The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MAKTABAH DIGITAL PSS BAITUL HIKMAH, 2024-01-09 21:48:55

PENGURUSAN COVID19 DI MALAYSIA DARI PERSPERKTIF ISLAM

PENTADBIRAN PENTADBIRAN 231 meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan demi kelangsungan PKS mikro. 3. Menyediakan Bantuan Kewangan One-Off kepada Pemandu Teksi dan Bas Bayaran secara one-off sebanyak RM600 diberikan kepada pemandu teksi yang berdaftar dengan peruntukan sejumlah RM18 juta bagi Fasa Pertama. Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 dan pakej bantuan PERMAI, sebanyak RM500 diberikan kepada pemandu teksi, bas dan perkhidmatan pengangkutan e-hailing serta pemandu pelancong bagi meringankan beban khususnya pemandu teksi dan bas (Kementerian Kewangan Malaysia, 2021). Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin juga memaklumkan bahawa tambahan peruntukan sebanyak RM66 juta itu akan memanfaatkan 14 ribu pemandu pelancong serta 118 ribu pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing (Berita Harian, 2021). Selain itu, skim rehabilitasi dan sewa beli bas juga diperkenalkan untuk membantu pengusaha bas dan teksi terpilih. Ia membolehkan pengusaha bas dan teksi menstruktur semula pinjaman mereka serta menikmati moratorium selama 12 bulan dan pembayaran balik bulanan yang lebih rendah (Bernama, 2021). 4. Menyokong dan Merancakkan Perniagaan dalam Talian Pembelian dan penjualan barangan secara dalam talian kini menjadi trend pengguna dan peniaga bukan saja di negara ini


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 232 malah di seluruh pelusuk dunia. Pandemik COVID-19 yang menyebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadikan urus niaga melalui platform e-dagang menjadi norma baharu yang semakin digunakan dalam kehidupan harian. Peruntukkan sebanyak RM300 juta telah ditetapkan oleh kerajaan untuk membantu golongan usahawan dan perniagaan dalam menjana pendapatan melalui jualan dalam talian atau online. Kerajaan juga melaksanakan kempen yang berkaitan seperti kempen e-Dagang PKS, PKS Mikro dan Kempen Shop Malaysia Online bagi memudahkan lagi para usahawan untuk memantapkan penjualan dan memberi kemudahan kepada pembeli dan penjualan dengan hanya membuat jualan, pesanan dan pembelian secara atas talian. Dengan adanya kempen-kempen ini, usahawan mikro akan diberi bimbingan perniagaan atas talian, malah pembeli juga akan turut menikmati penjimatan melalui sesi jual beli secara online ini. (Pejabat Perdana Menteri Malaysia, 2021). 5. Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin (SJPD) Kerajaan telah mengumumkan Skim PRIHATIN Danajamin (SJPD) yang berjumlah RM50 bilion bagi menyokong sektor swasta untuk terus berkembang dan merancakkan sektor ekonomi negara pada pakej PENJANA yang lalu (Berita Harian, 2021). Perdana menteri turut menyatakan dalam ucapan beliau pada Januari lalu dimana kerajaan akan meningkatkan pembiayaan


PENTADBIRAN PENTADBIRAN 233 maksimum daripada RM500 juta kepada RM1 bilion dengan memperluaskan skop pembiayaan tersebut kepada perbelanjaan modal dengan tempoh jaminan sehingga 10 tahun dan membenarkan syarikat milik asing yang beroperasi di Malaysia untuk mendapat jaminan SJPD dengan syarat jumlah pekerja tempatan mereka adalah sekurang-kurangnya 75% (Danajamin Malaysia’s First Financial Guarantee Insurer, 2021). Dengan penambahbaikan SJPD ini, ia diharap akan dapat menjana pertumbuhan sektor swasta dan dapat mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelaburan. 6. Moratorium bagi Pinjaman MARA dan Sewaan Premis MARA Melalui Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin mengumumkan saranan kerajaan untuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) melanjutkan tempoh moratorium (penangguhan) dan penjadualan semula kemudahan pinjaman pelajaran di samping inisiatif lain yang disasarkan kepada komuniti usahawan iaitu menjadualkan semula pembiayaan perniagaan dan diskaun sewaan premis perniagaan MARA. Selain itu, penyewa premis perniagaan MARA turut mendapat pemberian 30% diskaun ke atas sewa bagi tempoh enam bulan bermula November 2020 hingga April 2021 (Pejabat Perdana Menteri Malaysia, 2021). Melalui program MARA PRIHATIN Peace of Mind 2.0, peminjam-peminjam yang telah


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 234 terkesan akibat COVID-19 dan bencana banjir boleh membuat permohonan untuk membuat penjadualan semula bayaran balik kemudahan pinjaman pelajaran MARA atau moratorium pinjaman sehingga 31 Mac 2021 (Sinar Harian, 2021). Inisiatif ini diteruskan dengan matlamat untuk membantu meringankan beban rakyat terutamanya pelanggan MARA ketika menghadapi situasi yang sukar ini. Penutup Pelaksanaan sumbangan dan insentif kerajaan ini diharap dapat memberi kemudahan kepada masyarakat awam, ahli perniagaan, sektor kesihatan, ekonomi dan lain-lain yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Usaha ini adalah demi mengekang penularan COVID-19 di samping menjaga kebajikan rakyat serta menjaga ekonomi negara. Sebagaimana kerajaan telah melakukan pelbagai insentif, rakyat juga perlulah memainkan peranan yang penting dengan mendengar arahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti menjaga Standard Operation Procedure (SOP), memakai penutup hidung dan mulut, menjaga penjarakan dan membasuh tangan atau memakai handsanitiser dalam usaha untuk mengekang penularan COVID-19 kerana secara realitinya semua rakyat adalah barisan paling hadapan dalam memutuskan rantaian wabak COVID-19 ini.


PENTADBIRAN PENTADBIRAN 235 Rujukan Astro Awani. (2021). Pelepasan Cukai Khas Pembelian Telefon Bimbit Dilanjutkan. Diakses pada 12 Mac 2021 daripada https://www.astroawani.com/video-malaysia/pelepasan-cukaikhas-pembelian-telefon-bimbit-dilanjutkan-1886111. Diterbitkan pada 18 Januari. Berita Harian. (2020). COVID-19: 13 Ketetapan PKP Fasa Kedua Bermula Rabu Ini. Diakses pada 9 Mac 2021 daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/670078/intipati-pakej-rangsangan-ekonomi-prihatin-rakyat. Diterbitkan pada 30 Mac. Berita Harian. (2020). Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat. Diakses pada 9 Mac 2021 daripada https://www.bharian.com.my/ berita/nasional/2020/03/670078/inti-pati-pakej-rangsanganekonomi-prihatin-rakyat. Diterbitkan pada 27 Mac. Bernama. (2020). Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan sehingga Jun 2021 - Kementerian Kewangan. Diakses pada 10 Mac 2021 daripada https://www.astroawani.com/beritamalaysia/pengecualian-cukai-jualan-kenderaan-dilanjutkansehingga-jun-2021-kementerian-kewangan-275214. Diterbitkan pada 29 Disember. Bernama. (2021). Bantuan RM500: Pemandu teksi, bas boleh mohon kepada APAD. Astro Awani. Diakses pada 8 Mac 2021 daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bantuan-rm500- pemandu-teksi-bas-boleh-mohon-kepada-apad-278505. Diterbitkan pada 19 Januari. Danajamin Malaysia's First Financial Guarantee Insurer. (2021). Danajamin PRIHATIN Guarantee Scheme (DPGS). Diakses pada 8 Mac 2021 daripada https://www.danajamin.com/urusniaga/ danajamin-prihatin-guarantee-scheme/?lang=ms. Dikemaskini pada 11 Februari.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 236 Fareez Azman. (2020). Program i-Sinar, manifestasi KWSP sokong usaha kerajaan bantu rakyat - Tengku Zafrul. Astro Awani. Diakses pada 9 Mac 2021 daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ program-isinar-manifestasi-kwsp-sokong-usaha-kerajaan-banturakyat-tengku-zafrul-268696. Diterbitkan pada 16 November. Harits Asyraf Hasnan. (2020). Usaha Malaysia Dalam Menangani Pandemik COVID-19. Astro Awani. Diakses pada 7 Mac 2021 daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/usahamalaysia-dalam-menangani-pandemik-covid19-236795. Diterbitkan pada 5 April 2020. Hazwan Faisal Mohamad. (2020). Pengecualian cukai jualan dilanjutkan. Berita Harian. Diakses pada 11 Mac 2021 daripada https://www.bharian.com.my/bisnes/auto/2020/ 12/770091/pengecualian-cukai-jualan-kereta-dilanjutkan. Diterbitkan pada 29 Disember. Hidayah Hairom. (2021). Moratorium Bank Pinjaman Mara Terus Disediakan. Sinar Harian. Diakses pada 10 Mac 2021 daripada https://www.sinarharian.com.my/article/119711/ BERITA/Nasional/Moratorium-bank-pinjaman-Mara-terusdisediakan. Diterbitkan pada 18 Januari. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020). Hukum Syarak Penggunaan Vaksin COVID-19 Kepada Umat Islam di Malaysia. Diakses pada 9 Mac 2021 daripada http://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid19/hukum-vaksin-covid-19. Diterbitkan pada 23 Disember. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020). Hukum Syarak Penggunaan Vaksin COVID-19 Kepada Umat Islam di Malaysia. Diakses pada 9 Mac 2021 daripada http://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid19/hukum-vaksin-covid-19. Diterbitkan pada 23 Disember. Kementerian Kewangan Malaysia. (2020). Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI). Diakses pada 9 Mac 2021 daripada http://belanjawan2021.treasury.gov.my/permai/. Diterbitkan pada 6 November.


