The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MAKTABAH DIGITAL PSS BAITUL HIKMAH, 2024-01-09 21:48:55

PENGURUSAN COVID19 DI MALAYSIA DARI PERSPERKTIF ISLAM

PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN


Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan daripada buku ini termasuk artikel, ilustrasi dan fotokopi dalam apa-apa jua bentuk dan cara sekalipun samada fotokopi, mekanikal, rakaman, elektronik atau cara-cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis daripada PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM ISBN 978-967-19797-0-9 1. COVID-19 (Disease)--Religious aspects--Islam. 2. Coronaviruses--Religious aspects--Islam. 3. Coronaviruses infections--Religious aspects--Islam. 4. Government publications--Malaysia. I. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 616.24140088297 Diterbitkan oleh: PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN Aras 5, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No.3, Jalan Tunku Abdul Razak, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia. Tel.: 03 8870 9000 Faks: 03 8870 9101 Emel: [email protected] Laman web: www.muftiwp.gov.my


i KANDUNGAN KATA ALU-ALUAN YAB PERDANA MENTERI viii KATA ALU-ALUAN YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) x PRAKATA xiii AKIDAH DAN PEMIKIRAN MENANGANI WABAK COVID-19 DARI PERSPEKTIF AKIDAH 2 Pengenalan 2 COVID-19 Satu Takdir dari Allah 3 Menghadapi Situasi COVID-19 6 Penutup 10 رو وس ا 11 TEORI KONSPIRASI ANTI VAKSIN COVID-19 DI MALAYSIA 20 Pengenalan 20 Teori Konspirasi 21 Konspirasi Yahudi 22 Konspirasi Anti Vaksin 24 Sunnatullah Pandemik COVID-19 26 Kesedaran Vaksinasi 28 Penutup 29 Rujukan 31 COVID-19: UJIAN DAN USAHA MENURUT ISLAM 35 Pengenalan 35 COVID-19: Teguran kepada Manusia 36 COVID-19: Ujian yang Pasti Datang 37 COVID-19: Ketentuan dan Ketetapan Allah 40 COVID-19: Usaha Pencegahan kerana Allah 43 COVID-19: Berubat Tidak Menafikan Tawakal 45 Penutup 48 Rujukan 49 IBADAH PENGURUSAN MASJID KETIKA MENGHADAPI PANDEMIK COVID-19 52 Pengenalan 52 Keperluan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang Efektif 53


ii Pasar Raya Dibuka Namun Masjid Ditutup? 55 Masjid sebagai Agen Pembentukan Rohani 60 Penutup 64 Rujukan 65 PENGURUSAN IBADAH KETIKA PANDEMIK COVID-19 67 Pengenalan 67 Penutupan Masjid dan Surau 68 Penjarakan Saf 74 Penutup 80 Rujukan 81 PENGURUSAN JENAZAH COVID-19 84 Pengenalan 84 Pengurusan Jenazah Pesakit COVID-19 85 Pengurusan Jenazah COVID-19 di Malaysia 88 Prosedur Pembersihan Jenazah COVID-19 89 Hukum Solat Jenazah Ghaib ke Atas Jenazah COVID-19 92 Penutup 95 Rujukan 96 DOA MUSIBAH 97 Pengenalan 97 Konsep Musibah dalam Islam 98 Konsep Doa dalam Islam 102 Pensyariatan Doa Tanda Kemuliaan Allah 103 Doa Kunci Kebaikan dan Penutup Keburukan 104 Ganjaran Lebih Baik Bagi Mereka yang Suka Berdoa 106 Doa Tanda Allah Dekat dengan Hamba-Nya 107 Doa-doa Ketika Musibah 107 Penutup 110 Rujukan 112 ISTIQAMAH DALAM IBADAH KETIKA PANDEMIK COVID-19 113 Pengenalan 113 Pelaksanaan Ibadah Ketika Penutupan Masjid dan Surau 116 Istiqamah dalam Ibadah di Musim Pandemik 120 Ganjaran dan Fadilat Ibadah Ketika Musim COVID-19 123 Isu Penjarakan Saf Solat Berjemaah di Masjid dan Surau 128 Penutup 131 Rujukan 133


iii KESIHATAN VAKSIN COVID-19 137 Pengenalan 137 Kronologi Vaksin di Malaysia 138 Definisi Vaksin dan Kepentingannya 141 Jenis-jenis Vaksin 142 Peringkat Penerimaan Vaksin 144 Pendapat Para Ulama Berkenaan Vaksin 145 Penutup 149 Rujukan 151 KUARANTIN DAN PENJARAKAN FIZIKAL 153 Pengenalan 153 Penularan Wabak dalam Sejarah Islam 154 Penjarakan Fizikal 156 Kuarantin 160 Penutup 162 Rujukan 163 PENGURUSAN EMOSI KETIKA PANDEMIK COVID-19 165 Pengenalan 165 Memahami Kesihatan Mental 166 Faktor Tekanan Semasa Wabak COVID-19 167 Pengurusan Emosi Semasa Wabak COVID-19 169 1. Gaya Hidup Sihat 170 2. Limitasi Masa di Media Sosial 172 3. Komunikasi Dua Hala yang Efektif 174 4. Meningkatkan Aspek Kesejahteraan Spiritual Keagamaan 177 Penutup 179 Rujukan 180 PENTADBIRAN PENGISYTIHARAN DARURAT DI MALAYSIA 183 Pengenalan 183 1. Darurat Tanah Melayu 1948 - 1960 184 2. Darurat Konfrontasi 1964 186 3. Darurat Sarawak 1966 186 4. Darurat Rusuhan Kaum 1969 187 5. Darurat Kelantan 1977 188


iv 6. Darurat Jerebu 1997, 2005 dan 2013 189 7. Proklamasi Darurat 2021 190 Penutup 193 Rujukan 194 HUKUM MENTAATI PEMIMPIN 196 Pengenalan 196 Hukum Mentaati Pemerintah 197 Hak Memuliakan dan Menghormati Waliy al-Amr 201 Kewajipan dan Keperluan kepada Pemimpin (Waliy al-Amr) 202 Hukum dan Keperluan Mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan Pengambilan Vaksin COVID-19 203 Penutup 205 Rujukan 206 PERANAN INSTITUSI AGAMA DALAM PENGURUSAN COVID-19 208 Pengenalan 208 Agensi-agensi Agama yang Terlibat dalam Pengurusan Pandemik COVID-19 209 Peranan Agensi-agensi Agama dalam Pengurusan COVID-19 212 Penutup 220 Rujukan 221 PERUNTUKAN DAN INSENTIF KERAJAAN 222 Pengenalan 222 Peruntukan dan Insentif kepada Petugas Barisan Hadapan (Frontliner) 224 Peruntukan dan Insentif kepada Rakyat 225 1. Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 225 2. Program Kebajikan 227 3. Program i-Sinar KWSP 227 4. Pelepasan Cukai Khas ke Atas Pembelian Telefon Bimbit, Komputer dan Tablet 228 5. Capaian Internet Percuma 228 6. Pengecualian Cukai Jualan ke Atas Kenderaan Penumpang 228 7. Moratorium bagi Peminjam PTPTN 229 8. Meneruskan Pemberian Diskaun Bil Elektrik 229 Peruntukan dan Insentif kepada Ekonomi Negara 230 1. Program Subsidi Upah 230 2. Geran Khas Prihatin (GKP) 230


