Pada 4 Ogos 2022, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama NSO MAPO dan sokongan NGO, iaitu Global Shepherds Berhad (GSB), SUKA Society dan SHUT telah menganjurkan satu sambutan di rumah perlindungan kerajaan iaitu di Rumah Perlindungan Wanita Zon Tengah (RPWZT) dengan mangsa-mangsa pemerdagangan orang untuk sama-sama meraikan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia 2022 (WDAT 2022). WDAT disambut secara global saban tahun pada 30 Julai untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan sokongan daripada semua pihak dalam usaha mencegah jenayah pemerdagangan orang. WDAT tahun 2022 merupakan sambutan pada peringkat kebangsaan buat julung kalinya. Objektif WDAT adalah untuk: i. Meningkatkan kesedaran tentang peranan KPWKM dalam penjagaan dan perlindungan mangsa pemerdagangan orang dan usaha NSO MAPO untuk mencegah jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran secara bersepadu pada peringkat nasional dan antarabangsa; ii. Memberikan sokongan kepada mangsa supaya mereka diberi kuasa untuk mencegah diri mereka dan orang lain daripada diperdagangkan; dan iii. Mengukuhkan rangkaian kerjasama antara Jawatankuasa di bawah MAPO dan rakan kongsi NGO serta dengan kedutaan yang berkaitan dengan penjagaan dan perlindungan mangsa. Tema untuk WDAT 2022 seperti yang ditetapkan oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) ialah Penggunaan dan Penyalahgunaan Teknologi. Tema ini berfokuskan peranan teknologi yang boleh digunakan sama ada sebagai medium untuk mencegah atau menyalahgunakannya untuk tujuan jenayah pemerdagangan orang. YB Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri bersama-sama YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun, Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah merasmikan sambutan WDAT 2022 yang turut dihadiri tetamu seramai 230 termasuk mangsa RPWZT yang diselamatkan, rumah perlindungan lelaki, rumah perlindungan wanita yang lain dan pusat perlindungan GSB. Sambutan Hari Antipemerdagangan Orang 2022 (KDN dan KPWKM) LAPORAN TAHUNAN 2022 149
Satu program iaitu Training of Trainer (ToT) Belia : Membanteras Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran telah diadakan dari 5 hingga 7 Disember 2022 di Institut Pengurusan Peladang Langkawi (IPPL), Kedah bertujuan untuk melahirkan lebih ramai wakil belia yang berperanan sebagai mata dan telinga kerajaan bagi memberikan kesedaran jenayah pemerdagangan orang dalam kalangan belia. Acara kemuncak iaitu Pelancaran Buku Garis Panduan Belia: Membanteras Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran telah diadakan pada hari terakhir ToT iaitu pada 7 Disember 2022 di atas Kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelas RAMUNIA di Sungai Batu, Langkawi. Tujuan utama buku garis panduan adalah untuk memberikan maklumat dan advokasi kesedaran peranan yang boleh diambil oleh belia dalam usaha membanteras jenayah rentas sempadan yang boleh memudaratkan diri, keluarga, bangsa serta menggugat keselamatan negara. Selain itu, buku garis panduan tersebut bertujuan untuk membantu memberikan gambaran dan panduan terhadap peranan belia untuk membanteras jenayah ini. Pelancaran Buku Garis Panduan Belia: Membanteras Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri bersama YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia 2022 pada 4 Ogos 2022 di Rumah Perlindungan Wanita Zon Tengah di Bandar Sri Damansara. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 150
Pindaan ke-3 kepada Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM 2007) (Pindaan 2022) telah diluluskan sebulat suara di kedua-dua Parlimen pada Disember 2021 atas perkenan DYMM YDP Agong pada 19 Januari 2022 dan berkuat kuasa mulai 22 Februari 2022. Pindaan tersebut telah diluluskan untuk meluaskan definisi pemerdagangan orang, penghapusan istilah paksaan dan untuk menambahkan penalti termasuk kenaikan tempoh pemenjaraan sehingga tempoh maksimum 30 tahun atau pemenjaraan seumur hidup serta sebatan bagi kedua-dua kesalahan berat jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Undang-undang yang dipinda itu juga telah diperluas ke Sabah dan Sarawak. Dalam usaha menguar-uarkan penguatkuasaan ATIPSOM 2007 (Pindaan Tahun 2022), satu sesi temu bual YBrs. Pn. Syuhaida bin Abdul Wahab Zen, Setiausaha Bahagian NSO MAPO bersama BERNAMA TV telah diadakan pada 22 Februari 2022 dan telah disiarkan secara langsung menerusi saluran tersebut. Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan 2022) YBrs. Pn. Syuhaida bin Abdul Wahab Zen, Setiausaha Bahagian NSO MAPO telah dijemput sebagai tetamu oleh BERNAMA TV pada 22 Februari 2022. LAPORAN TAHUNAN 2022 151
Kempen Kesedaran dan Pencegahan Pemerdagangan Orang di Kawasan Pedalaman, Sarawak merupakan program perintis yang diadakan untuk mendekati masyarakat di luar bandar bagi meningkatkan kesedaran tentang jenayah pemerdagangan orang. Pelbagai latar bidang penguatkuasaan dari NSO MAPO dan Task Force NSO MAPO yang boleh bertutur dengan lancar dalam dialek / bahasa tempatan iaitu Bahasa Iban dan Bahasa Melayu Sarawak telah ditugaskan dalam menyampaikan isu-isu berkaitan jenayah pemerdagangan orang termasuk peranan dan struktur organisasi MAPO, fungsi pegawai imigresen mengenai serbuan dan undang-undang imigresen, dan Task Force NSO MAPO mengenai kes-kes yang berjaya serta undang-undang ATIPSOM. Jabatan Tenaga Kerja Sarawak juga telah membentangkan definisi dan petunjuk buruh paksa, manakala wakil KPWKM turut bercakap mengenai perlindungan dan aktiviti mangsa di rumah perlindungan. Jabatan Penerangan di Sarawak juga membantu pasukan tersebut dari segi penyediaan peralatan yang diperlukan dalam program tersebut yang mana telah diadakan sebanyak dua kali pada tahun 2022. Tujuan utama jangkauan komuniti adalah untuk mendidik masyarakat luar bandar berkaitan perkara berikut: i. Kewujudan jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran; ii. Hak asasi manusia dan hak pekerja mengikut undang-undang sedia ada; iii. Usaha pencegahan dan cara melaporkan kepada pihak berkuasa; iv. Indikator jenayah pemerdagangan orang; dan v. Cara mendidik orang lain tentang jenayah pemerdagangan orang. Kempen Kesedaran dan Pencegahan Pemerdagangan Orang di Kawasan Pedalaman Sarawak Lokasi Jangkauan Komuniti di Kawasan Pedalaman Sarawak BIL. TARIKH RUMAH PANJANG DI KAWASAN PEDALAMAN BAHASA / DIALEK DAERAH DI SARAWAK BILANGAN PESERTA 1. 14 Mei 2022 Kampung Krangan Jaya / Balai Ringin Iban Serian 107 2. 14 Mei 2022 Kampung Mongkos / Tebedu Melayu Sarawak / Bidayuh Serian 110 3. 15 Mei 2022 Kampung Asajaya Tengah / Asajaya Melayu Sarawak Samarahan 100 4. 27 Ogos 2022 Kampung Sungai Setulai / Lambir Iban Sibuti 118 5. 27 Ogos 2022 Kampung Seloi Tengah / Lambir Iban Sibuti 121 6. 28 Ogos 2022 Kampung Semuru A / Lambir Iban Sibuti 103 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 152
NSO MAPO juga telah menjalankan beberapa sesi roll-out di seluruh negara termasuk di Sarawak dan Sabah yang melibatkan pegawai penguatkuasa, pendakwa, dan pegawai perlindungan. Sesi Roll-Out Yang Telah Dijalankan di Seluruh Negara BIL. TARIKH LOKASI JUMLAH PESERTA 1. 17 Mei 2022 Kuching, Sarawak 80 orang 2. 19 hingga 22 Jun 2022 Johor Bahru, Johor 140 orang 3. 21 Julai 2022 Kota Kinabalu, Sabah 85 orang 4. 25 Ogos 2022 Kota Bahru, Kelantan 80 orang 5. 26 September 2022 Alor Setar, Kedah 80 orang 6. 6 Oktober 2022 Putrajaya 80 orang Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) telah digubal pada tahun 2007 dan telah dipinda pada tahun 2010 dan 2015 bagi tujuan penambahbaikan maksud pemerdagangan orang serta elemen perlindungan mangsa. Salah satu penambahbaikan elemen perlindungan mangsa yang diberikan fokus adalah mangsa diberikan Kebenaran Bergerak Bebas (KBB) dan Kebenaran Bekerja (KB). Objektif penambahbaikan ini adalah bagi menunjukkan komitmen Kerajaan ke arah victim-centered approach dalam layanan terhadap mangsa jenayah pemerdagangan orang. Perkara ini diperuntukkan di bawah Seksyen 51A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2015) di mana pihak Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) boleh mempertimbangkan KBB dan KB kepada orang yang disyaki mangsa pemerdagangan orang yang telah diberikan Perintah Perlindungan Interim (IPO) atau mangsa pemerdagangan orang yang telah diberikan Perintah Perlindungan (PO) dan telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan melepasi penilaian keselamatan, kesihatan fizikal dan juga psikososial. Bagi memperkasakan aspek perlindungan dan kebajikan mangsa pemerdagangan orang di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2015), PeraturanPeraturan Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Kebenaran untuk Bergerak Bebas dan Kebenaran Bekerja) (Warganegara Asing) 2016 juga telah dikuatkuasakan pada 4 Mei 2016. Seramai 81 orang mangsa pemerdagangan orang telah diberikan KBB oleh Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) sepanjang tahun 2022 dari Januari hingga Disember. Program Kebenaran Bergerak Bebas (KBB) LAPORAN TAHUNAN 2022 153
