The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Unit Pengurusan Korporat & Integriti, SUK Perlis, 2023-12-07 03:04:41

2022 - LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2022

Pematuhan Pencetakan dan Penerbitan Teks Al-Qur’an Rang Undang-undang Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2022 Pada tahun 2022, Bahagian PKK telah mengurusetiakan Mesyuarat Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Qur’an (LPPPQ) yang bersidang pada bulan Mac, Julai dan Oktober bertujuan untuk membincangkan dasar dan peraturan berkaitan kawal selia teks Al-Qur’an dan hadith. Mesyuarat ini juga memutuskan tindakan ke atas teks dan bahan Al-Qur’an yang telah ditahan serta meluluskan lesen mencetak Al-Qur’an dan perakuan betul pruf akhir teks Al-Qur’an. Sebanyak 39 perakuan betul pruf akhir teks Al-Qur’an telah diluluskan manakala sebanyak 14 pruf telah ditolak oleh LPPPQ. Selain itu, Mesyuarat Jawatankuasa Penyemakan Dan Penilaian Al-Qur’an Braille telah bersidang pada bulan Mac untuk membuat penyemakan dan penilaian ke atas teks dan bahan AlQur’an Braille serta mengesyorkan keputusan semakan bagi tujuan perakuan Lembaga. Rang Undang-undang Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2022 dibentang untuk bacaan kali pertama di Parlimen pada 19 Julai 2022 dan kedua pada 3 Oktober 2022. RUU ini dibaca semula di Dewan Rakyat selepas PRU-14 sebelum dibahas pada bacaan kali kedua dan ketiga sesi Parlimen yang akan datang. LMCQ 63 PRUF 912 3 LESEN MESIN CETAK AL-QUR'AN YANG TELAH LULUS 1 LESEN MESIN CETAK AL-QUR'AN YANG TELAH DITOLAK 39 PERAKUAN BETUL PRUF AKHIR TEKS AL-QUR'AN TELAH DILULUSKAN 14 PERAKUAN BETUL PRUF AKHIR TEKS AL-QUR'AN TELAH DITOLAK AKTA PENCETAKAN TEKS AL-QUR'AN (PINDAAN) 2022 AL-QUR'AN TULISAN BRAILLE DIKAWAL SELIA KENAIKAN JUMLAH DENDA DAN TEMPOH HUKUMAN KUASA UNTUK MENYIASAT KEPADA PENGUATKUASA KDN PENGKOMPAUNAN PEMANTAPAN PENGURUSAN LPPPQ KDN Ringkasan Utama Pindaan LAPORAN TAHUNAN 2022 99


Rang Undang-undang Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2022 dibentang buat kali kedua di Parlimen pada 3 Oktober 2022. Town Hall berkenaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Program Bicara Permit Penerbitan Dan Lesen Mesin Cetak Bersama Pengamal Industri Zon Selatan. Kajian Keberkesanan Penguatkuasaan dan Kawalan Penerbitan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 Kewujudan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 adalah selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain, untuk menjamin keselamatan negara, ketenteraman awam dan kesejahteraan serta keharmonian masyarakat agar sentiasa terpelihara melalui kawalan terhadap bahan penerbitan negatif. Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan telah mula menjalankan kajian menyeluruh berkaitan Akta melalui satu Kajian Keberkesanan Penguatkuasaan dan Kawalan Penerbitan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 bersama-sama IPSOM dan MPC. Kajian tersebut juga mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk pemain industri. Hasil kajian nanti akan membantu Kementerian dalam merangka keputusan dasar berkenaan hala tuju Akta tersebut. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 100


Majlis Menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah AlMusta’in Billah dan Penyerahan Mushaf Al-Qur’an KDN pada 28 November 2022 di Istana Negara. Penyerahan Mushaf Al-Qur’an terbitan KDN kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada 3 November 2022 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri telah melancarkan Mushaf Al-Qur’an Kementerian Dalam Negeri pada 21 April 2022 di KLIA. Pembangunan Mushaf Al-Qur’an KDN KDN telah melancarkan Mushaf Al-Qur’an Kementerian Dalam Negeri pada 21 April 2022 yang mengandungi keenam-enam hukum tajwid berwarna seperti yang ditetapkan dalam garis panduan bagi pewarnaan tajwid dan diberi nilai tambah berupa warna untuk waqaf (berhenti dan teruskan bacaan) dan ibtida’ (berhenti dan ulang bacaan). Mushaf ini telah melalui semua proses semakan dan mendapat perakuan Lembaga Pengawalan serta Pelesenan Pencetakan Al-Qur’an sepertimana yang termaktub dalam Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986. Pembaharuan terhadap mushaf Al-Qur’an KDN ini adalah selaras dengan perkembangan semasa selepas kali terakhir mushaf Al-Qur’an KDN diterbitkan pada tahun 2014 dan diberi nilai tambah berupa tanda warna untuk waqaf (berhenti dan teruskan bacaan) dan tanda warna untuk ibtida’ (berhenti dan ulang bacaan) yang boleh dijadikan sebagai naskhah rujukan dan contoh terbaik kepada industri pencetakan dan penerbitan Al-Qur’an di Malaysia. LAPORAN TAHUNAN 2022 101


Penguatkuasaan dan Pematuhan Ops Naskhah telah dilancarkan di seluruh negara bertujuan membanteras pengedaran dan penjualan bahan penerbitan, bahan Al-Qur’an serta teks Al-Qur’an yang menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 dan Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an (APTQ) 1986. Operasi dilakukan berdasarkan risikan dan pemantauan yang dijalankan ke atas premis sasaran. Ops Naskhah yang dijalankan di negeri Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kedah pada Oktober dan November 2022 telah berjaya merampas Al-Qur’an yang tidak mempunyai perakuan LPPPQ serta buku yang telah dikenakan Perintah Larangan. Jumlah nilai rampasan keseluruhan adalah dianggarkan sebanyak RM612,316.00. Kesemua rampasan telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 8(1), Seksyen 14 (1) APTQ 1986 dan Seksyen 8(2) AMCP 1984. Fokus Operasi 2022 FOKUS Operasi 2022 OPS COTA Pengawal Keselamatan yang menyalahi AAP 1971 OPS CAKERA Filem / Bahan Publisiti Filem yang menyalahi APF 2022 OPS CETAK Hasil / Bahan Penerbitan yang menyalahi AMCP 1984 OPS NASKHAH Teks / Bahan Al-Qur'an yang menyalahi AMCP 1984 atau APTQ 1986 OPS MAYA Bahan Penerbitan / Teks / Bahan Al-Qur'an / Filem yang menyalahi AMCP 1984, APTQ 1986 atau APF 2002 yang dijual secara atas talian Sorotan OPS NASKHAH KEMENTERIAN DALAM NEGERI 102


Sorotan OPS CETAK Sorotan OPS MAYA Sorotan OPS CAKERA LAPORAN TAHUNAN 2022 103


Aktiviti Penguatkuasaan Jumlah Pemeriksaan/ Operasi 33,506 RM 1,888,821 Nilai Rampasan R N LAPANGAN PINTU MASUK AMCP 1984 APF 2002 APTQ 1986 AAP 1971 RAMPASAN : 5,067 NILAI RAMPASAN : RM 411,436 KERTAS SIASATAN: 69 RAMPASAN : 33,985 NILAI RAMPASAN : RM 913,056 KERTAS SIASATAN: 119 RAMPASAN : 33,886 NILAI RAMPASAN : RM 188,240 KERTAS SIASATAN: 47 AMCP 1984 APF 2002 APTQ 1986 DITAHAN : 9,456 NILAI RAMPASAN : RM 263,416 KERTAS SIASATAN: 175 DITAHAN : 3,026 NILAI RAMPASAN : RM 112,673 KERTAS SIASATAN: 59 DITAHAN : TIADA NILAI RAMPASAN : TIADA KERTAS SIASATAN: TIADA PEMERIKSAAAN : 6,541 NAZIRAN SYARIKAT : 288 PK TIADA TAPISAN : 2,754 18,069 Pemeriksaan / Operasi 183 Operasi Bersepadu RM 1,512,732 Nilai Rampasan 15,254 Pemeriksaan / Operasi RM 376,090 Nilai Rampasan Sorotan OPS COTA KEMENTERIAN DALAM NEGERI 104


