The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MAKTABAH DIGITAL PSS BAITUL HIKMAH, 2024-01-09 21:48:55

PENGURUSAN COVID19 DI MALAYSIA DARI PERSPERKTIF ISLAM

AKIDAH DAN PEMIKIRAN PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 31 Rujukan Al-Baghdadi, Abd al-Qahir bin Ṭahir. (1988). Al-Farq Bayn al-Firaq wa Bayan al-Firqah al-Najiyah. Kaherah: Maktabah Ibn Sina. Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad (1997). Al-Mustasfa fi ‘Ilm al-Usul. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi. Al-Jawziyah, Muhammad Abu Bakar Ibn Qayyim. (1986). Zadul Ma'ad, Beirut. Al-Nadawi, Abu Hasan Ali Hasani. (t.t.). Al-Sirah al-Nabawiyyah li Abi al-Hasan al-Nadawi, ed. 12, jld. 1. Damsyik: Dar Ibn Katsir. Al-Qaradawi, Yusuf ‘Abdullah. (1994). Al-Imam al-Ghazali Baina Madihih wa Qadihih. Beirut: Muassasah al-Risalah. Al-Qaradawi, Yusuf ‘Abdullah. (2005). Priorities of the Islamic Movement in the Coming Phase. UK: Awakening Publications. Al-Qari, Ali bin Sultan Muhammad. (2002). Mirqat al-Mafatih Syarh Mishkat al-Mafatih. Beirut: Dar al-Fikr. Al-Sallabi, Ali. (2020). Kayfa Ta’amala al-Muslimun ma’a al-Awbi’ah wa Atharuha fi Marahil Tarikhihim. Diakses pada 16 Mac 2021 daripada https://islamonline.net/34109, diterbitkan pada 19 Mac 2020. Al-Taftazani, Masud bin ’Umar. (1988). Syarḥ al-‘Aqa’id al-Nasafiyyah. Kaherah: Maktabah al-Kulliyyah al-Azhariyyah. Cantor, Norman F. (2014). In The Wake Of The Plague: The Black Death And The World It Made. Simon and Schuster.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAMAKIDAH DAN PEMIKIRAN 32 Dols, M. W. (1974). Plague In Early Islamic History. Journal of the American Oriental Society, 371-383. Duzi. Abu Hafs Omar bin Ali bin Ahmad al-Ansori (2008). Al-Taudih li Syarhi al-Jami’ al-Sahih (ed. 1, jld. 1). Iraq: Wizarah al-Tsaqofah wa al-I’lam. Elliott, C. P. (2016). The Antonine Plague, Climate Change And Local Violence In Roman Egypt. Past & Present, 231(1), 3-31. Faraj, al-Sayyid Ahmad. 2004. Al-Aulamah wa al-Islam wa al-Arab. Al-Mansurah: Dar al-Wafa. Habannakah al-Maydani, Abdul Rahman Hasan. (1978). Makayid Yahudiyyah Abra al-Tarikh. Damsyik: Dar Al-Qalam. Hornsey, M. J., Harris, E. A., & Fielding, K. S. (2018). The Psychological Roots Of Anti-Vaccination Attitudes: A 24-Nation Investigation. Health Psychology, 37(4), 307–315. Ibn ‘Asyur, Muhammad al-Tahir. (1984). Al-Tahrir wa al-Tanwir. Tunisia: al-Dar al-Tunisiyyah. Ibn Hajar, Ahmad bin Ali Al Asqalani. 2000. Fath al-Bari (Cetakan Ketiga). Riyadh: Dar al-Salam. Ibn Kathir, Isma’il Ibn Umar. (1988). Al-Bidayah wa al-Nihayah. Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi. Ibn Manzur, Muhammad Ibn Mukrim. (2010). Lisaan al-’Arab (Vol. 1, 15). Beirut: Dar Shadir. Ibn Qutaybah, Abdullah bin Muslim al-Dinawari. (1996). Al-Ma’arif. Tahqiq, Tharwat Akasyah. Kaherah: al-Hai’ah alMasriyyah al-‘Ammah li al-Kitab.


AKIDAH DAN PEMIKIRAN PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 33 Irwan Mohd Subri. (2016). Pencegahan Penyakit Melalui Kaedah Pelalian Menurut Perspektif Islam. Jurnal ‘Ulum Islamiyyah, 17, 57-77. Jolley, D., & Douglas, K. M. (2014). The Effects of Anti-Vaccine Conspiracy Theories on Vaccination Intentions. PLoS ONE, 9(2), e89177. Junardi Harahap. (2005). Konflik Palestina dan Israel: Perspektif Komunikasi. Mediator: Jurnal Komunikasi, 6(1), 17-26. Kamus Dewan Edisi Keempat (cet. ke-2). (2016). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Khitab, Mahmud Syait. (t.t.). Al-Rasul al-Qa’id, ed. 6, vol. 1. Beirut: Dar al-Fikr. Lewandowsky, S., & Cook, J. (2020). The Conspiracy Theory Handbook. John Cook, Centre for Climate Change Communication. George Mason University. Millson, Jared A. (2020). Conspiracy Theories (1000-Word Philoshopy). Diakses pada 16 Mac 2021 daripada https://philarchive.org/archive/ MILCT-8. Diterbitkan pada 17 Disember 2020. Norhidayah Pauzi & Saadan Man, (2017). Maslahah dalam Vaksinasi: Analisis Fatwa Malaysia dan Indonesia. Jurnal Fiqh, 14, 27-50. Reid, A. (2010). Jewish-conspiracy theories in Southeast Asia: are Chinese the target?. Indonesia and the Malay World, 38(112), 373-385. Sayyid Muhammad Nuh (1998). Tawjihat Nabawiyyah ‘ala al-Tariq (Juzuk 1 & 2). Mansurah: Dar al-Yaqin. Swami, V. (2012). Social Psychological Origins of Conspiracy Theories: The Case of the Jewish Conspiracy Theory in Malaysia. Frontiers in Psychology, 3.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAMAKIDAH DAN PEMIKIRAN 34 Syed Muhammad Dawilah al-Edrus. (1999). Epistemologi Islam: Teori Ilmu Dalam al-Quran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. van Prooijen, J. W., & Song, M. (2020). The Cultural Dimension Of Intergroup Conspiracy Theories. British Journal of Psychology. Wan Mohd. Nor Wan Daud. (1994). Konsep Ilmu Dalam Islam (terj. Rosnani Hashim). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


AKIDAH DAN PEMIKIRAN PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 35 COVID-19: UJIAN DAN USAHA MENURUT ISLAM Muhammad Afiq bin Zainol Abidin Mohd Shairawi bin Mohd Noor Pengenalan Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan wabak COVID-19 menular berdasarkan beberapa kes radang paru-paru di bandar Wuhan, Wilayah Hubei, China. Semenjak 7 Januari 2020 wabak COVID-19 dikenalpasti mampu tersebar daripada manusia kepada manusia. Wabak COVID-19 mencetuskan kebimbangan kerana tidak sepadan dengan wabak lain yang diketahui tahap bahaya dan kesan jangkitan terhadap manusia. COVID-19 juga merupakan wabak yang menyebabkan selesema yang lebih berbahaya seperti Sindrom Pernafasan


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAMAKIDAH DAN PEMIKIRAN 36 Akut Teruk (SARS) dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers-CoV). Jangkitan COVID-19 menunjukkan gejala pernafasan seperti jangkitan radang paru-paru, sindrom pernafasan akut yang teruk, kegagalan buah pinggang dan malahan membawa maut. Hal demikian menunjukkan COVID-19 merupakan wabak penyakit yang melanda manusia sebagai ujian daripada Allah . COVID-19: Teguran kepada Manusia COVID-19 merupakan ujian yang ditakuti kerana wabak ini yang mampu membinasakan manusia. Kehadiran COVID-19 ini merupakan peringatan bahawa kerosakan di darat dan di laut adalah disebabkan oleh perbuatan manusia. Firman Allah : Maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” Surah al-Rum (41) ِي ٱ ۡ َ ۡ َ َ َ َ ِ ِ ۡ َ ۡ َٱ ِ و َّ ۡ ٱ ِ ُ َ د َ ۡ َ ٱ َ َ س ِ َ ُن ِ ۡ َ ۡ ُ َ َ ْ ا ُ ِ َ ِي َ ٱ ۡ َ ُ َ ِ ُ ِ


