IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 131 wujud keuzuran syarie yang menghalang kesempurnaan tersebut. Maka di sini dapat dilihat betapa luasnya rahmat Allah dalam mengurniakan kesempurnaan pahala meskipun suatu ibadah itu tidak dapat disempurnakan atas sebab halangan. Penutup Umumnya, meskipun PKP dan PKPB telah mengehadkan banyak aktiviti ibadah di masjid dan surau, namun ia bukan satu halangan ke atas umat Islam untuk terus beristiqamah dalam ibadah di premis masing-masing. Aktiviti-aktiviti ibadah ini boleh dimeriahkan bersama keluarga di rumah seperti solat berjemaah, bacaan al-Quran dan aktiviti secara dalam talian bersama masyarakat di luar sana. Sebagai contoh tazkirah, kuliah agama dan daurah ilmu yang dianjurkan oleh pihak masjid sendiri. Dalam masa yang sama tidak perlu risau terhadap kekurangan pahala dan ganjaran kerana nas-nas syarak telah memberi isyarat yang sangat jelas bahawa suatu keuzuran syarie sama sekali tidak meluputkan fadilat ibadah itu. Selain itu, umat Islam disaran agar terus berusaha menyempurnakan ibadah sebaik mungkin seperti perintah Allah agar hamba-Nya sentiasa bertakwa semampu mungkin. Para ulama meletakkan syarat seseorang itu mendapat pahala penuh seperti yang dijanjikan bahawa amalan itu sudah biasa
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 132 dilakukan sebelum datang keuzuran dan amalan itu hendaklah dipenuhi tuntutan sunatnya sedaya mungkin. Segala amalan yang terhalang oleh keuzuran hendaklah diusahakan di rumah agar dapat dipastikan supaya ganjaran sebenar tidak berkurangan sedikit pun. Penjarakan saf dalam solat berjemaah dilihat masih lagi wajar untuk diaplikasikan selagi penularan COVID-19 masih belum berjaya dikekang. Ini kerana penjarakan saf bertepatan dengan salah satu daripada objektif syariah iaitu menjaga nyawa dan kesihatan tubuh badan. Bahkan dari segi hukum ia dibenarkan di sisi fuqaha selagi ada keuzuran. Begitu juga penjarakan saf tidak dikira sebagai kecuaian individu sehingga meluputkan fadilat atau pahala berjemaah dan penyempurnaan saf. Namun ia merupakan suatu keperluan mendesak atas tuntutan agama. Apa yang lebih penting ialah terus istiqamah dalam menunaikan ibadah dengan menghidupkan sunat-sunatnya sedaya mungkin di samping menjaga SOP yang telah ditetapkan agar mendapat ganjaran dan rahmat Allah Yang Maha Luas secara berterusan.
IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 133 Rujukan Ayi Yunus Rusyana and Supriyadi, Dedi Khosim, Ali and Nugroho, Fahmi Hasan. (2020). Fatwa Penyelenggaran Ibadah Di Saat Pandemi COVID-19 Di Indonesia Dan Mesir. Digital Library UIN Sunan Gunung Jati. Air Times. (2021). Semua Aktiviti Masjid dan Surau dibenarkan. Diakses pada Mac 2021 daripada https://www.airtimes.my/2020/06/19/ semua-aktiviti-masjid-dan-surau-dibenarkan/. Diterbitkan pada 12 Januari. Al-‘Aini, Mahmud bin Ahmad. (t.t.). Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari (ed. 1, jld. 14). Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi. Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. (1422H). Sahih al-Bukhari. (ed. 1). Beirut: Dar Tuq al-Najah. Al-Haitami, Ahmad bin Muhammad bin Hajar. (1983). Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj wa Hawashi al-Syarwani wa al-‘Ubadi. (ed. 1, jld. 2). Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-Arabi. Al-Mudzhari, al-Husain bin Mahmud. (2012). Al-Mafatih fi Syarh al-Masabih (ed. 1). Kuwait: Wizarah al-Awqaf al-Kuwaitiyyah. Al-Nawawi, Yahya bin Syarf. (t.t.). Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (ed. 2, jld. 13). Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi. Al-Qari, Ali bin Sultan Muhammad. (1442h). Mirqah al-Mafatih Syarh Misykah al-Masobih (ed. 1, jld. 3). Beirut: Dar al-Fikr. Al-Ramli, Muhammad bin Ahmad. (1984). Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj wa Hasyiah al-Syubramallisi. (ed. 1, jld. 2). Beirut: Dar al-Fikr. Al-Syafi’ie, Muhammad bin Idris. (t.t.). Kitab al-Umm (ed. 1, jld. 2). Beirut: Dar al-Ma‘rifah.
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 134 Al-Zuhaili, Dr. Muhammad. (2011). Al-Mu'tamad fi al-Fiqh al-Syafi'ie. (ed. 3, jld. 2). Damsyik: Dar al-Qalam. Al-Zuhaili, Dr. Wahbah. (1428H). Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. (ed. 4). Damsyik: Dar al-Fikr. Ba ‘Ishin, Sa’id bin Muhammad. (2004). Busyra al-Karim bi Syarh Masail al-Ta'lim. (ed. 1). Jeddah: Dar al-Minhaj. Berita Harian. (2021). Solat Jumaat, fardu di negeri PKP terhad ahli jawatankuasa masjid. Diakses pada Mac 2021 daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/775801/sola t-jumaat-fardu-di-negeri-pkp-terhad-ahli-jawatankuasa-masjid. Diterbitkan pada 12 Januari. Berita Harian. (2021). Kronologi pelaksanaan fasa PKP. Diakses pada Mac 2021 daripada https://www.bharian.com.my/berita/ nasional/2021/01/775155/kronologi-pelaksanaan-fasa-pkp. Diterbitkan pada 12 Januari. Ibn al-Jawzi, Abdul Rahman bin Ali. (t.t.). Kasyf al-Musykil min Hadith al-Sahihain (ed. 1, jld. 3). Riyadh: Dar al-Watan. Ibn Battal, Ali bin Khalaf. (2003). Syarh Sahih al-Bukhari. (ed. 2, jld. 5). Riyadh: Maktabah al-Rusyd. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020). Kemaskini Negeri COVID-19 di Malaysia Sehingga 17 Mac 2021. Diakses pada Mac 2021 daripada http://covid19.moh.gov.my/terkininegeri/2021/03/kemaskininegeri-covid-19-di-malaysia-sehingga-17032021. Diterbitkan pada 17 Mac. Mohd Hapiz Mahaiyadin, Zakiah Samori (2020). Kawalan Penularan Wabak Merbahaya Menurut Perspektif Siasah Syar'iyyah. Journal of Fatwa Management and Research, 26-48. Muhammad Safwan Harun, Luqman Hj Abdullah, Syed Mohd Jeffri, Mohd Farhan. (2020). Analisis Larangan Aktiviti Keagamaan Di Masjid
IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 135 Dalam Peruntukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Berdasarkan Parameter Maqāṣid al-Sharī‘Ah. Jurnal Fiqh, 232-266. Muslim bin Hajjaj. (t.t.). Sahih Muslim. (ed. 1). Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-Arabi. Wizarah al-Awqaf wa al-Shu’un al-Islamiyyah al-Kuwaitiyyah. (1427h). Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (ed. 2, jld. 11 & 30). Kuwait: Dar al-Salasil
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 136 KESIHATAN
KESIHATAN KESIHATAN 137 VAKSIN COVID-19 Siti Falihah binti Yaakob Pengenalan Kesihatan awam merupakan prioriti utama polisi kerajaan. Selaras dengan itu, pelbagai usaha dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kesihatan masyarakat. Antaranya adalah program vaksinasi, iaitu pengambilan suntikan vaksin khususnya imunisasi terhadap kanak-kanak. Ini berikutan penularan pelbagai jenis penyakit yang mendatangkan risiko terhadap nyawa kanak-kanak. Bermula Mac 2020, perbincangan berkenaan vaksinasi semakin menjadi tumpuan masyarakat Malaysia disebabkan
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 138 penularan wabak COVID-19 yang boleh menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan sehingga membawa kepada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk. Penyakit ini juga boleh membawa kepada kematian (Sinar Harian, 2021). Oleh itu, penggunaan vaksin COVID-19 merupakan antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk menghentikan pandemik COVID-19. Kronologi Vaksin di Malaysia Bagi mendapatkan bekalan vaksin yang mencukupi, kerajaan telah mengambil tindakan bersepadu dan tersusun dalam perolehan vaksin. Antaranya dengan memanfaatkan hubungan diplomasi dan kerjasama strategik antarabangsa dengan negara, syarikat pengeluar vaksin serta badan dan gabungan kesihatan dunia (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19, 2020).
