The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MAKTABAH DIGITAL PSS BAITUL HIKMAH, 2024-01-09 21:48:55

PENGURUSAN COVID19 DI MALAYSIA DARI PERSPERKTIF ISLAM

PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 331 Para guru juga berperanan untuk lebih kreatif dalam melaksanakan sesi PdPR. Hal ini dikatakan demikian kerana ia mampu memberi kesan terhadap para pelajar dalam memahami sesuatu topik yang dipelajari. Contohnya melakukan kuiz dan soal jawab dalam talian, menyediakan soalan dalam bentuk Google Form dan sebagainya (Abdul Halim Abdullah, Zuraini Marion, 2021). Oleh itu, mediummedium seperti ini mampu menarik minat para pelajar untuk lebih fokus dan seronok dalam sesi PdPR seterusnya mampu meningkatkan kefahaman mereka dalam setiap subjek. Seterusnya, ibu bapa pula berperanan menitikberatkan soal pendidikan anak-anak mereka terutamanya apabila semua sekolah telah ditutup dalam suasana pandemik COVID-19. Oleh itu, kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa amat penting bagi memastikan pembelajaran secara dalam talian ini dapat dilaksanakan dengan baik (Samsilah Roslan, 2020). Misalnya, ibu bapa mengambil perhatian supaya anak-anak mereka menyempurnakan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Usaha yang dilaksanakan oleh ibu bapa sangat penting bagi menjamin pendidikan anak-anak pada masa hadapan. Ibu bapa juga digalakkan untuk mempelajari teknik-teknik dalam melakukan aktiviti PdPR (Norsiah Abdul Hamid, 2021) bagi tujuan untuk membantu anak-anak supaya dapat mengikuti kelas dengan


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 332 baik dan lancar. Sebagai contoh, pengetahuan asas dalam teknologi khususnya penggunaan komputer dan internet diperlukan untuk mengelakkan kelas yang diadakan tidak mengalami sebarang kesukaran. Oleh itu, ibu bapa mampu membantu anak-anak dalam menggunakan bahan-bahan yang diperlukan sepanjang sesi PdPR secara dalam talian. Selain itu, ibu bapa juga berperanan untuk memaklumkan kepada guru-guru sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan pelajaran (Norsiah Abdul Hamid, 2021). Penutupan sesi persekolahan menyebabkan ibu bapa perlu menggantikan tugas para guru untuk memantau pembelajaran anak-anak mereka. Perkara ini berkemungkinan akan memberikan tekanan terhadap segelintir ibu bapa yang mempunyai masalah kewangan. Ini kerana beberapa kemudahan serta bahan-bahan yang digunakan dalam pembelajaran tidak mampu disediakan oleh mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu memaklumkan perkara sedemikian terhadap guru-guru agar dapat meringkankan bebanan mereka. Penutup Fenomena COVID-19 telah mengubah kebanyakan sistem di Malaysia khususnya dalam sistem pendidikan. Pelbagai cabaran dihadapi dalam usaha untuk meneruskan sistem PdP seperti masalah komunikasi, fleksibiliti, internet, kesihatan mental dan


PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 333 penyesuaian diri dalam menggunakan kaedah baru bagi pelajar dan guru. Cabaran ini dilihat sebagai titik tolak dalam sistem pendidikan untuk menambah baik dari pelbagai segi terutamanya dalam kaedah penyampaian, bahan mengajar dan kesediaan guru dalam menghadapi pelbagai situasi pada masa akan datang. Tindakan dan langkah yang tuntas daripada pihak yang berwajib membolehkan pelajar dan guru meneruskan PdP yang menggunakan dunia maya sebagai medium utama seperti menggunakan aplikasi Zoom, Google Meet, Google Classroom, WhatsApp, YouTube dan sebagainya. Walaupun banyak kekangan yang dihadapi para pelajar dan guru dalam memenuhi kaedah baru pembelajaran semasa fenomena COVID-19. Akibat daripada itu, peranan daripada kerajaan, ibu bapa dan guru adalah amat penting dan diperlukan bagi memastikan sistem pendidikan dapat diteruskan, semangat pelajar tidak luntur dan prestasi semasa pelajar dapat diperhati dan dipertingkatkan seiring dengan masa. Semoga dengan sokongan pelbagai pihak berwajib dapat meningkatkan kemajuan sistem pendidikan di Malaysia agar dapat melahirkan pelajar yang berkualiti dan berdaya saing di masa akan datang.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 334 Rujukan Al-Quran al-Karim. Abdul Aziz, A., Mohd Sukor, N., & Ab Razak, N. (2020). Wabak COVID-19: Pengurusan Aspek Kesihatan Mental Semasa Norma Baharu. International Journal of Social Science Research, 2(4), 156-174. Abdul Halim Abdullah, Zuraini Marion. (2021). Guru Perlu Kreatif Taksir Murid dalam Norma Baharu. Diakses pada 9 Mac 2021. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/01/779528/g uru-perlu kreatif-taksir-murid-dalam-norma-baharu. Diterbitkan pada 24 Januari. Al-Asfahani, Abu Nuaim Ahmad bin Abdullah bin Ahmad. (1974). Hilyat al-Auliya wa Tabaqat al-Asfiya. Mesir: As-Saadah. Al-Suyuti, Abdul Rahman bin Abu Bakar. (1988). Jami’ as-Saghir wa Ziyadatuhu. Beirut, Lubnan: Maktab al-Islami. Alzahrin Alias. (2020). Internet Percuma Bukan Untuk Laman Sosial, Permainan, Penstriman Video. Diakses pada 9 Mac 2021. https://www.bharian.com.my/bisnes/lainlain/2020/06/697628/intern et-percuma-bukan-untuk-laman-sosial-permainan-penstrimanvideo. Diterbitkan pada 7 Jun. Doyle, A. (t.t). Definisi, Kemahiran dan Contoh Fleksibiliti Tempat Kerja. Diakses pada 10 Mac 2021. https://ms.chalized.com/definisikemahiran-dan-contoh-fleksibiliti-tempat-kerja/#. Helmi Akhtar & Ilhamie Abdul Ghani Azmi (2017). Komunikasi Kepimpinan Berkesan. Jurnal Syariah, 25 (3): 531-562. Radhika Kapur. (2018). Barriers to Effective Communication. Diakses pada 10 Mac 2021. https://www.researchgate.net/publication/ 323794732_Barriers_to_Effective_Co. Diterbitkan pada 16 Mac.


PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 335 Latifah Arifin. (2021). Saluran DidikTV KPM Mulai 17 Februari. Diakses pada 9 Mac 2021. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/ 2021/02/785795/saluran-didiktv-kpm-mulai-17-februari. Diterbitkan pada 13 Februari. Luqman Arif Abdul Karim. (2020). PKP: e-Pembelajaran Tidak Segerak Sesuai di Luar Bandar, Pedalaman. Diakses pada 10 Mac 2021. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677952/pkp %09epembelajaran-tidak-segerak-sesuai-di-luar-bandar-pedalaman. Diterbitkan pada 16 April. Mohd Fairuz Jafar, Zetty Akmar Amran, Mohd Faiz, Mohd Yaakob, Mat Rahimi Yusof, Hapini Awang. Oktober (2020). Kesediaan Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik COVID 19. Diakses pada 9 Mac 2021. https://www.researchgate.net/publication/ 345893409_Kesediaan_Pembelajaran_Dalam_Talian_Semasa _Pandemik_COVID_19). Diterbitkan pada 20 Oktober. Mohd Iskandar Ibrahim. (2020). COVID-19: KPM sedia garis panduan PdP sepanjang PKP. Diakses pada 10 Mac 2021. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/669800/covid -19-kpm-sedia-garis-panduan-pdp-sepanjang-pkp. Diterbitkan pada 27 Mac. Mohd Salleh, Nor. (2020). Pandemik Coronavirus (COVID-19): Pembelajaran Dan Pengajaran Secara Atas Talian Suatu Keperluan Di Malaysia. Diakses pada 9 Mac 2021. https://www.researchgate.net/publication/342886967_pande mik_coronavirus_covid19_pembelajaran_dan_pengajaran_se cara_atas_talian_suatu_keperluan_di_malaysia. Diterbitkan pada 13 Julai. Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan & Ching Pei Eng. (2020). Adaptasi pengajaran dan pembelajaran secara maya dalam kebiasaan baharu semasa pandemic covid-19. SIG: e-Learning eISBN: 978-967-0841-88-5.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 336 Norsiah Abdul Hamid. (2021). PdPR: Apa Peranan Ibu Bapa. Universiti Utara Malaysia. diakses pada 9 Mac 2021. http://www.smmtc.uum.edu.my/smmtc-news/230-pdpr-apaperanan-ibu-bapa229-icome-20-mendepani-cabaran-masadepan. Diterbitkan 7 Februari. Rahayu Ahamad Bahtiar, Sham Ibrahim, Halijah Ariffin, Nor Hazimah Ismail, Wan Mohd Khairul Wan Isa. (2020). Peranan dan Cabaran Pemimpin Pendidikan dalam Memastikan Matlamat dan Agenda Pendidikan Dilestari dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID19. Kementerian Pendidikan Malaysia. Rosninawati Hussin. etc, (2020). Potensi Dan Cabaran Epembelajaran Dalam Era COVID-19, Offstone Bulletin Editorial Advisory Board Samsilah Roslan. (2020). PKP Uji Kerjasama Ibu Bapa, Guru. Diakses pada 10 Mac 2021. https://www.bharian.com.my/ rencana/komentar/2020/04/676871/pkp-uji-kerjasama-ibubapa-guru. Diterbitkan pada 14 April. Quah Wei Boon. (2020). TVET Think Big V4: Pandemik COVID-19: Mempercepatkan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian (PDPDT) Di Kolej Komuniti: Isu & Cabaran Yang Dihadapi Oleh Pensyarah Dan Pelajar. Kolej Komuniti Bandar Darulaman. Zulkifli, N., Hamzah, M. I., Abdul Razak, K. (2020). Isu dan cabaran penggunaan MOOC dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers &Teacher Education, 10(1), 77-79.


PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 337 FRONTLINER WIRA NEGARA Muhammad Ilhamuddin bin Arsad Muhammad Muazul Amin bin Mohd Adlan Mohammad Muslim bin Hashim Pengenalan Pada akhir bulan Januari tahun 2020, Malaysia dikejutkan dengan munculnya suatu wabak yang amat berbahaya. Wabak yang dinamakan sebagai COVID-19 ini dipercayai berpunca dari bandar Wuhan yang terletak di Wilayah Hubei, China. Hal ini kerana, wabak ini boleh merebak melalui udara dan sentuhan (Jinling Hua & Rajib Shaw, 2020). Hal ini menyebabkan semua rakyat diminta untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak yang berautoriti iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM )dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Akibat


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 338 daripada pandemik yang berlaku ini, maka semua pihak dalam masyarakat perlu bekerjasama membantu pihak kerajaan dalam usaha membendung wabak ini supaya tidak terus berleluasa khususnya menerusi usaha-usaha yang dilaksanakan oleh petugas barisan hadapan. Definisi Petugas Barisan Hadapan Perkataan ‘frontliner’ ini diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris yang membawa maksud barisan hadapan (Francine D. Blau, Josefine Koebe & Pamela A. Meyerhofer, 2020). Melalui maksud ini, dapat difahami bahawa petugas barisan hadapan terdiri daripada mereka yang berusaha membendung penyebaran virus COVID-19 kepada orang ramai di samping mewujudkan persekitaran yang selamat untuk kehidupan penduduk negara ini. Antara petugas barisan hadapan yang terlibat dalam usaha membendung COVID-19 ini adalah pihak polis, tentera, para doktor, kakitangan kesihatan, para guru, food riders, penghantar barang dan sebagainya. Di samping itu, rakyat juga memberi kerjasama dalam menangani pandemik ini walaupun usaha yang dilakukan adalah usaha secara tidak langsung. Hal ini berlaku sehingga wujudnya slogan yang begitu terkenal dan dikenali ramai iaitu “Kita Jaga Kita”. Maka boleh dikatakan bahawa rakyat Malaysia juga sebahagian daripada petugas barisan hadapan secara amnya.


PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 339 Peranan Petugas Barisan Hadapan dalam Negara Malaysia Ketika negara Malaysia ditimpa dengan pandemik COVID-19, petugas barisan hadapan memainkan peranan yang sangat penting demi membendung wabak ini dan memutuskan rantaian COVID-19 daripada terus tersebar (Mathew Nyashanu, Farai Pfende & Mandu Ekpenyong, 2020). Hal ini seterusnya membawa kepada pembahagian tugas yang dilakukan oleh petugas barisan hadapan berdasarkan kepakaran masing-masing (Nancy S. Jecker et al., 2020). Sebagai contoh, para doktor memberi rawatan kepada pesakit-pesakit yang disyaki positif COVID-19. Mereka melakukan tugas tersebut dengan bertungkus lumus sehingga wujud situasi yang mana mereka sendiri tiada masa untuk menjamah makanan walau sesuap nasi. Mereka tetap melaksanakan tugas tanpa mengira penat dan lelah demi memberi rawatan yang terbaik buat para pesakit walaupun mereka sendiri mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk dijangkiti oleh wabak tersebut. Walaupun berhadapan situasi sedemikian, tugas mereka tetap dilakukan dengan penuh amanah dan dedikasi demi negara yang tercinta. Tambahan lagi, mereka sentiasa melakukan saringan demi saringan untuk mengesan gejala COVID-19 di fasiliti kesihatan, membuat rujukan terhadap pihak berkaitan dan melakukan isolasi kes di hospital-hospital terpilih.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 340 Selain itu, pihak polis dan tentera pula menjaga dan melakukan sekatan di sempadan-sempadan daerah dan negeri. Pihak polis dan tentera menghadapi pelbagai cabaran sepanjang penularan COVID-19. Antaranya ialah segelintir masyarakat memandang enteng akan keselamatan diri mereka dengan mengingkari arahan larangan merentas sempadan daerah dan negeri. Oleh itu, demi mengawal tingkah-laku segelintir masyarakat yang sebegini maka pihak yang berautoriti mengambil inisiatif untuk melaksanakan sekatan di jalan-jalan utama khususnya di sempadan negeri. Namun, arahan larangan untuk merentas daerah atau negeri diberikan kelonggaran terhadap mereka yang mempunyai urusan penting dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak berautoriti. Di samping itu, penghantar makanan seperti Foodpanda riders dan Grabfood riders berperanan menghantar setiap makanan yang dipesan oleh pelanggan. Hal ini kerana untuk mengurangkan kadar pelanggan di kedai makan yang boleh menyebabkan berlaku kesesakan orang ramai. Orang ramai disarankan untuk memesan makanan dan menunggu penghantaran makanan ke rumah atau tempat kerja mereka. Kebiasaan hidup sebelum pandemik COVID-19 menyebabkan segelintir pelanggan mengambil mudah berkenaan penjarakan sosial yang telah ditetapkan oleh pihak berautoriti. Sekiranya orang awam berkumpul beramai-ramai di sesebuah premis menjual makanan, maka risiko virus COVID-19 lebih mudah tersebar kepada orang ramai. Walau bagaimanapun, foodrider juga menghadapi


PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 341 cabaran-cabaran tersendiri dalam melaksanakan tugasan mereka untuk menghantar pesanan seperti risiko mengalami kemalangan jalan raya dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Seterusnya, para guru dan pensyarah pula berperanan mengendalikan proses pengajaran menerusi alam maya. Hal ini kerana, semua institusi pendidikan ditutup atas nasihat dan saranan daripada pihak kerajaan. Sekiranya ia tidak ditutup, kebarangkalian untuk para pelajar dijangkiti oleh wabak tersebut menjadi tinggi disebabkan wujudnya perhimpunan orang ramai dalam satu masa. Oleh itu, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara maya ini menjadi inisiatif bagi golongan pendidik demi menyebarkan ilmu serta mengelakkan para pelajar daripada ketinggalan dalam pelajaran. Ini merupakan suatu sikap yang perlu dipuji kerana golongan pendidik bertungkus-lumus dalam menjayakan usaha ini supaya ilmu pengetahuan dapat terus disebarkan sepanjang tempoh pandemik COVID-19. Rakyat Malaysia juga tidak terkecuali dalam memainkan peranan mereka dalam menangani wabak ini secara umumnya (Vincent Chi-Chung Cheng et al., 2020). Sebagai contoh, masyarakat perlu sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal serta sentiasa memastikan kebersihan tangan. Setiap individu diingatkan agar tidak mengambil ringan akan perkaraperkara tersebut dan dinasihatkan agar sentiasa mengambil perhatian tentang betapa bahayanya COVID-19.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 342 Peranan Petugas Barisan Hadapan di Perbatasan Negara Pihak tentera yang dibarisi Tentera Darat, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia berperanan mengawal ketat sempadan negara agar tidak diceroboh pendatang asing tanpa izin yang berkemungkinan besar akan menyukarkan lagi proses untuk mengawal penyebaran COVID-19 dalam negara (Fawzia Gibson-Fall, 2021). Seterusnya, sebahagian daripada pegawai perubatan dihantar ke luar negara untuk menjaga dan memastikan kesihatan rakyat Malaysia di dalam dan luar negara terjaga dengan sebaiknya. Kedutaan Besar Malaysia di negara-negara lain juga berperanan penting menghebahkan maklumat-maklumat berkaitan penjagaan kesihatan kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negara. Pengorbanan Petugas Barisan Hadapan Ketika orang ramai duduk kekal bersama keluarga di rumah, wujud individu-individu yang perlu berkorban masa dan tenaga mereka berkhidmat untuk negara susulan penularan wabak COVID-19. Mereka inilah yang disebut sebagai wira-wira negara yang sanggup menghadapi risiko berhadapan dengan wabak COVID-19. Para pegawai perubatan yang merupakan petugas barisan hadapan merisikokan diri mereka menjalankan pemeriksaan terhadap individu bawah pemantauan (PUS) dan individu bawah siasatan (PUI), seterusnya merawat dan memantau rapi mereka yang telah disahkan positif COVID-19 (Ain Umaira Md Shah et al., 2020).


PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 343 Malahan, terdapat sebahagian daripada mereka yang bertindak menjadi sukarelawan membantu urusan pengebumian mangsa korban wabak ini. Selain itu, mereka juga berpisah dengan keluarga tersayang dalam tempoh yang lama demi memastikan pandemik ini dapat dikawal dengan sebaiknya (Suresh K Pandey & Vidushi Sharma, 2020). Warga pendidik juga tidak kurang hebat menyumbangkan usaha dan tenaga menerusi kecekapan mereka mengendalikan proses pembelajaran dan pengajaran di hadapan skrin komputer, walaupun ada dalam kalangan mereka yang pertama kali melakukannya. Tambahan pula, wujud sebahagian pendidik sanggup menziarahi murid-muridnya dari rumah ke rumah demi memastikan setiap anak murid mereka tidak keciciran dalam pembelajaran. Selain itu, para penghantar barang juga sentiasa bertungkus lumus memudahkan urusan rakyat negara yang memesan makanan, memerlukan perkhidmatan penghantaran barang jarak jauh, dan penghantaran segera yang terbatas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Manakala para dermawan dan sukarelawan dari seluruh negara pula tidak berhenti menghulurkan bantuan yang terdiri daripada makanan, pakaian, ubat-ubatan dan lain-lain kepada mereka yang memerlukan. Akhir sekali, individu yang merupakan ibu bapa juga memainkan peranan mereka yang tersendiri terutamanya mereka yang bekerja


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 344 dari rumah sambil menjaga anak-anak seterusnya memantau proses pembelajaran mereka dan menguruskan hal ehwal rumah tangga dalam satu masa. Kesemua peranan ini mendatangkan hasil yang bermakna dan tidak dapat dibalas jasa mereka. Petugas Barisan Hadapan Menurut Perspektif Islam Umum mengetahui bahawa peranan petugas barisan hadapan memerlukan mereka untuk menggunakan segala masa dan tenaga yang mereka ada. Perkara ini boleh dilihat melalui para petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan yang menguruskan dan membantu pesakit COVID-19 (Julia Simons & Jenny Vaughan, 2020). Mereka membantu para pesakit dalam usaha mencegah wabak COVID-19 daripada terus tersebar seperti Firman Allah dalam al-Quran: Maksudnya: “Barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” Surah al-Maidah (32) َ َ َ َ َ ۡ َ ۡ أ َ َ س َ و ٱ َ ۡ َ ٓ أ َ ۚ ٗ ِ َ


PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 345 Begitu juga para tentera yang bertugas di sempadan negara yang menjaga keselamatan negara daripada diceroboh oleh anasir luar seperti firman Allah : Maksudnya: “Sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan pasukan-pasukan berkuda yang lengkap untuk menggerunkan musuh Allah, musuh kamu dan musuh-musuh yang kamu tidak ketahui; sedang Allah Maha Mengetahui. Apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” Surah al-Anfal (60) Kedua-dua pihak ini merupakan petugas barisan hadapan yang menyumbang tenaga, masa dan wang dalam memperjuangkan maslahat ummah dan negara. Seterusnya, menjaga keselamatan ْ وا ِعــد َ أ ُ و ــم َ ه َ ــا ُ م ٱ م ت ْ َ ع َط س ــن ْــت م ٍة َ و ِ ــاط َ ق ِمــن ُــو ِ ر ٱ ْــل ي َ ْ َ ُون ِهب ْ ر ب ۦ ِ ت ِـه ُ و ُ ع ٱ ِ َـد ْ ُ م و ُ َـد َع َ و ِن َـر َاخ ء ْ و ِمـن َ ِـم ِه ُون َ د ُ لا ُم ه َ ُــو م َ ل ْ ع َ ٱ ُ َ ل ْ ع َ ْ ُــم ه َ م ــا ُ َم ْ و ُــوا ِنفق ِ ْ َ ت ِمــن ٍء ُ ِ ِيل س ٱ ِ َ َف و ُ ْ ي ُ م ْ َ ِ ْ إ م ُ نت َ أ َ َ و َ لا ُون م َ ل ْ ُظ


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 346 negara Malaysia daripada ancaman dalaman dan juga luaran (Jafri Malin Abdullah et al., 2020). Pengorbanan seseorang petugas barisan hadapan ini amat disanjung tinggi lebih-lebih lagi untuk hayat mereka yang berakhir dengan mati syahid. Allah berfirman: Maksudnya: “Janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu mati; bahkan mereka hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa) tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.” Surah al-Baqarah (154) Islam sangat menyanjung tinggi petugas barisan hadapan disebabkan oleh peranan mereka yang tidak mengharapkan sanjungan dan kemasyhuran. Namun apa yang jelas ialah tujuan utama pelaksanaan tugas oleh mereka yang berjuang di barisan hadapan ialah untuk mewujudkan rasa selamat dalam jiwa ُـوا ُو ق َ َ َ و ـن َلا ُ ِم َـل ت ْ ق ُ ِ ِ ِيل س ٱ ِ َــ ٌ ت ٰ َ ْـو َ ْ أ َـل ب ٌ ء ٓ َــا ي ْ ح َ أ ٰ ِن ـ َ ل و َ َ لا ُون ر ُ ع ْ ش َ


PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 347 penduduk negara Malaysia (Kamarul Imran Musa & Jafri Malin Abdullah, 2020). Seterusnya, usaha mereka ini membantu memudahkan urusan setiap penduduk negara dalam melaksanakan urusan mereka memakmurkan negara Malaysia yang tercinta seperti hadis Baginda daripada Abu Hurairah : ـ ف َ ْ َـن ْ م ُـؤ ْ َـن ِبالـد َس َ ُـر ْ ك ِ مـن ً َـة ْ ر ُ ِ من ـ ٍ ك ف َ َا ي ْ ُ ْـه َس ُ االله ن َ ِة َ َام ِقي ْ ِمال ْ و َ ِبي َ ر ُ ْ ك ِ من ً ة َ ْ ر ُ ك Maksudnya: “Barangsiapa yang membebaskan seorang Muslim daripada suatu kesusahan, maka Allah akan membebaskan kesusahannya di hari akhirat kelak.” (Riwayat Muslim) Berdasarkan hadis ini, jelas bahawa peranan petugas barisan hadapan sememangnya mendatangkan kemudahan dan kesenangan kepada orang awam tanpa mengira aspek fizikal dan mental. Kemudahan dan kesenangan yang wujud kesan daripada peranan yang dilaksanakan oleh petugas barisan hadapan ini dapat dinikmati oleh semua agama, bangsa serta budaya (Kumaran Rajandran, 2020).