JUMLAH PnP 237 63 15 146 13 TAKLIMAT / CERAMAH KEMPEN KITA JAGA AL-QUR'AN PAMERAN HEBAHAN MEDIA MASSA Tindakan penguatkuasaan oleh Bahagian ini dilaksanakan secara berterusan melalui aktiviti pemeriksaan dan operasi di lapangan dan di pintu masuk. Pada tahun 2022, sejumlah 33,506 aktiviti pemeriksaan dan operasi di pintu masuk serta lapangan telah dilaksanakan. Sejumlah 183 operasi bersepadu telah berjaya dilaksanakan bersama Jabatan/Agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Agama Islam Negeri di lapangan. Selain itu, Bahagian ini telah berjaya menahan 51,534 naskhah di bawah AMCP 1984 dan APTQ 1986. Di bawah APF 2002, Bahagian ini juga berjaya merampas 33,886 filem bernilai RM188,240 dengan 47 tangkapan. Sebanyak 47 kertas siasatan telah dibuka dan sejumlah RM83,000 kompaun telah dikenakan di bawah APF 2002. Bagi pemeriksaan ke atas pengawal keselamatan pula, sejumlah 6,541 pemeriksaan telah dibuat di pelbagai premis di seluruh negara di bawah AAP 1971. Program Pendidikan dan Pencegahan Bahagian ini berjaya melaksanakan sebanyak 237 Program Pendidikan Dan Pencegahan (PnP) melibatkan taklimat, ceramah, pameran dan hebahan di media massa serta penganjuran program pemuliaan Al-Qur’an melalui kempen Kita Jaga Al-Qur’an. LAPORAN TAHUNAN 2022 105


Program dan Aktiviti Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan 2022 Seminar Rasmi Uthmani Program Wacana Hadith KEMENTERIAN DALAM NEGERI 106


Pameran Program Pemuliaan al-Quran Liputan di Media Massa LAPORAN TAHUNAN 2022 107


BAHAGIAN KEPENJARAAN, ANTIDADAH DAN RELA Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA (PDR) bertanggungjawab menyelaras isu-isu dasar termasuk menggubal dan meminda undang-undang, peraturan dan polisi selaras dengan dasardasar Kerajaan dan Kementerian yang melibatkan tiga agensi di bawah seliaaannya iaitu Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia. KDN telah menyertai dan mengetuai delegasi Malaysia di 65th Session of the Commission on Narcotic Drugs (CND) yang diadakan di Vienna, Austria pada 14 hingga 18 Mac 2022. Persidangan secara atas talian disertai delegasi Malaysia terdiri daripada wakil-wakil daripada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Polis Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. KDN telah diketuai oleh YBhg. Datuk Musa bin Sulaiman, Setiausaha Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA manakala TYT Ikram Mohammad Ibrahim, Duta dan Perwakilan Tetap Malaysia ke Austria mewakili Malaysia di Vienna, Austria. Dalam persidangan tersebut, Kenyataan Negara disampaikan oleh TYT Ikram Mohammad Ibrahim, telah menyentuh mengenai cabaran dan kejayaan negara dalam membanteras gejala dadah ke arah fasa endemik COVID-19 dengan memastikan akses yang mencukupi kepada perkhidmatan rawatan dan pemulihan. Selain itu, beliau turut berkongsi mengenai rawatan dan pemulihan dadah termasuk fasiliti, program dan akses kepada perkhidmatan yang disediakan semasa pandemik serta komitmen negara di peringkat antarabangsa. Persidangan selama lima hari tersebut tertumpu kepada sesi plenari yang terbahagi kepada operational segment iaitu membincangkan perkara-perkara mengenai pengurusan dan bajet dan normative segment yang membincangkan perihal pelaksanaan komitmen negara serta perbincangan resolusi. Semasa persidangan, Pengerusi CND bersama wakil daripada pihak United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC), World Health Organisation (WHO) dan International Narcotics Control Board (INCB) telah mengadakan program Joint Call to Action on Availability and Access untuk memperkasakan komitmen bagi pelaksanaan polisi dadah antarabangsa dengan menambahbaik akses dan ketersediaan bahan terkawal (controlled substances) untuk tujuan perubatan dan saintifik termasuk dalam situasi kecemasan. 65th Session of the Commission on Narcotic Drugs KEMENTERIAN DALAM NEGERI 108


Mesyuarat Pemurnian Rang Undang-Undang Penyalahgunaan Dadah dan Bahan Bil.1/2022 telah diadakan pada 3 hingga 6 Mac 2022. Mesyuarat tersebut bertujuan membincangkan secara holistik untuk menambah baik dan memastikan kebolehlaksanaan draf Rang Undang-Undang tersebut. Mesyuarat ini dihadiri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara. Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri telah berhasrat untuk mendekriminalisasi penggunaan dadah pada 18 Oktober 2019 dan YB Menteri Dalam Negeri telah bersetuju dengan cadangan Dasar Pengalihan penyalah guna dadah daripada hukuman pemenjaraan ke program rawatan dan pemulihan. Justeru itu, Rang Undang-Undang Penyalahgunaan Dadah dan Bahan akan diwujudkan bagi menggantikan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Akta baharu ini bertujuan untuk meningkatkan akses kepada rawatan dan pemulihan dadah, mengalihkan daripada pemenjaraan kepada rawatan dan pemulihan, mengurangkan stigma masyarakat terhadap penagih dadah dan menggalakkan usaha rawatan dan pemulihan di peringkat komuniti secara sukarela. Mesyuarat Pemurnian Rang Undang-Undang Penyalahgunaan Dadah dan Bahan CND juga bersetuju akan cadangan daripada pihak INCB dan WHO mengenai pindaan skop yang melibatkan enam jenis bahan terkawal (control substances). Empat resolusi turut dipersetujui dan diterima di dalam persidangan tersebut. Persidangan ini penting kepada negara bagi mengukuhkan kerjasama, membangunkan kapasiti, berkongsi pengalaman dan kepakaran serta mengambil tindakan seimbang berdasarkan pembuktian untuk melaksanakan obligasi terhadap konvensyenkonvensyen dadah. Sesi pembentangan oleh YBrs. En. Norhisham bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA di Mesyuarat Pemurnian Rang Undang-Undang Penyalahgunaan Dadah dan Bahan Bil.1/2022 pada 3 hingga 6 Mac 2022. LAPORAN TAHUNAN 2022 109


Susulan daripada ini, Mesyuarat Permurnian Rang Undang-Undang (RUU) Penyalahgunaan Dadah dan Bahan Bil.2/2022 telah diadakan pada 3 hingga 6 Mac 2022. Mesyuarat ini bertujuan mengharmonikan input-input serta pandangan-pandangan yang telah diterima dan diterjemahkan ke dalam RUU Penyalahgunaan Dadah dan Bahan. Hal yang demikian akan memastikan RUU yang digubal kelak adalah realistik, tidak bercanggah dengan akta-akta sedia ada dan boleh dilaksanakan. Bengkel Berkenaan Cadangan Pindaan Akta Penjara 1995 (Akta 537) telah diadakan pada 10 dan 11 Mac 2022 di Bilik Mesyuarat Teratai, Kompleks D, Putrajaya. Bengkel ini diadakan bagi memurnikan pindaan Akta 537 yang melibatkan pindaan terhadap 15 seksyen yang berkaitan dan lapan pertambahan peruntukan baharu selaras dengan transformasi penjara serta perkembangan semasa sistem perundangan dan dasar Jabatan. Akta Penjara 1995 [Akta 537] ialah pindaan kepada Ordinan Penjara 1952 dan mula berkuat kuasa pada 19 Januari 1996. Akta ini merupakan satu akta untuk menyatu, meminda undang-undang berhubung dengan penjara, banduan dan perkara-perkara yang berkaitan. Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil daripada Bahagian-Bahagian dalam Kementerian iaitu Bahagian Keselamatan, Pejabat Penasihat Undang-Undang, Urus Setia Lembaga Parol dan Urus Setia Lembaga Pencegahan Jenayah dan Keganasan serta wakil daripada Jabatan Penjara Malaysia. YBrs. En. Sutekno bin Ahmad Belon, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan dan YBhg. Datuk Musa bin Sulaiman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA bersama ahli Mesyuarat Pemurnian Rang UndangUndang Penyalahgunaan Dadah dan Bahan Bil.2/2022. Bengkel Berkenaan Cadangan Pindaan Akta Penjara 1995 (Akta 537) KEMENTERIAN DALAM NEGERI 110


YBhg. Datuk Musa bin Sulaiman, Setiausaha Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA mempengerusikan Bengkel Berkenaan Cadangan Pindaan Akta Penjara 1995 (Akta 537) pada 10 dan 11 Mac 2022 di Putrajaya. YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah mempengerusikan Mesyuarat Bersama Perwakilan Persatuan Pegawai Penjara Malaysia pada 10 Ogos 2022 di Bilik Mesyuarat Perkasa, Kompleks D, Putrajaya. Mesyuarat Bersama Perwakilan Persatuan Pegawai Penjara Malaysia (POA) telah diadakan pada 10 Ogos 2022 di Bilik Mesyuarat Perkasa, Kompleks D, Putrajaya dan telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan tujuh perkara yang telah dibangkitkan oleh POA kepada YB Dato’ Seri Menteri Dalam Negeri merangkumi isu perolehan kenderaan, penstrukturan semula organisasi dan permohonan elaun untuk kakitangan penjara. Mesyuarat Bersama Perwakilan Persatuan Pegawai Penjara Malaysia LAPORAN TAHUNAN 2022 111