KESIHATAN KESIHATAN 139 Pada April 2020, kerajaan telah melaksanakan pendekatan pelbagai hala (multi-pronged approach) menerusi diplomasi sains yang digerakkan secara bersama antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Luar Negara (KLN) dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Pendekatan ini bagi membolehkan negara Malaysia memperolehi jaminan askes kepada bekalan vaksin COVID-19 yang sedang giat dibangunkan di seluruh dunia (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19, 2020). Dalam mendukung aspirasi nasional dan usaha solidariti global ke arah memerangi pandemik COVID-19, Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah dengan melaksanakan kerjasama strategik antarabangsa sama ada secara multilateral (hubungan antarabangsa yang menunjukkan kerja sama antara beberapa negara) atau bilateral (perjanjian yang berlaku antara dua pihak). Kerjasama ini dilaksanakan sebagai salah satu cara kerajaan untuk mempelbagaikan pilihan perolehan vaksin kepada negara serta mengurangkan kebergantungan kepada satu sumber sahaja (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19, 2020). Pada 13 November 2020, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menyertai Vaccine Global Accsess facility (COVAX). COVAX merupakan salah satu inisiatif global yang dilancarkan oleh Global Alliance for Vaccines and Immunisation (GAVI), Coalition for Epidemic Preparedness Innovation (CEPI) dan World Health Organization (WHO). Ia bertujuan memberikan akses di peringkat global melalui diagnostik, rawatan dan
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 140 vaksin yang saksama bagi mengambil pendekatan multilateral yang membuka ruang kepada negara mempelbagaikan pilihan vaksin serta mengurangkan risiko daripada memberikan tumpuan kepada kaedah bilateral sahaja dalam perolehan vaksin COVID-19. Selain itu, penyertaan Malaysia ke dalam fasiliti ini akan memberi jaminan bekalan vaksin untuk 10% rakyat Malaysia. Seterusnya, pada 24 November 2020, Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kesihatan telah menandatangani perjanjian awal dengan syarikat farmaseutikal Pfizer untuk mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 sebanyak 12.8 juta dos bagi menampung keperluan imunisasi untuk 20% atau 6.4 juta rakyat Malaysia. Oleh itu, kedua-dua perjanjian ini dijangka dapat menjamin akses vaksin COVID-19 kepada 30% rakyat Malaysia (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19, 2020).
KESIHATAN KESIHATAN 141 Pada 22 Disember 2020 pula, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa kerajaan baru sahaja menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca bagi perolehan sebanyak 6.4 juta atau sebanyak 10% dos tambahan. Menerusi tiga perjanjian yang telah dilaksanakan bersama fasiliti COVAX, syarikat Pfizer dan syarikat AstraZeneca, kerajaan sudah pun mempunyai sebanyak 40% jaminan bekalan vaksin. Sehingga Februari 2021, Kerajaan Malaysia masih dalam proses rundingan akhir dengan Sinovac, CanSino dan Gamelaya bagi mendapatkan penambahan jaminan bekalan vaksin melebihi 80% jumlah populasi negara atau 26.5 juta. Bekalan vaksin daripada kelima-lima pembekal ini dijangka akan diterima oleh negara Malaysia secara berperingkat bermula Februari 2021 dan akan diberikan kepada rakyat Malaysia secara berfasa mengikut kepada turutan kumpulan sasaran (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19, 2020). Definisi Vaksin dan Kepentingannya Vaksin berasal daripada bahasa latin iaitu vacca (sapi) dan vaccinia (cacar sapi). Vaksin mengandungi antigen yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus, bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh serta membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus (Yeong May Luu, 2015). Umumnya, pengambilan vaksin adalah penting untuk melindungi diri terutamanya golongan yang berisiko tinggi. Apabila sebahagian besar
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 142 masyarakat telah dilindungi dari jangkitan sesuatu penyakit dengan pencegahan daripada vaksin, maka bakteria atau virus akan sukar untuk menjangkiti individu. Oleh itu, semua lapisan masyarakat akan dilindungi daripada jangkitan penyakit tersebut. Kawalan ini dinamakan sebagai imuniti kelompok. Imuniti kelompok hanya akan dapat dicapai dengan liputan imunisasi yang tinggi. Hal ini demikian kerana, ia berfungsi untuk melindungi individu yang tiada perlindungan imunisasi dan berisiko untuk mendapat jangkitan bakteria atau virus tersebut. Oleh kerana itu, imunisasi bukan sahaja dapat melindungi diri, malahan ia dapat melindungi seluruh keluarga, masyarakat dan negara. Justeru, tanggungjawab untuk melindungi mereka yang tidak sesuai menerima imunisasi seperti kanakkanak, orang tua, pesakit kanser atau pesakit HIV-Positif daripada mendapat jangkitan (Yeong May Luu, 2015). Jenis-jenis Vaksin Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) (2020), terdapat tiga jenis vaksin yang digunakan bagi mengawal pandemik COVID-19: 1. Vaksin yang dibuat menggunakan teknologi messenger RNA (mRNA). Vaksin ini dikembangkan oleh syarikat farmasi Pfizer di Amerika Syarikat serta syarikat BioNTech dari Jerman. Messenger RNA (mRNA) merupakan teknologi baru yang digunakan dalam pembuatan vaksin dan berbeza dengan penggunaan vaksin tradisional yang dihasilkan dari virus yang dilemahkan atau
KESIHATAN KESIHATAN 143 dimatikan. Penggunaan vaksin mRNA tidak akan mengubah DNA seorang individu kerana ia mengandungi messenger RNA (mRNA) yang memberi kod untuk protein khusus untuk permukaan pathogen COVID-19. Badan manusia menggunakan mRNA ini untuk membina salinan proteinnya sendiri yang mana sistem imun bertindak balas dengan menghasilkan antibodi yang memberikan perlindungan sekiranya orang itu dijangkiti penyakit COVID-19. Antara vaksin yang menggunakan mRNA adalah vaksin Moderna dan vaksin Pfizer-BioNTech. 2. Vaksin Vektor Virus. Vaksin ini mengandungi virus yang telah diubah suai untuk menyampaikan kod genetik antigen serta bertindak untuk menghasilkan protein sasaran oleh sel manusia. Selain itu, Vektor Virus menggunakan virus pembawa (vektor) yang tidak berbahaya bagi menyampaikan bahan genetik virus sasaran untuk merangsang tindak balas imun manusia. Antara vaksin yang menggunakan Vektor Virus adalah AstraZeneca, CanSino Biologics, Johnson & Johnson dan Sputnik V. 3. Virus nyahaktif. Virus ini telah dimatikan menggunakan suhu yang tinggi, bahan kimia atau radiasi. Antara vaksin yang menggunakan virus ini adalah Sinovac. Ia sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah. Ketiga-tiga jenis vaksin ini mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk mencetuskan tindak balas penerimaan imuniti dalam tubuh badan individu bagi melawan penyakit berjangkit.
