KESIHATAN KESIHATAN 181 Results of EHLC-COVID-19 Italian Online Survey. Nutrients.12(7). 1. Twenge & Campbell (2019). Media Use Is Linked to Lower Psychological Well-Being: Evidence from Three Datasets. Psychiatry. Vol.90. 1-2. Wang, C., Pan, R., Wan, X., Tan, Y., Xu, L., Ho, C. S., y Ho, R. C. (2020). Immediate Psychological Responses and Associated Factors during the Initial Stage of the 2019 Coronavirus Disease (COVID-19) Epidemic among the General Population in China. International Journal of Environmental Research and Public Health. Vol.17. No.5. 2-3. Wan Ali Akhbar Wan Abdullah, Khadijah Abdul Razak & Mohd Isa Hamzah. (2020). Pengurusan Masa Guru Inovatif Pendidikan Islam. The Online Journal of Islamic Education. Vol.8. No.2. 6. World Health Organisation. (2020). Mental Health and COVID-19. Diakses pada 11 Mac 2021 daripada https://www.who.int/teams/ mental-health-and-substance-use/covid-19 World Health Organization. Diterbitkan pada 31 Mac.
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 182 PENTADBIRAN
PENTADBIRAN PENTADBIRAN 183 PENGISYTIHARAN DARURAT DI MALAYSIA Natasya Aiman binti Noh Pengenalan Pada 12 Januari 2021, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah mengisytiharkan Proklamasi Darurat berkuat kuasa pada tarikh berkenaan sehingga 1 Ogos 2021. Ini berikutan penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia. Tindakan ini diambil kerana laporan peningkatan kes COVID-19 berada di tahap yang membimbangkan ditambah lagi dengan kemelut politik yang berlaku.
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 184 Keadaan ini menimbulkan kegusaran di hati masyarakat Malaysia kerana pemahaman yang ada dalam masyarakat adalah darurat pasti membabitkan persenjataan. Hakikatnya, pengisytiharan darurat pernah dilakukan beberapa kali bermula tahun 1948 sehingga kini. Punca dan pelaksanaannya turut berbeza antara satu dengan yang lain. Oleh itu, penting untuk kita mengetahui apakah jenis-jenis darurat yang pernah diisytiharkan di Tanah Melayu dan Malaysia, punca-punca ia diisytiharkan dan kesan-kesan pengisytiharan ini kepada negara. 1. Darurat Tanah Melayu 1948 – 1960 Darurat ini adalah yang pertama diisytiharkan di Tanah Melayu. Secara kronologi, ia bermula dengan persengketaan antara Parti Komunis Malaya (PKM) dan kerajaan British di Tanah Melayu. Semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Tanah Melayu yang telah ditanam oleh kerajaan Jepun sewaktu penaklukan mereka menjadikan mereka ingin berkerajaan sendiri. Hal ini membawa kepada pembunuhan tiga orang pengurus ladang berbangsa Inggeris di Sungai Siput, Perak. Parti Komunis Malaya (PKM) diharamkan oleh kerajaan British sebulan selepas tragedi tersebut. Oleh kerana itu, PKM bertindak ganas melalui serangan bersenjata dan pembunuhan. Setelah itu, Undang-undang Darurat diisytiharkan oleh kerajaan British pada 7 Julai 1948. Kesan-kesan pengisytiharan Undang-undang Darurat terbahagi kepada dua; langkah-langkah ketenteraan dan bukan ketenteraan.
PENTADBIRAN PENTADBIRAN 185 Bagi langkah-langkah ketenteraan: I. Sesiapa yang disyaki terlibat dengan aktiviti komunis akan ditangkap serta dibuang negeri. II. Hukuman bunuh dijatuhkan kepada sesiapa yang dianggap bersubahat dengan komunis. III. Ketenteraan British diperketatkan (Polis British dan matamata khas ditambah, Home Guard diperkenalkan, bantuan ketenteraan diterima daripada Komanwel, Polis Khas dan Perkhidmatan Negara diperkenalkan). IV. Perintah Berkurung (Kawasan Hitam dan Kawasan Putih diperkenalkan). V. Kad pengenalan diperkenalkan (Orang yang bersubahat dengan PKM tidak diberikan kad pengenalan). Langkah-langkah bukan ketenteraan pula adalah seperti berikut: I. Catuan makanan. II. Perang psikologi dilakukan dengan mengumpan rakyat Tanah Melayu dengan menyediakan ganjaran buat mereka yang berjaya menangkap ahli PKM. III. Pembentukan Malaysia. IV. UMNO membuat langkah penyatupaduan kaum. (Syed Mahadzir, 2007)
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 186 Ini adalah pengisytiharan darurat yang paling meninggalkan kesan di hati masyarakat Malaysia sehingga membentuk pemahaman persenjataan dalam terma darurat yang diisytiharkan. 2. Darurat Konfrontasi 1964 Darurat ini berpunca daripada rasa tidak puas hati masyarakat Indonesia terhadap Tanah Melayu sewaktu Tunku Abdul Rahman mengumumkan pembentukan gagasan Malaysia yang menggabungkan Tanah Melayu dan negeri-negeri di Kepulauan Borneo (Sabah, Sarawak dan Brunei pada 27 Mei 1961). Kemuncak konfrontasi ini adalah dengan pendaratan tentera Indonesia di Borneo Utara dan Johor. Kesannya, Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1964 dibuat dan dirangka bagi memastikan keselamatan dan keamanan negara kekal terpelihara. Bagi menyelesaikan kemelut ini, beberapa siri rundingan dan perjanjian telah dijalankan antara Gagasan Malaysia dengan Indonesia. Pada tahun 1966, Perjanjian Damai 1966 telah ditandatangani oleh kedua-dua buah negara dan menyebabkan konfrontasi ditamatkan (Nurliana Suhaini dan Aimi Khairunnisa, 2016). 3. Darurat Sarawak 1966 Darurat ini adalah menjurus kepada darurat Dewan Undangan Negeri. Hal ini berlaku apabila Ketua Menteri Sarawak pada ketika
PENTADBIRAN PENTADBIRAN 187 itu; Stephen Kalong Ningkan dikhabarkan tidak mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Seramai 21 daripada 24 orang ahli Dewan Undangan Negeri telah menandatangani petisyen tersebut. Namun, beliau menolak dan mengatakan bahawa beliau masih seorang Ketua Menteri Sarawak yang sah. Kemudian, ahli-ahli parlimen di Malaysia dipanggil untuk mengisytiharkan Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Sarawak (Darurat) 1966, serta memilih pengganti beliau; Tawi Sli sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru (Penyata Rasmi Parlimen, 1977) (The Borneo Post, 2010). 4. Darurat Rusuhan Kaum 1969 Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 terjadi disebabkan oleh rusuhan kaum antara Melayu dan Bukan Melayu. Peristiwa ini bermula apabila ada yang mempersoalkan beberapa perkara asasi dalam Perlembagaan berkaitan dengan Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu, terutamanya Fasal 152 dan 153. “Peranan yang dimainkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) dan kongsi-kongsi gelap yang membangkitkan perasaan perkauman dan kecurigaan dan kegelisahan; kemudiannya kehampaan orang-orang Melayu dalam suasana yang memang sedia diselubungi perasaan saling tidak percaya-mempercayai antara Melayu/Cina, dan