Mesyuarat Technical Working Group (TWG) Treaty on the International Transfer of Prisoners (ITOP) di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negara Brunei Darussalam telah diadakan pada 15 dan 16 Ogos 2022 di Putrajaya. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan dan meminda kandungan triti supaya selaras dengan perundangan sedia ada di kedua-dua negara. Hasil perbincangan tersebut akan dikaji di peringkat negara masing-masing untuk dibincang dan dimuktamadkan di peringkat rundingan serta sebagai persediaan untuk Mesyuarat Perundingan Peringkat Pengurusan Tertinggi Triti Pemindahan Antarabangsa Banduan Malaysia-Brunei. Mesyuarat Technical Working Group bagi Triti International Transfer Of Prisoners Delegasi dari Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Brunei Darussalam yang menjayakan Mesyuarat Technical Working Group (TWG) Treaty on the International Transfer of Prisoners (ITOP) pada 15 dan 16 Ogos 2022 di Putrajaya. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 112


Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 (“RUU PKW”) digubal bertujuan untuk meminda Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 [Akta 461] dan menggantikan Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021 (“ODPKW”) bagi memperkasa inisiatif pemenjaraan di luar tembok penjara melalui program pemulihan dalam komuniti. RUU PKW tersebut telah dibentangkan dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 18 Julai 2022 dan seterusnya di Dewan Negara pada 8 Ogos 2022. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pindaan RUU PKW ini pada 31 Ogos 2022 dan tarikh penyiaran dalam warta oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 5 September 2022. Seterusnya, tarikh penguatkuasaan Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2022 [Akta A1660] ialah pada 30 September 2022. Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 telah dibentangkan di Dewan Rakyat oleh YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri I. LAPORAN TAHUNAN 2022 113


Mesyuarat Pemurnian Garis Panduan Pelantikan Lembaga Hakim Pelawat bagi Jabatan Penjara Malaysia telah diadakan pada 4 Oktober 2022 di Putrajaya. Garis panduan ini adalah untuk memberi maklumat berhubung pihak berkuasa melulus pelantikan ahli Lembaga yang berkenaan, Akta dan peraturan berkaitan pelantikan Lembaga Hakim Pelawat/ Lembaga Pelawat, prosedur pelantikan, kriteria kelayakan calon untuk dilantik sebagai ahli lembaga, bidang kuasa dan tugas ahli Lembaga yang berkenaan dan format dokumen berkaitan pelantikan ahli lembaga pelawat. Garis Panduan Pelantikan Lembaga Hakim Pelawat melibatkan pelantikan Lembaga Hakim Pelawat Penjara, Lembaga Hakim Pelawat Pusat Pemulihan Akhlak, Lembaga Pelawat Sekolah Henry Gurney, Lembaga Hakim Pelawat Pusat Pemulihan Khas dan Lembaga Hakim Pelawat Tempat Tahanan Khas. Mesyuarat Pemurnian Garis Panduan Pelantikan Lembaga Hakim Pelawat bagi Jabatan Penjara Malaysia YBrs. En. Norhisham bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA mempengerusikan Mesyuarat Pemurnian Garis Panduan Pelantikan Lembaga Hakim Pelawat bagi Jabatan Penjara Malaysia pada 4 Oktober 2022 di Putrajaya. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 114


Sesi perbincangan dalam Bengkel Hala Tuju Inisiatif Jabatan Penjara Malaysia 2023 pada 28 dan 29 November 2022 di Kuala Lumpur. Bengkel Hala Tuju Inisiatif Jabatan Penjara Malaysia bagi tahun 2023 telah diadakan pada 28 dan 29 November 2022 di Kuala Lumpur bertujuan memaklumkan status pencapaian cadangan dan isuisu kepenjaraan bagi tahun 2022 di peringkat Kementerian dan perkongsian perancangan inisiatif dan hala tuju Jabatan. Bengkel ini ialah persediaan awal Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA untuk melaksanakan perancangan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang bagi tahun 2023. Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil-wakil dari Jabatan Penjara Malaysia iaitu Bahagian Dasar Kepenjaraan, Bahagian Keselamatan dan Inteligen, Bahagian Pengurusan Banduan, Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa dan Pemindahan, Bahagian Banduan/ Tahanan Radikal @ Berisiko Tinggi dan Unit Perundangan. Bengkel Hala Tuju Inisiatif Jabatan Penjara Malaysia 2023 LAPORAN TAHUNAN 2022 115


Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) ialah merupakan satu inisiatif yang diwujudkan untuk menjaga kebajikan anggota keselamatan dan waris yang meninggal atau mengalami kecederaan semasa melaksanakan tugas mempertahankan negara atau semasa dalam penugasan. Bahagian PDR merupakan urus setia di peringkat KDN bagi enam Jabatan dan Agensi di bawahnya iaitu Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Eastern Sabah Security Command. Manakala permohonan TAPPN bagi Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia diuruskan oleh urus setia TAPPN Jabatan dan Agensi masing-masing. Sebanyak empat permohonan diterima dan diluluskan iaitu tiga daripada Jabatan Penjara Malaysia dan satu daripada Jabatan Imigresen Malaysia. Kesemua permohonan ini telah diluluskan oleh YB Menteri Dalam Negeri dan dibuat pembayaran berdasarkan kepada kelayakan yang telah ditetapkan. Berikut merupakan statistik permohonan TAPPN bagi tahun 2022. Bagi menambahbaik dan memurnikan urusan permohonan TAPPN, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia, KDN telah bersetuju supaya Bahagian Pengurusan Sumber Manusia menjadi urus setia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian TAPPN di peringkat KDN. Perpindahan fungsi keurusetiaan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia berkuatkuasa mulai 8 Ogos 2022. Bantuan Tabung Amanah Perwira Dan Pertahanan Negara BIL. KATEGORI KECEDERAAN PERMOHONAN TAPPN 2022 PERMOHONAN DILULUSKAN JABATAN PEMOHON JUMLAH BANTUAN (RM) 1. Cedera Ringan 1 Jabatan Penjara Malaysia 1,000.00 2. Cedera Parah 1 Jabatan Penjara Malaysia 11,000.00 3. Meninggal dunia 2 Jabatan Penjara Malaysia 25,000.00 Jabatan Imigresen Malaysia 25,000.00 JUMLAH 62,000.00 YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) menyerahkan fungsi keurusetiaan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia pada 26 September 2022. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 116


URUS SETIA LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH DAN KEGANASAN Urus Setia Lembaga Pencegahan Jenayah dan Keganasan (ULPJK) dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kerja-kerja keurusetiaan kepada Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) dan Lembaga Pencegahan Keganasan (LPK) selaras dengan Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015. Bagi tahun 2022, LPJ telah mengadakan sebanyak 226 sesi persidangan bagi mendengar dan meneliti 350 kes, iaitu pengurangan sebanyak 72 peratus daripada jumlah tahun sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 16 Perintah Tahanan dan 299 Perintah Pengawasan Polis telah dikeluarkan oleh LPJ, manakala 35 kes telah ditolak dan dibebaskan oleh LPJ. Persidangan Lembaga Pencegahan Jenayah JUMLAH KESELURUHAN: 350 KES 16 299 35 Perintah Tahanan Perintah Pengawasan Polis Permohonan Ditolak Jumlah perintah yang dikeluarkan oleh Lembaga Pencegahan Jenayah Tahun 2022 LAPORAN TAHUNAN 2022 117


0 Pelacuran / Perjudian 1 Seludup Migran 251 Curi / Samun / Pecah Rumah 10 Pertubuhan Haram / Kongsi Gelap 53 Bunuh / Keganasan JUMLAH KESELURUHAN: 315 KES Sejak tahun 2015 hingga 2022, LPK telah mengadakan sebanyak 29 sesi persidangan bagi mendengar dan meneliti 30 kes. Daripada jumlah tersebut, sebanyak dua kes Perintah Tahanan telah dikeluarkan pada 2022 menjadikan 25 Perintah Tahanan dan 5 Perintah Sekatan telah dikeluarkan oleh LPK. Penguatkuasaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 adalah penting bagi memastikan keamanan dan ketenteraman awam di Malaysia sentiasa terpelihara. Tindakan pencegahan yang telah dikenakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 ternyata memberi kesan yang efektif dan berjaya dalam usaha pencegahan jenayah sindiket terancang dan jenayah keganasan. Persidangan Lembaga Pencegahan Keganasan Penguatkuasaan Akta Pencegahan 1959 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 Perintah Tahanan Perintah Sekatan JUMLAH KESELURUHAN 5 Kes 30 KES 25 Kes Jumlah perintah yang dikeluarkan oleh Lembaga Pencegahan Keganasan dari 2015 hingga 2022 Kategori kesalahan jenayah yang dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 Tahun 2022 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 118