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 144 Peringkat Penerimaan Vaksin JKJAV (2020) telah menyatakan bahawa pengambilan vaksin merupakan kaedah yang mudah, selamat dan berkesan untuk melindungi individu daripada penyakit berjangkit. Vaksinasi menjadikan sistem ketahanan badan lebih kuat serta pengambilannya tidak menyebabkan jangkitan kerana ia mengandungi kuman atau virus yang dimatikan atau dilemahkan. Bagi mencapai tahap imuniti kelompok, Kerajaan Malaysia melalui dasar vaksinasi COVID-19 telah mengambil pendekatan untuk memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada populasi rakyat Malaysia yang dewasa menerima vaksin sebelum Februari 2022 untuk mengurangkan penularan jangkitan COVID-19. Menerusi program vaksinasi COVID-19, Kerajaan Malaysia telah menetapkan tiga strategi pemberian vaksin secara berperingkat berdasarkan kumpulan sasaran yang berikut: 1. Kumpulan Pertama: Petugas barisan hadapan yang merupakan kakitangan kesihatan, petugas penjaga pusat warga emas, polis, tentera, imigresen dan bomba. Ini bertujuan memastikan sektor kesihatan beroperasi pada tahap optimum. Bagi kumpulan pertama, pemberian vaksin akan bermula daripada Februari 2021 hingga April 2021. 2. Kumpulan Kedua: Individu berumur lebih daripada 60 tahun serta individu yang menghidap penyakit kronik seperti hipertansi, diabetes, penyakit jantung dan penyakit saluran pernafasan. Bagi
KESIHATAN KESIHATAN 145 kumpulan kedua, pemberian vaksin dijangkakan bermula pada April 2021 hingga Ogos 2021. 3. Kumpulan Ketiga: Individu dewasa yang berumur 18 tahun ke atas sama ada warganegara atau bukan warganegara. Pemberian vaksin dijangkakan bermula pada Mei 2021 hingga Februari 2022 serta keutamaan diberikan kepada penduduk yang tinggal di zon merah, kemudian diikuti zon kuning dan terakhir di zon hijau. Suntikan vaksin COVID-19 adalah selamat bagi majoriti masyarakat. Walau bagaimanapun, bagi individu yang mempunyai alahan teruk, ibu yang hamil dan menyusu, individu yang dikesan mempunyai positif COVID-19, individu yang mempunyai masalah imun serta kanak-kanak, kumpulan ini akan diberikan suntikan vaksin selepas data saintifik membuktikan bahawa penggunaannya adalah selamat dan tidak memberi kemudaratan kepada mereka (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19, 2020). Pendapat Para Ulama Berkenaan Vaksin Berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (Khas) yang bersidang pada 11 Februari 2021 memutuskan bahawa hukum penggunaan vaksin adalah harus kepada semua orang awam dan wajib bagi golongan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak malah hukum penggunaannya telah bermula sejak tahun 1988 lagi (Sahibus
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 146 Samahah Datuk Dr. Luqman Bin Haji Abdullah, 2021). Keputusan ini selaras dengan resolusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) ke-10 yang bersidang pada 3 Disember lalu (JAKIM, 2020). Selain Malaysia, institusi fatwa dunia turut memfatwakan keharusan penggunaan vaksin, antaranya adalah institusi terkemuka al-Azhar al-Sharif, Majlis Fatwa Kerajaan Emeriah Arab Bersatu dan Majma’ Fuqaha al-Syari’ah Amerika Syarikat (Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, 2020). Perkara ini selari dengan firman Allah : Maksudnya: “Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil).” Surah al-Baqarah (195) Menurut al-Jassas (1992), ayat ini mengandungi larangan daripada melakukan pembunuhan sama ada terhadap orang lain atau terhadap diri sendiri. Al-Maraghi (1934) menafsirkan bahawa janganlah seseorang membunuh temannya. Gaya bahasa ini menanamkan kesan yang kuat bagi melarang perbuatan tersebut selain menyedarkan betapa perlunya saling َ ـــ ا ِن ُا إ ــِ ْ َ أ َ َــ ِو ُ ْ َ ا ِ ْ إ ُ ْ ِ ــ َ ِ ُــا ْ ُ َ َ و َ ِِ ْ ُ ْ ا ِ ُ
KESIHATAN KESIHATAN 147 menolong, saling menanggung beban dan bersatu hati. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah daripada Nu’man bin Basyir : َ َ ت ْ َا اش ِذ َ ِد، إ َس ْ ُ ا َل ث َ ْ، م ِم ِه ُ َا ر َ ت َ ْ، و ِم ِفه ُ َاط ع َ َ ْ، و ِهم َاد و َ ِ ت َ ِمِن ْ ؤ ُ م ْ ُ ا َل ث َ م ُ ْ َا ِ و ر َ ه ِاس َ ِد ب َس ْ ُ ا ِر َ ائ َ س َا د َ ٌ ت ْ و ُض ُ ع ه ْ ِمن Maksudnya: “Perumpamaan kaum mukmin dalam sikap saling mencintai, mengasihi dan menyayangi, seumpama tubuh, jika satu anggota tubuh sakit, maka anggota tubuh yang lain akan susah tidur atau merasakan demam.” (Riwayat Muslim) Seorang yang membunuh orang lain akan dikenakan qisas atau hukum balas dan perbuatannya itu seolah-olah membunuh dirinya sendiri. Oleh itu, al-Quran mengajarkan bahawa tindakan jahat kepada orang lain sama dengan berbuat jahat kepada diri sendiri dan sesama manusia sama ada seagama, sebangsa atau sehaluan fahaman politik.
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 148 Ini juga bertepatan dengan ijmak daripada para ulama yang sepakat dengan kaedah fiqh: ُ َال ز ُ ي ُ َر َ ر اض Maksudnya: “Kemudaratan perlu dihilangkan.” (Zaidan, 2001) Oleh hal yang demikian, menjauhkan diri dari tempat-tempat yang dijangkiti virus sebagai langkah menjaga nyawa adalah termasuk juga di dalam kaedah yang tersebut. Walaupun suntikan vaksin COVID-19 akan memberikan kesan sampingan seperti sakit atau bengkak di tempat suntikan, demam, sakit kepala, sakit sendi dan rasa tidak sihat. Namun kesan sampingan ini adalah bersifat sementara dan pengambilannya tetap diteruskan kerana ia bertujuan untuk mengelakkan kesan mudarat yang lebih besar yang bakal berlaku sekiranya ia tidak diambil (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19, 2020). Hal ini sepertimana kaedah berikut: ِ إ َن د ْ َ ع َ أ ْ َ ظ ُ م ْ ا َ م ْ َف س َ د َ ْ ي ِ ِن ْب ت َ احِ الم ِ َ أ ْ د َ ُن اه َ ام
KESIHATAN KESIHATAN 149 Maksudnya: “Sesungguhnya menolak kerosakan yang lebih besar antara dua mafsadah dengan mengambil pertimbangan yang lebih ringan.” (Al-Subki,1991) Berdasarkan kaedah ini dapat difahami bahawa apabila bertembung dua keburukan maka mengambil keburukan yang lebih ringan kesannya. Justeru, dalam isu vaksinasi ini sekiranya benar terdapat kesan-kesan sampingan seperti demam-demam kecil dan seumpamanya (Yeong May Luu, 2015), maka pengambilannya tetap diteruskan kerana ia bertujuan untuk mengelakkan kesan mudarat yang lebih besar yang bakal berlaku iaitu penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat sehingga memberi kesan buruk kepada emosi individu, ekonomi negara serta peningkatan kes kematian (Muhammad Fahmi Rusli, 2016). Penutup Setelah membincangkan beberapa isu berkaitan vaksin, maka di sini penulis mengemukakan kesimpulan berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (2016) iaitu hukum pengambilan vaksin adalah diwajibkan berdasarkan kriteriakriteria berikut:
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 150 Justeru, ia merupakan satu kewajipan bagi ibu bapa dan individu yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk mengambil vaksin. Pandangan ini selari dan bertepatan dengan kaedah fiqh yang masyhur: َ َ لا ُ ر َ ْك ن ُ َ غ َ ي ُالأ ْ ر ح َ ِ َ ِ مب ت َ غ َ ي ِالأ ْ ر ز َ انم ِ Maksudnya: “Tidak diingkari berlakunya perubahan hukum-hakam (perkara yang berkait dengan adat dan juga maslahah) disebabkan perubahan zaman.” (Zaidan, 2001) Akhir kalam, marilah sama-sama menginsafi diri dengan merujuk setiap sesuatu itu kepada ahlinya (pakar). Jika sesuatu perkara itu berkaitan kesihatan maka sudah tentu pihak yang paling berautoriti adalah KKM. Semoga dengan sedikit pencerahan ini dapat memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada semua. 1. Berlakunya keperluan yang mendesak. 2. Ia telah pun diperakui melalui testimoni yang berkesan. 3. Elakkan bahan yang bersifat najis kecuali jika dalam keadaan terpaksa. 4. Ia terbukti mampu mengawal penyakit berjangkit. 5. Tiada kesan sampingan dan mudarat yang lebih besar berlaku kepada mereka yang disuntik dengan vaksin.
