The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Unit Pengurusan Korporat & Integriti, SUK Perlis, 2023-12-07 03:04:41

2022 - LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2022

Sepanjang tahun 2022, Bahagian KW telah melaksanakan empat program latihan pengurusan kewangan melibatkan pegawai-pegawai dari agensi di bawah KDN, iaitu: i. Kursus Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Akruan telah diadakan pada 3 hingga 5 Jun 2022 di Langkawi, Kedah; ii. Kursus Pengurusan Kewangan -KDN/Jabatan/Agensi Zon Tengah telah diadakan pada 17 hingga 19 Julai 2022 di Bandar Hilir, Melaka; iii. Kursus Pengauditan Kewangan Berasaskan Perakaunan Akruan telah diadakan pada 5 hingga 7 Ogos 2022 di Terengganu; dan iv. Kursus Pengurusan Kewangan -KDN/Jabatan/Agensi Zon Sabah Sarawak telah diadakan pada 12 hingga 14 Oktober 2022 di Kuching, Sarawak. Program Latihan Pengurusan Kewangan LAPORAN TAHUNAN 2022 249


Laporan Kutipan Hasil Bahagian KW merupakan penyelaras kepada Sesi Pemeriksaan Belanjawan oleh Kementerian Kewangan (MOF) bagi penyediaan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) KDN tahun 2023. Sebanyak sembilan sesi pemeriksaan telah dijalankan di sepanjang tempoh mulai 24 Mei 2022 sehingga 16 Jun 2022. Sesi Pemeriksaan Belanjawan 2023 Kursus Pengurusan Kewangan Zon Tengah di Melaka. Kursus Pengurusan Kewangan Zon Sabah/Sarawak di Kuching. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 250


LAPORAN TAHUNAN 2022 251 JABATAN DAN AGENSI


KEMENTERIAN DALAM NEGERI 252


LAPORAN TAHUNAN 2022 253 POLIS DIRAJA MALAYSIA ACRYL SANI IG TAN SRI BIN HAJI ABDULLAH SANI KETUA POLIS NEGARA POLIS DIRAJA MALAYSIA


POLIS DIRAJA MALAYSIA Sumber Manusia PDRM Secara keseluruhan, negara berada pada tahap tenang dan terkawal daripada sebarang bentuk ancaman yang berpotensi memudaratkan ketenteraman awam dan kedaulatan negara khususnya ancaman keselamatan yang bersifat tradisional dan bukan tradisional. Ancaman dan sabotaj dari pelbagai sudut sosial dan politik yang mempengaruhi ekonomi serta keselamatan negara khususnya ancaman-ancaman melibatkan penyeludupan manusia, pengganasan, espionage termasuk cabaran dalam menjaga keselamatan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. Sumber manusia atau modal insan merupakan faktor penting dalam menentukan kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendepani semua bentuk penugasan sepertimana ketetapan di bawah Seksyen 3(3) Akta Polis 1967. Sehingga Disember 2022, jumlah kekuatan keseluruhan keanggotaan PDRM ialah seramai 134,976 meliputi 13,965 Pegawai Kanan Polis, 108,831 Pegawai Rendah Polis dan 12,180 Pegawai Awam. Jumlah perjawatan ini tidak termasuk sebanyak 460 perjawatan kader PDRM dan 4,543 perjawatan simpanan latihan dan kontinjensi. SKIM PERKHIDMATAN PERJAWATAN KEKUATAN KEKOSONGAN Pegawai Kanan Polis (PKP) 13,969 13,965 4 Pegawai Rendah Polis (PRP) 110,133 108,831 1,302 Pegawai Awam 13,637 12,180 1,457 JUMLAH 137,739 134,976 2,763 Statistik Perjawatan dan Kekuatan Keanggotaan PDRM 2022 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 254


BIL. KESALAHAN 2021 2022 PERBANDINGAN +/- % KATEGORI KEKERASAN 1. Bunuh 243 240 -3 -1.2 2. Rogol 1,553 1,712 159 10.2 3. Samun berkawan bersenjata api 5 16 11 220.0 4. Samun berkawan tanpa bersenjata api 3,071 2,432 -639 -20.8 5. Samun bersenjata api 2 7 5 250 6. Samun tanpa bersenjata api 2,558 2,134 -424 -16.6 7. Mencederakan 4,063 3,807 -256 -6.3 JUMLAH 11,495 10,348 -1,147 -10.0 KATEGORI HARTA BENDA 8. Curi 16,695 15,434 -1261 -7.6 9. Curi motokar 2,849 3,271 422 14.8 10. Curi motorsikal 9,944 10,457 513 5.2 11. Curi van/lori/jentera berat 639 718 79 12.4 12. Pecah rumah 11,352 10,585 -767 -6.8 JUMLAH 41,479 40,465 -1,014 -2.4 JENAYAH INDEKS 52,974 50,813 -2,161 -4.1 Perbandingan Statistik Jenayah Indeks Mengikut Kategori 2021 dan 2022 Di Malaysia, jenayah indeks dikategorikan kepada jenayah kekerasan dan jenayah harta benda. Keseluruhannya, kadar jenayah indeks yang dicatat pada tahun 2022 adalah sebanyak 50,813 kes meliputi 10,348 jenayah kekerasan dan 40,465 jenayah harta benda. Statistik perbandingan jenayah indeks kedua-dua kategori bagi tempoh Januari hingga Disember 2022 dan 2021 mencatatkan penurunan sebanyak 2,161 kes bersamaan 4.1 peratus. Jenayah indeks kekerasan menurun sebanyak 1,147 kes bersamaan dengan 10 peratus manakala jenayah indeks harta benda menurun sebanyak 1,014 kes bersamaan dengan 2.4 peratus. Statistik Jenayah Indeks 2022 LAPORAN TAHUNAN 2022 255


Susulan pembubaran Parlimen Malaysia pada 10 Oktober 2022, sebanyak 522 kumpulan cantas khas telah dibentuk di seluruh negara bagi mengawal sebarang kemungkinan yang boleh mengganggu gugat ketenteraman sepanjang proses Pilihan Raya Umum Ke-15 berlangsung. Perincian matlamat Op Cantas Khas PRU Ke-15 adalah: i. Mengenal pasti kumpulan kongsi gelap atau samseng; ii. Mengenal pasti kumpulan pengacau; iii. Mengenal pasti NGO yang berpotensi boleh mengganggu gugat proses PRU Ke-15; iv. Mengenal pasti penganjur perjudian catit taruh (bookie); dan v. Mengenal pasti individu tempatan berpengaruh yang dipercayai boleh menghasut untuk mencetuskan ketegangan dan menggangu gugat proses PRU Ke-15. Sepanjang tahun 2022, seramai 163,740 orang telah ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah. Jumlah ini meningkat berbanding tangkapan dalam tempoh yang sama pada tahun 2021 iaitu seramai 129,654 orang. Seramai 27,287 orang daripada tangkapan tersebut adalah pengedar dan pengedar dadah kecil serta penanam pokok ganja di bawah kategori bekalan. Seramai 67,268 orang ditangkap atas kesalahan memiliki dadah dan seramai 69,141 orang pula atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan. Peningkatan tangkapan ini adalah hasil daripada tindakan mempergiatkan operasi mengesan dan menangkap penagih dadah serta memberi fokus kepada tangkapan pembekalan dadah. Selain itu, rampasan dadah telah menunjukkan penurunan sebanyak 66 peratus iaitu sebanyak 124.8 tan berbanding 371.6 tan pada 2021. Nilai rampasan juga menurun sebanyak 52 peratus iaitu sebanyak RM461 juta berbanding RM965 juta pada 2021. Operasi Cantas Khas Tangkapan, Rampasan Dan Nilai Dadah KEMENTERIAN DALAM NEGERI 256


