MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 50 ASPEK TATABAHASA SP: 5.1.3 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata ganda dan akronim dengan betul mengikut konteks. AKTIVITI 2 - Kenal pasti dan bina ayat menggunakan akronim yang terdapat dalam petikan. KATA AKRONIM 1. Cantuman bahagian-bahagian tertentu daripada serangkaian perkataan. 2. Cantuman boleh terdiri daripada: - Huruf-huruf daripada rangkaian kata - Suku-suku kata daripada rangkaian kata - Bahagian-bahagian daripada perkataan 3. Ada empat jenis KATA AKRONIM, iaitu; i) Cantuman huruf awal perkataan-perkataan Contoh: ABIM- ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA USIM-UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA UNITAR- UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK (cantuman huruf awal mesti membentuk sebutan baharu tetapi masih mendukung makna yang sama) ii) Cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan Contoh: Perhilitan – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara MAWAR - Majlis Wanita Johor iii) Cantuman suku kata awal perkataan Contoh: tadika – taman didikan kanak-kanak cerpen – cerita pendek komsas – komponen sastera iv)Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan yang mengikuti. Contoh: jentolak – jentera tolak jalurah - jalan lurah purata - pukul rata Akronim yang terdapat dalam petikan 1. Cantuman huruf dan suku kata perkataan a) Yayasan Anak Watan Malaysia (Yawam) b) Persatuan Mahasiswa Muda (Permam) 2. Cantuman huruf awal perkataan a) Universiti Awam (UA)
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 51 b) Universiti Swasta (US) c) Pusat Latihan Kemahiran Awam (PLKA) d) RadioTelevisyen Malaysia (RTM) e) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) f) Hospital Kuala Lumpur (HKL) 3. Cantuman suku kata awal perkataan a) Berita Nasional Malaysia (Bernama) b) Cerita pendek (Cerpen) 4. Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian perkataan yang mengikutnya a) Senamrobik b) Jenama AKTIVITI 3 - Kenal pasti kerjaya berdasarkan potensi diri anda. Panduan tentang kerjaya yang sesuai dengan potensi diri. Rujuk pautan di bawah: http://memilihkerjaya.blogspot.com/2012/03/jenis-jenis-kerjaya.html https://ms.chalized.com/jenis-jenis-kerjaya-yang-disenaraikan-oleh-industri-kerja-dan-gaji/ http://ilhamkerjaya123.blogspot.com/p/jenis-kerjaya.html
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 52 TEMA 4 - MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH SEMERAH ROZEL (HALAMAN 44 - 45) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.3.1 Mendengar, menyebut semula dan menyusun fakta serta hujah daripada pelbagai situasi dengan betul, tepat dan bermakna. AKTIVITI 1 - Dengar dan sebut semula fakta serta hujah berdasarkan bahan. Siaran radio Rancangan Peladang Jaya iaitu temu bual juruhebah radio DJ Ahlia bersama dengan Encik Arbain bin Awang, Pegawai Fama berkaitan dengan tanaman rozel. Antara fakta penting hasil daripada temu bual ialah tanaman rozel. 1. Nama saintifik bagi rozel ialah Hibiscus sabdariffa L. 2. Tanah yang sesuai untuk tanaman rozel ialah tanah jenis bris dan liat serta mempunyai saliran yang baik. 3. Benih rozel haruslah disemai di dulang semaian terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke batas. 4. Masa semaian lebih kurang 10 hingga 14 hari. 5. Rozel memerlukan masa antara 85 hingga 100 hari untuk dituai hasilnya. 6. Tanaman rozel hanya diproses di Pusat Pemprosesan Makanan FAMA dan beberapa kilang milik swasta. 7. Selepas dituai petani akan memisahkan kelopak rozel yang berwarna merah atau dikenali sebagai kaliks daripada bijinya. Kaliks akan dikumpulkan dan dijual dalam bentuk segar kepada pihak FAMA. 8. Petani boleh mendapatkan biji benih rozel di pejabat pertanian daerah sahaja kerana untuk menjamin kualiti biji rozel. 9. Jika ada sesiapa yang berminat untuk menanam rozel, mereka hendaklah merujuk pejabat pertanian daerah yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat serta panduan tetapi petani perlu memastikan jenis tanah yang hendak diusahakan dengan tanaman rozel. 10. Untuk masa hadapan, para petani digalakkan untuk menceburkan diri dalam pernanaman rozel kerana tanaman ini mempunyai potensi yang sangat besar untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. 11. Rozel juga berpotensi untuk industri makanan dan minuman malahan untuk industry farmaseutikal dan perubatan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 53 AKTIVITI 2 - Susun fakta dan hujah daripada pelbagai situasi. Contoh teks ucapan: (daripada temu bual kepada teks ucapan) Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Telebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Rengit, Johor Baharu kerana sudi mengundang saya untuk berkongsi info berkenaan dengan tanaman rozel. Sebelum saya meneruskan ucapan saya, terlebih dahulu saya memperkenalkan diri. Saya ialah Encik Arbain bin Awang, Pegawai FAMA daerah ini. Tuan-tuan dan puan-puan, Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan maklumat yang penting kepada masyarakat tentang tanaman rozel atau nama saintifiknya ialah Hibiscus sabdariffa L. Untuk makluman hadirin dan hadirat sekelian, tanah yang sesuai untuk tanaman rozel ialah tanah jenis bris dan liat serta mempunyai saliran yang baik. Benih rozel haruslah disemai di dulang semaian terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke batas. Masa semaian lebih kurang 10 hingga 14 hari. Hadirin yang dirahmati Allah, Bilakah tanaman ini dapat dituai? Hal ini mungkin akan menimbulkan persoalan dalam minda saudara-saudari sekalian. Rozel memerlukan masa antara 85 hingga 100 hari untuk dituai hasilnya. Bukannya lama sangat, lebih kurang tiga bulan. Tanaman rozel hanya diproses di Pusat Pemprosesan Makanan FAMA dan beberapa kilang milik swasta. Selepas dituai petani akan memisahkan kelopak rozel yang berwarna merah atau dikenali sebagai kaliks daripada bijinya. Kaliks akan dikumpulkan dan dijual dalam bentuk segar kepada pihak FAMA. Petani boleh mendapatkan biji benih rozel di Pejabat Pertanian Daerah sahaja untuk menjamin kualiti biji rozel. Hadirin sekalian, Jika ada sesiapa yang berminat untuk menanam rozel, mereka hendaklah merujuki Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat serta panduan tetapi petani perlu memastikan jenis tanah yang hendak diusahakan dengan tanaman rozel. Sebelum saya mengakhiri ucapan pada hari ini saya amat berharap agar para petani di kampung ini memasang hasrat untuk menceburkan diri dalam pernanaman rozel kerana tanaman ini mempunyai potensi yang sangat besar untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada penduduk kampung serta masyarakat di sini lantaran sudi mengundang saya untuk berkongsi info-info penting tentang tanaman yang unik ciptaan Allah SWT ini. Sekian, terima kasih.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 54 Rakaman 2: muka surat 45: Isi-isi penting dialog antara Dania dengan Razin berkenaan dengan siaran televisyen tentang tanaman rozel: 1. Nama saintifik bagi rozel ialah Hibiscus sabdariffa L. 2. Spesies rozel sama dengan bunga raya. Rozel juga dipanggil asam paya, asam kundang dan asam susur. 3. Kelopak rozel yang dipanggil kaliks boleh diproses menjadi cordial, jem, the herba dan jus. 4. Kaliks juga boleh dijadikan halwa dan kudap-kudapan yang enak. 5. Rozel cantik akan dijadikan tanaman hiasan. 6. Selain kaliks, daun yang muda boleh dijadikan ulam dan bahan untuk memasak asam pedas. 7. Batang pokok rozel boleh dikeringkan untuk dijadikan gentian tali yang kuat. 8. Ekstrak bii rozel untuk dibuat kosmetik. 9. Dalam bidang inovasi farmaseutikal, biji rozel dibuat gincu. 10. Prospek tanaman rozel amat tinggi mendapat permintaan tempatan dan antarabangsa. Misalnya kaliks segar dibungkus secara pek dingin beku untuk dieksport. AKTIVITI 3 - Buat pembentangan tentang rozel dalam bentuk multimedia. 1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. 2. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan bahan pembentangan dalam bentuk multimedia. 3. Bahan yang dihasilkan dinilai sebagai aktiviti lisan untuk Pentaksiran Bilik Darjah.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 55 TERBAIK DARI KOLAM (HALAMAN 46 - 47) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer. AKTIVITI 1 - Baca, kenal pasti, dan jelaskan maklumat tersurat dan tersirat berdasarkan bahan. Maksud Tersurat Maksud Tersirat 1 Udang ialah sumber Omega-3 yang kaya dengan protein namun kurang kandungan lemak dan kalori. 1 Udang merupakan sumber makanan yang menyihatkan. 2 Udang harimau atau nama saintifiknya Penaeus monodon merupakan spesis udang yang semakin banyak diternak di Malaysia. 2 Udang harimau boleh menjadi sumber rezeki kepada penternak. 3 Udang harimau memerlukan sumber air payau masin sebagai habitat. 3 Lokasi kolam mestilah sesuai dengan habitat udang harimau. 4 Parameter indeks kualiti air akan ditentukan seminggu sekali untuk memastikan keadaan fizikal air kolam sesuai untuk tumbesaran udang. 4 Udang memerlukan penjagaan yang teliti agar membesar dengan elok. 5 Keadaan fizikal kolam perlu dipastikan tidak mengandungi plankton. 5 Penjagaan kebersihan kolam sangat penting untuk penternakan ikan. 6 Ancaman utama bagi hidupan akuatik ini ialah penyakit yang berpunca daripada benih dan kawalan air. 6 Penternak harus memastikan keselamatan udang yang diternak terjamin. 7 Penternak perlu memastikan makanan yang mencukupi diberikan kepada udang. 7 Pemberian makanan yang betul sangat penting bagi menghasilkan tumbesaran udang yang baik. 8 Pekerja kolam akan memastikan nutrien yang mencukupi agar udang yang diternak sihat. 8 Penternak harus mempunyai ilmu yang mencukupi untuk penternakan udang. 9 Kolam udang dilengkapkan dengan teknologi kincir air. 9 Pemilihan teknologi yang moden dan bersesuaian penting untuk penternakan udang. 10 Udang harimau bukan sahaja dipasarkan untuk keperluan tempatan malahan untuk dieksport ke luar negara. 10 Penternakan udang membawa pulangan yang baik kepada masyarakat.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 56 AKTIVITI 2 - Bincangkan potensi penternakan udang harimau pada masa hadapan. 1. Di Malaysia akhir-akhir ini, usaha menternak udang harimau sedang berkembang pesat dengan semakin bertambahnya penglibatan dari pihak swasta, agensi kerajaan dan juga orang perseorangan. 