD MERADONG PPPN SARAWAK PPPN PULAU PINANG P E JABAT IMIGRESEN TAWAU BN 69 KOMANDO PGA HULU KINTA P E JABAT IMIGRESEN B AHAGIAN MIRI BN 10 PGA SIBU BN 16 PGA KOTA KINABALU BN 3 PGA BIDOR PUSPEN KUCHING PUSPEN SUNGAI RUAN PENJARA SIBU IPD TUARA N PENJARA ALOR SETAR PUSPEN KOTA TINGGI AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA P E JABAT IMIGRESEN LAWAS BN 18 PGA PENGKALAN HULU JIM NEGERI PULAU PINANG PENJARA TAWAU PPPN PAHANG IPD LUND U B ATALION 1 PGA ULU KINTA J P N NEGERI T E RENGGANU PPPN KELANTAN APMM LABUAN PUSPEN JELEBU JIM NEGERI KEDAH P KK CAWANGAN SARAWAK J P N NEGERI KEDAH PULAPOL DUNGU N PUSPEN B ATU KURAU PULAPOL LANGKAWI PUSPEN TAMPO I JIM WP. KUALA LUMPUR IPK NEGERI SEMBILAN IPK KELANTAN PULAPOL BUKI T SENTOSA PUSPEN SUNGAI B E S I JIM NEGERI P E R AK APMM PENGKALAN KUALA KEDAH PPPN NEGERI SEMBILAN JPPM NEGERI SEMBILAN AMSAS KUANTAN BRIGED UTARA PGA ULU KINTA PULAPOL WP. KUALA LUMPUR APMM MIRI 1 Bintang 2 Bintang 3 Bintang 4 Bintang 5 Bintang *AMSAS – Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah PPPN – Pejabat Pengarah Penjara Negeri PLRWU – Pusat Latihan RELA Wilayah Utara Prestasi Pengurusan Kewangan Bagi 55 PTJ Diaudit 2022 Mengikut Jabatan dan Agensi LAPORAN TAHUNAN 2022 49


Pengauditan Pematuhan Pengauditan pematuhan ini dilaksanakan dengan pendekatan 3P1K iaitu mengenal pasti elemen pembaziran, pemborosan, penyelewengan dan ketirisan wang awam yang berlaku akibat ketidakpatuhan terhadap undang-undang dan peraturan kewangan. Bahagian ini telah melaksanakan tujuh Pengauditan Pematuhan dengan penekanan kepada aspek tadbir urus aktiviti dan tatacara kewangan melibatkan bayaran, terimaan, hasil dan pengurusan kontrak di peringkat Kementerian serta Ibu Pejabat Jabatan dan Agensi. BIL. JABATAN DAN AGENSI TAJUK 1. PDRM Pengurusan Kutipan Bayaran Balik Bil Air Kuarters (Meter Air Pukal) 2. PDRM Pengurusan Perolehan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sarawak 3. PDRM Pengurusan Perolehan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sabah 4. JIM Pengurusan Stok Pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) oleh Syarikat Perkhidmatan Yang Dilantik 5. JPM Pembekalan dan Pengiriman Catuan Makanan Basah dan Kering Penjara Sungai Udang, Melaka 6. AADK Pengurusan Pelupusan Aset 7. KDN Penyaluran Peruntukan Kepada Rumah Perlindungan NGO di Bawah NSO MAPO Pengauditan Pematuhan Kementerian, Jabatan dan Agensi 2022 Pemeriksaan fizikal bagi Pengauditan Terhadap Pengurusan Perolehan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sabah (Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu) pada 3 November 2022. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 50


Lawatan ke Lokasi Majikan bagi Pengauditan Terhadap Pengurusan Stok Pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) di Kuantan, Pahang pada 10 Ogos 2022. Pemeriksaan fizikal bagi Pengauditan Terhadap Pembekalan dan Pengiriman Catuan Makanan Basah dan Kering Penjara Sungai Udang, Melaka pada 5 Oktober 2022. Pengauditan Pelbagai Pengauditan Arahan Pembayaran dilaksanakan di 16 PTJ untuk memastikan sistem kawalan dalaman pengurusan perbelanjaan dan pembayaran teratur berdasarkan peraturan yang ditetapkan. Rekod yang berkaitan juga hendaklah diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini serta memastikan pembayaran bekalan, aset dan perkhidmatan dibuat setelah perolehan dilaksanakan dan disiapkan dengan sempurna. Pemeriksaan Mengejut dijalankan dengan memeriksa, mengira dan menganalisis rekod, dokumen, fail serta menyemak secara fizikal wang tunai, harta awam dan barang berharga yang disimpan termasuk pengurusan perolehan Inden Minyak. Sebanyak 33 Pusat Kos dan Pejabat Pemungut terlibat dalam pengauditan ini yang melibatkan PDRM, JIM dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Sebanyak sepuluh susulan audit dijalankan untuk menentukan semua pemerhatian audit bagi pengauditan pengurusan kewangan dan prestasi yang dibangkitkan dalam Laporan Bahagian AD, KDN tahun-tahun sebelum telah diambil tindakan pembetulan dan memastikan teguran yang sama tidak berulang di PTJ yang terlibat. LAPORAN TAHUNAN 2022 51


Mesyuarat Jawatankuasa Audit Bengkel Khidmat Nasihat Pengurusan Kewangan Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) telah diadakan dan dipengerusikan oleh Pegawai Pengawal iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri atau Pengerusi Ganti. Setiap isu yang dibentangkan telah diminitkan dan tindakan pembetulan serta penambahbaikan dipantau sehingga selesai. Sepanjang tahun 2022, tiga siri bengkel telah dilaksanakan melibatkan 116 Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah KDN dan telah dihadiri oleh 395 orang peserta yang terlibat secara langsung dengan pengurusan kewangan di PTJ masing-masing. Berdasarkan penilaian peserta, secara amnya bengkel ini telah berjaya mencapai matlamat yang digariskan serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam pengurusan kewangan. BIL. BIL. MESYUARAT TARIKH 1. Mesyuarat Jawatankuasa Audit Bil.4/2021 6 Januari 2022 2. Mesyuarat Jawatankuasa Audit Bil.1/2022 12 April 2022 3. Mesyuarat Jawatankuasa Audit Bil.2/2022 28 Jun 2022 4. Mesyuarat Jawatankuasa Audit Bil.3/2022 27 September 2022 Mesyuarat Jawatankuasa Audit Tahun 2022 Bengkel Khidmat Nasihat Pengurusan Kewangan Siri 1/2022 di Kuching, Sarawak pada 26 hingga 28 Julai 2022. Bengkel Khidmat Nasihat Pengurusan Kewangan Siri 2/2022 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah pada 13 hingga 15 September 2022. Bengkel Khidmat Nasihat Pengurusan Kewangan Siri 3/2022 di Miri, Sarawak pada 26 hingga 28 Oktober 2022. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 52


YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis iaitu Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis Ke-114 dan Ke-115. SURUHANJAYA PASUKAN POLIS Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) ditubuhkan mengikut peruntukan di bawah Perkara 140, Perlembagaan Persekutuan yang bertanggungjawab dalam menguruskan pelantikan, pengesahan ke jawatan tetap atau berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran dan tindakan tatatertib bagi semua pegawai kanan dan anggota Polis Diraja Malaysia. Walau bagaimanapun, tidak semua tugas dan tanggungjawab tersebut dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis kerana sebahagian daripada tugas-tugas, kewajipan dan tanggungjawab tersebut telah diwakilkan kuasa kepada Ketua Polis Negara dan Pegawai-Pegawai Kanan Polis seperti yang terkandung dalam Warta Kerajaan P.U. (B) 441 bertarikh 14 September 2000. Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis Sepanjang tahun 2022, Suruhanjaya Pasukan Polis telah melaksanakan sebanyak dua kali Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis iaitu Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis Ke-114 dan Ke-115. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri dan turut dihadiri YBhg. Dato’ Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri selaku Setiausaha Suruhanjaya Pasukan Polis, YBhg. Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani, YBhg. Datuk Seri Jalil bin Marzuki (Wakil SPA), Ahli-ahli Suruhanjaya Pasukan Polis serta Setiausaha Bahagian Suruhanjaya Pasukan Polis sebagai urus setia mesyuarat. LAPORAN TAHUNAN 2022 53


Bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pelantikan dan Kenaikan Pangkat yang dipengerusikan oleh Ketua Polis Negara, Suruhanjaya Pasukan Polis telah melaksanakan sebanyak dua kali sepanjang tahun 2022 iaitu Bil. 1/2022 pada 28 Julai 2022 dan Bil. 2/2022 pada 11 November 2022 di Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman untuk membincangkan serta memutuskan perkara seperti berikut: i. Urusan temu duga pengambilan jawatan Inspektor Awam (Lelaki/Wanita) Polis Diraja Malaysia bagi Kontinjen Sabah Tahun 2020 dan PRP/Konstabel Orang Asli Tahun 2021; ii. Cadangan pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen bagi dua orang anggota PDRM; iii. Tindakan penamatan perkhidmatan dua orang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia di bawah Peraturan 50(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012; iv. Cadangan menarik balik tindakan Surcaj terhadap dua orang anggota PDRM di bawah Seksyen 20, Akta Prosedur Kewangan 1957; dan v. Tindakan Surcaj terhadap pegawai dan angota PDRM Seksyen 18, Akta Prosedur Kewangan 1957. YBhg. Dato’ Sri Zamri bin Yahya telah dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pasukan Polis yang baharu bagi menggantikan ahli yang telah tamat tempoh perkhidmatan. Suruhanjaya Pasukan Polis mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Noor Rashid bin Ibrahim atas sumbangan dan jasa sepanjang berkhidmat sebagai Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis. Sistem Pemprofilan Rekrutmen Sepanjang tahun 2022, Suruhanjaya Pasukan Polis telah berjaya melaksanakan dua Fasa Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER) PDRM. Fasa pertama dilaksanakan pada 31 Mac 2022 sehingga 1 April 2022 yang melibatkan enam buah Pusat Ujian bagi permohonan jawatan Inspektor Gred YA13 (Lelaki/ Wanita) dan Konstabel Gred YA1 (Lelaki) calon Semenanjung Malaysia. Fasa kedua Ujian SPiER pula telah dilaksanakan 16 Mei 2022 sehingga 8 Jun 2022 bagi permohonan jawatan Inspektor Gred YA13 (Lelaki / Wanita) dan Konstabel Gred YA1 (Lelaki) bagi calon Sabah / Sarawak dan telah melibatkan lima buah Pusat Ujian. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 54


Kursus Pemantapan Kompetensi Suruhanjaya Pasukan Polis telah berjaya melaksanakan tiga bengkel di bawah peruntukan Pelan Operasi Latihan sepanjang tahun 2022. i. Bengkel Pengurusan Tatatertib pada 31 Mac hingga 1 April 2022 di Tanjung Tualang, Perak bertujuan bagi memastikan urusan tatatertib ke atas Pegawai Kanan Polis dilaksanakan dengan lebih teratur dan dipercepatkan mengikut prosedur semasa dan ia adalah salah satu inisiatif yang terdapat dalam Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bagi Suruhanjaya Pasukan Polis. ii. Bengkel Kajian Semula Dasar Pengambilan PDRM dan ia telah dilaksanakan sebanyak dua sesi. Sesi pertama bengkel ini telah dilaksanakan pada 22 Jun 2022 sehingga 24 Jun 2022 di Terengganu dan sesi kedua pada 27 September 2022 di Putrajaya. Pelaksanaan bengkel ini adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pelantikan Dan Kenaikan Pangkat Bil. 1/2021 yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani, Ketua Polis Negara. iii. Bengkel Penyediaan Draf SOP Penilaian Siasatan Dan Representasi Surcaj Pegawai Dan Anggota PDRM pada 18 Oktober 2022 di Bilik Mesyuarat Ringgit 2, Kementerian Dalam Negeri. Pelaksanaan bengkel ini adalah merupakan salah satu inisiatif yang terdapat dalam Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bagi Suruhanjaya Pasukan Polis adalah melibatkan pemantapan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pengurusan perjalanan surcaj PDRM. Perkara ini adalah untuk memastikan urusan surcaj ke atas pegawai kanan polis dilaksanakan dengan lebih teratur dan dipercepatkan mengikut prosedur semasa. LAPORAN TAHUNAN 2022 55


Urusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat Pegawai Kanan Polis Pada tahun 2022, Suruhanjaya Pasukan Polis telah melaksanakan urusan pemangkuan pangkat Pegawai Kanan Polis bagi pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) sehingga Pesuruhjaya Polis (CP) seramai 184 orang. Butiran adalah seperti yang berikut : Suruhanjaya Pasukan Polis juga telah berjaya melaksanakan urusan kenaikan pangkat Pegawai Kanan Polis bagi pangkat Penguasa Polis (SUPT) sehingga Pesuruhjaya Polis (VUYA6) searamai 306. Butiran adalah seperti yang berikut : BIL. DARIPADA PANGKAT KE PANGKAT BILANGAN 1. Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) Pesuruhjaya Polis (CP) 13 2. Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) 21 3. Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) 54 4. Penguasa Polis (SUPT) Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) 96 BIL. DARIPADA PANGKAT KE PANGKAT BILANGAN 1. Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) Pesuruhjaya Polis (CP) 16 2. Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) 23 3. Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) 47 4. Penguasa Polis (SUPT) Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) 83 5. Timbalan Penguasa Polis (DSP) Penguasa Polis (SUPT) 137 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 56


UNIT INTEGRITI Unit Integriti (UI) ditubuhkan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SP.1.2.1 Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam (terdahulu dikenali sebagai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013). Penubuhan ini membolehkan UI bertindak sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti dengan melaksanakan enam fungsi teras iaitu: Penarafan Risiko oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2013 dan 2020 telah menarafkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai agensi Risiko Tinggi berdasarkan kepada dua faktor iaitu faktor ancaman (threat) bagi kesalahan rasuah dan faktor kemudahterancaman (vulnerability) iaitu kecenderungan berlakunya kesalahan rasuah. TADBIR URUS PENGURUSAN ADUAN PENGUKUHAN INTEGRITI PEMATUHAN PENGESANAN & PENGESAHAN TATATERTIB Polisi Konflik Kepentingan Kementerian Dalam Negeri Polisi Konflik Kepentingan Kementerian Dalam Negeri merupakan satu panduan kepada semua warga mengenai prinsip, peraturan dan isu berkaitan konflik kepentingan yang timbul semasa menjalankan tugas rasmi. Polisi ini merupakan salah satu inisiatif dalam mengukuhkan dan menggalakkan pembudayaan perkhidmatan yang telus, adil dan berintegriti dalam kalangan warga KDN. Dari segi takrifan, konflik kepentingan merujuk kepada apa-apa tingkah laku atau cara yang boleh menyebabkan pegawai telah membiarkan kepentingan peribadi bercanggah dengan kepentingan awam atau menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri, saudara atau sekutu. Polisi ini terpakai kepada semua warga kementerian serta dijadikan panduan oleh pemegang taruh, rakan strategik atau pihak ketiga yang berurusan dengan KDN. Polisi ini telah berkuat kuasa mulai 3 November 2022 iaitu pada tarikh ia ditandatangan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. LAPORAN TAHUNAN 2022 57


Polisi Konflik Kepentingan Kementerian Dalam Negeri. Kod Etika Kementerian Dalam Negeri Kod Etika Kementerian Dalam Negeri adalah satu panduan kepada warga KDN mengenai nilai, etika, tatakelakuan dan peraturan yang perlu dihayati dan dipatuhi, selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan pegawai awam memiliki tahap amalan nilai yang tinggi. Penyediaan Kod Etika KDN ini adalah berlandaskan kepada Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018 Siri 3 No. 1 Tahun 2021 iaitu Pemantapan Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN 2.0) Perkhidmatan Awam serta selari dengan Inisiatif 1.1.8 Memantapkan dan menguatkuasakan Kod Etika Kerja Kementerian yang dapat membudayakan integriti tadbir urus dan antirasuah dalam Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) KDN 2020-2024. Kod Etika ini telah berkuat kuasa mulai 22 November 2022 iaitu pada tarikh ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 58


Kod Etika Kementerian Dalam Negeri. Audit Pemantauan MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems Anti-Bribery Management Systems (ABMS) merupakan satu sistem yang dapat membantu sesebuah organisasi dalam usaha untuk mencegah, mengesan serta menguruskan perlakuan rasuah, di samping memastikan organisasi tersebut mematuhi undang-undang, peraturan dan komitmen yang ditetapkan. YAB Perdana Menteri dalam Mesyuarat Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) Siri 15 Bilangan 1 Tahun 2022 telah mengarahkan supaya ABMS ini dilaksanakan di agensi kerajaan agar segala usaha bagi menangani risiko rasuah dapat dibuat dengan lebih serius. KDN telah menerima pensijilan ABMS daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 25 November 2021 untuk tempoh sehingga 2024. Salah satu keperluan dalam tempoh pensijilan tersebut ialah pelaksanaan Audit Pemantauan setiap tahun bagi menyemak pematuhan KDN terhadap standard ABMS. LAPORAN TAHUNAN 2022 59


