MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 300 AKTIVITI 2 - Hasilkan anekdot tentang kepemimpinan dan minta rakan anda mengulas kekuatan dan kelemahan anekdot tersebut. Cikgu Zainal masuk ke kelas 5 Cemerlang dengan tergesa-gesa. Setelah semua murid mengucapkan selamat sejahtera. Cikgu Zainal memanggil Kelvin selaku ketua tingkatan kelas tersebut. “Kelvin, berapa orang murid yang hadir hari ini?” ”Saya nak masukkan dalam e- Kehadiran”. Tanpa bertangguh Kelvin mengira semua murid yang hadir di kelas itu. “Semua yang hadir 25 orang cikgu. “Eeeeiii...tapi yang tak hadir dua orang sahaja dan sepatutnya ada 26 orang oleh sebab semua murid ada 28 orang, kata Cikgu Zainal. “Sambil menggaru-garu kepalanya Kelvin mengira semula murid yang hadir tetapi masih mendapat jumlah yang sama iaitu 25 kesemuanya. Akhirnya Cikgu Zainal sendiri yang mengira jumlah murid di kelas itu dan juga mendapat 25 orang. Tiba-tiba dia memandang Kelvin, “Awak dah kira diri awak Kelvin?” Kelvin menggeleng-gelengkan kepalanya. Cikgu Zainal ketawa diikuti dengan Kelvin dan murid-murid yang lain. KEKUATAN 1. Hubungan yang akrab antara watak iaitu antara murid dengan guru dapat dilihat melalui watak Cikgu Zainal dengan murid-muridnya. 2. Nilai tanggungjawab yang digarap melalui watak Kelvin iaitu sebagai ketua yang akur dengan arahan gurunya. KELEMAHAN 1. Unsur lelucon yang sangat bersahaja mungkin menyebabkan pembaca kurang terhibur. 2. Perbuatan mentertawakan orang lain merupakan sikap yang tidak seharusnya dilakukan kerana perkara itu boleh mengaibkan orang tersebut.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 301 MUAFAKAT SERANTAU (HALAMAN 226 - 227) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks. AKTIVITI 1 - Baca dan analisis kesalahan bahasa dalam bahan berkenaan SEAMEO. Kemudian, betulkan kesalahan tersebut. SEAMEO Apa itu SEAMEO? Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) adalah (ialah) sebuah organisasi di ( - ) antara kerajaan negara-negara serantau yang ditubuhkan pada tahun 1965. Negara-negara serantau yang dimaksudkan adalah (ialah) negara-negara Asia Tenggara. Objektif penubuhan ialah (adalah) untuk menggalakkan kerjasama serantau dalam pendidikan, sains dan budaya di rantau ini. Sebagai sebuah organisasi yang memupuk keupayaan manusia dan meneroka potensi rakyat sepenuhnya, SEAMEO berusaha untuk mencapai lagi ( - ) aspirasi pembangunan penduduk dalam rantau ini. SEAMEO bertungkus-lumus untuk menjadikan kehidupan rakyat di rantau ini lebih berkualiti dalam pelbagai aspek kehidupan. Apakah yang menarik tentang SEAMEO? SEAMEO mempunyai 26 institusi khusus yang menjalani (menjalankan) program latihan dan penyelidikan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, sains, dan budaya. Salah sebuah (satu) institusi di bawah SEAMEO ialah Pusat Serantau Pendidikan Sains dan Matematik (SEAMEO RECSAM). Pusat serantau ini beroperasi di Pulau Pinang dan menjalankan pelbagai aktiviti bagi memajukan (meningkatkan) pendidikan Sains dan Matematik di (dalam) kalangan negara-negara (negara) anggota SEAMEO. Bagaimanakah SEAMEO ditadbir? Badan pembuat dasar tertinggi organisasi ini ialah Majlis SEAMEO yang terdiri daripada 11 orang menteri pendidikan di negara-negara Asia Tenggara. Sekretariat SEAMEO terletak di Bangkok, Thailand. Menurut Piagam SEAMEO, SEAMEO mempunyai tiga kategori keahlian . (iaitu) Ahli Negara, Ahli Bersekutu dan Ahli Gabungan. Pada masa kini (ini), SEAMEO terdiri daripada 11 orang Ahli Negara, lapan (orang) Ahli Bersekutu dan tiga (orang) Ahli Gabungan. Badan yang bertanggungjawab menghasilkan (menggubal) dasar tertinggi organisasi ialah Majlis SEAMEO, yang terdiri dari (daripada) menteri- menteri pendidikan bagi (di) negara-negara Asia Tenggara.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 302 AKTIVITI 2 - Analisis rencana untuk menentukan kejituan idea dan kesalahan bahasa dalam rencana tersebut. SEAMEO RECSAM: Impak terhadap Dunia Pendidikan Oleh: Jasmin binti Kamarul Dalam ledakan ilmu pengetahuan tanpa sempadan dalam (pada) era ini, semua pihak mesti sentiasa cakna kepada perubahan dan bersedia untuk mendalami ilmu. Jika kita tidak cakna terhadap perubahan ini, kita akan ketinggalan di ( - ) dalam arus perkembangan dunia sains dan teknologi. Hal ini dikatakan demikian oleh ( - ) kerana saban hari pelbagai teori, penemuan dan ciptaan yang canggih dicipta (oleh) manusia di ( - ) seantero dunia. SEAMEO RECSAM yang berpusat di Pulau Pinang telah melaksanakan pelbagai program. Program yang dianjurkan oleh SEAMEO RECSAM ini tidak terhad kepada murid-murid tetapi melibatkan golongan pendidik, termasuk ibu dan ( - ) bapa. SEAMEO RECSAM telah ditubuhkan pada (tahun) 1967. Misi penubuhan pertubuhan ini adalah untuk mempromosi (-kan) dan meningkatkan Pendidikan Sains dan Matematik di (dalam) kalangan ahli negara-negara (ahli negara) SEAMEO. Setelah mendapat mandat ini, SEAMEO RECSAM berusaha melaksanakan mandat dan kini telah berjaya menarik perhatian pelbagai pihak termasuk para pendidik lain-lain negara (negara-negara lain) di dalam dan di luar rantau Asia Tenggara. Keadaan ini mencerminkan kualiti inovasi pendidikan yang dilaksanakan oleh pusat serantau ini. Pusat serantau ini aktif dalam melaksanakan pelbagai program di ( - ) sepanjang tahun. Semua aktiviti yang dijalankan ini telah berjaya menarik penyertaan pelbagai pihak, termasuk ibu bapa. Oleh(sebab) itu, objektif asasnya tetap sama, iaitu meningkatkan pendidikan Sains dan Matematik para pelajar. Antara aktiviti yang dijalankan ialah bengkel, persidangan, lawatan penandaarasan (penanda aras), pertandingan, dan lain-lain lagi. Kejayaan program yang dilaksanakan oleh pihak SEAMEO RECSAM ini terbukti bila (apabila) sekumpulan saintis muda tanah air berjaya mengharumkan nama negara. Mereka merangkul kemenangan dalam pertandingan yang diadakan dalam Kongres Serantau Mencari Saintis Muda SEAMEO kali ke-11 (SSYS 2018). Begitu juga dengan program SEAMEO Science Olympiad 2019 telah berjaya menarik minat pelajar untuk menjadi saintis. Teruskan usaha anda SEAMEO RECSAM. Kepakaran anda ditagih (diperlukan) oleh negara demi untuk (demi/untuk) melahirkan anak watan bervisi tinggi.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 303 AKTIVITI 3 - Terokai maklumat tentang pusat serantau lain yang beroperasi di bawah SEAMEO. Bentangkan hasil dapatan anda kepada rakan-rakan. Terdapat beberapa institusi serantau dan antarabangsa yang memainkan peranan masing-masing dalam usaha memberikan sumbangan kewangan ataupun tenaga dan nasihat yang membawa perkembangan dan kemajuan pendidikan untuk negara-negara di rantau Asia-Pasifik.Antara institusi ini ialah SEAMEO, UNESCO Bank Dunia, Sekretariat Komanwel dan Pertubuhan negara- negara Islam Antarabangsa (OIC). SEAMEO SEAMEO ialah Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara yang ditubuhkan pada November 1965 di Bangkok Thailand. Pada masa itu negara-negara yang menyertai SEAMEO ialah Thailand, Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura, Laos dan Vietnam. Tujuan pembentukan SEAMEO adalah untuk mewujudkan kerjasama antara negara anggota untuk perkembangan kemajuan dalam bidang Pendidikan, Sains dan Kebudayaan di negara-negara Asia Tenggara. Sekretariat SEAMEO diketuai oleh seorang pengarah dan beberapa kakitangan profesional yang dilantik dari negara-negara anggota. Sesungguhnya kebanyakan projek atau aktiviti SEAMEO dilaksanakan melalui tujuh pusat atau projek wilayahnya yang ditempatkan di negara-negara ahli. Pusat atau projek wilayah ini ialah RECSAM, RELC, INNOTECH, BIOTROP, SEARCA, SPAFA dan TROPMED. RECSAM (Regional Centre For Education In Science And Mathematics) RECSAM ialah Pusat Wilayah untuk Pendidikan Sains dan Matematik yang ditubuhkan di Pulau Pinang. Antara fungsi RECSAM adalah untuk membawa pembaharuan untuk perkembangan kurikulum tempatan dalam bidang Sains dan Matematik, menyebar maklumat pendidikan Sains dan Matematik kepada negara-negara ahli, menganjurkan kursus inovatif dalam pengajaran Sains dan Matematik serta menjadi pusat sumber perkhidmatan rundingan berkaitan projek atau kajian dalam pendidikan Sains atau Matematik bagi negara-negara ahli SEAMEO. RELC (Regional Language Centre) RELC ialah Pusat Bahasa Wilayah yang bertempat di Singapura. Antara fungsi RELC adalah untuk mengendalikan kursus-kursus bahasa, khasnya bahasa Inggeris untuk pendidik-pendidik Asia Tenggara. Selain itu, RELC juga menjalankan penyelidikan tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa. INNOTECH (regional centre for educational innovation and technology) INNOTECH ialah Pusat Wilayah untuk inovasi dan teknologi pendidikan. Pusat ini ditubuhkan dan terletak di Manila, Filipina. Antara fungsi pusat ini ialah: a) Mengenal pasti dan mencari pendekatan inovatif yang sesuai untuk menyelesaikan masalah pendidikan Asia Tenggara.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 304 b) Melatih kakitangan melalui bengkel dan kursus. BIOTROP (regional centre for tropical biology) BIOTROP ialah Pusat Wilayah untuk Biologi Tropikal yang ditubuhkan di Bogor, Indonesia. Antara tujuan dan fungsi pusat ini adalah untuk memberikan latihan dan panduan untuk kaedah yang berkaitan dengan bidang penyelidikan. Pusat ini juga melaksanakan program penyelidikan yang berkaitan dengan masalah biologi topika di Asia Teggara. Dasar Luar Negara memberikan banyak manfaat kepada perkembangan pembangunan negara dari pelbagai aspek. Bermula dari aspek pembangunan, perindustrian, sains dan teknologi, perubatan dan semestinya sistem pendidikan. Malaysia juga merupakan negara anggota beberapa pertubuhan besar dunia yang membolehkan Malaysia mendapat pelbagai keistimewaan di mata dunia. Antaranya ialah, Malaysia sebagai anggota KOMANWEL, PBB, OIC, dan tidak terkecuali NAM. PERTUBUHAN KOMANWEL Komanwel ialah sebuah organisasi yang terdiri dari negara Britain bersama dengan tanah bekas jajahannya yang telah mencapai kemerdekaan. Komanwel ditubuhkan pada 1953. Tujuan utama penubuhan Komanwel adalah mewujudkan semangat dan usaha kerjasama antara ahli dalam bidang pendidikan, kebajikan sosial, perkhidmatan, perdagangan, komunikasi, perindustrian, pertanian, institusi kewangan dan pentadbiran. Kerjasama dan bantuan dalam bidang pendidikan merupakan aktiviti utama Sekretariat Komanwel. Antara faedah yang diperoleh oleh Malaysia sebagai anggota Komanwel yang melibatkan bidang pendidikan ialah : •Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan •Mengadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi •Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan •Menawarkan biasiswa kepada pelajar dari negara OIC yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) •Memberikan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan menyertai Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) •Membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang •Mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian •Bersama-sama menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 305 PENUBUHAN PROGRAM BERKEMBAR ANTARA INSTITUSI PENDIDIKAN DI MALAYSIA DAN DI LUAR NEGARA Selain itu, Malaysia juga menjalankan program-program berkembar antara universiti tempatan dengan universiti luar negara untuk menaiktarafkan bidang pendidikan di Malaysia. Contohnya Program Berkembar Praperkhidmatan B.Ed(TESL) yang akan dijalankan antara Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dengan universiti luar negara. Terdapat sembilan universiti luar negara yang terlibat antaranya ialah, Canterbury Christ Church University, University Of Auckland, University Of Warwick, University of Portsmouth, dan Victoria University Of Wellington. Terdapat sepuluh buah IPGM yang terlibat dalam menjayakan program tersebut, antaranya ialah, Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa, Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Institut Perguruan Ipoh Perak, Institut Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan Kota Bharu dan Institut Perguruan Darul Aman. Antara faedah program berkembar ini ialah pemindahan teknologi dan kepakaran daripada aspek kurikulum, penilaian, jaminan kualiti, serta akreditasi dapat diteruskan dan diaplikasikan ke tahap maksimum. Pelajar-pelajar yang terlibat boleh membuat penilaian dan perbandingan antara sistem pendidikan serta mempelajari teknik pengajaran dan pembelajaran terkini dengan lebih berkesan di negara universiti yang mengambil bahagian. IPGM juga akan mendapat pengiktirafan daripada universiti luar negara bagi melaksanakan program latihan guru secara kerjasama sesuai dengan matlamat pengantarabangsaan IPGM. PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR Antara program lain yang dijalankan ialah program pertukaran pelajar antara pelajar dalam negara dengan pelajar dari luar negara. Program Pertukaran Pelajar ini mempunyai banyak faedah yang boleh didapati sama ada Malaysia atau negara lain yang terlibat. Para pelajar dapat bertukar pengalaman dan idea-idea baharu untuk kebaikan negara mereka. Ideologi yang bebas dari negara-negara Barat mampu mendidik generasi muda untuk memerdekakan mindanya dan berfikir lebih luas untuk berbicara dan mengungkapkan pendapat. Pelajar akan lebih berinisiatif dan peka terhadap isu-isu di sekelilingnya. Teknologi yang berkembang di luar negara dapat dibawa ke Malaysia oleh sumber-sumber manusia yang terpelajar. Program ini juga mengajar generasi muda untuk pandai berfikir dan lebih dinamik dalam menyesuaikan diri. Selain itu, pelajar Malaysia yang belajar di luar negara dapat mempromosikan pelbagai budaya di Malaysia. Masyarakat dari negara yang terlibat akan berasa tertarik untuk mengenali budaya di negara kita. Budaya dan adat ialah salah satu kelebihan negara ini. Negara- negara mempunyai kemajuan teknologi tanpa limitasi tetapi mereka tidak mempunyai budaya seperti tarian khas atau makanan khas negaranya yang menunjukkan identiti bangsa. Mereka tidak mempunyai adat yang dapat mengawal kehidupan kita. Sebab itulah, mereka akan tertarik untuk menyelami budaya Malaysia dan dapat meningkatkan aset negara melalui industri pelancongan. Pelajar cemerlang yang memiliki pegangan agama Islam yang baik juga dapat membuktikan bahawa Islam ialah agama yang bertamadun dan mulia. Pelajar dari Malaysia dapat