Naziran LPJ ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri diadakan bagi menyemak tahap pematuhan oleh pihak agensi pelaksana dalam melaksanakan perintah pengawasan polis di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959. Tujuan utama naziran adalah seperti yang berikut: i. Memberi pemahaman tentang undang-undang Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan pelaksanaannya; ii. Memastikan tahap pematuhan dan pemantauan ke atas Orang Pengawasan Polis dilaksanakan dengan efektif oleh agensi pelaksana; iii. Memberi penerangan dan pemahaman yang jelas mengenai Perintah Pengawasan Polis yang dikeluarkan oleh Lembaga Pencegahan Jenayah dan syarat-syarat sekatan yang dikenakan; iv. Memeriksa dan menyemak fail Orang Pengawasan Polis; dan v. Memahami permasalahan-permasalahan yang dihadapi oleh agensi pelaksana di peringkat pelaksanaan dan memberi cadangan penyelesaian. Naziran Pematuhan Akta Pencegahan Jenayah 1959 Sesi naziran pematuhan Akta Pencegahan Jenayah 1959 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada 24 dan 25 Januari 2022. Sesi naziran pematuhan Akta Pencegahan Jenayah 1959 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada 27 dan 28 Jun 2022. Sesi naziran pematuhan Akta Pencegahan Jenayah 1959 bersama Kontinjen Kedah di Ibu Pejabat Daerah Kota Setar pada 20 Mac 2022. LAPORAN TAHUNAN 2022 119


Lawatan kerja ke Pusat Pemulihan Khas (PPK) oleh LPJ dan ULPJK bertujuan untuk berinteraksi secara terus dengan pihak PPK bagi mendapatkan gambaran yang lebih terperinci terhadap penguatkuasaan Perintah Tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang telah diputuskan oleh LPJ serta melihat modul-modul pemulihan yang diterapkan kepada Orang Tahanan. Di samping itu, lawatan kerja ke Pusat Kawalan Alat Peranti Pengawasan Elektronik (PPE) turut diadakan bagi memantau operasi perkhidmatan PPE yang dipasang kepada orang pengawasan polis di seluruh negara. Lawatan kerja ke Pusat Pemulihan Khas dan Pusat Kawalan Alat Peranti Pengawasan Elektronik YBrs. Pn. Abrizah binti Abdul Aziz, Pengarah Pusat Geospatial Negara dan YBrs. Mohd Khairul bin Zamalludin, Setiausaha Bahagian ULPJK dalam sesi Penyerahan Projek Aplikasi Web GIS MyOPP Agensi KDN di Pusat Geospatial Negara pada 16 Disember 2022. Penyerahan Projek Aplikasi Web GIS Sistem Pengawasan Orang Pengawasan Polis (MyOPP) Agensi KDN di bawah pelantar Malaysia Geospatial Online Service (MyGOS) telah diadakan di Pusat Geospatial Negara pada 16 Disember 2022. Sistem ini adalah untuk memastikan penempatan Orang Pengawasan Polis (OPP) dilaksanakan lebih tepat dengan mengambilkira segala aspek seperti sosio ekonomi, lokaliti bersesuaian berdasarkan latar belakang dan jenis kesalahan yang dilakukan oleh OPP. Sistem Pengawasan Orang Pengawasan Polis KEMENTERIAN DALAM NEGERI 120


Lembaga Pencegahan Jenayah dan Urus Setia Lembaga Pencegahan Jenayah dan Keganasan menghadiri sesi lawatan ke PPK Simpang Renggam pada 2 Ogos 2022. YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) mengetuai sesi lawatan ke Pusat Kawalan alat Pengawasan Polis Elektronik di Cyberjaya pada 9 Ogos 2022. Seminar Penguatkuasaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 di George Town, Pulau Pinang pada 20 hingga 22 Mac 2022. Seminar Penguatkuasaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 telah diadakan di George Town, Pulau Pinang pada 20 hingga 22 Mac 2022 dan dihadiri oleh wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi setiap kontinjen negeri, wakil Jabatan Penjara Malaysia, Bahagian Undang-Undang dan Bahagian Keselamatan, KDN. Seminar Penguatkuasaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 Seminar Penyelarasan Penguatkuasaan Perintah Pengawasan Polis di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 di Kuala Lumpur pada 26 dan 27 September 2022. Di samping itu, Seminar Penyelarasan Penguatkuasaan Perintah Pengawasan Polis di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 juga telah diadakan di Kuala Lumpur pada 26 dan 27 September 2022 yang dihadiri oleh wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi setiap kontinjen negeri. LAPORAN TAHUNAN 2022 121


PEJABAT PENAPISAN FILEM Pejabat Penapisan Filem (PPF) bertanggungjawab menguruskan hal ehwal berkaitan dasar penapisan filem dan bahan publisiti filem serta memastikan semua filem dan bahan publisiti filem yang akan ditayangkan kepada masyarakat umum di Malaysia (kecuali melalui medium internet) telah diluluskan oleh Lembaga Penapis Filem (LPF). Semua permohonan filem dan bahan publisiti filem yang dibuat, dimiliki, disebar, ditayang, diedar, dipamerkan, dijual atau disewa kepada masyarakat umum di Malaysia perlu ditonton tapis dan diluluskan oleh LPF selaras dengan peruntukan perundangan di bawah Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620]. Urusan pelantikan anggota LPF dilaksanakan sebanyak dua kali setahun. Anggota-anggota LPF dilantik oleh Menteri Dalam Negeri berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 4(1), Akta 620. Bagi lantikan sesi Januari 2022, seramai tiga orang anggota baharu dilantik. Manakala lantikan sesi Julai 2022, pula seramai sepuluh orang anggota baharu telah dilantik menjadikan jumlah keseluruhan 48 orang. Penempatan anggota LPF adalah seperti yang berikut: BIL. PENEMPATAN BILANGAN ANGGOTA 1. Ibu Pejabat (termasuk penapisan untuk Unifi TV, Awesome TV, TV Sarawak & Suke TV) 46 2. TV Al-Hijrah 2 JUMLAH KESELURUHAN 48 Pelantikan Anggota Baharu Lembaga Penapis Filem Sebelum anggota-anggota LPF lantikan Januari 2022 dan Julai 2022 memulakan tugasan menonton tapis filem dan bahan publisiti filem, mereka terlebih dahulu perlu menjalani Kursus Induksi Penapisan Filem. PPF telah mengadakan kursus induksi bagi anggota LPF lantikan Januari 2022 dari 4 hingga 14 Januari 2022. Manakala bagi anggota LPF lantikan Julai 2022 pula, kursus induksi telah diadakan dari 4 hingga 18 Julai 2022. Kursus ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada anggota LPF lantikan baharu antaranya mengenai dasar dan perundangan penapisan filem, proses penapisan serta penetapan klasifikasi filem. Kursus Induksi Penapisan Filem KEMENTERIAN DALAM NEGERI 122


Setelah tamat kursus, seorang anggota LPF yang berpengalaman akan ditugaskan untuk menjadi mentor kepada setiap anggota baharu LPF untuk membimbing dan berkongsi pengalaman dalam melaksanakan tugas penapisan filem dan bahan publisiti filem. Program mentor menti ini dilaksanakan bagi tempoh tiga bulan pertama pelantikan anggota baharu tersebut. Kursus Induksi Penapisan Filem dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada anggota LPF lantikan baharu mengenai dasar dan perundangan penapisan filem, proses penapisan serta penetapan klasifikasi filem. Selain menguruskan pelantikan LPF, PPF juga menguruskan pelantikan anggota Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF) yang dilaksanakan setahun sekali. Pelantikan tersebut juga adalah di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 22(1), Akta 620. PPF telah melaksanakan urusan pelantikan semula seramai sembilan orang anggota sedia ada Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF) dan pelantikan enam anggota baharu bagi tahun 2022. Pelantikan ini menjadikan jumlah keseluruhan keanggotaan JKRF pada tahun 2022 seramai 19 orang termasuk wakil KDN, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). PPF telah menguruskan sebanyak empat kali Mesyuarat Lembaga Penapis Filem pada tahun 2022. Mesyuarat ini melibatkan semua 48 orang anggota LPF yang bertujuan untuk membincangkan isu-isu penting berkaitan penapisan filem, bahan publisiti filem serta kandungan iklan dan promosi. Pelantikan Anggota Jawatankuasa Rayuan Filem Mesyuarat Lembaga Penapis Filem LAPORAN TAHUNAN 2022 123


