The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZUZILA MAT ZAINOL ABIDIN, 2023-03-20 09:00:35

BAHASA MELAYU _TINGKATAN 2

BAHASA MELAYU _TINGKATAN 2

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 350 ii. Burger dimakan oleh semua lapisan masyarakat. Burger dimakan oleh semua lapisan umur tanpa mengira kaum. iii. Keuntungan berganda. Menjual burger mendatangkan keuntungan yang besar kepada penjual. Penjual mendapat keuntungan sekali ganda atau satu setengah ganda daripada hasil jualan sebiji burger. iii. Kerugian yang minimum. Jika jualan tidak habis dijual, roti, daging burger, dan sayur boleh disimpan untuk dijual keesokan harinya. iv. Harga burger berpatutan dan mampu dibeli oleh semua orang. Burger bukanlah makanan yang mewah dan mahal tetapi mampu dibeli oleh semua orang. 3. Cara hidup moden merupakan penyumbang utama kerosakan alam sekitar. Bahaskan. Alam sekitar ialah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semula jadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Namun, di sebalik memberi keselesaan kepada manusia, alam sekitar banyak terjejas teruk akibat cara hidup moden manusia masa kini. Kerakusan manusia membangunkan kawasan hutan untuk pembangunan menyebabkan berlakunya kerosakan alam sekitar. Hal ini boleh menyebabkan cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu. Orang ramai juga tidak boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah kerana terdapat gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Di samping itu, aktivti riadah tidak boleh dijalankan dalam keadaan udara tercemar dan akan mengganggu tahap kesihatan kita. Tegasnya, pembangunan menyebabkan kerosakan alam sekitar. Seterusnya kerosakan alam sekitar juga berlaku akibat pengunaan gas klorofluorokarbon (CFC) yang mengandungi klorin secara berleluasa. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya penipisan ozon sekaligus merosakan alam sekitar. Sebagai contoh, masyarakat yang mengamalkan gaya hidup moden masa kini menggunakan pendingin hawa secara tidak terkawal. Ekoran daripada hal ini menyebabkan pemanasan global berlaku sehinggakan ais di Antartika menjadi cair dan menyebabkan kenaikan paras air laut. Oleh hal yang demikian menyebabkan ekosistem hidupan terjejas. Tuntasnya, penggunaan CFC secara berleluasa untuk menikmati gaya hidup moden boleh menyebabkan kerosakan alam sekitar.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 351 Penggunaan kenderaan tidak terkawal juga penyumbang kepada kerosakan alam sekitar. Sebagai contoh, mereka yang mengamalkan gaya hidup moden bebas menggunakan pelbagai kenderaan untuk kegunaan mereka. Pelepasan gas beracun seperti karbon dioksida dan sulfur dioksida oleh kenderaan tersebut memberikan kesan negatif kepada alam sekitar. Keadaan ini menyebabkan pencemaran udara, pencemaran bunyi dan pencemaran bau terhasil. Melihat dari sudut gas karbon dioksida, menyebabkan peningkatan suhu bumi kerana gas tersebut menjadi satu perisai yang memerangkap suhu daripada keluar ke atmosfera. Gas sulfur dioksida pula menyebabkan hujan asid berlaku. Hal ini amat membimbangkan semua pihak kerana hujan asid ini boleh menyebabkan kesulitan kepada kita malah kepada alam sekitar. Tegasnya, kerosakan alam sekitar boleh terjadi disebabkan penggunaan kenderaan secara tidak terkawal untuk menikmati gaya hidup moden. Daripada kenyataan di atas jelaslah bahawa alam sekitar amat penting kepada manusia dan haiwan. Harapan agar pihak berkuasa menguat kuasakan undang-undang supaya tidak berlaku kerosakan alam sekitar walaupun manusia kini mengamalkan gaya hidup moden. Marilah kita bersama-sama berganding bahu bagai aur dengan tebing memupuk kesedaran masyarakat bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai pentingnya alam sekitar. Kesimpulannya, gaya hidup moden dan penjagaan alam sekitar wajar diseimbangkan agar kehidupan masyarakat lebih ceria dan generasi masa hadapan dapat menikmatinya.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 352 PENILAIAN 5 (HALAMAN 228 - 232) Soalan 1 Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada era ini memangkin kecemerlangan murid. Tulis pendapat anda tentang manfaat teknologi ini dalam kalangan murid. Bil Manfaat Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Kalangan Murid Kesan 1 Meningkatkan kefahaman murid terhadap pelajaran. Guru dapat mempelbagaikan kaedah PdPc dan tidak mengajar dengan menggunakan teknik kuliah. Penggunaan ICT membolehkan guru menerangkan sesuatu topik dengan lebih mendalam. Sebagai contohnya,penggunaan Powerpoint menjadikan murid lebih memahami topik yang diajar oleh guru. Murid lebih memahami topik yang diajar oleh guru. Murid mempunyai keyakinan terhadap ilmu yang disampaikan oleh guru. 2 Membuka ruang untuk pembelajaran kendiri. TMK juga menyediakan murid dengan koleksi soalan peperiksaan untuk membantu mereka menguasai tajuk yang dipelajari. Pembelajaran secara dalam talian melalui guru pakar, tutor dan guru cemerlang mata pelajaran yang mengadakan webminar, kelas terbuka dalam talian dan bengkel. Murid dapat membuat latihan kendiri untuk memantapkan pemahaman mereka terhadap topik-topik tertentu. Murid mendapat soalan peperiksaan dengan mudah dan memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan. 3 Memudahkan proses mengakses maklumat. Dengan adanya peranti elektronik dan capaian Internet yang mantap, maklumat dapat dicari hanya di hujung jari dengan mengakses kepada laman pencarian maklumat seperti Google, Yahoo, Safari dan Firefox. Murid dapat mencari pelbagai maklumat yang berguna untuk memantapkan ilmu pengetahuan mereka. 4 Menjadikan proses pembelajaran lebih seronok. Penggunaan TMK amat sesuai untuk dijadikan sebagai alat yang boleh membantu guru-guru dalam proses PdPc, kerana alat- Murid menjadi lebih aktif dan memberikan tumpuan ketika belajar. Murid sentiasa menerokai pelbagai cabang ilmu yang berkaitan dengan TMK bagi


