Pusat Rekod Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri pada 11 November 2022. Pusat Rekod ini merupakan pusat rekod pertama seumpamanya bagi sesebuah kementerian di negara ini. Penubuhan Pusat Rekod KDN adalah selaras dengan peruntukan Penubuhan Rekod Agensi di bawah Perkara 33(3) Akta Arkib Negara Tahun 2003 (Akta 629). Sehingga Disember 2022, jumlah fail terkini yang telah disimpan di Pusat Rekod KDN adalah sebanyak 19,946 unit fail manakala yang akan diselenggara adalah sebanyak 31,068 unit fail. Penubuhan Pusat Rekod KDN ini dikira sebagai usaha yang amat penting dalam mendokong Visi serta Misi KDN sebagai Peneraju Keselamatan Dalam Negeri. Ia juga boleh dianggap sebagai satu tambahan layer of security bagi memastikan maklumat-maklumat penting dan strategik negara kekal terpelihara. Perasmian Pusat Rekod Kementerian Dalam Negeri YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri menandatangani plak perasmian sebagai simbolik Perasmian Pusat Rekod Kementerian Dalam Negeri. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri sedang mendengar penerangan mengenai Pusat Rekod Kementerian Dalam Negeri. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri melihat contoh jenis-jenis kerosakan yang terdapat pada dokumen yang ditempatkan di Pusat Rekod Kementerian Dalam Negeri dan mendengar penerangan mengenainya yang disampaikan oleh Pegawai Arkib di KDN. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri dan Pengurusan KDN bergambar bersama Pengurusan Arkib Negara Malaysia serta kakitangan Pusat Rekod Kementerian Dalam Negeri. LAPORAN TAHUNAN 2022 199
BAHAGIAN PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Dalam Negeri (KDN) merupakan sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk menimbang dan meluluskan permohonan kelulusan teknikal projek ICT daripada KDN sendiri dan daripada Jabatan dan Agensi bagi perolehan sistem, rangkaian, perkakasan, perisian dan perkhidmatan ICT. Jawatankuasa ini juga berperanan dalam memantau kemajuan projek ICT yang dilaksanakan serta membincangkan isu-isu yang dihadapi. BIL JABATAN BILANGAN KERTAS CADANGAN JUMLAH (RM) 1. KDN 7 17,218,728.00 2. PDRM 8 175,645,245.94 3. APMM 4 24,486,926.56 4. JIM 3 35,717,707.00 5. PENJARA 18 95,351,564.20 6. AADK 1 479,968.00 7. JPN 8 600,095,599.15 8. JPPM 1 4,540,467.60 9. ESSCOM 0 - 10. RELA 0 - JUMLAH 50 RM1,427,059,658.31 Kelulusan Teknikal Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi Statistik kelulusan projek ICT KDN 2022 Permohonan Wang Ganjaran Ahli Pasukan Projek ICT di Bawah Pelaksanaan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam (KWAICT) adalah satu insentif Kerajaan yang bertujuan untuk menggalakkan pembangunan projek ICT menggunakan kepakaran dalaman dan memberikan ganjaran kepada pasukan projek yang berjaya menjimatkan kos Kerajaan, meningkatkan kepakaran dalaman dan menggalakkan lebih banyak penghasilan produk ICT tempatan. Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam KEMENTERIAN DALAM NEGERI 200
PENJIMATAN KOS Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam (JKWAICT) Bilangan 1 Tahun 2022 melalui surat MAMPU bertarikh 1 November 2022 telah meluluskan pemberian ganjaran kepada Pasukan Projek Sistem Pengurusan Permohonan Warganegara dan Rayuan Pertubuhan (ePP) sebanyak RM36,375.20 yang didebitkan terus ke dalam akaun bank ahli pasukan projek. Pasukan Projek ePP telah berjaya menjimatkan duit Kerajaan sebanyak RM460,115.00. Pasukan ini dianggotai oleh 21 orang pegawai yang terdiri 13 orang daripada Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (IT) dan lapan orang daripada Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan (PP). Antaramuka Sistem ePP. ANGGARAN KOS PEMBANGUNAN RM 1,037,077.00 PENJIMATAN KOS PROJEK RM 460,115.00 PENJIMATAN Jumlah Penjimatan RM 460,115.00 (A) 20% Jumlah Penjimatan (A) RM 92,023.00 (B) 40% Pengisian Tabung KWAICT (B) RM 36,809.20 (C) LAPORAN TAHUNAN 2022 201
Bahagian IT telah berjaya membangun serta menaiktaraf 16 aplikasi termasuk penambahbaikan kepada aplikasi sedia ada. Pembangunan sistem aplikasi baharu ini diperlukan untuk menambahbaik mutu perkhidmatan sedia ada seterusnya meningkatkan produktiviti dan prestasi sistem penyampaian perkhidmatan KDN. Antara sistem aplikasi tersebut adalah seperti yang berikut: Pembangunan Sistem Aplikasi Baharu Sistem 01 MyStatistik Sistem 02 Sahabat KDN Sistem 03 SPICT Sistem Maklumat Pengurusan 04 Kenderaan Sistem 05 MyOPP Sistem 06eTanah Gerbang Aplikasi Penyelidikan 07(GAP) KDN Sistem 08 MyStep Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPIER) Modul Naik Pangkat dan Sambung Belajar bagi PDRM Modul Permohonan Keluar Negara Mobile App Modul Polisi Integrasi eHR - AD Keselamatan Siber Modul POTA, Sub-Modul Perubahan Perintah Modul SUKE TV, Modul Rampasan, Modul Klasifikasi 09 Sistem 10 KOHA Sistem SPKW 11 Sistem ezApprove 12 Sistem Weapons and Explosive Management 13 System (WEMS) Sistem eHR 14 Sistem ePerintah 15 Sistem iLPF 16 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 202
Mewujudkan sebuah sistem pengurusan kelulusan dokumen yang mudah dicapai dan ditadbir secara dalam talian. Mewujudkan persekitaran tanpa mengira tempat, masa dan dimana sahaja untuk kelulusan dokumen. Mewujudkan persekitaran proses kerja yang sistematik dan efektif kepada semua pengguna. Salah satu inisiatif paper-less dalam pentadbiran tertinggi Kementerian. Sistem Pengurusan Kelulusan Kementerian Dalam Negeri atau Sistem ezApprove merupakan sistem yang dibangunkan untuk kegunaan Pengurusan Tertinggi KDN dan Ketua Jabatan di Jabatan dan Agensi untuk pengurusan kelulusan dokumen yang boleh diakses dan ditadbir secara dalam talian. Sistem ini meliputi proses permohonan, ulasan, perakuan dan kelulusan serta peranan penyelaras yang dilantik dari Bahagian, Jabatan dan Agensi. Sistem ezApprove telah mula digunakan secara menyeluruh berkuatkuasa pada 1 November 2021 melalui capaian https://ezapprove.moha.gov.my/ dan aplikasi mudah alih versi Android serta IOS yang boleh dimuat turun di Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA) dan Google Play. Sistem Pengurusan Kelulusan Kementerian Dalam Negeri (ezApprove) Sistem ezApprove. Objektif Sistem ezApprove LAPORAN TAHUNAN 2022 203
Bahagian IT sedang dalam tindakan menambah baik fungsi sedia ada Sistem ezApprove. Antara senarai penambahbaikan adalah seperti yang berikut: i. Fungsi semakan oleh pemohon sebelum permohonan dihantar kepada tindakan perakuan dan kelulusan; ii. Fungsi memuat naik dokumen sokongan pada tindakan perakuan dan kelulusan; iii. Fungsi draf ulasan oleh Pegawai Bertanggungjawab; dan iv. Fungsi memuat naik dokumen kelulusan sebelum 1 November 2021. 1 Menaiktaraf Fungsi Sistem 2 2 Way Authentication 3 Digital Signature 4 Perkongsian Pintar dengan Agensi Sektor Awam Way Forward KEMENTERIAN DALAM NEGERI 204
Kempen Kita Demi Negara telah dilancarkan pada 17 Mac 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan menyasarkan seramai 20,000 ahli terdiri daripada pelajar sekolah, penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), golongan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai sukarelawan Sahabat Kita Demi Negara. Bahagian IT membangunkan Sistem Sahabat KDN secara dalaman sebagai platform untuk pendaftaran keahlian Sahabat KDN dan sistem ini boleh dicapai melalui pautan https://sahabatkdn.moha.gov.my/. Sehingga Disember 2022, seramai 25,000 ahli Sahabat KDN telah didaftarkan dalam Sistem Sahabat KDN. Pengaplikasian sistem ini memberikan mereka peluang untuk menyertai aktiviti yang dijalankan melalui Jabatan dan Agensi di bawah KDN. Pelaksanaan Sistem Sahabat Kita Demi Negara Antaramuka Utama Sistem Sahabat KDN. LAPORAN TAHUNAN 2022 205
Manual Pendaftaran Sahabat KDN. Pendaftaran Sahabat KDN di Program Kita Demi Negara dan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia 2022. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 206
