The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MAKTABAH DIGITAL PSS BAITUL HIKMAH, 2024-01-09 21:48:55

PENGURUSAN COVID19 DI MALAYSIA DARI PERSPERKTIF ISLAM

IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 81 Rujukan Abdullah bin Bayah. (2018). Masyahid min al-Maqasid. ed- 5. Dubai: Markaz al-Muwatta. Al-Maqrizi, Ahmad bin Ali. (1997). al-Suluk li Ma’rifat Duwal al-Muluk. ed-1. Juz 4. Beirut: Dar Kutub al-Ilmiah. Al-Nawawi, Yahya bin Syaraf. (2009). al-Majmu’ Syarh al-Muhadzzab. ed-1. Juz 4. Beirut: Dar al-Fikr. Al-Suyuti, Abdul Rahman Bin Abu Bakar. (1983). Al-Asybah wa al-Nazair. ed-1. Beirut: Dar al-Kutub. Al-Zahabi, Muhammad bin Ahmad. (1996). Siar al-A'lam al-Nubala'. ed-11. Beirut: Muasasah al-Risalah. Berita Harian (2020). Kronologi COVID-19 di Malaysia. Diakses pada 2 Mac 2021 daripada https://www.bharian.com.my/ berita/nasional/2020/03/666122/kronologi-covid-19-di-malaysia. Diterbitkan pada 17 Mac. Ibn Qudamah, Abdullah bin Ahmad. (1997). Al-Mughni. ed-3. t.t: Dar al-Alam al-Kutub. Ibn Battal, Ali bin Khalaf bin Abd Malik. (2005). Syarh Sahih al-Bukhari. ed-2. Riyadh: Maktabah al-Rushd. Ibn Majah, Muhammad bin Yazid bin Abdullah. (t.t). Sunan Ibn Majah (Jilid 2). Kaherah: Dar Ihya' al-Kutub al-Arabiyyah. Ibn Nujaim, Abdul Wahhab bin Taqi al-Din Ali bin Abdul Kafi bin Ali bin Tamam al-Subki. (1999). al-Asybah wa al-Nazair. ed-1. Beirut: Dar al-Kutub. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020). Penjarakan sosial: Kenapa satu meter? Facebook Rasmi KKM. Diakses pada 4


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 82 Mac, 2021 daripada https://m.facebook.com/story.php? story_fbid=5078216555585417&id=100001913680040. Luqman Arif Abdul Karim (2020). Kes pertama 2019-nCov babitkan rakyat Malaysia. Berita Harian. Diakses pada 24 Februari 2021 daripada https://www.bharian.com.my/berita/ nasional/2020/02/652501/kes-pertama-2019-ncov-babitkanrakyat-malaysia. Diterbitkan pada 4 Februari. Mohd Anwar Patho Rohman dan Mohd Iskandar Ibrahim (2020). Solat berjemaah, Jumaat dibenarkan ikut saiz masjid - Ismail Sabri. Diakses pada 6 Mac 2021 daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/69714 9/solat-berjemaah-jumaat-dibenarkan-ikut-saiz-masjidismail-sabri. Diterbitkan pada 6 Jun. Pejabat Perdana Menteri Malaysia (2020). Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Mengenai COVID-19. Diakses pada pada 1 Mac 2021 daripada https://www.pmo.gov.my/ms/2020/ 03/perutusan-khas-yab-perdana-menteri-mengenai-covid19-16-mac-2020-2/?fbclid=IwAR0J7AQXaKqngW23n4m7VKb072wuZhJDMvbynkjTbnGdeaLZaIvFeGBc 8. Diterbitkan pada 16 Mac. Pejabat Perdana Menteri. (2020). Al-Bayan Siri 6: Isu Penjarakan Fizikal Semasa Solat Berjemaah Di Masjid Dan Surau. Kuala Lumpur: Percetakan Rina. Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (2020). Penangguhan Semua Aktiviti Keagamaan Aktiviti Di Masjid Dan Surau Serta Panduan Pengurusan Jenazah Mangsa COVID-19. Diakses pada 5 Mac 2020 daripada https://zulkiflialbakri.com/kenyataanmedia/. Diterbitkan pada 16 Mac.


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 83 Wan Ahmad Naqiuddin (2020). Bayan Linnas Siri Ke-225: COVID-19: Fatwa-Fatwa Terkini Berkaitan Penangguhan Solat Jumaat Dan Solat Berjemaah. Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Diakses pada 4 Mac 2021 daripada https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/4338- bayan-linnas-siri-ke-225-covid-19-fatwa-fatwa-terkiniberkaitan-penangguhan-solat-jumaat-dan-solat-berjemaah. Diterbitkan pada 17 Mac.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 84 PENGURUSAN JENAZAH COVID-19 Wan Ahmad Naqiuddin bin Wan Khalid Muhammad Abdul Hadi bin Ismut Khairul Anuar bin Abdul Khalid Pengenalan Pada 25 Januari 2020 buat pertama kali kes jangkitan virus COVID-19 berlaku di Malaysia sepertimana yang telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bermula dengan tiga individu yang telah disahkan positif COVID-19 sehinggalah jumlah kes jangkitan virus ini semakin meningkat dari masa ke semasa. Melihat kepada jumlah kematian yang semakin meningkat dalam kalangan orang Islam, maka Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 85 mengambil tanggungjawab dan langkah menyusun panduan dan etika yang perlu diuruskan dengan cara yang betul dan memenuhi kehendak syarak khususnya dalam pengurusan jenazah. Semoga dengan adanya panduan ini, diharapkan tatacara dan prosedur pengurusan jenazah orang Islam yang meninggal akibat jangkitan COVID-19 dapat diuruskan dengan menepati kehendak syarak dan selaras dengan prosedur yang ditetapkan oleh KKM. Prosedur ini merujuk kepada prosedur di bilik forensik sehingga ke tanah perkuburan untuk urusan pengebumian. Pengurusan Jenazah Pesakit COVID-19 Islam menuntut umatnya supaya menyegerakan pengurusan jenazah kerana ia merupakan perkara yang disunatkan.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 86 Hal ini berdasarkan hadis Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda: ُوا ِع َ أس ،ْ ر ِك َ َىذ ُ ِ سو َك ْ ي ِن َ َا،و ه َ ُو ِ ّ َد ق ُ ٌ ر ْ ي َ َخ ف ً َة َ ِ ا ُ ص َك ت ْ ِن إ َ ِة،ف َ َاز ِن ْ ِا ب ْ م ُ ِ َاب ِق ْ ر َن ُ ه َ ُون َ ع َض ٌّ ت َر ف َ ش Maksudnya: “Segerakanlah urusan jenazah. Sekiranya dia merupakan jenazah yang soleh, nescaya dia merupakan suatu kebaikan yang kamu tunaikan untuknya. Namun sekiranya dia tergolong selain dari itu, maka itu suatu keburukan yang kamu pikulkan di atas bahu-bahu kamu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Menurut al-Nawawi (1972) hadis ini menunjukkan bahawa terdapat arahan untuk menyegerakan pengurusan jenazah disebabkan hikmah yang telah disebut oleh Rasulullah . Selain itu, beliau juga menukilkan pandangan mazhab Syafie yang menyatakan bahawa sunat untuk menyegerakan pengurusan jenazah selagi jenazah itu tidak rosak. Sehubungan itu, pengurusan jenazah pesakit COVID-19 perlu dilaksanakan tanpa mengabaikan keutamaan langkah-langkah keselamatan petugas dan pihak yang melaksanakannya. Hal ini kerana pengurusan jenazah pesakit COVID-19 perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati dan teliti bagi mengekang penularan


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 87 wabak yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada pihak petugas pengurusan jenazah ini. Perkara ini bertepatan dengan sabda Nabi daripada Abdullah bin Abbas : َ َار ِ ضر َ َلا َو َر َ ر َض لا Maksudnya: “Tidak ada sebarang mudarat dan tidak ada juga perbuatan membalas kemudaratan.” (Riwayat Ibn Majah) Hadis ini menunjukkan bahawa Islam menafikan sebarang bentuk kemudaratan dan membalas kemudaratan kepada orang lain. Keadaan ini berlandaskan satu kaedah iaitu menolak sebarang bentuk kemudaratan itu hendaklah diutamakan. Kaedah ini telah disebut oleh Imam al-Suyuti (1990) dalam kitabnya al-Asybah wa al-Nazair iaitu: َ د ْ ر ُ ء ْ ا َ م َ ف ِ اس ِ د َ أ ْ و َ َ ل ىع َ َ ل ىج ْ َ ِ بل الِ ح َ ام ص ِ Maksudnya: “Menolak kemudaratan lebih utama daripada mendapatkan maslahah.” Oleh yang demikian, apabila berlaku pertembungan antara memperoleh kebaikan dan menolak kemudaratan, maka perlu diutamakan menolak kemudaratan. Ini bermakna keselamatan para petugas lebih diutamakan