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 353 alat ini dapat menarik minat murid-murid dalam proses PdPc dalam dan luar bilik darjah. Sementara itu, TMK juga dapat digunakan sebagai sumber pencarian maklumat bahan ilmiah di Internet dan aplikasi atas talian yang lain. Pengajaran yang disertakan dengan bahan bantu belajar yang sebegini dapat menarik minat murid- murid di dalam sesuatu bidang tertentu. menghasilkan tugasan yang cemerlang. Soalan 2 Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis karangan yang lengkap dengan menggunakan ungkapan yang menarik dan bahasa yang gramatis. a. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi mempengaruhi pertambahan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja di negara ini. Pada pendapat anda,bagaimanakah golongan remaja dapat memanfaatkan media sosial? Cara golongan remaja boleh memanfaatkan media sosial: Berkongsi ilmu dengan orang lain Bertanya khabar dengan ahli keluarga Mencari peluang pekerjaan Mempromosikan barangan Menambahkan kenalan b. Saban hari kita dipaparkan dengan berita kemalangan jalan raya di surat khabar atau siaran berita. Kemalangan di jalan raya seperti tiada kesudahannya. Tulis rencana tentang penyelesaian terbaik bagi menangani masalah ini untuk disiarkan dalam majalah sekolah anda. Format Rencana : Tajuk Rencana dan Penulis Rencana Penyelesaian terbaik untuk menangani masalah kemalangan jalan raya: Pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya Pengguna jalan raya memastikan kenderaan berfungsi dengan baik sebelum memulakan perjalanan. Kerajaan mengadakan Kempen Keselamatan Jalan Raya secara berterusan. Media massa dan media elektronik sentiasa menyiarkan maklumat tentang keselamatan di jalan raya.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 354 c. Hubungan antara negara serantau patut disemarakkan kerana memberikan pelbagai manfaat. Bincangkan. Manfaat hubungan serantau: Menjamin hubungan politik negara Mudah memperoleh bantuan Dapat meningkatkan taraf pendidikan Pemindahan teknologi moden d. E-sukan mempunyai tarikan tersendiri dalam kalangan remaja. Namun begitu,ada segelintir ibu bapa kurang menggalakkan anak-anak menceburi sukan ini. Ulas pernyataan di atas. Kebaikan E-sukan kepada remaja: Pertandingan dalam talian Mobile Legends menjadi pilihan anak muda kerana permainan ini dapat memberikan impak besar kepada mereka dengan berfikiran kritis, inovatif dan kreatif ketika mengendalikan permainan. Sumber pendapatan Memupuk semangat bekerjasama sesama ahli Dapat menghilangkan stres Mampu meningkatkan imej negara (pertandingan di peringkat antarabangsa) e. Golongan remaja kurang meminati bidang pertanian dan penternakan sedangkan tenaga pekerja dalam sektor ini amat diperlukan. Jelaskan langkah-langkah yang dapat diambil bagi mengatasi masalah ini. Langkah-langkah untuk menggalakkan golongan remaja meminati bidang pertanian dan penternakan: Kerajaan menawarkan peluang pekerjaan yang luas dalam bidang pertanian dan penternakan. Ibu bapa melatih anak-anak sejak kecil agar meminati bidang pertanian dan penternakan. Sekolah mewujudkan kelab pertanian / subjek berkaitan pertanian. Kerajaan mengubah persepsi remaja tentang pertanian dan penternakan. Soalan 3 Fahami infografik di bawah. Kemudian, tulis pendapat anda tentang punca ketagihan gajet dalam kalangan kanak-kanak dan cadangkan satu langkah untuk mengatasinya. Punca ketagihan gajet dalam kalangan kanak-kanak: Kemudahan Internet di rumah Harga gajet mampu milik


