Selain daripada pelaksanaan Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2022 [Akta A1660], Jabatan Penjara juga telah melaksanakan Program Penempatan, Pekerjaan dan Pendapatan (3P) membabitkan penghuni penjara warga asing. Program perintis membabitkan kerjasama antara Jabatan Penjara, Jabatan Imigresen dan Kedutaan Indonesia di Malaysia bertujuan mengurangkan kesesakan di dalam penjara dan Depoh Tahanan Imigresen yang melayakkan penghuni penjara warga asing ditempatkan di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) untuk bekerja. Seramai 16 penghuni PRP Mantin menjadi kumpulan pertama membabitkan warga Indonesia diberikan kemahiran dan pekerjaan yang mendatangkan pendapatan agar membantu mereka untuk pulang ke negara asal dengan lebih cepat tanpa melalui penempatan di Depoh Tahanan Imigresen. YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri di Majlis Pelancaran Program Penempatan, Pekerjaan dan Pendapatan pada 19 Oktober 2022 di Pusat Reintegrasi Penghuni Mantin, Negeri Sembilan. DALAM FASILITI Kapasiti : 65,762 Sekolah Henry Gurney 3 Tempat Tahanan Khas 3 Pusat Pemulihan Akhlak 4 Pusat Pemulihan Khas 5 RTI 378 PRPP 257 PRPI 1,140 Penjara 39 Penjara Satelit 11 Jumlah : 73,891 LUAR FASILITI Jumlah : 3,492 PAROL 2,270 PKW 133 PBSL 832 RP 251 Statistik Banduan Dalam Penjara dan Banduan mengikuti Program Pemulihan Dalam Komuniti LAPORAN TAHUNAN 2022 299
Sebagai Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan, Jabatan Penjara Malaysia telah mengadakan pelbagai program pemulihan dan aktiviti yang melibatkan orang kenamaan dan penghuni penjara. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar AlHaj antara tokoh utama yang banyak membantu program pemulihan ini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah berkenan menyampaikan Anugerah Kreatif Tenun Pahang Diraja, Songket, Batik dan Kraf Jabatan Penjara Malaysia 2022 pada 30 Oktober 2022 di Sepang, Selangor. Anugerah yang bertemakan Kreativiti Melestari Tradisi ini dianjurkan sebagai mengiktiraf usaha dan komitmen warga Jabatan Penjara terutama bagi penghuni dan kakitangan sebagai fasilitator yang terlibat dalam Bengkel Tenun Pahang Diraja, Songket, Batik dan Kraf. Pertandingan ini dapat melengkapkan konsep pemulihan melalui Seni Sebagai Terapi Diri serta memberi lonjakan semangat dan motivasi kepada penghuni yang sekaligus merealisasikan Beauty Behind the Wall atau Kecantikan Di sebalik Tirai Besi yang menonjolkan kehebatan daya cipta warga Jabatan Penjara Malaysia dalam membangunkan industri fabrik agar lebih berdaya saing. Program Bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke majlis Anugerah Kreatif Tenun Pahang Diraja, Songket, Batik dan Kraf Jabatan Penjara Malaysia 2022 pada 30 Oktober 2022 di Sepang, Selangor. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 300
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang juga Penaung Diraja bagi Seni dan Kraf Jabatan Penjara Malaysia turut mengangkat seni warisan negara melalui produk Tenun Pahang Diraja di pentas antarabangsa melalui penyertaan dalam pameran London Craft Week pada 9 hingga 15 Mei 2022 di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, London, United Kingdom. Usaha ini membawa harapan kepada penghuni yang terlibat dalam program pemulihan khasnya dalam industri fabrik Tenun Pahang Diraja untuk menjadi insan yang lebih baik, berkemahiran dan memulihkan mereka agar dapat kembali kepada masyarakat sebaik sahaja dibebaskan. Jabatan Penjara Malaysia turut serta dalam mempamerkan dan mempromosi produk tekstil hasil tangan penghuni penjara semasa Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-8 yang menghimpunkan lebih 300 penggiat seni tekstil, artisan dan penenun dari negara-negara anggota dan rantau lain yang berlangsung pada 25 hingga 30 September 2022 di Putrajaya. Dengan tema Celebrating Textiles: A Journey, simposium yang dikendalikan Yayasan Tenun Pahang Diraja merupakan satu platform bagi membincangkan serta berkongsi maklumat mengenai isu berkaitan pemeliharaan dan kelestarian tekstil tenunan asli di rantau ini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut perkenan menyampaikan ucapan penghargaan kepada Jabatan Penjara Malaysia atas inisiatif mengadakan program-program pemulihan penghuni khasnya berkaitan tekstil. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut berkenan mencemar duli berangkat ke Pusat Vokasional Industri Songket MyPride Penjara Puncak Borneo pada 4 Disember 2022. Tujuan lawatan ini adalah sebagai tanda sokongan kepada Jabatan Penjara Malaysia dalam memperkasakan lagi program pemulihan penghuni yang terlibat dengan industri tekstil di sebalik tembok batu. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Showcase London Craft Week pada 9 hingga 15 Mei 2022 di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, London. LAPORAN TAHUNAN 2022 301
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut berkenan mencemar duli berangkat ke Pusat Vokasional Industri Songket MyPride Penjara Puncak Borneo pada 4 Disember 2022. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut berkenan mencemar duli meninjau aktiviti penyediaan dan pembuatan makanan di Pusat Vokasional Industri, Kompleks Penjara Bentong, Pahang pada 15 November 2022. Di samping itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut berangkat mencemar duli ke Bengkel Tenun Pahang Diraja dan Pusat Vokasional Industri (Penyediaan dan Pembuatan Makanan), di Kompleks Penjara Bentong, Pahang pada 15 November 2022. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 302
Program Jalinan Kasih merupakan inisiatif Jabatan Penjara Malaysia untuk memperkukuhkan ikatan kekeluargaan antara keluarga dan penghuni. Penghuni Sekolah Integriti Kuching dan Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Program Jalinan Kasih merupakan salah satu inisiatif murni Jabatan Penjara Malaysia untuk memperkukuhkan ikatan kekeluargaan antara keluarga dan penghuni agar tidak disisihkan terutamanya ketika sambutan hari perayaan. Penghuni yang mengikuti program ini dipilih mengikut beberapa kriteria yang dinilai berdasarkan sikap dan kelakuan sepanjang tempoh tahanan untuk melayakkan mereka bertemu dengan keluarga. Inisiatif ini sebahagian daripada teras reformasi penjara yang mana kakitangan bertindak sebagai keluarga yang sentiasa memberi dorongan dan bimbingan serta layanan yang berperikemanusiaan. Program ini sangat penting untuk memberikan semangat dan sokongan kepada penghuni di samping mempercepatkan proses pemulihan. Di samping itu, Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Restu Ilmu Peringkat Sekolah Integriti Kuching dan Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo telah diadakan pada 24 Februari 2022 untuk menghargai penghuni dan ahli keluarga atas pencapaian cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melibatkan penyertaan seramai sembilan penghuni dan 14 ahli keluarga pelajar yang menduduki SPM. Inisiatif Murni kepada Penghuni Penjara LAPORAN TAHUNAN 2022 303