PENTADBIRAN PENTADBIRAN 237 Kementerian Kewangan Malaysia. (2020). Ucapan Belanjawan 2021. Diakses pada 11 Mac 2021 daripada www.treasury.gov.my. Diterbitkan pada 6 November. Kementerian Kewangan Malaysia. (2021). Pembayaran Fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat Bernilai R,1.93 Bilion Secara Berperingkat Mulai 24 Februari 2021. Diakses pada 9 Mac 2021 daripada https://www.mof.gov.my/ms/berita/siaran-media/pembayaranfasa-1-bantuan-prihatin-rakyat-bernilai-rm1-93-bilion-secaraberperingkat-mulai-24-februari-2021. Diterbitkan pada 23 Februari. Kementerian Kewangan Malaysia. (2021). Pembayaran One-Off RM500 Pakej Bantuan PERMAI Kepada Pemandu Teksi, Bas Sekolah, Bas Persiaran, Kereta Sewa Dan Kenderaan e-Hailing Mulai 22 Februari 2021. Diakses pada 8 Mac 2021 daripada https://www.mof.gov.my/ ms/berita/siaran-media/pembayaran-one-off-rm500-pakejbantuan-permai-kepada-pemandu-teksi-bas-sekolah-baspersiaran-kereta-sewa-dan-kenderaan-e-hailing-mulai-22- februari-2021. Diterbitkan pada 22 Februari. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. (2021). Semakan Diskaun 20% Bil Elektrik Pakej Bantuan Permai 2021. Diakses pada 9 Mac 2021 daripada https://www.ketsa.gov.my/semakandiskaunbilelektrik10 PERMAI2021/Pages/default.aspx. Dikemaskini pada 7 Mac. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. KWSP. (2020). Soalan Lazim Penambahbaikan i-Sinar (tanpa kriteria). Diakses pada 9 Mac 2021. https://isinar.kwsp.gov.my/faq Lembaga Hasil Dalam Negeri. LHDN (2021). Soalan Lazim Berkaitan Geran Khas Prihatin 2.0 (Pembukaan Semula). Diakses pada 8 Mac 2021 daripada https://gkp.hasil.gov.my/Download/Faq/GKP_ 2.0_BM.pdf . Dikemaskini pada 26 Februari. Luqman Arif Abdul Karim. (2020). Data Percuma 1GB Sehingga PKP Berakhir. Berita Harian. Diakses pada 8 Mac 2021 daripada


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 238 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/670093/data -percuma-1gb-hingga-pkp-berakhir. Diterbitkan pada 27 Mac. Nozina Yahaya & Mohd Azlim Zainury. (2020). Sinar harian Program: iSinar diperluas kepada 8 juta pencarum KWSP yang terjejas. Kumpulan Karangkraf. Diakses pada 10 Mac 2021 daripada https://www.sinarharian.com.my/article/112041/KHAS/Belanjawa n-2021/Program-i-Sinar-diperluas-kepada-8-juta-pencarumKWSP-yang-terjejas. Diterbitkan pada 26 November. Nurmastura Zulkafli. Berita Harian. (2020). Agenda tangani COVID-19 Jamin Kesejahteraan, Kesihatan Rakyat. Diakses pada 11 Mac 2021 daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10 /743637/agenda-tangani-covid-19-jamin-kesejahteraan-kesihatanrakyat. Diterbitkan pada 19 Oktober. Pejabat Perdana Menteri Malaysia. (2020). Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rkayat (PRIHATIN). Diakses pada 9 Mac 2021 daripada https://www.pmo.gov.my/ms/2020/ 04/langkah-tambahan-bagi-pakej-rangsangan-ekonomi-prihatinrakyat-prihatin-2/. Diterbitkan pada 6 April. Pejabat Perdana Menteri Malaysia. (2020). Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Mengenai COVID-19. Diakses pada 9 Mac 2021 daripada https://www.pmo.gov.my/ms/2020/03/perutusan-khas-yabperdana-menteri-mengenai-covid-19-16-mac-2020-2/. Diterbitkan pada 16 Mac. Pejabat Perdana Menteri Malaysia. (2021). Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI). Diakses pada 9 Mac 2021 daripada https://www.pmo.gov.my/ ms/2021/01/pengumuman-khas-pakej-bantuan-perlindunganekonomi-rakyat-malaysia-permai/. Diterbitkan pada 18 Januari. Pertubuhan Keselamatan Sosial, PERKESO. (2020). Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) – Program Subsidi Upah. Dikemaskini pada 8 Mac 2021 daripada


PENTADBIRAN PENTADBIRAN 239 https://www.perkeso.gov.my/program-subsidi-upah.html. Diterbitkan pada 10 April. Siti Haliza Yusop. (2021). Program Subsidi Upah bantu majikan teruskan operasi. Berita Harian. Diakses pada 12 Mac 2021 daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/779377/pro gram-subsidi-upah-bantu-majikan-teruskan-operasi. Diterbitkan pada 24 Januari. Zanariah Abd Mutalib, Alzahrin Alias, Nasaruddin Parzi, & Ahmad Suhael Adnan. (2021). PERMAI: Pemandu teksi, bas, pemandu pelancong, e-hailing dapat bantuan RM500 . Berita Harian. Diakses pada 7 Mac 2021 daripada https://origin.bharian.com.my/berita/nasional/2021/ 01/777514/permai-pemandu-teksi-bas-pemandu-pelancong-ehailing-dapat-bantuan. Diterbitkan pada 18 Januari.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 240 EKONOMI


EKONOMI EKONOMI 241 FIQH MORATORIUM Abd Hakim bin Abd Rasid Muhammad Syamil bin Ibrahim Muhamamad Saiful Adlie bin Misnan Pengenalan Perjuangan menentang wabak COVID-19 masih belum berakhir. Wabak ini telah memberikan impak yang besar kepada rakyat Malaysia. Pertumbuhan ekonomi sedikit terganggu kerana banyak aktiviti berkaitan tidak dapat berjalan seperti biasa. Langkah proaktif telah diambil oleh pihak kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) dengan mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman bank, penyusunan semula kad kredit, serta pinjaman korporat bagi meringankan beban rakyat yang terkesan (Bank Negara


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 242 Malaysia (BNM), 2020). Penangguhan bayaran balik pinjaman ini lebih dikenali dengan moratorium yang bermula pada April 2020 sehingga September 2020. Seterusnya tempoh moratorium disambung kembali secara bersasar bermula September 2020 sehingga Jun 2021 melalui program Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar (TRA) (BNM), 2021). Apakah itu Moratorium? Secara umumnya, moratorium membawa maksud ‘penangguhan’. Oleh itu, peminjam atau pembiaya boleh menangguhkan pembayaran balik pinjaman atau pembiayaan mereka sehingga satu tarikh lain (Maybank Islamic, 2020). Penangguhan hutang ini melibatkan beberapa instrumen pinjaman bank seperti pinjaman kereta dan pinjaman rumah. Dalam pada itu, antara tujuan utama moratorium adalah untuk membantu golongan perusahaan kecil sederhana (SME) dan individu bagi melancarkan pergerakan aliran tunai terutamanya mereka yang terkesan dengan COVID-19. Pada 25 Mac 2020, pihak BNM telah mengeluarkan satu edaran rasmi kepada semua bank dan institusi pinjaman di Malaysia untuk memberikan moratorium secara automatik selama 6 bulan kepada segala pinjaman dan pembiayaan (Bank Negara Malaysia (BNM), 2020). Kaedah dan Aplikasi Menurut laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) di Kementerian Kewangan Malaysia, pengumuman moratorium telah memberi


