10.0 TENTATIF PROGRAM
Masa Aktiviti
7.15 am – 7.30 am Kehadiran pelajar kelab katering
7.30 am – 7.45 am - Majlis bermula
- Bacaan doa
7.45 am – 7.55 am - Kata-kata aluan daripada moderator
7.55 am – 8.05 am Kata-kata daripada guru-guru penasihat.
Perlantikan ahli jawatankuasa Kelab Katering sesi
8.05 am – 8.45 am 2022.
8.45 am – 9.00 am Program bubur lambuk bermula
- Program bubur lambuk selesai
- Majlis bersurai
11.0 JAWATANKUASA PROGRAM
Bil. Nama Fasilitator Jawatan / Peranan
1. NORIDAHAYU BINTI MD HUSAIN GURU PENASIHAT
2. TUAN INTAN NABILA BINTI TUAN SAHARAIL GURU PENASIHAT
12.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Bil. Perkara Kuantiti RM / Unit Sumber
1. Bahan mentah - RM65 Peruntukan
(RM)
RM65
2. Utiliti RM25 RM25
3. Bahan-bahan lain RM12 RM12
Jumlah Keseluruhan (RM) RM102
13.0 GAMBAR AKTIVITI
15.0 ULASAN PERJALANAN KESULURAN AKTIVITI
Pada awalnya, terdapat beberapa kekangan akibat barang yang tiada oleh disebabkan
terlupa untuk diambil di kedai. Tetapi selepas barang-barang tersebut diambil program
berjalan dengan lancar dan rata-rata pelajar gembira terutamanya pelajar tingkatan 4PMK
kerana mereka dapat memasak di dapur bentara. Oleh disebabkan dari awal
persekolahan para pelajar selalu bertanya untuk masuk ke dapur dan apabila mereka ke
dapur mereka sangat seronok dapat memasak. Para pelajar tingkatan 5 PMK juga
memberikan kerjasama yang baik dalam membantu adik-adik mereka yang banyak
perkara yang perlu pelajari sepanjang di dapur. Kerjasama yang baik diantara semua
pelajar membantu melancarkan program ini.
16.0 KESIMPULAN
16.1 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, program seperti ini mampu memberikan semangat bekerjasama
dan memupuk sikap bertolak ansur dalam diri setiap pelajar. Selain itu juga, program
seperti ini membantu saya untuk berkomunikasi dengan lebih baik dengan para pelajar.
Oleh kerana kemahiran komunikasi amat penting dalam membantu berinteraksi antara
dua hala di anatara saya dan para pelajar. Secara tidak langsung, program ini juga
membantu untuk lebih berani dalam melaksaankan sesebuah program.
8.0 SASARAN PADANAN TERAS AKTIVITI, DNA KECEMERLANGAN UTHM DAN NILAI
MANUSIAWI KPM
(Sila tandakan ’1’ pada setiap padanan dalam jadual di bawah, yang mewakili pemberat
paling tinggi bagi program/aktiviti yang dijalankan)
Contoh:
Nota 1:
Kod Rujukan Bidang Teras Aktiviti
1 Media Kreatif 8 Pengantarabangsaan
2 Seni & Budaya 9 Kepimpinan & Latihan
3 Wacana Intelek 10 Sains, Teknologi & Inovasi
4 Keusahawanan 11 Penyelidikan
5 Sukan & Rekreasi 12 Kesukarelawanan (Alam Sekitar)
6 Kerohanian & Etika 13 Kesukarelawanan (Kesejahteraan Komuniti)
7 Pengucapan Awam 14 Kelestarian Kampus
Nota 2: DNA Kecemerlangan UTHM
Rendah Karbon – Membudayakan kampus rendah karbon
KARBON Kampus Amal – Memupuk ekosistem kampus amal
AMAL Menepati Masa – Merealisasikan budaya menepati masa
MASA Budaya Ilmu – Menyuburkan kecintaan budaya ilmu
ILMU
Disediakan Oleh :
Nama :NUR AINAA FARHANA BINTI ANUAR
Jawatan : Pengajar Pelatih PROGRAM KASIH RAMADAN
SMK DATO’ BENTARA DALAM SEGAMAT
Disemak Oleh :
Nama : PUAN NOOR ASIAH BINTI RAMLI
Jawatan : Penyelaras PVMA PROGRAM KASIH RAMADAN
SMK DATO’ BENTARA DALAM SEGAMAT
Disahkan Oleh :
Nama Penasihat :
Jawatan :
Nama Kelab/Persatuan :
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Diperakukan Oleh Ketua Jabatan PBP:
Nama :
Jawatan :
Pusat Pembangunan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
SENARAI SEMAK LAPORAN AKHIR LM2
Bil Perkara Semakan
()
1. Jadual Waktu Individu dan Kelas dan senarai √
kursus/subjek yang diajar √
Senarai semak oleh √