Selain daripada menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, seramai 87 penghuni penjara juga berjaya mengikuti Kursus Pengajian Tinggi di Institusi Penjara. Bersempena Ramadan, Jabatan Penjara telah mengadakan Program Ziarah Rahmat pada 13 April 2022 di Dewan C dan D, Penjara Kajang bertujuan untuk menyantuni penghuni penjara dan mengadakan sesi perkongsian bersama 30 banduan akhir. Antara pengisian program ialah solat Asar berjemaah dan tazkirah Ramadan yang dipimpin oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta penyampaian sumbangan daripada Pejabat Ahli Dewan Negara dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kepada penghuni. Program ini turut dihadiri oleh wakil dari Pejabat Ahli Dewan Negara, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia dan YADIM. BIL. KURSUS PENGAJIAN INSTITUT PENGAJIAN BILANGAN PENGHUNI 1. Doctor Of Philosophy Business Administration Open University Malaysia 1 2. Master Of Business Administration Open University Malaysia 2 3. Bachelor in Business Administration Open University Malaysia 3 4. Bachelor in Management (With Honour) Open University Malaysia 1 5. Diploma in Management Open University Malaysia 7 6. Diploma In Exercise Science Asia College Exercise Medicine 48 7. Diploma Keusahawanan Universiti Perguruan Sultan Idris 25 JUMLAH PENGHUNI 87 Jumlah Penghuni Penjara yang mengikuti Kursus Pengajian Tinggi YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyampaikan tazkirah di Program Ziarah Rahmat Bersempena Ramadan pada 13 April 2022 di Dewan C dan D, Penjara Kajang. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 304
Trup Tindakan Cepat (TTC) adalah Skuad Elit Jabatan Penjara Malaysia yang merupakan unit taktikal untuk menangani dan membendung ancaman krisis seperti rusuhan, tebusan, ancaman luar terhadap premis penjara dan ancaman kepada banduan yang berprofil atau berisiko tinggi daripada pihak luar. Unit taktikal ini juga berperanan meningkatkan kawalan keselamatan di majlis-majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Penjara. Trup Tindakan Cepat Latihan Asas Fizikal untuk pemilihan pengambilan anggota Zon Tengah pada 19 dan 20 Januari 2022 di Kompleks Penjara Kajang. Demonstrasi Kemahiran Taktikal Unit Trup Tindakan Cepat (TTC) pada 24 Februari 2022 di Kompleks Penjara Kajang. LAPORAN TAHUNAN 2022 305
Pasukan Sabah telah menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Tan Sri Murad Ahmad Kali Ke-38 yang diadakan pada 3 hingga 6 Mac 2022 di Padang Bola Sepak Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan. PRIDE CYCLING TEAM di bawah Majlis Sukan Penjara Malaysia (MSPM) mewakili Jabatan Penjara Malaysia menyertai Kejohanan Berbasikal SHIMANO Jamboree Bukit Merah 2022 yang diadakan pada 17 Disember 2022. Kejohanan Tenis Jabatan Penjara Malaysia dikelolakan oleh Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka bersama Penjara Dusun Dato’ Murad yang diadakan pada 24 hingga 27 Februari 2022 di Kompleks Tenis Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, MITC, Ayer Keroh, Melaka. Dalam usaha membudayakan gaya hidup sihat di samping menguatkan kesepaduan anggota, pelbagai pertandingan dan kejohanan sukan telah diadakan di peringkat Jabatan Penjara. Usaha ini akan membentuk pegawai dan kakitangan untuk memiliki minda cerdas hasil daripada badan yang sihat. Antara kejohanan sukan yang utama pada tahun 2022 adalah Kejohanan Bola Sepak Piala Tan Sri Murad. Pada tahun ini, Majlis Sukan Penjara Malaysia telah memberi kepercayaan kepada Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kelantan bersama Pusat Pemulihan Akhlak Machang untuk mengelolakan kejohanan ini. Sebanyak 16 pasukan yang melibatkan 320 orang pemain telah menyertai kejohanan ini. Aktiviti Sukan dan Khidmat Masyarakat KEMENTERIAN DALAM NEGERI 306
Selain membudayakan gaya hidup sihat, Jabatan Penjara juga telah mengadakan program khidmat masyarakat dengan membantu seorang budak lelaki bergelar Akid bersama keluarganya yang hidup serba kekurangan di Kota Bharu, Kelantan yang mendapat perhatian umum di media sosial. Misi bantuan meroboh dan membina semula rumah telah dilaksanakan oleh Pejabat Parol Daerah Kota Bharu bersama NGO Negeri Kelantan pada 10 April 2022 dengan melibatkan lapan orang pegawai parol, 16 orang ODP dan seorang pesalah yang menjalani Perintah Kehadiran Wajib. Kerja-kerja meroboh dan membina semula rumah telah dilaksanakan oleh Pejabat Parol Daerah Kota Bharu bersama NGO Negeri Kelantan pada 10 April 2022. LAPORAN TAHUNAN 2022 307
KEMENTERIAN DALAM NEGERI 308
LAPORAN TAHUNAN 2022 309 AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN SUTEKNO BIN AHMAD BELON KETUA PENGARAH AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan (HADK) adalah program tahunan yang diraikan pada 19 Februari setiap tahun sejak 1989 oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). HADK bertujuan memperingati masyarakat Malaysia tentang pengisytiharan dadah sebagai Musuh Nombor 1 Negara dengan tema sambutan tahun 2022 ialah Lebih Baik Cegah dengan naratif berkaitan kesan dadah sintetik kepada masyarakat. Pengisian umum berkenaan sambutan itu melibatkan penyebaran mesej berkaitan pendidikan pencegahan dadah, tanggungjawab masyarakat khasnya pemimpin peringkat nasional, komuniti dan badan bukan kerajaan (NGO). Antara program yang dilaksanakan sepanjang sambutan itu termasuk sambutan HADK peringkat negeri di seluruh negara, Program AADK Bersama Masyarakat, Hari Terbuka AADK, Program Kuala Lumpur Car Free Morning dan Drug Free Hours. Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri menyempurnakan gimik perasmian dalam acara boling padang di Ijok, Perak. Program Fun Ride menyebarkan mesej antidadah bersama masyarakat di Ranau, Sabah. Penglibatan pemimpin komuniti amat penting dalam membantu AADK menyalurkan maklumat penagihan dadah di kawasan kejiranan masing-masing. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 310
Tiga siri Program AADK Bersama Masyarakat diadakan melibatkan kehadiran Menteri Dalam Negeri dan dua Timbalan Menteri Dalam Negeri iaitu pada 21 Mei, 25 Jun dan 13 Ogos di lokasi yang berbeza melibatkan lebih 2,000 orang awam hadir memeriahkan acara tersebut. Antara pengisian program yang diadakan ialah pemeriksaaan kesihatan, kayuhan basikal, busking, pertandingan memasak, kenduri rakyat, free market, food truck, 3R dan e-sport. Selain itu, AADK turut menyediakan pameran interaktif, kaunter aduan dan khidmat nasihat, pendaftaran ahli SKUAD Antidadah, pameran perkhidmatan agensi di bawah KDN. Program Kuala Lumpur Car Free Morning dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut diadakan sempena Sambutan HADK 2022 melibatkan warga ibu negara pada 19 Jun 2022. Program berbentuk kekeluargaan dilaksanakan bertujuan memupuk kesedaran tentang kesan penagihan dadah dan pencegahan yang bermula daripada keluarga. Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti berbasikal, joging dan Fun Walk santai di tengah bandaraya Kuala Lumpur bersama ahli keluarga. Program ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Mahadi bin C. Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YBrs. Tuan Sutekno Ahmad Belon, Ketua Pengarah AADK. Program AADK bersama Masyarakat Program Kuala Lumpur Car Free Morning Program Kuala Lumpur Car Free Morning anjuran DBKL bersama AADK di Kuala Lumpur pada 19 Jun 2022. AADK dengan kerjasama Malaysian Buskers (MYBC) melancarkan kempen Drug Free Hours pada 4 November 2022 di Buskers Space Avenue K, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh YBrs. Tuan Sutekno Ahmad Belon, Ketua Pengarah AADK. Kempen itu bertujuan menzahirkan komitmen komuniti busker sebagai agen mempromosikan kempen pencegahan dadah kepada orang awam menerusi penyampaian lagu dan puisi yang diadakan pada setiap hari Jumaat bermula jam 4 hingga 6 petang. Program Drug Free Hours LAPORAN TAHUNAN 2022 311