v 3. Menyediakan Bantuan Kewangan One-Off kepada Pemandu Teksi dan Bas 231 4. Menyokong dan Merancakkan Perniagaan dalam Talian 231 5. Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin (SJPD) 232 6. Moratorium bagi Pinjaman MARA dan Sewaan Premis MARA 233 Penutup 234 Rujukan 235 EKONOMI FIQH MORATORIUM 241 Pengenalan 241 Apakah itu Moratorium? 242 Kaedah dan Aplikasi 242 Perbincangan Fiqh Mengenai Moratorium 244 1. Hukum Membayar Hutang 244 2. Perjanjian (Wa'd) dalam Hutang 248 3. Hukum Penstrukturan Hutang 250 4. Hukum Menangguhkan Hutang dan Memberi Keringanan Pembayaran Hutang 252 5. Hukum Mengenakan Denda kerana Lewat Membayar Hutang (Ta'widh) 255 Penutup 257 Rujukan 258 FIQH KEPENGGUNAAN 261 Pengenalan 261 Konsep Kepenggunaan (Consumerism) Menurut Islam 263 Bersederhana Ketika Pandemik COVID-19 266 Kepentingan Menyimpan dan Mengurus Harta dengan Baik 267 Larangan Bersikap Boros dan Membazir 268 Penutup 269 Rujukan 270 PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 274 Pengenalan 274 Juruterbang Bertukar Kerjaya sebagai Penjual Gerai Makanan 276 Dulu Hanya Iklan Online Sekarang Peniaga Online 284


vi Pemulihan Industri Perhotelan 288 Penutup 291 Rujukan 293 WORKING FROM HOME DURING COVID-19 OUTBREAK 295 Introduction 295 Challenges of Working from Home 297 Advantages of Working from Home 298 Islam Nurture Optimism and Discovery of New Things 301 Comprehending Amanah is Highly Important 301 Conclusion 303 Resources 304 CABARAN PENGURUSAN RUMAH TANGGA 305 Pengenalan 305 Institusi Keluarga dalam Islam 307 Cabaran Semasa dalam Menghadapi COVID-19 308 1. Faktor Kewangan 309 2. Faktor Tekanan (Stress) 309 Langkah-langkah Mengatasi Isu Kekeluargaan 312 1. Mendekatkan Diri kepada Allah 312 2. Menghadiri Pengajian Ilmu 313 3. Mendapatkan Khidmat Kaunseling 314 4. Perbaiki Sikap 315 Penutup 316 Rujukan 318 PENDIDIKAN SEMASA COVID-19 321 Pengenalan 321 Penerapan Konsep Adab (Ta'dib) dalam Pendidikan 322 Cabaran Pendidikan Semasa Penularan COVID-19 325 Peranan Kerajaan, Guru dan Ibu Bapa 328 Penutup 332 Rujukan 334 FRONTLINER WIRA NEGARA 337 Pengenalan 337 Definisi Petugas Barisan Hadapan 338 Peranan Petugas Barisan Hadapan dalam Negara Malaysia 339 Peranan Petugas Barisan Hadapan di Perbatasan Negara 342 Pengorbanan Petugas Barisan Hadapan 342 Petugas Barisan Hadapan Menurut Perspektif Islam 344


vii Kemudahan (Rukhsah) kepada Petugas Barisan Hadapan 348 Penutup 353 Rujukan 354 PERANAN PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN (PMWP) DALAM MENDEPANI CABARAN PANDEMIK COVID-19 357 Pengenalan 357 Latar Belakang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) 360 Isu-isu Berbangkit dalam Kalangan Umat Islam Sepanjang Tempoh Pandemik 362 1. Solat Jumaat 362 2. Pengurusan Jenazah 363 3. Petugas Barisan Hadapan 364 4. Vaksin 364 Peranan PMWP dalam Mengharungi Cabaran Hukum Islam Semasa 365 1. Kefatwaan 366 2. Keilmuan 369 3. Kemasyarakatan 372 Penutup 374 Rujukan 375


viii KATA ALU-ALUAN YAB PERDANA MENTERI Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah serta pasukan pengurusan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan atas penerbitan buku Pengurusan COVID-19 di Malaysia dari Perspektif Islam. Usaha menghasilkan penulisan dan penerbitan buku ini merupakan sumbangan yang besar bagi memberikan pencerahan kepada masyarakat di Malaysia tentang isu dan permasalahan berkaitan pandemik COVID-19 dari kaca mata Islam. Pendekatan ilmiah yang sederhana seperti ini sudah tentu memberikan kefahaman yang baik kepada para pembaca. Penghasilan karya ini merupakan ikhtiar terpuji yang patut dicontohi semua lapisan masyarakat. Selain membantu kerajaan memberikan pencerahan tentang isu-isu berkaitan pandemik COVID-19 dari perspektif Islam, karya ini juga akan dapat memperkaya khazanah ilmu Islam di negara ini terutamanya berkaitan cabaran pandemik COVID-19.


ix Saya mendoakan agar buku ini dapat menjadi sebahagian rujukan terhadap permasalahan yang berlaku sepanjang tempoh yang sukar ini. YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSIN


x KATA ALU-ALUAN YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Syukur ke hadrat Allah , selawat berserta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad keluarga dan para sahabat Baginda, kerana dapat kita terus menyusuri tahun 2021 dengan keadaan yang harmoni di bumi Malaysia bertuah ini, meskipun dunia kini dilanda wabak pandemik COVID-19. Asas bagi umat Islam adalah yakin dengan sebenar-benarnya bahawa penyakit itu datangnya daripada Allah berdasarkan sebab musabab yang selalunya dikaitkan dengan gaya hidup manusia. Maka Allah jugalah yang menyembuhkan sesuatu penyakit itu berdasarkan sebab musabab dengan penemuanpenemuan ubat bagi penyakit tersebut. Apatah lagi merenunginya sebagai suatu bentuk kecintaan dan rahmat daripada Allah buat hamba-Nya. Setiap ujian dan dugaan yang diturunkan oleh Allah merupakan simbol tanda kasih sayang-Nya.


xi Sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis Rasulullah bermaksud: “Sungguh, jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menimpakan ujian untuk mereka”. (Riwayat al-Tirmizi) Tidak ada di dalam dunia ini dan kehidupan yang keluar dari kerangka ciptaan, takdir, qada’ dan qadar Allah . Selaras dengan firman Allah bermaksud: “Apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku”. Surah al-Syua’ra (80) Dalam ayat lain Allah turut berfirman yang bermaksud: “Tidak ada musibah yang menimpa melainkan dengan izin Allah”. Surah al-Taghabun (11) Jika ditelusuri sejarah peradaban manusia, tiada siapa pun yang terlepas daripada menghidapi sebarang bentuk penyakit. Bahkan para rasul diuji jauh lebih berat dengan kesakitan seperti Nabi Ayyub AS, Rasulullah sendiri dan lain-lain. Meskipun wabak COVID-19 tersebut datang daripada Allah , Dia juga menuntut hamba-Nya mencari solusi pencegahan dan juga rawatan. Novel Coronavirus yang mampu merebak dengan pantas turut mendesak setiap individu mengambil tindakan pencegahan awal. Saya bersyukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya, buku ini dapat diterbitkan tepat pada masanya. Buku Pengurusan COVID-19 di Malaysia dari Perspektif Islam terbitan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ini


xii adalah amat berfaedah. Saya berdoa semoga usaha seperti ini mendapat mardhatillah dan memberi manfaat kepada umat Islam. Harapan saya, semoga buku ini dapat memenuhi keperluan masyarakat Islam di Malaysia dan berupaya memberi sumbangan bermakna kepada pemantapan akidah dan pembentukan sahsiah Islamiah. Sekian, terima kasih YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)


xiii PRAKATA Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad , seluruh ahli keluarga Baginda, para sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in serta mereka yang setia menyambung perjuangan Baginda dalam menyebarkan risalah Islam ke seluruh dunia. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, pihak kami berjaya menyempurnakan penulisan buku “Pengurusan COVID-19 Dari Perspektif Islam”. Tercetusnya idea untuk menghasilkan buku ini adalah susulan daripada pendekatan pihak kami yang sentiasa mengikuti rapat perkembangan semasa dan realiti yang terpaksa dihadapi oleh umat Islam sepanjang tempoh penularan COVID19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Secara realitinya, wabak COVID-19 yang telah menular sedari awal tahun lepas telah meninggalkan kesan yang begitu mendalam terhadap kehidupan manusia. Akibatnya pelbagai perubahan terpaksa dilakukan demi memastikan maslahah manusia sentiasa dapat dipelihara dengan sebaiknya. Malah, rakyat di negara ini juga telah disarankan untuk membudayakan norma baharu dalam usaha memutuskan rantaian wabak daripada terus berpanjangan.