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 306 belajar sekali gus berdakwah di negara Barat tempat pertukaran pelajarnya. Hal ini akan membuktikan kepada negara-necara Barat yang memandang rendah terhadap Islam bahawa umat Islam ialah insan yang baik dan terpelajar. Oleh sebab itulah, pelajar Malaysia yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar. dapat mengharumkan kembali nama Islam kerana jati diri pelajar yang baik akan merefleksikan agama, bangsa dan negaranya. Kepentingan lain daripada program ini ialah menciptakan insan muda yang terpelajar dalam bidang teknologi. Selain itu, aspek kepandaian ini juga meliputi aspirasi generasi muda yang tidak pupus, rasa cinta akan tanah air dan kemampuan untuk percaya diri dan tidak mudah diperalat. Program Pertukaran Pelajar mampu menciptakan insan muda yang sempurna dalam segala bidang untuk memenuhi azam negara. Individu yang pernah merasakan hidup di negara orang akan lebih dewasa dan mandiri dalam mengharungi cabaran hidup. Pelajar yang kembali ke negaranya setelah mengikuti program pertukaran pelajar ialah modal baharu bagi negara untuk mencapai matlamat kemajuannya. seperti kata peribahasa, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga negeri sendiri. Setiap pelajar itu akan kembali ke negaranya dan memperjuangkan nasib negara ke arah yang lebih baik.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 307 PENILAIAN 1 (HALAMAN 38 - 42) Soalan 1 Teliti bahan di bawah dan huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pekerja cemerlang dengan menggunakan ayat yang gramatis. Ciri-ciri pekerja cemerlang: 1. kerja berpasukan- kebiasaan dalam kerja untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, kita perlu bekerja secara berpasukan - kerja secara individu tidak dapat kesan sebaik seperti kerja berpasukan. Ahli pasukan yang baik akan memastikan suatu kerja yang dilakukan dapat dihasilkan dengan cepat, cekap dan bermutu. Namun begitu ahli pasukan yang baik memerlukan seorang pemimpin yang baik dan boleh menguruskan ahli pasukannya dengan baik. 2. keterampilan berkomunikasi - komunikasi amat penting dalam kehidupan terutama semasa bekerja. Perkara ini juga akan dilihat oleh penemuduga sama ada pekerja yang bakal diambil lancar dalam perbualan, petah untuk bercakap, kemahiran mendengar dan mahir dalam penulisan. Sekiranya kita lemah dalam berbahasa dengan fasih dan baik ini akan menyebabkan komunikasi kita kurang berkesan dalam apa jua yang kita lakukan. Namun begitu sekiranya kita fasih berbahasa dalam bahasa asing juga merupakan markah tambahan untuk kita menjadi seorang pekerja yang cemerlang. Di samping kita tidak mudah ditipu oleh bangsa lain dalam berkomunikasi. 3. berdisiplin - masa amat penting tidak kira semasa sekolah atau di alam pekerjaan - disiplin dalam pengurusan masa amat penting jika ingin menjadi pekerja cemerlang - seseorang yang teratur membolehkan kita melakukan lebih banyak perkara dalam satu masa. Penemuduga amat menitikberatkan ciri ini untuk memilih seorang pekerja - kerana mempunyai kaitan dengan rasa percaya, hormat dan keyakinan diri - secara tidak langsung apabila kita berdisiplin dalam pengurusan masa - kita juga dapat menunaikan janji dengan orang lain dan diri sendiri. 4. bijak menyelesaikan masalah - jika menemukan kesulitan ketika melaksanakan tugas, perkara yang perlu dilakukan ialah berusaha mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan masalah itu dan tidak mudah berpatah hati dan mengaku kalah sebelum menyelesaikannya - untuk mencapai tahap kecemerlangan, seorang pekerja itu perlu mengamalkan semangat cekal dan tabah dalam apa-apa jua cabaran - tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. 5. mahir menggunakan teknologi terkini - teknologi kini sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman - sebagai seorang pekerja yang cemerlang kita perlu mengikuti teknologi terkini. Ini kerana dengan penggunaan teknologi kita dapat melakukan suatu pekerjaan dengan lebih mudah - negara akan mundur sekira rakyatnya tidak mengambil berat pasal teknologi - lebih baik sekiranya kita menjadi pereka teknologi dan bukan mengharapkan teknologi yang sedia ada sahaja.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 308 Soalan 2 Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis karangan dengan menggunakan ayat yang gramatis. 1. Sukan lasak seperti kembara, mendaki gunung, berkayak, dan lumba basikal dapat membentuk individu yang mempunyai ketahanan diri dan berani menghadapi cabaran. Ulas pernyataan tersebut. Remaja sekarang memang tahan lasak. Mereka lebih gemar menceburi aktiviti yang lasak dan mencabar. Oleh itu, sekiranya kelasakan mereka tidak dijuruskan ke arah aktiviti yang berfaedah, maka mereka akan melibatkan diri dalam pelbagai gejala negatif yang tidak menguntungkan sesiapa pun. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, maka sukan lasak seperti kembara, mendaki gunung, berkayak, dan lumba basikal banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak dan sambutannya amat menggalakkan. Oleh itu, aktiviti ini perlu diperluas di peringkat sekolah dengan harapan dapat membentuk individu yang mempunyai ketahanan diri dan berani menghadapi cabaran. Hal ini telah ditegaskan oleh Menteri Belia dan Sukan, supaya belia di Malaysia menceburi bidang sukan lasak sama ada semasa mereka masih bersekolah atau selepas berhenti sekolah. Malah, Kementerian Belia dan Sukan menyediakan pelbagai kemudahan kepada belia untuk menceburi bidang sukan ini. Dengan itu, saya bersetuju dengan pandangan supaya sukan lasak perlu diperkenalkan di peringkat sekolah. Salah satu faedah memperkenalkan sukan lasak seperti kembara, mendaki gunung, berkayak, dan lumba basikal di peringkat sekolah ialah kita dapat membentuk individu yang mempunyai ketahanan diri dan berani menghadapi cabaran. Hal ini dikatakan demikian kerana sehingga sekarang remaja dan belia kita tidak mempunyai ketahanan diri dan tidak tahan menghadapi cabaran apabila berada di dunia luar. Dengan itu, kebanyakan mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan ditempatkan di pusat serenti. Oleh itu, mulai tahun 2004, Program Latihan Khidmat Negara diperkenalkan dan pelajar lepasan SPM diwajibkan menyertai program ini secara berperingkat-peringkat. Dalam fasa pertama, mereka didedahkan dengan aktiviti luar yang memerlukan tenaga fizikal untuk membentuk mereka menjadi warganegara yang berketahanan tinggi dan sanggup mengharungi cabaran kelak. Oleh itu, saya mencadangkan sukan lasak perlu diperkenalkan di sekolah sebagai usaha untuk membina ketahanan diri dan berdaya juang. Selain itu, sekiranya sukan ini diperkenalkan di peringkat sekolah, maka kita menyediakan atlet dalam bidang sukan lasak yang boleh mewakili negara ini diperingkat antarabangsa kelak. Hal ini demikian kerana bidang sukan ini perlu diperkenalkan di peringkat awal lagi atau di peringkat sekolah seperti kata peribahasa melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Untuk berjaya dalam pelbagai sukan lasak, bukanlah satu usaha mudah yang dapat dilatih dalam masa setahun dua sahaja, tetapi mengambil masa yang lama. Jadi, sekiranya sukan lasak ini diperkenalkan di peringkat sekolah, maka pelajar yang berminat dalam bidang ini dapat mengasah bakat mereka melalui latihan yang terbimbing semasa di bangku sekolah. Oleh itu, apabila mereka meninggalkan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 309 sekolah, mereka masih boleh meneruskan latihan intensif agar boleh mewakili negara dalam acara yang dipilih mereka. Buktinya ialah buat pertama kali Malaysia menampilkan barisan tiga pelumba muda untuk menggalas cabaran dalam dua acara lebuh raya Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) ke-24 di Bandar Raya Yokaichi di Jepun pada 9 – 16 April 2004. Mereka ialah Sayuti Mohd. Zahit dan Jasmin Ruslan, iaiti pelumba Projek Gemilang 2006 dan Wam Mohd. Najmee Wan Mohamad, iaitu pelumba muda dari Kuaka Lumpur. Penghantaran itu ialah sebahagian dariapda rancangan jangka panjang untuk menggilap pelumba muda bagi memikul lebih banyak tugas besar di peringkat antarabangsa pada masa akan datang. Oleh itu, sukan lasak perlu diperkenalkan di peringkat sekolah supaya kita mencungkil bakat muda untuk digilap dan disinarkan untuk mewakili negara kelak. Sukan lasak seperti berenang merentasi sungai atau laut wajar diperkenalkan di peringkat sekolah. Buktinya ialah seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Salman Ali Shariat Abdul Halim mencipta rekod sukan renang negara apabila berjaya menyeberangi Sungai Dinding sejauh satu kilometer pada 30 Mac 2004. Salman adalah antara 31 orang peserta yang kebanyakannya orang dewasa yang berjaya menamatkan renangan dalam program cabaran merentasi Sungai Dinding 2004 anjuran Universiti Teknologi Mara (UITM) Cawangan Perak. Perenang berbakat itu turut ditemani oleh dua orang kakaknya, Zahara Mansourah berumur 11 tahun dan Zahara Ma’saunah berusia 12 tahun. Sekiranya kanak-kanak berusia enam tahun dapat melibatkan diri dalam sukan lasak seperti ini, maka tidak mustahil jikalau pelajar didedahkan dengan sukan lasak apabila mereka berada di bangku sekolah. Hal ini dapat dilihat dengan kemampuan Datuk Malik merenangi Selat Inggeris dan beliau menjadi orang Asia yang pertama berjaya berbuat demikian. Oleh itu, sukan dan permainan yang sudah diperkenalkan diteruskan, tetapi sukan lasak seperti kembara, berenang di laut, dan mendaki gunung diperkenalkan di sekolah. Dengan berbuat demikian, maka pada suatu masa kelak, mereka akan sanggup melakukan aktiviti yang mencabar demi menaikkan nama Malaysia di persada dunia. Akhirnya, dengan menceburi sukan lasak, maka para remaja dan pelajar dapat dijauhkan daripada terbabit dalam kegiatan negatif seperti buli, lepak, dan gengsterisme. Pelajar sekarang tidak berminat dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, dan olahraga yang diadakan di sekolah kerana aktiviti ini tidak mencabar minda dan fizikal mereka. Mereka mahu melakukan aktiviti yang lebih lasak dan mencabar supaya mereka dapat memperagakan diri dan kebolehan mereka di khalayak ramai. Bermain bola sepak, bola jaring, dan sepak takraw dianggap oleh mereka tidak sesuai lagi pada zaman ini. Oleh itu, terdapat ramai remaja yang menceburi permainan boling, memanah, lumba motosikal dan sebagainya di luar waktu persekolahan. Apabila menyentuh hal ini, maka Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo ketika berucap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Kapar mengatakan bahawa guru masih ingin pelajar bermain bola dan olahraga, tetapi pelajar pada hari ini lebih berminat kepada sukan ekstrem atau sukan lasak yang tiada di sekolah. Beliau berkata, ”dikatakan sukan ini
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 310 melahirkan generasi tidak sopan sedangkan jika ada di sekolah, maka sukan ini dapat memenuhi kehendak mereka dan sekali gus membolehkan mereka mengisi masa lapang dengan kegiatan yang diminati dan menjauhkan mereka daripada terbabit dengan aktiviti lain yang tidak sihat.” Jadi, usaha untuk memperkenalkan sukan lasak di sekolah perlu dimulakan dari sekarang. Tuntasnya, sukan ekstrem atau sukan lasak yang digemari oleh pelajar dan tidak membahayakan diri mereka wajar diperkenalkan di sekolah kerana kita mahu generasi muda kita membabitkan diri dalam bidang sukan ini. Malah, sukan lasak perlu dipertandingkan di peringkat daerah dan kebangsaaan supaya kita dapat mengenal pasti bakat generasi muda dan mengasah bakat itu. Dengan itu, kita mempunyai barisan pelapis untuk mewakili negara dalam pelbagai sukan lasak di peringkat antarabangsa. Akhirnya, saya menegaskan bahawa sukan lasak perlu diperkenalkan di peringkat sekolah kerana peribahasa mengatakan melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sumber: https://ohkarangan.blogspot.com/2017/10/contoh-karangan-spm-sukan-lasak.html 2. Kebanyakan remaja mempunyai impian untuk menceburi dunia kerjaya yang dapat menjamin masa hadapan mereka. Huraikan persediaan untuk memenuhi kerjaya impian anda. Setiap individu mempunyai cita-cita tersendiri yang menjadi impian untuk dicapai suatu ketika nanti. Kita sedia maklum bahawa setiap peringkat dalam kehidupan seseorang individu berkait rapat dengan keperluan dan kematangan masing-masing dalam menghadapi sesuatu situasi atau konflik. Misalnya peringkat kanak-kanak dan remaja dikaitkan dengan alam persekolahan manakala peringkat dewasa lebih cenderung kepada alam pekerjaan yang pada dasarnya menentukan taraf hidup seseorang individu sama ada mampu menampung keperluan diri, keluarga, dan sebagainya dalam menjalani kehidupan yang semakin mencabar. Persoalannya, apakah persiapan-persiapan yang wajar dilakukan untuk menghadapi alam pekerjaan? Justeru, bagi merungkai persoalan ini, saya akan menerangkan secara teliti dan terperinci tentang persediaan-persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi alam pekerjaan. Antara persiapan untuk menghadapi alam pekerjaan adalah berkaitan dengan kelayakan akademik yang sesuai dengan pengkhususan pekerjaan. Hal ini kerana, jika seseorang individu ingin menceburkan diri dalam sesuatu bidang pekerjaan sudah tentu pihak majikan akan meneliti kemahiran atau kebolehan yang setaraf dengan sektor atau jabatan yang dapat dijawat melalui kelayakan akademiknya. Sebagai contoh, individu yang mempunyai kelayakan akademik dalam bidang perubatan kebiasaannya akan menceburkan diri dalam bidang sama atau berkaitan dengan pengkhususan kemahiran seperti ahli farmasi, doktor pakar, jururawat, pakar bedah dan sebagainya. Kesannya, seseorang individu dapat menumpukan perhatian ketika di bangku sekolah terhadap bidang yang berkaitan dengan pengkhususan pekerjaan yang sesuai dengan cita-citanya agar dapat mengelakkan pengangguran akibat tidak memenuhi kriteria yang sepatutnya ada
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 311 apabila berkhidmat di bawah sesebuah agensi sama ada kerajaan mahupun swasta. Justeru, jelaslah bahawa kelayakan akademik amat penting bagi seseorang membuat persediaan menempuh alam pekerjaan. Selain itu, seseorang individu juga hendaklah bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum memasuki alam pekerjaan. Hal ini dikatakan demikian kerana, seseorang pekerja seharusnya mempunyai fizikal dan mental yang kuat untuk membolehkan mereka menghadapi tekanan kerja yang boleh memudaratkan bukan sahaja emosi malah kesihatan sekiranya tidak dapat ditangani dengan baik. Contohnya, sekiranya seseorang individu tidak biasa melaksanakan tugasan-tugasan yang berat dan menguji kesabaran secara tidak langsung dapat mengganggu emosi dan fikiran yang bercelaru sehingga satu tahap boleh mengundang penyakit serius seperti tekanan darah tinggi, migrain, dan sebagainya. Impaknya, apabila individu itu berkhidmat dalam pekerjaan, akan menyukarnya untuk mengekalkan prestasi dan berkemungkinan besar boleh dipecat oleh majikan. Natijahnya, jelaslah bahawa seseorang individu perlulah bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum memasuki alam pekerjaan. Seterusnya, seseorang individu juga hendaklah mempertimbangkan prospek pekerjaan berkaitan bidang yang diceburi. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila seseorang individu membuat pertimbangan awal berkaitan prospek pekerjaannya membolehkan kadar perbelanjaan dan sumber pendapatan alternatif dapat ditentukan untuk mengelakkan pembaziran masa, wang, dan tenaga. Contohnya, sebelum berkhidmat dalam sesebuah agensi, seseorang individu perlulah menekankan faedah sampingan yang bakal diperoleh selain gaji pokok yang ditawarkan seperti elaun tambahan, bonus, suasana tempat kerja, peluang kenaikan pangkat, jarak ke tempat kerja dan sebagainya agar dapat menjamin kedudukan kewangan yang stabil. Impaknya, individu dapat menyeimbangkan kadar perbelanjaannya sesuai dengan pendapatan yang diperoleh untuk menjamin tabungan dan kejadian luar jangka ketika berkhidmat dalam sesebuah sektor pekerjaan. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Tuntasnya, jelaslah bahawa prospek pekerjaan seseorang individu perlu dipertimbangkan sebelum menceburi alam pekerjaan. Di samping itu, persediaan-persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi alam pekerjaan ialah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila seseorang itu mempunyai komunikasi yang baik dapat membantunya menyesuaikan diri dengan suasana tempat kerja melalui khidmat nasihat dan pergaulan yang baik sesama rakan sekerja pada masa yang sama mengelakkan perasaan hasad dengki sesama rakan sekerja. Contohnya, individu yang pandai menjaga tutur kata dan adab sesama rakan akan mudah digauli serta mendapat bimbingan khususnya ketika memasuki alam pekerjaan yang bukan sahaja melibatkan komunikasi sesama rakan sekerja dan majikan, malah para pelanggan, klien, pelabur dan sebagainya bergantung kepada bidang masing-masing. Kesannya, kita dapat memperoleh kepercayaan majikan serta pelanggan dalam memberi komitmen dalam tugasan secara profesional yang dapat dijadikan motivasi atau penggerak untuk berkhidmat dalam sektor yang