Aset RM61.8b R Ekuiti RM55.9b Liabiliti RM5.9b RM 0 RM 2 RM 4 RM 6 RM 8 RM 10 RM 12 RM 14 RM 16 BILION RM4.1 bilion Hasil Belanja RM15.4 billion BAHAGIAN AKAUN Bahagian Akaun (AK) bertanggungjawab menyediakan Penyata Kewangan Kementerian (PKK) berasaskan akruan setiap bulan dan penyata tahunan untuk dikemukakan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). PKK ini disediakan bertujuan bagi melaporkan Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Prestasi Kewangan dan Penyata Perubahan Ekuiti Kementerian. PKK juga mengandungi maklumat prestasi perbelanjaan Vot Mengurus, Vot Pembangunan dan kutipan hasil. PKK tahun 2021 telah ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada 5 April 2022 dan diserahkan ke JANM. Secara keseluruhannya, sehingga 31 Disember 2021, kedudukan Kewangan Kementerian dengan keseluruhan aset terkumpul berjumlah RM61.8 bilion , liabiliti RM5.9 bilion dan ekuiti bernilai RM55.9 bilion. Prestasi Kewangan Kementerian menunjukkan perbelanjaan melebihi hasil sebanyak RM11.3 bilion. Perbelanjaan terkumpul sehingga 31 Disember 2021 adalah sebanyak RM15.4 billion, manakala hasil terkumpul berjumlah RM4.1 bilion. Penyata Kewangan Kementerian Penyata Kedudukan Kewangan 2021 Penyata Prestasi Kewangan 2021 LAPORAN TAHUNAN 2022 207
2.33% 0.01% 97.66% 1-7 HARI (656,808 BIL) 8-14 HARI (15,671 BIL) > 14 HARI (9 BIL) Selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 103 (a), Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan pembayaran bil dan tuntutan dibuat dalam tempoh 14 hari. Jumlah keseluruhan bil dan tuntutan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada tahun 2022 adalah 672,488 bil melibatkan amaun bernilai RM5.01 bilion. KDN telah mencapai prestasi pembayaran bil dalam tempoh 14 hari sebanyak 99.99 peratus melibatkan 672,479 bil yang terdiri daripada 656,808 bil (97.66%) telah dibayar dalam tempoh 1 hingga 7 hari dan 15,671 bil (2.33%) dibayar antara 8 hingga 14 hari manakala sebanyak 9 bil (0.01%) dibayar melebihi 14 hari. Latihan perakaunan akruan dan sistem Sistem Integrated Government Financial Management and Accounting System (iGFMAS) dilaksanakan secara berterusan untuk memperkukuh dan meningkatkan pemahaman pegawai bagi memastikan perakaunan akruan berjalan lancar seiring dengan perkembangan semasa. Pada tahun 2022, sebanyak 13 latihan berkaitan perakaunan akruan dan sistem iGFMAS telah dianjurkan oleh bahagian ini secara dalaman untuk pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana dari Jabatan dan Agensi. Selain itu, pegawai di Bahagian AK juga turut diberi pendedahan pengetahuan melalui persidangan atau seminar anjuran Persatuan Akauntan Sektor Awam Kebangsaan (NAPSAC), Persatuan Penolong Akauntan Sektor Awam Kebangsaan (PERPENA), Malaysia Institute of Accountants (MIA) dan Chartered Institute of Public Finance and Accountancy (CIPFA). Prestasi Pembayaran Bil Latihan Perakaunan dan Sistem Integrated Government Financial Management and Accounting System Prestasi Pembayaran Bil KEMENTERIAN DALAM NEGERI 208
Latihan Perakaunan dan Sistem iGFMAS 4 Kursus dan 1 Taklimat Kursus Pekeliling/SPANM/ MPSAS/ Peraturan Kewangan an mat 02 4 Kursus Latihan Sistem iGFMAS 4 Kurs 01 1 Seminar Seminar 1 Sem 03 1 Kursus dan 2 Bengkel Kursus Pengurusan Dokumen Akaun Terimaan 1 Kurs 2 B K D 05 T 4 Persidangan Persidangan Persatuan/ Badan Profesional Perakaunan ngan 04 1 Bengkel (2 siri) Bengkel Pelaksanaan Integrated Audit Report dan Feedback Management System (iAREF) el (2 siri) 06 Latihan Sistem iGFMAS pada 26 Jun hingga 1 Julai 2022 di Kementerian Dalam Negeri. LAPORAN TAHUNAN 2022 209
Training of Trainers (TOT) SPANM Bil. 3/2022 berkaitan Tatacara Perakaunan Aset Bukan Kewangan Kerajaan pada 12 Oktober 2022. JANM telah menetapkan sasaran 60 peratus pegawai perakaunan dan kewangan di PTJ menghadiri sekurang-kurangnya sehari kursus berkaitan kewangan dan perakaunan. Seramai 5,152 orang pegawai (89.24%) daripada 5,773 pegawai perakaunan dan kewangan di KDN telah menghadiri latihan berkaitan. BIL. JABATAN DAN AGENSI JUMLAH HADIR KURSUS (ORANG) KEHADIRAN (%) 1. KDN 210 99.06 2. PDRM 835 60.90 3. APMM 250 83.61 4. JIM 468 94.93 5. PENJARA 683 98.70 6. AADK 390 100.00 7. JPN 2,051 100.00 8. JPPM 154 100.00 9. RELA 111 100.00 JUMLAH 5,152 89.24 Pencapaian Latihan Perakaunan Akruan dan iGFMAS KEMENTERIAN DALAM NEGERI 210
Bahagian AK juga telah melaksanakan dua daripada empat elemen teras Perakaunan Pengurusan iaitu Pengekosan dan Analisa Penyata Kewangan. Bagi memastikan pelaksanaan perakaunan pengurusan berjalan lancar, sebanyak 21 sesi Stakeholder Engagement telah diadakan kepada semua Ibu Pejabat Jabatan dan PTJ yang terpilih. Objektif utama engagement ini dilaksanakan adalah seperti yang berikut: Perakaunan Pengurusan Sektor Awam Memberi pendedahan kepada PTJ berkaitan Pekeliling dan Garis Panduan Akauntan Negara Malaysia berkaitan elemen Analisa Penyata Kewangan dan Pengekosan Membantu PTJ dalam penyediaan kamus bagi tujuan penetapan dan pengukuran output Memantapkan pengetahuan dan memperluaskan kefahaman kepada PTJ mengenai penggunaan semua modul dalam sistem MyCost LAPORAN TAHUNAN 2022 211
Analisa Liabiliti Semasa Lain (Akaun Penyelesaian GRIR) bagi tempoh Julai, Ogos dan September 2022 Analisa Penyata Kewangan Kementerian Bagi Tahun 2021 Analisa Usia Guna Kenderaan Pembentangan Analisa Usia Guna Kenderaan dan Analisa Pengekosan Jabatan Pendaftaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Analisa Belanja Bekalan dan Perkhidmatan bagi tempoh tiga tahun iaitu 2020, 2021 dan sehingga jun 2022 Hasil daripada Stakeholder Engagement tersebut, sebanyak 21 PTJ telah melaksanakan PTJ Based Costing (PBC). Pelaksanaan PBC ini akan diperluaskan secara berperingkat dan dapat menyumbang ke arah pengurangan pembaziran dalam proses kerja yang akan menggalakkan penggunaan sumber kewangan secara optimum. Sebanyak empat Laporan Analisa Penyata Kewangan dan dua tajuk pembentangan yang telah dilaksanakan seperti yang berikut: KEMENTERIAN DALAM NEGERI 212
Pemantauan ke atas pelaksanaan perakaunan kewangan di Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Pejabat Pemungut (PP) selaras dengan tanggungjawab Bahagian AK di bawah Arahan Perbendaharaan (AP) 139 dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 1 Tahun 2019 mengenai pengawasan yang sesuai diadakan untuk mengelakkan kehilangan wang awam. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah seperti yang berikut: Naziran, Flying Squad dan Program Bimbingan Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan bagi komponen Aset dan Belanja Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan bagi komponen Hasil dan Pengauditan Terimaan dilaksanakan pada setiap bulan terhadap ke semua Pejabat Pemungut KDN di seluruh Negara Aktiviti Flying Squad bertujuan untuk pengauditan atau semakan data aset yang telah dimigrasi di dalam sistem iGFMAS Memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada PTJ dan PP terpilih bagi meningkatkan kemahiran pegawai-pegawai dalam urusan perakaunan Naziran Bayaran Naziran dan Pengauditan Terimaan Flying Squad Program Bimbingan JABATAN DAN AGENSI NAZIRAN BAYARAN NAZIRAN FLYING SQUAD NAZIRAN TERIMAAN PROGRAM BIMBINGAN BILANGAN PTJ BILANGAN PTJ BILANGAN PEJABAT PEMUNGUT BILANGAN PEJABAT PEMUNGUT KDN 2 - - - PDRM 7 10 7 3 APMM 1 - - - JIM 1 1 6 1 PENJARA 3 3 - - AADK 4 4 1 - JPN - 2 1 - JPPM 1 - - - RELA 1 - - - JUMLAH 20 20 15 4 Aktiviti Naziran dan Program Bimbingan LAPORAN TAHUNAN 2022 213