Pecahan KBB Mengikut Kategori Jantina 2022 Mangsa Pemerdagangan Orang Yang Diberi Kelulusan KB Mengikut Warganegara 2022 Pecahan Mangsa Pemerdagangan Orang Yang Telah Diberikan KBB Mengikut Warganegara bagi Tahun 2022 BIL. JANTINA JUMLAH 1. Lelaki 29 2. Perempuan 46 3. Kanak-kanak (Lelaki) 5 4. Kanak-kanak (Perempuan) 1 JUMLAH BESAR 81 BIL. JANTINA JUMLAH 1. Indonesia 16 2. India 9 3. Pakistan 4 4. Vietnam 1 JUMLAH BESAR 30 BIL. WARGANEGARA JUMLAH 1. Indonesia 41 2. India 9 3. Myanmar 1 4. Nepal 10 5. Kemboja 6 6. Malaysia 1 7. Thailand 7 8. Vietnam 5 9. Taiwan 1 JUMLAH BESAR 81 Kebenaran bekerja (KB) dari Januari sehingga Disember 2022 adalah seramai 30 orang mangsa pemerdagangan orang telah diberikan kelulusan oleh Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) untuk bekerja. Daripada 30 orang mangsa tersebut, seramai 16 orang adalah warganegara Indonesia, sembilan orang adalah warganegara India, empat orang adalah warganegara Pakistan dan seorang warganegara Vietnam. Masing-masing jumlah mangsa lelaki adalah 13 dan jumlah mangsa wanita adalah 17 daripada 30 orang. Kebenaran Bekerja (KB) bagi Mangsa Pemerdagangan Orang KEMENTERIAN DALAM NEGERI 154
Satu lawatan sambil belajar yang disertai oleh Pasukan MAPO dan Misi Keadilan Antarabangsa (IJM) ke Washington DC dan New York, Amerika Syarikat telah diadakan pada 6 hingga 15 November 2022 bertujuan untuk menyokong usaha antipemerdagangan orang kerajaan Malaysia selaras dengan NAPTIP 3.0 mengenai amalan perkongsian terbaik. Lawatan tersebut disertai oleh delegasi yang terdiri daripada sembilan orang pegawai kerajaan peringkat kanan daripada pelbagai kementerian/agensi yang memainkan peranan penting dalam usaha memerangi jenayah pemerdagangan orang dan buruh paksa di samping bertujuan untuk memberi peluang kepada delegasi untuk bertukar-tukar pengetahuan dan meningkatkan hubungan kerjasama dengan Amerika Syarikat sebagai rakan sejawat sejajar dengan tiga objektif utama seperti berikut: i. Belajar amalan terbaik daripada Kerajaan Amerika Syarikat dalam usaha memerangi jenayah pemerdagangan orang dan buruh paksa; ii. Mendapat pemahaman yang lebih baik tentang kerjasama Kerajaan-NGO Amerika Syarikat mengenai usaha memerangi jenayah pemerdagangan orang; dan iii. Pandangan tentang pendekatan Global IJM untuk bekerjasama dengan kerajaan dan pihak berkepentingan tempatan. Beberapa rakan kerjasama yang terkenal termasuk IJM, SHUT, Project Liber8, SUKA Society, dan GSB yang telah bekerjasama rapat dengan MAPO untuk memajukan lagi usaha memerangi jenayah pemerdagangan orang negara. Organisasi-organisasi ini telah menyumbang input mereka untuk Laporan Tahunan Negara. Kerajaan terus mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama dengan NGO dan organisasi antarbangsa ke arah matlamat bersama-sama untuk memerangi jenayah pemerdagangan orang dan eksploitasi buruh paksa dalam negara. Lawatan dan Misi Keadilan Antarabangsa ke Amerika Syarikat Sesi Libat Urus Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) LAPORAN TAHUNAN 2022 155
Sesi Libat Urus Bersama NGO 2022 BIL. LIBAT URUS ANTARA KERAJAAN DAN NGO TARIKH 1. Perbincangan Dengan Dr. Haezreena dari Universiti Malaya 23 Ogos 2022 2. The United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) 7 April 2022 10 Mei 2022 17 Mei 2022 7 Julai 2022 9 Ogos 2022 8 September 2022 3. The United Nations International Children’s Emergency Fund (UNICEF) 29 September 2022 4. International Organization for Migration (IOM) 30 Jun 2022 23 Ogos 2022 13 September 2022 5. The ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights (AICHR Malaysia) 8 April 2022 6. Engender 19 May 2022 7. Stop Human Trafficking (SHUT) 10 Jun 2022 8. Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) 14 Jun 2022 9. OUR Journey 17 Jun 2022 10. Project Liber8 13 September 2022 11. Persatuan Kebajikan Suara Kanak-kanak Malaysia (SUKA Society) 21 Oktober 2022 12. My Voice 26 Oktober 2022 13. Tenaganita 24 November 2022 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 156
NSO MAPO juga telah melaksanakan dua mesyuarat utama dalam tahun 2022 yang secara amnya adalah untuk membincangkan hala tuju dan membuat keputusan muktamad yang melibatkan dasar Kerajaan dalam usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran iaitu: i. Mesyuarat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN); ii. Mesyuarat Penyelarasan Ketua Jawatankuasa MAPO (MPKJ) yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan); iii. Mesyuarat Victim Assessment and Case Coordination Committee (VAC); dan iv. Mesyuarat Case Management Committee (CMC). Mesyuarat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dengan keahlian Ketua Setiausaha dan Ketua Jabatan daripada 22 Kementerian dan Agensi diadakan bertujuan untuk membincangkan hala tuju serta menyelaraskan usaha Kerajaan dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Pada tahun 2022, Mesyuarat MAPO telah diadakan sebanyak dua kali dan dan telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Mesyuarat MAPO Bil.1/2022 telah diadakan pada 8 Februari 2022 manakala Mesyuarat MAPO Bil.2/2022 telah diadakan pada 18 Ogos 2022. Kedua-dua Mesyuarat MAPO telah dihadiri oleh wakil-wakil Kementerian, Agensi dan Jabatan serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) masing-masing di bawah MAPO. Bagi Mesyuarat Penyelarasan Ketua Jawatankuasa Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MPKJ) pula telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan), Kementerian Dalam Negeri adalah bertujuan sebagai medium penyelarasan berkaitan isu dan juga keputusan dasar berhubung jawatankuasa terlibat sebelum dibincangkan dalam Mesyuarat MAPO/HLC bagi keputusan akhir. Pada tahun 2022, MPKJ telah dilaksanakan sebanyak dua kali dan telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan), Kementerian Dalam Negeri. Mesyuarat ini telah melibatkan kehadiran pegawai daripada setiap Ketua Jawatankuasa di bawah MAPO iaitu PDRM, AGC, KPWKM, KKMM dan KSM serta wakil kementerian dan agensi lain yang dijemput berdasarkan keperluan dan isu yang dibincangkan. Mesyuarat Utama MAPO LAPORAN TAHUNAN 2022 157
Mesyuarat Victim Assessment and Case Coordination Committee (VAC) merupakan mesyuarat berkala yang diadakan secara dwi bulanan dan dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian NSO MAPO. Tujuan utama mesyuarat VAC ini adalah untuk membincangkan serta memantau status keskes mangsa pemerdagangan orang di rumah perlindungan (RP) NGO yang telah melebihi sebulan. Selain itu, mesyuarat ini juga merupakan salah satu platform bagi pihak RP NGO serta agensi-agensi/ jabatan-jabatan yang terlibat seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Mahkamah dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) untuk membincangkan pelbagai isu, bukan sahaja sekadar memantau kes-kes mangsa di RP NGO yang melebihi sebulan, tetapi juga untuk mengetengahkan masalah atau perkara berbangkit mengenai pengurusan mangsa pemerdagangan orang. Mesyuarat Case Management Committee (CMC) adalah mesyuarat berkala yang diadakan secara dwi bulanan dan dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian NSO MAPO. Tujuan utama mesyuarat CMC ini adalah untuk membincangkan serta memantau perkembangan dan status kes-kes mangsa pemerdagangan orang di rumah perlindungan (RP) Kerajaan yang telah melebihi sebulan. Selain itu, mesyuarat ini juga merupakan salah satu platform bagi pihak penguasa RP Kerajaan serta agensi dan jabatan lain-lain yang terlibat seperti PDRM, JIM, AGC, Mahkamah dan JTKSM untuk membincangkan pelbagai isu yang bukan sekadar memantau kes-kes mangsa di RP Kerajaan yang telah melebihi sebulan, tetapi juga untuk mengetengahkan masalah atau perkara berbangkit mengenai pengurusan mangsa pemerdagangan orang di semua RP Kerajaan dalam Malaysia. Secara keseluruhannya, NSO MAPO juga telah berjaya melaksanakan enam kali mesyuarat VAC dan enam kali mesyuarat CMC seperti mana yang disasarkan bagi tahun 2022. Pelaksanaan bagi keduadua mesyuarat VAC dan mesyuarat CMC bagi tahun 2022 adalah seperti jadual berikut: Pelaksanaan Mesyuarat VAC bagi tahun 2022 Pelaksanaan Mesyuarat CMC bagi tahun 2022 MESYUARAT VICTIM ASSESSMENT DAN CASE COORDINATION COMMITTEE (VAC) TAHUN 2022 Bilangan Mesyuarat Tarikh Pelaksanaan Bilangan 1/ 2022 24 Februari 2022 Bilangan 2/ 2022 26 April 2022 Bilangan 3/ 2022 16 Jun 2022 Bilangan 4/ 2022 22 Ogos 2022 Bilangan 5/ 2022 20 Oktober 2022 Bilangan 6/ 2022 20 Disember 2022 MESYUARAT CASE MANAGEMENT COMMITTEE (CMC) TAHUN 2022 Bilangan Mesyuarat Tarikh Pelaksanaan Bilangan 1/ 2022 24 Februari 2022 Bilangan 2/ 2022 26 April 2022 Bilangan 3/ 2022 16 Jun 2022 Bilangan 4/ 2022 22 Ogos 2022 Bilangan 5/ 2022 20 Oktober 2022 Bilangan 6/ 2022 20 Disember 2022 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 158