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 88 berbanding melaksanakan pengurusan jenazah pesakit COVID-19 bagi mengelakkan kemungkinan jangkitan virus berlaku kepada para petugas. Pengurusan Jenazah COVID-19 di Malaysia Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) telah diadakan pada 15 Mac 2020 bagi membincangkan isu berkaitan kepentingan umat Islam khususnya kesan daripada wabak COVID-19. Antara isu yang dibincangkan di dalam muzakarah tersebut ialah mengenai garis panduan tatacara pengurusan jenazah Muslim COVID-19. Keputusan dan resolusi muzakarah ini menetapkan bahawa: “Dalam keadaan sekiranya berlaku kematian akibat COVID-19, pengurusan jenazah hendaklah dilaksanakan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-107 yang bersidang pada 10-11 Februari 2015 mengenai hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Disease; EVD) di Malaysia, iaitu pengecualian dan kelonggaran (rukhsah) sekiranya terdapat keadaan-keadaan yang boleh menimbulkan kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah tersebut. Dalam hal ini dibolehkan jenazah itu diuruskan melalui prosedur tayamum yang paling ringan risiko dan kesan bahayanya seperti melakukan tayamum hanya di atas permukaan beg jenazah dan pembalut plastik yang membalut


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 89 jenazah itu sahaja” (Garis Panduan Tatacara Pengurusan Jenazah Orang Islam COVID-19, 2020). Berdasarkan kenyataan MKI di atas, pengurusan jenazah pesakit COVID19 hendaklah dibersihkan dengan menggunakan kaedah tayamum bagi menggantikan kaedah dengan menggunakan air bagi menjamin keselamatan para petugas. Imam Nawawi (t.t.) menyatakan bahawa jenazah boleh ditayamum jika terdapat keuzuran untuk memandikan jenazah disebabkan ketiadaan air atau dibimbangi keselamatan orang yang memandikannya. Tambahan pula, jenazah boleh ditayamum sekiranya tubuh jenazah itu akan mengelupas apabila dimandikan atau ditakuti racun akan menular kepada orang yang memandikannya (Al-Syarwani, 1983). Sehingga kini, jenazah pesakit COVID-19 dibersihkan dengan kaedah tayamum berdasarkan keputusan muzakarah MKI di atas kerana berkemungkinan jenazah tersebut boleh menyebarkan wabak kepada para petugas dan mengancam nyawa mereka. Sebarang perubahan kepada kaedah ini akan tertakluk kepada maklumat terbaru tentang kebolehjangkitan wabak melalui jenazah. Prosedur Pembersihan Jenazah COVID-19 Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (2020), panduan menguruskan jenazah pesakit COVID-19 perlu menepati etika dan langkah keselamatan bagi melicinkan pengurusan jenazah tersebut serta menjamin keselamatan seperti berikut:


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 90 1. Menyediakan peralatan keperluan pengurusan jenazah termasuk Personal Protective Equipment (PPE) yang merangkumi: i. Sarung tangan getah. ii. Apron plastik. iii. Pelindung mata. iv. Pelitup muka. v. But getah. vi. Body bag. vii. 2 helai kertas bersaiz A4 untuk meletakkan debu tanah dan debu tayamum secukupnya. 2. Mengurus Jenazah i. Membalut Jenazah: a Lapisan pertama: Linen putih. b Lapisan kedua: Body bag pertama. c Lapisan ketiga: Body bag kedua. d Semburan nyah kuman bagi lapisan ketiga. ii. Tayamum Jenazah: Tayamum dilakukan ke atas jenazah yang telah dibungkus dengan lapisan ketiga. Jenazah pesakit COVID-19 boleh ditayamumkan meskipun dibalut dengan beg plastik bagi mengelakkan kemudaratan sekiranya tayamum dilakukan secara langsung ke atas tubuh jenazah. Proses tayamum ini dilakukan mengikut hukum syarak seperti berikut:


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 91 1. Petugas perlu dalam keadaan berwuduk dan berpakaian lengkap seperti prosedur yang ditetapkan oleh KKM. 2. Meletakkan debu tayamum pada dua helai kertas bersaiz A4 yang berasingan. 3. Petugas tayamum perlu memastikan kedua-dua belah tapak tangan yang bersarung dalam keadaan bersih. 4. Lekapkan kedua-dua tapak tangan ke atas debu tayamum yang berada di atas kertas A4 pertama. 5. Tipiskan debu tayamum yang terdapat di tapak tangan. 6. Niat tayamum ke atas jenazah. 7. Sapukan kedua-dua tapak tangan ke bahagian muka jenazah. 8. Membersihkan baki debu yang berada di tapak tangan. 9. Lekapkan kedua-dua tapak tangan ke atas debu tayamum yang berada di atas kertas A4 kedua. 10. Mulakan sapuan tangan kanan petugas ke atas tangan kanan jenazah bermula dari hujung jari hingga ke siku. 11. Diikuti sapuan tangan kiri petugas ke atas tangan kiri jenazah bermula dari hujung jari hingga ke siku. Namun begitu, jika kaedah tayamum di atas beg jenazah ini masih dikhuatiri mendatangkan kemudaratan kepada para petugas yang menguruskannya, maka proses tayammum atas beg jenazah ini tidak wajib dilakukan. Situasi ini sudah termasuk dalam perbahasan Faqid al-Tahurain َ ِ ين) ُور ه  ُ الط ِد َاق ف (atau ‘Adim al-Tahurain (ينَ ِ ُور ه  ِم الط َاد ع (iaitu orang yang


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 92 tidak mempunyai atau tidak mampu untuk melakukan kedua-dua cara bersuci sama ada menggunakan air atau debu tanah. Ini disebabkan keuzuran yang telah disebutkan sebelum ini. Oleh yang demikian, jenazah tersebut akan dikafankan dan disolatkan secara langsung tanpa melalui proses pembersihan dengan menggunakan air mahupun debu terlebih dahulu (Ibn al-Muflih, 1997). Hukum Solat Jenazah Ghaib ke Atas Jenazah Pesakit COVID-19 Secara asasnya solat jenazah merupakan salah satu fardu kifayah ke atas diri seseorang Muslim terhadap saudaranya yang telah meninggal dunia (al-Nawawi, t.t). Menjadi kebiasaan bagi umat Islam, solat jenazah dilakukan secara berjemaah khususnya di masjid-masjid dan surau. Namun, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, sebarang aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk solat secara berjemaah adalah dilarang. Menurut KKM berkenaan tatacara pelaksanaan solat jenazah untuk pesakit COVID-19 adalah seperti berikut: 1. Solat jenazah hanya dilaksanakan di ruang yang telah ditetapkan hospital. 2. Hanya dua orang petugas sahaja yang dibenarkan. 3. Jarak kedudukan di antara imam dan jenazah adalah satu meter, manakala jarak di antara imam dan makmum juga


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 93 adalah satu meter (Garis Panduan Tatacara Pengurusan Jenazah Orang Islam COVID-19, 2020). Oleh yang demikian, bagi waris jenazah yang tidak berkesempatan untuk menunaikan solat jenazah secara langsung boleh menunaikan solat jenazah ghaib yang merupakan satu alternatif lain bagi yang ingin melaksanakannya. Hal ini kerana mendirikan solat ghaib ke atas jenazah merupakan suatu perbuatan yang disyariatkan di sisi syarak. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah : ِ ا َ َسـ ُ ول ر ن َ أ ىَ ِل َ إ َج ر َ ِ يه،خ ِ َ َات ِذيم ِمال ْ و َ ي ْ ِيال يف َ ِ اشـ ج َىالن ع َ ا ً ع َ ْ ر َ َأ ر ب َ َ ْو ِم ِه ب َ ف َص ى،ف َ ل ُص م ْ ا Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah memberitahu akan kematian al-Najasyi pada hari kematian beliau, kemudian Baginda keluar menuju ke tempat solat dan seterusnya membuat saf bersama mereka dan Baginda bertakbir sebanyak empat kali.” (Riwayat al-Bukhari) Namun begitu, ulama mazhab Syafie berselisih pendapat tentang hukum mengerjakan solat jenazah ghaib bagi orang yang berada di dalam negeri si mati dikebumikan tetapi terhalang untuk hadir seperti sakit dan