Audit Pemantauan oleh SIRIM QAS International telah diadakan pada 31 Oktober hingga 2 November 2022 oleh tiga orang juruaudit iaitu Puan Kamsiah binti Mansoor, Encik Zol bin Abdul Latip dan Puan Suri Yati binti Amran. Penemuan audit mendapati, tiada laporan ketidakakuran (Noncormity Report – NCR) dikeluarkan. Penemuan ini menunjukkan bahawa KDN amat komited dalam membanteras gejala rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan serta pelanggaran integriti di kementerian. Selari dengan sasaran kementerian Tiada Toleransi Terhadap Rasuah, fokus serta momentum pelaksanaan tindakan ke arah pemantapan dan penambahbaikan tadbir urus, integriti serta antirasuah perlu dikekalkan oleh seluruh warga KDN. Mesyuarat Pembukaan Audit Pemantauan ABMS. Mesyuarat Pengurusan Integriti (MPI) telah dilaksanakan pada 30 Jun hingga 2 Julai 2022 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Mesyuarat Pengurusan Integriti Mesyuarat Pengurusan Integriti (MPI) telah dilaksanakan pada 30 Jun hingga 2 Julai 2022 di Port Dickson, Negeri Sembilan yang melibatkan UI KDN dan semua UI Jabatan dan Agensi di bawah KDN. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan dan menyelaras pelaksanaan fungsi-fungsi teras UI, pelan-pelan berkaitan tadbir urus dan antirasuah, isu-isu yang berbangkit serta perkongsian amalan terbaik dalam melaksanakan fungsi teras UI agar dapat memberikan nilai tambah serta meningkatkan penyampaian perkhidmatan UI di KDN secara keseluruhannya. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 60


YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dalam Majlis Sambutan Hari Integriti Nasional 2022 Peringkat KDN pada 8 November 2022 di Dewan Gemilang, Kompleks D, Putrajaya. Forum Integriti sempena Sambutan Hari Integriti Nasional 2022 Peringkat KDN menampilkan YBrs. Pn. Shuhairoz binti Mohamed Shukeri dari Unit Integriti KDN bersama tiga orang panel jemputan. Sambutan Hari Integriti Nasional Peringkat Kementerian Dalam Negeri Sempena dengan Hari Integriti Nasional yang disambut pada 5 November setiap tahun, Sambutan Hari Integriti Nasional 2022 Peringkat KDN telah diadakan pada 8 November 2022 di Dewan Gemilang, Kompleks D, Putrajaya dengan tema Integriti Teras Keluarga Malaysia yang menekankan aspek asas keutuhan negara dan penerapan nilai-nilai murni ke arah pemantapan integriti seluruh rakyat Malaysia. Dalam majlis ini, satu forum integriti bertajuk Kepimpinan Berintegriti Dalam Mensejahterakan Keluarga Malaysia telah diadakan dan disampaikan oleh tiga orang panel iaitu Dr. Mohd Nizam bin Mohd Ali, Pengerusi Ethics Standard Board, Puan Juwairiyah binti Jaafar, Ketua Pegawai Psikologi Kanan, Kementerian Pertahanan dan Tuan Haji Hassan Basri bin Haji Shafie, Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Negeri Perak. Seramai 300 orang pegawai dan kakitangan daripada Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN telah menyertai majlis ini. LAPORAN TAHUNAN 2022 61


Program Pengukuhan Integriti Pop-up Peringatan Integriti Program Pengukuhan Integriti bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada warga Kementerian, Jabatan dan Agensi terhadap kepentingan penghayatan nilai-nilai murni dan integriti sebagai penjawat awam. Antara program pengukuhan adalah seperti yang berikut: UI memandang serius terhadap kes-kes salah laku yang melibatkan pegawai serta kakitangan di Bahagian, Jabatan dan Agensi. Pop-up Peringatan Integriti merupakan inisiatif untuk memberi peringatan kepada seluruh warga KDN menerusi infografik yang dipaparkan. Antara tajuk Pop-up Peringatan Integriti yang telah dipaparkan adalah seperti yang berikut: BIL. AKTIVITI TARIKH DAN TEMPAT PESERTA 1. Kursus SMART Integriti 27-29 Oktober 2022 Darul Iman Training Centre, Terengganu 40 2. Program Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Penghayatan Integriti Siri 1: 15 Februari 2022 Dewan Gemilang, KDN Siri 2: 14 April 2022 secara dalam talian 500 3. Program Integriti Kepada Pegawai Awam di PDRM dan IPK Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak 18 Mei - 7 Disember 2022 Semua Ibu Pejabat Daerah dan Kontinjen PDRM 8,987 4. Program Out Reach Integriti Dihatiku 7 November 2022 Dewan Gemilang, KDN 310 5. Bengkel Penilaian Corruption Risk Management (CRM) 27-29 Julai 2022 30 6. Bengkel Pelaksanaan Anti Bribery Management System (ABMS) 29-30 Ogos 2022 Dewan PICC, Putrajaya 60 7. Sambutan Hari Integriti Nasional 8 November 2022 Dewan Gemilang, KDN 1,000 Senarai Program Pengukuhan Integriti 2022 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 62


Senarai Topik Pop-up Peringatan Integriti Tahun 2022 BIL. TOPIK 1. Kewajipan Pengisytiharan Harta 2. Larangan Membuat Pernyataan Awam 3. Waspada Skim Cepat Kaya 4. Polisi Penerimaan Hadiah 5. Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat 6. Mengemukakan Dokumen atau Tuntutan Palsu 7. Rahsiakan Rahsia Kerajaan 8. Menyenggara Taraf Melebihi Emolumen 9. Larangan Penggunaan Pengaruh Luar dan Surat Sokongan 10. Penglibatan Dalam Politik 11. Fakta Hari Integriti Nasional 12. Pematuhan Waktu Bekerja Penjawat Awam LAPORAN TAHUNAN 2022 63


Infografik Pop-Up Peringatan Integriti. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 64


Pelaksanaan Pematuhan Integriti Kes Tatatertib Fungsi program pematuhan ialah untuk memeriksa, memantau dan memastikan mana-mana undang-undang, peraturan, polisi dan dasar berhubung dengan antirasuah dan pengukuhan integriti dalam sesebuah organisasi dipatuhi sepenuhnya. Langkah ini bertindak sebagai salah satu medium pencegahan bagi menginstitusikan, menggalakkan dan membudayakan integriti dalam organisasi. Sebanyak enam aktiviti pematuhan telah dilaksanakan terhadap Jabatan dan Agensi KDN seperti yang berikut: Dalam konteks fungsi teras UI, tatatertib bertujuan memastikan setiap kes yang melibatkan pelanggaran tatakelakuan oleh warga kerja di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] dan mana-mana peraturan yang berkuatkuasa, diurus selia dengan sebaiknya. Sebanyak 54 kes pelanggaran tatatertib telah dilaporkan kepada Urus Setia Lembaga Tatatertib KDN melibatkan beberapa jenis kesalahan seperti yang berikut: Senarai Program Pematuhan Integriti 2022 Statistik Kes Tatatertib 2022 AKTIVITI Pemantauan Ke Atas Undang-Undang/Enakmen dan Peraturan yang Berkuat Kuasa di Ibu Pejabat Kontinjen PDRM 1. Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman 2. Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur 3. Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak 4. Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu 5. Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah Audit Naziran Mengejut 6. Sekolah Henry Gurney BIL. JENIS KESALAHAN BILANGAN 1. Tidak Hadir Bertugas 20 2. Dadah 7 3. Jenayah (Mahkamah) 2 4. Bankrup 2 5. Gangguan Seksual 1 LAPORAN TAHUNAN 2022 65


Kes Pengesanan dan Pengesahan Pengesanan dan pengesahan bertujuan memastikan setiap aduan atau maklumat yang diterima berkaitan perlakuan jenayah serta pelanggaran integriti, terutamanya pelanggaran di bawah Akta SPRM 2009 [Akta 694], dikesan dan disahkan kebenarannya. Statistik kes pengesanan dan pengesahan yang dijalankan adalah seperti yang berikut: Statistik Kes Pengesanan dan Pengesahan 2022 TAHUN BIL. FAIL TERTUNGGAK BIL. FAIL DIBUKA DALAM TINDAKAN BIL. SELESAI DENGAN SYOR 2022 5 17 - 22 Aduan Integriti Pengurusan aduan integriti merujuk kepada proses menerima, menyelia, memantau, mengurus serta merekodkan penerimaan aduan atau maklumat mengenai perlakuan jenayah dan pelanggaran integriti oleh warga KDN. Aduan integriti yang diterima dikelaskan mengikut saluran dan dikategorikan seperti yang berikut: Statistik Aduan Integriti Mengikut Saluran Statistik Aduan Integriti Mengikut Kategori BIL. SALURAN ADUAN INTEGRITI BILANGAN 1. Bersemuka 3 2. Sistem Aduan Integriti 4 3. E-mel 96 4. Surat 26 5. Telefon 1 6. SISPAA 1 JUMLAH 131 BIL. KATEGORI ADUAN INTEGRITI BILANGAN 1. Pentadbiran 34 2. Perkhidmatan 5 3. Kewangan 21 4. Perolehan 3 5. Perlesenan 2 6. Penguatkuasaan 50 7. Lain-Lain 16 JUMLAH 131 BIL. JENIS KESALAHAN BILANGAN 6. Tatacara Kewangan 8 7. Laporan SPRM 2 8. Salah Laku 12 JUMLAH 54 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 66