BAHAGIAN HAL EHWAL IMIGRESEN Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Bil.1/2022 Sidang media YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri dan YB Dato’ Seri M.Saravanan, Menteri Sumber Manusia selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Bil.1/2022 pada 18 Julai 2022 di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur. Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Bil.1/2022 yang dipengerusikan secara bersama oleh YB Menteri Dalam Negeri dan YB Menteri Sumber Manusia telah diadakan pada 18 Julai 2022 di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur. Antara perkara yang dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat ini adalah seperti yang berikut: LAPORAN TAHUNAN 2022 159
i. Subsektor Gudang Darat boleh dibuka dan dibenarkan untuk menggajikan pekerja asing berkemahiran rendah berdasarkan hasil kajian keperluan penggajian pekerja asing dan penentuan agensi kawal selia bagi subsektor itu yang dijalankan oleh Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM); ii. Kementerian Pengangkutan dilantik sebagai agensi kawal selia bagi mengawal selia pengurusan penggajian pekerja asing di subsektor gudang darat dan bersetuju untuk meluluskan permohonan bagi penggajian pekerja asing industri sarang burung walet oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI); iii. Kerajaan telah meluluskan kertas cadangan daripada Construction Labour Exchange Berhad (CLAB) bagi membolehkan agensi berkenaan menguruskan sepenuhnya kemasukan pekerja asing binaan melebihi 100 orang selaras dengan pematuhan Akta Lembaga Pembangunan Industri [Akta 520] dan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] seperti memastikan pekerja mempunyai Kad Personel Binaan CIDB dan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP); iv. Pengambilan pekerja asing secara jangka pendek dibenarkan bagi pelaksanaan kerja pembinaan infrastruktur dan kerja-kerja di Sasaran Penting Negara dan Kawasan Larangan dan Tempat Larangan (KLTL) diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting; dan v. Kerajaan juga bersetuju membenarkan pekerja asing digajikan dalam subsektor barang lusuh dan subsektor dobi selain membenarkan pekerja asing dari 15 negara sumber bekerja dalam sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 160
YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri telah melancarkan Program Visa Premium (PVIP) Malaysia pada 1 September 2022 di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. PVIP Malaysia adalah program berkonsepkan residensi melalui pelaburan atau golden visa kepada warga asing yang berminat untuk tinggal lebih lama di Malaysia serta berhasrat untuk meneroka peluang pelaburan, pekerjaan atau pendidikan di Malaysia. Hartawan global dan individu berpendapatan tinggi (high-networth individual) adalah merupakan kumpulan sasar PVIP Malaysia yang diharapkan akan memacu pertumbuhan ekonomi negara dan membuka peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Turut hadir sama adalah YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri serta YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia. Program Visa Premium YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri dalam sidang media selepas melancarkan Program Visa Premium (PVIP) Malaysia pada 1 September 2022 di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. LAPORAN TAHUNAN 2022 161
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS-TEKNIKAL) Bil.1/2022 telah diadakan pada 24 Januari 2022 di Kota Kinabalu, Sabah dan dipengerusikan bersama oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said dan Timbalan Ketua Menteri Besar, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Antara perkara yang telah dipersetujui dalam mesyuarat ini adalah seperti yang berikut: i. Bahawa satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji dan meneliti cadangan penyeragaman dokumen untuk warganegara asing tanpa dokumen di Sabah. Cadangan ini akan dibentangkan kepada Mesyuarat JKPWAS-Induk yang akan bermesyuarat pada 10 Februari 2022; dan ii. Dua kertas akan dibentangkan semasa Mesyuarat JKPWAS-Induk iaitu Laporan Mesyuarat JKPWASTeknikal Bil. 1/2022 oleh KDN dan Laporan Penyelarasan dan Penyusunan Semula Masyarakat Palauh di Sabah oleh Kerajaan Negeri Sabah. Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing di Sabah YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri I bersama YB Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin, Timbalan Ketua Menteri Sabah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS-Teknikal) Bil.1/2022 pada 24 Januari 2022. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 162
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah YB Dato’ Sri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri bersama YAB Datuk Seri Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah Bil.1/2022 di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS-Induk) yang dipengerusikan secara bersama oleh YB Dato’ Sri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri dan YAB Datuk Seri Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah telah diadakan pada 10 Februari 2022 di Kementerian Dalam Negeri. Mesyuarat antara lain bersetuju agar suatu jawatankuasa kerja untuk meyelesaikan isu warga asing ditubuhkan untuk memperincikan cadangan penyeragaman dan pengeluaran dokumen untuk warga asing di Sabah. LAPORAN TAHUNAN 2022 163
Kunjungan Hormat Ke Atas YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Majlis Pelancaran Sistem Kelulusan Pengambilan Pelajar Antarabangsa di Institusi Pendidikan YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Sri Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak pada 21 Oktober 2022. Kunjungan hormat ini adalah bertujuan membincangkan mengenai Border Crossing Agreement (BCA) antara Malaysia dan Indonesia serta status pembangunan ICQS di Negeri Sarawak. Majlis Pelancaran Sistem Kelulusan Pengambilan Pelajar Antarabangsa di Institusi Pendidikan (SKPA) telah diadakan pada 1 Disember 2022 di Putrajaya dan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri dan turut dihadiri YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri serta YBrs. Encik Mohd Radzlan bin Jalaludin, Ketua Pegawai Eksekutif Education Malaysia Global Services (EMGS). KEMENTERIAN DALAM NEGERI 164
KDN dengan kerjasama Education Malaysia Global Services (EMGS) telah membangunkan Sistem Kelulusan Pengambilan Pelajar Antarabangsa di Institusi Pendidikan (SKPA) bertujuan menambah baik penyampaian perkhidmatan Kementerian melalui pendigitalan supaya pengumpulan dan pengurusan data raya berkaitan adalah lebih berkesan, efisien dan lancar selain mengurangkan birokrasi serta kos Kerajaan dapat dikurangkan. Sistem ini akan melibatkan institusi-institusi pendidikan merangkumi Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik, Pusat Bahasa, Pusat Kemahiran, Pusat Latihan, Sekolah Antarabangsa dan Pusat Bertauliah. Bahagian IM telah mengadakan dua siri Bengkel Penyelarasan Dasar Berkaitan Penggajian Ekspatriat bertujuan untuk mendapatkan input serta pandangan daripada Kementerian dan Agensi yang terlibat dalam memperincikan aliran proses tapisan keselamatan dan tatacara pelaksanaan pemeriksaan kesihatan khususnya untuk ekspatriat yang akan bekerja di Malaysia. Bengkel ini telah disertai oleh pegawai daripada Kementerian dan agensi berkepentingan dalam keduadua perkara ini iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan agensi-agensi pelulus bagi penggajian ekspatriat iaitu TalentCorp, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri menyempurnakan Majlis Pelancaran Sistem Kelulusan Pengambilan Pelajar Antarabangsa di Institusi Pendidikan (SKPA) yang diadakan pada 1 Disember 2022 di Putrajaya. Bengkel Penyelarasan Dasar Berkaitan Penggajian Ekspatriat di Malaysia LAPORAN TAHUNAN 2022 165
Sesi perbincangan Kementerian dan Agensi yang terlibat dalam Bengkel Penyelarasan Dasar berkaitan Penggajian Ekspatriat Bil. 1/2022 pada 24 hingga 26 Mac 2022 di Kuantan, Pahang. Peserta Bengkel Penyelarasan Dasar berkaitan Penggajian Ekspatriat Bil. 2/2022 pada 28 hingga 29 September 2022 di Kuala Lumpur. Sesi perbincangan peserta daripada pelbagai agensi dan badan berkanun Bengkel Pemurnian Pindaan Perundangan Imigresen Berkaitan PATI pada 15 dan 16 Ogos 2022 di Putrajaya. Bengkel Pemurnian Pindaan Perundangan Imigresen Bahagian IM telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Pindaan Perundangan Imigresen Berkaitan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pada 15 dan 16 Ogos 2022 di Putrajaya bertujuan untuk meneliti cadangan penambahbaikan pada elemen penguatkuasaan dalam Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 selaras dengan inisiatif Strategi Dasar dan Perundangan bagi pelaksanaan Pelan Holistik Penguatkuasaan PATI. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 166
BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK Bahagian Perancangan Strategik (PG) bertanggungjawab menyelaras dan menyediakan pendirian kementerian bagi dasar dan hala tuju utama negara khususnya bagi Rancangan Malaysia Lima Tahun, Sustainable Development Goal 2030 serta Pelan Strategik Kementerian Dalam Negeri (KDN). Bagi tujuan tersebut, Bahagian PG bertanggungjawab membangunkan dan menguruskan pangkalan data Kementerian yang komprehensif dan sistematik. Sebagai Focal Point Kementerian, PG bertanggungjawab menetapkan pendirian Kementerian di peringkat nasional dan antarabangsa melalui pelbagai platform Kementerian dan agensi pusat. Penyelarasan fungsi di antara perancangan strategik dengan keurusetiaan parlimen dan kabinet telah memantapkan KPI penggubalan dasar berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam. Penyelarasan fungsi ini membolehkan Bahagian PG melaksanakan tanggungjawab utama membangun, menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar dan pelan tindakan Kerajaan dan Kementerian. Bahagian PG juga dipertanggungjawabkan untuk merancang dan menyelaraskan pelbagai program utama di peringkat nasional mahupun Kementerian. Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 30 Julai 2021 telah bersetuju dengan penubuhan badan tunggal menjaga sempadan negara dan pintu-pintu masuk serta pelabuhan-pelabuhan dan pembentukan Pasukan Nukleus Single Border Agency (SBA) bagi memperincikan pelaksanaan penubuhan SBA. Salah satu daripada terma rujukan Pasukan Nukleus SBA adalah membuat penandaarasan melalui kajian ke atas agensi agensi luar negara yang berkaitan dengan fungsi pemeriksaan di pintu masuk. Urus Setia Jawatankuasa Kabinet bagi Mengkaji Penubuhan Satu Badan Tunggal Menjaga Sempadan dan Pintu-Pintu Masuk Termasuk Pelabuhan LAPORAN TAHUNAN 2022 167
Lawatan penandaarasan Pasukan Nukleus SBA ke Customs and Border Protection (CBP), Amerika Syarikat pada 14 hingga 21 Mei 2022 bagi meninjau pelaksanaan amalan terbaik dan proses yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat dalam menubuhkan satu agensi tunggal bagi mengawal sempadan dan pintu masuk negara tersebut. Lawatan di Ysleta Port of Entry, El Paso Texas yang terletak di Zaragoza International Bridge Paso Paso. Bahagian PG merupakan urus setia bagi dua jawatankuasa di peringkat nasional dan antarabangsa iaitu: i. Jawatankuasa Khas bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor (Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. ii. Jawatankuasa Kabinet bagi mengkaji penubuhan satu badan tunggal menjaga sempadan dan pintu-pintu masuk termasuk pelabuhan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, di peringkat Jawatankuasa Induk. Jawatankuasa Khas bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor (Bangunan Sultan Iskandar Dan Kompleks Sultan Abu Bakar) Jawatankuasa Khas bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor (Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar) dibantu oleh Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan lima TWG berdasarkan skop berikut: i. Naik taraf infrastruktur dan fasiliti; ii. Dasar Sumber Manusia; iii. Naik taraf Automated, Checkpoint dan Sistem sempadan; iv. Kajian Keberkesanan Perancangan Masa Hadapan; dan v. Pengurusan Pelan Komunikasi. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 168
Anggota Mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Kesesakan di Tambak Johor dipengerusi oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Lawatan Kerja di KSAB: Tinjauan pemasangan CCTV yang telah siap beroperasi. Lawatan Kerja di BSI: Tinjauan projek pemasangan Automated Land Barrier (ALB) yang telah siap dipasang. Pada tahun 2022, mesyuarat terakhir yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah diadakan pada 9 November 2022. Mesyuarat ini diadakan bagi meninjau status pelaksanaan 23 inisiatif bagi menangani kesesakan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin di BSI dan KSAB, Johor. LAPORAN TAHUNAN 2022 169
Program Kita Demi Negara (K.D.N) telah dilancarkan pada 17 Mac 2022 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dengan membawa tema Negara Kita, Tanggungjawab Kita. Program ini merupakan platform libat urus kementerian merangkumi kolaborasi bersama rakan strategik yang terdiri daripada Kerajaan Negeri dan Kementerian, Jabatan Persekutuan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan, persatuan, syarikat-syarikat swasta, Institut pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah melalui pendekatan whole of nation approach. Empat objektif utama program ini adalah: i. Meningkatkan kesedaran rakyat tentang keselamatan dan ketenteraman awam; ii. Membina perpaduan dan keharmonian berbilang bangsa; iii. Menyebar luas peranan KDN dan agensinya; dan iv. Memupuk kerjasama dalam kalangan masyarakat dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Bahagian PG selaku urus setia bagi jawatankuasa induk program bertanggungjawab menyelaras kandungan dan pelaksanaan program di antara bahagian, jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat bagi memastikan program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Sebanyak tiga program K.D.N telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2022 iaitu: i. Batu Kurau, Perak (Zon Utara) pada 23 dan 24 Julai 2022; ii. Kota Kinabalu, Sabah (Zon Sabah) pada 1 dan 2 Oktober 2022; dan iii. Kota Bharu, Kelantan (Zon Timur) pada 27 dan 28 Oktober 2022. Elemen utama di dalam program K.D.N ini adalah merangkumi pentas utama, pertunjukan keselamatan, reruai (booth) pameran dan pameran aset strategik. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sepanjang program K.D.N ini adalah seperti Sesi Town Hall YB Menteri Dalam Negeri, sesi Pocket Talk, cabutan bertuah, kaunter perkhidmatan oleh agensi kerajaan yang terlibat, kaunter pendaftaran Sahabat KDN, bayaran saman trafik, derma darah, wayang pacak, gerai jualan dan kajian impak. Secara keseluruhannya, penganjuran program K.D.N ini telah berjaya mencapai objektif terhadap golongan sasaran yang telah ditetapkan. Berdasarkan kepada Kajian Impak Program K.D.N yang telah dilaksanakan oleh Institut Keselamatan Awam (IPSOM), KDN, secara purata hampir 90 peratus responden kajian telah memberi maklum balas akan keberkesanan pelaksanaan program ini. Program Kita Demi Negara KEMENTERIAN DALAM NEGERI 170
ZON TAHAP KEBERKESANAN PROGRAM Utara 85.2% (408 responden) Sabah 87.8% (537 responden) Timur 85.7% (669 responden) Program Kita Demi Negara Zon Utara – Batu Kurau, Perak Program Kita Demi Negara Zon Sabah – Dataran Kompleks Sukan Likas Sesi Town Hall Bersama YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri. Sesi penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Perhubungan RELA oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri. Kaunter pendaftaran Sahabat KDN dalam Program Kita Demi Negara Zon Utara. Demonstrasi menggunakan anjing pengesan dari pasukan K9 PDRM. LAPORAN TAHUNAN 2022 171
Program Kita Demi Negara Zon Timur – Batu Kurau, Perak Pertunjukan Payung Terjun dari pasukan PDRM. Lawatan YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) ke booth Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN. Mesyuarat Pelan Strategik Kementerian Dalam Negeri (MPSKDN) merupakan mesyuarat yang diadakan bagi merangka dan merancang dasar, menentukan program dan tindakan bagi mencapai matlamat KDN dan seterusnya menyumbang kepada pencapaian agenda perkhidmatan awam dan negara. Mesyuarat ini melibatkan pengurusan tertinggi, Ketua-ketua Jabatan dan Setiausaha-setiausaha Bahagian di bawah kementerian dan merupakan platform untuk menetapkan hala tuju strategik serta matlamat jangka panjang KDN. Pada tahun 2022, Bahagian PG telah berjaya mengurusetiakan dua siri mesyuarat MPSKDN. Mesyuarat Bil. 1/2022 telah diadakan pada 18 hingga 20 Mac 2022 di Kuala Lumpur. Mesyuarat telah menimbang dan memutuskan sebanyak 5 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) YB Menteri Dalam Negeri 2022, 24 KPI dijadikan sebagai KPI Fokus tahun 2022 dan 30 KPI Pelan Strategik Kementerian Dalam Negeri (PSKDN). Mesyuarat Bil. 2/2022 telah diadakan pada 25 hingga 27 November 2022 di Kuala Lumpur. Mesyuarat telah dimaklumkan senario semasa keselamatan dan isu-isu di peringkat antarabangsa dan nasional untuk dijadikan input dalam menetapkan perancangan 2023 selain laporan pencapaian kesemua KPI yang telah diputuskan di dalam mesyuarat MPSKDN Bil. 1/2022 dibentangkan. Mesyuarat juga telah menimbang dan mengesyorkan cadangan Fokus dan KPI 2023 untuk dilaksanakan. Hasil mesyuarat ini akan dijadikan panduan dan rangka kerja bagi semua bahagian di KDN dan agensi di bawahnya. Mesyuarat Pelan Strategik Kementerian Dalam Negeri KEMENTERIAN DALAM NEGERI 172
Ahli Mesyuarat Pelan Strategik KDN Bil 2/2022. Perbincangan Meja Bulat: Rukun Negara Asas Keselamatan Negara Bersama Felo Perdana dan Wakil NGO telah diadakan pada 24 September 2022 di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri. Perbincangan meja bulat ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri (MDN). Perbincangan meja bulat ini merupakan platform libat urus KDN bersama Felo-felo Perdana dan anak muda daripada NGO bagi merungkai kegusaran dan harapan mereka terhadap peranan Rukun Negara daripada aspek keselamatan negara. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pendedahan tentang keselamatan negara dan kepentingan semangat perpaduan dalam kalangan anak muda untuk bersama-sama kerajaan menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di bawah platform Program Kita Demi Negara melalui inisiatif Sahabat KDN. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan ancaman terhadap keselamatan negara sekiranya generasi muda pewaris negara pada masa akan datang tidak memahami dan menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara. Perbincangan Meja Bulat: Rukun Negara Asas Keselamatan Negara Bersama Felo Perdana Dan Wakil NGO LAPORAN TAHUNAN 2022 173