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 94 seumpamanya. Imam Ibn Hajar al-Haitami menyatakan bahawa solat jenazah ghaib tidak harus didirikan ke atas jenazah yang berada di dalam satu negeri, meskipun negeri itu besar dan terdapat keuzuran seperti sakit atau terkurung (Al-Haitami, 1983). Berlainan pula pendirian al-Ramli (t.t) yang berpandangan bahawa seseorang yang berada di dalam negeri dan mengalami keuzuran untuk hadir solat jenazah seperti terkurung atau sakit boleh mendirikan solat jenazah ghaib sepertimana yang dibincangkan oleh al-Azra’ie. Negeri yang dimaksudkan di sini adalah satu kawasan permukiman bagi sebuah masyarakat seperti daerah atau mukim penempatan. Seseorang itu tidak boleh mengerjakan solat jamak dan qasar kecuali selepas keluar dari kawasan permukimannya meskipun sudah keluar dari rumahnya (al-Nawawi, t.t). Tuntasnya, ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang berada dalam satu negeri yang terdapat jenazah COVID-19 dikebumikan harus mengerjakan solat jenazah ghaib untuk si mati. Ini kerana mereka terhalang untuk hadir mengerjakan solat jenazah dalam tempoh PKP.


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 95 Penutup Pengurusan jenazah bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan dan culas ketika melaksanakannya terutama ketika menguruskan jenazah pesakit COVID-19. Sebaliknya ia perlulah dilakukan dengan berhati-hati berdasarkan panduan dan etika yang telah digariskan oleh badan agama yang berautoriti dan KKM. Hal yang demikian adalah untuk mengelakkan penularan wabak yang lebih serius di samping menjaga keselamatan dan kesihatan petugas yang bertanggungjawab menguruskan jenazah pesakit tersebut serta diuruskan tanpa sebarang kecuaian.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 96 Rujukan Al-Quran al-Karim. Al-Bukhari, Muhammad Bin Ismail. (2001). Sahih al-Bukhari, jld. 2. Beirut: Dar Tuqah al-Naja. Muslim, Muslim ibn al-Hajjaj Qushayri al-Nisaburi. (t.t). Sahih Muslim, jld. 2. Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-Arabi. Ibn Majah, Muhammad bin Yazid bin Abdullah. (t.t). Sunan Ibn Majah, jld. 2. Kaherah: Dar Ihya' al-Kutub al-Arabiyyah. Al-Haitami, Ahmad bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Hajar. (1983). Tuhfah al-Muhtaj bi Syarh al-Minhaj, jld. 3. Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-Arabi. Al-Nawawi, Yahya bin Sharaf. (1972). Syarh al-Nawawi ala Muslim jld. 7. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-Arabi. Al-Nawawi, Yahya bin Sharaf. (t.t). al-Majmuk Syarh al-Muhazzab, jld. 2. Al-Ramli, Shihabuddin Ahmad bin Hamzah. (t.t). Fatawa al-Ramli fi Furu' al-Fiqh al-Syafi'i, jld. 1. al-Maktabah al-Islamiah. Al-Ramli, Shamsuddin Muhammad bin Ahmad. (1984). Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, jld. 2. Beirut: Dar al-Fikr. Al-Syarwani, Abdul Hamid. (1983). Hasyiah al-Syarwani ala Tuhfah al-Muhtaj, jld. 3. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-Arabi. Ibn al-Muflih, Ibrahim Ibn Muhammad Ibn 'Abd Allah. (1997). al-Mubdi' fi Syarh al-Muqni', jld. 2. Beirut: Dar Kutub al-Ilmiyah. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). (2020). Garis Panduan Pengurusan Jenazah Islam COVID-19. Diakses pada 9 Mac 2021 daripada https://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/GPPENGURUSAN-JENAZAH-ISLAM-COVID-19.pdf.


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 97 DOA MUSIBAH Muhammad Asyraf bin Ahmad Pengenalan Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad , keluarga, sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke hari kesudahan. Artikel ini akan menyentuh beberapa perkara penting mengenai tajuk ini seperti konsep musibah dalam Islam, konsep doa dalam Islam dan doa-doa yang terdapat dalam al-Quran dan hadis Nabi .


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 98 Konsep Musibah dalam Islam Musibah merupakan ujian yang dijadikan Allah kepada makhlukmakhluk-Nya untuk melihat siapa antara mereka yang mengingati-Nya, kembali kepada-Nya serta siapa yang terbaik amalannya. Firman Allah : Maksudnya: “Dialah (Allah) yang telah menciptakan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya.” Surah al-Mulk (2) Tambahan pula, setiap ujian yang diberikan Allah ini, berbeza-beza bergantung kepada kemampuan setiap hamba-Nya. Firman Allah lagi: Maksudnya: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” Surah al-Baqarah (286) ً َلا َم ُ َ ن ْس ح َ ْأ ُم ي َ ْ م ُ َ و ُ ل ْ ب َ لي ِ َ َاة ي َ ْ َا َ و ْت و َ م ْ ا َ ق َ ل َ ِذيخ ال َ َ ْ ُ و ِ ً إ ْ َ ُ ـ ا ُ ّ ِ َ ُ َ


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 99 Menurut Hamsah (2014) menerangkan pada kita musibah atau bencana merupakan perkara negatif dari sudut pandangan manusia yang perlu dijauhi. Manakala apabila kita merujuk al-Quran, kita dapat fahami bencana atau musibah bukan semata-semata perkara yang dilihat buruk tetapi Allah menerangkan pada kita musibah adalah cubaan atau ujian bertujuan memperkukuhkan iman manusia sama ada dalam bentuk menyedihkan atau menggembirakan. Firman Allah : Maksudnya: “Kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat).” Surah al-A’raf (168) Melalui firman Allah di atas dapat juga kita fahami musibah bukan semata-semata sesuatu yang buruk menimpa kepada kita tetapi musibah juga boleh berupa dengan perkara yang indah. Musibah juga tidak hanya menimpa insan yang berdosa tetapi ia juga menimpa insan yang baik dan banyak beramal. Ini menjadi bukti musibah bukan tanda kebencian atau semata balasan buruk buat kita hamba Allah tetapi ia merupakan kasih sayang Allah buat kita sebagai ciptaan-Nya dan merupakan cara Dia ِ ُ ٰ ـ َ ْ َ َ َ ِ و ٰ ـ َ َ َ ْ َ وٱ ِ ت َ ٔ ِـ ّ ْ ُ َ َ َ ُن ِ ْ َ


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 100 menarik kembali hamba-hamba-Nya yang dikasihi untuk kembali kepada-Nya dalam apa jua keadaan sama ada senang atau susah. Dalam menghadapi musibah ini, ada dua pendekatan yang menjadi pilihan, bersabar dan bersyukur (Hamsah, 2014). Segala bentuk bala yang buruk seperti pandemik COVID-19, kecurian, rumah terbakar, kemalangan jalan raya dan sebagainya merupakan musibah yang perlu disusuli dengan sikap sabar dan perbanyakan doa. Firman Allah : Maksudnya: “Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” Surah al-Baqarah (155 ) Manakala musibah yang rupanya indah seperti kekayaan dan kesenangan, anak-anak yang soleh, pekerjaan yang َ َ َ وُ َ ُ ۡ ٖ ۡ ء َ ِ َ ِّ ف ِ ۡ َ ُ ٱِ ع ۡ ۡ ۡ و َٖ ٱ َ َ َ و ِّ ل ٰ َ ۡ َ ۡ ٱ َ ِِ ٰ ِ ِ ٱ ّ َ َ ت و ِ ٰ َ َ َٱ ِ و ُ َ ۡ و َٱ