AKIDAH DAN PEMIKIRAN PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 37 Ayat ini membahaskan kerosakan di bumi yang berlaku merujuk kepada kematian manusia dalam bilangan yang ramai kerana perbuatan derhaka kepada Allah . Manakala bumi dan langit terpelihara kerana ketaatan kepada Allah (Ibn Kathir, 2001). Kerosakan yang berlaku kerana perbuatan-perbuatan maksiat menunjukkan hukuman supaya manusia kembali bertaubat (Al-Mahalli & al-Suyuti, t.t). Hal yang demikian bahawa COVID-19 merupakan hukuman dalam bentuk teguran kepada manusia supaya memohon ampun kepada Allah . COVID-19: Ujian yang Pasti Datang Allah tetap memberi ujian terhadap hamba-hamba-Nya. Salah satu ujian ialah wabak penyakit berupa COVID-19. Firman Allah : Maksudnya: “Demi sesungguhnya Kami (Allah) akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang َ ِ ّ ٖ ۡ َ َ ُ ِع و ۡ َٱ ۡ ِف و َ ۡ َ ٱ ِ ّ ٖ ۡء َ ِ ُ َ ُ ۡ َ َ َ و َ ِِ ٰ ِ ِ ٱ ّ َ َ ت و ِ ٰ َ َ َٱ ِ و ُ َ ۡ َٱ ٰ ِل و َ ۡ َ ۡ ٱَ ِ ٱ ٓ ُ َ ٞ َ ِ ُ ۡ َ ٰ َ َ ٓ أ ا َ َ إِذ ُن ِ ٰ َ ِۡ َ إِ ٓ ِ ِ إِ ا ْ


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAMAKIDAH DAN PEMIKIRAN 38 sabar – (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu musibah (kesusahan) mereka mengucapkan: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Surah al-Baqarah (155-156) Ayat di atas memberitahu bahawa Allah pasti menimpakan cubaan dalam hidup untuk menguji dan melatih manusia (Ibn Kathir, 2001). Ujian Allah meliputi perkara-perkara kebaikan dan keburukan (Al-Qurtubi, 2006). Di samping itu, ujian tersebut mampu mengukur kualiti keimanan dan mengetahui tahap kesabaran manusia (Al-Zamakhsyari, 2009). Hal yang demikian menunjukkan orang beriman yang ditimpa COVID-19 dituntut untuk bersabar, reda dan memperolehi darjat yang tinggi sepertimana sabda Rasulullah daripada Abu Yahya Shuhaib bin Sinan : ً َبــا َج َ ع َ ِلأ ِــك َ ْ َس ذ َــ ل َ ، و ٌْ َــ ُ خ َ ُ ــه ُ ُ ه َ ْــر َ أ ِن ِ إ ِمن ْ ــؤ ُ م ْ ِ ا ْــر ِ ِلا َ ٍــد إ ِح ِ لأ ِمن ْ ــؤ ُ م ُ ل ، ْ َ ً ْ ا َــ َ خ َ ن َــ َ ف ر َ َــك ُ ش اء َ ُ ه ْ ت َ َ ــا ص َ ْ أ ِن : إ ُ َ ً ْ ا َ خ َ ن َ ََ ف َ ص ُ اء َ ُ ه ْ ت َ َ ا ص َ ْ أ ِن َ و Maksudnya: “Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara dan urusan mereka adalah baik. Perkara tersebut tidak berlaku melainkan kepada seorang mukmin yang


AKIDAH DAN PEMIKIRAN PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 39 apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur. Maka itu baik baginya. Manakala jika dia ditimpa sesuatu musibah atau kesusahan, dia bersabar. Maka itu juga baik baginya.” (Riwayat Muslim) Rasulullah memberitahu bahawa Allah menguji hamba-hamba-Nya yang beriman dalam keadaan suka dan duka. Orang yang beriman mendapat pahala dengan menggunakan kebijaksanaan untuk mengatasi rintangan dan cabaran melalui pendekatan bersabar dan bersyukur. Rasulullah juga bersabda daripada Aisyah : ُ َــه ع َ َ ر ِلا َــاإ ه َ ْ و َ َــاف م َ ٍة َ ْك َــو ْ ش َ ِ مــن ِمن ْ ــؤ ُ م ْ ا ُ ِصــيب ُ َــاي م ً ة َ ِطيئ َ َاخ ِه ب ُ ه ْ ن َ َط ْح و َ ً،أ ة َ َج ر َ َاد ِه ب ُ ا Maksudnya: “Tiadalah seorang mukmin yang tertusuk duri atau lebih teruk daripadanya melainkan Allah akan mengangkat satu darjat (dengan tertusuk duri tersebut) atau menghapuskan satu kesalahannya.” (Riwayat Muslim) Setiap ujian bertujuan untuk meningkatkan tahap keimanan seseorang. Ujian COVID-19 yang datang memberikan kemuliaan


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAMAKIDAH DAN PEMIKIRAN 40 kepada orang beriman di sisi Allah . Hal ini kerana kesakitan yang dihadapi oleh orang yang beriman akan meraih keampunan daripada Allah . Bahkan doa orang beriman yang sakit menjadi mustajab akibat daripada dosa-dosa yang telah gugur tadi. COVID-19: Ketentuan dan Ketetapan Allah Setiap perkara yang berlaku adalah dengan izin Allah . Kuasa Allah meliputi semua perkara termasuk ujian yang berupa COVID-19. Firman Allah : Maksudnya: “Jika mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum ۡ ُ ۡ ِ ُ ن ِۖ ٱ ِ ِ ۡ ٰ ِ ِ هِۦ َ ْ ا ُ ُ َ ٌ َ َ َ ۡ ُ ۡ ِ ُ ن ِۖ ٱ ِ ِ ۡ ِ ّ ُ ۡ ُ ۚ َ كِ ِ ۡ ٰ ِ ِ هِۦ َ ْ ا ُ ُ َ ٌ َ ِ ّ َ ــ َ ون ُ َد َ َ ِم ۡ َ ۡ ِ ٱ ء َٓ ُ َ ل ِ َ َ ً ِ َ َ ُن َ ۡ َ


AKIDAH DAN PEMIKIRAN PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 41 itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?” Surah al-Nisa (78) Ayat di atas memperlihatkan semua perkara yang berlaku adalah berpandukan kehendak dan takdir Allah . Semua urusan baik, buruk, menang atau kalah merupakan ketentuan Allah . Sementelahan itu perkara kebaikan merupakan nikmat daripada Allah . Manakala ketetapan perkara kesusahan merupakan ujian daripada Allah (Al-Tabari, 2003). Allah berfirman lagi: Maksudnya: “Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan ـ ِ َ َ َ ـ َ ٓ أ َـ َ و ِۖ َ ٱ ـِ َ ٖ َ َ ـ َ ۡ ـ ِ َ َ َ ـ َ ٓ أ ـ ۚ ٗ ُــ َ ِ ــس ر ِ َ ٰ َ ۡ َــ ۡ ر َ أ َ و ۚ َ ــِ ۡ ــِ َ ٖ َ ِ ّ َــ ا ٗ ِ َ ِ ِ ٰ َ َ َ و


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAMAKIDAH DAN PEMIKIRAN 42 cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).” Surah al-Nisa (79) Seterusnya ayat ini menunjukkan bahawa bencana dan kesusahan yang berlaku adalah berpunca daripada diri manusia sendiri. Perkara tersebut membincangkan hubungan takdir Allah dengan hasil usaha (kasb) dan dosa atau tindakan yang tidak berpandukan ilmu dan sunnatullah (Al-Zuhaili, 2009). Al-Baghawi (1989), al-Tabari (2003) dan al-Zamakhsyari (2009) juga membahaskan pendapat yang sama dalam ayat ini iaitu pertautan takdir Allah dengan dosa dan kesalahan manusia. Hal yang demikian membawa maksud segala yang berlaku merupakan ketetapan yang terkandung dalam pengetahuan dan kuasa Allah termasuklah perbuatan makhluk (Al-Asy’ari, 2009). Justeru segala urusan dan keputusan termasuk ujian COVID-19 adalah berdasarkan daripada ketentuan Allah . Di samping itu manusia tetap diberikan pilihan untuk melaksanakan usaha pencegahan terhadap COVID-19. Keputusan dan tindakan manusia dalam perkara yang dibenarkan ini memberi kesan kepada perkara yang berlaku. Kemudian dengan usaha manusia ini nanti akan dipertanggungjawabkan pada hari akhirat kelak.