Aktiviti naziran dan pengauditan terimaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi pada 21 hingga 25 Ogos 2022. Taklimat Peraturan Perakaunan Penutupan Akhir Tahun 2022 pada 16 November 2022 di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Kementerian Dalam Negeri. Sebanyak 2,005 aduan telah diterima melalui Solution Manager Service Desk (SOLMAN), e-mel, telefon dan serahan tangan. Pecahan aduan terbahagi kepada 1,920 aduan menerusi laporan incident berkaitan sistem iGFMAS seperti aplikasi sistem, capaian pengguna, isu teknikal seperti perkakasan, talian internet atau network, token, eVendor, eLaporan dan ePenyata Gaji manakala 85 aduan lagi merupakan khidmat nasihat berkaitan prosedur pengurusan kewangan dan perakaunan. Kesemua aduan dan khidmat nasihat diproses serta diselesaikan dalam tempoh tiga hari bekerja. Taklimat berkaitan Peraturan Perakaunan Penutupan Akhir Tahun 2022 telah diadakan pada 16 November 2022 di Kementerian Dalam Negeri secara bersemuka dan telesidang telah dihadiri oleh semua PTJ yang terlibat. Taklimat ini bertujuan untuk memberikan garis panduan dan tindakan PTJ yang perlu dipatuhi pada akhir Tahun Kewangan 2022 selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil.5/2022. Pengurusan Aduan Taklimat Penutupan Akaun Kerajaan Persekutuan 2022 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 214
BAHAGIAN PEROLEHAN Bagi tempoh Januari sehingga Disember 2022, Bahagian PL telah melaksanakan sebanyak 147 perolehan seperti yang berikut: Bahagian Perolehan (PL) bertanggungjawab menguruskan perolehan perkhidmatan atau pembekalan peralatan untuk Bahagian-bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Semua proses perolehan yang dilaksanakan adalah selaras dengan dasar dan prinsip Perolehan Kerajaan serta tatacara Kewangan yang sedang berkuatkuasa samaada di bawah peruntukan Belanja Mengurus atau di bawah peruntukan Belanja Pembangunan (Non-Fizikal) Kementerian Dalam Negeri (KDN). Pengurusan Perolehan TENDER 46.93% - 69 - SEBUT HARGA 43.53% - 64 - RUNDINGAN TERUS 9.52% - 14 - Pengurusan Proses Perolehan LAPORAN TAHUNAN 2022 215
Aktiviti-Aktiviti Bahagian Perolehan BIL. TAJUK TARIKH LOKASI BENGKEL PENGURUSAN PEROLEHAN 1. Bengkel Training Of Trainers (TOT) bagi Modul Setiausaha Spesifikasi e-Perolehan (eP) untuk Bahagian, Jabatan dan Agensi di KDN. 6 - 7 Julai 2022 Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. 2. Bengkel Pemantapan Spesifikasi melalui Sistem e-Perolehan (eP) untuk Bahagian, Jabatan dan Agensi di KDN. 15 -16 November 2022 Bilik Latihan ICT, Aras 5, Blok D2, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. MESYUARAT PENYELARASAN PEROLEHAN 3. Bengkel Pengurusan Tatacara Perolehan Kerajaan Siri 1 18 Julai 2022 Kota Kinabalu, Sabah. 4. Bengkel Pengurusan Tatacara Perolehan Kerajaan Siri 2 29 Ogos 2022 Kuching, Sarawak. 5. Bengkel Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan Siri 3 11 - 13 November 2022 Ayer Keroh, Melaka. YBrs. Pn. Siti Nur Azirawati binti Idris dari Bahagian Perolehan dalam sesi penyampaian taklimat Bengkel Training Of Trainiers (TOT) bagi Modul Setiausaha Spesifikasi e-Perolehan (eP) untuk Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN pada 6 Julai 2022 di Putrajaya. Sesi penyampaian taklimat dalam Bengkel Pengurusan Tatacara Perolehan Kerajaan pada 11 hingga 13 November 2022 di Ayer Keroh, Melaka. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 216
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) bertanggungjawab mengurus hal–hal perkhidmatan, pembangunan organisasi, sumber manusia dan program pembangunan modal insan pegawai serta kakitangan. Bahagian ini berperanan penting dalam memberikan perkhidmatan sokongan yang cekap melalui pembentukan struktur penjawatan yang optimum, pelaksanaan pengurusan personel yang berkesan, pengurusan prestasi yang efisien serta menyediakan peluang kepada pegawai dan kakitangan dalam meningkatkan kompetensi melalui latihan yang komprehensif. Bagi Kementerian, Jabatan dan Agensi dapat beroperasi dengan lancar, BPSM KDN berperanan memastikan pengisian perjawatan berada pada tahap 90 peratus dan ke atas. Pengisian perjawatan KDN pada 31 Disember 2022 adalah pada tahap 93.6 peratus iaitu 182,893 berbanding 195,351 perjawatan yang diluluskan. Sebanyak 12,458 atau 6.4 peratus kekosongan perjawatan direkodkan di pelbagai Bahagian, Jabatan dan Agensi. Kedudukan perjawatan KDN adalah seperti yang berikut: Ringkasan Bilangan Perjawatan, Pengisian dan Kekosongan *Maklumat ini tidak termasuk 48 perjawatan di Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, KDN yang dipindahkan daripada Kementerian Sumber Manusia berkuat kuasa pada 3 Disember 2022. JABATAN/ AGENSI PERJAWATAN PENGISIAN KEKOSONGAN BILANGAN PERATUS (%) BILANGAN PERATUS (%) KDN 2,138 1,973 92.3 165 7.7 PDRM 142,282 134,455 94.5 7,827 5.5 PENJARA 17,345 15,819 91.2 1,526 8.8 JIM 15,647 14,311 91.5 1,336 8.5 AADK 6,507 5,794 89.0 713 11.0 APMM 5,322 4,791 90.0 531 10.0 JPN 4,555 4,349 95.5 206 4.5 RELA 1,101 977 88.7 124 11.3 JPPM 267 253 94.8 14 5.2 ESSCOM 187 171 91.4 16 8.6 JUMLAH 195,351 182,893 93.6 12,458 6.4 LAPORAN TAHUNAN 2022 217
Kajian pengukuhan struktur organisasi dilaksanakan secara dinamik dan berterusan. Tujuan kajian ini adalah untuk memastikan struktur organisasi dan perjawatan di Jabatan / Agensi di bawah KDN adalah setara dengan kompleksiti dan bebanan tugas bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dalam aspek keselamatan dan ketenteraman awam. Pada tahun 2022, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan lapan permohonan pengukuhan struktur organisasi KDN melibatkan kawalan sempadan dan operasi yang berimpak tinggi seperti yang berikut: i. Pengukuhan Balai Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bera Enam perjawatan dinaik taraf dan 32 perjawatan baharu telah diluluskan bagi mengukuhkan IPD Bera agar sentiasa bersedia menjaga keselamatan dan ketenteraman awam masyarakat setempat; ii. Pengukuhan Cawangan Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) 100 perjawatan baharu bagi memperkukuhkan Cawangan D11 PDRM selari dengan inovasi teknologi dan penambahbaikan undang-undang berkaitan jenayah seksual serta kekerasan terhadap wanita dan kanak-kanak; iii. Pengoperasian penuh Penjara Lahad Datu, Sabah 420 perjawatan baharu di Penjara Lahad Datu, Sabah sekaligus mengatasi masalah kesesakan di institusi penjara sedia ada di Sabah; iv. Pengukuhan Abu Bakar Maritime Base (ABMB), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) 19 perjawatan baharu di ABMB APMM yang berperanan untuk memelihara keselamatan dan kedaulatan di kawasan perairan Johor; v. Pelanjutan Secara Bertempoh Pasukan Nukleus Single Border Agency (SBA) 35 perjawatan di Pasukan SBA telah dilanjutkan secara bertempoh sehingga 31 Disember 2023 yang berfungsi untuk mengkaji penubuhan satu badan eksklusif bagi menjaga sempadan negara dan pintu-pintu masuk serta pelabuhan-pelabuhan; vi. Pelanjutan Secara Bertempoh Pasukan Petugas Khas Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) 32 perjawatan di Pasukan NIISe telah dilanjutkan secara bertempoh sehingga 31 Ogos 2025 untuk membangunkan Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional bagi menggantikan Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) yang ditamatkan pada 18 Oktober 2018; Pengukuhan Struktur Organisasi KEMENTERIAN DALAM NEGERI 218