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 101 stabil dan lain-lain hendaklah dilengkapi dengan rasa bersyukur dan disusuli dengan puji-pujian kepada Allah . Firman Allah : Maksudnya: “Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah." Surah al-Naml (40) Melalui perbahasan dalil yang dikemukakan boleh kita fahami musibah seperti pandemik COVID-19 ini adalah musibah yang buruk. Sebagai seorang muslim yang beriman dan percaya ٓ ِ َ ُـ ۡ َ ِ ِ ّ َ ِ ر ۡ ـ َ ـِ اَ ٰـ َ َ َـل ُۥ ه َ ا ِ ِ َ ۡ ُ ُ َاه ء َ ر َ َ َ و ۖ ُ ُـ ۡ َ ۡ أ م َ ُ أ ُ ۡـ َ أ ـِۦ َ ۡ ء ِۖ َ ِ ُ ُ ۡ ـ َ ـَ ِ َ َ َ َـ ـَ ٞ ِ َ ّٞ ِ َ ِ ّ َ ر ِن َ َ َ َ َ َ و


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 102 kebijaksanaan Allah , kita perlu sedar dan menerima musibah ini dengan sikap sabar dan memperbanyakan solat dan berdoa memohon pertolongan dari-Nya. Dengan tindakan dan usaha ini pastinya akan mendatangkan cinta dan sayang Allah kepada kita. Firman Allah : Maksudnya: “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” Surah al-Baqarah (45) Konsep Doa dalam Islam Doa adalah pemisah antara orang beriman dan orang yang sombong. Doa mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam Islam. Ia menjadi pemisah yang membezakan antara manusia yang beriman kepada Allah dengan manusia yang sombong dan bongkak terhadap Allah . Firman Allah : ُ وٱ ا َ ِ َ ْ ِ ِ ْ وٱ ةِ َ ٰ َ ۚ َ ٌ ة َ ِ َ َ ِ ََ إ َ ِ ـ ِ ْ ٱ َ ٰ


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 103 Maksudnya: “Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” Surah Ghafir (60) Pensyariatan Doa Tanda Kemuliaan Allah Ibn Kathir (1998) dalam kitab tafsirnya menyebut bahawa ayat 60 surah Ghafir ini juga menzahirkan kemuliaan dan sifat Maha Pemurah Allah di mana Dia menggalakkan hamba-Nya untuk berdoa dan memberi jaminan untuk mengabulkan doa-doa tersebut. Sepertimana kata Sufian al-Thauri: “Wahai hamba yang paling disukai-Nya adalah hamba yang banyak meminta kepada-Nya. Dan hamba yang paling tidak disukai adalah siapa yang tidak meminta kepada-Nya. Tiada siapa seperti Engkau wahai Tuhan.” ُ ُ َ َ ر َل ٓ و ٱ َ ِ ُ ْ ْ د ِ َ ْ ــَ ْ أ ُ َ ۚ َ إ ٱ ِن ِ َ ْ ــَ َ ُون ِ ْ ْ َ ِ َ َد ِ َ ُن ُ ْ َ َ َ َ َ َ ِ َ ِ ا د


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 104 Justeru doa adalah merupakan inti kepada ibadah yang menjadi elemen penting dalam kehidupan yang merupakan ibadat kepada Allah . Doa Kunci Kebaikan dan Penutup Keburukan Doa bukan sahaja inti ibadah, malah lebih dari itu ia merupakan kunci bagi segala kebaikan dan penutup bagi segala pintu keburukan dan kejahatan. Kita melihat bagaimana Nabi Zakaria berdoa agar dikurniakan zuriat yang soleh tatkala isterinya tidak boleh melahirkan anak. Doa Baginda dirakam oleh Allah : Maksudnya: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan." Surah Ali Imran (38) ُ ـ َ ر ِ َ َ َ ز َ َ د َِ َ ۥۖ ُ َـل ّ ِب َ ْ ر ـ َـِ ِ َ ـُ ً ـ ّ ِ ر ُ ذ ً َ ّ ِ َ ۖ َ ِ ُ إ ِ َ ِء ٱ َ


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 105 Begitu juga Nabi Lut ketika mana kaumnya sudah tidak lagi mendengar seruannya dan maksiat terus berleluasa, Baginda berdoa agar diselamatkan dari kejahatan mereka. Allah berfirman merakamkan doa Nabi Lut : Maksudnya: "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu." Surah al-Syu’ara (169) Bahkan Nabi kita, Nabi Muhammad pernah berdoa seperti yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar : َ ْـك ي َ ِل ِ إ ْن ي َ ل ُ ج ِ ار ّ َب ح َ أ ِ َب م َ ْلا الإس ِ ِعز َ أ ُم ه لاَ ـأ ِ يج ـ َ ب ْ َ ل ٍـام ٍه هش ِ ِ ْ ب ْ ـن و َ أ َ ر َ ِ اب ُم ط َ ْ ا ِ ْن ب Maksudnya: “Wahai Allah, muliakanlah Islam dengan dua orang lelaki yang paling Engkau suka iaitu sama ada Abi Jahl bin Hisyam ataupun Umar bin al-Khattab.” (Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad) َ ُون ل َ م ْ ع َ ا ِل ِىم ْ ه َ أ َ ِنىو ّ ِ َ ّ ِب َ ر


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 106 Ganjaran Lebih Baik Bagi Mereka yang Suka Berdoa Kita seharusnya tidak berputus asa berdoa apabila lambat diperkenankan kerana berkemungkinan Allah menyediakan perkara yang lebih baik daripada apa yang kita minta. Ini bertepatan dengan apa yang Nabi sabdakan daripada Abu Hurairah : ِلا ً ، إ ة َ ل َ ْـــأ َس ُ ُ َ ْـــأ َس ِ َ ا ِ ُ إ َـــه ه ْ َج ُ و ُ ـــب ْص ن َ ٍ ِمن ْ ُـــؤ ْ َ ِ ـــا مـــن م ِ ُ َ َــا َه ر َ َخ ــا ذ ِم َ َــا ، و ي ْ ا ِ ُ َ َــا ه َ ل َج ــا ع ِم َــا ، إ اه ِي ُ إ َ ــاه ْط َ أ ُــ َس َــا ر َ : ي َــال ْ ، ق َــل ْج ع َ ْ َــم َــا ِة م َ ِخــر ُ الآ ؟ ْ ُــه ت َ ل َ َج َــا ع َم ِ ، و َ ا ول ِ ُ َاب َج ت ْ ُس ُ َاه ر ُ َ أ َلا ُ ، و ْت و َ َع د َ ُ و ْت و َ َع ُ : د ُول ق َ : َ َال ق Maksudnya: “Tidak ada seorang mukmin yang menghadapkan wajahnya (berdoa) kepada Allah, memohon apa sahaja permohonan kecuali (Allah) akan kabulkan permohonannya. Sama ada (Allah) akan segerakan permohonannya di dunia atau disimpan untuknya di akhirat selagi mana dia tidak tergopoh-gopoh. Sahabat bertanya: Bagaimana tergopoh-gapah (dalam berdoa) itu wahai Rasulullah? Nabi bersabda: (Tergopoh-gapah itu adalah) dia berkata - aku telah berdoa, aku telah berdoa dan aku tak nampak Allah kabulkan doa aku.” (Riwayat al-Bukhari)


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 107 Doa Tanda Allah Dekat dengan Hamba-Nya Doa juga merupakan tanda dekatnya Allah dengan hambahamba-Nya. Oleh itu, Dia pasti akan menunaikan permintaan hamba-hamba-Nya yang berdoa. Firman Allah : Maksudnya: “Apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.” Surah al-Baqarah (186 ) Doa-doa Ketika Musibah Rasulullah tidak pernah jemu berdoa kepada Allah memohon kebaikan dunia dan akhirat dan kelebihan serta kebaikan buat َدِ ِ َ َ َ َ ا َ َ ذ ِن َ َا د ِذ ِ اع إ َ ٱ ة َ ۡ َ ُ د ِ ُ ۖ أ ٌ ِ َ ِ ّ ِ َ ِ ّ َ ي َ ُون ُ ۡ َ ۡ ُ َ َ ِ ْ ُا ِۡ ُ ۡ َ ِ و ْ ُا ِ َ ۡ َ ۡ َ