AKIDAH DAN PEMIKIRAN PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 43 COVID-19: Usaha Pencegahan kerana Allah Terdapat hadis yang panjang daripada Abdullah bin Abbas berkenaan rombongan Umar bin al-Khattab ke Syam ketika berlaku Taun Amawas pada tahun 18 Hijrah (Al-Bukhari, 2002). Perselisihan pandangan berlaku di dalam rombongan tersebut sehingga Umar bin al-Khattab mengambil keputusan membatalkan hasrat untuk memasuki Syam dan pulang ke Madinah. Lalu muncul persoalan takdir oleh Abu Ubaidah al-Jarrah kepada Umar bin al-Khattab yang menyatakan: ِ؟ اِ ر َ د َ ً ِ امنق َار ِر أف Maksudnya: “Adakah engkau telah lari daripada takdir Allah?” Lalu Umar bin al-Khattab menjawab: ــ َ َ َ ن ْ َــو َ ْــت ي َ أ َ ِ، أر ِ ا ر َ َــد ِ إ ق ِ ا ر َ َــد ِ مــن ق ِفــر َ ْ ن َــم ع َ ٌ ِــل َ إب ك ْ َ ــت َط ب َ َ ه ُ و َ ادي ، ًــا ِ ٌ َــة ب ْ َد َى ج ْــر خ ُ ٌ، والأ ة َ ِصــب َ ُما خ َاه ْــد ان، إح ِ َ ت َ و ْ ُــد ع ِ َـا ب ه َ ت ْ ي َ َ َ ر ة َ ْ ـب َص َ ا ْـت ي َ َ ْ ر ْ َس إن َ ل َ ِ أ ِ ا ر َ َـد َ ق َ ، و َـة ب ْ َد َ ا ْـت ي َ َ ْ ر ن ِ؟ ِ ا ر َ د َ َا بق ه َ ت ْ ي َ َ ر Maksudnya: “Benar memang aku lari. Namun aku lari daripada satu takdir Allah kepada takdir Allah yang lain. Apakah pendapatmu jika engkau memiliki seekor unta yang turun pada


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAMAKIDAH DAN PEMIKIRAN 44 lembah yang mempunyai tanah subur dan tanah tandus? Bukankah jika engkau memilih membelanya di tanah subur masih lagi di dalam takdir Allah? Dan seandainya engkau membelanya di tanah tandus juga masih di dalam takdir Allah?” Hadis ini menerangkan bahawa hakikat semua perbuatan berpunca daripada Allah . Namun terdapat usaha (kasb) melalui perbuatan manusia yang lahir dengan perantaraan daya kekuasaan dan kehendak Allah (Al-Asy’ari, 1955). Usaha (kasb) manusia itu berlaku bukanlah dengan usaha mutlak manusia tetapi melalui kuasa yang diciptakan untuknya (qudrah tuhdath lahu) (Al-Baqilani, 1957). Hakikat usaha (kasb) itu berpandukan daripada Allah dan merupakan ciptaan-Nya sepertimana penciptaan jisim, warna dan lain-lain (Al-Baghdadi, 1928). Perbuatan manusia secara pilihan (ikhtiari) berlaku dengan kudrat Allah . Perbuatan tersebut juga tidak memberi kesan terhadap sesuatu melainkan dengan ketetapan Allah . Perbuatan tersebut berlaku tanpa kehadiran sesuatu penghalang (mani’) yang bersesuaian dengan takdir dan kuasa Allah dengan pilihan yang diberikan kepada manusia (Al-Jurjani, 1998). Hal ini membawa maksud berkenaan segala perbuatan manusia


AKIDAH DAN PEMIKIRAN PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 45 tidak memberi kesan dengan bersendirian tanpa bertepatan dengan kehendak dan kuasa Allah . Oleh yang demikian manusia wajib berusaha untuk mencegah penularan COVID-19 ke dalam diri, keluarga dan masyarakat. Pencegahan juga meliputi usaha (kasb) yang memberi kesan kepada perkara yang akan berlaku selepasnya (sabab wa musabbab). Semua tindakan bagi menjaga maslahat manusia merupakan usaha (kasb) di samping menyerahkan ketentuan dan ketetapan kepada Allah . Walau bagaimanapun ketetapan takdir merupakan rahsia Allah yang tidak diketahui oleh manusia. Justeru segala langkah menangani penularan COVID-19 seperti Prosedur Operasi Standard (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Vaksinasi COVID-19, Proklamasi Darurat 2021 dan moratorium merupakan tindakan yang wajar dan selari dengan konsep kasb dalam menjalani tugas sebagai hamba Allah . COVID-19: Berubat Tidak Menafikan Tawakal Menjadi sunnatullah sebagai orang yang beriman untuk berusaha mencari kesembuhan bagi merawat COVID-19. Keperluan yang tinggi untuk merawat COVID-19 kerana ia memberikan kebaikan dan mencegah kemudaratan demi menjaga nyawa. Hal ini selari dengan hadis yang diriwayatkan oleh Usamah bin Syarik :


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAMAKIDAH DAN PEMIKIRAN 46 ـ َ َج و ز َ عَ ا ِن إ َ ْاف َو َاو د َ ت ٍاء َ َد ْـر ي َ ً َاء و َ ُد ـه َ َ ل َ ـع َض و ِلا ًإ َاء ْ د َ ـع َض ْي َـم ل ُ َم ر َ ه ْ َ ِ احٍدا و Maksudnya: “Berubatlah kamu, sesungguhnya Allahtidak menurunkan suatu penyakit melainkan diturunkan juga ubatnya kecuali satu penyakit sahaja, iaitu tua.” (Riwayat Abu Daud) Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah : ً َاء ُ ِ شف ه َ َ ل َل ز ْ ن َ أ ِلا ًإ َاء دُ ا َ َل ز ْ ن َ َاأ م Maksudnya: “Allah tidak akan menurunkan sesuatu penyakit melainkan Dia yang menyembuhkannya.” (Riwayat al-Bukhari) Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud : ا ْ َو َاو د َ ت َ ً َاء ُ ِ شف ه َ َ ل َل ز ْ ن َ أ ِلا ًإ َاء ْ د ِل ز ْ ن ُ ْ م َ َ ا ِن إ


AKIDAH DAN PEMIKIRAN PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 47 Maksudnya: “Allah tidak akan menurunkan sesuatu penyakit melainkan Dia yang menyembuhkannya, maka berubatlah.” (Riwayat Abu Daud) ِص ُ َاأ ِذ إ َ ٌف َاء و َ َ ٍاءد ِ د َ ِل ى ُّ َال ع َ ِ ِنا ْ ِذ إ ِ ب َ أ َ ر َ ِ اءب ُالد َاء و َ َ د يب Maksudnya: “Setiap sesuatu penyakit ada penawarnya, apabila tepat penawarnya dengan penyakit maka sembuh ia dengan izin Allah .” (Riwayat Muslim) Hadis-hadis di atas menjelaskan bahawa usaha untuk berubat tidak menafikan konsep tawakal kepada Allah. Begitu juga tidak ternafi tawakal dengan menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang membawa kepada kebinasaan. Konsep tawakal juga dituntut dengan berdoa supaya mendapat kesihatan yang baik dan menolak segala kemudaratan. Di samping itu meyakini bahawa penawar bagi penyakit merupakan kehendak dan kekuasaan Allah (al-Asqalani, 2000). Oleh itu usaha mencari kesembuhan bagi merawat COVID-19 seperti vaksinasi merupakan tuntutan syarak melalui pegangan bahawa kesembuhan hanya hak milik mutlak Allah .