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 312 diceburi. Natijahnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan. Sementelahan pula, persediaan-persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi alam pekerjaan ialah bijak membahagikan masa. Hal ini demikian kerana seseorang yang dapat membahagikan masa dengan baik dapat mengurangkan risiko menghadapi masalah tekanan akibat prestasi kerja yang tidak selari dengan dengan kitaran biologi seseorang. Misalnya, jika seseorang gagal membahagikan masa kerja dan masa tidur akan menyebabkan produktivitinya menurun berpunca daripada gejala kekurangan tidur semata mata untuk menyiapkan tugasan yang tertangguh. Kesannya, seseorang itu akan sukar untuk melengkapi keperluan hidup yang sihat dari segi rohani, jasmani, emosi, dan sebagainya jika tidak membahagikan waktu dengan baik kerana pepatah Arab pernah menyebut waktu bagaikan pedang, sekiranya kita tidak memotongnya dia akan memotong kita. Justeru, jelaslah bahawa pengurusan masa amat penting sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan. Kesimpulannya, terdapat pelbagai persediaan yang boleh dilakukan untuk menghadapi alam pekerjaan. Sehubungan dengan itu, semua pihak khususnya individu seharusnya berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam usaha bagi melahirkan generasi yang profesional dan syumul dalam pelbagai sektor pekerjaan. Oleh hal yang demikian, diharapkan pelbagai program dan bengkel dapat terus dijalankan untuk memberikan pendedahan kepada anak-anak muda tentang pelbagai bidang pekerjaan untuk menjana taraf hidup dan pertumbuhan ekonomi negara. Sumber: http://hjmsaad.blogspot.com/2016/04/persiapan-menghadapi-alam-pekerjaan.html 3. Pembelajaran secara maya telah diperkenalkan dan kian banyak dilaksanakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Bincangkan kelebihan pembelajaran secara maya. Pendidikan maya telah menjadi semakin popular kini. Perkara ini selaras dengan arus pembangunan industri teknologi maklumat yang semakin berkembang. Agenda IT Kebangsaan (National IT Agenda, NITA) yang telah dilancarkan pada tahun 1996 menggariskan beberapa panduan Malaysia boleh muncul sebagai sebuah negara maju. Salah satu agenda awal adalah mewujudkan pendidikan maya. Pendidikan ini telah diperluas dengan pengenalan konsep pembelajaran sekolah bestari, e-learning, universiti terbuka dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Pepatah ada mengatakan zaman beralih, musim bertukar, sememangnya tidak dapat dinafikan lagi pendidikan konvensional kini telah bertukar wajah. Sistem pendidikan maya telah diperkenalkan di negara kita atas usaha kerajaan untuk memartabatkan sistem pendidikan kita agar bertaraf dunia. Sistem ini bertujuan untuk melonjakkan taraf pendidikan rakyat Malaysia agar setanding dengan sistem pendidikan di negara-negara maju dan juga untuk meningkatkan sistem pengajaran dan pembelajaran agar boleh diaplikasikan di seluruh dunia. Pendidikan maya
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 313 bermaksud pendidikan yang dijalankan dalam talian yang memerlukan murid melihat skrin, mendengar serta memberikan respons. Baru-baru ini, kerajaan telah memperkenalkan pendidikan maya di negara kita sejak bulan Mac tahun 2020 dalam usaha untuk meneruskan pembelajaran semasa pandemik Covid-19 yang amat meruncing. Namun begitu, ramai murid tidak mengetahui kebaikan pendidikan maya serta tidak menunjukkan minat terhadap pendidikan maya. Hal ini dikatakan demikian kerana tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, marilah kita mengetahui kelebihan pendidikan maya. Sebagai menyahut ledakan teknologi maklumat, sewajarnyalah kita meraikan pendidikan maya sebagai salah wahana untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dengan cepat dan mudah. Pada zaman ledakan teknologi maklumat dan komunikasi, setiap individu bersaing untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan kerjaya masing-masing. Nabi Muhammad s.a.w bersabda “tuntutlah ilmu walau di negara China sekalipun”. Walau sukar sekalipun, seseorang itu digalakkan mencari ilmu. Ilmu mampu meningkatkan martabat seseorang. Pada masa ini, ilmu mudah diperoleh melalui ruang siber. Ilmu yang merentasi dunia tanpa sempadan memberi banyak kelebihan kepada kita. Hanya dengan mengetik papan kekunci berbantukan perkhidmatan jalur lebar, seseorang itu boleh menjelajah ilmu pengetahuan ke seluruh pelosok negara melalui pendidikan maya atau virtual dengan cepat dan mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana maklumat berada di hujung jari. Pendidikan maya membolehkan kita menjelajahi pelbagai ilmu pengetahuan di seluruh pelosok dunia. Sebagai contoh yang dapat dibuktikan bagi merungkai persoalan ini ialah murid dapat melayari Internet untuk mencari maklumat dengan menggunakan enjin pencari seperti Google dan Yahoo serta laman-laman sesawang yang berkaitan. Natijahnya, murid tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung kerana dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan sangat mudah dan menyeronokkan. Berdasarkan mauduk yang dibincangkan ini, jelaslah bahawa pendidikan maya membolehkan ilmu dapat disampaikan dengan cepat dan mudah. Huraian beralih dan berfokus pula kepada perspektif murid boleh memanfaatkan penggunaan e-buku melalui pendidikan maya. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan e-buku atau buku elektronik dapat memuatkan 300 naskhah buku dan mempunyai pelbagai aplikasi. Antaranya termasuklah pemprosesan kata, hamparan data, senarai kandungan, kalendar dan sebagainya. Pada waktu yang sama, e-buku menjadi suatu wahana pendekatan interpersonal antara guru dengan pelajar juga boleh dijadikan sebagai medium rujukan. Hal ini bukan sekadar mudah digunakan tetapi juga menjimatkan kos. Sebagai contoh yang dapat dibuktikan ialah murid boleh menggunakannya melalui alat-alat peranti seperti telefon pintar, gajet dan komputer riba. Tambahan pula, kebanyakan e-buku juga percuma dan lebih murah berbanding buku fizikal kerana tiada pencetakan kertas yang dilakukan. Penggunaan buku elektronik ini dijangka dapat mengurangkan kos bagi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di sekolah pada jangka masa yang panjang dan mampu menangani kepelbagaian masalah pelajar dalam bidang akademik di dalam
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 314 sesebuah kelas. Berdasarkan prakarsa yang telah dibincangkan di atas, jelaslah bahawa, penggunaan e-buku atau buku elektronik dapat dimanfaatkan oleh semua murid. Mari kita capahkan lensa di bawah kata kunci yang ketiga iaitu pendidikan maya dapat menjimatkan pelbagai kos kehidupan seperti penginapan dan perbelanjaan. Hal ini dikatakan demikian kerana segala urusan pembelajaran dapat dilakukan daripada keselesaan rumah sendiri. Sebagaimana yang kita sedia maklum, murid dapat menyertai kelas dalam talian menggunakan aplikasi seperti Google Meet, Cisco Webex Meeting dan Zoom. Para pelajar terutama di peringkat pengajian tinggi tidak perlu lagi bersemuka dengan pensyarah. Tamsilnya, para pensyarah boleh menggunakan kemudahan telesidang yang menggabungkan audio, video dan grafik dapat dilakukan di lokasi yang berbeza dengan peralatan canggih dan didengari ramai tanpa melibatkan kos yang tinggi untuk para pelajar Program Pendidikan Jarak Jauh. Oleh hal yang demikian, golongan seperti suri rumah dan pesara dapat terus melanjutkan pelajaran tanpa perlu menghadirkan diri di institusi pendidikan. Hal ini secara tidak langsung dapat memanifestasikan slogan pendidikan sepanjang hayat yang amat digalakkan oleh kerajaan. Justifikasinya, tiada keperluan untuk kita keluar dari rumah, maka tiada kos pengangkutan. Hal ini jelaslah bahawa dengan adanya pendidikan maya, kita dapat menjimatkan pelbagai kos dalam kehidupan. Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, pengenalan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam sistem pendidikan maya secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan murid dalam bahasa Inggeris. Hal ini selaras dengan dasar penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah Malaysia. Dasar tersebut menyasarkan pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik kerana ilmu dunia banyak diperoleh dalam bahasa Inggeris. Pendedahan penggunaan bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah lagi boleh memberi banyak faedah kepada mereka. Pendidikan maya telah menyuntik semangat baru kepada pelajar untuk mendalami bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan maya mampu mengayakan perbendaharaan dan kosa kata bahasa Inggeris pelajar. Seterusnya meningkatkan kemahiran dan penguasaan mereka dalam bahasa tersebut. Pelajar yang menguasai bahasa Inggeris dengan baik dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Mereka juga akan menjadi pilihan utama majikan untuk mengambil mereka bekerja. Melalui prakarsa yang dibincangkan dalam wacana ini, nyatalah bahawa dengan adanya sistem pendidikan maya dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa banyak kelebihan yang dapat kita peroleh daripada pendidikan maya. Murid-murid mestilah memanfaatkan pendidikan maya agar dapat menjadi golongan yang berilmu pengetahuan dan berminda kelas pertama serta dapat bersaing dengan murid di negara maju. Hal ini membolehkan masyarakat kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dan sudah tentunya dapat memajukan bidang pendidikan negara. Para pelajar akan lebih terdedah dengan dunia globalisasi sekiranya pendidikan maya dilaksanakan secara menyeluruh. Konsep pembelajaran sepanjang hayat menerusi pendidikan sedemikian patut dimanfaatkan oleh semua bertunjangkan pepatah sebab mutiara sebiji, lautan dalam diselami
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 315 orang. Selain itu pelbagai pihak tidak kira pihak swasta mahupun badan bukan kerajaaan (NGO) perlulah berganding bahu bersama dengan kerajaan untuk membangunkan sistem pendidikan di negara kita mencapat pendidikan bertaraf dunia. Sumber: http://bahasamelayusmktamanmegahria.blogspot.com/2020/12/kelebihan-pendidikan-maya.html Soalan 3 Analisis infografik di bawah dengan telitinya. Kemudian, rumuskan maklumat tersurat dan tersirat tentang kadar kebolehpasaran graduan. Infografik memaparkan kadar kebolehpasaran graduan tahun 2018. Kadar kebolehpasaran graduan universiti tempatan sebanyak 80.2%, iaitu meningkat sebanyak 11% daripada tahun 2017. Graduan lelaki didapati menunjukkan kebolehpasaran yang tinggi (82.3%) berbanding dengan graduan wanita (78.7%). Hal ini disebabkan majikan cenderung menggaji lelaki berdasarkan komitmen lebih tinggi untuk bekerja lebih masa. Bagi kadar kebolehpasaran merujuk kepada graduan berstatus pula, sebanyak 82.3% telah memperoleh pekerjaan, 15.7% berjaya melanjutkan pengajian, 4.6% sedang menunggu penempatan pekerjaan dan 1.3% memilih untuk meningkatkan kemahiran. Selebihnya, hanya 19.8% orang graduan yang didapati masih belum mendapat pekerjaan. Hal ini disebabkan para graduan mempunyai perancangan tersendiri untuk merencanakan masa depan masing-masing. Bagi yang masih belum mendapat pekerjaan mungkin disebabkan halangan dari segi pilihan kerjaya atau masalah peribadi. Graduan TVET telah menunjukkan peningkatan kadar kebolehpasaran bagi tahun 2018, iaitu Kolej Komuniti menunjukkan kadar kebolehpasaran graduan tertinggi (96.6%) walaupun menurun 0.1% daripada tahun 2017. Seterusnya, disusuli dengan Politeknik (96.1%) yang meningkat 1.6% daripada tahun 2017. Graduan Universiti Awam (79.3%) dan Universiti Swasta (75.4%) juga menunjukkan peningkatan daripada tahun 2017. Hal ini membuktikan bidang TVET memberikan pengetahuan dan kemahiran yang dapat membantu pelajar untuk mencari pekerjaan, juga untuk bekerja sendiri. Soalan 4 Baca kedua-dua bahan dengan telitinya dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. 1. Berdasarkan petikan 1, apakah faedah sukan kepada remaja? dapat melahirkan remaja yang sihat dari segi fizikal dan mental dapat mengisi masa lapang dengan cara yang bermanfaat dapat mencungkil bakat remaja dapat memupuk perpaduan dalam kalangan remaja 2. Berdasarkan petikan 1, apakah yang dimaksudkan dengan minda yang cerdas? minda yang cerdas bermaksud akal fikiran yang sempurna