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 108 umatnya. Pelbagai jenis doa yang telah Baginda ajarkan kepada kita termasuklah antaranya doa–doa menolak bala, memohon keselamatan dan tidak dikurangkan nikmat ketika ditimpa musibah. Dalam keadaan musibah Pandemik COVID-19 yang telah menimpa kita selama setahun ini sesuailah untuk kita perbanyakan dengan doa-doa sunnah yang telah Rasulullah ajarkan kepada kita. Antara doa–doa yang Baginda telah ajarkan kepada kita ialah: 1. Doa menolak bala dan musibah daripada hadis Abdullah bin Umar : ِة َ َـاء ُج ف َ َ ،و ِتـك َ َ ِاي ِلع ََـو َ َ ،و ِتـك َ م ْ ِع الن ِ َ و َ ْ ز َ ِ مـن ِـك ب ُ ُـوذ ع َ ِيأ ّ ِن إ ُم اله َ ِطك َ َخ ِ ِيعس َ َ َ ،و ِتك َ م ْ ِق ن Maksudnya: “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada hilangnya nikmat yang telah Engkau berikan, daripada berubahnya kesihatan yang telah Engkau berikan, daripada seksa-Mu (bencana) yang datang secara tiba-tiba, dan daripada segala bentuk kemurkaan-Mu.” (Riwayat Muslim)


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 109 2. Doa agar tidak dihilangkan nikmat daripada hadis Abu Hurairah : َ ِ ا ُ َسـول ُ ن ِ ــوء َ ر َ ِاء،وس ـق ِكاش َ ر َ ِء،ود َ َلا ْ ِـدالـب ه َ ِ مـنج ُ ذ َـو ع َ ت َ َ ال ِاء ْد ِةالأع َ َات َم َ ِاء،وش َض ق Maksudnya: “Rasulullah selalu memohon perlindungan (kepada Allah ) daripada ujian yang berat, kecelakaan yang membinasakan, takdir yang buruk dan kegembiraan para musuh (atas bala, ujian dan kecelakaan yang menimpa).” (Riwayat al-Bukhari) 3. Doa memohon kesabaran dan keteguhan Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.” Surah al-Baqarah (250) ََ َ َ ُ ۡ ٱ َ و َ َ ا ۡ َ ۡ أ ِ ّ َ َ ۡٗ و َ َ ۡ َ َ ۡ ِغ ۡ َ ٓ أ َ َ ر ْ ا ُ َ َ ِ ِ ٰ َ ۡ ِم ٱ ۡ َ ٱۡ


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 110 4. Doa memohon dijauhkan daripada segala penyakit seperti diriwayatkan daripada hadis Anas bin Malik : ِام َ ق ْ س َْ ِالأ ِئ ّ ي َ ْ س ِمن َ ِام،و َ ُذ ْ َا ُ ِون،و ن ُ ْ َا ِص،و َ ر َ َ الب َ ِ من ِك ب ُ ُوذ ع َ ِيأ ّ ِن إ ُم ه ال Maksudnya: “Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.” (Riwayat Abu Daud) Penutup Hari ini kita diuji oleh Allah dengan ancaman wabak COVID-19 yang melanda bukan sekadar di negara kita malah di seluruh dunia. Ancaman ini merupakan musibah yang buruk melanda umat manusia keseluruhannya. Sebagai umat Islam yang percaya kepada Allah yang menurunkan wabak ini, kita seharusnya mengambil pendekatan muhasabah diri dan banyakkan berdoa. Hal ini kerana musibah itu turun kepada manusia bukan semata-mata seksaan buat manusia tetapi Allah ingin melihat siapa antara hamba-Nya yang akan kembali kepada-Nya dan berdoa kepada-Nya agar musibah ini diangkat serta-merta. Ini juga tanda kasih sayang Allah pada manusia. Dia inginkan hamba-Nya dekat dengan-Nya dan meminta kepada-Nya.


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 111 Akhir kata, kembalilah kepada Allah dalam apa jua keadaan, senang atau pun susah. Doa merupakan salah satu jalan terbaik buat umat Islam untuk kembali kepada Allah . Kembalilah kepada-Nya dengan perbanyakan doa dan ibadat dengan penuh harapan kepada-Nya. Semoga Allah reda dengan amalan kita dan mengangkat musibah ini secara total dari negara kita khususnya dan negara-negara Islam secara amnya.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 112 Rujukan Al-Quran al-Karim. Abu Daud, Sulaiman bin al-Asy'as. (tt). Sunan Abi Daud (Vol. 2). Beirut: al-Maktabah al-Masriyyah. Al Bukhari, Muhammad bin Ismail. (1989). Adab al-Mufrad (Vol. 3). Beirut: Darul Basya'ir Al Islamiyyah. Al Hakim, Muhammad bin Abdullah. (1990). Al-Mustadrak 'ala al-Sahihain. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiah. Al-Baidhawi, Abdullah bin Umar. (1418H). Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Takwil (Vol. 4). Beirut: Dar al-Ihya' al-Turath al-Arabi. Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. (1422H). Sahih al-Bukhari (Vol. 8). Dar Tuq al-Najah. Al-Qurtubi, Muhammad bin Ahmad. (1964). Al-Jami' li Ahkam al-Quran (Vol. 2). Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyyah . Al-Razi, Muhammad bin Umar. (1420H). Mafatih al-Ghaib (Vol. 15). Beirut: Dar al-Ihya' al-Turath al-Arabi. Hamsah, U. (2014). Theodicy: Pendekatan Tawhidi dalam Menghadapi Musibah dan Bencana. Jurnal TARJIH, 260. Ibn Kathir, Ismail bin Umar. (1998/1419H). Tafsir al-Quran al-A'zim (Vol. 7). Beirut: Darul Kutub al-Ilmiah. Ibn Majah, Muhammad bin Yazid. (2009). Sunan Ibn Majah (Vol. 5). Dar al-Risalah al-Alamiyyah. Muslim, Ibn al-Hajaj. (tt). Sahih Muslim (Vol. 4). Beirut: Dar al-Ihya' al Turath al-Arabi.


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 113 ISTIQAMAH DALAM IBADAH KETIKA PANDEMIK COVID-19 Dr. Syed Shahridzan Syed Mohamed Pengenalan Dunia digemparkan dengan penularan virus COVID-19 sehingga menyebabkan kadar nyawa yang terkorban di seluruh dunia amat tinggi. Malaysia turut berdepan dengan wabak COVID-19 dan merekodkan peningkatan kes positif sehingga mencecah 327 ribu dan angka kematian melebihi angka 1200 orang (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2021). Pelbagai langkah dan kaedah kawalan drastik telah dilaksanakan oleh badan berautoriti di Malaysia untuk mengawal penularan wabak ini.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 114 Peningkatan jumlah kes jangkitan yang amat membimbangkan menjadi penyebab pihak kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 334) (Mohd Hapiz & Zakiah Samori, 2020). Bagi mengekang penularan ini pelbagai tindakan yang diambil oleh kerajaan antaranya PKP. Sebelum ini fasa pelaksanaan PKP susulan penularan pandemik COVID-19 buat julung kalinya dikuatkuasakan selama 48 hari di negara ini bermula 18 Mac sehingga 3 Mei 2020 (Berita Harian, 2020). Proses tempoh PKP ini sudah tentu memberi kesan kepada institusiinstitusi agama Islam dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kerohanian atau keagamaan. Rentetan penularan pandemik yang semakin membimbangkan ketua-ketua agama Islam melalui jabatan-jabatan agama di setiap negeri mengarahkan penutupan masjid dan surau yang bersifat sementara sehingga kes wabak ini berjaya dilandaikan. Kebanyakan masjid dan surau telah menetapkan had bilangan yang amat kecil untuk solat berjemaah di premis terbabit sepanjang tempoh PKP yang hanya melibatkan ahli jawatankuasa dan pegawai syarak (Berita Harian, 2021). Selain daripada solat berjemaah jabatan agama seluruh negara telah mengarahkan agar semua aktiviti yang melibatkan perhimpunan awam di masjid dan surau seperti kuliah-kuliah pengajian, ceramah dan juga solat Jumaat hendaklah ditangguhkan dalam tempoh penguatkuasaan


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 115 PKP. Tindakan sedemikian telah mengundang pelbagai reaksi awam walaupun sebahagian besar masyarakat akur dengan keputusan itu, namun wujud golongan yang mempertikaikan kewajarannya dengan membawa pelbagai dalil dan hujah syarak (Mohd Hapiz & Zakiah Samori, 2020). Antara reaksi masyarakat ialah ketidakselesaan terhadap halangan untuk mereka mengerjakan ibadah di masjid dan surau yang berdekatan dengan kediaman masing-masing terutamanya solat Jumaat. Malah ada yang menganggap penutupan ini menyalahi prinsip-prinsip syarak yang berpandukan al-Quran dan al-Sunnah (Mohd Hapiz & Zakiah Samori, 2020). Namun hakikatnya penutupan masjid dan surau di seluruh negara bukanlah sesuatu yang tersasar dari prinsip syariat itu sendiri, malah ia bertepatan dengan objektif atau maqasid agama Allah yang diturunkan kepada hamba-Nya. Menurut Mufti kerajaan Mesir, Dr. Shauqi ‘Allam, keputusan kerajaan menutup masjid dan penangguhan solat berjemaah dan solat Jumaat di musim pandemik berdasarkan dua pertimbangan. Pertama kerana syariat Islam menganjurkan pembatasan sosial ketika penyakit berjangkit yang menular seperti larangan mengunjungi kawasan yang sudah terjangkit. Begitu juga larangan keluar dari daerah bagi individu yang sudah sedia ada di dalam kawasan yang sudah berjangkit. Manakala pertimbangan kedua adalah perhimpunan manusia menjadi penyebab penularan virus jika ia terus dijalankan (Ayi Yunus Rusyana et al., 2020).