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAMAKIDAH DAN PEMIKIRAN 48 Penutup Penularan wabak COVID-19 merupakan ujian daripada ketetapan Allah yang telah tertulis sejak azali. Walau bagaimanapun penularan wabak COVID-19 berlaku seiring dengan sunnatullah yang berkait dengan asbab dan musabbab dalam kehidupan. Oleh yang demikian orang beriman sewajarnya tidak menyerahkan wabak COVID-19 kepada takdir semata-mata. Sebaliknya orang beriman mengambil pendekatan untuk membendung penularan wabak COVID-19 selari dengan al-Quran dan Sunnah. Begitu juga orang beriman meyakini bahawa usaha dan tawakal tidak mengatasi keyakinan kepada Allah sebagai pemilik takdir dan ketentuan alam.


AKIDAH DAN PEMIKIRAN PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 49 Rujukan Al-Asqalani, Ahmad Ibn Ali Ibn Muhammad Ibn Hajar. (2000). Fath al-Bari. Riyadh: Darul Salam. Al-Asy’ari, Abu al-Hasan Ali bin Ismail. (1955). Kitab Al-Luma’ fi Radd ‘ala Ahl al-Zigh wa al-Bida’. Kaherah: Matba’ah Misr. Al-Asy’ari, Abu al-Hasan Ali bin Ismail. (2009). Al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah. Beirut: al-Maktabah al-‘Asriyah. Al-Baghawi, Hussayn bin Mas’ud. (1989). Ma’alim al-Tanzil. jld. 2. Beirut: Dar al-Fikr. Al-Baghdadi, Abd al-Qahir Ibn Tahir. (1928). Kitab Usul al-Din. Istanbul: Matba’ah al-Daulah. Al-Baqilani, Muhammad bin Tayyib. (1957). Kitab al-Tamhid. Beirut: al-Maktabah al-Syarqiyah. Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. (2002). Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar Ibn Kathir. Al-Jauziyah, Muhammad bin Abi Bakr Ibn al-Qayyim. (2011). Al- Da’u wa al-Dawa’u. cet. ke-3; Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah. Al-Jurjani, Ali bin Muhammad. (1998). Syarh al-Mawaqif. jld. 8. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah. Al-Mahalli, Jalaluddin Muhammad Ahmad, & al-Suyuti, Jalaluddin 'Abd al-Rahman Abu Bakr. (t.th.). Tafsir al-Jalalayn. Kaherah: Dar al-Hadith. Al-Qurtubi, Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr. (2006). al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an. Beirut: Al-Risalah.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAMAKIDAH DAN PEMIKIRAN 50 Al-Tabari, Muhammad ibn Jarir. (2003). Jami’ al-Bayan ‘an Takwil Ayat al-Quran. jld. 7. Mesir: Hajr li al-Tiba’ah wa al-Tansyir. Al-Zamakhsyari, Jarullah Mahmud bin Umar. (2009). Tafsir al-Kasysyaf. Beirut: Dar Al-Marefah. Al-Zamakhsyari, Mahmud bin Umar (2009). Tafsir al-Kasysyaf ‘an Haqaiq al-Tanzil wa ‘Uyun al-Aqawil wa Waujuh al-Takwil. Beirut: Dar al-Ma’rifah. Al-Zuhaili, Wahbah. (2009). Tafsir al-Munir fi al-‘Aqidah wa al-Syari’ah wa al-Manhaj. jld. 3. Damsyik: Dar al-Fikr. Ibn Kathir, Ismail bin Umar. 2000. Al-Tafsir al-Quran al-ʿAzim. Kaherah: Maktabah Awl al-Shaykh li al-Turath. Wan Mohd Shaghir Abdullah. (2009). Faridah al-Faraid fi ‘Ilm al-Tawhid Syeikh Ahmad al-Fathani Aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah Yang Sejati. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 51 IBADAH


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 52 PENGURUSAN MASJID KETIKA MENGHADAPI PANDEMIK COVID-19 Mohamad Najib Mohamad Ismail Pengenalan Malaysia sedang menghadapi satu isu besar melibatkan keamanan, keselamatan dan kesihatan dunia. Penularan COVID-19 yang telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai pandemik pada 11 Mac 2020 (Berita Harian, 2020). Pada awalnya, ancaman pandemik COVID-19 amatlah menakutkan bagi manusia dalam aspek kesihatan sahaja. Namun, sehingga kini telah merencatkan perkembangan ekonomi dunia (BBC, 2021). Seusai


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 53 lebih dari setahun berlalu, setiap negara bergelut menentang COVID-19 dari aspek kesihatan, ekonomi dan sosial. Justeru, menjadi keperluan bagi setiap lapisan masyarakat untuk menangani pandemik COVID-19 melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perintah ini telah menyebabkan penutupan semua rumah ibadat termasuklah masjid dan surau. Ini adalah bertujuan untuk memutuskan rantaian penularan penyakit berjangkit dalam kalangan masyarakat (Ruzki, 2020). Keperluan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang Efektif Sehubungan itu, satu Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) telah diadakan pada 15 Mac 2020, di Pulse Grande Hotel, Putrajaya. Rentetan itu, telah ditetapkan bahawa semua aktiviti masjid dan surau termasuk solat berjemaah dan solat Jumaat ditangguhkan untuk tempoh selama sepuluh hari bermula 17 hingga 26 Mac 2020. Dalam tempoh ini, jawatankuasa masjid dan surau diarahkan untuk melakukan operasi pembersihan dan proses penyahkuman. Pelanjutan atau penamatan tempoh 10 hari operasi tersebut tertakluk kepada nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 54 Pada awalnya, wujud kebimbangan akan terjejas usaha memakmurkan masjid sebagai pusat ibadat. Hal ini kerana, pelaksanaan aktiviti keagamaan seperti solat berjemaah, kuliah dan ceramah agama tidak dibenarkan untuk diadakan di dalam masjid. Namun, pihak-pihak berautoriti telah mengambil pelbagai langkah dan perancangan berhadapan dengan pandemik demi melestarikan peranan masjid dan surau. Sehubungan dengan itu, aktiviti pengimarahan masjid dan surau diteruskan dalam keadaan norma baharu melalui pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang efisien, penggunaan medium pengimarahan yang holistik dan sebagainya (Utusan Borneo, 2020). Proses penutupan masjid dan surau serta pengehadan kuantiti jemaah telah dikuatkuasakan melalui SOP yang diperkenalkan. Langkah tersebut diambil berpandukan kepada risiko taburan penularan kes kawasan setempat. Kawasan yang mempunyai risiko yang lebih tinggi memerlukan kepada pendekatan yang lebih ketat digunakan dan begitu juga sebaliknya. Perkara ini dapat dilihat melalui pelaksanaan SOP di negeri-negeri yang berbeza (Sinar Harian, 2020). Objektif pelaksanaan SOP ini adalah mengambil kira mudarat yang lebih ringan. Pendekatan tersebut juga digunakan berlandaskan kaedah menolak segala bentuk kerosakan. Perkara ini hendaklah diutamakan berbanding meraih maslahat.


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 55 Kaedah tersebut menggariskan: َ ِ اس ِد ف َ ُام ء ْ ر َ د ِالح َ َص ِبام ْ ل َ ْ ج َ ِىمن ول َ أ Maksudnya: “Menolak kerosakan itu lebih utama berbanding mendatangkan maslahah.” (Ibn Nujaim, 1999) Pendekatan ini bukan bertujuan menafikan solat berjemaah bagi mengimarahkan masjid, tidak cakna dalam sebagai tempat ibadah, membuat acuh tak acuh dalam urusan hal ehwal agama dan bukan juga disebabkan tidak cinta dan sayangkan masjid. Akan tetapi ia adalah berdasarkan maslahah ‘ammah (kemaslahatan umum) mengikut situasi semasa. Bahkan, pihak-pihak berautoriti juga merindui aktiviti-aktiviti di masjid walaupun tidak berpeluang untuk meraih nikmat tersebut (Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, 2020). Pasar Raya Dibuka Namun Masjid Ditutup? Walau bagaimanapun, langkah ini adalah bersifat sementara yang disepakati sebagai satu alternatif terbaik dalam usaha mengakhiri ancaman pandemik COVID-19. Usaha memakmurkan masjid masih lagi dapat diteruskan menerusi kaedah dalam talian seperti ceramah agama dan kelas pengajian al-Quran. Bagi sebilangan kelompok yang terjejas dengan pandemik ini khususnya berkaitan