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT Unit Komunikasi Korporat (UKOM) bertanggungjawab terhadap tugas-tugas perhubungan korporat, pengurusan media strategik, pengurusan aduan dan khidmat pelanggan bertujuan bagi meningkatkan imej KDN. Laporan Analisis Media UKOM bertanggungjawab menyediakan Laporan Analisis Media secara harian bertujuan untuk memantau isu-isu semasa, sentimen serta trend di platform media arus perdana dan media baharu berkaitan Bahagian, Jabatan dan Agensi dibawah KDN. Laporan analisis ini seterusnya akan disediakan secara harian, mingguan dan bulanan merangkumi pemantauan di media cetak, media elektronik dan media sosial. Hasil analisis ini akan dimaklumkan kepada pihak Pengurusan Tertinggi KDN untuk sebarang tindakan penambah baik oleh Bahagian, Jabatan dan Agensi selain mengesyorkan Pelan Komunikasi Strategik dengan cepat, tepat dan betul terhadap isu-isu semasa yang timbul. Laporan Analisis Media Harian. LAPORAN TAHUNAN 2022 67


Aset Digital Kementerian Dalam Negeri Pengurusan dan Perhubungan Media UKOM berusaha memberikan maklumat mengenai dasar-dasar awam kerajaan secara pantas, tepat dan konsisten, UKOM telah meningkatkan penggunaan saluran media sosial rasmi untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Dalam usaha mengurangkan kos pelaksanaan promosi sedia ada, kepelbagaian teknik promosi mengikut segmen khalayak telah diperkasakan untuk mendapatkan maklum balas pelanggan secara interaktif serta membina jaringan komunikasi yang lebih terbuka antara kementerian dan rakyat. Perkongsian maklumat dalam sistem penyampaian khususnya penggunaan media sosial telah diaktifkan melalui aset digital KDN seperti berikut: Pengurusan dan perhubungan media merupakan aktiviti perhubungan awam terpenting yang perlu dititikberatkan dalam tadbir urus sesebuah organisasi kerana kejayaannya bergantung pada sejauh mana mesej dapat disalurkan dan disampaikan secara efektif kepada khalayak sasaran. Bagi memastikan semua maklumat dapat disampaikan kepada khalayak sasaran, UKOM telah menguruskan sebanyak 34 kali Sidang Media di sepanjang tahun 2022 yang melibat Menteri Dalam Negeri, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Setiausaha. FACEBOOK 542,655 TWITTER 398,039 INSTAGRAM 120,265 TELEGRAM 6,529 YOUTUBE 1,465 TIKTOK 14,619 ASET DIGITAL Sidang Media yang diuruskan oleh UKOM melibatkan YB Menteri Dalam Negeri. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 68


YBhg. Dato’ Mohd Sayuthi bin Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) menyempurnakan Perasmian Penutup Bengkel Pengurusan Media dan Kandungan Media Sosial pada 14 November 2022 di Bangi, Selangor. Sesi taklimat kepada wakil Bahagian, Jabatan dan Agensi di KDN dalam Bengkel Pengurusan Media dan Kandungan Media Sosial. Bengkel Pengurusan Media dan Kandungan Media Sosial UKOM juga telah mengadakan Bengkel Pengurusan Media dan Kandungan Media Sosial bersama wakil Bahagian, Jabatan dan Agensi di KDN yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Sayuthi bin Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) pada 14 November 2022 di Bangi, Selangor. Bengkel yang disertai oleh 33 orang peserta bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam menghasilkan penulisan media sosial yang lebih berkredibiliti dan efektif mengikut trend semasa di samping teknik pengurusan Google Adwords dan Google Analytic yang komprehensif dan berkesan. LAPORAN TAHUNAN 2022 69


Pengurusan Aduan Sejumlah 1,540 kes telah diuruskan KDN melalui UKOM merangkumi 1,425 kes Jabatan dan Agensi, manakala 115 kes lagi dikendalikan oleh Bahagian. Sehingga 31 Disember 2022, sejumlah 1,503 kes telah diberi maklum balas dan 37 kes lagi berstatus dalam siasatan. Daripada 1,503 kes yang telah diberi maklum balas, 1,158 kes berjaya diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja dan 345 kes diselesaikan melebihi Service Level Agreement (SLA) pengurusan aduan. PENERIMAAN KES Jumlah Kes 1,540 kes Kes Bahagian 115 kes Kes Jabatan dan Agensi 1,425 kes PENYELESAIAN KES Jumlah Keseluruhan Kes Selesai 1,503 kes Kes Bahagian 115 kes Kes Jabatan dan Agensi 1,388 kes Kes Dalam Siasatan 37 kes TEMPOH PENYELESAIAN KES 15 Hari Bekerja 1,158 kes 16 Hari dan Ke Atas 345 kes Pecahan Penerimaan dan Tempoh Penyelesaian Aduan Pecahan Penerimaan dan Penyelesaian Kes Bahagian, Jabatan dan Agensi BIL BAHAGIAN/JABATAN/ AGENSI TERIMA SELESAI DALAM TINDAKAN 1. KDN 115 115 - 2. PDRM 675 655 20 3. JIM 404 387 17 4. JPPM 115 115 - 5. JPN 105 105 - 6. PENJARA 62 62 - 7. RELA 39 39 - 8. AADK 19 19 - 9. APMM 5 5 - 10. ESSCOM 1 1 - JUMLAH 1,540 1,503 37 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 70


Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengurusan Aduan KDN Bil. 1 Tahun 2022 Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengurusan Aduan KDN Bil. 1 Tahun 2022 telah diadakan pada 28 Ogos 2022 dan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sayuthi bin Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, di Bilik Mesyuarat Perkasa, Blok D1. Mesyuarat ini diadakan bertujuan melaporkan prestasi pengurusan aduan dan khidmat pelanggan bagi tempoh Januari sehingga Jun tahun 2022. Kedua-dua laporan ini telah dibentangkan oleh YBrs. En. Mohd Rizal bin Hashim, Timbalan Setiausaha Bahagian, Unit Komunikasi Korporat. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua pengurus aduan dari Bahagian, Jabatan dan Agensi. YBhg. Dato’ Sayuthi bin Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengurusan Aduan (JKTPA) Kementerian Dalam Negeri pada 28 Ogos 2022. LAPORAN TAHUNAN 2022 71


Pemantauan Aduan Unit Khidmat Pelanggan dan Aduan Awam telah berjaya melaksanakan dua siri pemantauan aduan menerusi kaedah Mystery Shopping. Mystery Shopping ini merupakan pendekatan untuk memantau tindakan pembetulan yang diambil oleh Bahagian, Jabatan dan Agensi serta sebagai satu kaedah penyiasatan bagi aduan kes ulangan. Dua kes yang dijalankan pemantauan ialah aduan kesesakan lalu lintas di Terminal Putrajaya Sentral, Presint 7 dan Isu Perkhidmatan Kaunter di Pejabat Imigresen Kompleks PKNS Shah Alam. Mesyuarat Pemantauan Aduan Awam Kementerian ingin memastikan setiap kes yang diterima diurus dengan baik dan menepati Petunjuk Prestasi Utama yang telah ditetapkan, sejumlah 12 siri Mesyuarat Pemantauan Aduan Awam (MPAA) telah diadakan bersama Bahagian, Jabatan dan Agensi serta Biro Pengaduan Awam (BPA). MPAA ini merupakan satu inisiatif berterusan UKOM memperkukuh tadbir urus pengurusan aduan dan tindakan pemulihan (service recovery) bagi pengurusan aduan. Melalui MPAA, perkembangan siasatan bagi kes-kes yang berstatus dalam siasatan akan diperkemas kini di samping dasar, program dan inisiatif baharu dengan pihak-pihak berkepentingan seperti Biro Pengaduan Awam (BPA), My Government Call Centre (myGCC) dan juga UKOM. YBrs. Pn. Maizatul Akmal binti Tujad, Timbalan Setiausaha Bahagian, Unit Komunikasi Korporat semasa mempengerusikan MPAA bagi membincangan Prosedur Pengurusan Aduan di antara Cawangan Pengurusan Aduan, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan Biro Pengaduan Awam, Putrajaya. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 72


YBrs. En. Mohd Faizal bin Buang, Pengarah Aduan Biro Pengaduan Awam semasa mengendalikan Bengkel Pemurniaan Prosedur Pengurusan Maklum Balas Pelanggan KDN pada 11 November 2022 di Bangi, Selangor. Pemantapan Kemahiran Pengurus Aduan Bagi memperkasakan kemahiran pengurus aduan agar selaras dengan landskap penerimaan aduan yang semakin mencabar, UKOM telah menganjurkan Bengkel Pemurniaan Prosedur Pengurusan Maklum Balas Pelanggan KDN pada 11 November 2022 di Bangi, Selangor. Bengkel sehari ini diadakan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KDN menerusi peruntukan Pelan Operasi Latihan (POL). Matlamat pelaksanaan bengkel ini adalah seperti yang berikut: i. Memberi pendedahan berhubung Prosedur Pengurusan Maklum Balas Pelanggan, KDN; ii. Memberi pemahaman kepada Pengurus Aduan berhubung Pekeliling Am Bil.2 Tahun 2022: Penambahbaikan Pengurusan Aduan Awam; dan iii. Memperkasa kemahiran Pengurus Aduan berhubung pengurusan maklum balas aduan yang berkesan dan berkualiti. Seramai 40 pengurus aduan dari Bahagian, Jabatan dan Agensi telah menghadiri bengkel yang telah dirasmikan oleh YBrs. En. Sharulmizan bin Rahmat, Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat. Taklimat berkaitan Pekeliling Am Bil.2/2022: Penambahaikan Pengurusan Aduan Awam dan Pengurusan Maklum Balas Yang Berkesan dan Berkualiti telah disampaikan oleh En. Mohd Faizal bin Buang, Pengarah Aduan Biro Pengaduan Awam manakala taklimat berhubung Prosedur Pengurusan Maklum Balas Pelanggan KDN telah disampaikan oleh wakil UKOM. LAPORAN TAHUNAN 2022 73