vii. Pemindahan Bahagian Pengurusan Pekerja Migran, Kementerian Sumber Manusia 48 perjawatan daripada Bahagian Pengurusan Pekerja Migran, Kementerian Sumber Manusia telah dipindahkan ke Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, KDN berkuat kuasa mulai 3 Disember 2022; dan viii.Pengukuhan Sembilan Bahagian Di KDN melibatkan 24 perjawatan telah selesai dilaksanakan melalui kaedah pindah butiran perjawatan iaitu Bahagian Perolehan, Kewangan, Akaun, Pembangunan, Pejabat Strategik Nasional (NSO) MAPO, Pejabat Penapisan Filem, Unit Komunikasi Korporat, Urus Setia Lembaga Pencegahan Jenayah dan Keganasan serta Suruhanjaya Pasukan Polis. Kajian penambahbaikan elaun, insentif dan kemudahan yang melibatkan Anggota Keselamatan serta Pegawai Penguat Kuasa Jabatan dan Agensi di bawah KDN dilaksanakan bagi memastikan kebajikan pegawai sentiasa dibela. Pemberian inisiatif ini bagi memupuk moral pegawai di tahap tinggi dalam menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan negara. Empat penambahbaikan elaun yang telah diluluskan oleh Agensi Pusat pada tahun 2022 adalah seperti berikut: i. Bayaran Insentif Pengawasan (BIP) Pelatih di PUSPEN, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kenaikan kadar daripada RM100.00 kepada RM200.00 sebulan bagi pegawai yang terlibat secara langsung dalam pemulihan penagihan. Pembayaran BIP ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2023; ii. Bayaran Insentif Ketukangan Pemandu Kenderaan, Jabatan Penjara Malaysia (PENJARA) Kenaikan kadar daripada RM50.00 - RM90.00 kepada RM75.00 - RM135.00 sebulan. Elaun ini turut dijenamakan semula daripada Elaun Memandu kepada Bayaran Insentif Ketukangan (BIK) Pemandu Kenderaan; iii. Bayaran Insentif Pengawasan Banduan (BIPB) kepada pegawai / kakitangan di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Kenaikan kadar daripada RM150.00 kepada RM200.00 sebulan dan turut dipanjangkan kepada pegawai / kakitangan di PRP bagi menggantikan Bayaran Insentif Program Pemulihan Pemasyarakatan (BIPPP) yang telah dimansuhkan; dan iv. Bayaran Insentif Menyelam (BIM) Kenaikan kadar daripada RM100.00 kepada RM200.00 sebulan bagi penyelam kapal dan skuba di PDRM dan APMM. BIM turut dipanjangkan kepada Penyelam Taktikal (Unit 69 Komando, PDRM) sebanyak RM300.00 sebulan. Penstrukturan Semula Elaun, Insentif dan Kemudahan LAPORAN TAHUNAN 2022 219
Lawatan kerja bagi Bayaran Insentif Menyelam (BIM) bersama Jabatan Perkhidmatan Awam di Pusat Latihan VAT 69 Komando, PGA, PDRM Pulau Perhentian, Terengganu. Pelaksanaan urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat merupakan aspek penting dalam pengurusan sumber manusia. Sepanjang tahun 2022, seramai 1,852 orang pegawai di Kementerian dan Jabatan / Agensi di KDN telah diperakukan pemangkuan dan kenaikan pangkat ke gred jawatan lebih tinggi. Daripada jumlah tersebut, seramai 1,111 orang pegawai adalah daripada Skim Perkhidmatan Gunasama dan 741 orang pegawai adalah daripada Skim Perkhidmatan Bukan Gunasama. Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (Kumpulan Pelaksana 1) yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) turut memperakukan pemangkuan bagi 150 orang pegawai manakala 1,342 orang pegawai telah diberi kenaikan pangkat pada tahun 2022. Pecahan bilangan pegawai mengikut urusan dan Kumpulan Perkhidmatan adalah seperti yang berikut: Urusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat Tahun 2022 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 220
BPSM turut berperanan mengurus dan menyelaras program peningkatan kompetensi dan latihan dalam perkhidmatan bagi pegawai serta kakitangan KDN. Secara keseluruhannya, pelaksanaan latihan di bawah Pelan Operasi Latihan (POL) KDN Tahun 2022 adalah seperti berikut: KUMPULAN PERKHIDMATAN URUSAN SKIM PERKHIDMATAN JUMLAH GUNASAMA BUKAN GUNASAMA Pengurusan Tertinggi Pemangkuan 9 4 13 Kenaikan Pangkat 3 2 5 Pengurusan dan Profesional Pemangkuan 87 190 277 Kenaikan Pangkat 53 12 65 Pelaksana Pemangkuan 8 142 150 Kenaikan Pangkat 951 391 1,342 JUMLAH 1,111 741 1,852 Pengurusan Latihan KDN Urusan Pemangkuan / Kenaikan Pangkat Tahun 2022 Pelaksanaan Latihan di bawah Pelan Operasi Latihan (POL) Tahun 2022 KURSUS >3 HARI PERBELANJAAN BILANGAN KURSUS BILANGAN KURSU 170 kursus PERBELANJAAN RRM2, M2,907, 907,704.91 KURSUS 1,814 pegawai LAPORAN TAHUNAN 2022 221
Dasar Latihan KDN Tahun 2022 turut menetapkan kehadiran berkursus sekurang-kurangnya tiga hari atau 18 jam. Pada tahun 2022, prestasi kehadiran berkursus warga kerja KDN adalah pada tahap 99.13 peratus. Antara program yang dianjurkan pada tahun 2022 ialah Forum Perkongsian Latihan Luar Negara yang menjadi platform untuk pegawai-pegawai KDN yang telah menghadiri kursus dan latihan di luar negara berkongsi maklumat dan pengalaman kepada warga Kementerian. Forum tersebut telah diadakan pada 1 Disember 2022 dan dihadiri oleh 100 orang peserta daripada Ibu Pejabat KDN, Jabatan dan Agensi. Seramai tiga orang pegawai Kementerian telah menghadiri kursus di luar negara yang dilaksanakan melalui POL KDN tahun 2022 seperti yang berikut: TAJUK KURSUS TEMPAT KURSUS TARIKH PESERTA Leading Successful Change Fontainableau, Perancis 3 hingga 5 Mei 2022 1 orang pegawai Governance, Risk and Compliance Management and Integrated Assurance London, United Kingdom 9 hingga 20 Mei 2022 1 orang pegawai Organization Management: Blue Ocean Strategy San Francisco, Amerika Syarikat 13 hingga 16 Jun 2022 1 orang pegawai Forum Perkongsian Latihan Luar Negara sebagai platform untuk pegawai-pegawai KDN yang telah menghadiri kursus di luar negara berkongsi maklumat dengan warga KDN. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 222
Indeks Kepuasan Kerja Kementerian Dalam Negeri (IKK KDN) telah dibangunkan bagi mengenal pasti tahap kepuasan kerja dan tahap keterlibatan kerja warga Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN. Pembangunan IKK KDN telah bermula pada April 2022 membabitkan seramai 25 orang Pegawai Psikologi serta Penolong Pegawai Psikologi sebagai Panel Pembangunan Indeks. Indeks ini terdiri daripada dua domain utama iaitu Kepuasan Kerja dan Keterlibatan Kerja. Domain Kepuasan Kerja merangkumi komponen ganjaran, penyeliaan dan keseronokan bekerja manakala Domain Keterlibatan Kerja pula meneliti aspek dedikasi, semangat kerja dan ketekunan. IKK KDN mengandungi 36 item keseluruhannya. Pembangunan Indeks Kepuasan Kerja Kementerian Dalam Negeri GANJARAN PENYELIAAN KESERONOKAN DEDIKASI SEMANGAT KERJA KETEKUNAN KEPUASAN KERJA Kepuasan yang diperolehi oleh individu usai menjalankan tugasan dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka yang memberi kesan positif kepada aspek psikologi, fisiologi dan persekitaran individu tersebut KETERLIBATAN KERJA Penglibatan individu secara fizikal, kognitif dan emosi terhadap peranan kerja yang dipertanggungjawabkan DOMAIN DAN SUBDOMAIN INDEKS KEPUASAN KERJA KDN Pelancaran Indeks Kepuasan Kerja Kementerian Dalam Negeri (IKK KDN) pada 8 dan 9 November 2022. LAPORAN TAHUNAN 2022 223
Model Psikologi Keselamatan Kementerian Dalam Negeri (MPK) 2022-2025 telah dibangunkan sebagai rujukan dan panduan asas bagi perkhidmatan psikologi di Kementerian dan Jabatan / Agensi di bawah KDN. Model ini memperjelaskan hala tuju strategik perkhidmatan psikologi keselamatan bagi tempoh empat tahun akan datang. MPK ini terdiri daripada empat teras dan 14 strategi seperti yang berikut: Model Psikologi Keselamatan KDN TERAS 1 MENGUKUHKAN TADBIR URUS DAN INTEGRITI PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KESELAMATAN STRATEGI 1 STRATEGI 2 STRATEGI 3 - - - Meningkatkan keberkesanan tadbir urus perkhidmatan psikologi keselamatan selari dengan dasar semasa. Mengurus profil psikologi keselamatan warga KDN dan jabatan. Memeperkukuhkan penyampaian perkhidmatan psikologi keselamatan. TERAS 3 TERAS 4 PENDIGITALN PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KESELAMATAN STRATEGI 1 STRATEGI 2 STRATEGI 3 STRATEGI 4 - - - - Membangunkan sistem integrasi bersepadu psikologi keselamatan KDN. Pendigitalan advokasi psikologi keselamatan kepada semua warga kementerian dan jabatan secara berstruktur. Memperkasa Gerbang Aplikasi Penyelidikan KDN (GAP KDN). Mewujudkan pusat pengurusan data perkhidmatan psikologi KDN. STRATEGI 1 STRATEGI 2 STRATEGI 3 STRATEGI 4 - - - - Memperkasakan perkhidmatan psikologi dalam elemen siasatan dan pendakwaan. Mengaplikasikan pendekatan kriminologi dalam meganalisis tingkah laku penjenayah. Menangani ideologi ekstrem dan tingkah laku radial semasa pemuliha serta membendung perekrutan pengganas baharu. Memperkasakan intervensi psikologi koreksional. TERAS 2 MEMELIHARA KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MELALUI PENDEKATAN PSIKOLOGI KESELAMATAN STRATEGI 1 STRATEGI 2 STRATEGI 3 - - - Mewujudkan pelan latihan psikologi keselamatan. Mewujudkan pakar dalam bidang psikologi keselamatan. Mewujudkan jaringan pintar dan kerjasama strategik dalam dan luar negara dalam bidang psikologi keselamatan. PENGUKUHAN KOMPETENSI PEGAWAI PSIKOLOGI DALAM BIDANG PSIKOLOGI KESELAMATAN Model Psikologi Keselamatan KDN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 224
YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Sijil Kepujian (ASK) Tahun 2021 pada 21 Mac 2022. Majlis ini merupakan pengiktirafan dan penghargaan kepada warga kerja KDN melibatkan seramai 157 orang penerima APC serta 78 orang penerima ASK yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang sepanjang tahun 2021. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri dalam Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 21 Mac 2022 turut menyampaikan Anugerah Sijil Khas MDN dan Anugerah Sijil Khas KSU kepada empat orang Pegawai Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) sebagai pengiktirafan atas sumbangan yang melebihi ekspektasi sepanjang tahun 2021. Majlis Anugerah Kecemerlangan 2021 Anugerah Sijil Khas Menteri Dalam Negeri dan Sijil Khas Ketua Setiausaha 2021 Majlis Anugerah K e c e m e r l a n g a n Kementerian Dalam Negeri Tahun 2021. LAPORAN TAHUNAN 2022 225
Penerima Pertama Anugerah Sijil Khas Menteri Dalam Negeri Penerima Pertama Anugerah Sijil Khas Ketua Setiausaha Penerima Kedua Anugerah Sijil Khas Menteri Dalam Negeri Penerima Kedua Anugerah Sijil Khas Ketua Setiausaha Anugerah Sijil Khas Menteri Dalam Negeri disampaikan kepada YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Pengarah Imigresen. Anugerah Sijil Khas Ketua Setiausaha disampaikan kepada YBhg. Dato’ Ruslin bin Jusoh, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara. Anugerah Sijil Khas Menteri Dalam Negeri disampaikan kepada YBrs. En. Zulkifli bin Abidin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Keselamatan. Anugerah Sijil Khas Ketua Setiausaha disampaikan kepada YBrs. Pn. Nor Azizati binti Hamzah, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 226
Majlis Persaraan Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung Tahun 2022. Majlis Persaraan Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung Tahun 2022 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada 10 November 2022. Majlis ini merupakan tanda penghargaan dan terima kasih kepada 28 orang warga kerja KDN yang telah bersara pada tahun 2022 atas sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada kementerian ini khasnya dan perkhidmatan awam secara amnya. Majlis Amanat YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri selaku Ketua Perkhidmatan telah diadakan pada 27 September 2022 dan dihadiri seramai 150 orang pegawai mewakili 13 skim perkhidmatan. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini bermatlamat untuk memperkukuh hubungan serta mengeratkan kerjasama antara pihak pengurusan dengan warga KDN daripada pelbagai skim perkhidmatan. Majlis ini telah dijadikan platform untuk bertukar pandangan berkaitan dengan aspek pengurusan sumber manusia, kebajikan pegawai serta menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan KDN. Majlis Persaraan Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung 2022 Majlis Amanat Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Selaku Ketua Perkhidmatan LAPORAN TAHUNAN 2022 227
YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, beramah mesra dengan wakil skim perkhidmatan untuk memperkukuhkan hubungan dan mengeratkan kerjasama. BPSM KDN telah melaksanakan Program Pementoran Kepimpinan yang melibatkan 11 orang mentor terdiri daripada Timbalan Ketua Setiausaha dan Setiausaha Bahagian di Kementerian. Seramai 23 orang menti yang terdiri daripada Pegawai Gred 48 dan 52. Program ini telah dilaksanakan dalam tempoh empat bulan iaitu bermula daripada 15 Mac hingga 15 Jun 2022 dengan minimum enam kali perjumpaan. Fokus utama program permentoran ini adalah untuk memberi bimbingan, sokongan serta bantuan secara profesional bagi meningkatkan pembangunan diri dan kompetensi kepimpinan dalam kalangan pegawai di Kementerian. Majlis Penutup Program Pementoran Kepimpinan Tahun 2022 dan Bicara Eksekutif bersama YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha KDN telah diadakan pada 18 Ogos 2022. Program Pementoran Kepimpinan Tahun 2022 Sesi pertemuan para mentor dan menti dalam Program Pementoran Kepimpinan Kementerian Dalam Negeri Tahun 2022. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 228
Majlis Ramah Mesra YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Bersama Presiden Kesatuan / Persatuan Sekerja. Majlis Ramah Mesra YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha KDN Bersama Presiden Kesatuan / Persatuan Sekerja telah diadakan pada 14 September 2022. Majlis ini telah dihadiri oleh enam kesatuan / persatuan sekerja Jabatan / Agensi di bawah KDN iaitu Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis, Semenanjung Malaysia (PACSU), Persatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (PRISM), Persatuan Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan, Persatuan Pegawai Penjara (POA), wakil Penguatkuasaan dan Kawalan (PK) dan wakil Pertahanan Awam RELA. Majlis ramah mesra ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara Kementerian dan Kesatuan / Persatuan selain mendapatkan maklum balas serta input dalam memantapkan penyampaian perkhidmatan Kementerian. Majlis Ramah Mesra Ketua Setiausaha KDN Bersama Presiden Kesatuan / Persatuan Sekerja LAPORAN TAHUNAN 2022 229
Persidangan Pengurus Sumber Manusia KDN (HRMC) Tahun 2022 telah diadakan pada 14 Jun dan 13 Disember 2022 dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Sayuthi bin Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN. HRMC KDN merupakan platform bagi Pengurus-Pengurus Sumber Manusia daripada Jabatan / Agensi untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan Pengurusan Sumber Manusia serta sebagai wadah perkongsian amalan terbaik di Jabatan / Agensi. Pembentangan amalan terbaik Jabatan / Agensi bagi tahun 2022 adalah seperti yang berikut: i. Corporate Smart Internship (CSI) oleh Jabatan Penjara Malaysia (PENJARA) Program CSI diwujudkan sebagai salah satu elemen transformasi penjara dengan menerapkan konsep Pemulihan Dalam Komuniti. Melalui perkongsian ini, Jabatan / Agensi dapat menjadikan program dan inisiatif yang melaksanakan penjimatan peruntukan Kerajaan serta mengurangkan kesesakan penjara. ii. Pelaksanaan Dasar Pembangunan Standard Kemahiran dan Kerjaya (DPKM) oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Anggota APMM menjadikan DPKM sebagai rujukan dalam Pelan Pembangunan Kerjaya dan Potensi Pegawai Penguat Kuasa APMM. Melalui perkongsian ini, Jabatan / Agensi turut digalakkan untuk membangun serta mengemas kini Dasar Pembangunan Standard Kemahiran dan Kerjaya skim perkhidmatan masing-masing untuk dijadikan panduan dalam kemajuan perkhidmatan. Persidangan Pengurus Sumber Manusia KDN Persidangan Pengurus Sumber Manusia KDN Bilangan 1 Tahun 2022 pada 14 Jun 2022. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 230
