The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Unit Pengurusan Korporat & Integriti, SUK Perlis, 2023-12-07 03:04:41

2022 - LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI

LAPORAN TAHUNAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI 2022

ESSCOM memainkan peranan sebagai koordinator bagi Operasi (Op) SANGGAH dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) meliputi seluruh daerah ESS Zone. ESSCOM turut melaksanakan operasi tersendiri melalui tiga siri Op GASAK Laut (OGL) di Daerah Lahad Datu, Kudat, Kunak, Semporna dan Tawau bagi menangani pembinaan pondohan atau pondok serta struktur haram dan membendung penyalahgunaan bot pam di perairan ESS Zone. Di samping itu, tiga siri Op Bersepadu turut dilaksanakan sebagai tindakan penguatkuasaan undangundang selain mengekang elemen jenayah rentas sempadan melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara dan ketenteraman awam. Operasi-Operasi di ESS Zone Statistik Kes Penculikan di ESS Zone LAPORAN TAHUNAN 2022 349


Op GASAK Laut basmi struktur haram di perairan Lahad Datu. Operasi Bersepadu ESSCOM banteras PATI di Lahad Datu. Sepanjang tahun 2022, lebih 1.4 juta pemeriksaan fizikal telah dilaksanakan ke atas orang, kenderaan dan bot dalam pelbagai operasi keselamatan di ESS Zone. Hasil daripada pemeriksaan tersebut, seramai 693 orang telah ditangkap manakala 310 kenderaan dan bot turut dirampas atas pelbagai kesalahan. Selain itu, seramai 4,591 PATI dan sebanyak 63 bot telah dikenakan tindakan pengusiran. Nilai rampasan keseluruhan adalah melebihi RM33.2 juta merangkumi RM19.2 juta nilai rampasan tertinggi yang melibatkan kes penyeludupan rokok dan barang terkawal diikuti barangan yang dibawa oleh PATI sebanyak RM9.4 juta dan baki RM4.6 juta merupakan nilai rampasan kes dadah. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 350


ESSCOM juga mengkoordinasikan penugasan aset maritim milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan APMM di sepanjang perairan dari Kudat ke Tawau bagi menunjukkan kehadiran serta melaksanakan tindakan penguatkuasaan undang-undang di Zon Maritim Malaysia. Secara keseluruhannya, sebanyak 3,031 penugasan kapal pasukan keselamatan telah diatur gerak di perairan ESS Zone. Koordinasi Operasi Udara yang melibatkan rondaan penerbangan pesawat daripada agensi-agensi keselamatan dengan objektif Show of Presence serta komunikasi di ESS Zone turut menyumbang kepada kejayaan mengekang aktiviti jenayah di kawasan perairan dan juga pesisir pantai. Sebanyak 766 penerbangan melibatkan aset-aset milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD), TLDM, Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM dan APMM telah diatur gerak dalam Operasi Udara di ESS Zone. Beberapa Operasi Khas turut dilancarkan bagi mengekang anasir yang mengancam keselamatan negara. ESSCOM berjaya mematahkan kegiatan kumpulan ajaran Wali Tujuh yang didalangi tiga orang warga asing dalam satu serbuan di salah sebuah rumah pekerja Ladang Bukit Kertam, Kota Kinabatangan pada 1 Februari 2022. Dalam serbuan tersebut, ketigatiga suspek yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah telah ditangkap dan ditahan untuk siasatan lanjut kerana membawa ajaran atau dakyah baharu yang boleh menimbulkan keadaan yang tidak harmoni dalam kalangan masyarakat setempat di sekitar Lahad Datu dan Kinabatangan. LAPORAN TAHUNAN 2022 351