KESIHATAN KESIHATAN 151 Rujukan Al-Quran al-Karim. Abdul Karim Zaidan. (2001). Al-Wajiz fi Syarh al-Qawaid al-Fiqhiyyah. ed.1. Beirut: Muassah al-Risalah. Ahmad Ibn Ali al-Razi al-Jassas Abu Bakr. (1992). Ahkam al-Quran. ed.1. Beirut: Dar al-Ihya’ al-Kutub al-Arabiyyah Muassah al-Tarikh al-Arabi. Al-Maraghi, Ahmad bin Mustafa. (1946). Tafsir al-Maraghi. ed.1. Mesir: Syarikah al-Maktabah wa Matba’ah al-Babi al-Halabi wa Auladih bi Misr. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. (2020). Isu Penjarakan Fizikal Semasa Solat Berjemaah di Masjid dan Surau. Majalah Al-Bayan. Diakses pada 3 Mac 3 2021 daripada https://mira.gov.my/al-bayansiri-7/. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). (2020). Kenyataan Media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Berkenaan Hukum Penggunaan Vaksin COVID-19. Diakses pada 17 Februari 2021 daripada https://www.islam.gov.my/ms/kenyataanmedia/2386-kenyataan-media-menteri-di-jabatan-perdana-menterihal-ehwal-agama-berkenaan-hukum-penggunaan-vaksin-covid-19. Diterbitkan pada 23 Disember. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19. (2021). Diakses pada 17 Februari 2021 daripada https://www.vaksincovid.gov.my/pdf/Program_Imunisasi_COVID19_Kebangsaan.pdf. Diterbitkan pada 18 Februari. Yeong May Luu. (2015). Imunisasi: Fakta dan Kemusykilan. Diakses pada 17 Februari 2021 daripada http://www.myhealth.gov.my/imunisasifakta-dan-kemusykilan/. Diterbitkan pada 23 November.
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 152 Muhammad Fahmi Rusli. (2016). Bayan Linnas Siri Ke-59: Hukum Pengambilan Vaksin Dari Sudut Pandang Fiqh & Maqasid Syariah [Edisi Kemaskini]. Diakses Pada 17 Februari 2021 daripada https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/1163- bayan-linnas-siri-59-vaksin-sudut-pandang-dari-neraca-fiqhmaqasid-syariah. Diterbitkan Pada 13 Mei. Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman Bin Haji Abdullah. (2021). Kenyataan Rasmi PMWP Bil. 4/2021 - Hukum Pengambilan Vaksin COVID-19. Diakses pada 17 Februari 2021 daripada https://muftiwp.gov.my/sumber/kenyataan-media-pmwp/4670- kenyataan-rasmi-pmwp-bil-4-2021-hukum-pengambilan-vaksincovid-19. Diterbitkan pada 14 Februari. Taj al-Din al-Subki. (1991). Al-Ashbah wa al-Nazair. ed.1. Beirut: Dar al-Kutub al-Islamiyyah.
KESIHATAN KESIHATAN 153 KUARANTIN DAN PENJARAKAN FIZIKAL Siti Falihah binti Yaakob Pengenalan Pada 16 Mac 2020, peningkatan jangkitan COVID-19 semakin membimbangkan. Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat (YAB) Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan pandemik COVID-19. Bersama pengumuman ini, rakyat Malaysia dikehendaki mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) berpandukan nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sebagai contoh, pelaksanaan penjarakan fizikal serta sentiasa memakai pelitup muka sekiranya hendak keluar dari rumah. Walau bagaimanapun, isu berkenaan penyakit
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 154 berjangkit ini bukanlah perkara yang baharu kerana ia sudah lama berlaku semenjak zaman Rasulullah . Justeru, Islam telah menetapkan kaedah, langkah pencegahan dan menjelaskan kesan serta hikmah di sebalik musibah ini. Penularan Wabak dalam Sejarah Islam Dalam sejarah Islam, terdapat enam kejadian penularan wabak yang paling masyhur dan cara bagaimana mereka menanganinya. Ibn Qutaybah (1996) melaporkan antara wabak besar yang pernah melanda umat Islam ialah Taun Amawas yang berlaku pada 18H/693M. Taun al-Jarif yang berlaku pada 69H/688M. Taun Fatayat atau al-Asyraf yang berlaku pada 87H/705. Taun Adiy bin Arta’ah yang berlaku pada 100H. Taun Ghurab yang berlaku pada 127H dan Taun Muslim bin Qutaybah yang berlaku pada 131H/748M. Taun Amawas merupakan wabak yang menular pada tahun ke-18H yang berlaku di tanah Syam pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab . Wabak ini dinamakan Amawas kerana kemunculannya bermula dari sebuah perkampungan bernama Amawas yang terletak di antara Baitulmaqdis dan bandar Ramallah di Palestin. Taun Amawas dikatakan semakin merebak sehingga ke seluruh negeri Syam yang meliputi tanah Syria, Palestin, Lubnan dan Jordan selepas berlakunya peperangan antara tentera Islam dan tentera Rom. Hal ini demikian kerana, pertempuran tersebut telah mengorbankan ramai nyawa. Timbunan mayat yang telah dijangkiti Taun Amawas mereput dan virusnya tersebar melalui
KESIHATAN KESIHATAN 155 tiupan angin ke seluruh tanah Syam. Menurut catatan sejarawan Islam, wabak tersebut telah mengakibatkan kematian yang ramai dalam kalangan sahabat dan tokoh besar seperti panglima Islam sendiri iaitu Abu Ubaidah bin al-Jarrah, Mu'az bin Jabal, Yazid bin Abi Sufyan, al-Harith bin al-Hisyam, Suhail bin Amru dan Utbah bin Suhail (Al-Tabari, 1966; Ibn al-Imad, 1986; Ibn al-Wardi, 1996). Pada tahun ke-69H, bandar Basrah telah dilanda Taun al-Jarif yang berlaku pada zaman pemerintahan Abdullah bin Zubair. Taun ini dinamakan al-Jarif yang membawa makna menyapu kerana kesan daripada wabak ini telah menyapu (mengorbankan) ramai nyawa manusia sekitar 214 ribu orang walaupun taun ini menular dalam tempoh tiga hari sahaja (Ibn Kathir, 1988). Pada tahun ke-87H, satu wabak baru yang dikenali sebagai Taun Fatayat telah menyerang tanah Iraq dan Syam. Taun ini dinamakan Taun Fatayat yang membawa maksud remaja perempuan kerana pada permulaannya mangsa taun ini adalah dalam kalangan wanita dan remaja perempuan sebelum menyerang golongan lelaki. Tambahan lagi, taun ini juga dikenali sebagai Taun al-Asyraf yang bermaksud kelompok bangsawan kerana kebanyakan mangsa yang terkorban berasal daripada golongan ini. Pada tahun 131H pula, Taun Muslim telah melanda Kota Basrah, Iraq selama tiga bulan pada bulan Ramadan sehingga menyebabkan kematian yang ramai mencecah sehingga seribu mangsa sehari. Taun ini dinamakan Taun
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 156 Muslim mengambil nama Muslim bin Qutaibah iaitu mangsa pertama yang terkorban disebabkan Taun Muslim (Ali al-Sallabi, 2020). Berdasarkan peristiwa sejarah di atas, dapat difahami bahawa pandemik atau wabak penyakit bukanlah perkara yang baru dalam tamadun manusia kerana ia turut dihadapi oleh masyarakat pada zaman Rasulullah sebagaimana yang dicatatkan dalam sejarah (Mohd Hapiz Mahaiyadin & Zakiah Samori, 2020). Oleh kerana itu, Islam telah menggariskan kaedah dan cara kepada umatnya untuk menangani penularan wabak penyakit berjangkit. Penjarakan Fizikal Penjarakan fizikal atau physical distancing merupakan terma yang digunakan membawa maksud penghindaran hubungan antara masyarakat seperti berjabat tangan, duduk berdekatan atau perhimpunan (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2020). Dalam erti kata lain, penjarakan fizikal membawa makna penjagaan jarak fizikal antara satu sama lain serta menghindari daripada berkunjung ke tempat awam yang boleh meningkatkan risiko seperti pasar raya, masjid atau perhimpunan ramai. Umumnya, penjarakan fizikal ini diperkenalkan serta diamalkan secara ketat ketika bermulanya pandemik COVID-19 pada Mac 2020. Hal ini demikian kerana, pandemik ini boleh tersebar melalui titisan dari hidung atau mulut ketika individu yang dijangkiti COVID-19 batuk atau bersin (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2020).