Pencapaian Semasa Melibatkan Tangkapan, Rampasan Dadah Dan Nilai Rampasan Bagi tahun 2021 dan 2022 129,654 2021 2022 163,740 26% TANGKAPAN (ORANG) 371.6 TAN 2021 2022 124.8 TAN 66% RAMPASAN DADAH (KG) RM 965 JUTA 2021 2022 RM 461 JUTA 52% NILAI DADAH (KG) Sepanjang tahun 2022, sebanyak tujuh siri Op Tapis Khas telah dilancarkan di seluruh negara yang bertujuan untuk membanteras kegiatan pengedaran dan penagihan dadah. Operasi yang dilaksanakan sepanjang Januari hingga Disember 2022 tersebut telah berjaya menangkap sebanyak 28,710 individu yang terlibat dengan pelbagai kesalahan dadah di seluruh negara. Op Tapis Khas Op Tapis Khas yang dijalankan oleh PDRM. LAPORAN TAHUNAN 2022 257


Sepanjang tahun 2022, sebanyak 131,518 laporan polis telah diterima berkait kes-kes jenayah komersil berbanding 133,992 bagi tempoh sama pada tahun 2021 dengan penurunan sebanyak 1.9 peratus. Daripada jumlah laporan polis yang diterima pada tahun 2022, sebanyak 30,536 atau 23.2 peratus kertas siasatan telah dibuka berbanding 31,490 atau 23.5 peratus pada tahun 2021. Daripada aspek nilai kerugian, jumlah yang dicatatkan pada tahun 2022 adalah RM1,732,618,895.74. Nilai tersebut menurun 27.3 peratus berbanding nilai kerugian yang dicatatkan pada tahun 2021 iaitu RM2,206,444,910.66. Daripada jumlah keseluruhan 30,536 kes yang disiasat sepanjang tahun 2022, sebanyak 27,967 atau 91.6 peratus dikategorikan di bawah kesalahan penipuan. Manakala bakinya dikategorikan sebagai kesalahan pecah amanah jenayah, jenayah siber, pemberi pinjaman wang tanpa lesen, DVD/VCD lucah atau tiada Perakuan Salinan Penapisan Filem (Perakuan ‘B’), penyalahgunaan harta dengan curang, pemalsuan, wang palsu dan lain-lain jenayah yang merujuk kepada kesalahan di bawah Akta Imigresen, Akta Pendaftaran Negara, Akta Perkhidmatan Kewangan, Akta Passport dan lain-lain undang-undang berkaitan dengan bidang kuasa siasatan pihak PDRM. Siasatan dan Nilai Kerugian Perbandingan Jumlah Laporan Polis dan Kertas Siasatan Jenayah Komersil Yang Dibuka Bagi Tahun 2021 dan 2022 Statistik Kertas Siasatan Komersil Dibuka Berdasarkan Kategori Kesalahan Bagi Tahun 2022 31,490 2021 2022 133,992 30,536 131,518 0 20,000 40,000 60,000 80,000 100,000 120,000 140,000 160,000 KS DIBUKA LAPORAN POLIS PENIPUAN PECAH AMANAH JENAYAH JENAYAH SIBER PEMALSUAN WANG PALSU AH LONG VCD/DVD HARAM SALAHGUNA HARTA LAIN-LAIN 27,967 909 574 81 62 832 7 28 76 kesalahan kesalahan kesalahan kesalahan kesalahan kesalahan kesalahan kesalahan kesalahan KEMENTERIAN DALAM NEGERI 258


Melalui tiga elemen penguatkuasaan utama di bawah Jabatan KDNKA iaitu Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK) / Wildlife Crime Bureau (WCB) telah berjaya membuat rampasan melibatkan nilai keseluruhan sebanyak RM495.6 juta pada tahun 2022 bagi kes-kes berkaitan penyeludupan, migran dan khazanah negara. ELEMEN KES TANGKAPAN NILAI RAMPASAN (RM juta) 2021 2022 2021 2022 2021 2022 PGA 2,122 1,784 3,886 4,472 226.2 249.9 PPM 651 974 849 1176 150.3 114.6 CPSK/WCB 38 108 105 297 69.4 131.1 JUMLAH 2,811 2,866 4,840 5,945 445.9 495.6 Kes Penyeludupan, Migran dan Khazanah Jadual Perbandingan Kes, Tangkapan Dan Nilai Rampasan Melibatkan Penyeludupan, Migran Dan Khazanah Negara Bagi Tahun 2021 Dan 2022 Rampasan penyeludupan rokok oleh Cawangan Risik BN 9 PGA pada 19 Mei 2022 dalam Op Wawasan Kelantan. Rampasan di bawah Sek.39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 oleh Pasukan Polis Marin Wilayah Satu (1) Batu Uban. Rampasan penyeludupan minyak diesel oleh CPSK / WCB di bawah seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 pada 2 Julai 2022 dalam Op Kontraban. LAPORAN TAHUNAN 2022 259


Misi bantuan banjir dan Op Bantu yang dijalankan oleh PDRM. Op Bantu dilaksanakan susulan kejadian banjir besar yang disebabkan perubahan Monsun Timur Laut (MTL) khususnya di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia pada penghujung tahun 2022. Antara elemen-elemen PDRM yang diatur gerak bagi membantu mangsa banjir adalah melibatkan Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Udara (PGU), 69 Komando dan Unit Tindakhas. Elemen-elemen ini telah ditempatkan di kawasan berkenaan bagi menyelaras kerja-kerja berkaitan pembersihan, penugasan Search and Rescue (SAR) termasuk membantu memindahkan mangsa banjir dan menjalankan pemantauan melalui darat, air dan udara. Sepanjang tahun 2022 sebanyak 545,588 kemalangan jalanraya telah direkodkan berlaku di seluruh Malaysia. Jumlah tersebut telah mengalami peningkatan sebanyak 175,302 berbanding tahun sebelumnya yang merekodkan jumlah keseluruhan kemalangan sebanyak 370,286. Daripada jumlah kemalangan tersebut, seramai 6,080 mangsa telah meninggal dunia, 4,306 mengalami cedera parah dan 29,730 cedera ringan. Op Bantu Kemalangan Jalanraya KEMENTERIAN DALAM NEGERI 260


KONTINJEN 2021 2022 PERBEZAAN Perlis 1,593 2,279 686 Kedah 18,414 25,547 7,133 Perak 28,148 40,281 12,133 Pulau Pinang 32,792 48,694 15,902 Selangor 108,564 156,815 48,251 Kuala Lumpur 41,412 64,337 22,925 Negeri Sembilan 18,014 26,934 8,920 Melaka 13,049 19,713 6,664 Johor 49,559 76,028 26,469 Pahang 15,120 22,517 7,397 Kelantan 7,982 12,664 4,682 Terengganu 8,458 12,084 3,626 Sabah 12,950 18,187 5,237 Sarawak 14,231 19,508 5,277 JUMLAH 370,286 545,588 175,302 Jadual Perbezaan Jumlah Kemalangan Jalan Raya Mengikut Kontinjen Tahun 2021 dan 2022 Program Town Hall Discussion merupakan program komunikasi dua hala antara PDRM dan komuniti bagi membincangkan isu dan permasalahan semasa dan mencari penyelesaian secara tuntas. Platform ini juga digunakan bagi memperolehi pandangan dan idea komuniti dalam aspek keselamatan dan ketenteraman awam, pencegahan jenayah serta kepolisan komuniti. Program ini dilihat sebagai satu program berimpak tinggi yang menekankan kepada pengisian praktikal bagi meningkatkan kualiti persekitaran komuniti. Program ini dilaksanakan di setiap kontinjen dengan diketuai oleh Ketua Polis Negeri di samping penglibatan semua Ketua Jabatan dan semua Ketua Polis Daerah. Turut dijemput untuk menyertai program ini ialah pegawai-pegawai kerajaan dan swasta di peringkat daerah, majlis perbandaran, ketua-ketua kampung, pengerusi persatuan dan NGO serta MCPF mengikut tema yang dipilih oleh kontinjen masing-masing. Program Town Hall Discussion LAPORAN TAHUNAN 2022 261