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 56 hal ehwal keagamaan adalah disarankan agar terus mematuhi dan mengikuti pendekatan yang diambil oleh pihak berautoriti (Utusan Borneo, 2020). Menurut Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (2020) segala yang diperintahkan oleh pemerintah sememangnya akan terkait dan terikat dengan kemaslahatan. Tanpa maslahat, pendekatan ini tidak akan diambil dan dilakukan oleh mana-mana pemerintah bergantung pada keadaan tertentu yang bersifat kepedulian dan cakna terhadap kemaslahatan rakyat. Kaedah fiqh menyebut: ِة َ ح َ ْ ل َص م ْ ِا ب ٌ ُوط ن َ ِةم يِ َىار ل َ َ ِامع ِم ْ ُ الإ ف َ ر َص ت Maksudnya: “Polisi imam (pemerintah atau pihak berkuasa) kepada rakyatnya berasaskan maslahat.” (Al-Suyuti, 1983) Maka maslahat yang dapat dilihat dan diamati dalam pendekatan yang diambil oleh pemerintah melalui PKP dan SOP adalah bagi membendung penularan wabak COVID-19. Hal ini kerana, ia termasuk dalam kategori penyakit berjangkit sekiranya tiada pengawalan yang intensif terhadap sekatan penyebaran virus tersebut. Justeru, keputusan telah diambil bagi mengawal pergerakan agar wabak ini tidak tersebar.


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 57 Oleh itu, isu penutupan masjid mahupun pembukaan pasar raya dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan selaku ulil amri (pemerintah) untuk menghadapi ancaman pandemik COVID-19 adalah berasaskan pertimbangan daripada pelbagai aspek. Perbincangan serta rujukan pandangan pakar serta badan berautoriti dalam bidang masing-masing turut diperhalusi sebelum menetapkan SOP. Hal ini bertepatan dengan firman Allah : Maksudnya: “Maka bertanyalah kamu kepada ahli ilmu (golongan yang pakar dalam bidang masing-masing) sekiranya kamu tidak mengetahui.” Surah al-Nahl (43) Sekiranya pasar raya ditutup, tindakan tersebut seolah-olah dilihat seperti mengekang keperluan rakyat terhadap keperluan asas bagi meneruskan kelangsungan hidup. Usaha menjaga nyawa dan memelihara kesihatan perlu seiring dengan mengambil kira keperluan rakyat. Di samping itu, pendekatan ini menekankan konsep tidak memberi kemudaratan yang lebih besar dalam kerangka ekonomi. َ ُن َ ۡ َ َ ۡ ُ ُ ِن ِ إ ۡ ِّ َ ٱ ۡ َ ْ أ ا ٓ ُ َ ۡ َ


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 58 Pada awalnya, umum mengetahui bahawa ekonomi global terkesan tatkala menghadapi wabak COVID-19. Hal ini telah merencatkan perkembangan sektor pelancongan yang menjadi sumber menjana pendapatan bagi setiap negara. Dalam pada itu, penutupan sektor perniagaan dan perkilangan turut berlaku ekoran terputus bekalan luar serta mengakibatkan peningkatan pengangguran di peringkat tempatan dan global (The World Bank, 8 Jun 2020). Oleh itu, untuk menjaga kemaslahatan ekonomi yang semua percaya bahawa ia boleh menggugat kehidupan harian setiap lapisan masyarakat dari sudut harta mahupun nyawa. Maka pembukaan sektor ekonomi bagi premis perniagaan seperti pasar raya dan kedai runcit dengan penekanan SOP dengan mengehadkan pelanggan pada tempoh masa tertentu (Kuriakose, 2020). Semua sektor menggunakan SOP yang sama termasuk masjid dan pasar raya. Had bilangan jemaah masjid dikurangkan begitu juga bilangan pelanggan di pasar raya. Pembukaan semula masjid secara beransur-ansur juga dilakukan tatkala kes penularan wabak COVID-19 semakin menurun, misalnya bagi masjid-masjid di Wilayah Persekutuan. Bagi membuktikan perkara tersebut, dunia diperlihatkan dengan cara pelaksanaan negara-negara lain dalam menghadapi pandemik COVID-19. Sebagai contoh masjid-masjid di Turki, Iraq, Emiriah


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 59 Arab Bersatu (UAE), United Kingdom dan New York telah pun menutup segala aktiviti keagamaan pada Mac 2020. Bahkan Masjidilharam, Mekah turut menutup dan mengehadkan kuantiti jemaah pada musim haji 1441H (Ibrahim, 2020). Ini menjelaskan bahawa tiada isu ‘double standard’ dalam menetapkan SOP dan penutupan masjid dilaksanakan. Sehubungan itu, tindakan terbaik masyarakat adalah dengan memastikan kebersamaan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Langkah pencegahan tersebut amat penting dalam memutuskan rantaian COVID-19. Justeru, menghindarkan diri daripada sebarang kemudaratan merupakan tuntutan agama berdasarkan firman Allah : Maksudnya: “Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan.” Surah al-Baqarah (195) ْ ل ُ َ ت َ و ِة َلا ك ُ ل ْ ه َىالت ِل ْإ ُم ِدي ْ ي َ أ ِ ُواب ق


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 60 Masjid sebagai Agen Pembentukan Rohani Masjid merupakan institusi yang penting dalam membangunkan masyarakat Islam. Peranan masjid sebagai agen untuk menyatukan masyarakat dan membantu menyelesaikan urusan mereka. Masjid yang benar-benar berfungsi akan memberikan banyak manfaat kepada masyarakat dalam pelbagai aspek seperti pembentukan kerohanian, keilmuan dan juga sebagai pusat rujukan serta khidmat kepada masyarakat. Bahkan fungsinya boleh dikembangkan sehingga kepada pengislahan ekonomi dan sosial (Siswanto, 2019). Oleh itu, masyarakat Islam bersetuju bahawa kekuatan rohani merupakan tonggak utama yang boleh didapati melalui pengimarahan aktiviti institusi masjid. Namun begitu, tatkala berlaku kekangan dan had minima untuk melaksanakan peranan tersebut sewaktu berhadapan pandemik COVID-19, masyarakat perlu memahami bahawa syariat menetapkan setiap kemudaratan itu perlu untuk dihindari dan dijauhkan. Banyak kaedah fiqh menurut Zuhaili (2006) yang menerangkan tentang perkara ini, antaranya: َ َ لا ض َ ر َ َر و َ لا ِ ض َ َر ار Maksudnya: "Tidak boleh memudaratkan diri sendiri dan tidak boleh menyebabkan mudarat kepada orang lain."


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 61 َ اض ر ُ ر ُ ي َ ز ُ ال Maksudnya: "Setiap kemudaratan mestilah dihilangkan." Sehingga kini program kuliah atau majlis ilmu secara dalam talian bukanlah perkara yang asing di negara kita. Sejak tahun 2000, banyak pembelajaran kuliah dan majlis ilmu berlangsung secara dalam talian (Harasim, Harrison & Stephen, 1996). Penyebaran majlis ilmu semakin rancak dan banyak melalui beberapa platform sosial seperti Facebook, Youtube, Twitter, Instagram dan sebagainya. Budaya taman ilmu secara atas talian semakin berkembang umpama cendawan tumbuh selepas hujan (Zakariya & Mohamad, 2013). Usai pengumuman PKP, pihak masjid telah mengambil inisiatif dengan merancang jadual kuliah secara dalam talian menerusi laman Facebook, Instagram, Youtube, Google Meet, Zoom dan sebagainya. Hikmahnya di luar jangkaan apabila penyampaian ilmu melalui kaedah tersebut diterima dengan sangat baik oleh para pendakwah dan umat Islam di samping meningkatkan imej komersial sebagai rumah ibadat (Sulaiman, 2020). Segala aktiviti kuliah masjid secara fizikal telah dipindahkan kepada atas talian oleh kebanyakan masjid mahupun surau. Hal ini menggambarkan bahawa institusi masjid dalam menghadapi pandemik COVID-19 telah