2. Pada masa sekarang, tidak ramai pengusaha udang di negara ini sedangkan permintaan yang diterima melebihi pengeluaran. Terdapat banyak tempahan dari luar negara seperti dari Korea Selatan, Jepun, Taiwan China dan Vietnam dengan jumlah eksport antara 20 dan 40 kontena sebulan. 3. Antara faktor yang menggalakkan penternakan udang harimau ialah: i) Terdapatnya banyak kawasan yang berpotensi untuk ternakan serta iklim yang sesuai yang membolehkan ternakan dijalankan sepanjang tahun kerana udang harimau cepat membesar sehinggakan 2-3 pusingan ternakan dapat dijalankan dalam setahun. ii) Permintaan yang tinggi. iii) Jaminan harga pasaran yang baik di dalam negeri mahupun di luar negara. Contoh: Pada masa ini harga pasaran bagi udang yang bersaiz dalam lingkungan 25-35 ekor/kg ialah di antara RM 20 – RM 30/kg. iv) Penglibatan pihak kerajaan dan swasta dalam membangunkan ternakan udang harimau seperti LKIM. v) Penggunaan teknologi tinggi dalam ternakan. 4. Faktor khidmat sokongan kerajaan yang lengkap seperti latihan, insentif dan pinjaman. Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, kerajaan memandang serius kecukupan bekalan makanan dan penjanaan pendapatan tambahan untuk semua rakyat Malaysia. Oleh yang demikian pihak kerajaan telah memeprkenalkan banyak program pertanian termasuklah penternakan udang bagi menangani isu kekurangan tanah bagi pertanian. Penternakan udang juga Ialah peluang kepada rakyat Malaysia menceburi bidang pertanian dengan menggunakan ruang sedia ada bagi pengeluaran makanan dan menjana pendapatan tambahan yang selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi. Artikel penuh: https://www.sinarharian.com.my/article/90843/BERITA/Nasional/Kerajaan-galak- projek-akuakultur © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf 5. Ciri-ciri biologi yang sesuai seperti cepat membesar, boleh hidup antara kemasinan 0-40 ppt, tahan lasak dan induk yang banyak terdapat di perairan tempatan bagi bekalan benih. 6. Kaedah ternakan secara intensif adalah satu perniagaan yang memberi pulangan yang lumayan tetapi berisiko tinggi kerana ternakan ini memerlukan kawalan dan pengurusan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 57 yang berpengalaman luas. Banyak pengurusan kolam gagal kerana tiada dan kurang berpengalaman awal dalam industri ini. Masalah ini biasanya berkaitan dengan pengurusan air yang tidak baik berpunca dari kelemahan pengurusan, reka bentuk kolam, aspek teknikal, hatchery dan sistem kolam pembesaran tersebut. AKTIVITI 3 - Terokai maklumat tentang jenis-jenis udang yang lain. JENIS-JENIS UDANG Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa ini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport. Layari laman sesawang berikut: http://udanggaloh.blogspot.com/2011/03/jenis-jenis- udang.html
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 58 REALISASIKAN IMPIAN (HALAMAN 48 - 49) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.1.2 Membaca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai. AKTIVITI 1 - Baca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai. Membaca skrip drama Arnab, Si Pencuri Hati (rakaman murid membaca skrip drama Arnab, Si Pencuri Hati dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai.) ASPEK TATABAHASA SP: 5.2.1 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata nama dengan betul mengikut konteks. AKTIVITI 2 - Kenal pasti golongan kata nama dan bina ayat dalam bentuk dialog. JAWAPAN BERPANDUKAN SKRIP DRAMA ARNAB SI PENCURI HATI KATA NAMA KHAS KATA NAMA AM KATA GANTI NAMA Hidup-manusia Adora Luqman Nuyah Cikgu Zaki Cikgu Mashita Hidup-manusia murid-murid ahli Kata ganti nama diri orang kita awak saya Hidup -bukan manusia Netherland Dwarf Holland Lop New Zealand White California Hidup -bukan manusia kambing arnab arnab pedaging arnab hiasan arnab bulu Kata ganti nama diri tanya apakah bagaimanakah Tak hidup -bukan manusia Projek Ternakan dalam Taman Kelab Pertanian Tak hidup -institusi 1. sekolah 2. stor 3. perabot lama Kata ganti nama diri tunjuk itu ini Tak hidup -bukan institusi sangkar wakaf Tak hidup -bukan institusi abstrak berbilang iklan projek kertas cadangan rayuan keputusan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 59 Ayat dalam bentuk dialog Dalam kelas 5 Beta , Cikgu Zaki guru mata pelajaran Sains 5 Beta telah mengumumkan Pertandingan Inovasi Taman Sains dan Herba sekolah sempena Bulan Sains Kebangsaan. Cikgu Zaki Sempena Bulan Sains Kebangsaan,pihak Panitia Sains telah menganjurkan Pertandingan Inovasi Taman Sains dan Herba. Iklan tentang pertandingan ini akan diedarkan ke setiap kelas. Luqman Cikgu,siapakah yang layak masuk pertandingan itu? Cikgu Zaki Semua ahli Kelab Pertanian, Kelab Sains layak masuk pertandingan termasuk murid-murid yang bukan ahli kelab. Adora Kalau macam itu,saya bolehlah masuk cikgu sebab saya bukan ahli Kelab Pertanian dan Kelab Sains. Cikgu Zaki Boleh ,awak layak untuk masuk pertandingan itu. Nuyah Cikgu,apakah syarat-syarat pertandingan itu? Cikgu Zaki Syarat utama ialah kamu perlu menyediakan kertas cadangan tentang projek Taman Sains dan Herba ini. Kemudian kertas cadangan itu perlu dihantar kepada cikgu untuk penilaian sebelum projek Taman Sains dan Herba itu dimulakan. Luqman Adora dan Nuyah, marilah kita bergabung sebagai satu pasukan untuk pertandingan ini. Adora dan Nuyah Baiklah kami setuju untuk bergabung sebagai satu pasukan. Cikgu Zaki Bagus, cikgu kagum dengan semangat kamu semua untuk menyertai pertandingan ini. Kamu boleh gunakan peralatan yang ada di stor dan bengkel sekolah. **Huruf berwarna merah - Kata nama daripada bahan . AKTIVITI 3 - Lakonkan skrip drama. Murid menjalankan aktiviti lakonan berdasarkan skrip drama Arnab, Si Pencuri Hati.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 60 SERIKANDI BERJASA! (HALAMAN 50 - 51) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.2.1 Mendengar dan memberikan respons dengan mengutamakan aspek kejelasan, nada, dan kefasihan dengan betul. AKTIVITI 1 - Dengar dan berikan respons dengan mengutamakan aspek kejelasan, nada, dan kefasihan dengan betulnya. 1. Imbas kod QR untuk mendengar rakaman audio tentang Wanita Berjiwa Perkasa. 2. Jawab soalan-soalan yang berikut: i) Bilakah tarikh lahir Puan Hajah Zaiton binti Hj Mohd Yusuf? - 11 Mei 1955 ii) Di manakah Puan Hajah Zaiton memulakan kerjaya pertamanya? - Kementerian Pendidikan Malaysia iii) Bilakah Puan Hajah Zaiton bersara awal? - 2009 iv) Apakah projek utama yang diusahakan oleh Puan Hajah Zaiton ? - Projek Industri Asas Tani (IAT) v) Apakah projek perladangan yang diusahakan Puan Hajah Zaiton? - Tanaman kelapa sawit, menternak lembu dan kambing, menternak lebah kelulut. vi) Apakah tujuan kerjasama Puan Hajah Zaiton dengan MOSTI dan UPM dalam mengekstrak daun gelam? - Menghasilkan minyak untuk merawat penyakit saraf. vii) Apakah anugerah yang telah dimenangi oleh Puan Hajah Zaiton? - Anugerah Tokoh Peladang Wanita Kebangsaan 2017. ASPEK SENI BAHASA SP: 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tradisional dengan menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya. AKTIVITI 2 - Dendangkan gurindam secara kreatif dan jelaskan maksud setiap rangkap. 1. Murid diperdengarkan dengan lagu Gurindam Jiwa. Murid diminta menyanyikan Gurindam Hati Waja menggunakan irama Gurindam Jiwa. - Pautan You Tube lagu Gurindam Jiwa: https://www.youtube.com/watch?v=mLemNMgYcGY
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 61 2. Maksud Gurindam Hati Waja Gurindam Hati Waja Jika teguh azam dan cita, Yang dibuat menjadi nyata. Maksud : Seandainya kita mempunyai impian yang ingin dicapai, harus berusaha keras untuk menjadikannya kenyataan. Jika kau asah potensi diri, Yang diusahakan pasti menjadi. Maksud : Kita harus kenal pasti potensi yang ada pada diri masing-masing dan terus memperbaikinya dan pasti segala yang diusahakan berjaya dilaksanakan. Jika ilmu penuh di dada, Idea terbaik sentiasa ada. Maksud : Kita mempunyai ilmu yang betul dalam setiap perkara yang ingin diceburi supaya idea yang terjana nanti merupakan yang terbaik dan akan terus ada untuk perkara tersebut. Jika semangat tersemat di dada, Hasil kaudapat berlipat ganda. Maksud : Kita harus mempunyai semangat yang kuat dalam perkara yang dilakukan agar mendapat hasil yang terbaik dalam pekerjaan tersebut. Jika tabah juga semangat, Tidak rugi menumpah keringat. Maksud : Kita harus sentiasa cekal dan penuh bersemangat melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak membuat perkara yang sia-sia. Kita perlu merancang dengan penuh teliti perkara yang dilakukan. Jika bekerja utamakan muafakat, Semua usaha membawa berkat. Maksud : Sesuatu pekerjaan yang dibuat mestilah dilakukan secara bekerjasama antara satu sama lain supaya mendapat hasil yang diinginkan dengan jayanya. Jika idea sungguh kreatif, Kelak kaudapat pelbagai insentif. Maksud : Kita harus sentiasa mempunyai idea yang baharu dan boleh menghasilkan inovasi supaya mendapat pelbagai manfaat daripadanya. Jika hidup selalu berbakti, Namamu harum tersemat di hati. Maksud : Orang yang hidupnya sentiasa menaburkan bakti kepada orang ramai dengan penuh ikhlas agar sentiasa dingati oleh orang sepanjang masa.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 62 AKTIVITI 3 - Cipta gurindam tentang sumbangan peladang dan persembahkannya. 1. Murid-murid diterangkan tentang bentuk gurindam. 2. Murid-murid diminta mencipta sekurang-kurangnya dua rangkap gurindam tentang sumbangan peladang berdasarkan kata kunci yang diberi. 3. Antara cadangan kata kunci untuk pembinaan gurindam ialah: Kumpulan 1 - Kata Kunci : CEKAL Kumpulan 2 - Kata Kunci : GIGIH Kumpulan 3 - Kata Kunci : BERANI Kumpulan 4 - Kata Kunci : TEKUN Kumpulan 5 - Kata Kunci : BERTANGGUNGJAWAB Contoh gurindam yang dihasilkan dengan kata kunci : TEGUH Sekiranya kau berpendirian teguh, Kelak kejayaan milikmu yang utuh.