Majlis Bersama Jabatan (MBJ) merupakan platform komunikasi dua hala di antara pihak pekerja dan pihak pengurusan menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea bernas selain mewujudkan jalinan kerjasama demi kepentingan organisasi. Pada tahun 2022, KDN telah melaksanakan tiga Mesyuarat MBJ iaitu pada 12 April 2022, 22 Ogos 2022 dan 24 Disember 2022. Sebanyak 12 usul pihak pekerja telah direkodkan di sepanjang tahun 2022 dan semua usul berjaya diselesaikan. Antara usul pihak pekerja bagi meningkatkan kepuasan kerja di pejabat adalah seperti yang berikut: i. Kelengkapan peralatan di gimnasium KDN; ii. Pembaikan kafeteria di Blok D10; iii. Pewujudan semula fungsi siar raya; dan iv. Penambahbaikan Sistem Tempahan Bilik Mesyuarat (STBM) KDN. Sebagai penutup tahun 2022, Mesyuarat MBJ Bilangan 3 telah dilaksanakan di Johor dengan pengisian Program Khas Bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Selain itu, Sijil Penghargaan turut disampaikan kepada Wakil Pekerja Sesi 2021/2022 yang telah menjayakan MBJ KDN dengan cemerlang. Majlis Bersama Jabatan Mesyuarat MBJ Bilangan 3 Tahun 2022 yang diadakan di Johor Bahru. Ahli MBJ turut b e r k e s e m p a t a n berlayar bersama Anggota APMM menaiki KM Perwira dan KM Ramunia di perairan Tanjung Piai pada 23 Disember 2022. LAPORAN TAHUNAN 2022 231
Sesi perkhidmatan kaunter secara langsung sepanjang Minggu Mesra SM Tahun 2022. Minggu Mesra Sumber Manusia (Minggu Mesra SM) telah berlangsung pada 13 hingga 16 Jun 2022 di Bilik Latihan Sumber Manusia KDN. Program ini dilaksanakan bagi memberikan perkhidmatan berkaitan pengurusan sumber manusia kepada warga Kementerian. Pelbagai aktiviti dan perkhidmatan kaunter turut diadakan sepanjang program ini iaitu: i. Program Temu Duga Personel MySTEP; ii. Kursus Pengurusan Psikologi; iii. Ceramah Urusan Perkhidmatan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam; iv. Semakan Buku Perkhidmatan Kerajaan; v. Ceramah Pengurusan Wang; vi. Pemeriksaan Kesihatan; dan vii. Perkhidmatan Kaunter seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Pusat Pungutan Zakat (PPZ), HRMIS dan Pengurusan Psikologi. Minggu Mesra Sumber Manusia KEMENTERIAN DALAM NEGERI 232
Penyampaian Anugerah Pengurusan Sumber Manusia Tahun 2021 / 2022 diadakan buat julung-julung kalinya atas inisiatif BPSM KDN sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan kepada Pengurusan Sumber Manusia di Jabatan / Agensi yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam lima kategori. Anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Sayuthi bin Bakar dalam Persidangan Pengurus Sumber Manusia (HRMC) KDN Bilangan 2 Tahun 2022 pada 13 Disember 2022 di Putrajaya. Lima kategori yang telah dianugerahkan pencapaian pengurusan sumber manusia seperti yang berikut: i. Kajian Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN 2.0) Tahun 2021 dianugerahkan kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) JPA telah melaksanakan SPAN 2.0 di seluruh Agensi Perkhidmatan Awam pada tahun 2021. Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN 2.0) ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengurusan amalan nilai bagi meningkatkan imej perkhidmatan awam Malaysia yang lebih efisien dan dihormati. Anugerah diberikan kepada Jabatan / Agensi yang mendapat skor indeks komposit paling tinggi. ii. Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) Tahun 2022 dianugerahkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sebanyak lapan kriteria HRMIS dinilai bagi prestasi setiap Jabatan / Agensi. Kriteria tersebut ialah bagi urusan Sasaran Kerja Utama, penglibatan dan sumbangan, myPortfolio, pengisytiharan harta, Majlis Bersama Jabatan (MBJ), pengurusan gaji, pemurnian data dan tuntutan perjalanan. iii. Pelaksanaan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Tahun 2021 dianugerahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laporan Keaktifan MBJ Jabatan / Agensi yang lengkap dikemukakan kepada KDN berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan iaitu Bilangan 1 pada bulan Januari hingga April, Bilangan 2 pada bulan Mei hingga Ogos dan Bilangan 3 pada bulan September hingga Disember. Penilaian turut mengambil kira isu – isu yang berjaya diselesaikan dalam tempoh yang telah ditentukan. iv. Pelaksanaan Pusingan Kerja Tahun 2021 dianugerahkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Pelaksanaan pusingan kerja oleh Jabatan / Agensi secara keseluruhan perlu mencapai sekurangkurangnya 50 peratus daripada keseluruhan pegawai yang layak dibuat pusingan kerja bagi pegawai Gred 54 dan ke bawah. Anugerah Pengurusan Sumber Manusia Tahun 2021 / 2022 LAPORAN TAHUNAN 2022 233
v. Pencapaian Pelan Operasi Latihan (POL) Tahun 2022 dianugerahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Prestasi keseluruhan POL di Jabatan / Agensi yang merangkumi tiga komponen iaitu perbelanjaan, pelaksanaan latihan dan kehadiran kakitangan berkursus. Anugerah Kajian Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN 2.0) Terbaik Tahun 2021 disampaikan kepada Encik Mahather bin Smoh, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), RELA. Bagi menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dengan mengisytiharkan Penyakit Tidak Berjangkit (PTB) dan melaksanakan saringan kesihatan kendiri sekurang-kurangnya sekali setahun melalui sistem HRMIS, BPSM KDN dengan kerjasama Klinik Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menganjurkan Klinik Data – saringan kesihatan kepada warga KDN pada 12 dan 19 Oktober 2022 di Pusat Kecemerlangan Sukan, Aras 1, Blok D9. Antara pemeriksaan kesihatan yang disediakan adalah bacaan Body Mass Index (BMI), tekanan darah, ujian glukosa dalam darah dan ujian kolestrol (bagi pegawai yang mempunyai masalah obesiti). Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya turut menyediakan pemeriksaan dan khidmat nasihat berkenaan ujian human papillomavirus - HPV (saringan kanser serviks) secara percuma kepada pegawai wanita. Klinik Data KDN (Program Pemeriksaan Kesihatan) KEMENTERIAN DALAM NEGERI 234
Dua pegawai telah dirujuk ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya berpunca daripada bacaan gula yang tinggi dan 50 orang pegawai dirujuk ke klinik kesihatan disebabkan oleh tekanan darah tinggi, tabiat merokok dan obesiti. Klinik Data – saringan kesihatan kepada warga KDN pada 12 dan 19 Oktober 2022 di Pusat Kecemerlangan Sukan, KDN. Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) bertujuan memberikan sokongan kepada perubahan, memperkuat semangat duntuk mengekalkan perubahan, berkongsi permasalahan dan membentuk budaya kerja berpasukan. Sehingga 31 Disember 2022, seramai 1,263 orang ahli AKRAB berjaya ditauliahkan dan daripada jumlah tersebut, 135 orang dilantik sebagai ahli AKRAB CARE KDN bertujuan untuk membantu memperkukuh sokongan psikologi dalam fasa pemantauan program Dasar Pemisah (Exit Policy). Sebanyak 58 sesi bimbingan dan kaunseling telah dilaksanakan oleh ahli AKRAB bagi tahun 2022 yang melibatkan tiga isu iaitu kesihatan, kewangan dan disiplin seperti yang berikut: ISU LELAKI PEREMPUAN JUMLAH Kesihatan 8 6 14 Kewangan 13 7 20 Disiplin 13 11 24 JUMLAH 34 24 58 Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Sesi Bimbingan dan Kaunseling Oleh Ahli AKRAB Tahun 2022 LAPORAN TAHUNAN 2022 235
Kursus Training of Trainer (TOT) Program AKRAB CARE KDN pada 19 hingga 20 Mei 2022 di Hulu Selangor. Kursus Pemantapan AKRAB KDN Tahun 2022 pada 7-9 Jun 2022 di Jerantut, Pahang. BPSM KDN merupakan urus setia Jawatankuasa Kerja Strategik bagi Teras 4 Pelan Strategik KDN (T4 PSKDN) yang diterajui oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan). Bengkel Key Performance Indicator (KPI) T4 PSKDN telah diadakan pada 4 hingga 6 Julai 2022 dan berjaya mencapai objektif bengkel seperti yang berikut: i. Pemurnian 12 kamus KPI T4 PSKDN; ii. Pembangunan Pelan Tindakan; dan iii. Pengemaskinian pencapaian KPI T4 PSKDN sehingga 30 Jun 2022. Bengkel Key Performance Indicator Teras 4 Pelan Strategik KDN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 236