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 62 berusaha menyahut perintah memakmurkan masjid yang dinyatakan oleh Allah . Firman Allah : Maksudnya: "Sesungguhnya golongan yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi daripada golongan yang mendapat petunjuk." Surah al-Taubah (18) Dalam pada itu, aspek pembinaan kerohanian atau pembentukan nilai agama bagi setiap muslim bukan hanya boleh diterapkan melalui platform yang disediakan oleh institusi masjid atau surau sahaja. Bahkan, ia juga boleh dilakukan di rumah, tempat kerja, sekolah dan sebagainya. Justeru, waktu seperti inilah ruang dan peluang untuk kita membina kekuatan rohani bermula dari rumah bersama keluarga terdekat. َ َم َ أ َ ِ و ِم ِ ٱ ۡ َ ۡ َٱ ِ و ِ َ َ َا ۡ ء َ ِ َ ٱ ِ ٰ َ َ ُ ُ ۡ َ َ ِ إ ن َ َ أ ِ ـ َ ْ و ُ أ َ َ َ ۖ َ ٱ ِ َ إ ۡ َ ۡ َ َ َ و ة ٰ َ َ ٱ َا ء َ َ و ة ٰ َ ٱ َ ِ َ ۡ ُ ۡ َ ٱ ِ ْ ُا ُ َ


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 63 Terdapat pelbagai perkara dan aktiviti kerohanian yang boleh dilakukan bersama keluarga ketika di rumah. Antaranya menjadikan solat berjemaah pada setiap waktu solat sebagai satu rutin, berdoa dan membaca al-Quran bersama-sama, mendidik anak-anak dengan tazkirah, mengajar fardu ain kepada ahli keluarga dan lain-lain. Hal ini boleh meningkatkan kekuatan rohani dalam diri setiap orang. Pada masa yang sama, institusi kekeluargaan dapat diperkasakan dan diperkukuhkan (Drahman, Lubis & Hamzah, 2017).


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 64 Penutup Meskipun fungsi utama masjid sebagai tempat ibadah tidak dapat lagi dijalankan secara holistik sepanjang tempoh PKP, namun fungsi masjid yang lain masih dapat dijalankan dan disebarluaskan dengan lebih optimum. Oleh yang demikian, dengan adanya usaha pencegahan COVID-19, diharapkan ia dapat membuka ruang dan peluang semula kepada umat Islam untuk meneruskan aktiviti pengimarahan masjid dan surau berpandukan SOP dan norma baharu. Maka, dalam menghadapi pandemik COVID-19 dan tempoh PKP ini, benarlah firman Allah : Maksudnya: “Oleh itu, (tetapkanlah kepercayaanmu) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan), sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” Surah al-Syarh (5-6) ُ ۡ ًا ِ ۡ ُ ۡ َ ٱ َ ِن َ ا . ً ۡ ُ ِ ۡ ُ ۡ َ ٱ َ ِن إ


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 65 Rujukan Al-Suyuti, Abdul Rahman bin Kamal al-Din, Jalaluddin al-Misri. (1983). Al-Asybah wa al-Nazair (ed. 1). Beirut: Dar al-Kutub. Al-Zuhaili, Dr. Mustafa. (2006). Al-Qawaid al-Fiqhiyyah wa Tatbiqatiha fi al-Mazahib al-Arbi'ah (jld. 2). Dar al-Fikr. Arwa. (2020). Praying in Time of COVID-19: How World’s Largest Mosques Adapted. Al-Jazeera. Diakses pada 9 Mac 2021. Daripada https://www.aljazeera.com/news/2020/4/6/praying-in-time-ofCOVID-19-how-worlds-largest-mosques-adapted. Diterbitkan pada 6 April. Awang Nazaruddin bin Awang Drahman & Maimun Aqsha bin Abdin Lubis & Mohd. Isa bin Hamzah. (2017). Amalan Kerohanian Membentuk Disiplin Pelajar. Perspektif Risalah An-Nur. Berita Harian. (2020). WHO Isytihar Wabak COVID-19 Pandemik. Malaysia. Diakses pada 6 Mac 2021 daripada https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/03/664515/whoisytihar-wabak-COVID-19-pandemik. Diterbitkan pada 12 Mac. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. (2020). Soal Jawab Fiqh Covid 19. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Ibn Nujaim, Abdul Wahhab bin Taqiyuddin Ali al-Subki. (1999). Al-Asybah wa al-Nazair (ed. 1). Beirut: Dar al-Kutub. Kuriakose, S. (2020). Membuka Semula Ekonomi Dalam Normal Baharu. Sinar Harian. Kuala Lumpur. Diakses pada 9 Mac 2021, daripada https://www.sinarharian.com.my/article/82936/KHAS/Pendapat/Me membuka-semula-ekonomi-dalam-normal-baharu. Diterbitkan pada 11 Mei. Lora Jones, Daniele Palumbo & David Brown. (2021). Coronavirus : How the Pandemic has changed the World Economy. BBC News. Diakses pada


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 66 9 Mac 2021 daripada https://www.bbc.com/news/business-51706225. Diterbitkan pada 22 Januari. Najidah Zakariya & Abu Dardaa Mohamad. (2013). Media Sebagai Wasilah Dakwah. Jurnal al-Hikmah, 5. Ruzki, R. M. (2020). COVID-19 : Penangguhan Aktiviti di Masjid, Surau Perlu Diteruskan. Berita Harian. Putrajaya. Diakses pada 5 Mac 2021 daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/ 669201/COVID-19-penangguhan-aktiviti-di-masjid-surau-perluditeruskan. Diterbitkan pada 25 Mac. Sinar Harian. (2020). Penutupan Masjid, Surau Di Kawasan PKPD Bergantung Nasihat MKN, KKM. Butterworth. Diakses pada 6 Mac 2021 daripada https://www.sinarharian.com.my/article/95858/ BERITA/Nasional/Penutupan-masjid-surau-di-kawasan-PKPDbergantung-nasihat-MKN-KKM. Diterbitkan pada 9 Ogos. Siswanto, B. (2019). Peranan Masjid Dalam Membentuk Karakter Akhlak Muslim Mahasiswa Stsn. Jurnal Raden Fatah, 5(1). Teresa M.Harisson & Timothy Stephen. (1996). Computer Networking and Schorlaly Communication in the Twenty-First-Century-University. New York: State University Of New York. The World Bank. (2020,). The Global Economic Outlook During the COVID-19 Pandemic : A Change World. Diakses pada 8 Mac 2021 daripada https://www.worldbank.org/en/news/feature/ 2020/06/08/the-global-economic-outlook-during-the-COVID-19- pandemic-a-changed-world. Diterbitkan pada 8 Jun. Utusan Borneo. (2020). Institusi Masjid Laksana Fungsi Menerusi Online Semasa Tempoh PKP. Sabah. Diakses pada 6 Mac 2021 daripada https://www.utusanborneo.com.my/2020/05/ 02/institusi-masjid-laksana-fungsi-menerusi-online-semasatempoh-pkp. Diterbitkan pada 2 Mei.


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 67 PENGURUSAN IBADAH KETIKA PANDEMIK COVID-19 Al Hafiz bin Ishak Pengenalan Semasa mendepani pandemik COVID-19 terdapat pelbagai isu yang dibangkitkan oleh masyarakat. Antara isu hangat yang dibincangkan oleh rakyat Malaysia yang beragama Islam adalah isu yang berkaitan ibadah. Terdapat dua isu penting sepanjang COVID-19 melanda Malaysia iaitu penutupan rumah ibadat dan penjarakan saf.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 68 Penutupan Masjid dan Surau Mengimarahkan rumah Allah ialah salah satu daripada tanda keimanan kepada Allah dan hari akhirat. Firman Allah : Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi daripada golongan yang mendapat petunjuk.” Surah al-Taubah (18) Bahkan dalam sebuah hadis, Nabi memuji mereka yang berulang alik ke masjid sebagai seorang yang beriman. ِم ۡ َـــ ۡ َٱ ِ و ِـــ َ َـــ َا ۡ ء َـــ ِ َ ٱ َ ٰ ِ ـــ َ ُ ُـــ ۡ َ ـــَ ِ إ ِ َ إ َ ۡــ ۡ َــ َ َ و ة ٰ َــ َ ٱ َا ء َ َ و ة ٰ َ ــ َ ٱ َــم َ أ َ ِ و ِ ٱــ ْ ُا ُ َ َن َ أ ِ َ ْ و ُ أ َ َ َ ۖ َ َ ٱ ِ َ ۡ ُ ۡ َ ٱ ِ