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 116 Selain itu, beliau melihat maslahat umat yang perlu dititikberatkan agar nyawa dan kesihatan masyarakat terus terjaga. Oleh itu, apa yang dapat dilihat bahawa agama telah meletakkan sakit dan perasaan takut terhadap ancaman nyawa merupakan keuzuran seseorang dari melaksanakan solat berjemaah dan solat Jumaat. Secara umumnya, maqasid syariah adalah tertumpu kepada proses menegakkan kebaikan dan mencegah berlakunya kemudaratan dalam kehidupan masyarakat. Ia bukan sahaja khusus kepada masyarakat Islam tetapi juga kepada seluruh masyarakat di luar sana tanpa batasan kaum dan agama (Ayi Yunus Rusyana et al., 2020). Penutupan masjid dan surau serta operasinya bukan suatu urusan yang bertentangan dengan hukum syarak, malah ia amat bertepatan dengan maqasid syariah yang berperanan menjaga maslahat umat. Namun terdapat segelintir umat Islam yang merasa resah dengan penutupan ini kerana tidak dapat beribadah secara normal seperti sebelum kedatangan pandemik. Antaranya tidak dapat solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid dan surau di musim PKP. Begitu juga keresahan sebahagian masyarakat yang cintakan majlis ilmu terhalang kerana segala aktiviti keilmuan sama ada di masjid mahupun di mana-mana premis dihentikan ketika musim yang mencabar ini. Pelaksanaan Ibadah Ketika Penutupan Masjid dan Surau Wujud segelintir pihak yang menunjukkan respon sebaliknya dengan mempersoalkan kewajaran aktiviti seperti solat jemaah dan solat


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 117 Jumaat dihentikan. Hal ini dapat dilihat dengan kenyataan seperti “kami lebih takutkan Allahberbanding virus COVID-19” (Muhammad Safwan et al., 2020). Kerisauan ini juga berdasarkan anggapan sebahagian umat Islam tentang ganjaran pahala ibadat sepanjang PKP ini tidak sebesar yang diharapkan kerana penutupan masjid dan surau. Ini kerana solat berjemaah di masjid dan surau dijanjikan oleh Allah dengan ganjaran yang berlipat ganda seperti yang dinyatakan dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah : َ َ ــلا َــىص ل َ ف ُ ع َ ــع ُض َ ٍ ــةت ََاع ِــي ِ ف ُــل ج ُار ْ ص ِت ِ ــه َ ــلاة َ ِــيب ِِهف ت ْ َ ِِه ُــوق ِــيس ف َ َ و ــأ َض و َ َات ُإذ ــه ن َ : َ ِــك َ ذ َ و ً ْفا َ ِ ضــع ِن ْ ــر ِعش َ و ً ســا َ ْ ِ ـــجِدلا َس م ْ َـــىا َ إل َج َـــر خ ُـــم ،َ ُ ـــوء ُض و ْ ا َ َ ـــن ْس ح َ أ َ ِ ف ُإ ُـــه ِج ر ْ ُ لا َ ــلا ِ اص ًإ ة َ ْ ــو َط ُ خ َ ْــط ْ َــم ُ ة ُ لا ْــه ن َ ُــط َح و ٌ َــة َج ر َ َــاد ِه ُب َــه ْ ل َــت ِع ف ُ ر َلا َــز ْت َــم ى َ ــل َاص ِذ َــإ .ف ٌ َــة ِطيئ َ خ ــاَ ْ ِ ــهم ي َ ل َ ِيع ّ َ ــل ُص ت ُ َــة ِ َلائ م ْ َ ــلا ُص ِــي َف َام د ُــم ه ُال َــه ْل ِفــر ْ اغ ُــم ه ْ ِ ــهال ي َ ل َ ِ ع ّ َ ــل ص ُــم ه ُ:ال ه َ َ لا ِيص ُ ف َال ز َ َلاي ُو ه ْ َ ْ َ ار لاة َاص َر َظ ت ْ اا َ مةٍ Maksudnya: “Solat berjemaah lebih berganda (ganjarannya) sebanyak dua puluh lima kali daripada solat di rumah atau di pasar (tempat kerja). Ini


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 118 kerana apabila seseorang itu berwuduk dengan sempurna, kemudian dia keluar menuju ke masjid, tiada yang membawa dirinya keluar melainkan solat semata-mata. Oleh itu, setiap kali dia melangkah Allah mengangkat satu darjat untuknya dan menghapus kesalahannya sehingga dia masuk ke masjid. Apabila dia mengerjakan solat para malaikat sentiasa mendoakannya selagi dia berada di tempat solat, “Ya Allah! Ampunilah dia dan rahmatilah dia”. Dia berada dalam keadaan solat selagimana dia menanti solat (untuk didirikan)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Berdasarkan zahir hadis di atas, ini bermakna jika ibadah solat dilakukan di rumah atau premis peribadi maka ganjaran tidak dapat digarap kerana pada zahirnya ciri-ciri untuk memenuhi ruang pahala itu tidak dipenuhi jika ia dilaksanakan selain dari rumah Allah . Bahkan ada sebahagiannya merasakan solat mereka tidak sempurna kerana tidak didirikan secara berjemaah di masjid atau surau. Ini kerana terdapat hadis sahih yang menggesa kaum lelaki mendirikan solat di masjid berbanding rumah.


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 119 Hal ini berdasarkan sepotong hadis Abu Hurairah : ْ ـو َ َ ِ.و ْـر َج ف ْ ُال َ ـلاة َص َ ِ ـاءو ِعش ْ ُال َ ـلاة َ ص ِِقين َـاف ن ُ م ْ َىا ل َ ِ لاةع ُ اص َل ق ْ َ أ َ ُــر آ ْ ن َ ُ أ ْــت َم م َ ْه َــد ق َ ل َ ًا.و ْــو ب َ ْح َــو َ َــاو م ُ ه ْ و َ ت َ َــالأ َ ِ ــايه َ م ُــون م َ ل ْ ع َ ِال ِ َيب ّ َ ـل ُص ي َ ً ُـلا َج َر ُـر آ ُـم َ َـام ق ُ ت َ لاة ِ َ ب ِعـيِ اص َ م ِلـق َ ط ْ َ أ ُـم ـاس ِ ن ْ ٌ ِ مــن َم ُــز ْح ُــم ه َ ع َ َ ٍ ــالم ِج ِر َ ب ٍملا ْ َــو َــىق َ ٍ ــبإل َط َ ح ــلا َ اص ُون َد ْ ــه َش َ ة ِ ار ِالن ْب ُم ه َ ُو ي ُ ْ ِم ه ْ ي َ ل َ َ ع ِق ّ ر َ ح ُ أ ف َ Maksudnya: "Tidak ada solat yang lebih berat di sisi orang munafik daripada solat Subuh dan Isyak. Kalaulah mereka tahu keutamaan kedua-dua solat itu (dilaksanakan secara berjemaah), pasti mereka akan datang (ke masjid) sekalipun merangkak. Sesungguhnya aku ingin menyuruh seseorang melaungkan azan dan iqamah, kemudian