KESIHATAN KESIHATAN 157 Jangkitan ini juga boleh berlaku melalui sentuhan dengan cecair tersebut yang mencemari barangan atau permukaan kemudian menjangkiti melalui sentuhan langsung dengan mata, hidung ataupun mulut. Oleh kerana itu, KKM telah menetapkan garis panduan sepanjang tempoh PKP berlangsung iaitu dengan melakukan penjarakan fizikal sekurangkurangnya satu meter antara seorang individu dengan individu yang lain, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan dengan menggunakan hand sanitizer yang mengandungi alkohol atau menggunakan sabun dan air (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2020). Bagi memastikan garis panduan ini berjaya dilaksanakan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggesa solat Jumaat ditangguhkan sehingga 31 Mac bagi memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan (Berita Harian, 2020). Pada masa yang sama, semua aktiviti agama di masjid atau surau ditangguhkan termasuk solat berjemaah sehingga tamat PKP. Selain itu, satu garis panduan khas berkenaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Masjid dan Surau telah disusun dan dilaksanakan sepanjang tempoh PKP. Antara garis panduan yang ditetapkan oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama (2020): 1. Penjarakan fizikal dengan kadar satu meter semasa pelaksanaan solat berjemaah. 2. Pengehadan jemaah solat kepada jumlah tertentu dalam satu masa. 3. Tidak bersalaman sesama jemaah sesudah solat.
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 158 Garis panduan pencegahan ini selari dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah : ْ ا َ مـن ِ ِـر ف َ َ،و ر َ َ ـف َص َلا َو َـة َام َه َلا َو ة َ َـر ِ طي َ َلا َىو و ْ َد ُ لا ِوم َع ْـذ َج م ِد َ س َ َ الأ من ِ ِفر َ َات م َ ك Maksudnya: “Tiada penyakit berjangkit, tiada petanda buruk, tiada Hamah atau tidak ada petanda buruk pada bulan Safar dan larilah kamu dari pesakit kusta sebagaimana kamu melarikan diri dari singa.” (Riwayat al-Bukhari) Maksud ‘melarikan diri daripada singa’ hendaklah difahami secara rasional dan realistik. Hadis ini tidak menunjukkan bahawa perbuatan lari secara literal. Sebaliknya, ia bertujuan mewujudkan batasan yang selamat antara pesakit dan orang yang sihat bagi tujuan mengelakkan jangkitan COVID-19 dengan cara penjarakan fizikal sepertimana yang disarankan oleh pakar kesihatan yang lebih mengetahui secara terperinci berkenaan dengan virus tersebut (Mohd Hapiz Mahaiyadin & Zakiah Samori, 2020).
KESIHATAN KESIHATAN 159 Hal ini juga dapat dilihat berdasarkan perbuatan Rasulullah seperti yang disebutkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Amru bin al-Syarid daripada bapanya berkata: ـي ِ ب ْ ِـهالن ي َ ِل َ إ َـل ْس ر َ أ َ ٌف ُوم َ ْـذ ٌ ُـل َج ِق ٍ يـفر َ ِدث ْ ف َ ِيو َ ف ن َ ـا ِن :إ َ ب ْ د ِج ق ع َ ْ َار َ ف َاك ن ْ ع َ ا Maksudnya: “Sesungguhnya terdapat seorang yang berpenyakit kusta dalam kalangan rombongan Thaqif. Lalu Nabi mengutuskan kepadanya dengan berkata: Sesungguhnya kami telah berbai’ah denganmu maka pulanglah kamu.” (Riwayat Muslim) Berdasarkan daripada hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah berbaiah tanpa bersentuhan tangan sebagaimana kebiasaan. Hal ini kerana terdapat seseorang yang dijangkiti penyakit kusta dalam kalangan Bani Thaqif (Al-Nawawi, 1994). Oleh yang demikian, terdapat tuntutan untuk melakukan penjarakan bagi mengekang penularan penyakit berjangkit. Contoh-contoh yang dibawa oleh syariat Islam diambil untuk menjadi garis panduan dan langkah mengekang penularan penyakit berjangkit.
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 160 Kuarantin Kuarantin bermaksud pengasingan manusia, binatang atau tumbuhtumbuhan dari luar negara yang disyaki menghidap penyakit berjangkit. Pengasingan ini bertujuan memastikan manusia, binatang atau tumbuhtumbuhan berkenaan bebas daripada sebarang penyakit berjangkit sekaligus mencegahnya daripada merebak (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2016). Pelaksanaan kuarantin di Malaysia ditambah baik selepas berlakunya pandemik COVID-19. Berikutan penularan ini, kerajaan telah mewajibkan individu-individu berikut untuk melakukan kuarantin (Majlis Keselamatan Negara, 2020): 1. Individu yang disyaki telah terdedah dengan wabak COVID-19. 2. Individu yang berhubung secara langsung dengan pesakit COVID-19 sama ada secara bersentuhan atau bersemuka dengan jarak kurang daripada satu meter. 3. Individu yang baru pulang dari luar negara untuk melaksanakan kuarantin selama 14 hari. Kuarantin selama 14 hari adalah penting kerana ketika tempoh ini, pengeraman virus COVID-19 sedang berlaku antara empat atau lima hari sehingga 14 hari. Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 75% individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 dikesan positif pada hari pertama. Manakala baki 25% individu dikesan positif pada hari ke-13 (Majlis Keselamatan Negara, 2020).
KESIHATAN KESIHATAN 161 Perintah untuk melakukan kuarantin ini selari dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Sa’ad Ibn Abi Waqqas beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda: ِ إ َ ِ ذ ْب م ُ ت ْ ِ اس ــ َ ِ ــمع ُ ِونب َ الط ــ ــاع ٍضف ْ ر َ َ أ َ لا وه ُ ل ُ ْخ َــد َ ت ا،و ِ َ َ ذ َــع او ِ ِ ب ْب م ُ ت ْ َ ٍضوأ ْ ر َ َ أ َه اف ْ لا هاَ ُ ِ وامن ُج ر ْ َ Maksudnya: “Apabila kamu mendengar bahawa penyakit taun telah menimpa sesuatu tempat, maka janganlah kamu masuk ke dalam kawasan tersebut. Jika kamu berada di kawasan tersebut, janganlah kamu keluar daripadanya.” (Riwayat al-Bukhari) Hadis di atas menunjukkan langkah pencegahan yang disyorkan oleh Rasulullah sebelum dan selepas seseorang itu terlibat dengan penyakit berjangkit. Bagi mereka yang telah mengetahui sesuatu tempat itu telah dijangkiti wabak, janganlah pergi ke tempat tersebut bagi mengelakkan dari dijangkiti wabak. Manakala jika seseorang itu telah berada dalam kawasan wabak, tindakan pencegahan yang diambil bagi mengelakkan penularan penyakit tersebut adalah dengan cara tidak keluar dari kawasan tersebut bagi mengelakkan penularannya ke kawasan-kawasan yang lain (Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, 2020).
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 162 Perintah duduk di rumah (stay at home) semasa PKP bukan bertujuan menyekat kebebasan orang ramai untuk bergerak secara mutlak. Sebaliknya mencegah mereka daripada terkena punca jangkitan yang tidak diketahui akibat berkumpul (mass gathering) di tempat sesak seperti pasar, pusat membeli belah, kedai runcit, sekolah, universiti, restoran dan juga rumah ibadat. Premis kediaman merupakan tempat yang paling selamat bagi mengelakkan terkena sebarang jangkitan. Hal ini kerana, kemungkinan untuk terkena jangkitan adalah lebih rendah berbanding berada di kawasan yang mempunyai ramai orang (Mohd Hapiz Mahaiyadin & Zakiah Samori, 2020). Oleh yang demikian, apabila melihat kembali kepada isu mencegah penularan wabak, kaedah menghalang mereka yang berada di tempat tersebarnya penyakit berjangkit atau disebut sebagai kuarantin merupakan antara langkah terbaik bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar. Penutup Secara umumnya, arahan kerajaan untuk melakukan PKP serta menetapkan garis panduan SOP kepada rakyat adalah langkah yang sepatutnya dilakukan bagi mencegah penularan pandemik COVID-19. Langkah pencegahan seperti melakukan penjarakan fizikal dan kuarantin juga bertepatan dengan maslahat yang dititikberatkan oleh syariat Islam. Oleh itu, menjadi tanggungjawab pemerintah, badan-badan berautoriti serta masyarakat untuk berganding bahu dalam menangani pandemik COVID-19.