xiv Dalam pada itu, persoalan dan isu semasa yang melibatkan kepentingan umat Islam dalam tempoh pandemik ini turut dilontarkan oleh sebahagian masyarakat. Antaranya seperti pelaksanaan solat Jumaat, haji dan umrah, kesihatan, keselamatan dan kebajikan. Kesemua persoalan ini merupakan hal yang amat mustahak serta memerlukan bimbingan dari sudut kefatwaan dan keilmuan daripada pihak yang berautoriti. Berlandaskan kepada tiga fokus utama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) iaitu kefatwaan, keilmuan dan kemasyarakatan, pihak kami kemudiannya telah mengambil inisiatif ini untuk menerbitkan sebuah buku yang khusus bagi membincangkan permasalahan mengenai COVID-19 dan kesannya terhadap umat Islam di Malaysia. Sehubungan itu, sebanyak sembilan kluster tajuk penulisan telah dipersetujui untuk dikupas lebih lanjut. Manakala sebanyak 20 buah artikel telah berjaya dihasilkan daripadanya. Dengan izin Allah , berkat kerjasama yang tidak berbelah bahagi oleh semua pihak, akhirnya kami berjaya menyiapkan sepenuhnya kandungan di dalam buku ini dengan hanya mengambil tempoh selama lebih kurang dua bulan sahaja. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada seluruh warga PMWP terutamanya Bahagian Sumber Maklumat (BSM) dan unit-unit seperti Buhuth, Istinbat dan Komunikasi Korporat di atas pencapaian yang amat membanggakan.


xv Justeru, dengan kejayaan menerbitkan buku ini, pihak kami amat berharap agar karya ilmiah ini mampu memberikan kefahaman, panduan serta bimbingan kepada umat Islam di Malaysia. Semoga ia menjadi suatu sumbangan dan bakti daripada pihak kami kepada masyarakat demi memperoleh manfaat serta kebaikan bersama. Amin… Wallahua’lam. Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman Haji Abdullah Mufti Wilayah Persekutuan.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 1 AKIDAH DAN PEMIKIRAN


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAMAKIDAH DAN PEMIKIRAN 2 MENANGANI WABAK COVID-19 DARI PERSPEKTIF AKIDAH Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman Bin Haji Abdullah Pengenalan Semenjak setahun lebih dunia telah dikekangi dengan wabak COVID-19 yang mana jutaan nyawa telah terkorban dan dirawat di pusat-pusat kesihatan. Saban hari kita akan didedahkan dengan jumlah jangkitan dan kematian individu yang membuktikan keseriusan situasi yang dihadapi. Wabak yang berlaku ini ternyata telah mengubah landskap pengurusan alam ini oleh manusia dalam kebanyakan sektor utama seperti pendidikan, kesihatan, pelancongan, ekonomi, politik, pentadbiran, keagamaan dan


AKIDAH DAN PEMIKIRAN PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 3 sebagainya. Tabiat wabak ini yang berjangkit secara utamanya melalui hubungan rapat antara individu memerlukan satu kaedah penjagaan yang teliti bagi memastikan jangkitan tidak berlaku. Maka satu Standard Operating Procedure (SOP) telah dibangunkan di setiap negara bagi menghadapi situasi wabak ini dan ia memerlukan kerjasama setiap individu bagi memastikan ia benar-benar berjaya mengekang jangkitan. SOP asas seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial, sanitasi dan sebagainya telah menjadi norma baharu dalam kehidupan masyarakat dunia. Kawalan sempadan negara, negeri dan daerah juga telah dilaksanakan bagi mengawal pergerakan manusia yang boleh meminimakan jangkitan yang dengan itu pihak berautoriti dapat mengurus keadaan dengan lebih berjaya. Dalam perspektif agama, situasi ini tidak terlepas dari kaitannya dengan akidah dan perlu difahami dengan jelas supaya segala tindakan dan sudut pandangan kita adalah berasaskan akidah yang benar dan sahih. COVID-19 Satu Takdir dari Allah Dalam akidah Islam, segala perkara yang berlaku dalam dunia ini sama ada perlakuan manusia, pergerakan alam dan apa-apa fenomena yang berlaku walau sekecil mana sekalipun adalah dengan kehendak Allah dan pengetahuan-Nya dan ia telah ditentukan sejak azali lagi.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAMAKIDAH DAN PEMIKIRAN 4 Allah berfirman dalam Al-Quran: Maksudnya: “Tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil daripada itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.” Surah Yunus (61) Dalam ayat lain Allah berfirman: Maksudnya: “Pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur ءِ ٓ َ ٱ ِ َ َ ۡ َضِ و ٱ ِ ٍ ر َ َ ِ ل ذ ۡ ِّ ِ َ ِ ّ َ ر ُ ُب ۡ َ َ َ و ِ َ َ ۡ َ َٓ أ َ ِ ٍ و ٍ ٰ َ ِ ِ ِ ََ إ ۡ َ َٓ أ َ َ و ِٰ َ ِ َّ ۡ ٱ ِ َ ُ َ ۡ َ َ و ۚ َ ُ ِ إ ٓ َ ُ َ ۡ َ َ ِ ۡ َ ۡ ُ ٱ ِ َ َ ُۥ ه َ ِ َ و ِ ٰ َ ُ ُ ِ ٍ َ َ َ َ و ُ َ ۡ َ ِ ٍ إ َ َ َر و ِ ُ ُ ۡ َ َ َ و ِ ۡ َ ۡ َٱ و َ ۡ ٍ و َ َ ر َ ۡ َضِ و ٱ ٍ ِ ٍ ٰ َ ِ ِ ِ ٍِ إ َ َ


AKIDAH DAN PEMIKIRAN PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 5 sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.” Surah al-An’am (59) Dalam kedua-dua ayat di atas Allah menjelaskan liputan ilmu Allah kepada setiap perkara yang berlaku walau sekecilmana sekalipun dan ia juga berasaskan takdir Allah yang telah ditentukan bagi setiap apa yang berlaku. Allah berfirman : Maksudnya: “Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).” Surah al-Qamar (49) Akidah ini adalah termasuk dalam rukun iman yang wajib diyakini oleh manusia sebagaimana yang disebut dalam hadis : ۡ َ ُ ۡ إ ٍء ِ َ َ ُ ٰ َ َ َ ِ ر ٍ