METODOLOGI Untuk tahun 2022, pengumpulan data dijalankan bermula 15 Jun sehingga 31 Disember 2022 menerusi kaedah soal selidik secara dalam talian dan bercetak. Pemilihan responden adalah secara persampelan mudah (convenience sampling) melalui pelanggan yang hadir berurusan di Kaunter Perkhidmatan Bahagian di Ibu Pejabat Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Bagi memperluaskan capaian responden, kaedah secara dalam talian menerusi google form telah digunakan. Pautan dan hebahan kajian telah dimuatnaik di semua platform media sosial dan portal Kementerian selain menerusi e-mel kepada pelanggan yang berurusan berkaitan aduan awam. Borang soal selidik telah ditempatkan di lima Kaunter Perkhidmatan Bahagian iaitu Bahagian Keselamatan, Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan, Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Pejabat Penapisan Filem dan Unit Komunikasi Korporat. Maklum Balas Pelanggan Dalam usaha memenuhi ekspaktasi pelanggan, UKOM telah melaksanakan tinjauan Maklum Balas Pelanggan. Maklum balas pelanggan ini merupakan satu instrumen bagi mengukur Indeks Kepuasan Pelanggan di KDN dan juga merupakan usaha berterusan kementerian mendapatkan maklum balas pelanggan berhubung kualiti penyampaian perkhidmatan sejajar dengan Petunjuk Prestasi Utama Pelan Strategik KDN (PSKDN) 2021-2025. Maklum balas pelanggan ini bermatlamat untuk mengukur tahap kepuasan pelanggan terhadap penyampaian perkhidmatan dari empat elemen iaitu Tempoh Masa Tindakan, Layanan, Kepakaran Pegawai dan Jaminan Perkhidmatan. Selain itu, tinjauan ini dilaksanakan bagi mengenalpasti perkhidmatan/ bahagian yang kerap dilanggani oleh pelanggan termasuklah saluran perhubungan yang digunakan untuk berkomunikasi dengan kementerian. Bagi tahun 2022, skop penilaian telah diperluaskan dengan penambahan elemen baharu iaitu Portal Rasmi KDN, Media Sosial KDN, Kemudahan di KDN dan Pengurusan Aduan berbanding tahun-tahun sebelumnya yang hanya memberi fokus kepada Kaunter Perkhidmatan Pelanggan sahaja. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 74


52.1 % 47.9% BAHAGIAN A: DEMOGRAFI RESPONDEN [ 1,533 RESPONDEN ] 12.7% 58.6% 8.5% 11% 9.2% 1.8% 19.6% 44.3% 29.9% 4.2% 0.19% 54.3% 20.7% 12% 11.6% 1.3% 0.06% BAHAGIAN B: BAHAGIAN BERURUSAN 10.1% 27% 9.6% 15.1% 2.5% 0% 3.4% 32.2% TUJUAN BERURUSAN 8.7% 32.4% 13.4% 7.2% 4.1% 33.7% 0.5% KEKERAPAN 2.5% 31.9% 12% 13.4% 2.7% 0.4% 0.3% 71.5% 42.7% 21.7% 1.2% KAEDAH KEKERAPAN 2.5% 31.9% 12% 13.4% 2.7% 0.4% 0.3% 71.5% .7% 1.2% KAEDAH INDEKS KEPUASAN PELANGGAN Kepuasan Pelanggan 93.26% 99.74% Pengurusan Aduan 98.56% Pengalaman Keseluruhan 97.19% KEKERAPAN 2.5% 31.9% 12% 13.4% 2.7% 0.4% 0.3% 71.5% 42.7% 21.7% 1.2% KAEDAH KEKERAPAN 2.5% 31.9% 12% 13.4% 2.7% 0.4% 0.3% 71.5% 1.2% DAH KEKERAPAN 2.5% 31.9% 12% 13.4% 2.7% 0.4% 0.3% 71.5% 1.2% DAH Ringkasan Data Maklum Balas Pelanggan KDN 52.1 % 47.9% BAHAGIAN A: DEMOGRAFI RESPONDEN [ 1,533 RESPONDEN ] 12.7% 58.6% 8.5% 11% 9.2% 1.8% 19.6% 44.3% 29.9% 4.2% 0.19% 54.3% 20.7% 12% 11.6% 1.3% 0.06% 52.1 % 47.9% BAHAGIAN A: DEMOGRAFI RESPONDEN [ 1,533 RESPONDEN ] 12.7% 58.6% 8.5% 11% 9.2% 1.8% 19.6% 44.3% 29.9% 4.2% 0.19% 52110INDEKS KEPUASAN PELANGGAN LAPORAN TAHUNAN 2022 75


Pameran UKOM juga telah mengadakan dan menyertai aktiviti-aktiviti pameran bertujuan menyampaikan maklumat terkini di samping memberi ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN. Sepanjang tahun 2022, sebanyak 20 pameran telah disertai oleh KDN antaranya Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia, Jelajah Kita Demi Negara, Pameran dan Persidangan Defence Service Asia dan National Security Asia di samping penyertaan pameran Sahabat KDN di MTVET Malaysia, MAHA dan Hari Sukan Negara. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod Jelajah K Lorem ipsu eluarga m Malaysia sebanyak 01 12 Siri MTVET Negara di Politeknik Shah Alam 02 MAHA di MAEPS, 03 Serdang Hari Sukan Negara di Putrajaya 04 KDN telah menyertai Pameran dan Persidangan Defence Service Asia dan National Security Asia (DSA & NATSEC 2022) yang merupakan pameran Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri yang terbesar di Asia selepas global dilanda pandemik COVID-19. Acara dwitahunan yang kali terakhir diadakan pada 2018 ini telah disertai lebih 1,000 pempamer dan telah diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) bermula pada 28 hingga 31 Mac 2022. Unit Komunikasi Korporat dengan kerjasama Bahagian Keselamatan, Bahagian Perancangan Strategik dan Bahagian Khidmat Pengurusan telah menyelaras reruai pameran yang melibatkan agensi Keselamatan dibawah KDN iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Penjara Malaysia (PENJARA), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Agensi Antidadah Malaysia (AADK), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM). DSA dan NATSEC 2022 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 76


Kempen Kita Demi Negara telah dilancarkan pada 17 Mac 2022 oleh YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). Kempen ini menyasarkan penglibatan dan kerjasama masyarakat berbilang kaum bersama-sama KDN dalam menjaga keharmonian negara dengan meningkatkan semangat patriotisme dan perpaduan sesama mereka. Selaras dengan tujuan tersebut, Sahabat Kita Demi Negara turut dilancarkan dengan mencapai sasaran penyertaan ahli seramai 20,000 sukarelawan yang terdiri daripada Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelajar dan penuntut institut pengajian tinggi, penjawat awam dan golongan belia. Sahabat KDN ini akan berperanan sebagai ejen penyebar maklumat yang sahih berkaitan keselamatan selain berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti KDN. Kempen Kita Demi Negara ini telah diperluaskan lagi ke negeri-negeri bagi mendekati segenap lapisan masyarakat dengan mengadakan Jelajah Kita Demi Negara yang telah diadakan mengikut zon iaitu Zon Utara di Batu Kurau Perak, Zon Sabah di Kota Kinabalu dan Zon Timur di Kota Bharu,Kelantan. Selain Pameran Sahabat KDN dan Pameran Jabatan dan Agensi dibawah KDN, turut diadakan aktiviti-aktiviti seperti Sesi Town Hall, pameran asetaset keselamatan, cabutan bertuah, jualan produk penjara dan AADK dan pertunjukan keselamatan. Jelajah Kempen Kita Demi Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat melawat ke ruang pameran Kementerian Dalam Negeri di Pameran dan Persidangan Defence Service Asia (DSA 2022) & National Security Asia (NATSEC 2022) Edisi Ke-17 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara ke Pameran dan Persidangan Defence Service Asia (DSA 2022) & National Security Asia (NATSEC 2022) Edisi Ke17 pada 30 Mac 2022. LAPORAN TAHUNAN 2022 77