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 120 menyuruh seseorang (yang lain) menjadi imam solat bersama para jemaah, kemudian aku sendiri pergi mengambil obor api, lalu aku membakar rumah orang-orang yang tidak hadir solat (berjemaah).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Mengenai hukum solat berjemaah di masjid, para ulama berselisih pendapat mengenainya. Menurut mazhab Syafie hukum solat berjemaah di masjid selain solat Jumaat adalah fardu kifayah kerana ia merupakan sebahagian dari syiar Islam (Al-Zuhaili, 2011). Manakala menurut mazhab Hanafi dan Maliki solat fardu berjemaah hukumnya adalah sunat muakkad (sangat dituntut) ke atas lelaki yang berakal dan mampu (Al-Zuhaili, 1428H). Manakala menurut ulama mazhab Hanbali hukum solat berjemaah adalah fardu ain ke atas setiap muslim (Al-Zuhaili, 1428H). Jelas di sini, solat fardu berjemaah sama ada di masjid mahupun surau bukan satu kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap muslim menurut majoriti ulama. Malah ia cukup didirikan oleh sebilangan kecil ahli kariah untuk melepasi tuntutan fardu itu menurut sebahagian fuqaha seperti yang dinyatakan oleh ahli-ahli fiqh mazhab Syafie. Namun hal ini sama sekali tidak menafikan kepentingan solat berjemaah. Istiqamah dalam Ibadah di Musim Pandemik Isu kekangan dan halangan ibadah di masjid dan surau meresahkan sebahagian masyarakat Islam di tanah air bukanlah atas aspek dosa atau


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 121 kecaman daripada Allah . Ini kerana golongan ini memahami bahawa solat berjemaah bukan suatu ibadah yang diwajibkan (melainkan solat Jumaat), tetapi istiqamah dalam ibadah dan aktiviti keagamaan di masjid dan surau tidak sepatutnya dihalang demi kesempurnaan pahala. Sudah semestinya istiqamah dalam ibadah satu amalan yang dipuji oleh syariat asalkan ia diamalkan secara berterusan walaupun sedikit. Perkara ini berdasarkan sabda Baginda Rasulullah daripada Aisyah : ل َ ْ ق ِن َ َاو ه ُ َ و ْ د َ ِأ َىا ِل الإ ِ َ م ْ َْ الأ َب ح َ أ Maksudnya: “Amalan-amalan yang paling dicintai oleh Allah ialah yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari) Selain itu, terdapat hadis yang memperingatkan setiap muslim agar mengelakkan diri dari tidak istiqamah dalam amalan-amalan sunat, seperti yang diriwayatkan oleh ‘Amr bin al-‘As bahawa Rasulullah bersabda: ِ ا ُ ُـول َس لير ِ َ َ ق َ ال ْـد ب َ َـا َ ي َ ن ٍن َ ُـلا َ ف ْـل ْ ِ مث ُـن َ َ ت ِلا ا َ َام ي ِ َ َك ر َ ت َ َ ْل ي ُال ُوم ق َ ِ ْل ي ال


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 122 Maksudnya: “Rasulullah telah berpesan kepadaku: Wahai Abdullah! Janganlah engkau menjadi seperti orang yang mendirikan ibadah di waktu malam (qiyamullail), kemudian meninggalkan qiyamullail (tidak melakukannya secara berterusan).” (Riwayat al-Bukhari) Pada hakikatnya, musim PKP tidak menghalang setiap individu muslim dalam mengamalkan amalan-amalan sunat secara istiqamah seperti solat fardu berjemaah di rumah bersama keluarga. Meskipun ia tidak didirikan di masjid namun solat berjemaah itu sendiri menjanjikan ganjaran pahala berganda, seperti yang disabdakan oleh Rasulullah daripada Abdullah bin Umar : ً ة َ َج ر َ َ د ِن ر ْ ِعش َ ٍعو ْ َ ب ِس ِ ّ ذ َ ف ْ ِةال َ َ لا ْ ص ُ ِ من َ ل ْض ف َ ِةأ َ َاع َم ْ اُ ة َ ص َ لا Maksudnya: “Solat berjemaah lebih afdal dari solat bersendiri sebanyak dua puluh tujuh kali darjat”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Menurut Imam al-Syafie (t.t.) kelebihan solat berjemaah memberi ganjaran yang besar tidak kira di mana sahaja dan begitu juga


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 123 jemaah kecil atau besar ia tetap dikira ganjaran pahalanya. Namun solat berjemaah di masjid dan jemaah yang ramai jauh lebih afdal dan lebih tinggi ganjarannya. Berdasarkan penjelasan Imam al-Syafie ini jelas menunjukkan bahawa solat berjemaah tidak terhalang untuk dilaksanakan meskipun wujud Prosedur Operasi Standard (SOP) dan seumpamanya. Malah ganjarannya yang berganda tetap tidak luput jika dilakukan di tempat selain dari masjid atau surau. Walau bagaimanapun, ternyata ganjaran solat berjemaah di masjid lebih tinggi fadilat dan ganjarannya seperti yang dinyatakan dalam hadis sebelum ini, iaitu fadilat berjalan kaki yang menjanjikan setiap langkah diangkat darjat dan digugurkan dosa, mendapat doa para malaikat ketika mendirikan solat di dalamnya dan fadilat menunggu solat didirikan seolah-olah mendirikan solat. Ternyata fadilat-fadilat ini tidak terhasil jika solat berjemaah didirikan di premis peribadi. Ganjaran dan Fadilat Ibadah Ketika Musim COVID-19 Bagi menjawab kemusykilan yang dinyatakan sebelum ini perlu merujuk kepada nas-nas hadis yang lain dan penjelasan para ulama bagi menyelesaikan permasalahan fiqh. Terdapat hadishadis sahih yang menjelaskan kedudukan individu yang keuzuran dari melakukan amalan ibadah.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 124 Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah bahawa Nabi bersabda: ًــا،إلا ادي ِ َ ْو م ُ ْــت َ ع ط َ َ َلا ًاو ِســير َ ْ م ُ ْ َ ِ ــاســر ً م َــالا ِج ر َ َ ِ ــة ِدين َ م ْ ِا ب ِن إ :روايــةوفــيســلمرواه. ُ َض َــر م ْ اُ ُم َ ــه َس َ ْ.ح ُــم َ ع َ ُــوام ن َ ِ ر ْ ج َْ ِ ْيالأ ْف م ُ ُو َ ر َ شإلا Maksudnya: “Sesungguhnya di Madinah ada beberapa orang apabila kamu menempuh perjalanan atau menyeberangi lembah mereka juga (seolaholah) bersama-sama kamu sedangkan sakit telah menghalangi mereka.” Dalam riwayat yang lain menyebut, “Melainkan mereka menyertai kamu dalam mendapatkan pahala.” (Riwayat Muslim) Menurut Imam al-Nawawi (t.t.), hadis ini menunjukkan seseorang yang terhalang untuk melaksanakan sesuatu ibadah disebabkan keuzuran dia tetap diganjari pahala oleh Allah . Malah ganjaran yang dikurniakan kepada mereka sama seperti orang yang mengamalkan ibadah itu tanpa berkurangan sedikit pun (Al-‘Aini, t.t.). Imam Ibn al-Jawzi (t.t.) pula menjelaskan bahawa hadis ini menunjukkan mereka yang tidak dapat turut serta dalam peperangan disebabkan sakit namun niat di hati mereka ingin


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 125 menyertai peperangan itu seolah-olah berperang bersama-sama Rasulullah dan tentera-tentera muslim. Oleh itu, jelas berdasarkan hadis di atas seseorang yang tidak dapat melaksanakan sesuatu ibadah kerana terhalang oleh keuzuran syarie (keuzuran yang dibenarkan syarak) sama sekali tidak terhalang untuk mendapatkan ganjaran ibadah itu bagaikan dia sendiri yang melaksanakan. Terdapat satu lagi hadis yang menguatkan lagi fakta ini, seperti yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari bahawa Rasulullah bersabda: َ َــا ُ م ْــل ُ ِ مث َــه َ ل ِتــب ُ َك ر َ َــاف ْس و َ ُ أ ْــد ب َ ع ْ ِض َ ال َــر َا ِذ ُ إ َــل م ْ ع َ َ ن ا ً َ ِحيح ًاص ِقيم ُ م Maksudnya: “Jika seseorang sakit atau bermusafir, maka dituliskan untuknya sepertimana dia beramal ketika bermukim atau ketika sihat.” (Riwayat al-Bukhari) Hadis ini menjelaskan lagi makna hadis yang lalu, ia menunjukkan keluasan rahmat Allah kepada hamba-Nya. Hal ini dapat dilihat melalui kurniaan ganjaran pahala ibadah solat berjemaah yang tidak berkurangan ke atas mereka yang keuzuran daripada melaksanakannya seperti halangan