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAMAKIDAH DAN PEMIKIRAN 6 ِ ِ ـاالله َ ب ِمن ْ ُـؤ َنت ُ أ ِ ِالإيم ِـه َـان ب ُ ت ُ َ ِت ِـهو َ ِ ئ َ َلا َ ِ و ِخـر ْ ِمالآ ْ َـو ي ْ َال ُ ِـلِهو ُس َر و ِ ه ِ ّ ر َ َش ِو ه ِ ر ْ ي َ ِخ ر ْ د َ ق ْ ِال و َ Maksudnya: “Iman itu adalah dengan meyakini Allah, para malaikat, alKitab, para rasul, hari Akhirat, takdir yang baik dan buruk.” (Riwayat al-Bukhari) Wabak COVID-19 yang dihadapi di seluruh dunia pada hari ini adalah tidak terkecuali dari asas akidah ini. Ia satu ketetapan dari Allah dan berada di bawah liputan ilmu-Nya. Inilah keyakinan seorang muslim dan apa-apa tindakan dalam menangani wabak ini maka ia perlu bertitik tolak dari keyakinan. Menghadapi Situasi COVID-19 Dalam asas akidah ini ada satu aspek lain yang perlu difahami iaitu usaha manusia dalam mengatur hidup ini adalah tidak bertentangan dengan akidah ini bahkan ia adalah sebahagian dari tuntutan akidah di atas. Kepercayaan kepada ketetapan takdir dan ilmu Allah sejak azali kepada sesuatu perkara yang berlaku tidak membawa kepada kepasrahan manusia untuk berikhtiar dan berusaha melakukan sesuatu dalam kehidupan ini. Manusia tetap dituntut untuk berusaha kerana manusia akan dihisab di hadapan Allah berasaskan apa yang dilakukan di atas dunia ini. Sekian


AKIDAH DAN PEMIKIRAN PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 7 banyak taklif syarak ke atas manusia adalah yang bersifat kewajipan melakukan dan meninggalkan sesuatu perbuatan dan taklif-taklif yang ada berkenaan sudah cukup untuk membuktikan manusia diperintah untuk berusaha dalam melaksanakan sesuatu perkara. Dalam kehidupan seharian manusia juga membuktikan setiap urusan mereka adalah bergantung kepada sebab musabab yang antaranya melibatkan usaha manusia seperti jual beli untuk mendapat keutungan, berubat untuk kesihatan dan sebagainya. Allah berfirman dalam al-Quran: Maksudnya: “Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepada-Nyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepada-Nya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” Surah Hud (123) Dalam ayat ini Allah mengarahkan manusia menyembah-Nya, bertawakal kepada-Nya dan ditegaskan Allah tidak akan meninggalkan begitu sahaja segala yang dilakukan oleh manusia di atas muka bumi ini. Ini memberi makna setiap amalan manusia akan ada perhitungannya di ۡ َ ِ َِ َ ٱ ٰ ِت ُ و ٰ َ ــ َ وٱ ۡ ضِ ۡ َ َ ِ ۡ ُ ُ َ ٱ َ ۡ ۡ ُ ُ ُ ۥ َ ۡ ۡ ُ ُ ه ۡ َ َ َ ۡ و َ َ ِ َ َ َ و َ ٍ ر ِ ٰ َ ِ َ ۡ َ َ ُن َ


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAMAKIDAH DAN PEMIKIRAN 8 hari akhirat. Semua ini merujuk kepada arahan Allah kepada manusia supaya berusaha melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Oleh itu tidak ada kontradiksi antara kepercayaan kepada takdir dan berusaha serta berikhtiar untuk mencapai natijah tertentu. Dalam akidah ini juga terdapat aspek doa yang juga dituntut oleh Allah . Walaupun setiap yang berlaku adalah berasaskan takdir Allah , manusia dituntut juga untuk berdoa kepada Allah sebagai satu usaha yang perlu dilakukan. Takdir tidak menghalang untuk berdoa kepada Allah untuk mendapat sesuatu kebaikan dan menolak kejahatan, kesakitan dan lain-lain yang bersifat bala dari Allah . Perimbangan antara kepercayaan kepada takdir dan usaha yang bersifat fizikal dan doa kepada Allah menjadikan akidah seseorang Muslim mantap dan dapat menghadapi apa-apa situasi yang ada dengan baik dan tenang. Selepas segala usaha dilakukan sama ada secara fizikal dan doa, manusia juga dituntut untuk bertawakal kepada Allah . Tawakal adalah sifat menyerahkan kepada Allah urusannya dan bersedia menerima apa-apa yang ditentukan oleh Allah kepadanya. Sentiasa optimis dengan bantuan Allah dan yakin setiap yang ditentukan oleh Allah ada


AKIDAH DAN PEMIKIRAN PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 9 kebaikannya. Ia adalah tanda keyakinan seseorang kepada Allah untuk mengurniakan yang terbaik untuknya. Allah berfirman : Maksudnya: “Wahai kaumku! Tiadalah aku meminta sebarang upah daripada kamu tentang (ajaran yang aku sampaikan) itu. Upahku hanyalah dari Allah yang menciptakan daku; maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal (untuk mengetahui kebenaran)?” Surah al-Taubah (51) Hubungan antara kepercayaan kepada takdir, berusaha, berdoa dan bertawakal menjadikan keimanan seseorang itu lengkap dan mantap. Pemahaman yang betul kepada keempat-empat aspek ini adalah kunci kepada kemampuan seseorang dalam mengurus kehidupannya kerana kehidupan manusia sudah tentu tidak sunyi dari ujian dari Allah . ُ ــ ــۚ ُ ــ َ ٰ َ ۡ َ َ ُــ ــَ َ ُ َ ٱ َــ َ ــَ ِ إ ٓ َ َ ــِ َ ُن ِۡ ُ ۡ ِ ٱ َ َ َ ۡ َ ِ ََ ٱ و َ


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAMAKIDAH DAN PEMIKIRAN 10 Penutup Dalam menangani wabak COVID-19 kefahaman dari perspektif akidah adalah penting kerana ia akan menjadi panduan dalam mengurus wabak ini secara yang betul. Sebaliknya jika aspek akidah ini tidak dapat difahami akan membawa kepada kesilapan dalam tindakan dan akan membawa kepada situasi yang tidak boleh diurus dengan cara yang betul.


AKIDAH DAN PEMIKIRAN PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 11 1 موقف المؤمن م ن فيروس کورونا كوفيد بقلم صاحب السماحة د. لقمان بن عبداالله العام كله الآن منشغل بتفشى جائحة فيروس كورونا المسمى ب19-covid وقد ريب يات أکثر ً بلغ عدد المصــــابين في العالم كلها ح تى الآن ق ا من مليونين، وعدد الوف من مائة ألف وهذه مصــيبة عظيمة لم يشــهد مثلها تاريخ الإنســانية منذ قرون بمثل هذه الشــدة وقد قدر االله ما شــاء لخلقه ولا يحدث شــئ إلا بقدر وقضــاء منه جل وعلا فالكل تحت علمه أزلي وهو تعالى يقول: 1 Artikel asal diterbitkan dalam https://www.naseemalsham.com/subjects/view/covid19.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAMAKIDAH DAN PEMIKIRAN 12 59( عام) الأنسورة والقدر خيره وشره منه كما قال ربنا تبارك وتعالى في كتابه الكريم 49( )القمرسورة وفي تفسير هذه الآية قال ابن عباس رضي االله عنه إن االله خلق الخلق كلهم بقدر، وخلق لهم الخير والشر بقدر فخير الخير السعادة وشر الشر الشقاء. العق ديـة لفـيروس كورونـا ولـذلك يجـب التعامـل معـه مـن هـذا َ وهـذا هـي الرؤيـة البعـد. فتعـالوا نرجـع إلى عقيـدتنا السـليمة ونأخـذ الخطـوة الصـحيحة في ِ ٰ َ ُ ُ ِ ٖ َ َ َ َ و ُ َ ۡ َ ِإ ٍ َ َ َر ُ ِ و ُ ۡ َ َ َ و ٖ ِ ٖ ٰ َ ِ ِ ِإ ٍِ َ َ َ ۡ ٖ و َ َ ر َ ِ ض و َ ۡ ٱ ِ ٖ إ َر َ ِ ُ ٰ َ ۡ َ َ َ ۡ ٍء ُ