Aktiviti pameran dan sesi khidmat nasihat yang dijalankan dalam siri Jelajah Kita Demi Negara Zon Utara yang diadakan di Batu Kurau, Perak pada 23 dan 24 Julai 2022. Pameran perkhidmatan dalam Program Kita Demi Negara Zon Timur yang diadakan pada 27 dan 28 Oktober 2022 di Dataran Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 78


Pameran perkhidmatan dan jualan produk KDN di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022. KDN juga telah menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 anjuran Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan yang dijalankan bermula 4 hingga 14 Ogos 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. Pelbagai aktiviti pameran dan perkhidmatan melibatkan Jabatan dan Agensi di bawahnya telah ditawarkan sepanjang pameran tersebut dijalankan. Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2022 LAPORAN TAHUNAN 2022 79


KEMENTERIAN DALAM NEGERI 80


LAPORAN TAHUNAN 2022 81 SEKTOR KESELAMATAN BAHAGIAN KESELAMATAN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN BAHAGIAN KEPENJARAAN, ANTIDADAH DAN RELA URUS SETIA LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH DAN KEGANASAN PEJABAT PENAPISAN FILEM URUS SETIA LEMBAGA PAROL


BAHAGIAN KESELAMATAN Keselamatan dan ketenteraman awam merupakan portfolio utama Bahagian Keselamatan (K) yang dilaksanakan melalui penggubalan dasar secara holistik dan kawal selia undang-undang agar perancangan dan pelaksanaan serta keberhasilannya dapat mencapai matlamat yang digagaskan oleh Kerajaan melalui Kementerian ini. Pasca pandemik COVID-19 dan fasa peralihan ke endemik merupakan suatu cabaran bagi memastikan visi Bahagian Keselamatan iaitu menjamin keselamatan dalam negeri terpelihara perlu direalisasikan melalui misi mentadbir urus dasar dan perundangan agar kedaulatan, keutuhan, keamanan dan kepentingan negara serta rakyat terjamin dari ancaman keselamatan dalam negeri. Tanggungjawab portfolio tersebut dilaksanakan melalui struktur organisasi yang melibatkan tiga seksyen utama iaitu: i. Keselamatan dan Ketenteraman Awam; ii. Keselamatan Sempadan; dan iii. Pencegahan, Pemulihan dan Penyelarasan Strategik. KerjasamaAntarabangsa Kerjasama Antarabangsa dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam semakin meningkat. Sehubungan itu, Bahagian Keselamatan telah mengadakan beberapa Kerjasama Antarabangsa bersama negara-negara yang memberi nilai tambah kepada negara. KDN dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) bersama Syarikat Defence Services Asia Exhibition and Conference Sdn. Bhd. telah bekerjasama menganjurkan Pameran Defence Asia 2022 (DSA 2022) dan National Security Asia 2022 (NATSEC Asia 2022) dari 28 hingga 31 Mac 2022 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. DSA NATSEC 2022 merekodkan sebanyak 1,170 pempamer dari 54 buah negara dan 250 syarikat tempatan, seramai kira-kira 35,567 pelawat perdagangan daripada 85 buah negara dan pemeteraian kontrak perjanjian berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam bernilai RM2.596 bilion. Pelancaran Rasmi Pameran DSA & NATSEC Asia 2022 oleh YB Menteri Dalam Negeri dan YB Menteri Kanan Pertahanan. Defence Asia 2022 dan National Security Asia 2022 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 82


YBrs. En. Zulkifli bin Abidin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Keselamatan bersama delegasi Australia dalam Mesyuarat Kumpulan Kerja Menangani Keganasan Ke-7 pada 29 Mei hingga 3 Jun 2022 di Canberra, Australia. Mesyuarat Kumpulan Kerja Menangani Keganasan Ke-7 atau 7th Counter Terrorism Working Group di antara Malaysia dan Australia telah diadakan pada 29 Mei hingga 3 Jun 2022 di Canberra, Australia. Mesyuarat tahunan yang dihoskan secara bergilir ini adalah platform untuk membincangkan isu-isu mengenai keganasan, inisiatif-inisiatif baharu dan perkongsian amalan terbaik dalam usaha menangani keganasan dengan lebih efektif melalui peningkatan keupayaan kedua-dua negara. Perkara utama yang dibincangkan semasa mesyuarat tersebut ialah: i. Terrorism Threat Assessment and Future Counter-Terrorism (CT) Priorities; ii. Bilateral Cooperation, Regional and Multilateral Engagement; iii. Counter Terrorism Financing (CTF); iv. Preventing/Countering Violent Extremism Efforts; v. Cyber and CT; dan vi. Returning terrorist fighters. Mesyuarat Kumpulan Kerja Menangani Keganasan Ke-7 LAPORAN TAHUNAN 2022 83


YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri dan YBhg. Tan Sri Idrus bin Harun, Peguam Negara bersama TYT Ali Asghar Mohammadi, Duta Besar Iran ke Malaysia menandatangani Triti Ekstradisi Malaysia-Republik Islam Iran pada 2 Ogos 2022 di Putrajaya. Malaysia dan Republik Islam Iran telah menandatangani Triti Ekstradisi dan Triti Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah pada 2 Ogos 2022 di Putrajaya. Kerajaan Malaysia diwakili oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri dan YBhg. Tan Sri Idrus bin Harun, Peguam Negara manakala Republik Islam Iran diwakili oleh TYT Ali Asghar Mohammadi, Duta Besar Iran ke Malaysia. Pewujudan mekanisme formal bagi kerjasama dalam perkara ekstradisi dan bantuan bersama dalam perkara jenayah antara Malaysia dengan Kerajaan Republik Islam Iran ini akan melicin dan mempercepatkan tindakan bagi permintaan ekstradisi di antara kedua-dua buah negara. Triti Ekstradisi dan Triti Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah Antara Malaysia dan Kerajaan Republik Islam Iran KEMENTERIAN DALAM NEGERI 84


YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara (JKPKSN) Bil.1/2022 pada 23 Mei 2022 di Putrajaya. Libat Urus Bersama Pihak Berkepentingan Sesi libat urus bersama pihak berkepentingan dilaksanakan bagi memastikan objektif sesuatu matlamat tercapai. Bahagian Keselamatan telah melaksanakan beberapa program bersama pihak berkentingan bagi merangka dasar dan garis panduan kepada agensi-agensi yang terlibat. Sesi pembentangan daripada wakil Pemegang Taruh berkaitan Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (NAPPCVE). Bahagian Keselamatan bekerjasama dengan Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) dan Accounting Research Institute (ARI), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (NAPPCVE) pada April 2021 hingga Mac 2022. Penggubalan pelan ini adalah selaras dengan saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu agar setiap negara membangunkan dokumen tersebut agar halatuju usaha mencegah dan menangani fahaman pelampau dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan menyeluruh. Beberapa siri perbincangan, libat urus, kaji selidik, bengkel dan Town Hall dengan kumpulan sasar telah dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat, data serta maklum balas untuk menyediakan pelan tindakan tersebut. Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara (JKPKSN) kali pertama bagi tahun 2022 telah diadakan pada 23 Mei 2022 dan dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri. Mesyuarat ini membincangkan cadangan pemantapan kawalan sempadan negara melalui pewujudan Pelan Induk Pengurusan Sempadan Negara yang komprehensif dan usaha-usaha menambah baik infrastruktur serta keupayaan operasi bagi meningkatkan keberkesanan kawalan keselamatan sempadan negara. Pembangunan Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara LAPORAN TAHUNAN 2022 85


Sesi Kunjungan Hormat ke atas YAB Premier Sarawak pada 22 Jun 2022. Sesi perbincangan cadangan penambahbaikan aspek pengurusan dan penguatkuasaan industri keselamatan antara KDN bersama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) dan Persatuan Industri Keselamatan Malaysia. Kunjungan hormat oleh Ketua Polis Negara kepada YAB Premier Sarawak telah diadakan pada 22 Jun 2022. Tujuan utama libat urus dan sesi kunjungan hormat ini diadakan antara lain adalah untuk membincangkan perolehan tanah bagi pembinaan tujuh pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang baharu di Sarawak. Susulan daripada sesi libat urus ini, kelulusan permohonan bagi tapak tanah cadangan pembangunan tujuh pos baharu PGA di Sarawak tersebut telah diperoleh pada 30 Ogos 2022 dan kelulusan kebenaran masuk kawasan tapak pada 9 September 2022. Kelulusan perolehan tanah tersebut adalah penting bagi memastikan pembinaan tujuh pos baharu tersebut dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Perkhidmatan kawalan keselamatan merupakan industri yang menyokong fungsi yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dalam menjaga keselamatan awam dan harta benda. Sepanjang tahun 2022, tumpuan diberikan terhadap penambahbaikan Akta Agensi Persendirian 1971 bagi menambah baik aspek pengurusan dan penguatkuasaan ke atas industri ini sejajar dengan keperluan semasa. Beberapa siri libat urus telah diadakan termasuk pada 24 dan 25 Mac 2022 yang turut melibatkan agensi-agensi yang berkepentingan. Selain itu, usaha menambah baik industri ini turut dilaksanakan melalui pelaksanaan Program Pemantapan Latihan Pengawal Keselamatan pada 14 hingga 16 Februari 2022 dan pengukuhan Sistem Pengurusan Industri Keselamatan (eSIMS) pada 12 hingga 14 Ogos 2022. Libat Urus Bersama Kerajaan Negeri Sarawak Berhubung Perolehan Tanah Bagi Projek-Projek Di Bawah Polis Diraja Malaysia Dan Kunjungan Hormat Ke Atas Premier Sarawak Industri Kawalan Keselamatan KEMENTERIAN DALAM NEGERI 86