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 316 3. Bagaimanakah kejayaan ikon sukan negara dapat memotivasikan anda? mempunyai keberanian untuk bersaing dengan orang lain tanpa perasaan gentar mencontohi usaha serta ketabahan para atlet yang sanggup mengharungi pelbagai ujian untuk mengecapi cita-cita mereka memotivasikan saya untuk mempamerkan kesungguhan dan semangat yang kuat untuk berjaya memotivasikan saya agar menjalani latihan secara berdisiplin memotivasikan saya agar mengutamakan kepentingan negara lebih daripada kepentingan peribadi 4. Jelaskan dua impak kejayaan ikon sukan kepada negara. kejayaan ikon sukan mengharumkan nama negara dan seterusnya dapat meningkatkan ekonomi negara apabila pelabur luar berminat untuk melabur di negara kita kejayaan ikon sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum apabila masyarakat berbilang kaum bersatu memberikan sokongan padu ketika ikon sukan ini bertanding 5. Sejauh manakah aktiviti sukan pada peringkat sekolah berjaya melahirkan atlet pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa? mencungkil bakat atlet yang berpotensi dalam acara sukan tertentu atlet yang berpotensi akan dipilih untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, negeri dan kebangsaan jurulatih sekolah melatih atlet dengan penuh dedikasi untuk memastikan potensi mereka dapat diketengahkan 6. Berdasarkan kedua-dua teks, apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang sukan? Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan akan membawa pelbagai faedah kepada masyarakat. Oleh itu, semua lapisan masyarakat amat digalakkan menyertai semua jenis aktiviti sukan kerana bersukan dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu, berdaya maju dan berdaya saing. Sukan juga mampu mengangkat martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Sesungguhnya, sukan berfaedah kepada individu, masyarakat dan negara. Tegasnya, kegiatan sukan wajar digalakkan kepada semua lapisan masyarakat.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 317 Soalan 5 a. Bina ayat dengan perkataan di bawah bagi menjelaskan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. i. suruhanjaya - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ialah sebuah badan berkanun yang mengawal selia syarikat-syarikat dan perniagaan-perniagaan. ii. antarabangsa - Suara Malaysia ialah sebuah stesen radio antarabangsa yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia. iii. mencampuradukkan - Sebagai pelajar yang ingin berjaya, seseorang itu tidak harus mencampuradukkan antara pelajaran dengan masalah peribadi. iv. pengambilalihan - Proses pengambilalihan tanah-tanah terbiar untuk dimajukan daripada penduduk kampung berjalan dengan lancar. v. gimrama - Pasukan gimrama dari negara Jerman menjadi tumpuan peminat sukan Olimpik berikutan pemakaian sut penuh ketika menyertai acara tersebut. vi. asbut - Asbut terbentuk apabila cahaya matahari dan udara panas bercampur dengan bahan cemar udara daripada industri dan kenderaan dalam keadaan tidak berangin. b. Baca atur cara di bawah dengan telitinya. Kenal pasti kata akronim yang terdapat dalam bahan dan kategorikan jenisnya. Cantuman huruf dan suku kata perkataan - Degram (Dewan Graha Munsyi) - Petronas (Petroleum Nasional Berhad) Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian perkataan yang mengikutinya - senamrobik - jenama Cantuman suku kata awal perkataan - Bernama (Berita Nasional Malaysia) - Perkom (Persatuan Kompang) - kugiran (kumpulan gitar rancak) - pawagam (panggung wayang gambar) - biber (bicara berirama) Cantuman huruf awal perkataan - KOBILANG - UniSZA - UPSI - UNITEN
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 318 Soalan 6 Berdasarkan foto susunan bilik darjah yang terdapat dalam bahan, pilih satu foto susunan bilik darjah yang anda gemari. Kemudian, berikan pendapat anda tentang susunan bilik darjah yang anda pilih. NOTA BILIK DARJAH YANG KONDUSIF Bilik darjah merupakan elemen yang penting bagi setiap murid kerana persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat mempengaruhi cara murid dalam melibatkan diri dan mengambil bahagian dan suasana pembelajaran yang selesa mampu merangsang minat untuk terus belajar. Di samping untuk mewujudkan murid yang aktif semasa sesi pembelajaran, sebuah bilik darjah yang mempunyai kelengkapan dari segi teknologi yang canggih serta persekitaran yang baik merupakan aspek yang perlu ada pada setiap bilik darjah. Pengurusan bilik darjah berkesan mampu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, pengurusan sebuah bilik darjah haruslah diutamakan bagi membentuk pelajar yang aktif dan positif. Ciri-ciri sebuah pengurusan bilik darjah yang kondusif ialah bilik darjah yang menyediakan kelengkapan penggunaan teknologi seperti telefon pintar, komputer riba, dan projekter supaya pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah akan berjalan dengan lancar. Penggunaan alat teknologi yang canggih ini bukan sahaja memudahkan pembelajaran malah penyampaian maklumat pengajaran akan lebih baik serta dapat menarik minat murid-murid. Sebagai contohnya, penggunaan telefon pintar agar murid dapat mencari maklumat dengan cepat semasa sesi pembelajaran di dalam kelas. Hal ini bukan hanya memudahkan murid malah guru juga dapat meneruskan pembelajaran dengan lebih lancar semasa penganjaran di dalam kelas tanpa perlu mengambil masa yang lama dalam menyelesaikan sesuatu masalah semasa sesi pembelajaran. Selain itu, ruang pembelajaran yang kreatif diwujudkan untuk hasil usaha murid dilekatkan bagi menarik minat murid dan membuatkan hasil kerja mereka akan lebih bermakna. Hal ini membuatkan murid berasa lebih dihargai dan menunjukkan semangat yang positif ketika masuk ke dalam bilik darjah, sebagai contohnya, sudut hasil kerja murid dibuat bagi menghargai setiap kerja yang dilakukan, serta sudut maklumat dan ruang santai turut disediakan, pada setiap sudut bilik darjah juga diletakkan kriteria kejayaan pada setiap sudut, persekitaran bilik yang mempunyai sudut yang menarik dapat meningkatkan daya imaginasi dan menarik minat murid untuk belajar. Dari segi susunan fizikal bilik darjah dan kerusi murid disusun dengan kemas. Hal ini bagi memudahkan pergerakan guru dan juga murid. Seterusnya meja disusun secara berkumpulan bagi pembelajaran yang berfokuskan kepada pengurusan kelompok. Dengan ini guru dapat menumpuhkan perhatian kepada setiap murid dan mengenali tingkah laku mereka. Dalam pada itu, meja guru perlulah diletakkan di hadapan kelas bagi memudahkan murid untuk melihat guru di samping dapat mengekalkan minat dan semangat murid. Justeru, murid juga dapat berkongsi pendapat mengenai sesi pembelajaran yang berlangsung dan boleh meminta pendapat daripada rakan di sebelah mereka. Ruang bilik darjah juga mempengaruhi pergerakan setiap murid. Hal ini dikatakan demikian kerana ruang bilik darjah yang besar dan selesa memudahkan murid untuk
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 319 bergerak semasa aktiviti-aktviti dijalankan dan memberikan semangat kepada murid ketika proses pembelajaran berlangsung semasa di dalam kelas. Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah adalah sangat penting bagi meningkatkan prestasi murid. Dalam usaha untuk meningkatkan dan mempengaruhi tingkah laku murid, sebuah bilik darjah yang dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi akan memudahkan guru ketika sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas berlangsung.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 320 PENILAIAN 2 (HALAMAN 96 - 100) Soalan 1 Anda dan tiga orang rakan berhasrat untuk menyertai ekspedisi mendaki gunung semasa cuti persekolahan yang akan bermula pada bulan hadapan. Rajah di bawah ialah catatan anda tentang perkara-perkara penting yang perlu diambil kira semasa merancang ekspedisi tersebut bagi membantu anda membuat persediaan. Huraikan perkara-perkara penting tersebut. Ekspedisi Mendaki Gunung: Ramalan Kemungkinan 1. Keizinan keluarga dan pihak berkuasa keluarga perlu tahu lokasi atau keberadaan dan perjalanan perlu mendapatkan keizinan Jabatan Perhutanan iaitu permit supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini jika melanggar arahan boleh didakwa mengiku seksyen 32 Akta Perhutanan Negara 1984 kerana memasuki hutan tanpa kebenaran menghantar senarai nama ahli yang mendaki gunung ke balai polis berdekatan sebagai makluman dan memudahkan urusan pencarian jika sesat di dalam hutan 2. Kesihatan dan stamina mendaki, memanjat dan menuruni bukit atau gunung dapat meningkatkan stamina dan merehatkan minda membantu meningkatkan ketahanaan otot dan menguatkan bahagian kaki meningkatkan kapasiti kardivaskular dan stamina membentuk mental dan fikiran yang kuat dan sihat membuat persediaan sebelum mendaki dengan berjoging, berbasikal dan akativiti-aktiviti fizikal yang lain selama 20 minit setiap sesi 3. Peralatan yang diperlukan makanan kering kompas/ sistem GPS/ peta lampu suluh dan bateri pisau dan pemetik api kit pertolongan cemas wisel kain selimut stoking
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 321 4. Keselamatan di hutan berhati-hati sewaktu turun kerana kecederaan atau kemalangan biasanya mudah berlaku jangan berpecah dan sentiasa berada dalam kumpulan kawal tingkah laku - jangan terlalu gembira dan bersuka-suka tidak mengutip atau membawa pulang tumbuhan di hutan jika terserempak dengan haiwan liar, elak pertembungan secara berhadapan - sebaiknya berundur perlahan-lahan jika hujan lebat, angin kuat, guruh atau petir, tangguh dan hentikan aktiviti dan perjalanan. Cari tempat berlindung dan elakkan berlindung berhampiran dengan pokok besar serta perhatikan aras dan arus sungai kerana di kawasan hutan, kejadian kepala air atau kenaikan mendadak aras sungai mudah berlaku. sentiasa berhati-hati ketika melakukan aktiviti mendaki gunung kerana malang tidak berbau Soalan 2 Pilih satu daripada soalan di bawah. Kemudian, senaraikan isi-isi penting dalam bentuk rangka karangan dan tulis karangan dengan menggunakan ayat yang gramatis serta menarik. 1. Di tepi rumah anda terdapat sebuah kawasan lapang. Anda bercadang untuk bercucuk tanam di kawasan itu. Jelaskan tindakan-tindakan yang anda ambil bagi merealisasikan cadangan tersebut. Aktiviti bercucuk tanam di kawasan rumah merupakan hobi kepada kebanyakan orang. Sebenarnya aktiviti ini boleh membawa faedah yang banyak seperti kita tidak perlu membeli sayur- sayuran dari pasar raya. Selain itu kita juga dapat menikmati sayur-sayuran yang ditanam di rumah yang tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan kita. Oleh itu, adalah digalakkan untuk melakukan penanaman sayuran di rumah. Tindakan-tindakan yang saya ambil untuk bercucuk tanam: 1. Cari tempat yang sesuai dan ruang untuk tanaman - sebaik-baiknya di kawasan lapang berdekatan rumah - jika tinggal di apartmen masih boleh bercucuk tanam dengan cara tanaman dalam pasu - aspek penyediaan tanah perlu diambil kira kerana tanah yang berbeza mempunyai keperluan penyiraman air yang berbeza - tidak perlu menjadi saintis tanah untuk mengetahui jenis tanah. 2. Tentukan jenis dan apa yang perlu ditanam - menanam tanaman yang boleh dimakan sudah tentu daripada jenis herba merupakan pilihan yang amat sesuai - pilih jenis-jenis herba yang tahan lasak dan kerap digunakan untuk masakan anda, sebelum anda mula kepada tanaman-tanaman yang lebih mencabar. Sebagai permulaan, pemilihan jenis tumbuhan ini amat penting agar anda tidak patah semangat untuk terus memiliki kebun anda sendiri di apartmen anda. Oleh itu cuba
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 322 tanam tumbuhan yang selalu digunakan dalam masakan. Antara tumbuh-tumbuhan yang popular dalam masakan masyarakat Malaysia adalah seperti selasih, pandan, serai, daun ketumbar, daun sup, daun bawang, pudina dan lain-lain 3. Mengumpul peralatan berkebun - melakukan aktiviti berkebun mengharuskan kita untuk memiliki beberapa alat berkebun yang asas, seperti gunting, botol semburan, penyodok kecil dan sarung tangan. Peralatan ini dapat membantu semasa proses penjagaan tanaman, terutamanya dalam proses mencantas, menggembur dan menyiram. Peralatan-peralatan asas ini boleh dibeli di mana- mana pasar raya, nurseri dan mana-mana kedai peralatan pertukangan. 4. Tambah ilmu dari masa ke masa khususnya yang berkaitan dengan cucuk tanam - tidak semestinya perlu memiliki “tangan sejuk, tangan hijau dan sebagainya” untuk berjaya - hanya perlu bersedia untuk belajar bagaimana untuk menjaga tanaman dan membiakkan tanaman - ilmu dan pengalaman akan menjadikan tanaman terus hidup dan anda berkembang maju dalam menguruskan tanaman - akan mendapat kemahiran menggunakan peralatan, teknik semaian dan juga pelbagai teknik lain serta ilmu tumbuhan yang ditanam - kesemuanya berbalik kepada keperluan asas kepada tumbuhan iaitu memberikan cahaya, air dan medium (tanah atau lain-lain). 2. Rakan anda bercadang untuk bercuti dengan keluarganya lalu meminta pandangan anda. Tulis surat kepadanya untuk mencadangkan destinasi percutian yang sesuai dan menarik bagi mereka seisi keluarga. Tulis surat tersebut selengkapnya. Menemui sahabatku Maria, yang kini sedang berada bersama keluarga di Bandung, Indonesia, semoga dalam kandungan sihat sejahtera hendaknya. Saudari,Apa khabar saudari sekeluarga di sana? Maafkan saya kerana agak lambat membalas surat saudari. Saya kini sibuk dengan persediaan menghadapi peperiksaan yang tidak beberapa lama lagi. Tampaknya saudari benar-benar berminat untuk mengetahui perihal destinasi percutian yang menarik di-Malaysia. Kalau sebelum ini saya pernah bercerita tentang Tanah Tinggi Cameron, kali ini saya ingin bercerita tentang Pulau Langkawi pula. Pulau Langkawi terletak di negeri Kedah, iaitu sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Pulau ini banyak keistimewaannya. Antaranya termasuklah pemandangan 545, Jalan Bunga 1, Taman Bunga Raya, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. 30 September 2020
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 323 yang cantik. Hal ini dikatakan demikian kerana Pulau Langkawi dikelilingi oleh pantai yang berpasir bersih, air laut yang tenang, dan suasana yang nyaman. Kalau saudari berpeluang ke Pulau Langkawi dapatlah saudari menikmati keindahan yang saya maksudkan ini. Untuk pengetahuan saudari, Pulau Langkawi terkenal sebagai pulau legenda. Legenda Mahsuri telah diceritakan secara turun-temurun daripada nenek moyang kami di sini. Secara ringkasnya, Mahsuri ialah seorang perempuan yang cantik. Malangnya, beliau telah dijatuhi hukuman bunuh akibat fitnah. Ketika hukuman dijalankan, darah putih mengalir daripada tubuh Mahsuri. Beliau juga sempat mengenakan sumpahan iaitu Langkawi akan menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunannya. Selain itu terdapat banyak tempat yang berkaitan dengan legenda Mahsuri ini, iaitu Makam Mahsuri, dan padang Mat Sirat. Lebih banyak maklumat yang dapat saudari peroleh mengenai legenda ini sekiranya saudari berkesempatan ke tempat-tempat ini. Selain itu, terdapat juga beberapa tempat yang berkaitan dengan legenda dan mitos di sini seperti Tasik Dayang Bunting di Pulau Dayang Bunting, Telaga Tujuh dan Beras Hangus. Sebenarnya banyak tempat menarik di Pulau Langkawi ini. Kalau ada kesempatan, akan saya ceritakan lagi tentang pulau ini. Saya juga akan cuba menghantar gambar-gambar yang berkaitan dengan pulau legenda ini. Setakat ini dulu yang dapat saya tulis buat saudari, Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya 3. Sektor pertanian berpotensi untuk berkembang maju. Huraikan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk memajukan sektor ini. Sektor pertanian merupakan salah satu sektor yang penting yang mendapat tumpuan dalam perdagangan dunia kerana sektor ini merupakan pembekal makanan dan sumber bahan mentah kepada penduduk di dunia. Di Malaysia, sektor pertanian amat penting dan menyumbang lima peratus kapada pendapatan kasar negara. Hal ini dapat membantu meningkatkan pendapatan negara dan secara tidak langsung dapat membantu ekonomi negara kita. Sektor pertanian di Malaysia berfungsi sebagai pembekal sumber makanan kepada seluruh penduduk di Malaysia. Namun begitu kita masih lagi mengimport tenaga asing dalam sektor perladangan dan di sektor lain. Ramai dalam kalangan masyarakat kita masih tidak peduli tentang sektor pertanian ini, padahal sektor ini mempunyai potensi yang besar untuk di majukan. Masalah sektor ini belum dapat dimajukan ialah negara kita kekurangan tenaga kerja mahir dan separa mahir. Hal ini dikatakan demikian kerana ramai ramai golongan muda terutama golongan mahasiswa dan mahasiswi tidak berminat untuk mempelajari dan menceburi bidang pertanian ini kerana mereka tidak mahu bersusah payah di bawah panas terik matahari dan lebih Yang benar, Siti Saidah