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 63 SINAR BAHARU PENTERNAK JAYA (HALAMAN 52 - 53) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.3.1 Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan mengikut situasi dan keperluan. AKTIVITI 1 - Dengan merujuk pelbagai bahan, lengkapkan maklumat tentang keperluan untuk menjadi penternak yang berjaya. Maklumat keperluan untuk menjadi penternak yang berjaya: 1.Minat dan Bersikap Positif Kriteria penting sebelum anda memilih pertanian sebagai kerjaya anda. Contohnya kalau anda tidak suka berpanas dan berlumpur tiba-tiba hendak menjadi petani mungkin agak sukar.. Begitu juga, sikap positif seperti kegigihan, kecekalan dan komitmen usahawan dapat memastikan kelangsungan perniagaannya walaupun memperoleh pendapatan yang tidak seberapa pada peringkat awal perniagaan. Oleh itu, minat sahaja tidak mencukupi jika anda tidak kuat semangat menanggung cabaran dan dugaan dunia perniagaan 2. Perancangan Teliti Perlu ada perancangan teliti meliputi aspek berikut: 2.1 Tanah Perkara asas yang perlu ada untuk menjadi petani. Sekiranya anda tiada tanah sendiri, anda boleh sewa, pajak atau memohon tanah tol daripada pihak berkuasa. Besar kecil keluasan bergantung kepada projek yang ingin anda jalankan. 2.2 Modal Modal juga merupakan faktor penting yang perlu diambil kira. Modal sendiri, atau meminjam daripada saudara-mara ataupun daripada institusi perbankan. Lebih baik menggunakan modal daripada simpanan sendiri untuk memulakan perniagaan untuk mengurangkan tekanan membayar balik pinjaman jika perniagaan kurang berjaya. Aliran untung rugi juga penting untuk dipelajari untuk membuat pemilihan ternakan dengan betul, tepat, cepat dan hasil yang lumayan. 2.3 Khidmat nasihat Bakal penternak perlulah mendapatkan maklumat tentang sesuatu projek penternakan yang diminati melalui pelbagai sumber seperti Internet, menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan pihak kerajaan atau swasta serta mendapatkan khidmat nasihat daripada usahawan yang telah berjaya dalam bidang mereka. Kalau anda ada wang yang banyak boleh pergi ke negara maju dan belajar di sana . Selain itu, perlu mempunyai jaringan hubungan dengan para usahawan lain dalam bidang yang sama supaya dapat bertukar-tukar pandangan dan idea.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 64 2.4. Peka terhadap teknologi Penternak berjaya tidak hanya semata-mata menggunakan kaedah konvensional. Penternak perlu peka terhadap pelbagai teknologi terkini yang dapat membantu meningkatkan hasil pernternakan mereka. 3. Mengkaji Pasaran Langkah penting dalam merancang strategi pemasaran ialah mengetahui dan memahami keperluan dan kehendak pelanggan. Faktor tersebut usahawan akan berupaya merangka rancangan pemasaran yang berkesan dan mampu merangsang dan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Rancangan pemasaran yang baik mengandungi penjelasan mengenai pasaran sasaran, trend dan saiz pasaran, persaingan, syer pasaran, ramalan jualan, strategi pemasaran dan belanjawan pemasaran. Agensi yang boleh membantu dalam pemasaran berskala kecil dan besar ialah Lembaga Pemasaran Persekutuan Malaysia (FAMA). Selain itu pasaran dalam talian menggunakan portal Agrobazaar.com.my contohnya, boleh dijadikan wadah untuk mengembangkan pasaran anda. 4. Berdaya Saing Ciri di atas sangat penting untuk maju. Jika kita mudah berpuas hati dengan apa-apa yang ada tentu kita sukar untuk mengembangkan perniagaan kita. Pelbagai insentif telah ditawarkan oleh kerajaan yang boleh direbut oleh para penternak bagi mengembangkan perniagaan mereka. AKTIVITI 2 - Berikan penilaian tentang kertas cadangan yang disediakan berdasarkan borang penilaian.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 65 AKTIVITI 3 - Tulis kertas cadangan untuk satu projek penternakan yang ingin dilaksanakan di sekolah. CONTOH MAKLUMAT UNTUK MEMBUAT KERTAS CADANGAN TAJUK: Kertas Cadangan Penternakan Ayam Daging/ Ayam Kampung/ Burung Puyuh LATAR BELAKANG/ RASIONAL: (Tulis dalam bentuk esei yang lengkap, dan gunakan penanda wacana yang sesuai untuk memulakan setiap ayat. Anda juga boleh menulis ayat anda sendiri) Isu semasa Akhir-akhir ini, permintaan terhadap bekalan ayam daging / ayam kampung / burung puyuh di Simpang Renggam semakin meningkat. Huraian 1/ Mengapa? (Hal ini demikian kerana…… Kebanyakan restoran, kedai makan dan warung menjadikan ayam daging/…/… sebagai menu utama untuk menarik kedatangan pelanggan. Contoh (Sebagai contoh..) Masakan yang menjadi pilihan pelanggan ialah ayam goreng berempah, ayam masak merah dan ayam rendang. Huraian 2 Masyarakat juga gemar memilih ayam /…/… sebagai hidangan harian di rumah mereka. Kesan (Impaknya,/ Kesannya….) Bekalan ayam /…/.. yang cukup akan menjamin harga daging…..tidak meningkat di pasaran, malah harga makanan yang dijual juga tidak membebankan pengguna. Sebab memilih ternakan ayam/../.. Galakan kerajaan kepada golongan muda supaya menceburi bidang penternakan dan keusahawanan antara faktor utama yang mendorong saya untuk memulakan projek ternakan…….ini. Tambahan pula, kerajaan menawarkan pelbagai bantuan kewangan, kursus dan bimbingan untuk mana-mana penternak yang baru memulakan projek penternakan. Melalui projek ternakan ini, saya juga berpeluang memberikan sumbangan kepada masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, khususnya golongan muda. OBJEKTIF: Boleh tulis dalam bentuk poin / esei. Tulis tiga objektif. 1. Memenuhi permintaan pasaran terhadap daging….. 2. Menyumbang kepada sektor pengeluaran makanan terutamanya pengeluaran daging…. 3. Menyumbang kepada pendapatan hasil daripada pemasaran ternakan…. 4. Mengamalkan nilai keusahawanan ke arah menjadi usahawan tani.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 66 ANGGARAN BELANJAWAN: Contoh anggaran belanjawan untuk penternakan ayam daging Anak ayam (1500 ekor) Makanan pemula Makanan pembesar Ubatan Elektrik dan air Upah pekerja RM 15,000.00 RM 14,500 RM 32,800 RM 2,500 RM 500.00 RM 4,00.00 SASARAN PASARAN: Nyatakan tempat, lokasi untuk menjual daging….. (Tulis ayat yang lengkap) JANGKA MASA: Ternakan ayam: 75 hari Ternakan lain…cari maklumat dalam Google (Tulis ayat yang lengkap) Contoh Penulisan Kertas Cadangan Kertas Cadangan Penternakan Ayam Daging LATAR BELAKANG PROJEK Akhir-akhir ini, permintaan terhadap bekalan ayam daging di Simpang Renggam semakin meningkat. Situasi ini berlaku disebabkan kebanyakan restoran, kedai makan dan warung menjadikan ayam daging sebagai menu utama untuk menarik kedatangan pelanggan mereka. Masakan yang menjadi pilihan pelanggan adalah seperti ayam goreng berempah, ayam masak merah dan ayam rendang. Masyarakat juga gemar memilih ayam sebagai hidangan harian di rumah mereka. Hal ini bermakna bekalan ayam yang cukup untuk pengguna amat perlu bagi menjamin harga ayam supaya tidak meningkat di pasaran, malah harga makanan yang dijual juga tidak membebankan pengguna. Selain itu, galakan kerajaan kepada golongan muda supaya menceburi bidang penternakan dan keusahawanan antara faktor utama yang mendorong saya untuk memulakan projek ternakan ayam daging ini. Tambahan pula, kerajaan menawarkan pelbagai bantuan kewangan, kursus dan bimbingan kepada mana-mana penternak yang baru memulakan projek penternakan. Melalui projek ternakan ini, saya juga berpeluang memberikan sumbangan kepada masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, khususnya golongan muda.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 67 PEMULIHAN - TEKA SILANG TARSIA (HALAMAN 54) 1. Lengkapkan teka silang Tarsia di bawah dengan padanan jawapan yang tepat. JOM SUAI PADAN OBJEKTIF: 1. Memenuhi permintaan pasaran terhadap ayam daging. 2. Menyumbang kepada sektor pengeluaran makanan terutamanya pengeluaran ayam daging. 3. Menyumbang kepada pendapatan hasil daripada pemasaran ternakan. 4. Mengamalkan nilai keusahawanan ke arah menjadi usahawan. ANGGARAN BELANJAWAN: Anak ayam (1500 ekor) Makanan pemula Makanan Pembesar Ubatan Elektrik dan Air Upah Pekerja RM 15,000.00 RM 14,500.00 RM 32,800.00 RM 2,500.00 RM 500.00 RM 400.00 SASARAN PASARAN: Tempat atau lokasi untuk memasarkan daging melalui pasar sari dan pasar minggu melalui FAMA. JANGKA MASA: Tempoh pelaksanaan penternakan ayam daging selama 75 hari daripada anak ayam hingga ayam boleh disembelih dan dipasarkan. 1. Sarangnya menjadi minuman berkhasiat. Burung walit 2. Bertanduk cantik dagingnya enak Rusa 3. Durian berkulit lembut ? Durian belanda 4. Halwa daripada bunga ? Rozel 5. Buah sumber protein Jagung 6. Burung terbesar yang masih hidup Burung unta 7. Buah berbentuk bintang Belimbing besi 8. Cili Pedas 9. Burung yang diternak untuk daging dan telur Burung puyuh 10. Nama buah seperti haiwan Buah naga 11. Industri itik masin Itik penelur 12. Ada misai bukan kucing Ikan keli 13. Makanan bercengkerang hijau gelap Kupang 14. Limau masam untuk sambal belacan Limau kesturi 15. Ada apa di balik batu? Udang
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 68 PENGUKUHAN - JUADAH PENAMBAT SELERA (HALAMAN 55) 1. Nyatakan maklumat tersurat dan tersirat berdasarkan bahan. Bil Maklumat tersurat Maklumat tersirat 1. Rendam rumpai laut semalaman. Untuk memastikan rumpai laut bersih dan selamat dimakan. 2. Potong rumpai laut mengikut saiz yang digemari. Memudahkan rumpai laut untuk dimakan. 3. Tambahkan sedikit garam, gula dan perahan limau kasturi hingga cukup rasa. Dapat mengimbangi dan meneturalkan kandungan asid di dalam campuran bahan-bahan kerabu rumpai laut. 4. Biarkan selama 15 minit. Dapat memastikan campuran bahan- bahan membuat kerabu rumpai laut sebati. 5. Hias dengan limau kasturi dan sedia dihidangkan. Untuk membangkitkan selera penggemar kerabu rumpai laut. 2. Perbezaan kerabu rumpai laut dengan jenis-jenis kerabu yang lain. - Kerabu rumpai laut mempunyai asid amino yang tinggi yang dapat membantu imun manusia untuk melawan virus dan jangkitan. - Kerabu rumpai laut juga mengandungi antioksida yang tinggi dan membekalkan sumber tenaga kepada manusia. - Penggunaan rumpai laut juga kaya dengan vitamin A, B dan C. PENGAYAAN - PETUA NENEK UNTUK SIHAT (HALAMAN 56) 1. Baca bahan dan kategorikan kata nama mengikut golongannya. 2. Bina ayat menggunakan kata nama mengikut konteks. Kata Nama Khas Kata Nama Am Kata Ganti Nama Noreen Nurul Hayati herba ubat nenek *dan sebagainya saya awak -nya ini 1. Noreen - Ibu kepada pelajar cemerlang itu bernama Noreen. 2. Nurul Hayati - Nurul Hayati tidak dapat hadir ke sekolah kerana menjaga ibunya yang sakit. 