12 KPI T4 PSKDN bagi tahun 2022 serta Bahagian / Jabatan / Agensi yang terlibat adalah seperti yang berikut: BIL. KPI BAHAGIAN / JABATAN / AGENSI 1. 90% pembangunan bidang kepakaran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KDN 2. Struktur baharu KDN dan Agensi 3. 85% indeks komposit Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN) 4. Pelanggaran integriti tidak melebihi 1% daripada penjawatan KDN Unit Integriti KDN 5. 80% perkhidmatan KDN dan agensi didigitalkan Bahagian Pengurusan Teknologi 6. Satu pusat data bersepadu KDN diwujudkan Centralised/ Maklumat KDN integrated database berkaitan Profil Keselamatan Rakyat 7. 90% Indeks kepuasan pelanggan Unit Komunikasi KDN 8. Satu Indeks Keselamatan dibangunkan Institut Keselamatan Awam Malaysia 9. 95% tahap kesedaran awam terhadap aspek keselamatan 10. 100% kajian isu-isu keselamatan selesai dilaksanakan 11. Pelaksanaan Fasa Pertama Identiti Digital Nasional (IDN) • Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan • JPN 12. Penubuhan Prison Incorporated • Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA • PENJARA Ahli Bengkel KPI T4 PSKDN bersama Jawatankuasa Kerja Strategik membincangkan mengenai Kamus, Pelan Tindakan dan Pencapaian KPI T4 PSKDN. LAPORAN TAHUNAN 2022 237
Submodul Strategic Partnership Programme (SPP) INTAN merupakan submodul di bawah komponen Integrasi Nasional dan Pengukuhan Diri bagi peserta Program Diploma Pascasiswazah (DPA) INTAN Tahun 2022. SPP INTAN Tahun 2022 telah dilaksanakan dengan kerjasama BPSM KDN. Seramai 15 orang peserta DPA INTAN Tahun 2022 telah ditempatkan di Kementerian dan Jabatan / Agensi di bawah KDN secara penempatan fizikal mulai 20 Jun hingga 21 Julai 2022 dengan pelaksanaan program seperti berikut: i. Taklimat Penempatan Peserta DPA INTAN Tahun 2022 di Kementerian Dalam Negeri; ii. Majlis Amanat Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri; dan iii. Lawatan ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sg. Besi, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Penjara Malaysia. Submodul Strategic Partnership Programme INTAN Majlis Amanat Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri kepada Peserta DPA INTAN Tahun 2022 pada 23 Jun 2022. Lawatan ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sg. Besi dan Jabatan Pendaftaran Negara pada 28 Jun 2022. Lawatan ke Jabatan Penjara Malaysia pada 7 Julai 2022 bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai bidang kuasa Jabatan Penjara Malaysia. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 238
BAHAGIAN PEMBANGUNAN Pada tahun 2022, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah diluluskan sejumlah 214 projek yang merangkumi 115 projek fizikal dan 99 projek bukan fizikal dengan peruntukan sebanyak RM3.576 bilion. Daripada jumlah tersebut, 165 projek (RM2,979,689,200.00) merupakan projek sambungan dan 49 projek (RM596,435,900.00) merupakan projek baharu. Penglibatan secara langsung KDN bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam proses pelaksanaan projek-projek pembangunan KDN merupakan tunjang utama ke arah keberhasilan projek pembangunan yang berkualiti di samping menawarkan manfaat jangka masa panjang kepada golongan sasar dalam usaha meningkatkan tahap pembangunan negara terutamanya dalam sektor keselamatan. Bahagian Pembangunan bertanggungjawab melaksanakan pemantauan ke atas projek-projek pembangunan KDN melalui pembentangan pelaporan kemajuan projek dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) yang telah dilaksanakan sebanyak lima kali pada tahun 2022. Jumlah projek fizikal KDN mengikut Jabatan/Agensi yang telah diluluskan dalam Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia Ke-12 (RP2 RMKe-12) bagi tahun 2022 adalah seperti berikut: Projek Pembangunan Kementerian Dalam Negeri Tahun 2022 0 PDRM PROJEK JIM JPN RELA SAMBUNGAN BARU PENJARA AADK APMM ESSCOM KDN 25 8 19 3 4 1 0 0 0 6 4 14 10 12 3 3 2 1 5 10 15 20 25 Jumlah Projek Fizikal KDN RMK-12 RP2 Tahun 2022 LAPORAN TAHUNAN 2022 239
2022 SILING: RM3.097 BILION NASIONAL 98.63% KDN 96.16% % PERBEZAAN -2.47% Sistem MyProjek mula digunakan pada tahun 2021 bagi menggantikan Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) untuk memantau pelaksanaan program/projek pembangunan. Sistem ini diterajui oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan merupakan salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Ketua Setiausaha Kementerian. Bahagian Pembangunan telah memenuhi sasaran dengan pencapaian 100 peratus penyelarasan dan pengemaskinian maklumat dalam sistem MyProjek yang merangkumi prestasi perbelanjaan pembangunan, maklumat am projek dan maklumat aktiviti projek. Pengemaskinian dalam sistem ini perlu dibuat dari semasa ke semasa bagi memastikan program/projek pembangunan sentiasa dipantau dan seterusnya dilaksanakan mengikut tempoh masa yang dirancang agar objektif utama Kementerian tercapai iaitu memberi manfaat kepada kumpulan sasaran. Kajian Penilaian Outcome (KPO) dilaksanakan bagi menilai kejayaan Kementerian menyempurnakan satu program/projek mengikut piawaian yang ditetapkan dari segi spesifikasi kerja, tempoh masa, kos dan kualiti serta melihat kepada outcome atau impak yang dihasilkan terhadap kesejahteraan negara secara amnya dan kemashlahatan rakyat secara khususnya. Projek yang dipilih untuk dilaksanakan Penilaian Outcome harus melebihi enam bulan tempoh siap program/projek. Pada tahun 2022, Kementerian Dalam Negeri telah menyediakan lima Laporan Kajian Penilaian Outcome bagi pembentangan kepada Jawatankuasa Penilaian Outcome yang terdiri daripada ICU JPM, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU JPM), Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Audit Negara (JAN). Projek-projek yang telah disediakan Laporan Penilaian Outcome pada tahun 2022 adalah seperti berikut: Laporan Pengemaskinian MYPROJEK Prestasi Perbelanjaan Pembangunan KDN Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) Rolling Plan 2 (RP2) Tahun 2022 Kajian Penilaian Outcome (KPO) KEMENTERIAN DALAM NEGERI 240
KDN tetap komited dalam memastikan projek-projek pembangunan negara dapat disiapkan dan diserahkan kepada Jabatan/Agensi. Sebanyak lima projek pembangunan KDN telah berjaya disiapkan seperti berikut: Lawatan Turun Padang merupakan Indikator Petunjuk Utama (KPI) Menteri Dalam Negeri dan Ketua Setiausaha, KDN untuk memantau projek-projek pembangunan KDN. Pada tahun 2022, sebanyak 178 Program Lawatan Turun Padang yang berkaitan projek-projek pembangunan oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Setiausaha KDN telah diatur. Antara Program Lawatan Turun Padang yang telah diadakan adalah seperti berikut: BIL. PROJEK KOS PROJEK TARIKH SERAH 1. Kerja-Kerja Baik Pulih Penggantian Paip di Kompleks PGA Ulu Kinta, Perak RM 8,000,000,000.00 28 Mac 2022 2. Perolehan Floating Jetty di Daerah Maritim 12 Bintulu, Sarawak RM 1,442,900,000.00 25 Mei 2022 3. Pembaikan Cerun dan Hakisan Pantai Premis PDRM Pembaikan Cerun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Kuarters C1 dan C2, IPD Raub, Pahang RM 2,500,000.00 7 Ogos 2022 4. Pembaikan dan Penyelenggaraan Kuarters dan Blok Banduan: i. Kerja-Kerja Pembaikan di Penjara Dusun Dato’ Murad, Melaka; ii. Kerja pembaikan di Pusat Koreksional Perlis; iii. Kerja Pembaikan (Kerja Elektrik) di Penjara Wanita, Kajang. RM 4,600,000.00 28 Oktober 2022 5. Projek Pembaikan Cerun di Balai Polis Bahau, Negeri Sembilan RM 500,000.00 31 Oktober 2022 Penyerahan Projek Pembangunan Program Lawatan Turun Padang i. Pembinaan Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah (JIM); ii. Sistem Pengurusan Inventori dan Aset Bersepadu Polis Diraja Malaysia (PDRM); iii. Pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis (PDRM); iv. Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia, Kajang, Selangor (PENJARA); dan v. Perolehan 4WD Gunasama Balai dan Operasi/Risikan (PDRM). LAPORAN TAHUNAN 2022 241