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 324 mementingkan keselesaan diri sendiri serta berminat untuk makan gaji. Namun demikian golongan ini kurang meneroka untuk mengaplikasikan apa yang mereka pelajari itu dengan sektor pertanian. Sebagai contoh, pelajar yang mengambil jurusan sains boleh menggabungkan bidang sains dan pertanian untuk menghasilkan satu bidang pertanian ynag lebih moden iaitu bioteknologi. Golongan ini juga harus menyedari bahawa sekarang ini sektor pertanian didominasi oleh golongan tua dan ini menyebabkan produktiviti menjadi rendah. Dengan itu, golongan belia yang mempunyai banyak kudrat harus membantu membangunkan sektor ini. Usaha yang dapat dilakukan untuk memajukan sektor pertanian ini boleh dilaksanakan dengan bantuan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kementerian ini bertanggungjawab sepenuhnya atas pertanian termasuk perikanan dan penternakan. Kementerian ini juga memberikan peruntukan yang besar untuk membuat penyelidikan dalam sektor tertentu. Contohnya, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI). Mardi ditubuhkan dengan matlamat memajukan dan menggiatkan teknologi bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam industri pertanian di Malaysia. Teknologi ini bertujuan meningkatkan penghasilan dan keberkesanan dengan memodenkan sektor pertanian selain membantu meningkatkan pulangan petani. Selain Mardi, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga berperanan membantu dalam sektor pertanian khususnya kelapa sawit. MPOB di pertanggungjawabkan untuk meneraju dan membangunkan industri sawit negara. Industri ini merupakan bahan eksport utama ke luar negara contohnya ke Amerika Syarikat. Hasil daripada penyelidikan ini juga, penemuan teknologi dan inovasi baru telah dikomersialkan. Contohnya penggunaan biojisim dan biodiesel, penjenteraan ladang serta kawalan serangga dan penyakit. Oleh itu, bantu kementerian ini amat diperlukan. Seterusnya, strategi pemasaran untuk memperkenalkan jentera-jentera pertanian, bahan pertanian, baja organik serta benih-benih yang telah diinovasikan untuk menghasilkan pokok yang bervariasi contohnya orkid. Pameran Pertanian, Horikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2006 (MAHA 2006) merupakan pameran pertanian yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia di (MARDI) Serdang Selangor. Lebih seratus jenis orkid dipamerkan pada pameran pertanian itu termasuk dua spesis hybrid orkid baru yang dilancarkan iaitu Dendrobium dan Ascorahnis . Spesis ini amat cantik dan mempunyai saiz bunga yang lebih besar serta mampu bertahan sehingga tiga bulan. Dengan adanya pameran seperti ini Malaysia dapat menarik perhatian sektor pertanian luar negara untuk bersama-sama memajukan bidang pertanian. D samping itu, pameran ini dapat membantu hubungan dua hala Malaysia dengan negara lain untuk mengembangkan bidang yang berkaitan dengan pertanian seperti perikanan dan penternakan. Pertanian hiliran juga boleh dilakukan untuk memasarkan sesuatu produk yang lebih lama ke pasaran antarabangsa. Contohnya, buah pisang ialah buah yang cepat busuk dan tidak tahan lama. Hal ini dapat diatasi dengan menghasilkan makanan segera seperti kerepek pisang yang bukan sahaja mempunyai tempoh pasaran ynag lebih lama tetapi juga harga yang tinggi. Oleh itu, para petani yang sedia ada dan yang bakal
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 325 menceburi bidang ini seharusnya mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang strategi pemasaran yang berkasan. Teknologi moden untuk menggandakan hasil pengeluaran sesuatu produk boleh dilaksanakan dengan menggabungkan teknologi sains dan pertanian. Kaedah ini dipanggil sebagai bioteknologi. Bioteknologi menghasilkan manfaat ketara seperti pengurangan kos pengeluaran, peningkatan hasil pertanian, pengurangan penggunaan racun perosak dan racun herba. Pelbagai kaedah digunakan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan. Contohnya, kaedah pembiakbakaan yang sering digunakan dalam menghasilkan kelapa sawit yang lebih berkualiti. Kelapa sawit sepsis Tenera dihasilkan melalui pembiakbakaan dua sepsis kelapa sawit iaitu sepsis dura dan pisifera. Manakala kawalan biologi juga dapat membantu meningkatkan hasil produk. Kaedah ini sering digunakan di kawasan ladang kelapa sawit bagi mengawal kerosakan buah oleh tikus. Mereka lazimnya menggunakan ular atau burung hantu untuk memakan tikus tersebut. Kaedah ini merupakan kaedah yang mesra alam dan tidak mencemarkan alam sekitar kerana tidak melibatkan bahan kimia dan hanya menggunakan sifat semula jadi haiwan ynag berkenaan. Dengan itu, penggunaan teknologi moden amat diperlukan dalam dunia yang kian berkembang. Usaha lain yang dapat dilakukan ialah bantuan kewangan dan perundingan. Pihak bank pertanian khususnya boleh memberikan pinjaman kepada para petani untuk memulakan projek pertanian mereka. Pinjaman yang dibuat dapat membantu membeli jentera bagi menggantikan tenaga manusia dan membeli benih yang lebih bermutu. Skim pinjaman yang berkadar faedah rendah perlu disediakan oleh bank, terutamanya Agrobank untuk pekebun kecil. Sebagai contoh, Agrobank telah menawarkan Modal Usahawan 1 Malaysia kepada petani kita untuk mengusahakan industri kecil dan sederhana (IKS) yang berasaskan pertanian. Bak kata pepatah, ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras. Dengan adanya skim mikro, pekebun kecil dapat mengusahakan pertanian atau penternakan secara komersial dan saintifik dan berupaya menjalankan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Oleh itu, pihak bank amat membantu dalam mengubah hidup para petani kita. Tuntasnya, kata orang tua-tua, genggam bara api biar sampai jadi arang. Semua pihak yang terlibat perlu menggembleng tenaga untuk memajukan sektor ini. Ibu bapa harus memainkan peranan untuk memberikan pendedahan tentang kelebihan bidang pertanian kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa juga boleh menyemai sikap cinta akan pertanian dalam diri anak-anak dengan membawa mereka ke pameran pertanian seperti MAHA yang dijalankan setiap dua tahun untuk memdedahkan anak- anak dalam dunia pertanian yang menguntungkan. Kita juga harus mengubah persepsi masyarakat kita bahawa bidang pertanian ini amat menguntungkan dan bukannya memenatkan sahaja, bak kata pujangga Aminuddin Baki, ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan. Kiasan tersebut memberikan tamparan pedas bahawa apa-apa bidang sekalipun jika
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 326 tidak diusahakan dengan segala ikhtiar dan kebijaksanaan, kita tidak akan dapat mengubah hidup kita. Soalan 3 Analisis jadual di bawah tentang Statistik Kemasukan Pelancong ke Pulau Tioman, Pahang bagi Tahun 2017. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam jadual, tulis pendapat anda tentang kemasukan pelancong ke Pulau Tioman, Pahang bagi tahun 2017. Jadual memaparkan statistik kemasukan pelancong ke Pulau Tioman bagi tahun 2017. Seramai 263,291 orang pelancong telah melancong ke Pulau Tioman sepanjang tahun 2017. Berdasarkan jumlah tersebut, bilangan pelancong dalam negara adalah yang paling tinggi, iaitu seramai 192,745 orang diikuti oleh pelancong antarabangsa seramai 45,304 orang dan pelancong dari negara ASEAN seramai 25,242 orang. Pada pendapat saya, pelancong suka melancong ke Pulau Tioman berdasarkan beberapa faktor. Tioman merupakan pulau kecil yang mempunyai terumbu karang dan lautan yang jernih menjadikannya tempat tumpuan penggemar aktiviti snorkeling. Ramai yang menjadikan Pulau Tioman sebagai destinasi percutian kerana suasananya yang cantik dan menenangkan. Sebagai sebuah pulau yang cantik, air laut yang jernih dan dipenuhi dengan terumbu karang serta ikan dan hidupan laut yang berwarna warni ini, tentunya tarikan utama Pulau Tioman ialah aktiviti menyelam dan snorkeling. Selain itu, pelancong juga boleh berkayak dan menikmati suasana pantai yang tenang. Bagi pengunjung yang berminat untuk mendaki sambil merasai keindahan lautan, bolehlah mendaki Gunung Nenek Semukut atau juga dikenali sebagai Tanduk Naga kerana puncak gunung ini ialah batu granit yang berbentuk seperti tanduk naga. Antara tarikan lain di Pulau Tioman ialah laluan berjalan kaki (trekking) sama ada melalui jalan pantai atau hutan. Pengunjung boleh memilih laluan berdasarkan keupayaan fizikal masing-masing. Paling jauh aktiviti trekking ini ialah 5 km dan ada juga yang sekejap sahaja laluannnya. Seterusnya, keindahan flora dan fauna seperti pokok periuk kera, tongkat ali, dan rafflesia juga merupakan tarikan di Pulau Tioman. Terdapat pusat pemeliharaan penyu di Turtle Sanctuary, Kampung Juara yang menggalakkan pengunjung untuk menjadi sukarelawan. Pelancong boleh terlibat dalam aktiviti pengutipan telur penyu dan membawanya ke tempat penetasan. Chalet juga banyak di sekitar pulau ini dan harganya juga berpatutan. Kesimpulannya, Pulau Tioman amat sesuai bagi pelancong yang sentiasa sibuk dan ingin mencari tempat rehat bagi menenangkan fikiran sambil menikmati keindahan alam. Tegasnya, Pulau Tioman ini sebagai satu tempat percutian yang pastinya tidak mengecewakan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 327 Soalan 4 Baca kedua-dua petikan dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. 1. Bagaimanakah keadaan di kompleks polis Bukit Kepong pada pagi itu? kompleks polis Bukit Kepong masih terkawal pasukan Sarjan Jamil Mohd Shah masih kuat bertahan pasukan komunis masih gagal masuk ke kawasan kompleks polis 2. Apakah yang berlaku apabila tembakan mulai mereda? kedengaran suara dari corong pembesar suara yang memberikan arahan agar pasukan polis menyerah 3. Apakah maksud rangkai kata menaikkan bulu roma? menaikkan bulu roma bermaksud menimbulkan ketakutan 4. Wajarkah Sarjan Jamil Mohd. Shah tetap bertahan walaupun mereka telah terkepung? Jelaskan pendapat anda. Wajar - mereka mempertahankan kompleks polis Bukit Kepong kerana keselamatan ahli keluarga dan anak isteri mereka di situ bergantung pada pertahanan anggota polis. Sarjan Jamil berpegang pada prinsip berjuang habis-habisan hingga titisan darah yang terakhir demi mempertahankan negara daripada komunis. 5. Apakah ciri-ciri pahlawan sejati yang terdapat dalam sajak? pahlawan sejati mempunyai semangat patriotik yang tinggi pahlawan sejati sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan tanah air 6. Pada pendapat anda, mengapakah penyajak mengatakan bahawa pahlawan sejati dalam hatinya bernyanyi? kerana pahlawan sejati mempunyai semangat perjuangan yang tinggi 7. Pada pendapat anda, apakah persamaan yang terdapat dalam Petikan 1 dan Petikan 2? persamaan tentang semangat perjuangan yang tinggi dan tidak menyerah kalah kepada musuh pahlawan atau pejuang dalam kedua-dua bahan petikan sanggup berkorban nyawa dan tenaga bagi mempertahankan tanah air yang tercinta 8. Sekiranya musuh negara mengancam kita, apakah tindakan yang akan anda lakukan? memperkuat perpaduan antara masyarakat berbilang kaum mencari maklumat tentang musuh negara untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 328 mempertahankan kedaulatan negara Soalan 5 Jawab soalan-soalan di bawah ini. a. Bina ayat menggunakan perkataan di bawah bagi menjelaskan maksudnya. i. awur-awuran - Dia mengamuk secara awur-awuran setelah dimarahi oleh ibunya. ii. besar-besaran - Majlis perkahwinan Amelia dengan anak Datuk Mansor telah diadakan secara besar-besaran kerana dia merupakan anak tunggal dalam keluarganya. iii. hiruk-pikuk - Keadaan kelas itu menjadi hiruk-pikuk apabila ketiadaan guru. iv. huru-hara - Perpaduan kaum yang terjalin erat dapat mengelakkan keadaan huru-hara di dalam negara. v. berlegar-legar - Helikopter itu berlegar-legar di udara sebelum mendarat di padang sekolah saya. vi. berputar-putar - Gasing itu berputar-putar dengan ligat sebelum berlanggar dengan gasing lain. b. Kenal pasti kesalahan penggunaan kata yang terdapat dalam ayat. Kemudian, betulkan kesalahan tersebut. 1. Buah-buahan yang telah masak ranum itu jatuh bergelimpangan di atas tanah. bergelimpangan - bertaburan 2. Ibu memasukkan telur kuning ke dalam mangkuk lalu memukulnya hingga kembang. telur kuning - kuning telur 3. Penyakit aneh yang dideritai datuk memerlukan perhatian dan kajian doktor pakar. perhatian - pemeriksaan 4. Faiz menemukan barang kemas yang tidak ternilai harganya itu secara tidak sedar. sedar - sengaja 5. Adegan pihak polis kejar-mengejar perompak itu telah dirakam oleh orang ramai. kejar-mengejar - mengejar 6. Ibu menegur abang yang memakai pakaian compang-camping ke majlis kenduri. compang-camping - serbah-serbih
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 329 7. Syarikat ternama itu berjaya kerana mengutamakan penghasilan dalam setiap bidang. penghasilan - keuntungan 8. Adik amat gembira sekali kerana dihadiahkan rantai kunci yang berumbai-rumbai. dihadiahkan - dihadiahi 9. Saya suka hati terhadap kanak-kanak itu kerana keletahnya yang manja dan bersahaja. suka - jatuh 10. Kulitnya terasa amat perit sekali apabila terkena air kerana lukanya masih belum pulih sepenuhnya. perit - pedih b. Bina ayat menggunakan peribahasa di bawah bagi menjelaskan maksudnya. 1. seperti telur di hujung tanduk Jawatan Amir di syarikat itu seperti telur di hujung tanduk apabila siswazah lepasan universiti luar negara itu mula bekerja di syarikat yang sama. 2. sambil menyelam minum air Ali membuat latihan Fizik sambil mendengar radio ibarat sambil menyelam minum air. Soalan 6 Pilih satu daripada tiga kad tugasan. Kemudian, buat persembahan sama ada dalam bentuk ceramah, syarahan, ataupun pembentangan. Kad Tugasan 1 Hidup ini penuh dengan cabaran. Jelaskan persediaan yang anda lakukan untuk menghadapi cabaran tersebut. memiliki tubuh badan yang sihat mempunyai emosi yang stabil – bijak menangani tekanan hidup mempunyai keimanan yang mantap memperluas ilmu pengetahuan – memiliki minda kelas pertama memiliki kemahiran sosial yang luas (kemahiran bahasa / kemahiran kerja berpasukan / kemahiran TMK)