EKONOMI EKONOMI 243 manfaat kepada rakyat sebanyak RM48.3 bilion dan RM 26.0 bilion kepada sektor perniagaan (BNM, 2021). Pada peringkat permulaan moratorium diperkenalkan pada tahun 2020, semua peminjam yang layak tidak perlu memohon sebaliknya hanya perlu melengkapkan dokumen untuk memberikan kebenaran yang sah bagi pelaksanaan moratorium (BNM, 2020). BNM telah mengeluarkan garis panduan yang lengkap untuk institusi kewangan bagi pelaksanaan moratorium yang boleh didapati di laman sesawang BNM. Antara garis panduan yang dinyatakan ialah kadar faedah akan terakru (diambil kira) bagi tempoh moratorium diambil (BNM, 2020). Pihak kerajaan juga melalui BNM telah mengeluarkan Frequently Ask Question (FAQ) berkaitan pelaksanaan moratorium bagi menjawab persoalan orang ramai yang boleh didapati di laman sesawang rasmi BNM. Secara asasnya, peminjam hanya dikecualikan bayaran selama tempoh masa tertentu. Namun, apabila tempoh masa penangguhan tamat maka peminjam akan kembali membayar pinjaman mereka dengan jumlah baru yang akan ditetapkan oleh pihak bank. Perkara ini bagi membantu meningkatkan aliran tunai masuk dalam kalangan peminjam bagi mengatasi impak ekonomi di musim COVID-19.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 244 Perbincangan Fiqh Mengenai Moratorium 1. Hukum Membayar Hutang Tirai tahun 2019 dilabuhkan tidak seperti yang diharapkan. Harapan tahun 2020 disambut dengan dugaan dan ujian wabak COVID-19. Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan ujian ini. Ada antara kita hilang sumber pendapatan, diberhentikan kerja dan terbeban dengan hutang. Perkara ini menjadi semakin parah apabila diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana aktiviti seharian menjadi semakin terhad. Sejak pengenalan PKP pada Mac 2020, semakin ramai orang terbeban dengan hutang semasa melibatkan institusi kewangan dek kerana terputus sumber pendapatan. Dalam Islam, hutang merupakan satu bentuk pinjaman hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan syarat orang tersebut memulangkan semula barang pinjaman tanpa sebarang tambahan (Al-Khatib, 1994). Pensyariatan hutang disebut secara panjang lebar oleh Allah di dalam al-Quran. Secara asasnya, membayar hutang merupakan wajib bagi muslim kerana ia merupakan perjanjian di antara dua pihak.


EKONOMI EKONOMI 245 Firman Allah di dalam al-Quran: Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis antara kamu menulisnya dengan adil (benar).” Surah al-Baqarah (282) Dalam masa yang sama, terdapat banyak hadis yang menerangkan ancaman terhadap golongan yang tidak membayar hutang. Hadis Nabi Muhammad daripada Abdullah bin Umar : َ َنم َ وم َ و َ ات ع َ َ ل ِين ّ ِالـد َ َ ـسب ٌ فل ْـن َ َ ِ يـهد ِم،و َ ِره ّ ِوالـد َ ار ْ ل ِـن َ ن َ َس ِا ِ ِ اتو ِ ئات َ ب ّ اس Maksudnya: “Sesiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang, maka di hari akhirat tidak ada lagi urusan َ ِ ٱ َ َ َ ا ُ َ آ َ ٍ َ َ أ ٰ َ ِ ٍ إ ْ َ ِ ُ َ َ ا َ َا ُ إ ۚ ِذ ُه ُ ْ َ ِل ْ َ ْ ِ ٌ َِ ْ ُ َ ْ ُ ْ َ ْ َ و


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 246 dinar dan dirham, yang ada hanyalah urusan berkaitan pahala kebaikan dan dosa kemaksiatan.” (Riwayat Ahmad) Seterusnya, roh orang yang berhutang akan tergantung selagi mana dia tidak melunaskan hutangnya terlebih dahulu. Ini berdasarkan sabda Rasulullah daripada Abu Hurairah : ِنِه ْ ي َ ِد ب ٌ ة َ ق ّ ل َ ع ُ ِ م ُ ِؤمن ْ ُسام ف َ ُ ه ْ ن َ َ ى ْض ق ُ ى ت َ ح Maksudnya: “Roh seorang mukmin tergantung kerana hutangnya sehingga hutangnya dilunaskan.” (Riwayat al-Tirmizi) Kewajipan membayar hutang dikategorikan sebagai satu kefarduan kepada umat Islam (Al-Syafie, 1990). Justeru, walau apa jua keadaan kita, menjadi satu kewajiban yang dituntut bagi seseorang untuk menjelaskan hutangnya. Nabi Muhammad telah mengajarkan kita tentang satu doa yang boleh kita amalkan untuk membebaskan diri daripada belenggu hutang. Di sini disertakan hadis berkenaan dengan doa agar dimudahkan melangsaikan hutang, antaranya:


EKONOMI EKONOMI 247 Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri : “Rasulullah telah memasuki masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Umamah sedang duduk di sana. Baginda bertanya: “Wahai Abu Umamah! Kenapa aku melihat kau duduk di dalam masjid sedangkan ketika itu bukan pada waktu solat?” Abu Umamah menjawab: “Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah!” Rasulullah menjawab: “Mahukah kamu aku ajarkan satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu?” Abu Umamah menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah.” Maka Baginda bersabda: “Ucapkanlah bacaan ini setiap pagi dan petang: ِ َ ـل َس ك ْ َال ِ و ْـز َج ع ْ َال ِن و َ َـز ْ َا و َـم ه ْ ْ ا َ ِ مـن ِـك ب ُ ُـوذ ع َ أ ِ إ ُـم ه ال ِ ْل ُخ ْ َا ِ و ْ ُ ْ َ و ِع َا َ ل ِ وض ْن ي ال ا ِ َ ج ِة ار َ ب َ ل َ َغ و Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau daripada sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau daripada sifat pengecut dan bakhil. Aku juga berlindung kepada Engkau daripada bebanan hutang dan penindasan manusia.” (Riwayat al-Bukhari)


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 248 2. Perjanjian (Wa’d) dalam Hutang Wa’d secara literalnya bermaksud janji. Wa’d digunakan untuk sesuatu janji yang bersifat baik dan menunjukkan pada waktu akan datang. Dalam erti kata lain, ia merujuk kepada janji unilateral (sebelah pihak) antara satu pihak dengan pihak yang lain bertujuan melakukan sesuatu perkara seperti janji untuk menjual, membeli atau meminjam. Pihak yang diberi janji tidak akan menanggung apa-apa kewajipan terhadap pihak yang lain (Zuliana & Adib, 2011; Marjan et. al. 2011; Muhamad & Deden, 2014). Selepas perjanjian (wa’d) dibuat, ia akan mengikat pihak yang berjanji seperti membeli dan membayar hutang kepada pihak yang diberi janji. Hal ini kerana ia bersifat mengikat (wa’d mulzim) menurut pandangan Imam Qarafi (2010), Ibn Syubrumah (2015) dan al-Hattab al-Ru’aini (1984), bahkan pandangan ini diterima pakai dalam konteks sistem perbankan di Malaysia. Tambahan lagi, pendapat tersebut dikukuhkan melalui pandangan ulama kontemporari yang lain seperti keputusan oleh Akademi Fiqh OIC berhubung Murabahah li al-Amir bi al-Shira’ dan Musharakah Mutanaqisah, AAOIFI melalui Piawaian Syariah No.8 (Murabahah Purchase-Orderer), Piawaian Syariah No.9 (Ijarah wa Ijarah Muntahiyah bi al-Tamlik) serta resolusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia bertarikh 28 April 2005.