BIL. PROGRAM TARIKH LAWATAN 1. YB Menteri Dalam Negeri membuat Lawatan Rasmi ke Daerah Kecil Pagalungan, Sabah bagi melihat keperluan pembinaan Pos PGA 15 Julai 2022 2. Lawatan Kerja YB Menteri Dalam Negeri dan Ketua Setiausaha ke ICQS Padang Besar, Perlis 5 September 2022 3. Lawatan Kerja oleh YB Menteri Dalam Negeri, Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha ke Pusat Pendaftaran Tracking Refugees Information System (TRIS) 7 September 2022 4. Lawatan YB Menteri Dalam Negeri bagi tujuan membaik pulih Terminal Feri Labuan, Sabah 10 September 2022 5. Lawatan YB Menteri Dalam Negeri ke Pulau Banggi bagi Tujuan Naik Taraf Balai Polis Karakit, Pulau Banggi 4 Oktober 2022 Lawatan YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri ke Pulau Banggi bagi tujuan naik taraf Balai Polis Karakit, Pulau Banggi. Lawatan kerja oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri ke Pusat Pendaftaran Tracking Refugees Information System (TRIS). Lawatan kerja YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri bagi tujuan membaik pulih Terminal Feri Labuan, Sabah. Lawatan kerja YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri bagi membincangkan proses kerja dan isuisu pengoperasian di Kompleks ICQS Padang Besar, Perlis. Lawatan rasmi YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri ke Daerah Kecil Pagalungan, Sabah bagi melihat keperluan pembinaan Pos PGA. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 242
Majlis menandatangani perjanjian penswastaan bagi pembangunan semula Balai Polis Tun H.S.Lee, Balai Polis Trafik Jalan Bandar Kuala Lumpur dan perumahan Polis Diraja Malaysia serta kemudahan sokongan berkaitan. Perjanjian Penswastaan dilaksanakan bagi mewujudkan faedah kerjasama awam swasta dalam pembangunan fasiliti Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Dalam usaha untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan di samping menjaga kebajikan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memberikan kemudahan perumahan yang kondusif, Perjanjian Penswastaan ini juga dapat membantu mempergiatkan penglibatan pihak swasta dalam ekonomi seterusnya akan meningkatkan peluang pekerjaan dan menggalakkan lagi pertumbuhan Pelabuhan dalam negara. Terdapat dua pembangunan projek yang telah dilaksanakan melalui Perjanjian Penswastaan pada tahun 2022 iaitu melibatkan Pembangunan Semula Balai Polis Tun H.S. Lee, Balai Polis Trafik Jalan Bandar Kuala Lumpur dan Perumahan Polis Diraja Malaysia serta Kemudahan Sokongan Berkaitan. Di samping itu juga, terdapat tiga Perjanjian Penswastaan yang telah ditandatangani pada 29 Julai 2022 melibatkan Kerajaan Malaysia bersama syarikat swasta iaitu Syarikat Tanah dan Harta Sdn. Bhd. & PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd. Laporan Perjanjian Penswastaan LAPORAN TAHUNAN 2022 243
Sepanjang tahun 2022, Unit Tanah, Bahagian Pembangunan, KDN telah melaksanakan sebanyak dua aktiviti penguatkuasaan tanah yang melibatkan pencerobohan di atas tanah Kerajaan CCRC Karak, Mukim Sabai, Daerah Bentong, Pahang dan pembinaan tiga buah rumah serta sebuah tokong kecil secara haram di atas tapak Balai Polis Pantai Acheh, Mukim 1, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang seperti berikut: LOKASI TARIKH PENGUATKUASAAN ANGGOTA PENGUATKUASAAN TERLIBAT CCRC Karak, Mukim Sabai, Daerah Bentong, Pahang 2 – 4 Ogos 2022 KDN, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Pejabat Daerah/Tanah Bentong, Majlis Perbandaran Bentong (MPB), Pengurusan Air Tanah Berhad (PAIP), Tenaga Nasional Berhad (TNB). Tapak Balai Polis Pantai Acheh, Mukim 1, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang 14 Oktober 2022 Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Daerah/Tanah Barat Daya, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA), Tenaga Nasional Berhad (TNB). Laporan Aktiviti Pencerobohan/Penguatkuasaan Tanah KEMENTERIAN DALAM NEGERI 244
Taklimat Operasi Penguatkuasaan bagi Merobohkan Penempatan Haram di Tapak Balai Polis Pantai Acheh, Mukim 1, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Kerja-Kerja Merobohkan Pembinaan Tidak Sah di Tapak Balai Polis Pantai Acheh, Mukim 1, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. LAPORAN TAHUNAN 2022 245
BAHAGIAN KEWANGAN Kerajaan telah menyediakan peruntukan berjumlah RM17,091,378,800 kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Belanjawan 2022 merangkumi peruntukan Perbelanjaan Mengurus (OE) sebanyak RM13,515,253,700 iaitu RM1,969,500 di bawah Maksud Tanggungan T.11- Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), RM13,513,284,200 di bawah Maksud Bekalan B.62-KDN dan peruntukan Perbelanjaan Pembangunan (DE) di bawah P.62- KDN sebanyak RM3,576,125,100. KDN telah mencatatkan perbelanjaan sebanyak RM13,513,283,812.33 bersamaan 100 peratus. Prestasi peratusan ini melepasi Key Performance Indicator (KPI) yang disasarkan bagi prestasi OE KDN, iaitu sekurang-kurangnya 95 peratus. Peruntukan Belanjawan 2022 Prestasi Perbelanjaan Mengurus (OE) 0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% 90% 100% BELANJA BAKI 0.00% RM0.00JUTA 100.00% RM13.51 Bilion RM13.51 Bilion (PERUNTUKAN KEMAS KINI) OA10000 (Emolumen) OBJEK AM (OA) RM9.94 bilion RM3.48 bilion RM74.42 juta RM24.37 juta RM2.60 juta OA20000 (Bekalan & Pekhidmatan) OA30000 (Aset) OA40000 (Pemberian & Kenaan Tetap) OA50000 (Perbelanjaan Lain) PERBELANJAAN MENGURUS (OE) DI BAWAH MAKSUD BEKALAN B.62 – KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) *Sehingga 31 Disember 2022 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 246
Laporan Prestasi Pembayaran Bil Dalam Masa 10 Hari Bagi Tahun 2022 Bahagian Kewangan (KW) telah menerima sebanyak 24,475 bil pembayaran bagi 23,341 bil (95.37%) telah berjaya diselesaikan dalam tempoh 1 hingga 10 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima. Prestasi ini melepasi KPI yang ditetapkan, iaitu sekurang-kurangnya 95 peratus daripada bil dan tuntutan di bawah peruntukan OE yang dokumennya lengkap, dibayar dalam tempoh 10 hari dari tarikh penerimaan. Secara keseluruhan, kesemua bil berjaya diselesaikan sepenuhnya (100%) dalam tempoh 14 hari selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 103 (a). Prestasi Pembayaran Bil 2,336 2,163 2,353 2,345 1,282 1,704 1,957 2,116 2,197 2,070 2,493 1,459 2,285 (97.82%) 2,133 (98.61%) 1,979 (84.11%) 2,230 (95.10%) 1,146 (89.39%) 1,669 (97.95%) 1,845 (94.28%) 1,955 (92.39%) 2,103 (95.72%) 2,053 (99.18%) 2,484 (99.64%) 1,459 (100%) 0 500 1,000 1,500 2,000 2,500 3,000 JANUARI FEBRUARI MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER DISEMBER LAPORAN PRESTASI PEMBAYARAN BIL DALAM MASA 10 HARI BAGI TAHUN 2022 JUMLAH BIL SEBULAN BILANGAN BIL YANG DIBAYAR DALAM MASA 10 HARI LAPORAN TAHUNAN 2022 247
Bagi tempoh bulan Januari hingga Disember 2022, kutipan hasil di kaunter One Stop Centre (OSC) mencatatkan sejumlah RM23,317,195.54 (RM23.32 juta). Majlis Amanat Ketua Setiausaha (KSU) kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah KDN Tahun 2022 telah diadakan secara maya melalui rakaman video dan telah disiarkan pada 28 Januari 2022. Sesi penyampaian amanat adalah bertujuan untuk menjelaskan arahan-arahan Pegawai Pengawal khususnya mengenai pengurusan kewangan, perakaunan, perolehan, pembangunan, teguran audit dan integriti. Laporan Kutipan Hasil Majlis Amanat Ketua Setiausaha (KSU) bersama Pusat Tanggungjawab (PTJ) 2,257,642.10 2,146,897.27 1,851,797.96 1,301,283.38 1,197,652.52 1,527,375.76 1,962,998.83 1,203,770.05 1,248,697.44 2,546,900.16 3,205,759.77 2,866,420.30 0 0.5 1.0 1.5 2.0 2.5 3.0 3.5 JUMLAH (RM JUTA) JUMLAH (RM JUTA) BULAN KUTIPAN HASIL TAHUN 2022 JANUARI FEBRUARI MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER DISEMBER Kutipan Hasil Tahun 2022 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 248