3. herba -Pokok kaduk ialah herba yang paling mujarab untuk merawat sakit gigi. 4. ubat - Alif Aiman pergi ke farmasi itu untuk membeli ubat. 5. nenek - Manap dan keluarga telah pulang ke rumah nenek pada minggu lepas. 6. saya - “Tolong bawa beg saya ini ke bilik guru,” kata Cikgu Mansor Ramli kepada muridnya. 7. awak - “Kenapa awak tidak hadir ke sekolah semalam ? ” tanya Cikgu Wahab kepada Delisha. 8. -nya - Ahmad dan rakan-rakannya telah pergi mandi-manda di air terjun itu pada minggu lepas. 9. Ini - Buku ini perlu dipulangkan kepada pemiliknya pada hari esok.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 69 TEMA 5 - MEMACU PRODUKTIVITI RUMAH PASANG SIAP (HALAMAN 58 - 59) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul dan bermakna. AKTIVITI 1 - Dengar dan analisis maklumat dalam kedua-dua bahan. 1. Imbas kod QR untuk mendengar maklumat tentang Sistem Binaan Berindustri. AKTIVITI 2 - Jelaskan maklumat tentang pembinaan pasang siap yang anda dengar kepada kelas. Maklumat tentang pembinaan pasang siap: i. Pelanggan berpuas hatii dengan rumah yang dibina dengan menggunakan Sistem Binaan Berindustri ini. ii. Kos pembinaan dengan menggunakan sistem ini adalah lebih rendah berbanding dengan menggunakan batu bata. iii. Pelanggan juga tidak perlu menunggu waktu yang lama untuk menghuni rumah idaman kerana rumah boleh disiapkan dengan lebih cepat. iv. Struktur binaan lebih ringan dan kukuh. v. Saya juga tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk menyiapkan sesebuah rumah dengan menggunakkan sistem ini. vi. Rumah tidak mengalami keretakan dinding dan kebocoran atap. vii. Suasana di dalam rumah lebih senyap dan sejuk. viii. Rumah yang dibina dengan kaedah ini mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap gempa bumi. ix. Sistem Binaan Berindustri telah digunakan dengan meluasnya di negara-negara maju. x. Sistem ini diperkenalkan di Malaysia bermula dengan projek perumahan Flat Pekeliling, Kuala Lumpur dan Flat Rifle Range Road (Jalan Padang Tembak), Pulau Pinang pada tahun 1996. xi. Sistem Binaan Berindustri diperkenalkan di negara ini adalah untuk meningkatkan kualiti bangunan dan kerja, mengurangkan penggunaan buruh asing di tapak projek serta mempercepat kerja pembinaan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 70 AKTIVITI 3 - Kumpulkan gambar binaan yang menggunakan Sistem Binaan Berindustri dan jelaskan keunikan binan tersebut. Sistem Binaan Berindustri mempunyai binaan yang berkualiti dan lebih ringan. Sistem ini menyebabkan rumah tidak mengalami keretakan dinding dan kebocoran atap. Struktur binaan menggunakan sistem ini lebih ringan dan kukuh. Rumah yang dibina dengan kaedah ini mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap gempa bumi dan suasana di dalam rumah lebih senyap dan sejuk.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 71 KHAZANAH HUTAN BAKAU (HALAMAN 60- 61) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada pelbagai bahan dengan betul dan tepat. AKTIVITI 1 - Baca dan teliti bahan. Kemudian, nilai bentuk serta kandungan teks bahan tersebut dengan betulnya dan tepatnya dengan menggunakan Borang Penilaian Kendiri. BORANG PENILAIAN KENDIRI Tandakan skala di bawah 1- Setuju 2- Tidak setuju BIL ITEM BAHAN A BAHAN B SKALA ALASAN 1 2 1 2 1 Bentuk paparan menarik minat pembaca / / Bahan B ada gambar yang warna- warni yang menarik untuk dibaca. 2 Memberikan lebih banyak maklumat / / Bahan A dihuraikan dengan lebih jelas dan penuh dengan maklumat berbanding bahan B. 3 Lebih mudah difahami oleh pembaca / / Bahan B kerana petikan mempunyai isi penting sahaja berbanding bahan A panjang lebar. 4 Susunan maklumat mudah dibaca / / Bahan B lebih tersusun kerana mempunyai nombor pada setiap isi penting. 5 Memberikan ilmu baharu kepada pembaca / / Kedua-dua bahan memberikan ilmu walaupun bentuk teks berbeza.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 72 ASPEK TATABAHASA SP: 5.2.2 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata kerja dengan betul mengikut konteks. AKTIVITI 2 - Kategorikan kata kerja tak transitif yang terdapat dalam teks. Kemudian, bina perenggan dengan kata kerja tak transitif tersebut. KATA KERJA TAK TRANSITIF Subgolongan Ciri Jenis Contoh Kata Kerja Tak Transitif Tak berpelengkap -tidak memerlukan pelangkap Tak transitif tanpa pelengkap Rumah itu sudah roboh. Turunnya Union, Jalur Gemilang pula yang berkibar. Berpelengkap -memerlukan pelengkap Tak transitif berpelengkap Keadaan Halim bertambah parah. Air sungai beransur surut. Kata kerja Tak Transitif dalam teks: Kata kerja tak transitif berpelengkap Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ada menjadi mengikut memakan berbentuk bergantung terdapat mendapat berfungsi bermula terbakar masak keluar menegak menyejuk Contoh perenggan: Penghasilan arang kayu bakar bermula daripada kayu bakau disusun di dalam dapur berbentuk iglu mengikut susunan secara menegak. Proses ini memerlukan ketelitian dalam menyusun kayu yang memakan masa yang agak lama. Selepas kayu bakar disusun sebahagian daripada pintu dapur ditutup dengan batu bata yang ditampal dengan campuran pasir dan tanah. Proses pembakaran kayu bermula dengan kayu bakar dibakar dengan “api besar” selama 10 hari. Seterusnya, kayu bakar perlu dibakar dengan “api kecil” yang memerlukan masa selama 10 hari. Setelah selesai, pintu dapur akan ditutup sepenuhnya selama 10 hari atau asap putih tidak lagi keluar dan dibiarkan menyejuk. Proses ini memerlukan kawalan bagi memastikan arang di dalam relau tidak terbakar hingga menjadi abu. Tukang dapur dapat mengetahui kayu bakar yang telah masak atau belum hanya dengan menghidu dan menyentuh asap yang keluar pada hari-hari terakhir. Akhir sekali, bagi mendapat hasil yang dilakukan, kayu bakar yang telah menjadi arang dikeluarkan dari dapur. Tempoh pembakaran kayu bakar ada kemungkinan mengambil masa yang lebih daripada 30 hari bergantung pada saiz kayu dan kelembapan persekitaran. Terdapat banyak fungsi arang kayu bakar, arang kayu bakar bukan sahaja dijadikan bahan bakar, sebaliknya arang yang dihasilkan berfungsi untuk kegunaan industri pembuatan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 73 AKTIVITI 3 - Pada pendapat anda, adakah arang kayu bakau masih digunakan pada masa akan datang? Berikan alasan. Ya; 1) Terdapat permintaan sepanjang masa 2) Kos yang murah 3) Berkualiti tinggi 4) Banyak kelebihan berbanding arang jenis yang lain Tidak; 1) Pembuatan arang kayu bakau akan menyebabkan pokok kayu bakau mengalami kepupusan jika semakin kerap dan menyebabkan pokok kayu bakau banyak yang ditebang untuk dijadikan arang. 2) Proses membuat arang kayu bakar sanagt rumit dan mengambil masa yang lama akan menyebabkan masyarakat moden tidak mahu mengusahakannya. 3) Teknologi canggih akan dapat dihasilkan untuk menggantikan arang kayu bakau. 4) Terdapat juga pelbagai altenatif lain selain daripada kayu bakau cotohnya arang tempurung kelapa, arang serkam padi, briket arang dan arang batu. Lampiran : BORANG PENILAIAN KENDIRI Tandakan skala di bawah 1- Setuju 2- Tidak setuju BIL ITEM BAHAN A BAHAN B SKALA ALASAN 1 2 1 2 1 Bentuk paparan menarik minat pembaca 2 Memberikan lebih banyak maklumat 3 Lebih mudah difahami oleh pembaca 4 Susunan maklumat mudah dibaca 5 Memberikan ilmu baharu kepada pembaca
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 74 KEK ANEKA RONA (HALAMAN 62 - 63) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.3.1 Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan mengikut situasi dan keperluan. AKTIVITI 1 : Berdasarkan bahan dan pelbagai bahan rujukan, lengkapkan maklumat tentang kek lapis Sarawak. Kek Lapis Sarawak Bil. Maklumat 1. Sejenis pemanis mulut yang istimewa di negari Sarawak. 2. Selalu dihidangkan dalam perayaan. 3. Menjadi hidangan dalam majlis hari lahir dan perkahwinan. 4. Dijadikan hantaran pertunangan atau hadiah buat insan istimewa. 5. Dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kek dengan lapisan biasa dan kek dengan corak,motif atau bentuk tertentu. 6. Mempunyai sekurang-kurangnya dua jenis warna. 7. Dibakar di dalam ketuhar. 8. Dilapisi jem atau bahan manis. 9. Motif dan coraknya unik serta digabungkan dengan keenakan rasa. 10. Teksturnya lembap tetapi pejal. AKTIVITI 2 - Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memajukan industri kek lapis Sarawak. Aspek Huraian dan Contoh Isi 1 – Pengusaha kek lapis sentiasa melakukan inovasi Huraian - Inovasi membantu mengembangkan pasaran kek lapis. - Proses inovasi memerlukan kreativiti para pengusaha untuk melakukan pembaharuan dari segi corak, rasa, tekstur, pembungkusan dan lain-lain. Contoh - Menggunakan bahan semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghasilkan kek lapis. - Menjual kek lapis dengan pelbagai pembungkusan yang menarik, terutamanya secara bermusim selaras dengan pelbagai sambutan perayaan. Kesan - Menarik minat pelanggan. - Pasaran kek lapis diperluas. - Jika ditambah dengan bantuan pelbagai platform penjualan, boleh dikembangkan sehingga peringkat global.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 75 Isi 2 – Sokongan kerajaan Huraian - Sokongan daripada kerajaan merupakan suatu galakan kepada pengusaha untuk berdaya maju - Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, sokongan kerajaan akan menjadi suntikan motivasi kepada pengusaha dalam menghasilkan sesuatu yang baharu. Contoh - Badan kerajaan seperti MARDI menghasilkan mesin yang berfungsi untuk menggantikan tenaga kerja manusia bagi meningkatkan pengeluaran kek lapis Sarawak. - Bank seperti Bank SME menawarkan pinjaman yang berkadar faedah rendah kepada usahawan yang baru menceburi industri kek lapis. Kesan - Beban kewangan pengusaha akan dikurangkan. - Para pengusaha akan bermotivasi untuk menghasilkan pelbagai pembaharuan. - Produktiviti pengusaha kek lapis akan bertambah.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 76 MENGHADAPI RINTANGAN (HALAMAN 64 - 65) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.4.2 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara melalui ceramah, syarahan dan forum dengan yakin secara bertatasusila. AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, sampaikan pendapat anda melalui ceramah tentang peluang dalam industri yang berasaskan bidang teknikal dan vokasional. Salam sejahtera saya ucapkan kepada yang saya muliakan, tuan pengerusi majlis, para jemputan dan hadirin yang dihormati sekalian. Tajuk ceramah yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Peluang dalam Industri yang Berasaskan Bidang Teknik dan Vokasional. Tuan-tuan dan puan-puan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau singkatannya TVET ialah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang tertentu. Pendidikan Teknik dan Vokasional merupakan salah satu cabang sistem pendidikan yang berlandaskan industri untuk melatih individu dalam kemahiran tertentu seperti bidang automatif, animasi dan hospitaliti. Oleh hal yang demikian, peluang dalam industri berasaskan pendidikan teknik dan vokasional semakin terbuka luas kepada anak muda yang berminat dan berkemahiran. Bidang TVET melengkapi setiap individu dengan ilmu pengetahuan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga ilmu kemahiran teknikal dalam pengendalian sesuatu peralatan. Ilmu kemahiran teknikal adalah seperti pertukangan, elektronik, pateri, automotif, amalan bengkel mesin, kimpalan dan fabrikasi logam. Tambahan pula, TVET ialah bidang pembelajaran yang bukan sahaja tertumpu kepada mereka yang cemerlang dalam akademik sahaja tetapi juga kepada semua individu yang meminati bidang kemahiran teknikal. Oleh sebab itu, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan yang kurang menyerlah dalam peperiksaan awam harus mengambil peluang dalam bidang TVET ini untuk melengkapkan diri dengan ilmu kemahiran yang berguna sepanjang hayat kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Selain itu, Pendidikan Teknik dan Vokasional juga penting untuk menjana individu yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang yang pelbagai. Kemahiran yang dapat dipelajari ialah pengetahuan tentang sistem pendawaian yang mana merupakan sistem yang membekalkan elektrik kepada sesuatu bangunan. Oleh hal yang demikian, individu yang mendaftar sebagai pelajar Kolej Vokasional atau alma mater yang menumpukan dalam pengajian teknik dan vokasional akan memperoleh pengetahuan tentang aspek kemahiran teknikal jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah biasa yang mempunyai skop kurikulum yang berbeza. Oleh hal yang demikian, tidak dapat dinafikan lagi bahawa Pendidikan Teknik dan Vokasional mampu melahirkan individu yang berkemahiran tinggi serta kompeten.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 77 Tuan-tuan dan puan-puan, Seperti yang diketahui umum, negara kita memerlukan lebih ramai sumber tenaga kerja untuk memastikan pengeluaran produk-produk secara berterusan. Namun begitu, bilangan pekerja mahir adalah kurang dan tidak mencukupi. Anak muda sepatutnya berganding bahu untuk menjadi pekerja mahir dalam membantu ekonomi negara. Pelbagai pihak seperti pihak kerajaan dan ibu bapa haruslah memainkan peranan dengan mendorong anak-anak remaja dalam bidang TVET demi memperbanyak produk pengeluaran Malaysia. Tuntasnya, kebolehupayaan bagi individu yang mengikuti kursus dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk memenuhi pasaran negara tidak dapat disangkal lagi. Pendidikan Teknik dan Vokasional mampu menjana individu yang berfikiran kreatif, inovatif dan inventif. Dengan kemahiran teknikal yang diperoleh, individu ini sendiri mampu mencipta atau menambah baik produk yang sedia ada di pasaran. Umum mengetahui, bakat dalam penghasilan produk ini telah diterapkan ke dalam jiwa anak-anak muda Malaysia sejak di bangku sekolah lagi melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dan subjek Reka Bentuk dan Teknologi. Dalam mata pelajaran ini, para pelajar diberi peluang untuk mengenali dan mengendali mesin- mesin yang terdapat di dalam bengkel dan seterusnya mencipta sesuatu seperti tabung dan rak buku. Perkara ini akan menarik minat para pelajar untuk meneruskan pembelajaran dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional. Tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa TVET mampu melahirkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi dan berinovasi. Sebagai penutup wacana, Pendidikan Teknik dan Vokasional berperanan dalam usaha membangunkan sebuah negara lestari pada masa hadapan. Sebagai rakyat yang berhasrat untuk memajukan Malaysia agar menjadi sebuah negara mapan, janganlah kita melepaskan peluang untuk menjadi pekerja mahir dalam sektor perindustrian agar produk buatan Malaysia diusahakan, dibungkus dan dijaga kualitinya oleh anak watan kita sendiri dan bukan lagi warga asing. Cukuplah sehingga hari ini kita mengharapkan kudrat mereka, kini tiba masanya kita berdiri di atas kaki sendiri untuk mengorak langkah untuk melakukan perubahan yang besar buat negara dan bangsa dengan memanfaatkan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Sekian, terima kasih. ASPEK SENI BAHASA SP: 4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya dengan betul mengikut konteks. AKTIVITI 2 - Nyatakan lima peribahasa yang sesuai berdasarkan kandungan bahan. Kemudian, bina ayat dengan peribahasa tersebut. Peribahasa berdasarkan kandungan bahan: 1. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya - Sesuatu kejayaan tidak akan dicapai tanpa usaha.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 78 Contoh Ayat : Chin Chin belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh supaya cita-citanya untuk menjadi doktor tercapai kerana dia tahu kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. 2. Seperti mencurahkan air ke daun keladi - Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati. Contoh Ayat : Nasihat ibu Mail supaya anaknya mengambil peluang dalam bidang kemahiran hanya seperti mencurahkan air ke daun keladi kerana Mail tetap dengan sikap degilnya. 3. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan - Setiap keinginan yang ingin dimiliki akan diusahakan sehingga berjaya. Contoh ayat - Sebagai seorang yang meminati bidang bakeri, Aida berusaha mengikuti kursus pembuatan roti dan pastri secara dalam talian bagi mengasah kemahirannya, kerana baginya di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. 4. Alah bisa, tegal biasa - Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat. Contoh Ayat : Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi dia telah melakukannya. 5. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan - Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya. Contoh Ayat - Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. AKTIVITI 3 - Jika anda ingin menceburi industri yang berasaskan bidang teknikal dan vokasional, apakah industri yang akan anda ceburi? Mengapa? Saya berminat untuk menceburi bidang kulinari. Saban hari Malaysia menyaksikan bidang kulinari semakin mudah mendapat pekerjaan kerana industri pelancongan, perhotelan dan restoran kian berkembang pesat bahkan permintaan terhadap bidang kerja cef juga semakin meningkat dari hari ke hari. Bidang ini ibarat pembuka selera bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dalam bidang masakan atau bagi mereka yang menyimpan cita-cita ingin menjadi seorang cef yang terkemuka suatu hari nanti. Siapa tidak kenal dengan Chef Gordon Ramsay. Pekerjaan atau kerjaya sebagai seorang cef sebenarnya membuka pelbagai peluang dalam industri restoran, perhotelan, kapal pesiaran dan juga resort. Selain itu, cef juga berpeluang meningkatkan kemahiran memasak, memiliki perniagaan berasaskan makanan ataupun produk masakan dan tenaga pengajar. Dengan kemahiran dan kebolehan yang ada membuatkan kerjaya sebagai seorang cef sangat dikagumi ramai terutama buat mereka yang berpeluang bertugas di hotel lima bintang yang terletak di lokasi percutian idaman ramai. Jika individu itu boleh bekerja bawah tekanan, melakukan beberapa tugasan dalam satu-satu masa, bekerja sebagai sebahagian
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 79 daripada pasukan, bijak menggunakan kreativiti dan imaginasi untuk menghasilkan juadah yang kelihatan menarik, bersabar dengan tugasan remeh seperti memotong sayur-sayuran dan memahami rantai pemakanan dengan baik, kerja cef pastinya bersesuaian dengan individu terbabit.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 80 MAJU DALAM INDUSTRI MUTAKHIR (HALAMAN 66 - 67) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.4.1 Menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang. AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, analisis dan senaraikan isi-isi penting karangan tentang kepentingan industri 4.0. AKTIVITI 2 - Tulis kerangka karangan berdasarkan isi-isi penting yang telah anda senaraikan. CADANGAN KERANGKA KARANGAN - Kepentingan Industri 4.0 PENDAHULUAN AYAT TEMA revolusi industri 4.0 ditandai dengan kemunculan superkomputer,……………. AYAT KELOMPOK memungkinkan manusia lebih mengoptimumkan fungsi otak AYAT ISU robot bakal menjadi “kawan” AYAT RANGSANGAN hidup manusia akan dipermudah dengan bantuan robot AYAT ARAHAN menguruskan hal ehwal dan tugasan harian manusia IDEA 1 AYAT IDEA pesanan piza kita lakukan melalui telefon melalui kemajuan industri 4.0 AYAT HURAIAN perkhidmatan dron sampai di depan pintu rumah AYAT CONTOH segala urusan rumah seperti mencuci baju, memberikan makanan…. AYAT HURAIAN hanya perlu dilakukan dengan menekan butang di telefon pintar AYAT PENEGASAN tidak perlu lagi bersusah payah untuk mengambil perkhidmatan pembantu IDEA 2 AYAT IDEA tidak perlu memandu kereta untuk ke pejabat AYAT HURAIAN segala urusan pemanduan akan dikawal AYAT CONTOH penggunaan satelit AYAT HURAIAN ke tempat yang ingin ditujui AYAT PENEGASAN selamat digunakan IDEA 3 AYAT IDEA revolusi industri 4.0 membentuk norma yang biasa pada masa akan datang AYAT HURAIAN berkembang dan berevolusi AYAT CONTOH segala urusan harian manusia akan dikongsi dengan robot yang dicipta AYAT HURAIAN mengoptimumkan aplikasi navigasi seperti Waze dan Google Maps AYAT PENEGASAN membantu pemandu dengan memberikan arahan dan maklumat laluan PENUTUPAN AYAT KESIMPULAN revolusi industri 4.0 memerlukan semua pihak mengadaptasi kehidupan AYAT CADANGAN seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi AYAT HARAPAN sistem automasi lebih pintar dan Malaysia bergerak ke hadapan AYAT UNGKAPAN langkah proaktif perlu diambil seperti negara Jepun AYAT PENEGASAN telah mengorak langkah ke arah industri 5.0