EKONOMI EKONOMI 249 Aplikasinya dalam konteks pembiayaan, peminjam akan berjanji untuk membayar hutang yang dibuat dalam tempoh tertentu seperti 5 tahun, 7 tahun, 9 tahun dan sebagainya. Contohnya, Amir berjanji kepada Bank ABC, “Saya berjanji akan membayar hutang saya kepada Bank ABC secara ansuran selama 5 tahun.” Untuk lebih jelas, kami lampirkan ilustrasi carta alir salah satu instrumen pembiayaan Islam di Malaysia iaitu Tawarruq. Rajah 1 Ilustrasi Carta Alir Tawarruq dalam Instrumen Pembiayaan Islamik


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 250 3. Hukum Penstrukturan Hutang Apabila syarak memberikan ruang bernafas kepada penghutang yang mengalami kesukaran untuk menangguhkan pembayaran hutang, menjadi kewajipan pemilik hutang pula memastikan jumlah hutang tersebut tidak bertambah meskipun berlaku kelewatan dalam pembayaran hutang. Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) (2015) telah mengeluarkan satu garis panduan syariah bahawa sekiranya penangguhan bayaran hutang disyaratkan padanya penambahan bayaran melebihi hutang pokok, maka hukumnya haram tidak kira penghutang tersebut dikategorikan sebagai mampu bayar mahupun tidak mampu. Namun begitu, berdasarkan pengamalan bank-bank di Malaysia, penjadualan atau penstrukturan semula secara umumnya merupakan suatu program penstrukturan semula hutang yang dibuat dengan cara pelanggan memasuki kontrak pembiayaan baharu dengan Institusi Kewangan Islam (IKI) dan hasilnya akan digunakan untuk melunaskan hutang sedia ada. Kesan daripada penstrukturan ini, pelanggan akan mendapat manfaat daripada jadual dan jumlah ansuran pembayaran hutang yang lebih sesuai dengan kemampuan kewangannya (Kompilasi Keputusan Syariah dalam Kewangan Islam, 2015).


EKONOMI EKONOMI 251 Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia menyatakan bahawa para ulama berbeza pandangan berhubung penstrukturan semula hutang yang dibincangkan dalam topik qalb al-dayn. Hal ini disebabkan pandangan dikeluarkan berdasarkan kepada ijtihad masing-masing dan bukan melalui nas yang jelas menunjukkan sama ada halal atau haram aktiviti tersebut. Dalam masa yang sama, amalan yang dilakukan dalam konteks semasa dilihat berbeza dengan amalan yang dibincangkan ulama silam. Perbezaan yang ketara ialah amalan silam menunjukkan bahawa penstrukturan semula hutang yang berlaku ialah penghutang dan pemiutang akan melakukan akad baru iaitu penghutang akan menjelaskan baki hutang tertunggak pada tempoh baharu yang dijanjikan. Berbeza dengan amalan semasa yang mana penghutang dan pemiutang memasuki pembiayaan yang baharu dan wang yang diterima digunakan untuk melangsaikan hutang yang lama. Kesimpulan yang dibuat aktiviti sebegini hukumnya harus bersandarkan kaedah fiqh yang masyhur: “Hukum asal muamalat adalah harus kecuali terdapat dalil yang mengharamkannya” (Kompilasi Keputusan Syariah dalam Kewangan Islam, 2015). Antara panduan dan syarat yang diletakkan ialah penstrukturan semula hutang hanya dilaksanakan terhadap penghutang yang solvent (mampu bayar). Ini bertujuan memastikan bahawa penghutang berkemampuan dari sudut kewangannya untuk membayar hutang yang baharu. Manakala bagi penghutang yang insolvent (tidak mampu bayar), ulama bersepakat bahawa


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 252 wajib diberikan penangguhan sehingga dia mampu melunaskan hutangnya berdasarkan firman Allah : Maksudnya: “Jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga lapang hidupnya dan (sebaliknya) jika kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untukmu, kalau sekiranya kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).” Surah al-Baqarah (280) 4. Hukum Menangguhkan Hutang dan Memberi Keringanan Pembayaran Hutang Secara asasnya, berhutang sewajarnya dilakukan hanya apabila terdapat sesuatu keperluan penting yang perlu dilaksanakan, bukanlah sekadar mengikut keinginan dan kehendak semata-mata. Saranan ini selaras dengan hadis-hadis Nabi Muhammad yang menyatakan bahawa hutang merupakan suatu perkara yang serius dan tidak wajar diambil ringan. ٌ ْـر ي َ ُواخ ق َ ـد َص َنت أ َ ٍةو َ َ ـر ْس َ ـىم ٰ َ ِل ٌإ ة َ ِظـر َ ن َ ٍة َ ْـر ُس ُوع َ ذ َ ن ِن َ و َ ُون م َ ل ْ ع َ ْ م ُ نت ُ ِنك ْإ ُ م ل


EKONOMI EKONOMI 253 Thauban meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, ـ َ َـنف َ م َو َســد ا ُ وح َ اـر ُ ار ـ َق َه ِ و َ ب ـ َـر ٌ ِ مــنث َ َ يء َ لا ا َـل َ ٍثد :َ خ ــة ن َ ِ،و َ ِ اكبر ِ ،و ين ُ الد ل ُ ِ ول الغ Maksudnya: “Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan berlepas diri daripada tiga perkara, maka dia akan masuk syurga iaitu sombong, hutang dan ghulul (khianat dalam hal harta rampasan perang)”. (Riwayat al-Tirmizi) Oleh itu, menjadi suatu tanggungjawab penghutang untuk membayar dan melangsaikan hutang kepada pemiutang secepat mungkin sebelum meninggal dunia. Melewat-lewatkan pembayaran hutang secara sengaja merupakan suatu kezaliman dan dosa yang ditegah oleh syarak melainkan terdapat alasan yang benar dan munasabah. Abu Hurairah meriwayatkan, ُ ْ ل ِ م َط ِن ّي َ الغ َ ،و ٌ م ْ ُ ل َ ظ َع ِع ب ْ ت ُ َنأ َ م ْ ل ِع ب َ ي ْ ل َ ٍ ف ِل ّي َ ى


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 254 Maksudnya: “Orang berkemampuan yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang merupakan suatu kezaliman. Sekiranya (terdapat permintaan untuk hutangnya) dipindahkan kepada orang kaya, maka terima (perpindahan hutang tersebut)”. (Riwayat al-Bukhari) Bagi mereka yang tidak mampu pula, pemiutang sewajarnya menangguhkan serta meringankan beban penghutang sepanjang proses hutang dilangsaikan seperti firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 280. Al-Maraghi (1946) menjelaskan: “Sekiranya penghutang sedang mengalami kesulitan, hendaklah pemiutang menunggu atau memberi tempoh sehingga memungkinkan penghutang melunaskan hutang. Namun begitu, bersedekah kepada penghutang yang sedang menanggung kesulitan dengan cara membebaskan sebahagian atau seluruh hutangnya adalah lebih baik dan lebih besar pahalanya di sisi Allah berbanding sekadar menunda masa pembayaran mereka”.


EKONOMI EKONOMI 255 5. Hukum Mengenakan Denda kerana Lewat Membayar Hutang (Ta’widh) Ta’widh bermaksud penalti atau denda kerana peminjam sengaja tidak membayar atau menangguhkan bayaran hutang tanpa sebab yang dibenarkan (Zuhaira, 2020). Kelewatan pembayaran hutang akan menyebabkan kerugian kepada institusi kewangan Islam kerana mereka tersekat daripada menjana keuntungan dan terpaksa mengeluarkan kos tambahan seperti kos pentadbiran, kos guaman dan lain-lain yang mengganggu kelancaran perniagaan mereka. Oleh itu, peminjam perlu membayar denda dan penalti sebagai ganti kepada kerugian yang ditanggung oleh institusi kewangan Islam. Tujuan utama syarak adalah untuk memberi keadilan. Maka setiap perkara yang dilakukan mestilah membawa kebaikan (maslahah) dan tidak mendatangkan kemudaratan. Setiap kerosakan atau kemudaratan perlu dihilangkan. Ini adalah berdasarkan kaedah fiqh yang disebut oleh Imam al-Suyuthi (1990) di dalam kitabnya al-Asybah wa al-Nazair: َ َ لا َر َ ر َ ض َلا َ و َار ِضر Maksudnya: “Tidak memberi mudarat dan tidak mendatangkan mudarat.”