KESIHATAN KESIHATAN 163 Rujukan Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. (t.t). Sahih al-Bukhari. Kaherah: Dar Tuq al-Najah. Al-Nawawi, Yahya bin Sharaf. (1994). Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, ed.2. T.thp: Muassasah al-Qurtubah. Al-Sallabi, Ali. (2020). Kayfa Ta’amala al-Muslimun Ma’a al-Awbi’ah wa Atharuha fi Marahil Tarikhihim. Diakses pada 8 Mac 2021 daripada https://islamonline.net/34109. Diterbitkan pada 19 Mac. Al-Tabari, Muhammad Ibn Jarir. (t.t). Tarikh al-Tabari. ed-3. Beirut: Dar al-Turath. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. (2020). Isu Penjarakan Fizikal Semasa Solat Berjemaah di Masjid dan Surau. Majalah al-Bayan. Diakses pada 7 Mac 2021. Daripada https://mira.gov.my/wpcontent/uploads/2020/11/Al-Bayan_SIRI-6_FINAL-4_compressed .pdf. Diterbitkan pada November 2020. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2016). Diakses pada 7 Mac 2021. Daripada https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kuarantin. Ibn al-Imad, Abd al-Hayy ibn Ahmad. (1986). Syazarat al-Dhahab fi Akhbar al-Arab. ed-1. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Ibn al-Wardi, Umar ibn Muzaffar. (1996). Tarikh Ibn al-Wardi. ed1. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Ibn Kathir, Isma’il ibn Umar. (1988). Al-Bidayah wa al-Nihayah. T.thp: Dar Ihya’ al-Turath al-Arab. Ibn Qutaibah, Abdullah bin Muslim al-Dinawari. (1996). Al-Ma’arif. Kaherah: al-Hai’ah al-Masriyyah al-‘Ammah li al-Kitab.
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 164 Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020). Diakses pada 17 Februari 2021 daripada http://covid-19.moh.gov.my/sorotan/092020/risikopenularan-kes-positif-covid-19-di-kalangan-petugas-kesihatan-danlangkah-pencegahan-jangkitan. Diterbitkan pada 9 September. Majlis Keselamatan Negara. (2020). Sains disebalik Kuarantin 14 hari. Diakses pada 7 Mac 2021. Daripada https://www.mkn.gov.my/web/ ms/2020/09/30/sains-disebalik-kuarantin-14-hari/. Diterbitkan pada 30 September. Mohd Hapiz Mahaiyadin & Zakiah Samori. (2020). Kawalan Penularan Wabak Merbahaya Menurut Perspektif Siasah Syar’iyyah. Journal of Fatwa Management and Research. Vol.22. No.1. Muslim, Ibn al-Hajjaj. (1427H). Sahih Muslim. ed. 1. Saudi: Dar Tayyibah.
KESIHATAN KESIHATAN 165 PENGURUSAN EMOSI KETIKA PANDEMIK COVID-19 Siti Falihah binti Yaakob Pengenalan Pandemik COVID-19 yang melanda negara Malaysia telah memberi implikasi yang sangat besar kepada sistem politik, ekonomi, sosial, kesihatan dan pendidikan negara. Ekoran daripada peningkatan kes yang semakin membimbangkan, Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 166 Diperketatkan (PKPD) serta Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bertujuan memutuskan rantaian wabak COVID-19. Pengumuman ini sekaligus mengubah corak dan norma kehidupan masyarakat di Malaysia serta memberi impak kepada kesihatan mental yang meliputi perasaan takut, cemas, bimbang dan tertekan kepada individu yang tinggal secara berseorangan mahupun bersama keluarga. Memahami Kesihatan Mental Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan kesihatan sebagai keadaan fizikal, mental dan emosi yang sejahtera dan bukan hanya bebas dari penyakit. Dasar Kesihatan Mental pula mendefinisikan kesihatan mental sebagai kemampuan individu, kelompok dan persekitaran untuk berinteraksi antara satu sama lain bagi mempromosikan kesejahteraan subjektif secara optimum dan penggunaan keupayaan kognitif, afektif dan perhubungan ke arah pencapaian matlamat individu dan kumpulan. Tahap kesihatan mental boleh mempengaruhi cara berfikir, tingkahlaku dan perasaan seseorang. Kesejahteraan mental dapat mempengaruhi cara individu membuat keputusan dan pilihan dalam hidup. Apabila seseorang individu memiliki tahap kesihatan mental yang memuaskan, maka tekanan hidup seharian yang dilalui akan ditangani dengan berfikir secara positif, tenang dan tidak membahayakan diri (Abdul Aziz et al., 2020). Bagi mengatasi penularan COVID-19, WHO telah menyarankan penjarakan fizikal yang meliputi tindakan seperti mengelakkan diri
KESIHATAN KESIHATAN 167 daripada hadir ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai, berkumpulan bersama ahli keluarga atau berjumpa dengan individu yang menjadi kontak rapat pesakit COVID-19. Pada asasnya, seruan ini dilihat sebagai langkah yang efektif bagi menangani penularan wabak. Namun begitu, ia juga memberi impak yang buruk terhadap kesihatan mental individu seperti kegelisahan, gangguan tekanan pasca trauma (post traumatic stress disorder) dan gangguan obsesif-kompulsif (Obsessive Compulsive Disorder) (Hemavathi et al., 2020). Hal ini demikian kerana aktiviti sosial yang menjadi salah satu cara hidup masyarakat Malaysia tidak dapat dijalankan lagi. Perubahan mendadak yang berlaku ini memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat tidak kira umur, bangsa, agama dan status pekerjaan. Faktor Tekanan Semasa Wabak COVID-19 Tekanan emosi merupakan sunnatullah dalam kehidupan. Firman Allah : Maksudnya: “Sesungguhnya, Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan ٰ ِل َ ۡ َ ۡ َ ٱ ِّ ٖ ۡ َ َ ُ ِع و ۡ َٱ ۡ ِف و َ ۡ َ ٱ ِّ ٖ ۡء َ ِ ُ َ ُ ۡ َ َ َ و ِ ُ َ ۡ َ و َٱ ِِ ٰ ـ ِ ِ ٱ ّ َ َ ت و ِ ٰ َ َ و َٱ
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 168 daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.” Surah al-Baqarah (155) Tekanan emosi yang datang boleh menjadi baik atau buruk. Tekanan emosi yang baik akan menyumbang kepada peningkatan hidup manakala tekanan emosi yang tidak diurus dengan baik akan memberi impak yang negatif (Mohd Juraimy dan Ahmad Azan Ridzuan, 2014). Menurut Abdul Rashid Abdul Aziz (2020) faktor yang menyumbang kepada tekanan emosi semasa penularan COVID-19 adalah seperti berikut: 1. Terjejas ekonomi disebabkan kehilangan sumber pendapatan kerana tidak dapat bekerja seperti biasa. Ramai individu yang diberhentikan kerja kerana syarikat tidak dapat menampung pembayaran gaji. 2. Faktor makanan dan ubat-ubatan yang terhad. 3. Kebimbangan yang berlaku disebabkan tersebarnya informasi palsu di media sosial berkenaan wabak COVID-19. 4. Faktor isolasi di rumah tanpa aktiviti sosial. Rumah yang sempit dengan ahli keluarga yang ramai juga mempengaruhi tekanan emosi kepada penghuni di dalam rumah. 5. Tekanan emosi yang melampau (burn out) dan kemurungan disebabkan kepenatan bekerja khususnya kepada petugas barisan hadapan (frontliner) seperti pegawai perubatan, jururawat dan petugas kesihatan yang lain. Hal ini kerana mereka terpaksa bekerja
KESIHATAN KESIHATAN 169 lebih waktu bagi merawat pesakit sehingga tidak dapat pulang ke rumah berjumpa dengan keluarga. Kebiasaannya, kebanyakan wabak yang berlaku akan memberi kesan kepada tahap kesihatan mental individu (American Psychological Association, 2013). Begitu juga wabak COVID-19 tidak ketinggalan dalam mempengaruhi emosi individu dengan perasaan takut, cemas, bimbang dan tertekan (Wang et al., 2020). Perasaan yang dicetuskan ini memberi kesan yang lebih buruk kepada individu yang mempunyai sejarah kesihatan mental. Terdapat juga individu yang mempunyai gejala somatic (gejala fizikal yang dialami disebabkan oleh masalah psikologi dan tekanan emosi) seperti dada berdebar-debar, sakit dada, sesak nafas dan sebagainya tanpa menunjukkan sebarang simptom (abnormality) sewaktu dirawat oleh doktor (Nanda et al., 2017). Pengurusan Emosi Semasa Wabak COVID-19 Pengurusan emosi merupakan aspek penting yang perlu diurus dengan baik oleh semua individu. Hal ini kerana, komponen emosi berkait rapat dengan kesihatan mental seperti kebimbangan, kemurungan, rasa malu berlebihan, tingkah laku agresif dan bermasalah seperti gagal mengawal kemarahan. Tambahan lagi, semasa tempoh PKP dilaksanakan, kebanyakan masa dihabiskan bersama keluarga. Sekiranya pengurusan emosi tidak dapat dikawal dengan baik, maka sebuah keluarga tidak