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 348 Kemudahan (Rukhsah) kepada Petugas Barisan Hadapan Tugas yang dilaksanakan oleh petugas barisan hadapan ini memerlukan komitmen yang sepenuhnya demi memastikan tugas mereka selesai. Setiap pelaksanaan tugas mereka ini dinilai sebagai suatu yang sangat berharga. Sekiranya wujud kekangan, hal ini akan menyebabkan tugasan mereka tidak dapat diselesaikan (Hanan Ahmad Sukri & Nurul Ilyana Muhd Adnan, 2020). Contoh yang boleh diperhatikan melibatkan pelaksanaan ibadah dalam kalangan petugas COVID-19 dan juga para tentera yang menjaga perbatasan. Islam sangat menjaga kedudukan petugas barisan hadapan dalam menjalani kehidupan dan melaksanakan ibadah sebagai seorang Muslim. Terdapat kemudahan (rukhsah) yang diberikan untuk petugas barisan hadapan tanpa mengira sama ada petugas kesihatan atau tentera yang mengawal perbatasan. Antara kemudahan yang diberikan kepada petugas barisan hadapan dan juga tentera yang berjaga di perbatasan ialah kemudahan untuk menghimpunkan dua waktu solat dalam satu waktu atau dalam istilah lain disebut sebagai “jamak” solat.


PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 349 Umum mengetahui bahawa ibadah solat lima waktu sehari semalam terdiri daripada solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Ibadah solat ini mesti dilakukan pada waktunya dan tidak sah dilakukan di luar waktu yang telah ditetapkan. Allah berfirman: Maksudnya: “Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, pada waktu tertentu.” Surah al-Nisa (103) Sheikh Mustafa al-Maraghi (2001) menyatakan bahawa Allah menjadikan waktu solat itu mempunyai waktu yang khusus untuk ditunaikan. Ini bermaksud amal ibadah ini perlu dilaksanakan pada waktunya tanpa kompromi. Hikmah yang dapat dilihat ialah sekiranya tiada waktu yang dikhususkan untuk melaksanakan solat, maka manusia ً ُ ْ ً ٰ ـ َ ِ َ ِِْ ُ ْ ََ ٱ ْ َ َ َ ة ٰ َ ٱ إ ِن


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 350 cenderung untuk tidak melakukannya atau cuai dalam melaksanakannya. Walau bagaimanapun, kemudahan diberikan kepada petugas barisan hadapan untuk melaksanakan solat di samping menyempurnakan tugas penting mereka lebihlebih lagi melibatkan persoalan menyelamat dan melindungi nyawa (Fazrihan Mohamed Duriat, 2015). Antara kemudahan yang Allah berikan kepada umat ini adalah dibenarkan untuk menjamakkkan dua waktu solat dalam keadaankeadaan tertentu. Keadaan tersebut terdiri daripada keperluan musafir, turunnya hujan lebat, sakit yang mengehadkan pergerakan, urusan menyelamatkan nyawa, melindungi nyawa dan lain-lain. Ini berdasarkan firman Allah : Maksudnya: “Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.” Surah al-Baqarah (185) ُ ُ ـ ُ ٱ ِ َ ْ ُ ْ ُ ٱ ُ ِ ُ ِ ُ َ َ ُ ْ َ و ْ ُ ٱ ُ ِ


PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 351 Berdasarkan ayat ini, dapat difahami bahawa agama Islam memberikan keringanan kepada umatnya yang berjuang bertugas untuk menyelamatkan dan melindungi nyawa orang lain. Maka keringanan ini diberikan dalam bentuk kebenaran bagi mereka yang bertugas sebagai petugas barisan hadapan untuk menghimpunkan solat jika melangkaui dua waktu dalam sehari (Alias Azhar et al., 2017). Pelaksanaan jamak bermaksud menggabungkan antara dua solat dalam satu waktu. Pelaksanaan jamak ini juga dijelaskan sebagai menggabung solat Zohor dengan solat Asar, manakala solat Maghrib dengan solat Isyak. Perkara ini merupakan pendapat ijmak yang mengharuskan untuk menghimpunkan antara dua waktu solat (Al-Nawawi, 2005). Secara asasnya menurut mazhab Syafie, pelaksanaan menghimpunkan antara dua waktu solat diharuskan kerana tiga perkara iaitu musafir, hujan dan ketika hari Arafah (Imam al-Nawawi, 2010). Penyataan ini merupakan pandangan yang muktamad berdasarkan mazhab Syafie apabila membicarakan perkara yang membenarkan pelaksanaan jamak solat. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada ulama mazhab Syafie dan fuqaha mengharuskan untuk menghimpunkan solat dengan sebab-sebab selain daripada yang telah dinyatakan melihat kepada kewujudan hajat dan keperluan.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 352 Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Ibn Abbas : االله ِ ُ ُول َس َ ر ع ََ َ ْن َ ِ ـاء َـي العش ِ َ ِ ِبو ْـر غ َ م ْ ا َ ْن َـي َ ِ،و ْ ـر َص َالع ِو ْـر ه الظ ِة َ ِدين َ ِام ٍ ب َ ـر َط م َ َلا ٍفو ْ َـو ِخ ْـر ي َ ْ ، منَ ِ ق ٍ ـاس َـال ب َ ِ ْـن لاب ِ َ ِقيـل َ :ف ـاَ :م َ َال َ ؟ق ِك َ ِذ ب َ َاد ر َ ُ أ ه َ ت م ُ َ أ ِج ر ْ ُ َ ْ لا ن َ َأ َاد ر َ :أ Maksudnya: “Rasulullah menjamakkan solat Zohor dengan Asar dan solat Maghrib dengan Isyak di Madinah tanpa ada kegawatan dan bukan kerana hujan. Lalu ditanya kepada Ibn Abbas: Apa tujuan Nabi buat begitu? Ibn Abbas berkata: Baginda tidak ingin menyusahkan umatnya.” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa’ie) Sheikh Abdurrahman al-Mubarakfuri (t.t.) menyatakan bahawa sesiapa yang mempunyai keuzuran maka diharuskan untuk menghimpunkan (jamak) solat. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang keuzuran tetapi tidak mahu menghimpunkan solat sehingga meninggalkan solat maka dia berdosa. Berdasarkan hadis tersebut dapat difahami bahawa jika terdapat keuzuran, kerumitan dan urusan yang mendesak maka pelaksanaan jamak solat lebih diutamakan.


PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 353 Dalam konteks penularan COVID-19, tugas mereka yang berjuang di barisan hadapan menjadi lebih penting dan berat terutama apabila tugasan yang melibatkan soal nyawa dan keselamatan awam. Keadaan ini lebih diutamakan untuk mereka menunaikan solat secara jamak berbanding meninggalkan solat dengan sengaja. Hal ini menunjukkan bahawa ibadah solat tetap tidak boleh ditinggalkan dalam apa jua keadaan kerana ia merupakan tuntutan agama. Namun, Islam memberi keringanan kepada mereka yang berada dalam situasi terdesak untuk melaksanakan ibadah solat mengikut kaedah yang telah ditetapkan. Penutup Setiap petugas barisan hadapan memainkan peranan yang tersendiri seterusnya memberikan impak terhadap kehidupan rakyat Malaysia. Segala jasa mereka semestinya sangat membantu dalam tempoh yang mencabar ini. Semoga para petugas barisan hadapan terus cekal dan bersemangat dalam mengorbankan masa dan tenaga mereka sebelum Malaysia bebas daripada ancaman COVID-19. Maka tidak dapat disangkal lagi bahawa para petugas barisan hadapan merupakan Wira Negara Malaysia.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 354 Rujukan Abi ‘Ula, Muhammad bin Abd Rahman bin Abd Rahim al-Mubarakfuri. (t.t.), Tuhfah al-Ahwaz, Syarah Jami alTirmizi, jld. 1, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah. Ain Umaira Md Shah, Syafiqah Nur Azrie Safri, Rathedevi Thevadas, Nor Kamariah Noordin, Azmawani Abd Rahman, Zamberi Sekawi, Aini Ideris, Mohamed Thariq Hameed Sultan. (2020). COVID-19 Outbreak in Malaysia: Actions Taken by the Malaysian Government. International Journal of Infectious Diseases, 97, 108-116. Alias Azhar, Muhammad Azam Hussain, Mohd Zakhiri Md. Nor, Mohamad Khairi Othman. (2017). Penyelidikan Fatwa Dalam Kerangka Maqasid al-Syariah: Satu Tinjauan [Fatawa Research in the Framework of the Maqasid al-Sharia An Overview]. Ulum Islamiyyah 20: 47-65. Al-Maraghi, Ahmad bin Mustafa (2001) Tafsir al-Maraghi, jld. 5, Beirut: Darul Fikr. Al-Nawawi, Yahya bin Sharaf. (2005). Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 4, Beirut: Dar al-Fikr. Al-Nawawi, Yahya bin Sharaf. (2010). Minhaj al-Talibin wa ‘Umdat al-Muftin, jld. 1, Jeddah: Al-Haramyn. Fawzia Gibson Fall. (2021). Military Responses to COVID-19, Emerging Trends in Global Civil-Military Engagements. Review of International Studies, 1-23. Fazrihan Mohamed Duriat (2015). Fiqh Aqalliyyat & Maqasid As-Shariah - Case Study of Singapore.


PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 355 Francine D. Blau, Josefine Koebe, Pamela A. Meyerhofer. (2020). Who are the Essential and Frontline Workers? (No. w27791). National Bureau of Economic Research. Hanan Ahmad Sukri, Nurul Ilyana Muhd Adnan. (2020). The Reason of Jamak 'Prayer from the Views of Four Schools of Thought. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 17(1), 16-28. Jafri Malin Abdullah, Wan Faisham Nu’man Wan Ismail, Irfan Mohamad, Asrenee Ab Razak, Azian Harun, Kamarul Imran Musa, Yeong Yeh Lee. (2020). A Critical Appraisal of COVID-19 in Malaysia and Beyond. The Malaysian Journal of Medical Sciences: MJMS, 27(2), 1. Jinling Hua, Rajib Shaw. (2020). Corona Virus (COVID-19) “Infodemic” and Emerging Issues through a Data Lens: The Case of China. International Journal of Environmental Research and Public Health, 17(7), 2309. Julia Simons, Jenny Vaughan. (2020). Sacrifice and Risk in the Time of COVID-19. Future Healthcare Journal, 7(2), 158. Kamarul Imran Musa, Jafri Malin Abdullah. (2020). Malaysia and COVID-19: In Data We Trust. The Malaysian Journal of Medical Sciences: MJMS, 27(6), 1. Kumaran Rajandran. (2020). ‘A Long Battle Ahead’: Malaysian and Singaporean Prime Ministers Employ War Metaphors for COVID-19. GEMA Online® Journal of Language Studies, 20(3). Mathew Nyashanu, Farai Pfende, Mandu Ekpenyong. (2020). Exploring the Challenges Faced by Frontline Workers in Health and Social Care Amid the COVID-19 Pandemic: Experiences of Frontline Workers in the


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 356 English Midlands Region, UK. Journal of Interprofessional Care, 34(5), 655-661. Nancy S. Jecker, Aaron G. Wightman, Douglas S. Diekema. (2020). Prioritizing Frontline Workers During the COVID-19 Pandemic. The American Journal of Bioethics, 20(7), 128-132. Suresh K Pandey, Vidushi Sharma. (2020). A Tribute to Frontline Corona Warriors - Doctors who Sacrificed Their Life while Saving Patients During the Ongoing COVID-19 Pandemic. Indian Journal of Ophthalmology, 68(5), 939. Vincent Chi-Chung Cheng, Shuk-Ching Wong, Vivien WaiMan Chuang, Simon Yung-Chun So, Jonathan HonKwan Chen, Siddharth Sridhar, Kelvin Kai-Wang To, Jasper Fuk-Woo Chan, Ivan Fan-Ngai Hung, PakLeung Ho, Kwok-YungYuen. (2020). The Role of Community-Wide Wearing of Face Mask for Control of Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) Epidemic Due to SARS-CoV-2. Journal of Infection, 81(1), 107-114.


PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 357 PERANAN PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN (PMWP) DALAM MENDEPANI CABARAN PANDEMIK COVID-19 Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan Muhammad Ammar Harith bin Idris Pengenalan Memasuki permulaan bagi tahun 2021, genaplah setahun wabak COVID-19 menjangkiti penduduk di seluruh dunia. Pada awal Mac ketika artikel ini ditulis, statistik di Malaysia menunjukkan bahawa jumlah kes positif jangkitan telah mencecah sehingga 300,000 kes (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2021). Manakala jumlah kematian pula sudah melebihi daripada 1,200 kes. Secara keseluruhannya, jumlah individu yang


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 358 terkorban di seluruh dunia akibat penularan wabak ini telah melepasi angka 2.6 juta kematian (World Health Organization, 2021). Situasi ini menggambarkan betapa dahsyatnya penangan wabak COVID-19 dalam mengancam keselamatan nyawa manusia. Bahkan, keupayaannya untuk menular secara pantas dan senyap amat menyukarkan kita untuk mengesan pergerakannya dengan lebih jelas. Dengan itu, pelbagai usaha telah direncanakan bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk. Berdasarkan penguatkuasaan Akta Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1981 (Akta 342), kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sedari 18 Mac 2020 yang lalu (Pejabat Perdana Menteri Malaysia, 2020). Matlamat utama ketetapan PKP ini adalah bertujuan meredakan kembali trend peningkatan kes menerusi pengurangan terhadap bacaan R-Naught yang kemudiannya akan melandaikan kembali lekuk jangkitan. Inisiatif ini amat penting bagi mencegah graf jangkitan daripada bersifat memuncak sekaligus bakal menghadirkan situasi yang lebih menggetirkan jika tidak ditangani dengan segera. Oleh itu, pelbagai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat telah dikeluarkan sepanjang tempoh PKP bagi memastikan objektif pelaksanaannya tercapai. Antaranya seperti sekatan jalan raya secara besarbesaran, larangan merentas daerah dan negeri, larangan mengadakan perhimpunan berskala besar dan penutupan sementara perkhidmatan yang


PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 359 disifatkan sebagai non-essential. Namun begitu, setelah beberapa bulan PKP dilaksanakan, perkembangan semasa yang positif kemudiannya menuntut perubahan untuk dilakukan secara berperingkat menerusi keanjalan dalam ketetapan PKP. Hasilnya, PKP telah diubah suai kepada PKPB (Bersyarat) dan PKPP (Pemulihan). Dalam pada itu, demi memastikan negara berada dalam keadaan yang stabil dan usaha memerangi pandemik COVID-19 berjalan dengan lancar, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah menitahkan perkenan baginda untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat 2021 yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri pada awal Januari yang lalu (Berita RTM, 2021). Tempoh darurat pentadbiran ini dijadualkan berlangsung sehingga awal Ogos ini dan akan dipertimbangkan untuk dipercepatkan seandainya keadaan semakin pulih. Antara rasionalnya adalah bagi mengelakkan daripada berlakunya situasisituasi yang tidak terkawal sehingga boleh mengancam keselamatan negara sekaligus menyukarkan proses membaik pulih yang sedang giat dijalankan. Susulan daripada pelaksanaan PKP yang lepas, terdapat pelbagai isu yang timbul melibatkan kepentingan umat Islam sama ada yang berkaitan dengan ibadah, ekonomi, kebajikan, kesihatan dan lain-lain. Dalam pada itu, dasar pihak kerajaan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan juga telah mencetuskan persoalan-persoalan berhubung