Pejabat Penapisan Filem juga telah mengurussetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF) sebanyak lapan kali sepanjang tahun 2022. Mesyuarat ini diadakan untuk anggota-anggota JKRF mempertimbangkan permohonan rayuan filem yang diterima. Antara filem-filem yang dipertimbangkan oleh JKRF adalah seperti yang berikut: BIL. TAJUK FILEM KEPUTUSAN & KLASIFIKASI FILEM OLEH LPF KEPUTUSAN KEPUTUSAN & KLASIFIKASI FILEM OLEH JKRF 1. Valimai – 2D Lulus Dengan Pengubahan (LDP) – 18 Lulus Dengan Pengubahan (LDP) – 18 2. Ada Hantu 2 (2D) Lulus Dengan Pengubahan (LDP) – P13 Lulus Dengan Pengubahan (LDP) – P13 3. Maha 2022 Lulus Dengan Pengubahan (LDP) – 18 Lulus Dengan Pengubahan (LDP) – 18 4. Ayah Tidak Lulus Untuk Tayangan (TUT) Tidak Lulus Untuk Tayangan (TUT) 5. Eidolon (Bayangan Dendam) Lulus Dengan Pengubahan (LDP) – P13 Lulus Dengan Pengubahan (LDP) – P13 6. Eva Lulus Dengan Pengubahan (LDP) – P13 Lulus Bersih (LB) - 18 7. Deleted – 2D Lulus Bersih (LB) – 18 Lulus Dengan Pengubahan (LDP) – P13 8. Thor: Love And Thunder (2D) Lulus Dengan Pengubahan (LDP) – P13 Lulus Dengan Pengubahan (LDP) – P13 Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF) Permohonan Rayuan Filem Yang Dipertimbangkan oleh JKRF Tahun 2022 Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF). KEMENTERIAN DALAM NEGERI 124


PPF turut mengadakan pelbagai program bengkel dan sesi libat urus melibatkan LPF, JKRF dan stakeholders yang berkaitan agar tahap penyampaian perkhidmatan penapisan filem dan bahan publisiti filem kepada pelanggan dapat ditingkatkan. Antara program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2022 adalah seperti yang berikut: BIL. PROGRAM/ AKTIVITI TARIKH TEMPAT 1. Bengkel Garis Panduan Penapisan Filem bagi Stesen TV Sarawak (TVS) 17 - 18 Februari 2022 Sarawak Media Group Sdn Bhd, Kuching, Sarawak 2. Sesi Libat Urus LPF Bersama Operator Pawagam 12 Julai 2022 Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Blok D2, KDN 3. Town Hall: Isu dan Cabaran Pengawalseliaan Penapisan Filem 8 September 2022 Hotel Dorsett, Putrajaya 4. Kursus Pengurusan Penapisan Filem 22 - 24 September 2022 Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu, Terengganu 5. Sesi Libat Urus Pasukan Penyelidik Bersama JKRF dan LPF 11 Oktober 2022 Bilik Mesyuarat Bunga Raya Blok D2, KDN 6. Sesi Libat Urus LPF Bersama Persatuan Berkaitan Filem Tahun 17 November 2022 Bilik Mesyuarat Kenanga Blok D2, KDN 7. Sesi Libat Urus LPF Bersama Pengedar dan Penerbit Filem Tahun 29 November 2022 Bilik Lavender, Blok D9, KDN 8. Refresher Course berkaitan Iklan dan Promosi 1 Disember 2022 Bilik Lavender, Blok D9, KDN 9. Bengkel Permurnian Prosedur Operasi Standard Penapisan Filem dan Bahan Publisiti Filem 10 - 12 Disember 2022 Mercure Hotel, Pulau Pinang Program Bengkel dan Sesi Libat Urus Town Hall: Isu dan Cabaran Pengawalseliaan Penapisan Filem. LAPORAN TAHUNAN 2022 125


Bengkel Permurnian Prosedur Operasi Standard Penapisan Filem dan Bahan Publisiti Filem. Kursus Pengurusan Penapisan Filem LPF. Sesi Libat Urus LPF Bersama Persatuan Berkaitan Filem. Refresher Course Berkaitan Iklan dan Promosi. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 126


Bagi tahun 2022, sebanyak 10,910 permohonan penapisan filem dan bahan publisiti filem tempatan dan luar negara telah diterima oleh PPF. Sebanyak 611 filem untuk tayangan pawagam juga telah ditonton tapis oleh LPF. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 605 (99.02%) filem telah diluluskan manakala hanya enam filem (0.98%) sahaja yang tidak diluluskan oleh LPF untuk tayangan kepada masyarakat umum kerana melanggar Garis Panduan Penapisan Filem KDN 2010. PPF juga telah memproses permohonan Perakuan B iaitu salinan pendua bagi setiap salinan asal (master copy) filem yang diluluskan oleh LPF berjumlah 97,422 unit dengan jumlah kutipan hasil sebanyak RM7,069,087.00. Secara keseluruhannya, urusan penapisan filem dan bahan publisiti filem telah menyumbang kepada kutipan hasil kerajaan sebanyak RM8,025,587.00. Jumlah kutipan hasil penapisan filem didapati semakin meningkat berbanding tahun 2021 iaitu sebanyak RM3,178,425.00 sahaja disebabkan oleh faktor penutupan pawagam di seluruh negara untuk jangka masa yang lama selepas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada tahun 2021. Pengurusan Penapisan Filem dan Bahan Publisiti Filem Stesen TV Stesen TV 4,985 Bahan Publisiti ahan Publisiti 422 Rayuan 8 Filem 1,169 Pita Jualan / Edaran / Edaran 4,326 LAPORAN TAHUNAN 2022 127


Prestasi Keseluruhan Pertimbangan Lembaga Parol Tahun 2022 URUS SETIA LEMBAGA PAROL Urus Setia Lembaga Parol (ULP) ditubuhkan di bawah Seksyen 46C (2) Akta Penjara (Pindaan 2008) berfungsi sebagai pemudah cara dalam mencapai matlamat utama Sistem Parol iaitu melancarkan proses reintegrasi banduan ke dalam masyarakat dan mengurangkan kesesakan di penjara. ULP juga berperanan memastikan peluang untuk semua banduan yang layak diberi permohonan pelepasan secara parol dipertimbangkan secara adil, telus dan saksama. Lembaga Parol telah melaksanakan 262 persidangan bagi mempertimbangkan permohonan pelepasan secara parol baharu dan 429 persidangan semula yang melibatkan sebanyak 13,543 permohonan. Persidangan Lembaga Parol LP 3 3,794 LP 2 3,789 LP 1 3,811 LP 1 784 LP 2 674 LP 3 691 PERMOHONAN BARU JUMLAH : 11,394 JUMLAH KESELURUHAN 13,543 JUMLAH : 2,149 PERTIMBANGAN SEMULA KEMENTERIAN DALAM NEGERI 128


Sebanyak 11,395 permohonan baharu pelepasan secara parol telah dipertimbangkan oleh Lembaga Parol melibatkan 7,870 permohonan yang telah diluluskan dan 3,292 ditolak manakala baki 233 permohonan adalah berstatus tidak dipertimbangkan dan tangguh. Faktor keselamatan dan kepentingan awam merupakan perkara yang dinilai dalam penolakan permohonan parol di samping mengekalkan keyakinan orang awam dalam pentadbiran keadilan. Daripada jumlah 7,870 yang diluluskan, Lembaga Parol turut mempertimbangkan penempatan Orang DiParol (ODP) kepada majikan di bawah program Corporate Smart Internship for Parolees (CSI), Rumah Perantaraan (RP) dan Keluarga. Pertimbangan Pelepasan Secara Parol Permohonan Parol Diluluskan 69.07% 7,870 Permohonan Parol Tidak Dipertimbangkan 1.92% 219 Permohonan Parol Tangguh 0.12% 14 Permohonan Parol Ditolak 28.99% 3,292 Statistik Pertimbangan Pelepasan Secara PAROL Tahun 2022 Penempatan ODP Tahun 2022 73.3% 5,770 11.6% 914 15.1% 1,186 Keluarga CSI RP LAPORAN TAHUNAN 2022 129


Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berhubung seseorang banduan sebelum dipertimbangkan untuk pelepasan secara parol, Lembaga Parol telah mengadakan 15 sesi penilaian banduan di institusi-institusi penjara yang melibatkan 116 orang banduan. Dalam usaha memastikan Sistem Parol berjaya mencapai matlamat dan keberkesanan pelaksanaannya, sebanyak 29 sesi naziran terhadap majikan bersama Pejabat Parol Negeri telah dilaksanakan di seluruh Malaysia. Naziran dilaksanakan bertujuan bagi memastikan pematuhan kepada perkara seperti yang berikut: i. Kesesuaian penempatan ODP; ii. Keadaan asrama dan tempat kerja yang kondusif untuk membantu pemulihan; iii. Kebajikan ODP di tempat kerja terjamin selaras dengan Akta Pekerjaan dan Standard Perburuhan di bawah Jabatan Tenaga Kerja; dan iv. Proses semak dan imbang dalam pemilihan majikan yang berkelayakan. Seramai 642 ODP telah terlibat dalam sesi naziran dan berpeluang untuk berkongsi pengalaman mereka bekerja bersama majikan. Sesi naziran Lembaga Parol ini melibatkan semua sektor pekerjaan termasuk pembuatan, perladangan, perkhidmatan, penternakan dan pembinaan. Sesi Penilaian Banduan dan Naziran Terhadap Majikan Sesi penilaian banduan yang dijalankan oleh Ahli Lembaga Parol di Penjara Sungai Buloh, Selangor pada 23 November 2022. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 130