Matlamat perbincangan meja bulat ini juga adalah memperkasakan semangat patriotisme dalam kalangan anak muda melalui kesedaran untuk mempertahankan negara dari segala ancaman melalui peningkatan penghayatan Rukun Negara dan membangunkan resolusi bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam serta membina perpaduan dan keharmonian berbilang bangsa berlandaskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Perbincangan Meja Bulat: Rukun Negara Asas Keselamatan Negara bersama Felo Perdana dan wakil anak muda dari Badan- badan Bukan Kerajaan (NGO) telah diadakan pada 24 September 2022 di Dewan Gemilang Kementerian Dalam Negeri. Para Peserta Perbincangan Meja Bulat: Rukun Negara Asas Keselamatan Negara bersama Felo Perdana dan wakil anak muda dari Badan - badan Bukan Kerajaan (NGO). Sesi Parlimen bagi tahun 2022 telah dimulai dengan Mesyuarat Khas bagi sesi Dewan Rakyat Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas pada 20 Januari 2022 untuk membincangkan hal-hal mengenai situasi dan pengurusan bencana banjir yang telah berlaku pada penghujung tahun 2021. Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-14 telah berlangsung selama 16 hari bermula pada 28 Februari 2022 hingga 24 Mac 2022, bagi sesi Dewan Rakyat dan 9 hari bermula pada 21 hingga 31 Mac 2022, bagi sesi Dewan Negara. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat yang dibahaskan oleh Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat serta Dewan Negara dan seterusnya digulung oleh kementerian-kementerian yang berkaitan. Pengurusan Parlimen KEMENTERIAN DALAM NEGERI 174
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-14 pada 28 Februari 2022 di Dewan Rakyat. Ketika sesi mesyuarat pertama ini, KDN melalui Bahagian Keselamatan telah membawa satu Usul Untuk Melanjutkan Tempoh Kuat Kuasa Sub-Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (LangkahLangkah Khas) 2012 (SOSMA) ketika sesi Dewan Rakyat. Dukacitanya, Dewan Rakyat telah menolak usul tersebut apabila seramai 86 ahli Parlimen tidak bersetuju untuk melanjutkan usul tersebut berbanding 84 ahli Parlimen yang bersetuju. Seterusnya Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-14 telah berlangsung selama 12 hari bermula pada 18 Julai hingga 4 Ogos 2022, bagi sesi Dewan Rakyat dan enam hari bermula pada 8 hingga 16 Ogos 2022, bagi sesi Dewan Negara. Pada mesyuarat ini, KDN telah membawa satu usul dan empat Rang Undang-Undang (RUU) seperti berikut: i. Usul Untuk Melanjutkan Tempoh Kuat Kuasa Sub-Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA); ii. RUU Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021 (AKSEM); iii. RUU Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 (Pindaan) 2021 (PKW); iv. RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 (IPCC); dan v. RUU Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 (Pindaan) 2022 (APTQ). Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah meluluskan kesemua usul dan RUU tersebut kecuali RUU APTQ di mana hanya bacaan kali pertama yang sempat dibuat di Dewan Rakyat. LAPORAN TAHUNAN 2022 175
Sesi Parlimen seterusnya dijadualkan bersidang selama 31 hari bagi Dewan Rakyat dan sembilan hari bagi Dewan Negara untuk Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas. Walau bagaimanapun, Parlimen hanya sempat bersidang selama empat hari bermula pad 3 hingga 6 Oktober 2022, bagi Dewan Rakyat berikutan pembubaran Parlimen Ke-14 pada 10 Oktober 2022. Dalam tempoh tersebut, RUU APTQ telah selesai bacaan kedua dan ketiga di Dewan Rakyat. Namun, bacaan di Dewan Negara tidak dapat dilaksanakan berikutan pembubaran parlimen pada 10 Oktober 2022.Selama mesyuarat Penggal Kelima Parlimen Ke-14 Tahun 2022 berlangsung, KDN telah menerima sejumlah 367 pertanyaan Lisan, Bukan Jawab Lisan (BJL) dan Usul 17(1) (Kamar Khas) yang diajukan oleh Ahli-Ahli Parlimen. Berikut adalah statistik ringkas bagi soalan-soalan yang diterima dan pengelasan mengikut isu: YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri ketika membentangkan Usul Untuk Melanjutkan Tempoh Kuat Kuasa Sub-Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2022 (SOSMA). YB Dato’Sri Dr. Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri I semasa Sesi Penggulungan bagi Bacaan Kali Kedua Rang Undang-Undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Dewan Rakyat. Statistik Ringkas Pertanyaan Lisan, Bukan Jawab Lisan dan Usul 17(1) 2022 MESYUARAT LISAN BJL KAMAR KHAS JUMLAH M1 122 49 4 175 M2 114 59 4 177 M3 15 - - 15 JUMLAH 251 108 8 367 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 176
Statistik Isu-Isu Utama Pertanyaan Parlimen 2022 BIL. BAHAGIAN ISU JUMLAH 1. K, IM dan PDR Kematian dalam tahanan lokap/penjara/tahanan imigresen 32 2. K, IM, PDR dan PP Statistik/status cadangan pembinaan/naik taraf IPD/balai polis/pusat tahanan Imigresen/pengkalan APMM/penjara/ CIQS/JPN 31 3. PP Status dan statistik permohonan warganegara bagi Perkara 14, 15A, 15(1), 15(2), 16 dan 19 24 4. K Jenayah komersil, judi dalam talian, Macau dan siber 23 5. K dan PDR Jenayah dadah, statistik penagih dan usaha kerajaan bagi memerangi masalah penyalahgunaan dadah 19 6. K, IM dan PDR Status dan statistik pusat tahanan imigresen/penjara dan banduan 16 7. K Keselamatan dalam dan sempadan negara 11 8. PP Kanak-kanak/individu yang lahir di Malaysia tanpa warganegara 10 9. IM Pelarian (UNHCR /PBB) 8 10. K dan MAPO Scam pekerjaan luar negara 7 11. IM Statistik keluar dan masuk pendatang/pekerja asing ke Malaysia 7 12. PP Kad Warga Asing/Kad Pemastautin Bukan Warganegara/ Pengenalan Digital Warga Asing 7 13. IM PATI 7 14. PP Proses permohonan warganegara 6 15. K SOSMA, POCA, POTA, SOSMA dan Akta Dadah Berbahaya 1985 (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 6 LAPORAN TAHUNAN 2022 177
Dokumen Jemaah Menteri Tahun 2022 yang diselaras oleh Seksyen Kabinet, Bahagian PG adalah seperti berikut: Bengkel Pengurusan Dokumen Jemaah Menteri KDN 2022 telah diadakan pada 15 hingga 17 Oktober 2022 sebagai salah satu medium pendedahan dan memberi kefahaman mengenai dokumen Jemaah Menteri. Bengkel ini telah dihadiri oleh 40 orang peserta dari Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KDN. Pada tahun 2022, Bahagian Perancangan Strategik telah menyelaras enam Mesyuarat Pasca Kabinet dan 14 Mesyuarat Pengurusan Tertinggi. Untuk tempoh yang sama juga, sebanyak tiga Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian/ Ketua Perkhidmatan telah diadakan manakala hanya dua Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri telah dilaksanakan. BIL. JENIS DOKUMEN BILANGAN 1. Memorandum Jemaah Menteri KDN 12 2. Nota Jemaah Menteri KDN 12 3. Ulasan ke atas Memorandum Jemaah Menteri Kementerian lain 116 4. Butir-Butir 220 5. Maklum balas segera 44 Pengurusan Kabinet KEMENTERIAN DALAM NEGERI 178
INSTITUT KESELAMATAN AWAM MALAYSIA Sepanjang tahun 2022, Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) telah berjaya melaksanakan enam kajian empirikal berkenaan dengan isu keselamatan dan ketenteraman awam iaitu: Kajian PSI 2022 ialah sebahagian daripada Indeks Prestasi Utama (KPI) Menteri Dalam Negeri. Objektif utama kajian ini adalah mengukur persepsi masyarakat Malaysia terhadap keselamatan dan ketenteraman awam, menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi terhadap keselamatan dan ketenteraman awam di Malaysia, menganalisis data sekunder bagi mengukur tahap keselamatan secara perbandingan melalui statistik Jabatan dan Agensi dan analisis akhbar serta mencadangkan kaedah meningkatkan keselamatan pada peringkat nasional dan negeri. Kajian ini dilaksanakan bersama rakan strategik Pasukan Penyelidik UiTM dan tempoh pelaksanaan kajian ialah selama enam bulan bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2022. Dapatan kajian menunjukkan skor PSI 2022 secara keseluruhan adalah sebanyak 63.43 peratus, iaitu di bawah kategori “SELAMAT”. Kajian Empirikal Berkenaan Isu Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kajian Persepsi Indeks Keselamatan Malaysia (PSI) 2022 Program kutipan data kajian PSI tahun 2022 dari agensi penguatkuasa di Bilik Gerakan Batalion 9 PGA, Gong Badak, Kuala Terengganu. LAPORAN TAHUNAN 2022 179