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 188 bertambah pula di masa akhir-akhir selepas pilihan raya tahun 1969 dengan berbagai cacian perkauman dan ancaman terhadap kesejahteraan dan kehidupan masa depan mereka, di tanah air mereka sendiri”. Perintah berkurung yang diisytiharkan menemui kegagalan kerana masyarakat perlu keluar dan mencari makanan. Oleh itu, darurat diisytiharkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong bagi membolehkan parlimen digantung, undang-undang lain secara spesifik dibuat dalam tempoh tersebut dan sebagainya (Nor Azlah Sham bt. Rambely dan Rashidah Mamat, 2017). 5. Darurat Kelantan 1977 Darurat ini juga sekali lagi melibatkan Dewan Undangan Negeri. Hal ini berlaku apabila Kerajaan Campuran dilaksanakan di negeri Kelantan yang dianggotai oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri PAS dan UMNO. Pelantikan Datuk Mohamad Nasir telah mendapat tentangan daripada 20 orang wakil rakyat PAS. Datuk Mohamad Nasir dikatakan cenderung kepada UMNO. Kemudian, demonstrasi telah dibuat untuk menyatakan penolakan mereka kepada pemerintahan Datuk Mohamad Nasir. Pada 8 November 1977, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim telah mengisytiharkan Kelantan diletakkan di bawah kuasa darurat dan
PENTADBIRAN PENTADBIRAN 189 satu Rang Undang-undang Kuasa-kuasa Darurat Kelantan 1977 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia Ketiga, Tun Hussein Onn untuk melantik Pengarah Kerajaan Negeri Kelantan. Hal ini bertujuan untuk menjalankan urusan pentadbiran negeri kerana semua kuasa Menteri Besar dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) digantung sepanjang tempoh darurat. Pengisytiharan ini mendapat tentangan daripada wakil rakyat PAS. Ketika itu, PAS berada dalam pakatan Barisan Nasional. Kemudian, Tun Hussein Onn menegaskan bahawa beliau memberi peluang kepada Barisan Jawatankuasa Tertinggi PAS untuk menyingkirkan mana-mana ahli parlimen yang menentang perbahasan Rang Undang-undang Kuasa Darurat Kelantan sebelum 17 Disember 1977. PAS akan disingkirkan daripada pakatan jika gagal berbuat demikian. Jawatankuasa PAS pusat memilih untuk keluar daripada pakatan Barisan Nasional pada 14 Disember 1977 dan mengarahkan semua Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berpindah ke kerusi pembangkang (Md. Rozimi bin Mohd Nasir, 1977). 6. Darurat Jerebu 1997, 2005 dan 2013 Jerebu telah melanda Malaysia pada tarikh-tarikh berkenaan dan mengakibatkan pengisytiharan darurat di Sarawak pada 1997, serta di Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor pada 2006 apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah bacaan 500. Pada tahun
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 190 2013, satu lagi pengisytiharan darurat telah dibuat di kawasan Muar dan Ledang, diikuti oleh Kuala Lumpur dan Selangor apabila bacaan IPU melebihi 750 sehingga mengakibatkan sekolah ditutup demi menjaga kesihatan para pelajar daripada bahaya (Utusan Malaysia, 2013). 7. Proklamasi Darurat 2021 Pandemik COVID-19 telah menular dan merebak di seluruh dunia sehingga menyebabkan pihak berkuasa setiap negara mengambil tindakan yang besar untuk menghadapi masalah ini. Keadaan ini menjadi semakin meruncing di Malaysia pasca Pilihan Raya Negeri Sabah yang berlangsung pada 26 September 2020 apabila kes penularan COVID-19 naik secara mendadak dan tidak terkawal (Berita Harian, 2020). Bantuan-bantuan perubatan dari Semenanjung juga dihantar ke Sabah akibat peningkatan kes yang amat dahsyat (BERNAMA, 2020). Darurat terpaksa diisytiharkan apabila penularan wabak yang tidak terkawal bagi tujuan menggantung sebarang urusan politik. Hal ini kerana ia dilihat mengancam keselamatan negara secara menyeluruh. Kes-kes COVID-19 turut merebak ke Semenanjung Malaysia disebabkan oleh individu-individu yang pulang daripada Pilihan Raya Sabah tidak menjalani kuarantin kendiri seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Berita Harian, 2020).
PENTADBIRAN PENTADBIRAN 191 Pada 11 Januari hingga 1 Ogos 2021, proklamasi darurat telah diisytiharkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Penggunaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak cukup untuk membendung wabak ini. Lalu, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 pula diguna pakai sepanjang tempoh proklamasi ini. Kewujudan proklamasi darurat menyebabkan sebuah Jawatankuasa Khas Bebas ditubuhkan dan keahliannya ditentukan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Langkah ini adalah bagi memastikan YDPA mendapat pandangan yang menyeluruh daripada semua pihak dan bebas daripada pengaruh politik serta kepentingan golongan tertentu. Mereka terdiri daripada pakar kesihatan awam, wakil parti politik kerajaan dan pembangkang, tokoh bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, ketenteraan awam, pentadbiran awam dan undang-undang, mufti serta wakil dewan perniagaan. Hal ini bertujuan untuk mengawal penularan wabak ke tahap yang maksimum (Majlis Keselamatan Negara, 2021). Ringkasan daripada Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021: 1. Yang di-Pertuan Agong atau sesiapa yang diberi kuasa oleh YDPA memiliki kuasa untuk mengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta alih.
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 192 2. Penggunaan apa-apa sumber di Malaysia adalah tertakluk di bawah kuasa YDPA dan sesiapa yang diberi kuasa untuk kegunaan yang dirasakan perlu oleh YDPA sepanjang tempoh ini. 3. Kuasa ketenteraan akan dikerahkan bagi urusan kawalan dan pencegahan penyakit di bawah kuasa YDPA. 4. YDPA dan sesiapa yang diberi kuasa oleh YDPA boleh mengeluarkan arahan untuk rawatan, imunisasi, pengasingan, pemerhatian atau pengawasan. 5. Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan Kabinet Negeri masing-masing yang wujud sebelum Proklamasi Darurat, 11 Januari 2021 mempunyai kuasa untuk terus menjalankan kuasa eksekutif semasa darurat. 6. Pilihan Raya Umum, Kecil atau Negeri tidak boleh diadakan sepanjang tempoh darurat. 7. Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak akan bersidang sepanjang tempoh darurat. Berdasarkan kepada tujuh jenis darurat yang pernah diisytiharkan di Tanah Melayu dan Malaysia, kita dapat lihat bahawa terdapat perbezaan antara darurat-darurat yang pernah diisytiharkan dari sudut punca dan kesan.
PENTADBIRAN PENTADBIRAN 193 Penutup Pengisytiharan darurat semestinya suatu keperluan pada waktu tertentu. Ketua Negara yang bertanggungjawab menjaga kesejahteraan negara mengambil tindakan ini bagi maslahat umum manusia secara menyeluruh. Rakyat Malaysia perlu mematuhi apa-apa yang telah ditetapkan oleh Ketua Negara dalam hal-hal melibatkan maslahat umum. Satu kaedah Fiqh menyebut: َ ِام ِم ْ ُ الإ ف َ ر َ ت ِة َص ح َ ْ ل َص م ْ ِا ب ٌ ْط و ُ ن َ ِةم يِ َىار ل َ ع Maksudnya: “Polisi dan tindakan pemerintah terhadap rakyat hendaklah berdasarkan kepada pertimbangan maslahah (dan mafsadah).” (Al-Suyuti, 1983) Justeru, rakyat Malaysia wajib mentaati dan mematuhi setiap keputusan pemerintah yang mendatangkan maslahat pada rakyat.