2. pembimbing UTHM/FPTV/LM- √
Ver.1/07
3. Laporan Jurnal Refleksi Akhir
Laporan Institusi/Kokurikulum/Pengurusan dan
Sahsiah
• UTHM/FPTV/LM-Ver.1/04
• UTHM/FPTV/LM-Ver.1/05
4. • UTHM/FPTV/LM-Ver.1/06
** sertakan borang-borang yang telah disahkan oleh pembimbing/
penyelaras kokurikulum/Pengarah/Pengetua
5. LAMPIRAN √
LAMPIRAN adalah terdiri daripada dokumen yang boleh
menyokongLaporan Akhir LM seperti rekod kehadiran (terperinci),
penglibatan dalam kokurikulum/aktiviti lain (Bukti berkaitan seperti
: salinan surat lantikan/sijil, kertas kerja, kertas program, gamabar
penglibatan dan lain–lain yang sesuai.
Perhatian :
Tandatangan Pelatih Tandatangan Penyelia
FPTV
Nama :
Nama : NUR AINAA FARHANA BINTI ANUAR Tarikh :
Tarikh : 1/7/2022
Cop rasmi
ANALISIS MASALAH TERHADAP FAHAMAN DALAM KALANGAN PELAJAR PVMA
Nur Ainaa Farhana Binti Anuar1,
Noor Asiah Binti Ramli2, Ts. Dr.
Aini Nazura Binti Paimin @ Abdul
Halim3 Dr. Norkhairolizah Binti
Hamzah⁴
1,3 Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia2SMK Dato” Bentara Dalam Segamat Johor
[email protected], [email protected]
[email protected] ⁴ [email protected]
Abstrak
Kajian bagi refleksi yang telah dianalisis adalah bertujuan untuk melihat dan meninjau
kemampuan guru pelatih semasa menjalankan latihan mengajar di SMK Dato’ Bentara Dalam
Segamat dengan analisis masalah terhadap fahaman dalam kalangan para pelajar PVMA
semasa di dalam kelas. Guru telah mendapat maklum balas daripada guru-guru lain yang
mengajar mereka bahawa para pelajar kurang memahami dan malu bertanya sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran tidak kira mata pelajaran PVMA ataupun mata pelajaran yang lain.
Hal ini juga kerana para pelajar kurang berminat dengan pembelajaran teori berbanding dengan
amali. Guru telah mencadangkan beberapa tindakan yang perlu guru ambil bagi mempelbagaikan
cara pengajaran agar para pelajar lebih memahami sepanjang proses pembelajaran dan
pengajaran.
1.0 Pengenalan
Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi dengan jayanya saya dapat menamatkan program latihan
mengajar dalam tempoh yang ditetapkan dengan baik sepanjang 4 bulan. Jutaan terima kasih tak
terhingga kepada warga SMK Dato’ Bentara Dalam Segamat terutamanya yang berusaha
Pengetua SMKDBDS Tuan Haji Anuar Bin Hashim dan para guru keranamemberikan peluang
kepada saya dalam menimba ilmu dan meningkatkan kemahiran sebagai sorang bakal pendidik
satu hari nanti. Tidak dilupakan juga kepada guru pembimbing saya iaitu Puan Noor Asiah Binti
Ramli kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat secara langsung ataupun tidak
langsung kepada saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai seorang guru. Sepanjang
menjalankan latihan mengajar di SMK Dato’ Bentara Dalam ini, saya telah memperolehi banyak
pengalaman yang berguna semasa dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik. Tugas
seorang guru bukan hanya mengadakan sesi pengajaran di kelas sahaja malah banyak tugas-
tugas lain juga turut dipikul dan diamanahkan oleh seorang guru di sekolah. Segelintir masyarakat
memberi tanggapan bahawa yang mana tugas seorang guru hanya mengajar sahaja di dalam
bilik darjah tetapi mereka tidak mengetahui disebalik itu ada tugas-tugas tambahan yang perlu
mereka laksanakan sepanjang tempoh persekolahan. Nasihat daripada guru-guru disini ialah
selami jiwa pelajar supaya dapat memberikan pengajaran yang mengikut keperluan pelajar dan
tahap para pelajar. Ini kerana untuk mengelakkan pelajar tidak fokus dan tercicir di dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.