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 360 pengambilan vaksin dari perspektif agama dan kesihatan. Kesemua isu yang berbangkit dalam tempoh pandemik dan PKP sudah pasti memerlukan jawapan yang tuntas daripada pihak yang berautoriti dalam kefatwaan seperti PMWP. Latar Belakang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana memiliki 14 buah negeri di dalamnya. Antara keistimewaan yang terdapat di Malaysia dan sukar dijumpai di mana-mana negara lain adalah kewujudan institusi Raja ataupun Sultan bagi setiap negeri. Berdasarkan perlembagaan negara, segala hal ehwal yang melibatkan pentadbiran agama Islam diletakkan sepenuhnya di bawah kuasa negeri masing-masing (Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan, 2009). Dalam maksud yang lain, Sultan menjadi penaung serta penasihat dalam sebarang urusan agama. Antaranya termasuklah juga institusi agama seperti jabatan fatwa ataupun mufti. Dari segi sejarah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) pada awalnya dikenali sebagai “Bahagian Istinbat” iaitu salah sebuah bahagian di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) (PMWP, 2021). Mufti Wilayah Persekutuan yang pertama telah dilantik pada tahun 1974 seiring dengan tahun pertama penubuhan Wilayah Persekutuan. Kemudian bermula pada tahun 2000, PMWP secara rasminya menjadi salah sebuah agensi agama di bawah kerajaan Persekutuan yang menjalankan pentadbirannya secara kendiri. Sehingga kini, seramai lapan


PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 361 orang Mufti telah menggalas tanggungjawab selaku ketua agensi bagi PMWP. Antara objektif utama penubuhan PMWP adalah (PMWP, 2021): 1. Memberikan penjelasan mengenai fatwa dan hukum syarak kepada masyarakat. 2. Memberi perkhidmatan dan panduan kepada umat Islam dalam pelaksanaan ibadat. 3. Menghidupkan budaya ilmu dan kefahaman Islam serta meluaskan penyebaran melalui media cetak dan elektronik. 4. Menyampaikan kefahaman yang jelas mengenai akidah Ahlus Sunnah wa al-Jamaah dan memulihkan kefahaman yang menyimpang daripadanya. Di samping itu, PMWP juga mempunyai beberapa fungsi mereka yang tersendiri. Antaranya adalah: 1. Membantu dan menasihati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan Persekutuan berkaitan dengan hukum syarak. 2. Mengkaji dan mengeluarkan fatwa terhadap isu yang memerlukan penjelasan hukum syarak. 3. Memberi khidmat nasihat dan perkhidmatan dalam hal-hal yang berkaitan akidah, syariah dan akhlak. 4. Menjalankan penyelidikan dalam pembangunan fatwa.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 362 5. Membangun, mengurus dan memajukan sistem penyampaian maklumat berkaitan hukum syarak secara berkesan kepada masyarakat. Isu-isu Berbangkit dalam Kalangan Umat Islam Sepanjang Tempoh Pandemik Susulan pelaksanaan PKP dan PKPB sepanjang tempoh COVID-19, terdapat pelbagai perubahan yang terpaksa dilakukan demi memutuskan rantaian penularan wabak dengan lebih berkesan. 1. Solat Jumaat Dari aspek ibadah, ketetapan SOP yang meminimumkan jumlah kehadiran jemaah ke masjid dan surau menyebabkan sebahagian besar umat Islam tidak dapat melaksanakan ibadah seperti kebiasaannya. Dalam penulisan ini, fokus utama sudah pastinya tertumpu pada ibadah yang wajib seperti solat Jumaat. Buat pertama kalinya dalam beberapa dekad kebelakangan ini, kaum lelaki yang beragama Islam terpaksa menggantikan solat fardu Jumaat dengan solat Zohor di rumah masing-masing. Malah, dalam fasa PKPB juga ia masih belum dapat dilaksanakan apabila kuota kehadiran masih belum dibuka pada kapasiti yang maksimum. Hal ini kemudiannya menimbulkan persoalan bagaimanakah status mereka yang tidak berpeluang untuk menunaikan solat Jumaat. Antara persoalan yang timbul adalah:


PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 363 a. Sekiranya mereka tidak berkesempatan, adakah wujud keperluan untuk mereka pergi ke masjid? b. Berdosakah sekiranya mereka mensia-siakan peluang kehadiran dengan memberikannya kepada orang lain? c. Adakah diberikan kelonggaran untuk meninggalkan solat Jumaat sehingga wabak ini berakhir? Adakah sah pelaksanaan solat Jumaat itu sekiranya jumlah kehadiran jemaah kurang daripada 40 orang? d. Bagaimanakah status surau kecil yang diberikan kebenaran sementara untuk mendirikan solat Jumaat dalam tempoh PKP? e. Adakah status surau tersebut menyerupai masjid? Persoalan-persoalan seputar pelaksanaan solat Jumaat ini sememangnya menjadi isu yang hangat diperdebatkan dalam kalangan masyarakat. 2. Pengurusan Jenazah Aspek pengurusan jenazah ketika pandemik juga merupakan isu yang perlu dipandang serius khususnya dari sudut taharah iaitu memandikan jenazah. Bagi mangsa yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19, sudah tentu kaedah memandikan jenazah berbeza dengan kebiasaannya. Lebih-lebih lagi, ia bagi mengelakkan daripada berlakunya jangkitan melalui sentuhan secara langsung. Situasi ini sudah tentu memerlukan satu panduan yang khusus dalam memastikan jenazah dapat diuruskan dengan sebaiknya tanpa memberikan mudarat kepada individu lain.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 364 3. Petugas Barisan Hadapan Dalam pada itu, antara golongan yang terkesan akibat pelaksanaan PKP adalah petugas barisan hadapan seperti pasukan keselamatan dan petugas kesihatan. Ketika semua rakyat diminta untuk terus kekal berada di rumah masing-masing, kelompok inilah yang sentiasa bertungkus-lumus dan berpenat lelah demi memelihara keselamatan bersama. Sebahagian mereka terpaksa berada di lokasi tugasan masingmasing dalam tempoh yang agak lama. Dalam situasi ini, adakah mereka boleh mengambil rukhsah untuk melakukan jamak di antara dua waktu solat? Tambahan pula, bagi kumpulan paramedik, mereka terpaksa mengenakan Personal Protective Equipment (PPE) iaitu sut pelindung diri bagi mencegah diri mereka daripada terkena jangkitan virus ketika menjalankan tugas. Kesibukan mereka dalam menguruskan para pesakit menyebabkan pakaian tersebut tidak dapat ditanggalkan pada kebanyakan masa. Rentetan senario itu, ia menimbulkan persoalan adakah dibenarkan kepada para petugas ini untuk menunaikan solat ketika memakai PPE? Bagaimanakah pula caranya untuk mereka bersuci ? 4. Vaksin Antara isu lain yang berbangkit adalah berkenaan dasar kerajaan yang ingin mewajibkan pengambilan vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia. Keputusan ini mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Sebahagian mereka bersetuju untuk mematuhi saranan ini demi kebaikan bersama. Manakala segelintirnya pula dilihat menolak


PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 365 dasar ini dengan menggunakan beberapa alasan seperti mudarat kesan sampingan vaksin, kandungan yang tidak halal, sebahagian daripada teori konspirasi dunia dan sebagainya. Bahkan, sampai ke suatu tahap timbul perasaan ragu-ragu dalam kalangan masyarakat untuk menerima suntikan vaksin ini. Lantaran itu, kesemua persoalan ini sudah tentunya memerlukan bimbingan dari sudut kefatwaan dan keilmuan oleh pihak yang berautoriti. Hal ini demikian kerana, sebahagian umat Islam mula berasa keliru dengan situasi ini sehingga mula melontarkan pelbagai tohmahan kepada pihak berkuasa agama. Bahkan, terdapat juga segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab cuba membangkitkan sentimen permusuhan terhadap pihak berautoriti menerusi dakwaan-dakwaan yang tidak berasas. Sekiranya tidak ditangani dengan baik, ia dibimbangi akan mendatangkan lebih banyak implikasi negatif. Peranan PMWP dalam Mengharungi Cabaran Hukum Islam Semasa Berdasarkan objektif dan fungsi penubuhan PMWP yang telah dinyatakan sebelum ini, secara ringkasnya dapat difahami bahawa antara fokus utama institusi ini adalah memberikan khidmat bimbingan dari sudut kefatwaan dan keilmuan. Dalam pada itu, setiap fatwa yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak dan aktiviti penyelidikan hukum Islam semasa juga mestilah disampaikan kepada masyarakat secara keseluruhan. Ia bertujuan memastikan agar masyarakat