AKIDAH DAN PEMIKIRAN PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 13 اعتمـاد ا علـى ً مواجهتـه مـن حيـث الأخـذ بأ سـباب المعالجـة والقـبض عليهـا رب الأ هذه سباب مع التوكل واليقين بأنه سيرفع عنا هذا الوباء . ً ً فلنبدأ أولا بما رســخه ا أن الإيمان بالقضــاء والقدر يوجب المرء ًا وخلف علماؤنا ســلف أن يؤمن بأن االله ســـبحانه وتعالى إنما أوجدها على القدر المخصـــوص الذي ســـبق العلم بـه وقـد ذكر في هـذا مثلا ابن حجر في شـــــــرحـه على حـديـث ابن عمر عن الإ ً يمان بقوله (والقضـاء علم االله أولا بالأشـياء على ما هي عليه و القدر إيجاده اياها على ما يطابق العلم). وكذلك يــــــــجب على المرء أن يثبت عقيدة أن كل شئ قد كتبه االله في اللوح المحفوظ كما ثبت في الحديث الذي رواه مســــلم: (ويكتب عمله وأثره وأجله ورزقه ثم نطوي الصحف فلا يزاد فيها ولا ينقص) فإذا كانت هذه هي عقيدتنا فما هو دور الإنسان في حياته بعد أن يؤمن بيقين أن االله وقد قدره أزليا وإرادته وقدرته ولماذا يؤمر الإنســـــــان ً الأمر كله من تحت علمه العمل بما تنتظم به حياته في هذه الدنيا من المعالجة والإصـــلاح والتربية وبما يرضـــيه من العبادات والأعمال الصــــالحة. ففي هذه المصــــيبة فيروس كورونا ما الذي على الإنســان أن يفعله إذا كان من قدر االله أن يموت الإنســان بســببها فهل يبقى شــئ عند الإنســـــــان بعد هذا القدر الذي قدره االله للفرار منها ويســـــــلك كل الخطوات العلاجية في مواجهتها؟


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAMAKIDAH DAN PEMIKIRAN 14 حقيقة مهمة يجب الالتفات إليها هي: أن الأخذ بالأسباب لا ينافي الإيمان بالقدر بل الأسـباب نفسـها من جملة قدر االله للإنسـان فالرسـول صـلى االله عليه وسـلم في حياته كان يأخذ بكل الأســـباب في إبلاغ دعوته من التخطيط والمشـــاورة من أول يوم أن يبدأ رسالته للناس من مرحلة السر إلى الجهر وإلى الهجرة وإلى الغزوات وبناء اتمع كلها تدل على أن الرســول أخذ الوســائل والأســباب ليؤدي إلى ما فيه الخير والنجـاح في عملـه وفي نفس الوقـت يؤمن بقـدر االله خيره وشـــــــره فهـذا التلازم بين الإيمان بالقدر والأخذ بالأسباب لا ينفك في العقيدة الإسلامية. وبخصـوص مسـألة الوباء مثل فيروس كورو نا المسـتجد هذه فقد في ء جا الحديث الصـحيح فيما روا ه البخار ي عن عبد الرحمن بن عوف رضـي االله في عنه الطاعون أنه قال : قال رسول االله صلى االله عليه وسلم : ِ اإ َ م َذ ُ سِ ت ْ ْع ْ ب ٍض ِهم َ ف َ ب لا َأر َ ُق َ د وا ُ ل َ ْع ،ه ِ يِ َ او َ َ ذ َ َو ع َ أ َ ر ْ ب ٍض َ أ َ و ْ ْ م ُ ِت ب َ َ اه َلا ف ُ وا َ ْ ِ ا ُج ً ر ف ْ ر ِم َار ن ُ ه (رواه البخاري) إذا أنه جليا وقع الطاعون وهو من الوباء في أرض فلا يجوز ً فهذا الحديث يرشـدنا في لمن خارجها القدوم عليها لأنه القاء بالنفس إلى التهلكة، ولا يجوز في لمن


AKIDAH DAN PEMIKIRAN PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 15 داخلها الخروج منها، لأنه ســــــبب لانتشــــــاره خارجها ولأن قدر االله مكتوب ً أنه من باب الإر شــاد بكيفية التعامل ومســجل لا مفر منه . كما يفهم منه أيضــا مع الوباء من المحاصـــرة له ومنع الانتشـــار لدى الناس إذا فالقدر شـــيء والأخذ بالأســــــباب شــــــيء آخر . فالأول يجب الإيمان به والثاني يجب العمل به وهو (الكســب )الواجب على العبد . وهو من ثمرة الإيمان به فهذا عمر رضــي االله عنه يعلمنا الت طبيق العملي للإيمان بالقدر والأخذ بالأســـــــباب حينما امتنع من أن ي أمير المؤمنين؟ قال : َ يدخل الشام وقت انتشار الوباء فقيل :له أنفر من قدر ا االله إذا فما تفعله الدول في العالم الآن من إغلاق ً نعم نفر من قدر االله إلى قدر االله . الحدود وتوقيف الرحلات وتعطيل الدراسة والحجر الصحي ومنع ال تجمعات وحتى إغلاق المساجد ومنع كل موجبات تفشي العدوى هو من باب الأخذ بالأسباب الأطباء أن هذه الخطوات ضرورية لمنع انتشار هذا الوباء . ّ بين بما والشـــيء الثاني :لماذا قدر االله الشــــر من المكروبات والمكروهات من مثل هذه فيروس كورو نا المستجد مع أنه تعالى لا يظلم قهخل في كما قوله تعالى: (108 ) عمران آل سورة ا َ ِ و ا الله َ م ر ُ ً د ا ُ ي م ْ ُ ل َ ظ ِمين َ َا ع ْ ِل ّ ل


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAMAKIDAH DAN PEMIKIRAN 16 وكذلك في الحديث القدسي: َ ع ِ ايَ ي اد ِب ِِإ ّ َين ح ر ْ ُم ت الظ ْ ل َ َم ع َ َىل ْ يس ِ ف فالمكروهات والمصـائب واقعة ومشـاهدة، وتتناقض فيما يبدو مع لطف االله ورحمته على عباده. ففي هذا الإشـكال ينبغي أي يعرف بأن الخير والشـر انما بالنسـبة ليإ العباد أما بالنسـبة لىإ االله عز وجل فالقدر كله خير. لأنه تعالى لم يخلق شـيئا لاإ لحكمة ورحمة، ومظهر عدل بين الخلق، فأحيانا يرى الناس أنه من المكاره ولكن في الحقيقـــة أنـــه من لطف االله عليهم إمـــا لاختبـــارهم وابتلائهم حتى يكونوا من  ا إ لى االله بـالتوبـة ِ الصــــــــابرين فيرفع االله درجـام وإمـا لتـأديبهم حتى يـدفع مـ  وهذا معنى قوله تعالى: ِ والإستغفار ، والعمل بما يرضى االله م 216( ) البقرةسورة َ َ س ْ و ى َع ُ م ٌل ر ْ ي َ َخ و ُ َه ًاو ئ ْ َ ُوا ش َه ر ْ َ ً أ اَ نت ئ ْ َ وا ش ِب ُ َن ىأ ٰ َ َ س َع و ْ ُ م ل ر َ َش و ُ َه َ و ُون م َ ل ْ ع َ َ ْلا م ُ نت َ أ َ ُو م َ ل ْ ع َ ُ َا و