Program Town Hall Discussion yang telah dilaksanakan di setiap kontinjen pada tahun 2022. Pemenang menerima Anugerah Integriti PDRM sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Tahun 2022. Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) sebagai initiative owner program Anugerah Integriti PDRM telah melaksanakan temuduga Anugerah Integriti Peringkat Pusat bagi tahun 2022 di Sekolah Latihan Asas Kepolisan (SLAK) Sungai Petani, Kedah dari 8 hingga 9 Mac 2022. Anugerah Integriti PDRM yang menjadi aktiviti tahunan PDRM ini merupakan penghargaan dan pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh PDRM kepada pegawai polis dan pegawai awam polis yang diperakui menunjukkan pencapaian integriti di tahap terbaik. Ini secara tidak langsung meningkatkan kesedaran integriti warga PDRM dalam menjadikan pemenang anugerah ini sebagai role model dan seterusnya menggalakkan persaingan dan motivasi dalam membudayakan integriti bagi kecemerlangan pasukan PDRM amnya. Pada tahun 2022, seramai 89 orang calon terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam telah terlibat dalam temuduga tersebut. Keputusan akhir Panel Temuduga telah memilih enam orang calon sebagai juara Anugerah Integriti PDRM sempena sambutan Hari Polis Ke215 mengikut kategori yang telah ditetapkan. Program Anugerah Integriti PDRM KEMENTERIAN DALAM NEGERI 262


Pada tahun 2022, PDRM telah menerima sebanyak 36 buah kenderaan baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke Dua Belas (RMKe-12), Rolling Plan pertama (RP1) yang telah diluluskan dengan jumlah kos perolehan sebanyak RM5,621,700.00 termasuk kos latihan pemanduan dan penyelenggaraan. Tail Lift telah ditempatkan di kontinjen dan briged sebagai kenderaan gunasama bagi memberi bantuan logistik untuk penugasan PDRM di lapangan. Manakala kenderaan 4WD ditempatkan di Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat seluruh Malaysia bagi memastikan pemantauan dan penyelenggaraan alat komunikasi berfungsi dengan keadaan baik terutamanya di kawasan pedalaman dan permukaan bumi yang sukar dilalui menggunakan kenderaan biasa. Penerimaan Kenderaan Baharu Jumlah Penerimaan Kenderaan Tahun 2022 BIL. TAJUK JENAMA/ MODEL KENDERAAN KUANTITI (UNIT) KOS PEROLEHAN (RM) 1. Pembekalan dan Penghantaran Lori Tail Lift (3 Tan) Isuzu NPR 75UKH 18 3,164,400.00 2. Pembekalan dan Penghantaran Kenderaan 4WD Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Toyota Hilux 2.4 Single Cab (M/T) 18 2,457,300.00 JUMLAH KESELURUHAN 36 5,621,700.00 Lori Tail Lift (3 Tan). Kenderaan 4WD Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat. LAPORAN TAHUNAN 2022 263


KEMENTERIAN DALAM NEGERI 264


LAPORAN TAHUNAN 2022 265 AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA MOHD ZUBIL LAKSAMANA MARITIM DATO’ BIN MAT SOM KETUA PENGARAH AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA


AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) adalah agensi penguat kuasa dan keselamatan yang bertanggungjawab menguatkuasakan Undang - Undang Persekutuan berkaitan dan mengkoodinasikan Operasi CARILAMAT di Zon Maritim Malaysia (ZMM) serta menjaga keselamatan perairannya seluas 614,000 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 6,036.7 kilometer berpaksikan Moto “Mengawal, Melindung, Menyelamat”. Penang Kedah Perlis Perak Kelantan Terengganu Pahang Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor Sarawak Sabah Keluasan ZMM: 556,285 km2 Perairan Dalaman : 94,132 km2 Perairan Wilayah : 65,035 km2 Perairan Benua : 397,118 km2 Panjang Pesisir Pantai: 6,036.7 km Semenanjung Malaysia : 1,926.3 km Sarawak : 1,765.8 km Sabah : 2,334.6 km Kesiapsiagaan Aset Laut APMM bagi memastikan keselamatan perairan sentiasa terjaga. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 266


Sepanjang tahun 2022, sebanyak 208,241 pemeriksaan vesel dilakukan secara fizikal, pengesanan radar melalui Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) dan penglihatan oleh pesawat udara serta 36,966 pengeledahan vesel di Zon Maritim Malaysia (ZMM). Hasil daripada itu, sebanyak 1,143 kes tangkapan atas pelbagai kesalahan telah direkodkan. Sebanyak 49 kes tangkapan berjaya dilakukan yang melibatkan 17 kes penyeludupan rokok, 20 kes penyeludupan dadah dan 12 kes penyeludupan ketum termasuk satu kes penyeludupan senjata yang merekodkan anggaran rampasan bernilai RM27,172,464.00 daripada jumlah keseluruhan rampasan yang bernilai RM149,576,831.91. Penguatkuasaan Pemeriksaan Keseluruhan Anggaran Nilai Rampasan FIZIKAL 91,252 RADAR 43,099 GELEDAH 36,966 TANGKAP 1,143 ROMPAKAN 2 PENGLIHATAN UDARA 35,779 ROKOK RM16,246,619.00 SENJATA RM10,000.00 RM6,558,448.00 RM4,357,400.00 RM122,404,367.91 DADAH KETUM LAIN- LAIN Taklimat Operasi Penyeludupan Dadah di Perairan Selangor oleh APMM. LAPORAN TAHUNAN 2022 267


Op NAGA Jumlah keseluruhan Op NAGA 56 Kes RM13 juta Pemeriksaan : 19,664 Tangkapan Vesel : 56 Pengusiran : 0 Op KUDA LAUT RM94.5 Juta Tangkapan Bot/Kapal Vesel : 63 Tangkapan Kru : 633 Op BENTENG Dibubarkan pada 31 Disember 2022 RM 16.2 Juta Tangkapan : 259 Tangkapan Lain : 60 Rampasan Tanpa Tuan : 84 Pengusiran : 64 Penglihatan : 378 Lain -lain : 2 Jumlah keseluruhan Op KUDA LAUT 63 Kes Jumlah keseluruhan Op Benteng 847 Kes APMM juga melaksanakan Operasi - Operasi Khas seperti Op Naga, Op Kuda Laut, Op Benteng dan Op Jangkar Haram terutamanya dalam memerangi pencerobohan bot nelayan asing serta mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) termasuklah membanteras aktiviti Jenayah rentas sempadan. Berikut adalah statistik Op Naga, Op Kuda Laut, Op Benteng dari 1 Mei 2020 hingga 31 Disember 2022 dan Op Jangkar Haram. Operasi - Operasi Khas Majlis Pembubaran National Task Force (NTF) bertempat di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur pada 31 Disember 2022. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 268


RM162 juta OP BENTENG RM13 juta OP NAGA RM94.5 juta OP KUDA LAUT Ketiga - tiga operasi ini telah berjaya menahan sebanyak 119 vesel yang melakukan kesalahan terutamanya pencerobohan bot nelayan asing Vietnam dan Indonesia termasuk bot-bot tempatan kapal logistik yang terlibat dalam aktiviti menyeludup PATI dan kontraban termasuk yang bertindak sebagai pembekal logistik kepada bot - bot Vietnam, Thailand, Myammar, Kemboja dan Indonesia di Zon Maritim Malaysia (ZMM) Laut China Selatan. Keseluruhan rampasan daripada tiga-tiga operasi ini bernilai RM269.5 juta manakala perolehan melalui denda, kompaun serta lelongan rampasan dalam tahun semasa. Rampasan melalui Op Naga sahaja bernilai RM13 juta yang melibatkan tangkapan bot-bot nelayan asing termasuk kapal Tanker dan Kargo Pada Tahun 2022 APMM turut melaksanakan Op Kuda Laut dengan mengoptimumkan pengunaan asetaset dari negeri pantai timur semenanjung dan Johor bagi menangani ancaman pelakuan jenayah di laut. Operasi ini juga berjaya mengelakkan kecurian hasil laut negara melalui pencerobohan nelayan asing hingga menghasilkan anggaran nilai rampasan RM94.5 juta. Bagi OP Benteng pula dalam National Task Force (NTF) telah dibubarkan dalam perkhidmatan. Namun adanya Op Benteng telah menyumbangkan sumbangan sebanyak RM162Juta dan pencapaian dalam dua tahun perkhidmatannya sebanyak 847 kes tangkapan yang melibatkan 2,749 orang PATI termasuk 53 tekong dari pelbagai warganegara seperti Indonesia, Myammar, Filipina, Rohingya dan Pakistan. Anggaran Hasil Rampasan Op Khas APMM LAPORAN TAHUNAN 2022 269