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 256 Rasulullah juga pernah bersabda bahawa orang yang sengaja menangguhkan hutang sedangkan dia mampu untuk membayarnya maka dia dianggap melakukan kezaliman. Ini jelas dapat dilihat melalui kenyataan Rasulullah daripada Abu Hurairah : ْ ع َ ب ْ َ ي ْ ل َ ٍ ف ِل ّي َ َى ل َ ْع ُ م ُ َد ح َ َأ ِع ب ْ ت ُ َاأ ِذ إ َ ٌ،ف م ْ ُ ل ِ ظ ِن ّي َ غ ْ ُ ال ْ ل َط م Maksudnya: “Orang berkemampuan yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang merupakan suatu kezaliman. Sekiranya (terdapat permintaan untuk hutangnya) dipindahkan kepada orang kaya, maka terima (perpindahan hutang tersebut)”. (Riwayat al-Bukhari) Lantaran itu, perbuatan menangguhkan bayaran hutang sedangkan dia mampu untuk membayarnya adalah zalim kerana perbuatan tersebut bersangkutan dengan hak orang lain dan menangguhkan hak yang sepatutnya diperolehi pemiutang tersebut. Namun keadaan ini berbeza dengan orang yang muflis atau tidak mampu kerana terdapat halangan atau kekangan untuk menjelaskan hutang (Al-Syafie, 2006; Al-Khattabi, 1988). Sehubungan dengan itu, konsep ta’widh atau penalti ini wajar digunakan bagi menjaga maslahah pihak institusi kewangan Islam yang memberikan pembiayaan dan juga mendisiplinkan peminjam untuk membayar hutang


EKONOMI EKONOMI 257 mereka. Konsep ini terpakai dengan syarat peminjam tersebut tidak mempunyai alasan yang dibenarkan syarak untuk menangguhkan pembayaran. Namun, sekiranya mereka benar-benar tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk membayarnya maka mereka boleh mengambil inisiatif penstrukturan semula hutang. Penutup Sebagai kesimpulan melalui perbincangan fiqh di atas, inisiatif moratorium yang diperkenalkan dilihat selari dengan syarak dan mampu mengurangkan beban peminjam yang berada dalam kesempitan akibat tekanan ekonomi. Individu yang terkesan dengan pandemik COVID-19 boleh memanfaatkan inisiatif yang diumumkan kerajaan sehinggalah keadaan ekonomi kembali pulih. Walau bagaimanapun, moratorium hanyalah bersifat pilihan sepertimana diterangkan di atas. Tujuan utama moratorium untuk membantu peminjam yang berada dalam kesempitan pada musim pandemik. Namun begitu, dinasihatkan bagi mereka yang tidak terkesan agar tidak mengambil moratorium dan meneruskan pembayaran pembiayaan seperti biasa. Hal ini kerana, moratorium akan memberi kesan kepada tempoh pembayaran hutang yang lebih panjang tanpa alasan yang munasabah. Selesaikan hutang yang ada secepat mungkin agar segera bebas daripada belenggu hutang.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 258 Rujukan Abu Daud, Abu Daud Sulaiman al-Ash'ath. (2009). Sunan Abi Daud (Vol. 2). Kaherah: Dar al-Risalah al-‘Alamiyyah. Accounting And Auditing Organization For Islamic Financial Institutions (AAOIFI). (2015). Shari’ah Standards. Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions, Bahrain. Al-Bukhari, Abu Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari. (1893). Sahih al-Bukhari (Vol. 3). Mesir: al-Matbaah al-Kubra al-Amiriyah. Al-Hattab al-Ru’aini, Syamsuddin Abu Abdullah Muhammad. (1984). Tahrir al-Kalam fi Masail Iltizam. Beirut: Dar al-Gharib al-Islamiy. Al-Khatib al-Syirbini, Muhammad Bin Ahmad al-Khatib al-Syirbini. (1994). Mughni al-Muhtaj. Beirut: Dar Kutub al-Ilmiyyah. Al-Khattabi, Abu Sulaiman Hamad Bin Muhammad al-Khattabi. (1988). A'lam al-Hadis. Mekah: Jami'ah Ummul Qura. Al-Maraghi, Ahmad bin Mustafa. (1946). Tafsir al-Maraghi. Mesir: Maktabah Mostafa Bab Halabi. Al-Qarafi, Syihabuddin al-Qarafi. (2010). al-Furuq lil Qarafi. Kementerian Wakaf Saudi Arabia. Al-Suyuthi, Abdul Rahman Bin Abu Bakar. (1990). Al-Asybah wa al-Nazair. Dar al-Kutub Ilmiyyah. Al-Syafie, Muhamad Bin Idris al-Syafie. (1990). Al-Umm. Beirut: Dar Ma'rifah. Al-Syafie, Muhamad Bin Idris al-Syafie. (2006). Tafsir al-Imam al-Syafie. Dar al-Tadmiriyyah.


EKONOMI EKONOMI 259 Al-Tirmizi, Abu Isa Muhammad al-Tirmizi. (1975). Sunan al-Tirmizi (Vol. 4). Mesir: Mustafa al-Bab al-Halabi. Bank Negara Malaysia (BNM). (2020). Reiteration of Our Statements on Moratorium. Bank Negara Malaysia. Diakses pada 9 Mac 2021 daripada https://www.bnm.gov.my/-/reiteration-of-our-statements -on-moratorium. Diterbitkan pada 30 April. Bank Negara Malaysia (BNM). (2021). Diakses pada 9 Mac 9 2021, daripada https://www.bnm.gov.my/o/covid-19/tra_bm.html. Bank Negara Malaysia (BNM). 2017. Kompilasi Keputusan Syariah dalam Kewangan Islam. ed-3 . Diakses pada 9 Mac 2021 daripada https://www.sacbnm.org/?page_id=3348. Ibn Hanbal, Abu Abdillah Ahmad Ibn Muhammad Ibn Hanbal. (2001). Musnad al-Imam Ahmad Ibn Hanbal (Vol. 9). Beirut: Muassah al-Risalah. Ibn Hazm, Abu Muhammad Ali bin Ahmad Bin Said Bin Hazm. (2015). Al-Muhalla bi al-Athar. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Marjan Muhmmad, Hakimah Yaacob & Shabana Hasan. 2011. The Bindingness and Enforcability Of A Unilateral Promise (Wa’d): An Analysis From Islamic Law And Legal Perspectives. ISRA Research Paper No: 30/2011. Maybank Islamic. (2020). Diakses 9 Mac 2021 daripada https://www.maybank2u.com.my/iwov-resources/pdf/ personal/announcement/2020/moratorium-individuals_faq-bm.pdf. Diterbitkan pada 31 Mei. Muhamad Nadratuzzaman & Deden Misbahudin. 2014. Tinjauan Hukum Islam Terhadap Janji (Wa’d) Di Perbankan Syariah. Al Qalam 31, no. 1 (2014): 23-45.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 260 Nur Zuliana Osman & Mohd Adib Ismail. 2011. Aplikasi Akad Tambahan Dalam Produk Pembiayaan Perbankan Islam: Murabahah. Prosiding Persidangan Kebangsaaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI). Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Zuhaira Nadiah. 2020. Late Payment Penalty: Ta’widh and Gharamah Imposed to Debtor from The Shariah Perspective. Yuridika 35, no. 1: 187-210.


EKONOMI EKONOMI 261 FIQH KEPENGGUNAAN Aiman Rafie Muhammad Fuad Ibrahim Pengenalan Malaysia menghadapi wabak pandemik COVID-19 sudah hampir setahun. Jika direnung kembali waktu sebelum wabak pandemik ini datang melanda, pasar malam sesak dibanjiri manusia, pusat membeli-belah dipenuhi dengan ribuan orang, pawagam-pawagam seluruh negara seperti tidak mengenal erti malam dan pelbagai aktiviti perkhidmatan yang rancak dijalankan. Menurut Macrotrends (2021), aktiviti kepenggunaan dan pembelian di Malaysia meningkat dengan rancak sejak tahun 2015 sehingga tahun 2019, dengan peningkatan sebanyak 31.05% dalam tempoh 5 tahun tersebut. Peningkatan kepenggunaan ini dibantu lagi dengan pengenalan sistem pembayaran elektronik ataupun ‘e-wallet’ yang mana


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 262 mendapat sambutan memberangsangkan, terutamanya dalam kalangan remaja dan anak-anak muda. Aktiviti ini juga selaras dengan visi Bank Negara untuk melahirkan masyarakat ‘cashless society’ menjelang tahun 2020 (Smart Investor, 2019). Segalanya mula berubah menjelang bulan Mac 2020, kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin pada ketika itu mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara untuk membendung wabak pandemik COVID-19. Aktiviti kepenggunaan dan pembelian kurang mendapat sambutan; kedai dan pusat membeli belah ditutup, tidak boleh keluar rumah melainkan seorang wakil keluarga sahaja dan tidak boleh melebihi jarak radius 10km dari perumahan kecuali bagi mendapatkan keperluan. Menurut Felo Akademi Sains Malaysia Dr. Madeline Berma, ekonomi Malaysia akan semakin perlahan menjelang PKP ini terutama sektor perniagaan kecil-kecilan yang melibatkan pasar malam, pasar minggu dan sebagainya (Utusan Borneo, 2020). Di samping itu, pekerja harian turut terkesan apabila ramai dari kalangan mereka yang dibuang kerja dan diberhentikan ekoran majikan tidak mampu membayar gaji. Antara sektor yang terkesan termasuklah sektor pelancongan, penerbangan, perniagaan, perumahan dan lain-lain (Aziz, 2020). Tambahan pula, ramai masyarakat mula membuat pembelian panik kerana bimbang akan kehabisan sumber makanan akibat PKP (New Straits Times, 2020).