Perkhidmatan Rawatan dan Pemulihan Bergerak atau Mobile Recovery Treatment (MRT AADK) adalah perkhidmatan baharu yang dilaksanakan secara bergerak di luar premis AADK dan berkonsepkan boutique service telah dilancarkan pada 20 Mei 2022 di Dewan Sri Akasia, Ibu Pejabat AADK. Pelaksanaan MRT AADK menggunakan pendekatan berdasarkan keperluan kepulihan Klien, lebih fleksibal, terbuka dan menepati kumpulan sasaran. Seramai 110 pegawai pemulihan AADK dilantik sebagai pasukan pakar untuk melaksanakan MRT AADK kepada kumpulan sasar khususnya mereka yang tidak mendapat akses perkhidmatan rawatan dan pemulihan AADK sedia ada seperti mereka yang berada di kawasan pedalaman, banduan dadah di bawah seliaan Jabatan Penjara Malaysia dan agensi-agensi lain yang memerlukan perkhidmatan. Susulan pelancaran MRT AADK, Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara AADK dan Jabatan Penjara Malaysia telah diadakan pada 23 Jun 2022 di Dewan Gemilang, Kompleks D, Putrajaya. Nota kerjasama ini ditandatangani oleh YBrs. Tuan Sutekno Ahmad Belon, Ketua Pengarah AADK dan YBhg. Dato’ Haji Nordin bin Haji Muhamad, Komisional Jeneral Penjara yang disaksikan oleh YBhg. Datuk Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Kerjasama ini bertujuan memberi fokus kepada banduan warganegara Fasa Dua Program Pembangunan Insan (PPI) bagi Subseksyen 15(1) dan Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] serta Subseksyen 6(3), Seksyen 19 dan Seksyen 20 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283]. Pelancaran Perkhidmatan Rawatan dan Pemulihan Bergerak Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara AADK dan Jabatan Penjara Malaysia YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri dalam majlis Pelancaran Logo dan Bas MRT AADK pada 20 Mei 2022 di Dewan Sri Akasia, Ibu Pejabat AADK. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 312
KDYMM Pemangku Raja Pahang berkenan merasmikan Model KSKK sempena Program Keluarga Aspirasi Kepulihan Peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang. Program Keluarga Aspirasi Kepulihan Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 telah disempurnakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 18 Oktober 2022 di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisek, Kuantan, Pahang. Program ini mengetengahkan Recovery Person untuk berkongsi pengalaman kejayaan mereka menghadapi cabaran untuk kekal dalam kepulihan. Perkongsian success story ini telah memberi suntikan semangat kepada Klien dan ahli keluarga yang terlibat untuk terus meningkatkan usaha mendapatkan kepulihan. Dalam program itu, KDYMM Pemangku Raja Pahang turut melancarkan Model Kelompok Sokongan Kepulihan Keluarga (KSKK) yang menjadi pendekatan bagi pembentukan modal sosial Klien terdiri daripada modal insan, modal sosial, modal komuniti dan modal kewangan. Program Keluarga Aspirasi Kepulihan Peringkat Kebangsaan LAPORAN TAHUNAN 2022 313
Hari Apresiasi Kepulihan Agensi Antidadah Kebangsaan Tahun 2022 telah diadakan pada 10 dan 11 November 2022 yang dirasmikan oleh YBrs. Tuan Sutekno Ahmad Belon, Ketua Pengarah AADK di Subang, Selangor. Majlis yang bertemakan Pemerkasaan Komuniti dalam Pengekalan Kepulihan diadakan sebagai penghargaan kepada individu yang terlibat dalam penyampaian perkhidmatan rawatan dan pemulihan bersama AADK. Seramai 250 orang diraikan terdiri daripada Ahli Lembaga Pelawat PUSPEN (ALP), Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Mentor Kepulihan AADK di seluruh negara. Antara pengisian dalam program ini termasuk perkongsian amalan terbaik daripada ALP, JKPD, PRS dan Mentor Kepulihan AADK terpilih dalam memperkasakan peranan mereka dalam menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan rawatan dan pemulihan. Hari Apresiasi Kepulihan Agensi Antidadah Kebangsaan Seramai 250 orang diraikan terdiri daripada ALP, JKPD, PRS dan Mentor Kepulihan sempena Program Apresiasi Kepulihan AADK di Subang, Selangor. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 314
Sambutan Hari Terbuka AADK 2022 diadakan pada 27 Mei 2022 di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil, Selangor dan telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN. Program itu bertujuan mempromosikan perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang ditambah baik melalui Model i-Pulih AADK dan mempelawa orang awam melihat beberapa pembaharuan, pemantapan fasiliti, kemudahan dan pendekatan yang telah dilaksanakan AADK. PUSPEN Dengkil adalah Pusat Pemulihan Dwifungsi yang menerima kemasukan Klien lelaki dan wanita melalui perintah mahkamah di bawah Seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan kemasukan Klien wanita secara sukarela di bawah Seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Sempena dengan program itu, AADK turut mengadakan pameran dan jualan produk AADK yang dihasilkan Klien AADK seperti rock melon (PUSPEN Dengkil), nenas (PUSPEN Jelebu), kopi (PUSPEN Bukit Mertajam) dan batik (PUSPEN Bachok) yang merupakan komponen latihan kemahiran dan vokasional di bawah Model i-Pulih AADK. Hari Terbuka AADK turut disertai beberapa kementerian dan agensi seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Penjara Malaysia dan turut dihadiri 500 orang jemputan terdiri daripada pegawai dan kakitangan KDN, AADK, rakan strategik dan rakan pintar AADK, pelajar daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta, Klien, keluarga Klien, pemimpin masyarakat dan komuniti setempat. Sambutan Hari Terbuka AADK YBrs. Tuan Sutekno Ahmad Belon, Ketua Pengarah AADK (tengah) bergambar bersama murid-murid dan guru sempena Sambutan Hari Terbuka AADK 2022 di PUSPEN Dengkil, Selangor. LAPORAN TAHUNAN 2022 315