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 170 dapat hidup dengan aman dan tenteram. Sebaliknya, sekiranya ahli keluarga mempunyai tahap pengurusan emosi yang baik, maka aspek kesihatan mental akan terpelihara. Umumnya, individu yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi mempunyai kesedaran untuk mengetahui emosi diri sendiri (selfawareness), mampu mengawal emosi yang menganggu atau menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang berubah-ubah (self-control). Seterusnya, mereka juga mampu menguruskan hubungan dengan individu lain dengan baik (social skills), mempertimbangkan perasaan orang lain terutama ketika membuat keputusan (empathy) serta menyedari apa yang mendorong mereka mencapai matlamat (motivation). Rangkuman kelimalima komponen ini dapat membantu individu memiliki kecerdasan emosi yang tinggi seterusnya membawa kepada proses adaptasi dan penyesuaian kendiri yang baik (Goleman, 2001). Oleh yang demikian, terdapat empat pendekatan yang boleh dilakukan oleh individu bagi mengawal tahap kesihatan serta mengekalkan emosi dan psikologi sepanjang penularan COVID-19 yang melanda negara. 1. Gaya Hidup Sihat Gaya hidup yang sihat adalah merujuk kepada pelaksanaan aktiviti fizikal, penjagaan pemakanan dan penjagaan corak tidur. Corak tidur yang sihat atau sleep hygiene memberi kesan yang besar terhadap kesihatan psikologi (Morgan et al., 2011). Justeru, semua individu digalakkan untuk tidur dalam masa lapan hingga sepuluh jam bagi mendapatkan rehat yang mencukupi. Persekitaran yang menenangkan
KESIHATAN KESIHATAN 171 sebelum tidur seperti menutup telefon bimbit, menjauhkan diri daripada melihat paparan skrin yang bercahaya, tidur dalam mod senyap dan tidak melaksanakan tugasan pejabat atau sekolah di tempat tidur juga membantu meningkatkan kualiti dan kepuasan tidur. Seterusnya, corak pemakanan seimbang dan waktu makan perlu ditetapkan bagi memberi kesan positif terhadap emosi dan psikologi individu. Pemakanan secara berlebihan atau pemakanan yang tidak seimbang seperti kerap mengambil makanan segera atau makanan yang tinggi gula boleh mempengaruhi aspek emosi dan psikologi seorang individu. Satu kajian yang dilakukan oleh Rezo et al. (2020) di Itali mendapati bahawa separuh daripada populasi dalam kalangan responden bergantung kepada makanan yang menyenangkan (comfort food) untuk berasa lega. Keadaan ini lama-kelamaan akan memberi kesan buruk kepada kesejahteraan psikologi seperti perasaan bimbang berat badan meningkat, tidak selesa dengan imej diri dan yang lebih parah boleh menyebabkan masalah obesiti. Tuntutan untuk menjaga pemakanan ini sepertimana firman Allah : َ َ و ْ ُا َ ۡ َٱ و ْ ا ُُ َ و ِٖ ۡ َ ِ ُّ َ ِ ۡ ُ َ َ ِ ز ْ ُوا ُ َ م َ َاد ٓ ء ِ َ ٰ َ َ ِ ِ ۡ ُ ۡ ٱ ِ ُ َ ُۥ ِ إ ۚ ْ ا ٓ ُ ِ ۡ ُ
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 172 Maksudnya: “Wahai anak Adam, hiasilah pakaianmu yang indah setiap kali memasuki masjid. Makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” Surah al-A’raf (31) Selain itu, tekanan emosi yang berlebihan boleh dikawal dengan melakukan aktiviti santai seperti mengamalkan pernafasan mendalam (deep breathing exercise), senaman regangan (stretching exercise) dan aktiviti dalam rumah seperti menanam atau senamrobik dan zumba di dalam rumah. 2. Limitasi Masa di Media Sosial Islam sangat menitikberatkan tentang penggunaan masa. Setiap individu perlu menyusun jadual waktunya dengan baik agar dapat digunakan kepada perkara yang berfaedah. Firman Allah : Maksudnya: “Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling ِ ۡ َ ۡ ٍ و َ ٱ ۡ ُ ِ َ َ ٰ َ ِ ۡ ٱ َ إ ِ ن َا َ ء ِ ٱ ِ ْ إ ا ُ ِ َ َ و ْ ُا ِ ۡ ِ ْ ا ۡ َ َا َ َ ِ و ّ َ ۡ ِ ْ ا ۡ َ َا َ َ َ ٰ ِ و ِٰ ٱ
KESIHATAN KESIHATAN 173 menasihati kepada kebenaran dan saling menasihati kepada kesabaran.” Surah al-Asr (1-3) Menerusi ayat di atas, Islam sangat menitikberatkan masa yang berharga seumpama emas. Allah mengurniakan masa yang sama banyak kepada semua manusia. Oleh itu, masa yang ada perlu diuruskan dengan baik mengikut keutamaan tugasan. Pembahagian masa kepada tugasan hakiki, tugasan tambahan dan hak keluarga perlu diseimbangkan dengan baik (Wan Ali Akhbar et al, 2020). Ketika PKP dilaksanakan penggunaan media sosial merupakan salah satu perhubungan yang memberi sumbangan besar dalam kehidupan masyarakat. Majoriti masyarakat menggunakan aplikasi di media sosial untuk berkomunikasi dan bekerja. Sebagai contoh, dengan penggunaan media sosial pekerja akan mendapat informasi lanjut dan perlu membalasnya. Namun begitu, tanpa disedari penggunaan media sosial yang terlalu kerap menghilangkan sempadan antara masa pejabat dan masa peribadi mengakibatkan pertambahan tekanan kepada orang yang bekerja. Penggunaan yang signifikan ini secara langsung mempengaruhi emosi individu. Perkongsian daripada Twenge & Campbell (2019) mendapati bahawa pengguna yang meluangkan masa
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 174 secara berlebihan di media sosial terdedah dengan perasaan kurang gembira serta mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. Malahan, kecenderungan ini bertambah dua kali ganda terhadap pengguna tegar media sosial di samping penggunaannya semakin disalahgunakan sebagai tempat meluah perasaan seperti sedih, gembira atau marah. Oleh itu, setiap individu disarankan untuk meletakkan limitasi dalam penggunaan media sosial dengan membuat jadual yang teratur agar kesihatan emosi dapat dikawal dengan baik. Bagi individu yang kerap menjadikan media sosial sebagai tempat luahan, maka disarankan mengambil pandangan dan nasihat daripada individu yang berautoriti seperti pakar kaunseling dan ahli psikologi dalam memberi pandangan dan penyelesaian yang baik. 3. Komunikasi Dua Hala yang Efektif Komunikasi dua hala ditafsirkan sebagai perhubungan secara langsung melibatkan dua pihak antara penyampai dan penerima. Amalan komunikasi boleh berlaku secara bersemuka melalui pelbagai medium komunikasi yang berperanan menyebarkan dan menyampaikan maklumat secara berkesan. Komunikasi akan mencetuskan perubahan yang besar kepada diri sendiri sekaligus berupaya mengubah cara seseorang untuk berfikir dan bertindak. Seterusnya, bakal mewujudkan komunikasi yang strategik terutama dalam kelompok masyarakat yang terkesan. Amalan komunikasi dua hala yang berkesan
KESIHATAN KESIHATAN 175 mempunyai pelbagai faedah. Misalnya, lebih mengenali diri sendiri, mengetahui tentang keadaan sekeliling, membentuk dan memelihara hubungan dengan orang lain, mengubah sikap dan tingkah laku tertentu. Selain itu, ia juga menjadi salah satu kaedah hiburan serta mekanisme untuk membantu orang lain sekiranya ia dilakukan dengan betul (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2016). Komunikasi dua hala yang efektif amat penting bagi menjaga kesihatan mental sepanjang tempoh PKP berlangsung. Komunikasi yang efektif memerlukan perhubungan antara individu yang harmoni tanpa wujudnya salah faham yang boleh menimbulkan konflik. Firman Allah : Maksudnya: “Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.” Surah al-Hujurat (10) ۚ ۡ ُ ۡ َ َـــ َ ۡ َ أ َـــ ْ ُا ِـــۡ َ َ ٞ ة َ ۡـــ ِ َ إ ُـــن ِۡ ُ ۡ َـــ ٱ ِ إ َ َ ُن ۡ ُ ۡ ُ َ َ َ ْ ٱ ُا َٱ و
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 176 Menerusi ayat di atas, dapat difahami bahawa apabila komunikasi dilakukan secara berkesan, individu yang menerima atau mendengarnya dapat memahami apa yang cuba disampaikan. Pada satu tahap tertentu, komunikasi dua hala mampu memberi manfaat kepada pembentukan psikoemosi seseorang. Misalnya, bersikap terbuka, positif, kasih sayang dan rasa cinta yang membentuk rasa tenang dan lebih dihargai (American Institute of Stress, 2019). Walau bagaimanapun, kegagalan seseorang untuk berkomunikasi dengan baik dan berkesan terutamanya ketika tempoh PKP berlangsung akan membawa kepada stress, rasa takut, mudah syak wasangka, panik, agresif, khuatir dan cepat marah. Sekiranya komunikasi tidak dapat dilakukan dengan berkesan, maka suasana yang baik dan harmoni sukar untuk diwujudkan dalam sesebuah keluarga, organisasi atau kumpulan masyarakat (Abdul Aziz, 2020). Oleh itu, sepanjang tempoh penularan wabak COVID-19 ini, setiap individu disarankan agar sentiasa berinteraksi dengan individu lain sama ada secara bersemuka atau dalam talian dalam memastikan aspek kesihatan mental. Begitu juga memanfaatkan talian khidmat sokongan seperti MyCare COVID-19, e-kaunseling dan seumpamanya (Abdul Rashid et al., 2020).