YBrs. En. Zulkifli bin Abidin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Keselamatan bersama peserta Bengkel Penyediaan Garis Panduan Permohonan Lesen Mengilang Senjata dan Amunisi pada 13 hingga 15 November 2022 di Port Dickson, Negeri Sembilan. 640 Rayuan memiliki, membeli baharu atau pindah milik senjata api 153 Kemasukan Senjata Berbahaya 292 Pertunjukan Bunga Api Piroteknik 564 GAGAL 76 LULUS Bahagian Keselamatan bertanggungjawab mengawal selia Akta Senjata 1960 (Akta 206), Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) dan Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357). Regulatori Senjata, Bahan Letupan dan Senjata Berjadual Bahagian Keselamatan juga telah mengadakan Bengkel Penyediaan Garis Panduan Permohonan Lesen Mengilang Senjata dan Amunisi pada pada 13 hingga 15 November 2022 di Port Dickson, Negeri Sembilan bagi membangunkan satu garis panduan yang akan menjadi asas kawal selia bagi memastikan sesebuah syarikat mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Di samping itu, 13 lawatan dan naziran magazin sementara menyimpan bahan letupan bunga api jenis happy boom dan pop-pop telah diadakan ke atas syarikat-syarikat pengimport bunga api. Lawatan dan naziran ini bertujuan memantau tahap keselamatan sesebuah magazin milik syarikat dan juga pematuhan kepada syaratsyarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. LAPORAN TAHUNAN 2022 87


92.68% 7.32% [1,178 LELAKI] [66 WANITA] PERINTAH TAHANAN [997 ORANG] 19.43% 78.44% PERINTAH SEKATAN [247 ORANG] 2.12% DIBEBASKAN / DIUSIR [27 ORANG] 92.68% 7.32% [1,178 LELAKI] [66 WANITA] PERINTAH TAHANAN [997 ORANG] 19.43% 78.44% PERINTAH SEKATAN [247 ORANG] 2.12% DIBEBASKAN / DIUSIR [27 ORANG] Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 adalah suatu akta bagi mengadakan peruntukan untuk menahan mana-mana orang yang didapati pernah ada atau sedang ada kaitan dengan apaapa aktiviti yang berhubungan atau yang melibatkan pengedaran dadah berbahaya. Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) yang terlibat dengan program pemulihan tahanan-tahanan di bawah akta ini adalah PPA Simpang Rengam, Johor, PPA Machang, Kelantan, PPA Batu Gajah, Perak dan PPA Kluang, Johor (bagi tahanan bawah 21 tahun). Pada tahun 2022, sebanyak 1,271 orang ditangkap di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985. Daripada jumlah tersebut, 997 orang dikenakan perintah tahanan, 247 orang dikenakan Perintah Sekatan, 20 orang dibebaskan dan tujuh orang diusir ke negara asal serta disenaraihitamkan daripada memasuki Malaysia. Dari jumlah keseluruhan tersebut, 1,178 merupakan Orang Tahanan atau Orang Sekatan Lelaki manakala baki 66 adalah Orang Tahanan/Orang Sekatan Wanita. Daripada jumlah tersebut juga, 1,238 orang merupakan warganegara Malaysia manakala enam orang lagi bukan warganegara. Pencegahan Narkotik KEMENTERIAN DALAM NEGERI 88


PECAHAN ORANG TAHANAN MENGIKUT AKTA PROGRAM PEMULIHAN PENILAIAN Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (LLPK) 1985 1,120 orang 971 orang Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 374 orang 241 orang Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 - - JUMLAH 1,494 orang 1,212 orang Program Pemulihan dan Penilaian Orang Tahanan Bagi Tahun 2022 Program Temu Seru (Outreach) adalah merupakan salah satu program pemulihan yang diadakan khusus untuk orang-orang yang dikenakan Perintah Sekatan dan Penggantungan Perintah Tahanan di bawah Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1985, Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Akta Keganasan 2015. Objektif pelaksanaan program ini adalah seperti berikut: i. Memastikan Orang Sekatan (OS) memahami perintah sekatan yang termaktub di dalam akta agar mereka patuh kepada undang-undang, syarat-syarat serta peraturanperaturan yang dikenakan; ii. Sebagai platform untuk memberi motivasi kepada OS untuk berfikiran positif melalui sesi ilmiah dan perkongsian pengalaman agar tidak mengulangi kesalahan yang sama dan dapat kembali kepada kehidupan normal selepas tempoh perintah sekatan tamat; dan iii. Memastikan aspek kebajikan OS dan keluarga mereka sentiasa diberi perhatian melalui penyaluran informasi berkaitan perkhidmatan dan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan. Program Temu Seru Dengan Orang Sekatan LAPORAN TAHUNAN 2022 89


Pelaksanaan Siri Program Temu Seru Orang Sekatan 2022 BIL. SIRI LOKASI JUMLAH PENYERTAAN ORANG SEKATAN 1. Siri 1/2022 (Mac) Nilai, Negeri Sembilan 105 orang 2. Siri 2/2022 (Julai) Kuantan, Pahang 187 orang 3. Siri 3/2022 (Oktober) Kuching, Sarawak 48 orang JUMLAH 340 orang Antara pengisian program yang telah dijalankan sepanjang program tersebut adalah sesi taklimat dan dialog bersama Unit Rayuan, Bahagian Keselamatan, Urus Setia Lembaga Pencegahan Jenayah dan Keganasan (ULPJK) KDN, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Selain itu, program ceramah motivasi diri dan kelangsungan hidup turut dijalankan serta aktiviti pameran yang disertai oleh pelbagai agensi Kerajaan seperti Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pendaftaran Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri, JKM, Perkeso dan sebagainya. Selain itu juga, sesi perjumpaan dan dialog antara ahli panel jemputan yang melibatkan wakil daripada JSJ bukit Aman, JSJN bukit Aman, ULPJK dan Unit Narkotik, Bahagian keselamatan, KDN bersama Ketua Balai Polis (KBP) dan Pegawai-Pegawai Polis peringkat negeri. Program Temu Seru Outreach Orang Sekatan Siri 3 Tahun 2022 di Kuching, Sarawak. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 90


16 6 5 11 11 11 12 5 6 1 12 0 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 84 285 204 58 153 40 197 149 3 74 20 1 25 44 15 37 0000 0 000000 1 0 0 50 100 150 200 250 300 JANUARI FEBRUARI MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER DISEMBER LLPK POCA POTA Bilangan Fail Kes Inkuiri Tahun 2022 Bilangan Surat Representasi / Rayuan yang Diproses Tahun 2022 JENIS FAIL JUMLAH LLPK 1268 POCA 121 POTA 1 JUMLAH KESELURUHAN : 96 Inkuiri yang dilaksanakan oleh Pegawai Siasatan di Bahagian Keselamatan melibatkan LLPK 1985, POCA 1959 dan POTA 2015. Rayuan pula melibatkan proses representasi dan rayuan yang dikemukakan oleh Subjek atau bagi pihak Subjek bagi perintah di bawah LLPK dan mengemukakan syor kepada Menteri atau Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk pertimbangan dan keputusan. Inkuiri dan Rayuan LAPORAN TAHUNAN 2022 91


Pindaan Semula Akta dan Rang Undang-Undang (RUU) di Bawah Seliaan Bahagian Keselamatan Undang-undang yang digubal setelah perbincangan bersama pihak berkepentingan bagi mendapatkan kelulusan daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum sesuatu Akta dan RUU tersebut boleh digunapakai. Oleh itu, pada tahun 2022 Bahagian Keselamatan telah berjaya menggubal Akta dan RUU dan mendapat persetujuan dari Parlimen Malaysia. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) atau Akta 747 ini merupakan suatu Akta yang digubal khusus untuk mengadakan peruntukan bagi langkahlangkah khas yang berhubungan dengan kesalahan keselamatan bagi maksud mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan dan perkara-perkara yang berkait dengannya. Sejak Akta 747 dikuatkuasakan, ini merupakan kali kedua tempoh kuat kuasa peruntukan Subseksyen 4(5) akan dilanjutkan. Semakan kali pertama ke atas Subseksyen 4(5) ini dibuat dan diluluskan melalui usul oleh kedua-dua Majlis Parlimen adalah pada 4 April 2017 di Dewan Rakyat dan pada 27 April 2017 di Dewan Negara. Tarikh pelanjutan kuat kuasa Subseksyen 4(5) untuk kali pertama bagi tempoh lima tahun adalah mulai 31 Julai 2017 hingga 31 Julai 2022. Pada 26 Julai 2022, pelanjutan Subseksyen 4(5) SOSMA 2012 telah berjaya dilanjutkan di Dewan Rakyat manakala di Dewan Negara pula pada 28 Julai 2022. Tempoh kuat kuasa yang terkini adalah selama lima tahun sehingga 31 Julai 2027. Seramai 111 ahli Parlimen bersetuju dan menyokong usul tersebut, manakala 88 ahli Parlimen tidak bersetuju dan 21 ahli Parlimen tidak hadir. RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 (IPCC) telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga dan seterusnya telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 26 Julai 2022 dan di Dewan Negara pada 8 Ogos 2022. RUU IPCC telah diwartakan pada 18 Oktober 2022 sebagai Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 [Akta 839]. Tarikh kuat kuasa Akta ini adalah pada 1 Julai 2023. Pelanjutan Kuat Kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 Bacaan Kali Kedua Dan Ketiga Rang UndangUndang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 di Parlimen KEMENTERIAN DALAM NEGERI 92