Laporan Penglihatan Pengawasan Udara Manakala Op Jangkar Haram telah merekodkan tangkapan sebanyak 172 buah kapal yang melakukan kesalahan bersauh secara haram. Daripada 172 jumlah itu, 150 buah kapal telah didenda melalui pendakwaan di mahkamah. Hasil 150 tangkapan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1951 yang dianggarkan sebanyak RM4.9 juta nilai kompaun dan denda dikenakan oleh mahkamah terhadap kapal-kapal bersauh haram. Di samping itu juga, terdapat satu rompakan bot nelayan tempatan (Bot Lampu) di perairan Pulau Pinang pada 11 September 2022 dan kes masih lagi disiasat oleh APMM manakala satu lagi cubaan rompakan Kapal Tunda Tug Bot Kargo oleh dua buah bot asing diperairan Pulau Pisang, Johor Bharu pada 21 November 2022 namun telah berjaya diselamatkan. Sepanjang tahun 2022, sebanyak 582 penugasan telah dilaksanakan oleh pesawat udara APMM di seluruh Zon Maritim Malaysia meliputi Pengawasan Udara, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dan Pemadaman kebakaran. Manakala jumlah jam penerbangan pesawat ialah 2,869.7 jam termasuk jam penerbangan operasi dan latihan. Peningkatan jumlah jam penerbangan adalah disebabkan tugas penerbangan Op Benteng secara berkala. Bagi pengawasan udara pula, pesawat juga telah memantau pelbagai aktiviti seperti Bot Nelayan Asing (BNA), Perikanan, Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), Kapal Penguat Kuasa Asing, Penyeludupan dan Perkapalan telah mendapati banyak 262 laporan penglihatan diterima berdasarkan Mission Report (MISREP) yang dimajukan selepas penerbangan. Pesawat udara telah mengesan 656 buah bot dan kapal yang disyaki melakukan kesalahan di perairan Malaysia. Sebanyak 21 buah bot nelayan tempatan (BNT) dikesan melakukan kesalahan sepanjang tahun 2022 terdiri daripada kesalahan bubu naga, rawa sorong, kenka, tunda ganding, Bot Kelas C/C2, Bot Kelas B (Pesisir) dan bot pancing. Operasi Udara 0 20 40 60 80 100 Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember 6 10 13 6 29 19 23 48 52 26 16 14 262 JUMLAH KEMENTERIAN DALAM NEGERI 270


Pemantauan terhadap pengesanan bot nelayan tempatan (BNT) sepanjang tahun 2022 dianggarkan sebanyak 21 pengesanan dari Bot Tunda Ganding (12), Bot Kelas C/C2 (1), Bot Kelas B (7), Bot Pancung (1). Pengesanan Bot Nelayan Tempatan (BNT) Statistik Pecahan Pengesanan Mengikut Bulan Statistik Taburan Pengesanan Mengikut Negeri AKTIVITI BULAN BUBU NAGA RAWA SORONG KENKA TUNDA GANDING BOT KELAS C/C2 (SEMPADAN) BOT KELAS B (PESISIR) BOT PANCING BOT PANCUNG KAPAL PENEMPATAN BOM IKAN JUMLAH Januari 0 0 0 0 0 5 0 0 0 0 0 5 Februari 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 0 1 Mac 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 April 0 0 0 12 0 0 0 0 0 0 0 12 Mei 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 Jun 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 Julai 0 0 0 0 0 0 0 1 0 0 0 1 Ogos 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 September 0 0 0 0 0 2 0 0 0 0 0 2 Oktober 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 November 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 Disember 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 JUMLAH 0 0 0 12 1 7 0 1 0 0 0 21 AKTIVITI BULAN BUBU NAGA RAWA SORONG KENKA TUNDA GANDING BOT KELAS C/C2 (SEMPADAN) BOT KELAS B (PESISIR) BOT PANCING BOT PANCUNG KAPAL PENEMPATAN BOM IKAN JUMLAH Kedah / Perlis 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 1 P. Pinang 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 0 1 Perak 0 0 0 12 0 0 0 0 0 0 0 12 Selangor 0 0 0 0 0 4 0 1 0 0 0 5 Negeri Sembilan / Melaka 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 Johor Barat 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 Johor Timur 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 Pahang 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 Terengganu 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 Kelantan 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 Sarawak 0 0 0 0 0 2 0 0 0 0 0 2 Sabah 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 JUMLAH 0 0 0 12 1 7 0 1 0 0 0 21 LAPORAN TAHUNAN 2022 271


Statistik Pengesanan BNA Mengikut Bulan APMM telah membuat pengesanan kesalahan aktiviti Bot Tunda Ganding mencatat jumlah yang tertinggi, diikuti Bot Kelas B dan Bot Pancung. Didapati aktiviti Bot Tunda Ganding kerap melakukan kesalahan pada bulan April. Peningkatan tersebut mungkin disebabkan pembukaan sektor perikanan setelah negara beralih ke fasa Endemik COVID-19 bagi aktiviti perikanan selain cuaca yang baik. Justeru itu pemantauan udara terutama bagi kawasan pesisir pantai perlu ditingkatkan bagi mengesan dan memantau aktiviti BNT ini selain melakukan pemantauan terhadap Bot kelas B bagi mengelakan mereka melakukan kesalahan dibawah Akta Perikanan selain kehadiran Bot Pancung yang dikesan beroperasi sepanjang pemantauan udara yang mungkin menjadi transit untuk pendatang asing tanpa izin (PATI) keluar masuk negara. Pengesanan mengikut negeri didapati aktiviti Bot Tunda Ganding di Perak mencatat jumlah yang tertinggi manakala aktiviti perikanan persisir pantai oleh Bot Kelas B yang kedua tertinggi berlaku di negeri Selangor, Sarawak, Kedah dan Perlis. Selain itu, pengesanan Bot Pancung juga telah dikesan di Selangor. Oleh yang demikian, pengawasan di kawasan terlibat perlu ditingkatkan bagi mengekang aktiviti ini dari berleluasa selain dapat mengelakan anasir luar untuk memasuki negara. Pesawat telah mengesan pencerobohan pengesanan Bot Nelayan Asing (BNA) di perairan negara yang terdiri daripada Indonesia, Vietnam, China dan Filipina. Pengesanan Bot Nelayan Asing (BNA) BOT NELAYAN ASING (BNA) INDONESIA VIETNAM CHINA FILIPINA JUMLAH JANUARI 0 0 0 0 0 FEBRUARI 18 0 0 0 18 MAC 20 0 0 0 20 APRIL 2 0 0 0 2 MEI 60 0 0 0 60 JUN 18 37 0 0 55 JULAI 75 0 0 0 75 OGOS 85 39 0 2 126 SEPTEMBER 97 10 0 0 107 OKTOBER 49 23 0 0 72 NOVEMBER 10 34 0 0 44 DISEMBER 24 0 0 0 24 JUMLAH 458 143 0 2 603 NEGARA BULAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 272