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 81 CADANGAN KERANGKA KARANGAN - Zaman Robot PENDAHULUAN AYAT TEMA robot hanya sekadar mesin pada zaman dahulu AYAT KELOMPOK robot dapat bertindak mengikut arahan yang disambungkan kepada sistem AYAT ISU membolehkannya berfungsi dengan robot lain dengan keupayaan Internet AYAT RANGSANGAN pengeluaran barangan dan perkhidmatan menjadi lebih cekap AYAT ARAHAN semua urusan dilakukan melalui Internet IDEA 1 AYAT IDEA penggunaan robot sebagai pengesan dalam pertanian AYAT HURAIAN mampu menentukan keadaan cuaca dan memaklumkan jumlah air AYAT CONTOH robot memaklumkan data kepada robot lain AYAT HURAIAN robot lain akan menghasilkan nutrien mengikut bacaan robot pengesan tadi AYAT PENEGASAN menjadikan tanaman lebih terpelihara dan lebih hebat dilakukan setiap saat IDEA 2 AYAT IDEA robot berupaya mempercepat proses rawatan dalam bidang perubatan AYAT HURAIAN robot membantu manusia untuk menganalisis dan mendiagnosis penyakit AYAT CONTOH menganalisis dan mendiagnosis pertumbuhan kanser AYAT HURAIAN robot membantu doktor menjalankan operasi pembedahan tubuh manusia AYAT PENEGASAN bahagian tubuh manusia yang sensitif dan sukar dibedah dapat dilakukan IDEA 3 AYAT IDEA robot membawa kepentingan dalam bidang ketenteraan dan keselamatan AYAT HURAIAN bidang robotik membantu tentera mengesan bom dan periuk api AYAT CONTOH robot memainkan peranan penting sebagai ejen perisikan AYAT HURAIAN mengesan segala pergerakan yang dirancang oleh musuh AYAT PENEGASAN keselamatan negara lebih terjamin daripada pencerobohan PENUTUPAN AKTIVITI 3 - Bincangkan dan ceritakan kehidupan manusia yang sangat bergantung pada robot. Robot merupakan sebuah mesin canggih yang mampu melakukan kerja-kerja yang dahulunya dibuat oleh manusia dengan kawalan komputer. Kecanggihan teknologi kini telah memberikan peluang robot banyak digunakan dalam bidang automobil, perubatan, pertanian dan lain-lain. Penggunaanya banyak di negara-negara maju seperti Jepun, China, Amerika Syarikat dan lain-lain. Mengikut arus kemajuan teknologi, ramai orang tidak akan meneruskan kehidupan dengan susah AYAT KESIMPULAN banyak lagi tugas manusia dapat dilakukan oleh robot dengan lebih efektif AYAT CADANGAN manusia boleh memanfaatkan penggunaan robot untuk pelbagai tujuan AYAT HARAPAN robot boleh mengambil alih tugas manusia sebagai pekerja kilang, pembantu AYAT UNGKAPAN manusia pada suatu masa nanti akan terlalu bergantung pada robot AYAT PENEGASAN robot akan berada di mana-mana sahaja untuk membantu manusia
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 82 seperti dahulu. Ciptaan robot kini bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Persoalannya, apakah kesan penggunaan robot dalam kehidupan manusia? Antaranya, robot dapat membantu manusia menjalankan kerja yang berisiko tinggi. Sebagai contoh, robot humanoid yang merupakan peralatan elektronik di rumah dapat membantu tugas suri rumah tangga untuk melaksanakan kerja seharian seperti membersihkan kipas atau tingkap yang tinggi. Selain itu, sebahagian peralatan robotik juga diubah suai khasnya untuk mengesan bahan-bahan radioaktif atau bahan-bahan kimia yang beracun. Penggunaan robot dalam kerja seperti atas akan mengurangkan risiko yang dapat kehilangan nyawa kita. ‘Tak kenal maka tak cinta’. Oleh itu, robot membantu manusia untuk melakukan kerja yang hambar, kotor dan berbahaya. Kebaikan yang seterusnya ialah robot dapat menjalankan tugas yang diberi dengan cekap dan tepat. Hal ini dikatakan demikian kerana kita hanya memberi arahan kepada sistem robot, sistem itu akan membuat kerjanya dengan menepati kehendak kita. Bukan itu sahaja, robot tidak akan bergantung kepada keadaan fizikal dan staminanya tetapi kurang kesilapan kerana telah diprogramkan. Bergantung kriteria di atas, kita dapat mengetahui bahawa robot tidak akan cuti dan tidak akan sakit. Oleh itu, robot dapat meneruskan prosesnya sepanjang 24 jam sehari. Tegasnya, produktiviti sesebuah syarikat akan meningkat kerana kualiti hasilan dapat dikekalkan dan banyak dihasilkan. Tidak dapat dinafikan bahawa penggunan robot turut membawa kesan negatif dalam kehidupan manusia. Robot tidak berfungsi fleksibel seperti manusia. Hal ini dapat dilihatkan kerana robot tidak mampu melakukan kerja-kerja selain yang telah diprogramkan pada sistem mereka. Sejiranya majikan ingin mengemaskinikan program lama kepad program yang baharu, sudah pasti kos yang tinggi diperlukan. Robot juga tidak berfikir tentang sesuatu yang abstrak dan kreatif seperti manusia. Justeru, robot tidak sesuai untuk menjalankan tugas yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia, perasaan, dan psikologi seperti peguam, kaunselor, dan pegawai perhubungan awam. Penggunaan robot juga menyebabkan manusia tidak berinisiatif. Manusia yang terlalu bergantung pada robot untuk melakukan pelbagai kerja akan mengakibatkan manusia menjadi pasif dan berat tulang, tiada inisiatif untuk berusaha. Di samping itu, robot akan dibeli dan digunakan oleh banyak pengusaha untuk mengambil alih kerja manusia. Sehubungan dengan itu, manusia akan kehilangan pekerjaan. Majikan lebih gemar memilih robot kerana dapat mengurangkan kos buruh. Hal ini akan menyebabkan pengangguran kepada manusia Kesimpulannya, aplikasi robot tiada had. Penciptaannya dianggap penting kerana fungsinya adalah untuk membantu dan menambahkan kesejahteraan dan keselesaan manusia. Penggunaan robot memudahkan urusan seharian manusia dalam pelbagai bidang. Namun demikian, penggunaan robot haruslah dikawal agar dapat mengelakkan kesan negatif.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 83 PEMULIHAN - INDUSTRI KRAF TANGAN (HALAMAN 68) Lengkapkan kerangka karangan Usaha-usaha Memajukan Industri Kraf Tangan. Perenggan Bahagian Ayat Pendahuluan Isu Industri kraf tangan di Malaysia berpotensi untuk dimajukan. Kesan Kemajuan dalam industri ini memberikan pulangan yang lumayan kepada rakyat. Contoh Kraf tangan seperti anyaman bakul, ukiran kayu, dan hasil tenunan boleh menjadi punca pendapatan. Tugasan Oleh hal yang demikian, semua pihak haruslah mengimplementasikan usaha-usaha yang efektif lagi pragmatik untuk memajukan industri kraf tangan. Persoalannya ialah apakah usaha-usaha yang haruslah dilaksanakan oleh semua pihak untuk memajukan industri kraf tangan? Perenggan Bahagian Ayat Isi 1 Isi Kerajaan mempromosikan kraf tangan Malaysia ke luar negara. Huraian isi Masyarakat luar masih belum mengenali kraf tangan negara kita. Contoh Mengadakan promosi secara besar-besaran melalui media massa – menganjurkan pameran kraf tangan di luar negara. Huraian Contoh (Kesan) Kraf tangan negara semakin dikenali oleh pelancong asing. Penegasan Kerajaan memainkan peranan penting dalam memajukan industri kraf tangan. Perenggan Bahagian Ayat Isi 2 Isi Pengusaha perlulah menghasilkan kraf tangan yang kreatif. Huraian isi Pembeli tertarik untuk membeli barangan yang terkini dan mengikut peredaran zaman. Contoh Menghasilkan kraf tangan yang menarik dengan menggunakan bahan-bahan tempatan seperti cangkerang hidupan laut, buluh, dan buah kelapa. Huraian Contoh (Kesan) Pelbagai bentuk atau ciptaan kraf tangan yang menarik dan unik dapat dihasilkan – dapat menarik lebih ramai peminat kraf tangan – meningkatkan pendapatan pengusaha kraf tangan. Penegasan Jelaslah bahawa kreativiti pengusaha dalam usaha menghasilkan kraf tangan yang kreatif - memberikan impak yang besar dalam memajukan industri kraf tangan di Malaysia.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 84 Perenggan Bahagian Ayat Isi 3 Isi Sokongan masyarakat terhadap kraf tangan ciptaan warga tempatan. Huraian isi Kita sewajarnya menghargai titik peluh dan kreativiti rakyat Malaysia dalam menghasilkan karya seni. Contoh memberikan sokongan yang berterusan kepada produk kraf tangan tempatan seperti bakul buluh, labu sayong, batik, anyaman, tenunan – membeli kraf tangan tempatan sebagai hadiah untuk kawan-kawan di luar negara. Huraian Contoh (Kesan) Industri kraf tangan dapat dimajukan dan pendapatan pengusaha tempatan dapat ditingkatkan – memberikan motivasi kepada pengusaha kraf tangan untuk lebih gigih menghasilkan produk kraf tangan yang berkualiti. Penegasan Sokongan yang tidak berbelah bahagi masyarakat terhadap produk kraf tangan dapat memajukan industri kraf tangan di Malaysia. Perenggan Bahagian Ayat Isi 4 Isi Media massa memainkan peranan untuk memperkenalkan kraf tangan tempatan. Huraian isi Dapat menarik minat masyarakat terhadap seni kraf tangan tempatan dan membantu usaha untuk meningkatkan permintaan orang ramai terhadap barangan kraf tangan tempatan. Contoh Menyiarkan rancangan yang memperkenalkan kraf tangan tempatan melalui televisyen – mengadakan pertandingan kuiz berkenaan dengan kraf tangan melalui televsiyen – Menyiarkan artikel yang menarik mengenai seni kraf tangan. Huraian Contoh (Kesan) Masyarakat dapat didedahkan dengan keunikan kraf tangan – menarik minat masyarakat untuk membeli produk kraf tangan - meningkatkan jualan kraf tangan tempatan. Penegasan Peranan media massa amat penting dalam usaha untuk memajukan industri kraf tangan di Malaysia. Perenggan Bahagian Ayat Kesimpulan Kesimpulan Kraf tangan yang menjadi lambang kebudayaan dan kesenian perlu dipertahankan. Cadangan Semua pihak perlu berganding bahu untuk memajukan industri kraf tangan negara. Harapan agar industri kraf tangan ini terus maju seiring dengan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 85 pembangunan negara sekali gus menarik minat pelancong – melancong ke negara kita. Penegasan Ayuh, marilah kita bersama-sama menyokong barangan kraf tangan tempatan agar kesenian kraf tangan dapat dikekalkan selama-lamanya – tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 86 TEKA SILANG KATA (HALAMAN 69) Lengkapkan teka silang kata dengan perkataan yang tepat .Kemudian, bina ayat lain dengan perkataan tersebut. Imbas kod QR untuk mendapatkan jawapan teka silang kata. Bina ayat lain dengan perkataan tersebut. 1. Harga minyak masak melambung naik kesan daripada kenaikan harga minyak dunia. 2. Semenjak anaknya meninggal dunia, Suraya sering melamun dan tidak menghiraukan keadaan dirinya. 3. Kandungan buku tatabahasa itu tertumpu pada aspek pembentukan kata dalam bahasa Melayu. 4. Mesin pengisar berkelajuan tinggi itu dapat mengisar kacang tanah hingga halus. 