Selain itu, ESSCOM turut mengkoordinasikan Operasi Maritim Khas Selatan Daerah Tawau bagi mengenal pasti laluan tikus di kawasan meliputi perairan Tawau dan Pulau Sebatik. Operasi tersebut melibatkan kerjasama pelbagai agensi keselamatan dan penguatkuasaan yang menguatkuasakan Arahan Perintah Berkurung di perairan ESS Zone dan bertujuan untuk mengekang aktiviti penyeludupan barangan kawalan, bersubsidi dan tanpa cukai serta mencegah kemasukan PATI yang berkemungkinan terlibat dengan aktiviti jenayah rentas sempadan di samping mengurangkan ketirisan hasil pendapatan negara akibat aktiviti penyeludupan di kawasan tersebut. Keratan akhbar Harian Metro mengenai Kes Wali Tujuh dan Utusan Borneo mengenai Operasi Maritim Khas Selatan. ESSCOM buat julung kalinya telah mengadakan eksesais dua hala bersama Civil Affairs Team 722 (CAT 722), United States Special Operations Command (USSOCOM) Pacific Civil Affairs Battalion yang dikenali sebagai Eksesais BALANCE MINT 22-2450 dari 9 hingga 28 September 2022. Eksesais bertujuan untuk berkongsi kepakaran dan memberi pendedahan berkaitan teori aspek kerjasama awam tentera merangkumi interaksi pasukan keselamatan bersama masyarakat seterusnya menyumbang kepada pengukuhan hubungan serta persepsi yang positif terhadap pasukan keselamatan. Seramai 16 orang pegawai dan anggota ESSCOM, PPM dan Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) serta empat orang fasilitator daripada CAT 722 USSOCOM di Kem Batalion 17 PGA, Lahad Datu terlibat dalam eksesais ini. Latihan Dua Hala bersama Amerika Syarikat KEMENTERIAN DALAM NEGERI 352


Peserta dan fasilitator Eksesais BALANCE MINT 22-2450 pada 9 hingga 28 September 2022 di Lahad Datu, Sabah. Komander Eastern Command terlibat dalam tinjauan udara di perairan Kudat dan Pitas. YDH DCP Datuk Hamzah bin Haji Ahmad, Komander Eastern Command (KEC) dan Dr. Jamaluddin bin Mohd. Ali, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ESSCOM telah melaksanakan 22 tinjauan kesiapsiagaan operasi di sembilan buah daerah dalam ESS Zone melibatkan 48 pos kawalan ATM, PDRM dan APMM serta tiga lokasi cadangan projek pos keselamatan di Manalunan, Sungai Serudung dan Sungai Kinabatangan. KEC turut memantau aset keselamatan yang beroperasi sebagai Sea Check Point di Lahad Datu dan Sandakan di samping menyertai rondaan udara sekitar perairan Kudat dan Pitas. Tinjauan Kesiapsiagaan Operasi di ESS Zone LAPORAN TAHUNAN 2022 353


Bagi meningkatkan kesedaran keselamatan dan seterusnya mengeratkan hubungan antara pasukan keselamatan dengan masyarakat setempat, ESSCOM turut melaksanakan pelbagai program dan aktiviti seperti yang berikut: Program Kemasyarakatan dan Patriotisme dilaksanakan kepada masyarakat ESS Zone bagi mencapai hasrat kerajaan mengekalkan keamanan dan kesejahteraan di kawasan pantai Timur Sabah. Antara program yang dianjurkan adalah Program Kemasyarakatan di Pulau Sakar, Lahad Datu pada 26 April 2022 dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Sepagaya, Sekolah Kebangsaan Tanjong Paras, pemimpin masyarakat dan Pengurusan Masjid Jamek Al-Huda. Seramai 81 orang pelajar dari kedua-dua buah sekolah tersebut telah menerima sumbangan barang keperluan asas di samping penyampaian kelengkapan ibadah yang diserahkan kepada Pengerusi Masjid. Program dan Aktiviti Kemasyarakatan KEMENTERIAN DALAM NEGERI 354


Selain itu, Program Semarak ESSCOM bersama pemimpin masyarakat dan komuniti di Mukim Silam Lahad Datu turut diadakan pada 21 Mei 2022 di Sekolah Kebangsaan Silam, Lahad Datu. Program gotong-royong yang dilaksanakan dengan kerjasama pihak sekolah dihadiri oleh 1,000 orang penduduk setempat dari tujuh buah kampung berhampiran pesisir pantai mukim Silam. Penduduk setempat bersama-sama menjayakan Program Semarak ESSCOM. Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM menyampaikan sumbangan kepada asnaf di Pulau Sakar, Lahad Datu. LAPORAN TAHUNAN 2022 355