Kajian ini dilaksanakan oleh IPSOM dan Pejabat Penapis Filem, KDN bersama rakan strategik Pusat Kajian Media dan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini dibuat untuk mencapai beberapa objektif iaitu mengenal pasti pola penontonan filem penyiaran dan filem penstriman di Malaysia, meneroka amalan terbaik standard kawal selia filem penyiaran dan filem penstriman yang boleh diterima ramai serta menghasilkan cadangan dasar baharu pengawalseliaan filem yang lebih komprehensif. Kajian mendapati majoriti responden (63.4%) mahu perubahan dari segi perbezaan kawal selia filem yang sedia ada di Malaysia. Selain itu, faktor undang-undang dan faktor teknologi menyumbang pengaruh paling signifikan, manakala faktor masyarakat dan ekonomi tidak memberikan kesan dalam pengawalseliaan dasar penapisan. Kajian juga mendapati terdapat lima tahap dasar pengawalseliaan filem di dunia, dengan Malaysia kini berada dalam tahap kedua iaitu pelaksanaan penapisan filem dan klasifikasi adalah dibuat oleh kerajaan. Kajian turut memberikan beberapa cadangan penambahbaikan dasar baharu pengawalseliaan filem yang lebih komprehensif berdasarkan dapatan dan analisis kajian. Kajian ini dijalankan secara kerjasama strategik antara IPSOM, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) dan Universiti Utara Malaysia, (UUM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA) untuk menghasilkan cadangan penambahbaikan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 bagi memperkasakan fungsi penguatkuasaan dan kawal selia penerbitan untuk memelihara keselamatan, keamanan dan ketenteraman awam. Untuk tujuan itu, tiga objektif telah dibentuk bertujuan untuk mengenal pasti cabaran dan isu penguatkuasaan di bawah AMCP 1984, membincangkan aspek penambahbaikan AMCP 1984 bagi meningkatkan kecekapan penguatkuasaan dan kawal selia terhadap penerbitan serta mencadangkan penambahbaikan AMCP 1984 bagi memperkasakan penguatkuasaan dan kawal selia penerbitan. Berdasarkan dapatan dari perbincangan kumpulan fokus (FGD), temu bual mendalam, kajian kes, seminar, town hall dan perbincangan meja bulat (RTD) yang telah dijalankan, pengkaji mencadangkan penggubalan akta baharu perlu dibuat memandangkan pindaan yang perlu dilakukan ke atas akta sedia ada adalah melebihi 50 peratus. Tambahan pula akta yang sedia ada telah hampir berusia 38 tahun dan kurang relevan dengan perkembangan teknologi maklumat kini. Hakikatnya, AMCP yang merupakan akta yang memfokuskan kepada bahan penerbitan memerlukan penelitian dan pemfokusan yang komprehensif memandangkan bahan Kajian Cabaran Pengawalseliaan Filem Kajian Keberkesanan Penguatkuasaan dan Kawal Selia Penerbitan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 180
Kajian Kebolehlaksanaan Penubuhan Suruhanjaya Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (SPPM) telah bermula dari 1 Julai 2022 sehingga 23 Disember 2022. Bagi tujuan ini, IPSOM telah melaksanakan kajian melalui kerjasama strategik dengan pasukan penyelidik dari UiTM. Kajian ini adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif utama iaitu mengkaji bagi memahami kekangan yang dihadapi oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dalam melaksanakan fungsinya untuk mengawal selia pertubuhan berdaftar, menilai pandangan/ persepsi stakeholders tentang kerelevanan fungsi dan bidang kuasa sedia ada JPPM berdasarkan dengan kekangan yang dihadapi dan mencadangkan kebolehlaksanaan penubuhan suruhanjaya bebas selari dengan Pelan Strategik Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2021-2025 dan Pelan Strategik JPPM 2021-2025. Hasil dari analisis yang telah dilakukan terhadap data-data yang diperolehi, maka dapatlah dirumuskan bahawa cabaran yang dihadapi oleh JPPM bukanlah sedikit. Isu dan permasalahan sama ada di peringkat dalaman mahu pun luaran ternyata antara yang terpaksa ditempuhi oleh jabatan ini. Isu dalaman seperti perjawatan, kepakaran staf, kuasa, kewangan dan sebagainya telah dibangkitkan. Manakala dari segi luaran pula Jabatan terpaksa berhadapan dengan isu seperti persepsi negatif, sangka buruk terhadap campur tangan politik atau Menteri dan seumpamanya. Responden kajian mendapati bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sangat relevan serta perlu kekal bagi memainkan peranan dan fungsinya yang strategik demi keselamatan negara dan kemampuan masyarakat sivil untuk memacu pembangunan negara. Walaubagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan jabatan akan lebih berkesan jika suruhanjaya dapat ditubuhkan. Beberapa perincian penting hendaklah diteliti terhadap model serta pengoperasian suruhanjaya ini dan penelitian terhadap entiti yang serupa di luar negara boleh dilakukan. Model suruhanjaya tersebut juga hendaklah mengambil kira aspirasi negara dan masyarakat setempat. Kajian Kebolehlaksanaan Penubuhan Suruhanjaya Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (SPPM) penerbitan didefinisikan sebagai alat keselamatan negara. Justeru penerokaan kepada empat aspek utama iaitu moral, keselamatan dan agama serta undang-undang adalah bertepatan dengan matlamat KDN dan aspirasi negara amnya. LAPORAN TAHUNAN 2022 181
Kajian Penubuhan Entiti Khusus bagi Pengurusan Kemasukan, Pengeluaran dan Penamatan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) Pekerja Asing dilaksanakan secara kerjasama strategik IPSOM dan Universiti Malaysia Pahang (UMP). Tempoh pelaksanaan kajian ini adalah selama enam bulan bermula Julai 2022 hingga Disember 2022. Kajian ini meneliti dan mengupas dengan lebih lanjut berkaitan cabaran sedia ada dan bagaimana ianya dapat diperkukuhkan melalui kerjasama strategik lebih efektif antara agensi terlibat dan mengenalpasti keperluan pewujudan entiti khusus dalam pengurusan PLKS pekerja asing. Bagi mencapai matlamat tersebut, kajian ini perlu mencapai objektif yang ditetapkan iaitu mengenal pasti cabaran sedia ada berkaitan dengan proses dokumentasi bagi pengurusan PLKS pekerja asing, mengkaji kerjasama strategik yang lebih efektif antara agensi yang terbabit dalam pengurusan PLKS pekerja asing dan mencadangkan kebolehlaksanaan pewujudan satu entiti khusus dalam pengurusan PLKS pekerja asing. Secara keseluruhan, dapatan kuantitatif dan kualitatif dari kajian ini menunjukkan pandangan responden kajian yang sangat ketara dari segi keperluan penambahbaikan sistem sedia ada. Sama ada ianya melibatkan penubuhan agensi khusus, ataupun mengekalkan agensi sedia ada, penambahbaikan sistem sedia ada ini sangat ditekankan oleh responden. Sistem yang dimaksudkan ini bukan sahaja sistem berdasarkan teknologi maklumat, malahan sistem dan proses kerja yang melibatkan pelbagai kementerian dan juga agensi yang terlibat dengan pengurusan pekerja asing yang merangkumi keperluan peningkatan komunikasi yang berkesan dan pengurusan dokumen yang cekap. hasil dapatan ini, pasukan penyelidik mencadangkan penubuhan entiti khusus adalah lebih sesuai berbanding pengukuhan agensi sedia ada. Urusan dasar, polisi, perancangan hala tuju dan strategi serta kelancaran operasi entiti khusus adalah lebih mudah seterusnya meningkatkan keberkesanan pengurusan pekerja asing. Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan Kajian Impak Program Kita Demi Negara bertujuan mengukur pencapaian objektif Program Kita Demi Negara, menganalisis maklum balas berkaitan pendekatan, pengoperasian dan pengurusan aktiviti program serta mendapatkan aspirasi dan cadangan pengunjung berkenaan peningkatan tahap keselamatan dan ketenteraman awam di Malaysia . Sebanyak tiga siri Kajian Impak Program Kita Demi Negara telah dijalankan pada tahun 2022 iaitu Siri Pertama 2022 pada 23 dan 24 Julai 2022 di Batu Kurau, Perak bagi Zon Utara, Siri Kedua 2022 pada 1 dan 2 Oktober 2022 di Kompleks Sukan Likas, Sabah bagi Zon Sabah dan Siri Ketiga 2022 pada 27 dan 28 Oktober 2022 di Dataran Lembah Sireh, Kota Bharu Kajian Penubuhan Entiti Khusus bagi Pengurusan Kemasukan, Pengeluaran dan Penamatan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) Pekerja Asing Kajian Impak Program Kita Demi Negara KEMENTERIAN DALAM NEGERI 182
bagi Zon Timur. Melalui kajian impak ini IPSOM antara lain telah mengukur keberkesanan pengurusan aktiviti program, tahap kesedaran masyarakat terhadap keselamatan dan semangat patriotisme di kalangan masyarakat. Hasil analisis menunjukkan, pelaksanaan Program Kita Demi Negara di ketiga-tiga zon berada pada tahap amat berkesan dengan pencapaian 85.3 peratus di Zon Utara, 87.8 peratus di Zon Sabah dan 85.7 peratus di Zon Timur. Ringkasan pengukuran tahap keberkesanan pelaksanaan Program Kita Demi Negara mengikut zon digambarkan dalam rajah yang berikut: Secara umumnya dapatlah disimpulkan bahawa pelaksanaan Program Kita Demi Negara telah mendapat reaksi yang positif di kalangan masyarakat. Melalui program ini, KDN berpeluang mendekati masyarakat untuk memperkenalkan jabatan dan agensi di bawah kementerian serta perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan. Selain itu, KDN turut menggunakan platform ini untuk menyebarkan slogan “Negara Kita, Keselamatan Tanggungjawab Bersama” bagi memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa tanggungjawab untuk memelihara keselamatan dan ketenteraman awam serta menjaga keamanan, perpaduan dan kesejahteraan negara merupakan tanggungjawab bersama anggota keselamatan dan masyarakat. Rakyat Malaysia diseru untuk bersama-sama berganding bahu menangkis sebarang bentuk ancaman yang boleh menjejaskan keselamatan dan keharmonian negara. ZON UTARA ZON SABAH ZON TIMUR PENDEKATAN PROGRAM 84.6% 85.6% 83.3% PENGURUSAN AKTIVITI PROGRAM 85.6% 87.4% 85.7% TAHAP KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP KESELAMATAN 83.7% 86.5% 83.9% KEBERKESANAN PROGRAM 87.3% 89.0% 86.9% SEMANGAT PATRIOTISME 90.5% 88.7% ZON UTARA Bil. Respoden : ZON SABAH Bil. Respoden : ZON TIMUR 408 537 669 Bil. Respoden : 85.3% 87.8% 85.7% Tahap Keberkesanan Program LAPORAN TAHUNAN 2022 183