Statistik Pengurusan Aduan AADK Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan melalui Cawangan Aduan dan Risikan bertanggungjawab menguruskan aduan awam berkaitan penagihan dan penyalahgunaan dadah di seluruh negara. Penyaluran aduan atau maklumat dibuat melalui Pusat Gerakan Hotline (PGH) AADK yang beroperasi 24 jam, Pejabat AADK Daerah, laman web rasmi atau mana-mana saluran rasmi AADK Bilangan keseluruhan aduan Jumlah aduan selesai Aduan dalam siasatan 8,713 8,713 0 BIL. NEGERI BILANGAN ADUAN ADUAN SELESAI ADUAN DALAM SIASATAN 1. Johor 945 945 0 2. Kelantan 933 933 0 3. Kedah 1,814 1,814 0 4. Melaka 258 258 0 5. Pulau Pinang 247 247 0 6. Negeri Sembilan 177 177 0 7. Pahang 275 275 0 8. Terengganu 553 553 0 9. Selangor 1,109 1,109 0 10. Sarawak 807 807 0 11. Perak 554 554 0 12. Sabah 595 595 0 13. Perlis 133 133 0 14. WP Kuala Lumpur 313 313 0 JUMLAH 8,713 8,713 0 Jumlah Penerimaan dan Penyelesaian Aduan Mengikut Negeri KEMENTERIAN DALAM NEGERI 316
Statistik Kemasukan Kes ke Pusat Tahanan Reman dan Lokap AADK telah mendapat pewartaan sebanyak 17 Pusat Tahanan Reman (PTR) dan lokap seluruh Malaysia. Fasiliti ini digunakan untuk menahan Orang Kena Tahan (OKT) di bawah Seksyen 3(1) APD 1983 dan kes langgar syarat di bawah Seksyen 6(2) APD 1983. Kesemua tahanan AADK ditahan di bawah Seksyen 4(1) b Akta Penagih Dadah 1983 dan Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah Kapasiti keseluruhan PTR dan lokap boleh memuatkan 1,205 orang secara serentak. Jumlah kes ditahan di PTR dan lokap AADK 8,353 kes Pelaksanaan Latihan Pusat Latihan Agensi Antidadah Kebangsaan (PLAK) berjaya melaksanakan 198 kursus meliputi 81 Kursus Pengurusan Am; 45 Kursus Rawatan dan Pemulihan; 35 Kursus Pencegahan; 21 Kursus Penguatkuasaan dan 16 Kursus Teknologi Maklumat. Kursus yang dijalankan disertai seramai 8,634 warga kerja AADK. Ringkasan pelaksanaan kursus mengikut cawangan Latihan PLAK adalah seperti jadual berikut: CAWANGAN JUMLAH KURSUS JUMLAH PESERTA PENGURUSAN AM 81 8,634 RAWATAN DAN PEMULIHAN 45 PENCEGAHAN 35 PENGUATKUASAAN 21 TEKNOLOGI MAKLUMAT 16 Pelaksanaan Latihan Tahunan PLAK LAPORAN TAHUNAN 2022 317
Buat julung kalinya, AADK melalui PLAK melakar sejarah dengan melaksanakan Program Persijilan AADK (PPA) iaitu Sijil Amalan Pendidikan Pencegahan (CPE), Sijil Amalan Rawatan dan Pemulihan (CPP) serta Sijil Amalan Penguatkuasaan (CEP). Bagi tahun 2022, seramai 601 pegawai AADK diperaku sijil amalan berkenaan membabitkan 539 pegawai bagi sijil Tahap 1 manakala 62 pegawai bagi sijil Tahap 2. Pada 24 November 2022, PLAK berjaya mentauliahkan seramai 309 pegawai yang berjaya dalam PPA Tahap 1. Majlis Pentauliahan yang gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Sutekno Ahmad Belon, Ketua Pengarah AADK dan disertai oleh semua barisan Pengurusan Tertinggi AADK, Ahli Lembaga Penasihat PLAK, Pengarah AADK Negeri dan Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN). Pencapaian AADK dalam PPA ini menjadi tanda aras penting kepada AADK bagi meyakinkan Klien, keluarga dan komuniti mengenai mutu perkhidmatan yang ditawarkan agensi. Selain itu, AADK menganugerahkan Puan Nurhafizah binti Desa, Pegawai AADK Negeri Johor sebagai penerima Anugerah Ketua Pengarah selepas berjaya mencapai skor paling tinggi iaitu sebanyak 95.5 peratus. Program Persijilan AADK Majlis Pentauliahan PPA PPA CPE CPP CEP 160 (L1 : 220, L2 : 62) 159 Pelaksanaan Program Persijilan AADK Tahun 2022 AADK menganugerahkan Puan Nurhafizah binti Desa sebagai penerima Anugerah Ketua Pengarah selepas berjaya mencapai skor paling tinggi. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 318
ASOD adalah platform perkongsian negara ASEAN untuk melaporkan situasi terkini dan usaha menangani masalah serta isu dadah di negara ASEAN. Kesemua wakil Delegasi negara ASEAN bergambar semasa Mesyuarat The 43rd ASOD yang diadakan di Kuala Lumpur. KDN menerusi AADK menjadi tuan rumah sekali gus mempengerusikan Mesyuarat The 43rd ASEAN Senior Official on Drug Matters (43RD ASOD) yang diadakan pada 30 Oktober hingga 4 November 2022 di Kuala Lumpur. YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha KDN merasmikan dan melancarkan Laporan ASEAN Drug Monitoring Networking (ADMN) bagi tahun 2022 pada 1 November 2022. ASOD adalah platform perkongsian negara ASEAN untuk melaporkan situasi terkini dan usaha bagi menangani masalah serta isu dadah di negara masing-masing. Selain itu, ASOD juga digunakan sebagai ruang mendapatkan maklumat mengenai trend terkini penawaran dan permintaan dadah serta berkongsi amalan terbaik dalam usaha membanteras masalah dadah melalui lima bidang utama iaitu penguatkuasaan, pendidikan pencegahan, rawatan dan pemulihan, penyelidikan serta pembangunan alternatif. Negara ASEAN turut melaporkan status tindakan dan pelaksanaan inisiatif yang dilaksanakan di negara masing-masing seperti yang digariskan dalam ASOD Work Plan 2016- 2025. Mesyuarat kali ini turut membincangkan perancangan projek antidadah di peringkat serantau serta kerjasama strategik dalam mendapatkan dana daripada Rakan Dialog ASEAN sebagai sumber pembiayaan sekali gus melaporkan pelaksanaan projek yang telah dilaksanakan. Aspek memperkasa pembangunan kompetensi pegawai turut dibincangkan menerusi mesyuarat berkenaan. Delegasi Malaysia diwakili 22 pegawai kanan terdiri daripada KDN; Kementerian Kesihatan Malaysia; Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; Jabatan Kastam Diraja Malaysia; Jabatan Kimia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Seramai 100 orang peserta terdiri daripada pegawai kanan negara ASEAN; pegawai daripada Sekretariat ASEAN; Rakan Dialog dari China, Jepun, Russia dan Republik Korea serta External Parties United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) dan Australia Police Force. The 43rd ASEAN Senior Official on Drug Matters LAPORAN TAHUNAN 2022 319
AADK berpeluang menghadiri mesyuarat bilateral dan lawatan kerja ke Central Narcotic Bureau (CNB), Drug Rehabilitation Centre (DRC), Singapura Anti-Narcotics Association (SANA) dan Pertapis Halfway House (PHH) pada 7 hingga 8 September 2022. Delegasi AADK diketuai oleh YBrs. Tuan Sutekno Ahmad Belon, Ketua Pengarah AADK bersama pengarah-pengarah bahagian, negeri dan PUSPEN. Mesyuarat bilateral itu adalah kesinambungan daripada mesyuarat bilateral antara CNB Singapore dan AADK pada 16 November 2021 yang diadakan secara telesidang. Pada mesyuarat tersebut, CNB Singapore mencadangkan supaya mesyuarat bilateral antara CNB Singapore dan AADK dapat diadakan pada setiap tahun agar kedua-dua pihak dapat mengetahui isu-isu semasa berkaitan permasalahan dadah dan mengekalkan hubungan erat antara kedua-dua pihak. Selain itu, penganjuran mesyuarat berkenaan bertujuan membina hubungan yang lebih erat melalui kerjasama dua hala yang telah dibina khususnya antara AADK dan CNB meliputi aspek pentadbiran dan pengendalian kes penyalahgunaan dadah. Menerusi hubungan tersebut, kedua-dua negara juga dapat berkongsi pengalaman, kepakaran dan pengetahuan pelaksanaan program rawatan dan pemulihan, pendidikan pencegahan dadah dan penguatkuasaan. Mesyuarat Bilateral dan Lawatan Kerja di Singapura Mesyuarat Bilateral antara AADK dengan CNB diadakan pada 8 September 2022 di Singapura. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 320