2.0 Bisikan hati/ Latar belakang masalah
Pada pertama kali menjejakkan kaki ke SMK Dato’ Bentara dalam sebagai seorang guru terdapat
perasaan yang tidak dapat digambarkan kerana berdiri bersama guru-guru yang telah mendidik saya
pada waktu persekolah dahulu sehingga saya menjadi bakal pendidik. Apabila saya memilih untuk
menjalani latihan mengajar di sekolah ini saya amat bersemangat untuk berkongsi ilmu kepada
pelajar-pelajar saya. Saya juga tahu bahawa guru-guru yang ada semuanya baik-baik dan banyak
tunjuk ajar yang telag diberikan secara langsung atau tidak langsung. Saya telah diberikan kelas
4 PMK dan juga 3 RAZI di SMK Dato’ Bentara Dalam, Segamat, Johor. Dalam tempoh tersebut saya
telah ditugaskan untuk mengajar subjek penyediaan dan pembuatan makanan kepada pelajar-
pelajar PVMA dan juga subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi tingkatan 3.
Untuk subjek penyediaan dan pembuatan makanan (PVMA), saya mengajar kelas teori
sepanjang tempoh latihan mengajar dan seminggu sebelum habis latihan mengajar saya sempat
mengajar amali kepada para pelajar. Namun begitu hal ini dapat menilai sejauh mana kelas teori
yang telah dijalanan tidak kira kelas teori PVMA ataupun subjek bersama guru-guru lain.
(Zakaria, S. In, F, C., 2017) berkata strategi pengajaran perlu lebih berpusatkan kepada para
pelajar berbanding dengan berpusatkan kepada guru kerana itu lebih berkesan dalam membantu
pelajar lebih memahami setiap yang diajarkan di dalam kelas.
3.0 Menganalisis dan menilai
Menurut Daud (2020) menyatakan bagi menghadapi masalah-masalah pelajar, guru perlu
membuat refleksi selepas sesi pengajaran dengan mengambilkira perubahan tingkahlaku pelajar
sepanjang berada di dalam kelas. Berdasarkan saranan ini, saya mengenalpasi beberapa
masalah dari pelajar-pelajar yang hadir mengenai situasi ini antara persoalan saya kepada
mereka adalah ; adakah pelajar rasa bosan belajar teori, apakah punca pelajar tidak hilang fokus
sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran.
Analisis dan penilaian sepanjang 4 bulan berada di SMK Dato’ Bentara Dalam adalah para pelajar
terutamanya pelajar 4 PMK lebih cenderung untuk membuat amali berbanding kelas teori yang
dijalankan pada waktu tengahari. Menurut Farhan (2016) kelas teori banyak fakta-fakta yang
perlu para pelajar perlu ingat dan tidak mudah bagi mereka untuk mengingati fakta-fakta terutama
apabila kelas teori dijalankan pada waktu tengahari.
4.0 Kesedaran baru
Sepanjang menjalani latihan mengajar sepanjang 4 bulan, banyak yang telah saya pelajari dan
saya perolehi. Terutamanya mengajar kelas yang dikatakan pelajar-pelajar yang tidak mahu
belajar juga amatlah mencabar apabila untuk memberikan kefahaman yang bagus terutama teori.
Oleh hal yang demikian, pelbagai aktiviti yang perlu dijalankan untuk para pelajar terutama 4 PMK
supaya mereka tidak merasa bosan dan dapat menumpukan perhatian yang baik sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran. Akan tetapi setiap pelajar tidak kira aliran PVMA ataupun
tidak setiap para pelajar perlukan sokongan dan dorongan untuk mereka terus berusaha untuk
berjaya dan dapat membuktikan bahawa mereka boleh berjaya satu hari nanti seperti mana saya
pernah hadapi satu ketika dahulu.
Hasil dariapada analisis dari guru-guru lain yang mengajar mereka, pelbagaikan aktiviti semasa
di dalam kelas supaya para pelajar tidak merasa bosan dan mengantuk sepanjang proses
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Aktiviti yang dijalankan juga hendaklah yang
mampu memberikan para pelajar untuk terus fokus dan sentiasa ingat dengan apa yang dipelajari
oleh guru-guru. Menurut (Awang & Suyanto, 2017), domainselamat berfokuskan kepada enam
aspek yang perlu diberikan perhatian bagi mewujudkan keadaan rasa selamat pada pelajar
sekolah.