5. Setiap pelajar sudah pasti berhasrat untuk menjejakkan kaki ke menara gading. 6. Harga durian jatuh kerana tiada permintaan akbat pandemik Covid-19. 7. Tanaman padi tidak menjadi pada musim ini kerana serangan penyakit bena perang, 8. Sejak kecil, saya diajar supaya berjimat apabila berbelanja. 9. Semangat Amelia yang membara untuk menjadi seorang cef menyebabkannya memilih jurusan kulinari. 10. Setiap kejadian yang berlaku dalam hidup seseorang harus dijadikan pengalaman yang amat bermakna untuk menempuh cabaran. 11. Semua murid diminta duduk mengikut jarak yang ditetapkan apabila makan di kantin. 12. Sektor perindustrian bergantung pada tenaga kerja mahir untuk memajukan ekonomi negara.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 87 TEMA 6 - DUNIA PELANCONGAN MALAYSIA SYURGA MAKANAN (HALAMAN 72 - 73) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.4.1 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara dalam perbualan santai secara bertatasusila. AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, kemukakan pendapat anda dalam perbualan santai secara bertatasusila. Murid boleh mencari maklumat berkaitan dengan makanan istimewa yang ada di setiap daerah di negeri Kelantan dan Terengganu dengan berpandu pada contoh di bawah. Selepas itu, murid boleh membuat pembentangan di dalam kelas. CONTOH 1 JELI (Kelantan) Daerah Jeli merupakan kawasan yang terletak pintu masuk atau “gateway” ke negeri Kelantan dari sebelah Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Jeli menjadi tempat persinggahan yang sesuai bagi mereka yang dikatakan dalam perjalanan dari Pantai Timur ke Pantai Barat atau sebaliknya, melalui jalan raya Timur Barat. Di samping itu, daerah Jeli juga menjadi penghubung kepada kawasan Kelantan Selatan melalui jalan raya Jeli – Dabong. Oleh hal yang demikian, dari segi lokasinya Daerah Jeli bersempadan dengan Thailand di sebelah utara, jajahan Tanah Merah di sebelah timur, jajahan Kuala Krai dan Gua Musang di sebelah selatan dan negeri Perak di sebelah barat. Jeli merupakan sebuah kawasan yang strategik dan mempunyai daya maju untuk pembangunan secara teratur pada masa hadapan. Pekan Jeli merupakan bandar atau pekan utama di kawasan jajahan ini. Kawasan ini terletak kira-kira 98 kilometer dari bandar raya Kota Bharu melalui jalan raya Timur Barat. NASI KERABU KUALI GELEGAK MI UDANG GALAH
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 88 Keadaan muka bumi ialah 82% berbukit bukau, hutan rimba dan banyak alur serta sungai. Jajahan ini terletak antara 90 meter hingga 500 meter dari paras laut. Sungai-sungai utama ialah Sungai Pergau, Sungai Renyut, Sungai Suda dan Sungai Balah. Oleh sebab keadaan geografi Jeli bersempadan dengan banyak budaya, makanan di sini juga menerima pengaruh daripada Perak, Thailand, dan Terengganu. Hal ini menjadikan makanan di daerah Jeli sangat unik, tambahan pula udang galah yang segar juga banyak terdapat di sungai-sungai yang berdekatan dengan Jeli. Makanan di Jeli juga sangat esotik dan menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negara. Setiap pelancong yang mahu mencuba makanan yang unik rasanya dan mesra alam, Jeli ialah tempat yang sangat sesuai kerana harganya tidak mahal. Tidak hairanlah bahawa Jeli ialah destinasi pelancongan gastronomi di Kelantan. SAMBAL PIJAT CONTOH 2 Cari gambar yang sesuai dengan makanan yang terdapat dalam jadual di bawah. Anda dikehendaki mencetak gambar tersebut lalu menampalkannya dalam jadual di bawah. MARTABAK RAJA SOTONG SUMBAT KUIH BAULU LAKSAM SATAR KUIH BUAH TANJUNG
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 89 AKTIVITI 2 - Lengkapkan itinerari pelancongan gastronomi bagi negeri-negeri lain di Malaysia. Cadangan aktiviti: 1. Murid boleh menerokai maklumat tentang pelancongan gastronomi di media sosial. 2. Murid boleh merujuk laman sesawang seperti berikut: https://saji.my/makananan-tradisional-perak/ https://www.maisinggah.com/tempat-makan-menarik-di-melaka/ https://www.tempatmenarik.my/tempat-makan-johor/ https://saji.my/20-tempat-makan-best-di-kedah/ 3. Guru boleh meminta murid menghasilkan buku skrap tentang pelancongan gastronomi. NASI DAGANG KEROPOK LEKOR SINGGANG MI CHAMPA LEMPENG NYIUR SOTONG CELUP LEMANG NASI KUKUS AYAM BEREMPAH NASI ULAM
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 90 TAHAN MENGHIJAU (HALAMAN 74 - 75) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada pelbagai bahan dengan betul dan tepat. AKTIVITI 1 - Baca bahan. Kemudian, nilai bentuk serta kandungan teks bahan tersebut dengan betulnya dan tepatnya dengan menggunakan Borang Penilaian Kendiri. 1. Bahan 1 : Petikan bertajuk Panggilan Tahan 2. Bahan 2 : Litar bukit Teresek BORANG PENILAIAN KENDIRI Tandakan skala di bawah 2- Setuju 2- Tidak setuju BIL ITEM BAHAN A BAHAN B SKALA ALASAN 1 2 1 2 1 Maklumat yang dipaparkan mudah difahami pembaca / / Bahan B menggunakan konsep peta berbanding bahan A . 2 Maklumat membantu pembaca untuk mengenali destinasi pelancongan dengan cepat / / Bahan B memberi panduan destinasi pelancongan dengan jelas berbanding bahan A. 3 Penggunaan ilustrasi yang menarik / / Bahan B kerana menggunakan ilustrasi yang berwarna warni 4 Maklumat memberikan pengetahuan yang baharu kepada pembaca / / Kedua-dua bahan berkaitan dengan destinasi pelancongan Gunung Tahan.Pembaca dapat memperoleh maklumat tambahan berkaitan destinasi pelancongan. 5 Makumat diolah dengan tepat dan ringkas untuk memudahkan pelancong membuat pilihan destinasi pelancongan / Bahan B kerana maklumat yang dipaparkan jelas dan ringkas dengan menggunakan konsep peta.Maklumat dalam bahan A diolah dalam bentuk cerita dan mengambil sedikit masa untuk memperoleh maklumat. 6 Pembaca dapat menambahkan pengetahuan tentang penggunaan peribahasa / / Bahan A menyelitkan beberapa peribahasa dalam petikan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 91 ASPEK SENI BAHASA SP: 4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya dengan betul mengikut konteks. AKTIVITI 2 - Analisis penggunaan peribahasa dalam bahan. Kemudian, bina perenggan berdasarkan peribahasa yang sesuai dan hubung kaitkan maksudnya dengan betulnya mengikut konteks. Bina perenggan berdasarkan peribahasa. Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan tiga peribahasa sahaja yang sesuai berdasarkan situasi berikut. Puan Mahani tidak mahu mengangkat pakaiannya ketika hujan kerana menganggap hujan tersebut hanya turun seketika sahaja. Ternyata telahan Puan Mahani tepat. Seketika, anaknya Arfah yang baharu menginjak usia 12 tahun memanggilnya untuk bertanyakan perihal soalan latihan Matematik dengan bersungguh-sungguh. Panggilan anaknya itu membuatkan Puan Mahani tersenyum kerana dia tahu anaknya bijak dalam penyelesaian Matematik sehinggakan mampu menyelesaikanan masalah Matematik peringkat menengah rendah. Anaknya hanya mahu Puan Mahani mengesahkan sahaja jawapan. “Cepat benar masa berlalu,” luah Puan Mahani dalam hatinya. Dia agak bimbang untuk melepaskan anaknya ke sekolah berasrama penuh pada tahun hadapan. Namun, jika dia tidak melepaskan anaknya ke sekolah berasrama maka peluang mendapat pendidikan untuk anaknya dinafikan. Dia wajar menanggung risiko tersebut seperti mana ibunya dahulu Hajah Fauziah yang menghantar dia belajar ke asrama. Puan Mahani harus cermat dan berhati-hati dalam merancang masa depan anaknya yang ketika ini berpontesi cemerlang pada masa akan datang. Bil Peribahasa Maksud 1 Hutan halau mentua Hujan sebentar sahaja 2 Kecil-kecil cili api Walaupun bertubuh kecil tetapi mempunyai sifat berani dalam sesuatu perkara 3 Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus kepada orang-orang tua sahaja 4 Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai Sekiranya takut kepada risiko, jangan dekati bahaya 5 Takkan lari gunung dikejar Membuat sesuatu kerja biarlah dengan cermat dan berhati-hati
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 92 1. hujan halau menantu 2. kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa 3. kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai 4. tak kan lari gunung dikejar AKTIVITI 3 - Terokai maklumat tentang keistimewaan Gunung Tahan dan sediakan brosur yang dapat dijadikan panduan oleh pelancong. Imbas kod QR untuk melihat Brosur Gunung Tahan yang penuh.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 93 WARISAN DUNIA (HALAMAN 76 - 77) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.4.2 Menulis pelbagai jenis perenggan pendahuluan yang menepati tema menggunakan laras bahasa yang sesuai dan gramatis. AKTIVITI 1 - Analisis maklumat dalam bahan. Kemudian, tulis perenggan pendahuluan jenis sejarah, suasana, dan peribahasa. 1. Murid secara individu diminta meneliti ketiga-tiga bahan [ Bahan 1 Petikan , Bahan 2 Infografik, Bahan 3 Infografik ] 2. Murid dalam kumpulan 4 - 5 orang diminta membincangkan tugasan yang diberi untuk membina pendahuluan sama ada jenis suasana, sejarah atau peribahasa berdasarkan bahan. 3. Murid menulis pendahuluan yang ditugaskan hasil perbincangan . 4. Lembaran pendahuluan yang dibina oleh setiap kumpulan diedarkan secara bergilir kepada rakan-rakan kumpulan lain untuk mendapat respons dari segi kekuatan dan kelemahan. 5. Murid menulis semula ketiga-tiga jenis pendahuluan secara kendiri. Contoh Soalan dan Jawapan Aktiviti 1 : Tugasan 1 [KUMPULAN 1, 3, 5] : Teliti bahan petikan dan bahan grafik pada muka surat 76 – 77. Kemudian tulis satu pendahuluan jenis sejarah tentang kepentingan aktiviti pelancongan dalam negara kepada masyarakat dan negara. Tugasan 2 [KUMPULAN 2,4,6] : Teliti bahan petikan dan bahan grafik pada muka surat 76 – 77. Kemudian tulis satu pendahuluan jenis peribahasa tentang kepentingan aktiviti pelancongan dalam negara kepada masyarakat dan negara. ANALISIS TIKF: Tema : Pelancongan dalam negara. Isu : Kepentingan pelancongan dalam negara kepada masyarakat dan negara. Kata Kunci : Kepentingan [ Kebaikan / Manfaat / Faedah ] Format : Pendapat / Fakta Tugasan 3 [KUMPULAN 7, 8, 9] : Teliti bahan petikan dan bahan grafik pada muka surat 76 – 77. Kemudian tulis satu pendahuluan jenis suasana tentang pengalaman anda menjelajahi Taman Negara Gunung Mulu. ANALISIS TIKF: Tema : Pelancongan dalam negara. Isu : Menjelajah Taman Negara Mulu .