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 366 dapat menerima maklumat, panduan dan bimbingan yang tepat daripada pihak yang berautoriti seperti PMWP. 1. Kefatwaan Dari sudut kefatwaan, sepanjang penularan COVID-19 dan pelaksanaan PKP, pihak PMWP telah mengeluarkan beberapa fatwa untuk dijadikan sebagai rujukan hukum bagi umat Islam. Antaranya adalah fatwa berkaitan solat Jumaat yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Bil. 2/2020 yang bersidang pada 14 Mei 2020. Dalam mesyuarat tersebut, kesemua ahli panel fatwa bersetuju menetapkan bilangan jemaah bagi solat Jumaat dan solat berjemaah adalah tidak boleh melebihi jumlah 30 orang. Keputusan ini adalah selari dengan ketetapan daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM. Di samping itu, PMWP turut mengeluarkan Frequently Asked Questions (FAQ) iaitu soal jawab khusus berkenaan solat Jumaat dalam tempoh PKPB. Ia bertujuan memberikan penjelasan lanjut terhadap fatwa yang telah diputuskan sebelum ini. Antara jawapan yang telah disediakan oleh PMWP bagi persoalan yang telah diajukan: a. Sah mendirikan solat Jumaat dalam lingkungan 30 orang jemaah. b. Tidak sah hukumnya menurut mazhab Syafie bagi individuindividu yang menunaikan solat Jumaat di luar masjid tanpa menepati syarat-syarat solat berjemaah yang ditetapkan.


PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 367 c. Larangan merentas negeri untuk menunaikan solat Jumaat semata-mata. d. Hukum meninggalkan solat Jumaat melebihi 3 kali sepanjang fasa PKPB adalah diharuskan kerana wujudnya darurat yang mengancam keselamatan nyawa. Selain itu, bagi meraikan sambutan hari raya Aidilfitri dalam norma baharu, PMWP juga mengambil inisiatif menyediakan FAQ berkenaan solat sunat hari raya Aidilfitri dalam suasana COVID-19. Sebanyak 13 soalan dan jawapan telah disusun untuk dijadikan panduan umat Islam khususnya yang berada di sekitar Wilayah Persekutuan. Antara jawapan yang dikeluarkan berkaitan pelaksanaan solat sunat hari raya Aidilfitri dalam tempoh PKPB adalah: a. Hukum harus mendirikan solat sunat hari raya di rumah masing-masing bagi mencegah penularan wabak. b. Hukum sunat membaca khutbah hari raya walaupun mendirikan solat di rumah bersama ahli keluarga. c. Tidak perlu membaca khutbah sekiranya kesemua ahli rumah terdiri daripada wanita. Dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 secara efisien, pihak kerajaan telah menyelaraskan dasar imunisasi kepada seluruh rakyat menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Antara objektif program ini adalah untuk mewujudkan Herd Immunity iaitu kelompok besar yang memiliki imunisasi virus dalam masyarakat. Sejajar dengan


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 368 itu, pengambilan suntikan vaksin dijalankan secara berperingkat sejak penghujung Februari yang lepas. Pihak kerajaan telah bersetuju untuk mendapatkan sebanyak 5 jenis vaksin daripada syarikat farmaseutikal antarabangsa seperti Pfizer-BioNTech, AstraZaneca, Sinovac, CansinoBIO dan Sputnik V. Disebabkan kesemua jenis vaksin ini dihasilkan dalam tempoh kurang daripada setahun dan masih disifatkan sebagai pramatang, maka timbul pelbagai spekulasi berhubung tahap keberkesanannya dalam memulihkan keadaan semasa. Walau bagaimanapun, andaian ini dapat disangkal kerana penghasilan vaksin ini bukanlah dilakukan secara semberono. Sebaliknya, ia telah melalui proses uji kaji yang teliti melalui percubaan terhadap ribuan sampel suntikan di seluruh dunia. Bahkan, pada masa ini seramai 30 juta penduduk dunia dilaporkan telah menerima suntikan vaksin COVID-19 sebelum ia dibekalkan kepada kerajaan Malaysia (Harian Metro, 2021). Kontradiksinya, terdapat dakwaan-dakwaan yang tidak berasas mengatakan bahawa penciptaan virus ini merupakan salah satu daripada teori konspirasi dunia, agenda kaum Yahudi, tipu daya Dajal dan sebagainya. Malah, tidak kurang juga yang mendakwa bahawa vaksin ini mengandungi unsur-unsur yang diharamkan dalam syariat Islam. Cabaran yang utama sudah pasti datangnya daripada golongan antivaksin kerana mereka sentiasa mewujudkan naratif serta persepsi negatif terhadap pengambilan vaksin. Hal ini amat dibimbangi kerana segelintir masyarakat mula terpengaruh dengan agenda penolakan


PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 369 vaksin sekaligus berisiko untuk menggagalkan hasrat murni pihak kerajaan. Oleh itu, PMWP melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-2/2021 yang bersidang pada 11 Februari 2021 telah memutuskan untuk bersetuju mengguna pakai semula resolusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam. Muzakarah telah memutuskan harus untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 dan wajib bagi mereka yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Selain daripada suatu bentuk pandangan yang berautoriti dalam agama, fatwa ini juga merupakan salah satu ikhtiar bagi menyelesaikan kekeliruan umat Islam serta membantu pihak kerajaan dalam merealisasikan agenda mereka. 2. Keilmuan Sementara dari sudut keilmuan pula, PMWP telah meletakkan aspek penyelidikan sebagai fokus utama dalam membimbing umat Islam sepanjang tempoh COVID-19. Antaranya menerusi penulisan artikel yang menjawab persoalan-persoalan hukum di laman media sosial milik PMWP. Walaupun jawapan dalam bentuk yang ringkas dan padat boleh diberikan, namun penghasilan artikel yang mendalam dari segi perbahasannya secara tidak langsung membuka peluang kepada para pengkaji daripada pelbagai latar belakang untuk menjadikannya sebagai bahan rujukan.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 370 Dengan kata lain, ia juga bertujuan meningkatkan daya tarikan karyakarya ilmiah PMWP yang bukan sahaja dirujuk oleh masyarakat umum, malah juga kepada para penyelidik di peringkat universiti. Artikel-artikel yang telah selesai dijawab, disemak dan disahkan oleh mufti, kemudiannya akan dikategorikan kepada beberapa pembahagian seperti Bayan Linnas, Irsyad al-Fatwa, Al-Kafi Li al-Fatawi, Al-Afkar, Irsyad al-Hadis dan Irsyad Usul al-Fiqh. Sehubungan itu, sehingga kini sebanyak 45 buah penulisan mengenai COVID-19 telah berjaya dihasilkan oleh para pegawai penyelidik PMWP bagi menyelesaikan persoalan-persoalan agama berkaitan pandemik dan PKP. Bagi meningkatkan lagi tahap autoriti keilmuan dalam PMWP, Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, iaitu Mufti Wilayah Persekutuan yang ke-8 telah mencadangkan penerbitan sebuah buku yang khusus mengenai pengurusan COVID-19 dari perspektif Islam. Sebanyak 9 buah kluster tajuk penulisan telah dipersetujui untuk dibincangkan. Manakala daripada kluster-kluster itu pula, beberapa tajuk artikel yang diulas dengan lebih mendalam berkaitan isu-isu hukum Islam sepanjang tempoh COVID-19 ini. Penghasilan buku ini merupakan salah satu sumbangan keilmuan PMWP kepada masyarakat serta menjadi karya ilmiah yang akan dijadikan bahan rujukan pada masa akan datang.


PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 371 Seterusnya, antara usaha untuk memperkasakan penyampaian ilmu kepada masyarakat adalah menerusi ruangan media sosial. Memenuhi tuntutan semasa ini, PMWP kini memiliki akaun rasmi mereka menerusi laman seperti Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube. Kesemua saluran ini dimanfaatkan dengan sebaiknya bagi menyebarkan pengetahuan berkenaan fatwa dan hukum syarak sama ada dalam bentuk webinar, infografik, poster, soal jawab hukum dan video-video pendek. Dalam memberikan pencerahan berkenaan fatwa vaksin COVID-19, pihak PMWP menggunakan kemudahan ini untuk terlibat dalam webinar yang berkaitan dengannya. Antaranya adalah undangan khas kepada Mufti Wilayah Persekutuan bagi menyampaikan pembentangan dalam seminar “Otoritas Fatwa Tentang Halal Vaksin Korona di Malaysia dan Indonesia” anjuran IAIN Ponorogo, Indonesia pada 1 Mac 2021. Selain itu, lakaran infografik yang memuatkan butiran fatwa Wilayah Persekutuan berhubung keharusan mengambil suntikan vaksin COVID-19 juga telah disiarkan dalam Facebook dan Instagram PMWP. Infografik yang disampaikan dalam bentuk yang ringkas dan santai ini bertujuan menarik perhatian para netizen di media sosial untuk memperoleh maklumat yang tepat dalam format yang lebih mudah.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 372 Sementara di laman YouTube pula, PMWP telah memuatkan beberapa video ringkas berkenaan isu-isu yang tular sepanjang tempoh PKP dan COVID-19. Antaranya adalah berkenaan hukum menunaikan solat berjemaah secara penjarakan fizikal dan hukum menunaikan solat Jumaat di surau yang diberikan kebenaran sementara dalam tempoh PKP. Video-video ini merupakan antara inisiatif PMWP dalam memberikan pencerahan kepada masyarakat menerusi slot Fas’aluuna yang akan disiarkan pada setiap hari Jumaat. Oleh itu, pelbagai usaha dalam menyampaikan ilmu oleh PMWP ini diharapkan dapat memberikan bimbingan hukum syarak yang terbaik kepada umat Islam seluruhnya. 3. Kemasyarakatan Selain daripada kefatwaan dan keilmuan, PMWP juga sentiasa menitikberatkan aspek kemasyarakatan dalam pengurusan mereka. Bertepatan dengan salah satu fungsi PMWP iaitu penyampaian maklumat yang berkesan kepada masyarakat, maka pelbagai alternatif telah dilaksanakan dalam usaha memasyarakatkan fatwa kepada umum. Antaranya menerusi penglibatan PMWP dalam media arus perdana seperti program-program di televisyen, akhbar, radio dan program lapangan seperti penyampaian kuliah atau ceramah di masjidmasjid dan surau. Merujuk kepada kempen pengambilan suntikan vaksin COVID-19, PMWP mendukung sepenuhnya


PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 373 inisiatif kerajaan dengan terlibat secara aktif menjayakan kempen melalui kenyataan rasmi berkenaan hukum pengambilan vaksin. Kenyataan ini kemudiannya telah disiarkan secara umum oleh akhbar-akhbar tempatan dalam pelbagai bahasa. Tambahan pula, kemunculan khas Mufti WP dan Timbalan Mufti WP dalam rancangan-rancangan di siaran televisyen utama negara juga berperanan memperhebatkan lagi usaha penyampaian maklumat mengenai fatwa vaksin kepada umum. Sebagai contoh, penglibatan Mufti WP sebagai salah seorang ahli panel dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) di TV1 dan rancangan 60 MINIT di TV AlHijrah. Penglibatan dalam kedua-dua buah rancangan ini sememangnya meninggalkan impak yang positif kepada masyarakat. Dengan jumlah pengikut serta penonton yang ramai, ia berperanan dalam memperbetulkan kembali salah faham umat Islam terhadap pengambilan vaksin. Di samping itu, Timbalan Mufti WP juga telah diberikan penghormatan untuk tampil sebagai tetamu khas dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 sejurus ketibaan vaksin pertama di Malaysia pada 21 Februari 2021. Begitu juga dengan para pegawai PMWP yang telah dijemput untuk memberikan penerangan mengenai


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 374 vaksin di corong-corong radio. Antara stesen radio yang menawarkan kerjasama dalam isu vaksin ini adalah Salam FM di bawah kendalian pihak JAKIM. Selain itu, program seperti Klinik Hukum telah dilaksanakan sebanyak tiga kali yang memberikan tumpuan terhadap isu “Vaksin Menurut Pandangan Islam” dengan kerjasama masjid dan surau. Ia bertujuan merapatkan lagi jurang antara PMWP dengan umat Islam setempat terutamanya bagi memberikan kefahaman yang betul kepada mereka mengenai pengambilan vaksin di sisi agama. Dengan itu, penyampaian fatwa dan maklumat mengenai hukum syarak dapat disampaikan kepada masyarakat dengan lebih berkesan. Penutup Tuntasnya, PMWP telah berperanan secara aktif ketika berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19 di negara ini. Berdasarkan tunjang utama iaitu kefatwaan, keilmuan dan kemasyarakatan, pelbagai usaha serta ikhtiar telah direncanakan dalam memberikan panduan fatwa serta hukum syarak secara komprehensif kepada umat Islam. Sebagai salah sebuah agensi yang bernaung di bawah kerajaan Persekutuan, maka menjadi suatu tanggungjawab kepada PMWP demi memastikan setiap agenda kerajaan yang bertujuan memelihara kepentingan bersama dapat dicapai dengan jayanya.


PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 375 Rujukan Berita Harian. (2021). Kadar Pengangguran Di Malaysia Meningkat. Diakses pada 17 Mac 2021 daripada https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/02/ 784288/kadar-pengangguran-di-malaysia-meningkat. Diterbitkan pada 8 Februari. Berita RTM. (2021). Agong Perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat. Diakses pada 17 Mac 2021 daripada https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/24811-agongperkenan-pengisytiharan-proklamasi-darurat. Diterbitkan pada 12 Januari. Harian Metro. (2020). Hampir 0.5 Juta Warga Malaysia Kemurungan. Diakses pada 17 Mac 2021 daripada https://www.hmetro.com.my/utama/2020/10/629299/ hampir-05-juta-warga-malaysia-kemurungan. Diterbitkan pada 10 Oktober. Harian Metro. (2020). 1,929 Aduan Keganasan Rumah Tangga Sejak PKP. Diakses pada 17 Mac 2021 daripada https://www.hmetro.com.my/mutakhir/ 2020/11/639509/1929-aduan-keganasan-rumahtangga-sejak-pkp. Diterbitkan pada 8 November. Harian Metro. (2020). Malaysia Bukan Mangsa Uji Kaji Vaksin COVID-19. Diakses pada 17 Mac 2021 daripada https://www.hmetro.com.my/ mutakhir/2021/02/677152/malaysia-bukan-mangsa-uji-kajivaksin-COVID-19. Diterbitkan pada 22 Februari. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2021). Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia. Diakses pada 17 Mac 2021 daripada http://COVID-19.moh.gov.my/terkini.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 376 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2021). Objektif dan Fungsi. Diakses pada 17 Mac 2021 daripada https://muftiwp.gov.my/pengenalan/objektif-fungsi. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2021). Sejarah. Diakses pada 17 Mac 2021 daripada https://muftiwp.gov.my/pengenalan/sejarah. Pejabat Perdana Menteri Malaysia. (2020). Kenyataan Media MKN: Perincian Perintah Kawalan Pergerakan. Diakses pada 17 Mac 2021 daripada https://www.pmo.gov.my/2020/03/kenyatan-media-mkn18-mac-2020/?highlight=perintah%20kawalan%20pergerakan. Diterbitkan pada 18 Mac. Sinar Harian. (2020). 465 kes cuba bunuh diri dalam tempoh enam bulan. Diakses pada 17 Mac 2021 daripada https://www.sinarharian.com.my/article/100485/BER ITA/Nasional/465-kes-cuba-bunuh-diri-dalamtempoh-enam-bulan. Diterbitkan pada 10 September. World Health Organization. (2021). WHO Coronavirus (COVID-19) Dashboard. Diakses pada 17 Mac 2021 daripada https://covid19.who.int/.


Click to View FlipBook Version