KESIHATAN KESIHATAN 177 4. Meningkatkan Aspek Kesejahteraan Spritual Keagamaan Aspek keagamaan dan spiritual merupakan langkah pengurusan emosi yang boleh diamalkan sepanjang tempoh PKP berlangsung. Ini kerana ia berfungsi sebagai sistem orientasi yang tersedia terutama ketika tekanan emosi berada di luar keupayaan individu untuk mengatasinya (Pargament et al., 2013). Setiap individu harus bersangka baik dengan musibah dan ujian yang diturunkan oleh Allah serta mengubah pandangan buruk terhadap wabak COVID-19 ini. Sebagai umat Islam, seseorang itu haruslah yakin kepada Allah bahawa Allah akan sentiasa menolong dan memberi jalan keluar kepada setiap hamba-Nya (Abdul Rashid et al., 2020). Rasulullah bersabda daripada Abu Yahya Shuhaib bin Sinan : َ ِ ً َ َ َ ِ َ َاك ْ َ ذ ـ َ َ و ٌْ َـ ُ ـ ُ ُ ه َ ْـ َ أ ِن ِ إ ِْ ُـ ْ ِ ا ْـ ِ َ ٍـ إ ُ ْ َ َ ــ َ ْ أ ُ ن َ ًْا َــ َ َ ن َــ َ َ َــ ُ اء َ ُ ْ َ َ ــ َ ْ أ ِن ِ إ ِْ ُــ ْ ِ ُ َ ًْا َ َ َ ن َ ََ َ ُ َ اء Maksudnya: “Sungguh menakjubkan keadaan seorang mukmin. Seluruh urusannya itu baik. Ini tidaklah didapati kecuali pada seorang mukmin. Jika mendapatkan kesenangan, maka ia bersyukur. Itu adalah
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 178 baik baginya. Jika mendapatkan kesusahan, maka ia bersabar. Itu pun baik baginya.” (Riwayat Muslim) Al-Munawi (1971) menyatakan bahawa keajaiban yang hanya didapati oleh seorang mukmin itu adalah semua perkara yang baik. Perkara seperti ini tidak didapati pada orang kafir mahupun munafik. Keajaiban tersebut berlaku apabila seorang mukmin itu bersyukur kepada Allah ketika diberi kesenangan, kesihatan, keselamatan, kekayaan dan kedudukan. Sebaliknya apabila ditimpa musibah seorang mukmin itu bersabar. Justeru, disarankan kepada semua individu agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah serta bersabar dalam menempuh ujian ini. Antara ibadah yang disarankan adalah mentadabbur al-Quran, berzikir dan solat. Amalan-amalan ini dapat dilaksanakan secara individu atau berjemaah bersama ahli keluarga. Tambahan lagi, amalan ini juga selaras dengan konsep tawakal yang ditekankan agama Islam iaitu apabila berhadapan dengan musibah, maka hendaklah seseorang hamba itu meletakkan kembali pergantungan kepada Allah.
KESIHATAN KESIHATAN 179 Penutup Secara umumnya, tanpa kita sedari ujian dan cabaran pandemik COVID-19 mempengaruhi kesihatan masyarakat dengan perasaan bimbang, takut, marah dan kecewa. Tekanan emosi ini memberi implikasi buruk kepada perolehan pendapatan, proses pembelajaran, perhubungan sosial, status kesihatan fizikal dan mental. Hal yang demikian menuntut penyesuaian norma baharu bagi kelangsungan hidup. Justeru, langkah-langkah pengurusan emosi yang berkesan seharusnya diaplikasikan dalam kehidupan individu. Selain itu, saranan untuk melakukan rundingan daripada pakar dan pegawai perubatan yang berkaitan sama ada secara bersemuka atau secara dalam talian adalah digalakkan bagi mengurangkan gangguan emosi sepanjang tempoh PKP dijalankan. Oleh itu, setiap individu dan badan-badan yang berautoriti harus berganding bahu dan bersama-sama menitikberatkan aspek penjagaan kesihatan mental dan emosi dari semasa ke semasa.
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 180 Rujukan Abdul Rashid Abdul Aziz, Nurhafizah Mohd Sukor, Norhamizah Ab Razak. (2020). Wabak COVID-19: Pengurusan Aspek Kesihatan Mental Semasa Norma Baharu. International Journal of Social Science Research. Vol.1. No.6. 11. Abdul Rashid Abdul Aziz, Nurhafizah Mohd Sukor, Norhamizah Ab Razak. (2020). Wabak COVID-19: Pengurusan Aspek Kesihatan Mental Semasa Norma Baharu. International Journal of Social Science Research. Vol.1. No.6. 163-168. Al-Munawi, Muhammad Abdul Rauf. (1971). Faidh al-Qadir. ed-2. T.tp: Dar al-Ma’rifah. Hemavathi Shanmugam, Johan Ariff Juhari, Pritiss Nair, Chow Soon Ken & Ng Chong Guan (2020). Impacts of COVID-19 Pandemic on Mental Health in Malaysia: A Single Thread of Hope. Malaysia Journal of Psychiatry Online Early. Vol.29 No.1. 2. Muslim, Ibn al-Hajjaj. (1427H), Sahih Muslim, ed-1. Saudi: Dar Tayyibah. Mohd Jurainy Hj Kadir & Ahmad Azan Ridzuan. (2014). Strategi Menguruskan Tekanan Diri Perspektif Islam. Jurnal Hadhari. Vol.1. No.6. 2-4. Nanda, Wasan, & Sussman. (2017). Provider Health and Wellness. The Journal of Allergy and Clinical Immunology. Vol.5. No.6. 4. Di Renzo L, Gualtieri P, Cinelli G, Bigioni G, Soldati L, Attinà A, Bianco FF, Caparello G, Camodeca V, Carrano E, Ferraro S, Giannattasio S, Leggeri C, RampelloT, Lo Presti L, Tarsitano MG, De Lorenzo A. (2020). Psychological Aspects and Eating Habits during COVID-19 Home Confinement: