The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZUZILA MAT ZAINOL ABIDIN, 2023-03-20 09:00:35

BAHASA MELAYU _TINGKATAN 2

BAHASA MELAYU _TINGKATAN 2

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 1 NO. KANDUNGAN MUKA SURAT 1. DAFTAR ISI 1 2. PRAKATA 3 3. SENARAI NAMA PENGGUBAL MODUL 4 4. KITALAH JUARA (2-3) 6 5. MENAWAN SAMUDERA (4-5) 8 6. JUTAWAN SUKAN (6-7) 13 7. LAUTAN API KURENANGI! (8-9) 17 8. TANGAN YANG MENGGONCANG DUNIA (10-11) 20 9. BACAAN LUAS: MENYUSURI PULAU IMPIAN (12-13) 22 10. NUTRIEN UNTUK MINDA (16-17) 24 11. BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA (18-19) 27 12. EVOLUSI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (20-21) 30 13. MALAYSIA MEMBACA (22-23) 33 14. MEMBAWA DUNIA KE BILIK DARJAH (24-25) 36 15. KERJAYA DI AWAN BIRU (28-29) 39 16. SAKSI SENYAP RUNGKAI MISTERI (30-31) 42 17. DARI TITIK KE TITIK (32-33) 45 18. MENJULANG POTENSI DIRI (34-35) 47 19. HARAPAN SETINGGI GUNUNG (36-37) 49 20. SEMERAH ROZEL (44-45) 52 21. TERBAIK DARI KOLAM (46-47) 55 22. REALISASIKAN IMPIAN (48-49) 58 23. SERIKANDI BERJASA! (50 - 51) 60 24. SINAR BAHARU PENTERNAK JAYA (52-53) 63 25. PEMULIHAN, PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN (54-56) 67 26. RUMAH PASANG SIAP (58-59) 69 27. KHAZANAH HUTAN BAKAU (60-61) 71 28. KEK ANEKA RONA (62-63) 74 29. MENGHADAPI RINTANGAN (64-65) 76 30. MAJU DALAM INDUSTRI MUTAKHIR (66-67) 80 31. PEMULIHAN DAN PENGAYAAN (68-69) 83 32. MALAYSIA SYURGA MAKANAN (72-73) 87 33. TAHAN MENGHIJAU(74-75) 90 34. WARISAN DUNIA (76-77) 93 35. PELANCONG HIJAU (78-79) 103 36. POS KUALA MU (80 - 81) 108 37. PEMULIHAN, PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN (82 - 84) 109 38. MUAFAKAT KORPORAT (86-87) 114 39. JEBAK DIGITAL (88-89) 116 40. GERUH-GERAH BADAN AIR (90-91) 119 41. GEMA BELANTARA (92-93) 122 42. TENTANG BULAN (94-95) 126 43. RUMAH PUSAKA SUTAN MENGATAS (102-103) 130 44. DARAH SATERIA (104-105) 136 45. SEJARAH MENDEWASAKAN KITA (106 -107) 140 46. TEKSTIL WARISAN (108-109) 141 47. TERCATAT DALAM SEJARAH (110 - 111)) 146 48. BACAAN LUAS (112-113) 149 49. PEMULIHAN (114) 151 50. BUKAN SEBARANG SENIMAN (116-117) 152


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 2 NO. KANDUNGAN MUKA SURAT 51. IDENTITIKU (118-119) 156 52. AMALAN HIDUP BERMASYARAKAT (120-121) 158 53. MENU MALAYSIA DI SERATA DUNIA (122-123) 163 54. MISI KEMANUSIAAN (124-125) 165 55. PEMULIHAN, PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN (126-128) 167 56. TUKANG TULIS (130-131) 174 57. SASTERAWAN DARI UTARA (132-133) 178 58. BAHASA MURNI, WAJAH PERIBADI (134-135) 181 59. SASTERA UNTUK MASYARAKAT (136-137) 184 60. PENCINTA BAHASA (138-139) 189 61. BELANJAWAN DINAMIK (146-147) 191 62. MENDUNG BERALIH JUA (148-149) 195 63. TUNAIKAN TANGGUNGJAWABMU (150-151) 197 64. YAKIN, PASTI BOLEH! (152-153) 200 65. SIMPAN, LABUR, DAN UNTUNG (154-155) 207 66. PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN (156-157) 212 67. EKSPRESI DIRI (160-161) 217 68. ASIMILASI SENI (162-163) 220 69. INDAHNYA TERAPEUTIK (164-165) 222 70. DARI DAPUR BONDA (166 - 167) 224 71. HUTAN KECILKU (168-169) 227 72. PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN (170-171) 230 73. LUBUK AKAL, TEPIAN ILMU (174-175) 235 74. PATAH DAGU, BERTONGKAT PARUH (176-177) 237 75. KUASA GRAVITI (178-179) 240 76. PANORAMA DIORAMA (180-181) 245 77. PULAU 11 GELARAN (182-183) 248 78. IKRAR ANDA, HARAPAN MEREKA (190-191) 251 79. MITOS PERUBATAN (192-193) 253 80. VEKTOR PEMBAWA PENYAKIT (194-195) 256 81. DEBU-DEBU DI UDARA (196-197) 259 82. MARAH, JANGAN ENGKAU MARAH (198-199) 261 83. PEMULIHAN DAN PENGAYAAN (200-201) 263 84. BAHASA ALAM (204-205) 268 85. FUTURIS (206-207) 272 86. HARGA TEKNOLOGI (208-209) 275 87. MAKAN SAINS, TIDUR SAINS (210-211) 281 88. INOVASI 5G (212-213) 283 89. BACAAN LUAS (214-215) 285 90. BELIA POSITIF, TERSERLAH WIBAWA (218-219) 288 91. MARI MENGUNDI (220-221) 292 92. PEMIMPIN BERKESAN, PENCETUS KEJAYAAN (222-223) 294 93. KECINDAN PEMIMPIN (224-225) 298 94. MUAFAKAT SERANTAU (226-227) 301 95. PENILAIAN 1 (38 - 42) 307 96. PENILAIAN 2 (96 - 100) 320 97. PENILAIAN 3 (140 - 144) 331 98. PENILAIAN 4 (184 - 188) 338 99. PENILAIAN 5 (228 - 232) 352


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 3 PRAKATA Puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana atas limpahan rahmat dan kurnia-Nya, modul ini dapat dihasilkan. Secara peribadi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada cikgu Badrol Hisham bin Ibrahim selaku pentadbir utama grup BM SPM kerana memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya dalam usaha menyelaraskan pembinaan modul ini. Saya menyedari bahawa terlaksananya tugas menyiapkan modul ini hasil daripada bantuan dan sumbangan ahli-ahli dalam Telegram Guru BMSPM. Kumpulan yang diwujudkan ini merupakan medan untuk guru-guru berkongsi ilmu, pengalaman dan bahan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Dengan bantuan teknologi media sosial Telegram ini, kerjasama secara maya dalam penghasilan modul Bahasa Melayu dapat dilaksanakan. Penggubalan modul ini merupakan satu usaha murni kumpulan Telegram Guru BMSPM bukan sahaja untuk manfaat ahli-ahli kumpulan malahan untuk faedah semua guru Bahasa Melayu di tanah air kita ini. Antara objektif penyediaan Modul Sokongan Buku Teks Tingkatan 4 adalah seperti berikut: 1. Membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan guru dan murid. 2. Menyediakan bahan sokongan PdPc yang sistematik berdasarkan buku teks. 3. Membina item pengujian yang sesuai berdasarkan konstruk pentaksiran dan penilaian. 4. Menyemarakkan perkongsian pintar sesama ahli grup. Penubuhan kumpulan Telegram Guru BMSPM ini mempunyai matlamat untuk saling membantu dan meringankan tanggungjawab mendidik anak-anak murid. Guru-guru dalam kumpulan ini tidak lokek ilmu dan membantu dari segi pengalaman dan kepakaran mereka. Banyak bahan yang dikongsi yang memberikan kebaikan kepada semua guru Bahasa Melayu. Saya mewakili para pentadbir kumpulan Telegram Guru BMSPM menyeru agar ahli-ahli sudi untuk meluangkan masa, bersama-sama memerah pemikiran dan tenaga dalam usaha untuk membuat modul-modul bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu khasnya bagi tingkatan 4 dan 5. Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah banyak membawa perubahan dari segi format pentaksiran. Selain itu, kehadiran pandemik Covid-19 juga merupakan satu cabaran kepada para pendidik untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR). Oleh sebab itu, pendekatan dan penambahbaikan perlu dilaksanakan sama ada dalam pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka atau dalam talian agar memenuhi keperluan kurikulum dan juga suasana baharu. Dalam mengendalikan penghasilan modul ini, sokongan daripada guru-guru yang bersama dalam kumpulan ini amat dihargai. Mereka memberikan komitmen walaupun dalam kesibukan kerjaya di tempat bertugas masing-masing. Modul yang anda tatap sekarang ialah Modul Sokongan Buku Teks Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4. Insya-Allah, selepas ini akan menyusul Modul Soalan Berformat SPM berdasarkan tema Buku Teks Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4. Saya sangat memahami bahawa modul yang telah dihasilkan ini tidaklah sempurna. Oleh sebab itu, saya amat mengalu-alukan teguran dan kritikan membina. Sila kemukakan sebarang teguran anda melalui Telegram menerusi nama pengguna @rose_6631. Sebarang idea untuk pembinaan modul bagi memenuhi keperluan guru-guru Bahasa Melayu tingkatan 4 dan 5 amat dihargai. Semoga sumbangan kami yang sedikit ini memberikan manfaat kepada guru-guru dan murid-murid. Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada para penggubal Modul Sokongan Buku Teks Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4 ini. Roosezah binti Sabri Pentadbir Telegram Guru BMSPM SMK Sungai Manik 36000 Teluk Intan, Perak.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 4 NO. NAMA PARA PENGGUBAL MODUL TEMPAT BERTUGAS 1. AFSIAH BINTI ABDUL RACHMAN SMK KUHARA, TAWAU, SABAH 2. ARBAIYAH BINTI MOHD SAMSI SMA SHAMSUDDINIAH, TANGKAK, JOHOR 3. AZILAH BINTI AJIB SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM, KUALA KANGSAR, PERAK 4. DANIEL TIEW TUTOR 5. DULIJAH BINTI JALINU SMK MERU, KLANG, SELANGOR 6. EVA SORNAM GUNASEGARAN SMK TENGKU AMPUAN JEMAAH, KLANG, SELANGOR 7. FADZILAH BINTI SANDARI SMK DATO’ ABDUL RAHMAN ANDAK, SPG RENGGAM, JOHOR 8. FAIZA RAHILA BINTI ISMAIL SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR 9. FAIZAH BINTI MOKHTAR SMK GOMBAK SETIA, SELANGOR 10. HARLIANA BINTI MOHD ARIFIN SMK AGAMA TUN AHMADSHAH, KOTA KINABALU, SABAH 11. HASANAH BINTI SHAHIDAN SMK TAMAN PANGLIMA, ASSAM KUMBANG, TAIPING, PERAK 12. HASLINDA BINTI ROSLE SMK BAYAN LEPAS, PULAU PINANG 13. HAYATI BINTI MOHAMED SMK DATO ABDUL RAHMAN YAAKUB, BOTA, PERAK 14. JOEY TAN BERSARA 15. KAREN LING ENG SMK LANANG, SIBU, SARAWAK 16. KHADIJAH BINTI AHMAD SM TAHFIZ AL-QURAN CHENDERAH, JASIN, MELAKA 17. LATIFAH BINTI HJ. SANI SMK KUHARA, TAWAU, SABAH 18. LATIFAH BINTI TARKEP SMK AGAMA JOHOR BAHRU, JOHOR 19. LETCHUMY A/P SUBRAMANIAM SMK BANDAR PUTRA, SEGAMAT, JOHOR 20. LIAW KON YIN@NURISMAH LIAW SMK TAMAN RIA, TUARAN, SABAH 21. MARIAH BINTI ABDUL HAMID SMK SELAMA, KEDAH 22. MASJURAIQAIS BIN CHE SOH MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS, SANDAKAN, SABAH 23. MASNI BINTI KARATE SMK ABU BAKAR AL-BAQIR, BAGAN SERAI, PERAK 24. MASTURA BINTI MAT HASSAN SMK (P) METHODIST, KUANTAN, PAHANG 25. MASZAIRIANI BINTI ZAINAL SM ARAB JAIM ASSYAKIRIN, SELANDAR, MELAKA 26. MAZNAH BINTI HASSAN SMK KUNAK JAYA, KUNAK, SABAH 27. MEGANATHAN LACHIMANAN SMK SUNGAI KARANGAN, KULIM, KEDAH 28. MOHAMAD YUSUF BIN OMAR KOLEJ VOKASIONAL TELUK INTAN, PERAK 29. MOHAMMAD FAIZAL BIN MAT YUSOFF SM WESLEY METHODIST, SENTUL, KUALA LUMPUR 30. MOHD FAHDELI BIN ISA SMT KUANTAN, KUANTAN, PAHANG 31. MOHD MAULANA BIN MASBOR SMK DATO’ IBRAHIM MAJID, SIMPANG RENGGAM, JOHOR 32. MOHD RIFQI BIN ISMAIL SMK TUNKU ANUM TUNKU ABDUL RAHMAN, KEDAH 33. MOHD SYAHMIRZA ABDULLAH SMK METHODIST, SIBU, SARAWAK 34. MOHD. ZUJIMAN BIN ABAS SMK HORLEY METHODIST, TELUK INTAN, PERAK 35. NAFIZAH BINTI ABD. WAHAB SMKA DATO’ HJ ABU HASSAN HJ SAIL, PEDAS, N.SEMBILAN 36. NIK ANITA BINTI NIK AB. MAJID SMK PAYA RUMPUT, MELAKA 37. NIK SHARIFAH BINTI NIK MOHD YUSOFF SMK MAXWELL, KUALA LUMPUR 38. NOOR FARIDAH BINTI BERAHIM SMK BUKIT SENTOSA 2, RAWANG, SELANGOR 39. NOOR HUZAIMAH BINTI TAMIT SMKA SIBU, SIBU, SARAWAK 40. NOORAZIAH BINTI ABDULLAH SMK TAMAN EHSAN, KEPONG, SELANGOR 41. NOR HASLIZA BINTI HASSAN SMK TAMAN SELAYANG, SELANGOR 42. NOR SHAYAUMIL QHAIRIL EEMANN BIN MUHAMMAD NOR SMU (A) TARBIAH ISLAMIAH, KELANTAN 43. NORAINI BINTI ISMAIL SMK (P) SULTAN ABU BAKAR, MUAR, JOHOR 44. NORAZAH BINTI AHMAD @ WAHAB SMK MAHMUD, RAUB, PAHANG 45. NORLIZA BINTI HUSIN SMK PERIMBUN, CHERAS, SELANGOR 46. NORSHAHIRAH BINTI NOR AZMAN SHAH SMK SERI MULIA, KUALA LUMPUR 47. NORTABSHIAH BINTI KAMARUZZAMAN SMK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG, SELANGOR 48. NORWAHIDA BINTI KANARI SMK TOK PERDANA, SITIAWAN, PERAK 49. NUR ZULAIKHA BINTI ABU BAKAR SMK SEMOP, DARO, SARAWAK 50. NURJANNAH BINTI YASUNI SMK SENTOSA, KAMPAR, PERAK 51. NURUL AINA BINTI ABU SOHOT SMK ABDUL RAHMAN TALIB, TELUK INTAN, PERAK 52. NURUL AKMAH BINTI ISMAIL MAKTAB TENTERA DIRAJA, KEM SUNGAI BESI, KL 53. NURUL ANIZA BINTI PAIMAN SMK PADUKA TUAN, SEGAMAT, JOHOR 54. RICHARD IGNACY SMK ALANG ISKANDAR, BAGAN SERAI, PERAK


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 5 55. ROHANI BINTI SARBINI SMK HAJAH LAILA TAIB, SAMARAHAN, SARAWAK 56. ROOSEZAH BINTI SABRI SMK SUNGAI MANIK, TELUK INTAN, PERAK 57. RUSLIDA BINTI ABDUL RAHMAN SMK TAMAN FOREST HEIGHTS, SEREMBAN, N.SEMBILAN 58. RUZITA BINTI KIMIN SMK BANDAR BARU UDA, JOHOR BAHRU, JOHOR 59. SAHARUDDIN BIN ABDULLAH SMK SIJANGKANG JAYA, BANTING, SELANGOR 60. SALAWATI BINTI KEMAN SM TEKNIK, KUALA LUMPUR 61. SITI FAIRUS BINTI AHMAD SMK KELAPA SAWIT, KULAI, JOHOR 62. SITI FATIMAH BINTI HAMAT SMK PEDU, KUALA NERANG, KEDAH 63. SITI KHAINORLIZA BINTI MOHD NORDIN SAM BAGAN TERAP, SUNGAI BESAR, SELANGOR 64. SITI NORULYANI BINTI MD ZIM SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA, SELANGOR 65. SITI ROHANI BINTI MAT NOR SMK AGAMA KUALA LUMPUR 66. SITI SUHAILA BINTI IBRAHIM SMKA DATO’ HJ ABU HASSAN HJ SAIL, PEDAS, N.SEMBILAN 67. SUHAINI BINTI YUSOFF SMK BUYONG ADIL, TAPAH, PERAK 68. SUHANARIYAH BINTI SUGIMAN SMK JUGRA, BANTING, SELANGOR 69. SULEHA BINTI ISNIN SMK TUN MAMAT, TANGKAK, JOHOR 70. SURIYATI BINTI AHMAD SMK TUNKU ABDUL RAHMAN, KUCHING, SARAWAK 71. SUSILAYATI BINTI EHWAN SMK PUTERI WILAYAH, KUALA LUMPUR 72. SUZANAH BINTI ALWI SMK MERU, KLANG, SELANGOR 73. TAN CHAI LONG ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN 74. TENGKU ZAINURIANI BINTI TENGKU PUTEH SMJK NAN HWA, SITIAWAN, PERAK 75. THOO KIM FAH SMK CHUNG HUA, MIRI, SARAWAK 76. TUAN JAMIL BIN TUAN MUHAMMAD SMK DATO’ AHMAD MAHER, KOTA BHARU, KELANTAN 77. VOON TZE MING SMK PUJUT, MIRI, SARAWAK 78. WONG HIE LING SMK SEKSYEN 1 BANDAR KINRARA, SELANGOR 79. YII MEE HUA SMK BUKIT LIMA, SIBU, SARAWAK 80. ZAINON BINTI KHALID SMK TAMAN SERI RAMPAI, KUALA LUMPUR 81. ZALILAH BINTI MOHAMAD SMK SELAMA, KEDAH 82. ZAMZURITA @ ROSNI BINTI AB. RAHMAN SMK TAN SRI MOHAMED YAACOB, TANAH MERAH, KELANTAN 83. ZARINA BINTI HUSSAIN SMT KUANTAN, KUANTAN, PAHANG 84. ZARINA BINTI TAJOL ARUS SMK BANDAR BARU PUTRA, IPOH, PERAK 85. ZUREE ZURAINEE BINTI ABD RAHIM SEKOLAH SERI SURIA, HULU LANGAT, SELANGOR 86. ZURIDA BINTI JAFFAR SM SRI KDU, PETALING JAYA, SELANGOR


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 6 TEMA 1 - MEREALISASIKAN IMPIAN KITALAH JUARA! (HALAMAN 2 - 3) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan jelas dan betul. AKTIVITI 1 - Imbas QR code dan mendengar lagu pasukan sorak. Persembahkan mengikut kreativiti anda. 1. Imbas QR (halaman 2) dan dengar lagu pasukan sorak. 2. Kemudian sila jawab soalan-soalan di bawah ini. a) Anda telah mendengar lagu sorak Rumah Suria, Rumah Segara,Rumah Buana dan Rumah Purnama. Berdasarkan lagu tersebut, cari maksud peribahasa dan rangkai kata berikut: i. Pantang kalah : Tidak mahu menyerah ii. Putih tulang jangan putih mata : Lebih baik mati daripada menanggung malu iii. Usaha tangga jaya: Seseorang itu perlu berusaha dengan gigih untuk menempa kejayaan iv. Bangkit semula: Bangun kembali v. Onak dan duri: Cabaran dan dugaan vi. Bak kesateria gagah berani: Seperti pahlawan yang perkasa vii. Bisa berlari di lautan berapi: Dapat mengharungi bahaya viii. Bagai aur dengan tebing: Saling bekerjasama ix. Jikalau takut dilambung ombak: Sekiranya takut akan risiko,jangan dekati bahaya x. Diam seribu bahasa: Tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun xi. Bunga bangsa : Orang yang berjasa kepada negara AKTIVITI 2 - Kemukakan pendapat anda tentang pasukan sorak. Pasukan sorak atau cheerleading merupakan satu aktiviti fizikal dalam satu kumpulan yang melibatkan sorakan sambil melakukan gerakan agresif seperti lompatan, lambungan, tarian dan sebagainya. Kita biasanya akan melihat pasukan sorak ini menghiasi kejohanan sukan bagi memberikan laungan semangat kepada para atlet yang bertanding. Jadi secara tidak langsung peranan pasukan sorak tidak boleh dipandang sepi. Pada pendapat saya,kepentingan pasukan sorak ialah :


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 7 a) memberikan semangat kepada atlet yang mewakili pasukan yang bertanding. b) meningkatkan semangat berpasukan dalam kalangan penyokong. c) mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penyokong. AKTIVITI 3 - Cipta sorakan untuk rumah sukan anda dan persembahkannya. Lirik lagu sorakan rumah sukan (ikut kreativiti) Tajuk : Saga Sang Wira (menggunakan muzik lagu Keluang Man) Saga .… Memang kamilah perwira Menjadi sang juara Dalam aneka acara Dengan kelajuan Langkah pergerakannya Menewaskan lawan Yang memberi cabaran Saga sang juara...


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 8 MENAWAN SAMUDERA (HALAMAN 4 - 5) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.1.1 Membaca teks syarahan dan pidato dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang wajar. AKTIVITI 1 - Baca syarahan dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang wajar. (Rujuk petikan Kepentingan Sukan Air - ms 4 - 5). Uji dengan soalan pemahaman berdasarkan petikan syarahan Kepentingan Sukan Air. 1. Berdasarkan bahan karangan syarahan Kepentingan Sukan Air, berikan maksud “jangka hayat perenang” ( perenggan ke-3, baris 21). Maksud jangka hayat perenang ialah tempoh masa penyelam. 2. Merujuk bahan karangan, apakah kepentingan Sukan Air? - kekal sihat - memiliki berat badan yang ideal - memupuk nilai-nilai murni. 3. Kebanyakan sukan air memerlukan stamina, kecergasan fizikal, dan kecerdasan mental sekali selain kemahiran khusus tentang sukan tersebut. Pada pendapat anda, apakah aspek yang perlu dititikberatkan apabila melibatkan diri dalam sukan air? - kemahiran menggunakan peralatan sukan air - peserta perlu mematuhi arahan yang diberikan. - aspek keselamatan. 4. Pada suatu hari, anda terbaca satu iklan tentang penyertaan sukan air di peringkat sekolah. Sebagai seorang individu yang berjiwa sukan, bagaimanakah anda dapat menarik minat rakan-rakan dalam menyahut seruan untuk meningkatkan mutu sukan di sekolah? - sebagai seorang rakan, saya akan mendedahkan kepentingan sukan air kepada rakanrakan. - saya juga akan sentiasa memberi dorongan dan kata-kata semangat kepada rakan untuk mencuba sukan air ini. - saya akan menghulurkan bantuan tunjuk ajar jika diperlukan oleh rakan-rakan dalam latihan sukan air ini. - saya akan bersikap positif / bersifat terbuka menyokong rakan saya jika terlibat dengan sebarang aktiviti di sekolah.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 9 ASPEK TATABAHASA SP: 5.1.1 - Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal dan kata majmuk dengan betul mengikut konteks. AKTIVITI 2 - Kenal pasti bentuk kata tunggal dan kata majmuk. Kemudian menggunakan mengikut konteks. (Rujuk ms 233 untuk senarai kata tunggal dan kata majmuk) (TATABAHASA DEWAN – halaman 61-68 Kata Tunggal, halaman 73-75 Kata Majmuk) 1. Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal. 2. Dua jenis kata tunggal (i) kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata (ii) kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih 3. Terdapat kata tunggal yang tidak pernah menerima apa-apa imbuhan seperti itu, ini, situ , sana namun kebanyakan kata tunggal dalam bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluas dan menjadi bentuk terbitan. KATA MAJMUK 1. Proses pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. 2. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. 3. Kata majmuk dipisahkan kepada tiga kelompok: (i) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas • gambar rajah, alat tulis, bandar raya, tengah hari, kapal terbang, terima kasih, merah muda • termasuk gelaran – Perdana Menteri, Naib Canselor, Raja Muda, Setiausaha Politik (ii) Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus • hak milik, pita suara, darah panas, kemas kini, cari gali, reka bentuk, garis pusat, lut sinar (iii) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan iaitu simpulan bahasa • kaki ayam, anak emas, berat tangan, duit kopi, makan angin, pilih kasih, buta hati KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannnya sudah mantapbdan dianggap satu perkataan yang utuh walaupun bentuk kata tersebut mengandungi dua kata dasar. Perkataan itu dieja satu perkataan. 1. antarabangsa (Apek) 9. pesuruhjaya (perempuan) 2. beritahu (bawa) 10. sukarela (suka) 3. bumiputera (bakul) 11. suruhanjaya (senyum) 4. jawatankuasa (jalan) 12. setiausaha (senyum) 5. kakitangan (kiri) 13. tanggungjawab (tak) 6. kerjasama (kanan) 14. tandatangan (tentu) 7. matahari (macam) 15. warganegara (waktu) 8. olahraga (orang)


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 10 CONTOH AYAT KATA TUNGGAL 1. Bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan mampu meringankan beban para peniaga kecil yang terkesan akibat pandemik COVID-19. 2. Ramai penonton bersorak dan memberikan tepukan gemuruh kepada para peserta acara lari dalam guni yang semakin hampir ke garisan penamat. 3. Pergerakan badan dengan cara mendaki, memanjat dan menurun bukit merupakan aktiviti terbaik bagi meningkatkan stamina badan serta merehatkan minda. 4. Seluruh rakyat Malaysia hendaklah mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini agar negara akan segera bebas daripada ancaman virus berbahaya ini. CONTOH AYAT KATA MAJMUK 1. Pemilik resort itu menawarkan selam skuba sebagai aktiviti utama dalam tempoh percutian kepada setiap pelancong. 2. Pelanggan dinasihati menempah lebih awal kerana aktiviti luncur udara bergantung kepada cuaca semasa. 3. Ayah membina luncur air sepanjang satu kilometer di tanah peninggalan arwah nenek. 4. Sukan luncur jet menuntut pengguna untuk mengenakan jaket keselamatan. AKTIVITI 3 - Terokai maklumat lanjut tentang kepentingan sukan air kepada negara dan persembahkannya dalam bentuk syarahan. PENGENALAN SUKAN AIR Sebagaimana yang diketahui umum bahawa 75% kawasan dunia diliputi air. Pada zaman dahulu, penempatan manusia terletak di pinggir laut atau sungai. Hal ini disebabkan manusia memerlukan air untuk kegunaan harian dan bercucuk tanam. Kemudian, sungai dan laut dijadikan jalan perhubungan yang dikenali sebagai jalan air. Di negara kita, keadaan yang sama berlaku. Bandar-bandar yang awal kebanyakannya terbina di pinggir laut atau di muara-muara sungai. Semua masyarakat di dunia menggunakan jalan air. Sejak zaman dahulu kala lagi jalan air telah menjadi jalan utama. Pengangkutan air merupakan pengangkutan kedua terpenting selepas pengangkutan darat. Nenek moyang kita telah menggunakan jalan air ini untuk berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan alat pengangkutan purba. Jalan air yang paling popular digunakan pada zaman dahulu ialah sungai. Sungai-sungai ini berperanan menghubungkan kawasan hulu dan hilir. Orang Melayu pada zaman dahulu menggunakan rakit, perahu dan sampan. Mereka akan berdagang ke kawasan-kawasan lain menggunakan sampan dan rakit. Mereka menghilir ke muara-muara sungai yang besar. Orang Melayu zaman dahulu akan menjual barangan mereka kepada pedagang-pedagang di muara-muara sungai tersebut. Antara alat pengangkutan air yang dicipta oleh orang zaman dahulu ialah rakit. Rakit masih digunakan sehingga ke hari ini di daerah- daerah pedalaman. Seterusnya pengangkutan yang lebih sempurna daripada rakit ialah perahu.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 11 Perahu dibuat daripada kayu cengal. Kayu cengal diperoleh di kawasan hutan hujan tropika. Di negara ini terdapat perahu-perahu seperti Perahu Payang, Perahu Kolek, Kolek Gelibat, Kolek Kueh, Perahu Bedor, Perahu Dogol dan Perahu Jalaror. Sejak dahulu lagi manusia mengetahui air sebagai sumber pengangkutan yang paling mudah. Namum begitu, terdapat empat peringkat yang terpaksa dilalui sebelum penggunaan enjin diperluaskan. Antaranya: i) Mengikut aliran sungai. ii) Menggunakan tenaga. iii) Tiupan angin. iv) Enjin. KEPENTINGAN SUKAN AIR Dalam tempoh RMKe-9, pembangunan sukan diberikan perhatian. Pembangunan sukan akan menekankan kepada penambahbaikan institusi dan organisasi untuk meningkatkan profesionalisme dan menggalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan. Selain sukan di darat dan sukan bermotor, sukan air harus dititikberatkan. A. Memperkukuh jentera sukan negara dan keupayaan institusi persatuan sukan air untuk menggalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan air. Sektor swasta digalakkan untuk melengkapi usaha kerajaan dalam menyediakan kemudahan sukan dan rekreasi di kawasan yang akan dibangunkan untuk tujuan kediaman, komersil dan perindustrian. Satu rancangan jangka panjang mengenai penyediaan dan pengurusan kemudahan sukan dan rekreasi oleh sektor awam dan swasta akan digubal. Di samping itu, perkongsian dengan sektor swasta akan dipergiat bagi membantu usaha mengenal pasti bakat muda serta menyedia peluang yang lebih kepada generasi muda menyertai aktiviti sukan air. B. Membangunkan budaya kesukanan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui pelaksanaan pelbagai program sukan air. Pelbagai program sukan dan aktiviti rekreasi berkaitan sukan air akan dianjurkan untuk terus meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan. Sebagai sebahagian usaha untuk menggalakkan penyertaan yang lebih ramai dalam aktiviti sukan, beberapa kemudahan sukan sedia ada di peringkat negeri dan daerah akan dinaik taraf. C. Senjata baharu pelancongan Kebelakangan ini, kebanyakan belia menggilai sukan air yang lasak seperti meluncur air. Pelibatan mereka dalam pertandingan sukan air antarabangsa dapat menarik perhatian negara luar. Nama negara kita akan harum sekiranya wakil sukan air negara kita memperoleh johan. Secara tidak langsung, nama dan tempat menarik negara kita akan menjadi terkenal dan sektor pelancongan dibangunkan.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 12 D. Menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat melalui sukan dan rekreasi. Program baharu yang berasaskan kekuatan dan ketahanan yang boleh menarik penyertaan lebih ramai dalam kalangan belia akan diperkenal. Bagi mempromosi manfaat mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan orang ramai, lebih banyak program kesedaran seperti kempen, program pendidikan kecergasan dan kalistenik di tempat kerja dan taman awam akan diteruskan. Program gaya hidup aktif akan diteruskan bagi membolehkan belia terutamanya di peringkat akar umbi menyertai acara sukan. Di bawah program ini, semua aktiviti sukan termasuk sukan bermotor, sukan air dan sukan udara akan digalakkan dengan sokongan sektor korporat melalui penajaan mereka. Program dan aktiviti ini akan menyumbang kepada pertumbuhan industri sukan. Sumber: http://sukanairhs20.blogspot.com/2012/04/dsasdh.html 1. Murid diminta menyediakan teks syarahan berdasarkan maklumat yang diberikan. 2. Murid mempersembahkan syarahan dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang wajar.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 13 JUTAWAN SUKAN (HALAMAN 6 - 7) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.1.1 Menulis untuk membina ayat dengan membezakan makna kata, istilah, maksud rangkai kata, dan ungkapan dengan betul mengikut konteks. AKTIVITI 1 - Analisis maklumat dalam bahan dan kenal pasti kata, istilah, rangkai kata, dan ungkapan dengan betulnya mengikut konteks. AKTIVITI 2 - Bina ayat bagi membezakan makna kata, istilah, rangkai kata dan ungkapan dengan betulnya mengikut konteks yang berbeza. 1. Kementerian Belia dan Sukan telah mengiktiraf e-sukan sebagai satu sukan yang kompetitif di peringkat global. 2. Atlet sukan itu telah memenangi anugerah Olahragawan Terbaik pada tahun 2020. 3. Permainan video banyak disertai oleh para remaja untuk memenuhi masa lapang mereka. Bil Kata / Istilah / Rangkai kata Maksud 1 e-sukan sukan elektronik 2 atlet orang yang giat dalam lapangan sukan, ahli sukan 3 permainan video permainan interaktif bagi komputer atau mesin permainan berkomputer yang memerlukan kemahiran, kecekapan bertindak dan strategi bermain. Pemain biasanya bermain dengan menggunakan peranti pemilih seperti kayu bidik, bola jejak atau butang untuk mengawal objek paparan grafik. 4 peraturan pertandingan segala yang telah ditentukan dan mesti diturut dalam perlumbaan atau persaingan untuk mencapai kejayaan. 5 semangat kesukanan kemahuan untuk melakukan sesuatu dalam hal-hal yang berkaitan dengan sukan. 6 misi utama tugas khusus yang merupakan tanggungjawab yag penting sekali bagi seseorang atau sesuatu kumpulan 7 peminat orang berminat terhadap sesuatu, penggemar 8 pendapatan yang lumayan hasil pencarian yang agak banyak 9 mengharumkan nama negara menyebabkan mendapat nama baik bagi kumpulan masyarakat yang mendiami sesuatu kawasan 10 kriteria ukuran untuk menentukan nilai sesuatu sama ada baik atau buruk / ciri


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 14 4. Peserta telah diberikan taklimat mengenai peraturan pertandingan satu jam sebelum pertandingan dimulakan. 5. Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para penyokong Johor melalui lagu Ale-Ale Malaysia membuatkan suasana stadium itu meriah. 6. Misi utama saya adalah untuk mendapatkan kecemerlangan dalam bidang akademik bagi mencapai masa depan yang cerah. 7. Peminat Neelofa sangat teruja apabila artis kegemaran mereka itu berkahwin dengan PU Riz. 8. Dalam suasana ekonomi yang sangat mencabar ini, kita perlu lebih berusaha dengan gigih bagi meraih pendapatan yang lumayan. 9. Amalina Che Bakri telah mengharumkan nama negara kerana telah bergelar doktor pakar bedah pada usia yang sangat muda. 10. Antara kriteria yang perlu dipatuhi untuk memohon jawatan dalam bidang ketenteraan ialah mempunyai kecergasan fizikal yang baik. AKTIVITI 3 - Terokai maklumat lanjut tentang e-sukan dan tulis laporan. LAPORAN MENGENAI BIDANG e-SUKAN di MALAYSIA Bidang e-Sukan merupakan salah satu arena yang mendapat sambutan yang hangat dan meningkat dalam tempoh yang pendek sahaja. Melihat potensi dalam bidang e-Sukan yang dapat menawarkan pertandingan kompetitif bertaraf antarabangsa yang mampu memberikan manfaat kepada belia dan negara, Malaysia dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membantu dalam pembangunan e-Sukan di Malaysia. Permainan ini semakin digemari oleh para remaja dan anak muda apatah lagi bidang ini mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan. Menurut menteri KBS, Pelan Strategik Pembangunan e-sukan telah mendapat suntikan dana daripada kerajaan sebanyak RM20 Juta melalui Bajet 2020 yang berlangsung tidak lama dahulu. Beliau juga berharap dana ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan pembangunan e-Sukan di tanah air. Objektif utama KBS adalah melahirkan atlet dalam kalangan belia yang profesional dan kompetitif di setiap peringkat dan bercadang untuk menganjurkan sistem liga bagi e-sukan. Dengan usaha tersebut, mereka yakin dapat mencari atlet yang berdaya saing untuk membentuk pasukan baharu bagi mewakili Malaysia di pentas antarabangsa. Hala tuju e-sukan nampaknya boleh berkembang dengan baik dengan pelibatan kerajaan dalam pelan strategik lima tahun dari 2020-2025. Bidang e-Sukan tidak lagi asing di Malaysia kerana pada tahun lepas, Malaysia diiktiraf dalam industri ini kerana berjaya menganjurkan pertandingan di peringkat global seperti Kuala Lumpur Major Dota 2, Mobile Legends World Championship 2019 dan World Esports Games (WESG). Sukan SEA 2019 dan Sukan Asia 2022


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 15 buat kali pertama akan mempertandingan acara e-sukan untuk pingat. Justeru, rakyat Malaysia tidak sabar untuk melihat prestasi atlet e-sukan tempatan untuk mengharumkan nama negara di peringkat dunia kelak. Dalam permainan e-Sukan, para pemain selalunya akan dibayar apabila bermain permainan video tersebut. Seterusnya, permainan DOTA ialah salah satu contoh permainan sukan elektronik yang paling popular dan telah mencungkil ramai bakat dalam sukan ini. Dengan kemunculan versi terbaru, DOTA 2 merancakkan arena e-Sukan bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia terutama negara-negara yang menyambut baik sukan elektronik seperti Amerika Syarikat dan China. Sukan elektronik sebenarnya telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dari hari ke hari serta sokongan dari pelbagai pihak swasta dan kerajaan. Justeru, satu badan yang memantau sukan elektronik telah melancarkan e-Sport Malaysia atau ESM yang didaftarkan atas sokongan FELDA sendiri serta ASUS Malaysia selaku jenama peralatan yang disyorkan pada Disember 2014 dengan objektif untuk menaik taraf sukan e-Sukan di Malaysia. Oleh itu, visi menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub sukan bertaraf dunia, ESM telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Sukan Malaysia. Tujuan utama ESM ditubuhkan adalah untuk memastikan sukan e-Sukan terus bertapak di Malaysia dengan dasar membentuk standard e- Sukan, melatih dan mendidik pemain, membantu meningkatkan taraf permainan, mendapatkan pengiktirafan antarabangsa dan menjaga kebajikan ahli. Melalui pengiktirafan ini, orang ramai akan lebih yakin untuk menceburi sukan elektronik tanpa risau akan masa depan kerjaya mereka dalam arena tersebut. Selain itu, sebuah sekolah di Norway telah menawarkan kursus e-Sukan kepada para pelajarnya, membuktikan sukan elektronik merupakan sebuah bidang yang berdaya saing dari sudut positif. Negara Malaysia perlu mencari jalan agar dapat memanfaatkan e-sukan demi meningkatkan mutu pendidikan negara. Terdapat lapan universiti di Malaysia yang menawarkan dan mempunyai kelab e-Sukan, antaranya ialah Uitm Shah Alam dan Universiti Putra Malaysia. Kesemua kelab e-sukan di institut pengajian tinggi ini mempunyai hubungan rasmi dengan persatuan Sukan Elektronik Malaysia, ESM. Sukan elektronik atau e-sport adalah seperti pisau, kalau disalah guna menjadi tidak baik, tetapi kalau digunakan secara berhemah akan menjadi satu alatan untuk menambah ilmu. Oleh itu, kita perlu bijak untuk menilai dan harus memandang sisi positif lebih daripada sisi negatif dalam bidang e-sukan ini. Seperti sedia maklum, sukan elektronik merupakan salah satu industri yang besar dengan pelbagai syarikat menyokongnya, di samping ramai pemain antarabangsa menjadikan e-sukan sebagai kerjaya serius. Akhir sekali, aspek-aspek penilaian bagi pemain sukan tradisional dan e-sport tidak banyak perbezaannya. Aspek yang dinilai persamaannya adalah seperti kemahiran berkomunikasi berkumpulan, perancangan strategi dan juga taktik permainan. Seharusnya kita tidak perlu raguragu akan sukan elektronik yang seakan tidak mendatangkan faedah langsung kepada industri lain


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 16 selain e-sukan itu sendiri. Hal ini disebabkan aplikasi yang terdapat di dalam sukan elektronik sebenarnya dapat diguna pakai dalam bidang lain seperti ketenteraan, penjelajahan kawasan baharu bahkan dalam sukan tradisional. Malah, e-sukan baik bagi pembangunan ilmu pengetahuan, teknologi dan kemahiran golongan belia. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh, ____ALI_____ ALI BIN ABDULLAH, Pelajar 4 Azam, SMK Paduka Tuan, Segamat, Johor. Sumber rujukan: https://bijaktech.com/2019/11/objektif-kementerian-belia-dan-sukan-melahirkan-atlet-e-sukan/ https://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_elektronik https://himpunanceritalawak.com/2017/09/18/apa-sebenarnya-maksud-e-sukan/


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 17 LAUTAN API KURENANGI (HALAMAN 8 - 9) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.1.2 Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran dengan betul. AKTIVITI 1 - Dengar, fahami, dan tuturkan bahan dalam pelbagai ujaran dengan betulnya. 1. Nyatakan definisi berenang. Definisi berenang ialah pergerakan di dalam air dari satu titik poin ke titik poin yang lain dengan menggunakan pelbagai gaya untuk bergerak termasuk terapung di belakang badan sambil menguiskan tangan. 2. Berikut ialah empat aspek keselamatan di air, kecuali : A. Papan tanda yang tiada B. Keadaan cuaca C. Keadaan arus yang deras D. Warna air yang keruh 3. Berikut merupakan aspek keselamatan yang perlu diambil kira setelah tiba di badan air, kecuali : A. Jangan terjun dahulu B. Lakukan pemerhatian dahulu C. Jangan berenang bersendirian D. Kenal pasti kedalaman air 4. Berikan lima perkara penting yang perlu diketahui sebelum belajar berenang. - Belajar cara-cara untuk masuk ke dalam air - Mengambil perhatian tentang aspek keselamatan di air - Bernafas dengan betul di dalam air - Mengetahui tatacara berjalan di dalam air - Belajar cara mengapungkan diri 5. Bagaimanakah cara bernafas yang betul di dalam air? Kaedah bernafas yang betul di dalam air ialah semasa berada di permukaan air, tarik nafas dalam-dalam melalui mulut dan tahan. Manakala semasa di dalam air, lepaskan nafas yang ada di rongga dada melalui hidung atau mulut sedikit demi sedikit. Jangan tarik nafas melalui hidung seperti di darat. 6. Mengapakah kita perlu berjalan menyenget seperti ketam apabila di dalam air? Kita perlu berjalan menyenget seperti ketam untuk mengurangkan rintangan.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 18 AKTIVITI 2 - Terokai maklumat lanjut dengan panduan asas berenang dan laporkan secara lisan. 1. Pakaian asas. Bagi yang baru hendak belajar berenang, seeloknya dapatkan pakaian yang bersesuaian. Ada pakaian renang yang dijual di kedai-kedai sukan untuk digunakan. Memakai pakaian sesuai memudahkan kita untuk melakukan aktiviti renang. Selain itu dapatkan goggles untuk berenang bagi memudahkan pemandangan kita di dalam air. 2. Lokasi sesuai. Jika ingin belajar berenang anda perlu dapatkan lokasi yang selamat. Seeloknya berenang di kolam renang yang memang khas untuk latihan. Ikut juga paras ketinggian anda. Jika anda rendah, masuk ke kolam yang rendah. Jangan terus pergi ke kolam yang dalam. Pasti sukar untuk anda dan mungkin boleh tenggelam. Sekarang ni, terdapat banyak kawasan kolam untuk orang awam dan anda perlu membayar beberapa ringgit sahaja untuk masuk ke kolam tersebut. 3. Dapatkan latihan pakar. Bagi yang langsung tidak tahu berenang seeloknya dapatkan latihan oleh pakar. Mereka ada mengenakan sedikit bayaran. Jangan malu walaupun anda telah berumur dan yang lainnya ialah kanak-kanak. Hendak belajar kena buang perasan malu itu jauh-jauh. Dari segi bayaran, bergantung kepada tenaga pengajar itu. Anda boleh merujuk laman web atau mereka yang pernah mengambil kelas renang tersebut. 4. Belajar buat bubble. Ini perkara asas yang perlu dilakukan sebelum melakukan renangan bagi orang baharu. Anda kena belajar bernafas di dalam air. Kebiasaannya, ramai yang bernafas menggunakan mulut tetapi jangan pula membuka mulut. Sebelum masuk ke dalam air, pastikan anda telah mengambil oksigen dengan cukup. Menyelam dan keluarkan bubble secara sekata selama tiga kali. Untuk kali keempat, lepaskan bubble yang banyak dan cuba lepaskan badan anda. Jika berjaya, anda akan terasa seperti terapung. Kenapa? Hal ini kerana dengan bubble tersebut membantu anda untuk terapung di air. 5. Melonggarkan tangan dan kaki. Ini perkara asas untuk kita terapung di air. Jika tubuh badan berada dalam keadaan yang keras, sukar untuk terapung dan kita akan tenggelam. Untuk terapung ini, kita perlu relaks dengan secukupnya. Jangan takut akan air dan kawal bubble tersebut. Sambil itu boleh kayuh kaki dengan lembut dan lurus. Insya-Allah, dengan latihan yang kerap, ia boleh dilaksanakan. 6. Mengambil nafas. Selepas terapung anda juga perlu mengambil nafas ketika berenang. Hai ini bagi memastikan anda dapat mengawal stamina dan dapat melakukan renangan yang jauh. Ada juga orang yang boleh berenang tetapi tidak mampu terapung, namun sukar bagi mereka untuk berenang dalam jarak yang jauh. 7. Kayuhan kaki dan tangan. Anda perlu mengawal kayuhan kaki dan tangan agar sekata. Kalau sebelah lebih, laluan anda akan terpesong dari haluannya.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 19 8. Pastikan anda sihat ketika berada di dalam air. Elakkan masuk ke dalam air ketika dalam keadaan tidak sihat kerana boleh mengganggu pernafasan anda. 9. Jangan berenang dalam keadaan cuaca yang teruk. Kalau hujan dan guruh, teruslah keluar walaupun anda baru beberapa saat berada di dalam kolam. Nyawa lebih penting daripada berenang. 10. Elakkan makan terlalu banyak sebelum berenang. Seperti juga aktiviti yang lain, makan yang banyak tidak elok ketika beriadah. Okay, itu serba sedikit mengenai perkara asas dalam renang yang perlu anda tahu. Video di bawah menunjukkan cara untuk melaksanakan aktiviti 2. https://www.youtube.com/watch?v=WaBliJL-DDY


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 20 TANGAN YANG MENGGONCANG DUNIA (HALAMAN 10 - 11) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.1.2 Membaca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai. AKTIVITI 1 - Baca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai. (Rujuk teks skrip drama Bukan Halangan ms 10 - 11). ASPEK SENI BAHASA SP: 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya. AKTIVITI 2 - Kemukakan pandangan peribadi anda yang bersesuaian dengan persoalan yang terdapat dalam drama tersebut. : 1. Baca petikan drama Bukan Halangan, kemudian jawab soalan-soalan di bawah ini. i) Berikan maksud rangkai kata separuh jalan. [2 markah] - setengah laluan ii) Mengapakah Dahlia menolak untuk menyertai pertandingan tenis peringkat kebangsaan? [3 markah] - peperiksaan sudah dekat - tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran - takut gagal dalam pelajaran iii) Apakah yang menghairankan mama (Puan Ros) ? [3 markah] - Lia berubah 360 darjah - Lia pernah mengatakan bahawa banyak atlet wanita berjaya dalam sukan dan pelajaran - Lia juga mengatakan di mana ada kemahuan di situ ada jalan iv) Andaikan anda rakan baik kepada Dahlia, bagaimanakah anda dapat membantunya dalam mengatasi masalah tersebut? [4 markah] - memberikan semangat dan sokongan supaya dia meneruskan cita-citanya - berjanji untuk belajar bersama-sama dan akan membuat salinan nota subjek yang dia tertinggal/ menubuhkan kumpulan belajar. - memujinya dengan mengatakan selama ini dia dapat menyeimbangkan antara akademik dengan kokurikulum supaya dia tidak risau


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 21 Latihan Tambahan i) Berikan maksud peribahasa di bawah ini: a) Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun. - belum ada pengalaman/ belum ada pengalaman sudah hendak melawan orang yang lebih tua b) Di mana ada kemahuan di situ ada jalan - jika ada keinginan sudah pasti ada cara penyelesaiannya AKTIVITI 3 - Sambung skrip drama ini dan persembahkannya mengikut kreativiti anda. Cadangan Aktiviti: 1. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan. 2. Setiap kumpulan menyambung skrip drama mengikut kreativiti masing-masing. 3. Kemudian, mereka melakonkan drama berdasarkan skrip yang dicipta.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 22 BACAAN LUAS: MENYUSURI PULAU INSPIRASI (HALAMAN 12 - 13) AKTIVITI 1 - Kenal pasti lokasi tempat yang dinyatakan dalam bahan pada peta Tasmania. (Rujuk petikan ms 12 - 13 dan tandakan lokasi tersebut pada peta di bawah).


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 23 AKTIVITI 2 - Terokai tempat-tempat menarik lain di Tasmania dan persembahkannya menggunakan peta tersebut. Rujukan tempat menarik di Tasmania: https://ms.topworldtraveling.com/articles/travel-guides/15-best-places-to-visit-in-tasmania-australia.html https://ms.tripnholidays.com/1782-tasmania-aus-tas-tas-ms


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 24 TEMA 2 – INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA NUTRIEN UNTUK MINDA (HALAMAN 16 - 17) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan jelas dan betul. AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, dengar dan kenal pasti perkataan yang berbeza sebutan. Kemudian, ujarkan ayat yang menggunakan perkataan tersebut. (Imbas kod QR untuk mendengar bahan) AKTIVITI 2 - Kenal pasti rangkai kata, istilah dan ungkapan yang terdapat dalam bahan dan gunakannya dalam perbualan. Petikan bahan yang diimbas Aku menyemak latihan bina ayat yang dibuat oleh murid-muridku. Aku capai satu lagi buku latihan dan terpandang nama di kulit buku…Muhammad Haikal bin Imran. Nama itu mengingatkan aku tentang seseorang yang bernama Haikal juga. Peristiwa ini kekal dalam ingatanku. Aku melihat Haikal sendirian di bawah pohon rendang pada waktu rehat sedangkan rakanrakannya yang lain menikmati juadah di kantin. Rupa-rupanya, Haikal tidak membawa duit saku atau bekalan makanan. Oleh sebab itu, setiap kali waktu rehat dia akan duduk di situ membaca buku. Selepas peristiwa itu, aku membawakan bekal untuk Haikal. Aku hanya membantu sekadar yang termampu. Haikal pula pada waktu itu bagai yang disebut dalam peribahasa Melayu, “orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi”. Bantuan itu memang diperlukannya. Sekarang Haikal telah bekerja. Dia menjadi Pegawai Dietetik di sebuah hospital kerajaan. Pada petang semalam, sedang aku menonton televisyen di ruang tamu sambil melipat kain pelekat, Haikal datang ke rumahku. Haikal Kalaulah dahulu saya bena tak bena terhadap nasihat cikgu, tentu saya tidak akan berjaya seperti sekarang. Cikgu Haikal pun murid yang rajin dan mendengar kata. Nasihat cikgu tidak terbang di angin lalu sahaja. Haikal tidak menganggap nasihat cikgu hanya menyemak fikiran. Eh, yang di tangan Haikal itu apa? Haikal Oh, ini pelekat tentang pemakanan sihat! Cikgu boleh berikan pelekat ini kepada murid- murid. Pelekat ini boleh ditampal di mana-mana sebagai peringatan tentang pemakanan sihat. Bukankah cikgu dahulu selalu mengingatkan saya agar menjaga pemakanan? Cikgu Ha, ha, ha! Ya, cikgu masih ingat. Haikal Cikgu memang arif tentang pemakanan. Saya pula suka makan rendang daging


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 25 tetapi cikgu larang saya makan banyak-banyak. Kata cikgu, pengambilan minyak yang banyak tidak baik untuk kesihatan. Cikgu Semua itu untuk kebaikan Haikal juga. Bukankah Haikal gemar bernyanyi duet dengan Farisha? Nanti rosak pula suara Haikal yang merdu itu. Haikal Ah, ada-ada saja cikgu ini! Cikgu Cikgu bergurau saja. Selain rendang, minuman yang ada kafein juga cikgu minta Haikal kurangkan. Minuman berkarbonat pula tidak dibenarkan sama sekali. Masakan cikgu pula tidak mengandungi perasa tiruan atau monosodium glutamat (MSG) langsung. Haikal Terima kasih cikgu kerana memberikan tuntun yang baik kepada saya. Jasa cikgu amat saya hargai. AKTIVITI 3 - Terokai perkataan-perkataan lain yang berbeza sebutan dan bina dua ayat yang menunjukkan perbezaan makna dengan perkataan tersebut. Bil Homograf (Perkataan yang ejaannya sama tetapi sebutannya berbeza) Homofon (Perkataan yang ejaannya berbeza tetapi sebutannya hampir sama) 1 Bela -menjaga/memelihara Contoh: Kambing itu saya bela sejak kecil lagi. -tuntut/membalas balik Contoh: Maruah keluarga akan saya bela demi membersihkan nama keluarga yang tercemar. Telur -benda yang mengandungi lembaga anak Contoh: Alif membeli telur di kedai runcit pada petang semalam. Telor -tidak dapat mengucapkan kata-kata dengan sebutan yg betul Contoh: Apabila mendengar telor percakapan gadis itu, kami merasakan dia bukanlah orang Melayu. 2 Perang -perkelahian (pertempuran dll) dgn menggunakan senjata antara negeri dengan negeri dll Contoh: Perang antara negara Amerika Syarikat dengan Iraq sudah tamat. -merah yang kehitam-hitaman (kekuning- kuningan) Contoh: Rambut budak perempuan itu berwarna perang. Gulungan -lipatan berbentuk bulat torak Contoh: Mak Timah menyimpan gulungan permaidani itu di dalam stor. Golongan -kumpulan, kelompok Contoh: Golongan siswazah digalakkan menambah ilmu kemahiran mereka.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 26 3 Reda - semakin beransur / berkurangan Contoh: Ayah berteduh di pondok durian sementara menanti hujan reda. - dengan rela hati / ikhlas Contoh: Walaupun sedih atas kehilangan suaminya, Aminah reda dengan qada dan qadar Ilahi. Tempoh - waktu , jangka masa Contoh: Pegawai itu hampir tamat tempoh perkhidmatannya dengan kerajaan. Tempuh - harungi, lalui Contoh: Segala halangan berjaya saya tempuh sepanjang aktiviti lasak itu.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 27 BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA (HALAMAN 18 - 19) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer. AKTIVITI 1 - Baca bahan dengan telitinya. Kemudian, kenal pasti dan jelaskan maklumat yang terkandung dalam bahan tersebut. Komunikasi Lisan : Bahan 1 Soal jawab dengan Profesor Dr. Kyoko Funada. 2 buah universiti di Jepun yang menawarkan jurusan Bahasa Melayu iaitu ; Setsunan University di Osaka. Tokyo University of Foreign Studies di Tokyo. 20 universiti mengajarkan bahasa melayu sebagai bahasa asing. 10 buah sekolah mempunyai mata pelajaran Bahasa Melayu. Program bahasa Melayu bermula sejak tahun 1908 di Tokyo Gaikokoku-Go Gakko. Aspek bahasa yang dipelajari termasuklah tatabahasa, membaca, mendengar dan berbicara. Aspek lain yang dipelajari berkaitan budaya, kesenian, sosial politik, ekonomi, antropologi dan geografi Malaysia. Aktiviti bahasa yang dijalankan seperti pertunjukan sandiwara dan pidato. Pelajar suka belajar bahasa Melayu kerana; Mereka ingin tahu tentang Malaysia. Kesan apabila mempelajari bahasa Melayu; Hubungan Jepun dan Malaysia menjadi lebih akrab. Pengetahuan tentang Malaysia dapat diperdalamkan. Memudahkan mereka mendapat rakan berbangsa Melayu Profesor Dr. Kyoko berharap ; Semoga institusi yang mengajarkan bahasa Melayu di Jepun akan bertambah. Makin ramai rakyat Jepun yang mempelajari bahasa Melayu untuk mempereratkan hubungan Malaysia dan Jepun. Bahan 2 Rencana : Bahasa Melayu Mekar di Bumi Uzbekistan. Penulis : Erkin Bekkulov Raimovich. Berasal dari Uzbekistan Sejarah Pendidikan - Tashkent State Institute of Oriental Studies (TSIOS).


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 28 Sarjana Muda tahun 2008 - 2013 Sarjana tahun 2013 - 2015. Sejarah Perkhidmatan. 2013 - Guru Bahasa Melayu di Uzbekistan State University of World Language. 2015 - Guru Bahasa Melayu di TSIOS. Sebab berminat dalam bahasa Melayu ; Bahasa Melayu mudah dipelajari berbanding bahasa asing lain. Terdapat persamaan antara bahasa Melayu dengan bahasa Uzbek dari segi kata pinjaman bahasa Arab dan Parsi. Bahasa Melayu belum terkenal di rantau Asia Tengah berbanding bahasa Cina, Korea dan Jepun. Pandangan tentang bahasa Melayu. Bahasa yang menarik - penggunaan kata kerja tidak berubah mengikut masa. Pelajar beliau berminat kerana terdapat persamaan bahasa Melayu dengan bahasa Uzbek seperti dunia, sabun dan alam. Sambutan pelajar Uzbek terhadap bahasa Melayu sangat menggalakkan dan mereka sangat komited untuk bertutur dan menulis Harapan terhadap bahasa Melayu ; Pelajar dapat mendalami budaya, sastera dan sejarah Malaysia. Mengucapkan terima kasih kepada universiti di Malaysia kerana menghantar tenaga pengajar untuk membantu pengajaran bahasa Melayu. AKTIVITI 2 - Berdasarkan bahan, huraikan pandangan anda tentang pengajaran bahasa Melayu di luar negara. Pengajaran bahasa Melayu semakin berkembang luas di luar negara. Ramai pelajar luar negara berminat dalam mempelajari bahasa Melayu. Bahasa Melayu mudah dikuasai dan dipelajari oleh pelbagai bangsa di dunia. Pelbagai aktiviti bahasa dapat dilaksanakan oleh pelajar asing seperti pentas sandiwara dan pidato. Pengajaran bahasa Melayu di luar negara turut dibantu oleh tenaga pengajar dari Malaysia. Bahasa Melayu mampu bersaing dengan bahasa-bahasa asing di luar negara. AKTIVITI 3 - Lakonkan aktiviti promosi untuk menggalakkan murid mempelajari bahasa asing dengan menggunakan bahasa yang menarik. Farrabi Salam keilmuan, Assalamualaikum sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hawa Salam keilmuan jua buatmu sahabat. “eotohke jineseyo” (apa khabar) Diana Salam keilmuan buat bro Farrabi. Apa khabar? Farrabi Alhamdulillah, Diana, Hawa. Saya sihat sejahtera.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 29 Diana Farrabi, lama tak nampak kamu. Farrabi Oh, ya ke! Rindu kat saya ya. Diana Ya, memang rindu. Rindu antara sahabat dengan sahabat. Tak lebih daripada itu. Hawa Bagaimana dengan pengajian kamu? Farrabi Alhamdulillah, pengajian saya akan tamat dua bulan lagi. Buat masa ini saya ambil subjek bahasa asing iaitu belajar bahasa Arab. Diana Bahasa Arab? Mengapa ambil bahasa Arab? Farrabi Mengapa terkejut Diana? Bahasa Arab ini sangat mudah dipelajari. Banyak perkataan dalam bahasa Arab terdapat dalam bahasa Melayu sebagai kata pinjaman seperti solat, fatwa, halal,doa, ibadah dan sebagainya. Hawa belajar bahasa apa? Hawa Saya ambil subjek bahasa Korea sebagai subjek bahasa asing. Diana Dah berapa lama kamu belajar bahasa Korea? Hawa Dah tiga bulan. Seronok belajar bahasa Korea ni. Bila saya tengok cerita Korea dalam televisyen, saya dapat faham jalan ceritanya. Saya tak perlu baca sarikata di bawahnya. Farrabi Betul tu, saya pun dah faham maksud ayat Quran yang saya baca. Bolehlah bercakap Arab sikit-sikit. Hawa Ya, Farrabi. Seronok belajar bahasa asing ni. Diana, jomlah kita belajar bahasa asing. Diana Sangat mengujakan saya. Saya nak belajar bahasa Jepunlah. Saya berhasrat Untuk melancong ke sana. Saya kagum dengan budaya kerja dan adab orang Jepun. Farrabi Hasrat yang baik tu Diana. Teruskan. Banyak kelas bahasa Jepun yang boleh kamu sertai. Nanti, saya dan Hawa boleh melancong ke Jepun dengan awak. Hawa Wah! Sedikit masa lagi kita dah dapat berbual dalam tiga bahasa. Kita boleh berkongsi ilmu untuk mendalami bahasa Arab, Korea dan Jepun. Diana Betul tu Hawa…belajar bahasa asing ini tidak merugikan kita malah menjadikan kita lebih bernilai dan berpengetahuan. Farrabi Oklah, sahabat. Terima kasih sudi berdiskusi pagi ni. Kita jumpa lagi di lain masa. Teruskan usaha mendalami bahasa asing ya. Hawa Baiklah, Farrabi. ”mannaso bangawo” (seronok jumpa kamu).


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 30 EVOLUSI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (HALAMAN 20 - 21) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.2.1 Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan memberikan justifikasi menggunakan ayat yang gramatis. AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, tulis ramalan tentang cara manusia menuntut ilmu pada masa hadapan dengan memberikan justifikasi yang sesuai. Pendidikan merupakan elemen penting dalam pembangunan satu-satu negara. Justeru, pelbagai perubahan telah dibawa ke dalam lapangan ini bagi memastikan pendidikan dapat disampaikan seiring dengan perubahan zaman. Antara perubahan yang diramalkan akan berlaku adalah dari segi penggunaan buku teks fizikal yang bakal digantikan dengan buku teks digital sepenuhnya. Pada masa akan datang, murid tidak lagi perlu membawa buku teks ke sekolah, namun mereka hanya perlu membawa sebuah tablet sahaja yang mengandungi fail buku teks digital. Walaupun kini kita sudah memiliki buku teks digital, namun penggunaannya terhad kerana murid tidak mempunyai gajet untuk mengaksesnya ketika di sekolah dan kita masih lagi menggunakan buku teks fizikal sepenuhnya. Seterusnya, dari segi bahan bantu mengajar yang digunakan dalam sesi PdPC. Pada masa dahulu hingga sekarang, kita masih lagi bergantung pada bahan maujud yang bersifat boneka (dummy) dalam memberikan peluang kepada murid merasai pengalaman seakan-akan sebenar. Antaranya adalah seperti kerangka manusia, lapisan kulit manusia, buah pinggang dan banyak lagi. Namun, dengan kecanggihan teknologi kini, bahan bantu mengajar maujud ini boleh diterjemahkan ke dalam bentuk digital dan dipancarkan secara hologram bagi memberikan pengalaman realistik. Dengan cara ini, murid tidak lagi perlu bergerak ke sesuatu tempat untuk merasai pengalaman sebenar. Hal ini sekali gus dapat menjimatkan masa dan kos serta mampu mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran. Selain itu, dengan adanya kemajuan teknologi yang serba canggih, tidak mustahil jika satu hari nanti kita akan dapat melaksanakan pendidikan secara dalam talian sepenuhnya. Walaupun kini kita sudah mula menggunakan pelbagai platform untuk proses pengajaran dan pembelajaran, namun masih terdapat banyak kelompangan yang perlu dititikberatkan. Malahan, kita sebenarnya belum menggunakan teknologi sepenuhnya atas sebab-sebab tertentu seperti akses Internet yang terbatas. Sebagai contoh, sesi persekolahan masih lagi diteruskan secara bersemuka walaupun kini kita juga telah mengamalkan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Namun begitu, sekiranya teknologi maklumat dan komunikasi kita diperkasakan sehingga ke tahap maksimum, tidak mustahil kuliah-kuliah pada peringkat universiti terutamanya akan dapat dilaksanakan sepenuhnya secara maya tanpa bersemuka.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 31 AKTIVITI 2 - Sampaikan pandangan peribadi anda berdasarkan bahan. Tuntutlah ilmu sehingga ke tembok besar China. Begitulah pepatah yang menunjukkan betapa pentingnya menuntut ilmu dalam kehidupan kita. Tanpa ilmu, sudah pasti akan wujud kelompangan dalam kehidupan kita. Ilmu pula boleh dituntut dengan pelbagai cara. Jika zaman dahulu, tiada pilihan lain dalam menuntut ilmu. Seseorang yang hendak mempelajari sesuatu ilmu harus mencari guru dan kemudiannya akan bertapa dalam tempoh masa yang lama. Seterusnya, mereka akan mengembara lagi dan berguru pula dengan guru lain untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Namun, konteks pembelajaran kini mula berubah mengikut peredaran masa. Orang ramai yang hendak mempelajari sesuatu ilmu kini tidak lagi perlu mengembara beribu-ribu batu jauhnya, tetapi cukup sekadar di hujung jari. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak membantu kita dalam menuntut ilmu. Melalui Internet, kita boleh mencari maklumat dari setiap pelosok negara. Malah hubungan komunikasi juga berlaku tanpa sempadan. Kini, kita boleh berbicara secara masa sebenar (real time)melalui aplikasi panggilan video dan Googlemeets. Selain itu, untuk menghantar dokumen pula, kita tidak memerlukan dokumen secara fizikal, cukup sekadar menghantar secara maya melalui e-mel. AKTIVITI 3 - Terokai maklumat lanjut berkaitan dengan persekolahan alternatif di Malaysia dan bentangkan maklumat tersebut. Pendidikan alternatif merangkumi pelbagai pendekatan pedagogi yang berbeza dari pedagogi arus perdana. Rangka kerja undang-undang untuk pendidikan tersebut juga berbeza mengikut tempat. Pendekatan pedagogi alternatif mungkin termasuk struktur yang berbeza, seperti dalam kelas terbuka dan hubungan guru-pelajar yang berbeza. Dalam erti kata lain, persekolahan alternatif ialah sekolah yang menyediakan pendidikan percuma yakni sekolah bersifat terbuka dan audiens ialah individu yang tidak dapat bersekolah di sekolah kerajaan mahupun swasta atas sebab tidak memiliki dokumen pengenalan diri.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 32 Sekolah Alternatif Tawau Sekolah ini dibangunkan pada awal tahun 2019 di Kampung Batu 4 Pangkalan Tawau untuk anak- anak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri (undocumented) dengan kerjasama daripada beberapa organisasi seperti PERKALAS, Sekolah Jalanan Tawau (Kelas IKAT) dan Team Salam. Sekolah Alternatif Semporna Sekolah ini dibangunkan dengan kerjasama Teach For The Needs (TFTN) Malaysia di sekitar tahun 2017. Pertengahan tahun 2018,sekolah alternatif Semporna dibangunkan secara serius di rumah kolektif Borneo Komrad Semporna dengan masa operasi Isnin hingga Jumaat. Objektif sekolah ini adalah untuk meminimakan golongan buta huruf di Kampung Bangau-bangau Semporna. Di samping aspek akademik, sekolah alternatif ini juga membangunkan projek- projek kesenian dan kemahiran. Sekolah Alternatif Rumah Pangi Dibangunkan sepenuhnya oleh gerakan mahasiswa dari Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA) dan Suara Mahasiwa Universiti Malaysia Sabah. Ditubuhkan sekitar tahun 2016 di Rumah Pangi Kampung Shahbandar, Tuaran, Sabah. Sekolah alternatif ini dijalankan setiap hujung minggu pada pukul 2 petang hingga 5 petang. Sasaran pelajar datang daripada anak- anak tidak mempunyai dokumen (undocumented). Sekolah Alternatif di Malaysia


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 33 MALAYSIA MEMBACA (HALAMAN 22 - 23) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.1.2 Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran dengan betul. AKTIVITI 1 - Dengar bahan dengan telitinya dan huraikan impak pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia. Antara impak pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia ialah dapat meningkatkan amalan membaca dalam kalangan rakyat. Hal ini dikatakan demikian kerana sebagai ibu negara Malaysia, tindakan mengiktiraf Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia pasti akan mendapat tumpuan pelbagai pihak terutamanya negeri-negeri lain. Secara tidak langsung, negeri-negeri lain juga akan mengikut jejak Kuala Lumpur lalu mengambil berat terhadap isu membaca yang sebelum itu selalunya diabaikan. Dengan itu,taraf kehidupan masyarakat juga dapat ditingkatkan dengan wujudnya masyarakat yang membaca. Selain itu, pengiktirafan ini akan memupuk minat kalangan remaja untuk membaca. Hal ini dikatakan demikian kerana Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia dan mempunyai pendidikan dan capaian teknologi yang lebih insklusif. Hal ini dapat menggalakkan lebih banyak rakyat untuk terlibat dalam aktiviti membaca dan juga mudah mendatangkan impak kepada negeri-negeri lain sebagai satu model untuk menggalakkan semua rakyat dalam Malaysia membaca. Melalui program ini, kita juga dapat mewujudkan masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan. Di samping itu,masyarakat di Malaysia yang tidak berupaya untuk mendapat bahan bacaan yang lengkap, terutamanya murid di kawasan setinggan, golongan gelandangan,anak yatim,orang kurang upaya dan orang asli akan diberi tumpuan apabila Kuala Lumpur menjadi Kota Buku Dunia. Usaha ini dapat menjadi kenyataan dengan adanya usaha meningkatkan capaian digital di kawasan tertentu. Orang ramai akan berupaya mendapat informasi yang penting dan mengikuti perkembangan dunia. Malahan polisi-polisi kerajaan kita akan dapat diikuti oleh mereka. Dengan usaha ini, kita dapat melahirkan golongan berpengetahuan tinggi di Malaysia serta menurunkan kadar buta huruf di negara kita. Dengan itu, Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi setanding dengan negara-negara dunia yang lain dalam pelbagai bidang. AKTIVITI 2 - Berbuallah dengan rakan anda tentang aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa program Kota Buku Dunia. Pada hari Sabtu yang lalu,saya telah menemui rakan saya Abu di taman.Kemudian kami pun berbual-bual di sana. Berikut merupakan perbualan kami.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 34 Ali Apa khabar, Abu? Abu Khabar baik. Ali Adakah kamu pernah dengar program Kota Buku Dunia? Abu Ya, Ali. Saya pernah dengar program ini melalui media sosial kerana Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai Kota Buku Dunia pada tahun 2020 oleh UNESCO. Ali Betul, Abu.Terdapat banyak aktiviti dan acara yang menarik diadakan bersempena dengan program ini. Abu Pada pendapat kamu,apakah aktiviti yang paling menarik? Ali Pada pendapat saya,kempen membaca kepada pengguna tren paling menarik. Abu Mengapakah kempen tersebut menarik? Ali Hal ini dikatakan demikian kerana banyak penumpang hanya berkhayal atau melayari Internet sahaja dalam perjalanan ke sesuatu destinasi.Jika kita menggunakan masa tersebut dengan baik,pengetahuan kita akan bertambah. Abu Saya amat bersetuju dengan pendapat kamu.Kempen membaca kepada pengguna tren memang dapat mengubah cara hidup masyarakat.Saya percaya bahawa rakyat Malaysia akan dapat manfaat dengan menjadikan amalan membaca sebagai sebahagian daripada kehidupan pada masa depan. Ali Memang betul kata kamu, Abu. Pada pendapat kamu, apakah aktiviti lain yang menarik? Abu Aktiviti lain yang menarik minat saya ialah Festival Sastera Kanak-kanak. Ali Apakah keistimewaan festival tersebut? Abu Dalam aktiviti ini,terdapat banyak buku sastera yang akan dipamerkan. Selain itu, banyak aktiviti sastera juga akan diadakan dan ini diharapkan dapat meningkatkan minat kanak- kanak terhadap pembacaan bahan sastera. Ali Adakah aktiviti lain yang menarik? Abu Satu lagi ialah usaha meningkatan perkhidmatan dan capaian digital oleh Perpustakaan Negara Malaysia untuk golongan OKU. Ali Apakah kepentingan program ini? Abu Ini merupakan satu usaha untuk membolehkan golongan kurang bernasib baik memperoleh ilmu dan memastikan mereka tidak diabaikan. Ali Ya, saya setuju dan menganggap usaha ini adalah murni. Abu Masih ada satu minggu aktiviti ini akan berlangsung.Kamu boleh pergi apabila mempunyai masa lapang. Ali Oh begitu.Saya tentu akan pergi ke pameran buku yang diadakan. Terima kasih kerana sudi berkongsi aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa Program Kota Buku Dunia. Abu Sama-sama.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 35 AKTIVITI 3 - Cadangkan aktiviti galakan membaca yang boleh diadakan di sekolah anda. 1. Pihak sekolah boleh menganjurkan pertandingan menulis buletin mingguan untuk para pelajar dan memberikan ganjaran kepada mereka yang menang. Dengan ini, pelajar-pelajar bukan sahaja dapat memupuk amalan membaca dalam diri mereka malah dapat mewujudkan semangat kompetitif antara satu sama lain. 2. Pihak sekolah juga boleh mengadakan pameran buku yang terdiri daripada pelbagai jenis bahan bacaan kegemaran golongan muda zaman sekarang seperti komik dan novel ringkas agar dapat menarik minat para pelajar untuk membaca. Hal ini dikatakan sangat penting kerana pelajar- pelajar pada masa ini hanya mengutamakan ilmu pengetahuan yang terdapat dalam buku teks. Pameran ini dapat mendedahkan bahan bacaan yang pelbagai jenis kepada pelajar di samping membolehkan pelajar-pelajar untuk meluaskan horizon pemikiran mereka . 3. Pihak sekolah juga harus menitikberatkan Program Nilam. Para pelajar yang banyak membaca dalam program ini perlu diberi ganjaran di peringkat sekolah. Usaha ini akan memastikan Program Nilam ini akan mendapat sambutan positif daripada para pelajar.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 36 MEMBAWA DUNIA KE BILIK DARJAH (HALAMAN 24 - 25) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.1.1 Membaca teks syarahan dan pidato dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang wajar. AKTIVITI 1 - Baca teks pidato dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang wajar. (Rujuk teks pidato Bilik Darjah Masa Hadapan, ms 24 - 25) ASPEK TATABAHASA SP: 5.1.2 Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata terbitan dengan betul mengikut konteks. AKTIVITI 2 - Kenal pasti lima kata terbitan bagi setiap kategori bentuk yang terdapat dalam petikan. Kemudian bina ayat dengan kata terbitan tersebut. KATA TERBITAN 1. Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. 2. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. 3. Imbuhan terdiri morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. 4. Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat, harus diimbuhkan dengan kata dasar. 5. Imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu: (i) awalan, yang hadir sebelum kata dasar (ii) akhiran, yang hadir sesudah kata dasar (iii) apitan, yang hadir secara mengapit kata dasar (iv) sisipan, yang hadir di celahan kata dasar Kata Terbitan Awalan (i) berkesan - Langkah yang berkesan harus diambil untuk membendung masalah gejala sosial yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja terutamanya remaja di kawasan bandar. (ii) berkualiti - Barangan buatan Malaysia berkualiti tinggi menyebabkan barangan ini dapat bersaing di peringkat global (iii) menganalisis - Pakar ekonomi menganalisis data tentang kesan pendemik COVID 19 terhadap sosioekonomi negara.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 37 (iv) pengerusi - Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Harmoni membentangkan aktiviti yang akan dijalankan di kawasan perumahan tersebut dalam Mesyuarat Agung Tahunan. (v) terdidik - Insan yang terdidik dengan sahsiah yang terpuji akan dapat mengharumkan nama negara sekiranya mereka menjadi duta kelak. Kata Terbitan Akhiran (i) gambaran - Kanak-kanak mangsa culik itu memberikan gambaran yang jelas wajah penculik yang menculiknya kepada pihak polis. (ii) hadapan - Ilmu dan kemahiran sangat penting kepada remaja pada masa hadapan kerana tanpa kedua-duanya remaja tidak akan dapat bersaing di pasaran kerja. (iii) ucapkan - “Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada tuan rumah atas layanan mesra yang diberikan sepanjang kami berada di sini,” kata wakil pelancong dari Indonesia. (iv) pilihan - Kita seharusnya membuat pilihan jurusan yang tepat di universiti supaya kita tidak menganggur setelah tamat pengajian. (v) budiman - Orang yang budiman akan sentiasa disanjung tinggi oleh masyarakat kerana mereka mencerminkan masyarakat Malaysia yang berbudi pekerti tinggi. Kata Terbitan Apitan (i) berfikiran - Kita mestilah sentiasa berfikiran terbuka supaya kita tidak ketinggalan dalam arus globalisasi ini. (ii) diharapkan - Program pertukaran pelajar ini diharapkan dapat menambahkan pengetahuan pelajar dan mengeratkan hubungan kedua-dua buah negara. (iii) melahirkan - Masyarakat Malaysia yang membaca dapat melahirkan masyarakat yang berfikiran terbuka dan maju seperti masyarakat di negara Jepun. (iv) mengalami - Mangsa peperangan di Bosnia mengalami trauma yang teruk sehingga ada yang mencuba untuk membunuh diri. (v) pengajaran - Pengajaran berbantukan telefon bimbit sangat membantu murid kerana murid dapat mengakses maklumat dengan mudah.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 38 AKTIVITI 3 - Gambarkan suasana pembelajaran yang anda gemari. SUASANA PEMBELAJARAN Kemudahan Fizikal Guru Dilengkapi dengan kemudahan komputer Bertindak sebagai fasilitator Talian Internet yang laju Menggunakan pelbagai teknik pengajaran PA21 Penggunaan komputer riba dan telefon pintar Memberikan dorongan /motivasi kepad murid “Smart Board’” yang interaktif Mengemukakan teknik penyoalan yang mampu merangsang minda murid Pengajaran berpusatkan murid Pembelajaran secara interaktif dengan murid di negeri atau negara lain


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 39 TEMA 3 - MEMETIK BINTANG KERJAYA DI AWAN BIRU (HALAMAN 28 - 29) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.2.1 Mendengar dan memberikan respons dengan mengutamakan aspek kejelasan, nada, dan kefasihan dengan betul. AKTIVITI 1 - Dengar dan berikan respons berdasarkan bahan dengan mengutamakan aspek kejelasan, nada, dan kefasihan yang betul. Aktiviti 1 Isi tempat kosong dengan jawaban yang sesuai. Bidang penerbangan menawarkan pelbagai kerjaya. Ada pekerjaan yang memerlukan seseorang tersebut bertugas di darat sahaja dan ada pula yang memerlukan seseorang individu tersebut untuk menjalankan tugasnya di udara. Kerjaya di udara ialah kerjaya seperti juruterbang, pramugara dan pramugari. Untuk memohon jawatan ini, seseorang individu tersebut haruslah memiliki sekurang-kurangnya sijil kelulusan untuk peperiksaan SPM. Ada juga antara mereka yang menyandang jawatan ini mempunyai sijil diploma ataupun ijazah. Kerjaya ini bukan sahaja memberikan pendapatan yang lumayan kepada seseorang individu malahan kerjaya ini juga turut membolehkan mereka untuk menimba pengalaman baharu ketika bertugas dan membolehkan mereka melancong ke serata dunia. Keistimewaan inilah yang dikatakan seperti belayar sambil memapan, merapat sambil belayar. Kerjaya di darat untuk bidang penerbangan pula melibatkan kerja-kerja seperti jurutera penyelenggaraan kapal terbang dan pegawai kawalan trafik udara. Seseorang individu yang ingin menjadi jurutera penyelenggaraan kapal terbang dalam bidang ini haruslah mengikuti beberapa kursus terpilih yang diwajibkan oleh sesebuah syarikat penerbangan tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana kerana jurutera tersebut perlu menyelenggara kapal-kapal terbang yang memerlukan kepakaran dan pengetahuan tertentu. Tugas seorang pegawai kawalan trafik udara pula ialah pegawai ini haruslah memastikan keselamatan trafik di ruang udara. Pegawai tersebut haruslah sentiasa berkomunikasi dengan juruterbang yang terlibat dalam penerbangan.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 40 Aktiviti 2 - Pilih satu daripada laluan kerjaya dalam bidang industri penerbangan dan berikan respons anda. Pilihan kerjaya (sebab-sebab memilih sesuatu kerjaya tersebut) Juruterbang Pengawal Trafik Udara Jurutera Penyelenggaraan Kapal Terbang Berasa bangga kerana bertanggungjawab atas keselamatan semua individu yang berada dalam kapal terbang tersebut Suka akan pekerjaan yang berkaitan dengan mesin khasnya yang berkaitan dengan sistem penerbangan Dapat menimba pengalaman baharu Dapat melancong ke pelbagai tempat Berpeluang untuk berinteraksi dengan pelbagai orang daripada pelbagai tempat dan latar belakang yang berbeza. Berasa bangga kerana bertanggungjawab atas keselamatan semua individu yang berada di udara Suka akan pekerjaan yang memerlukan ketelitian kerana harus mahir untuk membaca dan teliti dengan posisi setiap kapal terbang yang terlibat. Suka akan pekerjaan yang berdasarkan syif kerja supaya tidak terikat dengan satu tempoh kerja tertentu sahaja. Berasa bangga kerana bertanggungjawab atas keselamatan semua individu yang berada dalam kapal terbang tersebut. Suka cabaran kerana perlu memahami setiap selok- belok dan fungsi sesuatu alat yang terdapat dalam kapal terbang. Suka pekerjaan yang melibatkan mesin Kurang berminat dalam pekerjaan yang melibatkan interaksi dengan manusia. AKTIVITI 3 - Terokai maklumat kerjaya yang lain dalam bidang penerbangan. Pramugara/Pramugari Pegawai Daftar Masuk/Ejen Perkhidmatan Penumpang Marsyal Kapal Terbang Wajib menghadiri taklimat tentang jadual penerbangan untuk mengetahui keadaan cuaca, tempoh penerbangan, ketinggian pesawat di udara, persediaan makanan dan minuman serta memahami prosedur kecemasan sekiranya apa-apa Memastikan perkhidmatan yang terbaik untuk para penumpang Memastikan pendaftaran kemasukan para penumpang sejajar dengan prosedur dan peraturan sistem penerbangan. Memastikan semua Memastikan tiada sebarang gangguan di ruang ataupun laluan kapal terbang. Memberikan panduan kepada juruterbang dalam proses untuk menghentikan dan meletakkan kapal terbang di tempat yang sepatutnya. Menerima maklumat


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 41 kecemasan berlaku Mengisi dokumen yang diperlukan Memberikan salam kepada para penumpang dengan ramah Mengawal penumpang dan memastikan penumpang berada dalam pesawat/penerbangan yang betul seiring dengan tiket/pas kemasukan mereka. Membantu penumpang mencari tempat duduk Menyiapkan dan menghidangkan makanan dan minuman kepada para penumpang mengikut jadual yang ditentukan. Menyediakan alat-alat yang diperlukan seperti troli makanan, bantal, tuala muka, tisu dan lain-lain. Memastikan pintu pesawat sentiasa ditutup dengan baik. Memastikan peralatan kecemasan seperti alat pemadam api, tong oksigen, pelampung dan semuanya peralatan yang lain berada dalam keadaan yang sempurna Memberikan arahan/taklimat yang betul dan jelas kepada para penumpang. bagasi yang diterima masuk sejajar dengan prosedur dan peraturan sistem penerbangan. Mampu mengawal prosedur pendaftaran masuk penumpang sama ada berdasarkan sistem komputer ataupun bersifat manual. Sentiasa bersedia untuk memberikan maklum balas daripada para penumpang kepada pihak atasan Bersedia untuk membantu para penumpang yang terdiri daripada golongan yang sudah berumur ataupun golongan OKU. Membuat laporan dengan segera sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangkakan semasa melakukan proses pendaftaran kemasukan untuk para penumpang. Mampu menjawab soalan para penumpang yang berkaitan dengan penerbangan dengan baiknya. Mampu membantu agen- agen pelancong yang lain dalam hal ehwal yang berkaitan dengan mana- mana jadual penerbangan. daripada pengawal trafik udara dan menyampaikan maklumat tersebut kepada pihak pengurusan penerbangan tentang setiap kapal terbang yang terbang keluar dan masuk ke dalam lapangan terbang. Memastikan pihak yang melakukan tugas menunda kapal terbang mempunyai peralatan yang sesuai untuk penundaan seiring dengan jenis dan jumlah berat kapal terbang yang perlu ditunda. Membuat pemeriksaan untuk semua alat tunda yang digunakan. Memastikan tanda isyarat yang diberikan kepada juruterbang sejajar dengan piawai dan prosedur yang ditetapkan. Mengawal selia prosedur kapal terbang yang ingin mendarat dan berlepas dari landasan. Memastikan segala operasi yang berkaitan di tapak/ruang/landasan untuk mendarat dan berlepas dalam keadaan selamat. Perkara yang mungkin akan menjejaskan pendaratan atau perlepasan kapal terbang haruslah dilaporkan.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 42 SAKSI SENYAP RUNGKAI MISTERI (HALAMAN 30 - 31) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer. AKTIVITI 1 - Baca bahan dan kenal pasti maklumat. (Rujuk teks Kanta Forensik, ms 30) a) TEKNIK BACAAN KWLH MAKSUD KWLH K Know Perkara yang sduah diketahui sebelum membaca W What Perkara yang hendak diketahui sebelum membaca L Learned Perkara yang dipelajari selepas membaca H How Cara untuk mendapat maklumat tambahan yang ingin diketahui (melalui bacaan seterusnya) b) TEKNIK BACAAN CHATT K (Yang Diketahui) W (Ingin Diketahui) L (Dipelajari) H (Bagaimana) 1. Forensik membantu PDRM menjalankan penyiasatan kes-kes jenayah. 2. Hasil laporan forensik ini digunakan untuk keperluan perundangan. 3. Bukti-bukti fizikal seperti kesan cap jari. 1. Cara memohon jawatan sebagai Pakar Forensik. 2. Jenis-jenis bidang forensik yang ada. 3. Peluang kerjaya dalam bidang ini. - kelayakan akademik - gaji - peluang kenaikan pangkat 1. Bahagian D10, Jabatan Siasatan Jenayah (Makmal Forensik) 2. Unit Siasatan Tempat Kejadian Jenayah atau Crime Scene Investigation (CSI) 3. Unit Siasatan Cap Jari 4. Unit Siasatan Audio/Video 5. Unit Siasatan Jenayah Komputer 7. Bukti-bukti fizikal seperti kesan tumpahan bahan kimia, dan sebarang dokumen yang berada di tempat kejadian 1. Rujuk Internet 2. Buku/majalah Maksud CHATT C Circle Bulatkan kata kunci H Highlight Serlahkan atau garisi idea penting A Asterisk(*) Tandakan (*) pada isi sampingan/sokongan T Transfer Pindahkan maklumat ke dalam borang CHATT T Teacher Guru memberikan rumusan tentang rekod murid di dalam borang CHATT


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 43 RUMUSAN GURU ____________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ AKTIVITI 2 - Sejauh manakah kerjaya forensik dapat membantu menyelesaikan masalah jenayah? Kerjaya forensik dapat membantu menyelesaikan masalah jenayah : - Pakar forensik mengumpulkan bahan bukti untuk dianalisis oleh Bahagian D10, Jabatan Siasatan Jenayah (Makmal Forensik). - Hasil laporan forensik ini digunakan untuk keperluan perundangan. - Pakar forensik dari Unit Siasatan Tempat Kejadian Jenayah atau Crime Scene Investigation (CSI) mendapatkan bukti-bukti fizikal yang berkualiti dan relevan. IMEJ (DEFINISI) - aplikasi sains kepada perundangan KATA KUNCI /ISTILAH FORENSIK IDEA UTAMA Pakar forensik mengumpulkan bahan bukti untuk dianalisis. Apabila sesuatu kes jenayah dilaporkan, pakar forensik dari Unit Siasatan Tempat Kejadian Jenayah atau Crime Scene Investigation (CSI) mendapatkan bukti-bukti fizikal yang berkualiti dan relevan. DEFINISI /KATA KUNCI Forensik ialah aplikasi sains kepada perundangan. IDEA SAMPINGAN Hasil laporan forensik ini digunakan untuk keperluan perundangan. Bukti-bukti fizikal seperti kesan cap jari, kesan tumpahan bahan kimia, dan sebarang dokumen yang berada di tempat kejadian akan dinilai oleh pasukan CSI.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 44 AKTIVITI 3 - Bagaimanakah kemajuan sains dapat membantu bidang forensik di negara kita? Kemajuan sains dapat membantu bidang forensik di negara kita dengan cara : - Jika kes jenayah yang melibatkan kesan cap jari, penyiasatan akan dikendalikan oleh Unit Siasatan Cap Jari. - Unit Siasatan Audio/Video pula akan menjalankan pemeriksaan audio video seperti rakaman kamera litar tertutup - Unit Siasatan Jenayah Komputer menganalisis bahan-bahan bukti seperti Unit Pemprosesan Pusat atau Central Processing Unit (CPU), telefon bimbit, kad sim, dan kad memori. - Teknologi yang canggih dan moden.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 45 DARI TITIK KE TITIK (HALAMAN 32 - 33) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.2.1 Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan memberikan justifikasi menggunakan ayat yang gramatis. AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, tulis ramalan tentang kerjaya pada masa hadapan. Pada pendapat anda, bagaimanakah prospek kerjaya juruanimasi pada masa hadapan? Tulis pendapat anda dalam satu perenggan. Contoh Jawapan: Pada pendapat saya, prospek kerjaya juruanimasi pada masa hadapan mempunyai peluang yang cerah. Hal ini demikian kerana teknologi digital di negara kita sudah maju dan berkembang pesat seiring dengan kemajuan teknologi dunia. Bidang animasi menggunakan teknologi digital yang canggih dengan perisian komputer berteknologi tinggi. Untuk menjadi seorang juruanimasi, seseorang perlu mempunyai kemahiran teknikal dan mempunyai bakat artististik.Walau bagaimanapun, dengan kecanggihan perisian teknologi digital karakter animasi boleh dilukis dengan sempurna walaupun juruanimasi tiada kemahiran melukis. Jadi sesiapa sahaja boleh menjadi juruanimasi sekiranya mereka berminat walaupun tidak mempunyai kemahiran melukis kerana mereka boleh menggunakan bantuan perisian teknologi digital yang canggih. ASPEK SENI BAHASA SP: 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tadisional dengan menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya AKTIVITI 2 - Deklamasikan sajak Sang Animator dan nyatakan maksudnya. Maksud Sajak Rangkap 1 - Penyajak menyatakan bahawa seorang yang terlibat dengan bidang animasi mempunyai kemahiran berkaitan perisian teknologi moden dan terkini. Rangkap 2 - Dengan menggunakan jari ( menekan papan kekunci) juruanimasi menghidupkan watak-watak dan memberikan nyawa kepada setiap karakter agar nampak hidup dalam sesebuah filem atau cerita. Rangkap 3 - Paparan cerita nampak hidup dengan menggunakan pelbagai warna dan gerakan serta suara dan kesan bunyi yang boleh menyentuh perasaan dugabungkan dengan paparan audio dan visual serta emosi sebagai pelenkap sesebuah cereka. Rangkap 4 - Seorang animator atau juruanimasi merupakan orang yang bertanggungjawab di belakang tabir, Munculnya Anak-anak Sidek, Usop Sontorian, Bola Kampung, Ejen Ali, Keluang


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 46 Man, Kampung Boy, Boboiboy, Upin dan Ipin serta Omar dan Hana yang mewarnai alam ria kanak-kanak yang menggamit ingatan para penonton pada alam kanak-kanak mereka adalah dihasilkan oleh juruanimasi. Rangkap 5 - Juruanimasilah orang yang bertanggungjawab menghidupkan karakter seseorang hero dan mengolah watak-watak tempatan sehingga mendapat tempat di persada dunia. Rangkap 6 - Melihat senyuman dan ketawa para penonton yang menyaksikan keletah animasi yang penuh ceria menjadikan juruanimasi/animator gembira dan bahagia buat selamanya. AKTIVITI 3 - Hasilkan karikatur dan jelaskan keunikannya. 1. Murid menghasilkan karikatur sendiri dan menjelaskan keunikannya. - Cadangan aktiviti ini boleh dijadikan sebagai akvititi susulan murid membuat aktiviti dalam kumpulan kumpulan yang menghasilkan karikatur terbaik diberi hadiah Contoh karikatur


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 47 MENJULANG POTENSI DIRI (HALAMAN 34 - 35) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalam bidang pendidikan dan kerjaya dengan yakin. AKTIVITI 1 - Bersoal jawab tentang keistimewaan diri yang perlu dimiliki untuk memohon program budaya peringkat antarabangsa Keistimewaan diri: 1. Aktif dalam bidang kokurikulum Johan Pertandingan Tarian Zapin Peringkat Daerah Tokoh Kokurikulum Sekolah Kerap menyertai Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah/Daerah 2. Cemerlang dalam akademik Pencapaian Terbaik PT3 Peringkat Daerah 3. Bakat kepimpinan Pengawas sekolah Menjadi Tokoh Pemimpin Muda semasa Kem Kepimpinan Pengawas Peringkat Negeri Setiusaha Kelab Seni Budaya 4. Kemahiran Bahasa Boleh berbahasa Melayu, Inggeris dan Jepun Contoh soalan lain: Penemu duga : Boleh saudari nyatakan sebab saudari layak dipilih untuk mengikuti program ini? Nur Ain Sofea : Oh, saya rasa saya layak kerana saya bukan sahaja mahir dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris tetapi saya juga boleh berbahasa Jepun dengan baik. Saya telah mengikuti kelas bahasa antarabangsa di sekolah iaitu Bahasa Jepun. Perkara ini membolehkan saya berkomunikasi dengan masyarakat di sana dengan mudah. Tambahan pula, sebagai pengawas saya telah biasa berhubung dan berkomunikasi dengan rakanrakan dan guru. Jadi, saya rasa saya tiada masalah untuk menyesuaikan diri dan berbual dengan rakan-rakan di luar negara nanti. Penemu duga : Begitu menarik sekali. Bagaimana saudari akan menggunakan kelebihan yang ada untuk memperkenalkan warisan budaya Malaysia?


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 48 Nur Ain Sofea : Pastinya saya akan mengambil peluang ini untuk memperkenalkan pelbagai tarian seperti zapin, muzik tradisional seperti rebana dan lain-lain lagi. Oleh sebab saya telah menjadi Johan Pertandingan Zapin Peringkat Daerah, maka saya lebih yakin untuk mempersembahkan tarian ini di sana nanti. Tambahan pula, saya mahir bermain beberapa alatan moden dan tradisional. Jadi saya boleh gunakan kelebihan ini untuk memperkenalkan alatan muzik negara kita. AKTIVITI 2 - Simulasikan gaya berpakaian, berjalan, dan duduk yang betul semasa sesi temu duga dan nilaikan. NOTA TAMBAHAN: TIP TEMU DUGA APAKAH YANG PENEMU DUGA INGIN TAHU Panel penemu duga akan bertanyakan soalan seperti contoh di atas untuk mengetahui kemahiran spesifik dan kualiti yang membuat anda mempunyai kelebihan berbanding calon yang lain. Antara kelebihan yang ingin dilihat oleh panel penemu duga mengenai soalan yang ditanya adalah seperti berikut: - Kekuatan dan kemahiran soft skill. - Keselesaan anda menjawab soalan peribadi. - Keyakinan diri. - Keserasian anda dengan organisasi budaya kerja. - Keupayaan anda berfikir dengan pantas memberi jawapan yang sepatutnya. - Penyediaan anda komunikasi ketika bekerja. - Mengenali anda di luar kerjaya, sikap dan pengalam di tempat kerja. CARA UNTUK MENJAWAB “APAKAH YANG MEMBUATKAN ANDA UNIK” Sebelum anda menjawab soalan yang ditanyakan, perkara yang perlu anda lakukan ialah: 1. Anda perlu jelas dan memahami soalan yang diberikan. 2. Gunakan sedikit masa untuk dapatkan maklumat mengenai syarikat dan skop pekerjaan yang ditawarkan. 3. Jika anda mengetahui maklumat syarikat dengan lebih banyak, akan menonjolkan keunikan peribadi dalam diri anda. 4. Apabila anda sudah mengetahui ciri-ciri syarikat, anda boleh menonjolkan diri anda untuk memberi sumbangan khidmat anda kepada syarikat. 5. Anda juga perlu memasukkan sifat, pengalaman dan minat anda dalam jawapan yang akan diberikan. TIP MEMBERIKAN JAWAPAN TERBAIK 1. Menyenaraikan kekuatan dan kelebihan diri anda. 2. Sentiasa berlaku jujur untuk menjawab soalan. 3. Menyenaraikan kemahiran yang diperlukan dalam deskripsi kerja. 4. Berkongsi jawapan yang tepat dan kukuh berdasarkan pengalaman kerja anda. 5. Yakin dan berani untuk menonjolkan diri anda. 6. Elakkan bercakap mengenai topik sensitif.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 49 HARAPAN SETINGGI GUNUNG (HALAMAN 36 - 37) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada pelbagai bahan dengan betul dan tepat. AKTIVITI 1 - Baca dan nilai bentuk serta kandungan teks. BORANG PENILAIAN KENDIRI (Tandakan skala di bawah) 1 - Setuju 2 - Tidak Setuju Ringkasan bahan: 1. Bahan 1 berbentuk iklan dan bahan 2 berbentuk teks. 2. Iklan yang dipaparkan berkaitandengan Karnival Kerjaya. 3. Karnival Kerjaya merupakan wadah terbaik yang menyediakan maklumat tentang dunia kerjaya. 4. Mengunjungi karnival kerjaya yang berhampiran merupakan persiapan sebelum menceburi dunia pekerjaan dan untuk mendapatkan maklumat pekerjaan. 5. Menerusi Program Bimbingan Tatacara Temu Duga dan Taklimat Industri pula, pengunjung mendapat beberapa tip untuk temu duga antaranya termasuklah penyediaan resume, kemahiran berkomunikasi, persembahan pitching dan etika berpakaian. 6. Bengkel dan taklimat semasa Kaunseling Kerjaya bersama panel penganjur membolehkan para pengunjung mendapatkan panduan dan laithan temu duga sebagai persediaan untuk temu duga sebenar. 7. Karnival kerjaya sangat memberikan manfaat kepada para pengunjung. 8. Oleh itu, para belia yang ingin berjaya dalam permohonan kerja mestilah berusaha menimba ilmu dengan menghadiri karnival kerjaya. BIL ITEM BAHAN 1 BAHAN 2 ALASAN SKALA 1 2 1 2 1 Bentuk paparan menarik minat pembaca 2 Memberikan lebih banyak maklumat 3 Lebih mudah difahami oleh pembaca 4 Susunan maklumat mudah dibaca 5 Memberikan ilmu baharu kepada pembaca


Click to View FlipBook Version