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 194 Rujukan Al-Suyuti, Abdul Rahman bin Kamal al-Din. (1983). al-Asybah wa al-Nazair (ed. 1). Beirut: Dar al-Kutub. BERNAMA. (2020). 61 ‘Frontliner’ Dihantar Ke Sabah Bagi Misi Bantuan Covid19. Diakses pada 18 Mac 2021 daripada https://www.bernama.com/bm/video/index.php?v=59096. Majlis Keselamatan Negara. (2021). Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021. Diakses pada 9 Mac 2021 daripada https://asset.mkn.gov.my/web/wpcontent/uploads/sites/3/2 019/08/FINAL-FAQ-DARURAT-2021_compressed.pdf. Marcel Jude Joseph. (2010). The Saga of Stephen Kalong Ningkan- the conclusion. The Borneo Post 26 April. Diakses pada 9 Mac 2021 daripada https://www.theborneopost.com/2010/04/26/the-saga-ofstephen-kalong-ningkan-%E2%80%94-the-conclusion/. Mashitah Darus. (2013). Langkah Proaktif Tangani Masalah Jerebu. Utusan Malaysia 29 Ogos. Diakses pada 10 Mac 2021 daripada http://www.doe.gov.my/portalv1/wpcontent/uploads/2013/11/ Langkah-Proaktif-Tangani-Jerebu.pdf. Md Rozaimi Mohd Nasir. (2017). Kelantan Di Bawah Pentadbiran Kuasa Darurat 1977. Sejarah: Journal of the Department of History, [S.l.], v. 17, n. 17. Nor Azlah Sham bt. Rambely, Rashidah Mamat. (2017). Tragedi 13 Mei 1969: Satu Laporan Bersumberkan Rekod Foreign and Commonwealth Office. International Journal of Law, Government and Communication, Judul 2. Isu: 6. Nurliana Suhaini, Aimi Khairunnisa Abdul Karim. (2016). Konfrontasi Malaysia Dan Indonesia: Penyelesaian Melalui Pendekatan Malaysia. Jurnal Sains Sosial. Melaka: Kolej Universiti Islam Melaka. jld. 1, 76.
PENTADBIRAN PENTADBIRAN 195 Penyata Rasmi Parlimen. (1977). Dewan Rakyat. Parlimen Keempat. Penggal Ketiga. Diakses pada 9 Mac 2021 daripada https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DN0911197 7.pdf. Rafidah Mat Ruzki. (2020). COVID-19: Individu tiba dari Sabah perlu pakai gelang kuarantin, jalani kuarantin wajib 14 hari. Berita Harian. 20 November 2020. Diakses pada 11 Mac 2021 daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/756445/ covid-19-individu-tiba-dari-sabah-perlu-pakai-gelang-kuarantinjalani. Rafiqah Dahali. (2020). PRN Sabah pada 26 September. Berita Harian. 17 Ogos 2020. Diakses pada 10 Mac 2021. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/7221 64/prn-sabah-pada-26-september. Syed Mahadzir. (2007). Darurat Tanah Melayu (Siri 50 Tahun Malaysia). Selangor: Cooray’s House of Publication Sdn. Bhd.
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 196 HUKUM MENTAATI PEMIMPIN Muhammad Adzhar bin Ahmad Pengenalan Setiap negara memerlukan kepada pemerintah atau pemimpin. Keperluan kepada pemerintah adalah satu perkara yang penting bagi membina negara yang aman, sejahtera dan stabil dari sudut pentadbiran dan ekonomi negara. Tanpa pemerintah, sesebuah negara tidak akan dapat mencapai keamanan dan keharmonian.
PENTADBIRAN PENTADBIRAN 197 Pemerintah dalam bahasa arab disebut sebagai waliy al-amr dan mempunyai beberapa definisi di sisi para ulama. Di dalam kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah, waliy al-amr bermaksud pengganti kepimpinan Nabi dalam memelihara agama dan mengurus tadbir dunia (Al-Mawardi, 2018). Menurut al-Haramain (1410H) pula waliy al-amr bermaksud pemerintah yang sempurna, kepimpinan yang bersifat umum, berkaitan dengan perkara yang khusus dan umum sama ada perkara–perkara berkaitan agama atau dunia. Berdasarkan definisi-definisi ini, perkataan waliy al-amr memberi maksud mereka yang diberikan mandat oleh rakyat untuk memimpin sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, pemimpin terbahagi kepada dua kategori iaitu pemimpin negara dan pemimpin kerajaan. Istilah pemimpin negara merujuk kepada kepimpinan tertinggi negara iaitu Yang di-Pertuan Agong yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja. Manakala ketua kerajaan merujuk kepada kepimpinan eksekutif tertinggi sesebuah kerajaan atau disebut sebagai kabinet (Portal Rasmi Parlimen Malaysia, 2021). Hukum Mentaati Pemerintah Mentaati pemerintah merupakan salah satu perkara yang dituntut oleh syarak. Terdapat banyak nas daripada al-Quran dan al-Sunnah yang jelas menunjukkan perkara ini.
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 198 Antaranya adalah firman Allah : Maksudnya: “Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul serta ulil amr (para pemimpin) dari kalangan kamu.” Surah al-Nisa’ (59) Menerusi ayat di atas, Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi menjelaskan bahawa suruhan taat kepada pemerintah disertakan dengan ketaatan kepada Allah dan juga ketaatan kepada Rasulullah . Hal ini menunjukkan bahawa ketaatan kepada pemerintah itu perlulah berdasarkan kepada ketaatan kepada Allah dan Rasulullah . Perkara ini penting supaya masyarakat yang beriman terpelihara daripada pemerintah yang zalim (Al-Sya'rawi, 1997). Justeru, setiap pemerintah itu dituntut untuk menunaikan amanah dengan sempurna agar mereka sentiasa mentaati Allah dan RasulNya. Sekiranya ini tidak berlaku, maka mereka itu akan digelar sebagai pemerintah yang zalim. ُــ ِ َ أ َ َو ُــا ا ِ َ ُــا أ َ َ آ ــِ َــ ا َ ــَ َ ُــل ا ا ْ ُ ِ ِ ْ َ ْ ِو ا ُ أ َ و
PENTADBIRAN PENTADBIRAN 199 Perkara ini juga bertepatan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar , beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda: ِة، َ ِصــي ْ ع َ م ْ ِا ْب ر َ ْ ُــؤ ْي َــم َــا ،م َــق ُح َــة اع َالط ُ و ع ْ ــم َ اس ِــر ُ َاأ ِذ إ َ ة َ َ اع َط َلا َو ع ْ َم َس َلا ٍةف َ ِصي ْ ع َ ِم ب Maksudnya: “Dengar dan taat (kepada pemerintah) itu merupakan suatu kemestian, selagi mereka tidak memerintahkan kepada maksiat. Apabila mereka (pemerintah) memerintahkan kepada maksiat maka tidak wajib dengar dan taat (pada arahan tersebut).” (Riwayat al-Bukhari) Al-Qadhi ‘Iyad berkata, “Para ulama telah bersepakat bahawa wajib mentaati pemerintah dalam perkara yang bukan maksiat dan haram mentaatinya dalam perkara maksiat” (Badruddin, 1421H). Selain itu, Imam al-Nawawi juga berkata: “Majoriti ahli al-Sunnah dalam kalangan ahli fiqh, ahli hadis dan ahli kalam berkata: Tidak boleh memisahkan diri daripada pemimpin disebabkan kefasikan, kezaliman dan tindakannya yang mencabul hak (rakyat). Tidak boleh dilucutkan kepimpinannya serta tidak boleh keluar daripada kepimpinannya disebabkan perkara-perkara tersebut.