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 330 Kad Tugasan 2 Sektor pertanian berpotensi untuk dimajukan, namun kurang mendapat sambutan rakyat. Bincangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Kad Tugasan 3 Melancong akan menjadi suatu aktiviti yang amat menyeronokkan sekiranya dilaksanakan secara bijaksana. Huraikan ciri-ciri pelancong yang bijaksana. merangka perbelanjaan untuk melancong menggunakan khidmat pemandu pelancong membuat semakan di media sosial tentang lokasi tumpuan pelancong, tempahan tiket dan sebagainya menentukan masa yang sesuai untuk membuat tukaran wang jika ingin melancong ke luar negara melakukan persediaan awal - mungkin mengalami kecederaan atau sakit ketika melancong, oleh itu persediaan awal boleh membantu tanpa mengganggu percutian sentiasa dapatkan perlindungan - amalkan tabiat sihat semasa dan selepas percutian untuk mengekalkan kesejahteraan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 331 PENILAIAN 3 (HALAMAN 140 - 144) Soalan 1 Lihat poster di bawah dengan telitinya. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan membeli barangan buatan Malaysia. Kebaikan membeli barangan buatan Malaysia 1. Menggalakkan pembangunan industri tempatan Apabila wujudnya banyak permintaan untuk barangan buatan Malaysia – negara terpaksa menampung jumlah permintaan yang banyak – demi menampungnya – perlu menubuhkan kilang, kedai dan sebagainya supaya dapat memenuhi permintaan yang semakin banyak – secara tidak langsung mendorong pembangunan industri tempatan 2. Mengurangkan aliran keluar tukaran wang asing Pengguna terdiri daripada rakyat tempatan – membeli daripada penjual tempatan juga – aliran wang hanya berada dalam kitaran yang sama 3. Menyemai semangat cinta akan negara Pembelian barangan tempatan – melambangkan semangat patriotik – membeli barangan tempatan kerana kita menyokong produk dan orang sendiri 4. Menjimatkan perbelanjaan keluarga Barangan tempatan – harga yang lebih berpatutan berbanding dengan barangan import yang lebih mahal (akibat kos pengangkutan dan cukai) – apabila membeli produk tempat – menjimatkan perbelanjaan keluarga. Soalan 2 Anda bercadang untuk membuka syarikat penerbitan buku. Oleh itu, anda perlu membuat penyelidikan tentang pasaran buku di Malaysia untuk memastikan kejayaan syarikat tersebut. Analisis kedua-dua infografik di bawah dengan telitinya. Kemudian, jelaskan ciri-ciri buku yang akan anda terbitkan dengan memberikan alasan yang bernas. Buku yang akan saya terbitkan ialah buku akademik (ciri-ciri buku yang mengandungi pengetahuan tentang sesuatu subjek/silibus – sama ada berbentuk buku kerja, buku rujukan, buku untuk latihan) Walaupun analisis menunjukkan bahawa buku akademi merupakan pilihan kedua terbanyak (14 peratus) berbanding dengan buku komik – tetap menjadi pilihan saya kerana…. Lebih bermakna dan bermanfaat – kerana menyampaikan ilmu kepada mereka yang memerlukannya Kurang berminat untuk menghasilkan buku yang bersifat santai (komik)
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 332 Kadang-kadang sesetengah komik – hasil kandungannya bercanggah dengan norma masyarakat dan budaya di negara kita – semua perkara ini harus dititikberatkan kerana ini melambangkan ciri-ciri ketimuran – yang mementingkan adab dan sopan-santun Tambahan – buku akademik pada dewasa ini – juga boleh dibuat dalam bentuk komik – contohnya buku-buku kajian KOMSAS (novel dan antologi) bagi murid tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 – begitu juga dengan buku Sejarah Pasaran yang luas dan berterusan – silibus sesuatu pelajaran/subjek akan kekal untuk beberapa tahun dan kadang-kadang untuk satu tempoh yang lama juga – buku tersebut boleh sentiasa dicetak secara berulang – kurang perluan untuk mengubah isi kandungannya Berbanding dengan komik – perlu sentiasa berubah dan sentiasa memikirkan jalan cerita yang berbeza demi memenuhi cita rasa pembaca dan mengekalkan minat mereka Jumlah pengguna buku akademik di negara kita juga dikira banyak - 416,743 (warga pendidik) dan 4,987,401 (bilangan murid) daripada 10,220 buah sekolah di Malaysia (Sumber: https://www.moe.gov.my/en/statistik-menu/statistik-bilangan-sekolah-murid-guru, Julai, 2020) Soalan 3 Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis karangan yang lengkap. a. Permainan moden seperti permainan video, permainan elektronik, dan permainan komputer semakin diminati oleh generasi muda. Mereka semakin melupakan permainan tradisional yang tidak kurang hebatnya. Pada pendapat anda, apakah kelebihan permainan tradisional berbanding dengan permainan moden? Jelaskan pendapat anda. Mengajar kita pelbagai nilai murni (nilai kesabaran, nilai kebijaksanaan – congkak, nilai bekerjasama – sepak takraw) Kebanggaan warisan budaya bangsa – dihasilkan oleh nenek moyang pada zaman dahulu dan diwarisi sejak turun-temurun Aset pelancongan - mampu menjadi satu daya tarikan kepada para pelancong untuk melawat ke negara kita. Mengisi masa lapang dengan berfaedah – bukan sahaja dapat mendekatkan diri dengan budaya warisan bangsa dan mendalami nilai estetika yang ada – tidak membuang masa untuk melayan perkara lain seperti permainan dalam talian/permainan moden yang rataratanya kurang sesuai dengan budaya bangsa kita – kebanyakannya mempunyai unsur yang negatif (keganasan atau kelucahan)
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 333 b. Jiran sangat penting kerana mereka ialah sahabat kita dan orang yang akan memberikan bantuan apabila kita menghadapi kesusahan. Bincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan semangat kejiranan. Isi 2 – boleh ditukar ganti dengan “menggalakkan aktiviti kemasyarakatan seperti aktiviti gotong-royong, hari keluarga, aktivit sukan dan lain-lain” c. Anda ingin menyertai pertandingan menulis rencana tentang nilai-nilai murni yang terdapat dalam drama tempatan. Tulis rencana tersebut selengkapnya. Format: Rencana Nilai-nilai Murni dalam Drama Tempatan Oleh: Jason Chan 1. Memupuk nilai kekeluargaan Drama Opah Drama Korban Kasih Memaparkan pelbagai suka duka dalam keluarga yang terlibat 2. Memupuk nilai setia Drama Budak Tebing 3. Memupuk nilai patriotisme Drama Legasi 69 Komando 4. Memupuk nilai positif yang lain (kebertanggungjawaban, kerajinan…..)
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 334 Soalan 4 Baca kedua-dua teks dengan telitinya dan jawab soalan-soalan berikutnya. a. Apakah masalah yang dibincangkan oleh Cik Puan dan Eton? Masalah orang gaji yang tidak tahu menghidangkan makanan dengan betul dan memalukan mereka. b. Pada pandangan anda, wajarkah Cik Puan memecat orang gajinya? Berikan alasan. Tidak wajar. Seharusnya membimbing orang gaji tersebut dan bukan hanya mengambil tindakan drastik atas perkara yang tidak diketahuinya olehnya – mungkin selepas kesalahan berulang – tindakan memecat boleh dipertimbangkan c. Mengapakah Sultan Alau’d-Din Riayat Syah berasa masyghul? Kecurian yang leluasa di negeri baginda d. Berdasarkan teks prosa tradisional, apakah sikap yang ditunjukkan oleh Seri Maharaja? Berikan penjelasan. Kurang prihatin Kurang bertanggungjawab e. Pada pendapat anda, apakah ciri pemimpin yang baik? Jelaskan tiga ciri. Prihatin – akan sentiasa ingin mengambil tahu tentang perkara-perkara yang berlaku kepada anak buahnya/orang bawahannya Bertanggungjawab – bukan sekadar melepaskan semua perkara ke atas bahu orang bimbingan tetapi juga akan sentiasa berusaha untuk memastikan semua perkara dilaksanakan dengan sempurna Bijak – kebijaksanaan dari sudut IQ dan EQ amat penting – tidak mahu hanya bijak dari segi akal tetapi tidak mempunyai sifat/emosi kemanusiaan dan empati kepada orang lain. f. Berdasarkan kedua-dua petikan, huraikan perbezaan tindakan Cik Puan dan Sultan Alau’d-Din Riayat Syah dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Cik Puan Sultan Alau’d-Din Riayat Syah Menyelesaikan masalah dengan cara yang “mudah” tanpa memikirkan akibatnya – pecat orang gaji Berfikir dan merancang sebelum bertindak – tidak terus menyalahkan atau memecat Seri Maharaja atas perkara yang berlaku Menyerahkan masalahnya kepada orang lain – menyuruh Eton segera mencari orang gaji yang baharu untuknya Turun ke padang sendiri – untuk melihat dan menghadapi situasi yang sebenar – supaya jelas dan tahu tentang perkara yang
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 335 sebenarnya berlaku Mempertahankan tindakan sendiri dengan mengatakan tidak ingin dianggap sebagai negara yang tidak layak merdeka dan masih dijajah – tetapi pada hakikatnya lebih menunjukkan sikapnya yang mementingkan air muka dan darjat/status Tidak memikirkan status dirinya sebagai sultan/raja – tetap turun ke padang untuk menghadapi pencuri yang berleluasa pada waktu malam g. Berdasarkan kedua-dua petikan, apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang keadaan masyarakat? Masyarakat tidak dapat mengelakkan diri daripada pelbagai masalah Masalah boleh wujud – dari dalaman (keluarga sendiri) ataupun luaran Soalan 5 Jawab soalan-soalan di bawah ini. a. Bina ayat dengan perkataan di bawah bagi menjelaskan maksudnya. i. sehingga - Dia keletihan kerana belajar dari pagi sehingga malam. ii. seandainya - “Tolong belikan saya sekilo beras seandainya kamu pergi ke kedai,” pesan kakak kepada adik Ali. iii. jikalau - “Jikalau kamu tidak menyiapkan latihan tersebut, kamu pasti akan didenda oleh Cikgu Fatimah,” kata Ali kepada Abu. iv. sementara - Dia bekerja sambilan sementara menunggu keputusan SPMnya. v. tatkala - Kita harus berusaha dengan rajinnya tatkala badan kita masih muda dan bertenaga. vi. bahawa - Kami yakin bahawa perkara yang dikatakan olehnya adalah benar. b. Kenal pasti kesalahan penggunaan kata yang terdapat dalam ayat. Kemudian, betulkan kesalahan tersebut. i. Mereka tidak mahu makanan yang mahal-mahal, tetapi mereka hanya memerlukan makanan yang berzat. tidak - bukan (kerana ada unsur pertentangan di belakang) ii. Wang yang terkumpul itu ialah untuk mangsa banjir di Pantai Timur Semenanjung. ialah - adalah
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 336 iii. Kehidupan di Malaysia benar damai kerana rakyatnya saling menghormati antara satu sama lain. benar damai - damai benar iv. Tuan Haji Ismail telah mendermakan sepertiga bahagian harta-hartanya kepada rumah anak- anak yatim dan badan kebajikan. harta-hartanya - hartanya v. Johari menanyakan ayahnya bilakah mereka akan bertolak ke Kuala Terengganu untuk menghadiri majlis konvokesyen abangnya. menanyakan - menanyai / bertanya kepada bilakah (kata tanya) - tentang masa / waktu vii. Cikgu Kamil mengarahkan semua peserta perbarisan agar berdiri ke dalam bulatan dengan segera. semua peserta perbarisan - peserta perbarisan ke dalam - di dalam dengan segera - dengan segeranya (yang betul) tetapi dengan segera (kelaziman) viii. Mereka menanti dengan bersemangat dari detik ke sedetik, jam besar di bangunan Sultan Abdul Samad berdenting pada malam 31 Ogos itu. detik ke sedetik - sedetik ke sedetik / detik ke detik viii. Pekerja kerajaan mahupun pekerja swasta mestilah menggunakan bahasa Melayu yang baku dalam segenap segi. mahupun - dan dalam - dari c. Gabungkan ayat-ayat dalam perenggan di bawah menjadi tiga ayat sahaja dengan mengekalkan maksudnya. Sambutan hari kemerdekaan pada setiap tahun membawa makna. Makna tersebut besar kepada masyarakat di negara ini. Kemeriahannya memberikan makna. Kita memiliki sebuah negara. Negara itu berdaulat. Oleh itu, setiap warganegara Malaysia perlu menyambut hari kemerdekaan. Sambutan ini dapat menyemai rasa cinta akan negara dalam diri masing-masing. 1. Sambutan hari kemerdekaan pada setiap tahun membawa makna yang besar kepada masyarakat di negara ini. 2. Kemeriahannya memberikan makna bahawa kita memiliki sebuah negara yang berdaulat. 3. Oleh itu, setiap warganegara Malaysia perlulah menyambut hari kemerdekaan kerana sambutan ini dapat menyemai rasa cinta akan negara dalam diri masing-masing.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 337 Soalan 6 Anda dan rakan menghadiri sesi temu duga pemilihan pekerja sebuah syarikat. Berdasarkan peranan dalam rajah di bawah, jawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh penemu duga. 1. Nyatakan latar belakang diri anda secara ringkas. 2. Nyatakan sebab anda berminat untuk memohon pekerjaan ini. 3. Jelaskan pengalaman anda dalam bidang pekerjaan yang dimohon. 4. Huraikan kelebihan diri anda dalam bidang pekerjaan yang dimohon. 5. Jelaskan pendapat anda tentang cara bekerja yang baik. 6. Jelaskan perancangan masa hadapan anda. ***Guru boleh melaksanakan simulasi temu duga di dalam kelas sebagai aktiviti pentaksiran kemahiran mendengar dan bertutur.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 338 PENILAIAN 4 (HALAMAN184-188) Soalan 1 Berdasarkan maklumat dalam Jadual Harga Purata Item Terpilih di Semenanjung Malaysia, tulis ulasan tentang langkah-langkah yang diambil untuk menjadi pengguna yang bijak. Langkah-langkah yang diambil untuk menjadi pengguna yang bijak ialah kita haruslah merancang pembelian terlebih dahulu. Oleh itu, kita dapat mengetahui barang-barang yang diperlukan dan dapat menjimatkan masa ketika membeli barangan di pasar raya. Seterusnya, kita perlulah membanding harga dengan kualiti barangan yang hendak dibeli. Dengan ini, kita boleh mendapatkan barangan yang terbaik dan berkualiti sekali gus menjimatkan kos membeli barangan yang lain. Seterusnya, kita tidak boleh terpengaruh dengan kempen jualan murah yang terdapat di pasar raya. Hal ini boleh menghalang daripada berlakunya pembaziran wang sekali gus membantutkan pembelian barangan keperluan yang lain. Kesimpulannya, pengguna haruslah bijak membelanjakan wang mereka agar kehidupan mereka lebih teratur. (100 patah perkataan) Soalan 2 Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis karangan dengan menggunakan bahasa yang gramatis dan ungkapan yang menarik. 1. Setiap kaum di negara kita mempunyai pakaian tradisional yang sewajarnya dipelihara. Jelaskan pendapat anda. Pendahuluan Berbicara tentang pakaian tradisional, tidak semua orang Melayu berbaju kurung atau baju Melayu, kaum Cina tidak memakai cheongsam atau samfoo, kaum India pun tidak sentiasa memakai sari atau kurta, begitu juga kaum-kaum lain. Pakaian mereka seringkalinya berdasarkan masa dan situasi. Umpamanya ramai yang berpakaian kasual terutamanya kemeja-T serta berseluar jeans untuk bersantai, keluar membeli-belah atau kegiatan harian, berpakaian kemas jika bekerja di pejabat manakala pakaian tradisional pula dipakai ketika menghadiri pelbagai majlis. Tidak dinafikan pemakaian pakaian tradisional telah semakin berkurangan, namun dalam keadaan tertentu, masyarakat berbilang kaum di negara ini masih memakai pakaian tradisional masing- masing terutama ketika menghadiri majlis kenduri, majlis-majlis rasmi atau kematian. Membeli sekurang-kurangnya sepasang pakaian tradisional yang baharu bagaikan satu kemestian ketika menyambut perayaan-perayaan utama seperti Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Persoalannya, mengapakah pakaian tradisional setiap kaum di negara kita wajar dipelihara?