Sepanjang tahun 2022, IPSOM telah berjaya melaksanakan beberapa syarahan keselamatan IPSOM atau IPSOM Lecture On Public Security (ILOPS) yang melibatkan bengkel, wacana, kolokium, seminar dan sebagainya. Program-program tersebut adalah seperti berikut iaitu: Syarahan Keselamatan Awam IPSOM Persidangan Antarabangsa IPSOM-UUM ini merupakan hasil kerjasama strategik dan kolaborasi agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi awam dalam usaha menangani risiko ancaman yang boleh mengganggu gugat keselamatan, keamanan dan kesejahteraan negara. Persidangan yang julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha KDN bertemakan “Kemampanan Tadbir Urus Sempadan: Isu, Impak dan Inisiatif” bertempat di Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur pada 17 dan 18 Oktober 2022. Objektif yang telah ditetapkan dalam persidangan ini adalah: i. Menyediakan platform untuk merealisasikan aspirasi Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) untuk mentadbir urus keselamatan sempadan negara demi menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat; ii. Membincangkan aspek undang-undang, akauntabiliti, integriti dan pengukuhan tadbir urus bagi membolehkan institusi kerajaan menyampaikan perkhidmatan secara telus, cekap dan berkesan; dan iii. Memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan penggubal dasar, ahli akademik dan organisasi sektor keselamatan selaras dengan konsep “keselamatan dan ketenteraman awam tanggungjawab bersama”. Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) telah diberi mandat bagi menganjurkan persidangan antarabangsa ini bersama-sama dengan School of Government (SOG), Universiti Utara Malaysia. Persidangan ini dilakukan secara hibrid iaitu menggunakan platform secara bersemuka dan secara dalam talian. Untuk dalam talian, penstriman langsung dibuat secara Facebook (FB) Live serta terjemahan ke Bahasa Inggeris untuk kata ucapan alu-aluan, perasmian, forum dan ucapan penutup turut dimasukkan. Bahasa pengantar persidangan adalah dalam Bahasa Melayu manakala pembentangan kertas kerja dibuat dalam dwi bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Aktiviti utama persidangan berbentuk forum pada hari pertama manakala pembentangan kertas kerja pada hari kedua. Persidangan Antarabangsa IPSOM-UUM KEMENTERIAN DALAM NEGERI 184
Ucapan penutup Persidangan Antarabangsa IPSOM-UUM oleh YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan). Pendaftaran peserta dari jabatan dan agensi yang menyertai seminar di hadapan Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur. Ucapan perasmian Persidangan Antarabangsa IPSOM-UUM oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. LAPORAN TAHUNAN 2022 185
Sesi wacana ini telah berlangsung pada 15 September 2022 di Bilik Latihan Pembangunan Sumber Manusia, Aras 1, Blok D9, Kompleks D, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Wacana selama sehari ini telah dihadiri oleh seramai 48 orang peserta yang terdiri daripada wakil majikan dan agensi kawal selia dari dalam dan luar Kementerian. Tiga orang panelis telah dijemput dari Bahagian Hal Ehwal Imigresen KDN, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi membincangkan hala tuju pengurusan PLKS. Sesi Wacana Hala Tuju Pengurusan Kemasukan, Pengeluaran dan Penamatan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) Pekerja Asing Perasmian sesi wacana oleh YBrs. En. Lokman Effendi bin Ramli, Ketua Eksekutif IPSOM. Peserta dan panelis sesi Wacana Hala Tuju Pengurusan Kemasukan, Pengeluaran Dan Penamatan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) Pekerja Asing Sesi soal jawab peserta wacana bersama panelis yang terlibat. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 186
Sesi soal jawab peserta dalam perbincangan RTD wacana bersama pihak berkepentingan dalam pengawalseliaan Filem di Malaysia. Panelis dalam sesi seminar atau town hall bagi membincangkan isu dan cabaran pengawalseliaan penapisan filem di Malaysia. Kolokium Kajian Cabaran Pengawalseliaan Filem di Malaysia telah diadakan pada 8 September 2022 di Hotel Dorsett, Putrajaya. Kolokium selama sehari ini diisi dengan dua aktiviti utama iaitu Perbincangan Meja Bulat atau Roundtable Discussion (RTD) dan sesi seminar atau town hall bagi membincangkan isu dan cabaran pengawalseliaan penapisan filem. Sesi RTD telah berlangsung selama dua jam dan disertai oleh wakil-wakil informan dari kementerian/ agensi kerajaan, syarikat media/ stesen televisyen/ telekomunikasi, Institusi Pengajian Tinggi (Awam dan Swasta), Penerbit Filem/ Pemilik Panggung/ Pemain Industri serta Persatuan/ Badan Bukan Kerajaan (NGO). Bagi sesi town hall pula, ianya telah berlangsung selama hampir dua jam yang terdiri daripada panelis dari Pejabat Penapis Filem. Sesi ini dikendalikan oleh moderator merangkap Ketua Penyelidik kajian iaitu Prof Madya Dr. Wan Amizah Wan Mahmud, dari Pusat Kajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kolokium Kajian Cabaran Pengawalseliaan Filem di Malaysia LAPORAN TAHUNAN 2022 187
Sepanjang tahun 2022, IPSOM telah berjaya menerbitkan dua naskah jurnal iaitu Journal of Public Security and Safety, Volume 13- Number 1/2022 dan Volume 14- Number 2/2022. Antara artikel-artikel mengikut keluaran tersebut adalah seperti berikut: i. Indeks Keselamatan Malaysia: Satu Perspektif; ii. Trend Laporan Isu Keselamatan dan Ketenteraman Awam di Malaysia: Sebuah Kajian Akhbar; iii. Peranan Civil Society Organizations (CSO) dalam Preventing & Countering Violent Extremism (PCVE); iv. PRN Johor: Antara Kesinambungan Kestabilan Demokrasi dan Keselamatan Rakyat; v. Making Kuantan as People Centric City: Enabling Data-Driven Decisions Via Smart City Implementation; vi. Keperluan Pembangunan Pelan Tindakan Strategik Bagi Menangani Ancaman Ajaran Menyeleweng di Malaysia; vii. Undi 18, Dinamika Politik dan Keselamatan Negara: Analisa Daripada Pilihan Raya Negeri Johor 2022; viii. Ideologi Ekstrem Dalam Seri Materi Tauhid; ix. Cadangan Untuk Meningkatkan Persepsi Keselamatan dan Ketenteraman Awam Bagi Kajian Indeks Persepsi Keselamatan Malaysia Malaysia (PSI) Tahun 2021; x. Analisis Sentimen Terhadap Keselamatan dan Ketenteraman Awam di Malaysia; xi. Mitigating Crimes & Securing National Security Using The National Core Values; dan xii. Mendepani Ekstremisme Melalui Pendekatan Ahli Sunah Waljamaah Berteraskan Wasatiyyah. Penerbitan Naskah Journal of Public Security and Safety, Volume 13 - Number 1/2022 dan Journal of Public Security and Safety, Volume 14 - Number 2/2022. v. xi. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 188
Selain itu, IPSOM telah menerbitkan senaskhah buku akademik berjudul Jenayah Siber di Malaysia: Impak Leluasa Internet. Buku ini mengandungi 12 bab hasil penulisan penulis dari pelbagai latar belakang iaitu daripada kalangan ahli akademik dan pegawai kerajaan dalam sektor keselamatan. Buku ini telah dilancarkan secara rasminya oleh YBhg. Dato’ Sri KSU KDN semasa Persidangan Keselamatan Antarabangsa (NATSEC) Defence Services Asia (DSA) kali ke-17 pada 29 Mac 2022 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. Naskhah Buku Jenayah Siber di Malaysia: Impak Leluasa Internet. LAPORAN TAHUNAN 2022 189
PERKHIDMATAN TERAS i. Pemprosesan Permohonan Kewarganegaraan Malaysia ii. Pemprosesan Permohonan Rayuan Pertubuhan Pertubuhan Kategori Politik Pertubuhan Selain Kategori Politik PENDAFTARAN BARU PERTUBUHAN PERMOHONAN RAYUAN PERTUBUHAN PERMOHONAN KEWARGANEGARAAN Perkara 14 (1)(b) Seksyen 1(c) Perkara 15A Perkara 19 Perkara 15(2) Perkara 30(1) Perkara 20 (2)(c) BAHAGIAN PENDAFTARAN NEGARA DAN PERTUBUHAN Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan (PP) berfungsi sebagai organisasi yang mengawal selia hal ehwal dasar berkaitan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Bahagian ini juga bertindak sebagai jentera pemprosesan permohonan kewarganegaraan Malaysia dan permohonan rayuan pendaftaran pertubuhan yang dikemukakan oleh JPN dan JPPM mengikut bidang kuasa yang ditetapkan seperti yang berikut: KEMENTERIAN DALAM NEGERI 190