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 200 Bahkan wajib menasihati dan memberi ancaman kepadanya berdasarkan hadis-hadis yang telah datang berkenaan perkara ini” (Al-Mubarakfuri, 2008). Menurut al-Muzhiri, hadis di atas menjelaskan bahawa ketaatan rakyat terhadap pemimpin juga wajib dalam perkara-perkara yang dikira luar tabii atau menyalahi adat setempat (Ali, 2002). Manakala menurut Syeikh al-Mubarakfuri (2008) pula hadis di atas menerangkan mengenai kewajipan rakyat untuk mentaati pemimpin dalam perkara-perkara sunat dan harus. Oleh yang demikian, sekiranya arahan yang dikeluarkan oleh pemerintah itu merupakan suatu perkara yang makruf dan mendatangkan maslahat kepada rakyat maka mereka wajib mentaatinya. Ini juga bertepatan dengan kaedah fiqh yang masyhur: َ ِام ب ٌ ُوط ن َ ِةم يِ َىار ل َ َ ِامع ُ الإم ف َ ر َ ت ِة َص ح َ ْ ل ص Maksudnya: “Urus tadbir pemerintah ke atas rakyat hendaklah terikat dengan maslahat.” (Al-Suyuti, 1990)
PENTADBIRAN PENTADBIRAN 201 Hak Memuliakan dan Menghormati Waliy al-Amr Antara hak seorang pemimpin yang perlu ditunaikan oleh rakyatnya adalah memuliakan para pemimpin dan menghormatinya. Nabi Muhammad bersabda daripada Abu Bakrah Nafi’ bin Harith: ِ ا َ ُــول َس ُ ر ْت َ ِ ــمع َ س َــال َق ة َ ْــر َ ِــيب ب َ ْ أ ــن َ ْ َــن ُ م ُــول ق َ َ َك َــار ب َ ِ ا َ َ ان ط ْ ُــل َس َم ْــر َ ُ أ َــه َم ر ْ َ َاأ ي ْ ِــيالــد َىف َــال ع َ َ و َــل َج و َــز ِع ا َ َ ان ط ْ ُــل َ س َــان ه َ ْ أ َــن َم َ ِ ــة،و َام ِقي ْ َال م ْ َــو يُ ا ِة. َ َام ِقي ْ َال م ْ و َ يُ اُ ه َ َان ه َ َاأ ي ْ ِيالد ف Maksudnya: “Sesiapa yang memuliakan pemimpin di dunia, maka Allah akan memuliakannya di akhirat. Namun sesiapa yang merendahkan (menghina) pemimpin di dunia, maka Allah akan merendahkannya di akhirat.” (Riwayat al-Tirmizi) Menurut Ibn Jama’ah (1948), seseorang rakyat hendaklah mengetahui hak yang dimiliki oleh waliy al-amr. Seseorang rakyat juga wajib memberikan penghormatan dan kemuliaan yang selayaknya ketika bermuamalah dengan pemimpin. Hal ini kerana para ulama terdahulu juga memuliakan dan memberi penghormatan kepada waliy al-amr (Jama'ah, 1948). Justeru,
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 202 menjadi satu perkara yang penting bagi rakyat menghormati, memuliakan dan bermuamalah dengan para pemimpin. Kewajipan dan Keperluan kepada Pemimpin (Waliy al-Amr) Dengan adanya pemimpin (waliy al-amr), ia dapat menyatukan masyarakat, menegakkan hukum-hakam syariah, mencegah kezaliman dan menyebarkan keadilan. Al-Tartusyi berpendapat Allah mengurniakan nikmat pemimpin kepada hamba-hamba-Nya supaya orang yang lemah dapat dilindungi daripada orang yang zalim (Jama'ah, 1948). Justeru, dalam kitab Syu’ab al-Iman menyatakan tidak wajar bagi orang yang berakal menetap di sesebuah negara atau tempat yang tidak terdapat di dalamnya lima perkara (Al-Baihaqi, 2003): • Pemerintah yang kuat lagi hebat. • Hakim (Qadhi) yang adil dan saksama. • Pasar yang hidup dengan aktiviti perniagaan. • Sungai yang mengalir untuk kehidupan. • Doktor yang pakar.
PENTADBIRAN PENTADBIRAN 203 Penulis kitab al-Fiqh al-Manhaji menyatakan sebab-sebab pelantikan seorang pemimpin adalah seperti berikut (Mustafa al-Bugha, Mustafa alKhin, al-Syarbaji, 1992): 1. Melantik pemerintah adalah tanggungjawab yang paling besar diperintahkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya yang muslim supaya mereka bersatu dengan cara berpegang kepada agama Allah dan tidak berpecah-belah atau bertelagah sesama sendiri. 2. Kedudukan pemerintah dalam kalangan masyarakat adalah umpama paksi pada sesuatu bulatan. Dialah yang akan merealisasikan perpaduan dan menjaga keutuhan mereka melalui kepimpinannya. 3. Sebahagian besar pelaksanaan hukum-hakam dalam syariat Islam tertakluk kepada kuasa pemerintah. Hukum-hakam tidak mungkin dapat dilaksanakan kecuali melalui kuasa dan arahan pemerintah. 4. Jika tiada pemerintah yang berkemampuan dan berwibawa untuk menduduki jawatan tersebut, sudah tentu segala hukum-hakam tidak dapat dilaksanakan. Justeru, semua perkara ini jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya waliy al-amr. Hukum dan Keperluan Mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan Pengambilan Vaksin COVID-19 Dalam menangani wabak COVID-19 yang semakin menular dalam negara ini, kepatuhan terhadap SOP adalah sangat diperlukan bagi mengurangkan
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 204 peningkatan kes baharu dalam kalangan rakyat di Malaysia. Pematuhan SOP seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, penggunaan hand sanitizer serta penutupan masjid dan surau di kawasan-kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah kaedah semasa yang paling berkesan bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Dalam isu berkaitan pengambilan vaksin COVID-19 pula seperti yang telah dinyatakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Wilayah Persekutuan (KHAS) (2021) dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) (2020), hukum pengambilan vaksin COVID-19 adalah harus dan wajib diambil bagi golongan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
PENTADBIRAN PENTADBIRAN 205 Penutup Menjadi satu kewajipan untuk mematuhi segala perintah dan undang-undang yang dikeluarkan oleh pemerintah khususnya undang-undang berkaitan Proklamasi Darurat, SOP dan pengambilan vaksin, selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh syarak. Kepatuhan terhadap SOP dan pengambilan vaksin ini menjadi lebih utama apabila ia melibatkan maslahat umum bagi menjaga kesihatan dan nyawa rakyat daripada terancam dengan penularan wabak COVID-19. Oleh yang demikian, ketaatan kepada waliy al-amr adalah kewajipan bagi setiap rakyat. Setiap undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemerintah wajib ditaati selagi mana tidak bercanggah dengan syarak. Selain itu, mentaati pemerintah adalah sangat penting agar negara kekal dalam keadaan aman dan sejahtera khususnya semasa pandemik COVID-19.