ESSCOM juga menganjurkan Program Bersama Komuniti di Mukim Tambisan, Lahad Datu pada 7 dan 8 Oktober 2022 dengan kerjasama Pejabat Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS), Pejabat Daerah, pelbagai jabatan Persekutuan dan Negeri serta pemimpin masyarakat. Antara pengisian program termasuk pendedahan mengenai kesedaran keselamatan, patriotisme, kesihatan dan kesukanan telah memberi manfaat kepada lebih 1,000 orang penduduk sekitar Tambisan dan Felda Sahabat. Sebanyak 32 kaunter perkhidmatan dari jabatan dan agensi Kerajaan turut disediakan bagi membantu penduduk pedalaman yang sukar mendapat akses perkhidmatan kerajaan. ESSCOM turut mengadakan Program Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia bertujuan menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat di ESS Zone dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman, premis perniagaan dan kenderaan masing-masing. Kehadiran penduduk Mukim Tambisan, Lahad Datu ke reruai ESSCOM. Kempen Kibar Jalur Gemilang semasa Program Sosioekonomi ESSCOM. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 356


Selaras dengan jaminan keselamatan di pantai Timur Sabah, ESSCOM melalui kerjasama rakan strategik Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Negeri Sabah telah menganjurkan dua siri Program Sosioekonomi di Daerah Kinabatangan dan Beluran pada 19 dan 20 Ogos 2022. Program ini bertujuan memberi pendedahan kemahiran baharu serta meningkatkan kemahiran sedia ada agar mereka dapat menjana pendapatan sekali gus tidak terlibat dengan aktiviti jenayah. Seramai 200 orang penduduk yang tinggal di kawasan pesisir pantai dan perkampungan air merangkumi golongan sasar berpendapatan rendah B40, ibu tunggal, belia dan beliawanis telah menyertai program ini. Program berbentuk kerohanian turut dilaksanakan bagi menyantuni masyarakat di pantai Timur Sabah 18 April 2022 di Dewan Markas Operasi Pasukan Polis Marin. Program Ihya Ramadan ini melibatkan pelajar Madrasah Mahabbah, pengamal media dan beberapa wakil agensi keselamatan dari Daerah Lahad Datu, Sandakan dan Semporna. Selain solat berjemaah dan solat sunat Terawih, turut diadakan penyampaian sumbangan kepada pihak pengurusan Madrasah Mahabbah, Lahad Datu. Penyampaian sijil penyertaan Kursus Sosioekonomi kepada peserta kursus di Beluran. Penyampaian sumbangan kepada pihak Madrasah Mahabbah, Lahad Datu di Program Ihya Ramadan. Lawatan ke reruai pameran produk yang dihasilkan peserta khusus di Kinabatangan LAPORAN TAHUNAN 2022 357


ESSCOM juga menganjurkan Program Ibadah Korban di Mukim Tanjong Kapor, Kudat secara bergotong-royong bersama masyarakat pada 13 Julai 2022 untuk memupuk hubungan erat antara pasukan keselamatan dan memberikan peluang warga ESSCOM menyumbang kepada golongan yang memerlukan. Seramai 250 penduduk yang hadir menjayakan program tersebut turut mendengar taklimat kesedaran keselamatan yang diberikan. ESSCOM juga turut mengadakan kolaborasi strategik dengan Kementerian, Jabatan dan Agensi luar melalui penglibatan dalam beberapa siri Taklimat Kesedaran Keselamatan kepada pihak berkepentingan dan kumpulan sasar. Antaranya, penganjuran Majlis Taklimat Keselamatan ESSCOM kepada Pengusaha-Pengusaha Resort Pantai Timur Sabah dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Sabah dan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) PDRM pada 23 Jun 2022 bagi memberikan ruang para pengusaha resort berinteraksi secara terus dengan pihak berkuasa. Sumbangan daging korban kepada wakil penduduk kampung. Sesi Libat Urus anjuran ESSCOM bersama Pengusaha-Pengusaha Resort di Pantai Timur Sabah di Semporna, Sabah. Penyampaian sijil penghargaan kepada Ketua Kampung Tanjong Kapor, Kudat. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 358