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 355 Gajet menyediakan pelbagai bentuk permainan seperti Pub G, Dota, Mobile Legend. Langkah untuk mengatasi ketagihan gajet: Ibu bapa mengawal penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak. Soalan 4 Baca bahan dengan telitinya dan kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan. a. Apakah maksud difteria? Maksud difteria ialah jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan. b. Siapakah yang kerap dijangkiti penyakit difteria? Penyakit ini kerap menjangkiti kanak-kanak yang berumur di bawah 15 tahun dan belum mendapat imunisasi. Selain itu, penyakit ini juga turut dikesan dalam kalangan orang dewasa di kawasan yang tidak mendapat imunisasi. c. Jelaskan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan penyakit ini. Langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelakkan penyakit ini : Kita boleh mengambil suntikan pelalian. Mengambil vaksin lima serangkai ketika berusia dua bulan, tiga bulan, lima bulan, 18 bulan dan tujuh tahun. d. Apakah cadangan anda untuk membantu pencegahan penularan penyakit difteria? Ibu bapa memastikan anak-anak diberikan vaksin lima serangkai. Media massa / media elektronik menyebarkan maklumat berkaitan penyakit difteria kepada masyarakat secara berterusan. KKM menyebarkan risalah berkaitan penyakit difteria kepada masyarakat. e. Sejauh manakah penularan penyakit berjangkit memberikan kesan negatif kepada pembangunan negara? Mereka yang terlibat mungkin tidak akan aktif, produktif dan asertif dari segi guna tenaga pada masa depan. Kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan infrastruktur dan infostruktur perubatan dan tenaga pakar.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 356 Soalan 5 Jawab soalan-soalan di bawah ini. a) Bina satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan perbezaan maksudnya. i. menghiasi - menghiaskan Gambar-gambar yang indah menghiasi ruang tamunya. Dia menghiaskan gambar-gambar pemandangan yang indah di ruang tamunya. ii. membesar - membesarkan Setiap benda yang hidup pasti akan membesar. Pak Ali akan membesarkan rumahnya pada minggu hadapan. iii. menjauhi - menjauhkan Kita hendaklah menjauhi penyalahgunaan dadah. Remaja perlu menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang negatif. iv. peninju - petinju Kekuatan peninju Muhamad Ali dapat menumbangkan seekor anak gajah. Muhamad Ali merupakan seorang petinju yang terkenal, v. pedalaman - pendalaman Kawasan pedalaman di Sabah telah dilengkapi dengan kemudahan jalan raya. Proses pendalaman sungai itu mengambil masa selama sebulan. vi. penemuan – pertemuan Penyelidikan yang dijalankan oleh para saintis telah membawa kepada penemuan vaksin yang boleh melawan virus H1N1. Kuala Lumpur terletak di pertemuan Sungai Gombak dengan Sungai Kelang. b) Baca petikan di bawah dengan telitinya. Kemudian, kategorikan ayat dalam petikan tersebut mengikut jenis ayat 1. Ayat seruan: i. Wahai,rakan-rakan sekalian! ii. Syabas,jika anda mengambil berat tentang kebersihan! 2. Ayat tanya: i. Adakah anda menjaga kebersihan tempat tinggal? ii. Apakah yang perlu anda lakukan terhadap bekas-bekas itu?