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 206 Rujukan Al-Baihaqi, Ahmad bin Husain (2003). Syu'ab al-Iman (ed. 1, jld. 9). Riyadh: Maktabah al-Rusyd li al-Nasyr wa al-Tauzi'. Al-Haithami, Nuruddin Ali bin Abi Bakr. (1994). Majma' al-Zawaid wa Manba' al-Fawaid (jld. 5). Kaherah: Maktabah al-Qadsi. Al-Haramain, Abdul Malik bin Abdullah. (1410H). Ghiyath al-Umam fi al-Tayyas al-Zulam (ed. 2, jld. 1). Mekah: Maktabah Imam al-Haramain. Al-Mawardi, Ali Bin Muhammad. (2018). Al-Ahkam al-Sultaniyyah (ed. 8, jld. 1). Kaherah: Darulhadis. Al-Mubarakfuri, Muhammad Abd al-Rahman bin Abd al-Rahim. (2008). Tuhfah al-Ahwazi (jld. 5). Bairut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Al-Qari, Ali bin Sultan Muhammad. (2002). Al-Masabih Muraqah al-Mafatih Syarh Misykah (ed. 1, jld. 6). Beirut: Dar al-Fikr. Al-Subki, Tajuddin Abd al-Wahhab bin Taqiyuddin. (1991). Al-Asybah wa al-Nazair (ed. 1, jld. 1). Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmyyah. Al-Suyuti, Abd al-Rahman bin Abi Bakri. (1990). Al-Asybah wa al-Nazair (ed. 1, jld. 1). Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Al-Sya'rawi, Muhammad Mutawalli. (1997). Tafsir al-Sya'rawi (jld. 4). Mesir: Dar al-Akhbar al-Yaum. Badruddin, Mahmud bin Ahmad. (1421H). Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari (jld. 14). Bairut: Darulihya' al-Turathi al-Arabi.
PENTADBIRAN PENTADBIRAN 207 Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. (2020). Kenyataan Media. Diakses pada 19 Mac 2021 daripada https://www.islam.gov.my/ms/kenyataan -media/2386-kenyataan-media-menteri-di-jabatan-perdana-menteri -hal-ehwal-agama-berkenaan-hukum-penggunaan-vaksin-covid-19. Diterbitkan pada 23 Disember. Jama'ah, Muhammad Bin Ibrahim. (1948). Tahrir al-Ahkam fi Tadbir Ahli al-Islam (ed. 3, jld. 1). Qatar: Dar al-Thaqafah. Mustafa al-Bugha, Mustafa al-Khin, al-Syarbaji. (1992). Fiqh al-Manhaji (ed. 4, jld. 8). Damsyik: Dar al-Qalam li al-Tab'ah wa al-Nasyri wa al-Tauzi'. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan . (2021). Diakses pada 19 Mac 2021 daripada https://www.facebook.com/muftiWilayahPersekutuan/ posts/2045738205566148. Diterbitkan pada 24 Februari. Portal Rasmi Parlimen Malaysia. (2021). Carta Organisasi Parlimen Malaysia. Diakses pada 22 Mac 2021 daripada https://www.parlimen.gov.my/carta-organisasi.html?uweb= web&. Diterbitkan pada 17 Mac. Taqiyuddin, Ahmad bin Abd al-Halim. (1418H). Al-Siyasah al-Syar'iyyah (ed. 1, jld. 1). Saudi: Wizarat al-Syu'un al-Islamiyyah wa al-Auqaf wa al-Dakwah wa al-Iryad.
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 208 PERANAN INSTITUSI AGAMA DALAM PENGURUSAN COVID-19 Nuur Ashilah binti Kahar Pengenalan Setelah setahun pandemik COVID-19 menular dalam kalangan rakyat Malaysia, usaha membasmi wabak ini tetap teguh diteruskan oleh pelbagai jabatan dan agensi termasuklah Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Hal Ehwal Agama dan agensi-agensi di bawahnya. Ketika mendepani cabaran menguruskan wabak COVID-19, semua agensi agama bertanggungjawab untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat sehingga berakhirnya wabak ini. Semua agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama)
PENTADBIRAN PENTADBIRAN 209 telah memainkan peranan dalam pelbagai aspek pengurusan COVID-19 menerusi aspek ekonomi, ibadah dan pendidikan sehingga ke hari ini. Kerjasama dari semua agensi agama yang terlibat telah mengurangkan kesulitan rakyat dalam tempoh yang sukar ini. Agensi-agensi Agama yang Terlibat dalam Pengurusan Pandemik COVID-19 Sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia melalui Perutusan Khas Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat (YAB) Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin pada 18 Mac 2020, semua sektor utama di Malaysia dilihat telah mengalami kemerosotan akibat limitasi pergerakan yang dikenakan ke atas setiap individu. Banyak syarikat yang mengambil langkah mengurangkan bilangan pekerja dan tidak kurang juga ada yang terus menutup operasi perniagaan mereka. Hal ini mengakibatkan berlakunya peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat Malaysia. Berdasarkan Laporan Statistik Buruh (2020), kenaikan kadar pengangguran pada suku tahun pertama iaitu 3.9% berbanding 3.3% pada tahun 2019. Justeru, dalam menghadapi situasi ini, agensi-agensi agama merupakan salah sebuah institusi agama yang bertanggungjawab dalam membantu meringankan kesulitan yang dihadapi oleh masyarakat yang terkesan akibat pandemik ini. Antara agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang terlibat adalah (Laman Web
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 210 Rasmi Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, 2020) : 1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 2. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) 3. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 4. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 5. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) 6. Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) 7. Institusi Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 8. Lembaga Tabung Haji (TH) 9. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) 10. Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) 11. Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) 12. AlHijrah Media Corporation (TVAlHijrah) 13. Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (YTWP) Menjadi kewajipan seseorang muslim untuk membantu masyarakat yang ditimpa kesusahan dengan memberi apa yang dimiliki terutamanya ketika pandemik ini melanda. Selaras dengan firman Allah : َ ْ َا ّ و ِِ ْ ََ ا اُ َ َو َ َ ٰى و
PENTADBIRAN PENTADBIRAN 211 Maksudnya: “Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan ketaqwaan.” Surah al-Maidah (2) Ayat ini jelas menunjukkan bahawa setiap individu mempunyai tanggungjawab untuk membantu orang lain yang berada dalam kesusahan. Rasulullah turut menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar : ِ َ َ ن ْ َــ ُ ُ ِــْ ُ َ َ ُ و ُــ ِ ْ َ َ ِِــْ ُ ْ ُــ ا َ ُ أ ِــْ ُ ْ ا ٍِــْ ُ ْ َــ َ ج َــ ْ َــ َ ِــ ِو َ َ ِ ُ َ ا َ ن ِــِ َ َــ ِأ َ ْ َـ َ َـ ِو َ ِ ْ ِم ا ْ َـ َ ِب ُـ ْ ـِ ً َـ ْ ُ ـَ ِ ُ ْ َ ُ َ ا ج َ ً َ ْ ُ ََ َ ِ َ َ ِ ْ َ ا م ْ َ ُ ُ ا ه ََ َ ً ِ ْ ُ Maksudnya: “Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain) dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah akan melapangkan