Selain itu, ESSCOM turut menyertai program-program anjuran Kementerian Dalam Negeri dan rakan strategik seperti Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah (MKN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), FELDA Sabah dan pihak swasta iaitu Sime Darby Plantation, Sail Malaysia dan Bank Rakyat. Melalui program yang disertai, masyarakat yang hadir didedahkan situasi keselamatan semasa dan maklumat perhubungan ESSCOM yang terkini. ESSCOM terlibat dalam Program Kita Demi Negara Siri Kedua Zon Sabah pada 1 dan 2 Oktober 2022 di Pekarangan Stadium Likas, Kota Kinabalu. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi pocket talk bertajuk ESS Zone Selamat, pertunjukan keselamatan Tempur Tanpa Senjata (TTS) dan kaunter pameran. Program anjuran KDN ini dihadiri seramai 500 orang belia dan pelajar sekitar Kota Kinabalu. Interaksi bersama-sama pengunjung di kaunter ESSCOM di Pekarangan Stadium Likas, Kota Kinabalu. Pengunjung turut mengambil bahagian semasa Pertunjukan Tempur Tanpa Senjata. Sempena Hari Ulang Tahun Penubuhan ESSCOM Ke-9 (HUT-9) pada 1 April 2022, ESSCOM telah menganjurkan Majlis Khas yang disempurnakan oleh YBhg. DCP Datuk Hamzah bin Haji Ahmad, Komander Eastern Command (KEC) dan YBrs. Dr. Jamaluddin bin Mohd. Ali, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ESSCOM di Dewan PPM, Lahad Datu. Selain itu, ESSCOM turut menganjurkan Karnival Sukan sempena HUT-9 dengan pengisian sesi senamrobik dan perlawanan akhir kejohanan bola sepak pada 2 April 2022 di Kompleks Sukan Lahad Datu. Selain membudayakan semangat kesukanan, Karnival tersebut secara tidak langsung, dapat mengukuhkan kerjasama strategik Jabatan dan Agensi Keselamatan di samping memupuk semangat setia kawan antara pasukan keselamatan di ESS Zone. Sambutan Hari Ulang Tahun Penubuhan ESSCOM ke-9 LAPORAN TAHUNAN 2022 359


Komander Eastern Command menyampaikan amanatnya sempena Majlis Hari Ulang Tahun Penubuhan ESSCOM Ke-9. ESSCOM telah menerima sebanyak sebelas lawatan yang melibatkan tujuh pihak Kedutaan dan delegasi asing dari Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Jepun, Indonesia, Filipina dan United Kingdom serta delegasi United Nations Department of Safety and Security (UNDSS) di pejabat Lahad Datu. Selain bertukar-tukar pandangan tentang situasi keselamatan semasa, lawatan tersebut juga secara tidak langsung menyumbang kepada pengukuhan kerjasama dua hala antara Malaysia dengan negaranegara terlibat. Lawatan Delegasi Asing ke Pejabat ESSCOM KEMENTERIAN DALAM NEGERI 360


LAPORAN TAHUNAN 2022 361


KEMENTERIAN DALAM NEGERI 362


LAPORAN TAHUNAN 2022 363 JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA YAHYA DATUK BIN SULAIMAN KETUA PENGARAH JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA


JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA Sepanjang 2022, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah memfokuskan lima strategi utama melalui penetapan sasaran Key Performance Indicator (KPI) di samping melaksanakan program dan aktiviti. Kelima-lima KPI tersebut telah melepasi ketetapan sasaran 100 peratus. Strategi Meningkatkan Rasa Selamat Dalam Komuniti RELA telah melaksanakan pengawasan keselamatan dalam komuniti dengan meningkatkan bilangan rondaan keselamatan di kawasan-kawasan titik panas meliputi 14,596 penugasan rondaan di seluruh negara. Pencapaian ini telah menyumbang kepada penurunan kadar jenayah dan meningkatkan keyakinan rakyat kepada keupayaan Kerajaan untuk mewujudkan persekitaran yang selamat. Jabatan ini juga bertanggungjawab membantu dalam rondaan pemantauan keselamatan di kawasan komuniti yang melibatkan jenayah penyeludupan, penyusupan dan aktiviti yang menyalahi undang-undang negara di kawasan-kawasan komuniti dalam ESS Zone serta sempadan Sabah dan Sarawak. Bagi menjayakan hasrat ini, sebanyak 21,696 penugasan rondaan harian keselamatan telah digerakkan di kawasan ESS Zone serta sempadan darat dengan wilayah Kalimantan, Indonesia. Selain itu, sejumlah 4,449 aktiviti penyaluran maklumat aduan komuniti dan jenayah kepada pihak berkuasa setempat berjaya dilaksanakan. Perkongsian maklumat yang tepat telah menyumbangkan kepada penurunan aktiviti jenayah setempat serta mendapat pengiktirafan pihak berkuasa tempatan. Bilangan pemantauan keselamatan di kawasan berfokus RELA Bilangan laporan pemantauan keselamatan di Kawasan komuniti dalam Eastern Sabah Security Zone (ESS Zone) dan sempadan darat Sabah serta Sarawak Bilangan laporan aduan komuniti jenayah yang disalurkan kepada agensi bertanggungjawab (PMR) KEMENTERIAN DALAM NEGERI 364