Pengesanan BNA Indonesia mencatat jumlah tertinggi diikuti BNA Vietnam dan BNA Filipina. Tiada pengesanan dikesan BNA China sepanjang tahun 2022. Tumpuan kawasan kekerapan BNA Indonesia melakukan kesalahan adalah di sekitar kawasan pantai barat semenanjung meliputi Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. BNA Indonesia mencatatkan kekerapan yang konsisten sepanjang tahun 2022 yang menunjukan pencerobohan tertinggi pada bulan Mei, Julai, Ogos dan September manakala BNA Vietnam mencatat bilangan kekerapan pencerobohan tertinggi pada bulan Jun, Ogos, Oktober dan November. Hal ini berlaku mungkin kerana faktor cuaca dan laut yang bergelora menyebabkan BNT kurang ke laut dan memberi kesempatan bagi BNA dari negara Indonesia dan Vietnam untuk menceroboh ke kawasan perairan negara. Selain itu, diyakini bot dan peralatan menangkap ikan yang digunakan oleh BNA lebih berteknologi tinggi berbanding BNT. Pesawat juga telah merekodkan pengesanan ke atas sebelas buah Kapal Penguat Kuasa Asing dan Kapal Perang dari beberapa buah negara sepanjang tahun. Sebanyak enam buah dari China, dua buah dari Japan dan masing-masing satu buah pengesanan Penguat Kuasa Asing dikesan untuk negara Vietnam, India dan Amerika Syarikat. Tiada pengesanan Kapal Penguat Kuasa Asing dari negara Indonesia dan Singapura sepanjang tahun 2022. KAPAL PENGUAT KUASA ASING/ KAPAL PERANG NEGARA INDONESIA VIETNAM CHINA SINGAPURA JAPAN INDIA AMERIKA SYARIKAT LAINLAIN JUMLAH BULAN JANUARI 0 0 0 0 0 0 0 0 0 FEBRUARI 0 0 0 0 1 0 0 0 1 MAC 0 0 0 0 0 0 0 0 0 APRIL 0 0 2 0 0 0 0 0 2 MEI 0 0 0 0 0 1 0 0 1 JUN 0 0 2 0 0 0 0 0 2 JULAI 0 0 0 0 0 0 0 0 0 OGOS 0 0 1 0 0 0 0 0 1 SEPTEMBER 0 0 1 0 1 0 0 0 2 OKTOBER 0 0 0 0 0 0 0 0 0 NOVEMBER 0 1 0 0 0 0 1 0 2 DISEMBER 0 0 0 0 0 0 0 0 0 JUMLAH 0 1 6 0 2 1 1 0 11 Pengesanan Kapal Penguat Kuasa Asing Statistik Pengesanan Kapal Penguat Kuasa Asing Mengikut Bulan LAPORAN TAHUNAN 2022 273


Kapal Penguat Kuasa Asing Negara China mencatat jumlah yang tinggi sebanyak 6 buah kapal dikesan berada di persekitaran Perairan negara dan tiada kehadiran Kapal Penguat Kuasa Asing dari negara Indonesia dan Singapura. Selain itu, jumlah kehadiran kapal penguat kuasa Asing China mencatat angka tertinggi pada bulan April dan Jun dikesan di Perairan Sarawak. Ini berkemungkinan kerana keutamaan rondaan mereka bagi menyekat kemasukan nelayan asing ke sempadan negara mereka disamping memantau nelayan mereka supaya tidak memasuki perairan negara asing. Kapal Penguat Kuasa Asing China telah melakukan rondaan yang kerap di sekitar Perairan Sarawak. Ini disebabkan rondaan mereka bertumpu pada kawasan Beting Patinggi Ali yang menjadi tuntutan China dan Malaysia. Oleh yang demikian, pengoperasian terhadap BNA haruslah dilipat gandakan dengan mengerahkan aset-aset di lapangan untuk sentiasa berada di sempadan sebagaimana yang dilakukan oleh Kapal Penguat Kuasa Asing. Tumpuan haruslah diberikan kepada kawasan pantai barat semenanjung terutama dikawasan Perairan Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak selain Perairan Sabah dan Sarawak. Sepanjang tahun 2022, sebanyak 15,807 buah bot nelayan tempatan dan 15,981 buah kapal dagang dan 30 buah Feri telah dikesan berada di perairan negara sepanjang pemantauan udara. Secara keseluruhan, jumlah aset dikesan di laut sebanyak 31,818 buah sepanjang pemantauan melalui visual dan radar pesawat. Pengoperasian pesawat terhad kerana tiada carta laut yang menunjukan kawasan bersauh yang dibenarkan. Statistik pengesanan BNT, Kapal Dagang dan Feri seperti berikut: Pengesanan Bot Nelayan Tempatan (BNT) dan Kapal Dagang Operasi Penguatkuasaan oleh aset aset APMM di perairan Negara. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 274


Jumlah Pengesanan BNT, Kapal Dagang dan Feri STATISTIK PENGESAHAN UDARA KESELURUHAN BNT DAN KAPAL DAGANG VESEL BNT KAPAL DAGANG FERI JUMLAH BULAN SUKU TAHUN PERTAMA JANUARI 1,251 1,664 0 2,915 FEBRUARI 881 951 0 1,832 MAC 1,082 1,314 0 2,396 SUKU TAHUN KEDUA APRIL 1,399 1,365 0 2,764 MEI 1,539 1,460 0 2,999 JUN 1,544 1,408 0 2,952 SUKU TAHUN KETIGA JULAI 1,313 1,605 0 2,918 OGOS 1,485 1,754 0 3,239 SEPTEMBER 1,493 1,361 0 2,854 SUKU TAHUN KEEMPAT OKTOBER 1,598 1,669 0 3,267 NOVEMBER 1,618 1,020 30 2,668 DISEMBER 604 410 0 1,014 JUMLAH 15,807 15,981 30 31,818 Kesiapsiagaan Aset Laut oleh APMM di Perairan Negara. LAPORAN TAHUNAN 2022 275


Pengawasan Perairan Udara dengan pesawat Agusta Westland 139 (AW139). Statistik Penugasan SAR 0 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 3 4 5 Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember AS365N3 AW1391 CL145MP Sepanjang tahun 2022, sebanyak sebelas penugasan yang melibatkan tugas SAR telah dilaksanakan. Penugasan SAR melibatkan bot atau kapal karam berpunca daripada faktor cuaca buruk dan pelanggaran. Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) akan melaksanakan SAR yang dikoordinasikan oleh Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) dan Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) terhadap kes-kes orang jatuh laut/kehilangan di dalam mahupun di luar Zon Maritim Malaysia. Pada tahun ini, pesawat udara tiada penugasan dalam aktiviti seperti pemadam kebakaran, bantuan bencana dan menyelamat serta penerbangan ihsan. Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) KEMENTERIAN DALAM NEGERI 276


Operasi Mencari dan Menyelamat Bot Nelayan Tempatan yang terbalik di Laut. Jumlah Operasi CARILAMAT Yang Dikoordinasikan APMM INSIDEN Insiden melibatkan Kapal dan Bot Insiden melibatkan manusia MEDICO MEDEVAC Bantuan SRU Bantuan SRU kepada agensi lain Bantuan Bencana JUMLAH JANUARI 12 7 0 0 8 0 0 27 FEBRUARI 7 6 0 0 7 2 0 24 MAC 8 2 0 2 6 4 2 22 APRIL 8 8 0 1 4 3 0 24 MEI 3 9 0 0 5 0 0 17 JUN 7 7 0 1 15 4 1 34 JULAI 7 6 0 0 5 0 0 18 OGOS 7 4 0 2 7 0 0 19 SEPTEMBER 11 4 0 0 7 1 0 23 OKTOBER 4 7 0 4 8 1 0 25 NOVEMBER 2 5 0 2 5 3 0 17 DISEMBER 7 6 1 2 3 1 0 20 JUMLAH 86 71 1 14 79 19 3 273 Operasi CARILAMAT yang dikoordinasikan APMM dikategorikan kepada insiden yang melibatkan Kapal dan Bot, Insiden melibatkan kehilangan manusia di laut, Medical Advise (MEDICO), Medical Evacuation (MEDEVAC), bantuan aset dan bantuan Search and Rescue Unit (SRU) kepada agensi lain. Pada tahun 2022, APMM telah mengkoordinasikan operasi CARILAMAT sebanyak 273 insiden yang melibatkan kapal dan bot merupakan kategori paling tinggi sebanyak 86 insiden melibatkan kapal dan bot yang mengalami situasi karam, tenggelam, rosak, hilang, pelanggaran, kekandasan, kebocoran, terbakar dan hanyut. Sebanyak RM116.6 juta nilai harta yang berjaya diselamatkan daripada nilai harta terlibat RM125 juta. CARILAMAT dan Bantuan Bencana LAPORAN TAHUNAN 2022 277