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 212 kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup aib seseorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Imam al-Nawawi (1392H) berpendapat bahawa dalam hadis ini menekankan tentang kepentingan membantu dan meringankan kesusahan seseorang terutamanya antara sesama Muslim sama ada melalui sumbangan harta atau pertolongan. Peranan Agensi-agensi Agama dalam Pengurusan COVID-19 Wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah memberi kesan yang besar bukan sahaja dari sudut ekonomi, malah landskap kehidupan masyarakat dalam konteks pendidikan dan ibadah juga turut mengalami perubahan. Bagi menghadapi situasi ini, setiap agensi agama memainkan peranan yang penting dalam membantu masyarakat yang terjejas akibat pandemik. Antara usaha-usaha yang dilaksanakan adalah seperti berikut: 1. Pengurusan Ekonomi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melancarkan Tabung Misi Musaadah COVID-19 sebagai salah satu medium bagi menyalurkan dan menerima sumbangan kepada golongan sasar yang terjejas. Tabung ini merupakan antara usaha awal yang dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri pada 24 Mac 2020. Jumlah agihan sumbangan tabung tersebut telah mencecah
PENTADBIRAN PENTADBIRAN 213 hampir RM 365 juta sehingga 22 Januari 2021 (Kenyataan Media Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, 2021). Antara inisiatif semasa yang diusahakan oleh setiap agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) adalah seperti berikut: JADUAL 1: Bantuan dalam Konteks Pengurusan Ekonomi Agensi Agama Bentuk Bantuan JAKIM • Tabung Musaadah COVID-19 JAKIM. • Bantuan Elaun Guru Kafa. • Bantuan Elaun Guru Takmir. JAWI • JAWI Food Bank. • Sumbangan Masjid dan Surau (Barang Keperluan Asas). • Bantuan Kewangan Khas kepada Warga JAWI berikutan wabak pandemik COVID19. • Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada warga JAWI yang berkelayakan. MAIWP • Bantuan kepada golongan Asnaf. • Sumbangan kepada gelandangan. • Sumbangan kepada badan bukan kerajaan (NGO). • Sumbangan kepada pelajar.
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 214 • Sumbangan kepada golongan terjejas. JKSM • Sumbangan kepada kakitangan. PPZ • Sumbangan kepada keluarga penerima. YTWP • Sumbangan kepada penerima-penerima. TH • Bantuan barangan keperluan dan tunai kepada keluarga asnaf di negeri Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak. • Bantuan barangan keperluan dan tunai kepada pekerja ladang dan ahli komuniti TH Plantations. • Bantuan tunai kepada anggota, kakitangan anak syarikat dan pesara Tabung Haji. • Sumbangan kepada Food Bank Jawi. • Sumbangan kepada Program Musaadah Khaira PPZ MAIWP. • Sumbangan kepada Tabung Bantuan Khas COVID-19 Universiti Malaysia Sabah dan Tabung COVID-19 Universiti Sains Islam Malaysia. • Sumbangan kepada Sadaqa House Bank Islam.
PENTADBIRAN PENTADBIRAN 215 • Bantuan kepada peniaga-peniaga kecil di seluruh negara yang terkesan semasa tempoh PKP Fasa 2. • Bantuan tunai kepada golongan Ibu Tunggal di setiap negeri. • Bantuan tunai kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) di setiap negeri. • Bantuan tunai kepada gelandangan di setiap negeri. • Bantuan tunai kepada rumah anak yatim di setiap negeri. • Bantuan tunai kepada rumah kebajikan di setiap negeri. YaPEIM • Program Foodbank. • Moratorium Ar-Rahnu YaPEIM. YWM • Sumbangan barangan makanan keperluan harian. • Barangan / keperluan hospital. • Bantuan tunai. • Makanan bermasak.
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 216 JAWHAR • Musa’adah COVID-19 dengan kerjasama YWM dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan. YADIM • Sumbangan keperluan harian dan wang tunai. • Sumbangan kos pembinaan rumah dan wang tunai. Sumber: Kad Laporan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) (2020) Sumbangan yang disalurkan oleh syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu menerusi tabung-tabung yang dilancarkan ketika pandemik COVID-19 ini menggambarkan amalan sedekah yang amat digalakkan oleh Islam. Bantuan yang disalurkan oleh pihak-pihak tersebut amat penting kerana ia dapat membantu kerajaan dalam meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat yang berada dalam kesusahan ketika PKP dilaksanakan. Oleh itu, sumbangan dalam bentuk sedekah merupakan substitusi lain dalam menyantuni masyarakat yang terjejas. 2. Pengurusan Pendidikan Antara sumbangan semua agensi agama dalam konteks pengurusan pendidikan ialah seperti berikut:
PENTADBIRAN PENTADBIRAN 217 JADUAL 2: Bantuan dalam Konteks Pengurusan Pendidikan Agensi Agama Bentuk Bantuan JAKIM • Bantuan Elaun Guru Kafa. • Bantuan Elaun Guru Takmir. • Bantuan Institusi Pendidikan Islam. • Forum Perdana Hal Ehwal Islam (Vaksin: Cegah Sebelum Kalah). JAWI • Program Dapur It’am. MAIWP • Sumbangan wang tunai kepada pelajar. TV Alhijrah • Malaysia #Qurantime / My #Qurantime. • 60 minit bersama… • Mycarecovid 19. • 1 hari 1 ayat. • Berita Alhijrah. • Rancangan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA). Sumber: Kad Laporan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), (2020) Semua bantuan yang diberikan dalam konteks pendidikan oleh semua agensi agama ini adalah bertujuan untuk meringankan beban guru dan pelajar yang terjejas dalam
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 218 pandemik ini di samping menyediakan program-program yang bermanfaat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang COVID-19. Di samping itu, program pendidikan yang berbentuk forum juga dapat memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat khususnya umat Islam dalam memahami kepentingan vaksin yang diusahakan oleh kerajaan selaras dengan salah satu prinsip maqasid syariah iaitu memelihara nyawa umat manusia. 3. Pengurusan Ibadah Sejak awal penularan wabak COVID-19 di Malaysia, Prosedur Operasi Standard (SOP) Masjid dan Surau telah disediakan oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) seperti (Al-Bayan, 2020): a. Pemakaian pelitup muka. b. Arahan membawa sejadah sendiri. c. Mengehadkan jemaah solat dengan jumlah tertentu sahaja. d. Mengimbas suhu sebelum masuk masjid atau surau. e. Tidak menyentuh mahupun bersalaman selepas solat. f. Memastikan setiap jemaah berdiri dengan kadar satu meter. Prosedur Operasi Standard (SOP) masjid dan surau ini telah dipersetujui bersama pihak-pihak berkuasa agama negeri bagi tujuan mengekang penularan penyakit berjangkit di Malaysia.