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 94 Kata Kunci : Pengalaman anda Format : Cerita Bahan 1 Bahan 2 Bahan 3
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 95 TUGASAN 1 : PENDAHULUAN JENIS SEJARAH Contoh 1 Industri pelancongan bukanlah industri yang asing di Malaysia. Bermula dengan penubuhan Jabatan Pelancongan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri pada 1959, sumbangan sektor pelancongan di negara ini terus diiktiraf dengan tertubuhnya Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan pada 1987. Hal ini sejajar dengan perkembangan pesat sektor ini dan negara menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Kepelbagaian muka bumi, tempattempat bersejarah dan keunikan budaya masyarakat majmuk di Malaysia menjadi antara tarikan utama para pelancong. Pengiktirafan beberapa tempat di Malaysia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNESSCO) sebagai Tapak Warisan Dunia seperti Taman Negara Gunung Mulu dan Taman Negara Kinabalu (2000), Bandar raya Bersejarah George Town dan Melaka (2008) serta Tapak Warisan Arkeologi Lembah Lenggong (2012) telah menyemarakkan perkembangan sektor ini. Namun amat menyedihkan kerana kebanyakan rakyat Malaysia sejak dahulu memilih untuk melancong ke luar negara tanpa menyedari bahawa terdapat pelbagai kepentingan melancong dalam negara Hal ini sewajarnya dikupas sehingga ke akar umbi supaya kita dapat mencari jalan untuk mencelikkan mata seluruh rakyat Malaysia agar menyokong sektor pelancongan negara. Contoh 2 Taman Negara Mulu merupakan satu daripada tapak warisan dunia. Taman Negara ini mempunyai tiga buah gunung iaitu Gunung Mulu, Gunung Api dan Gunung Benarat. Gunung Mulu merupakan gunung batu pasir setinggi kira-kira 2,377 meter dan mempunyai sejarah yang berusia lebih daripada 1.5 juta tahun lamanya. Taman Negara ini juga mempunyai rangkaian gua terpanjang di dunia dengan empat buah gua utama iaitu Gua Rusa, Gua Lang, Gua Jernih Dan Gua Angin. Kunjungan ke sini pastinya memukau setiap pelawat yang datang kerana taman ini bukan sahaja sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan tetapi juga amat sesuai bagi mereka yang menginginkan kegiatan lasak. TUGASAN 2 : PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA Contoh 1 Peribahasa `jauh perjalanan, luas pengalaman’ yang bermaksud semakin banyak kita merantau, maka semakin banyaklah perkara yang dapat kita pelajari amat sinonim dikaitkan dengan aktiviti pelancongan. Melancong ke tempat orang pasti akan membuka minda dan mencelikkan mata kita tentang kepelbagaian budaya masyarakat sesuatu tempat. Lazimnya ramai dalam kalangan rakyat Malaysia memilih untuk melancong ke luar negara dengan alasan ingin menikmati kelainan iklim , suasana , dan cara hidup masyarakat di sana, malah ada yang memandang sebelah mata terhadap tempat-tempat pelancongan di dalam negara. Stigma bahawa melancong di dalam negara hanya untuk masyarakat kelas kedua menyebabkan mereka tidak menyedari hakikat pesanan orang tua-tua bahawa hujan emas di negeri orang, hujan batu di
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 96 negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri adalah benar. Oleh itu, sikap kurang prihatin tentang kepentingan menyokong aktiviti pelancongan dalam negara ini perlu diubah demi kemajuan sektor ini. Contoh 2 Peribahasa jauh perjalanan, luas pengalaman membawa maksud jika kita banyak merantau banyaklah perkara yang dapat dilihat. Kita juga dapat menimba pengalaman baharu di tempat-tempat yang kita kunjungi tidak kiralah tempat itu jauh atau dekat, tentunya memberi sesuatu yang berharga kepada kita. Kita juga akan menghargai cenderamata yang dihadiahkan kepada kita sebagai kenang-kenangan. Setiap orang mempunyai tempat idaman tersendiri untuk dilawati dan dikunjungi. Ada yang suka akan bandar-bandar besar, ada yang suka akan perkampungan kecil dan tidak kurang juga yang suka akan keindahan alam. Satu daripada tempat yang amat sesuai bagi mereka yang mendambakan ketenangan jiwa dan lari daripada kesibukan kota ialah taman negara. TUGASAN 3 : PENDAHULUAN JENIS SUASANA Contoh 1 Mataku tertancap menikmati pemandangan hutan dara tropika yang malar hijau. Subhan , aku takjub dengan ciptaan Ilahi. Udara segar dari rimba kusedut dalam-dalam. Sungguh kata orang rendah gunung, tinggi harapan, impianku yang membuak-buak untuk menjelajahi Taman Negara Gunung Mulu yang diisytiharkan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia pada tahun 2000 bakal menjadi kenyataan hari ini. Taklimat yang diberi oleh Encik Rafiq pemandu pelancong kami dan Encik Maulid , renjer yang akan bertanggungjawab menjaga dan menemani kami sepanjang di sini kudengar dengan teliti demi keselamatan. Sebenarnya banyak pilihan tempat menarik di negara ini sewaktu aku dan teman-teman membuat carian di Internet, namun kami sepakat memilih Taman Negara Gunung Mulu. Keluasannya yang hampir 53 ribu hektar dengan 3500 spesies tumbuhan vaskular sangat menarik bagi pencinta alam seperti kami. Apatah lagi, kami dikhabarkan bahawa rangkaian Gua Rusa, Gua Lang , Gua Jernih dan Gua Angin yang bakal kami jelajahi merupakan rangkaian gua terpanjang di dunia dan Kamar Sarawak iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia ditemukan di sini. Aku pasti kami tidak tersalah memilih destinasi penjelajahan ini ! Contoh 2 Sebut sahaja Gunung Mulu, sudah terbayang akan keindahan, kehijauan dan ketenangan yang bakal dinikmati apabila menjejakkan kaki ke tapak warisan dunia ini. Kedinginan hutan dan suara penghuni rimba sahut-menyahut seolah-olah menyambut riang kunjungan kita. Kita juga akan terpukau oleh jutaan kelawar dan burung layang-layang gua yang berterbangan menuju ke hutan pada waktu senja. Sungguh memukau dan mendamaikan setiap mata yang melihatnya. Gunung Mulu membangkitkan lagi keterujaan pengunjung kerana terdapatnya ruang bawah tanah
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 97 terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh buah kapal terbang Boeing 747 yang dikenali sebagai ‘Sarawak Chamber’, The Pinnacles yang merupakan contoh luluhawa batu kapur tropika terbaik di dunia dan Gua Rusa yang mempunyai terowong terbesar di dunia. ASPEK TATABAHASA SP: 5.2.2 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata kerja dengan betul mengikut konteks. AKTIVITI 2: Kenal pasti kata kerja transitif yang terdapat dalam bahan. Kemudian, bina ayat dengan menggunakan kata kerja tersebut mengikut konteks. Nota Kata Kerja Transitif 1. Murid mendengar dan mencatat penerangan guru tentang Kata Kerja Transitif. 2. Murid secara individu diminta meneliti ketiga-tiga bahan [ Bahan 1 Petikan , Bahan 2 Infografik, Bahan 3 Infografik ] 3. Murid secara berpasangan diminta mengenal pasti kata kerja transitif dalam petikan dan membina ayat sendiri.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 98 Kata Kerja Transitif yang terdapat dalam bahan a) Mencipta - Syarifuddin Azman telah berjaya mencipta nama selepas muncul juara saingan CEV Moto 3 Remaja Dunia di Litar Catalunya, Sepanyol kelmarin. b) Menghiasi - Lampu berwarna-warni yang menghiasi rumah Pak Abu telah menerangi halaman sekitarnya. c) Merupakan - Uzair Zayyan merupakan pemain bola speak junior dari Perlis yang berjaya diterima masuk ke Akademi Bola Speak Cruzeiro Brazil-British International School Phuket bermula Ogos ini. d) Mempunyai - “Saya ingin mempunyai rumah dan kereta sendiri apabila dewasa nanti”, kata adik dengan penuh yakin. e) Melarikan - Sekumpulan perompak telah melarikan wang tunai dari sebuah bank terkemuka di bandar itu. f) Mendambakan - Sesetengah orang mendambakan kehidupan yang mewah dan sanjungan daripada masyarakat. g) Menginginkan - “Sudah pasti saya menginginkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti”, jelas Kamarul kepada bapanya. h) Menyokong - Semua guru menyokong penuh cadangan pengetua untuk mengadakan ziarah cakna ke rumah pelajar yang tidak hadir kelas PDPR. i) Mengenal - Beberapa orang remaja yang nakal itu menyepak dan memijak kucing-kucing kelaparan tanpa mengenal belas kasihan. j) Menakjubkan - Kehebatan Laksamana Melaka menikam dan membunuh Kertala Sari di sebuah pasar sangat menakjubkan Ratu Melaka. k) Merentasi - Pasukan pendaki itu terpaksa merentasi onak dan duri setelah beberapa hari tersesat di dalam hutan. l) Dicipta - Sajak `Guru Oh Guru dicipta oleh Usman Awang. m) Diisytiharkan - Bandar raya George Town diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 2008. n) Dikenali - Dia sangat dikenali dalam kalangan penduduk kerana keramahan dan budi bahasanya yang baik.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 99 o) Diperkaya - Selain kandungan fruktosa dan glukosa yang tinggi , jus buah durian Belanda diperkaya dengan vitamin C serta serat. p) Dihiasi - Jalan-jalan di bandar itu sangat cantik pada waktu malam kerana dihiasi lampu neon yang berwarna-warni. q) Ditemukan - Dompet saya telah ditemukan oleh ibu di celah-celah buku di rak itu. **Nota : 1. perkataan merupakan dalam petikan berfungsi sebagai kata pemeri yang boleh berganti dengan kata pemeri `ialah’ 2. perkataan menakjubkan dalam frasa `Menginginkan pemandangan yang menakjubkan’ berfungsi sebagai kata adjektif bukan kata kerja transitif kerana boleh digandingkan dengan kata penguat [ cth: sangat menakjubkan] AKTIVITI 3 - Terokai tempat pelancongan yang menawarkan aktiviti yang unik dan luar biasa. Kemudian, persembahkannya dalam bentuk kreatif. Pendahuluan Jenis Sejarah Mengimbau kembali sejarah Perang Dunia Kedua, sudah pasti membangkitkan pelbagai peristiwa pahit yang pernah menimpa sebahagian penduduk dunia terutama di negara yang dijajah dan terkesan dengan kemusnahan akibat perang. Menurut pengasas Muzium Perang Johari Shafie, kawasan muzium yang terletak di lereng bukit di Batu Maung adalah bekas kubu pertahanan tentera British ketika menakluki Tanah Melayu. Kubu ini dibina pada tahun 1930 dan siap sepenuhnya sembilan tahun kemudian dengan menggunakan tenaga banduan yang akan dihukum mati dari negara-negara jajahan takluk British. Selain menjadi lokasi yang paling seram di Asia, muzium perang ini juga mejadi tempat pelancongan paling berilmiah khususnya kepada generasi muda dalam memahami dan menghayati sejarah negara. Muzium Perang, Pulau Pinang Pintu Masuk ke Muzium Perang Kuarter Pegawai Pangkat Tinggi