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 69 Sabda Nabi dalam sebuah hadis daripada Abu Said al-Khudri : َ أ َ َار ِذ ْ إ م ُ ت ْ ان ِ َ م ْ ِ ِ الإ ب ُ ه َ ُوال َد ه ْ َاش َف ِجد ْ َس ُ ام َد َاه ع َ ت َ َ ُل َج ار Maksudnya: “Apabila kamu melihat seorang lelaki berulang alik ke masjid maka bersaksilah bahawa dia seorang yang beriman.” (Riwayat al-Tirmizi) Seorang muslim seharusnya melazimi masjid atau surau serta mendidik anak-anak untuk mengimarahkan rumah Allah . Pada hari ini masjid-masjid dan surau menganjurkan pelbagai aktiviti yang menarik seperti program-program ceramah agama dan aktiviti keagamaan lain. Masjid juga mendapat kedudukan yang mulia dalam Islam. Hal ini dibuktikan semasa peristiwa hijrah, perkara pertama yang dilakukan oleh Baginda Nabi ialah membina Masjid Nabawi. Tujuan masjid didirikan adalah sebagai pusat kemasyarakatan bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta tempat untuk menunaikan solat secara berjemaah. Namun, bagi mereka yang memiliki keuzuran untuk hadir ke masjid maka dimaafkan. Al-Nawawi (2009) menjelaskan dalam kitab al-Majmu’ bahawa terdapat beberapa keuzuran yang menjadi sebab gugurnya solat berjemaah, sama ada solat tersebut solat sunat atau solat yang wajib.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 70 Pada hari ini umat Islam seluruh dunia diuji dengan tersebarnya COVID-19 bermula dari awal Januari 2020. Namun kes ketika itu masih lagi terkawal. Sehinggalah pada 12 Mac 2020, siasatan lanjut mendapati bahawa kes ke-131 berpunca daripada peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling yang diadakan pada 27 Februari hingga 1 Mac. Kemudian pada 15 Mac 2020 kes meningkat dengan pertambahan sebanyak 190 kes dan kebanyakannya adalah berpunca daripada kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling (Berita Harian, 2020). Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap individu dan masyarakat untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dan mengelakkan diri dari tempat-tempat awam termasuk masjid agar orang yang sihat tidak dijangkiti. Perkara ini selari dengan hadis Rasulullah daripada Abu Hurairah : ّ ِصٍح ُ َى ل َ ع ٌ ِض ر ْ م ُ َن ِد ُور َ ي لا Maksudnya: “Janganlah yang sakit bercampur dengan yang sihat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Justeru, Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) telah mengadakan mesyuarat pada 15 Mac 2020, di Pulse Grande Hotel, Putrajaya. Keputusan muzakarah ini telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 71 Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Syah, Sultan serta Raja di negerinegeri bagi mendapatkan perkenan untuk tindakan selanjutnya. Hasil daripada muzakarah tersebut, MKI telah memutuskan bahawa semua aktiviti masjid dan surau termasuk solat berjemaah dan solat Jumaat ditangguhkan untuk tempoh selama sepuluh hari bermula 17 hingga 26 Mac 2020. Semasa tempoh ini, jawatankuasa masjid dan surau disarankan untuk melakukan operasi pembersihan dan penyahkuman. Pelanjutan atau penamatan tempoh sepuluh hari berkenaan tertakluk kepada nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) (JAKIM, 2020). Selaras dengan fatwa tersebut, Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin dalam perutusan khasnya mengumumkan penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk solat Jumaat semua masjid di Malaysia (Pejabat Perdana Menteri Malaysia, 2020). Keputusan fatwa mengenai penutupan masjid, tidak hanya berlaku di Malaysia bahkan badan-badan fatwa di peringkat dunia Islam juga mengeluarkan fatwa yang sama, antaranya ialah (Naqiudin, 2020): 1. Haiah Kibar Ulama’ Al-Azhar Al-Syarif 2. Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia (Ittihad Al-‘Alami Lil Ulama’ AlMuslimin) 3. Ketua Majlis Fatwa Syar’ie, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Syeikh Abdullah Bin Bayyah 4. Kementerian Waqaf Dan Hal Ehwal Islam Kuwait


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 72 5. Kementerian Hal Ehwal Agama Tunisia Dan Mufti Republik Tunisia, Syeikh ‘Uthman Battikh 6. Majlis ‘Ilmi Fiqhi, Kementerian Waqaf Syria Dan Kesatuan Ulama’ Syam 7. Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) Keputusan ini berdasarkan kaedah fiqh yang terkenal : ِة َ ح َ ْ ل َص ِام ب ٌ ُوط ن َ َ ِامم ُ الإم ف َ ر َص ت Maksudnya: “Tindakan seorang pemimpin terhadap rakyat, berdasarkan kepada kemaslahatan.” (Al-Syarwani, 1983) Keputusan yang dibuat untuk memberi kebaikan kepada orang ramai. Kaedah fiqh yang lain menyebut: ُ َال ز ُ ي ُ َر َ ر اض Maksudnya: “Kemudaratan itu perlu dihilangkan.” (Ibn Nujaim, 1999) Ketika masjid mengehadkan bilangan kehadiran jemaah termasuk solat Jumaat, terdapat keluhan daripada orang ramai yang sudah lama tidak ke masjid. Namun, rakyat Malaysia yang beragama


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 73 Islam perlu sedar bahawa masjid juga dilihat sebagai satu institusi yang melambangkan Islam itu sendiri. Selepas keadaan COVID-19 semakin terkawal, masjid dan surau mula dibuka secara berperingkat kepada sebilangan jemaah tertentu dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat. Pada 6 Jun 2020 kerajaan bersetuju untuk membuka kembali masjid-masjid selepas perkara ini diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dengan SOP yang telah disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti yang diputuskan oleh mesyuarat khas MKI kali ke-4 yang bersidang pada 30 April (Ibrahim, 2020). Oleh yang demikian, pengehadan jemaah yang dibenarkan untuk hadir solat berjemaah adalah bagi menjaga kesucian tempat ibadat umat Islam. Apabila masyarakat mula sedar tentang kepentingan SOP, maka tiada jangkitan baru bagi kluster masjid walaupun sebahagian negeri telah membenarkan jemaah untuk hadir ke masjid mengikut kapasiti masjid. Hal ini disebabkan oleh kepatuhan ahli jemaah masjid yang tinggi terhadap SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Penutupan masjid yang berlaku pada hari ini bukanlah suatu yang pertama kali berlaku dalam sejarah umat Islam. Ia juga pernah berlaku pada zamanzaman yang lepas, antaranya: 1. Al-Zahabi (1996) dalam penulisannya Siar al-A'lam al-Nubala, menyebut berkenaan peristiwa yang berlaku pada tahun 448H, telah


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 74 berlaku kemarau yang sangat dahsyat di Mesir dan di Andalus. Tidak pernah dicatatkan kemarau dan wabak yang lebih dahsyat daripada itu di Qordoba. Ketika tempoh itu, masjid-masjid telah ditutup tanpa ada yang solat di dalamnya. Tahun tersebut dinamakan dengan tahun kelaparan yang dahsyat. 2. Al-Maqrizi (1997) dalam penulisannya al-Suluk li Makrifah Duwal al-Muluk telah menceritakan tentang sebuah wabak yang amat dahsyat pada tahun 749H. Ketika wabak sedang melanda, majlis keraian dan kenduri kahwin dibatalkan, azan tidak lagi dilaungkan di kebanyakan masjid kecuali di masjid utama dengan laungan sekali azan sahaja dan tidaklah lahir seorang bayi pun pada masa wabak tersebut, melainkan akan mati selepas sehari atau dua hari. Penjarakan Saf Isu yang sering dibangkitkan berkenaan dengan ibadat ketika musim COVID-19 ialah kaedah penjarakan ketika solat. Ada segelintir pihak yang mendakwa bahawa perkara ini telah mengubah cara ibadat solat yang diajarkan oleh Baginda Nabi bahkan ada juga yang mendakwa ini merupakan agenda Yahudi dan sebagainya. Kesemua dakwaan ini tidak dibuktikan dengan jelas kebenarannya melainkan hanyalah sangkaan semata-mata. Perkara ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar yang berasaskan dalil dan bukti yang jelas. Hal ini bertepatan dengan hadis Nabi daripada Abu Hurairah :