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 126 sakit dan musafir. Namun para ulama meletakkan syarat bahawa ganjaran ini diberikan kepada mereka yang biasa melakukan ibadah tersebut sebelum ditimpa keuzuran (Ibn Battal, 2003). Terdapat satu athar sahabat iaitu riwayat Saidatina Aisyah yang menyatakan bahawa sesiapa yang membiasakan diri dengan solat malam dan jika ada seketika dia tertidur atau sakit sehingga terhalang dari melakukan ibadah itu, maka ditulis untuknya ganjaran solat malam dan tidurnya itu juga diberikan ganjaran (al-‘Aini, t.t.). Berdasarkan kedua-dua hadis di atas dan penjelasan para ulama mengenai maksud nas tersebut, maka jelas dari sudut syariat setiap amalan soleh yang terhalang untuk dilaksanakan ia tidak menjejaskan pahala dan ganjarannya. Dengan ini perkara tersebut boleh dikiaskan kepada keuzuran yang menghalang mereka untuk hadir berjemaah di masjid atau surau. Namun mereka tetap diganjari pahala seolah-olah mereka hadir iaitu ganjaran melangkah kaki ke masjid dan fadilat-fadilat lain seperti yang telah disebutkan dalam hadis yang lalu. Selaras dengan isu ini, terdapat satu riwayat hadis yang menjelaskan beberapa perkara yang boleh menghalang seseorang daripada melakukan suatu ibadah dan ia dikira sebagai pecahan dari uzur-uzur syarie, seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas bahawa Rasulullah bersabda:


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 127 : َ َال ُ؟ق ر ْ ُذ ع ْ َاال َم ُوا:و َا ٌ.ق ر ْ ُذ َ ِ اعِهع ِب ّ ا ِ ُ ِ من ه ْ ع َ ن ْ م َ ْ م َ ل َ ِاديف َ ن ُ م ْ اَ ِمع َ ْ س َن م ى َ ل ِتيص ُال ة َ لا ُاص ه ْ ْ ِ من َل ب ْ ق ُ ْ م َ ٌ َض ر َ ْ و َ ٌ أ ْف و َ خ Maksudnya: “Sesiapa yang mendengar panggilan muazzin tanpa ada keuzuran (bukan syarie) yang menghalangnya untuk mengikutinya (panggilan solat berjemaah)”. Mereka bertanya: “Apakah keuzuran itu?” Lalu Baginda menjawab: “Takut atau sakit. Tidak diterima (kesempurnaan) solatnya yang dia dirikan itu”. (Riwayat Abu Daud) Berdasarkan hadis di atas rasa takut atau risau tentang keselamatan diri merupakan salah satu daripada keuzuran syarie yang diberi rukhsah (kelonggaran) untuk meninggalkan ibadah solat berjemaah di masjid. Ketakutan dalam hadis ini memberi maksud takut atau risau terhadap keselamatan diri, maruah dan harta (Al-Qari, 1422H). Menurut Sheikh al-Munawi (Wizarah al-Awqaf, 1427H), faktor kerisauan terhadap jangkitan penyakit juga termasuk dalam keuzuran yang dimaksudkan kerana ia bertepatan dengan hadis yang memerintahkan agar mengelakkan diri daripada individu yang dijangkiti penyakit kusta seperti lari dari bahaya singa bahkan ia suatu perkara yang dituntut untuk menjaga nyawa, kesihatan tubuh badan dan seumpamanya.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 128 Keuzuran ini tidak menghalang seseorang itu terus istiqamah dalam ibadah terutama amalan-amalan yang berkaitan dengan masjid dan surau, cuma ia perlu diteruskan di kediaman masing-masing seperti solat berjemaah di rumah bersama keluarga, membaca al-Quran, berzikir dan mengikuti pengajian secara online. Bahkan ia tidak mengurangkan sedikit pun ganjaran atau pahala apabila dilakukan di rumah. Isu Penjarakan Saf Solat Berjemaah di Masjid dan Surau Setelah angka jangkitan COVID-19 berjaya dilandaikan, PKP tidak lagi diperketatkan. Pada Jun 2020, kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang banyak kelonggaran SOP diberikan kepada rakyat dalam menjalani kehidupan harian termasuklah kebenaran untuk mengimarahkan masjid dan surau dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan (Air Times, 2020). Dalam konteks masjid dan surau, penjarakan fizikal ketika solat berjemaah amat dititikberatkan oleh ketua-ketua agama negeri bagi mengekang penularan COVID-19. Sekali lagi perkara ini menjadi isu yang dipertikaikan oleh sebahagian masyarakat Islam yang merasakan amalan ini bertentangan dengan sunnah Nabi . Begitu juga seperti isu tidak dapat berjemaah di masjid pada musim PKP, penjarakan fizikal di dalam saf juga dikaitkan dengan ganjaran solat yang tidak sempurna. Berkenaan hukum merapatkan dan meluruskan saf di dalam solat para ulama empat mazhab bersepakat bahawa hukumnya sunat muakkad iaitu


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 129 amalan yang sangat dituntut dan ia tidak dikira berdosa jika ditinggalkan (Wizarah al-Awqaf, 1442H). Jika saf tidak disempurnakan ketika solat berjemaah maka jatuh kepada hukum makruh dan meluputkan fadilat berjemaah (Ba ‘Ishin, 2040). Perkara ini berdasarkan banyak hadis yang membicarakan tentang kepentingan menyempurnakan saf. Antaranya sabda Rasulullah daripada Anas bin Malik : َ ِالأ ُواب َاذ َح َا،و ه َ ن ْ َ ُواب ِ َار ق َ ْ،و ُ م َ ُوف ُ ف واص َ ر ِد ُص ِي ِسي ْ ف َ ِذي َال و َ اق،ف ِ َ ن ْ ِ ه ِ ََ إ ِيلأ ّ ُ ن َف َذ َاا ه َ َ ِ ،ك ف ّ ِ اص ل َ ل َ ْ خ ُ ِ من ُل ْخ َد َ ي َ ان ط ْ ي َىاش ر Maksudnya: “Rapatkanlah saf-saf kamu, dekatkanlah di antara saf-saf dan sejajarkan tengkuk-tengkuk kamu. Demi Allah yang diriku ada pada tangan-Nya (kekuasaan-Nya), sesungguhnya aku melihat syaitan masuk ke celah-celah saf seperti kambing hitam kecil.” (Riwayat Abu Daud) Selain itu, terdapat hadis yang menjelaskan bahawa kesempurnaan saf sebahagian dari kesempurnaan solat berjemaah, antaranya sabda Rasulullah daripada Anas bin Malik : َو ُ س ُ ف واص َاص ة َ ِ ْو س َ ّ َ َإن ْف ُ م َ وف َ ِاماص م َ ْ َ ِف ِة ّ ِ من لا


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 130 Maksudnya: “Luruskan saf-saf kamu kerana meluruskan saf termasuk sebahagian dari kesempurnaan solat (berjemaah)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Berdasarkan zahir kedua-dua hadis ini kesempurnaan saf merupakan lambang kesempurnaan pahala dan ganjaran solat berjemaah. Namun begitu, terdapat peruntukan hukum bagi yang mengalami keuzuran untuk tidak meluruskan dan merapatkan saf. Ia juga tidak termasuk dalam hukum makruh. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh ulama-ulama mazhab Syafie, antaranya Imam Ibn Hajar al-Haitami (1983): َ َــ َ ِام َــ ْ ا ِ ــْ ِ َ ْ ِ ِ ّ َــ ْ ْ ِ ــ ا َ َ ٍ ر ْ ُــ ِ ُ ُ َ َــ َ َ ن ٌ ِ َ َ ُ َ َ َْ ِ ْ َ َ َ َ و َ َا َ Maksudnya: “Jika pengunduran mereka (kerana tidak mahu mengisi ruang atau lubang yang kosong) disebabkan keuzuran seperti waktu panas (terik) di Masjidilharam maka tidak makruh (hukumnya) dan tidak (dikira) lalai seperti yang zahir”. Imam Shamsuddin al-Ramli (1984) menjelaskan bahawa perkara ini tidak dihukumkan makruh atau tidak luput fadilatnya kerana tiada unsur kecuaian dalam menyempurnakan saf. Ini disebabkan


Click to View FlipBook Version