AKIDAH DAN PEMIKIRAN PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 17 مكروها وقد ً فالابتلاء والاختبار من ســنة في االله هذا الكون ما وأن يراه الإنســان ً الحقيقة سببا لرحمة االله بالخلق، عند تعاملهم مع مثل هذا الابتلاء ً يكون في تعاملا حسـنا من الصـبر والعمل الصـالح، فإذا، ابتلى االله الإنسـان بشـئ من المكاره فتح ً أبواب كثيرة للحصــول على رحمته وفضــله . ففي قضــية فيروس ً االله مع هذا الابتلاء ا كورونا فتح االله للمصــــابيين أجر الصــــبر وللوفيات أجر الشــــهاد ة وللعاملين في جميعا أجر ً التعاطي  الوباء أجر الصــــدقة والتعاون علي البر والتقوى وللناس ِذا الدعاء والحرص على صــحة النفس والعائلة والغير . فهذه معن ضــروري في عقيدتنا (القدر خيره وشــره من االله). ومن هذا المعنى يفهم حديث رســول االله صــلى االله عليه وسـلم مما رواه مسـلم من حديث أبي يحيى صـهيب بن سـنان قال رسـول االله صلى االله عليه وسلم : ًـا ب َ َج ِ ع ْـر ِ لأ ، َ ِمن ْ ُـؤ ام ُ إن ه َ ْــر ُ أ ـه ُ َ ،و ٌ ْـر ي َ خ ـ َ ْل َ ٍــدإلا ح َ َ لأ َسذاك ، ِ ِمن ْ ُـؤ م ْ َ أص ـ َ إن ـ ْ ِل ًال ْـر ي َ َ خ َـن َ،ف ر َ َــك ُش اء َـر ُس ه ْ ت َ ُ ا ُ ه ه ْ ت َ أصــا ْ ،ون َ َف ر َ َ ب ُ،ص اء َ ر َ ض ًال ر ْ ي َ َ خ ُ ن ه (رواه مسلم) أيضا معنى الرضا بما قدر االله وهو الصبر والشكر بما يصيب الإنسان وإليكم ً فهذا ما قاله العلامة الشـــيخ ســـعيد رمضـــان البوطي (فإذا قضـــى االله بظهور أســـباب


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAMAKIDAH DAN PEMIKIRAN 18 للهلاك والدمار كالزلازل والخســوف والأوبئة فلحكمة قضــى جل جلاله بذلك، ليس في ذلك يبر من . إذا فيجب الرضـــا بقضـــائه الذي فيه كل الحكمة عرفنا وجه الحكمة فيه لم أم نعرف) (البوطي :الإنسان مسير أم مخير، ص224( والأمـر الآخـر أن المصـيبة في الحقيقـة نتيجـة عمـل النـاس الإفسـادي في الحيـاة في كما قوله تعالى : )41( روماسورة فهي ثاني الإرشــاد الناس ال الى توبة والإنابة اليه تعالى وهي نوع من الجزاء المعجل حتى يرجع المؤمن الى ربه ويقر بخطئه ويســتيقظ من غفلته كما قال في االله كتابه الكريم 42( )الأنعامسورة ـ ۡ ٱ ِ ُ َ ـد َ ۡ َ ٱ َـ َ ِسـ ۡ ِـي ٱ َ ۡ َ َ ـ َ ـَ ِ ِ ۡـ َ ۡ َٱ ِ و َّ َ ُن ِ ۡ َ ۡ ُ َ َ ْ ا ُ ِ َ ِي َ ٱ ۡ َ ُ َ ِ ُ ِ َ ُن َ َ َ ۡ ُ َ َ ءِ ٓ ا ٱَ ءِ و ٓ َ ۡ َ ۡ ِ ُ ٰ َ ۡ َ َ َ


AKIDAH DAN PEMIKIRAN PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 19 ً فالمؤمن إذا ابتلي فصـبر وتنبه قد ما إلى عمل ال من ذنوب ، فتاب إلى االله متضـرعا ً لإنقاذ له االله من هذه ً راجيا المغفرة من االله وت قرب إليه فإن هذا ســـيكون ســـببا وســببا لتكفير الســيئات من عند نفســه ولرفع درجاته عند االله ســبحانه ً المصــيبة وتعالى في كما الحديث عن أبي ســعيد الخدري وأبي هريرة رضــي االله تعالى عنهما أما سمعا رسول االله صلى االله عليه وسلم يقول: َ ُ ام ِصـيب َ ي ا ُ ِمن ْ َ م ِمـن ُـؤ َ ص ، َ ٍ ـب و و َ لا ٍ ـب َ َ ن ، َص و َ لا ٍم َ َ س ، َـق و َ لا ٍن َ َـز ح ى ّ حت ِ َم ُ اه ه م َ ه ُ ، َ إلا ِر ّ ف ِِه ُ ِِه ِمن ِئات ب ّ َ س ( رواه مسلم ) هذا هو موقف المؤمن من وباء فيروس كورونا المســـتجد 19-COVID من ً وجوب ْالأخذ بالأسباب الوقائية والعلاجية. الايمان بأنه قدر من االله تعالى ، ثم أولا  فشــأن المؤمن في هذا الرضــا بما ِ ثم الثقة بأن الله تعالى حكمة بالغة ذه المصــيبة، قدر .له االله إذا اســتقر في هذا عقيدة المؤمن فإنه علي المنهج الســليم للتعامل مع هذا الوباء ويترتب عليه الفهم الســديد والتصــرف الصــحيح ما نحو يجده من مثل هذا الابتلاء في حياته.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAMAKIDAH DAN PEMIKIRAN 20 TEORI KONSPIRASI ANTI VAKSIN COVID-19 DI MALAYSIA Mohd Shairawi bin Mohd Noor Pengenalan Dewasa ini pendekatan memahami ilmu berlandaskan epistemologi pasca modenisme menimbulkan prasangka terhadap pengetahuan tradisi sedia ada sebagai sesuatu yang tidak tetap, tidak meyakinkan dan tidak muktamad. Hal yang demikian menimbulkan suasana skeptisisme, subjektivisme dan relativisme. Skeptisisme ialah keraguan ilmu, subjektivisme iaitu kebenaran yang terhad menurut perspektif, relativisme iaitu penolakan kebenaran