Melalui Program Khidmat Bakti RELA, sebanyak 1,862 aktiviti gotong-royong dilaksanakan bersama komuniti setempat terutamanya sekitar kawasan tumpuan orang ramai, pusat kebajikan, sekolah, tanah perkuburan dan rumah ibadat. Sebanyak 2,108 aktiviti lawatan kebajikan pegawai RELA ke atas anggota RELA yang kurang berkemampuan, orang kurang upaya (OKU) atau sakit (sehingga hilang sumber pendapatan) dan berada di bawah paras kemiskinan di seluruh negara telah dilaksanakan. Lawatan ini bertujuan menyantuni anggota berkenaan dengan mendapatkan bantuan dari agensi termasuk klinik kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Zakat dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta pihak yang berwajib. Sejumlah 223 program sukan dan rekreasi serta riadah santai telah di anjur melibatkan kakitangan, anggota dan komuniti setempat mengikut ketetapan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Program-program ini yang mendokong kempen ANMS bertujuan bagi menggalakkan semua pihak yang terlibat mengamalkan cara hidup sihat dengan bersukan dan kekal cergas dalam menempuhi cabaran fasa endemik yang diumumkan Kerajaan. Bilangan aktiviti gotong-royong seluruh negara Bilangan aktiviti lawatan kebajikan kepada anggota RELA Program hari sukan RELA bagi menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2022 Pembangunan program RACP adalah sebagai manifestasi kepada komitmen tinggi pihak Pengurusan Tertinggi RELA dalam menyahut seruan Kerajaan untuk melaksanakan pelan antirasuah organisasi yang turut dijadikan panduan serta rujukan oleh seluruh warga Jabatan ini dalam memerangi jenayah rasuah. RELA telah melaksanakan dua program latihan dan kefahaman integriti secara kolaborasi strategik bersama pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kemahiran penguasaan pemahaman elemen dan perlaksanaan RACP. Sejumlah 32 sesi audit penugasan RELA telah dijalankan secara berkala di sepanjang 2022 di seluruh negara termasuk penugasan rondaan sukarela, penugasan tetap premis kerajaan dan penugasan kawalan sempadan bersama rakan strategik jabatan ini. Program Pengenalan RELA Anti-Corruption Plan (RACP) 2020-2024 berdasarkan Pelan Strategik RELA (PSR) 2021 – 2025. Program Latihan dan Kefahaman Integriti berdasarkan Pelan Strategik RELA (PSR) 2021 – 2025. Bilangan Pelaksanaan Audit Penugasan RELA berdasarkan Pelan Strategik RELA (PSR) 2021 – 2025. Strategi Meningkatkan Kesejahteraan dan Menjamin Kesihatan Memperkasa Tadbir Urus Dan Integriti Jabatan LAPORAN TAHUNAN 2022 365