PENTADBIRAN PENTADBIRAN 219 Selaras dengan hadis Nabi daripada Sa’dan : ا َ ْ إ ٍض ِذ ر َ ِأ َ ب ع َ َ َا و ِذ َ َ ا، و ُوه ل ُ ْخ َد ت َ َلا ٍض ف ْ ر َ ِأ ُ ِون ب اع ِال ط ْ ب م ُ ت ْ ســ َ ِمع ا َ ه ْ ُ ِ وا من ُج ر ْ َ َ َلا َا ف ِه ْ ب م ُ ت ْ َ أ َ و Maksudnya: “Apabila kamu mendengar bahawa taun menimpa sesuatu tempat maka janganlah kamu masuk ke dalam kawasan tersebut. Apabila kamu berada di dalam kawasan yang terdapat di dalamnya penyakit taun maka janganlah kamu keluar dari kawasan itu.” (Riwayat al-Bukhari) Hadis ini jelas menunjukkan langkah pencegahan yang disyorkan oleh Rasulullah sebelum dan juga selepas seseorang itu terlibat dengan penyakit berjangkit. Secara keseluruhannya, sumbangan yang telah disalurkan melalui bantuan misi “#Musaadahcovid19” ini meliputi bantuan berupa keperluan, kelengkapan harian dan anjuran program-program yang bermanfaat ditayangkan khususnya kepada umat Islam. Seruan memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan sama ada kepada individu atau sesebuah institusi amat
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 220 dititikberatkan dalam Islam supaya manfaat yang disumbangkan itu dapat menolak kerosakan yang lebih besar. Penutup Perintah Kawalan Pergerakan dan penularan wabak COVID-19 memberikan impak negatif dalam pelbagai aspek termasuk aspek ekonomi yang melibatkan masyarakat berpendapatan rendah dan miskin disebabkan oleh pengurusan pandemik di Malaysia. Keupayaan sesebuah institusi agama dalam mendepani pandemik ini tidak dapat disangkal sekiranya diuruskan oleh pengurusan yang profesional dan mengamalkan budaya kerja Islam. Sehubungan itu, semua bentuk sumbangan yang telah disalurkan oleh setiap agensi agama berupaya membangunkan kembali kestabilan ekonomi dan menjaga kebajikan sosial masyarakat.
PENTADBIRAN PENTADBIRAN 221 Rujukan Al-Quran al-Karim. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. (2020). Isu Penjarakan Fizikal Semasa Solat Berjemaah di Masjid dan Surau. Majalah Al-Bayan. Diakses pada 3 Mac 3 2021 daripada https://mira.gov.my/al-bayansiri-6/. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. (2020). Kad Laporan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Diakses pada 5 Mac 2021 daripada https://mira.gov.my/kad-laporan/. Diterbitkan pada Ogos 2020. Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. (t.t.). Sahih al-Bukhari. Kaherah: Dar Tuq al-Najah. Al-Hanbali, Abdul Rahman bin Ahmad (2001). Jami’ al Ulum wa al-Hikam fi Syarh Khamsina Hadisan min Jawami’ Kalam. Syu’aib al-Arna’out. Beirut: Muassasah al-Risalah. Al-Nawawi, Yahya bin Sharaf. (1392H). Al-Minhaj ‘ala Syarh Sahih Muslim. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-Arabi. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. (2021). Senarai Agensi YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Diakses pada 7 Mac 2021 daripada http://jawi.gov.my/index.php/my/agensidi-bawah-yb-menteri. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2020). Siaran Akhbar Statistik Utama Tenaga Buruh Malaysia Suku Pertama 2020. Diakses pada 3 Mac 2021 daripada https://www.dosm.gov.my/. Muslim, Ibn al-Hajjaj. (t.t.). Al-Bir wa as-Silah wa al-Adab: Bab Tahrim al-Zulmi. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah.
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 222 PERUNTUKAN DAN INSENTIF KERAJAAN Intan Nor Syahadah binti Mansor Nor Ezwainnis binti Azmi Halimatul Saadiah binti Ghazuli Pengenalan Tahun 2020 bagi Malaysia dikejutkan dengan penularan wabak COVID19. Penularan COVID-19 bukan sahaja meragut nyawa malah turut menjejaskan dan menjerut ekonomi negara. Kerajaan telah meletakkan keutamaan melindungi rakyat melebihi segala perkara lain selaras dengan maqasid syariah yang menjaga keselamatan nyawa seperti firman Allah :
PENTADBIRAN PENTADBIRAN 223 Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” Surah al-Tahrim (6) Bagi menyeimbangkan antara kewajipan melindungi rakyat dan menjamin kelangsungan ekonomi, kerajaan bertindak pantas dengan melakukan pelan pemulihan ekonomi secara berfasa. Kerajaan Malaysia juga telah menyediakan pelbagai jenis sumbangan dan insentif yang menumpukan kepada rakyat, ekonomi dan sektor-sektor lain bagi memastikan kehidupan rakyat dapat diteruskan. Sumbangan dan insentif yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia adalah seperti berikut: ٗ َــر ۡ ُ ــِ ۡ َ أ َ ۡ و ُ َ ــ ُ َ ْ أ ا ٓ ُــ ْ ُــا َ َا َ ء ــِ َــ ٱ َ َ ٞ َ اد ـ ِ ٞ َ ظ ـ ِ ٌ َـ ِ َ َ ـَ ۡ َ َ ُ ة َ َـر ِ ۡ َٱ ُ و ـس ٱ َ ُ ُد َ و َ ُون َ ۡ ُ َ َ ُن َ ۡ َ َ ۡ و ُ َ َ َ ٓ أ َ َ َ ٱ ُ ن ۡ َ
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 224 Peruntukan dan Insentif kepada Petugas Barisan Hadapan (Frontliner) Kerajaan telah menyediakan dana kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta agensi-agensi lain yang terlibat dalam usaha sama untuk menangani wabak COVID-19 ini. Penyediaan peruntukan ini menumpukan kepada bekalan kesihatan antaranya tambahan reagen dan kit saringan serta peralatan Personal Protective Equipment (PPE). Selain itu, seramai 8000 petugas kesihatan tambahan Kementerian Kesihatan telah dilantik pada tahun 2020 dan akan membuat penambahan lebih daripada 3500 anggota kesihatan yang terdiri daripada penolong pegawai perubatan, paramedik, juruteknologi makmal dan jururawat bagi membantu dalam memerangi wabak COVID-19 mengikut situasi semasa (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2020). Tambahan lagi, pada bulan Februari 2021 pemberian one-off sebanyak RM500 kepada petugas barisan hadapan kesihatan dan RM300 kepada petugas barisan hadapan yang lain antaranya anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Kemudian pemberian elaun bulanan khas RM600 kepada petugas barisan hadapan kesihatan dan RM200 kepada petugas barisan hadapan yang lain sejak bulan Mac 2020 yang lalu akan diteruskan (Kementerian Kewangan Malaysia, 2020). Perdana Menteri Malaysia juga menyatakan ketika ucapan beliau pada bulan Januari 2021 bahawa hospital swasta telah bersetuju untuk
PENTADBIRAN PENTADBIRAN 225 bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk menerima dan merawat semua pesakit termasuk pesakit COVID-19 bagi meringankan tekanan kepada sistem kesihatan awam. Oleh yang demikian, kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk meneruskan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta dalam memerangi wabak COVID-19 (Pejabat Perdana Menteri, 2021). Selain itu, syarikat-syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) turut bekerjasama dalam memutuskan rantaian wabak ini seperti penawaran beberapa buah hotel kepada kerajaan untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin. Beberapa makmal dan hospital swasta juga turut menawarkan perkhidmatan ujian pensampelan melalui RT-PCR yang memerlukan kepada ribuan sampel ujian setiap hari. Selain daripada itu, mereka yang pakar dalam bidang masing-masing turut terlibat secara tidak langsung seperti pemilik pencetak 3D yang membuat perisai muka, pereka fesyen yang menyediakan PPE, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang menjual barangan segar dan NGO yang menyalurkan makanan dan keperluan harian (Astro Awani, 2020). Peruntukan dan Insentif kepada Rakyat 1. Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) pada tahun 2020 diagihkan seperti berikut (Berita Harian, 2020):
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 226 • RM1600 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM4000 dan ke bawah. • RM1000 kepada isi rumah berpendapatan lebih RM4000 hingga RM8000. • RM800 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah. • RM500 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2000 hingga RM4000. • Bayaran one-off RM200 kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Seterusnya, bantuan diteruskan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada tahun 2021 untuk meringankan beban rakyat agar tiada golongan yang akan tercicir. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah seperti berikut (Kementerian Kewangan Malaysia, 2021): 1. RM300 kepada golongan yang berpendapatan sehingga RM5000 sebulan. 2. RM150 kepada golongan bujang yang berpendapatan sehingga RM2000.