AKIDAH DAN PEMIKIRAN PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 21 mutlak serta syak wasangka terhadap asas ilmu melalui pancaindera, akal atau wahyu. Begitu juga teori konspirasi terhadap pandemik COVID-19 memberi impak yang negatif dalam ketidakpercayaan masyarakat terhadap pihak berautoriti serta disusuli dengan tindakan yang salah. Dalam pada itu teori konspirasi turut menafikan kepentingan vaksin atas pelbagai alasan. Justeru penerimaan teori konspirasi anti vaksin tanpa kritikan menunjukkan kelemahan dalam kalangan masyarakat Islam. Teori Konspirasi Perkataan konspirasi bermakna kesepakatan khusus untuk melakukan suatu kejahatan melawan pemerintah atau sesebuah negara (Duzi, 2008). Konspirasi juga bermaksud rancangan rahsia untuk melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang terutamanya yang berbaur politik (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2016). Hal yang demikian memberi kefahaman bahawa konspirasi merupakan sebuah perencanaan jahat yang dilakukan oleh manusia tentang perebutan kuasa daripada suatu pemerintah, kelompok, komuniti atau perubahan dalam suatu hukum. Manakala teori konspirasi pula bermaksud penjelasan berkenaan fakta atau kejadian yang didakwa dalam tindakan sebuah organisasi kecil yang berfungsi secara rahsia (Millson, 2020). Jumlah teori konspirasi yang banyak menunjukkan nilai kualiti yang rendah (Van Prooijen & Song, 2020). Hal ini menunjukkan keterbukaan pandangan yang tidak terkawal dalam menilai kesahihan teori konspirasi.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAMAKIDAH DAN PEMIKIRAN 22 Pernyataan di atas memperlihatkan perbezaan antara konspirasi dan teori konspirasi. Kedua-dua terma tersebut mempunyai perbezaan perspektif yang disusuli dengan interaksi yang berbeza. Konspirasi diperakui wujud dan dibuktikan melalui dokumen, siasatan kerajaan dan pemecah maklumat. Berbeza dengan teori konspirasi yang digubal berdasarkan kecenderungan corak pemikiran yang bermasalah bagi menjejaki kesahihan suatu maklumat. Teori konspirasi didapati mempunyai pembawaan untuk melanjutkan spekulasi dalam fakta-fakta yang dibentangkan oleh pihak autoriti (Lewandowsky & Cook, 2020). Dalam pada itu konspirasi kepada masyarakat Islam merupakan perkara yang telah berlaku sejak zaman Rasulullah . Hal yang demikian didapati dalam konspirasi masyarakat Quraisy kepada Rasulullah (Khitab, t.t.), konspirasi Yahudi kepada Rasulullah , konspirasi orang-orang munafik (Al-Nadawi, t.t.) dan sebagainya. Demikian pula pelbagai usaha daripada orang kafir untuk menentang Islam, namun semuanya mengalami kegagalan kerana Allah sentiasa menjaga agama-Nya. Konspirasi Yahudi Teori konspirasi mempunyai pertautan dengan Yahudi yang mencatur politik dunia. Tabiat buruk Yahudi merupakan hasil daripada kepercayaan kepada kitab Taurat yang telah diselewengkan. Sifat-sifat ini juga dimiliki Yahudi moden yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan gerakan Zionis (Habannakah al-Maydani, 1978). Teori konspirasi Yahudi


AKIDAH DAN PEMIKIRAN PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 23 muncul melalui konflik di Israel dan Palestin (Reid, 2010). Peranan Israel dalam mencetus krisis di Terusan Suez mengakibatkan penjajahan Palestin berlangsung sehingga hari ini. Selain itu terdapat pendapat bahawa peranan Yahudi dalam Zionis antarabangsa yang mengasaskan institusi kesihatan seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Hal ini mengaitkan vaksinasi melalui konspirasi Zionisme untuk menguasai dunia yang dikenali sebagai New World Order. Penyebaran teori konspirasi Yahudi bertujuan untuk melemahkan generasi masa depan masyarakat Islam melalui pemberian vaksinasi (Swami, 2012). Terdapat andaian vaksin COVID-19 yang menggunakan messenger RNA (mRNA) akan menyebabkan molekul ini masuk ke dalam nukleus dan merosakkan DNA manusia. Di samping itu, muncul pendapat bahawa Yahudi meraikan kemunculan Dajal melalui vaksinasi yang mampu mencair dan masuk ke dalam badan manusia. Pandangan ini turut digunakan sebahagian masyarakat Islam melalui petikan hadis Dajal yang mencair seumpama garam melarut dalam air. Sedangkan hadis ini menunjukkan peristiwa dalam siri-siri pertembungan antara Dajal dan Nabi Isa . Begitu juga hadis ini menghuraikan Dajal dibunuh oleh Nabi Isa sebelum berlaku pencairan tersebut (Al-Qari, 2002). Fakta menunjukkan Israel adalah negara yang paling banyak memberi vaksin iaitu meliputi 75% daripada jumlah keseluruhan rakyatnya. Hal ini menyebabkan penolakan


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAMAKIDAH DAN PEMIKIRAN 24 terhadap Yahudi berkembang di negara-negara majoriti masyarakat Islam dengan usaha-usaha seperti pemboikotan, membela masyarakat Islam dan sebagainya (Junardi Harahap, 2005). Oleh yang demikian teori konspirasi Yahudi menjadi popular dalam kalangan masyarakat Islam. Berdasarkan konspirasi Yahudi menunjukkan masyarakat Islam perlu menekuni semula sejarah untuk kembali mencorak kehidupan dunia. Pengetahuan yang benar dan pendidikan yang komprehensif merupakan agenda utama dalam pembentukan masyarakat Islam (Al-Qaradawi, 2005). Masyarakat Islam dilarang menjauhi jemaah yang berpaksikan Ahli Sunnah wa al-Jamaah. Kefahaman Ahli Sunnah wa al-Jamaah menolak tuduhan bahawa pihak autoriti seperti mufti tidak mengambil laporan lengkap dan hanya mendengar sebelah pihak sahaja dalam isu pandemik COVID-19. Menurut Ahli Sunnah wa al-Jamaah wajib mentaati keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan dalam isu keharusan vaksinasi ini demi maslahat ummah. Keterikatan berpegang dengan Ahli Sunnah wa al-Jamaah menyuburkan semangat keislaman secara kolektif dalam menghadapi cabaran musuh Islam (Sayyid Muhammad Nuh, 1998). Hal yang demikian membawa kesedaran ke arah kesepakatan dan kesatuan dalam kalangan masyarakat Islam. Konspirasi Anti Vaksin Teori konspirasi juga cenderung dikaitkan dengan penolakan terhadap bukti dan penelitian sains. Kecenderungan penolakan sains ini memberi implikasi


AKIDAH DAN PEMIKIRAN PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 25 kepada penolakan terhadap vaksin (Hornsey et al., 2018). Perkara ini dapat dilihat melalui kritikan terhadap sains yang dianggap sebagai ilmu sihir yang digunakan Iluminati untuk memperhambakan manusia. Teori konspirasi anti vaksin menyatakan bahawa industri vaksin merupakan perusahaan yang berorientasikan keuntungan dengan alasan melindungi manusia. Keadaan ini membawa kepada kegiatan memalsukan data seperti menyembunyikan kesan sampingan vaksin dan menampilkan statistik tentang keberkesanan vaksin (Jolley & Douglas, 2014). Terdapat juga andaian bahawa Bill Gates menggunakan vaksin yang mengandungi cip mikro untuk mencuri data dan mengawal penduduk dunia. Begitu juga pendapat bahawa logam yang terdapat dalam vaksin bertindak sebagai antena manusia untuk menyebarkan virus melalui gelombang elektromagnetik. Namun teori konspirasi ini menjalani tempoh waktu yang lama tanpa bukti saintifik. Teori anti vaksin muncul seawal abad ke-19 semenjak vaksinasi besar-besaran yang pertama bagi penyakit smallpox di England. Hal ini berbeza dengan teori konspirasi lain yang terbukti dalam tempoh yang pendek. Hal yang demikian menyebabkan teori konspirasi anti vaksin tidak mampu menjadi sumber kebenaran yang berautoriti (Lewandowsky & Cook, 2020). Justeru, teori konspirasi anti vaksin merupakan sumber alternatif bagi kebenaran sekiranya tidak melanggar kaedah saintifik yang disepakati melalui protokol atau undang-undang. Di samping itu, sebahagian teori konspirasi anti vaksin bertentangan dengan fakta semasa. Perkara ini dapat