Bilangan kursus asas RELA dilaksanakan Bilangan kursus pengenalan RELA dilaksanakan Kursus pegawai skim KP (Keselamatan dan Pertahanan Awam) Bilangan kursus lanjutan RELA Bilangan kursus kepimpinan dan pengurusan RELA Sebanyak 584 kursus pengenalan RELA berjaya dilaksanakan yang bertujuan memberi pendedahan awal mengenai organisasi dan peranan serta persediaan anggota menjalankan tugas kepada masyarakat. Ia dilaksana dalam beberapa siri taklimat asas mengenai Jabatan kepada anggota baru yang mendaftar sebagai sukarela dengan jabatan ini. Sebanyak 43 Kursus Asas RELA yang merupakan kesinambungan kepada Kursus Pengenalan RELA telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2022 anjuran Pejabat-Pejabat RELA Daerah di Semenanjung Malaysia, Sabah serta Sarawak. Kursus adalah bertujuan memberi pendedahan tentang tugas dan tanggungjawab serta peranan masa kini kepada anggota RELA baharu. Bagi meningkatkan tahap kompetensi dan kesiapsiagaan jabatan dalam memperkukuh kemahiran dan kualiti pegawai, sebanyak enam siri bengkel Training Need Analysis (TNA) telah berjaya dilaksanakan. Ia bertujuan untuk menilai keperluan latihan pegawai yang terlibat dan membolehkan jabatan ini merangka serta melaksanakan program latihan yang bersepadu, kos efektif dan relevan dengan bidang tugas RELA kini dan pada masa hadapan. Sebanyak 23 kursus siri lanjutan RELA berjaya dilaksanakan di empat pusat latihan RELA seluruh negara. Fokus utama perlaksanaan kursus adalah bagi mempersiapkan anggota RELA yang berkelayakan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran bersesuaian dengan keperluan jabatan. Bagi meningkatkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan RELA, sebanyak 36 kursus telah berjaya dilaksanakan bagi memberi fokus kepada kemahiran kepimpinan organisasi serta menerapkan kemahiran softskill dalam melahirkan Ketua Platun RELA (KPR) dan Ketua Perhubungan RELA Kawasan (KPRK) yang berwibawa. Membangunkan Modal Insan Yang Berkualiti dan Diiktiraf KEMENTERIAN DALAM NEGERI 366


Bengkel keperluan kajian semula Akta RELA berdasarkan Pelan Strategik RELA (PSR) 2021 – 2025 Bilangan Kursus Pengendalian Media dilaksanakan Bagi memantapkan lagi Akta RELA, dua sesi bengkel telah diadakan bagi memuktamadkan keperluan kajian semula akta berkenaan agar seiring dengan hasrat kerajaan mendepani cabaran yang menggugat ketenteraman dan keharmonian masyarakat setempat. Satu siri kursus telah dilaksanakan melibatkan 30 pegawai penyelaras di peringkat negeri. Kursus tersebut meliputi pendedahan kemahiran pengendalian media, asas teknik suntingan dan audio visual di samping penggunaan medium publisiti rasmi yang terkini serta sejajar dengan arus perubahan semasa. Kejayaan pencapaian keseluruhan sebanyak 100 peratus adalah hasil komitmen tinggi semua pihak termasuk dari semua bahagian di ibu pejabat RELA, 14 pejabat RELA negeri, empat pusat latihan dan 157 pejabat RELA daerah di seluruh negara. Mentransformasi Institusi Dan Penyampaian Perkhidmatan Yang Amat Berhormat (YAB) Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka telah mengadakan kunjungan hormat kepada warga RELA negeri Melaka pada 17 November 2022 di Dewan Serbaguna, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Ketibaan YAB Ketua Menteri Melaka telah disambut oleh YBrs. Tuan Muhammad Ridzuan bin Zawawi, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) RELA bersama barisan pegawai dan kakitangan RELA negeri Melaka. Dalam sesi pertemuan tersebut, YAB Ketua Menteri Melaka telah diberikan taklimat berkaitan tugasan anggota RELA di samping memberikan sokongan moral kepada warga RELA negeri Melaka untuk terus maju dan bersemangat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Majlis Perjumpaan YAB Ketua Menteri Melaka Bersama Warga RELA YAB Ketua Menteri Melaka menyampaikan Pingat 50 Tahun RELA kepada barisan pegawai sempena Jubli Emas Jabatan Sukarelawan Malaysia. LAPORAN TAHUNAN 2022 367