Jumlah Operasi CARILAMAT Insiden Melibatkan Kapal Dan Bot INSIDEN KARAM TERBALIK ROSAK HILANG PELANGGARAN KEKANDASAN KEBOCORAN TERBAKAR HANYUT JUMLAH JAN 8 0 3 3 1 0 1 1 2 19 FEB 5 0 4 3 1 0 0 0 1 14 MAC 4 1 2 2 0 0 0 0 2 11 APRIL 4 0 3 2 2 0 0 1 0 12 MEI 2 0 3 2 2 0 0 1 0 7 JUN 4 0 7 2 0 1 2 0 0 16 JULAI 3 1 3 2 0 0 1 0 0 10 OGOS 3 0 4 3 0 0 0 1 0 11 SEPT 7 2 3 1 1 0 0 0 0 14 OKT 2 0 2 1 0 3 1 1 0 10 NOV 0 0 1 2 1 0 0 0 0 4 DIS 2 0 3 1 1 0 0 1 1 9 JUMLAH 44 4 39 22 7 4 6 5 6 137 Daripada jumlah 133 operasi CARILAMAT ke atas insiden melibatkan manusia, insiden orang jatuh laut merupakan kategori paling tinggi iaitu sebanyak 27 insiden (20.3%). Kebanyakan insiden dalam kategori ini adalah nelayan yang tergelincir jatuh ke laut ketika sedang menarik atau menaikkan pukat. Kebanyakan nelayan ini juga tidak memakai jaket keselamatan menyebabkan mereka tidak dapat terapung dan dibantu oleh rakan-rakan lain. Keadaan cuaca yang tidak menentu dan laut yang bergelora juga menjadi salah satu faktor berlakunya insiden jatuh laut. Insiden Melibatkan Manusia Pada tahun 2022, sebanyak 137 insiden telah direkodkan yang melibatkan insiden paling tinggi adalah kejadian kapal dan bot karam iaitu sebanyak 44 insiden (32.1%) diikuti insiden kapal dan bot rosak iaitu sebanyak 39 insiden (28.5%). Insiden melibatkan kapal dan bot paling tinggi adalah pada bulan Januari iaitu melibatkan sebanyak 19 insiden. Keadaan cuaca buruk dan angin Monsun Timur Laut pada bulan November hingga Mac menjadi faktor utama berlakunya insiden. Kecuaian manusia yang tidak memeriksa keadaan kapal dan bot sebelum keluar ke laut juga merupakan antara faktor peningkatan insiden. Insiden Melibatkan Kapal dan Bot KEMENTERIAN DALAM NEGERI 278


Jumlah operasi CARILAMAT Insiden Melibatkan Manusia INSIDEN JATUH LAUT LEMAS BUNUH DIRI HILANG DI LAUT TERJUN LAUT PENEMUAN MAYAT TERKANDAS MEDEVAC MEDICO PEMINDAHAN PESAKIT LAIN-LAIN (COVID) JUMLAH JAN 1 0 1 4 0 2 0 0 0 0 0 8 FEB 4 0 1 1 0 1 1 0 0 2 0 10 MAC 2 0 0 1 0 3 0 2 0 3 0 11 APRIL 2 0 1 3 2 1 0 1 0 2 0 12 MEI 1 1 5 2 0 1 0 0 0 0 0 10 JUN 5 1 2 1 0 6 1 1 0 1 0 18 JULAI 4 0 2 0 0 2 0 0 0 0 0 8 OGOS 2 1 0 0 0 2 1 2 0 0 0 8 SEPT 0 1 1 2 0 3 1 0 0 1 0 9 OKT 5 0 2 0 0 3 0 4 0 1 0 15 NOV 0 2 3 1 0 2 1 2 0 2 0 13 DIS 1 1 1 5 0 0 0 2 1 0 0 11 JUMLAH 27 7 19 20 2 26 5 14 1 12 0 133 Perkhidmatan Medical Advice by Radio (MEDICO) merupakan perkhidmatan bantuan perubatan secara atas talian seperti telefon, radio atau lain-lain alat komunikasi manakala Medical Evacuation (MEDEVAC) adalah perkhidmatan pengangkutan kecemasan bagi menyelamatkan nyawa khususnya dan keperluan perubatan segera amnya kepada komuniti maritim yang berada dalam Maritime Search and Rescue Region (MSRR) negara. Pada tahun 2022, sebanyak satu perkhidmatan bantuan MEDICO telah diberikan dan terdapat sebanyak 14 insiden yang memerlukan perkhidmatan MEDEVAC. MEDICO dan MEDEVAC Jumlah MEDICO dan MEDEVAC INSIDEN MEDICO MEDEVAC JANUARI 0 0 FEBRUARI 0 0 MAC 0 2 APRIL 0 1 MEI 0 0 JUN 0 1 JULAI 0 0 OGOS 0 2 SEPTEMBER 0 0 OKTOBER 0 4 NOVEMBER 0 2 DISEMBER 1 2 JUMLAH 1 14 LAPORAN TAHUNAN 2022 279


Berdasarkan jumlah operasi CARILAMAT yang telah dikoordinasikan pada tahun 2022, jumlah mangsa yang telah diselamatkan adalah seramai 1,452 orang iaitu 90.6 peratus daripada 1,602 mangsa yang terlibat. Statistik Mangsa Jumlah Mangsa Operasi CARILAMAT INSIDEN SELAMAT MATI HILANG JUMLAH JANUARI 92 21 10 123 FEBRUARI 72 4 6 82 MAC 42 5 3 50 APRIL 68 8 5 81 MEI 28 10 3 41 JUN 74 16 2 92 JULAI 43 3 5 51 OGOS 118 9 1 128 SEPTEMBER 103 9 3 115 OKTOBER 748 5 4 757 NOVEMBER 33 5 3 41 DISEMBER 31 4 6 41 JUMLAH 1,452 99 51 1,602 Operasi Mencari dan Menyelamat Mangsa Mati Lemas oleh APMM di Laut. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 280


Pada tahun 2022, saluran penerimaan insiden tertinggi adalah melalui panggilan telefon iaitu sebanyak 174 insiden diikuti panggilan melalui MERS 999 iaitu sebanyak 80 insiden. Statistik Penerimaan Laporan Insiden Jumlah Penerimaan Insiden INSIDEN COSPAS SARSAT GMDSS RADIO HF/ VHF TELEFON MERS 999 SATCOM EMAIL FAKS INMARSAT C JUMLAH JAN 0 0 0 19 7 0 1 0 0 27 FEB 0 0 0 18 5 0 1 0 0 24 MAC 0 0 0 14 8 0 0 0 0 22 APRIL 0 0 0 16 8 0 0 0 0 24 MEI 0 0 0 12 5 0 0 0 0 17 JUN 0 0 0 19 14 0 1 0 0 34 JULAI 0 0 0 15 3 0 0 0 0 18 OGOS 0 0 0 11 6 1 1 0 0 19 SEPT 0 1 0 12 9 0 1 0 0 23 OKT 0 0 0 16 7 0 2 0 0 25 NOV 1 0 0 12 4 0 0 0 0 17 DIS 0 0 0 10 4 0 4 2 1 21 JUMLAH 1 1 0 174 80 1 11 2 1 271 Keupayaan dan Kesiapsiagaan aset APMM. LAPORAN TAHUNAN 2022 281


KEMENTERIAN DALAM NEGERI 282


LAPORAN TAHUNAN 2022 283 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA KHAIRUL DZAIMEE DATO’ SRI BIN DAUD KETUA PENGARAH JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA


JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA Sepanjang tahun 2022, dan seiring dengan itu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berazam untuk menggalas amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan dengan penuh dedikasi dan lebih bersemangat untuk membuat perubahan yang positif agar terus kekal berdaya saing untuk maju ke hadapan. Seiring dengan perubahan masa yang berlaku disebabkan oleh Artificial Intelligence, Augmented Reality, Industrial Revolution dan Pandemik COVID-19, JIM telah berevolusi daripada sebuah jabatan kerajaan yang konservatif kepada sebuah jabatan kerajaan yang berteraskan teknologi dan ICT. Selaras dengan mantra ‘Transformasi Digital Asas Kecemerlangan’, penggunaan Information and Communications Technology (ICT) dan teknologi terkini telah membolehkan pengoperasian JIM berlaku dengan lebih efisien. Antara perkhidmatan yang telah didigitalkan ialah perkhidmatan MyVISA (eVisa), Program Visa Premium Malaysia (PVIP), MyOnline Pasport, Pas Lawatan Kerja Sementara (ePLKS), Sistem Maid Online (SMO), Pas Lawatan Sosial (ePLSI), e-Bayaran, Malaysia My Second Home (MM2H), Khidmat Ekspatriat (ESD Online) dan PLS@XPATS. JIM Perintis Sistem Transformasi Digital KEMENTERIAN DALAM NEGERI 284