EKONOMI EKONOMI 263 Peristiwa ini memberi tamparan yang hebat kepada sektor ekonomi negara terutamanya kepada isu kepenggunaan (consumerism). Apatah lagi kepada mereka yang kehilangan sumber pendapatan dan pekerjaan untuk menyara keluarga mereka. Persoalan mengenai naik turunnya penghasilan sesuatu barangan juga bergantung kepada permintaan daripada pengguna dan pelanggan. Maka, perancangan yang teliti harus dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat untuk berbelanja dengan bijak sewaktu pandemik COVID-19 ini, apatah lagi kepada masyarakat yang beragama Islam. Konsep Kepenggunaan (Consumerism) Menurut Islam Kepenggunaan bermaksud pengguna yang berhajat untuk membeli sesuatu barangan, perkhidmatan atau servis bagi kegunaan dan kepuasan diri serta keluarga. Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599] memberi takrifan kepada maksud ‘pengguna’, iaitu individu yang memperoleh atau menggunakan barang dan perkhidmatan yang lazimnya diperoleh untuk kegunaan diri, rumah tangga atau isi rumah tanpa menjual atau mendapat keuntungan semula hasil daripada pembelian itu. Kepenggunaan juga berkait rapat dengan kebebasan hak individu di dalam Islam untuk mempunyai harta peribadi, kebebasan membeli dan sifat mengkehendaki ke atas sesuatu barangan (Ashikin, Pauzai dan Syed Nong, 2011). Islam mengajar tiga etika dan norma ketika berbelanja untuk membeli barangan. Pertama, wajib seimbangkan antara keperluan rohani dan jasmani. Seorang individu tidak seharusnya mementingkan perkara material yang hanya memuaskan jasmani semata-mata. Kedua, keutamaan


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 264 kepada keperluan yang membawa kebaikan (maslahah) berbanding keperluan lain yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat. Akhir sekali, seorang individu hendaklah mengetahui batasan halal dan haram sesuatu barang sebelum digunakan sepertimana telah dijelaskan di dalam al-Quran dan al-hadis berkenaan tuntutan untuk menggunakan barang yang halal bahkan suci (halalan tayyiban). Konsep ini bertujuan mengingatkan kepada kita tentang balasan kebaikan ketika hari akhirat kelak (Hanapi, Mastura, dan Meiwanto, 2019). Islam juga mendidik umatnya untuk memberi keutamaan kepada akhirat dan bukannya perkara sementara yang bersifat duniawi. Secara umumnya, seorang muslim mempunyai pilihan sama ada menggunakan barang yang memberi manfaat duniawi atau ukhrawi. Sebagai contoh, barangan yang bermanfaat untuk tujuan ibadah seharian selaras dengan konsep al-Falah iaitu mencari kerahmatan Allah di samping mengutamakan pandangan hidup akhirat (syurga). Al-Falah bermaksud kejayaan yang menjadi tujuan utama kepenggunaan dalam Islam. Semakin besar penggunaan barang itu untuk tujuan ibadah, semakin tinggi nilai al-Falah yang akan dicapai (Hanapi, 2017). Seterusnya, konsep keutamaan barangan dalam Islam juga telah diterangkan melalui tiga peringkat keutamaan iaitu daruriyyat, hajiyyat, dan tahsiniyyat. Daruriyyat bermaksud keutamaan bagi perkara asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Hajiyyat merupakan perkara yang menjadi keperluan seharian, namun tidak menjejaskan kehidupan


EKONOMI EKONOMI 265 individu jika tidak memilikinya. Tahsiniyyat pula merupakan penambahbaikan dari segi kemewahan kepada perkara asas seperti kereta mewah, barang kemas dan sebagainya. Tingkatan ini bertujuan memelihara agama, jiwa, keturunan, akal dan harta benda menurut konsep maqasid syariah. Implikasi daripada tingkat keutamaan ini memberi faedah kepada kepenggunaan dalam Islam kerana boleh menjadikan seseorang itu berfikir sebelum membeli. Berdasarkan kesedaran ini, seorang individu tidak akan berbelanja sesuka hati seperti mengutamakan barangan tahsiniyyat daripada barangan daruriyyat (Ashikin, Pauzai, dan Syed Nong, 2011). Seterusnya, hukum kepenggunaan yang dibincangkan oleh para fuqaha Islam mempunyai 4 asas (Mahaiyadin dan Osman, 2015): 1. Memahami bahawa hukum asal kepenggunaan adalah harus. َ َاح َ ِاء ِ الإب ي ْ ش َ ِيالأ ُ ف ْ ل ص الأ ِة َ 2. Menilai perkara haram di dalam kepenggunaan berdasarkan kaedah menolak kerosakan lebih utama daripada mendapat kemaslahatan. َ ُام ء ْ ر َ َ د ِبام ْ ل َ َ ِىمنج ل ْ و َ َأ َ ِ اسد َ ف َ ِالح ص


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 266 3. Berhati-hati (ihtiyat) dalam kepenggunaan pada perkara yang syubhah dan ragu-ragu. 4. Menggunakan prinsip darurat dan kelonggaran yang dibenarkan oleh syarak untuk menyelamatkan lima elemen maqasid syariah; agama, nyawa, akal, harta dan keturunan. Bersederhana Ketika Pandemik COVID-19 Pandemik COVID-19 telah menyebabkan kegawatan ekonomi apabila ramai masyarakat hilang punca pendapatan, dibuang kerja dan meningkatnya kes perceraian akibat tidak mempunyai kewangan dan simpanan yang mencukupi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (Sanusi, 2020). Betapa pentingnya untuk kita mengatur perbelanjaan secara cermat ketika kegawatan ekonomi kini terutamanya kepada mereka yang tiada sumber pendapatan yang tetap. Namun begitu, tidak seharusnya bersifat kedekut sehingga mengabaikan tanggungjawab dan usaha mencari rezeki apatah lagi jika sebagai ketua keluarga. Islam menganjurkan kepada umatnya untuk berusaha mencari rezeki yang halal dan bersifat sederhana ketika mengeluarkan perbelanjaan. Bersederhana dalam perbelanjaan bermaksud tidak bersikap bakhil, tidak boros serta tidak melebihi batasan dalam kepenggunaan. Seseorang boleh dianggap bakhil jika tidak mengeluarkan perbelanjaan untuk menampung kehidupan diri dan keluarganya, ataupun tidak menggunakan kemampuan kewangannya untuk tujuan kebaikan dan kebajikan. Seseorang itu juga tidak boleh melebihi batasan yang digariskan dalam Islam, seperti membeli