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAMAKIDAH DAN PEMIKIRAN 26 dilihat dalam percanggahan kritikan terhadap teori seperti vaksin tidak halal, penyakit sedia ada akan semakin parah akibat vaksin, doktor-doktor terlibat dalam konspirasi dan sebagainya. Hal yang demikian menimbulkan suasana prasangka yang tinggi. Prasangka tersebut perlu diteliti bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar (Ibn Hajar, 2000). Perkara ini juga bertentangan dengan prinsip asas dalam penetapan ilmu sebagai sesuatu yang wujud dan konsisten. Ilmu juga bukan perkara khayalan, andaian, sangkaan atau mainan minda sahaja (Al-Baghdadi, 1988). Selain itu, sebahagian teori konspirasi anti vaksin tidak mempunyai kaitan secara penyaksian melalui pancaindera seperti melihat, mendapat maklumat secara perkhabaran yang benar dan melalui akal (Al-Taftazani, 1998). Oleh yang demikian, sebahagian teori konspirasi anti vaksin tidak mencapai tahap pengetahuan dengan yakin mengenai sesuatu sebagaimana hakikat sesuatu itu berdasarkan hujah. Sunnatullah Pandemik COVID-19 Pengetahuan sesuatu ilmu mengandungi konsep yang dibatasi sekadar pendapat dan konsep yang memiliki kepastian. Ilmu yang datang dari pendapat merupakan suatu ketidakpastian terutama pemerhatian dan pemikiran yang menyimpang daripada kebenaran (Syed Muhammad Dawilah al-Edrus, 1999). Manakala menerusi proses ijtihad dan himpunan para ilmuwan berautoriti memutuskan sesuatu prasangka kepada keyakinan yang bersifat relatif dan jauh daripada keraguan (Wan Mohd. Nor Wan


AKIDAH DAN PEMIKIRAN PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 27 Daud, 1994). Sementelahan itu, musibah menurut Islam merupakan kebenaran yang pasti. Kepastian dalam mengalami musibah adalah selari dengan Sunnatullah yang terjadi dengan izin Allah semata-mata (Ibn Manzur, 2010). Hal yang demikian menunjukkan pandemik COVID-19 merupakan musibah yang benar dalam bentuk wabak penyakit yang tersebar ke seluruh wilayah, benua atau dunia. Sejarah mencatatkan pandemik dalam negara Islam seperti Taun Amawas pada tahun 18H/693M, Taun al-Jarif pada tahun 69H/688M, Taun Fatayat atau al-Ashraf pada tahun 87H/705M, Taun Adiy bin Arta’ah pada tahun 100H, Taun Ghurab pada tahun 127H dan Taun Muslim bin Qutaybah pada tahun 131H/748M (Ibn Qutaybah, 1996). Pada tahun 571H berlaku taun di Maghribi dan Andalus yang mengorbankan nyawa ramai rakyat sehingga mencecah seramai 190 ribu orang (Al-Sallabi, 2020). Berlaku lagi pandemik dalam dunia Islam beberapa siri taun pada tahun 656H di Baghdad (Ibn Kathir, 1988). Kemudian berlaku Taun al-A’zam pada tahun 784-795H di wilayah Syam. Sejarah memperlihatkan pandemik bukan perkara baharu dalam tamadun manusia. Berlaku pandemik Antonine Plague di Mesir, Greek dan Itali pada tahun 165M ketika peperangan tentera Rom dengan kerajaan Mesopotamia (Elliott, 2016). Begitu juga pandemik The Plague Of Justinian pada tahun 541M di Pelusium yang merebak ke seluruh wilayah Byzantium dan Eropah


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAMAKIDAH DAN PEMIKIRAN 28 hingga Parsi selama 12 tahun (Dols, 1974). Seterusnya pandemik The Black Death di benua Eropah, Afrika dan Asia antara tahun 1346-1353M yang mengakibatkan seramai 75 juta nyawa manusia terkorban (Cantor, 2014). Bahkan juga dunia moden merekodkan pelbagai wabak seperti EBOLA, SARS, Rabies, Denggi, Influenza, Cacar dan sebagainya. Kesedaran Vaksinasi Sains perubatan moden berorientasikan Barat menunjukkan bidang perubatan menjurus kepada kajian, pengamatan, pengalaman dan saintifik. Perkembangan sains perubatan moden dalam dunia Islam tidak bertentangan dengan para ilmuwan Islam melainkan terdapat unsur-unsur yang melanggar batas-batas wahyu (Al-Qaradawi, 1994). Islam juga tidak menolak sepenuhnya bekerjasama dengan Barat dalam sains perubatan moden sebagai batasan urusan keduniaan berbanding persoalan akidah (Ibn ‘Asyur, 1984). Sejarah mencatatkan kerajaan Islam Turki Uthmaniyah juga menerapkan vaksinasi bagi melawan jangkitan smallpox. Negara lain seperti Palestin dan Afrika Utara turut mengamalkan kaedah ini pada kurun ke-17 sebelum penemuan vaksin di Barat pada kurun ke-19. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan terdapat mafsadah ringan iaitu kesan sampingan selepas suntikan vaksin, namun fatwa mengharuskan vaksinasi kerana ia mendatangkan maslahat yang lebih besar kepada manusia sejagat (Norhidayah & Saadan, 2017). Hal yang demikian membawa erti bahawa


AKIDAH DAN PEMIKIRAN PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 29 sains perubatan membantu masyarakat Islam memenuhi perintah Allah dan Rasulullah dalam menghadapi suasana pandemik COVID-19. Seperti yang sedia maklum, masyarakat Islam dituntut menerapkan norma kehidupan baharu menerusi amalan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19. Di samping itu, penghasilan vaksin COVID-19 berfungsi sebagai agen pencegahan penyakit kerana membantu meningkatkan imunisasi tubuh badan. Pendekatan ini juga selari dengan tuntutan Islam yang bersifat preventif (Irwan, 2016). Proses pengekangan wabak merupakan usaha menyempurnakan hakikat tauhid dalam mengamati takdir tanpa merosakkan tawakal kepada Allah (Al-Jawziyah, 1986). Hal demikian juga termasuk dalam isu penjagaan nyawa melalui pengawalan peruntukan undang-undang atau hukuman yang memberi jaminan kepada kehidupan manusia (Al-Ghazali, 1997). Justeru, penjagaan kesihatan melalui vaksin COVID-19 adalah hak tubuh badan yang perlu ditunaikan sebagai amanah bagi memelihara nyawa. Penutup Terdapat konspirasi yang diperakui benar namun bilangannya sangat kecil. Sedangkan majoriti teori konspirasi adalah khabar angin dan mitos yang disebarkan oleh kelompok berkepentingan. Selain itu, terdapat teori konspirasi yang menjadi spekulasi berpanjangan. Begitu juga terdapat teori


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAMAKIDAH DAN PEMIKIRAN 30 konspirasi yang lain lenyap begitu sahaja. Walau bagaimanapun, kesedaran terhadap teori konspirasi perlu diteliti kerana tanpa kritikan yang jelas akan menyebabkan pengaruh teori konspirasi anti vaksin dalam kalangan masyarakat Islam semakin tinggi. Kepastian pandemik COVID-19 menolak teori konspirasi anti vaksin menerusi konsep pendapat majoriti, ijmak atau pendapat jumhur ilmuwan yang berautoriti. Sikap mementingkan diri sendiri menerusi kepercayaan terhadap teori konspirasi anti vaksin berbanding kepentingan kesihatan masyarakat menunjukkan sikap bertentangan dengan Islam. Pengambilan vaksin mencegah individu dan melindungi kelompok masyarakat Islam yang lain. Hal yang demikian juga selari dengan memelihara nyawa dalam perspektif maqasid syariah.


Click to View FlipBook Version