PENTADBIRAN PENTADBIRAN 227 2. Program Kebajikan Kerajaan telah meningkatkan kadar bantuan kebajikan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan melaksanakan Program Bakul Makanan. Selain itu, kerajaan memperuntukkan RM25 juta bagi program GLIC/GLC Disaster Relief Network termasuklah pemberian bantuan komuniti kepada warga emas, gelandangan, OKU dan mangsa banjir. Kerajaan juga menyediakan potongan cukai kepada penderma yang menyumbang wang tunai atau barangan serta mereka layak menuntut potongan cukai daripada pendapatan kasar perniagaan atau pendapatan mereka (Pejabat Perdana Menteri, 2021). 3. Program i-Sinar KWSP Program i-Sinar yang telah diperkenalkan pada 21 Disember 2020 (Astro Awani, 2020). Tujuan utama program ini adalah untuk mengurangkan beban aliran tunai serta tanggungan individu dan isi rumah dengan peruntukan RM61 billion bermula pada Disember 2020 bagi membantu kelangsungan hidup rakyat di Malaysia (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, 2020). Permohonan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori pertama melibatkan individu yang bekerja dalam sektor awam, bekerja sendiri, bekerja dalam sektor ekonomi gig (freelancer), hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji. Bagi kategori kedua pula adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (Sinar Harian, 2020).
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 228 4. Pelepasan Cukai Khas ke Atas Pembelian Telefon Bimbit, Komputer dan Tablet Berikutan dengan amalan norma baharu yang banyak menggunakan alat digital dan teknologi sebagai medium utama dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, pekerjaan dan kehidupan seharian, kerajaan telah memutuskan untuk memberikan pelepasan cukai khas ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet. Pelepasan cukai yang bernilai RM2500 yang telah diputuskan untuk berakhir pada 31 Disember 2020 dilanjutkan setahun lagi sehingga 31 Disember 2021 ekoran memberi kesan yang baik kepada ekonomi negara (Astro Awani, 2021). 5. Capaian Internet Percuma Kerajaan telah mengumumkan pemberian internet percuma sebanyak 1GB kepada semua pengguna talian mudah alih bermula pada 1 April 2020 sehingga tempoh PKP tamat. Ia merupakan inisiatif tambahan daripada kerajaan selain dari pihak syarikat telekomunikasi sendiri. Perbelanjaan yang bernilai RM600 juta ini telah memberi kemudahan kepada masyarakat terutama kepada sektor pendidikan (Berita Harian, 2020). 6. Pengecualian Cukai Jualan ke Atas Kenderaan Penumpang Salah satu inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) adalah pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang jenis pemasangan tempatan dan import siap. Tujuan utamanya adalah untuk merancakkan semula jualan kenderaan penumpang yang terjejas akibat daripada wabak COVID-19. Menurut pautan berita daripada Astro Awani (2020), pengecualian cukai yang sepatutnya berakhir pada 31 Disember 2020 telah
PENTADBIRAN PENTADBIRAN 229 dilanjutkan oleh kerajaan sehingga 30 Jun 2021. Pengecualian ini diharapkan dapat memacu momentum perkembangan sektor automotif di negara ini. 7. Moratorium bagi Peminjam PTPTN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memberikan penangguhan pembayaran balik kepada peminjam yang berkuat kuasa mulai 19 Mac hingga 31 Disember 2020 (Pejabat Perdana Menteri Malaysia, 2020). Walau bagaimanapun, penangguhan ini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2021 untuk membantu peminjam PTPTN yang terkesan akibat kehilangan punca pendapatan akibat penularan wabak COVID-19 (Berita Harian & Astro Awani, 2020). 8. Meneruskan Pemberian Diskaun Bil Elektrik Menerusi inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi PERMAI, kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian diskaun bil elektrik kepada pengguna sebanyak 10% bagi tempoh Januari sehingga Mac 2021 kepada enam sektor perniagaan; pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat membeli belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan (Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, 2021). Seterusnya, rebat elektrik diberikan kepada semua pengguna TNB domestik dan bukan domestik pada kadar 2 sen setiap kilowatt per jam, bersamaan penurunan bil elektrik sehingga 9% bagi tempoh enam bulan mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2021(Pejabat Perdana Menteri Malaysia, 2021).
PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 230 Peruntukan dan Insentif kepada Ekonomi Negara 1. Program Subsidi Upah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menjalankan Program Subsidi Upah (PSU) yang bermula pada 1 April 2020 melalui peruntukan PRIHATIN dan PENJANA selama 6 bulan. PSU 2.0 pula bermula pada 1 Oktober 2020 melalui peruntukan KITA PRIHATIN selama tiga bulan manakala PSU 3.0 bagi sektor pelancongan dan runcit bermula pada 1 Januari 2021 melalui peruntukan PERMAI bagi semua sektor bermula pada 19 Januari 2021 (PERKESO, 2020). Bantuan ini memastikan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) di negara ini berupaya mengekalkan kakitangannya ketika banyak sektor terpaksa mengurangkan pekerja akibat kekurangan pendapatan sepanjang PKP, meringankan beban perniagaan yang perlu ditanggung dan meneruskan operasi perniagaan semasa PKP. 2. Geran Khas Prihatin Geran Khas Prihatin (GKP) telah diperkenalkan bermula dengan GKP 1.0 melalui peruntukan PRIHATIN pada Mei 2020. GKP 2.0 pula melalui pakej rangsangan ekonomi KITA PRIHATIN bermula pada November 2020 yang disalurkan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan. Kedua-dua bantuan ini diberikan dalam bentuk kewangan secara one-off berjumlah RM3000 manakala GKP 3.0 melalui pakej bantuan PERMAI adalah sebanyak RM1000 bagi mereka yang berada di negeri PKP dan RM500 bagi mereka yang berada di negeri lain (Lembaga Hasil Dalam Negeri, 2021). Tujuan GKP adalah bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang dihadapi ekoran penularan wabak COVID-19 dan bagi