ICT merupakan the order of the day dan time is of the essence, modenisasi menerusi pendigitalan secara langsung dapat menambahbaik mutu penyampaian perkhidmatan awam. Kemuncak kepada usaha-usaha pendigitalan, JIM akan melaksanakan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) sepenuhnya pada tahun 2025. Menerusi sistem tersebut setiap pengguna boleh mendapatkan akses melalui aplikasi mudah alih (mobile apps) dan boleh melakukan perkhidmatan secara kendiri dengan harapan tiada lagi situasi menunggu giliran bagi mendapatkan perkhidmatan imigresen. Sistem NIISe bukan sahaja tertumpu kepada sistem penyampaian kepada rakyat semata-mata, tetapi ia juga merangkumi aspek kedaulatan dan keselamatan negara tanpa kompromi. Sistem berkenaan akan mewujudkan penguatkuasaan digital dengan maklumat lebih tepat berdasarkan maklumat melalui inisiatif Big Data Analytics (BDA) yang diwujudkan dalam sistem NIISe, operasi terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dapat dilaksanakan secara lebih efektif dan komprehensif. ICT merupakan ‘the order of the day’ dan ‘time is of the essence’, modenisasi menerusi pendigitalan secara langsung dapat menambahbaik mutu penyampaian perkhidmatan awam. Kemuncak kepada usaha-usaha pendigitalan, JIM akan melaksanakan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) sepenuhnya pada tahun 2025. Sistem Imigresen Bersepadu Nasional Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia menyempurnakan Majlis Pemuktamadan Dokumen Business Process Reengineering (BPR) telah diadakan pada 16 Februari 2022 bertempat di Hotel Pulse Grande, Putrajaya. LAPORAN TAHUNAN 2022 285


Satu sesi Demonstrasi eGate Pejalan Kaki yang melibatkan Pasukan Projek NIISe, Subject Matter Expert (SME) JIM dan Bahagian Teknologi Maklumat dan Rekod (BTMR) JIM telah diadakan pada 28 April 2022 di Pejabat NEC. Sesi demonstrasi Vehicle Automated Clearance System (VACS) telah diadakan di Kompleks Teknologi Pintar IRIS, Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil pada 14 Disember 2022. Latihan Pemindahan Teknologi (ToT) Artificial Intelligence And Machine Leaning (AIML) telah dilaksanakan dari 7 hingga 14 Jun 2022 bertempat di Bilik Wira, Aras 6, Blok D7, Kompleks D, KDN, WP Putrajaya. Program Town Hall #1 Zon Tengah berlangsung pada 20 Julai 2022 di Auditorium, Aras 5, Blok D8, Kompleks D, KDN, WP Putrajaya. Bengkel Analisis Jurang Dokumentasi ISO 27001 bagi pensijilan ISO/IEC 27001:2013 Information Security Management System (ISMS) telah diadakan pada 12 September 2022 di Bilik Mesyuarat Tuah, Aras 6, Blok D7, Kompleks D, Kementerian Dalam Negeri (KDN). KEMENTERIAN DALAM NEGERI 286


JIM juga boleh berbangga dengan pencapaian-pencapaian lain yang telah dicapai dalam tahun 2022 walaupun berhadapan dengan Pandemic Covid-19. Dalam tempoh tersebut JIM telah memperolehi pengiktirafan seperti Anugerah Keselamatan Siber Malaysia 2022 kategori Cyber Security Project of The Year – Biometric Platform for Identity Management in Electronic Automated Gates dianugerahkan kepada Bahagian Keselamatan & Pasport, JIM di Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Cyber Security Malaysia dan juga anugerah Digital Economy Industry Appreciation Award, bagi Kategori-Agensi Sokongan Kerajaan Terbaik oleh Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC). Selain itu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menerima Anugerah Kategori Emas semasa Penyampaian Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022 pada awal tahun 2023. AIGA adalah satu anugerah yang bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai organisasi sektor awam dan swasta yang telah menzahirkan komitmen serta usaha dalam pembudayaan dan pengamalan integriti serta tata kelola terbaik. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerima Anugerah Khas Malaysian e-Payments Excellence Awards (MEEA) bagi kategori “Leadership in Public Sector” daripada Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet). Anugerah yang sama turut diberikan oleh PayNet kepada institusi Perbankan, GLC dan syarikat swasta yang mencapai 100 peratus penggunaan bayaran tanpa tunai (cashless) mengikut kategori masing-masing. Pengiktirafan dan Kejayaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerima Anugerah Khas Malaysian e-Payments Excellence Awards (MEEA) bagi kategori Leadership in Public Sector daripada Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet). LAPORAN TAHUNAN 2022 287


Sindiket penyeludupan manusia yang ditumpaskan di Kelantan pada 26 Oktober 2022. Pengembangan kepada fungsi non-traditional ini dibuat tanpa mengabaikan fungsi asal JIM sebagai agensi penguatkuasa keimigresenan. Penguatkuasaan akta-akta imigresen adalah kritikal dan mencabar memandangkan ancaman tidak lagi berkisar kepada ancaman tradisional yang bersifat tangible tetapi telah berkembang kepada ancaman non-tradisional yang lebih kepada intangible termasuklah penyebaran ideologi-ideologi yang bertentangan dengan tatatusila dan sosio budaya Malaysia. Sepanjang tahun 2022, sebanyak 8,033 operasi telah dijalankan di mana 517 majikan telah didakwa dan jumlah tangkapan PATI seramai 22,804 orang. Antara operasi berprofil tinggi ialah penumpasan sindiket penyeludupan PATI melalui laluan laut melintasi sempadan Malaysia – Thailand yang didalangi oleh Transporter warganegara Malaysia. Operasi tersebut berjaya menangkap seramai 49 orang PATI dan telah merampas 11 buah kenderaan yang dianggarkan bernilai RM200,000.00. Sekiranya penyeludupan tersebut berjaya, Kerajaan akan mengalami kerugian sebanyak RM1.7juta dalam bentuk kutipan levi pekerja asing. Selain itu, JIM juga telah berjaya menumpaskan aktiviti-aktiviti tidak bermoral dan pesalah-pesalah imigresen lain di seluruh negara yang melibatkan pendatang asing tanpa izin. Antara kesalahan utama adalah pelanggaran dan ketidakpatuhan kepada Seksyen 6(1)(C) – tiada dokumen sah, Seksyen 15(1) (C) – tinggal lebih masa dan peraturan 39(b) – salahguna pas lawatan. Penguatkuasaan Jabatan Imigresen - Operasi & Pendakwaan KEMENTERIAN DALAM NEGERI 288


Operasi Penguatkuasaan bersama Ketua Pengarah Imigresen Malaysia. 5,206 129,259 12,462 206 8,033 OPERASI DIPERIKSA TANGKAPAN PATI TANGKAPAN MAJIKAN 115,134 22,804 371 2021 2022 Statistik Operasi Penguatkuasa Maklumat Operasi Tahun Bilangan Operasi Bilangan Pemeriksaan Tangkapan PATI Tangkapan Majikan Jumlah PATI Didakwa Jumlah Majikan Didakwa 2022 8,033 115,134 22,804 371 14,051 517 i. Maklumat Operasi Statistik Bahagian Operasi, Siasatan & Pendakwaan LAPORAN TAHUNAN 2022 289


Statistik Operasi Penguatkuasa Tangkapan PATI Mengikut Warganegara 4,693 2,559 1,381 1,086 761 468 339 313 271 176 415 9,793 2,860 1,192 3,696 1468 668 1510 351 438 368 460 2021 2022 TANGKAPAN PATI 2022 : 22,804 2021 : 12,462 INDONESIA BANGLADESH FILIPINA MYANMAR INDIA PAKISTAN THAILAND VIETNAM NEPAL CAMBODIA LAIN-LAIN ii. Tangkapan PATI Statistik Operasi PenguatkuasaTangkapan PATI Mengikut Seksyen Kesalahan Sek.6(1)(c) 72% 16,362 Sek.56(1)(l) 0% 6 Per.39(b) 8% 1815 Lain-lain 1% 354 Sek.15(1)(c) 19% 4,267 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 290