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 339 Isi-isi penting 1. Untuk menunjukkan perpaduan kaum di Malaysia Pemakaian baju kebangsaan boleh dijadikan antara satu cara bagi menyuntik semangat perpaduan kalangan rakyat Malaysia. Tidak kira Melayu, Cina, India atau masyarakat pelbagai etnik Sabah dan Sarawak, masing-masing mempunyai pakaian tradisional masing-masing. Sebagai contoh, cara paling mudah untuk saling menghargai pakaian tradisional adalah dengan mengenakan pakaian kaum lain. Hal ini demikian kerana untuk mencintai perlulah mengenal terlebih dahulu. Malahan, kita pasti teruja apabila melihat rakan yang berbangsa India memakai baju Melayu atau baju kurung yang bukan sahaja pakaian tradisional Melayu malah pakaian kebangsaan negara ini kerana keadaan ini memperlihatkan penerimaan kaum lain terhadap budaya Melayu. Presiden Pakar Malayee Dr R. Nambiar berpendapat bahawa persefahaman, sikap saling bertolak-ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain dapat mengeratkan hubungan sekaligus mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum. Tegasnya, memahami budaya, agama dan adat resam setiap kaum termasuk di Sabah dan Sarawak amat penting bagi mengelak sebarang provokasi yang boleh memecah-belahkan rakyat dan menganggu-gugat keharmonian negara ini. 2. Pakaian tradisional semarakkan 1Malaysia Pakaian tradisional dapat menyerlahkan identiti kepelbagaian budaya dan kaum, justeru menyemarakkan semangat 1Malaysia dalam kalangan rakyat negara ini. Sebagai contoh, dalam satu soal jawab, yang dipaparkan oleh satu media sosial, MYNEWSHUB.TV, majoriti responden pernah memakai pakaian tradisional Melayu kerana pakaian tradisional Melayu merupakan lambang kebangsaan. Kemungkinan juga para responden memakainya untuk ke majlis-majlis rasmi tertentu atau sebagai pakaian harian seperti ke kelas ataupun ke tempat kerja. Selain itu, pakaian tradisional kaum lain juga boleh dipakai sebagai tanda menghormati budaya, tradisi dan cara hidup kaum lain. Malahan, perbuatan sedemikian boleh memperkukuh persefahaman terhadapat masyarakat yang berbilang bangsa di negara ini. Pakaian tradisional juga tidak lagi dianggap sebagai pakaian kaum tertentu tetapi turut dipakai oleh kaum lain selagi tidak mencemarkan atau salah di sisi agama. Tegasnya, kita sebagai rakyat Malaysia sewajarnya mempelihara pakaian tradisional kerana boleh menyemarakkan semangat 1Malaysia dalam kalangan rakyat Malaysia. 3. Pakaian tradisional dijadikan sebagai tarikan pelancong ke Malaysia. Pakaian tradisional mempunyai keunikan tersendiri mengikut kaum masing-masing yang boleh dipromosikan kepada pelancong yang datang ke Malaysia. Sebagai contoh, keunikan pakaian tradisional Melayu terhasil daripada reka bentuk pakaian itu sendiri. Elemen kesopanan yang ditonjolkan pada pakaian tradisional tersebut menjadikannya suatu pakaian yang unik. Tambahan pula, kelengkapan perhiasan setiap pakaian itu sendiri seperti butang baju, samping dan songkok menambahkan keunikan pakaian tradisional Melayu. Oleh itu, generasi akan datang tidak akan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 340 mengetahui tentang pakaian tradisional sekiranya pakaian tradisional Melayu dilupakan. Malah, kita akan kehilangan warisan Melayu yang telah diperkenalkan sejak dari zaman dahulu kala lagi. Dari sudut ekonomi pula, perkembangan atau kepopularan pakaian tradisional kepada pelancong dapat dijadikan sebagai salah satu punca pendapatan kepada negara. Hal ini secara tidak langsung mengubah dan meningkatkan cara hidup masyarakat Malaysia apabila ekonomi meningkat. Tuntasnya, dengan mempromosikan pakaian tradisional kepada pelancong, dapat mempelihara warisan ini sekali gus memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Kesimpulan Daripada kenyataan di atas jelaslah bahawa pakaian tradisional seharusnya dikekalkan bagi mengelakkan warisan budaya ini pupus ditelan zaman. Hal ini demikian kerana budaya ini merupakan warisan daripada nenek moyang kita yang harus dijaga sebaik-baiknya agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang bahkan boleh mendatangkan banyak kelebihan dan manfaat kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan penting dalam menjaga dan menjadikan warisan budaya sebagai satu identiti kaum, negara dan maruah bangsa. Kesimpulannya, pakaian tradisional setiap kaum di negara kita wajar dipelihara dan diambil kisah oleh masyarakat kini agar warisan budaya identiti kaum dapat diwarisi oleh generasi akan datang. 2. Anda berhasrat untuk menyertai pertandingan syarahan bersempena dengan Hari Koperasi. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah “Etika Berjual Beli”. Tulis teks syarahan anda selengkapnya. Kata alu-aluan Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil lagi menegakkan kebenaran, guru-guru dan rakan-rakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah “Etika Berjual Beli”. Hadirin yang dihormati, Maksud berjual beli ialah proses menjual dan membeli barangan antara peniaga dan pembeli mengikut syarat tertentu. Oleh itu, marilah sama-sama kita telusuri etika jual beli. Isi-isi penting. 1. Jujur ketika berurusan Di dalam satu hadis yang bermaksud, “Suatu ketika dia (Rifa’ah RA) keluar bersama Nabi ke tempat sembahyang lalu Baginda ternampak orang ramai sedang berjual beli. Baginda bersabda: Wahai para peniaga! Mereka menyahut panggilan Nabi itu sambil menjenguk ke arah Baginda. Nabi bersabda: Pada hari kiamat kelak para peniaga akan dibangkitkan sebagai orang-orang yang jahat kecuali orang yang takutkan Allah, berbuat baik dan jujur.” (Riwayat al-Tirmizi)
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 341 Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama- sama dengan para Nabi, siddiqin dan para syahid.” (Riwayat al-Tirmizi). Hal ini menunjukkan bahawa peniaga sering dikaitkan dengan perkataan ‘amanah’ atau jujur. Dalam hadis tersebut menyatakan bahawa penjual atau peniaga haruslah bersikap jujur dalam urusan jual beli kerana hal ini telah disarankan malah diwajibkan oleh agama. Dalam konteks sosial pula, masyarakat tidak akan suka dan akan menjauhi peniaga yang tidak jujur. Sebagai contoh, apabila pembeli ditipu oleh peniaga, pembeli akan berasa marah atau kecewa dengan sikap peniaga dalam urusan jual beli sekali gus menyebabkan peniaga tidak lagi berurusan dengan peniaga. Hal ini akan menyebabkan keuntungan yang diperoleh oleh peniaga tidak berbaloi kerana untung kini tetapi rugi kelak apa lagi wang yang diperoleh tidak berkat dan dari sumber yang haram. Malahan, masih ada sebahagian peniaga yang masih mengurus perniagaan mereka dengan cara menipu pada zaman ini. Oleh itu, kita hendaklah bersikap jujur ketika berurus niaga dengan pelanggan. 2. Tidak bersumpah walaupun benar Rasulullah bersabda: “Sumpah akan melariskan barangan, tetapi menghapuskan keberkatan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Berpandukan hadis di atas, Rasulullah menyatakan bahawa sumpah untuk melariskan barangan bermaksud bersumpah dengan menggunakan nama Allah. Ada sebahagian peniaga yang melakukan perbuatan tersebut untuk meyakini pembeli bahawa barangan yang dijualnya adalah asli dan tidak omong-omong sahaja. Berikutan dengan perilaku ini, agama Islam melarang umatnya bersumpah walaupun barangan itu tulen. Hal ini demikian kerana perbuatan tersebut bukan sahaja tidak diberkati Allah malah boleh menimbulkan fitnah. Tegasnya, peniaga haruslah berniaga dengan titik peluh mereka sendiri dan tidak mengambil jalan singkat seperti bersumpah untuk melariskan dan mengambil perhatian pembeli kerana perbuatan ini diharamkan oleh Islam. 3. Catatan dan saksi – digalakkan khususnya jika jual beli dilakukan dengan cara bertangguh. Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu.” (Surah al-Baqarah: 282). Dalam firman Allah di atas menunjukkan bahawa peniaga haruslah mencatatkan hutang atau penangguhan bayaran pembeli dalam urusan jual beli. Saksi juga perlu bersama dengan pembeli dan penjual ketika peristiwa penangguhan bayaran. Hal ini demikian kerana dalam Islam, hutang ialah satu amanah yang wajib dilangsaikan oleh umatnya. Menurut Islam hutang tersebut akan dibawa ke akhirat kelak. Rasulullah ada bersabda : “Barang siapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang, maka pada hari Akhirat tidak ada lagi urusan dinar dan dirham, yang ada hanyalah urusan berkaitan pahala kebaikan dan dosa kemaksiatan” (Hadith riwayat Abu Daud: (3597).