Yang Berhormat (YB) Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri telah merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas Hari Ulang Tahun Ke-50 Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) pada 25 Oktober 2022 di Putrajaya. Majlis turut dihadiri YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri (KDN), YBhg. Datuk Yahya bin Sulaiman, Ketua Pengarah RELA dan pegawai-pegawai kanan KDN. Dalam majlis tersebut, YB Menteri Dalam Negeri turut melancarkan duit syiling emas dan perak sempena peringatan Jubli Emas RELA yang dikeluarkan khas oleh Bank Negara Malaysia (BNM) di samping menyampaikan penganugerahan Pingat 50 Tahun. RELA ditubuhkan pada 3 Julai 1972 dengan fungsinya yang bercorak kesukarelawanan untuk membantu pasukan keselamatan dalam gerakan menentang musuh-musuh negara dari dalam dan luar negeri. Bermula 28 Ogos 2013, RELA telah diiktiraf untuk menjadi salah satu jabatan persekutuan oleh Kerajaan Malaysia. Sambutan Jubli Emas Hari Ulang Tahun Ke-50 RELA YB Dato’ Seri Hamzah Bin Zainuddin, Menteri Dalam Negeri telah menyempurnakan Majlis Sambutan Jubli Emas Hari Ulang Tahun Ke-50 Jabatan Sukarelawan Malaysia RELA pada 25 Oktober 2022 di Putrajaya. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 368


Program Khidmat bakti RELA juga merupakan salah satu Key Performance Indicator (KPI) jabatan yang melibatkan aktiviti gotong-royong dilaksanakan bersama komuniti setempat terutamanya sekitar kawasan tumpuan orang ramai, pusat kebajikan, sekolah, tanah perkuburan dan rumah ibadat. Bagi RELA negeri Perak, sebanyak 186 program khidmat bakti RELA telah diadakan dengan 109.41 peratus mengatasi KPI yang disasarkan iaitu 170 setahun. Secara keseluruhannya, aktiviti kemasyarakatan telah berjaya memupuk semangat kesukarelawan, kerjasama erat yang ditonjolkan serta sikap bantu membantu dalam kalangan warga RELA dapat dijalin dengan baik. RELA Negeri Terengganu juga telah mengadakan satu program Bakti RELA pada 29 Oktober 2022 iaitu aktiviti gotong-royong membaik pulih rumah di Kampung Baru Lubuk Periuk, Ajil, Hulu Terengganu. Program Khidmat Bakti RELA YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin, Menteri Dalam Negeri menyempurnakan Program Khidmat Bakti RELA Negeri Perak di Batu Kurau, Larut Matang, Perak. Satu taklimat ringkas serta pembahagian tugas telah disampaikan oleh Penolong Pegawai RELA Daerah Hulu Terengganu kepada anggota dan peserta yang hadir. LAPORAN TAHUNAN 2022 369


YB Menteri Dalam Negeri dan YB Menteri Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) melawat booth pameran RELA dan KDN. Sempena Pameran Pertanian, Hortikultur Dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022, KDN telah memenuhi jemputan Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan untuk menjalankan aktiviti pameran yang melibatkan Jabatan dan Agensi di bawahnya. Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) turut menyertai aktiviti pameran yang telah dijalankan bermula 4 hingga 14 Ogos 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. Pelbagai perkhidmatan yang telah ditawarkan sepanjang pameran tersebut dijalankan. Reruai (Booth) pameran RELA telah menerima kunjungan YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri dan YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) yang juga selaku penganjur MAHA 2022 dan turut dihadiri YBhg. Datuk Yahya bin Sulaiman, Ketua Pengarah RELA. Aktiviti Pameran RELA KEMENTERIAN DALAM NEGERI 370


YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN meninjau booth pameran RELA di MAHA 2022. Pengunjung di pameran RELA bagi perkhidmatan semakan keahlian dan pendaftaran baharu keanggotaan RELA selain mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan RELA. LAPORAN TAHUNAN 2022 371


Kontinjen RELA dalam perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka. Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 dengan tema ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’, acara perbarisan telah melibatkan barisan petugas hadapan untuk mengenang kembali saat sukar negara memerangi pandemik COVID-19. Kontinjen perbarisan telah dikategorikan kepada empat komponen iaitu perbarisan dan perarakan, kementerian, ketenteraman awam dan keselamatan negara. Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah menyertai kontinjen perbarisan di bawah kategori ketenteraman awam dan keselamatan negara. Perbarisan Kontinjen RELA Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 372


SU KA RELAWAN JA BATAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI Blok D1, D2, D7 & D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya Tel: 03 8000 8000 | Fax: 03 8889 1613 / 03 8889 1610 Emel: [email protected]


Click to View FlipBook Version