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 75 َ ِءك ْ ر َ ِام َىب ف َ ك ِذ َ ِمع َ َاس ِ م ّ ُل ِ َ ب ِث ّ د َُ ْ ًاأن ب Maksudnya: “Memadai seseorang itu dianggap berdusta apabila dia menyampaikan setiap perkara yang didengarinya.” (Riwayat Muslim) Manakala dalam al-Quran, Allah memerintahkan hamba-Nya untuk memastikan kebenaran berita yang diterima. Firman Allah : Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman apabila sampai kepada kamu berita dari seorang yang fasik, periksalah kebenaran berita tersebut.” Surah al-Hujurat (6) Penjarakan solat ketika pandemik COVID-19 tidak bermakna ia mengubah solat. Penjarakan ini hanya bersifat sementara kerana terdapat sebab yang menghalang untuk dilaksanakan solat seperti biasa. Namun, jika suatu hari nanti penyakit berjangkit ini dihilangkan oleh Allah maka kita akan kembali solat berjemaah tanpa penjarakan seperti biasa. ْ ا ٓ ُ َ َ َ ٖ َ َ ِ ۢ ُ ِ َ ۡ ُ َ ء ٓ َ ِن إ ْ ا ٓ ُ َ َا َ ء ِ ٱ َ َ َ


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 76 Tidak ada yang menafikan bahawa solat dalam keadaan rapat adalah merupakan suatu yang dituntut oleh agama, sabda Nabi daripada Anas bin Malik : َ ْ أ م ُ َ وف ُ ُ ف واص ِم ت Maksudnya: “Sempurnakanlah saf-saf kamu.” (Riwayat Ahmad) Selain hadis perintah Nabi untuk merapatkan saf terdapat juga hadishadis lain yang memerintahkan untuk tidak memudaratkan diri mahupun orang lain. Antaranya hadis daripada Abdullah bin Abbas : َ َ ر َ ض َ لا َار َ ِ ضر َلا َو ر Maksudnya: “Tidak boleh memudarat diri atau orang lain.” (Riwayat Ibn Majah) Jika penjarakan tidak dilakukan, maka dikhuatiri akan menyebabkan kemudaratan kepada orang yang berdekatan. Merapatkan saf merupakan suruhan Nabi sebagaimana penjarakan saf untuk tidak memudaratkan orang lain.


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 77 Sebahagian lain mendakwa bahawa penjarakan solat ini tidak pernah dilakukan oleh Baginda Nabi . Namun, perlu diketahui bahawa sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Baginda Nabi tidak bermakna ia adalah haram. Para ulama meneliti dalil-dalil seperti al-Quran, hadis, ijmak mahupun qias untuk menentukan hukum dalam sesuatu perkara. Ibn Qudamah (1997) menyatakan bahawa sesuatu yang tidak dilakukan oleh Baginda Nabi tidak bermakna perkara tersebut ialah suatu yang dilarang. Abdullah bin Bayah (2018) dalam penulisannya bertajuk Masyahid min al-Maqasid menyebutkan bahawa perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi tidak bermakna perkara tersebut adalah haram, antaranya: 1. Nabi pernah meninggalkan sesuatu perkara harus seperti memakan Dhob (biawak padang pasir). 2. Nabi juga meninggalkan sesuatu perkara kerana takut perkara tersebut akan diwajibkan kepada umat. 3. Baginda meninggalkan sesuatu perkara kerana mengelakkan umatnya menyangka perkara tersebut termasuk dalam ibadat. 4. Kemungkinan juga Baginda meninggalkan sesuatu kerana perkara tersebut merupakan sesuatu yang sebaiknya ditinggalkan (khilaf aula) dan bukannya haram.


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 78 Di samping itu, terdapat juga larangan bagi orang yang dijangkiti penyakit berjangkit untuk bercampur dengan orang ramai. Diriwayatkan bahawa Umar bin al-Khattab pernah melihat seorang perempuan yang dijangkiti kusta mengerjakan tawaf di Baitullah, lalu beliau berkata: َ اس ْ الن ُ ِؤذي َ ت َلا ِت ِكو ْ َ ِيب ِديف ُ ع ْ ُ االله،ا ِ َ ة َ َاأم ي Maksudnya: “Wahai hamba Allah, duduklah kamu di rumah kamu dan janganlah kamu menyakiti orang ramai.” (Ibn Battal, 2005) Meskipun larangan Umar al-Khattab ialah memerintahkan wanita tersebut untuk duduk di rumah kerana boleh membahayakan orang ramai, namun pada hari ini dengan teknologi yang dimiliki mendapati bahawa penjarakan satu meter dapat mengelakkan daripada jangkitan virus COVID-19 kepada orang lain. Perkara ini seperti yang dijelaskan oleh KKM iaitu kadar kelajuan titisan cecair atau droplet dianggarkan 150km/j dan boleh tersebar antara satu hingga dua meter apabila bersin. Berdasarkan kajian saintifik terhadap virus yang menyerang saluran pernafasan sama seperti COVID-19, satu meter adalah jarak minima yang memadai tapi lebih dari itu adalah lebih baik. Secara asasnya kebarangkalian bagi individu yang tidak menjaga jarak berkemungkinan besar akan dijangkiti COVID-19.


IBADAH PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM 79 Jarak satu meter ini disokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan majoriti negara menggunakan jarak ini sebagai jarak minima untuk penjarakan sosial seperti China, Hong Kong, Denmark, Perancis termasuk Malaysia. Ada juga negara menetapkan jarak minima berbeza seperti Korea Selatan dengan jarak 1.4 meter, Australia, Jerman, Itali (1.5 meter), Amerika Syarikat (1.8 meter) dan UK, Kanada serta Sepanyol (2 meter). Kajian terbaharu yang dikeluarkan jurnal perubatan, The Lancet, menyatakan jarak satu meter sudah cukup untuk mengurangkan risiko jangkitan (KKM, 2020). Hukum berkaitan penjarakan solat berjemaah ini telah difatwakan oleh ramai tokoh dan ulama Islam di peringkat dunia seperti Fadhilah al-Syeikh Muhammad al-Hasan al-Dedew, Fadhilah al-Syeikh Prof. Dr. Husamuddin Bin Musa Muhammad Bin ‘Afanah, Fadhilah al-Syeikh Prof. Dr. Sultan al-Hasyimi dan Fadhilah al-Syeikh Dr. Ali Jumu'ah. Begitu juga dengan badan-badan fatwa di peringkat dunia, antaranya: 1. Dar al-Ifta’ al-Misriyyah 2. Majlis Fatwa United Arab Emirates (UAE) 3. Fatwa al-Lajnah al-Da’imah, Arab Saudi 4. Al-Majlis al-Islami li al-Ifta’ Palestin 5. Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia


PENGURUSAN COVID-19 DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM IBADAH 80 Resolusi Muzakarah Khas MKI kali ke-4 yang bersidang pada 30 April 2020 telah bersetuju dengan cadangan pelaksanaan Garis Panduan Solat Fardu dan Sunat Secara Berjemaah dalam Tempoh Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memperuntukkan jarak di antara imam dengan makmum adalah satu meter, begitu juga jarak di antara para makmum adalah satu meter (Pejabat Perdana Menteri, 2020). Penutup Semoga Allah mengangkat penyakit ini dengan segera agar dapat beribadah di masjid dan surau seperti sediakala. Ketika berhadapan dengan pandemik ini semua masyarakat perlu bekerjasama untuk menangani penularan wabak COVID-19 khususnya dalam penutupan masjid dan surau serta penjarakan saf dengan mengikut SOP yang ditetapkan. Selain itu, masyarakat juga boleh membantu pihak berwajib agar tidak menyebarkan berita palsu serta menghormati fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh badan-badan fatwa sama ada di Malaysia mahupun di peringkat dunia.


Click to View FlipBook Version