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 342 Jelaslah di sini bahawa Islam amat mengambil berat tentang hutang. Oleh itu, pembeli haruslah melaksanakan hutang yang ada terlebih dahulu. Lebih baik menjauhi dan meninggalkan perbuatan suka berhutang. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Kesimpulan Secara amnya, perniagaan merupakan aktiviti yang dituntut oleh agama Islam, Rasullah sendiri merupakan peniaga yang berjaya dalam perniagaan. Oleh itu, etika perniagaan perlulah dituruti berpandukan Syariah. Islam menuntut umatnya supaya sempurna dalam segala aspek kehidupan dan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan untuk menjaga dan melidungi individuindividu dari melanggar batas-batas yang telah ditentukan oleh syarak. Begitu juga dengan dunia perniagaan yang mempunyai etika perniagaan, yang harus difahami dan diamalkan oleh setiap peniaga. 3. Penduduk di seluruh dunia berkongsi alam sekitar yang sama. Huraikan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh negara-negara dunia untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Alam sekitar ialah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Namun demikian, mutakhir ini, arus modenisasi menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosioekonomi dijalankan dengan begitu rancak namun secara tidak sedar alam sekitar sudah terjejas. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Bilangan tersebut tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan. Di Malaysia, kerajaan telah mengimplementasikan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling dan daripada pencemaran meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut, namun pencemaran masih berlaku secara berleluasa. Sebagai penduduk dunia yang bertanggungjawab, kita seharusnya mensyukuri nikmat pemberian Tuhan yang amat berharga ini. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang dilaksanakan oleh negara-negara dunia untuk memelihara dan memulihara alam sekitar? Antara usaha yang boleh diambil oleh negara-negara dunia untuk memelihara dan memulihara alam sekitar adalah menjalankan proses “Penghutanan Semula”. Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelembapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan. Tabung Hidupan Liar (WWF) menyatakan bahawa hutan yang terjejas teruk ialah hutan Amazon dan Cerrado di Brazil, hutan Amazon di Bolivia, Paraguay, Argentina begitu juga di Madagascar, Sumatera dan Borneo di Indonesia dan di Malaysia akibat pembalakan. Sebagai contoh, di Malaysia, pelbagai jenis pokok
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 343 seperti pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam oleh Jabatan Perhutanan Malaysia di Bukit Tinggi, dan di Hutan Simpan Kemasul, di negeri Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, di negeri Perak. Tegasnya, penghutanan semula wajar dilakukan oleh negara-negara dunia untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Selain itu, negara-negara dunia mewajibkan para petani mereka mengamalkan “Penggunaan Baja Organik” untuk memlihara alam sekitar. Mereka digalakkan menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia. Sebagai contoh, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja. Mereka menggunakan baja organik untuk menambahkan kesuburan tanah. Baja organik juga lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar. Selain itu, penghasilan kompos juga penting dalam penyediaan tanaman di kawasan pertanian untuk mengurangkan pencemaran alam dengan menghidupkan kembali tanah yang sudah mati akibat penggunaan baja dan racun kimia. Kaedah Kompos yang diterapkan adalah dengan menggunakan tinja kambing dan habuk kayu bagi menghasilkan baja mesra alam yang tidak mencemarkan alam sekitar seperti baja kimia. Tuntasnya, penggunaan baja organik wajar digunakan oleh semua petani dunia untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Usaha-usaha seterusnya yang boleh diambil oleh negara-negara dunia untuk memelihara dan memulihara alam sekitar adalah dengan mewajibkan petani-petani mereka menggunakan “kaedah Biologi” di ladang-ladang atau di kebun-kebun. Profesor Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor dari Universiti Putra Malaysia menyatakan dalam surat khabar The Star, 16 Januari 2017, beliau menjelaskan bahawa burung hantu merupakan satu bentuk kawalan biologi untuk tikus di ladang kelapa sawit kerana burung hantu jantan boleh menangkap 10 ekor tikus untuk dibawa ke sarangnya pada waktu malam. Contoh yang boleh diambil ialah, para peladang kelapa sawit di Malaysia dan di Indonesia telah menggunakan ular, burung helang untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit. Sungguhpun kedah biologi ini jarang digunakan oleh peladang moden di seluruh dunia kerana mereka berpendapat bahawa kaedah ini dianggap sudah ketinggalan zaman. Namun sebenarnya, kaedah biologi yang digunakan ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang menyebabkan berlakunya pencemarkan alam sekitar. Jelaslah bahawa negara-negara dunia wajar mewajibkan petani-petani mereka menggunakan kaedah biologi untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Usaha yang lain yang dilakukan oleh negara-negara dunia untuk memelihara dan memulihara alam sekitar adalah mengadakan Hari Alam Sekitar. Setiap tahun, seluruh dunia akan menyambut Hari Alam Sekitar setiap 5 Jun. Hari ini disambut untuk menyedarkan rakyat dunia bahawa alam sekitar amat bermakna kepada mereka. Ini adalah disebabkan masalah pencemaran alam sekitar berpunca daripada tangan-tangan kotor individu yang tidak bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat dunia bagai enau dalam belukar melepaskan ucuk masing-masing. Mereka tiada kesedaran sivik dan sering memandang enteng tentang isu alam sekitar yang kini menjadi
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 344 hidangan wajib dalam berita-berita yang dipaparkan dalam media massa arus perdana. Sebagai contoh, sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya membuang sampah meratarata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran. Walhal, jika direnungkan andai ada seratus orang individu yang bersikap sedemikian sudah semestinya alam sekitar akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap. Perbuatan tidak bertanggungjawab seperti membuang sampah ke dalam sungai dan longkang telah menyebabkan berlakunya pencemaran air sedangkan air merupakan medium utama dalam melestarikan kelangsungan hidup. Selain itu, ada individu yang membuang puntung-puntung rokok dan melakukan pembakaran secara terbuka sehingga menyebabkan kebakaran yang serius lantas menyebabkan pencemaran udara. Tegasnya, mengadakan Hari Alam Sekitar merupakan usaha-usaha yang dilakukan oleh negara-negara dunia untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Daripada kenyataan di atas jelaslah bahawa pelbagai usaha telah dijalankan oleh negara- negara dunia untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Marilah kita sebagai penduduk dunia berganding bahu bagai aur dengan tebing bersama-sama menyahut usaha-usaha memelihara dan memulihara alam sekitar agar sentiasa terpelihara untuk tatapan generasi akan datang. Harapan, minda penduduk di seluruh dunia berubah agar masalah pemanasan global, pencemaran sungai, pembalakan dan sebagainya akan dapat diatasi. Kesimpulannya, selagi kita semua hidup di bumi dan di langit yang sama, kita hendaklah bersama-sama berusaha untuk membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti, bersih, segar, dan cantik dengan bermula menghargai dan memulihara alam sekitar. Soalan 3 Fahami bahan grafik di bawah. Kemudian, cadangkan langkah-langkah mengatasi masalah- masalah pencemaran plastik berserta sebab langkah tersebut dijalankan. Langkah-langkah mengatasi masalah-masalah pencemaran plastik ialah kerajaan mengadakan kempen 3R. Kempen ini amat signifikan kerana bahan-bahan buangan atau barangan terpakai akan dibuang ke tempat yang sepatutnya sekaligus pencemaran dapat dikurangkan. Contohnya, sampah sarap dan bahan buangan yang ada di tempat pelupusan sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan orang yang menetap di kawasan berhampirannya. Longgokan sampah tersebut akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit dan berbahaya seperti nyamuk, tikus, ular dan lipas. Selain itu, kerajaan juga boleh menguatkuasakan undang-undang. Sebagai contoh, pihak berkuasa mengenakan denda atau hukuman berat terhadap pesalah yang mencemarkan alam sekitar. Selain itu, kerajaan juga boleh menetapkan penggunaan plastik pada hari tertentu untuk mengurangkan penggunaan plastik. Sebagai contoh, hari Sabtu dan Ahad boleh dijadikan hari tanpa plastik. Kesimpulannya, semua pihak perlu mengambil berat tentang penggunaan plastik supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar pada masa akan datang.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 345 Soalan 4 Baca petikan dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. a. Nyatakan maksud keseluruhan pantun. Maksud keseluruhan pantun Pembawa Hajat ialah keinginan seseorang pemuda menjadikan seorang perempuan sebagai isterinya. Ketika upacara meminang, pihak lelaki telah membawa tepak sirih sebagai pengganti diri lelaki tersebut. b. Berikan maksud kosa kata yang bercetak tebal. i. kerudung - tudung kepala / penutup kepala iii. peminangnya - syarat-syarat ii. lirih - perlahan-lahan iv. kabullah - lulus / bersetuju c. Bagaimanakah Tun Mamad boleh berada di puncak Gunung Ledang? Tun Mamad boleh berada di puncak Gunung Ledang kerana dia telah dititahkan oleh Sultan Mahmud Syah untuk meminang Puteri Gunung Ledang. d. Pada pendapat anda, mengapakah Puteri Gunung Ledang mengemukakan syarat kepada Sultan Mahmud Syah? Pada pendapat saya, Puteri Gunung Ledang mengemukakan syarat kepada Sultan Mahmud Syah kerana baginda hendak menolak pinangan Sultan Mahmud Syah secara halus kerana tidak mahu sultan berkecil hati. Selain itu, Puteri Gunung Ledang hendak menguji sejauh mana kecintaan dan pengorbanan Sultan Mahmud syah terhadapnya. Seterusnya, Puteri Gunung Ledang hendak menyatakan secara halus bahawa martabatnya lebih tinggi daripada Sultan Mahmud Syah. e. Dalam istiadat peminangan, pantun digunakan sebagai pembuka bicara. Dalam istiadat peminangan juga, pihak wanita boleh mengemukakan syarat yang wajar dipenuhi oleh pihak lelaki yang ingin meminangnya. Pada pendapat anda, adakah kedua-duanya masih boleh diteruskan pada zaman ini? Jelaskan alasan anda. Pada pendapat saya, pantun masih boleh digunakan sebagai pembuka bicara dalam istiadat peminangan kerana berbalas pantun antara pihak lelaki dan pihak perempuan akan menambahkan lagi keceriaan ketika majlis peminangan berlangsung. Selain itu, jika pantun digunakan selalu dalam istiadat peminangan, pantun tidak akan luput ditelan zaman. Dalam istiadat peminangan juga, pihak wanita boleh mengemukakan syarat yang wajar dipenuhi oleh pihak lelaki yang ingin meminangnya agar perempuan tersebut tidak terasa tertipu dan menyesal setelah dia berkahwin nanti. Sebagai contoh, calon suaminya tersebut mestilah mempunyai latar
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 346 belakang agama dan ekonomi yang kukuh agar dia mampu menyara perempuan tersebut setelah berkahwin. Soalan 5 Jawab semua soalan dalam bahagian ini. 1. Berdasarkan ayat-ayat di bawah: i. Kenal pasti dan gariskan bahagian subjek dan predikat. ii. Kenal pasti dan tulis pola ayat. a. Suara penyanyi itu amat merdu sekali. i. Subjek : Suara penyanyi itu Predikat : amat merdu sekali ii Pola ayat : Frasa Nama + Frasa Adjektif b. Puan Maria suka menjahit pakaian anak-anaknya sendiri. i. Subjek : Puan Maria Predikat : suka menjahit pakaian anak-anaknya sendiri ii Pola ayat : Frasa Nama + Frasa Adjektif c. Pemuda yang segak itu dari sebuah negeri di utara Semenanjung. i. Subjek : Pemuda yang segak itu Predikat : dari sebuah negeri di utara Semenanjung ii Pola ayat : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama d. Kanak-kanak yang sedang tertawa itu johan pertandingan syarahan alam sekitar. i. Subjek : Kanak-kanak yang sedang tertawa itu Predikat : johan pertandingan syarahan alam sekitar ii Pola ayat : Frasa Nama + Frasa Nama 2. Berdasarkan ayat-ayat di bawah: i. Tukar susunan ayat kepada susunan songsang. ii. Cerakinkan ayat kepada ayat-ayat tunggal. a. Kita hendaklah berjimat cermat dalam penggunaan air dan tenaga elektrik. Susunan songsang 1. Hendaklah berjimat cermat dalam penggunaan air dan tenaga elektrik kita.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 347 2. Hendaklah kita berjimat cermat dalam penggunaan air dan tenaga elektrik . 3. Dalam penggunaan air dan tenaga elektrik kita hendaklah berjimat cermat. Ayat tunggal 1. Kita hendaklah berjimat cermat dalam penggunaan air. 2. Kita hendaklah berjimat cermat dalam penggunaan elektrik. b. Pembakaran terbuka dilarang sama sekali agar jerebu tidak bertambah buruk. Susunan songsang 1. Dilarang sama sekali agar jerebu tidak bertambah buruk pembakaran terbuka. 2. Dilarang sama sekali pembakaran terbuka agar jerebu tidak bertambah buruk. 3. Agar jerebu tidak bertambah buruk pembakaran terbuka dilarang sama sekali. Ayat tunggal 1. Pembakaran terbuka dilarang sama sekali. 2. Jerebu tidak bertambah buruk. c. Kilang itu menawarkan potongan harga bagi semua barangan kerana akan berpindah ke kawasan lain tidak lama lagi. Susunan songsang 1. Menawarkan potongan harga bagi semua barangan kerana akan berpindah ke kawasan lain tidak lama lagi kilang itu. 2. Menawarkan potongan harga bagi semua barangan kilang itu kerana akan berpindah ke kawasan lain tidak lama lagi. Ayat tunggal 1. Kilang itu menawarkan potongan harga bagi semua barangan. 2. Kilang itu akan berpindah ke kawasan lain tidak lama lagi. d. Sulaman manik dan labuci dapat dipelajari dengan mudahnya melalui video. Susunan songsang 1. Dapat dipelajari dengan mudahnya melalui video sulaman manik dan labuci. 2. Dapat dipelajari dengan mudahnya sulaman manik dan labuci melalui video. Ayat tunggal 1. Sulaman manik dapat dipelajari dengan mudahnya melalui video.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 348 2. Sulaman labuci dapat dipelajari dengan mudahnya melalui video. e. Rebana sejenis alat muzik tradisional yang diperbuat daripada kulit kambing. Susunan songsang 1. Sejenis alat muzik tradisional yang diperbuat daripada kulit kambing rebana. Ayat tunggal 1. Rebana sejenis alat muzik tradisional. 2. Rebana diperbuat daripada kulit kambing. Soalan 6 Dalam kumpulan, pilih satu daripada kad tugasan di bawah dan buat persediaan secara individu. Kemudian, persembahkan tugasan dalam kumpulan. 1. Kesenian dan kebudayaan sesuatu kaum sudah tidak relevan lagi pada zaman sains dan teknologi ini. Bincangkan. Kesenian ialah sesuatu yang berkaitan keindahan atau kehalusan, manakala kebudayaan ialah cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir. Di Malaysia, rakyatnya terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Antara kaum yang terbesar di Malaysia ialah masyarakat Melayu, India, dan Cina. Antara seni serta budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia ialah: Orkestra Cina Orkestra Cina ialah sebuah persembahan yang terkenal dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Persembahan ini menggabungkan muzik elemen Cina dan Barat. Persembahan ini menggunakan instrumen tradisional Cina seperti Erhu, Pipa dan Dulsimer. Orkestra ini juga menggunakan gubahan lagu-lagu tradisional masyarakat Cina dan lagu rakyat Melayu serta diselitkan dengan muzik Barat secara kotemperari. Kolattam Tarian Kolattam merupakan salah satu seni persembahan tarian tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat India. Kebiasaannya, tarian ini dipersembahkan oleh sekumpulan kanak- kanak atau remaja. Perkataan Kolattam ialah gabungan dua patah perkataan Tamil iaitu ‘kol’ yang membawa maksud kayu pendek, manakala ‘attam’ bermaksud tarian. Jadi, perkataan kolattam membawa maksud sebuah tarian kayu. Antara tiga instrumen utama yang digunakan ketika tarian ini dipersembahkan ialah Thavil, Pambai dan Urumi. Minimum penari yang mempersembahkan tarian kolattam ialah seramai 4 orang
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 349 manakala maksimumnya pula ialah seramai 20 orang penari. Tarian ini ditarikan secara berpasang- pasangan. Kesemua penari lelaki dan perempuan memakai pakaian tradisi India. Kuda Kepang Kuda kepang merupakan salah satu tarian popular masyarakat Melayu. Kuda kepang atau tarian berbentuk pahlawan berkuda berasal dari Jawa, Indonesia dan kemudian dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu, di negeri Johor. Kebiasaannya, tarian kuda kepang ini terdiri daripada 9 orang penari diiringi dengan alunan gedang dan gong. Gedang dipalu mengikut irama, manakala gong pula dimainkan bagi menyedapkan bunyi muzik pengiring. Para penari biasanya akan mengenakan pakaian seragam dan kemudiannya menari mengikut rentak muzik dengan lenggokkan serta gerakkan patung kuda ke kiri dan ke kanan seakan-akan sedang menunggangnya. Cabaran paling getir yang kita hadapi kini ialah generasi muda lebih kenal permainan moden serta gajet-gajet canggih. Masa mereka banyak diisi dengan permainan video di internet berbanding melibatkan diri dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan kaum mereka sendiri. Oleh itu, untuk menarik murid-murid supaya meminati kesenian dan kebudayaan kaum di Malaysia, sekolah memainkan peranan penting dengan menubuhkan kelab kebudayaan dan kesenian. Di sekolah, murid sekolah dapat menonjolkan bakat mereka di samping membantu mengembangkan seni budaya dan warisan. Selain itu, sekolah juga membantu bagi melahirkan murid yang berkebolehan, berdaya saing dalam mempertingkatkan pembangunan dan perkembangan mutu seni budaya dan warisan agar tak lapuk ditelan zaman. Kesimpulannya, kesenian dan kebudayaan sesuatu kaum itu masih relevan pada zaman sains dan teknologi masa kini. Nilai-nilai ini jika tinggalkan akan menjadi satu kerugian kepada generasi akan datang jika kesenian tradisi yang sudah lama bertahan diganti dengan nilai-nilai yang belum tentu sesuai dengan keperibadian bangsa di negara kita. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia wajiblah terus memelihara serta menjaga seni, budaya dan warisan agar tidak terus hayut dibawa arus kemodenan. 2. Cadangkan satu jenis jualan untuk menambah dana persatuan berserta alasan bagi cadangan tersebut. Setelah itu, berundinglah dengan ahli yang lain bagi memilih cadangan jualan yang terbaik dan yang paling menguntungkan. Jenis jualan untuk menambah dana persatuan ialah menjual burger. i. Burger makanan yang ringkas dan mudah disediakan. Penjual hanya perlu memanaskan roti yang telah dibelah dua, memanaskan daging burger dan memotong sayur-sayuran seperti timun, tomato, salad, atau menyagat kubis. Untuk menyedapkan rasa burger, penjual perlu manambah mayonis dan sos cili di atas daging burger tersebut.