5.0 Cadangan dan tindakan
Setelah membuat tinjauan literatur berkaitan pengajaran dan pembelajaran serta membuat
refleksi, terdapat beberapa cadangan dan tindakan yang saya perlu ambil bagi memperbaiki
kefahaman para pelajar supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung berjalan
dengan berkesan. Cadangan-cadangan adalah berdasarkan daripada analisis dan penilaian ke
atas pengajaran dan pembelajaran saya sepanjang 4 bulan di SMK Dato’ Bentara Dalam
Segamat. Cadangan dan tindakan katas sesuatu perkara haruslah berdasarkan kepada analisis
atau kajian yang dilakukan (Matail, 2018).
Antara cadangan yang dapat membantu para pelajar kekal fokus dan dapat memahami setiap
yang dipelajari sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran ialah:
• Membuat senaman ringan sebelum memulakan proses pembelajaran dan pengajaran.
• Setiasa bertanya soalan kepada para pelajar supaya dapat menilai tahap kefahaman para
pelajar.
• Membuat kuiz dan latihan supaya dapat membantu para pelajar kekal fokus dan ingat
setiap yang dipelajari.
• Memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajar yang kurang fahami.
Cadangan-cadangan ini perlu dikaji dengan teliti melalui tinjauan literatur supaya tindakan yang
diambil lebih mantap dan bermanfaat. Saya telah membaca literatur berkaitan dengan perkara ini
supaya dapat mengenal pasti tindakan yang paling sesuai dalam membantu para pelajar untuk
lebih fahami setiap apa yang diajarkan sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran.
6.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan latihan mengajar saya selama 4 bulan
saya jalani di SMK Dato’ Bentara Dalam Segamat. Terdapat beberapa kekurangan dan kelebihan
yang perlu saya yang dapat saya kenal pasti setelah menjalankan latihan mengajar. Segala
kekurangan saya perlu perbaiki berdasarkan atas cadangan dan tindakan, kelebihan pula saya
perlu gilapkan lagi supaya saya dapat meningkatkan tahap profesionalisme sebagai seorang
pendidik pada masa akan datang. Pihak sekolah, penyelia dan pembimbing banyak membantu
saya dalam mengenalpasti kekurangan yang perlu saya perbaiki bagi meningkatkan mutu
pengajaran dan pengurusan kelas. Dengan kajian dan analisi yang telah saya jalankan, saya
berharap agar diri saya mampu mengubah tahap profesional diri saya sebagai seorang tenaga
pengajar dan mampu membantu para pelajar lebih memahami dalam subjek yang telah diajar
sepanjang pengajaran proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan.
7.0 Rujukan
Awang, M., & Suyanto, N. (2017). Pendekatan Keselamatan dan Kesejahteraan Pelajar untuk
Sekolah-Sekolah di Malaysia. Management Research Journal, 6(1),139–153.
https://doi.org/10.37134/mrj.vol6.12.2017
Abdullah, M. (2018). (PDF) KARAKTERISTIK GURU DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (PdP) AL-QURAN.
https://www.researchgate.net/publication/328496748_KARAKTERISTIK_GURU_
DALAM_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_PdP_AL-QURAN
Zakaria, S. In, F, C. (2017). KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN MELALUI
PEMBELAJARAN KOPERATIF: SATU KAJIAN TINDAKAN TERHADAP KURSUS COST
MANAGEMENT ACCOUNTING 2.
Beliakin, A. (2020). The Importance of a Chef Uniform for the Workplace.
https://www.wizworkwear.com/Blog/post/the-importance-of-a-chef-uniform-
for-the-workplace/
Matail, S. (2018). (DOC) PENGUJIAN DAN PENILAIAN | sitinorfazilah matail -
Academia.edu. https://www.academia.edu/11609074/PENGUJIAN_DAN_PENILAIAN
LAPORAN BORANG-BORANGPENILAIAN :
UTHM/FPTV/LM-Ver.1/04
UTHM/FPTV/LM-Ver.1/05
UTHM/FPTV/LM-Ver.1/06
PENGLIBATAN SEPANJANG
LATIHAN MENGAJAR
GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI
SEPANJANG LATIHAN
MENGAJAR