Sesi naziran oleh Lembaga Parol 1 bersama ODP di Syarikat QL Ecofarm di Pahang pada 15 Jun 2022. Lawatan Lembaga Parol 3 ke Rumah Perantaraan Kuala Lumpur dan penginapan yang menempatkan ODP berusia 50 tahun ke atas. Sesi naziran Lembaga Parol 2 bersama ODP dan keluarga di Pejabat Parol Daerah Kuching, Sarawak pada 13 Mei 2022. LAPORAN TAHUNAN 2022 131


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyerahkan sumbangan kepada wakil Urus Setia Lembaga Parol untuk diagihkan kepada ODP pada 15 Februari 2022. Penyerahan sumbangan kepada ODP di Syarikat NSN Teguh Enteprise Sdn. Bhd. di Kangar, Perlis pada 27 Jun 2022. Dalam usaha mempromosikan Sistem Parol dan mendapatkan sokongan masyarakat serta agensi kerajaan terhadap pemulihan ODP, Lembaga Parol telah mengadakan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendapatkan bantuan kepada ODP yang termasuk dalam golongan kumpulan tersasar. Antara bantuan yang diterima dan diagihkan kepada ODP termasuk yang ditempatkan bersama keluarga adalah bakul makanan, set keperluan beribadat, barangan elektrik dan kit produk kebersihan. ULP telah menerima kunjungan hormat pegawai daripada Her Majesty’s Prison and Probation Service, United Kingdom (HMPSS, UK) iaitu Mr. David Redhouse, Govenor of HMP Huntercombe dan Ms. Deborah Hulston pada 15 Mac 2022 di KDN Putrajaya. Semasa sesi kunjungan tersebut, satu taklimat berhubung Lembaga Parol telah disampaikan oleh YBrs. Puan Siti Jalilah binti Abd Manap, Setiausaha Bahagian ULP manakala Mr. David Redhouse turut berkongsi pembentangan hasil kajian berkaitan sistem pemenjaraan dan pelaksanaan hukuman dan cadangan penambahbaikan berdasarkan lawatan beliau ke institusi-institusi penjara Malaysia. Beliau turut memuji inisiatif program CSI yang menawarkan program latihan kemahiran dan kerjaya kepada ODP yang dapat memudahkan proses reintegrasi dan jaminan masa hadapan yang lebih baik. Penyerahan Sumbangan Kepada Orang di Parol Kunjungan Hormat Pegawai Her Majesty’s Prison and Probation Service KEMENTERIAN DALAM NEGERI 132


YBrs. Pn. Siti Jalilah binti Abd Manap, Setiausaha Bahagian Urus Setia Lembaga Parol bersama Anggota Lembaga Parol dan Pegawai-Pegawai HMPSS, UK pada 15 Mac 2022. Bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran serta kompetensi ALP dan ULP, lima program latihan telah dilaksanakan seperti yang berikut: i. Bengkel Pemantauan Proses Pemantapan Proses Kerja bagi Sesi Naziran Lembaga Parol di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 18 hingga 20 Mac 2022; ii. Association Of Paroling Authorities International (APAI), Annual Training Conference 2022 secara dalam talian pada 1 hingga 4 Mei 2022; iii. Seminar Kebangsaan Memperkasakan Kesihatan Mental Komuniti Melalui Pencegahan Penyalahgunaan Bahan 2022 (Prevent 2022) pada 29 dan 30 Jun 2022 di Bangi, Selangor; iv. Kursus Pemantapan Pertimbangan Lembaga Parol di Kuantan, Pahang pada 18 hingga 20 Ogos 2022; dan v. Asian and Pacific Conference of Correctional Administrators (APCCA) 2022 secara dalam talian pada 18 hingga 23 September 2022. Semasa program latihan Kursus Pemantapan Pertimbangan Lembaga Parol, ULP telah membuat lawatan kerja ke Penjara Penor, Kuantan dan berpeluang untuk melihat proses tenunan di Bengkel Tenun Pahang DiRaja yang memberikan latihan vokasional kepada penghuni untuk membina kemahiran sebagai persediaan sebelum dibebaskan. Program Latihan dan Penambahbaikan Sistem Parol LAPORAN TAHUNAN 2022 133


Penghuni Penjara Penor diberikan latihan vokasional oleh pegawai penjara di Bengkel Tenun Pahang Diraja dan hasil tenunan pernah dipamerkan di Minggu Kraf London 2022 pada 14 dan 15 Mei 2022. YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri turut memberi sokongan kepada ULP terhadap proses pemulihan ODP pada 27 Mei 2022. ULP sentiasa berusaha memastikan proses pemulihan ODP berjalan lancar dan akhirnya berjaya diintegrasikan ke dalam masyarakat. Pelaksanaan Program Pemulihan Dalam Komuniti terutamanya Sistem Parol adalah satu lonjakan paradigma yang bukan sahaja memberi kesan positif kepada ODP, keluarga, masyarakat dan negara. Sebagai tanda sokongan terhadap proses pemulihan ODP, ULP telah menghasilkan jahitan kreatif Membenang Harapan yang menggunakan cantuman berbentuk empat segi dalam pelbagai corak dan motif merupakan interprestasi kepada sokongan semua pihak terhadap pemulihan ODP. Sokongan Pemulihan Kepada Orang di Parol KEMENTERIAN DALAM NEGERI 134


LAPORAN TAHUNAN 2022 135


KEMENTERIAN DALAM NEGERI 136


LAPORAN TAHUNAN 2022 137 SEKTOR DASAR DAN KAWALAN BAHAGIAN ANTARABANGSA PEJABAT STRATEGIK NASIONAL MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN BAHAGIAN HAL EHWAL IMIGRESEN BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK INSTITUT KESELAMATAN AWAM BAHAGIAN PENDAFTARAN NEGARA DAN PERTUBUHAN


BAHAGIAN ANTARABANGSA Bahagian Antarabangsa (AB) berperanan menyelaras kerjasama antarabangsa dalam aspek keselamatan dan keamanan dalam negeri di peringkat serantau dan global di samping berperanan memastikan pendirian KDN di peringkat antarabangsa selari dengan dasar-dasar dan undangundang negara. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri telah mengetuai delegasi Kementerian Dalam Negeri mengadakan lawatan kerja ke United Kingdom (UK), Jerman dan Republik Turkiye dari 28 Mei hingga 7 Jun 2022 bertujuan meningkatkan hubungan kerjasama keselamatan dua hala antara negara-negara tersebut. Dalam sesi lawatan kerja ke London, United Kingdom, satu perbincangan meja bulat berkaitan keimigresenan telah diadakan dengan Home Office UK yang diketuai oleh Encik Mathew Thomas, Timbalan Pengarah International Migration Unit dan Encik Tony Buswell, Timbalan Pengarah Border Operations Policy. Antara perkara utama yang dibincangkan iaitu kemudahan penggunaan auto gate di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow serta pengalaman United Kingdom menggabungkan perkhidmatan kawalan sempadan dan isu pelarian. Delegasi KDN juga telah mengadakan lawatan kerja ke Hammersmith Police Station dan diberi taklimat mengenai pengurusan lokap yang bersistematik serta meninjau keadaan reka bentuk bilik tahanan terkini yang menempatkan tahanan bagi kes berprofil tinggi seperti pengganas dan kes jenayah berat yang lain. Semasa di UK, YB Menteri Dalam Negeri turut mengadakan perjumpaan dengan TYT Ambassador Zakri bin Jaafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London. Dalam sesi lawatan ke Jerman, YB Menteri Dalam Negeri telah mengadakan pertemuan dengan MP Joachim Herrmann, Minister of Interior, Sport and Integration of Bavaria pada 30 Mei 2022. Kedua-dua Menteri telah berkongsi pengalaman mengenai masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin dan pelarian yang dihadapi oleh kedua-dua negara. YB Menteri Dalam Negeri turut melawat Kilang Muhlbaeur Centre of Excellence di Roding, Jerman bertujuan meninjau teknologi dan kemudahan percetakan Kad Keselamatan. Lawatan Kerja YB Menteri Dalam Negeri ke United Kingdom, Jerman dan Republik Turkiye KEMENTERIAN DALAM NEGERI 138


YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri mengadakan pertemuan dengan MP Joachim Herrmann, Minister of Interior, Sport and Integration of Bavaria pada 30 Mei 2022. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri semasa kunjungan hormatnya ke atas TYT Recep Tayyip Erdoğan, Presiden Republik Turkiye pada 31 Mei 2022 di Istana Presiden Republik Turkiye, Ankara. Sesi pertemuan YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri bersama rakan sejawat TYT Suleyman Soylu, Menteri Dalam Negeri Republik Turkiye. Dalam sesi lawatan ke Republik Turkiye, YB Menteri Dalam Negeri telah mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Recep Tayyip Erdogan, Presiden Republik Turkiye pada 31 Mei 2022 bertujuan meningkatkan kerjasama strategik di samping berkongsi pengalaman dalam aspek pemerkasaan kawalan sempadan negara. Dalam lawatan yang sama, YB Menteri Dalam Negeri telah mengadakan kunjungan hormat atas rakan sejawat TYT Suleyman Soylu, Menteri Dalam Negeri Republik Turkiye. Semasa pertemuan tersebut, kedua-dua Menteri bersetuju mengeratkan kerjasama dalam bidang kawalan sempadan, jenayah siber, antikeganasan dan keselamatan dalam negara. Lanjutan dari kunjungan hormat tersebut, satu sesi perbincangan meja bulat telah diadakan melibatkan pegawaipegawai kanan dari Malaysia dan Republik Turkiye. Seterusnya, delegasi KDN turut dibawa melawat ke Pusat Kawalan Kementerian Dalam Negeri, Republik Turkiye bagi meninjau mekanisme kawalan sempadan, pencegahan jenayah dan juga operasi antikeganasan di republik tersebut. LAPORAN TAHUNAN 2022 139


YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan lawatan kerja ke United Kingdom pada 7 hingga 15 Mei 2022 dan menyertai lawatan Product Delivery Inspection (PDI) ke Portais Paper Ltd, sebuah syarikat pengilangan kertas keselamatan di Bathford, United Kingdom pada 10 Mei 2022. Syarikat tersebut mengeluarkan kertas keselamatan bagi dokumen-dokumen pasport dan juga kertas mata wang bagi lebih 100 buah negara. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah YBhg. Dato’ Ruslin bin Jusoh, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara. YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz juga telah menyertai KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong mengadakan lawatan kerja ke HM Prison Brixton dan The Clink Restaurant pada 11 Mei 2022 bagi melawat fasiliti penjara yang melatih banduan dalam pengurusan restoran sebagai salah satu program rehabilitasinya. Lawatan diteruskan ke HM Prison Feltham pada 13 Mei 2022 bagi melawat fasiliti penjara yang menawarkan fasiliti pembelajaran dalam bidang teknikal, vokasional dan peladangan kepada banduan muda (young offenders). Lawatan Kerja Ketua Setiausaha KDN ke United Kingdom YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah menyertai lawatan Product Delivery Inspection (PDI) ke Portais Paper Ltd, sebuah syarikat pengilangan kertas keselamatan di Bathford, United Kingdom pada 10 Mei 2022. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 140


YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) telah mengetuai delegasi Malaysia dan mempengerusikan Mesyuarat JWG ke-5 pada 1 Jun 2022 di Canberra, Australia. Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama atau Joint Working Group (JWG) Ke-5 antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Australia dalam Bidang Jenayah Rentas Sempadan telah diadakan pada 1 Jun 2022 di Canberra, Australia. YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) telah mengetuai delegasi Malaysia dan mempengerusikan Mesyuarat JWG ke-5 bersama Encik Andrew Kefford, Timbalan Setiausaha Kesepaduan Sosial dan Kewarganegaraan, Jabatan Dalam Negeri, Australia. Dalam mesyuarat JWG ini, Australia dan Malaysia berkongsi cabaran yang sama dalam persekitaran global dengan jaringan internet tanpa sempadan. Kedua-dua negara komited untuk meneruskan kerjasama memerangi ancaman jenayah rentas sempadan. Pelaksanaan JWG ini adalah berdasarkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dalam Bidang Jenayah Rentas Sempadan antara kedua-dua buah negara di Langkawi, Kedah pada 2014 dan peningkatan hubungan bilateral antara Malaysia dan Australia kepada Comprehensive Strategic Partnership (CSP) pada 2021. Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama Australia LAPORAN TAHUNAN 2022 141


Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (SOMTC) merupakan mesyuarat tahunan yang melibatkan pegawai-pegawai kanan ASEAN yang dipertanggungjawabkan dalam isu membanteras jenayah rentas sempadan dan dihadiri oleh 10 Negara Anggota ASEAN, 10 Rakan Dialog ASEAN serta Sekretariat ASEAN. SOMTC merupakan platform untuk membincangkan kerjasama menangani sepuluh bidang jenayah rentas sempadan di rantau ini iaitu keganasan, pemerdagangan orang, jenayah siber, penyeludupan dadah, jenayah ekonomi antarabangsa, penyeludupan senjata api serta penyeludupan hidupan liar dan balak, penyeludupan manusia, aktiviti pelanunan di laut dan penggubahan wang haram. Tiga daripada 10 bidang kerjasama tersebut diterajui oleh Malaysia iaitu penyeludupan manusia, aktiviti pelanunan di laut dan penggubahan wang haram. Susulan pandemik COVID-19, Mesyuarat SOMTC Ke-22 telah dihoskan oleh Kemboja secara telesidang pada 19 hingga 21 Julai 2022 dengan melibatkan 10 negara anggota ASEAN dan sembilan Negara Rakan Dialog ASEAN. Delegasi Malaysia telah diketuai oleh YBrs. Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, Setiausaha Bahagian Antarabangsa KDN mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri selaku Ketua SOMTC Malaysia. SOMTC merupakan platform untuk membincangkan kerjasama menangani sepuluh bidang jenayah rentas sempadan di rantau ini iaitu keganasan, pemerdagangan orang, jenayah siber, penyeludupan dadah, jenayah ekonomi antarabangsa, penyeludupan senjata api serta penyeludupan hidupan liar dan balak, penyeludupan manusia, aktiviti pelanunan di laut dan penggubahan wang haram. Tiga daripada 10 bidang kerjasama tersebut diterajui oleh Malaysia iaitu penyeludupan manusia, aktiviti pelanunan di laut dan penggubahan wang haram. Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan Ke-22 Delegasi Malaysia telah diketuai oleh YBrs. Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, Setiausaha Bahagian Antarabangsa KDN mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri selaku Ketua SOMTC Malaysia. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 142


Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan atau ASEAN Ministerial Meeting on Transnational Crime (AMMTC) diadakan secara tahunan dan dihadiri oleh Menteri-Menteri Keselamatan dari Negara-negara ASEAN dan Negara Rakan Dialog ASEAN iaitu China, Jepun dan Republik Korea. AMMTC merupakan mesyuarat di peringkat Menteri selepas mesyuarat SOMTC bagi perbincangan lebih lanjut berkenaan isu-isu jenayah rentas sempadan yang memerlukan keputusan menyeluruh di peringkat yang lebih tinggi. Mesyuarat AMMTC Ke-16 telah dihoskan oleh Kemboja secara telesidang dan dipengerusikan oleh Hon. Samdech Kralahom Sar Kheng, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Cambodia telah diadakan pada 20 hingga 22 September 2022. Delegasi Malaysia telah diketuai oleh YBrs. Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, Setiausaha Bahagian Antarabangsa KDN mewakili YB Menteri Dalam Negeri selaku Ketua AMMTC Malaysia. Dalam mesyuarat AMMTC, Malaysia telah membentangkan inisiatif-inisiatif negara di peringkat domestik, serantau dan antarabangsa seperti yang berikut: i. Malaysia menyatakan komitmen negara untuk terus menangani jenayah rentas sempadan di bawah landasan kerjasama serantau ASEAN; ii. Sebagai ASEAN Lead Shepherd, Malaysia akan terus memainkan peranan utama dalam tiga komponen jenayah rentas sempadan iaitu membanteras penyeludupan orang, pelanunan di laut dan penggubahan wang haram melalui pelaksanaan inisiatif dan aktiviti pelatihan bina upaya dengan sokongan negara-negara ASEAN. Dalam membanteras jenayah rentas sempadan di rantau ini, Malaysia mengulangi komitmen untuk terus menangani jenayah rentas sempadan melalui peranan Malaysia sebagai ASEAN Lead Shepherd serta menekankan tiga prinsip seperti yang berikut: i. Meningkatkan koordinasi antara pembuat dasar dan penguat kuasa undang-undang; ii. Mengeratkan perkongsian yang strategik antara negara-negara serantau kerana penguatkuasaan undang-undang domestik sahaja tidak berkesan; dan iii. Menggalakkan perkongsian maklumat dan risikan yang lebih baik bagi memastikan keberkesanan operasi penguatkuasaan undang-undang. Mesyuarat Menteri-Menteri Asean Mengenai Jenayah Rentas Sempadan LAPORAN TAHUNAN 2022 143


YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri mewakili Menteri Dalam Negeri bersama pegawai-pegawai kanan KDN di AMMTC pada 20 hingga 22 September 2022. Kementerian Dalam Negeri juga telah menyertai 11th Session of the Conference of the Parties to the United Nations Convention Against Transnational Organized Crime (COP UNTOC) yang diadakan di Vienna, Austria pada 14 hingga 21 Oktober 2022. Persidangan ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) dan bersama dua orang pegawai dari Bahagian Keselamatan dan Bahagian Antarabangsa, KDN. Semasa persidangan ini, KDN telah memberikan kenyataan mengenai komitmen Malaysia dalam usaha memerangi jenayah terancang rentas sempadan di samping menyarankan kepada negara anggota mengenai kepentingan memperkasakan usaha komuniti antarabangsa memerangi jenayah terancang rentas sempadan. Usaha ini boleh dicapai melalui koordinasi yang lebih teratur melibatkan pembuat dasar dan agensi penguatkuasaan serta mewujudkan kerjasama strategik yang lebih efektif dalam pertukaran maklumat untuk memastikan tindakan yang lebih berkesan. 11th Session of the Conference of the Parties to the United Nations Convention Against Transnational Organized Crime KEMENTERIAN DALAM NEGERI 144


YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) mengetuai deligasi Malaysia di 11th COP UNTOC yang diadakan di Vienna, Austria pada 14 hingga 21 Oktober 2022. UNTOC adalah merupakan instrumen antarabangsa utama dalam menentang jenayah terancang rentas negara dalam Resolusi 55/25 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu bertarikh 15 November 2000. Malaysia telah menandatangani konvensyen ini pada 26 September 2002 dan meratifikasikannya pada 24 September 2004. BIL. SESI KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN DARI LUAR NEGARA TARIKH YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri 1. Kunjungan hormat oleh TYT Masagos Zulkifli, Menteri Pembangunan Sosial Dan Keluarga, Republik Singapura. 4 Februari 2022 2. Kunjungan hormat oleh PYT Amna Baloch, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan Ke Malaysia. 7 Februari 2022 3. Kunjungan hormat oleh TYT Radka Konderlova, Timbalan Menteri Pertahanan Republik Czech dan TYT Milan Hupcei, Duta Besar Republik Czech ke Malaysia. 28 Mac 2022 4. Kunjungan hormat oleh H.E. LT. Col. Emmy Tibaingana Katabazi, Timbalan Ketua Pengarah Internal Security Organization (ISO), Republik Uganda dan H.E. Al-Haj Habib Kagimu Konsul Malaysia di Republik Uganda. 28 Mac 2022 5. Kunjungan hormat oleh TYT Mahmoud Hussein Saeed Qattan, Duta Besar Arab Saudi Ke Malaysia. 28 Mac 2022 6. Kunjungan hormat oleh TYT Arif Cetin, Komander Jeneral, Gendarmerie Republik Turkiye. 29 Mac 2022 7. Kunjungan hormat oleh TYT Assaduzzaman Khan, Menteri Dalam Negeri Bangladesh Dan TYT Imran Ahmad, Menteri Kebajikan Ekspatriat Dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh. 29 Mac 2022 8. Kunjungan hormat TYT Charles Hay, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia. 10 Mei 2022 Sesi Kunjungan Hormat dan Lawatan Dari Luar Negara LAPORAN TAHUNAN 2022 145


BIL. SESI KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN DARI LUAR NEGARA TARIKH YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri 9. Kunjungan hormat oleh TYT Drs. H. Syamsuar, M.Si., Gubernur Provinsi Riau. 25 Mei 2022 10. Kunjungan hormat oleh TYT Dr. Merve Safa Kavakci, Duta Besar Republik Turkiye Ke Malaysia. 16 Jun 2022 11. Kunjungan hormat oleh TYT Emir Salim Yuksel, Duta Besar Republik Turkiye. 12 September 2022 12. Kunjungan hormat oleh TYT Mahmoud Hussein Saeed Qattan, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia. 20 Oktober 2022 13. Kunjungan hormat oleh TYT Fahad Mohd Y. Kafoud, Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE). 20 Oktober 2022 YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) 14. Kunjungan Hormat oleh Puan Asma Sainkoudje, Penyelaras Pejabat United Nations on Drugs and Crime (UNODC) Malaysia. 18 Ogos 2022 15. Kunjungan Hormat oleh Puan Elizabeth Tan, Pengarah Bahagian Perlindungan Antarabangsa, United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR). 10 November 2022 YBhg. Datuk Fauzi bin Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) 16. Kunjungan Hormat oleh Cik Lucienne Manton, Ambassador for People Smuggling and Human Trafficking, Department of Foreign Affairs (DFAT), Australia. 31 Mei 2022 17. Kunjungan Hormat oleh Cik Sneha Chatterjee, Regional Director New South Wales/ Australian Capital Territory, Department of Home Affairs. 2 Jun 2022 18. Kunjungan Hormat oleh YBrs. Encik Omar Odeh, Head of Regional Delegation dan Encik Sebastian Bole Besancon, Protection Coordinator, International Committee of the Red Cross (ICRC), Kuala Lumpur. 6 September 2022 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 146


PEJABAT STRATEGIK NASIONAL MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN Sepanjang tahun 2022, Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (NSO MAPO) telah berjaya melaksanakan beberapa aktiviti dan inisiatif dengan berpandukan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang 2021- 2025 (National Action Plan on Anti-Trafficking in Persons : NAPTIP 3.0) merupakan sebuah dokumen strategik yang menggariskan segala perancangan dan usaha bagi membanteras pemerdagangan orang di Malaysia bagi tempoh lima tahun bermula 2021 hingga 2025. Pelan Tindakan ini telah dibangunkan berdasarkan konsep whole-of-government approach dengan pelibatan secara langsung oleh pihak NGO dan organisasi-organisasi antarabangsa yang lain iaitu Kerajaan sentiasa memenuhi komitmennya dengan berada atas landasan yang betul untuk mencapai objektif khusus NAPTIP 3.0. PENCEGAHAN 01 PENCEGA PENDAKWAAN DAN PENGUATKUASAAN AHAN P DAN ENGUATKUASAA 02 PENDAKWAAN DAN PERKONGSIAN (PARTNERSHIP) 04 ERKONGSIAN PARTNERSHIP) PE P (PA 04 PE PERLINDUNGAN PERLINDUNGAN 03 ERLINDUNGAN Empat Tonggak Strategik NSO MAPO Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktirafkan tarikh 30 Julai setiap tahun sebagai World Day Against Trafficking In Persons (WDAT) selaras dengan resolusi yang telah diputuskan oleh PBB melalui The United Nations Global Plan of Action to Combat Trafficking In Persons yang mengesyorkan supaya satu kempen kesedaran diadakan pada setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai mangsa pemerdagangan orang. Sambutan World Day Against Trafficking In Persons 2022 LAPORAN TAHUNAN 2022 147


Usaha menggalakkan lebih banyak penyertaan daripada pemain industri untuk bersamasama memerangi jenayah pemerdagangan orang, NSO MAPO secara aktif menyokong kerjasama antara Malaysian Airlines (MAS) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Hentikan Pemerdagangan Manusia (Stop Human Trafficking - SHUT) menganjurkan Persidangan Penerbangan Menentang Pemerdagangan Orang (AATIP-C) dan pelancaran Kempen Kesedaran FLY-HT juga telah diadakan pada 3 Ogos 2022. Objektif AATIP-C ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berkenaan jenayah pemerdagangan orang yang sering berlaku dalam industri penerbangan dan juga untuk meneroka cara lain bagi mengenal pasti dan mencegah pemerdagangan orang. Salah satu output AATIP-C ialah peningkatan kesedaran dan pemahaman tentang isu dan cabaran yang dihadapi oleh mangsa, diikuti dengan seruan untuk tindakan kolektif dalam industri penerbangan untuk memerangi jenayah ini. Seramai 300 peserta dari agensi kerajaan, NGO, pertubuhan antarabangsa, pemain industri penerbangan dan pihak lain yang berkaitan telah menyertai AATIP-C dalam acara kemuncak. Acara itu ialah pemeteraian MoU antara MAS dan SHUT yang menandakan komitmen antara kedua-dua organisasi untuk bekerjasama dan bersama-sama bagi memperkukuh kapasiti kru dan kakitangan darat MAS untuk mengenal pasti dan bertindak balas terhadap bakal mangsa. Sebagai sebahagian daripada usaha sama, SHUT dan MAS membangunkan modul latihan khusus untuk memerhati, mengenal pasti dan melaporkan mangsa dalam penerbangan dan di lapangan terbang. 1st Aviation Against Trafficking In Persons Conference Antara WDAT yang telah disambut oleh NSO MAPO adalah: YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri menyempurnakan program Aviation Against Trafficking in Person Conference 2022 (AATIP-C) dan Stop Human Trafficking (SHUT) pada 3 Ogos 2022 di Akademi MAB, Kelana Jaya, Selangor. YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Syarikat Penerbangan Malaysia (MAB) dengan Persatuan Hentikan Pemerdagangan Orang (SHUT). KEMENTERIAN DALAM NEGERI 148


Click to View FlipBook Version