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 357 3. Ayat perintah: i. Jangan biarkan air bertakung di dalam bekas-bekas yang tidak digunakan. (Ayat larangan) ii. Simpan dan susun bekas tersebut di tempat yang selamat. (Ayat permintaan) 4. Ayat penyata: i. Nyamuk Aedes membiak di tempat air bertakung. 5. Ayat majmuk pancangan keterangan harapan: i. Kebersihan amat penting agar ahli keluarga anda tidak dijangkiti penyakit. c) Cerakinkan ayat majmuk dalam petikan kepada ayat tunggal: i. Penggunaan baja organik telah membantu sektor pertanian. ii. Penggunaan baja organik dapat meningkatkan mutu tanaman. iii. Baja organik menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma baik. iv. Baja organik memastikan kesuburan tanah dalam jangka masa panjang. v. Kos pembelian baja juga dapat dijimatkan. vi. Baja organik menggunakan bahan buangan organik d) Baca ayat di bawah dengan telitinya dan kemudian nyatakan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai dengan ayat tersebut: i. Hasri tidak mahu membeli kasut yang murah,sebaliknya diam ahu membeli kasut yang mahal tetapi dapat dipakai lebih lama. Alah membeli menang memakai ii. Ayah menggalakkan kami membaca pelbagai bahan bacaan untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Membaca jambatan ilmu iii. “Semasa kami menentang pengganas komunis, kami telah berjuang bersungguh-sungguh, kami lebih rela terkorban daripada kalah dan malu,” kata Tuk Su. Biar putih tulang jangan putih mata iv. Ina menggunakan tutur kata yang sopan semasa berbual dengan rakan-rakannya.Dia tidak mahu mereka terluka dengan kata-katanya yang mungkin menghiris hati dan perasaan mereka. Budi bahasa amalan mulia


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 358 v. Walaupun dibesarkan dalam suasana bandar yang moden, Damia Hanna dan adik-beradiknya tidak melupakan adat resam keluarga mereka. Sebagai contoh, majlis perkahwinan abang Damia Hanna yang berlangsung pada minggu lepas masih mengekalkan tradisi masyarakat Minangkabau. Yang lama dikelek, yang baharu didukung vi. Pada awal tahun, Afiq Haiqal tidak dapat menjawab soalan-soalan Matematik Tambahan yang diberikan oleh Cikgu Melinda. Walau bagaimanapun, Cikgu Melinda tidak berputus asa dan mengajar Afiq Haikal tanpa mengenal erti putus asa. Akhirnya Afiq Haikal mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Matematik Tambahan. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam Usaha tangga kejayaan Soalan 6 Secara berkumpulan, simulasikan sesi pembentangan dan soal jawab berdasarkan satu tajuk di bawah. a. Cara menjaga kesihatan: S1 Mengapa kita perlu menjaga kesihatan? J - memastikan kita hidup dalam keadaan sihat dan bebas daripada penyakit. S2 Berikan cara-cara menjaga kesihatan? J - makan makanan yang seimbang (mengikut piramid makanan) - rehat yang mencukupi - tidur yang mencukupi - bersenam / beriadah - melakukan pemeriksaan doktor - mandi - memakai pakaian yang bersih - menjaga kebersihan, kuku, gigi dan rambut b. Ciri kenderaan pada masa hadapan: S1 Beri pandangan anda tentang ciri kenderaan pada masa hadapan? - menggunakan tenaga solar - pelepasan sifar. Semua kereta masa depan akan ada 0 (sifar) pelepasan dan akan berfungsi menggunakan motor elektrik atau sistem hidrogen. - lebih ruang. Mereka tidak akan mempunyai mekanisme enjin pembakaran dalaman yang besar. Pada masa akan datang, kereta akan menggunakan semua ruang ini dalam reka bentuk dalaman, untuk kemudahan penumpang.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 359 - keselamatan maksimum. Sistem Pengangkutan Pintar akan dipasang pada kereta masa depan mempunyai kelebihan berikut: - mengekalkan jarak yang selamat dengan objek lain semasa mereka bergerak. - berhenti automatik. - tempat letak kenderaan sendiri. c. Kepentingan Kursus Kepemimpinan Belia S1 Mengapakah Kursus Kepemimpinan Belia penting? J - Golongan belia merupakan pelapis pemimpin negara. - Mereka memperoleh ilmu untuk menjadi pemimpin yang baik - Persediaan untuk menjadi warganegara yang berguna.


Click to View FlipBook Version