Sek.56(1)(d) 45% 166 Sek.55B 12% 46 Lain-lain 2% 7 Sek.55E 41% 152 193 3 2 1 8 358 MALAYSIA INDONESIA BANGLADESH THAILAND LAIN-LAIN 0 4 1 8 2021 2022 TANGKAPAN MAJIKAN 2022 : 371 2021 : 206 Statistik Operasi Penguatkuasa Tangkapan Majikan Mengikut Warganegara Statistik Operasi Penguatkuasa Tangkapan Majikan Mengikut Seksyen Kesalahan iii. Tangkapan Majikan LAPORAN TAHUNAN 2022 291


1,765 643 419 197 236 307 113 150 198 6,135 INDONESIA BANGLADESH MYANMAR INDIA PAKISTAN THAILAND LAIN-LAIN 1374 FILIPINA VIETNAM 3137 1039 366 498 596 319 587 2021 2022 397 4 0 10 499 MALAYSIA INDONESIA BANGLADESH LAIN-LAIN 3 2 13 2021 2022 Statistik Operasi Penguatkuasa Pendakwaan PATI Mengikut Warganegara Statistik Operasi Penguatkuasa Pendakwaan Majikan Mengikut Warganegara iv. Pendakwaan PATI KEMENTERIAN DALAM NEGERI 292


Dalam menguatkuasakan undang-undang dibawah Akta Imigresen, JIM telah melaksanakannya tanpa pilih kasih- “without fear and favour” Sesiapa sahaja yang didapati bersalah akan dihadapkan ke muka pengadilan – “no one is above the law”. Sebagai bukti, penangkapan telah dibuat ke atas pegawai Imigresen sendiri baru-baru ini di KLIA dan Johor Bahru pada 1 November 2022 kerana terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia dibawah peraturan dan akta ATIPSOM. Kejayaan-kejayaan tersebut adalah bukti bahawa Pegawai Imigresen telah bertindak secara compact sebagai satu jabatan. Ianya manifestasi kepada winning mentality yang dipunyai oleh setiap warga JIM dari Perlis sampai ke Johor dan dari Telok Melano, Sarawak hingga ke Simpang Mengayau, Sabah (Tip of Borneo). Sikap sebegini harus dikekalkan pada sebilang masa bagi memastikan visi untuk meletakkan Jabatan Imigresen Malaysia setara dengan best-practices dari seluruh dunia sesuai dengan anthem warga JIM iaitu ‘Standing in the Eyes of the World’. Misi ini tidak akan tercapai sekiranya pegawai-pegawai Imigresen masih lagi bekerja dalam keadaan silo, tidak berintegriti, tiada sense of urgency, gagal pula mengenalpasti situasi yang memerlukan ketegasan dan juga situasi yang memerlukan kepada elemen budi bicara bagi membantu memudahkan urusan rakyat serta pelanggan JIM. Setiap pegawai Imigresen bertanggungjawab menghayati dan melaksanakan sepenuhnya slogan JIM iaitu Integriti, Profesional, Mesra. Pegawai Imigresen perlu menampung amanah rakyat yang berat dalam usaha merealisasikan perkhidmatan imigresen bertaraf dunia serta menjadikan Jabatan Imigresen Malaysia sebagai jabatan yang berdiri megah di mata dunia. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menganjurkan program Hari Bertemu Pelanggan JIM selama lima hari bermula dari 18 hingga 22 Julai 2022 bersempena dengan Sambutan Hari Imigresen 2022 yang dijalankan di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya. Hari Bertemu Pelanggan Sempena Hari Imigresen 2022 LAPORAN TAHUNAN 2022 293


KEMENTERIAN DALAM NEGERI 294


LAPORAN TAHUNAN 2022 295 JABATAN PENJARA MALAYSIA HAJI NORDIN DATO’ BIN HAJI MUHAMAD KOMISIONER JENERAL PENJARA JABATAN PENJARA MALAYSIA


JABATAN PENJARA MALAYSIA Dalam usaha membawa budaya baharu dalam kalangan warga kerja Jabatan Penjara Malaysia, Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan telah dilancarkan pada 25 Julai 2022 di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kajang, Selangor dan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Nordin bin Haji Muhamad, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia. Pelancaran ini selaras dengan matlamat ketiga sistem kepenjaraan yang ditetapkan dalam Mandela Rules iaitu tujuan penjara adalah memastikan keselamatan masyarakat terlindung daripada menjadi musuh masa depan. Konsep pembangunan pusat ini adalah untuk melahirkan budaya manusia yang beradab dan berfikiran positif dengan mewujudkan persekitaran yang sihat serta meningkatkan komunikasi yang baik bersama penghuni. Bagi merealisasikan hasrat ini, KDN dan Jabatan Penjara dengan kerjasama berterusan Pejabat Pesuruhjaya British di Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Jenayah dan Dadah (UNODC) telah bersama-sama berusaha menubuhkan Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan atau Civilized Humane Culture Development Centre (CHCDC) di Jabatan Penjara dan mensasarkan kadar residivis atau jenayah berulang oleh bekas banduan seluruh negara akan turun dalam tempoh 10 tahun kepada 10 peratus berbanding 15 peratus pada masa ini. Penjara Sebagai Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan Wakil Her Majesty Prison and Probation Services United Kingdom menyampaikan taklimat dalam sesi latihan bersama pegawai dan anggota Jabatan Penjara Malaysia. Pelancaran Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan pada 25 Julai 2022 di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kajang, Selangor. Seramai 76 pegawai dan 1,050 anggota berjaya melengkapkan sesi latihan yang dikendalikan oleh tiga wakil daripada Her Majesty Prison and Probation Services United Kingdom bagi memastikan matlamat mewujudkan Pusat Pembangunan Peradaban Budaya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan kepada warga penjara. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 296


YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri memeriksa barisan kawalan kehormat sempena Sambutan Hari Penjara Ke-232. Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-232 yang bertemakan Memperkasakan Komuniti Koreksional telah diadakan di Maktab Penjara Malaysia, Kajang pada 22 Mac 2022 dan disempurnakan oleh YB. Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri. Tema ini dipilih berdasarkan perkembangan yang telah berlaku dalam sistem kepenjaraan dan juga sebagai wadah baharu dalam program mereformasikan Jabatan Penjara Malaysia. Bersempena sambutan tersebut, satu forum khas bertajuk Memperkasakan Komuniti Koreksional telah diadakan pada 23 Mac 2022 di Auditorium Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Antara panel yang dijemput ialah wakil dari Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia, wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan, wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, personaliti TV3 dan Pegawai Jabatan Penjara. Sambutan Hari Penjara Ke-232 LAPORAN TAHUNAN 2022 297


Pelaksanaan Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2022 [Akta A1660] membolehkan pesalah menjalani hukuman di luar penjara bagi mengatasi masalah kesesakan banduan di dalam penjara. Pindaan akta ini telah diluluskan pada Ogos 2022 yang membenarkan pesalah dikenakan hukuman pemenjaraan tidak melebihi tiga tahun menjalani program pemulihan dalam komuniti di bawah Perintah Kehadiran Wajib (PKW). Kelulusan pindaan akta ini memberi peluang kepada pesalah hukuman ringan untuk menjalani hukuman di luar fasiliti penjara dan penguatkuasaan PKW menyasarkan dua pertiga daripada jumlah penghuni penjara menjalani inisiatif pemulihan dalam komuniti menjelang 2030. Program Pemulihan Dalam Komuniti terbukti berkesan dalam mengurangkan kadar penjenayah berulang dengan anggaran 400 penghuni dibebaskan dan hanya seorang yang akan kembali ke penjara. Inisiatif Mengurangkan Kesesakan di Penjara YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri di Majlis Perasmian Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2022 [Akta A1660] pada 11 Oktober 2022 di Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 298


Click to View FlipBook Version