RUU Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021 telah dibentangkan dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 18 Julai 2022 dan di Dewan Negara pada 8 Ogos 2022 yang lalu. Seterusnya, Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2022 [Akta 837] telah mendapat perkenan Diraja pada 24 Ogos 2022 dan diwartakan pada 1 September 2022. Akta tersebut mula dikuatkuasakan pada 16 November 2022. Pewartaan Dan Permulaan Kuat Kuasa Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2022 [Akta 837] YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri bersama barisan Jawatankuasa Teknikal Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelaluan Polis (RUU IPCC) pada 18 Julai 2022 di Parlimen. LAPORAN TAHUNAN 2022 93


Kajian Semula Undang-Undang Keselamatan Undang-undang yang digubal bersifat dinamik dan perlu dikaji kesesuaiannya mengikut peredaran masa. Sehubungan itu, Bahagian Keselamatan telah melaksanakan kajian semula undang-undang keselamatan seperti Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 [Akta 297] dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) [Akta 747]. Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 [Akta 297] merupakan suatu mekanisme perundangan mengenai pencegahan jenayah yang efektif bagi pengawalan penjenayahpenjenayah, anggota-anggota kongsi gelap, pengganas dan orang-orang lain yang tidak diingini serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Kali terakhir Akta ini dipinda ialah pada tahun 2017. Bahagian Keselamatan telah mengadakan tiga siri libat urus pada bulan Mei, Ogos dan Oktober 2022 bagi mendapatkan cadangan dan maklum balas berhubung cadangan pindaan tersebut dengan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara (AGC), Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Pejabat Penasihat UndangUndang KDN (PUU) dan Urusetia Lembaga Pencegahan Jenayah dan Keganasan (ULPJK). Bengkel Kajian Semula SOSMA 2012 telah pada 3 hingga 5 November 2022 dengan melibatkan pemegang taruh dari PDRM termasuklah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Unit D3, D5 dan D14 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Unit E6 dan E8 Cawangan Khas (SB) dan Urus Setia Ketua Polis Negara (Perundangan). Bengkel ini menjadi platform bagi membincang dan meneliti semula SOSMA berdasarkan keperluan semasa pada ketika ini. Bengkel Kajian Semula Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 [Akta 297] Siri 1, 2 Dan 3 Tahun 2022 Bengkel Kajian Semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 94


Program Kerjasama Bahagian Keselamatan tidak hanya terlibat dengan penggubalan dasar-dasar keselamatan. Bahagian ini juga terlibat dengan program-program ketenteraman awam seperti Sambutan Hari Kebangsaan dan Bantuan Pasca Banjir. KDN bertanggungjawab mengetuai Jawatankuasa Keselamatan dan Trafik yang bertanggungjawab menyelaras penugasan keselamatan dan kawalan trafik sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022. Sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang bertemakan “Keluarga Malaysia Teguh Bersama” telah berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2022 secara skala besar dalam tempoh fasa peralihan ke endemik. Bahagian Keselamatan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengetuai Jawatankuasa Keselamatan dan Trafik yang bertanggungjawab menyelaras penugasan keselamatan dan kawalan trafik yang melibatkan anggota dari PDRM, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Sambutan Hari Kebangsaan 2022 LAPORAN TAHUNAN 2022 95


Anggota PDRM siapsiaga menerima pemeriksaan oleh YB Menteri Dalam Negeri semasa acara simbolik penyerahan bot pada 17 Januari 2022 di Pahang. Bahagian Keselamatan telah menyelaras empat program bantuan pasca banjir yang melibatkan pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri seperti berikut: i. Program Bantuan Pasca Banjir pada 5 Januari 2022 dan Program Mekar Prihatin Pasca Banjir pada 7 Januari 2022 di Kawasan Angkat Hulu Langat; ii. Program Lawatan Kerja YB Menteri Dalam Negeri Ke Kawasan Terjejas Banjir di Negeri Johor pada 14 Januari 2022; iii. Lawatan Kerja Pengurusan Banjir Pantai Timur Dan Penyerahan Bot oleh YB Menteri Dalam Negeri pada 17 Januari 2022; dan iv. Program Lawatan Kerja YB Menteri Dalam Negeri ke Kawasan Terjejas Banjir di Baling, Kedah pada 8 Julai 2022. Program Bantuan Pasca Banjir KEMENTERIAN DALAM NEGERI 96


BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan (PKK) berperanan mengawal selia serta menguatkuasakan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 dan Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an (APTQ) 1986 di samping turut melaksanakan penguatkuasaan ke atas filem dan bahan publisiti filem di bawah Akta penapisan Filem (APF) 2002 serta perkhidmatan kawalan keselamatan oleh syarikat kawalan keselamatan yang dilesenkan di bawah Akta Agensi Persendirian (AAP) 1971. KUAT KUASA KAWAL SELIA AMCP 1984 APTQ 1986 APF 2022 AAP 1971 FUNGSI BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN PEMATUHAN KAJIAN DAN PERINTAH LARANGAN PELESENAN KEURUSETIAAN Bahan Penerbitan (AMCP 1984) Bahan / Teks Al-Qur'an (APTQ 1986) Filem / Bahan Publisiti Filem (APF 2002) Syarikat Kawalan Keselamatan (AAP 1971) Pengawai Keselamatan (AAP 1971) Pendidikan dan Pencegahan Siasatan dan Pendakwaan Pengkompauan Lesen Mesin Cetak Permit Penerbitan Lesen Mencetak Al-Qur'an Perakuan Betul Teks Al-Qur'an Hologram Al-Qur'an Kajian Naskhah Permit Kajian Naskhah Rujuk Kajian Naskhah Tahan Penyelidikan Penerbitan Kajian terhadap Akta Perintah Larangan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Teksa Al-Qur'an Lajnah Tasheh Al-Qur'an Lajnah Tasheh Al-Qur'an Braille Lajnah Tahqiq Hadith LAPORAN TAHUNAN 2022 97


Lesen Mesin Cetak dan Permit Penerbitan Pemantauan dan Kajian Penerbitan Sebanyak 167 permohonan Lesen Mesin Cetak (LMC) dan 304 Permit Penerbitan (PP) telah diproses dan diluluskan oleh KDN di bawah AMCP 1984, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,782 LMC dan 3,198 PP telah dikeluarkan. Sejumlah 18,396 bahan penerbitan telah dikaji di bawah AMCP 1984 pada tahun 2022 melibatkan sebanyak 11,752 naskhah permit dan 41 naskhah baharu serta 6,503 naskhah rujuk dan tahan diperiksa semasa pemeriksaan di lapangan juga pintu masuk. Daripada jumlah tersebut, tiga bahan penerbitan telah diwartakan sebagai Perintah Larangan (PL). AMCP 1984 LMC LESEN MESIN CETAK PP PERMIT PENERBITAN 3,198 PP PERMIT AKTIF SEHINGGA DIS 2022 304 PP PERMOHONAN PP PADA JAN - DIS 2022 2,782 LMC LESEN AKTIF SEHINGGA DIS 2022 167 LMC PERMOHONAN LMC PADA JAN - DIS 2022 KAJIAN PENERBITAN 18,396 JUMLAH NASKHAH DIKAJI KNR 100 NASKHAH N KAJIAN NASKHAH RUJUK KNP 11,752 NASKHAH KAJIAN NASKHAH PERMIT KNT 6,503 NASKHAH N KAJIAN NASKHAH TAHAN KNB 41 NASKHAH N KAJIAN NASKHAH BARU PENERBITAN YANG DIKENAKAN PERINTAH LARANGAN DI BAWAH AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984 BAGI TAHUN 2022 P.U. (A) 330 CEKIK (BM) P.U. (A) 329 HEART STOPPER VOL 2 (BI) P.U. (A) 328 CHELSIA AMANDA (BERDASARKAN KISAH BENAR) (BM) KEMENTERIAN DALAM NEGERI 98


Click to View FlipBook Version