EKONOMI EKONOMI 267 dan menggunakan barang-barang yang haram seperti arak, berjudi, dan sebagainya. Pengguna dan pembeli yang bijak juga merupakan sebahagian tuntutan wasatiyyah dalam Islam, iaitu mengetahui keseimbangan antara barang-barang jasmani (material), dan barang-barang yang menguatkan rohani (spiritual)(Hanapi, 2017). Seterusnya penting untuk mengetahui keutamaan dan kualiti sesuatu barangan berdasarkan keperluan dan kehendak (Hamid, Pauzai, dan Syed Nong, 2011). Kepentingan Menyimpan dan Mengurus Harta Dengan Baik Pasca COVID-19 banyak memberi kesan kepada ekonomi masyarakat bahkan sektor perbankan turut terjejas disebabkan pihak bank tidak dapat meluluskan pinjaman kepada peniaga (Haznina, Engku, 2020). Sebagai pengguna yang berhemah, pandemik COVID-19 telah mengajar masyarakat banyak perkara mengenai pengurusan kehidupan terutama sekali dalam menyusun perancangan kewangan dan harta. Selain itu, daripada perspektif Islam harta adalah merupakan alat yang membantu kehidupan manusia dan menjadi keperluan asas bagi manusia sebagai wasilah kepada kesejahteraan hidup (Mahmood, 2009). Jika dilihat dari sudut positif, agama Islam meletakkan harta sebagai amanah kepada umat manusia yang mana ia menjadi tanggungjawab bagi umat Islam untuk mengembangkan harta sama ada melalui pelaburan, simpanan ataupun sedekah (Mahmood, 2009). Islam menggalakkan umatnya untuk mencari, mengumpul dan mengembangkan harta sendiri. Perancangan harta merupakan persediaan awal untuk menghadapi


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 268 kemungkinan pada masa hadapan adalah perlu dan ia amat dituntut kerana apa yang berlaku pada masa hadapan hanya Allah sahaja yang tahu (Hasbullah, 2015). Melihat kepada situasi pandemik COVID-19, perlunya kepada prinsip yang tegas dan berdisiplin di dalam perbelanjaan dengan menilai antara kehendak dan keperluan terutama sekali bagi mereka yang terkesan akibat pandemik ini (Sinar Harian, 2020). Oleh yang demikian, pandemik COVID-19 memupuk kesedaran dalam kalangan pengguna khususnya bagi umat Islam merancang perbelanjaan dan pengurusan harta kerana musibah itu tidak dapat diduga bilakah ia akan berlaku. Justeru, peribahasa “beringat sebelum kena, jimat sebelum habis” perlu dihayati dan dipraktikkan dengan sebaiknya. Larangan Bersikap Boros dan Membazir Boros bermaksud tidak hemat, mengeluarkan wang dengan cara yang berlebihan (Dewan Bahasa dan Pustaka). Selain itu, pembaziran dalam konteks kepenggunaan juga boleh didefinisikan sebagai tabiat bagi orang yang berbelanja atau membeli sesuatu yang halal tetapi pembelian itu tiada manfaat bagi individu tersebut kerana ia dianggap sebagai perbelanjaan yang sia-sia (Surathman, 2002). Menurut perspektif Islam pula, pembaziran adalah satu tindakan yang memberi kemudaratan kepada mereka yang mempunyai harta benda. Oleh yang demikian, tabiat buruk ini perlu dielakkan oleh masyarakat (mStar, 2009).


EKONOMI EKONOMI 269 Selain itu, sikap boros dan bermewah-mewahan dalam berbelanja tidak dianjurkan oleh agama Islam kerana kemewahan yang melampau merupakan punca utama kehancuran manusia (Hisyam, 2004). Justeru, pandemik COVID-19 telah membuka minda masyarakat untuk mengelak daripada pembaziran serta bersedia dengan situasi yang tidak diduga dengan mementingkan keperluan berbanding kehendak dalam masa yang sama mendidik masyarakat supaya mempunyai dana kecemasan sebagai persediaan (Berita Harian, 2020). Penutup Berdasarkan perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa budaya kepenggunaan di Malaysia ketika pandemik COVID-19 ini masih berjalan seperti biasa. Namun situasi tersebut mengundang beberapa risiko disebabkan kegawatan ekonomi yang berpunca daripada PKP, seperti kehilangan kerja secara drastik dalam sektor tertentu. Kerajaan Malaysia hendaklah komited dalam membantu meringankan beban rakyat, kerana ia sudah menjadi amanah dan tanggungjawab pihak kerajaan dalam memastikan rakyatnya hidup dalam keadaan selesa. Selain itu, usaha-usaha seperti pengurusan kewangan, simpanan dan kepekaan terhadap barangan keperluan dan kehendak perlu dipandang secara serius.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 270 Rujukan Abdul Rashid Aziz. (2020). Pengangguran dalam Kalangan Tenaga Kerja Semasa Wabak COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 5(11), 3. New Straits Times. (2020). COVID-19: Panic Buying at Supermarket Nationwide. Diakses pada 4 Mac 2021 daripada https://www.nst.com.my/news/nation/2020/03/575302/covid-19- panic-buying-supermarkets-nationwide-nsttv. Diterbitkan pada 17 Mac. Ekonomi Negara Dijangka Perlahan Ekoran Arahan Kawalan Pergerakan Dikuatkuasakan. (2020). Diakses pada 3 Mac 2021 daripada https://www.utusanborneo.com.my/2020/03/17/ekonomi-negaradijangka-perlahan-ekoran-arahan-kawalan-pergerakanikuatkuasakan. Diterbitkan pada pada 17 Mac. Hasniza Hussain, S. Engku. (2020). COVID-19 Juga Mampu Musnahkan Bank. Diakses pada 4 Mac 2021 daripada https://www.sinarharian.com.my/article/111349/BERITA/Nasional /COVID-19-juga-mampu-lumpuhkan-bank. Diterbitkan 22 November. Abdul Muhaimin Mahmood. (2009). Tuntutan Agama Dalam Membuat Perancangan harta. Diakses pada 5 Mac 2021 daripada http://emuamalat.islam.gov.my/images/pdf-bahanilmiah/TUNTUTAN_AGAMA_DALAM_MEMBUAT_PERANCA NGAN_HARTA-EDIT.pdf. Diterbitkan pada 30 Mei. Malaysia Consumer Spending. (2021). Malaysia Consumer Spending 1960- 2021. Diakses pada 3 Mac 2021 daripada https://www.macrotrends.net/countries/MYS/malaysia/consumerspending. Mohd Hapiz Mahayaidin, Muhammad Rahimi Osman. (2015). Kerangka Fiqh Kepenggunaan Masa Kini. Journal of Contemporary Islamic Studies, 1, 139.


EKONOMI EKONOMI 271 Muhammad Hisyam bin Mohamad. (2004). Sikap Kebendaan Punca Nafsu Belanja Berlebihan. Diakses pada 4 Mac 2021 daripada http://www.ikim.gov.my/index.php/2004/08/04/sikap-kebendaanpunca-nafsu-belanja-berlebihan. Diterbitkan 4 Ogos. Muhammad Husni Abdullah, M. Zaidi Daud. (2015). Perancangan Pembahagian Harta Semasa Hidup Dalam Islam: Konsep dan Kepentingannya. GJAT, 5(1), 123. Noor Ashikin Hamid, Nur Amani Pauzai dan Syarifah Nuridah Aisyah Syed Nong (2011). Konsep Kepenggunaan Mengikut Syariah dan Aplikasinya Dalam Perundangan di Malaysia. Jurnal Kanun DBP, 2. Mstar. (2009). Pembaziran: Satu Tindakan Mudarat Dalam Ekonomi. Diakses pada 8 Mac 202 daripada https://www.mstar.com.my/lainlain/rencana/2009/04/02/pembaziran-satu-tindakan-mudaratdalam-ekonomi. Diterbitkan pada 2 April. Raiham Mohd Sanusi. (2020). Cabaran Keluarga Ketika Pandemik COVID-19. Diakses pada 3 Mac 2021 daripada https://www.sinarharian.com.my/article/105378/KHAS/. Diterbitkan pada 15 Oktober. Ruhania Maelah. (2020). Krisis Pandemik Dedah Kepentingan Urus Kewangan. Diakses pada 3 Mac 2021 daripada https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/12/765896/ krisis-pandemik-dedah-kepentingan-urus-kewangan. Diterbitkan pada 17 Disember. Shukri Hanapi, Siti Mastura, Caturida Meiwanto Doktoralina. (2019). Wasatiyyah-Consumerism Ethics in Al-Quran. International Journal of Financial Research, 205-206. Shukri Hanapi. (2017). The Wasatiyyah-Consumerism Concept As An Equivalent to The Consumerism Phenomenon in Conventional Economy. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 17(12), 950-953.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 272 Surathman Kasim Hasan. (2002). Perbelanjaan Bermanfaat dan Tidak Membazir Mengikut Perspektif Islam. Jurnal Syariah, 89. Smart Investor. (2019). The Rise of the e-Wallet. Diakses pada 3 Mac 2021 daripada https://www.smartinvestor.com.my/the-rise-of-the-ewallet/.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 273 PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 274 PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA Wan Nuraini binti Wan Rosdi Pengenalan Situasi penularan pandemik COVID-19 yang meragut nyawa terus menunjukkan lonjakan di peringkat global. Malaysia adalah salah satu negara yang sedang berhadapan dan amat terkesan dengan kemelut kesihatan tersebut. Krisis kesihatan yang dihadapi ini, memaksa lebih 3.9 bilion penduduk di seluruh dunia dikuarantin di rumah masing-masing sehingga kegiatan ekonomi seolah-olah terhenti (Sinar Harian, 2020). Sektor yang paling terkesan akibat daripada pandemik ini adalah sektor ekonomi dan perniagaan (Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid & Fatimah Hassan, 2020). Sektor ini terjejas akibat daripada Perintah Kawalan


PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 275 Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19. PKP memberi kesan kepada sektor sokongan seperti peruncitan dan pengangkutan tidak dapat beroperasi yang menyebabkan para peniaga hilang mata pencarian (Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid & Fatimah Hassan, 2020). Selain itu, terdapat juga beberapa sektor lain yang turut sama terjejas teruk dengan pelaksanaan PKP ini antaranya ialah industri perhotelan dan penerbangan. Sebahagian daripada pekerja-pekerja di sektor ini pula terpaksa diberhentikan akibat daripada majikan menghadapi kekangan dana untuk membayar gaji. Kisah mereka tidak terhenti begitu sahaja, malahan dalam kalangan mereka ada yang berjaya bangkit menangani segala kesulitan dan kesukaran itu dengan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu dalam menceburi kerjaya baharu. Kesungguhan berusaha dan tidak berputus asa yang ditonjolkan bagi meneruskan kelangsungan hidup bersesuaian dengan firman Allah : َ ُ لا س َ أ ْ ي َ ِح من ِ ْ و ر ِ ا


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 276 Maksudya: “Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.” Surah Yusuf (87) Juruterbang Bertukar Kerjaya sebagai Penjual Gerai Makanan Pandemik COVID-19 memberi tamparan hebat kepada industri penerbangan apabila sekatan penerbangan antarabangsa dikenakan kepada hampir semua negara di dunia. Lantaran krisis ini, industri penerbangan tidak dapat beroperasi seperti dahulu. Jabatan Perangkaan Malaysia (2020) menganggarkan 25 juta orang pekerja dalam bidang penerbangan dan sektor berkaitan dengannya di seluruh dunia kini berisiko untuk ditamatkan perkhidmatan. Kapten Azrin Mohamad Zawawi merupakan salah seorang juruterbang yang terkesan disebabkan pandemik ini. Musibah ini tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan kehidupan.


PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 277 Hal ini selari dengan sifat orang beriman yang terdapat dalam hadis daripada Abu Yahya Suhaib bin Sinan : ِ ِ إ ِمن ْ ُـــؤ م ْ اِ ْـــر َ ًـــاِلأ ب َ َج ع ن ـــ ُ ُ ه َ ْـــر َ ٌ أ ْـــر ي َ ُخ َـــه ُل ْ َس ه َـــ ل َ و ِلا َ ٍ ـــدإ ح َ َ ِلأ ِـــك ْ ذ َ لِ َـــر ُس ه ْ ت َ َ ـــا ص َ ْ أ ِن ِ ،إ ِمن ْ ُـــؤ َ م ر َ َـــك ُش َ اء َ ن َـــ ف ً ر ْ ي َ خ َ ر ُض ه ْ ت َ َ ا ص َ ْ أ ِن َ ُ،و ه َ ً ال ر ْ ي َ َ خ َ ن َ َف ر َ َ ب ُ اء ا ُص ه َ ل Maksudnya: “Sungguh menghairankan urusan seseorang yang beriman, kesemua urusan dalam kehidupannya adalah baik, perkara ini tidak berlaku melainkan hanya kepada orang beriman. Apabila mereka mendapat sesuatu yang menggembirakan mereka bersyukur dan itu merupakan sesuatu yang baik bagi mereka. Jika mereka ditimpa musibah mereka bersabar dan itu juga adalah baik bagi mereka.” (Riwayat Muslim) Nilai usaha dan kesabaran yang dipamerkan menyebabkan beliau berjaya membuka gerai makanan yang diberi nama ‘Kapten Corner’. Sifat yang boleh dipuji dan dicontohi adalah beliau tidak hanya berdiam diri apabila mendengar khabar angin bahawa terdapat kemungkinan beliau akan diberhentikan. Sebaliknya, beliau telah merancang dan membuka perniagaan sebagai langkah berjaga-jaga seperti kata bidalan ‘sediakan payung sebelum hujan’.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 278 Apabila khabar angin itu menjadi kenyataan, beliau tidak terlalu terkesan dengan kehilangan kerjayanya sebagai seorang juruterbang. Persediaan strategi yang telah dirancang membolehkan beliau mengharungi ujian yang melanda kehidupannya. Nilai ikhtiar ini diajarkan dalam al-Quran, sebagaimana firman Allah : Maksudnya: “Janganlah kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian ْ ٍ ــۚ َ ٰ ََ ْ ُ َ ــ ْ َ ِــِ ُ َ ا ــ َ ــَ ْا ــ َ َ َ َ َ و َ ِ ــل ِ ّ ِ ٌ ــِ َ ــ ا ِ ُ َ ــ َ َ ا ۖ ــءِ ْ ِ ّ َِ و ٌ ــِ َ ـــ ِ َْ َ ـــ َ ُ ا ۚ ا ْ َ ْـــ َا َو اِ ْ ِـــ ـــِ ْ َ ۗ ِن َإ ا ً ِ َ َ ْ ٍء ِ ّ ُ ِ َ َ ن


PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA PENGURUSAN HIDUP DAN KERJAYA 279 yang lain. Ini kerana bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan bagi perempuan juga ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah daripada limpah kurniaan-Nya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” Surah al-Nisa (32) Bahkan beliau juga menyatakan sokongan daripada ahli keluarga seperti isteri yang tidak pernah berputus asa mendorong beliau untuk bekerja dengan lebih keras. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah : Maksudnya: “Allah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan darinya Allah menciptakan isterinya agar dia merasa senang kepadanya.” Surah al-A’raf (189) Hal ini menunjukkan bahawa sokongan ahli keluarga yang tidak berbelah bahagi sangat penting dalam menghadapi musibah. Meskipun perlu berdepan cabaran untuk menyesuaikan diri dengan kemahiran baharu namun kesungguhan usahanya yang berterusan telah mampu membantunya menjana pendapatan untuk bertahan menampung ــ َال ُــو َ ه ل َ ِذيخ ــاَ ه ْ َ ِ من َــل ع َ َج ٍةو َ َ ِ احــد ْ ٍ ــسو ف َ ْ ْ ِ مــن ُــم َ ق ا َ ه ْ ي َ ِل َ إ ُن ْ َس َ ِ ال ه َ ْج و َ ز


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 280 perbelanjaan harian keluarga. Sikap ini termasuk dalam akhlak yang terpuji sebagaimana firman Allah : Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad) beramallah kamu (dengan segala yang telah diperintahkan). Maka Allah Rasul-Nya dan orang-orang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui semua perkara ghaib dan nyata. Kemudian Allah akan mengkhabarkan kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan.” Surah al-Taubah (105) Selain itu, beliau berpesan kepada golongan yang senasib dengannya untuk terus berusaha dan tidak berputus asa dalam mencari sumber pendapatan. Sikap ini yang perlu diterapkan dalam diri setiap individu kerana ia selari dengan ajaran Islam bahawa rahmat Allah itu sangat luas. Mereka yang berusaha pasti akan mendapatkannya dengan izin Allah . ُ ه ُ ُــــول َس َر ْو ُــــم َ ل َ َم ُ َىا ر َ َ ــــي َس ُــــواف ل َ م ْ ا ِ ُــــل ق َ و ْ ِ ــــب ي َ غ ْ َــــاِِمال ــــىع ٰ َ ِل َ إ ون د َ ر ُ َــــت َس َ و ُــــون ِمن ْ ؤ ُ م ْ َا و َ ُون ل َ م ْ ع َ ْ م ُ نت ُ َاك ِم ُ مب ُ ِئ ّ ب َ ُ ي َ ِة َ َاد ه َاش و


Click to View FlipBook Version