Delegasi AADK turut mengadakan lawatan kerja di PHH, Singapura. Mesyuarat bertujuan membina hubungan yang lebih erat melalui kerjasama dua hala yang telah dibina antara AADK dan CNB. LAPORAN TAHUNAN 2022 321
KEMENTERIAN DALAM NEGERI 322
LAPORAN TAHUNAN 2022 323 JABATAN PENDAFTARAN NEGARA RUSLIN DATO’ BIN JUSOH KETUA PENGARAH JABATAN PENDAFTARAN NEGARA
JABATAN PENDAFTARAN NEGARA Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan Darurat (Kawasan– kawasan Pendaftaran) 1948 dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk menentang ancaman keselamatan dan bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan serta perkahwinan dan perceraian bagi yang bukan Islam. JPN juga berperanan untuk menentukan taraf kewarganegaraan dan mengeluarkan dokumen identiti individu dalam bentuk sijil dan kad pengenalan kepada mereka yang layak. Rekod maklumat di JPN ini adalah salah satu aset yang penting dalam pembangunan negara. Pada tahun 2022, JPN telah berjaya memproses sebanyak 2,983,119 pengeluaran dan pendaftaran bagi aktiviti urus niaga utama yang melibatkan permohonan dan pengeluaran kad pengenalan, pendaftaran kelahiran, pengangkatan, kematian, permohonan kewarganegaraan, serta permohonan pendaftaran perkahwinan dan perceraian bagi bukan Islam serta aktiviti penguatkuasaan. AKTIVITI JUMLAH Pengeluaran Kad Pengenalan 2,271,630 Pendaftaran Kelahiran 441,487 Pendaftaran Pengangkatan 6,279 Pendaftaran Kematian (Pemegang Dokumen JPN) 206,603 Pendaftaran Perkahwinan 57,120 JUMLAH KESELURUHAN 2,983,119 Urus Niaga Utama Jabatan Jumlah Pengeluaran dan Pendaftaran Aktiviti Urus Niaga Utama JPN 2022 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 324
Identiti Digital Nasional (IDN) merupakan salah satu elemen di bawah Teras 1 Pelan Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Februari 2021. Pada tahun 2022, usaha pelaksanaan IDN di JPN telah melalui beberapa peringkat kelulusan teknikal projek merangkumi Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) peringkat JPN dan KDN, Makmal Pengurusan Nilai (VM Lab) di bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA) di bawah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Akta dan peraturan baharu IDN sedang digubal bagi memastikan IDN boleh dilaksanakan. Pelaksanaan projek IDN turut dipantau di bawah tadbir urus beberapa peringkat iaitu Majlis IDN, Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal yang dianggotai oleh pelbagai kementerian dan jabatan. JPN juga turut dijemput sebagai panel penceramah persidangan dalam dan luar negara bagi membincangkan dan berkongsi maklumat berkaitan perancangan pelaksanaan identiti digital di Malaysia. Persidangan yang dihadiri antara lain seperti MyFintech Week anjuran Bank Negara Malaysia pada 24 hingga 28 Januari 2022 dan Persidangan Identity India anjuran Asia Pacific Smart Card Association (APSCA) di New Delhi, India pada 7 hingga 8 Julai 2022. Selain itu, bagi memantapkan lagi pengetahuan dan memperoleh cadangan terbaik berkaitan keperluan teknikal projek, ahli-ahli kumpulan kerja di bawah Jawatankuasa Teknikal IDN telah menghadiri sebanyak 24 sesi Technology Update (TU) dan beberapa sesi lawatan yang diadakan oleh pelbagai pemain industri sepanjang 2022. Hasil daripada sesi TU dan lawatan ini telah dikaji dan dinilai serta dijadikan input kepada penyediaan spesifikasi teknikal IDN. Identiti Digital Nasional Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Identiti Digital Nasional pada 1 Julai 2022. LAPORAN TAHUNAN 2022 325
YBhg. Dato’ Ruslin bin Jusoh, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara menyampaikan Sijil Pemberian Ganjaran KWAICT kepada Ahli Pasukan Projek MyJanjiTemu JPN. Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam (KWAICT) telah ditubuhkan oleh kerajaan bertujuan menggalakkan inisiatif pembangunan projek-projek ICT sektor awam yang menggunakan kepakaran dalaman dengan menawarkan ganjaran kepada pasukan projek yang berjaya menyumbang kepada penjimatan kos kerajaan. Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam (JKWAICT) Bilangan 1 Tahun 2022 pada 12 Ogos 2022 telah meluluskan permohonan pemberian ganjaran pasukan projek ICT kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi projek MyJanjiTemu JPN sebanyak RM4,889.10. Sistem MyJanjiTemu JPN merupakan satu sistem bagi memudahkan orang awam membuat tempahan janji temu secara dalam talian sebelum hadir ke kaunter pejabat JPN untuk mendapatkan perkhidmatan. Sistem ini merupakan cetusan idea bagi menyokong seruan kerajaan dalam mengekang penularan COVID-19 dan memastikan kesesakan orang ramai di kaunter pejabat JPN dapat dikawal serta mematuhi SOP yang berkuatkuasa. Sistem ini dibangunkan secara dalaman oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTM) JPN bermula dari bulan Mei 2020 dan telah digunakan sepenuhnya pada 4 Jun 2020 meliputi Ibu Pejabat JPN Putrajaya dan 225 pejabat JPN di seluruh negara. Inisiatif seperti ini dapat meniup semangat dalam kalangan penjawat awam dan menjadi pemangkin bagi meneruskan usaha penambahbaikan berterusan ke arah pendigitalan perkhidmatan sektor awam demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada pelanggan. Pemberian Ganjaran Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam Bagi Projek MyJanjiTemu JPN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 326
Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) merupakan inisiatif JPN dalam mendekati dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat bagi memastikan setiap dokumen pengenalan diri dapat dikeluarkan kepada meraka yang layak. Program ini memberi tumpuan terhadap perkhidmatan di lapangan terutama bagi golongan yang mempunyai kesukaran untuk hadir ke pejabat-pejabat JPN di seluruh negara seperti golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas, pesakit terlantar dan pesakit mental. Program yang telah mencapai usia 22 tahun sejak mula diperkenalkan pada tahun 2000 ini telah melalui pelbagai evolusi khususnya daripada aspek penambahbaikan program, tadbir urus, penggunaan teknologi terkini dan pemerkasaan keupayaan modal insan. Sempena sambutan Hari Pendaftaran Negara (HPN) Ke-74 pada 17 Oktober 2022, JPN telah memperkenalkan logo baharu serta penjenamaan semula teras perkhidmatan utama program ini yang telah disempurnakan oleh YB Menteri Dalam Negeri. Sepanjang tahun 2022, sebanyak 1,375 program MEKAR telah diadakan di seluruh negara dengan melibatkan sebanyak 28,396 pengeluaran dokumen pengenalan diri dan sebanyak 9,386 khidmat nasihat telah diberikan sepanjang program berlangsung. JPN juga telah menggerakkan Program MEKAR Pasca Banjir bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang telah melanda tiga buah negeri iaitu Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan pada 18 Disember 2021 serta banjir di daerah Baling, Kedah pada 4 Julai 2022 lalu. Program ini bertujuan untuk memberikan khidmat nasihat kepada mangsa banjir termasuk perkhidmatan penggantian dokumen pengenalan diri secara percuma. Antara lokasi perkhidmatan kepada mangsa banjir berkenaan adalah seperti berikut : TARIKH LOKASI 4 Januari 2022 Pekarangan Pejabat Penghulu Mukim Dengkil, Selangor 5 Januari 2022 Pekarangan Pejabat Penghulu Mukim Labu, Selangor 6 hingga 7 Januari 2022 Pekarangan Pejabat Penghulu Bukit Changgang, Kuala Langat, Selangor 8 Januari 2022 Pekarangan Masjid Ar-Rahmah RTB Bukit Changgang, Kuala Langat, Selangor 7 hingga 9 Januari 2022 Pekarangan Dewan Komuniti Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor 21 hingga 23 Januari 2022 Dewan Sri Mentakab, Pahang 5 Februari 2022 Padang Awam, Kg Pasir Besar Gemas, Negeri Sembilan 6 Februari 2022 FELDA Sungai Kelamah Gemas, Negeri Sembilan 9 Julai 2022 SMK Jerai, Baling Kedah Program Menyemai Kasih Rakyat LAPORAN TAHUNAN 2022 327
Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Pasca Banjir bersama YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri di Dewan Komuniti Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor dari 7 hingga 9 Januari 2022. BIL. LOKASI URUSAN KAD JUMLAH PENGENALAN KELAHIRAN & KEMATIAN PERKAHWINAN & PERCERAIAN 1. Dewan Komuniti Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor 256 990 6 1,252 2. Smk Jerai, Baling Kedah 45 122 0 167 3. Dewan Sri Mentakab, Pahang 171 375 9 555 JUMLAH KESELURUHAN 1,974 Program Menyemai Kasih Rakyat Pasca Banjir KEMENTERIAN DALAM NEGERI 328
YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin melawat kaunter pendaftaran MyKad pada Perasmian Bas Mobile JPN ketika menghadiri Program MEKAR Prihatin Pasca Banjir di Dewan Komuniti Sri Nanding Hulu Langat, Selangor. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin menyerahkan sijil kelahiran kepada penduduk yang terjejas akibat banjir pada Program MEKAR Pasca Banjir di SMK Jerai, Baling, Kedah. JPN telah dipilih oleh kerajaan sebagai salah satu agensi yang melaksanakan perkhidmatan dalam talian secara End-to-End di bawah Projek Norma Baharu Penyampaian Perkhidmatan Awam (NBPPA). Selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 April 2020 yang memutuskan supaya amalan norma baharu dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan bagi memudahkan dan mempercepat perkhidmatan kepada rakyat serta merancakkan kembali aktiviti ekonomi negara ketika dalam fasa pasca pandemik COVID-19. Sebanyak empat perkhidmatan JPN telah dipilih di bawah Projek NBPPA iaitu: BIL. PERKHIDMATAN STATUS TERKINI 1. Semakan Status Permohonan MyKad Penggunaan Kod QR telah diselaraskan di JPN seluruh Malaysia pada 5 Disember 2022. 2. Permohonan Cabutan Daftar Kad Pengenalan JPN.KP10 Sistem ini telah dilaksanakan secara End-to-End sepenuhnya pada 14 Oktober 2022. 3. Semakan Status Pengemaskinian Perceraian Sivil Semakan status perceraian sivil secara dalam talian telah dilaksanakan pada 21 November 2022. 4. Semakan Status Permohonan Kewarganegaraan Perkhidmatan End-to-End Semakan Status Permohonan Kewarganegaraan telah dilaksanakan pada 5 September 2022. Majlis Kick Off Program Meningkatkan Sistem Penyampaian Kerajaan Ke Arah Pengamalan Norma Baharu Oleh MAMPU LAPORAN TAHUNAN 2022 329
Perasmian Majlis Kick Off Program Meningkatkan Sistem Penyampaian Kerajaan (End-to-End) Ke Arah Pengamalan Norma Baharu (NBPPA) melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara. Sesi lawatan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara ke ruang pameran JPN. Perasmian Bengkel Pindaan Kaedah-kaedah Kewarganegaraan 1964 yang telah disempurnakan oleh YBrs. En. Nooruladzim bin Ateman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN yang menanggung tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (Operasi) pada ketika itu dan dihadiri oleh Puan Siti Maslinda binti Mardi, Pengarah Bahagian Kewarganegaraan. Majlis Kick-Off NBPPA melibatkan JPN telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara pada 18 Julai 2022 di Majlis Perbandaran Kajang dan turut disertai oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Yusof bin Ismail, Ketua Pengarah MAMPU, YBhg. Dato’ Ruslin bin Jusoh, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dan YBrs. Tuan Haji Najmuddin bin Jemain, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang. Bengkel Pindaan Kaedah-kaedah Kewarganegaraan 1964 telah diadakan pada 17 hingga 19 Jun 2022 bertempat di Hotel Melia, Kuala Lumpur. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menyemak semula dan menambahbaik prosedur kerja semasa. Kali terakhir Pindaan Kaedahkaedah Kewarganegaraan 1964 dibuat adalah pada 18 Jun 2010. Di samping itu juga, aduan pelanggan mengenai kesukaran menyemak status permohonan dapat dikurangkan. Bengkel Pindaan Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 330
Sistem Semakan Status Permohonan Kewarganegaraan (SSPK) adalah merupakan projek di bawah Norma Baharu Penyampaian Perkhidmatan Awam (NBPPA) yang diselaraskan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Sistem ini bertujuan untuk membantu pemohon menyemak status permohonan taraf kewarganegaraan dengan lebih mudah dan pantas berbanding kaedah yang dilaksanakan secara manual menerusi panggilan telefon, e-mel, surat atau hadir secara fizikal ke kaunter JPN. Sistem SSPK telah mula digunakan oleh orang awam pada 29 Ogos 2022 dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelanggan-pelanggan JPN. Hingga 31 Disember 2022, sebanyak 51,197 carian telah dibuat menggunakan sistem ini. Penyediaan perkhidmatan ini juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga kerja, masa dan perbelanjaan perolehan. JPN telah dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Pengurusan Sumber Manusia oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Penganugerahan ini diberikan bagi menghargai prestasi cemerlang JPN dalam menguruskan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) bagi tahun 2021/2022. Pelaksanaan Sistem Semakan Status Permohonan Kewarganegaraan Pelaksanaan Sistem Semakan Status Permohonan Kewarganegaraan Sistem Semakan Status Permohonan Kewarganegaraan (SSPK) telah dilancarkan pada tahun 2022. YBrs. Pn. Faizah binti Jaarudin, Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (Pengurusan) [TKPPN (P)] mewakili JPN menerima Anugerah Pengurusan Sumber Manusia yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Sayuthi bin Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)KDN. LAPORAN TAHUNAN 2022 331
KEMENTERIAN DALAM NEGERI 332
LAPORAN TAHUNAN 2022 333 JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA MOHD NAWARDI HAJI BIN SAAD KETUA PENGARAH JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA
JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bertanggungjawab mentadbir dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 yang memperuntukkan kuasa bagi Jabatan untuk mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak bertentangan dengan keselamatan, ketenteraman awam, ketertiban atau akhlak negara Malaysia. JPPM telah memperkenalkan elemen penguatkuasaan ke atas pertubuhan dengan melaksanakan pemeriksaan pematuhan pertubuhan sebagai Key Permormance Index (KPI) dan telah menetapkan sekurang-kurangnya 65 peratus daripada jumlah pertubuhan yang perlu diperiksa bagi tujuan pematuhan ke atas Akta Pertubuhan 1966. Berdasarkan pemeriksaan ke atas 1,102 pertubuhan, sebanyak 832 pertubuhan yang mematuhi Akta Pertubuhan 1966. Manakala, pertubuhan yang gagal mematuhi Akta Pertubuhan 1966 akan dikenakan notis di bawah Akta Pertubuan 1966. Statistik pemeriksaan dan pematuhan terhadap pertubuhan adalah seperti yang berikut: PERKARA PEMERIKSAAN PEMATUHAN Pertubuhan Keagamaan 318 243 Pertubuhan Kebajikan 551 423 Pertubuhan Rekreasi 233 176 JUMLAH 1,102 842 Penguatkuasaan Pertubuhan Statistik Pemeriksaan dan Pematuhan Pertubuhan 2022 Pegawai JPPM sedang menjalankan pemeriksaan ke atas pertubuhan. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 334
Statistik Keseluruhan Permohonan Baru Pertubuhan Mengikut Negeri 2022 Pertubuhan Berdaftar sehingga 2022 JPPM telah menerima sebanyak 12,932 permohonan pertubuhan dan telah meluluskan sebanyak 8,012 permohonan manakala 4,920 permohonan telah ditolak kerana tidak memenuhi syarat permohonan. Daripada jumlah tersebut, JPPM Negeri Selangor telah mencatatkan jumlah persatuan berdaftar yang paling tinggi dengan jumlah 2,713 persatuan daripada 3,672 jumlah permohonan yang telah diterima. NEGERI MOHON LULUS TOLAK/ DALAM PROSES Selangor 3,672 2,713 959 Perak 1,427 910 517 Johor 1,420 506 914 Kuala Lumpur & Putrajaya 1,350 893 457 Sabah & Labuan 1,268 882 386 Pulau Pinang 622 272 350 Kedah 604 278 326 Kelantan 525 340 185 Negeri Sembilan 524 334 190 Sarawak 496 198 298 Melaka 329 205 124 Terengganu 329 249 80 Pahang 314 195 119 Perlis 52 37 15 JUMLAH 12,932 8,012 4,920 Urusan Pendaftaran Pertubuhan TAHUN 2022 INDUK 79,171 CAWANGAN 98,132 JUMLAH 177,303 LAPORAN TAHUNAN 2022 335
NEGERI JOHOR KEDAH KELANTAN MELAKA N. SEMBILAN PAHANG P. PINANG PERAK PERLIS SELANGOR TERENGGANU SABAH SARAWAK WP KUALA LUMPUR WP LABUAN WP PUTRAJAYA JUMLAH KATEGORI POLITIK Pendaftaran Parti Politik hanya di Ibu Pejabat JPPM 70 70 FAEDAH BERSAMA (KHAIRAT KEMATIAN) 126 268 54 117 127 136 88 277 34 120 74 48 31 67 - 4 1,571 HAK ASASI 60 20 14 24 21 20 21 114 6 252 16 79 31 111 1 5 798 IKHTISAS 28 44 21 84 28 14 74 95 7 347 16 38 54 223 3 23 1,110 KEAGAMAAN 2,351 462 81 451 533 331 1,647 1,654 38 2,665 40 319 528 1,036 16 7 12,162 KEBAJIKAN 2,562 1,230 1,208 873 1,330 1,223 1,422 2,606 223 6,227 1,113 1,689 1,226 3,838 101 352 27,223 KEBUDAYAAN DAN KESENIAN 390 119 102 145 124 137 227 293 27 720 99 371 361 540 18 24 3,697 KESELAMATAN 29 34 16 4 31 37 55 80 10 106 18 46 40 39 3 2 600 PERDAGANGAN 517 170 102 136 149 148 262 280 30 1,201 110 678 278 1,064 32 32 5,189 REKREASI 758 193 149 178 357 317 363 364 57 1,678 225 808 694 1,077 61 102 7,581 SOSIAL 1,774 726 506 744 913 713 1,049 1,480 135 5,587 397 1,260 988 2,629 101 352 19,170 JUMLAH 8,625 3,286 2,253 2,756 3,613 3,076 5,208 7,454 567 18,903 2,111 5,336 4,231 10,624 276 782 79,171 Statistik Pertubuhan Induk Berdaftar Mengikut Negeri sehingga 2022 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 336
NEGERI JOHOR KEDAH KELANTAN MELAKA N. SEMBILAN PAHANG P. PINANG PERAK PERLIS SELANGOR TERENGGANU SABAH SARAWAK WP KUALA LUMPUR WP LABUAN WP PUTRAJAYA JUMLAH KATEGORI POLITIK Pendaftaran Parti Politik hanya di Ibu Pejabat JPPM 87,783 87,783 HAK ASASI 16 11 3 5 6 6 11 10 1 25 5 8 7 18 2 1 135 IKHTISAS 7 4 5 2 3 3 7 7 1 13 5 6 25 2 1 1 92 KEAGAMAAN 259 42 10 46 73 24 72 111 4 120 8 609 152 58 - 3 1,591 KEBAJIKAN 449 509 148 130 158 273 231 467 51 401 165 1,028 1,115 236 12 30 5,403 KEBUDAYAAN DAN KESENIAN 72 49 16 23 40 28 34 46 6 71 15 19 33 31 1 5 489 KESELAMATAN 2 6 - 1 1 1 5 14 - 12 - - 2 7 - - 51 PERDAGANGAN 91 41 15 23 20 33 20 55 7 54 31 45 108 28 2 2 575 REKREASI 69 7 8 5 18 22 8 15 3 22 5 43 47 26 - 2 300 SOSIAL 298 10 144 53 116 64 88 135 46 102 83 231 262 70 5 6 1,713 JUMLAH 1,263 679 349 288 435 454 476 860 119 820 317 1,989 1,751 476 23 50 98,132 Statistik Pertubuhan Cawangan Berdaftar Mengikut Negeri sehingga 2022 LAPORAN TAHUNAN 2022 337
Sebanyak 1,104 permohonan rayuan telah diterima di bawah Seksyen 18, Akta Pertubuhan 1966 melalui permohonan secara atas talian dengan menggunakan Sistem eROSES dan rayuan secara manual. PERKARA MANUAL ONLINE JUMLAH Dalam Tindakan JPPM 79 347 426 Dalam Tindakan Bahagian PP, KDN 136 78 214 Telah Mendapat Keputusan 1 462 463 Rayuan Tarik Semula 0 2 2 JUMLAH 215 889 1,104 Statistik Permohonan Rayuan Pertubuhan 2022 Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM20 juta kepada JPPM bagi melaksanakan pemberian Malaysian Insentive Community Empowerment (MyICE) kepada pertubuhan di bawah kategori Kebajikan, Sosial, Keselamatan dan Hak Asasi yang berdaftar. Sejumlah 4,490 permohonan telah diterima oleh JPPM di mana sebanyak 2,163 pertubuhan telah menerima manfaat daripada peruntukan tersebut. Geran ini bertujuan untuk pembiayaan program, pembangunan kapasiti dan pengurusan pertubuhan bagi meningkatkan kecekapan dalam mengurus tadbir pertubuhan, memupuk nilai kesukarelawanan dan mengenal pasti nilai kepimpinan dalam komuniti serta mempertingkatkan lagi kerjasama antara komuniti dan agensi kerajaan. Selaras dengan Pelan Strategik JPPM 2021-2025 di bawah Teras Dua iaitu Memperkasakan Pertubuhan dan Komuniti, tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk melatih pertubuhan dan komuniti dalam memperkasakan peranan dan sumbangan dengan lebih signifikan dan seterusnya menjadikan pertubuhan di negara ini sebagai Third Executive Arm bersama-sama sektor kerajaan serta swasta dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Geran Malaysian Incentive Community Empowerment KEMENTERIAN DALAM NEGERI 338
NEGERI PERMOHONAN YANG DILULUSKAN PERMOHONAN YANG TIDAK BERJAYA JUMLAH KESULURUHAN KELULUSAN (RM) Perlis 62 34 582,810.00 Kedah 94 230 801,105.00 Pulau Pinang 88 116 831,368.00 Perak 140 232 1,314,509.00 Selangor 585 472 5,326,161.00 Negeri Sembilan 128 155 1,219,654.00 Melaka 123 110 1,138,122.00 Johor 156 283 1,468,959.00 Pahang 124 147 1,130,976.00 Terengganu 119 110 1,118,878.00 Kelantan 83 85 740,372.00 Sabah/Labuan 82 158 791,710.00 Sarawak 102 126 944,281.00 WPKL/Putrajaya 277 288 2,591,095.00 JUMLAH 2,163 2,546 20,000,000.00 Statistik pelaksanaan Geran MyICE 2022 Sesi taklimat Geran MyICE 2022. LAPORAN TAHUNAN 2022 339
Sesi penyerahan Geran MyICE kepada pertubuhan yang diluluskan permohonan MyICE 2022. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 340
Pegawai JPPM dalam sesi taklimat pengurusan pertubuhan dan khidmat nasihat kepada wakil pertubuhan. Perancangan dan pelaksanaan Inisiatif Sinergi Pertubuhan telah dibuat penjajaran mengikut strategi dan program yang digariskan dalam Pelan Strategik JPPM 2021-2025 di bawah Teras Dua iaitu Memperkasakan Pertubuhan dan Komuniti. Melalui strategi memantapkan pengurusan pertubuhan, sebanyak 248 Program #ros_care telah dirangka pada tahun 2022 dan berjaya dilaksanakan di semua JPPM negeri dan Ibu pejabat. Konsep #ros_care dalam pelaksanaan Program Outreach bersama pertubuhan bertujuan mewujudkan jalinan kerjasama dengan pertubuhan yang berdaftar di bawah JPPM serta memberikan khidmat nasihat dan perkongsian berkaitan pengurusan pertubuhan selaras dengan Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 termasuklah perlembagaan yang diwujudkan oleh sesebuah pertubuhan. Statistik #ros_care dalam pelaksanaan Program Outreach untuk tahun 2020 sehingga 2022 adalah seperti di bawah: Sinergi Pertubuhan PERKARA BILANGAN PROGRAM OUTREACH Tahun 2020 330 Tahun 2021 367 Tahun 2022 248 JUMLAH 945 Statistik program outreach untuk tahun 2020 Sehingga 2022 LAPORAN TAHUNAN 2022 341