Kerajaan pada 31 Disember 1990 telah menggubal Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 [PPN1990] bagi membatal dan memansuhkan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara seperti yang berikut: i. Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1960; ii. Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara (Sabah) 1972; iii. Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara (Sarawak) 1966; iv. Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara (Kawalan Gambarfoto) 1960; v. Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara (Kawalan Gambarfoto)(Sarawak) 1966; dan vi. Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara (Kawalan Gambarfoto)(Sabah) 1972. Penggubalan dan penggabungan Peraturan-Peraturan ini adalah permulaan kepada pelaksanaan operasi dan perundangan berkaitan kad pengenalan yang seragam di seluruh negara bagi memudahkan urusan pengeluaran dan memperkukuhkan aspek kawalan keselamatan. Selaras dengan perkembangan semasa dan arus perubahan teknologi, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 [PPN1990] perlu dikemaskini dan ditambah baik. Bahagian PP telah mengadakan Mesyuarat Cadangan Pindaan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 [PPN 1990] pada 18 hingga 20 Mac 2022 di Kuala Lumpur bagi meneliti, membincangkan dan seterusnya menambah baik cadangan pindaan ke atas Peraturan-Peraturan PPN 1990. Pindaan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 Mesyuarat Cadangan Pindaan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 [PPN 1990] yang diadakan pada 18 hingga 20 Mac 2022 di Kuala Lumpur. LAPORAN TAHUNAN 2022 191
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 April 2021 telah bersetuju dengan pelaksanaan Identiti Digital Nasional (IDN) oleh KDN dan JPN bertindak sebagai agensi pelaksana bagi menjayakan inisiatif ini. Struktur tadbir urus telah dibentuk terdiri daripada Majlis IDN yang dipengerusikan oleh YB Menteri Dalam Negeri, disusuli dengan Jawatankuasa Pemandu IDN yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Jawatankuasa Teknikal IDN yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara. Beberapa siri Mesyuarat Jawatankuasa telah berjaya dilaksanakan dan Majlis IDN telah bersidang pertama kali pada 8 Februari 2022 dan seterusnya Mesyuarat Pemandu IDN pada 13 September 2022. Selaras dengan strategi Pendigitalan Negara juga, IDN telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 12 inisiatif di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM) dan Dasar 4IR Negara (D4IRN). Fokus perkhidmatan Kerajaan diberikan kepada pendigitalan penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang menjurus kepada perkhidmatan dalam talian berbentuk hujung ke hujung (E2E). Pelaksanaan IDN dapat memberi manfaat kepada rakyat, komuniti bisnes dan Kerajaan dalam aspek menyokong perkhidmatan digital yang lebih efisien dan terpercaya (trusted digital services). Mesyuarat Penyediaan Prosedur Pengendalian Standard Permohonan Kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan telah diadakan pada 9 hingga 11 September 2022 di Melaka yang turut dihadiri oleh wakil daripada Kementerian Luar Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), JPN dan Pejabat Penasihat Undang-Undang KDN. Mesyuarat ini bertujuan untuk mewujudkan satu Prosedur Pengendalian Standard (PPS) Permohonan Kewarganegaraan bagi menyelaras dan mempertimbang setiap permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) dengan lebih teliti. Hasil daripada mesyuarat ini, beberapa isu utama berhubung PPS akan dibawa untuk perhatian dan kelulusan Pengurusan Tertinggi KDN. Identiti Digital Nasional Mesyuarat Penyediaan Prosedur Pengendalian Standard Permohonan Kewarganegaraan Sesi penerangan berkenaan isu utama melibatkan permohonan Kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan yang telah diadakan pada pada 9 hingga 11 September 2022 di Melaka. KEMENTERIAN DALAM NEGERI 192
YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri menyampaikan Surat Keputusan Kewarganegaraan kepada individu yang berkelayakan pada 13 Julai 2022 di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri. YBhg. Profesor Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz di Kursus Pemantapan Perlembagaan Persekutuan: Bahagian III (Kewarganegaraan) telah diadakan pada 21 Julai 2022 di Putrajaya. Majlis Penyerahan Surat Keputusan Kewarganegaraan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri telah diadakan bagi menyampaikan surat keputusan permohonan kewarganegaraan kepada penerima-penerima yang berkelayakan. YB Menteri Dalam Negeri juga telah menyampaikan amanat kepada penerima agar menjadi warganegara yang taat kepada Raja dan Negara serta sentiasa mendaulatkan undang-undang dan peraturan. Sebanyak enam siri Majlis Penyerahan Surat Keputusan Kewarganegaraan oleh YB Menteri Dalam Negeri telah diadakan pada tahun ini. Kursus Pemantapan Perlembagaan Persekutuan: Bahagian III (Kewarganegaraan) telah diadakan pada 21 Julai 2022 di Putrajaya melibatkan pegawai-pegawai KDN dan JPN yang mengurus dan memproses permohonan Kewarganegaraan. Kursus ini disampaikan oleh YBhg. Profesor Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman berkaitan urusan kewarganegaraan. Majlis Penyerahan Surat Keputusan Kewarganegaraan Kursus Pemantapan Perlembagaan Persekutuan LAPORAN TAHUNAN 2022 193
KEMENTERIAN DALAM NEGERI 194
LAPORAN TAHUNAN 2022 195 SEKTOR PENGURUSAN BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN DAN ASET BAHAGIAN PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BAHAGIAN AKAUN BAHAGIAN PEROLEHAN BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN BAHAGIAN KEWANGAN
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN & ASET Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan 2022 Peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah diadakan pada 18 Ogos 2022 di Lobi Blok D9, KDN. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha KDN dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Setiausaha - Setiausaha Bahagian dan warga KDN. Antara tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk memberikan galakan dan peluang kepada semua penjawat awam bagi menzahirkan semangat patriotik di samping menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan, meningkatkan kesedaran, penghayatan kemerdekaan negara, mendorong serta mencetus kreativiti rakyat untuk menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan 2022. Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) selaku Urus Setia Sambutan Bulan Kebangsaan 2022 telah menjadikan program keceriaan ini sebagai salah satu pengisian bagi aktiviti di bawah program Bulan Kebangsaan dan ianya dipertandingkan di semua Kementerian. Sesi penilaian ke atas KDN telah dijalankan oleh JAPEN bersama panel penilai yang dilantik iaitu Puan Intan Maisarah, Jabatan Landskap Negara dan Encik Shahrul Nizam Jais, Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka, JAPEN. Penilaian adalah melibatkan lokasi Luar Bangunan, Lobi Utama dan Aras Tempat Kerja. Bagi sesi penilaian ini KDN mengambil inisiatif untuk menceriakan bangunan dengan pemasangan berikut: a. Luar Bangunan • Pemasangan bendera Malaysia dan menempatkan Replika Kereta Merdeka M4442 (3D Perspektif Photobooth) • Pintu Gerbang Replika A’Farmosa b. Lobi Utama • Pameran Travelog Kereta bertajuk M4442 • Poster Sambutan Hari Kemerdekaan 1957 (melibatkan pameran bertajuk memartabatkan bangsa dan negara. • Pengibaran Bendera Malaysia dan Logo Tema Hari Kebangsaan 2022 “Keluarga Malaysia Teguh Bersama” berasaskan bahan terpakai seperti kotak. c. Aras Tempat Kerja • Pemasangan bendera, arca dan poster Kemerdekaan di ruang aras 7 dan 8 Jabatan Sukarelawan Malaysia. Program Keceriaan Antara Kementerian Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2022 KEMENTERIAN DALAM NEGERI 196
Pada tahun 2022, KDN telah mendapat Pengiktirafan Keceriaan Kementerian Kategori CEMERLANG (5 Bintang) semasa Majlis Apresiasi Program Keceriaan dan Perbarisan Hari Kebangsaan 2022 antara Kementerian yang telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara pada 6 Oktober 2022. LAPORAN TAHUNAN 2022 197
Sambutan Hari Sukan Negara 2022 Peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah diadakan pada 8 Oktober 2022, di Perkarangan Kompleks D, Putrajaya. Sambutan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha KDN dengan penglibatan seramai 500 warga KDN bersama ahli keluarga. Pelbagai aktiviti sukan outdoor dan indoor telah diadakan seperti Street Soccer, Woodball, Bola Jaring, Ping Pong, Zumba, Dart, Karom, Congkak dan aktiviti mewarna. HSN2022 merupakan agenda nasional yang merangkumi penglibatan dan penyertaan sektor awam, swasta dan segenap lapisan masyarakat bertujuan untuk merealisasikan hasrat Kerajaan bagi menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah “Negara Sukan” (sporting nation) melalui penglibatan dan penyertaan masyarakat Malaysia dalam aktiviti-aktiviti sukan yang dianjurkan. Sambutan HSN2022 turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Mohd Sayuthi bin Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Kawalan) dan Setiausaha -Setiausaha Bahagian di bawah KDN. Sambutan Hari Sukan Negara 2022 Peringkat Kementerian Dalam Negeri Pelancaran Sambutan Hari Sukan Negara 2022 Peringkat KDN oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri. Warga KDN Bersama Pengurusan Tertinggi Semasa Sambutan Hari Sukan Negara 2022 Peringkat KDN. Gimik Pelancaran oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (SUKAN: WOODBALL). KEMENTERIAN DALAM NEGERI 198