Di bawah strategi society empowerment, terdapat dua program khusus kepada pertubuhan telah dikendalikan iaitu Program Perkongsian Pintar dan Program Young Generation melibatkan pelbagai segmen pertubuhan berdaftar termasuk di peringkat belia. Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan pemahaman mengenai tadbir urus pertubuhan yang efektif. Sebanyak 28 Program Perkongsian Pintar telah diadakan di semua JPPM Negeri yang melibatkan pertubuhan. Manakala bagi Program Young Generation, sebanyak 27 program telah diadakan di semua JPPM Negeri yang melibatkan pertubuhan di peringkat belia bersama pihak sekolah, institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Society Empowerment Pelaksanaan Program Perkongsian Pintar di bawah Hala Tuju Strategik JPPM 2022 Pelaksanaan Program Young Generation di bawah Hala Tuju Strategik JPPM 2022 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 2 4 4 2 4 3 3 4 5 IBU PEJABAT JOHO R KEDAH KELANTAN MELAKA N. SEMBILAN PAHANG PERAK PERLIS P. PINANG SABA H SARAWAK SELANGO R TERENGGANU WP. KUALA LUMPUR 0 1 0 2 2 3 6 2 1 1 4 2 1 1 1 1 1 1 3 4 5 6 IBU PEJABAT JOHOR KEDAH KELANTAN MELAKA N. SEMBILAN PAHANG PERAK PERLIS P. PINANG SABAH SARAWAK SELANGOR TERENGGANU WP. KUALA LUMPUR KEMENTERIAN DALAM NEGERI 342
Bagi memastikan pelaksanaan sinergi pertubuhan yang mampan, JPPM telah mewujudkan program Jaringan Kerjasama Strategik antara Agensi Dalam Negara bersama pihak stakeholder yang berkaitan termasuk Agensi dan Jabatan Penguatkuasaan, badan regulator dan sebagainya. Program ini merupakan platform untuk membentuk kerjasama dan kolaborasi strategik pelbagai hala bagi berkongsi maklumat dan kepakaran ke arah penambahbaikan dalam sistem penyampaian perkhidmatan JPPM termasuk penguatkuasaan, perundangan, kawalan dan pengurusan pertubuhan. Sebanyak 68 program Jaringan Kerjasama Strategik telah dijalankan di seluruh JPPM Negeri termasuk di Ibu Pejabat. Pelaksanaan Jaringan Kerjasama Strategik Antara Agensi Dalam Negeri di bawah Hala Tuju Strategik JPPM 2022 0 2 1 2 4 6 12 2 5 6 4 4 5 4 4 4 5 4 6 8 10 12 IBU PEJABAT JOHOR KEDAH KELANTAN MELAKA N. SEMBILAN PAHANG PERAK PERLIS P. PINANG SABAH SARAWAK SELANGOR TERENGGANU WP. KUALA LUMPUR Perbincangan bersama Polis Diraja Malaysia. LAPORAN TAHUNAN 2022 343
Sub-Committee on Non-Profit Organisation Sector (SCONPO) merupakan salah satu daripada sembilan jawatankuasa yang dibentuk di bawah National Coordination Committee (NCC), dikoordinasikan oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM) bagi pihak Kerajaan Malaysia yang menganggotai Asia Pacific Group on Money Laundering and Terrorism Financing (APG MLTF) dan Financial Action Task Force (FATF), ditubuhkan di bawah United Nations (UN). Selain daripada JPPM, Ahli Jawatankuasa SCONPO turut diwakili seperti yang berikut: i. Kementerian Dalam Negeri (KDN); ii. Kementerian Kewangan Malaysia (MoF); iii. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP); iv. Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM); v. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); dan vi. Labuan Financial Services Authority (LFSA). Satu mesyuarat telah diadakan di antara United Nations Counter-Terrorism Committee Executive Directorate (CTED) dengan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi bagi menilai pelaksanaan resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) khusus bagi mengemaskini pelaporan terkini berkaitan Anti-Money Laundering Among Non-Profits Organisations (NPO) di Malaysia. Di samping itu, sebagai ahli SCONPO juga, JPPM terlibat secara aktif dalam memberi maklum balas secara atas talian terhadap kajian yang dilaksanakan oleh NCC bagi tujuan yang sama. Penglibatan JPPM di Peringkat Antarabangsa Penglibatan JPPM dalam SCONPO 2022 TARIKH PROGRAM 26-28 Julai 2022 Mesyuarat Tahunan Asia Pacific Group (APG) membincangkan peranan Malaysia dalam proses Mutual Evaluation Exercise (MEE) yang akan dilaksanakan pada tahun 2023. Pihak Bank Negara Malaysia selaku Lead Coordinator Malaysia akan menyelaras dan mengadakan mesyuarat dengan pihak-pihak berkaitan termasuk semua agensi di bawah SCONPO bagi tujuan tersebut. 27 Oktober 2022 Maklum Balas Bagi Cadangan Kertas Kerja Financial Action Task Force (FATF): Membanteras Penyalahgunaan Pertubuhan Bukan Untung (Non-Profit Organisation – NPO) 7 November 2022 Mesyuarat Bersama United Nations Counter-Terrorism Committee Executive Directorate (CTED) bagi mengkaji pelaksanaan resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Wisma Putra, Putrajaya. 22 November 2022 Maklum balas Borang Soal Selidik Berhubung Implementation of Recommendation 8 and Immediate Outcome 10 in the Asia Pacific Region. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 344
Mesyuarat Tahunan Asia Pacific Group yang disertai oleh wakil JPPM yang diadakan pada 24 hingga 28 Julai 2022 di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur. LAPORAN TAHUNAN 2022 345
KEMENTERIAN DALAM NEGERI 346
LAPORAN TAHUNAN 2022 347 EASTERN SABAH SECURITY COMMAND HAJI HAMZAH DCP DATUK BIN HAJI AHMAD KOMANDER EASTERN SABAH SECURITY COMMAND
EASTERN SABAH SECURITY COMMAND Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) ditubuhkan pada 1 April 2013 dan dipertanggungjawabkan sebagai agensi peneraju dalam pengoperasian kawalan keselamatan bagi mengekang ancaman pencerobohan anasir luar dan jenayah rentas sempadan merangkumi 10 daerah di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) meliputi Daerah Kudat hingga ke Tawau. Melalui penyelarasan operasi secara bersepadu bersama pasukan keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan di ESS Zone, ESSCOM telah dapat mempertahankan kedaulatan wilayah di samping memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal selaras dengan moto ESSCOM iaitu Bersama-sama Menjana Kesejahteraan. ESSCOM berjaya mengekalkan rekod sifar insiden penculikan sejak Februari 2020 melalui koordinasi operasi pencegahan dan rondaan di ESS Zone serta perkongsian maklumat perisikan termasuk dengan pasukan keselamatan dari negara jiran. Sepanjang tahun 2022, situasi keselamatan di pantai Timur Sabah adalah aman dan terkawal tanpa sebarang insiden yang tidak diingini dan ESSCOM komited untuk memastikan ESS Zone sentiasa selamat dan sejahtera. Sifar Insiden Penculikan Kota Marudu Pitas Sandakan Kunak Semporna Kudat Tawau ESS Zone Beluran Kinabatangan Lahad Datu KEMENTERIAN DALAM NEGERI 348